CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2317|Reply: 40

[Tempatan] Wisma Putra tak cukup peruntukan

[Copy link]
Post time 16-10-2018 09:44 AM | Show all posts |Read mode

MENTERI Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mendedahkan yang Wisma Putra kini tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk menampung kos operasi pegawai dan duta Malaysia di luar negara.

Katanya, bagi tahun ini, Wisma Putra kekurangan peruntukan sebanyak RM133 juta sehingga terpaksa merayu kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk memberi peruntukan diperlukan.

"Walaupun sudah dimaklumkan kerajaan tidak cukup peruntukan, kami minta juga kalau boleh RM50 juta dan akhirnya Menteri Kewangan beri juga RM40 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul khas ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) pada 23 September lalu dijadikan sebagai kerangka asas dasar luar Malaysia Baharu di Dewan Rakyat, hari ini.

Saifuddin menjelaskan, peruntukan itu diperlukan Wisma Putra bagi menjaga kebajikan pegawai dan wakil Malaysia di luar negara serta memastikan urusan diplomatik berjalan lancar.

"Kita ada duta yang dihantar untuk mengurus lebih satu negara. Ada duta yang menjadi duta di negara A tetapi duduk di negara B. Dia hendak terbang ke negara B, Wisma Putra minta tangguh sebab tidak ada bajet.

"Punyalah azab dan daif. Kalau hendak diikutkan, dia boleh memandu kereta tetapi kena jaga 'standard,' takkan naik kereta sampai lapan jam. Mereka pegawai diplomatik kita, takkan daif sangat (kena memandu).

"Ada pegawai kita oleh kerana kadar siling sewa rendah, dia terpaksa duduk jauh dari kedutaan. Ini menimbulkan masalah, iaitu menaikkan kos pengangkutan.

"Ada yang lari ke kawasan yang tidak sesuai untuk seorang pegawai diplomatik. Malah kita ada satu kes kuarters kita di Paris rosak bumbungnya bocor, mengganggu rumah sebelah dan pemiliknya saman kita.

"Oleh itu, saya minta Menteri Kewangan dengarlah keluhan Menteri Luar ini. Berilah bajet kepada kami," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 09:45 AM | Show all posts
Sedih tengok kerajaan baru ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 09:48 AM | Show all posts
pegawai gomen ke mentero gomen ke nak berjimat mudah je

kalau naik kapal torbang tu duduk  je kelas economic

kalau duduk hotel duduk je je taraf guest house atau hostel

makan minum ko masak sendiri kat hostel tu

elaun yang tiada keperluan sila cut sajok

rete rete kerajaan jangan buat cam reta sendiri

semuanya atas manusia yang manage duit tu

jangan duk merempan duit tak cukup tiap tiap hari
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 09:49 AM | Show all posts
sepudin ni tak tau bajet korban tu pa dia ka? bajet korban tu MUNGKIN bajet surplus...nak lupuihkan hutang negara..memang tak dapat peruntukan banyak la wisma putra hang pudin...wakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 09:49 AM | Show all posts
Stokin lebih penting.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2018 09:52 AM | Show all posts
lantik Pengerusi DAP jadi Duta Khas ke China ada pula bajet
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2018 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg Tak cukop la.

Bajet nak kene sailang utk perotiga.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 09:58 AM | Show all posts
bawa 2 berjimat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 16-10-2018 09:56 AM
Mmg Tak cukop la.

Bajet nak kene sailang utk perotiga.

Tax holiday pun lama sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 16-10-2018 09:45 AM
Sedih tengok kerajaan baru ni.

Baik bincang kaler stokin lg bagus
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 10:02 AM | Show all posts
harizs replied at 16-10-2018 10:00 AM
Baik bincang kaler stokin lg bagus

Ni lagi sedih. Warna putih pun dah OK.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 10:03 AM | Show all posts
harizs replied at 16-10-2018 10:00 AM
Tax holiday pun lama sangat.

Tax holiday lama tu satu, pastu SST pulak amik masa nak betul2 generate income. Sbb ada barang yg diproduce waktu tax holiday arituh masih remain in the market. Jadi ambik masa utk produce baru dgn SST.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 10:05 AM | Show all posts
buat la dua kali keje kat sane tu.. asyik nak bertongkat je..

saya pinjam ayat PM
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Muntz replied at 16-10-2018 10:03 AM
Tax holiday lama tu satu, pastu SST pulak amik masa nak betul2 generate income. Sbb ada barang yg  ...

Tergesa2 sgt nak abolish gst. Patut krjn baru observe dulu satahun dua.. Kaji dulu, baru umum abolish. Ni tidak... Naik2 saja memerintah terus umum. Patut kaji dulu sebulan dua apa impaknya. Panggil dulu pagawai2 kerajaan bincang n bagi input yg jujur
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 10:12 AM | Show all posts
harizs replied at 16-10-2018 10:10 AM
Tergesa2 sgt nak abolish gst. Patut krjn baru observe dulu satahun dua.. Kaji dulu, baru umum abol ...

Pastu bila abolish GST takder pulak nampak harga barang turun besar2an ker apa. Almost the same jah.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan aku cakap zaman Nipah aman dia pakai duit giler2,  siap naik prebet jet, bawak org travel sampai sekampung, bayau VIP lounge kat europe/usa sampai 1ribu inggit sorang, tengok Pi'e Dollah pun dapat diplomatic passport
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 10:32 AM | Show all posts
Currency makin jatuh hader lar. Puki mak punya pakatan PHitnah! Mak tak peduliik kau nak bagi alasan haper pon! Kembalikan mak ke zaman 1 pound sterling = RM 1. Cepat sial!
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 16-10-2018 10:10 AM
Tergesa2 sgt nak abolish gst. Patut krjn baru observe dulu satahun dua.. Kaji dulu, baru umum abol ...

Lepas PH menang hari tu macai jugak yang meroyan bila nak hapus GST...sekarang bising gak cakap tergesa2 pulak hapuskan gst....dasar macai....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 10:37 AM | Show all posts
Muntz replied at 16-10-2018 10:12 AM
Pastu bila abolish GST takder pulak nampak harga barang turun besar2an ker apa. Almost the same ja ...

Menteri Kewangan buat kenyataan terbaru bahawa SST akan hanya memperolehi RM21 bilion dan tidak mencukupi.

Eh.. kan sebelum PRU14 kata no problem sebab boleh tampung dengan duit yang di dapati dari penjimatan dan pencegahan ketirisan.

Hah, buatlah.

hapus gst tapi ganti dgn penjimatan subsidi & bantuan rakyat.

Now they know talk is cheap. Implementation is a different thing altogether.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 10:38 AM | Show all posts
pyropura replied at 16-10-2018 10:25 AM
Kawan aku cakap zaman Nipah aman dia pakai duit giler2,  siap naik prebet jet, bawak org travel samp ...

Eh.. kan sebelum PRU14 kata no problem sebab semua boleh tampung dengan duit yang di dapati dari penjimatan dan pencegahan ketirisan.

Hah, buatlah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.088872 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list