CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1831|Reply: 6

Perniagaan Dalam Talian Bakal Dikenakan Cukai?

[Copy link]
Post time 25-10-2018 04:01 PM | Show all posts |Read mode

Kredit foto: utusan


Belum lagi reda dengan isu cukai SST yang menjadi perdebatan di kalangan rakyat Malaysia, kini satu lagi jenis cukai di jangka akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Suatu perbincangan mengenai pelaksanaan cukai terhadap perniagaan dalam talian di jangka akan berlangsung di antara Kementerian Kewangan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM).

Dalam satu kenyataan, Timbalan Menteri Kemeterian Komunikasi dan Multimedia menegaskan bahawa pengenalan cukai terhadap perniagaan dalam talian ini baik dan wajar dilaksanakan kerana tiada pihak yang sepatutnya dikecualikan dari sebarang cukai.


Menurutnya lagi, cukai adalah satu bentuk sumbangan dan tanggungjawab rakyat buat kerajaan. Buat masa ini kadar cukai yang akan dikenakan masih dalam peringkat perbincangan dan akan di kaji secara terperinci terlebih dahulu. Kenyataan ini di buat sewaktu beliau mengadakan lawatan ke Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Perak di Kompleks  Sultan Nazrin Muizzudin Shah.


Foto Carian internet




Kenyataaan ini turut di sokong Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amirrudin Hamzah. Menurut beliau, kadar cukai yang bakal dikenakan terhadap perniagaan dalam talian sedang dalam pertimbangan pihak kerajaan.


Beliau berucap ketika sesi menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang Di Pertuan Agong semalam di Dewan Negara.



Apa pula pendapat anda? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2018 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini aku sokong....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lor.. perniagaan mmg la kena bayaq cukai kalau dah capai income tertentu xkisah la online ke tak..

Tahun lepas je kena 24 k sama mcm taun sebelum ni.. bezanya taun lepas income kurang.. kena banyak sbb depa kaitkan dgn regim gst najib
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 04:25 PM | Show all posts
dr zaman bn lagi dah sembang nak buat cukai utk peniaga online kan....yg MLM tak kena cukai ke eh? berkepuk2 duit dorang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2018 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmla org meniaga online x byr cukai langsung, byr jugaklah
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 01:26 PM | Show all posts
kucingitam replied at 25-10-2018 04:25 PM
dr zaman bn lagi dah sembang nak buat cukai utk peniaga online kan....yg MLM tak kena cukai ke eh? b ...

Tu kan tak dibenarkan bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid (AJLSAP) 1993. MLM perlu ke bayar tax kalau dikira wang haram (jenis skim cepat kaya). Tapi sekarang kebanyakkan bisnes mmg mengamalkan sistem mlm.

Low risk, semua barang serah kat orang bawah (stokis/agent etc). Barang tak laku kat end user takpe janji 'licin' kat tauke pastu upload ig, stock licin etc etc sales mencapai rm100k etc etc sambil posing tepi kereta alpakk

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2018 09:41 AM | Show all posts
gigimukelabu replied at 29-10-2018 01:26 PM
Tu kan tak dibenarkan bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid (AJLSAP) 1993. MLM perlu ke ...

hahahhaa...posing alfak org punya...kah kah kah..

tak tau lak bawah AJL memang tak dikenakan cukai..



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.074240 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list