CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

  [Copy link]
 Author| Post time 21-2-2019 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*KHMIS 21 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 16 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0600*
*SUBUH : 0610*
*SYURUK : 0724*
*ZOHOR : 1330*
*ASAR : 1647*
*MAGHRIB : 1929*
*ISYAK : 2039*


*artikel disiarkan pada tarikh 20feb*


*TANAHAIRKU*
==============


               *KETUA Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim menyelar pemimpin DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau yang didakwa mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan. Beliau berkata, jika yang dilaungkan pemimpin DAP itu adalah benar, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) wajib mengambil tindakan terhadapnya. "Berita macam ini merosakkan perjuangan PH. (Lim) Kit Siang dan (Lim) Guan Eng elok ‘cilikan’ mulut si celupar ini.*

               *Kes denggi di negeri ini dilihat membimbangkan dengan peningkatan mendadak kepada 1,492 kes bagi tempoh tujuh minggu pertama tahun ini berbanding 776 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, peningkatan sebanyak 92.27 peratus itu menjadikan Johor negeri ketiga tertinggi selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan.*

                *POLIS masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan terhadap Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dikatakan ada hubungan rapat dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya tidak boleh mengulas lanjut mengenai dakwaan terhadap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu, kerana ia masih di peringkat awal siasatan.*

               *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang peguam bergelar Datuk yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta. Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan jam 4.25 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir untuk memberi keterangan.*

               *WANITA sanggup berulang-alik sejauh satu kilometer (km) setiap hari dengan menaiki motosikal bersama teman lelaki dari rumahnya di Bukit Jenun ke Port Loji di Ladang Kelapa Sawit, Pendang, untuk menagih dadah. Namun, kegiatan wanita berusia 24 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup polis bersama teman lelakinya itu yang berusia 39 tahun serta 21 lagi lelaki yang disyaki penagih yang menjadikan kawasan itu sebagai port dadah.*

               *KERJA-KERJA menambak Pantai Lido hingga mengganggu sistem pengaliran air dari Sungai Chat ke pantai itu dikenal pasti sebagai punca banjir kilat kerap berlaku di sekitar Kampung Mohd Amin, Johor Bahru, sejak kebelakangan ini.*

                *KEMENTERIAN Kesihatan memberi jaminan akan terus memantau tahap kesihatan penduduk di kawasan perlombongan bauksit di Pahang berdasarkan statistik laporan yang diperoleh kelak. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pemantauan itu dilakukan menerusi kemudahan kesihatan yang ada di sana termasuk klinik kesihatan dan hospital.*

                *RIBUAN naskhah al-Quran bernilai RM502,800 yang cuba diseludup masuk menggunakan kontena di Pelabuhan Utara, Klang dirampas Kementerian Dalam Negeri (KDN), kelmarin. Difahamkan, kitab suci dari Indonesia itu diseludup bagi pasaran tempatan dan dijual secara atas talian berikutan menerima permintaan tinggi terutama menjelang Ramadan.*

                *PEKERJA kilang warga Bangladesh maut selepas tersepit mesin membuat sarung tangan dalam kejadian di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kelemak Alor Gajah hari ini. Kejadian jam 6.45 pagi itu mengakibatkan mangsa, Md Al Mamun, 31, maut di lokasi kejadian. Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku apabila baju dipakainya tersangkut pada mesin menyebabkan dia tersepit.*

               *TIGA pelacur dipercayai wanita warga Thailand sanggup membahayakan diri keluar melalui tingkap di tingkat satu sebuah bangunan di Setapak, Kuala Lumpur dalam usaha melarikan diri selepas premis rumah urut itu diserbu, hari ini. Seorang daripadanya cedera selepas nekad terjun dari bangunan itu sebelum melarikan diri, manakala dua lagi wanita berjaya dicekup susulan tindakan pantas pihak berkuasa.*

               *KEMENTERIAN Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas bagi ditempatkan untuk mengawal keselamatan di Stesen MRT yang berisiko tinggi susulan kejadian pukul dan samun seorang wanita di Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras, 14 Februari lalu.*

               *TIGA lelaki parah dilibas dengan parang termasuk putus ibu jari kanan dan patah tangan kiri dalam kejadian amuk di pekan Sungai Pinang, Balik Pulau 2.30 pagi, 8 Februari lalu. Dalam kejadian berpunca daripada masalah keluarga itu, lelaki berusia 37 tahun bertindak menyerang ketiga-tiga mangsa menggunakan parang di hadapan sebuah kedai runcit di situ.*

                *WANITA berusia 27 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih sejam apabila tangan kanannya tersepit dalam mesin penghancur bahan herba di sebuah kilang di Jalan Harmoni Empat, Ijok, Bestari Jaya semalam. Kejadian jam 4 petang itu mengakibatkan mangsa yang juga operator mesin putus jari tengah.*

               *TIGA lelaki berusia 36 hingga 40 tahun yang juga tokan dadah dikesan menggunakan penimbang digital menyerupai kotak rokok bagi mengelak aktiviti mereka dikesan polis. Namun, usaha penjenayah itu gagal selepas mereka diberkas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Rusa, Balik Pulau, 3 pagi semalam.*

               *MAHKAMAH Tinggi Seremban hari ini mengenepikan hukuman penjara lima tahun terhadap bekas guru atas pertuduhan memiliki kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) secara tidak sah, lima tahun lalu.*

               *GOLONGAN wanita mesti berani menangkis perasaan malu membuat pemeriksaan kanser payudara kerana diagnosis awal boleh mengurangkan risiko kematian. Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berkata, pengesanan awal penyakit itu sangat penting kerana ia boleh membantu dan meningkatkan peluang untuk sembuh.*

               *MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan kerajaan dan empat yang lain untuk mengetepikan saman seorang remaja 18 tahun yang terputus kepala zakarnya ketika berkhatan, lapan tahun lalu. Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas bertemu peguam remaja terbabit, Mohamad Zainuddin Abu Bakar.*

                *JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyambut baik hasrat Kementerian Kesihatan untuk memperluaskan perkhidmatan kesihatan sekolah kepada sekolah agama berdaftar dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri.*

               *RAYUAN Sirul Azhar Umar, bekas pengawal peribadi yang dijatuhi hukuman mati pada 2015 dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, untuk mendapatkan suaka politik di Australia ditolak pada Isnin, dan dia mungkin dihantar pulang, jika Malaysia memansuhkan hukuman mati.*

               *HASRAT seorang daripada enam mangsa kebakaran yang maut di pusat hiburan di Times Square, Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh, hari ini, untuk bersarapan bersama keluarga tidak kesampaian. Dalam kejadian 5.30 pagi itu, Tai Chee Kin, 37, maut bersama lima lagi mangsa dipercayai akibat terhidu asap tebal.*

               *CUBAAN seorang pemandu lori membawa keluar sejumlah kayu balak bergergaji dikenali kayu batak secara haram, gagal apabila dikesan penguat kuasa Jabatan Hutan Sarawak (JHS). Treler membawa 40 balak pelbagai saiz dan spesis itu dipercayai dari kawasan hutan berdekatan Serian, ditahan di Jambatan Batang Sadong pada 4.25 petang semalam.*

               *DUA pakar forensik yang memeriksa 11 daripada 23 mayat penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang maut dalam kebakaran tragis dua tahun lalu memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sembilan daripada 11 mayat dalam keadaan terbakar dan rentung.

               *PENUMPANG Keretapi Tanah Melayu (KTM) komuter bakal menikmati diskaun tambang 20 peratus bagi semua lima jajaran seluruh negara bermula 1 April depan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet susulan cadangan kementerian pada mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara minggu lalu bagi meringankan kos sara hidup pengguna komuter.*

               *USTAZAH Nur Farhana Ibrahim, 27, yang dilaporkan hilang di Balik Pulau 14 Januari lalu sebelum dijumpai di Kuala Kangsar empat hari kemudian akan ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth. Sumber berkata, arahan itu sepatutnya berkuatkuasa 18 Februari lalu namun mungkin ditangguhkan kerana Nur Farhana masih bercuti sehingga 25 Februari ini.*

               *KERAJAAN Kerajaan disaran menyiasat semula skandal kewangan membabitkan Maika Holdings Berhad (Maika) seperti bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (Mywatch), Datuk R Sri Sanjeevan berkata, skandal itu mengakibatkan 66,000 pelabur masyarakat India kerugian RM106 juta.*

               *PEMBANTU pejabat sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, hari ini, atas pertuduhan menerima deposit tanpa lesen yang sah dalam skim pelaburan Yayasan PBI Sedunia hampir RM500,000, dua tahun lalu. Bagaimanapun, Tham Yik Keong, 50, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zamri Bakar.*

               *LEBIH 900,000 permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 diterima sejak ia dibuka 1 Februari lalu hingga hari ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataannya, ia merangkumi 200,000 permohonan baharu dan 700,000 permohonan kemas kini. "Tempoh pendaftaran dan mengemas kini BSH 2019 dibuka bermula 1 Februari hingga 15 Mac ini.*

               *PENAGIH dadah di Kelantan kini beralih mengambil daun ketum sebagai alternatif untuk melepaskan ketagihan berikutan harganya yang lebih murah, mudah diperoleh dan kekurangan bekalan dadah. Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, berdasarkan statistik, pihaknya mendapati peningkatan hampir 100 peratus membabitkan rampasan ketum tahun lalu.*

               *MEKANIK dihukum penjara 14 tahun dan enam sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini, selepas didapati bersalah atas pertuduhan merogol kekasihnya, tiga tahun lalu. Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Shahrul Azam Mohd Supri, 22, dan memerintahkan hukuman berjalan mulai hari ini.*

               *DUA parah, dua lagi cedera ringan selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 26.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), menghala ke Selayang, di Gombak, hari ini.*

               *BAGAI adegan dalam filem, apabila polis mengejar sebuah Proton Perdana dinaiki dua lelaki yang mencurigakan, sejauh dua kilometer dari Kampung Pak Mud, Jeli. Mereka bagaimanapun berjaya ditahan selepas kereta hilang kawalan dan terbabas berhampiran sebuah stesen minyak di Kilometer 98 Jalan Kota Bharu-Machang-Gerik dekat Jeli, 2.30 petang kelmarin.*

               *PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa supaya Akta Makanan Haiwan 2019 dipinda bagi memastikan ia selari dengan garis panduan pensijilan halal, sekali gus mampu mengawal industri berkenaan. Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata pindaan itu perlu memasukkan unsur halal di dalam penyediaan, pemprosesan, pengeluaran dan penyelenggaraan makanan haiwan bagi memastikan ia memenuhi keperluan dan tidak dicemari bahan berbahaya.*

               *TIGA lelaki warga negara Thailand direman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung insiden protes dengan menutup pintu pagar di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Ahad lalu.*

               *PERGADUHAN hampir tercetus antara penduduk kampung dan jentera Pakatan Harapan (PH) semasa Datuk Seri Najib Razak berkempen di Pekan Rabu Beranang, Hulu Langat pagi tadi. Suasana tenang di pasar pagi itu dengan bekas Perdana Menteri yang berada di kawasan berkenaan bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi bertemu penduduk sekitar, dikejutkan dengan suara menjerit ‘tangkap dia’, ‘pencuri’ dan perkataan yang tidak enak didengar.*

               *JABATAN Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) akan menyiasat dakwaan seorang guru besar di sebuah sekolah rendah yang ponteng kerja sejak sesi sekolah dibuka awal tahun ini. Pengarah JPNS, Mistirine Radin berkata, siasatan akan dijalankan berikutan banyak aduan diterima pihaknya termasuk dari wakil rakyat di kawasan berkenaan berkaitan ketidakhadiran guru besar itu ke sekolah.*

               *PAUL Stadlen, pernah menjadi penasihat media kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, hari ini didakwa tanpa kehadirannya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur atas tuduhan mengubah wang haram berjumlah RM15 juta. Sumber Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata Stadlen kelahiran Britain didakwa di Mahkamah Seksyen.*

               *PARUH burung enggang yang menjadi lambang kemegahan Sarawak dijual di pasaran gelap China pada harga lebih AS$1,000 atau bersamaan RM4,017. Situasi itu mengancam habitat haiwan liar berkenaan sehingga dikategorikan antara haiwan paling terancam di negeri itu. Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh yang mendedahkan perkara itu berkata, permintaan tinggi terhadap paruh burung enggang itu mengancam habitat burung berkenaan.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *PARIS: Dalam pada dunia fesyen meratap kematian ikon Chanel, Karl Lagerfeld, kucing kesayangannya Choupette mungkin antara pewaris hartanya bernilai 150 juta (RM798 juta) bersama anak pembaptisannya yang juga model lelaki berusia 11 tahun.*
             *Lagerfeld meninggal dunia di hospital di Paris pada usia 85 tahun, semalam, dan antara teman setianya pada akhir hayatnya adalah kucingnya baka Birman, Choupette yang pernah disifatkan ‘kekasih,’ lapor Daily Mail.*
            *Choupette tidak ubah seperti diva apabila turut sering digunakan dalam pelbagai kempen model dan pengiklanan sejak 2012 termasuk kereta Opel serta barangan solekan. Chanel juga pernah mengeluarkan koleksi ‘Choupette in Love’ yang diinspirasikan mata kucing berkenaan.*

          *SINGAPURA: Seorang suami jahanam dipenjara 25 tahun setengah dan 24 sebatan rotan kerana yang memaksa isterinya melacur untuk membeli susu dan lampin bayi.*
           *Lelaki berusia 27 tahun itu juga mengaku memaksa anak perempuannya berusia enam tahun melakukan seks oral, selain membogelkan dan mencabul anak saudara perempuan isterinya yang berusia 13 tahun pada hari remaja itu sepatutnya mengambil peperiksaan akhirnya.*
            *Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Chan Seng Onn berkata: “Kamu memang jahanam. Tertuduh ini dengan jijik mengeksploitasi tiga perempuan yang sepatutnya dilindunginya.”*

          *BEIJING: Seorang pelajar perempuan ‘kantoi’ menggunakan robot untuk menyiapkan kerja sekolahnya selepas ibunya mengesyaki sesuatu apabila dia berjaya menghabiskan tugasannya dengan terlalu cepat dan kemas.*
            *Dalam kejadian di Harbin, Heilongjiang itu, remaja berusia 15 tahun terbabit dilaporkan membeli robot berkenaan dalam talian dengan harga 800 yuan (RM484) menggunakan wang ang pow diperoleh ketika sambutan tahun baharu, baru-baru ini, lapor Daily Mail.*
           *Ibunya mengesyaki sesuatu tidak kena apabila dia berjaya menyiapkan semua kerja sekolah dalam hanya dua hari dengan tulisan yang sempurna tanpa sebarang kesilapan, lapor media China.*

          *Bangkok: Seorang wanita di utara Thailand bertindak menembak suaminya selepas bergaduh dengan lelaki itu yang enggan memberitahu siapa yang menelefonnya pada lewat malam Hari Velentine lalu.*
           *Dalam kejadian di daerah Kalasin, Jumaat lalu, pasangan berkenaan, Dr Ratthasat, 45, dan isterinya, Mayura, 44, bertengkar ketika makan malam selepas si suami enggan memberitahu siapa menelefonnya pada 14 Februarilalu.*
           *Menurut laporan beberapa portal berita Thailand, pertengkaran itu berpanjangan sehingga ke rumah dan dalam keadaan kelam-kabut, wanita berkenaan melepaskan tembakan yang mengenai pipi suaminya.*

         *HONG KONG: Seorang wanita Hong Kong yang mencuri dua anak kucing Parsi berjaya menyeludup haiwan itu keluar dari Taiwan dengan menyembunyikan dua haiwan terbabit dalam baju menjadikan dirinya seperti hamil, baru-baru ini.*
            *South China Morning Post melaporkan, pihak berkuasa Lapangan Terbang Taoyuan kini memulakan siasatan bagaimana wanita itu dapat melepasi pemeriksaan keselamatan tanpa disedari membawa kucing berkenaan.*
           *Akhbar tabloid Taiwan, Apple Daily, melaporkan rakaman CCTV lapangan terbang menunjukkan wanita berkenaan kelihatan lebih ‘berisi’ selepas keluar dari tandas berbanding sebelumnya.*

           *PADAH bergaduh di khalayak ramai di New York, satu pasangan suami isteri dari China tidak dapat pulang ke negara mereka mengikut jadual selepas ditahan kerana di Amerika Syarikat, pergaduhan itu dianggap jenayah rumah tangga.*
             *Menurut laporan South China Morning Post, seorang wanita dikenali sebagai Zhang meminta bantuan Konsulat China di New York kerana suaminya ditahan polis selepas mereka bergaduh hingga berlaku pergelutan di luar hotel di bandar raya itu.*
        *Dua pejalan kaki yang menyaksikan kejadian itu melaporkannya kepada polis dan suami Zhang ditahan polis Amerika atas tuduhan melakukan keganasan rumah tangga.*

          *Geneva: Seorang peluncur ski maut selepas ditimbus runtuhan salji di Banjaran Alps, Switzerland manakala operasi mencari dan menyelamat mangsa lain dihentikan seketika selepas dibuat sepanjang malam, kata polis, hari ini.*
           *Empat orang dilaporkan tercedera dalam kejadian yang berlaku semalam di stesen ski Crans-Montana di selatan Switzerland.*
          *Polis di Valais menerusi Twitter berkata, salah seorang daripada mangsa runtuhan yang maut itu adalah rakyat Perancis berusia 34 tahun.*

         *Baitulmuqaddis: Menteri Imigresen Israel, Yoav Galant memanggil semua penduduk Yahudi di Perancis pulang, selepas berlakunya perbuatan vandalisme anti-Semitik yang merosakkan kubur komuniti itu di selatan Perancis.*
           *AFP yang memetik Galant berkata, tindakan itu mengingatkan kembali sejarah zaman kegelapan yang dilalui oleh Yahudi.*
          *"Saya melawat komuniti Yahudi di Paris minggu lalu yang berdepan dengan serangan anti-Semitik dan dalam proses asimilasi.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *DUA kereta model Honda Civic Type R tular di media sosial yang didakwa bakal digunakan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebenarnya adalah untuk dipandu uji.*
            *Pengarah Jabatan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Datuk Sri Tajudin Md Isa berkata, kenderaan terbabit diberikan syarikat berkenaan sebagai pinjaman untuk dipandu uji.*
           *"Ia adalah cadangan daripada syarikat terbabit untuk pasukan PDRM memandu uji kenderaan berkenaan.*

           *JOHOR BAHRU: Telatah mencuit perasaan seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) menyanyikan lagu Kumpulan Revolvers bertajuk Namun Ku Punya Hati bukan saja tular hingga dikongsi lebih 1,000 kali di pelbagai aplikasi media sosial sejak kelmarin, malah mendapat pelbagai reaksi positif netizen.*
            *Video berdurasi tiga minit dan 46 saat nyanyian Muhammad Syabil Abd Khalid, 10, murid Sekolah Kebangsaan Datuk Ismail Sadon Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, dekat sini, ditonton lebih 50,000 pengguna Facebook (FB) terutama menerusi pelbagai akaun komuniti daerah dan negeri ini.*

          *BUKAN sahaja didera ibu dan bapa tirinya sejak dua tahun lalu, kanak-kanak lelaki yang diselamatkan polis di Pangsapuri Desa Melayu, Taman Bayu Puteri, Johor Bahru, semalam, didapati tiada MyKid kerana kelahirannya tidak pernah didaftarkan.*
            *Keadaan itu menyebabkan kanak-kanak berusia 12 tahun itu tidak pernah bersekolah dan tinggal di rumah bersama dua adik tirinya, perempuan berusia 3 tahun dan lelaki berusia setahun.*
            *“Gambar yang tular di FB menunjukkan suspek berpakaian ‘vest Polis’ dan duduk di atas motosikal adalah gambar lama ketika dia masih berkhidmat sebelum ditamatkan perkhidmatan pada 2013,” katanya.*
             *Shahurinain berkata, suami isteri itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 26 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.*

         *SEBUAH restoran di Teluk Intan diperiksa polis dan Jabatan Kesihatan, semalam, selepas aduan pelanggan yang mengalami simptom lemah dan khayal selepas makan di premis berkenaan.*
           *Dalam operasi bersepadu pada 11.20 pagi itu, turut ditahan seorang tukang masak dan dua pembantunya termasuk seorang warga Bangladesh selepas didapati positif dadah jenis opiat.*
            *Terdahulu, mesej mendakwa seorang anggota polis dan tiga anggota lain ‘sangkut’ ujian saringan air kencing selepas makan di sebuah premis di Teluk Intan dan tukang masak premis berkenaan sudah ditahan, tular di WhatsApp sejak semalam.*

         *TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman akan membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook ‘Negara Borneo Utara’ berhubung kenyataan fitnah di laman sosial terbabit.*
            *Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, ia susulan tuduhan tidak berasas menyatakan beliau akan membantu untuk memberikan kad pengenalan kepada warga Filipina khususnya daripada bangsa Bajau di Johor.*
           *"Tuduhan itu tidak benar dan menyeleweng dengan berniat jahat mahu memburukkan imej saya sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Sepanggar.*
                 

*ARENA*
========


        *JUERGEN Klopp menegaskan Liverpool masih berpeluang layak ke suku akhir Liga Juara-Juara sekalipun seri tanpa jaringan dengan Bayern Munich, awal pagi tadi.*
           *Anak buah Klopp dikecewakan dengan persembahan berdisiplin Bayern pada aksi pertama, pusingan 16 terakhir di Anfield.*
            *Reds yang biasa menjaringkan banyak gol kini berdepan tugas getir bagi aksi kedua di Arena Allianz pada 13 Mac depan.*

         *PERANCANG tengah Juventus Sami Khedira tidak bersama pasukannya ke Madrid dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara bertemu Atletico Madrid berikutan berdepan masalah jantung yang tidak stabil menurut jurucakap kelab pendahulu Serie A itu hari ini.*
            *"Sami Khedira berada di Turin untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, disusuli kajian elektrofisiologi (saraf) dan rawatan membabitkan fibrillation atrium (berkaitan jantung),” kata kenyataan kelab itu.*
            *Khedira pemain kebangsaan Jerman berusia 31 tahun adalah sebahagian daripada anggota pasukan negara itu ketika muncul juara Piala Dunia 2014.*

          *NAOMI Osaka kalah teruk pada perlawanan pertamanya sejak memenangi Terbuka Australia dan memecat jurulatihnya ketika pemain nombor satu dunia itu tersingkir daripada Kejohanan Dubai, awal pagi tadi.*
          *Pemain Perancis berpangkalan di Dubai, Kristina Mladenovic menang 6-3, 6-3 untuk layak ke pusingan ketiga ketika Osaka melakukan 25 kesilapan.*
            *Kekalahan itu, yang turut menyaksikan tujuh servis Osaka dipatahkan, mengambil masa tidak sampai sejam sekali gus membantu Mladenovic mara bertemu Carla Suarez Navarro hari ini.*

          *SEBASTIAN Vettel menganggap rakan sepasukan baru di Ferrari, Charles Leclerc sebagai “musuh utama” ketika pemandu Jerman itu bersiap sedia untuk memburu kejuaraan Formula Satu dunia buat kali kelima.*
          *Leclerc muncul pemandu terpantas pada hari kedua ujian pramusim di Barcelona semalam, mencatat 0.1 saat lebih pantas daripada catatan Vettel 24 jam terdahulu.*
           *Vettel berada dalam musim kelimanya bersama Ferrari sejak meninggalkan Red Bull pada 2014, berakhir di tangga kedua di belakang Lewis Hamilton bagi dua musim terakhir.*

         *KEKUATAN mental dan karakter yang dimiliki suad bawah 22 (B-22) tahun negara adalah kunci kepada kebangkitan pasukan negara apabila berjaya bangkit sebanyak dua kali untuk mengikat Indonesia 2-2 di Stadium Olimpik, Phnom Penh, Kemboja di sini.*
          *Ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui cukup berpuas hati dengan semangat juang yang diperagakan oleh pemainnya meskipun tidak membariskan skuad terbaik dalam aksi kedua Kumpulan B saingan Piala LG B-22 AFF itu.*

         *MESKIPUN nama Datuk Lee Chong Wei sah didaftarkan untuk beraksi di Terbuka Malaysia dari 2 hingga 7 April depan, namun penampilan jaguh perseorangan negara itu bergantung kepada pemeriksaan susulan kanser hidungnya di Taiwan bulan depan.*
            *Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan berkata, meskipun juara Terbuka Malaysia sebanyak 12 kali itu menjalani latihan seperti biasa ketika ini, namun segala-galanya bergantung kepada nasihat doktor yang merawatnya.*

         *PERLIS akhirnya ‘tutup kedai’ apabila Malaysian Football League (MFL) mengumumkan pasukan berkenaan dibatalkan penyertaan berkuatkuasa hari ini.*
          *Keputusan itu dibuat selepas Ahli Lembaga Pengarah MFL sebulat suara untuk menyingkirkan Perlis selepas mendapati pasukan yang bersaing dalam Liga Premier itu tidak memiliki jaminan kukuh daripada struktur kewangan bagi terus bertahan musim ini.*

           *PENANTIAN selama sembilan tahun Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana, TNB Liga Hoki Malaysia (LHM) akhirnya tercapai juga selepas menewaskan Maybank 2-1 di Stadium Tengku Abdullah, Bangi, hari ini.*
         *Dengan kemenangan itu, UniKL kini mengumpul 31 mata berbanding TNB di tangga kedua dengan 27 mata ketika kedua-dua pasukan masih berbaki satu perlawanan.*

           *PERSATUAN Bolasepak Kelantan (KAFA) membuat pusingan U apabila terus mengekalkan khidmat import dari Uruguay, Raul Tarragona sebagai penyerang utama The Red Warriors (TRW) bagi mengharungi baki perlawanan Liga Perdana selepas ini.*
          *Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan KAFA menarik balik keputusan menyingkirkan Tarragona selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd, Fazli Mohammad semalam.*

          *PEMAIN tengah Pahang, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, 28, atau Kecik tiada masalah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nor Azam Azihpada aksi Liga Super bertemu Selangor, Ahad ini.*
        *Pemain kelahiran Tumpat, Kelantan itu berkata, ketiadaan Nor Azam dalam skuad Tok Gajah begitu dirasai kerana menjadi nadi pasukan dalam tiga perlawanan lalu tetapi prestasi pasukan perlu dikekalkan.*

          *PEMAIN berpengalaman Melaka United (MU), Safiq Rahim menganggap aksi berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Larkin, Sabtu ini amat mencabar buat skuad berkenaan.*
           *Baginya, berdepan lawan hebat yang memiliki reputasi gah di kancah Liga Malaysia itu nyata ujian getir buat skuad Hang Tuah yang mengimpikan kutipan mata berharga di gelanggang lawan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2019 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SATU 23 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 18 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0600*
*SUBUH : 0610*
*SYURUK : 0724*
*ZOHOR : 1329*
*ASAR : 1646*
*MAGHRIB : 1929*
*ISYAK : 2039*

*GOA_L TERAKHIR UNTUK MINGGU INI*


*artikel disiarkan pada tarikh 22feb*


*TANAHAIRKU*
==============


               *HARGA runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik 10 sen, pada harga RM2.38 seliter dan RM2.08 seliter manakala, diesel kekal RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga runcit produk petroleum itu bagi tempoh 23 Februari hingga 1 Mac berdasarkan penetapan harga mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).*

               *YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan dan dukacita dengan dua kes pembunuhan membabitkan kanak-kanak di Pekan, kebelakangan ini.*

               *PROSIDING inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang sedang berjalan akan diteruskan selepas Mahkamah Rayuan, hari ini, menolak permohonan jawatankuasa bertindak kuil Sri Maha Mariamman Seafield untuk menggantung sementara prosiding itu. Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Umi Kalthum Abdul Majid yang mempengerusikan panel tiga hakim memutuskan inkues itu adalah kes berkepentingan awam.*

               *WANITA warga emas meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang kira-kira tiga meter di belakang rumahnya di Taman Ramai Bercham, Ipoh hari ini. Dalam kejadian 9.20 pagi itu, T Kaliselve, 65, ditemui tersembam dan tidak sedarkan diri oleh jirannya.*

               *SEBAHAGIAN daerah Port Dickson, Seremban dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai jam 8 pagi, Selasa ini. Menurut Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) berkata, gangguan bekalan air dijangka pulih pada hari berikutnya disebabkan kerja penggantian, penyelenggaraan dan pencucian Loji Rawatan Air Linggi, Port Dickson.*

                *SERAMAI 14 perokok diberi amaran bertulis kerana didapati merokok di kawasan larangan premis makanan dalam Ops Premis Bersih di Tawau, malam tadi. Dalam operasi selama tiga jam bermula 8 malam itu, sebanyak 15 premis diperiksa dengan dua daripadanya diarah tutup serta-merta kerana didapati beroperasi dalam keadaan kotor.*

                *KANAK-KANAK tadika terperangkap hampir sejam dalam kereta disebabkan kelalaian wanita, dipercayai penjaganya, yang bersembang dengan rakannya di luar kereta dalam kejadian di Kuching, hari ini. Sebaik menyedari kanak-kanak berusia dua tahun itu terperangkap, wanita berkenaan cuba membuka pintu kereta, namun gagal sebelum menghubungi talian kecemasan.*

               *KEMENTERIAN Kewangan menafikan dakwaan golongan orang kurang upaya (OKU) bujang, ibu bapa tunggal dan warga emas tidak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH). Kementerian menerusi satu kenyataan di Putrajaya hari ini memaklumkan pihaknya kesal dengan laporan media dan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab berhubung perkara itu.*

                *MAYAT lelaki dipercayai lemas ditemui terdampar di tepi Pantai Kenangan dekat Bongawan di Papar, semalam. Mayat dalam keadaan tidak sempurna itu ditemui oleh penduduk kampung berhampiran yang melalui kawasan berkenaan. Mangsa warga tempatan berusia 49 tahun dipercayai berasal dari Keningau dan kemungkinan sudah mati beberapa hari berdasarkan keadaan mayatnya.*

               *BADAN Bertindak Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau menolak Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram sebagai calon menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu tidak lama lagi. Pengerusinya, Zuljimmykifli Sahari berkata, penolakan disokong bekas calon, Aisah Lamsah (2008 dan 2013), Husin Haroon (1999), majoriti Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), ketua-ketua Adat Perpatih dan ketua komuniti.*

               *KANAK-KANAK perempuan yang melecur seluruh badan akibat tersimbah sambal popia basah di rumah ibu saudaranya di Bandar Tasik Puteri, Rawang, 7 Febuari lalu, selamat menjalani pembedahan, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, Azalea Hani Abdul Rahim, 5, dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh akibat parah kerana mengalami melecur.*

               *“NASIB baik ketika kejadian saya belum keluar makan tengah hari, kalau tak mungkin keadaan lebih teruk lagi,” kata pemilik kereta yang mengalami kerosakan dalam kejadian pokok tumbang di Taman Rumpun Bahagia, Melaka, Siti Nur Atika A Aziz, 22. Dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat itu berkata, ketika kejadian 12 tengah hari, dia berada di dalam premis sebelum terdengar bunyi dentuman.*

               *HEROIN hijau pandan tanda kawasan pengedaran. Itu modus operandi dua lelaki berusia 29 dan 30 tahun yang diberkas polis dalam tiga serbuan berasingan di Simpang Ampat, Nibong Tebal, Rabu lalu. Dalam serbuan bermula jam 9.30 hingga 11 malam, polis merampas 5,647 gram heroin termasuk yang diwarnakan hijau melambangkan kawasan pengedarannya.*

                *SEORANG lelaki Bangladesh yang menoreh muka teman wanitanya menggunakan pisau, minggu lalu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini. Bagaimanapun, Hakim Mabel S Muttiah menetapkan 25 Mac ini sebagai tarikh jatuh hukum terhadap tertuduh, Md Saidul Islam, 21, yang bekerja sebagai pembantu kedai telefon.*

               *Tindakan pantas dan berani dua jiran berjaya menangkap seorang lelaki yang memecah masuk ke sebuah rumah di Jalan Kee Hup, Kuching, pagi ini. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai berkata, laporan mengenai kejadian itu dibuat pemilik rumah pada jam 10.30 pagi.*

               *EJEN pengiriman wang didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan menjalankan perniagaan pengiriman wang tanpa lesen sejak tahun lalu. Tertuduh, Mohamed Jiyaulhak Anvar Batcha, 36, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Hasbullah Adam.*

               *JUMLAH penjawat awam di Melaka tidak akan dikurangkan kerana ia memadai bagi melaksana dan menjayakan program pembangunan di negeri itu. Ketua Menteri Adly Zahari berkata, kerajaan negeri yakin jumlah itu sudah mencukupi malah jika dikurangkan mungkin menjejaskan perancangan pembangunan yang sudah dirancang sebelum ini.*

               *“JANGAN sentuh cucu aku. Rumah ini tiada apa-apa.” Itu kata Fatimah Abdullah, 72, kepada sekumpulan lelaki bermotosikal yang menyamun keluarganya dengan parang di rumah mereka di Kampung Raja Uda di Pelabuhan Klang, semalam. Dalam kejadian jam 3.05 petang itu, warga emas berkenaan sedang mengambil daun limau purut di hadapan rumah untuk memasak rendang.*

               *PENGUNDI Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih mahu anak tempatan yang mampu menyelesaikan masalah rakyat mewakili mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2 Mac ini. Mereka juga mahu wakil rakyat yang bakal dipilih mesti sering turun padang dan mendampingi rakyat selepas menang.*

               *TINDAKAN seorang pengedar dadah berlegar-legar di halaman sebuah rumah di Taman Scientex, Kelapa Sawit, Kulai, membawa padah apabila pemeriksaan polis menemui pelbagai jenis dadah bernilai RM6,000, Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang itu, sepasukan polis melakukan rondaan cegah jenayah sebelum melihat gelagat mencurigakan seorang lelaki.*

               *PASANGAN kekasih menetap di inap desa di Teluk Sisek, Kuantan, antara 85 individu ditahan dalam Ops Sarang Bersepadu yang diadakan selama dua hari yang berakhir 3 petang, hari ini. Dalam operasi sama, lelaki wargaemas berusia 68 tahun yang memiliki 10 cucu turut ditahan untuk pemeriksaan lanjut.*

               *KADAR hutang negara sehingga akhir tahun lalu masih di peringkat trilion ringgit, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Katanya, angka itu direkodkan selepas kerajaan berjaya mengurangkan hutang negara daripada jumlah sebelumnya iaitu sebanyak RM1.087 trilion. Beliau berkata, ia termasuk komitmen liabiliti yang perlu dibayar oleh negara sebagai penjamin.*

               *KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan menyerahkan beberapa nama bagi mengisi jawatan Ketua Polis Negara (KPN) dan timbalannya yang baharu kepada Perdana Menteri dalam tempoh sehari dua ini. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau sudah menyenaraikan beberapa nama namun sebarang perubahan atau pindaan terserah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.*

               *Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menggesa pihak sekolah tidak mengambil mudah terhadap pendidikan seks dalam usaha menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Timbalan Menteri Pelajaran, Teo Nie Ching berkata, pada masa ini pendidikan seks diajar di peringkat pra sekolah sehingga sekolah menengah sebagai salah satu sukatan pelajaran di bawah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).*

               *“SEBELUM arwah mengikuti latihan, dia berpesan jaga semua anak-anak dengan baik,” kata Norhazizah Bidin, 54. Norhazizah adalah isteri kepada pelatih Polis Bantuan Siri 1/ 2019, Mohd Jani Ripin, 49, yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, Jempol semalam. Norhazizah berkata, arwah suaminya adalah pengawal keselamatan di Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kuala Lumpur selama 20 tahun sebelum ditawarkan polis bantuan.*

               *WALAUPUN syarikat Ferry Line membatalkan dua perjalanan pada waktu pagi dari Kuala Kedah ke Langkawi berikutan air surut namun kawasan Terminal Feri Kuala Kedah tetap dipenuhi orang ramai sejak jam 8 pagi hari ini. Tinjauan mendapati, ada pelancong dari luar Kedah datang lebih awal namun dimaklumkan perjalanan hanya bermula 10.30 pagi.*

               *SEORANG bapa di Taman Cempaka, Jerantut, merayu anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak Disember 2017, pulang ke pangkuan keluarga. Mohd Robie Majid, 46, berkata, Raihan Syafina, 19, tiba-tiba menghilangkan diri selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun berkenaan.*

               *PEMILIK kedai runcit di Penampang ditahan selepas dipercayai mencabul pekerja perempuannya berusia 14 tahun semalam. Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mangsa yang baru tiga hari bekerja dikatakan sedang membersihkan bilik stor di kedai runcit berkenaan. Lelaki warga Pakistan itu kemudian mendekati mangsa lalu memeluk mangsa dari arah belakang dan mencabulnya.*

               *TIGA lelaki, termasuk seorang suspek utama kes bunuh pengurus pusat hiburan di pusat perniagaan 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya, Disember tahun lalu, ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan. Perintah tahanan reman mereka yang semuanya berusia 20 hingga 30 tahun dikeluarkan Penolong Pendaftar Hairol Azhar Mohd Ishak di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.*

               *PENGAWAL keselamatan sebuah sekolah di Juru, Bukit Mertajam, ditahan polis hari ini, selepas dipercayai memecah masuk pejabat guru sekolah berkenaan, Rabu lalu. Pada kejadian berkenaan, suspek yang berusia 27 tahun mencuri mikrofon bernilai RM400 dan sejumlah wang di dalam pejabat itu.*

               *KAKITANGAN Majlis Perbandaran Manjung (MPM) maut selepas motosikal ditungganginya bergesel dengan basikal di Kilometer 15 Jalan Ipoh - Lumut, Ayer Tawar, Seri Manjung hari ini. Kejadian 7.20 pagi itu menyebabkan Muhammad Mustaqim Ismail, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah.*

               *JABATAN Imigresen menahan 15 wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran melalui aplikasi WeChat selepas menggempur sebuah premis di Puchong, Selangor, malam semalam. Selain 10 wanita Vietnam dan lima warga Indonesia, serbuan yang bermula 7 malam itu turut menyaksikan dua lelaki Myanmar serta seorang warga tempatan ditahan, dipercayai penjaga dan penyelia premis itu.*

               *MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur, hari ini diberitahu bahawa kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berdepan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.*

               *SEBUAH syarikat cermin mata didenda RM9,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah menjual cermin mata tiruan jenama Gucci pada 11 Mei 2016 lalu. Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Syarikat I World Sun Glass Sdn Bhd yang diwakili Chiew Ai Lee selaku Orang Kena Saman (OKS).*

               *SURUHANJAYA Tenaga (ST) menegaskan, alat jimat tenaga (ESD) yang terdapat di pasaran tidak berkesan dalam mengurangkan bil elektrik pengguna seperti diiklankan. Dalam kenyataan, suruhanjaya itu berkata, sudah mengkaji keberkesanan ESD yang dibuat dengan kerjasama beberapa pihak dan mendapati bacaan meter pengguna tiada perbezaan ketara.*

               *PENGAWAL keselamatan di restoran yang dalam fasa akhir pembinaan kini ketakutan apabila premis jagaannya itu beberapa kali ditembak individu tidak dikenali sejak Tahun Baru Cina lalu. Terbaru, pondok pengawal tempatnya berkawal ditembak 5.50 pagi hari ini, namun mangsa A Paskanathen, 67, tidak mengalami sebarang kecederaan.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *Bengkulu: Gara-gara berang tidak dibenarkan memeriksa telefon milik isterinya, seorang lelaki bertindak kejam apabila menetak leher wanita itu yang sarat hamil sebelum membelah perut dan mengeluarkan bayi dalam kandungan mangsa.*
           *Bangka Pos melaporkan, dalam kejadian yang berlaku di Tanjung Jaya Kota Bengkulu semalam, wanita itu yang dikenali sebagai Erni Susanti, 29, maut manakala anaknya pula selamat dan dirawat di hospital.*
           *Jurucakap polis berkata, suspek yang dikenali sebagai, Romi Sepriawan, 30, sering bergaduh dengan isterinya selepas wanita itu enggan memberitahu kata laluan di telefon bimbitnya.*

            *BEIJING: Dua lelaki menyelamatkan seekor ikan lumba-lumba daripada menjadi hidangan selepas tidak sampai hati melihat mamalia itu menitiskan air mata ketika mereka mengunjungi sebuah pasar di Xuwen, selatan China.*
            *Cheng Mingyue dan Cheng Jianzhuang yang pada mulanya menyangka haiwan terancam itu ikan lumba-lumba biasa membayar 1,500 yuan (RM910) kepada penjual untuk melepaskannya semula ke laut.*
            *Bagaimanapun, Daily Mail melaporkan pakar perikanan kemudian mengenal pasti haiwan itu sebagai spesies terancam, ‘Finless Porpoise.’*

          *TEXAS: Video seorang remaja berusia 12 tahun yang maut akibat letupan gas di rumahnya di Dallas, Texas didedahkan keluarganya, setahun selepas kematian remaja itu pada 23 Februari tahun lalu.*
         *News.com.au melaporkan, Linda Rogers yang lebih mesra dipanggil ‘Michellita’ gemar merakamkan rutin hariannya ketika bersiap-siap dan pada hari berkenaan dia berasa teruja untuk menyertai pertandingan sorak di sekolahnya.*
            *Kebocoran gas mengakibatkan letupan di rumah keluarga Michellita yang mencederakan ibunya Maria Rogers, bapanya Jose Fiscal, abang dan neneknya manakala Fiscal menemui Michellita tidak sedarkan diri ditimpa almari.*
     
          *TOKYO: Seramai 322 penumpang pesawat domestik All Nippon Airways (ANA) terkandas lebih sejam di Kobe, Jepun pada Selasa lalu gara-gara pembantu juruterbang gagal ujian alkohol selepas syarikat itu melaksanakan peraturan baru.*
            *AFP melaporkan, pembantu juruterbang itu dijadualkan melakukan penerbangan dengan pesawat Boeing 777 dari Kobe ke lapangan terbang Haneda, Tokyo.*
          *Bagaimanapun, dia gagal ujian alkohol selepas minum satu tin bir dan minuman spirit di bilik penginapannya kira-kira enam jam sebelum berlepas.*

         *TUSCANY (Itali): Dua guru tadika wara China di Itali ditangkap selepas satu rakaman video dari kamera tersembunyi menunjukkan mereka memukul, menendang dan mengheret kanak-kanak di bawah jagaan mereka.*
           *Media Itali melaporkan, melalui kamera yang dipasang secara rahsia oleh polis, Zheng Moli, 38, dan Hong Pingping, 26, didapati mendera kanak-kanak berusia dalam lingkungan tiga hingga enam tahun itu sebanyak 41 kali pada bulan lalu sahaja.*
             *Dalam rakaman video yang disiarkan polis, menunjukkan seorang guru wanita menampar dan menendang seorang kanak-kanak yang duduk di kerusi sebelum mengheretnya keluar kelas.*

          *Lubumbashi (Congo): Sekurang-kurangnya 18 terbunuh, selepas sebuah trak yang sarat dengan muatan asid bertembung dengan bas, mengakibatkan bahan kimia itu tertumpah ke atas penumpang.*
              *Kemalangan mengerikan itu berlaku berhampiran perkampungan Fungurume, di tengah-tengah pusat perlombongan tembaga dan kobalt, iaitu antara Lubumbashi serta Kolwezi.*
           *"Sebuah trak membawa asid yang didaftarkan di Tanzania merempuh sebuah bas.*

            *WASHINGTON: Speaker Kongres Amerika Syarikat dari Demokrat, Nancy Pelosi, antara mereka yang berada dalam senarai untuk dibunuh oleh seorang pegawai pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang merancang melakukan pembunuhan beramai-ramai.*
           *Christopher Paul Hasson, 49, ditahan hujung minggu lalu, di pinggir bandar raya ini dan pihak berkuasa menemui pelbagai jenis senjata api, termasuk 15 pistol dan lebih 1,000 peluru disembunyikan di bilik bawah tanah rumah lelaki itu di Silver Spring, Maryland.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


          *POLIS Selangor sedang memburu lapan penjenayah melakukan samun di beberapa lokasi sekitar negeri berkenaan yang tular di media sosial, semalam.*
           *Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, ketika ini, suspek dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya enam kes samun di sekitar Klang Utara, Banting dan Serdang.*
            *"Polis sememangnya sedang memburu suspek terbabit sebelum video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika suspek melakukan kegiatan samun ini mulai tersebar menerusi media sosial.*

          *SEORANG bapa terseret kira-kira 50 meter ketika mahu menyelamatkan anak lelakinya yang berusia dua tahun apabila motosikalnya cuba dilarikan penjenayah, malam semalam.*
          *Kejadian berlaku di hadapan kedai runcit di Cherang, Kota Bharu pada 10.10 malam, menyebabkan Suhaimi Mohd Noor, 39, cedera di belakang badan dan kaki.*
            *Anaknya, Mohd Asyraf, 2, pula luka di muka dan kaki kanan selepas terjatuh dari motosikal jenis Yamaha 135LC itu.*
             *Kejadian itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik kedai runcit berkenaan, sebelum ia tular di Facebook sejak pagi, hari ini.*

          *PEMILIK restoran Sultana Nasi Kandar atau lebih popular sebagai Nasi Lambai di Teluk Intan yang diperiksa polis dan Jabatan Kesihatan, Selasa lalu, menafikan premisnya diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan pasukan keselamatan itu.*
           *Pemiliknya, Abdul Malik Pakeer Mohamad, 36, berkata dia kecewa apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab bertindak menularkan berita kononnya premisnya menggunakan bahan terlarang dalam masakan tanpa maklumat sahih.*
           *“Kami memang menggunakan kas-kas dalam masakan namun hanya dalam kuantiti sedikit dan kas-kas ini juga banyak digunakan dalam masakan India kerana ia dapat menyedapkan serta memekatkan kuah terutamanya masakan kambing dan sotong,” katanya.*

         *MENGEKALKAN harga RM1 sebungkus selain menggunakan bungkusan berwarna-warni menjadi rahsia kepada seorang peniaga nasi lemak di Kuala Terengganu melariskan jualannya.*
         *Nasi Lemak Abi atau lebih popular dengan panggilan ‘nasi lemak warna-warni’ itu mampu terjual antara 300 hingga 400 bungkus sehari pada hari biasa.*
          *Manakala pada setiap Jumaat, nasi lemak sambal ikan bilis dengan telur rebus dan timun itu hanya mengambil masa 45 minit hingga satu jam sahaja untuk terjual 800 bungkus.*

          *Manila: Seorang wanita terpaksa menyuapkan makanan untuk anak lelakinya yang berusia 13 tahun selepas remaja itu bermain permainan video di kafe siber selama 48 jam tanpa henti dan menjamah makan.*
        *Lilybeth Marvel, 37, yang berasal dari Nueva Ecija berkata, dia mula bimbang Carlito Garcia sejak dua tahun lalu selepas anaknya ketagih bermain permainan video dan sering berjaga lewat malam.*
         *Satu video menunjukkan Lilybeth membawa makanan dan menyuapkan anaknya yang leka bermain permainan video tular baru-baru ini hingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna pengguna media sosial.*

         ♂ *LONDON: Polis England menyiasat seorang anggotanya kerana menggunakan aplikasi TikTok ketika bertugas di satu lokasi jenayah dengan memuat naik video menggerak bibir ‘menyanyikan’ lagu rap.*
            *Menerusi siaran TikTok, Konstabel Jonathan Gould memberitahu lebih 7,000 pengikutnya bahawa dia bosan dan mengalihkan telefon bimbitnya menunjukkan gari dibawanya.*
            *Menurut Daily Mail, lebih 600 orang menonton video Gould yang berkhidmat selama 20 tahun mempersembahkan lagu ‘All In’ nyanyian ZaeHd & CEO.*
                 

*ARENA*
========


         *Undian 16 pasukan terakhir Liga Europa, Chelsea (ENG) mln Dynamo Kiev (UKR), Eintracht Frankfurt (GER) mln Inter (ITA), Dinamo Zagreb (CRO) mln Benfica (POR), Napoli (ITA) mln Salzburg (AUT), Valencia (ESP) mln FC Krasnodar (RUS), Sevilla (ESP) mln Slavia Prague (CZE), Arsenal (ENG) mln Rennes (FRA), Zenit Saint Petersburg (RUS) mln Villarreal (ESP)*

         *LIVERPOOL menyedari ancaman akan diberikan oleh musuh ketat, Manchester United pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, Ahad ini.*
          *Bagaimanapun, penyerang berjambang Liverpool, Mohamed Salah mahu tiga mata dibawa pulang ke Anfield.*
         *The Reds berdepan pencabar mereka dengan harapan untuk merampas kedudukan pendahulu EPL.*
           *Liverpool perlu berdepan skuad United yang masih belum tewas dalam saingan liga sejak diambil alih oleh Ole Gunnar Solskjaer selaku pengendali sementara Disember lalu.*

         *BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Neymar menayangkan but ‘signature’ terbarunya, Mercurial Vapor 360 biarpun masih dalam proses sembuh daripada kecederaan.*
          *Penyerang Brazil itu mengalami kecederaan tulang metatarsal kelima pada kaki kanan sewaktu kelab juara Perancis itu menentang Strasbourg pada saingan Piala Perancis, bulan lalu.*
           *Menurut keterangan gambar di Instagram, dia menulis: “But baru saya ada makna istimewa, malangnya saya tidak dapat menggunakannya sekarang tetapi akan berada di kaki saya tidak lama lagi!!!'*
            *But itu dijual pada harga 229.95 (RM1,223) di United Kingdom (UK).*

        ♂ *TIGER Woods memburu untuk menyamai rekod Jelajah PGA AS dengan kejuaraan kesembilan pada Jemputan Arnold Palmer apabila dia bertanding di Bay Hill bulan depan, mengesahkan dia akan beraksi di sana selepas mengetepikan Klasik Honda.*
            *Woods menang lapan kali di lapangan Bay Hill yang menjadi hos kejohanan Jemputan Palmer. Dia dan Sam Snead – yang menang lapan gelaran karier di Terbuka Greater Greensboro – memegang rekod sebagai pemenang terbanyak pada satu kejohanan sama.*

         *KELAB Liga Perdana Inggeris, Chelsea diharamkan daripada mendapatkan pemain baharu pada dua jendela perpindahan berikutnya sebagai hukuman kerana melanggar peraturan mendaftarkan pemain bawah umur, menurut FIFA di Paris, hari ini.*
             *Ini bermakna kelab itu tidak boleh mendapatkan pemain baharu sehingga akhir Januari tahun depan.*
            *"Jawatankuasa Disiplin menghukum Chelsea dengan penggantungan untuk mendaftar pemain baharu baik peringkat nasional atau antarabangsa untuk dua sesi pendaftaran lengkap, berturut-turut,” jelas FIFA dalam satu kenyataan.*

         *Langkah skuad bawah 22 (B-22) tahun negara pada kempen Piala LG B-22 AFF akhinya terhenti di peringkat Kumpulan B meskipun berjaya meraih tiga mata penuh apabila menewaskan Myanmar 1-0 di Stadium RSN, di sini, malam tadi.*
          *Kegagalan mara ke separuh akhir itu berpunca daripada kemenangan 2-0 Indonesia ke atas Kemboja yang berlangsung serentak di Stadium Olimpik, yang akhirnya menyaksikan impian anak buah Datuk Ong Kim Swee untuk merebut dua slot terbaik berkecai.*

            *APAKAH kehadiran semula Leandro Velazquez mampu menguatkan semula Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan saja bagi mengharungi kancah Liga Super malah saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).*
            *Mungkin langkah pengurusan tertinggi kelab yang menjuarai liga lima musim berturut-turut itu satu jalan terbaik ketika skuad Harimau Selatan tampak kurang menyengat di bahagian tengah yang seolah-olah tidak bermaya pada tiga aksi saingan liga.*

          *JURULATIH Sabah, Jelius Ating menganggap beraksi pada sebelah petang satu cabaran buat mereka apabila berkunjung ke Stadium Negeri di Kuching bagi aksi tetangga Borneo bertemu Sarawak, esok.*
          *Menurutnya, dengan keadaan cuaca panas ketika ini, ia mungkin memberi kesan kepada pemainnya, namun menegaskan ia bukan alasan untuk tidak beraksi baik.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2019 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*ISNN 25 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 20 JAADLAKHI 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0559*
*SUBUH : 0609*
*SYURUK : 0723*
*ZOHOR : 1329*
*ASAR : 1645*
*MAGHRIB : 1929*
*ISYAK : 2039*


*artikel disiarkan pada tarikh 23&24feb*


*TANAHAIRKU*
==============


               *PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menarik lebih ramai generasi muda menyertai pasukan sukarela itu sebagai langkah membentuk generasi muda yang lebih berkemahiran, berdisiplin dan memiliki jati diri tinggi. Dr Mahathir berkata, kerajaan sentiasa menyokong usaha membawa lebih ramai rakyat menyertai APM kerana tenaga anak muda amat diperlukan ketika negara berhadapan bencana.*

               *Seremban: Cubaan penjenayah melarikan barangan berharga terbantut selepas terperangkap di dapur sebuah rumah yang dipecah masuk di Kampung Datuk Mansor di Seremban, hari ini. Dalam kejadian 4.30 pagi itu, penjenayah berkenaan dikatakan gagal keluar sebelum cuba bersembunyi untuk elak disedari pemilik.*

               *KEDUDUKAN kabinet yang dihiasi arak mahal di satu sudut di pusat hiburan menimbulkan curiga, sebelum ia dikesan dijadikan pintu masuk ke laluan rahsia bagi menyembunyikan wanita pelayan pelanggan (GRO). Perkara itu dibongkar polis dari Bahagian  Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor ketika menyerbu pusat hiburan tiga tingkat di Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri, Puchong, hari ini.*

               *REMAJA lelaki maut selepas tercampak manakala empat lagi rakannya cedera termasuk seorang parah selepas terbabit kemalangan di Jalan Sungai Besi menghala ke Seremban di Kuala Lumpur, hari ini. Dalam kejadian 5 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Chin Xin Qi, 16, manakala remaja lelaki berusia 19 tahun parah dan seorang lagi remaja berusia 16 tahun cedera di kepala.*

               *DUA lelaki melecur di badan apabila kereta dinaiki terbakar selepas terbabit kemalangan di Jalan Rim-Bukit Katong dekat Jasin, hari ini. Kemalangan berlaku pada 8 pagi menyebabkan mangsa, D Satiskumaran, 27, dan D Sathiamurthi, 31, dirawat di Jabatan Trauma dan Kecemasan Hospital Jasin dan berada dalam zon merah.*

               *POLIS sudah merekodkan keterangan individu membawa buluh yang tertusuk di leher seorang remaja berusia 17 tahun hingga meninggal dunia di Kampung Kok Kiok, Bukit Bakar, Machang, kelmarin. Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Asisten Superintendan Mohd Shamsuri Mohd Zain berkata, keterangan lelaki berusia 62 tahun itu diambil selepas dia ditahan susulan kejadian itu.*

               *SEKUMPULAN lelaki sanggup menyembunyikan air ketum yang dicampur dengan ubat batuk dalam semak di belakang rumah di Kampung Pek, Machang bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Bagaimanapun tempat persembunyian itu tetap berjaya dikesan polis selepas serbuan dilakukan di kawasan berkenaan, 9.15 pagi kelmarin.*

               *KERAJAAN negeri mengingatkan semua pemilik Skim Sewa Beli (RTO) Jauhar Prihatin Pangsa Sri Baiduri, Bandar Tiram di Ulu Tiram supaya tidak mengaut keuntungan segera atau ‘makan atas angin’ dengan menyewakannya kepada orang lain. Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang menyewakan rumah diberikan kepada orang lain.*

               *Tahan, periksa dan tangkap. Itu arahan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman kepada pasukannya jika terkesan kumpulan lelaki bermotosikal yang menggunakan modus operandi sama dengan beberapa kejadian samun di Selangor. Menurut risikan, memandangkan beberapa kejadian berlaku di daerah berjiran dengan Subang Jaya, pihaknya mengeluarkan arahan supaya bersiap-siaga pada tahap tertinggi.*

               *MAJLIS Perbandaran Kuantan (MPK) akan mengadakan hari tanpa kenderaan membabitkan tiga jalan utama di daerah Kuantan bermula 16 Mac depan. Setiausahanya, Datuk Hamiza Hamzah berkata, usaha berkenaan adalah inisiatif pihaknya ke arah mempromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemar alam sekitar.*

               *KANAK-KANAK lelaki terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 10 minit selepas kaki kanannya tersepit pada lidi basikal di Kampung Padang Tenggala, Temerloh, malam tadi. Dalam kejadian 9.20 malam itu mangsa, 9, dikatakan sedang mengayuh basikal sebelum kaki kanannya termasuk ke bahagian lidi basikal dan gagal dikeluarkan.*

               *KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan siasatan sama ada benar terdapat bahan larangan digunakan restoran di Teluk Intan sehingga mengakibatkan pelanggan lemah, mengantuk dan khayal selepas makan di restoran berkenaan, Selasa lalu. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, sampel makanan sudah diambil dari restoran berkenaan dan pihaknya masih menunggu keputusan sama ada benar terdapat bahan larangan yang digunakan pemilik.*

               *SUSPEK kes penipuan pekerjaan membabitkan 47 rakyat Malaysia di Kemboja ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, perintah reman dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Kuching, Dora Undau.*

               *POLIS yakin dapat menumpaskan geng pecah rumah yang aktif di daerah Bintulu susulan penahanan lima suspek dalam operasi khas, Ops Pintu, Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan berasingan.*

               *ANGKARA perselisihan faham seorang lelaki tergamak menikam kakaknya sehingga maut di Kampung Kemansur, Bentong, semalam. Dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa Fan Suik Moi, 56, dikatakan ditikam beberapa kali menggunakan pisau oleh adiknya yang juga suspek berusia 55 tahun.*

               *DUA lelaki maut selepas Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan Toyota Hilux di Kilometer 16.5, Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang di Hutan Melintang, hari ini. Dalam kejadian 4 pagi itu, mangsa iaitu pemandu Myvi, A Maheshwara Rao, 26, dan penumpang hadapan, M Shasissegar, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah.*

               *RUMAH yang dijadikan stor penyimpanan barang lusuh berhampiran kondominium di Lorong Delapan, Kampung Pandan, Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, 6.40 pagi tadi.*

               *POLIS menahan seorang lelaki yang menjalankan kegiatan memproses dan menjual air ketum serta merampas 120 bungkusan air ketum bernilai RM600 dalam serbuan di kawasan semak Sungai Kluang, Bayan Baru, semalam.*

               *TUJUH PULUH SATU mangsa banjir daripada 19 keluarga di Bahagian Samarahan telah ditempatkan di sebuah pusat pemindahan berikutan hujan yang berterusan, setakat 8 pagi ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (JPBN) dalam satu kenyataan berkata, kawasan terjejas adalah Kampung Lubok Meranti di Simunjan.*

               *HASIL pembedahan dijalani kanak-kanak perempuan yang melecur seluruh badan akibat tersimbah sambal di Bandar Tasik Puteri, Rawang, 7 Febuari lalu, akan diketahui beberapa hari lagi. Ibu mangsa, Zalida Syuhana Ahmad Tamam, 43, berkata, hasil pembedahan dilakukan terhadap Azalea Hani Abdul Rahim, 5, Jumaat lalu hanya dapat diketahui, Selasa ini.*

               *“SIAPA makan lada dia rasa pedas,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta PAS hentikan fitnah berhubung und tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Mohd Amar berkata, PAS tidak membuat fitnah berhubung isu itu, sebaliknya memperoleh maklumat.*

               *POLIS menahan empat lelaki termasuk seorang warga asing kerana disyaki memiliki spesis haiwan dilindungi dalam serbuan di bilik penginapan di Komplek Fajar, Tawau, kelmarin. Serbuan dijalankan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, susulan maklumat dan risikan kira-kira 11 pagi.*

               *LELAKI maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta di Kampung Luagan, Jalan Luagan, Beaufort, semalam. Dalam kejadian 4.20 petang itu, Chong Chee Kiong, 29, beralamat Kampung Batu 54, meninggal dunia di tempat kejadian.*

               *JABATAN Perikanan sentiasa melaksanakan pemantauan halal terhadap ikan dan hasilan ikan secara berkala sejak 2010 bagi mengesan kehadiran DNA Porsin (Porcine ID) ke atas produk perikanan seluruh negara. Jabatan Perikanan dalam kenyataan berkata, analisa ini dibuat di makmal Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur dan Bintawa, Sarawak membabitkan ikan, makanan ikan dan tepung ikan.*

               *PROSES rundingan mekanisma untuk menghapuskan kutipan tol sudah diputuskan tiga minggu lalu dan bukannya bertujuan memancing undi rakyat khususnya menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, 2 Mac ini. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak nampak pengumuman itu hanya disebabkan untuk meraih undi di Semenyih.*

               *Kuala Lumpur: Lelaki berusia lebih 50 tahun dan masih belum berkahwin berisiko tergolong dalam kategori bujang berkekalan iaitu tidak akan berkahwin sepanjang usia. Senario itu juga menyebabkan lelaki berkenaan tinggal sebatang kara sehingga ke akhir hayat yang sekali gus menimbulkan cabaran kepada negara untuk memastikan golongan ini tidak terabai.*

               *DUA lagi patung berhala ditemui di atas pagar pintu masuk Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang, smlm. Tiga hari lalu, patung berhala hampir sama ditemui di pintu masuk surau berkenaan namun, bersaiz besar. Kejadian disedari seorang ahli kariah surau itu pada 2.45 petang ketika ke surau berkenaan untuk menghadiri kuliah agama.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *MOSCOW: Seorang wanita ditahan polis selepas didakwa meninggalkan anaknya di rumah selama seminggu hingga mati kebuluran selepas keluar berparti, dalam kejadian di bandar Kirov, Russia.*
           *Daily Mail melaporkan, Maria Plenkina, 21, dikatakan meninggalkan anaknya pada 13 Februari lalu dan keluar bersama rakan-rakannya hingga mangsa yang berusia tiga tahun itu terabai.*
           *Mangsa ditemui oleh neneknya, Irina Plenkina, 47, yang secara kebetulan datang ke rumah mereka untuk memberikan hadiah sempena hari jadi cucunya itu.*

          *POLIS Sri Lanka merampas hampir 300 kilogram (kg) dadah jenis heroin bernilai AS $17 juta (RM69.3 juta) yang disembunyikan dalam van di tempat letak kenderaan pusat beli belah di Colombo, semalam.*
             *Jurucakap polis, Ruwan Gunasekera berkata, dua individu turut ditahan dalam serbuan yang dilakukan pasukan khas dan penyiasat anti-narkotik itu.*
           *”Kami menemui sejumlah 272 bungkusan plastik mengandungi heroin yang sedia untuk diedarkan. Kita sedang menyiasat bagaimana ia boleh lolos ke negara ini,” katanya.*

          *URENA (VENEZUELA): Misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Venezuela bertukar ganas apabila dua orang termasuk remaja 14 tahun, mati manakala lebih 300 lagi cedera dalam pertempuran dengan tentera di beberapa lokasi lintasan sempadan, semalam.*
            *AFP melaporkan, sebuah bot yang membawa barangan bantuan dari wilayah Amerika Syarikat (AS), Puerto Rico terpaksa berpatah balik selepas menerima ancaman dari tentera, kata Gabenor Ricardo Rosello.*
         *Menurutnya, langkah itu adalah pencabulan yang serius terhadap misi kemanusiaan sambil menyifatkannya sebagai tindakan keterlaluan.*

          *NEW YORK: Tiga dikhuatiri maut selepas pesawat kargo Boeing 767 dilaporkan terhempas dalam tasik berhampiran Lapangan Terbang George Bush, semalam.*
               *Reuters yang memetik Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat berkata, pesawat Atlas Air 3591 itu sepatutnya melakukan penerbangan ke Houston, Texas dari Miami sebelum terputus hubungan kira-kira 30 kilometer (km) di tenggara lapangan terbang berkenaan.*
          *Pejabat Sherif Daerah Chambers menerusi akaun Facebook berkata, pesawat itu ditemui di utara Trinity Bay berhampiran bandar Anahuac.*

