CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

  [Copy link]
 Author| Post time 12-12-2018 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 12/12/2018 (by: MJI)

1.  JOHOR BAHRU 11 Dis. -Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap kerajaan Pusat mengkaji terlebih dahulu isu sebenar yang berlaku di negeri ini sebelum menuduh perkara tidak tepat ataupun mendengar bisikan pihak tertentu. Tunku Mahkota Johor itu menegaskan, sebagai contoh isu Pulau Kukup di Pontian yang dilihat cuba campur tangan sedangkan perkara tersebut di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

2.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Empat Ahli Parlimen UMNO Sabah dijangka keluar parti tersebut hari ini bagi menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Kerajaan Persekutuan. Memetik laporan sebuah portal berita, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor juga dijangka mengumumkan pembubaran parti itu esok.

3.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mengakui terdapat empat pemimpin UMNO Sabah telah bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya hujung minggu lalu. Beliau berkata, dua daripadanya adalah Anggota Parlimen dan dua  lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

4.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menyifatkan pelantikan Nurini Kassim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, adalah pilihan yang tepat dalam mengukuhkan lagi kedudukan agensi berita itu.

5.  PETALING JAYA, 11 Dis – JKDM menubuhkan Cawangan Siasatan Dalaman bagi menangani salah guna kuasa dan rasuah dalam kalangan anggota serta pegawai tingginya. Ketua Pengarahnya Datuk Seri T. Subromaniam berkata pasukan itu akan bertindak memantau pegawai dan anggotanya yang membuat tugasan di lapangan.

6.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Kerajaan mengambil langkah berhati-hati dalam meluluskan pelaburan langsung asing (FDI) dari China untuk mengelakkan negara dilabel sebagai pusat pemindahan (transhipment point) bagi produk dari China untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS), kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

7.  PETALING JAYA, 11 Dis - Peniaga dan sindiket penyeludupan rokok serta minuman keras akan dikenakan hukuman lebih berat selepas pindaan Seksyen 135 Akta Kastam 1976 dan Seksyen 74 Akta Eksesais 1976 diluluskan di Dewan Rakyat semalam. Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam berkata denda minimum sebanyak RM100,000 akan dikenakan bagi kesalahan penyeludupan rokok dan minuman keras, selepas kedua-dua akta itu dijangka dikuat kuasa 1 Januari tahun hadapan.

8.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan lebih banyak program pembangunan belia bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam usaha mengurangkan jumlah pengangguran golongan itu di negara ini. Timbalan Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata antara langkah yang akan diambil ialah meningkatkan kemahiran belia berasaskan pembangunan kerjaya mereka melalui program pembangunan belia.

9.  TANAH MERAH, 11 Dis - Pihak industri disaran memberi ruang untuk bekerjasama dengan pusat thafiz bagi melatih pelajar dalam bidang kemahiran, sekali gus membantu pusat itu melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing. Ketika membuat saranan itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata perkara tersebut perlu dilakukan bagi memberi nilai tambah kepada pelajar tahfiz untuk membolehkan mereka terlibat sama dalam pelbagai industri di negara ini.

10.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Guru yang berasal dari Kedah, Kelantan dan Terengganu merupakan antara yang paling ramai membuat permohonan pertukaran dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata guru sekolah rendah paling ramai memohon keluar dari Sarawak ke Semenanjung adalah seramai 386 orang untuk ke Kedah, diikuti Terengganu 298 orang, Kelantan (252) dan Johor (107).

11.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi menggesa penggiat industri pelancongan negara terutama yang melibatkan perkhidmatan kenderaan persiaran, supaya meletakkan keselamatan pelancong dalam dan luar negara di tahap optimum.

12.  ISKANDAR PUTERI, 11 Dis - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor menerima 13 aset baharu bernilai RM2.27 juta bagi memantapkan kecekapan operasi menyelamat dan menghadapi bencana alam di negeri ini khususnya banjir, kata Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani.

13.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menganjurkan pameran kenegaraan di 15 lokasi di seluruh negara untuk meningkatkan tahap semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Menterinya, Gobind Singh Deo berkata pameran itu akan dilaksanakan menerusi agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan tahun hadapan.

14.  KOTA BHARU, 11 Dis - Jenayah pecah rumah di Kelantan meningkat 18.87 peratus kepada 630 kes pada tahun ini berbanding 530 yang direkodkan pada tahun lepas, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan. Bagaimanapun indeks keseluruhan jenayah di Kelantan menurun sebanyak 13 peratus kepada 3,730 pada tahun ini berbanding 4,286 pada tahun lepas.

15.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Bukit Aman Datuk Seri Rosli Ab Rahman hari ini mendahului senarai 317 penerima Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis daripada Timbalan YDP Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Rosli dianugerahkan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).

16.  PUTRAJAYA, 11 Dis - Bekas PM Datuk Seri Najib Tun Razak serta bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, akan menghadapi pertuduhan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB esok. SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata ia telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Najib dan Arul Kanda di mahkamah esok.

17.    KUALA LUMPUR, 11 Dis - Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan Menteri Industri Utama Teresa Kok terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung dakwaan penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), diselesaikan melalui proses mediasi.

18.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Penstrukturan semula skim pencen penjawat awam hanya akan melibatkan pegawai lantikan baharu dan bukan penerima pencen sedia ada. Timbalan Menteri di JPM Datuk Dr Md Farid Md Rafik berkata kerajaan memberi jaminan segala bentuk penstrukturan dan kajian terhadap faedah persaraan dan skim pencen penjawat awam tidak akan memberi kesan kepada faedah persaraan dan kemudahan sedia ada walaupun kerajaan mengalami kekangan kewangan.

19.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Kementerian Pendidikan telah membekalkan perkhidmatan capaian internet di 10,190 sekolah seluruh negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata daripada jumlah itu, sebanyak 9,786 atau 96 peratus sekolah iaitu 6,684 sekolah luar bandar dan 3,102 sekolah bandar telah dibekalkan dengan perkhidmatan Program 1BestariNet.

20.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Kerajaan komited dengan penstrukturan semula Majlis Profesor Negara (MPN) untuk menjadi sebuah entiti yang bebas daripada pengaruh politik, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. TImbalan Menteri di JPM (Undang-undang) Mohamed Hanipa Maidin menegaskan MPN bukanlah platform politik kepada anggotanya untuk melaksanakan aspirasi politik mereka seperti yang berlaku pada masa lalu.

21.   MELAKA, 11 Dis - Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pertubuhan Agensi Berita Malaysia (BERNAMA) buat julung kalinya menganjurkan kursus asas fotografi dron di Melaka baru-baru ini. Seramai 30 peserta yang terdiri daripada usahawan yang sedang mencari peluang baru dalam industri pesawat kawalan jauh dengan mempelajari teknik, keselamatan dan penulisan skrip.

22.  KUCHING, 11 Dis - Lebih 12,000 orang bekas banduan di seluruh negara telah mengikuti latihan dalam pelbagai bidang kemahiran ketika ditahan di penjara dan seterusnya dianugerahkan sijil kemahiran sejak 2012, kata Pengarah Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia Abd Kadir Rais.

23.  BATU PAHAT, 11 Dis - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ‘menang besar’ apabila meraih anugerah hadiah utama di Seoul International Invention Fair 2018 (SIIF2018), Korea Selatan, baru-baru ini. Kemenangan berkenaan melalui projek ‘Direct Recycling-Hot Press Forging’ oleh Dr Nurkamilah Yusuf dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), UTHM.

24.  PUTRAJAYA, 11 Dis - Kerajaan akan melaksanakan program Biodiesel B10 – iaitu adunan 10 peratus biodiesel sawit dan 90 peratus diesel fosil – dalam sektor pengangkutan untuk kegunaan semua jenis kenderaan diesel mulai 1 Feb tahun depan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

25.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Seramai 130 pekerja Lynas Corporation Ltd, Pahang yang khuatir dengan masa depan mereka di syarikat itu berikutan apa yang didakwa berpunca daripada masalah pengurusan birokrasi, hari ini menyerahkan memorandum kepada kerajaan. Wakil kumpulan tersebut Jumaat Mansor berkata Lynas kini berhadapan masalah pengurusan birokrasi melibatkan pematuhan saringan operasi kilang yang boleh menyebabkan lesen syarikat berkenaan tidak diperbaharui sebelum September 2019.

26.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Lima syarikat perkilangan melibatkan penyertaan pelaburan asing menutup operasi sepenuhnya di negara ini dari Mei hingga September lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ong Kian Ming berkata kelima-lima syarikat itu melibatkan pelaburan keseluruhan bernilai RM308.7 juta.

27.  PETALING JAYA, 11 Dis - “Isytiharlah walaupun tiada harta”. Demikian nasihat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada anggota Parlimen termasuk dari Pakatan Harapan yang masih belum mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

28.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Kementerian Pendidikan menyediakan pelbagai insentif bagi menggalakkan lebih ramai guru berkhidmat di luar bandar atau kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Menterinya Dr Maszlee Malik berkata antara keistimewaan yang diberi adalah elaun khas mengikut lokasi dan kesusahan, bayaran insentif tetap perumahan, elaun balik kampung, elaun perumahan wilayah dan tambang ehsan bagi menziarahi ibubapa kandung dan mertua yang sakit atau meninggal dunia.

29.  JOHOR BAHRU, 11 Dis - Pusat Penyembuhan, Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Tampoi bakal dijadikan pusat rawatan penagih dadah yang menghidap penyakit mental, kata Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah. Beliau berkata ini ekoran kedudukan CCRC Tampoi yang terletak berdekatan dengan Hospital Permai yang mempunyai kepakaran dalam bidang psikiatri.

30.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter menggegarkan kawasan selatan Kepulauan Sandwich pada 10.26 pagi waktu Malaysia, hari ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi pada kedalaman 151 kilometer (km) itu terletak 3,736km tenggara dari Puerto Montt, Chile.

31.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Kementerian Pembangunan Luar Bandar sentiasa mempergiat program keusahawanan luar bandar yang berteraskan teknologi dan inovasi bagi memperkasa serta mewujudkan sumber pendapatan alternatif khususnya usahawan Bumiputera di luar bandar, kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa.

32.  SEREMBAN, 11 Dis - Media boleh menjadi rakan kongsi kepada kerajaan bagi usaha membawa negara dan negeri ke satu platform pembangunan yang baharu, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun. Melalui kerjasama dan persefahaman yang akrab bersama media, ia mampu memberikan pemahaman yang jelas kepada rakyat bahawa kerajaan mempunyai dasar yang baik untuk mereka.

33.  KOTA BELUD, 11 Dis - Polis mengesyaki pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kota Belud-Tuaran (Kampung Kelawat) petang semalam memandu di bawah pengaruh dadah. Pegawai penyiasat yang menyiasat kejadian itu melihat pemandu bas persiaran berusia 33 tahun itu membuang sesuatu ke dalam longkang di lokasi kejadian.

34.  KLANG, 11 Dis - Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Puteri Nor Zehan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, mendahului senarai 114 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena ulang tahun ke-73 Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Shaharafuddin Idris Shah, hari ini.

35.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Program kesedaran pemakaian tali pinggang keledar penumpang belakang kenderaan perlu dipergiat kerana kadar pematuhan kepada undang-undang itu masih rendah iaitu hanya sekitar lima peratus, kata Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata penguatkuasaan juga perlu diperhebat agar pematuhan dapat ditingkatkan.

36.  KUALA TERENGGANU, 11 Dis - JPBM akan mewujudkan pakaian seragam khas bagi 14,308 anggota yang menyertai 386 pasukan bomba sukarela di seluruh negara mulai tahun depan. Ia sebagai satu usaha JPBM memperkasakan fungsi pasukan bomba sukarela di samping melakukan beberapa penambahbaikan lain seperti penyelarasan waktu tindakan dan elaun turun ke lokasi.

37.  KUALA LUMPUR 11 Dis – TH akan memindahkan aset yang tidak menguntungkan bernilai kira-kira RM19.9 bilion kepada syarikat tujuan khas (SPV) menjelang 31 Disember ini, bermatlamat memantapkan kedudukan kewangannya. Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO TH, Datuk Seri Zukri Samat, berkata aset yang dipindahkan itu merangkumi hartanah dan ekuiti, manakala SPV itu akan dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

38.    SANDAKAN 11 Dis - Bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya, mengumumkan keluar parti bersama 55 ketua cawangan di sini, hari ini. Samsudin mengumumkan keluar parti bersama Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Zantapha Jainal Abidin dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Batu Sapi, Hazulizah Md Dani.

39.  PUTRAJAYA 11 Dis – KPKT akan mengeluarkan garis panduan khusus bagi memastikan setiap peruntukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) digunakan sebaik mungkin. Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata, garis panduan itu turut membabitkan peruntukan lawatan ke luar negara dan jenis program yang hendak dilaksanakan pada peringkat PBT.

40.  KOTA KINABALU 11 Dis - Polis belum menerima panggilan bertujuan menuntut wang tebusan daripada kumpulan empat lelaki lengkap bersenjata api yang menculik tiga nelayan di perairan Pegasus Reef Kinabatangan, 6 Disember lalu. Pengesahan terkini dari isteri salah seorang mangsa mengakui dihubungi oleh mangsa menyatakan mereka diculik dan di bawa ke satu tempat tidak diketahui di Filipina.

41.  KUALA LUMPUR 11 Dis - PAS meminta kerajaan melunaskan bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil di seluruh negara yang tertunggak sejak bulan lalu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata peruntukan yang sepatutnya disalurkan selama tiga bulan itu termaktub dalam Belanjawan 2018 pimpinan kerajaan terdahulu.

42.  IPOH 11 Dis - Enam maut dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Jelapang 3, Puncak Jelapang Maju, Jelapang, dekat sini, sebentar tadi. Jurucakap JBPM negeri, berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.55 tengah hari.

43.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik ketegasan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menolak untuk mengadakan pilihan raya PBT di sebalik terdapat segelintir kepemimpinan kerajaan PH terutama dari DAP yang masih mahu memperjuangkan isu tersebut, kata Ketua Pemudanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

44.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menegaskan bahawa tidak menyaksikan jumlah pengeluaran wang deposit yang mendadak dalam tempoh beberapa hari ini. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sri Zukri Samat berkata, orang ramai dilihat terus kekal menyokong dana umat Islam untuk mengerjakan haji berkenaan.

45.  JOHOR BAHRU 11 Dis. - Masalah gelandangan di bandar raya ini disifatkan semakin kritikal dana sebahagian besarnya adalah orang luar yang datang menetap atau bekerja di negeri ini. ADUN Larkin, Mohd. Izhar Ahmad berkata, ketika ini terdapat lebih 100 gelandangan di bandar raya ini di beberapa tempat awam antaranya tinggal di bawah jambatan, menumpang di hospital kerajaan selain berkeliaran di kawasan Teluk Danga.

46.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Lobi Dewan Rakyat hari ini bertukar kecoh apabila sekumpulan mahasiswa yang ingin menyampaikan memorandum berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dihalang oleh pegawai keselamatan Parlimen.

47.  KANGAR 11 Dis. - Kesemua projek mega di negeri ini yang ditangguhkan untuk dinilai semula kerajaan Pusat, telah diluluskan untuk pembangunan seperti yang dirancang, kecuali pembinaan Hospital Padang Besar. MB, Datuk Seri Azlan Man berkata, kelulusan yang diputuskan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi baru-baru ini, membuktikan bahawa kesemua projek dirancang kerajaan negeri itu telus demi manfaat rakyat.

48.  PUTRAJAYA 11 Dis. - Kerajaan menggesa syarikat minyak sawit Malaysia menghentikan segera pengimportan minyak sawit mentah dan sebaliknya menggunakan minyak sawit tempatan. Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata, gesaan itu dibuat memandangkan jumlah stok minyak sawit Malaysia bagi November meningkat 10.45 peratus kepada 3.01 juta tan daripada 2.72 juta tan pada Oktober.

49.  BANGKOK 11 Dis.- Selepas terakhir dilaksanakan lima tahun lalu, rakyat Thailand sekali lagi bakal memilih kerajaan baharu dalam pilihan raya umum negara ini yang akan diadakan pada 24 Februari tahun hadapan. Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand hari ini, selepas satu kenyataan tentang penarikan sekatan terhadap mana-mana aktiviti politik dikeluarkan dalam portal Royal Gazette.

50.  PULAU PINANG 11 Dis. - Seramai empat lelaki warga Nigeria yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan parcel dan sindiket Love Scam ditahan polis dalam satu operasi di sebuah kondominium di Bayan Lepas, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 21 tahun didapati sedang bersembunyi di balkoni kondominium tersebut.

51.  ALOR SETAR 11 Dis. - Seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) cedera di bahagian tangan akibat diserang seorang lelaki yang disyaki ulat parkir di hadapan sebuah kedai 24 jam, Jalan Putra, di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa berusia 20-an bersama-sama seorang rakan setugasnya sedang melakukan rondaan bermotosikal ketika menyertai operasi membanteras ulat parkir.

52.  JOHOR BAHRU 11 Dis. - Semua pendeposit dan pihak yang berkepentingan mempunyai hak untuk mengetahui keadaan sebenar tentang kedudukan serta amalan kewangan TH, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Justeru, beliau menyokong dan menyambut baik saranan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya RCI ditubuhkan segera bagi menyiasat, mengesah dan menerangkan secara telus dan terperinci berhubung isu itu.

53.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Sesi sidang Dewan Rakyat hari ini diserikan apabila Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) mengaku dirinya sebagai ultra India dan sayangkan kaum India. Beliau berkata demikian sewaktu bertanyakan soalan tambahan kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik semasa sesi soal jawab dengan meminta Kementerian Pendidikan memberikan perhatian terhadap cadangan mendirikan sebuah SJKT dalam kawasan Parlimennya.

54.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Parti Bersatu Sabah (PBS) menzahirkan kerisauan berhubung dakwaan kerajaan negeri Parti Warisan Sabah (Warisan) yang berkemungkinan mahu melanjutkan tempoh YDP Negeri itu sekarang. Tempoh khidmat YDP Negeri, Tun Juhar Mahiruddin sudah mencapai tempoh maksimum dua penggal sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah yang akan tamat pada penghujung bulan ini.

55.  KOTA BHARU 11 Dis. - Lembaga Pengarah Maahad Darul Anuar meminta mana-mana pihak yang ingin mengambil alih sekolah warisan keluarga bekas MB, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu supaya merujuk kepada pihak berautoriti atau membawanya ke mahkamah. Pengerusi Lembaga Pengarah Darul Anuar, Nik Omar Nik Abdul Aziz berkat, sehingga hari ini, pihaknya berpandangan masih mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap sekolah tersebut.

56.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Seorang ahli Dewan Negara mempersoal motif Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof yang mendedahkan isu Lembaga Tabung Haji didakwa telah mengeluarkan hibah atau dividen bercanggah dengan Akta Tabung Haji 1995 sejak 2014.

57.  FLORIDA 11 Dis.- Seorang wanita ditahan polis atas dakwaan cuba menyerang seorang lelaki dengan menggunakan sebilah pisau di sebuah pusat beli belah, di sini. Memetik laporan Miami Herald, Shanetta Yvette Wilson, 37, dilaporkan bertindak demikian kerana terlalu marah dengan lelaki itu yang menegur kelakuannya ‘membuang angin’ ketika berbaris di kaunter pembayaran.

58.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Walau apa pun yang berlaku, UMNO di Sabah akan terus diperkukuh malah dikekalkan termasuklah memberikan kuasa autonomi parti di negeri itu. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, proses ini sedang dilakukan bagi memperkuat serta membolehkan UMNO Sabah diberikan lebih besar peranan dan tanggungjawab.

59.  IPOH 11 Dis. - Enam mangsa yang maut dalam kebakaran di sebuah premis rumah kedai di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju di sini sempat menjerit meminta tolong sebelum suara mereka semakin perlahan dan lenyap. Seorang saksi yang merupakan abang kepada salah seorang mangsa, P. Appu, 48, berkata, dia yang berada di luar premis itu terkejut apabila mendengar bunyi letupan kuat dan api mulai marak membakar premis berkenaan.

60.  BUKIT MERTAJAM 11 Dis. – SPRM masih meneliti maklumat berkaitan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang didakwa mengeluarkan hibah atau dividen bercanggahan dengan Akta Tabung Haji 1995 sejak 2014. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, ini kerana setiap maklumat yang diterima perlu mempunyai asas seperti berlakunya salah guna kuasa  sebelum siasatan boleh dijalankan.

BERITA SUKAN:

1.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Biarpun cabaran Malaysia di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Sabtu ini amat berliku selepas seri 2-2 dengan Vietnam dalam final pertama hari ini, namun melihat prestasi pemain dalam 65 minit terakhir, Harimau Malaya tetap punya peluang baik untuk merangkul kejuaraan Piala AFF buat kali kedua.

2.  ROM 11 Dis. - Penyerang Juventus Cristiano Ronaldo mencabar Lionel Messi agar meninggalkan Barcelona dan menandatangani kelab baharu di Itali. Pemain kebangsaan Portugal itu menyertai juara Serie A, Juventus daripada Real Madrid dengan nilai perpindahan 99.2 juta pound (RM521.37 juta) pada musim ini.

3.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Skuad Harimau Malaya berdepan laluan berliku untuk menjulang trofi Piala AFF selepas terikat 2-2 dalam aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini sebentar tadi. Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe perlu meraih kemenangan di Hanoi, Sabtu ini atau seri dengankeputusan tiga gol untuk mengatasi kelebihan jaringan yang dimiliki Vietnam bagi mengulangi pencapaian 2010.

4.  KUALA LUMPUR 11 Dis. – Biarpun menghantar skuad kecil dalam Siri Jelajah Dunia Akhir di Guangzhou yang bermula hari ini, namun BAM meletakkan harapan besar kepada dua wakilnya untuk melangkah ke perlawanan akhir. Pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mengetuai cabaran beregu campuran negara bersama Goh Soon Huat-Shevon Lai.

5.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Kegagalan skuad negara mencapai kesemua sasaran ditetapkan dalam semua kejohanan yang disertai tahun ini memerlukan satu bedah siasat khas oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), seperti dilakukan sejurus kegagalan dalam Piala Dunia 2014. Terbaharu, Malaysian Tigers tidak mencapai sasaran 10 terbaik dalam Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India apabila menamatkan aksi di tempat ke-15 keseluruhan.

6.  KUALA LUMPUR 11 Dis - Meskipun memiliki kelebihan bagi aksi final kedua Piala AFF 2018,  namun Vietnam jelas kecewa selepas membenarkan Malaysia mengikat kedudukan 2-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil. Bagaimanapun, jurulatih skuad Naga Emas itu, Park Hang Seo mengakui berpuas hati dengan keputusan 2-2 yang dilakar anak buahnya sebagai bekalan untuk aksi kedua di Hanoi, Sabtu ini.

7.  KUALA LUMPUR 11 Dis - Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tidak menganggap rekod pertemuan ke atas pasangan nombor dua dunia China, Wang Yilyu-Huang Dongping sebagai kelebihan apabila turun bagi aksi sulung Kumpulan B saingan Jelajah Dunia Akhir BWF di Guanzhou, China esok.

8.  KUALA LUMPUR 11 Dis - Azroy Hakeem Anuar terus menjadi sandaran pasukan Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing (Yuzy Racing) untuk menaiki podium di pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Penawar, Johor pada 15 dan 16 Disember ini. Berikutan itu, pengurus pasukan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berharap anak buahya akan berusaha sebaik mungkin dalam perlumbaan pada Sabtu dan Ahad nanti.

9.  PARIS 11 Dis - Max Verstappen akan mengurangkan kritikannya terhadap Renault selepas bekas rakan sepasukannya, Daniel Ricciardo menyertai pasukan itu. Pemandu Belanda itu begitu lantang menyuarakan kekecewaannya ke atas enjin Renault musim lalu, di mana Red Bull ketinggalan jauh di belakang Mercedes dan Ferrari.

10.  BHUBANESWAR 11  Dis - Perancis mempamerkan peningkatan prestasi di Piala Dunia dan selepas menewaskan juara Olimpik, Argentina, mereka kini sedia untuk menyingkirkan juara dunia, Australia pula. Menduduki ranking paling rendah di tangga ke-20, Perancis diramal antara empat pasukan yang akan tersingkir awal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2018 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 12/12/2018 (by: MJI)

1.  JOHOR BAHRU 11 Dis. -Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap kerajaan Pusat mengkaji terlebih dahulu isu sebenar yang berlaku di negeri ini sebelum menuduh perkara tidak tepat ataupun mendengar bisikan pihak tertentu. Tunku Mahkota Johor itu menegaskan, sebagai contoh isu Pulau Kukup di Pontian yang dilihat cuba campur tangan sedangkan perkara tersebut di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

2.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Empat Ahli Parlimen UMNO Sabah dijangka keluar parti tersebut hari ini bagi menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Kerajaan Persekutuan. Memetik laporan sebuah portal berita, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor juga dijangka mengumumkan pembubaran parti itu esok.

3.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mengakui terdapat empat pemimpin UMNO Sabah telah bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya hujung minggu lalu. Beliau berkata, dua daripadanya adalah Anggota Parlimen dan dua  lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

4.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menyifatkan pelantikan Nurini Kassim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, adalah pilihan yang tepat dalam mengukuhkan lagi kedudukan agensi berita itu.

5.  PETALING JAYA, 11 Dis – JKDM menubuhkan Cawangan Siasatan Dalaman bagi menangani salah guna kuasa dan rasuah dalam kalangan anggota serta pegawai tingginya. Ketua Pengarahnya Datuk Seri T. Subromaniam berkata pasukan itu akan bertindak memantau pegawai dan anggotanya yang membuat tugasan di lapangan.

6.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Kerajaan mengambil langkah berhati-hati dalam meluluskan pelaburan langsung asing (FDI) dari China untuk mengelakkan negara dilabel sebagai pusat pemindahan (transhipment point) bagi produk dari China untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS), kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

7.  PETALING JAYA, 11 Dis - Peniaga dan sindiket penyeludupan rokok serta minuman keras akan dikenakan hukuman lebih berat selepas pindaan Seksyen 135 Akta Kastam 1976 dan Seksyen 74 Akta Eksesais 1976 diluluskan di Dewan Rakyat semalam. Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam berkata denda minimum sebanyak RM100,000 akan dikenakan bagi kesalahan penyeludupan rokok dan minuman keras, selepas kedua-dua akta itu dijangka dikuat kuasa 1 Januari tahun hadapan.

8.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan lebih banyak program pembangunan belia bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam usaha mengurangkan jumlah pengangguran golongan itu di negara ini. Timbalan Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata antara langkah yang akan diambil ialah meningkatkan kemahiran belia berasaskan pembangunan kerjaya mereka melalui program pembangunan belia.

9.  TANAH MERAH, 11 Dis - Pihak industri disaran memberi ruang untuk bekerjasama dengan pusat thafiz bagi melatih pelajar dalam bidang kemahiran, sekali gus membantu pusat itu melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing. Ketika membuat saranan itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata perkara tersebut perlu dilakukan bagi memberi nilai tambah kepada pelajar tahfiz untuk membolehkan mereka terlibat sama dalam pelbagai industri di negara ini.

10.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Guru yang berasal dari Kedah, Kelantan dan Terengganu merupakan antara yang paling ramai membuat permohonan pertukaran dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata guru sekolah rendah paling ramai memohon keluar dari Sarawak ke Semenanjung adalah seramai 386 orang untuk ke Kedah, diikuti Terengganu 298 orang, Kelantan (252) dan Johor (107).

11.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi menggesa penggiat industri pelancongan negara terutama yang melibatkan perkhidmatan kenderaan persiaran, supaya meletakkan keselamatan pelancong dalam dan luar negara di tahap optimum.

12.  ISKANDAR PUTERI, 11 Dis - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor menerima 13 aset baharu bernilai RM2.27 juta bagi memantapkan kecekapan operasi menyelamat dan menghadapi bencana alam di negeri ini khususnya banjir, kata Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani.

13.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menganjurkan pameran kenegaraan di 15 lokasi di seluruh negara untuk meningkatkan tahap semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Menterinya, Gobind Singh Deo berkata pameran itu akan dilaksanakan menerusi agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan tahun hadapan.

14.  KOTA BHARU, 11 Dis - Jenayah pecah rumah di Kelantan meningkat 18.87 peratus kepada 630 kes pada tahun ini berbanding 530 yang direkodkan pada tahun lepas, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan. Bagaimanapun indeks keseluruhan jenayah di Kelantan menurun sebanyak 13 peratus kepada 3,730 pada tahun ini berbanding 4,286 pada tahun lepas.

15.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Bukit Aman Datuk Seri Rosli Ab Rahman hari ini mendahului senarai 317 penerima Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis daripada Timbalan YDP Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Rosli dianugerahkan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).

16.  PUTRAJAYA, 11 Dis - Bekas PM Datuk Seri Najib Tun Razak serta bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, akan menghadapi pertuduhan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB esok. SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata ia telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Najib dan Arul Kanda di mahkamah esok.

17.    KUALA LUMPUR, 11 Dis - Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan Menteri Industri Utama Teresa Kok terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung dakwaan penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), diselesaikan melalui proses mediasi.

18.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Penstrukturan semula skim pencen penjawat awam hanya akan melibatkan pegawai lantikan baharu dan bukan penerima pencen sedia ada. Timbalan Menteri di JPM Datuk Dr Md Farid Md Rafik berkata kerajaan memberi jaminan segala bentuk penstrukturan dan kajian terhadap faedah persaraan dan skim pencen penjawat awam tidak akan memberi kesan kepada faedah persaraan dan kemudahan sedia ada walaupun kerajaan mengalami kekangan kewangan.

19.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Kementerian Pendidikan telah membekalkan perkhidmatan capaian internet di 10,190 sekolah seluruh negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata daripada jumlah itu, sebanyak 9,786 atau 96 peratus sekolah iaitu 6,684 sekolah luar bandar dan 3,102 sekolah bandar telah dibekalkan dengan perkhidmatan Program 1BestariNet.

20.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Kerajaan komited dengan penstrukturan semula Majlis Profesor Negara (MPN) untuk menjadi sebuah entiti yang bebas daripada pengaruh politik, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. TImbalan Menteri di JPM (Undang-undang) Mohamed Hanipa Maidin menegaskan MPN bukanlah platform politik kepada anggotanya untuk melaksanakan aspirasi politik mereka seperti yang berlaku pada masa lalu.

21.   MELAKA, 11 Dis - Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pertubuhan Agensi Berita Malaysia (BERNAMA) buat julung kalinya menganjurkan kursus asas fotografi dron di Melaka baru-baru ini. Seramai 30 peserta yang terdiri daripada usahawan yang sedang mencari peluang baru dalam industri pesawat kawalan jauh dengan mempelajari teknik, keselamatan dan penulisan skrip.

22.  KUCHING, 11 Dis - Lebih 12,000 orang bekas banduan di seluruh negara telah mengikuti latihan dalam pelbagai bidang kemahiran ketika ditahan di penjara dan seterusnya dianugerahkan sijil kemahiran sejak 2012, kata Pengarah Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia Abd Kadir Rais.

23.  BATU PAHAT, 11 Dis - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ‘menang besar’ apabila meraih anugerah hadiah utama di Seoul International Invention Fair 2018 (SIIF2018), Korea Selatan, baru-baru ini. Kemenangan berkenaan melalui projek ‘Direct Recycling-Hot Press Forging’ oleh Dr Nurkamilah Yusuf dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), UTHM.

24.  PUTRAJAYA, 11 Dis - Kerajaan akan melaksanakan program Biodiesel B10 – iaitu adunan 10 peratus biodiesel sawit dan 90 peratus diesel fosil – dalam sektor pengangkutan untuk kegunaan semua jenis kenderaan diesel mulai 1 Feb tahun depan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

25.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Seramai 130 pekerja Lynas Corporation Ltd, Pahang yang khuatir dengan masa depan mereka di syarikat itu berikutan apa yang didakwa berpunca daripada masalah pengurusan birokrasi, hari ini menyerahkan memorandum kepada kerajaan. Wakil kumpulan tersebut Jumaat Mansor berkata Lynas kini berhadapan masalah pengurusan birokrasi melibatkan pematuhan saringan operasi kilang yang boleh menyebabkan lesen syarikat berkenaan tidak diperbaharui sebelum September 2019.

26.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Lima syarikat perkilangan melibatkan penyertaan pelaburan asing menutup operasi sepenuhnya di negara ini dari Mei hingga September lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ong Kian Ming berkata kelima-lima syarikat itu melibatkan pelaburan keseluruhan bernilai RM308.7 juta.

27.  PETALING JAYA, 11 Dis - “Isytiharlah walaupun tiada harta”. Demikian nasihat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada anggota Parlimen termasuk dari Pakatan Harapan yang masih belum mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

28.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Kementerian Pendidikan menyediakan pelbagai insentif bagi menggalakkan lebih ramai guru berkhidmat di luar bandar atau kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Menterinya Dr Maszlee Malik berkata antara keistimewaan yang diberi adalah elaun khas mengikut lokasi dan kesusahan, bayaran insentif tetap perumahan, elaun balik kampung, elaun perumahan wilayah dan tambang ehsan bagi menziarahi ibubapa kandung dan mertua yang sakit atau meninggal dunia.

29.  JOHOR BAHRU, 11 Dis - Pusat Penyembuhan, Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Tampoi bakal dijadikan pusat rawatan penagih dadah yang menghidap penyakit mental, kata Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah. Beliau berkata ini ekoran kedudukan CCRC Tampoi yang terletak berdekatan dengan Hospital Permai yang mempunyai kepakaran dalam bidang psikiatri.

30.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Gempa bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter menggegarkan kawasan selatan Kepulauan Sandwich pada 10.26 pagi waktu Malaysia, hari ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi pada kedalaman 151 kilometer (km) itu terletak 3,736km tenggara dari Puerto Montt, Chile.

31.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Kementerian Pembangunan Luar Bandar sentiasa mempergiat program keusahawanan luar bandar yang berteraskan teknologi dan inovasi bagi memperkasa serta mewujudkan sumber pendapatan alternatif khususnya usahawan Bumiputera di luar bandar, kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa.

32.  SEREMBAN, 11 Dis - Media boleh menjadi rakan kongsi kepada kerajaan bagi usaha membawa negara dan negeri ke satu platform pembangunan yang baharu, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun. Melalui kerjasama dan persefahaman yang akrab bersama media, ia mampu memberikan pemahaman yang jelas kepada rakyat bahawa kerajaan mempunyai dasar yang baik untuk mereka.

33.  KOTA BELUD, 11 Dis - Polis mengesyaki pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kota Belud-Tuaran (Kampung Kelawat) petang semalam memandu di bawah pengaruh dadah. Pegawai penyiasat yang menyiasat kejadian itu melihat pemandu bas persiaran berusia 33 tahun itu membuang sesuatu ke dalam longkang di lokasi kejadian.

34.  KLANG, 11 Dis - Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Puteri Nor Zehan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, mendahului senarai 114 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena ulang tahun ke-73 Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Shaharafuddin Idris Shah, hari ini.

35.  KUALA LUMPUR, 11 Dis - Program kesedaran pemakaian tali pinggang keledar penumpang belakang kenderaan perlu dipergiat kerana kadar pematuhan kepada undang-undang itu masih rendah iaitu hanya sekitar lima peratus, kata Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata penguatkuasaan juga perlu diperhebat agar pematuhan dapat ditingkatkan.

36.  KUALA TERENGGANU, 11 Dis - JPBM akan mewujudkan pakaian seragam khas bagi 14,308 anggota yang menyertai 386 pasukan bomba sukarela di seluruh negara mulai tahun depan. Ia sebagai satu usaha JPBM memperkasakan fungsi pasukan bomba sukarela di samping melakukan beberapa penambahbaikan lain seperti penyelarasan waktu tindakan dan elaun turun ke lokasi.

37.  KUALA LUMPUR 11 Dis – TH akan memindahkan aset yang tidak menguntungkan bernilai kira-kira RM19.9 bilion kepada syarikat tujuan khas (SPV) menjelang 31 Disember ini, bermatlamat memantapkan kedudukan kewangannya. Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO TH, Datuk Seri Zukri Samat, berkata aset yang dipindahkan itu merangkumi hartanah dan ekuiti, manakala SPV itu akan dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

38.    SANDAKAN 11 Dis - Bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya, mengumumkan keluar parti bersama 55 ketua cawangan di sini, hari ini. Samsudin mengumumkan keluar parti bersama Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Zantapha Jainal Abidin dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Batu Sapi, Hazulizah Md Dani.

39.  PUTRAJAYA 11 Dis – KPKT akan mengeluarkan garis panduan khusus bagi memastikan setiap peruntukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) digunakan sebaik mungkin. Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata, garis panduan itu turut membabitkan peruntukan lawatan ke luar negara dan jenis program yang hendak dilaksanakan pada peringkat PBT.

40.  KOTA KINABALU 11 Dis - Polis belum menerima panggilan bertujuan menuntut wang tebusan daripada kumpulan empat lelaki lengkap bersenjata api yang menculik tiga nelayan di perairan Pegasus Reef Kinabatangan, 6 Disember lalu. Pengesahan terkini dari isteri salah seorang mangsa mengakui dihubungi oleh mangsa menyatakan mereka diculik dan di bawa ke satu tempat tidak diketahui di Filipina.

41.  KUALA LUMPUR 11 Dis - PAS meminta kerajaan melunaskan bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil di seluruh negara yang tertunggak sejak bulan lalu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata peruntukan yang sepatutnya disalurkan selama tiga bulan itu termaktub dalam Belanjawan 2018 pimpinan kerajaan terdahulu.

42.  IPOH 11 Dis - Enam maut dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Jelapang 3, Puncak Jelapang Maju, Jelapang, dekat sini, sebentar tadi. Jurucakap JBPM negeri, berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.55 tengah hari.

43.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik ketegasan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menolak untuk mengadakan pilihan raya PBT di sebalik terdapat segelintir kepemimpinan kerajaan PH terutama dari DAP yang masih mahu memperjuangkan isu tersebut, kata Ketua Pemudanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

44.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menegaskan bahawa tidak menyaksikan jumlah pengeluaran wang deposit yang mendadak dalam tempoh beberapa hari ini. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sri Zukri Samat berkata, orang ramai dilihat terus kekal menyokong dana umat Islam untuk mengerjakan haji berkenaan.

45.  JOHOR BAHRU 11 Dis. - Masalah gelandangan di bandar raya ini disifatkan semakin kritikal dana sebahagian besarnya adalah orang luar yang datang menetap atau bekerja di negeri ini. ADUN Larkin, Mohd. Izhar Ahmad berkata, ketika ini terdapat lebih 100 gelandangan di bandar raya ini di beberapa tempat awam antaranya tinggal di bawah jambatan, menumpang di hospital kerajaan selain berkeliaran di kawasan Teluk Danga.

46.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Lobi Dewan Rakyat hari ini bertukar kecoh apabila sekumpulan mahasiswa yang ingin menyampaikan memorandum berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dihalang oleh pegawai keselamatan Parlimen.

47.  KANGAR 11 Dis. - Kesemua projek mega di negeri ini yang ditangguhkan untuk dinilai semula kerajaan Pusat, telah diluluskan untuk pembangunan seperti yang dirancang, kecuali pembinaan Hospital Padang Besar. MB, Datuk Seri Azlan Man berkata, kelulusan yang diputuskan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi baru-baru ini, membuktikan bahawa kesemua projek dirancang kerajaan negeri itu telus demi manfaat rakyat.

48.  PUTRAJAYA 11 Dis. - Kerajaan menggesa syarikat minyak sawit Malaysia menghentikan segera pengimportan minyak sawit mentah dan sebaliknya menggunakan minyak sawit tempatan. Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata, gesaan itu dibuat memandangkan jumlah stok minyak sawit Malaysia bagi November meningkat 10.45 peratus kepada 3.01 juta tan daripada 2.72 juta tan pada Oktober.

49.  BANGKOK 11 Dis.- Selepas terakhir dilaksanakan lima tahun lalu, rakyat Thailand sekali lagi bakal memilih kerajaan baharu dalam pilihan raya umum negara ini yang akan diadakan pada 24 Februari tahun hadapan. Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand hari ini, selepas satu kenyataan tentang penarikan sekatan terhadap mana-mana aktiviti politik dikeluarkan dalam portal Royal Gazette.

50.  PULAU PINANG 11 Dis. - Seramai empat lelaki warga Nigeria yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan parcel dan sindiket Love Scam ditahan polis dalam satu operasi di sebuah kondominium di Bayan Lepas, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 21 tahun didapati sedang bersembunyi di balkoni kondominium tersebut.

51.  ALOR SETAR 11 Dis. - Seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) cedera di bahagian tangan akibat diserang seorang lelaki yang disyaki ulat parkir di hadapan sebuah kedai 24 jam, Jalan Putra, di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa berusia 20-an bersama-sama seorang rakan setugasnya sedang melakukan rondaan bermotosikal ketika menyertai operasi membanteras ulat parkir.

52.  JOHOR BAHRU 11 Dis. - Semua pendeposit dan pihak yang berkepentingan mempunyai hak untuk mengetahui keadaan sebenar tentang kedudukan serta amalan kewangan TH, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Justeru, beliau menyokong dan menyambut baik saranan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya RCI ditubuhkan segera bagi menyiasat, mengesah dan menerangkan secara telus dan terperinci berhubung isu itu.

53.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Sesi sidang Dewan Rakyat hari ini diserikan apabila Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) mengaku dirinya sebagai ultra India dan sayangkan kaum India. Beliau berkata demikian sewaktu bertanyakan soalan tambahan kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik semasa sesi soal jawab dengan meminta Kementerian Pendidikan memberikan perhatian terhadap cadangan mendirikan sebuah SJKT dalam kawasan Parlimennya.

54.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Parti Bersatu Sabah (PBS) menzahirkan kerisauan berhubung dakwaan kerajaan negeri Parti Warisan Sabah (Warisan) yang berkemungkinan mahu melanjutkan tempoh YDP Negeri itu sekarang. Tempoh khidmat YDP Negeri, Tun Juhar Mahiruddin sudah mencapai tempoh maksimum dua penggal sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah yang akan tamat pada penghujung bulan ini.

55.  KOTA BHARU 11 Dis. - Lembaga Pengarah Maahad Darul Anuar meminta mana-mana pihak yang ingin mengambil alih sekolah warisan keluarga bekas MB, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu supaya merujuk kepada pihak berautoriti atau membawanya ke mahkamah. Pengerusi Lembaga Pengarah Darul Anuar, Nik Omar Nik Abdul Aziz berkat, sehingga hari ini, pihaknya berpandangan masih mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap sekolah tersebut.

56.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Seorang ahli Dewan Negara mempersoal motif Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof yang mendedahkan isu Lembaga Tabung Haji didakwa telah mengeluarkan hibah atau dividen bercanggah dengan Akta Tabung Haji 1995 sejak 2014.

57.  FLORIDA 11 Dis.- Seorang wanita ditahan polis atas dakwaan cuba menyerang seorang lelaki dengan menggunakan sebilah pisau di sebuah pusat beli belah, di sini. Memetik laporan Miami Herald, Shanetta Yvette Wilson, 37, dilaporkan bertindak demikian kerana terlalu marah dengan lelaki itu yang menegur kelakuannya ‘membuang angin’ ketika berbaris di kaunter pembayaran.

58.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Walau apa pun yang berlaku, UMNO di Sabah akan terus diperkukuh malah dikekalkan termasuklah memberikan kuasa autonomi parti di negeri itu. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, proses ini sedang dilakukan bagi memperkuat serta membolehkan UMNO Sabah diberikan lebih besar peranan dan tanggungjawab.

59.  IPOH 11 Dis. - Enam mangsa yang maut dalam kebakaran di sebuah premis rumah kedai di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju di sini sempat menjerit meminta tolong sebelum suara mereka semakin perlahan dan lenyap. Seorang saksi yang merupakan abang kepada salah seorang mangsa, P. Appu, 48, berkata, dia yang berada di luar premis itu terkejut apabila mendengar bunyi letupan kuat dan api mulai marak membakar premis berkenaan.

60.  BUKIT MERTAJAM 11 Dis. – SPRM masih meneliti maklumat berkaitan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang didakwa mengeluarkan hibah atau dividen bercanggahan dengan Akta Tabung Haji 1995 sejak 2014. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, ini kerana setiap maklumat yang diterima perlu mempunyai asas seperti berlakunya salah guna kuasa  sebelum siasatan boleh dijalankan.

BERITA SUKAN:

1.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Biarpun cabaran Malaysia di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Sabtu ini amat berliku selepas seri 2-2 dengan Vietnam dalam final pertama hari ini, namun melihat prestasi pemain dalam 65 minit terakhir, Harimau Malaya tetap punya peluang baik untuk merangkul kejuaraan Piala AFF buat kali kedua.

2.  ROM 11 Dis. - Penyerang Juventus Cristiano Ronaldo mencabar Lionel Messi agar meninggalkan Barcelona dan menandatangani kelab baharu di Itali. Pemain kebangsaan Portugal itu menyertai juara Serie A, Juventus daripada Real Madrid dengan nilai perpindahan 99.2 juta pound (RM521.37 juta) pada musim ini.

3.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Skuad Harimau Malaya berdepan laluan berliku untuk menjulang trofi Piala AFF selepas terikat 2-2 dalam aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini sebentar tadi. Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe perlu meraih kemenangan di Hanoi, Sabtu ini atau seri dengankeputusan tiga gol untuk mengatasi kelebihan jaringan yang dimiliki Vietnam bagi mengulangi pencapaian 2010.

4.  KUALA LUMPUR 11 Dis. – Biarpun menghantar skuad kecil dalam Siri Jelajah Dunia Akhir di Guangzhou yang bermula hari ini, namun BAM meletakkan harapan besar kepada dua wakilnya untuk melangkah ke perlawanan akhir. Pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mengetuai cabaran beregu campuran negara bersama Goh Soon Huat-Shevon Lai.

5.  KUALA LUMPUR 11 Dis. - Kegagalan skuad negara mencapai kesemua sasaran ditetapkan dalam semua kejohanan yang disertai tahun ini memerlukan satu bedah siasat khas oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), seperti dilakukan sejurus kegagalan dalam Piala Dunia 2014. Terbaharu, Malaysian Tigers tidak mencapai sasaran 10 terbaik dalam Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India apabila menamatkan aksi di tempat ke-15 keseluruhan.

6.  KUALA LUMPUR 11 Dis - Meskipun memiliki kelebihan bagi aksi final kedua Piala AFF 2018,  namun Vietnam jelas kecewa selepas membenarkan Malaysia mengikat kedudukan 2-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil. Bagaimanapun, jurulatih skuad Naga Emas itu, Park Hang Seo mengakui berpuas hati dengan keputusan 2-2 yang dilakar anak buahnya sebagai bekalan untuk aksi kedua di Hanoi, Sabtu ini.

7.  KUALA LUMPUR 11 Dis - Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tidak menganggap rekod pertemuan ke atas pasangan nombor dua dunia China, Wang Yilyu-Huang Dongping sebagai kelebihan apabila turun bagi aksi sulung Kumpulan B saingan Jelajah Dunia Akhir BWF di Guanzhou, China esok.

8.  KUALA LUMPUR 11 Dis - Azroy Hakeem Anuar terus menjadi sandaran pasukan Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing (Yuzy Racing) untuk menaiki podium di pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Penawar, Johor pada 15 dan 16 Disember ini. Berikutan itu, pengurus pasukan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berharap anak buahya akan berusaha sebaik mungkin dalam perlumbaan pada Sabtu dan Ahad nanti.

9.  PARIS 11 Dis - Max Verstappen akan mengurangkan kritikannya terhadap Renault selepas bekas rakan sepasukannya, Daniel Ricciardo menyertai pasukan itu. Pemandu Belanda itu begitu lantang menyuarakan kekecewaannya ke atas enjin Renault musim lalu, di mana Red Bull ketinggalan jauh di belakang Mercedes dan Ferrari.

