CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

  [Copy link]
 Author| Post time 15-4-2019 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*HEPI NEW YEAR TO ALL INDIAN MEMBERS*

*ISNN 15 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 9 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0541*
*SUBUH : 0551*
*SYURUK : 0707*
*ZOHOR : 1316*
*ASAR : 1627*
*MAGHRIB : 1921*
*ISYAK : 2031*


*artikel disiarkan pada tarikh 14april*


*TANAHAIRKU*
==============


               *AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal sah dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-17 di Istana Bukit Serene, sebentar tadi. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menyerahkan surat tauliah pelantikan sebelum Dr Sahruddim melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor.*

                *MENTERI Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal tiba di kampung halamannya di Kampung Baru Batu 28 Lenga, Pagoh, Muar sebaik selesai istiadat pelantikan Menteri Besar Johor di Istana Bukit Serene 2 petang hari ini. Ketibaan Dr Sahruddin disambut ibunya, Isniah Kasmongin, 73, ahli keluarga, kenalan dan penduduk kampung yang menantikan kepulangan anak jati kampung itu sejak proses pelantikan di Istana Bukit Serene selesai.*

                *MENTERI Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal akan melakukan rombakan barisan Exco Kerajaan Negeri dalam masa terdekat susulan pelantikannya untuk meneraju kepimpinan baharu negeri ini. Beliau berkata, walaupun tempoh lazim bagi rombakan Exco selepas pelantikan Menteri Besar baru boleh dibuat dalam masa 14 hari, namun beliau akan cuba untuk melaksanakannya dalam masa terdekat.*

                *PAKAR bius, Dr S Streram menganggap kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di luar jangkaannya. Calon Pakatan Harapan (PH) berusia 64 tahun itu mengakui lawannya Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) bukan 'calang-calang' nama untuk ditewaskan.*

                *TINDAKAN menghalang penjawat awam menjalankan tugas adalah kesalahan mengikut Kanun Keseksaan, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, laporan polis sudah dibuat terhadap penyokong Pakatan Harapan (PH) yang memeriksa kenderaan polis semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.*

                *“SAYA kurang pasti sama ada (tunjuk kertas undi) satu kesalahan atau tidak. Saya perlu meneliti betul-betul peraturan,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun. Beliau memberi reaksi itu bagi mengulas tindakan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan yang menunjukkan kertas undi selepas mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, Rantau semalam.*

                *“KEKALAHAN ini peringatan kepada pimpinan PH (Pakatan Harapan) untuk terus memberi perhatian sewajarnya terhadap kebimbangan rakyat berhubung isu ekonomi dan kos sara hidup,” kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini adalah keputusan rakyat.*

                *WANITA cedera, manakala anak lelakinya parah diserang lelaki menggunakan pisau, dipercayai akibat perselisihan faham membabitkan masalah keluarga di Kampung Padang Buloh, Pekan, semalam. Wanita terbabit cedera pada kepala dan tangan kanan diserang bekas menantunya itu, anaknya pula parah pada perut serta tangan dipercayai ditikam dengan pisau panjang.*

               *PENGAMBILAN tanah di Kampung Baru, Alor Malai di sini, oleh kerajaan untuk dijadikan jalan lencongan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk di kampung berkenaan yang mendakwa pampasan diterima tidak setimpal. Menurut penduduk, nilai diberi kerajaan ternyata tidak berbaloi dengan tempoh mereka menetap di kampung berkenaan.*

                *POLIS mengesahkan kejadian seorang lelaki yang diugut anggota beruniform itu untuk menyerahkan RM5,000 sebagai bayaran untuk melepaskan diri selepas ditahan kerana dadah, Selasa lalu. Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, lelaki berkenaan ditahan dekat Taman Connaught, Cheras di Kuala Lumpur dan pemeriksaan menemui dadah dalam kenderaannya.*

                *DUA lelaki dipercayai warga asing maut dilanggar komuter berhampiran laluan Sungai Buloh-Kepong, Kuala Lumpur, petang hari ini. Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, kedua-dua mangsa dipercayai warga Myanmar berusia dalam lingkungan 30-an dikatakan menceroboh laluan komuter di Kilometer 371.7 sebagai jalan pintas untuk ke kawasan berhampiran.*

                *KEPULAN asap berbau pelik dalam rumah di sebuah kondominium di Jalan Paya Terubong, Relau di Georgetown, membongkar kepada kegiatan penghuninya yang menjadikan kediaman itu sebagai makmal mini memproses dadah, malam tadi. Dalam kejadian 9 malam itu, beberapa jiran yang melihat kepulan asap terbabit memaklumkannya kepada pengawal keselamatan yang kemudian menghubungi bomba.*

               *KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah referendum penolakan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH). Penyandang kerusi Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kini BN perlu membuktikan mereka mampu menjadi pembangkang yang efisyen dalam pentadbiran sama ada dalam kerajaan negeri dan Pusat.*

               *PUNCA kebakaran dan letupan yang berlaku di Unit Atmospheric Residue Desulphurisation (ARDS) Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang di sini, awal pagi semalam, masih belum dikenal pasti. Ini berikutan, pasukan yang bertanggungjawab menyiasat punca kebakaran itu masih belum dibenarkan memasuki kawasan berkenaan sehingga disahkan selamat oleh pihak berkaitan.*

               *PENIAGA dalam talian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini terhadap tuduhan memperdaya seorang wanita dengan menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bulan lalu. Tertuduh, Ellysuhana Mustapha, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izzudin Mohd Shukri.*

               *SEORANG anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sandakan maut dalam kemalangan di Jalan Beluran-Telupid, berhampiran simpang Ladang Berkat Setia, Beluran, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Laskar Kelas Satu Maritim, Muhammad Nazrin Tarmidi, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di badan.*

               *LELAKI dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana merosakkan peti besi milik sebuah masjid membabitkan kerugian RM600. Bukan itu saja tertuduh, Mohd Hari Mohd Hashin, 38, turut berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal menjelaskan denda.*

               *SERAMAI 500 masyarakat Siam seluruh Kelantan menyambut perayaan Songkran di Dataran Seni Budaya Siam Kelantan berhampiran Wat Chonprachumthart Chanaram, Kampung Dalam, Tumpat di sini, semalam. Acara gimik pelancaran yang dilakukan sempena perayaan Songkran Perpaduan itu menampilkan anak menyiram ibu bapa mereka sebelum memohon ampun dari mereka.*

               *“JIKA sesiapa membeli komputer riba yang dijual perompak, tolong beritahu dan saya akan beli semula. “Komputer itu sangat bernilai kerana dibeli secara kongsi tiga anak gunakan wang simpanan mereka,” kata Ruzila Adam, 38, penduduk Felda Pasoh Tiga, Jempol, yang menceritakan kejadian rumahnya dimasuki penjenayah kelmarin.*

               *JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak terus menggerakkan 20 anggotanya hari ini untuk menjejak Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang walaupun masih belum menemui petunjuk baru. Penolong Pengarah JBPM Perak, Mohd Yunus Abu berkata, bomba serta pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang lain sudah melkukan pencarian lebih 20 kali di satu-satu lokasi sejak kehilangannya 23 Mac lalu.*

               *WARGA emas meninggal dunia di atas bot di Jeti Nelayan Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau, Parit Buntar, hari ini. Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Abu Talib Sa’ad,61, dari Kamunting, Taiping, datang ke Kuala Kurau bersama rakannya dipercayai untuk memancing di kawasan itu.*

               *PERSATUAN Penyelam Profesional Semporna, mahu tindakan segera diambil terhadap jurulatih menyelam yang didakwa mencabul dua pelancong China, bulan lalu. Pengerusinya, Abdul Razak Ismail berkata, tindakan terhadap jurulatih terbabit bagi memastikan kes seumpama itu tidak berulang pada masa depan.*

               *CUBAAN menyeludup keluar 970 ekor pelbagai spesis burung dilindungi ke negara jiran berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Pengerang selepas melakukan serbuan di Pantai Kampung Simon, Teluk Ramunia, Johor Bahru, malam tadi. Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, suspek sempat melarikan diri sebaik melihat anggota dan pegawai PPM.*

               *TIGA lelaki parah selepas Perodua Myvi dinaiki terbabit kemalangan dengan bas milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berdekatan Kampung Kisap, Jalan Ayer Hangat, Langkawi hari ini. Dua penumpang bas yang juga kakitangan JBPM turut cedera.*

               *KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menawarkan sebanyak 30,000 peluang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada golongan belia menerusi empat agensi di bawah kementerian itu di seluruh negara setiap tahun. Menterinya,  Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, sebanyak 345 program ditawarkan menerusi pelbagai institut kemahiran di bawah agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).*

               *SERAMAI 77 penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya mendulang 43.75 gram emas dan ketulan batu permata dianggarkan bernilai RM22,000 dalam Kem Eksplorasi Alam Misi Teroka Sumber Mineral Semulajadi, baru-baru ini. Kem itu membabitkan penuntut UMK Kampus Kota, Jeli dan Bachok yang julung kali diadakan di Kampung Kalai, Batu Melintang, Jeli dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) bagi memenuhi tuntutan pengajian program akademi di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Bachok dan Fakulti Sains Bumi, Jeli.*

               *DATUK Seri Mohamad Hasan meluangkan masa 30 minit bertemu orang ramai di Pasar Rantau hari ini selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau semalam. Kehadiran Mohamad 9 pagi disambut mesra peniaga dan pengunjung yang dikenalinya sejak dulu lagi.*

               *KAPTEN kapal diburu polis selepas melarikan wang hasil jualan minyak syarikat RM13,250 di Jalan Lubuk Poring, Sepanggar, Kota Kinabalu Rabu lalu. Dalam kejadian 8.30 pagi itu, difahamkan lelaki tempatan berusia 43 tahun itu membawa lari wang yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun syarikat.*

               *“SAYA sudah tua, belajar pun tak pandai... ini saja tau (jual nombor ekor),” kata lelaki warga emas yang ditahan kerana menjual nombor ekor di sebuah premis di Butterworth semalam. Lelaki berusia 63 tahun itu cuba meraih simpati dengan memberi alasan dia sudah tua serta tidak mampu membuat kerja berat ketika ditahan sepasukan polis dalam Op Dadu dengan harapan dapat dilepaskan.*

               *KAKITANGAN pejabat Pos Tanah Merah, Kelantan terkejut selepas mendapati premis itu dipecah masuk dan kamera litar tertutup (CCTV) dilarikan, pagi ini. Kejadian itu disedari pada jam 8 pagi tadi ketika kakitangan terbabit mahu memulakan operasi dan mendapati premis bersepah.*

               *BAYI perempuan berusia 10 bulan maut selepas Perodua Kenari dinaikinya dilanggar dari belakang menyebabkan kenderaan itu berpusing sebelum terbalik di tengah jalan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, awal pagi tadi. Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di kepala manakala bapanya berusia 29 tahun yang memandu cedera parah di badan, kepala dan kaki.*

               *JUMLAH deposit yang diterima oleh Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunjukkan angka positif. Ini kerana keyakinan pendeposit tetap kekal utuh walaupun institusi itu mengumumkan hibah yang rendah bagi 2018. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zukri Samat berkata, prospek TH yang cerah, tadbir urus lebih baik, tiada aset kurang berdaya saing serta jaminan kerajaan antara faktor menyokong keyakinan pendeposit untuk terus kekal melabur dalam TH.*

               *KERAJAAN Kelantan melihat Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan memberi impak yang besar kepada majoriti rakyat di negeri ini. Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, projek itu mampu membuka peluang pekerjaan menerusi pelbagai bidang yang berkaitan dengan pembinaan dan pengangkutan.*

               *POLIS akan membantu pihak berkuasa Indonesia berhubung penemuan kertas undi Pilihan Raya Umum pemilihan Presiden negara itu di Kajang, Khamis lalu. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mendapatkan bantuan Polis Republik Indonesia (POLRI).*

               *SEBUAH bot jongkong asing ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas disyaki membawa masuk pelbagai barangan tanpa kelulusan Jabatan Kastam di kawasan perairan Batu 3, Tawau, malam tadi. Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, bot jongkong itu ditahan melalui Op Gelora Khas selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan jam 10.30 malam.*

               *SEORANG daripada mangsa yang terselamat dalam kemalangan bas pekerja yang mengorbankan 12 nyawa berhampiran Kompleks MASkargo di Sepang Ahad lalu mendakwa bas berkenaan berlumba ketika kemalangan berlaku. Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, polis akan mengambil keterangan lanjut daripada mangsa berhubung dakwaan itu.*