          *RIYADH: Arab Saudi melantik duta baru ke Amerika Syarikat (AS) ketika hubungan dua negara itu diuji dengan isu pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi.*
          *Puteri Rima Bandar adalah wanita pertama dilantik sebagai duta ke AS, menggantikan adiknya, Putera Khalid Salman yang dilantik sebagai timbalan menteri pertahanan.*
          *Rombakan itu dilakukan selepas hubungan di antara dua negara terbabit tegang susulan isu pembunuhan yang berlaku di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada Oktober lalu.*

        *NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh selepas sebuah kilang mercun yang beroperasi secara haram di daerah Bhadohi, Uttar Pradesh meletup, hari ini.*
            *Letupan itu turut menyebabkan kerosakkan ke kawasan berhampiran dan penduduk yang tiba di tempat kejadian menemui beberapa mayat dalam serpihan bangunan yang musnah.*
          *Jurucakap polis memberitahu wartawan kegiatan menghasilkan mercun tanpa kebenaran pihak berkuasa itu berselindung disebalik perniagaan perkilangan permaidani.*

           *SHANGHAI: Seramai 20 pekerja lombong maut manakala 30 orang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka di bawah tanah hilang kawalan akibat kegagalan fungsi brek, di Xilingol, pedalaman Mongolia.*
          *Xinhua melaporkan 15 pekerja disahkan mati di tempat kejadian diikuti lima lagi meninggal dunia selepas itu.*
           *Mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan stabil dan kemalangan itu masih dalam siasatan.*

         *JAKARTA: Kononnya terlupa membayar beg jenama Gucci bernilai USD1,250 (RM5,094), seorang pelancong Australia kini berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun kerana mencuri barangan mewah itu dari butik bebas cukai di Kuta, Bali.*
         *Bilal Kalache, 42, mengaku tidak bersalah mencuri beg itu pada Khamis lalu, sebaliknya mendakwa pekerja butik membenarkannya membuat pembayaran di lapangan terbang Bali.*
          *Kalache yang kini ditahan di penjara Kerobokan kemudian memberi alasan terlupa membuat pembayaran selepas pekerja butik berkenaan meminta dia meninggalkan premis dengan segera, susulan satu pertengkaran antara mereka.*

         *GUWAHATI: Seorang lelaki ditahan kerana menjual arak beracun susulan kematian 93 orang selain lebih 200 lagi dimasukkan ke hospital akibat keracunan alkohol di timur laut India.*
         *Kematian di Assam itu berlaku kurang dua minggu selepas 100 orang maut di Uttar Pradesh serta Uttarakhand akibat keracunan arak. Dalam kejadian terbaru ini, mangsa adalah pengutip teh, kebanyakannya wanita, yang mula jatuh sakit selepas minum arak itu pada Khamis lalu.*
        *”Jumlah kematian kini meningkat kepada 58 orang manakala 75 orang masih dirawat di hospital tempatan,” kata timbalan pesuruhjaya daerah Golaghat, Dhiren Hazarika kepada AFP.*

        *LONDON: Akibat ketagih kronik terhadap penapis Snapchat, seorang pelajar perempuan enggan keluar dari biliknya mahupun melihat cermin selepas aplikasi itu gagal berfungsi dalam telefon pintarnya.*
           *Maisie Hazelwood, 19, memuatnaik Snapchat pada Februari tahun lalu dan mula bergantung kepada penapis menarik disediakan aplikasi terbabit untuk mengambil swafoto kerana membuatkan wajah dia kelihatan cantik dan mulus.*
          *”Saya boleh mengambil swafoto tanpa perlu bersolek kerana penapis Snapchat membuat saya nampak lebih cantik. Penapis paling digemari adalah yang menampakkan bulu mata lebih pnjang, ada tindik hidung dan menjadikan wajah kelihatan sangat sempurna," ujarnya.*


*TULAR MEDIA SOSIAL*
=================


         *SELEPAS tular jerami gulung, kini orang ramai di sekitar daerah Yan 'dianugerahkan' lagi dengan panorama indah ‘rumput karpet' yang tumbuh di dalam tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).*
             *Keindahan semulajadi yang terdapat di Kampung Pulau Tembun menarik perhatian ramai yang tidak melepaskan peluang mengambil gambar sejak awal pagi.*
            *Bagi seorang peniaga, Firdaus Hassan,28, dia sanggup datang dari Merbok untuk menyaksikan sendiri rumput karpet seperti yang tular di media sosial.*
             *Katanya rumput itu dikenali sebagai rumput air di kalangan petani selepas ia tumbuh di dalam 'sungai' yang berlumpur.*

          *“SAYA sedih dan kesal dengan tindakan netizen yang tularkan rakaman video arwah berlari menyelamatkan diri dalam keadaan terbakar.*
          *”Masyarakat sepatutnya prihatin dengan perasaan keluarga arwah terutama isteri dan anak-anaknya,” kata Mohd Zafril Zulkifli, 35, rakan kepada seorang pemandu lori yang maut dalam kemalangan di Kilometer 372 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Slim River, hari ini.*
           *Dalam kejadian itu, Suhaimi Khamis, 38, yang berasal dari Felda Mayam, Bera, Pahang meninggal dunia.*

         *“TIDAK sampai dua jam kisah anak hilang ditularkan, dia ditemui dalam keadaan selamat di warung di Sungai Rengit, Pengerang,” kata Muzami Daud, 50, berhubung kehilangan dan penemuan anak sulungnya dalam kejadian 21 Februari lalu.*
           *Muzami menerusi laman sosial Facebook (FB) Peon Johor, meminta bantuan orang ramai mengesan anaknya, Saiful Ikram Muzami, 25, yang bekerja di Pengerang, Kota Tinggi, selepas anaknya itu tidak pulang ke rumah sejak 6 petang, 21 Februari lalu.*
            *Bapa kepada enam anak itu berkata, dia mengambil keputusan menularkan gambar anaknya kerana bimbang keselamatan anak sulungnya itu.*
  
          *KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai terutamanya ibu bapa supaya tidak mengambil mudah suntikan imunisasi terhadap anak mereka dan tidak terpengaruh dengan gerakan antivaksin.*
           *Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, pengambilan suntikan imunisasi yang ditetapkan oleh KKM perlu dilakukan bagi membolehkan beberapa penyakit dielakkan melalui vaksin yang diberikan.*
         *Katanya, KKM sedang mengkaji kes kematian kanak-kanak berusia dua tahun di Johor Bahru yang didakwa tidak mengambil suntikan imunisasi difteria dan setakat ini masih belum menerima laporan ujian yang dijalankan.*
                 

*ARENA*
========


        *PENGURUS Leicester City, Claude Puel berkata kebimbangan penyokong mereka adalah normal selepas kelab itu dibelasah 4-1 di tempat sendiri oleh Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana, awal pagi tadi.*
           *Leicester memulakan kempen musim baharu dengan hambar dan kekalahan pagi tadi adalah yang keempat berturut-turut di tempat sendiri, rekod terburuk sejak tahun 2000 dan kini mengharungi tujuh perlawanan tanpa kemenangan.*
           *Prestasi buruk juara Liga Perdana 2016 itu yang melepaskan dua gol lewat sudah pasti meresahkan penyokong mereka di sebalik kedengaran rasa tidak puas hati dalam kalangan pemain.*

       ♂ *DUSTIN Johnson menghampiri gelaran ke-20 Jelajah PGA dalam kariernya selepas mencatat lima bawah par 66 bagi mendahului Rory McIlroy dengan empat pukulan menjelang pusingan terakhir Kejuaraan WGC-Mexico.*
          *Johnson mencatat keseluruhan 16 bawah par 197 di Kelab de Golf Chapultepec, di mana McIlroy melakukan tiga bawah par 68 bagi keseluruhan 201 mata, hari ini.*

        *BELINDA Bencic menewaskan Petra Kvitova 6-3, 1-6, 6-2 untuk memenangi Kejohanan Tenis Dubai dan berhasrat untuk meraikan kejayaan itu dengan melakukan terjunan payung udara pertama buatnya.*
           *”Kami bersetuju jika saya memenangi gelaran seterusnya, kami akan melakukan terjunan udara,” kata pemain dari Switzerland itu selepas mengakhiri kemarau trofi selama empat tahun menurutnya rancangan itu mungkin tidak disukai bapa dan jurulatihnya, Ivan.*

        *PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara terbuka mendedahkan masalah dihadapi pasukan itu sepanjang empat aksi lalu yang tampak kurang memberangsangkan berpunca daripada dirinya.*
            *Menerusi kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers, Tunku Ismail memohon maaf kepada pihak kejurulatihan dan pemain skuad Harimau Selatan tatkala setiap tahun memberi tekanan kepada mereka untuk menyerlah pada saingan Liga Malaysia (Liga M).*
            *”Masalah terbesar dalam JDT adalah, saya! "Setiap tahun saya meletakkan banyak tekanan kepada pemain dan jurulatih. Kesalahan saya kerana tidak menyedari dan terlupa yang anda hanyalah manusia.*

        *MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelar tindakan segelintir kelab dan pasukan negeri yang masih tidak terbuka melepaskan pemain mereka menyertai skuad bawah 22 (B-22) kebangsaan bimbingan Datuk Ong Kim Swee.*
             *Beliau yang menyatakan kekesalannya mengenai perkara itu berkata, keutamaan harus diberikan kepada skuad kebangsaan bukannya mementingkan diri sendiri dengan menyekat pemain berpotensi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.*

        *Kuala Lumpur: “Anda tidak boleh pentingkan kelab atau pasukan anda saja. Anda kena fikir juga sumbangan pemain untuk skuad kebangsaan.”*
           *Demikian pandangan bekas pemain negara, Datuk Jamal Nasir Ismail yang kecewa dengan sikap pentingkan diri sendiri kelab atau pasukan negeri kerana tidak mahu melepaskan pemain mereka hingga menjejaskan prestasi skuad bawah 22 (B-22) bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang gagal mara ke separuh akhir Piala AFF B-22 di Kemboja.*
           *Tegas Jamal, panggilan untuk seseorang pemain itu menyertai skuad kebangsaan seharusnya sentiasa menjadi keutamaan kecuali jika pemain itu menghadapi kekangan seperti faktor kecederaan.*

          *WALAUPUN mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam aksi Liga Perdana selepas menewaskan Sarawak 2-1 di Kuching, semalam, pengendali Sabah Jelius Ating menegaskan masih banyak lagi kelemahan yang perlu diatasi.*
         *Jurulatih berusia 48 tahun itu berkata, bahagian tengah harus lebih kreatif untuk menjana bahagian serangan.*

         *KERAJAAN negeri dilihat sebagai talian hayat terakhir buat Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) selepas badan induk itu menghubungi pejabat EXCO Belia dan Sukan Perlis untuk memohon bantuan sokongan.*
           *EXCO Belia dan Sukan Perlis, Hamizan Hassan berkata, beliau dihubungi oleh jawatankuasa PFA baru-baru ini berhubung perkara berkenaan.*
         *”Mereka ada menghubungi saya untuk membantu sokongan skuad Singa Utara merayu Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk tidak menyingkirkan PFA dari saingan kancah Liga Perdana.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2019 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*KHMIS 28 FEUAR 2019 ASHI ERSAAAN 23 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0559*
*SUBUH : 0609*
*SYURUK : 0723*
*ZOHOR : 1329*
*ASAR : 1644*
*MAGHRIB : 1929*
*ISYAK : 2038*


*artikel disiarkan pada tarikh 27feb*


*TANAHAIRKU*
==============


               *MESYUARAT Jemaah Menteri hari ini bersetuju supaya had pengekalan harga runcit petrol RON95 yang pada masa ini ditetapkan pada paras RM2.20 seliter dikurangkan kepada RM2.08 seliter. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, perkara berkenaan berdasarkan trend harga sebenar pasaran petroleum yang semakin meningkat pada masa ini. “Ini bermakna harga runcit RON95 akan dihadkan kepada RM2.08 seliter sungguhpun harga minyak dunia naik lebih daripada itu.*

                *WARGA emas, Wai Foo Sing, 68, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, atas dua tuduhan memuat naik karikatur dan menghantar komunikasi jelik yang menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah di Facebook (FB), 17 Februari lalu terpaksa ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana gagal membayar wang ikat jamin.*

               *PAS Negeri Sembilan sedia memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Pemangku Pesuruhjaya PAS negeri, Rafiei Mustapha berkata, parti itu akan memberi sokongan penuh kepada Mohamad atau Tok Mat dengan membantu Barisan Nasional (BN).*

                *USAHA pengambilalihan konsesi empat lebuh raya iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart (SMART) akan mengambil masa enam bulan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Beliau berkata, jangkaan tempoh masa itu adalah bagi memenuhi keperluan pengawalseliaan, kewangan dan undang-undang.*

                *DUDA mengaku bersalah di dua Mahkamah Majistret Klang atas pertuduhan mencemarkan surau dan mencuri berhala di sekitar Pelabuhan Klang, minggu lalu. Tertuduh, Helmee Othman, 38, membuat pengakuan itu selepas tiga pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman dan Majistret Muhammad ‘Azzam Zainal Abidin.*

               *DUA lelaki yang ditahan berkaitan kes pecah rumah sebenarnya menjalankan aktiviti jenayah lebih besar iaitu pemalsuan wang. Kegiatan dua lelaki yang dipercayai aktif melakukan jenayah pemalsuan wang itu tumpas selepas mereka dicekup polis di Bemban, Jasin, 15 Februari lalu.*

               *“MUJUR adik ipar saya sedar rumah terbakar. Jika tidak, mungkin kami sekeluarga hangus bersama,” kata Nur Nadia Mohd Murad, 26. Wanita itu dan bayinya, Muhammad Habib Muhamad Alif yang berusia 45 hari antara yang terselamat dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Taman Berkat, Sungai Besar, semalam.*

               *PARAS Empangan Sungai Lebam, Bandar Penawar, Kota Tinggi, terus menyusut 0.45 meter apabila mencatatkan 10.45 meter pada hari ini berbanding 10.9 meter semalam. Situasi itu sekali gus menimbulkan kebimbangan lebih 100,000 pengguna di kawasan Kota Tinggi, Tanjung Balau, Teluk Remunia, Pengarang dan Bandar Penawar. Ini kerana tindakan pencatuan air dari empangan itu terpaksa dilaksanakan sekiranya paras air di paras 9.60 meter.*

                *POLIS percaya suspek yang melarikan cincin berlian bernilai RM2.89 juta, dari sebuah kedai emas di Genting Highlands, Ahad lalu sudah melarikan diri ke luar negara pada hari sama. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata siasatan lanjut mendapati suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah melarikan diri ke Vietnam.*

                *KEGIATAN tujuh ahli kongsi gelap Geng 08 dipercayai melakukan pemerasan dan samun di tapak pembinaan tumpas apabila mereka diberkas polis dalam Op Cantas Khas di Kuala Langat, kelmarin. Difahamkan, semua lelaki berusia 18 hingga 30 tahun itu mengutip wang perlindungan di sekitar Sepang, Petaling Jaya dan Serdang.*

               *MAHKAMAH Sesyen, Petaling Jaya, hari ini, mengingatkan Datuk Farid Kamil Zahari, 38, supaya lebih peka dengan tarikh perbicaraan ditetapkan membabitkan pertuduhan jenayah dan narkotik yang dihadapinya. Majistret Nor Ariffin Hisham menegur pelakon dan pengarah terkenal itu selepas dia hadir lewat ke mahkamah pada perbicaraan kes urinnya, hari ini.*

               *PEMBAKARAN terbuka di Kedah meningkat 50 peratus sehingga bulan ini berikutan cuaca panas melampau sejak awal tahun. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Nazri Zakaria berkata, berdasarkan statistik, 599 kes kebakaran terbuka membabitkan lalang, belukar, sampah sarap jerami dilaporkan bulan ini berbanding hanya 380 kes tahun lalu.*

                *DUDA dan janda yang berdua-duaan dalam sebuah rumah di Kampung Ramuan China Kechil, Alor Gajah, semalam ditahan polis apabila didapati memiliki dadah dipercayai heroin. Pasangan yang tiada pertalian itu dicekup di ruang tamu rumah terbabit, selepas polis menerima maklumat awam berkaitan kegiatan pengedaran dadah, sekitar Lubok China, sejak akhir tahun lalu.*

                *PASUKAN Polis Marin (PPM) Kudat merampas 50 kilogram ikan pelbagai jenis dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan selepas pemeriksaan dibuat terhadap sebuah feri penumpang, di Kudat, semalam. Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, rampasan itu dibuat 3.30 petang ketika melaksanakan operasi bersepadu bersama beberapa agensi lain di Terminal Feri Kudat.*

                *PEMANDU lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap anak perempuannya berusia sembilan tahun, minggu lalu. Tertuduh, Mohd Irwan Abu Kassim, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.*

                *LEBIH 400 produk kosmetik pelbagai jenama yang tidak bernotifikasi bernilai RM1.07 juta dirampas Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak dalam satu serbuan di Sibu, 18 Februari lalu. Hasil risikan dan aduan yang diterima, Seksyen Penguatkuasaan Farmasi Bahagian Sibu (SPF Sibu) menyerbu premis dan menjumpai 35,000 kotak kosmetik tidak bernotifikasi.*

               *PENDUDUK Kampung Bagan Pasir Penambang, Kuala Selangor, menarik nafas lega apabila sebuah rumah yang menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes dibersihkan dalam Operasi Bersepadu Kawasan Hotspot Denggi, baru-baru ini. Rumah didiami wanita warga emas berusia 81 tahun itu mengumpulkan hampir satu tan sampah kitar semula yang terdiri daripada kotak polisterin, periuk, bekas botol plastik, kotak dan baldi.*

               *PEGUAM Negara, Tommy Thomas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini berkaitan isu yang mengaitkannya dengan sikap anti-Islam. Laporan polis itu dibuat dua pegawai khasnya, Amir Nasarudin dan Siti Rahayu Mumazaini 3.15 petang hari ini.*

               *SEORANG wanita maut akibat digilis lori simen di Kampung Koh di Sitiawan, hari ini. Dalam kejadian 12.40 tengah hari itu, Eu Hea Mee, 47, yang menunggang motosikal Honda EX5 mati di tempat kejadian. Difahamkan, kemalangan berlaku apabila mangsa yang dipercayai keluar dari simpang di jalan berkenaan terjatuh dari motosikal ditungganginya.*
  
                *KANAK-KANAK perempuan yang melecur seluruh badan akibat tersimbah sambal popia basah di rumah ibu saudaranya di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, 7 Febuari lalu, menjalani satu lagi pembedahan, semalam. Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa, Azalea Hani Abdul Rahim, 5, dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh akibat kecederaan melecur yang paah.*

               *KETUA kumpulan Vickey menjadi buruan polis selepas dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata membabitkan kerugian RM40,000 di Jasin dua minggu lalu. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian berlaku 3 petang 13 Februari lalu.*

               *MAJLIS Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan sebanyak 14 kompaun kepada kediaman sekitar Klang sepanjang Januari sehingga semalam kerana dikesan mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik. Kompaun itu dikeluarkan berikutan penduduk setempat mengambil sikap sambil lewa mengenai kebersihan di kawasan kediaman masing-masing.*

               *LELAKI yang disyaki terbabit melakukan sembilan kes ragut di sekitar kawasan Lebuhraya Link Kedua, Gelang Patah dekat sini, kelmarin sudah ditahan polis, tengah malam tadi. Suspek berusia 33 tahun dan bekerja sebagai mekanik itu ditahan di sebuah premis di Jalan Serunai 3, Taman Pancasila, Saleng dekat Senai, kira-kira 12.25 tengah malam.*

               *SOROK dalam plastik makanan haiwan. Itu tindakan terdesak tokan dadah bagi mengaburi aktiviti haram mengedar pelbagai dadah 13.323 kilogram bernilai RM280,212 daripada dikesan polis. Kegiatan didalangi dua lelaki tempatan berusia 35 dan 36 tahun itu terbongkar selepas barang terbabit ditemui dalam dua kenderaan jenis Toyota Altis dan Nissan Almera di kediaman mereka di Jalan Sialang, Tangkak, Ahad lalu.*

               *GARA-gara tidak berpuas hati dengan makanan yang dipesan, lima lelaki bertindak ganas memecahkan barangan di sebuah restoran di Jalan Pahlawan di Sibu, malam tadi. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian jam 9.30 malam itu berlaku apabila tiga suspek yang dipercayai dalam pengaruh alkohol bertengkar dengan seorang pelayan di restoran berkenaan mengenai makanan yang mereka pesan.*

               *BAYI perempuan berusia 28 hari meninggal dunia kelmarin dipercayai didera berikutan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan penderaan secara fizikal. Ketua Polis Daerah Kota Samaharan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan di Klinik 1Malaysia, Taman Samarindah, Kota Samarahan yang menerima bayi itu sebagai pesakit 3.15 petang, Isnin lalu.*

               *EMPANGAN Air Itam, Georgetown menyusut 3.2 peratus dalam masa seminggu ketika cuaca panas melanda Pulau Pinang. Laporan menerusi sesawang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mencatatkan bacaan air di empangan terbabit ialah 64.1 peratus hari ini berbanding 67.3 peratus 18 Februari lalu. Empangan Teluk Bahang juga turut menyusut 1.9 peratus bagi tempoh sama.*

               *CALON Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih Zakaria Hanafi hari ini membuat laporan polis berikutan penemuan kain rentang berbentuk provokasi membabitkan dirinya. Beliau yang ditemui media selepas itu berkata, kain rentang berkenaan digantung di tepi jalan utama di beberapa lokasi strategik.*

               *POLIS menafikan dua lelaki yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero Wagon ditahan di tepi jalan besar dekat Kampung Mak Sara, Jertih semalam terbabit dengan kes penculikan pelajar sekolah. Sebaliknya, salah seorang daripada dua lelaki yang ditahan kira-kira 6.30 petang itu sebenarnya ingin mencari adik perempuannya berusia 16 tahun yang belajar di Kolej Vokasional Besut (KVB).*

                *CUBAAN seorang pencuri sarang burung walit menyerang pemilik bangunan yang diceroboh itu menggunakan tukul mengundang padah apabila dia cedera ditembak semalam. Berikutan kejadian kira-kira 5 pagi di Sungai Apong, Lebaan, Sibu itu, suspek berada dalam keadaan kritikal selepas kehilangan banyak darah akibat kecederaan di kaki.*

               *EMPAT penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disyaki pengedar dadah di sekitar Matang, Kuching ditahan bersama ganja 264.41 gram di Kampung Sungai Cina, Matang, Isnin lalu. Ketika serbuan di sebuah rumah tidak bernombor 4 petang itu, keempat-empat lelaki berusia 21 hingga 24 tahun berada di dapur.*

               *EMPAT sungai di lapan kawasan di Kelantan merekodkan penurunan di bawah paras normal berikutan musim kemarau sejak awal bulan ini. Portal Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) menunjukkan Sungai Galas, Sungai Kelantan, Sungai Golok dan Sungai Pergau mencatatkan penurunan perlahan namun masih terkawal.*

               *TEMPOH reman terhadap seorang penoreh getah yang mendera anak tirinya sehingga maut minggu lalu disambung tujuh hari lagi. Perintah reman berkenaan dikeluarkan Majistret Azizah Ahmad di Mahkamah Majistret Rompin, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, turut disambung reman adalah isteri suspek yang juga ibu kandung mangsa.*

               *PERKENALAN dengan wanita dalam laman sosial Facebook (FB) mengundang padah buat lelaki warga emas apabila kerugian RM14,100 selepas terpedaya dengan janji manis wanita itu yang sebenarnya sindiket parcel scam. Dalam kejadian Isnin minggu lalu, mangsa berusia 67 tahun dari Kepala Batas berkenalan dengan wanita yang menggunakan nama ‘Silver Vuyana’.*

               *PEMANDU teksi direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas didakwa merogol anak kandungnya berusia 14 tahun sejak lapan tahun lalu. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi terhadap lelaki berusia 52 tahun itu bermula hari ini sehingga 5 Mac ini.*

               *DUA pegawai polis dari Bukit Aman hari ini hadir ke kamar Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hamid Sultan Abu Backer, di Putrajaya bagi merekod keterangan beliau berhubung afidavit sokongan yang diikrarkannya mengenai salah laku hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan. Perkara itu dimaklumkan Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah yang mewakili Hamid ketika ditemui media di Istana Kehakiman, hari ini.*

               *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Batu Pahat menahan dua individu dalam operasi di Tanjung Tohor, Muar dan merampas 3,300 labi-labi bernilai RM150,000 yang cuba diseludup ke negeri ini, tengah malam tadi. Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, kejayaan itu hasil pemeriksaan bersama Pasukan Gerakan Batalion 6 dan Pos Parit Unas ke atas sebuah bot yang dikesan dalam keadaan mencurigakan pada 12.30 tengah malam.*

               *NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, daripada pertuduhan menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) di akaun Facebook miliknya, tiga tahun lalu.*

               *TUKANG gunting mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini, atas pertuduhan mengugut mahu membunuh bapanya menggunakan pisau kerana tidak berpuas hati selepas ditegur menghabiskan keropok lekor yang dibeli.*

               *PERMOHONAN semakan kehakiman tujuh individu yang mencabar keputusan Kementerian Kesihatan mewartakan semua tempat makan sebagai larangan merokok mulai 1 Januari lalu, akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 6 Mei ini. Hakim Datuk Azizah Nawawi menetapkan tarikh itu selepas pengurusan kes di dalam kamarnya hari ini.*

               *PEMANDU kenderaan utiliti sukan (SUV) cedera selepas kereta dinaikinya bertembung dengan lori pembancuh simen di Taman Kota Laksamana Utama, Melaka hari ini. Kejadian jam 2 pagi itu menyaksikan pemandu SUV Honda HRV, Chan Chee Chung, 40, tersepit sebelum dibawa keluar dengan bantuan bomba dan orang awam.*

               *TAKTIK pengedar dan penagih dadah yang menjadikan kandang kambing sebagai tempat melepas gian terbongkar apabila 16 suspek termasuk seorang janda ditahan dalam serbuan di FELDA Palong 2, Jempol, semalam. Difahamkan, taktik itu bagi mengelak kegiatan mereka dikesan polis selepas ladang kelapa sawit yang sebelum ini sering dijadikan tempat penagihan dadah kerap diserbu polis.*

               *SURI rumah didenda RM,700 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini, selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan ke atas anak perempuannya, dua minggu lalu. Majistret Siti Hajar Ali menjatuhkan denda itu ke atas Mahani Paimin, 35, selepas dia membuat pengakuan salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *TOKYO: Bayi pramatang yang ketika dilahirkan hanya seberat 268 gram, iaitu hanya sebesar bawang besar memecah rekod dunia sebagai bayi paling kecil yang berjaya hidup.*
           *AFP melaporkan, bayi terbabit dilahirkan ketika berusia 24 minggu selepas berhenti membesar di dalam rahim ibunya.*
           *Selepas lima bulan menerima rawatan, bayi lelaki itu kini mempunyai berat 3.2 kilogram dan dibenarkan keluar hospital minggu lalu, kata Hospital Universiti Keio.*

          *PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong Un tiba di Hanoi, Vietnam semalam, dengan kereta api ‘kebal’ selepas menempuh perjalanan 60 jam untuk pertemuan kedua dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.*
            *Timbul persoalan kenapa Jong Un memilih kereta api untuk ke Hanoi berbanding pesawat yang hanya mengambil masa tiga atau empat jam.*
             *Menurut AFP, Jong Un memulakan perjalanannya tengah hari Sabtu lalu, menaiki kereta api berperisai dan dikawal ketat dari stesen di Pyongyang pada jam 4.30 petang (waktu tempatan) sebelum singgah di stesen Dandong di sempadan Korea Utara- China dan Beijing.*

           *KATHMANDU: Menteri pelancongan Nepal Rabindra Adhikari antara tujuh yang terbunuh selepas helikopter dinaiki terhempas di kawasan berbukit di timur negara itu.*
           *Anggota penyelamat menemui mayat Adhikari, 49, juruterbang dan lima penumpang lain di lereng bukit di Taplejung, tempat helikopter Air Dynasty itu terhempas ketika rombongan mencari lokasi sesuai untuk lapangan terbang baru.*
           *”Mayat menteri sudah ditemui,” kata jurucakap kementerian dalam negeri, Ram Krishna Subedi dalam satu sidang media.*

          *PALEMBANG: Akibat berang kerana tidak diberikan wang untuk membeli makanan ringan, seorang lelaki sanggup bertindak kejam apabila memukul kepala ibunya beberapa kali dengan batang kayu hingga mati.*
         *Dalam kejadian di sebuah rumah di Muara Dua, Ogan Komering Ulu Selatan itu, Marlina, 40, ditemui mati kelmarin dengan pendarahan di kepala akibat dipukul.*
         *Tribun News melaporkan, kejadian itu dipercayai berpunca apabila suspek yang dikenali sebagai Edian Saputra, 23, meminta wang daripada ibunya untuk membeli makanan ringan.*

          *KAHERAH: Seramai 20 orang maut manakala 40 lagi cedera akibat kebakaran selepas sebuah tren merempuh platform di sebuah stesen kereta api utama di pusat bandar Kaherah.*
          *Saksi berkata, kereta api terbabit melanggar platfom dan meletup seterusnya mencetuskan kebakaran besar di stesen Ramses itu.*
            *Jumlah kematian disahkan televisyen Mesir. Ketua hospital Cairo Railroad, Mohammed Said berkata, bilangan mangsa nahas dijangka meningkat.*

         *DUA anggota polis dibunuh selepas diculik dari sebuah kedai teh di wilayah Narathiwat, sempadan selatan, semalam.*
             *Menurut Leftenan Sarayuth Khotchawong, dalam kejadian itu, lapan anggota pemisah menyerbu kedai berkenaan sebelum menculik anggota polis terbabit.*
          *”Penculik merampas pistol dan memaksa anggota polis itu masuk ke dalam trak pikap.*
           *”Mayat kedua-duanya ditemui beberapa ratus meter dari tempat kejadian. Mangsa beragama Buddha dan seorang lagi adalah Muslim,” kata Sarayuth.*

          *ISLAMABAD: Pakistan menembak jatuh dua jet pejuang India hari ini, ketika ketegangan meningkat sejak insiden pengeboman yang mengorbankan 40 polis separa tentera di Kashmir, dua minggu lalu.*
         *Reuters yang memetik jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Asif Ghafoor, salah satu daripada jet berkenaan ditembak jatuh di Kashmir wilayah tadbiran India manakala satu lagi di kawasan mereka.*
           *Katanya, pihak tentera turut menahan salah seorang daripada juruterbang jet terbabit.*

          *BERLIN: Seekor tikus montel mencuri perhatian penduduk di bandar Bensheim, Jerman apabila terpaksa diselamatkan sembilan anggota bomba kerana badannya tersekat dalam penutup longkang.*
            *Daily Mail melaporkan, tikus terbabit dilihat oleh dua kanak-kanak perempuan, tengah hari Ahad lalu sebelum menghubungi talian kecemasan.*
        *Haiwan itu yang tersekat di celah lubang penutup longkang berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba bersama penyelamat haiwan sebelum dilepaskan kembali.*

          *JAKARTA: Seorang pelombong haram ditemui mati manakala lebih 60 lagi dikhuatiri tertimbus selepas lombong yang digali runtuh dalam kejadian di Sulawesi, Indonesia.*
            *Reuters yang memetik agensi bencana Indonesia berkata, runtuhan di sebuah lombong haram emas itu dilaporkan berlaku petang semalam sebelum mayat mangsa ditemui kira-kira jam 5 pagi tadi.*
            *Bagaimanapun, seramai 13 pelombong sempat diselamatkan dalam kejadian di Bolaang Mongondow, wilayah Sulawesi Utara itu.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan insiden pertengkaran membabitkan seorang individu memaki hamun pegawai bertugas kaunter bukan berlaku di premis milik jabatan itu.*
            *JPJ dalam satu kenyataan berkata, rakaman insiden berdurasi 43 saat itu tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp mendakwa berlaku pertengkaran selepas seorang pelanggan lelaki berang apabila dia disuruh pulang apabila tiba gilirannya walaupun sudah menunggu untuk berurusan selama empat jam.*
           *”JPJ memandang serius sebuah klip video yang tular di media sosial dan Whatsapp sejak semalam itu, namun siasatan lanjut mendapati insiden tidak berlaku di premis atau pejabat JPJ seperti yang tularkan itu,” kata kenyataan itu.*

          *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) buka kertas siasatan berhubung isu yang mengaitkan peguam negara dengan sikap anti-Islam yang tular di media sosial.*
            *Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sudah menerima laporan yang dibuat peguam negara berhubung isu berkenaan hari ini.*
         *Katanya, laporan itu dibuat susulan satu hantaran di laman Facebook dan aplikasi WhatsApp yang mengaitkan Peguam Negara, Tommy Thomas.*

          *SELEPAS memberkas dua ahli geng samun bersenjatakan parang yang menaiki motosikal jenis 125Z, Polis Selangor kini mengesan saki-baki ahli kumpulan itu termasuk ketua mereka dikenali Amy Keju.*
             *Amy berusia lewat 20-an dipercayai turut terbabit dalam kejadian samun ke atas restoran di Hulu Klang, Ampang, pada Mei 2017 dan melarikan wang tunai dari van keselamatan di Bukit Antarabangsa pada September tahun sama.*
         *Pada masa sama, video dan gambar ahli kumpulan itu membawa beg berisi wang tunai yang disamun ketika menunggang motosikal di Lebuhraya DUKE, tular di media sosial.*
         *Video rakaman Amy Keju dan rakan sejenayahnya melakukan samun di perkarangan kawasan rumah yang sunyi di sekitar daerah Serdang, Klang Utara dan Kuala Langat turut tersebar dalam laman sosial.*

          *PENYANYI, Bella Astillah, 23, yang juga isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, mendedahkan mengenai kecurangan suaminya dengan seorang pelakon wanita.*
           *Bella atau nama sebenarnya Dayang Nazilah AwangAstillah menerusi akaun Instagramnya memuat naik paparan skrin perbualan antara dirinya dengan seorang peminat yang melihat aksi curang suaminya di sebuah kelab malam baru-baru ini.*
            *Menerusi perkongsian di Instagram, Bella meluahkan isi hatinya yang kecewa apabila peluang kedua diberikan sebelum ini, seolah-olah dipersiakan oleh penyanyi lagu Sayang Sayang itu.*

          *PENGAMBILAN vaksin berjadual mengikut Program Imunisasi Kebangsaan adalah wajib ke atas ibu bapa untuk anak mereka dan hukumnya adalah harus sama ada merawat penyakit atau bersifat pencegahan penyakit.*
          *Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkfli Mohamad Al-Bakri dalam dua Bayan Linnas siri 59 dan 167 berkenaan vaksin berkata, ibu bapa dan penjaga yang lalai daripada kewajipan memberi suntikan vaksin adalah berdosa apabila anak mereka dijangkiti penyakit berjangkit yang boleh dielakkan.*
          *”Sekiranya penyakit berkenaan membawa mudarat kepada orang lain kerana kecuaian, ibu bapa atau penjaga mereka juga mendapat dosa yang lain.*

         *KEMENTERIAN Kesihatan menggariskan beberapa panduan kepada orang ramai dalam mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas ketika ini.*
           *Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan.*
            *Menurutnya, ia seterusnya menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.*

         *KAZAN (Russia): Seorang lelaki yang menunggu untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini selepas pisau tercacak di belakangnya dirakam keluar dari wad kecemasan semata-mata untuk menghisap rokok.*
          *Lelaki itu yang dikenali sebagai Vladimir, 34, dilaporkan ditikam di bahagian belakangnya selepas bergaduh di sebuah bar.*
            *Vladimir kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital di sini tetapi ketika menunggu rawatan lelaki itu yang hanya berseluar dalam berjalan ke luar wad untuk menghisap rokok.*
           *Satu rakaman video tular yang dirakam seorang jururawat menunjukkan Vladimir berjalan perlahan-lahan menuju keluar wad.*
                 

*ARENA*
========


         *KESATUAN Bolasepak Eropah (UEFA) mendakwa kapten Real Madrid, Sergio Ramos atas kesalahan ‘sengaja mengundang kesalahan kad kuning’ dalam perlawanan membabitkan kelab itu dalam saingan Liga Juara-Juara bertemu Ajax awal bulan ini.*
          *Ramos melakukan kekasaran ke atas Kasper Dolberg pada minit ke-89 ketika perlawanan pertama aksi 16 peringkat terakhir di Belanda, di mana Real Madrid mencacat kemenangan 2-1. Sebagai hukuman, pemain pertahanan berusia 32 tahun itu digantung pada berlawanan timbal balik minggu depan.*

         *RAFAEL Nadal langsung tidak menunjukkan aksi ‘berkarat’ dalam aksi pertama dalam bulan ini ketika pemain pilihan utama itu mudah menewaskan Mischa Zverev 6-3, 6-3 di Acapulco International, Mexico, pagi ini.*
          *Nadal beraksi buat pertama kali sejak kekalahan kepada Novak Djokovis dalam final Terbuka Australia, pernah beraksi di final dalam tiga penampilan di Acapulco dan memiliki rekod penampilan 15-1 dalam kejohanan.*
           *Pemain nombor dua dunia itu akan berhadapan Nick Kyrgios dalam pusingan ke 16 selepas pemain Australia itu mengalahkan pemain Itali, Andreas Seppi 6-3, 7-5.*

         *CABARAN getir menanti skuad hoki lelaki negara pada Pusingan Akhir Siri FIH di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil dari 26 April hingga 4 Mei depan apabila diundi bersama China dalam Kumpulan B.*
              *Menerusi pengumuman Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) hari ini, skuad negara juga akan berdepan Brazil dan Itali.*
          *Namun China dilihat pencabar sebenar Malaysian Tigers selepas beraksi cemerlang pada Piala Dunia di Bhubaneswar, India tahun lalu sekali gus menyaksikan mereka melonjak ke ranking ke-14 dunia, kurang satu tangga berbanding Malaysia.*

         *MELEPASI pusingan pertama Terbuka Jerman di Mulheim awal pagi tadi sedikit sebanyak meredakan tekanan buat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai.*
         *Menurut Shevon, mereka berasa sedikit tertekan selaku juara bertahan dan pada masa sama sedar pemain negara lain juga mula memperbaiki prestasi masing-masing.*

          *PENJAGA gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim dibolosi hanya satu gol dalam tempoh 360 minit aksi Liga Super setakat ini.*
          *Tidak hairan pemain berusia 22 tahun itu mahu mengekalkan rekod itu selain membantu Lang Merah mengungguli carta liga.*
        *Dalam empat perlawanan setakat ini, Ifwat hanya bolos ketika Kedah seri 1-1 dengan Perak apabila Brendan Gan menyumbat gol pada minit ke-18 pada aksi di Ipoh.*

         *BEKAS pemain kebangsaan, Serbegeth Singh mencadangkan pemenang Kasut Emas turut diberi hadiah iringan wang tunai jika pengurusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak berhasrat menaik taraf kualiti trofi itu pada masa depan.*
             *“Lebih baik berikan hadiah wang tunai juga dan alternatif itu tidaklah menyakitkan hati apabila mendapat trofi yang satu masa nanti akan rosak atau pudar,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, di sini, semalam.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2019 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*JUAAT 1 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 24 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0559*
*SUBUH : 0609*
*SYURUK : 0722*
*ZOHOR : 1328*
*ASAR : 1643*
*MAGHRIB : 1929*
*ISYAK : 2038*


*artikel disiarkan pada tarikh 28feb*


*TANAHAIRKU*
==============


               *YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-253 di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini. Seri Paduka diiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada mesyuarat hari kedua itu. Mesyuarat itu antara lain disembahkan taklimat terkini mengenai pertahanan negara oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan mengenai keselamatan negara oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.*

                *TUN Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Muhammad Aiman Zainali tidak akan bersendirian dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat apabila terpilih nanti. Perdana Menteri berkata, Muhammad Aiman tidak perlu gentar dengan tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan dia masih mentah untuk memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat.*

                *“BIAR den ‘mati’ di kampung sendiri,” tegas Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan. Katanya, beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau walaupun akan dicabar oleh Pakatan Harapan (PH). Beliau menegaskan tidak akan sama sekali lari dari medan Rantau sebaliknya akan berjuang habis-habisan mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu yang akan diadakan tidak lama lagi.*

                *KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) sudah menggerakkan satu pasukan petugas atau ‘task force’ bagi mengkaji cadangan dan desakan mewajibkan suntikan vaksin di negara ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pasukan yang diketuai Bahagian Kawalan Penyakit dan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga kementerian itu turut disertai beberapa agensi berkaitan yang lebih komprehensif.*

               *KERAJAAN Selangor mewujudkan bantuan khas Anak Istimewa Selangor (AnIS) bagi membantu kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri itu. Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia bertujuan membantu meringankan tanggungan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan anak OKU yang ditanggung ibu bapa atau penjaga.*

                *ALOR SETAR: RM16,000 sekepala. Itu caj baharu dikenakan sindiket penyeludupan migran kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutama Bangladesh, Myanmar dan etnik Rohingya yang mahu masuk ke negara ini melalui lorong tikus di kawasan berbukit sekitar Wang Kelian, Perlis.*

               *MAYAT lelaki warga emas yang sudah reput ditemui di kawasan semak di Matang, Padawan hari ini. Mangsa dikenali Wong Awain, 76, dari Taman Sri Perkasa Jalan Matang di sini dijumpai seorang lelaki 2.25 petang. Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat terbabit.*

               *KEJI. Itu ungkapan sesuai buat satu sindiket didalangi orang dalam yang mencuri kuota minyak diesel untuk kegunaan nelayan sebelum menjualnya kepada pihak ketiga. Aktiviti itu bagaimanapun berjaya dikesan susulan serbuan dilakukan Kementerian Perdagangan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang dalam operasi di Juru, Bukit Mertajam pada 5.30 pagi hari ini.*

                *LEMBAGA Tabung Haji (TH) akan menanggung semua subsidi bagi jemaah haji muassasah kali pertama termasuk yang membuat rayuan untuk menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Mujahid dalam kenyataan media hari ini berkata, keputusan itu dicapai selepas beberapa perbincangan bersama Lembaga Pengarah TH.*

                *TUJUH puluh peratus daripada 60 hektar hutan gambut di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan yang terbakar sejak Isnin lalu berjaya dipadamkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang sehingga hari ini.*

                *PENUNTUT wanita sebuah universiti awam berusia 18 tahun ditahan polis kerana memiliki 2.20 gram syabu di Jalan Seringguk, Bau, Sarawak. Turut ditahan lelaki berusia 18 tahun yang bersamanya ketika menaiki Toyota Vios.*

               *SEORANG pelatih asrama lelaki cedera apabila dipukul beberapa pelatih lain di sebuah asrama di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Jalan Sentul, Kuala Lumpur, semalam. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat berhubung kejadian itu 6.30 petang, semalam.*

               *YAYASAN Ikhlas memperuntukkan RM3 juta pada tahun ini bagi melaksanakan pelbagai program dalam usaha membantu golongan asnaf dan mereka yang ditimpa musibah di seluruh negara. Pengurus Besar Yayasan Ikhlas, Kamaruddin Kassim berkata, peruntukan itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pendidikan, komuniti dan bencana.*

               *HASRAT pemandu ambulans Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang menjemput isterinya pulang dari tempat kerja tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 82, Jalan Kota Tinggi-Kluang, hari ini.*

               *SERAMAI 8,836 ketua isi rumah di Selangor akan mendapat rebat elektrik RM40 setiap bulan sebaik dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, rebat diberikan kepada mereka yang tersenarai selain disahkan sebagai miskin tegar dan miskin dalam sistem E-Kasih.*

               *ENAM lelaki, termasuk dua daripadanya disyaki mengedar dadah ditahan dalam serbuan di ladang getah dekat Jalan Masai Lama, Pasir Gudang, petang semalam. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Norazam Shaari berkata, serbuan yang dijalankan antara 3.30 hingga 6 petang itu berjaya menahan keenam-enam mereka yang berusia antara 39 hingga 47 tahun.*

               *SEORANG warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas tuduhan memiliki 2,380 batang rokok seludup pelbagai jenama, Januari lalu. Majistret Nor Afidah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap Rasel Mozumder, 29, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.*

                *TIDAK tahan dengan perangai anaknya yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah, satu keluarga bertindak menghalau lelaki itu selepas dia bertindak agresif dengan memijak badan bapanya sendiri. Difahamkan, lelaki berusia 34 tahun itu menumpang sebuah surau dekat Taman Kundang Jaya, Rawang selepas dihalau keluarganya yang tinggal berhampiran kawasan surau itu. Bagaimanapun, hasil maklumat yang disalurkan keluarga, penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gombak menahan lelaki itu di surau berkenaan, Selasa lalu.*

               *UMAT Islam diingatkan supaya tidak menampakkan kejahilan dalam beragama sehingga sewenang-wenangnya menyalahkan Allah, mengeksploitasi nama-Nya serta merendahkan nabi. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, manusia tidak ada hak untuk mencampuri urusan tuhan kerana Dia lebih mengetahui urusan-Nya.*

               *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan akaun bank serta merampas beberapa aset termasuk kereta mewah disyaki milik pemimpin PAS. Tindakan itu diambil susulan siasatan dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).*

               *TINDAKAN lelaki mengugut mahu mencederakan isteri menggunakan pisau membawa padah apabila dijatuhi hukuman denda RM10,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini. Tidak cukup dengan itu, tertuduh, Mohd Khairul Hafiz Kamarudi, 32, dari Batu Rakit, Kuala Nerus turut berdepan hukuman penjara lapan bulan jika gagal menjelaskan denda.*

               *HAMPIR 10 individu dalam buruan polis kerana dikenal pasti memuat naik kenyataan menghina agama hingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat negara ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, beliau sudah mengarahkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman supaya menyegerakan siasatan berkaitan kes itu.*

               *SEORANG lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana menulis komen menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Facebook dua tahun lalu. Anas Mohd Zainal Abidin, 36, dari Kuala Nerus turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.*

               *SARAWAK sudah mengeluarkan sebanyak 60 lesen memburu buaya sebagai langkah mengawal peningkatan populasi reptilia itu bagi mengelak wujud konflik dengan manusia. Ia termasuk lesen bagi penjualan daging dan kulit buaya, khusus bagi tujuan perubatan serta pembuatan produk kraf.*

               *DALAM masa dua bulan saja, hampir 100 juta batang rokok seludup dirampas di seluruh negara dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM7 juta. Ia membabitkan 217 kes yang direkod sejak awal tahun ini sehingga hari ini dengan nilai cukai dielak RM62.9 juta. Ketua Pengarah Kastam, Datuk T Subromaniam berkata, membanteras penyeludupan rokok dan minuman keras menjadi agenda utama jabatan itu bagi memastikan hasil negara dapat ditingkatkan.*

               *MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur, memindahkan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi yang dihadapi oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Mahkamah Tinggi.*

               *SINDIKET penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dikesan menjadikan bas ekspres sebagai satu modus operandi kegiatan mereka ketika ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, ahli sindiket ini tidak lagi membawa migran yang diseludup secara beramai-ramai kerana taktik itu mendedahkan mereka kepada pihak berkuasa.*

               *MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng menyokong tindakan memasukkan kesalahan menyuntik kebencian dan penghinaan terhadap mana-mana agama dalam Kanun Keseksaan (Akta 574). Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pindaan akta berkenaan yang bakal menyaksikan hukuman lebih berat menanti pesalah, selain mengetatkan beberapa proses pendakwaan, termasuk operasi prosedur standard (SOP) pembuktian di mahkamah adalah langkah tepat.*

               *PUSAT Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan Skim Kafalah Muzakki bertujuan meringankan beban waris apabila berlaku kematian terhadap pembayar zakat (individu). Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, menerusi skim ini, sumbangan RM3,000 akan diberikan kepada waris dan ini satu inisiatif pihaknya kepada pembayar zakat yang setia menunaikan kewajipan berzakat di agensi berkenaan.*

               *MASA depan bayi lelaki menjadi tanda tanya apabila ibunya bertindak menghilangkan diri selepas melahirkannya di Hospital Sultanah Aminah (HSA) 5 Februari lalu. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Normawarni Mahat berkata, kejadian berlaku selepas ibu bayi itu yang berada di wad berasingan daripada bayinya menghilangkan diri.*

               *EMPAT belas pelayan pelanggan (GRO) warga asing terkedu apabila menerima ‘kunjungan’ pihak berkuasa yang menyerbu dua pusat hiburan di sekitar Klang, malam tadi. Difahamkan, semua wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 40-an itu memperoleh tips serendah RM50 bagi menemani seorang pelanggan di premis berkenaan.*

               *HUKUMAN tahanan di Sekolah Henry Gurney ke atas seorang remaja lelaki kerana menyebabkan kematian seorang lelaki, ditukarkan kepada penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, hari ini. Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Ranau mengarahkan tertuduh menjalani hukuman tahanan di Sekolah Henry Gurney sehingga mencecah usia 21 tahun selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki.*

               *ANGKARA merosakkan motosikal adiknya November lalu, pekerja kampung dikenakan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh, Noor Ezwan Salleh, 37, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.*

               *“KITA ada semua dokumen yang berkaitan. Kita akan jawab balik berdasarkan dokumen yang kita akan tunjuk,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan memiliki dokumen transaksi bayaran RM1.4 juta daripada PAS kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown untuk menyelesaikan kes saman fitnah di luar mahkamah.*

               *KERAJAAN Pulau Pinang hari ini mengumumkan pengguguran acara larian 10 kilometer (km) dalam Larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM), bermula tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Pelancongan, Yeoh Soon Hin berkata, keputusan untuk menggugurkan kategori itu bagi menjenamakan semula PBIM sebagai maraton antarabangsa.*

               *BEKAS Ahli Majlis Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini atas 11 pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan penganjuran sebuah ekspo, tiga tahun lalu. Tertuduh, Mohamad Fauzi Ahmad, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.*

               *JABATAN Bomba dan Penyelamat Johor berdepan tugas getir apabila perlu memadamkan kebakaran membabitkan ladang kelapa sawit seluas 71.63 hektar hektar, sejak tujuh hari lalu. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, ladang dekat Jalan Penawar ke Punggai, Pengerang, Kota Tinggi yang terbakar itu dikatakan baru saja dibuka.*

               *TINDAKAN wanita warga Filipina hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka kononnya mahu membuat gantian kad baru akhirnya menjerat diri selepas dia dipercayai menggunakan MyKad palsu. Wanita berusia 42 tahun itu ditahan 12 tengah hari di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh, semalam.*

               *SEORANG lelaki kerugian RM120,000 selepas disamun tiga penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Taman Puchong Utama, Subang Jaya, hari ini. Kejadian berlaku pada 6.11 pagi dengan semua penjenayah terbabit bersenjatakan besi dan kayu.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *California: Seorang wanita mencampak anak lelakinya berusia lima tahun dari balkoni tingkat 20 sebuah pangsapuri di Miami, sebelum dia terjun membunuh diri.*
            *Dalam kejadian Selasa lalu, mayat kanak-kanak itu, Luciano Matos, ditemui berhampiran kolam renang di tingkat enam apartmen berkenaan dalam keadaan tidak sedar diri oleh polis dan bomba kira-kira jam 8 malam.*
           *Daily Mail melaporkan mangsa bagaimanpun, meninggal dunia di Hospital Jackson Memorial manakala ibunya, ditemui sudah meninggal dunia berhampiran kolam renang berkenaan.*

          *Gedung barangan dan peralatan sukan terkemuka Perancis, Decathlon terpaksa membatalkan perancangan menjual hijab di negara itu ekoran ugutan boikot daripada ahli politik dan seorang menteri.*
           *Al Jazeera melaporkan Ketua Komunikasi Decathlon, Xavier Rivoire berkata keputusan untuk tidak menjual hijab bagi wanita bersukan di Perancis bagi menjaga keselamatan kakitangan syarikat berkenaan.*
          *Terdahulu, Decathlon menerusi Twitter memaklumkan menerima kecaman berbaur hinaan serta ugutan terhadap produk keluaran syarikat berkenaan.*

          *BAITULMAQDIS: Pesawat Israel menyerang beberapa lokasi pejuang Palestin di Gaza selepas ‘belon letupan’ yang diterbangkan dari wilayah itu merosakkan sebuah rumah di wilayah Yahudi bekenaan.*
          *"Belon letupan yang diterbangkan dari Semenanjung Gaza merosakkan rumah di Israel, selepas ia meletup di udara.*
         *"Sebagai tindak balas, jet pejuang dan helikopter tentera Israel menyerang beberapa sasaran pejuang di kem Hamas di tengah Semenanjung Gaza,” kata kenyataan tentera.*

          *KAHERAH: Menteri Pengangkutan Mesir, Hisham Arafat, meletak jawatan susulan nahas kereta api yang mengorbankan 20 orang dan mencederakan 43 lagi semalam.*
          *Kejadian berlaku apabila kereta api merempuh halangan di stesen utama di ibu kota Mesir semalam, kata Kementerian Kesihatan.*
          *Sementara itu, laporan televisyen menyatakan pemandu kereta api itu sudah ditahan untuk siasatan.*

          *ISLAMABAD: Ketegangan di Kashmir semakin meningkat apabila dua jet pejuang India ditembak jatuh tentera Pakistan di dalam ruang udaranya semalam, dengan seorang juruterbang terbabit ditahan.*
          *Reuters memetik jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Asif Ghafoor berkata, satu daripada jet berkenaan ditembak jatuh di Kashmir wilayah tadbiran India manakala satu lagi di kawasan mereka.*
            *"PAF menembak jatuh dua jet pejuang India dalam ruang udara Pakistan,” katanya menerusi akaun Twitter.*
           *Bagaimanapun, Asif kemudian menegaskan pihaknya ‘tidak mahu berperang’ dengan India.*

          *Los Angeles: Banjir terburuk dalam tempoh 20 tahun menjadikan komuniti Guerneville di California Utara umpama sebuah pulau selepas pihak berkuasa mengarahkan ribuan penduduk berpindah atau berisiko terperangkap selama beberapa hari.*
            *Air naik sehingga ke bumbung rumah dan menenggelamkan kereta apabila paras Sungai Russia melimpahi tebing susulan hujan lebat, memaksa pihak berkuasa di Daerah Sonoma, kira-kira 110 kilometer ke utara San Francisco memindahkan 3,600 penduduk.*
           *"Saya sudah menetap di sini selama 30 tahun. Saya tidak pernah lihat hujan sebegini lebat,” kata pengarah pemasaran hotel Farmhouse Inn, Brian Gipson.*

           *BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand berkata ia akan mengeluarkan keputusan 7 Mac ini bagi mengharamkan sebuah parti pembangkang kerana mencalonkan seorang puteri raja sebagai calon perdana menteri dalam pilihan raya umum.*
            *Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) memohon mahkamah membubarkan parti Thai Raksa Chart selepas ia mencalonkan Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi sebagai perdana menteri dalam pilihan raya 24 Mac ini.*
         *Walaupun Ubolratana melepaskan gelaran diraja pada 1972 apabila berkahwin dengan seorang rakyat Amerika Syarikat (AS), cubaannya memasuki politik di pihak pembangkang mencetuskan kontroversi.*

         *SERAMAI 17 orang awam maut selepas jerangkap samar yang dipasang pada mayat meletup di tengah Mali, kata sumber keselamatan dan pegawai tempatan, hari ini.*
            *Insiden berlaku di Diankabou, sebuah pekan kecil di tengah Mali berpunca daripada sebutir bom yang ditanam dalam mayat seorang lelaki, meletup, kata pegawai tempatan kepada AFP.*
           *Sementara itu, sumber dari pegawai keselamatan yang mengesahkan maklumat terbabit, berkata: “Mayat yang diletupkan menyebabkan 17 orang terbunuh.*

         *Rome: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut dihempap bapanya yang jatuh dari bumbung rumah mereka di Monterotondo, Itali.*
           *DailyMail melaporkan, Pasquale Persia, 14, keluar untuk membantu bapanya Gabrielle, 55, yang membaiki bumbung kandang haiwan di kediaman mereka yang rosak teruk dilanda ribut.*
             *Angin kencang menyebabkan Gabrielle terjatuh dari ketinggian hampir enam meter lalu menghempap anaknya menyebabkan remaja itu terbunuh serta-merta akibat kecederaan teruk di kepala.*

           *MUMBAI: Spotify hari ini mengumumkan pelancarannya ke India, menawarkan kandungan Bollywood dan serantau yang menarik jutaan pengguna baru ke platform penstriman muzik terbesar di dunia itu.*
           *Syarikat yang bertapak di Sweden itu meluaskan pengaruhnya dengan memenuhi selera muzik masyarakat India menerusi teknologi masa kini.*
           *Spotify menawarkan pengguna di India dengan masa percubaan percuma diikuti langganan berharga 119 rupee (RM6.80) sebulan.*

          *DEMI memiliki wajah persis patung Barbie, seorang pelajar lelaki yang mengaku dirinya tidak mempunyai jantina membelanja hampir 13,000 pound (RM70,436) untuk suntikan Botox dan ‘filler.’*
          *Biarpun sudah melakukan banyak suntikan di bibir, rahang, pipi serta bawah mata, Patrick Mast, 24, berkata belum berpuas hati dengan hasil rawatan dan masih mahu melakukan pengubahsuaian lagi.*
         *Pelajar Pengurusan Perniagaan yang berasal dari Frankfurt, Jerman itu mendedahkan sudah membuat 20 suntikan bibir dan kini memasukkan satu mililiter ‘filler’ dalam bibirnya setiap bulan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *DILAHIRKAN sumbing selain mempunyai masalah pendengaran tidak menghalang pemuda dari Kampung Pusu Tiga, Gong Badak merakam pelbagai video unik dan menarik di Instagram (IG) sehingga dikenali sebagai Instafamous sumbing pertama Terengganu.*
          *Mohamad Asyraf Abd Aziz, 26, atau lebih mesra dipanggil Araf mempunyai 28,100 pengikut IG @Arafaziz dengan video parodi paling tinggi ditonton pengikut 233,833 kali dengan 9,216 tanda suka.*
             *Araf berkata, dia tidak kisah dengan tanggapan masyarakat terhadap gelagatnya di IG kerana ia sekadar mencari kepuasan selain membantu peniaga kecil-kecilan mempromosikan produk dan perniagaan mereka.*

           *SELEPAS Adrienne Koleszar yang dianggap ratu cantik polis Jerman selepas popular di media sosial, seorang anggota pasukan itu benar-benar menjadi ratu apabila memenangi pertandingan Ratu Cantik Jerman.*
            *Anggota polis dari Stuggart, Nadine Berneis, 28, dimahkotakan sebagai ratu cantik negara itu, Ahad lalu, menewaskan 9,500 peserta lain.*
          *Bulan lalu, Adrienne menjadi perhatian umum dan dianggap ratu polis, selepas diberi amaran kerana memuat naik gambar memakai bikini di media sosial.*
              *Media Jerman melaporkan Adrienne menjadi bintang di Instagram dengan 645,000 pengikut media sosial.*

           *AKIBAT terlampau penat dan mahu tidur, seorang bapa melukis mata palsu pada kelopaknya supaya anak lelakinya menyangka dia masih berjaga.*
           *Gelagat dua beranak itu dibuai mimpi atas katil dipercayai dirakam oleh ibu bayi berkenaan dan antara kompilasi video lucu bapa menjaga anak mereka yang dimuat naik portal China K618.cn.*
           *Berdasarkan video itu, bayi berkenaan tertidur manakala bapanya yang menyumbat kedua telinganya dengan tisu sudah nenyak.*
           *Turut dipaparkan lelaki itu memasang rakaman dia menyanyi lagu nurseri sebagai salah satu cara mendodoikan anaknya.*
           *Sejak dimuat naik di Weibo Isnin lalu, kompilasi itu sudah ditonton lebih 4.17 juta kali.*
                 

*ARENA*
========


           *MANCHESTER City menandatangani kontrak komersil antara paling mahal dalam sejarah bolasepak bernilai 650 juta (RM3.5 bilion) bersama Puma.*
           *Kerjasama bersama Puma sebelum ini didedahkan pada November 2017 merangkumi City bersama empat kelab sekutu di China, Sepanyol, Australia dan Uruguay.*
          *Difahamkan Kumpulan Bolasepak City (CFG) akan meraih keuntungan 65j (RM351j) semusim sepanjang kontrak selama 10 tahun.*
          *Kontrak itu adalah kedua terbesar dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) di belakang Manchester United yang ditaja Adidas.*

            *TAU-tau bola dah menerjah jaring!*
          *Begitulah penangan Sadio Mane melakukan ‘tolakan tumit’ (back heel) ketika menjaringkan gol kedua Liverpool mengatasi Watford yang mendapat pujian peminat dan pengulas sukan.*
           *Mane meledak gol itu menerusi tolakan tumit dari jarak 12 ela (10.9m/36 kaki) yang menghampakan penjaga gol Watford, Ben Foster.*

          ♀ *PEMAIN nombor satu dunia Ariya Jutanugarn berkongsi sebagai pendahulu pusingan pertama dengan empat pemain pada Kejuaraan Wanita Duni HSBC hari ini ketika juara bertahan Michelle Wie menarik diri kerana cedera tangan.*
          *Pemain Australia, Minjee Lee, Yu Li dari China, pemain Amerika Syarikat, Amy Olson dan Celine Boutier dari Perancis terikat dengan Ariya dengan empat bawah par 68, namun ia hari yang malang di Singapura buat Michelle dan Amy Yang.*
          *Amy, yang menang pada LPGA Thailand minggu lalu, hanya berakhir tiga lubang sebelum menarik diri kerana selesema, manakala impian Michelle mempertahankan kejuaraan turut berkubur.*

           *PENYANDANG juara Piala TNB, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berada di landasan terbaik untuk meraih gelaran berganda musim ini apabila mara ke perlawanan akhir selepas mengetepikan Maybank 9-1 secara agregat.*
           *Pada separuh akhir kedua di Stadium Hoki Tun Razak hari ini, pasukan bimbingan Arul Selvaraj menang besar 5-0.*
            *Menanti UniKL pada perlawanan akhir Sabtu ini adalah Pasukan Hoki Terengganu (THT) yang terdahulu mengetepikan TNB secara agregat 8-3.*

           *DALAM usaha menggalakkan lebih banyak sektor korporat tampil menaja atlet negara di pelbagai peringkat, Kementerian Belia dan Sukan Negara kini menggunakan pendekatan berbincang bagi situasi menang-menang.*
          *Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, menerusi pendekatan baru itu, bukan saja atlet mendapat penajaan, bahkan penaja mendapat faedah dari segi pulangan apa yang disumbangkan.*
         *Menurutnya, sebelum ini untuk mendapatkan penajaan, mereka hanya menghubungi pengurusan sektor korporat berkenaan.*

           *KUALA LUMPUR: Tolonglah ‘keluar’ dan bertanggungjawab terhadap kerosakan yang sudah dilakukan sebelum ini.*
           *Itu rayuan Hasmawi Hassan, bekas pegawai khas kepada mantan Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie.*
          *Malah Hasmawi turut mahu bekas presiden itu memperbetulkan kesilapan yang sudah dilakukan seterusnya bersemuka dengan pemain, barisan jurulatih dan peminat bagi menerangkan keadaan sebenar.*

          *SEMUA keputusan perlawanan membabitkan Perlis dalam Liga Perdana sebelum ini terbatal sekali gus tiada sebarang mata diberikan kepada pasukan yang menang atau seri.*
         *Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan hari ini menyatakan badan pentadbir Liga Malaysia itu terus konsisten dalam membuat keputusan yang mana ahli lembaga pengarah turut membatalkan semua perlawanan Liga Perdana membabitkan Kuantan FA selepas kelab itu dibatalkan penyertaan tahun lalu.*
         *"Semua jaringan gol, jumlah mata dan jumlah perlawanan yang sudah berlangsung membabitkan Perlis akan dikira kosong.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2019 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*ISNN 4 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 27 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0558*
*SUBUH : 0608*
*SYURUK : 0722*
*ZOHOR : 1328*
*ASAR : 1642*
*MAGHRIB : 1928*
*ISYAK : 2038*


*artikel disiarkan pada tarikh 2&3mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu pengajian akidah berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah diajar dan dipertingkatkan di masjid di negeri ini. Baginda bertitah demikian supaya fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah terus menjadi asas pegangan kepada umat Islam di negara ini.*

