CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1731|Reply: 36

[Tempatan] Edisi lobai mabuk: Oktoberfest boleh pulak!

[Copy link]
Post time 16-10-2018 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pas sokong Oktoberfest boleh dibenarkan dengan syarat

Oleh MALAYSIA DATELINE
October 16, 2018 7:18 am2

Bagi saya perkara ini boleh dibenarkan dengan syarat tidak menimbulkan sebarang pencerobohan terhadap kepentingan orang lain, kata Takiyuddin.

Selepas dihentam kiri dan kanan berkaitan Oktoberfest, akhirnya Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan sendiri bersetuju dengan kenyataan Menteri Wilayah, Khalid Samad bahawa perayaan itu boleh dibenarkan dengan syarat.

Ketika ditemui media di lobi Parlimen,Takiyuddin berkata, kenyataan Khalid itu adalah langkah yang perlu dibuat oleh kerajaan.

“Saya melihat bahawa kerajaan, walaupun setengah pihak tak senang dengan kenyataan menteri yang mengatakan bahawa perlu dibenarkan dengan syarat.

“Tapi, saya rasa itu langkah yang perlu dibuat oleh kerajaan. Orang yang tak jadi kerajaan mungkin dia tak tahu,” kata Takiyuddin kepada media.

Bagi beliau, orang yang jadi kerajaan tahu dan faham bahawa orang bukan Islam juga adalah rakyatnya yang ada hak terhadap minum arak.

“Tapi pokoknya begitulah. Bagi saya perkara ini boleh dibenarkan dengan syarat tidak menimbulkan sebarang pencerobohan terhadap kepentingan orang lain.

“Kalau sekiranya ia boleh dikawal, dalam keadaan apa pun boleh dibenarkan,” kata ahli parlimen Kota Bharu itu.

Pelbagai serangan dan cemuhan dibuat oleh pelbagai pihak kepada Khalid apabila beliau berkata Oktoberfest boleh diadakan dengan syarat.

Antaranya orang Islam tidak dibenarkan menyertai majlis ini, diadakan di tempat tertutup, tidak menyusahkan pihak lain dan mematuhi segala peraturan yang telah ada.

Datuk Bandar Kuala Lumpur pula menambah syarat termasuk tidak dibenarkan sebarang promosi terbuka dibuat termasuk menggantung sebarang banner atau sepanduk.

Sos: https://malaysiadateline.com/pas-sokong-oktoberfest-boleh-dibenarkan-dengan-syarat/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

P/s: so lobai cakap boleh, walaun2 semua kena sujud sembah dgan tokey arak lah pasni kan kan kan? Kahkahkah!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 10:38 AM | Show all posts
sendu nyer tered kau sister...mujurlah akak masuk untuk memeriahkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah ada gak org dlm PAS yg cuba faham dari perspektif pihak berautoriti....good job well done
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 01:39 PM | Show all posts
i masuk je tered kakak dodol.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 01:58 PM | Show all posts
Bodohnye ko ni.. betul la tu.. kalu patuh dgn syaratnya takdak masalah pon nak menogok arak... lantak korang le... dah agama korang benarkan mnegok arak.. tapi kena ikut la syarat2 nye kerana korang hidup bersama di kalangan orang islam.... Sensitiviti kena jaga.. BODOH!!

Kenapa umat islam di India kalu nak jalankan ibadah Qurban lembu kena buat tertutup?? Sama jugak prinsipnya... Ko je yg BODOH payah nak hadam!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
namirulmukminin replied at 16-10-2018 01:58 PM
Bodohnye ko ni.. betul la tu.. kalu patuh dgn syaratnya takdak masalah pon nak menogok arak... lanta ...

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/10/09/boleh-anjur-oktoberfest-tapi-bersyarat-kata-khalid-samad/

Bandingkan statement Khalid Samad dgn video Takiyuddin...then bleh bagi apa yg berbeza??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2018 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu oktoberfest ni camnih....melibatkan sentimen 2 pihak...

