CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

  [Copy link]
 Author| Post time 23-1-2019 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*RAU 23 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 17 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0557*
*SUBUH : 0607*
*SYURUK : 0724*
*ZOHOR : 1328*
*ASAR : 1650*
*MAGHRIB : 1926*
*ISYAK : 2038*

*GOA_L INI DISAJIKAN LEH*
*SAKURAEJA KITCHEN*
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213803888073507&id=1296196953


*TANAHAIRKU*
==============


               *TENGKU Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilantik menjadi Tengku Ampuan Pahang. Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah perkara itu diputuskan baginda dalam mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang diadakan di Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), di sini hari ini.*

               *Kuala Lumpur: Khamis, 24 Januari ini menyaksikan pemilihan Yang di-Pertuan Agong buat kali ke-16 sejak Malaysia mencapai kemerdekaan lebih 61 tahun lalu. Proses pemilihan ini adalah kesinambungan kepada sistem kerajaan beraja berasaskan Perlembagaan diamalkan di negara ini dengan raja atau sultan bergelar Yang di-Pertuan Agong bersemayam selama lima tahun.*

               *“DOAKAN yang terbaik,” titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengenai mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan bermesyuarat untuk memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16, Khamis ini. Titah ringkas itu menarik perhatian kerana baginda dikatakan berpeluang menjadi Yang di-Pertuan Agong berdasarkan sistem penggiliran yang menyaksikan giliran pemerintah dari Pahang selepas Kelantan.*

                *SELEPAS tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR), kenderaan utitiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih yang terbenam dalam laut di tiang 34 Jambatan Pulau Pinang berjaya dinaikkan, hari ini. Kenderaan terbabit dinaikkan jam 5.50 petang dan turut kelihatan mayat mangsa Moey Yun Peng, 20, masih berada di tempat duduk pemandu.*

               *PENDUDUK Kampung Kuala Nau, Mukim Bakai, dekat Baling, dikejutkan dengan penemuan janin bayi yang dibuang di tepi jalan berdekatan masjid kampung itu, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, seorang penduduk yang ingin menoreh getah tercium bau busuk sebelum menemui bungkusan hitam beserta nota di tepi jalan.*

               *CURI ikan di pasar sebelum menjualnya semula. Itu modus operandi dua lelaki yang mencuri hasil laut itu di Pasar Awam Parit Buntar dan sekitar Pulau Pinang yang kemudian menjual semula ikan curi itu kepada orang ramai bagi mendapatkan wang mudah.*

               *POLIS sudah mengambil keterangan ibu kepada dua beradik berusia sembilan dan 12 tahun yang hilang sejak tiga hari lalu untuk siasatan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hasan berkata, hasil siasatan dengan wanita berusia 33 tahun semalam, dia memaklumkan yang dua anaknya itu tiada dengan suaminya. Katanya, wanita itu menghubungi suaminya yang tinggal di Golok, Thailand dan diberitahu kedua-dua anaknya tiada di sana.*

                *LELAKI mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan menunjukkan kemaluan kepada seorang gadis yang juga penuntut sebuah institut pengajian tinggi awam. Tertuduh, Muhammad Hafizan Ismail, 24, dari Marang mengangguk faham sebelum mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Huda Akmal Mohamed.*

               *TOUCH and Go (TnG) Digital Sdn Bhd akan menjalin usaha sama dengan Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur bagi membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan serta derma menggunakan TnG e-dompet.*

               *SEORANG guru tadika yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut dilanggar kereta selepas motosikal ditungganginya terbabas di Jalan Sungai Pau, Sik, hari ini. Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, mangsa Siti Majidah Ayob, 25, dari Kampung Tanjung Besar disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.*

               *POLIS menahan seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai dapat membantu kes pembunuhan seorang wanita di Taman Permai 3, Seremban, pada Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, lelaki berusia 44 tahun terbabit ditahan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Oakland, Seremban, pada 8.50 malam tadi.*

                *KEGIATAN haram satu sindiket menjadikan sebuah rumah teres dua tingkat di kawasan perumahan elit di Bandar Puteri, Puchong sebagai stor simpanan arak. Malah, aktiviti itu berlarutan sehingga enam bulan selepas kawasan berkenaan dikatakan kebal daripada pihak berkuasa. Namun kekebalan itu tidak lama apabila berjaya dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Selangor yang kemudian melakukan serbuan, minggu lalu.*

               *SEORANG lelaki sempat membuat FB live sebelum terjun dari Kilometer 12.2 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini. Dalam kejadian jam 9.30 pagi, lelaki berusia 33 tahun itu yang berpakaian kemas berjaya diselamatkan nelayan. Jurucakap bomba berkata, mangsa sebelum itu dilihat bersama isterinya memberhentikan kereta di tepi jambatan terbabit.*

               *SURI RUMAH menangis teresak-esak apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 atas pertuduhan mencuri pelbagai barangan daripada sebuah pasar raya, Jumaat lalu.*

               *SEORANG petani dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini, atas tuduhan menyamun motosikal milik seorang wanita warga emas, Disember lalu. Hakim Juraidah Abbas menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Shafiq Abdul Rahman, 21, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.*

               *SEORANG anggota polis ditahan, kelmarin kerana meminta suapan RM1,700 daripada seorang lelaki bagi membebaskan adiknya yang ditahan berkaitan kes dadah. Sumber polis berkata, suspek ditahan di rumahnya di Taman College Heights, Seremban selepas pengadu membuat laporan polis.*

               *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk dua pengarah syarikat dan seorang ejen insurans wanita, hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah serta tuntutan palsu dianggarkan bernilai kira-kira RM1.8 juta. Menurut sumber, pengarah syarikat bergelar Datuk berusia 44 tahun itu ditahan, kira-kira 12 tengah hari dan seorang lagi pengarah syarikat berusia 51 tahun ditahan sejam kemudian.*

               *BEBERAPA kes pecah rumah berjaya diselesaikan susulan penahanan seorang lelaki di sebuah bengkel di Kampung Melayu, Bukit Batu Sedenak, Kulai semalam. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 28 tahun ditahan pasukan dari Balai Polis Air Bemban pada 7.30 malam dan turut ditemui peralatan dipercayai digunakan untuk jenayah itu.*

               *TIMBALAN Perdana Menteri tidak pernah meluluskan teks ucapan yang dibaca pada pelancaran projek jalur lebar berkelajuan tinggi Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Yang Dipertingkat (EM-IIG), hari ini. Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga tidak mewakilkan kepada sesiapa untuk membaca teks ucapan beliau pada majlis tersebut.*

               *Menjadikan banglo mewah tiga tingkat lengkap dengan kolam renang bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa. Itu modus operandi sindiket didalangi warga China yang menjadikan dua banglo mewah sebagai pusat operasi perjudian dalam talian. Bagaimanapun kegiatan mereka berjaya dibongkar Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Inspektor Yap Keat Hua dalam dua serbuan di Taman Melawati, Ampang Jay, hari ini.*

               *Kuala Langat: Segelintir pemilik kilang haram memproses sisa plastik import di daerah ini turut melakukan pembakaran terbuka untuk melupuskan sisa yang tidak boleh dikitar semula. Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan bagi mengaut keuntungan maksimum dengan cara pelupusan termudah iaitu membakarnya.*

               *Kuantan: Hukuman berat iaitu denda hingga RM500,000 dan penjara maksimum lima tahun seolah-olah tidak menggerunkan penjaja rokok seludup yang penjualannya dikesan masih berleluasa di sekitar daerah ini. Tinjauan di Jalan Pasar Baru di sini, iaitu antara lokasi panas penjualan rokok seludup pelbagai jenama mendapati masih ada penjaja menjualnya walaupun pihak berkuasa baru-baru ini melakukan serbuan di kawasan berkenaan.*

               *TIGA puluh empat individu cedera dalam letupan mercun di atas jambatan persimpangan bertingkat Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves , jam 8.20 malam tadi. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, siasatan awal mendapati seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun datang ke kuil berkenaan bersama dua rakan bagi upacara keagamaan.*

               *TIADA angin tiada ribut, lelaki mengamuk dan merosakkan kereta kakaknya menggunakan nunchaku (alat mempertahankan diri) di Taman Serai, di Kulim, semalam. Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, dalam kejadian 7.40 malam itu, suspek berusia 49 tahun datang ke rumah kakaknya dan secara tiba-tiba mengamuk.*

               *EMPAT nelayan warga Myanmar yang leka mengaut hasil laut di perairan berdekatan Pulau Langkawi ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Mereka berusia 28 hingga 43 tahun itu ditahan di kedudukan lapan batu nautika barat Pulau Rebak pada 6.35 petang semalam.*

               *BAKI 12 daripada 18 pendaki yang terkandas di Gunung Batu Putih, Batu 7, Kuala Woh, di Tapah, selamat dibawa turun, jam 11.15 pagi hari ini. Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari semalam, seramai 18 pendaki Bumi Hijau Hiking Club dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur terkandas selepas seorang pendaki wanita mengalami patah kaki kiri ketika melakukan aktiviti pendakian di gunung berkenaan.*

               *PEKERJA binaan warga Bangladesh maut selepas lantai bangunan dalam pembinaan runtuh di Taman Hi-Tech Subang, Subang Jaya, hari ini. Dalam kejadian 4.44 petang itu, mangsa berusia 43 tahun baru selesai melakukan kerja pembinaan kawasan terbabit.*

               *KERAJAAN negeri Kedah sedia menggunakan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara bagi menghapuskan lebih 100 hektar ladang ketum yang dikesan di seluruh negeri itu. Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, keputusan terbabit adalah salah satu langkah drastik bagi menangani masalah berkaitan penyalahgunaan ketum yang dilihat lebih banyak memberi kemudaratan kepada masyarakat.*

               *JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan keluarga kandung atau waris seorang kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan berbungkus kain batik di tepi jalan di Sungai Siput, kira-kira empat tahun lalu. Penolong Pegawai JKM Sungai Siput yang juga Pelindung kanak-kanak itu, Norashikin Abdul Hamid berkata, kanak-kanak itu yang diberi nama Danial Rayyan kini sudah berusia empat tahun, dan akan diserahkan kepada keluarga angkat jika waris atau keluarga kandungnya tidak muncul.*

               *LEBIH 600 individu menghadiri ujian lasak terbuka bagi mengisi kekosongan beberapa jawatan di Jabatan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini. Pengarahnya Azman Mahmood berkata, ujian terbabit diadakan di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur bermula jam 8 pagi.*

               *SUASANA tenang di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah, Ayer Keroh, Melaka, bertukar gamat apabila didatangi ‘tetamu tidak diundang’, hari ini. Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu mengakibatkan pekerja wanita lari ketakutan sebaik diberitahu mengenai kemunculan ular sawa batik sepanjang kira-kira satu meter yang berada di lampu bahagian siling.*

               *DUA parti komponen Pakatan Harapan (PH) di Selangor, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac ini. Sebaliknya, kedua-dua parti berkenaan, memberi laluan dan sokongan kepada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk memastikan PH mempertahankan kerusi DUN berkenaan yang kini kosong selepas kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor.*

               *SEBANYAK 87 peratus daripada jumlah keseluruhan 247 pengundi awal melaksanakan tangungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands selepas pusat mengundi ditutup, jam 5 petang hari ini. Berdasarkan peratusan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia bermakna, hanya 216 anggota dan pegawai polis menunaikan tanggungjawab itu.*

               *SEORANG wanita bukan hanya ditampar tetapi turut diugut dengan sebatang besi oleh bapanya dalam perselisihan faham berkaitan tanah pusaka di Kampung Gerong Apal, Jerteh, semalam. Selain memukul dan mengugut anaknya yang berusia 25 tahun, suspek berusia 50-an turut mengugut ibu mangsa yang juga bekas isterinya dalam kejadian itu pada 7.10 malam.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *LONDON: Seramai 26 bilionair kini mempunyai kekayaan sama dengan 3.8 bilion penduduk miskin iaitu hampir separuh daripada populasi penduduk dunia, kata badan gabungan kebajikan dunia, Oxfam.*
            *Oxfam berkata, jumlah harta 26 lelaki dan wanita terkaya di dunia adalah 1.1 trilion (RM5.81 trilion) - sama dengan dimiliki 50 peratus penduduk dunia yang miskin.*
          *The Guardian memetik laporan tahunan kekayaan oleh Oxfam yang disiarkan sempena perasmian Forum Ekonomi Dunia di Davos.*
           *Menurut Oxfam, 2018 menjadi tahun golongan kaya bertambah kaya dan golongan miskin bertambah miskin.*

           *GEMPA bumi dasar laut berukuran 6.7 magnitud melanda wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia pada Selasa, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut agensi meteorologi dan geofizik negara itu.*
          *Gegaran utama berlaku pada jam 12.10 tengah malam waktu Jakarta (0510 GMT) dengan pusat gempa di 120 kilometer barat daya wilayah Sumba Barat pada kedalaman 10 kilometer, kata kakitangan agensi itu, Priyo Budi ketika dihubungi Xinhua.*
          *”Berdasarkan pemerhatian kami setakat ini tiada potensi tsunami,” katanya.*

           *PARIS: Penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Chris Brown ditahan polis di sini untuk disoal siasat berhubung dakwaan satu kes rogol, kata sumber keselamatan yang enggan dikenali kepada AFP.*
          *Difahamkan seorang wanita menuduh Brown, pengawal peribadi dan seorang lagi rakan merogolnya di hotel Mandarin Oriental di Paris pada Selasa dan Rabu lalu, kata sumber itu.*
           *Awal minggu ini, akhbar Le Figaro melaporkan, artis bermasalah dengan sejarah perlakuan ganas itu berada di ibu kota Perancis bagi menghadiri satu pertunjukan fesyen.*

            *New Delhi: Seorang bayi berusia tiga minggu ditemui selamat biarpun selepas beberapa jam ditanam hidup-hidup dipercayai dilakukan ahli keluarga yang percaya kononnya bayi itu dirasuk.*
         *Daily Mail melaporkan, kejadian di Uttar Pradesh, India itu disedari oleh penduduk kampung yang terdengar suara tangisan bayi malang terbabit pada petang Jumaat lalu selepas ditanam berhampiran sebuah kolam.*
             *Salah seorang penduduk kemudiannya mencari arah suara tangisan itu sebelum menemui bayi terbabit dan mengeluarkannya dalam keadaan masih hidup.*

           *BEIRUT: Sistem pertahanan udara Syria menembak jatuh sekurang-kurangnya 30 peluru berpandu dan bom kawalan tepat ketika serangan Israel terhadap beberapa sasaran sekitar Damsyik semalam.*
             *Reuters melaporkan, agensi berita Russia, Interfax, yang memetik pusat kawasan pertahanan negara itu melaporkan serangan Israel mensasarkan lapangan terbang di selatan Damsyik.*
         *A Jazeera melaporkan, kenyataan tentera Israel berkata: “Kami menyerang sasaran Quds Iran di wilayah Syria.*

          *TOTALAN: Usaha mencari budak berusia dua tahun yang jatuh ke dalam perigi di selatan Sepanyol lebih seminggu lalu menghampiri tahap paling bahaya, kata jurutera pasukan penyelamat semalam.*
           *Budak berkenaan, Julen Rosello, jatuh ketika keluarganya bersiar-siar di kediaman persendirian di Totalan, Malaga, pada 13 Januari lalu. Tiada petunjuk beliau masih hidup.*
           *Pelombong menggali sepanjang hari untuk menghasilkan laluan, berharap dapat mencari budak berkenaan.*

           *BEIJING: Penyelidik yang mendakwa menghasilkan bayi diubah suai secara genetik pertama dunia akan disiasat polis China, lapor media hari ini, ketika pihak berkuasa mengesahkan wanita kedua hamil sepanjang uji kaji itu.*
             *He Jiankui mengejutkan komuniti saintifik tahun lalu selepas pengumuman beliau berjaya mengubah suai gen kembar perempuan yang dilahirkan November lalu untuk menghalang mereka dijangkiti HIV.*
         *Beliau memberitahu forum di Hong Kong bahawa ada satu lagi kehamilan membabitkan pasangan kedua.*

          *MATARAM: Polis Indonesia melancarkan gerakan memburu suspek Perancis yang melarikan diri dari penjara dengan menggergaji jeriji tingkap di tingkat dua dan turun menggunakan kain sarung.*
            *Tindakan berani Felix Dorfin yang dituduh menyeludup dadah berlaku petang Ahad lalu di pusat tahanan polis di Lombok, lokasi suspek berusia 35 tahun itu menantikan perbicaraan dalam kes yang boleh membawa hukuman mati itu.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


        *JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang akan menjalankan siasatan berhubung permohonan maaf yang dilakukan seorang lelaki kerana menghina tugas anggota pasukan penyelamat itu.*
            *Pengarahnya Saadon Moktar berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terlebih dahulu sama ada permohonan maaf dibuat lelaki itu benar-benar ikhlas atau hanya sekadar gimik.*
             *Semalam, seorang lelaki menulis komen ketika FB secara langsung operasi menyelamat dan mencari kenderaan utiliti sukan (SUV) putih yang terjunam di dalam laut di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, semalam.*
             *Lelaki terbabit mengkritik mengatakan pasukan bomba sebagai teruk serta hanya tidur dan makan sahaja.*

         *“SELAIN bantuan alat pengesan, saya juga menggunakan gerak hati ketika menyelam bagi mencari kenderaan itu,” kata penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Duyong, Laskar Kanan Mohd Farid Nordin.*
          *Mohd Farid yang juga penyelam pertama menemui kenderaan utiliti sukan (SUV) putih yang terhumban dalam laut itu berkongsi pengalamannya, berkata dia menggunakan gerak hati ketika mengesan SUV terbabit.*
           *“Pencarian itu juga dilakukan berdasarkan video yang tular dan kerana sudah lama buat kerja macam ni, saya turut menggunakan gerak hati,” katanya yang sudah berpengalaman 11 tahun menjadi penyelam.*
         *Menurutnya, dia melihat tayar kiri kenderaan itu terbenam dalam pasir dengan keadaan but terbuka selain tayar kanan belakang terkeluar.*

         ♂ *BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau mengaku bersalah kerana cuba menyelesaikan masalah legasi FELDA dan memberi pinjaman mudah kepada peneroka demi kehidupan yang lebih baik.*
         *"Saya mengaku bersalah kerana cuba menyelesaikan masalah legasi FELDA serta menjaga dan memberi pelbagai pinjaman mudah dan bantuan kepada kroni, iaitu peneroka dan keluarga mereka supaya kehidupan mereka lebih baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook (FB) beliau, hari ini.*
           *Berkongsi siaran berkenaan isu FELDA itu, Najib secara sinis berkata, ada yang mengaku dirasuk syaitan mengenai isu FELDA sehingga mengugut untuk menamparnya.*

         *“SELAMA saya sakit memang ada beberapa persatuan artis datang menghulurkan sumbangan,” kata pelakon Ebby Yus.*
              *Antaranya Yayasan Artis 1Malaysia (sekarang Yayasan Kebajikan Artis Malaysia) yang berbuat demikian dua tahun lalu.*
           *”Persatuan Seniman beberapa kali datang untuk memberi sumbangan tapi saya menolak dengan cara baik kerana masih boleh bekerja (berlakon) walaupun dalam keadaan sakit. Ada banyak lagi anak seni yang lebih memerlukan bantuan”.*
           *Pelakon dan pelawak itu berkata ketika mengulas perkembangan terbaru dirinya selepas tidak mampu aktif dalam bidang seni akibat komplikasi jantung dan buah pinggang yang kian kritikal.*

           *Taipei: Seorang pendaki wanita yang terkenal di media sosial dengan swafotonya memakai bikini di atas puncak gunung, dilaporkan maut dipercayai akibat terjatuh gaung di taman negara Yushan, Taiwan.*
            *AFP melaporkan, anggota penyelamat sehingga kini masih berusaha untuk mengeluarkan mayat mangsa, Gigi Wu dari lokasi kejadian yang sukar dilakukan akibat cuaca buruk.*
          *Wu yang dikenali sebagai ‘Bikini Climber’ oleh peminatnya, sempat menghantar koordinat lokasi kejadian kepada rakannya menerusi telefon bimbit selepas terjatuh pada Sabtu lalu.*
                 

*ARENA*
========


        *PAUL Pogba sedia terus bersama Manchester United dengan menandatangani kontrak jangka panjang bernilai lebih 290,000 (RM1.5 juta) seminggu.*
           *Pemain Perancis itu menolak tawaran itu musim lalu selepas bertelagah dengan Jose Mourinho hingga menyebabkan dia mahu menyertai Barcelona.*
            *Bagaimanapun, dia kini mahu terus berada di Old Trafford selepas pengendali Portugal itu dipecat dan digantikan oleh Ole Gunnar Solskjaer.*

        *MELBOURNE: Pemain pilihan kedua, Rafael Nadal mengekalkan rentak cemerlang di saingan tenis Terbuka Australia apabila melangkah ke pentas separuh akhir, sebentar tadi.*
           *Pemain nombor dua dunia ini mengenepikan cabaran ‘pembunuh gergasi’ dari Amerika Syarikat (AS), Frances Tiafoe 6-3, 6-4, 6-2, untuk menyertai kelompok empat terbaik.*

        *LONDON: Cardiff City menerima kejutan apabila pemain mereka, Emiliano Sala gagal dikesan, ketika pesawat ringan yang dinaikinya hilang daripada radar ketika melintas Terusan Inggeris, malam tadi.*
               *Setakat ini, kelab itu memaklumkan kepada SkyNews, mereka sedang menunggu pengesahan mengenai perkara berkenaan.*
             *Pusat Kawalan Trafik Udara mengesahkan pesawat itu berlepas dari Nantes di barat Perancis menuju ke Cardiff.*

        *ABU DHABI : Selepas ditunjukkan jalan keluar daripada saingan Piala Asia 2019, Ketua Jurulatih Arab Saudi, Juan Antonio Pizzi membuat keputusan mengejut meletak jawatan.*
          *The Green Falcons tumbang 0-1 kepada Jepun di peringkat 16 terbaik dan Pizzi membuat keputusan nekad itu sebaik saja perlawanan tamat.*

        *MELBOURNE: Pemain pilihan kelapan, Petra Kvitova meleburkan cabaran pemain tuan rumah, Ashleigh Barty untuk mara ke separuh akhir Terbuka Australia hari ini sekali gus prestasi terbaiknya dalam Grand Slam selepas pulih daripada kecederaan.*
           *Juara dua kali Wimbledon itu menangis kegembiraan selepas menewaskan Ashleigh 6-1, 6-4 untuk menempah pertembungan dengan pemain bukan pilihan daripada Amerika Syarikat, Danielle Collins.*

          *KUALA LUMPUR: Timbul kerisauan dalam diri pengendali skuad Bawah 19 tahun negara (B-19), Bojan Hodak selepas memulakan kem latihan pusat Fasa 2 di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang membuka tirainya, semalam.*
          *Pengendali kelahiran Croatia itu menyatakan kegusarannya terhadap kelibat beberapa pemain yang dipanggil menyertai latihan sepanjang minggu ini memandangkan ada antara mereka yang langsung tidak beraksi bersama pasukan tahun lalu.*

          *PETALING JAYA: Juara Liga Super 2006, Negeri Sembilan yakin akan kembali beraksi di Liga Super tahun depan, selepas tersingkir ke Liga Perdana musim ini.*
          *Pengurus pasukannya, Mohd Khairollah Abd Latif berkata, skuad diberi jolokan ‘Hobin Jang Hobin’ itu yang kini berada pada fasa terakhir persiapan, mampu meraih kedudukan dua teratas liga tahun ini, walaupu dibarisi pemain muda.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*KHMIS 24 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 18 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0557*
*SUBUH : 0607*
*SYURUK : 0724*
*ZOHOR : 1328*
*ASAR : 1650*
*MAGHRIB : 1926*
*ISYAK : 2039*

*GOA_L INI DISAJIKAN LEH*
*SAKURAEJA KITCHEN*
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213803888073507&id=1296196953


*TANAHAIRKU*
==============


               *PEMANDU Toyata Vios yang terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih terjunam ke dalam laut di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang, Ahad lalu, dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini. Terdahulu, lelaki berusia 21 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) untuk menyerah diri sebelum dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik oleh ahli keluarganya, jam 2 pagi.*

                *AHLI keluarga Moey Yun Peng, 20, mangsa kemalangan maut selepas kenderaannya terhumban dari Jambatan Pulau Pinang ke laut, Ahad lalu, mahu siasatan terhadap kejadian itu dijalankan dengan adil. Abang Moey, yang hanya mahu dikenali sebagai Dennis berkata, mereka sekeluarga menyerahkan kepada polis sepenuhnya berhubung kejadian berkenaan.*

               *SEBARANG tindakan yang akan diambil berhubung penggunaan pacuan empat roda milik Jabatan Perhutanan untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands akan diputuskan selepas siasatan dalaman selesai. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, sudah mempertanggungjawabkan Ketua Setiausaha Kementerian, Dr Tan Yew Chong untuk mengendalikan siasatan itu.*

               *TINDAKAN pengusaha bengkel kereta membina premis secara haram di Jalan Gombak, Batu 4 1/2, Kuala Lumpur, mengundang padah apabila struktur yang dibina dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam. Dalam operasi roboh bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari itu, tiga hingga empat blok premis yang dijadikan sebagai pejabat serta bengkel membaiki kereta berkenaan dirobohkan oleh sepasukan anggota penguat kuasa DBKL.*

               *KERAJAAN negeri Pahang meluluskan permit penggunaan tanah seluas 146 hektar kepada 73 penduduk yang mengusahakan tanah kerajaan untuk pertanian di Cameron Highlands. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia membuktikan kerajaan negeri tidak pernah bertindak zalim terhadap mereka walaupun mengusahakan tanah kerajaan secara haram sejak puluhan tahun dahulu.*

               *LELAKI yang disyaki terbabit dalam kes samun di Taman Hiburan, Jalan Penampang, kelmarin ditahan polis selepas kereta Perodua Kancil dipandunya terjunam ke dalam sungai di Kampung Sembulan, Kota Kinabalu, hari ini. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, polis mengesan suspek di kawasan Sinsuran sebelum cuba dihampiri.*

               *TIMBALAN Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi diumumkan sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang baharu, berkuat kuasa hari ini.*

               *JURUWANG pusat hiburan ditegur kerana tergelak ketika membuat rayuan sebelum didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah mengendalikan premis hiburan beroperasi lebih masa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini. Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim, menegur tertuduh, Hilyn Lasius, 22, supaya tidak tergelak sebelum mengarahnya meneruskan rayuan untuk meminta hukuman diringankan.*

               *TINDAKAN seorang lelaki menceroboh laluan trek Transit Aliran Massa (MRT) antara stesen Pusat Bandar Damansara dan Phileo Damansara, Petaling Jaya mengakibatkan perkhidmatan MRT tergendala seketika, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, lelaki yang memakai jersi pasukan bola sepak itu didapati menceroboh laluan trek pengangkutan awam berkenaan menggunakan tangga.*

               *PEGAWAI polis Bukit Aman dan seorang peniaga burger mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini atas dakwaan melakukan gaduh gempar di Taman Rasah Jaya, pada 9 Januari lalu. Tertuduh, Inspektor Rashi Akhbar Abdul Rashid, 37, dan Muhammad Firdaus Mohd Anuar, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mahyun Yusof sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadap mereka.*

               *BAPA lima anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini atas tuduhan menampar seorang guru Pendidikan Jasmani di Krubong, April tahun lalu. Kamarul Ariffin Suboh, 44, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.*

               *POLIS menahan empat lelaki disyaki menyamar sebagai wanita dengan menggunakan aplikasi WeChat bagi memperdaya seorang lelaki sebelum menyamun mangsa. Keempat-empat suspek berusia 21 hingga 27 tahun ditahan dalam beberapa serbuan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dalam tempoh 24 jam selepas melakukan jenayah berkenaan.*

               *LAPORAN forensik dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka memutuskan bangunan Planetarium Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, tidak selamat untuk digunakan. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, arahan pengosongan premis itu dibuat susulan pemeriksaan lanjut mendapati beberapa struktur sokongan pada bangunan terbabit tidak kukuh dan berbahaya untuk keselamatan orang awam.*

               *SEORANG penagih yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tampin di sebuah rumah di Gemas, hari ini, memberi alasan perlu menggunakan dadah bagi merawat kanser perut. Pengarah AADK Negeri Sembilan, Nazira Sadiron berkata, serbuan dilakukan di rumah ibu suspek jam 3 pagi . Katanya, lelaki itu memberitahu dia perlu menggunakan dadah bagi mengurangkan penderitaan akibat penyakit yang dihidapi sejak 2017.*

               *POLIS menumpaskan geng curi kabel bersenjatakan parang berikutan penahanan salah seorang daripada lima ahli kumpulan itu dalam serbuan di tepi Jalan Permatang 3, Kempas Baru, Johor Bharu, semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kejadian jam 12 tengah hari itu suspek berusia 35 tahun ditahan sepasukan Team Ops Cegah Jenayah (OCJ) Balai Polis Kempas.*

               *SEORANG anggota polis cedera akibat diseret kereta sejauh 20 meter oleh dua lelaki yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) di Batu 3, Jalan Pantai, Port Dickson. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku 10.30 pagi semalam, menyebabkan anggota berusia 25 tahun itu cedera di bahu dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.*

               *SEPASUKAN anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu dipanggil bagi membantu menurunkan jenazah seorang wanita obesiti seberat 190 kilogram ke dalam liang lahad, hari ini. Jenazah wanita berusia 50 tahun itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjong Chat, Kota Bharu, pada 11.40 pagi.*

               *PEMANDU teksi dan bas di Pulau Pinang akan menerima bayaran insentif berjumlah RM898,500 bermula hujung minggu ini. Insentif pemberian kerajaan negeri itu akan dimanfaatkan oleh 2,342 pemandu teksi dan 653 pengusaha bas yang aktif dan berlesen. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, penerima boleh menuntut insentif berkenaan di Dewan Sri Pinang, Georgetown pada 26 Januari atau di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah pada 27 Januari bermula jam 9 pagi hingga 1 petang.*

               *WARDEN asrama sekolah menengah agama di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka yang direman Ahad lalu kerana didakwa melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap pelajar di bawah jagaannya, dipercayai cuba membunuh diri ketika berada dalam lokap pois. Ketua Polis negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata guru Sains berusia 40 tahun itu cuba membunuh diri dengan terjun daripada tempat tinggi sehingga mengalami patah pinggang.*

               *SERAMAI 92 warga China termasuk tujuh wanita ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan judi atas talian menggunakan aplikasi WeChat di Plaza Sun (Sun Complex), Bukit Bintang, Kuala Lumpur, kelmarin. Serbuan dijalankan jam 1.30 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan.*

               *POLIS menafikan seorang penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Chembong, Rembau, maut akibat dibelasah, sebaliknya lelaki itu meninggal dunia disebabkan kecederaan lama dalam kepala, malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, Muhammad Aizuddin Awang, 24, memberitahu rakannya dia mengalami sakit kepala ketika berada di bilik asrama pada 8.45 malam.*

               *SEPUPU kepada Altantuya Shaariibuu mendakwa pernah ditunjukkan gambar wanita itu bersama dua lelaki yang dikenali sebagai penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan seorang Timbalan Perdana Menteri. Burmaa Oyunchimeg, 37, mengesahkan gambar itu selepas ditunjukkan oleh peguam keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.*

               *HANYA menunggu masa untuk siling atau bumbung runtuh, malah sudah ramai penduduk cedera kerana terkena renjatan elektrik. Itulah hakikat yang terpaksa dihadapi lebih 100 penduduk di 22 unit rumah tingkat empat pangsapuri kos sederhana rendah, LMC Carnation Park di Tanah Rata, Cameron Highlands sejak hampir lima tahun lalu.*

               *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Kemaman merampas 7,565 paket serbuk kopi dalam operasi di sebuah kilang memproses kopi terkenal di Chukai, semalam. Rampasan itu dibuat selepas KPDNHEP mendapati kilang terbabit dipercayai menggunakan sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sudah tamat tempoh.*

               *KERAJAAN Pulau Pinang akan mengemukakan surat bertulis kepada pengendali Jambatan Pulau Pinang, PLUS (M) Berhad berhubung cadangan mengkaji penghadang laluan di jambatan berkenaan. Ketua Menterinya Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri amat prihatin terhadap beberapa kejadian yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang, termasuk kes bunuh diri yang sering dilaporkan media.*

               *SEORANG abang tidak menyangka tindakan adik bongsunya menghulur wang kepada bapa mereka adalah pemberian terakhir sebelum meninggal dunia dalam kemalangan di Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Muhammad Syafiqal Othman, 20, meninggal dunia di Hospital Port Dickson akibat cedera parah di kepala.*

               *LELAKI tempatan yang merempuh pegawai Imigresen menggunakan motosikal di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru, pada 8 Januari lalu, didenda RM4,100. S Jeganes, 35, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas PATI Pekan Nenas, Pontian, hari ini.*

               *LELAKI ‘tidur mati’ di tepi jalan sehingga menimbulkan tanda tanya sebelum tersedar selepas 10 minit dikejutkan orang ramai di Kampung Pulau Melayu, Miri, petang semalam. Dalam kejadian 5 petang itu, lelaki berusia 40-an itu ditemui dalam keadaan terbaring berhampiran motosikalnya tanpa menghiraukan orang awam yang melalui kawasan berkenaan.*

               *PENOLONG Pegawai Tadbir sebuah universiti awam (UA) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, bagi membantu siasatan berkaitan kes salah guna kuasa membabitkan kerja pembekalan dan perkhidmatan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM140,000. Menurut sumber, wanita berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari tadi, di Pejabat SPRM Pulau Pinang ketika hadir untuk memberi keterangan.*

               *TIGA beradik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas tuduhan menyamun jiran mereka, awal bulan ini. Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh masing-masing berusia 13, 21 dan 22 tahun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama melakukan samun berkawan terhadap seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun dengan merampas wang tunai milik mangsa berjumlah RM10.*

               *SERAMAI 101 pelajar Orang Asli yang terkandas di lima pos di daerah Gua Musang dibawa keluar dengan menggunakan dua helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), hari ini. Penerbangan dikenali Ops Murni itu dijangka mengambil masa selama tiga hari bermula hari ini untuk membawa keluar semua pelajar yang terkandas itu.*

               *PASUKAN Polis Marin (PPM) Sandakan menumpaskan cubaan dua lelaki termasuk seorang warga tempatan dipercayai cuba menyeludup keluar 2,500 liter minyak diesel dalam Ops Pensura di perairan Pulau Berhala, Sandakan, awal pagi, semalam. Turut ditemui dalam bot yang dikendalikan lelaki warga Filipina itu ialah tujuh tong gas petroleum cecair (LPG), beberapa paket beras, gula tepung dan minyak masak.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *MOSCOW: Seorang ibu mendakwa tidak mampu menyara dua anaknya hingga mendorongnya membunuh kanak-kanak berusia dua dan empat tahun itu sebelum membakar mayat mereka dalam kejadian di Russia pada April tahun lalu.*
          *Bagaimanapun, gaya hidup wanita terbabit, Elena Karimova, 27, tidak seperti didakwanya apabila dikatakan membelanjakan sekitar 470 paun (RM2,501) untuk kereta sewa selain mampu melancong ke luar negara.*
         *Elena yang hidup glamor dengan 27,000 pengikut Instagram untuk perniagaan kosmetiknya, mencekik mati anaknya di tempat duduk belakang kereta sewanya dengan rakaman kamera litar tertutup menunjukkan detik akhirnya membeli coklat untuk kanak-kanak berkenaan didedahkan pihak berkuasa, semalam.*

           *JAKARTA: Seorang pemandu minivan awam didapati meninggal dunia di Curug, Tangerang, akibat terlebih makan buah durian.*
           *Ketua unit siasatan jenayah Tangerang Selatan, Alexander Yuriko, berkata pemandu yang dikenali sebagai Adie, 53, mempunyai tekanan darah tinggi dan disahkan memakan durian dalam kuantiti banyak sebelum dia meninggal dunia.*
           *”Disebabkan pemakanan yang tidak dikawal itu menyebabkan saluran darahnya pecah dan hidung turut berdarah,” katanya kepada kompas.com.*

           *Mexico City: Presiden Mexico mengumumkan bakal memperkenalkan program sosial bertujuan untuk membangunkan kawasan miskin bagi menangani kes kecurian bahan api yang semakin berleluasa terutama selepas berlakunya kebocoran paip yang membunuh 93 orang.*
           *Presiden Andres Manuel Lopez Obrador, berkata kerajaannya akan membelanjakan kira-kira RM830 juta (USD200 juta) untuk pencen, pinjaman perniagaan kecil, skim pekerjaan belia dan program lain bagi membantu 1.7 juta penduduk yang mendiami kawasan kecurian bahan bakar.*

           *LAGOS: Seramai 20,000 wanita dan remaja perempuan dari Nigeria dikhuatiri terjebak dalam kegiatan pemerdagangan manusia di Mali, kata ketua agensi anti pemerdagangan Nigeria.*
             *Ketua Pengarah Agensi Kebangsaan Larangan Pemerdagangan Manusia (NAPTIP), Julie Okah-Donli, berkata berpuluh-puluh wanita dan remaja perempuan dihantar balik dari daerah Kangaba di selatan Mali pada November 2018.*
          *Pasukan yang diarahkan untuk menyiasat kawasan itu mendapati terdapat beratus-ratus lagi wanita ditahan di sana.*

           *NEW YORK: Dua adik-beradik warga Arab Saudi yang mayat mereka ditemui di tebing Sungai Hudson di sini, pada Oktober lalu disahkan membunuh diri, iaitu berdasarkan hasil siasatan oleh pegawai perubatan.*
           *Hasil siasatan itu menunjukkan Rotana Farea, 22, dan adiknya, Tala, 16, yang ditemui dengan pinggang dan buku lali diikat bersama menggunakan pita erekat, tidak menunjukkan sebarang tanda trauma atau serangan.*
          *”Kami memutuskan bahawa punca kematian Rotana dan Tala adalah akibat bunuh diri, dengan mengikat diri mereka bersama-sama sebelum terjun ke dalam Sungai Hudson,” kata Ketua Pemeriksa Perubatan, Barbara Sampson.*

          *Kabul: Sekumpulan militan Taliban menggunakan sebuah kenderaan Humvee yang dicuri untuk melancarkan serangan bom kereta di sebuah kem tentera Afghanistan yang meragut lebih 100 anggota keselamatan.*
          *Pegawai pertahanan memberitahu, kenderaan itu yang penuh dengan bahan letupan merempuh pusat pemeriksaan di sebuah pusat latihan tentera di Maidan Shahr kelmarin sebelum meletup.*
          *Dua lelaki bersenjata kemudian menyerbu masuk dan melepaskan tembakan ke arah tentera yang terselamat sebelum mereka ditembak mati.*

          *MONTREAL: Netflix dilaporkan menolak permohonan kerajaan Quebec supaya ia menarik balik rakaman kemalangan kereta api di Kanada pada 2013, daripada filem terbitannya, ‘Bird Box’.*
             *Namun, syarikat penyedia perkhidmatan media itu memohon maaf atas segala masalah yang timbul susulan paparan rakaman berkenaan dalam filem terbabit.*
           *Dalam sepucuk surat kepada Menteri Kebudayaan Quebec, Nathalie Roy, Netflix turut memberi jaminan ia tidak akan menggunakan rakaman kemalangan di Lac Megantic dalam mana-mana penerbitannya.*

           *ANKARA: Seorang tukang masak kebab ditahan kerana disyaki membunuh dan mengerat anak perempuannya yang juga penari gelek di Keslan, barat laut Turki.*
            *Hasan Uslu disyaki membunuh anaknya Didem, 32, sebelum mengerat mayatnya selepas pertengkaran besar antara dua beranak itu, bulan lalu, lapor Daily Mail.*
              *Dia ditahan selepas lengan anaknya ditemui dibungkus dalam surat khabar di kawasan belukar oleh seorang lelaki yang mengutip kon pain berhampiran sebuah masjid pada 9 Januari.*

           *TAIPEI: Seorang penumpang seberat 200 kilogram (kg) didakwa memaksa pramugari penerbangannya membersihkan punggungnya selepas membuang air, kononnya kerana terlalu gemuk dan mengalami kecederaan tangan sehingga tidak mampu melakukannya sendiri.*
              *Lebih menjijikkan apabila lelaki itu didakwa mengerang gembira sepanjang mereka membersihkannya dalam kejadian ketika penerbangan antara Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) ke Taiwan itu.*
           *Perkara itu didedahkan seorang ketua pramugari yang mendakwa penumpang dipercayai warga Amerika itu yang namanya tidak didedahkan memaksanya serta anak kapal lain melucutkan seluarnya di dalam bilik air dan membersihkannya selepas selesai membuang air, termasuk menyuruh mereka ‘mencuci lebih dalam lagi.’*

        *MOSCOW : Seorang penumpang yang mabuk dalam satu penerbangan domestik memaksa pesawat itu mengubah haluan ke Afghanistan, menyebabkan juruterbang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Siberia, hari ini.*
         *Pesawat Aeroflot itu yang sedang dalam perjalanan dari Surgut di barat Siberia ke Moscow terpaksa mendarat di bandar Khanty - Mansiysk.*
           *Jawatankuasa Siasatan Russia berkata, lelaki tidak dikenali itu berada dalam keadaan mabuk.*
            *Dia ditahan sebaik pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat di Khanty - Mansiysk yang terletak 2,600 kilometer di timur Moscow.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *LEMANG To’ki di Bentong, Pahang mendapat promosi percuma selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak singgah di kedai itu dan memuji keenakannya, pagi ini.*
         *”Lemang dan rendang, siapa boleh say no (kata tidak)? Kalori pun kalori lah.*
          *”Kalau lalu Bentong, singgah kat gerai Lemang To’ki. Sedap dan harga dia pun ok,” katanya menerusi hantaran Facebook dalam kunjungan beliau ke Pahang.*
           *Susulan itu, Najib memuat naik gambar beliau berdiri di sebelah kenderaan jentera pacuan empat roda (4WD) yang terpampang pelekat ‘Malu Apa Bossku’.*

          *“SAYA mohon kepada semua pengguna laman sosial supaya menghentikan penyebaran gambar berserta video dan memadamkan perkara tidak baik mengenai mendiang dengan serta merta bagi menghormati perasaan kami sekeluarga,” kata keluarga Moey Yun Peng, 20 mangsa kemalangan maut selepas kenderaannya terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang, Ahad lalu.*
         *Abang mangsa yang mahu dikenali sebagai Dennis menggesa semua pihak memahami situasi mereka yang terpaksa berdepan dengan kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata.*
         *Katanya, walaupun sedih, mereka sekeluarga menerima apa yang sudah ditakdirkan dengan merayu gambar dan video yang tidak sepatutnya disiarkan dapat dipadamkan demi menjaga perasaan serta sensitiviti keluarga.*

            *IBARAT pelanduk dua serupa, begitulah yang boleh dikatakan kepada seorang lelaki apabila dikatakan mirip Allahyarham Tan Sri P Ramlee.*
           *Bukan itu saja, suara dan raut wajah dengan gaya rambut dan potongan misainya saling tak tumpah dengan seniman agung yang disegani itu.*
               *Lelaki dengan nama Fairuz Misran, 34, menjadi tular apabila mendendangkan lagu 'Maafkan Kami' nyanyian P Ramlee daripada filem Pendekar Bujang Lapuk.*
               *Rakaman video berdurasi lima minit enam saat yang tular sejak kelmarin, menunjukkan gaya Fairuz seakan P Ramlee. Malah, nyanyiannya 'Maafkan Kami' salin tak tumpah dengan seniman itu.*

           *SEDANG asyik bergaya untuk merakamkan memori indah pada majlis perkahwinan, sepasang pengantin baharu menerima kehadiran posmen untuk meminta tanda tangan bagi penyerahan bungkusan pos laju.*
         *Pengalaman unik itu dialami Nur Syafini Afni Mohd Yatim, 25, dalam majlis akad nikah bersama pasangannya, Mohamad Khairul Adha Che Kamaruddin, 26, di kediamannya di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu, di Tumpat Sabtu lalu.*
         *Detik manis itu dikongsi Nur Syafini menerusi akaun Twitter miliknya sehingga menjadi tular.*
          *Nur Syafini berkata pada mulanya posmen itu menyerahkan bungkusan itu kepada bapanya untuk diserahkan kepadanya posmen itu dijemput naik ke rumah untuk menyerahkan sendiri.*

          *JAKARTA: Video lelaki cacat diarah untuk bersolat di luar Masjid Besar Sumatra Barat di Padang, Sumatera Barat, kerana kerusi rodanya dianggap tidak bersih mencetuskan kemarahan di media sosial.*
           *Menurut The Jakarta Post, Abraham Ismed turut menulis pengalamannya berbalah dengan pegawai keselamatan masjid yang diluahkannya di Instagram menerusi akaun @boy1492.*
         *Abraham menerima 582 ‘like’ dan 241 komen. Rata-rata netizen mengutuk sikap pegawai keselamatan yang dianggap mendiskriminasi, tidak beretika dan tidak berperikemanusiaan kepada golongan orang kurang upaya (OKU).*
        *Abraham turut mengutuk peraturan di masjid itu sebagai "tidak masuk akal."*
                 

*ARENA*
========


          *BEKAS penyerang England, Gary Lineker mengkritik Cristiano Ronaldo kerana mengirim foto selfie ‘tidak kena masa’ sebelum berlepas menaiki pesawat peribadinya.*
              *Pengulas sukan The Match of the Day itu membuat tweet kepada bintang Juventus itu dengan mengatakan: “Bukan hari untuk tweet ini. Ia benar-benar tidak perlu.”*
             *Gambar penyerang bintang Portugal itu selfie muncul ketika pesawat dinaiki pemain Cardiff City, Emiliano Sala hilang dari radar ketika terbang dari Nantes ke Cardiff, kelmarin masih belum ditemui ketika dia dalam laluan melengkapkan perpindahan menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.*
          *Sala menaiki pesawat kecil Piper Malibu yang ‘lesap’ ketika melalui Selat Inggeris dan pemain terbabit itu kini dianggap sudah mati.*

          *MELBOURNE: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mara ke separuh akhir Terbuka Australia hari ini apabila Kei Nishikori yang cedera menarik diri selepas ketinggalan 6-1, 4-1 dalam tempoh 51 minit.*
         *Nishikori melalui pertembungan epik lima set selama 13 jam 47 minit di gelanggang sebelum saingan suku akhir dan mengalami ketegangan di bahagian paha pada set pertama ketika saingan panjang itu mula memberi kesan kpadanya.*

          *KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin bakal berdepan ujian getir apabila dijadual bertemu pasangan nombor dua dunia dari China, Li Junhui-Liu Yuchen pada aksi pusingan kedua Masters Indonesia, esok.*
            *Terdahulu, Ee Yi-Yew Sin yang muncul naib juara Masters Malaysia, Ahad lalu mara selepas menundukkan pasangan muda China, He Jiting-Tan Qiang 21-17, 21-8 dalam aksi pusingan pertama di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.*

         ♂ *KUALA LUMPUR: Trio pecut negara yang diketuai Azizulhasni Awang diharapkan terus cemerlang bagi memastikan sasaran melayakkan diri ke Olimpik Tokyo menerusi acara pecut berpasukan tercapai.*
          *Gandingan Azizulhasni bersama Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Zonis cemerlang apabila melakar gangsa di Kejohanan Trek Asia bulan lalu.*
            *Persembahan itu dilihat belum mempamerkan kemampuan sebenar trio negara apabila Fadhil beraksi dalam keadaan demam.*

          *IPOH: Kesilapan teknikal menyebabkan majlis pelancaran jersi pasukan dan pengenalan pemain Perak 2019 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Indera Mulia pada Sabtu ini terpaksa ditukar ke Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).*
          *Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pertukaran lokasi disebabkan pihak pengurusan stadium berkenaan sudah menandatangani perjanjian dengan pihak lain untuk menggunakan kawasan itu.*

          *KUALA TERENGGANU: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan merujuk kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terlebih dahulu berhubung cadangan untuk mendaftar pemain import Terengganu FC (TFC), Lee Tuck sebagai pemain tempatan.*
          *Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kedudukan sebenar berhubung status pemain kelahiran England itu sama ada akan didaftarkan atau sebaliknya akan diputuskan selepas perbincangan lebih lanjut dengan FAM.*

          *MELAKA: Melaka United (MU) turun beraksi di Liga Malaysia sebagai pasukan 'underdog' walaupun skuad itu kini dibarisi pemain yang berpengalaman luas dalam saingan bola sepak tempatan dan antarabangsa.*
          *Bekas kapten kebangsaan dan Selangor, Razman Roslan berkata, beraksi sebagai skuad bukan pilihan lebih selesa buatnya dalam memenuhi sasaran pengurusan yang mahu skuad itu meraih satu daripada piala dipertandingkan musim ini.*
           *Katanya, situasi itu jelas tidak memberi tekanan kepada pemain dalam memberi komitmen 100 peratus, berbanding di label sebagai pasukan 'favourite'.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2019 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SATU 26 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 20 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0558*
*SUBUH : 0608*
*SYURUK : 0725*
*ZOHOR : 1328*
*ASAR : 1650*
*MAGHRIB : 1926*
*ISYAK : 2039*


*GOA_L TERAKHIR UNTUK MINGGU INI*


*TANAHAIRKU*
==============


               *HARGA runcit bahan api bagi petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal RM2.28 seliter dan RM1.98 seliter manakala diesel naik satu sen kepada RM2.18 seliter mulai tengah malam ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, harga runcit berkenaan untuk tempoh 26 Januari hingga 1 Februari ini.*

               *KERAJAAN Sarawak mengumumkan penguat kuasaan larangan merokok di premis makanan termasuk restoran bermula 1 Mac ini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, ia menggunakan pendekatan sama ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu perokok dibenarkan merokok dalam jarak tiga meter dari restoran.*

                *KEMENTERIAN Pengangkutan bersetuju dengan cadangan Plus Malaysia Berhad (PLUS) untuk memasang kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di enam lebuh raya kendaliannya termasuk di Jambatan Pulau Pinang tanpa mengenakan sebarang kos pemasangan kepada kerajaan. Menterinya Anthony Loke berkata, pihaknya akan berbincang dengan PLUS mengenai cadangan yang dikemukakan pihak konsensi lebuh raya berkenaan.*

                *SEBANYAK 39,311 pesalah trafik yang dirakam menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di seluruh negara disenaraihitam dan dikenakan waran tangkap berikutan gagal melunaskan saman dari September hingga Disember tahun lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, sejak pihaknya mengambil alih operasi kamera itu dari 1 September sehingga 21 Januari lalu, 95,850 notis saman dikeluarkan menerusi 45 kamera AWAS di seluruh negara.*

               *PAKATAN Harapan (PH) akan meletakkan calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Mac ini. Ketua Badan Pimpinan BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat PH negeri yang diadakan petang semalam.*

               *KANTIN Sekolah Kebangsaan (SK) Manjoi, Ipoh ditutup bermula jam 3 petang semalam susulan kes 17 murid mengalami keracunan makanan selepas dipercayai makan di kantin berkenaan, pagi semalam. Notis perintah penutupan sementara premis yang menyediakan makanan untuk murid SK Manjoi 1 dan SK Manjoi 2 yang terletak bersebelahan itu dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta selepas melakukan pemeriksaan di kantin berkenaan.*

                *HANYA kerana mi segera yang diidamkan tiada di rumah, seorang lelaki naik hantu apabila mengugut mahu membakar rumah dalam kejadian di Kuala Ibai, Kuala Terengganu Isnin lalu. Bukan itu saja, lelaki berusia 32 tahun terbabit turut mengugut mahu menumbuk ibunya berusia 57 tahun dalam kejadian jam 12.30 tengah hari. Menurut sumber, lelaki yang tidak bekerja itu dikatakan mahu makan mi segera namun mangsa memaklumkan bekalan mi segera tiada di rumah menyebabkan dia mengamuk.*

               *SEORANG penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini atas dakwaan memiliki 3,025 paket rokok seludup bernilai RM6,825 di Senawang pada 18 Januari lalu. Ruzlan Hassan, 46 membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mahyun Yusof sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.*

                *KERAJAAN Selangor menggunakan formula tersendiri menentukan kadar baharu tarif air di negeri itu bagi memastikan ia tidak membebankan pengguna. Menteri Besar Amirudin Shari berkata, ketika ini, pihaknya mengadakan perbincangan bersama Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi mendapatkan tarif air yang sesuai. Menurutnya, jika ada sebarang kenaikan tarif air, beliau akan pastikan ia tidak membebankan pengguna, terutama golongan B40.*

               *EMPAT lelaki termasuk adik kepada Exco Pemuda UMNO didakwa di Mahkamah Majistret Kajang, hari ini atas tuduhan membunuh ahli perniagaan yang dipercayai diculik dari rumahnya di Bandar Seri Putra, Bangi, dan dibelasah sehingga mati.*

               *WALAUPUN sukar berjalan kerana retak tulang paha kanan, namun Samsudin Maakum, 56, nekad meredah api demi menyelamatkan seorang bayi lelaki berusia 20 bulan yang terperangkap di dalam sebuah rumah terbakar, pada 12 Disember lalu. Disebabkan keberanian Pembantu Awam Majlis Perbandaran Jempol itu menerima penghargaan di Perbarisan Tahunan 2019 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, hari ini.*

                *NELAYAN dari Kampung Bagan Belat, Tanjung Dawai, Sungai Petani dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak keluar untuk menangkap ikan Rabu lalu. Mangsa, Lai Yoon Khong, 41, dikatakan keluar bersendirian jam 1 tengah hari untuk menangkap ikan di persekitaran pantai Kota Kuala Muda dan Pulau Bidan menggunakan bot sendiri.*

                *LELAKI dan wanita ditemui meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida selepas tertidur dalam kenderaan di parkir tingkat tiga, sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu, hari ini. Dalam kejadian 3 pagi itu, lelaki berusia 23 tahun itu difahamkan adalah bekas kekasih kepada wanita terbabit yang berusia 20 tahun.*

               *POLIS merampas rokok dan arak seludup bernilai kira-kira RM13.7 juta dalam empat serbuan di Johor, Rabu lalu. Serbuan dilakukan susulan rampasan barangan yang sama bernilai RM1.6 juta di Lembah Klang, tiga hari sebelum itu.*

               *TEMPOH reman dua individu termasuk seorang pengarah syarikat bergelar Datuk dilanjutkan tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes rasuah serta tuntutan palsu dianggarkan bernilai kira-kira RM1.8 juta. Majistret Ahmad Afiq Hasan membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh tahanan reman kedua-dua lelaki itu bermula esok sehingga Isnin ini.*

               *SUSPEK termasuk adik seorang ahli politik bergelar Datuk yang disyaki membunuh seorang ahli perniagaan pada 3 Januari lalu didakwa menghubungi isteri mangsa dan meminta wang tebusan berjumlah RM600,000. Sumber berkata, mangsa berusia 30-an sebelum itu dilarikan empat suspek dari rumahnya di Bandar Sri Putra, Kajang pada 2 Januari lalu, susulan pertikaian membabitkan isu pelaburan mata wang digital bitcoin.*

               *ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) kini dalam proses mengkaji serta mengenal pasti sebarang ancaman membabitkan penggunaan teknologi generasi kelima (5G) dipelopori China. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, teknologi berkenaan pastinya memudahkan kehidupan seharian, namun tidak menafikan kemungkinan ia juga mudah diserang jika tiada tindakan pencegahan.*

               *PEKERJA stor di sebuah rumah kedai dua tingkat ‘tinggal’ di Bandar Armada Putra, Pelabuhan Klang, Klang yang disyaki menyimpan tong gas petroleum cecair (LPG) tidak sempat menjamah makanan apabila dipercayai melarikan diri sebaik menyedari premis itu diserbu, malam semalam.*

               *KUNJUNGAN kerap Datuk Seri Najib Razak untuk membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands atas permintaan rakyat setempat. Bekas Perdana Menteri itu berkata, selain menyambut penerimaan rakyat, tujuannya hanya membantu parti memenangi PRK kali ini walaupun terdapat pelbagai andaian disuarakan pemimpin Pakatan Harapan (PH).*

                *PENDUDUK di kawasan perumahan mewah di Demak Baru, Petra Jaya gempar dengan kehadiran seekor buaya di dalam longkang, hari ini. Kehadiran buaya sepanjang kira-kira tiga meter itu diseari seorang penduduk, jam 9.30 pagi sebelum pihak bomba dihubungi 20 minit kemudian untuk mendapatkan bantuan menangkap reptilia terbabit.*

               *REMAN seorang bekas pengurus kanan produk di sebuah syarikat dilanjutkan dua hari lagi sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan berkaitan kes menerima suapan bernilai lebih RM2 juta.*

               *Barisan Nasional (BN) perlu menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands bagi memberikan mesej dan isyarat terhadap penipuan berterusan Pakatan Harapan (PH). Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini berikutan pelbagai janji dan harapan palsu yang gagal ditunaikan dan membangkitkan kemarahan rakyat terhadap PH sedangkan pengundi sebelum ini mengundi untuk pembaharuan.*

               *PENGANALISIS politik berpendapat biarpun Barisan Nasional (BN) dilihat memiliki peluang untuk mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands, mereka tetap berdepan laluan sukar. Pensyarah di Jabatan Sosiobudaya Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM) yang juga penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi menjelaskan setakat ini, BN dilihat berjaya menguasai isu dan sentimen untuk menarik pengundi.*

               *DUA lelaki yang mencuri kereta Proton Iswara merah di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech, Kulim, September tahun lalu akhirnya ditahan polis, semalam. Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, suspek pertama berusia 22 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Lobak, Kulim, jam 6.30 pagi.*

               *TAKTIK sindiket Macau Scam yang menakut-nakutkan seorang pesara kerajaan kononnya terbabit dalam kes langgar lari membuahkan hasil apabila warga emas itu mengalami kerugian sehingga RM20,500. Kejadian bermula Isnin lalu, apabila mangsa berusia 60 tahun dan tinggal di Kuala Tahan, Jerantut, dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.*

               *POLIS mengesan empat lelaki yang juga saksi kejadian kes bunuh seorang lelaki di sebuah lombong berhampiran kilang di Taman Cheras, Kuala Lumpur pada Julai 2015. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dalam kenyataan media, hari ini, memaklumkan pihaknya mengesan saksi terbabit bagi menghadiri perbicaraan kes terbabit di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa depan.*

               *BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya mencari simpati bagi mendapatkan sokongan semula daripada rakyat selepas berdepan pelbagai tuduhan di mahkamah. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan ahli Parlimen Pekan itu dilihat sebagai antara usaha beliau untuk menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat kononnya beliau tidak bersalah.*

               *LELAKI dipercayai warga Singapura maut, manakala seorang wanita cedera dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Terowong Menora Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Ipoh, awal pagi hari ini. Dalam kejadian itu, motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai terbabas dan merempuh pembahagi jalan.*

               *YAYASAN Bandaraya Johor Bahru (YBJB) sedang mengenal pasti bangunan atau ruang sesuai untuk dijadikan rumah transit bagi menempatkan golongan gelandangan di sekitar bandar raya ini. Pengerusinya Mazlan Bujang berkata, rumah transit yang mempunyai fungsi seperti Anjung Singgah di Kuala Lumpur dan Johor Bahru itu antara pelan jangka pendek difikirkan bagi membantu golongan terbabit.*

               *POLIS menahan tiga individu warga asing termasuk seorang wanita dan sembilan pemain judi dalam talian dalam serbuan di dua premis di Taman Kinrara, Puchong, awal pagi hari ini. Dalam serbuan serentak bermula kira-kira jam 12 tengah malam, dua warga Indonesia termasuk seorang wanita dan seorang lelaki warga Myanmar berusia antara 25 hingga 34 tahun ditahan kerana disyaki penjaga dua premis judi dalam talian berkenaan.*

               *TINDAKAN sekumpulan wanita warga asing cuba melarikan diri dengan menaiki dua kereta gagal selepas dihalang sepasukan anggota penguat kuasa dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, hari ini. Dalam Operasi Bersepadu Pusat Hiburan kira-kira jam 3 pagi itu, seramai 21 wanita warga Thailand dan dua wanita warga Vietnam berusia antara 20 hingga 35 tahun selain dua lelaki tempatan masing-masing berusia 32 serta 34 tahun ditahan selepas didapati memandu kereta dinaiki kesemua wanita warga asing berkenaan.*

               *LELAKI warga Australia parah akibat ditetak dengan parang susulan perselisihan faham dalam kejadian berhampiran Kampung Kiwoi di Tamparuli, Tuaran, petang tadi. Dalam kejadian jam 2.50 petang itu, mangsa yang berkahwin dengan penduduk tempatan dan menetap di kampung itu parah akibat ditetak di kedua-dua lengan dan belakang kepala.*

               *PENGUNJUNG Pantai Melawi, di Bachok gempar dengan penemuan mayat lelaki tanpa pakaian, terdampar berhampiran Seri Pantai Chalet, hari ini. Dalam kejadian 4.55 petang itu, polis Bachok menerima panggilan orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan.*

               *“SAYA minta maaf kepada semua pihak, saya menyesal dengan apa yang berlaku,” itu kata-kata yang diulangi pemandu kereta Toyota Vios berusia 21 tahun, ketika ditemubual pihak berkuasa selepas menyerah diri kepada polis kelmarin. Dia yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu menangis sebaik diajukan soalan mengenai kejadian dan berulang kali memohon maaf. Lelaki berkenaan berdepan hukuman penjara dua hingga 10 tahun dan denda antara RM5,000 dan RM20,000.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *Washington: Lebih 800,000 kakitangan kerajaan tidak menerima gaji buat kali kedua selepas berlaku krisis penutupan sebahagian kerajaan paling panjang yang masuk minggu keempat.*
            *Keadaan itu turut menjejaskan operasi di lapangan terbang apabila penumpang terpaksa menunggu lama untuk melepasi bahagian keselamatan selain ada kakitangan terpaksa mengharapkan bantuan makanan percuma McDonald’s.*
         *Daily Mail melaporkan, penutupan kerajaan itu melumpuhkan semua agensi sekali gus menyebabkan lebih ramai bergantung kepada ihsan bantuan makanan.*

