CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 841|Reply: 6

[Tempatan] CASH, seorang ahli Parlimen dikompaun merokok di Parlimen

[Copy link]
Post time 16-10-2018 01:23 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR -  Lapan kompaun kesalahan merokok dikeluarkan termasuk seorang ahli Parlimen sejurus bangunan Parlimen digazet sebagai kawasan larangan merokok berkuatkuasa 15 Oktober 2018.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tegas melaksanakan pemantauan ketat di ruang telaga udara, tempat rehat (lounge) ahli Dewan Rakyat dan kafeteria bangunan utama di Parlimen.

Ketua Sektor Kawalan Tembakau KKM, Dr Ariana Hassan berkata, hari ini kementerian menghantar seramai 23 orang pegawai kesihatan persekitaran untuk memantau tiga ruang merokok yang sebelum ini disediakan untuk merokok.

"Semalam hari pertama kita telah keluarkan lapan kompaun kesalahan, pagi ini belum ada lagi kes.

"Kami pantau di ketiga-tiga zon merokok sepanjang Parlimen bersidang," katanya ketika ditemui di luar bilik merokok di Parlimen, hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, mulai semalam, sudut merokok dan tempat makan di dalam bangunan Parlimen diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok.

Beliau berkata langkah itu dilaksanakan secara  serius mengikut peraturan bagi menjadikan keseluruhan kawasan berkenaan sebagai bebas merokok.

“Bagi perokok, mereka perlu merokok di luar bangunan Parlimen itu kerana di dalam bangunan Parlimen tiada lagi kawasan untuk merokok,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bangunan Parlimen diisytihar kawasan larangan merokok]

Kesalahan ini tertakluk di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Perokok yang merokok di tempat larangan merokok boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM 500 dan jika gagal dijelaskan boleh dikenakan denda tidak lebih RM 10,000 atau penjara tidak lebih dua bulan atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengisytiharkan semua restoran termasuk gerai dan warung di tepi jalan  di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok mulai 1 Jan 2019.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
MP mana yang kena kompoun tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 02:04 PM | Show all posts
udah di kabor dok buleh isap rokok kat parlimen pun hisap juga

dasar bengap
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 02:06 PM | Show all posts
mmg dasar bengap. peraturan utk org yg lemah katenyee
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 02:19 PM | Show all posts
sape yg kena x bg tahu pun...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik tak kena hempuk ya oleh mp tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2018 03:01 PM | Show all posts
Nasib baik YB tu tak tanya "Ko tahu aku siapa??"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.165359 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list