Satu org Islam yg mmg xnk pesta arak
Dua pihak non muslim yg demand nk buat pesta arak


So kerajaan dtg dgn solusi win2....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2018 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
namirulmukminin replied at 16-10-2018 01:58 PM
Bodohnye ko ni.. betul la tu.. kalu patuh dgn syaratnya takdak masalah pon nak menogok arak... lanta ...

So apa yg korang bising suruh cancel nya?? Khalid samad pon cakap benda sama jugak. Kau nak konar mana lgi dek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2018 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah lobai kantoi bodoh terus senyap
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 02:30 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 16-10-2018 02:25 PM
So apa yg korang bising suruh cancel nya?? Khalid samad pon cakap benda sama jugak. Kau nak konar  ...

Ko dah baca dan pahamkan dah betul2 doa aku tempoh hari?? Aku tekankan pasal "syarat" tu kan... Sapa bodoh ni?? Ko la yg lembab payah nk hadam.. Wakakakkakakaka..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 16-10-2018 02:25 PM
So apa yg korang bising suruh cancel nya?? Khalid samad pon cakap benda sama jugak. Kau nak konar  ...

Mcm aku ckp dlm tred mana ntah, kerajaan dh amik jln tgh dgn menjaga sensitiviti semua pihak.....tiada pesta arak dlm erti kata PESTA, minum still bleh meinum, nk celebrate oktoberfest pun still bleh tp dlm ruang lingkup yg dibenarkan, dan jgn ada promosi
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 02:32 PM | Show all posts
minum dalam rumah sendri tak boleh ka?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 02:32 PM | Show all posts

Ye... Ini lah syarat yg aku quotekan dlm "doa" aku ari tu... Tapi ada si bahalol yg tak baca dan pahamkan betul2 terus meroyan..

“Garis panduan yang perlu dipatuhi ialah ia (dibuat ) di tempat terkawal, bukan tempat khalayak ramai dan tidak ada orang Islam yang hadir,” katanya pada sidang media di Menara DBKL hari ini.


Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Aerhys at 16-10-2018 03:04 PM

Betullah tu apa yg dia cakap. Kita hidup di negara berbilang kaum dan agama. Ada sensitiviti masing2 jadi belajarlah menghormati satu sama lain. Tidak perlu menyekat aktiviti kaum lain hanya kerana ia haram bagi kaum muslim asalkan aktiviti itu dikawal dan tidak mengganggu orang lain. Sepertimana aktiviti qurban umat islam menyembelih lembu kaum hindu pun boleh toleransi tak ada yg protes kan?. Yg penting saling toleransi kita hidup di negara majmuk. Toleransi itu bukan bermakna kita menyokong sesuatu aktiviti. Sila fahamkan betul2.

Cuma sy nampak hal ini menjadi isu besar apabila ada pihak busuk hati dan tidak bertanggungjawab menjadikannya isu politik untuk provoke perpaduan rakyat. Itu sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasar lobai kon...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 03:20 PM | Show all posts
bodohnya lobai pas tak berani nak pertahan hujah sendiri

kalau iols walaupun hujah salah iols pastikan iols yang menang

spin lah kut mana pun janji voleh pakai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis tu betul la apa menteri ckp kn..membenarkan dgn bersyarat..yg pelik lobai bodo pi  bidas menteri knp pulak??


   


Home  Artikel PAS Wilayah
WILAYAHARTIKEL PAS WILAYAHUNCATEGORIZED
Oktoberfest : Menteri Sewajarnya Pelihara Maslahah Awam
11/10/2018 254 views



KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
11 Oktober 2018 | 30 Muharram 1440

“OKTOBERFEST: MENTERI SEWAJARNYA PELIHARA MASLAHAH AWAM”

1. Kebenaran diberikan oleh Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad untuk pesta arak Oktoberfest dilangsungkan di Ibu Negara telah menyerlahkan sikap tidak peka beliau terhadap risiko dan kesannya kepada masyarakat.