            *Davos, Switzerland: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, merayu berdialog dengan Venezuela bagi mengelakkan krisis politik menjadi luar kawalan selepas pemimpin pembangkang, Juan Guaido, mengisytiharkan dirinya sebagai presiden sementara.*
             *”Kami berharap dialog boleh diadakan bagi mengelak keadaan menjadi lebih buruk yang boleh membawa kepada konflik bencana kepada rakyat Venezuela dan rantau berkenaan,” katanya di Forum Ekonomi Dunia di Davos.*
             *Amerika Syarikat, Brazil dan beberapa lagi negara mengiktiraf tindakan Guaido membuat perisytiharan itu yang menggulingkan Presiden Nicolas Maduro ketika bantahan berleluasa di seluruh negara yang dicengkam kemelesetan ekonomi itu.*

             *JAKARTA: Bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok dibebaskan hari ini selepas menjalani hukuman penjara hampir dua tahun atas kesalahan menghina Islam.*
         *Bukan hanya berpeluang menikmati semula kebebasan, lelaki berketurunan Cina itu turut merancang berkhidmat sebagai perunding bersama kerajaan tempatan dan melangsungkan perkahwinan buat kali kedua.*
             *Ahok, 52 dilaporkan mahu mengahwini teman wanitanya, seorang anggota polis berusia 21 tahun, dikenali sebagai Puput Nastiti Devi yang beragama Islam dan juga bekas isteri kepada pengawal peribadinya sendiri ketika masih berkhidmat sebagai gabenor.*

            *BAZAR, BANGLADESH: Sejak beberapa bulan lalu, lebih 1,000 pelarian Rohingya melarikan diri dari India dengan harapan mendapat perlindungan ke Bangladesh kerana bimbang dihantar pulang ke Myanmar.*
          *Panik dalam kalangan 40,000 Rohingya di India bermula 4 Oktober lalu, apabila kerajaan negara itu menghantar pulang tujuh pelarian Rohingya yang dipenjara di Assam sejak 2012 kerana memasuki India tanpa dokumen sah.*
           *Menurut laporan Al Jazera, Zakir Hossain, 25, yang melarikan diri ke Hyderabad sejak 2014, berkata: “Mendengar kemungkinan dihantar pulang ke Myanmar amat mengerikan.”*

          *MONTREAL: Lima penumpang pesawat percutian Air Transat ke Florida dimasukkan ke hospital selepas jatuh sakit sejurus sebelum berlepas dari Quebec City semalam.*
          *Pegawai berkata, ia berpunca daripada kegagalan sistem pengalihan udara tidak berfungsi ketika usaha membuang ais daripada badan pesawat.*
         *Jet berkenaan segera kembali ke pintu lapangan terbang dan 185 penumpang dan enam kru diarah keluar dari pesawat Airbus A321 ke Fort Lauderdale, kata jurucakap syarikat, Debbie Cabana.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


           *PIHAK Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kesal dengan tindakan seorang lelaki menyamar dan mempersendakan nama baik Pasukan Khas Laut TLDM atau singkatannya PASKAL.*
            *Video lelaki berusia sekitar 20-an itu yang tular di media sosial dikesan mula tersebar sejak kelmarin dan mengundang pelbagai reaksi nitizen.*
             *Lelaki terbabit didapati memperkenalkan dirinya sebagai anggota PASKAL ketika berinteraksi bersama seorang individu dipercayai pondan menggunakan aplikasi Bigo.*
             *Jurucakap TLDM ketika dihubungi berkata, berdasarkan video berdurasi 54 saat yang tular di media sosial itu, lelaki berambut pendek itu tampil dengan wajah bengis ketika berbual secara langsung melalui Bigo.*

           *BAHAGIAN Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah memeriksa premis pengeluar bebola ikan di Alor Setar, semalam yang disyaki meragukan.*
          *Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Chin Ching Chung berkata, pemeriksaan bermula 1 tengah hari itu susulan isu bebola ikan disyaki mengelirukan apabila ditular semula di laman sosial kerana menggunakan dua label nama bagi satu produk bebola ikan.*
         *Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati syarikat pengeluar bebola ikan itu kini hanya menggunakan satu jenama sahaja untuk bungkusan bebola ikan seberat satu kilogram (kg), bukan seperti ditularkan.*

          *POLIS Seri Alam mengesahkan tiada insiden van putih cuba menarik masuk kanak-kanak dekat Kota Masai, Pasir Gudang, Johor seperti yang dikongsikan menerusi rakaman suara yang tular di aplikasi WhatsApp, sejak semalam.*
            *Insiden itu dipercayai hanyalah rekaan kanak-kanak terbabit yang takut dimarahi ibu bapanya kerana pulang lewat dari sekolah.*
            *Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Norazam Shaari berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut mengenai insiden itu selepas menerima laporan polis dibuat bapa kanak-kanak berkenaan.*

          *“RAMAI yang tegur kerana menyangka saya penyanyi, Sufian Suhaimi namun saya jelaskan saya hanyalah ‘guard’ di Hospital Seri Manjung (HSM),” kata Mohamad Shah Rizan Mohd Zam Zam, 25.*
        *Mohamad Shah Rizan atau lebih mesra disapa Miejan yang berkerja sebagai pengawal keselamatan di HSM, di Manjung itu tular di laman sosial sejak minggu lalu kerana wajahnya yang dikatakan seiras dengan pelantun lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi.*
        *Menurutnya, dia tidak menyangka gambarnya yang dirakam oleh seorang lelaki dan kemudian dimuat naik di Facebook lelaki berkenaan menjadi tular sehingga menerima pelbagai reaksi daripada netizen.*

          *POLIS menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan ‘promosi’ diskaun saman trafik ditawarkan individu atau sindiket tertentu.*
             *Hasil risikan dijalankan mendapati tawaran itu sebenarnya hanya helah untuk mereka mengaut keuntungan mudah, tetapi saman dibayar sebenarnya tidak diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).*
             *Mendedahkan taktik itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, orang ramai terpedaya dengan tawaran sindiket yang bersekongkol dengan pegawai dan anggota polis sehingga mudah menyerahkan bayaran sewenang-wenangya.*

          *UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) akan menjalankan siasatan terperinci dakwaan kebocoran maklumat lebih sejuta pelajar serta alumninya.*
            *Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata, tangkapan skrin yang dipaparkan dalam sebuah laman blog hari ini menunjukkan format maklumat berkenaan tidak digunapakai atau dijana daripada mana-mana sistem dalaman di UiTM.*
            *Berdasarkan kepada satu artikel dalam forum dalam talian sebanyak 1,164,540 rekod pelajar dan alumni UiTM antara 2000 hingga 2018, dari kampus utamanya serta 13 kampus cawangan di seluruh negara yang mendaftar bagi pelbagai kursus yang ditawarkan universiti itu, dipercayai bocor.*
            *Artikel itu mendedahkan, data yang bocor itu termasuk nombor pengenalan pelajar, nama pelajar, nombor MyKad, alamat, alamat emel, kod kampus, nama kampus, kod program, serta nombor telefon bimbit.*

          *AHLI perniagaan yang pernah mendakwa dirinya ‘Sultan Melaka’, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mendakwa dirinya menjadi bahan gurauan dan ejekan menerusi laman sosial yang menggunakan nama Sultan Melaka.*
           *Tidak mahu terus menjadi bahan gurauan dan ejekan, dia tampil membuat laporan polis.*
           *Noor Jan berkata, laporan yang dibuatnya di Balai Polis Gombak pada 22 Januari lalu itu, mendakwa beberapa pengendali akaun laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram menggunakan namanya untuk meraih populariti dan keuntungan peribadi.*

          *“SAYA terfikir juga, apa yang saya sudah buat sampai orang sanggup nak derma buah pinggang mereka?” kata pelakon Ebby Yus berikutan ada pihak yang meluahkan hasrat menderma buah pinggang kepadanya.*
             *Ebby atau nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid, 54, yang menderita pelbagai jenis penyakit termasuk buah pinggang bocor, jantung, darah tinggi, gastrik, masalah saraf dan prostat sejak beberapa tahun lalu, mengakui terkejut dengan tawaran itu.*
           *”Buat masa ini saya bukan menolak, tapi saya mahu berbual dengan individu itu terlebih dulu*
             *Ebby menjangkakan akan bertemu dengan individu itu dalam masa terdekat sebelum berlepas ke Tanah Suci untuk melakukan umrah pada 28 Januari ini.*
                 

*ARENA*
========


         *LONDON: Penyerang bintang Manchester City, Sergio Aguero menyuarakan pandangan betapa pihak berkuasa perlu meneruskan usaha mencari penyerang Cardiff City yang hilang, Emiliano Sala.*
            *Polis Guernsey, semalam menamatkan pencarian terhadap Sala yang menaiki kapal terbang jenis Piper Malibu bersama juruterbang, David Ibbotson sebelum pesawat mereka didapati hilang ketika menuju ke Cardiff.*
           *Pencarian dan usaha menyelamat berjalan selama tiga hari tanpa sebarang tanda penemuan pesawat berkenaan, yang dijadualkan menuju ke Ibu Negara Wales itu selepas penyerang dari Argentina itu mengucapkan selamat tinggal kepada bekas rakan sepasukannya di kelab Ligue 1 Perancis, Nantes.*

         *MELBOURNE: Novak Djokovic hari ini meneruskan usaha memburu rekod kejuaraan ketujuh Terbuka Australia dengan mengetepikan pilihan ke-28 dari Perancis, Lucas Pouille 6-0, 6-2, 6-2 seterusnya menempah pertemuan dengan Rafael Nadal.*
          *Ia persembahan hebat dipaparkan di Rod Laver Arena oleh pemain nombor satu dunia itu yang mara ke final pertama di Melbourne sejak 2016.*
             *”Ia pastinya satu daripada perlawanan terbaik saya lalui di gelanggang ini,” kata Djokovic yang memungut 24 mata dan hanya melakukan lima kesilapan.*

         *KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun Negara (B-22), Datuk Ong Kim Swee mengakui bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk masalah keengganan pasukan melepaskan pemain untuk menghadapi Kejuaraan B-22 AFF 2019 di Kemboja, bulan depan.*
            *Sudah lali dengan situasi itu, beliau enggan terlalu memikirkan perkara itu tetapi sebaliknya akan mencari formula terbaik bagi mempersiapkan pasukan seandainya tidak dapat membariskan skuad terbaik di kejohanan itu nanti.*
            *"Saya sudah hadapi situasi itu (pasukan enggan lepaskan pemain) banak kali sebelum ini. Saya tidak lihat ia sebagai isu yang besar.*

         *KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menjanjikan satu pertarungan hebat bakal disaksikan penyokong di Istora Senayan, Jakarta apabila mereka berdepan pasangan rumah, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dalam aksi separuh akhir Masters Indonesia, hari ini.*
        *Atas kertas, ia jelas misi mustahil buat pasangan profesional negara itu untuk melakar kemenangan selepas mereka tewas 10 kali dalam 11 pertemuan dengan Tontowi-Liliyana termasuk ketika final Olimpik Rio 2016.*
             *Mereka hanya berjaya mengatasi beregu Indonesia itu ketika saingan Terbuka China pada 2012.*

         *KOTA BHARU: Teka-teki mengenai senarai lengkap skuad The Red Warriors (TRW) akan diketahui dalam majlis pelancaran jersi dan pengenalan barisan pemain di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad Ke IV, malam ini.*
           *Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, majlis itu akan bermula jam 8.30 malam dan menyeru penyokong TRW hadir beramai-ramai.*

         *KUALA TERENGGANU: Pasukan Terengganu FC (TFC) mendapat suntikan baharu menjelang aksi Liga Malaysia (Liga-M) musim ini apabila mendapat tajaan daripada Football Republic milik penuh Al-Ikhsan Sports berjumlah RM1.2 juta selama dua tahun sehingga 2020.*
           *Berita gembira itu diumumkan Pengurus Pembangunan Perniagaan Al-Ikhsan Sports, Suhairi Hassan pada majlis pelancaran dan pembukaan kedai kelima Football Republic di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, hari ini.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SELSA 29 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 23 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0559*
*SUBUH : 0609*
*SYURUK : 0725*
*ZOHOR : 1329*
*ASAR : 1651*
*MAGHRIB : 1927*
*ISYAK : 2039*


*TANAHAIRKU*
==============


               *“DIA nak batal, batallah,” tegas Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 selepas Malaysia tidak membenarkan atlet Israel masuk ke negara ini. Perdana Menteri berkata, Malaysia kekal dengan pendirian bahawa Israel adalah negara pengganas dan tidak kisah dengan keputusan IPC itu.*

                *“INI sesuatu yang malang, namun ini adalah keputusan yang dibuat rakyat dan kita terima,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Sabtu lalu bukan sesuatu yang mengejutkan.*

                *TUN Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kenyataan rasmi berhubung status sebenar projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hanya akan dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, dalam tempoh terdekat. Perdana Menteri berkata, persoalan sama ada projek itu batal atau tidak hanya akan dimaklumkan kelak oleh Guan Eng. “Kita tunggu kenyataan dari dia (Lim Guan Eng) la. Harap semua sabar,” katanya.*

               *PENERIMA Bantuan Sara Hidup (BSH) berusia 50 tahun ke atas bakal menikmati empat manfaat perkhidmatan kesihatan di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) yang akan mula dilaksanakan Mac ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, PeKa B40 yang dibiayai sepenuhnya kerajaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM100 juta akan menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan, bantuan perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan.*

               *POLIS memperoleh petunjuk baharu dalam mengenalpasti identiti suspek yang menikam anak lelaki sulung Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, ketika sedang berjoging di Taman Bukit Mayang, Petaling Jaya, petang semalam. Maklumat ini diperoleh hasil keterangan awal dari mangsa berusia 26 tahun yang diambil oleh pihak polis selepas dia mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.*

               *PEMANDU lori yang melarikan diri selepas terbabit kemalangan menyebabkan seorang anggota polis maut di Jalan Besar Pekan Nilai berhampiran simpang masuk ke Taman Rose Merah, Nilai, semalam, tampil menyerah diri, malam tadi. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, berkata lelaki tempatan berusia 61 tahun itu menyerah diri di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada 9 malam.*

               *PEMUDA UMNO mendakwa Pakatan Harapan (PH) gerun dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan PAS, selepas kedua-dua parti terbabit bekerjasama dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, baru-baru ini. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan PRK Cameron Highlands mengesahkan jika berlaku kerjasama BN dan PAS, ia mampu memberikan keputusan memberangsangkan.*

               *LELAKI warga Perancis yang maut dirempuh kereta di hadapan sebuah kedai dobi layan diri di Jalan Merdeka, Melaka semalam, bukannya pelancong. Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, Tatarian Maurice, 64, bekerja dengan syarikat perunding Siemens France yang berurusan dengan loji penapisan minyak di Sungai Udang.*

               *WAKTU antara jam 12 tengah hari sehingga 8 malam, dua hari sebelum sambutan Tahun Baharu Cina adalah waktu paling banyak berlaku kemalangan jalan raya di Negeri Sembilan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, dapatan itu diperoleh hasil Op Selamat 8, 10 dan 12 sempena musim perayaan.*

                *DUA wanita warga emas maut dipercayai akibat sesak nafas ketika berasak-asak untuk mendapatkan kupon makanan percuma di ICC Pudu, Jalan Kijang, Kuala Lumpur, tengah hari ini. Sekurang-kurangnya enam warga emas pengsan dalam kejadian 12 tengah hari itu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika pembahagian kupon makanan untuk digunakan pada 11 Februari depan.*

                *“RUMAH saya dekat je (sahaja) dengan sekolah sebab itu tak pakai helmet (topi keledar).” Itu antara alasan yang sering diberikan pelajar sekolah menengah apabila mereka ditahan anggota polis yang menjalankan penguatkuasaan keselamatan jalan raya di daerah Manjung. Alasan yang diberikan itu menunjukkan mereka seolah-olah tidak takut biarpun melalui Jalan Sitiawan - Lekir yang juga kawasan panas kemalangan maut.*

               *LEBIH 300 motosikal menyerbu stesen minyak Petronas Jalan Hamzah, Kota Bharu hari ini bagi mengisi minyak petrol secara percuma. Program isi minyak percuma itu dilakukan Syarikat Komputer, Monaliza Enterprise Sdn Bhd sebagai khidmat masyarakat.*

               *KEJAM! Itu ungkapan sesuai buat seorang anak lelaki yang tergamak menyepak kaki ibu kandungnya sehingga bengkak kerana khayal syabu di Permatang Kerai, Kepala Batas, pagi semalam. Dalam kejadian 10 pagi itu, lelaki berusia 23 tahun berkenaan sebelum itu mengamuk dengan memecahkan kipas angin dan merosakkan barang di dalam rumah.*

               *JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menggunakan bot Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pelancong Finland yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu. Timbalan Pengarahnya, Mohd Sani Harul berkata, bot yang diberikan pihak TDA itu akan digunakan untuk melakukan tinjauan melalui kawasan perairan Pulau Tioman.*

               *PEMANDU wanita terpaksa mengambil masa 15 minit untuk ditenangkan sebelum boleh keluar daripada kereta Proton Saga dipandunya kerana menggigil selepas terlanggar seekor tapir dalam kejadian berhampiran Taman Sri Lambak, Kluang jam 11.30 malam tadi.*

               *WANITA didakwa atas tuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di bawah jagaannya di Mahkamah Majistret Sibu, Sibu, hari ini. Tertuduh, Hayati Yaman, 39, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Faizal Che Saad.*

               *SEORANG lelaki tergamam sejurus menyedari dia ‘bermalam’ dengan ular tikus di bilik tidur rumahnya di Kampung Malanganggai, Limbang, pagi tadi. Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, lelaki berusia 31 tahun itu merasakan sesuatu bergerak di bawah katilnya sebelum memeriksa keadaan. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Jack Julang berkata, lelaki terbabit tergamam apabila menyedari terdapat seekor ular berlingkar di bawah katilnya lalu menghubungi talian kecemasan.*

                *HAJAT sepasang suami isteri untuk bersanding awal bulan depan tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres setingkat di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang hari ini. Mangsa kebakaran yang berlaku kira-kira 1 tengah hari itu dikenali sebagai Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28, kedua-duanya bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.*

               *PENYELIA Bank Negara Malaysia (BNM) di Kuala Lumpur maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dalam kejadian di Nong Ri, Thailand, semalam. Dalam kejadian jam 4.30 petang, mangsa, Mohamad Khir Hassan, 53, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi BMW RT 1200 maut di lokasi kejadian akibat parah di bahagian badan selepas motosikalnya berlanggar dengan sebuah motosikal lain milik rakyat Thailand.*

               *SEORANG pekerja binaan wargaBangladesh terperangkap manakala seorang lagi cedera dalam kejadian runtuhan konkrit di bumbung sebuah bangunan dalam pembinaan di Kampung Baru Balakong, Kuala Lumpur, hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norizham Mohd Nudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.39 petang.*

               *LONGGOK kelapa sawit depan stor bagi elak aktiviti jenayah mereka dikesan pihak berkuasa. Itu tindakan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di sebuah stor haram Kampung Teluk Sungai Kecil, Nibong Tebal, sebelum ia berjaya dikesan dan diserbu penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).*

               *POLIS menembak tayar sebuah kenderaan pacuan empat roda sebelum menahan seorang lelaki tempatan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Terowong Penchala, hari ini. Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, polis terpaksa melepaskan tembakan selepas pemandu kenderaan itu bertindak memecut laju dan menghimpit unit kereta peronda polis (MPV) selepas suspek enggan berhenti untuk diperiksa.*

               *PELBAGAI helah licik digunakan sindiket mercun dan bunga api untuk menyeludup masuk bahan terlarang itu, lebih-lebih lagi wujud permintaan tinggi menjelang Tahun Baharu Cina. Terbaru, sebuah rumah sarang burung walit di Kampung Sorak Melayu, Serian dijadikan sebagai stor penyimpanan mercun dan bunga api sebelum diedarkan ke rangkaian pengedaran mereka.*

               *HAMPIR enam jam operasi mencari dan menyelamat mangsa terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, pagi tadi berakhir dengan penemuan mayatnya jam 6.03 petang ini. Mayat lelaki berusia 29 tahun itu ditemui anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa jatuh dalam keadaan meniarap.*

               *SEORANG bayi lelaki berusia sembilan bulan meninggal dunia akibat pendarahan serius di kepala disyaki didera pengasuh di Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, dekat Ipoh, Jumaat lalu. Mangsa, Muhammad Firas Danial Muhammad Nizar meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 2.49 petang hari ini.*

               *WANITA menangis teresak-esak selepas suaminya dijatuhi hukuman denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan melakukan perbuatan khianat dengan menumbuk cermin kereta individu lain sehingga retak dua hari lalu. Tertuduh, Mohamad Hakim Fitri Abu Hassan, 37, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.*

               *DARAH pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang, 17 Januari lalu, turut diambil untuk ujian dadah serta alkohol. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran berkata, darah mangsa perlu diambil kerana ia adalah prosedur operasi standard bagi polis menjalankan siasatan.*

               *PROGRAM Ziarah Cakna yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan (KPM) mampu mewujudkan konsep sekolah penyayang dalam konteks sebenar dalam usaha menyelami masalah dihadapi pelajar dan ibu bapa secara menyeluruh. Ahli Parlimen Batu P Prabakaran berkata, menerusinya, langkah sama sudah diambil negara maju seperti Jepun dan ia terbukti dapat memperkukuh nilai murni melalui pembudayaan amalan penyayang, hormat-menghormati, keseronokan, serta bertanggungjawab.*

               *BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, atas tiga lagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta. Najib, 66, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika kes ditetapkan untuk sebutan semula.*

               *KERAJAAN mengesan ada pengeluar minyak masak paket satu kilogram (kg) bersubsidi yang berasal dari luar Kelantan menyeludup bekalan itu ke negara jiran untuk mengaut keuntungan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasil pemantauan penguat kuasanya mendapati minyak paket itu dengan pembungkusan beralamat di luar Kelantan banyak di pasaran Thailand.*

               *SEORANG bekas banduan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan empat sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini kerana meliwat rakan sebiliknya ketika mereka menjalani hukuman penjara di Dungun. Tertuduh, Mohd Abdillah Mat Nasin, 34, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.*

               *RESTORAN mamak di Jalan Metro Perdana Timur 3, di Kepong, Kuala Lumpur diarah tutup 14 hari selepas pemeriksaan mendapati stor penyimpanan makanan di premis itu dihuni lipas. Notis arahan tutup itu dikeluarkan serta-merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Operasi Pemeriksaan Halal di sekitar Kepong hari ini.*

               *ENAM nelayan termasuk seorang wanita disyaki terbabit sindiket pembuatan bom ikan ditahan sebelum polis merampas beberapa set dan komponen bom ikan dalam satu operasi khas di Kota Kinabalu semalam. Mereka yang berusia antara 20 hingga 50 tahun ditahan polis Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Bukit Aman dengan dibantu Unit Tindakan Khas (UTK) dan Tiger Platun dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah.*

               *Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkas seorang lelaki berusia 40-an dan rampas sejumlah dadah dalam kontena di Dermaga Air, Bagan Dalam di sini, hari ini. Difahamkan, dalam serbuan jam 6 petang itu, kastam merampas 300 kotak di dalam kontena berkenaan selepas ia dipercayai mengandungi dadah.*

               *ANGKARA maki hamun, dua pelajar lelaki tingkatan tiga bertengkar sebelum seorang daripadanya cedera di belakang badan kerana dibaling kerusi dan meja besi dalam kejadian di sekolah menengah terkenal di Pulau Pinang, hari ini. Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa pada mulanya berada dalam kelas bersama rakannya sebelum mereka bertengkar.*

               *PEMUDA yang menyerang seorang peniaga menggunakan parang sehingga menerima 10 jahitan di kepala, ditahan reman empat hari bermula hari ini. Dia yang berusia 21 tahun ditahan dalam Op Tebuk/Samun di rumahnya di Seberang Takir, Kuala Nerus pada 12.10 tengah malam.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *New Delhi: Dua remaja perempuan di India menyamar sebagai budak lelaki selama empat tahun untuk menguruskan kedai gunting rambut milik bapa mereka selepas lelaki itu jatuh sakit dan tidak mampu menyara keluarga.*
            *Menurut laporan Gulf News India, Jyoti Kumari, 18, dan adiknya, Neha, 16, mengambil alih kedai gunting rambut di Banwari Tola di Uttar Pradesh pada 2014 selepas bapa mereka lumpuh akibat diserang strok.*
           *Untuk menyara kehidupan, dua beradik berkenaan membuka semula kedai gunting rambut itu tetapi tiada pelanggan yang datang kerana mereka tidak percaya golongan perempuan boleh menggunting rambut dan merapi janggut atau misai mereka.*

          *BEIJING: Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa tekanan emosi seorang lelaki tidak dikenali apabila dia dicampak dari tingkat tiga pusat beli-belah sebelum suspek terjun cuba membunuh diri.*
             *South China Morning Post melaporkan, kejadian berlaku pada tengah hari Sabtu lalu di bandar Foshan, wilayah Guangdong, China, kata polis.*
          *Sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan baru saja keluar dari tandas pusat beli-belah berkenaan sebelum ditarik suspek dikenali sebagai Li yang berusia 36 tahun.*

            *MANILA: Militan Daesh mengaku bertanggungjawab atas pengeboman serentak yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang di gereja Katolik Filipina, kata agensi beritanya, Amaq semalam.*
           *Serangan berlaku semalam di kepulauan majoriti Islam di selatan Filipina mengorbankan 81 orang dan terburuk sejak beberapa tahun lalu di rantau bergoak sejak sekian lama.*

             *CAROLINA UTARA: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun hilang dua hari di dalam hutan berhampiran rumah moyangnya sebelum ditemui selamat, malah mendakwa ‘melepak’ dengan seekor beruang.*
           *Casey Hathaway hilang ketika bermain di luar rumah moyangnya bersama dua kanak-kanak lain pada Selasa minggu lalu apabila dipercayai tersesat dalam hutan, lapor rangkaian berita WITN.*
             *Ratusan orang menyertai usaha pencarian dibantu dron, helikopter serta anjing namun kanak-kanak itu gagal ditemui malah harapan untuk menemui Casey semakin tipis disebabkan cuaca buruk dan sejuk.*

           *Hong Kong: Seorang wanita yang berkerusi roda kerana lumpuh tidak dibenarkan menaiki sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dengan alasan dia mengembara seorang diri dan tidak boleh berjalan.*
            *Shen Chengqing, 22, sepatutnya menaiki pesawat Hong Kong Airlines dari bandar ini menuju ke Tianjin di timur laut China pada malam kelmarin.*
            *Bagaimanapun, selepas tiba di lapangan terbang itu dan menunggu selama tiga jam setengah, kakitangan syarikat penerbangan menghalang dia mendaftar masuk kerana Shen berkerusi roda dan tidak ditemani sesiapa.*

           *LIMA: Seramai 15 orang maut selepas tanah runtuh merempuh sebuah hotel ketika majlis perkahwinan di tenggara Peru.*
         *Datuk Bandar Abancay, Evaristo Ramos memberitahu radio RPP: “Tanah runtuh merempuh tembok hotel dengan kuat.”*
           *Katanya, kira-kira 100 tetamu dijemput untuk majlis perkahwinan pada lewat Sabtu lalu (waktu tempatan), dengan 15 orang maut manakala 34 cedera.*
             *Bomba, polis dan penduduk berusaha sepanjang malam untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah puing serta runtuhan.*

             *Ramallah: Jawatankuasa pusat Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada petang Ahad mengesyorkan pembentukan sebuah kerajaan negara perpaduan tidak lama lagi, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan jawatankuasa itu.*
           *Dalam kenyataan susulan satu mesyuarat yang dipengerusikan Abbas, jawatankuasa itu berkata kerajaan perpaduan baharu itu hendaklah terdiri daripada golongan politik, anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan tokoh bebas Palestin bagi menggantikan kerajaan konsensus semasa yang diketuai Perdana Menteri Rami Hamdallah.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *“SAYA tak mampu nak upah jurugambar perkahwinan macam orang lain, sebab itu terpaksa mencari idea kreatif untuk pastikan gambar perkahwinan kami menarik dan unik untuk dijadikan kenangan,” kata Mohd Zizi Azran, 21, dari Kampung Baru, Kemasik, Chukai.*
          *Mohd Zizi bersama pasangannya, Nabila Akma Azman, 21, menjadi perhatian selepas gambar perkahwinan mereka yang dirakam di puncak Bukit Harimau Menangis di Kemasik tular di media sosial sejak kelmarin.*
         *Pasangan yang berkenalan sejak 2016 itu selamat diijab kabulkan jam 10 pagi Jumaat lalu sebelum mereka mendaki Bukit Harimau Menangis pada jam 5 petang untuk merakam gambar perkahwinan berkenaan.*

           *SEORANG ahli perniagaan wanita di Pahang mencatat sejarah apabila bakal menjadi pembeli termahal tudung bawal di negara ini, apabila menempah tudung bertatah kristal Swarovski keluaran Bawal Exclusive pada harga mencecah RM50,000 sehelai.*
        *Pembelian itu sekali gus memecah rekod jualan sehelai tudung bawal rekaan syarikat itu bernilai RM33,000 tahun lalu di cawangan premium Bawal Exclusive, As Galleria (AG), Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan.*
          *Pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd, Haliza Maysuri berkata, tudung berkenaan ditempah di cawangan premium Bawal Exclusive iaitu Butik Byqiss di bangunan Kuantan Centre Point baru-baru ini, dan kini dalam proses rekaan.*

           *BEKAS anggota kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi Saad tampil menjelaskan pendiriannya yang sebelum ini pernah menolak suntikan vaksin dan tidak menghantar anaknya ke sekolah menerusi status Facebook.*
               *Suhaimi, 39, atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Saad berkata, apabila semakin ramai netizen yang datang menyerang dan menulis komen tanpa memahami situasi sebenar, maka dia berasa ia perlu dijelaskan.*
           *”Sebelum ini, saya tidak ambil pusing pun dengan kata-kata netizen. Tetapi, apabila semakin ramai yang memberikan komen negatif tanpa kefahaman dan cerita benar, saya rasa ia perlu dijelaskan.*

            *“ALHAMDULILLAH, Allah SWT makbulkan doa semua,” kata isteri pengarah popular, Mamat Khalid, 55, iaitu Hasmah Hassan mengenai perkembangan terkini suaminya, ketika ini.*
            *Menurutnya, keadaan suami semakin baik dan dalam keadaan separuh sedar sekarang.*
         *"Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya. Terutama kepada pihak beberapa masjid yang buat solat hajat dan bacaan yassin,” katanya.*

          *JAKARTA: Penyanyi popular Indonesia, Ahmad Dhani dihukum penjara 18 bulan selepas didapati bersalah menyebarkan mesej kebencian di Twitter.*
          *Detik News melaporkan, hakim Ratmoho membacakan hukuman itu dalam perbicaraan di sebuah mahkamah di Jakarta Selatan hari ini.*
          *"Tertuduh Dhani Ahmad Prasetyo atau Ahmad Dhani terbukti secara sah dan yakin bersalah melakukan kesalahan berkenaan,” katanya.*
           *Ahmad Dhani, 46, didapati bersalah menyebarkan mesej berunsur kebencian dalam tiga kenyataan di Twitter @AHMADDHANIPRAST.*

             *BRASILIA: Satu video tular menunjukkan saat dramatik seorang wanita ditarik dari lumpur oleh pasukan penyelamat yang menaiki helikopter susulan empangan runtuh di Brazil dalam kejadian yang setakat ini mengakibatkan kematian 58 orang.*
         *Rakaman itu menunjukkan wanita berkenaan berjaya diselamatkan dalam pada penyelamat semakin terdesak mencari mangsa yang masih hidup, lapor Daily Mail.*
         *Empangan yang dikawal syarikat perlombongan Vale itu runtuh pada petang Jumaat (waktu tempatan) di Brumandinho, menyebabkan penduduk sekitarnya dipindahkan.*
                 

*ARENA*
========


          *MANCHESTER: Pep Guardiola langsung tidak bersimpati dengan jadual padat yang terpaksa ditempuh pemain Manchester City, bahkan mengingatkan mereka hanya boleh berehat selepas bersara.*
               *Ini kerana, ketika Liverpool menghabiskan masa latihan di Dubai, minggu lalu, City pula terpaksa melayan pertemuan dengan Huddersfield Town dan Burton Albion.*
         *Kunjungan ke Newcastle pada Selasa ini bermakna, mereka akan berdepan empat perlawanan sepanjang tempoh Liverpool berehat, sebelum kembali semula beraksi.*

          *SHANGHAI: Penyerang prolifik Wu Lei yang dianggap ‘Maradona China’ mengikat kontrak dengan kelab La Liga, Espanyol, menurut jurucakap kedua-dua kelab, hari ini.*
         *Pemain berusia 27 tahun itu muncul penjaring terbanyak Liga Super China musim lalu dengan 27 gol yang membawa kepada kejuaraan liga pertama SIPG.*
          *"Pemain itu akan memakai jersi biru putih dengan nombor 24,” menurut jurucakap Espanyol yang kini menduduki kelompok bawahan La Liga.*

           *MELBOURNE: Rafael Nadal kekal positif walaupun dia dibelasah Novak Djokovic pada aksi final Terbuka Australia semalam.*
              *Pemain pilihan kedua dari Sepanyol itu kembali beraksi selepas pulih kecederaan dan mempamerkan prestasi mantap tanpa kehilangan satu set sehinggalah bertemu musuh ketatnya, Nojak Djokovic di Rod Laver Arena.*
             *Bagaimanapun, dia tiada jawapan kepada pukulan mengelirukan dan servis kencang Djokovic pada aksi final dan tewas 6-3, 6-2, 6-3 di Melbourne Park.*

           *KUALA LUMPUR: Pasukan MotoGP pertama negara, PETRONAS Yamaha Sepang Racing diperkenalkan hari ini dengan kedua-dua pelumba - Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo diberikan sasaran realistik pada tahun pertama mereka dalam kelas perdana di Kejuaraan Motosikal Dunia itu.*
            *Morbidelli yang muncul selaku pelumba muka baharu (rookie) terbaik tahun lalu menjadi tunjang utama pasukan memburu sasaran berada dalam kelompok enam terbaik bagimusim ini.*
           *Pelumba dari Itali itu dibekalkan jentera Yamaha YZR-M1 (spesifikasi) 'Spek A' yang sama digunakan Valentino Rossi dan Maverick Vinales manakala Quartararo menggunakan 'Spek B+' yang kemampuannya melebihi yang dibekalkan Yamaha kepada Johann Zarco musim lalu.*

          *KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sepakat menubuhkan badan bebas pengadil yang dikenali sebagai Pegawai Perlawanan Profesional Malaysia (PMOM) dalam usaha menukar pengadil tempatan ke arah profesional sepenuhnya.*
         *Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam menjelaskan PMOM sudah didaftarkan dan kini hanya dalam proses melantikbarisan kepimpinan tertinggi terutama bagi jawatan pengurus besar.*

           *KUANTAN: Kapten Pahang, Matthew Davies teruja kerana skuad itu memiliki kekuatan seimbang bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.*
             *Pemain berumur 24 tahun itu berkata, kombinasi antara pemain semakin positif bagi memastikan skuad Tok Gajah mampu memberi cabaran dalam saingan musim 2019.*
          *Justeru, dia dan rakan sepasukan hanya fokus memberi persembahan 100 peratus untuk melakar kejayaan membanggakan.*

          *ALOR SETAR: Ketua jurulatih Kedah Aidil Sharin Sahak memerlukan 15 peratus lagi 'ramuan' diperlukan bagi melengkapkan sepenuhnya persiapan skuad Lang Merah untuk melangkah ke saingan Liga Malaysia (Liga- M) yang akan membuka tirai pada Sabtu ini.*
         *Beliau yang berpuas hati selepas Kedah menang 4-0 ke atas Home United dalam aksi persahabatan pramusim terakhir di Stadium Darul Aman Sabtu lalu yakin kemenangan itu dapat meningkatkan motivasi dan persefahaman semua pemain.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2019 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*RAU 30 JANUAI  2019 ASHI ERSAAAN 24 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0559*
*SUBUH : 0609*
*SYURUK : 0725*
*ZOHOR : 1329*
*ASAR : 1651*
*MAGHRIB : 1927*
*ISYAK : 2039*

*GOA_L INI DISAJIKAN LEH*
*SAKURAEJA KITCHEN*
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213859086773440&id=1296196953


*TANAHAIRKU*
==============


               *TUNKU Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang pada istiadat di Istana Abu Bakar, hari ini. Tunku Azizah Aminah Mainunah adalah Tengku Ampuan Pahang kelima dalam kesultanan Pahang era moden. Turut dimasyhurkan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah sebagai Tengku Mahkota Pahang dan seterusnya dilantik Pemangku Raja Pahang.*

               *PENGURUSAN ICC Pudu bersedia mempertimbangkan bayaran pampasan kepada ahli keluarga dua warga emas yang maut ketika sedang mendapatkan kupon makanan percuma di Plaza Pudu ICC, Jalan Kijang, Kuala Lumpur, semalam. Pengurusnya, Chin Huey Yee, berkata, bagaimanapun jumlah pampasan berkenaan bergantung kepada permintaan ahli keluarga.*

               *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi surat bagi menutup sebarang kes rasuah. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya akui menerima banyak aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan surat palsu itu, akhir-akhir ini.*

               *KEMALANGAN membabitkan lori membawa muatan plat besi dengan lori kontena di Kilometer (KM) 16, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah utara dekat Putrajaya, hari ini mengakibatkan kesesakan trafik hampir sembilan kilometer.*

               *BEDAH siasat ke atas dua mangsa yang maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres setingkat di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang semalam selesai pagi tadi. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat yang akan menentukan punca kematian kedua-dua mangsa.*

               *SEORANG lelaki tidak sempat menjual revolver selepas dia ditahan di hadapan sebuah hotel di Jalan Rahmat Off Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika sedang menunggu pembeli senjata berkenaan.*

               *TIGA beradik dan seorang lelaki yang terbabit dalam kes tembakan di Kampung Cabang Tiga Bagus, Rantau Panjang, semalam direman empat dan tujuh hari bermula hari ini. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah di Mahkamah Majistret Pasir Mas.*

               *PELAJAR tingkatan tiga sebuah sekolah menengah terkenal di Pulau Pinang yang juga suspek kes pukul rakan sekelas dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi. Sumber berkata, remaja lelaki terbabit dibebaskan pada 10 malam selepas polis mengambil keterangan daripadanya.*

               *POLIS mengesahkan pistol yang dirampas daripada seorang imam susulan insiden melepaskan tembakan di Kampung Bukit Kadir di sini, Khamis lalu adalah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, revolver yang ditemui semula, kelmarin berserta 90 peluru itu dilaporkan hilang dari stor senjata Balai Polis Kuala Pilah pada 31 Disember 2017.*

               *“SEPATUTNYA kamu lebih tahu hukum halal dan haram serta dosa dan pahala kerana kamu seorang yang disegani oleh masyarakat dan antara tenaga pengajar agama tersohor di tempat kamu. "Namun menyedihkan apabila kamu sanggup mengambil kesempatan ke atas pelajar sendiri yang ingin menuntut ilmu agama yang difahamkan disediakan secara percuma oleh kamu,” kata Hakim Syarie Mohd Fakhruddin Yusof ketika penghakimannya terhadap seorang pendakwah bebas yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini, kerana berkhalwat dengan pelajarnya.*

               *TIGA anggota ‘Geng Penyamun Tampan’ yang dikehendaki polis berjaya diberkas minggu lalu, selepas terbabit dalam beberapa kejadian samun dan pecah rumah di sekitar Kangar sejak Disember lalu. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, ketiga suspek berusia antara 22 hingga 30 tahun yang berperwatakan menarik itu ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Changlun dan Air Hitam, Kedah pada 14 Januari lalu.*

               *UBAH suai baju dalam sebelum memasukkan dadah ketamin untuk diseludup ke luar negara. Itu modus operandi seorang lelaki berusia 35 tahun yang ‘pakar’ dalam pengubahsuaian barang kelengkapan wanita sebelum menjadikan wanita sebagai keldai dadah. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, bagaimanapun kegiatan lelaki berkenaan ditumpaskan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Prima Pelangi, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.*

               *WARGA emas yang mati dipukul menggunakan cangkul dan kuku kambing di Kampung Chap Rimau, Tanah Merah, Kota Bharu, Sabtu lalu, dipercayai dibunuh lelaki yang cuba mencuri rokok. Dalam kejadian 5.20 pagi, Hamid Mat Salleh, 84, parah di kepala dan pergelangan tangan kiri akibat dipukul suspek terbabit yang mahu mencuri rokok dijual mangsa.*

               *WANITA maut selepas kereta Toyota Vios dinaiki yang dipandu rakannya terbabas di Bulatan Elmina Valley, Seksyen U15, Shah Alam, malam tadi. Dalam kejadian 11.50 malam itu, mangsa, Sharina Zee Alexander, 35, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada badan. Rakannya yang memandu kereta itu, Ng Tiong Sin, 53, cedera dan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.*

               *PENGETUA sebuah sekolah menangis dan terpaksa ditenangkan isterinya selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas empat pelajar termasuk seorang murid sekolah rendah, tahun lalu. Tertuduh, Zainuren Mohamed, 55, sebelum itu minta dibicarakan bagi keempat-empat pertuduhan di dua prosiding berlainan di sini.*

               *TIADA sebarang tawaran diskaun akan diberikan ke atas mana-mana notis kompaun yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kesalahan lalu lintas. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, dasar tiada diskaun itu tidak bermusim dan akan diteruskan sepanjang masa, bukan hanya ketika musim perayaan sahaja seperti sebelum ini bagi menurunkan kadar kemalangan jalan raya.*

               *SEORANG koperal dan anggota Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM) dibekukan tugas dan ditukarkan ke bahagian pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka. Ia susulan kedua-dua anggota yang bertugas di Balai Polis Tanjung Kling itu didakwa terbabit dalam insiden melepaskan tembakan rambang ke atas seorang individu dalam kejadian bulan lalu.*

               *OPERASI Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) di sebuah kilang di Pokok Sena, Alor Setar, semalam gempar dengan penahanan ‘orang minyak’. Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, pihaknya melakukan serbuan di premis berkenaan dengan menyasarkan pendatang asing tanpa izin (PATI). Bagaimanapun katanya, seorang pekerja asing cuba melarikan diri tetapi dia tiba-tiba tergelincir dan terjatuh dalam tong minyak pelincir.*

               *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memantau rapi isu pembebasan ulama radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir yang dijangka akan dibebaskan dengan pelepasan bersyarat. Abu Bakar, 80, yang memimpin kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) dihukum 15 tahun penjara selepas ditahan pada tahun 2011. Beliau juga dipercayai menjadi perancangan utama serangan bom di Bali pada tahun 2002.*

               *Kuala Lumpur: Tawar bilik ‘rahsia’ bersama khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing di sekitar Kuchai, di sini, yang diserbu pihak berkuasa, klmarin. Dalam serbuan bermula jam 11.30 malam itu, anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menjalankan pemeriksaan terhadap pengunjung di kedua-dua premis berkenaan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Lumpur.*

               *SIASATAN awal polis mendapati kematian bayi lelaki berusia sembilan bulan semalam, selepas diambil dari rumah pengasuh di Manjung, Jumaat lalu, didapati tiada sebarang unsur penderaan. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada pendarahan dalam kepala iaitu terdapat darah beku.*

               *KETIKA kebanyakan orang masih dibuai mimpi, seorang warga emas di Kampung Lontik Maralamin, Topokon, kira-kira 10 kilometer dari Tuaran sudah bergerak ke kebun getah bersebelahan rumahnya untuk menoreh. Itu rutin harian Tinggalan Komunta, 82, sejak kira-kira setengah abad lalu untuk mencari rezeki dengan `menghadap’ pokok getah meskipun harga komoditi itu tidak menentu dan berada pada tahap rendah ketika ini.*

               *POLIS masih belum menemui tangan, kepala dan kaki milik dua mangsa bunuh yang ditemui terapung di sungai berhampiran kawasan perumahan Desa Coalfields, Sungai Buloh, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, operasi mencari yang sudah melangkaui 300 meter dari lokasi kejadian juga sudah dihentikan.*

               *KERAJAAN mengkaji kemungkinan untuk memperkenalkan akta baharu bagi mengawal aktiviti pembiayaan dan dana bagi parti politik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, beliau akui parti politik amat memerlukan dana kerana kos mengendalikan parti politik kini adalah sangat tinggi. "Tanpa dana, mereka (parti politik) tidak boleh berfungsi. Ini kerana kos mengendalikan parti politik kini sangat tinggi dan ia meningkat setiap masa.*

               *BAYARAN pampasan bagi pembatalan kontrak bersama China Communications Construction Group Ltd (CCCC) tidak sebesar jumlah hutang yang akan ditanggung kerajaan sekiranya melaksanakan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata demikian sekali gus memberi bayangan mengenai pembatalan kontrak bagi pelaksanaan projek berkenaan.*

               *KAKITANGAN Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) terkejut apabila mesin pencetak bil yang ditinggalkan di motosikalnya ketika ke tandas sebuah restoran di Jalan Templer, Temiang, Seremban dilarikan individu tidak dikenali, semalam. Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 9 pagi itu, pembaca meter SAINS terbabit sedang melakukan tugas pemeriksaan meter air di kawasan sekitar.*

               *Kangar: Lebih 1,000 keluarga dari Kampung Seri Kesinai, Padang Besar bakal hilang tempat berteduh kerana akan diusir keluar dari kediaman mereka berikutan tidak memiliki geran hak milik tanah. Hal ini berikutan tanah milik kerajaan yang diduduki mereka sejak 50 tahun lalu, kini didakwa dimiliki individu luar dari kawasan terbabit secara persendirian.*

               *BURUH didakwa di Mahkamah Sesyen di Pasir Mas, hari ini, atas tuduhan menyeludup lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar. Tertuduh, Mohd Syafiq Che Sekrey, 32, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nazri Ismail.*

               *JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak akan menyediakan laporan sosial bagi mengenal pasti wujud unsur kecuaian sepanjang penjagaan bayi berusia sembilan bulan yang meninggal dunia semalam dipercayai didera pengasuh. Pengarah jabatan berkenaan Ruhaini Zawawi berkata, pihaknya akan mengambil keterangan keluarga bayi berkenaan serta pengasuh bagi mengenal pasti sama ada berlaku kecuaian atau tidak.*

               *PERTUBUHAN Kebajikan Darul Wardah Selangor (DARWA) menyambut baik pelaksanaan Kempen ‘Say No 2 Zina’ yang dilancarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) baru-baru ini.
Pengerusinya, Hazlina Abd Razak berkata, pihaknya sebagai sebuah pertubuhan berkaitan kes hamil luar nikah menyokong penuh usaha pencegahan, kesedaran, advokasi, penguatkuasaan dan pemulihan bagi isu seumpama itu.*

               *PASUKAN Gerakan Am (PGA) Sarawak menumpaskan sindiket penyeludupan mercun dan bunga api selepas menyerbu rumah sarang burung walit yang dijadikan stor sementara barangan larangan itu di Kampung Sorak Melayu, Serian, Sabtu lalu. Serbuan jam 6.20 petang itu susulan risikan dan intipan selama seminggu.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *SYDNEY: Beratus-ratus ribu ikan dilaporkan mati disebabkan musim kemarau di Australia sejak beberapa hari yang lalu dan pihak berkuasa memberi amaran jumlah kematian haiwan berkenaan dijangka terus meningkat.*
          *Penduduk di sekitar Sungai Darling terkejut apabila melihat lautan bangkai ikan berhampiran pekan Outback di tenggara Menindee.*
           *Ia berlaku selepas seminggu lalu - jutaan ikan terbunuh yang disebabkan paras air dan oksigen rendah serta kemungkinan alga toksik - kini satu lagi kematian besar berlaku di rantau pengeluar utama makanan itu.*

           *CAROLINA UTARA: Seorang profesor di Universiti Duke terpaksa melepaskan jawatannya sebagai ketua program selepas dikesan mengarah pelajarnya untuk bertutur hanya di dalam bahasa Inggeris ketika berada dalam bangunan fakulti, kata universiti itu, semalam.*
           *Pembantu profesor Biostatistik di universiti di Carolina Utara, Megan Neely, menghantar emel kepada semua pelajarnya pada Jumaat lalu yang mengatakan beliau menerima aduan daripada dua anggota fakulti mengenai pelajar yang berbual dalam bahasa Cina dalam nada kuat di kawasan universiti.*
            *"Saya menggalakkan anda menggunakan bahasa Inggeris 100 peratus ketika berada dalam Hock atau di kawasan lain,” kata Neely dalam emelnya.*

         *LONDON: Seorang ibu yang dituduh memotong alat sulit anak perempuannya berusia tiga tahun di rumah mereka di timur London, menangis dan menafikan perkara itu sambil memberitahu juri sesiapa sahaja yang melakukan sedemikian adalah ‘bukan manusia’.*
          *Polis melancarkan siasatan apabila doktor mendapati alat sulit kanak-kanak itu seperti dipotong selepas ibu bapa membawanya ke hospital.*
          *Ibu kanak-kanak itu yang menjalani perbicaraan kecacatan pada alat kelamin wanita (FGM), berkata anaknya tercedera ketika cuba mengambil biskut di dapur.*

         *HAVANA: Puting beliung yang berlaku di Havana kelmarin, menyebabkan empat maut dan sekurang-kurangnya dua ratus penduduk cedera apabila ia merobohkan bumbung, menterbalikkan kenderaan dan menyebabkan keruntuhan bangunan.*
             *Menurut ahli meteorologi perkhidmatan cuaca Kuba, Jose Rubiera, berkata puting beliung itu adalah yang terkuat menghentam Cuba selama hampir 80 tahun.*
          *"Ia memecut sejauh 11.5 kilometer melalui Havana selama 16 minit, yang adakalanya mencapai 1 kilometer per diameter,” katanya.*

          *MEXICO CITY: Mexico bakal menghadapi kekurangan makanan ruji seperti tepung jagung dan tepung gandum disebabkan pengangkutan kereta api di negara itu masih terhalang selepas berlakunya protes selama dua minggu oleh persatuan guru di barat Michoacan, kata pengendali laluan kereta api Ferrocarril Mexicano (Ferromex), semalam.*
          *Guru dari Kesatuan Pekerja-pekerja Pendidikan Kebangsaan mula menyekat laluan kereta api pada 14 Januari untuk membantah tuntutan buruh.*
           *Jurucakap Ferromex, Lourdes Aranda, berkata kejadian itu sekaligus menghalang pembahagian bekalan untuk pelbagai industri, termasuk hidrokarbon dan bijian seperti jagung makanan ruji Mexico.*

          *KATHMANDU : Juruterbang pesawat Bangladesh yang terbabit dalam nahas terburuk Nepal sejak 26 tahun lalu dilihat mengalami tekanan emosi sebelum tragedi.*
           *Insiden berkenaan dikatakan berpunca dari kegagalan kru pesawat menilai situasi sebenar sehingga menyebabkan pesawat AS-Bangla Airlines yang sedang dalam penerbangan dari Dhaka ke ibu negara Nepal itu terbakar ketika mendarat di Kathmandu, meragut 51daripada 71 nyawa keseluruhan.*
          *"Juruterbang menyangkakan dia mampu mengendalikan pesawat terbabit dan mendarat. Tetapi malangnya tidak,” kata panel penyiasat, Buddhisagar Lamichhane merujuk kepada kapten berkenaan.*

          *CARACAS: Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan rejimnya masih gagal untuk mengeluarkan simpanan emas bernilai AS$1.2 bilion (RM5 bilion) dari Bank of England selepas berusaha sejak tahun lalu.*
          *Menurut laporan Bloomberg, pegawai Maduro berusaha mengeluarkan emas terbabit yang dideposit di bank pusat Britain itu sebagai rizab asing.*
              *Bank of England enggan mengulas mengenai aset Venezuela itu namun menyatakan ia menyediakan perkhidmatan perbankan, termasuk deposit emas untuk sejumlah besar pelanggan.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *POLIS menubuhkan pasukan khas menyiasat dakwaan seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, Johor Bahru yang dikatakan mengugut dan menunjukkan pistol kepada orang awam.*
          *Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya mengetahui video berdurasi 2.32 minit yang tular di akaun Facebook milik, Olan Semen, pada 10.54 pagi semalam.*
         *Menurutnya, dalam rakaman video itu, kelihatan lelaki berdiri di luar kereta mangsa dan menunjukkan sepucuk pistol di pinggang serta mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.*

          *DENGAN mengamalkan doa Nabi Nuh dan doa Nabi Sulaiman, Mohd Nizam Abdul Rahman, 50, dapat menangkap beberapa spesis ular termasuk yang berbisa sejak lebih lima tahun lalu.*
              *Mohd Nizam yang lebih dikenali sebagai Abang Ndek berkata, terbaru dia berjaya menangkap ular tedung selar sepanjang kira-kira empat meter dalam tandas di sebuah universiti tempatan di Kedah petang semalam.*
          *Ular tedung selar seberat lima kilogram itu ditemui jam 4.30 petang melingkar dalam mangkuk tandas dan tidak dapat keluar disebabkan ruang yang sempit.*
            *“Saya sendiri tak tahu ada orang tular gambar saya menangkap ular di laman sosial kerana satu gambar pun saya tak simpan," katanya.*

          *TIGA sahabat yang terbabit projek ‘Gi Mekoh Nga Mutor’ menyifatkan semua urusan mereka ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah dengan menunggang motosikal kapcai, dipermudahkan Allah SWT.*
             *Sejak memulakan misi pada November tahun lalu hingga pulang dan tiba di Kota Bharu pada 3.30 petang, hari ini, Diami Yusoff, 60; Mohd Zalani Zulkifli, 64, dan Mohamad Fadhli Ab Rashid, 40, dalam keadaan sihat serta ceria.*
          *Diami yang mengetuai kumpulan itu berkata, meskipun mereka diuji dengan pelbagai cabaran, misi ke Makkah dengan menunggang motosikal kapcai tetap berjaya walaupun mengambil masa tiga bulan.*

          *WANITA yang juga penerima Anugerah Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), tidak malu menceburi bidang penternakan kambing, malah bangga apabila menjadi penternak berjaya.*
            *Ina Syazana Ishak, 30, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Perladangan dan Pengurusan itu, bertekad mengembala sendiri kambing kira-kira dua tahun lalu selepas menimba pengalaman bekerja di pusat ternakan kambing selama tiga tahun.*
         *Katanya, bermula dengan empat ekor kambing, kini membiak sehingga 13 ekor dan dia bertekad untuk terus menambah serta membiak lebih banyak baka kambing.*

          *Jakarta: Seorang bayi menjadi topik hangat netizen di media sosial apabila mempunyai nama dengan 19 perkataan, malah mungkin mencipta rekod sebagai individu nama terpanjang.*
           *Bayi lelaki bernama Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta itu anak kedua kepada pasangan Arif Akbar dan Suci Nur Aisiyah yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia.*
           *Tribune News melaporkan, bayi yang memiliki nama panjang itu dilahirkan secara normal pada 6 Januari lalu dengan berat 3.5 kilogram.*

         *LONDON: Pertengkaran pelik antara dua jiran dirakam di United Kingdom dengan kedua-duanya melepas geram mencampakkan kepingan kayu serta penyapu di sebalik pagar menjadi popular apabila ditonton lebih sejuta kali selepas tular di media sosial.*
           *Pergaduhan itu bermula apabila seorang daripada dua lelaki berkenaan mencampak sekeping kayu panjang ke arah jirannya di sebalik pagar sebelum terus mengambil satu lagi kayu untuk dibaling, lapor Daily Mail.*
          *Jirannya terus mencampakkan semula kayu berkenaan manakala seorang wanita muncul dengan tangannya diangkat tinggi mungkin sebagai cubaan menenangkan keadaan dengan mengangkat tangannya.*

          *SYDNEY: Itik paling sunyi di dunia, Trevor, yang tinggal di Niue, kepulauan Pasifik mati akibat diserang anjing tidak lama selepas sensasi di Internet dan kematiannya diratapi ramai sehingga ke New Zealand.*
            *Itik itu dikenali ramai selepas wartawan memasukkan catatan mengenainya sebagai ‘itik paling sunyi di dunia’ kerana satu-satunya itik berada di pulau berkenaan.*
          *Malah, tempat tinggal itik itu satu lopak air juga menjadi mercu tanda penunjuk jalan dalam kalangan penduduk.*
            *Penolong Pengarang Politik New Zealand Herald, Claire Trevett, yang melawat pulau itu bulan lalu berkata: “Mereka berkata, ‘Pusing kanan dan anda akan jumpa itik, satu-satunya itik di Niue.”*
                 

*ARENA*
========


         *TOKYO: Pemain sayap Belanda Arjen Robben sedia menyertai FC Tokyo dalam Liga J selepas meninggalkan gergasi Jerman Bayern Munich, menurut laporan media tempatan, hari ini.*
             *Pemain berusia 35 tahun itu mengesahkan dia akan meninggalkan Bayern pada penghujung musim ini selepas meraih kejayaan cemerlang dengan tujuh trofi Bundesliga dan 100 kap bersama skuad Belanda.*
        *Jika benar, ia adalah perpindahan terkini membabitkan pemain berprofil tinggi ke liga Jepun selepas bintang Piala Dunia Sepanyol Andres Iniesta dan penyerang Jerman, Lukas Podolski menyertai Vissel Kobe.*
          *Rakan sepasukan Iniesta yang menjulang Piala Dunia, Fernando Torres turut beraksi di Liga J bersama kelab Sagan Tosu.*

        ♂ *SHAH ALAM: Keputusan bekas perenang Olimpik warga Poland, Bart Kizierowski yang menolak menjadi jurulatih pasukan renang kebangsaan negara ini perlu dihormati.*
           *Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ia pendirian Kizierowski dan tiada siapa berhak mempertikaikan keputusannya.*

         *KUALA LUMPUR: Pemandu negara, Nabil Jeffri kecewa apabila penyertaannya bersama Jazeman Jaafar dan Weiron Tan pada Kejuaraan Endurance Dunia (WEC) bagi musim 2018-19 tidak disambung meskipun saingan masih berbaki tiga pusingan.*
            *Trio negara yang mewakili pasukan Jackie Chan DC Racing dan menggunakan jentera bernombor 37 itu ketika ini berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 15 mata dalam kelas LMP2 tatkala mereka hanya dipisahkan tiga mata daripada penghuni tangga kedua dari pasukan Signatech Alpine Matmut.*

           *KUALA LUMPUR: Tiada bayaran tiket dikenakan kepada penyokong yang ingin menyaksikan Final Siri Hoki dari 26 April sehingga 4 Mei depan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.*
            *Timbalan Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Dr S Shamala berkata, pendekatan itu dilakukan bagi menarik kehadiran ramai penyokong ke stadium sekali gus memberi sokongan kepada skuad negara dalam usaha layak ke kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.*

          *KUANTAN: Kemunculan semula penyerang Nigeria, Dickson Nwakaeme bagi menguatkan skuad Pahang dalam saingan Liga Malaysia mengimbau nostalgia terindah buat pemain Tok Gajah, Mohd Faisal Rosli.*
           *Ini kerana Mohd Faisal atau Tocang pernah bersama Dickson selama dua musim pada 2014 dan 2015 ketika rakan sepasukan lain sudah memilih haluan bersama pasukan berbeza.*
            *Bagi pemain pertahanan itu, perasaan teruja tidak dapat disembunyikan kerana Dickson antara nadi utama skuad Tok Gajah beroleh kejayaan terutama pada musim 2014 yang menyaksikan Pahang menjulang Pala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2019 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*JUAAT 1 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 26 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0559*
*SUBUH : 0609*
*SYURUK : 0726*
*ZOHOR : 1330*
*ASAR : 1651*
*MAGHRIB : 1928*
*ISYAK : 2040*


*TANAHAIRKU*
==============


               *SULTAN Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, hari ini. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Baginda berdua dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara pada 24 Januari lalu bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.*

               *LEBIH 452,000 pengguna di tiga lebuh raya iaitu Lebuhraya Shah Alam (LSA), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya SMART bakal menikmati diskaun kadar tol sempena Tahun Baharu Cina. Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Trans Kota Holdings Berhad (LITRAK) Stephen Low Chee Weng berkata, pemberian diskaun antara 10 dan 30 peratus itu akan bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 malam Selasa ini.*

                *SEMPENA sambutan Tahun Baru Cina, Kumpulan Gamuda mengumumkan diskaun tol kepada pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART). Ia membabitkan diskaun sebanyak 70 sen di LDP dan 20 sen di KESAS untuk kenderaan kelas satu, manakala diskaun 30 sen diberikan kepada pengguna kelas satu dan empat SMART bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam 5 Februari ini.*

               *SIASATAN terhadap Presiden Skuad Badar serta ahlinya sudah lengkap dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, sebarang keputusan dibuat susulan kes itu nanti akan diumumkan Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Rahim Jaafar.*

               *POLIS Kedah mengeluarkan 761 saman membabitkan enam kesalahan utama pada Op Selamat ke-14 Sempena Tahun Baharu Cina 2019 dalam tempoh tiga hari bermula kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah Superintendan Chuah Seong Lim berkata, daripada jumlah itu sebanyak 676 saman adalah kesalahan pandu laju diikuti saman melanggar lampu isyarat sebanyak 50.*

               *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang menerima 28 aduan mengenai peniaga yang tidak meletakkan tanda harga di premis jualan mereka sepanjang bulan lalu. Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd Ridzuan Ab Ghafar, berkata aduan itu membabitkan kompaun berjumlah RM2,000 dengan nilai rampasan RM2,040.80.*

               *LELAKI berjubah putih yang mencetuskan provokasi di majlis penutupan Bazar Tahun Baru Cina 8TV di Kompleks Sukan Bukit Jalil, malam tadi, disahkan positif ganja. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan kerana mengeluarkan kata-kata lucah kepada menteri.*