10.  BHUBANESWAR 11  Dis - Perancis mempamerkan peningkatan prestasi di Piala Dunia dan selepas menewaskan juara Olimpik, Argentina, mereka kini sedia untuk menyingkirkan juara dunia, Australia pula. Menduduki ranking paling rendah di tangga ke-20, Perancis diramal antara empat pasukan yang akan tersingkir awal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*KHAMIS 13 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 5 RABIULAKHIR 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#imback*

*#demamaffcup*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:38, SUBUH : 05:48, SYURUK : 07:06, ZOHOR : 13:10, ASAR : 16:33, MAGHRIB : 19:07, ISYAK : 20:22*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *DUA syarikat yang didakwa cuai ketika menjalankan kerja pembersihan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar dan dua lagi cedera pada Februari lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, smlm.*

                 *SUSPEK yang menikam suami isteri sehingga menyebabkan salah seorang daripada mangsa maut di kawasan Pasar Sin Chun, Batu 16, dekat Rawang, semalam, didapati positif dadah jenis methamphetamine.*

                  *KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail memaklumkan peruntukan kewangan bagi persatuan sukan kebangsaan akan dipertingkatkan selepas ekonomi negara kembali stabil. Dr Wan Azizah berkata beliau sedia maklum rintihan persatuan sukan kebangsaan apabila peruntukan kewangan buat mereka terpaksa dipotong.*

                 *JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak sudah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis perniagaan pengaturcara majlis di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju yang meletup dan terbakar semalam. Timbalan Pengarahnya, Sayani Saidon berkata, pihaknya kini sedang menelitinya bagi mengenal pasti punca kejadian.*

                 *RATUSAN tong gas petroleum cecair (LPG) bertaburan selepas sebuah treler membawa muatan bahan itu terbalik di Kilometer 6, Jalan Gemas-Tampin, dekat Pasir Besar, Tampin, semalam. Pada kejadian 9 malam itu, pemandu treler berusia 37 tahun terbabit cedera di tangan, kepala dan badan.*

                 *PEMILIK kebun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang, smlm, atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki, awal bulan ini. Tertuduh, Ismail Mohd Don, 38, dari Bukit Payong, Marang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.*

                 *POLIS menerima 10 laporan daripada individu yang menjadi mangsa kejadian cermin kereta dipecahkan menggunakan guli, ketika kenderaan bergerak, di beberapa kawasan di bandar Kuantan, sejak sebulan lalu.*

                 *SERAMAI 605 mangsa membabitkan 171 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir kilat di Taman Aman dan Taman Mawai, dekat Kota Tinggi, sejak petang semalam.*

                 *LIMA individu termasuk dua remaja perempuan yang tersesat di Bukit 300, Jalan Teluk Batik di Lumut, ditemui selamat malam semalam. Difahamkan, kesemua mereka yang berusia antara 15 hingga 55 tahun itu datang ke lokasi berkenaan untuk mencari akar kayu.*

                 *BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, smlm, atas pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapat perlindungan daripada tindakannya berhubung pindaan laporan Akhir Pengauditan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).*

                 *ERNST & Young (EY) menjelaskan bahawa mereka bukan juruaudit Lembaga Tabung Haji (TH) dan tidak mengeluarkan sebarang ‘laporan audit’ berhubung penyata kewangan TH. Dalam satu kenyataan, EY berkata, syarikat itu tidak menyemak penyata pendapatan TH dan EY tidak terbabit dalam penilaian aset dan liabiliti TH serta aset anak-anak syarikatnya.*

                 *BADAN Perhubungan UMNO Sabah hari ini mengadakan mesyuarat tergempar dihadiri pemimpin tertingginya termasuk hampir sebahagian daripada 25 ketua bahagian serta pimpinan sayap, dipercayai membincangkan hala tuju parti itu. Spekulasi bertiup kencang di negeri itu menyatakan sebahagian pemimpin UMNO negeri akan meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).*

                  *LANGKAH diambil UMNO Sabah, hari ini, adalah keputusan yang diputuskan bersama dalam kalangan pemimpin dan ahli parti itu di negeri ini. Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, ia bukan keputusan peribadi, sebaliknya langkah keluar daripada UMNO sudah lama ditunggu ahlinya. “Sebenarnya, rakyat dari kawasan kami mengucapkan tahniah atas keputusan yang dibuat kerana itulah yang mereka mahu,” katanya.*

                 *NELAYAN maut terkena renjatan elektrik ketika cuba memasang soket untuk membaiki botnya di pelantar ikan Kubang Rotan, Kuala Kedah, Alor Setar, smlm. Dalam kejadian jam 2.50 petang itu, mangsa Romli Mohd Said, 61, tidak sedarkan diri selepas terkena renjatan sebelum cuba diselamatkan anaknya.*

                 *PUNCA sebuah tandas perempuan di sebuah kilang di Batu Berendam tersumbat terjawab selepas janin bayi ditemui, smlm. Penemuan janin bayi perempuan berkenaan dimaklumkan kepada pihak polis kira-kira jam 10.45 pagi oleh pengurusan kilang terbabit.*

                 *TABUNG Haji (TH) mendakwa mengambil tempoh masa panjang untuk membuat laporan polis berhubung skandal kewangan melanda agensi berkenaan sejak 2014 lagi kerana perlu meneliti kes itu secara mendalam terlebih dahulu. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat berkata, pihaknya perlu memastikan maklumat penyiasatan sebelum berpuas hati dan membuat laporan polis.*

                 *POLIS sedang mengesan seorang lelaki dipercayai memperdaya seorang pengarah urusan sebuah syarikat di Semambu, di Kuantan dengan menawarkan diskaun bayaran bil elektrik sehingga mengakibatkan kerugian RM26,497.*

                 *PEMILIK kedai kucing dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini terhadap tuduhan menawarkan perkhidmatan seks untuk persundalan, minggu lalu. Tertuduh, Hanani Halidan, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu di hadapan Majistret Mohd Izzuddin Mohd Shukri.*

                 *KERAJAAN Perak akan membantu keluarga semua mangsa yang terbabit dalam tragedi letupan dan kebakaran sebuah premis perniagaan pengaturcara majlis di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju, di Ipoh, semalam.*

                 *LIMA pekerja premis perniagaan pengatur cara majlis di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju, Ipoh yang maut dalam kejadian letupan dan kebakaran, smlm, dipercayai rakan sekampung. Kesemua mangsa berasal dari Kampung Sri Aman, Menglembu, Ipoh dan dipercayai bekerja sambilan di premis berkenaan termasuk memasang khemah untuk majlis.*

                 *NURINI Kassim yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu, mencatat sejarah sebagai wanita pertama menerajui agensi berita negara itu sejak penubuhannya 51 tahun lalu.*

                 *MUHAMMAD Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah selepas diserang dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya pada 27 November lalu tidak lagi memerlukan mesin sokongan Veno-Venous Extracorporeal Membrane Oxygenation (vv-ECMO) untuk paru-parunya berfungsi.*

                 *BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy mengaku tak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, smlm, atas tuduhan bersubahat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.*

                 *TIDAK puas hati serta sering bertikam lidah menjadi punca seorang wanita maut ditikam jirannya dalam kejadian di kawasan Pasar Sin Chun, Batu 16, dekat Rawang, semalam. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan mendapati isu kejiranan membabitkan suspek dan mangsa, sudah lama berlarutan.*

                 *TINDAKAN pantas tiga pekerja tapak binaan menerpa masuk ke dalam sebuah rumah yang terbakar di Taman Bukit Intan, Kuala Pilah, hari ini, beraya menyelamatkan seorang bayi lelaki berusia 20 bulan daripada rentung. Kejadian jam 11.40 pagi itu menyebabkan bayi terbabit melecur di tangan kanan dan cedera di muka.*

                 *MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur, smlm, melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, daripada pertuduhan kedua yang dihadapinya iaitu menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan berhubung tugas rasminya, dua tahun lalu.*

                 *MALANG berganda buat peniaga kraftangan di Bandar Jengka, Maran apabila ditipu dua sindiket pinjaman tidak wujud dalam tempoh kurang sebulan mengakibatkan kerugian RM18,480. Dalam kejadian pertama pada 16 November lalu, wanita berusia 39 tahun itu berhubung dengan ejen wanita untuk bertanya bagaimana cara membuat pinjaman wang melalui sebuah syarikat kononnya beroperasi di Johor Bahru, Johor.*

                 *REMAJA perempuan menangis teresak-esak selepas diarahkan memasuki pusat pemulihan akhlak Henry Gurney oleh Mahkamah Kanak-Kanak di Kota Kinabalu, smlm. Gadis berusia 17 tahun itu yang mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit dalam aktiviti persundalan terpaksa ditenangkan ibunya yang turut hadir pada perbicaraan berkenaan.*

                 *SEMBILAN lagi lelaki, termasuk seorang penuntut kolej yang terbabit dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, akhir bulan lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, smlm, atas pertuduhan merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


         *CHENNAI: Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dari India membuat laporan polis supaya bapanya ditahan kerana gagal membina sebuah tandas seperti dijanjikan, kata polis, smlm.*
          *Difahamkan, jutaan warga India tidak mempunyai akses kepada kemudahan kebersihan dan membuang air besar secara terbuka menimbulkan masalah walaupun negara itu rancak dengan aktiviti industri.*
          *Kanak-kanak perempuan terbabit, E Hannifa Zaara tidak mahu membuang air besar di tempat terbuka dan berjaya membuatkan bapanya berjanji untuk membina tandas dalam rumah, kata pegawai polis, A Valarmathi.*
          *Bagaimanapun, tandas itu tidak dibina yang membuatkannya membuat laporan polis, kata Valarmathi.*
      
         *CALIFORNIA: Facebook Inc memeriksa ancaman bom yang diterima di kampus ibu pejabatnya di Menlo Park, kata jurucakap syarikat itu dalam kenyataan yang diemel kepada Reuters.*
            *Beberapa bangunan sudah dikosongkan dan semua orang selamat, katanya. — Reuters*

         *QABASIN: Pelarian di Kem Zamkaa hanya menjamah makanan basi dan roti berkulat.*
            *Kem berkenaan menempatkan 1,800 pelarian Syria daripada 300 keluarga berlindung di kawasan terbabit.*
         *Namun, demi kelangsungan hidup mereka makan apa saja yang ada termasuk mencatu sisa makanan basi dan roti berkulat kerana tidak menerima bekalan makanan.*
           *Wartawan difahamkan keadaan seperti itu bukan hanya berlaku di Kem Zamkaa sahaja, sebaliknya berlaku di kem pelarian lain di seluruh negara itu.*

          *MA’RIB: “Sokong kami atau segala-galanya dirampas,” itulah amaran pemberontak Houthi, masih menjadi igauan seorang pelarian perang, Imtisar Muhammad, 40.*
          *Imtisar berkata, kejadian itu berlaku enam bulan lalu ketika sekumpulan pemberontak Houthi menceroboh kediamannya di bandar Sana’a, untuk memburu puak penyokong kerajaan Yaman,*
          *Wanita itu yang ditemui di kem pelarian perang Al-Mill di pinggir bandar Ma’rib, kelihatan masih trauma dengan kejadian itu.*
   
           *LOS ANGELES: Aktres filem lucah, Stormy Daniels, diarah membayar lebih AS$290,000 (RM1.2 juta)kepada Presiden Donald Trump bagi yuran guaman yang dibelanjakan untuk mempertahankan diri dalam saman fitnah difailkan pelakon itu terhadapnya berhubung siaran di Twitter.*
           *Daniels, yang nama sebenarnya Stephanie Clifford, kalah dalam saman fitnah Oktober lalu, dengan hakim persekutuan di Los Angeles berkata tweet presiden itu dilindungi klausa kebebasan berucap dalam Perlembagaan AS.*

           *ACEH TIMUR: Sekumpulan lelaki yang ditangkap kerana berjudi dihukum sebat di khalayak ramai di sini, kelmarin.*
          *Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang mengamalkan undang-undang Syariah dan melaksanakan hukuman sebat untuk jenayah seperti mencuri, judi dan zina.*
         *Enam lelaki terbabit ditahan awal tahun ini di sebuah kafe internet ketika sedang berjudi dalam talian. Mengikut undang-undang Syariah, setiap pesalah akan menerima tujuh hingga 11 sebatan.*

            *HANOI: Dua eksekutif syarikat perkapalan milik kerajaan yang hampir muflis ditahan di Vietnam, atas tuduhan menggelapkan wang sebanyak AS$4.5 juta (RM18.76 juta), hasil pakatan dengan sebuah bank yang berdepan dengan masalah skandal.*
          *Penahanan itu dilakukan ketika kerajaan sedang mempertingkatkan usaha untuk menangani masalah rasuah di negara itu.*

            *SINGAPURA : Dua pekerja asing dari China dituduh cuba meminta rasuah bernilai S$1 (RM3.05), kata pihak berkuasa anti rasuah smlm sambil menegaskan negara itu yang terkenal dengan imej bersih tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kesalahan rasuah walaupun hanya membabitkan sejumlah kecil wang.*
           *Chen Ziliang, 47 dan Zhao Yucun, 43 kedua-duanya bekerja sebagai pemandu jentera pengangkut berhadapan denda S$100,000 (RM304,735) atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.*

          *PARIS: Presiden Emmanuel Macron mengumumkan siri langkah kewangan baru untuk menamatkan pemberontakan ‘ves kuning’ yang mencetuskan bantahan ganas di beberapa bandar di Perancis.*
         *Dalam ucapan di televisyen selama 15 minit dari Istana Elysee, beliau memberitahu rakyat: ‘Saya berkongsi tanggungjawab’ bagi krisis berkenaan.*
          *Bekas ahli perbankan itu berucap dengan nada lebih lembut berbanding biasa apabila menangani kritikan terhadap gaya kepemimpinannya.*


*TULAR / POPULAR*
================


          *PROTON Holdings Berhad (Proton) secara rasmi melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) premium pertamanya, Proton X70 malam tadi.*
           *Empat varian ditawarkan iaitu Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD dengan enjin 1.8 liter Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI) yang menghasilkan kuasa 181 hp dan tork 285Nm pada 1,500 rpm.*
              *Model iitu juga bercirikan kenderaan pintar dengan Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI), yang menawarkan pelbagai fungsi pengguna melalui aplikasi dan pilihan kekal berhubung bersama ‘kenderaan’ melalui telefon pintar dengan akses ‘Mirror Link’.*
                *Untuk pasaran Malaysia Proton X70 dijual pada harga RM99,800 (Standard 2WD), RM109,800 (Executive 2WD), RM115,800 (Executive AWD) dan RM123,800 (Premium 2WD).*
         *Majlis pelancaran disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.*

          *KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil, berdasarkan laman web rasmi mampu memuatkan 85,000 penonton tetapi ketika perlawanan akhir pertama Piala AFF 2018 antara Malaysia dan Vietnam, semalam dimaklumkan bahawa jumlah penonton yang hadir adalah 87,141.*
        *Jumlah berlebihan itu menimbulkan ancaman keselamatan yang serius kepada mereka yang hadir ke stadium sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini sekali gus mengundang kritikan netizen di media sosial.*
           *Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan menerusi media sosial Facebook berkata, mereka akan bekerjasama dengan ibu pejabat polis daerah Cheras untuk menyiasat isu berkenaan.*

          *KUALA LUMPUR: Pemilik restoran makanan halal di Jepun yang tular minggu lalu bukan saja tidak memiliki pengiktirafan daripada badan pensijilan halal seperti sepatutnya, malah gagal membayar gaji cef seperti dijanjikan.*
           *Cef terbabit, Megat Danial Aizat Megat Ariffin, 32, mendakwa dia dan beberapa lagi cef lain dibayar jauh lebih rendah daripada tawaran asal.*
           *Katanya, da sepatutnya menerima RM10,000 (kira-kira 350,000 yen) namun hanya dibayar RM4,000 (kira-kira 110,000 yen).*
            *Isu berkenaan mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka ketika berada di luar negara dan menyifatkan keempat-empat cef berkenaan mengambil langkah terpuji sehingga sanggup berhenti kerja.*

           *NEW DELHI: Anak ahli perniagaan terkaya di India mencuri tumpuan apabila majlis praperkahwinannya diraikan dengan kemewahan luar biasa termasuk menjemput bintang pop, Beyonce yang diterbangkan khas untuk membuat persembahan.*
            *South China Morning Post melaporkan, Isha Ambani, 27, yang berkahwin dengan seorang lagi anak ahli perniagaan terkaya, Anand Piramal, 33, diraikan penyanyi terkenal itu dalam konsert tertutup di Udaipur yang turut dihadiri tetamu terkenal termasuk Hillary Clinton, jutawan Arianna Huffington serta selebriti Bollywood.*
           *Menurut Bloomberg, majlis praperkahwinan yang dijadualkan seminggu itu menelan belanja kira-kira AS$100 juta (RM418 juta).*
            *Bapa Isha yang juga pengerusi syarikat minyak dan gas, Mukesh Ambani ialah individu ke-19 paling kaya di dunia dengan nilai kekayaan AS $43.2 bilion (RM180 bilion), lapor Forbes.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *PARIS: Berikut adalah senarai penjaring terbanyak kempen Liga Juara-Juara, setakat ini. - AFP*
        *6 gol: Robert Lewandowski (Bayern Munich), Lionel Messi (Barcelona)*
         *5: Edin Dzeko (AS Roma), Neymar (Paris Saint-Germain), Moussa Marega (Porto FC)*
          *4: Paulo Dybala (Juventus), Antoine Griezmann (Atletico Madrid), Raphal Guerreiro (Borussia Dortmund), Mauro Icardi (Inter), Harry Kane (Tottenham), Andrej Kramaric (Hoffenheim).*
           *3: Gareth Bale (Real Madrid), Karim Benzema (Real Madrid), L. de Jong (PSV Eindhoven), Maxwel Cornet (Lyon), Jesús Manuel Corona (Porto), Gabriel Jesus (Manchester City), Lorenzo Insigne (Napoli), Kylian Mbappé (Paris Saint-Germain), Dries Mertens (Napoli), Mohamed Salah (Liverpool), David Silva (Manchester City), Duan Tadic (Ajax), Nikola Vlasic (CKSA Moscow).*

          *LONDON: Juara tiga kali MotoGP, Jorge Lorenzo mengakui dia hampir menuju persaraan sebelum memeterai perjanjian dengan Honda menjelang musim 2019.*
          *Lorenzo menandatangani kontrak dua tahun bersama Ducati untuk musim 2017-18, tetapi mengharungi musim pertama yang sukar dan permulaan kurang baik tahun ini, yang menyaksikan jodohnya dengan pengeluar itu berakhir selepas hanya tiga kemenangan.*
          *Selepas itu, dia dikaitkan dengan Suzuki yang kemudiannya mendapatkan khidmat Joan Mir.*
           *Satu-satunya pilihan Lorenzo untuk tahun 2019 ialah menyertai pasukan satelit SIC Yamaha, sebelum dia membuat perpindahan mengejut menyertai Honda bersama-sama Marc Marquez.*

          *KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang dan gimnas, Amy Kwan masing-masing dinobatkan penerima Anugerah Olimpian Terbaik 2018 buat julung kalinya di sini malam tadi.*
       *Dalam Majlis Anugerah dan Makan Malam Tahunan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke-25 itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail menyampaikan hadiah wang tunai RM10,000 dan juga pingat Olimpian.*

          *Kuala Lumpur: Penjelasan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal yang mempertahankan ketua Pengarah Teknikal, Terry Walsh serta ketua jurulatih, Roelant Oltmans berhubung kegagalan di Piala Dunia di Bhubaneswar, India nyata belum dapat memuaskan hati semua pihak.*
           *Bukan untuk mencetuskan krisis dengan Subahan, namun bagi mereka sudah cukup peluang diberikan kepada Walsh terutamanya yang dilihat gagal dalam tugasnya selepas kira-kira tiga tahun dilantik menggalas tanggungjawab besar itu.*
         *Justeru mereka kekal berpendapat Walsh perlu meletak jawatan serta-merta dan pada masa memberi ruang kepada Oltmans yang baru dilantik selaku ketua jurulatih negara.*

          *KUALA LUMPUR: Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuji semangat melawan tinggi dipamerkan oleh skuad Harimau Malaya yang terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Vietnam 2-2 pada aksi final pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin.*
           *Jelas bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu, mentaliti kemenangan yang ada pada skuad kendalian Tan ChengHoe adalah faktor utama kepada kebangkitan pasukan negara.*
            *Katanya, perkara sama turut diterapkan oleh kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) yang meletakkan asas mentaliti kemenangan sebagai elemen terpenting buat kelab itu.*

          *KUALA LUMPUR: Meskipun memiliki kelebihan bagi aksi final kedua Piala AFF 2018, namun Vietnam jelas kecewa selepas membenarkan Malaysia mengikat kedudukan 2-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.*
         *Bagaimanapun, jurulatih skuad Naga Emas itu, Park Hang Seo mengakui berpuas hati dengan keputusan 2-2 yang dilakar anak buahnya sebagai bekalan untuk aksi kedua di Hanoi, Sabtu ini.*

           *KUALA LUMPUR: Maruah Vietnam nyata tercalarkerana membenarkan Malaysia mengikat kedudukan menjadi 2-2 selepas mendahului dengan dua gol pada aksi final pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin.*
           *Skuad Harimau Malaya muncul satu-satunya pasukan yang berjaya menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan menentang skuad Naga Emas itu sepanjang kempen kali ini selepas mereka cemerlang dengan rekod tanpa bolos pada aksi peringkat kumpulan.*
             *Justeru, Hang Seo mengingatkan anak buahnya supaya dapat mengelak daripada melakukan kekasaran yang boleh memberi sepakan percuma kepada pasukan negara pada aksi final kedua di Stadium My Dinh, Sabtu ini.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 08:50 AM | Show all posts
eh, mana pulak yang miji punya tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2018 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 13/12/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - Lembaga Tabung Haji sedang mengkaji untuk meletakkan had bagi dana setiap pendeposit di masa depan sebagai satu daripada langkah untuk mengurangkan liabiliti kerajaan dan pendedahan kepada pendeposit, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Zukri Samat.

2.  PUTRAJAYA 12 Dis. - Ketegangan yang menyusul antara Malaysia dan Singapura adalah tidak perlu dan boleh dielakkan dengan melaksanakan tatacara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) yang baharu bagi Landasan 03 di sebelah selatan Lapangan Terbang Seletar, dan bukannya Landasan 21 di sebelah utara yang dibantah, kata Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT Malaysia).

3.  SEREMBAN 12 Dis. - Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO perlu menerima tindakan para pemimpin di Sabah yang keluar dari parti itu secara beramai-ramai hari ini dengan terbuka dan rasional. Timbalan Presiden UMNO itu berkata, semua pihak harus berlapang dada dan tidak melenting serta beremosi dengan keputusan yang dibuat pemimpin terbabit.

4.   KUALA LUMPUR 12 Dis. - Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan bersubahat dengan bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB. Arul Kanda, 41, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Rozina Ayob.

5.  IPOH 12 Dis. - Waris enam mangsa yang maut dalam kebakaran sebuah premis rumah kedai dua tingkat di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju di sini semalam telah berada di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini sejak pukul 7 pagi.

6.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan perlindungan daripada dikenakan tindakan tatatertib berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

7.  IPOH 12 Dis. - Proses bedah siasat jenazah lima sekawan yang terkorban dalam kebakaran rumah kedai dua tingkat di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju semalam diharap dapat dilakukan secepat mungkin. Jenazah kesemua mangsa tersebut dijangka dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Pari di sini.

8.  KOTA TINGGI 12 Dis. - Seramai 605 mangsa banjir melibatkan 171 keluarga dari dua taman di daerah ini dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka dilanda banjir kilat petang semalam. Air setinggi kira-kira 0.5 meter naik di Taman Aman dan Taman Mawai akibat limpahan air sungai berdekatan selepas hujan beberapa jam semalam.

9.  KOTA BHARU 12 Dis. - Seorang penjaja buah dan sayur yang merupakan OKU buntu memikirkan masa depan tiga anaknya yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri walaupun mereka warga tempatan yang dilahirkan di negeri ini. Masalah bermula apabila Mohd. Fauzi Hassan, 50, berkahwin dengan isteri, Anita Abdul Rahman, 41, seorang warga Indonesia di Yala, Thailand pada 2007 namun gagal mendaftarkan perkahwinan mereka kerana tidak mempunyai wang untuk membayar denda sebanyak RM400.

10.  HULU TERENGGANU 12 Dis. - Seorang pemilik kebun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Tebakang, Marang pada 3 Disember lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Ismail Mohd. Don, 38, sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

11.  KUALA LUMPUR 12 Dis.- Pas menyarankan satu penilaian menyeluruh dikendalikan di bawah seliaan Majlis Raja-Raja (RCI) ataupun Parlimen, bagi meneliti dan mempertimbangkan setiap syor yang dikemukakan oleh juruaudit bebas yang telah dilantik, sebelum dilaksanakan oleh pihak Kerajaan dalam isu berkaitan TH, kata Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

12.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - Ernst & Young (EY) menjelaskan bahawa ia bukanlah juruaudit Tabung Haji dan tidak mengeluarkan sebarang `laporan audit’ berhubung penyata kewangan Tabung Haji. Dalam satu kenyataan, EY berkata, ia tidak menyemak penyata pendapatan Tabung Haji dan EY tidak terlibat dalam penilaian aset dan liabiliti Tabung Haji dan aset anak-anak syarikatnya.

13.  KUALA LUMPUR 12 Dis. – TNB memenangi anugerah Iklan Terbaik untuk penyertaan 'Rumah Epik Fantastik' pada acara tahunan YouTube Ads Awards Malaysia yang diadakan di sini baru-baru ini. Ketua Negara Google Malaysia Marc Woo, berkata, selain anugerah tersebut, TNB juga berjaya membawa pulang anugerah untuk kategori ‘Iklan Penceritaan Format Panjang Terbaik’.

14.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - Peguam yang mewakili bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan pihak pendakwaan membuat pusingan U apabila pertuduhan yang dikemukakan terhadap anak guamnya hari ini bercanggah dengan beberapa kenyataan dilaporkan sebelum ini. Muhammad Shafee berkata, sebelum ini dilaporkan anak guamnya telah meminda Laporan Akhir Pengauditan 1MDB selepas laporan itu siap.

15.  RASAH 12 Dis. - Dua syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini kerana cuai sehingga menyebabkan seorang pelajar maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian di SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas pada Februari lalu. Pengarah MI Yusof Enterprise, Mohd. Yusof Ismail dan Pengarah Hisham Rais (M) Sdn. Bhd., Hishamudin Rais bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Maimoonah Aid.

16.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - Kerajaan buat masa ini tidak bercadang mempamerkan keputusan laporan 100 hari pentadbiran PH kepada umum. Ini kerana laporan yang disediakan oleh Majlis Penasihat Kerajaan itu hanya dikhaskan untuk pengetahuan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sahaja, kata Timbalan Menteri di JPM, Mohamed Hanipa Maidin.

17.   JOHOR BAHRU 12 Dis. - Penaung Diraja Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim memberi jaminan tiada sebarang pembangunan akan dibuat di Pulau Kukup. Beliau turut berjanji kepada semua rakyat Malaysia berhubung perkara tersebut.

18.  RASAH 12 Dis. - Seorang pemilik syarikat barangan lusuh didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas kesalahan membuang sampah secara haram di Kawasan Perindustrian Nilai, dekat sini pada Januari lalu. Hakim Maimoonah Aid menjatuhkan hukuman itu selepas M. Govy mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

19.  KLANG 12 Dis. - Ketua Penolong Pengarah (Perancangan Strategik) JSJK Bukit Aman, ACP Nurulhuda Mohd. Salleh dilantik sebagai KPD Klang Utara baharu berkuatkuasa hari ini. Nurulhuda muncul pegawai wanita kedua yang diberikan kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai KPD di Selangor. Sebelum ini, KPD Sungai Buloh, Supt. Shafa’aton Abu Bakar menjadi wanita pertama dilantik bagi jawatan serupa.

20.  SHAH ALAM 12 Dis. - Ada yang tidak senang dengan keinginan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad mahu menjadikan Bandar Raya Shah Alam sebagai kawasan uji kaji bagi pilihan raya kerajaan tempatan. Suara tersebut bukannya datang dari pembangkang tetapi oleh S/U Politik MB Selangor, Borhan Aman Shah, yang dipercayai bagi mewakili pendirian Kerajaan Negeri Selangor.

21.  IPOH 12 Dis. - Kesemua mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah kedai dua tingkat di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju semalam, tidak dapat dikebumikan pada hari ini berikutan laporan pergigian masih belum diterima. Pihak hospital masih lagi mengesan rekod pergigian mangsa yang diperlukan oleh pihak polis bagi membuat perbandingan dengan waris keluarga terdekat untuk pengesahan mayat.

22.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - Sebagai badan berkanun dan institusi kewangan bukan bank (IKBB), keperluan rizab Tabung Haji tidaklah seperti mana yang diperlukan oleh institusi-institusi perbankan. Perkara itu dijelaskan oleh bekas Menteri di JPM, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk menjawab surat peringatan bertarikh 23 Disember 2015 daripada BNM yang tular dalam laman sosial baru-baru ini.

23.  JOHOR BAHRU 12 Dis. - Dewan Muda Johor (DMJ) menggesa Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu perlu segera mengeluarkan kenyataan bagi menunjukkan pendirian serta ketegasan Malaysia dalam soal kedaulatan serta keselamatan negara. Menurut DMJ, mereka mengambil serius konflik pertikaian antara Malaysia dan Singapura membabitkan sempadan ruang udara dan maritim, lebih lagi melibatkan Johor.

24.  KLANG 12 Dis. - Tidak puas hati kerana sering ditegur dipercayai menjadi punca seorang wanita dibunuh jirannya di Batu 16, Rawang, semalam. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, berdasarkan siasatan awal mangsa dengan suspek sering bertengkar sebelum ini disebabkan pelbagai isu.

25.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - Buat permulaan, kerajaan berhasrat menutup sebanyak 34 buah Klinik 1Malaysia atau nama baharunya Klinik Komuniti. Keputusan itu dibuat hasil daripada program rasionalisasi Kementerian Kesihatan yang mendapati klinik berkenaan berdepan dengan masalah kos tidak efektif, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye.

26.  KANGAR 12 Dis. - Kerajaan negeri tidak lagi menyalurkan peruntukan pembangunan kepada mana-mana kawasan DUN seperti mana lazimnya kerana kini tidak lagi menerima bantuan secara terus daripada kerajaan Persekutuan. Datuk Seri Azlan Man (BN-Bintong) berkata, apa yang dilakukan adalah dengan memberi peruntukan secara berkumpul berjumlah RM1.06 juta yang diletakkan di bawah pejabat Menteri Besar.

27.  KUALA LUMPUR 12 Dis. – Syarikat pakar dalam solusi ketenteraan dan pertahanan, Dian Synergy Sdn. Bhd. (Dian Synergy) telah dilantik sebagai pengedar tunggal pistol renjatan elektrik tanpa wayar baharu di Malaysia. Senjata berkenaan telah dilancarkan di Ankara, Turki, 5 Disember lalu dan dijangka akan mula berada di pasaran Malaysia menjelang Januari 2019.

28.  KUALA LUMPUR 12 Dis. – TH hari ini menjelaskan bahawa tidak berlaku sebarang campur tangan politik daripada mana-mana menteri kabinet di negara ini terhadap institusi tersebut. Ahli Lembaga Pengarah TH, Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim berkata, segala keputusan yang dibuat adalah berdasarkan akta yang terkandung dalam TH dan menafikan institusi itu dikawal oleh BNM.

29.  PULAU PINANG 12 Dis. - Penduduk di negeri ini dipelawa untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan percuma yang ditawarkan SPR menerusi program turun padang sempena Pesta Pulau Pinang 2018 di Sungai Nibong di sini. Pengarah Pilihan Raya negeri, K. K. N. Raveendran Nair berkata, pihaknya membuka kaunter sepanjang pesta itu berlangsung iaitu sehingga 31 Disember ini.

30.  MELAKA 12 Dis. - Kerajaan negeri melalui Tabung Amanah Pendidikan Melaka (Tapem) meluluskan peruntukan persekolahan sebanyak RM336,150 kepada murid kurang berkemampuan di seluruh negeri ini. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, jumlah itu melibatkan sumbangan dalam bentuk baucar bernilai RM150 kepada 2,241 murid sekolah rendah terpilih dari negeri ini.

31.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - Spekulasi beberapa kepemimpinan UMNO Sabah bakal meninggalkan parti akhirnya terjawab hari ini. Dalam satu sidang akhbar di Kota Kinabalu, Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Hajiji Mohd. Noor mengumumkan meninggalkan parti itu. Beliau membawa bersama nama-nama besar serta barisan kepemimpinan UMNO negeri.

32.  BERA 12 Dis. - Mayat seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh yang dalam keadaan sudah berulat ditemukan di dalam parit di Ladang Sawit Bera Selatan 4 Bandar 32,l dekat sini, semalam. KPD, Supt. Mansor Samsudin berkata, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di dalam air paras buku lali dengan keseluruhan kepalanya berada dalam air.

33.  PULAU PINANG 12 Dis. - Pemuda UMNO Nibong Tebal berharap RCI ditubuhkan segera bagi menyiasat dan menyelesaikan isu membabitkan pengurusan TH. Ketuanya, Mohd. Norhiesam Ismail berkata, pihaknya juga berharap Majlis Raja-Raja dapat mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin seterusnya menentukan hala tuju Tabung Haji pada masa depan.

34.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - UMNO Sabah tidak akan terkubur biarpun hampir kesemua kepimpinan negeri bertindak keluar parti hari ini. Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Datuk Yakub Khan berkata, tindakan itu sedikitpun tidak menjejaskan kedudukkan UMNO, sebaliknya akan membuka peluang kepada pemimpin muda untuk menerajui parti.

35.  MELAKA 12 Dis. - Polis menahan seorang wanita yang merupakan pekerja kilang, tidak sampai 24 jam penemuan janin bayi dalam lubang tandas di sebuah kilang pengeluar cip terkemuka di Batu Berendam di sini semalam. Wanita tempatan berusia 34 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang ketika menerima rawatan di wad bersalin Hospital Melaka.

36.  KUALA PILAH 12 Dis. - Tiga pekerja binaan nekad meredah masuk ke dalam sebuah rumah teres yang sedang terbakar bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun di Taman Bukit Intan, di sini hari ini. Mereka bertindak demikian selepas mendengar tangisan mangsa, Muhammad Asyraf Rizki Mohammad Zainal yang berseorangan di dalam rumah kira-kira pukul 11.45 pagi.

37.  PULAU PINANG 13 Dis. - Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini menyerahkan perjuangan untuk mengembalikan pilihan raya PBT kepada Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin. Ini kerana, menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, kerajaan negeri menerusi semua peruntukan undang-undang yang ada telah berusaha untuk membolehkan pilihan raya PBT dilaksanakan, namun tidak berhasil sehingga kini.

38.  BANGKOK 12 Dis.- Seorang lelaki warga Perancis ditembak mati oleh seorang pegawai polis selepas satu insiden pergaduhan yang berlaku di sini, awal pagi tadi.  Lelaki berusia 41 tahun yang berasal dari Paris itu dipercayai terlibat dalam perbalahan selepas teman wanitanya yang merupakan warga tempatan diganggu polis yang ketika itu tidak bertugas.

39.  IPOH 12 Dis. - Hasil bedah siasat ke atas enam mangsa kebakaran di sebuah rumah kedai di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju semalam mendapati punca kematian adalah disebabkan oleh kesan melecur pada tubuh badan. Mengikut maklumat pegawai forensik, hampir 80 ke 90 peratus kesan melecur akibat kebakaran serius pada tubuh badan mangsa itu adalah disebabkan oleh kesan terbakar.

40.  SHAH ALAM 12 Dis. - Pas melihat tindakan Menteri di JPM, Datuk Seri Mujahid Yusof mendedahkan isu TH yang didakwa mengeluarkan hibah secara bercanggah dengan Akta TH 1955 kepada umum sebagai ada niat tersembunyi. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu kesal jika ada pihak cuba menjadikan TH sebagai 'kambing hitam' sedangkan institusi tersebut yang lahir hasil idea Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid begitu besar jasanya kepada umat Islam.

41.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - Tiada lagi bayaran jaminan secara ansuran dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang masing-masing menghadapi satu pertuduhan berhubung syarikat pelaburan berkenaan.

42.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan terdapat permintaan untuk parti itu melebarkan sayap ke Sabah susulan tindakan 14 wakil rakyat dan pemimpin kanan UMNO negeri itu yang bertindak keluar parti. Ia bagaimanapun bergantung kepada beberapa perkara yang memerlukan pertimbangan dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan komponen PH di negeri bawah bayu itu.

43.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - MIC tidak akan membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah membatalkan kemenangan calon BN Datuk C. Sivarraajh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU14 lalu. Presiden MIC Tan Sri S. A. Vigneswaran berkata ia keputusan sebulat suara parti dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk strategi parti dan politik.

44.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - Polis meminta bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai seorang lelaki warga Mauritius dan wanita Vietnam yang dipercayai hilang di Lembah Klang bulan lalu. Lelaki Mauritius tersebut ialah Rakesh Behari, 40, yang kali terakhir dilihat di Lobi Hotel Dorsett, Jalan Imbi, pada 22 November lalu. Wanita Vietnam yang terlibat pula ialah Nguyen Thi Son Trang, 38, yang kali terakhir dilihat di Hotel The KL Journal, Jalan Beremi, Bukit Bintang pada 17 Oktober yang lalu.

45.  KUALA LMPUR 12 Dis. - Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan,Datuk Seri Bung Moktar Radin dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah bagi menggantikan Datuk Hajiji Mohd. Noor yang keluar parti. Sementara Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Yakub Khan dilantik sebagai timbalan Bung Moktar; Timbalan Ketua UMNO Kinabatangan, Jeffry Ariffin (setiusaha) dan Ketua UMNO Bahagian Tenom, Datuk Raimi Unggi dilantik sebagai ketua penerangan UMNO negeri.

46.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - Seorang wanita warga emas berusia 63 tahun cedera di bahagian kepala selepas dipercayai ditetak dalam kejadian samun di hadapan rumahnya di Taman Megah, Batu 9, Cheras, di sini hari ini. KPD Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.50 pagi tadi.

47.  IPOH 12 Dis. - Jenazah lima sekawan yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah kedai dua tingkat di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju di sini semalam, akan dikebumikan selepas solat Maghrib. Kesemua jenazah yang selesai menjalani proses bedah siasat pada pukul 3.30 petang tadi dan dijangka disembahyangkan di Masjid Idrisiah Kg. Kuala Pari dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Kuala Pari Hilir dalam satu liang lahad.

48.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - Pemuda UMNO Sabah bertekad untuk terus bersama perjuangan UMNO dan menjadi benteng terakhir parti itu. Walaupun dukacita dengan keputusan keluar beramai-ramai daripada parti berkenaan, namun Pemuda UMNO Sabah akan kekal berjuang dan bersedia mengisi segala ruang yang ditinggalkan.

49.  JOHOR BAHRU 12 Dis. - Kerajaan negeri bersetuju menjadikan keseluruhan Pulau Kukup kekal diwartakan sebagai Taman Negara Johor di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor 1989. Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, menerusi pewartaan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor itu, maka status Pulau Kukup sebagai Taman Negara Johor akan kekal.

50.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - UMNO Sabah tidak akan terbubar walaupun terdapat ramai ahli yang bertindak keluar parti. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi malah turut menjanjikan tidak ada mana-mana cawangan UMNO pun yang akan terbubar. Pihaknya juga sedaya upaya mempertahankan kedudukan ahli-ahli Parlimen UMNO sedia ada.

51.  SEREMBAN 12 Dis. - Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO perlu menerima tindakan para pemimpin di Sabah yang keluar dari parti itu secara beramai-ramai hari ini dengan terbuka dan rasional. Timbalan Presiden UMNO itu berkata, semua pihak harus berlapang dada dan tidak melenting serta beremosi dengan keputusan yang dibuat pemimpin terbabit.

52.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - Satu nama dari pembangkang bagi menggantikan jawatan Pengerusi PAC yang kini disandang Datuk Seri Ronald Kiandee akan dicadangkan. Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana hanya calon pembangkang sahaja sewajarnya berada dalam jawatankuasa itu.

53.  KUALA LUMPUR 12 Dis.- Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menyokong keputusan kerajaan meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM).Bekas Gabenor Bank Negara itu berkata terdapat keperluan yang penting untuk meletakkan lembaga itu di bawah pemantauan sebuah badan kawal selia yang berkaliber.

54.  KOTA KINABALU 12 Dis. - Bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd Dun yang turut mengumumkan keluar UMNO hari ini berkata keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama demi kebaikan rakyat di Sabah.MP Beaufort itu, yang kini menjadi ahli bebas, berkata keputusan itu adalah yang terbaik kerana ia dibuat secara bersama dengan bekas anggota UMNO lain.

55.  KOTA KINABALU 12 Dis. - Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata beliau dan rakan seperjuangan hari ini mengambil keputusan untuk meninggalkan UMNO bagi membolehkan mereka dan kerajaan negeri dan persekutuan pada masa ini untuk menumpukan pertumbuhan dan pembangunan Sabah di masa hadapan.

56.  KUALA TERENGGANU 12 Dis. - Kawasan rendah di sekitar Kampung Lubuk Panjang dan Kampung Gong Terap di Chalok, Setiu bakal dinaiki air sekiranya hujan berterusan malam ini. Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Chalok, Jambatan Chalok merekodkan bacaan setinggi 9.39 meter (m) melebihi paras bahaya 8.40 m pada 7.15 malam ini.

57.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - UMNO mendapati wujud beberapa individu yang menjadi dalang untuk menarik ahli-ahli Parlimen UMNO keluar parti. Hal itu telah disahkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, tindakan itu gagal diduga parti di peringkat awal.

58.  PORT DICKSON 12 Dis. - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bukit Tebu, Pasir Panjang, Teluk Kemang di sini, hari ini.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Kamal Mohd Timar berkata kejadian pada 4.14 petang itu melibatkan sebuah bas kilang, sebuah motosikal jenis Yamaha LC dan sebuah kereta jenis Honda Accord.

59.  KUALA LUMPUR 12 Dis. – MP Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dirinya menjadi dalang atau terlibat dalam usaha menarik ahli-ahli Parlimen UMNO dan wakil-wakil rakyat Sabah untuk keluar parti. Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, tuduhan liar terhadapnya sejak enam bulan lalu itu adalah tidak benar.

60.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - Felcra hari ini mengemukakan laporan kepada SPRM bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap organisasi tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Mohd Nazrul Izam Mansor berkata, laporan itu dibuat susulan penemuan beberapa perkara yang mencurigakan dalam proses audit pengurusan syarikat itu.

BERITA SUKAN:

1.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia untuk memberi kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat dakwaan kebanjiran penyokong yang melebihi kapasiti ketika final pertama Piala AFF di antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

2.  PARIS 12 Dis. - Mohamed Salah meledak satu lagi jaringan istimewa bagi memastikan Liverpool menutup malam penuh mendebarkan dengan kemenangan 1-0 ke atas Napoli, sekali gus membawa mereka ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara hari ini.

3.  KOTA KINABALU 12 Dis. - Datuk Peter Anthony kini sah sebagai peneraju Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) selepas majoriti daripada 26 anggota gabungan bersetuju beliau sebagai pemangku presiden persatuan berkenaan. Persetujuan itu dicapai pada kongres SAFA yang dipengerusikan Timbalan Presiden 2 SAFA, Datuk Rahman Zakaria di pejabat persatuan tersebut, di sini, hari ini.

4.  KUALA LUMPUR 12 Dis - Bekas jurulatih Perak Datuk M Karathu berpendapat pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe perlu berani melakukan rombakan termasuk meletakkan Mohamadou Sumareh sebagai penyerang. Kekuatan fizikal dan kemahiran yang ada pada pemain naturalisasi dari Gambia itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya apabila Malaysia turun berdepan Vietnam pada perlawanan akhir kedua di Hanoi, Sabtu ini.

5.  KUALA LUMPUR 12 Dis - Tiada khabar gembira daripada kedua-dua pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie di Jelajah Akhir Dunia BWF selepas masing-masing tewas pada perlawanan pembukaan, malam tadi. Pada aksi di Guangzhou, China itu, Peng Soon-Liu Ying yang bermain dalam Kumpulan B tewas kepada gandingan China, Wang Yilyu-Huang Dongping dengan keputusan 22-20, 21-13.

6.  MELBOURNE 12 Dis - Seratus pemain terbaik lelaki dan wanita dunia mengesahkan penyertaan di Terbuka Australia 2019 yang akan berlangsung di Melbourne Januari depan. Pemain nombor satu dunia, Simona Halep dari Romania akan mengetuai cabaran wanita, manakala Novak Djokovic dari Serbia yang memburu gelaran ketujuh Terbuka Australia dalam kategori lelaki.

7.  LONDON 12 Dis - Juara tiga kali MotoGP, Jorge Lorenzo mengakui dia hampir menuju persaraan sebelum memeterai perjanjian dengan Honda menjelang musim 2019. Lorenzo menandatangani kontrak dua tahun bersama Ducati untuk musim 2017-18, tetapi mengharungi musim pertama yang sukar dan permulaan kurang baik tahun ini, yang menyaksikan jodohnya dengan pengeluar itu berakhir selepas hanya tiga kemnangan.

8.  KUALA LUMPUR 12 Dis – TPM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail memaklumkan peruntukan kewangan bagi persatuan sukan kebangsaan akan dipertingkatkan selepas ekonomi negara kembali stabil. Dr Wan Azizah berkata beliau sedia maklum rintihan persatuan sukan kebangsaan apabila peruntukan kewangan buat mereka terpaksa dipotong.

9.  KUALA LUMPUR 12 Dis. - Jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang dan gimnas berirama negara, Amy Kwan Dict Weng masing-masing dinobatkan sebagai Olimpian Majlis Olimpik Malaysia (MOM) 2018 malam ini. Kedua-duanya dinilai menerusi pencapaian dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang dan Sukan Komanwel Gold Coast tahun ini.