               *TEKONG bersama tiga awak-awak ditahan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini kerana didapati melanggar syarat sah lesen perikanan dengan menangkap ikan di luar kawasan dibenarkan. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, nelayan berusia lingkungan 40 hingga 49 tahun itu ditahan di bot kelas B1 ketika berada pada kedudukan 6.70 batu nautika barat Pantai Kuala Sala, Yan sekitar jam 12.30 tengah malam.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *London: Seorang akauntan yang menjadi mangsa buli di tempat kerja membalas dendam dengan membelanjakan wang majikannya sebanyak 170,000 (RM915,000) untuk dadah serta pelacur sepanjang satu hujung minggu.*
             *Darren Carvill, 38, mencuri 260,000 (RM1.4 juta) daripada rangkaian servis kereta, Mr Clutch sebelum menghabiskan hujung minggu berjoli menggunakan dadah dan bersama pelacur kelas atasan.*
         *Malah, tindakannya itu hampir menyebabkan Mr Clutch bankrap, dan Carvill mengaku ia melakukannya semata-mata mahu merasai ‘hujung minggu yang gila.’*
          *Carvill yang lazimnya seorang yang amat pemalu, dipenjara dua tahun setengah selepas mengaku salah atas 18 tuduhan tipu oleh Mahkamah Crown Maidstone, Kent.*

          *MAJLIS perbandaran Israel di wilayah Safed menjadikan Masjid Al-Ahmar sebagai kelab malam yang dilengkapi bar dan dewan acara.*
            *Menurut Middle East Monitor, memetik Al-Quds Al-Arabi, masjid itu diubah menjadi bar dan dewan perkahwinan oleh firma yang bersekutu dengan majlis perbandaran itu.*
             *Akhbar yang berpangkalan di London melaporkan, nama masjid itu juga diubah kepada Khan Al-Ahmar.*

          *SYDNEY: Bapa kepada pengasas WikiLeaks Julian Assange meminta kerajaan Australia untuk membawa pulang anak lelakinya, selepas terkejut melihat keadaan anaknya yang ditahan di London minggu lalu.*
         *John Shipton dilaporkan melawat Assange setiap kali Krismas di kedutaan Ecuadore di London selepas dia mendapat perlindungan d sana pada 2012.*
            *”DFAT (Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri) dan perdana menteri seharusnya dapat melakukan sesuatu”.*

         *STOCKHOLM: Ikea akan memulakan perkhidmatan sewa dan kitar semula perabot di seluruh dunia sebagai sebahagian menuju ke arah mesra alam kerana kebimbangannya ke atas model perniagaan pek rata membawa kepada pembaziran.*
             *Menurut Ikea, rancangan itu akan dilaksanakan menjelang 2030.*
              *Gergasi Sweeden itu sudah pun memulakan pembaikan dan pembungkusan semula produk rosak ketika penghantaran di setiap kedai serta membolehkan pelanggan memulangkan produk termasuklah perabot sama ada untuk dijual semula atau didermakan kepada badan amal.*

         *MELBOURNE: Seorang pengawal keselamatan maut manakala seorang lagi kritikal selepas ditembak di luar sebuah kelab malam popular di sini, kata polis hari ini.*
           *Polis berkata, empat lelaki, tiga pengawal keselamatan dan seorang pelanggan yang sedang menunggu, ditembak di luar kelab malam Love Machine di kawasan pinggir bandar di Prahran awal pagi tadi.*
         *”Tembakan dilepaskan dari sebuah kereta ke arah orang ramai yang sedang menunggu di luar kelab malam,” kata Inspektor Polis Victoria, Andrew Stamper kepada wartawan.*

         *LOS ANGELES: Pesawat terbesar di dunia berjaya membuat penerbangan sulung pertama merentasi Gurun Mojave di California semalam.*
           *Pesawat karbon-komposit pertama itu dibina oleh Stratolaunch Systems Corp yang dimulakan oleh mendiang pengasas bersama Microsoft, Paul Allen.*
          *Pesawat putih dipanggil Roc itu mempunyai sayap yang sama panjang dengan ukuran padang bola sepak Amerika dan dikuasakan dengan enam enjin pada fiuslaj berkembar, berlepas kira-kira jam 7 pagi waktu Pasifik (waktu tempatan) dan berada di udara lebih dua jam sebelum mendarat semula di Mojave Air and Space Port.*

         *SINGAPURA: Ratusan ribu rakyat Indonesia di Singapura berarak ke kedutaan negara itu, hari ini, untuk membuang undi bagi memilih presiden dan anggota Dewan Perwakilan (DPR), tiga hari sebelum pilihan raya sebenar di tanah air.*
           *The Straits Times melaporkan, mereka akan memilih antara penyandang Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo untuk penggal kedua dan bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto, juga pencabarnya pada 2014.*
          *Pilihan raya sebenar diadakan pada Rabu ini di Indonesia, namun kira-kira dua juta pengundi luar negara membuang undi lebih awal antara 8 hingga 14 April.*

           *NEW DELHI: Seorang isteri memfailkan cerai kerana tidak tahan tabiat buruk suaminya enggan mandi atau mencukur jambang sehingga menyebabkan badannya terlalu busuk.*
            *Media tempatan melaporkan, wanita berusia 23 tahun dari Madhya Pradesh itu diarahkan mahkamah supaya tinggal berasingan selama enam bulan sebelum perintah cerai diberikan, lapor agensi berita PTI.*
           *Wanita itu dan suaminya yang berusia 25 tahun berkahwin tahun lalu. Dalam dokumen difailkan, wanita terbabit mendakwa suaminya enggan mencukur jambang atau mandi sehingga tujuh atau lapan hari berturut-turut.*

          *SAN FRANCISCO: Facebook Inc membelanjakan AS $22.6 juta (RM93 juta) untuk keselamatan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg tahun lalu yang jumlahnya meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya, kata syarikat aplikasi media sosial itu.*
            *Zuckerberg menerima gaji asas AS$1 (RM4) sejak tiga tahun lalu serta pampasan lain disenaraikan dengan jumlah itu yang sebahagian besarnya digunakan untuk keselamatan peribadi.*
          *Perbelanjaan hampir AS $20 juta (RM82.3 juta) digunakan untuk menjaga keselamatan Zuckerberg dan keluarganya berbanding AS $9 juta (RM37 juta) pada tahun sebelumnya.*

         *Luwuk (Indonesia): Segelintir penduduk di Pulau Sulawesi enggan pulang semula kerana bimbang kemungkinan berlakunya gegaran susulan selepas amaran tsunami dikeluarkan semalam.*
         *Penduduk di kawasan itu masih trauma selepas dikejutkan dengan gempa berukuran 6.8 magnitud selain dihantui kejadian gempa dan tsunami di Palu, tengah Sulawesi hingga mengorbankan lebih 4,500 orang pada tahun lalu, lapor AFP.*

           *RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya dua orang mati selepas sebuah bangunan apartmen runtuh bersebelah kawasan kejiranan miskin di Rio de Janeiro akibat dilanda hujan lebat sejak beberapa hari lalu, kata jurucakap di Brazil.*
         *AFP melaporkan, kejadian yang berlaku pagi semalam di Muzema Favela itu menyebabkan tujuh yang lain cedera.*
          *Beberapa helikopter diterbangkan ke tempat kejadian untuk menghantar sebahagian mangsa yang cedera ke hospital.*

          *PORT Moresby: Doktor di Papua New Guinea (PNG) menghadapi fenomena baru apabila semakin ramai penduduk lelaki wilayah itu menyuntik bahan asing, termasuk minyak masak, silikon dan minyak bayi pada kemaluan mereka kerana obses mahukan zakar besar.*
         *Menurut The Guardian, doktor di wilayah itu mendedahkan masalah berkenaan semakin serius kerana berlaku di seluruh negara dan membabitkan golongan lelaki berkerjaya.*
         *Jurucakap Hospital Umum Port Moresby berkata, sejak dua tahun lalu, mereka sudah merawat sekurang-kurangnya 500 kes lelaki yang melakukan amalan itu yang membawa kepada masalah mati pucuk dan alat sulit cacat akibat suntikan bahan asing.*

         *New Delhi: Fasa pertama pilihan raya India, pilihan raya terbesar dunia selesai kelmarin, membabitkan 142 juta pemilih berdaftar di 20 negeri dan wilayah persekutuan untuk memilih 91 calon.*
           *Keseluruhan, India memiliki 900 juta pengundi berdaftar, lebih ramai berbanding kombinasi pengundi Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.*
           *Mereka akan mengundi dalam tujuh fasa pilihan raya selama enam minggu, berakhir 19 Mei sebelum keputusan diumumkan pada 23 Mei.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         *POLIS menerima 209 laporan berhubung kenyataan jelik yang dibuat pemilik akaun Facebook (FB) ‘Sabah Sarawak Merdeka’ terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.*
             *Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, akaun FB berkenaan sudah disekat dan tidak lagi boleh diakses.*
         *”Orang ramai dinasihatkan tidak menyebar atau berkongsi tangkap layar jelik yang dibuat pemilik akaun berkenaan melalui apa jua rangkaian.*

         *“KAMI sangat kecewa dengan perbuatan itu seolah-olah mereka lebih berkuasa daripada polis,” kata Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berhubung video tular atas tindakan lima penyokong sebuah parti yang memeriksa kereta peronda polis (MPV) di hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Chung Hua, Rantau semalam.*
         *Beliau berkata, insiden pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu pertama kali berlaku dalam negara apabila orang awam memeriksa kenderaan polis.*
           *”Mereka sangat melampau, mencabar tugas kami dan memalukan. Tuduhan kami membawa lebihan kertas undi tidak betul kerana polis sangat profesional,” katanya.*

         *SEKUMPULAN penyokong Pakatan Harapan (PH) bergaduh sesama sendiri di bilik gerakan utama mereka di Bandar Ekar, Rembau malam ini, selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.*
            *Berdasarkan rakaman video berdurasi satu minit yang tular di media sosial pada 8 malam tadi, pergaduhan tercetus selepas media melaporkan keputusan tidak rasmi PRK Rantau yang memihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.*
         *Difahamkan situasi tegang itu bermula apabila ahli PKR dari Kuala Lumpur mula menyalahkan ahli parti mereka daripada kalangan penduduk setempat kerana kekalahan calon PKR, Dr S Streram.*

         *PENYANYI rock terkenal Amy Search membuat kejutan kepada peminatnya di negara jiran apabila tampil menyanyi di stesen MRT Bundaran HI, Jakarta Pusat, petang kelmarin.*
            *Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 60, brpakaian seperti ‘pengamen’ atau pemuzik jalanan dengan memakai jambang dan misai palsu.*
            *Pada awalnya peminat menyaksikan persembahan itu tidak menyedari kehadirannya hinggalah dia memperkenalkan diri.*
            *Pada persembahan itu, Amy turut menyanyikan lagu popular Isabella.*
         *”Saya rasa sangat terharu kerana lagu ini masih diingati hingga ke hari ini dan tidak pernah luput. Tidak dinafikan impak lagu Isabella sangat besar dalam kerjaya saya dan Search.*

          *JAKARTA: Pihak berkuasa pilihan raya Indonesia di Malaysia mengesahkan proses undian bagi rakyat negara itu di sini, diteruskan seperti yang dijadualkan hari ini walaupun siasatan dakwaan penyalahgunaan kertas undi masih diteruskan.*
           *The Jakarta Post melaporkan, Ketua Badan Pengawasan Pemilihan Umum (Bawaslu), Abhan berkata agensi itu belum membuat sebarang keputusan berhubung penemuan kertas undi yang sudah bertanda di dua lokasi berbeza di Malaysia, namun memastikan siasatan itu tidak akan menjejaskan proses pengundian di negara itu.*
           *Sebuah video tular di media sosial pada Khamis lalu, memaparkan serbuan ke atas kedai kosong di Selangor, Malaysia yang membawa kepada penemuan kertas undi yang sudah bertanda memihak kepada calon presiden dan calon legislatif tertentu.*

          *LOS ANGELES: Kucing kebiasaannya memilih tempat tidur yang tenang dan hangat tetapi berbanding kucing di dalam gambar ini memutuskan untuk tidur di atas piano yang sedang dimainkan.*
             *Video lucu itu tular dimedia sosial menunjukkan seekor kucing tabbu kelabu berdengkur dengan tenang di atas kekunci piano ketika seorang lelaki sedang memainkan lagu.*
              *Kepala kucing itu bergerak perlahan sama ada ke atas dan ke bawah seiring kekunci piano yang ditekan oleh pemain piano.*

