CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Seorang remaja berusia 18 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika bersalin di ru

  [Copy link]
Post time 15-10-2018 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai bila lah nk jadi gini.. Budak perempuan skang kurang kasih syg makpak kot sbb tu opt utk dpt dr boypren. End up merana sampai mati pon merana... Haihlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2018 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
teen_angelJB replied at 15-10-2018 04:55 PM
Yg syurga tu anak yg sah taraf nok..
Yg berbapa..bersuami..
Ni sah2 tak ad ikatn..kesalahn zina  ...

Kalau anak tak sah taraf tu x masuk syurga ke?
Mana ko belajar ni?
Kalau dia bertaubat sebelum mati dan Allah terima taubat dia?

Sesungguhnya syahid tau mati ketika melahirkan. Selalunya org yg mengandung luar nikah ni, senang beranak. Anak pun senang dijaga masa kecil sebab Allah nak tutup aib mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
weezerfan replied at 15-10-2018 09:31 PM
Sampai bila lah nk jadi gini.. Budak perempuan skang kurang kasih syg makpak kot sbb tu opt utk dpt  ...

Zaman smartphone ni susah nak memantau. Mak bapak rasa anak dah cukup dikawal selia.. tapi anak-anak lagi celik IT. Trend sekarang, bercinta di media social. Pernah interview anak2 di kejiranan. Katanya kenal lama kat fb/wechat/whatsapp. Tapi x pernah jumpa. Plan nak jumpa nanti bila cuti sekolah.
Sempat pesan kat budak tu...jangan cepat sgt percaya dengan org luar ni walaupun berbulan dah bercinta online. Silap2 ramai yg advance pernah msg lucah. Dijauhakn laa dari anak cucu cicit kita.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga arwah diampunkan segala dosa.. parents tlg lah pantau ank2 kita..mcm2 hal leh jd skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon pada Allah SWT........ janganlah kes incest. Kesian kat budak ni...... kalau dia teraniaya........minta Allah tunjukkan bukti.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 15-10-2018 03:00 PM
Kesiannya..actually kalau kes mengandung tak berbapa ni, apa yg perlu dilakukan?
Boleh ke dorang pe ...

Boleh je check up tapi tulah nak buat birth certificate nti nama bapa xde plk sbb xde sijil nikah.malaysia ni byk peraturan yg pelik2.tak faham
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2018 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 15-10-2018 04:04 PM
Jangan hina..dia mati ketika bersalin, mmg janji syurga.
Berapa ramai kt dunia ni mati ketika bersa ...

Iols suka reply sistur
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Vokuro replied at 15-10-2018 04:46 PM
Gitu kata allah forum.
Sembang sekor2 mengalahkan tuhan yang maha esa siap tahu orang itu ini mat ...

Mati bersalin memang sah syahid la sis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2018 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
naanie replied at 15-10-2018 10:27 PM
Mati bersalin memang sah syahid la sis..

Bila tuhan berfirman kat sister?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Vokuro replied at 15-10-2018 10:30 PM
Bila tuhan berfirman kat sister?

Dari hadis sahih Rasulullah sister...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
No al fatihah la sorry. So kalau tak mati pasti baby tu diflush ke gimana?? "
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lolalala replied at 15-10-2018 09:50 PM
Zaman smartphone ni susah nak memantau. Mak bapak rasa anak dah cukup dikawal selia.. tapi anak-an ...

Itulahkan.. Kecik2 bolehlah nk kawal. Once dh 17tahun mana dpt kawal lg. Kang org kata kawal anak lelama anak rebel. Serba salah jd parent zaman ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mawarika replied at 15-10-2018 10:34 PM
No al fatihah la sorry. So kalau tak mati pasti baby tu diflush ke gimana?? "

Itulah.. Percubaan nk flush anak kah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
naanie replied at 15-10-2018 10:33 PM
Dari hadis sahih Rasulullah sister...