10.  NAY PYI TAW 12 Dis - Atlet wushu negara, Poon Eyin menampilkan persembahan cemerlang apabila menyumbang pingat emas keempat kontinjen Malaysia di Sukan Universiti Asean (AUG) 2018 menerusi acara kombinasi jianshu dan  qiangshu, hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2018 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*JUMAAT 14 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 6 RABIULAKHIR 1440 HIJRAH*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *BEKAS Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bakal menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok (hari ini), berhubung kes pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC). Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Mohd Isa akan didakwa berkaitan kes pembelian hotel oleh FIC di Kuching, Sarawak.*

                 *DAP Selangor mengingatkan Perdana Menteri supaya tidak mengambil pemimpin "katak", merujuk kepada ahli UMNO Sabah yang keluar parti untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).*
*Setiausaha DAP Selangor Ronnie Liu berkata, beliau juga pernah mendengar Tun Dr Mahathir Mohamad menggelar pemimpin UMNO sebagai “tidak berguna” dan “sampah” sewaktu pertemuannya dengan beberapa aktivis dan badan bukan kerajaan (NGO), sebelum ini.*

                 *LELAKI ditahan polis di Bandar Enstek, di Nilai, Isnin lalu, selepas dipercayai meliwat dua anak perempuannya, sejak tujuh tahun lalu. Difahamkan, suspek berusia 37 tahun melakukan perbuatan itu sejak 2011 selepas bercerai dengan isterinya.*

                 *TUDUHAN terhadap bekas Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai dalang di sebalik tindakan sebahagian besar wakil rakyat di Sabah keluar UMNO adalah tidak berasas. Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, tiada bukti kukuh menunjukkan bekas Naib Presiden UMNO itu berbuat demikian.*

                 *KAPAL mewah Equanimity akan dijual dengan harga tidak kurang daripada RM543 juta. Perkara itu dimaklumkan oleh peguam S Sitpah yang mewakili kerajaan selepas pengurusan kes itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi (Admiralti) Datuk Khadijah Idris di Kuala Lumpur, smlm. Menurutnya, harga itu diberikan oleh syarikat jurunilai bebas bagi pasaran kapal mewah dunia, Winterbothams.*

                 *REMAJA lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, smlm, atas tuduhan meraba payudara kenalan perempuannya, Julai lalu. Tertuduh, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. Bagaimanapun, hakim menetapkan 15 Januari depan untuk serahan laporan akhlak dan jatuh hukum.*

                 *ANGKARA dendam, lelaki maut ditetak tiga lelaki lain dengan parang di Taman Sintar, Nibong Tebal, 2.25 pagi, smlm. Dalam kejadian itu, mangsa dikenali dengan panggilan Varajami, 24, maut selepas parah di badan ekoran ditetak tiga suspek lelaki di rumah sewanya di situ.*

                 *KUOTA haji jemaah Malaysia untuk musim haji tahun depan kekal sebanyak 30,200 orang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, namun pihaknya sudah mengemukakan permohonan kepada kerajaan Arab Saudi supaya kuota haji itu ditambah. Beliau berkata, ia berikutan jumlah penduduk Malaysia kini meningkat sebanyak 31 juta.*

                 *MALAYSIA akan mengadakan rundingan dengan Singapura, awal tahun depan bagi mencari penyelesaian berhubung isu maritim yang belum selesai. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, rundingan membabitkan kementeriannya dan Kementerian Luar Singapura itu akan membincangkan mengenai garisan perairan kedua-dua negara yang kini menjadi pertikaian.*

                 *TEKA-TEKI hala tuju Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin akhirnya terjawab apabila beliau sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), smlm. Bekas Ketua Puteri UMNO itu menyerahkan sendiri borang permohonan keahlian parti kepada Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad.*

                 *SEORANG bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kajang, atas pertuduhan mendera anak lelakinya berusia 10 tahun sehingga mati, minggu lalu. Tertuduh yang berusia 43 tahun, juga seorang sami di sebuah kuil di Semenyih, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.*

                 *HANYA kerana gaji RM60 sehari, seorang lelaki warga Myanmar mungkin berdepan risiko dihukum gantung selepas ditahan polis bersama 1.1 kilogram dadah heroin di Sungai Divison, di Sungai Petani, kelmarin.*

                 *HELAH dua lelaki menyamar sebagai anggota polis menyamun seorang lelaki bersama anak saudaranya di sebuah hotel, di Taman Seroja, di Kulim, mengundang padah apabila ditahan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), kelmarin.*

                 *LELAKI warga Syria maut, manakala rakan senegaranya cedera ringan dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri, Kuala Lumpur, tengah malam smlm.*

                 *KANAK-KANAK perempuan dipercayai menjadi mangsa pemuas nafsu abang kandungnya dalam kejadian di Chukai. Kejadian menimpa mangsa itu hanya diketahui keluarganya selepas kanak-kanak malang berusia tujuh tahun itu menceritakan perbuatan terkutuk suspek berusia 14 tahun, Isnin lalu.*

                 *SERAMAI 204 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan di dua lokasi serbuan di Cyberjaya dan Jalan Pudu, Kuala Lumpur, smlm. Mereka yang terdiri daripada warga Indonesia, Thailand, China dan Bangladesh ditahan menerusi Operasi Penguatkuasaan Imigresen.*

                 *MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur , smlm, memberi tempoh dua bulan kepada pasukan pembelaan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman sama ada mahu memindahkan kes rasuah yang dihadapinya ke Mahkamah Tinggi atau tidak.*

                 *TUJUH individu cedera termasuk dua anggota polis selepas bas ekspres dinaiki dirempuh treler di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Terowong Menora, smlm.*

                 *PERANCANGAN bagi memulihkan Lembaga Tabung Haji (TH) akan tetap diteruskan selepas agensi itu dilaporkan mengalami defisit RM4.1 bilion, tahun lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, penafian bekas Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkenaan defisit itu dianggapnya sebagai perkara biasa.*

                 *POLIS sudah mengenal pasti mayat dipercayai mangsa bunuh yang ditemui di Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Sireh Tambahan 2, Pelabuhan Klang, Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mendapati mangsa lelaki berusia 56 tahun warga tempatan.*

                 *PEMBALAK haram mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini kerana mengugut mahu menampar pegawai perhutanan. Tertuduh, Anudin Abdul Ghani, 41, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dibacakan di hadapan Majistret Nurul Huda Akmal Mohamed.*

                 *BEKAS Ketua Setiausaha Negara Tun Abdullah Ayub, 92, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, awal pg smlm. Perkara itu disahkan isterinya, Toh Puan Anna Abdul Ranee ketika dihubungi BERNAMA. “Tun dimasukkan ke IJN 4 Disember lalu kerana masalah jantung biasa. Bagaimanapun, beliau diserang strok pada 5 pagi Jumaat lalu (7 Disember).*

                 *BANJIR kilat yang melanda beberapa kawasan di Kota Tinggi pulih sepenuhnya, semalam selepas semua 563 mangsa membabitkan 158 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.*

                 *SERAMAI 40 mangsa banjir di Langkap, Setiu, berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) malam smlm, selepas kediaman mereka dinaiki air sehingga sedalam 0.9 meter. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 11 Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah, berkata semua mangsa dari 12 keluarga itu berpindah ke PPS di Masjid Merbau Menyusut.*

                 *AUDIT luar yang melaksanakan semakan dan siasatan menyeluruh erhadap pengurusan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) memaklumkan beberapa penemuan yang memerlukan siasatan lanjut oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).*

                 *DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak berkompromi dengan peniaga yang meletakkan meja di bahu jalan sehingga mengganggu lalu lintas. Pengarah Jabatan Penguatkuasa DBKL Azman Mahmood berkata, dalam operasi yang dilancarkan sebelum ini pihaknya mengesan masih ada peniaga berdegil dan enggan akur pada arahan dikeluarkan.*

                 *MUHAMMAD ADIB Mohd Kassim, anggota bomba yang parah dipukul perusuh di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lalu, tetap dalam keadaan kritikal, walaupun stabil. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, Muhammad Adib, 24, masih menggunakan bantuan mesin bagi menstabilkan organ dalamannya.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


          *DELAWARE: Kanak-kanak berusia 11 tahun menjadi sasaran buli dan ejekan pelajar lain kerana nama akhirnya adalah 'Trump' hingga memaksa nama itu diubah.*
          *Joshua Trump mula menghadapi masalah itu sejak sekolah rendah ketika Donald Trump mengumumkan mahu bertanding sebagai calon Presiden, lapor portal berita eagnews.com.*
            *Dia bertahan dan beranggapan keadaan mungkin berubah apabila era sekolah menengahnya bermula tetapi keadaan itu berterusan serta bertambah buruk apabila Donald Trump menjadi Presiden ke-45 Amerika Syarikat.*
            *”Pelajar lain memaki hamun (Joshua), memanggilnya bodoh dan dungu,” kata ibu Joshua, Megan Trump.*

          *Berlin: Vladimir Putin adalah ejen KGB yang bekerjasama dengan polis sulit Jerman Timur, Stasi sebelum beliau menyertai politik sehingga menjadi Presiden Russia.*
              *Media Eropah semalam, menyiarkan gambar kad kuasa yang dikeluarkan Stasi 30 tahun lalu, untuk Putin yang ditemui dalam timbunan fail di pejabat polis rahsia itu di Dresden, Jerman.*
         *Kad berkenaan dikeluarkan pada 1986 untuk Putin yang ketika itu berusia 33 tahun, sebagai pegawai pangkat pertengahan KGB yang ditempatkan di Dresden, ditemui ahli sejarah Amerika Syarikat, Douglas Selvage, selepas penyatuan Jerman Timur dan Jerman Barat pada 1990.*

          *SAO PAULO: Sekurang-kurangnya empat jemaah sebuah gereja terbunuh selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam gereja di selatan Brazil sebelum membunuh diri. pada akhir acara Mass, kelmarin.*
              *Kejadian berlaku di Gereja Katolik Metropolitan di Campinas, bandar pertanian kaya yang terletak kira-kira 96 kilometer ke barat laut So Paulo.*
            *Empat orang turut cedera dalam serangan berkenaan, manakala suspek menembak kepalanya sendiri selepas cedera akibat tembakan polis.*
            *Rakaman dari kamera keselamatan menunjukkan penembak berkenaan yang duduk bersama jemaah lain tiba-tiba berdiri dan membidik senjatanya ke arah orang ramai yang duduk di belakangnya, lapor New York Times.*

          *MARSEILLE: Seorang anggota kumpulan pembantah ‘ves kuning’ meninggal dunia selepas dilanggar trak di selatan Perancis, kata pegawai pendakwa tempatan, smlm.*
            *Kejadian itu berlaku pada waktu malam di kawasan bulatan dekat lalu keluar kenderaan di bandar Avignon.*
            *”Pemandu trak terbabit sudah ditahan, mangsa berusia 23 tahun.*
             *Pemandu trak itu warga Poland,” kata timbalan pendakwa Avignon, Caroline Armand, mengesahkan laporan yang disiarkan rangkaian televisyen Perancsi, LCI.*

          *MCMURDO: Dua juruteknik yang melakukan penyelenggaraan di sebuah stesen penyelidikan Amerika Syarikat di Antarika maut semalam, ketika bertugas dalam sebuah bangunan menempatkan satu janakuasa bagi menyalurkan isyarat radio.*
             *Yayasan Sains Kebangsaan (NSF) menyatakan, dua pekerja itu adalah kontraktor upahan di Stesen McMurdo, Antartika.Mereka ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bangunan itu selepas seorang juruterbang helikopter terlihat asap keluar dari situ dan mendarat untuk menyiasat.*
           *Seorang juruterknik itu disahkan mati oleh kakitangan perubatan yang tiba di tempat kejadian manakala seorang lagi menghembuskan nafas terakhir sebaik tiba di klinik McMurdo, menurut kenyataan NSF.*

          *SEIYUN: Sekatan minyak dikenakan terhadap Yaman menyebabkan harga bekalan bahan bakar di negara bergolak itu meningkat beberapa kali ganda berbanding sebelum konflik tercetus.*
            *Bekalan yang terhad dan permintaan tinggi menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjual petrol dan diesel pada harga RM10 hingga RM15 seliter di pasaran gelap.*
          *Difahamkan sebelum ini harga petrol di Yaman cuma RM6.50 seliter, namun pengguna yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa membayar lebih.*


*TULAR / POPULAR*
================


          *TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan pertemuan beliau dan lima pemimpin lagi UMNO dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Oktober lalu, ada kaitan dengan tindakan mereka untuk keluar parti atau memohon ‘talian hayat’ seperti yang ditularkan di media sosial.*
             *Sebaliknya, kata Mohamad, ia adalah pertemuan bagi membincangkan saranan Dr Mahathir yang sebelum itu mahukan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membubarkan parti berkenaan.*
         *"Memang betul saya dan beberapa pemimpin UMNO ada bertemu dengan Tun (Dr Mahathir) selepas beliau pulang dari Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73 di New York.*

          *SAYA terpaksa bagi anak umur dua tahun minum air kosong kerana tidak mempunyai wang untuk membeli susu,” kata Nabilah Bahri yang tular di laman sosial kerana kemiskinannya sekeluarga.*
           *Ibu empat anak berusia 27 tahun itu berkata, keluarganya hilang punca pendapatan apabila suami, Ihsan Mahamood, 43, terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu.*
           *Katanya, akibat kemalangan itu, Ihsan mengalami kecederaan di otak kanan, patah tangan kanan dan kurang pendengaran.*
            *Orang ramai yang mahu membantu keluarga itu boleh menyalur bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0301441100001004 atas nama Nabilah Bahri.*

          *KEADAAN pelakon veteran Datuk Baharuddin Omar atau Anjang Aki, 82, kini stabil dan beliau berada dalam pemantauan doktor sejak dimasukkan ke Hospital Shah Alam, kelmarin.*
        *Isterinya, Datin Nazariah Abu Bakar, 63, berkata, suaminya dikejarkan ke hospital selepas terjatuh di bilik air di rumah mereka ketika hendak minum petang.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


         *LONDON: Liverpool mempunyai Juergen Klopp yang memiliki kemampuan untuk membawa semula pasukan itu ke ‘alam nyata’ jika mereka mula berada di awangan susulan permulaan tanpa kalah di Liga Perdana Inggeris, kata pemain tengah Georginio Wijnaldum.*
           *Kelab dari Merseyside itu menghuni tangga teratas Liga Perdana dan menjadi satu-satunya kelab dalam kancah elit Inggeris masih belum kalah selepas penyandang juara, Manchester City dipalit kekalahan pertama musim ini kepada Chelsea, minggu lalu.*

        ♂ *LONDON: Masa depan pasukan gergasi berbasikal dunia, Team Sky samar selepas syarikat media British, Sky mengumumkan untuk menamatkan kerjasama yang sudah menghasilkan enam kemenangan Tour de France, sejak tujuh tahun lalu.*
              *Team Sky sudah meraih lapan gelaran Grand Tour sejak membentuk kerjasama walaupun dibayangi kontroversi penggunaan bahan terlarang.*
        *Menurut kenyataan Team Sky, secara keseluruhan mereka sudah menang 322 kali sejak 2010, serta bakal tampil buat musim terakhir sebagai Team Sky pada tahun depan dan meneruskannya dengan nama lain bergantung kepada penaja.*

         *PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah menutup permohonan pembelian tiket final kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Hanoi pada tengah malam tadi.*
           *FAM dalam satu kenyataan ringkas menerusi laman Facebookna hari ini memaklumkan, sebarang pembelian yang dibuat selepas tempoh berkenaan, tidak akan diproses dan disahkan.*
          *Badan induk turut berterima kasih kepada penyokong skuad Harimau Malaya yang sudah membeli tiket menerusi mereka untuk menyaksikan perlawanan berkenaan yang akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini.*

          *SEPANG: Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh gembira dengan kehadiran semula tonggak pertahanan kanan, Syahmi Safari yang kini bebas daripada penggantungan menjelang aksi kedua final Piala AFF menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini.*
           *Jelas Sumareh, ketiadaan pemain muda Selangor itu pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berkesudahan seri 2-2 Selasa lalu, amat dirasai terutama ketika melancarkan serangan ke kubu lawan.*
             *Syahmi yang menerima kad kuning kedua pada masa kecederaan di separuh akhir kedua menentang Thailand, kerap membantu bahagian serangan menerusi hantaran silang menarik sekali gus memudahkan tugas Sumareh yang beraksi di posisi sayap kanan pasukan.*

          *KUALA LUMPUR: Pintu hampir tertutup buat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk mara ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan peringkat kumpulan di Guangzhou, China, smlm.*
              *Soon Huat-Shevon yang kali pertama layak beraksi pada kejohanan akhir musim itu terpaksa akur tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong 16-21, 12-21 dalam aksi kedua Kumpulan A.*

          *KUALA LUMPUR: Skuad olahraga negara masih menunggu kilauan emas pertama mereka selepas sekadar meraih empat perak dan satu gangsa pada hari pertama acara olahraga Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2018 di Myanmar, smlm.*
            *Kekecewaan jelas terpancar menerusi atlet lompat jauh, Luqman Hakim Ramlan yang sekadar sempat melakukan tiga kali lompatan sebelum terpaksa berehat selepas mengalami kecederaan hamstring.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-12-2018 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 14/12/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 13 Dis. - Tindakan pemimpin-pemimpin UMNO yang `beralih angin’ kepada PM , Tun Dr. Mahathir Mohamad disifatkan sebagai satu perkembangan berbahaya dan bertentangan dengan kehendak rakyat yang telah mengundi BN dalam PRU-14, kata Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Ramkarpal Singh.

2.  KUALA LUMPUR 13 Dis. - PKR tidak akan mempertimbangkan untuk menerima bekas pemimpin UMNO untuk menyertai parti itu walaupun sudah ada permintaan daripada beberapa pemimpin parti berkenaan, kata Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, PKR kini memberi tumpuan kepada agenda pembaharuan yang diperjuangkan oleh parti itu sejak 20 tahun lalu.

3.  JASIN 13 Dis. - Seorang bayi lelaki berusia setahun dua bulan ditemukan mati lemas di dalam baldi di bilik air di rumahnya di Jalan Pangkalan Lambak, Sungai Rambai di sini hari ini. Muhammad Arash Zahrain Osman, ditemukan oleh ibunya dalam keadaan tertonggeng di dalam baldi dan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 1 petang.

4.  KUALA LUMPUR 13 Dis. – PM Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan beliau berkomplot dengan pemimpin tertentu dalam UMNO untuk menarik barisan kepimpinan UMNO Sabah bertindak keluar daripada parti di negeri itu.Pemimpin UMNO Sabah mempunyai fikiran sendiri dan mereka bebas untuk kekal bersama UMNO atau meninggalkan parti itu.

5.  KUALA LUMPUR 13 Dis. - Bekas KSN Tun Abdullah Ayub, 92, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini awal hari ini. Perkara itu disahkan isterinya, Toh Puan Anna Abdul Ranee ketika dihubungi Bernama. “Tun dimasukkan ke IJN 4 Dis lepas kerana masalah jantung biasa. Bagaimanapun, beliau diserang strok pada 5 pagi Jumaat lalu (7 Dis). Selepas menjalani rawatan, beliau meninggal dunia pada 1.33 pagi ini,” katanya.

6.  GUA MUSANG 13 Dis. - Jambatan sementara Pulau Setelu yang menghubungkan Jalan Gua Musang-Jeli, di sini dinaiki air selepas paras Sungai Nenggiri meningkat akibat hujan lebat berterusan sejak semalam. Difahamkan, jambatan sementara itu mulai ditenggelami air kira-kira pukul 7 pagi ini menyebabkan penduduk yang mahu keluar ke jalan utama terkandas dan terpaksa berpatah balik.

7.  KUALA LUMPUR 13 Dis. - Pasukan pembelaan yang mewakili bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman diberi tempoh dua bulan untuk memutuskan sama ada ingin memindahkan kes rasuah berhubung konsesi balak itu ke Mahkamah Tinggi atau kekal di Mahkamah Sesyen. Hakim Rozina Ayob memberikan tempoh tersebut selepas peguam Francis Ng Aik Guan memaklumkan pihaknya masih mempertimbangkan isu berkenaan.

8.  SINGAPURA 13 Dis. - Singapura perlu melaksanakan tatacara penerbangan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) bagi laluan pendaratan sebelah utara dan selatan ke Lapangan Terbang Seletar, menurut Kementerian Pengangkutan Singapura (MOT).Kementerian itu berkata Singapura telah memaklumkannya pada mesyuarat pada 29 Nov 2018 antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

9.  KUALA LUMPUR 13 Dis. - Gambar sekumpulan pemimpin UMNO bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tular di media sosial adalah tulen. Perkara itu disahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin. Bagaimanapun gambar berkenaan diambil pada 22 Oktober lalu.

10.  NIBONG TEBAL 13 Dis. - Angkara dendam seorang lelaki warganegara Myanmar maut akibat ditetak rakan senegaranya setelah bergaduh sesama sendiri di sebuah rumah di Taman Sintar di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.25 pagi itu, mangsa yang berusia 24 tahun ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah di tingkat bawah rumah berkenaan dengan beberapa kesan tetakan di seluruh badan.

11.  KUALA LUMPUR 13 Dis. - Jabatan Imigresen menahan seramai 204 orang warga asing dalam Operasi Penguatkuasaan Imigresen yang dijalankan di dua lokasi iaitu di Cyberjaya dan sebuah hotel di Jalan pudu, di sini awal pagi tadi. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, operasi pertama di sebuah rumah kongsi di Cyberjaya berjaya menahan seramai 183 orang warga Indonesia dan seorang warga negara China dan Bangladesh.

12.  KUALA LUMPUR 13 Dis. - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengumumkan tempoh perkhidmatan Presiden dan CEO Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh akan tamat pada 31 Disember 2018. Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, Naib Presiden Perodua Auto Corporation Sdn. Bhd., Datuk Zainal Abidin Ahmad akan menggantikan jawatan itu berkuat kuasa 1 Januari 2019.

13.  KUALA KANGSAR 13 Dis. - Bilik Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar di IPD Kuala Kangsar di sini terbakar dalam kejadian pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Mohd. Taufiq Abd. Sattar berkata,  pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 8.17 pagi.

14.  KUALA LUMPUR 13 Dis. - Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dijangka didakwa esok berhubung pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC). Peguam Isa, K Kumaraendran berkata, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu telah disoal siasat oleh SPRM selama 20 minit hari ini.

15.  ISKANDAR PUTERI 13 Dis. - Pusat Pembangunan Kontraktor Johor (JCCD) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan CIDB membabitkan latihan industri binaan dan pengurusan projek. Exco negeri, Mazlan Bujang berkata, kerajaan negeri komited dalam meningkatkan mutu dan kualiti kerja kontraktor tempatan.

16.  KUALA TERENGGANU 13 Dis. - Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 260 orang berikutan hujan lebat berterusan yang menyebabkan dua daerah di dinaiki air. Di Kemaman, sebanyak tiga pusat pemindahan dibuka mulai pagi ini bagi menempatkan 233 mangsa daripada 56 keluarga manakala di Setiu mangsa berkurang kepada 27 orang daripada enam keluarga.

17.  SEPANG 13 Dis.- Kouta haji untuk musim tahun depan kekal sebanyak 30,200 jemaah. Menteri di JPM, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menjelaskan, namun pihaknya telah mengemukakan permohonan agar kouta haji itu ditambah memandangkan jumlah penduduk rakyat Malaysia kini meningkat sebanyak 31 juta.
18.  KUALA LUMPUR 13 Dis. – Bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mengambil keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). MP Masjid Tanah itu memaklumkan, keputusan tersebut dibuat demi membela untung nasib pengundi di kawasan beliau.

19.  KUALA LUMPUR 13 Dis. – Kerajaan telah mendapatkan perintah mahkamah bagi menetapkan harga minimum sebanyak AS$130 juta (RM543.7 juta) untuk kapal mewah Equanimity. Peguam Sitpah Selvaratnam, yang mengetuai pasukan perundangan bagi pihak kerajaan dan 1MDB berkata, harga terseut ditetapkan oleh firma Winterborthams yang berpangkalan di United Kingdom, sebagai penilai bebas untuk kapal tersebut.

20.  JOHOR BAHRU 13 Dis. - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) meminta kerajaan negeri mengkaji semula permohonan pelepasan unit kuota Bumiputera yang tidak terjual di negeri ini. Mereka mahu kajian semula berhubung perkara itu dilaksanakan dengan segera supaya usaha kerajaan negeri untuk membina 100,000 unit Rumah Mampu Biaya (RMB) menjelang 2023 dapat dicapai.

21.  SEREMBAN 13 Dis. - Kawasan pembangunan metropolis bertaraf dunia yang kompetitif, inklusif dan bersih dikenali Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) telah dilancarkan di sini hari ini. Ia merupakan inisiatif pembangunan awam-swasta yang berkeluasan 153,411 hektar tanah merangkumi daerah Seremban dan Port Dickson.

22.  KUALA LUMPUR 13 Dis. - Kerajaan disarankan untuk mengkaji serta mewujudkan satu akta khas berhubung tindakan segelintir ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengambil keputusan keluar parti atau mengosongkan kerusi tanpa sebab kukuh, kata Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM, Dr. Muzaffar Syah Mallow.

23.  MELAKA 13 Dis.  - PLUS dengan kerjasama Malaysia Green Technology Corporation (MGTC) hari ini melancarkan stesen pertama mengecas kenderaan elektrik menggunakan tenaga solar di Restoran Jejantas Ayer Keroh arah selatan di sini. Stesen pengecas tersebut yang bernilai RM45,000 menggunakan tenaga solar sepenuhnya dan boleh digunakan secara percuma untuk pengguna kenderaan elektrik yang menghala ke arah selatan.

24.  SHAH ALAM 13 Dis. - Seramai 10,000 anggota dan pegawai bomba telah disiapsiagakan bagi menghadapi musim banjir khususnya di pantai timur. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Muhammad Hamdan Wahid berkata, semua cuti pasukan itu telah dibekukan sejak November lalu.

25.  KOTA BHARU 13 Dis. – UMK memenuhi hajat seorang graduan yang mengalami jangkitan kuman dalam otak apabila mengadakan 'istiadat konvokesyen mini' khusus untuknya. Amirah Mohd. Zahari,24, yang dirawat di HUSM lebih sebulan lalu adalah graduan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan (Sastera) dan merupakan graduan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.20.

26.  KUANTAN 13 Dis. - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengingatkan rakyat terutama kanak-kanak supaya menjaga keselamatan pada musim tengkujuh dan tidak bermain air bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Baginda turut mengingatkan semua pihak supaya sentiasa berwaspada dan berpindah segera jika diarahkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

27.  KUALA LUMPUR 13 Dis. - Di sebalik kejutan daripada tindakan barisan kepemimpinan UMNO Sabah yang mengumumkan keluar daripada parti semalam, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah tetap yakin masa depan parti keramat Melayu itu masih lagi kuat di negeri tersebut. Menurut Ketua Penerangan UMNO itu, keyakinan tersebut berdasarkan pretasi cemerlang UMNO yang menang banyak kerusi di Sabah pada PRU-14.

28.  KANGAR 13 Dis. - Seorang pegawai kanan polis berpangkat Superintenden dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan dan memaksa seks oral dalam dua kejadian berasingan, pada tahun lalu. Tertuduh, Ghazani Ab. Ghani, 49, hanya mengangguk faham dan mohon dibicarakan terhadap empat pertuduhan membabitkan dua mangsa yang juga pegawai bawahannya dan kakitangan pengurusan di IPD Padang Besar dekat sini.

29.  KANGAR 13 Dis. - Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad menjadi tokoh politik terbaharu parti itu yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Penyertaan bekas Ahli Parlimen Kangar itu disahkan oleh Setiausaha Bersatu negeri, Wan Saiful Wan Jan di sini, hari ini.

30.  KOTA BHARU 13 Dis. - Seorang penganggur menangis ketika membuat rayuan di dalam kandang tertuduh Mahkamah Sesyen di sini hari ini sebelum dia dihukum penjara lapan tahun dengan tiga sebatan atas kesalahan menetak seorang juruteknik hingga putus tendon lengan kiri, Isnin lalu. Mazlisham Mahamood, 48, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

31.  KUALA LUMPUR 13 Dis. - Seorang lelaki warga Syria maut apabila kenderaan dinaikinya bersama rakan senegara terbabas dalam kejadian di Lebuh Raya Persekutuan menghala pusat bandar, di sini tengah malam tadi. Hasil siasatan mendapati kejadian kira-kira pukul 12.30 malam itu berlaku ketika kereta Hyundai Sonata yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.

32.  KUALA KANGSAR 13 Dis. - Aliran trafik di Kilometer 257.3, Lebuh Raya Utara-Selatan di kedua-dua arah sesak lebih lapan kilometer berikutan kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori tangki dekat Terowong Menora di sini hari ini. Kemalangan kira-kira pukul 3.20 petang itu berlaku apabila lori tangki muatan simen dari arah utara itu melanggar pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan arah selatan dan merempuh bas berkenaan.

33.  KUALA LUMPUR 13 Dis. - UMNO Sabah mampu bangkit dengan memperbaiki dan memperkukuhkan kedudukan parti untuk terus kekal relavan di negeri itu. Pensyarah Sains Politik dan Dasar Awam UiTM Sabah, Mohd. Rahezzal Shah Abdul Karim berkata, masih belum terlambat untuk parti itu bangkit semula namun, memerlukan tindakan pembaharuan yang jelas dan berkesan daripada pemimpin pusat dan negeri.

34.  KUALA TERENGGANU, 13 Dis - Hampir 700 petugas daripada 143 pasukan Jabatan Kesihatan Negeri sudah bersiap sedia untuk digerakkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri sepanjang musim tengkujuh kali ini. Daripada jumlah itu, 373 anggota adalah daripada 69 pasukan perubatan manakala 315 anggota pula daripada 74 pasukan kesihatan.

35.  KUANTAN, 13 Dis - Tiga lelaki warga Thailand dihukum penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah membalak di tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang dijadikan sebagai kawasan latihan ketenteraan, awal bulan ini. Majistret Nor Azizah Aling memerintahkan Maroming Doloh, 34, Aitduerea Dungobot, 33, dan Matoha Maka, 33, menjalani hukuman itu bermula tarikh mereka ditangkap iaitu 3 Dis lalu.

36.  KANGAR, 13 Dis - DUN Perlis hari ini diberitahu segala rundingan dan keputusan untuk meluluskan pelaburan di negeri ini dimuktamadkan oleh jawatankuasa teknikal dan agensi-agensi berkaitan sahaja. MB, Datuk Seri Azlan Man (BN-Bintong) berkata beliau sendiri serta anggota-anggota Exco tidak terlibat dengan keputusan untuk menerima atau menolak pelabur yang ingin melabur di Perlis.

37.  BATU PAHAT, 13 Dis - IWK Johor akan menjadikan Sungai Simpang Kanan, di sini dan Sungai Skudai dekat Johor Bahru sebagai ‘anak angkat’, sebagai salah satu inisiatif bagi memupuk kesedaran masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar. Ia juga merupakan kesinambungan usaha yang dilaksanakan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dengan menetapkan setiap unit operasi IWK mempunyai anak angkat (sungai) untuk dijaga.

38.  KOTA BHARU, 13 Dis - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan akan segera mengadakan mesyuarat jika jabatan meteorologi negeri ini mengeluarkan ramalan kemungkinan berlakunya banjir pada sesi persekolahan 2019. Mesyuarat tersebut akan membabitkan semua pejabat pendidikan daerah (PPD) bagi membincangkan tindakan dan langkah segera yang akan diambil bagi menghadapi situasi seperti itu.

39.  KUALA LUMPUR, 13 Dis - Jenazah bekas KSN Tun Abdullah Ayub selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada pukul 3 petang tadi.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di sini, yang diasaskan Allahyarham sendiri, selepas solat zohor.

40.  GURUN, 13 Dis - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang sudah 46 tahun bertapak di negara ini, kini menjadi sebahagian daripada entiti perniagaan yang menyumbang kepada pemangkin industri baja negara selepas pembukaan kilang bajanya, Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB), di sini pada 2004.

41.  PUTRAJAYA, 13 Dis - Mahkamah Persekutuan menetapkan 18 Feb tahun depan untuk mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan keputusan bagi kerusi DUN Rantau di Negeri Sembilan pada PRU-14 sebagai tidak sah dan terbatal serta memerintahkan supaya pilihan raya kecil diadakan segera.

42.  KANGAR, 13 Dis - Tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan melihat jenama Seri Perlis (SP) menyertai jutaan motosikal di atas jalan raya dan jalan desa di negara ini. Ia mungkin perkara biasa namun hakikatnya motosikal jenama itu adalah hasil sentuhan sekumpulan pelajar UniMAP dengan kerjasama Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas).

43.  ISKANDAR PUTERI, 13 Dis - Kerajaan Negeri Johor buat masa ini tidak akan menyewakan sebahagian aset JKR Negeri Johor yang dikatakan dalam keadaan terbiar dan tidak digunakan kepada mana-mana pihak, seperti mana yang disyorkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017, kata Exco negeri, Mazlan Bujang

44.  KOTA KINABALU, 13 Dis - DUN Sabah hari ini meluluskan pindaan RUU Perlembagaan Negeri Sabah bagi menghapuskan tempoh perkhidmatan Yang Dipertua Negeri (TYT) Sabah. Undian belah bagian yang dijalankan oleh Timbalan Speaker Datuk Ahmad Abdul Rahman mengenai pindaan itu disokong oleh 46 ADUN manakala 14 tidak bersetuju dan lima ADUN tidak hadir.

45.  SETIU, 13 Dis - Ekoran tidak menyedari air naik mendadak ke dalam rumah mereka, tiga keluarga terpaksa diselamatkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) untuk dibawa ke pusat pemindahan sementara apabila laluan keluar dari rumah mereka di Kampung Butat, Langkap tidak boleh dilalui kenderaan sejak malam tadi.

46.  KUANTAN, 13 Dis - Syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) akan terus berusaha untuk memastikan kilang memproses nadir buminya di Gebeng di sini, dibenarkan beroperasi. Timbalan Presiden Modal Insan dan Komuniti Lynas, Mimi Afzan Afza Abdullah berkata pihaknya bersedia berbincang dan meneliti setiap cadangan daripada pihak berkaitan dalam perkara itu serta berharap mendapat kerjasama daripada kerajaan.

47.  SHAH ALAM, 13 Dis - Keadaan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah akibat diserang dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya pada 27 Nov lepas masih kritikal walaupun stabil. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Muhammad Hamdan Wahid berkata, ini kerana masih ada mesin-mesin tertentu sedang diguna pakai ke atas anggota berkenaan bertujuan menstabilkan organ dalam badannya.

48.  KUALA LUMPUR, 13 Dis - Jabatan Imigresen sedang membuat proses pengusiran dan pendakwaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini dengan lebih cepat bagi mengelakkan berlaku kesesakan PATI di depot Imigresen, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

49.  SINGAPURA, 13 Dis - Singapura memfailkan satu deklarasi di bawah Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut Antarabangsa (UNCLOS) bagi memastikan Malaysia tidak memulakan prosedur timbang tara atau penghakiman unilateral pihak ketiga berhubung pertikaian sempadan maritim antara kedua-dua negara. Sehubungan itu, Singapura juga tidak boleh memulakan prosedur timbang tara atau penghakiman pihak ketiga secara unilateral terhadap Malaysia.

50.  KOTA KINABALU 13 Dis. - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata partinya sentiasa terbuka untuk menerima kemasukan wakil rakyat dari bebas, namun ia perlu dilakukan tanpa sebarang syarat.Parti Warisan yang kini menerajui kerajaan baharu negeri Sabah sentiasa terbuka demi penyatuan rakyat dan membangunkan negeri ini.

51.  GUA MUSANG 13 Dis. - Lebih 300 penduduk di kawasan rendah di Limau Kasturi, di sini, bersiap sedia untuk berpindah berikutan air Sungai Galas di kawasan itu kini berada di paras berjaga-jaga hari ini. Air Sungai Galas yang semakin naik itu turut menenggelamkan sebuah jambatan Sungai Kerak yang menghubungkan jalan utama ke kampung itu.

52.  KOTA BHARU 13 Dis. - Polis Kelantan menahan dua penganggur dan merampas dadah bernilai RM12,000 dalam dua serbuan berasingan di daerah ini semalam dan kelmarin. KPD, ACP Abdul Rahim Daud berkata, kedua suspek yang ditahan masing-masing berumur 24 dan 21 tahun itu.

53.  KLANG 13 Dis. - Identiti mayat yang ditemukan reput dengan dibaluti selimut di Kampung Sungai Sireh Tambahan 2, Pelabuhan Klang, Isnin lalu adalah seorang lelaki Cina yang memiliki 10 rekod jenayah lampau. KPD Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata, ia hasil semakan terhadap identiti mayat tersebut selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) hari ini.


54.  PUTRAJAYA 13 Dis. - Kempen Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) dilancarkan dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara membaca pada tahun 2030. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, kerajaan juga menyasarkan penerbitan negara mencapai 31,700 judul setahun menjelang tahun 2020 berbanding 19,713 judul tahun lalu.

55.  JOHOR BAHRU 13 Dis. - Tindakan pemimpin UMNO Sabah yang keluar parti beramai-ramai kelmarin perlu dijadikan pencetus pembaharuan yang sangat didambakan ahli UMNO dan orang Melayu. Justeru Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, untuk berubah dan bangkit kembali parti itu tidak boleh terus berdolak-dalik serta hidup dalam penafian.

56.  BESUT 13 Dis. - Kerajaan negeri memandang serius perbuatan sesetengah usahawan tidak bertanggungjawab yang begitu mudah memperolehi keuntungan lumayan dengan menciplak hasil seni orang lain. Exco negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, beliau sendiri telah menemui usahawan berkenaan yang meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan tersebut.

57.  KUCHING, 13 Dis - Sarawak secara dasarnya bersetuju dengan cadangan untuk meminda Ordinan Buruh Sarawak bagi memastikan keseragaman pelaksanaan undang-undang di Malaysia. Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran berkata, persetujuan tersebut dicapai dalam pertemuan beliau bersama Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabat beliau di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

58.  KUCHING, 13 Dis - Kesemua 100,000 pemandu teksi dan perkhidmatan e-hailing di seluruh negara disasarkan mencarum di bawah PERKESO, tahun hadapan. Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, berkata setakat ini hanya 7,000 atau tujuh peratus daripada semua pemandu teksi dan perkhidmatan e-hailing mencarum dengan PERKESO menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

59.  GEORGE TOWN, 13 Dis - Sebahagian Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, iaitu antara Jalan Padang Kota Lama dan persimpangan bulatan Lebuh Light/Pesara King Edward/Lebuh Pantai, di sini akan ditutup sementara dari 12 tengah malam hingga 4 pagi esok. Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Pulau Pinang hari ini, penutupan sementara jalan itu adalah untuk kerja-kerja pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut di Padang Kota Lama.

60.  SETIU, 13 Dis - Seorang guru yang baru pulang bercuti ke kampung halaman di sini awal pagi ini, dikhuatiri lemas selepas dia dilaporkan hilang dibawa arus ketika sedang mandi di sungai bersama adik dan dua rakan mereka di Kampung Buluh di sini hari ini. Kejadian berlaku ketika Abd Rauf Mohd Zulkarnain, 27, guru di Sekolah Kebangsaan Tiara Permai, Sentul, Kuala Lumpur dikatakan sedang mandi di sungai bersama adiknya Abd Wafi,17, dan dua rakan mereka kira-kira 3 petang.

BERITA SUKAN:

1.  KANGAR 13 Dis. – PFA sekali lagi menegaskan bahawa isu pembayaran gaji tertunggak melibatkan para pemainnya telah dianggap selesai ekoran perjumpaan dengan mereka baru-baru ini. Presidennya, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Shafie menegaskan, tidak timbul isu berbangkit setelah kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama dan menandatangani kontrak berkaitannya.

2.  SEPANG, 13 Dis. - Pemain sayap naturalisasi Malaysia, Mohamadou Sumareh yakin pasukannya mampu mengubah keadaan ke atas Vietnam apabila kedua-dua pasukan bertemu pada final kedua Piala AFF yang akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi Sabtu ini. Pemain berumur 24 tahun dari Gambia itu berkata, Harimau Malaya yang telah bertungkus lumus berlawan hingga ke akhir sewajarnya tidak melepaskan peluang untuk menjulang Piala AFF untuk kali kedua selepas 2010.

3.  KUALA LUMPUR 13 Dis. - Bagi menghangatkan lagi suasana final kedua Piala AFF di antara Malaysia menentang Vietnam, Johor Land (JLand) mengambil inisiatif dengan menganjurkan tayangan skrin gergasi bertempat di Tapak Ekspo Festival JLand yang turut diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-50 Johor Corporation.

4.  AMSTERDAM 13 Dis. - Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski meledak dua gol ketika membantu pasukannya menamatkan saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara di tangga teratas dalam pertarungan sengit menentang Ajax yang berkesudahan seri 3-3.

5.  MADRID 13 Dis - Pengendali Real Madrid, Santiago Solari mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan 0-3 kelab gergasi Sepanyol itu kepada CSKA Moscow, dalam saingan Liga Juara-Juara, pagi tadi. Real sudah layak ke pusingan kedua sebagai juara Kumpulan G, namun tidak seharusnya mempamerkan persembahan yang buruk walaupun rombakan besar dilakukan terhadap kesebelasan utama.

6.  LONDON 13 Dis - Pengendali Arsenal, Unai Emery mengakui beliau mungkin terpaksa  menambah seorang lagi bek tengah ketika jendela perpindahan pemain pada Januari ini. The Gunners kehilangan beberapa tonggak pertahanan dan kemungkinan akan bertandang ke Southampton Ahad ini dengan hanya seorang bek tengah yang betul-betul cergas, Laurent Koscielny.

7.  MANCHESTER 13 Dis - Manchester City terselamat daripada permulaan yang kurang baik untuk bangkit menewaskan Hoffenheim 2-1, menerusi dua jaringan Leroy Sane dalam aksi Kumpulan F, Liga Juara-Juara, pagi tadi. Jaringan penalt Andrej Kramaric membolehkan pelawat dari Jerman mendahului pada minit ke-16, dengan tuan rumah yang melakukan rombakan besar dalam kesebelasan utama bergelut memberikan saingan.

8.  KUALA LUMPUR 13 Dis - Pintu hampir tertutup buat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk mara ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan peringkat kumpulan di Guangzhou, China, hari ini.

9.  KUALA LUMPUR 13 Dis - Tiada khabar gembira daripada kedua-dua pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie di Jelajah Akhir Dunia BWF selepas masing-masing tewas pada perlawanan pembukaan, malam tadi.

10.  VALENCIA, Sepanyol 13 Dis. - Manchester United terlepas peluang keemasan untuk mengungguli Kumpulan H, Liga Juara-Juara hari ini apabila tewas 1-2 kepada Valencia. Namun, bukan perkara itu yang membimbangkan Red Devils, sebaliknya tumpuan anak-anak buah Jose Mourinho sudah terarah kepada pertembungan menentang musuh ketat, Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Ahad ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2018 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*SABTU 15 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 7 RABIULAKHIR 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#vievsmasfinalaff*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*

*GOA_L TERAKHIR UNTUK MINGGU INI, PENUHI HUJUNG MINGGU YANG BERKUALITI BERSAMA INSAN2 TERSAYANG, SEMOGA HARIMAU MALAYA MERANGKUL AFF SUZUKI CUP 2018.. AMINN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:39, SUBUH : 05:49, SYURUK : 07:07, ZOHOR : 13:10, ASAR : 16:34, MAGHRIB : 19:08, ISYAK : 20:23*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *ENAM Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti smlm mendesak Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan dengan kadar segera. Mereka adalah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.*

                 *AIRASIA tidak bertanggungjawab untuk mengutip cukai lapangan terbang (PSC) bagi Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB). Sehubungan itu, syarikat terbabit enggan mengutip caj tambahan penumpang daripada RM50 kepada RM73 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bagi pihak MASSB.*

                 *SERAMAI 120 pesakit dan 50 kakitangan Hospital Tampin, cemas apabila mereka menerima panggilan bom palsu daripada lelaki yang tidak dikenali, smlm. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Ramli Kasa berkata, pada kejadian 5.50 pagi itu, operator khidmat pelanggan hospital yang menerima panggilan telefon dimaklumkan terdapat bom di hospital itu.*

                 *PENDUDUK di sekitar Sungai Petani rata-ratanya tidak bersetuju dengan cadangan waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) diubah sehingga 7 malam berbanding 10 malam ketika ini. Roslan Omar, 54, berkata penduduk yang tinggal jauh dari bandar antara yang bersyukur adanya perkhidmatan UTC kerana golongan itu perlu berhadapan jarak perjalanan yang jauh untuk sampai ke pejabat kerajaan.*

                 *SALAH seorang mangsa letupan gas di restoran di CityOne Megamall, di Kuching pada 4 Disember lalu, merayu bantuan orang ramai bagi membiayai rawatannya. Nur Harfidawilla Mohd Sulaiman, 29, yang berasal dari Kampung Paya Mebi, Jalan Landeh di Padawan, kini terlantar di hospital akibat kecederaan serius dialaminya susulan insiden berkenaan.*

                 *PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas satu pertuduhan tambahan iaitu melakukan pecah amanah jenayah membabitkan wang RM10 juta milik Yayasan Akalbudi, tiga tahun lalu. Berikutan itu, Zahid, 65, kini berdepan dengan keseluruhan 46 pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram.*

                  *PUSAT pemindahan sementara Balai Raya Taman Seri Bayu 1, Alor Gajah, ditutup 12.30 tengah hari ini susulan banjir di sekitar kawasan terbabit mulai surut. Sekretariat Pengerusi Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, PPS berkenaan ditutup sepenuhnya selepas beroperasi sejak jam 9 malam, Rabu lalu.*

                 *PENDUDUK Kampung Pondo, Pulau Gaya, Kota Kinabalu, gempar berikutan penemuan mayat lelaki terapung di laut di kawasan berkenaan, smlm. Kejadian disedari oleh penduduk di kampung berkenaan kira-kira 8 pagi sebelum polis dihubungi.*

                 *TIGA kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) diselamatkan selepas terkandas lebih 10 jam di Kampung Serasah, Pos Bihai, dekat Gua Musang, malam semalam. Mereka terkandas di situ berikutan keadaan jalan rosak teruk dan hujan lebat selepas mengikuti kursus pemanduan lasak pacuan empat roda di kawasan berkenaan.*

                 *LELAKI ditahan ketika cuba melarikan tabung derma di Surau Darul Ibadah di Jalan Mendu, Kuching, semalam. Suspek berusia 35 tahun dari Siol Kandis, Petra Jaya, ditahan jemaah surau berkenaan ketika sedang mengumpil peti besi tabung derma itu.*

                 *BEKAS Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3 juta membabitkan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching Sarawak oleh FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).*

                  *BEKAS Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor, 6.20 petang. Perkara berkenaan disahkan oleh adiknya, Abdul Lazam ketika dihubungi NSTP, smlm.*

                 *MANGSA banjir di Pahang terus meningkat kepada 435 orang, jam 8 pagi ini, berbanding 194 orang dicatatkan malam semalam. Sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir, berbanding empat PPS, semalam.*

                  *PELAJAR tahfiz berusia 17 tahun maut manakala rakannya parah setelah motosikal dinaiki mereka bergesel dengan sebuah lori membawa muatan pasir di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan di Bota, smlm.*

                 *VETERAN UMNO, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad difahamkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di ibu negara, semalam. Ini berikutan satu kenyataan yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi BERSATU, Wan Saiful Wan Jan di laman sosial Facebook, petang semalam.*

                 *PESARA polis maut selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di di jalan hadapan Masjid Kandis, di Jitra, 7.40 malam, semalam. Mangsa, Abdul Ghani Awang, 71, disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, jam 10.30 malam.*

                 *BILANGAN mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 950 orang daripada 327 keluarga sehingga jam 11 malam ini, berbanding 749 mangsa daripada 258 keluarga, jam 6 petang smlm. Semua mangsa ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu.*

                 *GURU dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi bersama tiga yang lain di Sungai Setiu, dekat Jambatan Bandar Permaisuri, smlm. Dalam kejadian 4.10 petang itu, mangsa dikenali sebagai Abd Rauf Mohd Zulkarnain, 27, yang bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Tiara Permai, Sentul, Kuala Lumpur.*

                 *PENGURUS syarikat sekolah memandu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, smlm atas pertuduhan menerima rasuah RM4,800 bagi mendapatkan lesen memandu secara tidak sah kepada warganegara Indonesia, dua tahun lalu.*

                 *LELAKI warga emas parah pada lengan kanan dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan rakannya di kebun durian di Kampung Sedengka Ayer Mati, Padang Changkat, Bota Kanan, di Bota, smlm.*

                 *BAYI lelaki berusia satu tahun dua bulan maut dipercayai akibat lemas selepas terlangkup ke dalam baldi di bilik air di rumahnya, Jalan Pangkalan Lambak, Sungai Rambai, Jasin, dekat Melaka, tengah hari smlm. Mangsa, Muhammad Arash Zahrain Osman, ditemui ibunya berusia 30-an, tidak sedarkan diri dengan kedua-dua belah kaki ke atas dan kepala di dalam baldi mengandungi air.*

                 *SEBUAH pusat pakar pergigian swasta didenda RM320,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, smlm, selepas didapati bersalah atas lima pertuduhan berhubung kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi. Syed Alman adalah menantu bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.*

                 *SERAMAI 194 orang daripada 54 keluarga dipindahkan ke empat Pusat Pemindahan Sementara di daerah Kuantan selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir, smlm. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, empat PPS yang sudah dibukasehingga 8 malam kelmarin adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating, SK Sungai Ular, SK Sungai Karang dan SK Kempadang.*

                 *JAWATANKUASA Pusat MCA akan menghantar satu surat rasmi kepada Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat, untuk mendesak parti komponen itu dibubarkan. Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan berkata, mereka secara sebulat suara memutuskan untuk mengesahkan resolusi yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung MCA awal bulan ini.*

                 *PENDEDAHAN berhubung salah tadbir dalam Lembaga Tabung Haji (TH) ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) dikatakan mampu mengembalikan keyakinan pendeposit terhadap pengurusan simpanannya yang baharu. Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Muhammad Faiz Fadzil mendakwa, pendedahan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa itu juga berjaya memberi beberapa perkembangan baharu terhadap TH, baru-baru ini.*

                 *OPERATOR kilang dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen Melaka, smlm, selepas mengaku bersalah memukul isterinya dengan kerusi plastik, Mei lalu. Mohd Faiz Idris, 31, mengaku bersalah sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.*

                 *WANITA direman tiga hari bagi membantu siasatan kes janin bayi lelaki ditemui di dalam lubang tandas di sebuah kilang di Batu Berendam, Melaka, Selasa lalu. Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd Anuar Ostadi mengeluarkan perintah reman terhadap wanita berusia 34 tahun itu, bermula smlm.*

                 *ANGGOTA tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di Melaka, smlm, atas tuduhan menumbuk muka, leher dan kepala isterinya, September lalu. Muhammad Jamri Nowawi, 36, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.*

                 *PARAS air Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras amaran, berikutan cuaca tidak menentu sejak beberapa hari lalu di negeri ini. Berdasarkan portal publicinfobanjir.water.gov.my sehingga 12 tengah hari smlm, paras Sungai Golok di Rantau Panjang meningkat kepada 8.62 meter (m) melebihi paras amaran 8 m, berbanding 7.8 m, semalam.*

                 *AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, smlm menggesa UMNO mengadakan pemilihan parti secepat mungkin. Kenyataan melalui Twitter beliau itu susulan seorang demi seorang tokoh UMNO meninggalkan parti itu. “Setuju. Pemilihan parti diadakan serta-merta,” katanya.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


            *Beijing: Pekerja kilang melalui pengalaman ngeri namun nyata masih panjang umur apabila 10 paku besi besar tertusuk pada badannya apabila sebuah mesin robotik secara tiba-tiba mengalami kerosakan.*
          *Kejadian berlaku sewaktu mangsa dikenali sebagai Zhou, 49, sedang bekerja di tapak pembinaan di Fuzhou, China apabila paku besi berkenaan menembusi beberapa bahagian badannya.*
         *Mirror melaporkan, mangsa bekerja pada lewat malam pada 4 Disember lalu sebelum besi berukuran panjang 30 sentimeter dan 1.5 sentimeter tebal jatuh hingga menembusinya.*

            *SINGAPURA: Nilai minyak yang dicuri dari loji terbesar Shell di Singapura dalam tempoh beberapa tahun mencapai AS$150 juta (RM627.5 juta), menurut dokumen mahkamah di sini.*
            *Ia adalah angka yang lebih besar daripada dilaporkan ketika polis mendedahkannya awal tahun ini.*
          *Selepas hampir setahun berlalu, lebih 12 orang sudah ditahan termasuk beberapa bekas pekerja unit tempatan Royal Dutch Shell.*

            *CHICAGO: Pesawat milik syarikat penerbangan Southwest Airlines yang dalam perjalanan dari Seattle ke Dallas terpaksa berpatah balik, selepas mendapati bekas mengandungi jantung manusia, tertinggal di dalam kapal terbang itu.*
            *Kehadiran bekas mengandungi organ itu hanya disedari ketika pesawat sudah berada di timur Idaho, iaitu kira-kira 950 kilometer dari Seattle.*
         *”Sebaik sahaja kami menyedari kesilapan sudah berlaku, kami segera berpatah balik ke Seattle,” kata jurucakap syarikat penerbangan itu, Dan Landson kepada AFP.*

             *ANKARA : Sembilan orang maut manakala hampir 50 lagi cedera apabila sebuah kereta api berkelajuan tinggi melanggar sebuah lokomotif di ibu negara Turki, semalam.*
            *Menteri Pengangkutan, Cahit Turhan sebelum itu dalam satu kenyataan di televisyen berkata, tiga daripada mangsa yang maut itu adalah operator kereta api.*
            *Seorang daripada mereka meninggal dunia di hospital, katanya.*

         *LONDON: Bekas isteri jutawan Russia, Farkhad Akhmedov mendakwa berjaya memperoleh sebahagian kecil daripada pampasan perceraiannya, selepas menjual sebuah helikopter milik bekas suaminya.*
           *Menurut peguamnya, helikopter Eurocopter EC155 yang pernah digunakan untuk membawa penumpang ke kapal M.V Luna milik Akhmedov, berjaya dijual pada harga kira-kira lima juta euro (RM23.75 juta).*
           *Pada 2016, Mahkamah Tinggi London mengarahkan hartawan minyak dan gas, Akhmedov membayar kira-kira 40 peratus daripada nilai kekayaannya atau sebanyak 453 juta pound (RM2.39 bilion) kepada Tatiana Akhmedova, sebagai pampasan perceraian.*

           *STRASBOURG/PARIS: Lelaki bersenjata yang menembak mati tiga mangsa di pasar Krismas di Strasbourg berjaya ditembak dalam pertempuran dengan anggota polis, selepas berjaya melarikan diri selama 48 jam.*
         *Cherif Chekatt, 29, ditembak mati dalam satu operasi besar-besaran di Neudorf/Meinau pada jam 9 malam (waktu tempatan), semalam, iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi beliau melancarkan serangan pada Selasa lalu.*
        *”Chekatt ditembak selepas beliau melepaskan tembakan kepada pihak polis,” kata salah seorang sumber.*


*TULAR / POPULAR*
================


           *MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa pihaknya menyekat penceramah tertentu untuk muncul di televisyen dan radio.*
           *Sejak semalam, tular senarai 10 penceramah didakwa tidak digalakkan berceramah di televisyen dan radio mulai Januari tahun hadapan.*
           *Antara yang tersenarai adalah Ustaz Ahmad Dasuki, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.*

           *“MEREKA datang jumpa saya dan beritahu yang mereka akan meninggalkan UMNO,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.*
         *Beliau mengesahkan pertemuannya bersama enam pemimpin UMNO seperti yang tular baru-baru ini adalah untuk mereka menyatakan hasrat keluar UMNO.*
           *”Mereka mahukan nasihat saya. Cuma itu, tak ada yang lain,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Sambutan Ulang Tahun ke-20 Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur hari ini.*
            *Semalam, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, menafikan pertemuannya dan lima lagi pemimpin UMNO dengan Dr Mahathir Oktober lalu, ada kaitan dengan tindakan mereka untuk keluar parti atau memohon ‘talian hayat’ seperti yang tular di laman sosial sejak Rabu lalu.*

           *DUA ahli parlimen dari Negeri Sembilan menafikan khabar angin akan meninggalkan UMNO seperti yang tular di media sosial.*
            *Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias ketika dihubungi memaklumkan khabar angin berkenaan tidak betul.*
           *”Tidak betul. Itu saja yang dapat saya maklumkan,” katanya.*
         *Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif turut menafikannya sambil memberitahu ketika ini terlalu banyak khabar angin tidak betul berkaitan UMNO.*

         ♂ *MAAHAD Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, semalam mencatatkan sejarah sendiri apabila seramai 98 pelajarnya memperoleh 11A pada peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini.*
            *Pengetuanya, Kamarjan Abdul Rahman berkata, sejak PT3 dilaksanakan pada 2014, pencapaian itu paling tertinggi diperoleh di sekolahnya berbanding 67 pelajar memperoleh 11A pada tahun lalu.*
          *Beliau berkata, walaupun sekolah tidak mencapai sasaran 120 daripada 187 pelajar yang menduduki eperiksaan berkenaan tahun ini memperoleh 11A, namun pencapaian itu terbaik diperoleh hasil bantuan Alumni Maahad Muhammadi Lelaki, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mengadakan pelbagai program kecermelangan.*

          *Moscow: Robot canggih yang sering membuat kemunculan forum belia di Rusia, malah disiarkan televisyen tempatan sebenarnya manusia yang berpakaian seperti robot.*
              *Stesen televisyen Russia-24 memuji kecanggihan robot terbabit di hadapan penonton, malah Robot Boris itu turut menunjukkan kebolehannya menari sambil mengikut rentak muzik rancak.*
               *The Guardian melaporkan, persoalan itu akhirnya terjawab apabila gambar robot berkenaan dikongsi dan tular di media sosial menunjukkan leher manusia dapat dilihat dengan jelas dari luar.*
               *Sekeping gambar disiarkan oleh MBKh media turut menunjukkan seorang pelakon mengenakan sut terbabit di sebuah forum diadakan di Yaroslavl, timur laut Moscow.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


           *LONDON: Juara Formula Satu (F1) musim ini, Lewis Hamilton berkata, dia akan berwaspada terhadap kemampuan pemandu muda dalam mengharungi musim 2019.*
        *Hamilton yang memburu gelaran dunia buat kali keenam pada tahun depan berkata, dia bimbang saingan pemandu seperti Max Verstappen dari Red Bull dan juga Charles Leclerc dari Ferrari.*
             *Bagaimanapun, setakat ini, Hamilton mempunyai kelebihan pengalaman sebagai motivasi tambahan menjelang saingan 2019 dalam pemburuannya muncul pemandu terhebat sepanjang zaman diF1.*

            *MANCHESTER: Kapten Manchester United, Antonio Valencia bersedia meninggalkan Old Trafford pada jendela perpindahan Januari ini, selepas akur bahawa sukar untuknya kembali memenangi kepercayaan Jose Mourinho.*
            *Ejen Valencia sudah berada di Manchester minggu ini untuk berbincang - ketika pertahanan berusia 33 tahun itu yang menarik minat West Ham dan kelab dari Sepanyol, masih belum menerima sebarang tawaran baharu.*

           *PERSEKUTUAN Bolasepak Vietnam (VFF) smlm memberi jaminan keselamatan kepada penyokong Malaysia yang akan bertandang ke Stadium Nasional My Dinh bagi aksi kedua final Piala AFF malam ini.*
            *Jaminan itu disampaikan Setiausaha Agung Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) Datuk Seri Azzuddin Ahmad yang sudah mengadakan pertemuan dengan pihak VFF.*
            *Dijangka 3,000 penyokong Harimau Malaya akan hadir ke stadium esok bagi memberikan sokongan kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang bakal memburu kejuaraan kedua selepas 2010.*

          *JURULATIH Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui bersedia menurunkan skuad terbaik dalam misi hidup mati pada aksi final kedua Piala AFF menentang Vietnam esok meskipun langkah yang diambilnya itu mungkin berisiko besar.*
           *Sekembalinya dua tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Syazwan Andik daripada kecederaan hamstring pasti melegakan namun sejauh mana pemain ini boleh menghabiskan aksi 90 minit dalam tempo permainan cukup tinggi dengan cuaca sejuk sekitar 13 darjah selsius di Stadium Nasional My Dinh masih menimbulkan persoalan.*

         *ADA sebab untuk Harimau Malaya berasa gerun apabila bertandang ke Stadium Nasional My Dinh berdepan Vietnam pada final kedua Piala AFF, malam ini.*
             *Menurut Anh Duc, dia bersedia untuk beraksi esok jika diberikan kepercayaan untuk menggempur kubu Malaysia.*
          *”Jika diberi peluang, saya akan berikan yang terbaik. Saya yakin kami boleh memenangi piala kali ini,” katanya dalam sidang media praperlawanan hari ini.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2018 08:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2018 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 15/12/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 14 Dis. - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpesan kepada ahli-ahli partinya supaya tidak panik susulan tindakan beberapa Ahli Parlimen dan pemimpin parti itu yang keluar daripada UMNO sejak kelmarin.  Ahmad Zahid menganggap apa yang berlaku itu merupakan harga yang terpaksa dibayar untuk kembali kepada perjuangan UMNO yang sebenar.