         ♀ *Tbilisi (Georgia): Seorang atlet angkat berat wanita melalui pengalaman ngeri apabila patah lengan kiri ketika melakukan cubaan kali ketiga mengangkat bebanan seberat 110 kilogram.*
         *Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku ketika atlit Perancis itu, Gaelle Nayo Ketchanke, 30, menyertai Kejuaraan Angkat Berat Eropah bagi kategori 76 kilogram yang turut disiarkan secara langsung dari Batumi, Georgia semalam.*
        *Kejadian itu dapat dilihat dengan jelas menerusi rakaman video dimuat naik pengguna Twitter, @SamuHernando yang menunjukkan lengan atlit itu terkehel ketika beraksi menyebabkan penonton menjerit ketakutan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2019 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SELSA 16 RIL 2019 ASHI ERSAAAN  SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0541*
*SUBUH : 0551*
*SYURUK : 0706*
*ZOHOR : 1316*
*ASAR : 1627*
*MAGHRIB : 1921*
*ISYAK : 2031*


*artikel disiarkan pada tarikh 15april*


*TANAHAIRKU*
==============


                *TUN Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang bukan terletak di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) akan merebut peluang disediakan melalui rangkaian projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Perdana Menteri berkata, susulan keputusan kerajaan menyambung semula projek berkenaan, beliau berharap kerajaan ketiga-tiga negeri di pantai timur itu memanfaatkan peluang pembangunan dan pertumbuhan akan dihasilkan daripada pembinaan ECRL.*

                 *PROGRAM Permata Negara (PERMATA) dijenamakan semula serta diberikan nama baharu iaitu Genius. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, keputusan itu dibuat oleh Kabinet untuk diberikan penampilan yang lebih bersemangat dan berdaya siang. “Walaupun fungsi dan peranannya sama tetapi ada beberapa progran di bawahnya akan dipertingkatkan dari segi kualiti.*

                 *MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah salah seorang pengarah Yayasan Rakyat 1Malaysia. Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Muhamad Akmaludin Abdullah berkata, Najib dilantik menjadi pengarah yayasan itu pada 11 Januari 2013.*

                *KUALA LUMPUR: Kegagalan pembekal menyediakan reka bentuk dan pemasangan peralatan mengikut spesifikasi sepatutnya dipercayai punca utama jentera pemadam kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dibeli pada 2007, 2010 dan 2014 ‘tersadai’. Untuk rekod, perolehan 242 jentera JBPM atau Fire Rescue Tender (FRT) bagi ketiga-tiga tahun itu membabitkan nilai RM420 juta.*

               *PELAWAK Mazlan Ahmad, 50 atau Lan Pet Pet didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, selepas mengaku bersalah memukul seorang pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati, Nilai pada 6 April lalu. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, hukuman itu dijatuhkan sebaik pelawak berasal dari Kedah itu mengaku salah di atas pertuduhan dikenakan terhadapnya.*

               *KUALA LUMPUR: Walaupun orang ramai dinasihatkan tidak memberi wang kepada pengemis kanak-kanak kerana dikhuatiri menjadi mangsa sindiket di negara ini, perkara itu masih berlaku. Dalam pada itu, Talian Kasih 15999 menerima 66 panggilan berhubung eksploitasi pihak tertentu yang menggunakan kanak-kanak untuk meminta sedekah di seluruh negara.*

                *POLIS menahan seorang lelaki dipercayai aktif melakukan kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini dalam Ops Lejang di Pusat Perniagaan Manjung Point 1, Seri Manjung, Khamis lalu. Lelaki berusia 20-an itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung jam 1 pagi hasil risikan dan maklumat awam.*

               *LUNDU: Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di kawasan hutan di Kampung Gerunggang, di sini, sejak lima hari lalu, akhirnya balik ke rumah dalam keadaan selamat, kelmarin. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, Joseph Basir, 68, balik sendiri ke rumah pada jam 5.09 petang kelmarin, ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan untuk mengesannya di kawasan hutan berkenaan.*

               *PROSES pindah milik lesen sampan khas nelayan akan dipermudahkan selepas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang mengurangkan kerenah birokrasi proses terbabit. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pihaknya banyak menerima rungutan daripada nelayan mengenai kesukaran dialami untuk melakukan pindah milik lesen berkenaan.*

                *MAHKAMAH Rayuan Putrajaya, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap seorang warga Indonesia dan penjara lapan tahun masing-masing terhadap dua bekas tentera selepas didapati bersalah kerana berkomplot mempromosikan keganasan. Keputusan sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zabidin Mohd Diah dan Datuk Has Zanah Mehat.*

               *DUA lelaki bukan saja khayal dadah namun menyimpan dua laras senapang angin bersama 2,000 butir peluru buatan sendiri ketika mereka ditahan dalam serbuan di sebuah stor dekat Jalan Berapit, Bukit Mertajam semalam. Difahamkan, hasil maklumat dan risikan, polis menyerbu stor itu 12.30 tengah hari dan melihat kedua-dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun duduk di kerusi menghadap meja leka menghisap dadah.*

                *SUAMI isteri ditemui mati di dalam bilik rumah di Jalan Pokok Machang, Ladang Mayfield, Tasek Gelugor, 9.20 pagi, hari ini. Dalam kejadian itu, kedua-dua mayat mangsa masing-masing berusia 31 dan 27 tahun ditemui pemilik rumah, D M Nirmala, 30. Nirmala tinggal bersama seorang lagi penghuni berusia 21 tahun yang juga adik kepada mangsa lelaki.*

               *KERAJAAN Pusat akan meneruskan projek sedia ada berkaitan air bagi menjamin pembangunan negeri ini. Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, ia termasuk enam projek bernilai RM800 juta yang ditangguhkan sebelum ini.*

                *BUNYI periuk jatuh di dapur menyelamatkan seorang wanita daripada diserang seekor ular tedung selar di Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu, malam tadi. Kehadiran reptilia berbisa sepanjang empat meter itu disedari Zaleha Che Isa, 55, kira-kira jam 9 malam ketika cuba menyimpan periuk yang terjatuh daripada almari dapur.*

               *PASUKAN pembelaan bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak berharap pendedahan lebih lanjut dapat dibuat menerusi dokumen dirampas ketika siasatan kes berkenaan. Peguam kanan mewakili bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata beliau yakin pendedahan dapat dibuat pihaknya dalam pemeriksaan balas terhadap saksi kedua pendakwaan, Pengurus Bank Negara Malaysia, Azizul Adzani Abdul Ghafar, 41, esok.*

               *PEKAN Kuala Klawang, Jelebu diyakini berubah wajah jika jajaran baharu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dibangunkan merentasi daerah ini. Peniaga, Sharifah Rohaizah Syed Azlan Shah, 35, berkata, sekiranya projek itu dilaksanakan Pekan Kuala Klawang akan menerima impak pembangunan.*

               *ADA antara wanita pelayan pelanggan (GRO) yang ditahan di pusat hiburan Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, malam tadi, didapati khayal dadah ketika melayan pelanggan. Ia dikesan ketika serbuan dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Cheras, 11.30 malam.*

               *EMPAT lelaki termasuk dua beradik yang hilang ketika merawai ikan 0.3 batu nautika dari selatan Tanjung Mahang, Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pulang dalam keadaan selamat. Mereka iaitu Mohd Faisol Romle, 38, dan adiknya, Muhammad Firdaus, 25, serta Mohd Amirul Adli Khairi, 25, dan Nazaruddin Isa, 48, tiba di pos kawalan pencarian di Jeti Sungai Kembong 8 malam ini.*

               *POLIS tidak mempunyai kuasa menutup kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang ketika menyertai Gopeng Ultra Trail di Gopeng, daripada dikunjungi orang awam. Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh abang Mohammad Ashraf yang mahu lokasi pencarian itu ditutup kepada orang awam.*

               *SEPULUH pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur yang leka berhibur sambil khayal dengan dadah ditahan polis dalam serbuan Sabtu lalu. Mereka yang ditahan memabitkan lapan lelaki tempatan dan dua wanita Vietnam yang positif methampthetamin dan ketamin.*

               *JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal mengusulkan cadangan kepada kerajaan untuk membina pengkalan udara di tanah milik mereka di Bukit Jelutong, Selangor bagi menggantikan Unit Udara JPBM Subang tahun ini.*

               *WANITA warga emas pengsan apabila dipukul sebelum penyerang melarikan beg miliknya dalam kejadian samun di Taman Hibiscus, Batu Satu Setengah, Sandakan, 11.30 pagi, Jumaat lalu.
Mangsa berusia 70 tahun lebam di leher dan dahi akibat dipukul menggunakan objek keras.*

               *KERANA cemburu, penganggur sanggup membakar rumah teman wanitanya yang juga isteri orang di Taman Desa Aman, Sungai Lalang, Sungai Petani hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian 5 pagi itu disedari jiran mangsa selepas terdengar bunyi cermin pecah.*

               *ORANG awam yang melalui Lebuh Leith, Georgetown dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki di bawah sebuah hotel hari ini. Warga emas berusia 62 tahun itu disahkan maut di lokasi selepas dipercayai terjun dari aras sembilan hotel itu 1.15 tengah hari tadi.*

               *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lelaki termasuk pegawai Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, hari ini, untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu. Dua lagi yang ditahan pada 2.30 petang di Pejabat SPRM Johor adalah pengarah syarikat swasta dan pensyarah sebuah kolej di Ampang, Selangor.*

               *SERAMAI 100 penduduk daripada 30 keluarga di Rumah Panjang Uma Bawang, Sungai Asap, Belaga, hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu Mohamad Meramit berkata, semua mangsa tinggal di dua blok kediaman skim penempatan semula itu.*

               *ISI rumah atau keluarga adalah penyumbang terbesar kepada keseluruhan 16,650 tan pembuangan sisa makanan di negara ini setiap hari, kata Felo Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Azrina Sobian. Beliau berkata, keluarga menghasilkan sisa makanan paling tinggi 38 peratus berbanding pasar basah (24 peratus), restoran (23 peratus) atau hotel (tujuh peratus).*

               *LELAKI berputih mata selepas mengalami kerugian RM487,000 akibat ditipu sindiket Macau Scam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, lelaki 20-an itu mendakwa menerima panggilan yang mengatakan mangsa ada tunggakan bayaran kad kredit.*

               *ANGGOTA bomba menyelamatkan lembu jantan yang terperangkap dalam parit berlumpur di Parit Enam, Kampung Sungai Labu, Sekinchan semalam. Haiwan itu dikatakan terjatuh ke dalam parit sedalam satu meter 12 tengah hari. Difahamkan, lembu terbabit terperangkap enam jam sebelum disedari pemiliknya.*

               *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan dua kapal tangki di Tanjung Penyusop, sekitar perairan Pengerang, di sini, pagi tadi. Pemangku Timbalan Pengarah Operasinya, Leftenan Komander Maritim Muhammad Padzly Pasrial berkata, penahanan kedua-dua kapal itu dilakukan oleh bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan menerusi Ops Jaksa.*

               *TIGA lelaki dipercayai pengedar ditahan polis bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM10,160 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Saga, Kulai, semalam. Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata, bertindak atas maklumat awam pihaknya menjalankan intipan dan menyerbu kediaman itu pada 10.30 malam.*

               *ISU Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak turun membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau minggu lalu tidak perlu diperbesarkan. Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH turut membantu beberapa siri PRK sebelum ini.*

               *TIGA anggota polis parah manakala lima orang kena tuduh (OKT) cedera apabila trak dan kereta peronda polis (MPV) yang dinaiki terbabit kemalangan di simpang empat Green Technology Park, Seremban 2, berhampiran Pejabat Daerah Seremban, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul berkata, dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, OKT dibawa dari Mahkamah Seremban ke lokap Balai Polis Sikamat.*

               *KEGIATAN lelaki Myanmar mengedar dadah di sekitar daerah ini sejak enam bulan lalu terbongkar apabila ditahan di kawasan hutan paya bakau di Sungai Limau, Sungai Besar, kelmarin. Suspek ditahan 9.30 pagi oleh pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.*

               *POLIS menumpaskan sindiket pengedaran rokok menggunakan duti setem palsu di Seremban apabila merampas 3,200 karton rokok bernilai setengah juta ringgit di Taman Tuanku Ja’afar dan Labu Jumaat lalu. Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pihaknya yang menerima maklumat berkaitan kegiatan itu menyerbu tiga lokasi berasingan antara 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.*

               *KEGIATAN lelaki sehingga memperoleh pendapatan lumayan dengan memproses dan menjual air ketum di sekitar Sabak Bernam sejak dua tahun lalu berakhir apabila diberkas polis Jumaat lalu. Difahamkan, penganggur berusia 30 tahun itu mampu menjual 35 botol air ketum dengan menjana keuntungan RM525 sehari.*

               *TIGA beranak termasuk pasangan suami isteri direman enam hari lagi bermula hari ini selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu seberat 77.09 gram. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Ab Karim@ISA bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 terhadap lelaki berusia 32 tahun bersama isterinya berusia 30 tahun dan ibu mentuanya berusia 58 tahun.*