Elohim ke yang sahih kan??? Ke sendiri tulis cerita sendiri sahih kan??
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 11:26 PM | Show all posts

Ya ALlahh .. kesiannya ...... apa perasaannya menahan kesakitan seorang diri .. betapa takutnya dia ... tak tahu apa nak buat .... sedang kita yang dah tua ni .. bila nak bersalin.. ada suami menemani  .... pun tidak keruan dek sakitnya .... makcik menaruh simpati buat kamu  ....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2018 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap yg x sampai 5 minit tp menanggung kesakitan sampai mati..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2018 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
aku percaya je Allah dah ampunkan dia. tu sbb Allah bg semua kesakitan hebat tu sblm dia mati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2018 01:22 AM | Show all posts


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x490.

JENAZAH mangsa dituntut ahli keluarga di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB). - Foto L Manimaran

IPOH: Remaja 18 tahun yang ditemui meninggal dunia di dalam tandas rumahnya di Taman Kerian Permai, Parit Buntar selepas melahirkan bayi lelaki petang semalam, ada mengadu mengalami sakit perut dan sembelit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman, berkata mangsa mengadu kepada ibunya mengalami sakit perut dan meminta kebenaran ibunya menggunakan tandas di bilik tidur utama digunakan ibu bapanya kira-kira jam 8.30 pagi.

Bagaimanapun, katanya, selepas kira-kira 30 minit ibunya ada memanggil mangsa yang juga anak kelima daripada enam beradik itu kerana mendapati dia berada terlalu lama di dalam tandas dan mangsa memberitahu dia mengalami sembelit.

“Kira-kira jam 10 pagi, ibunya sekali lagi memanggil remaja terbabit dan dia sekali lagi menjawab masih belum selesai menggunakan tandas terbabit.

“Ibu si mati dan anak bongsunya berulang kali bertanyakan keadaan remaja terbabit dan menerima jawapan sama daripada mangsa sehinggalah dia kemudian tidak memberikan sebarang reaksi kira-kira jam 2 petang.

“Berikutan itu, ibu mangsa kemudian bertindak memecahkan pintu tandas berkenaan dan mendapati mangsa tersandar di dinding dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dalam keadaan pucat lesi berlumuran darah selain mendapati terdapat objek serta darah di dalam mangkuk tandas,” katanya di sini hari ini.

Yahya berkata, ibu mangsa kemudian cuba mengejutkannya, namun tiada sebarang tindak balas dan beliau bertindak menghubungi talian 999 memaklumkan kejadian berkenaan dan pada masa sama mengesan bahawa objek dalam mangkuk tandas berkenaan adalah bayi yang sudah tidak bergerak.

Katanya, pasukan perubatan yang tiba di lokasi rumah mangsa kira-kira jam 2.45 petang kemudian mengesahkan mangsa dan bayi berkenaan sudah meninggal dunia.

“Jenazah kedua-duanya kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB) untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Difahamkan, remaja berkenaan yang masih belum berkahwin dipercayai mengandung di luar pengetahuan ahli keluarganya yang tinggal bersama di rumah berkenaan.

Sementara itu, tinjauan di HRPB mendapati waris mangsa mula tiba di perkarangan Jabatan Forensik kira-kira jam 9.15 pagi bagi menguruskan jenazah.

Usaha media untuk mendapatkan maklum balas dan reaksi keluarga juga tidak berhasil kerana mereka enggan ditemuramah dan meminta media menghormati kesedihan mereka.

Dalam pada itu, jiran mangsa yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Datuk Abu Bakar Mat Ali, yang turut hadir menziarahi keluarga mangsa di perkarangan Jabatan Forensik HRPB berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa jirannya itu kira-kira jam 4 petang semalam.

Abu Bakar turut meminta media supaya menghormati musibah yang dialami keluarga mangsa.

Katanya, mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Buntar, bersebelahan Masjid Daerah Kerian petang ini.


https://www.bharian.com.my/berita/ke...m-ditemui-mati


Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasihannya. Kalau sesiapa mengandung dan tak tahu nak buat apa, boleh telipon befriender.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kekure replied at 15-10-2018 08:59 PM
Parit Buntar urban?
Mohon pencerahan

Urban lah sbb mak bapak rilek je bg anak2 bawak masuk pasangan masing2 dlm bilik (kisah benar dah selamat beranak pun skrg dah siap anak 2 tp ank bongsu sah taraf la)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.071734 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list