               *ENAM lelaki ditahan selepas kegiatan curi motosikal dan pecah rumah serta restoran yang dilakukan mereka di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) sejak tahun lalu, akhirnya terbongkar. Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata hasil operasi pertama dilakukan, polis
menahan tiga remaja lelaki berusia 16 hingga 17 tahun yang sudah tidak bersekolah dengan menggelarkan ‘Geng SYM Jajar’.*

               *SEORANG anggota komando yang dalam proses ditamatkan perkhidmatan diberkas polis selepas terbabit dalam sembilan kes jenayah di tiga daerah di Kedah, Jumaat lalu. Suspek berusia 26 tahun itu terbabit dalam jenayah seperti mencuri hasil penjual nasi lemak, peniaga buah-buahan serta mengisi minyak petrol tanpa membayar sejak awal bulan ini.*

               *DUA beradik perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini atas pertuduhan mencuri pelbagai barangan termasuk jubah dan tudung bernilai hampir RM1,000 di sebuah pasar raya di bandar raya ini, Ahad lalu.*

               *BEKAS jurulatih pasukan terjun kebangsaan yang didakwa merogol atlet terjun wanita, dua tahun lalu, dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. Hakim Noradura Hamzah membuat keputusan itu terhadap Huang Qiang, 37, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.*

               *ANAK lelaki menerima balasan apabila dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini selepas mengaku salah mengugut mahu mencederakan ibunya hanya kerana tidak dapat makan mi segera.*

               *TAKUT dicekup polis selepas mengganggu bekas teman wanitanya, lelaki bertindak menyorok di bawah kabin kontena, kira-kira sejam sebelum dia menyerah diri dalam kejadian di Taman MITC Prima, Melaka hari ini. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh terpaksa memujuk lelaki berkenaan supaya keluar.*

               *PENUNGGANG motosikal berkuasa tinggi maut dalam keadaan menyayat hati akibat rentung selepas kenderaan ditungganginya bertembung dengan sebuah bas di Jalan Bulat, Sarikei hari ini. Kejadian jam 2.20 petang itu menyebabkan lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti itu disahkan maut di lokasi kejadian selepas terperangkap di bawah bas memandangkan dokumen peribadinya turut terbakar.*

               *PADAH menjadi ‘budak penghantar’ pendatang tanpa izin, seorang pembantu gerai makan dipenjara 30 bulan oleh Mahkamah Tinggi Melaka, hari ini. Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin menjatuhkan hukuman itu terhadap, Muhammad Al Amin Mahat, 21, selepas tertuduh mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.*

               *SEORANG peniaga runcit di Perak disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 selepas didakwa menyeleweng dengan menyimpan barang kawalan bersubsidi melebihi tempoh sepatutnya. Tindakan diambil susulan serbuan oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak ke atas premis itu yang terletak di Jalan Gopeng-Kampar dekat Ipoh, semalam.*

               *SURI rumah warga China kerugian RM38,000 dipercayai ditipu individu yang menawarkan tukaran mata wang tidak wujud di Butterworth kelmarin. Dalam kejadian itu mangsa berusia 44 tahun dikatakan mahu membuat penukaran mata wang Ringgit Malaysia (RM) kepada mata wang Yuan China untuk dihantar kepada keluarganya di negara itu.*

               *SEBUAH restoran yang beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam diarah tutup dua minggu bermula hari ini kerana beroperasi dalam persekitaran kotor. Arahan itu dikeluarkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam operasi bersepadu membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Imigresen Selangor serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor hari ini.*

               *SEBUAH bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kemaman selepas empat awak-awaknya didapati memiliki pasport dan permit kerja dipercayai palsu. Empat awak-awak terbabit terdiri daripada dua warga Thailand dan dua warga Kemboja ditahan untuk siasatan lanjut.*

               *SEORANG bekas tentera diarah membela diri di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini bagi dua pertuduhan sebagai orang tengah yang menawarkan aktiviti persundalan di Taman AST pada 20 Januari tahun lalu. Hakim Madihah Harullah memerintahkan Muhammad Nizam Aripen, 37 membela diri pada 1 dan 2 April ini apabila pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.*

               *SEORANG pengembala lembu yang mengejar dua lelaki disyaki mencur ternakannya, terkejut apabila menemui senapang patah buatan sendiri dengan sebutir peluru hidup, dalam kejadian di kebun kelapa sawit di Tenang, dekat Segamat. Kejadian jam 1 tengah hari, Isnin lalu, dua suspek sempat melarikan diri sebelum berjaya ditahan pasukan polis beberapa jam kemudian sehingga membawa kepada penemuan 10 butir peluru hidup.*

               *EMPAT puluh lima pemilik lot perniagaan di Zon C, Terminal Melaka Sentral, Melaka diarah mengosongkan premis susulan masalah mendapan lantai dan struktur bangunan yang serius. Keputusan itu hasil laporan pemeriksaan forensik geoteknik ke atas struktur bangunan dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur pada 26 Disember lalu yang mengesahkan berlaku mendapan tanah 300 milimeter (mm) di kawasan itu.*

               *BAGI mengelak ditahan pihak berkuasa, beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh di kawasan penempatan haram di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, sanggup bersembunyi di tempat pembuangan najis manusia. Tindakan itu menyebabkan badan mereka diselaputi najis dan berbau busuk, namun tetap gagal menyelamatkan diri daripada ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur dalam Ops Gegar dan Ops Sapu, awal pagi hari ini.*

               *PEMBONCENG motosikal, Muhammad Zulkairul Azhar Mohd Nawi, 23, maut diseret treler dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, malam tadi. Dalam kejadian 10.44 malam itu, lelaki berasal dari Kampung Batu 6, Jalan KTM Renok terbabit mati di tempat kejadian akibat parah pada kepala dan tangan kanan.*

               *DUA warga Pakistan yang mengutip derma tanpa kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM3,000 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, hari ini.*

               *PADAH memiliki sebilah pisau ‘rambo’, Julai tahun lalu, seorang buruh dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Zawari Mustaffa, 36, mengaku bersalah terhadap tuduhan. Mahkamah mengarahkan hukuman bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 24 Julai 2018.*

               *KANAK-kanak lelaki terpaksa menahan sakit hampir 10 minit selepas lehernya tersepit di kerusi di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Rancangan Perumahan Awam (RPA) Pusing, Batu Gajah, hari ini.*

               *KES denggi di Melaka terus mencatatkan peningkatan sehingga 181.03 peratus atau 163 kes bagi tempoh bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu. Semua kes membabitkan di tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. EXCO Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong, berkata, Melaka Tengah merekodkan peningkatan tertinggi dengan 133 kes iaitu meningkat 216.7 peratus diikuti Alor Gajah.*

               *SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kluang, hari ini, atas tuduhan membunuh pengamal perubatan tradisional manakala isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kerana mencederakan suaminya itu, dua minggu lalu. Di Mahkamah Majistret, Shahdan Serah, 47, didakwa membunuh Muhammad Farhan Raswan, 26, di sebuah rumah di Taman Kiaramas 2 antara jam 8.50 pagi hingga 10.30 pagi, 17 Januari lalu.*

               *DUA lelaki dipercayai waris tampil ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, hari ini, bagi membantu polis mengesahkan identiti lelaki yang mayatnya ditemui di kawasan semak di Jelapang, dekat ini, semalam.*

               *KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan mewartakan Peraturan Perikanan yang melarang mana-mana individu mengimport, menjual, memelihara atau menyimpan genus ikan hidup kerana terlalu berbahaya kepada ekosistem sungai dan tasik apabila dikesan mampu memusnahkan keseluruhan hidupan asal jika terlepas masuk di kawasan berkenaan.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *LONDON: E-rokok hampir dua kali ganda berkesan membantu perokok sebagai pengganti rawatan nikotin seperti tampalan, lozeng dan gam, menurut keputusan percubaan klinikal.*
            *Kajian yang membabitkan hampir 900 perokok itu mendapati, 18 peratus pengguna e-rokok bebas dari rokok selepas setahun, berbanding 9.9 peratus yang cuba berhenti menggunakan produk lain.*
             *”Ini adalah berita baik untuk perokok yang mahu berhenti merokok. Bukti ini persuasif,” kata Richard Miech dari Universiti Michigan di Amerika Syarikat yang mengkaji e-rokok tetapi tidak terbabit dalam percubaan berkenaan.*

           *BOGOTA: Tujuh pendatang tanpa izin maut dan 23 lagi dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki karam di Laut Caribbean, di luar barat laut Colombia.*
            *Datuk Bandar Acandi, Lilia Cordoba, berkata bot yang membawa 18 dewasa dan 14 kanak-kanak itu karam selepas dibadai ombak besar pada awal pagi Isnin.*
           *Tujuh mayat termasuk seorang kanak-kanak ditemui pada Selasa dan Rabu lalu di dua pantai di bahagian barat Choco, kata kenyataan dari tentera Colombia.*

          *CHICAGO: Puluhan juta penduduk di Amerika Syarikat (AS) semalam berdepan dengan suhu sejuk melampau yang boleh meragut nyawa akibat pusaran kutub yang diramal melanda beberapa bahagian negara itu.*
          *Cuaca melampau itu menyebabkan beberapa syarikat mengarahkan pekerja mereka berada di rumah, sekolah ditutup dan ratusan penerbangan dibatalkan.*
               *Perkhidmatan Pos AS yang terkenal dengan komitmen mereka menyampaikan surat tanpa mengira keadaan cuaca juga dilaporkan menghentikan sementara penghantaran di Iowa akibat suhu sejuk melampau itu.*

          *SANTIAGO: Sebuah mahkamah, di sini, memenjarakan enam bekas ejen ketika regim pemerintahan diktator Chile, Augusto Pinochet terbabit dalam pembunuhan mantan presiden Eduardo Frei pada 1982.*
             *Hakim Alejandro Madrid menetapkan keputusan itu selepas siasatan dibuat selama 15 tahun selain dua kali pemeriksaan forensik ke atas mayat Frei.*
            *Keputusan mendapati enam defendan terbabit bersalah di atas ‘pembunuhan beracun selepas campur tangan pembedahan’ dan hukuman dikenakan antara tiga hingga 10 tahun.*

         *BEIJING: Sebuah sekolah di wilayah Zhejiang, China mengenakan denda berlari setiap hari terhadap pelajarnya sekiranya berat badan mereka didapati naik selepas perayaan Tahun Baru Cina ini.*
             *South China Morning Post melaporkan, idea itu bermula dari seorang guru dengan tujuan untuk memberi kesedaran terhadap pelajar sekolah terbabit mengenai pentingnya menjaga kesihatan badan.*

         *SAN FRANCISCO: Alphabet Inc. Google, semalam melaporkan ia bakal mematikan aplikasi iPhone selepas peranti itu membayar sebilangan pengguna untuk memasang aplikasi di telefon bertujuan mengkaji tabiat digital pengguna.*
          *Langkah itu dibuat sehari selepas rangkaian media sosial Facebook Inc. mengumumkan keputusan yang sama.
Google dan Facebook dikritik oleh pakar privasi kerana mengedarkan aplikasi penyelidikan mereka melalui iPhone.*
             *”Aplikasi iOS Screenwise Meter tidak sepatutnya dikendalikan di bawah program kendalian Apple. Ini adalah satu kesilapan, dan kami memohon maaf,” kata Google dalam satu kenyataan.*

            *SEOUL: Seorang gabenor yang juga sekutu kuat Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dijatuhi hukuman penjara dua tahun semalam, selepas didapati bersalah dalam skandal mengatur pendapat umum atas talian menjelang pilihan raya presiden pada 2017.*
            *Kim Kyoung-soo, 51, didapati bersalah selepas bersekongkol dengan seorang penulis blog untuk menghasilkan lebih daripada 88 juta ‘like’ dan ‘dislike’ pada ruang komentar 76,000 berita.*
        *Tujuannya adalah untuk mengatur algoritma Naver, portal terbesar Korea Selatan, bagi menonjolkan cerita yang cenderung kepada Jae-in yang ketika itu adalah calon presiden.*

           *OTTAWA: Kanada mengambil tindakan dengan mengurangkan kakitangannya di kedutaan Cuba selepas diplomat lain didiagnosis dengan kecederaan misteri pada bahagian otak seperti mana yag berlaku kepada beberapa wakil utusan Amerika Utara ke pulau terbabit, menurut kerajaan pada Rabu lalu.*
           *Kes terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Kanada yang dijangkiti penyakit meningkat kepada 14 orang dan 25 rakyat Amerika Syarikat, dilaporkan kesemuanya mengalami gejala pening, letih, sakit kepala, komplikasi pendengaran dan penglihatan, hilang keseimbangan badan, loya dan gagal dalam memberi tumpuan.*

           *Berlin: Somalia menjadi negara paling korap di dunia pada 2018 dengan Denmark menjadi negara paling bersih manakala kedudukan Amerika Syarikat pula terus jatuh dan terkeluar daripada senarai 20 negara paling bersih.*
            *Berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah 2018 yang dikeluarkan Transparency International, beberapa negara yang turut disenaraikan dalam kategori paling korap termasuk Syria, Korea Utara, Sudan, Afghanistan dan Libya.*
              *Denmark pula menjuarai kedudukan sebagai negara paling bersih dengan mendapat 88 markah, diikuti New Zealand, Finland, Singapura, Sweden dan Switzerland.*

          *SEORANG bapa nekad bergelut dan menggigit kaki buaya selepas haiwan ganas itu mengheret anaknya yang berenang di sungai berhampiran rumah mereka di bandar Balabac, wilayah Palawan, Filipina.*
              *Mail Online melaporkan, kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu, Diego Abulhasan, 12, berenang bersama adiknya sebelum dibaham reptilia terbabit yang cuba menyeretnya ke dasar sungai.*
              *Kerana marah, Tejada terjun ke dalam sungai dan menggigit kaki buaya itu menyebabkan haiwan berkenaan melepaskan gigitannya lalu terus beredar meninggalkan mangsa.*


*TULAR MEDIA SOSIAL
*
=================


          *POLIS mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkaitan penemuan mayat kanak-kanak dengan isi perutnya diambil seperti yang ditularkan di media sosial.*
         *Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, pihaknya juga mengesahkan kejadian sebegitu tidak berlaku di Dusun Damai, Pagoh sebagaimana didakwa.*
            *”Semakan sudah dibuat dan mendapati kes ditularkan (di media sosial) ini adalah kes yang berlaku di Seberang Perai, Pulau Pinang pada 22 Januari lalu yang mana satu laporan polis dibuat susulan kehilangan seorang kanak-kanak.*

          *JAGA hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia.*
            *Itu menjadi pegangan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sekali gus menjadikannya pemerintah disayangi semua lapisan masyarakat di Pahang.*
            *Baginda memegang nasihat tertulis dalam al-Quran itu sejak usia muda ketika dilantik Tengku Mahkota Pahang pada 1 Julai 1975 dan hasilnya dapat dilihat ketika ini apabila baginda sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat dan berdamping dengan rakyat ketika susah serta senang.*

          *PENDERITAAN keluarga Orang Asli di Kampung Bumiputera Dalam, Rengit, Batu Pahat, yang tinggal di pondok yang hampir runtuh di kawasan paya akhirnya mendapat pembelaan.*
           *Lizawati Hashim, 36, yang baru melahirkan bayi 18 hari lalu bersyukur penderitaan keluarganya mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan pelbagai agensi awam di negeri ini.*
            *“Alhamdulillah, sejak kisah saya dilaporkan media dan tular, pelbagai pihak tampil memberi bantuan terutama JAKOA, begitu juga Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri Johor yang memberi sumbangan wang.*

          *KOTA KINABALU: Impian untuk memperkenalkan nasi lemak di seluruh dunia mendorong anak kelahiran Sabah mengambil langkah berani membuka kedai Nasi Lemak Nek Nong di London.*
            *Pada September lalu, Duzy Noramzamnas Abdul Aziz, 30, yang sebelum ini mengusahakan Warung Nasi Lemak Ben-Seoul di Korea Selatan meninggalkan negara itu untuk mengembangkan sayap dan mencari peluang perniagaan di ibu kota terbesar di United Kingdom.*
          *Duzy berkata, dia mengambil keputusan untuk ke London kerana sambutan menggalakkan dari negara itu serta ramai rakyat negara ini berada di kota berkenaan dan sering mencari makanan Malaysia.*
          *”Tidak seperti restoran Malaysia lain di sini (London), hidangan utama saya ialah nasi lemak berlauk panas.*

          *New Delhi: Seorang lelaki yang terjatuh di atas landasan dianggap sangat bernasib baik kerana masih selamat apabila sempat berbaring ketika sebuah kereta api bergerak laju di atasnya.*
            *Dalam kejadian yang berlaku di stesen kereta api Bihar, India pada Ahad lalu itu, lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun berbaring di atas landasan selama beberapa saat.*
            *Rakaman kejadian itu dirakam seorang penumpang dan ia segera tular di media sosial di India dengan ramai yang menganggap lelaki berkenaan sebagai sangat bernasib baik.*
                 

*ARENA*
========


           *LIVERPOOL: Jurgen Klopp enggan dirinya dibeban rasa kecewa sekali pun berang Liverpool tidak dianugerahkan penalti ketika seri 1-1 dengan Leicester City di Anfield, awal pagi tadi.*
             *Keputusan yang hadir selepas 24 jam pencabar utama kejuaraan Liga Perdana, Manchester City tewas kepada Newcastle menyaksikan skuad kendalian Klopp mengukuhkan kedudukan di puncak liga kepada lima mata.*

           *REAL Madrid enggan mengalah dalam usaha mereka untuk mendapatkan khidmat Marcus Rashford dalam rundingan bernilai 100 j (RM538 juta).*
            *Penyerang itu yang kini masih dalam peringkat perbincangan kontrak baru dengan Manchester United sehingga musim depan.*
             *Ketika rakan sepasukannya, Anthony Martial bersetuju mengikat kontrak baru selama lima tahun, Rashford masih menunggu sebelum membuat sebarang keputusan.*

           *SEPANG: Hafizh Syahrin Abdullah mahu memanfaatkan tempoh ujian pramusim selama enam hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula esok untuk lebih memahami jentera baharunya, KTM RC16.*
          *Pelumba Red Bull KTM Tech3 itu berkata, buat masa ini dia masih menghadapi beberapa isu antaranya mengawal jentera ketika keluar dari selekoh namun percaya masalah itu dapat diselesaikan di Sepang.*
         *”Kami perlu dapatkan pelarasan motosikal supaya lebih lancar dan senang untuk keluar di selekoh sebab jentera KTM ini menggunakan enjin V4 seperti yang digunakan Ducati dan beberapa jentera lain.*

           *KUALA LUMPUR: Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengambil maklum mengenai rungutan penyerang Perlis, Safee Sali yang masih belum menerima gaji pertamanya sejak menyertai skuad Singa Utara awal Disember lalu.*
           *Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya berkata, penjaring terbanyak Piala AFF 2010 itu ada menghubungi pihaknya bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung tunggakan gaji yang kini memasuki bulan kedua.*

          ♂ *KUALA LUMPUR: Bukan kroni. Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan syarikat pengurusan acara, Human Voyage (M) Sdn Bhd dipilih menganjurkan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 berdasarkan faktor kos perbelanjaan kompetitif dan tajaan besar dikemukakan syarikat itu.*
         *”Kriteria pemilihan semua dilakukan menerusi proses tender terbuka seiring dengan perincian baru kerajaan baru. Saya sebagai seorang menteri tidak boleh duduk dalam jawatankuasa pemilihan tender.*

          *KUALA LUMPUR: Sekalipun teruja dengan kepulangan kali keduanya ke PKNS FC namun Gabriel Guerra menegaskan kemenangan secara berpasukan lebih penting berbanding rekod peribadi.*
          *Jelas pemain berusia 26 tahun dari Argentina itu, dia enggan mengejar sasaran peribadi sebaliknya akan menerapkan corak permainan berpasukan bagi memastikan skuad Semut Merah dapat membuka kempen musim ini dengan langkah kanan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-2-2019 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SATU 2 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 27 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0559*
*SUBUH : 0609*
*SYURUK : 0726*
*ZOHOR : 1330*
*ASAR : 1651*
*MAGHRIB : 1928*
*ISYAK : 2040*

*LAST GOA_L MINGGU INI*


*TANAHAIRKU*
==============


               *HARGA runcit bahan api bagi petrol RON97 dan RON95 masing-masing turun 5 sen kepada RM2.23 seliter dan RM1.93 seliter manakala diesel kekal pada harga RM2.18 seliter mulai tengah malam ini. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, harga runcit bahan itu ditetapkan bagi tempoh 2 hingga 8 Februari ini.*

               *Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Pakatan Harapan (PH) mampu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih melainkan ada sesuatu ‘luar biasa’ dibawakan UMNO dan PAS. Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH berkata, jika diambil kira majoriti kemenangan PH di Semenyih pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu dan kerjasama yang bakal wujud antara UMNO dan PAS nanti, majoriti dimenangi calon PH kira-kira 1,000 undi sahaja.*

                *SELEPAS lebih 14 jam hilang, suri rumah dijumpai lemas di Tasik Taman Bandar, Indera Mahkota, Kuantan oleh orang ramai yang sedang melakukan aktiviti rekreasi di kawasan itu kira-kira 7 pagi, hari ini. Mangsa Sharifah Abdullah, 25, yang baru sebulan mendirikan rumah tangga dikatakan keluar dari rumahnya di Indera Mahkota, jam 5 petang semalam sebelum dilaporkan tidak pulang.*

               *LELAKI berbadan gempal yang memakai topi keledar tutup penuh muka merompak sebuah kedai emas di Jalan Ibrahim, Sungai Petani, Kedah, sebelum melarikan rantai emas bernilai RM1,500. Dalam kejadian jam 11.15 pagi tadi, suspek yang menunggang motosikal berhenti di pintu masuk kedai itu sebelum meluru dan memecahkan cermin pameran menggunakan penukul besi.*

               *JURUJUAL warga Indonesia dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan sengaja mencederakan polis trafik yang sedang bertugas, bulan lalu. Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Nasir Saalun, 28, selepas dia mengaku salah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.*

                *KEBAKARAN kipas ekzos (exzos fan) pada dapur sebuah restoran di Pertama Kompleks, Kuala Lumpur, menyebabkan kawasan itu dipenuhi dengan asap tebal. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.39 petang hari ini. "Seramai 40 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Titiwangsa dan BBP Sentul dikerahkan ke lokasi kejadian.*

                *CECAIR hitam, likat, dipenuhi jentik-jentik dan berbau busuk. Itu keadaan tiga kolam takungan sebuah ladang ternakan ayam di Kalumpang, Hulu Selangor. Malah, ada antaranya mempunyai bangkai ayam dan dibiarkan dalam saluran longkang ke kolam takungan. Bau busuk di kawasan itu boleh dihidu bermula dari pagar utama ladang berkenaan yang terletak kira-kira satu kilometer.*

               *PEKEBUN parah selepas senapang buatan sendiri jenis bakakuk yang ‘dicucinya’ meletup sehingga serpihan besi berukuran lima sentimeter menembusi perutnya. Lelaki berusia 51 tahun itu ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Kampung Popot, Sikuati, Kudat oleh abangnya selepas terdengar letupan dari rumah mangsa yang terletak bersebelahan jam 8.30 pagi kelmarin.*

               *LELAKI warga emas maut apabila kereta Toyota Unser dipandunya bergesel dengan sebuah kereta lalu terbalik lalu di Kilometer 18, Jalan Mendamit, Limbang, semalam. Kemalangan 3 petang itu menyebabkan Chin Siaw Sheh, 85, maut di lokasi kejadian selepas parah pada kepala dan badan.*

               *TUN Dr Mahathir Mohamad mahu terminal bas lain di negara ini mencontohi sistem Jualan Tiket Berpusat (CTS) yang diguna pakai di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur sejak ia mula beroperasi pada 2011. Perdana Menteri yang turut memuji keberkesanan sistem itu berkata, pada masa sama, ia dapat meningkatkan mutu industri pengangkutan awam di negara ini terutama perkhidmatan bas.*

               *LELAKI yang sedang membuat kerja amal memotong rumput meninggal dunia mendadak dipercayai akibat diserang sakit jantung di Kampung Keling, Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu. Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa, Mazlan Hashim, 40-an, sebelum itu bergotong royong bersama penduduk kampung bagi membersihkan jalan di kawasan berkenaan.*

               *TIGA PULUH peti pembekal (Feeder Pillar) di sekitar Pelabuhan Klang mengalami kerosakan apabila komponennya hilang dicuri pihak tidak bertanggungjawab. Kerosakan peti yang membekalkan tenaga elektrik bagi tiang lampu dan lampu isyarat itu menyebabkan lebih 40,000 penduduk terpaksa menggunakan beberapa jalan gelap sehingga membahayakan keselamatan mereka. Antara kawasan yang kerap berlaku kecurian itu di Laguna Park Pulau Indah, Telok Gong, Jalan Kem, Kota Pendamar dan Kampung Sungai Pinang.*

               *DUA lelaki meninggalkan kereta curi di tengah jalan apabila terperangkap dalam kesesakan trafik bagi mengelak ditahan polis dalam kejadian di Jalan Klang Lama, Batu 3, Kuala Lumpur, Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, ketika kejadian kira-kira 5.30 petang, dua anggota polis membuat rondaan sebelum terserempak dengan kedua-dua lelaki terbabit menaiki kereta Perodua Kancil dalam keadaan mencurigakan.*

               *LIMA belas lokasi panas dikenal pasti sebagai kawasan kemalangan maut di Perak sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina 2019, kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri Abdul Yunus Jamhari. Beliau berkata, lokasi panas itu terletak di semua 12 daerah di negeri in kecuali Kerian membabitkan Jalan Persekutuan, Jalan Bandaran, Jalan Negeri dan Lebuh Raya Utara Selatan.*

               *SERAMAI 2,000 pegawai penguatkuasa dan 1,400 pegawai pemantau harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan bertugas dan memantau harga barang di seluruh negara sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2019. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua pegawai terbabit akan ditugaskan di lokasi yang ditentukan sepanjang 10 hari skim itu berkuat kuasa semalam hingga 8 Februari depan.*

               *PERSIAPAN sambutan Tahun Baharu Cina 2019 bertukar tragedi bagi tiga sekeluarga apabila mereka terbabit kemalangan di Kilometer 46.5, Jalan Kuala Klawang-Simpang Pertang, berhampiran Kampung Petasih, Jelebu, hari ini. Pada kejadian 9.55 pagi itu, tiga sekeluarga terbabit dipercayai pulang dari pasar berdekatan sebelum pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu terbabas memasuki longkang.*

               *ORANG ramai yang mengalami demam dan sakit sendi selepas pulang bercuti dari Hatyai, Thailand diminta menjalani pemeriksaan atau rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan. Ia berikutan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerima laporan mengenai sekumpulan penduduk di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang dikesan mengalami simptom berkenaan.*

               *HANYA seorang individu bawah umur yang masih ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) kerana terbabit dengan kegiatan jenayah kekerasan iaitu rompakan bersenjata. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pesalah juvana itu sedang menjalani tahanan selama dua tahun di tempat tahanan berasingan daripada dewasa di Pusat Pemulihan Khas Kluang, Johor.*

               *TINDAKAN pemandu bas ekspres menggunakan telefon bimbit ketika memandu mengundang padah apabila dia didenda sebanyak RM300 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Selasa lalu. Pengaah JPJ Pahang, Mohammad Abdullah berkata, pemandu berusia 30 tahun itu melakukan kesalahan berkenaan ketika bertugas dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur pada 9.20 pagi.*

               *LELAKI maut dalam kemalangan babitkan motosikal dan treler di Jalan Sungai Emas, Batu Feringghi, 7.50 pagi, hari ini. Dalam kejadian itu, mangsa Al Jasfuan Arbain @ Jais, 26, yang menunggang motosikal, maut di tempat kejadian selepas terbabas dan terperosok di bawah kenderaan berat itu.*

               *PAS menyambut baik pelantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Kelantan malah menyifatkannya sebagai pilihan tepat. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya yakin pelantikan itu akan memudahkan hubungan dua hala antara kerajaan negeri dan Pusat.*

               *WANITA yang hamil enam bulan berdepan saat mencemaskan apabila anak lelakinya berusia lima tahun dilarikan seorang lelaki yang baru dikenali di sebuah kedai runcit di Taman Rasah Jaya, Fasa 1/15, Seremban, semalam. Sumber polis berkata, wanita berusia 36 tahun itu hanya mengenali suspek dalam tempoh singkat sebelum dipelawa untuk dihantar pulang ke rumah ibunya di Felda Kepis, Bahau, Jempol, dekat sini. “Polis dapat menyelamatkan kanak-kanak ini dalam tempoh dua jam dan membawanya ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk pemeriksaan kesihatan. Ujian air kencing ke atas suspek lelaki mendapati dia positif dadah,” katanya.*

               *DUA orang termasuk seorang pengawal keselamatan cedera selepas kereta Proton Iriz terbabas lalu merempuh bangunan bank di Jalan Kenanga 29/4, Taman Indahpura, di Kulai, hari ini. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian pada 10.12 pagi itu berlaku apabila kereta dipandu wanita berusia 78 tahun hilang kawalan akibat tersalah menekan pedal minyak ketika mahu memarkir kereta.*

               *SEBANYAK 6,284 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara sepanjang 2018, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook. Bagaimanapun, menurutnya jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 456 kematian berbanding 6,740 kematian pada 2017.*

               *ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan petang ini berikutan cuti panjang Tahun Baharu Cina. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, sehingga jam 6 petang di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), trafik perlahan ke arah utara iaitu dari Rawang ke Sungai Buaya, Lembah Beringin ke Tanjung Malim, Slim River menuju ke Sungkai dan dari Bidor menuju ke Tapah sehingga Gopeng.*

               *BANGKAI ikan lumba-lumba dipercayai spesis ‘Bottlenose’ ditemui terdampar di kawasan pokok paya bakau di Pantai Cunang, Tanjung Sepat, Kuala Langat 1 tengah hari ini. Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Orang Asli Tanjung Sepat, Sarimah Jamil berkata, perkara itu dimaklumkan kepada pihaknya oleh sekumpulan nelayan di kawasan itu.*

               *TUN Dr Mahathir Mohamed menegaskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih dalam perbincangan dengan pihak berkaitan. Perdana Menteri berkata, beliau masih tidak boleh memaklumkan status perkembangan projek berkenaan kerana masih menunggu keputusan perbincangan itu. “Saya tidak boleh cakap apa yang berlaku kerana masih tunggu keputusan,” katanya.*

               *KEGAGALAN Pakatan Harapan (PH) memenangi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dipengaruhi sentimen rakyat yang masih belum yakin dengan kemampuan Kerajaan Persekutuan baru. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, masih tiada impak berkesan yang boleh dirasai rakyat walaupun lebih sembilan bulan PH menjadi kerajaan. “Mungkin Kerajaan Persekutuan perlu lebih pantas melakukan kerja.*

               *LELAKI dipercayai mangsa bunuh sebelum rangkanya ditemui di kawasan semak berhampiran kilang di Jelapang, Ipoh, kelmarin pernah membuat laporan polis memaklumkan dia diganggu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, mangsa berusia 46 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur pada Februari 2018 mendakwa diganggu individu akibat perselisihan faham.*

               *DUA puluh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), jabatan kerajaan serta parti politik di Pahang membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna laman sosial Facebook (FB) yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hari ini.*

               *ORANG Islam boleh menjamah hidangan disediakan oleh orang bukan Islam selagi makanan terbabit halal dan tidak mengandungi unsur haram. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Islam tidak pernah melarang umatnya daripada makan makanan yang disediakan oleh bukan Islam meskipun masyarakat kini dilihat begitu sensitif berkenaan isu terbabit.*

               *PERBADANAN Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) akan menaikkan harga tiket untuk perkhidmatan kereta api kabel atau funikular Bukit Bendera bermula 1 April ini. Pengurus Besarnya, Cheok Lay Leng berkata, tiket laluan normal untuk dewasa, kanak-kanak dan warga emas bagi laluan sehala naik RM1 iaitu daripada RM5 kepada RM6 berkuat kuasa April nanti.*

               *KUMPULAN samun kedai telefon bimbit dikenali Geng Wan Bomba tumpas selepas tiga ahli kumpulan itu yang didalangi bekas anggota bomba dan bekas anggota tentera ditangkap. Difahamkan, kegiatan kumpulan itu tumpas selepas polis menahan lapan lelaki dan dua wanita dipercayai terbabit dalam kes pecah kedai telefon bimbit di Laluan Desa Naga Kanthan, Ipoh pada 22 Januari lalu.*

               *TINDAKAN seorang lelaki menyimpan sepucuk pistol tiruan yang digunakan untuk menembak ikan, membawa padah apabila ditahan polis di Sungai Ulu Paip, Karangan, Kulim, hari ini. Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah, melihat suspek berusia 23 tahun di kawasan rekreasi Ulu Paip, Karangan dalam keadaan mencurigakan.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *MOSCOW: Luluh hati seorang ibu apabila melihat mayat bayinya rentung dibakar dalam ketuhar selepas disumbat oleh datuknya yang mabuk dalam kejadian di daerah Khakassia, Russia pada Selasa lalu.*
          *Ibu malang itu, Viktoria Sagalakov, 20, meninggalkan bayinya yang berusia 11 bulan, Maxim Sagalakov untuk dijaga oleh kedua ibu bapanya di rumah keluarga itu di kampung Kharoy.*
             *”Datuk dan nenek mangsa dipercayai mabuk dan membunuh bayi itu,” kata Jawatankuasa Penyiasatan wilayah dalam satu kenyataannya.*

           *Salamanca (Mexico): Satu kumpulan penjenayah dipercayai meninggalkan bom palsu dan mesej ancaman kepada Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador sebagai amaran supaya menghentikan usaha membanteras kecurian minyak.*
           *Mesej yang ditinggalkan di luar kilang penapisan minyak Salamanca, tengah negeri Guanajuato itu memberi amaran kepada pemimpin sayap kiri itu supaya mengarahkan semua tentera dan pihak berkuasa berundur.*
            *Kumpulan itu dipercayai meninggalkan objek kelihatan seperti bom di dalam sebuah trak pikap di luar kilang berkenaan.*

           *Taipei: Seorang wanita yang nyawanya diselamatkan melalui pemindahan darah selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya kira-kira 11 tahun lalu terkejut apabila mendapati penderma darah itu adalah teman lelakinya.*
          *Lin Xiaofen memerlukan rawatan segera selepas kereta yang dinaikinya kemalangan dan kejadian itu berlaku sebelum dia bertemu teman lelakinya, Lian Zhicheng.*
           *Huanqui Online melaporkan, Lin yang berada dalam keadaan kritikal akibat kehilangan darah, terus menjalani pemindahan darah daripada penderma.*

           *Moscow: Seorang ahli Parlimen Russia ditahan ketika sesi Parlimen kelmarin kerana disyaki mengarahkan dua pembunuhan lapan tahun lalu, lapor media.*
           *Rauf Arashukov, 32, senator dri Karachayevo-Cherkessia, Caucasus utara, disyaki terbabit dalam pembunuhan dua orang pada 2010 dan mengancam saksi dalam satu kes berkenaan, kata penyiasat.*
          *Dia dipercayai bertindak sebagai ahli kumpulan terancang yang turut dianggotai bapanya, kata kenyataan Jawatankuasa Siasatan Russia dipetik AFP.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


           *POLIS memburu tiga lelaki yang melakukan samun dan melarikan dua kucing di sebuah kedai peliharaan dan jualan haiwan di Taman Melawati, Ampang Jaya, Rabu lalu.*
             *Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohd Zaid Hassan berkata, ketika kejadian, ada tiga pekerja sedang bertugas sebelum tiga lelaki bersenjatakan parang masuk ke dalam premis berkenaan pada 6.50 petang.*
              *Sebelum ini, Harian Metro melaporkan dua kucing masing-masing baka British Short Hair dan baka Parsi dilarikan sekumpulan penjenayah bersenjatakan parang yang turut menyamun wang tunai di kedai peliharaan dan jualan haiwan berkenaan.*
            *Kejadian itu menjadi tular selepas dua rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden samun dan curi di kedai berkenaan dimuat naik di media sosial, sejak semalam.*

           *YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.*
           *Keberangkatan tiba baginda jam 1.12 tengah hari diiringi Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.*
              *Khutbah Jumaat bertajuk ‘Raja Di Daulat, Negara Dimartabat’ disampaikan oleh Imam Masjid Kampung Baru, Muhammad Asem Salleh Sani dan memimpin solat Jumaat, bersama kira-kira 7,000 jemaah.*
               *Selesai solat Jumaat, Seri Paduka kemudian berkenan beramah mesra dengan jemaah sebelum berangkat meninggalkan masjid kira-kira 2.20 petang.*

           *ORANG ramai dinasihat tidak tertipu atau terpedaya dengan dengan tindakan pihak tertentu yang menyamar sebagai pegawai kanan Kementerian Pendidikan (KPM) yang menawarkan projek khas.*
           *KPM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab atas perbuatan pihak berkenaan yang menyamar sebagai pegawai kanan KPM.*
            *”Justeru, orang ramai yang menerima surat tawaran atau panggilan telefon daripada pihak terbabit dinasihatkan agar membuat laporan polis.*
           *”Pada masa ini, urusan tender di KPM dilaksanakan secara dalam talian (ePerolehan) melalui kaedah tender terbuka dan secara telus,” katanya.*

         *BUAYA air masin gergasi seberat satu tan menjadi tarikan terbaru di Taman Buaya Langkawi (TBL) dan kebetulan pula, ia muncul menjelang sambutan Tahun Baharu Cina ini.*
            *Reptilia sepanjang 4.7 meter itu dipercayai tangkapan buaya terbesar di negara ini yang dipindahkan ke kandang pameran untuk tontonan awam di taman itu mulai hari ini.*
          *Pengurus Operasi TBL, Hasnul Yakin Mohammed berkata, sebelum ini buaya jantan dibawa dari Sandakan, Sabah itu dipelihara dalam kolam pembiakan dan baka di kawasan berhampiran.*

         *DRAMA bersiri Pujaan Hati Kanda yang ditayangkan di slot Akasia, TV3 mencatat 12 juta tontonan sepanjang 28 episod yang berakhir siarannya pada Isnin lalu.*
        *Drama lakonan hebat Remy Ishak dan Mira Filzah itu turut mencipta sejarah apabila meraih jumlah tontonan tertinggi di YouTube TV3 Malaysia iaitu melebihi 30 juta tontonan.*
            *Kejayaan buat drama itu juga apabila episod akhir ditonton lima juta penonton.*
                 

*ARENA*
========


          *PENGURUS sementara Manchester United Ole Gunnar Solskjaer mengatakan Anthony Martial mampu menjaringkan gol 20 kali semusim tetapi dengan cara ‘selekeh’.*
        *Martial, 23, yang mengikat kontrak baru sehingga 2024, kelmarin biarpun ejennya mendakwa penyerang Perancis itu mahu meninggalkan Old Trafford.*
            *Rekod jaringan terbaik Martial setakat ini adalah 17 gol pada musim 2015-16 ketika beraksi pada musim pertama bersama United.*

          *PEMAIN pertahanan Manchester United Luke Shaw membentuk tabiat baru dalam diri apabila suka meletak kereta di garis berkembar.*
          *Pemain antarabangsa England itu disaman sebanyak 60 (RM321) oleh polis dua minggu lalu kerana meletakkan kereta Range Rover berharga 120,000 (RM640,000) di laluan garis berkembar di luar sebuah restoran di Manchester.*
        *Malah, Shaw, 23 berkemungkinan disaman lagi kerana mengulangi tabiat meletakkan keretanya di kawasan tidak dibenarkan di luar sebuah pasar raya.*

           *‘PANGGILAN maut’ setiap hari untuk memastikan tiada pemain badminton negara keluar malam berfoya-foya atau tidur lewat.*
            *Itulah yang dilakukan ketua jurulatih perseorangan lelaki negara Datuk Misbun Sidek yang berusaha memantau pemainnya selain berlatih selepas waktu solat Subuh.*
           *Menurut Misbun, hanya jurulatih saja individu paling tepat untuk sentiasa memantau mengenai aktiviti pemain pada waktu malam.*

           *PERLUMBAAN berbasikal jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 yang bertindih dengan pameran antarabangsa di pulau legenda itu mungkin tetap diadakan dari 24 hingga 31 Mac depan.*
        *Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab menegaskan, mereka tidak berminat untuk menukar tarikh itu walaupun syarikat pengurusan acara, Human Voyage (M) Sdn Bhd dilaporkan meminta tarikh diubah.*
           *Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kelmarin menyerahkan kepada PKBM mencari jalan penyelesaian kerana pertindihan tarikh dengan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA) dari 26 hingga 30 Mac depan.*

           *SKUAD Perak dan pengendali Mehmet Durakovic perlu berhati-hati kerana Johor Darul Ta’zim (JDT) sedia menyerang habis-habisan dalam tempoh 20 minit pertama aksi Perlawanan Sumbangsih di Larkin, malam esok.*
            *Kapten JDT, Hariss Harun menegaskan tempoh 20 minit pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunus amat penting untuk menumpaskan juara Piala Malaysia tujuh kali itu.*
        *Pemain dari Singapura itu berkata, perlawanan menentang The Bos Gaurus agak sukar kerana corak permainan lawan mantap.*

          *ADI Said bukan nama besar yang dikenali dalam kancah bola sepak tempatan.*
         *Bagaimanapun pemain import UiTM FC dari Brunei itu mencipta sejarah tersendiri apabila meledak gol terpantas pada hari pertama saingan Liga Perdana hari ini.*
         *Adi membuka tirai jaringan hanya selepas 20 saat ketika membantu UiTM menewaskan PDRM 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, petang tadi.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2019 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*ISNN 4 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 29 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0600*
*SUBUH : 0610*
*SYURUK : 0726*
*ZOHOR : 1330*
*ASAR : 1651*
*MAGHRIB : 1928*
*ISYAK : 2040*


*TANAHAIRKU*
==============


               *PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO) yakin lebih ramai ‘penipu’ tuntutan faedah agensi itu akan didakwa di mahkamah, tahun ini. Ketua Eksekutif PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pihaknya memandang serius pemalsuan tuntutan faedah yang dibuat oleh pencarum atau pihak lain kerana ia penganiayaan kepada pencarum lain terutama mereka yang berhak menerima faedah dan kemudahan disediakan.*

               *DUA nelayan yang hilang di perairan Kuala Muda selepas keluar menangkap ikan sejak Jumaat lalu, ditemui selamat, hari ini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, kedua-duanya ditemui kira-kira 40 batu nautika daripada Jeti Pangkalan Kuala Muda, Penaga, Kepala Batas pada 1.30 petang.*

               *TIGA ahli Geng Saga Merah termasuk dua beradik dipenjara lapan tahun dan empat sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini terhadap tuduhan merompak dengan besi. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas Norashraf Mujahid Mamat Yasmi, 34, dan adiknya, Norshah Fifi, 30, serta Mohd Hakimi Mat Nor, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.*

                *Kuala Lumpur: Tindakan pemilik premis menghalang orang awam meletakkan kenderaan di ruang parkir di Laman Rimbunan, Kepong di sini, dengan menaikkan tiang parkir khas pada cuti umum mengundang padah apabila diberikan amaran pihak berkuasa. Kejadian itu disedari pagi kelmarin sebelum orang awam yang tidak berpuas hati dengan perkara berkenaan membuat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).*

               *LEBIH 20 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau meluangkan masa hujung minggu apabila membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Nerasau, Rembau menerusi program khidmat masyarakat hari ini. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pihaknya meluangkan masa empat jam membersihkan semua kubur bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.*

               *“SEBELUM ini memang ada isu berhubung tapak yang disewa kira-kira 140 peniaga di Uptown Puchong Permai, (sebab itu) kami kumpulan peniaga syak kebakaran mempunyai unsur khianat,” kata Zamal Hassan, 44. Dia mendakwa tapak terbabit dipercayai sengaja dibakar individu tidak bertanggungjawab. "Kalau tengok ketika api mula terbakar dari sebuah gerai bukan berpunca dari litar pintas kerana ketika itu pasar ini tidak beroperasi.*

                *SEORANG pengawal keselamatan menerima lima jahitan di kepala dan cedera di kaki selepas diserang seekor beruk liar yang tiba-tiba naik minyak di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau, Dungun, malam tadi. Mangsa, Norhisham Mohamed Nor, 40, ketika itu dikatakan sedang menjalankan tugas berkawal di sekolah berkenaan sebelum didekati haiwan liar berkenaan.*

                *WARGA asing dari Vietnam mendakwa daging haiwan seperti kucing, anjing dan biawak dapat memanaskan badan mereka ketika suhu sejuk. Demikian pengakuan beberapa warga Vietnam selepas ditanya mengapa mereka memilih untuk makan daging haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing di negara ini. Tien, 30, lelaki warga Vietnam yang sudah lebih tiga tahun bekerja di negara ini mendakwa, mereka makan daging kucing dan anjing kerana ia dapat memanaskan badan.*

                *LELAKI yang ditahan dalam sekatan jalan raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di hadapan Hospital Lama Alor Setar, Alor Setar, malam ini terkejut apabila dimaklumkan motosikalnya menggunakan nombor pendaftaran palsu. Lelaki berusia 30-an itu mendakwa baru membeli motosikal itu daripada pihak lain dan anak saudaranya sering menggunakan motosikal itu untuk bergerak ke mana-mana.*

                *Kuala Lumpur: Sepasukan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdepan detik cemas apabila seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan cermin depan lori akibat berang barangan jualannya disita, kelmarin. Dalam kejadian jam 6 petang, seorang pegawai bersama lapan anggota penguat kuasa membuat sitaan terhadap gerai burger di Desa Pandan di sini, selepas didapati berniaga tanpa lesen.*

               *SEORANG tekong warga Vietnam dihukum denda RM700,000, manakala 16 awak-awaknya didenda RM70,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini kerana menangkap hasil laut di perairan negara. Keputusan itu dibuat Hakim Azman Mustapha selepas semua tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 (Akta 317).*

               *SEBANYAK 1.6 tan daun ketum dan 1,700 botol ubat batuk dianggarkan bernilai RM70,100 dirampas polis dalam Ops Selamat 14 di Jalan Pasir Mas-Pasir Pekan, Pasir Mas 31 Januari lalu. Dalam operasi jam 11.30 pagi itu, polis menahan sebuah lori ais yang dipandu lelaki berusia 32 tahun di hadapan sebuah pasar raya sebelum menemui daun ketum hidup dan ubat batuk.*

               *KEDAI emas di Jalan Ibrahim, Sungai Petani, sekali lagi menjadi sasaran penjenayah apabila dipecah masuk kali ketiga, pagi hari ini, dalam tempoh tidak sampai dua bulan. Bagaimanapun, dalam kejadian 4.45 pagi itu, suspek gagal melarikan barangan kemas di premis itu kerana panik selepas penggera keselamatan berbunyi.*

               *MANGSA yang parah dalam kemalangan di Kilometer 14 Jalan Sitiawan - Teluk Intan berhampiran Batu 14 Lekir di Sitiawan, malam tadi, menghembuskan nafas terakhir pada 12.20 tengah malam. Mangsa, Ramlah Ahmad, 56, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Seri Manjung (HSM). Dalam kemalangan 9.12 malam itu, kereta dipandu Ramlah bersama dua orang lagi termasuk seorang kanak-kanak, hilang kawalan sebelum bertembung dengan bas ekspres dari arah bertentangan.*

               *KAPAL tukaran barang dari Indonesia menjadikan jeti persendirian di kawasan pesisir pantai Sematan, sebagai ‘port’ menyeludup keluar barangan terkawal negara ini. Tindakan itu berjaya dikesan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak selepas terserempak dengan kapal berkenaan dalam keadaan mencurigakan, 12.05 tengah malam, kelmarin.*

               *UMUR masih panjang buat seorang lelaki apabila hanya patah kaki kiri selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar sebuah lori di Jalan Meru Tambahan, Klang semalam. Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, mangsa berusia 30-an yang memandu Toyota Vios merempuh bahagian belakang sebuah lori seberat 10 tan yang dalam perjalanan dari Setia Alam menuju ke Ijok.*

                *CUBAAN seorang lelaki dipercayai penagih dadah membakar dirinya, gagal selepas diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat. Kejadian berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Lorong Kerongsang, Bandar Puteri, Klang, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Sri Andalas, A Romzi Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 11.48 pagi sebelum lima pegawai dan anggota bergegas ke lokasi.*

               *TIDAK sampai enam jam tiba di negara ini, lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia diberkas hasil tindakan pantas Pasukan Polis Marin (PPM) di Pulau Ketam, Klang semalam. Semua PATI berkenaan dipercayai tiba jam 4 pagi sebelum diberkas pihak berkuasa jam 9.30 pagi di pulau berkenaan.*

               *MAHU memeluk Islam antara alasan digunakan sindiket ‘Love Scam’ untuk memperdaya mangsa sehingga sanggup menggadai harta benda. Itu antara taktik terbaharu ‘Love Scam’ yang dikenal pasti Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Terengganu sejak tahun lalu yang menyumbang kerugian hampir mencecah RM12 juta.*

               *USINYA baru 22 tahun namun penuntut kolej swasta ini menjadikan aktiviti pengedaran dadah sebagai mata pencarian sejak beberapa bulan lalu. Namun, kegiatan haram itu akhirnya memakan diri selepas lelaki terbabit ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sebuah rumah di Jalan Haji Hassan, Kuching kelmarin.*

               *MUDAH gelap mata dengan imbuhan wang menyebabkan masih ramai rakyat negara ini sanggup menjalankan misi maut menyeludup dadah ke luar negara dengan menjadi ‘keldai dadah’. Mereka didapati menerima bayaran antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi satu trip yang diseludup keluar. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Zulkifli Ali berkata, terdapat peningkatan pada jumlah keldai dadah yang juga warga Malaysia yang ditahan di luar negara.*

               *DUA beranak parah akibat tersepit selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu hari ini. Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa, Muty Othman, 63, dan anak perempuannya, Nur Ain, 32, parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang depan.*

               *TIGA suspek dengan seorang daripadanya wanita tidak sempat melaram kasut berjenama yang mereka curi dari sebuah rumah di Jalan Durian Belanda, Bintulu, awal pagi Khamis lalu apabila mereka ditahan hanya sehari selepas melakukan jenayah itu. Semua suspek berusia antara 27 hingga 39 tahun itu ditahan di pondok di Kampung Baru, Bintulu, 11.30 malam kelmarin dan semua tujuh kasut berjenama yang bernilai lebih RM4,000 yang mereka curi itu ditemui semula.*

               *POLIS masih belum boleh mengambil keterangan daripada lelaki yang menikam jiran bilik sewanya sehingga mati di Jalan Theatre, Ipoh semalam berikutan keadaannya parah dan belum sedarkan diri. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, suspek berusia lingkungan 30-an masih menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas ditetak individu lain.*

               *PENDUDUK Kampung Pasir, Rasah, di Seremban kesal dengan perbuatan vandalisme apabila papan tanda di penempatan itu dan kemudahan awam disembur cat hitam pada 25 Januari lalu. Penduduk, mahu dikenali Veerapan, 40, berkata, beberapa dinding kediaman, papan tanda kuil, peti elektrik dan pondok taman permainan disembur cat oleh individu tidak bertanggungjawab.*

               *BAWA teman wanita pulang dan menghisap dadah depan ibu serta kakak. Itu dilakukan lelaki sebelum dia dan teman wanitanya itu diberkas polis dalam serbuan di rumah di Jalan Chain Ferry, Butterworth hari ini. Lebih malang, apabila ibu dan kakaknya turut ditahan dalam serbuan Op Limau/Op Tapis, 1 pagi yang dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara itu.*

               *TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, pihaknya kini sedang berusaha menjejaki dan menghapuskan ‘musuh dalam selimut’ yang berada dalam agensi penguat kuasa di bawah kementerian itu. Beliau berkata, terdapat sebilangan kecil pegawai dalam agensi penguat kuasa menjadi dalang dengan membocorkan maklumat operasi sehingga membantutkan usaha membanteras kegiatan jenayah di negara ini.*

               *SURI rumah yang pada mulanya hanya mahu membuat pinjaman RM5,000, terpaksa membayar harga lebih mahal apabila menanggung kerugian RM10,750. Mangsa yang berusia 44 tahun berasal dari Bandar Pusat Jengka, Maran diperdaya sindiket yang menawarkan perkhidmatan pinjaman tidak wujud menerusi laman web.*

               *BAYI lelaki masih bertali pusat yang ditemui ditinggalkan di dalam kotak di hadapan Surau Nur Iman, Kampung Pinang Seberang, Kamunting, Taiping semalam berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami kecederaan. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Siasatan dan Perundangan) Perak, Superintendan Datin Seri Halimahton Ahmad berkata, polis giat menjalankan siasatan bagi mengesan ibu bapa bayi itu.*

               *SKUAD Badar akan meneruskan aktiviti mencegah kemungkaran selepas selesainya siasatan serta pendakwaan membabitkan kumpulan berkenaan. Presidennya, Azhar Mohamad berkata, bagaimanapun aktiviti itu berbeza dari sebelum ini dan akan menggunakan kaedah mengikut undang-undang.*

               *RESTORAN di Taman Peruda, Sungai Petani musnah dalam kebakaran hari ini. Kejadian yang memusnahkan 80 peratus restoran berkenaan pada 4.50 pagi membabitkan struktur premis yang sudah tidak beroperasi kelas B, namun tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu.*

               *POLIS berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis ketamin terbesar selepas menahan tiga individu dan merampas dadah bernilai RM5.6 juta dalam dua serbuan berasingan di Persiaran Jengka dan Sungai Buloh, Jumaat lalu. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Zulkifli Ali berkata, sepasukan polis dari JSJN Bukit Aman dan JSJN Selangor menahan seorang lelaki di tepi jalan pada 7.40 malam.*

               *LEBIH 20 pekerja kilang menternak ayam hilang tempat tinggal apabila rumah kongsi 16 pintu didiami mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Serusup, Tuaran, malam tadi. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 9.50 malam itu. Difahamkan, kejadian kebakaran di kawasan rumah kongsi itu adalah kali kedua iaitu kali pertama pada 13 Julai 2017.*

               *WANITA Orang Asli yang keguguran kandungan anak pertama terpaksa dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) menggunakan penerbangan ihsan, semalam. Foja Angak, 18, dari Pos Dakoh, dibawa ke hospital dengan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 3.29 petang. Bapanya, Ismak Anjang, 39, berkata, anaknya itu sudah dua hari keguguran dan sukar dihantar ke hospital kerana masalah hubungan jalan balak rosak teruk.*

               *TAKTIK lelaki warga Indonesia menyembunyikan 11 tong gas cecair petroleum (LPG) di ruang belakang pacuan empat roda, gagal apabila dia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan parkir Pasar Ikan Tawau, Tawau, semalam. Lelaki berusia 45 tahun ditahan Unit Risikan Marin (URM) PPM Tawau yang menjalankan intipan dan risikan di kawasan berkenaan antara 8 hingga 11 pagi.*

               *SEBANYAK 2,961 saman dikeluarkan dalam tempoh empat hari bermula 29 Januari hingga 1 Februari 2019 dalam Ops Selamat Tahun Baru Cina yang dijalankan di Kelantan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan Superintendan Markandan Subramaniam berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 1,676 saman berbanding tahun lalu.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *Beijing: Rindu seorang kanak-kanak terhadap datuknya akhirnya terubat selepas setahun terpisah gara-gara dijual oleh ibu bapanya sendiri dengan harga 120,000 yuan (RM72,887) dalam kejadian di Jinjiang, China.*
            *Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu kembali ke pangkuan keluarganya selepas pihak berkuasa berjaya mengesan satu pasangan yang membelinya bulan lalu, lapor Beijing Youth Daily.*
             *South China Morning Post melaporkan, dia dibesarkan oleh datuk dan neneknya sejak berusia lapan bulan dan kadangkala tinggal bersama ibu bapanya.*

           *NEW DELHI: Sekurang-kurangnya enam penumpang terbunuh dan lebih 20 cedera selepas sebuah kereta api ekspres tergelincir di Bihar di timur India, kata seorang pegawai.*
             *Sembilan gerabak kereta api Seemanchal Express yang bergerak dari Delhi menuju ke Seemanchal tergelincir awal pagi tadi berhampiran stesen Sahadai Buzurg, kira-kira 30 kilometer ke timur ibu negeri Patna.*
           *"Enam individu meninggal dunia dan hampir 24 tercedera,”kata jurucakap Kereta api India, Rajesh Kumar.*

           *SYDNEY: Ribuan penduduk di timur laut Australia terpaksa meninggalkan rumah masing-masing susulan banjir yang disifatkan sebagai sekali dalam seabad sehingga menukar jalan raya menjadi, dengan pihak berkuasa memberi amaran hujan lebat akan turun beberapa hari akandatang.*
          *Wilayah utara Australia menerima hujan lebat pada musim tengkujuh ketika ini, tetapi banjir kali ini lebih daripada paras biasa.*
            *Ribuan penduduk di bandar Townsville di timur laut Queensland mengalami gangguang bekalan elektrik dan sehingga 20,000 rumah berisiko ditenggelami air jika hujan berterusan.*

          *BOGOTA: Kira-kira 10 anggota pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) terbunuh ketika bertempur dengan tentera Colombia selepas menarik diri daripada perjanjian damai 2016.*
              *Pasukan tentera khas dan polis melancarkan operasi di daerah Caqueta, lokasi yang sama pemimpin kumpulan itu, Rodrigo Cadete, 52, terbunuh.*
           *"Selain sembilan anggota gerila terbunuh, kami juga menangkap beberapa yang lain dan pertempuran masih berterusan di wilayah itu,” kata ketua pertahanan, Guillermo Botero dalam satu kenyataan di Manizales.*

         *TIRANA: Polis Albania, semalam menahan 32 individu yang disyaki sebahagian daripada dalang penyeludupan manusia ke Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Kanada menggunakan dokumen palsu.*
           *Pegawai polis antara mereka yang ditahan sementara polis masih mencari empat individu lain dipercayai sebahagian daripada jenayah itu, kata satu kenyataan polis.*
            *Katanya, kumpulan itu turut memalsukan dokumen untuk kegunaan penjenayah berbahaya yang diburu oleh pihak berkuasa.*

         *MILAN: Ribuan kenderaan terkandas dalam salji tebal di lebuh raya di Itali semalam, dan pasukan bomba menyelamatkan 200 orang yang terperangkap dalam kereta dan bas selama beberapa jam.*
           *Jurucakap bomba wilayah Bolzano, berkata kenderaan berkenaan berbaris di sepanjang laluan yang menghubungkan kawasan timur laut negara itu dengan Austria sejauh 16 kilometer.*
            *Katanya, sukar untuk mengira bilangan kenderaan terbabit tetapi jumlahnya merangkumi ribuan.*

         *MINYA: Ahli arkeologi Mesir menemui sebuah makam mengandungi 50 mumia dari zaman Ptolemaic, di Minya, selatan Kaherah, kata kementerian kepurbaan, semalam.*
            *Kira-kira 12 daripada 50 mumia itu yang juga anak-anak ditemui di dalam ruang pengebumian berukuran 4 x 9 meter di tapak arkeologi Tuna El-Gebel.*
             *Setiausaha umum Majlis Tertinggi Kepurbaan, Mostafa Waziri, berkata identiti mumia berkenaan masih belum diketahui.*

          *LONDON: Seorang bapa merancang serangan asid terhadap anak lelakinya berusia tiga tahun di sebuah kedai untuk membuktikan ibu kanak-kanak berkenaan tidak mampu menjaganya dengan selamat ketika berebut hak penjagaan mangsa, dalam kejadian yang dirakam kamera keselamatan premis itu.*
            *Mangsa yang tidak didedahkan identitinya mengalami lecuran teruk pada wajah serta lengannya, malah didengar menjerit ‘saya sakit!’ berulang kali selepas disimbah asid di kedai Home Bargains, Worcester pada 21 Julai tahun lalu, lapor BBC.*
             *Rakaman kejadian berkenaan ditunjukkan kepada juri ketika perbicaraan terhadap bapa berusia 40 tahun itu di Mahkamah Crown Worcester, atas tuduhan bersubahat mencederakan kanak-kanak itu menggunakan asid, susulan perebutan hak penjagaannya dengan ibu mangsa.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *KEMENTERIAN Pendidikan menasihati mana-mana keluarga yang anak mereka tidak layak menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tetapi merasakan tidak mampu atas alasan tertentu supaya mengemukakan rayuan di sekolah masing-masing.*
            *Mengenai rungutan seorang ibu bapa dari Johor bahawa anak mereka tidak mendapat bantuan RMT kerana program terbabit dihentikan untuk sesi 2019 seperti tular di media sosial, kementerian berkata, pihaknya sudah meminta Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan pengurusan sekolah murid itu untuk meneliti kes tersebut.*
          *Sebelum ini, tular di media sosial bahawa RMT dihentikan tahun ini dengan penyebaran gambar sepucuk surat yang memaklumkan perkara berkenan.*

          *DUA lelaki dipercayai terbabit melakukan ugutan jenayah ke atas peniaga yang didakwa meninggalkan komen menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah di Facebook (FB), dibebaskan dengan jaminan polis.*
           *Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, dua suspek berusia 32 dan 36 tahun berkenaan dibebaskan semalam selepas keterangan mereka di ambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.*
           *Khamis lalu, suspek dikatakan meninggalkan komen dengan kenyataan menghina iaitu “muka macam ‘end of the World’ hihi” ke atas gambar Al-Sultan Abdullah sebelum ia tular di FB.*