2.  KUALA LUMPUR 14 Dis. - Pada tahap manakah maruah UMNO di mata beberapa ahli parti itu yang kini kelam-kabut mahu ‘menyelamatkan’ diri masing-masing dengan bertindak keluar daripada parti dan mengadakan kerjasama bersama parti lawan. Persoalan itu dilontarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang mahu partinya belajar daripada Pas dalam mengekalkan prinsip walaupun sudah 60 tahun menjadi pembangkang.

3.  KUALA LUMPUR 14 Dis. - Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin meninggal dunia di Hospital Serdang, dekat sini sebentar tadi. Sebelum ini, bekas Menteri Penerangan itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya pada 13 November lalu selepas dilaporkan menghidap penyakit paru-paru berair.

4.  KUANTAN 14 Dis. - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah ini pagi ini meningkat kepada 376 orang daripada 100 buah keluarga berbanding 194 orang daripada 54 keluarga malam tadi. Sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara dibuka iaitu di SK Cherating, SK Sungai Ular, SK Sungai Karang, SK Kempadang, SK Beserah, SK Sungai Isap Murni dan Dewan Orang Ramai Balok.

5.  KUALA TERENGGANU 14 Dis. - Jumlah mangsa banjir di Terengganu kini mencecah 1,622 orang melibatkan 506 keluarga yang dipindahkan ke 19 pusat pemindahan sementara di Hulu Terengganu, Kemaman dan Setiu. Jumlah itu meningkat berbanding lebih 900 mangsa malam tadi yang turut membabitkan tiga daerah berkenaan.

6.  KUALA LUMPUR 14 Dis. - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di pekarangan kompleks mahkamah di sini pada pukul 8.10 pagi sebentar tadi bagi menghadiri prosiding semula kes membabitkan 45 pertuduhan pecah amanah, menerima wang rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan wang puluhan juta ringgit.

7.  KUALA LUMPUR 14 Dis. - Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan pecah amanah dan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suit di Kuching Sarawak. Mohd. Isa, 69, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas 10 pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

8.  KUALA LUMPUR 13 Dis. - Malaysian Rating Corporation (MARC) melihat keuntungan operasi DRB-Hicom Bhd. mungkin terus terjejas pada 2019 susulan prospek mencabar bagi sektor automotif didorong unjuran pertumbuhan ekonomi yang lemah.

9.  KUALA LUMPUR 14 Dis. – PTPTN memerlukan tempoh enam hingga 12 bulan bagi mengkaji semula pelaksanaan kaedah baharu  bayaran balik pinjaman pendidikan. Tempoh itu diperlukan bagi mendapatkan formula baharu kaedah pembayaran pinjaman melalui perbincangan dengan pihak berkepentingan serta mengambil kira maklum balas yang diterima daripada semua pihak.

10.  PULAU PINANG 14 Dis. - Konflik di antara pemandu limosin lapangan terbang dan pemandu e-hailing terus berpanjangan selepas sekumpulan pemandu limosin LTAPP mengadakan bantahan di Bayan Lepas, di sini, pagi ini. Demonstrasi aman itu disertai kira-kira 30 pemandu limosin LTAPP yang mendesak kerajaan lebih bertegas terhadap syarikat dan pemandu e-hailing yang didakwa menjejaskan punca pendapatan mereka.

11.  KUALA LUMPUR 14 Dis. - Laporan Tadbir Urus Korporat 2018 menunjukkan Malaysia mencapai peningkatan tertinggi dalam amalan tadbir urus korporat iaitu daripada tempat ketujuh pada 2016 kepada tempat keempat tahun ini, di belakang Australia, Hong Kong dan Singapura.

12.  GUA MUSANG 14 Dis. - Tiga kakitangan Jabatan Kesihatan negeri terkandas lebih 10 jam di kawasan hutan di Kg. Serasah, Pos Bihai, di sini, selepas laluan utama yang merupakan jalan balak rosak akibat hujan lebat, semalam. Difahamkan, Rusdi Nor, 57, Abdul Basir Ahmad, 48, dan Mohd. Ruswadi Ab. Hamid, 38, masuk ke kawasan berkenaan untuk menjalankan tugas mereka sebagai pegawai kesihatan di perkampungan Orang Asli sejak tiga hari lalu.

13.  CYBERJAYA 14 Dis. – SKMM memandang serius aduan pengguna dan komited untuk mengawal selia bagi memperbaiki kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan keseluruhan industri pos serta kurier di negara ini. Dalam satu kenyataan, SKMM memberitahu, pihaknya sehingga kini telah mengeluarkan lebih 120 lesen termasuk kepada pemain kurier antarabangsa utama untuk menyokong industri e-dagang yang semakin membangun.

14.  MIRI 14 Dis. - Polis menahan 19 suspek termasuk seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kes jenayah dalam operasi besar-besaran pencegahan jenayah di sini. Ketua Polis Miri, ACP Lim Meng Seah berkata, kesemua suspek berusia 11 hingga 46 tahun itu ditahan sejak 24 November hingga semalam dalam 14 operasi yang dinamakan Op Pintu dan Op Lejang.

15.  JOHOR BAHRU 14 Dis. - Bermula Januari 2019, setiap bangunan kerajaan perlu mendapatkan sijil perakuan bomba (FC) bagi memastikan tahap keselamatan setiap bangunan yang digunakan. Menteri KPKT,  Zuraida Kamaruddin berkata, kertas kerja berhubung perkara itu sudah disiapkan pihaknya.

16.  KUALA LUMPUR 14 Dis. - Nampaknya desakan supaya Presiden UMNO, DatuK Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan semakin kuat. Desakan tersebut turut disuarakan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menerusi satu hantaran dalam akaun Twitter beliau hari ini. "Bersetuju. Pemilihan parti segera," tegas Khairy.

17.  MELAKA 14 Dis. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang operator kilang selepas mengaku bersalah memukul isterinya menggunakan kerusi plastik tujuh bulan lalu. Mohd. Faiz Idris, 31, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

18.  TAMPIN 14 Dis. - Hospital Tampin dekat sini menjadi mangsa terbaharu panggilan ancaman bom palsu, hari ini, selepas kes sama menimpa Hospital Pakar KPJ Seremban pada 27 November lalu. Dalam kes bermula 5.50 pagi tadi, operator khidmat pelanggan Hospital Tampin menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali mendakwa ada bom di premis pusat perubatan itu.

19.  ALOR SETAR 14 Dis. - Selepas Pemuda UMNO Sabah mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan semalam, kini Pemuda UMNO Alor Setar pula turut senada demi survival parti. Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, beliau berharap Ahmad Zahid berjiwa besar mengorbankan jawatannya itu agar hala tuju parti menjadi lebih jelas dan berfokus.

20.  MELAKA 14 Dis. - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan perintah tahanan reman terhadap seorang wanita berusia 34 tahun bagi membantu siasatan berhubung penemuan janin bayi dalam lubang tandas di sebuah kilang pengeluar cip terkemuka di Batu Berendam pada Selasa lalu.

21.  SHAH ALAM 14 Dis.- Semua jenis topi keledar dari luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia termasuk untuk kegunaan sendiri diwajibkan mendapat kelulusan JPJ terlebih dahulu. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pengguna motosikal yang menggunakan topi keledar tanpa kelulusan SIRIM.

22.  TANAH MERAH 14 Dis. – MP Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz meletak jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah dan mengumumkan keluar parti sebentar tadi. Ikmal Hisham membuat pengumuman tersebut dalam satu majlis pertemuan bersama kira-kira 800 ahli UMNO Bahagian Tanah Merah di Bangunan UMNO Gual Ipoh, di sini.

23.  KUALA TERENGGANU 14 Dis. - Selepas Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), kerajaan negeri memutuskan untuk mewujudkan pula Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) di setiap daerah di Terengganu. Kesemua SMIDI itu akan diwujudkan di kesemua lapan daerah secara berperingkat-peringkat dengan sekolah pertama dibangunkan di tapak asal Kolej Islam Sains Terengganu (KIST) di Hulu Terengganu yang dijangka mula beroperasi tahun depan.

24.  KUALA LUMPUR 14 Dis. - UMNO mengesahkan enam ahli Parlimennya telah keluar parti berdasarkan surat makluman mengenai perkara itu yang dihantar ke ibu pejabat di Menara Dato Onn, PWTC, pagi tadi. Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau mengakui menerima satu surat makluman yang ditandatangan oleh kesemua mereka yang terlibat.

25.  KUALA LUMPUR 14 Dis. – UMNO mesti mengembalikan kepemimpinan berprinsip dan bermoral dalam usaha memulih dan membangunkan parti itu yang kini berdepan dengan krisis kepercayaan. Perkara itu disuarakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang percaya parti keramat orang Melayu itu perlu kembali kepada fitrah bahawa setiap pemimpin mesti diyakini kerana kebenaran nurani dan bukan kerana kuasa.

26.  KUALA LUMPUR 13 Dis. - PKR tidak akan mempertimbangkan untuk menerima bekas pemimpin UMNO untuk menyertai parti itu walaupun sudah ada permintaan daripada beberapa pemimpin parti berkenaan, kata Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. PKR kini memberi tumpuan kepada agenda pembaharuan yang diperjuangkan oleh parti itu sejak 20 tahun lalu.

27.  KUALA LUMPUR 14 Dis. - AirAsia menjelaskan pihaknya tidak bertanggungjawab mengutip caj perkhidmatan penumpang (PSC) atau cukai lapangan terbang dan juga enggan mengutip caj tambahan daripada para penumpang bagi pihak Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. (MASSB) disebabkan oleh beberapa faktor. Ini kerana menurut CEO AirAsia Malaysia, Riad Asmat, pengguna yang menggunakan KLIA2 tidak sepatutnya dikenakan kadar yang sama di KLIA.

28.  BAITULMUQADDIS 14 Dis. - Israel mengumumkan untuk meluluskan kira-kira 2,000 unit penempatan ha-ram Yahudi di wilayah Tebing Barat, yang kebanyakannya sudah dibina sejak berdekad lamanya. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah meminta pendakwa raya, Avichai Mendelblit untuk menguruskan pembinaan unit penempatan haram baharu di Tebing Barat.

29.  KEPALA BATAS 14 Dis. - Keghairahan seramai enam pelesit yang sedang asyik berlumba dan melakukan pelbagai aksi berbahaya di lebuh raya Butterworth di sini malam tadi memakan diri selepas mereka ditahan polis. Operasi Khas Samseng Jalanan yang bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi tadi itu dijalankan secara bersama Skuad 42 ibu pejabat kontinjen polis negeri serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seberang Perai Utara (SPU).

30.  KOTA BHARU 14 Dis. - Tidak ada parti lain yang mampu memperjuangkan Melayu serta Islam di negara ini dengan baik selain daripada UMNO sejak dahulu, kini dan selamanya. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bagaimanapun UMNO kini menghadapi cabaran dan dugaan yang amat besar apabila tewas serta kehilangan kuasa pada PRU-14.

31.  RANTAU PANJANG 14 Dis. - Beberapa kawasan rendah di sekitar Sungai Golok, di sini mula dilanda banjir ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu di kawasan hulu Kelantan, khususnya Jeli. Beberapa kawasan rendah seperti Kampung Lachang, Teresang, Tok Deh, Bongor dan Kelawar sudah ditenggelami air.

32.  KUALA TERENGGANU 14 Dis. - Sebanyak enam laluan di sekitar tiga daerah di negeri ini ditutup kepada semua lalu lintas ekoran banjir yang melanda sejak kelmarin. Setakat pukul 3 petang ini, laluan yang terlibat ialah di Jalan Batu 24/Pengkalan Ajal dan Jalan Matang/Nibong/Kuala Telemong di Hulu Terengganu manakala di Setiu membabitkan Jalan Kampung Bukit /Alur Lik.

33.  TANAH MERAH 14 Dis. - Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham yang juga anak kepada MP Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz enggan mengikut jejak bapanya yang mengumumkan keluar parti hari ini. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanah Merah itu menegaskan, beliau tetap setia bersama UMNO dan mahu meneruskan perjuangan dalam parti itu biarpun tidak lagi berada dalam 'kenderaan' politik yang sama seperti sebelum ini.

34.  KANGAR 14 Dis.- Kelab Usahawan dan Pelancongan Perlis menyifatkan cadangan kerajaan negeri untuk memperkenalkan cukai ke atas para pelancong yang menggunakan Kuala Perlis untuk ke pulau peranginan Langkawi, Kedah, sebagai kurang praktikal. Pengerusinya, Dr. Ammar Hassan berkata, ketika rakyat sedang berhadapan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup, kerajaan negeri perlu memikirkan cara lebih baik selain daripada menambah lagi beban dihadapi golongan berkenaan.

35.  IPOH 14 Dis. - Menteri di JPM, Datuk Seri Mujahid Yusof menafikan pihaknya ada mengeluarkan arahan mahupun senarai 10 penceramah yang tidak digalakkan untuk muncul di kaca televisyen mahupun radio mulai Januari 2019, seperti tular di media sosial. Pihaknya juga tidak pernah  menyekat walaupun terdapat sesetengah ustaz,  tidak memberikan pandangan-pandangan yang baik.

36.  PULAU PINANG 14 Dis. – MP Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya mengesahkan telah keluar daripada UMNO hari ini. Beliau mengesahkan perkara itu menerusi aplikasi WhatsApp ketika ditanya mengenai kandungan surat pengumuman keluar parti yang dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini yang turut mengandungi nama beliau.

37.  KUALA LUMPUR 14 Dis. – KKMM tidak mengeluarkan sebarang arahan atau membuat ketetapan untuk menghalang mana-mana pendakwah memberi ceramah di televisyen dan radio. Timbalan Menterinya, Eddin Syazlee Shith berkata, senarai 10 pendakwah terkemuka tanah air yang tular hari ini kononnya mereka tidak digalakan berceramah itu bukan dikeluarkan oleh kementeriannya.

38.  IPOH 14 Dis. - Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan segera dalam masa terdekat ini kepada penoreh getah, peneroka Felda, petani dan nelayan yang berhadapan kesusahan sewaktu musim tengkujuh. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, Kabinet telah bersetuju membincangkan perkara itu Rabu lepas selepas menerima beberapa laporan daripada akar umbi mengenainya.

39.  IPOH 14 Dis. - Amanah akan mengadakan perbincangan secara khusus sebelum membuka pintu kepada ahli-ahli UMNO yang telah meninggalkan parti itu. Presidennya, Mohamad Sabu berpandangan, tindakan mereka keluar dari UMNO tidak menyusahkan PH sebaliknya merupakan satu langkah yang cukup bijak ekoran 'kapal sudah karam'.

40.  SHAH ALAM 14 Dis. – MP Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Fakeh dipercayai merupakan salah seorang daripada lima wakil rakyat UMNO yang akan mengumumkan keluar parti petang ini. Ini selepas nama dan tandatangan Mohd. Fasiah terdapat dalam surat pengumuman keluar parti yang dihantar kepada S/U Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini.

41.  KUALA LUMPUR 14 Dis.- DPIM menyarankan supaya TH diwakafkan dan diurus tadbir melalui kaedah wakaf korporat dengan segera demi menjamin kelangsungan dan integriti institusi pengurusan haji itu. S/U Agung DPIM, Muhamad Amin Fahmi Solahuddin menjelaskan, wakaf korporat lebih signifikan kepada TH berbanding kaedah pentadbiran konvensional yang jelas lebih memudaratkan.

42.  SEREMBAN 14 Dis. - Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif menafikan beliau akan keluar UMNO seperti senarai yang tersebar dalam media sosial. Ketua UMNO Bahagian Jempol itu berkata, sebaran menerusi aplikasi WhatsApp itu yang tular awal hari ini adalah tidak benar.

43.  IPOH 12 Dis. - Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin meletak jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Larut sekali gus meninggalkan parti itu, hari ini. Surat peletakan jawatan beliau diserahkan melalui Pegawai Khasnya, Zulkifli Bujang kepada pegawai Setiausaha Agung UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur hari ini.

44.  KUALA LUMPUR 14 Dis. - Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita disyaki bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu di sekitar ibu negara dan Lembah Klang, di sini semalam. Kesemua mereka yang berusia di antara 24 hingga 33 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.40 malam di tepi Jalan Vivekananda, Brickfields, di sini.

45.  KUALA TERENGGANU 14 Dis. - Datuk Rosol Wahid yang merupakan MP Hulu Terengganu akhirnya mengesahkan bahawa beliautelah mengambil keputusan nekad untuk keluar UMNO berkuatkuasa hari ini. Pada masa sama, beliau turut mengesahkan statusnya sebagai ahli Bebas, sambil menyatakan hasratnya untuk menyertai PPBM (Bersatu) sekiranya permohonan beliau diterima.

46.  REMBAU 14 Dis. - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesan kegiatan tidak bertanggungjawab sebuah lori tangki yang disyaki membuang air basuhan konkrit secara haram di Rantau dekat sini hari ini. Pengarahnya, Norhazni Mat Sari berkata, perbuatan itu dikesan dilakukan di sebuah kawasan pelupusan sampah berhampiran Sungai Linggi pagi tadi.

47.  PUTRAJAYA 14 Dis. - Kementerian Pengangkutan memberi jaminan tidak akan berlaku pertindihan kuasa antara Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) yang bakal ditubuhkan dengan agensi penguatkuasaan sedia ada. Cadangan penubuhan MTSB yang dijangka dibawa ke Parlimen tahun hadapan, juga tidak akan melibatkan peruntukan kewangan yang besar sekali gus tidak membebankan kerajaan.

48.  KEPALA BATAS 14 Dis. - Berang ditegur kerana tidak menyiapkan kerja kimpalan besi, seorang adik bertindak mengelar leher abangnya sendiri dalam kejadian di sebuah bengkel motosikal di Bertam Perdana, dekat sini petang tadi. Suspek berusia 23 tahun bertindak mengelar leher abangnya yang berumur 36 tahun menggunakan sebilah pisau dapur berukuran 23 sentimeter.

49.  PULAU PINANG 14 Dis. - Bekas pemimpin UMNO yang mahu menyertai PPBM (Bersatu) selepas meninggalkan UMNO perlu menghayati prinsip perjuangan parti itu terlebih dahulu. Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun berkata, mana-mana bekas pemimpin UMNO juga perlu memenuhi kriteria tertentu sebelum penyertaan mereka ke dalam Bersatu diterima.

50.  IPOH 14 Dis. – MP Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin ada memohon izin untuk meninggalkan parti semalam sebelum meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Larut secara rasmi pada hari ini. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria berkata, ia dilafazkan pada akhir pertemuan bersama AJK UMNO Bahagian, ketua-ketua sayap Wanita dan Puteri UMNO serta ketua-ketua UMNO Cawangan Larut di Felda Ijok, malam semalam.

51.  PUTRAJAYA 14 Dis. – JPJ diminta memberi perhatian serius kepada kawasan-kawasan yang kerap berlaku kemalangan seperti berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar, Perak. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, beliau telah menyuarakan permintaan itu kepada Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shahruddin Khalid agar kemalangan serupa dapat dielakkan pada masa akan datang.

52.  PUTRAJAYA 14 Dis. - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengumumkan pelantikan Nik Omar Nik Abdul Aziz sebagai Yang Dipertua Ke-13 berkuat kuasa 1 Disember lalu. Yadim dalam satu kenyataan turut memaklumkan pelantikan seorang lagi tokoh pendakwah bebas, Zolkharnain Abidin sebagai Timbalan Yang Dipertua berkuat kuasa dari tarikh sama.

53.  GUA MUSANG 14 Dis. - Seramai 73 keluarga Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Aring 5, di sini terputus hubungan apabila sebuah jambatan besi yang menjadi penghubung untuk ke bandar ini mulai tenggelam akibat hujan lebat berterusan hari ini. Penghulu Kampung Aring 5, Raina Anjang berkata, setiap tahun jambatan yang merintangi Sungai Chuan itu akan tenggelam sekiranya hujan lebat.

54.  PARIT 14 Dis. - Seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz al-Quran Masjid Lama, Lambor Kanan maut setelah motosikal yang diboncengnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, Miqdad Muhammad, 17, yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, Muhammad Umair Md. Yusof, 17, mengalami kecederaan dalaman.

55.  KUALA TERENGGANU 14 Dis. - Pemimpin dan ahli UMNO perlu menilai dan melihat situasi lompat parti yang berlaku dalam parti itu ketika ini sebagai satu hikmah untuk lebih dekat dengan Pas. Ketua Penerangan Pas negeri, Mohd. Nor Hamzah berkata, kerjasama boleh dibentuk berdasarkan perjuangan UMNO dalam mendaulatkan agama dan bangsa cukup hampir dengan pendekatan yang diambil Pas.

56.  KUALA LUMPUR 14 Dis. – TNB menerima kelulusan daripada kerajaan menerusi Suruhanjaya Tenaga untuk terus melaksanakan mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) bagi separuh pertama tahun hadapan. Bagaimanapun, purata tarif asas kekal tidak berubah bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2019 di sebalik kos bahan api dan penjanaan yang tinggi yang ditanggung untuk tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2018.

57.  KUALA LUMPUR 14 Dis. - Polis meminta orang ramai agar membantu pihaknya mengesan seorang individu bagi membantu siasatan polis berhubung penularan sebuah video berdurasi empat minit 50 saat pada 22 November lalu. Lelaki tersebut dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

58.  KIEV 14 Dis. - Sistem teknologi maklumat lebih 100 institusi ketenteraan di barat Ukraine digodam penceroboh Rusia, hari ini. Menurut kenyataan Perkhidmatan Keselamatan Negara (SBU), maklumat yang digodam itu mungkin akan digunakan Rusia untuk memantau keselamatan Ukraine.

59.  WASHINGTON 14 Dis. - Seorang lelaki warga India dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Amerika Syarikat atas pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita ketika dalam penerbangan menaiki pesawat Spirit Airlines. Dalam penerbangan dari Las Vegas ke Detroit itu, Prabhu Ramamoorthy, 34, dikatakan duduk di antara mangsa dan isterinya.

60.  QUETTA 14 Dis. - Enam pegawai keselamatan terbunuh manakala 14 lagi cedera apabila kumpulan konvoi mereka ditembak bertalu-talu di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Iran, hari ini. Enam anggota pasukan berstatus separa tentera yang ditugaskan untuk menjaga sempadan wilayah itu terbunuh dalam pertempuran sengit sepanjang jalang raya di kawasan pergunungan di daerah Kech.

BERITA SUKAN:

1.  HANOI 14 Dis. - Tan Cheng Hoe terpaksa mengambil risiko menyenaraikan dua pemain yang baru pulih daripada kecederaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Syazwan Andik Ishak esok bagi memastikan Harimau Malaya menurunkan benteng paling ampuh menentang Vietnam di Hanoi, esok.

2.  LONDON 14 Dis. - Beberapa hari menjelang pertembungan tumpuan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Manchester United esok, ramai yang tertanya-tanya bagaimana taktikal bakal digunakan pengendali Red Devils, Jose Mourinho. United biasanya cenderung menggunakan permainan bertahan dengan mengarahkan seramai mungkin pemain berkampung di kawasan sendiri iaitu taktik ‘meletak bas’.

3.  SHAH ALAM 14 Dis. – Juara Piala Malaysia 34 kali, Selangor mengesahkan mendapat khidmat Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nurridzuan Abu Hassan bagi mengharungi Liga Malaysia musim hadapan. Pengendali Red Giants, B. Sathianathan berkata, kedua-dua pemain dipilih kerana memiliki kemahiran kawalan bola kemas dan khidmat mereka diperlukan bagi memperkuatkan jentera tengah pasukan itu.

4.  HANOI 14 Dis. – Isu ulat tiket final Piala AFF 2018 bukan hanya berlaku di Malaysia, malah situasinya lebih buruk di Hanoi. Amat mengejutkan, harga tiket yang dijual oleh ‘ulat’ jauh lebih mahal berbanding di negara kita hingga mencecah AS$400 (RM1,673) berbanding harga sebenar 200,000 dong (RM36).

5.  KUALA LUMPUR 14 Dis. - Perbadanan Stadium Nasional (PSM) mengakui, kecuaian beberapa petugas di pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil punca utama berlaku limpahan penonton dalam aksi perlawanan akhir pertama Piala AFF 2018 Malaysia menentang Vietnam pada Selasa lalu, kata Pengerusi PSM, Tan Sri Tony Fernandes.

6.  HANOI 14 Dis.- Kempen Piala AFF yang bakal menutup tirai Sabtu ini memyaksikan penyerang Harimau Malaya, Akhyar Rashid tidak mahu melepaskan peluang untuk mencetak nama sebagai penjaring pada edisi 2018. Sekalipun tidak menjaringkan gol namun dia berharap mampu memainkan peranan penting buat pasukan negara menjelang aksi menentang Vietnam pada final kedua di Stadium My Dinh, Hanoi, malam esok.

7.  MANCHESTER 14 Dis - Jose Mourinho berkata pendekatan terbaik untuk mengukur kejayaan adalah dengan memenangi trofi menjelang aksi menarik menemukan Manchester United dan iverpool, hujung minggu ini. Liverpool mendaki tangga teratas Liga Perdana Inggeris minggu lalu tetapi mereka masih belum menjulang sebarang trofi di bawah kendalian Jurgen Klopp yang tiba ke Anfield pada Oktober 2015.

8.  KUALA LUMPUR 14 Dis - Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal mara ke separuh akhir kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF selepas tewas dalam aksi terakhir Kumpulan B, sebentar tadi.

9.  LONDON 14 Dis - Rancangan Wimbledon untuk membesarkan lokasi penganjurannya mendapat keputusan positif, apabila ahli kelab tempatan di situ mengundi bagi menjual tanah itu kepada penganjur kejohanan Grand Slam terbabit. Kelab Tenis All England (AELTC) membuat tawaran 63.75 juta pound (RM337.44 juta) untuk memajak tanah bersebelahan Kelab Golf Wimbledon Park.

10.  LONDON 14 Dis - Juara F1 musim ini, Lewis Hamilton berkata, dia akan berwaspada terhadap kemampuan pemandu muda dalam mengharungi musim 2019. Hamilton yang memburu gelaran dunia buat kali keenam pada tahun depan berkata, dia bimbang saingan pemandu seperti Max Verstappen dari Red Bull dan juga Charles Leclerc dari Ferrari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2018 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 16/12/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 15 Dis. - Tindakan lompat parti yang semakin rancak dilakukan beberapa ahli Parlimen baru-baru ini terus mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. Terbaharu, MP Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah turut menyuarakan rasa tidak senang hatinya atas tindakan itu. Maria berpendapat perbuatan itu perlu dihentikan kerana ia tidak selaras dengan kehendak rakyat yang mengundi dalam PRU-14 lalu.

2.  KUALA LUMPUR 15 Dis. – MP Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu dikekalkan sebagai Presiden UMNO dan segala tuduhan dan desakan yang memintanya meletakkan jawatan hanya dilihat sebagai satu permainan persepsi, kata Presiden Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM), Syed Muhamad Imran SN Syed Abdul Aziz.

3.  ISKANDAR PUTERI 15 Dis. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak menolak pintu parti itu daripada menerima mana-mana Ahli Parlimen UMNO namun mereka perlu bertaubat terlebih dahulu. Menurut beliau, individu berkenaan bagaimanapun perlu sedia disiasat dan jika didapati bersalah tindakan undang-undang perlu diambil ke atas mereka.

4.  LONDON 15 Dis. - Facebook mendedahkan pepijat yang terdapat pada sebuah aplikasi menyebabkan foto 6.8 juta pengguna terdedah kepada umum, termasuklah gambar yang belum dimuat naik oleh mereka. Terdapat beberapa aplikasi ketiga mempunyai akses lebih meluas terhadap foto pengguna berbanding biasa selama 12 hari pada September lalu.

5.  KUALA LUMPUR 15 Dis. - Bukan soal UMNO hilang hala tuju, tetapi tindakan wakil rakyat dan ketua bahagian UMNO keluar dari parti itu beramai-ramai adalah disebabkan kehilangan projek. Itu antara tiga sebab utama mengapa pada MP dan ADUN dari UMNO meninggalkan parti itu seperti yang digariskan oleh bekas Panel Pemikir Jasa, Tun Faisal Ismail Aziz.

6.  KUALA LUMPUR 15 Dis. - Kaka Azraff telah diijabkabulkan dengan seorang usahawan, Adam Azriff malam tadi pada satu majlis tertutup di kediaman keluarga penyanyi itu di Klang. Pada majlis yang berlangsung sekitar pukul 10 malam tadi itu, pasangan tersebut dinikahkan oleh Ustaz Azmi Selamat dan diwalikan oleh bapa saudara Kaka, Nor Izam Aminuddin dengan mas kahwin RM300.

7.  KUALA LUMPUR 15 Dis. - PKR mengumumkan lima lagi lantikan baharu baharu Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN). Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan sesi rundingan bersama ketua-ketua cabang PKR dan bersetuju melantik pengerusi-pengerusi MPN Johor, Terengganu, Perlis, Selangor dan Kelantan.

8.  PUTRAJAYA 15 Dis. - Jenazah bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dibawa keluar dari kediaman beliau di Presint 10, di sini pada pukul 8 pagi menuju ke Surau At-Thaubah, Taman Melawati untuk solat jenazah. Jenazah dibawa keluar dari kediamannya dengan van jenazah diiringi polis trafik.

9.  KUALA TERENGGANU 15 Dis. - Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu kekal 142 orang daripada 31 keluarga setakat 8 pagi ini. Menurut portal Info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, hanya satu daerah sahaja masih dilanda banjir iaitu di Kemaman.

10.  KEMAMAN 15 Dis. - Impian dua adik beradik yang bekerja sebagai pembalak untuk menyambut Krismas di kampung mereka di Sarawak hampir berkecai selepas terperangkap selama 29 jam di dalam hutan sebelum diselamatkan oleh anggota bomba semalam. "Impian kami dua beradik untuk pulang ke Lawas, Sarawak bagi menyambut ketibaan Hari Krismas hampir berkecai apabila kami dan empat lagi rakan terperangkap di dalam hutan," kata William Ligang, 37.

11.  KUANTAN 15 Dis. - UMNO mesti segera mencari formula dan jalan keluar daripada kemelut yang dihadapinya ketika ini berikutan tindakan sekumpulan pemimpin yang keluar daripada parti itu dan desakan supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan. Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara utama pada masa ini adalah mencari formula berkenaan yang berkait rapat dengan penyelesaian masa depan parti tersebut.

12.  PULAU PINANG 15 Dis. - Penyertaan Ahli Parlimen pembangkang ke dalam kerajaan PH seperti yang berlaku ketika ini boleh menjadi nilai tam

bah kepada kekuatan kerajaan sedia ada. S/U Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana ia boleh memberi kekuatan majoriti dua pertiga kepada kerajaan PH di dalam Parlimen.

13.  SHAH ALAM 15 Dis. – MB Selangor, Amirudin Shari bersetuju dengan penyelesaian dicadangkan Peguam Negara dalam isu Kuil Sri Maha Mariamman yang membawa kepada insiden rusuhan baru-baru ini. Bagaimanapun Amirudin berkata, atas prinsip menjunjung kedaulatan undang-undang tapak tanah seluas 0.4 hektar dan wang pampasan RM1.5 juta yang telah diberikan oleh pemaju haruslah dipulangkan semula.

14.  DENPASAR 15 Dis. - Seorang rakyat Malaysia ditahan bersama-sama empat warga asing yang lain atas kesalahan menyeludup dadah di Bali. Hamdi Izham Hakimi ditahan pada minggu lalu bersama sebuah beg mengandungi hampir 15 gram marijuana dan 11 pil ecstasy. Sekiranya Hamdi Izham didapati bersalah, dia berkemungkinan bakal dijatuhkan hukuman mati.

15.  KLANG 15 Dis. - Punca 'Mak Nyah' dipukul hingga mati sekumpulan lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah hotel di Bukit Tinggi, di sini, Rabu lalu adalah disebabkan mangsa didakwa mencuri telefon bimbit salah seorang suspek. Kejadian kecurian tersebut pula dikatakan berlaku pada November lalu, ketika salah seorang suspek melanggan mangsa berusia 32 tahun dan berasal dari Sabah itu, bagi tujuan seks sejenis.

16.  KUALA LUMPUR 15 Dis. – PPBM (Bersatu) bersedia dan tidak mempunyai halangan untuk menerima keahlian bekas ahli mana-mana parti pembangkang dengan syarat, mereka melepasi proses tapisan yang ditetapkan serta insaf dan sedar atas kesilapan kerana menyokong pemimpin 'kleptokrat' sebelum ini, kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

17.  KUALA LUMPUR 15 Dis. – PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir memberi penghormatan terakhir Kepada Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin, 79, yang meninggal dunia malam tadi. Dr. Mahathir tiba di Surau Ar-Tarbiyah, Taman Malawati kira-kira pukul 9.20 pagi.

18.  KOTA BHARU 15 Dis. - Biarpun tidak bersetuju dengan budaya lompat parti namun Pas bersedia menerima mana-mana wakil rakyat parti lain khususnya dari UMNO yang mahu berhijrah ke parti itu. Parti itu sebenarnya adalah pihak pertama yang mencadangkan kepada kerajaan terdahulu supaya diwujudkan akta menyekat MP dan ADUN melompat parti.

19.  TASEK GELUGOR 15 Dis. - Datuk Shabudin Yahaya yang bertindak keluar daripada UMNO semalam dicabar mengosongkan kerusi Parlimen Tasek Gelugor bagi memberi laluan kepada PRK demi memberi keadilan kepada pengundi, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

20.  IPOH 15 Dis. - Keputusan untuk menutup 34 buah Klinik 1Malaysia diambil setelah mendapati operasi klinik itu tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan itu juga bukan dilakukan secara terburu-buru sebaliknya perbincangan terperinci telah dijalankan dengan setiap Jabatan Kesihatan negeri.

21.  KUALA TERENGGANU 15 Dis. - Mayat mangsa pertama yang hilang selepas dikhuatiri lemas dalam kejadian di Sungai Setiu di Setiu kelmarin ditemukan pagi ini. Mayat Abd. Rauf Mohd. Zulkurnain, 27, ditemukan pihak bomba kira-kira pukul 10.15 pagi ini di kawasan 'gate' air di Kampung Buruk.

22.  TAMPIN 15 Dis. - Seorang lelaki yang mengalami masalah mental ditahan polis semalam selepas membuat panggilan ancaman bom palsu di dua hospital di negeri ini. KPD, Supt. Ramli Kasa berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Dato' Maharaja Lela, Chembong di sini pada pukul 10.45 pagi.

23.  KUALA TERENGGANU 15 Dis. - Tiga pusat pemindahan banjir di Kemaman ditutup pagi ini menjadikan hanya satu sahaja yang masih beroperasi di balairaya Padang Kemunting. Ketua Sekretariat J/kuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt. Kol (PA) Che Adam Abdul Rahman berkata, seramai 15 orang daripada tiga keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan itu setakat pukul 9.30 pagi ini.

24.  JOHOR BAHRU 15 Dis. - Enam lelaki termasuk dua rakyat China melecur di bahagian muka, ta

ngan dan kaki selepas sebuah kapal malim meletup di kedudukan 5 batu nautika barat daya Pulau Sialu dekat Batu Pahat semalam. Dalam kejadian pukul 6 petang itu, semua mereka berusia antara 29 hingga 48 tahun cedera semasa menjalankan kerja pemindahan barang.

25.  KOTA BHARU 15 Dis. - Penghijrahan beramai-ramai Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian keluar dari UMNO tidak seharusnya dilihat sebagai bala bencana yang besar buat parti. Exco Pemuda UMNO Malaysia, Nik Saiful Adli Burhan berkata, pengunduran golongan 'veteran' itu sebaliknya memberi manfaat kerana secara tidak langsung menjayakan proses peremajaan parti.

26.  KUALA LUMPUR 15 Dis. – MP Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin didakwa sebagai individu bertanggungjawab yang merancang situasi politik tidak menentu di dalam UMNO termasuk yang terbaharu iaitu tindakan enam ahli Parlimen keluar dari parti itu, semalam, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

27.  PUTRAJAYA 15 Dis. – SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan PRK Parlimen Cameron Highlands.
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya telah menerima perakuan mahkamah yang mengisytiharkan keputusan pilihan raya bagi Parlimen Cameron Highlands pada 9 Mei lalu terbatal.

28.  SEPANG 15 Dis. – Angkasa bersama Pertubuhan Pemandu, Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) hari ini melancarkan aplikasi e-hailing, cALLme yang berperanan mempromosi, mengiklan dan memperkenalkan perkhidmatan melibatkan pemandu teksi kepada masyarakat.

29.  KOTA BHARU 15 Dis. - Pas bersikap terbuka dengan sebarang kemungkinan wujudnya 'blok parti Melayu' pada masa hadapan dan bersedia meneliti cadangan itu bagi memastikan hak orang Melayu dan Islam di negara ini terbela. Situasi sekarang menunjukkan kedudukan blok pembangkang semakin mengecil, manakala blok kerajaan pula semakin melebar sehingga mungkin membentuk majoriti dua pertiga di Parlimen.

30.  IPOH 15 Dis. - Kerajaan memberi jaminan akan mengatasi masalah kekurangan bekalan telur ayam di pasaran dalam masa terdekat. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, tindakan sewajarnya diambil oleh kementeriannya bersama KPDNHEP melalui sebuah jawatankuasa yang turut berperanan menangani masalah kenaikan harga.

31.  KUALA LUMPUR 15 Dis. – Biarpun ramai ahli UMNO khususnya yang mempunyai pengaruh besar dalam arena politik bertindak keluar daripada parti, perkara itu langsung tidak mempengaruhi kepercayaan Datuk Dr. Noraini Ahmad terhadap parti keramat Melayu itu. Menurut Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu, beliau tidak akan mengikut jejak langkah beberapa rakan yang lain yang mengadakan kerjasama dengan parti lawan seperti yang berlaku ketika ini.

32.  KOTA BHARU 15 Dis - Sambutan sebuah majlis perkahwinan di Kampung Lubuk Pukul Banggul, Binjai di sini berlangsung meriah walaupun keluarga pengantin perempuan terpaksa memasak lauk-pauk dalam keadaan dapur digenangi air banjir pagi tadi. Persiapan majlis perkahwinan tersebut tetap diteruskan seperti dirancang walaupun halaman rumah dinaiki air setinggi paras betis selepas hujan lebat sejak tiga hari lalu.

33.  KUALA LUMPUR 15 Dis. - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tetap dengan pendiriannya untuk tidak tunduk terhadap desakan segelintir golongan yang mahu dirinya meletakkan jawatan dalam parti. Beliau akan patuh hanya kepada peraturan dan Perlembagaan UMNO bagi mendapatkan dua pertiga majoriti perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO Khas untuk menentukan dirinya kekal atau mengundurkan diri.

34.  KLANG 15 Dis. - Perbuatan jahat dua lelaki yang juga 'kaki samun' tidak bertahan lama apabila salah seorang daripadanya diberkas hanya selepas sejam mereka merompak semalam. Dalam kejadian di Taman Kapar Ria di sini itu, suspek yang berusia 20-an ditahan anggota polis dari balai Kapar ketika mereka membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

35.  KUANTAN 15 Dis. - Banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah ini sejak kelmarin pulih sepenuhnya petang ini. Pengarah APM negeri, Zainal Yusoff berkata, SK Kempadang yang

menempatkan 77 mangsa daripada 19 keluarga menjadi pusat pemindahan sementara terakhir ditutup pada pukul 3 petang ini.

36.  YANGON 15 Dis. - Presiden Myanmar, Win Myint mendakwa tahun ini merupakan ‘tahun yang baik’ buat negeri Rakhine. Rakhine terpalit dengan isu kekejaman melibatkan etnik Muslim Rohingya dan lebih 720,000 orang melarikan diri ke Bangladesh selepas tentera Myanmar menjalankan operasi penghapusan etnik sejak Ogos tahun lalu.

37.  KUALA TERENGGANU 15 Dis. - Pusat pemindahan banjir di negeri ini dibuka semula petang ini membabitkan daerah Hulu Terengganu dan Dungun. Bagi daerah Hulu Terengganu pusat pemindahan yang dibuka ialah di Kg. Sekayu, Pengkalan Ajal, Masjid Kg. Cheting dan Kg. Pelandan dengan didiami keseluruhan 152 mangsa daripada 35 keluarga.

38.  KEMAMAN 15 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO bersedia mengambil alih tempat kepimpinan 'senior' yang merasakan tidak tahan dengan tekanan apabila menjadi pembangkang. Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini terbukti apabila lima ketua pemuda di Sabah kini memangku jawatan Ketua UMNO Bahagian kerana ramai pemimpin-pemimpin atasan yang lompat parti demi survival diri.

39.  RANTAU PANJANG 15 Dis. - Penduduk dari beberapa buah kampung sekitar pinggir Sungai Golok, di sini mula bersiap sedia menghadapi banjir selepas kawasan rumah mereka ditenggelami air sedalam 0.5 meter sejak semalam. Antara kampung yang sudah ditenggelami air ialah Jeram Perdah, Lancang, Bongo, Kelawar, Jejawi, Teresan dan Putat 7.

40.  KUALA TERENGGANU 15 Dis. - Pertubuhan Warisan Pendidikan Terengganu (Pewaris Terengganu) yang baharu sahaja diluluskan pendaftarannya pada 3 Disember lalu bercadang untuk mengadakan kelas bahasa Mandarin dan bahasa Arab di sekolah-sekolah terpilih di negeri ini sebagai projek permulaan persatuan tersebut, kata Pengerusinya, Datuk Syed Anuar Syed Mohamad.

41.  KUCHING, 15 Dis - Para belia yang berkemahiran di Sarawak dapat meraih peluang kerjaya dengan kewujudan pusat perindustrian dan komersial di sepanjang jajaran Lebuhraya Pan Borneo, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian. Selain itu, mereka yang menerima latihan melalui Akademi Binaan Malaysia (ABM) juga berupaya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negeri ini, termasuk dalam Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

42.  SEMPORNA, 15 Dis - Seorang daripada dua nelayan warga Indonesia yang diculik di Pulau Bodgaya di sini, pada 11 Sept lepas, berjaya melarikan diri daripada sindiket penculikan untuk wang tebusan dan kembali bertemu keluarga. Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata menerusi gambar diperoleh, mangsa selamat bertemu keluarganya namun lokasi pertemuan tersebut tidak diketahui.

43.  KUALA LUMPUR, 15 Dis - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk hujan lebat di Kelantan dan Terengganu yang dijangka berterusan sehingga Isnin (17 Dis). Kawasan yang terlibat termasuk Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun di Terengganu.

44.  KUANTAN, 15 Dis - Penyelenggaran sistem perparitan khususnya di kawasan rendah di sini dipergiatkan sejak Oktober lalu, dalam usaha mengurangkan kesan banjir. Pengerusi J/kuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang Abd Rahim Muda berkata pelaksanaannya dilakukan dengan kerjasama PBT dan JPS.