2. Malah, bagaikan satu lakonan, ‘nasihat’ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa kepada rakannya itu tidak lebih dilihat merupakan ‘sokongan’ untuk ‘kelancaran’ program tersebut.

3. Sejauh mana dapat dijamin tidak ada langsung orang Islam akan terlibat pada acara yang terang nyata maksiat dan munkar tersebut. Apakah kemudiannya wacana dangkal ‘dosa peribadi’ dan ‘dosa awam’ akan kembali dihujahkan?

4. Pihak Menteri mewakili Kerajaan PH sewajarnya menilai akibat dari pengambilan alkohol yang merekodkan banyak statistik buruk baik di Malaysia mahupun seluruh dunia. Apatah lagi dijadikan pesta sedemikian.

5. Ia sama sekali bukan budaya masyarakat di rantau ini yang kuat dengan resam ketimurannya. Bahkan negara baharu sahaja dikejutkan dengan tragedi keracunan alkohol pada bulan lalu melibatkan 40 kematian daripada 95 kes.(~i)

6. Majlis Keselamatan Jalan Raya juga pernah menyatakan bahawa 30 peratus punca kemalangan adalah disebabkan pengaruh alkohol.(~ii) Hal sama juga punca kepada jenayah lain seperti zina, rogol, pergaduhan dan pembunuhan.

7. Bahkan, arak juga antara pencetus tertinggi kes masalah rumah tangga dan gejala sosial oleh semua kaum di negara ini. Sehingga bila semua ini dipekak-butakan hanya kerana semata-mata mahu memenuhi nafsu golongan tertentu?

8. Apakah janji “kajian akan dibuat” menjadi manifesto baharu disebalik kecederaan dan kematian berpunca dari arak yang saban minggu dilaporkan media? Walhal arak adalah kemungkaran yang tidak memerlukan ‘intipan’.

9. Jelas di sisi Islam, mahupun pada nilai sosial dan kesihatan manusia arak membawa begitu banyak keburukan. Maka di dalam isu ini, di mana slogan “Rahmatan Lil ‘Alamin” yang dicanang parti diwakili kedua-dua Menteri tersebut?

10. Sedangkan, wujud pilihan dan teladan lebih baik sebagaimana pernah ditunjukkan mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Seri Mhd Amin Nordin apabila tidak meluluskan Better Beer Festival pada tahun lalu. (~iii)

11. Kami tegaskan, kedangkalan dari kebenaran inilah bakal membarah ‘dosa peribadi’ meminum arak menjadi ‘dosa awam’ apabila ia menimbulkan kesan, mudarat atau bencana kepada pihak lain. Ketika itu, Khalid dan Mujahid perlu bertanggungjawab!

“Islam Memimpin”
“Terus Mara”
“Iltizam Bersama Islam”

USTAZ MOHD FARKHAN MD ZIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

http://harakahdaily.net.my/index.php/berita/15-tanah-air/8363-oktoberfest-menteri-sewajarnya-pelihara-maslahah-awam
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 03:28 PM | Show all posts

Kan bagus mcm ni...

Terima la hakikat negara kita ni berbilang bangsa...x perlu nak memaksa etos kita kepada orang lain...nak bercakap pasal moral...dosa pahala..halal haram...semuanya versi kita...

Konflik dalam masyarakat berlaku bila ada pihak nak pihak lain hidup macam mereka..

Mana2 yg drive sambil mabuk tu...gantung lesen keta 10 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Macai sehati sejiwa ngan lobai..kekasih gelap

“Jalan Nak Ke Masjid Ditutup, Tapi Untuk Pesta Arak Dibuka” – Annuar
KETEREH, 13 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa melahirkan kegusaran dan kekhuatiran apabila melihat pemimpin Islam kerajaan menjadi semakin permisif dan liberal.

Menurutnya, pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat semakin condong kepada nilai-nilai tajaan parti tertentu dalam politik kepartian mereka.