          *BUDAYA menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengakibatkan fokus pemanduan terjejas sekitar lima hingga 10 saat atau pada kelajuan normal di lebuh raya, kenderaan seolah-olah bergerak tanpa kawalan kira-kira 160 meter.
         *Pakar Kejuruteraan Lebuh Raya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Ezree Abdullah berkata, ini termasuk pemandu menggunakan aplikasi seperti navigasi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), menghantar atau menerima mesej, mengemas kini status dalam media sosial dan bermain permainan video.*
          *Sehubungan itu, Mohd Ezree menasihatkan pemandu mengubah sikap dengan memberi perhatian lebih serius khususnya ketika memandu pada jarak jauh dan cuti panjang kerana terdapat peningkatan kenderaan di jalan raya yang boleh menyebabkan peningkatan kadar kemalangan.*

         *“MAKNANYA kos RM200,000 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang ditanggung PLUS seperti yang dinyatakan turut dibayar oleh rakyat,” kata Datuk Seri Najib Razak.*
               *Bekas Perdana Menteri yang mempersoalkan harga kamera berkenaan yang lebih mahal berbanding semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini berkata, penjelasan Menteri Pengangkutan Anthony Loke bahawa PLUS menanggung pembelian 11 lagi kamera sebagai tanggungjawab sosial seolah-olah bermaksud mahu ‘memerangkap’ rakyat sendiri.*
         *Katanya, kerajaan memiliki saham PLUS sebanyak 51 peratus melalui Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) manakala 49 peratus lagi adalah milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).*
           *“Maksudnya kos kamera masih 51 peratus ditanggung oleh kerajaan dan 49 peratus dibayar oleh rakyat melalui simpanan KWSP mereka,” katanya melalui status laman sosial Facebook peribadinya hari ini.*

         *TOKYO: Media sosial Jepun heboh dengan desas-desus bakal berlaku bencana besar selepas ikan laut dilihat terdampar di pantainya sejak lebih seminggu lalu.*
           *Dalam tempoh 10 hari lalu, tiga ikan spesies ‘oarfish’ itu ditemui di sekitar Teluk Toyama, jauh dari habitatnya 914 meter di bawah laut, lapor South China Morning Post. Ikan terakhir ditemui sepanjang empat meter ditemui terperangkap dalam jala, Isnin minggu lalu.*
            *Menurut legenda, oarfish digelar ‘pembawa pesan dari istana dewa laut’ dalam bahasa Jepun dan timbul sebelum berlaku gempa bumi.*
                 

*ARENA*
========


        *EPL RESULT: LEICESTER CITY 0 MANCHESTER UNITED 1 & MANCHESTER CITY 3 ARSENAL 1*

        *LONDON: Saintis marin Amerika Syarikat (AS) yang terbabit dalam operasi mencari bangkai pesawat dinaiki Emiliano Sala berjanji dia akan mencari jawapan namun memberi amaran pesawat berkenaan ‘jelas sudah hancur'.*
             *David Mearns mendedahkan usaha pencarian pesawat yang hilang itu bermula pagi semalam dan memberi fokus terhadap kawasan utara Guernsey.*
            *Pesawat membawa Sala dan juruterbang David Ibbotson hilang ketika melalui Selat Inggeris pada 21 Januari selepas meninggalkan Nantes untuk ke Cardiff, pangkalan kelab penyerang Argentina itu sertai dengan nilai 15 juta pound (RM80.44 juta).*

        *BERLIN: Juara bertahan, Bayern Munich turun ke tangga ketiga Bundesliga selepas tewas mengejut 1-3 di tangan Bayer Leverkusen, awal pagi tadisekali gus membolehkan Borussia Dortmund mengukuhkan kedudukan di tangga teratas dengan kelebihan tujuh mata.*
         *Gol pada babak kedua dihasilkn Leverkusen menerusi jaringanLeon Bailey, Kevin Volland dan Lucas Alario menyaksikan Bayern mengalami kekalahan keempat mereka musim ini.*
          *Dortmund sekurang-kurangnya berjaya meraih satu mata bagi menambah kelebihan mereka apabila seri 1-1 denganEintracht Frankfurt.*

        *PARIS: Bekas juara Serbia, Jerman, Australia dan Itali mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Davis, awal pagi tadi manakala Colombia menyingkirkan juara tujuh kali, Sweden bagi mencabar trofi buat kali pertama dalam 51 percubaan.*
           *Sejak 1959, negara dari benua Amerika Selatan itu gagal dalam percubaan mara ke pusingan akhir.*
          *Bagaimanapun, kekecewaan itu ditebus apabila gandinganJuan-Sebastian Cabal-Robert Farah melengkapkan kemenangan bagi memastikan kemenangan awal Colombia dengan selesa mendahului 3-0 di Bogota.*

       ♂ *LOS ANGELES: Rickie Fowler melakukan lapan birdie bagi mencatat tujuh di bawah par 64 sekali gus mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu golf Terbuka Phoenix dengan kelebihan empat pukulan selepas tamat pusingan ketiga, awal pagi tadi.*
           *Fowler yang memburu gelaran kelima Jelajah PGA dan pertama sejak menjuarai Honda Classic pada 2017, mencatat keseluruhan 20 di bawah par 193 di TPC Scottsdale – tempat dia mendahului selepas 54 lubang tahun lalu tetapi sekadar menamatkan saingan dengan berkongsi kedudukan ke-11.*

        *LEE Zii Jia harus diasah bakatnya supaya lebih tajam seperti pisau.*
            *Bekas pemain perseorangan lelaki negara, Ong Ewe Hock menyatakan sekalipun Zii Jia kini pemain nombor satu negara, dia masih lagi dalam proses pembelajaran.*
            *"Dia harus meningkatkan lagi prestasi supaya menjadi pemain yang tergolong dalam kelompok 10 terbaik dunia. Sekarang dia masih lagi berada dalam kalangan 20 terbaik dunia,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.*

        *JUARA Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Sumbangsih 2019 selepas menewaskan Perak 1-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kelmarin.*
         *Jaringan tunggal Gonzalo Cabrera pada minit ke-40 memastikan Harimau Selatan meraih gelaran itu untuk kali keempat dalam tempoh lima tahun.*
          *Kejayaan menyusul selepas kelab itu menjulang gelaran pembuka tirai Liga Malaysia itu pada 2015, 2016 dan 2018.*

         *"TOLONGLAH lindungi pemain. Itu masalah saya kira bukan pasukan JDT saja hadapi tetapi semua pemain yang beraksi pada saingan liga. Sepatutnya pengadil pantas melayangkan kad kepada pemain yang melakukan kekasaran,” demikian rayuan pengurus yang juga ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa.*
             *JDT muncul juara Sumbangsih menewaskan Perak 1-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunus kelmarin namun mutu pengadilan menimbulkan seribu persoalan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2019 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Fa Cai!*  *Hong Bao Na Lai*

*SELSA 5 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 30 JAADLAWL 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0600*
*SUBUH : 0610*
*SYURUK : 0726*
*ZOHOR : 1330*
*ASAR : 1651*
*MAGHRIB : 1928*
*ISYAK : 2040*

*artikel disiarkan pada tarikh 4feb19*


*TANAHAIRKU*
==============


               *TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu tradisi dan nilai kekeluargaan yang wujud dalam masyarakat kini seperti menghormati ibu bapa dan golongan tua terus dipertahankan. Menerusi perutusan sempena sambutan Tahun Baru Cina beliau berkata, pada masa sama nilai dan tradisi itu perlu ditanam dalam sanubari anak muda di negara ini bagi membentuk masyarakat penyayang.*

               *RAMALAN Firma Fitch Solution bahawa populariti Pakatan Harapan (PH) merudum dalam beberapa bulan akan datang boleh dianggap sebagai petunjuk dan nilai populariti dalam konteks politik semasa. Penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya, berkata berdasarkan situasi itu, PH perlu bersifat seimbang dalam mengendali isu nasional sama ada berkaitan subsidi negara, pemansuhan atau pengurangan bajet, pengenaan cukai baharu mahu pun menentukan hala tuju negara.*

               *TEKAD menurunkan indeks jenayah dan menjadikan Selangor negeri yang selamat untuk didiami daripada sebarang kegiatan menyalahi undang-undang. Itu antara strategi dan fokus utama Ketua Polis Selangor baharu, Datuk Noor Azam Jamaludin yang mengambil alih tugas jawatan itu berkuatkuasa hari ini, menggantikan Datuk Mazlan Mansor yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.*

               *SERAMAI 12 penuntut Malaysia di Universiti James Cook di Townsville dilaporkan selamat berikutan bencana banjir di utara wilayah Queensland, Australia itu. Menurut Pejabat Education Malaysia Australia (EMA), jumlah rakyat Malaysia di kawasan terbabit antara 40 hingga 50 orang dan mereka kini terjejas namun selamat serta dinasihatkan menghubungi Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES) sekiranya memerlukan bantuan ke pusat pemindahan banjir.*

               *HANYA kerana mengenai pisangnya hilang, pemandu diugut ditikam dalam kejadian di kebun pisang di Kampung Imam Lapar, Kuala Telemong, Kuala Berang semalam. Kejadian berlaku jam 5 petang ketika lelaki berusia 53 tahun ke kebun miliknya sebelum mendapati buah pisangnya hilang.*

               *BAYI perempuan berusia lingkungan lima bulan terperangkap di dalam kereta selepas kenderaan itu terkunci ketika penjaganya dipercayai keluar ke Pejabat Pos Slim River, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.52 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.*

               *POLIS Kuala Lumpur mengeluarkan sebanyak 8,323 saman atas pelbagai kesalahan bagi tempoh enam hari Op Selamat 14 dilaksanakan bermula 29 Januari lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, jumlah terbabit bagaimanapun mencatatkan penurunan sebanyak 21 peratus iaitu 2,227 saman berbanding 10,580 saman dikeluarkan bagi tempoh sama pada Op Selamat 12 dilaksanakan pada tahun lalu.*

               *TUJUH anggota polis pelancong ditahan selepas memeras ugut pengurus hotel di Lorong Argyll, Georgetown dua minggu lalu. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T Narenasagaran berkata, berikutan itu semua tujuh anggota polis pelancong berkenaan kini ditukarkan dari unit pelancong melakukan tugasan di balai. “Setakat ini, kita menunggu kertas siasatan yang sedang dilengkapkan dan akan merujuk ke timbalan pendakwa raya.*

               *SEORANG lelaki menghilangkan diri selepas menyerahkan bayi perempuan yang masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan kepada jemaah surau di Kampung Sri Purnama, Johor Bahru, 13 Januari lalu. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Normawarni Mahat berkata, kejadian berlaku sebelum solat Maghrib kira-kira jam 7 malam.*

               *BERSELINDUNG di sebalik perniagaan telefon bimbit, dua lelaki turut mencari pendapatan sampingan dengan menjual mercun dan bunga api sempena Tahun Baru Cina. Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar apabila polis menyerbu dua lokasi berasingan di Jalan Raja Uda serta Bagan Ajam, Kepala Batas semalam dan merampas pelbagai mercun serta bunga api bernilai hampir RM100,000.*

               *PERUNDING hartanah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah di Seremban Jumaat lalu. Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, penahanan lelaki berusia 29 tahun itu membawa kepada penemuan syabu seberat 334.4 gram yang dianggarkan bernilai lebih RM50,000.*

               *KEMERIAHAN sambutan Tahun Baharu Cina esok bertukar suram buat lapan pemilik premis perniagaan di pekan Spaoh, Betong apabila deretan kedai itu musnah dalam kebakaran hari ini. Kejadian jam 12.30 tengah hari itu berlaku ketika semua peniaga sibuk membuat persiapan untuk majlis ‘makan besar’ malam ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.40 tengah hari.*

               *POLIS berjaya mematahkan kegiatan penjenayah yang terbabit dalam sekurang-kurangnya 100 kes kecurian tong gas premis restoran dan perumahan di sekitar Sandakan. Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, kumpulan yang dikenali sebagai geng Codok itu disyaki melakukan jenayah dengan memecah masuk ke premis restoran dan perumahan untuk mencuri tong gas.*

               *KEGIATAN haram sekumpulan lelaki warga China mengorek pasir tanpa permit menggunakan sebuah kapal di perairan Tanjung Rhu, Telok Panglima Garang, Klang, Selangor, mengundang padah apabila mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM). Dalam Ops Gelora Khas bermula jam 1.50 petang kelmarin, sebanyak 1,500 tan pasir juta termasuk kapal korek dianggarkan bernilai RM1 juta disita untuk tindakan lanjut.*

               *KEHILANGAN seorang lelaki Orang Asli yang tidak pulang ke rumah terjawab apabila mayatnya ditemui dalam parit di Kampung Orang Asli Kedat, Mantin, Negeri Sembilan, semalam. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, mayat Ajis Ujang, 55, ditemui dalam keadaan tersembam dalam parit oleh penduduk pada jam 7.40 malam.*

               *SEORANG lelaki yang dalam perjalanan untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama ahli keluarga sempat membantu seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar, Kuala Lumpur tadi. Alex On Eng Seng, 29, yang juga Penolong Pegawai Perubatan di Institut Jantung Negara (IJN) sanggup berhenti bagi memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa.*

               *WARTAWAN akhbar berbahasa Cina berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki bersenjatakan parang yang melarikan kereta serta telefon bimbitnya dalam kejadian di hadapan rumah mangsa di Seksyen 17, Damansara jam 12.05 tengah malam tadi. Yap Hui Ping, 25, yang berseorangan ketika kejadian bagaimanapun tidak dicederakan penjenayah yang sebelum itu datang dengan menaiki van putih.*

               *MAHKAMAH Tinggi Kuala Terengganu hari ini mengarahkan wanita memulangkan semula hasil jualan dua lot tanah pusaka RM95,000 milik lima beradik yang dijual tanpa pengetahuan. Mahkamah turut membatalkan pendaftaran hak milik empat lot lagi tanah pusaka arwah bapa lima beradik itu atas nama Hanisah Mohd, 49, selaku defendan dan mengarahkan semuanya dipulangkan semula kepada mereka.*

               *SUAMI isteri yang masing-masing bekas banduan dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, selepas mengaku bersalah mencuri makanan, termasuk keju di ebuah pasar raya, minggu lalu. Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Hafizullah Hamidi, 39 dan isterinya, Azrina Noorul Abidin, 29, selepas mereka membuat pengakuan bersalah sebaik tuduhan dibacakan ke atas mereka oleh jurubahasa mahkamah.*

               *PENEROKA dari FELDA Chini 2, Mat Amin Abdullah, 78, maut, selepas kereta Perodua Kancil dinaiki dirempuh kenderaan lain yang memasuki laluan bertentangan di Kilometer 5, Jalan Pekan-Nenasi, Pekan, hari ini. Dalam kejadian 11.55 pagi, Mat Amin mati di lokasi kejadian, manakala isterinya, Faridah Ali Hussein, 61, yang turut bersamanya dalam kenderaan itu patah tangan kanan.*

               *JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memberi amaran kepada semua pemilik atau pengurusan premis supaya tidak menghalang laluan keluar bagi tujuan kecemasan terutama ketika musim perayaan Tahun Baru Cina ini. Ia termasuk membabitkan lokasi tumpuan orang ramai dan tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya peraturan itu gagal dipatuhi.*

               *SEBANYAK 108 kes kesalahan berkaitan isu kepenggunaan direkodkan sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Tahun Baru Cina oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sehingga semalam. Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, kes itu membabitkan kesalahan peniaga tidak meletakkan tanda harga merah jambu dan tiada tanda harga ditetapkan.*

               *CARI duit dengan menyamar sebagai anggota polis dan memeras ugut warga asing. Itu taktik dilakukan seorang penganggur untuk mencari wang mudah menampung hidupnya. Namun perbuatan itu terbongkar apabila lelaki terbabit ditahan polis ketika dia dalam perjalanan mahu mengambil wang daripada mangsa di Bertam Lakes Homes, Kepala Batas, awal pagi, Sabtu lalu.*

               *POLIS kini sedang menunggu laporan forensik daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung kebakaran membabitkan 200 lot kedai di Uptown Puchong Permai, Subang Jaya, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, pihaknya sudah menerima 114 laporan berhubung kebakaran itu.*

               *TINDAKAN mencurigakan lelaki mengangkat kotak ke sebuah rumah di Flat Taman Sri Nelayan, Telok Gong, Pelabuhan Klang membawa kepada penemuan mercun untuk jualan sempena Tahun Baru Cina semalam. Difahamkan, rumah itu dijadikan stor simpanan mercun sebelum dijual kepada peniaga di sekitar Klang. Ia bagaimanapun berjaya dihidu sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang menyerbu premis itu dalam Ops Gelora jam 4 petang.*

               *TANPA tindakan pantas orang ramai menghulurkan bantuan sejurus nahas berlaku, sudah pasti seorang pemandu kereta terperangkap dan rentung dalam kenderaannya. Itulah tuah lelaki yang terselamat selepas kereta Proton Saga dinaikinya hilang kawalan sebelum terbalik dan terbakar di Jalan Sibu-Durin, Sibu, kira-kira 10 pagi, hari ini.*

               *SATU laporan polis dibuat supaya siasatan terhadap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam kerana memfitnah serta menghina Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta ibu bapa negarawan itu. Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, Lokman Noor dalam satu hantaran video di laman Facebooknya menggunakan beberapa perkataan menghina serta fitnah terhadap Dr Mahathir.*

               *SEBANYAK 761 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di sekitar daerah Sungai Buloh bagi tempoh enam hari selepas Operasi Selamat 14 (Op Selamat 14) sempena Tahun Baru Cina 2019 dilancarkan, 29 Januari lalu. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, jumlah saman dikeluarkan itu menurun berbanding tempoh sama tahun lalu.*

               *Kajang: Teknik mengajar kelas dalam hutan atau hutan classroom lebih efisien berbanding dalam kelas kerana anak-anak Orang Asli terutama yang keciciran lebih mudah memahami teknik pembelajaran. Presiden Kelab Sukarelawan Celik (CVC) Dr Muhammad Heikal Ismail, 34, berkata, hasil kajian yang dijalankan sepanjang tempoh pembelajaran dalam kelas mendapati mereka sukar menerima berbanding kelas di dalam hutan.*

               *REMAJA perempuan dan kanak-kanak lelaki maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan bas di Kilometer 265.6 Lebuhraya Utara -Selatan arah selatan berhampiran Bandar Ainsdale, Seremban, hari ini. Pengarah bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, seorang lagi wanita dewasa beserta seorang kanak-kanak prempuan dan tiga kanak-kanak lelaki parah dalam kejadian 1.56 pagi itu.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *CAIRNS: Tentera Australia dikerah untuk menangani banjir besar ‘sekali dalam seabad’ yang menenggelamkan rumah, sekolah dan lapangan terbang di timur laut negara itu selain memaksa ratusan penduduk berpindah termasuk buaya.*
           *Hujan monsun yang berterusan di negeri utara Queensland itu memaksa Angkatan Pertahanan Australia mengisi beg pasir, mengerahkan kenderaan kargo amfibia dan membantu menyelamatkan penduduk yang menunggu di atas bumbung rumah mereka, hari ini.*
            *Australia utara kebiasaannya mengalami hujan lebat pada musim tengkujuh, namun kali ini hujan yang berterusan melebihi paras biasa.*

            *MOSCOW: Seorang lelaki yang digelar pontianak selepas meminum darah rakan kolej yang dibunuhnya ditangkap baru-baru ini selepas didapati bekerja sebagai doktor dengan menggunakan sijil palsu apabila keluar dari hospital sakit jiwa di Russia.*
            *Boris Kondrashin, 36, ditahan polis selepas dikesan bertugas sebagai doktor hampir dua setengah tahun dengan menjadi pakar sakit jiwa dan pakar merawat ketagihan di beberapa hospital di Chelyabinsk.*
               *Kondrashin menggemparkan Russia kira-kira 20 tahun lalu selepas dia membunuh rakan kolejnya sebelum melapah mayat, memakan hati serta meminum darah mangsa.*
            *Dia juga membuat senarai 10 rakannya untuk dibunuh dan dimakan organ mereka seperti diarahkan syaitan.*
.   
          *PASANGAN dari Wisconsin bersama anak lelaki mereka ditangkap berhubung dengan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di bawah jagaan mereka.*
            *Daily Mail melaporkan,Timothy dan Tina Hauschultz bersama anak lelaki mereka berusia 15 tahun didakwa mendera Ethan kerana tidak menghafal ayat-ayat dalam Bible dengan menyuruhnya memegang kayu balak seberat 19.9 kilogram selama dua jam, setiap hari selama seminggu, menurut Newsweek.*
          *Kanak-kanak itu dipantau semasa menjalani hukuman dan dipercayai remaja itu menendang dan menumbuk Ethan sekurang-kurangnya 100 kali, menggolekkan kayu balak ke atas dadanya dan berdiri di atas kepala dan badan Ethan ketika kanak-kanak malang itu direndam dalam air.*

           *ABU DHABI: Paus Francis menjadi pemimpin besar Katolik pertama melawat Semenanjung Arab, hari ini dan dijangka meningkatkan krisis kemanusiaan di Yaman.*
            *Daily Mail melaporkan, beliau mendarat di Abu Dhabi beberapa jam selepas mengeluarkan kenyataannya mengutuk peperangan di Yaman, manakala Emiriah Arab Bersatu (UAE) mempunyai peranan utama dalam ketenteraan.*
            *Kedatangan beliau disambut Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan.*

         *MANILA: Seorang pegawai kanan Abu Sayyaf dan empat anggota kumpulan militan yang dipercayai dalang di sebalik pengeboman gereja di selatan Filipina, menyerah diri kepada pihak berkuasa semalam, kata ketua polis negara itu, hari ini.*
          *Kammah Pae yang membantu pasangan Indonesia dalam satu serangan bunuh diri pada 27 Januari lalu, menyerah diri kepada tentera kerajaan, kata Oscar Albayalde.*
           *"Dia terpaksa menyerah diri mungkin kerana tidak mahu mati ketika serangan tentera,” kata Albayalde dalam satu sidang media.*

         *ISLAMABAD: Kaki seorang bapa tiba-tiba berubah menjadi keras seperti batu selepas digigit nyamuk menyebabkan kakinya membengkak dua kali ganda dari saiz normal.*
           *Shahid Hussain, 38, menderita enyakit elephantiasis iaitu jangkitan parasit yang akan membuatkan tubuh seseorang membesar secara luar biasa.*
           *The Sun melaporkan, bapa lima anak dari Pakistan itu, berkata: “Kehidupan normal saya berubah sejak lima tahun lalu selepas kaki saya mula membengkak.*
            *"Pada mulanya, saya anggap semuanya akan menjadi seperti biasa tetapi penyakit ini menyebabkan saya sering terbaring disebabkan beratnya kini mencapai 44.4 kilogram dan saya hampir tidak mampu berjalan.”*

           *WASHINGTON: Amerika Syarikat bakal mengerahkan 3,750 tentera tambahan ke sempadan Mexico, kata Pentagon, semalam ketika Presiden Donald Trump mendesak untuk membina tembok bagi meningkatkan keselamatan di sempadan.*
            *"Jabatan Pertahanan akan mengerahkan kira-kira 3,750 anggota sebagai sokongan tambahan kepada Perlindungan Kastam dan Sempadan (CBP) di sempadan barat daya yang diluluskan pada 11 Januari lalu oleh pemangku Setiausaha Pertahanan Patrick Shanahan,” menurut satu kenyataan.*
         *Menurutnya, penambahan anggota itu adalah selama tiga bulan yang menjadikan jumlah keseluruhan anggota tentera di sempadan itu seramai 4,350 orang.*

          *MIAMI: Sekurang-kurangnya 28 warga Haiti dipercayai lemas di luar pesisir pantai Abaco, Bahamas, dalam insiden terbaru kapal karam pendatang yang ingin meninggalkan Caribbean, kata pihak berkuasa, semalam.*
            *"Setakat ini, seramai 17 orang diselamatkan dan 28 mayat ditemui selepas operasi menyelam dibuat selama dua hari,” kata Angkatan Pertahanan Diraja Bahamas (RBDF).*
            *Kapal malang yang membawa pendatang Haiti itu karam pada Sabtu lalu berhampiran Fowl Cay, sejauh 10 kilometer dari pantai Marsh Harbour, Abaco.*

           *BEIJING: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun dikejarkan ke hospital selepas memasukkan 39 bebola magnet ke dalam kemaluannya.*
            *Daily Mirror melaporkan, budak yang berasal dari Wuhan itu dilaporkan memasukkan bebola itu ke dalam saluran kencingnya selepas didorong perasaan ingin tahu.*
             *Budak itu dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Wuhan pada 13 Januari lalu dan dia memberitahu doktor dia menelan beberapa objek asing.*
             *Kanak-kanak itu dilaporkan mengadu sakit di bahagian perut dan sukar untuk membuang air kecil.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


           *ADA penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Singapura dikesan menunggang di negara ini dengan menutup nombor plat pendaftaran dengan pita pelekat.*
         *Perbuatan penunggang motosikal yang dipercayai berkonvoi dalam kumpulan sempena cuti hujung minggu itu dirakam seorang pengguna Lebuhraya PLUS, baru-baru ini.*
           *Menerusi rakaman berdurasi 43 saat yang sudah mula tular sejak kelmarin, kelihatan kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi dengan nombor plat pendaftaran bermula dengan abjad ‘F’ yang merujuk kepada pendaftaran motosikal di Singapura itu, melalui Lebuhraya PLUS.*

           *POLIS menahan suami isteri warga Rusia yang disyaki melambung bayi perempuan sewaktu membuat persembahan muzik di Bukit Bintang, Kuala Lumpur bagi tujuan mengemis.*
           *Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, suspek ditahan sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sewaktu membuat persembahan di Jalan Raja Abdullah kira-kira jam 3.30 petang, tadi.*
              *Katanya, penahanan suspek berusia 27 dan 28 tahun terbabit dilakukan susulan maklumat awam berhubung kegiatan pasangan berkenaan.*
              *Malah perbuatan berbahaya pelancong itu berjaya dirakam salah seorang lelaki yang kemudian dikongsi dan tular dalam akaun Facebook miliknya, kelmarin.*

            *PASANGAN kekasih, antara empat ditahan polis Rabu lalu kerana dipercayai terbabit dalam kejadian samun suami isteri di Taman Melaka Raya, di Melaka, bulan lalu.*
              *Suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN) bersama Bahagian D8 (Operasi Khas) dan Bahagian D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).*
             *Terdahulu, sejurus selepas dirompak di tepi Jalan Melaka Raya 12, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) suami dirompak menjadi tular pada hari kejadian dan polis menggunakan rakaman terbabit sebagai panduan memburu suspek.*

           *SEORANG peniaga di Johor Bahru, kesal dengan tindakan netizen memfitnah restorannya menggunakan tangkal pelaris, sedangkan dia tidak pernah berbuat demikian sejak menjalankan perniagaan makanan, 17 tahun lalu.*
            *Pemilik Restoran As-Salam, Abdul Salam Mohd, 44, berkata, memang benar dalam operasi bersepadu membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Pejabat Kesihatan daerah Pontian dan Majlis Daerah Pontian (MDP) pada 30 Januari lalu, pihaknya menerima empat saman atas pelbagai kesalahan.*
          *Menurutnya, lebih malang apabila ada pihak yang mengubahsuai siaran akhbar dan menambah nama restorannya sebelum dimuat naik ke Facebook (FB) dan ditularkan kepada orang ramai.*
             *Katanya, akibat perbuatan netizen, dia dan keluarga kini malu untuk berdepan orang ramai terutama anak di sekolah atau ke masjid kerana fitnah itu membabitkan akidahnya sebagai umat Islam.*

          *SATU laporan polis dibuat terhadap individu yang dipercayai memuat naik status menuduh pekerja syarikat pengendali operasi riadah kereta kuda di Bandar Hilir, Melaka melakukan penganiayaan terhadap seekor kuda, semalam.*
            *Pengurus Besar Batrisya Horse Stable & Riding Centre, Samsudin Abdul, 42, membuat laporan terhadap pengguna Facebook yang mendakwa dia dan rakannya menyaksikan seekor kuda ditampar lelaki dipercayai penjaga haiwan itu, petang semalam.*
            *Samsudin ketika dihubungi berkata, beliau sudah pun menghubungi individu berkenaan pagi tadi, dan meminta penjelasan lanjut serta bukti berbentuk rakaman video bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan.*
            *Terdahulu, status berkenaan tular di laman sosial sejak semalam dan mendapat lebih 1,000 perkongsian dan 1,500 ‘Likes’.*

            *TAIPEI: Nasib malang seorang penghantar barang yang melanggar empat kereta Ferrari dalam kemalangan ketika pulang bekerja mendapat simpati pengguna media sosial yang berjaya mengumpul derma lebih 135,000 (RM723,289) untuk membantunya membayar ganti rugi.*
           *Daily Mail melaporkan, Lin Chin-Hsian, 20, yang bekerja sebagai pemandu penghantaran makanan dikatakan terlelap ketika memandu akibat kepenatan sebelum merempuh kenderaan mewah berkenaan.*
            *Kejadian berlaku pada awal pagi 16 Disember lalu, apabila Lin yang bekerja demi membantu ibu menyara keluarga memandu pulang selepas tamat syif malam.*
           *Kerana terlalu penat, dia terlena seketika lalu merempuh tiga kereta jenis Ferrari 488 dan Ferrari F12 menyebabkannya terpaksa membayar ganti rugi.*
                 

*ARENA*
========


           *EPL RESULT: WEST HAM UNITED 1 LIVERPOOL 1*

           *PENYOKONG serta peminat Arsenal menyalahkan Stephan Lichtsteiner kerana mempamerkan aksi pertahanan teruk ketika tewas 3-1 kepada Manchester City.*
           *Jaringan hatrik Sergio Aguero jelas membuktikan kelonggaran benteng Arsenal yang begitu mudah dieksploitasi oleh serangan lawan.*
          *Penyokong Gunners meluahkan rasa tidak puashati mereka di laman sosial dengan menyalahkan punca kekalahan itu kepada pemain pertahanan antarabangsa Switzerland berusia 35 tahun itu.*

           *PENYERANG Jerman, Timo Werner diberi amaran tidak ‘berangan’ untuk menyertai Liverpool disebabkan oleh Naby Keita yang masih bergelut sejak berhijrah ke Anfield.*
           *Werner, 22, dikhabarkan akan mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukan RB Leipzig itu akan beralih ke Merseyside pada musim panas.*
           *Keita menyertai The Reds tahun lalu selepas 12 bulan mengikat perjanjian pada nilai perpindahan 52.75j (RM282 juta) dengan kelab Bundesliga itu.*

           ♂ *LOS ANGELES: Ricke Fowler bangkit selepas mensia-siakan kelebihan lima pukulan pada sembilan lubang terakhir untuk menjuarai Terbuka Phoenix dengan dua pukulan awal pagi tadi.*
            *Fowler mencatat triple bogey pada lubang ke-11 dang kemudiannya mendapati dirinya ketinggalan satu pukulan berbanding Branden Grace dengan baki lima lubang di TPC Scottsdale, Arizona.*
           *Namun dengan kebimbangan berdepan satu lagi kekalahan pada pusingan terakhir membuatkan pemain Amerika Syarikat itu segera bangkit dan memulihkan reputasinya dengan kelebihan dua pukulan.*

           *AZLAN Shah Kamaruzaman, Habibullah Mohd Salleh, Danial Syahmi Shahril dan Muhammad Helmi Azman menjadi pencabar Hafizh Syahrin Abdullah dalam usaha mempertahankan Anugerah Pelumba Terbaik Antarabangsa, minggu depan.*
           *Hafizh bagaimanapun dijangka mengekalkan anugerah itu pada majlis Anugerah Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) PETRONAS SIC, 12 Februari ini selepas berada dalam senarai pendek untuk kategori itu.*
           *Afiq Ikhwan Yazid yang beraksi pada perlumbaan Lamborghini Super Trofeo pula diramal mempertahankan Anugerah Pemandu Terbaik Antarabangsa.*

           *PENGENDALI skuad bawah 22 (B-22) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 11 muka baru sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan AFF 2019 di Phnom Penh, Kemboja, hujung bulan ini.
Beliau juga mengekalkan 15 pemain yang diharap mampu menggalas cabaran bermula dengan latihan pusat di Majlis Sukan Negara (MSN), Ahad ini.*
             *Antara pemain baru yang disenaraikan dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu penjaga gol Haziq Nadzli dan Dominic Tan, R Dinesh dan Faisal Halim (Pahang), Ariff Ar-Rasyid Ariffin (PKNS FC), Tasnim Fitri Nasir (FELDA United), Syahmi Safari (Selangor), Nabil Hakim Bokhari (Kuala Lumpur), Ariusdius Jais (Sabah), Hadi Fayyadh Razak (Fagiano Okayama) dan Izzan Syahmi Mustapa (Terengganu FC).*

           *NIKMAT beraksi pada temasya Sukan Olimpik menjadi idaman pemain beregu campuran negara Goh Soon Huat.*
           *Soon Huat yang bergandingan dengan Shevon Lai kini menghuni ranking ke-12 dunia namun mereka belum pernah bermain pada temasya sukan terbesar dunia itu.*
          *Justeru Soon Huat mengambil pendekatan tidak gentar dan turun ke gelanggang dengan semangat melawan bagi memastikan hasratnya menjadi kenyataan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2019 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*RAU 6 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 1 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0600*
*SUBUH : 0610*
*SYURUK : 0726*
*ZOHOR : 1330*
*ASAR : 1651*
*MAGHRIB : 1929*
*ISYAK : 2040*

*artikel disiarkan pada tarikh 5feb19*


*TANAHAIRKU*
==============


               *SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan supaya golongan muda Tionghua mengekalkan amalan dan tradisi sambutan Tahun Baharu Cina secara turun-temurun. Baginda memberi pesanan berkenaan menerusi kunjungannya bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah ke kediaman Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Senibong Cove, Johor Bahru, hari ini.*

               *ORANG ramai yang meninggalkan premis untuk bercuti di musim perayaan dinasihatkan supaya tidak menampal notis pemberitahuan kerana tindakan itu boleh mengundang musibah. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, amalan menampal notis di luar pintu utama premis perniagaan khususnya, seolah-olah mengundang kehadiran penjenayah untuk melakukan kegiatan pecah masuk premis.*

                *ORANG ramai dinasihatkan tidak membawa pulang anjing dari kawasan lain ke mukim Taiping dan Bukit Gantang di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) pada sambutan Tahun Baharu Cina kali ini bagi mengelakkan risiko jangkitan penyakit rabies atau anjing gila. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak, Dr Ahmad Shafri Hassan berkata, diingatkan kepada orang ramai bahawa pewartaan daerah LMS sebagai kawasan jangkitan sehingga kini masih berkuatkuasa dan belum ditarik balik sejak ia diwartakan pada 14 Januari lalu.*

                *ISTERI Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa melawat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam yang dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan. Perkara itu dikongsikan anak Mohamed Azmin, Farah Amira menerusi akaun Twitternya yang merakamkan kehadiran Dr Siti Hasmah dan ditemani isteri Timbalan Presiden PKR itu, Datin Seri Shamsida Taharin di sebuah bilik hospital. Bagaimanapun Farah Amira tidak mendedahkan jenis pembedahan dan di mana bapanya mendapatkan rawatan.*

               *ALIRAN trafik di beberapa bahagian lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat jam 6 petang ini. Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik di bahagian utara perlahan dari Seberang Jaya ke Perai, Tapah ke Gopeng, Perak dan dari Lembah Beringin ke Bukit Tagar hingga ke Bukit Beruntung, Selangor. "Bagi bahagian selatan, aliran trafik hanya perlahan dari Senawang ke Port Dickson, Negeri Sembilan,” katanya.*

               *KEMENTERIAN Pendidikan akan mendapatkan maklumat daripada Wisma Putra dalam usaha mengenal pasti sama ada terdapat pelajar atau penuntut Malaysia terjejas akibat bencana banjir melanda wilayah utara Queensland, Australia. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, sekiranya ada pelajar atau penuntut terjejas, pihaknya akan mengambil tindakan segera. "Sehingga kini, kami belum menerima laporan rasmi berkaitan kejadian itu.*

               *POLIS menahan dua lelaki tempatan selepas disyaki memiliki senjata tajam dan dadah di kawasan Jalan Temenggong 10, Taman Ungku Tun Aminah dekat Skudai, Johor Bahru, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, dua lelaki berusia 30 dan 36 tahun itu ditahan selepas polis menemui mereka dalam keadaan mencurigakan.*

               *SEBUAH rumah teres satu tingkat di Jalan Cemara 3/3B Bandar Sri Damansara, Sungai Buloh, Selangor, terbakar, kira-kira jam 4 pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.35 pagi. "Seramai 10 pegawai dan anggota bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.*

               *TIGA rentung sejurus kereta mewah model BMW dinaiki terbabas sebelum terbakar di Kilometer 6.9, Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) jam 5.40 petang tadi. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 5.46 petang.*

               *BARU nak keluar meronda kena cekup pula. Itu yang berlaku terhadap sekumpulan warga asing apabila mereka dicekup dalam operasi di kawasan parkir bas, Penang Sentral, Butterworth hari ini. Dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang (JIMPP) bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu, 70 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan kerana tiada dokumen sah.*

               *AKIBAT tertekan ibu tersayang meninggal dunia, wanita bertindak membunuh diri di rumah di Taman Chip Aik, Seremban, semalam. Dua beranak terbabit ditemui mati bersama di rumah berkenaan. Sumber polis berkata, wanita berusia 58 tahun terbabit nekad menggantung dirinya menggunakan tali pada bingkai tingkap dalam bilik.*

               *KEMENTERIAN Pendidikan menjelaskan sebuah sekolah di Negeri Sembilan tidak pernah memaksa seorang muridnya mengikuti Pendidikan Islam seperti dilaporkan sebuah portal berita dan beberapa media lain. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata, sebaliknya semakan Kementerian Pendidikan mendapati murid terbabit mengikuti subjek Pendidikan Moral sejak dia memulakan persekolahan pada 2017.*

               *PEMANDU van kilang yang terbabit dalam kemalangan di Taman Wuduri Sungai Bakap, Nibong Tebal pagi semalam didapati positif dadah methamphetamine. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafie Abdul Samad berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan polis selepas kemalangan yang menyebabkan seorang wanita maut manakala empat lagi cedera selepas van kilang dinaiki terbabas dalam kejadian jam 6.50 pagi.*

               *PENDUDUK di Tanjung Maling, Sibu, gempar dengan penemuan mayat lelaki terapung di Sungai Batang Rajang, hari ini. Mayat tanpa identiti itu ditemui penduduk 8.30 pagi sebelum memaklumkan penemuan kepada polis. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, mayat itu dijumpai terapung dan hanya berseluar dalam.*

                *JURUJUAL di Kuantan berputih mata apabila kerugian RM136,000 selepas diugut sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki berusia 52 tahun itu menerima panggilan daripada lelaki pada 29 Disember tahun lalu yang memaklumkan nombor telefon rumahnya terbabit dengan kes judi dalam talian haram.*

               *OPERASI dan rondaan akan terus dilaksanakan pihak polis di sepanjang lebuh raya di negeri ini bagi mengesan penunggang motosikal Singapura mahu pun tempatan yang tidak mematuhi undang-undang. Tindakan penguatkuasaan pula akan segera diambil sekiranya penunggang motosikal berkuasa tinggi ini sengaja menutup nombor plat bagi mengelak dirakam kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) kerana menunggang melebihi had laju ditetapkan.*

               *DUA lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kejadian pecah rumah di kondominium di Cheras, Kuala Lumpur, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, berdasarkan maklumat diperolehi, anggota Balai Polis Cheras menahan dua suspek berusia 24 tahun itu ketika menaiki motosikal di Tamam Segar, Cheras, Jumaat lalu.*

               *PEMANDU pacuan empat roda yang putus tangan kanan selepas terbabit kemalangan di Kilometer 66, Jalan Beluran-Telupid, Sandakan, semalam, menafikan kenderaan yang dipandunya memasuki lorong bertentangan. Sebaliknya, Rawny Alivat Taha, 33, berkata, kenderaan mereka berada di lorong betul tetapi dirempuh sebuah lori yang datang dari arah hadapan.*

               *DUA lelaki warga tmpatan ditahan polis, semalam selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan kegiatan peras ugut terhadap mangsa. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Norazam Shaari berkata, sepasukan polis yang bertindak atas maklumat menahan salah seorang suspek di susur keluar Lebuhraya Kota Tinggi - Johor Bahru di sini, kira-kira jam 8 malam tadi.*

               *SEBARANG pengumuman berhubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hanya akan dibuat selepas perbincangan mengenainya dimuktamakan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Sehubungan itu, katanya, sebarang maklum balas mengenai ECRL hanya akan dikemukakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selagi rundingan mengenainya belum dimuktamadkan.*

               *SERAMAI 117 individu ditahan dalam serbuan parti persendirian di premis hiburan di Metro Pudu, Kuala Lumpur, kelmarin. Dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, 15 pegawai dan 120 anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, membuat pemeriksaan di premis berkenaan.*

               *SEORANG wanita cedera di kepala selepas kepalanya dibaling tabung oleh suami susulan pergaduhan berlaku di rumah mereka di Taman Len Sen, Kuala Lumpur. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang tadi, mangsa berusia 50-an cedera di kepala, manakala suaminya cedera ringan di bahagian lengan kiri. Difahamkan kejadian berpunca pertengkaran antara suami isteri terbabit yang tidak diketahui punca sebelum bertukar menjadi ganas.*

               *LIMA laporan polis dibuat Pemuda Amanah Negeri Melaka, Amanah Kawasan Alor Gajah, Angkatan Wanita (AWAN) Alor Gajah serta Pemuda Amanah Kawasan Alor Gajah terhadap Pesuruhjaya PAS Melaka Kamaruddin Sidek yang didakwa memfitnah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) serta kerajaan negeri. Semua laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah.*

               *TIMBALAN Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan individu bahawa beliau menipu rakyat dengan menyatakan ada kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Cambridge. Marzuki berkata, pihaknya akan mengemukakan bukti bahawa beliau pernah mengikuti kursus dalam bidang itu di universiti berkenaan.*

               *TINDAKAN tokan dadah menyewa rumah di Naka, Padang Terap untuk menjalankan kegiatan menjual bekalan itu kepada pelanggan bagi mengaburi pihak berkuasa sejak tujuh bulan lalu gagal apabila diserbu polis semalam. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap yang menerima maklumat awam dan hasil risikan bertindak menyerbu rumah itu jam 8.30 pagi dalam Op Tapis.*

               *SELEPAS hampir enam bulan diburu, lelaki yang menyerang dan memukul lelaki dikenalinya dengan kayu dan pisau Ogos lalu ditahan hari ini. Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah bangsal di Kampung Sungai Siput, Lubok Merbau, Naka, Padang Terap jam 2.45 pagi bagi membantu siasatan susulan mangsa berusia 30 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sik sebelum ini.*

               *PUSAT Penyembuhan, Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Kota Tinggi mengalami kerugian RM200,000 berikutan kehadiran gajah liar yang memusnahkan tanaman dan kemudahan di sekitar kawasan itu.
Difahamkan, kehadiran sekumpulan gajah liar jam 10 malam hingga awal pagi Ahad lalu itu, menyebabkan berlakunya kerosakan pada pagar keselamatan selain tanaman di laluan pintu masuk pusat itu.*

               *BERANG bekas tunangnya memutuskan hubungan mereka sejak Julai lalu menyebabkan lelaki itu tergamak menghubungi wanita terbabit dan mengugut ingin membunuhnya minggu lalu. Bagaimanapun tindakan lelaki berusia 25 tahun itu mengundang padah apabila dia ditahan polis di tepi jalan di Taman Anggerik, Jalan Junjong, Kulim jam 1.15 pagi tadi.*

               *SEBANYAK 15,790 kes denggi direkodkan di seluruh negara dari 1 Januari hingga Ahad lalu dengan Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi. Statistik Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan menunjukkan 9,210 kes denggi dilaporkan di Selangor diikuti Johor (1,284), Kuala Lumpur (1,217), Pulau Pinang (1,177), Sabah (543) dan Perak (422). Kes paling rendah adalah di Labuan dengan lapan kes direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

               *TINDAKAN lelaki warga emas meneruskan kerja dalam keadaan gelap di hutan berakhir tragedi selepas dihempap pokok, malam tadi. Dalam kejadian 10.30 malam itu, Kalom Manggai, 65, yang berasal dari Rumah Panjang Ansat, Pakit B, Sri Aman, meninggal dunia akibat kecederaan di kepala. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak melaporkan ketika kejadian, mangsa bersama beberapa rakannya sedang memotong kayu di kawasan hutan itu untuk dijadikan papan.*

               *SUAMI isteri warga Russia yang ditahan polis selepas paparan video mereka melambung bayi perempuan ketika membuat persembahan muzik di Bukit Bintang, Kuala Lumpur bagi tujuan mengemis, dibebaskan dengan jaminan, hari ini. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Deputi Superintendan M Gunalan, pasangan yang masing-masing berusia 27 dan 28 tahun itu dibebaskan selepas pemeriksaan doktor terhadap bayi mereka selesai.*

               *CUBAAN dua lelaki untuk menyeludup 20 guni berisi benih kerang bernilai RM100,000 ke negara jiran gagal apabila kereta Proton Perdana yang dinaiki mereka ditahan anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di Kilometer 4.8 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Changlun, malam tadi. Kedua-dua lelaki berusia 30 dan 35 tahun itu dipercayai memandu kereta yang disyaki bernombor pendaftaran palsu dengan membawa benih kerang dari Batu Kurau, Perak untuk dibawa ke Thailand.*

               *PEMUDA sanggup mempertaruhkan nyawa semata-mata mahu mencuri kabel di pencawang elektrik di Taman Perindustrian Samalaju (SIP), Bintulu, kelmarin. Bagaimanapun, perbuatan suspek berusia 31 tahun berjaya dikesan anggota Polis Bantuan Lembaha Kemajuan Bintulu (BDA) yang kebetulan menjalankan rondaan di lokasi kejadian pada 12.20 malam sebelum menahannya.*

               *KERETA milik wanita yang diletakkan di ruang parkir Kuarters Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands disimbah asid, semalam. Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Yusuf Uni berkata, pihaknya menerima laporan dibuat mangsa berusia 46 tahun berhubung kejadian itu semalam.*

               *LELAKI yang memiliki senjata buku lima antara 10 lelaki ditahan dalam Operasi Bersepadu di tiga lokasi di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran simpang empat Pusing, Batu Gajah, malam tadi. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, polis menahan lelaki berusia 20 tahun berkenaan yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Seri Pengkalan, Pusing sebelum menemui senjata itu di dalam bakul motosikalnya.*

               *LELAKI maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan merempuh pokok dalam kemalangan di jalan susur berhampiran bulatan Masjid Bandaraya, Likas, Kota Kinabalu hari ini. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, Andy Mahaga Sipawi, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit dalam kenderaannya.*

               *EMPAT pelancong China mengharungi detik mendebarkan selepas tersesat selama tiga jam ketika melawat Taman Negara Bako, Kuching, semalam. Kejadian itu dimaklumkan kepada bomba selepas menerima panggilan kecemasan yang dibuat seorang daripada mangsa pada 3.47 petang. Komander Operasi, Mosli Salim berkata, sejurus menerima maklumat, pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan Petra Jaya dikejarkan ke lokasi.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *BEKAS ahli parlimen nasionalis Belanda dan orang kanan ahli politik anti-Islam, Geert Wilders, memeluk Islam, lapor media hari ini.*
          *Joram van Klaveren menjalankan kempen menentang Islam tanpa henti selama tujuh tahun di dewan rendah parlimen di Belanda sebagai pembuat dasar parti Wilder' Freedom Party (PVV).*
            *"Ketika itu, "pelampau terbabit menuntut larangan burqa dan menara masjid. Beliau tidak mahu sebarang elemen Islam atau paling kurang elemen Islam yang sebolehnya di Belanda,” menurut akhbar tabloid Algemeen Dagblad (AD).*
          *"Tindakan beliau memeluk Islam mengejutkan ramai kawan dan musuh,” menurut akhbar AD.*

             *SACRAMENTO (AS): Lima maut dengan dua daripadanya penghuni sebuah rumah akibat dihempap pesawat ringan yang terhempas di satu kawasan perumahan di bandar Yorba Linda, California, kelmarin.*
           *Asap tebal kelihatan menjulang dari lubang bumbung rumah yang terbakar selepas pesawat itu dipercayai jenis sebagai Cessna, terhempas di atas kediaman berkenaan.*
             *CNN melaporkan jurucakap Jabatan Sherif Daerah Orange, Leftenan Kolonel Cory Martino berkata, nahas mengorbankan dua pemilik rumah dan dua individu lagi.*
         *Martino mengesahkan juruterbang berkenaan adalah mangsa kelima yang terbunuh.*

            *Paris: Seorang wanita ditahan berkaitan kebakaran bangunan mewah di tengah bandar raya ini menyebabkan lapan terbunuh, hari ini.*
          *Pendakwa raya Paris, Remy Heitz, berkata polis menganggap kebakaran itu adalah perbuatan khianat.*
            *Menurutnya, wanita yang ditahan itu tinggal di bangunan di Daerah Ke-16 yang terbakar.*
            *”Seorang wanita ditahan berhubung kejadian itu,” kata Heitz.*

            *Denver: Seorang lelaki yang berjoging di kawasan bukit Gunung Horsetooth di sini, bertarung dengan singa gunung yang menerkamnya sebelum dia membunuh haiwan itu.*
          *Menurut pihak berkuasa, lelaki itu yang tidak dinyatakan identitinya berjoging di laluan joging pergunungan itu yang terletak lebih 100 kilometer dari sini.*
          *Seekor singa gunung yang masih muda menyerangnya dari belakng, menggigit serta mencengkam leher, muka, belakang, kaki dan lengan mangsa.*
           *Kenyataan Jabatan Perlindungan Taman dan Hidupan Liar Colorado (CPW) hari ini, tidak menyatakan bagaimana lelaki berkenaan membunuh singa itu.*

          *Gibraltar (Britain): Sepasukan polis yang berkejar ke pantai selepas menerima panggilan kecemasan dari sebuah bot yang karam terkejut apabila menemui puluhan bungkusan besar berisi ganja yang terdampar di pantai, minggu lalu.*
          *Mail Online melaporkan, dalam kejadian pada Sabtu lalu, polis menerima panggilan kecemasan pada jam 4 pagi (waktu tempatan) dari sebuah bot getah yang hampir karam di Laut Mediterranean.*
          *Ketika pengawal pantai Sepanyol menyelamatkan tiga penumpang bot itu dan membawa mereka ke sebuah hospital di Algericas, polis Britain membuat pemeriksaan di pantai.*

          *Los Angeles: Hawaii bercadang menaikkan had umur mereka yang dibenarkan membeli rokok kepada 100 tahun.*
        *Usul diperkenalkan calon Demokrat tempatan, Richard Creagan, jika diterima dijangka berkuatkuasa menjelang 2024.*
          *Hawaii dikenali sebagai antara negeri di Amerika Syarikat yang tegas dengan undang-undang penjualan rokok.*
          *Melalui undang-undang sedia ada, hanya mereka yang berusia 21 tahun boleh membeli rokok di Hawaii manakala usia minimum di seluruh Amerika ialah 18 atau 19 tahun.*

          *WASHINGTON: Seorang banduan Islam yang menunggu hukuman mati di Alabama ‘bergelut’ dengan waktu dengan harapan agar permintaan terakhirnya untuk mendapatkan seorang imam menemani perjalanan terakhirnya di bilik hukuman ditunaikan.*
         *Domineque Ray, 42, dijadualkan menjalani hukuman suntikan maut, hampir 20 tahun selepas dia dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan merogol dan membunuh remaja berusia 15 tahun di Selma, pada 1995.*
            *Ray yang juga disabitkan kesalahan melakukan dua pembunuhan membabitkan dua orang remaja lelaki setahun sebelumnya, sudah memeluk Islam sejak dia ditahan.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan laporan mengenai ayam didakwa tidak disembelih dibeli seorang pelanggan dari sebuah pasar raya di Kuala Berang, Kuala Terengganu, yang tular hari ini adalah kes lama.*
            *Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan kes itu dan membuat pemeriksaan di pasar raya berkenaan pada tahun lalu sejurus dimaklumkan mengenai laporan berkenaan.*
          *Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil kerana hasil pemeriksaan mendapati pasar raya berkenaan mematuhi segala peraturan dan mereka mendapat bekalan ayam daripada pembekal yang mendapat persijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).*

          *SEORANG penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka menjadi mangsa samseng jalanan apabila diserang dan ditumbuk tiga individu, semalam.*
            *Difahamkan, kejadian berlaku pada 9 pagi di atas jambatan jalan pantai dari Dataran 1Malaysia Klebang ke bandar Melaka.*
          *Rakaman mengenai kejadian itu yang berdurasi seminit 17 saat, turut tular di media sosial, memaparkan tiga lelaki menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda HRV memotong dan menghalang laluan mangsa sebelum menumbuknya.*
           *Dia mendakwa samseng jalanan itu turut menyepak kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya dan memukul cermin hadapan tetapi tiada kerosakan.*

          *AKTIVIS masyarakat, Kuan Chee Heng mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih 2 Mac ini.*
           *Dia yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, akan menggunakan lambang telefon untuk menentang dua calon daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN).*
          *"Hasrat saya bertanding bukan kerana mempunyai reputasi yang baik dengan orang susah, tetapi untuk menjadi kuasa pendesak kepada dua calon lain daripada PH dan BN melakukan apa yang sepatutnya mereka buat.*
                 

*ARENA*
========


          *LONDON: Pendahulu Liga Perdana Liverpool mempunyai kualiti untuk menamatkan kemarau trofi sejak 1990 tetapi mesti teguh bekerjasama bagi menafikan hasrat cabaran juara bertahan Manchester City, menurut kapten West Ham United, Mark Noble.*
           *Liverpool hanya mampu seri 1-1 menentang West Ham awal pagi tadi dan mengumpul 62 mata daripada 25 perlawanan sekali gus hanya tiga mata membezakan mereka dengan City.*
          *Keputusan seri itu yang kedua berturut-turut selepas diikat Leicester City minggu lalu dan Noble menganggap kemerosotan Liverpool akibat harapan terlalu tinggi kelab itu sendiri.*

          *LONDON: Harapan Manchester City untuk terus kekal dalam buruan juara Liga Perdana bergantung kepada bagaimana juara bertahan itu mengharungi cabaran lima hari selepas ini apabila menentang Everton dan Chelsea, menurut pemain tengah Bernardo Silva.*
                *City kini memiliki 59 mata daripada 25 perlawanan dan ketinggalan hanya tiga mata di belakang pendahulu Liverpool yang seri 1-1 di West Ham awal pagi tadi.*
           *Silva menegaskan City perlu mengambil peluang sebaiknya apabila menentang Everton pada awal pagi Khamis.*

          *BARCELONA: Lionel Messi belum pasti dapat beraksi menentang Real Madrid di tempat sendiri dalam saingan peringkat pertama Copa del Rey akibat kecederaan kaki kanan ketika seri 2-2 menentang Valencia dalam aksi liga Sabtu lalu.*
            *Barcelona tidak menyatakan dengan terperinci keadaan Messi walaupun laporan menyatakan kecederaan itu tidak serius sehingga dia tidak boleh beraksi di Nou Camp.*
         *Kecederaan itu dialami apabila diasak keras pertahanan Valencia, Antonio Lato pada separuh masa kedua, Sabtu lalu.*
         *Messi terlepas perlawanan ketika Barcelona membelasah Madrid 5-1 dalam aksi liga di Madrid pada Oktober lalu akibat patah lengan kanan.*

          *BEKAS pengurus Manchester United Jose Mourinho menerima hukuman penjara selama setahun di Sepanyol kerana terbabit dalam penipuan cukai.*
               *Dia bagaimanapun berkemungkinan tidak dipenjarakan kerana Sepanyol tidak menguatkuasakan undang-undang itu sekiranya kurang daripada dua ahun.*
            *Pengurus dari Portugal itu dituduh berhutang dengan pihak berkuasa percukaian Sepanyol sebanyak 3.3j (RM15.3 juta).*
            *Mourinho akan menjelaskan denda cukai dilaporkan sebanyak 2j (RM9.3 juta) sebagai hukuman penggantungan penjara itu.*

          *PEMAIN sayap Juventus dan Brazil Douglas Costa terselamat daripada mengalami kecederaan teruk selepas keretanya terbabit dalam kemalangan.*
            *Insiden berlaku di lebuhraya di utara Itali, semalam ketika pemain terbabit dalam perjalanan pulang ke Turin.*
          *Kenderaan jenis Jeep Cherokee dinaiki terbabit dalam perlanggaran dengan kereta Fiat Punto menyebabkan pemandunya dimasukkan ke hospital akibat kecederaan.*

          *LONDON: Pasukan ‘pemburu kapal karam’ yang menemui bangkai pesawat membawa Emiliano Sala berkata adalah penting membawa keluar pesawat itu daripada dasar Selat Inggeris demi keluarganya selepas penyelam mendapati terdapat mayat di dalam bangkai pesawat itu.*
           *Saintis Marin, David Mearns secara sukarela membantu keluarga Sala selepas usaha mencari oleh beberapa agensi menemui jalan buntu.*
           *Pasukannya berjaya menemui bangkai pesawat pada kedalaman 220 kaki di dasar laut.*
           *Imej bangkai pesawat itu disiarkan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) hari ini dan mendedahkan terdapat mayat sama ada Sala atau juruterbang David Ibbotson di dalamnya.*

          *APABILA seorang pemain berpindah kelab, menjaringkan gol dalam tempoh hanya 20 saat mungkin satu cara terbaik untuk memperkenalkan diri anda kepada penyokong kelab.*
         *Bekas pemain tengah Manchester United, Shinji Kagawa melakukannya apabila dia tampil dari bangku simpanan buat kelab terbarunya Besiktas susulan perpindahan secara pinjaman dari Borussia Dortmund.*
         *Jika ia tidak mencukupi, dua minit kemudian dia menambah gol kedua peribadi ketika kelab Turki itu menang besar 6-2 di Antalyaspor dalam aksi Liga Super Turki, awal pagi tadi.*

          *Kuala Lumpur: Belum ada sebarang aduan rasmi dikemukakan oleh barisan pemain Perlis kepada Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) susulan isu tunggakan gaji selama hampir dua bulan yang masih gagal dibayar oleh Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).*
         *Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail yang masih menanti aduan rasmi daripada pemain berkenaan.*
         *”Ada pemain yang memang sudah berhubung dengan PFAM dan mereka juga sudah tahu apa yang perlu dilakukan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2019 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*KHMIS 7 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 2 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0600*
*SUBUH : 0610*
*SYURUK : 0726*
*ZOHOR : 1330*
*ASAR : 1651*
*MAGHRIB : 1929*
*ISYAK : 2040*

*artikel disiarkan pada tarikh 6feb19*


*TANAHAIRKU*
==============


               *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan khabar angin mengenai rombakan kabinet yang dikatakan selepas sambutan Tahun Baharu Cina. Dr Mahathir diminta mengulas komen dalam blog baru-baru ini yang mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Tahun Baharu Cina.*

               *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menerima laporan daripada Polis Diraja Malaysia (SPRM) susulan dakwaan beberapa pemimpin PAS menerima wang RM90 juta daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, SPRM berkata, pihaknya akan memulakan siasatan terhadap laporan berkenaan berdasarkan kuasa dan undang-undang yang diperuntukkan kepada suruhanjaya.*

                *AKIBAT menggunakan telefon pintar ketika memandu, dua pemandu bas ekspres dikenakan saman oleh penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menyamar sebagai penumpang. Kedua-dua pemandu bas berusia antara 40 hingga 50 tahun itu dikesan melakukan kesalahan itu ketika dalam perjalanan dari arah Kuala Berang ke Kuala Terengganu pada Khamis dan Isnin lalu.*

                *KEMENTERIAN Kewangan menegaskan menterinya, Lim Guan Eng tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau arahan yang menghendaki orang beragama Islam melakukan umrah hanya melalui Tabung Haji dan bukan melalui agensi pelancongan swasta atau bebas. Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu berkata tuduhan dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab tersebut adalah tidak berasas.*

                *JABATAN Perhutanan Perak menafikan dakwaan penduduk Orang Asli di Kampung Tasik Cunex dekat Gerik yang dikatakan diugut pegawai jabatan itu susulan tindakan mereka membina halangan sebagai protes kepada aktiviti pembalakan berhampiran tempat tinggal mereka.*

                *SEORANG lelaki berusia 29 tahun meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Mak Limah, Nilam Puri, Kota Bharu, hari ini. Lelaki itu ditemui orang awam pada 7.50 pagi dalam keadaan terbaring berdekatan kawasan sawah padi, sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.*

                *TIDAK timbul sama sekali bahawa nama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza disenaraikan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih mewakili Pakatan Harapan (PH). Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sebagai antara pemimpin yang terbabit dalam penilaian calon, pihaknya sendiri tidak tahu menahu akan kewujudan khabar angin terbabit.*

               *AKSI dua remaja lelaki mengisi cuti persekolahan dengan berlumba motosikal dan melakukan aksi ‘zig-zag’ di Jalan Padang Garam, Kuala Kedah, Alor Setar, mengundang padah apabila mereka ditahan semalam. Mereka berusia 13 dan 15 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang menjalankan Ops Samseng Jalanan di kawasan terbabit, jam 6.30 petang.*

                *TINDAKAN peniaga warga asing yang memonopoli perniagaan serta mengawal harga sayuran di pasar borong antara faktor penguatkuasaan tidak berkesan. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Azman Mahmood berkata mereka juga tidak pernah serik dan akan melarikan diri setiap kali penguatkuasaan dijalankan.*

                *SEORANG anggota polis trafik patah kaki kanan digilis kenderaan pacuan empat roda ketika mengawal lalu lintas dalam Op Selamat Ke-14 sempena Tahun Baharu Cina di persimpangan lampu isyarat di Jalan Rasah-Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Koperal Omar Mohd, 51, dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban bersama enam anggota lain ditugaskan di lokasi bagi memastikan kelancaran jalan raya.*

               *SERAMAI 123 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mengambil peluang bersiar-siar di ibu negara sempena cuti Tahun Baru Cina dicekup pihak berkuasa dalam Ops Bersepadu dijalankan semalam. Kebanyakan PATI terbabit ditahan ketika bersiar-siar sekitar kawasan KLCC dan Bukit Bintang dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).*

