CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3223|Reply: 0

EDISI TERENGGANU : TATIUC lebarkan jalinan kerjasama dengan industri

[Copy link]
Post time 24-10-2018 10:25 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU 24 Okt. - Kolej Universiti TATI (TATIUC), hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan dua buah syarikat bagi melebarkan jalinan kerjasama dalam usaha memperkasakan lagi bidang penyelidikan dan latihan.
                       
Institusi pendidikan tinggi swasta milik kerajaan negeri itu menarik penglibatan syarikat pengeluaran bahan kimia, Optimistic Organic Sdn. Bhd. (OOSB) dan syarikat kejuruteraan, Integratus Maintenance Services Sdn. Bhd. (IMSSB).

Rektor TATIUC, Prof. Dr. Anuar Ahmad mewakili TATIUC manakala OOSB diwakili Pengarahnya, Mohd. Ali Ayub dan iMSSB, oleh Pengarah Urusan, Hamidon Md. Khayon menandatangani MoU itu  di Damai Lounge, Wisma Darul Iman dengan disaksikan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya; Penasihat Undang-undang negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah TATIUC.

Berucap dalam majlis itu, Dr. Ahmad Samsuri berkata, jalinan kerjasama itu bakal memberi makna besar dalam membangunkan modal insan negeri sekali gus membantu merealisasikan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (Pitas) 2030.

"Saya berharap aktiviti kerjasama terus dipertingkat sehingga ke skala lebih besar seperti industri menawarkan biasisiwa kepada pelajar anak negeri berpotensi untuk menyambung pengajian di TATIUC manakala TATIUC pula dapat turun ke lapangan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi industri.

"Jalinan kerjasama antara TATIUC dan industri tentunya akan berbalik manfaat kepada kedua-dua pihak, dengan impak lebih besar kepada anak-anak negeri," katanya.

Sementara itu, menurut Anuar, kerjasama dengan OOSB dan IMSSB bukanlah perkara baharu apabila kedua-duanya terlibat secara aktif dalam menerima pelajar TATIUC untuk menjalani latihan industri di samping menyediakan program skim latihan perantisan. - UTUSAN ONLINE
        


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.135051 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list