               *KERJASAMA antara PAS dan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, semalam adalah antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan Pakatan Harapan (PH). Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, isu lain yang turut menyumbang kekalahan itu termasuk isu yang menyentuh sensitiviti Islam yang dimainkan segelintir pihak.*

                *KERAJAAN akan tetap membina klinik kesihatan baharu di Semenyih tahun ini, walaupun parti Pakatan Harapan (PH) tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya mengambil sikap bertanggungjawab dalam menangani isu membabitkan rakyat. “Ia seperti mana yang saya katakan bahawa kita akan bina klinik kesihatan yang baharu kerana melihat keadaan Klinik Kesihatan Semenyih yang sesak dan uzur.*

                *KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiga lagi kes difteria di Johor setakat semalam. Dalam kenyataannya hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia empat tahun serta seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.*

                *MALAYSIA bakal menjadi negara pengeluar vaksin utama dunia sebaik kilang vaksin halal pertama negara dibina di Negeri Sembilan tidak lama lagi. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh berkata, pembinaan itu adalah usaha kerajaan dalam meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap vaksin serta manfaat bagi kesihatan anak mereka.*

               *PEGAWAI kanan FGV Holdings Berhad (FGV) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, direman lima hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan bernilai RM10,000. Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suspek berusia 50 tahun itu direman sehingga Khamis ini.*

               *TAKTIK juragan menyeludup barang kawalan ke negara jiran menggunakan kapal nelayan gagal selepas Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menghidu kegiatannya itu dalam Ops Landai Khas di perairan Kampung Landung Ayang, Kudat, semalam. Dalam kejadian 10.30 malam itu, sebanyak 44 tong gas petroleum cecair (LPG), 500 kilogram (kg) tepung gandum dan 170 liter petrol dipercayai cuba diseludup ke Pulau Mangsi, Filipina.*

               *PAKATAN Harapan (PH) menerima kegagalan calon parti itu untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Pilihan Raya Kecil (PRK). Timbalan Presidennya Lim Guan Eng menyifatkan keputusan itu sebagai hak dan suara rakyat dalam memilih wakil rakyat di kawasan itu.*

               *JABATAN Air Negeri Sabah (JANS) menafikan maklumat berserta gambar yang tersebar di media sosial kononnya Empangan Babagon di Penampang kini kering berikutan musim kemarau di negeri ini. Pengarah JANS, Ir Amarjit Singh, berkata perkara itu tidak benar kerana empangan terbabit menyimpan 16.08 juta meter padu air yang mampu bertahan sehingga 92 hari.*

               *PEGAWAI eksekutif, pereka grafik dan bekas kakitangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diasaskan seorang ahli parlimen ditahan selepas polis menemui sejumlah dadah di sebuah unit kondominium di Taman Mutiara, Jinjang.*

                *WANITA dan anaknya cedera selepas terjatuh dari motosikal ditungganginya ketika mengejar peragut di Taman Chemor Impian, Ipoh, semalam. Dalam kejadian 8.43 pagi itu, mangsa, 49, bersama anaknya, 3, dipercayai baru pulang dari mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tanah Hitam, Chemor.*

               *LELAKI ditemui mati tertiarap dipercayai terjatuh dari pokok kenuak di kebun sawit Kampung Surau, Mukim Siong, di Baling, semalam. Mangsa, Mohamad Masri Abas, 37, dari Kampung Surau, Mukim Siong ditemui penduduk yang kebetulan lalu di situ dan ternampak mangsa tertiarap di bawah pokok berkenaan, jam 5 petang.*

               *MAYAT lelaki dipercayai antara mangsa bot pancung terbalik ditemui terapung berdekatan perairan Kampung BDC, dekat Sandakan, hari ini. Mayat dalam keadaan kembung tetapi belum dikenal pasti identitinya itu ditemui oleh penduduk kampung yang kemudian memaklumkannya kepada Pasukan Polis Marin (PPM).*

                *KUALA LUMPUR: Mampu sewa tapak gerai atau premis pada kadar mencecah RM10,000 sebulan di kawasan segi tiga emas ibu kota. Malah, difahamkan di Jalan Petaling, sahaja terdapat lebih 20 premis atau tapak niaga dipercayai dimiliki oleh warga asing. Sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, peniaga warga Bangladesh atau Pakistan terbabit seolah-olah membentuk satu ‘konglomerat’ bagi membolehkan modal dikumpulkan untuk memulakan perniagaan.*

               *REMAJA lelaki berusia 19 tahun maut dilanggar sebuah ekspres selepas terjatuh daripada motosikal ditunggangnya dalam kejadian di Kilometer 406.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Beruntung, hari ini. Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, Muhammad Khairil Danial Hamidon, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan.*

               *SEORANG lelaki sanggup membayar sehingga RM72,999 bagi mendapatkan pinjaman yang hanya berjumlah RM5,000 sebelum menyedari dirinya ditipu satu sindiket. Mangsa berusia 39 tahun itu dikatakan membuat sebanyak 47 kali transaksi untuk memasukkan wang berkenaan dalam 14 akaun sejak Mei tahun lalu sehingga kelmarin untuk pelbagai bayaran diminta suspek.*

               *SERAMAI 400 nelayan pelbagai peringkat umur dari tiga kampung di utara Pulau Bruit menjalani pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Gabungan Parti Sarawak (GPS), di Dewan Masyarakat Kampung Betanak, Mukah semalam. Program yang mendapat sambutan luar jangkaan itu dianjurkan dengan kerjasama Kelab Lions International, Rejang Medical Centre dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).*

               *LELAKI maut selepas disyaki dirempuh dua motosikal ketika sedang menguji kelajuan motosikalnya di Jalan Sulaman dekat lampu isyarat UMS, di Kota Kinabalu, tengah malam tadi. Dalam kejadian jam 12.50 tengah malam itu, Mohd Diman Fadillah Kamis, 31, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di seluruh badan.*

               *SUAMI isteri melalui detik mencemaskan apabila diikat dengan tuala dan kabel periuk nasi oleh tiga penjenayah dalam kejadian samun di rumah mereka di Jalan Selaling Tondong, Bau, semalam. Ketika kejadian 3.20 pagi itu, pasangan terbabit yang berada di bilik tidur didatangi tiga lelaki yang memecah masuk rumah mereka.*

               *SEORANG lelaki tidak sempat menjual barangan yang dicurinya dari sebuah rumah di Kampung Pandan, Sebauh, Bintulu, apabila ditahan polis hanya selepas lima jam dia memecah masuk rumah berkenaan, semalam. Suspek berusia 26 tahun itu ditahan dalam serbuan sepasukan anggota polis di rumahnya di kampung sama jam 12 tengah malam tadi.*

               *LELAKI meninggal dunia akibat terkena bilah pemotong jerami sebuah traktor di sawah padi di Kampung Sinaran Jaya Kepala 20, Kampung Manggol Bongor, Megat Dewa, Jitra, hari ini. Dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa, Alif Riezman Azhar, 21, meninggal dunia di tempat kejdian akibat kecederaan dialaminya.*

               *CUACA panas berpanjangan di Sabah memberi kesan kepada sebahagian pesawah di Kota Belud. Tinjauan di Kampung Tempasuk 2 dan Kampung Sangkir di daerah itu mendapati ada tapak sawah merekah, dipercayai kurang air kesan cuaca panas sejak hampir sebulan lalu. Beberapa petani yang ditemui melahirkan rasa bimbang cuaca panas berpanjangan akan merosakkan sawah mereka yang sudah merekah, selain hasil padi terjejas.*

               *“WALAUPUN semua barangan termasuk tiga motosikal musnah, kami bersyukur kerana terselamat,” kata Abdul Rahim Bahauddin, 53, pemilik sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Masjid, Lintang Rasau, Pelabuhan Klang, malam tadi. Kejadian kira-kira 10.30 malam itu menyebabkan dia bersama 10 ahli keluarganya kini hanya tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan barangan atau dokumen dalam kejadian itu.*

               *KES pasangan dari Kedah yang berkahwin tanpa kebenaran di Thailand dilihat semakin membimbangkan apabila sebanyak 799 kes dicatatkan tahun lalu, meningkat 233 kes daripada 566 kes pada 2017.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Datuk Dr Ismail Salleh berkata, jumlah itu merangkumi kesalahan pernikahan tanpa kebenaran dan berpoligami tanpa kebenaran yang direkodkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri ini.*

               *SERAMAI 62, 551 penghuni sudah menerima manfaat daripada pembinaan projek Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang bermula sejak 2006 untuk keluarga pesakit yang menjalani rawatan di hospital. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ini kerana kerajaan mengambil berat terhadap keperluan golongan yang memerlukan terutamanya kelompok B40 bagi menggunakan kemudahan itu.*

               *SYARIKAT Air Terengganu (SATU) bersetuju untuk menjual air bersih kepada Kelantan bagi membantu rakyat negeri itu yang dijangka berhadapan dengan krisis bekalan air. Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ir Atemin Sulong berkata, perjanjian persefahaman penjualan air bersih ke Kelantan sudah ditandatangani pada tahun 2015 lalu.*

               *BEKAS Pengerusi MIC Bahagian Rasah maut selepas kereta Perodua Myvi dipandu terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Rasah Jaya di Seremban, hari ini. Mangsa, Datuk G M Kannan, 79, yang berasal dari Taman Thivy Jaya, Seremban meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit dan parah di kepala.*

               *PERSELISIHAN faham menyebabkan seorang lelaki cedera selepas ditikam di belakang badan oleh rakannya di kediaman mangsa di Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin. Dalam kejadian 9 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun yang berada di rumah didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang mengamuk dan menuduhnya membuka cerita suspek mencuri barang disyaki dadah.*

               *ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) Langkawi akan menambah lebih ramai anggota penyelamat pantai bagi menghadapi jumlah pengunjung yang meningkat sempena Pameran Antarabangsa Maritim Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2019. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, setakat ini APM Langkawi mempunyai empat menara penyelamat pantai iaitu di Pantai Cenang, Pulau Tengah, Pulau Payar dan berhampiran Hotel Pelangi.*

               *Ibu bapa tidak sewajarnya merisikokan kesihatan anak mereka dengan menafikan suntikan vaksin imunisasi, meskipun keputusan terakhir untuk memberikan suntikan itu berada di tangan mereka, kata Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE). Pengerusinya, Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, ibu bapa perlu membuat keputusan berhubung soal suntikan ini berdasarkan maklumat yang tepat dan tidak membahayakan kesihatan anak mereka.*

               *WANITA dibelasah suami dengan topi keledar selepas keluar membeli barang keperluan anak mereka tanpa kebenaran lelaki terbabit di Kuala Nerus pada Khamis lalu. Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, mangsa berusia 33 tahun bukan hanya dipukul menggunakan topi keledar tetapi turut terjatuh dari motosikal ditunggangnya.*

               *PENIAGA Tamu Takada di Tawau, lega apabila kembali meneruskan operasi di pasar mingguan itu seperti biasa. Ia susulan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) membenarkan peniaga meneruskan operasi selepas bantahan aman dibuat pada 24 Februari lalu. Tinjauan mendapati kebanyakan gerai perniagaan memulakan operasi seawal jam 4 pagi bagi membuat persiapan awal termasuk menyusun barang jualan.*

               *ENAM puluh dua individu ditahan polis termasuk 18 daripadanya didapati memiliki dadah dalam beberapa siri operasi di sekitar Manggatal dekat Kota Kinabalu, sepanjang minggu ini. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi bermula 23 Februari itu menumpukan beberapa lokasi di sekitar Manggatal dipercayai sarang kegiatan penyalahgunaan dadah.*

               *REMAJA lelaki maut, manakala rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggang merempuh sebuah pacuan empat roda di Kilometer 1, Jalan Siakap, Simpang Tiga, Kuala Kurau, dekat Parit Buntar, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Muhammad Firdaus Munjiat,17, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z itu maut di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala.*

               *DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat laporan polis berhubung tindakan penjaja yang bertindak menghalang anggotanya melaksanakan tugas dan diugut ketika menjalankan operasi di Jalan Genting Klang, Setapak, Khamis lalu.*

               *LEBIH 3,000 umat Islam di negeri ini membentuk ‘lautan manusia’ bagi menzahirkan solidariti pada Perhimpunan Ummah Melaka Bantah Penghinaan Nabi Muhammad SAW di Dataran Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Tan Chay Yan, Melaka, malam tadi.*

               *“TERIMA kasih atas kebijaksanaan anda dan memberi kepercayaan kepada saya,” kata calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi yang diisytiharkan menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, hari ini. Zakaria, 58, melahirkan rasa syukur atas kemenangannya itu dan menghargai sokongan pengundi DUN itu memilihnya.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *Moscow: Seorang perogol bersiri hanya dihukum penjara 23 tahun selepas didapati bersalah membunuh dua wanita sebelum mengerat dan mengisar badan dengan sebahagiannya diberi makan anjing.*
         *Mail Online melaporkan, Alexander Maslennikov, 32, bertemu dua mangsanya, Daria Labutina, 29, dan Olga Shaposhnikova, 28, di sebuah bar di Volgograd sebelum mengajak wanita berkenaan ke rumahnya.*
           *Ketika di rumahnya, Maslennikov dan Daria membuat hubungan seks di dalam bilik sebelum dia mengerat leher wanita itu dan menikamnya beberapa kali hingga mati.*

           *BALTIMORE: Seorang ibu terkoyak kulit kepala akibat terkena telefon yang dibaling anaknya selepas wanita 30 tahun itu mengamuk di rumah mereka di Maryland, Amerika Syarikat, kerana mangsa tidak mahu menghantarnya kelas yoga.*
            *Menurut Daily Mail, kejadian berlaku 18 bulan lalu, namun polis hanya menahan wanita terbabit, Holly Albert, bulan lalu. Tidak dapat dipastikan kenapa wanita itu tidak ditahan lebih awal.*
          *Menurut polis, Holy yang tidak bekerja, meminta ibunya menghantar dia dengan kereta ke kelas yoga namun ibunya enggan.*

          *LONDON: Lapan penumpang cedera ringan apabila pesawat Laudamotion terpaksa berhenti mengejut sejurus sebelum berlepas berikutan letupan besar dalam kejadian di Lapangan Terbang Stansted, jam 8 malam waktu tempatan, semalam.*
         *Seramai 169 penumpang dan enam kru segera meninggalkan jet Airbus A320 itu menggunakan gelongsor kecemasan dan siasatan mendapati pesawat itu berkemungkinan mengalami kerosakan enjin.*

          *KANDAHAR: Sekurang-kurangnya 20 terbunuh manakala 10 lagi hilang akibat banjir kilat terburuk yang menghanyutkan ribuan rumah dan kenderaan selatan Afghanistan sejak Jumaat lalu.*
          *Menurut Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu (PBB), banjir itu menyebabkan Kandahar dan beberapa daerah di wilayah berkenaan lumpuh selepas hujan lebat selama 30 jam.*

          *Texas (Amerika Syarikat): Seorang wanita yang terkenal ketika berusia lapan tahun selepas diselamatkan daripada menjadi mangsa dera ibu dan bapa tiri, kini berdepan hukuman penjara 60 tahun bagi tiga tuduhan mendera seorang remaja perempuan secara seksual.*
          *Lauren Ashley Kavanaugh, 25, pernah dikenali sebagai The Girl in the Closet (budak dalam almari) selepas diselamatkan daripada almari kotor dan sempit yang menjadi tempat kurungannya pada 2001.*
         *Ketika diselamatkan, berat badan Lauren cuma 11.6 kilogram dan kecederaan dialami akibat didera secara seksual menyebabkan kanak-kanak itu melalui pelbagai pembedahan.*
          *Ibunya, Barbara dan bapa tiri, Kenneth Atkinson masih menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana menyeksanya dan hanya akan dibenarkan parol pada 2031.*

          *LONDON: Akibat mengganggu jiran dengan menghalakan lampu keselamatan berkuasa tinggi yang dipasangkan di halaman rumah ke arah bilik tidurnya selama enam bulan, sepasang warga emas diarahkan membayar ganti rugi 1,400 pound (RM7,534).*
          *David Barnatt, 70, dan isterinya Jeanette Obertelli, 66, dituduh menjejaskan kehidupan jiran sebelah rumah, Simon dan Alison Morgan setiap malam sejak memasangkan lampu itu pada Ogos 2017.*
          *Daily Mail melaporkan, pengadu sukar tidur setiap malam dan anak lelaki mereka yang berusia 20 tahun pernah terjaga sehingga 70 kali disebabkan cahaya lampu terlampau terang.*

          *NEW DELHI: Juruterbang India yang menjadi tahanan sementara di Pakistan sempat menelan dokumen sulit tentera bagi mengelak jatuh ke tangan pihak musuh selepas jet pejuang dikendalikan terhempas di Kashmir, Rabu lalu.*
        *Komander Abhinandan Varthaman yang dibebaskan kerajaan Pakistan kelmarin berkata dalam satu video, dia dikejar penduduk sebaik mendarat dengan payung terjun susulan pesawatnya ditembak, menyebabkannya melepaskan tembakan amaran sebelum terjun ke dalam kolam berhampiran.*
          *Sebaik terjun ke dalam kolam, juruterbang itu berkata, dia menelan sebahagian dokumen sulit yang dibawa bersamanya dan selebihnya berjaya dihapuskan dengan berendam dalam air, lapor Daily Mail.*

           *CAPE TOWN: Penipuan seorang lelaki yang menyamar sebagai juruterbang dan menerbangkan pesawat selama 25 tahun akhirnya terbongkar selepas pesawat yang dikendalikannya membuat gerakan luar biasa.*
            *Akhbar Mail & Guardian melaporkan, selepas insiden di ruang udara Switzerland itu, siasatan oleh Penerbangan Afrika Selatan (SAA) mendapati juruterbang berkenaan, William Chandler menggunakan lesen palsu sepanjang kariernya.*
        *Ketika kejadian pada November lalu itu, Chandler yang bertugas sebagai pembantu juruterbang mengendalikan pesawat yang dalam penerbangan dari Johannesburg menuju ke Frankfurt, Jerman.*

           *Reykjavik (Iceland): Seorang pelancong wanita yang duduk di atas seketul ais berbentuk seperti singgahsana yang terdampar di tepi pantai di Iceland terpaksa diselamatkan selepas ais itu tiba-tiba hanyut ke laut.*
          *Judith Streng berkata, dia melawat Teluk Jokulsarlon bersama anak lelakinya baru-baru ini dan terjumpa satu ketulan ais berbentuk seperti singgahsana terdampar di tepi pantai.*
           *Wanita berusia 77 tahun dan berasal dari Flower Mound, Texas, Amerika Syarikat itu kemudiannya duduk di atas ketulan ais itu untuk bergambar.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *SEBUT sahaja Pasar Besar Kedai Payang atau Pasar Payang, pasti mereka yang pernah berkunjung ke Terengganu, akan terbayang suasana penuh sesak pengunjung dan kepadatan pelbagai barangan jualan produk popular di negeri itu, termasuk kain batik, sutera dan songket.*
            *Namun, wajah Pasar Payang yang selama ini menjadi ikon di negeri itu pasti akan berubah, apabila kerajaan negeri memutuskan merobohkan bangunan yang dibina sejak 1968 itu, untuk digantikan dengan pasar lebih moden, selesa dan mesra pengunjung, bermula April ini.*
           *Kesemua peniaga sudah diarahkan berpindah secara berperingkat ke bangunan yang terletak hampir 80 meter dari bangunan asal, sementara Pasar Payang baharu, yang menelan belanja RM50 juta dijangka siap dua tahun lagi.*

          *BEIJING: Pelanggan di beberapa rangkaian kedai kopi Starbucks di China dilaporkan bergaduh kerana berebut untuk membeli satu koleh edisi terhad.*
           *Beberapa rakaman video yang tular di Internet menunjukkan pelanggan bertengkar dan bergaduh di beberapa rangkaian kedai itu untuk membeli koleh dengan bentuk kaki kucing.*
           *Koleh berwarna merah jambu sebahagian koleksi Tahun Baru Cina Starbucks itu mula dijual di kedai berkenaan dan di dalam talian sejak Selasa lalu dengan harga 199 yuan (RM121).*

          *BEIJING: Demi kebahagiaan pekerja, sebuah syarikat taman tema di China membenarkan kakitangannya mengambil cuti sekiranya hilang mood untuk bekerja.*
           *Daily Mail melaporkan, pekerja syarikat China Dinosaurs Park itu tidak perlu menjelaskan alasan panjang, sebaliknya hanya memberitahu bahawa mereka kurang bersemangat untuk bekerja pada hari berkenaan.*
          *Setiap pekerja diberi kebenaran mendapat sehari cuti bergaji untuk berehat.*
           *Langkah syarikat itu turut mendapat pujian netizen di media sosial yang menyifatkannya sebagai tindakan terpuji dan berperikemanusiaan.*
                 

*ARENA*
========


            *ROGER Federer menyifatkan kemenangan kejuaraan ke-100 awal pagi ini, adalah ‘Magis, Istimewa’ dalam kariernya tetapi pemain berusia 37 tahun itu tidak mahu terlalu taksub untuk mengatasi rekod pencapaian sepanjang hayat bagi kategori lelaki, Jimmy Connors iaitu sebanyak 109 kali.*
           *Federer melakar detik unik itu selepas mencatat kemenangan ke atas pemain Greece, Stefanos Tsitsipas, 6-4, 6-4 dalam final Kejohanan Terbuka Dubai, yang juga trofi ke lapan kejohanan di negara Teluk itu.*
           *Pencapaian kejuaraan ke-100 Federer dilakukannya selepas 18 tahun dengan kejayaan pertamanya dicipta di Milan.*

             *OLE Gunnar Solskjaer berkata, dia “yakin” pasukannya mampu bangkit dalam Liga Juara-Juara di Paris Saint-Germain minggu ini selepas kemenangan dramatik 3-2 mengatasi Southampton malam tadi.*
            *Jaringan Romelu Lukaku minit ke-89 di Old Trafford, yang juga jaringan keempatnya dalam dua perlawanan, membawa United kembali ke kedudukan empat teratas mengatasi Arsenal, yang seri berdepan Tottenham.*
         *Pasukan Solskjaer mensasarkan untuk menukar defisit 2-0 pada perlawanan kedua kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara di PSG, awal pagi Khamis ini.*

             *PARIS Saint-Germain (PSG) perlu berterima kasih kepada Kylian Mbappe apabila dua jaringan miliknya menyaksikan pendahulu Ligue 1 itu bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 berdepan pasukan bergelut, Caen awal pagi ini, dalam saingan terakhir sebelum perlawanan kelompok 16 terakhir, Liga Juara-Juara menentang Manchester United.*
             *Selepas seminggu meraikan 50 gol dalam saingan liga teratas Perancis pada usia 20 tahun, Mbappe menjaringkan penalti buat pertama kali dalam Ligue 1 selepas hampir sejam perlawanan.*

            ♂ *HASRAT pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang mengulangi sejarah 10 tahun lepas di bumi Poland, tidak kesampaian apabila terkandas di pusingan kelayakan acara pecut di Kejohanan Dunia kali ini.*
          *Azizulhasni yang nyata terkilan kerana gagal berbuat demikian, sekadar menduduki tangga ke-30 daripada 34 pelumba keseluruhan selepas mencatat masa 10.022 saat.*
         *Katanya, kondisi badan yang kurang baik ekoran terbabit kemalangan ketika acara keirin semalam, menjejaskan kayuhannya.*

            *SKUAD bola jaring negara mempamerkan persembahan membanggakan apabila menjuarai Kejohanan Bola Jaring Empat Negara di Hong Kong dengan menewaskan tuan rumah sebentar tadi.*
              *Skuad negara melakar kmenangan 57-44 di pentas final untuk menebus kekecewaan tewas pada peringkat awal kejohanan kepada lawan sama dengan keputusan 31-58 semalam.*
          *Turut menyertai kejohanan di Pusat Sukan Kowloon Park yang bermula 27 Februari lalu adalah Thailand dan Gibraltar.*

           *Kuala Lumpur: Selain ratu skuasy, Datuk Nicol David yang bakal menerima pencen dan insentif khas daripada kerajaan apabila bersara Jun ini, sekurang-kurangnya enam atlet ‘luar biasa’ yang bertaraf dunia layak dipertimbangkan untuk menerima layanan serupa.*
            *Mereka ialah ratu bowling, Shalin Zulkifli; jaguh bina badan, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dan Lilian Tan; juara silat, Siti Rahmah Mohamed Nasir dan Mohd Al Jufferi Jamari dan pakar boling padang, Siti Zalina Ahmad.*

        ♀ *SKUAD terjun negara tenggelam pada Siri Terjun Dunia di Sagamihara, Jepun selepas pulang tanpa sebarang kilauan pingat pada kejohanan yang berakhir sebentar tadi.*
           *Harapan terakhir menerusi gandingan Muhammad Syafiq Puteh dan Nur Dhabitah Sabri menerusi 3 meter papan anjal seirama campuran tidak kesampaian apabila mereka menamatkan saingan di kedudukan ketujuh.*

          *KESABARAN 14 pemain skuad Singa Utara 2019 kian teruji selepas status kesemua pemain itu terumbang-ambing sehingga terpaksa merintih dan mengharapkan belas ihsan daripada pasukan lain menawarkan kontrak untuk bermain.*
           *Mereka yang masih belum mempunyai pasukan selepas Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) digantung menyertai sebarang perlawanan Liga Malaysia tahun ini mengakui terpaksa meminjam duit sesama mereka demi meneruskan kelangsungan hidup apabila tiga bulan tidak menerima sebarang gaji daripada bekas majikan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-3-2019 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SELSA 5 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 28 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0558*
*SUBUH : 0608*
*SYURUK : 0721*
*ZOHOR : 1328*
*ASAR : 1641*
*MAGHRIB : 1928*
*ISYAK : 2037*


*artikel disiarkan pada tarikh 4mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *SULTAN Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah berangkat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang untuk lawatan dua hari bermula hari ini. Baginda yang diiringi menteri serta pegawai kerajaan dengan delegasi 19 orang mendarat jam 6.05 petang seterusnya disambut Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.*

               *PAKATAN Harapan (PH) akan memperhalusi mesej rakyat susulan kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Sabtu lalu. Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya perlu mengambil iktibar dan menerima keputusan rakyat yang tidak pernah silap dalam membuat pilihan.*

                *DASAR baru industri tenaga elektrik negara akan diumumkan April ini. Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, dasar baru itu antara lain akan melonjakkan industri tenaga elektrik untuk lebih berdaya saing serta menstabilkan tarif elektrik untuk tempoh jangka panjang.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada dasar baru itu bakal memecah monopoli Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam industri tenaga elektrik di negara ini.*

                *ANTARA cabaran utama dalam melatih pengamal perubatan ialah melahirkan doktor dengan kemahiran serta pengetahuan diperlukan bagi menjalankan tugas pada tahap kompetensi yang dituntut. Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, amat penting untuk dipastikan latihan perubatan pasca siswazah yang ditawarkan mampu melatih doktor muda terbabit sehingga dapat mengatasi kemahiran senior mereka pada masa akan datang.*

               *KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, sudah memfail afidavit bagi membantah permohonan jawatankuasa bertindak bagi Menyelamatkan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield untuk menggantung inkues kematian anggota bomba itu sementara menunggu pendengaran rayuan.*

                *PADAH mengambil kesempatan ke atas remaja berusia 16 tahun dengan melakukan hubungan seks, lima lelaki ditahan, malam tadi, apabila remaja itu membuat laporan polis selepas ibunya mengesan terdapat kesan lebam pada lehernya. Dalam tangkapan bermula 11.30 malam tadi, lima suspek lelaki berusia antara 16 hingga 20 tahun ditahan sepasukan anggota Balai Polis Kangkar Pulai, bagi membantu siasatan.*

                *KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun dipercayai hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, sejak minggu lalu. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat 12.08 malam semalam daripada ibu kanak-kanak terbabit yang membuat laporan mengatakan anaknya, Nur Aisyah Aleya Abdullah yang dijaga teman lelakinya hilang.*

               *POLIS menumpaskan sindiket pengedaran dadah tempatan susulan penahanan 27 individu termasuk tiga warga asing dalam Op Tapis Bersepadu di sekitar Mersing pada 25 Februari lalu. Katanya, hasil serbuan pihaknya menahan seramai 23 lelaki tempatan, tiga lelaki warga Laos dan seorang lelaki warga Thailand berusia antara 26 hingga 63 tahun.*

               *SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Rantau, Negeri Sembilan Rabu ini. Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, Mesyuarat Khas yang bertempat di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya akan dipengerusikan Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun.*

               *KANAK-KANAK perempuan yang dikurung ibunya selama lima hari di rumahnya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga siasatan selesai. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar sebagai prosedur JKM.*

               *SERAMAI 200 ejen jualan tiket bas ekspres di Terminal Amanjaya, Ipoh bakal hilang punca pendapatan apabila mereka diarah menamatkan operasi di terminal terbabit bermula 7 Mac ini susulan pelaksanaan sistem penjualan tiket berpusat (CTS). Rata-rata ejen yang sudah beroperasi selama kira-kira enam tahun di terminal berkenaan kini tiada hala tuju dan lebih malang, keluhan mereka tidak didengari kerajaan negeri.*

               *CYBERJAYA dan Putrajaya akan menjadi dua lokasi bandar pintar pertama di negara ini bagi percubaan teknologi generasi kelima (5G) bermula April ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, percubaan ujian teknologi 5G itu akan dilaksanakan selama enam bulan.*

               *MAKAN daun ubi yang sudah kering dan kekuningan bersama garam setiap hari bagi mengalas perut kosong. Itu kesengsaraan dihadapi lapan rakyat Malaysia terkandas di Monrovia, Liberia sejak 4 Februari selepas ditipu sindiket orang tempatan yang menjanjikan gaji lumayan dalam sektor pembalakan.*

               *MASIH ramai peniaga dalam talian di Kelantan tidak membayar cukai jualan masing-masing walaupun sudah menjana sejumlah pendapatan yang boleh dikenakan cukai. Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kelantan Shaufee Salleh berkata, keadaan itu dipengaruhi pelbagai faktor termasuk peniaga tidak mempunyai maklumat atau pendedahan yang betul atau mengambil mudah berkaitan pembayaran cukai.*

               *SEORANG lelaki warga Ireland ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya diikat dalam bilik rumahnya di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, hari ini. Mayat, Brian Patrick O’ Reilly, 51, ditemui pihak pengurusan kondominium terbabit, 5 petang. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa turut cedera pada kepala dipercayai kerana diketuk dengan kuali.*

               *BILANGAN kes kebakaran di seluruh negara naik mendadak dengan 1,936 kes Januari lalu meningkat kepada 3,054 ada Februari tahun ini. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Malaysia, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, jumlah kes itu dijangka meningkat sehingga awal April ini memandangkan cuaca panas kali ini begitu buruk berbanding tahun sebelum ini.*

               *AGENSI Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyarankan pengusaha bas ekspres dan bas persiaran tempatan memperketatkan syarat pengambilan pemandu bas dengan mewajibkan calon menjalani ujian saringan air kencing sebelum diambil bekerja. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Datuk Izhar Abu Talib berkata, langkah itu sebagai usaha menangani bilangan pemandu bas yang terbabit dengan aktiviti penagihan dadah sekali gus memberi impak kepada nyawa penumpang.*

               *SEORANG lelaki warga asing ditahan bersama dadah syabu seberat 2.1 kilogram (kg) selepas menerima dadah itu yang dikirim melalui penghantaran perkhidmatan awam, Jumaat lalu. Lelaki berusia 30-an terbabit ditahan bersama syabu yang disimpan di dalam kotak itu di kawasan lapang berhampiran sebuah gudang di Batu 3, Sandakan, 3.45 petang.*

               *CUBAAN sindiket untuk menyeludup 6,420 karton rokok kretek bernilai lebih RM600,000 gagal apabila diberkas Unit Gempur Marin (UNGERIN) Pasukan Polis Marin (PPM) Bukit Aman di Pelabuhan Klang hari ini. Semua rokok seludup itu disembunyikan dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dan sebuah van Toyota Hiace di Jalan Raja Musa, Kuala Selangor 5.30 pagi.*

               *HALANGAN daripada keluarga atu isteri pertama menjadi penyebab utama sebilangan warga Malaysia bernikah di luar negeri terutama selatan Thai. Hal ini didedahkan oleh ejen yang menawarkan khidmat menguruskan pernikahan di negara jiran itu. Ejen nikah itu yang hanya ingin dikenali sebagai Shed berkata, selain menguruskan perkahwinan, beliau juga membantu menguruskan proses perceraian pasangan yang bernikah di sana.*

                *SERAMAI 35 penumpang sebuah bas ekspres melalui detik mencemaskan apabila terjunam ke dalam parit di Kilometer 67, Jalan Sibu-Bintulu, Sibu, malam tadi. Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, kejadian itu berlaku pada 11.30 malam ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Bintulu ke Sibu.*

               *DUA lelaki yang dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah di kawasan kondominium mewah dekat Empire City, Damansara, Petaling Jaya, diberkas polis, kelmarin. Kedua-dua lelaki yang berusia 42 dan 48 tahun itu ditahan di parkir dekat Off Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, kira-kira 9 malam.*

               *PEKERJA kebun putus pergelangan tangan kiri apabila ditetak menggunakan parang dalam kejadian samun di Jalan Jemaluang Jambatan TKPM Gate 2, di Mersing, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 36 tahun ditetak menggunakan sebilah parang ketika cuba melawan dua suspek yang menyamunnya.*

               *SEORANG lelaki maut selepas kenderaan dipandunya merempuh pokok besar di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu, malam tadi. Kejadian jam 8.45 malam itu berlaku apabila Toyota Avanza dipandu lelaki terbabit hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.*

               *POLIS menumpaskan Geng Jeff yang menawarkan pinjaman kewangan tidak wujud dengan penangkapan empat ahli kumpulan itu di sebuah apartmen di Port Dickson, 25 Februari lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Aibee Ab Ghani berkata, tiga wanita dan seorang lelaki berusia 17 hingga 23 tahun itu ditahan jam 10.30 pagi.*

               *POLIS menahan dua lelaki termasuk warga Pakistan di rumah pangsa di Kulai malam tadi selepas mereka dipercayai mencuri mesin pengisar (grinder). Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek yang kedua-duanya berusia 36 tahun ditahan di Flat Cengal, Taman Putri di sini.*

               *DUA wanita warga Thailand yang dipaksa melacur oleh satu sindiket pemerdagangan orang diselamatkan polis dalam serbuan berasingan di Masjid Tanah dan Kuala Sungai Baru, Melaka, Sabtu lalu. Dalam serbuan menerusi Ops Pintas dijalankan Zon Chalie (D7C) Anti Pemerdagangan Orang/Penyeludupan Migran (ATIP/ASOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 42 tahun dan 56 tahun serta seorang wanita Thailand.*

               *KEMENTERIAN Kerja Raya boleh menyenaraihitam kontraktor atau pemaju yang mengambil mudah berhubung pelan pengurusan trafik (TMP) hingga menyebabkan kemalangan atau kematian di setiap tapak projek pembinaan. Timbalan Menterinya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, tindakan tegas itu sebahagian usaha kementerian bagi memastikan kontraktor lebih bertanggungjawab serta mematuhi segala prosedur di sepanjang tempoh pembinaan berlangsung.*

               *POLIS yakin menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes curi motosikal di Petaling Jaya dan ibu kota dengan penangkapan dua remaja keciciran sekolah berusia 16 dan 17 tahun, 23 Februari lalu. Mereka ditahan ketika sedang leka meleraikan sebuah motosikal yang dipercayai baharu dicuri di belakang sebuah sekolah agama dekat PJS 6/38B, Kampung Lindungan, Petaling Jaya.*

               *SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila terperangkap kira-kira sejam di dalam tandas bilik sewanya di Jalan Bintang, Sarikei, malam tadi. Kejadian kira-kira 9 malam itu berlaku apabila tombol pintu tandas berkenaan rosak menyebabkan mangsa berusia 34 tahun itu gagal membukanya.*

               *DUA lelaki maut apabila motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah pikap jenis Toyota Hilux di Jalan Sungai Bidut, di sini, malam tadi. Mereka yang maut dalam kejadian pada jam 9:36 malam itu dikenalpasti sebagai Lawrence Layau Muling, 27, dan Alexia Lanau, 26.*

               *PENGANALISIS politik, Dr Chandra Muzaffar hadir ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, hari ini, bagi mengikuti prosiding pendakwaan terhadap anak perempuan dan dua cucunya. Anak perempuannya berusia 44 tahun itu bersama dua cucu lelakinya berusia 15 dan 17 tahun dijangka didakwa atas pertuduhan membunuh menantunya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, 47.*

               *MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K) yang membawa gelaran Datuk. Beliau menerima Darjah Kebesaran itu sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V ke-49 bagi kali ke-2 yang berlangsung di Istana Balai Besar di Kota Bharu.*

               *“DUA minggu yang sukar, syukur Allah permudahkan segalanya,” kata Hasiman Nani, 37, pemilik kedai runcit di Taman Desa Dahlia, Senawang, selepas lori miliknya yang hilang pada 19 Februari lalu ditemui semula, semalam. Hasiman berkata, lori tiga tan itu ditemui seorang peniaga di Semenyih, Selangor, jam 11 pagi sebelum lelaki itu menghubunginya.*

               *AKTA Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bakal digantikan dengan undang-undang baru yang lebih komprehensif, tahun hadapan. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, ia bertujuan mengembalikan kebebasan akademik dan mengembalikan kuasa sepenuhnya kepada pelajar. “Pemansuhan akta ini membabitkan proses panjang kerana membabitkan soal perundangan.*

               *KAWASAN hutan gelam dan belukar seluas lebih 13 hektar di Kuala Nerus musnah terbakar sejak petang semalam dipercayai akibat cuaca panas dan kering yang melanda ketika ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus Yusmizan Yusof berkata, kebakaran hutan gelam di Kampung Alur Jambu, Kuala Nerus itu membabitkan kawasan seluas tujuh hektar manakala kebakaran belukar di Jalan Gong Badak, Taman Desa Tanjung melibatkan kawasan seluas enam hektar.*

               *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah bercadang menubuhkan pasukan khas memantau salah laku berkaitan rasuah membabitkan penjawat awam negeri itu. Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, badan bertindak itu adalah inisiatif baru yang dilihat dapat membantu mengurangkan kes rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *EMPAT rakyat Malaysia, seorang lelaki dan tiga wanita berusia 29 dan 42 tahun ditahan pada Sabtu lalu di Singapura atas kesalahan cuba menyeludup seorang wanita Myanmar keluar dari republik itu secara haram.
             *Wanita warga Myanmar itu pula didakwa atas kesalahan masuk dan keluar secara haram dari republik terbabit.*
             *Menurut Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura hari ini, pada 28 Februari kira-kira jam 7.45 petang, pegawainya menghentikan sebuah kereta yang didaftarkan di Malaysia untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Woodlands.*

          *TEHERAN: Lima terbunuh selepas helikopter penyelamat yang dinaiki mereka terhempas ketika dalam perjalanan untuk memberi bantuan kecemasan kepada seorang wanita hamil di sebuah perkampungan di barat daya Iran.*
         *AFP yang memetik agensi berita tempatan, IRNA berkata, helikopter terbabit bertembung dengan menara pemancar manakala stesen televisyen tempatan pula melaporkan ia terhempas di kawasan pergunungan.*

         *MANILA: Pihak berkuasa Filipina merampas 1,500 ekor penyu eksotik bernilai AS $87,000 (RM354,604) yang disembunyikan dalam beg pakaian milik seorang penumpang pesawat dari Hong Kong yang tiba di Lapangan Terbang Manila, semalam.*
           AFP melaporkan, sebahagian daripada haiwan berkenaan diikat dengan pita pelekat sebelum disembunyikan di sebalik pakaian dan kasut dalam beg milik warga Filipina itu.*

          *MARSEILLE: Penunjuk perasaan jaket kuning menggunakan ‘senjata baru’ dalam demonstrasi jalanan bagi minggu ke-16 berturut-turut, apabila bertindak membaling bom najis ke arah beberapa anggota polis.*
              *AFP yang memetik jurucakap polis di selatan bandar Marseille, Perancis, Rudy Manna berkata, beberapa beg berisi najis meletup selepas dibaling kepada anggota polis hingga menyebabkan salah seorangnya cedera.*
            *Katanya, pergerakan itu menggunakan media sosial untuk memberi arahan*

          *BANGKOK: Seorang usahawan durian menawarkan wang tunai 10 juta baht (RM1.28 juta) termasuk asetnya kepada mana-mana lelaki bertuah yang boleh memikat hati anak perempuannya untuk dijadikan isteri.*
            *Anont Rotthong dari selatan wilayah Chumphon, Thailand menulis di akaun Facebook untuk mencari pasangan anaknya, Kansita Rotthong, 26, selain mahu lelaki itu meneruskan perniagaan duriannya.*
          *”Mereka yang tahu bagaimana untuk membeli dan memilih durian dari kebun buah boleh memperisterikan anak saya.*

          *RAMALLAH: Dua rakyat Palestin mati manakala seorang lagi cedera ditembak oleh tentera Israel selepas didakwa melakukan serangan dengan merempuh kereta ke arah tentera dalam kejadian di Tebing Barat, hari ini.*
            *Kedua-dua mangsa yang maut membabitkan pemuda berusia 20 tahun dikenali sebagai Amir Mahmoud Darraj dan Yussef Anqawi, kata Kementerian Kesihatan Palestin.*
         *AFP yang memetik pihak tentera berkata, tembakan itu dilepaskan terhadap tiga penyerang berkenaan untuk menghalang mereka melakukan serangan.*

           *ISLAMABAD: Pakistan membuka sepenuhnya ruang udara mulai semalam, selepas ditutup selama beberapa hari kepada semua penerbangan awam menyebabkan ribuan penumpang terkandas berikutan ketegangan dengan India.*
          *Keputusan menutup ruang udara itu itu dibuat Rabu lalu, selepas pertempuran di udara antara pesawat tentera udara Pakistan dan India di Kashmir menyebabkan satu pesawat MiG21 India ditembak jatuh.*
            *India mendakwa berjaya menembak jatuh pesawat F-16 Pakistan namun dinafikan Islamabad.*

          *ALABAMA: Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk kanak-kanak berusia lapan tahun maut selepas puting beliung melanda Daerah Lee, Alabama, semalam, yang merosakkan puluhan rumah.*
           *Syerif Jay Jones berkata, jumlah kematian dijangka meningkat dengan anggota kecemasan dijangka meneruskan pencarian sepanjang malam untuk mengeluarkan mangsa yang maut dan cedera dari runtuhan bangunan kediaman serta perniagaan, lapor New York Times.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *SEORANG lelaki yang dipercayai menjalin hubungan dengan isteri orang cedera dipukul selepas ‘kantoi’ dengan suami wanita berkenaan, ketika mereka berada dalam kenderaan di hadapan sebuah bank di pekan Kuala Besut di Jertih, hari ini.*
            *Rakaman video berdurasi dua minit 50 saat mengenai kejadian dan kekecohan pada 1.45 tengah hari itu tular di laman sosial sejak petang hari ini.*
            *Kejadian dipercayai berlaku apabila suami wanita berkenaan dikatakan menangkap pasangan itu ketika mereka berada di dalam kenderaan di hadapan bank terbabit.*

          *ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) menafikan pembabitan sekumpulan anggota tentera memegang kain rentang dengan perkataan ‘Jangan Hina Nabi Kami’ seperti gambar tular di media sosial, sejak semalam.*
          *Bahagian Hal Ehwal Awam Markas ATM, dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur, hari ini, memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan bersesuaian berhubung perkara itu.*
               *"ATM amat kesal dengan penularan gambar di media sosial yang memaparkan sekumpulan anggota tentera memegang kain rentang dengan perkataan “Jangan Hina Nabi Kami.” Pihak ATM menafikan tindakan itu kerana gambar yang disebar dimanipulasi dan dipalsukan.*

          *ORANG ramai diminta berhati-hati dengan kehadiran obor-obor di pesisir pantai dan laut berikutan cuaca panas dan kering ketika ini kerana ada antara spesies itu mampu membunuh dalam tempoh tiga minit.*
              *Pensyarah Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Mohd Fazrul Hisam Abd Aziz memberi peringatan itu susulan maklumat yang diperolehnya mengenai peningkatan jumlah obor-obor di sekitar perairan negara berikutan musim panas ketika ini.*
            *Dr Mohd Fazrul Hisam berkata, dalam pemerhatiannya beberapa hari lepas di sekitar Pantai Kuala Nerus, terdapat beberapa spesies obor-obor berada di tepi pantai dan senario itu amat berbahaya jika tidak dipantau.*

         *SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan perbuatan segelintir masyarakat bukan Islam yang menghina keperibadian junjungan besar Rasulullah SAW sejak kebelakangan ini.*
               *Ia dizahirkan baginda selepas berbincang dengan Ahli-Ahli Dewan Diraja Selangor hari ini.*
              *Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais berkata, penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan isu yang mencemar kesucian Islam sudah kerap berlaku sehingga ke tahap mencabar kesabaran umat Islam.*

          *LONDON: Penyanyi kumpulan rock terkenal Prodigy, Keith Flint ditemui mati di rumahnya di Essex dipercayai membunuh diri.*
         *The Sun melaporkan, Flint yang berusia 49 tahun ditemui mati pada jam 8 pagi (waktu tempatan) hari ini selepas polis dan pasukan paramedik dipanggil ke rumahnya.*
          *Seorang anggota kumpulan itu, Liam Howlett memberitahu, Flint dipercayai membunuh diri.*

           *PENYERANG Akanda FC, Herman Tsinga maut selepas rebah pada minit ke-23 ketika menentang Missile FC dalam aksi Liga Divisyen Satu Gabon di Libreville , semalam.*
           *Menurut akhbar The Union Daily, pemain berusia 30 tahun itu menerima rawatan ‘kardiac’ oleh doktor tentera namun meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke hospital.*
           *Satu video amatur tular di Twitter menunjukkan reaksi kelam kabut selepas Tsinga rebah di kawasan tengah padang.*
          *Menurut The Union, ambulan yang ada di tempat kejadian tidak mempunyai topeng oksigen yang sesuai untuk menyelamatkan nyawa pemain itu.*
                 

*ARENA*
========


         *BARISAN serangan Real Madrid gagal mengisi kekosongan ruang yang ditinggalkan Cristiano Ronaldo, kata Luka Modric.*
            *Pemain tengah Croatia itu berkata, ketika Madrid bakal berdepan perlawanan timbal balik, kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara bertemu Ajax, awal pagi lusa.*
           *Menurutnya juga, pasukannya kurang konsisten dan menjaringkan gol musim ini.*
         *Madrid gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan Clasico menentang Barcelona minggu lalu, disingkirkan dalam saingan Piala Raja Sepanyol dan berada 12 mata di belakang kelab Catalan yang mendahului liga, dengan hanya tinggal Liga Juara-Juara sebagai harapan untuk pasukan itu mengecapi kejayaan.*

         *BORUSSIA Dortmund mesti membaiki kesilapan benteng pertahanan jika mahu mengatasi defisit 0-3 aksi pertama apabila mereka melayan kunjungan Tottenham pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini.*
         *”Ini satu tempoh yang mana kami perlu perbetulkan segera atau ia menjadi lebih buruk,” kata kapten Dortmund, Marco Reus selepas kalah mengejut 1-2 di Augsburg minggu lalu menyaksikan mereka hanya menang sekali dalam tujuh perlawanan.*

        *HAJAT jutaan rakyat Malaysia untuk sekali lagi melihat anak tempatan dicalonkan bagi Anugerah Puskas akan terlaksana apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) cukup serius mencalonkan gol sepakan padu Syahmi Syafari pada separuh akhir pertama Piala AFF bertemu Thailand, Disember lalu.*
           *Gol umpama peluru berpandu pertahanan kanan skuad Harimau Malaya itu sememangnya cukup cantik, ditambah dengan beberapa siri hantaran mudah antara pemain negara dengan hanya membabitkan lapan senuhan nyata sekali ia cukup berkualiti dan mampu mencabar ratusan gol lain di seluruh dunia sepanjang 2018-2019.*

         *JOHOR Darul Ta’zim (JDT) boleh menarik nafas lega apabila pasukan berpangkalan di selatan tanah air itu mendapat ‘bye’ dan terus ke pusingan ketiga Piala FA 2019. Keputusan itu memberi kelegaan kepada skuad kendalian Luciano Figueroa apabila terpaksa mengharungi jadual padat dengan saingan Liga Super selain memberi tumpuan kepada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).*
           *Pada Majlis Undian Shopee Piala FA 2019 hari ini menyaksikan PKNS FC berpeluang membalas dendam atas kekalahan kepada Melaka United sebelum ini apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Shah Alam, nanti.*
         *Selain itu, rata-rata pasukan Liga Super boleh dikatakan mendapat laluan mudah apabila masing-masing bertemu pasukan daripada Liga Perdana dan berstatus amatur.*

           ♂ *ATLET muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi meletakkan misi untuk muncul pelari pertama mencatat masa bawah 10 saat dalam acara 100 meter.*
          *Atlet berusia 15 tahun dari Perak itu melakar kejutan apabila memenangi emas 100m dengan masa 10.69 saat di Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara di Filipina dan melakar rekod baru temasya.*
           *”Ia satu kejayaan saya sendiri tidak jangka kerana kejohanan di Filipina adalah yang pertama tahun ini. Peringkat awal saya hanya mahu melangkah ke final namun rezeki menyebelahi saya.*

           *JURULATIH skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dijangka tidak berdepan masalah memilih kesebelasan terbaik untuk menggalas misi negara di Piala Airmarine 2019.*
        *Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, ini kerana terdapat ramai pemain berkualiti boleh menggantikan beberapa pemain skuad B-23 yang membuat persediaan untuk kelayakan Olimpik Tokyo dan Piala Asia di Thailand pada Januari 2020.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2019 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*RAU 6 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 29 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0557*
*SUBUH : 0607*
*SYURUK : 0721*
*ZOHOR : 1327*
*ASAR : 1641*
*MAGHRIB : 1928*
*ISYAK : 2037*


*artikel disiarkan pada tarikh 5mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *KERAJAAN Malaysia dan Brunei hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai pemindahan dan iring kawal banduan atau tahanan antara kedua-dua negara. MoU itu membabitkan pemindahan dan iring kawal banduan atau tahanan dari Sabah dan Sarawak melalui Brunei serta sebaliknya.*

                *PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti kerana kawasan itu sudah diperuntukkan kepada PKR. Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, justeru tiada sebarang perubahan akan dibuat kerana mana-mana kerusi yang diperuntukkan kepada parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) adalah kekal pada ketika ini.*

                *UMNO dan PAS tidak akan bersatu bagi menghadapi siri pilihan raya kecil (PRK) selepas ini, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata, kedua-dua parti itu sebaliknya hanya akan bekerjasama untuk berdepan Pakatan Harapan (PH) tanpa sebarang simbol tunggal. “Tiada logo, masing-masing dengan polisi dan dasar parti sedia ada, kita bersama atas dasar penyatuan ummah semata-mata tanpa meminggirkan agama dan kaum lain.*

                *KERAJAAN tidak boleh menutup pintu kepada kanak-kanak yang ingin belajar kerana semuanya berhak mendapatkan pendidikan.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, Kementerian Pendidikan mengutamakan kanak-kanak dan berpegang kepada pendidikan untuk semua. "Kita tidak boleh menutup pintu terhadap orang yang ingin datang belajar. Bagi kita semua anak-anak berhak mendapat pelajaran, itu sebahagian daripada hak asasi mereka.*

                *BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 16 pertuduhan membabitkan diri dengan pengubahan wang haram berjumlah AS$37.8 juta (kira-kira RM154 juta) dan S$2.5 juta (kira-kira RM7.5 juta), 13 tahun lalu. Musa mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan mohon dibicarakan selepas ia dibacakan hadapan Hakim Rozina Ayob.*

               *WANITA bukan sahaja kehilangan barang berharga, tetapi turut dikelar dan dijerut penyamun yang memecah masuk rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong Jumaat lalu. Akibat kejadian itu, mangsa, Siti Norafizah Mohd Hezri, 21 cedera di bahagian dahi, bibir, dagu dan leher dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya.*

               *BAKAL guru pendidikan seni dan visual dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini kerana meliwat murid Tahun Enam. Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu terhadap Mohamad Harman Faiz Hassin, 28, dari Kota Bharu, Kelantan.*

               *SEBANYAK 5,000 kilogram (kg) susu tepung import dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sebuah premis di Shah Alam kerana menyalahgunakan logo halal. Dalam serbuan pada 28 Februari lalu, syarikat berkenaan didakwa mengimport susu dari New Zealand dalam bungkusan 25 kg sebelum dibungkus ke dalam kuantiti lebih kecil iaitu satu kg dan 500 gram bagi pasaran tempatan.*

               *MENGGUNAKAN sepucuk pistol mainan, dua lelaki memeras ugut dan menyamun warga asing dengan menyamar sebagai anggota polis. Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar selepas seorang daripada mereka diberkas polis ketika sedang menyamun dua lelaki warga asing di Taman Cempaka Sari, Kepala Batas, Ahad lalu.*

               *DUA remaja 18 tahun didenda RM5,000 dan penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Khas Trafik Johor Bahru, hari ini atas tuduhan memandu secara melulu dan membahayakan. Majistret Nurasidah A Rahman menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua remaja lelaki terbabit mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.*

               *ENAM warga emas antara tujuh lelaki yang ditahan ketika asyik berjudi sabung ayam di ladang kelapa sawit di Niah, Miri, Ahad lalu. Ketika serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 33 hingga 72 tahun.*

               *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat membabitkan 20 pegawai kanannya hari ini, berkuat kuasa 8 April depan.*

               *SEORANG lelaki rentung selepas kereta Honda City dipandunya terbabas sebelum terbakar dalam kemalangan di Taman Teknologi Park, berhampiran Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur, hari ini. Dalam kejadian 2.44 pagi itu, pemandu yang identitinya belum diketahui dipercayai melanggar pembahagi jalan.*

               *EMPAT bot nelayan asing yang dirampas sejak 2014 hingga tahun lalu, ditenggelamkan empat batu nautika dari perairan Tumpat, hari ini. Semua bot yang dianggarkan bernilai RM4 juta termasuk peralatan itu dilupuskan untuk dijadikan tukun tiruan bagi menggalakkan biodiversiti marin.*

               *PEMANDU teksi warga tempatan ditahan polis selepas dipercayai bersubahat dalam aktiviti penyeludupan manusia di Pantai Teluk Kubur, Pasir Panjang di Port Dickson, semalam. Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 43 tahun itu yang dikatakan bertindak sebagai tekong darat ditahan bersama empat lelaki warga Indonesia kira-kira 11 malam.*

               *WANITA parah dihentak dengan tukul pemecah dinding dalam kejadian di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau, dekat Parit Buntar, semalam. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada petugas Hospital Parit Buntar pada 7.25 malam, memaklumkan wanita berusia 24 tahun itu parah dipercayai dipukul menggunakan senjata tumpul. Menurutnya, susulan laporan itu pihaknya segera menjalankan siasatan dan menahan suspek iaitu bapa mangsa yang berusia 58 tahun di hospital sama.*

               *SEORANG nelayan berjaya menyelamatkan seekor ikan lumba-lumba yang terperangkap di kawasan cetek di Pantai Remis, Sungai Sembilang, Kuala Selangor, petang tadi. Nelayan terbabit, Husin Jaumar, 58, berkata, ketika kejadian dia sedang bersantai di pantai itu sebelum melihat objek kehitaman kira-kira 10 meter darinya kira-kira jam 3 petang.*

               *NELAYAN di Sarawak perlu mengelak daripada membunuh yu paus kerana haiwan itu berpotensi menjadi produk pelancongan baharu seperti di Filipina dan Indonesia. Kehadiran ikan yu paus yang ditemui terperangkap dalam pukat tunda milik seorang nelayan laut di Perairan Kuala Baram, Miri baru-baru ini adalah disebabkan ia tertarik dengan kemunculan udang halus atau ‘bubuk’. Bubuk adalah antara makanan utama ikan yu paus, sekali gus menyebabkan spesies itu berlegar-legar di kawasan perairan terbabit.*

               *PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO) mahu majikan menggalakkan amalan hidup sihat dan kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan pekerja untuk mengelak penyakit tidak berjangkit (NCD). Bagi berdepan dengan situasi kesihatan pekerja yang semakin merosot, PERKESO memperkenalkan Program Saringan Kesihatan dengan menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pencarum yang berusia 40 tahun ke atas bagi tujuan pengesanan awal NCD bermula September tahun lalu.*

               *BANGUNAN kerajaan dan premis hotel disaran memaparkan karya lukisan pelukis tempatan mengenai budaya unik di negara ini sekali gus mengangkat seni kontemporari pada tahap lebih tinggi. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, lukisan yang menggambarkan kehidupn seharian menerusi budaya dan warisan Malaysia amat bernilai pada masa depan.*

               *KERAJAAN negeri sudah mencapai persetujuan dengan pengendali Terminal Amanjaya di Meru Raya, Perak Transit Berhad untuk melanjutkan operasi jualan tiket di kaunter sehingga 31 Mac ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak Paul Yong Choo Kiong berkata, penangguhan itu sekali gus membatalkan arahan pemberhentian operasi jualan tiket di kaunter terminal terbabit pada 8 Mac ini.*

               *MENJADIKAN kabin sebagai tempat tinggal dan juga untuk menyimpan barang curi. Itu dilakukan dua ahli geng ‘Tanker’ yang aktif melakukan puluhan kes pecah rumah, curi kereta dan samun warga emas di sekitar Kepala Batas. Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar apabila mereka berjaya ditahan dalam serbuan di Mak Mandin, dekat Kepala Batas, Khamis lalu.*

               *“DALAM ketakutan, saya melaungkan azan selepas melihat api hampir menyambar rumah,” kata Mohamad Yusof, 71, selepas stor yang dijadikan tempat menyimpan peralatan majlis perkahwinan miliknya di Jalan Intan Balai Besar, Dungun musnah dijilat api. Dalam kejadian 8 pagi itu, Mohamad kerugian hampir RM500,000 apabila pelbagai peralatan perkahwinan termasuk 200 kanopi, 2,000 kerusi dan 200 meja gagal diselamatkan.*

               *REMAJA perempuan nekad keluar dari rumah bersama dua adiknya selepas tidak tahan dipukul ibu mereka dalam kejadian di Kampung Gong Pasir, Jertih, semalam. Kejadian dipercayai berlaku 7.45 malam ketika mangsa berusia 15 tahun berada di rumah bersama suspek serta adik lelaki dan perempuan berusia tujuh tahun sebelum wanita terbabit dikatakan tiba-tiba mengamuk dan mahu memukul adik lelaki mangsa.*

               *PENOREH getah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pekan, hari ini, atas tuduhan membunuh anak tirinya bulan lalu. Tertuduh Muhamad Alias Othman, 55, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad.*

               *TEBUK penutup pada pepasangan meter elektrik bagi mengelak kos bayaran bil elektrik direkodkan dengan bacaan sebenar.
Itulah taktik dilakukan kilang sejuk beku sebelum diserbu sepasukan pegawai dan anggota Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di kawasan industri di Lok Kawi, Penampang, 10 pagi hari ini.*

               *HANYA kerana sikap pentingkan diri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan terpaksa mengeluarkan kos lebih RM800 sehari untuk memadamkan kebakaran tanah gambut di sekitar Beris Lalang, Bachok, sejak Ahad lalu. Aktiviti membakar kawasan bagi membuka kebun dan membuang puntung rokok ketika memikat burung di kawasan ladang seluas 6.25 hektar itu turut memusnahkan tanaman penduduk lain.*

               *HANYA dua daripada keseluruhan kementerian di negara ini memenuhi dasar dengan menyediakan satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada orang kurang upaya (OKU). Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata, dasar itu menetapkan setiap agensi memastikan pengambilan sekurang-kurangnya satu peratus golongan itu daripada bilangan kakitangan dalam agensi berkenaan.*

               *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Penolong Jurutera Mekanikal kerana terbabit dalam pengubahan wang haram berjumlah RM180,000. Sumber SPRM berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 11 pagi ini bagi membantu siasatan kes itu.*

               *NENEK berusia 62 tahun hidup dalam ketakutan apabila diganggu 21 ‘lintah darat’ yang menuntut hutang bekas suaminya, sejak Disember lalu. Mangsa yang hanya dikenali sebagai Chan berkata, lintah darat atau ah long berkenaan bukan saja mengganggunya menerusi panggilan serta pesanan di WhatsApp, sebaliknya turut menyimbah cat merah di rumahnya.*

               *SEORANG wanita warga Thailand mendakwa ditinggalkan suami sejak beberapa bulan lalu sehingga terpaksa mengemis sambil menjual kerepek bersama dua anaknya untuk menyara hidup. Wanita berusia 24 tahun bersama dua anaknya berusia enam dan dua tahun ditahan di hadapan sebuah bank di pusat bandar Kota Bharu kira-kira 11 pagi hari ini, dalam Ops Bersepadu (Kutip) yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan.*

               *TINDAKAN syarikat menjual kenderaan baru dan terpakai yang menawarkan penjualan tanpa deposit kepada pelanggan adalah menyalahi undang-undang negara ini. Taktik yang digunakan kebanyakan syarikat penjual kereta itu semata-mata mahu mengaut keuntungan berlipat kali ganda dan memanipulasi pelanggan mereka.*

               *POLIS tidak menolak kemungkinan kanak-kanak perempuan yang dikurung ibunya sendiri selama lima hari sejak Rabu lalu di rumahnya turut didera wanita terbabit. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, pihaknya masih menunggu laporan perubatan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu daripada Pakar Kanak-kanak Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.*

               *GANJA seberat 80 kilogram dirampas selepas polis memeriksa sebuah Perodua Myvi di Kilometer 137 Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Jaya, Bukit Mertajam, semalam. Dalam kejadian 9.30 pagi itu, pemandu lelaki berusia 42 tahun diarahkan berhenti bagi pemeriksaan oleh tiga anggota Polis Peronda Lebuhraya Bukit Aman.*

               *DITAWARKAN dengan gaji lumayan menjadi antara punca utama agensi pekerjaan ‘halimunan’ terus menjerat rakyat negara ini untuk bekerja di luar negara. Bermula dengan kes penipuan membabitkan 47 rakyat Malaysia di Banteay Meanchey, Kemboja Disember tahun lalu sehingga kes terbaru di Monrovia, Liberia yang menyaksikan lapan turut menjadi mangsa. Ketua Operasi Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO), Zamri Zaimon berkata, sudah tiba masanya satu langkah drastik perlu diambil untuk memastikan tiada lagi rakyat Malaysia ditipu ejen pekerjaan.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *London: Seorang lelaki yang HIV positif di Britain menjadi individu kedua yang diisytiharkan bebas dari virus berkenaan selepas menjalani prosedur pemindahan sel stem untuk merawat kanser yang dihadapinya.*
           *Satu kajian perubatan terbaru mendedahkan, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu disahkan bebas daripada jangkitan virus berkenaan selepas 18 bulan tidak menjalani rawatan menghapuskan virus.*
          *Individu pertama yang terselamat selepas menjalani teknik berisiko tinggi itu dan disahkan bebas HIV adalah warga Amerika Syarikat, Timothy Ray Brown yang dirawat di Jerman kira-kira 12 tahun lalu.*

           *Kerajaan Singapura mencapai persetujuan dengan kesatuan sekerja untuk menaikkan had umur persaraan kepada 67 tahun.*
             *Menteri Sumber Manusia, Josephine Teo, memberitahu Parlimen had umur persaraan sekarang ialah 62 tahun dan semua syarikat diwajibkan menawarkan pilihan kepada pekerja yang layak untuk bekerja sehingga usia 67 tahun.*
            *Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan penduduk Singapura adalah yang kedua paling banyak warga tua selepas Korea Selatan.*