               *PENGUMUMAN aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, 2 Mac ini, diakui memberi kesan kepada Pakatan Harapan (PH). Ketua ARMADA Selangor, Adif Shan Abdullah berkata, pencalonan Chee Heng sebagai calon Bebas itu akan memecahkan undi penduduk Semenyih.*

               *PARTI Sosialis Malaysia (PSM) akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang dijadualkan pada 2 Mac ini selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk keinginan rakyat untuk suara ketiga. Setiausaha Agung PSM A Sivarajan berkata PSM akan mengumumkan calonnya sebelum hari penamaan calon dan mengalu-alukan bantuan dari segi kewangan dan tenaga sukarela untuk memantapkan lagi gerak kerja jentera parti.*

               *SUAMI isteri terselamat apabila sempat keluar daripada kereta dinaiki yang terbakar di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekinchan di Sekinchan, hari ini. Dalam kejadian 8.15 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia lingkungan 30-an bertindak memberhentikan Toyota Corolla Altis di lokasi terbabit.*

               *LIMA belas rekod jenayah masih tidak menginsafkan lelaki berusia 46 tahun selepas ditahan bersama sebuah motosikal curi di Jalan Perubatan, Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru, jam 2 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, suspek ditahan dalam rondaan Op Cegah Jenayah (OCJ) oleh anggota Balai Polis Taman Universiti.*

               *KERAJAAN Selangor memperuntukkan RM500,000 kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini bagi menjalankan pembersihan dan penghapusan khas di lokasi ‘panas’ kes denggi. Peruntukkan itu akan disalurkan bagi menguruskan kawasan yang sukar diakses dan tidak mendapat kerjasama daripada komuniti.*

               *TIGA individu rentung apabila BMW X3 dinaiki terbakar selepas terbabas di Kilometer 6.9 Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK), dekat Serdang, semalam, dikenal pasti sebagai suami isteri dan anaknya. Mangsa, Goh Soay Sing, 68, dan isterinya, Saw Yeng Fui, 65, manakala anaknya, Goh Tian Hing, 44.*

               *SUSPEK yang menikam jiran bilik sewanya sehingga mati di Jalan Theatre, Ipoh, Sabtu lalu masih dirawat dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, suspek berusia lingkungan 30-an itu masih menerima rawatan di ICU HRPB selepas ditetak individu lain dalam pergaduhan yang masih belum diketahui motifnya.*

                *POLIS menjalankan risikan dan mengumpul maklumat sama ada wujud kegiatan kumpulan kongsi gelap yang menjadikan tapak projek perumahan di pinggir bandar sebagai sasaran untuk memeras ugut atau meminta wang perlindungan di negeri ini. Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujudnya kes seperti itu dan akan terus melakukan risikan serta mengambil tindakan supaya ia tidak berleluasa.*

               *PEMANDU sebuah kereta Proton Iswara dipercayai lelaki warga Pakistan melarikan diri, manakala rakannya parah selepas terbabit kemalangan di Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson,hari ini. Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, kereta dinaiki dua lelaki terbabit dikatakan terbabas ke bahu jalan sebelum pemandunya keluar, melarikan diri dan meninggalkan rakannya yang tidak sedarkan diri.*

               *SEORANG lelaki berusia 24 tahun maut sejurus motosikal ditunggangnya merempuh belakang kereta rosak di lorong kecemasan di sini jam 12 tengah malam kelmarin. Dalam kejadian itu, sebuah kereta model Mercedes Benz mengalami kerosakan sebelum berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 124.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini.*

               *POLIS Sarawak tidak lagi mahu ‘memberi muka’ kepada pemandu warga Brunei selepas mengambil kira sejumlah 52,000 saman tertunggak belum dijelaskan bagi tempoh 10 tahun, bermula 2008. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, demi memastikan kutipan saman dilangsaikan, Polis Sarawak akan melaksanakan Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) di kawasan sempadan Malaysia-Brunei di Miri dan Limbang.*

               *“KAMI semua selamat dan doakan kami terus selamat,” kata penuntut ijazah sarjana muda ekonomi Universiti Michigan Ann Arbor, Ahmad Mohsein Azman, 22, mengenai keadaan semasa penuntut Malaysia yang terbabit dengan Polar Vortex yang melanda Amerika Syarikat. Beliau yang juga Naib Presiden (Dalaman) Perhimpunan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Amerika (NAMSA) berkata, setakat ini tiada laporan kecederaan dalam kalangan penuntut dikemukakan oleh mana-mana pihak.*

               *SEJUMLAH 8.5 tan daun nipah yang siap diproses (rokok daun) dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu(W1), Batu Uban, di dalam sebuah kapal dagang di perairan Weld Quay, di Georgetown, 5 petang, Isnin lalu. Dalam kejadian itu, kapal yang dinaiki lapan warga Indonesia itu dalam perjalanan menghantar kesemua daun nipah bernilai RM60,000 ke Pulau Pinang sebelum berjaya dikesan pihak berkuasa.*

               *ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyelamat seekor anak kucing jantan terperangkap dalam enjin kereta jenis Peugeot di Taman Mesra, di Gua Musang, semalam. Pegawai APM Daerah, Mohd Yussalmi Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung perkara itu 7.08 malam apabila dimaklumkan anak kucing terperangkap dalam enjin kereta.*

               *TIGA lelaki ditahan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) kerana disyaki terbabit dalam aktiviti menangkap dan membunuh penyu di kawasan perairan Pulau Ligitan dekat Semporna, hari ini. Ia susulan maklumat risikan oleh Pasukan Atur Gerak Cepat (QRF) dari 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai Kapten Mohd Azuan Arif Mohd Nizam yang kemudiannya menggerakkan bot ronda bagi membanteras penangkapan dan pembunuhan penyu di kawasan perairan berkenaan.*

               *PEMBANTU rumah bot bertindak luar kawalan apabila mengelar tangannya sebelum melarikan diri ke dalam hutan dekat Air Terjun Lasir, Tasik Kenyir di Kuala Berang, semalam. Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa berusia 21 tahun dari Kampung Temir, Kuala Berang dikatakan bertindak demikian akibat tekanan berikutan berdepan masalah rumah tangga.*

               *WANITA warga emas dipercayai tersesat ditemui dalam keadaan keletihan selepas berjalan kaki sejauh 10 kilometer di Jalan Kota Marudu - Langkon, Kota Marudu, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, wanita berusia 80 tahun terbabit diselamatkan anggota trafik sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.*

               *RASA tidak puas hati menyebabkan wanita sanggup menghentak kepala lelaki warga emas sehingga mati menggunakan cota di Taman Sentosa di Klang, kelmarin. Difahamkan, kejadian berlaku apabila suspek berusia 38 tahun berang dengan mangsa kerana menjalin hubungan cinta dengan ibu mentuanya.*

               *HELAH lelaki menyorokkan dadah dalam bekas menyimpan cermin mata berjaya dikesan polis dalam serbuan di tingkat bawah rumah tidak bernombor di Kampung Baru, Batu 2 Jalan Apas di Tawau, semalam. Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, diketuai Inspektor Syed Muhammad Iqbal Syed Yassin kira-kira 2 petang.*

               *BAYI perempuan yang masih bertali pusat ditemui di tepi jalan dekat persimpangan Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) menghala Bandar Puteri, Klang, hari ini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, bayi dipercayai baru dilahirkan itu dijumpai seorang lelaki berusia 29 tahun yang melalui jalan berkenaan pada 12 tengah hari.*

               *MENTERI Pendidikan Dr Maszlee Malik sudah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi menyelenggara dan membaiki Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama Negeri. Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, perkara itu masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.*

               *TIGA beradik yang menaiki Perodua Myvi maut dalam kemalangan dengan sebuah Proton Wira di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, dekat Bukit Tuku, Pasir Mas, Kota Bharu, hari ini. Kejadian jam 1 tengah hari menyebabkan tiga beradik perempuan berusia 10 hingga 24 tahun maut.*

               *PEMANDU pacuan empat roda yang putus tangan kanan akibat kemalangan di Kilometer 66 Jalan Beluran-Telupid, dekat Beluran kelmarin, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkaitan. Rawny Alivat Taha, 33, berkata, dia akan menuntut kerugian dan kehilangan yang dialaminya akibat kemalangan yang berpunca daripada kecuaian pihak lain.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *BEIJING: Lima individu maut dalam satu kejadian letupan mercun di selatan China, beberapa jam sebelum awal Tahun Baru Lunar.*
            *South China Morning Post melaporkan, letupan itu berlaku sekitar jam 2 pagi (waktu tempatan) semalam di daerah Rongan di wilayah selatan Guangxi, di luar sebuah kedai yang disyaki menyimpan dan menjual bahan peledak secara haram, kata agensi berita Xinhua.*
            *Letupan itu menyebabkan kebakaran ke atas empat buah rumah, membunuh lima orang dan memaksa 14 yang lain mengosongkan rumah segera.*

           *TOKYO: Kerajaan Jepun mengarahkan seorang wartawan veteran bebas agar menyerahkan pasport untuk menghalangnya daripada membuat laporan dari Yaman.*
           *Keputusan itu dibuat ketika perdebatan hangat di Jepun mengenai sama ada wartawan perlu dihalang memasuki zon perang selepas kes penangkapan dan pembebasan seorang wartawan Jepun di Syria tahun lalu.*
              *Kosuke Tsuneoka, 49, memberitahu media tempatan bahawa pegawai imigresen menghentikan perjalanan beliau di lapangan terbang Haneda Tokyo pada 2 Februari lalu, dan beliau diperintah untuk menyerahkan pasportnya.*

             *STAFFORDSHIRE: Empat kanak-kanak maut dalam satu kebakaran yang berpunca daripada letupan gas di Sycamore Lane, kawasan perumahan ladang di Highfields Stafford, pagi tadi.*
           *DailyMail melaporkan, kebakaran yang berlaku di sebuah unit rumah teres mengorbankan empat adik-beradik iaitu Riley Holt, lapan; Keegan Unitt, enam; Olly Unitt, tiga; dan Tilly Rose Unitt, empat tahun.*
           *Ibu kesemua mangsa, Natalie Unitt, 24, bapa Chris Moulton, 28, dan adik bongsu Jack, dua tahun, mengalami kecederaan ringan dan dijangka pulih selepas tersedut asap kebakaran.*

           *JAKARTA: Adik kepada Julia Perez, Della Wulan Astreani yang juga dikenali sebagai Della Perez dilaporkan terbabit dalam dakwaan kes pelacuran dalam talian.*
           *Tribunnews.Com melaporkan, Della diarah untuk memberi kenyataan di Pejabat Polis Daerah Jawa Timur, Surabaya, esok, namun dilihat hadir ke sana, pada hari ini.*
          *Peguam Della, Minola Sebayang, berkata Della memberi kerjasama ketika disoal siasat bagi memastikan sama ada beliau mempunyai kaitan dengan kes pelacuran dalam talian.*

           *WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan satu langkah kontroversi yang melindungi Israel daripada sebarang boikot.*
         *Tetapi, penerimaannya masih belum dapat ipastikan kerana dewan perwakilan dikuasi parti Demokratik, terutama dalam kalangan ahli parlimen liberal yang sensitif dengan pendekatan yang melanggar hak kebebasan bersuara.*
        *Rang undang-undang keselamatan Asia Barat itu menyasarkan untuk memerangi gerakan boikot, pelucutan pelaburan dan sekatan (BDS) yang mengecam pendudukan Israel di wilayah Palestin dan menekan syarikat yang menjalankan perniagaan dengan negara Yahudi itu.*

          *OUAGADOUGOU: Seramai lima anggota keselamatan terbunuh dalam serangan militan di utara Burkina Faso, semalam kata tentera ketika negara itu menjadi tuan rumah sidang kemuncak G5 di Sahel.*
           *"Satu daripada pasukan tentera yang ditugaskan untuk memastikan keselamatan di utara di Oursi, Sahel diserang pengganas,” kata tentera dalam satu kenyataan.*
         *"Lima anggota gendarmi terbunuh dan tiga tercedera, termasuk dua serius,” katanya sejurus selepas serangan pada Isnin lalu mengorbankan 14 orang awam.*

            *DETROIT: Sebuah mahkamah di sini menjatuhi hukuman penjara seumur hidup kepada seorang bekas pemandu Uber selepas didapati bersalah membunuh enam orang dan mencederakan dua lagi dalam satu kejadian tembakan pada 2016.*
            *Jason Dalton, 48 yang sebelum ini mengaku bersalah melepaskan tembakan rambang di sebuah tempat letak kereta di Michigan diarah Hakim Mahkamah Sirkit Daerah Kalamazoo, Alexander Lipsey dipenjara seumur hidup tanpa kemungkinan parol.*
              *Pendakwa raya berkata, pada 20 Februari 2016, Dalton melepaskan tembakan rambang di sebuah tempat letak kereta di luar sebuah pangsapuri, kedai menjual kereta dan restoran Cracker Barrel di Kalamazoo, kira-kira 240 kilometer di barat Detroit.*

         *Seorang lelaki Jepun mencintai serangga membuatnya melakukan perkara yang pelik sehingga dia memutuskan untuk memulakan ‘dating’ dengan lipas setahun yang lalu.*
           *Yuta Shinohara, seorang lelaki Jepun yang berumur 25 tahun mendakwa telah ‘berkahwin’ setahun yang lalu bersama lipas yang diberi nama Lisa.*
         *Menurutnya, Lisa itu lebih ‘hangat’ daripada mana-mana gadis manusia lain di dunia dalam wawancara dengan media Jepun.*
           *Yuta, yang merupakan entomofagist (seseorang yang makan serangga) mendakwa bahawa dia 100 peratus serius dengannya dan membelinya khusus dari Afrika.*

         *Paris: Kebakaran sebuah apartmen di Paris menyebabkan 10 terbunuh hari ini, memulakan kebakaran di bangunan berkenaan selepas bergaduh dengan jiran.*
               *Wanita berusia 40-an itu, bergaduh dengan jirannya, seorang anggota bomba yang tidak senang dengan sikap wanita terbabit memainkan muzik terlalu kuat.*
          *Daily Mail melaporkan, anggota bomba berusia 22 tahun yang tinggal di tingkat dua bangunan di Rue Erlanger itu mengesahkan dia bergaduh dengan wanita berkenaan sebelum kebakaran.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


           *JABATAN Kesihatan Negeri (JKN) Johor, hari ini memaklumkan kantin Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru, ditutup selama dua minggu bermula semalam sehingga 28 Februari nanti.*
           *Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd Aziz, berkata tindakan penutupan itu berikutan pemeriksaan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru mendapati pengusaha kantin gagal mematuhi beberapa piawaian di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.*
          *Beliau berkata, pemeriksaan itu adalah tindakan proaktif susulan aduan gambar tular memaparkan seekor tikus di tempat letak makanan yang didakwa berlaku di HSI, meskipun pihaknya masih tidak dapat memastikan kesahihan lokasi kantin dan masa gambar berkenaan diambil.*

           *“Dia terlalu gembira kerana sudah lama mencari ais krim ‘Unicorn’ yang tular dan menjadi trend dalam kalangan anak muda ketika ini,” kata Mohd Kamarul Azwan Ismail, 42, bapa kepada Wan Amira Iwani, 10.*
           *Reaksi itu diberi Mohd Kamarul berikutan rakaman video Wan Amira Iwani mencium berulang kali ais krim UniCornetto di sebuah pasar raya di Tanjong Karang, Kuala Selangor, tular di media sosial.*
         *Video yang tular itu mengundang pelbagai reaksi netizen, tambahan pula individu yang merakamnya dikatakan mengutuk tindakan anak perempuan Mohd Kamarul Azwan itu.*
          *Video berdurasi 0.14 saat yang tular itu turut disertai suara perakam yang ketawa dengan berkata, “Eee bataknya. Dapat ais krim je pun. Gelabah. Siap cium, bapak ah.” Ia menjadi perhatian netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan perakam berkenaan.*
          *Selain netizen, video itu mendapat perhatian selebriti tempatan, termasuk Neelofa dan Adibah Noor.*

          *“MUJUR dia ikut arahan kami,” kata Penyelia Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Ahmad Aini Sukri, mengenai tular usaha menyelamat warga Nepal berusia 30-an dalam kejadian berdekatan Jeti Kastam Batu Pahat di Batu Pahat, semalam.*
         *Menurutnya, dia bersama tujuh anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi selepas mendapat panggilan kecemasan daripada orang ramai yang melihat lelaki lemas pada 6.40 petang.*
             *"Laporan awal diterima pusat gerakan hanya menyatakan seorang lelaki terjatuh di Sungai Batu Pahat dan lokasinya berdekatan dengan Jeti Kastam Batu Pahat.*

         ♂ *HASRAT Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali ke pentas politik selepas hampir dua bulan bercuti dari tugasnya tidak disambut baik netizen, malah ada yang memintanya terus bersara.*
         *Walaupun menghargai tindakannya itu, kebanyakan mereka sebaliknya meminta bekas Timbalan Perdana Menteri itu berdiam diri atau tidak bergerak menggunakan landasan parti.*
          *Ahmad Zahid melalui status di Facebooknya, hari ini, memuat naik satu poster penganjuran satu forum yang akan disertainya sebagai Ketua UMNO Bagan Datuk untuk mengupas kerjasama UMNO dan PAS Khamis ini.*

         *“KAMI cenderung menyatakan hukum suami menjadi suri rumah adalah tidak digalakkan jika tidak diredai oleh isteri. Namun jika isteri meredainya, maka itu dibenarkan seperti mana diharuskan untuk suami memakan mahar isteri sekiranya dibenarkan,” kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.*
             *Beliau berkata demikian menjawab persoalan netizen berhubung hukum suami menjadi suri rumah dan isteri menanggung perbelanjaan keluarga.*
           *Menurutnya, terdapat banyak dalil dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW menjelaskan kewajipan suami untuk memberi nafkah isteri serta anak.*
           *Ulasan penuh beliau mengenai isu ini boleh diikuti di laman web rasminya di http://www.muftiwp.gov.my.*

          *PIZA sambal hitam dan petai, itu menu unik dihidangkan di Restoran Pizza Anak Dol di Kampung Bukit Dinding, Jerantut, yang kini mendapat sambutan menggalakkan di daerah berkenaan.*
          *Pemilik restoran itu, Nor Rosidah Osman, 30, berkata walaupun pada mulanya ada pelanggan pelik mendengar menu menggabungkan unsur barat dan tempatan itu, namun ia mendapat maklum balas positif selepas mereka mencubanya.*
           *Menurutnya, idea menghasilkan piza itu tercetus apabila menyedari makanan barat seperti piza tidak begitu popular di daerah berkenaan.*
           *"Sambal hitam sememangnya popular kerana ia tradisi masakan Pahang dan dari situ saya terfikir untuk menyediakan ‘topping’ berkenaan bersama satu lagi menu, sambal petai.*

          *Tecamac, Mexico: Seorang wanita pekerja tol lebuh raya di sini, maut selepas dikejar 11 anjing liar yang kemudian menerkam dan mengoyakkan tubuhnya hingga mati.*
           *Rakaman CCTV kejadian yang berlaku pada 28 Januari lalu, kini tular di media sosial.*
             *Wanita itu dikenali sebagai Margarita N, 34, dilihat berlari ketakutan akibat dikejar kumpulan anjing terbabit sebelum jatuh dan terkeluar dari lensa kamera.*
          *Daily Mail melaporkan, menurut laporan media Mexico, anjing terbabit mengoyakkan tubuh mangsa hingga mati.*

         *LOS ANGELES: Penyanyi Pop, Pink diberi bintang penghormatan di Hollywood Walk of Fame, semalam yang dianggapnya sebagai sesuatu yang di luar realiti.*
             *"Saya berasa seolah-olah bermimpi dan kalau sesiapa cubit saya, akan ditumbuk di kening kirinya,” gurau penyanyi itu sambil ditemani suami dan dua anak mereka.*
            *"Ramai yang fikir saya akan menerima bintang ‘walk of shame’, tetapi sebaliknya saya di sini, hari ini,” tambah penyanyi dan komposer berusia 39 tahun itu.*
                 

*ARENA*
========


          *SETIAP pemain skuad Barcelona akan menggunakan nama diterjemah bahasa Cina pada jersi mereka apabila berdepan Real Madrid pada separuh akhir pertama Piala Raja Sepanyol, awal pagi esok.*
          *Penggunaan nama itu bertujuan meraikan sambutan Tahun Baharu Cina dengan setiap pemain utama Barcelona mengambil bahagian.*
              *Kelab itu turut mengesahkan usaha itu juga diharapkan dapat membantu populariti Barcelona terus berkembang di Timur Jauh terutamanya China.*

          *LONDON: Eden Hazard berkata, dia telah pun membuat keputusan mengenai masa depannya bersama Chelsea tetapi tidak menerangkan lebih lanjut mengenainya.*
             *Pemain berusia 28 tahun itu berkata, dia mahu meninggalkan Stamford Bridge selepas tamat Piala Dunia lalu dan berpindah ke Real Madrid menjadi impiannya.*
           *"Saya tahu apa yang akan saya lakukan,” kata pemain Belgium itu. "Saya sudah pun membuat keputusan."*

           *LONDON: Max Verstappen menjadi pemandu bakal 'digeruni' juara dunia lima kali Formula Satu (F1) Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel dari Ferrari bagi musim baharu nanti, menurut prinsipal pasukan Red Bull, Christian Horner.*
           *Pemandu berusia 21 tahun dari Belanda itu memenangi dua perlumbaan tahun lalu dan terlepas peluang merangkul kemenangan ketiga apabila mengalami pelanggaran ketika sedang mendahului di Brazil. Dia menamatkan musim lalu di tangga keempat keseluruhan.*
            *Hamilton, 34, yang memenangi 11 perlumbaan untuk pasukan Mercedes berada di landasan tepat untuk meraih gelaran ketika itu manakala juara empat kali dunia Vettel, 31, berada di tangga kedua selepas merangkul lima kemenangan.*

            *DORTMUND: “Satu kekalahan begitu pahit. Kami tidak sepatutnya membenarkan dua jaringan penyamaan pada tambahan masa dan tewas penentuan penalti sesuatu yang sukar,” kata penyerang Borussia Dortmund, Mario Goetze.*
             *Dortmund tersingkir daripada saingan Piala Jerman oleh Werder Bremen yang menyaksikan perlawanan diheret sehingga penentuan penalti selepas terikat 3-3 di laman sendiri.*

           *LONDON: Penyiasat nahas British melancarkan operasi untuk membawa keluar mayat daripada bangkai pesawat membawa pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala di Selat Inggeris.*
          *"Kami sedang cuba mengeluarkan mayat itu. Sekiranya berjaya, kami akan mempertimbangkan untuk mengangkat bangkai pesawat itu pula," kata jurucakap Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dalam satu kenyataan.*
         *Pesawat ringan yang membawa pemain bola sepak berusia 28 tahun itu dan juruterbang David Ibbotson ke pasukan baharunya di Liga Perdana Inggeris, Cardiff City tidak dapat dikesan berhampiran pulau Guernsey, pada 21 Januari lalu.*

          *ATLET olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Puzi dinobat Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018, awal pagi tadi.*
           *Menurut laman Facebook rasmi Majlis Sukan Negara (MSN), anugerah disampaikan Presiden Majlis Paralimpik Emiriah Arab Bersatu, Mohamed Alhameli dan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia, Majid Rashed pada majlis yang berlangsung di Dubai.*
           *Atlet yang turut dikenali sebagai Dik Wan itu mencipta rekod dunia acara 100m lelaki T36 (celebral palsy) dan rekod Sukan Asia bagi acara lompat jauh pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Oktober tahun lalu.*

          *KUALA LUMPUR: Gara-gara termakan janji, tonggak pertahanan Perlis Amirizdwan Taj Tajuddin sekali lagi menjadi mangsa tunggakan gaji selepas turut menempuh skrip sama ketika bersama dua pasukan terdahulu.*
           *Dia yang pernah mengalami tunggakan gaji bersama skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan, mengakui fobia dengan isu terbabit apabila dia sekali lagi berhadapan situasi sama apabila Perlis sehingga kini masih gagal melunaskan gajinya.*
         *Katanya, Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Amizal Shaifit Ahmad Rafie pernah mengakui mempunyai bajet besar RM15 juta untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) sepanjang musim ini dan mahu dia menyertai skuad Singa Utara itu.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2019 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*JUAAT 8 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 3 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0600*
*SUBUH : 0610*
*SYURUK : 0726*
*ZOHOR : 1330*
*ASAR : 1650*
*MAGHRIB : 1929*
*ISYAK : 2040*

*artikel disiarkan pada tarikh 7feb19*


*TANAHAIRKU*
==============


               *KEJAYAAN Malaysia menduduki carta pertama dalam kategori Penjagaan Kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019 disifatkan sebagai pengiktirafan dunia kepada negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana pemilihan itu secara tidak langsung turut memberi pengiktirafan kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi yang disediakan di Malaysia.*

               *SEHINGGA tarikh akhir 14 Januari lalu, jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia (THM) mencecah sebanyak RM 202,716,775.10. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kementerian kini dalam tindakan untuk membuat pelarasan penutupan akaun tersebut sebelum pengauditan dijalankan oleh Jabatan Audit Negara.
“Jumlah sumbangan ini akan digunakan untuk pembayaran hutang Kerajaan Persekutuan.*

               *KECUAIAN pemandu bas ekspres memandu laju dan dalam keadaan mengantuk dipercayai punca mengakibatkan kenderaan itu berlanggar dengan treler di Kilometer 409.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, Hulu Selangor, awal pagi hari ini. Dalam kejadian 4.43 pagi itu, pemandu bas ekspres terbabit, Muhamad Azhar Abdul Razak, 43, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu, manakala seorang penumpang bas berkenaan parah, selain sembilan lagi penumpang cedera ringan.*

               *DUA lelaki dipercayai terbabit dalam insiden menumbuk seorang pengguna jalan raya di jambatan jalan Pantai Klebang, Melaka, Isnin lalu, sudah dicekup polis. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kedua-dua suspek berkenaan ditahan di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, malam tadi.

               *DIJANJIKAN pekerjaan, sebaliknya malang menimpa 47 warga Malaysia apabila ditahan di Kemboja selepas pihak berkuasa negara itu mengatakan mereka kononnya terbabit dalam kegiatan perjudian atas talian didalangi sindiket antarabangsa. Sumber memberitahu kesemua individu terbabit yang berusia antara 19 hingga 44 tahun ditahan sejurus mereka tiba di Poipet, Banteay Mancheay di pinggir Phnom Penh, 11 Disember lalu.*

                *Putrajaya: Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh sudah mengemukakan Nota Diplomatik kepada Kementerian Luar Negeri Kemboja memohon supaya 47 tahanan warga Malaysia yang ditahan di negara itu dibebaskan. Kementerian Luar dalam kenyataan di Putrajaya hari ini berkata, pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh juga sudah mengadakan lawatan konsular ke atas tahanan berkenaan selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.*

               *PEKERJA pembersihan Alam Flora yang menyelenggara sampah terkejut apabila menemui janin bayi dipercayai berusia lingkungan tujuh bulan di tempat pembuangan sampah di kuarters penjawat awam, Presint 18, Putrajaya, pagi ini. Kira-kira 9.25 pagi, pekerja berkenaan mengalihkan sampah daripada tong sampah untuk dibuang ke dalam lori sampah sebelum menemui janin itu yang berbalut dengan kain.*

               *DUA lelaki warga asing masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kajang, hari ini atas tuduhan memiliki rokok dan minuman keras pelbagai jenama yang diseludup, bulan lalu. Kedua-dua tertuduh Palanisamy Durai, 49, warganegara India dan Rasel Mozumder, 29, warganegara Bangladesh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah.*

               *MEREKA sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 8 Jun ini, namun hajat Wan Mohd Fauzul Azam Wan Mohd Rais, 24, tidak kesampaian selepas tunangnya meninggal dunia dalam kemalangan, semalam. Fatin Arina Mohd Asri, 24, maut bersama dua adiknya selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, dekat Bukit Tuku, Pasir Mas.*

               *ISTANA Budaya jangka dapat mengutip sehingga RM700,000 daripada 37 syarikat yang masih belum melunaskan hutang penajaan mereka sejak 2010. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, bayaran hutang tertunggak itu perlu dijelaskan oleh syarikat berkenaan yang turut menempah slot pementasan di Istana Budaya, tahun ini.*

               *JENTERA berat yang diparkir di tebing jalan, didakwa mengakibatkan mendapan tebing di Jalan Wira Utama, berhampiran Taman Peruna, Sungai Udang, Melaka. Mendapan berlaku kira-kira 100 meter itu, bertambah buruk apabila hujan lebat sehingga tebing menjadi tidak stabil dan berbahaya kepada penduduk yang menggunakan jalan berkenaan.*

               *MISTERI kehilangan seorang kanak-kanak lelaki, Mohd Zahid Irfan, 10, lebih 24 jam sejak petang kelmarin terjawab apabila mayatnya ditemui terapung di kolam tadahan air tapak pembinaan di Jalan Sri Putri, Taman Sri Putri, Johor Bahru, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, ibu kepada kanak-kanak lelaki itu yang berusia 35 tahun membuat laporan polis pagi semalam selepas mendapati anaknya tidak pulang ke rumah.*

               *KOPERASI Warga Hijrah Selangor Berhad (KOHIJRAH) melaksanakan program Infaq Kit Pengurusan Jenazah yang akan diserahkan ke semua masjid, surau dan hospital di Selangor. Ia merangkumi sasaran sebanyak 8,000 kit lengkap pengurusan jenazah bernilai RM1.5 juta akan diserahkan tahun ini.*

               *MISTERI kewujudan ‘kubur tidak bertanda’ di lokasi tersembunyi di kaki bukit dekat Sungai Rait, Miri hingga mencetuskan tanda tanya penduduk setempat, akhirnya terbongkar. Sebelum ini, penternak babi didakwa menjadikan kawasan itu sebagai ‘kubur’ bagi bangkai babi ternakan dan terbaharu, ia menjadi lokasi itik mati disebabkan tidak lagi produktif untuk pengeluaran telur.*

               *POLIS menahan 16 individu termasuk tiga wanita yang juga suspek dalam kes culik membabitkan seorang ahli perniagaan selepas lelaki berusia 57 tahun itu dibebaskan daripada kurungan di Johor Bahru, minggu lalu. Semua suspek warga tempatan berusia 21 hingga 59 tahun ditahan di sekitar Johor Bahru, sejak 31 Januari lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, lelaki itu diculik pada 27 Januari lalu di sebuah kawasan tangki air dekat Jalan Gelang Patah, ketika berjoging bersama rakannya dalam kejadian kira-kira 7 pagi.*

               *PENUNGGANG motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Besar Mantin berhampiran persimpangan Taman Bunga Raya di Seremban, malam tadi. Dalam kejadian 9.15 malam itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.*

               *DUA lelaki maut, tiga lagi parah, manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan lima motosikal di Kilometer 40 Jalan Lumut - Ipoh di Seri Iskandar, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 1.08 pagi itu, pembonceng motosikal jenis Modenas Dinamik, Aidil Hakimie Abd Latid, 19, yang beralamat di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di beberapa anggota badan.*

               *PASUKAN Bomba dan Penyelamat terpaksa mengambil masa hampir 20 minit untuk mengeluarkan mayat pemandu tersepit dalam kemalangan yang meragut nyawa empat beranak di Kilometer 55 Jalan Kluang-Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi, malam tadi. Empat sekeluarga yang maut di tempat kejadian, Mohd Firdaus Januri, 34, isterinya Norlia Osman, 33 dan dua anak mereka, Muhammad Adli, 6 dan Nur Dalili, 4.*

               *SELEPAS lebih sembilan jam hilang, jurudawai ditemui lemas di Pantai Telong, Melawi, di Bachok, hari ini. Mayat mangsa, Muhd Faiz Abdullah, 26, ditemui 4 pagi dalam jarak kira-kira 500 meter dari lokasi dia leas. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Yus Heary Mahmud berkata, mangsa ditemui lengkap berpakaian baju T warna putih dengan seluar trek.*

               *DUA belas lelaki yang sedang asyik berjudi sabung ayam di Kampung Lapasan, di Tuaran, ditahan polis 3.30 petang, semalam. Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, ketika serbuan dilakukan, sekumpulan lelaki berusia 28 hingga 69 tahun, sedang mengelilingi gelanggang menyabung ayam dan bertempiaran selepas menyedari kehadiran polis.*

               *WANITA yang mengalami masalah mental membakar dirinya dalam kejadian di kuarters Kerajaan Negeri, Jalan Ayer Itam, di Georgetown, semalam. Dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa, 30, melecur 40 peratus di badan dan turut cedera di dada hingga paha akibat ditoreh dengan pisau.*

               *ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat 12 tengah malam tadi. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar setakat ini. “Trafik hanya perlahan di Genting Sempah menuju Plaza Tol Gombak,” katanya.*

               *LELAKI berusia 30-an maut dihempap jentera angkat susun atau ‘forklift’ dipandunya dalam kejadian di Kampung Pasir, Semenyih, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa ditemui dalam keadaan mengerikan selepas lehernya dihempap bingkai pada bahagian atas forklift berkenaan.*

               *KERETA mewah jenis Porsche Cayman yang didakwa milik Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin adalah kereta yang dibeli oleh anaknya beberapa tahun lalu. Ia adalah untuk perniagaan anaknya, bukan kegunaan peribadi. Hashim ketika dihubungi berkata, anaknya membeli kereta berkenaan dengan menggunakan Lesen Import (AP) miliknya atas kapasiti Hashim sebagai bekas Ahli Parlimen ketika itu.*

               *BERANG selepas mengetahui isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerja menyebabkan seorang lelaki bersama ahli keluarganya bertindak memukul kekasih wanita itu yang juga warga Filipina kelmarin. Perkara itu terbongkar selepas si suami yang berusia 37 tahun ketika berada di rumah di Lunas, Kulim, Ahad lalu, membuka telefon bimbit isterinya berusia 36 tahun sebelum terkejut melihat wanita itu menghantar gambar bogel kepada kekasihnya.*

               *SEORANG anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut selepas terkena bom ikan ketika memukat ikan bersama tiga ahli keluarganya di Sungai Pengkalan Merbau, Sungai Tong, Setiu, petang semalam. Dalam kejadian 3.30 petang itu, mangsa, Nur Kamarul Adnan Abdul Aziz, 32, yang bertugas di Lumut, Perak, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Tong.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *WASHINGTON: Lebih 1,500 orang dirawat disebabkan cedera kerana menggunakan skuter elektrik berkuasa bateri di Amerika Syarikat sejak menjadi kegilaan ramai pada akhir 2017, menurut tinjauan Laporan Pengguna.*
              *Majalah pengguna tidak berasaskan keuntungan itu melaporkan, catatan berdasarkan laporan hospital dan pegawai kecemasan, adalah tidak lengkap dan tidak disertakan dengan empat laporan kematian berkaitan e-skuter.*
             *Namun, terdapat 1,542 kes rawatan kecemasan akibat cedera berkaitan skuter itu selepas menghubungi 110 hospital dan lima agensi di 47 bandar raya di mana dua syarikat skuter terbesar beroperasi.*

         *LONDON: Penyiasat Britain semalam menemui mayat dalam bangkai pesawat yang membawa pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala.*
         *Pesawat ringan yang membawa pemain bola sepak berusia 28 tahun itu dan juruterbang, David Ibbotson ke pasukan baru Liga Perdana, Cardiff City hilang berhampiran pulau Guernsey pada 21 Januari lalu.*
             *”Dalam keadaan mencabar, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dan pakarnya berjaya menemui mayat di celah bangkai pesawat,” kata AAIB.*

         *VATICAN CITY: Pope Francis buat pertama kalinya mengaku terdapat paderi Gereja Katolik yang menjadikan biarawati sebagai hamba seks dan kemungkinan masalah itu masih berterusan.*
            *Dia membuat pendedahan itu ketika menjawab soalan wartawan mengenai kes penderaan seksual membabitkan biarawati sebaik pulang dari lawatannya di Emiriah Arab Bersatu (UAE).*
           *”Terdapat segelintir paderi dan biskop yang melakukannya.*
           *”Saya merasakan perbuatan itu masih berterusan kerana masalah ini bukan boleh lenyap begitu saja,” katanya.*

         *MADRID: Bekas model jelita yang pernah meraih pendapatan jutaan ringgit setahun pada 1980-an kini hidup merempat di kaki lima di bandar raya Barcelona, Sepanyol.*
              *Ketika kemuncak kerjaya, Nastasia Urbano, 57, pernah menghiasi muka depan majalah Vogue, sering menjadi model utama pertunjukan promosi fesyen bersama supermodel lain, termasuk Linda Evangelista, malah pernah menjadi model pewangi keluaran Yves Saint Lauren, Opium.*
            *Wanita itu yang memulakan kerjaya sebagai model ketika berusia 20 tahun digelar ‘ratu’ oleh rakan model lain kerana pencapaian tingginya dalam industri fesyen.*
           *Saat kejatuhannya bermula selepas berkahwin dengan lelaki pisau cukur yang mengikis semua hartanya menyebabkan dia kini tinggal sehelai sepinggang.*

         *WASHINGTON: Seorang banduan akhir Islam berjaya dalam rayuan menangguhkan hukuman mati ke atasnya semalam, apabila mahkamah persekutuan mendapati hak beliau dilanggar kerana negeri Alabama enggan membenarkan imam mengiringi beliau ke bilik hukuman.*
           *Mahkamah rayuan persekutuan, beribu pejabat di Atlanta, membenarkan penangguhan hukuman ke atas Domineque Ray, 42, yang dijadualkan menjalani hukuman mati hari ini kerana merogol dan membunuh remaja perempuan berusia 15 tahun pada 1995.*
             *”Masalah Perlembagaan pusat di sini adalah negeri kerap meletakkan mubaligh Kristian dalam bilik hukuman untuk memenuhi keperluan banduan Kristian, tetapi enggan memberikan manfaat sama kepada banduan Islam atau tahanan bukan Kristian,” kata hakim dalam keputusannya.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *“DIA tahu ketika ini restoran mamak keluar dengan pelbagai isu bukan-bukan dan inilah kesempatan untuk menghentam bisnes saya,” kata Abul Barakath Khanifah, 44, pemilik Restoran Prata Maju di Bandar Putra Kulai, Kulai.*
            *Abul berkata demikian ketika diminta mengulas video berdurasi 49 saat yang tular membabitkan aktiviti keagamaan Hindu di hadapan restorannya, baru-baru ini.*
        *Video berkenaan memperlihatkan seorang lelaki berjalan tanpa selipar membawa api melalui pagar besi tertera perkataan Prata Maju sebelum satu aktiviti keagamaan diadakan di hadapan restoran itu.*
           *Menurutnya, selepas menyedari perkara itu dia segera mendapatkan penjelasan daripada pekerjanya yang membuat upacara berkenaan.*
          *”Apabila saya tanya mengenai perbuatan itu, pekerja terbabit mengaku membuat perkara berkenaan kerana mahu mengubati penyakitnya (pekerja).*

          *BAGAIKAN aksi 'Fast and Furious', tiga penjenayah termasuk seorang wanita nekad melarikan diri dengan memandu secara berbahaya termasuk melawan arus di sekitar Johor Bahru, semalam.*
            *Namun, selepas kira-kira 35 kilometer (km), mereka gagal meloloskan diri apabila kereta itu terbabas kira-kira sejam kemudian di Jalan Datin Halimah.*
              *Mereka yang menaiki Honda Civic FC terlebih dahulu melarikan diri selepas diarahkan berhenti untuk pemeriksaan di Lebuhraya Pasir Gudang pada jam 7.45 malam.*
             *Sejak malam tadi, gambar dan video berhubung kejadian berkenaan tular di laman sosial.*

          *KUALA LUMPUR: Ditampar sehingga tubuh berpusing dan terpelanting. Itu nasib malang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang didera teruk ibu kandungnya.*
           *Sumber berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 1 Februari lalu sempat dirakam ahli keluarga terdekat mangsa sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Setapak di sini.*
         *Difahamkan, laporan polis dibuat lelaki berusia 20-an selepas menerima video tular kejadian itu yang berlaku di rumah mangsa di Jalan Genting Klang, di sini.*

          *MALARIA knowlesi yang menjangkiti tiga pemancing selepas memancing di Sungai Lembing, Kuantan, bulan lalu, tidak boleh merebak antara manusia ke manusia.*
            *Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, sebaliknya penyakit itu hanya merebak daripada haiwan kepada manusia.*
            *"Saya mengesahkan tiga pemancing yang positif penyakit itu kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana demam dan sakit kepala akibat penyakit itu.*
             *Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp mendakwa empat daripada lima pemancing didapati positif malaria selepas memancing di Sungai Lembing.*

          *TENTERA Darat Malaysia (TDM) sedang melakukan siasatan berhubung kejadian pegawai kanan pasukan itu menumbuk seorang anggota seperti yang ditularkan di laman sosial sejak semalam.*
            *Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata, pihaknya memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak.*
            *"Ekoran isu yang tular di media sosial berkenaan dakwaan seorang pegawai kanan TDM menumbuk anggota pada 5 Februari lalu, selaku Menteri Pertahanan saya mengambil maklum.*

           *SEGAMAT: Tindakan peraih mengumpul bekalan udang galah gred A sejak dua minggu lalu bukan sahaja memastikan bekalan mencukupi, malah membantu mengekalkan harga jualan walaupun permintaan meningkat sempena perayaan Tahun Baharu Cina.*
             *Peraih udang galah, Razak Sulaiman 59, berkata, bagaimanapun ia bukan tugas mudah kerana perlu mengumpul bekalan dalam tempoh singkat dan menempah dari nelayan di sekitar Sungai Segamat, Buloh Kasap, Tekam, Chodan dan Sungai Bukit Kepong, Muar.*
           *Menurutnya, udang galah gred A seberat antara 250 hingga 300 gram seekor dan dengan sepit biru sempurna adalah jenis udang galah terlaris di pasaran dan sering mendapat permintaan tinggi daripada peniaga restoran dan masyarakat Cina yang mahu menghidangkannya pada majlis makan besar dengan harga jualan antara RM85 hingga RM90 sekilogram.*

         *Denpasar: Seorang wanita warga Britain dihukum penjara enam bulan oleh mahkamah di Bali, Indonesia selepas didapati bersalah menampar seorang pegawai imigresen yang mengenakan denda kerana tinggal melebihi tempoh.*
          *Hukuman itu dijatuhkan oleh hakim Esthar Oktavi terhadap Auj-e Taqaddas, 42, yang didapati bersalah melakukan kekasaran terhadap pegawai terbabit ketika melaksanakan tugasnya.*
           *Wanita terbabit didapati tinggal melebihi tempoh iaitu sebanyak 160 hari dan diminta untuk membayar denda sebanyak AS $21.60 (RM88) bagi setiap hari atau $3,500 (RM14,302) untuk semua jumlah hari terbabit.*
          *Kejadian itu menjadi tular di media sosial selepas satu rakaman tersebar yang menunjukkan wanita terbabit menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai imigresen berkenaan sebelum menamparnya.*
                 

*ARENA*
========


         *TONI Nadal berjenaka apabila beliau menyatakan Novak Djokovic patut bersara untuk memberi lebih peluang kepada Rafael Nadal menambah gelaran Grand Slam.
Nadal sudah menang 17 kejuaraan utama, tiga kurang berbanding rekod sepanjang zaman milik Roger Federer.*
         *Kejayaan Djokovic pada Terbuka Australia bulan lalu menyaksikannya mengumpul 15 kejuaraan utama.
Tidak hairan pertarungan siapa yang lebih banyak mengungguli acara Grand Slam dijangka sengit.*

         *NAPOLI membatalkan penjualan penjaring gol terbanyak mereka Marek Hamsik ke kelab Liga Super China.*
       *Hamsik dilaporkan sedia berpindah ke Dalian Yifang dengan pemain kebangsaan Slovakia itu sudah mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya selepas beraksi 11 tahun di kelab Serie A itu.*
             *Namun Napoli menegaskan mereka membatalkan perjanjian itu kerana masalah dengan ‘cara pembayaran’ yang dipersetujui, tanpa mengumumkan nama kelab China itu.*

         *BOS pasukan Red Bull Formula 1, Christian Horner percaya Max Verstappen adalah pemandu yang “paling ditakuti” oleh Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel.*
             *Verstappen menang dua perlumbaan dan berakhir di tangga keempat kejuaraan dunia tahun lalu. Dia diramal oleh Hamilton dan Vettel mampu memberikan cabaran sengit jika mempunyai pakej tepat.*

         *JURULATIH Oman, Pim Verbeek melepaskan jawatannya semalam dengan bekas bos Australia dan Korea Selatan itu berhasrat untuk menamatkan karier kejurulatihan hampir 40 tahun.*
          *Pengendali berusia 62 tahun itu mengambil alih pasukan kebangsan Oman pada 2016 dan mengemudi kejayaan mereka pada Piala Teluk setahun kemudian serta pusingan 16 terakhir Piala Asia buat kali pertama bulan lalu.*

         *IPOH: Skuad Perak pastinya mendapat bonus suntikan semangat menjelang aksi sulung Liga Super menentang Kedah di laman sendiri malam esok, apabila Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) tidak mengenakan bayaran tiket untuk perlawanan berkenaan.*
           *Perkara itu diumumkan Menteri Besar merangkap Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sendiri dalam satu rakaman video di sini hari ini.*

         *KUALA TERENGGANU: Tatkala Terengganu FC berdepan PKNS FC pada aksi pembuka tirai Liga Super Jumaat lalu, arkitek mereka Lee Tuck hanya memendam rasa di bangku penonton.*
             *Ini disebabkan bintang import TFC itu perlu menjalani penggantungan satu perlawanan selepas dilayangkan kad merah pada final Piala Malaysia musim lalu.*
         *Namun menjelang aksi berdepan Pahang di Stadium Darul Makmur Kuantan, Sabtu ini, pemain digelar ‘Rooney Ganu’ itu mengakui sudah tidak sabar memperagakan aksi pertamanya.*

         *KUANTAN: Selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Kuala Lumpur dalam aksi sulung Liga Super, Jumaat lalu, skuad Pahang tidak boleh bersikap terlalu selesa.*
             *Itu amaran yang diberikan Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang yang beranggapan saingan liga masih panjang, justeru memerlukan pemain kekal fokus pada setiap perlawanan.*

         *MELAKA: Menyedari aksi berdepan PKNS di Stadium Shah Alam, Sabtu ini, menjanjikan pertarungan sengit, penjaga gol kebangsaan yang juga pemain bernilai skuad Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat jelas mahu rakan sepasukannya lebih berwaspada.*
            *Bagi pemain yang popular dengan gelaran Apek itu, status pasukan tuan rumah sebagai ‘skuad pilihan’ musim ini tidak wajar dipandang mudah.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2019 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SATU 9 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 4 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0600*
*SUBUH : 0610*
*SYURUK : 0726*
*ZOHOR : 1330*
*ASAR : 1650*
*MAGHRIB : 1929*
*ISYAK : 2040*

*LAST GOA_L MINGGU INI.*

*artikel disiarkan pada tarikh 8feb19*


*TANAHAIRKU*
==============


               *HARGA runcit bahan api bagi petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik 4 sen kepada RM2.27 seliter dan RM1.97 seliter manakala diesel pula kekal pada harga RM2.18 seliter mulai tengah malam ini. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, harga runcit bahan api itu ditetapkan bagi tempoh 9 hingga 15 Februari ini.*

               *AHLI PAS di peringkat akar umbi kini sudah menerima serta memahami tujuan parti itu bekerjasama dengan UMNO. Naib Presidennya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kebanyakan ahli keliru berhubung perkara itu sebelum ini, tambahan pula ada pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) yang cuba menghasut ahli PAS untuk menentang kerjasama berkenaan. “Ahli PAS di seluruh negara sudah faham kenapa kepemimpinan tertinggi parti buat keputusan ini.*

                *JURANG antara golongan kaya dan miskin perlu dirapatkan bagi mengeratkan lagi hubungan antara kaum selain mencapai cita-cita menjadi negara maju. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, negara boleh berada dalam keadaan bahaya sekiranya perbezaan antara golongan miskin dan kaya di negara ini menjadi semakin jauh.*

                *TINDAKAN pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan sebuah kereta Honda HRV daripada musnah selepas bahagian dalaman kenderaan itu terbakar dipercayai berpunca daripada alat pengecas mudah alih. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zailani Mohamad berkata, cuaca terik selain berada dalam ruang tertutup dipercayai menjadi punca alat pengecas mudah alih itu terbakar, sebelum kejadian disedari seorang orang awam yang melalui kawasan berkenaan.*

               *POLIS menahan tiga individu termasuk seorang remaja berusia 17 tahun yang juga ibu kepada bayi perempuan yang ditemui meninggal dunia di dalam lori sampah di kawasan perumahan yang terletak di Presint 18, Putrajaya, semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dua lelaki yang ditahan adalah bapa remaja perempuan itu berusia 43 tahun dan teman lelakinya berusia 17 tahun.*

               *DIPAKSA menunggang motosikal dalam keadaan pisau mesin pemotong rumput diacu di leher sejauh kira-kira empat kilometer sebelum dipukul, disamun dan diugut. Itu nasib malang menimpa seorang lelaki berusia 30 tahun apabila diserang sepupunya, 28, ketika berada di rumahnya di Kampung Alor Selut, Alor Setar, Kedah, Selasa lalu sebelum dipaksa membawa suspek dengan motosikal ke Taman Saga.*

               *MENYEDIHKAN! Itu gambaran keadaan tanah perkuburan di Masjid Lama Kampung Semarang, di Pusa yang mengalami kerosakan teruk akibat hakisan tanah. Hasil tinjauan mendapati, tanah perkuburan berusia lebih 30 tahun itu hampir lenyap akibat hakisan yang berlaku di kawasan berkenaan. Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pembangunan Kampung Masjid Lama Semarang, Awang Abu Bakar Awang Talip berkata, isu berkenaan sudah berlarutan terlalu lama dan penduduk berharap tindakan segera dapat diambil.*

               *AHLI Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz selesai memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas hampir dua jam, hari ini berhubung siasatan PAS didakwa menerima wang RM90 juta menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau tiba di SPRM pada 10.20 pagi sebelum keluar pada 12.30 tengah hari.*

                *DIPERCAYAI merajuk kerana sering ditegur pulang lewat oleh ibunya, menjadi punca pelajar kolej bertindak menggantung diri di rumahnya di Kulai, hari ini. Dalam kejadian pada 8.56 pagi, mangsa lelaki berusia 21 tahun itu ditemui maut selepas lehernya diikat dengan langsir dan tergantung di kipas siling biliknya.*

               *DUA lelaki warga asing yang ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan dua mayat terapung di sungai berhampiran kawasan perumahan di Desa Coalfields, Sungai Buloh, 26 Januari lalu, disambung reman lima hari lagi. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, mahkamah membenarkan tahanan reman terhadap kedua-dua lelaki yang berusia antara 35 dan 40 tahun itu disambung sehingga 11 Februari depan.*

               *SAMAN fitnah yang difailkan terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dibuat menggunakan nama beliau dan bukan nama parti, sedangkan tuduhan dibuat pihak berkenaan atas nama parti, kata Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang. Hadi berkata, faktor itu menyebabkan tuntutan saman fitnah terhadap Rewcastle Brown ditarik balik, selain faktor sistem perundangan dua negara yang berbeza dan tidak mahu membuang masa di mahkamah.*

                *KANAK-KANAK perempuan dipercayai didera ibu kandungnya selepas terdapat kesan cucuhan api rokok di perutnya dalam kejadian di Kampung Cacar Baru, Paka, Dungun. Kejadian menimpa mangsa berusia empat tahun itu disedari nenek saudaranya berusia 40 tahun kira-kira 5 petang 31 Januari lalu.*

               *ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyelamatkan lapan anak kucing daripada lemas di longkang, hari ini.
Kucing itu dipercayai dibuang dalam longkang yang dipenuhi air kotor di Taman Mesra, Gua Musang, sebelum diselamatkan pada 9.20 pagi.*

               *KEMENTERIAN Luar menghormati undang-undang Kemboja dan menyerahkan kepada pihak berkuasa negara itu untuk menjalankan siasatan berhubung 47 rakyat Malaysia yang ditahan sejak Disember lalu. Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, bagaimanapun Wisma Putra meletakkan keutamaan dalam membawa pulang semua rakyat Malaysia yang ditahan di Kemboja secepat mungkin.*

               *LELAKI warga Bangladesh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini, terhadap tuduhan memberi suapan sebanyak RM228 kepada anggota polis, minggu lalu. Tertuduh, Md Aiub Ali, 43, yang bekerja sebagai buruh binaan membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.*

               *DUA guru pelatih menempuh detik mendebarkan selepas dihanyutkan arus selama sejam setengah ketika menyertai aktiviti berakit di Kem Alapong, Lundu, semalam. Dalam kejadian 5.10 petang itu, kedua-dua guru dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang, Kuching menjalani Program Bina Insan di kem berkenaan.*

               *PAS mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan sama terhadap parti politik lain sebagaimana dihadapi PAS berhubung dakwaan parti itu menerima dana RM90 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).*

               *PILIHAN Raya Kecil (PRK) adalah medan terbaik bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menguji keberkesanan kaedah pengundian secara elektronik (e-undi). Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, e-undi melalui PRK juga dapat menguji keberkesanan sistem penyampaian sebagaimana dicadangkan oleh SPR bagi mereformasikan sistem pilihan raya negara.*

               *SEBANYAK 17,600 liter air dicurahkan untuk memadam api di Gunung Baling namun masih gagal memadamkan kebakaran apabila api semakin marak sejak semalam. Helikopter MI17 dari Subang yang digunakan untuk membantu melalui udara masih gagal memadam keseluruhan kawasan hutan yang terbakar kira-kira 600 meter persegi.*

               *BEKAS Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan beberapa pemimpin PAS menerima wang RM90 juta disyaki daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).*

               *PERSATUAN Usahaan India Muslim (PERUSIM) meminta semua ahli di bawah persatuan itu supaya lebih peka dengan isu-isu mengelirukan umat Islam. Setiausahanya, Hussien Ibrahim berkata, tindakan itu dilihat mampu mengelak perkara sama berulang pada masa hadapan hingga boleh menjejaskan perniagaan mereka.*

               *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan kapal tangki dalam Op Khas Pagar Laut 1/2019 di Perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, semalam. Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Mohd Zulfadi Nayan berkata, kapal itu ditahan pada 1.30 petang dengan kedudukan kira-kira 1.8 batu nautika tenggara Tanjung Ayam di Perairan Pengerang.*

               *TIDAK sampai 24 jam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, didakwa sekali lagi atas tiga pertuduhan baharu membabitkan pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. Najib, 66, bagaimanapun mengekalkan pengakuannya kepada tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Ahmad.*

               *SERAMAI 17 peniaga yang mendapat tawaran di Gerai Lot Niaga Taman Industri Sri Sulong daripada Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) membuat laporan polis berikutan mendakwa dianiaya dan diugut pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit. Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Parit Sulong, semalam itu antara lain mendakwa berlaku salah guna kuasa dalam urusan pembahagian gerai selain wang deposit tidak munasabah dikenakan ke atas semua peniaga.*

               *IBU tunggal yang hidup merempat dan merayu untuk mendapatkan rumah kini boleh menarik nafas lega apabila sudah mendapat rumah sewa hasil bantuan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Ghazali Abdul Wahid. Siti Norsuraya Kamarudin, 32, mula menyewa di pangsapuri Casuarina, Paroi di Seremban, hari ini, dengan kadar sewa RM220 sebulan manakala wang pendahuluan sewa berjumlah RM500 itu ditanggung oleh Mohd Ghazali.*

               *LAPAN pelacur warga asing antara 11 individu ditahan dalam serbuan Ops Noda oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di Hotel Altira, Seri Kembangan, semalam. Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superitendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, wanita warga Vietnam dan Indonesia terbabit dipercayai bercakap dalam dialek tempatan bagi mendapatkan bayaran lebih tinggi daripada lelaki hidung belang.*

               *SERAMAI 60 individu ditangkap dalam 15 siri serbuan membabitkan kegiatan perjudian haram dalam Ops Limau yang dilaksanakan di Sabah sepanjang 1 Februari sehingga kelmarin. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, turut dirampas wang tunai RM71,000 dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian tidak berlesen yang dianjurkan sempena perayaan Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.*

               *KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melakukan kajian menyeluruh sebelum menggubal undang-undang bagi membela nasib warga emas sekali gus mengelakkan mereka menjadi mangsa pengabaian. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kajian diagnostik itu bagi membentuk model penjagaan warga emas jangka panjang yang bersepadu dan mampan di Malaysia.*

               *SEORANG lelaki kurang siuman patah kedua-dua tangannya apabila terbabit dalam kemalangan ketika cuba melarikan diri daripada ditahan orang ramai selepas dipercayai melarikan lori tiga tan di FELDA Jengka 9, Bandar Pusat Jengka, Maran, kelmarin. Dalam kejadian 1 tengah hari itu, suspek dikatakan dikejar beberapa rakan pemilik lori berkenaan hingga ke ladang kelapa sawit sebelum lori dipandunya hilang kawalan dan melanggar pokok kelapa sawit.*

               *JENAZAH tiga beranak lemas di Rumah Pam Sungai Pedu, Kampung Tanjung Pedu, Padang Terap, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Tong Pelu, Pedu, 12.20 tengah malam tadi. Jenazah dua beradik perempuan itu, Nor Shariza Hafiza Samsudin, 14, dan kakaknya, Nor Shafia Hafiza Samsudin, 16, dan datuk mereka, Mohamad Ramli Ibrahim, 65, disemadikan dalam satu liang lahad.*

               *SUAMI isteri yang dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Labuan diberkas polis dalam satu serbuan berhampiran pasar buah-buahan di Labuan, Selasa lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, dalam tangkapan itu, pihaknya merampas 2.13 kilogram dadah jenis syabu dipercayai untuk pasaran di daerah itu.*

               *GADIS orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Gong Pasir, Dungun, ditemui selamat hampir 200 kilometer (km) dari tempat dia hilang, pada 2.30 petang semalam. Nik Nur Shahindah Nik Zawawi, 20, yang bisu dan mengalami masalah pendengaran dikatakan keluar dari rumahnya pada 5.45 pagi.*

               *SEORANG lelaki ditemui mati akibat ditetak dengan parang oleh individu dipercayai rakannya di Batu 5, Jalan Kampung Jawa, Shah Alam, hari ini. Dalam kejadian 4 petang itu, mangsa, R Dharmaraj, 34, ditemui orang awam dalam keadaan terbaring berlumuran darah di kawasan lapang.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *AMSTERDAM: Kerajaan Belanda yakin pihak berkuasa Russia bersedia untuk mengadakan perbincangan dalam masa terdekat, mengenai pihak yang bertanggungjawab dalam nahas pesawat MH17 pada 2014.*
           *Pasukan siasatan antarabangsa yang diketuai Belanda memutuskan pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu, ditembak jatuh oleh peluru berpandu Russia. Moscow menafikan sebarang pembabitannya.*
           *"Kami sudah menghubungi Russia menggunakan saluran diplomatik dan yakin dapat berbincang dalam masa terdekat,” kata jurucakap Kementerian Luar Belanda.*
           *Pesawat MH17 ditembak jatuh dalam wilayah dikuasai puak pemisah pro Russia di timur Ukraine pada Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, kira-kira dua pertiga adalah rakyat Belanda.*

          *FLORIDA: Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah merancang pembunuhan suami bersama kekasihnya bagi mengaut tuntutan insurans mangsa berjumlah AS$1.75 juta (RM7.13 juta).*
           *Kekasihnya itu ialah rakan baik suaminya dan mereka berkahwin selepas kematian mangsa.*
            *Wanita itu, Denise Williams, 49, dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di Talahassee, Florida, kelmarin, kerana menjadi perancang utama membunuh Mike Williams pada Disember 2000.*

          *KAKAK kepada Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn diumumkan bertanding sebagai calon utama jawatan Perdana Menteri pada pilihan raya yang akan diadakan pada 24 Mac ini.*
            *Penyertaan Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Varnavadi, 67, dalam pilihan raya itu, memecah tradisi lama keluarga diraja Thailand yang sebelum ini tidak campur tangan dalam urusan politik negara berkenaan.*
              *Thailand menjadi monarki perlembagaan sejak 1932 tetapi keluarga diraja menggunakan pengaruhnya yang besar dan memerintah jutaan penduduk.*

          *SAN FRANCISCO: Instagram semalam mengumumkan akan menurunkan gambar yang dikaitkan dengan perbuatan mencederakan diri seperti mengelar anggota badan sendiri.*
             *Langkah itu diambil selepas Setiausaha Kesihatan British, Matt Hancock bertemu dengan syarikat
media sosial itu untuk meningkatkan kesihatan mental remaja menerusi platform berkenaan.*
          *Remaja perempuan Britain, Molly Russell, 14, ditemui mati di bilik tidurnya pada 2017 dengan mencabut nyawanya sendiri. Dia dilaporkan mengikuti akaun Instagram lain yang berkaitan dengan kemurungan dan bunuh diri.*

         *SYDNEY: Parlimen Australia hari ini, mendedahkan rangkaian komputernya mengalami serangan keselamatan dan siasatan sedang dijalankan.*
          *"Berikutan insiden keselamatan rangkaian pengkomputeran Parlimen, beberapa langkah dilaksanakan bagi melindungi rangkaian dan pengguna,” kata jurucakap Parlimen dalam satu kenyataan.*
         *Bagaimanapun, pihak berkenaan enggan mengulas mengenai pelanggarankeselamatan siber itu, tetapi berkata, tidak ada bukti menunjukkan data berjaya diakses.*

