CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

  [Copy link]
 Author| Post time 2-1-2019 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*RAU 2 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 25 RIULKHIR 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0548*
*SUBUH : 0558*
*SYURUK : 0717*
*ZOHOR : 1320*
*ASAR : 1642*
*MAGHRIB : 1917*
*ISYAK : 2032*


*TANAHAIRKU*
==============


               *TIADA keperluan Kementerian Kesihatan memperluaskan pewartaan kawasan larangan merokok sehingga membabitkan premis kedai dobi dan hotel. Persatuan Dobi Kuala Lumpur dan Selangor bagaimanapun bersedia untuk berbincang bagi membantu meningkatkan kesedaran awam dalam kalangan masyarakat.*

               *LELAKI warga India membuat onar apabila enggan memberikan kerjasama untuk menandatangani notis sita motosikalnya selepas ditahan dalam sekatan jalan raya di Stesen LRT Bangsar, dekat Jalan Bangsar menghala ke pusat bandar raya Kuala Lumpur, malam smlm. Dalam Operasi Bersepadu Ambang Tahun Baharu 2019 bermula 10 malam itu, lelaki berusia 27 tahun berkenaan didapati tidak mempunyai lesen memandu sah di negara ini selepas ditahan ketika menunggang motosikal Kriss Modenas 115.*

               *“AMAT tak berbaloi jika peniaga kedai makanan dikenakan denda sehingga RM5,000 hanya disebabkan pelanggan menghisap rokok,” kata peniaga yang dikenali sebagai Dan, 35. Dia yang menjalankan perniagaan di Medan Selera Prima, Seksyen 2, Shah Alam mengakui bukan mudah untuk menegur pelanggan dalam kalangan perokok tegar.*

               *SINDIKET penyeludupan di daerah Sarikei dikesan menggunakan van jenazah untuk mengangkut minuman keras bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Taktik sindiket berkenaan berjaya dihidu sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak, yang menjalankan risikan sejak beberapa hari lalu.*

               *SEMAKAN kehakiman difailkan di mahkamah untuk mencabar penguatkuasaan larangan merokok disifatkan sebagai hak demokrasi rakyat Malaysia. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pertikaian disuarakan segelintir kelompok masyarakat, khususnya perokok tidak patut disekat kerana ia pertikaian mewakili golongan berkenaan.*

               *PASUKAN Polis Marin (PPM) Tawau merampas 10,000 karton rokok pelbagai jenama dalam Operasi Gelora Khas di kampung Batu 3 Jalan Apas dekat Tawau, Ahad lalu. Serbuan dilakukan hasil maklumat Unit Risikan Marin (URM) diketuai Inspektor Mohd Sofian Ag Damit selepas mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di kawasan parkir berhampiran sebuah perkampungan atas air di Tawau, pada 10.30 malam.*

               *DUA pasangan berusia lingkungan 40-an ditahan di hotel sekitar Sungai Petani, awal pagi smlm, kerana gagal mengemukakan dokumen perkahwinan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan pihaknya mendapati seorang daripada mereka iaitu lelaki mempunyai rekod jenayah lampau. "Lelaki berkenaan adalah wanted (dikehedaki) kerana mempunyai rekod jenayah membabitkan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.*

                *POLIS menahan lima pengunjung program sambutan tahun baharu di Lukut, Port Dickson, malam smlm, kerana dipercayai di bawah pengaruh dadah. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, suspek terdiri daripada seorang wanita dan empat lelaki itu adalah pengunjung dari luar, bukan penduduk tempatan. Katanya, pihaknya turut mendapati penganjur program itu menyimpang daripada permohonan untuk mengadakan persembahan kebudayaan dan kesenian.*

               *SERAMAI 13 bayi tahun baru dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh sehingga 8 pagi smlm. Ketua Jururawat Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HRPB, Hamimi Mohammad Suffian berkata, enam bayi perempuan dan tujuh bayi lelaki dilahirkan antara jam 12 tengah malam hingga 8 pagi di hospital berkenaan.*

               *SEMBILAN pengunjung termasuk dua kanak-kanak lelaki menempuh detik cemas apabila terperangkap hampir 30 minit di dalam lif pusat beli-belah di Meru, Klang, malam smlm. Dalam kejadian 8.55 malam itu, semua mangsa berusia sembilan hingga 50-an yang baru selesai membeli belah menaiki lif untuk ke tingkat bawah premis berkenaan.*

               *KEGAGALAN membayar saman trafik tertunggak selama 12 tahun, membawa padah apabila seorang lelaki ditahan dalam Op Ambang Tahun Baru 2019 di Jalan Bunut Payong, Kota Bharu, malam smlm. Pegawai Turus Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan, Deputi Superintendan Polis (DSP) Mohd Nasir Zakaria berkata, lelaki berusia 37 tahun yang memandu dalam keadaan curiga itu, dalam perjalanan dari Wakaf Che Yeh menghala ke Kota Bharu.*

               *LELAKI menerima lima jahitan di kepala selepas ditetak anak tirinya di Jalan Teku Lama, Sibu, kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Martin Khoo berkata, kejadian berlaku apabila anak tirinya yang berusia 23 tahun pulang dalam keadaan mabuk dan bertindak kasar terhadap ibunya. Beliau berkata, mangsa yang berusia 51 tahun cuba menenangkan suspek, namun anak tirinya itu bertindak agresif dengan menetak kepalanya menggunakan pisau pemotong daging.*

               *TIGA lelaki termasuk dua warga Indonesia maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 2, Jalan Betong, Betong, malam smlm. Mangsa yang maut ialah pemandu kereta terbabit, Raymond Ngu, 31 dan warga Indonesia yang dikenali sebagai Sujito serta Ribut Yudi Sampurno, yang masing-masing berusia lingkungan 20-an, manakala seorang lagi mangsa berusia 18 tahun hanya cedera ringan.*

               *AKIBAT ingin melepaskan rindu sebelum bertolak balik ke kampung halamannya, penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) bersama teman lelakinya dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), sempena Ops Ambang Tahun Baharu, awal pagi smlm. Pasangan kekasih berusia 22 tahun itu, ditahan di hotel bajet di Batu Berendam, Melaka, pada 3.30 pagi.*

               *SEORANG lelaki bukan saja ‘kempunan’ untuk membelanjakan hasil jenayah ragutnya malah terpaksa menahan kesakitan selepas dibelasah orang awam di Jalan Bunga Raya Pantai, Melaka, malam smlm. Lelaki berusia 39 tahun itu dicekup orang awam pada 11.40 malam ketika cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal selepas meragut beg tangan pelanggan restoran berhampiran.*

               *TIGA cedera termasuk seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) selepas dilanggar kenderaan ketika melakukan pemerikaaan di Jalan Besar Desa Ria, Gombak, tengah malam smlm. Dalam kejadian 12 tengah malam itu, mangsa, Koperal Mohammad Firdaus Alias, 30, cedera di tangan dan kaki, selain penunggang dan pembonceng motosikal yang ditahan bagi pemeriksaan akibat dilanggar sebuah kenderaan tidak dikenali.*

               *“ANAK saya bukan hilang begitu saja tapi diculik,” kata ibu kepada Siti Khadijah Razali, 16, yang tidak pulang ke rumah di Kampung Beceh di Kota Bharu, sejak 16 Disember lalu. Zawiah Yaacob, 45, berkata, pada hari kejadian dia bersama suami, Razali Hussin, 47, berada di Kuala Krai dan diberitahu anak lelakinya yang Siti Khadijah tidak pulang ke rumah. "Sejurus dimaklumkan anak bongsu kami itu tiada di rumah, kami bergegas pulang ke Kota Bharu dan cuba mencarinya.*

               *BEREBUT wanita dipercayai motif serangan yang menyebabkan lelaki parah ditetak di Bukit Belok, Bintangor, kelmarin. Dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa, 37, turut patah kedua-dua tangan dan luka di lutut kiri. Pemangku Ketua Polis Daerah Meradong, Inspektor Ricky Tan berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang berbual dengan seorang wanita di dalam keretanya.*

               *KERAJAAN perlu mempertimbangkan permintaan pengusaha stesen minyak sebelum memutuskan harga baharu petrol dan diesel selepas Mesyuarat Kabinet esok (hari ini), kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, kerajaan seia menurunkan harga minyak mengikut harga minyak dunia, namun pada masa sama perlu melihat permintaan pengusaha stesen minyak.

               *DUA beranak maut dalam kemalangan di Batu 29 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Tanah Perkuburan Islam Sungai Choh, di Gombak, smlm. Dalam kejadian 6.17 pagi itu, mangsa, Shamsor Kamar Jamberi, 43, dan anaknya, Nor Shahira, 14, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala, manakala isterinya, Norzaimah Busu @ Zainudin, 36, serta anak mereka, Nor Shazwina berusia sembilan tahun cedera di bahagian kepala, tangan dan badan.*

               *MENGALAMI penyakit sukar tidur menyebabkan lelaki menggantung diri menggunakan rantai besi dalam kejadian di Kampung Bangkulin Lama, dekat Tenom, awal pagi semalam. Dalam kejadian 5 pagi itu, lelaki berusia 48 tahun ditemui tergantung dalam pondok kosong di kampung itu.*

               *PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedawang, di Langkawi, smlm. Dr Mahathir yang diiringi isteri, Tun Dr Hasmah Mohd Ali disambut Guru Besar SK Kedawang, Amirudin Mat, meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi beramah mesra dan bertemu murid Tahun Satu sekolah berkenaan.*

               *SERAMAI 55,218 murid Tahun Satu memulakan sesi persekolahan tahun ini membabitkan 685 Sekolah Kebangsaan (SK) di seluruh Johor. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, pada masa sama pihaknya menjangkakan seramai 21,500 kanak-kanak akan mula memasuki prasekolah.*

               *LARANGAN merokok di semua premis makanan yang berkuat kuasa smlm. diterima orang ramai dan menyifatkan ia sebagai satu langkah ke arah mendidik masyarakat menjadi disiplin. Tinjauan NSTP di beberapa gerai makan sekitar Johor Bahru mendapati majoriti perokok berada di luar kawasan kedai makan atau tiga meter daripada premis makanan itu untuk menghisap rokok.*

               *GADIS hanya mampu menangis selepas ditahan polis atas pelbagai kesalahan trafik, di Jalan Badlishah, Sungai Petani, awal pagi smlm. Gadis berusia lingkungan 20-an yang ditahan kira-kira 1 pagi itu nyata terkejut dan tidak menyangka motosikal skuter yang dibawanya bersama seorang lagi rakan perempuan akan disita. Kesalahan jelas yang dilakukan gadis berkenaan adalah motosikal tidak mempunyai nombor pendaftaran pada bahagian hadapan.*

               *LELAKI ditemui meninggal dunia di dalam kereta dipandunya di Jalan PJU 1/39, Dataran Prima, di Petaling Jaya, semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, Ramli Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.16 petang. "Seramai enam anggota bersama satu jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.*

               *MISTERI kehilangan pekerja wanita warga Indonesia yang tidak hadir ke tempat kerja terungkai selepas dia ditemui meninggal dunia di bilik asrama pekerja di Jalan Reko, Kajang, akibat dibunuh. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada lelaki tempatan yang juga majikan mangsa memaklumkan menemui mayat wanita terbabit di bilik berkenaan pada 6.24 petang, semalam.*

               *REMAJA lelaki maut selepas tercampak keluar daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya di Kilometer 337.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Bidor, di Tapah awal pagi, smlm. Dalam kejadian 4.40 pagi itu, MPV jenis Proton Exora yang dipandu remaja terbabit turut musnah terbakar, namun tiada mangsa lain di dalam kenderaan itu.*

               *KEGHAIRAHAN lebih 500 individu yang sedang berpesta sempena menyambut ambang tahun baharu berakhir apabila kumpulan itu diserbu penguat kuasa dalam Operasi Bersepadu di taman tema air di Ayer Keroh, tengah malam smlm. Ketika serbuan dilakukan 12.20 tengah malam, pengunjung sedang asyik menari di pentas malah ada yang sedang mandi-manda di dalam kolam.*

               *SERAMAI 50 wanita warga asing yang juga pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan Thailand ditahan dalam Ops Mega Penutup 2018 dalam tiga operasi berasingan di sekitar ibu negara, awal pagi smlm. Selain itu, 10 lelaki warga asing dan lima warga tempatan termasuk seorang wanita yang juga pelanggan serta pekerja di premis berkenaan turut ditahan dalam operasi berkenaan.*

               *POLIS memburu dua individu lelaki terbabit kes melepaskan tiga das tembakan dalam kejadian samun bersenjata di rumah di Kampung Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah. Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian 7.25 malam, kelmarin. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, kedua-dua suspek yang bertopeng memecah masuk rumah dihuni seorang warga emas sebelum melepaskan tembakan ke arah siling dan luar rumah bagi menakutkan mangsa.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *SYDNEY: Bandar terbesar di Australia, Sydney mengadakan pertunjukan bunga api terbesar untuk menyambut Tahun Baharu, ketika berbilion penduduk dunia melakukan sambutan sama.*
          *Jumlah bunga api rekod serta kesan dan warna bunga api baharu menerangi langit bandar itu selama 12 minit. Difahamkan, seramai 1.5 juta orang hadir untuk sambutan di bahagian depan pelabuhan dan taman-taman bandar itu.*
           *Cuaca ribut petir awal semalam tidak menjejaskan semangat penduduk yang berkhemah di kawasan mudah menyaksikan pemandangan sehingga ada yang menunggu, sejak pagi.*

          *CHICAGO: Satu tuntutan saman yang difailkan di sini menyalahkan Boeing terhadap nahas pesawat Lion Air di luar pantai Indonesia yang mengorbankan kesemua penumpang di dalamnya, mendakwa pesawat pengeluar itu ‘berbahaya secara tidak munasabah’, umum sebuah firma perundangan Amerika Syarikat (AS) semalam.*
           *Tuntutan itu, difailkan Isnin lalu di bandar Barat Tengah AS di sini yang menjadi pangkalan Boeing, mendakwa, sistem keselamatan pesawat berusia dua bulan itu dipasang secara tidak wajar dan juruterbang tidak diarahkan secukupnya oleh pengeluar pesawat bagaimana memberi tindak balas.*
           *Penerbangan 610 Lion Air hilang dari radar 13 minit sejurus berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu, menjunam ke Laut Jawa di pantai utara Indonesia serta mengorbankan kesemua 189 penumpang di dalamnya.*

          *SRINAGAR: Kashmir yang dikuasai India merekodkan jumlah kematian paling ramai pada 2018 dan pakar menjangkakan masa depan wilayah dipertikaikan itu bakal menjadi lebih teruk.*
            *Difahamkan, kerajaan India dan militan akan meneruskan pertembungan sengit, tahun ini.*
          *Ahli politik Kashmir dan pakar bebas India berkata, kehadiran 500,000 tentera di wilayah Himalaya itu dan pilihan raya umum India pada 2019 membayangkan tidak banyak harapan pertumpahan darah akan berhenti.*

          *SINGAPURA akan mengikuti langkah Malaysia memansuhkan tol di lorong motosikal di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) bermula 21 Januari ini.*
            *Menurut kenyataan jurucakap Kementerian Pengangkutan Singapura, dasar republik itu selama ini ialah menyeragamkan kadar tol dengan kadar yang dikenakan oleh Malaysia.*
           *"Kami maklum Malaysia sudah memansuhkan kutipan tol motosikal di Linkedua. Singapura akan mengikuti pemansuhan itu do Linkedua bermula 21 Januari 2019," katanya.*

           *BANGKOK: Seorang lelaki yang berasa dihina keluarga mentua menembak mati enam anggota keluarga termasuk dua anaknya pada parti menjelang Tahun Baru sebelum menembak diri sendiri.*
           *Kejadian itu berlaku 10 minit selepas tengah malam ketika Sucheep Sornsung menyertai keluarga isterinya menyambut Tahun Baru di wilayah Chumphon.*
            *Sucheep mabuk teruk ketika melepaskan tembakan di meja sebuah salun kecantikan yang menjadi hos sambutan itu di daerah Phato, kata polis.*

         *MANCHESTER: Polis antikeganasan Britain menyiasat kes tikaman yang menyaksikan suspek dilaporkan melaungkan ‘Allah’ di stesen kereta api Manchester pada malam Tahun Baru,kata pegawai smlm.*
           *Seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya berusia 50-an, dan seorang pegawai polis dirawat kerana ditikam dengan pisau susulan kejadian malam kelmarin di stesen Manchester Victoria di barat laut bandar raya itu.*
         *Saksi Sam Clack, 38, memberitahu penerbit radio beliau mendengar suspek melaungkan ‘Allah’ sebelum dan ketika melakukan serangan.*

            *JAKARTA: Pasukan penyelamat melancarkan gerakan mencari mangsa terselamat selepas kejadian tanah runtuh berpunca daripada hujan lebat menyebabkan dua maut dan puluhan lagi hilang di barat Indonesia, kata pegawai smlm.*
            *Kejadian berlaku sejurus sebelum gelap kelmarin di wilayah Jawa Barat.*
         *Pasukan mencari dan menyelamat menemui dua mangsa yang meninggal dunia dan meneruskan usaha mencari sekurang-kurangnya 41 lagi yang hilang menurut agensi bencana kebangsaan.*


*TULAR*
========


           *RAKAMAN video buaya di Sungai Batu Pahat, mencetuskan kekecohan berikutan kelibat sang bedal itu sudah hampir 30 tahun tidak pernah kelihatan di situ.*
            *Rakaman video 35 saat yang dirakamkan dari atas Jambatan Batu Pahat itu memaparkan kelibat buaya kuning coklat dengan belang hitam bersaiz kira-kira tiga meter yang jelas kelihatan berenang merentasi jambatan berkenaan.*
            *Ia menimbulkan kebimbangan orang ramai berikutan sungai itu bukan saja menjadi lokasi memancing malah taman rekreasi serta pusat gerai makanan baharu sedang rancak dibina di tebing sungai berkenaan dijangka dibuka menjelang pertengahan tahun ini.*
             *Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Fauzi Mohd Nor, berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada orang awam walaupun video buaya berkenaan tular sejak tengah hari smlm.*

           *ADIWIRA kegemaran ramai, Spiderman, kini berada di Pasir Puteh tapi bukan untuk melakukan misi menyelamat nyawa, sebaliknya menjual teh ais.*
           *Kisah Spiderman yang menjual teh ais atau teh beng di Jalan Kelubi, Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu, di Pasir Puteh, menjadi tular sehingga gerainya mendapat sambutan ramai.*
            *Remaja berusia 16 tahun, Muhammad Syafiq Shazwan Mohd Saupi, yang memakai kostum adiwira itu sejak November lalu di gerai ‘Teh Beng Avengers’ Bigha Jale (tepi jalan) berkata, kelainan yang dilakukan menyebabkan perniagaan di gerai itu laris.*

          *KIRA-KIRA 80 peratus daripada lebih 25,000 netizen bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan yang mahu memperluaskan pewartaan kawasan larangan merokok membabitkan premis dobi layan diri dan hotel dalam tempoh terdekat.*
            *Ia berdasarkan kaji selidik dalam talian menerusi Facebook dan Twitter kendalian tiga akhbar keluaran The New Straits Times Press Berhad (NSTP) antara 1 tengah hari hingga jam 6 petang, smlm.*
            *Undian selama lima jam itu menarik undian 22,898 netizen menerusi akaun Facebook Berita Harian (BH); Harian Metro (HM) dan New Straits Times (NST), dengan 80 peratus atau 18,235 menyokong cadangan memperluaskan kawasan larangan merokok.*

           *PELAKON Elfira Loy selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Muhammad Faris Khairol Anuar, pada pagi hari pertama tahun baharu 2019.*
             *Dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ahmad Sabri Ariffin, majlis yang bermula 9 pagi smlm itu berlangsung dalam majlis tertutup di Cyberjaya.*
             *Elfira sempat berkongsi berita pernikahannya apabila memuat naik gambar di Instagram berserta keterangan Alhamdulillah, 11 pagi smlm.*

          *LONDON: Pada usia enam tahun, Thylane Blondeau dipilih sebagai kanak-kanak tercantik dunia 2007 dan 11 tahun kemudian dia sekali lagi mencuri tumpuan dunia apabila menduduki tangga teratas senarai wajah tercantik Annual Independent Critics 2018.*
            *Senarai itu diumumkan secara rasmi menerusi klip video yang sudah ditonton lebih dua juta orang dalam tempoh dua hari.*
               *Bagi 2018, penyanyi Taiwan, Chou Tzu-Yu berada di tangga kedua diikuti model Israel, Yael Shelbia dan pelakon kacukan Amerika-Filipina, Liza Soberano di tangga keempat.*
              *Thylane yang teruja dengan penghargaan itu meluahkan rasa tidak percaya melalui akaun Instagram selepas dinobatkan sebagai individu paling cantik.*
                 

*ARENA*
========


         *EPL RESULT: EVERTON 0 LEICESTER CITY 1, ARSENAL 4 FULHAM 1, CARDIFF CITY 0 TOTTENHAM HOTSPUR 3*

         *LONDON: Raheem Sterling percaya Manchester City berupaya meraih kemenangan penting ke atas Liverpool dengan syarat mereka mempamerkan aksi terbaik.*
            *City yang dikendalikan Pep Guardiola memerlukan kemenangan di Stadium Etihad, awal pagi Jumaat untuk merapatkan kembali jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu kepada empat mata.*
         *Sekalipun penyandang juara itu dipalit dua kekalahan daripada tiga perlawanan terakhir, Sterling yakin City mempunyai peluang untuk menundukkan bekas kelabnya itu.*

            *KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum membuat keputusan rasmi mengenai masa depan jurulatih Tan Cheng Hoe bersama Harimau Malaya.*
           *Jika berdasarkan penjelasan badan induk itu sebelum ini, Cheng Hoe kini dianggap tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas kontraknya dilaporkan berakhir semalam.*
          *Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam ketika dihubungi mengesahkan belum ada sebarang keputusan sama ada kontrak Cheng Hoe akan dilanjutkan atau sebaliknya.*

            *KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak gentar sekiranya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bertegas mahu membawa kes perpindahan Akhyar Rashid ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atau Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).*
            *Malah, Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu menyifatkan KFA sepatutnya menyalahkan diri sendiri terhadap keputusan Akhyar untuk meninggalkan skuad Helang Merah.*
          *Beliau menjelaskan mana-mana pemain berhak menentukan hala tuju mereka untuk berhijrah ke pasukan lain selagi mengikut segala peraturan termasuk menebus baki kontrak dengan majikan lama.*

         *KUALA LUMPUR: Selepas mempamerkan kebangkitan sepanjang 2018, Harimau Malaya dijangka berdepan cabaran lebih hebat tahun ini dengan harapan lebih tinggi pasti diletakkan seluruh peminat bola sepak tanah air.*
           *Antara pencapaian terbaik buat Harimau Malaya pada tahun lalu sudah pasti kejayaan mara ke final Piala AFF, walaupun terpaksa berpuas hati selaku naib juara selepas tewas kepada Vietnam dengan agregat 2-3.*
            *Selain dilihat mempamerkan peningkatan dalam aspek permainan, kenangan paling manis buat seluruh peminat adalah ketika kejayaan menyingkirkan juara bertahan Piala AFF, Thailand di separuh akhir apabila mengikat jaguh Asia Tenggara itu 2-2 Stadium Rajamangala, Bangkok.*

           *ALOR SETAR: Bekas penyerang skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, N Thanabalan sah menjadi milik Kedah selepas menandatangani kontrak bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).*
           *Menurut siaran media rasmi KFA smlm, Thanabalan yang juga bekas penyerang Negeri Sembilan menandatangani kontrak dua musim.*
        *Siaran media itu turut memaparkan gambar Thanabalan yang sedang menandatangani dokumen sambil disaksikan Setiausaha Eksekutif KFA, Shahrul Samsudin.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2019 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 2/1/2019 (by: MJI)

1.  KOTA BHARU, 1 Jan - Polis Kelantan menahan seorang lelaki berusia 40-an di Kg. Batang Merbau, Tanah Merah selepas disyaki memberi pinjaman wang tanpa lesen kepada penduduk di sekitar kawasan berkenaan, Ahad lepas. Dalam serbuan kira-kira pukul 5.50 petang itu, sepasukan pegawai dan anggota daripada JSJK IPK Kelantan turut merampas sejumlah 29 keping kad pengenalan dan 12 buku bertulis 'Surat Akuan Hutang Wang Tunai'.

2.  KUALA LUMPUR 1 Jan. - Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun bagi mereka yang didapati bersalah dilihat langsung tidak menggentarkan perokok untuk merokok di kawasan larangan. Walaupun peraturan larangan merokok yang diwartakan, tetapi masih ramai individu yang berani merokok di premis restoran secara terbuka.

3.  KEMAMAN 1 Jan. – SJKC Jabor di sini hanya menerima dua orang murid tahun satu bagi sesi persekolahan 2019 yang bermula hari ini. Dua murid yang melangkah masuk ke sekolah kategori Sekolah Kurang Murid itu ialah Tan You Hong Jing dan Muhammad Fakhrullah Hanif Mohd. Khairul Faizul.

4.  KUALA NERUS 1 Jan. - Kerajaan Pas Terengganu mengisytiharkan hari Jumaat sebagai hari ilmu di seluruh negeri ini manakala Sabtu pula merupakan hari keluarga. MB, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengisytiharan itu bertujuan meningkatkan budaya cintakan ilmu dan pentingkan nilai kekeluargaan yang menjadi tonggak utama sesebuah masyarakat maju, berkat dan sejahtera.

5.  KUALA TERENGGANU 1 Jan. - Seramai 21,160 murid tahun satu di seluruh negeri ini memulakan sesi persekolahan 2019 bermula hari ini.  Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, daripada jumlah itu, 10,645 merupakan murid perempuan manakala murid lelaki seramai 10,515 dengan kesemuanya ditempatkan di 794 kelas.

6.  PORT DICKSON 1 Jan. - Lima individu ditahan polis selepas dipercayai memiliki dan mengambil dadah semasa sambutan tahun baharu, Neon Countdown 2019 di sebuah resort di Lukut di sini malam tadi. KPD, Supt. Aidi Sham Mohamed berkata, suspek yang terdiri daripada seorang wanita dan empat lelaki itu bukan penduduk daerah ini sebaliknya datang untuk meraikan tahun baharu.

7.  TAPAH 1 Jan. - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut setelah tercampak keluar dari kereta yang dipandunya di Kilometer 337.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini pagi tadi. Dalam nahas pada pukul 4.40 pagi itu, mangsa, Ng Yik Soon yang beralamat di Taman Daya, Bidor cedera parah dan meninggal dunia semasa di rawat di Unit Kecemasan Hospital Tapah.

8.  KUALA LUMPUR 1 Jan. - Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menyerbu tiga premis sempena penutupan Op Mega 2018 dan menahan sebanyak 65 individu termasuk tujuh warga tempatan di sekitar ibu negara malam tadi. Dalam serbuan bermula pukul 9.30 malam itu, tiga premis di Jalan Kuchai Lama, Jalan Raja Laut serta Jalan Pudu berkenaan didapati menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan menggajikan wanita warga asing.

9.  KUALA LUMPUR 1 Jan. - Seorang wanita warga asing ditemukan maut selepas dipercayai dibunuh di dalam sebuah bilik rumah pekerja di Jalan Reko, Kajang dekat sini petang semalam. Mangsa yang merupakan pekerja kedai perabot ditemukan oleh majikannya dalam keadaan separuh bogel dengan kedua-dua tangan terikat dengan menggunakan kain dan mulut juga disumbat kain pada pukul 6.24 petang.

10.  KOTA BHARU 1 Jan. - Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Anuar (SMUDA) yang dulunya dikenali dengan nama Maahad Darul Anuar (Mada) berjaya memulakan sesi persekolahan baharu hari ini sebagai institusi di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) setelah mengharungi episod kontroversi dengan pengurusan lama.

11.  KUALA LUMPUR 1 Jan. - Kadar perkahwinan yang semakin berkurang pada tahun 2017 seperti yang dilaporkan Jabatan Statistik Malaysia Jumaat lalu boleh memperlahankan pertumbuhan negara dari segi produktiviti dan pembangunan, kata Pensyarah Ekonomi Universiti Sunway, Prof. Dr. Yeah Kim Leng.

12.  GENEVA 1 Jan. - Bantuan makanan disasarkan kepada penduduk Yemen yang kebuluran, dilaporkan telah dicuri dan dijual di sesetengah kawasan dikuasai oleh kumpulan pemberontak Houthi. Selepas mendengar bantuan makanan dijual di pasaran terbuka di Sanaa, Program Makanan Sedunia (WFP) mendapati ramai orang tidak mendapat bantuan yang dikhususkan kepada mereka.

13.  MELAKA 1 Jan. - Kira-kira 500 pengunjung yang sedang berpesta liar di sebuah taman tema air di Ayer Keroh sempena tahun baharu terkedu apabila diserbu pihak berkuasa, awal pagi ini. Dalam operasi bersepadu yang diadakan MPHTJ itu, 22 individu termasuk seorang remaja perempuan berumur 15 tahun turut ditahan AADK kerana disyaki mengambil dadah.

14.  KUANTAN 1 Jan. - Mesyuarat Majlis Presiden PH tidak pernah membincangkan berhubung tempoh masa bagi jawatan PM yang kini disandang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pakatan itu hanya mempunyai keputusan dan persetujuan bahawa selepas Mahathir, PM akan datang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

15.  PORT DICKSON 1 Jan. – MPPD tidak mengeluarkan sebarang kelulusan bagi penganjuran program sambutan tahun baharu, Neon Countdown 2019 yang mendapat bantahan ramai di Lukut di sini malam tadi. Yang Dipertuanya, Mohd. Zamri Mohd. Esa berkata, sebaliknya MPPD hanya mengeluarkan surat sokongan bagi permohonan penganjur untuk mendapatkan permit bagi acara bunga api.

16.  IPOH 1 Jan. - Kerajaan negeri berhasrat untuk mengembangkan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini dengan memanjangkan serta melebarkan landasan sedia ada termasuk menaik taraf infrastruktur di terminal, sebagai langkah jangka pendek bagi memudahkan kehadiran pelancong dan pelabur ke Perak.

17.  TANGKAK 1 Jan. - Sentiasa amanah, rajin membaca dan teladani budaya masyarakat  Jepun merupakan nasihat Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kepada pelajar yang memulakan sesi persekolahan mereka hari ini. Membahasakan dirinya sebagai 'pak cik' ketika berucap di hadapan pelajar SK Ledang hari ini, beliau berkata, ketika berumur lapan tahun, beliau mengenali seorang posmen yang menjadi adiwiranya dalam mengajar erti sebuah amanah.

18.  KUALA LUMPUR 1 Jan. - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddid Syed Abdul Rahman kesal kerana kecederaan dimukanya akibat kemalangan motosikal turut dipolitikkan. Dalam hantaran di instagramnya malam tadi Syed Saddiq memuat naik gambar luka dimukanya itu sedang dirawat.

19.  PULAU PINANG 1 Jan. – AJK Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr. P. Ramasamy mempersoalkan apa sebenarnya yang sedang berlaku di dalam PH berhubung undang-undang yang didakwa zalim di bawah BN yang dihidupkan semula kerajaan hari ini. Undang-undang yang dimaksudkan itu adalah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma); Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) (Poca); Akta Pencegahan Keganasan (Pota) dan Akta Hasutan.

20.  KUALA TERENGGANU 1 Jan. - Kehadiran maskot kartun kegemaran kanak-kanak, Mickey dan Minnie Mouse di SK Sultan Sulaiman 1 di sini menceriakan suasana hari pertama sesi persekolahan 2019. Gelagat kedua-dua karakter itu secara tidak langsung dapat menghilangkan perasaan gementar murid tahun satu yang baharu melangkah ke alam persekolahan di samping mencuit hati murid lain dan kalangan ibu bapa.

21.  KEPALA BATAS 1 Jan. - Seramai 13 penagih termasuk pengedar dadah berjaya di tahan polis dalam operasi di seluruh daerah Seberang Perai Utara hari ini. Dalam operasi yang bermula pada pukul 6 petang semalam hingga 4 pagi hari ini pihak polis turut merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM26, 228.

22.  KUALA LUMPUR 1 Jan. - NGO, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mendesak SPRM meningkatkan pemantauan terhadap sebarang pemberian kontrak kerja kerajaan bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan. Ini susulan daripada kenyataan Naib Presiden PPBM (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mencadangkan agar ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua cawangan partinya turut diberikan projek kerajaan.

23.  KUALA LUMPUR 1 Jan. – Armada tidak teragak-agak membuat laporan kepada SPRM jika pemberian kontrak kerajaan atau jawatan kepada ketua-ketua cawangan dan bahagian parti itu dilakukan menggunakan saluran yang salah, kata Ketua Penerangan Armada, Ulya Aqamah Husamuddin.

24.  PULAU PINANG 1 Jan. - Seorang ibu tidak menyangka detik 12 tengah malam sempena Tahun Baharu 2019 akan menjadi waktu paling menggembirakan apabila anak keempatnya dilahirkan dengan selamat walaupun kandungannya itu hanya berusia 36 minggu. Siti Aminah Sudirman, 27, berkata,  bayi lelaki yang seberat 2.6 kg itu dilahirkan secara normal dan kelahirannya amat mudah walaupun anak lelakinya itu dijangka dilahirkan pada 28 Januari ini.

25.  LANGKAWI 1 Jan. - Di sebalik kecaman termasuk daripada rakan komponen parti berhubung cadangan agar ketua bahagian dan cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diberikan projek kerajaan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa setiap penganugerahan projek hanya dilakukan secara tender.

26.  IPOH 1 Jan. - Seorang suri rumah gembira apabila hasrat suaminya untuk menyambut kelahiran anak kedua mereka pada tahun baharu tercapai apabila bayi lelaki seberat 2.97 kg dilahirkan pada pukul 7.08 pagi tadi. Bayi yang akan dinamakan Muhamad Faiz Syazwan Muhamad Faizul itu merupakan antara 13 bayi yang selamat dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bermula pukul 12.35 tengah malam tadi sehingga 8 pagi ini.

27.  IPOH 1 Jan. - Tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang menunggang laju dan berbahaya mengundang padah apabila sebanyak 153 mat rempit ditahan dalam Op Samseng Jalanan sempena sambutan ambang Tahun Baru 2019 di sini hari ini. Tindakan membuat pusingan 'U' secara berulang-ulang kali juga dikesan pihak berkuasa ketika menjalankan pemantauan di Jalan Kledang Utara dekat Falim di sini, kira-kira pukul 2.30 pagi.

28.  JOHOR BAHRU 1 Jan. - Biarpun mengalami masalah penglihatan, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth di sini teruja untuk memulakan hari pertama sesi persekolahan tahun ini. Mereka hadir ke sekolah dengan muka yang ceria dan penuh bersemangat tanpa sebarang tangisan atau ‘drama’ hari pertama sekolah.

29.  LANGKAWI 1 Jan. - Kerajaan akan membuat keputusan mengenai harga petrol dan diesel dalam mesyuarat Kabinet esok, selepas mendapatkan pandangan daripada pembeli dan pengusaha stesen minyak. PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sememangnya mahu menurunkan harga petrol dan diesel tetapi pada masa sama perlu mengambil kira golongan pengusaha berkenaan.

30.  LANGKAWI 1 Jan. – PM Tun Dr. Mahathir Mohamad menyambut baik hasrat rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong yang mahu menangani semua isu-isu baharu dan yang sedang dihadapi antara kedua-dua negara itu secara tenang dan konstruktif. Malaysia mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Singapura, namun mengakui kadang-kala terdapat masalah dengan negara republik itu yang diselesaikan secara rundingan.

31.  LONDON 1 Jan. - Kota London menutup tirai 2018 dengan jolokan ‘tahun berdarah’ dalam tempoh sedekad apabila menyaksikan lebih 130 kes pembunuhan berlaku di seluruh ibu kota ini. Kira-kira 134 kes jenayah pembunuhan melibatkan senjata tajam dan senjata api disiasat pasukan polis London, Scotland Yard sepanjang tahun dan jumlah tersebut merupakan yang tertinggi sejak 2008.

32.  KUALA LUMPUR 1 Jan. - Kementerian Kesihatan bercadang untuk memperluaskan kawasan larangan merokok di beberapa lagi tempat awam termasuk kedai dobi. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu dalam usaha menjadikan warga Malaysia mengamalkan gaya hidup yang sihat.

33.  KUALA LUMPUR 1 Jan. - Sebanyak 81,351 kesalahan dilakukan pengguna jalan raya manakala 333 kenderaan disita di ibu negara sepanjang tahun ini. Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Ismail Mohd. Zawawi berkata, kesalahan yang terbanyak direkodkan dilakukan pengguna jalan raya adalah berhubung lesen memandu sebanyak 25,070 kes dengan diikuti kesalahan berhubung cukai jalan iaitu sebanyak 21,663 kes.

34.  PONTIAN 1 Jan. – MP Pasir Gudang, Hassan Karim menerima semula jawatan Pengerusi PKR Johor selepas menolaknya pada 14 Disember lalu. Keputusan menerima semula jawatan tersebut selepas mendapat undi majoriti dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diadakan pada 28 Disember lalu.

35.  BUKIT KAYU HITAM 1 Jan. - Perbuatan dua lelaki tempatan menjadikan sebuah bangsal di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, Perlis, sebagai tempat pembungkusan dan penyeludupan daun ketum dipercayai ke negara sempadan, terbongkar setelah mereka diberkas pihak berkuasa pada 18 Disember lalu. Sebanyak 1.2 tan daun berkenaan, berjaya dirampas daripada kedua-dua suspek berusia 30-an yang dianggarkan bernilai RM63,000.

36.  JOHOR BAHRU 1 Jan. - Seramai 580,000 murid dan 50,000 guru di 1,187 sekolah di negeri ini memulakan sesi persekolahan hari ini. Exco negeri, Aminolhuda Hassan berkata, daripada jumlah itu, seramai 55,218 orang merupakan murid tahun satu manakala 21,500 orang kanak-kanak pula dijangka mula memasuki prasekolah di 685 buah sekolah rendah di negeri ini.

37.  KANGAR 1 Jan. - Rata-rata ibu kepada bayi yang lahir pada hari pertama tahun ini tertanya-tanya sama ada insan kesayangan mereka itu masih menjadi antara penerima Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang diperkenalkan kerajaan terdahulu. Ibu, Nor Johana Johari, 30, berkata, dia tidak pasti sama ada bayi tahun baharu kali ini menerima ADAM50 atau sebaliknya selepas terdapat perkhabaran bahawa bantuan itu akan dimansuhkan.

38.  KUALA LUMPUR 1 Jan. - Ketegasan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelar tindakan perwakilan menjadikan isu pemberian kontrak dan jawatan sebagai tajuk perbahasan nampaknya tidak disenangi ketua-ketua bahagian parti tersebut. Beberapa ketua-ketua bahagian dikatakan berang dan sedang membincangkan usaha untuk menyingkirkan Syed Saddiq.

39.  PULAU PINANG 1 Jan. - Kutipan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang yang dimansuhkan bermula hari adalah langkah awal untuk menghapuskan tol sepenuhnya seperti yang dijanjikan kerajaan PH dalam manifesto pada PRU-14. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, walaupun kerajaan berhadapan dengan pelbagai cabaran ekonomi pada masa ini namun janji manifesto untuk menghapuskan tol tetap diutamakan.

40.  MELAKA 1 Jan. - Rakyat di negara ini disaran menggunakan minyak sawit dalam pelbagai bentuk dalam kehidupan seharian sebagai sokongan membantu kerajaan meningkatkan harga komoditi tersebut, kata Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

41.  MELAKA 1 Jan. - Seorang pelajar IPTA, jururawat dan guru pendidikan khas antara tiga daripada enam individu yang ditahan JAIM dalam operasi tangkap khalwat, awal pagi tadi. Tiga wanita berkenaan masing-masing berusia 22, 23 dan 25 tahun dicekup ketika berdua-duaan dengan pasangan masing-masing di tiga bilik berasingan dekat sebuah hotel bajet di Batu Berendam di sini.

42.  PASIR GUDANG 1 Jan. - Kehadiran murid-murid khususnya tahun satu Sekolah Kebangsaan Taman Scientex di sini disambut dengan maskot adiwira Spiderman serta Upin dan Ipin. Maskot berkenaan yang mula menunggu murid-murid di hadapan sekolah tersebut bermula pada 12 tengah hari itu turut membuat ibu bapa teruja dan ada juga yang dilihat bersalaman dengan mereka.

43.  KUALA LUMPUR, 1 Jan - Gambar isteri dan anak membeli barang basah di Pasar Borong Selayang merupakan yang terakhir dimuat naik di laman FaceBook oleh Shamshor Kamar Jamberi yang maut dalam nahas jalan raya bersama anak perempuannya. Tragedi di awal pagi hari pertama 2019 itu berlaku apabila kereta dinaiki mereka melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berdekatan Tanah Perkuburan Islam Sg Choh, Rawang dekat sini.

44.  KOTA BHARU, 1 Jan - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan mengaktifkan Jawatankuasa Permuafakatan yang ditubuhkan bersama PIBG bagi menangani masalah dadah kepada pelajar sekolah di negeri ini. Pengarahnya Muhammad Zahari Othman berkata tahun ini pihaknya lebih memberikan tumpuan kepada masalah tersebut yang melibatkan pelajar sekolah yang menjadi kerisauan kepada pelbagai pihak.

45.  BUTTERWORTH, 1 Jan - Polis menahan dua pemandu kereta kerana memandu dalam keadaan mabuk dalam operasi khas di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini awal hari ini. KPD Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam operasi bermula pukul 2 pagi dan tamat empat jam kemudian itu, pihaknya menahan dua pemandu kereta masing-masing berusia 40 dan 46 tahun.

46.  GEORGE TOWN, 1 Jan - Kes kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang melecur disimbah air panas oleh bapanya dalam kejadian di Flat Kampung Melayu, Air Itam di sini Khamis lepas, bukan disebabkan dia mencuri wang tetapi kerana makanan habis. KPD Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata berdasarkan siasatan polis, bapa kanak-kanak terbabit naik angin selepas mendapati makanan di rumah dihabiskan oleh empat anaknya yang berusia tiga hingga sembilan tahun.

47.  KOTA BHARU, 1 Jan - Rata-rata pemilik restoran dan premis makanan di sekitar bandar raya ini telah menampal notisa larangan merokok di samping memberi peringatan kepada pelanggan agar mematuhi peraturan baharu itu. Pekerja sebuah restoran, Siti Hidayah Salamun, 36 berkata sehingga tengah hari ini semua pelanggan yang mengunjungi restoran itu dapat mematuhi larangan tersebut dan menerima teguran dengan terbuka.

48.  SINGAPURA, 1 Jan - Singapura akan mengikuti langkah Malaysia memansuhkan tol terhadap motosikal di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) bermula 21 Jan ini. Menurut Kementerian Pengangkutan Singapura yang dipetik oleh The Straits Times di sini, dasar Singapura selama ini ialah menyeragamkan kadar tol dengan kadar yang dikenakan oleh Malaysia.

49.  KUALA LUMPUR 1 Jan. - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor merasakan cadangan supaya Tun Dr. Mahathir Mohamad mengekalkan jawatan sebagai PM untuk tempoh sepenggal ini adalah wajar. Ini kerana mandat yang diberikan rakyat kepada PH dalam PRU-14 lalu adalah kerana keyakinan mereka terhadap keupayaan Dr. Mahathir untuk menyelesaikan masalah negara.

50.  KUALA TERENGGANU, 1 Jan - Lebih banyak papan tanda amaran akan diletakkan di kawasan berisiko berlaku kejadian lemas di seluruh Terengganu bagi mengelak tragedi sedemikian berulang pada masa akan datang. MB, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata suasana laut, air terjun dan sungai di negeri Terengganu agak berbeza mengikut waktu di mana ia berbahaya pada musim tengkujuh.

51.  KOTA KINABALU, 1 Jan - Rakyat di negeri ini harus kekal bersatu walaupun berbeza fahaman politik, agama dan etnik bagi membolehkan Kerajaan Negeri meneruskan usaha melakukan perubahan terhadap apa yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan negeri telah berbincang dengan Kerajaan Persekutuan bagi menuntut semula hak-hak negeri di bawah MA63.

52.  TAWAU, 1 Jan - Perubahan kerajaan yang memerintah di peringkat persekutuan dan di negeri ini adalah kesan daripada kebangkitan rakyat yang mahukan pembelaan hidup khususnya dari segi ekonomi dan keselesaan. Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew berkata itu antara sejarah paling besar dilakar negara pada tahun 2018 yang meninggalkan seribu satu macam kenangan dan peristiwa yang berlaku khususnya dalam arena politik.

53.  KUANTAN, 1 Jan - Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata isu pertikaian ruang udara di antara Malaysia dan Singapura akan dibincangkan pada pertemuan beliau dan rakan sejawatannya dari republik itu Vivian Balakrishnan pada 8 Jan ini. Katanya pertemuan itu adalah susulan daripada mesyuarat di antara PM Tun Dr Mahathir Mohamad dan TPM Singapura Teo Chee Hean di Putrajaya semalam.

54.  GEORGE TOWN, 1 Jan - Kira-kira 7,000 peserta menyertai program 'City Walk 2019' bersempena Hari Bandaraya di Padang Kota Lama, di sini hari ini. Program yang memasuki kali ketujuh penganjurannya itu disertai oleh golongan dewasa, kanak-kanak dan OKU, bermula dari Lebuh Light dan berakhir di Lebuh Pantai, di sini, dengan jarak lima kilometer.

55.  KUALA LUMPUR, 1 Jan - Semua premis makanan telah diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai tempat larangan merokok berkuat kuasa pukul 12 tengah malam tadi. Bagaimanapun, tinjauan di ibu kota, sekitar Kampung Baru, Datuk Keramat dan Jalan Tunku Abdul Rahman pagi ini mendapati masih ada yang mengingkari larangan berkenaan.

56.  BETONG, 1 Jan - Dua maut manakala dua lagi cedera apabila kereta dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Batu 2, Jalan Lidung, Betong malam tadi. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kemalangan yang berlaku kira-kira 10.40 malam itu menyebabkan dua daripada mereka tersepit di dalam kenderaan dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba.

57.  JAKARTA 1 Jan - Tahun 2018 melabuhkan tirainya, boleh digambarkan sebagai tahun yang penuh duka buat Indonesia. Ketua Pusat Data, Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho menyifatkan 2018 adalah tahun bencana buat Indonesia, yang memberi kesan langsung kepada lebih 10.2 juta warga Indonesia.

58.  PUTRAJAYA 1 Jan - Kementerian Pendidikan menyediakan khidmat Meja Bantuan (HelpDesk) di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi membantu ibu bapa yang memerlukan penjelasan atau maklumat mengenai perkara-perkara tertentu yang berkaitan dengan sesi persekolahan tahun 2019.

59.  KUALA LUMPUR 1 Jan - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menegaskan bahawa perbezaan antara kaum perlu dirai dan bukan dijadikan faktor yang menjarakkan jurang antara rakyat negara ini. Timbalan Perdana Menteri berkata perbezaan itulah yang menjadikan Malaysia ini unik, lebih indah dan berwarna-warni.

60.  KUALA LUMPUR 1 Jan. - Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman perlu melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana mengeluarkan cadangan yang menjejaskan reputasi dan maruah parti, kata Presiden Persatuan Gerakan Demokrasi Profesional (Prodem), Md. Shukri Shuib.

BERITA SUKAN:

1.  LONDON 1 Jan - Pulangan hasil bola sepak Liga Juara-Juara dan penjualan bintang membolehkan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea mencatat pendapatan 443.4 juta (RM2.33 bilion) dan keuntungan 62 juta (RM326.60 juta) bagi musim 2017-18, umum kelab itu semalam.

2.  LONDON 1 Jan - N’Golo Kante menegaskan dia akhirnya selesa memainkan peranan baharu di bahagian tengah Chelsea ketika bintang Perancis itu bersedia menentang Southampton, awal pagi Khamis ini. Kante meraih reputasi selaku pemain tengah bertahan terbaik dunia selepas aksi cemerlang bersama Chelsea dan Leicester bagi gelaran Liga Perdana Inggeris selain kejayaan Piala Dunia bersama Perancis.

3.  LONDON 1 Jan - Bekas pemain kebangsaan Perancis, Samir Nasri kembali dalam kancah bola sepak susulan hukuman penggantungan doping dengan menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham. Nasri akan bergabung semula dengan pengurus West Ham, Manuel Pellegrini selepas bersetuju dengan kontrak hingga hujung kempen ini dengan pilihan untuk melanjutkannya.

4.  LONDON 1 Jan - Pengurus Arsenal, Unai Emery didenda 8,000 (RM42,000) semalam kerana menendang botol air ke arah penonton ketika pasukannya seri di Brighton pada 26 Disember lalu selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris.

5.  MANCHESTER, England 1 Jan - Selepas menjaringkan 12 gol dalam tiga perlawanan di bawah kendalian jurulatih sementara Ole Gunnar Solskjaer, Manchester United boleh menambah senjata serangan di Newcastle, esok dengan Alexis Sanchez bersedia untuk kembali daripada kecederaan.

6.  LISBON 1 Jan - Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo menegaskan dia ‘tidak taksub’ dengan trofi individu selepas gagal menjulang anugerah Ballon d'Or buat kali keenam, tahun ini. Selain Ballon d'Or, penyerang Juventus itu turut terlepas anugerah Pemain Terbaik FIFA dan UEFA yang dimenangi bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Luka Modric.

7.  LONDON 1 Jan - Kapten dan penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris bertekad menamatkan penantian kelab itu untuk menjulang trofi, musim ini. Tottenham beraksi cemerlang di bawah kendalian pengurus, Mauricio Pochettino tetap kelab berpangkalan di London itu masih gagal merangkul sebarang kejuaraan sejak kali terakhir memenangi Piala Liga pada 2008.

8.  MANCHESTER 1 Jan - Pertahanan Manchester City, Vincent Kompany mengakui maruah penyandang juara Liga Perdana itu ‘tercalar’ berikutan tiga kekalahan yang dicatatkan daripada empat perlawanan sebelum ini. Keputusan itu mengakibatkan City ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Liverpool, pasukan yang akan ditentang di Etihad, Khamis ini.

9.  BRISBANE, Australia 1 Jan - Pemain Republik Czech dari pusingan kelayakan, Marie Bouzkova mengejutkan bekas juara Terbuka Amerika Syarikat, Samantha Stosur untuk mara ke pusingan kedua kejohanan Antarabangsa Brisbane semalam yang bermula pada 2018 dan berakhir pada awal tahun baru.