45.  KUALA LUMPUR, 15 Dis - Kementerian Kesihatan menjelaskan keputusan menutup 34 daripada 347 Klinik 1Malaysia (K1M) dibuat setelah mengambil kira impak yang minimum terhadap masyarakat setempat. Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan sangat prihatin terhadap kebajikan golongan masyarakat berpendapatan rendah (B40), dan kerana itu, K1M di PPR tidak ditutup meskipun purata kehadiran pesakit kurang daripada 40 pesakit sehari.

46.  KUALA LUMPUR, 15 Dis - MMA menyeru graduan perubatan yang sedang menunggu penempatan latihan perubatan (housemanship) supaya menyertai Program Mentor Mentee, agar seiring dengan pengetahuan perubatan mereka. Presidennya Dr Mohamed Namazie Ibrahim berkata menerusi program sukarela ini, graduan akan ditempatk

an di klinik berdekatan rumah mereka sebagai mentee.

47.  KANGAR, 15 Dis - PTPTN akan membuat kajian bagi mengenal pasti kaedah terbaik menangani isu pembayaran balik pinjaman pendidikan seperti diarahkan kabinet. Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata kajian akan dilaksanakan bermula tahun hadapan setelah mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak.

48.  KOTA KINABALU, 15 Dis - Program Anak Angkat dan Khidmat Masyarakat yang dijalankan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) bersama Politeknik Korea Selatan kampus Busan di Kampung Kobuni, Inanam dekat sini telah memberi ruang kepada pelajar terlibat mengenali budaya dan komuniti di Sabah, kata ADUN Inanam Kenny Chua.

49. IPOH, 15 Dis - Kementerian Sumber Manusia akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru, yang meragut enam nyawa, Selasa lepas. Timbalan menteri berkenaan Datuk Mahfuz Omar berkata siasatan itu termasuk tindakan menggaji pekerja di bawah umur atau pelajar sekolah.

50.   PUTRAJAYA, 15 Dis - Kementerian Sumber Manusia mencadangkan majikan yang menggaji pekerja asing membuat pemotongan 20 peratus daripada gaji asas bulanan pekerja masing-masing. Menterinya M. Kula Segaran berkata saranan itu antara lain bertujuan menghalang pekerja asing melarikan diri dan majikan tidak berdepan kerugian ke atas pelaburan untuk membawa masuk pekerja berkenaan.

51.  GEORGE TOWN, 15 Dis - Polis menahan seorang lelaki kerana menumbuk dan meludah seorang pemandu bas Rapid Penang selepas berang tidak dibenarkan menaiki bas itu dalam kejadian di Lebuh Macallum, di sini semalam. dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, bas berkenaan yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun dalam perjalanan dari Bandar Sri Pinang menuju ke Komtar sebelum berhenti di persimpangan lampu isyarat Lebuh Macallum.

52.  KULIM, 15 Dis - Sebanyak 70,000 permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM bagi sesi pembelajaran tahun hadapan telah diterima sehingga tarikh tutup permohonan, 4 Dis lepas. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, jumlah itu adalah besar berbanding kuota maksimum 7,760 yang boleh ditawarkan di 54 buah MRSM seluruh negara.

53.  BATU PAHAT, 15 Dis - Enam cedera apabila sebuah kapal tangki dan sebuah kapal malim terlibat dalam satu insiden letupan pada pukul 6 petang, semalam, di kedudukan lima batu nautika barat daya Pulau Sialu, di sini. Pengarah Zon Batu Pahat APM, Komander Maritim Mohamad Othman berkata, sebaik sahaja menerima laporan berhubung insiden berkenaan, seramai lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

54.  KUANTAN, 15 Dis - Amalan pemberian kuota kepada menteri dan anggota Parlimen serta surat sokongan untuk mengerjakan haji telah pun dihentikan mulai musim haji tahun ini, kata Timbalan Menteri di JPM, Fuziah Salleh. Perkara itu, dicapai menerusi persetujuan Kabinet supaya kuota 30,200 orang yang diperuntukkan kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan haji dinikmati mereka yang benar-benar layak.

55.   SEMPORNA, 15 Dis - Pihak berwajib dan peniaga di bawah agensi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah disaran meletakkan papan tanda atau peraturan berkaitan etika, di premis atau kawasan tumpuan pelancong sebagai memperingatkan pengunjung menjaga adab dan tata-tertib, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong.

56.  GEORGE TOWN, 15 Dis - Kira-kira 150 anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) berpiket di hadapan HSBC Bank cawangan Bayan Bay, Bayan Lepas dekat sini hari ini sebagai bantahan berhubung pencabulan hak asasi manusia oleh bank itu terhadap kakitangannya.

57.  BUKIT MERTAJAM 15 Dis. - Seorang lelaki tidak sempat menikmati sarapan pagi setelah diserang tiga lelaki bertopeng dengan seorang daripadanya bersenjatakan sebilah pedang dalam satu kejadian di Taman Chai Leng, di sini hari ini. Mangsa yang berusia 39 tahun mengalami kecederaan parah termasuk putus separuh jari tangan kanan dipercayai akibat dilibas dengan pedang oleh penyerang bertopeng itu.

58.  KUALA LUMPUR 15 Dis. - Hampir 20,000 wa

rganet telah menandatangani Petisyen Membantah Lembaga TH Di Bawah Lim Guan Eng dan Kementerian Kewangan, setakat pukul enam petang tadi. Petisyen yang dikelolakan oleh Esmee Mat Isa dalam laman change.org itu juga membantah Tabung Haji diletakkan di bawah pengawalseliaan BNM.

59.  SUNGAI PETANI 15 Dis. - Seorang perompak melepaskan dua das tembakan sebelum melarikan barangan kemas berjumlah kira-kira RM200,000 di sebuah premis di Jalan Ibrahim, di sini hari ini. Tembakan itu walau bagaimanapun tidak mencederakan sesiapa.

60.  PARIT 15 Dis. - Polis menahan empat individu termasuk sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dan pengedaran dadah menerusi dua serbuan berasingan di sini hari ini. Pasangan suami isteri dan dua wanita berusia 25 tahun itu di tahan dalam Op Tapis yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Perak Tengah.

BERITA SUKAN:

1.  HANOI 15 Dis. - Harimau Malaya sudah memberikan segala-galanya yang terdaya, namun usaha keras mereka gagal menghadiahkan Piala AFF buat Malaysia apabila tumpas 0-1 kepada Vietnam dalam perlawanan akhir di Hanoi, hari ini. Jaringan pantas Nguyen Anh Duc seawal minit keenam cukup untuk mengesahkan kejuaraan buat skuad Naga Emas, yang menumpaskan Malaysia menerusi agregat 3-2 selepas seri 2-2 dalam final pertama di Bukit Jalil, Selasa lalu.

2.  LIVERPOOL 15 Dis. - Pengendali Manchester United, Jose Mourinho berdepan tekanan sebelum menentang Liverpool dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris esok apabila penyokong Red Devils mendesak dia dipecat kerana kenyataan yang dikeluarkan dalam sidang akhbar, hari ini.

3.  KUALA LUMPUR 15 Dis. - Walaupun tewas, kejayaan skuad kebangsaan layak ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki sudah boleh dibanggakan. TPM, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengakui pada malam ini pasukan Vietnam bermain dengan lebih baik dan berharap pasukan Malaysia yang terkenal dengan jolokan Harimau Malaya akan berusaha dengan lebih keras pada masa hadapan.

4.  KUALA LUMPUR 15 Dis. - Tidak dapat berada di Stadium Nasional, My Dinh, Hanoi bukan penghalang buat penyokong Harimau Malaya di negara ini untuk terus memberikan sokongan apabila menjadikan Dataran Merdeka sebagai medan berkumpul menonton saingan akhir Piala AFF 2018.

5.  SEPANG, 15 Dis. - Pengarah Teknikal Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Terry Walsh membidas pihak yang mendesak dia meletak jawatan ekoran aksi mengecewakan Malaysian Tigers dalam Piala Dunia di India. Kata Walsh, mereka yang mengkritik itu sebenarnya tidak layak bercakap mengenai hoki.

6.  BANGKOK 15 Dis - Walaupun pasukan Malaysia gagal menjuarai Piala AFF 2018 selepas tewas dengan agregat 3-2 di tangan Vietnam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkeyakinan skuad Harimau Malaya berpotensi untuk menang pada masa akan datang. Katanya, skuad negara mempamerkan permainan yang baik.

7.  MANCHESTER, England 15 Dis - Gabriel Jesus meledak dua gol bagi membantu Manchester City menewaskan Everton 3-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, sebentar tadi. Kemenangan itu membolehkan City yang tewas kali pertama musim ini di tangan Chelsea, minggu lalu kembali mendahului tangga teratas liga dengan kelebihan dua mata ke atas pencabar utama, Liverpool.

8.  KUALA LUMPUR 15 Dis - Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen meraih gelaran kedua mereka tahun ini selepas menjuarai Cabaran Antarabangsa Bangladesh, hari ini. Kejayaan itu hadir selepas Vivian-Cheng Wen melakar kemenangan ke atas beregu India, Aparna Balan-Sruthi KP 21-16, 21-15 pada aksi final dalam tempoh hanya 30 minit.

9.  KUALA LUMPUR 15 Dis - Pertarungan antara Md Hafiz Nor Azman dan Md Akid Aziz bagi merebut kedudukan ketiga keseluruhan CP150 dijangka menjadi tumpuan pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Penawar, Johor, esok.

10.  KUALA LUMPUR 15 Dis - Perenang negara Chan Jie meraih emas terakhir dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2018 di Nay Pyi Taw, Myanmar, hari ini. Ia emas peribadi ketiganya selepas mencatat masa 54.62 saat, manakala raka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2018 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*ISNIN 17 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 9 RABIULAKHIR 1440 HIJRAH*

*live from Taman Sentosa Klang.*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:40,SUBUH : 05:50, SYURUK : 07:09, ZOHOR : 13:12, ASAR : 16:35, MAGHRIB : 19:09, ISYAK : 20:24.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *TUN Dr Mahathir Mohamad menggesa majikan di negara ini supaya tidak mendiskriminasi dan memberi stigma buruk terhadap pekerja yang dijangkiti HIV. Perdana Menteri berkata, majikan perlu mencontohi PETRONAS kerana memiliki dasar tempat kerja yang mesra pekerja dijangkiti HIV seperti diamalkan di peringkat antarabangsa.*

                  *PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ada gerakan membeli Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang untuk berpaling tadah sekali gus menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu. Beliau berkata, gunting dalam lipatan juga sudah wujud yang antara lain bertujuan mengugut dan memujuk Ahli Parlimen dan ADUN agar kerajaan BN Pahang tumbang.*

                  *PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada pihak tertentu cuba menimbulkan prasangka dan melaga-lagakan beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad susulan tindakan beberapa Ahli Parlimen UMNO meninggalkan parti itu, baru-baru ini.*

                 *PENGURUS pusat hiburan maut ditetak dalam satu pergaduhan di hadapan pusat hiburan di pusat perniagaan 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya, awal pagi smlm. Dalam kejadian 6.38 pagi itu, mangsa yang berusia 28 tahun diserang beberapa lelaki bersenjatakan parang ketika sedang berdiri di luar pusat hiburan berkenaan bersama beberapa lelaki lain.*

                 *BURUH patah gigi palsu dan cedera di siku kanan selepas diserang dengan cangkul dan pemutar skru dalam kejadian di Kampung Bukit Layat, Chalok, Bandar Permaisuri, Permaisuri, Khamis lalu. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4 petang ketika lelaki berusia 31 tahun itu berada di hadapan rumah seorang lelaki (suspek) untuk bertanya mengenai duitnya yang hilang.*

                 *KEADAAN kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat parah dalam kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya, bulan lalu dilaporkan merosot. IJN menerusi satu kenyataan smlm berkata, fungsi paru-paru Adib di dalam tempoh 24 jam yang lalu mengalami kemerosotan yang progresif.*

                 *MALAYSIA menentang keras keputusan Australia yang mengiktiraf Baitulmaqdis barat sebagai ibu negara Israel. Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, Malaysia yakin bahawa pengumuman ini dibuat sebelum penyelesaian dua negara (two-State solution) selain dilihat sebagai satu tindakan pra-matang dan penghinaan kepada rakyat Palestin.*

                 *KONSTABEL polis cedera selepas mengelak daripada dirempuh mat rempit dalam Ops Samseng Jalan Raya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Plaza Tol Ipoh Selatan di Ipoh, awal pagi smlm. Dalam kejadian itu, anggota polis berusia 23 tahun dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh yang menaiki motosikal itu cuba dirempuh secara berhadapan oleh seorang remaja lelaki.*

                 *PURA-PURA muntah dan mengadu mengalami gastrik untuk mengelak melalui pemeriksaan ujian air kencing. Itu antara alasan diberikan suspek ketika cuba diperiksa pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi bersepadu di jalan utama Bukit Garam, Kinabatangan - Lahad Datu, di Sandakan, semalam.*

                 *LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan kira-kira RM10.1 juta bagi bantuan persekolahan dan bantuan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi buat anak-anak dari golongan isi rumah pertengahan, tahun hadapan.*

                 *LELAKI putus separuh jari kanan akibat ditetak sekumpulan individu bertopeng di restoran di Chai Leng Park, Bukit Mertajam, semalam. Dalam kejadian 9.40 pagi itu, mangsa berusia 39 tahun yang sedang bersarapan dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki tidak dikenali yang secara tiba-tiba menyerangnya.*

                 *BIARPUN hujan, kira-kira 200 penyokong skuad Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan akhir kedua antara Harimau Malaya dan Vietnam, malam kelmarin, yang ditayangkan melalui layar gergasi di Galeri Bandar Wawasan, Nilai. Layar gergasi itu disediakan syarikat pemaju perumahan bagi memberi peluang kepada peminat bola sepak yang tidak dapat bersama pasukan di Stadium My Dinh, Hanoi.*

                 *SUARA bisikan pada waktu awal pagi, di rumah di Kampung Landak Hilir, Kupang, Baling, membongkar kegiatan tidak bermoral dua pelajar yang terlanjur. Dalam kejadian 4.30 pagi itu, remaja lelaki berusia 15 tahun dikatakan menceroboh rumah kekasihnya berusia 14 tahun ketika ahli keluarga perempuan itu sedang tidur.*

                 *Nama Azman Mahmood cukup dikenali pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana mengepalai Operasi Banteras Ceti Haram (OP BAH) hampir 50 kali. Pada 18 September 2018, beliau diberi peranan baru sebagai Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), satu tanggungjawab yang perlu digalas sebaik mungkin untuk menyantuni warga kota Kuala Lumpur.*

                 *PENGURUSAN Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield perlu memulangkan semua tanah dan wang pampasan yang diterima daripada pemaju sebelum ini. Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia membabitkan tapak tanah seluas 0.405 hektar (1 ekar) dan wang pampasan berjumlah RM1.5 juta.*

                 *MEMBASMI kemiskinan menjadi agenda utama projek Aman Palestin Berhad tahun hadapan. Ketua Pegawai Eksekutif, Awang Suffian Awang Piut berkata, selain itu, pembinaan hospital psikiatri serta pembinaan semula Masjid Sheikh Ijlin di Gaza turut dilakukan.*

                 *LELAKI maut manakala pemboncengnya parah selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Solok Duku, Masjid Tanah, smlm. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa Abd Razak Mohd Dris, 54, yang menunggang motosikal Modenas Kriss meninggal dunia di tempat kejadian.*

                 *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan langkah drastik bagi mengatasi amalan perdagangan yang mencecah berpuluh tahun bagi memecahkan monopoli atau kartel dalam industri telur.*

                 *LELAKI maut, manakala tiga lagi rakannya cedera apabila kereta Proton Iswara yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang lampu jalan di Kilometer 4 Jalan Skudai-Pantai Lido, Johor Bharu, smlm.*

                 *WANITA maut selepas terjatuh dari motosikal ditunggang suaminya dalam kejadian di Kampung Telok Pial, Kuala Kurau, Parit Buntar, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Sanusi Salleh berkata, dalam kejadian 10.30 malam itu, mangsa Satarah Aziz Rahman, 28, yang juga warganegara Myanmar (Rohingya) maut di lokasi kejadian akibat parah.*

                 *LELAKI warga emas terkejut mendapati kediamannya yang disita mahkamah di simpang Batang Benar, Mantin, Nilai cuba dibakar oleh individu tidak dikenali, semalam. Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, kejadian pada 8 pagi itu disedari pemiliknya yang berusia 64 tahun selepas dimaklumkan anaknya.*

                 *BADAN Perhubungan UMNO Perak mengesahkan baki tujuh ahli parlimennya akan kekal bersama parti sekali gus tidak mengikut jejak langkah tiga bekas ahlinya yang keluar parti termasuk terbaru Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, kesemua ahli parlimen itu sudah menyatakan akan terus kekal dan tidak keluar parti walau apa jua berlaku.*

                 *CUKAI jalan tamat tempoh sejak 10 tahun lalu. Kesalahan itu dikesan dilakukan pemilik kereta Ferrari ketika OpKhas Bersepadu Genting di Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Gombak, semalam. Operasi diadakan selama dua hari bermula semalam di dua lokasi iaitu di Plaza Tol Gombak dan Jalan Batang Kali-Genting itu menyaksikan sebanyak 572 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).*

                 *KUMPULAN anti-Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), hari ini mendakwa mengumpul 117 muka surat bukti penyelewengan dilakukan oleh agensi yang terbabit dalam mengawal selia aktiviti kilang memproses nadir bumi itu di Kawasan Perindustrian Gebeng, dekat Kuantan.*

                 *REMAJA lelaki direman seminggu bagi membantu siasatan kes liwat kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Alor Gajah, Khamis lalu. Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd Anuar Ostadi mengeluarkan perintah reman terhadap remaja berusia 15 tahun itu, bermula smlm hingga Sabtu depan.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


         *GEMPA bumi 6.1 magnitud melanda Papua, timur Indonesia, hari ini, kata pakar seismologi AS, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.*
            *Menurut Peninjau Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berlaku di kawasan yang terlatak kira-kira 158 kilometer di selatan barat daya ibu negara Jayapura pada jam 6.42 petang pada kedalaman 61 kilometer.*
              *Jurucakap tentera berkata, gegaran dapat dirasakan di Jayapura, namun penduduk tidak panik.*

         *PHNOM PENH: Pihak berkuasa Kemboja merampas lebih 3.2 tan gading gajah yang disembunyikan di dalam kontena yang dihantar dari Mozambique, sekali gus menjadikan ia jumlah rampasan terbesar yang dicatatkan negara itu.*
           *Pengarah Pejabat Kastam dan Eksais, Sun Chhay berkata, kesemua 1,026 gading itu ditemui dalam pemeriksaan oleh kakitangan Pelabuhan Autonomi Phnom Penh hasil maklumat Kedutaan Amerika Syarikat.*
            *Katanya, penemuan itu turut mendedahkan kedudukan Kemboja sebagai pusat transit utama penyeludupan haram haiwan liar dan dilindungi serantau, iaitu industri yang membabitkan dagangan bernilai berbilion dolar.*

         *COLOMBO : Bekas perdana menteri Sri Lanka yang dipecat, Ranil Wickremesinghe dilantik semula smlm, sekali gus mengakhiri 51 hari krisis politik negara itu.*
           *Wickremesinghe mengangkat sumpah di hadapan Presiden Maithripala Sirisena yang memecat beliau pada 26 Oktober lalu.*
           *Pemecatan berkenaan mencetuskan perebutan kuasa dalam kerajaan hingga menjadikan Sri Lanka hampir lumpuh buat beberapa ketika.*

         *PARIS: Penunjuk perasaan ‘ves kuning’ mula berkumpul di Champs-Elysees di ibu kota Perancis pagi ini untuk bantahan minggu kelima, tidak menghiraukan desakan kerajaan supaya tidak berbuat demikian.*
             *Presiden Emmanuel Macron, berhadapan krisis terbesar dalam pentadbirannya mengumumkan siri konsesi Isnin lalu untuk meredakan bantahan ‘ves kuning’ yang berlaku di pedalaman dan bandar kecil Perancis bulan lalu.*
          *Beliau berharap pakej cukai dan langkah gaji minimum, selain serangan pengganas malam Selasa lalu di Strasbourg dan cuaca agak sejuk, akan membantu menamatkan pertempuran ganas dan gangguan selama sebulan itu.*

         *SYDNEY: Australia mengiktiraf Baitulmaqdis barat sebagai ibu negara Israel tetapi memilih untuk menangguhkan pemindahan pejabat kedutaan ke Tel Aviv sehingga perjanjian keamanan dicapai, kata Perdana Menteri, Scott Morrison, smlm.*
          *Morrison berkata, negara itu juga memberikan komitmen untuk mengiktiraf negara Palestin dengan Baitulmaqdis timur sebagai ibu negara apabila kedudukan bandar itu sudah diputuskan dalam perjanjian damai.*

         *Buenos Aires: Dia baru berusia 12 tahun malah masih belajar di sekolah menengah, namun minat mendalam Leonardo Nicanor Quinteros untuk berkongsi ilmu dengan kanak-kanak kurang bernasib baik menyebabkan remaja itu membina sekolah swasta percuma.*
           *Leonardo amat suka belajar dan tidak lokek berkongsi ilmu, malah ada antara ‘muridnya’ termasuk beberapa orang dewasa.*
           *Dia terbuka hati melakukan sesuatu selepas melihat terlalu ramai kawannya sukar mengikuti pembelajaran di sekolah, selain ramai kanak-kanak yang kurang berkemampuan lebih banyak menghabiskan masa bermain di atas jalan tanpa menghiraukan pendidikan.*

         *SINJAR (IRAQ) : Pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Nadia Murad berniat menggunakan wang kemenangan diperoleh untuk membina hospital khusus merawat mangsa penderaan seks di kampungnya.*
          *Nadia, wanita etnik Yazidi yang ditawan sebagai hamba seks Daesh menceritakan impian itu di hadapan ratusan tetamu di Sinjar, utara Iraq.*
             *”Dengan wang kemenangan sebagai pemenang Hadiah Nobel Keamanan, saya akan membina sebuah hospital di Sinjar untuk merawat orang sakit, khususnya janda dan wanita yang menjadi mangsa penderaan seks Daesh,” katanya ketika berucap di hadapan tetamu dan wartawan.*

         *PARIS: Lelaki bersenjata yang menembak mati tiga mangsa di pasar Krismas di Strasbourg ditembak dalam pertempuran dengan polis, selepas berjaya melarikan diri selama 48 jam.*
         *Cherif Chekatt, 29, ditembak mati dalam satu operasi besar-besaran di Neudorf/Meinau pada jam 9 malam (waktu tempatan) kelmarin, kira-kira dua kilometer dari lokasi dia melancarkan serangan Selasa lalu itu.*
            *”Chekatt ditembak selepas melepaskan tembakan ke arah polis,” kata sumber.*
         *Sementara itu, wartawan Reuters yang berada berhampiran lokasi kejadian melaporkan bunyi tiga hingga empat tembakan kedengaran ketika anggota polis melancarkan operasi, yang turut disertai sebuah helikopter yang berlegar-legar di udara.*

          *DENPASAR: Ahli perniagaan Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia di Bali baru-baru ini, atas kesalahan menyeludup dadah.*
           *Menurut pihak berkuasa, ketika diberkas, lelaki itu dikatakan membawa sebuah beg mengandungi hampir 15 gram ganja dan 11 pil ekstasi.*
         *Pihak berkuasa Indonesia kelmarin, berkata selain lelaki itu, turut ditahan empat lagi warga asing, masing-masing dari Jerman, Peru, China dan Britain.*
             *Kesemua mereka ditahan berasingan dalam tempoh dua minggu.*

        *MUMBAI: Renjer hutan India melancarkan memburu harimau bintang yang membunuh seorang sami yang bermeditasi di bawah sebatang pokok di dalam hutan.*
         *Sami berkenaan, Rahul Walke Bodhi, melakukan amalan itu di Rizab Harimau Tadoba Andhari di barat Maharashtra sejak bulan lalu, dan diserang ketika berdoa pada awal pagi Selasa lalu, kata pegawai hutan.*
            *Dua lagi sami yang dalam perjalanan memberikan makanan kepada mangsa berkata, mereka menyaksikan serangan itu tetapi Walke sudah meninggal dunia ketika mereka sampai.*


*TULAR / POPULAR*
================


         ♂ *DUA penyamun tidak bernasib baik apabila hanya memperoleh beg berisi kasut kanak-kanak di dalam sebuah kereta di kawasan parkir sebuah pasar raya di Bukit Tinggi, Klang, kelmarin.*
             *Lebih malang apabila kedua-duanya dicekup anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, semalam selepas kegiatan jenayah mereka dirakam pengunjung pasar raya itu sehingga tular di media sosial.*
         *Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dua suspek lelaki dikenali sebagai ‘Burung’ dan ‘Adik’ ditahan di sekitar Bukit Tinggi pada 2.30 pagi dan 12 tengah hari.*

         ♂ *KUALA LUMPUR: Penceramah, Ustaz Ahmad Dusuki yang tersenarai dalam nama 10 pendakwah yang tidak digalakkan berceramah di televisyen dan radio mulai Januari tahun hadapan tidak pasti siapa keluarkan arahan terbabit.*
          *Dia yang dihubungi semalam bagi mengulas senarai nama yang tular di media sosial sejak kelmarin itu berkata, pihaknya juga tidak pasti siapa yang keluarkan senarai nama penceramah berkenaan.*
          *”Saya dan penceramah lain yang terbabit dalam tersenarai itu menganggap perbuatan itu adalah daripada ‘tangan-tangan nakal’ dan kami tidak anggap ia serius.*
            *”Dakwah kami berterusan, tidak takut atau gentar dengan apa yang berlaku.*

          *JITRA: “Saya masih kekalkan harga sate 30 sen secucuk walaupun harganya tidak sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang,” kata peniaga sate tular, Norliza Ali, 40.
         *Menurutnya, dia yang mewarisi perniagaan arwah bapanya, Mat Ali Itam menjalankan perniagaan itu sejak 1960 dan kini berniaga di Kampung Seberang dekat sini, sejak tiga tahun lalu dengan menjualnya pada harga 25 sen secucuk.*
           *Katanya, dia mengambil alih perniagaannya seawal usia 17 tahun apabila ibu bapa meninggal dunia.*

          *MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, hari ini menafikan kenyataan mengenai pengharaman artis Korea untuk melakukan persembahan di Malaysia berkuat kuasa 2020.*
          *”This isn’t true. Kenyataan ini tidak benar. Tiada halangan sebegini diputuskan sama sekali. Harap maklum,” katanya dalam catatan Twitter, smlm.*
         *Beliau memberi respons terhadap paparan grafik oleh seorang pengguna Twitter #fallingforshu FreebiesWueenie @precioushoshiii berhubung kenyataan itu yang menyebut: “Kesemua artis Korea diharamkan untuk melakukan persembahan di Malaysia berkuat kuasa 2020.*

          *BERHATI-HATI jika ingin membeli-belah sempena jualan hujung tahun berikutan peniaga barang tiruan di negara ini dikesan mengambil kesempatan turut menjual barangan cetak rompak menggunakan jenama terkenal secara terbuka kepada orang-ramai.*
          *Antara taktik digunakan peniaga barang tiruan ini seperti menyewa ‘booth’ jualan di ruang legar kompleks beli-belah terkenal dan mempromosikannya sebagai jualan hujung tahun dengan kadar potongan harga hingga 70 peratus.*
             *Malah, bagi memperdaya pengguna, peniaga barangan tiruan turut berlakon seolah-olah mereka wakil pengedar sah jenama berkenaan.*

          *MADRID: Selepas hampir setahun disiasat, penyanyi Shakira, didakwa secara rasmi atas tuduhan mengelak cukai di Sepanyol.*
         *Superstar Latin itu tidak membayar cukai lebih 14.5 juta euro (RM63 juta) antara 2012 dan 2014.*
           *Titik perbalahan dalam kes itu adalah lokasi kediaman bintang kelahiran Colombia berkenaan.*
          *Ketika menegaskan Bahamas adalah kediaman rasminya, Shakira menghabiskan kebanyakan masa di Sepanyol sepanjang tempoh itu dengan pasangannya, Gerard Pique dan keluarga mereka.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *EPL RESULT: BRIGHTON & HOVE ALBION 1 CHELSEA 2, SOUTHAMPTON 3 ARSENAL 2, LIVERPOOL 3 MANCHESTER UNITED 1*

          *LONDON: Manchester City sudah menggantikan Manchester United sebagai destinasi ‘automatik’ bagi pemain baharu, menurut bekas pemain Red Devils, Jordi Cruyff.*
          *Anak kepada legenda Belanda, Johan Cruyff itu beraksi selama empat tahun di Old Trafford, selepas tiba dari Barcelona pada 1996 yang menyaksikan United menjulang tiga kejuaraan pada 1999 dalam skuad yang turut diisi Eric Cantona, Roy Keane dan Ole Gunnar Solskjaer.*
          *Selepas sering berjaya memikat pemain ternama, United di bawah kendalian Jose Mourinho bersama Timbalan Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward ketika ini bergelut dengan Cruyff merasakan reputasi kelab itu di kaca mata pemain berpotensi tinggi merudum jauh.*

          *LONDON: Prestasi hambar pasukan KTM Tech3 ketika sesi ujian rasmi pra-musim MotoGP, baru-baru ini adalah disebabkan jentera RC16 berdepan kesukaran ketika mengambil selekoh kata penunggangnya, Hafizh Syahrin Abdullah.*
            *Tech3, yang menamatkan hubungan selama 20 tahun dengan Yamaha untuk menyertai KTM bagi musim 2019 mengharungi permulaan sukar ketika menggunakan jentera keluaran Austria itu di Valencia dan Jerez, Sepanyol.*
          *Kedua-dua, Hafizh dan rakan sepasukannya, Miguel Oliveira, yang baharu dinaikkan pangkat ke kelas elit dari Moto2 menghuni tangga tercorot sesi ujian dengan masing-masing ketinggalan hampir 3 saat di belakang penunggang masa terpantas.*

          *PARIS: Persatuan Tenis Profesional (ATP) digesa untuk menggilirkan permukaan gelanggang yang digunakan di kejohanan Final ATP kerana ia tidak adil buat pemain seperti Rafael Nadal, kata bekas bintang tenis Australia, Darren Cahill.*
          *Nadal, yang juga raja tanah liat, langsung tidak pernah memenangi gelaran ATP Final yang dimainkan di atas gelanggang permukaan keras.*
          *Arena London O2 menjadi tuan rumah kepada aksi penutup musim itu yang menemukan lapan pemain terbaik dunia dalam pertarungan mengguna pakai format yang unik.*

          *PERLUMBAAN pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Penawar, Johor, smlm dikejutkan dengan insiden kemalangan yang meragut nyawa pelumba CP150, Md Hafiz Nor Azman.*
          *Kemalangan itu berlaku selepas pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing itu memulakan perlumbaan di petak pertama.*
           *Difahamkan, Hafiz disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kota Tinggi selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku kira-kira 4 petang smlm.*

           *CYBERJAYA: Penang Black Panthers meraih kejuaraan berganda apabila menumbangkan ATM Guardians 2-1 di pentas final Liga Sepak Takraw (STL) Champions Cup.*
           *Skuad dari utara itu turut meraih kejuaraan STL Premier yang berlangsung secara liga bermula Oktober lalu dan kejayaan malam tadi melengkapkan dominasi mereka.*

           *KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya tetap disambut bagaikan wira walaupun tidak berjaya membawa pulang Piala AFF 2018 selepas tumpas menerusi agregat 2-3 kepada Vietnam di pentas akhir, kelmarin.*
             *Selain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), lebih 200 penyokong turut hadir ke majlis sambutan menghargai Harimau Malaya di Dataran Merdeka, smlm.*
             *Malah, kumpulan penyokong tampak tidak berganjak walaupun hujan demi menghargai keringat dan pengorbanan pemain yang membawa Harimau Malaya ke final.*

           *IA mungkin penampilan sulung yang mengecewakan bersama Harimau Malaya di Piala AFF, namun pemain naturalisasi negara kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh mengakui sedia beraksi lagi bersama pasukan sekiranya khidmatnya masih diperlukan.*
           *Pemain berusia 24 tahun itu juga memohon maaf kepada penyokong negara kerana tidak mampu membantu Harimau Malaya memenangi Piala AFF buat kali kedua.*
            *”Setiap pemain beraksi dengan baik dan saya cukup bangga dengan mereka sepanjang kempen kali ini.*

          *SEMANGAT melawan Harimau Malaya nyata belum cukup untuk menandingi Vietnam apabila tumpas 0-1 pada aksi final kedua Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh untuk Naga Merah menjulang trofi berprestij itu menerusi agregat 3-2.*
          *Kesilapan sama yang dilakukan benteng apabila tidak mengawal pergerakan pemain lawan dalam kotak penalti dihukum penyerang veteran Vietnam Nguyen Anh Duc pada minit keenam.*
            *Gol pada awal permainan itu banyak memberi kesan kepada rentak skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang perlu bangkit mencari dua gol bagi memburu gelaran kedua selepas 2010.*

         *PENAMAT mengecewakan pada kempen Piala AFF 2018 langsung tidak melunturkan semangat Farizal Marlias untuk terus menabur bakti bersama skuad kebangsaan.*
           *Dengan usianya bakal menginjak 33 tahun pada musim depan, dia masih belum terfikir untuk bersara di pentas antarabangsa.*

         *MELAKA: Pemain veteran berpengalaman, Shukor Adan mahu barisan baharu Melaka United (MU) musim 2019 bukan setakat ‘bermain’ bola sepak sebaliknya beraksi dengan penuh jiwa.*
           *Baginya, barisan pemain baharu yang membarisi skuad kali ini dilihat gah di atas kertas, namun semuanya perlu diterjemah dalam permainan sebenar serta perlu konsisten.*
         *Shukor - anak jati Melaka kembali ke negeri kelahiran selepas 20 tahun berhijrah dengan impian besar mahu merakam kejayaan bersama skuad Hang Tuah.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2018 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 17/12/2018 (by: MJI)

1.  IPOH 16 Dis . - Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak pada hari ini sebulat suara menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden parti kerana beliau telah dipilih oleh para perwakilan sewaktu Persidangan Agung UMNO yang  lalu, kata Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad.

2.  KUALA LUMPUR 16 Dis. – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad memohon maaf di atas salah faham berhubung kenyataan beliau sehingga mewujudkan tanggapan Pakatan Harapan (PH) mahu menutup kelemahan dalam melaksanakan manifesto dengan menyandarkannya kepada Nabi Muhammad SAW.

3.  KAMPAR 16 Dis. - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi di tandas rumahnya di Taman Diawan, di sini petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa yang menjerit kesakitan telah memanggil ibunya yang sedang berada di dapur. Mangsa menyatakan pernah melakukan hubungan seks dengan adik lelakinya yang berumur 13 tahun di bilik belakang rumah pada awal bulan Mei 2018.

4.  PORT DICKSON 16 Dis. - Sebuah bangunan hotel enam tingkat yang sudah tidak beroperasi di Batu 8, Jalan Pantai sini musnah sebanyak 40 peratus dalam kebakaran semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Kamal Mohd. Timar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5:35 petang.

5.  LISBON 16 Dis. - Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di kawasan pergunungan berdekatan Porto dan empat orang dikhuatiri maut. Nahas berkenaan menyebabkan dua juruterbang, seorang jururawat dan doktor terkorban. Operasi menyelamat sedang dijalankan namun bangkai helikopter terbabit masih belum ditemukan.

6.  KUALA LUMPUR 16 Dis.- Kesihatan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dilaporkan kembali kritikal selepas terdapat jangkitan di bahagian paru-parunya. Susulan itu, pihak IJN memutuskan untuk memasang semula mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO) untuk kegunaan Muhammad Adib kira-kira pukul 9 malam tadi.

7.  KUALA LUMPUR 16 Dis. - Sebanyak dua saudara baharu memeluk agama Islam menerusi program Mega Street Dakwah 2018 (MSD2018) yang dianjurkan di seluruh negara. Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai Hung berkata, kejayaan tersebut hasil usaha para sukarelawan yang tidak jemu dalam menyampaikan dakwah kepada saudara bukan Islam.

8.  KUALA LUMPUR 16 Dis. - Tindakan bekas wakil rakyat BN beramai-ramai melompat masuk dan menyertai PH akan dibincangkan dalam tempoh terdekat. Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata, langkah itu wajar kerana kepemimpinan tertinggi PH perlu memperhalusi perkara tersebut dengan teliti.

9.  KUALA LUMPUR 16 Dis.- Seorang pengurus di sebuah pusat hiburan maut selepas terlibat dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di Jalan Sungai Jernih 8/1, Seksyen 8, Petaling Jaya dekat sini awal pagi ini. Mangsa Edward Rishal S Reggie,28, ditemukan maut akibat ditetak oleh kumpulan lelaki terbabit.

10.  KUALA LUMPUR 16 Dis. - Meskipun gagal hadir dalam mesyuarat bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching, Sarawak semalam, namun Baru Bian tetap dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri. Baru yang juga Menteri Kerja Raya gagal menghadiri mesyuarat dengan Anwar dan 27 daripada 29 ketua cabang Sarawak semalam kerana menjalankan tugas rasmi di Lawas.

11.  JOHOR BAHRU 16 Dis. - UMNO Johor Bahru berpendapat adalah lebih bermaruah untuk MP Mersing, Datuk Dr. Latiff Ahmad melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu. Ketua Bahagiannya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, peletakan jawatan beliau itu bagi membolehkan pengundi di Mersing memilih wakil rakyat mereka yang benar-benar mahu berkhidmat menjalankan tanggungjawab.

12.  KOTA BHARU 16 Dis. - Kerja-kerja pemindahan kubur lama di Lot 106 dan Lot 21 Jalan Sultanah Zainab, di sini yang tertangguh akibat musim hujan akan diteruskan awal tahun hadapan selepas keadaan cuaca bertambah baik. Timbalan YDP MAIK, Dr. Nik Mohd. Azlan Abdul Hadi berkata, terdapat baki 50 kubur lagi yang akan dipindahkan dan prosesnya dijangka tamat pada Mac atau April tahun depan.

13.  SEREMBAN 16 Dis. - Seramai 200 murid daripada keluarga berpendapatan rendah menerima bantuan kelengkapan pakaian sekolah, beg dan alat tulis sumbangan TNB dalam Program Kembali Ke Sekolah, di sini hari ini. Mereka yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun adalah murid sekolah yang dipilih dari kawasan DUN Ampangan, Labu dan Sikamat.

14.  PULAU PINANG 16 Dis. - Tabung Haji tidak seharusnya dijadikan mangsa pemikiran rasis menerusi Petisyen Membantah LTH di Bawah Lim Guan Eng dan Kementerian Kewangan yang dilancarkan semalam menerusi Internet. Timbalan Menteri di JPM, Fuziah Salleh berkata, ini kerana langkah meletakkan TH di bawah pengawalseliaan BNM adalah bagi mewujudkan semak dan imbang di dalam institusi tersebut.

15.  SEREMBAN 16 Dis. – MB, Aminuddin Harun menafikan mesyuarat Exco negeri ini telah menentang cadangan menamakan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri ini. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri menyifatkan dakwaan yang tular itu sebagai tidak benar.

16.  KUALA LUMPUR 16 Dis. – KKMM menyenaraikan sebanyak 20 orang penceramah yang akan dimasukkan ke slot rancangan keagamaan (Islam) RTM untuk siaran televisyen dan radio. Dalam sekeping surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan kepada menteri di kementerian itu, Gobind Singh Deo memaklumkan, 20 orang penceramah itu turut diterima Pegawai Tugas-Tugas Khas (Bahagian Agama) JPM.

17.  KUALA LUMPUR 16 Dis - Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa majikan di negara ini supaya tidak mendiskriminasi dan memberi stigma buruk terhadap pekerja yang dijangkiti HIV. Perdana Menteri berkata, majikan perlu mencontohi PETRONAS kerana memiliki dasar tempat kerja yang mesra pekerja dijangkiti HIV seperti diamalkan di peringkat antarabangsa.

18.  IPOH 16 Dis.  - Ahli-Ahli Parlimen UMNO atau BN negeri ini yang telah meninggalkan parti, secara moralnya dituntut melepaskan jawatan bagi membolehkan rakyat membuat pemilihan semula melalui PRK. Ketua Badan Perhubungan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, perkara itu perlu dilakukan kerana mereka dahulu dipilih oleh para pengundi atas kapasiti sebagai calon BN.

19.  GOMBAK 16 Dis. - Kereta mewah jenis Ferrari tanpa cukai jalan selama 10 tahun antara yang dikesan dalam Op Khas Bersepadu Genting, di Plaza Tol Gombak, Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak (KLK), di sini yang bermula sejak semalam. Ketua JSPT Selangor, Supt. Azman Shariat berkata, operasi selama dua hari bermula pagi semalam di dua lokasi iaitu di Plaza Tol Gombak dan Jalan Batang Kali - Genting itu turut disertai AADK Daerah Gombak, JAS dan JPJ.

20.  KLANG 16 Dis. - Walaupun baru dibebaskan daripada penjara dua bulan lalu atas kesalahan mencuri, seorang remaja seakan-akan tidak serik apabila dia ditahan sekali lagi di sekitar kawasan Bukit Tinggi, Klang di sini semalam. Remaja berusia 19 tahun yang mempunyai empat rekod jenayah lampau ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam atas kesalahan melakukan pecah kereta di kawasan meletak kereta di sebuah pasar raya di Bukit Tinggi kelmarin.

21.  KUALA TERENGGANU 16 Dis. - Tiga pusat pemindahan banjir ditutup hari ini menjadikan hanya satu yang masih beroperasi di Hulu Terengganu. Ketua Sekretariat J/kuasa Pengurusan Bencana negeri, Lt. Kol (PA) Che Adam Abdul Rahman berkata, setakat pukul 12 tengah hari ini, sebanyak 64 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Kampung Pengkalan Ajal.

22.  SEREMBAN 16 Dis. - Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menyifatkan tindakan melompat parti yang semakin rancak sejak akhir-akhir ini adalah perbuatan khianat terhadap sokongan rakyat dan parti diwakili mereka. Mereka sepatutnya tetap mempertahankan prinsip dan perjuangan wadah yang diwakili sama ada ketika senang mahu pun susah.

23.  BUKIT MERTAJAM 16 Dis. - Seorang pekerja kapal warganegara Myanmar dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam laut berhampiran Pantai Bersih di sini hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihak bomba menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari ini.

24.  KEPALA BATAS 16 Dis. - Tiga lelaki yang sedang asyik menunggang motorsikal secara merbahaya menerima padah apabila ditahan polis dalam satu operasi di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) hari ini. Ketiga-tiga mereka yang berusia lingkungan 17 hingga 22 tahun didapati menunggang motorsikal dengan pelbagai aksi seperti meniarap, menunduk badan dan sebagainya.

25.  JOHOR BAHRU 16 Dis. - Tindakan MP Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad yang membuat keputusan keluar parti tidak memberi kesan kepada UMNO Johor mahu pun UMNO Bahagian Mersing sebaliknya mereka bersemangat meneruskan perjuangan parti, kata  Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

26.  KUALA LUMPUR 16 Dis. – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi bayangan bahawa beliau setuju jika Perhimpunan Agung UMNO Khas diadakan bagi membincangkan untung nasib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Naib Presiden UMNO itu mencadangkan agar UMNO bahagian seluruh negara mengusulkan perhimpunan tersebut.

27.  KUALA LUMPUR 16 Dis. – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa kepimpinan tertinggi parti itu mengadakan segera mesyuarat MKT. MP Sembrong itu berkata, mesyuarat berkenaan akan menentukan hala tuju UMNO yang kini berdepan krisis dalaman amat genting.

28.  MELAKA 15 Dis. - Bekas Ketua Menteri Melaka yang juga veteran UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengambil keputusan menyertai PPBM (Bersatu) selepas menyerahkan borang keahliannya dalam satu majlis di Ayer Keroh di sini, sebentar tadi. Beliau bersama lebih 100 ahli baharu menyerahkan borang keahliannya kepada Ketua Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.

29.  KUALA SELANGOR 16 Dis.- Sebanyak tiga pusat pemindahan banjir melibatkan 235 mangsa masih dibuka berikutan banjir melanda tiga perkampungan penduduk di daerah ini. Tiga perkampungan terlibat ialah di Kampung Asahan, Kuala Selangor, Kampung Seri Gambut, Tanjong Karang dan Kampung Jaya Setia di Bestari Jaya.

30.  KUALA LUMPUR 16 Dis. - UMNO tidak boleh sekadar membuka mata dan telinga ketika ramai dalam kalangan ahli Parlimen parti tersebut keluar dan menyertai PH. Tindakan 17 Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti selepas PRU-14  dan desakan pelbagai pihak supaya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai Presiden parti perlu dilihat secara serius dengan kadar segera, kata AMT UMNO, Khaidhirah Abu Zahar.

31.  NEW YORK 16 Dis.- Seorang wanita ditahan polis kerana bertindak menyerang dan mengucapkan kecaman berbaur perkauman kepada salah seorang penumpang di dalam kereta api bawah tanah, di sini. Anna Lushchinskaya, 40, dilihat menyerang seorang individu Asia berusia 24 tahun dengan menggunakan payung dan kunci serta menendang wanita tersebut berulang kali.

32.  KUALA LUMPUR 16 Dis. – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengesyaki wujud unsur politik wang atau salah guna kuasa di sebalik tindakan melompat parti yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini. Presidennya, Jais Abdul Karim mendakwa, tindakan tersebut diambil bagi memastikan kedudukan, jawatan atau imbuhan ‘periuk nasi’ terjamin tanpa memikirkan amanah rakyat yang memilih mereka semasa pilihan raya lalu.

33.  PASIR MAS 16 Dis. - Beberapa kampung di sekitar Meranti dan Gelang Mas, di sini mula ditenggelami banjir ekoran limpahan air Sungai Golok sejak semalam. Antara kampung terlibat ialah Kg. Bakong, Kg. Siram dan Kg. Kubang Pak Itam di Meranti serta Kg. Kolam dan Kg. Kaloi di Gelang Mas.

34.  RANTAU PANJANG 16 Dis. - Paras air Sungai Golok di sini terus menunjukkan peningkatan dan menghampiri paras bahaya berbanding paras amaran semalam. Menurut laman sesawang infobanjir.water.gov.my setakat pukul 6.30 petang ini air Sungai Golok mencecah 8.84 meter menghampiri paras bahaya 9 meter.

35.  LANGKAWI, 16 Dis - Frangipani Langkawi Resort & Spa dan Persatuan Perniagaan Langkawi (Niagakawi) hari ini melancarkan kumpulan dikenali sebagai ‘Food Waste Champion’ (FWC) sebagai usaha mengurangkan pembuangan sisa makanan di tanah timbus pulau ini. Inisiatif itu, yang mendapat sokongan dan dilancarkan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kedah, Zaidi Tuah, juga melibatkan lapan hotel dan restoran lain di sini.

36.  KUALA LUMPUR, 16 Dis - UM akan menganjurkan Persidangan Kepimpinan dan Governan IPTA kali ke-4 pada 18 dan 19 Dis ini dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di sini. Ketua Seketariat persidangan, Siti Salwa Md Padzil berkata persidangan berkenaan bakal memberi penekanan bagaimana faktor dan sikap individu memberi kesan secara langsung dan tidak langsung dalam pembangunan sistem pendidikan.

37.  KUALA KUBU BHARU, 16 Dis - Angkasa akan melaksanakan program sukarelawan khususnya dalam aspek pemulihan kefungsian golongan OKU bermula suku kedua tahun depan. Naib Presiden Angkasa Datuk Che Mohd Shukree Che Isa berkata usaha itu akan dilakukan melalui koperasi sedia ada seperti koperasi Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan koperasi-koperasi universiti.

38.  LAHAD DATU, 16 Dis – KDN sedang mengkaji keberkesanan peranan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) khususnya dari segi rantaian perintah.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Mohd Azis Jamman berkata langkah itu bagi memastikan operasi Esscom yang lebih mantap dalam mengawal keselamatan perairan di timur Sabah.

39.  PADANG BESAR, 16 Dis - Ketika isu lompat parti di kalangan pemimpin UMNO semakin melebar, kesemua ADUN Perlis yang mewakili parti itu sepakat tidak berganjak daripada kesetiaan mereka. S/U Perhubungan UMNO Perlis, Azizan Sulaiman berkata selagi parti itu masih wujud, mereka tetap setia menyokong parti yang memenangkan mereka pada PRU14.

40.  KUALA LUMPUR, 16 Dis - iAuthors Club buat julung kalinya akan menganjurkan bengkel percuma, “Write Your Book”, bagi menggalakkan lebih banyak rakyat Malaysia menjadi penulis buku. Presiden iAuthors Club yang baru dipilih, Prof Madya M. Krishnamoorthy berkata kelab itu ingin meneruskan semangat "sumbangan pengarang untuk tujuan amal" seperti yang diharapkan pengasasnya, Ho Chin Soon.

41.  KUANTAN, 16 Dis - Kumpulan anti kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) mendakwa mempunyai bukti wujud penyelewengan berhubung kilang itu. Pengerusinya Tan Bun Teet mendakwa maklumat yang turut melibatkan jabatan kerajaan itu telah dikumpulkan sejak Lynas memulakan operasinya di Gebeng, di sini enam tahun lalu.