               *DALAM usaha melarikan diri lelaki berusia 31 tahun memanjat pokok dan bumbung sebuah rumah berketinggian tujuh meter bagi mengelak dicekup penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Puteh dalam Operasi Cegah di Kampung Sri Aman, Pasir Puteh semalam. Bagaimanapun lelaki itu berjaya ditahan bersama tiga lagi lelaki berusia antara 19 hingga 50 tahun dalam serbuan antara 9.30 malam hingga 1 pagi.*

               *LELAKI dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini, kerana memiliki parang ketika ditahan di tepi sebuah rumah pada Julai 2017. Keputusan itu dibuat Hakim Wan Azimah Yaacob selepas tertuduh, Muhammad Zaini Jamaludin, 39, dari Kuala Berang, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *LONDON: Ikan emas bernama George yang dianggap tertua di Britain, mati pada usia 44 tahun.*
         *Daily Mail melaporkan, pemiliknya, Keith Allies, 75, memenangi dua ikan emas, George dan Fred, dalam satu pameran pada tahun 1974 lalu menghadiahkan kedua-duanya kepada isterinya, Mary.*
           *Mary, 62, berkata: “George sebahagian daripada keluarga ini. Saya melihatnya ketika berenang dalam mangkuknya pada saat akhir sebelum mati.”*
          *Ikan emas kebiasaannya hidup tidak lebih 10 tahun. Fred mati dua tahun lalu pada usia 42 tahun.*

         *MINNESOTA (AMERIKA SYARIKAT): Seorang wanita berusia 25 tahun dihukum melakukan khidmat masyarakat 200 jam, tempoh percubaan selama dua tahun dan dipantau secara elektronik di rumah selama 90 hari selepas bangkai 64 kucing ditemui dalam peti sejuk beku serta ditanam di sekitar rumahnya.*
            *Daily Mail melaporkan, Caycee Bregel menjalankan pusat perlindungan haiwan bukan berasaskan keuntungan, Minnesota Animal Rescue dan keadaan di situ terbongkar selepas pihak berkuasa menerima aduan jiran mengenai seekor babi berkeliaran di kawasan berkenaan.*
         *Hasil pemeriksaan ke atas rumah wanita itu, 43 kucing seekor babi dan lima anjing ditemui dalam keadaan kurus kering, terabai serta tidak terurus, selain kediaman itu amat kotor serta busuk.*

          *MOSCOW: Seekor harimau jantan menjadi tumpuan selepas memilih bekas pelawak, Volodymyr Zelenskiy sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden Ukraine.*
             *Harimau jantan yang dikenali sebagai Bartek itu diberi dua kotak yang mempunyai gambar Zelenskiy dan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko.*
          *Dalam satu acara di Zoo Royev Ruchey di Krasnoyarsk, Bartek dilihat memilih kotak yang mempunyai gambar Zelenskiy.*

         *GUANGDONG: Seorang bapa tergamak ‘pajak’ anak perempuan berusia dua tahun kepada pemilik sebuah restoran di Foshan apabila gagal bayar makanannya, baru-baru ini.*
         *Lelaki dikenali sebagai Ding itu berbuat demikian selepas mendapati dia kurang satu yuan untuk membayar semangkuk mee berharga enam yuan pada 6 April lalu.*
      *Ding memberitahu pemilik restoran dia meninggalkan kanak-kanak itu di premis berkenaan dan akan mengambilnya keesokan hari.*

         *SEOUL: Seorang pelajar kolej dituduh sengaja menggemukkan badan dengan makan ayam goreng bagi mengelak memasuki khidmat ketenteraan.*
            *Ketika menjalani pemeriksaan fizikal pada Ogos 2016, lelaki berusia 22 tahun itu seberat 106 kilogram dengan ketinggian 169.5 sentimeter manakala Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 36.8.*
          *Menurut Korea Herald, individu yang melebihi BMI 33 boleh dikecualikan daripada khidmat ketenteraan sepenuh masa dan bekerja sebagai pegawai kerajaan.*

          *JOHANNESBURG: Polis Afrika Selatan berjaya menghalang 167 tanduk badak sumbu dari dieksport ke Asia Tenggara, antara tangkapan terbesar yang di negara itu.*
            *Dua suspek, berusia 57 dan 61 tahun, ditahan bersama tanduk berkenaan. Pihak polis turut menerima maklumat mengenai kenderaan suspek, kata polis kelmarin.*
          *”Nilainya belum ditentukan, tetapi ia tangkapan terbesar di negara ini,” kata jurucakap polis, Brigadier Hangwani Mulaudzi, melalui teks mesej semalam sambil menambah, kes itu masih disiasat.*

         *WASHINGTON: Amerika Syarikat mengucapkan tahniah kepada kerajaan baru Palestin semalam, sehari selepas Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh mengumumkan barisan kabinetnya bersama presiden Mahmoud Abbas, namun mengecualikan pergerakan Islam Hamas.*
           *”Tahniah kepada Kabinet Pihak Berkuasa Palestin baru. Dengan pengalaman mereka yang tersenarai, kami berharap, mereka berupaya bekerja bersama ke arah perdamaian dan memperbaiki kehidupan penduduk Palestin. Ia adalah permulaan baru,” kata Jason Greenblatt, penasihat Presiden AS, Donald Trump dan wakil khas untuk rundingan antarabangsa menerusi Twitter.*

         *BEIJING: Polis China menahan 17 suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden letupan loji kimia di timur China bulan lalu mengorbankan 78 orang dan mencederakan beratus-ratus yang lain, kata pihak berkuasa, hari ini.*
        *Pihak berkuasa bandar Yancheng menerusi Weibo menjelaskan, polis mengambil ‘tindakan paksaan jenayah’ terhadap 17 suspek, menjadikan 26 orang ditahan susulan kes itu.*

        *WELLINGTON: Kerajaan New Zealand hari ini mengumumkan pihaknya menghantar satu pasukan khas ke Syria untuk mencari seorang jururawat Louisa Akavi yang diculik kumpulan Daish lebih lima tahun lalu.*
         *Maklumat penculikan dirahsiakan sehingga Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah merayu untuk mengetahui berita mengenai Akavi, 62, dan dua pemandu Syria yang turut diculik pada Oktober 2013.*
         *Ketika kejadian, mereka berada dalam konvoi Palang Merah ke fasiliti perubatan di Idlib apabila seorang lelaki bersenjata mengarahkan kenderaan itu berhenti dan menculik tujuh orang. Empat daripadanya dibebaskan keesokan hari.*

          *WASHINGTON: Lebih 54,000 kediaman dan premis perniagaan di Pennsylvania terputus bekalan elektrik susulan ribut teruk melanda pantai timur Amerika Syarikat, hari ini.*
          *Berdasarkan maklumat di laman web PowerOutage.US, lebih 139,000 lagi gangguan elektrik dilaporkan di New York, Rhode Island, Virginia, North Carolina, Maryland dan New Jersey.*
         *Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan meramalkan hujan lebat dan banjir kilat di kawasan timur laut.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *TINDAKAN pelancong dipercayai warga China membuang najis di tepi pantai di Batu 5, Port Dickson semalam dikesali.*
       *Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa berkata, pihaknya kini sedang menyiasat perkara itu selepas tular di laman sosial.*
            *Katanya, beliau menyifatkan wanita itu mungkin terdesak untuk membuang najis berikutan sakit perut.*

           *Walaupun dua peserta negara iaitu Yaashwin Sarawanan, 15, dan kumpulan NAMA gagal bergelar juara di pentas akhir Asia’s Got Talent musim ketiga (AGT3), kejayaan Yaashwin atau popular dengan gelaran Manusia Kalkulator muncul naib juara adalah pencapaian yang cukup membanggakan.*
        *Kejayaan mereka layak ke pentas akhir juga adalah yang paling tinggi buat peserta negara sepanjang tiga musim program realiti popular dunia itu.*
       *Kehebatan mereka juga menjadi bualan di seluruh Asia bahkan menjadi peserta kegemaran rakyat luar negara.*

         *PENDUDUK Kampung Parit Jerman, Telok Kerang, Pontian mengambil pendekatan kreatif mewujudkan replika tentera Jerman memegang sekeping papan tanda amaran keselamatan jalan raya di pintu masuk kampung itu sebagai langkah mengurangkan kemalangan.*
       *Lebih menarik, replika dan papan tanda yang dipasang sejak Khamis lalu dibina menggunakan bahan kitar semula hasil gotong-royong sebahagian daripada 500 penduduk kampung itu.*
         *Penduduk Nazarudin Shamsudin, 50, berkata, mereka gembira kerana pembinaan dan pemasangan secara bergotong-royong itu menarik perhatian ramai terutama pengguna jalan raya.*
                 

*ARENA*
========


          *PELUMBA Sepanyol Alex Rins mencatat kejutan kemenangan sulung MotoGP dengan Suzuki di Texas awal pagi tadi ketika juara MotoGP Marc Marquez tersingkir, sekali gus menamatkan siri enam kemenangan berturut-turutnya di Grand Prix Americas.*
             *Jagoan Yamaha dari Itali Valentino Rossi merampas tampuk pendahulu namun gagal mengekang asakan Rins yang memintasnya pada pusingan ke-17 dan meraih kemenangan dengan kelebihan 0.462 saat.*
             *Pelumba Australia Jack Miller jauh berada di tangga ketiga untuk pasukan Pramac Ducati manakala pelumba Itali Andrea Dovizioso di tangga keempat bersama Ducati untuk terus mendahului kejuaraan selepas tiga perlumbaan.*
          *Dovizioso mengumpul 54 mata manakala Rossi 51 mata dan Rins naik ke tangga ketiga dengan 49 mata. Marquez mengumpul 45 mata.*

          *RAHEEM Sterling meledak dua gol ketika juara bertahan Manchester City menewaskan Crystal Palace 3-1 di Selhurst Park malam tadi untuk berada dua mata di belakang pendahulu Liverpool.*
         *Liverpool menewaskan Chelsea 2-0 di Anfield untuk mengumpul 85 mata dengan baki empat perlawanan tetapi City mengumpul 85 mata dengan tambahan satu perlawanan.*
            *Kemenangan ini adalah yang kesembilan berturut-turut buat City dalam Liga Perdana Inggeris dan Pep Guardiola berkata mereka perlu melebarkan kemenangan kepada 14 perlawanan untuk mempertahankan gelaran.*

        ♂ *PENGURUS Cardiff City, Neil Warnock menggesa pemainnya menjadikan kebangkitan sensasi ikon golf Tiger Woods sebagai inspirasi dalam misi mereka kekal dalam saingan Liga Perdana.*
           *Woods mencipta salah satu kebangkitan menakjubkan dalam dunia sukan selepas dia memenangi Masters kelimanya, 11 tahun selepas kali terakhir memenangi kejohanan major.*
           *Prestasi hebat pada pusingan akhir membolehkan Woods menyarung Jaket Hijau dan Warnaock berkata, Cardiff juga perlu kembali mencapai momentum sama dalam lima aksi terakhir mereka musim ini.*

         *PASUKAN MotoGP pertama Malaysia, PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT) memperoleh keputusan terbaik mereka setaka ini di Grand Prix of The Americas, Amerika Syarikat, semalam.*
            *Selepas Grand Prix of The Americas, Quartararo berada di kedudukan ke-10 secara keseluruhan dengan mengutip 17 mata sementara Morbidelli di tempat ke-11 dengan 16 mata.*
          *Tugasan mereka seterusnya ialah di Grand Prix Sepanyol yang akan berlangsung pada 5 Mei ini.*

          *RAYUAN Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) untuk menggunakan teknologi rujukan video (video referral) pada Pusingan Akhir Siri Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di Stadium Hoki Bukit Jalil dari 26 April hingga 4 Mei ini tidak kesampaian apabila ditolak badan induk hoki dunia itu.*
         *Menerusi surat maklum balas yang dikeluarkan FIH dan ditujukan kepada Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal, memberitahu rayuan berkenaan terpaksa ditolak bagi memberi keadilan kepada semua pasukan bertanding pada kejohanan itu nanti.*

         *JURULATIH beregu campuran negara, Chin Eei Hui mengakui gembira dengan prestasi dipamerkan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing sepanjang minggu lalu walaupun anak buahnya itu terlepas peluang merangkul kejuaraan sulung selepas tumpas dalam perlawanan akhir Terbuka Singapura semalam.*
         *Menurutnya, sejak dari pusingan pertama hingga ke separuh akhir Kian Meng-Pei Jing bukan berdepan laluan mudah kerana terpaksa mengharungi perlawanan tiga set.*

          *KEDAH perlu memburu gol awal ketika menentang Petaling Jaya City FC (PJC FC) bagi menyuntik semangat dalam usaha memburu kemenangan pada aksi pusingan ke-3 Piala FA di Stadium Darul Aman, malam esok.*
        *Pengerusi Kelab Penyokong Puaka Jerai (PJFC) Zulkifli Hashim atau dikenali sebagai Puaka Jerai berkata, Lang Merah yang beraksi di laman sendiri perlu mendapatkan gol awal bagi mengelak tekanan seperti ketika menentang Selangor United sebelum ini.*

