CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15461|Reply: 179

[Tempatan] Seorang remaja berusia 18 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika bersalin di ru

  [Copy link]
Post time 14-10-2018 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-10-2018 09:25 AM



Polis membawa keluar mayat remaja dan bayinya untuk dibedah siasat.

PARIT BUNTAR - Seorang remaja berusia 18 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika bersalin di rumahnya di Taman Tenggara di sini, hari ini.

Difahamkan pada kejadian jam 2 petang itu, remaja tersebut ditemui dalam bilik air bersama bayinya oleh orang awam sebelum laporan polis dibuat.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Siasatan lanjut akan dilakukan. Mayat remaja dan bayi terbabit dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/traged...k-air-1.891749




Guna tandas lebih 5 jam sebelum ditemui mati

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x490.

JENAZAH mangsa dituntut ahli keluarga di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB). - Foto L Manimaran

IPOH: Remaja 18 tahun yang ditemui meninggal dunia di dalam tandas rumahnya di Taman Kerian Permai, Parit Buntar selepas melahirkan bayi lelaki petang semalam, ada mengadu mengalami sakit perut dan sembelit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman, berkata mangsa mengadu kepada ibunya mengalami sakit perut dan meminta kebenaran ibunya menggunakan tandas di bilik tidur utama digunakan ibu bapanya kira-kira jam 8.30 pagi.

Bagaimanapun, katanya, selepas kira-kira 30 minit ibunya ada memanggil mangsa yang juga anak kelima daripada enam beradik itu kerana mendapati dia berada terlalu lama di dalam tandas dan mangsa memberitahu dia mengalami sembelit.

“Kira-kira jam 10 pagi, ibunya sekali lagi memanggil remaja terbabit dan dia sekali lagi menjawab masih belum selesai menggunakan tandas terbabit.

“Ibu si mati dan anak bongsunya berulang kali bertanyakan keadaan remaja terbabit dan menerima jawapan sama daripada mangsa sehinggalah dia kemudian tidak memberikan sebarang reaksi kira-kira jam 2 petang.

“Berikutan itu, ibu mangsa kemudian bertindak memecahkan pintu tandas berkenaan dan mendapati mangsa tersandar di dinding dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dalam keadaan pucat lesi berlumuran darah selain mendapati terdapat objek serta darah di dalam mangkuk tandas,” katanya di sini hari ini.

Yahya berkata, ibu mangsa kemudian cuba mengejutkannya, namun tiada sebarang tindak balas dan beliau bertindak menghubungi talian 999 memaklumkan kejadian berkenaan dan pada masa sama mengesan bahawa objek dalam mangkuk tandas berkenaan adalah bayi yang sudah tidak bergerak.

Katanya, pasukan perubatan yang tiba di lokasi rumah mangsa kira-kira jam 2.45 petang kemudian mengesahkan mangsa dan bayi berkenaan sudah meninggal dunia.

“Jenazah kedua-duanya kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB) untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Difahamkan, remaja berkenaan yang masih belum berkahwin dipercayai mengandung di luar pengetahuan ahli keluarganya yang tinggal bersama di rumah berkenaan.

Sementara itu, tinjauan di HRPB mendapati waris mangsa mula tiba di perkarangan Jabatan Forensik kira-kira jam 9.15 pagi bagi menguruskan jenazah.

Usaha media untuk mendapatkan maklum balas dan reaksi keluarga juga tidak berhasil kerana mereka enggan ditemuramah dan meminta media menghormati kesedihan mereka.

Dalam pada itu, jiran mangsa yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Datuk Abu Bakar Mat Ali, yang turut hadir menziarahi keluarga mangsa di perkarangan Jabatan Forensik HRPB berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa jirannya itu kira-kira jam 4 petang semalam.

Abu Bakar turut meminta media supaya menghormati musibah yang dialami keluarga mangsa.

Katanya, mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Buntar, bersebelahan Masjid Daerah Kerian petang ini.


https://www.bharian.com.my/berita/ke...m-ditemui-mati



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2018 09:50 PM | Show all posts
pelacur  sundal ke sheols??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2018 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakalan memontianak kah sheol?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Vokuro replied at 14-10-2018 09:50 PM
pelacur  sundal ke sheols??

Mana tau kot dirogol. Tak baik la sis. Orang pun dah pergi. Doakan yang baik ja utk dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat rumah mak aku.
Taman Seri Tenggara, nama taman pun salah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Vokuro replied at 14-10-2018 09:50 PM
pelacur  sundal ke sheols??

Eh jahat la komen gitu!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2018 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.

Kasihan mangsa. Tanggung segala2nya seorang diri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah ... kesian berseorangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2018 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak pak si mati ni pergi mana time dia da nk bersalin??kat uma kn time tu?hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah umur 18 pun
Kenapalah tanggung sorang2?
Klu bagi kat i pun takpe baby tu
Takziah
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya kes gini..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 08:06 AM | Show all posts
sedih pulak rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
ya Allah meols sampai pengsan sbb tumpah darah immediately pas bersalin...
jgn buat main wei...kesian nya..tanggung seksa sehingga akhir hayat..
ya Allah....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nya . Dah lah tanggung sensorang. Harap lelaki yg berkenaan rasa bersalah sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Vokuro replied at 14-10-2018 09:50 PM
pelacur  sundal ke sheols??

Mulot mcm harommmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 08:29 AM | Show all posts
Kasihannya. Takziah kepada waris arwah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2018 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
innalillahiwainnailaihi rajiun
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry to say but “Taman Sri Tenggara ni mmg port bohsia yg beranak anak haram pun” I quote from one mak bohsia yg beranak haram dan jirannya juga beranak haram. Mmg biasa dan urban ya...it’s a fact, bukan menghina
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 09:00 AM | Show all posts
berusjamban replied at 15-10-2018 08:35 AM
Sorry to say but “Taman Sri Tenggara ni mmg port bohsia yg beranak anak haram pun” I quote from on ...

citer la lgi..

hebatnya paqit buntaq la ni... urban? kah kah...


Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
bleeding byk sangat kot, teenage pregnancy memang tinggi risiko. kesian dia dan baby
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.386648 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list