CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4190|Reply: 23

Ibu Bapa Dikecam Rawat Anak Jaundis Di Rumah Sahaja. Betul Ke Salah?

[Copy link]
Post time 17-10-2018 01:29 PM | Show all posts |Read mode



Penyakit kuning atau jaundis dalam kalangan bayi yang baru lahir boleh dikatakan agak tinggi peratusnya. Alternatifnya adalah rawatan lampu fototerapi iaitu mendedahkan bayi di bawah cahaya biru. Bagaimanapun untuk mendapat rawatan di hospital kerajaan perlu menunggu giliran dan agak menyusahkan kerana ibu tidak dapat berada bersama dengan bayi sepanjang rawatan tersebut. Manakala di hospital swasta pula agak mahal kosnya.


Bagi mengatasi kekurangan alat tersebut, ada syarikat persendirian yang menawarkan khidmat ini. Tetapi sejauh manakah keberkesanan peralatan ini? Tidak berbahaya untuk bayikah?





Kredit foto: Twitter





Pelbagai persoalan bermain di minda sesetengah netizen seperti adakah ia dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), prosedur pemantauan selama proses fototerapi tersebut dan ia sebenarnya berbahaya kerana membabitkan nyawa anak-anak.









Kredit foto: Twitter





Namun ia dinafikan oleh wakil syarikat tersebut yang menyatakan mereka adalah satu-satunya pemberi perkhidmatan sewa fototerapi bertauliah di Malaysia selama 18 tahun. Setakat ini, tiada masalah kerana mereka yang mahu mendapatkan perkhidmatan ini memerlukan membawa bayi jaundis serta diberi taklimat terlebih dahulu.



Bagaimanapun, ia masih tidak memuaskan hati pengadu ini yang berpendapat hanya hospital sahaja yang berhak memberikan khidmat tersebut. Jika ia boleh dilakukan di rumah sekalipun, perlulah mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah, bukannya usahawan yang sekadar mengejar untung sahaja.






Menafikan tuduhan melulu ini, ramai netizen yang pernah menggunakan perkhidmatan ini tampil menjelaskan cerita sebenar. Menurutnya alternatif sebegini diambil kerana banyak faktor. Antaranya ialah caj hospital swasta yang mahal sementara jika bayi diletakkan di hospital kerajaan pula, agak sukar untuk menyusukan bayi disebabkan status wadnya yang sentiasa penuh.



Apa yang perlu dilakukan ialah buat kajian terlebih dahulu dalam mencari syarikat sah serta mendapatkan nasihat dari doktor sendiri.






Kredit foto: Carian Internet




Kebanyakan yang mengambil perkhidmatan ini gembira kerana dalam tempoh tiga hari hingga seminggu, paras kuning menurun hingga catatan normal.



Jadi, tidak timbul masalah yang mengatakan ianya berbahaya kepada bayi atau pun ibu bapa yang hanya mementingkan diri semata-mata. Malahan ia lebih memudahkan kedua-dua pihak iaitu ibu dan anak itu sendiri.





Kredit foto: Carian Internet





"Yang aku tak faham, tukang maki semua tu pernah kena ke bayi kuning? Ke acah caring tapi sebenarnya belum kahwin pun."




Mungkin kita rasa kita tahu semua benda lalu mahu menulis tentang sesuatu isu. Namun, sebenarnya banyak lagi perkara di luar sana yang kita tidak ketahui pun jika tidak bertanya dan membuat kajian sendiri. Justeru, sebelum mencarut, berfikir terlebih dahulu sebelum memalukan diri sendiri ya. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2018 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ok ke alat ni? I baru tahu kewujudan alat ni bila kawan i tunjuk dekat ig sheols. Berkesan kot sbb within a week anak dia bebas jaundis.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah la xtau nk.ckp apa...
Sebab anak.iols jaundis masa dlm nicu...
Sepenuhnya doc n nurse yg jaga...
Laki iols.just htr susu saja..

Tp best masa iols bersalin.anak kedua di hkl..pastu admitted hospital kajang sebab baby sepsis..mak mak bleh dok special care nursery dgn baby...omg..haven.sgt dalam tu..hihi..
Seminggu jugak.la.iols.bercikcur dlm tu dengan mak mak lain...jaundis semua apa pon tgk depan mata je baby...

Fototerapi ni kejap kejap je kan letak..sebab lampunya panas btol...n doc akan.pantau.bacaan kuning tu..kena amek darah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 01:51 PM | Show all posts
Suka hati korang la, anak korang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
baby iols lahir2 dah duduk nicu dulu,pedihnya luka kene menapak 3 jam sekali dari wad bersalin ke wad baby untuk bagi susu badan. susu pula takde,uols menangis susukan bayi sejam,sampai berdarah keluar kat susu. nurse bising iols dukung lama sangat sebab nak letak baby kat uv. pilu hati sebab baby haus lagi. bila bawa baby balik rumah jaundice naik 2x ganda. iols rasa boleh guna benda ni kat rumah kalau mampu la.kene ada pengetahuan selain perlu juga bawa baby g klinik check darah hari2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bercakap tu mostly tau pasal peeubatan. Yg guna tu tak tau, main sewa je. Baby dah la fragile lg nk risikokan nyawa anak. Lantak korangla sian dpt parents bodoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2018 03:25 PM | Show all posts
xbaik cakap parents tu bodoh, depa cuba iktiar cara yang ada. aku yang ank dalam nicu 2 hari pon dah merempan nak bawak baby balik. pagi2 lagi dah keluar rumah g susukan ank, duduk la situ dari 9 pagi sampai 9mlm.. dalam pntg jalan nak tukar pad, makan bantai ja apa kat cafe hospital tu, kdg roti ja kesian kat ibu2 yang anak kena dok warded lama2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 03:28 PM | Show all posts
lps ni boleh lah doktor, nurse semua gantung uniform...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2018 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
malutapimahu: xbaik cakap parents tu bodoh, depa cuba iktiar cara yang ada. aku yang ank dalam nicu 2 hari pon dah merempan nak bawak baby balik. pagi2 lagi dah kel ...