         *PERSATUAN Bolasepak Kelantan (KAFA) menamatkan kontrak Pengarah Teknikal, Peter Jorg Steinebrunner dan menawarkan penamatan kontrak awal kepada pemain import dari Brazil, Flavio Beck Junior.*
         *Mengesahkan perkara itu, Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pihaknya bersetuju menamatkan lebih awal khidmatnya atas persetujuan bersama.*

         *PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh mahu setiap pemain kekal fokus dengan memastikan kemenangan pada setiap perlawanan bagi menghimpit pendahulu liga Johor Darul Ta'zim (JDT).*
            *Dollah berkata, beliau mahu pemain kurang melakukan kesilapan dengan mensia-siakan peluang terhidang sekali gus gagal membawa pulang tiga mata penting seperti perlawanan sebelum ini bertemu PJ City yang berkesudahan seri 1-1.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2019 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*RAU 17 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 11 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0540*
*SUBUH : 0550*
*SYURUK : 0706*
*ZOHOR : 1316*
*ASAR : 1627*
*MAGHRIB : 1921*
*ISYAK : 2031*


*artikel disiarkan pada tarikh 16april*


*TANAHAIRKU*
==============


               *PUTRAJAYA: Malaysia akan mendapat semula wang pendahuluan sebanyak RM3.1 bilion iaitu bayaran awal diserahkan kepada China Communications Construction Ltd. (CCCC) bagi Fasa 2, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diserahkan kepada syarikat itu pada kontrak asal. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, wang pendahuluan itu membabitkan kos bagi kerja Fasa 2, landasan berkembar Fasa 2 dan landasan berkembar bagi lanjutan Jajaran Tambahan Utara, ECRL.*

                *KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap Amerika Syarikat (AS) akan mengeluarkan negara ini daripada senarai ‘K’, iaitu berpotensi untuk penculikan di pantai timur negeri ini.Beliau berkata, Sabah adalah selamat dikunjungi dan pelancong dari China dan Eropah masih berduyun-duyun ke negeri ini termasuk Semporna dan Pulau Sipadan.*

               *ANGKARA berebutkan wanita, tiga lelaki cedera dibelasah sekumpulan lelaki lain dalam pergaduhan di bawah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) di Balik Pulau, malam tadi. Dalam kejadian 10 malam itu, dua daripada mangsa ditikam di belakang badan serta lengan dengan senjata tajam, manakala seorang lagi dipukul di kepala.*

               *SEREMBAN: “Saya mengaku saya bersalah dan memohon maaf dengan apa yang berlaku,” kata pelawak Mazlan Ahmad, 50, atau Lan Pet Pet sebaik didenda RM2,000 di Mahkamah Majistret, semalam, selepas didapati bersalah memukul seorang pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati, Nilai pada 6 April lalu. Mazlan berkata, dia menerima hukuman itu dengan hati terbuka dan akan membayar denda seperti diarahkan.*

               *LELAKI warga emas ditemui meninggal dunia dalam bilik rumahnya di Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban, hari ini. Abdullah Halim Jamaludin, 73, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh pihak bomba selepas dihubungi orang awam untuk membuka pagar rumahnya yang berkunci.*

                *KIRA-KIRA 500 penduduk di Kampung Tanjung Siam, Pedu, di Padang Terap, bimbang keselamatan mereka terancam apabila berlaku hakisan tebing sungai pada bahagian jambatan yang digunakan setiap hari. Jambatan sepanjang 50 meter di Sungai Pedu itu dibina sejak 50 tahun lalu menghubungkan penduduk kampung terbabit dengan Kampung Krongsai dan Kampung Tanah Merah.*

               *KES penghinaan institusi Raja terutama terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perlu diambil tindakan serius. Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, tindakan itu perlu diambil bagi mengelak kes berkenaan berlarutan.*

                *PENAGIH dadah nekad terjun dari tingkat atas rumahnya untuk mengelakkan dicekup Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam kejadian di Kampung Kinalipudan, di Ranau, kelmarin. Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 42 tahun itu hanya sia-sia apabila beberapa anggota penguatkuasa sudah bersedia di bawah rumahnya untuk ‘menyambut’ suspek.*

               *DUA wanita ditahan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana menjual barang tiruan di kompleks membeli-belah di PJS11, Petaling Jaya, semalam. Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Petaling Jaya Kamaruddin Mohammad Yassin berkata, mereka yang ditahan membabitkan seorang wanita tempatan serta Indonesia berusia 32 dan 54 tahun.*

                *KUALA LUMPUR: Puluhan lori sampah dipandu warga asing dikesan kerap berada di sekitar Kampung Sungai Kertas, Batu Cave sekali gus menjadikan kawasan itu ‘syurga’ buat pemandu lori warga asing. Lori sarat dengan sisa pembuangan sampah itu dipercayai dari pelbagai lokasi di ibu negara sebelum sampah berkenaan dibuang di tapak pelupasan sampah haram berhampiran kampung itu.*

               *KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneliti laporan diberikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung keadaan 97 jentera JBPM atau Fire Rescue Tender (FRT) yang ‘tersadai’ akibat kerosakan. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, kementerian sedang menunggu laporan yang akan diberikan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid dan akan meniliti permasalahan itu sebelum mengambil tindakan drastik.*

               *TINDAKAN pencuri melarikan lampu amaran dan papan tanda di tapak pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo bukan saja menyusahkan orang ramai, malah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya. Difahamkan, kegiatan suspek berusia 27 tahun terbongkar apabila polis menemui peralatan berkenaan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Ruby, Sibu, tengah hari semalam.*

               *REMAJA lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dekat Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, 7 malam tadi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan mengadu pening kepala kepada bapanya.*

               *LELAKI dan isterinya yang hamil lima bulan antara 23 individu ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Ops Cegah di tiga kampung di Beaufort, awal pagi hari ini. Operasi yang bermula 1 pagi dan berakhir 4.30 pagi itu, wanita berusia 36 tahun itu ditahan bersama suaminya berusia 30-an di Kampung Lumadan.*

               *“TAHUN lalu kami bayar sewa hanya RM100 tetapi tahun ini meningkat RM900. Caj ini sangat mahal dan membebankan,” kata peniaga makanan dan minuman, Wan Aziz Wan Abdullah, 45, yang kecewa apabila kadar sewa tapak Bazar Ramadan di Dataran Senawang, Seremban, meningkat sembilan kali ganda. Menurutnya, caj itu terlalu tinggi buat peniaga kecil sepertinya dan perlu dipertimbangkan semula oleh pihak berkaitan.*

               *PENGGUNA terpaksa mengharungi kesesakan trafik selepas bihun dan beras bertaburan di atas jalan raya susulan lori terbalik di Kilometer 14.1 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), dekat Plaza Tol Subang, di Petaling Jaya, hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kemalangan di lokasi terbabit, 10 pagi.*

               *SEORANG guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) berputih mata apabila menyerahkan nombor kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan nombor pengenalan peribadi (PIN) selepas digertak kononnya terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi pada 22 Mac lalu, mangsa berusia 44 tahun menerima panggilan daripada suspek wanita kononnya pegawai sebuah bank dan mendakwa mangsa mempunyai tunggakan pinjaman peribadi RM50,000.*

               *KERAJAAN Kelantan meminta supaya jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diambil kira sehingga Pengkalan Kubor, Tumpat seperti dipersetujui Kerajaan Persekutuan sebelum ini. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kemungkinan kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan semula dengan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan itu.*

               *SEORANG wanita warga Rohingya menerima lapan jahitan di kepala selepas cedera ditetak rakan suaminya dengan pisau pemotong sayur. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, Jumaat lalu, mangsa berusia 27 tahun yang berada di rumah sewanya di Kampung Belukar, Kuala Terengganu, didatangi dua lelaki dikenali yang menaiki motosikal.*

               *TINDAKAN tekong bot pukat tunda kelas C bersama awak-awak menangkap ikan dalam gelap mengundang padah apabila ditahan di kedudukan kira-kira 10.0 batu nautika arat daya Kuala Kedah oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Kedah malam tadi. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, bot yang diusahakan tekong tempatan bersama tiga awak-awak tempatan dan dua awak-awak warganegara Thailand itu ditahan pada jam 11 malam.*

               *KEMARUK cinta jejaka tampan menyebabkan ramai wanita di Sarawak, termasuk ada antaranya yang meniti usia emas menjadi mangsa ‘Love Scam’ sehingga menyebabkan kerugian harta-benda. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah mendedahkan, kebanyakan wanita yang menjadi mangsa penipuan itu berusia lingkungan 50-an dan 60-an dengan sebahagian besarnya berhubung di laman sosial.*

               *KERAJAAN Terengganu bersetuju menerima cadangan kenaikan tarif air seperti disaran kerajaan Pusat. Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini berikutan tiada kenaikan tarif air di negeri ini bagi tempoh lebih 20 tahun. Bagaimanapun, katanya, cadangan kenaikan itu tidak sama dengan negeri lain dan orang awam hanya dikenakan kenaikan minimum sahaja.*

               *DUA pekerja kedai runcit warga Indonesia dijatuhi hukuman denda RM100,000 oleh Mahkamah Majistret Klang, hari ini, atas pertuduhan memiliki ratusan paket rokok seludup pelbagai jenama, Jumaat lalu. Majistret Muhammad ‘Azzam Zainal Abidin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Ridhwan, 31, dan Munzir, 22, mengaku salah atas pertuduhan berasingan dikenakan terhadap mereka.*

                *PASUKAN Polis Marin (PPM) menahan lelaki warga Indonesia selepas disyaki cuba menyeludup keluar lima tong gas petroleum cecair (LPG) melalui perairan Sungai Haji Kuning, di Tawau, semalam. Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, suspek yang menggunakan bot penumpang dikesan bot ronda PGR 2 menerusi operasi ‘Op Gelora’ di kawasan berkenaan pada 5.10 petang.*

                *WANITA warga Indonesia ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Seksyen 32, Shah Alam, hari ini. Dalam kejadian 2.23 petang itu, mangsa dikenali sebagai Sariyanty Tanjung, 30, terjatuh dari tingkap bilik tidurnya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.*

               *LEBIH 100 tong gas petroleum cecair (LPG) bertaburan di jalan apabila treler yang membawa muatan LPG itu terbalik di Kilometer 2.5, Jalan Linggi-Pedas berhampiran Ladang Pengkalan Durian, Linggi, hari ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian 12 tengah hari itu berlaku ketika treler Scania terbabit dalam perjalanan dari Petaling Jaya, Selangor menuju ke Sungai Udang, Melaka.*

               *BERPURA-PURA rebah dan pengsan. Itu taktik pengemis wanita berusia 40-an ketika ditahan polis, semalam, selepas kisahnya meminta sedekah di Bandar Baru Uda, Tampoi, Johor Bahru, mengundang resah orang ramai. Tindakan menahan wanita itu dilakukan selepas kehadirannya di sebuah klinik menimbulkan perasaan kurang selesa kepada orang ramai yang mahu mendapatkan rawatan di situ.*

               *SEMBILAN pengusaha makanan sekitar kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP), di Pekan, menyertai Program MyCafé-Komuniti UMP bagi menaja makanan secara percuma kepada 62 mahasiswa UMP yang kesempitan wang dan memerlukan bantuan. Program kebajikan itu adalah sebahagian daripada inisiatif UMP dalam membantu mahasiswa selain beberapa program lain seperti Gerobok Rezeki, Program Food For All, Kongsi Rezeki dan UMP Campus Pantry yang akan dilancarkan tidak lama lagi.*

               *TIGA individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki bersubahat membuat tuntutan palsu, direman lima hari bagi membantu siasatan. Perintah tahanan reman yang dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah, Faridatul Farrah Mohd Shukri itu berkuatkuasa hari ini sehingga Sabtu ini.*

               *MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis berhubung penahanan lima penyokong PKR yang bertindak memeriksa kereta peronda polis (MPV) di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau pada Sabtu lalu. Pengurus Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu berkata, beliau percaya kes dapat diselesaikan secara baik.*

               *SUSPEK yang melarikan diri selepas kondominium disewanya di Jalan Paya Terubong, Balik Pulau, terbakar malam kelmarin, diburu polis kerana menjadikan kediaman itu sebagai makmal mini memproses dadah. Lelaki yang berusia 40-an itu dikatakan baru berjinak-jinak menghasilkan syabu berdasarkan kepada penemuan perkakas dan peralatan memproses dadah yang masih baru.*

               *USAHA kerajaan melaksanakan larangan merokok di tempat makan dijangka mencapai matlamat berikutan perkembangan positif ditunjukkan perokok di negara ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Bong Chye berkata, perkembangan positif itu jelas dilihat berikutan hasil pemantauan dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kedai makan dan restoran di seluruh negara.*