         *NEW YORK: Seorang doktor haiwan Colombia dihukum penjara enam tahun kerana menyeludup cecair heroin di dalam badan anak anjing ke Amerika Syarikat.*
          *Andres Lopez Elorez, 39, mengaku bersubahat mengimport heroin dan akan dihantar pulang ke Colombia selepas jalani hukuman, menurut pendakwa raya persekutuan di Brooklyn, New York.*
          *"Elorez bertanggungjawab kerana menggunakan kelebihan veterinarnya untuk menyembunyikan heroin di dalam anak anjing bagi mengimport narkotik berbahaya ke Amerika Syarikat,” kata peguam Daerah Timur New York, Richard Donoghue dalam satu kenyataan.*

            *MELBOURNE: Lebih 1,100 penduduk di Townsville, Queensland, diarah berpindah apabila hujan lebat dan berterusan memaksa pihak berkuasa membuka pintu empangan disebabkan air semakin melimpah.*
           *Perkhidmatan kecemasan turut menangani ribuan panggilan daripada penduduk di Townsville, apabila pusat pemindahan semakin dipenuhi penduduk.*
             *Penduduk berjaya merakam kehadiran reptilia buaya di jalan raya di pingir bandar itu dan turut disebarkan ke media sosial.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


            *KUALA LUMPUR: Sanggup bangun awal ke masjid dan berpura-pura menunaikan solat Subuh sebelum melarikan beg milik jemaah.*
          *Itu tindakan seorang lelaki yang melakukan samun di sebuah masjid di Taman Ibu Kota, Setapak dekat sini, kelmarin.*
            *Beberapa video dan gambar mengenai kejadian itu tular sejak malam kelmarin yang memaparkan seorang lelaki masuk ke dewan solat di sebuah masjid mengambil beg jemaah wanita.*
            *Dalam satu video menunjukkan lelaki berkenaan mundar-mandir di kawasan masjid sebelum masuk ke dewan solat, malah wajahnya juga boleh dilihat dengan jelas daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di situ.*

            *KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sudah melakukan pemeriksaan dan mendapatkan keterangan daripada pengurus gudang rangkaian kedai MR DIY berhubung insiden produk pelekat bercorak kaki yang didakwa mempunyai beberapa kalimah suci al-Quran dan nama nabi.*
             *Pemeriksaan yang dijalankan semalam di seluruh rangkaian kedai MR DIY di Selangor dan beberapa negeri lain itu turut mendapat kerjasama Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).*
           *Sejak beberapa hari lalu, tular di laman sosial satu rakaman yang memaparkan pelekat berbentuk kaki dengan tulisan seperti tulisan Arab didakwa kalimah suci al-Quran yang dibeli di kedai MR DIY.*

            *TONGKOL iaitu kerbau kesayangan Muhammad Syukur Khamis, 14, akan disembelih sempena meraikan majlis sambut menantu dua abang remaja digelar 'Mowgli Malaysia' itu, esok.*
          *Kerbau jantan berusia lima tahun dan dijaga Syukur sejak kecil itu akan disembelih di rumah rakan bapanya, Khamis Jusoh, 63, di Kampung Tambak Baru, Wakaf Tapai, Marang pada 6 pagi.*
           *Abang kepada Muhammad Syukur, Muhamad Alias Khamis, 29, berkata dia sudah memberitahu bapanya supaya tidak menyembelih kerbau berkenaan dan menggantikannya dengan yang lain kerana mengenangkan hubungan rapat Tongkol dengan adiknya itu.*
           *"Bagaimanapun kerana faktor umur Tongkol yang sudah mencapai tahap matang, ia tetap perlu disembelih.*
            *"Tongkol sudah serasi bersama Syukur dan selama ini ia menjadi pengganti kepada kerbau bernama Awang yang sebelum ini gambarnya tular di media sosial dan memenangi anugerah," katanya.*

            *POLIS masih tidak menerima laporan berhubung kejadian samseng jalanan di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) Negeri Sembilan, seperti tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp, sejak semalam.*
             *Video berdurasi 59 saat itu menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal berhenti di tengah jalan dan menghampiri pemandu kereta selepas dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu kereta merakam video itu.*
          *Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, semakan dibuat setakat ini mendapati tiada laporan daripada pemandu kereta berhubung tindakan samseng jalan raya itu.*

          *KULAI: “Ini satu ujian Allah kepada saya,” kata Abul Barakath Khanifah, 44, pemilik Restoran Prata Maju di Bandar Putra, mengenai video berdurasi 49 saat yang tular dan memamparkan seorang lelaki memegang objek berapi di restorannya, baru-baru ini.*
          *Abul Barakath berkata, video itu memberi kesan kepada perniagaannya termasuk ‘diboikot’ pelanggan Muslim sejak lima hari lalu.*
               *"Kesan tular video itu menyebabkan lima hari restoran ini kosong tanpa kehadiran seorang pun pelanggan Muslim.*

          *KOTA BHARU: Usianya masih muda, namun remaja ini dikurniakan keistimewaan apabila bukan saja berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran, malah mampu mengingati satu persatu terjemahan dan nombor ayat dibacanya.*
           *Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTAQ) Pulai Chondong, Abdul Rauf Sapuan, 16, yang khatam ketika berusia tujuh tahun, mula menghafal ketika berada di tingkatan satu dengan mengambil masa dua tahun tujuh bulan bagi mengingati semua juzuk.*
           *Dr Rosnani berkata, dia dan suami, Sapuan Yusoff, 44, mahu semua anak berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.*
          *”Alhamdulilah, baru-baru ini Ahmad Rauf dinobatkan Tokoh Tahfiz 2018 dan itu adalah antara hadiah bermakna kepada kami sekeluarga,” katanya.*

          *SERAMAI 250 penyelidik muda Malaysia daripada 27 sekolah rendah dan menengah berjaya mengharumkan nama negara apabila mendominasi pingat Pameran Inovasi, Harta Intelek, dan Teknologi Antarabangsa (IPITEX 2019) di Bangkok pada 2 hingga 6 Februari lalu.*
            *Ketua Delegasi Malaysia ke pameran itu, Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah berkata, kontinjen Malaysia membawa pulang 14 pingat emas, 24 perak dan 30 gangsa.*
            *Katanya, kontinjen Malaysia terpaksa berhempas pulas pada pameran kali ini berikutan beberapa negara besar dan maju turut menyertainya seperti Kanada, Jepun, Korea Selatan, China dan India.*

         ♂ *PADA usia 45, pemain sensasi Korea Selatan yang tular di media sosial, Choi Ho-Sung membuat penampilan sulung Jelajah PGA di Pebble Beach, California menamatkan saingan 72 di bawah par.*
            *Choi popular di laman media sosial dan dalam kalangan peminat disebabkan gaya hayunan uniknya yang menghiburkan ketika beraksi di lapangan golf.*
             *Selepas menerima undangan khas bertanding pada Pro-Am Pebble Beach, penonton Amerika Syarikat dapat melihat aksi pemain Asia itu mempamer pukulan uniknya di depan mata mereka.*
                 

*ARENA*
========


          *LIONEL Messi muncul pemain dengan gaji termahal di dunia apabila dia membawa pulang 7.3 juta (RM38.5 juta) sebulan sebelum cukai – hampir sekali ganda nilai diterima Cristiano Ronaldo di Juventus 4.1 juta (RM21.6 juta) sebulan sebelum cukai.*
             *Agak mengejutkan, di tangga ketiga Antoine Griezmann dari Atletico Madrid yang menerima 2.9 juta (RM15.3 juta) sebulan selepas dia menyambung kontrak sebelum Piala Dunia tahun lalu.*
             *Ia diikuti pemain Paris Saint-Germain, Neymar yang dilaporkan menerima 2.7 juta (RM14 juta) sebulan manakala Luis Suarez melengkapkan senarai lima teratas dengan gaji bulanan 2.5 juta (RM13 juta).*
          *Pemain Real Madrid, Gareth Bale (2.2 juta = RM11.6 juta), Philippe Coutinho (2 juta = RM10.5 juta), Alexis Sanchez (2 juta = RM10.5 juta), Kylian Mbappe (1.5 juta = RM7.9 juta) dan Mesut Ozil (1.4 juta = RM7.4 juta) melengkapkan senarai 10 teratas.*

          *PARIS: Keluarga pemain Cardiff City Emiliano Sala berkata semalam, mereka sudah mula berkabung selepas mayat pemain itu dikenalpasti susulan penemuan bangkai pesawat itu di Selat Inggeris.*
           *"Kini kami boleh mula berkabung untuk anak dan adik kami,” kata anggota keluarga pemain Argentina itu dalam satu kenyataan, malah turut berterima kasih kepada semua yang terbabit dlam usaha mencari pesawat itu di pesisir pantai Guernsey.*
          *"Kami ingin berterima kasih kepada anda atas ingatan dan sokongan dalam saat paling menyakitkan bagi keluarga kami,” kata keluarga itu lagi.*

          *PENGURUS Tottenham Mauricio Pochettino yang menjadi sasaran Real Madrid dilihat berada di restoran mahal di London bertemu David Beckham and Zinedine Zidane.*
           *Menerusi foto disiarkan The Sun, pengurus dari Argentina itu memakai jaket dan berseluar jean keluar restoran itu bersama Beckham yang membawa bersama rakannya, Dave Gardner sebelum Zidane meninggalkan mereka kemudian.*
        *Difahamkan Beckham dan Zidane yang juga legenda Real Madrid makan malam bersama. Pochettino tidak bersama mereka tetapi tetapi datang menyambut mereka.*

          *PEMAIN pertahanan Manchester United, Phil Jones menandatangani kontrak perjanjian baru yang menyaksikan dia kekal di Old Trafford sehingga tahun 2023 menurut jurucakap kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.*
          *Pemain kebangsaan England itu menjadi pemain terkini yang menyatakan komitmen bersama kelab itu selepas penyerang Perancis, Anthony Martial dan pemain tengah, Scott McTominay yang mana kedua-duanya menandatangani kontrak baru di bawah kendali pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer.*

          *PEMAIN legenda Sepanyol, Xavi Hernandez berkata kejayaan Qatar menjuarai Piala Asia AFC 2019 tidak sepatutnya hadir sebagai kejutan kerana ia disebabkan program pembangunan bersistematik.*
           *Qatar tidak pernah melepasi suku akhir pada penampilan sebelum ini pada pertarungan peringkat benua tetapi skuad Felix Sanchez meraih tujuh kemenangan termasuk menewaskan Jepun untuk muncul juara, minggu lalu.*
        *Empat daripada tujuh kemenangan diraih dengan menewaskan empat juara Piala Asia AFC iaitu Arab Saudi, Iraq, Republik Korea dan Jepun.*

          *SHAH ALAM: Skuad kontroversi, Perlis akhirnya menunjukkan taringnya apabila berjaya menundukkan UiTM 3-0 dalam perlawanan kedua Liga Perdana di Stadium UiTM Shah Alam, di sini, malam tadi.*
               *KUALA TERENGGANU: Jaringan penalti Akanni Sunday Wasiu memastikan skuad Terengganu FC II (TFC II) kekal dengan rentak kemenangan selepas menumpaskan pendatang baharu, Selangor United 1- 0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah mlm tadi.*

          *POH: Cuaca panas mencecah 34 darjah celcius tidak menghalang penyokong The Bos Gaurus (TBG) untuk beratur sepanjang lebih 100 meter demi mendapatkan tiket percuma bagi menyaksikan saingan Liga Super, antara Perak menentang Kedah di Stadium Perak, di sini malam ini.*
             *Sejak jam 9 pagi lagi ribuan penyokong sudah hadir untuk mendapatkan tiket percuma di kaunter stadium dimana hanya tiga tiket dihadkan bagi setiap penyokong.*

           *SEBANYAK 28,000 tiket diperuntukkan bagi aksi Liga Super antara Pahang dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam esok.*
          *Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP), Norlia Abdul Manaf berkata, mereka turut menyediakan satu kaunter khas wanita untuk memudahkan urusan pembelian tiket.*
           *"Semua tiket mula dijual jam 10 pagi esok (hari perlawanan) iaitu harga tiket RM23 bagi tempat duduk grandstand, RM13 (berbumbung) dan RM10 (terbuka).*

          *KUALA LUMPUR: Nasib Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) sama ada bakal terus beraksi di Liga Perdana atau tidak, akan hanya ditentukan pada 15 Februari ini apabila tamat tempoh 60 hari yang diberikan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).*
           *Menerusi perjanjian awal ketika memberi ‘lampu hijau’ membenarkan PFA naik beraksi dari Liga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke saingan Liga Perdana, badan induk itu diberi tempoh selama 60 hari untuk menyelesaikan tunggakan gaji membabitkan pasukan terdahulu iaitu skuad musim 2016, 2017 dan 2018.*

          *AYER KEROH: Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Adly Zahari, secara berterus terang memaklumkan yang Melaka United (MU) sendiri berdepan isu tunggakan gaji pemain yang berpunca daripada masalah pengurusan terdahulu.*
         *Menurut Adly yang juga Menteri Besar Melaka, perbelanjaan melebihi bajet yang disediakan bagi pembayaran gaji bulanan menjadi faktor penyebab isu tunggakan gaji pemain bola sepak melanda dalam kancah Liga Malaysia, malah skuad Hijau Putih itu juga tidak terkecuali.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*ISNN 11 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 6 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0600*
*SUBUH : 0610*
*SYURUK : 0726*
*ZOHOR : 1330*
*ASAR : 1650*
*MAGHRIB : 1929*
*ISYAK : 2040*

*artikel disiarkan pada tarikh 10feb19*


*TANAHAIRKU*
==============


               *MANA-MANA pegawai perubatan yang mahu menyertai bantuan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin bersama badan bukan kerajaan (NGO) akan diberi cuti tanpa rekod oleh kerajaan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kelonggaran khas itu bagaimanapun hanya untuk doktor yang mengikuti misi bersama NGO berdaftar sahaja.*

                *“ABANG... doakan kami juga ke syurga bersama abang.” Itu ungkapan syahdu dilafazkan Siti Nur Hairunnisa, 29, sebaik selesai menyiram air mawar di pusara abangnya, Allahyarham Abdul Bari Asyraf, 31. Anak ketiga daripada lapan beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu, hari ini.*

                *ABDUL Bari Asyraf Mohd, 31, yang lemas ketika menyelamatkan lima sekeluarga di muara Sungai Terengganu, Kuala Terengganu, kelmarin, meninggal dunia dalam syahid, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri. Beliau berkata, pengorbanan Allahyarham menyelamatkan mangsa insiden berkenaan adalah satu tindakan amat mulia dan dipandang tinggi dalam Islam.*

                *KERAJAAN Terengganu akan menganugerahkan penghargaan untuk Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, sebagai mengenang jasa Allahyarham yang lemas selepas membantu menyelamatkan lima sekeluarga dalam insiden pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu dekat Pulau Warisan, malam kelmarin.*

                *SELEPAS dilaporkan hilang sejak 30 Januari lalu, mayat Siti Masyitah Ibrahim, 11, ditemui dalam keadaan amat tragis dengan tangan dan kakinya diikat, selain beberapa organ dalamannya hilang. Mayat kanak-kanak itu ditemui beberapa orang kampung di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, 5 petang semalam.*

               *ISTERI nelayan tempatan yang diculik di perairan Pegasus Reef dekat Kinabatangan Disember lalu, merayu pasukan keselamatan segera menyelamatkan suaminya. Mendakwa dihubungi penculik pagi ini, Nadin Junianti Najiri, 25, berkata, kumpulan terbabit memaklumkan tiada wakil kerajaan Malaysia menghubungi mereka untuk berunding mengenai suaminya, Jari Abdullah, 34, sehingga ke hari ini.*

               *PEMANDU Toyota Vios yang terbabit kemalangan maut hingga menyebabkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX5 terhumban ke laut di Jambatan Pulau Pinang akan dituduh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemandu berkenaan akan dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.*

               *POLIS melepaskan tembakan ke arah kereta dinaiki tiga lelaki yang cuba melanggar pihak berkuasa ketika pemeriksaan di Jalan Besar Paka -Al Muktafi Billah Shah, Ketengah Jaya, Dungun, kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 6 petang ketika dua anggota berpangkat Lans Koperal melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Ketengah Jaya.*

               *LELAKI diberkas polis di Bukit Mertajam semalam, selepas menggunakan akaun palsu Facebook untuk memuat naik kenyataan jelik berunsur perkauman bertujuan melakukan khianat. Dalam kejadian Khamis lalu, kenyataan dimuat naik lelaki berkenaan disedari lelaki berusia 47 tahun yang juga pengurus kilang di Bayan Baru, Bayan Lepas, sebelum melaporkannya kepada polis.*

               *LELAKI warga Kanada dikenali sebagai Bieber Robert Donald ditemui mati dengan keadaan mayatnya sudah berbau di Apartment Sri Sayang, Batu Feringgi, Georgetown, semalam. Dalam kejadian itu, mayat mangsa berusia 70 tahun berkenaan ditemui jam 6.0 petang oleh pemilik apartment yang kemudian menghubungi polis.*

               *LULUH hati seorang pencinta kucing, apabila 10 haiwan berkenaan termasuk yang dipelihara oleh jirannya ditemui mati dipercayai diracun individu tidak berperikemanusiaan. Kejadian berlaku pada Ahad lalu di kawasan Taman Perumahan Saujana Puchong apabila suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, 49, menerima panggilan daripada jirannya.*

               *DUA ‘toyol’ masing-masing berusia 11 dan 10 tahun dicekup ketika memecah masuk sebuah restoran, di Sibu, pagi semalam. Lebih menyedihkan, penangkapan dua kanak-kanak berkenaan dipercayai mampu merungkai sekurang-kurangnya sembilan kes pecah masuk restoran dan premis perniagaan di sekitar Sibu.*

               *“PAK SU marah mak sebab ambil tok (nenek), (dan) bawa ke hospital kira-kira empat hari lalu. Selama ni tok yang bagi duit dekat pak su, jadi (sekarang) tak da (tiada) sapa (siapa) boleh bagi duit pada dia,” kata Muhammad Fakhri Rozali, 18. Dia menjelaskan tindakan bapa saudaranya dipanggil pak su ‘mengamuk’ dan menjadikan adik tirinya, Wan Nur Ainul Darwisya Amri, 7, sebagai mangsa tebusan di Taman Serai Wangi, Padang Serai, kira-kira 6 petang semalam.*

               *ISU ijazah palsu yang didakwa membabitkan beberapa menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet selain menteri besar perlu diperjelaskan kepada umum. Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata, sekiranya ijazah diperolehi itu bukan daripada universiti yang tidak mendapat akreditasi, ia bukan masalah penting.*

                *Kuala Lumpur: Hanya Allah SWT saja tahu betapa luluh hati seorang wanita apabila anak saudara yang dihantar ke sebuah pusat jagaan anak yatim dan asnaf di Danau Kota, Setapak, menjadi habuan nafsu serakah seorang penjaga pusat berkenaan. Lelaki lingkungan 20-an itu dipercayai mengambil kesempatan terhadap anak yatim dan asnaf di bawah jagaannya bagi memuaskan nafsu dengan merogol dan mencabul mangsa.*

               *PEMANDU teksi eksekutif cedera di muka selepas dibelasah seorang lelaki dipercayai pemandu kereta sapu di KL Sentral, Kuala Lumpur, semalam. Difahamkan kejadian berlaku jam 10.30 pagi ketika mangsa berusia 54 tahun di stesen berkenaan sebelum dihampiri suspek. Sumber berkata, suspek terus menumbuk mangsa di bahagian muka hingga menyebabkan luka dan lebam di seluruh muka pemandu teksi eksekutif itu.*

               *IBU bapa yang anak mereka terjebak dalam penyalahgunaan dadah mungkin diwajibkan mengikuti sesi kaunseling, kata Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah. Katanya, perkara itu telah dipersetujui oleh jawatankuasa kabinet berhubung masalah dadah susulan saranan AADK dengan mengambil kira peranan ibu bapa dalam membantu anak bebas dadah.*

               *SURAT Program Pengakuan Sukarela daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh diabaikan sekiranya pendapatan individu kurang daripada RM3,000 sebulan. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, golongan mempunyai tahap pendapatan sedemikian adalah dikecualikan membayar cukai pendapatan.*

                *Mencari yang halal adalah fardu bagi setiap umat Islam dan semua aspek kehidupan menitikberatkan persoalan itu berputik daripada bermulanya sesuatu proses sehingga sampai kepada pengguna akhir tidak kira makanan atau produk. Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diterajui Pengarahnya Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee mempunyai tanggungjawab besar bagi memastikan semua elemen berkaitan dipatuhi sama ada oleh individu mahupun pemain industri di Malaysia.*

               *KEBAKARAN di Gunung Baling yang berlaku sejak Rabu lalu hampir dipadamkan sepenuhnya dengan hanya satu titik kebakaran dikesan masih aktif. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, titik kebakaran itu yang dikesan di kawasan tengah gunung telah dipadamkan sebelum ini namunaktif kembali susulan cuaca panas dan angin kuat.*

               *ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat 9 pagi hari ini. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.*

               *LIMA puluh lapan individu ditahan polis atas pelbagai kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah dalam beberapa siri operasi sejak 2 Februari lalu sehingga semalam di sekitar Kota Kinabalu. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya turut merampas kira-kira 20 gram (g) dadah termasuk menerusi Ops Sarang yang dilakukan semalam.*

               *KUCHING: Seorang daripada 47 tahanan warga Malaysia dikejarkan ke hospital di Poipet, Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja minggu lalu bagi menjalani pembedahan dalam perut. Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien ketika mendedahkan perkara berkenaan berkata, perkembangan itu dimaklumkan sendiri ahli keluarga tahanan terbabit di Sarawak.*

               *BEKAS Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM230,000. Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.*

               *Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa Mohd Fakri Mazlan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.52 malam sebelum mereka bergegas ke lokasi kejadian. Katanya, 24 pegawai dan anggota dengan bantuan BBP Kota Bharu serta 31 pegawai bomba sukarela bersama empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.*

               *POKOK ganja boleh diusahakan bagi tujuan perubatan dan kajian, jika memperoleh kebenaran daripada Menteri Kesihatan. Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, terdapat peruntukan undang-undang yang memberikan ruang bagi penanaman pokok ganja dengan syarat atau kebenaran khusus.*

               *Sitiawan: Mayat lelaki yang ditemui di belakang lori di hadapan kawasan rumah kedai tiga tingkat di Taman Sejati, kelmarin disahkan bukan mangsa bunuh. Sebaliknya, mangsa terbabit dipercayai terjatuh ketika memanjat bangunan rumah kedai berkenaan.*

               *LELAKI warga Nepal maut dilanggar lori pemunggah kontena yang membuat pusingan U di Jalan Utama Dermaga Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor Bahru, pagi hari ini. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian 5.22 pagi itu, Gautham Jhamka Prasad, 38, dikatakan melintas jalan di laluan utama dermaga PTP yang ketika itu sibuk dengan kerja pemunggahan kontena.*

               *KEJADIAN sebuah kapal Malaysia, Polaris bergesel dengan kapal pengangkut pukal Piraeus berdaftar di Greece hari ini berlaku di perairan Malaysia dan bukan Singapura, kata Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia Datuk Baharin Abdul Hamid.*

               *CUBAAN 12 nelayan termasuk lapan warga Thailand menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan gagal selepas ditahan polis dan empat bot pukat tunda kelas B1 dan C dirampas bersama tangkapan ikan bernilai RM1.35 juta di perairan Kuala Sala dan Kuala Kedah, hari ini.*

               *STRAW kertas. Itu antara alternatif diperkenalkan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi mengurangkan beban rakyat susulan larangan penggunaan penyedut minuman plastik yang mula dikuatkuasakan 1 Januari lalu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata, pihaknya menyedari straw besi agak mahal berbanding alternatif menggunakan straw kertas. Difahamkan harga pasaran untuk sebatang straw besi dianggarkan antara RM10 ke RM15 berbanding sekitar RM1 untuk harga sebatang straw kertas.*

               *KEMATIAN ngeri seorang lelaki yang ditetak sebanyak 25 kali dengan sebilah parang di Batu 5, Jalan Kampung Jawa, Shah Alam, petang kelmarin, dipercayai bermotifkan dendam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati suspek utama berusia 35 tahun itu tidak berpuas hati kerana mengesyaki mangsa mengganggu isterinya sepanjang dia menjalani hukuman penjara pada tahun lalu.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *MOSCOW: Seorang lelaki yang pernah menggemparkan Russia kerana mencuri 29 mayat budak perempuan sebelum menghiaskan mereka dengan baju, kasut dan alat solek dilaporkan akan dibebaskan dari sebuah hospital sakit jiwa.*
        *Anatoly Moskvin, 52, yang berasal dari Nizhny Novgorod mencuri dan mengawet mayat berkenaan yang dijadikan koleksi kesayangan di bilik tidurnya selama beberapa tahun.*
           *Pakar sakit jiwa yakin Moskvin sudah pulih dan mencadangkan rawatan pesakit luar untuk lelaki itu tetapi segera menarik balik keputusan itu selepas dibantah banyak pihak.*

          *New Delhi: Seorang budak lelaki yang menghidap sejenis penyakit ganjil dikenali sebagai sindrom serigala jadian yang menyebabkan bulu tebal tumbuh di mukanya berharap dia boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.*
            *Lalit Patidar, 13, yang berasal dari Ratlam di Madhya Pradesh disahkan menghidap hipertrikosis atau dikenali sebagai sindrom serigala jadian, satu keadaan yang menyebabkan pertumbuhan rambut luar biasa di muka, tangan dan bahagian lain badan.*
           *Keadaan itu menyebabkan Lalit sering menjadi mangsa buli dan dia sering dibaling batu serta diejek dengan panggilan monyet oleh kanak-kanak lain.*

           *Bangkok: Hasrat Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi untuk menjadi perdana menteri Thailand berkubur selepas pencalonannya dihalang oleh adiknya yang juga Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn.*
         *Ubolratana mengejutkan Thailand kelmarin apabila diumumkan bertanding dalam pilihan raya umum negara itu pada 24 Mac depan dan menjadi calon perdana menteri untuk parti yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.*
           *Sekiranya pencalonannya diterima, Ubolratana bakal berdepan parti disokong tentera yang diketuai Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha yang sebelum ini diramal bakal memenangi pilihan raya berkenaan.*

          *GAZA: Tentera Israel menembak mati dua remaja Palestin ketika bantahan di sempadan Gaza semalam, kata pegawai kesihatan Palestin.*
           *Hassan Shalabi, 14, ditembak di dadanya di timur bandar Khan Yunis semasa bantahan ke atas Israel berlangsung di selatan Semenanjung Gaza.*
           *"Kematian Hamza Ishtawi, 18, kerana ditembak di leher semasa pertempuran yang sama di timur Bandar Gaza.*
           *"Manakala, seramai 17 remaja Palestin cedera ditembak di tempat protes yang berlainan di sepanjang sempadan,” kata kementerian itu.*

          *PARIS: Seorang wanita yang mempunyai sejarah masalah psikiatri didakwa kerana memulakan kebakaran di sebuah pangsapuri, di sini, mengorbankan 10 orang, kata pendakwa Perancis.*
           *Menurut pendakwa raya, suspek yang ditahan di kemudahan psikiatri polis, didakwa semalam kerana melakukan kebakaran sehingga mengakibatkan kematian.*
            *Kejadian pada Selasa lalu di tingkat atas sebuah pangsapuri ke-16 tertinggi di Paris, dianggap terburuk sejak 2005.*

           *QUEBEC CITY: Seorang lelaki berusia 29 tahun dipenjara seumur hidup kerana menembak mati enam jemaah di sebuah masjid di bandar raya Quebec, semalam.*
             *Alexandre Bissonnette hanya boleh memohon parol dalam masa 40 tahun.*
             *Ketika membacakan keputusannya, Hakim Francois Huot turut menyentuh mengenai kebencian mendalam tertuduh terhadap pendatang Islam.*
          *"Kamu membunuh enam rakan senegara, yang jenayahnya berbeza daripada diri kamu.*

           *SYDNEY: Ribuan kediaman di sini terputus bekalan elektrik selepas taufan melanda bandar raya terbesar di Australia itu, menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kenderaan ditenggelami air, hari ini.
            *Hujan lebat dan ribut petir melanda sebahagian Sydney semalam dengan jumlah hujan sebanyak 60 milimeter di beberapa kawasan.*
           *Di bahagian barat Sydney yang turut dilanda banjir kilat, hujan turun hampir 42 milimeter dicatatkan dalam tempoh 30 minit.*

          *WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, 72, disahkan berada dalam keadaan sihat selepas melakukan pemeriksaan kesihatan semalam selama empat jam, di Pusat Perubatan Tentera Kebangsaan Walter Reed di Bethesda, Maryland.*
            *"Sukacita dimaklumkan tahap kesihatan Presiden Amerika Syarikat adalah sangat baik dan saya menjangkakan beliau akan kekal begitu sepanjang tempoh pentadbiran dan seterusnya, kata pakar perubatan Sean Conley dalam satu keyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih.*

           *BEIRUT: Seorang lelaki warga Lebanon maut akibat cedera terbakar selepas membakar dirinya sendiri di sekolah anak perempuannya kerana pertengkaran mengenai yuran yang dikenakan pengurusan sekolah.*
          *George Zreik menyimbah dirinya dengan petrol dan membakar dirinya pada Khamis lalu di Sekolah Menengah Our Lady of Kaftoun di daerah Koura, utara Lubnan, kata doktor yang merawatnya.*
            *"Lecuran disebabkan terbakar meliputi 90 peratus pada tubuhnya,” kata Ketua jabatan pembedahan Hospital al-Salam di Tripoli, Gabriel al-Sabaa.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================

   
          *“SAYA akan buat kenyataan,” demikian jawapan ringkas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berhubung isu pendidikan beliau yang mula dipersoalkan sejak beberapa hari lalu.*
          *Osman bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai masa dan di mana kenyataan itu akan dibuat.*
          *Beberapa hari lalu, tular persoalan tahap pendidikan Menteri Besar Johor di media sosial selepas beliau didakwa tidak memiliki Ijazah Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia seperti tertera di dalam biodata rasminya.*

           *TAWAR main kutu barangan elektrik dan barang kemas, namun songlap duit pemain. Itu taktik seorang wanita berusia 30 tahun yang kononnya memainkan peranan sebagai penganjur kutu, sejak tahun lalu.*
           *Menurut seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 32, dia mengenali ‘ibu kutu’ terbabit menerusi Facebook pada Ogos tahun lalu.*
            *Katanya, akibat status itu yang tular sejak petang semalam, suami wanita berkenaan ada menghubungi bagi mengarahkannya menarik balik status terbabit.*
            *”Lelaki yang memperkenalkan sebagai suami wanita itu menghubungi saya untuk mengarahkan saya menarik balik status berkenaan, namun saya enggan berbuat demikian.*

           *LELAKI parah selepas tercampak dari sebuah kereta yang sedang bergerak berdekatan jambatan di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, Khamis lalu.*
         *Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, Lim Hock Lai, 35, mengalami kecederaan teruk pada badan dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.*
          *Terdahulu, rakaman video ‘dashcam’ berdurasi 0.11 saat dari sebuah kereta tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan sedang memintas dari belakang.*
          *Menerusi rakaman itu, mangsa dilihat jatuh dari tempat duduk penumpang bahagian depan sebelum tercampak di tepi jalan ketika kenderaan itu masih bergerak. Namun, kereta itu tidak berhenti dan meneruskan perjalanan.*

           *JAUH di sudut hati pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jenagor, Mohd Mustafa, 66, dia teringin mengimamkan solat jenazah untuk anaknya, Abdul Bari Asyraf, 31, yang ditemui lemas di Sungai Terengganu, dekat Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.*
              *Bagaimanapun, Mohd menyerahkan tugas itu kepada gurunya yang juga imam Masjid Kampung Merbau Patah, Jalan Kuala Berang, Kuala Terengganu sebagai tanda hormat kepada lelaki terbabit.*
             *Dalam kejadian jam 9.40 malam kelmarin, Abdul Bari Asyraf yang ketika itu memancing di pulau berkenaan terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima wanita yang hampir lemas selepas Mitsubishi Storm meluncur dan terjunam ke dalam air.*

           *LEBIH 50,000 pengunjung menghadiri Majlis Perasmian Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang 2019 yang diadakan di Padang Polo, Georgetown, malam ini.*
          *Pesta yang memasuki edisi kelima penganjurannya itu mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai, walaupun tiada belon udara panas diterbangkan berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.*
          *Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang sentiasa menganjurkan pelbagai acara berteraskan keluarga yang boleh disertai semua peringkat umur.*

          *LEBIH 10 guni pakaian terpakai dan baharu selain makanan diagihkan secara percuma di Balai Raya Taman Gadong Jaya, Seremban, hari ini, dengan semua barangan itu habis dalam tempoh dua jam.*
          *Agihan sempena program Pasar Percuma anjuran Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) yang bermula pada 9 pagi.*
         *Presiden PERKASIH N9, Norfadilah Mansor berkata, program itu bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan pelbagai jenis pakaian dan keperluan makanan tanpa bayaran.*
                 

*ARENA*
========


         *EPL RESULT: TOTTENHAM HOTSPUR 3 LEICESTER CITY 1 & MANCHESTER CITY 6 CHELSEA 0*

         *LONDON : Kapten Cardiff City Sol Bamba mendedikasikan jaringannya dan kemenangan 2-1 ke atas Southampton kepada Emiliano Sala selepas aksi perlawanan penuh emosi bagi kelab Welsh itu.*
         *Perlawanan semalam adalah yang pertama selepas tragedi kematian pemain Liga Perdana Inggeris itu disahkan minggu lalu.*
          *Mayat penyerang Argentina itu disahkan pihak berkuasa Khamis lalu, sehari selepas penemuan mayat berkenaan bersama rangka kapal terbang di dasar laut.*

         *MADRID: Jaringan Casemiro, Sergio Ramos dan Gareth Bale membolehkan Real Madrid mengalahkan Atletico Madrid 3-1 sekali gus menghidupkan semula peluang pemburuan gelaran La Liga.*
          *Kekalahan itu juga menyaksikan Atletico yang dibimbing jurulatih kelahiran Argentina, Diego Simeone mencatat kekalahan pertama di gelanggang sendiri, Wanda Metropolitano.*
           *Jurulatih Real Madrid, Santiago Solari ternyata gembira dan memuji aksi pemainnya yang sekaligus memintas pencabar itu di tangga kedua liga dengan memungut 45 mata di belakang Barcelona 50 mata dan berbeza dengan Atletico satu mata.*

         *KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan melakukan siasatan berhubung dakwaan pembabitan bookie cuba merasuah pemain kelab yang berdepan masalah tunggakan gaji.*
           *Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Kementerian tidak dapat menerima perlakuan itu sekiranya ia benar-benar berlaku di sebalik kesempitan yang dihadapi pemain bola sepak terbabit.*
        *”Masalah bookie ini memang kita banteras berhabis-habisan. Kalau ada sebarang maklumat tolong laporkan segera.*

          *ALOR SETAR : Tindakan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengheret kes perpindahan kontroversi pemain muda negara, Akhyar Rashid ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membuka mata ramai pihak serta dilihat dimensi baharu dalam arena bola sepak negara.*
          *Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, tindakan KFA menjadikan persatuan itu sentiasa diberi perhatian termasuklah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mula melakukan perubahan sewajarnya dalam tindakan mereka.*

          *SHAH ALAM: Skuad Melaka United (MU) mungkin terpaksa melupakan khidmat dua tonggaknya untuk perlawanan akan datang apabila seorang lagi pemain, Ahmad Khuzaimi Piee diusung keluar selepas mengalami kecederaan serius pada perlawanan menentang PKNS di Stadium Shah Alam, kelmarin.*
         *Pengendali MU Zainal Abidin Hassan berkata, sebelum ini pasukan terpaksa menggugurkan nama pemain import Darko Markovic untuk kesebelasan utama dalam dua perlawanan sebelum ini akibat kecederaan.*

          *KUALA LUMPUR: Teka-teki berhubung masa depan Terry Walsh selaku Pengarah Teknikal Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bakal terjawab Selasa ini menerusi satu sidag media yang akan dilakukan oleh badan induk itu.*
          *Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, pada sidang media itu beliau akan menjelaskan segala-galanya termasuk apakah nasib Walsh yang sebelum ini dilaporkan bakal meninggalkan badan induk itu.*
        *Namun Subahan seolah memberi bayangan pakar dari Australia itu akan kekal di Malaysia tetapi dengan tugasan berbeza.*

           *KUALA LUMPUR: Pengendali Selangor, B Sathianathan percaya jika keadaan padang di Stadium Petaling Jaya tidak becak, skuad kendaliannya mampu meraih keputusan lebih baik dalam aksi kedua Liga Super bertemu Petaling Jaya City (PJ City) malam tadi.*
          *Dalam aksi itu, skuad Red Giants diikat 1-1 dan nyaris diaibkan apabila terpaksa bangkit dihujung permainan menerusi gol penyamaan Rufino Segovia menerusi sepakan penalti selepas tuan rumah mendahului pada minit ke-80 juga hasil gol penalti yang disempurnakan Pedro Henrique.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2019 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SELSA 12 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 7 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0600*
*SUBUH : 0610*
*SYURUK : 0725*
*ZOHOR : 1330*
*ASAR : 1650*
*MAGHRIB : 1929*
*ISYAK : 2040*

*artikel disiarkan pada tarikh 11feb*


*TANAHAIRKU*
==============


               *ANGGOTA bomba, Muhammad Adib Mohd Kasim masih berada di dalam van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika jentera Fire Rescue Tender (FRT), yang berada di hadapan van EMRS, berundur dalam kejadian diserang sekumpulan orang awam di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya, pada 27 November 2018. Pemandu van EMRS, Ahmad Shahril Othman, 36, berkata, ketika jentera FRT berkenaan berundur, ia seolah-olah menolak kenderaan yang sedang dipandunya.*

                *BEKAS pekerja salun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini atas dakwaan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terhumban ke dalam laut 20 Januari lalu. Tertuduh, MK Vaitheswaran, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil, di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.*

                *KUALA LUMPUR: Berhibur sambil melepaskan gian dadah di Hatyai dan Danok, Thailand sebelum pulang ke Malaysia. Itu tindakan sekumpulan rakyat negara ini yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah, jam 9 malam Sabtu lalu. Selain berhibur dan melepaskan gian, ada antaranya dikesan mendapatkan bekalan dadah di negara jiran itu.*

               *LELAKI Bangladesh yang ditahan ketika membeli nombor ekor di sebuah premis judi di Merlimau, Jasin, Melaka beberapa kali cuba menyogok penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Dalam Operasi Judi di seluruh negeri Sabtu lalu, lelaki berusia 28 tahun itu antara lima lelaki yang ditahan termasuk empat lagi warga tempatan dalam serbuan di empat premis judi ekor.*

               *PEMANDU teksi, kereta sewa dan e-hailing akan dikenakan kompaun sehingga RM4,000 sekiranya masih gagal mendaftar skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selewat-lewatnya selepas Jun ini. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemandu terbabit juga boleh didakwa sekiranya masih enggan berbuat demikian selepas mengabaikan peringatan daripada pertubuhan itu.*

               *PENIAGA dipercayai mencabul anak tirinya untuk memuaskan nafsu, direman tujuh hari sehingga Sabtu ini. Perbuatan tidak bermoral suspek berusia 46 tahun itu terbongkar selepas mangsa berusia sembilan mengadu kemaluannya sakit dipercayai akibat tindakan suspek memasukkan jari dalam alat sulitnya, Selasa minggu lalu.*

               *PEMANDU Grab berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki yang juga penumpangnya di Taman Jasmin, di Kajang, Jumaat lalu. Dalam kejadian 4.30 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun terpaksa menjadi ‘tebusan’ dua penjenayah berkenaan yang bersenjatakan pisau untuk tempoh beberapa minit. Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri daripada tahanan dua suspek berkenaan dengan keluar dari kereta Proton Saga FLX miliknya ketika kenderaan berkenaan yang dipandu suspek berhenti di persimpangan lampu isyarat.*

               *TIGA BELAS lelaki tempatan dan seorang wanita warga Myanmar yang menyaksikan perlumbaan kuda secara langsung di Pulau Pinang dan Hong Kong kaku apabila premis yang dijadikan pusat pertaruhan di Taman Pantai, Batu Pahat diserbu polis semalam. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, serbuan jam 2.45 petang itu dilakukan hasil maklumat awam serta intipan sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.*

               *BEKAS pengurus pemasaran syarikat keselamatan swasta didakwa di Mahkamah Siber, Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad V, 6 Januari lalu. Tertuduh, Liew Chee Ling, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Edwin Paramjothy Michael Muniandy.*

               *AHLI Dewan Undangan negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman meletak jawatan sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN). Surat peletakan jawatan sebagai ketua pembangkang DUN negeri dihantar kepada Yang Dipertua DUN, Yahya Ali, Isnin minggu lalu.*

               *DATUK Seri Najib Razak secara sinis mempersoalkan pendirian DAP berkaitan ijazah palsu berikutan tindakan penasihatnya Lim Kit Siang mengecam pihak yang mempersoalkan kesahihan ijazah menteri-menteri Pakatan Harapan (PH). Sambil memetik laporan lidah rasmi DAP, Roketkini pada Jun 2013, bekas Perdana Menteri berkata, parti itu dahulu bercakap lain dalam isu yang sama.*

               *TIGA lelaki berjaya ditahan dalam tempoh 24 jam selepas menyamar sebagai polis dan menyamun seorang penuntut warganegara Bangladesh di Jalan Pendidikan 1, Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, mereka berusia 17 hingga 23 tahun ditahan di sekitar Taman Universiti, awal pagi semalam, sejurus laporan dibuat mangsa.*

                *TIGA rakan dipenjara tujuh tahun dan empat sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bahru, hari ini terhadap dua tuduhan merompak suami isteri, bulan lalu. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Muhammad Amirul Zakaria, 23, Mohd Affendi Abdullah Zawawi, 36, dan Roslan Fauzi, 37, mengaku salah terhadap tuduhan.*

               *SEORANG lelaki warga Pakistan ditemui rentung apabila van dipandu terbakar di Jalan Pasir Besar-FELDA Palong Tiga berhampiran persimpangan FELDA Palong Tiga di Jempol, hari ini. Dalam kejadian jam 8.41 pagi itu, mangsa dikenali Mujahid Shah, 23, ditemui mati di tempat duduk pemandu van terbabit.*

               *EMPAT ahli Geng Van Putih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan merompak wang tunai RM1,450 dan telefon bimbit milik lelaki warga Bangladesh.*

               *SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menggesa semua bakal calon yang berhasrat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, supaya mengisi dan membuat semakan awal borang pencalonan mereka. Pengerusinya Azhar Azizan Harun berkata, semakan awal pengisian borang pencalonan boleh dibuat di Pejabat Pegawai Pengurus iaitu di Pejabat Majlis Perbandaran Kajang atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor sebelum hari penamaan calon.*

               *MAHKAMAH Rayuan di Putrajaya membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram berhubung dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd (SRC) dihadapinya.*

               *SEBUAH gudang simpanan kayu, pejabat dan dua blok rumah kongsi 10 pintu menempatkan lebih 20 penghuni di Batu 5 Jalan Apas, Tawau musnah dalam kebakaran hari ini. Kejadian jam 4 pagi di perumahan kongsi Syarikat Anjur Juara Sdn Bhd itu dipercayai didalangi seorang lelaki yang juga pekerja kilang terbabit sebelum dia melarikan diri menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Vigo majikannya.*

               *SEKUMPULAN penjenayah dipercayai memecah masuk pusat pameran dan servis kereta di Kuala Nerus serta melarikan empat kenderaan membabitkan kerugian RM540,000. Kehilangan itu hanya disedari seorang pekerja kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin yang ke premis berkenaan sebelum mendapati pintu belakang dipecah serta pejabat berselerak.*

               *JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan menangkap seekor tapir jantan yang memusnahkan ladang getah milik penduduk Kampug Pek, dekat Bukit Bakar, Machang sejak tahun lalu. Ketua PERHILITAN Daerah Kuala Krai, Abdul Hakim Zulkefli berkata, mamalia seberat 120 kilogram (kg) terbabit ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang pihaknya antara jam 5 hingga 6 pagi semalam.*

               *MALAYSIA Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd, secara bersama mengeluarkan surat tuntutan ke atas AirAsia Bhd, AirAsia X Bhd dan masing-masing kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan terbabit, Riad Asmat dan Benyamin Ismail. Ia berhubung beberapa artikel yang tidak tepat serta mengelirukan disiarkan di portal syarikat penerbangan tambang murah itu, AirAsia Newroom.*

               *JABATAN Peguam Negara membatalkan arahan pertuduhan terhadap peguam, Siti Kassim yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang penonton di forum Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dianjurkan pada September, dua tahun lalu.*

               *POLIS mengesahkan ibu kanak-kanak perempuan yang dibunuh kejam di ladang kelapa sawit Tanjung Medang Kemahang, Pekan, 30 Januari lalu, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, hari ini untuk membantu siasatan. Sumber polis berkata, Solihah Abdullah, 35, dibawa ke IPD Pekan pada 3.30 petang untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, Siti Masitah Ibrahim, 11.*

               *SEORANG daripada 47 tahanan rakyat Malaysia di Penjara Banteay Mancheay, Kemboja, sempat memasukkan wang sebanyak USD1,000 (RM4,069.50) ke akaun ibunya, Masita Mohamad, 48. Anak Masita, Nur Ridwana Syahzani Hamddie, 21, memberikan wang itu sebagai janji kepada Masita bahawa dia keluar dari Sarawak semata-mata mencari pendapatan lebih tinggi selama tiga bulan sahaja, namun bukan di Kemboja, tetapi di Kuala Lumpur.*

               *SAMPEL tisu daripada bangkai anjing yang menggigit seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Kampung Air Kuning, Taiping, minggu lalu, didapati negatif penyakit anjing gila atau rabies. Berikutan itu, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, kanak-kanak berkenaan tidak disaran menerima vaksin rabies.*

               *KEGIATAN dua beradik yang memecah masuk sebuah rumah tidak berpenghuni dan menjadikannya sebagai tempat simpanan hasil curi di Sungai Besar terbongkar selepas diserbu polis Rabu lalu. Dalam kejadian di Kampung Tebuk Haji Sidek itu, penjenayah berusia 27 dan 37 tahun itu dikatakan sempat ‘menginap’ di kediaman berkenaan selama tiga hari sebelum dicekup polis.*

               *KORONER dan pihak berkepentingan bagi inkues menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan melawat lokasi kejadian di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pagi esok. Lawatan itu akan disertai Koroner Rofiah Mohamad pada 10.30 pagi.*

                *SEORANG lelaki bertindak ‘menculik’ teman wanitanya sendiri selepas mangsa menolak kemahuan lelaki itu supaya pulang bekerja semula di kebun sayur di Muar, Johor. Difahamkan, kejadian culik itu berlaku di kediaman keluarga mangsa berusia 31 tahun itu di Sungai Chua, Kajang, Selangor, jam 12.30 tengah hari 8 Februari lalu.*

               *PENGUSAHA perabot ditemui mati di dalam tandas rumah kedainya di Pekan Baru, Sungai Petani, hari ini. Mayat Ng Kim Fah, 62, ditemui adiknya Ng Ah Fui, 61, pada 11 pagi ketika ke premis itu untuk mengambil kereta yang dipinjam mendiang sejak Sabtu lalu. Ah Fui ketika ditemui berkata, mendiang tinggal sendirian selepas kematian isteri, manakala tiga anaknya menetap di Selangor.*

               *ENAM pemancing yang dikhuatiri hilang ditemui dalam keadaan selamat dan akan dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang dalam masa terdekat. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Safee Abd Samad berkata, bot terbabit ditemui jam 4.30 petang hari ini kira-kira 20 batu nautika dari Pulau Kendi.*

               *KUNJUNGAN semula polis ke sebuah rumah di Taman Bukit Indah, Bukit Mertajam, semalam yang pernah diserbu kerana dipercayai makmal memproses dadah, membawa kepada penemuan lebih mengejutkan. Pasukan itu menemui 349 peluru hidup, dua pistol dan sebutir bom tangan yang masih aktif, semuanya disorokkan dalam kepala katil.*

               *LELAKI yang mencuri dua tempat duduk di bahagian hadapan kereta Proton Satria milik isterinya akhirnya dicekup polis malam tadi selepas hampir empat bulan menghilangkan diri. Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, isterinya berusia 29 tahun menyedari tempat duduk di dalam keretanya itu hilang ketika keluar dari rumah di Kampung Keda Labu Besar, di Kulim, pada 14 Oktober tahun lalu, 7.15 pagi.*

               *LAYAK atau tidak seseorang itu untuk berada dalam kabinet hanya boleh ditentukan oleh Perdana Menteri, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu. Ini kerana katanya Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai segala maklumat mengenai anggota kabinetnya termasuk kelayakan akademik. “Semua hal peribadi termasuk maklumat mengenai sijil akademik ada pada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.*

               *TIGA ahli Geng Saga Merah termasuk dua beradik dihukum penjara sembilan tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas tuduhan merompak lelaki, tahun lalu. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas Norashraf Mujahid Mamat Yasmi, 34, dan adiknya, Norshah Fifi, 30, serta Mohd Hakimi Mat Nor, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.*

                *LAPAN Orang Asli termasuk seorang anggota tentera berpangkat Sarjan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki, enam tahun lalu. Kesemua tertuduh iaitu Sarjan Hanny Itam, 34; Norazizan Awang, 34; Lemay Uda Jamil, 34; Laies PA Engah, 36; Ramlan Dollah, 24; Jassiva Pandak, 29; Azwan Alim, 28; dan Irwan Ngah, 27, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Datuk Julie Lack Abdullah.*

               *BERANG selepas ditegur kerana membakar sampah, seorang penjaga tokong mengamuk dan menetak dua lelaki menggunakan pisau pemotong daging di Wat Siam Mak Mandin, Butterworth, semalam. Kejadian pada 8 malam itu menyebabkan seorang daripada mangsa menerima 17 jahitan di kepala manakala, seorang lagi luka di tangan kanan.*

               *MEROKOK dan menggunakan telefon bimbit antara kesalahan dilakukan pemandu bas ketika dalam perjalanan ke destinasi. Kesalahan itu dikenal pasti dalam Operasi Penyamaran Bas yang dilakukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menyamar menjadi penumpang sepanjang tempoh Operasi Tahun Baharu Cina 2019 yang bermula 29 Januari lalu. Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, lapan anggota JPJ menaiki 88 bas dari ibu kota ke 44 lokasi di Semenanjung Malaysia sepanjang tempoh berkenaan.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *GEMPA bumi bermagnitud 4.1 pada skala Richter menggegarkan tenggara Bandung, Jawa Barat tengah hari ini.*
             *Gempa berpusat di 17 KM Tenggara Kabupaten Bandung, Jawa Barat itu berlaku jam 1.08 tengah hari waktu Indonesia Barat.*
           *Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu dirasai di daerah Bojongsoang dan Banjaran Kabupaten Bandung.*
          *Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan.*

         *Copenhagen: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun selepas didapati bersalah menyebabkan anak lelakinya sakit dengan mengeluarkan lebih satu pain darah mangsa pada setiap minggu selama lima tahun semata-mata untuk mendapatkan simpati.*
             *Ibu berusia 36 tahun itu menggunakan peralatan kateter untuk mengeluarkan darah kanak-kanak berkenaan dari usia satu hingga enam tahun dan memberitahu doktor kekurangan darah mangsa adalah akibat penyakit tulang sumsum yang jarang berlaku.*
           *Bagaimanapun, doktor tidak percaya dengan dakwaan wanita itu yang juga seorang jururawat terlatih sebelum membuat laporan polis.*

        *Cox Bazar: Pihak keselamatan Bangladesh berjaya menumpaskan cubaan menyeludup masuk 22 pelarian Rohingya ke Malaysia yang menaiki bot kecil berhampiran sempadan Myanmar semalam.*
         *Menurut pihak berkuasa, pelarian membabitkan 11 wanita, 10 kanak-kanak serta seorang lelaki itu ditemui di sebuah perkampungan di Teluk Bengal.*
             *Bagaimanapun, penyeludup sempat melarikan diri sebelum pihak berkuasa tiba.*

          *SINGAPURA: Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun semalam, selepas didapati bersalah mendera pembantu rumah Myanmar, termasuk mencurahkan air panas dan memaksa mangsa minum air bercampur pencuci lantai.*
             *Bulan lalu, mahkamah memutuskan pengurus salon kecantikan, Linda Seah, 39, terhadap tuduhan mendera dan menyebabkan kecederaan terhadap pembantu rumahnya, Phyu Phyu Mar pada 2016.*
             *Dia menghadapi enam pertuduhan, termasuk dua kejadian berturut-turut memaksa mangsa mencurahkan air panas pada bahu sendiri menyebabkan wanita itu melecur.*

          *NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 99 mati dan sejumlah besar mangsa dirawat di hospital di utara India akibat minum arak haram yang beracun.*
          *Kematian di negeri Uttar Pradesh serta Uttarakhand itu berlaku sejak tiga hari lalu dan polis percaya arak terbabit dicampur dengan methanol.*
           *Arak murah banyak dijual di kawasan pedalaman India dan pembuat biasanya mencampurkan methanol iaitu alkohol yang tinggi toksik bagi menambah ‘kekuatan’ arak terbabit. Methanol juga digunakan sebagai bahan anti-beku.*

          *Paris: Penulis kontroversi, Salman Rushdie mengaku dia kini tidak mahu hidup bersembunyi yang dilakukannya sejak beberapa dekad lalu selepas Iran mengeluarkan fatwa pada 1989 mengarahkan beliau dibunuh kerana menghina Islam.*
           *Penulis buku The Satanic Verses itu menjelaskan, dia kini menjalani kehidupan normal di New York, Amerika Syarikat sejak hampir dua dekad lalu.*
            *”Saya tidak mahu terus hidup bersembunyi,” katanya.*
          *Salman mengulas perkara itu ketika menghadiri satu festival buku di selatan Perancis.*

           *LONDON: Seorang lelaki maut akibat dikelar di leher dalam satu pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada rokok di luar sebuah kedai 24 jam, semalam.*
           *Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik di luar premis yang terletak di jalan Lordship Lane di East Dulwich pada jam 3 pagi (waktu tempatan) semalam.*
            *Penolong pengurus kedai berkenaan, Muhammad Khan memberitahu Mail Online, sepupunya berkerja ketika pergaduhan tercetus di dalam premis itu antara dua lelaki kulit hitam berusia antara 30 hingga 40 tahun.*

           *TOKYO: Seorang lelaki di Jepun ditangkap selepas didapati mencuri lebih 100 pasang kasut semata-mata untuk menghidu bau busuk kasut berkenaan untuk ‘kepuasan seksual.’*
         *Makoto Endo, 40, mencuri kasut di daerah Tochigi dan Saitama, timur Jepun dan memberitahu dia ketagih menghidu bau kasut yang lusuh serta busuk.*
         *Endo juga memberitahu, dia tidak kisah sekiranya kasut yang dicuri itu milik lelaki atau wanita dan kasut yang busuk adalah paling disukainya.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


           *VIDEO ‘live’ wanita memandikan anjing di dalam bilik tukar lampin bayi di Kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan yang tular sejak kelmarin mengundang reaksi negatif netizen dan menganggapnya tidak menghormati sensitiviti agama lain.*
           *Individu yang merakam video terbabit, Farah Shafiza Che Amat,29, berkata, dia yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama suaminya, singgah ke R&R itu untuk ke tandas sebelum mendengar bunyi kecoh beberapa pekerja pencucian yang tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu.*
            *”Saya terdengar bunyi bising dan melihat seorang wanita sedang memandikan anjing di bilik tukar lampin bayi membuatkan saya terfikir untuk buat video ‘live’ di Facebook selepas wanita itu tidak mengendahkan sesiapapun.*

           *SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan pingat khas kepada Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng, Muar, atas kehebatan mereka muncul juara dunia sebanyak 12 kali sejak 1994.*
          *Catatan berkenaan dikongsi Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris menerusi laman sosial Facebook (FB) rasminya.*
         *Kurniaan itu berikutan kejayaan persatuan berkenaan muncul juara dunia sebanyak 12 kali.*
           *“Tuanku Sultan turut menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan dicapai pasukan berkenaan hingga menjulang nama Johor di peringkat antarabangsa,” titah Tuanku Permaisuri Johor kepada Royal Press Office (RPO), hari ini.*

           *KEHADIRAN ribuan anak ikan tamban yang muncul secara tiba-tiba dan meloncat-loncat hingga masuk ke dalam bot di Pelabuhan Tawau dekat sini, Sabtu lalu, menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pengguna laman sosial selepas video kejadian itu tular di Facebook.*
           *Bagaimanapun, kejadian kira-kira 3 petang Sabtu lalu dianggap perkara biasa oleh nelayan dan bukan petanda bakal berlakunya bencana alam seperti tsunami.*
          *Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Azhar Kassim, berkata fenomena anak ikan tamban ‘melompat’ keluar ke permukaan air adalah perkara biasa dan pernah berlaku di kawasan perairan Tambisan di Lahad Datu pada tahun 2013.*

           *PASUKAN aerobatik Jupiter One Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) mengesahkan akan beraksi pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) bermula 26 Mac ini.*
           *Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, selain persembahan pasukan aerobatik popular itu menerusi pesawat KT-1B Wong Bee, kemeriahan acara dwitahunan itu turut diserikan pasukan aerobatik negara, Krisakti menggunakan Extra 300L.*
          *Pesawat tanpa pemandu (UAV) Predator 9B dari Amerika Syarikat dan Wing Long buatan China turut mengesahkan penyertaan pada pameran kali ini.*

          *JAKARTA: Polis Indonesia memohon maaf dan akan mengambil tindakan disiplin terhadap pegawainya yang melilit ular hidup di leher suspek untuk menakutkannya supaya membuat pengakuan ketika soal siasat di Papua.*
             *Insiden itu menjadi tular di internet selepas satu rakaman video menunjukkan suspek yang didakwa mencuri telefon bimbit itu menjerit ketika ditakutkan dengan ular oleh seorang pegawai polis.*
         *Dalam rakaman video itu juga, terdapat suara seseorang mengarahkan suspek membuka mata dan mengancam untuk menyumbat ular terbabit dalam mulut dan seluarnya.*
                 

*ARENA*
========


          *MILAN: Cristiano Ronaldo menanduk masuk gol ke-18 liganya musim ini bagi membantu Juventus melebarkan jarak di puncak Serie A kepada 11 mata hasil kemenangan 3-0 ke atas Sassuolo, pagi tadi.*
           *Ronaldo membuktikan ketajaman sentuhannya apabila menjaringkan gol pada minit ke-70 tatkala jaringan pembukaan dihasilkan Sami Khedira dengan Emre Can melengkapkan kemenangan berkenaan ketika permainan berbaki empat minit.*
          *Juara Serie A dipaksa seri dengan Parma 3-3 minggu lalu walaupun penyerang Portugal itu meledak dua gol.*

         ♂ *MANCHESTER United yang sebelum ini dikatakan "bahan jenaka" pada awal musim kini perlu dipandang serius selepas kemenangan Sabtu lalu kepada Fulham yang membolehkan pasukan itu berada dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris, kata pemain pertahanan Phil Jones.*
         *Pengurus sementara Ole Gunnar Solskjaer telah membawa sentuhan positif kepada kelab selepas pemergian Jose Mourinho dan ketika United tidak diberi perhatian pasukan itu mula melebarkan sayap pada kedudukan semakin baik, tambah Jones.*

          *MANCHESTER, United Kingdom: Maurizio Sarri mengakui tugasnya sebagai pengurus Chelsea dalam bahaya selepas Manchester City menjaringkan empat gol dalam masa 25 minit permainan ketika pasukannya tewas 6-0 pagi tadi.*
        *Sergio Aguero meledak hatrik buat City mengambil alih semula kedudukan di tempat eratas liga daripada Liverpool dengan perbezaan jaringan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).*
          *Sementara, Chelsea tergelincir ke tangga keenam liga dengan kekalahan itu meletakkan masa depan Sarri dalam keraguan.*

          *NANTES, Perancis: Nantes memberikan penghormatan terakhir kepada penyerang Argentina, Emiliano Sala yang terbunuh dalam tragedi pesawat bulan lalu, ketika perlawanan Ligue 1 menentang Nimes, pagi tadi.*
            *Kelab yang dikenali sebagai Canaries kerana jersi berwarna kuning, Nantes memilih set jersi hitam kali ini dengan tertera nama Sala di belakang setiap jersi.*
          *Tiket untuk perlawanan itu dijual sebanyak sembilan euro (RM41.50) sebagai simbolik kepada jersi yang dipakai Sala.*

          *KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui akan berusaha sedaya upaya untuk turun beraksi di Terbuka Malaysia, April depan.*
          *Chong Wei yang muncul juara sebanyak 12 kali dan juara bertahan Terbuka Malaysia bagaimanapun berkata, dia perlu mendapatkan nasihat daripada doktor yang merawatnya di Taiwan terlebih dulu pada bulan depan sebelum memutuskan sama ada dapat beraksi di kejohanan itu atau sebaliknya.*

          *LIM Teong Kim kini ditugaskan mengasah pemain muda berbakat antara usia 13 hingga 17 tahun.*
            *Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu, yang tamat kontraknya 31 Oktober depan, diberikan tugas mencari serta mengasah sekurang-kurangnya 250 pemain berbakat bagi lima peringkat umur B-13, B-14, B-15, B-16 dan B-17.*
           *Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menjelaskan, bekas pemain kebangsaan itu diberi tanggungjawab menghasilkan pemain muda berkualiti menerusi sentuhannya.*

          *RAFIQ Ismail beruntung kerana diberi peluang oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk bertanding selama dua bulan pada Jelajah Persatuan Bowling Profesional (PBA) di Amerika Syarikat.*
              *Juara dunia individu lelaki berusia 21 tahun itu akan memulakan saingan pada Kejohanan Pemain PBA hari ini sebelum beraksi pada Terbuka Indianapolis (19-24 Februari), Terbuka Jonesboro (26 Februari-3 Mac) dan Siri Bowling Dunia X (11-21 Mac).*

