CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3766|Reply: 32

Pukau

[Copy link]
Post time 26-10-2018 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Hembus asap rokok pukau mangsa

Oleh WARTAWAN Kosmo! Ahad


PETALING JAYA - Bukan sebarang hembusan. Dengan hanya sekali hembusan asap rokok, lelaki atau perempuan yang menjadi mangsa didakwa tiba-tiba menjadi lupa diri dan seterusnya pengsan selama beberapa jam sebelum disamun oleh penjenayah.

Itu taktik penjenayah dengan memukau mangsa melalui asap rokok dalam beberapa kes melibatkan samun baru-baru ini.



Modus operandi mereka ialah menahan seorang mangsa tidak kira lelaki atau perempuan lalu bertanyakan sesuatu sambil menghisap rokok dan menghembuskan asapnya ke muka mangsa mengikut haluan angin.
Mangsa yang terkena didakwa seperti dipukau bagi memudahkan penjenayah menyamunnya sebelum melarikan diri.

Salah seorang mangsa, seorang pelayan pusat hiburan ditemui terbaring di SS3, Sungai Way di sini sewaktu rakannya hendak keluar ke pejabat minggu lalu.
Dia yang dikenali sebagai Josephine berkata, sebelum pulang dari kerja pada malam tersebut, seorang lelaki tidak dikenali muncul untuk bertanyakan sesuatu.

Katanya, lelaki tersebut kemudiannya menghembus asap rokok ke mukanya dan tiba-tiba kepalanya terasa pening hingga ditemui terbaring oleh rakannya.
"Saya kehilangan wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit yang semuanya bernilai hampir RM3,000.

"Rakan saya pelik kenapa saya tidur di taman tersebut sedangkan rumah kami tidak jauh dari situ," katanya.

Seorang lagi mangsa, Shahidah, 24, pula berkata, dia kehilangan beg tangan yang mengandungi segala barang berharga akibat semburan asap oleh seorang lelaki ketika sedang menuju ke keretanya di sebuah kompleks beli belah.

"Apa yang saya ingat, dia turut menaiki kereta saya sebelum saya ditemui sedang tidur di atas kerusi tempat riadah di Rawang.

"Kereta saya tidak dilarikan tetapi beg tangan yang mengandungi wang tunai, barang kemas, telefon bimbit dan lain barang berharga lesap," jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Azrul, 25, pula mendakwa kehilangan telefon bimbit bernilai RM2,000 akibat kejadian dipukau seorang lelaki pada 27 Mac lalu.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu beliau sedang menunggu rakannya yang sedang berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Maju Junction di sini.

"Ketika menunggu, saya keluar menghisap rokok sebelum didatangi seorang lelaki berpakaian kemas yang ingin meminta pertolongan menggunakan telefon bimbit milik saya.

"Dengan wajah penuh kasihan, dia beritahu dia bekerja sebagai pensyarah dan hendak lakukan transaksi wang kepada anaknya di sebuah bank dan meminta saya mendail nombor telefon bank berkenaan," katanya.

Azrul berkata, secara tiba-tiba seorang lelaki lain yang dipercayai rakannya menghampiri mereka dan menghulurkan sebatang rokok kepada pensyarah tersebut sebelum beredar.

"Pensyarah itu kemudiannya terus menyalakan rokok sambil menghembuskan asap ke arah muka saya sebelum saya seperti tidak sedarkan diri atau terpukau.
"Tidak pasal-pasal saya rugi dekat RM2,000 akibat kehilangan telefon bimbit itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kes-kes tersebut.

"Kami masih menyiasat dan sehingga hari ini, belum ada tangkapan dibuat," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2018 05:17 PM | Show all posts
Salam Doc.

Nak tumpang tanya pasal PUKAU ni.


Ya, kami tahu para Doktor mmg tak percaya langsung bab-bab pukau ni bagai segala.

Tapi kalau dah jadi macam ni, berderet mangsa, berderet report polis.


So, pukau ni mesti ada asasnya kan?


adakah pukau ini halusinasi? sejenis jiwa yang sakit? ataupun apa agak nya ya?



Mohon Doc bolehlah bantu rungkai kan.


TQ   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2018 05:21 PM | Show all posts

Aku memang belum beruntung
Untuk menjatuhkan hatimu
Aku masih belum beruntung
Namun tinggi harapanku
Tuk hidup berdua denganmu

Aku sempurna denganmu
Ku ingin habiskan sisa umurku
Tuhan jadikanlah dia jodohku
Hanya dia yang membuat aku terpukau

Aku sungguh sangat bermimpi
Untuk mendampingi hatimu
Ku masih terus bermimpi
Sangat besar harapanku
Tuk hidup berdua denganmu

Aku sempurna denganmu
Ku ingin habiskan sisa umurku
Tuhan jadikanlah dia jodohku
Hanya dia yang membuat aku terpukau

Denganmu aku sempurna
Denganmu ku ingin habiskan sisa umurku
Tuhan jadikanlah dia jodohku
Hanya dia yang membuat

Denganmu aku sempurna
Denganmu ku ingin habiskan sisa umurku
Tuhan jadikanlah dia jodohku
Hanya dia yang membuat aku terpukau



Doc,

kalau ter-pukau macam neh pulak
ia melibatkan saraf ke, otot ke, enzim ke,  hormon ke apa ya?


tq

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yang pegang bahu, hembus asap rokok, jadi orang minyak bagai, ni semua kerja nak senang je menyamun orang. Yang laki arab dengan mak nya kat kedai runcit baru ni pun sama, pukau cashier sampai keluarkan semua duit kat cashier mesin. Naya kat orang, tak baik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 26-10-2018 05:21 PM
Doc,

kalau ter-pukau macam neh pulak

Ia melibatkan semua sekali, terutama urat dan otot zakar.