10.  PARIS 1 Jan - Toro Rosso kerugian lebih 2 juta euro (RM 9.5 juta) susulan beberapa insiden kemalangan buruk membabitkan pemandunya sepanjang kempen Formula Satu 2018. Pasukan sokongan Red Bull itu menamatkan tahun pertama kerjasama dengan Honda di kedudukan kesembilan kategori pengeluar selepas menghimpun 33 mata, dengan pencapaian terbaik Pierre Gasly di kedudukan keempat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 09:42 AM | Show all posts
Oooo...baru perasan garapan al-linggi pun ada kat forum..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2019 01:15 PM | Show all posts
ultra78 replied at 2-1-2019 09:42 AM
Oooo...baru perasan garapan al-linggi pun ada kat forum..

i dah tepek tu.

sila baca ya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2019 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*KHMIS 3 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 26 RIULKHIR 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0549*
*SUBUH : 0559*
*SYURUK : 0717*
*ZOHOR : 1320*
*ASAR : 1643*
*MAGHRIB : 1917*
*ISYAK : 2032*


*TANAHAIRKU*
==============


               *ASPEK pembelajaran murid Tahap Satu hingga Tiga tanpa peperiksaan yang bermula tahun ini berupaya melestarikan pendidikan abad ke-21 selain meningkatkan potensi menerusi pentaksiran bilik darjah (PBD). Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, pentaksiran berasaskan sekolah sudah diperkenalkan sejak 2011 yang merangkumi PBD, format secara berterusan serta program cetusan sekolah yang akan menilai perkembangan murid tanpa peperiksaan.*

                *KEMENTERIAN Kesihatan tidak akan mengeluarkan sebarang kompaun dalam tempoh enam bulan pertama penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan, sebaliknya hanya notis amaran akan dikeluarkan kepada pesalah. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jangka masa enam bulan pertama ini adalah tempoh penguatkuasaan pendidikan yang mana pesalah hanya akan diberikan notis amaran atas kesalahan mereka.*

                *HUJAN lebat berserta angin kencang diramalkan melanda perairan pantai timur negara berikutan laluan ribut Tropika Pabuk di kawasan berkenaan bermula smlm. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Alui Bahari berkata, kedudukan terkini ribut berkenaan adalah di Latitud 6.1 Utara dan Longitud 108.0 Timur kira-kira 545 kilometer (km) ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.*

               *HANYA kerana lambat membancuh air minuman, tukang besi tergamak memukul kepala isterinya dengan seterika dalam kejadian di rumah dekat Taman Kerapu, Butterworth, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa berusia 26 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa suaminya berusia 43 tahun memukulnya dengan menggunakan seterika di rumah mereka.*

                *HARI pertama persekolahan bagi seorang murid Tahun Empat agak malang apabila kakinya tersangkut pada tempat duduk besi kira-kira 20 minit, di sebuah sekolah rendah agama di Bandar Baru Salak Tinggi, di Sepang, tengah hari smlm. Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, kaki kiri murid lelaki berkenaan tersepit di celahan palang tempat duduk besi ketika menunggu ibu-bapanya untuk pulang selepas tamat waktu persekolahan.*

                *POLIS menahan tiga lelaki kerana memiliki pistol tiruan, baju dan kasut polis di dalam kereta dinaiki mereka di Jalan Putra, Alor Setar, awal pagi smlm. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, lelaki berusia antara 22 hingga 35 tahun itu ditahan dalam Op Mabuk oleh anggota cawangan trafik daerah pada 2 pagi.*

                *POLIS Kajang sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan satu kes bunuh lelaki di dalam bilik hotel di Sungai Chua pada 31 Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusof, berkata, suspek dikenali sebagai Low Meng Kong, 18.*

               *TAWAR promosi pakej urut melalui WeChat. Itu taktik pemilik sembilan pusat urut yang didapati beroperasi secara haram di sekitar Kuala Lumpur sejak beberapa bulan lalu. Malah, kesemua premis itu turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan berdasarkan penemuan kotak mengandungi ratusan kondom di pusat urut berkenaan. Bagaimanapun, taktik mereka terbongkar selepas serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar pusat bandar ini, kelmarin.*

                *POLIS menahan seorang lelaki juga bapa ayam terkenal di negara ini yang menjadikan lebih 30 wanita tempatan sebagai pelacur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal November lalu. Lelaki berusia 30 tahun itu menjadikan penuntut universiti tempatan sebagai pelacur dan mengiklankan perkhidmatan itu di laman sosial dan aplikasi WeChat.*

               *WALAUPUN papan tanda ‘Di larang Merokok’ sudah dinaikkan, namun segelintir perokok masih berdegil dan tetap merokok di kedai makan. Tinjauan NSTP di kedai di Jalan Masjid Langgar, Kota Bharu, mendapati terdapat perokok masih melakukan perbuatan itu walaupun larangan merokok di restoran atau kedai makan sudah dikuat kuasakan sejak semalam.*

               *WARUNG kopi di luar bandar turut diwartakan sebagai kawasan larangan merokok selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018. Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata, seramai 350 pegawai penguatkuasa akan melakukan pemeriksaan terhadap kira-kira 5,441 premis makanan termasuk warung kopi terbabit mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004).*

               *HARI kedua penguatkuasaan larangan merokok menyaksikan beberapa restoran mamak di Johor Bahru sedikit lengang berbanding sebelum ini terutama ketika waktu makan tengah hari. Tinjauan NSTP di beberapa restoran mamak sekitar Bandar Baru Uda dan Tampoi di sini, menyaksikan hanya sedikit pelanggan menikmati juadah tengah hari.*

               *MESKIPUN kerajaan negeri Sarawak menangguhkan larangan merokok di semua premis makan yang penguatkuasaannya di seluruh negara bermula semalam, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tetap menyediakan tempat khas bagi perokok di beberapa lokasi di bandar raya Kuching. Antara lokasi yang disediakan tempat khas merokok itu ialah di tempat tumpuan ramai di Tebingan Kuching serta kawasan yang mempunyai banyak premis makan di Satok.*

               *LELAKI dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit smlm atas tiga tuduhan menghalang dan mengaibkan dua anggota polis di Balai Polis Parit, kelmarin. K Panner Selvam, 36, yang juga pekerja ladang mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan itu yang didakwa dilakukan pada 12.30 tengah malam.*

               *JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas kira-kira 20 tan metrik mercun dan bunga api pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM3 juta mengikut harga pasaran dalam serbuan di rumah mewah di Bandar Lahat Mines, Lahat di Ipoh, Khamis lalu. Serbuan 9 malam itu dilakukan pasukan Penguatkuasaan JKDM Perak hasil maklumat awam dan risikan selama seminggu di kawasan perumahan berpagar dan berpengawal berkenaan.*

               *Ipoh: Lima diberkas manakala 35 motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan sempena Ambang Tahun Baharu di Jalan Kledang Utara, awal pagi, semalam. Operasi bermula jam 1 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bagi membanteras kegiatan lumba haram.*

               *Kuala Lumpur: Sambut malam tahun baharu dengan lagak ganas. Itu tindakan sekumpulan remaja yang sengaja melakukan aksi lagak ngeri menunggang motosikal dalam keadaan laju dan berbahaya sekitar ibu kota. Bagaimanapun dua daripada remaja terbabit yang melakukan aksi Superman sambil berlumba di Dataran Merdeka diberkas polis awal pagi semalam.*

               *PERSATUAN Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu harga produk petroleum, pagi smlm. Presidennya, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, pertemuan berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya selama 45 minit, bersama empat lagi wakil PDAM.*

               *Kuala Lumpur: Sempena menyambut kedatangan tahun baru, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dilihat mengambil peluang mendapatkan pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 yang dikeluarkan Rapid KL. Pas eksklusif bagi kegunaan warga tempatan itu adalah inisiatif kerajaan dalam mengalakkan masyarakat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.*

               *SERAMAI 22 individu ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sempena ps Ambang 2019, awal pagi semalam, selepas disyaki berkhalwat atau berdua-duaan bersama pasangan bukan mahram. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah JAINJ, Halid Sono, berkata mereka ditahan dalam serbuan berasingan di beberapa hotel dan rumah tumpangan sekitar Johor Bahru dan daerah lain.*

               *“DALAM edah musim tengkujuh ini, saya minta pengunjung seboleh-bolehnya jauhi pantai. Bukan kita nak halang, cuma kita tak mahu berlaku lagi kejadian lemas,” kata Ramli Tahir, 62, penduduk Kampung Sura Hujung, Dungun. Menurutnya, sudah banyak kali dia turun ke pantai ‘menghambat’ kanak-kanak yang bermain di tepi pantai Pantai Sura Hujung, sejak kebelakangan ini.*

               *PENUTUP tirai 2018 menyaksikan Polis Johor berjaya melakukan rampasan mercun dan bunga api terbesar membabitkan nilai RM2.08 juta, petang semalam. Dalam serbuan 2 petang di sebuah rumah yang dijadikan sebagai stor penyimpanan dekat Jalan Pulai Bayu 8, Taman Pulai Bayu, Johor Bahru, sebanyak 600 kotak mengandungi 29 jenis mercun dan bunga api dirampas.*

               *DUA kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Metro Perdana 5, Taman Usahawan, Kuala Lumpur, smlm. Dalam kejadian 3.58 pagi itu, sebuah premis berdekatan turut terkesan selepas Volkswagen dan Mercedes Benz itu terbakar 80 peratus. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan smlm menyebut tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih disiasat.*

               *PAS tiada masalah sekiranya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, diberi peluang untuk terus kekal mentadbir negara sehingga habis tempoh sepenggal. Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Dr Mahathir perlu diberi masa untuk melakukan pelbagai pembaharuan di negara ini.*

               *KES kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang melecur disimbah air panas oleh bapanya dalam kejadian di Flat Kampung Melayu, Air Itam, Khamis lalu, bukan disebabkan dia mencuri wang tetapi kerana makanan habis. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, berdasarkan siasatan polis, bapa kanak-kanak terbabit naik angin selepas mendapati makanan di rumah dihabiskan oleh empat anaknya yang berusia tiga hingga sembilan tahun.*

               *PEMERIKSAAN doktor terhadap alat sulit remaja membongkar rahsia dia dirogol sepupunya sejak tahun lalu. Semuanya bermula selepas remaja berusia 15 tahun itu mengadu sakit pada alat sulitnya sebelum dia dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan mencurigakan pada alat sulit mangsa.*

               *KUALA LUMPUR: Pesta dadah dalam bilik hotel sambil ditonton tiga kanak-kanak. Itu penemuan mengejutkan sepasukan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Lumpur yang menyerbu sebuah bilik hotel di Jalan Pudu, dekat sini, awal pagi semalam. Siasatan mendapati bilik hotel itu dijadikan tempat tinggal sekumpulan lelaki dan wanita sejak empat bulan lalu untuk menagih dadah beramai-ramai.*

               *KUALA TERENGGANU: “Mari pejabat agama, jamin aku...kena pulak ni” begitulah ungkapan bersahaja lelaki berusia 59 tahun ketika meminta rakannya datang ke Pejabat Penguatkuasa Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di Kompleks Seri Iman di sini, semalam. Terdahulu, lelaki terbabit dan pasangannya yang juga wanita berusia 41 tahun ditahan penguat kuasa JHEAT di rumah tumpangan di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini, jam 2 pagi.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *COPENHAGEN: Enam penumpang dilaporkan maut manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan kereta api di atas jambatan yang menghubungkan dua pulau di Denmark, smlm.*
           *”Kami boleh mengesahkan bahawa enam maut,” kata jurucakap syarikat pengendali kereta api Denmark (DSB) memberitahu AFP.*
            *Sebelum ini, media melaporkan bumbung kereta api kargo diterbangkan angin kuat sebelum terkena kereta api penumpang yang datang dari arah bertentangan.*

          *BANGKOK: Majlis pertabalan Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn, akan diadakan pada 4 hingga 6 Mei depan, hampir dua tahun enam bulan selepas kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej.*
            *Vajiralongkorn, 66, secara rasmi bergelar Rama X daripada dinasti Chakri, dilantik sebagai pewaris takhta sejurus kemangkatan Raja Bhumibol pada 2016 yang menduduki takhta selama 70 tahun.*
          *Sejak menaiki takhta, beliau menyusun kembali hal ehwal dan pentadbiran istana, membentuk pasukan keselamatan sendiri dan menyerahkan hak milik harta diraja bernilai berbilion ringgit dengan dirinya.*
           *Sistem beraja Thailand, antara yang terkaya di dunia, dilindungi daripada kecaman, kritikan dan celaan melalui undang-undang yang ketat membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi setiap satu tuduhan.*

          *MOSCOW: Seorang bayi lelaki ditemui masih hidup, selepas 35 jam terperangkap dalam cuaca sejuk beku dalam runtuhan blok apartmen di Russia yang runtuh akibat letupan, menurut pegawai penyelamat.*
            *Mereka menyifatkan insiden itu sebagai ‘keajaiban’.*
             *Pada mulanya, letupan itu disebabkan kebocoran gas, ia merosakkan 48 apartmen dalam bangunan 10 tingkat di bandar perindustrian Magnitogorsk, semalam, sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang dengan 36 mangsa masih hilang.*

          *WASHINGTON: Kadar kematian akibat nahas pesawat jet penumpang di seluruh dunia melonjak pada 2018 selepas syarikat penerbangan mencatat sifar kematian akibat kemalangan udara tahun sebelumnya, lapor sebuah firma perunding Belanda dan sebuah kumpulan keselamatan penerbangan.*
            *Firma perunding penerbangan Belanda To70 dan Rangkaian Keselamatan Penerbangan (ASN) melaporkan semalam terdapat lebih daripada 500 kematian yang berpunca daripada nahas pesawat penumpang pada 2018, namun menegaskan bahawa kemalangan maut masih jarang berlaku.*
             *To70 menganggarkan kadar kemalangan maut untuk pesawat penumpang komersil besar adalah pada 0.36 untuk setiap sejuta penerbangan, atau satu kemalangan maut bagi setiap 3 juta penerbangan.*

          *Jakarta: Sempena ketibaan tahun baru, lebih 500 pasangan menyertai perkahwinan beramai-ramai pada malam menjelang detik 12 malam ketibaan 2019, kelmarin.*
            *Pejabat Gabenor Jakarta menganjurkan majlis perkahwinan itu dan semua pasangan tidak perlu membuat sebarang bayaran, malah turut memberi 500,000 rupiah (RM144) sebagai pembiayaan mas kahwin setiap pasangan Islam itu.*
            *Pasangan pengantin terbabit daripada keluarga kurang berkemampuan yang biasanya tidak mempunyai dokumen rasmi, termasuk sijil kelahiran atau sijil perkahwinan.*

          *BANGKOK: Kedatangan Tahun Baharu 2019 disambut meriah di seluruh dunia semalam tetapi di beberapa negara perayaan itu dicemari dengan beberapa tragedi termasuk kejadian pembunuhan dan bencana.*
             *Di Thailand, seorang lelaki menembak mati enam anggota keluarganya termasuk dua anaknya sebelum menembak dirinya kerana berang selepas tidak dijemput ke parti sambutan Tahun Baharu yang dianjurkan keluarga mentuanya.*
         *Menurut AFP, kejadian itu berlaku 10 minit selepas tengah malam semalam ketika Sucheep Sornsung menyertai keluarga isterinya menyambut Tahun Baru di wilayah Chumphon.*

          *Sambutan tahun baharu di Tokyo, Jepun juga bertukar kecoh apabila sebuah kereta merempuh orang awam yang berkumpul di sepanjang jalan terkenal di bandar itu menyebabkan sembilan cedera dan seorang parah, kata polis.*
         *Jurucakap polis berkata, Kazuhiro Kusakabe, 21, memandu sebuah kenderaan kecil dengan ‘niat membunuh’ di Jalan Takeshita, di kawasan fesyen terkenal Harajuku, 10 minit selepas waktu tengah malam.*
          *Jalan itu ditutup untuk kenderaan bagi membolehkan orang ramai memenuhi kawasan berkenaan untuk meraikan sambutan Tahun Baru.*

          *Beberapa jam sebelum sambutan tahun baharu di Manchester, Britain,seorang lelaki yang bersenjatakan pisau secara tiba-tiba menyerang orang ramai menyebabkan tiga mangsa cedera.*
            *Dalam kejadian di stesen kereta api Manchester Victoria itu menyebabkan seorang lelaki dan wanita berusia 50-an cedera serta seorang anggota polis yang bertugas di stesen berkenaan.*
           *Mail Online melaporkan, suspek bersenjatakan pisau dapur yang panjang ditahan selepas polis menyembur penyembur lada dan menembaknya dengan pistol pegun.*


*TULAR*
========


          *“KAMI menyahut seruan kerajaan,” demikian mesej ingin disampaikan dua individu yang membawa pita pengukur di sebuah kedai makan di Kota Bharu, Kelantan, kelmarin sebagai tanda sokongan untuk merokok dalam jarak tiga meter dari kedai makan.*
           *Larangan merokok di sembilan premis awam seperti restoran dan kedai makan berkuatkuasa serta-merta, hari ini dan individu yang ditahan kerana melakukan kesalahan terbabit berdepan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.*
            *Gambar Mohamed Aniff dan pekerjanya, Fazil Abidin, 25, menjadi tular di media sosial apabila dia dilihat mengukur jarak tiga meter untuk merokok dari sebuah premis makanan.*
             *"Saya seorang perokok tegar namun perlu menghormati undang-undang yang dikuatkuasakan kerajaan.*

          *PERBUALAN berhubung rancangan untuk menyingkirkan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam aplikasi WhatsApp, tular smlm.*
          *Kemarahan ketua bahagian itu dipercayai timbul ekoran kenyataan Syed Saddiq yang membidas perwakilan dari Wilayah Persekutuan dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Ahad lalu.*
          *Berdasarkan perbualan terbabit, beberapa ketua bahagian marah dan kecewa dengan sikap Syed Saddiq yang menyelar pemimpin parti yang meminta kontrak sehingga menyebut nama seorang ‘menteri’ yang didakwa berjanji akan memberikan kontrak ketika berucap dalam perhimpunan terbabit.*

           *KEHADIRAN murid kembar tidak seiras dikenali dengan nama Sayang dan Cinta, mencuri perhatian ibu bapa dan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kiulu, Tuaran, pada hari pertama persekolahan 2018, smlm.*
          *Pasangan kembar itu yang juga nama sebenar mereka ialah Daeng Sayang Hasnah Abdullah, 7, serta adiknya, Daeng Cinta Jamaliah Abdullah, 7, menetap di Kampung Logkou Lama, Kiulu.*
           *Ketika ditemui NSTP, Sayang berkata, dia dan adik kembarnya, Cinta dihantar oleh ibu dan bapa mereka ke sekolah berkenaan.*
            *Sementara itu, Guru besar SK Pekan Kiulu, Lukish Limban berkata, kehadiran pasangan kembar di sekolah itu pada kali terakhir adalah pada tahun 2013.*
         *"Kami semua (warga sekolah) turut gembira apatah lagi nama mereka iaitu Sayang dan Cinta, yang membuatkan semua di sini terhibur,” katanya.*

          *JUMLAH kutipan bagi tabung untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Krabi, Thailand, selepas terbabit kemalangan, Abd Wahab Yahaya, 56, sudah mencecah RM60,000 sehingga tengah hari smlm.*
           *Anaknya, Amirun Aziz Abd Wahab, 21, berkata, mereka sekeluarga amat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menghulurkan sumbangan termasuk memberikan derma bagi membantu bapanya.*
          *Katanya, ayah dan abang iparnya akan bertemu dengan Gabenor Krabi esok bagi membincangkan mengenai kemalangan berkenaan.*
           *Sebelum ini, NSTP melaporkan Abd Wahab terkandas di Krabi, Thailand selepas motosikal ditunggangnya bersama isteri terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan seorang pejalan kaki warga Thailand maut ketika bercuti di pusat peranginan berkenaan.*
                 

*ARENA*
========


          *PERTH: Roger Federer muncul pemenang pertarungan bersejarah menentang Serena William dalam kempenPiala Hopman, awal pagi smlm.*
            *Namun, pemenang sebenarnya adalah sukan tenis itu sendiri tatkala kedua-dua pemain terhebat era moden berkenaan menghadiahkan peminat seluruh dunia satu perlawanan yang sukar dilupakan.*
           *Beraksi di stadium yang mencatat jumlah kehadiran penyokong tertinggi dalam sejarah tenis, Federer yang berpasangan dengan Belinda Bencic menewaskangandingan Serena dan Frances Tiafoe 4-2, 4-3(3) bagi memastikan kemenangan 2-1 Switzerland dan melonjak ke persada kumpulan sekali gus meletakkan juara enam kali, Amerika Syarikat di tangga tercorot Kumpulan B.*

          *MUNICH: Robert Lewandowski menegaskan komitmen jangka panjang kepada Bayern Munich dengan tidak menolak kemungkinan menghabiskan kariernya bersama juara Jerman itu.*
           *Lewandowski, 30, dikaitkan dengan beberapa gergasi Eropah sepanjang musim panas, namun sudah tidak menoleh ke belakang sejak berbincang bersama pengendali Niko Kovac dan pengarah sukan Hasan Salihamidzic bagi memutuskan masa depannya pada Julai lalu.*
        *”Terdapat peluang cerah untuk saya kekal di sini untuk satu tempoh panjang,” kata Lewandowski yang mana kontrak semasanya akan berakhir pada musim panas 2021.*

          *MONACO: Monaco berharap dapat menandatangani pemain tengah Chelsea, Cesc Fabregas bulan ini.*
            *Fabregas kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama di bawah kendalian Maurizio Sarri dan hanya beraksi satu perlawanan Liga Perdana musim ini.*
           *Kontraknya bersama kelab tamat penghujung musim dan pengurus Monaco, Thierry Henry berhasrat membawa bekas rakannya di Arsenal itu ke Perancis.*
          *Monaco kini di kedudukan ke-19 dalam Ligue 1 dan terdesak meraih mata untuk melonjak daripada zon penyingkiran.*

          *CHELSEA menandatangani Christian Pulisic dari Borussi Dortmund tetapi perancang dari Amerika Syarikat itu akan menghabiskan baki musim ini secara pinjaman di kelab Bundesliga itu, kata kelab Jerman itu smlm.*
             *Kelab Liga Perdana Inggeris itu membayar 64 juta euro (RM302.9 juta) untuk pemain 20 tahun itu.*
          *”Ia memang menjadi impian besar Christian untuk beraksi di Liga Perdana,” kata pengarah sukan Dortmund Michael Zorc.*
          *”Ia berkaitan dengan asal usulnya dari Amerika dan atas sebab itu kami tidak mampu untuk melanjutkan kontraknya.*

          *KUALA LUMPUR: Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe enggan mengulas lanjut berhubung masa depannya bersama Harimau Malaya.*
          *Kontraknya bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berakhir kelmarin namun badan induk itu masih belum membuat keputusan rasmi sama ada akan mengekalkan Cheng Hoe atau sebaliknya.*
          *”Saya tak boleh mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini dan tunggu saja perbincangan FAM,” katanya ketika dihubungi Sukan NSTP, smlm.*

          *“TAK keluar dan akan bersara sebagai pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM).” Itu luahan jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei walaupun beberapa tonggak senior seperti Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan terbaru, Goh V Shem-Tan Wee Kiong meninggalkan badan induk itu.*
            *Menurut bekas pemain nombor satu dunia itu, buat masa ini dia amat selesa untuk bernaung di bawah BAM dan baginya ia lebih kepada membalas budi.*
            *”Tidak ada BAM, tidak ada Lee Chong Wei. Sudah 19 tahun saya berada di sini (BAM) dan ia hampir separuh kehidupan saya. Setakat ini saya OK di sini,” katanya ketika dihubungi hari ini.*

          *KUALA LUMPUR: Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung tak berselerak.*
              *Itu perumpamaan yang boleh disamakan dengan pendirian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung cadangan penetapan gaji siling dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) yang dibangkitkan beberapa pihak bagi menangani isu gaji tertunggak yang dilihat makin parah ketika ini.*
            *Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, cadangan itu baginya adalah ‘buah fikiran’ yang cukup baik untuk menghalang pasukan daripada berbelanja mengikut ‘nafsu’ tanpa mengukur ‘baju di badan sendiri’.*

          *ALOR SETAR: Kontroversi membabitkan Akhyar Rashid semakin panas apabila pemain muda itu tidak menghadiri sesi latihan pasukan Kedah di Staium Sultan Abdul Halim (SSAH) Alor Setar petang smlm.*
             *Perkembangan ini dimaklumkan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Mohd Asmirul Anuar Aris yang sudah menjangkakan ketiadaan Akhyar, walaupun dia sepatutnya bersama-sama rakan sepasukan menjalani sesi latihan pada hari pertama latihan tahun ini.*
          *”Kita sedikit kecewa dan saya sudah dapat jangkakan. Sebelum ini kita tidak ada masalah dengan Akhyar, isu kita ini adalah dengan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” kata Asmirul.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2019 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 3/1/2019 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 2 Jan. - Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak akan tunduk kepada tekanan beberapa ketua bahagian parti itu yang mahu menyingkirkannya rentetan daripada kenyataannya yang menentang isu berhubung pemberian kontrak kerajaan.

2.  KUALA LUMPUR 2 Jan. - Beberapa media tempatan hari ini yang memetik laporan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily melaporkan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu perasaan orang Melayu turut dipertimbangkan sebelum UEC diiktiraf. Portal Malaysiakini yang turut mendapatkan salinan rakaman temu bual Sin Chew Daily dengan PM itu, mendapati Dr. Mahathir sendiri turut menekankan kepentingan penguasaan bahasa Melayu.

3.  KUALA LUMPUR 2 Jan. – PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat sokongan penuh PH untuk mentadbir kerajaan dalam tempoh yang telah dipersetujui oleh parti tersebut. Perkara itu dijelaskan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman Twitter beliau, selepas mengadakan perjumpaan dengan Dr. Mahathir di Pejabat PM, di Putrajaya hari ini.

4.  PUTRAJAYA 2 Jan. - Kementerian Pendidikan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam jenayah akademik termasuk mereka mengupah individu ketiga menyiapkan tugasan universiti. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, memberikan tugasan universiti kepada orang ketiga juga merupakan satu jenayah akademik yang sama seperti amalan plagiat.

5.  BRASILIA 2 Jan. - Ahli politik berhaluan kanan yang bertekad untuk menentang jenayah dan rasuah di Brazil iaitu Jair Bolsonaro, mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu negara ini. Harapan tinggi rakyat negara ini diletakkan ke atas Bolsnaro untuk beliau menghapuskan rasuah, mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan pembangunan ekonomi.

6.  PUTRAJAYA 2 Jan. - Tidak akan berlaku lambakan pelajar di sekolah harian susulan dasar Kementerian Pendidikan yang memberi keutamaan terhadap penempatan golongan B40 di sekolah berasrama penuh (SBP). Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, lambakan pelajar tidak menjadi isu kerana setiap sekolah mempunyai kuota kemasukan masing-masing seperti ditetapkan selama ini.

7.  JASIN 2 Jan. - Empat pasangan kembar mendaftar sebagai murid Tahun Satu di SK Serkam Darat, Merlimau di sini pada hari pertama persekolahan sesi tahun ini, hari ini. Ini merupakan kali pertama SK Serkam Darat menerima murid kembar paling ramai dan untuk itu satu majlis sambutan di mana kesemua mereka diiringi hulubalang berbusana pahlawan Melayu pada sesi pendaftaran diadakan pagi ini.

8.  PUTRAJAYA 2 Jan. – PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi ini telah bertemu dengan pihak Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM). Dalam pertemuan selama 45 minit itu, Dr. Mahathir mengadakan pertemuan dengan Presiden PDAM, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz bersama empat ahli persatuan itu di pejabat PM di Bangunan Perdana Putra, di sini.

9.  KUANTAN 2 Jan. - Figura popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali dengan panggilan mesra, Pak Nil hari ini hadir menceriakan sesi persekolahan hari pertama murid tahun satu SK Permatang Badak di sini. Aznil berkata, kehadirannya ke sekolah itu adalah menerusi program Yayasan Pesona miliknya dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

10.  KUALA LUMPUR 2 Jan. - Golongan ibu bapa tidak perlu risau dengan kaedah pemarkahan atau pelaporan prestasi anak mereka apabila peperiksaan bagi murid tahap satu dimansuhkan tahun ini. KP Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, pihaknya memberi jaminan terhadap pelaksanaan kaedah itu kerana sudah bersedia daripada pelbagai aspek sejak tiga tahun lalu.

11.  KUALA LUMPUR 2 Jan. - Hari pertama sesi persekolahan hari ini mencuri tumpuan apabila tiga pasangan kembar berumur tujuh tahun mendaftarkan diri di SK Taman Tun Dr. Ismail (1) di sini hari ini. Mereka ialah Adrian Seah,  Brian Seah dan Rachel Seah yang kelihatan ceria dan bersemangat apabila ditempatkan dalam kelas yang sama di sekolah itu.

12.  KUALA LUMPUR 2 Jan. - Tindakan mencerca, mengugut dan melemparkan kata-kata kesat kerana b
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-1-2019 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*JUAAT 4 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 27 RIULKHIR 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0549*
*SUBUH : 0559*
*SYURUK : 0718*
*ZOHOR : 1321*
*ASAR : 1643*
*MAGHRIB : 1918*
*ISYAK : 2032*

*RM5290 pakej umrah termurah...terdekat!*
www.goumrah.com


*TANAHAIRKU*
==============


               *TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertegas akan terus bersuara demi rakyat, biarpun bakal menjadi musuh kepada orang ramai. Dalam entri di Facebook (FB) rasminya bertajuk 'Maafkan Saya', malam tadi, TMJ berkata, beliau hanya mahu yang terbaik buat rakyat, namun sedar cabarannya apabila ada yang tidak suka akan apa yang disuarakannya. “Saya benar-benar mahukan kerajaan untuk berjaya. Saya bangun setiap hari dengan harapan bahawa pendapat saya salah.*

               *PEMANDU peribadi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan memukul isterinya dengan menggunakan seterika, Disember lalu. R Chandra Mohan, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.*

               *ANIH Berhad mengambil keputusan menamatkan kontrak pemilik gerai nombor enam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang arah Timur, selepas didapati bersalah melanggar syarat ditetapkan pengurusan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) itu. Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi berkata, keputusan itu diambil selepas siasatan dalaman dijalankan pihaknya selain mengambil kira hukuman denda yang dikenakan Mahkamah Majistret Kuantan, Isnin lalu, terhadap enam lelaki yang terbabit memukul pemandu bas ekspres, pada 24 Disember lalu.*

               *PERMOHONAN Kerajaan Malaysia dan empat yang lain untuk membatalkan saman remaja yang kehilangan kepala zakar ketika berkhatan sembilan tahun lalu, akan diputuskan pada 7 Januari ini. Peguam Eliza Bakar yang mewakili remaja itu selaku plaintif ketika dihubungi berkata, tarikh itu ditetapkan Mahkamah Tinggi yang akan diputuskan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad.*

               *POLIS memburu dua individu yang dipercayai bersengkongkol dalam kegiatan mencuri basikal mewah di sekitar daerah ini hingga mangsa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit. Ia susulan daripada penangkapan seorang lelaki berusia 28 tahun pada 21 Disember lalu yang memaklumkan terdapat suspek lain turut terbabit dalam kegiatan itu.*

                *UMNO Sabah yakin kepimpinan baharu dengan kuasa autonomi yang diberikan oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) mampu membangkitkan semula parti itu di negeri ini. Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, berkata selain diberi autonomi penuh, UMNO Sabah juga kini hanya dikenali sebagai UMNO Sabah dan bukan lagi perhubungan, mulai tahun ini.*

               *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memberi amaran kepada orang ramai dan komuniti maritim supaya menghindari kawasan pantai di perairan pantai timur Semenanjung susulan amaran ribut tropika Pabuk. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, komuniti maritim disaran mengambil langkah keselamatan terhadap bot dan kapal masing-masing.*

               *DUA lelaki menyembunyikan barangan curi di tanah perkuburan Islam di Jalan Pandaruan, di Limbang. Taktik mereka terbongkar selepas suspek berusia 20 dan 40 tahun itu ditahan polis di belakang bangunan di Jalan Sungai Kudong, pada 30 Disember lalu. Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, selepas ditahan, suspek membawa polis ke tanah perkuburan berkenaan.*

               *PEMANDU pelancong warga Korea Selatan ditahan selepas didapati memiliki dadah jenis syabu dalam serbuan di sebuah kondominium di Kota Kinabalu, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, suspek berusia 40-an ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berdasarkan maklumat awam.*

               *KONTRAKTOR direman selepas dipercayai memukul isteri dan bapa mentua di rumahnya di Ayer Keroh Heights, Ayer Keroh, Isnin lalu. Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Dorismah Mohd Idris mengeluarkan perintah reman terhadap lelaki berusia 35 tahun itu selama dua hari bermula smlm.*

               *KUALA LUMPUR: “Saya terpaksa berhutang dan membuat beberapa kerja untuk membayar hutang rakan,” kata Hafis, 20-an, yang kerugian RM20,000 selepas terpedaya dengan tawaran tiket penerbangan murah didalangi seorang lelaki. Dia antara 47 individu yang berurusan dengan seorang bekas kakitangan sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang menawarkan harga tiket penerbangan ke beberapa negara sebelum lesap bersama wang yang dibayar ratusan mangsa bernilai lebih RM1 juta.*

                *LELAKI mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, smlm kerana mengugut mahu membunuh bekas anak saudaranya. Tertuduh, Baharuddin Neshather Abdullah, 56, dari Kampung Laut, Kuala Terengganu mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.*

               *DUA lagi individu ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes lelaki yang ditemui mati berlumuran darah dengan kesan tikaman dalam kereta di Taman Bandar Baru, di Sungai Petani, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner, Adzli Abu Shah berkata, salah seorang suspek adalah anak mangsa berusia 17 tahun yang ditahan di Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam.*

               *PENGANJUR acara sambutan tahun baru tanpa kelulusan di depan hotel di Lukut yang ditahan polis kelmarin, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, penganjur wanita berusia 36 tahun itu yang ditahan di Port Dickson, 9.45 malam kelmarin, dibebaskan selepas polis selesai mengambil keterangannya.*

               *AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta pejabatnya membuat laporan polis berhubung seorang penyamar yang mendakwa sebagai ‘pembantu MP Muar’ dan meminta komisyen 30 peratus. Menteri Belia dan Sukan itu berkata, laporan polis perlu supaya penyamar berkenaan dibawa ke muka pengadilan. Beliau berkata, pendiriannya berpegang kepada prinsip politik bersih daripada sebarang perbuatan salah laku seperti ini.*

               *SEMUA pihak diminta mendapatkan maklumat yang sahih berhubung pemecatan 25 imam kariah masjid di Perlis agar tidak terjerumus dalam kancah fitnah. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, urusan perlantikan imam dan penyambungan elaun adalah terletak di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).*

               *SEGELINTIR pengusaha restoran dan pemilik premis masih berdegil dengan meletakkan barang dagangan serta peralatan meniaga mereka di luar premis sehingga menghalang laluan pejalan kaki. Bertindak atas maklumat dan risikan yang dilakukan, sepasukan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke beberapa lokasi di ibu kota yang dikenalpasti sering melakukan kesalahan berkenaan, pagi semalam.*

               *PIHAK pendakwaan belum menyerahkan semua dokumen bagi perbicaraan kes pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta yang dihadapi bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid. Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad, memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, smlm, terdapat beberapa dokumen lagi yang belum diserahkan kepada peguam Hasanah, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.*

               *DUA sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Gajah smlm bagi pertuduhan bunuh dan melupuskan mayat rakan sekerja mereka dalam kejadian di Kampung Gajah, dekat Batu Gajah, dua minggu lalu. Tertuduh, Muhammad Noor Izwan Mat Zamin, 19, dan Mohamad Amier Amzar Mohd Aspar, 22, didakwa membunh Md Ovaidul, 32, warga Bangladesh yang bekerja di ladang lembu milik bapa Mohamad Amier Amzar.*

               *PENGEDAR dadah dikenali sebagai ‘Boy Sanpeng’, ditahan di Flat Sri Selangor, Jalan San Peng di Kuala Lumpur, kelmarin. Pada kejadian 1 tengah hari itu, lelaki berusia 41 tahun terbabit ditahan ketika sedang pelanggan tetapnya di parkir motosikal di kawasan berkenaan.*

               *DUA pegawai laut Jabatan Laut Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, smlm masing-masing atas dua pertuduhan meminta serta memperoleh rasuah dan bersubahat melakukan perbuatan itu, empat tahun lalu.*

               *SERAMAI 452 daripada 802 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Telupid, lebih 200 kilometer (km) dari Kota Kinabalu, belajar di bawah khemah sejak Jun tahun lalu. Difahamkan, sehingga sesi persekolahan baharu semalam, mereka juga terpaksa belajar di bawah khemah dalam keadaan hujan. NSTP difahamkan, ini susulan kerja pembaikan bangunan sekolah yang menempatkan bilik darjah yang rosak teruk akibat dipukul ribut, pada Jun lalu, masih belum siap.*

               *LELAKI ditahan selepas dipercayai mencuri RM13 dari tabung Masjid Ar Rahman di Kampung Padang Perahu, Jitra, dengan menggunakan dawai yang diubah suai, semalam. Dalam kejadian 11 pagi itu, suspek berusia 22 tahun terbabit ditahan selepas melakukan perbuatan berkenaan.*

               *MAJLIS Perbandaran Kuantan (MPK) mengesahkan kupon parkir yang berakhir pada tahun 2018 masih sah digunakan sehingga 31 Mac ini. Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Norkamawati Kamal berkata, pemegang kupon yang masih memilikinya tidak perlu bimbang kerana ia masih sah digunakan.*

               *Gua Musang: Hampir 100 anak Orang Asli di dua kampung Pos Lebir, tidak hadir pada hari pertama persekolahan semalam. Ibu bapa Orang Asli yang tinggal di Kampung Kuala Koh dan Aring 5 tidak mahu menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi dan tinggal di asrama sekolah itu. Penghulu Kampung Aring 5 Raina Anjang berkata, kedudukan SK Pasir Linggi dengan dua kampung itu sangat jauh dan kerana itu murid perlu tinggal di asrama.*

               *KIRIM dadah guna bas ekspres. Itu modus operandi satu sindiket pengedaran dadah bagi mengaburi mata pihak berkuasa, di Kuching, sejak dua tahun lalu. Taktik itu terbongkar selepas polis menahan dua suspek berusia 24 dan 25 tahun di sebuah rumah di Taman Hui Sing, jam 7.30 malam, kelmarin. Di situ, polis turut merampas dadah pelbagai jenis di bernilai RM3,450.*

               *Pasir Gudang: Orang ramai sekitar kawasan ini menyuarakan kebimbangan susulan pelaksanaan tatacara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Lapangan Terbang Seletar di Singapura yang berkuat kuasa smlm. Tinjauan di sekitar kawasan ini terutama di Kampung Tanjung Langsat di sini, mendapati rata-rata penduduk bimbang dengan jarak penerbangan kapal terbang terlalu rendah selain bunyi yang bising.*

               *Putrajaya: Dasar kerajaan yang menawarkan sehingga 60 peratus daripada keseluruhan penempatan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kepada golongan B40 pada tahun ini tidak akan menyebabkan lambakan pelajar di sekolah harian biasa. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu tidak menjadi isu kerana setiap sekolah mempunyai kuota kemasukan masing-masing.*

               *POLIS mengesahkan tiada bom ditemui dalam kereta Perodua Axia seperti didakwa pemilik kenderaan itu, di stesen minyak, di Pasir Mas, malam smlm. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, pemeriksaan polis dan unit pemusnah bom tidak menemui sebarang bahan letupan dalam kenderaan itu.*

               *SEBUAH klinik desa di Kampung Sijangkang, Kuala Langat, musnah dalam kebakaran, malam smlm. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang, Hafizie Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.34 malam berhubung kejadian berkenaan.*

               *AKIBAT menarik tali coli rakan sekerja kerana panggilannya tidak dipedulikan wanita itu, lelaki warga Nepal dijatuhi hukuman denda RM4,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, smlm.*

               *POLIS mengesahkan pekerja wanita warga Indonesia yang ditemui maut di bilik asrama pekerja di Jalan Reko, Kajang, kelmarin, berpunca akibat sesak nafas (asphyxia). Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah, berkata pernafasan mangsa terhenti selepas kain disumbatkan ke dalam mulut wanita itu.*

               *KERAJAAN Pulau Pinang memperkenalkan penggunaan teknologi sistem pengecaman wajah menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan tumpuan dalam usaha memerangi jenayah di negeri itu. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata teknologi itu adalah yang pertama digunakan di negara ini dan projek bernilai RM12 juta itu dilaksanakan secara berperingkat sejak Disember 2017.*

               *POLIS Kota Kinabalu menetapkan ‘zero’ laporan polis membabitkan disiplin murid dan pelajar sekolah di sekitar bandar raya ini bagi 2019. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, bagi tahun lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hanya menerima tujuh laporan polis membabitkan masalah disiplin pelajar.*

               *BETAPA luluhnya hati seorang ibu di Kota Bharu, apabila melihat pakaian dan kelengkapan sekolah yang dibeli tiga minggu lalu buat tiga anak perempuannya, hanya terbiar sepi dan tidak dipakai berikutan pemergian mereka. Ketiga-tiga permata hati Nur Syahida Abdullah, 35, itu meninggal dunia akibat lemas di Pantai Sura Tengah, Dungun, Terengganu, Ahad lalu.*

               *PEKERJA restoran di Seksyen 25, Shah Alam, ditampar di pipi kiri selepas menegur tiga pelanggan yang merokok di dalam premis itu. Kejadian 12.30 tengah hari itu berlaku pada hari pertama penguatkuasaan larangan merokok di restoran dan premis makanan, 1 Januari lalu. Bagaimanapun, mangsa yang berusia 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan berikutan tamparan itu tidak kuat.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *PARIS: Seorang wanita Perancis, Jeanne Calment, yang sebelum ini diiktiraf sebagai tertua dalam sejarah ketika meninggal dunia pada usia 122 dipercayai sebenarnya menipu dengan menggunakan identiti ibunya, dalam satu teori mengejutkan oleh penyelidik Russia.*
            *Dalam kajian oleh pakar matematik Nikolay Zak yang disokong pakar gerontologi (kajian usia) Valery Novoselov, Jeanne yang sebenar meninggal dunia pada 1934 akibat jangkitan paru-paru pada usia 59 tahun.*
         *Susulan itu, anaknya Yvonne mengambil alih identiti ibunya untuk mengelak cukai pusaka tinggi Perancis dan mendaftarkan namanya sebagai si mati lapor Fox News.*
         *Novoselov memberitahu AFP, dia sudah lama meragui usia sebenar ‘Jeanne’ kerana melihat wanita itu mampu duduk tanpa sebarang sokongan selain tidak langsung menunjukkan tanda demensia.*

           *BEIJING: Populasi China susut tahun lalu, untuk kali pertama sejak 70 tahun lalu, kata pakar sambil memberi amaran ‘krisis demografi’ itu memberi tekanan kepada ekonomi negara terbabit yang kian perlahan.*
          *Selama berdekad-dekad, negara paling ramai penduduk di dunia itu mengehadkan setiap keluarga kepada seorang anak sahaja dalam percubaan untuk memastikan pertumbuhan penduduk berdaya tahan.*
         *Namun, sejak 2016, China yang mempunyai 1.4 bilion penduduk membenarkan pasangan di negara itu mempunyai dua anak sebagai tindak balas terhadap kebimbangan masyarakat semakin berusia dan tenaga kerja yang semakin susut.*

           *BANGKOK: Berpuluh ribu pelancong meninggalkan pulau peranginan Thailand termasuk Koh Phangan dan Koh Tao selepas Ribut Tropika Pabuk diramal membadai dengan membawa hujan lebat, angin dan ombak setinggi tujuh meter, kata pihak berkuasa hari ini.*
           *Sejak semalam, pulau-pulau yang menjadi tumpuan pelancong bersempena cuti Krismas dan Tahun Baru mula dikosongkan susulan perkembangan fenomena itu.*
          *Ribut tropika Pabuk yang pertama kali membadai di luar musim monsun sejak 3 tahun lalu, diramal membadai Koh Phangan, Koh Tao dan Koh Samui malam esok sebelum melalui tanah besar.*

           *Manila: Jumlah kematian akibat tanah runtuh dan banjir di tengah Filipina yang dicetuskan tekanan rendah tropika meningkat kepada 85 orang dan 20 lagi masih hilang, kata pegawai semalam yang memberitahu pasukan penyelamat sukar tiba ke penempatan yang terputus hubungan.*
          *Pengarah eksekutif agensi bencana kebangsaan, Ricardo Jalad berkata, kebanyakan mangsa termasuk kanak-kanak terbunuh apabila rumah mereka ditimbus tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat selama beberapa hari di beberapa wilayah di tengah Filipina.*
          *”Jika kami tidak menemui mangsa yang hilang atau mereka ditemui sudah mati, jumlah kematian menjadi 105. Kami harap ia tidak berlaku,” katanya.*

         *BEIJING: Kekangan beragama dan penganiayaan terhadap umat Islam di China berterusan apabila pihak berkuasa menutup tiga masjid ‘haram’ milik etnik Hui di wilayah Yunnan dalam operasi ‘agama tidak sah.’*
          *Pegawai di Biro Keselamatan Awam Daerah Weishan dan Balai Polis Weishan Yongjian, enggan mengulas mengenai kemungkinan umat Islam ditahan atau masjid terbabit dimasukkan dalam senarai untuk dirobohkan.*
          *Menurut laporan South China Morning Post, dalam kenyataan disiarkan melalui Weibo Sabtu lalu, pihak berkuasa menyatakan masjid berkenaan dibina tanpa kebenaran dan melakukan ‘pendidikan agama secara haram’ bertentangan dengan garis panduan negara.*

          *ROME: Pencuri menggunakan penggali mekanikal untuk memecahkan van berperisai di lebuh raya di selatan Itali dan melarikan diri dengan wang tunai berjumlah lebih dua juta euro (RM9.5 juta).*
             *Van keselamatan biru itu meninggalkan bandar raya Bari dan membawa wang pencen untuk diagihkan di pejabat pos di Matera apabila ia disekat di jalan oleh dua lori.*
         *Dua penggali kemudian mengopak kenderaan itu, menggunakan peralatan mekanikal seperti pembuka tin untuk mencuri wang berkenaan.*
          *Lori itu kemudian dibakar ketika mereka melarikan diri dengan wang rompakan dengan kereta yang menunggu.*

           *BEIJING: Seorang laksamana Tentera Laut China, Luo Yuan memberi amaran bahawa tentera negaranya mampu menenggelam kapal perang tentera laut Amerika Syarikat (AS) termasuk kapal pengangkut pesawat.*
             *Luo berkata, tindakan menenggelamkan kapal tentera laut AS itu akan menyelesaikan banyak pertikaian perairan di wilayah Laut China Selatan.*
          *”Apa yang AS paling takuti adalah kehilangan anggota tenteranya,” katanya.*
           *News Corp Australia Network melaporkan, Luo mengeluarkan komen itu dalam satu ucapan mengenai hubungan China dan AS pada 20 Disember lalu.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *“SAYA minta maaf kerana duduk di kerusi kantin sekolah pada waktu rehat. Ini memang salah dan saya tidak akan mengulanginya,” kata R Inthumathi, 37.*
           *Suri rumah itu berkata, dia tidak menyedari perbuatannya menafikan hak murid yang sepatutnya menggunakan kerusi dan meja makan ketika waktu rehat.*
           *”Saya berniat menemani anak saya berusia tujuh tahun, K Ravindran, untuk membantunya menguruskan diri di sekolah, tetapi dalam masa sama saya tidak sedar tindakan itu menyebabkan ada murid tak dapat duduk.*
            *Terdahulu, isu itu tular di media sosial apabila orang ramai mempertikaikan tindakan ibu bapa dan penjaga yang mengambil hak murid untuk duduk di kerusi serta meja kantin sekolah pada waktu rehat.*

          *TIADA pergaduhan besar yang berlaku di flat sekitar kawasan Salak Selatan, Kuala Lumpur, awal malam smlm, seperti yang digembar-gemburkan dan tersebar di WhatsApp dan laman sosial.*
        *Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, kekeliruan timbul kerana kehadiran ramai anggota polis di lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kejadian.*
          *”Tiada pergaduhan besar seperti yang tular di WhatsApp sejak malam smlm dan ia juga tidak membabitkan rusuhan atau pergaduhan antara kaum. Ia sebaliknya hanya insiden yang membabitkan dua individu sahaja.*

          *KEMENTERIAN Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menegaskan berita berkaitan asteroid bakal menghentam bumi pada 1 Februari ini sebagai tidak benar.*
         *ANGKASA dalam satu kenyataan berkata, asteroid yang dimaksudkan itu diberi gelaran 2002NT7 dijumpai oleh NASA pada 2002.*
         *”NASA sudah membuat pengiraan berdasarkan teori astronomi bahawa asteroid terbabit akan menghentam bumi pada 1 Februari ini dengan kebarangkalian kurang daripada satu peratus (%).*
          *“Oleh itu, orang ramai tidak perlu gusar atau bimbang berkaitan perkara ini. Selain itu, orang ramai diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan berita yang tular dan lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat,” katanya.*

           *KEMENTERIAN Kesihatan menegaskan larangan merokok di tempat makan bukan bersifat ‘hangat-hangat tahi ayam’ atau bermusim sebagaimana digusarkan oleh orang ramai di media sosial.*
            *Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penguatkuasaan larangan berkenaan yang berkuatkuasa 1 Januari lalu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat maju yang penuh bertamadun menjelang 2020.*
          *”Masih terlalu awal untuk katakan kempen ini berjaya sebab baru tiga hari dilaksanakan, tetapi saya percaya jika berterusan, ia mencapai hasrat kerajaan selama ini.*

           *PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) smlm membuka tempahan untuk model terbaharunya, Perodua Aruz, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) tujuh tempat duduk yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.*
            *Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, model baharu itu ditawarkan menerusi dua varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance dengan anggaran harga antara RM72,200 dan RM77,200.*
       *Katanya, SUV itu juga menampilkan lima pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu, Amazon Green.*

          *SELEPAS 37 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan, guru besar sebuah sekolah di Langkawi menamatkan kerjaya dengan penuh gaya apabila diarak menaiki kereta klasik jenis Limosin Chrysler 300.*
           *Abdul Razak Jusoh, 60, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Negeri, jelas sayu dan sebak ketika melambaikan tangan ke arah kira-kira 1,000 murid dan guru sambil menaiki kenderaan itu.*
            *Terdahulu, Abdul Razak yang berasal dari Jitra, turut memeriksa perbarisan pasukan beruniform sekolah dan diarak sejauh 50 meter diiringi paluan gendang.*

          *HALAU sihir, penawar kanser dan menyembuhkan semua penyakit selain mati.*
          *Itu sebahagian daripada khasiat palsu yang diletakkan pada label produk makanan kesihatan bagi melariskan jualan.*
           *Kewujudan produk-produk kesihatan auta itu ditemui ketika serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang di premis perniagaan di Bandar Perda, di Bukit Mertajam, smlm.*
            *Berdasarkan botol yang dilabel ‘madu tualang as sunnah’ itu, pengeluarnya mendakwa madu itu adalah penawar bagi segala penyakit kecuali mati.*

           *Sydney: Pertunjukan bunga api besar-besaran di Sydney sempena 2019 yang memukau penonton di seluruh dunia malangnya mempunyai satu kecacatan apabila tersilap mempamerkan tahun disambut.*
            *Lebih 1.5 juta orang membanjiri pelabuhan di bandar terbesar Australia itu tanpa mengendahkan hujan lebat untuk menyaksikan persembahan gilang-gemilang yang menggunakan 8.5 tan bunga api serta membabitkan lebih 100,000 piroteknik, namun ucapan yang disuluh pada jambatan Pelabuhan Sydney tertulis ‘Selamat Tahun Baru 2018!’ lapor The Metro.*
          *Gambar kesilapan itu dikongsikan di media sosial dan mengundang pelbagai komen seloroh pengguna nternet.*
          *Seorang pengguna Twitter dipetik Channel News Asia berkata: “Menurut Sydney tahun ini masih 2018, jadi baiklah saya tidur saja.”*
                 

*ARENA*
========


           *NEWCASTLE, United Kingdom: Ole Gunnar Solskjaer menyertai Matt Busby dalam buku rekod Manchester United ketika pasukannya menang 2-0 di Newcastle awal pagi smlm dan mengakui dia tidak mahu meninggalkan kelab itu pada musim panas.*
           *Pengurus sementara United itu mengetuai pasukan hingga penamat musim sebelum dia dijadualkan kembali ke kelab Norway, Molde, dan kini menang semua empat perlawanan awal.*
           *Dalam sejarah United, hanya pemain ikon dan legenda kelab, Busby mencipta pencapaian itu dan Solskjaer meraikannya dengan penyokong yang turut ke gelanggang lawan selepas gol Romelu Lukaku dan Marcus Rashford memastikan kemenangan.*

           *LONDON: Son Heung-Min memohon maafapabila komitmen antarabangsa dalam kempen Piala Asia 2019memaksanyameninggalkan Tottenham yang hangat memburu trofi Liga Perdana Inggeris.*
            *Son mungkin berada pada prestasi terbaik kariernya, meledak lapan gol dalam sembilan perlawanan terakhir untuk membantu Spus melonjak kedudukan kedua selain muncul antara pilihan menjuarai liga.*
           *Dia akan beraksi satu lagi perlawanan –menentang Manchester United pada 13 Januari ini sebelum menggalas tanggungjawab antarabangsa di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).*
            *Spurs mungkin terpaksa melupakan khidmatnya untuk lima perlawanan jika Korea Selatan mara hingga ke pentas final di Abu Dhabi pada 1 Februari.*

           *DOHA: Novak Djokovic mengakui dia terpaksa berjuang selepas ketinggalan set pertama sebelum menewaskan pemain nombor 36 dunia dari Hungary, Marton Fucsovics di Terbuka Qatar, awal pagi smlm.*
           *Pemain nombor satu dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum menang 4-6, 6-4, 6-1 dan mengakui lawannya itu hampir memenangi perlawanan.*
         *”Pada dua set pertama dia pemain lebih baik,” kata juara dua kali Terbuka Qatar itu.*
         *”Marton bermain dengan mantap, bijak tukar rentak dengan kepantasan bola dan memaksa saya bergerak seluruh gelanggang.*

           *TURIN: Pengarah Juventus Fabio Paratici berkata, mereka memantau penuh minat situasi perpindahan Aaron Ramsey dengan pemain tengah itu dijangka meninggalkan Arsenal dengan yuran percuma.*
            *Arsenal memilih untuk tidak menyambung kontrak pemain Wales itu yang tamat penghujung musim ini sekali gus menarik minat beberapa kelab ternama Eropah termasuk Bayern Munich, Juve dan Chelsea.*
           *Paratici berkata, Juventus menyedari mereka perlu menghadapi saingan kelab lain.*

           *AUCKLAND: Pilihan utama Caroline Wozniacki tersingkir pada pusingan kedua kejohanan Klasik Auckland WTA smlm selepas tewas dalam dua set di tangan pemain Kanada berusia 18 tahun, Bianca Andreescu.*
           *Ia satu tamparan hebat buat bintang Denmark, Caroline yang mahu beraksi sebanyak mungkin di Auckland dalam persiapan untuk mempertahankan mahkota kejuaraan Terbuka Australia.*
           *Dia tunduk 4-6, 4-6 kepada pemain remaja Kanada itu yang menghuni ranking ke-152 dunia dan terpaksa mengharungi pusingan kelayakan sebelum layak ke undian utama.*

           *KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) perlu menampung kos besar yang boleh mencecah hingga AS$25,000 (kira-kira RM103,000) bagi membawa kes pemain tengah Akhyar Rashid ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).*
         *Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah berkata, jumlah anggaran itu termasuk pengangkutan, hotel dan kos perbelanjaan lain termasuk yuran untuk perbicaraan kes.*
         *”Pertama sekali KFA kena kumpul semua bukti yang mereka ada. Bagi prosedur dengan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), yang terakhir adalah (keputusan jawatankuasa) rayuan.*

          *KUALA LUMPUR: Bekas penjaring terbanyak Liga Thailand, Diogo Luis Santo melengkapkan kuota pemain import kelima juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).*
           *Berita Santo menyertai skuad Harimau Selatan disahkan Pengarah Sukan JDT, Martin Prest dalam satu kenyataan di Facebook rasmi kelab itu, JOHOR Southern Tigers hari ini.*
         *Prest menjelaskan JDT yang juga juara Liga Super lima kali berturut-turut tertarik terhadap penyerang itu ketika perlawanan persahabatan dengan bekas pasukan Santo, Buriram United pada 2017.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2019 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 5/1/2019 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 4 Jan. – PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mungkin tidak memahami fungsi Persekutuan apabila memberi kenyataan tentang kerajaan pusat yang ditadbir PH. Semasa pembentukan Persekutuan berdekad lalu, sudah ditetapkan senarai apa yang dikuasai oleh kerajaan Pusat dan apa yang dikuasai kerajaan negeri.

2.  PUTRAJAYA 4 Jan. - Penetapan harga runcit produk petroleum dilaksanakan secara mingguan mulai 12 tengah malam ini dengan harga RON95 serta RON97 diturunkan sebanyak 27 sen menjadi RM1.93 dan RM2.23 seliter, manakala harga diesel turun enam sen menjadi RM2.04 seliter. Harga runcit produk petroleum akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

3.  KOTA BHARU 4 Jan. – YDP Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, di sini.Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut MB Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Mufti negeri, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri.

4.  KUALA LUMPUR 4 Jan. - Gara-gara lupa mengisi minyak kerana asyik berbual di telefon, pelawak Zizan Razak tersadai di tepi lebuh raya kerana minyak keretanya kering. Dalam kejadian yang berlaku malam tadi, Zizan berkata, kecuaiannya yang sibuk bercakap telefon menyebabkan dia terlepas stesen minyak sehingga keretanya tersadai.

5.  WASHINGTON 4 Jan. - Demokrat yang kini menguasai Dewan Perwakilan AS dilihat tidak membuang untuk 'melancarkan kuasa baharu' mereka apabila meluluskan undang-undang yang disokong Speaker, Nancy Pelosi untuk menamatkan krisis penutupan operasi atau 'shutdown' sebahagian agensi kerajaan. Perkara itu dilakukan sambil mengabaikan tuntutan Presiden Donald Trump untuk pembinaan tembok sempadan AS-Mexico sebanyak AS$5 bilion (RM20.6 bilion).

6.  LONDON 4 Jan. - Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Gatwick dan Heathrow akan menempatkan sistem pertahanan anti dron gred tentera bernilai berjuta-juta pound selepas peranti itu menyebabkan gangguan selama tiga hari di Gatwick, bulan lalu.

7.  JAKARTA 4 Jan. - Seorang anggota polis wanita di Makassar dipecat selepas gambar swafotonya tular dalam media sosial. Detik News melaporkan, hasil siasatan mendapati gambar swafoto anggota polis yang dikenali sebagai Dewi itu disebarkan oleh seorang tahanan di sebuah penjara di Lampung.