            *BEIJING: Seorang ibu ditahan polis akibat menyerang pemandu yang memarahinya kerana membiarkan anak lelaki berusia dua tahun kencing dalam tong sampah di atas sebuah bas Dazhi, Hubei.*
             *Rakaman CCTV kejadian Sabtu lalu itu, memaparkan wanita dikenali sebagai Chen membawa anaknya ke tong sampah untuk membuang air kecil disaksikan penumpang lain.*
             *Menurut South China Morning Post, pemandu bas menegur dengan menyatakan dia ‘tidak bertamaddun’ menyebabkan wanita itu berang lalu bertindak menghentak pintu serta menarik baju lelaki terbabit.*

           *ALABAMA: Sekurang-kurangnya 23 orang, termasuk kanak-kanak lapan tahun maut selepas puting-beliung melanda Daerah Lee, Alabama, semalam, merosakkan puluhan rumah.*
             *New York Times melaporkan, Syerif daerah itu, Jay Jones berkata, jumlah kematian dijangka meningkat ketika anggota pasukan penyelamat meneruskan pencarian sepajang malam untuk mengeluarkan mangsa dari bawah runtuhan kediaman serta bangunan perniagaan.*
          *"Buat masa ini jumlah kematian direkodkan 23 orang, termasuk kanak-kanak. Ada mangsa dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius,” katanya.*

           *LONDON: Kerana cemburu buta, seorang lelaki memukul mati isterinya menggunakan tukul sebelum membunuh dua anak mereka dan membunuh diri dengan melompat dari bukit di mana dia pernah melamar mangsa, 17 tahun lalu.*
          *Paul Newman, 42, membunuh isterinya, Geraldine, 51, serta anak mereka Shannon, 11, dan Shane, enam, selepas tersilap menyangka wanita itu mempunyai hubungan sulit, lapor Daily Mail.*
         *Dia kemudian menaiki kereta api untuk perjalanan sejauh hampir 290 kilometer dari Leeds ke Isle of Anglesey di Wales iaitu tempat dia melamar Geraldine satu ketika dulu sebelum membunuh diri di situ.*

           *Beijing: Gara-gara terlalu lama melayan permainan video ketika membuang air, seorang kanak-kanak enam tahun di Wuhan, terpaksa menanggung kesakitan akibat tersangkut dalam mangkuk tandas selama dua jam.*
            *Dalam kejadian Jumaat lalu, anggota bomba terpaksa membuka dan memotong tempat duduk plastik mangkuk tandas untuk mengeluarkan kanak-kanak berkenaan.*
            *Daily Mail usaha ibunya selama sejam untuk mengeluarkan mangsa gagal lalu menghubungi bomba.*

          *Seorang pengurus jualan didapati bersalah atas sembilan tuduhan mendera pembantu rumahnya, termasuk dengan memaksa warga Myanmar itu makan muntahnya sendiri.*
          *Chia Yun Ling, 43, memasukkan corong dalam mulut Moe Moe Than, 32, dan memaksanya menelan campuran nasi serta gula selepas mangsa mengadu tidak cukup makan. Apabila mangsa muntah, dia memaksa pula Moe makan muntahnya itu, lapor The Straits Times.*
          *Ibu beranak tiga itu juga merotan Moe dan mengancam mengupah pembunuh untuk menghapuskan keluarganya di Myanmar.*

          *NEW DELHI: Seorang lelaki maut selepas secara tidak sengaja terjatuh dan dihempap seekor gajah ketika memandikan haiwan berkenaan.*
             *Dalam satu rakaman kamera keselamatan, Arun Panikkar, 40, dilihat memandikan haiwan berkenaan di sebuah tempat jagaan gajah di Karappuzha di daerah Kottayam, Kerala di selatan India baru-baru ini.*
           *Lelaki itu dilihat mengarahkan gajah berkenaan berbaring untuk membersihkan belakangnya tetapi haiwan itu enggan.*
         *Panikkar kemudiannya mengambil rotan dan terus memukul gajah itu tetapi dia tergelincir lalu jatuh dan pada masa yang sama haiwan itu terus berbaring serta menghempap badan lelaki berkenaan.*

          *LONDON: Ribuan orang sanggup berbaris dalam hujan semata-mata mahu mencuba nasib menjadi penderma sel induk untuk seorang penghidap kanser berusia lima tahun.*
              *Demi membantu Oscar Saxelby-Lee, 4,855 orang berhimpun pada hujung minggu lalu, selepas doktor meramalkan dia cuma mempunyai tiga bulan untuk mendapat penderma supaya sel darah boleh diambil bagi merawat leukemia limfoblastik akut (ALL) dihidap kanak-kanak itu.*
           *Sejak didiagnos pada Disember lalu, Oscar sudah menjalani 20 pemindahan darah dan empat minggu kemoterapi, namun memerlukan rawatan lebih agresif untuk sembuh sepenuhnya.*

           *MOSCOW: Seorang bekas guru kimia dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun oleh mahkamah di Russia selepas menjadikan loteng rumahnya sebagai makmal dadah sintetik.*
            *AFP yang memetik agensi berita TASS melaporkan, bekas guru sekolah menengah yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang kimia itu, Eduard Prokopyev, 52, menghasilkan dadah terbabit untuk dijual secara besar-besaran.*
          *Menurut mahkamah daerah Irkutsk, lelaki terbabit mempunyai peralatan dan bahan kimia lengkap untuk menghasilkan dadah yang dibeli menerusi dalam talian.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan memburu penangkap ular terkenal dari Kuala Krai yang memuat naik kegiatannya menangkap ular berbisa tedung selar di Facebook (FB).*
               *Difahamkan, lelaki itu memaparkan gambar memegang ular berbisa yang ditangkapnya di FB miliknya.*
           *Pengarah PERHILITAN Kelantan, Mohd Hasdi Hussin berkata, pihaknya menjangka dapat menahan penangkap ular itu dalam masa terdekat.*
             *Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kegiatan lelaki yang menangkap ular itu selepas gambarnya yang memegang tedung selar tular di laman sosial.*

          *KEMATIAN seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancha-Rancha, Labuan ketika mengambil bahagian dalam acara larian pada temasya sukan sekolah itu baru-baru ini bukan disebabkan strok haba.*
        *Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, kematian Norsahfiza Jaratin pada 17 Februari lalu belum dapat dipastikan.*
         *Dr Ismuni membuat kenyataan itu untuk memberi penjelasan mengenai hantaran dan rakaman video yang tular di media sosial mengatakan kematian pelajar itu disebabkan strok haba kerana cuaca panas ketika ini.*
          *Norsahfiza, 16, pelari pecut bagi acara 200 meter tiba-tiba rebah kira-kira 20 meter dari garisan penamat di padang sukan Kolej Matrikulasi Labuan pada 8.40 pagi.*

          *SELEPAS mendominasi carta pilihan portal berita di Malaysia pada 2018 menerusi kategori berita dan maklumat, laman web Harian Metro (HM) terus mencatatkan pelayar unik (UV) tertinggi sepanjang Januari berdasarkan statistik terbaru dikeluarkan firma pengukur dunia digital ComScore Inc.*
           *Berdasarkan laporan itu, laman berita HM yang boleh dilayari menerusi www.hmetro.com.my mencatat 5.3 juta UV sepanjang Januari lalu.*
         *Statistik berkenaan merangkumi pelayar yang mengunjungi laman web menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet.*
          *Bagi laman sosial, peminat Facebook (FB) Harian Metro kini mencatatkan lebih 4.9 juta ‘likes’, manakala pengikut 4.9 juta, Twitter rasmi HM diikuti lebih 874,000 pengguna dan Instagram 336,000.*

           *CHUKOTKA, Rusia: Jeritan kru kabin bahawa pesawat akan meletup menyebabkan penumpang pesawat Boeing 777 Air China menjadi panik dan bergegas keluar selepas pesawat itu mendarat cemas di timur Russia, awal hari ini.*
         *Seorang penumpang menyiarkan kejadian itu di internet dengan berkata: “Selepas kru kabim membuka pintu, dia menjerit: ‘Tinggalkan apa saja, keluar cepat. Pesawat akan meletup’.”*
         *Daily Mail yang memetik Siberian Times melaporkan, rakaman video tular menunjukkan penumpang berpusu-pusu melungsur keluar dari pesawat ke landasan ketika suhu 4 darjah selsius bawah paras beku.*
           *Menurut pihak berkuasa Russia, pesawat itu sedang diperiksa dan Air China menghantar pesawat gantian bagi menerbangkan penumpang ke destinasi mereka.*

           *Washington: Gadis pendatang dari Vietnam yang tidak fasih bahasa Inggeris mengejutkan juri American Idol musim ke-17 dengan persembahannya sehinggakan Luke Bryan menganggapnya setaraf dengan Kelly Clarkson.*
          *USA Today melaporkan, dalam episod pertama Ahad lalu, Myra Tran, 19, memilih lagu ‘One Night Only’ nyanyian Jennifer Hudson.*
           *Persembahan luar biasa pelajar itu membuatkan juri Lionel Richie, Katy Perry dan Bryan bangun sambil bertepuk tangan.*
           *Ketika memberi ulasan, Bryan berkata Myra setanding dengan Kelly Clarkson, juara musim pertama American Idol pada 2002.*
                 

*ARENA*
========


            *SAINGAN peringkat kalah mati Liga Juara-Juara menyaksikan tiada seorang pun pengadil Inggeris terpilih mengadili perlawanan.*
         *Michael Oliver dan Anthony Taylor yang terbabit mengadili perlawanan pada peringkat kumpulan liga elit Eropah musim ini digugurkan daripada saingan peringkat 16 terbaik oleh UEFA kerana Liga Perdana tidak menggunakan VAR (penolong pengadil video).*
             *VAR digunakan pada peringkat itu dalam Liga Juara-Juara musim ini tetapi liga utama Inggeris hanya menggunakannya musim depan.*

           *PENYERANG Manchester City, Sergio Aguero kini dikatakan ‘berdating’ dengan Taylor Ward iaitu anak perempuan bekas penyerang kelab Crewe Alexandra, Ashley Ward.*
          *Dia sebelum ini mengahwini anak perempuan legenda Argentina, Diego Maradona sebelum keluar bersama Taylor.*
           *Rakan-rakannya mengatakan penyerang Manchester City berusia 30 tahun itu ada kalanya keluar dengan Taylor, 21.*
        *Sumber memberitahu: “Dua minggu lalu mereka dilihat mengunjungi spa harian bersama.*

            *MESKIPUN melalui sesi ujian pramusim yang agak hambar, pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah tetap bersikap positif menjelang pusingan pertama Kejohanan Motosikal Dunia di Litar Antarabangsa Losail, Qatar hujung minggu ini.*
            *Pelumba Red Bull KTM Tech3 itu mengakui dia serta rakan sepasukan menempuh detik sukar sepanjang ujian pramusim tetapi kekal percaya prestasi jentera akan terus meningkat secara berperingkat.*

            *HASRAT juara Liga Super lima kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa pulang satu mata tidak kesampaian selepas tewas kepada Kashima Antlers 2-1 pada aksi pembukaan Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Kashima, sebentar tadi.*
            *Walaupun skuad kendalian Benjamin Mora menurunkan kesebelasan terkuat namun jelas juara bertahan ACL itu berada dalam kelas tersendiri apabila menguasai hampir 90 minit perlawanan.*
            *Pemain JDT seharusnya berterima kasih kepada penjaga gol mereka Farizal Marlias apabila menyelamatkan sekurang-kurangnya lima percubaan berbahaya sekali gus menidakkan peluang tuan rumah meraih kemenangan dengan jaringan lebih besar.*

            *SELEPAS 'berehat' lapan bulan, pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Najmi Farizal Jazlan kembali dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan.*
          *Najmi yang meninggalkan skuad negara secara mengejut Julai tahun lalu berada dalam senarai 28 pemain yang dipilih ketua jurulatih, Roelant Oltmans.*
            *Aksi cemerlangnya membantu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) memenangi Liga Perdana dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) serta naib juara Piala TNB dilihat menjadi faktor utama mengapa Oltmans kembali memanggilnya semula ke dalam kem latihan skuad kebangsaan.*

           *LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil keputusan yang tepat apabila tidak membenarkan Perlis untuk beraksi di Liga Malaysia selagi mereka belum menyelesaikan masalah tunggakan gaji ke atas pemain dan pegawai pasukan.*
             *Justeru, andai skuad Singa Utara itu mahu teringin bermain - tidak kira sama ada di divisyen 3 atau 4 - pengurusan pasukan perlu memastikan tidak ada lagi isu berbangkit terutama membabitkan tunggakan gaji kerana kegagalan berbuat demikian akan menyaksikan Perlis tidak dibenarkan mendaftar pasukan.*
             *Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam yang mahu setiap pasukan menyelesaikan isu tunggakan gaji sebelum pendaftaran dibuat untuk semua divisyen.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2019 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*KHMIS 7 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 30 JAADLAKHI 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0557*
*SUBUH : 0607*
*SYURUK : 0721*
*ZOHOR : 1327*
*ASAR : 1640*
*MAGHRIB : 1928*
*ISYAK : 2037*


*artikel disiarkan pada tarikh 6mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Rantau, Negeri Sembilan pada 13 April depan. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 30 Mac, manakala tarikh mengundi awal pada 9 April.*

                *MAYAT Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, hujung bulan lalu sudah ditemui di Gunung Raya, Langkawi hari ini. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim selepas suami isteri yang ditahan di Ampang, Selangor semalam menunjukkan lokasi kanak-kanak itu ditinggalkan. Beliau juga akan mengadakan sidang media di lokasi kejadian berhubung penemuan mayat itu.*

                *LULUH hati seorang bapa apabila anak yang disangka berada di sekolah untuk latihan sukan dan mengikuti sesi pembelajaran sebelah petang, ditemui lemas bersama rakan sekelasnya, semalam. Abd Khader Hat, 50, berkata, dia tidak tahu anaknya, Mohamad Farid Nazmi, 13, mandi di Sungai Pinji dekat Kampung Tersusun Batu 4, Tambun di sini.*

               *KATA-kata manis memikat hati peminjam, namun padah menanti kerana Along bukan saja mengenakan bunga tinggi malah sanggup membunuh bagi menuntut wang yang diberikan. Itu antara nasihat diberikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) menerusi laman Facebooknya terhadap kegiatan pemberi pinjaman haram (along) yang aktif menawarkan pinjaman wang di daerah berkenaan.*

                *TIGA stesen Transit Aliran Massa (MRT) bagi Laluan Sungai Buloh ke Kajang (SBK) ditutup sepenuhnya Sabtu dan Ahad ini bagi memberi laluan kerja pembinaan sesimpang untuk ke landasan depoh Sungai Buloh. Ketua Pegawai Operasi MRT SBK, Azmi Mohd Zain berkata, penutupan bagi tempoh dua hari itu yang bermula pada 6 pagi hingga 12 tengah malam membabitkan stesen MRT Sungai Buloh, Kampung Selamat dan Kwasa Damansara.*

               *ANGGOTA bomba dan penyelamat mengambil pendekatan kreatif dengan mengumpan sebatang rokok bagi memujuk seorang lelaki daripada terjun dari Jambatan Sultan Ismail di Muar, semalam. Dalam kejadian pada jam 10.15 malam itu, orang ramai melihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di jambatan sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.*

               *BERANG kerana ditegur menumpang di rumah kekasih, seorang lelaki mengamuk dan melibas parang hingga menyebabkan adik teman wanitanya parah dalam kejadian di Taman Seri Kijang, di Bukit Mertajam, Isnin lalu. Dalam kejadian 10.22 pagi itu, mangsa, remaja lelaki berusia 18 tahun luka di perut, betis kanan serta pergelangan tangan kiri dan kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).*

               *“SAYA sedia ‘ditendang’ sebagai Setiausaha Agung BN (Barisan Nasional), jika itu yang MCA dan MIC mahu,” tegas Setiausaha Agung BN Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. Sehubungan itu beliau tidak akan hadir pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Jumaat ini bagi membolehkan kedua-dua komponen itu menyertainya.*

               *BAHANA terlalu percayakan kata-kata manis kenalan Facebook (FB), seorang wanita kerugian RM41,400 selepas diperdaya sindiket penipuan kiriman bungkusan. Ahli perniagaan berusia 57 tahun itu dikatakan berkenalan dengan suspek dikenali sebagai Haruna Mohammed, yang mendakwa seorang doktor di Syria, sejak November lalu.*

                *WANITA yang sedang menjalankan upacara keagamaan di sebuah kuil di Pekan Saga, Rantau, dekat Seremban, parah ditikam di perut oleh seorang lelaki yang dipercayai mabuk, semalam. Mangsa, K Jaya Veni, 51, dari Taman Mewah Linggi Air Kuning, ditemui dalam keadaan kritikal sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), untuk rawatan.*

               *TIGA restoran di sekitar Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, diarahkan tutup selama 14 hari kerana premis dihuni lipas selain longkang tersumbat. Dalam operasi dijalankan penguat kuasa Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) pada 28 Februari lalu itu, sebanyak 14 restoran di sekitar daerah itu diperiksa bagi memastikan faktor kebersihan tidak diabaikan premis makanan.*

               *SEORANG pembantu operasi kerugian hampir RM3,000 akibat ditipu sindiket menawarkan pinjaman kewangan tidak wujud di Kuala Terengganu. Kejadian dipercayai bermula apabila lelaki berusia 57 tahun itu melayari Facebook dan tertarik dengan iklan pinjaman kewangan yang ditawarkan sebuah syarikat pada 26 Februari lalu.*

               *REMAJA berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini atas pertuduhan menunggang motosikal secara melulu dan membuat aksi ‘zig zag’ yang membahayakan pengguna jalan raya lain, minggu lalu. Bagaimanapun, Majistret M Barath menetapkan satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian untuk jatuh hukum terhadap remaja berkenaan di Mahkamah Kanak-Kanak.*

                *DALAM tempoh 24 jam lalu, empat kes penipuan atas talian dilaporkan di daerah ini membabitkan kerugian lebih RM6,000. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat keempat-empat mangsa kelmarin dan semalam.*

               *PENGANGGUR dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini terhadap tuduhan memiliki heroin seberat 8.35 gram, tahun lalu. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Che Hamzah Hussin, 33, mengaku salah terhadap tuduhan.*

               *JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah mematahkan tiga cubaan menyeludup dadah bernilai lebih RM5.372 juta ke negeri ini dalam tempoh sembilan hari. Kes pertama dilaporkan berlaku 21 Februari lalu membabitkan seorang lelaki warga asing yang ditahan bersama kira-kira 100 kilogram syabu.*

               *MAHKAMAH Majistret Petaling Jaya hari ini menetapkan 18 April depan sebagai tarikh pengurusan kes 18 individu yang didakwa terbabit dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya, 26 November tahun lalu. Tarikh itu ditetapkan Majistret Nor Arifin Hisham berikutan dokumen untuk diserahkan kepada pihak pembelaan masih belum lengkap.*

               *LAPAN pegawai penjara direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes menerima wang rasuah yang dianggarkan bernilai lebih RM120,000. Turut direman seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pemandu kereta sapu yang didakwa bertindak sebagai orang tengah dalam kes terbabit.*

               *KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan diumumkan pada 14 Mac ini. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan memaklumkan, seramai 421,706 calon mendaftar untuk menduduki SPM di 3,308 pusat peperiksaan di seluruh negara.*

               *LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil keputusan memindahkan 80 peniaga Pasar Tani River Front ke Pasar Tani Kekal Pekan, bermula esok. Pengarahnya Rosli Aw Da berkata, ia bagi memberi lebih keselesaan kepada peniaga serta pelanggan yang kini semakin bertambah.*

               *KANAK-KANAK yang dirempuh kereta api kini dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kota Bharu. Dalam kejadian 5.30 petang semalam, Muhammad Amirul Hakimi Muhd Yuslizam, 9, mengalami pendarahan di kepala selepas basikalnya dirempuh kereta api.*

               *GARA-GARA tertekan pedal minyak, kereta dipandu seorang wanita merempuh rumahnya dalam kejadian di Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalon, di Chukai, semalam. Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, bahagian depan rumah terbabit roboh, manakala bahagian depan Honda City terbabit remuk.*

               *PEGAWAI tadbir di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu direman tujuh hari sehingga Selasa depan, selepas dipercayai meminta rasuah RM10,500. Suspek berusia 40 tahun didakwa meminta rasuah daripada dua kontraktor sebagai balasan memilih syarikat berkenaan bagi kerja pembekalan di UMT.*

               *KEBAKARAN Hutan Simpan Gunung Korbu antara Pos Legap dan Pos Kuala Mu di Sungai Siput, Ipoh sejak semalam kini membabitkan 30 peratus dari keseluruhan kawasan hutan berkenaan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Yunus Abu berkata, kebakaran itu bagaimanapun tidak membabitkan pokok balak.*

               *POLIS sudah mengenalpasti suspek utama yang terbabit dalam pembunuhan lelaki warga Ireland yang mayatnya ditemui di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown Isnin lalu. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran berkata, melalui siasatan polis suspek dipercayai sudah melarikan diri dan berada di Filipina.*

              *LELAKI yang menghina Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah di media sosial menggunakan nama 'Alvin Chow' ditahan polis, hari ini. Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor di sebuah pusat beli-belah Plaza Pudu, di sini, kira-kira jam 5 petang tadi.*

               *PERATURAN berceramah di Johor masih sama kepada semua pendakwah seperti mana ditetapkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sebelum ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, seperti dikehendaki pendakwah yang berceramah tidak boleh membabitkan isu politik dan isu sensitif.*

               *KURANG sebulan saja lagi tempoh percubaan sistem tiket berpusat (CTS) di terminal bas ekspres Melaka Sentral sebelum pelaksanaan sepenuhnya 1 April ini. Tempoh itu diberikan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab selepas Melaka Sentral memperkenalkan CTS dan operasi terminal (TOS) awal bulan ini, menjadikan terminal itu yang kelima di negara ini melaksanakan sistem terbabit.*

               *TIGA lelaki bersenjatakan pistol melarikan barang kemas dianggarkan bernilai kira-kira RM400,000 di sebuah kedai emas di tingkat bawah sebuah pasar raya di Taman Segar Perdana, Kajang, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, tiga lelaki yang dipercayai ke pasar raya itu menaiki tiga motosikal dikatakan menyamun empat dulang berisi pelbagai jenis barangan kemas di bahagian kaca pameran premis berkenaan.*

               *JUAL dadah, simpan ‘besi’. Itu dilakukan dua lelaki dipercayai sindiket mengedar dadah yang dikesan turut memiliki pistol selepas polis menyerbu sebuah kondominium di Bukit Gambir, Georgetown, semalam. Serbuan 1.30 tengah hari itu dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut selepas melakukan risikan.*

               *PENGERUSI PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyeru semua ahli parti supaya tidak menimbulkan konflik berhubung pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Beliau berkata, kepemimpinan parti melakukan terbaik untuk memilih calon yang dapat memastikan kemenangan kepada parti pada PRK itu.*

               *POLIS menahan seorang remaja yang dipercayai memecah masuk sebuah rumah di FELCRA Keruak, Jertih semalam, sebelum melarikan wang tunai RM200 dan sebuah alat pengecas mudah alih (power bank). Suspek berusia 18 tahun itu ditahan di hadapan sebuah stesen minyak di Bukit Payung, Pasir Akar, Jertih, kira-kira 6.30 petang hari sama.*

               *TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan ihsan membawa seorang wanita pengidap ketumbuhan dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian ke Hospital Umum Sarawak, hari ini. Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan media, hari ini memaklumkan Cassandra Inja Umpi, 24, diterbangkan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa menggunakan pesawat C-130H daripada No 20 Skuadron TUDM Pangkalan Udara Subang.*

               *EMPAT etnik Rohingya termasuk suami isteri terlepas hukuman mati apabila pertuduhan membunuh dihadapi mereka dipinda kepada menyebabkan kematian tanpa niat di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.*

               *NELAYAN Vietnam dikesan menukar taktik dengan menjadikan waktu awal pagi sebagai masa terbaik menceroboh perairan negara bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa. Bagaimanapun, cubaan mereka mencuri hasil negara gagal selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot bersama seorang tekong dan tiga awak-awak dengan rampasan dianggarkan bernilai hampir RM1 juta.*

               *SERAMAI 37 penjaja di Medan Selera Semarak, Jalan Padang Tembak di Kuala Lumpur, berasa teraniaya selepas diminta mengosongkan premis masing-masing dengan segera tanpa pampasan serta tapak perniagaan baru. Mereka kecewa kerana diperlakukan sedemikian kerana sudah hampir 40 tahun berniaga di situ. Kesal dengan isu itu, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKM) Wilayah Persekutuan Cawangan Datuk Keramat yang menaungi penjaja terbabit mohon kerajaan dapat membantu mereka.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *LONDON: Seorang lelaki membunuh diri dengan terjun ke dalam gaung di Wales, Britain, akibat tidak dapat menanggung rasa bersalah selepas membunuh isteri dan dua anak kerana tersilap menyangka isterinya curang.*
              *Lelaki itu, Paul Newman, 42, menghentak isterinya, Geraldine, 51, dengan tukul hingga mati sebelum membunuh dua anak mereka Shannon, 11, dan Shane, 6, kerana menyangka wanita itu mempunyai hubungan sulit.*
          *Kelmarin, Mahkamah Koroner Wakefield diberitahu, mayat Geraldine dan dua anak mereka ditemui di kediaman pasangan itu di Leeds pada 2 Februari 2016 manakala mayat Newman ditemui di kaki bukit di Wales pada hari sama.*

          *NAIROBI: Ratusan penumpang terkandas di lapangan terbang antarabangsa di Nairobi, Kenya hari ini, apabila polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mogok kesatuan pekerja.*
           *AFP melaporkan, penumpang yang menunggu lama untuk menaiki penerbangan, diarahkan untuk meninggalkan lapangan terbang dan berkumpul di kawasan parkir serta di luar bangunan.*
         *Manakala keadaan dalam terminal pula kecoh apabila kumpulan kesatuan itu berdepan dengan polis yang cuba menahan mereka kerana menghasut pekerja.*

          *PASSAU (Germany): “Turki tidak boleh menjadi ahli Kesatuan Eropah,” kata calon utama Parti Rakyat Eropah (EPP) untuk pilihan raya Eropah yang akan datang, Manfred Weber, sambil menambah bahawa dia akan menamatkan rundingan penyertaan sekiranya dilantik sebagai Presiden Suruhanjaya Eropah.*
          *Turki menerusi satu kenyataan berkata keanggotaannya dalam Kesatuan Eropah masih kekal sebagai matlamat strategiknya walaupun rundingan penyertaan yang dilancarkan secara rasmi pada 2004 sudah terhenti selama beberapa tahun.*
           *Weber ketika memberitahu konservatif Jerman di Bavaria, “semua orang mahukan hubungan baik dengan Turki, semua orang ingin bekerjasama rapat (dengan negara itu)”.*

           *JALALABAD: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh akibat siri serangan pengebom berani mati yang menyasarkan sebuah syarikat persendirian berhampiran lapangan terbang di Jalalabad, Afghanistan.*
           *AFP melaporkan, pengeboman berlaku ketika rundingan sedang dilakukan di Qatar antara Amerika Syarikat dan Taliban untuk menamatkan konflik hampir 18 tahun.*
          *"Dua penyerang meletupkan jaket mereka manakala dua lagi ditembak oleh anggota keselamatan,” kata jurucakap wilayah, Attaullah Khogyani kepada AFP.*

            *SEOUL: Bekas Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak dibebaskan atas ikat jaminhari ini, selepas dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun atas kesalahan rasuah, Oktober lalu.*
          *AFP yang memetik agensi berita Yonhap melaporkan, Lee yang berusia 77 tahun membuat permohonan itu pada Januari lalu atas faktor usianya yang lanjut selain mempunyai potensi untuk mengalami komplikasi akibat kencing manis dan apnea tidur.*
        *Bekas pemimpin yang berkhidmat dari 2008 hingga 2013 itu, didapati bersalah menerima dana haram AS$10 juta (RM40.9 juta) dan menerima rasuah daripada Samsung Electronics sebagai pertukaran untuk membebaskan pengerusinya, Lee Kun-Hee yang dipenjara atas kesalahan mengelak cukai.*

          *NIAMEY: Pihak berkuasa Niger merampas 10 tan ubat tiruan selepas menyerbu sebuah makmal pemprosesan yang turut menghasilkan produk kecantikan palsu di Niamey.*
          *Menurut polis, sembilan individu yang langsung tidak mempunyai pengetahuan perubatan turut ditahan dalam serbuan itu, lapor AFP.*
            *"Kita merampas tidak kurang daripada 10 tan ubat tiruan dihasilkan daripada beberapa tanaman tempatan dan pelbagai bahan lain diimport dari luar negara,” kata jurucakap polis, Adily Toro.*

           *SEOUL: Korea Utara dikesan membangunkan semula stesen pelancaran roketnya yang juga tapak ujian peluru berpandu selepas gagal mencapai sebarang persetujuan dengan Amerika Syarikat dalam sidang kemuncak di Hanoi, Vietnam, baru-baru ini.*
          *Aktiviti itu dikesan berdasarkan analisis imej satelit terbaru oleh sebuah pusat pemikir Amerika, lapor AFP.*
             *Pusat Kajian Antarabangsa dan Strategik (CSIS) berkata, aktiviti itu dikesan dua hari selepas sidang kemuncak itu gagal mencapai persetujuan antara Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.*

           *LONDON: Stesen kereta api bawah tanah utama di London terpaksa ditutup sementara semalam, susulan amaran palsu kebakaran selepas tiga bungkusan bom dihantar menerusi pos ke tiga hab pengangkutan utama bandar itu.*
          *Reuters melaporkan, stesen kereta api bawah tanah King Cross St Pancras yang menyediakan dua perjalanan jarak jauh, ditutup selama setengah jam akibat amaran palsu berkenaan.*
         *Jurucakap bomba London berkata, pihaknya tidak mengesan sebarang kejadian kebakaran selepas 10 minit tiba di tempat kejadian itu.*

            *Cape Town: Bukan 15, bukan 20 orang tetapi 46 murid disumbat ke dalam sebuah teksi yang mengejutkan polis trafik selepas menahan van itu untuk pemeriksaan di Port Elizabeth, Afrika Selatan.*
          *Daily Mail melaporkan, Ketua Polis Port Elizabeth, Yolande Faro, berkata polis trafik mengarahkan pemandu van berhenti selepas mendapati kenderaan itu membawa penumpang berlebihan berbanding had dibenarkan iaitu 15 orang.*
          *Polis kemudiannya terkejut kerana mendapati van itu membawa 46 murid sebagai penumpang selain pemandu berusia 26 tahun dan seorang penumpang dewasa di tempat duduk hadapan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *PENUNTUT wanita jurusan kejururawatan sebuah universiti awam membuat laporan polis selepas nombor telefonnya ditularkan di media sosial kononnya menawarkan pertandingan Tidur Dalam Kubur.*
           *Malah, menerusi pesanan yang tular sejak pagi tadi, dikatakan bahawa pemenang tempat pertama pertandingan berkenaan akan memenangi wang tunai RM5,000 serta pakej mengerjakan umrah di Tanah Suci.*
           *Wanita pemilik nombor telefon berkenaan, Julie Christine Martin, 21, berkata, sejak mesej itu tular lebih 500 individu menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApp termasuk panggilan telefon.*

          *DUA lelaki bersenjatakan parang bertindak berani memasuki sebuah rumah dekat Fasa 8, Taman Sri Gombak, Gombak, dan menyamun seorang wanita sebelum melarikan seutas gelang emas dianggarkan bernilai RM7,000, semalam.*
           *Kejadian kira-kira 2 petang itu dirakam kamera keselamatan di sebuah rumah jiran sebelum ia mulai tular di laman sosial sejak semalam.*
           *Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, dua lelaki berkenaan menaiki motosikal Yamaha Y15 sebelum seorang daripada mereka masuk ke rumah mangsa.*

        *MAJLIS Mesyuarat Kerajaan (MMK) Johor mengambil keputusan mengekalkan Pulau Kukup, Pontian sebagai Taman Negara (Taman Negara Pulau Kukup) sekali gus membatalkan keputusan sebelum ini yang menggugurkan status itu, tahun lalu.*
              *Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor dan kepentingan semua pihak sebelum ia diwartakan semula Januari lalu.*
             *Katanya, kerajaan negeri mengembalikan status Taman Negara Pulau Kukup bagi memastikan kawasan itu terus kekal sebagai pulau paya bakau tidak berpenghuni kedua terbesar di dunia.*

           *MEDAN: Seorang pencuri berjaya ditangkap polis selepas dia memuat naik video TikTok untuk menayangkan wang tunai hasil perbuatan jenayah itu di media sosial.*
           *Tribun News melaporkan, Taufik R Gani, 23, memecah masuk dan mencuri puluhan telefon bimbit dan komputer riba yang dianggarkan bernilai kira-kira Rp500,000,000 (RM144,221) di sebuah kedai di Medan pada Sabtu lalu.*
            *Tidak lama selepas itu dia memuat naik satu video TikTok di laman Instagram miliknya sambil memegang sejumlah wang tunai.*

           *MADRID: Gajah paling sedih di dunia mati selepas hidup terkurung selama 43 tahun di sebuah zoo di Sepanyol.*
        *News.com.au melaporkan, gajah betina bernama Flavia itu diambil sejak berusia tiga tahun sebelum ditempatkan di sebuah zoo di bandar Cordoba, selatan Sepanyol pada tahun 1976.*
           *Keadaan kesihatannya yang semakin teruk selain mengalami kemurungan sejak beberapa tahun lalu menyebabkan haiwan itu terpaksa dimatikan oleh doktor haiwan pada 1 Mac lalu.*
                 

*ARENA*
========
   

        *KAPTEN Ajax Amsterdam, Matthijs de Ligt percaya pasukannya boleh mencetus lebih banyak kejutan Liga Juara-Juara selepas menyingkirkan juara bertahan Real Madrid untuk layak ke suku akhir.*
         *Ajax, juara Eropah empat kali, mengatasi defisit 1-2 pada aksi pertama, menang bergaya 4-1 di Santiago Bernabeu pada aksi kedua awal pagi tadi untuk layak 5-3 secara agregat.*
            *"Kami akan lihat sejauh mana kami pergi tapi jelas cabaran kami belum berakhir,” kata pertahanan remaja Belanda itu.*

        *KETUA jurulatih Jerman, Joachim Loew berkata, tiga pemain yang membantu pasukannya muncul juara Piala Dunia 2014 iaitu Jerome Boateng, Mats Hummels dan Thomas Mueller tidak lagi berada dalam senarai perancangannya.*
            *Loew memaklumkan mengenai nasib trio pemain Bayern Munich itu, sebelum dia menyenaraikan barisan pemainnya sebagai persiapan untuk perlawanan persahabatan menentang Serbia di Wolfsburg dua minggu lagi dan kelayakan Euro 2020 bertemu Belanda di Amsterdam pada 24 Mac ini.*

        *PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mencapai persetujuan untuk mencadangkan gol pemain muda kebangsaan, Muhammad Syahmi Safari ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF pada 5 Disember lalu dicalonkan ke Anugerah Puskas FIFA 2019.*
          *Keputusan untuk menghantar cadangan pencalonan itu dibuat selepas mesyuarat peringkat Sekretariat Agung FAM yang turut disertai Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mencapai persetujuan untuk perkara mencalonkan gol itu.^
  
        *SELEPAS tiga bulan tidak beraksi pada saingan kompetitif berikutan kecederaan bahu dan lutut, pelumba Supersports 600cc, Adam Norrodin tetap meletakkan sasaran tinggi untuk menaiki podium pada penampilan pertamanya di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini.*
           *Pelumba yang pernah beraksi di Kejohanan Motosikal Dunia selama tiga musim dalam kategori Moto3 itu berkata, ia bukanlah sasaran mustahil untuk dicapai meskipun tahap kecederan masih belum pulih sepenuhnya.*

         *KERAJAAN meluluskan peruntukan RM17 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk pembinaan tadium Ragbi Negara di Presint 14, Putrajaya.*
           *Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pembinaan stadium itu yang tertangguh beberapa tahun sebelum ini akan dilaksanakan di tapak berkeluasan 6.5 hektar dan kerja-kerja fizikal dijangka bermula November depan.*

        *PETINJU negara, Mohd Fuad Redzuan mengakui perlu berwaspada dengan prestasi Carlo Paalam sekiranya mahu mempertahankan emas Sukan SEA di Filipina.*
             *Petinju tuan rumah itu mempamerkan peningkatan ketara berbanding aksi di Sukan SEA 2017 apabila berjaya meraih gangsa pada Sukan Asia 2018 di Jakarta.*q


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SATU 9 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 2 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0556*
*SUBUH : 0606*
*SYURUK : 0720*
*ZOHOR : 1327*
*ASAR : 1639*
*MAGHRIB : 1928*
*ISYAK : 2037*


*LAST GOA_L MINGGU INI*


*artikel disiarkan pada tarikh 8mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *DATUK Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap waris penumpang MH370 terus bersabar dan mendoakan roh mangsa tragedi itu tenang serta dicucuri rahmat. Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga berharap misteri kehilangan pesawat yang genap lima tahun hari ini itu akan terungkai dan insiden sama tidak akan sama sekali berulang.*

                *BAPA kepada Allahyarham Muhammad Adib, anggota bomba yang terkorban dalam kejadian rusuhan pada November lalu, bersedia untuk menghadiri prosiding inkues dalam menentukan punca kematian anaknya itu di Mahkamah Koroner di Shah Alam. Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, berkata, dia dimaklumkan perlu hadir untuk memberi keterangan dalam inkues terbabit oleh pihak peguam, namun belum ditentukan tarikhnya.*

                *ENAM daripada 39 mangsa yang terhidu gas metana dipercayai dibuang secara haram ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor, semalam, diberi rawatan rapi secara elektif intubasi, iaitu membersihkan paru-paru mereka daripada gas toksik. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam mangsa itu ketika ini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, dan berada dalam keadaan stabil.*

               *KERAJAAN negeri membenarkan semua penduduk yang diusir dari rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis di Georgetown, kembali mendiami kediaman masing-masing. EXCO Pembangunan Desa, Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Dr Afif Bahardin berkata, mereka bagaimanapun hanya dibenarkan mendiami unit berkenaan selama tiga hari, berkuat kuasa hari ini.*

               *BAHAN buangan klinikal seperti tiub darah dan alat penapis atau dializer ditemui dibuang di tempat pelupusan sampah haram di Kampung FELDA Sendayan, Seremban. Penemuan tapak pelupusan itu dibuat pegawai dan anggota Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan yang menjalankan siasatan selepas menerima aduan awam, Selasa lalu.*

               *BEKAS Ketua Bahagian MIC Sungai Siput M Lokanathan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, terhadap dakwaan rasuah ke atas Tun S Samy Vellu. Lokanathan mendakwa, bekas Presiden MIC itu didakwa membeli tanah seluas 40.87 hektar (101 ekar) di Sungai Siput, Perak daripada koperasi pekerja ladang pada 2005.*

               *SEORANG lagi pesakit kronik yang pernah mendapatkan rawatan hemodialisis di Pusat Hemodialisis Mawar (PHM), Seremban meninggal dunia, menjadikan jumlah terkini tiga bekas pesakit pusat itu meninggal dunia. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S Veerapan berkata, pesakit berusia 68 tahun itu meninggal dunia di rumahnya 2 Mac lalu.*

               *SATU sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di Meru, Klang dikesan menggunakan sistem saluran air panas bagi proses pemindahan gas itu. Difahamkan taktik baharu itu berupaya mempercepatkan tempoh pemindahan gas bersubsidi itu ke dalam tong gas industri berbanding menggunakan sistem ais biasa.*

               *PEMANDU treler maut selepas kenderaan dipandunya itu hilang kawalan dan melanggar tiang papan tanda sebelum terbalik di Kilometer 16.5 Lebuhraya ELITE berdekatan susur masuk Plaza Tol Saujana Putra, Kuala Langat, hari ini. Dalam kejadian 6.15 pagi itu, mangsa, P Sutakaran, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah dan tersepit dalam treler berkenaan.*

               *MAHKAMAH Koroner Kuala Lumpur memutuskan bahawa kematian model warga Belanda, Ivana Esther Robert Smit, 18, yang ditemui dalam keadaan berbogel di balkoni kondominium dua tahun lalu, diklasifikasikan sebagai kecelakaan (misadventure) jatuh dari tempat tinggi.*

               *“TEKAK mula rasa loya hingga muntah sebelum ibu membawa ke hospital 10.30 malam tadi,” kata Intisaar Nazihah Mohd Nazri, 16, antara pesakit baharu yang dimasukkan ke wad Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, awal pagi tadi. Intisaar Nazihah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih berkata, dia dimasukkan ke wad selepas keadaan kesihatannya menurun dipercayai kesan terhidu bau gas dipercayai metana dalam kejadian di sekolahnya semalam.*

               *LELAKI maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah kereta rosak di Jalan Tun Razak menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur, hari ini. Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa, Mohd Fadzil Isa, 42, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan dalaman.*

               *OPERASI mencari saki baki cebisan mayat mangsa bunuh, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, di hutan Jalan Gunung Raya, Langkawi, diteruskan hari ini. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, operasi memasuki hari ketiga itu bagi memperoleh lebih banyak cebisan mayat. Maaf... kami masih mencari lagi bagi mengesan kemungkinan masih ada cebisan mayat di lokasi mayat mangsa dibuang oleh suspek.*

               *TAKTIK dua sahabat menyembunyikan dadah di dalam bantal terbongkar apabila mereka dicekup di sebuah rumah di Kampung Pasir Panjang, Sekinchan, semalam. Kedua-dua suspek berusia 26 dan 47 tahun itu ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan sepasukan polis dari Balai Polis Sekinchan diketuai Ketuanya, Inspektor Abdul Rahman Khalid, kira-kira 1 pagi.*

               *KERAJAAN Kedah mempertimbangkan untuk melakukan pembenihan awan sebagai usaha bagi meningkatkan paras air empangan utama untuk keperluan domestik dan pertanian. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pembenihan awan itu dilihat perlu ketika ini selepas beberap kawasan mula menghadapi masalah bekalan air yang sangat kritikal terutama di Tanjung Dawai.*

               *BEKAS Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Audit Negara baharu untuk tempoh dua tahun mulai 23 Februari lalu hingga 22 Februari 2021. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata, pelantikan Nik Azman adalah menggantikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 22 Februari lalu.*

               *SEBANYAK 24 jadual perjalanan feri penumpang menghubungkan Langkawi dan tanah besar pada 21 hingga 23 Mac ini dibatalkan berikutan paras air laut cetek. Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line), Baharin Baharom berkata pembatalan itu bagi mengelak feri tersangkut beting pasir kerana air laut diramal surut di bawah 0.5 meter.*

               *CUACA panas sejak bulan lalu menyebabkan Sungai Tembeling dan anak sungainya di daerah ini semakin kering sekali gus memberi kesan kepada perkhidmatan bot penambang dan ternakan ikan sangkar. Tinjauan mendapati Sungai Tembeling yang menghubungkan Kuala Tahan dengan Kampung Bukit Mat Daling, Kampung Bantal, Kampung Sungai Kucing, Kampung Kuala Sat dan Kampung Pagi mulai kering dan menampakkan dasarnya.*

               *SEBANYAK 12 rumah dan 10 kereta rosak akibat dihempap pokok tumbang di sekitar Sungai Buloh akibat ribut dan hujan lebat sejak jam 5 petang tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu bermula jam 5.30 petang hingga 7.44 malam tadi.*

               *PROSEDUR operasi standard (SOP) mengenai aktiviti melombong bauksit masih belum dimuktamadkan dan diperhalusi oleh kerajaan. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengesahkannya berkata, sebarang pengumuman mengenai SOP hanya akan dibuat dan dimaklumkan kepadaumum sebaik proses penambahbaikannya disiapkan.*

               *KONON pergi solat Jumaat namun sebaliknya menagih dadah di ladang kelapa sawit. Itu taktik digunakan sebahagian daripada 35 penagih dadah berusia 26 hingga 60 tahun yang diberkas polis di Kampung Bukit Teh, Machang Bubok, hari ini. Dalam serbuan antara jam 6.45 pagi hingga 4 petang itu, seramai 35 lelaki termasuk seorang wanita diberkas polis kerana menagih dadah di kawasan terbabit.*

               *SEORANG lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat tiga apartmen di Tambun di Ipoh, awal pagi hari ini. Dalam kejadian 4.33 pagi itu, mangsa, Goey Cho Kiang, 33, dikatakan terjatuh ketika memanjat bahagian luar sebuah rumah di apartmen berkenaan.
Difahamkan, sebelum itu seorang lelaki berusia 36 tahun bertengkar dengan teman wanita warga China kerana berang kekasihnya itu membawa pulang mangsa ke rumah berkenaan.*

               *PROJEK lebuh raya laluan Kadok ke Ketereh sepanjang 6.85 kilometer (km) dijangkakan dapat digunakan sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini. Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, projek pakej 2A itu dijadualkan siap lebih awal dan kini kerja akhir sedang rancak dijalankan.*

               *POLIS merampas dua penyangkut baju dan pakaian dipakai suspek lelaki dalam siasatan semula di rumah suspek di Kuarters Hospital Langkawi, hari ini. Dua bahan bukti itu dirampas polis dalam rumah terbabit selepas ditunjukkan suspek berusia 37 tahun itu, 3 petang ini.*

               *SEBUAH bengkal mengecat kenderaan Jalan Terusan, Jelutong terbakar menyebabkan 13 kereta milik pelanggan turut musnah semalam. Dalam kejadian 2.30 pagi itu, bengkel kelas B berkeluasan 2,000 meter persegi itu terbakar 40 peratus memusnahkan 13 kereta termasuk lima yang 20 peratus terbakar.*

               *PASUKAN Polis Marin (PPM) memerlukan lima lagi bot ronda Fast Assault Craft (FAC) kelas PC bagi memantapkan serta memenuhi keperluan penugasan yang semakin mencabar di kawasan perairan luas. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, buat masa ini PPM sudah mempunyai enam bot ronda termasuk dua yang baru diterima hari ini.*

               *MENCARI wang mudah dengan menjaga parkir secara haram, sekumpulan lelaki yang sebahagian besar daripadanya penagih dadah mampu mendapat pendapatan RM350 sehari. Bagaimanapun, kegiatan ulat parkir yang menjamin pendapatan lumayan tanpa mengeluarkan modal di sekitar Changkat, Pudu Sentral dan berhampiran pusat hiburan dekat Jalan Tun Razak, semalam, terbantut apabila diserbu pasukan dari Unit Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Ahmad Mahmod.*

               *SEMPENA Hari Wanita Antarabangsa hari ini, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengambil inisiatif mewujudkan kaunter perkhidmatan khusus bagi wanita di kedua-dua agensi itu. Pengarah HTF Dr Othman Warijo berkata, kaunter perkhidmatan wanita itu memulakan operasinya hari ini sehingga 18 Mac depan.*

               *SEBANYAK 27 sekolah di kawasan Dengkil akan menerima bantuan pendidikan yang disalurkan melalui Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan berkenaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah berkata, bantuan itu antara program khidmat masyarakat (CSR) pihaknya dalam membantu meningkatkan lagi aspek pendidikan di kawasan berkenaan.*

               *LIMA remaja perempuan yang melarikan diri dari sebuah rumah kebajikan di Hulu Langat, sejak Ahad lalu belum ditemui. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya juga kini dalam usaha mengesan semua remaja berkenaan.*

               *HIGHLAND Towers yang terbiar sejak 26 tahun lalu dijangka dirobohkan selewat-lewatnya Jun ini bagi memberi laluan kepada pembangunan semula kawasan berkenaan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, Jawatankuasa Pembangunan Semula Highland Towers sedang meneliti pihak yang mempunyai kuasa merobohkan bangunan berkenaan.*

               *OPERASI pemadaman kebakaran Hutan Simpan Gunung Korbu antara Pos Legap dan Pos Kuala Mu di Sungai Siput sejak Selasa lalu membabitkan 30 peratus kawasan hutan simpan itu selesai hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, operasi pemadaman menggunakan jalan darat sejak semalam berjaya diselesaikan hari ini dan pemantauan melalui dron mendapati sudah tiada kesan tompokan asap.*

               *LARI bertempiaran meninggalkan gerai dan barang perniagaan. Malah, ada yang sanggup menggadaikan nyawa apabila didapati berlari melintas jalan secara melulu tanpa menghiraukan keadaan lalu lintas yang sesak. Tindakan nekad itu dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi meloloskan diri apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melakukan serbuan di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur dan Pasar Borong Meru, Klang, semalam.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *BEIJING: Seorang warga emas tidak menyangka bunyi gendang dalam telinganya ketika tidur rupanya labah-labah kecil yang masuk ke situ malah sempat membuat sawang di dalamnya, lapor media.*
           *The Mirror melaporkan, pakar telinga, hidung dan tekak Cui Shulin mengongsikan rakaman menunjukkan labah-labah sebesar kacang.*
          *Lelaki berusia 60-an itu mendapat rawatan doktor selepas rasa terlalu tidak selesa dengan bunyi gendang di dalam telinganya ketika mahu tidur dan mengesyaki ada serangga dalam telinganya.*

           *New Delhi: Seorang balu tergamak berkomplot dengan kekasih gelap untuk membunuh anak lelakinya selepas hubungan mereka tidak direstui mangsa dalam kejadian di Jhajjar, baru-baru ini.*
           *Hindustan Times melaporkan suspek Meena Devi, 44, dan kekasihnya, Pradeep, 23, dengan bantuan dua lelaki menembak Parmod ketika berada dalam rumah pada 19 Februari lalu.*
          *Polis berkata mangsa yang berusia 23 tahun berkenalan dengan Pradeep ketika bekerja sebagai bouncer di Gurugram dan sejak itu, lelaki terbabit kerap mengunjungi rumahnya di kampung Chamanpura.*

          *ANKARA: Kerana mahu menghapuskan kutu di kepalanya, seorang remaja perempuan disambar api selepas melumur rambutnya dengan minyak tanah dalam satu kejadian di Erzincan di wilayah timur Turki.*
          *Mirror Online melaporkan, Gozde K, 16, mencurahkan minyak tanah pada rambutnya untuk mengatasi masalah menjengkelkan itu selepas dinasihati seorang rakan.*
            *Bagaimanapun, dia tersentuh pemanas gasolin ketika berada di bilik mandi menyebabkan api menyambar lalu membakar dirinya seterusnya mengakibatkan lecuran serius di seluruh tubuh.*

           *WASHINGTON: Amerika Syarikat masih bersikap positif dengan Korea Utara apabila percaya program penghapusan nuklear akan dicapai menjelang saat akhir penggal pertama Presiden Donald Trump pada 2021, kata seorang pegawai kanan semalam.*
           *AFP melaporkan, Washington percaya ia boleh dicapai biarpun sidang kemuncak di Hanoi, Vietnam dengan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un baru-baru ini gagal mencapai sebarang persetujuan.*

           *BANDUNG: Dua orang maut manakala enam lagi dilaporkan hilang dalam banjir kilat yang melanda Bandung dan beberapa kawasan di Indonesia sekali gus menyebabkan ratusan penduduk terpaksa dipindahkan.*
          *AFP melaporkan, kejadian berlaku beberapa hari negara itu dilanda hujan lebat hingga menyebabkan air sungai Citarum yang digelar sebagai sungai paling kotor, melimpah.*
          *Menurut agensi bencana, dua mangsa yang maut itu dilaporkan tinggal di pulau Flores, wilayah Timur Nusa Tenggara.*

          *TUXLA GUTIERREZ: Sekurang-kurangnya 25 pendatang dari Amerika Tengah maut manakala 29 lagi cedera selepas trak tiga tan yang dinaiki terbalik di lebuh raya di selatan Mexico, lewat malam semalam.*
             *AFP yang memetik pejabat peguam negara berkata, kejadian itu berlaku di negeri Chiapas berhampiran sempadan Guatemala.*
          *Setiaptahun, ribuan pendatang terutama dari Honduras, El Salvador dan Guatemala terpaksa membahayakan nyawa untuk masuk ke Amerika Syarikat.

          *TAIPEI: Seorang penuntut universiti dilaporkan pekak sebelah telinga selepas tertidur sambil memakai fon telinga ketika mendengar muzik, dalam kejadian di Taiwan baru-baru ini.*
            *Daily Mail melaporkan, dia mengalami masalah itu selepas salah satu fon telinga masih berada di telinganya hingga pagi, kata doktor.*
          *Bagaimanapun, penuntut tahun kedua itu bernasib baik kerana dapat mengelakkan daripada mengalami cacat kekal selepas lima hari menerima rawatan di Asia University Hospital di bandar Taichung, Taiwan.*

           *JAKARTA: Tiga askar Indonesia terbunuh selepas diserang kumpulan pemberontak dalam pertempuran di wilayah bergolak Papua, kata tentera semalam.*
            *Kejadian berlaku ketika mangsa yang menyertai sepasukan 25 anggota tentera diserang hendap oleh kira-kira 70 ‘penjenayah bersenjata’, lapor Reuters yang memetik kenyataan tentera.*
            *”Pasukan itu bertempur hingga kumpulan penjenayah itu masuk semula ke kawasan hutan. Tiga orang anggota mati dalam pertempuran itu.*

          *Bangkok: Ketulan berwarna kuning yang rasanya seperti lilin yang ditemui ketika bersiar-siar di pantai Koh Samui, Thailand, membawa tuah kepada seorang pelayan bar kerana ia adalah muntah paus yang dianggar bernilai AS$500,000 dolar (RM2 juta).*
           *Boonyos Tala-upara, 44, menemui ketulan seberat 9.98 kilogram pada Jun tahun lalu, dan meletakkan di halaman belakang rumahnya lalu terlupa.*
           *Menurut laporan Daily Mail yang memetik media tempatan, seorang rakan mengunjunginya bulan lalu, dan memberitahunya ketulan itu berkemungkinan muntah paus yang bernilai tinggi digunakan membuat minyak wangi.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *TINDAKAN sekumpulan lelaki membunuh seekor buaya yang terperangkap di dalam jaring di pantai Batu Satu, Kuala Baram, dikesali Persatuan Pencinta Alam Miri.*
          *Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, buaya sepanjang tiga meter itu dipukul dengan kejam dan video yang dirakam salah seorang daripada kumpulan lelaki itu tular di media sosial.*
         *Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Miri, Musa Musbah berkata, walaupun reptilia itu tidak lagi dilindungi, namun ia harus diberi peluang untuk hidup dan dilepaskan ke habitatnya.*

          ♀ *POLIS menafikan ada anggotanya hilang di Gunung Lambak, Kluang seperti yang tular di Facebook (FB) sejak semalam.*
           *Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, tular mengenai anggota polis hilang itu berlaku pada 2016 dan bukan seperti yang dilaporkan akuan FB berkenaan.*
           *Menurutnya, cerita mengenai wanita yang dikatakan sebagai puteri bunian juga tidak benar kerana hasil maklumat orang ramai bahawa gambar itu adalah sesi penggambaran pengantin di kawasan berdekatan Gunung Lambak.*

            *PENDUDUK berhampiran Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu gempar dengan kemunculan ‘Transformers’ selepas video mengenainya tular di media sosial sejak petang semalam.*
           *Bagaimanapun, gambar objek seperti robot gergasi itu sebenarnya adalah sisa longgokan sampah yang terbakar di tapak kitar semula di kawasan berdekatan.*
          *Pemangku Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran di tapak kitar semula itu pada 3.25 petang.*

           *DUA lelaki sedang dikesan polis bagi membantu siasatan berkaitan kejadian curi dalam rumah selepas bertindak menyamar sebagai penyembur racun serangga dalam kejadian di Yan, pada Rabu lalu.*
         *Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berkaitan kejadian itu.*
           *Kejadian itu yang turut tular di media sosial dan mendakwa mangsa iaitu seorang wanita warga emas Salmah Othman, 64, yang berada di rumahnya di Jalan Yan didatangi dua lelaki pada 2 petang Rabu lalu.*

            *KANAK-KANAK perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan ‘hilang’ dari taska di Felda Bukit Goh, Kuantan, hari ini dijumpai selamat.*
            *Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, siasatan polis mendapati ia adalah satu salah faham sebelum insiden itu ditularkan.*
            *Katanya, siasatan pihaknya mendapati kanak-kanak itu diambil seorang wanita yang juga ibu kepada rakan taskanya pada jam 12.30 tengah hari ini.*

            *PEROKOK tegar yang mahu berhenti merokok digalakkan menyertai program bimbingan berhenti merokok menerusi `mQuit’ yang disediakan secara percuma Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).*
             *Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, sebanyak 46 hospital kerajaan dan 731 klinik kesihatan di seluruh negara menyediakan kemudahan itu bagi membantu perokok menerusi program yang dilancarkan sejak 2012.*
            *Menurutnya, berdasarkan pendaftaran peserta menerusi program berkenaan, seramai 27,567 perokok sudah berdaftar dari 2015 hingga 2017 dan daripada jumlah itu didapati 8,092 orang berjaya berhenti merokok dalam tempoh tiga tahun.*

           *SIAPA sangka buah nangka yang selama ini hanya dimakan begitu saja juga boleh dihasilkan sebagai bahan menghasilkan daging burger yang enak dan berkhasiat.*
            *Ia berjaya dihasilkan menerusi penyelidikan selama enam tahun dilakukan penyelidik kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Dr Ibrahim Abu Bakar.*
            *Ibrahim berkata, usaha menghasilkan produk makanan segera berasaskan nangka pertama di negara ini bermula 2013 hasil sokongan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang yang mahu lebih banyak produk dihasilkan menggunakan buah tempatan.*

          *KEJAYAAN penganjuran sulung Festival Layang-Layang Kabong pada tahun lalu berjaya menarik perhatian beberapa negara untuk sekali lagi berkampung di Pantai Tanjung Kembang di Kabong bagi menjayakan edisi kedua temasya berkenaan yang bermula hari ini.*
         *Jurucakap penganjur, Kamaludin Alkap berkata, festival kali ini yang berjaya menarik peserta dari 30 negara itu berlangsung selama empat hari sehingga Isnin ini.*
          *Menurutnya, pesta itu dijangka menarik lebih ramai pengunjung berikutan pengisian program yang lebih menarik selain tarikan beraneka jenis layang-layang unik yang bakal diterbangkan oleh peserta.*
                 

*ARENA*
========


         ♂ *JOSE Mourinho yang ‘dikhabarkan’ akan kembali ke Real Madrid sempat meluangkan masa bermain bolasepak bersama anaknya, Jose Jr.*
         *Mereka berdua membentuk pasukan 5-sebelah ketika menjayakan program baru Mourinho dalam Russia Today dikenali sebagai ‘On The Touchline'.*
           *Mourinho Jr berada dalam akademi Fulham selama tiga tahun antara 2014-17 sebagai penjaga gol.*
            *Mourinho yang juga bekas bos Manchester United mengakui anaknya lebih bagus bermain bola berbanding dirinya.*

          ♂ *MANUSIA gergasi mendapat gelaran ‘Hulk Iran’ berpeluang mencapai impian bertarung dalam gelanggang segi lapan (Octagon) MMA apabila atlet bina badan dari Brazil menyahut cabarannya.*
           *Nama Sajad Gharibi menjadi tumpuan media sosial disebabkan susuk fizikal seperti si gagah perkasa Incredible Hulk dalam filem adiwira Amerika Syarikat berdasarkan komik fiksyen Marvel.*
            *Pencabarnya dari Amerika Selatan itu, Romario dos Santos Alves juga dikenali sebagai ‘Hulk Brazil' mencabar Sajad untuk bertarung di gelanggang MMA dalam pertarungan Battle of the Giants.*

           *PELUANG Selangor mengekalkan tiga Piala Sultan Selangor tampak cerah apabila penganjuran edisi ke-18 kejohanan itu, tahun ini menyaksikan Stadium Shah Alam sekali lagi menjadi tuan rumah pada 24 Ogos ini.*
          *Tahun lalu, skuad Pilihan Selangor menjulang trofi berprestij itu selepas kali terakhir memenanginya pada 2014 daripada Pilihan Singapura yan menjuarainya tujuh kali berturut-turut.*

          *PERLAWANAN persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ Harimau Malaya bertemu Nepal yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mac depan di Stadium Nasional, Bukit Jalil terpaksa ditunda pada tarikh lain.*
           *Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menerusi kenyataan kepada media memaklumkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang hanya membenarkan dua perlawanan berstatus "A" pada jendela perlawanan antarabangsa.*

           *BEREGU campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai terus melakukan kejutan apabila mara ke separuh akhir Seluruh England selepas mengatasi pilihan kedua kejohanan, Wang Yilhu-Huang Dongping.*
            *Soon Huat-Shevon yang tidak diletakkan sebagai pasangan pilihan bagaimanapun terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan lawan mereka dari China itu 13-21, 22-20, 21-18.*

          *PENGENDALI Sabah, Jelius Ating mahu anak didiknya mengekalkan momentum seterusnya cuba mencuri tiga mata daripada Negeri Sembilan dalam saingan Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, malam esok.*
          *Bekas pemain berusia 48 tahun itu berkata, momentum skuad Tambadau kini di tahap terbaik dan pemain juga terus menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2019 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*ISNN 11 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 4 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0556*
*SUBUH : 0606*
*SYURUK : 0719*
*ZOHOR : 1326*
*ASAR : 1637*
*MAGHRIB : 1927*
*ISYAK : 2036*


*artikel disiarkan pada tarikh 9&10mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *SEMUA vaksin yang digunakan di negara ini adalah berstatus halal dan sudah menjalani proses kaji selidik terperinci oleh pakar perubatan. Status halal itu disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala kaji selidiknya pula dijalankan pakar perubatan yang layak. Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, setiap vaksin yang digunakan sudah dibuktikan melalui proses kaji selidik secara terperinci yang oleh pakar perubatan yang layak.*

                *SEORANG lelaki warga Myanmar meninggal dunia manakala tiga lagi rakannya cedera selepas disambar petir dalam satu perlawanan bola sepak di padang di Setia Alam, Shah Alam, hari ini. Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Rohimullah, berusia 30 tahun dan mangsa yang koma adalah Abdul Rahman Abul Hussin, 30. "Dua lagi rakan mangsa iaitu Kamaluddin Abu Tahir, 30 dan Hussein Ahmad Asod Ali, 20 masih belum dikenal pasti kecederaan mereka.*

                *MESYUARAT Biro Politik PKR telah memutuskan calonnya yang layak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau 13 April ini. Menurut sumber yang memberi bayangan ia adalah calon India, nama calon berkenaan diputuskan pada mesyuarat Rabu lalu yang dipengerusikan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.*

                *BEBERAPA lokasi di sekitar daerah ini terjejas akibat pokok tumbang berikutan hujan lebat dan ribut melanda, petang ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Penyelamat dan Bomba (JBPM) Selangor Norizham Mohd Nudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.27 petang daripada orang awam yang memaklumkan kejadian berkenaan.*

                *TIGA wanita warga asing yang sedang leka melayan pelanggan di pusat hiburan di Sunny Garden, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, ditahan sepasukan polis, hari ini. Dalam serbuan 3 pagi itu, polis dari Cawangan Anti Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu turut menahan pengurus, penjaga dan deejay pusat hiburan berkenaan.*

                *PEREBUTAN kawasan pengedaran dadah dipercayai menjadi punca tiga lelaki parah selepas diserang tujuh orang bersenjatakan parang dalam kejadian di ladang kelapa sawit di Jalan Permas Utara, Bandar Baru Permas Jaya di Johor Bahru, petang semalam.*

               *SELEPAS 30 jam dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Ulu Masjid, Kabong, seorang lelaki yang didakwa sering berhalusinasi dan bercakap sendiri ditemui selamat petang semalam. Onn Yasar Mohamad Jawarie, 25, ditemui oleh bapanya di Perairan Saribas pada 3.10 petang selepas dilaporkan keluar seorang diri ke laut pada 9 pagi, Jumaat lalu.*

                *ENAM belas orang ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh membawa kepada hukuman mati mandatori dalam Ops Sarang di Langkawi, hari ini. Mereka itu antara 51 individu termasuk tiga wanita berusia 23 hingga 56 tahun ditahan polis atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam operasi terbabit.*

               *PENDUDUK Kampung Bukit Pulai, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, mendakwa Sungai Kim Kim yang berada di kawasan kampung itu masih tercemar dan mengeluarkan bau busuk. Jarak sungai itu hanya kira-kira 500 meter hingga satu kilometer (km) dari lokasi pembuangan sisa bahan kimia di bawah jambatan yang menghubungkan Taman Pasir Putih dan Taman Kota Masai.*