               *‘KAMI dah tak tahan setiap kali hujan lebat, kawasan rumah akan dinaiki banjir kilat bersama lumpur,” kata penduduk di Kampung Limau Kasturi, dekat Gua Musang, Salmah Ishak, 41. Salmah antara 400 penduduk kampung yang tinggal berhampiran Sungai Galas merayu kerajaan menyediakan perkampungan baru untuk mengatasi masalah banjir kilat.*

               *LELAKI orang kurang upaya (OKU) dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan pecah rumah di Parit, 24 Mac lalu. Tertuduh, Khairul Amri Ulul Azmi, 33, yang kudung kaki kanan selepas terbabit kemalangan pada 2017 mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Azman Abu Hassan.*

               *BEKAS Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman hadir buat pertama kalinya pada hari ketiga Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, jam 9.50 pagi tadi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu tiba beberapa minit selepas ketibaan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.*

               *PERBICARAAN kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), K Arul Kanda yang didakwa meminda Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, ditetapkan 15 hari bermula 18 November ini sehingga tahun depan. Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas pertuduhan dibacakan semula secara berasingan di hadapannya terhadap Najib dan Arul Kanda.*

               *EMPAT penjenayah bersenjatakan pisau melarikan wang tunai RM20,000 dari stesen minyak di Taman Uda, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, hari ini. Kejadian 2 pagi itu berlaku ketika pekerja lelaki berusia 20-an menjaga kaunter sebelum didatangi empat lelaki bersenjatakan pisau.*

               *SUSPEK lelaki dipercayai menetak bekas adik iparnya di Kampung Padang Buloh, di pekan, Sabtu lalu ditahan hari ini di Melaka. Difahamkan, suspek berusia 30-an ditahan di rumah di bandar Melaka kira-kira 1 pagi tadi selepas lebih tiga hari diburu polis bagi membantu siasatan.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *GARA-GARA kekasih tidak memuji dia cantik, seorang wanita memukul teman lelakinya berkali-kali malah turut mencekiknya, baru-baru ini.*
           *Lizeth Guadalupe Ramirez, 20, ditahan polis, malam Selasa lalu selepas menerima laporan mengenai kejadian itu.*
         *Pada mulanya, wanita berasal dari Laredo, Texas itu memberitahu polis mangsa menyerang dan cuba mencekik dia, lapor akhbar Laredo Morning Times.*
          *Wanita terbabit kemudian dibebaskan dari penjara pada khamis lalu selepas membayar ikat jamin AS$16,000 (RM65,830).*

         *STRASBOURG: Pihak berkuasa menemui 21 pendatang asing dari Iran dan Iraq menyorok dalam peti sejuk sebuah trak di kawasan timur Perancis, hari ini.*
         *Seramai 10 lelaki, enam wanita dan lima kanak-kanak diberikan rawatan oleh erkhidmatan perubatan, lapor akhbar tempatan L’Est Republicain.*
          *Ada di kalangan pendatang asing terbabit sudah diberi amaran polis untuk meninggalkan Perancis.*
         *Pada 2017, seramai 71 pendatang asing maut akibat sesak nafas dalam peti sejuk trak di Hungary.*

          *LONDON: Polis British menahan seramai 113 orang susulan tindakan aktivis perubahan iklim menyekat beberapa jalan utama di bandar ini.*
            *Bantahan diketuai Extinction Rebellion itu bagi mendesak kerajaan mengambil langkah sewajarnya menangani masalah perubahan iklim.*
          *Aktivis mendesak kerajaan mengisytiharkan kecemasan iklim dan ekologi serta mengurangkan pelepasan gas rumah hijau kepada sifar menjelang 2025.*

          *BANGKOK: Seorang warga Kanada mati selepas terjatuh dari ketinggian 12 meter ketika melakukan aktiviti sukan lasak flying fox di sebuah tempat pelancongan terkenal di Chiang Mai, Thailand, kata polis hari ini.*
              *AFP melaporkan, kejadian dipercayai selepas abah-abah yang dipakai pada badan mangsa berusia 25 tahun itu secara tiba-tiba terputus.*
            *Mangsa dikatakan bercuti di Thailand bersama isterinya dan melakukan sukan lasak itu di Flight of the Gibbon.*

           *MONTREAL: Empat orang ditemui mati ditembak di tiga lokasi berasingan di barat bandar Penticton, Kanada dan semua mangsa dipercayai mengenali individu yang menyerang mereka, kata polis.*
            *AFP yang memetik jurucakap polis, Superintendan Ted De Jager berkata mayat mangsa ditemui di tiga lokasi dalam radius empat kilometer.*
            *Menurutnya, seorang lelaki berusia 60 tahun yang menyerah diri ditahan polis susulan dua pembunuhan awal yang dilaporkan berlaku pagi semalam.*

          *WELLINGTON: Beberapa individu yang didakwa di mahkamah atas kesalahan memiliki atau mengedarkan video serangan pengganas di dua masjid di New Zealand, menerima ancaman bunuh, lapor media tempatan hari ini.*
          *Video pengganas menembak mati 50 mangsa yang dirakam melalui siaran langsung itu tersebar di internet beberapa jam selepas serangan dilakukan.*
          *Terdapat enam individu hadir ke mahkamah semalam selepas dituduh dengan dakwaan itu.*

          *WASHINGTON: Bilangan kes campak di Amerika Syarikat (AS) meningkat hampir 20 peratus sekali gus menjadikannya wabak kedua terburuk melanda negara itu dalam tempoh hampir dua dekad.*
            *Reuters melaporkan, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) merekodkan sehingga 11 April lalu, kes meningkat daripada 465 kepada 555 kes di 20 negeri.*
         *Peningkatan golongan anti-vaksin turut mencabar tugas jabatan kesihatan di New York apabila lima individu memfailkan saman di mahkamah terhadap mereka selepas mengeluarkan arahan mewajibkan suntikan vaksin kerana bertentangan dengan kepercayaan agama mereka.*

          *BAITULMAQDIS: Kawasan kompleks Masjid Al-Aqsa dilaporkan mengalami kebakaran ketika Gereja Notre Dame di Paris, Perancis turut dilanda kejadian sama, awal pagi tadi.*
            *Newsweek melaporkan, satu rakaman di media sosial menunjukkan terdapat asap serta api dari bumbung Masjid Marwani dan Kandang Kuda Nabi Sulaiman.*
             *Agensi Berita Palestin yang memetik seorang pengawal kompleks itu berkata, api mula marak dari bilik pengawal terletak di luar bumbung masjid terbabit namun ia berjaya dipadamkan oleh anggota bomba pihak berkuasa wakaf.*

           *Sebahagian besar struktur bersejarah Perancis, Gereja Notre-Dame musnah dijilat api dalam satu kebakaran besar, semalam.*
           *Reuters melaporkan, anggota bomba bagaimanapun berjaya menyelamatkan bahagian struktur baru dan dua menara loceng utama daripada runtuh.*
         *Kebakaran itu turut menyebabkan salah seorang anggota bomba tercedera ketika melakukan usaha memadam api.*

          *LEBIH 190 juta rakyat Indonesia akan mengundi esok, bagi memilih presiden baru dan wakil masing-masing, daripada jawatan kuasa kampung hinggalah ke Parlimen membabitkan lebih 245,000 calon.*
          *Persaingan antara Presiden Joko Widodo atau Jokowi dengan bekas jeneral tentera Prabowo Subianto amat sengit namun penganalisis meletakkan Jokowi masih mendahului dengan dua mata.*
        *Pasukan kempen Prabowo sudah memberi amaran jika tewas, mereka akan mencabar keputusan menggunakan kes pemalsuan pengundian.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *SUDAHLAH motosikal gagal dilarikan, kepala pula sakit terlanggar pintu cermin dan paling malang, diberkas polis selepas tiga jam bersembunyi.*
         *Itu nasib menimpa seorang lelaki apabila cubaannya melarikan sebuah motosikal di parkir pelawat di Hospital Putrajaya (HPJ) tidak berjaya sebelum dia diberkas polis, 3.30 petang hari ini.*
           *Pengadu mendakwa melihat suspek cuba melarikan motosikal Yamaha 125Z yang diletakkan di parkir pelawat hospital sebelum mengejar suspek.*
           *Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 11 saat tular dan dikongsi pihak hospital menunjukkan suspek dilihat berlari ke arah lobi utama hospital sebelum melanggar pintu cermin sehingga pecah dan melarikan diri.*

          *KANAK-KANAK lelaki dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Seri Putra, di Kajang, semalam.*
          *Mangsa, Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8, dikatakan keluar dari rumahnya kira-kira 8 pagi, semalam, untuk bermain.*
           *Kehilangan kanak-kanak itu turut dihebahkan melalui Nur Alert, hari ini.*
          *Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Mohd Zahiruddin diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk maklumat lanjut.*

          *KUALA PILAH: Makan kepala kambing mungkin dianggap pelik bagi masyarakat luar tetapi ia adalah kebiasaan mengikut Adat Perpatih di negeri ini.*
            *Bagi memastikan adat itu tidak pupus ditelan zaman, Luak Gunung Pasir menganjurkan program Olek Luak Gunung Pasir Masakan Tradisi Kepala Kambing di Kampung Sikai, Seri Menanti di sini, Sabtu lalu.*
            *Penghulu Luak Gunung Pasir Hanizam Harun berkata, 20 kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan agensi kerajaan menyertainya untuk menimba pengalaman.*
                 

*ARENA*
========


         *BEKAS bos Manchester United, Sir Alex Ferguson memberi sokongan terhadap Liverpool untuk menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk kali pertama sejak 1990, menurut bekas pemain, Jonathan Walters.*
       *Bekas pemain Stoke itu mendakwa bekas pengurus United berusia 77 tahun itu yakin Red Devils akan mendapat sesuatu berdepan Manchester City pada 24 April yang akan membuka kesan Reds menjulang gelaran EPL.*
         *Skuad Merseyside itu yang memenangi 18 gelaran liga dalam sejarah mereka dan kelab kedua tertinggi selepas United yang meraih 20 kejuaraan.*

          *BEKAS pertahanan Liverpool dan Newcastle, Jose Enrique dimaklumkan oleh doktor dia bebas daripada ketumbuhan dalam otak.*
          *Enrique berkata, pada Jun 2018 dia menjalani pembedahan untuk mengeluarkan tumor dan sejak itu dia menjalani beberapa sesi radioterapi.*
            *”Apa khabar semua, saya mempunyai beberapa berita menarik hari ini,” kata Enrique dalam satu mesej video di Instagram.*
        *”Saya hanya mahu memberitahu anda, kerana sokongan daripada anda mengagumkan, ia sudah tiada, semua sempurna.*

         *PENYOKONG Manchester berang selepas melihat pengurus skuad itu, Ole Gunnar Solskjaer sempat berswafoto dengan pemilik bersama kelab itu, Avram Glazer.*
        *Situasi itu berlaku ketika skuadnya bakal berdepan Barcelona pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) di Nou Camp, awal pagi esok.*
              *United tewas 1-0 pada aksi pertama di Old Trafford.*
          *Ia detik besar buat pengurus dari Norway itu apatah lagi stadium terbabit pernah menjadi venue dia menjaringkan gol pada waktu kecederaan untuk membantu United muncul juara UCL mengatasi Bayern Munich 20 tahun lalu.*

           *KELAB dari Guinea, Horoya AC kehilangan khidmat penjaga gol selepas kaki Khadim Ndiaye ‘patah dua’ akibat bertembung denga rakan sepasukan dalam aksi Liga Juara-Juara Afrika.*
          *Insiden berlaku ketika pemain antarabangsa Senegal itu cuba mengeluarkan bola dari kawasan kawasan gol.*
          *Malangnya, dia berlanggar dengan rakan sepasukan Boubacar Samassekou yang juga mahu menyelamatkan keadaan sebelum penjaga gol itu terbaring akibat kesakitan.*

          *NAIB juara tahun lalu, Terengganu FC (TFC) melenyapkan impian pendatang baharu Liga Malaysia, Kelantan United untuk layak ke suku akhir Piala FA apabila bangkit mencipta kemenangan 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.*
             *KAPTEN FELDA United, Hadin Azman membuktikan dia sememangnya memiliki sentuhan pemusnah apabila jaringan lewatnya mengecewakan Selangor 2-1 pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini.*
             *GOL sumbangan Renan Alves dan Zaquan Adha Radzak pada setiap babak membantu bekas juara Kedah menundukkan PJ City 2-0 sekali gus layak ke suku akhir Piala FA di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.*

          *PERSATUAN Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) sedia menguruskan pendaftaran pemain import sensasi Terengganu FC (TFC), Lee Tuck sebagai pemain tempatan bagi membolehkan arkitek skuad Penyu itu menyarung jersi skuad kebangsaan.*
          *Bagaimanapun Setiausaha Agung PBSNT, Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil menyatakan keputusan muktamad terletak di tangan pemain itu sendiri sama ada masih berminat untuk mewakili skuad negara atau sebaliknya.*

          *DUA pemain bowling elit negara, Adrian Ang dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman cemerlang merangkul gelaran stepladder lelaki dan wanita pada Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Antarabangsa Thailand ke-45 di Bangkok, semalam.*
        *Ang yang mengungguli kedudukan keseluruhan pada pusingan kelayakan menewaskan Billy M Islam dari Indonesia dengan keputusan 217-193 jatuhan pin.*
        *Siti Safiyah pula menumpaskan rakan sepasukan, Nerosha Keligit, 257-216 dalam stepladder final wanita menurut laman sesawang Persekutuan Bowling Asia (ABF), www.abf-online.org.*

          *SEMUA kemudahan yang akan digunakan untuk penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang kini dalam fasa pembinaan dan membaik pulih, berjalan lancar mengikut jadual.*
         *Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, semua kemudahan itu dijangka siap sepenuhnya awal tahun depan.*
           *Beliau berkata, pada masa ini, tiada sebarang masalah timbul dan semua projek pembinaan serta membaik pulih kemudahan itu dilaksanakan mengikut jadual.*

          *PAHANG tidak memandang rendah kemampuan UKM FC apabila dua pasukan itu bertemu pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam esok.*
          *Pemain tengah skuad Tok Gajah, Nor Azam Azih berkata, dia dan rakan sepasukannya tidak akan memberi ruang kepada lawan melakukan asakan ke kubu mereka.*
            *”Saya difahamkan, UKM FC bukannya lawan yang mudah untuk ditewaskan dalam saingan Liga Perdana biarpun mereka berada di tangga ketujuh liga ketika ini.