8.  MELAKA 4 Jan.  - Sebuah pondok menempatkan kaunter bayaran letak kereta yang baru dibina di Taman Nirwana, Jalan Klebang Besar di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi ini. Kebakaran melibatkan pondok berukuran 1.8 meter x 1.8 meter dibina syarikat swasta dan diuruskan oleh MBMB itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam.

9.  OTTAWA 4 Jan. - Seramai 13 warga Kanada telah ditahan di China selepas penahanan Eksekutif Kanan Huawei pada 1 Disember tahun lalu, di sini hari ini. Bagaimanapun, lapan yang ditahan telah dibebaskan selepas itu. Mereka yang ditahan termasuk bekas diplomat, Michael Kovrig dan konsultan Michael Spavor ditahan kerana didakwa mengancam keselamatan negara pada 10 Disember lalu.

10.  PUTRAJAYA 4 Jan. – JBPM telah membuat persiapan yang sewajarnya untuk menghulurkan bantuan kecemasan di Pahang, Terengganu dan Kelantan yang dilanda Ribut Siklon Tropika. Semua negeri melalui Pusat Gerakan Operasi (PGO) juga diarahkan supaya memantau kesiapsiagaan anggota dan aset jabatan termasuk kenderaan darat, air dan udara dalam keadaan baik.

11.  PUTRAJAYA 4 Jan.- Tabung Wira Merah JBPM yang dilancarkan sejak 9 Oktober hingga 31 Disember tahun lalu berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM393, 802. Jabatan itu mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan sumbangan untuk enam anggota yang terkorban semasa menjalankan tugas di Lombong Taman Putra Perdana Puchong, Selangor pada 3 Oktober lalu.

12.  KUALA TERENGGANU 4 Jan. - Berkuatkuasa 23 Disember lalu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) membuat pelantikan baharu melibatkan kepemimpinan tertinggi jabatan itu selain PPD dan pengetua sekolah. Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, pelantikan itu bagi mengisi kekosongan jawatan sekali gus menggantikan para pegawai yang bersara.

13.  PETALING JAYA 4 Jan. - Seorang perekrut pelajar warga Yemen didakwa memandu secara merbahaya hingga menyebabkan kematian seorang peragut dua tahun lalu di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Tertuduh, Mohammed Shawqi Ahmed Zawqari, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas tuduhan tersebut.

14.  TAWAU, 4 Jan - FAMA merancang untuk menambah 29 lagi Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) di seluruh negara pada tahun ini, kata Pengerusinya, Ishak Ismail. Menurut beliau sehingga November tahun lepas terdapat 339 GBBS di seluruh negara dengan nilai jualan untuk tahun lepas sehingga November mencecah RM110 juta.

15.  SEREMBAN, 4 Jan - Tapak pasar pagi di Kampung Baru Rahang akan dijadikan sebagai tapak perniagaan kekal memandangkan ia berada di lokasi yang strategik dengan sejarah kewujudannya yang telah beroperasi sejak 30 tahun yang lalu. Exco negeri, Teo Kok Seong berkata bagi peniaga yang tidak mempunyai lesen, pihaknya akan membantu bagi proses permohonan lesen.

16.  KUALA LUMPUR, 4 Jan - Keputusan menamatkan perkhidmatan 25 imam masjid di Perlis dan menukar 10 lagi ke khariah lain pada Khamis tidak melibatkan kerajaan pusat kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu. Menteri di JPM Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata buat masa ini kerajaan pusat tidak akan campur tangan dan menghormati keputusan yang diambil.

17.  MIRI 4 Jan - Penduduk Sarawak, khususnya di wilayah utara negeri ini diingatkan agar sentiasa peka dan berwaspada terhadap perubahan cuaca yang agak ekstrem sejak kebelakangan ini. Malah, penduduk rumah panjang yang berada di lokasi sering dilanda banjir perlu membuat persiapan awal bagi menghadapi kemungkinan bencana alam itu berikutan cuaca tidak menentu ketika ini.

18.  PASIR GUDANG 4 Jan - Beberapa pesawat ringan dan kapal terbang dilihat berlegar di ruang udara Malaysia sebelum mendarat di Lapangan Terbang Seletar susulan penguatkuasaan tatacara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS), bermula semalam. Lapangan terbang itu yang digunakan untuk pesawat kargo dan pesawat persendirian terletak betul-betul di tepi Selat Johor menghadap Pelabuhan Johor, dekat sini.

19.  Kuala Lumpur: Kerajaan semalam melakukan rombakan besar-besaran dalam pentadbiran awam membabitkan pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat sembilan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dan tiga Ketua Pengarah. Semua mereka menerima watikah pelantikan daripada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ismail Bakar di Jabatan Perdana Menteri.

20.  ALOR SETAR 4 Jan - Kawasan utara di negeri ini terutamanya di Pulau Langkawi dijangka menerima tempias daripada ribut tropika Pabuk, mulai esok. Pengarah APM Kedah, Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacob, berkata berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ribut itu dijangka melanda pulau itu bermula jam 2 petang.

21.  CAMERON HIGHLANDS 4 Jan - Kementerian Kesihatan sedang meneliti cadangan untuk mengurangkan kadar nikotin dalam rokok sebagai usaha mengurangkan ketagihan di kalangan perokok meskipun menyedari ia mendapat tentangan daripada industri berkaitan. Cadangan itu membabitkan usaha menurunkan kadar nikotin dalam rokok yang ada sekarang kepada tahap lebih rendah iaitu antara 0.3 hingga 0.5 miligram (mg) bagi setiap gram tembakau yang digunakan dalam rokok.

22.  KUALA LUMPUR 4 Jan. - Mahkamah Seysen di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dibicarakan bersama.

23.  JOHOR BAHRU 4 Jan. - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan polis selepas disyaki mencuri duit tabung masjid di Rumah Pangsa Kulai, dekat sini semalam. KPD Kulai, Supt. Tok Beng Yeow berkata, dalam kejaian pada pukul 9.30 pagi itu, suspek berkenaan cuba menyembunyikan diri di belakang langsir.

24.  PASIR PUTEH 4 Jan. - Keluarga pelajar kurang upaya di Kampung Gong Tengah, Semerak, dekat sini, memerlukan bantuan bagi membolehkan anak sulungnya meneruskan persekolahan. Keluarga miskin lima beranak ini tinggal di sebuah rumah yang pada awalnya adalah reban ayam organik yang gagal diusahakan sejak lima tahun lalu.

25.  KEMAMAN 4 Jan. - Pejabat Kesihatan daerah ini mengeluarkan 136 notis amaran di premis makanan yang masuk hari ketiga penguatkuasaan larangan merokok, hasil lawatan ke 230 premis di daerah ini semalam. Pegawai Kesihatan daerah, Dr. Mohd. Anuar Abd. Rahman berkata, dalam tempoh itu juga sebanyak 234 risalah dan nasihat kepada individu turut diberikan.

26.  PERMATANG PAUH 4 Jan. - Naib Presiden PKR yang dipilih oleh Presiden, Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali perlu memahami kedudukan masing-masing dalam menjalankan tugas agar tidak berlaku pergolakan di dalam parti itu seperti yang diramalkan banyak pihak. Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, Mohamed Azmin dan Rafizi juga perlu bijak menilai situasi sebenar di sebalik perlantikan berkenaan.

27.  PUTRAJAYA 4 Jan.- Sebanyak 961 bekas kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bukan sahaja mendapat peluang penempatan kerja, tetapi juga pampasan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM23 juta sebagai pampasan kepada semua kakitangan terlibat.

28.  KUALA LUMPUR 4 Jan. – PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai apa-apa perkembangan YDP Agong, Sultan Muhammad V berhubung khabar angin mengenai peletakan jawatan Seri Paduka sebagai YDP Agong. Setakat ini apa yang diketahuinya ialah Sultan Muhammad V masih mengekalkan jawatannya.

29.  PULAU PINANG 4 Jan. - Orang ramai khususnya pelancong dinasihatkan menjauhi serta tidak melakukan sebarang aktiviti di kawasan pantai negeri ini termasuk di pusat peranginan Batu Feringghi di sini. Pengarah APM negeri, Kolonel (PA) Pang Ah Lek berkata, perkara itu berikutan keadaan angin kencang dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam yang sedang melanda kawasan pantai negeri ini ketika ini.

30.  KUALA LUMPUR 4 Jan. – PH meletakkan semula bekas calonnya di Parlimen Cameron Highlands dalam PRU-14 lalu, M. Manogaran bagi bertanding dalam PRK Parlimen tersebut pada 26 Januari ini. Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, PH yakin akan memenangi pilihan raya tersebut dan merampasnya daripada BN walaupun bakal menerima tentangan calon lain.

31.  BUKIT MERTAJAM 4 Jan. - Dua lelaki yang sedang asyik meleraikan motosikal yang dicuri mereka berjaya ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Permatang Rawa di sini semalam. Tangkapan kedua-dua lelaki itu pada pukul 4 petang semalam juga dipercayai dapat menyelesaikan kes kecurian sebuah motosikal jenis Honda yang dilaporkan hilang di Permatang Pauh, Rabu lalu.

32.  KUALA LUMPUR 4 Jan. - Malaysia mencatatkan jumlah dagangan bernilai RM162 bilion meningkat RM5 bilion atau 3.2 peratus untuk November 2018 berbanding setahun lalu. Bagi bulan tersebut, Malaysia merekodkan nilai eksport sebanyak RM84.79 bilion, berkembang 1.6 peratus tahun ke tahun manakala import meningkat lima peratus kepada RM77.24 bilion.

33.  PUTRAJAYA 4 Jan. - Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah akan mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatnya dari Singapura, Vivian Balakrishnan bagi membincangkan isu pertikaian pada 8 Januari ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, isu yang dibincangkan antaranya membabitkan tatacara ILS Lapangan Terbang Seletar dan pencerobohan perairan Pantai Tuas.

34.  PUTRAJAYA 4 Jan. - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pelantikan Raja Azmi Raja Nazuddin sebagai CEO MAHB yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa serta-merta. Pelantikan itu dibuat selepas mendapat kelulusan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Raja Azmi sebelum ini telah memangku jawatan tersebut selama enam bulan iaitu bermula 23 Jun tahun lalu.

35.  KUALA LUMPUR 4 Jan - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedia menerbangkan pesawat ke Sudan bagi membawa pulang 105 penuntut Malaysia yang terkandas di Khartoum, Sudan. Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, berkata pihaknya juga memantau perkembangan situasi di Sudan.

36.  KUALA TERENGGANU 4 Jan – Petronas mengaktifkan Pasukan Respons Kecemasan berikutan kemudahan aset luar pesisir syarikat itu di Semenanjung Malaysia dilanda ombak yang tinggi dan angin kencang susulan ribut tropika Pabuk. Bagaimanapun, menurutnya keadaan adalah terkawal dan semua kakitangan selamat.

37.  KUALA LUMPUR 4 Jan. - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan menipu kakak kandungnya sendiri dengan menyamar sebagai ah long sehingga mangsa kerugiaan kira-kira RM61,000, Disember lalu. Johari Mokhtar, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A. Raof.

38.  LUMUT 4 Jan. - Pengusaha pelancongan di daerah ini diingatkan supaya meneliti cuaca dan memahami keadaan laut bagi mengelak kejadian tidak diingini susulan amaran ribut tropika Pabuk. Pengerusi J/kuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, pengusaha pelancongan yang terlibat ialah di Pantai Teluk Senangin, Pantai Teluk Batik dan Pulau Pangkor.

39.  WASHINGTON 4 Jan. - Amerika Syarikat memberi amaran kepada warganya yang berkemungkinan dikenakan tindakan arbitrari ketika melawat ke China berikutan penahanan beberapa warga Kanada sebelum ini. Jabatan Negara dalam nasihat pelancongan mengekalkan bahawa warga AS perlu ‘meningkatkan kewaspadaan’ di China.

40.  PUTRAJAYA 4 Jan. - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menawarkan kekerapan penerbangan 14 kali seminggu dengan 2,520 tempat duduk menerusi dua laluan baharu Kota Kinabalu-Sibu dan Kota Kinabalu-Bintulu bermula 1 Januari lalu. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Sieww Fook berkata, perkembangan itu merupakan hasil perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Airsia yang ditandatangani hari ini.

41.  PULAU PINANG 4 Jan. - Kemalangan melibatkan penggunaan tayar celup di negara ini disifatkan pada tahap membimbangkan selepas lebih 10,000 kes dicatatkan berlaku setiap tahun. Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, angka itu adalah sesuatu yang mengejutkan kerana secara puratanya, sebanyak 30 kes kemalangan membabitkan penggunaan tayar celup berlaku setiap hari.

42,  ALOR GAJAH 4 Jan. - Polis daerah ini menahan 22 individu termasuk 17 PATI yang menjadikan sebuah calet di Pengkalan Balak dekat sini sebagai 'port' transit keluar masuk, dalam serbuan bersepadu baru-baru ini. Kejayaan tersebut hasil risikan dan operasi bersama PDRM, Maritim Malaysia Melaka/Negeri Sembilan dan Jabatan Imigresen yang menyerbu premis itu pada pukul 12 tengah hari 29 Disember lalu.

43.  CHENNAI 4 Jan. - Gara-gara memotong kek dengan parang ketika sambutan hari jadi, seorang penghantar makanan ditahan polis, semalam. Lelaki itu ditahan di rumahnya di Annaur berhampiran Avadi, selepas rakaman video berdurasi 46 saat menjadi tular dalam laman sosial baru-baru ini. Tangkapan terhadap M. Krishnamurthy dilakukan mengikut Akta Senjata.

44.  SHAH ALAM 4 Jan. - Hobi memancing dua sahabat bertukar tragedi apabila seorang daripadanya lemas selepas bot dinaiki karam dipukul ombak dalam kejadian berhampiran Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Kapar di sini petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi, Syed Noor Masadi, 51, lemas manakala rakannya, Amir Hamzah Mohd. Jani, 55, berjaya menyelamatkan diri selepas berpaut pada tong minyak.

45.  WASHINGTON 4 Jan. - Kajian terbaharu yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik AS mendedahkan pesakit lelaki yang mengidap kanser otak lebih cenderung mati awal berbanding pesakit wanita. Meskipun punca sebenar masih kurang jelas, tetapi para penyelidik percaya corak perkembangan sel kanser yang berbeza mengikut jantina menjadi penyumbang utama kepada berlakunya fenomena itu.

46.  IPOH 4 Jan. - Sijil pengesahan halal restoran di tingkat bawah sebuah hotel di Taiping ditarik balik untuk tindakan lanjut selepas didapati menyediakan menu berasaskan daging babi. Perkara itu dikesan dalam Operasi bersepadu Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kerjasama KPDNHEP Taiping, semalam.

47.  CAMERON HIGHLANDS 4 Jan. - Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan saman RM500 terhadap pelanggan yang melakukan kesalahan pertama dengan merokok di kawasan larangan merokok di premis makanan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

48.  MANILA 4 Jan. - Polis menembak mati bekas Datuk Bandar dan adiknya dalam operasi antidadah di Maguindanao, selatan Filipina hari ini.  Berdasarkan laporan awal polis, bekas Datuk Bandar Parang, Talib Abo dan abangnya melepaskan tembakan terhadap anggota keselamatan yang mahu menyerahkan waran geledah pada awal pagi tadi.

49.  KUALA LUMPUR 4 Jan. - Penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan yang bermula sejak empat hari lalu ternyata menerima respons positif banyak pihak. Kesan larangan itu telah mula dirasai pengusaha premis makanan. Mereka terutama kedai kopi telah kehilangan kira-kira 15 peratus pelanggan dalam kalangan perokok sejak Selasa lalu.

50.  KUCHING 4 Jan. - Pelajar sekolah menengah yang positif dadah di Sarawak setakat Okt 2018 mencatatkan jumlah yang tertinggi di Malaysia kata Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah. Beliau berkata, hasil daripada pemeriksaan saringan air kencing di 191 buah sekolah di kawasan berisiko tinggi, sejumlah 301 pelajar didapati positif dadah.

51.  KUALA LUMPUR 4 Jan. - Mesej tular di aplikasi WhatsApp mengenai kehilangan seorang kanak-kanak perempuan selepas sesi persekolahan terjawab apabila murid tahun satu itu rupa-rupanya salah menaiki bas sekolah. KPD Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata, kanak-kanak tersebut, Fudzla Suraya Mohd. Fairul, 7, sepatutnya menaiki bas Milah 1 namun dia tersalah naik bas Milah 2.

52.  KANGAR 4 Jan. - Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dianggap pembohong dan pengecut kerana tidak menyatakan punca sebenar seramai 25 orang imam dipecat di seluruh negeri ini pada Selasa lalu. Perkara itu dinyatakan seramai 150 orang ahli jemaah Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Kg. Guar Syed Alwi di sini, yang berhimpun secara aman bagi membantah pemecatan imam di masjid itu, selepas solat Jumaat hari ini.

53.  KUALA LUMPUR 4 Jan.- Mencuit hati. Itu reaksi majoriti warganet terhadap video PM Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali untuk berswafoto bersama-sama. Aksi spontan swafoto yang dikongsi di Facebook Kelab Che Det itu ternyata mengelikan hati netizen terhadap telatah kedua-dua mereka yang kini berusia mencecah 94 tahun.

54.  KUNAK 4 Jan. - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda di Jalan Pekan Kunak, semalam. Pemangku KPD Kunak ASP Wee Devets Tan berkata kejadian itu berlaku kira-kira 4 petang semasa mangsa dalam perjalanan menuju ke Pekan Kunak.

55.  KOTA BHARU 4 Jan. - Kakitangan awam wanita yang berkhidmat dengan kerajaan Pas Kelantan terutama di Kompleks Kota Darulnaim diberi peringatan supaya tidak berpakaian ketat, berwangian dan berhiasan melampaui batas. MB, Datuk Ahmad Yakob berkata, pematuhan kepada aspek pemakaian yang selari dengan garis panduan Islam adalah sebahagian ciri-ciri profesionalisme atau ‘ihtirafi’ yang menekankan kepada akhlak dan integriti.

56. PASIR MAS 4 Jan. - Kegembiraan tiga beradik yang baharu sahaja memulakan sesi persekolahan 2019 pada Selasa lalu bertukar duka apabila rumah mereka di Kg. Lemal, belakang SMK Tengku Panglima Raja di sini terbakar semalam. Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, Fatin Aina Syazwani Majid, 16; Nurin Emiliyana Tasha, 12; dan Mohd Zarif Darwish, 6, tidak dapat menyelamatkan barangan sekolah mereka kerana api marak dengan begitu cepat.

57.  KUALA LUMPUR 4 Jan. - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa kerajaan membentangkan Akta Sabotaj Ekonomi dalam persidangan Parlimen yang akan datang sebagai usaha agar tiada mana-mana kontrak kerajaan disalahgunakan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Yazid Othman.

58.  BATU PAHAT 4 Jan. - Empat suspek yang bertindak menyamun dan mencabul seorang pekerja sebuah hotel di Ayer Hitam di sini awal pagi Rabu lalu kini diburu polis. Timbalan KPD Batu Pahat, Supt. Razali Mohd. Tahir berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

59.  KUALA TERENGGANU 4 Jan. - Keadaan angin kencang dan ombak bergelora akibat tempias ribut tropika Pabuk yang membadai Terengganu sejak kelmarin beransur pulih hari ini. Tiada lagi angin kencang dikesan buat masa ini di samping ketinggian ombak di luar pantai yang direkodkan antara 1.15 meter dan dijangka kembali normal dalam tempoh 24 jam akan datang.

60.  KUALA LUMPUR 4 Jan. - Seorang pemandu Grab wanita berdepan situasi mencemaskan apabila pelanggannya melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam kenderaannya, Selasa lalu. KPD Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah berkata, mangsa menerima pelanggan warga India pada pukul 6.30 pagi di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang meminta untuk dihantar ke Taman Subang Damai, Shah Alam.

BERITA SUKAN:

1.    KUALA LUMPUR 4 Jan. - Manchester City membuktikan mereka belum lagi berputus-asa mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila menewaskan Liverpool 2-1. Dua gol yang dijaringkan oleh Sergio Arguero dan Leroy Sane telah merapatkan jurang antara dua pasukan itu hanya kepada empat mata untuk membuka kembali saingan merebut takhta kejuaraan yang sebelum ini dilihat bakal didominasi oleh Liverpool.

2.  KUALA LUMPUR 4 Jan. - Selepas lebih enam bulan ‘menggantung raket’, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei kembali menjalani latihan pemulihan di gimnasium Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara pagi ini. Ia adalah penampilan kali pertamanya bersama kem BAM sejak berehat daripada menjalani rawatan kanser hidung pada Julai lalu.

3.  LONDON 4 Jan - Manchester United dijangka kembali diperkuatkan dengan pemain tengah, Marouane Fellaini, Fred dan Diogo Dalot bagi aksi pusingan tiga Piala FA menentang Reading, esok. Selain itu, penjaga gol Sergio Romero juga berkemungkinan disenarai dalam kesebelasan utama buat pertama kali United sejak September lalu ketika menanti kunjungan kelab Liga Kejuaraan itu di Old Trafford.

4.  LONDON 4 Jan - Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino percaya dia mungkin dipecat jika pasukannya hanya memburu trofi domestik daripada menamatkan kedudukan dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana.

5.  DUBAI 4 Jan - Cristiano Ronaldo meraih Anugerah Pemain Terbaik pada Majlis Anugerah Globe Soccer dekat Dubai, semalam. Penyerang Juventus itu yang juga pemenang lima kali Ballon d’Or, menyertai majlis di Madinat Jumeirah bersama tunangnya, Georgina Rodriguez dan anak lelakinya, Cristiano Junior.

6.  LONDON 4 Jan - Chelsea berharap dapat meyakinkan Callum Hudson-Odoi untuk menandatangani kontrak baharu, walaupun menerima tawaran buat kali ketiga dari Bayern Munich pada harga juta pound (RM156 juta), tidak termasuk terma lain. Meskipun baharu mengikat Christian Pulisic dari Borussia Dortmund, The Blues kekal dengan prinsip untuk tidak melepaskan pemain muda berbakat itu.

7.  VILA-REAL, Sepanyol 4 Jan - Real Madrid membuat permulaan mengecewakan tahun ini apabila terikat 2-2 dengan kelab sedang bergelut, Villarreal, pagi tadi dan makin jauh ketinggalan tujuh mata di belakang peneraju La Liga, Barcelona.

8.  DOHA 4 Jan - Jaguh tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic mencatat satu lagi kemenangan sukar di sini untuk mara ke pentas separuh akhir Terbuka Qatar, sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalahnya pada permulaan tahun ini. Pemain Serbia itu bangkit daripada kekalahan set pertama, sama seperti perlawanan terdahulu untuk menumbangkan pencabar dari Georgia, Nikoloz Basilashvili 4-6, 6-3, 6-4 dalam tempoh dua jam.

9.  LONDON 4 Jan - Max Verstappen tidak akan merasai kehilagan Daniel Ricciardo selaku rakan sepasukan di Red Bull, dan percaya pemandu Australia itu akan menyesal selepas berpindah ke Renault untuk musim 2019. Pemandu Australia itu tidak lama lagi akan memulakan hidup baharu bersama pengeluar dari Perancis berkenaan, selepas menamatkan karier lima tahun bersama Red Bull pada pertengahan musim lalu.

10. KUALA LUMPUR 4 Jan - Atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi muncul atlet negara pertama dinobatkan selaku Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018 dalam majlis khas yang akan diadakan di Emeriyah Arab Bersatu (UAE), esok. Kejayaan itu akan mengukuhkan kedudukan Ridzuan selaku antara atlet paling berjaya di Malaysia, selepas mencipta gemilang dalam acara lompat jauh dan pecut sepanjang musim lalu.


NOTA:

Mulai esok, 6hb January 2019, “Berita Hari Ini” tidak dapat dikongsi bersama kerana pada 7hb January, saya akan menjalani pembedahan “coronary bypass” di IJN. Saya mohon maaf diatas kesilapan sepanjang saya berkongsi apa2 artikel, video selama ini. Mohon sama-sama mendoakan agar pembedahan ini dipermudahkan dan berjalan lancar. Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2019 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SATU 5 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 28 RIULKHIR 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0550*
*SUBUH : 0600*
*SYURUK : 0718*
*ZOHOR : 1321*
*ASAR : 1644*
*MAGHRIB : 1918*
*ISYAK : 2033*

*LAST GOA_L MINGGU INI*

*TANAHAIRKU*
==============


               *KERAJAAN menetapkan harga runcit petrol RON95 pada RM1.93 seliter; diesel (RM2.04 seliter) dan petrol RON97 (RM2.23 seliter) mulai 12 tengah malam ini (5 Januari) hingga 11 Januari depan. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, mulai tengah malam ini (tadi), kerajaan memutuskan untuk menetapkan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras trend penurunan harga petroleum di pasaran dunia.*

               *YANG di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah memulakan tugas baginda kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, pelbagai cerita kononnya Sultan Muhammad melepaskan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong hanya sekadar khabar angin. *Saya pun hanya dengar khabar angin tetapi setahu saya baginda sudah mula bertugas,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Kuala Lumpur, smlm.*

                *YANG di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, di Kota Bharu, smlm. Baginda yang memakai jubah berwarna krim, tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari, diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Nazran Muhammad dan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.*

                *TUN Dr Mahathir Mohamad berkata Tun Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak memahami konsep Persekutuan ekoran kritikan baginda terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH). Perdana Menteri berkata, Tunku Ismail belum dilahirkan ketika Persekutuan diwujudkan. “Baginda tidak faham Persekutuan. Mungkin sebab baginda belum dilahirkan ketika itu tetapi saya sudah dilahirkan pada waktu itu.*

               *ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedia untuk menerbangkan pesawat ke Sudan bagi membawa pulang 105 penuntut Malaysia yang berada di Khartoum, Sudan. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, pihaknya juga memantau perkembangan situasi di Sudan.*

               *PONDOK parkir di Taman Nirwana, Jalan Klebang Besar, Melaka, terbakar awal pagi smlm, dipercayai akibat perbuatan khianat. Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, pondok parkir milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terbabit musnah hampir keseluruhan binaannya.*

               *Kota Bharu: Penduduk sekitar Pantai Pulau Kundor menyifatkan angin kencang dan tempias daripada ribut Tropika Pabuk yang berlaku ketika ini sebagai luar biasa dan menakutkan. Nelayan, Isa Hassan, 63, berkata, situasi dihadapi itu lebih buruk jika dibandingkan fenomena sama yang dihadapi sejak lebih 60 tahun tinggal di Kampung Pantai Pulau Kundor.*

               *KEPUTUSAN menamatkan perkhidmatan 25 imam masjid di Perlis dan menukar 10 lagi ke kariah lain pada Khamis tidak membabitkan kerajaan pusat kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, buat masa ini, kerajaan pusat tidak akan campur tangan dan menghormati keputusan yang diambil.*

                *PEMECATAN 25 imam kariah di Perlis bukan dilakukan kerana mereka membaca doa qunut dan zikir kuat selepas solat fardhu, sebaliknya kerana faktor usia dan masalah disiplin. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata majoriti imam ditamatkan perkhidmatan itu berusia antara 61 hingga 68 tahun menyebabkan mereka melebihi had umur ditetapkan.*

                *SERAMAI 150 ahli kariah Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Kampung Guar Syed Alwi, Kangar mendesak Mufti Perlis dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) meletak jawatan berhubung isu pemecatan 25 orang imam di Perlis. Wakil kumpulan itu, Eishar Mat, 62, berkata tindakan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengarah JAIPs Dr Hazman Hassan mengundang perpecahan dalam kalangan umat Islam di negeri berkenaan.*

                *KUIL yang dibina berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Kuala Lumpur, dirobohkan selepas didapati tidak mempunyai kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), semalam. Difahamkan kuil berkenaan dirobohkan oleh anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Lembah Pantai selepas menerima maklumat berhubung kewujudan rumah ibadat berkenaan kira-kira 9 pagi.*

               *Cameron Highlands: Kerajaan Persekutuan bercadang mewujudkan pelan pembangunan masyarakat Orang Asli yang komprehensif dalam memajukan masyarakat berkenaan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Timbalan Perdana Menteri berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan pelan berkenaan bagi memajukan masyarakat Orang Asli secara lebih berkesan.*

               *SERAMAI 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di kafeteria dan projek perumahan sekitar Jitra ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, semalam. Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, dalam operasi bermula pada 10.30 pagi hingga 4.30 petang itu, seramai 47 warga asing diperiksa.*

               *LEBIH 22 sekolah bantuan mubaligh di kawasan pedalaman dan luar bandar di Sarawak berkemungkinan terputus bekalan elektrik menjelang April ini jika tiada lagi bekalan elektrik disalurkan Kerajaan Pusat untuk menghidupkan set penjanakuasa mereka. Ia berikutan bekalan bahan api itu ke sekolah terbabit hanya akan disalurkan Kerajaan Pusat sehingga Mac ini, malah isu berkenaan dipandang serius oleh kerajaan negeri.*

               *KETERUJAAN dua sahabat yang keluar memancing berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas selepas bot yang dinaiki terbalik dipukul angin kencang serta laut bergelora, di Klang, semalam. Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Amir Hamzah Mohd Jani, 55, ditemui pasukan penyelamat ketika sedang berpaut pada tong minyak selama hampir empat jam berhampiran jeti Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Kapar.*

               *SERAMAI 70 perokok di Negeri Sembilan diberi notis amaran kerana merokok di restoran dan kedai makan sejak pelaksanaan larangan berkuat kuasa Selasa lalu. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, berkata, perokok terbabit gagal mengubah tabiat lama apabila masih merokok di kawasan larangan.*

               *MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur smlm, membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes berhubung pertuduhan berkaitan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy untuk dibicarakan bersama.*

               *KEMENTERIAN Kesihatan sedang meneliti cadangan untuk mengurangkan kadar nikotin dalam rokok sebagai usaha mengurangkan ketagihan dalam kalangan perokok meskipun menyedari ia mendapat tentangan daripada industri berkaitan.*

               *PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) mengaktifkan Pasukan Respons Kecemasannya berikutan kemudahan aset luar pesisir syarikat itu di Semenanjung Malaysia dilanda ombak tinggi dan angin kencang ekoran ribut tropika Pabuk. Ia berkata, keadaan adalah terkawal dan semua kakitangannya adalah selamat.*

               *KANAK-KANAK perempuan berusia lapan tahun yang melecur akibat disimbah air panas bapanya dalam kejadian di Flat Kampung Melayu, Air Itam, minggu lalu, kini ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Timbalan Pengarah JKM negeri, R Chitrthany, berkata ketika ini, kanak-kanak berkenaan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat melecur tiga peratus dialaminya.*

               *JURUTEKNIK Jabatan Kerja Raya (JKR) Putrajaya maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 6.9 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) menghala ke Putrajaya, malam smlm. Dalam kejadian pada jam 7.07 malam, motosikal Yamaha Nmax mangsa, Mohamad Roslan Othman, 36, itu hilang kawalan dan merempuh sisi kanan belakang kereta Honda Accord yang sedang berhenti di laluan kiri lebuh raya berkenaan.*

               *“ARWAH dalam perjalanan pulang selepas membeli laksa untuk majlis tahlil arwah bapanya petang smlm, namun tidak sangka dia terbabit dalam kemalangan,” kata ahli keluarga Rosna Hassan, 60. Dalam kejadian 11 pagi, Rosna yang menunggang motosikal maut akibat kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari Pendang ke rumahnya di Kampung Charuk Kudong.*

               *MENGENAI UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu), saya tidak pernah kata saya menolaknya. Apa yang saya kata ialah ada isu sensitif dalam kalangan orang Melayu yang perlu diambil kira dan juga kaum-kaum lain,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri menafikan tidak mengiktiraf UEC, sebaliknya pengiktirafan sijil itu perlu mengambil kira sensitiviti semua kaum.*

               *PEMANDU lori tangki parah selepas kenderaan itu terbabas dan terbalik dipercayai akibat tayar pecah di Kilometer 259.3 Lebuhraya PLUS berhampiran susur Plaza Tol Port Dickson di Seremban, smlm. Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Kamarudin Mohammad, 50, parah di kepala dan badan.*

               *LELAKI didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, hari ini, atas tuduhan menipu kakak kandungnya untuk menyerahkan wang berjumlah lebih RM60,000 dengan menyamar sebagai Ah Long. Johari Mokhtar, 49, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Haslinda A Raof.*

               *PELAJAR perempuan tingkatan tiga terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam apabila kaki kirinya tersepit jeriji besi longkang di sekolahnya di Seremban, pagi smlm. Dalam kejadian 7.10 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun tiba di sekolah untuk memulakan pembelajaran pada hari ketiga sesi persekolahan baharu. Mangsa dikatakan berjalan di atas penutup longkang terbabit sebelum sebelum kaki kirinya tiba-tiba termasuk di celah jeriji berkenaan.*

               *AKIBAT membuang sisa makanan kucing ke bawah blok, penjual nasi lemak cedera dipukul jirannya di Flat Cempaka D, Seremban 2, di Seremban, semalam. Sumber polis berkata, dalam kejadian 1 tengah hari itu, mangsa berusia 56 tahun dikatakan membuang sisa nasi yang dimakan kucing dari rumahnya di tingkat satu.*

               *TIADA sebarang pembatalan atau pengurangan perjalanan feri ke Langkawi dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis susulan amaran ribut tropika Pabuk yang diramal melanda pulau itu, esok (hari ini). Perkara itu dimaklumkan operator feri di Terminal Kuala Kedah dan Kuala Perlis, yang memaklumkan amaran berkenaan hanya ramalan dan mereka belum menerima sebarang arahan penangguhan atau pembatalan perjalanan.*

               *“INI kali pertama saya ‘parking’ berhampiran pokok ini dan tak sangka pula terjadi insiden kereta dihempap pokok tumbang,” kata Dr Abd Halim Abd Manan, 26, selepas kereta Perodua Myvi miliknya dihempap pokok tumbang di Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu, smlm.*

               *POLIS percaya penduduk mahupun nelayan tempatan di sekitar Pantai Pengkalan Balak dan Kuala Sungai Baru, Alor Gajah terbabit dalam aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI). Ia susulan 42 pendatang warga Indonesia ditahan menerusi tiga siri tangkapan antara 20 Disember lalu hingga Selasa lalu.*

               *SEBAHAGIAN besar daripada 700 penduduk Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang membantah pelantikan ketua kampung baharu yang bukan anak jati atau penduduk asal kampung berkenaan. Wakil penduduk, Rosman Roslie, berkata majoriti penduduk kampung itu tidak bersetuju apabila terdapat dua lagi calon ketua kampung yang dicadangkan adalah anak jati kampung berkenaan termasuk dirinya, namun orang luar pula dipilih.*

               *PERAIRAN Tanjung Piandang berhampiran Pantai Ban Pecah yang diibaratkan lubuk bagi nelayan, sunyi dari sebarang aktiviti penangkapan ikan berikutan komuniti nelayan di situ bimbang untuk turun ke laut. Bukan sahaja nelayan, tempias ribut tropika Pabuk turut merencatkan aktiviti memancing di sepanjang perairan berkenaan dengan pemancing tidak kelihatan berikutan bimbang ancaman angin kencang.*

               *SEGELINTIR pengusaha premis makanan di Melaka dilihat seakan tidak mengambil endah terhadap penguatkuasaan larangan merokok apabila gagal meletakkan tanda larangan merokok. Menerusi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri, 70 peratus daripada premis yang diperiksa gagal mempamerkan notis larangan merokok walaupun sudah dimaklumkan Kementerian Kesihatan.*

               *KERAJAAN Perak dijangka menyelaraskan kaedah pemberian khairat kematian atau Skim Perlindungan Takaful Tabarruk kepada waris keluarga yang layak pada hari kematian atau dalam kadar segera. Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari berkata, ia bagi meringankan beban ditanggung waris dalam menguruskan pengebumian ahli keluarga.*

               *CURI kunci dulu sebelum merancang merompak semula kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire antara modus operandi digunakan sindiket mencuri kenderaan mewah di daerah Alor Gajah. Taktik licik itu terbongkar selepas tertangkapnya lima individu di Johor Bahru, selepas kira-kira enam jam mereka mencuri sebuah kereta Volkswagen Jetta milik seorang wanita di Taman Meranti Lestari, Simpang Kendong, Alor Gajah.*

               *DUA lelaki memecah masuk rumah bekas wakil rakyat sebelum melarikan dua televisyen berukuran 52 dan 40 inci, set audio serta tong gas dalam kejadian di Kluang, pagi smlm. Kejadian disedari pemilik rumah berkenaan 8.30 pagi tadi selepas mendapati tingkap rumahnya diumpil manakala barang serta pakaian berselerak.*

               *DUA sahabat menggunakan ‘kepakaran’ masing-masing iaitu mencuri dan meleraikan komponen motosikal untuk melakukan jenayah curi motosikal. Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar apabila polis berjaya menahan mereka dalam serbuan Op Lejang di Kampung Permatang Rawa, Bukit Mertajam, 4 petang semalam.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *BEIJING: Seorang pengantin lelaki yang cedera termasuk retak tengkorak akibat gurauan melampau pada hari perkahwinannya nekad menyaman rakannya yang terbabit dalam acara berkenaan selepas dia sendiri dikemukakan tuntutan mahkamah berjumlah 30,000 yuan (RM18,080) berhubung kejadian itu.*
          *Ai Guangtao, 24, berlari ke jalan raya berhampiran rumahnya di Zunyi, selatan wilayah Guzhou, China kerana tidak tahan diseksa rakannya yang melakukan gurauan melampau sebagai sebahagian acara perkahwinannya pada pagi majlis berkenaan, November lalu.*
             *Dia sebelum itu dibaling telur selain dicurah bir dan dakwat, selain diikat pada tiang elektrik menggunakan pita plastik serta dipukul dengan buluh kononnya bagi mengikut tema karnival.*

            *Rome: Sekumpulan penjenayah menggunakan dua jengkaut untuk membuka sebuah van keselamatan di selatan Itali sebelum melarikan diri dengan wang tunai berjumlah lebih 2 juta euro (RM9.42 juta), kata polis.*
           *Jurucakap polis berkata, van keselamatan berwarna biru itu dalam perjalanan dari Bari menuju ke Matera untuk mengedarkan wang bayaran pencen kepada beberapa pejabat pos di bandar berkenaan.*
           *Ketika van itu melalui lebuh raya, ia secara tiba-tiba dihalang oleh dua lori treler yang membawa jengkaut.*
            *Sekumpulan perompak yang menutup muka kemudian menggunakan jentolak itu untuk memecahkan van berkenaan.*

           *Beijing: Kapal Angkasa milik China, Chang’e-4 mencipta sejarah apabila menjadi kapal angkasa pertama berjaya mendart di pinggir permukaan bulan semalam, lapor penyiar rasmi CCTV.*
           *Chang’e-4 yang terdiri daripada pendarat lunar dan perayau enam roda itu mendarat pada jam 10.26 pagi (waktu Beijing) dan mula menghantar gambar sisi gelap bulan ke satelit Queqiao.*
            *Satelit berkenaan akan menjadi penghubung komunikasi di antara pengendali di Bumi dengan pinggir permukaan bulan, kata agensi angkasa kebangsaan China di laman webnya.*
           *Beijing membelanjakan berbilion yuan untuk program angkasa lepas dikendalikan tenteranya, dengan harapan mampu menjalankan stesen angkasa lepas dengan anak kapal menjelang 2022 seterusnya menghantar orang ke bulan.*

            *BANGKOK: Puluhan ribu pelancong meninggalkan pulau peranginan Thailand termasuk Koh Phangan dan Koh Tao selepas Ribut Tropika Pabuk diramal membadai dengan membawa hujan lebat, angin serta ombak setinggi tujuh meter, kata pihak berkuasa.*
          *Sejak semalam, pulau-pulau yang menjadi tumpuan pelancong bersempena cuti Krismas dan Tahun Baharu mula dikosongkan susulan perkembangan fenomena itu.*
           *Pegawai Daerah Koh Phangnan, Krikkrai Songthanee berkata: “Saya rasa semua pulau hampir kosong. Antara 30,000 hingga 50,000 orang meninggalkannya sejak majlis sambutan Tahun Baharu tamat.”*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *“DATANGLAH esok (hari ini), saya buat sidang media di pejabat ST Rosyam Mart,” kata Datuk Rosyam Nor yang menghubungi Harian Metro.*
            *Sidang media akan dibuat pelakon terkenal yang berstatus usahawan itu bagi menjelaskan isu pasar raya ST Rosyam Mart yang tular di media sosial.*
          *Semalam Harian Metro berusaha menghubungi Rosyam termasuk menghantar kiriman WhatsApp kepada beliau untuk mendapatkan penjelasannya.*
           *Ia berikutan dakwaan pemilik sebenar pasar raya terbabit ialah peniaga bukan Melayu yang tular baru-baru ini.*
       *Bahkan, Rosyam yang berpengaruh dalam dunia hiburan tanah air dikatakan dilantik menjadi duta bagi menarik pelanggan Melayu.*

          *KUALA LUMPUR: Ketika Adrianna Eva Alfred Tais, 18, menunjukkan kepada ibunya yang kisahnya menjadi tular, wanita itu berfikir anak gadisnya itu mahu meminta derma daripada orang ramai.*
          *Selepas dijelaskan, barulah ibunya yang juga guru faham perkara sebenar yang Eva mahu menjadi tutor sambilan demi meringankan beban keluarga kerana bapanya menghidap barah tahap empat.*
            *Eva adalah calon pelajar cemerlang SPM 2018 dan mencuri tumpuan netizen apabila postingnya yang ingin menjadi tutor sambilan tular.*
             *Dia menawarkan diri untuk mengadakan kelas tuisyen peribadi pada kadar serendah RM20 sejam kepada yang berminat.*

          *POLIS sedang memburu empat suspek kes samun hotel di Ayer Hitam, dekat Batu Pahat, yang turut mencabul pekerja wanita hotel berkenaan.*
              *Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Razali Mohd Tahir berkata, pihaknya sudah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat serta mengesan kesemua empat suspek berkenaan.*
            *Katanya, dalam kejadian 5.45 pagi Rabu itu, mangsa sedang bertugas menjaga kaunter hotel berkenaan sebelum pintu loceng hotel dibunyikan seorang daripada suspek.*
            *Dua rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) hotel berkenaan yang masing-masing berdurasi satu minit 34 saat tular sejak semalam antara lain memaparkan dengan jelas bagaimana suspek berkenaan memasuki premis hotel, mengacukan parang, menyerang serta menyamun mangsa sebelum beberapa suspek lain menyelongkar kaunter dan melarikan barangan termasuk televisyen milik hotel itu.*

          *Parit Buntar: “Saya bukan cari populariti, malah tidak mengharap perhatian sesiapa. Jika buat sesuatu kebaikan tak perlulah menunjuk-nunjuk, apa yang penting hati kena ikhlas.”*
             *Demikian luahan lelaki dikenali sebagai Allen, 53, yang menjadi bualan penduduk Kerian selepas usahanya mendermakan pakaian sekolah kepada pelajar kurang berkemampuan tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp, baru-baru ini.*
           *Allen yang enggan gambarnya dirakam berkata, amalan itu sudah masuk tahun ketiga bagi membantu keluarga kurang berkemampuan tanpa mengira latar belakang kaum.*

          *ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) Langkawi sudah mengeluarkan arahan menghentikan semua aktiviti sukan air di dua pantai tumpuan pelancong di Langkawi susulan amaran ribut Pabuk yang dijangka melanda esok (hari ini).*
          *Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Langkawi, Leftenan (PA) Azam Shah Apearal berkata, arahan itu dikeluarkan pada 11 pagi tadi melalui bendera merah yang dinaikkan di menara penyelamat pantai di Pantai Chenang dan Pantai Tengah.*
          *Mengulas lanjut, beliau berkata, ia susulan keadaan angin yang bergerak laju sehingga 22 kilometer (km) sejam melanda dua pantai itu, sekali gus boleh memberikan risiko terhadap aktiviti sukan air.*

           *Jakarta: Dalam majlis pernikahan di Indonesia, pengantin lelaki biasanya memberikan mas kahwin berbentuk wang tunai, emas, al-Quran atau persalinan solat tetapi lain pula pasangan ini yang memilih sepasang selipar Jepun.*
          *Majlis perkahwinan Budi Risdiyanto dan pasangannya, Julia Warasita menjadi tular di media sosial di Indonesia selepas mereka memilih selipar Jepun sebagai mas kahwin.*
          *Gambar pasangan itu memegang selipar Jepun yang diletakkan dalam bingkai gambar tular selepas dimuat naik di Facebook oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nabilla Safira Yuriztya.*
         *”Alhamdulillah sah dengan mahar sepasang selipar. Semoga sakinah mawaddah warrohmah Julia dan Budi,” tulis wanita itu.*
                 

*ARENA*
========


           *LONDON: Graeme Souness dan Jamie Carragher percaya Liverpool masih memiliki kelebihan dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris walaupun tewas buat kali pertama musim ini kepada Manchester City.*
          *Kekalahan 1-2 di Etihad awal pagi smlm menyaksikan kelebihan Liverpool di puncak liga dicantas kepada empat mata dengan City merampas tangga kedua daripada Tottenham Hotspur.*
        *Sekalipun tewas, dua bekas kapten Liverpool, Souness dan Carragher percaya kelab itu masih calon pilihan untuk menjulang kejuaraan elit itu.*

            *LONDON: Pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante menggesa rakan sepasukannya supaya memberi lebih sokongan terhadap pemain bintang kelab itu, Eden Hazard susulan keputusan mengecewakan yang diperoleh, baru-baru ini.*
           *Hazard dianggap pemain paling menyerlah Chelsea musim ini selepas menyumbat 10 gol dan sembilan umpanan dalam kempen Liga Perdana Inggeris setakat ini tetapi keputusan seri 0-0 dengan Southampton, Rabu lalu mencalar reputasi itu.*
            *Pemain Belgium itu beraksi baik pada perlawanan di Stamford Bridge tetapi tidak mendapat bantuan secukupnya daripada rakan sepasukan yang menyaksikan Chelsea keciciran mata buat kali kedua berturut-turut di gelanggang sendiri.*

            *LONDON: Manchester United dijangka kembali diperkuatkan dengan pemain tengah, Marouane Fellaini, Fred dan Diogo Dalot bagi aksi pusingan tiga Piala FA menentang Reading, esok (hari ini).*
             *Selain itu, penjaga gol Sergio Romero juga berkemungkinan disenarai dalam kesebelasan utama buat pertama kali United sejak September lalu ketika menanti kunjungan kelab Liga Kejuaraan itu di Old Trafford.*
            *United dijangka akan bertemu semula bekas tonggak pertahanannya, John O'Shea yang pernah menjulang lima trofi Liga Perdana bersama Red Devils dan kini beraksi untuk Reading dalam perlawanan berkenaan.*

            *KUALA LUMPUR: Selepas lebih enam bulan ‘menggantung raket’ jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei kembali menjalani latihan pemulihan di gimnasium Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara pagi smlm.*
             *Ia adalah penampilan kali pertama beliau bersama kem Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak beliau berehat daripada menjalani rawatan kanser hidung pada Julai lalu.*
             *Chong Wei sebelum ini memberitahu beliau akan memulakan latihan lebih intnsif pada Isnin ini.*

            *MELAKA: Bekas jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff yang kini menjadi pembantu jurulatih Melaka United akan terus memberi fokus dalam usaha memastikan kejayaan terbaik buat skuad itu musim ini.*
             *Beliau juga menganggap kehadirannya di Melaka sebagai langkah dan proses pembelajaran ilmu bola sepak dan kejurulatihan bersama ketua jurulatih berpengalaman, Zainal Abidin Hassan.*
             *Katanya, banyak yang perlu dipelajari daripada bekas pemain kebangsaan dan jurulatih Selangor dan Pulau Pinang itu dalam usaha memastikan kerjaya kejurulatihannya terus mantap.*

           *KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berhasrat untuk duduk semeja dengan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekatbagi menyelesaikan kemelut antara KFA dan Johor Darul Ta’zim (JDT) berkenaan perpindahan pemain muda Kedah, Akhyar Rashid.*
         *Ketua Pegawai Eksekutif MFL Kevin Ramalingam berkata, isu berkenaan mendapat liputan meluas sehingga menimbulkan kekeliruan dan hanya dengan duduk semeja antara pihak terbabit mampu menyelesaikan masalah itu.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2019 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*ISNN 7 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 1 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0551*
*SUBUH : 0601*
*SYURUK : 0719*
*ZOHOR : 1322*
*ASAR : 1645*
*MAGHRIB : 1919*
*ISYAK : 2034*


*TANAHAIRKU*
==============


               *SULTAN Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa serta-merta, smlm. Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan smlm berkata, peletakan jawatan baginda itu dibuat selaras Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan dan sudah dimaklumkan secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.*

               *MENTERI Besar Johor, Datuk Osman Sapian akan mengutarakan isu pencerobohan ruang udara Pasir Gudang dalam mesyuarat bersama Perdana Menteri Selasa ini. Katanya, beliau juga akan mengadakan mesyuarat dan taklimat segera dengan pihak berkaitan berhubung isu berkenaan bagi mendapatkan maklumat dan gambaran menyeluruh.*

                *MALAYSIA tetap berpegang kepada pendirian bahawa pesawat yang ingin mendarat di Lapangan Terbang Seletar, Singapura tidak boleh menggunakan ruang udara Malaysia di Pasir Gudang, Johor. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu akan ditegaskan delegasi Malaysia yang diketuainya dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya, Dr Vivian Balakrishnan, Selasa ini.*

               *BERI fokus kepada kepelbagaian potensi pelajar adalah antara 10 sebab mengapa Kementerian Pendidikan mengambil langkah memansuhkan Peperiksaan Tahap Satu dan digantikan dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun ini. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pemansuhan penilaian seragam itu adalah bagi membolehkan guru memberi tumpuan penuh kepada tugas mendidik selain pelajar juga akan bebas daripada tekanan di awal usia persekolahan mereka.*

                *“DIA memang suka naik angin, kalau salah sikit pun nak mengamuk dan marah anak-anaknya,” kata Manaf Taha, 80, datuk angkat kepada kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang melecur disimbah air panas oleh bapanya dalam kejadian di Flat Kampung Melayu, Air Itam, Georgetown, bulan lalu.*

               *DUNGUN: Anak dan menantu kepada Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr Mamad Puteh terselamat daripada maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 376.1. Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Dungun, smlm. Dalam kemalangan 7.30 pagi itu, Norhisyam Iskandar Mamad, 35, tidak cedera, manakala isterinya Mazrin Nur Mohd Ali, 33, cedera di kepala dan badan.*

                *PENDUDUK Pangsapuri Azaria di Klang bimbang apabila beberapa unit rumah Selangorku itu disewakan kepada orang lain termasuk warga asing. Difahamkan sebanyak 10 daripada 240 unit pangsapuri di situ sudah disewakan dan ada di antaranya dijadikan hostel pekerja asing yang bekerja di kilang berdekatan.*

               *KEMENTERIAN Pertahanan hanya menunggu 'isyarat' daripada Kementerian Luar untuk membawa keluar penuntut Malaysia yang terkandas di Khartoum, Sudan, susulan pergolakan yang berlaku di ibu negara itu. Menterinya, Mohamad Sabu berkata, pihaknya sudah bersedia daripada aspek aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pesawat C-130 Hercules dan Airbus A400M untuk membawa pulang 105 penuntut Malaysia itu.*

               *HAMPIR 500 warga Sekolah Kebangsaan Seri Payong, Jertih, Terengganu, cemas selepas stor pejabat di aras satu sekolah terbakar jam 9 pagi smlm. Stor pejabat itu terletak berhampiran bilik guru dan pejabat sekolah. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Shafruddin Ali Hussin berkata, kejadian menyebabkan buku rekod mengajar dan fail serta dokumen terbakar.*

               *LELAKI ditahan polis malam smlm bagi membantu siasatan lelaki yang ditemui mati berlumuran darah dengan kesan tikaman dalam kereta di Taman Bandar Baru, Sungai Petani, Kedah, 29 Disember lalu. Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan ketika menyerah diri di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda jam 10.30 malam.*

               *TINDAKAN dua lelaki menyamun motosikal Yamaha RXZ dan mengugut pemiliknya membayar RM2,500 jika ingin menerima balik kenderaannya mengundang padah apabila mereka ditahan polis di Sungai Petani, Kedah semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian samun itu berlaku 29 Disember lalu jam 11.30 pagi apabila mangsa dipukul dengan kayu oleh tiga lelaki sebelum melarikan motosikalnya di Kampung Pengkalan Lebai Man.*

               *MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengesahkan beliau sudah meletak jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak menandatangani surat perletakan jawatannya. Bagaimanapun Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, tidak menyatakan tarikh khusus bila beliau meletak jawatan termasuk menghantar surat peletakan jawatannya ketika ditanya media.*

               *TINDAKAN pantas polis membuahkan hasil apabila menumpaskan kumpulan 'Ong' yang melakukan jenayah pecah rumah di sekitar daerah Brickfields, Kuala Lumpur, minggu ini. Penangkapan itu sekali gus menyelesaikan empat kes jenayah membabitkan modus operandi mencuri barangan berharga dan kereta mewah di rumah teres pada waktu tengah hari dan petang sebelum tamat waktu bekerja.*

               *DOKTOR kerugian RM3,700 apabila diperdaya sindiket penipuan dalam talian Jumaat lalu. Pada mulanya, mangsa dari Kuantan, Pahang mahu menjual penghawa dingin RM1,000 di dalam satu laman web jual beli terkemuka, Jumaat lalu. Bagaimanapun mangsa diperdaya ‘pembeli’ berkenaan.*

               *SEMUA operator kantin yang menyediakan makanan di 580 Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) membabitkan 190,000 murid di seluruh negeri Johor akan diwajibkan memiliki sijil halal. Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Md Rofiki Shamsudin berkata, bagaimanapun perkara itu akan dibawa pada mesyuarat exco agama pada 17 Januari ini sebelum ia dilaksanakan pada pertengahan tahun ini.*

               *“TIDAK ada kenyataan tambahan melainkan kenyataan bertulis yang saya buat itu, ” kata Mohamad Sabu. Beliau yang juga Menteri Pertahanan menegaskan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan tambahan susulan penahanan anaknya Ahmad Saiful Islam, 31, di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur sebelum disyaki positif dadah jenis ganja dalam serbuan semalam.*

                *“SUKAR jadi seorang menteri tapi lebih sukar jadi seorang bapa,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang memberikan sokongan moral kepada sahabatnya Menteri Pertahan Mohamad Sabu berikutan kes anaknya yang ditahan di pusat hiburan dan disyaki positif dadah.*

                *KURANG daripada 36 jam selepas melakukan samun dan mencuri pikap, tiga penjenayah ditahan polis dalam dua serbuan di daerah ini dan Long Lama, di Miri, kelmarin. Lelaki berusia antara 30 hingga 39 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri 3 petang.*

               *ROMBAKAN dan pertukaran jawatan kerajaan bukan hanya membabitkan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian tetapi juga keseluruhan peringkat perjawatan dalam perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata, langkah itu bagi memastikan operasi perkhidmatan awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran kerajaan lebih cekap dan mantap.*