                *KECEWA teman lelakinya curang, penuntut wanita kolej perubatan warga Sweden terjun dari tingkat empat kondominium, di Georgetown, malam tadi. Dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa berusia 22 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, siastan awal mendapati wanita terbabit sebelum itu dilihat beberapa penduduk sedang menari dalam keadaan bogel berhampiran tingkap dalam bilik rumahnya.*

                *Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kulim, semalam. Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, suspek berusia 28 tahun dan berasal dari Selangor itu ditahan selepas pemeriksaan fizikal terhadapnya menemui tatu dipercayai lambang sebuah kumpulan kongsi gelap.*

                *LEBIH dua jam masa diambil pihak bomba untuk memadam sepenuhnya kebakaran lalang di Venice Intan 5, Seri Manjung di tepi Jalan Seri Manjung-Lumut, hari ini. Kebakaran pada 5.15 petang itu menyebabkan kawasan seluas empat hektar terjejas.*

               *REMAJA lelaki nyaris maut apabila sedang tidur ketika berlaku kebakaran di rumah di Kampung Serting Ulu, di Jempol, semalam. Pada kejadian 11.55 pagi, mangsa, Insanul Abdi Hussin, 17 dapat menyelamatkan diri sebaik jiran bergegas ke kediaman memaklumkan kejadian.*

               *PEJABAT Konsul Malaysia di Songkhla, Thailand, merekodkan peningkatan permohonan rakyat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan pernikahan di selatan Thailand sejak 2011. Konsul Jeneralnya, Mohd Afandi Abu Bakar berkata, sebanyak 4,653 permohonan surat pengesahan pernikahan diterima tahun lalu berbanding 4,375 pada 2017.*

               *SEMBILAN individu termasuk guru agama warga tempatan disyaki terbabit dengan kegiatan kumpulan pengganas, ditahan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Selain warga tempatan berkenaan, turut ditahan ialah enam warga Mesir dan seorang warga Tunisia.*

               *BEKAS Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini, selepas mengaku salah menerima rasuah RM30,000 pada 2017. Hakim Kamarudin Kamsun, turut memerintahkan Ismail Busrah, 39, menjalani hukuman penjara 14 bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda berkenaan.*

               *Seorang remaja lelaki bukan sahaja menunjukkan aksi berbahaya dengan membuat ‘wheelie’, malah turut melarikan diri melawan arus selepas menyedari ada sekatan jalan raya Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, malam tadi. Lelaki 19 tahun itu, melarikan diri menghala ke Jalan Pahang seterusnya ke Lebuhraya Damansara-Ulu Kelang (DUKE) sebelum berjaya ditahan selepas lebih 10 kilometer dikejar anggota polis.*

               *DUA warga Singapura antara pengunjung yang ditahan selepas didapati memiliki dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Kompleks Sun, Bukit Bintang, Kuala Lumpur awal pagi ini. Serbuan pada 2.45 pagi itu dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang membongkarkan kegiatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pengunjung pusat hiburan terbabit.*

               *REMAJA perempuan hilang selepas keluar membeli burger dari rumahnya di Jalan Dato Dagang, Kampung Paroi, di Seremban pada 26 Februari lalu. Ibunya, Ruhani Mohamad, 45 berkata, dia bimbang memikirkan keadaan anaknya yang kini dua minggu tidak pulang ke rumah. Katanya, pada kejadian 12.15 tengah malam, anaknya, Nurul Ayu Wati Abdullah, 19 memberitahu mahu membeli burger di sekitar kampung, namun tidak pulang selepas itu.*

               *KEHIDUPAN tiga beranak yang terpaksa menjadikan kandang kambing sebagai tempat tinggal sejak setahun lalu berakhir apabila mereka berpindah ke rumah baharu, petang semalam. Ruslida Kamarazaman, 39, bersama dua anaknya berusia dua dan tujuh tahun berpindah ke rumah yang dibina Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK di Kampung Chegar Bongar, Gua Musang.*

               *LEBIH 300 penduduk Orang Asli di Kampung Sentok, Pos Hendrop, dekat Gua Musang, mendakwa sudah dua bulan tidak dapat menoreh getah kerana musim kemarau. Mereka bimbang jika keadaan itu berlarutan, boleh menjejas kehidupan harian, kerana pendapatan mereka bergantung sepenuhnya kepada hasil getah.*

               *PASUKAN Polis Marin (PPM) mematahkan cubaan menyeludup masuk 2,000 bungkus rokok melalui Op Pensura Khas di kawasan perairan Tongkaloh, Semporna, pagi semalam. Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, ia susulan maklumat Unit Risikan Marin (URM) mengenai kegiatan penyeludupan di perairan itu.*

               *KERAJAAN akan menyarankan supaya permohonan perkahwinan bawah umur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah berbanding di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, ini kerana Hakim Mahkamah Tinggi lebih berpengalaman dan terlatih, selain bagi memastikan prosedur lebih ketat benar-benar dilaksanakan.*

               *BOMBA memerlukan hampir 10 jam untuk menyelamatkan wanita yang mengalami kekejangan otot ketika mendaki Gunung Datuk, di Rembau, hari ini. Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, misi menyelamat dilakukan pihaknya sebaik mereka menerima panggilan kecemasan pada 9.23 malam tadi.*

               *SEMBILAN lelaki yang leka mencuri balak dianggarkan bernilai hampir RM200,000 di kawasan Hutan Simpan Koh Moi dekat Sintok, ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) semalam. Timbalan Pengarah (Operasi) JPNK, Abd Ramli Izauyahhudin Ramli berkata, lelaki berusia antara 31 dan 58 tahun ditahan dalam Operasi Sempadan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Batalion ke-5 Rejimen Sempadan (5RS) selepas hasil risikan selama seminggu.*

               *KAWASAN penempatan atas air di Kampung Air, Batu Sapi, dekat Sandakan, dipenuhi minyak sawit mentah susulan tumpahan minyak dari kilang, semalam. Kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari apabila sekurang-kurangnya 2.5 tan metrik minyak sawit mentah tumpah ketika proses pemindahan dilakukan di kilang berhampiran.*

               *AKTIVITI Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang dijalankan masyarakat setempat di Sungai Buloh, mampu mengurangkan kadar jenayah. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, indeks jenayah pada tahun 2017 dan 2018 yang lalu menunjukkan penurunan yang ketara.*

               *SEORANG wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas tuduhan mendatangkan kecederaan ke atas anak tiri perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sindrom, Julai lalu. Zaileen Zailan, 61, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Rashidah Baharom selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.*

               *MAYAT lelaki tanpa pakaian ditemui terapung di Sungai Kerian, berhampiran jambatan sempadan Kedah-Perak di Selama di Bandar Baharu, hari ini. Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Barudin Wariso berkata, mayat lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu ditemui dalam keadaan tertiarap sekitar 3.30 petang oleh penduduk kampung yang kebetulan berada berhampiran jambatan itu.*

               *KEJADIAN pokok tumbang berlaku di Putrajaya susulan hujan lebat dan ribut dalam tempoh kira-kira 30 minit petang tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya Che Shaari Abdullah berkata, antara kawasan terbabit ialah Presint 9 dan Presint 11 yang mengakibatkan sebuah rumah serta kereta penduduk dihempap pokok.*

               *POLIS memburu dua tahanan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Jalan Sengkang, Bukit Gambir, Tangkak, yang melarikan diri, pagi hari ini. Kedua-dua lelaki berusia 36 tahun terbabit dipercayai memanjat pagar belakang pusat berkenaan sebelum melarikan diri, kira-kira 7.10 pagi.*

               *RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, akan diteliti bagi mengesan individu yang membuang sisa kimia di sungai itu, kelmarin. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Datuk Dr Muhammad Ezani Mat Salleh berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis untuk melihat semula semua rakaman CCTV di kawasan berkenaan bagi mengesan setiap lori yang melalui kawasan itu.*

               *SEORANG lelaki maut selepas lori simen dipandunya terbalik Setar di persimpangan lampu isyarat di Seriab, Kangar, hari ini. Mangsa, Alias Ramli, 50, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada anggota badan selepas tersepit di tempat duduk pemandu.*

               *PENCEMARAN air Sungai Chohong, Jasin dipercayai akibat pencemaran dari kilang pengeluaran ayam dan sampah di Tangkak, Johor. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Melaka Datuk Tey Kok Kiew berkata, pihaknya sudah mengenal pasti punca pencemaran ini yang tidak bermula di Melaka sebaliknya dari Tangkak.*

               *HAMPIR tiga jam cemas di kapal layar yang hampir karam, dua pelayar warga asing akhirnya menarik nafas lega selepas diselamatkan Pasukan Maritim Malaysia Melaka/Negeri Sembilan (Maritim Malaysia) hari ini. Jurumudi warga Portugal, Terrance, 68, dan warga Mexico Alfredo, 50, diselamatkan Maritim Malaysia 5.30 pagi tadi di Pulau Undan, Melaka.*

               *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudah memfailkan pertuduhan terhadap empat pemilik akaun media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W, dengan seorang daripada mereka sudah dijatuhi hukuman penjara. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pertuduhan terhadap empat individu terbabit yang dibuat semalam kerana memuat naik komen berbentuk penghinaan adalah mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (KK); Seksyen 505(c) KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *PESAWAT Boeing 737 Ethiopian Airlines membawa 149 penumpang dan lapan anak kapal terhempas enam minit selepas berlepas dari Addis Ababa, Nairobi, hari ini.*
           *AFP melaporkan sehingga kini, pihak berkuasa belum mengumumkan jumlah kematian atau kecederaan dalam kejadian itu namun Perdana Menteri Ethiopia sudah mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.*
          *Menurut Reuters, pesawat itu terhempas dekat bandar Bishoftu, 62 kilometer dari Addis Ababa.*

          *LONDON: Seorang ibu dipenjara 11 tahun kerana memotong alat sulit anak perempuannya berusia tiga tahun dalam kes pertama seumpamanya di Britain.*
          *Dalam penghakimannya, Hakim Philippa Whipple menyelar perbuatan wanita berasal dari Uganda itu sebagai menjijikkan, terutama memandangkan ia dilakukan di dalam rumah yang sepatutnya menjadi tempat selamat untuk mangsa.*
              *"Sebagai ibunya, kamu mengkhianati kepercayaannya terhadap kamu yang sepatutnya menjadi pelindung. Kesan psikologi terhadap mangsa pasti berpanjangan.*

          *YANGON: Seramai sembilan anggota polis Myanmar terbunuh dipercayai diserang kumpulan pemberontak di negeri Rakhine barat negara itu, kata polis hari ini, sekali gus meningkatkan ketegangan di wilayah berkenaan.*
                *Serangan terbaru itu berlaku lewat semalam di kampung Yoetayoke yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Sittwe, ibu kota Rakhine.*
            *"Sembilan anggota polis maut, seorang cedera dan seorang lagi hilang,” kata seorang pegawai polis kanan yang enggan dikenali kepada AFP.*

           *CARACAS (Venezuela): Seramai 15 pesakit buah pinggang kronik di Venezuela meninggal dunia akibat tidak boleh mendapatkan rawatan dialisis ketika gangguan bekalan elektrik yang berlanjutan di negara itu, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan semalam.*
           *"Antara semalam dan hari ini terdapat 15 kematian akibat tidak mendapat dialisis,” kata pengarah kumpulan hak asasi kesihatan Codevida, Francisco Valencia.*
         *"Situasi mereka dengan masalah kegagalan buah pinggang sangat sukar dan kritikal. Kami bercakap mengenai95 peratus unit dialisis dan hari ini mungkin mencapai 100 peratus yang tidak berfungsi akibat tiada bekalan elektrik,” tambahnya.*

         *BOGOTA: Seramai 12 penumpang termasuk krew dilaporkan terbunuh dalam nahas sebuah pesawat terhempas di dataran Meta, Colombia, kata polis semalam.*
          *Agensi penerbangan tempatan dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa tiada mangsa terselamat dalam nahas itu yang berlaku selepas pesawat jenis DC-3 membuat panggilan kecemasan pada jam 10.40 pagi waktu tempatan.*
            *Tambahnya, mereka sedang berusaha untuk mengenalpasti dan mengira jumlah mangsa yang terbunuh.*

          *MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 14 orang maut manakala tujuh cedera selepas kumpulan samseng melepaskan tembakan di sebuah kelab malam di Mexico.*
           *Dalam kejadian sejurus selepas detik tengah malam tadi (waktu tempatan), sekumpulan lelaki bersenjata menaiki beberapa trak memasuki kelab ‘La Playa’ di Salamanca dan terus melepaskan tembakan terhadap pengunjung serta kakitangan, lapor Daily Mail.*
         *Orang ramai bertempiar melarikan diri manakala kumpulan bersenjata itu terus menghilangkan diri.*

         *TOKYO: Seorang wanita berusia 116 tahun yang masih gemar membuat matematik dan bermain mainan berpapan diiktiraf orang tertua dunia, kata Rekod Dunia Guinness, semalam.*
           *Kane Tanaka dilahirkan pada 2 Januari 1903, iaitu tahun sama pasangan beradik Wright melancarkan penerbangan pertama dunia.*
         *Pengiktirafan itu diraikan bersama Datuk Bandar Fukuoka, Soichiro Takashima dan ramai yang lain di rumah penjagaannya.*

           *MONTREAL: Lelaki Kanada yang dijatuhkan hukuman penjara 40 tahun dengan kemungkinan tanpa parol selepas membunuh enam jemaah masjid Quebec pada Januari 2017, memfailkan rayuan di mahkamah.*
            *Dalam rayuannya, peguam Alexandre Bissonnette berkata, Hakim Francois Hout menjatuhkan hukuman yang menyalahi undang-undang, tidak munasabah dan tidak dinyatakan dalam hukuman penjara 40 tahun itu sebelum layak untuk diberi parol, lapor Radio-Canada.*
            *Keputusan itu menghalang Bissonnette daripada memohon parol sebelum ulang tahun kelahirannya ke-67, yang dianggap terlalu ringan oleh presiden masjid itu, Boufeldja Benabdallah.*

           *WASHINGTON: Penduduk sebuah bandar di Vermont membuat pilihan pelik untuk mewakili mereka di kawasan itu apabila seekor kambing bernama Lincoln, dilantik sebagai Datuk Bandar.*
           *Kambing berusia tiga tahun itu dipilih oleh penduduk bandar Fair Haven yang dihuni kira-kira 2,500 orang selepas mengalahkan lebih 15 calon haiwan lain termasuk gerbil, anjing dan kucing dalam pemilihan diadakan pada Selasa lalu.*
            *Haiwan milik seorang guru matematik itu akan menyertai beberapa acara besar di bandar itu termasuk perarakan Hari Peringatan.*

          *WARSAW: Poland bakal membuka kolam renang paling dalam di dunia yang mempunyai kedalaman 45 meter di bandar Msxczonow, tahun ini.*
          *Kolam digelarkan sebagai DeepSpot itu memerlukan 8,000 meter kubik air untuk mengisinya dan jumlah itu bersamaan dengan memenuhi 27 kolam renang Olimpik.*
          *Channel News Asia melaporkan kolam itu akan terbuka untuk semua jenis peringkat perenang termasuk atlit dan penyelam profesional.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *POLIS sedang mengesan dua penjenayah berbaju Melayu dan bersenjatakan parang yang menyamun sebuah kedai serbaneka di Seksyen 17, Shah Alam, semalam.*
          *Kejadian itu menjadi tular di media sosial melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan yang berdurasi hampir seminit.*
            *Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam mengenai kes samun itu, kira-kira jam 2 petang.*

         *SUAMI isteri yang baharu melangsungkan perkahwinan sebulan lalu kecewa dengan tindakan beberapa anggota penguat kuasa agama terhadap mereka di Pantai Senok, Bachok, Jumaat lalu.*
          *Pasangan berkenaan, Nor Elissa Julia Norhisham, 22, dan suami, Tengku Haidiel Shah Tengku Shahudin, 24, didatangi lima lelaki ketika bersiar-siar bersama suami dan dua adik lelaki berusia 16 serta 17 tahun kira-kira jam 6.08 petang.*
           *Video rakaman berdurasi 21 saat yang dimuat naik Nor Elissa Julia pada jam 9.30 malam Jumaat lalu tular di Facebook dan mendapat lebih 4,000 tanda suka dan dikongsi lebih 6,500.*

         *HAIWAN pun ‘hairan’ dengan tindakan penyokong dan pendokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berhimpun secara haram dan berarak di ibu negara kerana ia bertentangan dengan fitrah insani apatah lagi syariat Islam.*
         *Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan, golongan songsang berkenaan berhimpun dan menjerit menuntut supaya kesongsangan hidup mereka diiktiraf berbanding haiwan yang sentiasa berada atas ketetapan ciptaan Tuhan.*
           *"Mereka bukan sahaja mendedahkan keaiban diri mereka bahkan mendedahkan betapa mereka itu 'cacat' mencacatkan fitrah.*

         *“RASA berdengung, lepas tu ‘blackout’ (pengsan)... tahu-tahu saja dah ada atas kereta,” kata ‘budak kerbau’ Mohd Syukur Khamis.*
           *Remaja berusia 14 tahun itu berkata demikian ketika menceritakan kemalangan yang dialaminya akibat terjatuh ketika bermain dengan melompat dari belakang seekor kerbau untuk ke kerbau lain, kira-kira jam 8 pagi semalam.*
           *Akibat insiden itu, Mohd Syukur terpaksa bermalam di wad biasa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini jam 11.30 malam bagi membolehkan doktor memantau keadaan kesihatannya.*

         *HUJAN lebat yang melanda Kuala Pilah sejak minggu lalu mengubah pemandangan di Taman Putra, Batu Kikir, di sini apabila pokok bunga Tecoma atau Sakura Malaysia mula berbunga dengan mekar.*
           Pegawai Daerah Kuala Pilah, Syahrul Nizam Saleh berkata, kira-kira 50 pokok itu mengindahkan panorama di sekitar Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir sejauh satu kilometer.*
           *”Saya menyifatkan berbunganya pokok ini sebagai rahmat hujan. Ia mulai berbunga sejak minggu lalu dan mengeluarkan bunga yang banyak pada semalam,” katanya.*

          *BEIJING: Sepasang suami isteri yang dihimpit kemiskinan membesarkan empat anak kembar seiras, berjaya mengubah nasib mereka dengan hanya menyiarkan perjalanan kehidupan setiap hari di Internet.*
             *South China Morning Post melaporkan, Zhao Jianhua, 33, dan isterinya yang tinggal di Xianyang, wilayah Shaanxi, China sebelum ini terpaksa bergantung harap dengan bantuan kerajaan sejak melahirkan kembar perempuan itu pada 2014.*
           *Bagaimanapun, pasangan itu bijak mengambil peluang menyiarkan aktiviti anak mereka setiap hari secara siaran langsung sejak setahun lalu hingga kanak-kanak terbabit menjadi selebriti media sosial dengan lebih dua juta pengikut di platform TikTok dan lebih sejuta pengikut di Kwai.*

          *Semarang (Indonesia): Kerana kecewa selepas kekasihnya berlaku curang, seorang lelaki bertindak menyewa papan iklan yang dipasang di satu persimpangan yang sibuk di bandar ini bagi memaklumkan dia memutuskan hubungannya dengan wanita itu.*
          *Merdeka.Com melaporkan, papan iklan itu turut memaparkan wajah kekasihnya dengan mesej “Risna Rahmatika. Kamu sudah kecewakan aku, kamu sudah selingkuhin (curangi) aku. Aku mahu putus".*
           *Beberapa video yang dirakam pengguna jalan raya menunjukkan wanita itu memarahi dan mengarahkan lelaki berkenaan segera menurunkan iklan itu.*
          *Video berkenaan segera tular di media sosial di Indonesia dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna.*
                 

*ARENA*
========


         *EPL RESULT: LIVERPOOL 4 BURNLEY 2, CHELSEA 1 WOLVERHAMPTON WONDERERS 1, ARSENAL 2 MANCHESTER UNITED 0*

         *BAYERN Munich memanaskan badan bagi perlawanan bertemu Liverpool dengan “hari yang sempurna” menewaskan Borussia Dortmund di persada Bundesliga buat pertama kali sejak September dengan kemenangan 6-0 mengatai Wolfsburg.*
        *Bayern, akan menanti kehadiran Liverpool awal pagi Khamis ini dalam perlawanan timbal balik kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara selepas seri tanpa jaringan di Anfield.*

         *JUARA dunia, Marc Marquez berkata penunggang akan berdepan “risiko tidak sepatutnya” dengan masa perlumbaan lebih lewat bagi saingan pembukaan MotoGP Qatar, sehari selepas berlakunya kemalangan pada sesi kelayakan, awal pagi ini.*
           *Rakan senegaranya, Maverick Vinales dari Sepanyol berada di petak utama bagi perlumbaan nanti sementara Andrea Dovizioso akan bermula di tempat kedua dan Marquez di petak ketiga.*
           *Antara mereka yang mengalami kemalangan pada pusingan kelayakan dan sesi latihan adalah Marquez dan rakan sepasukan Honda, Jorge Lorenzo yang mungkin tidak dapat meneruskan perlumbaan.*

         *JUARA tujuh kali Grand Slam, Venus Williams bangkit dari ketinggalan untuk mengalahkan pilihan ketiga, Petra Kvitova 4-6, 7-5, 6-4 untuk mara ke pusingan ketiga di Indian Wells.*
          *"Hari ini saya hanya berjuang dan mencuba sebaik mungkin,” kata Williams, yang ketika ini berada di ranking 36 dunia.*
         *"Secara jujur, dua kali ketinggalan adalah langkah yang tidak bijak untuk berdepan pemain yang mempunyai servis bagus, terutamanya pemain yang menggunakan tangan kiri untuk melakukan servis.*

          *BIARPUN letih selepas mengharungi Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Kashima Antlers di Jepun, Johor Darul Ta'zim (JDT) tetap fokus untuk menguasai takhta liga selepas membenam PKNP FC 3-0 pada aksi Liga Super, malam tadi.*
           *Kemenangan skuad Harimau Selatan itu melegakan pengurus pasukan Luciano Figueroa yang berpendapat komitmen tinggi setiap pemain membolehkan mereka menang, walaupun selepas menempuh perjalanan jauh beberapa hari lalu.*

          *PENGURUS Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang mahu aksi konsisten dapat dikekalkan skuad itu sebaik saingan Liga Super bersambung pada 31 Mac depan.*
           *Justeru, beliau berkata, tempoh rehat kira-kira tiga minggu diharap tidak menjejaskan momentum untuk memastikan skuad Tok Gajah kekal berada di kedudukan terbaik liga.*

        ♂ *PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Adly Zahari nyata terkejut dengan keputusan aksi Liga Super, malam tadi yang menyaksikan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu tewas 0-3 ke atas Terengganu FC (TFC).*
           *Seolah-olah tidak boleh terima kenyataan, Adly yang juga Ketua Menteri Melaka tidak mampu menyembunyikan kekecewaannya apabila Melaka United (MU) yang dibarisi beberapa pemain profesional itu tidak mampu menambah mata pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SELSA 12 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 5 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0555*
*SUBUH : 0605*
*SYURUK : 0719*
*ZOHOR : 1326*
*ASAR : 1636*
*MAGHRIB : 1927*
*ISYAK : 2036*


*artikel disiarkan pada tarikh 11mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *KEPUTUSAN Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 menunjukkan peningkatan dengan catatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional meningkat kepada 2.80 berbanding 2.76 pada 2017. Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, pencapaian itu menunjukkan peningkatan PNGK nasional yang memberangsangkan dalam semua kriteria pengukuran pencapaian berbanding STPM 2017.*

               *KERJA vandalisme bermotifkan politik. Itu yang berlaku apabila bahagian luar tembok Kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur diconteng menggunakan cat oleh empat lelaki yang memakai penutup muka, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, tembok berkenaan diconteng menggunakan tulisan Korea bermaksud 'Bebaskan Korea'.*

               *SEPERTI yang dijangkakan, Dr S Streram sekali lagi diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau 13 April ini. Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan nama calon itu berkata, pihaknya tidak terkesan dengan tekanan yang mahukan calon Melayu bertanding di kerusi itu.*

               *"HARI ini sekali lagi saya menghantar anak ke hospital selepas melihat hidungnya mengeluarkan cecair berwarna kuning seakan nanah," kata Zizali Nordin Awang, 50, bapa kepada seorang pesakit yang dirawat di Hospital Sultan Ismail akibat terhidu gas kimia metana pada Khamis lalu. Pekerja swasta itu berkata, dia terkejut dengan simptom terbaharu membabitkan anak perempuannya, Nor Asma Syazwani, 17, selepas dirawat di wad hospital itu empat hari lalu.*

               *SUDAHLAH menagih malah suami isteri bersama adik lelaki tergamak menghisap bahan terlarang itu di hadapan lima anak di rumah mereka di Kampung Felda Mata Ayer, Padang Besar semalam. Bagaimanapun perbuatan mereka itu mengundang padah apabila ditahan penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam Op Khas AADK Negeri menyebabkan anaknya yang berusia tiga hingga 11 tahun tidak dapat menahan sebak dan mengalir air mata melihat ibu bapa dan bapa saudara ditahan.*

               *SEBANYAK 14 keluarga di Kampung Tengah dan Kampung Melayu, pekan Layang-Layang, Kluang, Johor, hanya mampu melihat sebahagian bumbung rumah mereka diterbangkan ribut dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, semalam.*

               *WANITA yang juga suspek kes buang bayi lelaki dalam mangkuk tandas sebelum diselamatkan pengawal keselamatan di Hospital Selayang, di sini, semalam, dimasukkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, wanita berusia 20 tahun itu masih belum direman kerana sedang menerima rawatan di hospital terbabit.*

               *BAGAIKAN satu rahmat dan rezeki yang tidak dijangka buat penduduk Kampung Sungai Karang, Kuantan apabila lambakan pelbagai spesies ikan terutama ikan gelama membanjiri kawasan pesisir pantai kampung itu semalam. Penduduk Abdul Hadi Muhammad, 58, berkata, lambakan pelbagai spesies ikan itu disedari mereka 7 pagi sebelum ada yang menangkap ikan itu menggunakan pukat.*

               *KEGEMBIRAAN 13 pendaki menawan puncak Gunung Berlumut berakhir penuh debaran apabila salah seorang daripada mereka cedera hingga memaksa sebahagian besar pendaki tidur satu malam di dalam hutan sebelum diselamatkan pasukan penyelamat pada jam 9.10 pagi tadi.*

               *SYARIKAT atau individu yang menjalankan perniagaan secara haram juga perlu membuat laporan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengelakkan dikenakan tindakan. Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Sabin Samitah berkata, mereka boleh berbuat demikian menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) yang dilancarkan bermula November tahun lalu hingga Jun ini.*

               *POLIS Negeri Sembilan merampas 5.95 kilogram heroin susulan penahanan lelaki di kawasan perniagaan Seremban Gateway, Seremban Khamis lalu. Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, dadah bernilai RM104,000 itu dipercayai diperoleh dari Johor dan mahu diedarkan ke Selangor.*

               *DUA pemilik kilang dan seorang pekerja ditahan disyaki terbabit dalam pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Khamis lalu. Semua lelaki berusia antara 40-an dan 50-an itu ditahan malam tadi dan tengah hari ini di dua kilang berasingan dekat Kulai dan Taman Pasir Putih.*

               *TERTUDUH pertama warga Indonesia, Siti Aisyah, yang dituduh membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, dijangka dibawa pulang ke Indonesia, hari ini. Menteri Hukum dan Hak Asasi Indonesia, Yasona H Laoly berkata, pihaknya akan usahakan tiket penerbangan untuk memastikan Siti Aisyah dapat pulang segera ke kampung halamannya di Jakarta, Indonesia.*

                *“SAYA sangat gembira dan tidak menyangka hari ini adalah hari pembebasan saya,” kata Siti Aisyah yang dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam. Bercakap pada sidang media di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur hari ini, Siti Aisyah, 27, dalam nada gembira turut berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Indonesia.*

                *PEGUAM Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili tertuduh kedua warga Vietnam Doan Thi Huong berharap Jabatan Peguam Negara (AGC) serius dan mempertimbangkan representasi yang akan dikemukakan pihaknya bagi menggugurkan pertuduhan dihadapi Doan. Hisyam berkata, selain itu, pihaknya juga berharap AGC akan membuat keputusan terbaik berhubung pertuduhan bunuh yang dihadapi anak guamnya.*

               *PENGUSAHA taman asuhan kanak-kanak (TASKA) boleh menghalang kehadiran kanak-kanak asuhan atau mana-mana pihak yang menghidap penyakit berjangkit dalam tempoh tertentu mengikut arahan pegawai kesihatan. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak, Ruhaini Zawawi berkata, perkara itu termaktub di dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 mengikut Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 dalam memastikan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak asuhan.*

               *TAKTIK sindiket pinjaman wang yang menawarkan komisyen lima peratus kepada pekerja selain menerima gaji bulanan dikesan menjadi sebab kepada pembabitan segelintir individu menyertai sindiket itu. Difahamkan, mereka menerima gaji bulanan antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan selain disediakan penginapan yang membuatkan mereka sanggup bersekongkol untuk menipu orang ramai.*

               *HANYA kerana kesalahan kecil dilakukan, dua beradik sering didera bapa mereka hingga lebam mata dan retak rusuk kanan ketika berada di rumah mereka di Taman Tun Sardon, Georgetown. Tidak tahan didera, dua beradik itu melarikan diri dari rumah mereka awal Mac lalu dan hidup menumpang di rumah rakan dan juga tidur di astaka berhampiran sebuah pangsapuri di Bukit Gambir.*

               *SUBJEK baharu, Tahfiz al-Quran akan diperkenalkan untuk peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bermula tahun depan. Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, untuk itu, subjek berkenaan akan mula ditawarkan kepada pelajar pada Semester Satu, September ini.*

               *SEORANG daripada dua mangsa yang parah dirempuh kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Jalan Tempasuk 2, Kampung Tempasuk 2, Kota Belud, meninggal dunia malam ini. Maxryona Masdi, 7, murid TahunSatu Sekolah Kebangsaan (SK) Tempasuk 2 yang parah di kepala, meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Queen Elizabeth (QEH) pada 7 malam tadi.*

               *PEMANDU ditemui rentung selepas kereta dipandu terbabit dalam kemalangan dan terbakar di Jalan Besar Palong Lapan, Jempol pagi ini. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol Mohd Hazreen Mohd Zahar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 9.59 pagi.*

               *SYARIKAT perkhidmatan bekalan air Hatimuda Sdn Bhd, didenda RM180,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengendalikan perkhidmatan itu tanpa lesen, empat tahun lalu. Hakim Maimoonah Aid menjatuhkan hukuman terbabit ke atas Pengarah Teknikal Hatimuda Sdn Bhd, Mohd Sofi Ibrahim yang mewakili syarikat berkenaan.*

               *PENDUDUK daerah Sik, Kedah diingatkan supaya tidak terdedah terlalu lama dengan cuaca panas bagi mengelakkan strok haba kerana daerah itu mencatatkan suhu tertinggi sehingga mencecah 37.9 darjah selsius berbanding daerah lain. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacob berkata, ia berdasarkan sumber Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mana ia terlalu tinggi dan boleh mengundang bahaya berikutan cuaca panas melampau.*

               *AHLI perniagaan putus tangan kirinya selepas ditetak lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di Pasar Kabong, di Saratok, malam tadi. Mangsa, Bong Poh Leong, 25, dilaporkan berada dalam kedainya sebelum tiba-tiba diserang suspek berusia 24 tahun menggunakan parang panjang pada 10.30 malam.*

               *POLIS sudah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran ‘Women’s March’ di hadapan kompleks beli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Sabtu lalu kerana melakukan perhimpunan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya akan memanggil penganjur perarakan berkenaan bagi membantu siasatan.*

               *JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengarahkan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor dikosongkan semula 11.58 pagi tadi. Ia berikutan pengurusan kedua-dua sekolah membuat panggilan kecemasan kerana mendakwa terdapat murid dan pelajar sesak nafas disyaki terbau sesuatu tidak menyenangkan.*

               *LELAKI maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV di Kilometer 2, Jalan Bukit Mentok-Kampung Tempurung dekat Chukai, hari ini. Kemalangan pada 5.30 petang itu menyebabkan Muhammad Muzhafar Mohd Zaidi, 20, dari Kampung Binjai, Chukai, meninggal dunia pada 6.45 petang ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman.*

               *LELAKI mualaf, Mohamad Yazid Kong Abdullah dihukum penjara tujuh bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam dengan memuat naik kenyataan jelik di media sosial pada 24 Februari lalu.*

               *MURID maut manakala dua lagi parah dirempuh kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk dalam kejadian di Jalan Tempasuk 2, Kampung Tempasuk 2, Kota Belud, pagi tadi. Dalam kejadian jam 6.45 pagi tadi, mangsa Max Christty, 10, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tempasuk 2, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.*

               *BERMODALKAN ‘kereta sakit’ yang dibeli daripada pihak ketiga serendah RM2,000 sebuah, sindiket kereta sapu didalangi warga asing dikesan mengaut keuntungan sehingga RM20,000 sebulan sejak tiga tahun lalu. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, Razali Wagiman berkata, kegiatan itu terbongkar susulan operasi khas Unit Siasatan dan Risikan JPJ Johor di sekitar bandar Sungai Rengit, Johor Bahru jam 12.45 tengah hari semalam.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *NEW YORK (PBB): Sekurang-kurangnya 19 kakitangan agensi bersekutu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) disahkan antara mangsa yang terbunuh dalam tragedi pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas berhampiran Addis Ababa, semalam, kata agensi PBB.*
         *Terdahulu, semua 157 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 737 terbunuh selepas pesawat itu terhempas beberapa minit selepas berlepas dari Addis Ababa menuju ke Nairobi, iaitu lokasi persidangan anjuran PBB.*
         *”Maklumat awal yang diperoleh menunjukkan 19 anggota pertubuhan berkaitan PBB terkorban dalam nahas itu.*

           *BERANG bekas kekasih mencuri barang kemas miliknya, wanita berusia 64 tahun mengupah empat mafia dari Sicily untuk membunuh lelaki itu dan samseng terbabit menanamnya hidup-hidup dalam dinding sebuah vila di Senago, Monza.*
          *Menurut polis, mangsa adalah rakyat Albania dikenali sebagai Lamaj Astrid, 41, yang hilang pada 2013.*
           *Mayatnya hanya ditemui Januari lalu iaitu enam tahun selepas kejadian dan menurut polis, mayat itu ditemui ketika villa berkenaan diubah suai namun polis hanya mengumumkannya Jumaat lalu.*

           *MAPUTO: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh selepas hujan lebat mengakibatkan banjir besar di wilayah Mozambique, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini, ketika ahli meteorologi mengeluarkan amaran siklon.*
           *Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan melaporkan, enam orang maut di tengah Tete manakala empat lagi dihanyutkan di kawasan pantai Zambezia.*
          *Setakat ini, lebih 62,000 orang terjejas di kedua-dua wilayah itu serta di utara Niassa.*

           *NEW DELHI: Dua harimau bintang yang tergolek ke dalam sebuah perigi sedalam 15 meter di Bhatkalwadi, Maharashtra ketika bergaduh berjaya diselamatkan dari lemas, baru-baru ini.*
              *Harimau bintang jantan yang dianggarkan berusia tujuh atau lapan tahun itu dilihat bercakaran berhampiran sebuah ladang tebu kerana perebutan kawasan, pagi Jumaat lalu.*
           *Daily Mail melaporkan, penduduk kampung menghubungi Pusat Penyelamat Harimau Bintang Manikdoh di Junnar kerana bimbang haiwan itu akan lemas dalam air mencecah paras pinggang.*

           *Phoenix (Amerika Syarikat): Seorang wanita cedera dicakar jaguar selepas dia memanjat kandang di sebuah zoo di Arizona semata-mata untuk merakamkan gambar swafoto dengan haiwan ganas berkenaan.*
        *Saksi berkata, wanita itu memanjat pagar dan cuba mengambil gambar swafoto dengan haiwan berkenaan di Wildlife World Zoo berhampiran Phoenix pada Sabtu lalu.*
         *Bagaimanapun, seekor jaguar di dalam kandang itu melompat dan terus mencakar tangan wanita berkenaan.*

           *DUMAI: Kerana terpengaruh filem aksi, seorang lelaki mengancam membakar sebuah bank malah sempat menyimbah bahan bakar di dalam bangunan itu sebelum ditembak polis.*
        *Dalam kejadian itu, suspek dikenal pasti sebagai Margono, 44, dilaporkan masuk ke bank di Dumai, Riau, dengan membawa parang yang diacukan terhadap kakitangan dan pelanggan serta mengarahkan semua orang keluar dari situ, lapor riau87.com.*
           *Dia kemudian merosakkan peralatan dan barangan di bank berkenaan sebelum menyimbah petrol yang dibawa bersamanya.*

           *HONG KONG: Akibat ditoreh, perkhidmatan 10 minibas hijau di ibu kota Hong Kong tergendala selepas tayar hadapannya ditoreh dalam satu kejadian sabotaj, awal pagi tadi.*
          *Kejadian yang berlaku di terminal minibas Lai Kong Street di luar Highland Park, Kwai Chung itu disedari seorang pemandu ketika ingin memulakan kerja pada jam 5.45 pagi.*
             *Perkara itu menyebabkan gangguan perkhidmatan pada tiga laluan minibus - 46M, 90M dan 92M - dan terpaksa diubah ke stesen MTR Lai King dan Mei Foo.*

           *SRINAGAR: Polis India mendakwa seorang dalang serangan bunuh diri yang membunuh 44 anggota keselamatannya di Kashmir, bulan lalu, ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan kerajaan.*
            *Mudasir Ahmed Khan yang ditembak mati semalam, didakwa pihak berkuasa sebagai saah seorang komander kanan kumpulan bersenjata Jaish-e-Mohammad (JeM), yang melaksanakan serangan berdarah pada 14 Februari lalu itu.*

           *SACRAMENTO (Amerika Syarikat): Cubaan mahu ‘menghalau hantu’ di rumah jirannya menyebabkan seorang lelaki ditahan polis selepas menyiram kediaman jirannya dengan bahan api di Stockton, timur San Francisco, California.*
         *Daily Mail melaporkan, perbuatan Cuong Pham (gambar), 38, terbongkar selepas aksinya dirakam melalui video pengawasan menyebabkannya ditangkap kerana cubaan membunuh dan membakar rumah jirannya.*
        *Menurut polis, sekitar jam 5 pagi, Pham menyimbah pintu hadapan dan anjung rumah jirannya dengan diesel serta meninggalkan kain yang direndam dengan bahan bakar itu.*

           *SURIN (Thailand): Sebuah motosikal melambung dan tersangkut di atas talian elektrik setinggi 10 meter selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di daerah Kap Choeng, wilayah Surin, timur laut Thailand semalam.*
            *Bangkok Post melaporkan, motosikal itu sebenarnya dibawa di atas sebuah lori pikap jenis Isuzu sebelum kenderaan itu terbabas ketika mengelak sebuah lagi motosikal yang melawan arus.*
         *Lori pikap dilaporkan terbalik dan menyebabkan motosikal jenis Honda di atasnya melambung ke udara dan tersangkut di talian elektrik setinggi 10 meter itu.*

           *GRESIK (Indonesia): “Saya tidak menyesal, malah lega kerana tiada siapa lagi yang mahu membebel dengan saya,” kata seorang lelaki yang ditangkap kerana menyembelih ibunya sendiri dengan menggunakan sabit.*
          *Rozikin, 28, ditangkap selepas dia menyembelih ibunya, Ranis, 55, di ruang tamu rumah mereka di Desa Madumulyorejo, Jawa Timur semalam.*
         *Tribun News melaporkan, Rozikin memberitahu, dia membunuh ibunya selepas tidak tahan dengan bebelan mangsa.*

           *HATYAI: Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla, Thailand merekodkan peningkatan permohonan rakyat Malaysia mendapatkan surat pengesahan pernikahan di selatan Thailand sejak 2011.*
          *Konsul Jeneralnya, Mohd Afandi Abu Bakar berkata, 4,653 permohonan surat pengesahan pernikahan diterima tahun lalu berbanding 4,375 pada 2017.*
         *Menurutnya, pejabat itu menerima 2,885 permohonan pada 2011, 3,463 (2012), diikuti 3,485 (2013), 3,831 (2014), 4,081 (2015) dan 4,178 (2016).*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         *YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menarik perhatian Sidang Dewan Rakyat hari ini apabila memaklumkan umur baginda sama dengan ulang tahun ke-60 Parlimen.*
              *Secara berseloroh baginda bertitah: “Pada tahun ini Parlimen Malaysia akan menyambut ulang tahun ke-60, sama umur dengan saya.”*
            *Baginda yang agak santai ketika bertitah merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di Kuala Lumpur hari ini, beberapa kali tersenyum lebar melihat ke arah ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.*

         *KEMISKINAN keluarga menjadi pembakar semangat buat Muhammad Amin Mohd Rosdi, 20 untuk berjaya dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2018 dengan memperoleh keputusan PNGK 4.0.*
            *Lebih manis, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling, Kedah ini diumum antara lima Pelajar Terbaik STPM bagi kategori keluarga berpendapatan rendah (B40).*
          *Anak kepada penoreh getah ini berkata, kesusahan keluarganya membuatkan dia bangkit untuk membantu keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan, memandangkan bapanya hanya memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan hasil menoreh.*
   
         *PROMOSI lesen memandu tanpa ujian, penukaran nama geran tanpa pemilik asal dan selesaikan saman serta pembaharuan cukai jalan melebihi setahun.*
          *Itu promosi ditawarkan sindiket pemalsuan lesen memandu Malaysia, mensasarkan mereka yang ingin mendapatkan lesen memandu secara mudah tanpa melalui ujian seperti biasa.*
           *Pemilik akaun juga dikesan menyamar sebagai pihak berwajib dengan menggunakan logo Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta profil aplikasi WhatsApp dengan nama jabatan itu untuk mengaburi mata orang ramai.*

         *POKOK benang sutera yang ditanam di kawasan Bandar Baharu Kuala Nerus sebagai mercu tanda daerah itu sekali lagi menjadi tumpuan apabila semakin ‘botak’ selepas sebahagian besar daunnya luruh secara drastik sejak beberapa hari lalu.*
               *Keadaan itu dipercayai disebabkan cuaca panas melebihi biasa yang melanda beberapa tempat termasuk Kuala Nerus dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.*
              *Situasi itu menimbulkan kecaman orang ramai yang beranggapan penanaman pokok bernilai RM180,000 itu satu pembaziran apatah lagi mati dalam tempoh hanya lima bulan selepas ditanam iaitu pada awal 2017.*
         *Bagaimanapun, perkara itu tidak benar apabila pokok berkenaan hanya mengalami proses daun gugur berikutan perubahan iklim dan cuaca panas.*

           *TIGA jam tempoh diambil nelayan, Hussin July, 58, bagi menewaskan ikan layar gergasi lebih 200 kilogram.*
             *Hussin berkata, ikan layar berkenaan pada mulanya disangka ikan yu yang tersangkut dalam pukat dipasangnya 2 pagi Jumaat lalu.*
               *Namun, selepas pukat itu dinaikkan dan kelihatan paruhnya yang panjang, baru disedari seekor ikan layar yang menjadi buruan kaki pancing.*
  
          *SYDNEY: Ibu bapa seorang kanak-kanak perempuan di Gold Coast dianggap netizen sebagai bodoh kerana memilih ‘KVIIIIyn’ sebagai nama anak mereka.*
          *Metro UK melaporkan, nama kanak-kanak itu tular di media sosial selepas ibunya, Jessica Mavis menceritakan mengenainya kepada majalah That’s Life.*
            *Jelas Jessica kepada majalah itu, KVIIIIyn disebut sebagai Kaitlyn dan VIII adalah simbol nombor lapan dalam angka Rumi.*
         *”Saya suka nama Kaitlyn, namun ia terlalu popular. Suami mencadangkan untuk menggantikan ‘ait’ dengan angka Rumi VIII. Sekarang anak kami betul-betul unik,” tulisnya.*
                 

*ARENA*
========


          *PARIS Saint-Germain mesti bertindak seperti juara selepas disingkir daripada Liga Juara-Juara minggu lalu ketika mereka bertandang ke Dijon dan perlawanan laman sendiri menentang musuh tradisi Olympique de Marseille dalam Ligue 1, kata jurulatih Thomas Tuchel, hari ini.*
           *PSG tersingkir daripada Liga Juara-Juara menerusi peraturan gol di tempat lawan oleh Manchester United selepas kalah 1-3 di Parc des Princes sekalipun menang 2-0 di Old Trafford pada pusingan 16 terakhir.*

          *OLE Gunnar Solskjaer menyalahkan Manchester United kerana kurang kesungguhan ketika pengendali dari Norway itu mengalami kekalahan domestik pertama sebagai pemangku pengurus apabila tewas 2-0 kepada Arsenal awal pagi ini.*
         *Jaringan awal Granit Xhaka dan penalti Pierre Emerick-Aubameyang 21 minit sebelum tamat menyaksikan Gunners mengatasi United untuk berada dalam kelompok empat teratas Liga Perdana.*

          *PELUMBA Itali, Andrea Dovizioso memenangi sesi pembukaan MotoGP Qatar buat tahun kedua awal pagi ini, biarpun berdepan cabaran hebat daripada juara dunia, Marc Marquez untuk menduduki tempat pertama.*
            *Kedua-dua pelumba bertukar-tukar penguasaan di pusingan akhir namun kelebihan berpihak Dovizioso, mendahului perlumbaan dengan jentera Ducati, yang memperolehi kemenangan dengan hanya 0.023 mendahului pencabar dari Honda di tempat kedua.*
           *Pelumba Britain Cal Crutchlow, satu lagi wakil Honda, turut menaiki podium selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.*

         *PEMANDU baru Ferrari Charles Leclerc hanya berusia 21 tahun dan pelumba termuda kedua dalam sejarah perlumbaan paling popular, Formula Satu.*
          *Namun dia sudah mencipta gelombang dalam musim Grand Prix keduanya dengan kematangan yang dipamerkan selaku pemandu muka baharu buat Sauber tahun lalu.*
          *Dia menamatkan saingan di tangga ke-13 keseluruhan dalam kejuaraan pemandu dengan satu kedudukan enam terbaik.*

         *MASALAH jentera menjejaskan prestasi pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin bdullah pada perlumbaan pertama Kejohanan Motosikal Dunia di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, awal pagi tadi.*
           *Hafizh yang mewakili pasukan Red Bull KTM Tech 3 menamatkan perlumbaan di tempat tercorot dengan masa 43 minit 20.144 saat manakala rakan sepasukannya Miguel Oliveira dari Portugal berada di kedudukan ke-17.*
           *”Alhamdulillah, saya dapat menamatkan perlumbaan pada pusingan pertama musim ini. Saya akui keputusan yang diperoleh bukan seperti yang disasarkan. Saya masih tidak dapat rentak dengan jentera ini. Ia amat sukar.*

         *GYEONGNAM FC yakin mampu menjinakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila bertembung pada aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.*
           *Jurulatih Gyeongnam, Kim Jong Boo berkata, walaupun kelebihan memihak JDT yang beraksi di laman sendiri dan terpaksa bermain dalam keadaan cuaca panas namun semua itu bukan halangan kerana sudah membuat persiapan rapi.*

         ♂ *KALAH lima perlawanan Liga Super berturut-turut menyebabkan jurulatih Kuala Lumpur, Yusri Che Lah terpaksa angkat kaki.*
         *Bekas jurulatih Kelantan itu tidak mampu membantu pasukan City Boys meraih mata dalam lima aksi awal apabila tewas kepada Pahang (1-3), Johor Darul Ta’zim (1-4), Terengganu FC (0-1), Melaka (0-2) dan terbaru Selangor (2-3) malam tadi.*
           *Penyokong Kuala Lumpur juga mendesak Yusri berundur sekali gus bertanggungjawab terhadap persembahan buruk pasukan itu.*

         *KUALA LUMPUR: di Liga-M tidak bermakna mereka boleh lepas tangan begitu saja dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berikrar untuk memburu pihak bertanggungjawab terhadap empat pasukan yang masih berhutang dengan pemain dan jurulatih masing-masing.*
          *Pasukan yang dimaksudkan ialah Hanelang FC, Marcerra United, Kuantan United dan Terengganu City FC (TC FC) kerana masing-masing perlu bertanggungjawab membayar tunggakan gaji terhadap pemain dan jurulatih.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*#pray4pasirgudang*

*RAU 13 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 6 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0555*
*SUBUH : 0605*
*SYURUK : 0719*
*ZOHOR : 1326*
*ASAR : 1636*
*MAGHRIB : 1927*
*ISYAK : 2036*


*artikel disiarkan pada tarikh 12mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *ORANG Asli hari ini mencatat sejarah negara apabila Ahli Parlimen Cameron, Highlands Ramli Mohd Nor mengangkat sumpah di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, menjadikannya Orang Asli pertama bergelar Ahli Parlimen. Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sejurus persidangan bermula. Ramli yang juga calon Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands pada 27 Januari lalu dengan majoriti 3,238 undi.*

                *SERAMAI 260 individu termasuk murid dan pelajar di dua lagi sekolah dipercayai terhidu gas kimia selepas mengalami hidap simptom sesak nafas, pening, loya dan muntah, hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, mangsa terbaru membabitkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort dan murid Sekolah Rendah (SK) Tanjung Puteri Resort.*

               *BENCANA besar Kementerian Pendidikan. Itulah gambaran diberikan Menterinya, Dr Maszlee Malik ketika mengulas pencemaran Sungai Kim Kim hingga menyebabkan empat sekolah terpaksa ditutup bermula Khamis lalu. Beliau berkata, ia satu bencana tidak boleh diterima warga pendidik kerana mengakibatkan ratusan murid dan pelajar terpaksa dirawat di hospital.*

               *“KEJADIAN berlaku sebelum waktu rehat apabila empat murid tiba-tiba mengalami sesak nafas, loya dan muntah,” kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Mohd Asri Abdul Kadir. Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, empat murid terpaksa dikejarkan ke bilik rawatan sekolah selepas mengalami simptom keracunan dipercayai terhidu gas kimia dari Sungai Kim Kim.*

               *PORTAL berita tempatan diminta memberi penekanan terhadap pengaturan sendiri dalam ‘menyederhanakan’ berita serta komen yang dipaparkan laman sesawang masing-masing. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, langkah berkenaan bukan untuk menghalang kebebasan awam tetapi mengekalkan kesopanan dan mengelakkan penyataan yang mungkin memberi kesan kepada keselamatan negara.*

               *SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke parit besar dalam kejadian di Kampung Peringatan, Kota Kinabalu, hari ini. Mangsa, Muhammad Alwadi Abdullah dipercayai tergelincir kira-kira jam 10 pagi tadi, ketika bermain bersama kakak sepupunya berusia enam tahun, di tebing parit berkenaan.*

                *BALU Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan dan dua remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini atas pertuduhan membunuh lelaki itu. Tertuduh, Samirah Muzaffar, 44, dan dua remaja yang masing-masing berusia 14 dan 16 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Ab Hakim Ab Rahman.*

               *SUSPEK kes buang bayi lelaki di Zon Kecemasan Hospital Selayang, Kuala Lumpur kelmarin, mendakwa panik menyebabkannya meninggalkan bayi berkenaan dalam mangkuk tandas terbabit. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, hasil siasatan mendapati suspek berusia 20 tahun itu mendakwa dia pergi ke hospital berkenaan untuk rawatan kerana sakit perut.*

               *KANAK-kanak kembar lelaki berusia dua tahun terperangkap dalam sebuah kereta yang terkunci hampir 30 minit sebelum diselamatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar, hari ini. Difahamkan, ibunya yang berusia sekitar 30-an meninggalkan anaknya dalam kereta Proton Saga BLM untuk seketika sebelum seorang anak kembarnya tertekan kunci pintu kereta berkenaan 9.30 pagi tadi.*

               *DUA pemandu bas ekspres warga tempatan ditahan pihak berkuasa kerana dipercayai berkomplot dengan seorang ejen wanita bagi membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini dalam serbuan di Bandar Baru Pasir Puteh, hari ini. Mereka yang berusia 30-an dan 40-an ditahan jam 4.30 pagi ketika sedang membawa 15 PATI membabitkan 14 warga Kemboja dan seorang Myanmar dalam perjalanan dari Melaka ke Kelantan.*

               *CADANGAN menjadikan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di Kuala Lumpur sebagai kawasan pejalan kaki akan dilaksanakan secara percubaan pada setiap Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang April ini. Dalam kenyataannya hari ini, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata, sepanjang tempoh itu, hanya bas, teksi, polis, bomba, ambulans dan kenderaan penguat kuasa akan dibenarkan melalui jalan berkenaan.*

               *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menahan sebuah kapal dagang asing pada jam 10.10 pagi semalam di kedudukan kira-kira 4.4 batu nautika tenggara Tanjung Piai, Pontian. Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, kehadiran kapal dagang itu dikesan radar Area Control Center (ACC) Johor, sebelum Pusat Operasi Maritim Johor menggerakkan sebuah bot ronda maritim ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.*

               *KERAJAAN akan mengkaji pelbagai opsyen sebelum membuat keputusan mengenai masa depan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Bhd, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, isu menutup syarikat penerbangan itu adalah urusan yang serius, dan keputusan akan dibuat secepat mungkin. “Saya rasakan ia adalah keputusan yang sangat serius untuk menutup syarikat penerbangan negara itu.*

               *TIGA sahabat berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini, atas pertuduhan melakukan samun berkawan bersenjata ke atas pasangan suami isteri warga emas, Januari lalu.*

               *KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi merampas produk kesihatan dicampur palsu yang disyaki tidak berdaftar serta bahan mentah mengandungi racun bernilai RM1.7 juta. Rampasan itu diperoleh hasil daripada satu operasi bersepadu pada 5 Mac lalu membabitkan 78 anggota Penguatkuasa Farmasi.*

               *CUBAAN memindahkan 63 kayu balak jenis meranti bernilai lebih RM80,000 di Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis tidak menjadi kenyataan apabila berjaya dikesan Unit Penguatkuasa (UPK) Pahang Barat, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, semalam. Pengarahnya Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, turut dirampas tiga jentera iaitu jengkaut, jentolak dan lori yang digunakan untuk memindahkan balak selepas aktiviti menebang dilakukan.*

               *YAYASAN Bank Rakyat (YBR) menawarkan Biasiswa Bank Rakyat bagi membantu pelajar cemerlang melanjutkan pengajian ke peringkat asasi dan ijazah sarjana muda di Universiti Awam (UA) serta institusi pengajian tinggi swasta di dalam atau luar negara. Pengerusi Bank Rakyat merangkap Pengerusi YBR, Datuk Noripah Kamso berkata, biasiswa itu adalah usaha YBR dalam membantu melahirkan modal insan yang bukan sahaja inovatif dan kompeten malah berkemahiran tinggi serta menepati kehendak pasaran masa kini.*

               *KESUKARAN pelajar tingkatan lima yang cacat tanpa kaki kanan dan memerlukan bantuan kaki palsu baharu mendapat perhatian Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kuantan (KKTMKu), hari ini. Pelajar terbabit, Nurul Hasrina Adnan, 18, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar hadir ke kampus KKTMKu bagi proses mengukur dan mendengar taklimat berkaitan proses pembuatan kaki palsu berkenaan.*

               *KEPUTUSAN mahkamah melepas tanpa membebaskan Siti Aisyah, 26, dibuat berdasarkanundang-undang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, keputusan menarik semula pertuduhan itu adalah prerogatif pasukan pendakwaan. “Terdapat peruntukan atau hak untuk menarik balik pertuduhan dan ia sudah dilakukan.*

               *POLIS sudah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengenai kerjasama UMNO dan PAS yang didakwa berunsur hasutan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan sudah bermula sejak minggu lalu sebaik polis menerima laporan pertama mengenai kes berkenaan.*

               *WANITA meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri secara tiba-tiba di Jalan Nibong, Dungun, hari ini. Siti Hasinah Mohamed Zafuan, 25, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh suaminya, Mazlan Omar, 36, kira-kira 6 pagi, sebelum cuba memberi minuman kepadanya. Menyedari keadaan isterinya semakin nazak, suami mangsa kemudiannya menghubungi Klinik Kesihatan Alur Tembesu untuk meminta bantuan.*

               *POLIS Sarawak menjejaki seorang lelaki, Mohd Aszlan Mat Muda, bagi membantu siasatan kes penipuan pakej pelancongan luar negara. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, sehingga kini pihaknya menerima sebanyak 32 laporan berhubung penipuan pakej pelancongan luar negara yang ditawarkan oleh lelaki berusia 30 tahun itu.*

               *EMPAT individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini, atas 13 pertuduhan memperdagangkan wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi seks, bulan lalu. Tertuduh, Tan Wei Siong, 22; Tan Heng Wah, 44; Sech Chung Hing, 42 dan wanita, Liew Mee Yen, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan itu selepas dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.*

               *WARGA emas yang ditemui rentung dalam kereta Proton Gen2 di Jalan Besar Palong Lapan di Jempol, dipercayai sudah dua hari terbabit kemalangan sebelum keretanya terbakar semalam. Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa, Radzuan Jaklan, 63, dipercayai terbabas ke dalam gaung itu pada Sabtu atau Ahad lalu.*

               *UNIT Pemantauan Isu Hina Islam yang baru ditubuhkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerima kira-kira 10,000 aduan dalam tempoh seminggu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, unit itu ditubuhkan bagi memantau tindak-tanduk pihak tidak bertanggungjawab menghina dan mempersenda agama Islam di semua platform termasuk media sosial.*

               *KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merancang untuk memperkenalkan teknologi Artificial Intelligence (AI) atau ‘kecerdasan buatan’ dalam sektor penjagaan kesihatan namun dalam masa sama, tidak menafikan kepakaran manusia. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, berikutan itu, kementerian sedang berbincang dengan pakar dalam dunia teknologi AI bagi meneroka cara mengoptimumkan rantaian bekalan perkhidmatan di fasiliti kementerian.*

               *KIRA-kira 40,000 penduduk Felda Loke Heng, Bukit Waha dan Sungai Gembut di Kota Tinggi akan mengalami catuan air bermula hujung minggu ini berikutan paras air mentah di muka sauk loji rawatan air (LRA) di kedua-dua kawasan itu menyusut. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee berkata, catuan pertama kali sejak 2016 itu terpaksa dilakukan berikutan paras air jatuh ke tahap catuan.*

               *“SEJAK ambil alih, kita pastikan negara ditadbir secara bersih dan tidak didasari kepentingan peribadi sehingga menyebabkan kerugian kepada negara,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Menjawab soalan Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri) berkaitan kempen kerajaan mengubah imej Malaysia dari negara kleptokrasi sebelum ini kepada negara yang berintegriti, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus berusaha untuk mengembalikan imej Malaysia sebagai negara berintegriti, malah lebih baik sekarang dan masa hadapan.*

               *Kuantan: Mahkamah Majistret di sini, menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM5,000 ke atas seorang ahli perniagaan yang memalsukan surat penganugerahan kuota pengeluaran kayu balak dikaitkan dengan Pejabat Tengku Mahkota Pahang pada 17 Januari lalu. Tengku Kamarulzaman Tengku Ahmad, 63, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Nurunaim Abdullah selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan dibacakannya.*

               *Seri Kembangan: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menambah laluan bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bagi memberikan perkhidmatan kepada masyarakat menjadikan keseluruhan laluan di kawasan MPSJ sebanyak lima laluan. Laluan Bas Smart Selangor SJ05 dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri Selangor dengan kos RM1,252,080.*

               *LELAKI dan dua remaja perempuan ditahan disyaki menjadi operator pusat panggilan kegiatan judi dalam talian dalam Op Dadu Khas di sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi, Klang, awal pagi tadi. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7 Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata, remaja tempatan berumur 17 dan 19 tahun serta lelaki warga Indonesia berumur 24 tahun itu ditahan jam 3 pagi.*

               *WANITA maut selepas lori yang dipandu suaminya merempuh treler yang terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 413 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berdekatan Hulu Selangor, hari ini. Dalam kejadian 6.55 pagi itu, mangsa Eeda Farina Mohd Saleh, 30, bersama anaknya berusia lapan bulan menaiki lori dipandu suaminya.*

               *TINDAKANNYA menendang seorang lelaki kononnya untuk membantu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memberkas suspek gagal menyelamatkan seorang penagih daripada ditahan penguat kuasa AADK. Lelaki berusia 32 tahun itu antara enam penagih yang ditahan dalam Op Cegah bermula jam 9 malam dan berakhir 3 pagi tadi, di kawasan Inanam Capital, Kota Kinabalu.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *SEORANG bapa dari Buffalo, New York, berjaya menipu bayi perempuannya berusia 10 bulan dengan memberi puting botol selepas menebuk lubang bajunya yang mahal.*
           *Metro Online melaporkan, cef Anthony Favors, 31, berkata bayinya akan meraih dadanya dan akan menangis berpanjangan apabila tidak dapat menyusu dari badan.*
          *”Lily’ahna hanya mahu minum susu dari ibunya dan keadaan itu sukar bagi saya apabila isteri, Shalanda, 25, keluar bekerja.”*
           *Dia mendapat idea membuat lubang kecil di bahagian dada pada baju kemeja t, bagi membolehkan dia menempelkan botol susu dengan sebahagian puting botol dikeluarkan agar dapat dihisap bayinya.*

          *MONTREAL: Sekumpulan wanita di Kanada mendakwa menghisap ganja menjadikan mereka ibu yang lebih baik kerana menjadikan mereka lebih tenang dan sabar melayan kerenah anak-anak di rumah.*
            *Kumpulan itu yang berkongsi kisah mereka di laman Facebook, Des fleurs ma chere kini cuba melawan stigma mengenai ganja dalam kehidupan ibu bapa sejak Ottawa menghalalkan penggunaan ganja untuk rekreasi pada tahun lalu.*
          *”Orang ramai tidak mendapat maklumat. Mereka fikir apabila menghisap ganja, kami akan duduk di depan televisyen sambil memakan piza seperti remaja.*

          *Singapura: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) hari ini mengharamkan penggunaan semua pesawat Boeing 737 MAX di ruang udara negara itu susulan nahas Ethiopia Airlines pada Ahad lalu.*
         *Pesawat Boeing 737 MAX 8 milik syarikat itu terhempas di Nairobi beberapa minit selepas berlepas menyebabkan semua 157 penumpang dan anak kapal terbunuh.*
        *Kapal terbang itu adalah pesawat yang sama digunakan Lion Air yang terhempas di Indonesia pada Oktober lalu menyebabkan 189 orang maut.*

           *Jeddah: Sebuah pesawat Saudi Airlines dilaporkan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang di Jeddah selepas seorang penumpang wanita tertinggal anaknya yang masih bayi di terminal.*
        *Mail Online yang memetik laporan Gulf Nes melaporkan, pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Jeddah ke Kuala Lumpur sebelum wanita itu menyedari anaknya hilang dan terus memberitahu kru kabin.*
           *Juruterbang itu kemudiannya meminta kebenaran untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz.*

          *BANGKOK: Polis Thailand menahan seorang lelaki Jordan mengaku membunuh anak lelakinya dengan mengikatnya pada kereta bayi dan menolaknya ke Teluk Thailand, kata ketua imigresen Thailand pada Selasa.*
           *Kejadian itu berlaku di bandar tepi pantai di Pattaya ketika Wael Nabil Salman Zureikat, 52, bercuti bersama isteri dan anaknya berusia setahun.*
            *Tangkapan keatasnya dibuat selepas nelayan menemui mayat kanak-kanak itu di luar jeti utama Pattaya.*

          *BEIJING: Jet pejuang tentera laut China terhempas semasa latihan di wilayah selatan pulau Hainan, hari ini, menyebabkan dua juruterbang terbunuh, kata kementerian pertahanan negara itu.*
          *Tiada kecederaan lain dilaporkan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, sambil menambah punca kemalangan itu sedang disiasat.*
        *Tentera China mengalami beberapa siri kemalangan udara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.*