42.   KUANTAN, 16 Dis - Seorang kanak-kanak lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas selepas tergelincir semasa memancing di Empangan Perting, Bentong, hari ini. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata mangsa Usop Mat Arip, 8, dilaporkan terjatuh ke dalam empangan tersebut kira-kira 4.30 petang tadi.

43.   BATU PAHAT, 16 Dis - Perkeso akan memantapkan usaha memberi kesedaran kepada pekerja mengenai keselamatan perjalanan ulang-alik ke tempat kerja menerusi pendekatan 3E (pendidikan, penguatkuasaan dan kejuruteraan). Menerusi elemen pendidikan, Perkeso dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) akan melakukan pelbagai program keselamatan dan advokasi di tempat kerja secara lebih berfokus.

44.  SETIU, 16 Dis - TNB memperuntukkan RM25,000 untuk menyediakan lampu mudah alih bagi kegunaan tanah perkuburan di 10 kampung di seluruh Terengganu tahun depan. Ketua Perkhidmatan Pelanggan Terengganu TNB, Mohd Nazri Puteh berkata pemberian lampu mudah alih itu bertujuan memudahkan masyarakat setempat menguruskan pengebumian jenazah sekiranya berlaku kematian pada waktu malam.

45.  LAHAD DATU, 16 Dis - Kira-kira 15,000 anggota BN Bahagian Silam di sini, menyerahkan borang pendaftaran menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan). Penyerahan borang kepada S/U Agung Warisan, Loretto S Padua Jr itu diketuai mantan ADUN Lahad Datu yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Mohd Yusof Apdal dan disaksikan Ketua Wira Warisan Datuk Azis Jamman.

46.  BANTING, 16 Dis - Perbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor, komited untuk terus mempromosi program Smart Selangor kepada rakyat sebagai usaha untuk menjadikan Selangor sebagai negeri pintar di rantau Asia menjelang 2025. Langkah itu perlu supaya rakyat Selangor memanfaatkan sebaiknya pelbagai inisiatif yang diperkenalkan kerajaan negeri di bawah program berkenaan bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

47.  JOHOR BAHRU, 16 Dis - Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera, seorang daripadanya parah, apabila kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka terbabas lalu melanggar tiang lampu di KM4 Jalan Skudai-Pantai Lido, awal pagi tadi. Mangsa yang maut dipercayai berusia 20an dan merupakan penumpang hadapan kereta terbabit manakala tiga lagi ialah masing-masing pemandu dan dua penumpang di bahagian belakang berusia lingkungan 16 hingga 17 tahun.

48.  POKOK SENA, 16 Dis - KPDNHEP mengenal pasti kenaikan harga telur di pasaran tempatan yang berlaku kebelakangan ini antaranya disebabkan kos bekalan makanan ayam yang diimport. Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kebanyakan makanan ayam diimport dari Brazil serta Argentina dan urusan perdagangan dilakukan di Singapura sebelum dibawa masuk ke negara ini.

49.  ALOR SETAR, 16 Dis - Beberapa jalan utama di ibu negeri akan ditutup bermula esok dan Selasa ini berikutan Perarakan Kereta Berhias bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29. Penutupan bermula pukul 6 petang membabitkan laluan utama perarakan dari persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Darulaman hingga ke Dataran Bandar di hadapan Masjid Zahir, di sini.

50.  IPOH, 16 Dis - Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan beliau tidak bimbang akan kehilangan undi pada pemilihan Parti Amanah Negara (Amanah) tahun depan susulan cadangan larangan merokok di premis makanan yang dikeluarkan kementerian itu. Beliau akan tetap menjalankan tugas serta tanggungjawabnya, dan cadangan yang dianggap dianggap 'tidak popular' itu tidak akan berubah.

51.  BANGKOK, 16 Dis - PM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berpuas hati dengan peranan yang dimainkan fasilitator Malaysia Tan Sri Abdul Rahim Noor, dalam rundingan damai bagi menamatkan kitaran keganasan di selatan Thailand. Rundingan damai antara badan induk yang mewakili puak-puak di situ iaitu Mara Patani dan kerajaan Thailand berjalan dengan baik, tetapi jalan penyelesaiannya akan mengambil masa.

52.  KUALA LUMPUR, 16 Dis - Angin kencang Timur Laut dan laut bergelora dengan kelajuan 40-50km sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Sabah sehingga Selasa, 18 Dis ini.

53.  BANGKOK, 16 Dis - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima ijazah kedoktoran kehormat dalam kepimpinan sosial, perniagaan dan politik daripada Rangsit University (RUS) Thailand di kampus induknya di daerah Mueang Pathum Thani, 30 kilometer dari sini.

54.  SEMPORNA, 16 Dis - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mengagalkan cubaan 10 pendatang asing tanpa izin Filipina termasuk juragan dan pembantu bot menyusup masuk ke Semporna melalui kawasan laut Pulau Omadal, semalam. Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kesemua mereka ditahan pada pukul 10.40 pagi, hasil maklumat Unit Risikan Marin (URM).

55.  IPOH, 16 Dis - Parti Amanah Negara (Amanah) bercadang mengeluarkan akhbar harian sebagai antara langkah untuk mengukuhkan parti itu melalui penyampaian mesej parti kepada orang ramai. Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata langkah itu juga merupakan usaha untuk membuktikan parti itu yang ditubuhkan pada 2015 aktif seperti parti lain.

56.  KOTA BHARU, 16 Dis - Dua ratus sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kelantan sedia digerak atur bagi menghadapi banjir di negeri itu. Panel Penasihat BSMM Kelantan Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata sukarelawan terbabit akan melaksanakan kerja-kerja membantu mangsa banjir dan membantu pihak berkuasa pengurusan bencana lain ketika berlakunya bencana alam itu.

57.  KUALA LUMPUR, 16 Dis - DAP membuat keputusan muktamad untuk tidak bekerjasama dengan UMNO, kata Timbalan Pengerusinya Gobind Singh Deo. Beliau berkata semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), rakyat sendiri menolak parti itu dengan hasrat untuk membina Malaysia Baru.

58.  KUALA LUMPUR 16 Dis. – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat pihak cuba mengganggu hubungan baik beliau dengan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad ekoran tindakan beberapa Ahli Parlimen UMNO meninggalkan parti tersebut. Presiden PKR itu mendakwa, cubaan tersebut dilakukan oleh pihak tertentu dengan mewujudkan pelbagai tanggapan dan andaian sehingga menimbulkan persepsi tidak baik di antara mereka berdua.

59.  JOHOR BAHRU 16 Dis - Mangsa banjir yang kehilangan atau pasport rosak akibat bencana itu boleh membuat pasport baharu secara percuma sekiranya memenuhi syarat ditetapkan. KP Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pihaknya prihatin dengan mangsa banjir dan ada di antara mereka mungkin tidak sempat menyelamatkan dokumen penting itu.

60.  PUTRAJAYA 16 Dis - Malaysia membantah keras keputusan Australia mengiktiraf Baitulmaqdis barat sebagai ibu negara Israel. Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, Malaysia yakin bahawa pengumuman itu dibuat sebelum penyelesaian dua negara (two-State solution) selain dilihat sebagai satu tindakan pra matang dan menghina rakyat Palestin.

BERITA SUKAN:

1.  LONDON 16 Dis - Manchester City sudah menggantikan Manchester United sebagai destinasi ‘automatik’ bagi pemain baharu, menurut bekas pemain Red Devils, Jordi Cruyff. Anak kepada legenda Belanda, Johan Cruyff itu beraksi selama empat tahun di Old Trafford, selepas tiba dari Barcelona pada 1996 yang menyaksikan United menjulang tiga kejuaraan pada 1999 dalam skuad yang turut diisi Eric Cantona, Roy Keane dan Ole Gunnar Solskjaer.

2.  HANOI 16 Dis - Penamat mengecewakan pada kempen Piala AFF 2018 langsung tidak melunturkan semangat Farizal Marlias untuk terus menabur bakti bersama skuad kebangsaan. Dengan usianya bakal menginjak 33 tahun pada musim depan, dia masih belum terfikir untuk bersara di pentas antarabangsa.

3.  LONDON 16 Dis - Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyuarakan rasa kagum terhadap Raheem Sterling yang mengetepikan serangan berbaur perkauman ke atasnya, sebelum bangkit meledak gol ketika menewaskan Everton 3-1, malam tadi. Sterling dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua, sejurus Dominic Calvert-Lewin merapatkan defisit buat Everton 1-2.

4.  LONDON 16 Dis - Manuel Pellegrini menetapkan sasaran untuk pasukannya menamatkan saingan dalam kedudukan enam terbaik, selepas West Ham United menyambar kemenangan keempat berturut-turut di Fulham, awal pagi tadi.

5.  MANCHESTER 16 Dis - Jose Mourinho terus menghangatkan suasana menjelang pertembungan menarik skuad kendaliannya, Manchester United dengan Liverpool, awal pagi esok apabila mendakwa pendahulu Liga Perdana itu sebagai ‘bertuah’.

6.  SHANGHAI 16 Dis - Pemain perseorangan wanita India, P V Sindhu akhirnya berjaya meraih pingat emas apabila menjuarai saingan Jelajah Dunia Akhir BWF, hari ini manakala pemain China, Shi Yuqi melunaskan dendamnya ke atas bintang Jepun, Kento Momota bagi mendominasi kategori lelaki.

7.  KUALA LUMPUR 16 Dis - Beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying memberi tamparan hebat kepada arena badminton negara apabila membuat keputusan meninggalkan BAM. Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu menghantar surat peletakan jawatan mereka sebagai pemain kebangsaan pada 29 November lalu.

8.  KOTA TINGG 16 Dis -: Pelumba cub prix, Hafiz Nor Azman, 22, yang memenangi tempat keempat pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018, hari ini, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika pusingan terakhir perlumbaan, di Dataran Bandar Penawar, dekat sini petang tadi. Hafiz, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kota Tinggi, dekat sini selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4 petang tadi.

9.  KUALA LUMPUR 16 Dis - Atlet bina badan negara terus cemerlang apabila meraih pencapaian luar biasa dengan merangkul empat pingat emas keseluruhan di Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia di Chiang Mai, Thailand. Sandaran utama, Syarul Azman Mahen Abdullah memastikan gelaran hatrik apabila merangkul gelaran Mr Universe ketiganya selepas menang kategori fizik 167cm.

10.  KUALA LUMPUR 16 Dis - Azizulhasni Awang terus menggegar apabila meraih perak dalam acara keirin pada siri Piala Dunia di London, pagi tadi. The Pocketrocketman menamatkan saingan pada kedudukan kedua kepada pencabar dari Belanda, Matthijs Buchli, manakala Theo Bos dari BEAT Cycling Club (Belanda) di tempat ketiga pada saingan di Velodrom Lee Valley VeloPark.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2018 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*SELASA 18 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 10 RABIULAKHIR 1440 HIJRAH*

*live from F&N Beverage Shah Alam Plant*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:41, SUBUH : 05:51, SYURUK : 07:10, ZOHOR : 13:12, ASAR : 16:35, MAGHRIB : 19:09, ISYAK : 20:24.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *ANGGOTA bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya akhir bulan lalu disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, jenazah Allahyarham akan diuruskan di Institut Jantung Negara (IJN) sebelum dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, Kuala Lumpur pagi ini, untuk penghormatan terakhir. "Selepas itu, jenazah Allahyarham akan dibawa menaiki helikopter untuk dihantar pulang ke kampung halaman di Kedah.*

                 *BAYARAN khas sebanyak RM500 yang dibayar esok (hari ini) akan memberi manfaaat kepada lebih 1.4 juta penjawat awam kerajaan persekutuan, membabitkan pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak. Pada masa sama, kerajaan juga akan membuat bayaran khas sebanyak RM250 kepada hampir 800,000 pesara bagi mengenangkan khidmat bakti mereka.*

                  *KAJIAN terhadap kos sara hidup di negara ini menunjukkan peningkatan sekali gus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mahal untuk didiami khususnya bagi ekspatriat. Berdasarkan kajian terbabit, Bandaraya Kuala Lumpur meningkat naik sebanyak 24 anak tangga menjadikannya berada pada kedudukan ke-188.*

                  *NAFSU syaitan lelaki yang sanggup merogol adik isterinya yang baharu berusia 12 tahun awal bulan lalu, akhirnya terbalas apabila dia ditahan polis dekat Kulim, smlm. Suspek berusia 19 tahun itu ditahan di tepi jalan di Padang Serai, Kulim, pada 5.30 petang.*

                  *JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk bagi negeri Kelantan dan Terengganu dan dijangka hujan lebat berterusan sehingga esok (hari ini). Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Alui Bahari berkata, negara masih lagi berada di dalam fasa Monsun Timur Laut yang dijangka akan berakhir pada penghujung bulan Mac.*

                 *MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) belum mengadakan sebarang mesyuarat untuk membincangkan status penerimaan bekas pemimpin UMNO yang meninggalkan parti untuk menyertai kerajaan smlm. Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, perkara itu berkemungkinan diadakan pada tahun hadapan selepas semua wakil Majlis Presiden PH dipanggil.*

                 *AHLI Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan mengundurkan diri daripada perlantikannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang, smlm.*

                  *BEBERAPA jam selepas Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR, giliran Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim pula melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi PKR Johor berkuat kuasa smlm.*

                 *TUN Dr Mahathir Mohamad menyifatkan perletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai Naib Presiden PKR dilakukan berdasarkan sebab-sebab tertentu. Perdana Menteri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan pada masa sama, mengakui tidak tahu menahu mengenai apa yang sedang berlaku dalam parti berkenaan.*

                  *AHLI perniagaan yang diburu, Low Taek Jho atau Jho Low bertegas tidak mahu dibicarakan di Malaysia berhubung dakwaan menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jurucakapnya dalam satu kenyataan hari ini berkata, ahli perniagaan itu tetap mengaku tidak bersalah berhubung tuduhan ke atasnya.*

                  *MANGSA banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilaporkan meningkat kepada 789 orang, dan daerah Marang paling teruk terjejas sehingga jam 8 malam ini. Berdasarkan kemaskini Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Terengganu sebanyak dua lagi PPS diaktifkan berbanding 11 PPS yang sudah sedia beroperasi sejak pagi tadi iaitu di Marang, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Setiu.*

                  *SELEPAS hampir setahun dipercayai aktif melakukan jenayah pecah rumah dan premis perniagaan di Kuantan, Geng Tatoo akhirnya tumpas selepas enam ahlinya ditahan, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, semua suspek berusia 17 hingga 33 tahun itu dipercayai terbabit dalam tujuh kes pecah rumah di sekitar Kuantan.*

                  *GURU kaunseling sekolah menengah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, smlm, selepas didapati bersalah memberi sokongan dan memiliki imej berkaitan kumpulan pengganas Daish, dua tahun lalu.*

                  *BIARPUN diberi potongan harga sehingga 50 peratus, namun kaunter bayaran saman trafik tertunggak di Balai Polis Trafik Tun HS Lee, Kuala Lumpur tidak mendapat sambutan. Berdasarkan tinjauan mendapati hanya terdapat beberapa individu sahaja memanfaatkan tawaran diskaun saman trafik oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.*

                 *PEROKOK masih boleh merokok di tempat awam apabila larangan merokok di kedai makan dan restoran terbuka berkuat kuasa, tahun depan. Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, larangan merokok itu menyatakan perokok hanya dibenarkan merokok di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka.*

                 *PENOLONG pengurus Jabatan Pengarang akhbar The Star dihukum penjara 30 bulan dan denda RM100,000 oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, smlm, selepas didapati bersalah menerima rasuah RM20,000.*

                 *HUJAN lebat yang melanda sebahagian besar Terengganu sejak awal pagi smlm mengakibatkan beberapa kawasan di Kuala Terengganu mengalami banjir kilat. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JOS) Terengganu, hujan lebat bermula jam 3 hingga 8 pagi direkodkan melanda beberapa stesen di sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus.*

                 *ANGGOTA bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira tiga jam bagi menyelamatkan seekor lembu yang terjatuh serta terperangkap dalam loji air di Jalan Sukun, Kampung Pasir di Johor Bahru, malam smlm. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, lembu berkenaan terjatuh ke dalam loji sedalam 1.5 meter.*

                 *KANAK-KANAK perempuan berusia empat tahun maut selepas bilik tidur di rumah banglo milik keluarganya terbakar di Seksyen 12, di Shah Alam, malam smlm. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 15, Timbalan Penguasa Bomba Azmel Kamarudin, berkata, mangsa, Daaniys Humaira Mohd Shafie, dipercayai maut selepas terhidu asap.*

                 *DEMI memastikan nasib saudara seagama terus terbela, penduduk Manjoi, Ipoh menyumbang lebih RM21,000 kepada umat Islam di Kemboja baru-baru ini. Wang hasil kutipan dan sumbangan penduduk itu diserahkan kepada Masjid Kampung Cheremin, Kemboja, bagi tujuan pembinaan sekolah agama yang dapat digunakan generasi muda masyarakat Melayu Champa di negara itu.*

                 *LELAKI warga emas maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki terbabas sebelum jatuh ke bawah tebing setinggi lima meter dalam kemalangan di Jalan KL-Ipoh berhampiran Stesen Penguatkuasa (RTD) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kalumpang, di Hulu Selangor kira-kira jam 2.25 pagi smlm.*

                 *SERAMAI 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di pelantar ikan dan tapak pembinaan sekitar Kuala Kedah ditahan ketika serbuan Jabatan Imigresen Malaysia dan polis marin di Alor Setar semalam.*

                 *NYAWA terakhir.” itu ugutan diterima seorang lelaki bergelar Datuk sebelum cermin hadapan kenderaannya ditembak ua lelaki menaiki motosikal di hadapan sebuah restoran di Taman Meru 2B, Ipoh, smlm. Dalam kejadian pada 6.56 pagi itu, mangsa yang juga pemilik kedai dobi berusia 50 tahun, bagaimanapun terselamat.*

                 *KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun bernasib malang apabila sebahagian kemaluannya yang mahu dikhatankan terpotong oleh peg awai perubatan yang menjalankan majlis berkhatan beramai-ramai di Shah Alam, Selangor, 8 Disember lalu. Kejadian itu menyebabkan kanak-kanak terbabit dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menjalani pembedahan bagi menyambung bahagian kepala kemaluannya yang terpotong.*

                 *Kuala Lumpur: Kasut hitam menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan 2019 untuk anak masing-masing. Walaupun ada ibu bapa yang membeli kasut putih, kasut hitam lebih menjadi pilihan kerana berpendapat ia memudahkan penjagaan.*

                 *ANGGOTA bomba terpaksa memotong rim tayar kereta terpakai bagi menyelamatkan kucing yang tersangkut pada rim berkenaan di Jaya Setia, Kuala Selangor, semalam. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 9 malam.*

                 *LIMA individu termasuk seorang wanita yang terbabit dalam insiden pergaduhan menyebabkan kematian pengurus pusat hiburan direman tujuh hari bermula smlm.*

                 *PENGERUSI Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) Datuk R Sri Sanjeevan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, smlm atas pertuduhan mendedahkan kandungan laporan polis di blognya, tiga tahun lalu.*

                 *KERAJAAN memberi jaminan harga telur ayam yang mengalami kenaikan ketara baru-baru ini kembali stabil bermula smlm. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, harga telur ayam dari setiap gred akan kembali diturunkan sebanyak 2 sen selepas dipersetujui bersama Persekutuan Persatuan Penternak-Penternak Malaysia (FLFAM) pada Jumaat lalu.*

                 *JABATAN Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada pelanggan syarikat perbankan CIMB Bank berhubung kes kehilangan wang selepas mengakses masuk ke portal CIMBClicks sebagaimana yang tular di media sosial sejak semalam.*

                 *ISTERI Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa selama 45 minit melawat anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, smlm. Dr Siti Hasmah tiba di IJN kira-kira 3 petang. Sumber IJN mengesahkan isteri Perdana Menteri itu meninjau Muhammad Adib dari luar pintu kaca bilik rawatan anggota bomba itu.*

                 *POLIS menyelamatkan lelaki yang diculik, dikurung dan diikat menggunakan tali di rumah di Pasir Mas, Kelantan selepas tiga hari dilarikan sekumpulan individu dari rumahnya di Jengka, Maran pada 10 Disember lalu.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


          *Moscow: Seorang lelaki membunuh kekasihnya pada sambutan hari jadinya yang ke-25 baru-baru ini sebelum menyimpan mayatnya selama empat hari, malah menyoroknya dalam katil sofa setiap kali dia keluar rumah.*
            *Evgeny Malakhov dipercayai menikam mati Marina Abdulina, 31, ketika pertengkaran yang bertukar ganas di rumahnya di kawasan perindustrian Sverdlovsk Oblast, Russia.*
         *Ketika keluar rumah, dia menyorok mayat Marina di dalam katil sofa berkenaan, namun mengeluarkannya jika dia berseorangan di kediaman itu, lapor The Metro. Penyiasat kini menyiasat sama ada dia melakukan sesuatu pada mayat itu setiap kali dikeluarkan.*

            *SINGAPURA: Seorang lelaki gay di Singapura, smlm berjaya mendapatkan hak untuk mengambil seorang anak dilahirkan menerusi seorang ibu tumpang di Amerika Syarikat (AS).*
         *Ia diperolehi dalam satu keputusan penting mahkamah di negara konservatif itu.*
          *Walaupun Singapura adalah sebuah negara makmur dan moden dalam pelbagai aspek, kritikan terhadap golongan homoseksual sering kali dianggap sebagai ketinggalan zaman.*

            *BERLIN: Bekerja hanya empat hari seminggu, namun dibayar gaji lima hari? Ia mungkin terlalu bagus untuk dipercayai, namun banyak syarikat di seluruh dunia sudah mengurangkan hari bekerja setiap minggu.*
           *Mereka mendapati, ia membawa kepada produktiviti lebih tinggi, kakitangan lebih bermotivasi dan kurang masalah pekerja letih.*
            *"Ia lebih sihat dan kita boleh membuat kerja lebih baik, jika tidak bekerja pada waktu yang tidak masuk akal,” kata pengasas syarikat pengurusan perisian projek di Berlin, Jan Schulz-Hofen.*

            *BRASILIA: Bomoh Brazil yang dituduh melakukan penderaan seksual lebih 300 orang menyerah diri selepas diburu pihak berkuasa, lapor media semalam.*
           *Menurut laporan beberapa akhbar tempatan, Joao Teixeira de Faria, 76, atau dikenali sebagai ‘John of God’ dan pernah menjadi selebriti selepas Oprah Winfrey menyiarkan laporan mengenai kaedah penyembuhan pada 2013, menyerah diri kepada pihak berkuasa di jalan raya di Abadiania.*
           *Difahamkan sejak 1976, dia mengetuai sebuah pusat pemulihan rohani di Goias iaitu sebuah bandar kecil di tengah negara Brazil.*

         *LEBIH 40 mangsa cedera dalam letupan di restoran di Sapporo, utara Jepun, malam smlm, lapor agensi berita Kyodo.*
           *Setakat ini, punca letupan itu masih tidak diketahui. Agensi itu berkata, letupan terbabit menyebabkan sejumlah bangunan runtuh. Katanya, seorang mangsa kini kritikal.*
           *Rakaman video di media sosial menunjukkan api dan asap hitam berkepul-kepul pada waktu malam dan orang ramai berlari menyelamatkan diri di tepi jalan yang penuh sisa runtuhan dan cermin pecah.*


*TULAR / POPULAR*
================


           *CIMB Bank Berhad mengesahkan bahawa urusan penggunaan sistem perbankan CIMBClicks kekal selamat dan segala urusan transaksi kewangan dibuat pengguna kekal dilindungi.*
           *CIMB dalam kenyataan smlm berkata, pihaknya peka mengenai perkongsian yang tular di media sosial baru-baru ini mengenai tuduhan bahawa portal CIMBClicks kini mengalami isu keselamatan.*
           *Katanya, sepanjang minggu lalu, CIMB sudah memperkenalkan beberapa langkah tambahan bagi meningkatkan keselamatan transaksi menggunakan portal perbankan itu.*

           *INSIDEN pergaduhan antara pemilik bengkel kenderaan dengan pelanggannya di Taman Putra Perdana, Puchong yang tular di media sosial baru-baru ini bukan membabitkan isu perkauman.*
           *Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pihaknya mengesahkan pergaduhan yang berlaku pada 12 Disember lalu itu berpunca daripada tidak puas hati mengenai upah membaiki kereta.*
           *Beliau berkata, kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Alza berwarna merah ditunda di bengkel kenderaan berkenaan untuk dibaiki.*

           *JENAZAH pelumba Cub Prix, Mohd Hafiz Nor Azman, 22, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai kira-kira jam 12 tengah hari smlm.*
            *Allahyarham Mohd Hafiz meninggal dunia selepas terbabit kemalangan ketika berada pada pusingan terakhir perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 di Dataran Bandar Penawar, Johor kira-kira jam 4 petang kelmarin.*
          *Jenazah Mohd Hafiz sebelum itu, tiba dari yang Hospital Kota Tinggi, Johor di rumah keluarganya di sini kira-kira jam 5.30 pagi smlm dan dibawa ke Masjid Umar Al Khattab kampung berkenaan untuk disembahyangkan kira-kira jam 11 pagi.*

          *BANGKOK: Wakil Filipina, Catriona Gray, 24, dinobatkan sebagai Miss Universe 2018, dalam satu majlis gilang gemilang yang disiarkan secara langsung dari Impact Arena, Bangkok, smlm.*
          *Catriona, pelajar jurusan teori muzik meraih kemenangan itu selepas menewaskan 93 lagi calon dari seluruh dunia.*
          *Tempat kedua dan ketiga pertandingan Miss Universe kali ke-67 itu, dimenangi wakil dari Afrika Selatan, Tamaryn Green dan Venezuela, Sthefany Gutierez.*
           *Pertandingan itu dihoskan oleh pengacara televisyen, Steve Harvey dan supermodel, Ashley Graham.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *NYON: Berikut undian pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara malam tadi:*
*Schalke mln Manchester City*
*Atletico Madrid mln Juventus*
*Manchester United mln Paris St Germain*
*Tottenham Hotspur mln Borussia Dortmund*
*Olympique Lyonnais mln Barcelona*
*AS Roma mln Porto*
*Ajax mln Real Madrid*
*Liverpool mln Bayern Munich*

          *NYON, Switzerland: Berikut undian penuh 32 pasukan terakhir Liga Europa malam tadi:*
*Rennes mln Betis*
*BATE Borisov mln Arsenal*
*Malmo mln Chelsea*
*Viktoria Plzen mln Dinamo Zagreb*
*Club Brugge mln Salzburg*
*Rapid Vienna mln Inter Milan*
*Slavia Prague mln Genk*
*Krasnodar mln Bayer Leverkusen*
*Zurich mln Napoli*
*Shakhtar Donetsk mln Eintracht Frankfurt*
*Celtic mln Valencia*
*Olympiakos mln Dynamo Kiev*
*Lazio mln Sevilla*
*Fenerbahce mln Zenit Saint Petersburg*
*Sporting Lisbon mln Villarreal*
*Galatasaray mln Benfica*
          *Perlawanan pertama akan berlangsung pada 14 Februari dengan timbal balik pada 21 Februari.*

          *LIVERPOOL: Jurgen Klopp berkata, prestasi Liverpool ketika menewaskan musuh tradisi Manchester United 3-1 awal pagi tadi antara persembahan terbaik sejak dia bertugas di Anfield.*
          *Liverpool kembali ke kedudukan teratas Liga Perdana selepas pemain gantian pada babak kedua,Xherdan Shaqiri menjaringkan dua gol dalam masa tujuh minit.*
           *“Ia permulaan mengagumkan, salah satu persembahan terbaik kami sejak saya berada di Liverpool,” kata Klopp yang mengambil alih kelab pada Oktober 2015.*

          *BARCELONA: Bos Honda,Alberto Puig berkata, penunggang Yamaha, Valentino Rossi seperti sukar menerima hakikat dia kini bukan lagi penunggang yang dihormati lawan.*
         *Rossi dianggap legenda MotoGP dengan merangkul tujuh gelaran, tetapi masih belum dapat menambah koleksi kejuaraan sejak 2009.*
           *Dia bersaing hebat dengan penunggang Honda, Marc Marquez yang mempamerkan dominasi apabila memenangi lima daripada enam gelaran MotoGP dan hampir merangkul gelaran pada 2015, apabila ketinggalan hanya lima mata untuk dimahkotakan kejuaraan buat kali kelapan.*

          *CAPE TOWN: Roger Federer amat profesional dalam banyak aspek, namun jaguh Switzerland itu lebih gemar bermain tenis dalam keadaan bebas.*
          *Ini kerana pemain nombor tiga dunia itu mengakui dirinya tidak begitu tertarik dengan 'nombor' apabila berkata: "Saya tidak suka pada statistik.*
           *”Terdapat ramai yang fanatik berkenaan nombor, berapa banyak kesilapan saya buat, berapa banyak servis pertama saya lakukan dan berapa banyak mata saya menang.*

          *IPOH: Sebarang insiden meragukan hingga mengakibatkan kematian ketika perlumbaan motosikal perlu disiasat dan diteliti supaya tidak berulang.*
         *Bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid, berkata berdasarkan pengalamannya, sebarang insiden yang berlaku dalam perlumbaan perlukan kajian menyeluruh.*
        *”Kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi melihat bagaimana tragedi itu berlaku dan membabitkan semua pihak.*
           *Bukan hanya sekadar penganjur tetapi semua pelumba supaya tidak lagi berlaku lagi pada masa akan datang selain membabitkan pakar dalam bidang berkenaan" katanya.*

         ♂ *KUALA LUMPUR: Hajat jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang untuk menaiki podium buat kali kedua dalam Piala Trek Dunia 2018 di London tidak kesampaian apabila terkandas di pusingan ketiga acara pecut individu, pagi smlm.*
          *Azizulhasni yang memenangi pingat perak dalam acara keirin kelmarin sekadar menduduki tempat ke-15 daripada 35 pelumba yang beraksi.*
            *Lebih mengecewakan The Pocketrocketman apabila dia hanya ketinggalan 0.013 saat di belakang pelumba Great Britain, Jack Carlin yang mencatatkan masa 10.032 saat pada pusingan ketiga sekali gus menyebabkan gagal mara ke pusingan suku akhir di velodrom Lee Valley VeloPark.*

          *KUALA LUMPUR: “Minimum kontrak dua tahun!,” kata Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan.*
          *Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewajaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk melanjutkan kontrak pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang berakhir hujung bulan ini.*
          *Jelas Sathianathan yang juga jurulatih Selangor, tiada sebab buat FAM tidak menyambung kontrak bekas jurulatih Kedah itu apatah lagi selepas kemampuannya dibuktikan selepas membimbing Malaysia muncul naib juara Piala AFF 2018.*

         *KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tidak gusar dengan ranking skuad negara yang jatuh satu anak tangga di tempat ke-13 selepas berakhir Piala Dunia di Bhubaneswar, India, malam smlm.*
        *Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal sebaliknya berkata, hala tuju pasukan kekal jelas iaitu memastikan mereka layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi kempen kelayakan tahun depan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2018 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Our Malaysian fireman Muhammad Adib Kassim passed away just now. My heart breaks. You know what firemen do? They run into buildings on fire while we run out. They risk their lives to save us. They don’t care what color you are. They don’t care what God you pray to. They don’t care if you’re rich or poor. Risking their lives for us is essentially part of their job description. Muhammad Adib went to the Seafiled temple area to douse the flames of cars set alight, and to save people that may be in danger. That’s all he was there for, and for being there he was dragged out of his emergency services vehicle and assaulted by common thugs. This brave young Malaysian died at the hands of ignorance, greed and politics, whilst simply trying to help people. Those involved, whether related to the temple, the goons paid to go to the temple, the thugs countering the goons, the politicians using the issue, others that just joined the ‘show’, the state government, and the development company, all carry the guilt. None of them have clean hands. And quite frankly they should disgust us. All of them should grovel in shame. This had nothing to do with race or religion. It had everything to do with business and politics. And all that have used this issue and the tragedy of Muhammad Adib to lift themselves in one form or other are the kind of dirt we as a society should be done with.

Thank you Muhammad for your bravery, for your sacrifice, and for your service, to all of us. We are forever in your debt. May Allah welcome and keep you in his embrace.
Al Fatihah.

Vinod Sekhar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2018 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 18/12/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 17 Dis. – MP Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang hari ini. Beliau berkata, keputusan tersebut sepatutnya dibuat lebih awal namun mengakui ia sesuatu yang sukar buat dirinya.

2.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - Anggota JBPM, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 9.41 malam ini selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Berita sedih tersebut disampaikan oleh Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin dalam satu sidang akhbar ringkas.

3.  SHAH ALAM 17 Dis. - Siasatan kes anggota JBPM, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim yang meninggal dunia di IJN, Kuala Lumpur malam ini kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Timbalan KP Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab dalam kenyataannya malam ini berkata, sebelum ini kes Muhammad Adib disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan ekoran kecederaan yang dialaminya dalam insiden rusuhan pada 27 November lalu.

4.  KUALA TERENGGANU 17 Dis. - Hujan lebat dan berterusan sejak pukul 3 pagi ini menyebabkan beberapa kawasan di tiga daerah di negeri ini dilanda banjir kilat. Bagi Kuala Terengganu kawasan terbabit ialah di Jalan Sultan Omar, Jalan Kamarudin, hadapan Sekolah Kuala Ibai, Taman Sri Intan dan Jalan Tekukur.

5.  JERANTUT 17 Dis. - Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 1 Jalan Jerantut-Maran di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, Dzulkifli Mohamad Noh, 50-an, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y100 dilanggar oleh kenderaan jenis Toyota Hilux.

6.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - Seorang lelaki warga emas maut tersepit apabila kenderaan dinaiki terbabas dan terjatuh ke bawah tebing pada ketinggian lima meter dalam kejadian di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Hulu Selangor, dekat sini hari ini. Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 2.28 pagi tadi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

7.  SHAH ALAM 17 Dis.- Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dalam kebakaran bilik tidur di sebuah banglo dua tingkat di Seksyen 12, di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, Daaniys Humaira Mohd. Shafie meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Shah Alam selepas dipercayai terhidu asap berlebihan dan melecur.

8.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - Seorang penolong pengurus di Jabatan Pengarang akhbar The Star dihukum penjara 30 bulan serta denda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi. M. Youganesparan, 55, dijatuhkan hukuman tersebut selepas didapati bersalah menerima suapan wang tunai RM20,000 daripada seorang lelaki tahun lalu.

9.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - Pihak pendakwaan akan memfailkan permohonan untuk memindahkan kes melibatkan seorang pengarah sebuah syarikat pemaju hartanah, Datuk Tan Eng Boon yang menghadapi pertuduhan memberi suapan wang berjumlah RM1 juta berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat untuk menaikkan ratio berkaitan pembangunan di Jalan Semarak di sini, ke Mahkamah Tinggi di sini.

10.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - Rangka manusia zaman Mesolitik atau zaman batu pertengahan yang hampir lengkap berusia antara 6,000 hingga 8,000 tahun ditemukan di tapak Gua Chawan, Lembah Nenggiri, Kelantan pada 2 November lalu. Rangka yang dipercayai milik seorang remaja perempuan ditemui oleh penyelidik dari UKM bersama pegawai Bahagian Arkeologi, Jabatan Warisan Negara dan penyelidik Jabatan Sejarah, UPSI semasa menjalankan ekskavasi arkeologi di gua tersebut.

11.  KUALA LUMPUR 17 Dis.- MP Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan meminta supaya faktor Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak dijadikan alasan oleh mana-mana pemimpin UMNO yang mahu meninggalkan parti itu. AMT UMNO itu juga mengingatkan bahawa rakyat juga tidak akan menyukai pemimpin yang mengkhianati perjuangan.

12.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengucapkan tahniah kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Abdul Samad kerana berjiwa besar dengan memohon maaf atas kesilapan yang beliau lakukan. Setiap manusia membuat kesilapan ataupun tersasul namun yang lebih penting adalah akur dengan kesalahan yang dilakukan serta memohon keampunan dan membetulkan kesilapan yang dilakukan.

13.  SUNGAI PETANI 17 Dis. - PKR negeri yakin PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengotakan janjinya untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan beliau dalam tempoh dua tahun. Sehubungan itu, Pengerusi PKR negeri, Datuk Johari Abdul berkata, tidak menjadi masalah sekiranya terdapat pemimpin atau Ahli Parlimen UMNO menyertai PPBM (Bersatu).

14.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - "Kalau saya isytihar (harta) biarpun kosong (tiada harta) bermakna saya berbohong." Demikian komen Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menasihati ahli Parlimen PH belum membuat pengisytiharan harta untuk segera berbuat demikian meskipun tidak mempunyai sebarang harta.

15.  SEREMBAN 17 Dis. - Kesemua 16 ADUN keluar dari Dewan DUN hari ini selepas desakan supaya kerajaan negeri menyatakan pendirian mengenai isu ratifikasi ICERD ditolak oleh Speaker Dewan, Zulkefly Mohamad Omar. Tindakan itu dibuat selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) bangkit pada sesi soal jawab lisan dan meminta membawa usul supaya isu itu dibahaskan oleh persidangan DUN.

16.  GUA MUSANG 17 Dis. - Peminat sukan lasak dan mana-mana pihak yang merancang mengadakan program di perkampungan Orang Asli di daerah dinasihatkan supaya menangguhkan aktiviti itu sepanjang musim tengkujuh ini. ADUN Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, aktiviti itu tidak sesuai diadakan ketika ini kerana faktor keselamatan selain menambah kerosakan jalan balak di kebanyakan tempat di perkampungan Orang Asli.

17.  KUANTAN 17 Dis. – ADUN dan ahli Parlimen UMNO serta BN di negeri ini masih memberi sokongan kuat terhadap parti berkenaan. Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau yakin mereka tetap dengan UMNO dan BN walaupun dikatakan terdapat usaha untuk 'membeli' mereka.

18.  KUALA TERENGGANU 17 Dis. - Seramai 301 mangsa banjir daripada 109 keluarga dipindahkan ke lapan pusat pemindahan yang dibuka di empat daerah hari ini. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt. Kol (PA) Che Adam Abdul Rahman berkata, tiga pusat pemindahan dibuka di Setiu yang kini menempatkan 20 mangsa daripada empat keluarga.

19.  PELABUHAN KLANG 17 Dis. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor menumpaskan cubaan menyeludup rokok putih dan minuman keras menggunakan kapal barter trade di perairan Kuala Selangor, Jumaat lalu. Turut dirampas dalam serbuan kira-kira pukul 5 petang itu ialah rokok putih dan minuman keras bernilai RM13.4 juta termasuk bot, enjin serta peralatan navigasi dan komunikasi radio.

20.  PULAU PINANG 17 Dis. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu menggunakan kuasa yang ada pada beliau selaku Presiden UMNO untuk mengadakan Perhimpunan Agung Khas dengan segera bagi menilai sama ada beliau masih mendapat sokongan dalam kalangan ahli atau tidak, kata Veteran UMNO negeri ini, Tan Sri Dr. Mohd. Yussof Latiff.

21.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yakin Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar akan kembali ke barisan hadapan politik negara apabila tiba masanya. Menerusi status dalam akaun Twitter beliau, Khairy berkata, Nurul Izzah adalah seorang ahli Parlimen contoh dan satu kerugian jika kehadiran Nurul Izzah disia-siakan.

22.  JOHOR BAHRU 16 Dis. - Pelbagai jenis dadah bernilai RM601,650 dirampas dalam dua serbuan berasingan di Taman Perling dan Ulu Tiram di sini pada Selasa dan Khamis lalu. Timbalan KP Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, serbuan pertama pada 7.30 petang, sepasukan anggota MPV Johor Bahru Selatan mengesan sebuah kereta Honda Accord di Taman Perling dalam keadaan mencurigakan.

23.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - Di sebalik peletakkan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang hari ini, bekas pimpinan pusat parti itu, Latheefa Koya membuat kenyatan membidas amalan kronisme serta nepotimse dalam parti tersebut.

24.  CYBERJAYA 17 Dis. – PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan PPBM (Bersatu) tidak akan menerima semua ahli UMNO yang keluar daripada parti itu. Dr. Mahathir merangkap Pengerusi Bersatu berkata, pihaknya akan membuat pertimbangan terlebih dahulu bagi melihat individu berkenaan layak atau tidak untuk menyertai Bersatu.

25.  PUTRAJAYA, 17 Dis. - Bayaran khas sebanyak RM500 yang dibayar esok (18 Dis) akan memanfaatkan 1.4 juta penjawat awam kerajaan persekutuan, merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Pada masa yang sama, kerajaan juga akan membuat bayaran khas sebanyak RM250 kepada hampir 800,000 pesara bagi mengenangkan khidmat bakti mereka.

26.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - YDP Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof mengesahkan kerusi Parlimen Cameron Highlands adalah kosong dan pilihan raya kecil bagi kawasan tersebut akan diadakan dalam masa terdekat. Ia susulan makluman daripada SPR bahawa penyandangnya sebelum ini, Datuk C. Sivarraajh gagal mengemukakan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.

27.  JOHOR BAHRU 17 Dis. - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjamin bekalan sayur dan buah-buahan mencukupi walaupun terdapat kemungkinan berlakunya risiko banjir. Pengerusinya, Ishak Ismail berkata, pihaknya telah mengambil langkah persediaan bagi mengelakkan berlakunya kekurangan bahan berkenaan.

28.  KUALA LUMPUR 17 Dis.- Lima individu termasuk seorang wanita direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan yang menyebabkan seorang pengurus pusat hiburan maut akibat ditetak di hadapan sebuah pub di pusat perniagaan 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya dekat sini semalam.


29.  KUALA NERUS 17 Dis. – UniSZA membuka penempatan sementara buat para pelajar luar kampusnya yang terjejas dalam banjir. Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) UniSZA, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh berkata, penempatan sementara yang terletak di kolej Kediaman Kampus Gong Badak (KGB) itu boleh menampung seramai 184 pelajar dengan 104 untuk wanita dan 80 lelaki.

30.  TASEK GELUGOR 17 Dis. - Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tasek Gelugor akan tetap berdiri teguh bersama dengan pucuk pimpinan dalam menjayakan perjuangan parti walaupun ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Shabudin Yahaya bertindak meninggalkan UMNO. Ketuanya, Nor Hafizah Othman berkata, pihaknya amat sedih dengan keputusan diambil oleh Shabudin itu.

31.  CYBERJAYA 17 Dis.- PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Nurul Izzah Anwar mempunyai sebab tersendiri di atas keputusan melepaskan semua jawatannya hari ini. Dr. Mahathir merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu apa yang berlaku kepada PKR ketika ini.

32.  TANJUNG MALIM 17 Dis. – MB, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memandang serius laporan pencerobohan hutan simpan kekal di Hulu Perak dan bertegas akan memerangi pembalak haram demi menjaga alam sekitar termasuk hasil kerajaan negeri. Beliau merasa amat kecewa dan tindakan segera mesti diambil kerana kerajaan negeri serta Jabatan Perhutanan Perak tidak merestui perbuatan tersebut terutamanya membabitkan penerimaan suapan oleh penguat kuasa.

33.  SHAH ALAM 17 Dis. - Tindakan MP Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Fakeh yang mengumumkan keluar parti Jumaat lalu merupakan satu pengkhianatan terutama kepada penyokong dan pengundi di kawasan tersebut. Malah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan rasa kesal dengan tindakan dibuat Mohd. Fasiah dan mahu beliau melepaskan jawatannya dengan mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket UMNO.

34.  CYBERJAYA 17 Dis. – PPBM (Bersatu) tidak akan melebarkan sayapnya ke Sabah, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. “Tidak, kami tidak akan bentuk apa-apa parti di Sabah. Penduduk Sabah boleh pilih parti mereka,” katanya ketika ditanya media selepas menghadiri satu majlis dialog dengan pemacu industri berteknologi tinggi di sini, mengenai kemungkinan Bersatu meluaskan sayapnya ke Sabah.

35.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - Individu atau kumpulan daripada BN yang mahu meninggalkan parti itu dan menyertai PH perlu melakukan permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat atas keputusan menyokong kerajaan terdahulu sebelum dan semasa PRU-14. Itu antara syarat yang ditetapkan oleh Pemuda PH dalam menangani isu penghijrahan pemimpin pembangkang ke dalam PH.

36.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - SPR memaklumkan satu mesyuarat khas berkaitan urusan PRK kawasan Parlimen P.078, Cameron Highlands akan dijalankan Rabu ini di Bilik Gerakan, Menara SPR, Putrajaya. Setiausahanya, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, mesyuarat tersebut dijadualkan bermula pada pukul 10.30 pagi.

37.  KUALA LUMPUR 17 Dis - Polis menasihatkan orang ramai untuk membuat pengesahan terlebih dahulu kepada pihak bank berkenaan tentang apa sahaja perkara yang mencurigakan. Hari ini, tular di media sosial mendakwa sistem portal perbankan CIMBClicks tidak selamat. Malah, terdapat dakwaan daripada pengguna yang mana akaun mereka boleh diakses walaupun tanpa memasukkan kata laluan yang betul.  
Susulan itu, CIMB Bank Bhd (CIMB) tampil menegaskan sistem portal perbankan dalam taliannya, CIMBClicks, kekal selamat dan terjamin serta semua transaksi pelanggan terus dilindungi.

38.  PULAU PINANG 17 Dis. - Seorang anggota polis Cawangan Khas IPD Timur Laut maut setelah dipercayai terjatuh dari sebuah hotel di Pulau Tikus hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, mayat mangsa, Sofian Shahari, 47, dijumpai oleh seorang pekerja hotel dalam keadaan tertiarap di atas kawasan parkir kereta di depan hotel berkenaan.

39.  SEREMBAN 17 Dis. - Negeri Sembilan hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak sebulan gaji atau minimum RM2,000 kepada semua penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri. Separuh daripada bayaran itu akan dibuat pada minggu pertama Januari 2019 manakala bakinya akan dibayar seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019.

40.  IPOH 17 Dis. - Kenderaan milik seorang lelaki berpangkat Datuk ditembak oleh dua lelaki bermotosikal tepat ke arah bahagian pemandu dalam kejadian di Taman Meru 2B, di sini pagi tadi. Mangsa berusia 50 tahun itu bagaimanapun terselamat kerana ketika kejadian pada pukul 6.56 pagi itu dia berada dalam sebuah restoran berhampiran untuk bersarapan.

41.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai Naib Presiden PKR dan mengundurkan diri sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang sebagai tindakan berprinsip. Keputusan yang diambil oleh MP Permatang Pauh itu perlu dilihat dari sudut positif iaitu bagi membolehkannya kekal bersuara secara objektif membawa isu-isu rakyat selari dengan idealisme reformasi.

42.  RANTAU PANJANG 17 Dis. - Seorang pemuda yang didakwa tinggal dalam sebuah pondok di Sg. Kelantan berhampiran Kg. Pasir Parit, di sini yang tular di laman sosial Facebook semalam menafikan pondok tersebut adalah rumahnya. Pemuda terbabit, Khoo Ah Keong, 36, berkata, pondok itu hanya dijadikan sebagai pangkalan bot selain tempat untuk melepaskan penat selepas mencari rezeki.

43.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - Isteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali hadir ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi melawat anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24. Beliau yang tiba kira-kira pukul 3 petang diiringi beberapa pegawai Bomba dan Penyelamat Selangor dan kakitangan IJN.

44.  TANJUNG MALIM 17 Dis. - Kerajaan negeri menjangka dapat menyelesaikan penyerahan geran hak milik tanah kepada kesemua 5,917 peneroka Felda di negeri ini menjelang suku pertama tahun depan. Ketika ini, sebanyak 5,772 peneroka atau 97.55 peratus telah berjaya menerima geran berkenaan kecuali di empat daripada 17 tanah rancangan Felda yang ada di negeri ini.

45.  KAMPAR 17 Dis. - Remaja lelaki berusia 13 tahun yang disyaki menghamilkan kakak kandungnya ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan. KPD, Supt. Hasron Nazri Hashim berkata, pelajar tingkatan satu sebuah sekolah di sini itu ditahan reman bermula hari ini sehingga Jumaat depan.

46.  PULAU PINANG 17 Dis. - Keputusan yang diambil MP Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar untuk meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi Pimpinan negeri ini mungkin berpunca daripada rasa tidak puas hati dan kekecewaan tentang hala tuju parti serta senario politik dalaman semasa, kata Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Dr. Afif Bahardin.

47.  KUALA LUMPUR 17 Dis. – DBKL akan melaksanakan kerja-kerja meroboh sebuah bengkel yang beroperasi di atas tanah milik kerajaan di Taman Tasik Danau Kota, Setapak di sini, esok. Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, tindakan itu diambil berikutan tapak seluas kira-kira 1.3 hektar itu menghalang laluan orang ramai untuk masuk beriadah di taman tasik di situ.

48.  KOTA BHARU 17 Dis. - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad turut terkena tempias apabila namanya dipercayai turut digugurkan dalam senarai penceramah yang bersiaran di slot petang RTM Kota Bharu-Kelantan FM. Seramai tujuh nama penceramah digugurkan daripada bersiaran di radio tersebut dan digantikan dengan senarai nama penceramah baharu.

49.  KLANG 17 Dis. - Medicare Assistance Sdn. Bhd. (Medicare) menyasarkan kira-kira 400,000 penjawat awam akan menyertai polisi perlindungan takaful CUEPACSCare iaitu program kerjasama pihaknya dengan CUEPACS menjelang akhir tahun 2019. Pengarah Urusannya, K. Palanisamy berkata, buat masa ini, hanya kira-kira 80,000 penjawat awam melanggan polisi tersebut.