               *SEBANYAK 19 daripada 114 operator kilang yang berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) membuat permohonan memperbaharui Lesen Import (AP) sisa plastik sejak tempoh tiga bulan pemberian lesen berkenaan dibekukan berakhir Oktober tahun lalu. Bagaimanapun, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempata (KPKT) masih belum meluluskan mana-mana permohonan yang diterima.*

               *DUA maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok di Kampung Jering, Air Tawar dekat Seri Manjung, smlm. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, anggota di Balai Bomba dan Penyelamat Air Tawar menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.31 pagi.*

               *LAPORAN penuh siasatan bagi mengenal pasti punca tragedi yang mengorbankan enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lombong Taman Putra Perdana sudah di peringkat akhir. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin berkata, laporan penuh itu akan dibentangkan kepada kabinet terlebih dahulu sebelum didedahkan kepada umum.*

               *KERAJAAN akan memastikan tiada ruang lompong berlaku ketika prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim bermula 18 Januari ini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin berkata, ini berikutan pihaknya tidak mahu isu kes kematian Muhammad Adib dipolemikan oleh pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan.*

               *KAWASAN Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengeluarkan senarai terkini 18 suspek dikehendaki, termasuk tujuh individu baharu yang disyaki terbabit dalam jenayah rentas sempadan di pantai timur Sabah. Tujuh individu baharu itu adalah Salip Mura, Sibih Pisih, Titing Alihasan @ Iyot Panday, Roger Saji, Long Sahirin, Jul Aksan Abdurajan @ Halimaw dan Ben Tatoh. Difahamkan Salip dan Sibih serta individu terbaharu itu adalah pemimpin Abu Sayyaf yang aktif dalam aktiviti culik untuk wang tebusan (KFR) di perairan timur Sabah.*

               *PAKATAN Harapan (PH) mengakui cabaran besar menanti dalam usaha merampas Parlimen Cameron Highlands kerana ia terletak di negeri ditadbir dan dimenangi Barisan Nasional (BN). Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari ini boleh dianggap unik kerana ia kali pertama PH bertanding di gelanggang lawan iaitu kerusi dimenangi BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan negeri ditadbir BN.*

                *PRESIDEN MyPPP, Tan Sri M Kayveas mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, 26 Januari ini. Katanya, keputusan itu diambil selepas menerima sokongan penuh daripada ahli Majlis Tertinggi MyPPP yang mengadakan mesyuarat khas, smlm.*

               *PENANGGUHAN larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negeri ini menjadi penanda aras kepada kerajaan negeri Sabah menggunakan haknya dalam membuat keputusan berasaskan ordinan kerajaan tempatan negeri ini.*

               *ANGIN kencang dan ombak besar menyebabkan air laut memasuki halaman rumah penduduk di Kampung Pantai Mek Mas, Kuala Besar, Kota Bharu, malam smlm. Kejadian 7.30 malam itu membabitkan empat rumah penduduk menyebabkan lebih 20 penghuni bimbang rumah dimasuki air.*

               *Kuala Lumpur: Berkuat kuasa Rabu lalu, pemilik pasport yang kehilangan dokumen berkenaan akan dikenakan denda antara RM300 hingga RM1,200. Perintah denda itu turut membabitkan kerosakan pada dokumen berkenaan seperti yang terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan berhubung Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2019 bertarikh 20 Disember tahun lalu.*

               *SUAMI isteri yang lemas dalam keadaan berpelukan ketika menahan pukat di perairan Kuala Perlis petang kelmarin, pernah berjanji mereka ingin meninggal dunia bersama-sama dalam apa jua keadaan sekalipun. Perkara itu dinyatakan sendiri mangsa, Allahyarham Zaini Panjang Karim, 55, kepada jiran dan saudara terdekatnya seminggu yang lalu, sebelum dia dan isterinya, Azizah Yatim, 49, ditemui lemas berdekatan perairan Pulau Dayang Bunting, Langkawi.*

               *LELAKI rentung selepas kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan di Kilometer 14 Jalan Nitar - Mersing, dekat Mersing, kelmarin. Pada kejadian 4.45 petang itu, Mohamad Aslam Muhammad Nasir, 19, yang juga pemandu Perodua Alza maut di lokasi.*

               *WANITA Orang Asli di Kampung Piyel, Pos Bihai di Gua Musang yang mengalami sesak nafas akibat diserang demam panas diselamatkan menerusi penerbangan ihsan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) smlm. Mangsa Sarina Aweh, 32, dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) di sini untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.*

               *BILAL Masjid Badariah, Batu 12, Kapar, Klang hanya mampu beristighfar apabila melihat tabung masjid itu dipecahkan lelaki yang memakai telekung semalam. Difahamkan, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu, lelaki yang berpakaian biasa itu mengumpil dan memecahkan tabung berkenaan jam 1.30 pagi.*

               *TENTERA Nasional Indonesia (TNI) dipercayai sudah lama ‘bermaharajalela’ mengugut penduduk Kampung Danau Melikin, di Serian sekiranya mereka terserempak di dalam hutan ketika mengutip hasil hutan dan memotong kayu.*

               *DATUK berusia 47 tahun ditahan polis Khamis lalu, selepas pegawai perubatan hospital menemui dua kesan cucuhan rokok di bahu kanan dan bahagian kiri perut cucunya berusia setahun disyaki didera. Difahamkan, kesan cucuhan rokok itu ditemui ketika bayi lelaki itu dibawa untuk mengambil suntikan imunisasi di Hospital Batu Gajah oleh pengasuhnya.*

               *PENDUDUK Taman Lavender Height, Seremban gempar dengan penemuan bangkai anjing liar yang mati dipercayai akibat diracun individu tidak bertanggungjawab, Isnin lalu. Difahamkan, perbuatan itu dilakukan dengan meletakkan racun tikus dalam makanan anjing bertujuan membunuh haiwan itu susulan penemuan bangkai empat anjing terbiar dan seekor yang mempunyai pemilik di dalam longkang taman perumahan itu.*

               *HAMPIR 600 keluarga di empat blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, Melaka mendakwa aktiviti harian mereka terjejas susulan ketiadaan bekalan air di kawasan perumahan itu sejak Khamis lalu. Penduduk mendakwa, ia berpunca apabila paip bocor di kawasan berhampiran yang menyebabkan tekanan air rendah selain tangki penyelenggaraan turut rosak sehingga terpaksa bergantung pada bekalan air di surau berhampiran.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *NEW YORK: Polis Phoenix sedang menyiasat laporan serangan seksual ke atas seorang wanita yang melahirkan seorang anak, walaupun berada di dalam keadaan koma sejak beberapa dekad lalu di sebuah hospital.*
            *Menurut media tempatan, wanita itu dirawat di Pusat Penjagaan Kesihatan Hacienda (Hacienda) selepas terbabit dalam insiden lemas yang mengakibatkan beliau hilang keupayaan.*
           *Wanita itu dilaporkan melahirkan seorang bayi lelaki pada 29 Disember lalu.*
          *Laporan itu juga menyebut, tiada siapa yang mengetahui bahawa beliau sedang hamil dan kakitangan pusat penjagaan kesihatan itu pada awalnya agak terkejut apabila mendengar wanita itu mula mengerang.*

         *Jakarta: Satu pertubuhan ulama Islam di Aceh mencabar calon presiden Indonesia menyertai ujian membaca al-Quran bagi menentukan tokoh yang bakal memimpin negara yang paling ramai penduduk Islam itu.*
             *Pasukan kempen Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo dan pencabarnya, Prabowo Subianto, memberikan jawapan berbeza terhadap cadangan pertubuhan itu dengan pasukan Jokowi menyatakan calon mereka bersedia bila-bila masa.*
             *Majlis Ulama Aceh yang mencabar kedua-dua calon menyertai ujian membaca al-Quran di Masjid Besar Baiturrahman di Banda Aceh pada 15 Januari ini, menyatakan ia sudah menghantar jemputan kepada kedua-dua pihak.*

         *AGENSI pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta penjelasan India berhubung keputusannya menghantar pulang sekumpulan Rohingya ke Myanmar, selain menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan tidak selamat dihadapi golongan berkenaan.*
           *Laporan The Hindu memetik Timbalan Jurucakap Setiausaha Agung UNHCR, Farhan Haq berkata, pihaknya ‘kesal dengan keputusan India menghantar pulang satu keluarga peminta suaka Rohingya keMyanmar, dalam kejadian kedua seumpamanya dalam tempoh tiga bulan.’*
          *Agensi pelarian PBB itu berkata, satu keluarga peminta suaka dari Rakhine yang didaftarkan dengan UNHCR di India dihantar pulang ke Myanmar pada Khamis lalu selepas ditahan di Assam, di mana mereka menjalani hukuman penjara sejak 2013 kerana memasuki negara itu secara haram, lapor Press Trust of India.*

           *FLORIDA (AMERIKA SYARIKAT): Seorang wanita ditembak suaminya yang menemui rakaman di telefon bimbit menunjukkannya mengadakan seks bersama rakan baiknya, dengan panggilan kecemasan turut merakam audio serangan termasuk jeritan anak kembarnya merayu belas bapa mereka.*
             *William Brian Stillwell, 39, menembak isterinya Mona, serta ibu dan bapa mentuanya Robert dan Naima Snelgrove, selepas menemui video berkenaan dalam kejadian pada hari tahun baharu di Melbourne, Florida. Pasangan itu sudah berpisah selepas Mona berpindah ke rumah ibu bapanya minggu lalu.*
             *Dalam rakaman panggilan kecemasan kepada talian 911 diperoleh Daily Mail, seorang anak kembar pasangan itu yang baru berusia lima tahun didengar menjerit: “Tidak, ayah. Saya tidak mahu sesiapa mati.”*

          *KAHERAH: Seorang anggota polis terbunuh, manakala dua lagi cedera selepas sebuah bom meletup di luar gereja di sini, semalam.*
           *Menurut sumber, letupan itu berlaku, ketika anggota keselamatan terbabit sedang berusaha mematikan peranti letupan di Nasr City di sini.*
         *Insiden itu terjadi dua hari sebelum penganut mazhab Kristian Koptik, iaitu kaum minoriti Mesir meraikan sambutan Krismas pada 7 Januari.*
           *Ia juga berlaku menjelang sambutan Krismas di Katedral Nativity hari ini, di pusat pentadbiran baharu Kerajaan Mesir, di sini.*

           *PESHAWAR : Enam orang cedera dalam letupan bom kereta di Peshawar hari ini yang turut memusnahkan bahagian hadapan beberapa buah kedai.*
          *Menurut sumber, bahan peledak seberat 10 kilogram yang sudah diubah suai itu dipasang di dalam sebuah kereta di sebuah kawasan dikenali sebagai Saddar.*
         *”Insiden ini membabitkan letupan bom yang dipasang di dalam kenderaan,” kata ketua polis Peshawar, Qazi Jamil-ur-Rehman.*
          *Kesemua yang cedera termasuk dua wanita dilaporkan berada dalam keadaan stabil, katanya.*

          *SHIMLA: Enam kanak-kanak maut manakala 12 lagi cedera selepas bas terhumban ke dalam jurang sempit di utara India hari ini, kata polis.*
           *Pemandu bas berkenaan turut terbunuh dalam kemalangan itu dengan tujuh pelajar cedera berada dalam keadaan kritikal.*
          *”Mereka terbunuh termasuk enam pelajar dan pemandu bas,” menurut pegawai kanan polis di daerah Sirmaur, Rohit Malpani.*
           *Semua pelajar di dalam bas berkenaan berusia antara empat dan 14 tahun.*

           *MELBOURNE: Polis Australia melancarkan siasatan selepas jarum ditemui pada anggur yang dibeli dari pasar raya di Melbourne.*
         *Skender Hasa dan pasangannya, Shams Alsubaiy, sedang menikmati anggur hijau tanpa biji selepas makan malam Selasa lalu apabila Alsubaiy yang hamil mengambil anggur berkenaan.*
            *Apabila membelahnya, kami mendapati ada jarum di dalam buah itu,” kata Hasa kepada saluran 9 News Melbourne, Rabu lalu.*
            *Katanya, anggur itu dibeli sehari sebelum itu dari cawangan pasar raya Woolsworth di Cragieburn.*

          *WASHINGTON: Polis California hari ini berkata tiga maut dan empat cedera dalam kes tembakan di pusat boling berhampiran Los Angeles.*
           *Jurucakap Jabatan Polis Torrance, Sarjan Ronald Harris, mengesahkan pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan tembakan di Pusat Boling Gable House pada jam 11.54 malam waktu tempatan, semalam.
Beliau menambah semua tujuh mangsa adalah lelaki.*
           *Tiga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi dibawa ke hospital.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *POLIS sedang mengesan dua lelaki berusia lingkungan 20-an yang masuk dan mencuri duit di dalam tabung di Masjid Ar Rahman Pangkal Kalong, Kok Lanas, bulan lalu.*
          *Dalam kejadian 3 petang, 25 Disember itu, dua suspek dilihat melakukan perbuatan itu menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di masjid terbabit.*
           *Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihak masjid hanya menyedari kejadian itu selepas membuat pemeriksaan di CCTV masjid itu.*

           *BARU saja diwujudkan petang semalam, akaun Instagram (IG) anak kepada Muhammad Kareef Daniel Abdullah, 29, atau lebih dikenali sebagai Mat Dan sudah diikuti 11,000 pengikut.*
          *Akaun IG milik Muhammad Zayne Daniel James Tyler yang genap lapan bulan semalam, diwujudkan oleh Mat Dan dan isterinya, Nadifa Adnan, 29, untuk memberi kemudahan kepada ahli keluarga terutama ibu bapa Mat Dan yang berada di England mengikuti perkembangan bayinya itu.*
          *Mat Dan berkata, dia dan isteri sebelum ini hanya memuat naik gambar anaknya di IG miliknya dan ahli keluarga dan peminat boleh mengikuti perkembangan anaknya di akaun IG itu.*

          *“SAYA dan keluarga tidak pernah meminta-minta kerana kami rasa ada lagi yang lebih susah daripada kami yang perlu dibantu.*
          *”Namun, sejak kisah keluarga kami disiarkan di akhbar, ramai yang tampil menyatakan hasrat membiayai yuran persekolahan anak dan membeli kelengkapan sekolah mereka,” kata Hasni Elias, 39, bapa kepada Muhammad Akib Jebat, 9, murid Tahun Tiga dari sebuah sekolah di Tikam Batu, Sungai Petani yang tular selepas dikatakan memakai pakaian sekolah abangnya ke sekolah.*
              *Katanya, bantuan dari segi kewangan tidak dapat diterima ketika ini disebabkan ketiadaan akaun bank kerana diisytiharkan bankrap namun dia akan cuba membuka akaun buat isterinya, Siti Fauziah Abdullah, 32, esok.*

           *“KAMI masih lagi suami isteri. Cerita kami sudah bercerai menerusi Whatsapp itu tidak betul,” kata pelawak popular, Tauke Jambu ketika mengulas dakwaan dia menceraikan isterinya, Nadia Mohd Affandi menerusi Whatsapp baru-baru ini.*
          *Dalam kenyataannya, Nadia turut mendakwa Tauke menceraikannya menerusi kiriman rakaman suara di aplikasi WhatsApp ketika dia di kampung.*
          *Bagaimanapun, Tauke tetap menafikan sekerasnya dakwaan Nadia itu.*
           *Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Khayla Aydina yang dilahirkan pada 26 Oktober tahun lalu.*

          *TIMBALAN Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan tiada sebarang perbincangan sulit antaranya dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.*
        *Katanya, beliau dan Hishammuddin sekadar terserempak ketika sedang bercuti bersama keluarga masing-masing di Maghribi baru-baru ini.*
            *”Saya tidak bercuti dengan Hishammuddin. Saya hanya terserempak dengan beliau malah, saya bertemu dengan ramai rakyat Malaysia di sana, tak jadi isu pun.*
            *Media sebelum ini melaporkan gambar keluarga Mohamed Azmin dan Hishammuddin yang bercuti di Maghribi baru-baru ini mencetuskan pelbagai tanda tanya terhadap perpecahan yang dipercayai tercetus dalam kepimpinan PKR.*

          *BAKAT luar biasa Mohd Syafiq Nazhmi, 12, membolehkannya memperolehi pendapatan lumayan sebagai pelukis karikatur jalanan.*
          *Pada usia semuda itu, dia sudah pandai berdikari dengan memanfaatkan kemahiran melukis untuk menerima tempahan bagi melakar karikatur wajah mengikut permintaan pelanggan di sekitar Melaka.*
       *Berbekalkan pensil, kertas lukisan serta beralaskan meja dan bangku plastik, Mohd Syafiq memulakan sesi melakar karikatur di kawasan kedai makan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh bermula jam 10 pagi hingga jam 3 petang pada hujung minggu dan cuti umum.*

         *Beijing: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun menyentuh perasaan jutaan pengguna media sosial di China selepas gambarnya membantu ibunya menyapu sampah di tepi jalan supaya wanita itu dapat pulang awal ke rumah tular i Internet.*
          *Budak lelaki itu mula mendapat perhatian selepas seorang pengguna media sosial memuat naik gambarnya di Weibo pada Mac lalu.*
       *Gambar berkenaan menunjukkan Long Guotao menyapu sampah di satu jalan utama di Kaili di wilayah Guizhou manakala ibunya, Wu Azhen berehat berhampiran.*
         *Gambar itu dikongsi oleh ribuan pengguna media sosial yang tersentuh dengan sikap Long yang suka membantu ibunya.*

          *SINGAPURA: Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa di sini, selepas didapati menyembunyikan empat ekor anak kucing di dalam seluar yang dipakainya, kata media tempatan.*
        *Channelnewsasia.com melaporkan identiti lelaki berusia 45 tahun itu dirahsiakan dan kisahnya mulai tular apabila seorang kakitangan Imigresen dan Pusat Pemeriksa Singapura (ICA) berkongsi kisah itu di laman Facebook, semalam.*
             *Tindakan lelaki itu disedari pegawai imigresen ketika dia melalui pos pemeriksaan kenderaan di pusat pemeriksaan Tuas. Ketika itu, dikatakan seorang pegawai imigresen mencurigai lelaki itu, apabila mendengar bunyi kucing dan mendapati bunyi itu datang dari arah lelaki itu.*
                 

*ARENA*
========


          *LONDON: Juergen Klopp percaya sekalipun Liverpool menjuarai Piala FA Inggeris, ia tidak mampu menutup sesetengah mulut pengkritiknya.*
          *Selepas mengharungi kekalahan pertama musim ini dalam kempen Liga Perdana, Reds akan membuat kunjungan sukar dalam kancah Piala FA menentang Wolves, awal pagi Selasa ini.*
             *Sekalipun Liverpool melakar kebangkitan sejak kehadiran Klopp, mereka masih belum menjulang sebarang trofi selepas tewas pada final Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Piala Liga.*
          *Justeru Klopp percaya jika skuad bimbingannya memenangi Piala FA, ia masih belum mencukupi sekalipun kelab itu berada di landasan untuk menamatkan penantian 29 tahun menjulang gelaran liga.*

           *LONDON: Dele Alli mengakui Tottenham akan merindui Son Heung Min apabila penyerang berbisa itu terpaksa meninggalkan kelab bagi tugasan Piala Asia 2019 bersama Korea Selatan di Emiriah Arab Bersatu.*
         *Heung Min, 26, sudah menjaringkan sembilan gol dalam 10 penampilan terakhir untuk Spurs dengan hanya Harry Kane menjaringkan lebih gol untuk kelab itu dalam kempen Liga Perdana Inggeris.*
            *Sekalipun mengakui ketiadaan Heung Min akan dirasai pasukan itu, Alli menegaskan Tottenham memiliki kemampuan untuk menampung kekosongan itu.*

           *KUALA LUMPUR: Ketika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal membuat pengumuman rasmi mengenai masa depan Tan Cheng Hoe bersama Harimau Malaya Selasa ini, timbul pula spekulasi baharu berkenaan jurulatih itu.*
         *Nama bekas pengendali Kedah itu dikatakan kini berada dalam radar Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) untuk mengisijawatan sebagai pengarah bola sepak skuad Singa Utara, seperti yang dimuat naik di laman Facebook NorthernLions Perlis.*
         *”Pengurusan PFA sedang mencari pengarah bola sepak yang baharu bagi membantu pasukan menghadapi Liga Perdana 2019,” kata kenyataan berkenaan.*

           *KUALA LUMPUR: Jurulatih perseorangan lelaki negara Hendrawan enggan memberi komen lanjut berkenaan Datuk Lee Chong Wei yang dijangka turun berlatih ke gelanggang esok, namun dia memberi bayangan perancangan untuk bekas pemain nombor satu dunia itu akan dibincangkan minggu ini.*
          *Menurutnya, setakat ini belum ada perbincangan tentang Chong Wei selepas anak buahnya itu mengakui akan mula turun berlatih di gelanggang bermula esok.*
          *”Setakat ini saya tidak mahu memberi sebarang komen. Mungkin minggu ini kita akan melakukan semua perancangan (mengenai Chong Wei). Sabar ya," kata Hendrawan.*

           *KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mampu menghela nafas lega selepas Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) dan kerajaan negeri bersetuju mengurangkan tunggakan bayaran stadium berjumlah RM836,800 kepada RM100,000.*
           *Perkara itu disahkan Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan selepas PSK menerusi kerajaan negeri ini hanya mengarahkan KAFA hanya perlu membayar RM100,000 selepas ditolak hutang terdahulu.*

           *SEREMBAN: Skuad bola sepak Negeri Sembilan (NS) sah mendapatkan khidmat pemain berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah bagi memperkasa pasukan itu mengharungi kempen Liga Malaysia yang bermula bulan depan.*
             *Pengurus pasukan, Mohd Khairolah Abdul Latif, berkata khidmat pemain berusia 38 tahun itu amat ditagih bagi mengemudi bahagian pertahanan skuad yang diberi gelaran Hoben Jang Hoben.*
          *”Norhafiz yang pernah beraksi bersama Pahang, KL Plus dan Kelantan memeterai kontrak selama setahun dalam misi mengembalikan pasukan ke saingan Liga Super, musim depan," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SELSA 8 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 2 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0551*
*SUBUH : 0601*
*SYURUK : 0720*
*ZOHOR : 1323*
*ASAR : 1645*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2034*


*TANAHAIRKU*
==============


               *MESYUARAT khas Majlis Raja-raja yang berlangsung di Istana Negara, smlm difahamkan memutuskan supaya Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diangkat sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong. Berdasarkan laporan New Straits Times (NST), keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat dihadiri enam daripada sembilan Sultan dan Raja iaitu dari Perlis, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Kedah.*

                *KERAJAAN tidak campur tangan dalam menentukan pengganti Yang di-Pertuan Agong dan menyerahkan sepenuhnya kepada Majlis Raja-Raja untuk membuat keputusan. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan menghormati keputusan Sultan Muhamad V meletakkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan menyerahkan keputusan memilih pengganti kepada Majlis Raja-Raja.*

                *POLIS mengingatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bersifat provokasi susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat kuasa, semalam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, polis sudah membuka beberapa kertas siasatan berhubung kenyataan melampau pihak tertentu berkaitan isu peletakan jawatan baginda.*

                *SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dijangka menerima mengadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, di Istana Bukit Serene, dekat Johor Bahru, Khamis ini. Difahamkan pertemuan pertama antara Sultan Johor dengan Dr Mahathir sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu, turut disertai isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.*

                *PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada pemimpin yang bermuka-muka dan cuba melagakannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ahli Parlimen Port Dickson yang mengulangi penegasan bahawa tiada konflik antaranya dengan Dr Mahathir, turut memberi isyarat kepada kepimpinan Pakatan Harapan (PH) supaya berwaspada dengan golongan itu.*

               *KERAJAAN optimis Lembaga Tabung Haji (TH) akan kembali ke landasan asalnya pada tahun ini menerusi pelan pemulihan kewangan agensi itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, keputusan kerajaan untuk meletakkan TH di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) seperti institusi Kewangan Islam yang lain bertujuan mengukuhkan tadbir urus dan pengurusan risiko TH, agar lebih berdaya saing dan mampan.*

                *PERSATUAN Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) menyokong sepenuhnya kenyataan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan mengekalkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 20l5 (POTA) SOSMA berdasarkan cadangan pindaan oleh satu Jawatankuasa Kajian.*

                *PELAJAR perempuan Tingkatan Lima parah selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah sekolah menengah di Alor Setar, smlm. Mangsa berusia 17 tahun dipercayai terjatuh jam 7 pagi sebelum kejadian disedari rakan dan pihak sekolah yang kemudian menghubungi talian kecemasan.*

                *JUMLAH kes rasuah membabitkan penjawat awam di Pulau Pinang membimbangkan dengan 10 kesalahan direkodkan setiap bulan sepanjang tahun lalu. Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Farizan Darus berkata berikutan itu, pihaknya akan terus berusaha meningkatkan tahap kesedaran untuk memastikan statistik penjawat awam di Pulau Pinang yang terbabit dalam gejala rasuah dan salah guna kuasa dapat dibendung pada masa depan.*

                *KES bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah dan satu pertuduhan pilihan menerima rasuah berjumlah RM3 juta akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.*

               *SELEPAS terbabit dalam 10 kes curi kabel di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Baling, Kedah, kumpulan dikenali ‘Geng TM’ tumpas diberkas polis dalam beberapa siri serbuan. Tiga lelaki berusia 23 hingga 25 tahun yang juga ahli kumpulan itu ditahan dalam operasi Khamis lalu dan smlm.*

               *SEORANG ibu kelu selepas melihat anak lelaki keduanya ditahan polis bersama pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM203,500 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pulau, Durian Tunggal, Alor Gajah. Serbuan dilakukan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, kira-kira jam 2.15 pagi Jumaat lalu hasil maklumat awam.*

               *BEKAS Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perlis yang digugurkan jawatan, Wan Saiful Wan Jan mempertahankan tindakannya membuat laporan polis terhadap kes pemalsuan dokumen di pejabat parti itu di negeri berkenaan. Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) berkata, ada pihak menggesanya menarik balik laporan polis berkenaan tetapi berkeras untuk tidak sama sekali berbuat demikian.*

               *LELAKI yang ditemui tidak bermaya di sebuah rumah di Jalan Laichee, di sini, dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sibu, pagi semalam, dipercayai akibat pengambilan dadah berlebihan. Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Martin Khoo berkata, lelaki berusia 40-an itu ditemui orang awam dalam keadaan tidak bermaya dalam rumah terbabit 12:28 tengah malam kelmarin.*

               *UNIT Gempur Marin (UNGERIN) Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah mematahkan cubaan menyeludup masuk 42,000 bungkus rokok pelbagai jenis dianggarkan bernilai lebih RM500,000. Semua rokok seludup itu dikesan disembunyikan di kawasan semak di pesisir pantai muara Sungai Kinarut di Papar jam 10.15 malam smlm.*

                *LAPAN individu termasuk janda anak lima ditahan dalam Ops Bersepadu Perangi Dadah Habis-Habisan 3.0 Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Klang dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang di sekitar daerah itu smlm. Lebih mengejutkan turut ada bersama ibu muda berusia 27 tahun itu dua anaknya termasuk seorang orang kelainan upaya (OKU) berusia setahun.

               *JAWATANKUASA Khas Siasatan bagi kejadian tanah runtuh di Projek Pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus, Georgetown akan membentangkan hasil laporan kepada kerajaan negeri Rabu ini. Dalam kejadian 19 Oktober lalu, sembilan mangsa ditemui maut tertimbus manakala tiga lagi cedera di tapak projek jalan berkembar Bukit Kukus.*

               *MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur, hari ini membenarkan permohonan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mendapatkan pasport antarabangsanya bagi mendapatkan rawatan kesihatan di London. Terdahulu, Hakim Rozina Ayob membenarkan pasport Musa, 68, dilepaskan dari 15 Januari ini hingga 10 Februari depan, bagaimanapun, pergerakannya hanya terhad ke London, United Kingdom dan Singapura sahaja.*

               *SUAMI isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, smlm atas tuduhan membunuh anak lelaki mereka berusia lima tahun dalam kejadian di Taman Sentosa pada Disember lalu. Tertuduh, Mohd Wirah Mohd Yakub, 33, yang juga bapa kandung mangsa dan Nur Aqma Rosli, 22, iaitu ibu tiri mangsa, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom.*

               *MAHKAMAH Majistret Georgetown, hari ini membenarkan perintah tahanan reman empat hari ke atas suami isteri yang dipercayai menyimbah air panas terhadap anak perempuan mereka. Semalam, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan bersama isterinya berusia 33 tahun di hadapan kedai durian di Paya Terbong.*

               *SEORANG anggota Balai Polis Seri Manjung maut, manakala seorang lagi parah dalam kemalangan langgar lari di Kilometer 3, Jalan Sitiawan-Ayer Tawar berhampiran Taman Nesa, Sitiawan, semalam. Dalam kejadian jam 9.05 malam, mangsa Koperal G Kumaran, 34, yang menunggang Yamaha RXZ maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.*

               *HAMPIR 20 petugas media pulang hampa selepas dihalau beberapa pegawai Parlimen kerana tidak membenarkan untuk mendapatkan reaksi Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa. Petugas media yang ‘setia’ menunggu di luar Kamar Khas, tempat Yamani Hafez yang juga anak bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah, tiba-tiba didekati seorang pegawai terbabit yang meminta wartawan dan jurukamera beredar.*

               *SEORANG pemilik dan pekerja kedai runcit warga Pakistan di Kelantan menjadi dua individu pertama di negara ini dituduh mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang dipinda berkuat kuasa, awal bulan ini. Tertuduh Rizwan Ullah, 26, dan Tariq Zaman, 25, masing-masing didenda RM100,000 di Mahkamah Majistret Kota Bharu selepas mengaku salah terhadap tuduhan memiliki rokok seludup bernilai RM152.*

               *KEJADIAN tertelan air dan hampir lemas di dalam besen sebulan lalu menyebabkan Muhammad Iman Mikael Al Hafizi yang berusia 15 bulan kini hanya terlantar dan tidak lagi aktif seperti dulu. Ibunya, Rabiatul Adawiyah Abdullah, 25, berkata, kejadian yang menimpa anak keduanya itu berlaku pada 27 November lalu ketika mereka menetap di Kampung Baru, Ulu Bernam, Perak.*

               *TIGA lelaki tempatan berusia 20 hingga 32 tahun ditahan polis ketika leka menghisap dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kota Jaya, Kota Tinggi semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi, jam 5.05 petang.*

               *LELAKI ditahan selepas dipercayai mencuri 55 kotak paracetamol di sebuah pasar raya besar di Kulim, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, suspek, 32, diberkas pengawal keselamatan dan kakitangan pasar raya selepas perbuatannya itu dikesan.*

               *ISTERI Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin, Datin Akbal Hanam Talip, 61, meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang di Hospital Serdang awal pagi smlm. Arwah yang juga Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia (CKPM) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Enstek, Negeri Sembilan jam 10 pagi.*

               *Hulu Selangor: Seorang murid lelaki tahun satu tidak menyangka objek sejuk dan lembik yang disentuh dari dalam laci di bawah mejanya adalah ular tiung. Sepasukan anggota bomba yang tiba selepas mendapat panggilan kecemasan berhubung kejadian berjaya menangkap reptilia berkenaan dan menyifatkan murid terbabit bertuah kerana tidak dipatuk.*

               *Ampang: Hasrat seorang wanita menakluk dua puncak Bukit Tabur, di sini, bersama dua rakannya tidak kesampaian apabila tergelincir dan terjatuh ke cenuram sedalam 30 meter, kelmarin. Dalam kejadian jam 8.10 pagi mangsa, Lum Shook leng, 37, yang cedera di bahagian kepala, pinggang dan lutut, bagaimanapun diselamatkan selepas rakannya membuat panggilan kecemasan pada jam 8.14 pagi.*

               *SEBUAH banglo setingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Dataran Tunku, Kuala Lumpur, smlm. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul Timbalan Penguasa Bomba Mohd Hafizan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.45 pagi berhubung kejadian.*

               *ANGGOTA polis cedera dipercayai ditikam oleh seorang suspek kes samun di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, malam smlm. Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, suspek terbabit turut cedera selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan, ketika melarikan diri.*

               *SEBUAH surau yang sedang dalam pembinaan di Jalan Depo, Petra Jaya menyimpan sejarah sebuah keluarga yang terkorban dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia MH17 pada 2014 lalu. Menurut sumber, surau hampir siap dibina itu dan diberi nama Al-Ghazali berkenaan dibangunkan dengan wang pampasan diterima keluarga terbabit.*

               *KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya dan Institut Penyelidikan Standard dan Industri Malaysia Berhad (SIRIM) berhubung isu penggunaan tayar celup yang menjadi punca utama lebih 10,000 kemalangan di negara ini setiap tahun.*

               *KUALA TERENGGANU: Musim tengkujuh selain fenomena ribut tropika Pabuk yang melanda negeri ini membuatkan harga ikan naik, sekali gus menyebabkan kemerosotan perniagaan bahan basah itu di Pasar Besar Kedai Payang (PBKP). "Paling mendapat sambutan setiap kali jualan ialah ikan kembung, namun ikan itu kini berharga RM18 hingga RM20 sekilogram berbanding harga biasa sekitar RM14 sekilogram.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *BEIJING: Pihak berkuasa China menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang petani yang menyerang beberapa kanak-kanak di sebuah tadika di selatan bandar China, dua tahun lalu.*
           *Agensi berita Xinhua melaporkan Yan Pengan dihukum mati pada Jumaat lalu kerana menetak kanak-kanak di sebuah sekolah terletak di wilayah Guangxi Zhuang.*
           *Difahamkan Yan pergi ke tadika terbabit dengan membawa pisau dapur pada 2017 dan menyerang 12 kanak-kanak sekolah itu hingga menyebabkan empat daripadanya cedera parah.*

         *New York: Seorang gelandangan masih terselamat biarpun kereta api melintasi di atas badannya selepas terjatuh di atas landasan ketika cuba mengambil makanan dalam kejadian di New York, pada Jumaat lalu.*
           *Kejadian dilaporkan berlaku jam 10.30 malam di stesen kereta api di Washington Heights apabila lelaki itu gagal menyambut bungkusan makanan dibaling rakannya dari platform bertentangan lalu terjatuh ke landasan, kata beberapa saksi kepada New York Post.*
          *Dia cuba menyelamatkan diri namun kakinya tersangkut pada landasan itu.*
           *Difahamkan, bungkusan makanan itu terdiri daripada nasi, kacang dan ikan keli.*

            *JAKARTA: Gempa bumi 6.6 magnitud melanda bandar Ternati di Pulau Maluku, kira-kira 174 kilometer di barat laut pulau itu, diikuti gempa susulan tetapi tidak ada ancaman tsunami, kata Peninjau Geologi Amerika Syarikat (USGS).*
          *Gegaran berada pada kedalaman 60.5 kilometer dan disusui gempa dengan magnitud 5.0 hingga 5.1.*
             *Pegawai Agensi Pencari dan Penyelamat Ternate, Samud Sergi berkata, gegaran tidak terasa di bandar itu.*

            *LELAKI rakyat Poland didakwa ‘dengan sengaja mewujudkan bahaya api’ yang menyebabkan berlaku insiden kebakaran di sebuah ruangan melarikan diri dalam sebuah permainan berdasarkan video, Escape Room hingga meragut nyawa lima remaja perempuan, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan, semalam.*
           *Kebakaran berlaku pada petang Jumaat di sebuah bangunan kediaman di Koszalin, sebuah bandar di barat laut Poland.*
           *Ryszard Gasiorowski, jurucakap pendakwa daerah Koszalin, dipetik oleh agensi berita Poland PAP sebagai berkata, suspek cuai dalam memastikan laluan untuk melarikan diri yang mungkin membolehkan kesemua remaja keluar apabila kebakaran berlaku.*

            *BEIJING: Kapal perang pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) belayar berhampiran kawasan Pulau Paracel yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan yang turut dituntut China.*
             *Kapal USS Mc Campbell melakukan operasi di ‘wilayah pelayaran bebas’ kira-kira 12 batu nautika dari rangkaian Pulau Paracel, ketika pegawai tentera negara itu dikatakan sedang mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Beijing berhubung kemelut perdagangan antara dua negara itu.*
          *Jurucakap tentera laut, Rachel McMaar berkata dalam satu kenyataan menerusi e-mel, operasi itu adalah bertujuan untuk mencabar tuntutan melampau maritim.*

           *Kabul: Taliban menyerbu dua pos keselamatan Afghanista di wilayah Badghis dan membunuh 21 orang, termasuk polis dan militia pro kerajaan.*
            *Menurut ketua majlis wilayah Badghis, Abdul Aziz Bek, 14 polis dan tujuh militia pro-kerajaan terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam serangan di wilayah bersempadan dengan Turkmenistan, Ahad lalu.*
             *Jurucakap pejabat gabenor Badghis, Jamshid Shahabi, berkata lebih 15 militan Taliban terbunuh dalam pertempuran.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


         *KERAJAAN negeri Kelantan mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, berkuat kuasa semalam.*
           *Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, semua pihak perlu menghormati keputusan Tuanku.*
        *"Justeru, tidak elok kita membuat sebarang spekulasi kerana tiada gunanya kita mencari sebab. Itu hak Tuanku untuk meletakkan jawatan, jadi tidak perlu kita persoalkan tindakannya itu.*
         *Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung penularan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan pelantikan Raja Perempuan Kelantan yang menjadi penyebab kepada peletakan jawatan Sultan Muhammad V.*

         *Pergerakan Pemuda UMNO membuat laporan polis smlm meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina terhadap Sultan Muhammad V di Facebook.*
          *Komen yang disifatkan sebagai menghina itu kemudiannya tular di media sosial dan mendapat kritikan hebat daripada netizen.*
           *Setiausaha Kerja Pemuda UMNO,Ahmad Zaim Ahmad Tawfek berkata, Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera bertindak kepada pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Eric Liew.*

           *“AKU tak marah pada warganet (netizen) tapi pada pencetus,” luah pelakon dan pelawak, Tauke Jambu, 42, susulan difitnah dan dicaci pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Sultan Melaka.*
        *Tauke atau nama sebenar Zamatul Amri Zakaria berkata, tidak kisah dengan kenyataan dikeluarkan pemilik akaun itu tetapi apabila bertindak mencaci namanya, ia adalah perkara yang melampau.*
         *"Inilah yang dikatakan melanggar etika kewartawanan, orang nak jadi wartawan atau blogger keluar masuk universiti tapi dia terus nak naik, sebab itu tiada otak apabila 'post' apa-apa.*
          *Imbas kembali, dua hari lalu media tempatan melaporkan, isteri Tauke, Nadia Mohd Affandi mendakwa sudah berpisah melalui lafaz cerai di aplikasi Whatsapp hujung bulan lalu.*

         *Dua artis wanita Indonesia ditahan dipercayai terbabit dalam pelacuran secara online membabitkan bayaran sebanyak Rp25 juta (RM7,238) dan Rp80 juta (RM23,164).*
          *Menurut agensi berita ANTARA, kedua-dua artis itu, Vanessa Angel dan seorang lagi hanya dikenali sebagai "AF" ditahan di Surabaya selepas pihak polis mengesan berlakunya transaksi pembayaran untuk aktiviti itu.*
            *Ketua Polis Jawa Timur, Arman Asmara dipetik berkata mereka yang ditahan ialah empat saksi, dua artis iaitu Vanessa dan "AF" dan tiga lagi yang dipercayai terbabit dalam urusan aktiviti itu.*
          *"Kami melakukan siasatan melalui media sosial dan diketahui kegiatan tersebut dilakukan di sebuah hotel di Surabaya. Tarifnya yang satu Rp 80 juta, satu lagi Rp 25 juta," kata Arman.*
                 

*ARENA*
========


         *LONDON: Pertahanan Manchester United, Phil Jones berkata, pertemuan dengan Tottenham, Ahad ini menguji kekuatan kelab itu di bawah kendalian pengurus sementara Ole Gunnar Solskjaer.*
             *United memenangi kesemua lima perlawanan sejak kehadiran Solskjaer di Old Trafford berikutan pemecatan Jose Mourinho bulan lalu, justeru pertembungan dengan Spurs yang menghuni tangga ketiga Liga Perdana di Wembey menjadi cabaran paling sukar Red Devils.*
           *"Spurs adalah ujian yang bagus,” kata Jones. “Kami berada di prestasi yang baik dan meraih momentum. Kami mendaki dengan konsisten.*

         *AL-AIN, Emiriah Arab Bersatu: Kesilapan penjaga gol membantu skuad kendalian Marcello Lippi, China mengelak kekalahan memalukan ketika mereka bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi pasukan kerdil, Kyrgyzstan 2-1 pada saingan Piala Asia malam tadi.
             *Pasukan Asia tengah itu yang berkedudukan ke-91 dunia dan bermain pada kejohanan besar buat kali pertama, menguasai babak pertama dan mendahului 1-0 sebelum rehat pada saingan Kumpulan C selepas cubaan baik Akhlidin Israilov.*
          *Namun penjaga gol Kyrgyzstan yang panik, Pavel Matiash menampan bola ke gawang sendiri sejurus bermula babak kedua sebelum penyerang Beijing Guoan, Yu Dabao menjaringkan gol kemenangan 12 minit sebelum tamat.*

          *KUALA LUMPUR: Beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan pasangan campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menerima tamparan awal susulan keputusan mereka keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).*
            *Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan kedua-dua pasangan itu tidak tersenarai dalam sistem ‘tiering’ program latihan di bawah kendalian Majlis Sukan Negara (MSN).*
         *Beliau berkata, nama kedua-dua pasangan yang memenangi pingat perak Olimpik Rio 2016 itu tiada dalam 'Tier Pertama’ yang membabitkan persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebaliknya hanya pemenang pingat perak tiga kali temasya berprestij itu, Datuk Lee Chong Wei menjadi satu-satunya pemain yang tersenarai.*

          *KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) perlu melupakan hasrat untuk ‘meminang’ Tan Cheng Hoe selepas pengendali berusia 51 tahun itu dijangka kekal membimbing Harimau Malaya.*
            *Ini selepas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi bayangan betapa badan induk itu bersedia untuk terus memberi kepercayaan kepada Cheng Hoe selepas kontraknya berakhir, minggu lalu.*
             *"Secara dasarnya, Cheng Hoe berpeluang cerah untuk terus mengendalikan pasukan kebangsaan.*

          *KUALA LUMPUR:Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) edisi ke-17 bakal membuka tirai di perairan Langkawi minggu ini dengan 35 bot dari pelbagai negara bertarung merebut gelaran juara.*
           *Dianjurkan Royal Langkawi Yacht Club (RLYC), kejuaraan kali ini dilihat lebih meriah dengan gabungan jurumudi perpengalaman dan juga muka baharu dari 10 negara seperti Australia, Perancis, Denmark, Jepun Singapura dan juga Malaysia.*
             *Mereka akan berentap dalam tujuh kelas dipertandingkan, antaranya kelas utama Racing yang memburu trofi Cabaran Perdana Menteri,IRC 1 , IRC 2, Sportsboat, Club Cruising, Multihull, Ocean Rover dan White Sail.*

          *KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sedia membantu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dalam memahami isi kandungan perjanjian dan undang-undang sedia ada yang digunapakai ketika ini.*
        *MFL juga akan turut menerangkan perkara berkaitan perancangan operasi dan pengurusan liga seperti sudah dijelaskan pada perjumpaan bersama setiap pasukan sebelum ini.*
          *Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, penglibatan MFL dalam isu seperti itu adalah relevan untuk menjaga kepentingan Liga Malaysia serta rakan kongsi yang lain.*

         *SUBANG JAYA: Bek kanan Selangor, Syahmi Safari enggan dibebani dengan tanda harga yang diletakkan ke atasnya selepas dilabel ‘pemain RM6 juta.’*
            *Sebaliknya, pemain berusia 21 tahun itu mahu menjadikan ‘label’ itu sebagai pemangkin semangat bagi memperagakan persembahan yang menepati kriteria seorang pemain yang layak memegang harga setinggi itu.*
          *"Tiada tekanan dengan klausa pelepasan itu kerana bagi saya, ia dapat menjadi motivasi bukan sahaja kepada saya tetapi juga buat rakan seangkatan yang sama usia dengan saya.*

         *KUALA LUMPUR: Bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi membuat tuntutan tunggakan gajinya bagi musim 2015, 2016 dan 2018 terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).*
          *Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya memuat tuntutan itu melalui Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan harapan untuk mendapatkan haknya.*
            *Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya menjelaskan sebelum ini Piya membuat tuntutan tunggakan gaji membabitkan musim 2016 dan 2018, namun yang terbaru pemain berusia 36 tahun itu turut mahu menuntut tunggakan gajinya bagi musim 2015.*

         *IPOH: Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) akan bermesyuarat esok bagi membincangkan beberapa perkara termasuk dalam membuat klausa baharu syarat pelepasan dalam kontrak semua pemain skuad The Bos Gaurus.*
           *Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, walaupun masih belum jelas dengan cadangan klausa berkenaan, tetapi ia menjadi antara perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat esok.*
         *"Secara jujurnya, saya masih belum berapa jelas lagi pemahaman berhubung klausa dalam perjanjian itu. Akan tetapi ia tetap ada kebaikannya.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2019 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*RAU 9 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 3 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0552*
*SUBUH : 0602*
*SYURUK : 0720*
*ZOHOR : 1323*
*ASAR : 1645*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2034*


*TANAHAIRKU*
==============


               *Kuala Lumpur: Sembilan undi rahsia dalam kalangan sembilan sultan dan raja-raja Melayu akan menentukan siapa bakal menggantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Jika undi berkenaan yang dibuat melalui Majlis Raja-Raja (MRR) memilih seseorang sultan itu maka baginda akan dilantik selain perlu bersetuju untuk menjawat jawatan sebagai ketua negara.*

               *Kuala Nerus: Kerajaan mengubah kurikulum di sekolah dengan memberi tumpuan kepada tiga aspek penting iaitu penguasaan terhadap ajaran Islam sebenar, bahasa Inggeris serta ilmu sains dan teknologi. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, objektif Dasar Pendidikan Negara bukan hanya memberi ilmu kepada anak sebaliknya turut membentuk peribadi lebih baik kepada setiap warganegara.*

               *PENGUSAHA Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Kedah mengeluh berikutan terpaksa menampung pelbagai kos yang meningkat, namun tidak dapat menaikkan bayaran perkhidmatan bagi mengelak kehilangan pelanggan. Pengerusi Persatuan Pendidik Awal Kanak-Kanak Kedah, Ku Rahmah Ku Bahari berkata, sehingga kini kira-kira 150 pengusaha taska terpaksa mengekalkan yuran yang rendah iaitu antara RM250 hingga RM350 bagi seorang kanak-kanak.*

               *PERJALANAN ke sekolah bertukar tragedi kepada pasangan kembar apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Jalan Beris Kubur Kamal, Pauh Sembilan, di Bachok. Dalam kejadian jam 7.15 pagi smlm, mangsa, Muhammad Farhan Naf’an Faiz, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala kembarnya, Muhammad Faqih Fa’iz, 16 cedera ringan.*

               *KEMENTERIAN Kewangan mengambil langkah untuk menutup akaun kewangan kerajaan pada 21 Disember lalu berbanding pada 15 November seperti dilakukan kerajaan terdahulu. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, penutupan terlalu awal akaun kewangan seperti diamalkan kerajaan terdahulu hanya menyusahkan urusan dan fungsi kerajaan yang terhenti hampir sebulan setengah dan ia tindakan tidak bertanggungjawab.*

               *PEMBANTU kedai diarah menjalani hukuman dua bulan di Pusat Pemulihan Wanita di Sabak Bernam, Selangor, selepas mengaku salah di Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Terengganu, atas pertuduhan berkhalwat. Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Mohd Fakhruddin Yusof selepas wanita berusia 22 tahun dari Dungun, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.*

               *PENIAGA warga Indonesia dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, smlm, atas tuduhan memiliki 3,480 batang rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM323.04, minggu lalu. Tertuduh yang berasal dari Acheh diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara berkenaan bermula tarikh tangkapan, iaitu 2 Januari lalu.*

               *BERMULA smlm, semua soal jawab agama di lawan web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan menyediakan terjemahan dalam bahasa Inggeris. Perkara itu dimaklumkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi Twitter rasminya hari ini sekali gus bakal memudahkan lebih ramai pengguna Internet dalam kalangan pelbagai kaum untuk bertanya dan mendapat maklumat berkaitan kemusykilan agama.*

               *POLIS menahan empat lelaki termasuk seorang pelajar berusia 16 tahun yang disyaki terbabit dalam kes samun hingga mendatangkan kecederaan di hadapan sebuah pasar raya di Taman Saga, Alor Setar, minggu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, semua suspek berusia antara 16 hingga 33 tahun itu ditahan di lokasi berasingan sekitar bandar raya ini, semalam.*

               *PANTAI Redang, di Sekinchan, yang menjadi tumpuan warga setempat beriadah dan bersantai setiap hujung minggu, dicemari dengan kegiatan kumpulan ‘mat rempit’ yang menjadikannya tempat berkumpul dan berlumba. Susulan itu, polis melancarkan Operasi Bersepadu Cegah Lumba Haram dengan membuat serbuan dan mengepung kawasan terbabit, petang Ahad lalu.*

               *KEGHAIRAHAN memiliki barangan berharga seperti komputer riba dan telefon pintar pada harga murah menyebabkan tujuh individu ditahan kerana memiliki barang dicuri.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan berkata, semua suspek yang ditahan itu berusia antara 35 hingga 53 tahun adalah peniaga alat telekomunikasi dan komputer dan individu yang membeli barangan berkenaan daripada satu sindiket diketuai seorang lelaki berusia 27 tahun.*

               *SEORANG lelaki warga Myanmar dibunuh rakan senegara hanya kerana enggan bersekongkol mengikuti rakannya melarikan diri dari tempat kerja mereka di tapak semaian nurseri di Triang, Bera, Ahad lalu. Mangsa, 36, ditemui mati oleh pekerja di nurseri berkenaan kira-kira jam 4.30 pagi dan polis yang menerima laporan terus memburu suspek sebelum ditahan dua jam kemudian.*

                *TIGA lelaki dan seorang wanita ditahan polis, malam tadi, berhubung kes bunuh calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam, M Thiyahu, 30, di pangsapuri di Seksyen 7, Shah Alam, petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, tiga lelaki berusia 23, 24, serta 25 tahun manakala wanita berusia 20 tahun ditahan sekitar Shah Alam dan Klang dan kini direman selama tujuh hari mulai hari ini.*

               *KEMATIAN M Thiyahu, 30, yang maut akibat ditetak di bawah pangsapuri di Seksyen 7, petang semalam, sangat dirasai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi. Beliau yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Shah Alam, Selangor (HSAS), di Shah Alam, hari ini, menyatakan mendiang yang juga calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam adalah seorang individu yang mempunyai sifat pemimpin.*

               *IBU tunggal merayu supaya anak gadisnya yang hilang sejak enam hari lalu pulang ke rumah mereka di Kampung Rahmat, Rantau Panjang, di Kota Bharu. Zuraidah Abdul Salam, 40, berkata, anak ketiganya, Zulaikha Balqis Asmadi, 16, keluar rumah pada 10.30 malam Khamis lalu dengan hanya membawa telefon bimbit.*

               *DITENDANG sebelum disamun. Itu tindakan tidak berhati perut lelaki ketika menyamun wanita di persimpangan Jalan Kampung Maang, Padawan, di Kuching, Sabtu lalu. Dalam kejadian 9.40 pagi itu, mangsa yang berusia 50 tahun bersendirian pulang ke rumahnya selepas membeli barang keperluan di kedai di Pekan Tapah menaiki motosikal.*

               *Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas pertuduhan memiliki 408 botol dan tin arak pelbagai jenama bernilai RM780.49 tanpa kelulusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). M Harikrishnan, 31, dan H Prabakaran, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohamad Nor Hafidzuddin Yusoff.*

               *Rawang: Menyusup masuk melalui tingkap tandas sebelum meninggalkan najis berhampiran sinki di hadapan rumah yang dipecah masuk. Itu antara tindakan aneh dilakukan geng najis yang terus mengganas melakukan jenayah pecah rumah di Bandar Tasik Puteri, pagi semalam. Dalam kes terbaru sekitar jam 5 pagi semalam, penjenayah sempat melarikan buku cek milik penghuni yang langsung tidak menyedari kediamannya diceroboh.*

               *BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim smlm, gagal hadir bagi sebutan semula kes cabul gadis bawah umur di Mahkamah Sesyen Kangar. Keadaan itu menyebabkan Hakim AinulShahrin Ahma terpaksa menetapkan 18 Februari hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen perbicaraan berkenaan.*

               *Melaka: Plastik tersangkut pada katup apung keluar tangki menjadi punca utama aktiviti harian hampir 600 keluarga di empat blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, terjejas susulan ketiadaan bekalan air sejak Khamis lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Datuk Mohd Khalid Nasir berkata, bendasing itu ditemui di bahagian tangki utama menyebabkan tekanan air masuk ke tangki sedutan rendah.*

               *Kuantan: Barisan Nasional (BN) belum memutuskan calon daripada parti mana mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, 26 Januari ini. Walaupun tempoh untuk hari penamaan calon tinggal tidak sampai seminggu lagi, difahamkan pucuk pimpinan UMNO dan MIC belum dapat memberi kata putus berhubung calon paling sesuai bertanding di kerusi berkenaan.*

               *MAYAT lelaki ditemui orang awam dipercayai sudah meninggal dunia sejak tiga hari lalu, akibat serangan jantung di rumah di Kampung Stesen, di Arau, hari ini. Mangsa, Abd Rahman Jusoh, 58, ditemui terbaring di bahagian ruang tamu rumah milik seorang peguam pada 7 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, mangsa diminta pemilik asal rumah itu untuk tinggal di situ bagi menjaga rumah terbabit.*

               *BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol dari PAS, Mohd Zawawi Abu Hassan, 42, meninggal dunia di Hospital Taiping (HT) 6.02 pagi hari ini selepas dimasukkan ke hospital berkenaan petang semalam kerana kritikal.*

               *SEBANYAK 37 pusat hiburan keluarga di Kuantan tidak boleh memperbaharui lesen hiburan sejak akhir tahun lalu, selepas dikatakan menjalankan aktiviti perjudian secara haram di premis mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang berkata, bagaimanapun ada dalam kalangan pemilik pusat hiburan berkenaan mendakwa mereka tidak menjalankan aktiviti perjudian tetapi turut tidak boleh memperbaharui lesen.*

               *DUA bekas pegawai kerajaan termasuk seorang pesara di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) antara tiga ditahan kerana menyamar sebagai pegawai agensi itu, Jumaat lalu. Dalam kejadian jam 2.15 petang, tiga lelaki berusia antara 38 hingga 58 tahun itu baru selesai melakukan ‘serbuan dan rampasan’ 29 kotak rokok seludup pelbagai jenama di sebuah kedai runcit di Sitiawan.*

