CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 906|Reply: 13

[Tempatan] Jualan kenderaan merosot 52 peratus

[Copy link]
Post time 16-10-2018 09:47 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Sebanyak 31,241 unit kenderaan dijual pada September, merosot 52 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam kenyataan semalam berkata, angka jualan itu disebabkan kekurangan stok yang dialami syarikat pengedar susulan permintaan tinggi ketika tempoh kadar sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya, jumlah jualan pada September juga susut 23 peratus atau 9,715 unit berbanding bulan sama tahun lalu.

“Bagaimanapun, jumlah jualan dari awal tahun sehingga September 2018 adalah 454,971, meningkat tujuh peratus berbanding 425,678 yang direkod tempoh sama tahun lalu.

“Jumlah jualan pada Oktober dijangka kekal pada paras yang dicatatkan pada September disebabkan kebanyakan permintaan dipenuhi pada tempoh cuti cukai,” katanya.

Daripada jumlah jualan yang dicatatkan pada September, kenderaan penumpang menyumbang 27,022 unit manakala komersial 4,219 unit.

Dari segi pengeluaran pula, industri menghasilkan 37,000 unit kenderaan pada September dengan 33,436 unit adalah kenderaan penumpang, manakala komersial 3,564 unit.

Jumlah pengeluaran September pula lebih rendah berbanding 38,213 unit pada September 2017.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Loan kena reject sbb komitmen tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 09:53 AM | Show all posts
kalau nak bandingkan dengan 0 gst mmg ler merosot.. sbb tax holiday..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
gujiwa replied at 16-10-2018 09:53 AM
kalau nak bandingkan dengan 0 gst mmg ler merosot.. sbb tax holiday..

Patut la krjn hilang berbilion hasil cukai n takda duit sampai tpaksa introduce cukai2 baru utk cover balik kehilangan berbilion masa tax holiday
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 10:00 AM | Show all posts
harizs replied at 16-10-2018 09:56 AM
Patut la krjn hilang berbilion hasil cukai n takda duit sampai tpaksa introduce cukai2 baru utk co ...

lepas tu dia kata plak.. org lain songlap..
tak nak mengaku lagi tu... sbb tax holiday banyak keburukan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
gujiwa replied at 16-10-2018 10:00 AM
lepas tu dia kata plak.. org lain songlap..
tak nak mengaku lagi tu... sbb tax holiday banyak ke ...

SST gagal halang ketirisan cukai berbilion setahun..  Dia sendiri mengaku di parlimen sst x efficient spt gst .. Negara lain tambah kecekapan cukai dgn tukar sst ke gst. MSIA patah balik ke blkg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2018 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
LOL.. beli kete bnyk bkn ada tmpt parking pun, menyemak je blok jalan or gate umah jiran
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 10:06 AM | Show all posts
Baguslah kurang sikit kereta atas jalanraya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak beli kete..dok umah yang oarkingnya cukup xpe..
Ni ko dok umah flat..kete 3..van 1..lori 1
Pastu semua parking nak diguna
Sian kat org lain...
Umah teres pon kalau dh kete 8 biji..semua dok parking deoan umah orang..
Bertabah lah jenjiran semuaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha kan dah ckp hahaha hahaha hahaha Ada monyet hari Tu bangga sesangt jualan keta naik hahaha hahaha hahaha otak cam Ni Ada hati nak tulis Kat pablik forum hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua sales menurun semenjak raya haji/lps sst/Sept banyak cuti.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 02:28 PM | Show all posts
yela tu..aku tengok makin laju je no plat bertukar kat tempat aku ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 16-10-2018 01:47 PM
Hahaha kan dah ckp hahaha hahaha hahaha Ada monyet hari Tu bangga sesangt jualan keta naik hahaha ha ...

Ramai org kaya beli kereta x pyh byr tax masa musim tax holiday..  Skrg gov komplen duit xda
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 04:27 PM | Show all posts
Betul lah tu merosot sebab tak dak stok. Jadah beli myvi, lepas 3 bulan pon x dapat2 lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.077184 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list