View: 724|Reply: 7
|
[Tempatan]
Didakwa cederakan anjing, jinjang senja tersenyum manja
[Copy link]
|
|
KUANTAN - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan seekor anjing,
Tertuduh, Ng En Choah, 47 dari Nenasi, Pekan mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Bagaimanapun Majistret Nurulnaim Abdullah tidak merekodkan pengakuan bersalah tertuduh selepas mendapati lelaki itu mempunyai rekod masalah mental dan masih menjalani rawatan.
Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Norhayati Abdullah, tertuduh didakwa secara kejam memukul dan menyepak haiwan tersebut dalam kawasan sebuah premis di Jalan Semambu-Jabor di sini.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 9 pagi, 10 Oktober lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru untuk pemeriksaan kesihatan mental selama sebulan sebelum menetapkan 14 November depan untuk keputusan laporan mental tertuduh. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alah dan2 pula mental lepas ni... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tengok video macam mati anjing tu
3 kali gampang ni libas dengan kayu
mendidih sial darah tengok!
& segampang2 manusia adalah pendera binatang
elok la kat tampoi tu jadi orang gila sampai mampos |
|
|
|
|
|
|
|
yeke??aduh kesiannya kat anjing tu..kenapa la orang suka seksa binatang ea?tekanan hidup ke hape?
|
|
|
|
|
|
|
|
dua tiga hari ni anjing kat umah aku suka menyalak yang bunyi seram tu
tepat je kul 11 malam mesti dia menyalak
ada hantukah |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kat anjing |
|
|
|
|
|
|
|
baca habis
dia gila & still on ubat lagi
tapi kalo depan mata aku
makan terajang la dulu
gila tak gila tolak tepi'
menitik air mata dengar anjing tu mengerang sakit
pernah dengar kan?
yg video kan pun bodoh
setakat jerit2 je hoi2 lepas tu viral
jadah nya?
takut dengan orang gila?
ambik kayu tu libas la balik kepala dia
|
|
|
|
|
|
|
|
walaupon ajeng harom , iols sayang dan tak sanggup tengok orang seksa anjeng. jilaka la khau digilis treler ulang alik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|