               *LELAKI ditemui mati dipercayai tertembak diri sendiri dengan senapang patah di tepi jalan Kampung Plaie, Kota Samarahan, malam semalam. Mangsa, Hereng Pili, 44, ditemui berlumuran darah jam 11.20 malam oleh orang awam yang kebetulan melalui jalan berkenaan sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa. Ketua Polis Daerah Samarahan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa ditemui terbaring di sisi motosikalnya bersama selaras senapang patah.*

               *PENGARAH agensi kerajaan di Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didapati menyalahgunakan jawatannya bagi memberi projek kepada syarikat milik anaknya sendiri. Sumber berkata, lelaki berusia 58 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Georgetown jam 8.10 pagi hari ini.*

               *Seremban: Pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa anggota pentadbiran negeri tidak menjadi isu kerana ia diluluskan kerajaan negeri sebelum ini. Menteri Besar, Aminuddin Harun menjelaskan pembelian kereta baharu Honda Accord untuk kegunaan rasmi Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Speaker dan Timbalan Speaker, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Mufti Kerajaan Negeri serta 10 anggota Exco yang keseluruhannya membabitkan kos lebih RM2 juta, adalah proses biasa dan tiada isu.*

               *TIGA individu termasuk dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Langkawi, semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes tuntutan palsu bagi pembekalan langsir pasang siap bernilai lebih RM60,000. Menurut sumber, kedua-dua pegawai TLDM berusia 50 tahun itu masing-masing memegang jawatan sebagai Kepten kapal dan Komander (Pegawai Pemerintah).*

               *POLIS menemui semula empat motosikal yang dilaporkan hilang termasuk motosikal milik Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli dalam beberapa siri tangkapan yang berakhir malam semalam. Motosikal Honda EX5 milik Ahli Parlimen itu yang dilaporkan hilang pada 30 Disember lalu, ditemui semula, kira-kira jam 10 malam. Ia yang dijadikan wakaf untuk kegunaan penduduk Kampung Alur Tembesu itu ditemui selepas tangkapan dua beradik dikenali Kancil serta Lion berusia 38 dan 41 tahun di rumah mereka di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun.*

               *PENJUALAN rokok di semua kaunter rangkaian restoran nasi kandar milik Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita) di seluruh negara akan dihentikan mulai hujung tahun ini. Ia adalah bagi menyokong hasrat kerajaan yang menguatkuasakan larangan merokok di restoran dan kedai makan mulai awal tahun ini untuk menjadikan rakyat di Malaysia sebagai masyarakat maju penuh bertamadun menjelang 2020.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *RIO DE JANEIRO : Seorang pencuri dibelasah selepas tersilap langkah dengan cuba menyamun atlet wanita seni bela diri campuran (MMA) yang turut dikenali sebagai ‘Wanita Besi’.*
           *Polyana Viana, juara Ultimate Fighting Championship (UFC) kategori strawweight, menewaskan suspek dengan dua tumbukan serta sepakan, sebelum menggunakan teknik ‘rear-naked choke’ dan memaksa lelaki terbabit duduk sambil menunggu ketibaan polis.*
          *Cubaan menyamun Viana, 27 itu berlaku ketika beliau sedang menunggu kenderaan Uber di luar blok pangsapuri yang dihuninya.*

         *BERLIN: Polis Jerman berkata pihaknya berjaya menahan seorang suspek berusia 20-an kerana terbabit dalam kes menggodam data peribadi daripada ratusan ahli politik termasuk Canselor Jerman, Angela Merkel dan menyiarkan dalam talian.*
             *"ejabat pendakwa raya di Frankfurt, Pejabat Pusat Pencegahan Internet dan Jenayah Komputer dan Pejabat Jenayah Persekutuan (BKA) menggeledah sebuah apartmen suspek berusia 20-an pada 6 Januari lalu dan menahannya,” kata BKA dalam satu kenyataan.*
         *Laporan media berkata suspek yang ditahan di barat negeri Hesse sudah mengaku kepada pihak berkuasa dan dipercayai bertindak sendirian.*

         *BUENOS AIRES : Satu fosil rusa prasejarah yang masih elok ditemui di utara Buenos Aires, kata pengurusan Universiti La Matanza dalam satu pendedahan semalam.*
            *Fosil itu yang masih belum diketahui usia terdiri daripada 70 peratus bahagian haiwan berkenaan mencakupi tulang belakang, kaki dan gigi.*
           *Penemuan itu dibuat di tapak yang sama 24 fosil mamalia dan reptilia ditemui sejak 17 tahun lalu.*
            *"Adalah sangat menakjubkan apabila melihat kedudukan tulang belakang dan tengkuk haiwan itu kekal,” kata Pengarah Muzium Paleontologi San Pedro, Jose Luis Aguilar.*

         *CHICAGO : Seorang pemandu Uber yang terbabit melepaskan tembakan rambang hingga membunuh enam individu di Michigan mengaku bersalah atas semua pertuduhan, semalam.*
           *Dalam satu kejutan sebelum perbicaraan yang bakal bermula, Jason Dalton mengaku bersalah melepaskan tembakan rambang pada Februari 2016 di pekan Kalamazoo ketika sedang mengambil dan menurunkan penumpang.*
          *Dalton didakwa dengan enam pertuduhan membunuh, dua pertuduhan cubaan membunuh dan lapan tuduhan membabitkan senjata api.*

         *NAIROBI: Seorang nelayan cedera ‘dikunyah’ badak air dalam serangan selama 10 minit ketika menangkap ikan di Tasik Naivasha, baru-baru ini.*
              *Mathew Wanjiuku berenang di tasik itu untuk menangkap ikan tanpa menyedari kehadiran haiwan liar berkenaan yang tiba-tiba menyerangnya, lapor Daily Mail.*
               *Badak itu berjaya memerangkapnya sebelum terus menggigit lengan, bahu serta bahagian badan sebelm dihalau rakannya yang menjerit dan memukul kepingan logam untuk menghalaunya.*

         *JAKARTA: Seorang wanita obes dengan berat badan sekitar 350 kilogram (kg) merayu bantuan untuk membolehkannya mendapat rawatan supaya dapat kurus.*
         *Titi Wati, 37, dari Palangka Raya, hanya mampu tertiarap di tempat tidurnya kerana langsung tidak dapat bergerak disebabkan saiznya, jauh berbeza daripada beratnya yang cuma 60kg satu ketika dulu, lapor inews.id.*
         *”Saya berharap kerajaan dapat memberikan bantuan kepada saya untuk rawatan menurunkan berat badan yang sudah mencapai lebih 350kg,” katanya dipetik Antara News.*

         *LAS VEGAS: Seorang banduan yang menanti hukuman mati kerana membunuh dan mengerat mayat seorang lelaki pada 2002, membunuh diri kerana tidak sabar menunggu hukuman berkenaan dilaksanakan.*
            *Scott Raymond Dozier, 48, dihukum mati menerusi suntikan maut di Nevada, tetapi pelaksanaannya berulang kali ditangguhkan. Peguam belanya sebelum ini berusaha merayu terhadap hukuman itu, namun dua tahun lalu dia mengarahkan mereka menghentikannya sebaliknya menggesa hakim supaya menetapkan tarikh pelaksanaannya.*
         *Bagaimanapun, hukuman mati itu terus ditangguhkan menyebabkannya semakin murung, kata rakannya, semalam.*
            *Pada petang Sabtu, Dozier mengikat alas katil pada saluran udara di sel tahanannya di penjara Ely, Nevada dan menggantung diri.*

         *NAYPYITAW: Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi mengadakan mesyuarat dengan ketua tenteranya bagi membincangkan serangan terhadap polis negara itu yang didakwa dilaksanakan pemberontak di Rakhine dalam usaha ‘menghapuskan’ golongan itu, kata jurucakap kerajaan.*
             *Zaw Htay berkata, Suu Kyi, Presiden Win Myint dan anggota Kabinet lain menemui pegawai tentera kanan termasuk ketua tentera, Min Aung Hlaing, timbalannya serta ketua risikan untuk ‘membincangkan hal ehwal luar dan keselamatan kebangsaan.’*
           *"ejabat presiden mengarahkan tentera melancarkan operasi untuk membanteras pengganas berkenaan,” katanya pada satu sidang media.*

         *BANGKOK: Seorang remaja Arab Saudi merayu suaka selepas ditahan di lapangan terbang Bangkok dalam perjalanan ke Australia apabila mendakwa berdepan penderaan psikologi serta fizikal oleh keluarganya termasuk kemungkinan dibunuh.*
           *Rahaf Mohammed al-Qunun, 18, memberitahu AFP, dia melarikan diri daripada keluarganya ketika bercuti di Kuwait dan merancang pergi ke Australia untuk memohon suaka.*
            *Bagaimanapun, dia ditahan imigresen Thailand ketika penerbangannya transit di negara itu Sabtu lalu susulan pasportnya dirampas seorang pegawai Arab Saudi selepas bapanya membuat laporan bahawa dia berada di negara itu tanpa penjaga lelaki.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *KEBERANIAN seorang gadis yang menangkap dan bergambar bersama seekor buaya mendapat perhatian ramai apabila gambar dan videonya dimuat naik di laman sosial Facebook sejak Selasa lalu.*
           *Buaya berkenaan ditangkap Azy Nadia Aziz, 22, pada 6.30 petang Isnin minggu lalu di belakang rumahnya di Kota Bharu.*
          *“Saya sempat bergambar dengan meletakkan binatang itu di atas bahu dan mengambil beberapa video sebelum melepaskannya semula ke sungai pada malam itu juga,” katanya ketika ditemui, hari ini.*
            *Katanya, gambar dan video itu dimuat naik di laman Facebook miliknya Selasa lalu dan mendapat perhatian daripada netizen.*

          *“DIA tidak lagi bersama kami.” Itu kenyataan rasmi Cisco System (Malaysia) Sdn Berhad membabitkan kes bekas kakitangannya Eric Liew yang mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang tular dimedia sosial kelmarin.*
           *Enggan menjelaskan sama ada Liew dipecat atau meletak jawatan, Pengarah Urusan Cisco Malaysia Albert Chai berkata, kakitangan itu sudah tidak bersama syarikat berkenaan sejak semalam.*
          *Chai berkata, pihaknya enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai Liew selaras perundangan kerahsiaan maklumat pekerja diamalkan di negara ini.*

          *JABATAN Kesihatan Negeri Kedah menafikan dakwaan pesakit perlu menunggu lama untuk mendapatkan keputusan ujian darah di Hospital Baling seperti yang tular, Sabtu lalu.*
           *Pengarahya, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, dakwaan individu yang mendakwa menunggu lama tidak semestinya disebabkan kelewatan hospital, sebaliknya boleh juga disebabkan pesakit tidak dapat memberi sampel untuk ujian makmal.*
         *Katanya, hasil siasatan mendapati individu terbabit membawa kakaknya berumur 55 tahun yang dirujuk oleh Pusat Hemodialisis kerana tekanan darah tinggi dan demam di hospital berkenaan dan kes didaftar 6.02 petang sebelum disaring kali kedua pada 6.05 petang.*

           *ISU pengusaha restoran bukan Islam menyamar dan menggunakan identiti Muslim bukan perkara baru, sebaliknya pernah dibangkitkan untuk tindakan pihak berwajib sebelum ini.*
           *Presiden Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (PERMAS), Ayob Abd Majid berkata, sejak lebih lima tahun lalu, wujud pihak memanipulasi keadaan itu untuk mengaburi mata pelanggan Muslim walaupun sebenarnya ia dimiliki bukan Muslim dan dikendalikan tidak mengikut ketetapan syarak.*
             *Beliau mengulas isu halal restoran dimiliki bukan Muslim yang mengelirukan seperti yang tular di media sosial beberapa hari lalu sehingga mengundang kebimbangan masyarakat Islam yang meminta tindakan tegas diambil kepada pengusaha didapati sengaja memanipulasi keadaan itu.*

          *SELEPAS mengkritik kenaikan berganda sewa kuarters Perbadanan Putrajaya (PPj), bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi membuat hantaran mengenai isu sama di Facebook beliau, smlm.*
            *Namun kali ini, ia mengenai penarikan balik keputusan untuk menaikkan kadar sewa terbabit.*
        *”Semalam, saya kongsi pendedahan dari saudara Isham Jalil tentang kenaikan berganda sewa kuarters Putrajaya dari RM400 sebulan kepada RM800 sebulan.*
         *“Pagi ini, syarikat milik kerajaan itu sudah menarik balik keputusan itu. U-turn lagi. Tetapi U-turn kali ini saya sambut baik,” katanya.*
          *“Harap juga boleh U-turn satu kali lagi dan membenarkan kenaikan satu gaji tahunan untuk 1.6 juta penjawat awam yang sepatutnya berlaku pada 1 Julai tahun lepas jika BN (Barisan Nasional) menang tetapi telah dibatalkan oleh PH (Pakatan Harapan),” katanya.*

         *PENDEPOSIT Tabung Haji (TH) tidak perlu mengembalikan semula hibah yang diterima walaupun status halalnya dibangkitkan orang ramai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.*
            *Beliau berkata, penerima hibah itu tidak mengetahui mengenai penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan institusi kewangan Islam itu dan tindakan memulangkan semula wang hanya akan menimbulkan kesukaran.*
             *Laporan bahawa pemberian hibah TH dari tahun 2014 hingga 2017 yang bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan penyata kira-kira TH merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Dis 2017, menimbulkan persoalan dalam kalangan pendeposit mengenai status halal hibah yang mereka terima.*

         *PENANTIAN lapan tahun sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata sehingga berhabis hampir RM20,000 berakhir apabila dikurniakan bayi kembar hasil kaedah Persenyawaan In-Vitro (IVF) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, Ahad lalu.*
           *Kelahiran sepasang bayi kembar Zairi Anuar Zakaria, 36, dan isteri, Nurfidiamil Rozali, 35, jam 11.28 pagi itu juga melakar sejarah buat warga Unit Perawatan Reproduktif HSNZ apabila menjadi bayi ke-100 yang berjaya dilahirkan menerusi kaedah IVF.*
           *Nurfidiamil yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir berkata, dia dan suami memang merancang untuk memperoleh cahaya mata sebaik melangsungkan perkahwinan pada 2011.*

           *KISAH penahanan aktress Indonesia Vanessa Angel kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran ‘online’ semakin panas apabila foto bogel didakwa bintan itu tersebar di media sosial.*
          *Lebih menarik, foto sedang mandi tanpa seurat benang berkenaan didakwa dirakam di Kuala Lumpur.*
          *Peguam beliau, Muhammad Zakir Rasyidin berkata, sebaik anak guamnya ditahan polis Indonesia, foto bogel Vanessa mulai tersebar di media sosial.*
            *”Ada foto dia (Vanessa) sedang mandi tanpa seurat benang. Foto itu diambil dari posisi belakang, jadi ini ada kaitannya dengan kejadian itu.*
                 

*ARENA*
========


          *WOLVERHAMPTONengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan, kecederaan yang menimpa pemain pertahanan, Dejan Lovren pada awal perlawanan menyebabkannya terpaksa memilih pemain simpanan ketika tewas 1-2 kepada Wolves pada saingan Piala FA, awal pagi smlm.*
             *Klopp melakukan sembilan pertukaran berbanding ketika skuad yang tewas kali pertama di saingan Liga Perdana kepada Manchester City minggu lalu, dengan Lovren menjadi antara satu daripada dua pemain yang dikekalkan.*

          *DUBAI: Pertembungan Jepun menentang Turkmenistan pada aksi pembukaan Kumpulan F Piala Asia 2019, hari ini boleh diibaratkan bagai gergasi melawan skuad kerdil tetapi edisi kali ini membuktikan jangkaan tidak selalunya tepat.*
               *Selepas penyandang juara, Australia tewas mengejut kepada Jordan pada aksi pembukaan, kuasa besar Asia Tenggara Thailand berdepan nasib sama apabila dibelasah India 1-4 sekali gus menyaksikan pengendalinya Milovan Rajevac serta merta dipecat.*
           *Diletakkan antara pilihan juara, Jepun yang dibimbing Hajime Moriyasu jelas enggan situasi sama berulang dan pengendali berusia 50 tahun itu dijangka bakal menurunkan barisan terkuatnya dengan membariskan gandingan pemain muda dan veteran.*

           *KUALA LUMPUR: Tiga aksi persahabatan yang akan diharungi skuad bawah 23 (B-23) tahun di Thailand bakal dijadikan 'medan uji bakat' oleh pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee bagi memilih pemain terbaik sebagai persiapan menghadapi dua aksi penting selepas itu.*
           *Jelas Kim Swee, dengan dua aksi menanti mereka iaitu Kejuaraan Bawah 22 (B-22) tahun di Kemboja dan pusingan Kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020, tiga perlawanan yang diatur di negara Gajah Perang itu seharusnya tidak diambil mudah pemainnya.*

           *KUALA LUMPUR : Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe optimis mampu menyahut cabaran yang dilontarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas diberi kepercayaan untuk terus membimbing Harimau Malaya.*
            *Bakal membimbing skuad kebangsaan sehingga penghujung 2020, Cheng Hoe mengakui dua indeks prestasi utama (KPI) iaitu mara ke final Piala Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) 2020 dan layak ke saingan Piala Asia 2023 memerlukan komitmen yang tinggi terutama daripada semua pemain.*

          *KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita negara terus mendapat layanan sama rata dalam persiapan mengharungi kempen Kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila bakal mendapat pendedahan aksi di Eropah sama seperti skuad lelaki.*
            *Bagaimanapun, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, perkara itu masih dalam penelitian akhir Majlis Sukan Negara (MSN) dan jawapannya hanya akan diputuskan dalam tempoh dua minggu lagi.*

          *KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberi peringatan kepada 24 pasukan yang akan bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana musim depan supaya melengkapkan pendaftaran pertama pemain pada Khamis ini.*
            *Berdasarkan peraturan Liga M yang ditetapkan, setiap pasukan diwajibkan mendaftar 20 pemain termasuk tiga penjaga gol terlebih dahulu sebelum senarai penuh 30 pemain pada 20 Februari depan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2019 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*KHMIS 10 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 4 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0552*
*SUBUH : 0602*
*SYURUK : 0720*
*ZOHOR : 1323*
*ASAR : 1646*
*MAGHRIB : 1921*
*ISYAK : 2035*


*TANAHAIRKU*
==============


               *KADAR tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar berkata, kenaikan tarif sumber asli itu perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin industri berkenaan daripada sudut perkhidmatan.*

               *KESELAMATAN dan nyawa pelajar sekolah tahfiz seolah-olah dipertaruhkan, sekiranya kerajaan tidak tegas dalam pelaksanaan atau penguatkuasaan peraturan bagi sekolah tahfiz yang beroperasi di negara ini. Kenyataan itu disuarakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyatakan sudah masanya langkah menubuhkan Majlis Tahfiz Negara dilaksanakan kerana bilangan sekolah tahfiz swasta semakin bertambah.*

               *PEGAWAI Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kulim ditahan reman smlm oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap penyelewengan wang bantuan dianggarkan bernilai RM15,000. Lelaki berusia 38 tahun itu direman selama enam hari hingga 14 Januari selepas perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Balkhis Abdul Halim.*

               *PEMBEKALAN buku teks bagi Program Dua Bahasa (DLP) untuk semua sekolah yang menawarkan mata pelajaran Matematik Tingkatan Tiga dan Sains Tingkatan Tiga akan dilaksanakan bermula Mac ini. Kementerian Pendidikan memaklumkan, kementerian kini dalam proses untuk menerbitkan buku berkenaan.*

               *TINDAKAN kontraktor yang menampar lengan kiri seorang doktor wanita ketika membawa anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Ampang, membawa padah apabila dia dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Ampang, smlm.*

               *SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengingatkan calon atau parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P078 Parlimen Cameron Highlands, 26 Januari ini supaya tidak melaksanakan aktiviti kempen yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya.*

               *Kuantan: Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari ini dijangka menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya lima penjuru. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang Datuk Zamree Hamli berkata, sehingga kelmarin lima set borang pencalonan diambil wakil calon daripada parti politik yang dijangka bertanding pada PRK berkenaan.*

               *PELAJAR Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di Alor Setar yang terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolahnya, kelmarin dilaporkan meninggal dunia, smlm. Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, pelajar perempuan berusia 17 tahun itu menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), pada 1 pagi.*

                *SEORANG kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, bulan lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, T Suresh, 40, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff.*

               *PENYERANG kelab bola sepak Cheras Raptors FC, Khairul Anuar Hashim, yang lemas malam semalam di tasik di Eco Ardence, Setia Alam, dekat Klang sudah membuat persiapan untuk pertunangannya. Ibu Khairul Anuar, Nor Hashimah Saffir, 58, berkata anak kelimanya itu sudah membeli jam serta set tali pinggang yang akan dijadikan sebagai barang hantaran.*

                *AKIBAT tertekan gagal ujian memandu buat kali keempat, penuntut kolej bertindak menghunuskan pisau terhadap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di persimpangan lampu isyarat di Batang Benar, Mantin, di Nilai, semalam.*

               *SEBUAH masjid di pusat bandar Kuantan dijadikan sarang penagihan dadah sejak beberapa bulan lalu. Ia selepas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melakukan serbuan dan menahan lima lelaki termasuk seorang siak masjid berkenaan, awal pagi smlm.*

               *AMBIL syabu untuk kuruskan badan, itu alasan ibu anak empat dalam pengakuannya yang dibacakan pegawai pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, smlm. Tertuduh turut mengaku membelanjakan sehingga RM600 untuk mengambil dadah setiap bulan sejak kira-kira tiga tahun lalu.*

               *WANITA berusia 27 tahun ketakutan kerana menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah daripada penghantar misteri sebelum menyedari ia dihantar abang iparnya. Dalam kejadian bermula jam 1 tengah hari, 3 November tahun lalu, mangsa menerima SMS daripada nombor tidak dikenali ketika berada di tempat kerja di Bukit Tumbuh, Kuala Nerus.*

                *KUALA LUMPUR: Peniaga runcit yang menjual rokok seludup kini bagaikan cacing kepanasan selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menguatkuasakan Akta Kastam 1967 (pindaan) berkuat kuasa awal bulan ini. Mengikut pindaan itu, jika seseorang itu memiliki satu karton rokok seludup saja boleh menyebabkan pelaku didenda RM100,000 atau penjara minimum enam bulan hingga lima tahun.*

               *MISTERI kehilangan duit tabung di Masjid Durian Burung dan Kuala Bekah, di Kuala Terengganu, terjawab selepas tertangkapnya lelaki di rumah di Kampung Batu Hampar, Manir, Kuala Terangganu. ‘Toyol masjid’ berusia 34 tahun terbabit ditahan sepasukan anggota cegah jenayah Balai Polis (BP) Chabang Tiga dan BP Manir, di sini, yang membuat serbuan di rumah suspek di kampung berkenaan 9 malam, Isnin lalu.*

               *JABATAN Pelesenan dan Pembangunan Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan lesen enam premis runcit serbaneka, di Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur, semalam. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Azman Mahmood berkata, ia selepas pihaknya mendapati pemilik premis itu menggunakan khidmat warga Bangladesh dan Myanmar bagi menguruskan operasi perniagaan berkenaan.*

               *LELAKI yang membunuh dua beradik di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, Yan, malam semalam terlebih dahulu menyerang penduduk kampung di sebuah surau. Mohammad Shukri Halim, 39, antara yang terawal menjadi mangsa amukan lelaki terbabit yang membawa kayu dan parang, namun dia terselamat dalam kejadian jam 11 malam itu.*

               *LELAKI yang dikesan bagi membantu siasatan kes bunuh bekas calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Seksyen 7, Shah Alam, kelmarin, sudah menyerah diri kepada polis, semalam. Sumber berkata, lelaki berusia 25 tahun itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama peguamnya.*

               *AGENSI Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menahan 24 individu disyaki penagih dadah termasuk seorang penjawat awam yang masih memakai tanda nama dalam serbuan di Kampung Kuala Sala, Yan, semalam.*

               *ANAK kepada pengarah sebuah agensi kerajaan di Pulau Pinang direman enam hari bagi membantu siasatan kerana didapati bersubahat dengan bapanya bagi mendapatkan projek syarikatnya.*

               *MANGSA yang maut dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Jalan Tingkat Zarib 5B, Taman Pinji Mewah, Ipoh, smlm sempat mengarahkan jirannya untuk menyelamatkan diri. Dalam kejadian 3.40 pagi itu, mangsa Oi Hock Chuan, 63, ditemui mati di ruang tamu selepas dipercayai terperangkap ketika masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil barang.*

               *RAKYAT Malaysia yang ditahan di Thailand kerana membawa ‘walkie-talkie’ dan membawa kenderaan tanpa permit dijangka akan dijamin dan dibebaskan dalam tempoh terdekat.
Pegwai Menteri Besar Kedah, Mohd Azril Ramli berkata, setakat ini, keluarga Wan Mohd Amirul Adib Wan Subhi, 22, dan beberapa pihak dari negara ini sudah bertemu dengan pihak berkuasa negara jiran itu di Nathawee, Songkhla.*

               *UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) sudah lama menguatkuasakan larangan merokok di kampusnya sekali gus menjadikan ia sebagai institusi yang bebas asap rokok di Sabah, iaitu sejak kira-kira 10 tahun lalu.*

               *PERBUATAN selamba seorang wanita kerap melepak di rumah rakan lelakinya dalam keadaan mendedahkan aurat membawa padah apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, hari ini, selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berkhalwat dengan dua lelaki. Malah, wanita berusia 34 tahun itu turut berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.*

               *Rembau: Bomba membantu membawa turun pendaki yang mengalami kekejangan kaki ketika mendaki Gunung Datuk, semalam. Dalam kejadian jam 9 pagi, lelaki berusia 20 tahun terbabit dipercayai mengalami kekejangan kaki ketika menuruni gunung menyebabkan rakannya menghubungi bomba untuk bantuan.*

               *BEKAS Pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk direman empat hari bagi membantu siasatan salah guna kuasa membabitkan kontrak kerajaan bernilai lebih RM99 juta. Turut direman, seorang wanita iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta bagi membantu siasatan berkaitan kes sama.*

               *Kuala Lumpur: Dia ditendang di paha beberapa kali sehingga cedera teruk dan tidak boleh berjalan oleh kenalan sendiri akibat lewat membayar hutang RM100,000 seperti diminta. Bukan saja dibelasah, malah wanita hanya mahu dikenali sebagai Mun, 50, mendakwa kenalan lelaki yang juga rakannya dalam perniagaan turut merakam kejadian itu.*

               *MAYAT bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui berhampiran Masjid Muara Mongkos, Serian, semalam. Bayi yang masih bertali pusat dan berbalut sehelai kain putih itu ditemui di atas rumput oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan.*

               *Kuala Lumpur: Mahkamah menetapkan 29 Mac depan untuk mendengar permohonan ahli perniagaan, J Deepak bagi menamakan Datuk Seri Najib Razak dan tujuh yang lain sebagai pihak ketiga dalam kes saman keluarga penyiasat persendirian, mendiang P Balasubramaniam. Sebelum ini, Najib dan tujuh lagi berjaya membatalkan saman oleh keluarga itu di peringkat Mahkamah Rayuan.*

               *SEORANG pengasuh wanita ditahan selepas disyaki mendera dua bayi lelaki di bawah jagaannya, masing-masing berusia 17 bulan dan sembilan bulan di sebuah rumah di Jalan Permai, Sibu, semalam. Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, penahanan suspek berusia 39 tahun itu susulan laporan polis dibuat ibu bapa bayi berkenaan yang curiga dengan kesan kecederaan dialami anaknya.*

               *TINDAKAN pantas dua pengguna jalan raya menyelamatkan pemandu kereta daripada maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan terbakar di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Georgetown, smlm. Dalam kejadian 3.20 pagi itu, pemandu kereta terbabit, lelaki berusia 30-an diselamatkan dua orang awam yang bertungkus-lumus memecahkan cermin keretanya sebelum berjaya mengeluarkan mangsa.*

               *SERAMAI 25 penduduk membabitkan lima keluarga di Kampung Jugan di Jalan Bau-Lundu, Bau ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila kediaman mereka dinaiki air, semalam. Penduduk terbabit yang terdiri daripada 15 lelaki dan 10 wanita, termasuk seorang bayi kini berada di balai raya kampung berkenaan sejak jam 8.30 malam.*

               *LELAKI bergelar Datuk Seri ditahan selepas dipercayai terbabit dalam urusan penjualan syiling emas menggunakan potret Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah dan jata Sultan Pahang tanpa kebenaran.*

               *PERSATUAN Pengeluar Tayar Celup Malaysia (TRMAM) menegaskan kemalangan jalan raya berlaku di negara ini disebabkan beberapa faktor dan tidak adil jika dikatakan tayar celup punca berlakunya kecelakaan itu. Presidennya, Chin Hon Meng, berkata kenyataan Menteri Kerja Raya, Baru Bian, baru-baru ini, yang menyatakan penggunaan tayar celup antara punca lebih 10,000 kemalangan setiap tahun di jalan raya di negara ini, adalah tidak munasabah.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *BEIJING: Seorang lelaki dihukum mati kerana membunuh tiga jirannya tahun lalu bagi membalas kematian ibunya lebih dua dekad lalu.*
              *Daily Mail melaporkan, Zhang Koukou, 35, dihukum mati kerana menikam mati Wang Zixin, 70, dan dua anak lelakinya Wang Zhengjun, 40, serta Wang Xiaojun, 46, di sebuah kampung di Hanzhong, wilayah Shaanxi pada Februari tahun lalu, kata Mahkamah Rakyat Hanzhong, semalam.*
           *Pihak berkuasa berkata, Zhang menyaksikan Zhengjun membunuh ibunya Wang Xiuping menggunakan kayu ketika pertengkaran pada 1996 bagi membalas tindakan wanita itu memukul muka Zhengjung menggunakan batang besi. Ketika kejadian, Zhang baru berusia 13 tahun.*

          *ISLAMABAD: Saluran televisyen Pakistan tidak boleh lagi menayangkan ‘saat intim’ antara pasangan atau ‘adegan atas katil’, menurut pengumuman pengawal selia media negara itu.*
          *Agensi berkenaan turut merungut mengenai terlalu banyak kandungan bersifat feminis dan memberi amaran ‘tema berani’ seumpama itu menyinggung penonton.*
            *Pihak Berkuasa Kawal Selia Media Elektronik Pakistan (PEMRA) mengeluarkan amaran itu semalam menggesa saluran televisyen menghormati garis panduan media sedia ada dan tidak menayangkan kandungan yang tidak menunjukkan ‘gambaran sebenar masyarakat Pakistan’.*

          *JAKARTA: Seorang lelaki menembak mati kekasihnya sebelum membunuh diri, dengan mayat kedua-duanya ditemui bogel serta berlumuran darah dalam bilik hotel kerana kecewa pertunangan mereka dibatalkan selepas hubungan tidak mendapat restu ibu bapa wanita berkenaan.*
            *Dalam kejadian di Kota Kisaran, Asahan, Sumatra Utara, kelmarin itu, pekerja hotel menemui mayat pasangan berkenaan selepas curiga apabila mereka gagal mendaftar keluar selepas waktu ditetapkan, lapor Tribunnews.*
           *Ketua Polis Asahan, Faisal Napitupulu berkata, pasangan itu dikenal pasti sebagai Hasyim Prasetya, 33, dan Dewi Istiana, 23.*

           *BAITULMAQDIS: Bekas menteri Israel yang didakwa menjadi pengintip Iran mencapai perjanjian dengan pendakwa yang akan menyaksikan beliau dipenjarakan 11 tahun, kata Kementerian Kehakiman hari ini.*
            *Sebagai sebahagian perjanjian, Gonen Segev, akan mengaku bersalah kepada tuduhan mengintip serius dan memindahkan maklumat kepada musuh.*
              *Segev berkhidmat sebagai Menteri Tenaga dan Infrastruktur sejak dari 1995 hingga 1996.*

          *LONDON: Semua penerbangan berlepas dari lapangan terbang paling sibuk di Eropah, Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow dihentikan sementara selama sejam semalam selepas sebuah dron dilihat berlegar di situ.*
            *Pengurusan lapangan terbang itu menerusi satu kenyataan di Twitter berkata, mereka sedang bekerja sama rapat dengan Polis Metropolitan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.*
            *”Sebagai langkah keselamatan, kami menghentikan semua penerbangan berlepas sementara siasatan dilakukan. Kami meminta maaf kepada semua penumpang atas sebarang masalah yang timbul akibat tindakan ini,” katanya.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *GAMBAR dua individu dipercayai lelaki serta wanita sedang mandi sambil berpelukan dalam keadaan tidak berpakaian di kolam air pancut di Jalan Gaya di Kota Kinabalu, tular di laman sosial.*
            *Gambar berkenaan dipercayai dirakam pada lewat malam berikutan kelihatan banyak kedai di kawasan itu sudah tutup, namun tidak dapat dipastikan bila ia dirakamkan.*
           *Berikutan itu, gambar terbabit mendapat pelbagai komen netizen dengan kebanyakannya berpendapat kejadian seumpama itu tidak seharusnya berlaku kerana mencemarkan imej bandar raya inisebagai destinasi pelancongan.*

          *BERANG kerana tidak dapat membeli tiga peket minyak masak, seorang lelaki menampar dan mengugut juruwang wanita di sebuah kedai serbaneka di Bayan Lepas, pagi semalam.*
            *Dalam kejadian 8.40 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun pada mulanya didatangi seorang pelanggan lelaki yang mahu membeli tiga peket minyak masak.*
            *Berikutan itu, polis kini sudah mengenal pasti suspek dan akan menahannya dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.*
          *Rakaman video berdurasi 16 saat mengenai kejadian berkenaan mula tular di media sosial, malam smlm.*

          *ISU berhubung kenyataan kurang sopan dimuat naik Ahli Majlis Daerah Pontian yang memperlekeh Institusi Raja Berperlembagaan dalam laman sosial Facebook (FB), dianggap selesai selepas individu berkenaan meletakkan jawatannya, semalam.*
             *Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi negeri, Tan Hong Ping berkata peletakan jawatan itu dibuat Mohammad Kamarul Ariffin Harris Fadzillah berhubung kenyataan kontroversi dikongsi pada 4 Januari lalu.*
         *"Dia semalam letak jawatan dan isu ini kira sudah selesai. Dia sudahpun meminta maaf kepada Tunku Ismail (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) dan meletakkan jawatan sebagai ahli majlis,” katanya.*

          ♂ *PEMILIK akaun Facebook (FB) atas nama Eric Liew yang disyaki membuat hantaran di FB dengan menghina sekali gus derhaka terhadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sudah ditahan polis, semalam.*
            *Turut ditahan, seorang lagi lelaki dan seorang wanita yang dikenal pasti memuat naik komen berunsur hinaan terhadap baginda di laman Twitter.*
            *Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tangkapan dibuat berdasarkan laporan polis yang diterima pihaknya berhubung perletakkan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong.*

           *UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) menjadi universiti pertama mempunyai bas klinik bergerak yang berfungsi khusus untuk perkhidmatan perubatan.*
             *Bas berkenaan dinamakan sebagai UiTM Emergency Mobile Rescue (UEMR) menggunakan sepenuhnya konsep serta kelengkapan seperti bilik kecemasan berdasarkan Garis Panduan Perkhidmatan Kecemasan dan Ambulans oleh Fasiliti Kesihatan Primer.*
           *Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata, reka bentuk kenderaan itu sama seperti bas penumpang lain cuma ia diubahsuai khusus untuk memudahkan pemindahan pesakit.*

           *MAKKAH: Ribuan serangga dipercayai sejenis cengkerik `menyerang’ Masjidil Haram sejak beberapa hari lalu hingga mengganggu jemaah yang mengerjakan umrah dan beribadat di kota suci itu.*
             *Beberapa gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan serangga berkenaan menghurung kawasan masjid dan badan jemaah yang sedang bersolat.*
            *Menurut media Arab Saudi, keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa Makkah melancarkan operasi pembersihan untuk membunuh serangga berkenaan.*

         *SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, mendapati aib besar selepas gambar keluarga yang diubahsuai oleh kakitangannya, menunjukkan beliau mempunyai dua kaki kiri.*
            *Imej baru Morrison bersama isteri dan dua anak mereka itu untuk gambar rasmi bagi laman web peribadinya.
Bagaimanapun, kakitangannya, yang mahu membuang gambar kasutnya yang kotor, mengubahsuai imej menunjukkan Morrison bersama dua kaki kiri.*
             *Kesilapan itu segera diperolok-olokkan di media sosial.*

           *Kentucky: Seorang guru dipecat kelmarin selepas rakaman video yang menunjukkan dia menyeret sambil memegang lengan murid autistik berusia sembilan tahun tersebar di media sosial.*
            *Kejadian dilaporkan berlaku pada Oktober lalu selepas Trina Abrams dirakam oleh kamera pengawasan di sekolah rendah Wurtland, daerah Greenup.*
            *Video itu menunjukkan murid malang berkenaan diseret melintasi sekumpulan murid lain yang menunggu di luar bilik darjah.*
         *Rakaman itu kemudiannya dimuat naik di Facebook oleh ibunya sendiri, Angel Nelson sambil meminta Trina menjelaskan tindakan buruknya.*
                 

*ARENA*
========


          *MILAN: Penyerang AC Milan, Gonzalo Higuain sudah “bersetuju dengan syarat” dan dijangka akan berpindah ke kelab Liga Perdana, Chelsea, lapor akhbar harian Itali, Gazzetta Dello Sport hari ini.*
             *Higuain menyertai Milan menerusi pinjaman selama setahun dari Juventus pada Julai dengan pilihan untuk terus dibeli tetapi dia bergelut menyesuaikan diri di San Siro apabila menjaringkan hanya lapan gol dalam semua kejohanan.*
          *Dan penyerang berusia 31 tahun dari Argentina itu mahu menyertai bekas pengurus Napoli, Maurizio Sarri di kelab Inggeris yang boleh membeli klausa pembelian semulanya berharga 36 juta euro (RM169.57 juta).*

          ♂ *KUALA LUMPUR: Trio pecut negara diketuai Azizulhasni Awang memastikan kedudukan podium pada hari pertama Kejohanan Trek Asia di Velodrom Antarabangsa Jakarta, sebentar tadi.*
             *Gandingan Azizulhasni bersama Muhammad Fadhil Zonis dan Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut berpasukan mempamerkan kayuan cemerlang apabila mencatat 44.673s untuk meraih gangsa.*
          *Mereka mengetepikan lawan dari Kazakhstan diketuai Pavel Vorzhev, Maxim Nalyotov dan Sergey Ponomaryov yang melakukan 45.472s dalam penentuan tempat ketiga.*

          ♀ *KUALA LUMPUR: Ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah kini menyimpan impian berada sekurang-kurangnya di ranking kedua terbaik dunia dalam acara 'Trick' menjelang akhir tahun ini.*
            *Sebagai persediaan awal Aaliyah mengetuai barisan atlet luncur air Malaysia termasuk adiknya Aiden,13, dan Adam Yoong, 11, bakal menyertai Junior Moomba Masters 2019 di Melbourne, Australia, pada Mac depan.*

           *KUALA LUMPUR: Selepas bertukar arah dalam karier hanya setahun selepas mendirikan rumah tangga bukanlah mudah buat Goh V Shem-Tan Wee Kiong, namun pasangan beregu negara itu tidak mahu menghampakan orang tersayang.*
         *Hari ini bekas beregu nombor satu dunia itu mencatat kemenangan pertama sebagai pasangan bebas apabila mengatasi wakil tuan rumah Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-13, 21-15 untuk mara ke pusingan kedua Masters Thailand di Bangkok.*

          *KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sentiasa mengambil pendekatan berhati-hati dalam mengambil pemain naturalisasi untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya.*
             *Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam menegaskan badan induk itu tidak mahu pasport Malaysia yang diberikan kepada pemain naturalisasi sekadar dijadikan tiket untuk mereka mengisi kuota pemain Asia Tenggara (ASEAN) di liga luar.*

          *KUALA LUMPUR: Status Mohamadou Sumareh untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini hanya diketahui 16 Januari ini apabila ahli lembaga pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dijangka bersidang.*
              *Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, rayuan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) yang diterima pada 19 Disember lalu itu perlu mengikut prosedur menerusi persetujuan ahli lembaga pengarah MFL terlebih dahulu.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2019 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*JUAAT 11 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 5 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0552*
*SUBUH : 0602*
*SYURUK : 0721*
*ZOHOR : 1324*
*ASAR : 1646*
*MAGHRIB : 1921*
*ISYAK : 2035*


*TANAHAIRKU*
==============


               *TIADA keperluan untuk kerajaan menggubal undang-undang baharu bagi melindungi institusi diraja daripada dicerca kerana akta sedia ada sudah mencukupi. Bekas penasihat sosio budaya kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, Akta Hasutan 1948 dan Perlembagaan Persekutuan mengandungi pelbagai seksyen, perkara dan fasal bagi melindungi institusi diraja negara ini.*

               *PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru jam 3.28 petang smlm bagi menghadiri pertemuan dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, di Istana Bukit Serene. Ini ada kali pertama Perdana Menteri mengadakan pertemuan rasmi dengan Sultan Johor, sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas pertukaran kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Ia pertemuan tertutup antara Sultan Ibrahim dan Dr Mahathir.*

                *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan sepenuhnya keputusan berhubung siasatan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim kepada mahkamah. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, siasatan kes itu sudah siap sepenuhnya dan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi proses pendengaran di mahkamah.*

               *LEBIH 1,300 penduduk di empat kampung di kawasan Kionsom di Kota Kinabalu, berdepan masalah air berikutan cuaca panas sejak beberapa minggu lalu. Empat kampung berkenaan iaitu Jalan lama, Talimakas Atas, Talimakas Bawah dan Kerumbiaan yang bergantung bekalan air graviti, kini terpaksa menggunakan sistem catuan air setiap 12 jam secara bergilir-gilir.*

                *TIGA individu ditahan bersama 600 bungkus air ketum dalam serbuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Yan di sebuah rumah di Kampung Sungai Mas, Sungai Daun, Yan smlm. Ketua AADK Yan, Mohamad Ramli berkata, dalam serbuan 8.30 pagi itu, ketiga-tiga suspek berusia antara 20 hingga 35 tahun dipercayai menjadikan rumah itu sebagai lokasi memproses air ketum.*

               *KERANI Zakat Pulau Pinang (ZPP) dihukum penjara dua hari oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Butterworth, smlm, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan pindaan kerana kes rasuah antara 2015 hingga 2016.*

               *LELAKI yang mengamuk dan membunuh dua beradik di Yan, kelmarin, dikatakan sempat menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama penduduk kampung di masjid kampung itu. Penduduk, Omar Bakar, 53, berkata lelaki itu dilihat hadir ke masjid dan mendirikan solat bersama jemaah lain sebelum mengamuk beberapa jam kemudiannya.*

               *MEKANIK didenda RM6,550 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya smlm, atas tiga tuduhan termasuk menganiaya seekor kucing dengan menghempas dan menghayun haiwan itu ke pintu pejabat Badan Pengurusan Bersama (JMB) Flat Desa Mentari, Taman Medan, November 2017.*

               *PERSATUAN Bank Komersial Malaysia (MCBA) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) memeterai Perjanjian Bersama (CA) baru menyaksikan hampir 20,000 kakitangan bank di seluruh negara menikmati kenaikan gaji sehingga 12 peratus. CA itu adalah untuk tempoh dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2020 membabitkan hampir 20,000 kakitangan dalam kategori pengkeranian dan bukan pengkeranian dari 20 bank di Malaysia.*

               *SIASATAN polis mendapati lelaki yang menyamar sebagai pegawai tentera ketika cuba menceroboh kem Batalion Kedua Rejimen 508 Askar Wataniah di Tampin pada 8 Disember tahun lalu, sekadar untuk ‘suka-suka’. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Ramli Kasa berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu kerana mahu menunjukkan kononnya dia berjawatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).*

                *POLIS mengesan pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal menyebabkan seorang lelaki maut di Kilometer 14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) hala ke Meru, Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa Syafiq Hashim, 22, parah pada badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.*

                *JAWATANKUASA khas di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan menyiasat rungutan beberapa persatuan nelayan berhubung larangan eksport bagi enam jenis ikan yang bermula 1 Januari lalu.*

               *TANGKAPAN 400 tikus dua kali seminggu di Pasar Besar Kuantan, Kuantan mencetuskan keresahan di kalangan peniaga dan pelanggan di pasar yang sudah berusia 47 tahun itu. Kewujudan haiwan perosak itu memberi ancaman terutama penyakit bawaan seperti kencing tikus atau leptospirosis jika tidak ditangani lebih serius oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).*

               *JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Timur Laut sedang mengesan waris kepada enam kanak-kanak termasuk empat adik-beradik bagi urusan pendaftaran sijil kelahiran yang tergendala dan proses penjagaan. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Noor Azura Ahmad berkata, waris pertama yang dicari membabitkan empat beradik masing-masing tiga lelaki dan seorang perempuan iaitu Mohd Aiman berusia enam tahun; Adam Daniel (2); Riayashini (5) dan Mohd Hairish, sepuluh bulan. Katanya, mereka diselamatkan JKM pada September lalu selepas didapati ditinggalkan dan diabaikan di rumah tanpa pengawasan orang dewasa.*

               *SEEKOR gajah jantan ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan di Kampung Bukit Selar, Kuala Balah, Jeli smlm. Pengarah PERHILITAN Kelantan, Mohd Hasdi Hussin berkata, gajah berumur antara 40 hingga 50 tahun itu ditangkap dalam satu operasi di kampung itu jam 9.15 pagi. Katanya, gajah itu dipercayai memusnahkan tanaman penduduk kampung berkenaan sejak minggu lalu.*

               *PELBAGAI barangan dalam sebuah kontena bernilai lebih RM70,000 lesap dilarikan individu tidak dikenali di Piasau Utara, di Miri malam semalam. Kejadian disedari kira-kira jam 7 malam oleh pemilik kontena iaitu wanita berusia 40-an apabila mendapati kunci mangga kontena berkenaan dipecahkan.*

                *MAJLIS Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) hari ini mendedahkan terdapat masjid di negeri ini mempunyai simpanan tabung hasil sumbangan orang ramai mencecah hampir RM1 juta, namun tidak dibelanjakan untuk pembangunan masyarakat Islam. Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Osman Muda berkata, pihaknya menjalankan siasatan dan mempunyai rekod mengenai masjid terbabit untuk diambil tindakan lanjut.*

               *CURI barang untuk khayal. Itu tindakan terdesak seorang lelaki yang sanggup mencuri pelbagai barangan milik anggota keluarganya untuk membeli dadah. Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, susulan daripada laporan yang dibuat, polis menahan lelaki berusia 27 tahun itu di Kampung Bumbok Baru, Padawan, jam 9.10 pagi semalam.*

               *TINDAKAN berani dua penyeludup membawa keluar dadah jenis Methamphetamine atau syabu dianggar bernilai RM3.45 juta melalui jalan laut membawa padah selepas perbuatan mereka digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pagi semalam. Dadah terbabit diletakkan dalam satu-satunya tong ikan jingga yang dibawa menggunakan bot gentian kaca itu tanpa dilindungi apa-apa bagi mengaburi pihak berkuasa.*

               *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pengurus kuari milik kerajaan negeri Perlis dan seorang broker bagi membantu siasatan berkaitan kes salah guna kuasa membabitkan pembelian dua lot tanah bernilai RM1.8 juta, semalam.*

               *SEKUMPULAN penyamun dikenali ‘Geng Sampa’ yang menyamun warga asingdi sebuah ladang estet di Pondok Batang Simpang Bekoh di Jasin, Melaka tumpas apabila diberkas polis tidak sampai 24 jam selepas melakukan samun. Kumpulan terdiri daripada empat lelaki berusia 22 hingga 43 tahun itu ditahan anggota polis pada 30 dan 31 Disember lalu di beberapa lokasi berasingan sekitar Jasin dan Tangkak, Johor.*

               *TERSILAP masuk ke dalam kereta yang ditempah menerusi aplikasi Grab, seorang wanita nyaris dirogol lelaki warga Pakistan di kawasan semak di Jalan Susur 2, Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru, Isnin lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa berusia 23 tahun tidak memeriksa nombor pendaftaran dan jenis kereta yang ditempah terlebih dahulu sebelum terus menaiki kenderaan suspek selepas dimaklumkan oleh pemandu Grab bahawa keretanya sudah sampai.*

               *CADANGAN memperluaskan kawasan larangan merokok sehingga ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selain sekolah swasta dan awam pada tahun ini sangat dinantikan warga Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ia disifatkan impian yang bakal menjadi kenyataan bagi mereka memandangkan sejak tahun lalu UiTM aktif menggerakkan kempen larangan merokok di semua kampusnya menerusi kempen Pensijilan Blue Ribbon.*

               *PASUKAN bomba dan penyelamat bertungkus-lumus lebih sejam untuk mengeluarkan seekor anjing yang tercedera selepas ia terperangkap di dalam longkang tertutup di Telekom Jalan 6, Taman Shahjaya, Batu 10, Cheras, malam smlm. Anjing yang patah kaki kiri itu terperangkap di dalam longkang sebelum disedari orang awam jam 8.30 malam seterusnya menghubungi pihak bomba.*

               *BERPANTANG maut sebelum ajal. Itu situasi dihadapi seorang lelaki yang sempat keluar dari kenderaan yang terbakar dalam kemalangan di Jalan Serian-Sri Aman berhampiran Bukit Rasau, Serian, smlm. Kejadian jam 1 tengah hari itu berlaku selepas van Nissan Vannete dipandu lelaki berusia 61 tahun terbabit bertembung dengan sebuah Toyota Hilux.*

               *BAPA mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Georgetown, smlm, atas pertuduhan menyebabkan dua anaknya melecur menggunakan air panas pada Disember lalu. Tertuduh, Edy Noramin Ramli, 41, yang bekerja sebagai jurujual kad prabayar, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rosnee Mohd Radzuan.*

               *SUDAH lama atau baharu menaiki takhta sebagai Sultan bukan syarat untuk dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Ia sekali gus memungkinkan spekulasi Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah bakal dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong sekiranya baginda ditabal sebagai Sultan Pahang selepas ayahandanya Sultan Ahmad Shah yang kini gering menyerahkan takhta negeri.*

               *PERCATURAN Barisan Nasional (BN) yang meletakkan calon langsung bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands 26 Januari ini untuk mendapat peluang kemenangan lebih besar. Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, calon langsung BN iaitu bekas pegawai kanan polis Ramli Mohd Nor boleh memberikan kelebihan kepada pihaknya.*

               *BEKAS Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk C Sivarraajh gagal mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak membenarkan beliau bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini. Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Nordin Hassan menolak permohonan Sivarraajh kerana mendapati keputusan SPR adalah sah dan tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.*

               *TUN Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia akan terus memburu ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun sukar. Perdana Menteri berkata, usaha akan tetap diteruskan walaupun terdapat kira-kira tujuh bilion orang di dunia ini. “Kita akan buru dia. Dunia ini hanya ada tujuh bilion orang, bukan susah sangat.*

               *WANITA orang kurang upaya (OKU) hilang selepas dikatakan keluar dari rumahnya di Pulau Pangkor, dekat Lumut, sejak empat hari lalu. Haslinda Zulkepeli, 32, yang tinggal seorang diri di rumah pusaka arwah nenek mereka keluar dengan menaiki motosikal bersama rakannya dan dipercayai menaiki feri ke Jeti Lumut untuk ke Manjung.*

               *BOMBA, smlm, membantu membawa turun mayat seorang wanita dengan berat badan 180 kilogram (kg) dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Fadil Hesam Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.59 pagi.*

               *SEORANG lelaki diburu polis kerana mencuri wang tunai RM400 dari tabung anak yatim selepas memecah masuk sebuah kafeteria di dalam sebuah kedai dobi dekat Bandar Baru Kerteh, Chukai, semalam. Pengurus kedai dobi terbabit, Mohd Ridzwan Mohd Hanaffi, 31, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas mendapati pintu kafeteria diumpil jam 5.30 petang semalam.*

               *BEKAS Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad berharap penggantinya dapat meneruskan pembangunan lestari di bandar raya berkenaan. Beliau yang menyandang jawatan Datuk Bandar selama empat tahun kini ditugaskan ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) sebagai Ketua Pengarah atau Pesuruhjaya Tanah Persekutuan berkuatkuasa 7 Januari lalu.*

               *PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong digesa tidak lari daripada tanggungjawab untuk memulangkan semula dana sebanyak RM16.5 juta milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa diterima parti itu. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Ka Siong tidak boleh menggunakan helah atau cuba mengkritik kenyataannya sebelum ini semata-mata untuk lari dari tanggungjawab yang perlu dilangsaikannya.*

               *LELAKI dipenjara tujuh bulan dan denda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Alor Setar, smlm, kerana memandu secara berbahaya semalam. Tertuduh, Ko Yeek Puan, 22, membuat pengakuan itu sebaik kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Shahida Abd Rahim.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico menemui 20 mayat semalam, 17 daripadanya rentung berhampiran bandar Nuevo Laredo, hampir dengan sempadan Amerika Syarikat (AS), kata seorang pegawai keselamatan.*
          *Lima kenderaan terbakar turut ditemui berhampiran mayat di bandar Miguel Aleman, merentasi Rio Grande dari Texas di negeri utara Tamaulipas, kata pegawai dalam satu kenyataan tanpa memberi butiran.*
        *Tamaulipas menjadi satu daripada negeri paling ganas di Mexico, diburukkan oleh pertempuran samseng untuk mengawal penyeludupan dadah, pemerasan dan eksploitasi pendatang.*

           *TOULOUSE, Perancis: Sekurang-kurangnya 19 orang cedera, dua daripadanya parah, apabila pangsapuri empat tingkat terbakar, di sini, kata pasukan bomba, smlm.*
          *Pegawai bomba, Leftenan Kolonel, Sylvain Gergaud berkata, sebahagian daripada bangunan terbabit runtuh dan pelanggan daripada hotel berhampiran terpaksa dipindahkan.*
          *Bagaimanapun, kebakaran itu berjaya dikawal menjelang siang.*

          *SEOUL: Seorang pemandu teksi membakar dirinya sehingga mati kerana memprotes perkhidmatan perkongsian kenderaan diperkenalkan aplikasi sembang terbesar negara itu, kejadian kedua seumpamanya dalam sebulan.*
          *Lelaki berusia 64 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Im, meletakkan keretanya berhampiran kedutaan Amerika Syarikat di pusat bandar Seoul sebelum kenderaannya dijilat api.*
           *Menurut saksi, pemandu itu masih sedarkan diri ketika keluar dari keretanya dalam kejadian lewat Rabu itu.*

         *MANILA: Seorang bekas pengurus bank didapati bersalah oleh mahkamah hari ini atas lapan tuduhan pengubahan wang haram, dalam sabitan pertama membabitkan rompakan siber terbesar dunia yang melihat AS$81 juta (RM331 juta) dicuri dari bank pusat Bangladesh hampir tiga tahun lalu.*
           *Mahkamah daerah menjatuhkan hukuman penjara antara 32 hingga 56 tahun terhadap Maia Deuito, bekas pengurus cawangan di Rizal Commercial Banking Corp (RCBC) dengan setiap tuduhan dikenakan hukuman empat hingga tujuh tahun.*
            *Dia juga diarahkan membayar denda kira-kira AS$109 juta (RM446 juta).*