         *Sanaa: Seramai 12 kanak-kanak dan 10 wanita dilaporkan maut dalam serangan di Hajjah, iaitu wilayah di utara Yaman dalam tempoh 48 jam yang lalu.*
           *”Kira-kira 30 individu lagi dilaporkan cedera, termasuk 14 kanak-kanak dan beberapa orang daripadanya perlu dipindahkan bagi menyelamatkan nyawa mereka,” kata Pejabat Penyelarasan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) dalam satu kenyataan.*
           *Bagaimanapun, PBB enggan menuduh mana-mana pihak bertanggungjawab terhadap serangan itu, tetapi rangkaian media pemberontak Houthi mendakwa ia dilancarkan oleh tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi.*

          *Sao Paulo: Sekurang-kurangnya 11 maut apabila banjir melanda pusat perniagaan di Sao Paulo dan ia diramalkan bertambah buruk selepas hujan dilaporkan terus melanda kawasan itu hingga malam semalam.*
         *Menurut sekretariat keselamatan negeri Sao Paulo, lima mangsa dipercayai mati akibat lemas, manakala mangsa lain, termasuk seorang bayi dikatakan maut akibat tertimbus di dalam banjir lumpur.*
           *Pihak berkuasa berkata, hampir 110 milimeter hujan dicatatkan sejak tengah hari Ahad lalu hingga semalam, iaitu 70 peratus daripada kadar yang dijangka direkodkan sepanjang bulan Mac.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         *KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sempat berseloroh untuk cuba mententeramkan Ahli-Ahli Parlimen yang menghadiri majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat, semalam.*
          *”Relaks, relaks’, titah baginda sambil meminta Ahli-Ahli Parlimen supaya bertenang dengan baginda juga sesekali meneguk minuman yang disediakan ketika menyampaikan Titah Ucapan Diraja.*
         *Selain itu, baginda juga menarik perhatian Sidang Dewan Rakyat apabila memaklumkan bahawa usia baginda sama dengan ulang tahun ke-60 Parlimen.*

          *SEORANG lelaki gagal menyamun sebuah stesen minyak di Gadong, Nilai, semalam, dihalang pekerja di premis berkenaan.*
          *Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, ketika kejadian 7.30 malam itu, terdapat lima pekerja berada di premis.*
         *Menurutnya, suspek yang memakai penutup mulut masuk ke dalam premis dan mengacukan parang ke arah tiga pekerja yang berada di kaunter bayaran serta mengarahkan mereka menyerahkan wang tunai.*
           *Rakaman CCTV berdurasi satu minit yang memaparkan tindakan suspek cuba melakukan samun dan bergelut dengan pekerja premis itu menjadi tular di laman sosial hari ini.*

         *“TERNYATA doa warganet amat mustajab sehingga kerongsang itu bukan sahaja dapat keluar, malah pinnya tertutup dan tidak mencederakan anak saya.*
        *”Saya bersyukur sangat tambahan pula kerongsang itu keluar sebaik sahaja azan Asar berkumandang hari ini,” kata Noor Amira Shyuhada Mohd Noh, 33, ketika ditemui di Wad Kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hari ini.*
           *Noor Amira Shyuhada adalah ibu kepada bayi berusia sembilan bulan, Nur Qhaulah Ramadhani Mohd Kamal Azhar yang tertelan kerongsang dalam kejadian di Ajil, Hulu Terengganu, 9.30 malam tadi.*
            *Kejadian itu tular di laman sosial selepas Noor Amira Shyuhada memuat naik hantaran meminta warganet mendoakan keselamatan anaknya di Facebook, malam tadi.*

        ♂ *POLIS menafikan terdapat sekumpulan penculik di Perlis yang masih bebas dan menculik kanak-kanak khususnya pelajar sekolah rendah seperti yang tular di aplikasi WhatsApp.*
            *Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohd berkata, orang awam diminta menghentikan penyebaran mesej itu yang kini berlegar di aplikasi terbabit sehingga menimbulkan kebimbangan masyarakat.*
          *”Palsu dan tidak betul semuanya (dakwaan penculik berlegar).*
           *“Jangan sebar dan tular berita tak sahih ini. Sekiranya ada berlaku kejadian atau cubaan penculikan, sila tampil dan laporkan kepada pihak polis.*

        *JABATAN Perikanan Pahang sedang mengesan sekumpulan individu yang dipercayai terbabit dalam aktiviti menuba ikan di Sungai Lepar, dekat Kuantan, yang tular di media sosial (Facebook) sejak semalam.*
           *Pengarahnya Azahari Othman berkata, usaha mengesan pemilik akaun media sosial berkenaan kini dilakukan pihaknya bagi mendapatkan maklumat untuk membantu siasatan berhubung aktiviti menuba atau meracun kimia di kawasan sungai itu.*
          *Katanya, jabatan perlu bersemuka dengan individu terbabit bagi mendapatkan kepastian sama ada kegiatan yang menyalahi undang-undang itu benar dilakukan di negeri ini atau sebaliknya.*

         *PENYANYI, Aiman Tino dalam proses mencari jalan penyelesaian berhubung penularan video bogel yang didakwa mirip dirinya sejak dua hari lalu.*
          *Aiman menerusi kenyataan rasmi berkata, dia berharap isu terbabit tidak dipanjangkan dan tindakan undang-undang bakal diambil sekiranya terdapat pihak masih membangkitkan isu itu.*
             *”Saya dan pihak pengurusan sedang memuktamadkan jalan terbaik bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berlarutan.*
                 

*ARENA*
========


         *ZINEDINE Zidane kembali ke Real Madrid dengan impian era baru ‘Galacticos II’ bersama kelab gergasi Sepanyol itu.*
           *Bekas pemain legenda Perancis itu membuat keputusan mengejutkan apabila kembali semula selepas 10 bulan meninggalkan kelab itu ketika mereka mencapai status hatrik Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu.*
         *Los Blancos mendapatkan semula khidmat Zidane atau Zizou selepas Real gagal mencabar La Liga biarpun dikendali dua pengurus baru sejak dia meninggalkan kelab itu.*
         *Penyingkiran UCL tewas kepada Ajax minggu lalu sudah cukup untuk Real memecat Santiago Scolari yang mengendali selama empat bulan selepas menggantikan Julen Lopetegui.*

         *ALEXIS Sanchez tidak berada dalam perancangan Ole Gunnar Solskjaer dan akan dipinjamkan ke kelab lain.*
            *Pengendali sementara Solskjaer yang hampir pasti menjadi pengurus Manchester United yakin masa depan pemain Chile itu berada di tempat lain.*
           *United kini bergelut untuk menjual Sanchez yang dibayar gaji begitu mahal sebanyak 25 juta (RM135j) setahun.*
           *Old Trafford sebaliknya bersedia menjadikan Sanchez sebagai pemain pinjaman selepas gagal menyerlah sejak berhijrah dari Arsenal dengan harapan dapat menarik minat kelab lain.*

         *PEMINAT Liverpool di negara ini berpeluang untuk berada di ‘Anfield’ selepas Kuala Lumpur disahkan sebagai antara destinasi jelajah khas LFC World pada 20 dan 21 April ini.*
         *Menurut penaja mereka Standard Chartered dalam satu kenyataan hari ini, pengalaman dua hari itu akan membolehkan peminat menyaksikan LFC World Hub di One Utama Centre Court.*

         *JOHORDarul Ta’zim (JDT) bangkit memaksa keputusan seri 1-1 dengan Gyeongnam FC pada aksi Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara Asia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.*
         *Ia mata sulung buat skuad Harimau Selatan yang bersaing julung kali pada pertandingan elit kelab Asia menentang naib juara Liga 1 Korea Selatan musim lalu.*

        ♂ *JAGUH trek negara, Azizulhasni Awang mengambil langkah awal untuk mengembangkan sukan berbasikal dengan menubuhkan pasukan profesional yang diberi nama ‘Team Azizul’ musim depan.*
             *Azizul, yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ berkata, timbulnya idea menubuhkan pasukan profesional itu apabila dia melihat kebanyakan pelumba pelapis mempunyai bakat besar tetapi kekurangan ilmu mengenai teknik kayuhan yang betul ketika perlumbaan.*

         *TIGA pemain tidak dapat hadir pada hari pertama sesi latihan skuad Harimau Malaya dalam persiapan menjelang Piala Airmarine di padang Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini.
Bagaimanapun mereka ada alasan yang boleh diterima akal.*
          *Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Hazwan Bakri dan Syazwan Andik terbabit dengan perlawanan Liga Juara-Juara Asia menentang Gyeongnam FC dari Korea Selatan di Larkin malam ini manakala pertahanan Pahang, Matthew Davies pulang ke rumah keluarganya di Australia.*

         *PELUMBA Moto2 negara, Khairul Idham Pawi tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya berikutan kegagalan untuk mengutip mata pada perlumbaan pembuka tirai musim Kejuaraan Motosikal Dunia di Grand Prix Qatar, Ahad lalu.*
            *Jelas penunggang PETRONAS Sprinta Racing itu, dia sememangnya mengimpikan untuk mengutip mata meskipun sekadar bermula di petak ke-21.*
            *Namun insiden kemalangan pada pusingan pertama menyebabkan usaha Khairul atau Super KIP terjejas meskipun tidak terbabit dengan insiden itu.*

         *KUALA LUMPUR: Selepas menakluk saingan Liga Malaysia (Liga M) dengan menjulang pelbagai kejuaraan domestik selain turut meraih trofi Piala AFC 2015 serta layak ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) buat kali pertama, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikhabarkan berminat untuk melebarkan sayapnya di Eropah dengan menjadikan kelab Sepanyol, Valencia sebagai sasarannya.*
          *Tunku Ismail yang ketika ini berada di Turin, Itali bagi membincangkan kerjasama dengan gergasi Serie A, Juventus difahamkan turut mengadakan pertemuan bersama pemilik Valencia, Peter Lim di sebuah restoran terkemuka sambil ditemani ejen terkenal dalam kancah bola sepak dunia, Jorge Mendes dan pemenang lima kali Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo.*

         *“PERTAJAMKAN serangan dan konsisten mendapatkan gol!”.
Begitulah harapan Kelab Penyokong Bolasepak Kedah mahu melihat skuad Lang Merah meningkatkan keberkesanan bahagian serangan selepas dua perlawanan sebelum ini termasuk tewas 0-1 dalam aksi Liga Super kepada Pahang di Kuantan, minggu lalu.*
          *Wakil jurucakap kelab dikenali sebagai G32, Safarizal Mohd Sobri berkata pihaknya yakin dengan perubahan dilakukan oleh Ketua Jurulatih Aidil Sharin Sahak yang mempamer peningkatan pada awal musim ini.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*#pray4pasirgudang*

*KHMIS 14 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 7 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0555*
*SUBUH : 0605*
*SYURUK : 0718*
*ZOHOR : 1325*
*ASAR : 1635*
*MAGHRIB : 1927*
*ISYAK : 2036*


*artikel disiarkan pada tarikh 13mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *SEMBILAN lagi sekolah di sekitar Pasir Gudang, Johor, ditutup menjadikan keseluruhan 43 sekolah dikenakan perintah berkenaan sehingga 7 malam tadi. Menerusi kenyataan Kementerian Pendidikan, selain 43 sekolah terbabit, turut ditutup adalah Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang dan Kolej Komuniti Pasir Gudang.*

               *“SEMUANYA ibarat mimpi dan saya tak dapat lupakan detik gurauan adik sebelum ke sekolah namun kini dia masih bertarung nyawa dan masih tiada tindak balas walaupun kami memanggil namanya berulang kali,” kata Noor Atikah Daud, 47. Noor Atikah berkata, anaknya, Affza Balqis Ahmad Sahrel, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort di Pasir Gudang kini kritikal akibat terhidu gas metana.*

               *SUASANA panik menyelubungi Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, Pasir Gudang apabila ramai ibu bapa mendapatkan maklumat anak mereka dirawat di situ. Situasi itu mengakibatkan petugas kesihatan terpaksa meredakan keadaan dan meminta ibu bapa dan penjaga mereka bertenang bagi memudahkan urusan rawatan anak-anak.*

                *SELEPAS kerajaan negeri mengumumkan 13 sekolah ditutup, dua lagi sekolah di Taman Scientax, Pasir Gudang berkemungkinan berdepan situasi sama apabila pelajar di sekolah itu mengalami simptom sesak nafas, pening, loya dan muntah akibat terhidu gas kimia dari Sungai Kim Kim. Insiden terbaru itu membabitkan murid dan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Scientax dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Scientax dengan lokasi kejadian kira-kira 11 kilometer dari sungai berkenaan.*

                *POLIS Johor membuka dua kertas siasatan bagi menyiasat insiden pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 7 Mac lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, kertas siasatan dibuka berikutan kesan pencemaran sisa bahan pencemaran terbabit mendatangkan kesan kepada penduduk setempat.*

                *JABATAN Alam Sekitar (JAS) menggerakkan asetnya di seluruh negara termasuk penggunaan alat pengesan gas selain pembabitan 100 pegawainya ke kawasan terjejas pencemaran sisa gas kimia berbahaya di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor, sejak Ahad lalu. Langkah itu bagi menangani penularan ancaman gas berbahaya ke kawasan lain.*

                *KAMPUS Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pasir Gudang mengumumkan penangguhan semua operasinya termasuk kuliah bermula hari ini hingga 17 Mac depan. Pengumuman mengenainya dibuat dalam satu kenyataan yang memberitahu keputusan dibuat ekoran pencemaran udara akibat pembuangan toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.*

               *MAYAT bayi lelaki masih bertali pusat ditemui dibuang di tapak pelupusan sampah dekat Bukit Gemuk di Jalan Bombalai, Tawau, Sabah, pagi tadi. Mayat bayi malang itu ditemui seorang pekerja pemungut sampah dalam keadaan sempurna tanpa pakaian kira-kira jam 6.30 pagi.*

               *SEORANG tokan dan tujuh penagih ditahan polis dalam serbuan Op Sarang yang dijalankan di sebuah ladang sawit di FELDA Palong, Negeri Sembilan, semalam. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, serbuan dijalankan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik selepas menerima maklumat orang awam dan risikan.*

                *KEJADIAN pokok tumbang sekali lagi dilaporkan berlaku di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya susulan cuaca hujan lebat dan angin kencang pada petang tadi. Bagaimanapun, keadaan itu tidak seburuk berbanding beberapa hari lalu apabila hanya sebuah kereta rosak ditimpa pokok di Jalan 11A1/12 Presint 11, jam 5.20 petang hari ini.*

                *TINDAKAN sebuah syarikat perabot di Seri Kembangan, Selangor, menggunakan strategi perniagaan ‘PM tepi’ tanpa mendedahkan maklumat lengkap mengundang padah apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), semalam. Serbuan pada jam 2.25 petang itu dilakukan hasil aduan awam berhubung syarikat itu yang menggunakan konsep PM atau mesej peribadi ketika berurusan.*

                *SEORANG wanita yang bekerja sebagai tukang sapu ditahan polis bagi membantu siasatan kes dera membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang berada di bawah jagaannya, di Limbang, Sarawak, kelmarin. Difahamkan, penahanan suspek berusia 20 tahun itu dilakukan susulan laporan polis dibuat berkaitan penemuan pelbagai kesan kecederaan mencurigakan pada tubuh kanak-kanak malang itu ketika dimasukkan ke Hospital Limbang kerana pengsan malam kelmarin.*

               *KEHIDUPAN mewah suami isteri yang menetap di Sungai Dua, Butterworth dikesan hasil kegiatan menjual dan mengedar dadah sejak dua bulan lalu. Ia dibongkar melalui serbuan polis 5.15 petang kelmarin apabila pemeriksaan di rumah dua tingkat yang didiami mereka menemui syabu 505 gram bernilai RM75,750. Tidak cukup itu, polis turut menemui wang tunai RM220,000 dan barang kemas bernilai RM24,400 dalam rumah pasangan berkenaan.*

                *KEGHAIRAHAN penuntut universiti mendapatkan wang dengan mudah menyebabkan mereka menjadi antara golongan yang paling ramai menjadi mangsa sindiket ‘keldai akaun’ sekali gus boleh menggelapkan masa depan mereka. Pengarah Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) dan Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) Datin Arlina Ariff berkata, kebanyakan mangsa mudah terpedaya apabila tertarik dengan tawaran upah lumayan mencecah ribuan ringgit untuk membuka akaun bank bagi kegunaan pihak ketiga.*

               *AMBULANS yang dalam perjalanan membawa pesakit pertussis (batuk kokol) terbakar di hadapan Masjid Melor, Kota Bharu hari ini. Dalam kejadian jam 2.20 pagi itu pemandu, doktor, jururawat, pesakit kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan penjaganya tidak mengalami kecederaan apabila berjaya menyelamatkan diri.*

               *BAWA anak untuk mengedar dadah. Itu dilakukan suami bersama bekas isterinya yang dicekup bersama dua lagi rakan mereka ketika menunggu pelanggan membeli dadah di tepi jalan Tingkat Teluk Kumbar, Balik Pulau Isnin lalu. Serbuan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya itu merampas 664.5 gram heroin dan 407.3 9 (g) syabu bernilai RM87,600.*

               *“MAAFKAN ayah, sayang... semoga kita bertemu di syurga,” hanya itu mampu diungkapkan Mohd Khairul Faezzan Zakaria, 27, kepada anaknya Muhammad Zikry Haziq, 5, di luar Bilik Kecemasan Hospital Dungun hari ini. Putera kesayangannya itu sebelum itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Dua beranak berkenaan sebelum itu terbabit kemalangan apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dengan Perodua Kelisa di kawasan simpang tiga di Kampung Gong Pasir, Dungun 8.15 malam tadi.*

               *“SELAIN rumah pusaka keluarga musnah, satu-satunya gambar arwah ibu bapa juga hangus terbakar,” kata mangsa kebakaran, Khairy Hazizi Rizuan, 27. Semalam, rumah berusia lebih 50 tahun yang dihuni Khairy bersama abang iparnya musnah dalam kebakaran di Batu 5, Sungai Tunggul Baru, Tanjung Karang pada jam 7.50 pagi. Kejadian itu mengakibatkan kediaman dua tingkat terbabit musnah sepenuhnya termasuk sebuah kereta Proton Perdana yang berada di halaman rumah berkenaan.*

               *CUKUP menyayat hati apabila rakan-rakan hanya mampu melihat dari jauh ketika mayat lelaki warga Indonesia diheret buaya ke dalam sungai di Sungai Stubah, Tanjung Manis, Sabtu lalu. Lebih memilukan apabila mereka melihat mayat mangsa dalam rahang reptilia berkenaan sebelum hilang dheret ke dalam sungai. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis, Razali Junis berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa masih diteruskan hari ini, terutama di sekitar lokasi terakhir reptilia itu dilihat rakan mangsa.*

               *KERAJAAN bersetuju meminda menghapuskan hukuman mati mandatori kepada hukuman mati atas budi bicara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin. Beliau berkata, ia akan membabitkan sembilan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan dua Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.*

               *PEKERJA lelaki di sektor swasta turut berpeluang mendapat cuti satu minggu tanpa rekod bagi membantu menguruskan isteri yang bersalin seperti dinikmati sektor awam ketika ini. Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran berkata, keputusan itu kini sedang dibincangkan dan diperhalusi dengan majikan sebelum satu keputusan muktamad dicapai tidak lama lagi.*

               *VILLA penginapan di hotel mewah lima bintang di Jalan Tanjung Rhu, Langkawi musnah dalam kebakaran malam tadi. Kejadian 11 malam itu disedari orang awam selepas melihat asap tebal keluar dari villa yang ketika kejadian tiada penghuni.*

               *PRESIDEN Korea Selatan Moon Jae-in yang kini dalam lawatan negara tiga hari ke Malaysia diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini, hari ini. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyambut ketibaan Moon dan pasangannya Kim Jung-sook pada pukul 10.06 pagi.*

               *KEMENTERIAN Kesihatan merekodkan 30,448 kes denggi di seluruh negara bagi tempoh 30 Disember lalu hingga 12 Mac lalu. Menurut statistik dikeluarkan Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 17,717 kes denggi berbanding negeri lain. Ia diikuti Johor (2,516 kes); Kuala Lumpur (2,419 kes); Pulau Pinang (1,875 kes) manakala Sabah (1,387 kes).*

               *HASRAT lelaki warga emas ingin membina kediaman di kawasan tanah Hutan Simpan Kekal terbantut apabila dia ditahan bersama pekerja upahannya ketika sedang leka menebang dan meratakan tanah secara haram di Langkawi, semalam. Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Abd Ramli Izauyahhudin berkata, lelaki berusia 70 dan 40 tahun itu dikesan melakukan penebangan dan meratakan tanah secara haram di Kompartmen 5 Hutan Simpan Gunung Raya sejak seminggu lalu.*

               *TAKTIK seorang pekerja asing mengaku sebagai orang Johor ketika disoal anggota Imigresen tidak menjadi apabila dia terkantoi loghat Indonesia selepas diminta mengeluarkan kad pengenalan, semalam. Wanita Indonesia berusia 20-an itu adalah pekerja kilang yang ditahan bersama 26 pekerja asing lain dalam Operasi Bersepadu Ops Mahir, Ops Selera dan Ops Belanja di sekitar kawasan Changlun, Jitra dan Sungai Petani.*

               *GEORGETOWN: “Syukur kerana kami akhirnya dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan ditawarkan rumah sewa beli,” kata Nazrimah Jamal Abidin, 44. Nazrimah antara penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis yang diusir dan tinggal di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, sejak seminggu lalu.*

                *LAPAN individu termasuk empat anggota polis direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, bagi membantu siasatan membabitkan kes penyalahgunaan dadah. Perintah reman ke atas semua suspek berusia 27 hingga 54 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Analia Kamarudin.*

               *BUTTERWORTH: Hilang sekelip mata. Itu yang berlaku apabila sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) bertempiaran lari selepas menyedari kehadiran anggota Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang (JIMPP) yang menyerbu Pasar Apollo di sini, kelmarin. Dalam operasi jam 9 pagi itu, PATI yang bekerja di kawasan pasar terbabit mengesan kehadiran anggota JIMPP sebelum mereka terus melarikan diri.*

               *GUA MUSANG: Seramai 12 keluarga daripada generasi kedua peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR, Lebir, dekat sini terpaksa tinggal di bangunan sekolah lama yang uzur kerana tidak mempunyai rumah sendiri. Mereka tinggal di bekas bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir di sini, selepas kejadian banjir besar yang melanda negeri ini pada Disember 2014.*

               *KUALA SELANGOR: Tiga sekeluarga menempuh detik menakutkan apabila kenderaan dinaiki dibaling batu oleh individu tidak bertanggungjawab di Jalan Kereta Api Lama berdekatan Bukit Rotan di sini, tengah malam kelmarin. Dalam kejadian jam 12.50 tengah malam itu, mangsa, Ahmad Puad, 52, yang memandu Toyota Vios bersama isteri dan anak perempuannya yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Selangor tiba-tiba dibaling batu hingga menyebabkan cermin keretanya pecah.*

                *SEORANG lelaki cedera di kaki selepas ditembak ketika cuba menyerang anggota polis menggunakan parang panjang di tepi jalan Kampung Sungai Intan, Semporna, pagi semalam. Dalam kejadian 11.25 pagi itu, suspek warga asing berumur 38 tahun dikatakan mengamuk di kawasan kampung terbabit sebelum orang awam menghubungi polis.*

               *VAN keselamatan membawa wang tunai dilarikan beberapa lelaki dekat sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Rawang, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), dekat Rawang, malam tadi. Dalam kejadian 8 malam itu, sekurang-kurang tiga lelaki meninggalkan van berkenaan sejauh kira-kira 1 kilometer dari lokasi kejadian dan mengambil wang tunai lebih RM100,000.*

               *LEBIH 100 pesawah Kampung Teluk Rimba, Tangkak, merayu bantuan rakyat Johor melakukan solat hajat memohon hujan bagi membolehkan mereka menanam padi di sawah masing-masing. Ketua Kampung Parit Sialang, Zulkifli Shakor berkata, ketika ini kemarau berpanjangan menyebabkan sawah di kampung berkenaan kering kontang mengakibatkan pesawah tidak boleh menanam semula benih padi.*

               *SHAH ALAM: “Saya tidak bersalah...saya tidak buat.” Itu kata balu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan, Samirah Muzaffar, 44, selepas tuduhan membunuh suaminya itu dibacakan pertama kali di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.*

               *KUALA LUMPUR: Didakwa kononnya ‘raja ubat’ kerana mampu menyembuhkan 1,001 penyakit bahaya. Namun semua itu karut semata-mata apabila ujian makmal mengesahkan produk dijual itu mengandungi tujuh racun berbeza. Difahamkan ujian makmal kimia mendapati produk berkenaan mengandungi kimia dexamethasone, chlorpheniramine, ibuprofen, chloramphenicol, clarithromycin, tetracycline HCL dan lovastatin.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *SAO PAULO: Sekurang-kurangnya lapan orang termasuk lima kanak-kanak maut dalam serangan bersenjata di sebuah sekolah dipercayai dilaksanakan dua remaja.*
            *Rangkaian berita Globo TV melaporkan, mangsa yang maut lima kanak-kanak, seorang dewasa dan dua penembak remaja. Penembak berkenaan dilaporkan membunuh diri selepas itu.*
       *Menurut The Mirror, dua penembak memakai hud memasuki sekolah di Sao Paolo itu sebelum melepaskan tembakan secara rambang sejurus kelas bermula, pagi Rabu (waktu tempatan).*

          *JAKARTA: Seorang wanita dipercayai isteri kepada anggota militan Daish nekad meletupkan diri sendiri yang turut mengorbankan anaknya ketika rumah mereka diserbu polis dalam kejadian di Sumatera Utara, Indonesia semalam.*
          *Straits Times melaporkan, polis mengepung rumahnya di bandar Sibolga selepas menahan seorang lelaki dipercayai suaminya dikenali sebagai Husain atau Abu Hamzah.*
          *Jurucakap polis Indonesia, Dedi Prasetyo berkata, bom itu dipercayai diletupkan oleh wanita terbabit dan ia turut mencederakan seorang anggota polis yang cuba masuk ke dalam rumah.*

         *SINGAPURA: Sepasang suami isteri warga British meminta belas kasihan orang ramai untuk memberi sumbangan membiayai kos rawatan anak yang dilahirkan pramatang sebanyak 140,000(RM753,732) menerusi aman web GoFundMe.*
          *Straits Times melaporkan, setakat ini Patraic Walsh-Kavanagh, 27, dan isterinya Chloe Wilkinson, 30, sudah mengumpul sebanyak 50,000(RM269,190).*
         *Pasangan itu transit di Singapura selama dua hari dari Australia dan sepatutnya meneruskan perjalanan ke United Kingdom untuk menyampaikan berita kehamilan Chloe kepada keluarga.*

         *NEW YORK: Pelakon siri Desperate Housewives, Felicity Huffman serta aktres sitcom Full House, Lori Loughlin antara puluhan individu elit yang didakwa selepas menipu untuk menempatkan anak mereka di universiti terkemuka Amerika Syarikat.*
            *Mereka dikatakan membayar lebih AS $25 juta (RM102 juta) kepada badan kebajikan palsu dikendalikan seorang individu dari California, William Singer sejak tujuh tahun lalu untuk mengatur keputusan ujian kemasukan ke universiti, SAT dan ACT serta membayar jurulatih sukan di universiti untuk mengambil anak mereka walaupun tidak layak, lapor AFP.*
            *Dilaporkan seramai 50 orang didakwa termasuk ketua eksekutif, ahli kewangan, pengerusi firma guaman, pembuat wain serta pereka fesyen.*

          *BAITULMAQDIS: Polis Israel bukan saja menutup semua pintu masuk ke Masjidil al-Aqsa, malah melarang azan dilaungkan dari masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu mulai kelmarin.*
        *Malah, polis Israel turut menyerang penduduk Palestin yang berkumpul di pintu masuk utama kawasan masjid, Bab al-Asbat, yang mahu menunaikan solat Maghrib.*
             *Agensi berita Palestin, WAFA, melaporkan umat Islam terpaksa menunaikan solat di luar pintu masuk itu sejak tengah hari semalam.*

          *BAGHOUZ (SYRIA) : Kira-kira 3,000 anggota militan Daish menyerah diri dari kawasan terakhir yang dikuasai mereka di Barghouz, Syria ketika serangan udara dan tembakan meriam diteruskan, kata pejuang Kurdis semalam.*
            *Pasukan Demokratik Syria (SDF) dianggotai pejuang itu dan disokong oleh Amerika Syarikat cuba menggempur militan terbabit sejak beberapa minggu lalu namun terjejas berikutan ramai orang awam keluar beramai-ramai.*

            *JAKARTA: Wanita Indonesia, Siti Aisyah, yang dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, menemui Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) di kediaman rasmi pemimpin itu, hari ini.*
            *"Syukurlah, Siti Aisyah dapat disatukan semula dengan keluarganya selepas proses panjang ini. Ia hasil keprihatinan kerajaan terhadap rakyat,” katanya kepada pemberita.*
            *Siti Aisyah, 27, sebelum ini dibicarakan bersama wanita Vietnam, Doan Thi Huong, dan dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam, selepas pendakwaan menarik balik kes terhadapnya.*

            *ROME: Dua lelaki Peru dibebaskan daripada tuduhan rogol selepas hakim perbicaraan menganggap mangsa terlalu ‘kejantanan’ dan tidak cukup menarik, lapor media.*
             *Dua tertuduh berusia 22 tahun itu dibebaskan daripada tuduhan berkenaan pada 2017, namun alasan penghakiman cuma didedahkan minggu lalu selepas mahkamah rayuan mengarahkan perbicaraan semula.*
            *Dalam keputusan 2017 itu, mahkamah memutuskan mangsa tidak menarik malah seorang tertuduh menyimpan namanya dalam telefon bimbit sebagai ‘Viking’ iaitu merujuk kepada tubuhnya yang maskulin.*

          *MOSCOW: Seorang budak perempuan berusia lima tahun yang kebuluran hampir ke tahap anoreksia diselamatkan dari rumahnya yang busuk dan kotor dipenuhi sampah serta lipas, dipercayai selepas diabaikan ibunya.*
             *Malah disebabkan keadaan terlalu menjijikkan, polis terpaksa memakai sut perlindungan bahan kimia ketika memasuki rumah berkenaan untuk menyelamatkan budak yang diberi jolokan media Russia seperti ‘Mowgli’ iaitu watak budak dalam kisah Jungle Book yang dibesarkan serigala.*
             *Ketika ditemui, kanak-kanak digelar Lyubov, bererti Sayang, terlalu nyahhidrat serta kebuluran, dan sedang duduk hanya memakai topi serta kemeja T tanpa seluar dalam, sambil menangis di sisi tingkap.*

          *LONDON: Peminat mampu memiliki edisi pertama ‘Harry Potter and the Philosopher's Stone’ apabila novel kulit keras berkenaan bakal dilelong di London dengan harga dijangka antara AS$52,000 hingga AS$79,000 (RM212,377 hingga RM322,650).*
             *The Jakarta Post melaporkan, novel fantasi karya JK Rowling itu salinan buku kulit keras pertama dikeluarkan pada 1997, dan sebahagian daripada lelongan anjuran ‘Fine Books, Manuscripts, Atlases and Historical Photographs’ Bonham pada 27 Mac ini.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *"TOLONG hentikan tular tidak benar. Alhamdulillah, adik (Affza Balqis Ahmad Sahrel, 14) masih hidup, dia semakin sihat di depan mata saya," kata Noor Atikah Daud, 47, ibu kepada remaja yang didakwa mangsa pertama maut akibat pencemaran gas toksik berpunca dari Sungai Kim Kim, Khamis lalu.*
        *Noor Atikah berkata, sehingga kini dia tidak pasti siapa yang menyebar berita menyatakan Affza Balqis atau panggilan manjanya, adik, menjadi korban pertama pencemaran gas kimia di negeri ini.*
          *"Apa pun, semua itu tidak penting bagi saya kerana anak saya di depan mata dan keadaannya semakin pulih.*

          *SEJAK kejadian pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, berlaku Khamis lalu, ramai individu menularkan beberapa kenyataan bercanggah hingga boleh menyebabkan panik.*
         *Terbaru, petang semalam ada yang membuat kecoh di laman sembang WhatsApp dan Facebook (FB) berkaitan mangsa dilaporkan meninggal dunia, selain mendakwa pengarah hospital mengisytiharkan ‘Red Alert’.*
           *Sambil menafikan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, tiada maklumat diterima berhubung kes membabitkan kematian mangsa.*

           *GELAGAT seorang mak nyah berjalan di pembahagi jalan dalam keadaan berbogel menimbulkan ‘gempar’ dalam kalangan pengguna jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi, di sini, hari ini.*
          *Dalam kejadian jam 11.15 pagi tadi, mak nyah warga Filipina berkenaan dikatakan berlari dan berjalan di lokasi terbabit tanpa seurat benang.*
           *Kejadian itu tular selepas dua video berdurasi 16 dan 44 saat dimuat naik di media sosial sejak petang tadi.*
           *Dalam video yang dirakam oleh orang awam itu, mak nyah berkenaan dilihat berjalan dan berlari di pembahagi jalan di lokasi terbabit.*

           *UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, menafikan penganjuran Kejohanan Bola Jaring Antarabangsa UPSI ke-4 yang diadakan di universiti berkenaan minggu lalu membabitkan kategori transgender.*
            *Timbalan Naib Canselor UPSI (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr. Md Amin Md Taff, berkata pihak Pusat Sukan bersama Kolej Harun Aminurrashid dan Kelab Bola Jaring UPSI menganjurkan kejohanan itu pada 8 hingga 10 Mac lalu.*
             *“Pasukan yang dinamakan Transwomen United adalah pasukan luar dan bukannya dalam kalangan pelajar UPSI . Mereka bertanding dalam kategori lelaki mengikut nama setiap pemain yang tercatat dalam borang penyertaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.*
           *Kenyataan itu bagi menjawab penularan di media sosial mengenai dakwaan kumpulan Lesbian Gay Biseksual dan Transgender (LGBT) sudah diterima masuk di UPSI yang menyertai pertandingan bola jaring anjuran universiti berkenaan.*

          *EMPAT penduduk Felda Kota Gelanggi Dua, dekat Jerantut membuat laporan polis berhubung penularan gambar mereka di media sosial yang dikaitkan dengan kegiatan menuba ikan di Sungai Lepar, Kuantan.*
            *Hairul Nizam Termiji, 43, Mohd Simen Abdullah 53, Abdul Ghani Ismail, 66, dan Mohd Azhar Adnan 49 mendakwa gambar mereka digunakan beberapa pengguna Facebook (FB) sejak kelmarin untuk mengaitkan dakwaan mereka terbabit kegiatan menuba ikan untuk mendapat hasil ikan lampam yang banyak.*
           *Hairul Nizam berkata, pihaknya kesal kerana gambar dan kenderaan mereka ditularkn sehingga menyebabkan netizen menuduh kumpulannya melakukan kesalahan menuba ikan sedangkan mereka tidak pernah melakukannya.*

          ♂ *PENYANYI popular Aiman Tino, 21, menafikan bahawa lelaki dalam video bogel yang tular sejak tiga hari lalu di media sosial itu adalah dirinya.*
           *Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri ketika menghubungi Harian Metro berkata, dia yang baru menonton video terbabit hari ini mendapati lelaki di dalam video itu bukan dirinya.*
            *"Saya baru berkesempatan menonton video itu hari ini dan ia bukan saya. Dari segi bentuk tubuh pun berbeza kerana saya tidak ada ‘six pack’ seperti lelaki dalam video itu,” katanya hari ini.*

          *BUNGA sakura lazimnya mekar di Jepun namun di Kedah cuaca panas yang dialami penduduk ketika ini diwarnai dengan fenomena keindahan bunga ‘sakura Kedah’ atau nama sebenarnya bunga tekoma.*
          *Orang ramai ambil kesempatan dengan mengambil gambar di bawah rimbunan pohon bunga berkenaan yang boleh dilihat sekitar bandar raya Alor Setar, daerah Yan sehinggalah ke Tanjung Dawai.*
          *Warna merah jambu dan putih mewarnai sepanjang jalan di kawasan terbabit hingga mempersona siapa saja yang melihatnya.*

           *BEIJING: Seorang perompak mencuri hati netizen apabila memulangkan wang disamun daripada seorang wanita di mesin pengeluaran wang (ATM) selepas melihat baki akaunnya kosong, lapor media tempatan.*
               *Apabila melihat akaun Li kosong, perompak berkenaan berubah hati dan bersimpati dengan wanita itu lalu memulangkan semula wang dirampas sebelum beredar tanpa mengapa-apakannya. Malah dia sempat melemparkan senyuman kepada Li.*
           *Malangnya, biarpun bersikap budiman, lelaki itu tetap ditahan pihak berkuasa. Namun perbuatannya itu mendapat pujian netizen selepas video itu tular di media sosial China, menjadikannya bualan di Internet.*

           *CARACAS: Seorang ibu mendukung anaknya yang mati akibat penyakit dihidapnya, selepas dua hospital di Venezuela enggan merawat gadis itu kerana tiada bekalan elektrik sekali gus menunjukkan betapa buruknya krisis tenaga yang melanda negara itu.*
            *Elizabeth Diaz yang kecewa kemudiannya terpaksa berjalan kaki sambil mendukung mayat anak perempuannya menuju ke rumah mayat.*
            *Video dan gambar menunjukkan Elizabeth mendukung mayat anaknya yang berusia 19 tahun tular di media sosial. Remaja itu mengalami palsi serebrum dan mengalami kekurangan nutrisi yang kronik.*

           *CAPE TOWN: Seorang penyelam ditelan ikan paus ketika ekspedisi mendokumentasikan hidupan laut di luar pantai Port Elizabeth, Afrika Selatan, namun bernasib baik apabila ikan gergasi itu memuntahkannya kembali.*
         *News.com.au melaporkan, ketika Rainer Schimpf, 51, berenang di laut keadaan bertukar menjadi gelap gelita dan dia menyedari dirinya ditelan ikan paus jenis Bryde.*
           *Schimpf berjaya keluar dari mulut ikan paus itu melalui tekanan air yang dilepaskan mamalia itu.*
            *Video Schimpf bersama ikan paus itu menjadi tular dan dilihat sebanyak 1.5 juta kali dalam beberapa hari.*

           *SEOUL: Seorang lagi bintang K-pop menggegarkan industri muzik apabila mengumumkan untuk bersara selepas mengaku membuat rakaman seks secara rahsia dan berkongsi rakaman terbabit di media sosial.*
        *AFP melaporkan, Jung Joon-young, 30, membuat pengumuman itu selepas mengaku perbuatan itu apabila merakam dan berkongsi imej seks itu tanpa persetujuan pasangannya.*
              *"Saya mengaku melakukan perbuatan itu. Saya membuat rakaman itu tanpa persetujuan pasangan dan berkongsi rakaman itu di ruang sembang, ketika itu saya tidak ada perasaan bersalah,” katanya dalam kenyataannya hari ini.*
               

*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2019 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*#pray4pasirgudang*

*JUAAT 15 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 8 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0554*
*SUBUH : 0604*
*SYURUK : 0718*
*ZOHOR : 1325*
*ASAR : 1634*
*MAGHRIB : 1927*
*ISYAK : 2036*


*artikel disiarkan pada tarikh 14mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah supaya Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengenal pasti beberapa perkara dalam menangani isu pencemaran sisa kimia. Sultan Ibrahim bertitah, jawatankuasa itu perlu merangka satu prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi semua pihak bagi memastikan kejadian sama tidak berulang di Johor.*

               *SEMUA 336 murid sekolah yang menjadi mangsa pencemaran toksik di Pasir Gudang dijamin dengan pampasan di bawah perlindungan Insurans Takaful Malaysia. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membantu semua murid yang menjadi mangsa mengemukakan tuntutan terus ke cawangan takaful berdekatan.*

               *HAMPIR 30 peratus penduduk Taman Pasir Putih, Pasir Gudang yang terjejas akibat pencemaran gas kimia di Sungai Kim Kim mengambil keputusan untuk berpindah ke lokasi lain untuk sementara waktu. Pengerusi Penaja Badan Bertindak Penduduk Isu Pencemaran Alam (BBPIPA), Muhammad Fauzi Rohani berkata, pemindahan penduduk berlaku sejak kelmarin dan mula ketara pada pagi hari ini.*

               *DEWAN Rakyat dimaklumkan tiada pengisytiharan darurat bencana di kawasan terjejas sisa toksik di Pasir Gudang. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin semasa menggulung usul pengisytiharan darurat bencana yang dibawa oleh Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) pada sesi khas Sidang Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini.*

                *BIRO Guaman Wanita (Guamnita) bersedia menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada mangsa pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Pengerusinya, Azlinda Baroni dalam kenyataan hari ini berkata, mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat itu boleh mengemukakan aduan bertulis dan dihantar ke alamat e-mel di guamnita@gmail.com.*

                *BUAT pertama kali dalam sejarah Sabah, peratus lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah luar bandar mengatasi sekolah bandar. Dalam keputusan SPM 2018 yang diumumkan hari ini, daripada 214 sekolah menengah di Sabah, 61 sekolah di kawasan bandar merekodkan pencapaian lulus 87.19 peratus, manakala 153 sekolah luar bandar mencapai kadar lulus 88.18 peratus, iaitu perbezaan 0.99 peratus.*

               *JABATAN Penjara menafikan balu kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Samirah Muzaffar, diletakkan dalam bilik gelap di Penjara Kajang seperti didakwa peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Pengarah Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara, Nordin Muhamad berkata, semakan mendapati wanita itu tidak ditahan di bilik gelap, sebaliknya ditempatkan berseorangan di bilik asingan bersebelahan bilik Pegawai Bertugas Penjara Wanita Kajang.*

                *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengenal pasti ramai pemandu bas dan van sekolah di negeri ini membawa lebih muatan menyebabkan pelajar terpaksa berhimpit. Pengarahnya, Azrin Borhan menegaskan, pemandu bas sekolah dibenarkan membawa hanya 30 pelajar, manakala van sekolah adalah 18 pelajar.*

                *EMPAT sekeluarga membabitkan nenek, menantu wanita dan dua cucu lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di Batu Gajah hari ini atas tuduhan mencuri dan memiliki barang curi, Jumaat lalu. Tertuduh, P Neela, 60; menantunya S Indra, 39, dan dua cucunya Durai Raj, 20, serta seorang lagi berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa secara bersama di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadaruddin.*

               *“SEBELUM ini emak rajin bercakap dengan kami, namun sejak tinggal dengan adik keempat, dia sering murung dan jarang bercakap,” kata anak kedua warga emas berusia 64 tahun yang cedera dipercayai didera. Warga emas itu diselamatkan dari rumahnya di Flat Desa Wawasan, Bukit Mertajam, 1 tengah hari semalam dengan luka dan lebam di seluruh badan, selain dipercayai mempunyai kesan patah lama pada anggota badannya.*

                *SEORANG pengimpal maut ditimpa tangki pelarut ketika membuat kerja kimpalan di sebuah kilang pembuatan bejana tekanan tidak berapi di Lahat, Ipoh, petang semalam. Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Ir Zamzurin Maarof berkata, dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mangsa Goh Weng Hoo, 57, meninggal dunia di lokasi kejadian.*

               *TAN Sri Robert Kuok mengekalkan kedudukan nombor satu dalam senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2019 dengan nilai bersih AS$12.8 bilion walaupun kekayaannya merosot AS$2 bilion, menurut Forbes Asia. Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2019 yang dikeluarkan hari ini menyebut 30 hartawan Malaysia menyaksikan kekayaan mereka merosot manakala 11 lagi menikmati peningkatan.*

               *KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 negeri Kedah mencatatkan peningkatan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu sebanyak 5.05 berbanding 5.07 pada 2017. Pengarah Pendidikan Kedah, Abd Aziz Selaiman berkata, 378 daripada 32,003 calon peperiksaan itu berjaya memperoleh semua Gred A (Cemerlang) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.*

                *KOTA KINABALU: Pasangan suami isteri hanya mampu meraung selepas melihat mayat anak bongsu mereka yang dikhuatiri lemas akhirnya ditemui di parit besar Kampung Ganang, Kepayan. Mayat Muhammad Alwadi Abdullah, 3, ditemui penduduk Kampung Ganang jam 4 petang semalam iaitu dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh di parit Kampung Peringatan, Petagas, kelmarin.*

                *SEORANG penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh rakannya, enam tahun lalu. Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap B Ruban, 31, selepas pihak pembelaan gagal mengemukakan keraguan munasabah menerusi keterangan tertuduh sepanjang prosiding berjalan.*

                *TINDAKAN seorang lelaki melanggar motosikal ditunggang penjenayah sekaligus berjaya menghalang suspek yang cuba melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Kajang Sentral, Selangor. Kejadian jam 6.35 pagi ini disaksikan seorang penyelia pengawal keselamatan sebuah syarikat swasta ketika dia menghantar isterinya ke tempat kerja yang terletak berhampiran lokasi kejadian.*

               *POLIS Selangor mengesan 115 individu bagi membantu siasatan berkaitan kes jenayah komersial di negeri itu sejak 2003 sehingga kini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, semua suspek berkenaan berusia 19 hingga 60 tahun dan ada antara mereka menetap di luar negeri ini.*

               *EMPAT pegawai dan 21 anggota Unit Peninjau Chemical Biological, Radilogical and Nuclear (CBRN) dari 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilengkapi peralatan khusus serta pakar dalam mengendalikan sisa bahan kimia beracun digerakkan ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor, hari ini.*

                *GURU sekolah memandu dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan pelajarnya, dua tahun lalu. Tertuduh, Muhammad Faris Johar, 27, turut didenda RM4,000 atau 10 bulan penjara, jika gagal membayar denda berkenaan.*

               *LAPAN lelaki termasuk seorang wanita yang dipercayai terbabit dalam sindiket pertaruhan judi dalam talian ditahan di sebuah kodominium di Sunway Velocity di Jalan Cheras, Kuala Lumpur semalam. Serbuan menerusi Ops Dadu itu dijalankan Unit Pencegahan Perjudian (D7A) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Unit Forensik JSJ dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada 3.50 petang.*

               *RAIH keuntungan bersih mencecah RM300,000 sebulan. Itu hasil pendapatan diraih sindiket judi dalam talian yang menyasarkan pemain dari Indonesia. Bagaimanapun helah sindiket terbabit yang dipercayai aktif sejak enam bulan lalu terbongkar dalam serbuan di sebuah bangunan pejabat di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, Selasa lalu.*

               *SERAMAI 624 atau 2.06 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Perak memperoleh keputusan cemerlang semua dalam semua mata pelajaran. Keputusan itu menunjukkan penurunan berbanding 734 calon atau 2.20 peratus mendapat cemerlang semua A pada 2017.*

               *SERAMAI 893 daripada 8,531 pelajar membabitkan 53 Maktab Sains Rendah Mara (MRSM) di seluruh neg ara memperoleh gred semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang diumumkan, hari ini. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, MRSM berjaya mencapai prestasi yang cemerlang dengan 100 peratus gred lulus dan mencatatkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) yang baik iaitu 2.46.*

               *SEBELAS pemancing rakyat Malaysia dan tiga kru sebuah bot pancing milik warga tempatan yang ditahan Tentera Nasional Indonesia (TNI) di sempadan perairan negara semalam dibebaskan hari ini. Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, hasil rundingan antara APMM dengan TNI membawa kepada persetujuan untuk melepaskan bot nelayan itu 2 petang ini.*

               *TINDAKAN lelaki menunjukkan kad Darjah Kebesaran (DK) bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal apabila saman tetap dikeluarkan terhadap lelaki terbabit. Lelaki yang mendakwa berstatus ‘Tengku’ berusia 49 tahun dari Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu disaman kerana kereta BMW dipandunya tamat tempoh cukai jalan dan tidak memiliki insuran kenderaan.*

                *MALAYSIA dan Singapura akan meneruskan perbincangan mengenai isu air di bawah Perjanjian Air 1962 (62WA) melalui Peguam Negara kedua-dua negara. Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua negara komited untuk mencari penyelesaian berhubung isu berkenaan.*

               *PATUTLAH abah sering berpesan supaya saya menjaga ibu dan adik, rupa-rupanya dia hendak `tinggalkan’ kami selama-lamanya,” kata Wan Syahila Wan Hussin, 16, selepas bapanya maut dalam kemalangan di Kilometer 24, Jalan Tok Kah - Jerangau, dekat Pasir Lawang Jerangau, Dungun, Terengganu hari ini. Mangsa Wan Hussin Wan Hassan, 55, maut sejurus motosikal ditungganginya berlanggar dengan sebuah lori, kira-kira jam 11 pagi.*

               *GAGAL mengawal perasaan disebabkan masalah keluarga dipercayai menjadi punca seorang wanita cuba membunuh diri di tingkat sembilan sebuah pangsapuri di Taman Permai Indah, Pandamaran Jaya di Klang, pagi tadi. Dalam kejadian 11 pagi itu, mangsa yang berusia 34 tahun dan sudah berkahwin itu cuba terjun dari kawasan tangga bangunan berkenaan.*

               *TINDAKAN mak nyah yang berjalan di pembahagi jalan dalam keadaan berbogel berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, semalam, dipercayai kerana tertekan. Dalam kejadian 11.15 pagi itu, mak nyah warga Filipina berusia 29 tahun berkenaan dikatakan berlari dan berjalan di lokasi terbabit tanpa seurat benang.*

               *MAJLIS Daerah Hulu Selangor hari ini menyerbu dua kilang kitar semula plastik import di kawasan perindustrian Zuhrah, Rasa, Selangor, di sini, semalam. Serbuan diketuai Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Shukri Mohamad Hamim serta 100 anggota. Menurut Shukri, hasil siasatan awal mendapati, pengusaha kilang kitar semula plastik itu beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah dan pernah dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan sebelum ini.*

               *“ALLAH lebih menyayanginya, saya reda” kata Hazwani Hanafi, 27, tunang kepada Muhammad Afifi Amiri Mohamad Nawawi, 28, yang maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Batu 4, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, semalam. Dalam kejadian kira-kira 6.05 petang itu, Muhammad Afifi Amiri dari Tendong, Pasir Mas meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditunggangi dipercayai merempuh jentera bomba.*

               *BEKAS anggota polis dipenjara selama empat bulan dan didenda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan rasuah lima tahun lalu. Keputusan itu dibuat Hakim Madihah Harullah selepas tertuduh, Mohd Fairuz Abd Jalil, 33, membuat pengakuan terbabit di hadapannya.*

                *KEBERKESANAN usaha mengekang pencerobohan nelayan asing hanya dapat dicapai dengan kerjasama nelayan tempatan yang bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa. Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sarawak, Intan Suhaila Othman berkata, komuniti nelayan berada di barisan hadapan dan sentiasa melihat apa yang berlaku di sekeliling mereka.*

               *SEBANYAK 12,608 kilogram (kg) keratan ayam sejuk beku bernilai RM521,864 dirampas dalam serbuan di sebuah premis yang tidak mempunyai permit dan sijil halal di Machang, Kelantan minggu lalu. Dalam serbuan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) 5 Mac lalu hasil risikan di sepanjang Sungai Golok, turut menyita empat lori dipercayai digunakan untuk mengangkut ayam sejuk beku.*

               *TINDAKAN peniaga menjual rokok seludup di kedai runcitnya membawa padah apabila dia dikenakan hukuman denda RM100,000 oleh Mahkamah Majistret Kemaman, Chukai hari ini. Majistret Nik Mohd Termizie Nik Mohd Shukri mengenakan hukuman itu terhadap Nazrin Ab Rahman, 44, selepas dia mengaku salah terhadap pertuduhan memiliki 59 paket rokok seludup pelbagai jenama di kedai runcitnya.*

               *KELANTAN merekodkan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 terbaik dalam tempoh 10 tahun apabila merekodkan Gred Purata Negeri (GPN) 4.84. Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan Abdullah Mat berkata, jumlah itu meningkat 0.11 mata berbanding 4.95, tahun lalu.*

               *TIADA lagi budi bicara diberikan terhadap pemilik restoran di Pahang yang mengulangi kesalahan melanggar syarat perniagaan membabitkan kebersihan penyediaan makanan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Abdul Rahim Muda berkata, jika dikesan mengulangi kesalahan sama, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menarik balik lesen perniagaan restoran terbabit.*

               *KILANG memproses mi, kuetiau dan sos cili di Permatang Damar Laut dekat sini, diarah tutup selama 14 hari selepas didapati menggunakan makanan haiwan sebagai bahan dalam sos. Perbuatan jijik di kilang itu dibongkar ketika pemeriksaan penguat kuasa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam Operasi Penang Sihat di Diamond Valley Industrial Park, hari ini.*

               *TIDAK puas hati dengan bapa saudaranya yang membuat laporan polis terhadapnya, seorang lelaki mengugut mahu membunuh warga emas itu. Dalam kejadian jam 8 malam, 5 Mac lalu di sebuah rumah di Kampung Batu Putih, Chendering, Kuala Terengganu, mangsa berusia 61 tahun yang sedang berehat didatangi suspek dalam keadaan marah dan memberitahu mahu bergaduh dengannya.*

               *ANGGOTA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat Laskar Kanan maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 6, Ayer Tawar-Sitiawan, Manjung, hari ini. Dalam kejadian 7.15 pagi, Mohd Fadzli Othman, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala.*

               *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menyiapkan kertas kerja berkaitan pengambilan pekerja asing khususnya kepada sektor borong, peruncit dan restoran. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasuton Ismail berkata, sebelum ini pihaknya banyak menerima aduan supaya pembekuan pekerja asing dalam sektor yang disebutkan itu dikembalikan.*

               *TERENGGANU mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 dengan Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 4.90. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata, walaupun GPN yang diperoleh kekal seperti tahun lalu, ia melepasi sasaran ditetapkan jabatan iaitu 4.85.*

               *KIRA-KIRA 160 nelayan di Pangkalan Nelayan Kuala Sungai Baru menanggung derita setiap kali keluar ke laut berikutan muara Kuala Sungai Baru yang kian cetek terutama ketika air surut. Nelayan yang pulang dari menangkap ikan ketika air surut dan ingin mendaratkan hasil tangkapan di jeti pangkalan itu terpaksa berlabuh di laut akibat muara tidak boleh dilalui dan harus menunggu hingga air pasang.*

               *BANDUAN lelaki warga emas meringkuk di penjara lebih lama apabila ditambah hukuman penjara 26 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram RM285,000 empat tahun lalu. Hakim Yang Zaimey Yang Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Shee Fook, 71, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.*

            
*SEJAGAT*
==========

  
          *Washington: Laman media sosial terbesar dunia, Facebook terpaksa bergantung kepada Twitter hari ini untuk menjelaskan gangguan yang dihadapi aplikasi itu di seluruh dunia.*
            *Sejumlah pengguna Facebook dan beberapa platform media sosial lain yang dimiliki gergasi teknologi itu termasuk Instagram, Messenger dan WhatsApp, berdepan masalah untuk mengakses perkhidmatan berkenaan.*
          *Akibatnya ramai pengguna beralih ke Twitter untuk meluahkan kekecewaan mereka.*
           *Difahamkan gangguan bermula petang semalam dan menjejaskan pengguna di beberapa kawasan, termasuk Amerika Syarikat, Amerika Tengah dan Selatan, serta Eropah, Twitter dan laman pengesan gangguan, DownDetector.com yang dipetik CNN.*

          *NEW DELHI: Empat terbunuh manakala 34 lagi cedera selepas sebahagian jejantas berhampiran stesen keretapi Chhatrapati Shivaji Maharaj Terminus di Mumbai runtuh, petang semalam.*
            *AFP melaporkan, jejantas itu sedang dibaikpulih dan kejadian berlaku pada waktu kemuncak sekitar jam 7.30 petang ketika stesen berkenaan sesak dengan penumpang.*
            *Mangsa meninggal dunia di hospital dan Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan India turut menghantar anggota penyelamat ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa terperangkap.*

          *AHMEDABAD: Sepuluh penuntut universiti ditahan polis di barat Gujarat, India, semalam kerana bermain permainan video popular, PUBG, selepas pihak berkuasa mengharamkan permainan itu minggu lalu.*
         *Gujarat adalah satu-satunya negeri di India yang melaksanakan pengharaman itu selepas permainan berkenaan dimuat naik oleh lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia, lapor AFP.*
           *Bagaimanapun, jurucakap polis, V.S Vanzara berkata, semua yang ditahan itu kemudian dibebaskan dengan ikat jamin pada hari sama.*

           *Washington: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menggantung perkhidmatan pesawat jenis Boeing 737 MAX atas faktor keselamatan sekali gus menyebabkan pembuat kapal terbang terbesar dunia itu berdepan krisis terburuk dalam tempoh beberapa bulan.*
           *AS akhirnya mengikut langkah beberapa negara yang mengharamkan pesawat jenis berkenaan beroperasi di ruang udara masing-masing susulan nahas pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas pada Ahad lalu dan membunuh semua 157 penumpang.*
           *Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) membuat pengumuman itu beberapa minit selepas Presiden Donald Trump mengeluarkan arahan kecemasan untuk menggantung semua pesawat Boeing 737 MAX 8 dan MAX 9 di negara itu.*

          *CARACAZ: Masalah gangguan bekalan elektrik yang melanda Venezuela hampir pulih selepas kakitangan sektor awam kembali bekerja hari ini selepas negara itu bergelap hampir seminggu, kata Menteri Komunikasi Jorge Rodriguez.*
             *Masalah bekalan elektrik terbesar pernah dialami negara itu itu menjejaskan lampu, pengangkutan dan pengagihan air sekali gus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan cuti untuk kakitangan awam dan sekolah sejak Jumaat lalu.*
          *Bekalan elektrik kembali pulih di Caracas dan beberapa kawasan lain sejak Selasa lalu, walaupun wilayah barat masih terputus bekalan elektrik semalam.*

          *LAGOS: Gabenor Lagos mengesahkan ada kematian dalam kejadian bangunan yang turut menempatkan sekolah rendah runtuh di sini, hari ini.*
        *AL Jazeera melaporkan, Akinwunmi Ambode bagaimanapun, tidak menyatakan jumlah mangsa yang terbunuh namun kira-kira 100 kanak-kanak dikhuatiri terperangkap.*
         *”Kami sudah mengeluarkan kira-kira 25 mangsa, sebahagiannya sudah meninggal dunia,” katanya.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *AKIBAT berang diminta untuk mengalihkan kenderaannya, seorang lelaki berlagak seperti samseng apabila mencekik pemandu kereta berhampiran masjid di Damansara, Petaling Jaya, Selasa lalu.*
              *Difahamkan rakaman gambar ketika suspek menyerang mangsa turut tular selepas dimuat naik di media sosial sejak semalam.*
          *Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.*

           *POLIS Johor meminta orang ramai lebih bertanggungjawab dan tidak lagi menyebarkan berita palsu berkaitan pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, atau berdepan tindakan tegas.*
             *Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dalam satu kenyataan berkata, sejak kebelakangan ini banyak berita palsu dan tidak benar ditularkan melalui media sosial mengenai kejadian itu.*
             *Katanya, kejadian itu mengakibatkan banyak pihak termasuk pelajar terpaksa mendapatkan rawatan, namun penyebaran berita tidak benar menyebabkan suasana panik dan kegusaran awam.*

           *Kuala Lumpur: Pasangan selebriti Nur Fasha Sandha, 34, dan Aidil Aziz, 32, yang kini sibuk menguruskan majlis perkahwinan mereka, turut merakamkan gambar pra perkahwinan di sekitar ibu negara, baru-baru ini.*
         *Bagai pinang dibelah dua, gambar berkenaan yang dikongsi Fasha menerusi akaun Instagramnya mendapat ribuan 'like' daripada peminat yang tidak sabar untuk melihat mereka di pelamin.*
          *Tampil mempesona dengan gaun pengantin berwarna putih gading daripada Azura Couture, seri pengantin begitu terserlah pada wajah Fasha.*
          *Tambah menarik, gambar yang dirakam menggunakan HUAWEI siri P30 itu mempamerkan kehebatan peranti baru dengan zoom pada tahap maksima dengan begitu baik.*
                 

*ARENA*
========


          *ROBERT Lewandowski mengkritik taktik Bayern Munich selepas mereka tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara di tangan Liverpool awal pagi tadi.*
         *Penyerang Poland itu menganggap pendekatan Bayern dalam perlawanan itu sangat negatif membolehkan skuad Jurgen Klopp meledak tiga jaringan di Allianz Arena.*
           *Selepas Bayern menyamakan kedudukan pada babak pertama, mereka gagal meneruskan momentum sekali gus menyaksikan tiada wakil Jerman pada peringkat suku akhir buat kali pertama sejak 11 tahun lalu.*

          *PENGURUS Barcelona, Ernesto Valverde dan rakan sejawatan, Bruno Genesio menghamburkan pujian buat Lionel Messi selepas bintang Argentina itu mempamerkan magis menewaskan Olympique Lyonnais 5-1 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.*
          *Lyon bagaikan tiada jawapan menyekat ketangkasan Messi apabila bintang Argentina itu menyumbat dua gol dan melakukan dua umpanan bagi membolehkan Barcelona mara ke saingan lapan terbaik.*

          *PENGARAH Perlumbaan Formula Satu, Charlie Whiting, 66, meninggal dunia, tiga hari sebelum berlangsung Grand Prix pertama musim 2019 di Melbourne, menurut urucakap badan induk sukan permotoran itu, hari ini.*
         *Whiting yang berasal dari Britain memulakan karier bersama pasukan Hesketh pada 1977 meninggal dunia akibat penyakit ‘pulmonari embolisme’.
"Berita sangat menyedihkan apabila mendapat tahu kematian Charlie,” kata Presiden Persekutuan Automobile Antarabangsa (FIA), Jean Todt.*

          *"SENGIT, kelajuan sangat tinggi dan tiada maaf!. Sukan ini memang fenomena. Pengalaman yang menarik. Apa kata jika kamu membenarkan saya menunggang pada masa depan?," kata pemandu Mercedes, Lewis Hamilton dalam akaun Twitter.*
            *Hamilton berkata, dia '100 peratus' mahu menunggang motosikal MotoGP dan berharap dapat diberikan lebih masa untuk menguji jentera dua roda itu sebelum menghadapi cabaran berkenaan.*
          *Juara dunia lima kali Formula Satu (F1) dari Britain itu secara terbuka menyatakan minatnya terhadap motosikal dan menghadiri pusingan pembuka tirai MotoGP di Qatar minggu lalu sebagai tetamu pasukan yang disokong penuh Yamaha, PETRONAS Yamaha Sepang Racing.*

          *PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah mahu menjadikan bekas rakan sepasukanya musim lalu, Johann Zarco sebagai rujukan musim ini dalam usaha memperbaiki tunggangan bersama jentera baru, Red Bull KTM Tech3.*
          *Jelas Hafizh, meskipun Zarco yang beraksi bersama Red Bull KTM Factory Racing juga bergelut sepertinya, namun dia percaya pelumba Perancis itu mampu membantunya memperbaiki tunggangan.*
            *”Gaya tunggangan saya sama seperti Johann. Dia mempunyai lebih banyak pengalaman dan ia memberi kelebihan kepadanya.*

           *BEREGU campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mengetuai cabaran pemain Malaysia mara ke pusingan seterusnya pada Kejohanan Badminton China Masters 2019 di Hainan, hari ini.*
              *Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dalam pada itu melangkah ke pusingan ketiga selepas menumpaskan Hsueh Hsuan Yi dari Taiwan; 21-18, 18-21, 21-7 dalam aksi pusingan kedua.*
              *Gandingan beregu lelaki profesional Malaysia yang juga pilihan keempat, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen turut menempah slot ke pusingan kedua selepas mengatasi cabaran sengit pasangan China, Huang Di-Liang Yongwang 21-8, 19-21, 21-9.*

          ♂ *JAGUH berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang tidak gusar dengan prestasi semasa yang kurang memberangsangkan kerana mahu fokus menambah berat jisim otot sebagai persediaan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.*
          *Azizul menjelaskan kebanyakan pakar sains sukan berkata, dia antara pelumba yang memiliki tahap kepantasan terbaik dunia, namun terdapat kelemahan dari aspek fizikal dan memerlukan jisim otot yang tinggi untuk menjadi lebih kuat.*