         *PENYERANG Kitchee SC, Lucas Silva tidak memandang rendah keupayaan Perak pada aksi kelayakan kedua Liga Juara-Juara Asia di Ipoh, malam esok.*
           *Penjaring terbanyak Liga Hong Kong itu sempat menyaksikan perlawanan antara Perak dengan Kedah di Stadium Perak, Jumaat lalu dan menghormati lawan yang akan ditemuinya nanti.*
          *”Perak pasukan yang bagus... saya lihat perlawanan pada malam Jumaat (menentang Kedah) dan berasakan pasukan itu menerapkan corak permainan pantas serta mempunyai penyerang yang baik,” katanya.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2019 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*RAU 13 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 8 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0600*
*SUBUH : 0610*
*SYURUK : 0725*
*ZOHOR : 1330*
*ASAR : 1650*
*MAGHRIB : 1929*
*ISYAK : 2040*

*artikel disiarkan pada tarikh 12feb*


*TANAHAIRKU*
==============


               *SEKOLAH rendah dan menengah di seluruh negara diminta melaksanakan Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) sebagai pengisian utama dalam perhimpunan sekolah alaf baru. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, ia bagi mencapai kemenjadian pelajar dalam pelbagai kemahiran. Katanya, M10MP yang dilaksanakan sewaktu perhimpunan mingguan akan memberi fokus kepada elemen amalan dan penghayatan nilai di samping mencetuskan budaya berfikir yang dilaksanakan sewaktu perhimpunan sekolah.*

                *KORONER dan pihak berkepentingan dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim melawat jentera Fire Rescue Team (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) yang terbabit dengan kejadian rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya, November tahun lalu. Kedua-dua kenderaan itu berada di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya. Koroner Rofiah Mohamad dan pihak berkepentingan hadir ke balai bomba berkenaan jam 12.10 tengah hari dan meluangkan masa hampir 50 minit di situ.*

                *INSTITUSI masjid seharusnya tidak disalah guna untuk kepentingan peribadi tetapi perlu dilihat sebagai wadah penyatuan umat Islam. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata masjid tidak boleh dijadikan medan untuk menghentam kerajaan. *”Matlamat dalam memperkukuhkan institusi masjid perlulah seiring dengan pemahaman imam dan semua pihak berkepentingan harus menghormati perbezaan pendapat termasuklah politik.*

                *ISU kelayakan akademik beberapa menteri dan timbalan menteri yang menjadi pertikaian ramai ketika ini tidak membabitkan hal perundangan, sebaliknya lebih kepada etika. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, masyarakat lebih peka mengenai aspek kejujuran menteri dan timbalan menteri berbanding kelayakan akademik dimiliki.*

                *KEMENTERIAN Sumber Manusia (KSM) akan mengisytihar perang ke atas pemerdagangan manusia dan buruh paksa di negara ini.
Menterinya, M Kulasegaran berkata, sekian lama Malaysia menutup mata terhadap kejadian buruh paksa yang membawa kepada keadaan pekerjaan sangat dahsyat dan menyedihkan seperti dilaporkan dalam berita. Malah, katanya, kisah mengenai buruh paksa dan pemerdagangan manusia ini juga seperti yang berlaku di Wang Kelian, Perlis.*

                *“SAYA harap anak dapat dikebumikan segera. Kami sekeluarga sudah menerima hakikat dan reda dengan pemergiannya, (tapi) harap dapat semadikannya seperti jenazah lain dan ingin baca Yassin kepadanya,” luah Solihah Abdullah, 35. Ibu kepada Siti Masitah Ibrahim, 11 yang dibunuh kejam pada 30 Januari lalu berharap proses bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dapat disegerakan pihak polis demi memastikan jenazah dapat dikebumikan dalam masa terdekat.*

               *PENJUAL pisang goreng dan suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas lapan tuduhan memperdaya individu bagi tawaran Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), tiga tahun lalu. Noryazid Soid, 45, dan Nathysanur Ali, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.*

               *GARA-GARA bimbang kantoi ujian saringan air kencing, seorang lelaki melarikan diri dengan memecut bas ekspres dipandunya ketika pemeriksaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dilakukan di hentian bas Melaka Sentral, Melaka, kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian 12.15 tengah hari itu, pemandu bas ekspres berusia 27 tahun itu berhenti di Melaka Sentral untuk mengambil penumpang sebelum diminta pegawai AADK menjalani ujian saringan air kencing.*

               *PEMATUHAN Pelabelan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP) akan dikuatkuasakan secara mandatori bermula 1 Mac tahun depan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penguatkuasaan itu akan dilaksanakan kepada semua syarikat automotif yang ingin memasarkan kenderaan mereka di negara ini.*

               *LEBIH 5,000 pelajar Sekolah Menengah Sains Sembrong, Sekolah Menengah Bandar T6 dan Sekolah Kebangsaan Bandar T6 di Kluang berdepan risiko menghidu asap beracun dan jerebu akibat kebakaran pusat pelupusan sampah haram yang terletak kira-kira satu kilometer dari sekolah berkenaan sejak 5.30 petang semalam. Selain pelajar, guru dan kakitangan sekolah, lebih 10,000 penduduk Taman Sri Lambak berdepan masalah sama dengan jerebu teruk dilaporkan berlaku selepas subuh hingga 12 tengah hari tadi.*

               *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat menahan seorang nelayan disyaki memiliki dadah ketika menangkap ikan di kira-kira 1 batu nautika dari Sungai Ayam, Batu Pahat, dekat Johor Bahru, malam tadi. Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, dalam kejadian jam 10.10 malam itu, sebuah bot ronda Maritim Malaysia yang melakukan rondaan di sekitar perairan Batu Pahat memeriksa sebuah bot fiber dengan nelayan di dalam bot itu sibuk menangkap ikan.*

               *MAHKAMAH Tinggi Kuantan mengenepikan hukuman penjara sehari terhadap seorang bekas pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM5,794 tiga tahun lalu. Keputusan berkenaan dibuat Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz selepas menerima rayuan pihak pendakwaan. Beliau kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara seminggu dan denda sebanyak RM15,000 terhadap Shahril Hisham Abdul Razak, 59.*

               *MAHU mengait buah kelapa sawit. Itu antara alasan diberikan lima penagih yang ditahan polis ketika serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di FELDA Pasoh Tiga, Jempol, semalam. Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, polis menjalankan siasatan dan risikan sebelum menyerbu sarang penagihan dadah dikenali Kebun Cilan itu jam 12.45 tengah hari.*

               *“BENAR Pak, saya menambang (bawa) penumpang dari Sanggau (Kalimantan Barat) ke Kuching,” katanya sambil mengangkat ibu jari seolah-olah memberi tanda pemandu kereta sapu dari wilayah berjiran itu seolah-oleh ‘kebal’ dari tindakan undang-undang di negara ini. Pemandu berusia pertengahan 40-an itu, secara bersahaja mengakui dia sememangnya antara kereta sapu dari negara jiran yang bertindak membawa penumpang, sekali gus menjejaskan periuk nasi 70 pengusaha kereta sewa tempatan yang bernaung di bawah Persatuan Kereta Sewa Serian (PKSS).*

               *LELAKI menerima tujuh jahitan di kepala selepas ditetak bekas suami isterinya kerana cemburu mangsa menikahi wanita terbabit dalam kejadian ladang kelapa sawit, Felda Sahabat 56, di Lahad Datu, semalam. Dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa Kasim Martin, 30, dikatakan sedang makan di kawasan tempatnya bekerja lalu didatangi suspek sambil membawa parang.*

               *POLIS menahan lelaki warga Indonesia yang dipercayai terbabit dengan kes pembunuhan di tepi jalan berdekatan sekolah menengah di Bota dekat Seri Iskandar, sembilan tahun lalu. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek warga emas berusia 63 tahun yang mempunyai kad pengenalan pemastautin tetap itu ditahan di Taman Bemban Suria, Batu Gajah, 1.30 pagi hari ini.*

               *TINDAKAN lelaki memecah masuk rumah di Kampung Pagar Museh, Karangan, di Kulim Sabtu lalu membawa padah apabila dia akhirnya ditahan polis di kawasan kampung itu, semalam. Kejadian berlaku pada 2.40 petang itu disedari pemilik rumah yang ketika itu pulang ke rumah dan mendapati pintu dapurrumahnya berada dalam keadaan terkopak.*

               *SEORANG peneroka pitam dan terjatuh ketika menyertai perhimpunan di luar pekarangan Wisma Negeri di Seremban, hari ini, sebelum dikejarkan ke hospital oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM). Wanita terbabit, B Ramulamah, 65, menyertai perhimpunan bagi menyerahkan memorandum menuntut penyelesaian isu tanah peneroka Kampung Serampang Indah, Jempol, kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.*

               *LELAKI warga China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini atas tuduhan membuat capaian kandungan iaitu dua jenis alat disyaki skimming bagi mencuri data pemilik kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM).*

               *AKIBAT tanah mendap, dinding sebuah rumah runtuh dalam kejadian di Taman Berlian, Bagan Ajam, Butterworth tengah malam tadi. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Penguasa Bomba Kanan II, Abdul Majid Osman berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah malam dan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.36 tengah malam memaklumkan kejadian berkenaan.*

               *KEBAKARAN di Gunung Baling yang hampir dipadamkan sepenuhnya kembali marak jam 1 pagi tadi, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling Mohd Jamil Mat Daud. Beliau berkata, kebakaran berlaku di kawasan yang sudah berjaya dipadamkan sebelum ini dan ia berkemungkinan akan merebak ke kawasan baharu.*

               *LELAKI berusia 43 tahun ditahan selepas memecah masuk sebuah premis syarikat pemaju di Taman Selasih, Kulim semalam.
Dia ditahan kira-kira 8.30 malam di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, kejadian disedari pekerja syarikat yang masuk ke bangunan tiga tingkat itu untuk mula bekerja sekitar jam 8.30 pagi, sebelum majikannya meminta pekerja terbabit membuat laporan polis.*

               *AHLI Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahaya, 52, yang menjalani pembedahan jantung dibenarkan keluar dari hospital di Selangor, semalam. Pegawai Khasnya, Mohd Hafiz Ahmad berkata, keadaan kesihatan Muslimin beransur pulih dan kini berada di pusat perubatan di ibu negara.*

               *SERAMAI 32 penghuni daripada tujuh keluarga hilang tempat tinggal selepas rumah panjang didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Hobut dekat Matunggong, Kudat, semalam. Dalam kejadian 5.40 petang itu, tiada mangsa dilaporkan cedera apabila semua penghuni rumah panjang tujuh pintu terbabit sempat menyelamatkan diri.*

               *PUNCA sebenar kematian ahli perniagaan, Datuk Andrew Wong Kee Yew, 42, dijangka dapat diketahui selepas keputusan ujian makmal forensik diperoleh. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap hasil ujian berkenaan bagi membantu siasatan.*

               *SERAMAI 23 penduduk daripada empat keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan, hari ini selepas rumah mereka di Batu 5, Jalan Bintulu - Miri, Bintulu ditenggelami banjir. Hujan lebat yang berterusan sejak tengah malam tadi menyebabkan kawasan penempatan terbabit ditenggelami air setinggi 0.6 hingga 0.9 meter.*

               *SEMENYIH: Seramai 10,201 Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) membabitkan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah ditempatkan di setiap sekolah di seluruh negara bagi mengekang gejala sosial dan kegiatan jenayah dalam kalangan pelajar. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata, daripada jumlah itu, 7,774 PPS ditempatkan di sekolah rendah manakala 2,427 PPS di sekolah menengah.*

               *KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki merompak wang tunai RM6 milik seorang buruh membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Hakim Wan Azimah Yaacob membuat keputusan itu selepas tertuduh, Che Ismail Mahmood, 25, dari Permaisuri, Setiu, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.*

               *TUMPAT: Seorang wanita dari Kampung Paya Pasir, Wakaf Bharu di sini, mahu pembelaan terhadap anak lelakinya yang kini lumpuh akibat dipukul sekumpulan individu tahun lalu. Akibat kejadian itu, Law Boon Peng, 28, kini hanya terbaring berikutan terdapat darah beku di kepalanya. Law hanya bergantung kepada susu khas yang disalurkan menerusi tiub di hidungnya dan bahagian tekaknya pula ditebuk serta dimasukkan tiub untuk menyedut kahak.*

               *POLIS berjaya menumpaskan kumpulan curi kereta dikenali Geng Zam Rawang dengan tertangkapnya enam ahli kumpulan itu termasuk dalang utama dalam serbuan berasingan di Selangor, 1 Februari lalu. Dalam serbuan itu polis turut merampas dua kenderaan dicuri dan pelbagai peralatan pecah kereta.*

               *PUSAT jagaan anak yatim dan asnaf di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur yang didiami empat mangsa cabul dan rogol penjaga pusat berkenaan didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ketua Pengarah JKM, Mohd Fazari Salleh berkata, pusat jagaan itu dalam proses pendaftaran dengan pihaknya dan sudah pun mendapat kelulusan dari segi aspek teknikal.*

               *POLIS menembak mati dua penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di rumah di Taman Mundun, Batu 9, Cheras, hari ini. Dalam kejadian 1.35 pagi itu, polis turut berjaya menyelamatkan warga Bangladesh berusia awal 30-an dipercayai mangsa culik.*

               *SEREMBAN: Tindakan seorang lelaki memecut laju motosikal bagi mengelak sekatan jalan raya di Plaza Tol Senawang di sini, membawa padah apabila dia cedera selepas merempuh papan tanda sekatan, malam tadi. Dalam kejadian jam 10.10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun menunggang motosikal Honda C70 cedera pada muka akibat rempuhan itu.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *LONDON: Bayi pramatang yang ketika dilahirkan dengan berat tidak sampai 500 gram, iaitu sebesar picagari menunjukkan kekuatan luar biasa apabila masih hidup selepas enam bulan dilahirkan walaupun sudah lima kali hampir maut dan enam kali menjalani pembedahan.*
          *Menurut laporan Daily Mail, bayi lelaki bernama George yang dilahirkan tiga bulan lebih awal pada Julai tahun lalu, sudah menjalani lebih 20 kali pemindahan darah serta beberapa kali pembedahan.*
            *Ibunya, Hanna Rose, 25, dan pasangannya, Daniel Bownes, 27, hampir putus harapan selepas diberitahu bayi mereka akan mati akibat meningitis dan sepsis namun menakjubkan kerana George terus hidup dan bayi itu yang kini berusia sembilan bulan semakin sihat.*

           *TAIPEI: Seorang bapa dirakam menendang dada anak lelakinya yang masih kecil sehingga kanak-kanak itu jatuh terduduk di pusat beli-belah TS Mall di bandar Tainan, barat daya Taiwan.*
           *Rakaman turut menunjukkan lelaki terbabit menyambar dan mengancam mahu mencampak anaknya itu ke balkoni namun niatnya itu berjaya dipatahkan apabila seorang pengunjung lain masuk campur.*
           *Menurut Mirror Online, pelanggan pusat beli-belah itu mula merakam bapa berkenaan selepas dilihat memukul seorang daripada dua anaknya.*

         *TEHERAN: Iran dan Israel saling berbalas ancaman dalam pada Teheran menyambut ulang tahun ke-40 revolusinya, semalam.*
             *Seorang komander dari Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengancam menghapuskan Tel Aviv dan Haifa di Israel jika Amerika Syarikat (AS) menyerang Iran, lapor agensi berita IRNA.*
            *”AS sepatutnya tahu kami akan memusnahkan Tel Aviv serta Haifa sekiranya kami diserang,” kata ketua biro politik IRGC, Jeneral Yadollah Javani dipetik Al Jazeera.*
           *Kata-katanya mencetuskan respons Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, lapor AFP.*

          *JAKARTA: Seorang bapa bertindak memukul anak tirinya berusia 2 tahun sehingga mati ketika di bawah pengaruh alkohol, di Sukamaju Baru di Depok, Jawa Barat.*
            *Menurut The Jakarta Post, Hary Kurniawan, 25, mengakui kejadian berlaku ketika dia di bawah pengaruh alkohol selain menghadapi tekaan kewangan, lapor The Jakarta Post.*
         *”Saya hanya menamparnya, tetapi tidak menyangka membawa kepada kematiannya,” katanya kepada pihak berkuasa Depok semalam, dipetik kompas.com.*
              *Insiden yang berlaku pada Jumaat lalu dilaporkan oleh jiran yang juga saksi kejadian manakala ketika itu, ibu kandung mangsa, Eni, 18, sedang bekerja.*

          *NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 17 orang maut dalam kebakaran hotel di New Delhi, termasuk seorang wanita dan kanak-kanak yang cuba melompat dari tingkap untuk menyelamatkan diri.*
             *Kebakaran di Hotel Arpit Palace itu berlaku sebelum waktu subuh, di kawasan sesak di pusat bandar New Delhi.*
            *”Mangsa yang maut termasuk seorang wanita dan kanak-kanak.*
            *Seramai 35 orang berjaya diselamatkan bomba dalam operasi yang mengambil masa beberapa jam,” kata pengarah bomba Delhi, G C Misra kepada AFP.*

          *NEW JERSEY: Seorang ibu membunuh anak lelakinya yang berusia dua tahun kerana terlalu degil serta mengerat mayat dan menyumbatnya dalam beg tangan, sebelum melaporkan kanak-kanak itu diculik untuk menutup perbuatannya.*
             *Nakira Griner, 24, mengaku memukul anak sulungnya itu sehingga mati kerana terlalu degil. Dia melaporkan kehilangan kanak-kanak itu dengan mendakwa mangsa diculik pada jam 6.30 petang, Jumaat lalu, lapor Daily Mail.*
           *Mayat kanak-kanak malang yang dikerat dan dibakar ditemui dalam tas tangan serta beberapa beg sampah, ditanam di halaman ruma Nakira keesokannya, lapor Vineland Daily Journal.*

           *EMPAT anggota tentera maut selepas helikopter angkatan tentera Turki terhempas di kawasan kediaman di Istanbul, semalam, kata gabenor wilayah itu.*
          *Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya berkata, tiada anggota tentera atau orang awam lain yang cedera selepas helikopter itu terhempas di daerah Cekmekoy.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


         *Lahad Datu: Tindakan seorang lelaki memegang parang sambil memandu di kawasan Perdana, dekat sini, semalam, mengundang kebimbangan penduduk setempat selepas perbuatannya itu dirakam dan ditularkan di laman sosial.*
           *Bagaimanapun, lelaki berusia 40-an itu menjelaskan kepada pihak polis bahawa dia sebenarnya baru saja selesai mengambil pelepah kelapa dan gotong royong untuk majlis perkahwinan adiknya.*
            *Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, bertindak atas maklumat orang awam pihaknya berjaya mengesan lelaki terbabit untuk diambil keterangan pada jam 8 malam, semalam.*

           *VIDEO dan gambar yang tular di Facebook (FB) sejak semalam memaparkan anjing diikat dan diseret di belakang kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kota di Taiping mengundang kemarahan netizen.*
           *Susulan daripada tularnya video dan gambar itu, satu laporan polis diterima daripada lelaki yang tidak berpuas hati dan marah dengan tindakan pemilik kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max berkenaan.*
             *Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya yang menerima laporan dan meneliti video serta gambar yang tular itu kemudiannya berjaya mengesan pemilik kenderaan itu berdasarkan nombor pendaftarannya.*

          *KEMENTERIAN Kesihatan menggesa orang ramai supaya tidak membeli dan menggunakan produk tradisional Nan Bao (kapsul) kerana dikesan mengandungi racun berjadual, sildenafil.*
            *Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengesahkan produk berkenaan sudah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratnya yang ke-331, baru-baru ini.*
            *”PKBD mendapati produk berkenaan mengandungi sildenafil yang mana ia tidak dibenarkan dalam formulasi produk tradisional.*
           *Orang awam boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang https//:npra.moh.gov.my atau menghubungi NPRA di talian 03-78835400.*
                 

*ARENA*
========


          *PARIS Saint-Germain (PSG) harus menyesuaikan diri tanpa kehadiran pemain yang dibelenggu kecederaan, Neymar dan Edison Cavani untuk menafikan kebangkitan Manchester United jika juara Perancis itu tidak mahu menderita dalam aksi 16 terakhir Liga Juara-juara pagi esok.*
           *Kunjungan PSG ke Old Trafford untuk pusingan pertama perlawanan mungkin masa yang kurang baik buat skuad Thomas Tuchel dengan beberapa pemain utama mengalami kecederaan tatkala berdepan pasukan bimbingan pengendali sementara Ole Gunnar Solskjaer itu.*

          *BIARPUN sudah enam tahun Gareth Bale meninggalkan Tottenham menyertai Real Madrid pada 2013 namun dia masih tidak bertutur bahasa Sepanyol.*
           *Menurut Marca, rakan sepasukan Real Madrid iaitu Marcelo mengatakan Bale masih ‘hanya bertutur bahasa Inggeris’.*
          *Desas-desus itu hadir bersama kebimbangan semakin meningkat terhadap masa depan Bale bersama kelab itu dan mengakui dia gembira sekalipun terdapat segelintir penyokong berang terhadapnya.*
          *Selepas penghijrahan Cristiano Ronaldo dan Kiko Casilla, Marcelo mengakui dia kini berasa sunyi di bilik persalinan.*

          *KAPTEN Borussia Dortmund Marco Reus yang mengalami kecederaan paha terpaksa diketepikan ketika pasukan itu bertemu Tottenham Hotspur dalam aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara, pagi Khamis, menurut kenyataan kelab itu.*
         *Reus yang menjaringkan 17 gol bersama Dortmund dalam semua perlawanan dan berada dalam senarai penjaring terbanyak kelab mengalami kecederaan ketika tewas kepada Werder Bremen dalam saingan Piala Jerman minggu lalu dan seri 3-3 dengan Hoffenheim di peringkat liga Ahad lalu.*

          *JURULATIH bola sepak Kanada, John Herdman berjanji akan membawa skuad negara itu layak ke Piala Dunia 2022 di Qatar selepas melancarkan pelan strategi 2019-2021 termasuk menggilap skuad wanita mereka untuk mengecapi podium pada temasya OIimpik.*
           *Negara Utara Amerika itu akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026 bersama Mexico dan Amerika Syarikat dan pelan itu dilancar serentak sebagai sasaran untuk memastikan skuad lelaki negara itu mampu bersaing dalam kejohanan kompetitif sebagai pasukan tuan rumah.*

          *TERRY Walsh sah akan melepaskan jawatan selaku Pengarah Teknikal Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) selepas kontraknya berakhir hujung bulan depan.*
         *Walsh yang hadir pada sidang media hari ini berkata, ia adalah keputusannya sendiri selepas lebih tiga tahun menggalas tugas itu.*
          *”Saya gembira dapat kembali ke Malaysia dan bekerja di sini. Saya masih percaya skuad negara mempunyai potensi untuk setaraf dengan pasukan terbaik dunia yang lain.*

          *KUALA LUMPUR: Bagaikan meminta sedekah apabila hasrat (B-22) Datuk Ong Kim Swee memanggil beberapa pemain bagi menyertai kem latihan sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Piala AFF B-22 di Kemboja tidak dilayan pengendali kelab.*
            *Malah Kim Swee turut menempelak pengendali Terengganu FC ll (TFC II) kerana enggan melayan permintaan, selain tidak memberikan sebarang maklum balas untuk melepaskan seorang pemain mereka demi menguatkan lagi skuad B-22.*
           *Katanya, daripada tiga pemain baharu yang dipanggil, dua daripada mereka iaitu masing-masing pemain Negeri Sembilan, Muhamad Danish Haziq Saipul Hisham dan PJ City K Thivendran hadir ke kem latihan semalam.*

          *PENJAGA gol muda Terengganu FC (TFC), Muhammad Ilham Amirullah Razali sedia berdepan 'peluru' daripada penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu Jumaat ini.*
         *Bekas penjaga gol Negeri Sembilan musim lalu kelahiran Dungun yang lebih mesra dipanggil Ang menyatakan, dia tidak gentar dengan reputasi skuad Harimau Selatan itu sebaliknya teruja biar pun skuad bimbingan Luciano Figueroa itu dibarisi pemain termahal Liga Malaysia (Liga M).*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*KHMIS 14 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 9 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0600*
*SUBUH : 0610*
*SYURUK : 0725*
*ZOHOR : 1330*
*ASAR : 1649*
*MAGHRIB : 1929*
*ISYAK : 2040*

*artikel disiarkan pada tarikh 13feb*


*TANAHAIRKU*
==============


               *KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan tidak pernah meluluskan sebarang produk herba bagi memulih dan mencegah demam denggi, zika atau chikungunya. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) tidak pernah meluluskan sebarang produk seumpama itu.*

                *LALUAN sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) di Kuala Lumpur dari pusat beli-belah Sogo akan ditutup kepada semua kenderaan kecuali bas mulai 15 Mac ini. Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berkata, penutupan jalan satu kilometer itu dari Jalan Esfahan sehingga Jalan Melayu dibuat bagi memberi lebih keselesaan kepada orang ramai untuk berurusan di kawasan perniagaan terbabit.*

                *SEORANG saksi awam memberitahu Mahkamah Koroner di Shah Alam, dia ternampak seorang anggota bomba duduk dalam keadaan melunjur dan menahan kesakitan dalam insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu. Amirrul Adli M Yussli, 26, yang juga pelatih kru kabin AirAsia berkata, anggota berkenaan berbaju-T dan berseluar celoreng dan dilihat memeluk badannya.*

               *WANITA berusia 40-an maut, manakala anak lelakinya berusia lima tahun parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Pasir Besar, Gemas, berhampiran Kampung Londah, di Tampin, hari ini. Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Gemas, Mohd Kassim Arippin berkata, kejadian 12 tengahari itu membabitkan kereta jenis Honda, lori Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dan lori ais.*

               *KIRA-kira 890 kes kematian dicatat akibat kemalangan dalam perjalanan pergi balik ke tempat kerja tahun lalu. Perkara itu dinyatakan sendiri Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar selepas Majlis Penyerahan Geran Bantuan Kewangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada institusi dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) 2019, di sini, hari ini.*

               *PELAJAR maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 23, Jalan Dungun-Bukit Besi, Kampung Padang Pulut di Dungun, hari ini. Dalam kemalangan kira-kira 7 pagi tadi, Muhammad Haziq Irfan Ismail, 14, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan muka.*

               *JADUAL waktu perjalanan feri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi pada pagi 21 hingga 23 Februari ini dibatalkan berikutan paras air laut cetek. Jurucakap pengurusan jadual pengangkutan Langkawi Ferry Liner Ventures Sdn Bhd berkata, pembatalan perjalanan pengangkutan utama ke pulau lagenda itu hanya membabitkan satu waktu sahaja.*

               *TONG gas, dapur dan pemain cakera padat digital (DVD). Itu yang diperoleh sekumpulan tiga penyamun ketika memecah masuk sebuah pangsapuri di Bandar Perai Jaya, dekat Bukit Mertajam, minggu lalu. Bagaimanapun, perbuatan itu tidak bertahan lama selepas polis berjaya menjejaki dan menahan mereka melalui kesan cap jari yang ditemui pada peti sejuk di rumah terbabit, kelmarin.*

               *POLIS Kelantan mengesahkan seorang daripada mangsa rakyat Malaysia yang maut ditembak di Sungai Golok, Thailand, malam tadi memiliki beberapa rekod jenayah harta benda. Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, mangsa berusia 54 tahun berasal dari Kota Bharu. "Berdasarkan semakan yang dibuat, mangsa memiliki beberapa rekod jenayah di negara ini selain kesalahan trafik.*

               *“SEWAKTU berada di luar premis, saya lihat lelaki berjalan mundar mandir dalam keadaan pakaian yang kotor selain mukanya terbakar,” kata pemilik kedai elektronik di Chuah, di Port Dickson, Khairi Shamsudin, 41 menceritakan kejadian seorang lelaki terkena renjatan elektrik ketika mahu mencuri kabel besi di pencawang elektrik di kawasan itu, semalam. Khairi berkata, pada kejadian 11 pagi, lelaki berkenaan dilihat dalam keadaan tidak terurus seperti orang mabuk.*

               *RAJA Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima selempang penaung diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM). Selempang itu dipersembahkan kepada baginda oleh Timbalan Yang Dipertua PPPM, Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Majlis Menghadap dan Mempersembahkan Selempang Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri di Istana Negara, hari ini.*

                *KANAK-KANAK lelaki lemas dipercayai terjatuh ketika bermain berhampiran kolam ikan di Kampung Bukit Bun Bun, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, semalam. Difahamkan, mangsa Muhammad Jefrey Iskandar Abdullah, 8, bermain dan mandi di dalam kolam bersama adik-beradiknya sekitar jam 6 petang di kolam berkenaan sebelum kejadian berlaku.*

                *KELUAR mulut harimau masuk mulut buaya. Itu pepatah sesuai menggambarkan nasib malang remaja perempuan warga Indonesia berusia 16 tahun yang dipaksa melacur oleh sindiket pelacuran tempatan sebaik tiba ke negara ini. Mangsa difahamkan mulanya dijanjikan pekerjaan lain oleh ejennya di Indonesia namun sebaik tiba di Kuala Lumpur, dia dipaksa melacur. Remaja itu kemudian dibantu seorang wanita yang juga rakan senegaranya untuk melarikan diri daripada sindiket terbabit. Malangnya, remaja perempuan itu dipaksa pula melacur oleh ‘penyelamatnya’ itu.*

               *SEORANG ibu tidak menyangka rajuk anak lelaki tunggalnya yang tidak dapat menjamah roti adalah yang terakhir sebelum pergi selama-lamanya, selepas tergelincir ke dalam kolam ikan di Kampung Permatang Indah, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, lewat petang semalam. Mazwin Jasni, 39, berkata, dia membeli roti sebelum memberikannya kepada enam anaknya, termasuk Allahyarham Mohd Jefri Iskandar yang berusia lapan tahun.*

               *TIGA yang maut dalam kemalangan di Batu 11, Segari, Manjung malam termasuk pasangan yang bakal bertunang dan seorang lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya. Seorang lagi mangsa yang parah dalam kejadian itu adalah lelaki berasal dari Sarawak. Dalam kejadian 11.30 malam itu, nahas membabitkan Proton Persona dan Proton Iswara.*

               *TREND pemasangan kamera ‘dashboard’ atau ‘dashcam’ dalam kenderaan oleh pemilik kenderaan terutama golongan muda sekarang ini adalah satu perkembangan positif. Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Siti Zaharah Ishak berkata, dashcam mampu merekodkan pelbagai kejadian di jalan raya boleh dijadikan maklumat tambahan untuk mengenal pasti punca kemalangan.*

               *BEKAS Ketua Balai Polis Tanah Merah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini atas tiga pertuduhan rasuah pada 2014. Tertuduh, Sarjan Abdul Qayum Vekapady Abdullah, 59, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Junaidah Mohd Isa sebaik semua kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.*

               *BEKAS Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 14 pertuduhan menerima rasuah membabitkan bayaran ansuran kereta berjumlah RM23,540.68. Noor Ehsanuddin, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan hadapan Hakim Azman Ahmad.*

               *ENAM lelaki termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh, hari ini, atas pertuduhan memperdagangkan wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi seks antara September tahun lalu sehingga 16 Januari lalu. Kesemua mereka iaitu Yeong Kuan Chun, 19; Yeong Kuan Seong, 23; Tan Lik Quan, 21; Kam Qi Wen, 21; Ang Boon Haw, 32, dan Ng Choo Hooi bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dihadapi.*

               *WARGA emas yang juga pesara polis akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, esok atas tiga pertuduhan memiliki senjata api tanpa kebenaran, menyimpan peluru tanpa lesen dan mencuri. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, suspek berusia 61 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.*

               *KEGIATAN licik seorang lelaki yang disyaki tokan dadah kecil-kecilan dengan mengedar dadah di rumahnya di Pendang tumpas selepas dicekup Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) semalam. Lelaki berusia 21 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan itu di rumahnya di Kampung Tok Aji, Pendang sejak dua tahun namun tidak pernah ditahan sebelum ini.*

               *KELANTAN mencatatkan dua kematian akibat denggi dengan 484 kes penyakit itu dalam tempoh enam minggu pertama tahun ini. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zaini Hussin berkata, jumlah kes dicatatkan sehingga 9 Februari lalu didapati meningkat hampir 300 peratus berbanding 138 kes bagi tempoh sama tahun lalu.*

               *KELULUSAN permohonan kebenaran berkahwin oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) kepada bakal pengantin di Kuantan, boleh diperoleh dalam tempoh 30 minit berbanding tiga hari sebelum ini. Kemudahan itu selaras dengan pelaksanaan permohonan kebenaran berkahwin secara atas talian (online) yang berkuatkuasa pada 1 Januari lalu.*

               *JURAGAN bot nekad terjun ke laut bagi mengelak ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna kerana disyaki menangkap ikan menggunakan bahan letupan di kawasan laut Kampung Basilan, Kunak, semalam. Dalam kejadian 4.40 petang itu, suspek kemudian gagal dikesan anggota Unit Risikan Marin PPM Lahad Datu, dipercayai melarikan diri ke kawasan kampung berkenaan.*

               *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sandakan merampas 800 liter diesel dan petrol dipercayai diseleweng dalam operasi di sebuah stesen minyak di Batu 32, dekat Sandakan, tengah malam tadi. Ketua Cawangan KPDNHEP Sandakan, Abd Muis Samsuddin berkata, rampasan membabitkan 600 liter diesel dan 200 liter petrol, selain sebuah lori yang digunakan bagi mengangkut minyak dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM61,000.*

               *“ALHAMDULILLAH, akhirnya saya dapat bertemu Yusuf dan rakyat Malaysia yang ditahan dan berharap urusan dipermudahkan,” demikian luah Zunita Sedini, 42, ketika dihubungi NSTP, hari ini. Zunita, ibu kepada Yusuf Islam Abdul Halik, 21, baru sahaja tiba di Siam Reap, Kemboja dan kini dalam perjalanan ke Penjara Wilayah Bantey Meanchey yang menempatkan anak lelakinya itu.*

               *POLIS sudah mengenal pasti suspek berhubung kes samun seorang peniaga yang kerugian lebih RM20,000 di Kampung Chepa, Sering, Ahad lalu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu akan ditahan dalam masa terdekat.*

               *AGENSI Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia akan mempertingkatkan usaha menyekat kemasukan bekalan dadah di kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti penempatan Felda dan Program Perumahan Rakyat. Tanpa mendedahkan strategi yang akan dilaksanakan, Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, pihaknya mengenal pasti kemasukan dadah jenis pil kuda dan syabu ke kawasan itu adalah kerana harganya lebih murah.*

               *Mersing: Mahu ‘sapu’ bersih hasil laut tempatan. Itu tindakan nelayan Vietnam yang dikesan menggunakan taktik terbaharu menyusup masuk ke negara ini sebelum menyewa bot nelayan tempatan. Mereka yang menjalankan aktiviti menangkap ikan dan sotong dipercayai memindah dan menyeludup keluar semua hasil tangkapan menggunakan bot lebih besar yang menunggu di sempadan perairan negara.*

               *PAS yakin segala dokumen termasuk akaun bank parti itu serta rakaman audio yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan membuktikan dakwaan ia menerima dana RM90 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak benar. Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang berkata, parti itu kini menunggu hasil siasatan SPRM, selepas ia menyerahkan segala dokumen dan siasatan terhadap rakaman audio membabitkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.*

               *PASUKAN Polis Marin (PPM) merampas 450 liter diesel dan 90 tong gas petroleum cecair (LPG) kerana tiada dokumen pengesahan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di daerah Kota Kinabalu, semalam.*

               *KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Bangladesh yang ditembak mati dipercayai mempunyai kaitan dengan kes bunuh lelaki senegara mereka di bawah jambatan Pasar Pudu Off Jalan Yew di sini, pada 13 Januari lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai dua suspek berusia 30-an itu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes bunuh mangsa berkenaan.*

               *AGENSI Antidadah Kebangsaan (AADK) akan mendidik dan melatih imam serta pemimpin komuniti dalam usaha memerangi dadah di kawasan berisiko tinggi di negara ini. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, kumpulan itu akan diberikan bimbingan antaranya cara mengenalpasti mereka yang terbabit dengan aktiviti itu menerusi kempen Perangi Dadah Habis-habisan (PDH).*

               *LELAKI warga Indonesia maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar pacuan empat roda di Kilometer 28 Jalan Teluk Intan-Sitiawan berhampiran Sungai Ranggam di Kampung Gajah, petang hari ini. Dalam kejadian kira-kira 3.55 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Muari, 47, maut di tempat kejadian akibat parah pada kepala.*

               *AHLI Parlimen yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak lagi mempunyai pertalian dan hubungan dengan UMNO, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang menjalankan tugas Presiden UMNO dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan yang diambil oleh bekas anggota parti itu tidak akan merencatkan kelangsungan dan agenda perjuangan UMNO.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *HONGSEONG: Ratusan anjing diselamatkan dari rumah penyembelihan di Korea Selatan, dalam satu operasi menyelamat bermula hari ini, selepas negara itu digesa menghentikan pembunuhan haiwan itu sebagai makanan.*
           *Kira-kira sejuta anjing setahun dijadikan hidangan di Korea Selatan sebagai makanan istimewa musim panas dan dipercayai dapat meningkatkan tenaga.*
           *Operasi penyelamat selama dua minggu oleh kumpulan pelindung haiwan Humane Society International (HSI) mampu menyelamatkan kira-kira 200 anjing di ladang ternakan anjing di daerah Hongseong, 150 kilometer selatan Seoul.*

         *NAIROBI: Seorang juruterbang Kenya dan empat pelancong asing maut selepas pesawat ringan yang membawa mereka dari rizab alam semula jadi Maasai Mara, Kenya terhempas di barat negara itu, kata ketua polis Rift Valley, Edward Mwamburi, hari ini.*
           *Pesawat Cessna itu dikatakan menuju ke Lodwar dari Maasai Mara, berhampiran Lake Turkana yang terkenal di kalangan pelancong.*
            *Pada Jun tahun lalu, sebuah pesawat milik penerbangan FlySAX terhempas di pinggir gunung Aberdares mengakibatkan 10 terbunuh.*

         *JAKARTA: Dua maut selepas memakan ikan buntal di daerah Maron di Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia.*
          *The Jakarta Post yang memetik kompas.com, melaporkan Baidowi dan isteri, Suhaina bersama dua anak mereka Mahfud dan Habihulloh menangkap ikan itu untuk dijadikan hidangan berbuka puasa.*
             *”Mereka berasa pening, mual dan tekak seperti terbakar sebaik saja memakan ikan buntal.*
         *”Jiran membawa mereka ke pusat rawatan berdekatan namun Baidowi dan Suhaina disahkan meninggal dunia pada Rabu lalu manakala kedua-dua anaknya masih dirawat di hospital,” kata ketua jenayah Polis Maron, Sugeng Supriyantoro.*

         *BANGKOK: Seorang budakperempuan berusia empat tahun nyaris maut apabila terjatuh dari bumbung sebuah hospital di Thailand, namun bernasib baik apabila gaunnya tersangkut pada tulisan di sisi bangunan itu.*
            *Kanak-kanak Myanmar itu menemani ayahnya ke Hospital Paholpolpayuhasena di Kanchanaburi untuk rawatan pada Ahad lalu, tetapi terpisah daripada ayahnya dan menaiki tangga kecemasan ke bumbung bangunan tujuh tingkat itu kerana mengejar seekor cicak.*
            *Dia kemudian memanjat sisi bangunan dan terjatuh. Seorang pengunjung hospital memaklumkan kakitangan selepas mendengarnya menjerit dan enam jururawat yang bergegas membantu terkejut melihatnya seolah-olah tergantung di udara.*

         *WASHINGTON: Raja dadah Mexico, Joaquin ‘El Chapo’ Guzman bakal menghabiskan hayatnya dalam penjara kawalan ketat selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan mengedar dadah di Mahkamah Daerah Brooklyn, semalam.*
           *AFP melaporkan bekas ketua kartel dadah Sinaloa berusia 61 tahun itu akan dihukum pada 25 Jun depan dan dijangka dipenjarakan di penjara ‘supermax’ ADX Florence di Colorado yang dianggap antara paling terkawal di Amerika Syarikat (AS).*
        *Dia didapati bersalah menjalankan operasi penyeludupan dadah terbesar dunia selama beberapa dekad yang turut merangkumi pembunuhan saingannya, pengubahan wang dan kesalahan berkaitan senjata, lapor Daily Mail.*

          *Dhaka: Lebih 100 pengedar dadah termasuk ketuanya akan menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas Bangladesh melancarkan perang anti-dadah untuk menghapuskan permintaan terhadap pil murah iaitu yaba.*
             *AFP yang memetik pihak berkuasa melaporkan, kumpulan itu yang terdiri daripada pengedar, penyeludup serta beberapa ketua pengedar dadah di bandar Teknaf akan menyerah diri minggu ini.*
            *”Ia akan menjadi sejarah dan kejayaan terbesar kami dalam perang dadah. Mereka ini akan dihukum mengikut undang-undang konvensional,” kata ketua polis Cox Bazar, Masud Hossain.*

          *Jakarta: Kementerian komunikasi Indonesia mendesak Instagram untuk menutup akaun memaparkan komik lucah yang diperjuangkan oleh lelaki gay Islam selepas pihak berkuasa negara itu melabelnya sebagai pornografi.*
            *Kementerian menerusi satu kenyataan berkata, kerajaan meminta Instagram menyingkirkan akaun @Alpantuni kerana melanggar peraturan.*
          *Tindakan yang diambil itu bagi memerangi komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara majoriti penduduk Islam terbesar di dunia.*

          *LONDON: Operator polis di Buckinghamshire, tenggara England, dikejutkan dengan satu panggilan kecemasan pelik apabila seorang penagih dadah meminta bantuan menangkap individu yang cuba mencuri bahan terlarang itu daripadanya.*
           *Daily Mail melaporkan, pegawai polis yang mengendalikan kes berkenaan menganggap ia melucukan apabila penagih yang disifatkan bodoh itu mendakwa ganja miliknya dicuri oleh rakan sekerjanya.*
          *Menurut pihak polis, lelaki itu menghubungi 999 dan berkata: “Hai, seseorang cuba mencuri ganja saya.”*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *PEMILIK Raja Cendol Taming Sari, mahu menjejak pemilik akaun Facebook yang dipercayai bertindak memuat naik resit bayaran ke laman sosial sehingga menjadi tular.*
            *Pemiliknya Muhammad Ariff Qayyum Mohd Zambri, 25, berkata, pihaknya mencari individu berkenaan untuk mengucapkan terima kasih selain bercadang memberi ganjaran kepadanya.*
          *Difahamkan, sebelum kejadian individu berkenaan singgah makan cendol sebelum memuat naik resit bayaran yang tertera harga dikenakan.*
            *Menurut pengusaha muda itu, selepas kejadian itu tular dia bersama pekerjanya tidak menang tangan melayan pelanggan di gerainya untuk menikmati cendol durian Musang King.*

          *PETALING JAYA: “Gambar wanita tular dengan kesan luka teruk di bahagian atas bibir itu memang saya, tapi saya tidak tahu macam mana ia boleh tersebar.”*
             *Begitu kata seorang wanita berusia 24 tahun yang parah akibat dikelar di bahagian muka dipercayai oleh bekas teman lelakinya di depan lif di sebuah pusat beli-belah di Damansara Jaya di sini, Khamis lalu.*
            *Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, bahagian muka mangsa ‘koyak’ sepanjang lebih lima sentimeter bermula dari bibir hingga ke pipi kanan selepas dikelar lelaki warga Bangladesh berkenaan dipercayai dengan objek tajam.*

          *SEBANYAK 178 unit al-Quran bernilai RM23,140 dirampas Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kedah di stor di Sungai Petani selepas dikesan tidak mempunyai kelulusan daripada kementerian terbabit.*
           *Pengarahnya, Zaki Mohamed berkata, al-Quran itu dirampas kira-kira 12 tengah hari Khamis lalu hasil risikan anggota bahagian berkenaan selepas ia didapati dijual secara berleluasa di laman sosial terutama Facebook.*
         *Katanya al-Quran itu dibimbangi kandungannya menyalahi sama ada dari segi ayat dan baris dan boleh menyebabkan umat Islam salah membaca serta menyimpang dari maksudnya.*

          *BERITA perkahwinan pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan Mona Allen pada 7 Disember lalu mengejutkan banyak pihak. Apatah lagi majlis pernikahan pasangan itu hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.*
          *Perkhabaran itu dapat dihidu media apabila beberapa gambar pasangan itu hangat tersebar di laman sosial sekali gus mengesahkan mereka sudah bernikah.*
           *Sepanjang tiga bulan melayari hidup sebagai suami isteri, baik Mona mahupun Pekin tidak pernah berkongsi perkara itu dengan media sebaliknya memilih memuat naik dan mengesahkan status mereka di media sosial.*

          *MAKASAR: Satu keluarga di Luwu Utara, Sulawesi Selatan, dekat sini, terpaksa mengusung jenazah seorang wanita sejauh 60 kilometer merentasi hutan selama 14 jam untuk dikebumikan di kampung mereka yang terletak di kawasan terpencil berikutan tiada jalan boleh dilalui kenderaan beroda empat.*
          *Menurut laporan Tribun News, wanita dikenali sebagai Ranti Tanta itu, meninggal dunia di Hospital Andi Djemma Masamba di Luwu Utara, pada 6 Februari lalu.*
        *Rakaman video yang menunjukkan jenazah Ranti diusung sekumpulan lelaki melalui kawasan hutan sejauh 60 kilometer, tular di media sosial baru-baru ini.*

         # *BEIJING: Golongan etnik Uighur melancarkan kempen global menggunakan media sosial untuk mendesak China memberikan bukti video bahawa ahli keluarga mereka yang hilang masih hidup.*
              *Kempen itu dilancarkan semalam menggunakan tanda pagar #MeTooUyghur sehari selepas China mendedahkan video menunjukkan seorang lelaki yang mendakwa dirinya penyair serta pemuzik Uighur, Abdurehim Heyit mengatakan dia masih hidup dan sihat.*
           *Video itu disiarkan selepas Turki mengeluarkan kenyataan mendakwa Abdurehim maut dalam penjara di China dan menyelar perbuatan Beijing menahan Uighur di kem ‘pendidikan semula’ di wilayah terpencil Xinjiang.*

          *CAPE TOWN: Satu video tersebar menunjukkan saat dramatik seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan berjaya dikeluarkan dari paip pembetung bawah tanah dalam kejadian di utara Durban, Afrika Selatan.*
              *Kejadian disedari seorang penduduk, Lyron Lovdale yang secara kebetulan melalui kawasan Newlands East sebelum terdengar suara tangisan bayi yang sedang menangis.*
          *Dia yang curiga, cuba memeriksa dengan membuka penutup saluran itu dan terkejut melihat seorang bayi sebelum menghubungi anggota penyelamat.*
                 

*ARENA*
========


          *LONDON: Bekas penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan England, Gordon Banks yang membantu negara itu memenangi Piala Dunia pada 1966 meninggal dunia pada usia 81 tahun selepas menderita kanser buah pinggang.*
            *Banks yang pernah menyarung jersi kelab bola sepak Stoke dan Leicester City terkenal dengan aksi cemerlangnya bagi membantu England menewaskan Jerman Barat di Stadium Wembley sekali gus menjulang piala Jules Rimet untuk kali pertama kira-kira 53 tahun lalu.*
          *Pada kejohana Piala Dunia 1970 di Mexico, aksinya menepis tandukan penyerang berbisa Brazil, Pele dianggap antara aksi penjaga gol terhebat sepanjang zaman.*

           *JIKA ada perkara disukai oleh Floyd Mayweather, ia sudah tentunya wang dan kemewahan! Maka tidak hairanlah jika peninju itu suka menayangkan kekayaan serta hartanya di media sosial.*
            *Mayweather, peninju Amerika Syarikat yang tidak pernah tewas dalam 50 perlawanan, melalui kehidupan mewah dengan memiliki kereta paling mahal, rumah dan koleksi jam tangan sepertimana gelaran dirinya 'Money' - suka menunjuk-nunjuk.*
               *Menerusi kiriman foto terbarunya di Instagram, Mayweather, 41, menunjukkan sejumlah wang di kakinya dengan dirinya disaluti emas bersama perhiasan bertatah berlian sambil minum menggunakan gelas emas.*

          ♂ *MELBOURNE: Tiger Woods yang muncul kapten pasukan Piala Presiden-Presiden buat kali pertama menamakan Fred Couples, Steve Stricker dan Zach Johnson sebagai tiga pembantunya hari ini, untuk berdepan pasukan Antarabangsa di Melbourne dalam kejohanan diadakan lewat tahun ini.*
                *Juara major 14 kali itu memasukkan bekas kapten Couples dan Stricker, selain membawa muka baharu dalam barisan kepemimpinan iaitu juara Kejuaraan Terbuka dan Masters, Johnson untuk kejohanan yang bakal diadakan pada 12 hingga 15 Disember depan.*

           *HAJAT pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah untuk tidak berdepan lawan ranking 10 terbaik dunia seperti Ratchanok Intanon di pusingan pertama Seluruh England menjadi kenyataan namun dia tidak boleh memandang mudah cabaran wakil Jepun, Aya Ohori.*
          *Berdasarkan rekod pertemuan ia bakal menjadi perlawanan sulung antara kedua-dua pemain, namun Soniia harus berhati-hati dengan tipu muslihat pemain ranking ke-20 dunia itu.*

           *PEMAIN Perak tidak mempunyai pilihan selain harus menerima hakikat perlu bekerja keras musim ini berikutan terpaksa bertarung lebih perlawanan berbanding pasukan lain dalam Liga Malaysia.*
            *Ini kerana juara Piala Malaysia itu terpaksa bersaing dalam Liga Super dan pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL).*
          *Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, permintaan persatuan itu agar diberi kelonggaran dalam jadual Liga Malaysia ditolak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).*

           *"PERLU berlebih kurang," ujar bekas jurulatih FELDA United FC, E Elavarasan mengenai segelintir pengendali kelab dan pasukan yang enggan melepaskan pemain untuk menyarung jersi skuad kebangsaan bawah 22 tahun (B-22).*
           *Beliau yang juga pernah mengendalikan PKNS FC dan Melaka United berkata, sikap begitu katanya perlu dielakkan kerana sokongan kepada pasukan kebangsaan sewajarnya diutamakan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2019 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SATU 16 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 11 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0600*
*SUBUH : 0610*
*SYURUK : 0725*
*ZOHOR : 1330*
*ASAR : 1649*
*MAGHRIB : 1929*
*ISYAK : 2040*

*LAST GOA_L MINGGU INI.*


*artikel disiarkan pada tarikh 15feb*


*TANAHAIRKU*
==============


               *HARGA runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik satu sen seliter, pada harga RM2.28 seliter dan RM1.98 seliter, manakala diesel kekal RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit produk petroleum itu bagi tempoh 16 hingga 22 Februari manakala penetapan harga secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).*

               *SEBANYAK 13 borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sudah dibeli wakil parti dan individu yang bakal bertanding esok. Antaranya ialah bakal calon Bebas iaitu Kuan Chee Heng atau lebih popular dengan panggilan 'Pakcik Kentang' yang membeli empat set borang. Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata, daripada jumlah itu sebanyak lima set borang dibeli wakil Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) membeli tiga set manakala Parti Sosialis Malaysia (1).*

               *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diarahkan supaya mengenal pasti beberapa lagi barangan popular pengguna untuk disenaraikan sebagai barangan kawalan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara itu satu daripada rumusan serta keputusan yang dicapai menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Bil 1/2019.*

               *SERAMAI 1,035 kaki judi termasuk warga emas ditahan sepanjang dua minggu Ops Limau dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1 Februari lalu. Semua ditahan membabitkan 965 lelaki dan 70 wanita tempatan berusia antara 20 tahun hingga 68 tahun yang leka bermain permainan judi seperti judi lumba kuda, judi bola ping pong, judi tong kaw, holo dan tau ngau.*

               *DUA lelaki dipercayai pengedar dadah cuba melarikan diri daripada polis, namun gagal selepas Proton Waja dinaiki mereka terbabas di Kilometer 20, Jalan Tampin-Gemas dekat Bukit Putus, Gemencheh, Tampin, hari ini. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian berlaku pada 9 pagi menyebabkan kedua-duanya yang berusia 28 dan 33 tahun ditahan bersama 90 gram (g) dadah.*

               *KES kehilangan paderi, Pastor Raymond Koh masih dalam ‘inquiry’ atau pengumpulan maklumat, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim. Beliau berkata, setakat ini belum ada petunjuk baharu yang membantu siasatan pihaknya.*

               *KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) percaya penahanan bot nelayan milik rakyat tempatan oleh pihak berkuasa Indonesia di barat Pulau Talang, Perak, kelmarin dilakukan secara tidak sah. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, terdapat kekeliruan antara pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia mengenai sempadan maritim kerana penahanan bot nelayan tempatan itu dibuat dalam kawasan perairan Malaysia.*

                *WANITA maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama suami dan anak serta kenalannya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 400.4, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Ajil, Hulu Terengganu, hari ini. Dalam kemalangan kira-kira jam 11 pagi, mangsa yang dikenali Jaruayporn, 33, warga Thailand yang mengusaha kedai makan dan tinggal di Batu Buruk, Kuala Terengganu, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.*

                *MAYAT lelaki lengkap berpakaian dalam keadaan kembung dengan kulit tertanggal ditemui di Sungai Perak di bawah Jambatan Manong yang masih dalam pembinaan di Kuala Kangsar, hari ini. Dalam kejadian 9.30 pagi itu, mayat belum dikenalpasti identiti itu ditemui pekerja pembinaan jambatan itu sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.*

                *POLIS memberkas tiga penagih dan dua pengedar sebelum merampas dadah bernilai RM23,700 dalam tiga operasi berasingan di sekitar Port Dickson bermula Selasa lalu hingga hari ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, ketika operasi di Kampung Sungai Sekawang, Pasir Panjang, tiga sekawan yang leka menagih dadah ditahan dalam serbuan di kebun kelapa sawit jam 6.15 petang, Selasa lalu.*

               *POLIS masih menunggu keputusan DNA bagi mengesahkan identiti kedua-dua mangsa kes bunuh yang ditemui di sungai berhampiran kawasan perumahan Desa Coalfields, Sungai Buloh, pada 26 Januari lalu kata Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin.*

                *DIPUKUL, dicium dan diliwat. Itu nasib malang menimpa remaja lelaki yang menjadi mangsa nafsu songsang penghuni asrama sebuah pusat pemulihan dadah di Karangan, Kulim. Dalam kejadian terbaru jam 12 tengah malam Isnin lalu, mangsa berusia 18 tahun yang sedang tidur di asrama pusat pemulihan dadah terbabit didatangi lelaki berusia 21 tahun yang mengejutnya.*

                *SEORANG kanak-kanak lelaki ditemui lemas selepas dipercayai cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam parit di belakang rumahnya di sebuah ladang kelapa sawit di Sibu, kira-kira jam 5 petang semalam. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa dikenali sebagai Infra Agus, 4, ditemui pekerja ladang dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam parit itu.*

               *BAHAGIAN Counter Terrorism Cawangan Khas (E8) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan enam suspek dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas. Mereka terdiri daripada dua warga tempatan dan empat warga asing dari Singapura, Filipina, Bangladesh serta sebuah negara di Asia Selatan.*

                *“MANGSA hampir berjaya menyelamatkan diri, namun nasib tidak menyebelahi mereka kerana ditimpa kerangka bumbung yang runtuh ketika sedang berlari keluar,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Saadon Mokhtar. Rumusan itu dibuat selepas melihat kedudukan dan keadaan mayat dua mangsa tragedi runtuhan kerangka bumbung sebuah kilang dalam pembinaan Kawasan Perindustrian Juru, Bukit Mertajam, hari ini.*

               *EMPAT anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cemas apabila trak dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Kilometer 4596.9 Lebuhraya PLUS arah utara, di Sungai Buloh, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.57 tengah hari sebelum enam pegawai dan anggota bersama satu jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.*

               *PELAJAR perempuan berdepan detik cemas apabila diserang seorang lelaki yang bertindak memasukkan pasir ke dalam mulutnya di perhentian bas Taman Seri Neting, Pengkalan Kubor di Tumpat, semalam. Bagaimanapun, mangsa bertindak nekad menggigit jari lelaki itu yang kemudian melarikan diri.*

               *“DIA hanya temankan saja kerana saya baru tiba di Sabah untuk bercuti.” Itulah alasan wanita berusia 20-an, selepas dia dan teman lelakinya ditahan di bilik hotal bajet, di Putatan, malam tadi. Wanita terbabit yang berasal dari Kuala Lumpur ditahan bersama pasangannya berusia 20-an oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dalam satu operasi cegah maksiat.*

               *DUDA terlepas tali gantung apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini atas pertuduhan membunuh lelaki warga Bangladesh di Banting, tiga tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zalita Zaidan memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh, Mohd Adil Ab Sahud, 33.*

               *SEORANG penumpang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari sebuah fei ketika dalam perjalanan menghala ke arah Butterworth, pagi tadi. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, penumpang yang masih belum dikenal pasti identitinya dikatakan terjatuh di 0.8 batu nautika Barat Laut berhampiran terminal feri.*

               *LELAKI didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Jalan Kantan, dekat Buntung di Ipoh, tiga tahun lalu. Muhammad Firdaus Naim Thikayarajan, 24, yang juga penganggur didakwa membunuh M Serentharan, 26, di belakang padang futsal berdekatan Jalan Kantan Buntong di sini antara 9 hingga 10 malam pada 5 September 2016.*

               *PERJALANAN darat selama lapan jam selain perlu menaiki kapal terbang. Itu yang perlu ditempuh sepasukan pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas ketika mahu menyerahkan notis tahanan kepada seorang lelaki di Kampung Buduk Bui di Ba’Kelalan, kelmarin. Lelaki berusia 57 tahun itu ditahan jam 6.30 petang selepas polis menerima laporan daripada isteri suspek yang mendakwa dicederakannya, Ahad lalu.*

               *Fenomena cuaca panas melanda bahagian barat negara dan negeri Sabah dijangka berterusan hingga hujung Mac depan. Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, cuaca panas berlaku ketika ini adalah fenomena biasa yang melanda negara berikutan penghujung Monsun Timur Laut.*

               *SETIAUSAHA pejabat di sebuah kementerian direman lima hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan bernilai RM1.5 juta pada akhir tahun lalu. Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Afiq Hasan bermula hari ini hingga 19 Februari di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).*

               *SEPASANG warga emas di Georgetown merayu orang ramai supaya membantu mengesan anak mereka yang hilang sejak seminggu lalu. Mohamad Loqman Hakim Ismail, 16, yang mengalami masalah pertuturan, didapati hilang dari rumah mereka di Kampung Lahar Kepar, Kepala Batas, dekat sini, pada 9 Februari lalu.*

               *WARDEN asrama bukan saja disindir memiliki anak cacat, malah cedera di perut selepas diserang menggunakan pisau di pondok pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Rembau, Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pada kejadian 4.50 petang, mangsa berusia 36 tahun berselisih faham dengan pengawal keselamatan berusia 55 tahun.*

               *DUA kanak-kanak berusia dua tahun menempuh detik mencemaskan apabila terperangkap dalam kereta selama 15 minit di hadapan Tadika Pimpin, Jalan Pisang Embun, Bintulu, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.31 pagi dan sembilan anggota dikerah ke lokasi untuk bantuan menyelamat.*

               *REMAJA lelaki berusia 18 tahun ditahan polis di Kampung Huma, Mukim Ayer Hangat, Langkawi, malam tadi selepas dipercayai merogol pelajar Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, perkara itu terbongkar Isnin lalu selepas mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 21 tahun memberitahu penyelia PDK dia dirogol suspek.*

               *JOHOR BAHRU: Walaupun dikenakan bayaran RM2,000 untuk sekali cap, penemuan lebih 300 keping gambar membuktikan khidmat sindiket pemalsuan dokumen termasuk buku pelaut dan pasport tamat tempoh mendapat permintaan tinggi warga Vietnam untuk pulang ke negara asal secara haram. Perkhidmatan yang ditawarkan itu dianggap selamat menyebabkan PATI terbabit sanggup datang jauh di seluruh pelosok negeri ini dan Pahang untuk menggunakan perkhidmatan sindiket itu.*

               *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Menurut kenyataan SPRM, Bilik gerakan PRK DUN Semenyih yang beroperasi 24 jam itu akan ditempatkan di tingkat bawah, Menara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kajang.*

               *TINDAKAN remaja perempuan menendang lelaki botak yang ingin menyentuhnya ketika menceroboh rumah di Taman Sri Tanjung, Sungai Petani, Isnin lalu, menyelamatkan mangsa selepas suspek melarikan diri. Dalam kejadian 4.45 pagi itu, mangsa yang tidur di biliknya terkejut apabila tersedar seorang lelaki ingin menyentuhnya dan terus menepis tangan suspek.*

               *LIMA penumpang bas ekspres cedera selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang treler di Kilometer 294 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Gopeng, awal pagi hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.10 pagi.*

               *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan menyeludup ribuan karton rokok menerusi laluan laut kira-kira 0.2 batu nautika dari Barat Daya Sungai Kapar, Pelabuhan Klang malam tadi. Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, pihaknya mengesan sebuah bot yang dilihat dalam keadaan mencurigakan di perairan berkenaan, jam 10 malam.*

               *TIGA pelanggan sebuah restoran 24 jam di Jalan Limbat, Skudai, Johor Bahru nyaris maut apabila dirempuh Toyota Camry ketika menikmati makanan dalam kejadian jam 9.20 malam tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku apabila pemandu kereta berusia 50 tahun itu gagal mengawal keretanya lalu merempuh tiga pelanggan, meja dan kerusi yang diletak di parkir restoran berkenaan.*

               *SOROK dalam perigi buta. Demikian taktik digunakan penjual air ketum di Tok Bali, Pasir Puteh, untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa. Bagaimanapun, modus operandi mereka terbongkar menerusi Operasi Cegah (Ops Lembah dan Ops Sharp) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang dilakukan antara jam 8 pagi hingga 2 petang, kelmarin.*