         *SEOUL: Seorang wanita yang juga pengasas bersama laman web lucah terbesar Korea Selatan dipenjara empat tahun dan didenda 1.4 bilion won (RM5.1 juta) susulan kemarahan awam terhadap penyebaran bahan lucah yang dirakam secara rahsia.*
           *Wanita yang hanya dikenali sebagai Song, 45, itu didapati bersalah membantu dan bersubahat dalam penyebaran bahan lucah termasuk video seks membabitkan golongan bawah umur.*
          *Song yang mengasaskan Soranet pada 1999 dengan suaminya dan dua yang lain ‘merosakkan maruah serta harga diri orang secara serius,’ kata mahkamah dalam satu kenyataan. Ia menambah, dia juga menikmati keuntungan tinggi hasil laman web berkenaan.*

           *OHIO: Polis Peronda Lebuh Raya Ohio menyiarkan rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan saat seorang wanita melarikan kenderaan anggotanya selepas mendakwa dirogol.*
          *Menurut pihak berkuasa, kejadian itu berlaku sekitar jam 8.30 pagi, Sabtu lalu, ketika polis menyiasat kemalangan kecil membabitkan lori pikap di Mount Gilead.*
          *Menurut Live Leaks, saksi kejadian memberitahu anggota terbabit, pemandu pikap itu melarikan diri sebelum mereka ternampak seorang wanita terbabit yang hanya memakai kemeja-T dan seluar dalam berjalan di padang berhampiran lalu pergi menangkapnya.*

          *SAO PAULO : Polis Brazil semalam memulakan penyiasatan kes pembunuhan kejam sepasang suami isteri rakyat Bolivia dan anak lelaki mereka berusia 8 tahun selepas menemui bahagian tubuh kesemua mangsa dalam sebuah beg pakaian di pinggir Sao Paulo.*
          *Menurut pihak berkuasa, anggota badan Jesus Reynaldo Condori, 39, isterinya Irma Morante Sanizo, 38 dan anak lelaki mereka, Abner Morante Condori ditemui lewat Selasa lalu.*
            *Polis dalam satu kenyataan kepada laman web berita G1 memberitahu, kesemua anggota tubuh mangsa diletakkan dalam plastik sebelum disumbat dalam tiga beg pakaian dan ditemui di bilik air rumah keluarga malang itu yang terletak di Itaquaquecetuba.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *“SAYA langsung tidak menjangka konsep kantin seperti hotel ini mendapat perhatian ramai sehingga tular dan dikongsikan ribuan individu di laman sosial Facebook,” kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Jaya, Ramlee Abu Bakar.*
          *Ramlee berkata, beliau terkejut sebaik mendapat maklum balas ramai pihak yang memuji konsep kantin di sekolahnya kerana lain daripada lain hingga ia menarik minat guru dan murid.*
            *Katanya, konsep kantin seolah-olah di hotel itu mula dirancang sejak tahun lalu dan ia dapat direalisasikan tahun ini selepas mendapat kerjasama daripada pihak pengusaha kantin.*

          *“HEBOH satu negara menuduh saya pembunuh anjing sedangkan saya adalah mangsa keadaan,” kata Pengerusi Masjid Ibnu Khaldun, Taman Lavender Height, Seremban, Mohd Asna Amin yang meluahkan kekesalan berhubung isu anjing terbiar mati didakwa akibat diracun di taman perumahan itu, minggu lalu.*
         *Ketika hadir sesi dialog bersama 200 penduduk malam smlm, Mohd Asna berkata, maruahnya tercemar dan keselamatan keluarga terancam kerana isu itu.*
           *Katanya, beliau sedih kerana fitnah yang tersebar menyebabkan wajahnya dikongsi lebih 60,000 kali di media sosial selain turut menerima banyak ugutan serta kecaman.*

           *TIDAK tahan dengan netizen Malaysia ‘membawang’ di laman Facebook ‘An Eye Into Israel’, pengendali laman berkenaan, smlm, terpaksa dua kali membuang ‘posting’ (hantaran).*
          *Difahamkan, hantaran berkenaan berkaitan dengan langkah negara ini tidak mengendahkan permohonan visa kepada atlet paralimpik Israel untuk bertanding pada Kejohanan Renang Paralimpik Sedunia yang dijadual diadakan di Kuching, Julai depan.*
         *Selepas ‘diserang’ netizen dari negara ini, laman berkenaan kemudian terpaksa mengambil tindakan membuang hantaran terbabit.*

          *DUA lelaki yang aktif memecah masuk masjid di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU), Butterworth diberkas polis di dua lokasi berasingan di Sungai Petani, Kedah, jam 3 pagi smlm.*
          *Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kedua-dua suspek berusia 22 dan 30 tahun ditahan susulan cubaan pecah masjid di Pinang Tunggal, Kepala Batas.*
          *Beliau berkata, dalam kejadian 23 Oktober tahun lalu itu, aksi mereka yang gagal memecah masuk masjid berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum ia tular di media sosial.*

          *PADAH membuang sampah sesuka hati, seramai 12 individu di Semporna dikenakan denda melakukan kerja amal mengutip sampah sambil memakai 'vest' tertulis perkataan 'MONYET'.*
              *Hukuman itu dilaksanakan sejak 1 Januari lalu yang mana pemakaian vest hanya terpakai kepada pemegang dokumen Pendaftaran Orang Asing Khas (IMM13), masyarakat Pala'u dan pendatang asing tanpa izin (PATI).*
        *Rakyat tempatan dan pelancong asing pula dikenakan kompaun mengikut undang-undang kecil Anti Kutu Sampah jika berbuat demikian.*

         *NEW DELHI: Penduduk di timur India gempar dengan kehadiran seekor anak lembu bermata satu yang kini menjadi tumpuan apabila ia disembah sebagai tuhan.*
        *Daily Mail melaporkan, anak lembu itu sebenarnya mengalami kecacatan ketika dilahirkan di daerah Bardhaman, Bengal Barat, India.*
         *Menerusi satu video yang dikongsi di media sosial, haiwan pelik itu juga kelihatan tidak mempunyai hidung manakala lidahnya hanya terjulur serta berada dalam keadaan termengah-mengah.*
                 

*ARENA*
========


            *MANCHESTER, England: Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berdepan ujian terbesarnya sejak mengambil alih daripada Jose Mourinho apabila pasukannya menentang pengendali yang dipercayai akan menggantikannya - pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino.*
           *Spurs, ketiga dalam carta Liga Perdana Inggeris, menanti kunjungan pasukan tangga keenam United, yang ketinggalan di belakang mereka dengan 10 mata, di Wembley Ahad ini dalam apa yang dilihat sebagai ujian paling sukar buat Solskjaer untuk mempersiapkan pasukannya.*
            *Sejak Mourinho dipecat pada 18 Disember lalu, Solskjaer, yang bertugas hingga hujung musim ini, mengemudi empat kemenangan berturut-turut United dalam liga selain menyingkirkan Reading pada pusingan ketiga Piala FA.*

            *LANGKAWI: Pendahulu kelas Racing Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2019, Hollywood-Provezza semakin menunjukkan belang apabila meraih kemenangan keenam berturut-turut pada hari ketiga kejuaraan, smlm.*
            *Beraksi di lapangan 'Around the Island', pasukan dikemudi Ray Roberts itu dilihat sukar untuk ditewaskan apabila terus mengungguli Perlumbaan 6 sekali gus menyaksikan penyandang juara dari Thailand, THA72 'buntu' mencari kemenangan pertama mereka.*

            *IPOH: Perak mengesahkan hanya menggunakan empat pemain import berbanding kuota lima pemain, bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M), musim ini.*
             *Skuad The Bos Gaurus (TBG) mengekalkan Leandro Dos Santos, Wander Luiz dan Gilmar Jose Da Silva yang cemerlang pada musim lalu dan mengikat kontrak setahun bekas pertahanan PKNS FC kelahiran Australia, Zac Anderson.*
          *Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), menggugurkan penyerang Filipina, Misagh Bahadoran serta pemain pertahanan dari Lubnan, Jad Noureddine, yang tidak menunjukkan prestasi baik musim lalu.*

            *KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan Akhyar Rashid kini sah pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas Harimau Selatan mendaftarkan namanya dalam senarai pemain kepada pentadbir liga itu.*
           *Perkembangan terbaru itu, sudah semestinya melegakan Akhyar selepas terpalit dengan kemelut perebutan antara bekas majikannya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) danJDT, yang menyaksikan KFA bakal mengheret isu perpindahannya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dalam masa terdekat.*

          *KUALA LUMPUR: Ketika pasukan lain sibuk mencari atau melindungi pemain muda berkualiti dengan menetapkan klausa pelepasan mencecah hingga RM12 juta, mungkin ramai yang terlepas pandang mengenai percaturan berbeza dilakukan pendatang baharu Liga Perdana, Perlis.*
           *Perlis yang dinaikkan pangkat selepas jatuh ke saingan Piala FAM musim lalu dilihat mengikat ramai pemain berusia atau 'kuda tua' sebagai 'senjata' mereka untuk mengharungi Liga Perdana musim ini.*
             *Antara pemain berusia yang sudah ditandatangani skuad Singa Utara itu termasuk bekas kapten Kelantan Mohd Badhri Radzi, Safee Sali, Azmi Muslim, Khyril Muhymeen, Azmizi Azmi dan Amirizdwan Taj dengan semua pemain itu berusia 30 tahun ke atas.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2019 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SATU 12 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 6 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0553*
*SUBUH : 0603*
*SYURUK : 0721*
*ZOHOR : 1324*
*ASAR : 1647*
*MAGHRIB : 1922*
*ISYAK : 2036*

*LAST GOA_L MINGGU INI.*


*TANAHAIRKU*
==============


               *HARGA runcit petrol RON97 dan RON95 turun satu sen kepada RM2.22 dan RM1.92 seliter masing-masing, manakala harga diesel naik satu sen kepada RM2.05 seliter mulai tengah malam tadi. hingga 18 Januari. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, penetapan harga runcit produk petroleum bagi minggu itu (12-18 Januari) adalah mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM).*

               *KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh pihaknya gagal mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka semula siasatan kes kematian Teoh Beng Hock. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, dalam Mesyuarat Pasca Kabinet KDN pada 27 Jun tahun lalu memaklumkan kabinet memutuskan supaya kes kematian Teoh dibuka semula dan mengarahkan Ketua Polis Negara (KPN) mengambil tindakan segera berhubung keputusan itu.*

               *BEKAS pengarah yayasan milik kerajaan negeri bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis, smlm. Ia bagi membantu siasatan kes menerima suapan dan salah guna kuasa berhubung pembelian dua lot tanah bernilai lebih RM1.8 juta pada 2014 dan 2015.*

               *berteduh di bawah jambatan, cedera selepas dirempuh Nisan Grand Livina dalam kejadian di Kilometer 5.2 Lebuhraya LinKedua arah utara di Iskandar Puteri, smlm. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian 5 petang itu berlaku ketika semua penunggang terbabit berteduh di bawah jambatan kawasan itu.*

               *POLIS menyerbu pejabat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di Damansara Heights, Kuala Lumpur, hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana, kes penipuan dan salah guna kuasa badan berkenaan.*

               *MANA-mana penceramah tempatan atau antarabangsa dibenarkan berceramah selagi mereka mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, setiap penceramah perlu mematuhi garis panduan tertentu termasuk mendapatkan penganjur; memohon permit ceramah; dikendalikan badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar dan tidak menyentuh isu keharmonian kaum dan agama.*

               *TIGA penjenayah dikenali ‘Geng Nomad’ yang dipercayai terbabit dalam 19 kes pecah rumah tumpas selepas diberkas polis dalam serbuan di Kulim, Kedah, malam tadi. Kumpulan lelaki berusia antara 34 hingga 43 tahun itu dikesan aktif menyamun di sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah sejak tahun lalu.*

               *WANITA mendakwa anaknya cedera di bahagian belakang dan paha selepas dipercayai dipukul dengan rotan oleh guru sebuah pusat pengajian Maahad Tahfiz, di Sungai Buloh, Isnin lalu. Kejadian dipercayai menyebabkan anak lelakinya berusia 12 tahun melarikan diri daripada pusat pengajian berkenaan bersama rakannya berusia 13 tahun.*

                *BAHAGIAN Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menyerbu dua unit kondominium di Pandan Indah yang dijadikan tempat mengendalikan 11 laman sesawang judi dalam talian atau judi ‘online’ semalam.*

               *RATUSAN penduduk hilang tempat tinggal selepas 55 rumah di Kampung Pasir Putih, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Putatan dekat Kota Kinabalu, musnah dalam kebakaran, smlm. Kejadian 12.50 tengah hari itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum api merebak dengan cepat ke rumah, berhampiran berikutan kedudukan kediaman yang rapat, selain angin kuat.*

               *“DOAKAN yang terbaik ya.” Demikian titah ringkas Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, sebelum memasuki kamar bagi mempengerusikan mesyuarat khas, di sebuah hotel di Kuala Lumpur, smlm. Pembawaan santai dan tampak mesra kepada pemberita yang menanti di ruang masuk kamar berkenaan seakan mengesahkan cakap-cakap dalam kalangan delegasi istana Pahang bahawa pertemuan hari ini bagi mendapatkan perkenan memasyhurkan Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang.*

                *POLIS menahan suami isteri selepas disyaki terbabit dalam kes samun lelaki warga Bangladesh membabitkan kerugian wang tunai sebanyak RM40,000, Selasa lalu. Kedua-dua suspek yang berusia 29 dan 30 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Petaling Jaya kira-kira lima jam selepas mereka dipercayai menyamun mangsa di kawasan letak kereta hotel di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, pada 2 petang.*

               *DUA penjaga kedai runcit warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datuk, Banting, hari ini atas pertuduhan menyimpan rokok seludup di dua premis berbeza, minggu lalu. Tertuduh, Riza Rifari, 20, dari Indonesia dan Mahmmed Asruddeen Karike Basheer, 26, warga India bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Md Nor.*

               *PEKERJA Westport maut selepas lori tangki merempuh lima kenderaan di Jalan Pelabuhan Barat berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pulau Indah di Pelabuhan Klang, smlm. Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa, M Subendren, 26, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan teruk di kepala dan badan selepas tersepit di dalam keretanya.*

               *JENAZAH Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir Baru di Semenyih, jam 3 petang ini. Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Jamek Kampung Pasir Baru yang diimamkan oleh ADUN Taman Medan, Syamsul Firdaus Mohamed Supri selepas solat Jumaat, jam 2.15 petang.*

               *“HAMPIR 20 jam anak perempuan saya menahan sakit kerana patah tangan kanan dan bengkak muka selepas terjatuh pokok rambutan sebelum dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) pagi smlm. Anak saya, Idah Atem dihantar ke hospital itu menggunakan penerbangan ihsan bomba (Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” kata Siah Adik, 43, dari Kampung Tendrik, Pos Bihai, Gua Musang.*

               *PEMANDU teksi berdaftar di Melaka dijangka menerima insentif dalam bentuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada kerajaan negeri dalam masa terdekat. Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, perkara itu sedang dibincangkan secara terperinci oleh pihak terbabit dan akan dibawa untuk diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak lama lagi.*

               *POLIS menumpaskan sindiket penyeludupan manusia yang didalangi warga Sri Lanka dalam beberapa operasi di Klang, Selangor, Jumaat lalu. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sindiket berkenaan dikesan menggunakan laluan maritim di Klang untuk menyeludup migran dari Sri Lanka ke Australia dan New Zealand. Beliau berkata, dalam operasi berkenaan, seramai 34 migran terdiri daripada 24 warga Sri Lanka dan 10 warga India ditangkap.*

               *MENTERI Pertahanan Mohamad Sabu berkata, beliau bersedia mendedahkan laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan berhubung kes pembelian aset mencurigakan kementerian ketika pentadbiran kerajaan terdahulu di Dewan Rakyat. Beliau berkata, kementerian tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan berhubung isu itu.*

               *LELAKI berusia 40-an terselamat selepas kereta mewah Ferrari model F458 berharga lebih RM1.2 juta itu tiba-tiba terbakar ketika melalui Lebuhraya Lingkaran engah 2 Kuala Lumpur (MRR2), berhampiran bulatan Batu Caves, awal pagi semalam. Dalam kejadian 1.20 pagi itu, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian enjin kereta berkenaan sebelum merebak sehingga ke bahagian pemandu.*

               *TIGA beradik dicekup selepas dipercayai merompak wang jiran mereka berjumlah RM10 dalam kejadian di Taman Ayer Keroh Height, Melaka semalam. Kejadian berlaku jam 3 petang ketika mangsa yang berusia 27 tahun berada di rumahnya. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketiga-tiga suspek lelaki berusia 14 hingga 23 tahun ditahan anggota polis selepas didakwa memecah masuk rumah jiran mereka yang juga lelaki warga Bangladesh.*

               *BAYI lelaki sembilan bulan yang dipercayai didera pengasuhnya di Taman Permai, Sibu Isnin lalu masih berada dalam keadaan kritikal. Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, bayi kepada pasangan guru itu masih bergantung kepada alat sokongan hayat.*

               *MAHKAMAH Majistret Petaling Jaya, hari ini, mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari kerana gagal hadir pada prosiding perbicaraan hari keempat dalam kes yang dihadapi pelakon itu. Waran tangkap itu dikeluarkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas mahkamah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran.*

               *KERAJAAN Selangor memberi jaminan bahawa pengguna tidak akan terbeban sekiranya kadar tarif air dinaikkan di negeri itu. Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, beliau akan mempertahankan kadar munasabah supaya pengguna dapat terus menikmati bekalan air bersih dan berkualiti.*

               *Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sarawak membuat laporan polis selepas menerima ugutan jenayah membabitkan dirinya dan keluarga di Facebook (FB), semalam. Difahamkan, ADUN berusia 30-an itu membuat laporan berkenaan selepas bimbang keselamatan diri dan keluarganya.*

               *DUA rakan masing-masing dihukum penjara empat tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, selepas mengaku salah atas pertuduhan merompak pemandu perkhidmatan e-hailing dengan bersenjatakan pisau, bulan lalu.*

               *LELAKI yang menampar kepala juruwang wanita di kedai serbaneka di Setia Triangle, Bayan Lepas, direman empat hari bermula hari ini. Perintah itu dikeluarkan Majistret Sharmila Abdul Samad di Mahkamah Majistret Balik Pulau.*

               *UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) akan kekal sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) khusus bagi orang Melayu dan Bumiputera, tegas Naib Canselornya Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said. Beliau berkata, dasar serta matlamat asal penubuhan UiTM masih relevan dengan keadaan semasa, malah ia terbukti berjaya mengimbangi kedudukan Bumiputera dan bukan Bumiputera di negara ini.*

               *GRAB Malaysia (Grab) mengingatkan orang ramai khususnya mereka yang menggunakan perkhidmatan aplikasi itu supaya sentiasa memeriksa maklumat pemandu dan kenderaan yang ditempah sebelum menaiki kenderaan berkenaan. Grab dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu adalah langkah asas bagi mengurangkan sebarang kejadian yang tidak diingini ketika penumpang menggunakan perkhidmatan itu.*

               *MEMILUKAN apabila isteri mendukung anaknya sambil menangis di sisi mayat suami yang maut dalam kemalangan membabitkan motosikal ditunggangnya dengan kereta di Batu 6 Jalan Tuaran Bypass di Kota Kinabalu, malam tadi. Suasana semakin pilu apabila anak yang didukungnya turut menangis.*

               *TINDAKAN sembilan lelaki membelasah empat beradik lelaki di tapak pasar malam di Taman Lobak, Lunas, dekat Kulim, mengundang padah apabila mereka ditahan polis malam tadi. Difahamkan sebelum kejadian, mereka semua bergaduh ketika bermain futsal sebelum seorang remaja berusia 16 tahun yang tidak berpuas hati memberitahu abangnya.*

               *LEMBU betina yang terjatuh ke dalam sebuah perigi sedalam enam meter berjaya diselamatkan bomba di Jalan Siswi, Kampung Sungai Kandis, Shah Alam malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Timbalan Penguasa Bomba Azmel Kamarudin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 7.49 malam.*

               *SELEPAS 12 jam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, yang ditahan mengikut Akta Hasutan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, petang semalam, dibebaskan hari ini. Lokman yang juga Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), dibebaskan 10.30 pagi tadi selepas bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD) sejak 10 malam tadi.*

               *PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor akan mengadakan perbincangan susulan kematian wakil rakyatnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor, 57, hari ini. Pengerusinya, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, perbincangan lanjut berkaitan hal itu akan dibincangkan selepas selesai pengebumian Allahyarham.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *London: Pasport Malaysia tidak lagi berada dalam senarai 10 yang paling berkuasa di dunia berdasarkan indeks terbaru diumumkan yang melihat negara Asia menguasai di tempat teratas dengan Jepun di tangga pertama.*
            *Warga Jepun mampu bergerak tanpa visa atau memperolehnya sebaik tiba di 190 negara, lapor Indeks Pasport Henley 2019.*
           *Ini disusuli Singapura dan Korea Selatan di tempat kedua dengan rakyat dua negara itu mampu memasuki 189 destinasi tanpa perlu memohon visa terlebih dulu.*

         *Singapura: Gara-gara terlampau malu, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, menghabiskan masa selama 10 hari sebagai gelandangan di Singapura kerana malu untuk bertanya orang ramai arah ke pangsapuri yang didiaminya.*
        *Menurut laporan The Independent yang memetik sebuah akhbar berbahasa Cina, Zhang Daming dari Malaysia datang ke Singapura pada Disember lalu untuk mencari kerja dan menumpang di pangsapuri bersama rakannya yang sudah bekerja di sana.*
           *Pada hari kehilangan Zhang, rakan sebilik memberinya wang belanja S$50 (RM151) sebelum pergi kerja kerana Zhang hanya mempunyai wang dalam ringgit Malaysia.*

         *Zurich: Lelaki Islam yang melaungkan Allahu Akbar ketika bertemu rakannya di tempat awam didenda sebanyak 210 Swiss franc (RM888) selepas ditahan polis yang menyangkakan dia cuba melakukan aktiviti keganasan.*
         *Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku pada Mei tahun lalu apabila polis bandar Schaffhausen yang lengkap bersenjata menahan dan melakukan pemeriksaan terhadap dirinya kerana bimbang lelaki berusia 22 tahun itu akan mencetuskan huru hara.*
          *Orhan berkata, polis mengambil tindakan itu selepas dia melaungkan Allahu Akbar ketika bertemu seorang rakan.*

          *ZIRAFAH unik yang kelihatan seperti pokok ditemui oleh jurugambar di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan.*
           *Daily Mail melaporkan, badan haiwan berkenaan sebenarnya dipenuhi dengan benjolan seperti kulit kayu akibat virus papilloma yang disebarkan oleh burung oxpecker yang memakan kutunya.*
          *Jurugambar hidupan liar yang juga kakitangan awam dari Oxfordshire, England, Helen Olive berkata, dia pada mulanya tidak sedar mengenai keadaan kulit zirafah itu.*

        *PATTANI: Empat pengawal sukarelawan ditembak mati di sebuah sekolah di selatan Thailand semalam, tidak jauh dari pelajar yang berada hanya beberapa meter dari lokasi serangan.*
           *Semua lelaki yang terbunuh itu beragama Islam dan bertugas di sebuah sekolah di daerah Yarang, wilayah Pattani apabila ditembak beberapa penyerang bersenjata.*
         *Jurugambar AFP di lokasi kejadian melihat mayat mangsa yang lengkap berpakaian seragam terbaring berlumuran darah.*

          *WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengucapkan selamat tinggal sebelum keluar dari perbincangan dengan wakil Demokrat mengenai pembiayaan tembok di sempadan dengan Mexico, semalam.*
           *”Buang masa saja. Saya kata ‘bye-bye’, tiada apa lagiboleh dibuat, tiada lagi yang berguna,” kata Trump melalui Twitter mengenai perjumpaannya dengan pemimpin kanan Demokrat.*
           *Anggota Demokrat paling kanan dalam Senat, Chuck Schumer berkata, Trump ‘menghempas meja’ sebelum ‘bangun dan keluar.’*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *“TAK pernah terlintas di fikiran minat dan kelebihan saya bermanja dengan kerbau membuatkan saya terkenal sehingga ke luar negara,” kata Mohd Syukur Khamis, 14, yang foto memaparkan aksi manjanya bersama haiwan itu tular di media sosial.*
           *Pelbagai aksi pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu dengan kerbau peliharaan bapanya mendapat pujian pengguna media sosial, termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang menyatakan kekagumannya terhadap keakraban dan kemesraan Mohd Syukur bersama haiwan itu yang disifatkannya begitu ikhlas.*
              *Keunikan gambar Mohd Nazri atau Dallah Deen turut melayakkannya memenangi anugerah ‘Street/People Photographer of The Year Asian Geographic -Image of Asia 2018’ dan ‘Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.’*

          *Kota Kinabalu: Insiden kanak-kanak dipercayai pelancong asing ‘menunggang’ penyu dalam sebuah bot yang tular di laman sosial baru-baru ini, kemungkinan bukan berlaku di Semporna.*
             *Ini susulan siasatan pihak berkuasa mendapati tiada bot pelancong yang beroperasi di perairan Semporna menyerupai bot seperti dalam gambar terbabit.*
           *Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga, berkata pihaknya sudah meneliti setiap bot pelancong di Semporna dan mendapati tiada yang menyerupai bentuk bot seperti di dalam gambar.*

          *PERSOALAN mengenai identiti dua beradik menyelongkar tempat pembuangan sampah di Pasar Pelabuhan Klang sehingga tular di media sosial, terjawab apabila mereka rupa-rupanya warga Myanmar yang mencari rezeki bersama keluarganya.*
           *Mengutip barang lusuh dan kitar semula dikatakan menjadi rutin harian bagi seorang lelaki warga Myanmar, Nur Islam Abul Husson, 43, dan keluarganya bagi menambah pendapatan.*
         *Nur Islam adalah bapa kepada dua beradik yang menjadi tular kerana mencari sampah dalam keadaan berpakaian seragam sekolah bagi mencari duit belanja sekolah mereka.*

         *PENGURUSAN Rangkaian Restoran Khulafa Sdn Bhd menafikan dakwaan pekerjanya mencuci sudu dan garfu di jalan belakang premis itu di Shah Alam yang tular di media sosial sejak semalam.*
           *Pengerusinya, Datuk Abdul Wahith Sharfuddin berkata, salah faham itu timbul berikutan pekerja sambilan berkenaan mahu membuang peralatan terbabit yang disimpan dalam stor di sebuah restoran cawangannya di Seksyen 7, Shah Alam jam 1 tengah hari.*
         *”Pada waktu itu, beberapa pekerja membersihkan bahagian belakang premis dan membuang barangan yang sudah tidak boleh digunakan.*

         *“TERIMA Kasih,” jawapan ringkas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang sering membuat kenyataan provokatif atau troll terhadapnya.*
            *Maszlee turut berharap Najib, yang kini aktif membuat kenyataan di media sosial seperti Facebook (FB) dan Twitter, bersama-sama membantu Kementerian Pendidikan (KPM) berkempen di media sosial dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Membaca menjelang 2030.*
           *Mengulas troll terbaru Najib di FBnya semalam berkenaan lawatan kerja pertamanya ke Indonesia, Maszlee berkata, beliau akan melakukan yang terbaik dalam menerajui kementerian yang pernah diterajui pemimpin itu.*

          *“BANGUN Aariz Harraz Zahin, rumah ummi beli untuk Zahin dah siap,” itu luahan ibu kepada bayi lelaki yang kini koma selepas dipercayai didera pengasuhnya, menerusi laman Facebook (FB) miliknya, semalam.*
             *Menerusi laman sosial itu, Hzah Jazman, memaklumkan dia baru dihubungi peguam yang menguruskan pembelian sebuah rumah supaya hadir untuk menandatangani perjanjian jual beli.*
          *”Bangun sayang, ummi nak bawa Zahin pindah rumah ini nanti,” kongsinya yang turut menyentuh hati kenalan dan netizen yang turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa Aariz Harraz Zahin Azman, sembilan bulan.*

         *POLIS akan menghentikan siasatan berhubung anjing terbiar ditemui mati yang dipercayai diracun di Taman Levender Height, Senawang, Seremban yang tular di media sosial, baru-baru ini.*
          *Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin, ia susulan arahan Pejabat Timbalan Pendakwaraya (DPP) dan menyerahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk meneruskan siasatan.*
         *”Kita hentikan siasatan kes anjing yang mati dipercayai diracun dan menyerahkan kepada pihak Veterinar mengikut akta siasatan mereka,” katanya kepada pemberita di Majlis Sepetang Bersama Pengerusi PERKEP Negeri Sembilan anjuran PERKEP Port Dickson di Lexis Hibiscus di Port Dickson, hari ini.*
                 

*ARENA*
========


          *POLIS Las Vegas sudah meminta bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo menghantar sampel DNA bagi membolehkan siasatan kes rogol yang didakwa berlaku pada tahun 2009 dapat dilakukan.*
            *Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Peter Christiansen yang memberitahu bahawa sampel DNA itu adalah prosedur standard polis, lapor AFP.*
           *”Anak guam saya kekal dengan kenyataannya sebelum ini bahawa apa yang berlaku di Las Vegas pada 2009 adalah secara sukarela dan ia bukan mengejutkan apabila wujudnya DNA mahupun diperlukan polis sebagai sebahagian prosedur standard untuk siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.*

          *BRASILIA: Seorang pemain bola sepak bernasib malang apabila kakinya digilis kenderaan perubatan yang dihantar ke padang untuk membantunya selepas mengalami kecederaan ketika permainan.*
        *Kejadian berlaku ketika perlawanan bola sepak remaja di antara Trindade dengan Flamengo, baru-baru ini apabila pemain yang cuma dikenali sebagai Bernardo terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan.*
         *Malangnya, kereta itu terlalu rapat mendekati Bernardo yang terbaring di padang sehingga menggilis kakinya, namun tidak disedari sesiapa. Bernardo segera menyambar kakinya sambil menjerit kesakitan, manakala orang di kelilingnya cuma memandang hairan.*

          *BERLIN: Bayern Munich berkata, mereka akan merayu terhadap hukuman penggantungan dua perlawanan Liga Juara-Juara ke atas Thomas Mueller yang menyebabkan pemain antarabangsa Jerman itu terlepas kedua-dua aksi peringkat 16 terakhir menentang Liverpool.*
          *Badan bola sepak Eropah, UEFA menetapkan hukuman itu selepas Mueller diperintah keluar padang ketika seri 3-3 menentang Ajax pada aksi terakhir peringkat kumpulan bulan lalu.*
         *Mueller kali pertama dilayangkan kad merah secara terus dalam kariernya selepas menendang kepala pertahanan Ajax, Nicolas Tagliafico.*

         *PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) didenda oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) susulan kekecohan yang ditimbulkan penyokong kelab itu ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Red Star Belgrade, Oktober lalu.*
          *Kelab gergasi Perancis itu pada awalnya berdepan risiko dikenakan hukuman beraksi dalam stadium kosong menentang Manchester United pada aksi pusingan 16 terbaik, Mac depan.*
          *Bagaimanapun, kekecohan yang ditimbulkan penyokong di luar Stadium Pars des Princes selepas perlawanan menyaksikan mereka hanya didenda 35,000 euro (RM165,047).*

          ♂ *KUALA LUMPUR: Jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang tetap tenang walaupun gagal menaiki podium dalam acara kegemarannya, keirin di Velodrom Antarabangsa Jakarta, semalam.*
          *Bahkan, The Pocketrocketman menjanjikan berita gembira untuk diumumkan selepas Kejohanan Trek Asia di Jakarta, Indonesia berakhir hujung minggu nanti.*
           *Walaupun tidak menjelaskan lebih lanjut, Azizulhasni dijangka akan kembali berada di ranking pertama dunia dalam acara keirin, apabila Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengeluarkan kedudukan terkini selepas kejohanan di Jakarta berakhirpada Ahad.*

          *KUALA LUMPUR: Syazwan Andik Ishak yang didakwa ‘mungkir janji’ menegaskan kontraknya bersama Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) sudah tamat selepas majikannya itu gagal membayar gaji dua bulan pada November dan Disember lalu.*
           *Malah, pertahanan skuad kebangsaan itu menegaskan sudah memaklumkan mengenai hasratnya untuk menamatkan kontrak kepada KLFA menerusi emel dan surat kepada ketua jurulatih The City Boys, Yusri Che Lah 9 Januari lalu.*

         *KUALA TERENGGANU: Pasukan Hoki Terengganu (THT) menamatkan penantian empat tahun selepas merangkul Piala Sumbangsih buat kali pertama dengan menumpaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (UniKL) 3-1 melalui pukulan penalti shoot out di Stadium Hoki Batu Buruk, smlm.*
          *Kemenangan itu sekali gus menamatkan badi kekalahan dalam empat edisi terdahulu biarpun cemas seketika selepas UniKL bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat THT 2-2 hingga tamat permainan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2019 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SELSA 15 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 9 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0554*
*SUBUH : 0604*
*SYURUK : 0722*
*ZOHOR : 1324*
*ASAR : 1648*
*MAGHRIB : 1923*
*ISYAK : 2036*

*GOA_L INI DISAJIKAN LEH*
*SAKURAEJA KITCHEN*
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213790655982713&id=1296196953


*TANAHAIRKU*
==============


               *YANG di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, mengingatkan pemimpin dan rakyat supaya tidak melepaskan peluang merencana negara menjadi lebih baik. Baginda bertitah, rakyat harus bersyukur kerana diberi peluang untuk memperbaiki dan memperbetulkan semua kelemahan pentadbiran negara. “Jadikan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran kerana jika tidak, ia pasti akan berulang.*

               *MENTERI Besar, Aminuddin Harun mendahului senarai 340 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-71 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, smlm. Beliau akan menerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri, pada istiadat pengurniaan yang akan diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.*

               *KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sedang mengkaji dan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak Jabatan Peguam Negara untuk memperhalusi cadangan pindaan atau pemansuhan enam akta yang akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, akta yang sedang dikaji adalah Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Perhimpunan Aman 2012.*

               *TRELER membawa muatan setengah tan dadah disyaki syabu yang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Sabtu lalu dipercayai dalam perjalanan ke Pelabuhan Pulau Pinang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan awal mendapati sebahagian dadah disyaki syabu 569.5 kilogram itu adalah untuk diseludup ke negara luar.*

               *CALON Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Wong Seng Yee, 40 menyifatkan suasana 'perang' bendera parti sebagai satu pembaziran, selain dia tidak mempunyai wang untuk melakukannya. Menurutnya, dia tidak akan mengikuti jejak Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang mula memasang ribuan bendera merah dan biru bagi membangkitkan bahang kempen PRK yang berlangsung selama 14 hari sehingga hari pengundian 26 Januari ini.*

               *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang menumpukan penjualan untuk tahanan penjara hasil penahanan lima lelaki di sekitar Johor, kelmarin Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, hasil penahanan suspek berusia 26 hingga 30 tahun itu pihaknya merampas dadah dianggarkan bernilai RM814,000.*

                POLIS memburu tiga suspek termasuk seorang wanita, dipercayai ada kaitan dengan kes cubaan rompakan kedai emas yang diletupkan menggunakan bom ikan di Segama, Kota Kinabalu, 31 Disember lalu. Setakat ini, dua individu iaitu perancang utama kumpulan berkenaan dan seorang lagi yang bekerja sebagai nelayan sudah ditahan pada 2 dan 5 Januari lalu.*

                *LELAKI maut dalam keadaan tragis apabila digilis beberapa kenderaan menyebabkan tubuhnya hancur di Kilometer 274.3, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, smlm. Dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, G Muniandy, 50 melintas jalan menuju ke R&R itu kerana motosikal yang ditunggangi kehabisan petrol.*

               *REMAJA antara tiga lelaki yang direman empat hari, bagi membantu siasatan kes penemuan janin milik teman wanitanya di kawasan sawah padi di Bukit Rambai, Melaka, pagi semalam. Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Syarina Shaarani mengeluarkan perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek berusia 19, 23 dan 24 tahun itu, mulai hari ini.*

               *PRESIDEN Skuad Badar, Azhar Mohamad direman empat hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran Akta Pertubuhan dan Akta Rahsia Rasmi. Difahamkan, perintah reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini. Azhar, 46, ditahan kira-kira jam 10 malam semalam, bersama seorang lagi ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu yang berusia 30-an, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.*

               *POLIS Subang Jaya komited mengukuhkan kerjasama dengan pihak pengurusan sekolah dalam usaha menangani insiden jenayah sekali gus mempertingkatkan kawalan keselamatan semua pusat pengajian di daerah berkenaan. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kerjasama antara kedua pihak penting dalam usaha mengawasi dan memantau keselamatan pelajar selain membendung aktiviti jenayah.*

               *MAHKAMAH Majistret Petaling Jaya, smlm membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari selepas gagal hadir dalam perbicaraan kes dadah dihadapinya Jumaat minggu lalu.*

               *PEGAWAI daerah di Terengganu direman selama enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM500,000. Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Roszita Saad bermula hari ini hingga Sabtu.*

               *PEMBANTU tadbir kanan wanita di sebuah Pusat Pemulihan Akhlak yang didakwa membuat 90 tuntutan palsu, direman enam hari, bermula hari ini. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret di Kota Bharu, Nor Faizah Abdullah. Akhbar sebelum ini melaporkan, SPRM Kelantan menahan seorang pembantu tadbir kanan bagi membantu siasatan berhubung kes 90 tuntutan palsu bernilai lebih RM149,000, semalam.*

               *PEMANSUHAN tugas perkeranian guru menerusi pelaksanaan lima inisiatif, berkuat kuasa Januari 2019 ialah hanya langkah pertama. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, langkah pertama bersifat intervensi jangka pendek itu dirangka dengan mengambil kira pandangan akar umbi, iaitu golongan pendidik yang mengajar di sekolah.*

               *SEBUTIR bom lama dipercayai peninggalan perang dunia kedua ditemui penduduk ketika membersihkan kebun di Kampung Pinangso, di Kudat, semalam. Difahamkan, polis menerima aduan daripada seorang penduduk kampung berkenaan kira-kira jam 2 petang semalam, mengenai penemuan objek disyaki bom lama ketika membersihkan kebun menggunakan jengkaut.*

               *MAYAT lelaki yang sudah berulat ditemui berhampiran jambatan Sekolah Kebangsaan Kambug, di Padawan, jam 7.10 malam semalam. Mayat tanpa identiti itu ditemui penduduk kampung, yang kemudian memaklumkannya kepada polis.*

               *KIRA-KIRA 3,000 penduduk di perkampungan Orang Asli Pos Betau, Lipis meminta pihak berkenaan meningkatkan liputan telekomunikasi di kampung mereka. Mereka mendakwa, masalah itu sudah berlanjutan sekian lama dan belum nampak mana-mana pihak bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah berkenaan.*

               *LELAKI dikehendaki atas pelbagai kegiatan jenayah termasuk bunuh dan samun, ditembak mati polis di Kampung Jerung, di Sungai Petani, 5.45 pagi, hari ini. Ia selepas suspek berusia 28 tahun bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang cuba menangkapnya.*

               *Putrajaya: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui Pakatan Harapan (PH) berdepan laluan sukar menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands. Timbalan Perdana Menteri berkata, sejak sebelum menjadi kerajaan lagi, PH berdepan cabaran apabila menentang BN termasuk calon UMNO dan ia semakin suka pada PRK kali ini kerana parti itu menggunakan sentimen tempatan.*

               *Kuala Lumpur: Naib Presiden PKR, Tian Chua tampil membuat permohonan maaf kepada masyarakat Orang Asli susulan kenyataan kontroversi Bob Manolan Mohamad yang juga seorang senator daripada parti itu. Menurutnya, berdasarkan prinsip parti, PKR tidak menyokong sebarang cara membabitkan paksaan dan ugutan untuk menarik apa-apa bentuk dana serta jawatan sebagai cara mudah menarik undi.*

               *DUA anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen (Khas Rasuah) Johor Bahru, hari ini atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah, tiga tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh, Konstabel Mohd Ridzuan Sedali, 28, dan Lans Koperal Muhammad Nurulkiflee Abdul Shukor, 27, mengaku tidak bersalah bagi ketiga-tiga pertuduhan itu serta satu pertuduhan alternatif selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.*

               *ISU pemberian wang kepada sukarelawan oleh individu yang dipercayai petugas Pakatan Harapan (PH) bukanlah satu masalah besar kerana tidak menyalahi undang-undang. Calon PH Parlimen Cameron Highlands, M Manogaran berkata, pemberian wang itu dikira sebagai sebahagian daripada perbelanjaan kempen pilihan raya. “Kita akan masukkan (perbelanjaan) itu dalam penyata akaun dan serahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas selesai PRK ini.*

               *PASUKAN Polis Marin (PPM) menahan empat lelaki warga asing kerana cuba memasuki negara ini secara haram melalui perairan Sabah Baru, dekat Lahad Datu, semalam. Semua suspek berusia 18 hingga 32 tahun berkenaan ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri oleh anggota PPM yang menjalankan Ops Landai di perairan itu pada 4.30 pagi.*

               *MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau mengemukakan rayuan supaya Datuk Seri Alwi Ibrahim dikekalkan sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN). Katanya, sebagai seorang yang 'baru' di kementerian itu, beliau memerlukan orang yang sudah lama berkhidmat dan tahu selok-belok KDN.*

               *POLIS mengklasifikasikan semula kes dera membabitkan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di Sibu sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ia susulan kematian bayi berkenaan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu, pagi semalam selepas menerima rawatan akibat kecederaan dialaminya disyaki didera pengasuhnya, Isnin lalu.*

               *KONTRAKTOR pembinaan mati ditembak di hadapan enam rakannya di kawasan parkir Flat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Georgetown, malam semalam. Dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa, Mohammad Nazrulhisyam Mohamed Meera, 27, maut di tempat kejadian dengan kesan lima das tembakan di anggota badannya.*

               *FAHAMI sejarah supaya kesilapan lampau tidak diulangi dalam memastikan keamanan negara terus terpelihara, yang membolehkan kemajuan dikecapi dan kekayaan negara diagihkan secara adil dan saksama, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, jika tiga kaum utama di Malaysia bersama kaum di Sabah dan Sarawak dapat bertaut untuk ‘bekerja’, ‘tinggal’ dan ‘bermain’ bersama, negara akan lebih maju.*

               *LELAKI dipercayai diserang sawan menyebabkan Proton Waja dipandunya merempuh dinding rumah seorang penduduk di di Simpang Tiga Gajah Mati, di Pendang, semalam. Dalam kejadian 3.55 petang itu, pemandu kereta, Mohd Fisol Ayob, 43, berasal dari Padang Pusing, cedera dan tidak sedarkan diri, sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Pendang untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia kira-kira 6 petang, sebelum mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.*

               *POLIS menahan empat lelaki susulan pergaduhan di hadapan sebuah pusat membeli belah di Kemayan Square di Seremban, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, kejadian berlaku akibat perselisihan faham yang bermula dari sebuah kedai permainan elektronik di situ.*

               *DUA parah, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kereta di Kilometer 18 Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung, dekat Kuala Kubu Bharu, malam smlm. Kejadian kira-kira 7 malam itu, menyebabkan mangsa, Saiful Sharil Abdullah Sani, 28, dan Mohd Norazam Kurdi, 45, parah di kepala.*

               *RAKYAT negara ini, khususnya di Perlis, dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti pelancongan ke Thailand, khususnya Hatyai, berikutan penularan wabak chikungunya di wilayah itu, baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perlis, Teh Chai Ann berkata, pihaknya kini memantau ketat pelancong dari negara jiran itu yang memasuki negara ini.*

               *KEMENTERIAN Kesihatan sedang mengumpul maklumat lengkap berhubung laporan ada doktor pelatih di hospital kerajaan didakwa terpaksa bekerja 80 jam seminggu berikutan pelaksanaan jadual baharu yang dibahagikan kepada dua syif. Menterinya, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad berkata, beliau memandang serius kes berkenaan dan sudah mengarahkan tindakan sewajarnya diambil.*

               *KEADAAN rumah di tingkat empat, Taman Telipok Ria, Tuaran, Kota Kinabalu yang dijadikan lokasi persembunyian suspek dengan menjadikan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sebagai tebusan, petang semalam, kini sudah dibersihkan. Tinjauan pagi tadi mendapati penghuni membersihkan kotoran di dalam rumah selain masih terdapat dua kesan tembakan di dinding dan lantai.*

               *SELUDUP dadah dalam bungkusan teh untuk diseludup masuk ke dalam negara dengan menggunakan perkhidmatan kontena. Itu modus operandi dilakukan sindiket penyeludupan dadah jenis syabu yang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman hasil tiga serbuan di Perak, kelmarin.*

               *AMBIL gambar murid dalam kelas dan rekod menerusi sistem dalam talian. Itu antara pendekatan yang mahu dicetuskan menerusi inisiatif pengurusan data dan sistem dalam talian Kementerian Pendidikan. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu masih belum ditentukan pelaksanaannya sebagai sistem untuk merekod kehadiran murid.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *Beijing:Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan hampir maut selepas tertelan jarum jahit sepanjang empat sentimeter yang ditinggalkan ibunya.*
            *Kanak-kanak itu diselamatkan selepas menjalani pembedahan selama dua jam untuk mengeluarkan jarum itu yang tercucuk di tekak hingga menembusi ke paru-parunya.*
           *KanKan News melaporkan, kejadian berlaku apabila ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Li menjahit baju di rumahnya dan membiarkan kotak jahitan di atas meja.*

          *SYDNEY: Sebatang sungai utama di timur Australia yang dilanda kemarau dipenuhi hampir sejuta bangkai ikan mereput, malah pihak berkuasa menjangkakan lebih banyak jumlahnya meningkat.*
           *Tebing Sungai Murray-Darling dipenuhi bangkai ikan mereput dengan pihak berkuasa menganggarkan ratusan ribu haiwan itu mati, malah menganggarkan jumlahnya hampir sejuta.*
             *Cuaca panas melampau yang dijangka untuk minggu ini juga dibimbangi mengeruhkan keadaan, kata kerajaan New South Wales. Paras air yang menurun dan cuaca panas menggalakkan penumbuhan alga yang bukan saja menyebabkan ikan kekurangan oksigen, malah mengeluarkan toksin.*

            *DUBAI: Sebuah pesawat kargo Boeing 707 milik tentera Iran terhempas akibat cuaca buruk di barat Teheran hari ini menyebabkan 15 maut dan seorang lagi selamat, kata tentera Iran.*
        *Tentera Iran dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Fars memberitahu, seorang juruterbang selamat dan dibawa ke hospital.*
              *Pesawat itu terhempas berhampiran lapangan terbang Fath berdekatan Karaj di tengah wilayah Alborz.*
           *”Sebuah pesawat kargo Boeing 707 yang membawa muatan daging dari Bishkek di Kyrgyzstan melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Fath hari ini.*

            *JAKARTA: Indonesia sudah menemui perakam suara kokpit (CV) milik penerbangan malang Lion Air, lebih dua bulan selepas pesawat Boeing Co 737 MAX 8 itu terhempas di Laut Jawa berhampiran ibu kota ini tahun lalu, kata pihak berkuasa hari ini.*
           *Nahas itu mengorbankan kesemua 189 penumpang di dalamnya.*
          *”Ia sudah ditemui, namun kami belum menerima maklumat berkaitan lokasinya,” kata Timbalan Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia (KNKT), Haryo Satmiko menerusi mesej teks.*

          *SHANGHAI: Polis di wilayah timur China di Jiangsu memulakan siasatan selepas sekurang-kurangnya 145 kanak-kanak menerima vaksin polio tamat tempoh, kata akhbar Global Times hari ini, tamparan terbaharu terhadap sektor dilanda skandal tahun lalu.*
          *Rakyat termasuk ibu 142 bapa kanak-kanak terbabit, menyekat lalu lintas dan mengganggu ketenteraman awam ketika mereka berkumpul di luar pejabat daerah Jinhu Jumaat lalu, kata akhbar yang diterbitkan People’s Daily milik Parti Komunis.*
          *Akhbar berkata, vaksin itu diberi pada 7 Januari walaupun tarikh tamat tempoh 11 Disember lalu, menambah pihak berkuasa kerajaan tempatan sudah menubuhkan satu pasukan siasatan khas meneliti kes itu. Katanya, 17 individu sudah dihukum.*

         *Palangka Raya (Indonesia): Seramai 20 petugas termasuk anggota bomba terpaksa memecahkan tingkap dan pintu sebuah rumah di sini untuk membawa keluar seorang wanita obes untuk mendapatkan rawatan di hospital.*
              *Beratus-ratus penduduk membanjiri kawasan di Jalan George Obos untuk melihat satu pasukan terdiri daripada anggota bomba, pegawai masyarakat dan petugas kesihatan yang ditugaskan mengangkat Titi Wati yang memiliki berat badan mencecah 350 kilogram.*

          *MOSCOW: Seorang nenek yang disahkan mati akibat hipotermia, tiba-tiba hidup semula ketika pekerja bilik mayat sedang mengikat label di kakinya sebelum kemudian sekali lagi meninggal dunia.*
          *Wanita berusia 62 tahun dari Amur itu, mati mengejut ketika menghadiri keraian bersama saudara-maranya di Vasilyevka.*
               *Memetik laporan menerusi DailyMail, polis yang tiba di tempat kejadian mengesahkan wanita itu meninggal dunia.*
         *Apabila pengurus mayat dipanggil untuk menyempurnakan mayat itu, ia tiba-tiba bergerak dan hidup semula menyebabkan pegawai terbabit segera menghubungi paramedik yang menghabiskan 40 minit untuk menyedarkannya semula.*

        *WARSAW: Penyerang bersenjatakan pisau semalam menikam seorang datuk bandar di bandar pelabuhan Poland di Gdansk di hadapan ribuan penonton yang hadir dalam satu acara kebajikan, kata polis dan media.*
             *Paramedik memberi bantuan pernafasan kepada Pawel Adamowicz, 53, di tempat kejadian sebelum membawanya ke hospital untuk menjalani pembedahan.*
        *”Saya dimaklumkan, doktor berjaya menghidupkan semula fungsi jantung Adamowicz yang mengalami kecederaan parah. Ada harapan namun beliau dalam keadaan serius,” kata Presiden Poland, Andrzej Duda di Twitter.*

           *DHAKA: Ketua persatuan pengeluar pakaian Bangladesh hari ini menggesa pekerja yang membuat bantahan supaya kembali bekerja esok atau syarikat akan memotong gaji mereka, selepas demonstrasi menuntut gaji lebih tinggi yang berlanjutan selama seminggu.*
          *Bantahan pekerja, yang bertukar menjadi pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan yang mengorbankan seorang pekerja dan mencederakan puluhan itu minggu lalu, menyebabkan kerajaan mempertimbangkan tuntutan itu.*
           *Negara itu adalah pengeksport pakaian kedua terbesar dunia selepas China.*

         *LONDON: Darurat diisytiharkan di beberapa bahagian Eropah malam kelmarin selepas jumlah kematian akibat salji terburuk sejak 30 tahun lalu mencecah 21 orang.*
          *Kereta kebal dan tentera dikerahkan menyelamatkan penduduk dari rumah mereka dengan keadaan salji setinggi paras leher di Jerman serta Austria, lapor Daily Mail.*
             *Di Switzerland, runtuhan salji seluas 304 meter merempuh bahagian depan sebuah hotel ketika penghuninya sedang makan. Tiga orang cedera namun tiada kematian dilaporkan.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *Kota Bharu: “Alhamdulillah rakyat Malaysia begitu prihatin terhadap anak saya, Muhammad Alif Firdaus Mohd Rosdy yang mengalami penyakit kulit rapuh. Terima kasih kepada semua yang menghubungi dan menderma.”*
          *Demikian luahan Ruziah Ismail, 38, susulan kisah anak bongsunya berusia lapan tahun disiarkan di Harian Metro sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak.*
             *Beliau berkata, sejak berita penderitaan anaknya itu disiarkan, dia mendapat ratusan panggilan dan WhatsApp setiap hari daripada pelbagai pihak untuk bertanyakan kisah anak bongsu daripada tiga beradik itu.*

          *REMAJA lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kampar, hari ini atas tuduhan melakukan sumbang mahram dengan kakak kandungnya sejak dua tahun lalu.*
               *Media sebelum ini melaporkan remaja lelaki berkenaan ditahan polis selepas mengaku mengadakan hubungan sumbang mahram dengan kakaknya sehingga melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas rumah mereka di Kampar, 15 Disember tahun lalu.*
             *Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, perbuatan sumbang mahram itu terbongkar apabila kakak yang baru bersalin itu dibawa ke Hospital Kampar untuk mendapatkan rawatan pada 10 malam, hari yang sama.*

          *BRASILIA: Seorang remaja berusia 14 tahun menyaksikan sesuatu yang agak menggelikan apabila melihat ratusan labah-labah seolah-olah berterbangan di udara.*
           *Kejadian itu disaksikan Joo Pedro Martinelli Fonseca, 14, ketika bersama keluarganya dalam perjalanan menuju ke Minas Gerias di Brazil untuk melawat datuk dan neneknya.*
          *Menerusi rakaman video yang tular, araknid berkaki lapan itu kelihatan terapung di langit namun sebenarnya ia tergantung pada sarangnya yang dipintal besar bagi memerangkap mangsa.*
             *Menurut laporan akhbar tempatan dipetik The Mirror, fenomena luar biasa itu disebabkan cuaca panas dan lembap di wilayah itu.*

         *UTAH: Remaja remaja perempuan berusia 17 tahun menyebabkan kemalangan di lebuh raya selepas memandu dengan matanya ditutup kain bagi menyahut cabaran Bird Box, filem terbaru Netflix lakonan bintang Hollywood Sandra Bullock.*
           *Dalam cabaran media sosial itu, pesertanya diwajibkan menutup mata dengan kain seperti dilakukan watak Sandra dalam filem seram itu kerana mengelak kuasa jahat yang menyasarkan mangsa melalui penglihatan mereka.*
             *Pada petang Isnin lalu, remaja yang tidak dinamakan terbabit memandu di lebuh raya dengan topi kainnya menutup mata.*
                 

*ARENA*
========


         *LONDON: Pengurus Arsenal, Unai Emery mahu kelab itu segera melepaskan Mesut Ozil, sebelum berakhirnya jendela perpindahan pemain akhir bulan ini, - dan menggunakan dana yang untuk mengikat pemain lain.*
          *The Gunners hanya meraih dua mata daripada lima aksi terakhir Liga Perdana Inggeris di laman lawan. Dan, keputusan Emery mengenepikan Ozil ketika menentang West Ham - dengan menurunkan pemain remaja, Eddie Nketiah mula menarik banyak perhatian.*
           *Ozil enggan berpindah keluar ke kelab lain secara pinjaman dan meraih gaji 350,000 pound (RM1.84 juta) seminggu - sedangkan jumlah itu boleh digunakan untuk membeli pemain berpontensi yang lain.*