          *KUALA LUMPUR: Gandingan muka lama dan baharu mampu memantapkan pasukan seterusnya memberi tentangan sengit dalam saingan Piala Airmarine 2019 yang berlangsung di sini, dari 20 hingga 23 Mac nanti.*
           *Sambil berpuas hati dengan barisan pemain kali ini, pengendali skuad senior, Tan Cheng Hoe optimis menempah slot akhir piala berkenaan apabila melihat komitmen yang diberikan pemain ketika menjalani latihan.*
           *Beliau berkata, semua pemain termasuk Hazwan Bakri, Syazwan Andik dan Matthiew Davies yang sebelum ini tidak hadir sesi latihan pertama sudah melaporkan diri bagi menyahut panggilan kebangsaan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2019 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*#pray4pasirgudang*

*JUAAT 15 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 8 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0554*
*SUBUH : 0604*
*SYURUK : 0718*
*ZOHOR : 1325*
*ASAR : 1634*
*MAGHRIB : 1927*
*ISYAK : 2036*


*artikel disiarkan pada tarikh 14mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah supaya Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengenal pasti beberapa perkara dalam menangani isu pencemaran sisa kimia. Sultan Ibrahim bertitah, jawatankuasa itu perlu merangka satu prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi semua pihak bagi memastikan kejadian sama tidak berulang di Johor.*

               *SEMUA 336 murid sekolah yang menjadi mangsa pencemaran toksik di Pasir Gudang dijamin dengan pampasan di bawah perlindungan Insurans Takaful Malaysia. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membantu semua murid yang menjadi mangsa mengemukakan tuntutan terus ke cawangan takaful berdekatan.*

               *HAMPIR 30 peratus penduduk Taman Pasir Putih, Pasir Gudang yang terjejas akibat pencemaran gas kimia di Sungai Kim Kim mengambil keputusan untuk berpindah ke lokasi lain untuk sementara waktu. Pengerusi Penaja Badan Bertindak Penduduk Isu Pencemaran Alam (BBPIPA), Muhammad Fauzi Rohani berkata, pemindahan penduduk berlaku sejak kelmarin dan mula ketara pada pagi hari ini.*

               *DEWAN Rakyat dimaklumkan tiada pengisytiharan darurat bencana di kawasan terjejas sisa toksik di Pasir Gudang. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin semasa menggulung usul pengisytiharan darurat bencana yang dibawa oleh Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) pada sesi khas Sidang Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini.*

                *BIRO Guaman Wanita (Guamnita) bersedia menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada mangsa pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Pengerusinya, Azlinda Baroni dalam kenyataan hari ini berkata, mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat itu boleh mengemukakan aduan bertulis dan dihantar ke alamat e-mel di guamnita@gmail.com.*

                *BUAT pertama kali dalam sejarah Sabah, peratus lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah luar bandar mengatasi sekolah bandar. Dalam keputusan SPM 2018 yang diumumkan hari ini, daripada 214 sekolah menengah di Sabah, 61 sekolah di kawasan bandar merekodkan pencapaian lulus 87.19 peratus, manakala 153 sekolah luar bandar mencapai kadar lulus 88.18 peratus, iaitu perbezaan 0.99 peratus.*

               *JABATAN Penjara menafikan balu kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Samirah Muzaffar, diletakkan dalam bilik gelap di Penjara Kajang seperti didakwa peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Pengarah Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara, Nordin Muhamad berkata, semakan mendapati wanita itu tidak ditahan di bilik gelap, sebaliknya ditempatkan berseorangan di bilik asingan bersebelahan bilik Pegawai Bertugas Penjara Wanita Kajang.*

                *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengenal pasti ramai pemandu bas dan van sekolah di negeri ini membawa lebih muatan menyebabkan pelajar terpaksa berhimpit. Pengarahnya, Azrin Borhan menegaskan, pemandu bas sekolah dibenarkan membawa hanya 30 pelajar, manakala van sekolah adalah 18 pelajar.*

                *EMPAT sekeluarga membabitkan nenek, menantu wanita dan dua cucu lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di Batu Gajah hari ini atas tuduhan mencuri dan memiliki barang curi, Jumaat lalu. Tertuduh, P Neela, 60; menantunya S Indra, 39, dan dua cucunya Durai Raj, 20, serta seorang lagi berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa secara bersama di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadaruddin.*

               *“SEBELUM ini emak rajin bercakap dengan kami, namun sejak tinggal dengan adik keempat, dia sering murung dan jarang bercakap,” kata anak kedua warga emas berusia 64 tahun yang cedera dipercayai didera. Warga emas itu diselamatkan dari rumahnya di Flat Desa Wawasan, Bukit Mertajam, 1 tengah hari semalam dengan luka dan lebam di seluruh badan, selain dipercayai mempunyai kesan patah lama pada anggota badannya.*

                *SEORANG pengimpal maut ditimpa tangki pelarut ketika membuat kerja kimpalan di sebuah kilang pembuatan bejana tekanan tidak berapi di Lahat, Ipoh, petang semalam. Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Ir Zamzurin Maarof berkata, dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mangsa Goh Weng Hoo, 57, meninggal dunia di lokasi kejadian.*

               *TAN Sri Robert Kuok mengekalkan kedudukan nombor satu dalam senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2019 dengan nilai bersih AS$12.8 bilion walaupun kekayaannya merosot AS$2 bilion, menurut Forbes Asia. Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2019 yang dikeluarkan hari ini menyebut 30 hartawan Malaysia menyaksikan kekayaan mereka merosot manakala 11 lagi menikmati peningkatan.*

               *KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 negeri Kedah mencatatkan peningkatan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu sebanyak 5.05 berbanding 5.07 pada 2017. Pengarah Pendidikan Kedah, Abd Aziz Selaiman berkata, 378 daripada 32,003 calon peperiksaan itu berjaya memperoleh semua Gred A (Cemerlang) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.*

                *KOTA KINABALU: Pasangan suami isteri hanya mampu meraung selepas melihat mayat anak bongsu mereka yang dikhuatiri lemas akhirnya ditemui di parit besar Kampung Ganang, Kepayan. Mayat Muhammad Alwadi Abdullah, 3, ditemui penduduk Kampung Ganang jam 4 petang semalam iaitu dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh di parit Kampung Peringatan, Petagas, kelmarin.*

                *SEORANG penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh rakannya, enam tahun lalu. Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap B Ruban, 31, selepas pihak pembelaan gagal mengemukakan keraguan munasabah menerusi keterangan tertuduh sepanjang prosiding berjalan.*

                *TINDAKAN seorang lelaki melanggar motosikal ditunggang penjenayah sekaligus berjaya menghalang suspek yang cuba melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Kajang Sentral, Selangor. Kejadian jam 6.35 pagi ini disaksikan seorang penyelia pengawal keselamatan sebuah syarikat swasta ketika dia menghantar isterinya ke tempat kerja yang terletak berhampiran lokasi kejadian.*

               *POLIS Selangor mengesan 115 individu bagi membantu siasatan berkaitan kes jenayah komersial di negeri itu sejak 2003 sehingga kini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, semua suspek berkenaan berusia 19 hingga 60 tahun dan ada antara mereka menetap di luar negeri ini.*

               *EMPAT pegawai dan 21 anggota Unit Peninjau Chemical Biological, Radilogical and Nuclear (CBRN) dari 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilengkapi peralatan khusus serta pakar dalam mengendalikan sisa bahan kimia beracun digerakkan ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor, hari ini.*

                *GURU sekolah memandu dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan pelajarnya, dua tahun lalu. Tertuduh, Muhammad Faris Johar, 27, turut didenda RM4,000 atau 10 bulan penjara, jika gagal membayar denda berkenaan.*

               *LAPAN lelaki termasuk seorang wanita yang dipercayai terbabit dalam sindiket pertaruhan judi dalam talian ditahan di sebuah kodominium di Sunway Velocity di Jalan Cheras, Kuala Lumpur semalam. Serbuan menerusi Ops Dadu itu dijalankan Unit Pencegahan Perjudian (D7A) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Unit Forensik JSJ dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada 3.50 petang.*

               *RAIH keuntungan bersih mencecah RM300,000 sebulan. Itu hasil pendapatan diraih sindiket judi dalam talian yang menyasarkan pemain dari Indonesia. Bagaimanapun helah sindiket terbabit yang dipercayai aktif sejak enam bulan lalu terbongkar dalam serbuan di sebuah bangunan pejabat di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, Selasa lalu.*

               *SERAMAI 624 atau 2.06 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Perak memperoleh keputusan cemerlang semua dalam semua mata pelajaran. Keputusan itu menunjukkan penurunan berbanding 734 calon atau 2.20 peratus mendapat cemerlang semua A pada 2017.*

               *SERAMAI 893 daripada 8,531 pelajar membabitkan 53 Maktab Sains Rendah Mara (MRSM) di seluruh neg ara memperoleh gred semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang diumumkan, hari ini. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, MRSM berjaya mencapai prestasi yang cemerlang dengan 100 peratus gred lulus dan mencatatkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) yang baik iaitu 2.46.*

               *SEBELAS pemancing rakyat Malaysia dan tiga kru sebuah bot pancing milik warga tempatan yang ditahan Tentera Nasional Indonesia (TNI) di sempadan perairan negara semalam dibebaskan hari ini. Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, hasil rundingan antara APMM dengan TNI membawa kepada persetujuan untuk melepaskan bot nelayan itu 2 petang ini.*

               *TINDAKAN lelaki menunjukkan kad Darjah Kebesaran (DK) bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal apabila saman tetap dikeluarkan terhadap lelaki terbabit. Lelaki yang mendakwa berstatus ‘Tengku’ berusia 49 tahun dari Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu disaman kerana kereta BMW dipandunya tamat tempoh cukai jalan dan tidak memiliki insuran kenderaan.*

                *MALAYSIA dan Singapura akan meneruskan perbincangan mengenai isu air di bawah Perjanjian Air 1962 (62WA) melalui Peguam Negara kedua-dua negara. Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua negara komited untuk mencari penyelesaian berhubung isu berkenaan.*

               *PATUTLAH abah sering berpesan supaya saya menjaga ibu dan adik, rupa-rupanya dia hendak `tinggalkan’ kami selama-lamanya,” kata Wan Syahila Wan Hussin, 16, selepas bapanya maut dalam kemalangan di Kilometer 24, Jalan Tok Kah - Jerangau, dekat Pasir Lawang Jerangau, Dungun, Terengganu hari ini. Mangsa Wan Hussin Wan Hassan, 55, maut sejurus motosikal ditungganginya berlanggar dengan sebuah lori, kira-kira jam 11 pagi.*

               *GAGAL mengawal perasaan disebabkan masalah keluarga dipercayai menjadi punca seorang wanita cuba membunuh diri di tingkat sembilan sebuah pangsapuri di Taman Permai Indah, Pandamaran Jaya di Klang, pagi tadi. Dalam kejadian 11 pagi itu, mangsa yang berusia 34 tahun dan sudah berkahwin itu cuba terjun dari kawasan tangga bangunan berkenaan.*

               *TINDAKAN mak nyah yang berjalan di pembahagi jalan dalam keadaan berbogel berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, semalam, dipercayai kerana tertekan. Dalam kejadian 11.15 pagi itu, mak nyah warga Filipina berusia 29 tahun berkenaan dikatakan berlari dan berjalan di lokasi terbabit tanpa seurat benang.*

               *MAJLIS Daerah Hulu Selangor hari ini menyerbu dua kilang kitar semula plastik import di kawasan perindustrian Zuhrah, Rasa, Selangor, di sini, semalam. Serbuan diketuai Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Shukri Mohamad Hamim serta 100 anggota. Menurut Shukri, hasil siasatan awal mendapati, pengusaha kilang kitar semula plastik itu beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah dan pernah dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan sebelum ini.*

               *“ALLAH lebih menyayanginya, saya reda” kata Hazwani Hanafi, 27, tunang kepada Muhammad Afifi Amiri Mohamad Nawawi, 28, yang maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Batu 4, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, semalam. Dalam kejadian kira-kira 6.05 petang itu, Muhammad Afifi Amiri dari Tendong, Pasir Mas meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditunggangi dipercayai merempuh jentera bomba.*

               *BEKAS anggota polis dipenjara selama empat bulan dan didenda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan rasuah lima tahun lalu. Keputusan itu dibuat Hakim Madihah Harullah selepas tertuduh, Mohd Fairuz Abd Jalil, 33, membuat pengakuan terbabit di hadapannya.*

                *KEBERKESANAN usaha mengekang pencerobohan nelayan asing hanya dapat dicapai dengan kerjasama nelayan tempatan yang bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa. Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sarawak, Intan Suhaila Othman berkata, komuniti nelayan berada di barisan hadapan dan sentiasa melihat apa yang berlaku di sekeliling mereka.*

               *SEBANYAK 12,608 kilogram (kg) keratan ayam sejuk beku bernilai RM521,864 dirampas dalam serbuan di sebuah premis yang tidak mempunyai permit dan sijil halal di Machang, Kelantan minggu lalu. Dalam serbuan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) 5 Mac lalu hasil risikan di sepanjang Sungai Golok, turut menyita empat lori dipercayai digunakan untuk mengangkut ayam sejuk beku.*

               *TINDAKAN peniaga menjual rokok seludup di kedai runcitnya membawa padah apabila dia dikenakan hukuman denda RM100,000 oleh Mahkamah Majistret Kemaman, Chukai hari ini. Majistret Nik Mohd Termizie Nik Mohd Shukri mengenakan hukuman itu terhadap Nazrin Ab Rahman, 44, selepas dia mengaku salah terhadap pertuduhan memiliki 59 paket rokok seludup pelbagai jenama di kedai runcitnya.*

               *KELANTAN merekodkan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 terbaik dalam tempoh 10 tahun apabila merekodkan Gred Purata Negeri (GPN) 4.84. Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan Abdullah Mat berkata, jumlah itu meningkat 0.11 mata berbanding 4.95, tahun lalu.*

               *TIADA lagi budi bicara diberikan terhadap pemilik restoran di Pahang yang mengulangi kesalahan melanggar syarat perniagaan membabitkan kebersihan penyediaan makanan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Abdul Rahim Muda berkata, jika dikesan mengulangi kesalahan sama, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menarik balik lesen perniagaan restoran terbabit.*

               *KILANG memproses mi, kuetiau dan sos cili di Permatang Damar Laut dekat sini, diarah tutup selama 14 hari selepas didapati menggunakan makanan haiwan sebagai bahan dalam sos. Perbuatan jijik di kilang itu dibongkar ketika pemeriksaan penguat kuasa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam Operasi Penang Sihat di Diamond Valley Industrial Park, hari ini.*

               *TIDAK puas hati dengan bapa saudaranya yang membuat laporan polis terhadapnya, seorang lelaki mengugut mahu membunuh warga emas itu. Dalam kejadian jam 8 malam, 5 Mac lalu di sebuah rumah di Kampung Batu Putih, Chendering, Kuala Terengganu, mangsa berusia 61 tahun yang sedang berehat didatangi suspek dalam keadaan marah dan memberitahu mahu bergaduh dengannya.*

               *ANGGOTA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat Laskar Kanan maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 6, Ayer Tawar-Sitiawan, Manjung, hari ini. Dalam kejadian 7.15 pagi, Mohd Fadzli Othman, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala.*

               *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menyiapkan kertas kerja berkaitan pengambilan pekerja asing khususnya kepada sektor borong, peruncit dan restoran. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasuton Ismail berkata, sebelum ini pihaknya banyak menerima aduan supaya pembekuan pekerja asing dalam sektor yang disebutkan itu dikembalikan.*

               *TERENGGANU mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 dengan Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 4.90. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata, walaupun GPN yang diperoleh kekal seperti tahun lalu, ia melepasi sasaran ditetapkan jabatan iaitu 4.85.*

               *KIRA-KIRA 160 nelayan di Pangkalan Nelayan Kuala Sungai Baru menanggung derita setiap kali keluar ke laut berikutan muara Kuala Sungai Baru yang kian cetek terutama ketika air surut. Nelayan yang pulang dari menangkap ikan ketika air surut dan ingin mendaratkan hasil tangkapan di jeti pangkalan itu terpaksa berlabuh di laut akibat muara tidak boleh dilalui dan harus menunggu hingga air pasang.*

               *BANDUAN lelaki warga emas meringkuk di penjara lebih lama apabila ditambah hukuman penjara 26 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram RM285,000 empat tahun lalu. Hakim Yang Zaimey Yang Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Shee Fook, 71, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.*

            
*SEJAGAT*
==========

  
          *Washington: Laman media sosial terbesar dunia, Facebook terpaksa bergantung kepada Twitter hari ini untuk menjelaskan gangguan yang dihadapi aplikasi itu di seluruh dunia.*
            *Sejumlah pengguna Facebook dan beberapa platform media sosial lain yang dimiliki gergasi teknologi itu termasuk Instagram, Messenger dan WhatsApp, berdepan masalah untuk mengakses perkhidmatan berkenaan.*
          *Akibatnya ramai pengguna beralih ke Twitter untuk meluahkan kekecewaan mereka.*
           *Difahamkan gangguan bermula petang semalam dan menjejaskan pengguna di beberapa kawasan, termasuk Amerika Syarikat, Amerika Tengah dan Selatan, serta Eropah, Twitter dan laman pengesan gangguan, DownDetector.com yang dipetik CNN.*

          *NEW DELHI: Empat terbunuh manakala 34 lagi cedera selepas sebahagian jejantas berhampiran stesen keretapi Chhatrapati Shivaji Maharaj Terminus di Mumbai runtuh, petang semalam.*
            *AFP melaporkan, jejantas itu sedang dibaikpulih dan kejadian berlaku pada waktu kemuncak sekitar jam 7.30 petang ketika stesen berkenaan sesak dengan penumpang.*
            *Mangsa meninggal dunia di hospital dan Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan India turut menghantar anggota penyelamat ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa terperangkap.*

          *AHMEDABAD: Sepuluh penuntut universiti ditahan polis di barat Gujarat, India, semalam kerana bermain permainan video popular, PUBG, selepas pihak berkuasa mengharamkan permainan itu minggu lalu.*
         *Gujarat adalah satu-satunya negeri di India yang melaksanakan pengharaman itu selepas permainan berkenaan dimuat naik oleh lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia, lapor AFP.*
           *Bagaimanapun, jurucakap polis, V.S Vanzara berkata, semua yang ditahan itu kemudian dibebaskan dengan ikat jamin pada hari sama.*

           *Washington: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menggantung perkhidmatan pesawat jenis Boeing 737 MAX atas faktor keselamatan sekali gus menyebabkan pembuat kapal terbang terbesar dunia itu berdepan krisis terburuk dalam tempoh beberapa bulan.*
           *AS akhirnya mengikut langkah beberapa negara yang mengharamkan pesawat jenis berkenaan beroperasi di ruang udara masing-masing susulan nahas pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas pada Ahad lalu dan membunuh semua 157 penumpang.*
           *Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) membuat pengumuman itu beberapa minit selepas Presiden Donald Trump mengeluarkan arahan kecemasan untuk menggantung semua pesawat Boeing 737 MAX 8 dan MAX 9 di negara itu.*

          *CARACAZ: Masalah gangguan bekalan elektrik yang melanda Venezuela hampir pulih selepas kakitangan sektor awam kembali bekerja hari ini selepas negara itu bergelap hampir seminggu, kata Menteri Komunikasi Jorge Rodriguez.*
             *Masalah bekalan elektrik terbesar pernah dialami negara itu itu menjejaskan lampu, pengangkutan dan pengagihan air sekali gus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan cuti untuk kakitangan awam dan sekolah sejak Jumaat lalu.*
          *Bekalan elektrik kembali pulih di Caracas dan beberapa kawasan lain sejak Selasa lalu, walaupun wilayah barat masih terputus bekalan elektrik semalam.*

          *LAGOS: Gabenor Lagos mengesahkan ada kematian dalam kejadian bangunan yang turut menempatkan sekolah rendah runtuh di sini, hari ini.*
        *AL Jazeera melaporkan, Akinwunmi Ambode bagaimanapun, tidak menyatakan jumlah mangsa yang terbunuh namun kira-kira 100 kanak-kanak dikhuatiri terperangkap.*
         *”Kami sudah mengeluarkan kira-kira 25 mangsa, sebahagiannya sudah meninggal dunia,” katanya.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *AKIBAT berang diminta untuk mengalihkan kenderaannya, seorang lelaki berlagak seperti samseng apabila mencekik pemandu kereta berhampiran masjid di Damansara, Petaling Jaya, Selasa lalu.*
              *Difahamkan rakaman gambar ketika suspek menyerang mangsa turut tular selepas dimuat naik di media sosial sejak semalam.*
          *Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.*

           *POLIS Johor meminta orang ramai lebih bertanggungjawab dan tidak lagi menyebarkan berita palsu berkaitan pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, atau berdepan tindakan tegas.*
             *Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dalam satu kenyataan berkata, sejak kebelakangan ini banyak berita palsu dan tidak benar ditularkan melalui media sosial mengenai kejadian itu.*
             *Katanya, kejadian itu mengakibatkan banyak pihak termasuk pelajar terpaksa mendapatkan rawatan, namun penyebaran berita tidak benar menyebabkan suasana panik dan kegusaran awam.*

           *Kuala Lumpur: Pasangan selebriti Nur Fasha Sandha, 34, dan Aidil Aziz, 32, yang kini sibuk menguruskan majlis perkahwinan mereka, turut merakamkan gambar pra perkahwinan di sekitar ibu negara, baru-baru ini.*
         *Bagai pinang dibelah dua, gambar berkenaan yang dikongsi Fasha menerusi akaun Instagramnya mendapat ribuan 'like' daripada peminat yang tidak sabar untuk melihat mereka di pelamin.*
          *Tampil mempesona dengan gaun pengantin berwarna putih gading daripada Azura Couture, seri pengantin begitu terserlah pada wajah Fasha.*
          *Tambah menarik, gambar yang dirakam menggunakan HUAWEI siri P30 itu mempamerkan kehebatan peranti baru dengan zoom pada tahap maksima dengan begitu baik.*
                 

*ARENA*
========


          *ROBERT Lewandowski mengkritik taktik Bayern Munich selepas mereka tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara di tangan Liverpool awal pagi tadi.*
         *Penyerang Poland itu menganggap pendekatan Bayern dalam perlawanan itu sangat negatif membolehkan skuad Jurgen Klopp meledak tiga jaringan di Allianz Arena.*
           *Selepas Bayern menyamakan kedudukan pada babak pertama, mereka gagal meneruskan momentum sekali gus menyaksikan tiada wakil Jerman pada peringkat suku akhir buat kali pertama sejak 11 tahun lalu.*

          *PENGURUS Barcelona, Ernesto Valverde dan rakan sejawatan, Bruno Genesio menghamburkan pujian buat Lionel Messi selepas bintang Argentina itu mempamerkan magis menewaskan Olympique Lyonnais 5-1 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.*
          *Lyon bagaikan tiada jawapan menyekat ketangkasan Messi apabila bintang Argentina itu menyumbat dua gol dan melakukan dua umpanan bagi membolehkan Barcelona mara ke saingan lapan terbaik.*

          *PENGARAH Perlumbaan Formula Satu, Charlie Whiting, 66, meninggal dunia, tiga hari sebelum berlangsung Grand Prix pertama musim 2019 di Melbourne, menurut urucakap badan induk sukan permotoran itu, hari ini.*
         *Whiting yang berasal dari Britain memulakan karier bersama pasukan Hesketh pada 1977 meninggal dunia akibat penyakit ‘pulmonari embolisme’.
"Berita sangat menyedihkan apabila mendapat tahu kematian Charlie,” kata Presiden Persekutuan Automobile Antarabangsa (FIA), Jean Todt.*

          *"SENGIT, kelajuan sangat tinggi dan tiada maaf!. Sukan ini memang fenomena. Pengalaman yang menarik. Apa kata jika kamu membenarkan saya menunggang pada masa depan?," kata pemandu Mercedes, Lewis Hamilton dalam akaun Twitter.*
            *Hamilton berkata, dia '100 peratus' mahu menunggang motosikal MotoGP dan berharap dapat diberikan lebih masa untuk menguji jentera dua roda itu sebelum menghadapi cabaran berkenaan.*
          *Juara dunia lima kali Formula Satu (F1) dari Britain itu secara terbuka menyatakan minatnya terhadap motosikal dan menghadiri pusingan pembuka tirai MotoGP di Qatar minggu lalu sebagai tetamu pasukan yang disokong penuh Yamaha, PETRONAS Yamaha Sepang Racing.*

          *PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah mahu menjadikan bekas rakan sepasukanya musim lalu, Johann Zarco sebagai rujukan musim ini dalam usaha memperbaiki tunggangan bersama jentera baru, Red Bull KTM Tech3.*
          *Jelas Hafizh, meskipun Zarco yang beraksi bersama Red Bull KTM Factory Racing juga bergelut sepertinya, namun dia percaya pelumba Perancis itu mampu membantunya memperbaiki tunggangan.*
            *”Gaya tunggangan saya sama seperti Johann. Dia mempunyai lebih banyak pengalaman dan ia memberi kelebihan kepadanya.*

           *BEREGU campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mengetuai cabaran pemain Malaysia mara ke pusingan seterusnya pada Kejohanan Badminton China Masters 2019 di Hainan, hari ini.*
              *Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dalam pada itu melangkah ke pusingan ketiga selepas menumpaskan Hsueh Hsuan Yi dari Taiwan; 21-18, 18-21, 21-7 dalam aksi pusingan kedua.*
              *Gandingan beregu lelaki profesional Malaysia yang juga pilihan keempat, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen turut menempah slot ke pusingan kedua selepas mengatasi cabaran sengit pasangan China, Huang Di-Liang Yongwang 21-8, 19-21, 21-9.*

          ♂ *JAGUH berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang tidak gusar dengan prestasi semasa yang kurang memberangsangkan kerana mahu fokus menambah berat jisim otot sebagai persediaan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.*
          *Azizul menjelaskan kebanyakan pakar sains sukan berkata, dia antara pelumba yang memiliki tahap kepantasan terbaik dunia, namun terdapat kelemahan dari aspek fizikal dan memerlukan jisim otot yang tinggi untuk menjadi lebih kuat.*

          *KUALA LUMPUR: Gandingan muka lama dan baharu mampu memantapkan pasukan seterusnya memberi tentangan sengit dalam saingan Piala Airmarine 2019 yang berlangsung di sini, dari 20 hingga 23 Mac nanti.*
           *Sambil berpuas hati dengan barisan pemain kali ini, pengendali skuad senior, Tan Cheng Hoe optimis menempah slot akhir piala berkenaan apabila melihat komitmen yang diberikan pemain ketika menjalani latihan.*
           *Beliau berkata, semua pemain termasuk Hazwan Bakri, Syazwan Andik dan Matthiew Davies yang sebelum ini tidak hadir sesi latihan pertama sudah melaporkan diri bagi menyahut panggilan kebangsaan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2019 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*#pray4pasirgudang*
    *#pray4Christchurch*

*SATU 16 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 9 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0554*
*SUBUH : 0604*
*SYURUK : 0718*
*ZOHOR : 1325*
*ASAR : 1633*
*MAGHRIB : 1927*
*ISYAK : 2035*


*LAST GOA_L MINGGU INI*


*artikel disiarkan pada tarikh 15mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *HARGA runcit petrol RON97 naik lapan sen seliter iaitu daripada RM2.46 seliter kepada RM2.54 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 seliter serta RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.*

               *MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengutuk tindakan keganasan terhadap mangsa yang tidak bersalah dalam satu kejadian tembakan rambang di sebuah masjid di Christchurch, New Zealand, hari ini. Azmin dalam satu kenyataannya berkata, beliau sangat terkejut dan sedih dengan berita tembakan rambang berkenaan serta sudah berhubung dengan pihak Wisma Putra bagi memantau keadaan di sana.*

               *SEHINGGA 3 petang waktu Malaysia hari ini, Kementerian Luar mengesahkan tiada warga Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan di tengah Christchurch, New Zealand. Menurut kenyataan dikeluarkan kementerian itu, bagaimanapun dua rakyat Malaysia cedera susulan insiden berkenaan dan sedang menerima rawatan di hospital.*

               *RAHIMI Ahmad, 39, seorang daripada dua rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam tembakan rambang dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Christchurch, New Zealand. Isterinya dikenali sebagai Azila berkata, ketika ini dia tidak mengetahui keadaan suaminya namun anak lelakinya berusia 11 tahun selamat. "Suami ke Masjid Al Noor di Deans Avenue untuk solat Jumaat, manakala anak saya sedang bermain di luar masjid dan sempat ditarik jemaah lain sebaik mendengar bunyi tembakan dalam masjid.*

               *PENDUDUK di sekitar Taman Eng Ann di Klang, diminta supaya bertenang dan tidak panik dengan kejadian pembuangan sisa minyak di kolam takungan di kawasan itu. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pihaknya menerusi pelbagai agensi sedang berusaha membendung dan membersihkan sisa kimia itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.*

                *LAPORAN analisa awal makmal mendapati sebanyak 21 bahan kimia dikesan pada sampel sisa industri dipercayai minyak yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab di Taman Eng Ann di Klang, semalam. Namun, semua bahan itu belum dikenal pasti sama ada berbahaya atau sebaliknya, dan ia bergantung kepada laporan penuh oleh Jabatan Kimia kelak.*

               *WARTAWAN Harian Metro, Mary Victoria Dass, terpaksa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar selepas hidungnya berdarah, sakit tekak, loya dan pening kepala ketika membuat liputan di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), pagi tadi. Mary petugas media ketiga yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar akibat ‘Simptom Kim Kim’ selepas wartawan Astro Awani, Ernalisa Othman, yang alami loya, pening dan muntah Rabu lalu.*

               *JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menugaskan seramai 133 anggota pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) bagi menangani sisa bahan kimia di Pasir Gudang, Johor. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, setakat ini pihaknya mengesan bahan kimia itu berada di 12 lokasi di kawasan berkenaan.*

                *BUNGKUS dalam plastik teh Cina kemudian diedar kepada penagih dadah warga tempatan sekitar Johor Bahru. Itu kerja sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang dipercayai baru beroperasi di Johor sebulan lalu. Namun taktik itu berjaya dihidu polis sebelum mereka ditumpaskan dalam empat serbuan berasingan di beberapa kediaman sekitar Taman Mount Austin di sini kelmarin.*

               *PEMANDU teksi didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandung sejak 8 tahun lalu. Tertuduh berusia 52 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.*

               *JURUGAMBAR sambilan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas dua kesalahan memuat naik komen jelik terhadap agama Hindu di Facebook miliknya. Zamri Abdul Razak, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan hadapan Hakim Zamri Bakar. Bagaimanapun, mahkamah menetapkan Isnin ini untuk hukuman terhadap tertuduh.*

                *WARGA emas kerugian RM13,000 selepas diperdaya warga asing yang meminta pertolongan bagi bayaran kos rawatan untuk menyelamatkan nyawa saudaranya di hospital. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, peneroka dari Jerantut berusia 73 tahun itu ditegur seorang lelaki 1 tengah hari Rabu lalu ketika berada di sebuah pasar raya di bandar itu.*

               *DUA lelaki maut selepas kereta dipandu bertembung dalam kemalangan di Kilometer 145 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Mentakab malam tadi. Kejadian 11.55 malam itu menyebabkan Liew Kwong Fai, 42, yang memandu Nissan Almera dari Bahau, Negeri Sembilan dan pemandu Proton Iswara, Hairol Asyraf Mohammad, 23, dari FELDA Lakum, Temerloh maut di lokasi.*

               *PENGARAH Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini. Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang bersara wajib Ahad ini.*

               *“SETIAP kali hujan lebat, hati saya berdebar kerana rasa tidak selamat terdedah dengan hakisan bukit berdekatan kediaman penduduk,” kata Anjang Along, penduduk Orang Asli di Kampung Lojing Lama, di Gua Musang. Dia antara lebih 200 penduduk yang terdedah bahaya hakisan bukit yang disodok dipercayai oleh pengusaha kebun sayur sejak enam bulan lalu.*

               *SERAMAI 25 anggota dan pegawai Unit Peninjau Kimia, Biologi, Radiologi dan Nuklear (CBRN) dari 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bersiap sedia 24 jam di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Pegawai Pemerintah 12 Skuadron RAJD, CBRN, Leftenan Kolonel Norhelmi Ismail berkata, kehadiran pihaknya adalah bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memastikan kawasan yang terjejas dinyah toksik.*

               *JABATAN Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan siasat semua 29 pusat hemodialisis, susulan penemuan bahan buangan klinikal di tempat pelupusan sampah haram di Kampung FELDA Sendayan pada minggu lalu. Pengarah JAS negeri Norhazni Mat Sari berkata, setakat ini hanya sebuah pusat hemodialisis di Seremban 2 yang disyaki melakukan kesalahan itu tetapi pihaknya masih mengenal pasti premis lain yang terbabit.*

               *PELAKON dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari cedera di bahagian dahi ketika ditahan reman di dalam lokap Balai Polis Damansara, dua hari selepas ditahan polis kerana berkelakuan agresif, termasuk menampar anggota polis trafik dan orang awam, tahun lalu. Perkara itu dimaklumkan pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Faizal Abdullah, 33, pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor , hari ini, di hadapan Majistret Nor Arifin Hisham.*

               *PENGANGGUR berusia 36 tahun ditahan polis hari ini kerana memuat naik status berbaur hasutan di akaun Facebook miliknya dengan menghina institusi beraja. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, lelaki itu ditahan 5.30 pagi di rumahnya di Bukit Selambau, Sungai Petani susulan laporan pertama dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini.*

               *HANYA satu sungai di Perak iaitu Sungai Raja Hitam dekat Ayer Tawar, Manjung diklasifiksikan tercemar teruk dan berada pada kelas empat yang sumber airnya hanya boleh digunakan untuk tujuan pengairan saja berikutan dicemari bahan daripada aktiviti pertanian industri pemerosesan sawit. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Noor Azizi Adinan berkata, bagaimanapun bacaan yang menunjukkan indeks kualiti air pada tahap empat hanya membabitkan satu daripada tiga stesen yang terdapat di sungai berkenaan.*

               *POLIS merampas pil dan serbuk ekstasi serta syabu bernilai kira-kira RM30 juta susulan tumpasnya sindiket pengedaran ekstasi terbesar di negara ini, kelmarin. Rampasan serbuk ekstasi seberat 285.6 kilogram bersama 562 pil ekstasi serta 6.2 kilogram syabu itu dibuat dalam satu serbuan di makmal pemprosesan dadah yang dipercayai terbesar di Kawasan Perindustrian Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Alor Gajah, Melaka.*

               *TIDAK hanya menarik rambut malah kepala isterinya disepak berkali-kali dengan kasut selepas menuduh wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Ketika kejadian 1.30 pagi kelmarin di Lahad Datu, mangsa sedang tidur di biliknya di kuarters kerajaan sebelum dikejutkan suaminya. Lelaki itu secara tiba-tiba menarik rambut serta menendang kepala isterinya beberapa kali dan ketika itu suaminya masih memakai kasut operasi.*

               *SERAMAI 16 penumpang warga China menempuh detik cemas apabila bas pelancong dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Kota Belud - Kota Marudu berhampiran Kampung Kesapang, Sabah, hari ini. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, seorang pelancong lelaki berusia 37 tahun parah, tiga lagi hanya cedera ringan manakala selebihnya termasuk pemandu tidak mengalami kecederaan.*

               *DUA sahabat ditahan selepas disyaki mencuri pelbagai jenis ikan dan sotong yang dianggarkan bernilai RM1,500 milik sebuah restoran ikan bakar di Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu pada Selasa lalu. Perbuatan kedua-dua lelaki masing-masing berusia 38 dan 46 tahun itu terbongkar susulan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakamkan nombor pendaftaran motosikal digunakan mereka.*

               *PENJENAYAH alam sekitar Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor yang mengakibatkan pencemaran teruk sehingga menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang, boleh dijejaki, kata pakar Kejuruteraan Alam Sekitar, Dr Norazian Mohamed Noor.*

                *BEKAS pengasuh didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecuaian terhadap kanak-kanak perempuan berumur setahun 10 bulan sehingga cedera pada 15 Oktober tahun lalu. Tertuduh, Siti Hassan, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan selepas kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahyun Talib.*

               *PEGAWAI polis berpangkat Inspektor antara lima lelaki yang didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan melakukan samun berkumpulan terhadap seorang kerani wanita, awal bulan ini. Inspektor Mohamad Shahrul Izuairi Ibrahim, 38; Nik Abdul Azim Nik Borahanuddin, 24 dan Wan Zakaria Zaidi, 29, masing-masing peniaga kedai makan; pekerja kedai runcit, Mohamad Zulhairi Kamaruddin, 19; dan penganggur, Kamarubaisham Abdullah, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.*

               *SEORANG lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang, atas tuduhan menipu penjualan tiket penerbangan murah, membabitkan kerugian sebanyak RM51,800. Tertuduh, Muhammad Fahmiezul Helmi Abdul Majid, 27, mengangguk faham ketika 18 pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret M Kalaiarasi.*

               *PASUKAN Tinjau ‘Chemical Biological, Radiological and Nuclear (CBRN)’ serta Pasukan Nyah Cemar CBRN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) belum memulakan proses menyah cemar sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang. Pasukan itu yang membantu Unit Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) kini dalam proses tinjauan, mengenal pasti, menanda, mengambil sampel dan laporan sebelum arahan seterusnya diterima.*

               *LIMA nelayan Vietnam bukan saja berani ‘merompak’ hasil gamat yang bermutu tinggi di perairan negara malah turut merosakkan habitat marin apabila dikesan menggunakan alat penangguk gamat. Kegiatan mencuri gamat ditumpaskan buat kali ketiga dalam tempoh tiga bulan yang dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas menahan sebuah bot kira-kira 76 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.*

                *SUAMI isteri tergamak menghisap dadah di hadapan anak lelaki mereka berusia dua tahun dan lalok ketika dicekup anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pendang dalam serbuan hari ini. Dalam serbuan 8 pagi itu, sepasukan anggota AADK Pendang menyerbu sebuah rumah di Taman Seri Setia, Pendang selepas menerima maklumat berhubung kegiatan penagihan dadah membabitkan suami isteri itu.*

               *BOLEH pilih sendiri wanita pelayan pelanggan (GRO) yang diminati menerusi aplikasi telefon pintar menjadi tawaran sindiket pelacuran bagi menarik pelanggan. Sindiket yang berpusat di sebuah premis urut di tingkat tiga dekat Dataran Mentari di Petaling Jaya menggunakan ‘kaedah pemasaran’ itu sebagai medium untuk mempromosikan kegiatan mereka.*

               *AKIBAT gagal mematuhi syarat lapor diri ditetapkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dua penagih dadah dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Serian. Majistret Afidah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua lelaki terbabit gagal melapor diri di AADK bagi proses pemulihan.*

               *MAHKAMAH Tinggi Shah Alam menetapkan 10 Mei depan sebagai tarikh pendengaran rayuan bekas Pakar Patologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) Dr R Kunaseegaran berhubung hukuman rasuah. Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan demikian selepas bersetuju dengan cadangan Peguam Liu Mei Ching mewakili Kunaseegaran sebagai perayu mengenai rayuan semakan hukuman penjara lima tahun dan denda RM7 juta oleh Mahkamah Sesyen, tahun lalu.*

               *WARGA emas ditemui maut di rumahnya di Taman Berjaya, Sungai Pelek, Sepang, hari ini dengan beberapa kecederaan di bahagian muka dan badan. Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, mangsa Chin Nook Moi, 87, dipercayai disamun berikutan terdapat kesan tingkap bilik belakang yang dipecahkan.*

               *KERAJAAN negeri menafikan berlaku aktiviti pembalakan haram di Hutan Simpan Gunung Tampin seperti dakwaan penduduk berikutan penebangan pokok di kawasan itu. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penebangan itu bagi projek pembinaan jajaran talian penghantaran elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) sepanjang 7.64 kilometer membabitkan kawasan seluas 51.79 hektar.*

               *KERAJAAN negeri masih menunggu laporan Jabatan Kimia sebelum boleh mengesahkan dakwaan wujudnya keracunan bahan kimia sianida dalam badan pesakit yang terjejas akibat insiden pencemaran Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, pihaknya belum dapat memastikan kesahihan perkara itu.*

               *TIDAK mahu membayar hutang, seorang wanita sanggup membuat laporan palsu kononnya dia disamun lelaki bermotosikal di Bandar Perda, Bukit Mertajam minggu lalu. Bagaimanapun, wanita berusia 21 tahun itu diberkas polis selepas keterangannya didapati bercanggah dengan laporannya.*

            
*SEJAGAT*
==========


        *CHRISTCHURCH: Jumlah korban dalam kejadian serangan pengganas di dua buah masjid di New Zealand meningkat kepada 49 orang.*
            *Pihak berkuasa New Zealand memberitahu, lebih 20 orang lagi dilaporkan cedera akibat ditembak dan kini dirawat di hospital.*
           *Angka kematian juga dijangka meningkat kerana ramai mangsa yang cedera itu berada dalam keadaan kritikal.*
          *Penyerang bersenjatakan raifal automatik menyerbu dua buah masjid yang penuh dengan jemaah sebelummelepaskan tembakan rambang.*

        *CHRISTCHURCH: “Ketika sedang bersolat saya terdengar bunyi letupan sebelum seorang jemaah di sebelah saya rebah akibat ditembak di kepala,” kata seorang lelaki Palestin antara mangsa yang selamat dalam kejadian tembakan rambang di dua buah masjid di sini.*
              *"Saya terdengar tiga bunyi tembakan dan selepas 10 saat bunyi itu kedengaran semula. Semua jemaah bertempiaran melarikan diri dan ada yang berlumuran darah,” ujarnya yang enggan dikenali.*
           *Katanya ketika kejadian dia bersolat di Masjid al Noor di sini yang penuh dengan jemaah menunaikan solat Jumaat.*

        *SAN FRANCISCO: Platform media sosial Facebook hari ini berkata pihaknya sudah membuang kandungan video secara langsung insiden tembakan rambang seorang lelaki bersenjata ke atas dua masjid yang mengorbankan 49 orang di New Zealand.*
            *Suspek ditangkap berusia 28 tahun, menerbitkan manifesto bersifat rasis di Twitter sebelum menyiarkan secara langsung video amukannya yang menunjukkannya berulang kali menembak jemaah dari jarak dekat.*
           *"Polis memberi peringatan kepada kami mengenai sebuah video di Facebook sejurus siaran langsung bermula dan kami bertindak pantas membuang kedua-dua akaun Facebook dan Instagram penembak dan video itu.*

          *TOKYO: Syarikat pembuat permainan video Jepun, SEGA bertindak menggantungkan jualan Judge Eyes selepas pelakonnya, Pierre Taki, 51 ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah kokain, Jumaat lalu.*
            *Channel News Asia melaporkan, pelakon dan pemuzik yang nama sebenarnya, Masanori Taki antara bintang terkenal Jepun yang membintangi dalam permainan video aksi jenayah itu.*
           *Perisai Judge Eyes untuk konsol Playstation 4 sudah dijual di Jepun dan beberapa negara Asia sejak Disember lalu, manakala Amerika Utara pada Jun ini.*

          *Baitulmaqdis: Israel mengesahkan tenteranya melancarkan serangan udara ke atas Gaza hari ini sebagai membalas serangan roket dari kubu kuat pejuang Palestin.*
           *"Kami baru saja melancarkan serangan ke atas kubu kuat pejuang Hamas di Gaza,” kata Angkatan Pertahanan Israel di Twitter.*
            *Difahamkan, serangan itu menjejaskan kedudukan sayap tentera Hamas yang mengawal Gaza, dan sekutunya Jihad Islam, kata sumber keselamatan Gaza kepada AFP.*

          *WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengutuk serangan dan pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di New Zealand, ketika solat Jumaat hari ini, sehingga mengorbankan 49 orang.*
          *Suspek utama, seorang lelaki kelahiran Australia berusia 28 tahun, didakwa menerbitkan ‘manifesto’ perkauman di media sosial sebelum melakukan serangan itu.*
            *"Saya amat bersimpati kepada rakyat New Zealand, susulan serangan kejam di dua masjid itu. Seramai 49 orang meninggal dunia dalam keadaan yang tidak boleh diterima dengan ramai mangsa lain cedera.*

          *JAKARTA: Khabar angin kedatangan hari kiamat mencetuskan panik dalam kalangan penduduk di sebuah kawasan di Jawa Timur hingga ada yang berpindah ke tempat lain semata-mata untuk menyelamatkan diri daripada ditimpa bencana.*
           *Tribun News melaporkan, 52 penduduk di Kabupaten Ponorogo itu terpengaruh dengan khabar angin yang disebarkan menerusi satu akaun Facebook sebelum berpindah secara beramai-ramai ke Malang.*

          *Menlo Park (Amerika Syarikat): Firma media sosial, Facebook menyalahkan ‘perubahan konfigurasi pelayan’ sebagai punca gangguan besar-besaran hingga menjejaskan aplikasinya di seluruh dunia, semalam.*
             *Gangguan itu menjejaskan pengguna selama sekurang-kurangnya 12 jam di kebanyakan kawasan di dunia, menyaksikan Amerika Utara dan Eropah paling teruk terjejas.*
            *Selepas mengakui berdepan masalah Rabu lalu, Facebook berdiam diri hampir 24 jam sebelum mengeluarkan penjelasan dan permohonan maaf sekitar jam 4.30 petang (waktu tempatan) semalam.*

        *CHENGDU: Polis terpaksa menggunakan penyembur lada bagi meleraikan ratusan ibu bapa yang mengamuk di hadapan sebuah sekolah swasta di Sichuan berikutan penyebaran beberapa gambar makanan kantin berkulat dan rosak di media sosial, pagi semalam.*
         *Daily Mail melaporkan, polis turut menahan 12 individu yang kemudian dibebaskan pada tengah hari selepas beberapa ibu bapa mula memarahi dan memukul anggota polis yang cuba menghalang mereka dari memasuki sekolah berkenaan.*
         *Penemuan makanan mentah rosak di kantin sekolah berkenaan dibongkar seorang individu yang menyamar sebagai pekerja kantin selama sebulan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         ♂ *UMAT Islam di negara ini dinasihatkan tidak mengambil tindakan terburu-buru susulan insiden keganasan di dua masjid di Christchurch, New Zealand ketika umat Islam mahu menunaikan solat Jumaat hari ini.*
             *Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, agama Islam tidak mengajar umatnya untuk bertindak secara melulu walaupun kejadian itu membabitkan umat Islam menjadi mangsa.*
          *Katanya, sekiranya tindakan pengganas dibalas dengan tindakan keganasan sama, dibimbangi orang tidak bersalah pula menjadi mangsa.*

          *JIJIK dan memualkan. Demikian yang dapat dilihat menerusi video tular berdurasi 29 saat yang memaparkan tikus dalam gayung penceduk lauk di restoran di Tampoi, dekat Johor Bahru.*
           *Video yang tular sejak 13 Mac itu menunjukkan terdapat dua gayung di atas periuk besar yang mana satu daripada gayung terbabit dimasuki tikus.*
         *Difahamkan, video terbabit dirakam pelanggan restoran terbabit sehingga dikongsi sebanyak 3,100 kali di sosial media dan menerima pelbagai reaksi netizen.*

          *TIADA kejadian gempa bumi yang dilaporkan berlaku di Dungun seperti yang tular di media sosial sejak petang tadi.*
            *Ketua Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Leftenan Kolonel (PA) Che Adam Abd Rahman berkata, dakwaan yang dimuat naik mendakwa pantai di Dungun mengalami gegaran datang daripada sumber tidak jelas.*
            *"Kita di pihak sekretariat bencana negeri sudah menyemak dan mengesahkan kejadian itu dengan pihak berkuasa di Dungun iaitu Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah dan Ketua Polis Daerah Dungun.*

          *JABATAN Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan berlaku kematian dalam insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.*
           *Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Dr Selahudeen Abd Aziz berkata, maklumat tular di media sosial yang dimuat naik seorang pengguna Facebook (FB), tidak benar.*
          *"JKNJ ingin menafikan kenyataan yang kini tular di media sosial, yang dimuat naik seorang pengguna laman FB yang menggunakan nama Sazali Samsudin, semalam.*

         *SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai untuk tidak berkongsi atau pun menyebarkan rakaman video berhubung insiden tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand hari ini.*
           *Menurut kenyataan suruhanjaya berkenaan, tindakan itu perlu bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengundang suasana panik dan marah dalam kalangan masyarakat.*
            *"Orang ramai juga diminta menghormati sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa yang terbabit.*

          *“SAYA mendoakan mereka berada dalam kalangan ahli syurga.”
Begitulah kata-kata bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams dalam doanya terhadap mangsa terbabit dalam tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand, hari ini.*
           *Bekas bintang ragbi New Zealand itu turut mengalirkan air mata ketika mengirimkan video penuh emosi berhubung kejadian terbabit.*
          *Dengan memakai kopiah, Sonny yang beragama Islam, mengesat air matanya beberapa kali dalam rakaman dibuat ketika duduk di dalam keretanya.*
                 

*ARENA*
========


          *DUA kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan Tottenham Hotspur akan bertemu sesama sendiri pada suku akhir Liga Juara-Juara selepas tmat undian di Nyon, Switzerland, hari ini.*
            *Manchester United, yang merakam kebangkitan dramatik menakjubkan ke atas Paris Saint-Germain untuk layak ke suku akhir, akan berdepan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona pada satu lagi pertembungan menarik.*
         *Ajax Amsterdam akan menentang kelab Cristiano Ronaldo, Juventus selepas menyingkirkan Real Madrid pada pusingan 16 terakhir manakala naib juara musim lalu Liverpool berdepan FC Porto dari Portugal.*

          *ARSENAL akan berdepan Napoli pada pertembungan dua pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Europa musim ini selepas majlis undian di Nyon, Switzerland hari ini.*
            *Musuh setempat Gunners di London, Chelsea akan menentang Slavia Prague manakala dua pasukan berjiran kelab La Liga Sepanyol, Valencia dan Villarreal akan bertembung sesama sendiri.*
            *Satu lagi aksi suku akhir menyaksikan Benfica dari Portugal menentang kelab Jerman, Eintracht Frankfurt.*

          *BEKAS bintang Manchester United, Paul Scholes meletakkan jawatan sebagai pengurus Oldham, semalam selepas hanya 31 hari memegang jawatan berkenaan bersama kelab Liga Dua Inggeris itu.*
         *Scholes meninggalkan Boundary Park selepas kelab yang beroperasi tempat kelahirannya itu didakwa tidak mengotakan janji yang dibuat sebelum ini.*
         *Pengurus berusia 44 tahun mula bertugas di Oldham bulan lalu dan memenangi perlawanan pertamanya.*

          *KUALA LUMPUR: “Malaysia bukan lagi kuasa utama badminton dunia,” akui Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pada sesi ‘Townhall Badminton 2019’ bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ahli gabungan, kelab swasta, jurulatih dan pemain, di sini, semalam.*
          *Beliau berkata, Malaysia bukan lagi kuasa badminton dunia, sebaliknya kini berada pada kedudukan ketujuh atau kelapan.*

          *JOHOR Darul Ta’zim (JDT) berada di kelas tersendiri apabila tersenarai di kedudukan ke-28 daripada 162 kelab terbaik seluruh Asia menerusi ranking kelab Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).*
          *Walaupun kedudukan itu menurun lima anak tangga berbanding tahun lalu namun pasukan itu tetap berbangga apabila berjaya mengatasi kelab ternama dari Asia termasuk Jeju United (29) dan Gamba Osaka (45).*
            *Malah JDT juga berjaya membuktikan pasukan itu berada di kedudukan terbaik dalam kalangan kelab Asia Tenggara mengatasi dua kelab Thailand, Buriram United (31) dan Muangthong United (40).*

          *BEKAS pemain kebangsaan dan Selangor, Amri Yahyah menolak andaian sesetengah pihak dia ‘berperang’ dengan jurulatih B Sathianathan hingga menyebabkannya disisihkan daripada kesebelasan utama Red Giants.*
          *Amri berkata, hubungannya dengan Sathia baik malah menghormati jurulatih itu yang lebih berminat ‘menyimpannya’ di bangku simpanan sebagai senjata rahsia pasukan.*
         *Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, dia memahami kehendak jurulatih yang mempunyai perancangan dan strategi tersendiri dalam memastikan pasukan mencatat kemenangan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2019 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*ISNN 18 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 11 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0553*
*SUBUH : 0603*
*SYURUK : 0717*
*ZOHOR : 1324*
*ASAR : 1631*
*MAGHRIB : 1926*
*ISYAK : 2035*


*artikel disiarkan pada tarikh 17mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *PEJABAT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand di Wellington, memaklumkan kerajaan negara berkenaan sudah memaklumkan mengenai penemuan mayat terbaru susulan insiden tembakan, Jumaat lalu. Pegawai Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia berkata, setakat ini tiada sebarang pengesahan mengenai kerakyatan individu terbabit namun pemantauan rapi berhubung sebarang perkembangan terkini akan terus dilakukan.*

               *“KAMI belum menerima apa-apa berita mengenai Mohd Haziq yang dilaporkan hilang dan belum ditemui sehingga kini,” kata Zarina Shuib, 53. Sehingga kini, nasib Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, belum diketahui selepas melarikan diri ketika kejadian serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand kelmarin. “Saya ada bertanya mengenai hal itu kepada isteri Mohd Tarmizi namun dia juga belum menerima apa-apa berita mengenai Mohd Haziq.*

                *KEADAAN anak sulung Rahimi Ahmad, 39, yang menjadi mangsa tembak di Christchurch, New Zealand kini semakin baik. Ahmad Razif, 11, yang sempat diselamatkan orang awam pada hari kejadian dilaporkan masih trauma berikutan melihat sendiri kejadian tembakan itu.*

               *PENCARI kayu terkejut apabila menemui tengkorak manusia dalam hutan berhampiran Taman Intan Perdana, Port Dickson, semalam. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian 6 petang itu, lelaki berusia 47 tahun memasuki hutan untuk mendapatkan kayu.*

               *SEBANYAK 218 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan yang dijalankan di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dalam operasi bermula 2 pagi itu, seramai tujuh pegawai dan 86 anggota terdiri daripada pelbagai cawangan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.*

               *KERAJAAN negeri mengarahkan sebuah pusat tahfiz amal di Sungai Petani ditutup serta-merta selepas ia beroperasi secara haram termasuk dipercayai mengeksploitasi pelajar untuk mengutip derma. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan siasatan mendapati pusat pengajian itu tidak berdaftar mengikut Seksyen 5 Akta Pusat Jagaan 1993 (Pindaan) 2007.*

                *TIGA anggota polis dijatuhi hukuman penjara 18 hingga 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini, selepas didapati bersalah meminta dan menerima rasuah bernilai RM3,050 pada 2016. Tertuduh, konstabel sokongan, V Venisan, 37; konstabel Mohd Dzulfadzli Mohamad Noor, 32 dan lans koperal, Shaiful Kamal Salleh, 35, turut dijatuhi hukuman denda antara RM10,000 hingga RM30,000.*

                *MAYAT yang ditemui rentung di kawasan bendang di Jalan Gunung, Anak Bukit, Alor Setar, semalam, dipercayai mangsa pembunuhan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, siasatan lanjut pakar forensik di lokasi kejadian mendapati ada jerami yang tidak terbakar di bawah badan mangsa.*

                *DUA sahabat lemas ketika mandi di Air Terjun Bukit Raja, Kampung Perak, Batu Kurau, Taiping, tengah hari ini. Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Mohammad Furqan Mohamad Yahaya, 20, yang beralamat di Kampung Perak, Batu Kurau dan Mohd Zaid Aqwah Putra, 20, beralamat di Kampung Sungai Ara, Batu Kurau meninggal dunia di lokasi kejadian.*

               *EMPAT lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit dengan insiden pergaduhan bersenjatakan pisau dan besi kuku kambing di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, malam tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, semua suspek berusia 32 hingga 41 tahun ditahan anggota unit kereta peronda(MPV) pada 11.57 malam.*

               *PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak pihak yang mengkritik hasrat kerajaan untuk memperkenalkan projek kereta nasional ketiga. Beliau berkata, hasrat mewujudkan jenama kereta nasional baharu bertujuan mempelajari teknologi kejuruteraan automotif terbaharu. “Orang fikir kereta kita tidak bagus, jangan beli kereta Malaysia sebaliknya beli kereta buatan asing. Mereka kata jangan buat kereta nasional ketiga, ia tidak bagus.*

               *WARIS kepada lelaki dipercayai orang kurang upaya (OKU) lembam, diminta tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka menuntut lelaki berkenaan. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah, Hamzah Abu Hasan berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an itu diselamatkan dalam satu operasi bersepadu membendung penularan kegiatan mengemis dan gelandangan di sekitar daerah Melaka Tengah.*

                *LELAKI parah ditetak di Pasar Besar Kota Kinabalu, akibat perselisihan faham dengan keluarga isterinya dalam kejadian Jumaat lalu. Mangsa berusia 40 tahun itu diserang tiga ahli keluarga isterinya dengan seorang daripadanya wanita, menggunakan pelbagai senjata, termasuk parang dan kayu, kira-kira 7.30 malam.*

               *SERAMAI 20 peniaga Pasar Besar Pasir Puteh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Puteh, hari ini atas kesalahan berniaga tanpa lesen, Februari lalu. Kesemua peniaga berusia antara 28 hingga 60-an itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azem Fatihi Kamal.*

               *SUAMI isteri yang baru berjinak-jinak menjual dadah dan daun ketum di rumah ditahan polis dalam serbuan di Taman Serting Indah, Jempol semalam. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima maklumat kedua-dua suspek berusia 35 dan 37 tahun dikatakan terbabit aktiviti itu sejak dua bulan lalu.*

               *KESAN hidrogen sianida yang dikesan di Taman Tanjung Puteri, Pasir Gudang Rabu lalu, kurang merbahaya berbanding sianida asli yang digunakan dalam senjata kimia. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, gas sianida yang dikesan di kawasan itu adalah hasil tindak balas bahan buangan dengan campuran gas lain.*

               *MEMILUKAN apabila seorang lelaki maut dilanggar motosikal ketika sedang menjamu selera di sebuah kedai makan di Batu 39, Sabak Bernam, malam kelmarin. Dalam kejadian 8.50 malam itu, mangsa, Roslan Kawi, 52, dilanggar Modenas Kriss ditunggang remaja lelaki berusia 19 tahun yang terbabas selepas cuba mengelak motosikal lain di kawasan berkenaan.*

               *SERAMAI 143 orang yang terjejas akibat pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang masih menerima rawatan di wad hospital, setakat tengah malam tadi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata, kesemua mereka termasuk 36 orang yang dirujuk di hospital luar daerah ini dan 29 orang di hospital luar negeri Johor.*

               *DUA suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini atas pertuduhan menyembunyikan wang milik tiga individu berjumlah RM35,000 ke dalam akaun sebuah bank, pada 2017. Kedua-dua tertuduh, Norshilakhartiney Mernie, 32, yang berdepan lima pertuduhan dan Siti Noraini Zakaria, 35, dua pertuduhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah secara berasingan.*

               *HANYA berbaki 200 meter lagi kawasan Sungai Kim Kim di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang yang tercemar dan perlu dibersihkan. Sehingga petang semalam, 1.3 kilometer (km) daripada 1.5 km kawasn yang tercemar sudah dibersihkan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, kerja pembersihan berjalan lancar dan dilakukan tanpa henti sejak bermula, Rabu lalu.*

               *POLIS menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes samun dan bunuh wanita warga emas di rumahnya di Taman Berjaya, Sungai Pelek, Sepang, Selangor, 15 Mac lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, kedua-dua lelaki terbabit ditahan di sekitar Sungai Pelek, awal pagi tadi.*

               *CUACA sangat panas menyebabkan kawasan hutan seluas 4.9 hektar di Batu 5 1/2, Kampung Kundur Hulu, Rembau, musnah terbakar, semalam. Komander Operasi bagi Zon Port Dickson, Mohd Siraj Abdullah berkata, 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Rembau, Tampin dan Seremban dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kejadian 7.03 petang.*

               *LELAKI dikenali sebagai Aiman, 23, menangis teresak-esak selepas dicekup polis di sebuah rumah di Kampung Sekolah, Kuala Ketil, Kedah, Jumaat lalu kerana mencuri motosikal. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan dilakukan susulan maklumat orang ramai dan hasil risikan polis.*

               *SEORANG lagi mangsa skim cepat kaya di Kuantan membuat laporan polis akibat kerugian RM152,050, selepas menyertai pelaburan tunai dengan sebuah syarikat pengeluar kopi terkenal. Mangsa, seorang guru wanita berusia 48 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam selepas tidak lagi menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan.*

               *LEBIH 100 penduduk hilang tempat tinggal selepas 32 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Air, Sandakan, pagi tadi. Kebakaran yang bermula 5.20 pagi itu turut menyebabkan seorang lelaki melecur di tangan, namun kejadian tidak membabitkan kehilangan nyawa.*

               *JABATAN Alam Sekitar (JAS) Sabah mengeluarkan 42 amaran bertulis, tiga notis arahan dan sembilan kompaun, selain membuka tiga kertas siasatan berkaitan kes pembakaran terbuka. Tindakan itu dilaksanakan JAS selepas menggerakkan pasukan rondaan bagi menguatkuasakan larangan pembakaran terbuka sejak pertengahan Januari lalu berikutan musim panas di negeri ini.*

               *TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memulakan lawatan kerja ke Paris, Perancis mulai hari ini hingga 20 Mac akan mempengerusikan dua mesyuarat berkaitan Pengurusan Transformasi Sosial (MOST), Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).*

               *KERETA dinaiki dua lelaki masuk ke dalam longkang selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika melarikan diri daripada dikejar polis dalam kejadian di Jalan Ecohill, Semenyih, hari ini. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, ketika Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang melakukan rondaan cegah jenayah, mereka menerima maklumat mengenai suspek curi kabel di Jalan Taman Maju 2, Rinching, Semenyih pada 4 pagi.*

               *“KETIKA tiba, saya lihat api menjulang tinggi dan membakar semua gerai dan saya hanya mampu melihat gerai musnah di depan mata,” kata pemilik gerai, Azizul Ahmad, 36. Gerainya antara 16 gerai musnah dalam kebakaran di Medan Selera Bukit Angin, Temerloh pada 6 pagi hari ini.*

               *POLIS memperoleh petunjuk menjurus kepada identiti suspek bertanggungjawab membuang sisa bahan kimia secara haram di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kini operasi memburu dan menjejak suspek giat dijalankan untuk menahan suspek berkenaan.*

               *SEORANG wanita maut akibat dihempap pokok ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di belakang Masjid Ubudiah, Kampung Lembah Masjid, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, hari ini. Dalam kejadian 11.50 pagi itu, mangsa, Norizan Am, 61, meninggal dunia di tempat kejadian dan difahamkan ketika kejadian mangsa sedang menolak basikalnya dalam perjalanan pulang ke rumahnya.*

               *DATA Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan 40,916 unit kediaman pelbagai jenis di negara ini membabitkan nilai RM27.39 bilion tidak terjual dalam tempoh lapan tahun ini. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, masalah pemasaran rumah selain kelayakan individu untuk membuat permohonan pinjaman menyebabkan kediaman itu gagal dijual.*

               *PENGAWAL keselamatan dikenakan sogit (denda) kerana mengeluarkan kenyataan kesat terhadap Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau melalui aplikasi WhatsApp tahun lalu. Sogit yang membawa maksud denda mengikuti adat istiadat etnik di Sabah khususnya suku kaum Dusun diamalkan sejak dahulu lagi bagi mengekang pelanggaran adat dan mendisiplinkan masyarakat.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *CHRISTCHURCH: Jumlah korban dalam serangan pengganas di sini Jumaat lalu meningkat kepada 50 orang selepas satu mayat ditemui di sebuah masjid yang diserang, kata Komisioner Polis New Zealand, Mike Bush.*
           *”Dengan rasa sedih saya mengumumkan jumlah mangsa yang terkorban dalam tragedi ini kini meningkat kepada 50 orang,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.*
           *Tambahnya, jumlah mangsa yang cedera juga meningkat kepada 50 orang.*