               *PULUHAN petak parkir yang diletakkan objek sebagai penanda oleh pihak tidak bertanggungjawab yang memonopoli ruang letak kenderaan awam di Taman Desa Setapak, Kuala Lumpur, ‘dibersihkan’ dalam operasi penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Azman Mahmood berkata, pihaknya menerima beberapa aduan dibuat penduduk di kawasan perumahan itu berhubung masalah terbabit.*

               *SEORANG lelaki warga emas yang juga penunggang motosikal maut dalam keadaan menyayat hati apabila digilis sebuah treler di Jalan Besar Bagan Serai, hari ini. Dalam kejadian itu, mangsa, Masri Ramli, 62, dari Masjid Tinggi, di sini, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di badan dan kepala.*

               *SEORANG wanita yang dipercayai mengalami masalah gangguan mental maut selepas terjun dari sebuah bangunan hotel dalam kejadian di Taipan, Inanam, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, wanita berusia 47 tahun dikatakan ke hotel berkenaan untuk bertemu rakannya di restoran yang terletak di tingkat 12.*

               *PROGRAM dan aktiviti anjuran kerajaan di kawasan yang akan menghadapi pilihan raya, secara amnya tidak melanggar undang-undang kesalahan pilihan raya selagi tiada elemen mengumpan undi. Bagaimanapun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata, kenyataannya itu tidak boleh dianggap relevan di mahkamah, yang menetapkan sama ada ia salah atau sebaliknya.*

               *LEMBAGA Totalisator Malaysia (LTM) sebelum ini pernah meluluskan tiga lawatan kerja pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke luar negara, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Berikutan itu katanya, lawatan kerja delegasi Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ke Turki, baru-baru ini bukan kali pertama diluluskan lembaga berkenaan.*

               *SELEPAS 65 hari dipenjarakan tanpa perbicaraan, kesemua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Pnjara Wilayah Banteay Mancheay, Kemboja dibebaskan hari ini. Ia diputuskan Kerajaan Kemboja susulan beberapa siri rundingan bersama wakil Kerajaan Malaysia di bawah koordinasi Wisma Putra.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *SAMARINDA: Gara-gara terlalu sedih kerana dimarahi suami akibat terlalu kerap bermain Facebook, seorang wanita nekad membunuh diri dengan menggantung dirinya.*
              *Tribun News melaporkan, wanita berkenaan, Arniati, 23, ditemui mati tergantung di bilik tidurnya di sebuah rumah di Sungai Paret, Penajam Paser Utara di Kalimantan Timur pada 7 Februari lalu.*
          *Jurucakap polis, Iptu Iswanto berkata, sebelum kejadian itu Arniati dilaporkan bertengkar dengan suaminya, Sujaedi selepas lelaki itu memarahi dan melarangnya terlalu kerap melayari Facebook.*

          *KINSHASA: Satu kajian mendedahkan wanita Republik Demokratik Rakyat Congo dipaksa memberi habuan seks sebagai ganti untuk mendapatkan suntikan vaksin Ebola di negara mereka.*
         *Kebimbangan menjadi mangsa eksploitasi seks itu menjadi salah satu perkara yang dibangkitkan selain angka kematian akibat Ebola yang melebihi 500 orang.*
           *Daily Mail yang memetik The Guardian melaporkan, beberapa responden yang terbabit dalam kajian dilakukan pertubuhan bukan kerajaan itu mendedahkan, mereka dipaksa memberi seks bagi membolehkan menerima rawatan dan suntikan vaksin Ebola.*

          *SINGAPURA: Rakyat Singapura yang menyediakan sokongan kewangan kepada militan Daish dari Malaysia, ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) negara itu.*
          *Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri semalam, ahli perniagaan, Mohamed Kazali Salleh, 48, disyaki menjadi ‘rakan rapat’ kepada Mohamad Aquil Wan Zainal Abidin, dipercayai militan senior dari Malaysia yang menyertai Daish di Syria.*
           *Mohamed Kazali yang tinggal di Johor, membiayai perjalanan Mohamad Aquil ke Syria pada hujung 2013 dan berterusan memberinya bantuan kewangan selepas itu.*

           *New Delhi: Perdana Menteri India, Narendra Modi, berikrar memberi ‘balasan kuat’ terhadap serangan bom menyebabkan 44 polis separa tentera India terbunuh di Kashmir, dengan menyalahkan Pakistan terhadap kejadian itu.*
             *Serangan terhadap konvoi tentera di Jammu dan Kashmir itu adalah yang terburuk sejak India memerangi pemberontakan di wilayah terbabit.*
         *"Kita akan memberi jawapan yang tegas, kita tidak boleh membiarkan jiran kita membawa huru-hara,” kata Modi di sini, semalam.*

           *YANGON: Mahkamah Myanmar, hari ini, menjatuhkan hukuman mati terhadap dua lelaki yang membunuh peguam beragama Islam yang juga penasihat Aung San Suu Kyi.*
          *Peguam itu, Ko Ni yang kerja dan agamanya menjadi sasaran kebencian nasionalis Buddha di media sosial, ditembak di kepala dari jarak dekat di luar lapangan terbang Yangon pada Januari 2017 ketika mendukung cucu lelakinya.*
            *Hakim Khin Maung Maung menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Kyi Lin yang turut menembak mati pemandu teksi ketika cuba melarikan diri.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


         *LEMBAGA Tabung Haji (Tabung Haji) menafikan penularan khabar angin mengenai pertukaran had umur untuk menunaikan haji dinaikkan kepada 25 tahun.*
          *Jurucakap Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji ketika dihubungi mengesahkan berita itu tidak benar sama sekali.*
        *”Kami tidak pernah mengeluarkan sebarang penetapan seperti ditularkan dan ia adalah mesej palsu,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.*

         *LAPAN individu termasuk empat murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kawah, Besut dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes buli yang viral di media sosial, petang semalam.*
           *Kesemua individu terbabit tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, jam 3 petang semalam.*
            *Semalam, satu rakaman video berdurasi 1minit 26 saat memaparkan perlakuan kejadian buli di SK Lubuk Kawah tular di laman sosial Facebook.*
          *Video itu antara lain memaparkan tindakan dipercayai tiga murid Tahun Enam yang berpakaian seragam badan beruniform membuli dengan menyepak dan memukul seorang rakan sekelas mereka.*

         *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan maklumat tular di media sosial mengenai pemasangan Kamera Automated Enforcement System (AES) atau dikenali sebagai Kamera Automated Awareness System (AWAS) yang baru di beberapa lokasi Lebuhraya PLUS.*
             *Ibu Pejabat JPJ dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan tiada pemasangan kamera baru dalam jangka masa terdekat seperti yang didakwa.*
             *”JPJ ingin menegaskan tiada pemasangan kamera baru dalam jangka masa terdekat seperti yang didakwa. Sehingga kini, jumlah kamera AWAS yang dipasang adalah sebanyak 45 lokasi di seluruh negara membabitkan kesalahan melebihi had laju dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.*

           *PEMERIKSAAN susulan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) akan dilakukan terlebih dahulu sebelum kantin Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru dibenar untuk beroperasi semula.*
          *Kantin itu diarah tutup selama 14 hari sehingga Ahad ini berikutan tindakan proaktif JKNJ pada 4 Februari selepas gambar tular seekor tikus di tempat letak makanan didakwa di kantin berkenaan.*
          *Pengarah JKNJ Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata, pihaknya akan melakukan pemeriksaan kebersihan di kantin berkenaan untuk memastikan ia mematuhi arahan, sebelum kebenaran beroperasi dikeluarkan.*

          *ALUNAN muzik tradisional masyarakat Orang Ulu ‘sape’ bakal mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records apabila dimainkan selama 50 jam tanpa henti, bermula jam 10 pagi tadi.*
              *Acara yang diadakan di Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri disertai seramai 54 pemain muzik sape handalan dari daerah Baram, Tinjar dan Belaga.*
          *Cubaan untuk mencatat rekod baharu itu dianjurkan bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) dan RTM Miri itu bertujuan memelihara dan mengekalkan warisan seni dan budaya masyarakat Orang Ulu.*

         *“SAYA nak bertemu dengan pelaku yang menyebarkan fitnah ini. Saya nak tahu juga apa salah saya,” kata penyanyi popular Misha Omar yang memberi tempoh tujuh hari kepada beberapa individu yang menyebarkan fitnah terhadapnya di media sosial.*
          *Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar Misha kecewa dengan tindakan beberapa pengguna media sosial yang menyebarkan fitnah apabila mengaitkan dirinya menggunakan ilmu sihir dan khurafat untuk memperoleh kemenangan di Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33), baru-baru ini.*
           *Dalam AJL 33, Misha yang mempertaruhkan lagu Sampai Bila diangkat sebagai pemenang Vokal Terbaik dan lagu berkenaan turut mendapat tempat ketiga.*

          *SANAA: Gambar menyayat hati tular di Internet menunjukkan seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang kurus kering dan terlalu lemah kerana kebuluran sehingga terpaksa didukung kakaknya untuk mendapat rawatan.*
         *Fatima Qoba cuma seberat 9.9 kilogram (kg) - bersamaan kanak-kanak usia tatih yang sihat - malah kulitnya juga terlalu nipis akibat bertahun-tahun kekurangan zat.*
            *Dia kini dirawat di sebuah klinik di Hajjah, barat laut Yaman, selepas kakaknya membawanya ke situ kerana bimbang nyawanya terancam.*
                 

*ARENA*
========


           *PERTAHANAN Chelsea, David Luiz menegaskan tiada sebarang tentangan dalam bilik persalinan terhadap taktik pengurus Maurizio Sarri walaupun kalah teruk 0-6 di Manchester City, hujung minggu lalu.*
         *Sarri dikritik hebat kerana enggan mengubah corak permainannya, sekalipun di gelanggang lawan menentang pasukan kuat.*
            *Blues bangkit menewaskan Malmo 2-1 pada aksi Liga Europa awal pagi tadi, namun ujian getir menanti mereka dengan kunjungan ke Manchester United bagi aksi pusingan kelima Piala FA Inggeris, Isnin ini diikuti pertemuan semula dengan City pada final Piala Liga, 24 Februari depan.*

            *JUARA Sepanyol, Barcelona menyambung kontrak jurultih Ernesto Valverde buat semusim lagi dengan pilihan sambungan musim berikutnya.*
            *Valverde, yang mengambil alih di Nou Camp pada 2017 selepas hadir dari Athletic Bilbao, memenangi kejuaraan berganda liga dan piala musim lalu.*
            *”FC Barcelona dan Ernesto Valverde, jurulatih pasukan utama, bersetuju dengan perjanjian untuk menyambung kontrak antara dua pihak bagi semusim lagi (2019-20) dengan pilihan semusim lagi (2020-21),” menurut kelab itu dalam satu kenyataan hari ini.*

           *SEMPAT bertanya kepada rakan sepasukan iaitu Casemiro serta Nacho dan pemain di bangku simpanan.*
           *Itulah gelagat kapten Real Madrid, Sergio Ramos yang dirakam menerusi kamera menunjukkan isyarat tangan ‘bertanya’ untuk mendapatkan kad kuning bagi membolehkannya digantung satu perlawanan.*
              *"Patutkah saya mendapatkannya?” kata Ramos kepada pemain di bangku simpanan selepas Marco Asensio menjaringkan gol m-87 yang membolehkan juara Eropah itu menang 2-1 ke atas Ajax di Amsterdam.*

            *TERENGGANU FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sama handal apabila masing-masing mengutip satu mata selepas seri 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini.*
          *Terengganu bermula garang dengan asakan pertama pada minit kedua menerusi ayam tambatannya, Kipre Tchetche yang dijatuhkan pertahanan lawan dalam kotak penalti tetapi tidak dilayan pengadil Nazmi Nasiruddin.*

            *BINTANG import dari Argentina, Nico Fernandez memastikan Johor Darul Ta’zim II (JDTII) meraih kemenangan ketiga berturut-turut Liga Perdana apabila meledak gol kemenangan pada minit terakhir di Pasir Gudang, malam ini.*
             *Jaringan pada minit ke-90 itu menyaksikan JDTII mengatasi pasukan bermasalah Perlis 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang sekali gus kekal di puncak liga dengan rekod 100 peratus.*

            *UiTM FC bertindak cemerlang mengutip tiga mata di gelanggang lawan apabila membenam Negeri Sembilan 4-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.*
           *Beraksi di hadapan lebih 3,000 penyokong, tuan rumah dikejutkan dengan jaringan pertama apabila pertahanan UiTM, Ahmad Azriddin Rosli menanduk masuk susulan sepakan sudut pada minit ke-26.*

           *DEGIL atau terlupa apabila hanya lima daripada tujuh pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji menyerahkan dokumen kewangan masing-masing selepas tarikh tutup berakhir hari ini.*
             *Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Operasi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd apabila ada antara pasukan itu tidak mengambil serius dan enggan memberikan kerjasama.*
          *Malah, beliau turut memberi peringatan kepada pasukan itu supaya lebih serius dalam usaha menangani krisis kewangan.*

           *WALAUPUN berjaya mengurangkan jurang kepada satu mata dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), ketua jurulatih TNB, Nor Saiful Zaini Nasiruddin kekal dengan pendirian peluang anak buahnya untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana sudah tertutup rapat.*
          *Tegas Nor Saiful, amat mustahil buat skuadnya memintas UniKL yang masih berbaki tiga perlawanan.*
           *Saya sudah katakan sebelum ini memang tak ada peluang lagi. Kami hanya letak sasaran untuk tamatkan saingan liga di tempat kedua.*

          *WALAUPUN baru mengharungi dua perlawanan Liga Malaysia (Liga-M), Kuala Lumpur dikatakan terpaksa mengambil langkah drastik dengan kemungkinan menggugurkan beberapa pemain import kerana faktor kecederaan.*
       *Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa berkata, keputusan itu perlu diambil demi pasukan memandangkan saingan liga baru saja bermula dan tidak mahu ada masalah kekurangan pemain.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2019 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*minta teman2 sedekahkan Al Fatihah buat teman sekerja fN saya yg kembali kerahmatullah semalam.. Al-Fatihah buat Zainal bin Aziz.. aminn... terima kasih*

*SELSA 19 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 14 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0600*
*SUBUH : 0610*
*SYURUK : 0725*
*ZOHOR : 1330*
*ASAR : 1648*
*MAGHRIB : 1929*
*ISYAK : 2039*


*artikel disiarkan pada tarikh 18feb*


*TANAHAIRKU*
==============


               *LELAKI yang diburu polis kerana membelasah seorang wanita di dalam lif dekat Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, akhirnya ditahan, 8.10 malam ini. Suspek berusia 26 tahun itu ditahan di Taman Cheras, Jalan Cheras di Kuala Lumpur oleh sepasukan anggota polis Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.*

               *SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, hari ini berhubung kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Rantau, Negeri Sembilan. Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Mohamad bagi membatalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban yang mengisytiharkan kemenangan beliau di kerusi DUN Rantau pada PRU-14 adalah tidak sah dan terbatal.*

                *TIMBALAN Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau, Dr S Streram yakin dapat merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak lama lagi. Bekas calon PKR bagi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berkata, beliau yang mendapat restu daripada pucuk pimpinan parti untuk dicalonkan semula yakin dapat merampas kerusi itu selepas Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan kemenangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada PRU-14 sebagai terbatal dan tidak sah.*

               *JENAZAH Siti Masitah Ibrahim, 11, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Medang, Pekan, 8.45 malam ini. Dalam kejadian 4 petang, 9 Februari lalu, mayat Siti Masitah ditemui dalam keadaan tidak sempurna dipercayai sudah dibunuh dalam tempoh lebih seminggu. Kanak-kanak itu dilaporkan hilang keluarganya pada 5 petang, 30 Januari lalu, sebelum membuat laporan polis pada hari sama.*

               *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun padang bagi membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, 28 Februari ini. Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kehadiran Pengerusi PH itu juga mungkin akan memberikan penjelasan terperinci berhubung kemelut PAS dan UMNO baru-baru ini.*

               *SEBUAH lori terbabas sebelum terbalik dan melintang hingga menghalang keseluruhan laluan di Kilometer 204.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Kamunting, Taiping, hari ini.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, pemandu dan kelindan kenderaan berat itu tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kemalangan menyebabkan kesesakan sejauh lebih satu kilometer.*

               *SEBANYAK 796 kemalangan dicatatkan sepanjang 15 hari Op Selamat 14, sempena Tahun Baru Cina 2019 lalu. Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, daripada jumlah itu hanya tiga kemalangan maut membabitkan enam mangsa dilaporkan. Beliau berkata, berbanding Op Selamat 12, Op Selamat 14 menunjukkan penurunan 64 kes selain angka kematian juga menurun.*

               *SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun disyaki lemas selepas hilang di Sungai Muanad, Kampung Muanad Tiga, Beluran, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Amanual Darius, dikatakan terjatuh ke sungai sebelum hilang. Difahamkan, usaha mencarinya masih gagal dan sehingga jam 8 malam tadi, hanya selipar mangsa ditemui di tebing sungai berkenaan.*

               *MENTERI Sumber Manusia M Kula Segaran hari ini menyangkal dakwaan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bahawa 30,000 orang akan kehilangan kerja tahun ini. “Sebaliknya dengan kurang daripada 24,000 pengangguran yang dicatatkan tahun lalu sebenarnya ada banyak peluang pekerjaan tersedia untuk mereka.*

               *ENAM koperasi sekolah menengah di Selangor dikenal pasti berpotensi mencapai perolehan pendapatan lebih RM1 juta tahun ini.
Ia membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Bestari Berhad; SMK Seri Puteri Berhad; SMK Bandar Baru Sungai Long; SMK Taman Jasmin 2 Berhad; SMK Jalan Tiga Berhad dan Sekolah Sultan Alam Shah Berhad.*

               *PELAJAR Tingkatan Tiga meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua motosikal berhampiran kilang beras Megat Dewa, Jitra, hari ini. Dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa, Wan Ridzwan Wan Rozi, 15, yang menetap di Kampung Kubang Menerong, Padang Sera, Jitra, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.*

               *LELAKI dipercayai kru kapal bekalan luar pesisir (offshore supply vessel) ditemui mati dalam keadaan tergantung di sisi kapal dekat Pelabuhan Kemaman, Kemaman, petang hari ini. Kejadian dikatakan disedari kapten kapal berkenaan yang ternampak kelibat manusia berpakaian seragam berwarna oren dalam keadaan tergantung di bahagian sisi kapal itu.*

               *PADAH membiarkan lembu berkeliaran, seorang pemilik haiwan ternakan itu dikenakan tindakan kompaun berjumlah RM3,300 oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), hari ini. Kompaun itu dikenakan terhadap lelaki berusia 30-an selepas 10 lembu miliknya ditangkap anggota penguat kuasa dalam Operasi Ternakan Terbiar, jam 9 pagi.*

               *LELAKI maut digilis trak penunda dalam kemalangan di Kilometer 4, Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) arah Kajang, kira-kira 10.40 pagi, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, ketika kejadian, mangsa, Tai Chun Beng, 44, menunggang motosikal berseorangan dan cuba memotong trak penunda yang ketika itu sedang menunda sebuah bas.*

               *SEORANG warga emas cedera di belakang badan ketika cuba membantu memadamkan kebakaran rumah di Kampung Bakau, Kangar, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mangsa berusia lingkungan 60-an melecur di badan selepas bajunya disambar api yang sedang marak.*

               *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah bersemuka bersama Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer di kamar beliau di Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung afidavit yang dikeluarkan oleh beliau, baru-baru ini. Pendedahan dibuat Hakim Hamid melalui afidavit sokongan yang diikrarkan, dalam saman pemula difailkan anak mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo terhadap Ketua Hakim Negara.*

               *POLIS mematahkan sindiket penyeludupan migran dengan penahanan 23 individu termasuk tiga lelaki dipercayai bertindak sebagai tekong dan awak-awak yang membawa masuk warga asing ke negara ini hasil serbuan di perairan Kuala Selangor hari ini. Dalam serbuan jam 2.30 pagi itu, Bahagian Anti Pemerdagangan Orang/Penyeludupan Migran (D7C) Bukit Aman dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pelabuhan Klang, Selangor menahan sebuah bot pom-pom dalam keadaan mencurigakan menghala ke kuala sungai Kuala Selangor.*

               *PUSAT karaoke yang menawarkan khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing di Kampar diserbu Sabtu lalu dalam operasi Unit Operasi Khas (QRT) Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya. Dalam operasi bermula jam 11 malam itu, 20 individu membabitkan wanita dan lelaki tempatan serta warga asing diperiksa dan lapan wanita warga Thailand dipercayai GRO ditahan.*

               *Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Tinggi mengambil masa 10 minit menangkap ular tedung selar seberat 10 kilogam yang memasuki Perpustakaan Desa Kampung Semangar Dalam, semalam. Pegawai APM Kota Tinggi, Mohd Sarul Nizam Khirudin berkata, kejadian kira-kira jam 5.30 petang, reptilia sepanjang kira-kira tiga meter itu dikesan masuk melalui siling.*

               *SAKSI memberitahu Mahkamah Koroner Shah Alam, hari ini, kesan merah dan lebam pada kecederaan rusuk kanan Muhammad Adib Mohd Kassim dipercayai disebabkan objek tumpul. Pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Hafizan Nordin, 33, berkata, perkara itu dilihat berdasarkan andaiannya yang sebelum ini bertugas sebagai pembantu perubatan ATM.*

               *EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo direman tiga hari sehingga Rabu ini, bagi membantu siasatan kes serangan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Insiden berlaku selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Sabtu lalu.*

               *DUA pekerja wanita mengalami muntah dan pening kepala selepas terhidu gas ammonia yang bocor di sebuah kilang baju di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam. Dalam kejadian 4 petang itu, mangsa yang berusia 30-an dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan sebagai pesakit luar.*

               *PENGAWAL keselamatan maut selepas dirempuh kenderaan berat dipercayai lori dalam kemalangan langgar lari di Jalan Bukit Cherakah, dekat Shah Alam, hari ini. Dalam kejadian 7.41 pagi itu, mangsa, Mohd Yazid Mohd Kamdani, 43, dalam perjalanan pulang ke Meru, Klang selepas pulang dari tempat kerja di Alam Denai.*

               *SINDIKET penipuan komersial turut mensasarkan pelajar di Terengganu apabila 304 kes penipuan dilaporkan membabitkan kerugian RM5.2 juta tahun lalu. Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, golongan pelajar hari ini mudah menjadi mangsa sindiket penipuan komersil kerana ramai memerlukan wang segera sehingga terjerat.*

               *BENTUK pembungkusannya seperti serbuk minuman coklat panas segera, namun sebenarnya mengandungi dadah jenis methamphetamine dan ketamin dianggarkan berat 2,135.06 gram dirampas bersama beberapa jenis dadah lain. Dadah itu ditemui sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah ketika serbuan di sebuah rumah di Taman Seri Puyu, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, jam 9 malam kelmarin.*

               *DATUK Seri Anwar Ibrahim mendakwa PAS berbohong apabila mendakwa berlaku pengkhianatan dalam Pakatan Harapan (PH). Presiden PKR itu berkata, dakwaan berkenaan menggambarkan PAS semakin terdesak meraih sokongan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.*

               *TUKANG rumah didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini selepas memiliki wang curi RM5,640 hasil menipu pelanggannya yang terpedaya untuk membuat pinjaman rumah.
Tertuduh, Lim Chau Ching, 34, juga berdepan hukuman penjara empat bulan jika gagal menjelaskan denda itu.*

               *MUSIM ikan panjang yang melanda di Sungai Batang Lupar, Lingga ketika ini memberi rezeki kepada nelayan. Mohd Amirrul Raini, 24, yang sejak kecil menjadikan sungai sebagai sumber rezekinya tidak menyangka semalam ‘hari bertuah’ buatnya sekeluarga apabila banyak memperoleh hasil ikan panjang. “Saya tidak menyangka pukat yang dipasang pada jam 11 pagi di muara sungai berdekatan kampung ‘disentap’ 209 ekor ikan panjang dalam sekali tangkapan.*

               *“ALHAMDULILLAH dengan adanya bantuan sebegini saya tidak lagi buntu apabila terputus bekalan beras,” luah Sarah, 37, pemohon bantuan beras percuma. “Dengan bantuan beras percuma ini sekurang-kurangnya mampu menampung sementara menunggu bantuan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM),” katanya ditemui di Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras (JAPERUN) Serkam, Jasin hari ini. Menurutnya, dia mengetahui mengenai bantuan beras percuma itu daripada rakan.*

               *SEORANG anggota polis trafik patah tangan kanan dan kaki kiri selepas terbabit kemalangan di Kilometer 115, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, Behrang, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata dalam kejadian jam 8.50 malam, Koperal Zaharuddin Zakaria, 57, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim bersama dua anggota lain sedang mengiringi sebuah treler dengan motosikal dari Slim River menuju ke Tanjung Malim.*

               *TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit di Pahang yang bermula 15 Januari 2016 akan tamat pada 31 Mac ini dan tidak akan disambung. Susulan itu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, semua aktiviti perlombongan bauksit dibenarkan beroperasi semula, namun mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.*

               *DENDAM dipercayai menjadi punca peniaga ditetak dua lelaki bersenjatakan pedang dalam kejadian di kedai perkakasan rumah di Kuala Besut, Jertih semalam. Dalam kejadian 5.30 petang, lelaki berusia 36 tahun putus urat siku tangan kiri dan luka di dahi akibat tindakan dua lelaki tidak dikenali yang memakai topi keledar dan bertopeng.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *Zagreb: Seorang wanita Croatia ditahan kerana disyaki membunuh adiknya, 18 tahun lalu selepas polis menemui mayat dipercayai mangsa di dalam sebuah peti sejuk di rumahnya.*
            *Menurut laporan media, Jasmina Dominic, 23, belajar di sebuah kolej di Zagreb ketika dilaporkan hilang pada 2000.*
              *Polis percaya mayat ditemui selepas memeriksa kediaman milik kakaknya di kawasan perkampungan di utara Mala Subotica.*

            *SHANGHAI: Pengeluar makanan terbesar China mengesahkan virus selesema babi ditemui di dalam produk makanan sejuk beku keluaran mereka.*
        *China, negara pengeluar terbesar produk pengguna dan daging babi, berusaha untuk mencegah wabak virus sejak kes pertama di kesan Ogos lalu.*
             *Menurut pegawai, beratus ribu babi diasingkan dalam usaha untuk menghentikan penularan selain memindahkan haiwan itu daripada kawasan yang terjejas.*

             *Makkah: Sebuah hotel di sini, dilaporkan terbakar dalam satu insiden dipercayai berlaku pagi tadi.*
            *Laman web Gulf Daily News yang memetik Almarsd melaporkan, kejadian disyaki berlaku pada jam 11.40 pagi (waktu tempatan) membabitkan sebuah hotel, yang juga sebahagian daripada projek Jebel Omar.*
           *Bagaimanapun, anggota bomba pertahanan awam berjaya mengawal kebakaran, sebelum ia memusnahkan seluruh bangunan.*

            *JAKARTA: Seorang suami menikam isteri dan anak mereka berusia 7 bulan di Blitar, Jawa Timur menggunakan pisau dapur sebelum berlari keluar dalam keadaan bogel dan melaungkan azan di depan kediaman mereka.*
               *Tribun News melaporkan, mangsa Sri Dewi, 29, dan anaknya Vika Nadhira, 7 bulan, ditikam suaminya Nardi, 38, di rumah ibu wanita itu, malah ketika melarikan diri suspek turut menggigit pipi bapa mentua yang cuba menghalangnya.*
             *Selepas membunuh isteri dan anaknya, lelaki itu melaungkan azan di tengah jalan dalam keadaan berbogel, malah sempat mundar-mandir di depan rumahnya sebelum ditahan pihak polis.*

            *SAO PAULO: Jumlah kematian akibat empangan pecah di bandar Brumadinho meningkat kepada 169 orang selain 141 orang masih belum ditemui, kata pihak berkuasa di Minas Gerais semalam.*
              *Empangan itu dimiliki oleh syarikat perlombongan terbesar negara itu Vale SA.*
             *Kelmarin, sekurang-kurangnya 200 penduduk dipindahkan dari kawasan berhampiran empangan yang dikendalikan Vale disebabkan struktur empangan lemah kemungkinan akan runtuh.*

            *BEIJING: Pihak berkuasa China hari Isnin mempertahankan larangannya ke atas pelajar sekolah yang belajar secara tidak formal dari sami Buddha di China barat sebagai kebebasan agama dan budaya.*
               *Pada Disember tahun lalu, di sebuah daerah di barat Qinghai diarahkan pihak berkuasa untuk segera menghentikan kelas baasa Tibet tidak formal yang diajar oleh sami Buddha semasa cuti sekolah pada musim sejuk.*

            *Orlando: Seorang lelaki mencetuskan panik di Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando apabila tindakannya memasukkan tangan dalam poket baju disangka untuk mengambil senjata disimpan di situ, menyebabkan orang ramai bertempiaran melarikan diri.*
             *Ryan Scott Mills, 37, ditahan selepas cuba merempuh pos kawalan keselamatan di lapangan terbang itu pada jam 12.15 tengah hari, Sabtu lalu, kata jurucakap kepada Orlando Sentinel.*
              *Bagaimanapun, ketika ditahan Mills terus memasukkan tangan dalam poket bajunya menyebabkan seseorang yang tidak diketahui menjerit dia mempunyai pistol.*

          *TEHRAN: Pengawal Revolusi Elit Iran hari ini, berkata pihaknya sudah menahan tiga pengganas yang terbabit dalam serangan berani mati ke atas pasukan keselamatan di tenggara Iran, hujung minggu lalu.*
          *”Lokasi persembunyian di bandar Saravan dan Khash dikenal pasti dan berjaya ditumpaskan manakala tiga pengganas yang berpangkalan di sana sudah ditahan.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


         *“KATA-KATA itu ditujukan kepada kawan baik saya yang memarahi pegawai Pahang (pembantu jurulatih),” jelas jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkaitan video yang berdurasi 30 saat yang memaparkan beliau mengeluarkan kata-kata kesat kepada individu lain.*
            *Dollah berkata, beliau bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan pengendali Melaka, Zainal Abidin Hassan yang memarahi pegawai pasukannya apabila mahu mendapatkan penjelasan daripada pembantu pengadil berkaitan insiden di tengah padang.*
            *Katanya, kata-kata kesat itu ditujukan kepada kawan baiknya itu dan bukan kepada pengadil seperti yang diperkatakan oleh netizen.*
         *”Saya menyedari tular video saya mengeluarkan kata-kata kesat dan jika diteliti ia bukan ditujukan kepada pegawai perlawanan atau tidak berpuas hati terhadap keputusan pengadil.*

         *PENDAKWAH bebas membuat laporan polis terhadap pengguna Facebook (FB) berikutan tindakan biadapnya menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aisyah.*
            *Pendakwah terbabit, Ahmad Akmal Datuk M Tahrir, 41, berkata, laporan polis dibuat susulan penularan gambar kartun dalam keadaan berbogel dikongsi di laman sosial pemilik akaun terbabit.*
          *"Tindakan pengguna FB terbabit amat melampau dan keterlaluan kerana memuat naik gambar kartun seorang lelaki bersama kanak-kanak.*

          *YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini, berkenan berangkat menyaksikan pameran ‘The Monarch’ yang diadakan di Galeri Prima, Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur.*
              *Baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mencatatkan nama baginda di buku pelawat galeri sebaik tiba kira-kira 11 pagi.*
             *Baginda berdua seterusnya menyaksikan seluruh pameran berkenaan, sebelum meneruskan lawatan ke Jabatan Pengarang New Straits Times Press (NSTP).*

         *PRODUK madu tualang dari daerah Padang Terap akan diangkat sebagai produk antarabangsa menerusi promosi dan pemasaran yang dilakukan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).*
           *Pengerusi FAMA, Ishak Ismail berkata, keputusan itu dibuat dengan kerjasama kerajaan Kedah selepas kajian menunjukkan madu berkenaan terbukti mempunyai kualiti terbaik berbanding madu tualang dari seluruh negara.*
           *Bagaimanapun katanya, produk madu itu akan melalui proses penapisan panel FAMA di peringkat kebangsaan Mei ini bersama beberapa produk lain yang mewakili setiap negeri seluruh negara.*

           *PELAKON, pengarah dan pelawak veteran, AR Badul, 70, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, jam 4 petang semalam akibat masalah salur darah di jantung tersumbat.*
           *Isterinya, Maizatul Osman, 39, ketika dihubungi berkata, Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie mengalami serangan jantung mengejut di rumah mereka selepas Zuhur, semalam.*

           *Moscow: Penduduk di dua buah bandar di Russia gempar selepas mendapati salji yang turun di kawasan itu bertukar menjadi hitam.*
            *Media tempatan melaporkan, penduduk di bandar Kiselevsk dan Prokopyevsk di wilayah Kuzbass terkejut ketika bangun pagi pada minggu lalu apabila mendapati timbunan salji hitam di halaman rumah dan kenderaan mereka.*
              *Bagaimanapun, salji hitam itu bukan satu fenomena luar biasa tetapi berpunca daripada pencemaran udara yang biasa berlaku di bandar yang terletak di kawasan lombong arang batu.*
              *Penduduk di bandar itu turut berkongsi gambar dan video yang tular di media sosial serta melahirkan kebimbangan udara di kawasan berkenaan.*
                 

*ARENA*
========


          *BAYERN Munich bagai sudah mengetahui bakal berdepan malam sukar seperti lagu kumpulan The Beatles 'A Hard Day's Night' menjelang pertembungan menentang Liverpool pada Liga Juara-Juara (UCL), Rabu ini.*
            *Bagaimanapun, ia tidak menghalang gergasi Jerman itu daripada menjadikan lagu-lagu kumpulan terbabit sebagai inspirasi menjelang perlawanan pertama peringkat kalah mati 16 pasukan terakhir pada saingan berprestij kelab Eropah itu.*
           *Kelab Jerman itu meniru gaya salah satu eksport Merseyside paling berjaya dalam sejarah Britain, The Beatles.*
            *Mereka menggunakan imej lucu ikon kulit album Abbey Road ketika mengirim foto di akaun Instagram 'Yesterday' mereka.*

          *SKUAD bawah 22 (B-22) tahun negara menempah laluan berliku pada aksi pertama kempen Kumpulan B Piala LG B-22 AFF apabila tewas 0-1 di tangan Kemboja di Stadium Olimpik, Phnom Penh, di sini, malam tadi.*
            *Kekalahan anak buah Datuk Ong Kim Swee itu meletakkan mereka kini pada kedudukan sukar untuk melepasi peringkat kumpulan dengan Malaysia wajib mencatatkan kemenangan pada aksi kedua bertemu Indonesia petang esok.*

           *SEGALA teka teki pemain pertama yang akan ‘cabut’ meninggalkan pasukan Perlis akhirnya terjawab apabila penyerang sensasi mereka Safee Sali mengesahkan tidak lagi meneruskan khidmat bersama Singa Utara.*
            *Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim itu dikhabarkan sudah disambar pasukan Liga Super yang berpangkalan di Lembah Klang dan keputusan yang diambil itu demi masa depannya apabila melihat Singa Utara semakin hilang arah.*

          *RATU skuasy negara, Datuk Nicol David mengesahkan akan bersara selepas tamat saingan Jelajah PSA Jun depan, selepas dua dekad mengecapi pelbagai kejayaan di dalam sukan berkenaan.*
           *Menurut pemain berusia 35 tahun itu, ia adalah keputusan yang tepat buatnya bagi membuka lembaran baharu selepas ini namun pada masa sama dia mengakui akan terus kekal aktif di dalam sukan yang dicintainya itu.*

           *KUANTAN: Biarpun terpaksa akur tewas 0-4 kepada Kedah kelmarin, kekalahan itu tidak menjejaskan moral FELDA United bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini.*
           *Justeru, The Fighters berazam bangkit dan tidak mahu mengulangi kesilapan yang menyebabkan kelab itu tewas buat kali pertama selepas mengharungi tiga perlawanan liga musim ini.*
              *Pada dua perlawanan sebelum itu, skuad kendalian Mohd Nidzam Jamil mencatat keputusan positif apabila seri 1-1 dengan Selangor dan PKNP FC 1-1.*

          *KETUA jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT), I Vikneswaran menuntut anak buahnya ‘menjaga’ maruah pasukan dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini yang bakal melabuhkan tirainya 22 Februari ini.*
             *Ini susulan THT yang dilabel pasukan ‘gergasi’ tanah air selepas merekod kejuaraan antara yang terbanyak dalam MHL dan Piala TNB kini bergelut untuk berada sekurang-kurangnya pada kedudukan ketiga terbaik liga musim ini.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2019 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*RAU 20 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 15 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0600*
*SUBUH : 0610*
*SYURUK : 0724*
*ZOHOR : 1330*
*ASAR : 1648*
*MAGHRIB : 1929*
*ISYAK : 2039*


*artikel disiarkan pada tarikh 19feb*


*TANAHAIRKU*
==============


               *Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini, berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP) kepada 200 penerima sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Istana Negara.*

               *SEMUA pihak termasuk pemimpin politik perlu menghormati undang-undang mengenai larangan merokok di premis makanan yang sudah dikuatkuasakan di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, mengikut prinsip, apabila undang-undang larangan merokok di premis makanan dikuatkuasakan ia terpakai kepada semua tanpa ada ‘pilih bulu’ dan ia perlu dipatuhi.*

               *SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini kerana cuba mencuri seekor ayam jantan milik jirannya. Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Ahmad Faizol Hashim, 30, dari Kampung Pengkalan Arang, Kuala Nerus mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 511 KK.*

               *SEORANG anggota PLUS Ronda yang parah selepas kenderaan dinaiki dirempuh lori muatan ayam di Kilometer 204.1 Lebuh raya Utara Selatan arah selatan, meninggal dunia hari ini. Mangsa Hamid Bahsar, 52, berasal dari Muar, Johor, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka beberapa jam selepas kemalangan pada 8.15 pagi itu.*

               *DUA lelaki menerima hukuman setimpal perbuatan mencuri dilakukan mereka selepas dipaksa menghabiskan semua buah longan yang cuba dilarikan dari sebuah rumah di Krokop, Miri, Sabtu lalu. Dalam kejadian 1.15 pagi itu, kedua-duanya berusia 20-an dipaksa menghabiskan buah berkenaan selepas mereka mendakwa buah itu hanya untuk ‘makan sendiri’ bukannya untuk dijual.*

               *SEORANG guru berdepan detik cemas apabila telefon bimbit di tangannya tiba-tiba berasap sebelum meletup dan pecah di Sekolah Kebangsaan (Felda) Chalok Barat, Permaisuri pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, murid dan guru yang sedang mengikuti majlis pelancaran program Jom Ke Sekolah bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) kecoh seketika apabila telefon bimbit milik Guru Penolong Kanan dan Hal Ehwal Murid sekolah berkenaan, Nik Normawati Nik Mat, 41, mula berasap.*

               *LELAKI warga Kemboja parah ditikam di bahagian dada menggunakan pisau dalam pergaduhan membabitkan dua rakan senegaranya di Jalan Yadi, Klang, Ahad lalu. Difahamkan, kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku apabila mereka saling mengata antara satu sama lain ketika sedang meneguk minuman keras.*

               *BAYARAN RM100 akan dibuat kepada setiap individu yang berdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, bayaran berkenaan akan dibuat hujung Mac ini dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka. Menurutnya, bayaran ini akan memanfaatkan lebih daripada tiga juta individu dan membabitkan peruntukan RM300 juta.*

               *LELAKI yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW di Facebook (FB) sudah ditahan di rumahnya di Mentakab, Temerloh, hari ini. Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu. Katanya, suspek berusia 68 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat beberapa individu dan badan bukan kerajaan (NGO) sejak semalam.*

                *POLIS menahan tiga lelaki dan merampas peranti godam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang dilekatkan di mesin berkenaan di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, kelmarin. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, lelaki berusia 30 hingga 48 tahun itu melekatkan mesin pengimbas pada ruang masuk kad ATM.*

               *“SAYA bernasib baik gigitan hanya terkena pada tangan, bukan kaki,” kata Peter Wee Chee Kiong, 20, mangsa serangan buaya di kawasan muara Sungai Lepa, Sarikei semalam. Malah dia menganggapnya itu ‘peluang kedua’ diberikan Tuhan untuk terus hidup apabila serangan reptilia ganas itu hanya mengenai tangannya.*

               *BALU guru Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Alam Impian, Klang yang meninggal dunia selepas rebah ketika azan Zohor bulan lalu menarik nafas lega apabila menerima bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Bantuan bulanan RM1,540 sebulan itu diterima Nurul Izzati Nazirmuddin, 32, yang kematian suami, Allahyarham Muhammad Faisal Yaakub, 32, selepas rebah di sekolah itu 1.30 tengah hari, 8 Januari lalu.*

                *LICIK apabila satu sindiket perjudian dalam talian dari China dikesan menjadikan ibu kota sebagai pusat operasi mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa negara Tembok Besar itu. Malah, dalang sindiket yang hanya menyasarkan pelanggan dari negara itu sanggup melabur RM2.9 juta membeli sebuah rumah jenis penthouse di Kuala Lumpur untuk dijadikan pusat operasi.*

               *INDEKS Gaji Kebangsaan (NWI) dilancarkan secara rasminya hari ini bagi mengukur perubahan gaji dan upah pekerjaan bagi sektor awam dan swasta di negara ini. Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, buat pertama kalinya, negara mempunyai indeks gaji kebangsaan sendiri sekali gus menjadi tanda aras bagi majikan dan syarikat untuk menentukan tahap gaji, membuat pelarasan gaji selain dijadikan input kepada dasar sumber manusia syarikat.*

               *PERBUATAN mengintai dan menghendap bakal menjadi satu kesalahan dan rang undang-undang (RUU) mengenainya dijangka akan dibentang di Parlimen Julai ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong. Beliau berkata, dokumen penting berkaitan RUU berkenaan telah diserahkan kepadanya untuk diteliti, seterusnya dibawa kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan, sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri untuk persetujuan dan kelulusan.*

               *KIRA-KIRA 1,000 daripada 5,000 ayam mati selepas lori 10 tan membawa muatan itu terbalik selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan PLUS Ronda di Kilometer 204.1 Lebuh raya Utara Selatan, hari ini. Kemalangan pada 8.15 pagi itu menyebabkan laluan dua lorong menghala ke utara ditutup sementara untuk kerja pembersihan dan kesesakan berlaku sehingga 11 pagi.*

               *PELAJAR lelaki berusia 13 tahun hampir menjadi mangsa culik tiga lelaki yang menaiki Proton Waja perak ketika berjalan pulang dari sekolah di hadapan simpang masuk Taman Tualang, Jalan Kampar, Batu Gajah semalam. Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa didatangi lelaki itu dari arah belakang.*

               *PENGGALI kubur dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2,060 di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan menghalang tugas penjawat awam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis trafik di Bangunan Merah, Jalan Laksamana, November lalu.*

               *PERSATUAN Penjaja-Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKMWP) bersetuju cadangan tapak Bazar Ramadan dipindahkan dari Masjid India ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur dengan syarat urusan permohonan dipermudahkan khusus untuk ahli persatuan berkenaan. Yang Di Pertua PPPKMWP Datuk Mohamad Abdullah berkata, pihaknya berharap kesemua tapak bazar Ramadan (tapak tradisi) yang diuruskan persatuan penjaja dikekalkan kepada mereka seperti mana tahun sebelumnya.*

               *SEORANG warganegara Bangladesh menangis teresak-esak selepas dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini kerana melakukan gangguan seksualterhadap remaja perempuan. Hakim Wan Azimah Yaacob membuat keputusan itu selepas tertuduh, Firoz Miah, 29, mengaku salah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.*

               *LELAKI yang membelasah wanita di dalam lif dekat Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, direman selama tujuh hari sehingga 25 Februari ini. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, permohonan reman terhadap lelaki berusia 26 tahun terbabit dilakukan pagi ini.*

               *PENIAGA kedai runcit kerugian RM100,000 apabila lori tiga tan miliknya dilarikan penjenayah di Taman Desa Dahlia, Senawang hari ini. Bukan itu saja, barang niaga milik Hasiman Nani, 37, iaitu ikan, udang dan sotong yang diletakkan dalam 10 tong seberat 100 kilogram turut dilarikan.*

               *MEMILIKI empat rekod jenayah berkaitan dadah ternyata gagal menyedarkan seorang pengawal keselamatan dicekup sekali lagi kerana kesalahan sama. Malah, ketika ditahan, lelaki berusia 37 tahun itu turut memiliki dadah heroin bernilai lebih RM6,000. Suspek yang juga seorang penagih dadah dan sudah berkahwin diberkas polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang dalam satu serbuan di hadapan sebuah rumah di Kampung Charuk Kudung, Pendang, semalam.*

               *SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini terhadap pertuduhan merogol kekasih bawah umur, awal bulan lalu. Bagaimanapun tertuduh, Mohammad Hafizal Najwa Zanuar, 22, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu di hadapan Hakim Mohd Rosly Muhamad Nawi.*

               *EMPAT penunggang motosikal yang berteduh di bawah jejambat akibat hujan di Kilometer 204.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Kamunting, Taiping, semalam, cedera termasuk dua parah akibat dirempuh pacuan empat roda. Siasatan awal mendapati Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun dipercayai terbabas dan berpusing lalu melanggar semua mangsa sedang berteduh dibawah jejambat kerana hujan.*

               *IDENTITI lelaki yang terjatuh daripada feri Pulau Pinang baru-baru ini dikenal pasti sebagai warga Myanmar berdasarkan maklumat diberikan rakannya. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, mangsa adalah pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).*

               *PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi menahan lelaki warga emas dan merampas air ketum dan ubat batuk bernilai RM3,000, semalam. Pegawai Pemerintah Polis Marin Langkawi, Deputi Superintendan Rohizan Mohamad Saaid berkata, lelaki berusia 60 tahun itu ditahan di rumahnya di Kuala Sanglang, Kuala Perlis, jam 11.30 pagi.*

               *“DALAM keadaan panik, saya segera mengheret nenek keluar dari bilik tidur dan melihat api sudah marak di sebuah bilik berhampiran dapur,” kata mangsa kebakaran di Kampung Naga Ibu, Tumpat, awal pagi tadi. Menurut Nor Asliza Mohd Asri, 22, kebakaran disedari jam 2.20 pagi ketika dia dan neneknya, Siti Mula Omar, 82, sedang tidur.*

               *IBU dan anak perempuannya didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini atas tuduhan membuat laporan serta memberi keterangan palsu kepada polis, kononnya diragut dua lelaki dikenali.
Tertuduh S Pavithra, yang genap 18 tahun hari ini, dituduh membuat laporan polis palsu di Balai Polis Bercham pada 3.53 petang, 19 Januari lalu dengan memberi keterangan mendakwa dirompak dengan kaedah ragut.*

               *KEMENTERIAN Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah sedia menimbang cadangan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mewujudkan portal khas bagi memudahkan mereka mencari pekerjaan. Menterinya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata, sehingga tahun lalu, seramai 34,981 OKU didaftarkan di negeri ini dengan 3,062 OKU berdaftar di daerah ini.*

               *BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dan timbalannya direman lima hari bermula hari ini, susulan kes suapan membabitkan projek bernilai RM3 juta, tiga tahun lalu. Turut direman adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembuatan kapal.*

               *TINDAKAN pantas pemandu bas sekolah memberhentikan kenderaan selepas mendapati bas itu terbakar di Plaza Tol Lebuhraya Senai-Desaru (arah Senai) di Kulai, berjaya menyelamatkan 38 murid sekolah, pagi tadi.*

               *SEORANG lelaki warga asing sempat menyorok di belakang pintu ketika premis kediamannya di Pokok Sena diserbu pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, semalam. Lelaki berusia sekitar 30-an itu dipercayai berbuat demikian untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa, namun gagal apabila ditahan untuk pemeriksaan lanjut.*

               *SEORANG kontraktor diperdaya sindiket jualan langsung yang menjanjikan hadiah RM150,000 selepas membeli barangan elektrik bernilai RM3,500. Malah barangan yang diterima tidak setanding harga menyebabkan lelaki berusia 40-an itu nekad membuat laporan polis selain aduan kepada Persatuan Pengguna Kedah (CAKE).*

               *KANAK-KANAK lelaki yang hilang di Sungai Muanad, Kampung Muanad Tiga, Beluran, semalam ditemui lemas pada 7.47 pagi, hari ini. Mayat Amanual Darius, 7, ditemui berhampiran tempat dia dilapor hilang selepas sejam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersambung.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *MEXICO: Isteri seorang usahawan dipenggal kepalanya kerana suaminya enggan membayar wang tebusan empat juta peso (RM817,060).*
            *Mayat Susana Carrera ditemui berbalut plastik sampah di tepi jalan di Coatzacoalcos, dekat Teluk Mexico, seminggu selepas dia diculik di luar rumah rakannya.*
            *Menurut Daily Mail, sekeping nota ditemui bersama mayatnya berbunyi “Inilah yang berlaku kepada saya kerana suami saya tidak mahu membayar wang tebusan”.*
            *Berdasarkan rakaman CCTV, Carrera ke rumah rakan untuk menjemput anaknya apabila dia ditarik seorang lelaki masuk ke dalam kereta.*

           *SEOUL: Doktor yang merawat seorang lelaki selepas mengadu sakit perut terkejut apabila menemui batu, penutup botol serta wang syiling seberat 2 kilogram (kg) di dalam perutnya.*
            *Lelaki berusia 54 tahun yang menghadapi masalah lembam itu mengaku dia mempunyai tabiat menelan objek terbabit setiap kali berasa keresahan.*
          *Dia hadir ke hospital baru-baru ini untuk mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Ilsan Paik kerana sakit perut dan doktor menyedari ada sesuatu tidak kena sebelum melakukan imbasan serta menemui objek berkenaan.*

           *SAN FRANCISCO: Sebanyak 16 negeri di Amerika Syarikat (AS) mengemukakan tindakan undang-undang terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump susulan keputusan pengisytiharan darurat kebangsaan, dalam usaha untuk mendapat dana membiayai pembinaan tembok sempadan dengan Mexico.*
          *Tindakan undang-undang yang difailkan di Mahkamah Persekutuan California itu menegaskan, arahan presiden bercanggah dengan Fasal Penyerahan yang menggariskan prosedur perundangan dan Fasal Peruntukkan yang mentakrifkan Kongres sebagai penentu muktamad dana awam.*

           *Bengaluru, India: Dua pesawat tentera udara India terhempas selepas bertembung di udara ketika berlatih untuk pertunjukan akrobatik di negeri Karnataka menyebabkan seorang juruterbang terbunuh dan dua lagi cedera, semalam.*
           *Kementerian Pertahanan India mengesahkan dua pesawat Hawk dari Pasukan Pertunjukan Aerobatik Surya Kiran terhempas dekat pangkalan udara Yelahanka.*
           *Pasukan aerobatik itu dijadual melakukan persembahan untuk Aero India 2019, pameran udara lima hari yang dijangka menarik kira-kira 500 firma penerbangan India dan asing serta kontraktor pertahanan.*

         *JAKARTA: Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 magnitud menggegarkan kawasan tenggara daerah Malang, Jawa Timur dan Blitar, Jawa Selatan awal pagi ini.*
           *Gempa berpusat di 159 kilometer (km) tenggara daerah Malang itu berlaku pada jam .30 pagi waktu Indonesia Barat.*
             *Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gegaran itu dirasakan di Lumajang, Karangkates, Kuta, Nusa Dua dan Malang.*
           *Tiada amaran ancaman tsunami dikeluarkan.*

          *WASHINGTON: Seorang kelasi yang terkenal dengan gambar ikonik mengucup wanita di Times Square, New York ketika orang ramai meraikan tamatnya Perang Dunia Kedua, dilaporkan meninggal dunia pada usia 95 tahun.*
         *Berita kematian George Mendonsa itu dimaklumkan oleh anak perempuannya kepada akhbar harian, The Providence Journal.*
          *Menurut Sharon Molleur, bapanya mengalami serangan jantung pada Ahad lalu, selepas jatuh di sebuah pusat penjagaan di Middletown, Rhode Island.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


        *VIDEO seorang lelaki dirakam sedang memukul dan memarahi seorang kanak-kanak lelaki dipercayai penghuni sebuah rumah kebajikan kanak-kanak di Taiping, kini tular di laman sosial.*
           *Video berdurasi dua minit 10 saat itu memaparkan tindakan lelaki terbabit memukul seorang kanak-kanak lelaki kerana dikatakan melekatkan sisa gula getah di keretanya.*
         *Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah kebajikan dan satu laporan mengenai penularan video berkenaan diterima polis, malam tadi.*

        *CUKUR rambut bagi mengelak daripada dikesan polis. Tindakan itu dilakukan lelaki yang membelasah wanita di dalam lif dekat Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian itu tular media sosial.*
         *Bagaimanapun, taktik digunakan suspek berusia 26 tahun terbabit gagal apabila polis menyerbu kediamannya di Taman Cheras, semalam.*

        *SEBUAH hospital swasta di Sungai Petani yang dikaitkan dengan iklan tawaran biasiswa bagi pelajar kejururawatan yang bersifat perkauman menarik balik semua iklan berkenaan.*
          *Iklan yang diletakkan di hospital berkenaan serta sebuah lagi hospital swasta serta dimuat naik di laman sosial mereka ditarik balik sejak semalam.*
           *Namun, iklan berkenaan menimbulkan salah faham masyarakat apabila menyatakan keutamaan diberikan kepada pelajar bukan Melayu seperti Cina, Siam, Kristian dan India.*
           *Perkembangan itu kemudian tular sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai.*

        *POLIS menafikan motosikal jenis Benelli adalah kenderaan baharu yang digunakan pihaknya.*
          *Pengarah Jabatan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Datuk Sri Tajudin Md Isa berkata, setakat ini pihaknya tidak melancarkan sebarang motosikal baharu.*
          *”Motosikal berkenaan kemungkinan digunakan untuk dipandu uji. Difahamkan, gambar motosikal jenis Benelli itu dimuat naik seorang individu yang mengatakan akan digunakan oleh pasukan PDRM.*
            *Gambar berkenaan kemudian tular di laman sosial berikutan model yang dimuat naik tidak pernah digunakan polis. Motosikal lengkap dengan pelekat dan lambang polis itu diambil di sebuah balai polis yang tidak dinyatakan.*

         *IMPIAN seorang kakitangan kerajaan untuk melancong ke Eropah selama 11 hari musnah apabila kerugian RM8,950 selepas ditipu syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian tidak wujud di laman Facebook (FB).*
             *Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita berusia 30 tahun itu pada mulanya melihat satu iklan percutian ke Eropah selama 11 hari lapan malam di FB pada Oktober 2017.*
           *”Mangsa kemudian berurusan dengan seorang wanita dan selepas membuat perbincangan dia bersetuju untuk mengambil pakej percutian berkenaan.*

        *SUASANA di Taman Sentosa, Klang gempar seketika apabila dua lembu jantan ‘membeli belah’ di sebuah kedai serbaneka di kawasan itu Jumaat lalu.*
           *Dalam kejadian 11 pagi itu, dua haiwan terbabit dikatakan memasuki premis berkenaan kerana kelaparan mencari makanan.*
           *Penduduk yang mahu dikenali sebagai Lin, 30, berkata, ketika kejadian dia membeli barangan keperluan dan terdapat lima pelanggan serta tiga pekerja premis itu.*
           *Sebelum ini, satu video tular di laman Facebook (FB) yang memaparkan dua lembu itu dilihat berlegar-legar di hadapan premis berkenaan.*

         ♂ *NAIB Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekali lagi menyindir Datuk Seri Najib Razak supaya membawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berkempen bersamanya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.*
             *Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR dalam dengan nada gurauan berbaur sindiran semalam menyatakan rasa hairan apabila Najib yang kini popular dengan panggilan ‘bossku’ memilih untuk bersendirian mengelilingi kampung menaiki motosikal.*
         *”Jangan main-main... nanti bossku datang naik motor esok dia masuk Kampung Rinching Hilir.*

         *BAPA kepada tujuh anak antara 107 kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berjaya memperoleh sijil pertama bagi Kursus Persijilan Organisasi Lestari selepas 18 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.*
           *Menurut Penyelia Kemajuan Komuniti KEMAS, Meor Harun Meor Osman, 58, berulang alik dari Sungai Siput, Perak ke Pulau Pinang setiap minggu selama empat bulan antara cabaran dihadapinya selain tahap kesihatan isteri, Sharifah Noramiza Syed Mohamed, 55, yang tidak mengizinkan.*
            *Saya berulang alik lebih 300 kilometer setiap minggu demi menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dan menjadi satu cabaran kepada saya,” katanya.*

         *Jakarta: Seorang wanita di Indonesia menjadi popular di media sosial selepas berkongsi videonya menjilat dan memakan pelbagai jenis sabun mandi serta memberi ulasan produk mana yang lebih sedap.*
           *Khosik Assyifa, 21, berasal dari Jawa Timur menjadi popular di media sosial selepas berkongsi tabiat makanan peliknya di Instagram.*
           *Wanita itu memuat naik video menunjukkan dia menjilat dan memakan beberapa sabun mandi serta memberi ulasan mengenai rasanya.*
          *Apa yang menariknya, Khosik bukan menjilat sabun mandi itu dengan hujung lidahnya tetapi dia menjilat dan memakannya seperti aiskrim.*

         *BUKAN timang bola biasa-biasa!*
             *Begitulah reaksi penonton selepas menyaksikan lenggok seorang wanita Tanzania mempamer kemahiran menimang bola dengan cara tersendiri yang tular di media sosial.*
              *Biasanya seni ‘slick’ itu ditayangkan oleh pemain bolasepak profesional namun wanita terbabit bersahaja melakukannya ketika aksi dirakam.*
          *Wanita yang meminati pemain Liverpool, Sadio Mane itu melakukan pelbagai cara dengan menanduk, menggunakan bahu, dada dan mencangkung.*
                 

*ARENA*
========


          *KEBANGKITAN semula Novak Djokovic selepas pulih kecederaan tahun lalu melayakkan bintang tenis Serbia itu memenangi Anugerah Atlet Terbaik Tahunan Laureus, awal pagi tadi.*
             *Pemainberusia 31 tahun itu yang menjuaraiTerbuka Australia Januari lalu dan merangkul trofi Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat 2018 selepas pulih pembedahan siku –memenangi anugerah itu kali keempat mengatasi pemenang Piala Dunia Perancis, Kylian Mbappe dan juga bintang NBA, LeBron James.*
          *Ikon gimnastik Amerika Syarikat, Simone Biles pula merangkul gelaran Atlet Terbaik Wanita buat kali kedua selepas kejayaan bersejarah atlet berusia 21 tahun itu di Kejohanan Dunia tahun lalu.*

          *PAUL Pogba mendapat pujian melambung Phil Neville yang dianggapnya pemain terbaik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.*
              *Kata-kata itu muncul selepas pemain tengah itu mempamer prestasi cemerlang ketika Manchester United menyingkirkan Chelsea 2-0 daripada saingan Piala FA.*
          *Pogba menjadi penggerak utama skuad itu ketika menang 2-0 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.*
           *Pemain berusia 25 tahun membuat hantaran lintang membolehkan Ander Herrera menjaringkan gol pertam dengan Pogba menanduk bola masuk gol kedua sebelum tamat babak pertama.*

          *MASSIMILIANO Allegri memberitahu Juventus supaya tidak gentar dengan Atletico Madrid tetapi bagi salah satu daripada dua pasukan itu, perkara paling mereka takuti dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini bakal menjadi realiti.*
           *Tersingkir daripada saingan 16 terbaik pasti sukar diterima buat dua kelab yang menjadi pasukan pilihan ketika undian peringkat kalah mati pada Disember lalu.*
            *”Mereka yang bercita-cita tinggi tidak akan gentar,” kata Allegri selepas pasukannya diundi bertemu Atletico dengan aksi pertama berlangsung di Wanda Metropolitano pada awal pagi Khamis.*

         *TAHNIAH dan semoga mencetus semangat baru buat empat atlet Malaysia.*
         *Itulah dapat diperkatakan selepas atlet akuatik negara yang juga anak jati Kuala Lumpur, Nur Dhabitah Sabri dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Wilayah (AMW).*
         *Tiga atlet lagi iaitu Jabriella Teo Samuel, Muhammad Erry Hidayat Muhammad Hidayat dan Nur Ain Nabilah Tarmizi dianugerahkan Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).*

         *Kuala Lumpur: Belum selesai! Itu hakikat yang perlu diakui selepas perubahan tarikh Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 yang diumumkan baru-baru ini.*
            *Walaupun sudah mendapat lampu hijau Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), dua perlumbaan dijangka terjejas selepas tarikh asal LTdL diubah dari 24 hingga 31 Mac susulan arahan kabinet susulan pertindihan dengan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi2019.*
            *Terbaru, penganjur Tour de Iskandar Johor 2019 (TDIJ), Sovereign International Ventures Sdn Bhd mengakui tarikh LTdL 2019 yang dianjakkan kepada 6 hingga 13 April bakal menganggu kelancaran perlumbaan di selatan tanah air itu.*

         *Kuala Lumpur: Bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri berharap kesebelasan utama skuad bawah 22 tahun (B-22) terus fokus mencipta kemenangan dalam perlawanan kedua Piala AFF B-22 menentang Indonesia, esok.*
         *Menurutnya, ketiadaan pemain tonggak termasuk Safawi Rasid dan Akhyar Rashid dalam pasukan bukan alasan untuk pasukan kebangsaan memberikan saingan kepada lawan dalam Kumpulan B.*

         *PENYERANG sensasi Kedah, N Thanabalan tidak berkecil hati sekalipun tidak membarisi kesebelasan utama dalam tiga aksi Liga Super sebelum ini.*
          *Malah pemain berusia 24 tahun itu turut meluahkan rasa gembira beraksi bersama Kedah yang disifatkan mampu meningkatkan prestasinya di Liga Malaysia musim ini.*
             *Saya gembira bersama Kedah. Walaupun hanya beraksi 15 minit bertemu Perak, tetap memberi saya motivasi untuk melonjakkan mutu permainan."*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.430841 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list