Masalahnya parents bukan ada ilmu perubatan nak pantau lampu tu. Dia ada cara tertentu, and tak boleh biar mcm tu je silap2 boleh bawa kematian. Sbb tu orang marah. Risikokan nyawa baby. Kalau blh sewa mcm ni senangla tak payah pergi hospital terus.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 04:17 PM | Show all posts
rawatan fototerapi ni ok lagi, jangan sampai ada yg suggest bagi baby titisan air anggur hijau, mandikan baby dgn air sirap, air asam jawa bla bla bla, merapu semua tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 04:19 PM | Show all posts
Apa masalahnya..kome ni. Fikir la logik sikit ..dah lampu yang di gunakan tu sama je dengan yng digunakan kat hospiasal kan  ok je.. jangan la pegi letak lampu macam lampu rumah tu sudahla...my fren ada jugak yang sewa lampu ni..tapi dah consult dengan doktor dulu la...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 17-10-2018 04:41 PM

Anak akak jaundis pon akak treat kat rumah ja dek. Bagi minum akar rumput apentah petua orang dulu2 (rasa manis) dan hari2 jemur under matahari pagi. Akak berani la buat gitu sebab ada mak akak pantau. If takda mak yang berpengalaman, takda maknanya akak nak buat gitu. Makan dua minggu sheol nak sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
MelZ_Eulalia replied at 17-10-2018 04:17 PM
rawatan fototerapi ni ok lagi, jangan sampai ada yg suggest bagi baby titisan air anggur hijau, mand ...

Lg dahsyat jemur bawah matahari..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Manada sama lah..setiap baby jaundis perlu lampu berbeza2 lah..sori ya aku rasa memang amek kesempatan je la sapa niaga lampu ni..better guna je lampu hosp tu..doktor lagi tau kot baby tu perlu pakai berapa lampu..petua petui tu tak payah la..better kerap bagi susu je..tak kisah la badan ke susu tepung janji bilirubin tu turun..sekian pengalaman meols...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 01:35 AM | Show all posts
missDollie replied at 17-10-2018 11:44 PM
Manada sama lah..setiap baby jaundis perlu lampu berbeza2 lah..sori ya aku rasa memang amek kesempat ...

agree...  berbeza ikut reading baby...  cam anak aku kena double lamp tapi every 3 hours nurse akan tutup kejap...  bukan boleh selamba je taruk...  jangan main2 tau...  mata baby memang sentiasa pakai eyepatch untuk elak dari rosak sebab lampu tu...  masa aku boleh bf baru la nurse kasik bukak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 08:28 AM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 17-10-2018 10:51 PM
Lg dahsyat jemur bawah matahari..

yg ni memang dahsyat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2018 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
armin: Masalahnya parents bukan ada ilmu perubatan nak pantau lampu tu. Dia ada cara tertentu, and tak boleh biar mcm tu je silap2 boleh bawa kematian. Sbb t ...
takde masalah pon lampu tu, x bahaya langsung. kira menggantikan sinar uv la. tapi kena beli dari compqny yg ade licence registered barang tu dari mda. selebihnya boleh je letak. berapa cm dari baby so biarjela. nanti tukar2 la posisi tu.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
missDollie replied at 17-10-2018 11:44 PM
Manada sama lah..setiap baby jaundis perlu lampu berbeza2 lah..sori ya aku rasa memang amek kesempat ...

he he. lampu kat hospital tu sama je kat rumah. silap2 hospital gov guna lampu panjang lagi murah dari led. lampu tu lambat sket la nak baiknya baby kalau guna led, intensity nya tinggi. sesetngah org memang pqranoid. tapi bagus la ade perasaan tu utk baby aendiri kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 10:35 AM | Show all posts
tom2 replied at 18-10-2018 08:53 AM
he he. lampu kat hospital tu sama je kat rumah. silap2 hospital gov guna lampu panjang lagi murah  ...

mandai2 je kata sama... i will not risk my baby.. saya hari tu pulun jugak anak kena tahan tapi takde katil untuk.. terpaksa tinggalkan.. tapi besoknya pagi2 dh dtg hospital tunggu baby kat kerusi rotan je kerusi lama pulak tu kat luar wad.. masuk kejap2 tgk baby susukan dia...sampai tertidur2 kat situ... lepas tu lepas lunch nak dekat pukul 3 ada berita baik doc suh admit wad dgn baby2 sekali.. syukur takyah ulang alik.. aa jugak nurse ambik baby sbb bacaan dia memerlukan dia duduk bawah lampu... so be it... kita tahu anak kita in safe hand of mereka2 yg pakar.. tapi bila balik rumah pulak.. still kuning .. berulang alik la ke kk... dah la rumah atas... dekat sebulan.. itu ini buat tak turun jugak.. sekali bagi susu formula.. tu dia shoot turun .. turun byk pulak tu... sebelum tu bagi susua bdan non hado penurunannya.. aa terbaca mungkin tu salah satu punca...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 10:39 AM | Show all posts
hak tegur pun...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.381633 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list