Erkk... Mcm ni kena potong kredit tak?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2018 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Diablo replied at 26-10-2018 07:57 PM
Ia melibatkan semua sekali, terutama urat dan otot zakar.

Erkk... Mcm ni kena potong kredit ta ...

Tak.
Opinion/feedback/satu aktiviti sosial kenapa nak potong kredit.

Dalam bilik kuliah pun, sape yg interact dgn others pun dpt marks kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-10-2018 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 26-10-2018 07:57 PM
Ada yang pegang bahu, hembus asap rokok, jadi orang minyak bagai, ni semua kerja nak senang je menya ...

Last week.punya berita melalui phone call je dah berjaya pukau org
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 26-10-2018 08:00 PM
Last week.punya berita melalui phone call je dah berjaya pukau org

Macam tak solid jah alasan tu sis. I rasa the victim yang terlampau panic sampai dia percaya buta2 kat scammer hansuang. Bila panic kan kita tak boleh berfikir secara cerdas & tepat maka senang fikiran dipengaruhi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2018 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 26-10-2018 08:08 PM
Macam tak solid jah alasan tu sis. I rasa the victim yang terlampau panic sampai dia percaya buta2 ...

Dapat call.
P nonong2 g bank.
Kluarkan duit.
Nak g cdm. Some how ada satu pakcik ni tlanggar dia ni.

Then dia terus sedar terpinga2
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2018 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa cemas tu hilang bila dia terganggu oleh benda lain. Sebab focus utama sebelumnya nak cepat2 keluar duit bayar hutang kalau tak macam2 boleh jadi & benda negatif ni dah menguasai dia. Syukur lah sempat tersentak sis. Patut banje pakcik tu lunch ke hape.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2018 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 26-10-2018 05:17 PM
Salam Doc.

Nak tumpang tanya pasal PUKAU ni.

Syd, sy jwb thru mobile sbb dlm duvet selepas oncall. Dia hembus asap yg ada anaesthetic agents ke apa tu syd? Dah amik blood from mangsa ke? Utk detect gases or chemical tertentu?

Juga, byk kejadian tu dekat taman, dekat ATM kiosk, so, CCTV will capture. Nak tahu rasanya apa behaviour victims selepas inhaled these smokes or gaseius agents ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2018 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 27-10-2018 12:34 AM
Syd, sy jwb thru mobile sbb dlm duvet selepas oncall. Dia hembus asap yg ada anaesthetic agents ke ...

Kalau ada yang jadi blur, mengong, pengsan maksudnya dalam rokok tu ada dadah ker?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2018 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
my sister kena 2 months ago, tp by phone. I think regardless apa nak buat pape kena mulakan dgn bismillah. Kalau by phone xlah chemical reaction ke apa kan....must be a spell! hahaha

Org jahat banyak skrg ni, takut tiap kali hi atm kalau malam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2018 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 27-10-2018 06:10 AM
my sister kena 2 months ago, tp by phone. I think regardless apa nak buat pape kena mulakan dgn bism ...

Ada kerugian?
If u dont mind.

Pls share more.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2018 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam grup whatsapps lgbt kitaorang ramai yang share pengalaman.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2018 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 26-10-2018 11:51 PM
Ada kerugian?
If u dont mind.


morning...ada 3k sib baik ada tu je dlm account dia

call pastu ckp dari jab apa ntah something like that and ckp ada tuduhan sindiket wang ke mende and nama sis sy ada

pastu,ckp tindakan akan diambil and so on..tp ble diselamatkan kalau bayar...peliknya adik sy yg bijak pandai tu pun ble terpedaya ..n nangis dia merayu pastu panggilan disambung ke pihak atasan...siap bg no ic tau....and that nx person..adik i hanya ikut apa dia suruh .. transfer duit ke account no yg diberi...

adik i, lepas transfer dia kata dia xbuat apa...dia mcm jalu and still xsedar apa dia buat tu betul ke salah..xde hesitate...bila balik rumah like ptg baru dia sedar...after laki dia marah...gitula...dia mcm mamai jap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2018 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 26-10-2018 11:52 PM
Dalam grup whatsapps lgbt kitaorang ramai yang share pengalaman.

eh group apaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2018 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 27-10-2018 09:02 AM
morning...ada 3k sib baik ada tu je dlm account dia

call pastu ckp dari jab apa ntah something  ...

Scammer.
U selalu dpt call mcm ni, i pun tanya dia mcm2 lagi. I kan garang. Tak tahu sape skrg nak call sape. Hahaha

Kalau my twin sisters, suka aniaya org2 ni. Ntah apa dia ajak sembang2 gelak2 sampai org tu fedup pastu org tu letak phone
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2018 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 27-10-2018 09:02 AM
eh group apaa

Kih kih
Grup underground
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2018 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 27-10-2018 01:24 AM
Scammer.
U selalu dpt call mcm ni, i pun tanya dia mcm2 lagi. I kan garang. Tak tahu sape skrg na ...

hehehehe i x garang...klu i marah org x tau tu marah atau tak

tapi now scammer everywhere so kena hati hati
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.462039 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list