         *KUALA LUMPUR: Status selaku naib juara Piala AFF 2018 bukan jaminan mudah buat skuad Harimau Malaya untuk melepasi pusingan pertama playoff Kelayakan Piala Dunia 2022 apabila dijangka diundi berdepan antara salah satu daripada enam pasukan tercorot Asia dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).*
          *Undian untuk aksi playoff itu akan dilangsungkan di ibu pejabat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Bukit Jalil, esok.*
          *Skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang sekadar menghuni kedudukan ke-168 dunia dan ranking ke-35 dalam zon Asia perlu menempuh aksi playoff sebelum memasuki peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2019 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*KHMIS 18 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 12 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0540*
*SUBUH : 0550*
*SYURUK : 0706*
*ZOHOR : 1315*
*ASAR : 1627*
*MAGHRIB : 1921*
*ISYAK : 2031*


*artikel disiarkan pada tarikh 17april*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *SERAMAI 30 lelaki termasuk 24 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri direman tujuh hari sehingga 23 April ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melindungi pemandu ‘lori kebal’ yang melakukan kesalahan jalan raya di negeri ini. Semua pegawai penguat kuasa JPJ Pulau Pinang daripada gred 19 hingga 32 itu dipercayai menerima bayaran berjumlah antara RM10,000 ke RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu lori selain turut membocorkan maklumat operasi JPJ.*

               2) *KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, diberitahu bahawa terdapat kemungkinan berlaku transaksi perbankan membabitkan SRC International Sdn Bhd (SRC International) kepada syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd membabitkan wang berjumlah RM94.7 juta. Perkara itu dibangkitkan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menyoal balas saksi kedua iaitu Pengurus Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara Malaysia (BNM), Azizul Adzani Abdul Ghafar, 41.*

               3) *PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menentukan status jawatan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Fauzi Ayob. Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata, pihaknya sudah melantik pasukan baharu bagi memastikan peningkatan prestasi Finas.*

               4) *ANGGOTA polis yang membenarkan kereta peronda polis (MPV) diperiksa orang awam di pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, di Negeri Sembilan, Sabtu lalu bakal dikenakan tindakan tatatertib. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata tindakan tegas itu akan dilaksanakan mengikut prosedur di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).*

               5) *JEMAAH Masjid As Syakirin, Pasir Puteh, Bachang di Melaka, dikejutkan dengan penemuan mayat bayi lelaki yang dibalut tuala putih di ruang solat wanita di rumah ibadat itu, pagi hari ini. Wanita yang mahu dikenali sebagai Zainon, 50, berkata, jemaah masjid yang selesai menunaikan solat Subuh menemui jasad bayi itu kira-kira 6 pagi.*

               6) *ORANG awam dan penduduk di sekitar Kampung Pintu Padang, Gopeng yang mahu melakukan usaha mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan yang hilang sejak bulan lalu perlu melaporkannya kepada Balai Polis Gopeng. Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, pihaknya tidak menghalang orang awam dan penduduk kampung melakukan usaha pencarian mengikut kaedah mereka namun elemen keselamatan perlu menjadi keutamaan.*

               7) *SEMPADAN Malaysia-Thailand di negeri ini terutama Bukit Kayu Hitam dan Kota Putra, Durian Burung, dikawal ketat daripada penyeludupan barangan serta pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya. Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan semua agensi di kawasan sempadan bagi memastikan tiada pembolosan berlaku.*

               8) *KERAJAAN Sabah mencadangkan pelarian perang dari Filipina di tempatkan di satu pulau penempatan di negeri, atas dasar kemanusiaan. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pelarian itu ditempatkan di satu pulau yang berdekatan dengan sempadan Filipina, tetapi masih dalam kawalan negeri ini.*

               9) *WARGA emas berusia 72 tahun maut dibaham buaya di Sungai Kampung Bakong, Dalat, Mukah semalam. Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan Roslan Leman berkata, sebelum kejadian mangsa memberitahu adiknya mahu mandi di sungai itu kerana cuaca agak panas. “Namun mangsa tidak pulang ke rumah sehingga 4 petang semalam.*

               10) *KEMENTERIAN Kesihatan merekodkan 63 jumlah kematian akibat denggi di seluruh negara bermula 1 Januari hingga 13 April lalu. Maklumat itu dikeluarkan Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan dan ia dimuat naik menerusi laman rasmi http://idengue.remotesensing.gov.my. Selain itu, statistik turut menunjukkan sebanyak 40,448 kes denggi di seluruh negara bermula 30 Disember tahun lalu hingga semalam dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 23,681 kes.*

               11) *TINDAKAN lelaki yang dipercayai mahu melarikan diri daripada ditahan polis mengundang padah apabila Perodua Myvi dipandu terbabas dan terbalik dalam kejadian di Taman Pendamar Jaya, Melaka semalam. Dalam kejadian 1 tengah hari itu, lelaki berusia 31 tahun berkenaan berjaya ditahan sepasukan polis selepas mengejarnya sejauh kira-kira sembilan kilometer.*

               12) *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mencatatkan agensi pertama dalam JPJ Malaysia yang menggunakan khidmat anggota wanita bagi unit penguatkuasa bermotosikal (UPB). Pengarah JPJ WPKL Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, sebagai permulaan seramai tiga anggotanya berjaya melayakkan diri untuk menyertai UPB yang ditubuhkan sejak 27 November 2015.*

               13) *DUA beradik termasuk seorang banduan yang baru dibebaskan antara lima pengedar dan penagih dadah yang ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Kerian, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, serbuan pertama di sebuah rumah di Parit Haji Said, Kuala Kurau, jam 9 malam pada 11 April lalu, polis menahan dua beradik berusia 40-an.*

              14) *KOR Agama Angkatan Tentera (KAGAT) akan memantau anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengelak mereka terjerumus aktiviti penyelewengan akidah. Pengerusinya Mejar Jeneral Datuk Kamaruddin Mamat berkata, pihaknya akan terus memantau dan memberi penerangan di setiap kem tentera supaya tidak berlaku kes anggota terbabit ajaran sesat. Bagaimanapun, Kamaruddin tidak menafikan ada anggota tentera terbabit ajaran sesat, namun ia dalam skala yang kecil.*

               15) *POLIS masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mayat yang ditemui dalam tangki air di FELDA Palong 12, di Jempol. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, keputusan itu berkemungkinan mengambil masa yang panjang antara dua hingga tiga bulan. “Dalam kes ini, ujian mengambil masa disebabkan hanya cebisan daging dan rangka ditemui di dalam tangki air berkenaan.*

               16) *WANITA merayu suaminya tampil menghadiri kes tuntutan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Selangor, pada 25 April depan. Norafazila Ibrahim, 26, berkata, dia dan suaminya, Mohamad Safik Zakaria, 28, melangsungkan perkahwinan pada Disember 2016 dan menetap di Seksyen 27 Shah Alam. Mohamad Safik yang beralamat terakhir di Kampung Mengkuang Hujong, Kuala Pegang, Baling, Kedah dipercayai menghilangkan diri sejak Januari tahun lalu.*

               17) *HAJAT lelaki ingin menghisap dadah tidak kesampaian apabila ditahan sepasukan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menyerbu sarang dadah di di Kampung Alor Sekawan, Mukim Tajar, di Alor Setar, semalam. Malah dia yang menyedari kehadiran pihak AADK cuba berpatah balik dengan memecut motosikal ditunggang melalui kawasan bendang kering sebelum terbabas ketika ingin keluar dari kawasan bendang itu.*

               18) *PADAH menawarkan rasuah RM1,000 kepada polis, seorang pemilik pusat karaoke dipenjara tiga bulan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini. Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Ooi Boon Lai, 41, mengaku salah terhadap tuduhan dikenakan terhadapnya.*

               19)*SEBANYAK 68 motosikal musnah dalam kebakaran di parkir motosikal di Taman Alor Vista Relau, Bayan Lepas, jam 2.50 pagi ini. Dalam kejadian itu, 40 motosikal hangus 100 peratus manakala 28 lagi terbakar 50 peratus dan empat kereta rosak akibat terdedah kepada bahang api.*

               20) *“KETUA polis pun sanggup mereka nak scam,” kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkongsi pengalamannya berdepan sindiket penipuan yang menghubunginya menerusi telefon bimbit. Mohd Khalil berkata, meskipun tidak menjadi mangsa sindiket terbabit, beliau sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan setiap panggilan diterima.*

               21) *DUA penguat kuasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima rasuah RM21,000. Kedua-dua lelaki berusia 31 dan 35 tahun itu direman tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.*

               22) *TINDAKAN lelaki memiliki senjata berjadual dan syabu 8.74 gram mengundang padah apabila ditahan dalam Op Lejang Bersepadu di sebuah rumah di Jalan Sintok, Kampung Baru, Changlun, Kubang Pasu malam tadi. Dalam serbuan 12.30 tengah malam itu, pemandu lori berusia 35 tahun itu cuba melarikan diri menyebabkan berlaku pergelutan sebelum dia ditahan.*

               23) *SEORANG nenek bukan sahaja menjadikan rumahnya sebagai ‘port’ melepaskan gian dadah bersama rakan dan jirannya, malah turut sama menghisap syabu di hadapan cucu perempuannya berusia 15 tahun. Kegiatan nenek berusia 57 tahun itu akhirnya terbongkar apabila rumahnya di Kepayan, Kota Kinabalu, diserbu anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Kinabalu kira-kira jam 1 pagi tadi.*

               24) *TIGA individu daripada sebuah pertubuhan agama yang disyaki menyimpang akidah ditahan dalam satu serbuan di pejabat pertubuhan itu pada 6 April lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, tangkapan itu hasil siasatan dan risikan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) membabitkan aktiviti pertubuhan itu di negeri ini.*

               25) *SESI Pendengaran Awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis dimulakan 9.30 pagi ini. Pengerusi RCI Tun Arifin Zakaria dalam ucapan pembukaannya berkata, terma rujukan suruhanjaya ialah meneliti semua dokumen dan bukti berkaitan kes penemuan kem penempatan sementara serta kubur di Wang Kelian, Perlis dan menyiasat kejadian penemuan berkenaan.*

               26) *KANAK-KANAK lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di flat di Bandar Seri Putra, Kajang, kelmarin, dikatakan dilihat orang awam di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, malam kelmarin. Mangsa, Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8, atau lebih mesra dengan panggilan Zahir dikatakan keluar dari rumahnya kira-kira 8 pagi, kelmarin, untuk bermain.*

               27) *PELABUHAN dan jeti persendirian di Sarawak dikesan menjadi sasaran sindiket terancang bagi menjalankan kegiatan penyeludupan rokok dan arak. Taktik itu terbongkar dalam serbuan kastam di sebuah jeti di Lanang, Sibu petang kelmarin membabitkan rampasan 760,000 batang rokok dipercayai cuba diseludup masuk ke negeri itu. Keseluruhan rokok dirampas RM38,000 dengan nilai cukai dielakkan mencecah RM505,400.*