“Sedikit demi sedikit nilai Islam terhakis kerana lemahnya kita dalam tawar-menawar politik. Kita terlalu bergantung kepada talian hayat yang dikuasai orang lain,” katanya dengan nada kecewa.

Annuar dalam catatan di facebooknya memberi reaksi demikian berhubung komentar Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir Mohamad yang memberi justifikasi mengapa beliau tidak menentang ‘Oktober Fest’ atau ‘Beer Festival’.

Walaupun penulisan Tun Mahathir mengenai pesta arak tersebut mudah difahami dan diterima logik pemikiran biasa tetapi Annuar dengan tegas menyanggah pendapat Perdana Menteri Ketujuh itu.

“PM menjadikan alasan antara lain ‘Oktober Fest’ ini tradisi, khasnya bagi orang Jerman. Kalau pun benar begitu, perlu kita ingat Jerman adalah sebuah negara yang penduduknya majoriti bukan Islam dan Islam tidak terpahat dalam perlembagaan negaranya.

“Dan Jerman bukan negara yang dipimpin oleh orang Islam. Sementara kita negara pimpinan orang Islam dan Islam itu AGAMA BAGI PERSEKUTUAN,” tegas Annuar.

Ahli Parlimen Ketereh itu turut membidas pandangan Tun Mahathir yang tidak kisah jika orang bukan Islam mahu minum arak hingga pengsan sekalipun asalkan tidak menganggu orang lain, seperti memandu dalam keadaan mabuk dan sebagainya.

“Perlu difahami, Islam melarang minuman arak kerana ia adalah ‘khamr’ atau sesuatu yang memabukkan. Orang yang mabuk sudah pasti memudaratkan dirinya dan juga orang lain.

“Bila disebut festival sudah pasti ia dilakukan di tempat awam dan terbuka. Justeru kesan langsung atau tidak langsung pada orang lain sudah tentu ada. Maka sesuatu festival sudah tentu turut memberi impak pada orang Islam dan masyarakat,” bidasnya lagi.

Justeru sebagai pemerintah, Annuar mengingatkan mereka bahawa pemimpin bertanggungjawab kepada semua rakyat pimpinannya dan juga bertanggungjawab kepada Allah SWT.

“Para ulama’ mungkin boleh memberikan hujah berautoriti tentang perkara ini..tentang tanggungjawab seorang pemimpin Islam. Namun ia tidak wajar dilihat diberi galakan atau dorongan oleh pemerintah dalam apa jua bentuk sekalipun. Boleh saja ada pesta tanpa seolah membudayakan amalan yang memudaratkan, baik arak mahupun ‘khamr’ yang lainnya.

“Ia juga bercanggah dengan prinsip ‘private space’ dan ‘public space’ yang cuba dihurai oleh Menteri Agama kerajaan PH,” katanya.

Annuar juga menggesa kerajaan sebagai pemerintah agar tidak perlu membenar dan menggalakkan apa jua bentuk pesta bagi perkara yang dilarang oleh agama atau budaya di Malaysia ini.

“Jalan untuk penduduk nak ke masjid ditutup, tapi untuk pesta arak jalan diguna dan dibuka,” sinisnya. – Media UMNO
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2018 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 16-10-2018 02:30 PM
Mcm aku ckp dlm tred mana ntah, kerajaan dh amik jln tgh dgn menjaga sensitiviti semua pihak.....t ...

Yes betul tu. Yg digembar gembur buat Oktoberfest tu hanya dalam premis yg mmg sedia ada jual arak. Tpi lobai menyangka mereka nak buat besar besaran spt di Germany. Sendiri yg buat sangkaan buruk, sendiri yg meroyan. Even di borneo yg ummah kristus majoriti pon xde buat pesta Oktoberfest dalam erti kata pesta besaran, hanya buat di shopping mall dan ada booth kecil shj dan konsert mini. Aman2 aja konsepnya di sini, xde pon khabar berita org mabok langgar lari pelbagai.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.091162 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list