50.  ATHENS 17 Dis. - Letupan bom menyebabkan ibu pejabat rangkaian televisyen dan radio swasta, Skai (Skai TV) mengalami kerosakan minor di Greece hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi waktu tempatan itu, bom buatan sendiri meletup selepas 45 minit panggilan telefon dibuat orang tidak dikenali memberi amaran kepada rangkaian televisyen lain.

51.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - MTEM berpendirian Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) adalah perjanjian antarabangsa yang mengundang bahaya lebih besar kepada kedudukan istimewa bumiputera berbanding ICERD, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Yazid Othman.

52.  RANTAU PANJANG 17 Dis. - Aktiviti ekonomi dan kegiatan harian penduduk di pekan Rantau Panjang berjalan seperti biasa biarpun paras air Sungai Golok dilaporkan semakin hampir mencecah paras bahaya 9 meter. Tinjauan mendapati, laluan utama pekan ini masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

53.  KUALA LUMPUR 17 Dis. – SPR Malaysia telah membuat laporan polis terhadap 62 calon PRU-14 yang gagal menyerahkan penyata perbelanjaan PRU-14 masing-masing. Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954 menetapkan bahawa calon-calon bertanding atau ejen pilihan raya mereka hendaklah menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan PRU-14 yang diwartakan pada 28 Mei 2018.

54.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - MRT Corp. mengumumkan CEO, Datuk Seri Shahril Mokhtar akan menamatkan tempoh perkhidmatannya pada penghujung tahun ini. Susulan itu, Lembaga Pengarah MRT Corp. yang bermesyuarat pada 14 Disember 2018 telah membuat keputusan untuk melantik Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan Datuk Najmuddin Abdullah sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif.

55.  SYDNEY 17 Dis. - Ahli Parlimen Australia, Andrew Broad menyerahkan surat perletakan jawatan hari ini selepas sebuah media mendedahkan yang beliau bertemu dengan seorang gadis menerusi sebuah laman web ketika mengikuti lawatan kerja di Hong Kong.

56.  KUALA LUMPUR 17 Dis. – Perkeso melancarkan sebuah rancangan televisyen bertajuk Bangkit #Perkesoprihatin di Wow KL, Pusat Pelancongan Malaysia di sini. Timbalan Ketua Eksekutif Korporat Perkeso, Datin Azlaily Abd. Rahman berkata, rancangan bersiri 13 episod itu mengisahkan kejayaan peserta Program Kembali Bekerja (RTW) selepas insiden kemalangan dan penyakit.

57.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - Kira-kira 400,000 tenaga kerja mahir dan separa mahir tempatan berjaya dilahirkan Akademi Binaan Malaysia (ABM) sejak pusat penilaian dan latihan di bawah kendalian CIDB Malaysia itu ditubuhkan bermula tahun 1997, kata Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir. Ahmad 'Asri Abdul Hamid.

58.  KANGAR 17 Dis. - PKR negeri ini berharap Nurul Izzah Anwar menarik balik keputusan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang. Nurul Izzah merupakan pemimpin masa depan parti, malah semasa pemilihan baru-baru ini anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memperolehi undi tertinggi bagi jawatan Naib Presiden.

59.  JAKARTA 17 Dis. - Operasi mengesan isyarat ping perakam suara kokpit (CVR) pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di kawasan perairan Tanjung Karawang pada 29 Oktober lalu terpaksa ditangguh dua hari ekoran cuaca buruk. Cuaca buruk ekoran hujan lebat di pelabuhan Johor Bahru, Malaysia menyebabkan kelewatan kapal MPV Everest, yang ‘diimport’ khas untuk membantu operasi pencarian itu tiba di perairan Tanjung Kerawang.

60.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - Kabinet memutuskan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan kekal menyelia Lembaga Tabung Haji (TH), kata Timbalan Menteri di JPM, Fuziah Salleh.Beliau berkata ini akan melibatkan pindaan akta bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan berikutan kemelut yang dihadapi agensi itu.

BERITA SUKAN:

1.  NYON, Switzerland 17 Dis. - Juara lima kali, Bayern Munich dan Liverpool diundi sesama sendiri dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara, hari ini. Manchester United pula akan menentang juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) buat kali pertama manakala juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City menentang kelab Jerman, Schalke 04 dan Tottenham bertemu Borussia Dortmund.

2.  KOTA BHARU 17 Dis. – KAFA mengakui badan induk itu perlu bekerja lebih keras mendapatkan tajaan bagi menggerakkan pasukan The Red Wariors (TRW) dalam saingan Liga Premier musim 2019. Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pada musim 2019, Kafa memerlukan tajaan  berjumlah RM5 juta untuk menampung keseluruhan perbelanjaan pasukan.

3.  LONDON 17 Dis. - Kevin De Bruyne percaya Liverpool akan terus memberikan tekanan kepada juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City untuk perebutan kejuaraan meskipun hakikatnya pemain tengah itu tidak bimbang dengan prestasi semasa The Reds. Liverpool kembali merampas kedudukan peneraju liga selepas menang 3-1 ke atas seteru tradisi mereka, Manchester United di Anfield.

4.  JOHOR BAHRU 17 Dis. - AAM Motorsports Sdn. Bhd. (AAM) akan menubuhkan jawatankuasa siasatan selepas menerima semua dokumen berkaitan insiden yang mengorbankan pelumba kelas CP150, Mohd Hafiz Nor Azman, semasa pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018 di Bandar Penawar, Kota Tinggi, semalam.

5.  IPOH 17 Dis. - Pemergian pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman disifatkan satu kehilangan buat sukan permotoran Malaysia, kata bekas jaguh lumba motor negara, Wazi Abdul Hamid. Beliau berkata, Mohd. Hafiz, 22, bukan sahaja berpotensi menjadi ikon kepada golongan belia malah dapat membantu mengembangkan lagi sukan berkenaan di tanah air.

6.  KUALA LUMPUR 17 Dis. - Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang gagal dalam misinya untuk meraih kedudukan podium selepas mengakhiri cabaran pada tempat ke-15 daripada 35 peserta dalam acara pecut individu pada pusingan keempat Kejohanan Berbasikal Trek Siri Piala Dunia UCI di United Kingdom pada Ahad (Isnin di Malaysia).

7.  NYON, Switzerland 17 Dis - Finalis Liga Juara-Juara musim lalu, Liverpool diundi bertemu juara Jerman, Bayern Munich di peringkat 16 pasukan terakhir ketika Manchester United dijadual menentang gergasi Perancis, Paris Saint-Germain. Pada sesi undian yang dijalankan hari ini, penyandang juara, Real Madrid dijadual bertemu kelab Belanda, Ajax manakala juara Inggeris, Manchester City yang mmburu gelaran Eropah sulung akan bertemu kelab Jerman, Schalke 04.

8.  CAPE TOWN 17 Dis - Roger Federer amat profesional dalam banyak aspek, namun jaguh Switzerland itu lebih gemar bermain tenis dalam keadaan bebas. Ini kerana pemain nombor tiga dunia itu mengakui dirinya tidak begitu tertarik dengan 'nombor' apabila berkata: "Saya tidak suka pada statistic”.

9.  NEW DELHI 17 Dis - Belgium muncul negara keenam menjulang trofi hoki Piala Dunia selepas menewaskan juara tiga kali Belanda 3-2 menerusi penentuan penalti di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, semalam. Berkesudahan tanpa jaringan dalam masa sebenar memaksa aksi diheret ke penentuan penalti yang turut menyaksikan awalnya kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas mengambil lima pukulan dalam pertarungan final ‘gergasi Eropah’ itu.

10.  KUALA LUMPUR 17 Dis - Sekalipun bintang muda negara, Safawi Rasid dilihat tidak begitu menyerlah pada kempen Piala AFF 2018, pemain berusia 21 tahun itu tetap dianggap sebagai pemain terbaik negara pada kejohanan yang sudah melabuhkan tirainya, kelmarin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2018 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*RABU 19 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 11 RABIULAKHIR 1440 HIJRAH*

*live from fN 100plus Shah Alam*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:41, SUBUH : 05:51, SYURUK : 07:10, ZOHOR : 13:13, ASAR : 16:36, MAGHRIB : 19:10, ISYAK : 20:25*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa sedih dengan berita kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam kelmarin. Melalui laman Twitter rasminya, @chedetofficial, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.*

                  *JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menubuhkan Tabung Wira Merah PB Muhammad Adib bagi membolehkan orang awam menghulurkan sumbangan. “Orang ramai yang berhasrat menghulurkan sumbangan kepada keluarga Muhammad Adib boleh menyalurkannya melalui cek, tunai dan pindahan dana elektronik (EFT) menerusi akaun Akauntan Negara Malaysia - KPKT- T ke akaun bernombor 1601100876715 Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan catatan Wira Merah Adib.*

                  *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang perkara yang boleh membangkitkan sensitiviti perkauman atau keagamaan ekoran insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya, 26 November lalu.*

                 *KONSEP kemenjadian murid yang diterapkan buat pertama kali dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2018 menunjukkan keberkesanan apabila seramai 99.9 peratus daripada 220,011 calon di seluruh negara lulus mata pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI).*

                  *LIMA individu termasuk bayi berusia enam bulan nyaris maut apabila Perodua Kenari dinaiki mereka bertembung dengan treler di Jalan Tamparuli- Ranau dekat Kampung Bongol, Tamparuli, Tuaran, smlm.*

                 *RUMAH teres dua tingkat seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbakar disyaki angkara khianat di Taman Setia Tropika, Seri Kembangan, semalam. Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 2.35 petang itu, bagaimanapun tidak mengakibatkan kehilangan jiwa.*

                 *JEMAAH wanita yang baru pulang selepas menunaikan umrah meninggal dunia di dalam Surau Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang, Taiping, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, sebelum itu wanita berusia 58 tahun terbabit ditemui tidak sedarkan diri di dalam surau kira-kira jam 4 petang.*

                 *TINDAKAN seorang lelaki yang gemar mengamuk dan memarahi ahli keluarga sendiri akhirnya membawa padah apabila dia ditahan polis di Kulim, semalam. Suspek berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang selepas mengamuk dan mengugut mahu membunuh adik perempuannya di rumah keluarga mereka di Taman Kenari.*

                 *Seremban: Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di sini semalam, kecoh apabila semua pembangkang keluar dewan. Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan memohon untuk membawa usul supaya kerajaan negeri menyatakan pendirian terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).*

                 *PERSIDANGAN Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang ke-14, smlm bertafakur dan merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia malam kelmarin. Beliau sebelum ini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat parah selepas terbabit dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya.*

                 *Taiping: Dua ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen, semalam, atas pertuduhan menerima wang berjumlah RM51,673 daripada orang ramai tanpa lesen sah, tiga tahun lalu.*

                 *DEPOH Marang yang menempatkan stok barangan keperluan bencana mampu membekalkan barangan kepada 35,000 mangsa bukan saja di Terengganu, malah negeri jiran yang terjejas akibat banjir.*

                 *MAHKAMAH Sesyen Johor Bahru, smlm menjatuhkan hukuman penjara tujuh dan denda RM10,000 terhadap seorang kontraktor selepas mengaku bersalah membuat tuntutan palsu, dua tahun lalu.*

                 *KEPUTUSAN Nurul Izzah Anwar melepaskan jawatan Naib Presiden dan Pengerusi PKR Pulau Pinang ada kaitan dengan tindakan Ahli Parlimen pembangkang keluar parti beramai-ramai, dakwa Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau menafikan tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkait dengan kemelut dalaman parti.*

                 *PENYELIDIK warga Jepun yang tercedera selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu, dua hari lalu diterbangkan keluar dari Kem 4 oleh Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pagi smlm.*

                 *POLIS Diraja Malaysia sedang bekerja keras bagi memastikan pihak bertanggungjawab atas kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, bulan lalu dibawa ke muka pengadilan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy menegaskan yang berkongsi kesedihan berkata, keluarga anggota bomba dan penyelamat berusia 24 tahun itu dan negara turut berkabung bersama-sama.*

                 *KERAJAAN didesak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam masa 48 jam bagi menyiasat kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, ketika bertugas mengawal rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, ia bagi keadilan dan memastikan dalang sebenar yang menyebabkan kematian anggota bomba itu menerima hukuman setimpal.*

                 *LEBIH 90 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya bagi mengawal keadaan sejak awal pagi smlm.*

                 *SEORANG orang kurang upaya (OKU) hanya terbaring di dalam lumpur selama dua hari sebelum ditemui di Ladang Kelapa Sawit Ulu Remis, Kluang selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam lopak akibat jalan licin, Ahad lalu.*

                 *PENGERUSI Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Tye mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), kelmarin. Melalui kenyataan media smlm, beliau turut mengucapkan takziah kepada warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).*

                 *JUMLAH mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 1,023 orang daripada 261 keluarga, setakat jam 8 pagi smlm berbanding 781 orang daripada 203 keluarga, malam kelmarin. Ketika ini, 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi di empat daerah di Terengganu iaitu masing-masing empat PPS di Marang, Setiu dan Kuala Terengganu, manakala dua PPS dibuka di Kuala Nerus.*

                 *POLIS mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim daripada cuba bunuh kepada bunuh. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, kes berkenaan kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kematian Muhammad Adib ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), smlm.*

                 *SEORANG anggota polis dari Cawangan Khas ditemukan mati di hadapan sebuah hotel di Pulau Tikus, Georgetown, smlm dipercayai terjatuh dari bangunan hotel berkenaan. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian pada 4.45 pagi selepas dihubungi pekerja hotel yang memaklumkan terdapat mayat seorang lelaki ditemukan tertiarap di aas jalan di situ.*

                 *Kuala Lumpur: Rangka manusia prasejarah yang hampir lengkap berusia antara 6,000 hingga 8,000 tahun ditemui di Gua Chawan, Lembah Nenggiri di Kelantan pada 2 November lalu. Rangka prasejarah dipercayai seorang remaja perempuan itu ditemui penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama sekumpulan penyelidik sejarah.*

                 *Rantau Panjang: Jalan ditenggelami air bukan masalah besar buat penduduk di kawasan rendah di pekan ini kerana masing-masing mempunyai perahu yang menjadi pengangkutan utama ketika musim tengkujuh. Bencana itu yang berlaku setiap tahun memaksa setiap rumah terutama berhampiran tebing Sungai Golok mempunyai perahu untuk memudahkan mereka keluar masuk dan berpindah sekiranya perlu.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


           *Beijing: Tabiat pelik seorang lelaki di China yang ketagih menghidu stoking busuknya setiap hari akhirnya membawa padah apabila dia mengalami jangkitan kulat yang teruk pada paru-parunya.*
         *Menurut laporan media tempatan, setiap hari lelaki berasal dari Zhangzhou, tenggara China itu akan menghidu stoking dipakainya selepas balik bekerja.*
         *Mirror Online melaporkan, selepas pulang dari bekerja, lelaki itu menukar pakaian tetapi akan menghidu stoking yang dipakainya sepanjang hari.*
           *Tabiat pelik itu menyebabkan paru-parunya dijangkiti kulat yang terdapat pada stoking yang terbentuk akibat kakinya yang berpeluh.*

           *Detroit: Wakil Demokrat dari Michigan, Rashida Tlaib, akan memakai pakaian tradisional Palestin ketika majlis angkat sumpah sebagai Ahli Kongres Amerika Syarikat, bulan depan.*
         *Rashida berketurunan Palestin dan Ilhan Omar, berketurunan Somalia, menjadi dua wanita Islam pertama terpilih sebagai Ahli Kongres Amerika November lalu.*
           *Menurut laporan AlJazeera, Pakaian tradisional Palestin itu, sejenis jubah sehingga buku lali dipakai wanita di negara-negara Arab dan sesetengah kawasan Afrika.*

           *JAKARTA: Sepasang suami isteri di Sumatera Utara, Indonesia bingung dengan keadaan anak lelaki mereka yang tidak bangun dari tidur sejak 26 November lalu.*
         *Menurut laporan media Indonesia, sehingga semalam, Gilang Tama Alfarizi, berusia empat tahun sudah tidur selama 22 hari.*
           *Lebih membingungkan apabila anak sulung pasangan Sandi Syahputra, 25 dan Prili Mahdania, 24, itu disahkan doktor sihat serta tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.*
          *Menurut pasangan itu, sebelum kejadian mereka tidak melihat sebarang perlakuan pelik pada anaknya dan sempat bermain dengan gembira.*

          *CHICAGO : Seorang pemburu prolifik dijatuhkan hukuman menonton tayangan animasi klasik Walt Disney, Bambi berulang kali oleh mahkamah di sini sepanjang menjalani hukuman penjara.*
            *Animasi menyayat hati itu mengisahkan seekor anak rusa yang kehilangan ibu akibat dibunuh pemburu.*
         *David Berry Jr akan dipaksa menonton animasi terbabit sekurang-kurangnya sekali setiap bulan sepanjang menjalani hukuman penjara, satu hukuman yang disifatkan pegawai penguat kuasa sebagai siasatan pemburuan haram terpanjang pernah disaksikan.*

          *SEOUL : Sebuah kumpulan hak asasi manusia terbesar Korea Selatan akan menarik semula anugerah yang diberikan kepada ketua de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi pada tahun 2014 susulan pendirian beliau terhadap kekejaman dilakukan tentera Myanmar ke atas etnik Rohingya.*
            *Suu Kyi ketika itu tidak dapat menerima anugerah hak asasi manusia Gwangju kerana berada di bawah tekanan rumah yang dikenakan junta tentera.*
             *Parti pimpinan beliau bagaimanapun mengambil alih tampuk pemerintahan dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu memegang gelaran kaunselor negeri namun kini Suu Kyi dikecam hebat kerana tidak mengambil sebarang tindakan membela nasib etnik minoriti Rohingya.*

         *WASHINGTON : Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan telah membunuh 62 anggota militan Shabaab dalam enam serangan udara di Somalia sepanjang hujung minggu lalu.*
           *Ketumbukan Tentera AS Afrika dalam satu kenyataan berkata, empat serangan udara pada Sabtu lalu mengorbankan 34 anggota militan manakala 28 lagi terbunuh dalam dua serangan udara pada Ahad.*
         *Serangan udara berkenaan yang dilakukan di selatan ibu negara Somalia iaitu Mogadishu adalah yang terbesar sejak November lalu, membabitkan kematian 100 anggota militan.*

        *Gaza: Pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniya, menegaskan kesediaannya bertemu Presiden Palestin Mahmoud Abbas di mana saja bagi membincangkan masalah perpecahan dalam dua pertubuhan Palestin itu.*
           *Ismail membuat kenyataan itu ketika berucap sempena sambutan ulang tahun ke-31 penubuhan Hamas di Bandar Raya Gaza semalam, yang dihadiri puluhan ribu penduduk Palestin.*
          *Anggota sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, turut menghadiri perhimpunan itu dengan berpakaian celoreng serta membawa pelbagai jenis senjata api.*

        *CANBERRA: Australia yang mengekalkan keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara Israel, sudah menjangka bakal menerima bantahan dan kritikan negara serantau, termasuk Indonesia dan Malaysia.*
        *AFP melaporkan, Perdana Menteri Scott Morrison, berkata semalam, sebelum mengumumkan keputusan itu, reaksi antarabangsa sudah diambil kira dan Australia akan terus menyokong usaha penyelesaian dua negara.*
          *"Saya rasa tindak balas yang kita dapat daripada negara lain setakat ini, sudah diambil kira.*


*TULAR / POPULAR*
================


          *ANGGOTA bomba dan penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim sangat ceria ketika menyambut hari kelahirannya.*
         *Detik gembira itu dirakamkan pada 28 Mei lalu, dikongsikan pemilik akaun Instagram, @friendsofbombamalaysia yang memuat naik rakaman video terakhir Allahyarham berdurasi 18 saat pagi tadi yang turut tular di Facebook dan Twitter.*
          *Kedengaran dalam video itu juga beberapa rakannya yang mengusik Allahyarham termasuk meminta anggota bomba itu memotong kek hari kelahirannya segera bagi membolehkan mereka menjamahnya tanpa rasa bersalah.*

          *DUA kad undangan ke majlis perkahwinan tertera nama anggota Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dan tunangnya yang tular di media sosial sejak malam semalam menarik simpati netizen.*
          *Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan kad berkenaan, namun rata-rata netizen melahirkan rasa sedih terhadap nasib menimpa Allahyarham, selain mendoakan agar tunangnya, Nurul Najihah Mohd Radzi, 25, tabah menerima berita pilu itu.*
       *Umum diketahui majlis perkahwinan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya itu, sepatutnya diadakan Sabtu ini.*

          *NURUL Izzah Anwar yang meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, dilihat bersama dua ahli politik terkenal di sebuah restoran di Kuala Lumpur tengah hari smlm.*
         *Mereka ialah bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Tiga pemimpin muda itu antara ahli politik popular dan mendapat perhatian ramai, terutama golongan muda.*
         *Mereka menghormati antara satu sama lain dan kerap berkongsi pandangan berkaitan pelbagai isu membabitkan kepentingan rakyat serta negara.*

         *SELEPAS 14 tahun, Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali mengadakan konsert di Royal Albert Hall London pada 22 April tahun depan sempena Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour.*
         *Siti berkata, konsert itu menjadi persembahan jelajah terbesar di empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan United Kingdom.*
         *"Tahun depan saya meraikan ulang tahun ke-24 dalam bidang seni. Menjadi sesuatu yang penting buat saya untuk membina legasi karier yang tak mungkin dilupakan secara peribadi dan juga industri muzik tempatan.*

           *LONDON: Seorang pelarian muda dari Syria mendapat sumbangan ratusan ribu paun selepas ribuan orng United Kingdom bersimpati dengan nasibnya dibuli teruk rakan sekolah termasuk menggunakan teknik seksaan ‘waterboard’ (menyerkup wajah sebelum disimbah air) di Yorkshire, England.*
          *Video remaja berkenaan - yang cuma dikenali sebagai Jamal, 15, - menunjukkannya disondol dan dicekik pelajar lain di Huddersfield mengejutkan masyarakat dan membawa kepada kutipan derma sekurang-kurangnya 135,000 (RM711,000) untuk membantu keluarganya.*
            *Video kejadian di Sekolah Almondbury itu yang dipercayai berlaku lewat Oktober, tular di media sosial selepas dikongsikan ribuan kali, dengan pembuli berkenaan didengar berkata, ‘Saya akan melemaskan kamu’ sebelum menyerangnya. Dalam video itu, tangan kiri Jamal dapat dilihat dibalut dengan plaster kerana patah dalam serangan berlainan beberapa minggu sebelumnya.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *LONDON: Manchester United memecat pengendalinya, Jose Mourinho berikutan persembahan longlai yang ditampilkan kelab itu musim ini, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, smlm.*
          *United mengharungi permulaan terburuk dalam saingan liga selepas 28 tahun dan tumbang 1-3 kepada seteru tradisi, Liverpool, awal pagi Ahad lalu yang menjadi perlawanan terakhir Mourinho di kelab berkenaan.*
      *"Manchester United mengumumkan pengurus Jose Mourinho meninggalkan kelab dengan serta merta,” kata United dalam kenyataan berkenaan.*

          *LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino tampil sebagai calon pilihan untuk menggantikan Jose Mourinho yang dipecat sebagai pengendali Manchester United.*
          *Pochettino sudah lama menjadi buruan United berikutan corak permainan menyerang yang diterapkan serta kecemerlangannya meningkatkan kualiti pemain muda berbakat tetapi perkara itu kekal sebagai khabar angin sejak persaraan Sir Alex Ferguson pada 2013.*

           *LONDON: Ejen Paul Pogba, Mino Raiola dilaporkan mengadakan perbincangan dengan juara Itali, Juventus yang berminat untuk mendapatkan semula pemain tengah yang dijual dengan nilai 89 juta pound (RM469.3 juta) pada 2016.*
            *Pogba, yang berada di Perancis bersama bekas rakan sepasukannya di Juventus, Paulo Dybala pada Isnin, tidak lagi menjadi pilihan Jose Mourinho dan dilabel sebagai individu yang tidak diinginkan dalam bilik persalinan.*
             *Pemain Perancis itu bersikap terbuka mahu meninggalkan Old Trafford namun kelab itu tidak mahu menjualnya pada jendela perpindahan bulan depan.*

           *LONDON: Persatuan Tenis Wanita (WTA) akan melindungi ranking buat pemainnya yang kembali menyertai jelajah selepas cuti bersalin dan mengumumkan peraturan pakaian yang lebih moden bagi musim hadapan.*
          *Isu itu timbul apabila bekas pemain nombor satu dunia Serena Williams yang kembali beraksi tahun ini selepas melahirkan anak, diletakkan sebagai pemain bukan pilihan dalam beberapa kejohanan dan menimbulkan kontroversi selepas memakai sut hitam ketat ketika Terbuka Perancis.*

           *KUALA TERENGGANU: Pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim gembira dan menyambut baik cadangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendaftar pemain import TFC, Lee Tuck sebagai pemain tempatan.*
          *Beliau berkata, langkah FAM itu tepat pada masanya kerana pemain kelahiran Halifax, England itu mampu menjadi perancang yang baik jika diberi peluang menyarung jersi skuad negara.*

           *Kuala Lumpur: Kejayaan menaiki podium dalam dua siri Piala Dunia melonjakkan jaguh negara, Azizulhasni Awang ke tempat kedua ranking acara keirin Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).*
          *Menerusi kemaskini terbaru laman web UCI, pelumba berusia 30 tahun itu berada di belakang jaguh Australia, Matthew Glaetzer yang unggul di kedudukan pertama.*
            *Kejayaan The Pocketrocketman meraih meraih perak dalam keirin di siri ketiga Piala Dunia di London beberapa hari lalu membolehkan dia mengumpul 450 mata. Gangsa diraih semasa saingan siri ketiga Piala Dunia Jerman pada awal bulan ini pula menyaksikan dia meraih 400 mata.*

           *KUALA LUMPUR: Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan penganjur Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS perlu menilai kembali aspek keselamatan dan spesifikasi trek bagi menampung kehendak jentera yang lebih pantas digunakan dalam kategori itu ketika ini.*
           *Juara tiga kali cub prix, Ahmad Fuad Baharudin, yang memiliki pengalaman selama dua dekad dalam siri perlumbaan berkenaan berkata, jentera 150cc (kelas CP150) yang diperkenalkan dalam kejuaraan itu tahun lalu memerlukan litar yang dinaik taraf kerana ia jauh lebih laju berbanding dua lagi kategori (CP115 dan Wira).*

         *NAY PYI TAW: Sehari sebelum Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2018 melabuhkan tirainya, kontinjen Malaysia bukan sahaja berjaya mencapai sasaran 35 pingat emas yang ditetapkan tetapi turut mendapat bonus dua emas tambahan.*
           *Bagaimanapun, debaran untuk meraih emas ke-35 itu diletakkan dalam acara karate berpasukan lelaki dan wanita serta catur.*
          *Akhirnya pasukan karate kumite lelaki muncul wira selepas berjaya menumpaskan juara bertahan Thailand 3-0 untuk memenangi emas ke-35 itu.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2018 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*KHAMIS 20 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 12 RABIULAKHIR 1440 HIJRAH*

*live from F&N Beverage Shah Alam Plant*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:42, SUBUH : 05:52, SYURUK : 07:11, ZOHOR : 13:13, ASAR : 16:36, MAGHRIB : 19:10, ISYAK : 20:25*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan diberi kepercayaan menjalankan tugas Presiden parti itu berkuat kuasa serta-merta. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak lebih ramai pemimpin dan ahli UMNO keluar daripada parti itu.*

                 *KETUA Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menafikan khabar angin beliau akan ‘lompat parti’ dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, berkata beliau bukan salah seorang Ahli Parlimen PKR, yang didakwa akan keluar parti bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.*

                 *POLIS menahan sekumpulan penjaga premis dan pemain judi dalam talian dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Pasir Gudang, semalam. Serbuan bermula jam 6.35 petang itu dijalankan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam serta Balai Polis Pasir Gudang.*

                 *HASRAT seorang lelaki menyeludup 302 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM27,000 tidak kesampaian apabila ditahan anggota tentera berhampiran batu sempadan 34 di Padang Terap, semalam.*

                 *LELAKI maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dari arah bertentangan di Jalan Pintasan Semeling-Bedong, Sungai Petani, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, mangsa Mohammed Naim Jamil, 30, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.*

                 *LIMA kenderaan termasuk dua kereta mewah musnah dalam kebakaran di tempat letak kereta Damai Point, Kota Kinabalu, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, api dipercayai bermula dari sebuah kenderaan sebelum marak dengan cepat hingga mengejutkan orang ramai yang berada di lokasi kejadian.*

                 *Petaling Jaya: Seorang pegawai polis memaklumkan Mahkamah Majistret semalam, keputusan awal ujian saringan air kencing pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil, positif dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol.*

                 *Kuala Terengganu: Modal RM1 pulangan RM50,000! Ayat manis digunakan seorang wanita ‘putar alam’ yang mendakwa dirinya pengilang produk kosmetik. Berusia 25 tahun, dia dipercayai menggunakan ayat itu untuk memancing orang ramai menceburi bidang perniagaan, termasuk mengiklankan pelbagai barangan kosmetik di media sosial dengan tawaran harga rendah.*

                 *Tumpat: Seorang lelaki melecur tangan kanan akibat disambar api lilin yang tiba-tiba marak selepas terkena petrol, kelmarin. Kejadian jam 7.30 malam berlaku ketika Mohd Hafiz Bakri, 29, memindahkan petrol daripada tong besar ke botol kecil untuk dijual di kedai runcit keluarganya di Kampung Telaga Bata, di sini.*

                 *Shah Alam: Bekas Pengurus Pemasaran dan Saluran SME Telekom Malaysia (TM) dihukum penjara serta didenda RM4,111,992.95 selepas didapati bersalah dengan 10 pertuduhan membuat tuntutan palsu hampir RM1 juta, enam tahun lalu.*

                 *Kuala Lumpur: Media Prima Berhad menyerahkan hasil kutipan sumbangan sebanyak RM110,000 menerusi Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima kepada Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) yang akan disalurkan kepada Pusat Rehabilitasi dan Fisioterapi Enaya di Khan Younis, Gaza.*

                 *SEORANG pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (TH) bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam. Menurut sumber, beliau dipercayai ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM400,000 berkaitan kerja pengubahsuaian rumah di kediamannya.*

                  *LAPORAN berita penahanan mantan Ketua Pegawai Operasi (COO) Tabung Haji (TH), Datuk Adi Azuan bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan kerja pengubahsuaian rumah di kediamannya dianggap berat sebelah. Peguambela dan Peguamcara, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, anak guamnya sudah menyerahkan semua bukti komunikasi dengan syarikat kontraktor berkenaan bahawa kos bagi kerja pengubahsuaian dapur rumah beliau ditanggung sendiri.*

                 *DUA lelaki yang aktif melakukan samun di kedai 24 jam ditahan polis dalam serbuan di Pangsapuri Pauh Damai, Jalan Pauh, Bukit Mertajam, semalam. Dalam serbuan ‘Op Samun Kedai 24 jam’ itu, dua suspek berusia 26 dan 24 tahun itu ditahan selepas polis melakukan risikan dan juga maklumat berhubung kes samun di restoran makanan segera yang beroperasi 24 jam di Jalan Baru pada 11 Disember lalu.*

                 *JENTERA pilihan raya Barisan Nasional (BN) Pahang sudah diarah bersiap-sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini. Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, mereka sudah bersiap-sedia sejak keputusan dibuat oleh Mahkamah Pilihanraya mengenai kerusi Parlimen itu lagi.*

                 *TIGA pekerja subkontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melecur akibat terkena renjatan elektrik sedang menjalankan kerja pembaikan kabel di hadapan sebuah kilang di Jalan Perusahaan Tiga Kamunting, Taiping, smlm. Mangsa, Muhamad Syawal Che Rose, 30, melecur 50 peratus pada tubuhnya, manakala dua rakan sekerjanya, G Muniandy, 39, dan Ahmad Nor Fitri Saidin, 21, masing-masing melecur 20 serta 10 peratus.*

                 *KERAH seluruh tenaga perisikan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan pembunuh Adib sehingga ke lubang cacing! Itu saranan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan PDRM dalam memburu suspek utama yang bertanggungjawab menyebabkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.*

                 *LELAKI warga emas maut selepas Perodua Viva yang dipandunya bertembung lori di Jalan Pakan, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Ketit Beti, 70, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan sementara isterinya berusia 64 tahun terselamat dan dikejarkan ke Klinik Pakan untuk menerima rawatan lanjut.*

                 *ANGGOTA penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) terpaksa memecah pintu dua premis yang dijadikan sebagai stor barangan berjenama tiruan. Dalam operasi oleh sepasukan pegawai serta anggota penguat kuasa KPDNHEP Shah Alam dan Kajang kira-kira jam 12 tengah hari semalam, lebih 5,000 barangan berjenama tiruan dianggarkan bernilai RM655,000 disita.*

                 *AHLI perniagaan Nur Sajat menganggap kesalahan dilakukan syarikatnya membabitkan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, smlm selesai selepas membayar denda. Menurutnya, kesalahan berkenaan dilakukan syarikatnya yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam ketika GST baru diperkenalkan.*

                 *AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menganggap cadangan untuk membawa masuk mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak bagi mengambil alih tugas sebagai Ketua Pembangkang sementara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercuti sebagai idea bodoh.*

                 *“KERAJAAN tolonglah kami, pendapatan RM30 sehari tidak mencukupi,” kata Abdul Aziz Abdul Rahman, 66, pemandu teksi yang menyertai perhimpunan aman di Dataran Seremban, smlm, bagi mendesak Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Foke supaya membela kebajikan mereka.*

                 *CUBAAN wanita warga Thailand cuba menyeludup dadah jenis syabu ke negara ini gagal apabila ditahan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin, Buit Kayu Hitam, Ahad lalu. Dalam tangkapan itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas syabu dianggarkan seberat 2.2 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM121,000 daripada suspek berusia 45 tahun.*

                 *LELAKI warga Indonesia mengamuk dan menetak tiga pekerja di stor penyimpanan sejuk beku makanan di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, smlm. Amukan lelaki bersenjatakan parang terbabit membuatkan seorang wanita tempatan berusia 40-an maut ketika dalam perjalanan ke hospital manakala anak lelakinya yang berusia 13 tahun parah.*

                 *PEKERJA ladang maut diserang gajah liar ketika bertugas di kawasan ladang FELCRA Dusun Panti Batu 18, Jalan Johor Mersing, di Kota Tinggi, petang semalam.*

                 *TIGA lelaki ditahan selepas dipercayai memukul anggota polis yang tidak bertugas dalam satu kejadian di Berjaya Park Shah Alam, Shah Alam, semalam. Pada masa sama, polis kini sedang mencari dua lagi suspek yang dipercayai terbabit dengan insiden itu.*

                 *UMNO sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap ahlinya yang ‘lompat’ parti dan menjadi wakil rakyat bebas, pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sudah menfailkan writ saman pada 14 November lalu.*

                 *POLIS menafikan wujud sebarang unsur khianat dalam kes kebakaran rumah teres dua tingkat milik pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Taman Setia Tropika, Seri Kembangan, semalam. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, pemeriksaan sudah dibuat oleh pasukan forensik bomba dan mendapati tidak wujud sebarang unsur khianat.*

                 *TINDAKAN sekumpulan nelayan menutup nombor pendaftaran bot dan memotong pukat tunda yang digunakan, gagal mengabui pihak berkuasa apabila dicekup Jabatan Perikanan Malaysia Daerah Lumut, smlm.*

                 *LELAKI maut dirempuh lori ketika sedang menukar tayar Perodua Alza yang rosak di Kilometer 269.3 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, smlm. Dalam kejadian pada 6 pagi, mangsa Mohd Solehan Mohd Nasir, 32, meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan badan.*

                 *KUALA LUMPUR: Kanak-kanak berusia 11 tahun yang terputus sebahagian kemaluan sewaktu berkhatan pada 8 Disember lalu menjalani pembedahan plastik di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


         *CAPE TOWN: Seorang wanita mendapat gelaran ‘Ibu Singa’ apabila dia menikam seorang lelaki hingga mati dan mencederakan dua yang lain dalam usaha untuk menyelamatkan anaknya yang dirogol tiga lelaki berkenaan.*
         *Kejadian itu yang menggemparkan Afrika Selatan berlaku pada September tahun lalu dan ibu berusia 57 tahun juga gembira dua lelaki yang terselamat itu dihukum penjara 30 tahun kerana merogol baru-baru ini.*
          *Mail Online melaporkan, ketika kejadian, wanita itu sedang memotong sayur di rumahnya di sebuah kampung berhampiran Zwartwater sebelum seorang penduduk memberitahu anak perempuannya yang berusia 27 tahun ditarik tiga lelaki ke dalam sebuah rumah.*

          *WASHINGTON: Wartawan berdepan dengan bahaya yang semakin meningkat disebabkan tugas sepanjang 2018 walaupun risiko peperangan dan konflik berkurangan, kata pemerhati media, smlm.*
             *Jawatankuasa Pelindung Wartawan (CPJ) berkata, 34 daripada wartawan meninggal dunia ketika bertugas di seluruh dunia disifatkan sebagai pembunuhan.*
         *”Jumlah wartawan yang menjadi sasaran pembunuhan disebabkan laporan mereka meningkat dua kali ganda pada 2018 berbanding tahun lalu, meningkatkan jumlah keseluruhan wartawan yang dibunuh ketika bertugas,” kata laporan kumpulan pemerhati yang berpangkalan di New York.*

          *Canberra: Seorang lelaki yang hidup mewah selepas menemui cara mengeluarkan wang tanpa dikesan dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang rosak memberitahu dia berjoli sakan menghabiskan 1 juta (RM5.28 juta) dalam tempoh empat bulan.*
         *Kehidupan Dan Saunders berubah sekelip mata pada Februari 2011 apabila secara tidak sengaja menyedari kerosakan pada satu mesin ATM yang membolehkan dia mengeluarkan wang menggunakan kad kredit tanpa had dan tanpa dikesan pihak bank.*
             *Dia menyedari kerosakan itu apabila cuba mengeluarkan wang menggunakan kad kreditnya ketika mesin ATM tergendala dari jam 12 tengah malam hingga 1 pagi setiap hari untuk diselenggara.*

          *SEOUL : Syarikat penerbangan Korean Air Lines Co Ltd akan menaikkan kadar denda bayaran balik selepas peminat artis K-pop bertindak menaiki pesawat semata-mata untuk mengambil gambar bintang pujaan mereka dan turun sejurus sebelum berlepas sambil menuntut wang mereka dikembalikan.*
          *Tiga peminat kumpulan Wanna One menaiki pesawat Korean Air ke Hong Kong Sabtu lalu dan tidak mematuhi arahan kru kapal untuk duduk di tempat masing-masing, sebaliknya terus merakam foto kesemua 11 anggota kumpulan itu.*
          *”Ada penumpang yang sengaja menaiki pesawat semata-mata untuk melihat selebriti pujaan mereka,” kata seorang pegawai Korean Air.*

         *BRUSSELS : Kemarahan rakyat susulan isu pendatang asing yang dibawa kerajaan Belgium memaksa Perdana Menteri Charles Michel menawarkan diri kepada Raja Philippe untuk meletak jawatan.*
           *Dengan hanya berbaki lima bulan sehingga pilihan raya pada Mei tahun depan, tidak dapat dipastikan jika peletakan jawatan itu akan diterima baginda.*
           *Menurut istana, keputusan itu masih belum dibuat namun sumber kanan memberitahu, berkemungkinan besar institusi Diraja akan meminta kerajaan pimpinan Michel menangani urusan harian sehingga hari pengundian.*

           *Dubai: Jika gencatan senjata sekitar bandar Hodeidah, Yaman, yang bermula semalam, berjaya dikekalkan, ia akan membuka pintu membolehkan bantuan antarabangsa memasuki negara itu demi jutaan rakyatnya yang kini menderita.*
           *Hodeidah adalah pelabuhan utama Yaman yang penting untuk kemasukan barangan, termasuk bantuan antarabangsa yang selama ini terhalang.*
           *Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berharap dapat menjadikan bandar itu sebagai kawasan bebas perang sepenuhnya melalui gencatan senjata yang dipersetujui kerajaan Yaman dengan pemberontak di Sweden, hujung minggu lalu.*

          *Wellington: Kerajaan New Zealand akan membuat keputusan berhubung kelulusan ganja untuk kegunaan rekreasi dalam satu referendum ketika pilihan raya umum pada 2020 nanti.*
            *Referendum itu adalah antara janji dibuat Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Jacinda Ardern dalam perjanjian 2017 yang membawa kepada penubuhan kerajaan gabungan bersama parti Hijau dan NZ First.*
            *Gabungan parti populis, pusat dan kiri itu mengakhiri pemerintahan Parti Nasional selama sembilan tahun.*

         *GARA-GARA meminta habuan seks dari penuntut wanita yang terdesak mendapatkan markah tinggi, pensyarah universiti di Lagos, Nigeria bakal berdepan hukuman penjara kerana kelakuan tidak senonohnya itu.*
          *Hakim Maurine Onyetenu dari Mahkamah Tinggi Persekutuan di Osogbo, semalam mendapati Richard Akindele, iaitu profesor di Universiti Obafemi Awolowo di Ile-Ife didapati melakukan kesalahan rasuah dan gangguan seksual.*
          *Namun, peguamnya meminta supaya Akindele dibenarkan membuat rayuan di atas pertuduhan pada 19 November lalu, bagaimanapun ditolak hakim.*


*TULAR / POPULAR*
================


         *Batu Pahat: Seorang peniaga baja sawit di Taman Sri Wangsa, trauma apabila menemui anak tikus dalam lauk ayam masak kicap yang dibeli di sebuah warung berhampiran, kelmarin.*
            *Azmi Ali, 48, berkata, ketika kejadian dia sedang berselera menikmati makan malam selepas pulang dari kerja sebelum terkejut menemui anak tikus yang pada mulanya disangka hempedal ayam.*
          *Azmi berkata, dia sudah memaklumkan pengusaha gerai berkenaan mengenai kejadian berkenaan malah pihak terbabit sudah memohon maaf atas apa yan berlaku.*
         *”Saya tidak bercadang mengambil tindakan lanjut dan hanya membuat laporan kepada Pejabat Kesihatan Batu Pahat untuk tindakan lanjut apabila perkara ini mulai tular di media sosial sejak semalam.*

          *WALAUPUN uzur dan terpaksa bertongkat kerana tahap kesihatan kurang mengizinkan, bekas pemain dram Search, Yazit Ahmad, 55, tidak pernah mengalah untuk terus berjuang dalam bidang muzik yang sudah sebati dengannya.*
              *Baginya, selagi kudrat mengizinkan, dia akan terus bekerja termasuk memenuhi undangan persembahan untuk menyara keluarganya.*
         *”Saya akan meneruskan perjuangan dalam bidang muzik dan terus berkarya selagi ada kemampuan diri. Muzik adalah terapi untuk saya melawan penyakit sejak dua tahun lalu.*

          *PENGGUNA media sosial di Indonesia heboh dengan perkahwinan pemandu pelancong warga tempatan dengan wanita Britain selepas gambar dan video pasangan berkenaan tular di media sosial, baru-baru ini.*
           *Kompas.com melaporkan, Nur Khamid, 26, berkahwin dengan Polly Alexandrea Robinson, 21, dalam satu majlis sederhana di kampung lelaki itu di Dusun Gaten, Desa Ketunggeng, Magelang, Jawa Tengah pada Ahad lalu.*
         *Nur Khamid yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Bali bertemu dengan Polly kira-kira dua tahun lalu sebelum wanita itu memeluk agama Islam dan berkahwin dengan kekasihnya itu.*

          *New York: "123456" dan "password" adalah dua kata laluan yang mudah diteka, masih menjadi kata laluan paling buruk pada 2018, kekal lima tahun berturut-turut, menurut senarai yang disiarkan oleh sebuah syarikat aplikasi keselamatan dan penyedia perkhidmatan, SplashData.*
             *Senarai itu berdasarkan analisa daripada lima juta kata laluan yang bocor di Internet dan senarai kata laluan sering digunakan pada tahun ini yang mudah diteka.*
            *Menurut laporan itu, jumlah kebocoran data masih belum berkurangnya pada tahun ini dan masih ramai orang menggunakan kata laluan yang mudah diteka di Internet.*
         *Senarai 100 kata laluan paling buruk termasuklah perkataan atau nombor mudah seperti “111111” “sunshine”, "princess", "666666" dan "654321".*
                 

*CERITERA ATLET*
================


         *LONDON: Ole Gunnar Solskjaer sebentar tadi dinamakan pengurus sementara Manchester United sehingga penghujung musim ini selepas pemecatan Jose Mourinho.*
           *Bekas penyerang United itu akan mengambil alih pasukan utama serta merta dan akan kekal sehingga kelab itu mencari pengurus sepenuh masa.*
         *Mourinho dipecat semalam selepas hanya dua setengah tahun mengemudi pasukan berpangkalan di Old Trafford itu ketika juara England 20 kali itu kini menduduki tangga keenam Liga Perdana, 19 mata di belakang pendahulu, Liverpool.*
          *Solskjaer, 45, akan disertai Mike Phelan selaku jurulatih pasukan utama dan bekerjasama dengan Michael Carrick dan Kieran McKenna.*

        *LONDON: Nama bekas pelumba MotoGP Dani Pedrosa akan terpahat di Selekoh 6 dekatJerez, pusingan utama bagi perlumbaan di Sepanyol.*
           *Pedrosa berada di pentas podium Jerez setiap tahun dari 2005 hingga 2014, selain meraih kemenangan pertamanya di litaritu dalam kelas 250cc pada 2005 sebelum memenangi perlumbaan MotoGP pada 2008, 2013 dan 2017.*
          *Datuk Bandar Jerez, Mamen Sanchez berkata: “Jerez amat berterima kasih kepada kamu kerana detik kegembiraan, kejayaan dan keberanian ditunjukkan di litarkegemaran kamu ini.*
           *Penghargaan kecil ini kami berikan selepas apa yang kamu berikan kepada kami.*

        *SERI KEMBANGAN: Litar Sepang bakal diwarnai dengan perlumbaan kereta empat roda Festival GT Asia pada 15 hingga 17 Mac depan, satu acara baharu selepas tidak lagi menjadi tuan rumah bagi pusingan Formula Satu (F1) bermula tahun ini.*
           *GT Asia adalah satu perlumbaan kesinambungan daripada Kejuaraan GT China yang memutuskan untuk memasuki peringkat saingan antarabangsa.*
           *Buat masa ini, perlumbaan di Sepang adalah satu-satunya pusingan yang berlangsung di luar China.*

        *KUALA LUMPUR: Bekas pemain berbisa Kedah, Liridon Krasniqi dan penyerang sensasi Kuala Lumpur, Guilherme De Paula antara dua nama yang hampir pasti menjadi pemain naturalisasi beraksi bersama skuad Harimau Malaya.*
         *Perkara tersebut disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi badan induk bola sepak negara itu.*
          *Mohd Yusoff berkata meskipun dua pemain berkenaan belum memenuhi sepenuhnya syarat menjadi pemain naturalisasi, usaha sedang dijalankan selain kedua-dua pemain tersebut turut menunjukkan reaksi positif.*

         *KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa pemain kebangsaan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) boleh dianggap sebagai perkembangan yang baik untuk sukan itu, kata bekas pemain perseorangan lelaki negara Ong Ewe Hock.*
          *Beliau berkata ini kerana peluang sebagai pemain badminton profesional pada masa ini lebih luas berbanding dahulu yang boleh dianggap gelap masa depan jika pemain keluar daripada badan induk badminton negara itu.*
          *Ewe Hock yang juga sebahagian pasukan negara yang muncul naib juara Piala Thomas sebanyak tiga kali itu turut berharap kelab badminton dan syarikat swasta merebut peluang ini dengan mengikat pemain yang meninggalkan BAM serta memberikan mereka sokongan untuk bersaing di arena antarabangsa.*

           *KUALA LUMPUR: Mohamadou Sumareh sekadar menyaksikan rakan sepasukannya dipujuk oleh isteri dan anak-anak selepas dilanda kesedihan tewas kepada Vietnam pada final Piala AFF di Hanoi, baru-baru ini.*
           *Ketika saat itu, penyerang kelahiran Gambia itu yang juga pemain naturalisasi pertama negara merasai sedih dan kesunyian.*
           *Sumareh, 24, yang sudah mendapat taraf kerakyatan mendedahkan kepada Sukan NSTP bahawa dia berharap dapat mendirikan rumah tangga supaya isterinya dapat menemaninya selepas perlawanan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2018 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI - 20/12/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 19 Dis. - Nampaknya bukan sahaja parti pembangkang yang mahu P. Waytha Moorthy dilucutkan jawatan sebagai Menteri di JPM, desakan sama turut disuarakan oleh sayap pemuda PPBM (Bersatu). Armada telah menemui PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menyerahkan memorandum menuntut peletakan jawatan Pengerusi Hindraf itu di pejabatnya pagi ini sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.

2.   PUTRAJAYA 19 Dis. - Tindakan ingin menyertai PPBM (Bersatu) bukanlah sesuatu yang mudah buat bekas anggota UMNO terutamanya Anggota Parlimen dan pemimpinnya, kerana permohonan mereka akan diteliti dan tingkah laku mereka diperhatikan untuk memastikan sama ada mereka layak menyertai parti itu, kata Pengerusi Bersatu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

3.  ALOR SETAR 19 Dis. - Tindakan bekas ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid yang dikatakan bakal bersama lebih 100 ahli serta kepemimpinan lain mengumumkan keluar parti esok, langsung tidak akan menjejaskan parti jauh sekali menyebabkan UMNO Bahagian Langkawi terkubur, kata Timbalan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Othman Aziz.

