alasan lelaki..kena buatan orang Endingnya
Dalam writ saman malu yang difailkan pada 23 Disember 2004, Norlida menuntut Hasmawi selaku defendan membayar ganti rugi am, ganti rugi khas berjumlah RM25,470 dan faedah pada kadar lapan peratus setahun untuk ganti rugi am. Norlida yang diwakili oleh peguam Shahruddin Osman turut menuntut faedah pada kadar empat peratus bagi ganti rugi khas dari 18 Disember 2004 hingga ke tarikh penyelesaian penuh, kos dan lain-lain relif. Hasmawi dalam afidavit pembelaannya bertarikh 22 April tahun lalu pula mendakwa dia bertindak membatalkan perkahwinannya dengan Norlida pada saat akhir kerana `penyakit buatan orang'. Hasmawi yang diwakili oleh peguam Mohd. Yusmadi M. Yusoff mendakwa, keadaan kesihatannya ketika itu turut diketahui Norlida dan keluarga bekas tunangnya itu. Sehubungan itu, Hasmawi menegaskan tidak wajar bagi plaintif untuk mendakwa pembatalan perkahwinan itu dibuat hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), 19 jam sebelum pernikahan. Oleh itu, Hasmawi memohon mahkamah menolak permohonan Norlida dan membuat tuntutan balas kerana plaintif membuat kenyataan salah, menyembunyikan fakta sebenar dan sengaja membenarkan dirinya dijadikan publisiti murahan media. Hasmawi berkahwin dengan Noraini Abdul Razak, 25, pada 14 Julai tahun lalu. (2006)
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm#ixzz5VUjeBFBR
© Utusan Melayu (M) Bhd
|