         *MELBOURNE: Juara lima kali Grand Slam Maria Sharapova melaungkan amaran yang dirinya masih belum boleh diketepikan dalam perebutan kejuaraan di Terbuka Australia apabila mencatat kemenangan 6-0, 6-0 atau bagel berganda (double bagel) ke atas Harriet Dart dari Britain pada pusingan pertama smlm.*
          *Bintang Russia itu hadir di Melbourne Park sebagai pilihan ke-30 selepas gagal menyertai di peringkat Grand Slam sejak kembali daripada penggantungan doping pada tahun 2017.*

         *KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark mahu melupakan kekecewaan musim lalu dan bersemangat untuk mempertahankan kejuaraan Masters Malaysia yang aan berlangsung minggu ini.*
          *Selepas bergelut dengan masalah kecederaan dan kesihatan tahun lalu, pemain berusia 25 tahun itu berkobar-kobar untuk memperagakan aksi tahap tertinggi terutama selepas beraksi di Liga Badminton Perdana (BPL) di India baru-baru ini.*

         *ALOR SETAR: Pemain sayap Kedah, Syahrul Azwari Ibrahim menganggap kehadiran 25,000 penyokong tuan rumah pada aksi merebut kejuaraan Unity Shield di Stadium Darul Aman semalam berjaya membakar semangat dan mendorongnya mencipta gol selepas hanya dua minit beraksi.*
         *Ternyata kehadiran begitu ramai penyokong yang mahu melihat aksi pasukan baharu Kedah mencetuskan kekuatan tambahan dalam diri pemain berusia 26 tahun kelahiran Kelantan itu ketika pasukannya mencatat kemenangan 2-0 keatas Perak.*

         *IPOH: Enam negara mengesahkan tempat untuk menyertai kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-28 yang bakal berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, pada 23 hingga 30 Mac ini.*
           *Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan, Datuk Abd Rahim Mohd Ariff, berkata negara yang sudah mengesahkan penyertaan ialah India, Kanada, Afrika Selatan, Korea Selatan dan Jepun selain tuan rumah, Malaysia.*

         *KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) boleh menarik nafas lega selepas permohonan mereka mendaftarkan Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan diterima Liga Bolasepak Malaysia (MFL).*
          *Perkara berkenaan disahkan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam dengan status pendaftaran Sumareh sebagai pemain tempatan berkuatkuasa smlm.*

          *KUALA LUMPUR : Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying masih dalam proses mencari jurulatih bagi membimbing mereka mengharungi saingan musim ini terutama apabila kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula Mei depan.*
           *Walaupun sedar betapa pentingnya khidmat jurulatih, namun Peng Soon memberitahu mereka enggan terburu-buru membuat keputusan mengenai perkara itu kerana semuanya membabitkan kos dan penelitian khusus perlu dilakukan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2019 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*RAU 16 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 10 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0555*
*SUBUH : 0605*
*SYURUK : 0722*
*ZOHOR : 1326*
*ASAR : 1648*
*MAGHRIB : 1923*
*ISYAK : 2037*

*GOA_L INI DISAJIKAN LEH*
*SAKURAEJA KITCHEN*
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213803888073507&id=1296196953


*TANAHAIRKU*
==============


               *SULTAN Pahang VI, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu kepemimpinan kerajaan negeri di setiap lapisan berkhidmat kepada rakyat dengan penuh amanah, bertanggungjawab serta menjunjung sifat ketakwaan. Dalam titah sulungnya selepas dimasyhurkan sebagai sultan, baginda bertitah hanya pemimpin yang bertakwa sahaja akan menginsafi bahawa setiap perbuatan dan keputusan yang dibuat mereka bakal dihitung di akhirat kelak.*

               *KERAJAAN Perak meminta semua pemilik anjing di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) mematuhi arahan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengelak penyebaran jangkitan anjing gila atau rabies. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, adalah penting untuk semua penduduk berkaitan memastikan wabak berkenaan terkawal termasuk segera membawa anjing peliharaan masing-masing mendapatkan suntikan pelalian atau vaksin.*

                *AHLI Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Datuk Abdul Latif Abdul Rahim ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram. Kedua-dua mereka ditahan kira-kira 4.30 petang selepas hadir memberi keterangan berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.*

               *MAYAT lelaki dipercayai dibunuh ditemui di laluan sunyi bersebelahan Pejabat Pertubuhan Peladang Sarawak di Jalan Dusun, Kuching, pagi smlm. Mayat itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan, kira-kira 10 pagi, sebelum dilaporkan di Balai Polis Simpang Tiga untuk tindakan lanjut.*

               *“ALHAMDULILLAH...hari ini anak saya semakin pulih dan sudah dipindahkan ke wad biasa,” kata Herna Hasim, 27, ibu kepada kanak-kanak perempuan dua tahun yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki di rumah di Taman Telipok Ria, Tuaran, Ahad lalu.
Herna berkata, anaknya yang masih dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, Kota Kinabalu, semakin pulih serta sudah boleh makan dan minum.*

               *SIASATAN kes penyelewengan pembelian baju kalis api bernilai RM13.5 juta terhadap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hampir selesai. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berkata, pihaknya kini hanya menunggu keterangan daripada United Kingdom yang dipohon melalui Bantuan Perundangan Bersama (MLA) bagi melengkapkan siasatan berkenaan.*

                *BAYI perempuan dilanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) di garaj kereta di rumah pengasuhnya di Taman Kesedar Putra, Gua Musang, hari ini. Kejadian berlaku pada 5 petang dan mangsa Aamina Inayah Mohd Hafezul, 17 bulan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM), 30 minit kemudian.*

               *WANG yang ditemui tanpa pemilik dan tidak dituntut oleh sesiapa perlu diserahkan kepada baitulmal untuk kegunaan umum. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, sesiapa saja yang menemui wang sama ada di tepi jalan atau di mana-mana kawasan dan gagal mengesan pemilik, ia perlu diserahkan kepada jabatan agama.*

               *TIGA individu termasuk seorang berjawatan penolong pengarah di Ibu Pejabat FELDA ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bagi kerja pembinaan tembok penahan tanah runtuh di FELDA Trolak Selatan, Sungkai.*

               *PADAH melakukan khianat dengan memecahkan cermin kereta dan mengugut bekas teman wanita, seorang pemandu lori didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, smlm. Majistret Umzarul An-Nur Umar menjatuhkan hukuman itu terhadap P Gunaseelan, 30, selepas tertuduh mengaku salah sebaik saja kedua-dua pertuduhan dibacakan kepadanya.*

                *AKIBAT berselisih faham, pesara tentera retak tangan kiri selepas diserang lelaki dikenalinya dengan sebatang kayu di sebuah kedai di Labu Besar, di Kulim, semalam. Dalam kejadian jam 6 pagi itu, lelaki berusia 52 tahun itu berjalan kaki pulang ke rumahnya. Namun, sebaik tiba di lokasi kejadian tiba-tiba didatangi suspek berusia 58 tahun terus menyerang dan memukulnya dengan sebatang kayu di tangan kiri dan mata kiri.*

               *POLIS menahan tiga Geng Tepung Susu termasuk dua beranak dipercayai terbabit dalam sembilan kes mencuri susu tepung di pasar raya serbaneka, serta merampas 218 kotak dan tin susu berkenaan bernilai RM20,000. Wanita berusia 36 tahun, anak lelakinya berusia 15 tahun serta adik lelaki wanita itu berusia 19 tahun ditahan di banglo sewa di Taman Mengelembu Impiana Adril, Mengelembu, 11.30 malam kelmarin.*

               *LELAKI dipercayai warga asing yang mayatnya ditemui di dalam longkang tepi Jalan Ulu Yam menghala ke Batu Caves, di Gombak, Ahad lalu, dipercayai didera sehingga mati. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, hasil bedah siasat dilakukan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati punca kematian mangsa adalah kecederaan pada tisu lembut di seluruh badan.*

               *BAHAGIAN Penguatkuasaan Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mematahkan cubaan menyeludup ubat tradisional Cina bernilai RM7.4 juta di Pelabuhan Senari, di Kuching, 8 Januari lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya menghidu taktik sindiket penyeludupan itu hasil risikan dan pemeriksaan di pintu masuk pelabuhan berkenaan.*

                *HUJAN lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Sandakan dilanda banjir kilat. Di Kampung Memanjang, air dari Sungai Memanjang dilaporkan naik jam 4.55 pagi menyebabkan pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihantar ke lokasi untuk melakukan pemantauan.*

               *SEORANG bekas eksekutif pajak gadai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, smlm terhadap 31 tuduhan memalsukan dokumen dan pecah amanah barang kemas bernilai RM494,554, tiga tahun lalu. Tertuduh, Natasya Mohd Zahid, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.*

                *LELAKI tergamak memukul kepala isterinya dengan sebatang besi di rumah mereka di Taman Keladi, di Kulim, menyebabkan wanita itu terpaksa menerima lima jahitan semalam. Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa berusia 28 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci berselisih faham dengan suaminya yang berusia 23 tahun selepas lelaki itu meminta sejumlah wang.*

               *“KAMI baru pulih daripada ‘demam’, jangan terlalu mengharap,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Datuk Seri Zukri Samat berhubung pemberian hibah atau bonus bagi kewangan 2018. Bagaimanapun, Zukri memberi jaminan TH mampu membayar hibah kepada 9.3 juta pendeposit agensi itu, tetapi berkemungkinan jumlah itu tidak besar.*

               *PENGANGGUR dihadapkan ke Mahkamah Majistret Yan, hari ini, atas dua pertuduhan membunuh dua beradik dan menyebabkan kecederaan parah kepada seorang lelaki di Yan, minggu lalu. Tertuduh, Amir Ariffin, 49, mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan bagi pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.*

               *MAHKAMAH Tinggi Alor Setar, hari ini mengekalkan hukuman penjara 20 bulan dan denda RM20,000 ke atas seorang bekas sarjan polis yang didakwa menerima rasuah RM200, empat tahun lalu. Pesruhjaya Kehakiman Abu Bakar Katar memutuskan demikian selepas menolak rayuan tertuduh, Azahar Abdul Aziz, 55, terhadap sabitan dan hukuman dikenakan kepadanya oleh Mahkamah Sesyen, dua tahun lalu.*

               *LELAKI yang juga pesakit mental bertindak menendang anggota polis yang cuba meleraikan pergaduhan antara dua individu di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Jumaat lalu. Dalam kejadian 11.45 malam itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur sedang melakukan tugas rondaan di kawasan berkenaan.*

               *TUJUH sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah dan empat kenderaan mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Marudu Darat, Kota Marudu. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 8.20 malam semalam itu. Mangsa, Ristinah Randam, 56, berkata, dia baru tiba di rumahnya dari pekan Kota Marudu selepas membeli barang keperluan.*

               *PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi merampas barangan runcit disyaki dibawa masuk dari Thailand bernilai RM1,800 berhampiran Jeti Pelancongan Tanjung Rhu, di Langkawi, semalam. Pegawai Pemerintah PPM Langkawi, Deputi Superintendan Rohizan Mohamad Saaid berkata, pihaknya yang menjalankan Op Landai di kawasan pesisir pantai Tanjung Rhu menemui barangan runcit itu pada jam 7 malam yang ditinggalkan di dalam sebuah bot fiber rosak.*

               *NIAT Skuad Badar menjalankan kegiatan mencegah kemurkaan adalah baik, namun perlu bersama dengan pihak berkuasa kerana dikhuatiri tindakan mereka tidak menepati undang-undang. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu perlu memahami undang-undang kerana bimbang mereka tersalah melakukan jenayah.*

               *“DENTUMAN di bahagian bumbung cukup kuat dan bila buka pintu, saya terkejut melihat bumbung hadapan (sengkuap) rumah sudah tiada,” kata Muhammad Hakim Muhammad Razif, 21. Mangsa ribut di Taman Lapangan Jaya, Parit Buntar itu berkata, ketika kejadian 4.30 petang semalam, dia tercari-cari bumbung yang diterbangkan itu sebelum jiran memaklumkan ia tersadai di atas bumbung belakang rumahnya dan kabel telekomunikasi.*

               *Kuantan : Lima individu termasuk tiga pegawai syarikat pengurusan air negeri ini direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek bernilai RM23 juta. Semua mereka itu berusia di antara 35 dan 51 tahun terbabit tiba di Mahkamah Majistret di sini, semalam pada jam 9.15 pagi selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.*

               *KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membayangkan pendapatan dividen tahun ini, dijangka lebih rendah berbanding 2017. Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, bagaimanapun menegaskan kemungkinan jangkaan pendapatan dividen lebih rendah itu bergantung kepada faktor pasaran dan sentimen tempatan. Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata turun naik pendapatan dividen boleh dipengaruhi, antaranya, oleh faktor berkenaan.*

               *Kuala Lumpur:Guna khidmat dua ‘tonto’ untuk menjaga kawasan pembuangan sampah haram di Ladang Bukit Jalil Batu 6 1/2 Puchong, di sini. Dua lelaki terbabit ditugaskan sebagai penunjuk arah kepada lori sampah yang datang ke kawasan itu. Mereka bagaimanapun ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang melakukan operasi di kawasan itu kelmarin.*

               *TIGA belas kontraktor termasuk tiga wanita direman antara tiga hingga enam hari, untuk bantu siasatan kes mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender projek Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Perintah tahanan reman ke atas semua mereka berusia 30 hingga 60 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim di Mahkamah Majistret, Kota Kinabalu, hari ini, susulan permohonan dikemukakan Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Faliq Basirudin.*

               *Cameron Highlands: Undi daripada penyokong PAS yang sebelum ini memberikan sokongan kepada calon mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dilihat bakal menjadi undi penentu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari depan. Walaupun kepemimpinan tertinggi PAS sudah menyatakan sokongan terhadap calon Barisan Nasional (BN) yang diketengahkan, sejauh mana kepemimpinan tertinggi PAS mampu meyakinkan ahli mereka untuk mengundi calon BN masih belum dapat dipastikan.*

               *Cameron Highlands: Laluan sempit ditambah pula dengan jumlah kenderaan terlalu banyak sering menyebabkan perjalanan yang biasanya mengambil masa 10 minit dari Tringkap ke Brinchang boleh mencecah hingga sejam pada musim cuti umum. Ini antara masalah lapuk yang perlu diselesaikan Ahli Parlimen baru kawasan tanah tinggi itu sebaik dipilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, 26 Januari ini.*

               *Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah memberi wang untuk meraih undi rakyat. Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, kerajaan PH hanya menyediakan bantuan kewangan bagi membantu rakyat.*

               *SEBUAH pejabat firma guaman di Bandar Baru Nilai, Nilai dipecah masuk penjenayah semalam menyebabkan kerugian lebih RM6,000 termasuk 676 keping setem turut dilarikan. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, kejadian disedari peguam lelaki berusia 33 tahun sebaik dia kembali ke premis itu 4 petang.*

               *BERMODALKAN mesej melalui aplikasi WhatsApp, sindiket ‘parcel scam’ dikesan mengaut keuntungan mudah sehingga mengakibatkan seorang peniaga di Mentakab, berputih mata apabila wang simpanannya RM12,700 lesap selepas diperdaya sindiket terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, episod hitam lelaki berusia 24 tahun itu bermula Rabu lalu, apabila menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor 011-36209019.*

               *SEBUAH bas kilang dan lori satu tan yang diletakkan di tepi jalan Kawasan Perindustrian Tuanku Ja’afar, Senawang, musnah dalam kebakaran, smlm. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Pegawai Bomba Kanan Rashid Tugiman berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 7.53 pagi dan sebuah jentera dengan lapan anggota bergegas ke lokasi.*

                *PERJALANAN tiga sekeluarga menuju ke sekolah berakhir tragedi apabila dua daripada mereka maut, manakala seorang lagi cedera selepas motosikal yang dinaiki dilanggar lori di Kilometer 1, Kuala Selangor - Rawang berhampiran Jalan Teluk Piah, di Kuala Selangor, hari ini.*

               *CUBAAN tiga lelaki dipercayai mengedar dadah untuk melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis tidak berjaya apabila dicekup dalam Ops Sarang di ladang nangka di FELDA Keratong 4, di Rompin, semalam. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor berkata, suspek berusia lingkungan 31 hingga 46 tahun itu ditahan jam 11.40 pagi ketika berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.*

               *PENYALAHGUNAAN permit kerja dikesan semakin berleluasa dalam kalangan pendatang asing di negara ini apabila setiap kali operasi dilakukan Jabatan Imigresen mengesan kesalahan itu dilakukan. Dalam Ops Mega 3.0 bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang semalam, seramai 36 warga asing ditahan dalam serbuan di lapan lokasi sekitar daerah Melaka Tengah, diketuai Ketua Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Azil Ashazly Abdul Aziz.*

               *WANITA hamil tujuh bulan yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) malam tadi, kerana disyaki menagih dadah, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu mengalami sakit untuk bersalin. Wanita berusia awal 30-an itu ditahan bersama teman lelakinya yang berusia lingkungan 30-an di rumah di Kampung Naga, Jitra, pada 11 malam tadi.*

            
*SEJAGAT*
==========


        *London: Seorang penderma misteri menyerahkan pakaian, beg dan kasut berjenama mewah termasuk Gucci serta Alexander McQueen bernilai RM2.6 juta kepda kedai barangan amal dalam talian.*
             *Derma barangan mewah itu merangkumi 75 beg dan 400 pasang kasut termasuk tas Gucci bernilai 2,500 (RM13,154) yang popular digunakan isteri serta teman wanita bintang bola sepak, selain but Alexander McQueen berharga 1,160 (RM6,104) yang diserahkan kepada Thrift+.*
         *DailyMail melaporkan, Thrift+ turut menerima 150 gaun dan barang kemas bernilai 6,000 (RM32,000) yang kesemuanya dibeli dari gedung fesyen terkemuka di seluruh Eropah.*
           *Barangan mewah lain diterima termasuk rekaan Stella McCartney serta Victoria Beckham, selain jenama lain seperti Louis Vuitton, Emporio Armani dan Reinaldo Lourenco.*

          *Bengkulu: Berang diceraikan isteri, seorang lelaki bertindak kejam menikam wanita itu dan dua anak tirinya hingga mati.*
           *Mayat mangsa yang dikenali sebagai Hasnatul Laili, 35, dan dua anaknya, Melan Miranda, 16, dan Cika Ramadani, 10, ditemui berlumuran darah di rumah mereka di Talang Ulu, Rejanglebong, Bengkulu, Indonesia Sabtu lalu.*
           *Mangsa ditemui berlumuran darah dan kesan kecederaan di seluruh badan di dalam sebuah bilik seorang jiran yang menghantar pisang ke rumah berkenaan.*
         *Semua mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul sebelum leher mereka dijerut hingga mati.*

          *BEIJING: Seorang wanita di barat daya China meninggal dunia selepas tiga keping kain kasa pembedahan tertinggal di dalam ususnya ketika menjalani pembedahan Caesarean.*
          *Lebih memburukkan lagi, ia tidak dapat dikesan ketika Yuan Pingxiu, 42, melakukan pemeriksaan klinikal di tiga hospital berbeza.*
           *Suaminya, Yin Jiang, 49, memberitahu Southern Metropolis News, mereka cuma menyedari Yuan hamil pada Mei lalu ketika kandungannya mencecah tujuh bulan tetapi memutuskan menggugurkan kandungannya secara normal di Hospital Hongshi namun diarahkan menjalani pembedahan.*

         *TORONTO: Gadis Arab Saudi, Rahaf Mohammed al-Qunun, yang mendapat suaka di Kanada selepas melarikan diri daripada keluarganya, kini mula menyesuaikan diri di tempat barunya.*
             *Rahaf, 18, tiba di Toronto pada Sabtu lalu selepas Kanada memberinya suaka atas nasihat agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNHCR.*
           *Swafoto diambil Rahaf sehari selepas tiba di negara itu menunjukkannya memakai jaket hitam dan topi tebal bagi melindungi daripada kesejukan cuaca -9 celsius di situ.*
          *Cuaca bawah paras beku itu nyata jauh berbeza daripada apa biasa dialaminya, malah gambar itu turut disertai keterangan berbentuk emoji berwajah sedih.*

          *SYDNEY: Rakyat Australia diingatkan agar mengelak daripada melakukan aktiviti luar dan minum air mencukupi susulan rekod suhu panas di beberapa kawasan di negara itu berpanjangan, malah bakal meningkat beberapa hari akan datang.*
         *New South Wales, negeri paling ramai penduduk di Australia dan kawasan di Australia Barat, menyaksikan rekod suhu meningkat kepada 33 Celsius dalam jangka masa pendek.*
        *Biro Meteorologi Australia berkata, suhu dijangka meningkat paling maksimum sehingga lebih 45 Celsius esok di sebahagian daripada New South Wales, Australia Selatan dan Victoria.*

         *FRANKFURT: Kira-kira 220,000 penumpang terjejas apabila kakitangan keselamatan di lapan lapangan terbang Jerman melakukan mogok hari ini, menuntut kenaikan gaji, kata persatuan lapangan terbang ADV.*
           *Pengawal keselamatan di lapangan kecil seperti Hamburg, Hanover dan Bremen memulakan mogok sejak tengah malam manakala mereka yang berada di Frankfurt menyertai mereka dua jam kemudian, dengan sasaran mogok dilakukan hingga jam 8.00 malam waktu tempatan.*
            *Mogok juga dijangka bakal dilakukan di Munich, Leipzig, Dresden dan Erfurt yang dijangka menjejaskan ratusan penerbangan terpaksa dibatalkan.*

          *TEL AVIV: Pameran seni di Israel memaparkan maskot restoran makanan segera McDonald’s disalib mencetuskan kemarahan penduduk minoriti Arab Kristian di negara itu dengan ratusan daripadanya berhimpun mendesak ia diturunkan.*
           *Ratusan ribu orang Kristian berhimpun di muzium berkenaan di Haifa, utara Israel, mendesak supaya arca dinamakan ‘McJesus’ yang memaparkan watak badut Ronald McDonald disalib diturunkan, lapor Time.*

          *WELLINGTON: Hampir 80 peratus doktor muda yang bertugas di hospital awam New Zealand meninggalkan tugas masing-masing hari ini, susulan kegagalan rundingan antara kesatuan dengan kerajaan berhubung persekitaran kerja dan gaji.*
            *Mogok itu ternyata menjadi tamparan kepada kerajaan Perdana Menteri, Jacinda Ardern terutama dalam usaha melaksanakan janji untuk menyalurkan dana untuk perkhidmatan sosial dan mengekang kepincangan ekonomi ketika mengambil alih jawatan itu pada 2017.*
              *Kesatuan pusat sokongan tradisional kerajaan itu berkata, pertumbuhan gaji yang lembap dan kos sara hidup yang melampau menyebabkan pekerja terpaksa bergelut.*

         *Beijing: Daripada 400 juta rakyat China yang bakal mengembara pada cuti Tahun Baru Cina ini, tujuh juta dijangka merancang perjalanan ke luar negara.*
          *Perkara itu dinyatakan agensi percutian dalam talian, Ctrip - versi TripAdvisor di negara itu, lapor agensi berita kebangsaan Xinhua.*
          *Setakat ini, kata Ctrip, penduduk di 100 bandar di negara itu menempah perjalanan ke hampir 500 destinasi di lebih 90 negara dan daerah.*
         *Destinasi paling popular termasuk negara jiran, Thailand, Jepun, Indonesia dan Singapura.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


         *UMPAMA rezeki terpijak apabila seorang peniaga menemui wang tunai sebanyak 550,000 yen (RM20,755.84) ketika membuka guni bundle di kedainya di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok, kelmarin.*
        *Penjual berkenaan, Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29, berkata, dia terkejut apabila menemui wang berkenaan jam 8 malam.*
           *Kisah penemuan wang tunai 550,000 yen menjadi tular selepas Wan Mohamad Adam memuat naik di FB miliknya, jam 9.20 malam.*
          *Mengulas lanjut, Wan Mohamad Adam berkata, penemuan wang itu adalah rezeki buatnya selepas membeli lebih 10 guni bundle sejak sebulan lalu.*
          *Katanya, dia juga tidak menemui identiti pemilik wang itu kecuali hanya satu beg duit bersama sehelai kot.*

         *VIDEO memaparkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mempromosikan Pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50 dengan menjadi ‘promoter’ menarik perhatian netizen di media sosial.*
         *Video berdurasi dua minit yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Loke itu memaparkan beliau mempromosikan pas perjalanan berkenaan ketika menaiki perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) sebelum transit pula dan menaiki Transit Aliran Ringan (LRT).*
            *Dalam video itu, Loke dilihat menaiki MRT di Stesen Kajang sebelum menaiki LRT di Pasar Seni menuju ke pejabat Prasarana Malaysia Berhad di Bangsar.*

         *RENTETAN isu duit minyak, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu turut menjadi sasaran kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, smlm.*
            *Najib mendakwa, gambar Mohamad menggunakan helikopter kerajaan di Cameron Highlands tular pada Sabtu lalu dan menerima pelbagai kritikan orang ramai.*
             *”Bagaimanapun Mat Sabu menafikannya dengan memberi alasan ia lawatan rasminya sebagai menteri yang dirancang awal.*
          *“Tetapi pada hari yang sama pula, Mat Sabu nampak hadir semasa proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands untuk memberi sokongan kepada calon PH (Pakatan Harapan) dari parti DAP.*

          *PELAKON Iqram Dinzly diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas gagal membayar cukai pendapatan RM77,000.*
          *Iqram, 38, atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin mendedahkan perkara itu di Instagram semalam.*
            *Keputusan itu disampaikan peguam LHDN kepada Iqram di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.*

          *KAHERAH: Universiti Al Azhar di sini, membatalkan keputusannya untuk memecat seorang pelajar peremuan yang dirakam memeluk teman lelakinya, susulan campur tangan seorang ulama terkemuka negara itu.*
         *Dalam satu video yang tular awal bulan ini, seorang lelaki dirakam membawa sejambak bunga sambil melutut di hadapan seorang wanita dipercayai bagi melamar, sebelum memeluk kekasihnya itu.*
           *Pada Sabtu lalu, universiti itu memutuskan untuk menyingkir pelajar perempuan itu, namun dua hari kemudian, imam besar Al Azhar, Ahmed Al Tayeb, menggesa lembaga disiplin supaya menimbang semula hukuman berkenaan.*
                 

*ARENA*
========


          *MANCHESTER: David de Gea mahu memberikan komitmen jangka panjang bersama Manchester United, tetapi dia masih menunggu tawaran yang sesuai ketika kontraknya kini sedang dalam proses perbincangan.*
          *Penjaga gol United itu dikatakan berminat untuk kekal di Old Trafford sekaligus menamatkan segala ketidakpastian, selepas sekali lagi terpilih menjadi pemain terbaik perlawanan ketika menewaskan Tottenham Hotspur 1-0 di tempat lawan.*
          *De Gea dijangka akan menerima tawaran kontrak gaji sekitar300,000 pound (RM1.4 juta), termasuk bonus semingguberbanding200,000 pound (RM941,000) ketika ini.*

          *PARIS: Thierry Henry bakal membuat perhitungan dengan bekas rakan sepasukan di Arsenal dan Perancis, Patrick Vieira apabila Monaco melayan kunjungan Nice, dalam pertembungan aksi Ligue 1, minggu ini.*
           *Kini, kedua-dua anggota skuad juara Piala Dunia Perancis 1998 itu mengemudi pasukan masing-masing dan sepatutnya bertembung buat pertama kali pada 7 Disember lalu, namun perlawanan ditangguhkan akibat krisis politik di Paris.*
             *Sejak mengambil alih tugas di Stade Louis II, Henry hanya menang dua daripada 10 aksi liga - ketika Monaco sedang mencari jalan keluar daripada kelompok dua terbawah dan empat mata dipisahkan dengan zon selamat.*

          *MELBOURNE: Serena Williams akan memulakan kempen menyamai rekod 24 gelaran Grand Slam milik Margaret Court hari ini, apabila kembali ke Melbourne Park buat kali pertama selepas memenangi gelaran itu pada 2017, ketika hamil lapan minggu.*
            *Pemain Amerika Syarikat (AS) berusia 37 tahun itu tidak mahu terlalu menonjolkan diri pada aksi pembukaan Grand Slam pertama tahun ini dan mengelak untuk menghadiri sebarang sidang media pra pertandingan.*

          *KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menyifatkan saingan Masters Malaysia yang bermula hari ini akan menjadi ujian sebenar mereka biarpun baru saja dinobatkan juara Masters Thailand, kelmarin.*
             *Berikutan penyertaan hampir semua pasangan utama dunia pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 500 ini, saingan itu dianggap medan terbaik buat V Shem-Wee Kiong untuk membuktikan kemampuan sebenar selepas berdepan undian sukar kali ini.*

          *KUALA LUMPUR: Tiadanya jaminan kualiti seimbang antara pasukan selain kos yang tinggi menjadikan cadangan untuk Liga Hoki Malaysia (LHM) dipanjangkan sebagai sesuatu yang mustahil.*
         *Ketua jurulatih skuad hoki wanita kebangsaan, Dhaarma Raj Abdullah, berkata, walaupun daripada sudut positif ia mungkin meningkatkan kemeriahan pertandingan, namun sebenarnya banyak perkara perlu diambil kira sebelum idea itu diusulkan kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).*
        *”Pada pandangan saya, sekiranya kita mahu mempunyai liga yang panjang seperti di Eropah, kita kena pastikan mendapat 10 pasukan yang kualitinya seimbang, yang mana sukar untuk berlaku.*

          *KUALA TERENGGANU: Naib juara Piala Malaysia musim lalu, Terengganu FC (TFC) lulus ujian pertamanya di Vietnam pada aksi pramusim selepas mengatasi kelab tersohor Binh Duong 3-2 di Thu Dau Mot, semalam.*
           *Pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim berkata, secara keseluruhannya beliau gembira dengan corak permainan anak buahnya yang disifatkan cepat matang dan kian serasi selepas lebih sebulan menjalani latihan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2019 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*KHMIS 17 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 11 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0555*
*SUBUH : 0605*
*SYURUK : 0723*
*ZOHOR : 1326*
*ASAR : 1648*
*MAGHRIB : 1924*
*ISYAK : 2037*

*GOA_L INI DISAJIKAN LEH*
*SAKURAEJA KITCHEN*
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213803888073507&id=1296196953


*TANAHAIRKU*
==============


               *“MANA boleh bebankan rakyat,” kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkenaan isu tarif air berikutan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air negara. Beliau bagaimanapun berkata, rakyat kena faham, untuk mendapatkan air bersih sudah tentu membabitkan perbelanjaan. “Sekarang saya nak bawa semua bersama untuk maju ke depan, untuk rakyat yang akan dapat manfaat dengan air bersih untuk diminum.*

               *TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, menegaskan tidak menerima sebarang permohonan daripada bekas Ahli Parlimen parti itu yang mengumumkan keluar parti untuk kembali semula kepada UMNO. Mohamad yang menjalankan tugas Presiden berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagaimanapun sedia menerima jika mereka berhasrat mahu menyertai UMNO semula.*

                *PERGERAKAN Pemuda UMNO menawarkan khidmat peguam pemerhati percuma kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bagi memantau perjalanan kes inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba terbabit yang dijadualkan dalam masa terdekat. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tawaran itu sudah dimaklumkan kepada keluarga arwah menerusi lawatan dibuat wakilnya, baru-baru ini.*

                *BAPA dihukum penjara 20 tahun dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Segamat, hari ini, selepas didapati bersalah merogol anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU), tahun lalu. Hakim Rashidah Roslee menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 51 tahun itu menukar pengakuannya daripada tidak bersalah kepada bersalah.*

               *PENIAGA dijatuhkan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Klang, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 876 batang rokok seludup pelbagai jenama berjumlah RM90.24, awal Januari lalu. Majistret Roslizi Sulaiman menjatuhi hukuman itu sebaik Sabri Ikhsan, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.*

               *KANAK-kanak lelaki berusia dua tahun yang terperangkap dalam sarang hidu gam diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam Operasi Bersepadu di Jalan Plaza Mahkota, Melaka, hari ini. Difahamkan, kanak-kanak itu berada di sarang penghidu gam terbabit sejak setahun lalu sebelum sarang penagihan yang dijadikan tempat tinggal itu diserbu jam 10 pagi dalam Operasi Bersepadu dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama JKM dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).*

               *SEORANG pengusaha kantin sebuah sekolah menengah di Selangor dikompaun kerana gagal mempamerkan tanda harga makanan dan minuman. Ketua Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Azman Adam berkata, sikap tidak bertanggungjawab pengusaha itu boleh mengelirukan pengguna, terutamanya apabila ia membabitkan pelajar.*

               *KEMUNCULAN ikan bandaraya atau lebih dikenali sebagai ikan ‘tombot’ dalam kalangan nelayan di Johor Bahru sejak kebelakangan ini menyebabkan mereka kerugian kerana kerap terlekat di jaring. Ikan bandaraya yang biasanya hanya bersaiz kecil namun kini boleh ditemui dengan saiz besar sehingga ada seberat 500 gram. Ketua Pengkalan Nelayan Taman Tampoi Utama, Osman Kassim berkata, kehadiran ikan tombot yang tidak boleh dimakan itu dikesan sejak hampir 10 tahun lalu namun jumlahnya tidak banyak.*

               *AJAL ketika pulang dari pasar. Itu nasib menimpa seorang pemandu lori dan kelindannya selepas lori dinaiki mereka melanggar lori membawa muatan batu di Kilometer 197.2 Lebuhraya Pantai Timur, arah Kuantan, jam 5.20 pagi smlm.*

               *“TIADA surat dan panggilan. Tiba-tiba saja saya dimaklumkan melalui aplikasi WhatsApp (bahawa) dipecat daripada jawatan (Penyelaras Dewan Undangan Negeri Ayer Limau) itu,” kata Datuk Seri Ruslin Hasan. Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur itu berkata, pemecatannya tidak diiringi surat rasmi, sebaliknya hanya dimaklumkan menerusi WhatsApp oleh wakil kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Masjid Tanah, Khamis lalu.*

                *BURUH ladang menangis teresak-esak selepas dihukum penjara 13 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, hari ini terhadap tuduhan menyebabkan kematian jirannya, tiga tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Hafizu Md Hanafi, 37, mengaku salah terhadap tuduhan.*

               *WANITA berusia 36 tahun yang meninggalkan kereta Toyota Estima miliknya di tepi jalan di Kluang bukan saja mengalami kerugian RM5,000 apabila tingkap keretanya dipecahkan malah beg sekolah anaknya turut dilarikan, dalam kejadian jam 11 malam tadi.*

               *YAYASAN Amal Malaysia (YAM) membuka ‘Dapur Rakyat’ untuk mangsa kebakaran di Kampung Karakit Pulau Banggi, Kudat. Keprihatinan YAM mewujudkan Dapur Rakyat itu bagi memudahkan urusan pengendalian makanan kepada mangsa serta sukarelawan dan mengedarnya ke pusat penempatan sementara di Pentas Terbuka Karakit Pulau Banggi.*

               *KEBARANGKALIAN untuk pengundi luar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pulang mengundi rendah berikutan tarikh mengundi yang jatuh kira-kira seminggu sebelum sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.*

               *SERANGAN beribu ulat yang bersarang di beberapa pokok sekitar Jalan Platinum 7/57, Seksyen 7 di Shah Alam, sejak semalam, menimbulkan kebimbangan penduduk setempat. Ulat berwarna hijau itu dikesan apabila seorang penduduk yang menggunakan laluan pejalan kaki terkejut selepas ulat itu jatuh di bahunya, sebelum mendapati serangga itu bertaburan di atas jalan.*

               *KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan menambah jumlah guru pendidikan khas di sekolah yang mengalami kekurangan tenaga pengajar dalam bidang itu selaras pelaksanaan 'zero reject policy' (ZRP) untuk murid berkeperluan khas.*

               *PADAH mencuri tiga botol sos tiram jenama Lee Kum Kee, ibu tunggal didenda RM1,000 di Mahkamah Majistret, Kota Kinabalu, smlm. Hukuman diputuskan Majistret Stephanie Sherron Abbie selepas tertuduh, Tong Fei Mei, 45, mengaku salah terhadap tuduhan itu.*

               *LELAKI yang dikatakan terjun ke dalam Sungai Besut selepas cubaannya menyamun seorang warga emas di Kampung Dengir, Jertih, gagal, ditemui lemas, hari ini. Mayat lelaki itu yang berusia 45 tahun ditemui pada jarak 30 meter dari lokasi dia dilapor terjun oleh penduduk kampung, semalam.*

               *KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sudah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan yang diwartakan sebagai kawasan jangkitan rabies untuk mengambil langkah dalam menangani wabak berkenaan. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, jawatankuasa bertindak bagi menangani wabak itu adalah di bawah Menteri Besar mana-mana negeri yang terkesan.*

               *POLIS menahan lelaki, Sabtu lalu, selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah dan melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan membabitkan mangsa wanita warga Indonesia, minggu lalu. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 22 tahun itu ditahan di tepi jalan dekat Taman Muhibbah Saleng di Kulai, pada 1.30 pagi.*

               *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menangguhkan pelaksanaan kelulusan pemasangan iklan pada badan kenderaan buat sementara waktu dan akan memulakan semula pelaksanaannya pada 1 April ini. JPJ berkata, pelaksanaan itu yang diranang bermula 1 Januari sebelum ini ditangguhkan kerana pihak industri dan syarikat memerlukan lebih masa untuk membuat permohonan dan mendapatkan kelulusan pemasangan iklan.*

               *KABINET memutuskan Malaysia tidak akan menjadi tuan rumah untuk sebarang program atau acara termasuk sukan yang membabitkan penyertaan warga negara Israel. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia satu daripada dua keputusan penting yang dibuat Jemaah Menteri pada mesyuarat Kabinet berkaitan hubungan Malaysia dengan Israel, dua minggu lalu.*

               *DUA pegawai kanan FELDA direman selama lima hari untuk membantu siasatan berhubung tuntutan palsu dibuat bagi kerja-kerja pembinaan tembok penahan tanah runtuh di FELDA Trolak Selatan, Sungkai. Kedua-dua mereka iaitu penolong pengarah di Ibu Pejabat FELDA dan pegawai kanan FELDA Trolak itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini untuk permohonan reman.*

               *TEMBELANG seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai kanan polis dari Bukit Aman berpangkat Asisten Superintendan (ASP) terbongkar apabila gagal menunjukkan kad kuasa ketika pemeriksaan dilakukan terhadapnya di Jalan Kuari, dekat Cheras, tengah malam Isnin lalu.*

               *MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen yang membenarkan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mendapatkan pasport beliau bagi menjalani rawatan susulan di Singapura dan United Kingdom.*

               *OPERASI Skuad Badar dalam mencegah kemungkaran dihentikan buat sementara waktu sehingga kes penahanan presidennya selesai. Ahli Majlis Tertinggi Skuad Badar, Mohd Farid Nazmi Ahmad Faizal berkata, tempoh itu sesuai untuk semua ahli skuad bertenang dan muhasabah diri.*

               *DUA lelaki menggunakan teksi untuk melakukan kegiatan mengedar dadah ditahan dalam serbuan di perkarangan sebuah hotel di Taman Equine, Seri Kembangan, kelmarin. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, hasil risikan, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang melakukan serbuan pada 8.30 malam, Isnin lalu.*

               *PENGURUS kilang ais didenda RM4,500 di Mahkamah Majistret di Kota Bharu hari ini terhadap sembilan tuduhan gagal mematuhi notis berkenaan menghapuskan kebakaran, tahun lalu. Majistret Mohd Izzuddin Mohd Shukri mengenakan hukuman itu selepas orang kena saman (OKS), Noor Nadiah Fauzi, 32, mengaku salah terhadap tuduhan.*

               *SEMBILAN kenderaan terpakai yang sudah tidak digunakan lagi musnah dalam kebakaran di hadapan kedai barangan lusuh di Jalan Temenggong, Pasir Puteh, Ipoh, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, maklumat mengenai kejadian itu diterima anggota polis di Balai Polis Pasir Puteh 5.27 pagi dan bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.*

               *TINDAKAN seorang lelaki warga Filipina memohon kerja menggunakan kad pengenalan palsu memakan diri apabila ditahan pihak berkuasa, semalam. Lelaki berusia 49 tahun yang juga Orang Tausug atau Suluk itu ditahan ketika sedang memohon pekerjaan di sebuah syarikat di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan, Perak.*

               *PELAJAR tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu tercampak kira-kira tiga meter selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda di Batu 16 Jalan Bintulu-Miri dekat Bintulu. Kejadian berlaku pada 4.45 petang semalam, ketika Jacklyn Sunggau Micheal, 13, berasal dari Rumah Panjang Mutu sedang melintas jalan.*

               *AHLI Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, 53, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta sebagai upah mendapatkan projek jalan raya di Perak dan Kedah bagi sebuah syarikat. Beliau juga mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram hampir RM140 juta.*

               *“KALI terakhir saya berjumpa arwah anak pada 3 Januari lalu apabila suami membawa Aamina Inayah ke Makkah,” kata Khazarina Sharing, ibu kepada bayi berusia setahun lima bulan yang maut dilanggar kereta, Isnin lalu. Khazarina Sharing, 33, yang bertugas sebagai jururawat di Makkah berkata, ketika itu suaminya, Mohd Hafezul Abdullah, 35, datang membawa arwah bersama ahli keluarga termasuk anak perempuan sulungnya yang berusia lapan tahun.*

               *Port Dickson: Sebanyak 4,000 pinggan char kuetiau percuma disediakan untuk pelanggan setia sempena Hari Keputeraan Ke-71 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di King’s Char Kuey Teow (KCKT), Batu 4, Jalan Pantai, di sini, kelmarin. Pemiliknya Aizat Zuhaili Abu Bakar, 31, berkata ia sebagai menghargai pelanggan yang sentiasa menyokong KCKT.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *Berlin: Seorang lelaki berusia 43 tahun ditangkap selepas cuba membawa seekor ular sawa yang disembunyikan di dalam seluar dalamnya ketika mahu menaiki pesawat ke Israel.*
           *Lelaki itu ditahan dan diperiksa selepas pengawal keselamatan mendapati ada bonjolan besar di seluarnya ketika mahu menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Berlin-Schonefeld pada Disember lalu.*
             *Selepas diperiksa, lelaki itu kemudiannya mengeluarkan satu bungkusan kain yang didalamnya mengandungi ular sawa sepanjang 40 sentimeter.*

         *LOMBOK: Seorang isteri yang cemburu membakar suaminya selepas lelaki itu enggan memberikan kata laluan untuk memeriksa telefon bimbit miliknya.*
         *Tribun News melaporkan kejadian berlaku di Dusun Montong Bawi, Jerowaru, Lombok Timur di sini pada Sabtu lalu.*
         *Menurut laporan itu, Dedi Purnama, 26, membaiki atap rumah sebelum isterinya Ilham Cahyani, 25, meminta kata laluan untuk membuka telefon bimbit milik suaminya.*

          *HANOI: Syarikat penerbangan komersial baharu Vietnam, Bamboo Airways melakukan penerbangan pertama hari ini, secara rasmi memasuki ruang udara sesak Asia Tenggara untuk bersaing dengan syarikat penerbangan lain yang sedia ada.*
         *Sektor udara di rantau ini sudah berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan dan bajet digunakan untuk perjalanan juga semakin meningkat.*

         *SAN FRANCISCO: Laman perkongsian video terkemuka, YouTube, semalam menjelaskan peraturan menghalang penyiaran video jenaka bahaya, kerana ‘cabaran’ berisiko mendorong orang ramai merakamkan diri mereka melakukan perbuatan seperti menggigit sabun pencuci atau memandu sambil menutup mata.*
          *Syarikat itu sudah pun melarang kandungan mendorong aktiviti bahaya yang mengakibat kecederaan serius.*
           *Namun penerangan itu ‘menunjukkan dengan jelas bahawa cabaran seperti Tide pod atau cabaran Api, yang boleh menyebabkan kematian dalam keadaan tertentu, tiada tempat dalam YouTube, kata syarikat berkenaan.*

         *MINAHASA (INDONESIA) : Seorang wanita maut dibaham seekor buaya peliharaan di kepulauan Sulawesi, kata pihak berkuasa hari ini.*
            *Menurut pihak berkuasa, Deasy Tuwo, ketua makmal ladang mutiara di Minahasa di Utara Sulawesi, dibaham buaya berukuran 4.4 meter itu Khamis lalu.*
          *Mayat wanita berusia 44 tahun itu yang hampir tidak dikenali ditemui rakan sekerjanya keesokan pagi, kata pegawai agensi perlindungan tempatan, Hendrik Rundengan.*

         *SYDNEY: Seorang kru kabin syarikat penerbangan Malaysia adalah antara lapan yang ditangkap di Australia atas dakwaan menyeludup lebih 14 kilogram heroin, kokain dan methamphetamin, kata pihak berkuasa Australia hari ini.*
          *Jurucakap polis mengesahkan laporan media bahawa suspek yang bertugas dengan Malindo Air, anak syarikat Lion Air yang beribu pejabat di Indonesia.*
           *Anggota kru kabin berusia 38 tahun itu ialah sebahagian kumpulan yang membawa dadah dari Malaysia dalam pesawat untuk dijual di bandar raya Australia, kata polis dan pegawai kastam dalam kenyataan.*

           *PARAMARIBO: Pemilik syarikat beras Suriname yang sering digunakanuntuk menyeludup dadah ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di negara jiran, Guyana.*
           *Berita kematian, Nitender Oemrawsingh, 40, disahkan oleh keluarga dan peguamnya, semalam.*
            *Mayat Oemrawsingh ditemui kelmarin, kurang seminggu selepas pihak polis merampas 2,345 kilogram kokain yang disembunyikan di dalam timbunan guni beras milik Nivash Rice Company.*

          *Tokyo: Ramai berpendapat pada masa depan robot bakal merampas kerja daripada manusia tetapi sebuah hotel robot di Jepun terpaksa membuang mesin berkenaan kerana ia menimbulkan lebih banyak masalah berbanding manusia.*
             *The Wall Street Journal melaporkan, Hotel Henn-na yang dikenali sebagai hotel robot di Tokyo terpaksa `memecat’ separuh daripada 243 pekerja robot kerana ia menimbulkan lebih banyak masalah daripada kerja yang ia mampu lakukan.*
         *Antara robot yang `dipecat’ itu termasuklah mesin berbentuk anak patung yang dikenali sebagai Churi, bertugas sebagai pembantu di setiap bilik.*

          *Tallahassee (Amerika Syarikat): Tiga kanak-kanak ditemui mati dalam keadaan menyedihkan selepas terperangkap di dalam sebuah peti sejuk beku di luar rumah mereka.*
           *Tiga kanak-kanak itu berusia satu, empat dan enam tahun itu bermain di luar rumah mereka di Live Oak, Florida sebelum memanjat peti sejuk beku berkenaan yang tidak digunakan lagi dan diletakkan di taman.*
          *Dua wanita yang tinggal di rumah itu dilaporkan menemui kanak-kanak itu di dalam peti sejuk beku berkenaan tetapi mangsa sudah tidak bernyawa.*

          *BAITULMAQDIS: Masjidil Al-Aqsa kembali dibuka selepas dikepung polis Israel selama beberapa jam semalam, berikutan pertelingkahan antara pengawal keselamatan dan pentadbir masjid berkenaan dengan polis rejim Zionis.*
            *Kejadian bermula awal pagi semalam, apabila seorang polis Israel mahu memasuki kawasan masjid berkenaan tanpa kebenaran.*
            *”Pengawal meminta polis berkenaan menanggalkan kippah (ketayap dipakai penganut Yahudi) sebelum memasuki masjid namun polis itu enggan, sebaliknya cuba merempuh masuk.*

            *JAKARTA: Seorang pengemis yang ditahan dalam operasi pihak berkuasa pada Sabtu lalu mengaku memiliki rumah, tanah dan simpanan dalam bank, bernilai hampir setengah juta ringgit malah ketika ditangkap mempunyai Rp695,000 (RM202) dalam poketnya hasil ‘kerja’ pada hari itu.*
           *Ketua Bahagian Ketenteraman Awam, Udhi Harsilo Nugroho yang mengetuai operasi berkata, lelaki dikenali sebagai Legiman, 52, itu ditangkap ketika operasi terhadap pengemis dan gelandangan dilakukan polis sivil di Simpang Lima, Pati, Jawa Tengah, lapor Tribun News.*
           *”Ketika disoal, dia mendakwa memiliki rumah bernilai Rp250 juta (RM73,000), tanah bernilai Rp275 juta (RM80,000), selain simpanan dalam bank berjumlah Rp900 juta (RM262,000),” katanya.*

         *MOSCOW: Gara-gara berang masakannya dikritik kurang garam oleh suami, seorang wanita sanggup membunuh lelaki itu dengan menikamnya sekurang-kurangnya 35 kali.*
         *Pasangan itu bertengkar selepas Slava Davydkin, 43, mengkritik masakan isterinya, Evgenia, 31, hambar kerana tidak meletakkan garam secukupnya ketika menghidangkan makanan kepada tetamu yang datang ke rumah mereka di daerah Penza, Russia.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *“MUDAH menguruskan jenazah walaupun keluarga si mati hanya mendapat tahu ayah mereka sebenarnya seorang mualaf pada hari dia meninggal dunia, baru-baru ini,” kata Presiden Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) Muhammad Rafieudin Zainal Rasid.*
         *Muhamamad Rafieudin berkata, si mati yang dikenali sebagai Muhammad Abdullah, 60-an, itu dikesan seorang Islam selepas semakan rekod dilakukan pihak Hospital Serdang.*
           *Katanya, Allahyarham memeluk Islam pada 1982 dan keluarganya langsung tidak mengetahuinya berikutan si mati beramal dengan ajaran Islam secara senyap-senyap*
           *Terdahulu, tular di media sosial termasuk Facebook (FB) mengenai kisah keluarga bukan Islam yang bekerjasama baik dalam urusan pengebumian ayah mereka hingga mendapat perhatian netizen.*

         ♂ *“ITU adalah IG (Instagram) saya. Memang cara saya menyampaikan ceramah dan menjawab soalan di media sosial dengan santai agar mudah difahami orang ramai tanpa menyentuh isu sensitif, mengaitkannya dengan artis atau politik,” jelas Pencetus Ummah Azman Syah Alias (PU Azman).*
           *Sebelum ini, paparan skrin soal jawabnya dengan orang ramai yang dimuat naik dalam Instagram menjadi tular.*
         *Terkini, PU Azman menjawab soalan hukum berselisih dengan lori khinzir dan cara mandi wajib.*
        *Beliau berkata, walaupun dikatakan menggunakan bahasa agak kasar, namun beliau tidak terima mesej daripada pengikut IG dan orang ramai.*

         *“SAYA berniaga sambil beramal. Jual murah kerana saya memahami kesempitan hidup orang yang mempunyai keluarga besar,” kata Idham Syafiq Darmilus, 31, peniaga donat 10 sen ketika ditemui di Jalan Sultan Ismail di Kuala Terengganu, malam tadi.*
        *Perniagaan donat yang dijalankan Idham menjadi tular di media sosial selepas bapa kepada empat anak itu berniaga donat dengan motosikal, selain hanya mengenakan harga 10 sen bagi sebiji.*
         *Idham berkata, dia gembira dapat menjalankan perniagaan yang membantu meringankan beban orang ramai.*

          *“SAYA sudah merujuk kepada beberapa ustaz, guru pondok dan ahli agama untuk mengetahui hukum menggunakan wang itu dan ada yang memberitahu boleh menggunakan wang berkenaan.*
           *”Namun, setakat ini saya masih mencari jawapan yang pasti dan tidak menggunakan wang itu,” kata Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29, penjual pakaian ‘bundle’ yang menemui wang tunai sebanyak 550,000 yen (RM20,755.84) dalam guni bundle pada 8 malam Sabtu lalu.*
           *“Namun selepas dibuka baharu saya temui wang itu hingga ia tular dan mendapat reaksi positif serta negatif daripada orang ramai.*
         *”Jadi sejak semalam, saya tidak membuka laman Facebook kerana tidak sanggup membaca kecaman netizen.*

         *Kota Kinabalu: Rentak lagu Original Sabahan nyanyian kumpulan Atmosfera yang catchy dan refleksi keaslian penduduk Sabah menjadi pilihan pasangan kekasih warga Korea Selatan menyanyikan semula lagu itu sehingga tular di laman sosial, baru-baru ini.*
          *Video Eun Ho Lee, 28, atau lebih mesra disapa Hoya dan teman wanitanya, Minji Kim, 22, menyanyikan lagu itu dengan latar belakang pemandangan sekitar bandar raya Kota Kinabalu sambil memegang bendera Sabah serta dan Jalur Gemilang mendapat pujian netizen.*
          *Video berdurasi 7 minit 29 saat menunjukkan gelagat pasangan kekasih itu menghafal lirik lagu Original Sabahan sebelum dapat menyanyikannya dengan baik bersama-sama.*

          *PROGRAM pencarian bakat popular, Asia’s Got Talent (AGT) kembali lagi untuk musim ketiga. Memburu bakat dari 17 negara seluruh Asia, kehebatan program itu jelas menjadi platform yang berjaya mengubah nasib ramai individu di rantau ini.*
          *Bakal memulakan siaran pada 7 Februari, setiap Khamis, jam 8.30 malam menerusi saluran AXN Asia (Astro 701/721), program dihoskan Alan Wong dan Justin Bratton itu terus mengekalkan David Foster, Anggun dan Jay Park selaku juri tetap.*
           *Apa yang pasti, tiga juri terbabit sudah tidak sabar melihat bakat luar biasa peserta dari Asia. Mereka teruja menantikan kelainan selepas dua pemenang musim terdahulu begitu mengagumkan.*
                 

*ARENA*
========


         *LONDON: Penyokong Manchester United berangapabila pengagihan tiket bagi pusingan keempat Piala FA menentang Arsenal di tempat lawan minggu hadapan akan dikurangkan.*
          *Berdasarkan peraturan kejohanan, United diberikan sehingga 15 peratus tiket daripada kapasiti 60,000 tempat duduk di Stadium Emirates apabila kedua-dua pasukan bertemu pada 25 Januari ini.*
         *Pengagihan sepatutnya diberikan sekitar 9,000 tiket namunjurucakap Manchester United Supporters' Trust (MUST) berkata, mereka dimaklumkan bahawa Arsenal hanya menawarkan5,000 tiket dengan memberikan alasan keselamatan.*

         *MICK Schumacher, anak legenda perlumbaan Formula Satu (F1) Michael Schumacher menyertai akademi pemandu Ferrari, menurut sumber rapat kepada pasukan itu.*
            *Pemandu berusia 19 tahun itu beraksi dalam musim pertama bersama pasukan pendahulu Formula 2, Prema dan saingan itu adalah peringkat terakhir sebelum menyertai Formula 1.*
            *Sebahagian perjanjian itu menyatakan Mick Schumacher akan melalui dua sesi ujian bersama Ferrari musim ini.*
           *Bapanya, Michael Schumacher muncul juara F1 sebanyak tujuh kali dengan lima gelaran bersama Ferrari.*