4.  KUALA LUMPUR 19 Dis - Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani dipercayai ditahan SPRM semalam. Adi Azuan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada pukul 9 pagi ini bagi mendapatkan reman. Adi Azuan ditahan susulan siasatan SPRM berhubung dengan penggunaan syarikat kontraktor Penghias Dalaman Tabung Haji (AG Reka) untuk membina almari di kediamannya.

5.  SUBANG JAYA 19 Dis. - Keadaan di sekitar kuil Sri Maha Mariamman,  USJ 25, dekat sini tenang dan terkawal dengan kehadiran pihak berkuasa. Setakat pukul 1.15 pagi ini,  lebih 90 anggota polis ditempatkan di kawasan kuil sebagai langkah keselamatan. Berdasar tinjauan, jalan menuju ke kuil turut diadakan sekatan jalan raya.

6.  WASHINGTON 19 Dis. - Para pekerja gudang Amazon di Minneapolis yang beragama Islam mengadakan demonstrasi aman baru-baru ini bagi menuntut agar mereka diberikan tempoh masa yang lebih lama untuk solat. Ketika ini, seorang pekerja gudang diberikan dua waktu rehat iaitu selama 15 minit sahaja manakala satu waktu rehat selama 30 minit bagi mereka yang bekerja selama 12 jam.

7.  PARIS 19 Dis. - Seorang lelaki warga Britain yang disyaki terlibat merancang salah satu daripada penyeludupan dadah terbesar di Eropah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mendakwa apa yang berlaku adalah 'satu skrip'. Lelaki berkenaan, Robert Dawes, menjalani perbicaraan di mahkamah sejak minggu lalu selepas didakwa menyeludup 1.3 tan kokain ke Perancis pada 2013.

8.  PARIS 19 Dis. - Perancis akan melaksanakan pengenalan cukai terhadap firma teknologi seperti Google, Apple, Facebook dan Amazon bermula 1 Januari hadapan. Lapor qz.com, cukai itu dijangka akan meningkatkan pendapatan Perancis sebanyak AS$500 juta (RM2.1 bilion) pada tahun depan.

9.  PULAU PINANG 19 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO negeri berharap Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamad Hasan dapat menetapkan hala tuju dengan segera selepas diberi mandat menjalankan tugas-tugas presiden. Ketuanya, Rosesarwandi Saad @ Yaacob berkata, hala tuju jelas itu penting sebagai sandaran dan fokus kepada semua peringkat ahli UMNO di negeri ini.

10.  PASIR SALAK 19 Dis. - Mayat seorang  lelaki yang mereput dan tersangkut pada pokok di Sungai Kinta dekat kawasan Sungai Galah di Kampung Gajah, ditemukan oleh orang awam hari ini. Mayat lelaki berusia dalam lingkungan 30 ke 40an yang hanya berseluar jeans itu dipercayai telah meninggal dunia sejak dua hari lalu.

11.  KUALA LUMPUR 19 Dis.- Keputusan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi kepercayaan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menjalankan tugas sebagai Presiden parti itu membuktikan beliau merupakan seorang pemimpin berjiwa besar. Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, keputusan tersebut juga membuktikan MP Bagan Datuk itu menerima suara akar umbi dan meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.

12.  KUALA TERENGGANU 19 Dis. - Bahagian utara Terengganu di Setiu dan Besut berisiko kembali dilanda banjir berikutan hujan dan kadang kala lebat sejak pagi ini. Setakat pukul 10 pagi ini, mangsa banjir kekal seramai 35 orang daripada 12 keluarga sebagaimana direkodkan petang semalam.

13.  KUALA LUMPUR 19 Dis. - Pengerusi PPBM (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa partinya tidak akan diambil alih oleh mereka yang melompat daripada UMNO. Beliau prihatin dengan perkara tersebut, sekali gus dilihat cuba menepis kononnya bekas ahli-ahli UMNO akan menjadi ‘kingmaker’ menentukan siapa menjadi Perdana Menteri.

14.  SHAH ALAM 19 Dis. - Kes pendakwaan 'Nur Sajat', di bawah Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 menarik perhatian hari ini apabila Mahkamah Sesyen mendedahkan nama lelaki usahawan kosmetik itu. Nama lelaki 'Nur Sajat' adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman walaupun usahawan tersebut berterusan mendakwa dia adalah wanita.

15.  KUALA LUMPUR 19 Dis. – MP Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menafikan beliau telah berkahwin susulan tular video bapanya, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menikahkan satu pasangan dalam satu majlis perkahwinan baru-baru ini. Sebaliknya, Nurul Izzah memberitahu yang dinikahkan itu ialah adiknya, Nurul Ilham Anwar.

16.  KUALA LUMPUR 19 Dis. - Pelancaran model kereta baharu dan kempen promosi akhir tahun dilihat akan menyumbang kepada jumlah jualan yang tinggi pada Disember. Firma penyelidikan Affin Hwang Capital menjangkakan pendapatan sektor automotif kekal baik didorong pertumbuhan perolehan pemain industri terlibat dan pengukuhan ringgit berterusan.

17.  KOTA TINGGI 19 Dis. - Seorang pekerja ladang maut akibat diserang dan terkena tusukan gading gajah liar semasa bertugas di Ladang Felcra Dusun Panti Batu 18, Jalan Johor Mersing di sini semalam. Dalam kejadian dilaporkan pada 6.40 petang semalam, mangsa Muhammad Ridwan Mohd Yasin, 26, yang cedera parah akibat serangan itu disahkan meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi di sini malam tadi.

18.  JOHOR BAHRU 19 Dis. - Seramai 22 individu terdiri daripada penjaga premis dan pelanggan ditahan polis dalam tiga serbuan berasingan di melibatkan kegiatan perjudian sekitar Pasir Gudang, di sini semalam. Ketua JSJ Johor, SAC Kamaluddin Kassim berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh penjaga premis dan 15 pelanggan.

19.  KUALA LUMPUR 19 Dis. - Isteri bekas PM, Datin Seri Rosmah Mansor mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya atas 17 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dan gagal mengemukakan penyata pendapatan kepada LHDN, lima tahun lalu. Pengakuan tersebut direkodkan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan ketika sebutan kali pertama di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

20.  PUTRAJAYA 19 Dis.- Seorang pengurusan kanan TH bergelar Datuk direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung penggunaan syarikat kontraktor penghias dalaman dilantik lembaga itu untuk kerja pengubahsuaian kediamannya berjumlah RM400,000. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim bermula hari ini sehingga Sabtu ini.

21.  TAIPING 19 Dis. - Tiga pekerja subkontraktor TNB melecur setelah terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja-kerja pembaikan kabel di hadapan sebuah kilang di Jalan Perusahaan Tiga Kamunting di sini hari ini. Mohd. Syawal Che Rose, 30, parah apabila melecur 50 peratus di beberapa bahagian badan termasuk tangan, muka dan kaki. Dua rakannya, G. Muniandy, 39, dan Ahmad Nor Fitri Saidin, 21, pula masing-masing melecur 20 dan 10 peratus di badan.

22.  KUALA TERENGGANU 19 Dis. - Kerajaan negeri mengesahkan anak syarikat miliknya, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) kini berdepan dengan siasatan dalaman berikutan terdapat aduan dibuat terhadapnya. Langkah itu diputuskan oleh ahli lembaga pengarah syarikat bagi membolehkan proses siasatan dapat dijalankan dengan telus, adil, cermat dan teliti tanpa tergesa-gesa dalam tindakan.

23.  PUTRAJAYA 19 Dis.- SPR menetapkan 26 Januari depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi P.078 Parlimen Cameron Highlands. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, Mesyuarat Khas yang diadakan oleh SPR hari ini juga telah menetapkan 12 Januari depan ini sebagai hari penamaan calon.

24.  PUTRAJAYA 19 Dis. - Kementerian Pendidikan akan memberi keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) untuk memperoleh akses kepada pendidikan berkualiti di sekolah berasrama penuh (SBP) bermula dengan pengambilan pada tahun depan. Pengambilan tersebut akan memberikan lebih banyak peluang kepada anak-anak keluarga B40, sama ada dari kawasan luar bandar, miskin kota dan anak-anak anggota beruniform.

25.  ALOR SETAR 19 Dis. - Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, atas pemergiannya pada Isnin lepas.

26.  KUALA LUMPUR 19 Dis. - Konglomerat Malaysia, YTL Corporation Berhad dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarah dengan melancarkan Pusat Kawalan Polis Bantuan yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) pertama dalam negara di Jalan Amra Sentul di sini hari ini.

27.  JOHOR BAHRU 19 Dis. - Kerajaan negeri serta pihak terlibat digesa bukan sahaja mempercepatkan tindakan menangani isu ancaman gajah liar tetapi mengambil serius perkara tersebut. Gesaan itu dibuat oleh ADUN Sedili, Rasman Ithnain yang tidak mahu kejadian kemalangan atau maut ke atas orang ramai membabitkan gajah liar itu seperti yang berlaku kepada pekerja Ladang FELCRA Dusun Panti semalam berulang.

28.  KUALA LUMPUR 19 Dis. - Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk menentang kes saman yang dikemukakan MAHB. Ini kerana tambahan RM23 ringgit yang dikenakan ke atas caj perkhidmatan penumpang (PSC) dilihat sebagai hanya memberi manfaat kepada pemegang saham MAHB bukannya pengguna KLIA2.

29.  KUALA LUMPUR 19 Dis. - Sektor pengilangan menjadi industri tertinggi mencatatkan kehilangan pekerjaan apabila sebanyak 7,148 pekerja atau 32.1 peratus daripada 22,268 individu telah hilang pekerjaan tahun ini. Statistik yang diperoleh Perkeso berdasarkan kepada permohonan bagi mendapatkan bantuan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) itu turut merekodkan seramai 1,933 orang hilang pekerjaan dalam sektor pembinaan manakala 1,754 orang dalam sektor kewangan.

30.  PUTRAJAYA 19 Dis.- Keputusan sama ada Datuk C. Sivarraajh layak bertanding atau tidak dalam PRK Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari depan akan ditentukan sebelum hari penamaan calon. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya sedang meneliti dengan lebih lanjut laporan oleh Hakim Pilihan Raya mengenai kelayakan Sivarraajh yang juga penyandang kerusi berkenaan.

31.  SEREMBAN 19 Dis. - Seorang lelaki yang sedang menukar tayar kenderaan di lorong kecemasan maut dirempuh sebuah lori tiga tan di Kilometer 269.3 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini pagi tadi. Semasa kejadian pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Solehan Mohd. Nasir, 32, dan empat ahli keluarganya dalam perjalanan dari Jempol ke Kuala Lumpur menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.

32.  ALOR SETAR 19 Dis. - UMNO negeri terharu dengan keprihatinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang disifatkan cukup berjiwa besar apabila menyerahkan tugasnya kepada Datuk Seri Mohamad Hasan bagi menjalankan tugas-tugas sebagai presiden parti itu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

33.  KUALA LUMPUR 19 Dis. – KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM14.61 bilion bagi suku ketiga berakhir 30 September 2018, peningkatan 12.82 peratus daripada RM12.95 bilion tempoh sama pada tahun lalu. Suku ketiga 2018 menyaksikan KWSP menempuhi persekitaran pasaran yang tidak menentu didorong oleh ketegangan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS).

34. SHAH ALAM 19 Dis. – MBSA menafikan pihaknya merobohkan struktur binaan Masjid Ubudiah di Seksyen 19, di sini hari ini, sepertimana yang ditularkan. Ketua Bahagian Komunikasi dan Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, sebaliknya berkata, struktur yang dirobohkan itu bukan bangunan masjid, sebaliknya gerai haram.

35.  KOTA BHARU 19 Dis. - Pengerusi PKR Kelantan yang baru dilantik Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor hari ini menegaskan tidak akan tunduk kepada desakan agar beliau melepaskan jawatan itu dan juga selaku ketua Cabang Tanah Merah. Malah katanya desakan itu mungkin sengaja diwujudkan oleh 'tangan ghaib' yang kecewa dengan keputusan pada pemilihan lalu.

36.  KUALA KEDAH 19 Dis. - “Kalau boleh saya nak tengok muka-muka mereka yang tergamak buat anak saya sampai macam itu sekali. Nak tengok muka orang yang kejam ini. Saya harap hukuman setimpal dikenakan dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap Muhammad Adib,” itu luahan Asma Aziz, 51, ibu kepada anggota bomba yang terkorban akibat di belasah oleh perusuh di Kuil Maha Mariamman, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

37.  KUALA LUMPUR 19 Dis. - Ahli-ahli UMNO kini amat mengharapkan sentuhan Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menenangkan kembali ketidaktentuan yang dialami parti setelah diberi peranan menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, kata AMT UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.

38.  KUALA LUMPUR 19 Dis. – MBM mendesak Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy untuk meletakkan jawatannya serta merta. Presidennya, Jufitri Joha berkata, Waytha Moorthy jelas gagal melaksanakan tanggungjawab bagi menangani isu perpaduan dalam kalangan masyarakat terutama selepas insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 26 November lalu.

39.  PONTIAN 19 Dis. - Seorang lelaki yang hilang semalam ketika mencari ayam hutan di sebuah ladang sawit ditemukan di Kampung Pontian Besar Kiri di sini pada pukul 11 pagi ini. Pegawai Bomba Kanan 11, Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Lama, Pegawai Bomba Kanan 11, Julia Sani berkata, mangsa, Bahtiar Sani, 50, merupakan warganegara Indonesia.

40.  SHAH ALAM 19 Dis. - Ahli perniagaan, Nur Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Hakim Rofiah Mohamad turut memerintahkan penyanyi lagu ‘Bobo di Mana’ itu dipenjara enam minggu sekiranya gagal membayar denda.

41.  PASIR MAS 19 Dis. - Mangsa banjir diingatkan supaya menutup suis utama elektrik sebelum mereka meninggalkan rumah untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Ketua Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM negeri, Suhaimi Mahmood berkata, tindakan itu mampu mengelakkan kejadian yang tidak diingini ketika mereka berpindah nanti.

42.  BUTTERWORTH, 19 Dis – FAMA  mengedarkan 50,000 kit barangan keperluan asas sebagai inisiatif untuk membantu mangsa banjir di Terengganu dan negeri-negeri lain yang terlibat. Pengerusinya Ishak Ismail berkata kit itu mengandungi 23 barangan termasuk makanan seperti beras, sardin, bihun serta barangan keperluan asas lain.

43.  PUTRAJAYA, 19 Dis - PM Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama para menteri kabinet hari ini meluangkan masa menaiki cruise mengelilingi Tasik Putrajaya dalam satu majlis makan tengah hari di sini. Barisan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan itu meluangkan masa kira-kira 90 minit menghayati suasana keindahan Putrajaya menerusi pelayaran menelusuri tasik seluas 650 hektar.

44.  KOTA BHARU, 19 Dis - Seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 70-an dari Kuala Krai, kerugian sebanyak RM6.7 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan "Macau Scam". Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu, di sini, selepas menyedari dirinya ditipu.

45.  KUALA LUMPUR, 19 Dis - Bekas ADUN Kota Anggerik Dr Yaakob Sapari dan pembantu MP Puchong, Suresh Singh Rashpal Singh mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara hari ini. Kedua-duanya mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran.

46.  KUALA LUMPUR, 19 Dis - Kaedah baharu pembayaran balik pinjaman PTPTN yang bakal diperkenalkan, bersifat lebih menyeluruh, kata Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan. Beliau berkata kajian mengenai mekanisme baharu itu sedang dalam penelitian pihaknya bagi memastikan kaedah tersebut sesuai untuk semua golongan peminjam.

47.  KUALA LUMPUR, 19 Dis - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan sehingga 4 Jan tahun depan untuk mendengar permohonan kerajaan untuk mengekstradisi bekas ahli perbankan Goldman Sachs Roger Ng, disebabkan dia tidak hadir di mahkamah hari ini. TPR Shukor Abu Bakar memberitahu mahkamah bahawa Ng, atau nama sebenarnya Ng Chong Hwa, 46, yang ketika ini ditahan di Penjara Sungai Buloh, tidak hadir berikutan ‘salah faham’.

48.  SEREMBAN, 19 Dis - Sekumpulan 50 pemandu teksi daerah Seremban dan Nilai hari ini mengadakan bantahan secara aman mendesak kerajaan mengkaji semula peraturan yang mewajibkan teksi baharu membuat pemeriksaan di Puspakom. Wakil Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) cawangan Negeri Sembilan Yahya Khamis sebaliknya mendakwa kenderaan baharu di bawah syarikat e-hailing tidak diarahkan berbuat demikian.

49.  KOTA BHARU, 19 Dis - Musim tengkujuh dengan hujan lebat yang berterusan di Kelantan sejak beberapa minggu lepas menjadikan perniagaan dobi layan diri mendapat sambutan luar biasa. Tinjauan di sekitar Kota Bharu mendapati kebanyakan kedai dobi dipenuhi pelanggan malah ramai yang sanggup menunggu sehingga lebih dua jam untuk mendapatkan perkhidmatan mencuci dan mengeringkan pakaian.

50.  KUALA BERANG, 19 Dis - KPDNHEP Terengganu mengeluarkan empat notis kepada empat syarikat pemborong telur di negeri ini hasil pemeriksaan yang dilakukan sejak 7 Dis lepas. Notis 21 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 itu dikeluarkan bagi mengetahui sebab kenaikan harga telur di empat syarikat pemborong berkenaan.

51.  SANDAKAN, 19 Dis - Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan menyita 838 kotak mengandungi minuman keras pelbagai jenama dipercayai diseludup masuk ke daerah ini dalam serbuan ke atas sebuah premis di Taman Mawar, Batu 5 di sini semalam. Serbuan yang dilakukan menerusi Ops Landai pada 4 petang semalam mengesan sebuah premis dipercayai dijadikan tempat menyimpan minuman keras seludup.

52.  LUMUT, 19 Dis - Jabatan Perikanan Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kira-kira 6.2 batu nautika dari Pantai Pulau Talang, Segari di sini malam tadi kerana menggaji pekerja asing. Bot berkenaan ditahan ketika sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda di kawasan berkenaan kira-kira pukul 8.30 malam.

53.  SEREMBAN, 19 Dis - Penduduk miskin tegar dan miskin yang berdaftar dalam eKasih di Negeri Sembilan sehingga 31 Oktober lepas adalah seramai 10,597 orang. Exco negeri Nicole Tan Lee Koon berkata mengikut pecahan daerah, Seremban mencatat 5,516 orang, Kuala Pilah (1,430 orang), Jempol (980 orang), Tampin (871 orang), Rembau (691 orang), Jelebu (608 orang) dan Port Dickson (501 orang).

54.  PUTRAJAYA, 19 Dis - Sebanyak 1.3 peratus daripada kira-kira 300,000 anjing di Sarawak telah diberi suntikan vaksin anti rabies, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye. Beliau berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak melaksanakan pemvaksinan secara percuma bagi mengekang wabak rabies daripada terus merebak di negeri itu.

55.  SRI AMAN, 19 Dis - Tujuh cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van, yang dinaiki enam orang dan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Triton, dengan seorang pemandu, di Temudok di sini pagi ini. Kedua-dua kenderaan terbabit bertembung dari arah bertentangan di depan pejabat Naim Gamuda Temudok, Sri Aman kira-kira pukul 8.20 pagi ini.

56.  KUALA LUMPUR, 19 Dis - Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin kembali bersama buah tangan untuk peminatnya melalui konsert jelajah ‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ selepas berehat lama dan bergelar ibu kepada Siti Aafiyah Khalid Mohamad Jiwa.

57.  KOTA KINABALU, 19 Dis - Polis Sabah melupuskan sebanyak 6,185 barangan elektronik berkaitan judi siber yang dianggarkan bernilai lebih RM1.1 juta di Stor Barang Kes Berpusat, IPK Sabah di sini hari ini. Semua peralatan yang merupakan komponen komputer itu melibatkan 141 kertas siasatan kes judi siber kendalian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sejak 2002 hingga 2015.

58.  KUALA LUMPUR, 19 Dis - Tiga kementerian masih belum mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di premis masing-masing, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri KPWKM Hannah Yeoh berkata tiga kementerian tersebut adalah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli; Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

59.  BUKIT KAYU HITAM, 19 Dis - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah menahan seorang suri rumah warga Thailand serta merampas dadah jenis methamphetamine seberat 2.20 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM121,000 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), di sini, pada petang Ahad lepas.

60.  MIRI, 19 Dis - Seorang suri rumah kerugian RM5,300 ditipu teman Facebook dari England yang baru dikenali selama tiga hari setelah dijanjikan diberikan barang bernilai RM80,000. Ketua JSJK Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang wanita berusia 41 tahun berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri dengan nama Calvin Lee pada Ahad lepas.

BERITA SUKAN:

1.  KUALA LUMPUR 19 Dis - Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menegaskan tiada sebarang unsur sabotaj yang ingin dilakukan ke atas Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) susulan kenyataan mereka membabitkan tunggakan gaji yang membelenggu badan induk itu, kelmarin.

2.  KUALA LUMPUR 19 Dis - Percubaan Geng 52 untuk ‘merampas’ kuasa dalam FAS akhirnya gagal selepas keputusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan tidak memihak kepada mereka. Perkembangan itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon menerusi satu kenyataan rasmi persatuan itu, hari ini.

3.  LONDON 19 Dis - Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino tidak menolak kemungkinan beliau akan menggantikan tempat Jose Mourinho untuk mengendalikan Manchester United. Difahamkan, Pochettino adalah calon utama United bagi mengambil alih tempat Mourinho selepas beliau dipecat, semalam.

4.  BARCELONA 19 Dis - Lionel Messi melakar rekod meraih Kasut Emas kali kelima apabila menamatkan saingan musim lalu sebagai penjaring terbanyak liga di Eropah. Penyerang Argentina itu meledak 34 gol dalam 68 perlawanan buat Barcelona mengatasi penyerang Liverpool, Mohamed Salah dan Harry Kane dari Tottenham.

5.  LONDON 19 Dis - Nama bekas pelumba MotoGP, Dani Pedrosa akan terpahat di Selekoh 6 dekat Jerez, pusingan utama bagi perlumbaan di Sepanyol. Pedrosa berada di pentas podium Jerez setiap tahun dari 2005 hingga 2014 selain meraih kemenangan pertamanya di litar itu dalam kelas 250cc pada 2005 (250cc) sebelum memenangi perlumbaan MotoGP pada 2008, 2013 dan 2017.

6.  LONDON 19 Dis - Lewis Hamilton berusaha menjelaskan apa yang cuba disampaikan ketika menerima anugerah Personaliti Sukan Terbaik BBC apabila dia dikatakan menghina kampung halamannya. Pemandu Formula Satu berasal dari Stevenage itu berkata, menjadi impiannya selama ini untuk “keluar dari kawasan yang sesak dan kotor”.

7.  AL AIN, Emiriah Arab Bersatu 19 Dis - Tuan rumah, Al Ain mengejutkan juara Amerika Selatan, River Plate 5-4 menerusi penentuan penalti selepas bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2-2 pada aksi separuh akhir Piala Kelab Dunia, awal pagi tadi. Penjaga gol Al Ain, Khalid Eisa muncul wira pada penentuan sepakan penalti apabila dia menyelamatkan sepakan pemain gantian, Enzo Perez bagi membantu pasukannya mara ke final Sabtu ini.

8.  LONDON 19 Dis - Manchester City mengatasi cabaran penentuan sepakan penalti untuk layak ke separuh akhir Piala Liga Inggeris ketika penjaga gol muda Arijanit Muric muncul wira buat penyandang juara itu menyingkirkan Leicester, awal pagi tadi.

9.  LONDON 19 Dis - Pengurus Arsenal, Unai Emery percaya Mauricio Pochettino cukup gembira bersama Tottenham Hotspur dan mempersoalkan tanggapan pengendali dari Argentina itu akan meninggalkan kelab untuk mengemudi Manchester United, musim depan.

10.  SERI KEMBANGAN 19 Dis - Litar Sepang bakal diwarnai dengan perlumbaan kereta empat roda Festival GT Asia pada 15 hingga 17 Mac depan, satu acara baharu selepas tidak lagi menjadi tuan rumah bagi pusingan F1 bermula tahun ini. GT Asia adalah satu perlumbaan kesinambungan daripada Kejuaraan GT China yang memutuskan untuk memasuki peringkat saingan antarabangsa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2018 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI - 20/12/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 19 Dis. - Nampaknya bukan sahaja parti pembangkang yang mahu P. Waytha Moorthy dilucutkan jawatan sebagai Menteri di JPM, desakan sama turut disuarakan oleh sayap pemuda PPBM (Bersatu). Armada telah menemui PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menyerahkan memorandum menuntut peletakan jawatan Pengerusi Hindraf itu di pejabatnya pagi ini sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.

2.   PUTRAJAYA 19 Dis. - Tindakan ingin menyertai PPBM (Bersatu) bukanlah sesuatu yang mudah buat bekas anggota UMNO terutamanya Anggota Parlimen dan pemimpinnya, kerana permohonan mereka akan diteliti dan tingkah laku mereka diperhatikan untuk memastikan sama ada mereka layak menyertai parti itu, kata Pengerusi Bersatu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

3.  ALOR SETAR 19 Dis. - Tindakan bekas ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid yang dikatakan bakal bersama lebih 100 ahli serta kepemimpinan lain mengumumkan keluar parti esok, langsung tidak akan menjejaskan parti jauh sekali menyebabkan UMNO Bahagian Langkawi terkubur, kata Timbalan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Othman Aziz.

4.  KUALA LUMPUR 19 Dis - Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani dipercayai ditahan SPRM semalam. Adi Azuan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada pukul 9 pagi ini bagi mendapatkan reman. Adi Azuan ditahan susulan siasatan SPRM berhubung dengan penggunaan syarikat kontraktor Penghias Dalaman Tabung Haji (AG Reka) untuk membina almari di kediamannya.

5.  SUBANG JAYA 19 Dis. - Keadaan di sekitar kuil Sri Maha Mariamman,  USJ 25, dekat sini tenang dan terkawal dengan kehadiran pihak berkuasa. Setakat pukul 1.15 pagi ini,  lebih 90 anggota polis ditempatkan di kawasan kuil sebagai langkah keselamatan. Berdasar tinjauan, jalan menuju ke kuil turut diadakan sekatan jalan raya.

6.  WASHINGTON 19 Dis. - Para pekerja gudang Amazon di Minneapolis yang beragama Islam mengadakan demonstrasi aman baru-baru ini bagi menuntut agar mereka diberikan tempoh masa yang lebih lama untuk solat. Ketika ini, seorang pekerja gudang diberikan dua waktu rehat iaitu selama 15 minit sahaja manakala satu waktu rehat selama 30 minit bagi mereka yang bekerja selama 12 jam.

7.  PARIS 19 Dis. - Seorang lelaki warga Britain yang disyaki terlibat merancang salah satu daripada penyeludupan dadah terbesar di Eropah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mendakwa apa yang berlaku adalah 'satu skrip'. Lelaki berkenaan, Robert Dawes, menjalani perbicaraan di mahkamah sejak minggu lalu selepas didakwa menyeludup 1.3 tan kokain ke Perancis pada 2013.

8.  PARIS 19 Dis. - Perancis akan melaksanakan pengenalan cukai terhadap firma teknologi seperti Google, Apple, Facebook dan Amazon bermula 1 Januari hadapan. Lapor qz.com, cukai itu dijangka akan meningkatkan pendapatan Perancis sebanyak AS$500 juta (RM2.1 bilion) pada tahun depan.

9.  PULAU PINANG 19 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO negeri berharap Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamad Hasan dapat menetapkan hala tuju dengan segera selepas diberi mandat menjalankan tugas-tugas presiden. Ketuanya, Rosesarwandi Saad @ Yaacob berkata, hala tuju jelas itu penting sebagai sandaran dan fokus kepada semua peringkat ahli UMNO di negeri ini.

10.  PASIR SALAK 19 Dis. - Mayat seorang  lelaki yang mereput dan tersangkut pada pokok di Sungai Kinta dekat kawasan Sungai Galah di Kampung Gajah, ditemukan oleh orang awam hari ini. Mayat lelaki berusia dalam lingkungan 30 ke 40an yang hanya berseluar jeans itu dipercayai telah meninggal dunia sejak dua hari lalu.

11.  KUALA LUMPUR 19 Dis.- Keputusan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi kepercayaan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menjalankan tugas sebagai Presiden parti itu membuktikan beliau merupakan seorang pemimpin berjiwa besar. Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, keputusan tersebut juga membuktikan MP Bagan Datuk itu menerima suara akar umbi dan meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.

12.  KUALA TERENGGANU 19 Dis. - Bahagian utara Terengganu di Setiu dan Besut berisiko kembali dilanda banjir berikutan hujan dan kadang kala lebat sejak pagi ini. Setakat pukul 10 pagi ini, mangsa banjir kekal seramai 35 orang daripada 12 keluarga sebagaimana direkodkan petang semalam.

13.  KUALA LUMPUR 19 Dis. - Pengerusi PPBM (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa partinya tidak akan diambil alih oleh mereka yang melompat daripada UMNO. Beliau prihatin dengan perkara tersebut, sekali gus dilihat cuba menepis kononnya bekas ahli-ahli UMNO akan menjadi ‘kingmaker’ menentukan siapa menjadi Perdana Menteri.

14.  SHAH ALAM 19 Dis. - Kes pendakwaan 'Nur Sajat', di bawah Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 menarik perhatian hari ini apabila Mahkamah Sesyen mendedahkan nama lelaki usahawan kosmetik itu. Nama lelaki 'Nur Sajat' adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman walaupun usahawan tersebut berterusan mendakwa dia adalah wanita.

15.  KUALA LUMPUR 19 Dis. – MP Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menafikan beliau telah berkahwin susulan tular video bapanya, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menikahkan satu pasangan dalam satu majlis perkahwinan baru-baru ini. Sebaliknya, Nurul Izzah memberitahu yang dinikahkan itu ialah adiknya, Nurul Ilham Anwar.

16.  KUALA LUMPUR 19 Dis. - Pelancaran model kereta baharu dan kempen promosi akhir tahun dilihat akan menyumbang kepada jumlah jualan yang tinggi pada Disember. Firma penyelidikan Affin Hwang Capital menjangkakan pendapatan sektor automotif kekal baik didorong pertumbuhan perolehan pemain industri terlibat dan pengukuhan ringgit berterusan.

17.  KOTA TINGGI 19 Dis. - Seorang pekerja ladang maut akibat diserang dan terkena tusukan gading gajah liar semasa bertugas di Ladang Felcra Dusun Panti Batu 18, Jalan Johor Mersing di sini semalam. Dalam kejadian dilaporkan pada 6.40 petang semalam, mangsa Muhammad Ridwan Mohd Yasin, 26, yang cedera parah akibat serangan itu disahkan meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi di sini malam tadi.

18.  JOHOR BAHRU 19 Dis. - Seramai 22 individu terdiri daripada penjaga premis dan pelanggan ditahan polis dalam tiga serbuan berasingan di melibatkan kegiatan perjudian sekitar Pasir Gudang, di sini semalam. Ketua JSJ Johor, SAC Kamaluddin Kassim berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh penjaga premis dan 15 pelanggan.

19.  KUALA LUMPUR 19 Dis. - Isteri bekas PM, Datin Seri Rosmah Mansor mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya atas 17 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dan gagal mengemukakan penyata pendapatan kepada LHDN, lima tahun lalu. Pengakuan tersebut direkodkan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan ketika sebutan kali pertama di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

20.  PUTRAJAYA 19 Dis.- Seorang pengurusan kanan TH bergelar Datuk direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung penggunaan syarikat kontraktor penghias dalaman dilantik lembaga itu untuk kerja pengubahsuaian kediamannya berjumlah RM400,000. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim bermula hari ini sehingga Sabtu ini.

21.  TAIPING 19 Dis. - Tiga pekerja subkontraktor TNB melecur setelah terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja-kerja pembaikan kabel di hadapan sebuah kilang di Jalan Perusahaan Tiga Kamunting di sini hari ini. Mohd. Syawal Che Rose, 30, parah apabila melecur 50 peratus di beberapa bahagian badan termasuk tangan, muka dan kaki. Dua rakannya, G. Muniandy, 39, dan Ahmad Nor Fitri Saidin, 21, pula masing-masing melecur 20 dan 10 peratus di badan.

22.  KUALA TERENGGANU 19 Dis. - Kerajaan negeri mengesahkan anak syarikat miliknya, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) kini berdepan dengan siasatan dalaman berikutan terdapat aduan dibuat terhadapnya. Langkah itu diputuskan oleh ahli lembaga pengarah syarikat bagi membolehkan proses siasatan dapat dijalankan dengan telus, adil, cermat dan teliti tanpa tergesa-gesa dalam tindakan.

23.  PUTRAJAYA 19 Dis.- SPR menetapkan 26 Januari depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi P.078 Parlimen Cameron Highlands. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, Mesyuarat Khas yang diadakan oleh SPR hari ini juga telah menetapkan 12 Januari depan ini sebagai hari penamaan calon.

24.  PUTRAJAYA 19 Dis. - Kementerian Pendidikan akan memberi keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) untuk memperoleh akses kepada pendidikan berkualiti di sekolah berasrama penuh (SBP) bermula dengan pengambilan pada tahun depan. Pengambilan tersebut akan memberikan lebih banyak peluang kepada anak-anak keluarga B40, sama ada dari kawasan luar bandar, miskin kota dan anak-anak anggota beruniform.

25.  ALOR SETAR 19 Dis. - Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, atas pemergiannya pada Isnin lepas.

26.  KUALA LUMPUR 19 Dis. - Konglomerat Malaysia, YTL Corporation Berhad dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarah dengan melancarkan Pusat Kawalan Polis Bantuan yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) pertama dalam negara di Jalan Amra Sentul di sini hari ini.

27.  JOHOR BAHRU 19 Dis. - Kerajaan negeri serta pihak terlibat digesa bukan sahaja mempercepatkan tindakan menangani isu ancaman gajah liar tetapi mengambil serius perkara tersebut. Gesaan itu dibuat oleh ADUN Sedili, Rasman Ithnain yang tidak mahu kejadian kemalangan atau maut ke atas orang ramai membabitkan gajah liar itu seperti yang berlaku kepada pekerja Ladang FELCRA Dusun Panti semalam berulang.

28.  KUALA LUMPUR 19 Dis. - Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk menentang kes saman yang dikemukakan MAHB. Ini kerana tambahan RM23 ringgit yang dikenakan ke atas caj perkhidmatan penumpang (PSC) dilihat sebagai hanya memberi manfaat kepada pemegang saham MAHB bukannya pengguna KLIA2.

29.  KUALA LUMPUR 19 Dis. - Sektor pengilangan menjadi industri tertinggi mencatatkan kehilangan pekerjaan apabila sebanyak 7,148 pekerja atau 32.1 peratus daripada 22,268 individu telah hilang pekerjaan tahun ini. Statistik yang diperoleh Perkeso berdasarkan kepada permohonan bagi mendapatkan bantuan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) itu turut merekodkan seramai 1,933 orang hilang pekerjaan dalam sektor pembinaan manakala 1,754 orang dalam sektor kewangan.

30.  PUTRAJAYA 19 Dis.- Keputusan sama ada Datuk C. Sivarraajh layak bertanding atau tidak dalam PRK Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari depan akan ditentukan sebelum hari penamaan calon. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya sedang meneliti dengan lebih lanjut laporan oleh Hakim Pilihan Raya mengenai kelayakan Sivarraajh yang juga penyandang kerusi berkenaan.

31.  SEREMBAN 19 Dis. - Seorang lelaki yang sedang menukar tayar kenderaan di lorong kecemasan maut dirempuh sebuah lori tiga tan di Kilometer 269.3 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini pagi tadi. Semasa kejadian pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Solehan Mohd. Nasir, 32, dan empat ahli keluarganya dalam perjalanan dari Jempol ke Kuala Lumpur menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.

32.  ALOR SETAR 19 Dis. - UMNO negeri terharu dengan keprihatinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang disifatkan cukup berjiwa besar apabila menyerahkan tugasnya kepada Datuk Seri Mohamad Hasan bagi menjalankan tugas-tugas sebagai presiden parti itu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

33.  KUALA LUMPUR 19 Dis. – KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM14.61 bilion bagi suku ketiga berakhir 30 September 2018, peningkatan 12.82 peratus daripada RM12.95 bilion tempoh sama pada tahun lalu. Suku ketiga 2018 menyaksikan KWSP menempuhi persekitaran pasaran yang tidak menentu didorong oleh ketegangan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS).

34. SHAH ALAM 19 Dis. – MBSA menafikan pihaknya merobohkan struktur binaan Masjid Ubudiah di Seksyen 19, di sini hari ini, sepertimana yang ditularkan. Ketua Bahagian Komunikasi dan Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, sebaliknya berkata, struktur yang dirobohkan itu bukan bangunan masjid, sebaliknya gerai haram.

35.  KOTA BHARU 19 Dis. - Pengerusi PKR Kelantan yang baru dilantik Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor hari ini menegaskan tidak akan tunduk kepada desakan agar beliau melepaskan jawatan itu dan juga selaku ketua Cabang Tanah Merah. Malah katanya desakan itu mungkin sengaja diwujudkan oleh 'tangan ghaib' yang kecewa dengan keputusan pada pemilihan lalu.

36.  KUALA KEDAH 19 Dis. - “Kalau boleh saya nak tengok muka-muka mereka yang tergamak buat anak saya sampai macam itu sekali. Nak tengok muka orang yang kejam ini. Saya harap hukuman setimpal dikenakan dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap Muhammad Adib,” itu luahan Asma Aziz, 51, ibu kepada anggota bomba yang terkorban akibat di belasah oleh perusuh di Kuil Maha Mariamman, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

37.  KUALA LUMPUR 19 Dis. - Ahli-ahli UMNO kini amat mengharapkan sentuhan Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menenangkan kembali ketidaktentuan yang dialami parti setelah diberi peranan menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, kata AMT UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.

38.  KUALA LUMPUR 19 Dis. – MBM mendesak Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy untuk meletakkan jawatannya serta merta. Presidennya, Jufitri Joha berkata, Waytha Moorthy jelas gagal melaksanakan tanggungjawab bagi menangani isu perpaduan dalam kalangan masyarakat terutama selepas insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 26 November lalu.

39.  PONTIAN 19 Dis. - Seorang lelaki yang hilang semalam ketika mencari ayam hutan di sebuah ladang sawit ditemukan di Kampung Pontian Besar Kiri di sini pada pukul 11 pagi ini. Pegawai Bomba Kanan 11, Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Lama, Pegawai Bomba Kanan 11, Julia Sani berkata, mangsa, Bahtiar Sani, 50, merupakan warganegara Indonesia.

40.  SHAH ALAM 19 Dis. - Ahli perniagaan, Nur Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Hakim Rofiah Mohamad turut memerintahkan penyanyi lagu ‘Bobo di Mana’ itu dipenjara enam minggu sekiranya gagal membayar denda.

41.  PASIR MAS 19 Dis. - Mangsa banjir diingatkan supaya menutup suis utama elektrik sebelum mereka meninggalkan rumah untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). Ketua Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM negeri, Suhaimi Mahmood berkata, tindakan itu mampu mengelakkan kejadian yang tidak diingini ketika mereka berpindah nanti.

42.  BUTTERWORTH, 19 Dis – FAMA  mengedarkan 50,000 kit barangan keperluan asas sebagai inisiatif untuk membantu mangsa banjir di Terengganu dan negeri-negeri lain yang terlibat. Pengerusinya Ishak Ismail berkata kit itu mengandungi 23 barangan termasuk makanan seperti beras, sardin, bihun serta barangan keperluan asas lain.

43.  PUTRAJAYA, 19 Dis - PM Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama para menteri kabinet hari ini meluangkan masa menaiki cruise mengelilingi Tasik Putrajaya dalam satu majlis makan tengah hari di sini. Barisan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan itu meluangkan masa kira-kira 90 minit menghayati suasana keindahan Putrajaya menerusi pelayaran menelusuri tasik seluas 650 hektar.

44.  KOTA BHARU, 19 Dis - Seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 70-an dari Kuala Krai, kerugian sebanyak RM6.7 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan "Macau Scam". Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu, di sini, selepas menyedari dirinya ditipu.

45.  KUALA LUMPUR, 19 Dis - Bekas ADUN Kota Anggerik Dr Yaakob Sapari dan pembantu MP Puchong, Suresh Singh Rashpal Singh mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara hari ini. Kedua-duanya mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran.

46.  KUALA LUMPUR, 19 Dis - Kaedah baharu pembayaran balik pinjaman PTPTN yang bakal diperkenalkan, bersifat lebih menyeluruh, kata Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan. Beliau berkata kajian mengenai mekanisme baharu itu sedang dalam penelitian pihaknya bagi memastikan kaedah tersebut sesuai untuk semua golongan peminjam.

47.  KUALA LUMPUR, 19 Dis - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan sehingga 4 Jan tahun depan untuk mendengar permohonan kerajaan untuk mengekstradisi bekas ahli perbankan Goldman Sachs Roger Ng, disebabkan dia tidak hadir di mahkamah hari ini. TPR Shukor Abu Bakar memberitahu mahkamah bahawa Ng, atau nama sebenarnya Ng Chong Hwa, 46, yang ketika ini ditahan di Penjara Sungai Buloh, tidak hadir berikutan ‘salah faham’.

48.  SEREMBAN, 19 Dis - Sekumpulan 50 pemandu teksi daerah Seremban dan Nilai hari ini mengadakan bantahan secara aman mendesak kerajaan mengkaji semula peraturan yang mewajibkan teksi baharu membuat pemeriksaan di Puspakom. Wakil Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) cawangan Negeri Sembilan Yahya Khamis sebaliknya mendakwa kenderaan baharu di bawah syarikat e-hailing tidak diarahkan berbuat demikian.

49.  KOTA BHARU, 19 Dis - Musim tengkujuh dengan hujan lebat yang berterusan di Kelantan sejak beberapa minggu lepas menjadikan perniagaan dobi layan diri mendapat sambutan luar biasa. Tinjauan di sekitar Kota Bharu mendapati kebanyakan kedai dobi dipenuhi pelanggan malah ramai yang sanggup menunggu sehingga lebih dua jam untuk mendapatkan perkhidmatan mencuci dan mengeringkan pakaian.

50.  KUALA BERANG, 19 Dis - KPDNHEP Terengganu mengeluarkan empat notis kepada empat syarikat pemborong telur di negeri ini hasil pemeriksaan yang dilakukan sejak 7 Dis lepas. Notis 21 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 itu dikeluarkan bagi mengetahui sebab kenaikan harga telur di empat syarikat pemborong berkenaan.

51.  SANDAKAN, 19 Dis - Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan menyita 838 kotak mengandungi minuman keras pelbagai jenama dipercayai diseludup masuk ke daerah ini dalam serbuan ke atas sebuah premis di Taman Mawar, Batu 5 di sini semalam. Serbuan yang dilakukan menerusi Ops Landai pada 4 petang semalam mengesan sebuah premis dipercayai dijadikan tempat menyimpan minuman keras seludup.

52.  LUMUT, 19 Dis - Jabatan Perikanan Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kira-kira 6.2 batu nautika dari Pantai Pulau Talang, Segari di sini malam tadi kerana menggaji pekerja asing. Bot berkenaan ditahan ketika sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda di kawasan berkenaan kira-kira pukul 8.30 malam.

53.  SEREMBAN, 19 Dis - Penduduk miskin tegar dan miskin yang berdaftar dalam eKasih di Negeri Sembilan sehingga 31 Oktober lepas adalah seramai 10,597 orang. Exco negeri Nicole Tan Lee Koon berkata mengikut pecahan daerah, Seremban mencatat 5,516 orang, Kuala Pilah (1,430 orang), Jempol (980 orang), Tampin (871 orang), Rembau (691 orang), Jelebu (608 orang) dan Port Dickson (501 orang).

54.  PUTRAJAYA, 19 Dis - Sebanyak 1.3 peratus daripada kira-kira 300,000 anjing di Sarawak telah diberi suntikan vaksin anti rabies, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye. Beliau berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak melaksanakan pemvaksinan secara percuma bagi mengekang wabak rabies daripada terus merebak di negeri itu.

55.  SRI AMAN, 19 Dis - Tujuh cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van, yang dinaiki enam orang dan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Triton, dengan seorang pemandu, di Temudok di sini pagi ini. Kedua-dua kenderaan terbabit bertembung dari arah bertentangan di depan pejabat Naim Gamuda Temudok, Sri Aman kira-kira pukul 8.20 pagi ini.

56.  KUALA LUMPUR, 19 Dis - Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin kembali bersama buah tangan untuk peminatnya melalui konsert jelajah ‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ selepas berehat lama dan bergelar ibu kepada Siti Aafiyah Khalid Mohamad Jiwa.

57.  KOTA KINABALU, 19 Dis - Polis Sabah melupuskan sebanyak 6,185 barangan elektronik berkaitan judi siber yang dianggarkan bernilai lebih RM1.1 juta di Stor Barang Kes Berpusat, IPK Sabah di sini hari ini. Semua peralatan yang merupakan komponen komputer itu melibatkan 141 kertas siasatan kes judi siber kendalian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sejak 2002 hingga 2015.

58.  KUALA LUMPUR, 19 Dis - Tiga kementerian masih belum mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di premis masing-masing, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri KPWKM Hannah Yeoh berkata tiga kementerian tersebut adalah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli; Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

59.  BUKIT KAYU HITAM, 19 Dis - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah menahan seorang suri rumah warga Thailand serta merampas dadah jenis methamphetamine seberat 2.20 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM121,000 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), di sini, pada petang Ahad lepas.

60.  MIRI, 19 Dis - Seorang suri rumah kerugian RM5,300 ditipu teman Facebook dari England yang baru dikenali selama tiga hari setelah dijanjikan diberikan barang bernilai RM80,000. Ketua JSJK Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang wanita berusia 41 tahun berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri dengan nama Calvin Lee pada Ahad lepas.

BERITA SUKAN:

1.  KUALA LUMPUR 19 Dis - Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menegaskan tiada sebarang unsur sabotaj yang ingin dilakukan ke atas Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) susulan kenyataan mereka membabitkan tunggakan gaji yang membelenggu badan induk itu, kelmarin.

2.  KUALA LUMPUR 19 Dis - Percubaan Geng 52 untuk ‘merampas’ kuasa dalam FAS akhirnya gagal selepas keputusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan tidak memihak kepada mereka. Perkembangan itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon menerusi satu kenyataan rasmi persatuan itu, hari ini.

3.  LONDON 19 Dis - Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino tidak menolak kemungkinan beliau akan menggantikan tempat Jose Mourinho untuk mengendalikan Manchester United. Difahamkan, Pochettino adalah calon utama United bagi mengambil alih tempat Mourinho selepas beliau dipecat, semalam.

4.  BARCELONA 19 Dis - Lionel Messi melakar rekod meraih Kasut Emas kali kelima apabila menamatkan saingan musim lalu sebagai penjaring terbanyak liga di Eropah. Penyerang Argentina itu meledak 34 gol dalam 68 perlawanan buat Barcelona mengatasi penyerang Liverpool, Mohamed Salah dan Harry Kane dari Tottenham.

5.  LONDON 19 Dis - Nama bekas pelumba MotoGP, Dani Pedrosa akan terpahat di Selekoh 6 dekat Jerez, pusingan utama bagi perlumbaan di Sepanyol. Pedrosa berada di pentas podium Jerez setiap tahun dari 2005 hingga 2014 selain meraih kemenangan pertamanya di litar itu dalam kelas 250cc pada 2005 (250cc) sebelum memenangi perlumbaan MotoGP pada 2008, 2013 dan 2017.

6.  LONDON 19 Dis - Lewis Hamilton berusaha menjelaskan apa yang cuba disampaikan ketika menerima anugerah Personaliti Sukan Terbaik BBC apabila dia dikatakan menghina kampung halamannya. Pemandu Formula Satu berasal dari Stevenage itu berkata, menjadi impiannya selama ini untuk “keluar dari kawasan yang sesak dan kotor”.

7.  AL AIN, Emiriah Arab Bersatu 19 Dis - Tuan rumah, Al Ain mengejutkan juara Amerika Selatan, River Plate 5-4 menerusi penentuan penalti selepas bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2-2 pada aksi separuh akhir Piala Kelab Dunia, awal pagi tadi. Penjaga gol Al Ain, Khalid Eisa muncul wira pada penentuan sepakan penalti apabila dia menyelamatkan sepakan pemain gantian, Enzo Perez bagi membantu pasukannya mara ke final Sabtu ini.

8.  LONDON 19 Dis - Manchester City mengatasi cabaran penentuan sepakan penalti untuk layak ke separuh akhir Piala Liga Inggeris ketika penjaga gol muda Arijanit Muric muncul wira buat penyandang juara itu menyingkirkan Leicester, awal pagi tadi.

9.  LONDON 19 Dis - Pengurus Arsenal, Unai Emery percaya Mauricio Pochettino cukup gembira bersama Tottenham Hotspur dan mempersoalkan tanggapan pengendali dari Argentina itu akan meninggalkan kelab untuk mengemudi Manchester United, musim depan.

10.  SERI KEMBANGAN 19 Dis - Litar Sepang bakal diwarnai dengan perlumbaan kereta empat roda Festival GT Asia pada 15 hingga 17 Mac depan, satu acara baharu selepas tidak lagi menjadi tuan rumah bagi pusingan F1 bermula tahun ini. GT Asia adalah satu perlumbaan kesinambungan daripada Kejuaraan GT China yang memutuskan untuk memasuki peringkat saingan antarabangsa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.166291 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list