          *DALAM masa kurang 24 jam dilancarkan, kempen mengumpul dana untuk membantu mangsa insiden tembakan Masjid Al Noor, Christchurch, United For Christchurch mengumpul lebih RM3.2 juta hasil sumbangan masyarakat seluruh dunia.*
          *Apa yang menariknya, kempen yang diadakan menerusi laman web, www.launchgood.com/christchurch itu adalah hasil keprihatinan anak muda Malaysia, Muhammad Habibullah Md Ali, 26, yang juga presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar di New Zealand, Handshake People.*
          *Muhammad Habibullah berkata, dia dan seorang lagi rakan terpanggil untuk mengadakan kempen itu bagi membantu mangsa dan keluarga yang terbabit dalam kejadian serangan berkenaan.*

          *CHRISTCHURCH: Tanpa berfikir dua kali, seorang lelaki sanggup mempertaruhkan nyawa berdepan pengganas bersenjata sebelum tindakannya itu berjaya menghalang serangan diteruskan di Masjid Linwood.*
           *Warga Afghanistan, Abdul Aziz, 48, dikatakan berdepan dengan lelaki terbabit Brenton Tarrant sambil membaling mesin kredit kad hingga dia melarikan diri dari tempat kejadian, lapor euronews.*
         *Bapa empat anak itu berkata, dia berlari keluar dengan hati yang nekad untuk menghentikan serangan itu apabila membaling mesin kredit kad ketika lelaki terbabit dilihat berjalan semua ke arah kenderaannya, dipercayai untuk mengambil satu lagi senjata.*

         *Jharkhand: Dua beradik lelaki membunuh dan memenggal kepala seorang wanita kerana mempercayai mangsa adalah ahli sihir yang menyebabkan mereka sakit dalam kejadian di Singhbhum, baru-baru ini.*
         *Suspek Vijay Malegandi, 28, dan Singhe Malegandi, 26, dari kampung Simbanda ditahan reman polis Jumaat lalu selepas mereka kembali dari Vishakhapatnam.*
          *Hindustan Times melaporkan, mayat Phulmani Devi, 30, yang juga penduduk kampung itu ditemui tanpa kepalanya atas landasan keretapi pagi 3 Mac lalu.*

         *Jakarta: Sekurang-kurangnya 50 orang dilaporkan maut, manakala 59 lagi cedera dalam banjir kilat susulan hujan lebat dan tanah runtuh di Sentani, Papua sejak semalam.*
             *Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, puluhan kediaman penduduk rosak dan jumlah mangsa terjejas dijangka meningkat.*
              *”Banjir sudah surut, namun pasukan mencari dan menyelamat kesukaran memasuki kawasan tertentu kerana pokok tumbang, runtuhan batu dan lumpur," katanya, hari ini.*

         *VIRGINIA: Seorang ibu tergamak meracunkan anaknya dengan menyuntik darah sendiri ke dalam badan kanak-kanak berusia lima tahun itu semata-mata mahu mnarik perhatian pegawai perubatan.*
           *Mirror Online melaporkan, rakaman CCTV dalam wad pesakit menunjukkan Elizabeth Malone, 29, menyuntik darahnya dalam hidung dan mulut kanak-kanak kurang upaya itu ketika dia terlantar atas katil.*
          *Doktor mula berasa hairan apabila mangsa yang bisu sukar sembuh biarpun dimasukkan dalam unit penjagaan rapi dan mempercayai dia boleh meninggal dunia sekiranya tidak dirawat dengan teliti.*

         *Lombok: Gempa bumi melanda utara Lombok semalam mengorbankan dua orang manakala puluhan pelancong termasuk dari Malaysia dipercayai terperangkap akibat tanah runtuh yang berlaku susulan itu.*
         *Gempa bumi dengan 5.8 magnitud itu melanda jam 3 petang dan dilaporkan mengakibatkan tanah runtuh ketika kira-kira 40 pelancong tempatan dan Malaysia berada di Air Terjun Tiu Kelep.*
            *Ketua agensi bencana Nusa Tenggara barat Muhammad Rum, memberitahu Kompas TV usaha mencari dan menyelamat setakat ini hanya berjaya menyelamatkan tiga daripada 40 pelancong berkenaan dengan dua ditemui mati.*

         *BEIJING: Kejadian tanah runtuh di wilayah Shanxi di utara China mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang manakala 10 lagi hilang yang turut memusnahkan beberapa bangunan lain.*
           *Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, tujuh mangsa ditemui maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.*
            *Kerajaan tempatan tidak memberikan sebarang komen ketika dihubungi AFP.*

         *LONDON: Seorang wanita dihalau kru kabin pesawat sebuah syarikat penerbangan Britain kerana berpakaian terlalu seksi, awal minggu ini.*
           *Emily O’Connor, 21, menaiki pesawat Thomas Cook untuk penerbangan dari Birmingham ke Tenerife itu sebelum dia diarah turun oleh kru kabin kerana pakaiannya yang terlalu seksi.*
           *Menurut laporan Metro.uk, berdasarkan gambar yang tular di media sosial, wanita itu kelihatan memakai seluar panjang jingga namun pakaian bahagian atas seperti bra berwarna hitam.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         *SEORANG doktor rakyat Malaysia yang bertugas di Hospital Christchurch, Mohamad Firdaus meminta orang ramai berhenti menyebarkan berita palsu mengenai kematian ketiga-tiga mangsa tembakan, Rahimi Ahmad, Mohd Tarmizi Shuib dan Mohd Nazril Hisham Omar.*
              *Ini kerana kata Mohamad Firdaus, ketiga-tiga mangsa masih hidup bukan meninggal dunia seperti yang ditularkan.*
        *”Meskipun ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) namun keadaan Rahimi setakat ini stabil dan dia masih memerlukan beberapa lagi pembedahan untuk membuang fragments dalam dural space.*

         *“JIKA benar ada kematian membabitkan keluarga, sertakan bukti dan nama keluarga bukannya sekadar tularkan berita kematian.*
                 *”Tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan kami panik,” kata Norhayati Md Rasol, 36, ibu kepada Kamil Irfan Kamarizan, 12, salah seorang murid yang kesihatannya terjejas akibat pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Rabu lalu.*
          *Norhayati berkata, tindakan beberapa netizen sengaja mentularkan kenyataan tidak benar ketika lebih 10,000 penduduk sekitar Pasir Gudang gamat dengan pencemaran itu menambah panik keluarga terutama ibu bapa.*

         *SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar murka buat kali kedua apabila Baginda difitnah kononnya terbabit dalam perniagaan kilang yang menyebabkan berlakunya pencemaran di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.*
              *Sebelum ini, baginda murka apabila kejadian itu berlaku hingga menyebabkan 111 sekolah terpaksa ditutup dan lebih 4,000 penduduk terpaksa mendapatkan rawatan awal.*
             *Dalam catatan terbaru di Facebook rasminya bertajuk 'Sultan Ibrahim Murka Ada Pihak Sebar Fitnah Isu Pencemaran Sisa Kimia,' baginda mengingatkan pihak tertentu supaya jangan cuba mengalih perhatian rakyat atas kelemahan pihak yang sepatutnya menjalankan tugas, sebaliknya memberi tumpuan kepada cara menyelesaikan isu ini secara tuntas.*

          *PERMAINAN dalam talian PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) perlu diharamkan kerana mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan selain menghilangkan perasaan belas kasihan.*
            *Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, kerajaan perlu memikirkan perkara itu kerana memberi kesan terhadap kanak-kanak, budak dan remaja yang sedang membesar.*
           *”Bagi saya permainan seperti ini sudah dirancang dalam tempoh yang lama. Tujuannya membentuk generasi muda menyukai aktiviti perang, tempur dan ganas,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.*

           *TUGAS mendidik pelajar di sekolah pendidikan khas bukan dianggap sebagai cabaran sebaliknya satu kelebihan kepada dirinya selepas menerima Anugerah Guru Pendidikan Khas Terbaik Asia 2019.*
          *Guru cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji, KA Razhiyah, 60, menerima anugerah berkenaan di Persidangan ‘Special Education Network and Inclusion Association’ (SENIA) di Hong Kong pada 24 Februari lalu.*
          *Katanya, dia memulakan karier perguruan pada 1985, mula menumpukan kepada pendidikan khas pada 1990 apabila melihat cabaran mendidik pelajar istimewa berbeza daripada mengajar pelajar normal.*

           *PERSIAPAN Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19), diperhebatkan menjelang hari pembukaannya, 26 Mac ini.*
         *Berbaki lapan hari lagi, persiapan logistik sudah siap diatur oleh penganjur, EN Project (M) Sdn Bhd dengan gabungan dan kerjasama pelbagai agensi serta jabatan kerajaan tempatan.*
           *Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Mohamed Asri Redha Abdul Rahman berkata, LADA selaku Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kebersihan LIMA’19, dipertanggungjawabkan memantau pelbagai persiapan terakhir itu.*

         *Selepas 10 tahun, kembar animasi nombor satu Malaysia, Upin & Ipin kembali ke layar perak melalui judul Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal bermula 21 Mac ini.*
           *Ramai memuji keunikan filem kali ini yang disifatkan lebih kemas, terperinci dan idea yang ‘di luar kotak’.*
           *Malah, Menteri Pendidikan, Dr Maszle Malik, menyifatkan Upin & Ipin boleh menjadi ejen kesusasteraan Melayu berikutan banyak elemen berkaitan Melayu dalam filem animasi ini.*

          *CARDWELL (AUSTRALIA): Lebih 50 penduduk Cardwell di utara Queensland memberi penghormatan terakhir kepada seekor buaya air masin berusia hampir 80 tahun yang mati di sungai akibat luka tembakan.*
            *Buaya berukuran 4.5 meter itu dikenali sebagai Bismarck, Fluffy atau Gary mula menjadi tumpuan antarabangsa selepas seorang nelayan, Ryan Moody menyiarkan video ke media sosial untuk mencari buaya berkenaan namun disahkan mati.*
             *Majlis penghormatan yang diadakan di Jeti Cardwell turut dihadiri keluarga mendiang Steve Irwin.*

          *Victoria: Remaja 17 tahun yang memecahkan telur di kepala senator Australia menjadi semakin popular dengan puluhan ribu peminat kini mengikutnya di media sosial, malah turut mendapat pujian beberapa kumpulan muzik tempatan yang menawarkannya tiket konsert percuma seumur hidup.*
             *Will Connolly, 17, yang digelar ‘EggBoi’ (budak telur) dirakam memecahkan telur di kepala Senator Fraser Anning susulan kenyataan kontroversi berhubung serangan di masjid di Christchurch, sebelum dibawa keluar dari lokasi berkenaan oleh polis.*
          *Tanda pagar EggBoyHero juga digunakan meluas di Twitter, lapor Daily Mail.*
           *Sejak video itu tular, pengikut Connolly di Instagram meningkat kepada 269,000 orang, malah dia menerima lebih 30,000 komen pujian dari seluruh dunia termasuk Belanda, Maghribi serta Mesir.*
                 

*ARENA*
========


          *EPL RESULT: FULHAM 1 LIVERPOOL 2, EVERTON 2 CHELSEA 0*

          *JUVENTUS mengalami kekalahan pertama di Serie A musim ini malam ini, apabila tewas kepada Genoa 0-2, beberapa hari selepas kelab Turin itu menewaskan Atletico Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara.*
            *ristiano Ronaldo membantu Juara Itali itu kembali ke kancah Eropah awal pagi Rabu lalu apabila jaringan hatriknya menyelamatkan defisit 0-2 di tangan Atletico pada perlawanan pertama untuk mara ke suku akhir dengan agregat 3-2.*
           *Bagaimanapun bintang Portugal itu direhatkan daripada skuad itu untuk kunjungan ke Genoa dan anak buah Massimiliano Allegri longlai di tangan Genoa, kali kedua musim ini selepas seri 1-1 di Turin Oktober lalu.*

          *OLE Gunnar Solskjaer mengakui Manchester United menampilkan persembahan terburuknya sepanjang dia menjadi pengendali pasukan itu selepas Wolves menyingkirkan mereka daripada saingan Piala FA dengan kekalahan 2-1 di peringkat suku akhir.*
            *Bagaimanapun pengendali sementara United itu masih bersemangat untuk mengubah nasib pasukan itu walaupun persembahan mereka dilihat semakin goyah.*
           *Solskjaer berkata, ada banyak lagi perlawanan yang perlu diharungi dengan memburu tempat dalam kelompok empat teratas liga untuk beraksi Liga Juara-Juara musim depan selain bakal berdepan Barcelona di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara nanti.*

          *LEWIS Hamilton yang kecewa memberitahu perjuangannya di Grand Prix Australia ‘musnah’ seawal selekoh pertama ketika dia terus mencari jawapan atas kegagalan mengatasi kepantasan rakan sepasukannya di Mercedes Valtteri Bottas.*
          *Juara dunia lima kali itu bermula dari petak pertama pada perlumbaan pembuka tirai tetapi dipintas seawal selekoh pertama oleh pelumba Finland itu dan pelumba Britain itu gagal menyainginya apabila ketinggalan hampir 21 saat.*

          *KETINGGIAN pemain lawan tidak menghadirkan masalah buat pasukan Bawah 23 kebangsaan (B-23) untuk memberi tentangan sengit apabila berjaya mengikat Australia 1-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam ini.*
         *Pujian harus diberikan kepada mereka apabila tidak berputus asa mencari gol penyamaan walaupun terpaksa bersaing dengan pasukan lawan yang mempunyai fizikal lebih tinggi sebelum berjaya merealisasikannya pada masa tambahan separuh masa kedua.*

          ♂ *Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang bersedia untuk tampil sebagai wakil tunggal berbasikal ke Olimpik Tokyo sekiranya perancangan tidak berjalan seperti yang diharapkan.*
          *Skuad trek negara kendalian ketua jurulatih dari Australia, John Beasley meletakkan harapan untuk melayakkan diri dalam acara pecut berpasukan sekali gus membuka peluang kepada dua tiket tambahan bagi acara keirin dan pecut individu.*
          *Bagaimanapun persembahan kurang menyerlah pada Kejohanan Trek Dunia di Poland dua minggu lalu menyebabkan gandingan Azizulhasni bersama-sama Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Zonis ketinggalan pada kedudukan ke-14.*

          ♀ *Pelumba negara, Jupha Somnet muncul antara yang menyerlah pada perlumbaan Piala Biwase 2019 di Vietnam yang berakhir semalam.*
          *Pelumba kelahiran Perlis terbabit menaiki podium sebanyak dua kali apabila meraih kedudukan kedua pada peringkat pertama dan sembilan selain tempat ketiga dalam kategori pecut keseluruhan.*
          *Jurulatih lebuh raya wanita negara, Amir Mustafa Rusli, gembira dengan Jupha serta rakan sepasukannya yang tidak pulang dengan tangan kosong.*

          *MALAYSIA mampu kembali menjadi kuasa dunia dalam sukan badminton atau berada dalam kalangan lima negara terbaik jika pemain muda sentiasa diberi peluang.*
         *Situasi kini memang amat berbeza berbanding 2015 hingga 2017 yang mana ketika itu Malaysia berada di kedudukan lima terbaik dunia selepas melonjak dari kedudukan ke-10.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2019 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SELSA 19 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 12 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0553*
*SUBUH : 0603*
*SYURUK : 0717*
*ZOHOR : 1324*
*ASAR : 1631*
*MAGHRIB : 1926*
*ISYAK : 2035*


*artikel disiarkan pada tarikh 18mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *MANA-mana sekolah di lokasi mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) serius boleh menutup sekolah berkenaan tanpa perlu merujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Timbalan Menteri KPM, Teo Nie Ching berkata, penutupan itu bagaimanapun haruslah mengikut standard operasi biasa (SOP) yang ditetapkan.*

                *BELUM selesai kes pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang akibat pembuangan sisa toksik haram sejak 7 Mac lalu, penduduk Taman Tanjung Puteri Resort, gempar apabila menemui beberapa tong biru dipercayai sisa bahan kimia di Sungai Sembilang kira-kira dua kilometer dari Sungai Kim Kim. Ia ditemui kira-kira 500 meter dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, sekolah ketiga terdedah pencemaran pada gelombang kedua, Isnin minggu lalu.*

                *MAYAT lelaki tanpa identiti ditemui terapung di laut berhampiran Persiaran Karpal Singh, Georgetown hari ini. Mangsa yang masih berpakaian lengkap ditemui nelayan 6 petang yang kemudian membawa mayat terbabit ke pinggir laut. Mayat ditemui dengan kedua-dua tangannya terangkat dan siasatan mendapati mangsa baru meninggal dunia.*

               *JAWATAN Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) perlu dikembalikan kepada pembangkang sebagaimana disebut di dalam manifesto Pakatan Harapan (PH). Ketua Umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, keputusan itu perlu dibincangkan bersama Perdana Menteri untuk melihat apakah penjelasan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenainya. “(Pendapat) saya, saya masih terikat (mengikut) dengan manifesto tapi kita dengar penjelasan rasional Perdana Menteri dahulu.*

               *KAKITANGAN sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini, menjatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadapnya. Wanita itu dituduh atas dua pertuduhan memiliki dua kad tambah nilai Tesco Club berciri Touch n Go yang tidak sah membabitkan kerugian RM2,048, Februari lalu.*

               *HANYA sebuah daripada 42 sekolah di Pasir Gudang mencatatkan bacaan kompaun organik tidak stabil (VOC) pada kadar lima dan tiga part per milion (ppm). Jabatan Alam Selatan (JAS) dalam kenyataan berkata, bacaan itu dicatatkan pasukan pemantau di aras bawah dan aras satu Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 3, jam 3 petang tadi.*

               *WANITA maut selepas motosikal yang dibonceng terbabit kemalangan dengan bas ekspres di Jalan Tanah Merah-Gua Ipoh di Kampung Kubang Gali, Tanah Merah, 9.40 malam tadi. Mangsa Patiah Hamzah, 54, meninggal dunia di Hospital Tanah Merah akibat parah di kepala, manakala Suaminya, Ad Adzi Hussin, 64, mengalami calar di tangan kanan dan sakit dada.*

               *MAHKAMAH Majistret Bukit Mertajam, hari ini menetapkan 4 April depan untuk sebutan semula kes bekas pekerja salon, K Vaitheswaran yang didakwa kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian Moey Yun Peng selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu mangsa terhumban dalam laut, Januari lalu.*

                *ENAM projek infrastruktur bernilai RM1.677 bilion di Sarawak diklasifikasikan sebagai ‘projek sakit’ berikutan kelewatan kerja pembinaan sehingga gagal disiapkan mengikut jadual. Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, selain Hospital Sri Aman, projek lain yang bermasalah ialah Pusat Pembangunan Baka Induk Udang Galah di Santubong; Jalan Akses ke Empangan Baleh; Pos dan Kuarters Imigresen Ba’kelalan; Jejak Warisan dari Kampung Sungai Bintangor ke Esplanade Kuching dan Kuarters Depot Tahanan Imigresen Semuja.*

               *SUAMI dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan memukul isterinya sehingga cedera dalam kejadian Februari lalu. Tertuduh, Uzair Abd Kadir, 42, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa berusia 35 tahun dengan menggunakan bakul baju.*

               *DUA pemancing hilang selepas bot yang mereka naiki bersama lapan rakan karam di perairan Rompin kira-kira 1.9 batu nautika dari Pulau Layak, Tanjung Gemok, Sabtu lalu. Dalam kejadian 9 pagi itu, dua mangsa yang hilang dikenali Alfa Rizuan Abd Aziz dan Azwan Abu Bakar.*

               *GANGGUAN perkhidmatan syarikat telekomunikasi di kawasan Kampung Pinangah, Tongod, Kinabatangan, Sabah, dilaporkan berlaku akibat perbuatan khianat, Sabtu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, menara telekomunikasi berkenaan dikesan diceroboh individu tidak bertanggungjawab sebelum beberapa peralatan penting dirosakkan.*

               *KAWASAN hutan seluas 4.04 hektar di Jalan Kampung Bukit Tembok, berhampiran Pasir Panjang, Port Dickson, terbakar, hari ini. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Kemang, Lokman Ghani berkata, kebakaran berpunca akibat cuaca panas ketika ini.*

               *MARAH anjing peliharaannya dihalau, wanita warga emas bertindak menyerang jirannya dengan penyodok longkang dan memecahkan tingkap pacuan empat roda selain turut memukul jirannya dalam kejadian di Kampung Muhibbah, Sungai Siput semalam. Kejadian 10.30 pagi itu menyebabkan jiran lelaki berusia 40 tahun itu lebam lengan kanan dan sudah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Siput serta membuat laporan polis.*

               *SEMBILAN individu ditahan polis semalam dipercayai terbabit dalam insiden pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sembilan lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.*

               *PUTRAJAYA: KEMENTERIAN Kewangan meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menyediakan 14 unit lori dilengkapi pendingin (chiller) bagi tujuan pelaksanaan program Foodbank Malaysia. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Foodbank Malaysia berperanan mengedarkan makanan kepada golongan B40 termasuk universiti awam di negara ini.*

               *KESERONOKAN kanak-kanak lelaki bermain di Jeti Sungai Sebiew, Bintulu berakhir tragedi selepas ditemui lemas, semalam. Kejadian 2.52 petang itu berlaku berhampiran kawasan setinggan di Batu 2, Jalan Sultan Iskandar ketika kanak-kanak berkenaan leka bermain sebelum tergelincir.*

               *SEMUA 111 sekolah di seluruh Pasir Gudang yang terjejas akibat pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, akan terus ditutup sehingga cuti sekolah bermula 22 hingga 30 Mac ini sebagai langkah berjaga-jaga. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, arahan penutupan itu dibuat selepas beliau mendengar taklimat dan mendapatkan penjelasan daripada semua pihak berkuasa dan pakar yang terbabit dalam isu pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang, hari ini.*

               *DUA remaja perempuan ditahan selepas disyaki menjual tambah nilai kepada ‘tahi judi’ bagi kegiatan judi dalam talian tanpa lesen dalam Ops Dadu di Kota Marudu, kelmarin. Dalam operasi 2.20 petang itu, dua remaja masing-masing berusia 18 tahun dipercayai bekerja sebagai penjaga premis berkenaan.*

               *LELAKI bertindak kasar dengan cuba menendang jurugambar media yang membuat liputan perintah reman Ketua Penolong Pengarah jabatan kerajaan di Kedah serta tiga kontraktor yang disyaki membuat tuntutan palsu RM1.2 juta di mahkamah di Alor Setar, hari ini. Lelaki berusia 50an itu dipercayai bapa kepada suspek utama iaitu wanita berusia 41 tahun itu.*

               *SEBANYAK 28 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi New Zealnd di Malaysia, hari ini. Ia diserahkan jurucakap Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohamad Zaidi Nordi, sebagai solidariti terhadap serangan pengganas di Masjid An-Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu.*

               *HASRAT tujuh warga asing yang mahu menaiki bas ke Kuala Lumpur terbantut apabila ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam operasi bersepadu, malam tadi. Mereka adalah antara 14 warga asing yang ditahan selepas 16 anggota jabatan itu melakukan pemeriksaan terhadap 39 warga asing di premis perniagaan, kilang, rumah sewa dan terminal bas sekitar Bandaraya Alor Setar.*

               *LELAKI disyaki pengedar dadah ditembak mati ketika cuba menyerang pegawai polis dengan parang dalam kejadian di tepi jalan di Kampung Bakau, Lahad Datu, Jumaat lalu. Kejadian 4.30 petang itu berlaku apabila sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan ‘Strike Team’ diketuai oleh Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Nasri Mansor menjalankan operasi khas.*

               *SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah semua sekolah swasta tahfiz yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditutup serta ditamatkan perkhidmatannya. Baginda bertitah, terdapat sejumlah 15,000 pelajar tahfiz di 263 sekolah swasta tahfiz yang berdaftar dengan JAIS sehingga kini.*

               *PENUNGGANG motosikal maut selepas terbabit kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 120 Jalan Persekutuan Ipoh - Kuala Lumpur, di Behrang, malam tadi. Dalam kejadian 8.30 malam itu, R Chandran, 49, yang beralamat di Slim River, dekat sini meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah termasuk putus kaki kanan.*

               *SERAMAI 119 orang yang dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, sudah dibenarkan pulang sehingga 12 tengah malam tadi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, sehingga kini hanya 29 pesakit saja masih dirawat di wad hospital berbanding 120 pesakit yang dilaporkan semalam.*

               *EMPAT anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berdepan cabaran menangkap empat ular tedung selar pelbagai saiz di Langkawi, semalam. Pegawai Bencana Operasi dan Latihan APM Langkawi, Leftenan (PA) Azamshah Apearel berkata, empat ular tedung selar itu ditemui dalam tangki kumbahan yang belum digunakan sepenuhnya lagi di inap desa berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.*

               *HASRAT dua sahabat ‘mencipta rekod’ menjadi pengedar pertama memasarkan dadah jenis syabu di daerah itu, tidak kesampaian apabila mereka ditahan polis Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kedua-dua suspek berusia 27 dan 37 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), kira-kira jam 12.45 tengah hari.*

               *KILANG perabot dan cermin musnah dalam kebakaran di Jalan Paya Terubong, Air Itam, malam tadi. Dalam kejadian 8 malam, kilang perabot itu musnah 90 peratus, manakala kilang cermin bersebelahannya musnah 80 peratus.*

               *PEMANDU kenderaan kejuruteraan parah pada bahagian kepala selepas kenderaan itu dilanggar pesawat peribadi yang baru mendarat di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang, awal pagi hari ini. Dalam kejadian 3.20 pagi itu, bahagian bumbung kenderaan jenis Perodua Kembara terbabit tercabut selepas terkena bahagian sayap pesawat berkenaan, manakala pemandunya tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, untuk menerima rawatan.*

               *DUA BELAS warga Filipina dan seorang warga tempatan ditahan dalam serbuan di Semporna dan Tambunan, Sabah selepas disyaki terbabit dengan kumpulan pengganas pada 11 dan 12 Mac lalu. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, operasi itu dilakukan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dengan kerjasama Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Unit 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM).*

               *BONDA Sultan Johor, Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad mangkat. Berita itu dimaklumkan di Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini.*

               *SEORANG remaja perempuan memberi alasan mahu melihat aksi lumba haram ketika ditahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di sini, awal pagi, semalam. Remaja berusia 18 tahun itu turut memaklumkan dia kerap datang ke lokasi berkenaan sambil ditemani abang angkatnya berusia 20 tahun dengan menunggang motosikal kerana dianggap aktiviti menyeronokkan.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *CHRISTCHURCH: Lelaki warga Australia yang didakwa menembak mati 50 jemaah dalam insiden keganasan di dua masjid di New Zealand, mahu mewakili diri membabitkan kes itu di mahkamah.*
          *AFP melaporkan, Brenton Tarrant didakwa dengan satu pertuduhan membunuh dan dihadapkan ke Mahkamah Daerah Christchurch pada Sabtu lalu selepas insiden ganas terbabit, Jumaat lalu.*
          *Peguam bertugas, Richard Peters yang mewakili lelaki berusia 28 tahun itu dalam pendengaran awal kes terbabit memberitahu, dia menunjukkan tidak mahu diwakili oleh peguam.*

           *SYDNEY: Polis anti keganasan Australia menggeledah dua rumah awal pagi ini, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas yang menembak mati 50 jemaah di dua masjid di New Zealand, Jumaat lalu.*
           *AFP yang memetik polis berkata, dua rumah itu terletak di bandar Sandy Beach dan Lawrence, New South Wales yang berhampiran bandar Grafton iaitu tempat Brenton Tarrant membesar.*
         *"Tujuan utama serbuan ini adalah untuk mendapatkan apa saja petunjuk yang dapat membantu polis New Zealand melakukan siasatan,” kata polis.*

          *Sentani (Indonesia): Jumlah mangsa maut dalam bencana banjir kilat di rantau ini meningkat kepada 77 orang manakala 36 lagi dilaporkan masih hilang.*
          *Banjir yang melanda disebabkan hujan lebat dan tanah runtuh sejak Sabtu lalu turut menyebabkan ramai mangsa cedera.*
           *Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, jumlah itu dijangka meningkat berikutan seramai 43 mangsa belum ditemui lagi.*

           *CHRISTCHURCH: Dua hari selepas insiden serangan di dua masjid menggemparkan dunia, segelintir penduduk secara sukarela mula menyerahkan senjata api masing-masing kepada pihak berkuasa.*
          *Mereka membuat keputusan itu sebagai tanda sokongan bagi menghentikan keganasan sebelum memuat naik bukti penyerahan senjata api menerusi akaun media sosial.*
         *Petani yang juga ahli Parti Green dari Wairarapa, John Hart berkata, dia menyerahkan raifal separa automatik miliknya di balai polis pagi tadi.*

           *BEIJING: Seorang pelajar universiti dihalang menaiki sistem kereta api bawah tanah disebabkan solekan dan pakaiannya ala ‘gothic’ dianggap terlalu mengerikan untuk penumpang lain.*
            *South China Morning Post melaporkan, pelajar itu memakai gaun hitam panjang, gincu merah gelap dan pembayang mata ungu, tetapi ditahan kakitangan di pusat pemeriksaan di stesen Xiaogang yang turut mengarahnya membuang solekan itu sebelum menaiki tren.*
           *"Pengawal keselamatan wanita berkata, solekan saya ‘bermasalah’ dan terlalu menakutkan serta menyuruh saya membersihkannya serta-merta.*

          *Bangkok: Ratusan ribu pengundi memenuhi sekolah, tempat letak kereta dan kuil di seluruh Thailand, hari ini, untuk undian awal seminggu sebelum pilihan raya pertama negara itu selepas lapan tahun.*
           *Lebih 2.3 juta penduduk Thailand dijangka mengundi sebelum tarikh undian rasmi pada 24 Mac ini.*
         *Sejak rampasan kuasa pada 2014 yang menggulingkan kerajaan awam pimpinan Yingluck Shinawatra, pihak tentera sering menangguhkan pilihan raya demokratik sekali gus mengecewakan masyarakat awam Thailand.*

        *FLORIDA: Seorang wanita seberat 145 kilogram dihukum penjara seumur hidup di Florida kerana menghempap mati sepupu perempuannya berusia sembilan tahun untuk menghukum kanak-kanak itu.*
           *Daily Mail melaporkan, Veronica Green Posey, 66, didapati bersalah selepas duduk di atas Dericka Lindsay lebih lima minit menyebabkan kanak-kanak itu mati akibat lemas kerana kekurangan oksigen.*
           *Veronica bagaimanapun memberi alasan tindakannya itu sebagai hukuman untuk mengawal kanak-kanak itu.*

          *CHRISTCHURCH: Ketika terbaring di luar masjid dalam keadaan berlumuran darah akibat tembakan yang menembusi dadanya, seorang mangsa Abbas Tahir Endrise sukar untuk bercakap sambil memikirkan ia mungkin panggilan telefon terakhir kepada isterinya yang hamil.*
             *Bagaimanapun, semangat pasukan perubatan di Christchurch berjaya menyelamatkan lelaki berusia 31 tahun itu yang dilihat sudah boleh bernafas dan memicit tangan isterinya, Zeynia Endrise, 34, berbanding dua hari lalu ketika keadaannya dilaporkan kritikal di unit rawatan rapi.*
           *Abbas adalah salah seorang daripada 31 mangsa yang cedera selepas seorang pengganas, Brenton Tarrant melepaskan tembakan rambang di dua masjid pada Jumaat lalu, lapor AFP.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *PENUNTUT perubatan International Medical University (IMU), Kiren Raj, 27, meminta maaf secara terbuka berhubung komennya di Facebook (FB) yang berbaur lucah dan seksis ekoran kemalangan maut yang menimpa pelakon wanita tempatan, Emily Kong.*
             *Komennya dalam bahasa Inggeris itu antaranya menulis, wanita tidak sepatutnya pulang sendirian selepas meninggalkan pusat hiburan dan kaum lelaki boleh membawa wanita pulang dengan selamat ke rumah, namun perlu ditukar dengan seks.*
           *Susulan komen berkenaan tular, pihak IMU mengambil tindakan disiplin terhadap Kiren pada 11 Mac lalu selain, melakukan siasatan berhubung kejadian.*

          *KEMENTERIAN Kesihatan menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk tradisional Nan Bao Capsule berikutan dikesan mengandungi racun berjadual sildenafil dan tadalafil.*
            *Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pendaftaran produk itu dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuarat ke-332 berikutan pengesanan racun berjadual sildenafil dan tadalafil di dalam produk berkenaan yang tidak dibenarkan dalam formulasi produk tradisional.*
        *Menurutnya, sildenafil dan tadalafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk.*

        *SINDIKET ‘lesen terbang’ yang menggunakan Facebook (FB) untuk menawarkan perkhidmatan mereka dikesan masih lagi aktif walaupun kegiatan itu dibongkar minggu lalu.*
            *Masih menggunakan nama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mereka seolah-olah tidak serik malah ia turut disebarkan menggunakan aplikasi WhatsApp.*
          *Pengerusi Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK) Mohammad Hisham Shafie berkata, sebelum ini sindiket terbabit menggunakan logo JPJ, namun akaun itu didapati tidak lagi aktif selepas didedahkan Harian Metro, Selasa lalu.*

        *MUSIM kemarau menyebabkan paras air sungai Golok surut dan mula menjadi tumpuan orang ramai yang mengambil peluang untuk mandi serta berniaga di kawasan sekitar Pangkalan Pasir, di sini.*
            *Kawasan itu menjadi tumpuan sejak seminggu lalu oleh pengunjung dari Kelantan dan negara jiran. Lebih 10 peniaga mengambil kesempatan membuka gerai menjual air dan makanan ringan sejak empat hari lalu berikutan lokasi itu menerima pengunjung yang ramai setiap hari.*
             *Tinjauan Harian Metro di Pangkalan Pasir mendapati suasana meriah dan sungai Golok menjadi tapak pesta apabila lebih 500 orang berkunjung ke kawasan itu dan ada yang mengambil peluang mandi berikutan paras air di lokasi itu hanya kira-kira 0.2 meter (m).*

         *CHRISTCHURCH: Seorang kanak-kanak menyentuh perasaan netizen apabila menolak hadiah hari jadi lumayan berupa sebuah komputer riba sebaliknya meminta jambangan bunga untuk memperingati mangsa insiden serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand.*
            *NZHerald melaporkan, kisah itu dimuat naik sendiri oleh bapanya, Samuel Sen di Facebook kelmarin, kerana terharu dengan sikap anaknya, Darsh yang berusia sembilan tahun.*
            *Kisah itu mengundang lebih 6,300 reaksi netizen di Facebook apabila berkongsi tulisan itu sebanyak lebih 1,200 kali.*
           *Mereka turut membalas komen memuji tindakan kanak-kanak itu sambil memberi ucapan hari jadi.*
                 

*ARENA*
========


         *SALAH satu hatrik Messi dikatakan jaringan ‘luar biasa’ ketika Barcelona menewaskan Real Betis 4-1, awal pagi tadi, menurut peminat bolasepak antarabangsa.*
           *Mereka menyatakan sentuhan pemain Argentina berusia 31 tahun itu meletakkannya sebagai ‘Pemain Bolasepak Terhebat Sepanjang Zaman’ (GOAT).*
            *Jaringan itu turut melenyapkan keraguan peminat selama ini berdebat siapa lebih hebat antara ‘Messi vs Cristiano Ronaldo’ - dengan pemain Barcelona itu layak mendapat status itu.*
          *Seorang peminat menulis: "Saya bersumpah saya tidak tahu bagaimana orang lain boleh menyamakan pemain bolasepak lain dengan pemain ini (Messi)."*

         *REAL Madrid terus berperang psikologi dengan Juventus untuk mendapatkan pemain tengah Chelsea FC, N’Golo Kante, menurut laporan media di Itali.*
           *Media Itali, Tuttosport, dipetik sebagai berkata oleh Daily Star, melaporkan pengurus Real Madrid Zinedine Zidane begitu bersemangat untuk mendapatkan tandatangan Kante untuk mengukuhkan bahagian tengah menjelang saingan musim 2019-20.*
            *Artikel sama menyatakan juara bertahan Liga Juara-Juara (UCL) itu memang sudah lama meminati pemain pemenang Piala Dunia itu berikutan prestasinya di Leicester City dan Chelsea FC sejak lebih tiga setengah musim lalu.*

          *JAMIE Carragher menyatakan tidak berasa tertarik dengan ‘sikap mementingkan diri dan tamak’ dipamerkan oleh Mohamed Salah ketika Liverpool menang 2-1 ke atas Fulham, semalam.*
          *The Reds menewaskan pasukan barat London itu 2-1 hasil jaringan Sadio Mane dan James Milner selepas Ryan Babel mencemaskan benteng skuad Merseyside itu menerusi gol penyamaan pada babak kedua.*
            *Salah yang tidak berada pada tahap terbaiknya, terlepas beberapa peluang dan masih gagal mendapatkan sebarang gol selepas tujuh perlawanan.*

          *DOMINIC Thiem menjulang trofi pertama Masters 1000 selepas bangkit daripada ketinggalan satu set menewaskan Roger Federer 3-6, 6-3, 7-5 untuk menjuarai Terbuka BNP Paribas di Indian Wells, pagi tadi.*
             *Momentum berpihak kepada Thiem pada set penentuan apabila dia mematahkan servis Federer dengan pukulan kilas untuk mendahului 6-5.*
         *Pemain Austria itu kemudiannya terbaring dan menyapu mukanya selepas pukulan Federer yang memburu rekod enam trofi Indian Wells dan kemenangan ke-101 tersangkut di jaring.*

          *PENYOKONG pasukan Harimau Malaya sudah boleh mendapatkan tiket Piala AirMarine 2019 di Kaunter Tiket Pintu C, Stadium Nasional, Bukit Jalil (berhadapan Pusat Akuatik Nasional).*
            *Kaunter berkenaan sudah pun dibuka mulai jam 11 pagi tadi hingga 6 petang hari ini.*
           *Kaunter tiket yang sama di Pintu C itu turut dibuka esok, Selasa (19 Mac 2019) dari 11 pagi hingga 6 petang.*

        ♀ *PEMAIN profesional negara, Kelly Tan gembira impian meraih kejuaraan antarabangsa pertamanya tercapai apabila menjuarai kejohanan Florisa’s Natural Classic di Florida, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.*
         *Ia kejohanan kedua dalam Jelajah Symetra dan kejayaan itu membolehkan pemain dari Johor itu meraih hadiah wang kemenangan AS$18,750 (RM76,000).*
          *"Ya!! Wau... sukar dipercayai... dan ia sedikit mengujakan namun akhirnya perasaan ini adalah untuk semua rakyat Malaysia dan setiap kanak-kanak yang mengimpikannya. Saya mempunyai impian dan ia terapai hari ini.*

         *PENJAGA gol skuad hoki wanita negara, Farah Ayuni Yahya yang beraksi di Liga Hoki England mempunyai misi besar untuk memastikan kelabnya, East Grinstead menamatkan saingan Liga Perdana musim ini di kedudukan empat terbaik.*
         *Farah yang muncul pemain wanita pertama beraksi di liga utama England itu kini perlu membantu pasukannya mengharungi dua lagi perlawanan bertemu Bowdon Sabtu ini dan Clifton Robinsons, hujung bulan ini.*

         *“SAYA hanya katakan perkara yang benar walaupun sukar diterima oleh sesetengah pihak.” Itu penjelasan jurulatih skuad bawah 18 tahun (B-18) negara, Bojan Hodak berhubung kritikannya mengenai sistem pembangunan bola sepak negara.*
           *Akibat kata-katanya yang pedas itu, beliau diarah menjawab surat tunjuk sebab oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).*
            *Hodak bagaimanapun mempertahankan kenyataannya dan menegaskan sistem pembangunan bola sepak merangkumi umur 12 hingga 17 tahun di negara ini salah kerana tiada kelab yang akan mengambil mereka untuk menjalani latihan lebih lengkap dan sistematik.*

         *SOKONGAN padu penyokong Pahang ditagih untuk memberi motivasi kepada skuad Tok Gajah mengharungi saingan Liga Super musim ini.*
         *Kehadiran 67,000 penonton dalam tiga perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan membuktikan peminat Tok Gajah mampu memberi impak kepada skuad kendalian Dollah Salleh.*
           *Wakil kelab penyokong bola sepak Pahang, Mohd Jusri Abd Kadir berkata, pihaknya memuji komitmen dan sokongan daripada penyokong yang memberi sokongan padu kepada skuad Pahang.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2019 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*RAU 20 ARH 2019 ASHI ERSAAAN 13 REJ 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0553*
*SUBUH : 0603*
*SYURUK : 0716*
*ZOHOR : 1324*
*ASAR : 1630*
*MAGHRIB : 1926*
*ISYAK : 2035*


*artikel disiarkan pada tarikh 19mac*


*TANAHAIRKU*
==============


               *KAWASAN sepanjang 1.5 kilometer (km) di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor, yang tercemar akibat pembuangan sisa toksik disahkan selamat. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, pihaknya bagaimanapun akan terus memantau selama 15 hari di lokasi itu bagi memastikan kualiti udara selamat.*

                *YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini. Istiadat pemasyhuran berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor di kampus induk UiTM di Shah Alam.*

               *SEORANG operator kilang dijatuhi hukuman penjara 30 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat, Selangor, atas dua pertuduhan mencabul serta cuba merompak seorang pemandu Grabcar pada 3 Mac lalu. Majistret Mohd Isa Md Nor membuat keputusan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh, Haikal Harun, 22.*

               *SEMUA sekolah di negeri Melaka diminta menghentikan aktiviti luar bilik darjah terutamanya membabitkan murid berisiko tinggi, jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 (tidak sihat). Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Tey Kok Kiew berkata, arahan itu dikeluarkan berdasarkan pengumuman terkini Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung tahap jerebu yang dilihat semakin teruk, kebelakangan ini.*

               *SEKRETARIAT Pusat Kawalan Operasi Bencana Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor (JPBNJ) menghalau semua petugas media dari Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) tengah hari tadi. Tindakan itu diambil dipercayai selepas mereka panik dengan penemuan lebih 30 tong biru dipercayai mengandungi sisa bahan kimia di Sungai Sembilang dan Sungai Masai, kelmarin, hingga memaksa JPBNJ membatalkan dua sidang media harian, semalam.*

               *PEKERJA kedai mencuci kereta dipenjara lapan tahun dan lima sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, selepas mengaku bersalah merompak dan mencederakan warga Bangladesh, tahun lalu. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Syahrul Izuwan Azman, 25, mengaku salah terhadap tuduhan.*

                *KETUA Balai Polis antara 16 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terbabit melindungi serta menerima wang sogokan daripada pemilik pusat urut di Kuala Lumpur. Sumber berkata, semua individu terbabit ditahan di 16 lokasi sekitar Lembah Klang kira-kira jam 10 pagi hingga 5 petang tadi, hasil risikan dilakukan sejak tiga bulan lalu.*

                *REKRUT anggota baru dengan jual kad keahlian kumpulan Royal Sulu Force (RSF). Itu tindakan dilakukan dua suspek pengganas warga Filipina yang ditahan dalam serbuan di Semporna, Sabah pada 11 Mac lalu. Dua lelaki itu antara 12 warga Filipina termasuk seorang wanita selain seorang lelaki tempatan yang ditahan selepas disyaki terbabit kumpulan pengganas dalam beberapa serbuan dilakukan di sekitar Semporna dan Tambunan, Sabah, pada 11 dan 12 Mac lalu.*

               *LAPAN motosikal disita manakala 32 saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan dalam Op Samseng Jalanan dan Mabuk yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Sabtu lalu. Dalam operasi yang berakhir jam 5 pagi itu, sebanyak 135 kenderaan diperiksa di tiga lokasi berasingan sekitar ibu negeri.*

                *PREMIS Pusat Jagaan Anak-Anak Cahaya Amal Bistari di Taman Pekan Baru di sini, dikenakan tindakan sita, semalam selepas ia dikesan beroperasi secara haram. Operasi yang dijalankan bermula jam 10 pagi hingga jam 12 tengah hari itu membabitkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dan polis.*

               *TIGA individu direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan skandal projek membabitkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dianggarkan bernilai RM30 juta. Tempoh reman ke atas suspek berusia 43 hingga 56 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal iaitu sehingga 23 Mac ini.*

               *PEMBANGKANG akan berbincang sama ada mahu membawa usul tidak berpuas hati terhadap tindakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming petang ini. Semalam, Dewan Rakyat kecoh apabila pembangkang berang dengan kenyataan Kor Ming yang mengaitkan kerjasama UMNO dan PAS dengan Taliban.*

               *BAU cuka pekat dan pokok mati. Begitulah gambaran di lokasi baharu penemuan bahan kimia dipercayai mempunyai sisa toksik berhampiran Sungai Masai di Pasir Gudang, sejak kelmarin. Tinjauan Harian Metro di lokasi itu mendapati, kerja pembersihan dilakukan pelbagai pihak dipercayai Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kimia dan kontraktor pembersihan.*

               *MANGSA tembakan di Christchurch, New Zealand, Rahimi Ahmad, 39, sudah menunjukkan maklum balas dengan menggerakkan jarinya. Perkembangan itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz ketika melawat Rahimi di Hospital Christchurch, hari ini.*

               *HANYA bayar RM2,200 untuk mengerjakan umrah manakala selebihnya ditaja seorang individu kononnya bergelar ‘Datuk’. Itu taktik digunakan sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej umrah mengakibatkan 19 individu di Temerloh kerugian keseluruhan sebanyak RM41,800.*

               *TERDAPAT 22 pesakit baharu dirujuk ke hospital akibat pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, sehingga 12 tengah malam tadi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, bagaimanapun jumlah pesakit yang ditahan di wad hospital berkurangan. “Jumlah pesakit yang dibenarkan selepas pulang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) adalah seramai 73 orang.*

               *BAYARAN khas sebanyak RM500 secara ‘one-off’ atau sekali beri kepada penerima pencen di bawah RM1,000 bagi yang berkelayakan akan dibayar mulai 20 Mac ini. Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bayaran bantuan itu dilaksanakan sejajar dengan keputusan Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada 2 November tahun lalu.*

               *GURU Sekolah Kebangsaan (SK) Buayan, sebuah sekolah terpencil di pedalaman Penampang mengambil inisiatif melawat ke rumah sambil memujuk seorang murid Tahun Empat kembali belajar, walaupun terpaksa berjalan sejauh 12 kilometer (km) untuk berbuat demikian. Guru Besar SK Buayan, Matius Kusop berkata, tiga guru terbabit mengambil masa tiga jam berjalan pada minggu lalu untuk melawat murid berkenaan yang tidak hadir ke sekolah selama tiga minggu.*

               *PASUKAN Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki kerana disyaki menangkap ikan menggunakan bahan letupan di kawasan perairan Pulau Bum-Bum dekat Semporna, petang semalam. Lelaki tempatan berumur 23 tahun itu ditahan susulan maklumat yang disalurkan Unit Risikan Marin (URM) berkaitan kegiatan mengebom ikan di kawasan perairan berkenaan.*

               *TUJUH lelaki warga asing ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) kerana disyaki menangkap ikan menggunakan pukat tanpa kelulusan Jabatan Perikanan di kawasan perairan Tinagat dekat Tawau, semalam. Mereka ditahan menerusi Op Gelora Khas di kawasan perairan terbabit antara jam 11 hingga 11.30 pagi.*

               *LELAKI orang kurang upaya (OKU) tidak sempat melepaskan gian selepas dicekup penguat kuasa Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) daerah Sabak Bernam dalam Operasi Cegah 7 di Bagan Sungai Besar, Sungai Besar, semalam. Dia berusia 61 tahun yang kudung kaki kiri mengaku terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah sejak 35 tahun lalu.*

               *PERSATUAN Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) menyambut baik titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu semua sekolah tahfiz swasta yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditutup serta ditamatkan perkhidmatannya. Pengerusinya, Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa berkata, setakat ini lebih 350 tahfiz berdaftar dengan JAIS manakala 50 lagi dalam proses pendaftaran sementara berikutan tidak mencukupi 20 pelajar.*

               *ANGGOTA bomba terpaksa meminta pertolongan penduduk untuk membawa mereka menggunakan motosikal bagi memadam api di kawasan hutan dekat Bukit Berapit, Bukit Mertajam, malam tadi. Ia berikutan tiada laluan yang boleh dimasuki jentera ke kawasan berkenaan.*

               *LELAKI diberkas polis kerana dipercayai terbabit dengan kejadian pembuangan sisa industri di kolam tadahan banjir di Taman Eng Ann, Klang, hari ini. Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten, Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, suspek ditahan di Jeram, Kuala Selangor oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara kira-kira 4.30 petang semalam.*

               *LIMA rumah di Kampung Ulu Rantau, Seremban, musnah terbakar, malam tadi. Dalam kejadian 9 malam itu, penduduk, Lee Yun Choy, 54 melecur di tangan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya mengerahkan 37 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2, BBP Port Dickson, BBP Rembau dan BBP Senawang ke lokasi.*

               *TINDAKAN seorang lelaki dan dua wanita tempatan membuat permohonan pasport antarabangsa untuk tiga remaja warga Sri Lanka dengan menipu sebagai anak sendiri akhirnya membawa padah apabila mereka ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Sungai Petani, Kedah, hari ini.*

               *“MUJUR ketika kejadian dua anak saya berusia dua dan tujuh tahun berada di rumah tamu kerana biasanya mereka bermain dalam bilik. Namun mereka bernasib baik apabila pokok kemudu di tepi rumah tumbang menghempap bahagian bumbung menyebabkan siling pecah,” kata Md Zam Md Piah, 49. Dalam kejadian sekitar jam 6 petang tadi, bumbung enam rumah di Kampung Padang Meha, Sungai Karangan, Kulim, Kedah, turut diterbangkan angin kencang susulan hujan lebat dan ribut petir yang berlaku.*

               *TAKTIK lelaki menyorokkan ribuan tin minuman keras pada pikap yang ditampal pita pelekat hitam di Taman Pulai Bayu, Iskandar Puteri, gagal mengaburi pihak berkuasa apabila ditahan Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Tampoi Johor, semalam. Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, pihaknya merampas 1,440 botol minuman keras seludup bernilai keseluruhan RM470,400 yang disorok di dalam pikap itu.*

               *TERAPUNG hampir 10 jam di tengah laut membuatkan lapan pemancing hanya menyerahkan nasib kepada takdir apabila masing-masing sudah kepenatan dan kesejukan. Namun sudah tertulis usia mereka masih panjang apabila diselamatkan sebuah bot pukat jerut yang kebetulan melalui kawasan berkenaan. Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin, bot dinaiki 10 pemancing itu terbalik dan karam di perairan Rompin kira-kira 1.9 batu nautika dari Pulau Layak, Tanjung Gemok, Rompin dipercayai mengalami kebocoran.*

               *KAKITANGAN sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini, menjatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadapnya. Wanita itu dituduh atas dua pertuduhan memiliki dua kad tambah nilai Tesco Club berciri Touch n Go yang tidak sah membabitkan kerugian RM2,048, Februari lalu.*

               *CUBAAN seorang tekong laut mendaratkan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini, tidak kesampaian apabila dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka & Negeri Sembilan. Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan Kepten Maritim Amran Daud berkata, tiga PATI dan tekong berkenaan ditahan ketika berada di kedudukan 2.3 Batu Nautika dari barat laut Pulau Tanjung Bidara, Melaka, pada jam 11 malam semalam.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *CHRISTCHURCH: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berikrar untuk tidak lagi menyebut nama pengganas yang menyerang dua masjid di Christchurch ketika menyempurnakan pembukaan sesi parlimen dengan ucapan ‘Assalamualaikum’, hari ini.*
           *”Dia akan dikenakan mengikut undang-undang sepenuhnya di New Zealand. Dia melakukan banyak perkara daripada tindakan ganasnya, yang menyebabkan dia terkenal.*
           *”Sebab itu, anda tidak akan mendengar saya menyebut namanya. Dia adalah pengganas. Dia adalah penjenayah. Dia adalah seorang pelampau. Apabila saya bercakap, namanya tidak akan disebut.*

          *SEORANG penyerang bersenjata disyaki lelaki Turki menembak mati tiga individu dan mencederakan sembilan lain dalam sebuah tram di bandar Utrecht, Belanda di sini hari ini.*
            *Susulan itu pihak berkuasa Belanda meningkatkan tahap ancaman keganasan ke paras tertinggi di wilayah ini dengan sekolah diarah menutup pintu dan polis separa tentera menaikkan kawalan keselamatan di lapangan terbang dan infrastruktur penting lain selain masjid.*
            *Perdana Menteri Mark Rutte mempengerusikan rundingan krisis, mengatakan beliau amat bimbang dengan insiden itu yang berlaku tiga hari selepas penyerang membunuh 50 orang dalam tembakan besar-besaran dua masjid di Christchurch, New Zealand.*

         *ISTANBUL: Perkhidmatan Risikan Turki sedang menyiasat sama ada insiden tembakan di Belanda adalah serangan keganasan atau berpunca daripada pertelingkahan keluarga, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan, semalam.*
             *"Perkhidmatan risikan kami menyiasat semua aspek dan ketuanya memberitahu bahawa mereka akan mengumpul semua maklumat berkaitan.*
          *"Ada yang mengatakan ia berpunca daripada masalah keluarga manakala terdapat dakwaan lain mengaitkannya dengan keganasan,” kata Erdogan kepada stesen televisyen Turki, Ulke TV.*

         *PARIS: Kerajaan Perancis memecat ketua polis Paris, semalam berikutan protes jaket kuning yang terus berlarutan yang memberi tekanan kepada Presidennya, Emmanuel Macron.*
            *AFP melaporkan, polis dikatakan gagal mengawal kumpulan penunjuk perasaan itu hingga protes terbabit bertukar menjadi ganas.*
        *Perdana Menteri, Edouard Philippe memecat ketua polis berusia 66 tahun itu, Michel Delpuech selepas mengkritik arahan penggunaan peluru getah oleh polis yang dianggap tidak sesuai.*

         *Canberra: Dua pemancing terkejut dan hampir tidak percaya apabila menemui bangkai ikan matahari gergasi yang terdampar di pantai.*
            *Steven Jones dan rakannya, Linette Grzelak menemui ikan itu di satu kawasan pantai Goolwa Pipico yang terletak kira-kira 25 kilometer dari River Murray, sebuah destinasi memancing serta pelancongan popular di Australia Selatan.*
           *Ikan matahari itu dianggarkan sepanjang 2.5 meter dengan berat mencecah beberapa ratus kilogram.*
            *Ikan matahari atau dikenali sebagai mola mola boleh membesar hingga mencecah tiga meter panjang dengan berat mencecah 2.5 tan. Ia juga sangat jarang ditemui kerana habitatnya di laut dalam dan terpencil.*

         *Jakarta: Pegawai di agensi rasuah Indonesia (KPK) hari ini merampas sejumlah wang berjumlah ratusan juta rupiah di pejabat Menteri Agama Indonesia, Lukman Hakim Saefuddin.*
            *"Kami menemui dan menyita sejumlah wang dalam bentuk mata wang rupiah dan dolar Amerika Syarikat dengan nilai ratusan juta rupiah di pejabat Menteri Agama,” kata jurucakap KPK, Febri Diansyah di ibu pejabat KPK, Kuningan, Jakarta Selatan hari ini yang dipetik Liputan6.*
           *Febri memberitahu, serbuan itu dilakukan kerana terdapat bukti berlakunya amalan rasuah di Kemenerian Hal Ehwal Agama.*

         *LONDON: Seekor kambing Pygmy yang dilaporkan hilang minggu lalu ditemui di sebuah stesen trem kira-kira 40 kilometer dari kediaman pemiliknya di Greenfield, Saddleworth.*
          *Ketika diselamatkan Khamis lalu, kambing diberi nama Belle itu kelihatan seolah menunggu trem ke arah Manchester di stesen Sale bersama beberapa penumpang lain.*
           *Anggota penyelamat haiwan, Louise Fields memberitahu menerima panggilan daripada orang awam mengenai kehadiran seekor kambing di stesen tren Sale dan berasa lucu kerana penumpang lain tidak menghiraukannya.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


        *“SAYA mohon maaf kepada semua atas perkongsian mengenai penderitaan kanak-kanak yang memerlukan sumbangan orang ramai kerana ia ternyata palsu dan saya tertipu,” kata Pengerusi Persatuan Kebajikan Kanser Bersatu Malaysia, Nor Azmi Jalaludin.*
        *Nor Azmi berkata, perkongsian di laman rasmi Facebook (FB) persatuannya itu adalah atas niat baik mahu membantu dan simpati terhadap seorang pesakit kanser darah tahap tiga.*
        *”Saya malu kerana tertipu namun saya perlu jelaskan perkara ini supaya orang ramai juga tidak tertipu,” katanya ketika dihubungi hari ini.*

        *KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya meminta operator pelancongan memberi peringatan kepada pelancong berhubung situasi cuaca semasa dan menyalurkan bantuan topeng muka jika perlu.*
            *Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, ketika ini pihaknya mengikuti rapat keadaan cuaca semasa terutama membabitkan kawasan tarikan pelancongan.*
          *”Antaranya seperti di Banting, Selangor dan Rompin, Pahang yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat, iaitu masing-masing 104 dan 176 sehingga jam 3 petang hari ini (semalam).*
           *“Saya juga menyarankan orang ramai dan pelancong mengemas kini maklumat terkini berkenaan jerebu di laman web indeks udara di http://apims.doe.gov.my,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.*

        *SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengambil keputusan membatalkan penganjuran dua acara sempena sambutan Hari Keputeraan baginda.*
          *Dua acara itu ialah Majlis Jamuan Teh serta Majlis Jamuan Negeri yang dijadualkan pada 24 dan 25 Mac ini.*
            *Sultan Johor bertitah, keputusan itu dibuat demi rakyat kerana sedih melihat ada di antara mereka yang sengsara akibat pencemaran kimia di Pasir Gudang.*

        *TIADA bukti kukuh untuk menyokong keberkesanan bekam dalam merawat penyakit. Perkara itu dinyatakan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad tadi.*
           *Beliau berkata, Laporan Penilaian Teknologi berkenaan bekam pada tahun 2012 menyatakan tiada bukti kukuh keberkesanannya atas penyakit termasuk herpes zoster (cacar), facial paralysis (strok muka), back pain (sakit belakang) dan spondalysis (sakit tulang belakang).*
          *Selain itu katanya, penyakit lain juga termasuk cerebrovascular accident (strok), hypertension (hipertensi), fibromyalgia (penyakit saraf), bronchitis (radang pada kerongkong), asthma (asma) dan sakit kepala.*

          *Jayapura (Indonesia): Penduduk di daerah Sentani di wilayah Papua terkejut apabila menemui anak ikan jerung terdampar di kampung mereka selepas dilanda banjir kilat.*
             *Jakarta Post melaporkan, beberapa gambar dan video yang tular di media sosial menunjukkan dua anak ikan jerung ditemui di kawasan perumahan BTN Sosial.*
              *Satu video yang disiarkan pengguna Twitter @JayapuraID menunjukkan seorang lelaki memegang dua bangkai anak ikan jerung dipercayai dari spesies sirip hitam yang biasanya ditemui di kawasan batu karang.*
                 

*ARENA*
========


           *JUVENTUS sedia menawarkan jalan keluar buat bintang pudar Manchester United, Alexis Sanchez jika sanggup gajinya dipotong.*
        *Kelab gergasi Itali itu juga sukakan idea sekiranya Sanchez digandingkan dengan Cristiano Ronaldo di Turin.*
          *Bagaimanapun, usaha itu terbantut disebabkan gaji sebanyak 500,000 (RM2.7 juta) seminggu diraih oleh pemain Chile itu di Old Trafford.*
         *Mereka bersetuju untuk membayar bekas rakan sepasukan Arsenal Aaron Ramsey sebanyak 400,000 (RM2.1j) seminggu apabila dia menyertai pada jendela perpindahan musim panas tetapi menurut laporan CalcioMercato, dia tidak akan cuba menyaingi cabaran gaji diterima oleh Sanchez.*

           *ORANG terkaya Britain Sir Jim Ratcliffe masih tidak berganjak dengan pendirian untuk membeli Chelsea biarpun tawaran dibuat berada di bawah paras nilai ditetapkan oleh pemilik Roman Abramovich.*
           *Berita mengenai pembelian kelab London itu menarik perhatian media negara itu selepas Ratcliffe membuat tawaran untuk membeli kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tahun lalu tetapi masih belum ada kata putus mengenainya.*
             *Ratcliffe yang memiliki kekayaan sebanyak 21billion (RM114 bilion) kini adalah pemilik baru pasukan berbasikal Team Sky yang kemudiannya dinamakan Team Ineos sempena nama syarikat kejuruteraan kimianya.*
            *Dia kini mahu menambah kelab bolasepak Chelsea ke dalam portfolionya.*

           *THIBAUT Courtois menolak cadangan berhijrah ke Manchester United sebagai pertukaran untuk David De Gea menyertai Real Madrid.*
          *Perbincangan antara dua kelab gergasi Eropah itu berkesudahan dengan draf penjaga gol Belgium itu ditawarkan peluang menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.*
           *Courtois, 26, mahu kekal di Bernabeu selepas dia menyertai kelab Sepanyol itu dari Chelsea pada musim panas lalu.*
           *Jika itu berlaku, dia lebih selesa menyertai Paris Saint-Germain (PSG) pada penghujung musim.*

        ♂ *PEMAIN sensasi golf India, Shubhankar Sharma berharap Kejohanan Maybank yang bermula Khamis ini di Kelab Golf & Country Saujana akan menjadi titik tolak kepada kebangkitannya musim ini selepas memulakan kempen 2019 dengan prestasi mendatar.*
          *Juara bertahan berusia 22 tahun itu berkata, apa yang dilalui musim ini tidak ubah seperti musim lalu apabila dia gagal bermula dengan baik tetapi prestasinya berubah selepas memenangi Kejohanan Maybank.*
          *"Saya akui prestasi awal musim ini tidak begitu baik. Secara jujur sudah tentu saya mahu memulakan kempen musim ini dengan prestasi cemerlang.*

          *KETUA pasukan negara, Zaquan Adha Abd Radzak mengakui kecewa apabila mengetahui penyokong tegar Ultras Malaya memboikot Piala Airmarine 2019 sebagai tanda tidak berpuas hati dengan harga tiket yang dilabel mahal oleh penyokong Harimau Malaya itu.*
           *Menurut Zaquan, sebagai seorang pemain profesional, sokongan padu peminat yang juga pemain ke-12 adalah sangat penting dalam menaikkan semangat dan motivasi pemain sepanjang 90 minit di atas padang.*
            *Jelas pemain Kedah itu, dia berharap agar Ultras Malaya dapat mengubah keputusan itu dan hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menempuh aksi pertama menentang Singapura malam ini.*

          *DATUK Lee Chong Wei sah tidak akan mempertahankan kejuaraan pada kejohanan Terbuka Malaysia bulan depan.*
           *Ia bermakna peminat badminton negara terpaksa menunggu lebih lama untuk melihat bekas pemain nombor satu dunia itu kembali beraksi selepas berehat panjang susulan penyakit kanser hidung.*
        *Chong Wei yang menjalani rawatan susulan semalam dan kelmarin di Taiwan tidak menyertai mana-mana kejohanan sejak Julai lalu.*

         ♂ *“ANUGERAH Olahragawan Terengganu yang diterima buat kali keenam membakar semangat saya untuk memburu pingat emas pertama pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo,” ujar pelumba basikal pecut tersohor negara, Azizulhasni Awang.*
           *Malam tadi raja trek berusia 31 tahun kelahiran Dungun itu sekali lagi menggegar selepas dinobat sebagai Olahragawan Terengganu 2018 bersama pesilat handalan negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir yang meraih Olahragawati Terengganu.*

            *MALAYSIA berdepan laluan sukar apabila diundi dalam Kumpulan 1D bersama tuan rumah China dan India bagi saingan Piala Sudirman dari 19 hingga 6 Mei depan di Nanning, China.*
           *Dalam undian yang diadakan hari ini, Malaysia diletakkan sebagai pilihan kesembilan berbanding China kedua dan India kelapan.*
            *China memang tidak perlu diperkatakan lagi mengenai kemampuan mereka dan skuad negara perlu mengharapkan untuk mengalahkan India bagi mencerahkan peluang layak ke suku akhir.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.190849 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list