          *MELBOURNE: Jaguh tenis dunia, Roger Federer melengkapkan satu lagi pencapaian bermakna apabila melangkah ke pusingan ketiga Terbuka Australia buat tahun ke-20 berturut-turut sekali gus berada dalam landasan tepat untuk memenangi gelaran itu buat kali ketujuh.*
          *Juara bertahan perseorangan wanita Caroline Wozniacki turut melepasi halangan pusingan kedua, namun tidak bagi pemain Afrika Selatan, Kevin Andersen yang menyaksikan perjalanannya berakhir di tangan pemain muda Amerika Syarikat, Frances Tiafoe.*

          *KUALA LUMPUR: Kuota pemain import Liga Hoki Malaysia (LHM) musim depan harus diteliti semula bagi membuka lebih banyak peluang kepada pemain tempatan menyerlahkan bakat.*
           *Bekas tonggak hoki kebangsaan, Jiwa Mohan berkata, menerusi langkah itu dapat mengurangkan kos yang menjadi punca utama kepada penarikan diri pasukan selain memastikan perebutan gelaran liga lebih seimbang.*
          *Musim ini setiap pasukan Liga Perdana dibenarkan mendaftar enam pemain import, namun Jiwa beranggapan tiga import sebenarnya sudah memadai apatah lagi dengan jumlah pasukan yang makin berkurangan.*

          *KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad bawah 19 tahun negara (B-19), Bojan Hodak menegaskan faktor usia sama sekali tidak akan diambil kira dalam pertimbangan untuk memilih pemain terbaik bagi mewakili skuad kendaliannya.*
           *Jelas jurulatih dari Croatia itu, sekalipun pemain itu berusia 16 atau 17 tahun, dia tetap berpeluang untuk membarisi skuad B-19 sekiranya menepati kriteria dan dapat membuktikan kemampuan sebagai pemain terbaik dalam kalangan mereka yang terpilih.*

          *KUANTAN: Dua pemain import yang diuji pada aksi pramusim di Thailand baru-baru ini hampir pasti menjadi nadi utama skuad Pahang bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.*
              *Mereka adalah Saddil Ramdani dari Indonesia dan pemain Perancis, Herold Goulon yang masing-masing bermain di posisi tengah dan pertahanan.*

          *KUALA LUMPUR: Pemain import baharu Selangor, Michal Nguyen menegaskan kehadirannya bersama skuad Red Giants bukan untuk bersaing dengan pemain tempatan.*
           *Sebaliknya, bekas pemain Air Force Central itu lebih suka berkongsi segala ilmu dan pengetahuan yang dimilikinya dalam bola sepak untuk membantu memantapkan lagi pasukan itu musim ini.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2019 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*JUAAT 18 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 12 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0555*
*SUBUH : 0605*
*SYURUK : 0723*
*ZOHOR : 1326*
*ASAR : 1649*
*MAGHRIB : 1924*
*ISYAK : 2037*

*GOA_L INI DISAJIKAN LEH*
*SAKURAEJA KITCHEN*


*TANAHAIRKU*
==============


               *PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual turun berkempen bagi membantu Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, pada hari terakhir kempen, 25 Januari ini. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kehadiran Pengerusi PH itu sudah tentu akan membantu meningkatkan sokongan dalam kalangan peneroka kepada pakatan itu*

               *TIGA beradik yang tidak memiliki sijil kelahiran ‘melompat kegembiraan’ apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan menyerahkan sijil itu kepada mereka, hari ini. Sebelum ini, Nurul Syafiqah Fauzi, 10, Nurul Natasya, 9 dan Muhammad Fitri Syawal, 7, yang menetap di Lundang, Kota Bahru itu tidak dapat ke sekolah kerajaan kerana tiada sijil lahir selepas ibu bapa mereka gagal mendaftarkan perkahwinan kerana berkahwin di Yala, Thailand.*

               *“MAK, ayah dan adik bongsu datang tidur di rumah malam tadi kerana rindukan saya. Malangnya itulah pertemuan terakhir kami sebelum mereka maut dalam kemalangan pagi tadi,” kata Khairul Anuar Aidrus, 47. Dalam kejadian 8.40 pagi hari ini, bapa Khairul Anuar, Aidrus Ibrahim, 72; ibu, Gayah Che Hassan, 65, dan adiknya, Siti Rasyidah, 21, maut selepas Perodua Viva dinaiki mereka bertembung lori di Kilometer 63, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Sungai Lakit, Gua Musang.*

               *JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dilaporkan akan membayar sejumlah pampasan kepada 25 imam yang dipecat pada awal bulan ini. Bagaimanapun, pembayaran itu terpaksa ditangguhkan berikutan terdapat segelintir imam yang masih berdegil dan tidak mahu memberikan kerjasama kepada JAIPs. Menurut sumber, sebahagian mereka berdegil kerana berpendirian bahawa tindakan berdemonstrasi di masjid adalah sebahagian daripada hak mereka.*

               *DATUK Seri Najib Razak dengan sinis mencabar pengundi DAP memilih calon Orang Asli sekiranya mereka benar-benar sayangkan masyarakat itu. Bekas Perdana Menteri berkata, DAP perlu mengotakan kata-kata mereka yang mendakwa kasihkan Orang Asli dengan memilih Ramli Mohd Noor yang juga calon masyarakat berkenaan. “Ahli Parlimen Orang Asli pertama jika calon Barisan Nasional (BN) menang.*

               *EMPAT sekawan masing-masing didenda RM3,600 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas 12 tuduhan memiliki 470 kotak mercun pelbagai jenis tanpa kebenaran sah, akhir tahun lalu. Majistret Siti Hajar Ali menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Voon Jiale, 26, James Teo He Xiang, 20, Kong Wai Keat, 20, dan Wong Ying Fei Kendrick, 19, mengaku bersalah sebaik semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.*

               *POLIS menahan lebih 20 remaja bawah umur selepas terbabit penyalahgunaan dadah menerusi 21 serbuan terhadap ‘parti liar’ di ibu negara, sepanjang tahun lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, semua serbuan itu membabitkan parti persendirian yang dianjurkan di kondominium mewah dan pihaknya memeriksa 424 individu termasuk remaja berkenaan.*

               *SEORANG saksi bagi kes perbicaraan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari, yang dipercayai terbabit dengan penyalahgunaan dadah mengesahkan hasil ujian air kencing tertuduh positif dadah kanabis (ganja).*

               *WANITA warga emas berusia 84 tahun yang hilang sejak Ahad lalu selepas keluar mencari daun keembung berdekatan rumahnya di Kampung Tandu Batu, dekat Pulau Jambongan, Beluran ditemui selamat, pagi tadi. Jamelia Ungung, 84, ditemui dalam keadaan lemah di kawasan hutan, kira-kira 2.5 kilometer (km) dari rumahnya jam 11.08 pagi oleh penduduk kampung dan anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).*

               *RANGKAIAN restoran Nasi Kandar Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita) memberhentikan penjualan rokok di semua premisnya di seluruh negara, berkuat kuasa semalam. Pengarah Eksekutifnya, Datuk KK Sihabutheen berkata, perbincangan mengenainya dibuat bersama pengedar rokok dan kedua-dua pihak bersetuju untuk memberhentikan penjualannya di 28 restoran yang membabitkan penjualan sehingga RM300,000 sebulan.*

               *MENTERI Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar, hari ini menafikan beliau memberikan Kelulusan Permit (AP) bagi mengeksport pasir sungai secara rundingan terus kepada empat syarikat yang didakwa milik kroninya. Dr Xavier menegaskan laporan yang diterbitkan sebuah portal berita semalam, adalah tidak benar bahkan beliau mendakwa portal berita itu dimiliki UMNO.*

               *RM1 juta sebulan! Itu purata jumlah pertaruhan yang dikendalikan satu sindiket perjudian terbesar di Sarawak sejak beberapa bulan lalu. Sindiket perjudian itu juga menjadikan sebuah rumah dua tingkat di kawasan kejiranan elit lengkap berpagar dan kawalan keselamatan di Batu Kawa untuk memastikan ‘operasi’ mereka tidak dihidu pihak berkuasa sejak dua bulan lalu.*

               *PEMANDU teksi dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini, atas kesalahan memasukkan kucing ke dalam mesin pengering pakaian, pada September tahun lalu. Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap A Mohanraj, 42, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah selepas kes disebut semula.*

               *SEBAHAGIAN besar balai polis di seluruh negara sudah wujud lebih 30 tahun dan sudah tiba masanya untuk dinaik taraf atau dibina baharu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata pihaknya sedia maklum mengenai isu berkenaan, selain sudah mengadakan pertemuan bagi mengatasi permasalahan itu.*

               *DUA restoran nasi kandar di Alor Setar dikenakan tindakan berikutan bukan sahaja disyaki mengambil keuntungan tinggi namun turut mengelirukan pelanggan dengan menggantung ayat al-Quran meskipun pemiliknya bukan beragama Islam.*

               *SEORANG kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Segamat dihukum penjara tiga bulan dan didenda RM75,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini atas 21 tuduhan menggunakan kedudukannya dalam membuat pelantikan penyediaan makanan serta perkhidmatan pengurusan bagi program anjuran pejabat itu.*

                *PERJALANAN seorang lelaki ke tempat kerjanya di Kampung Pelam, Kuala Berang bertukar tragedi apabila dia ditimpa dahan pokok getah yang tumbang di Kilometer 10 Jalan Matang ke Telemong, hari ini. Dalam kejadian 2.15 petang, mangsa Azahari Abdul Rahman, 41, dari Kampung Paloh Nyior yang bekerja sebagai petani maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.*

               *PEGUAM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kluang, hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM355,000, tahun lalu. Tertuduh, Safrina Saadan, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik ketiga-tiga pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim K Rajeswari.*

               *“DUIT sudah ada dan kita pun tak tahu kenapa masih belum diagihkan kepada peneroka,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengulas isu kelewatan pengagihan bayaran tunggakan kepada peneroka FELDA. Beliau berkata, kelewatan pengagihan itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan peruntukan RM77 juta sudah diluluskan Kerajaan Persekutuan, 20 Disember lalu.*

               *LELAKI dihukum penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, hari ini atas tuduhan merompak dua pelajar tingkatan tiga secara berkumpulan, dengan senjata besi. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin mengenakan hukuman itu selepastertuduh, Mohamad Alif Aziz, 31, mengaku salah terhadap tuduhan berkenaan.*

               *MEMINDAHKAN gas petroleum cecair (LPG) dari tong ke lori tangki untuk kaut keuntungan melalui penjualan kepada pihak industri. Itu modus operandi digunakan sindiket yang dikesan mengumpul dan menyembunyikan tong LPG di sebuah stor rahsia sebelum memindahkan gas berkenaan ke lori tangki. Kegiatan itu bagaimanapun dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) apabila berjaya merampas 267 tong LPG bernilai RM150,000 dan sebuah lori tangki di Pandamaran, Klang, Selangor, semalam.*

               *TEMPOH reman presiden Skuad Badar disambung dua hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kerana melanggar Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966. Perintah reman terhadap presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berusia 46 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Fared Abd Latif di Mahkamah Sungai Petani, hari ini.*

               *SEBUAH syarikat logistik dan seorang ejen penghantaran bebas didakwa di Mahkamah Majistret Klang, hari ini atas tuduhan menyeludup masuk 10.1 juta batang rokok bernilai RM814,400, awal bulan lalu.*

               *TANDA tanya kewujudan rumah kosong di lokasi terpencil di Kampung Padang Satu, Bukit Kayu Hitam, terjawab apabila ia dijadikan transit penyimpanan bunga api dan mercun yang diseludup dari negara jiran. Ini berikutan hasil pemeriksaan anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) yang menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api dalam kotak yang sebahagiannya ditemui dalam rumah dan sebuah kereta jenis Kia Forte dalam serbuan jam 3.30 petang semalam.*

               *MENJIJIKKAN, itu keadaan kilang kopi di Butterworth, selepas pihak berkuasa yang memeriksa premis berkenaan menemui najis tikus di beberapa kawasan di situ. Operasi dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama beberapa agensi lain itu menemui tahi tikus di kawasan penyediaan kopi berkenaan.*

               *TINDAKAN seorang buruh memukul isterinya November lalu mendapat pembalasan apabila dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Melaka, hari ini. Majistret Mohd Nazrin Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap S Sathiya, 35, selepas tertuduh mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.*

               *PORSCHE Cayenne terbakar 80 peratus di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menghala ke Bandar Putra, dekat Shah Alam, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Andalas, Penolong Kanan Penguasa Bomba A Romzi Abu berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 11.05 pagi.*

               *PENANAMAN ketum tanpa kebenaran pihak berkuasa akan menjadi satu kesalahan di negara ini, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Timbalan Perdana Menteri berkata, menanam ketum perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan dan tumbuhan itu tidak boleh ditanam secara sesuka hati selepas ini.*

               *PENJENAYAH yang mati ditembak selepas menjadikan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sebagai tebusan di Taman Telipok Ria, Tuaran, Ahad lalu, disahkan pendatang asing tanpa izin (PATI). Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, ia berdasarkan pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas terhadap cap cari suspek berusia 30-an terbabit yang tiada dalam rekod agensi itu.*

               *SELAIN faktor undi masyarakat Orang Asli, isu harga kelapa sawit dan getah boleh menjadi penimbang tara kepada kemenangan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands kerana ia sumber rezeki penduduk FELDA Koyan 1, 2 dan 3 dan Kuala Medang. Harga kelapa sawit sememangnya menjadi topik utama perbincangan komuniti peneroka dan generasi baharu FELDA dengan isu berkenaan antara yang sering ditanya penduduk kepada pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang berkempen untuk calon masing-masing.*

               *MAHKAMAH Majistret Petaling Jaya mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang tertuduh, Muhammad Qayyum Mohd Faisal kerana gagal hadir pada prosiding sebutan semula kes merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, November tahun lalu.*

               *HATI suami mana tidak luluh apabila mengetahui isteri tercinta ketagih dadah apabila ditahan dalam satu operasi khas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis, semalam. Suri rumah berusia 35 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Repoh, di Kangar, ketika sedang bersama dua rakan wanitanya yang turut positif dadah syabu pada 5 petang.*

               *KEBIASAANNYA menjelang perayaan akan ada peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang keperluan berikutan permintaan meningkat. Namun bagi pembekal dan pemborong kelapa, P Sarasvathy, 60, dia tetap mengekalkan harga jualannya seperti biasa antara RM1.40 dan RM1.50 sebiji, biarpun permintaan meningkat menjelang Thaipusam, Isnin ini.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *NAIROBI: Saksi yang terselamat dalam serangan di sebuah kompleks perniagaan di bandar ini melihat mayat berkecai dan bergelimpangan di atas meja makan selepas beberapa militan melepaskan tembakan rambang dan membaling bom tangan ke arah orang awam.*
               *Empat penyerang yang bersenjatakan raifal automatik menyerbu masuk ke kompleks yang turut menempatkan sebuah hotel mewah di sini, kelmarin dan melepaskan tembakan rambang sebelum seorang lagi penyerang meletupkan bom yang dipakainya.*
           *Sekurang-kurangnya 15 mangsa yang terbunuh termasuk dua warga asing dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan yang didakwa dilakukan oleh kumpulan militan Somalia, al Shabaab itu.*

           *PARIS: Seorang lelaki membunuh rakannya dan membuang bahagian mayat mangsa ke dalam longkang kerana marah tidak diberikan wang untuk membeli dadah.*
          *Jenayah ngeri itu berlaku di bandar Issoire, dan disedari apabila pemilik salun rambut menghubungi tukang paip selepas seorang pelanggan melaporkan tandas tersumbat.*
         *Sebaik membuka pintu perangkap yang membawa ke longkang, tukang paip berkenaan menemui cebisan daging yang disahkan datang daripada mayat sama oleh ujian forensik.*

          *KENTUCKY: Bandar raya Louisville dijangka menamakan semula lapangan terbangnya sempena wira dan legenda tinju dunia, Muhammad Ali, yang meninggal dunia pada 2016.
Pengumuman itu dibuat sehari sebelum ulang tahun Ali ke-77.*
         *Lapangan terbang itu akan dikenali dengan nama baru Lapangan Terbang Antarabangsa Louisville Muhammad Ali, kata pegawai semalam.*
           *Dalam kenyataan yang disiarkan di media sosial, lapangan terbang berkata lembaga pengarahnya ‘mengundi dengan penuh makna’ untuk mengiktiraf legasi Ali sebagai anak kelahiran Louisville dengan menamakan semula lapangan terbang sebagai menghormati beliau.*

          *SYDNEY: Seorang pelajar Israel dibunuh ketika sedang bercakap telefon dengan kakaknya, dalam serangan lewat malam berhampiran sebuah universiti di Australia, kata polis hari ini.*
           *Polis merayu orang awam supaya membantu mencari pembunuh kepada Aiia Maasarwe, 21, yang mana mayatnya ditemui awal pagi semalam berhampiran Universiti LaTrobe, dekat sini.*
            *"Ia satu serangan dahsyat dan kejam ke atas seorang gadis yang tidak bersalah dan juga pelawat di bandar raya kami,” kata Inspektor Detektif, Andrew Stamper yang memberitahu wartawan hari ini.*

          *BEIJING: Pokok kapas kini tumbuh di bulan selepas kejayaan kapal angkasa China, Chang’e-4, menyemai benih tumbuhan itu sejak mendarat awal bulan ini.*
             *Gambar yang dikeluarkan Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA) menunjukkan pokok kapas berkenaan sudah mula tumbuh dan selepas ini, misi berkenaan akan menanam kentang.*
             *Misi Chang’e-4 itu membawa pelbagai jenis benih ke bulan sebagai sebahagian eksperimen biosfera dan ia adalah pertama kali bahan biologi berjaya ditanam di permukaan lunar.*
          *Chang’e-4 turut membawa benih sawi, kentang, spesies arabidopsis, ragi dan telur lalat buah.*

         *Tokyo: Satu gunung berapi yang terletak di sebuah pulau terpencil di selatan Jepun meletus hari ini, kata agensi meteorologi tetapi tahap amaran adalah rendah dan tidak memerlukan penduduk berpindah.*
            *Agensi Meteorologi Jepun memberitahu, gunung berapi di pulau Kuchinoerabujima yang terletak kira-kira 1,000 kilometer dari barat daya Tokyo meletus pada jam 9.20 pagi (waktu tempatan).*
           *Imej yang disiarkan secara langsung menunjukkan asap dan debu tebal keluar dari puncak gunung berkenaan.*

            *JEDDAH: Ribuan wanita Arab Saudi dengan ditemani kaum lelaki, membanjiri stadium di sini, semalam, bagi menyaksikan perlawanan akhir Supercap Itali antara pasukan Juventus dan AC Milan.*
          *Mereka yang membawa kain pemidang masuk ke dalam stadium di Bandar Sukan Raja Abdullah di barat Jeddah itu, menerusi pintu khas ‘keluarga’, dan wanita bujang dilarang daripada membeli tiket.*
            *Bagaimanapun, larangan itu mencetuskan reaksi kurang senang di Itali, malah Timbalan Perdana Menteri, Matteo Salvini menyifatkan ia sebagai menjijikkan.*
           *Menurut laporan, lebih 15,000 wanita adalah antara 62,000 penonton yang memenuhi stadium itu, sambil ditemani kaum lelaki atau anak lelaki.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


         *KELUARGA bayi perempuan berusia empat bulan yang meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kota Bharu, kelmarin, menafikan kematian bayi terbabit akibat penderaan seksual, sebaliknya berpunca daripada komplikasi usus.*
          *Bapanya, Raja Saiful Azhar Raja Salleh, 35, turut mengakui terkejut apabila kematian anak bongsu daripada empat beradik, Raja Zaura Delisha tular di media sosial yang mendakwa didera secara seksual.*
        *Menceritakan perkara itu, katanya, dia dan isteri dihubungi pengasuh anaknya pada jam 4.30 petang Isnin lalu memaklumkan Raja Zaura Delisha tidak sedarkan diri dan beliau terus membawanya ke HUSM.*

         *LELAKI cedera di muka selepas terkena batu yang terjatuh dipercayai daripada lori membawa muatan batu di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran hentian sebelah Gombak, Gombak, semalam.*
          *Dalam kejadian dipercayai berlaku 9 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 40-an cedera di bahagian muka akibat terkena batu yang memecahkan cermin hadapan kereta jenis Mazda dipandu lelaki berkenaan.*
           *Kejadian itu turut mendapat perhatian netizen selepas beberapa video dan gambar mengenai kejadian berkenaan tular selepas dimuat naik di Facebook, semalam.*

         *“KITA sebagai manusia, tidak lari daripada membuat salah. Semua orang patut dapat peluang kedua,”.*
            *Itu luahan bekas juara program realiti Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee di majlis sidang media penarikan semula gelaran juaranya yang berlangsung di Shah Alam, hari ini.*
            *Isu itu timbul selepas video berdurasi lapan saat tular di media sosial, menunjukkan Haneesya dan beberapa teman dari program sama berada di kelab malam dan memegang minuman.*
          *Sejak tular beberapa hari lalu, ramai netizen yang mengecam kehidupan Haneesya dan mempertikai kemenangannya yang dianggap tidak layak digelar sebagai ikon kepada remaja.*

         *ISU bangunan perumahan yang didakwa memaparkan lambang salib di Jelutong, Pulau Pinang tidak seharusnya disensasikan kerana ia perlu diselesaikan secara berhemah antara pihak pemaju dan kerajaan negeri.*
             *Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, ini kerana kerajaan negeri terbabit sudah mengambil tindakan, manakala Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor juga sudah mengeluarkan maklum balas berkaitan.*
            *Mujahid mengulas mengenai isu bangunan perumahan, Grace Residence di Jelutong yang didakwa memaparkan gambar salib hingga menjadi kontroversi dan tular di media sosial.*
           *Dalam maklum balas terhadap kontroversi itu, kerajaan Pulau Pinang sebelum ini menyatakan mereka sedang menunggu maklum balas daripada pihak pemaju.*

         *MESKIPUN sudah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI Sabtu lalu, ia tidak sedikitpun mengubah keperibadian Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama rakyatnya.*
          *Ia dibuktikan apabila Al-Sultan Abdullah dan isteri baginda, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah masih mengunjungi restoran D’Wafi di Indera Mahkota, Kuantan sambil bersarapan dan berbual bersama orang ramai di restoran itu.*
            *Difahamkan, baginda sering mengunjungi restoran itu untuk bersarapan sebaik selesai solat Subuh di Masjid Imam Ash Shafie, Kota SAS sejak menjadi Tengku Mahkota Pahang.*

          *SELEBRITI Internet dan individu lain, termasuk golongan bawah umur, yang memperoleh pendapatan daripada ulasan berbayar, sokongan jenama dan perniagaan yang dijalankan menerusi media sosial, tertakluk kepada cukai pendapatan, jika mereka memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan.*
            *Aktiviti penjanaan pendapatan sedemikian dikategorikan sebagai profesion, dan oleh itu mereka yang terbabit perlu mengisytiharkan pendapatan, dan dibenarkan menuntut perbelanjaan perniagaan dan pembayaran balik cukai, jika berkenaan.*
        *Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah berkata, individu terbabit digalakkan datang ke pejabat LHDN untuk mendapatkan nasihat mengenai pengisytiharan pendapatan dan pengiraan cukai.*

          *SEBUAH restoran mamak yang beroperasi hampir 18 tahun di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, dikesan menggunakan lebih 30 tangkal dan azimat sebagai ‘pelaris’ jualan.*
          *Kegiatan menyalahi akidah itu terbongkar hasil serbuan operasi bersepadu membabitkan pelbagai agensi penguat kuasa terhadap premis berkenaan bermula jam 2 petang.*
         *Lebih mengejutkan, semua azimat yang mengandungi ayat jawi yang tidak jelas maksudnya digantung dalam pelbagai bentuk termasuk bingkai gambar, bunjut, botol dan batu berikat dibawa masuk dari India serta di pasang di setiap penjuru kedai.*

           *DUA bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (SMA JAIM) Al Asyraf mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 yang diumumkan hari ini, apabila memperoleh Mumtaz bagi semua subjek.*
            *Mereka ialah Qamarul Ikmal Sahrudin dan Wan Muhammad Izzat W Aminordin, masing-masing berusia 19 tahun dan memperoleh Mumtaz bagi 10 subjek.*
          *Qamarul Ikmal berkata, penat lelah dan kepayahan berulang-alik dari rumah di Solok Gaung, Ayer Molek ke sekolah di Pulau Sebang, Alor Gajah, lebih 100 kilometer (km) sehari selama hampir 10 bulan akhirnya berbaloi apabila berjaya memperoleh keputusan cemerlang.*

           *TAIPEI: Haiwan berwajah comel dan manja sering dijadikan binatang kesayangan tetapi lain pula kisahnya seorang lelaki di sini, yang menjadikan seekor lipan gergasi sebagai haiwan peliharaannya.*
          *Daily Mail melaporkan, pelajar biologi di Taiwan, Neil Cheng Le, 26, membeli lipan gergasi dari Peru itu pada 2014 ketika ia masih kecil dan kini ia membesar sepanjang 43 sentimeter.*
         *Dalam satu rakaman video yang tular di Internet menunjukkan Cheng Le tidak berasa takut untuk membiarkan serangga peliharaannya merayap di atas lengannya yang terdedah sebelum ia menikmati makanan kucing.*
                 

*ARENA*
========


          *JEDDAH, Arab Saudi: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk memberikan Juventus trofi pertama mereka musim ini dengan kemenangan 1-0 ke atas AC Milan dalam saingan Piala Super Itali di Arab Saudi.*
          *Ronaldo ditandatangani kelab gergasi Itali itu tahun lalu dari Real Madrid dalam usaha memburu gelaran Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak tahun 1996 menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-61.*
          *AC Milan terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang 17 minit terakhir selepas pemain tengah Ivory Coast Franck Kessie dilayangkan kad merah kerana mengasari Emre Can.*

         *DUA pemain Sepanyol beraksi bersama Manchester United, Juan Mata dan David de Gea kelihatan ceria selepas menikmati makan tengahari di restoran Itali, semalam.*
               *Mereka menikmati menu di Ristorante Piccolino terletak di perkampungan Hale, kira-kira 14 kilometer dari padang latihan United di Carrington, Greater Manchester.*
           *Dua pemain bintang terbabit kemudian dilihat meninggalkan restoran dengan menaiki kereta berprestasi tinggi, Aston Martin pada jam 5 petang waktu UK (1 pagi waktu Malaysia).*

          *MELBOURNE: Pilihan keempat Naomi Osaka dari Jepun menewaskan Tamara Zidansek dalam dua set untuk mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia dan dia kini menyasarkan gelaran kedua Grand Slam.*
           *Juara Terbuka Amerika Syarikat itu menumpaskan pemain bukan pilihan dari Slovenia 6-2, 6-4 untuk menempah pertemuan dengan pemain Taiwan, Hsieh Su-wei pada pusingan seterusnya.*

          *PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan beliau lebih menumpukan kepada sukan e-Sports (sukan elektronik) sehingga mencetuskan rasa kurang senang atlet negara.*
        *Tegas Syed Saddiq, beliau sendiri tidak faham mengapa ia menjadi isu besar kerana peruntukan sebanyak RM10 juta untuk sukan itu bukan diberikan kepada kementeriannya.*

          *KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakui juara dunia 2017, Viktor Axelsen dari Denmark sebagai idolanya.*
           *Malah, juara Terbuka Taiwan 2018 itu tanpa berselindung turut mengakui dia banyak ‘mencuri’ gaya permainan Axelsen untuk diterapkan dengan corak permainanan dirinya.*
           *Impiannya itu akhirnya menjadi kenyataan apabila dia akan bertemu Axelsen pada aksi suku akhir Masters Malaysia di Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini.*

         *KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) menerima tamparan lagi apabila trio memanah acara compound Mohd Juwaidi Mazuki, Zulfadhli Ruslan dan Lee Kin Lip menghantar surat meletakkan jawatan sebagai atlet kebangsaan.*
           *Pasti ada punca mengapa tiga atlet itu yang sentiasa mempamerkan prestasi terbaik bertindak demikian.*
           *Bagaimanapun tiga atlet itu difahamkan bertindak sedemikian kerana tidak puas hati dengan pentadbiran MSN.*

           *KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) mengesahkan empat penaja utama mereka menarik diri daripada menaja skuad Singa Utara susulan kemelut masalah tunggakan gaji yang melanda persatuan itu.*
           *Walaupun tidak mendedahkan berapa jumlah tajaan terlepas itu, namun difahamkan ia berjumlah jutaan ringgit kerana membabitkan kumpulan penaja utama.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2019 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SELSA 22 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 16 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0557*
*SUBUH : 0607*
*SYURUK : 0724*
*ZOHOR : 1328*
*ASAR : 1650*
*MAGHRIB : 1925*
*ISYAK : 2038*

*GOA_L INI DISAJIKAN LEH*
*SAKURAEJA KITCHEN*


*TANAHAIRKU*
==============


               *PERLIS diletakkan dalam situasi berjaga-jaga biarpun masih bebas daripada wabak Chikungunya susulan wabak berkenaan kini sedang teruk melanda Wilayah Hatyai, Thailand. Pengarah Jabatan Kesihatan (JKN) Perlis, Dr Sirajuddin Hashim berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan kesihatan rasmi daripada pihak berkuasa Thailand berhubung wabak Chikungunya.*

               *KERJA-KERJA mengangkat kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 di perairan berhampiran Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang terpaksa dihentikan kerana cuaca gelap, jam 7.30 malam tadi. Operasi berkenaan akan disambung jam 7 pagi esok, dan kerja penandaan sudah dilakukan serta hanya akan menunggu kren untuk mengangkat SUV terbabit.*

               *PIHAK pengurusan Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah digesa mengkaji semula spesifikasi penghadang jalan raya bagi mengelak kejadian kenderaan terhumban ke dalam laut daripada berulang.*

                *PEMANDU Toyota Vios berusia 21 tahun yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang, semalam didapati positif ganja. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, keputusan itu diketahui selepas ujian saringan awal dilakukan terhadapnya.*

               *SINDIKET penyeludupan minuman keras yang beroperasi sejak dua tahun lalu di Kawasan Perindustrian Kinrara di sini dan dipercayai mengaut keuntungan jutaan ringgit akhirnya lumpuh apabila digempur polis, kelmarin.*

               *MAHKAMAH Majistret Kota Bharu, hari ini melucutkan hak wang berjumlah RM324,729.20 yang disita daripada projek membaik pulih rumah mangsa banjir di sekitar Tanah Merah. Majistret Izuddin Mohd Shukri membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan lucut hak yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).*

                *ANAK sulung kepada suami isteri yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Serkam, malam semalam sempat membuka kata laluan pada telefon bimbit bapanya, sebelum dia secara tiba-tiba tidak sedarkan diri. Nurul Fatiha Adelia Mohd Fairuz, 7, berbuat demikian bagi memudahkan orang ramai yang datang membantu menelefon ahli keluarganya untuk memaklumkan kejadian menimpa bersama ibu bapanya, Eziani Abu Bakar dan Mohd Fairuz Haron, masing-masing berusia 34 tahun.*

                *Kuala Lumpur: Masih terdapat peniaga melakukan penyembelihan dan memproses ayam secara terang-terangan di beberapa kedai dekat Pasar Borong Selayang di sini. Tindakan itu nyata menyalahi peruntukan Undang-Undang Kecil (UKK) Pasar Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 2007 yang melarang aktiviti penyembelihan ayam dibuat di premis gerai selain di pusat penyembelihan dikhasnya.*

               *MASYARAKAT Islam di negara ini dinasihatkan supaya memberi tumpuan kepada produk yang memiliki sijil halal, bukannya memboikot secara melulu barangan keluaran pengeluar bukan Islam. Pendakwah bebas yang juga pensyarah kanan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berkata, masyarakat Islam tidak sewajarnya taksub untuk memboikot sesuatu hanya berdasarkan perbezaan bangsa atau pegangan politik kerana agama melarang berbuat demikian kecuali atas alasan ilmu.*

               *SEJUMLAH RM730,930 berjaya dikutip melalui 6,284 saman yang dibayar sempena Hari Bertemu Pelanggan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang selama dua hari berakhir semalam. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, walaupun tidak menetapkan sebarang sasaran, sambutan orang ramai melalui kempen diskaun ini amat baik sekali.*

               *SEJAK kaunter tiket bas dibuka untuk jualan menyambut perayaan Tahun Baru Cina (TBC) pada penghujung Disember lalu, tiket perjalanan ke pantai timur sudah habis dijual. Tinjauan Harian Metro di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), hari ini mendapati, tiket pada 31 Januari hingga 3 Februari sudah habis membabitkan perjalanan ke Kelantan, Terengganu dan Perak.*

               *IMAM berusia 76 tahun menjadi mangsa penipuan mekanik apabila tindakannya meminta bantuan lelaki itu untuk mengeluarkan wang gajinya di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menyebabkannya kerugian RM12,300. Dalam kejadian antara 23 Mac hingga 8 April tahun lalu, warga emas yang bertugas sebagai imam di sebuah masjid di Jerangau, Dungun meminta bantuan lelaki itu mengambil wang gajinya di mesin ATM di bandar berkenaan.*

                *POLIS masih mengesan lelaki warga Pakistan yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan sehingga menyebabkan wanita mati ditikam, Sabtu lalu. Usaha menjejaki lelaki berusia 54 tahun itu yang juga peniaga kedai runcit di Jalan Kerapu 23, Taman Permai, Seremban giat dilakukan selepas dia melarikan diri sebaik kejadian.*

               *BARU sebulan disamun, sebuah kedai emas di Jalan Ibrahim, Sungai Petani menjadi sasaran sekali lagi apabila dipecah masuk hari ini. Bagaimanapun dalam kejadian jam 10 pagi itu penjenayah gagal membawa lari barangan kemas berikutan melarikan diri selepas penggera keselamatan berbunyi.*

               *HANYA kerana tidak memberi sebatang rokok, seorang lelaki warga Rohingya cedera dibelasah dua lelaki dalam kejadian di Kampung Alur Tembesu, Dungun, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa berusia 20 tahun cedera di kepala, badan dan jari akibat dipukul suspek dengan sebatang besi.*

                *HANYA RM1,000 untuk sebuah pacuan empat roda.
Itu taktik dua lelaki memperdaya pembeli sebelum ditahan polis selepas didapati terbabit dalam kegiatan curi kenderaan di Keningau. Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, dengan tertangkapnya dua lelaki itu polis berjaya menyelesaikan tiga kes curi kenderaan di daerah itu.*

               *PENUNGGANG motosikal maut selepas terlanggar lembu di Kilometer 19, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) , dekat Bukit Sejuk Dungun, malam tadi. Dalam kemalangan 9.45 malam, Sukri Omar 44, yang beralamat di Kampung Durian Kasim, Ajil, Hulu Terengganu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Dungun, 3.54 pagi tadi.*

                *POLIS giat mengesan suspek utama kes bunuh seorang wanita warga Indonesia yang ditemui dalam keadaan bogel di bilik rumah sewanya di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya sedang memburu suspek utama kes terbabit yang juga teman lelaki mangsa berusia lingkungan 30-an.*

               *SEORANG wanita bukan saja diacukan senapang tetapi turut ditumbuk oleh suaminya yang mabuk dalam kejadian di Kampung Gorowot, Kuala Penyu, dekat Beaufort, semalam. Menurut sumber, dalam kejadian jam 9 malam itu, wanita berusia 30-an berkenaan baru pulang dari rumah ibunya, namun tiba-tiba dimarahi suaminya yang juga berusia 30-an dalam keadaan mabuk.

               *GELAGAT dua lelaki memunggah barang daripada bot dalam keadaan mencurigakan membongkar rahsia mereka menyeludup rokok di Sungai Kampung Sawah, Banting, Selangor, malam tadi. Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, aktiviti dua lelaki terbabit dikesan ketika Pasukan Risik Batalion 4 membuat rondaan di kawasan berhampiran sungai berkenaan pada 11.30 malam.*

               *PEROLEHAN enerbitan buku teks Program Dwibahasa (DLP) bagi 2019 dilaksanakan menerusi dua kaedah iaitu secara rundingan terus dan tender terbuka. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan di Putrajaya hari ini memaklumkan, penerbitan secara rundingan terus untuk dua judul buku teks DLP iaitu subjek Science Year 3 dan Mathematics Year 3 serta buku cetakan semula (266,110 naskhah) diberikan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).*

               *AGENSI Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Perlis menyerbu sebuah rumah dijadikan stor simpanan daun ketum bernilai RM30,200 di Kok Mak, Padang Besar, malam tadi. Jurucakap AKSEM Perlis berkata, pihaknya yang diketuai unit risikan AKSEM Padang Besar bersama anggota polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 38 tahun disyaki penyeludup daun ketum berkenaan, dalam serbuan jam 7.30 malam itu.*

               *SEORANG lelaki dipercayai menembak dirinya sendiri dalam kejadian di Taman Raya, Paka, Dungun, hari ini. Lelaki berusia 59 tahun itu ditemui mati dalam keadaan tersandar di kerusi di luar rumahnya pada 11.15 pagi. Sumber berkata, sebelum kejadian, lelaki itu dikatakan duduk di atas kerusi terbabit sambil memegang sepucuk senapang patah miliknya.*

               *TUKANG masak dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 selepas mengaku bersalah memiliki haiwan dilindungi tenggiling spesies Malayan Pangolin (Manis Javanica) ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, hari ini. Sekiranya gagal membayar denda, Hakim Elsie Primus memerintahkan tertuduh, Mohd Haffiz Halan, 29, supaya menjalani hukuman penjara tambahan selama 12 bulan.*

               *PADAH mengugut mahu membunuh bapanya, seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini. Hirwan Aman, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.*

               *LELAKI dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini, atas pertuduhan mencuri duit tabung masjid bernilai RM50. Hukuman itu diputuskan Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Mohd Hafiz Ibrahim, 27, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.*

               *DUA beradik perempuan berusia sembilan dan 12 tahun hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Machang Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu, semalam. Dua beradik berkenaan masing-masing Nur Fatihah Najwa Seman, 12, dan Siti Nur Insyirah, 9, keluar dari rumah mereka jam 4 petang.*

               *ORANG ramai dinasihatkan supaya berhenti membuat spekulasi mengenai rakaman dash cam berhubung kejadian kenderaan utiliti sukan (SUV) terhumban ke dalam laut, yang diperoleh dari sebuah kenderaan lain. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narensagaran berkata, orang ramai tidak seharusnya membuat andaian hanya berdasarkan rakaman terbabit sebaliknya memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan.*

               *SETIAUSAHA Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mendakwa sudah banyak kesalahan yang berlaku dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands. Namun menurutnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih tidak nampak mengenai perkara terbabit. "Dah berlambak yang salah dan kantoi, SPR rabun serious (serius) dan tak nampak.*

               *POLIS Keningau mendedahkan identiti lima penjenayah paling dikehendaki kerana dipercayai terbabit dengan pelbagai kes jenayah termasuk bunuh, rogol, rompak dan pecah rumah antara 2000 dan 2018.*

               *KERAJAAN Kelantan menegaskan pihaknya tidak boleh menyekat atau menghalang mana-mana penduduk yang mahu berkahwin dengan warga asing termasuk Pakistan. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tiada peraturan yang boleh menyekat perkara itu setakat ini.*

               *NELAYAN Terengganu berkemungkinan menerima bantuan one-off bernilai RM500 daripada kerajaan negeri bagi meringankan beban mereka ketika musim tengkujuh. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan keperluan itu berikutan keluhan golongan berkenaan yang tidak dapat ke laut menangkap ikan.*

               *KEJADIAN kenderaan terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang awal pagi semalam, adalah insiden kelima berlaku di jambatan berkenaan dalam tempoh 2010 sehingga kini. Dalam kejadian terbaharu ini, kereta dipercayai dipandu penuntut kolej swasta, Moey Yun Peng, 20, hilang kawalan selepas dilanggar sebuah kereta lain di jambatan itu sebelum terhumban ke laut, 2.54 pagi semalam.*

               *SISTEM perbankan teras Bank Simpanan Nasional (BSN) mengalami gangguan sejak jam 6.10 pagi Sabtu lalu, dan menjejaskan operasi perbankannya di semua cawangan dan saluran perbankan automatik, kata Pengerusinya Tan Sri Abu Bakar Abdullah. Kemudahan Kad Kredit BSN bagaimanapun terus beroperasi seperti biasa.*

               *REMAJA lelaki menerima 10 jahitan di kepala selepas diserang menggunakan parang dalam kejadian di Seberang Takir, Gong Badak, Kuala Nerus, Jumaat lalu. Kejadian berlaku jam 9 malam ketika peniaga berusia 19 tahun itu berada di rumah seorang lelaki dikenali sebelum diserang selepas dikatakan mencuri telefon bimbit teman wanita lelaki itu.*

               *KANAK-KANAK lelaki ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Ketil, Baling, jam 3 petang hari ini. Dalam kejadian itu, mangsa Muhammad Danish Iman Zefry, 15 bulan, dipercayai tergelincir dari tebing sungai yang terletak kira-kira lima meter daripada rumahnya sebelum ditemui tersangkut di pokok buluh.*

               *KEMENTERIAN Kewangan menjelaskan kutipan cukai langsung negara yang dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tahun lalu adalah berkaitan pengenaan cukai pendapatan yang diterima pada 2018 iaitu selaras pelaksanaan sistem taksiran tahun semasa. Menterinya Lim Guan Eng berkata, kutipan cukai langsung berjumlah RM137.035 bilion dalam 2018 adalah berpunca daripada pengenaan cukai terhadap komponen syarikat, individu, petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti setem, cukai pegangan dan cukai daripada aktiviti perniagaan Labuan.*

               *PEMBANGKANG tidak dapat menerima kenyataan mengenai peningkatan kutipan cukai langsung disebabkan pendekatan berkesan diperkenalkan oleh kerajaan. Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menyifatkan kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai peningkatan kutipan cukai langsung kerana dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai kisah dongeng. Dakwanya, tiada langsung keajaiban dibuat Guan Eng atau kerajaan PH, sebaliknya peningkatan itu kerana faktor kenaikan harga minyak dunia.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *CANBERRA: Australia kini berdepan dengan gelombang panas yang merekodkan suhu tertinggi dalam tempoh 80 tahun hingga menyebabkan jalan raya cair, haiwan mati, kebakaran hutan dan ada laporan yang tidak disahkan mendakwa tayar kenderaan turut cair.*
          *Cuaca di negara itu mencatatkan suhu melebihi 40 darjah Celsius untuk enam hari berturut-turut dengan wilayah New South Wales, Australia Selatan dan Victoria mencatatkan rekod baharu paling panas.*
            *Keadaan itu menyebabkan ribuan penduduk Australia membanjiri Pantai Bondi di Sydney untuk menyejukkan badan.*
            *Hari paling panas direkodkan di Australia adalah pada 7 Januari 2013 apabila suhu maksimum purata 40.3 darjah Celsius.*

             *Beirut: Israel mengesahkan ia melakukan serangan udara dan peluru berpandu terhadap sasaran di Syria yang didakwanya kemudahan tentera Iran menyebabkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh, termasuk dua tentera Syria.*
             *AFP melaporkan, menurut kenyataan tentera Israel ia mensasar kemudahan tentera Iran di negara itu dan menurut Pemantau Hak Asasi Syria berpangkalan di Britain , serangan itu menyebabkan korban terbesar sejak Mei tahun lalu.*
             *"Serangan Israel mensasar kedudukan tentera Iran dan Syria di selatan Damsyik menyebabkan 11 terbunuh,” kata Pengarah pertubuhan pemantau itu, Rami Abdel Rahman*

           *NEW DELHI: Tindakan seorang lelaki memanjat masuk ke dalam sebuah zoo memakan diri apabila dia dibaham dua ekor singa dalam kejadian di Zirakpur, India semalam.*
           *Laporan awal pihak Taman Zoo Mahendra Chaudhary yang dikenali sebagai Zoo Chhatbir itu mendapati mangsa yang tidak dikenali identitinya memanjat dinding setinggi 9 meter sebelum masuk ke kawasan larangan berkenaan.*
           *Dua ekor singa itu dilepaskan oleh zoo di kawasan safari sepanjang 2 kilometer itu semalam.*

          *Montreal: Seramai 250 penumpang menggigil kesejukan selama 16 jam selepas pintu pesawat membeku akibat cuaca sejuk ketika ia membuat pendaratan cemas di lapangan terbang Goose Bay, Kanada.*
              *NDTV melaporkan, pesawat United Airlines itu berlepas dari Newark, New Jersey petang kelmarin untuk melakukan penerbangan ke Hong Kong.*
           *Bagaimanapun, salah seorang penumpang dikatakan mengalami masalah kesihatan hingga memaksa juruterbang melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang terbabit.*

           *London: Beberapa serpihan yang diambil dari lokasi kemalangan kereta suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip dilihat mula diiklankan di eBay untuk dijual.*
             *Bermula pada harga 99 pence (RM5.27), serpihan daripada kenderaan jenis Land Rover milik Philip yang juga Duke of Edinburgh itu turut menarik minat pembida yang ingin membelinya.*
          *Menerusi iklan ‘Bahagian kereta Putera Philip yang mengalami kemalangan’, serpihan itu dikatakan diambil dari tempat kejadian di Sandringham, Norfolk.*

          *Oregon (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang bertindak ganas membunuh empat orang ahli keluarganya di rumah mereka ditembak mati ketika cuba membunuh anak perempuan teman wanitanya yang berusia lapan tahun.*
           *Daily Mail melaporkan, Mark Leo Gregory Gago, 42, membunuh kedua ibu bapanya, Jerry Bremer, 66, dan Pamela Bremer, 64, teman wanita, Shaina Sweitzer, 31, serta bayi perempuan mereka berusia sembilan bulan, Olivia Gago di rumah mereka di Woodburn, Oregon, Amerika Syarikat, malam kelmarin.*
          *Jurucakap pejabat Sherif, Sarjan Brian Jensen berkata, semua mangsa dipercayai bukan ditembak mati dan pihaknya masih menyiasat senjata yang digunakan untuk membunuh mereka.*

          *SYDNEY: Seorang budak lelaki cedera di bahagian kaki selepas digigit seekor anjing liar dikenali sebagai ‘dingo’ ketika sedang bercuti bersama keluarganya di pulau pelancongan popular, timur Australia.*
          *Kanak-kanak berusia enam tahun itu yang kini berada dalam keadaan stabil diserang sekumpulan haiwan berkenaan ketika berada di Pulau Fraser, pinggir Queensland.*

          *DHAKA: Lelaki Bangladesh yang digelar 'Manusia Pokok’ kerana ketumbuhan pada tubuhnya kembali ke hospital hari ini selepas keadaannya semakin buruk.*
          *Abul Bajandar, 28, menjalani 25 pembedahan sejak 2016 untuk membuang ketumbuhan pada tangan dan kakinya di Hospital Kolej Perubatan Dhaka.*
         *Doktor hampir mengisytiharkan kejayaan rawatan mereka sebelum ia berulang yang memaksa Bajandar melarikan diri Mei lalu tanpa memberitahu kakitangan hospital.*
        *Namun hari ini beliau dimasukkan semula ke hospital selepas keadaannya semakin teruk, dengan ketumbuhan kini meliputi hampir seluruh tangan dan kaki.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *MAHU melindungi anak kucing yang tinggal di pulau daripada ancaman haiwan liar mendorong seorang doktor haiwan tampil dengan cadangan mewujudkan sebuah `Pulau Kucing' di Sabah.*
             *Bagi mencapai hasrat itu, Dr Randolf Paza memuat naik cadangan berkenaan dalam status media sosial Facebook beliau sebelum ia menjadi tular dan dikongsi serta mendapat maklum balas ramai netizen.*
             *Dalam status Facebook Dr Randolf, beliau meminta orang ramai terutama sukarelawan supaya menyokong usahanya untuk menjayakan projek `Pulau Kucing' yang disifatkannya sebagai langkah terbaik melindungi kucing pulau.*

          *“SAYA bukan sombong, tetapi waktu yang ditetapkan untuk berjumpa dengan orang ramai dihadkan keluarga kerana bimbang saya tidak cukup rehat selain pelajaran terabai,” kata Muhammad Syukur Khamis, 14, remaja yang foto aksi mesra dia dengan kerbau yang diternak bapanya, Khamis Jusoh, 63, tular di media sosial.*
            *Dia ditemui pada Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Adik Syukur Khamis di Restoran Martion di Kuala Terengganu, malam tadi.*
           *Syukur berkata, dia langsung tidak berasa terganggu dengan kehadiran orang ramai di rumah dan kandang ternakan kerbau bapanya itu setiap hari, malah berasa gembira apabila dihargai masyarakat termasuk pengunjung dari luar.*

         ♀ *KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) nafi mengeluarkan sebarang arahan berhubung larangan terhadap kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun berada di luar rumah pada waktu malam.*
           *Kementerian itu menegaskan maklumat yang tular di aplikasi WhatsApp yang didakwa dikeluarkan KPWKM sebelum ini adalah palsu.*
           *”KPWKM tidak mengeluarkan apa-apa arahan berhubung perkara itu. Pihak kementerian memohon supaya semua pihak tidak menyebarkan maklumat palsu ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.*

         *BARISAN Nasional (BN) Pahang menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berhubung siasatan insiden dikasari Timbalan Menteri, Tanah dah Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji semalam.*
          *Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, laporan polis sudah dibuat calon BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor awal pagi tadi.*
          *Beliau yang juga Menteri Besar Pahang mengulas laporan media mengenai penularan rakaman video di menunjukkan penginapan UMNO Rompin di Pos Lenjang didatangi Tengku Zulpuri Shah yang juga Naib Pengerusi DAP bersama jentera Pakatan Harapan (PH) jam 7.15 malam tadi.*

          *“JENAMA Bilal diasaskan sejak 1972 oleh arwah bapa dan ibu, malah anak-anak tidak pernah menjualnya kepada Cina,” kata pemilik produk jenama Bilal, Rozliana Zainal Abidin.*
             *Rozliana, 49, mengambil alih perniagaan diusahakan arwah bapanya, Zainal Abidin Ali dan arwah ibunya, Thamimah Rehan sejak 1972 bersama tiga beradik lain.*
           *"Saya terkejut melihat perkara tular berkenaan yang mengatakan sardin jenama CAP BILAL bersama lambang masjid diedarkan sebuah syarikat Cina beralamat di Sungai Buloh.*
            *“Buat pengetahuan semua, syarikat kami tidak pernah mengeluarkan produk sardin, kami hanya mengeluarkan produk dalam botol seperti kicap, cuka, taucu dan kordial jenama Bilal yang mempunyai lambang kubah masjid,” katanya kepada Harian Metro di Kuala Lumpur, hari ini.*

          *CHEF selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tampil memohon maaf pagi ini, hari ini selepas dia mengeluarkan kenyataan kontroversi mahu menampar muka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.*
             *Chef Wan menerusi laman Instagram (IG) miliknya berkata, dia mengakui kesilapanya itu yang membuat kenyataan dalam keadaan amat marah.*
             *Dalam hantaran di media sosialnya itu, Chef Wan turut meminta penyokong Najib tidak menjadi batu api berhubung kenyataan yang dikeluarkan olehnya.*
           *"Saya sudah buat silap dengan apa yang saya perkatakan semalam dan sekarang saya memohon maaf kepada Datuk Seri Najib dan itu sahaja!*

          *“INI hadiah kami buat Tuanku,” kata Pengerusi Kuil Arulmigu Thendayuthapani di Jalan Kuel, Wadi Hana, Johor Bahru, C Vateemalee mengenai potret istimewa dihadiahkan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini.*
         *Beliau berkata, potret itu ditempah khas daripada pelukis berbakat dari Chennai, Tamil Nadu, India, yang diolah dari gambar Sultan Ibrahim ketika Program Kembara Mahkota Johor.*
           *"Kebetulan seorang daripada kakitangan kuil mengenali pelukis terbabit dan kami membuat tempahan khas sempena keberangkatan tiba Tuanku di majlis sambutan Thaipusam hari ini.*
                 

*ARENA*
========


          *MELBOURNE: Serena Williams berjaya mengatasi kebangkitan pemain nombor satu dunia, Simona Halep sekali gus berada di landasan tepat untuk menyamai rekod 24 gelaran major apabila mara ke suku akhir Terbuka Australia, hari ini.*
           *Pemain berusia 37 tahun dari Amerika Syarikat (AS) itu menewaskan pilihan utama dari Romania, 6-1, 4-6, 6-4 untuk bertemu pilihan kelapan dari Republik Czech, Karolina Pliskova di suku akhir.*

          *AL-AIN, Emiriah Arab Bersatu: Harapan Korea Selatan untuk mengekalkan skuad terbaik di Piala Asia terjejas selepas pemain yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EP), Ki Sung-yueng disahkan menarik diri daripada kejohanan akibat kecederaan hamstring.*
          *Pemain tengah Newcastle United berusia 29 tahun ini beraksi kurang sejam di sepanjang kejohanan, sebelum dibawa keluar ketika Korea Selatan memenangi perlawanan pembukaan menentang Filipina di Dubai.*
           *Kepulangan seorang lagi pemain EPL yang juga bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min mampu mengisi kekosongan di barisan tengah dan menjana idea membantu barisan serangan.*

          *MELAKA: Penyerang Filipina, Patrick Alcala Reichelt sah mengisi kuota ASEAN buat skuad Melaka United (MU), sekali gus mengisi kekosongan ditinggalkan pemain tengah Singapura, Shahdan Sulaiman yang bersama MU sejak 2017.*
          *Kehadiran pemain yang mampu beraksi di posisi sayap dan tengah itu membolehkan pengendali MU, Zainal Abidin Hassan, mengukuhkan jentera pasukan serta melengkapkan lima import musim ini.*

            *KUALA LUMPUR: Kesilapan serta mutu pengadilan dilihat menjadi punca juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa berpuas hati seri 2-2 menentang Bangkok United pada aksi persahabatan di Stadium Thammasat, semalam.*
              *Situasi itu diakui pengurusnya, Luciano Figueroa yang menyifatkan dua faktor itu menyebabkan pemainnya mensia-siakan kelebihan dua gol yang diraih pada babak pertama, sehingga membenarkan lawan bangkit meledak di babak kedua.*

            *KUANTAN: Selain mahu mempertahankan Piala FA, skuad Pahang turut menyasarkan Piala Malaysia dan Piala Liga Super dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.*
          *Kali terakhir skuad Tok Gajah menjuarai Piala Malaysia ialah pada 2014, manakala Piala Liga Super pula dijulang pada edisi 2004 ketika trofi itu kali pertama diperkenalkan.*
          *Bagi musim ini, pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh mahukan skuad bimbingannya tampil lebih mantap untuk merealisasikan misi membawa pulang tiga piala.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.518926 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list