               28) *PELBAGAI jenis dadah bernilai RM20.61 juta yang dirampas daripada 3,834 kes sejak 2006 hingga tahun lalu, dilupuskan Polis Johor, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor, Asisten Komisioner Lukas Aket berkata, selain itu sejak 2006 hingga 16 April lalu seramai 6,663 suspek ditangkap dan sejumlah RM4.93 juta harta disita.*

               29) *SEGELINTIR pengusaha kedai serbaneka 24 jam di Sarawak dikesan menjual bir dan arak seludup secara terbuka semata-mata mahu mencari untung ‘atas angin’. Kegiatan itu terbongkar dalam serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) di sebuah premis perniagaan di Centerpoint Commercial Centre, Miri kelmarin.*

               30) *LELAKI berusia 34 tahun maut selepas kereta pacuan empat roda Toyota Hilux dipandunya yang membawa bungkusan daun ketum terbabas sebelum melanggar rumah kosong di Kilometer 15.5 Jalan Kuala Nerang- Padang Sanai, Padang Terap hari ini. Dalam kejadian 6.20 pagi itu, mangsa maut di tempat kejadian manakala penumpang lelaki berusia 17 tahun cedera.*

             31) *LELAKI yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan di sungai berhampiran Taman Desa Tasek Bakti, Ipoh, lewat petang semalam, ditemukan lemas. Mangsa, Abu Bakar Ahmad, 46, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.50 malam tadi selepas dilaporkan keluar rumah untuk menjala sejak 6.30 petang semalam dan tidak pulang.*

            32) *LELAKI dipercayai menyerang dan menetak bekas adik ipar dan ibu mentuanya di Kampung Padang Buloh, Pekan, Sabtu lalu, direman seminggu bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, suspek berusia 37 tahun itu direman bermula hari ini hingga 23 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.*

           33) *BAS Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membawa 29 individu termasuk 24 penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk proses reman di Mahkamah Majistret Georgetown terbakar, hari ini. Dalam kejadian 8.50 pagi tadi, bas dalam perjalanan dari Seberang Jaya ke Georgetown itu mengalami kerosakan di bahagian enjin dan terbakar di tepi Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.*

            34) *PERSATUAN dan pengusaha pelancong di pantai timur Sabah belum menerima sebarang pembatalan tempahan daripada pelancong Amerika Syarikat (AS) susulan tindakan kerajaan negara itu menandakan Malaysia sebagai negara ‘K’ atau tidak selamat dikunjungi, khususnya di pantai timur negeri ini. Pengerusi Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Bumiputera Semporna, Kerinu Jalani berkata, berdasarkan maklum balas daripada pelancong termasuk dari negara barat sebelum ini, mereka tidak menghiraukan nasihat yang dikeluarkan negara mereka kerana yakin dengan tahap keselamatan di timur Sabah.*

          35) *KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan tempoh pemerhatian bagi menilai tahap kesihatan mental Alister Cogia, lelaki yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 bulan pada Mac lalu kerana menghina Nabi Muhammad SAW menerusi Facebook ‘Ayea Yea’, dilanjutkan sebulan lagi.*

          36) *KUALA LUMPUR: Sebanyak 462 kesalahan termasuk pemalsuan permit edaran antarabangsa (ICP) direkodkan daripada 64 pemandu lori warga asing yang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor sejak tahun lalu. Antara kesalahan lain yang direkodkan adalah tidak mempunyai Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV), Lesen Memandu Kompeten (CDL) selain tiada perlindungan insurans sekali gus menjadikan kumpulan ini sebagai ‘bom bergerak’.*

         37) *KUALA LUMPUR: Tujuh penjaja pasar malam di Taman Desa Fasa 1, mendakwa proses mendapatkan surat sokongan untuk memperbaharui lesen perniagaan dikendalikan pihak ketiga mengaut keuntungan ‘atas angin’. Peguam mewakili tujuh penjaja berkenaan Kamarudin Ahmad berkata, anak guamnya dikatakan perlu membayar RM210 kepada sebuah persatuan penjaja bagi mendapatkan surat sokongan berkenaan.*

          38) *SEORANG wanita mengaku tidak sempat mendapatkan bayaran sewa yang dikenakan terhadap pasangannya, selepas mereka dicekup berkhalwat di bilik sebuah chalet di Bukit Kor, Marang, 16 April lalu. Gadis berusia 19 tahun itu dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Rendah Syariah Marang, hari ini, selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berkhalwat dengan pasangannya berusia 22 tahun.*

         39) *SEORANG remaja terkejut selepas menemui bayi yang masih bertali pusat bersama uri di hadapan rumahnya dekat Taman Desa Kudang, Kundang, Rawang, pagi tadi. Bayi yang dibungkus dengan kain batik itu ditemui jam 10.45 pagi sebelum dia memaklumkan ibunya yang berada di tmpat kerja di Kepong.*

        40) *EMPAT sekawan sanggup berkonvoi motosikal Yamaha Y15ZR sejauh lebih 100 kilometer ke Muar untuk berlibur dan meragut Sabtu lalu. Bagaimanapun kecekapan polis berjaya menahan tiga daripada empat lelaki itu di Cheras, Kuala Lumpur dan Rawang, Selangor dalam tempoh 72 jam selepas jenayah dilakukan. Pada masa sama, polis giat memburu seorang lagi lelaki dikenal pasti Mohd Fariezzuan Shah Che Arif atau ‘toncet’, 27, beralamat terakhir di Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak, Cheras.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *MOSCOW: Seorang lelaki yang meminati ahli silap mata terkenal dan pakar melepaskan diri, Harry Houdini ditemui mati dalam keadaan bergari di sebatang pokok di Russia kira-kira dua tahun selepas dia dilaporkan hilang.*
           *Mail Online melaporkan, rangka Ivan Klyucharev ditemui bergari pada sebatang pokok manakala tengkoraknya sudah jatuh di tanah di kawasan hutan di Shatura kira-kira 128 kilometer dari Moscow.*
          *Klyucharev, 30, kali pertama di lihat berhampiran kawasan hutan itu pada Mei 2017 dan operasi mencari besar-besaran yang dijalankan gagal menemui mangsa.*
          *Rangka Klyucharev ditemui dalam keadaan berbaring dan dia digari pada satu rantai yang dililit pada sebatang pokok.*

          *SEORANG remaja perempuan mati minggu lalu, selepas lima hari dirawat di hospital akibat dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan penyerang berikutan mangsa berkeras enggan menarik balik dakwaan cubaan merogol terhadap pengetua sekolahnya di Dhaka, Bangladesh.*
            *Menurut Dhaka Tribune, remaja itu dikenali sebagai Nusrat Jahan Rafi, 18, meninggal dunia 10 April lalu, lima hari selepas dimasukkan ke hospital dalam keadaan 80 peratus tubuhnya melecur.*
            *Siasatan polis mendapati mangsa disimbah minyak sebelum dibakar di atas bumbung sekolahnya di Sonagazi oleh sekumpulan penyerang berselubung pada 6 April lalu kerana enggan menarik balik dakwaan cubaan merogol terhadap pengetua sekolah dikenali sebagai Sirajuddaula.*

            *BEIJING: Seorang aktivis kesihatan China ditahan lebih sebulan selepas dia mengambil bahagian dalam bantahan terhadap vaksin salah, kata suaminya hari ini.*
            *He Fangmei ditahan di bawah ‘tahanan jenayah’ di pusat tahanan Xinxiang di wilayah tengah Henan, menurut dokumen polis yang disiarkan atas talian oleh suaminya, Li Xin.*
             *He, 33, berkata anak perempuannya didiagnosis dengan penyakit neurologi selepas menerima suntikan untuk hepatitis A, campak dan penyakit lain, menyertai protes terhadap vaksin salah di Beijing pada awal Mac lalu.*

            *JAKARTA: Hanya beberapa jam lagi rakyat Indonesia akan mengetahui siapa presiden mereka selepas semua pusat mengundi Pilihan Raya Indonesia 2019 bagi memilih presiden dan wakil rakyat dari peringkat daerah sehingga parlimen, ditutup pada 1 petang waktu tempatan.*
           *Selama lapan jam, pengundi membuang undi mereka di lebih 800,000 pusat mengundi, memilih daripada lebih 245,000 calon untuk lebih 24,000 kerusi.*
        *Presiden Joko Widodo atau Jokowi, ahli perniagaan perabot yang memasuki politik 14 tahun lalu sebagai datuk bandar sebuah bandar kecil, berusaha mempertahankan jawatannya, menghadapi saingan kali kedua bekas jeneral, Prabowo Subianto, yang juga bekas menantu Suharto.*

         *SANTIAGO: Seorang juruterbang maut bersama lima penumpang selepas pesawat peribadi yang dinaiki terhempas di sebuah rumah di selatan Chile, semalam.*
          *DAILY Mail melaporkan, pesawat terbabit baru saja berlepas dari lapangan terbang berhampiran bandar pelabuhan Puerto Montt, La Paloma sebelum terjunam dari udara kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan.*
            *Semua lima penumpang itu adalah pekerja di sebuah syarikat yang mengedar makanan laut manakala juruterbang dikenali sebagai Raimundo Montero.*

            *SEOUL: Akibat berang lambat dibayar gaji, seorang lelaki membakar unit apartmennya sebelum menikam mati lima penghuni yang cuba menyelamatkan diri dalam kejadian di Korea Selatan, kata polis.*
             *Reuters melaporkan, lelaki berusia 42 tahun itu bagaimanapun ditahan polis hari ini selepas kejadian yang berlaku pada awal pagi di bandar Jinju, tenggara Seoul itu.*
           *Dalam kejadian amuk itu, dia dikatakan membakar rumahnya sebelum menyerang penduduk lain yang cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran.*

           *CARACAS: Kira-kira 65 banduan berjaya melarikan diri dari sebuah penjara di Pulau Margarita, Venezuela semalam, menyebabkan kawasan pelancongan terkenal itu terpaksa dikawal ketat, kata pihak berkuasa.*
          *Ketua zon tentera Nueva Esparta, Naib Laksamana Alexander Velasquez berkata, pihaknya bagaimanapun berjaya menahan semula lima orang daripada banduan terbabit, lapor AFP.*
             *Menurutnya, seramai 2,200 anggota keselamatan terpaksa dikerahkan ke seluruh kawasan pulau berkenaan untuk mengesan banduan yang masih melarikan diri.*

           *Tindakan seorang ahli politik anti-Islam membaling al-Quran ke udara di Noerrebro, Denmark, mencetuskan protes ganas di bandar Copenhagen apabila puluhan penunjuk perasaan yang berang, membakar kenderaan dan tong sampah.*
          *Daily Mail melaporkan, Rasmus Paludan melakukan perbuatan keji itu beberapa kali ketika mendesak kerajaan mengharamkan kemasukan umat Islam ke negara terbabit.*
         *Tindakan provokasi melampau itu mengundang kekecohan di beberapa kawasan di ibu kota Denmark menyebabkan ahli politik itu turut dilempar batu oleh kumpulan penunjuk perasaan.*

          *GLOUCESTERSHIRE, ENGLAND: Sebuah keluarga hidup dalam ketakutan setiap hari berikutan ancaman tikus gergasi dalam rumah sewa mereka di Cheltenham, di sini sejak dua bulan lalu.*
         *John Rising, 36, akhirnya membuat keputusan untuk berpindah keluar dari rumah itu dan membawa keluarganya tinggal dengan bapanya di Woodmancote.*
        *Rising berkata dia khuatir makhluk perosak yang antaranya sepanjang hampir satu meter akan menggigit keluarganya dan menyebarkan kuman serta penyakit kencing tikus.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         *URUSAN pengebumian seorang wanita Cina beragama Islam di Taman Cheng Perdana, Melaka, diselesaikan secara baik antara pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) negeri dan keluarga.*
          *Allahyarhamah Siti Sarimah Mary Ng, 59, yang meninggal dunia pada 8 April lalu, dikatakan sudah memeluk Islam pada Mei 2016 dan berdaftar di negeri ini.*
            *Terdahulu, satu video berdurasi tujuh minit 25 saat dipercayai membabitkan pihak JAIM dan MACMA negeri mengambil jenazah pada acara pengebumian secara bukan Islam di Taman Cheng Perdana menjadi tular selepas dimuat naik di laman sosial, tetapi akhirnya rakaman berkenaan dipadamkan pemilik akaun.*
         *Sementara itu, sumber MACMA mendakwa, masyarakat Cina di seluruh negara mengutuk pihak yang memuat naik dan menularkan video berkenaan di laman sosial.*

         *MALAYSIA Airlines (MAS) menjelaskan senarai kadar tambahan bayaran bagasi oleh syarikat penerbangan itu yang tular dalam media sosial adalah tidak betul.*
           *MAS dalam satu kenyataan, hari ini, berkata kadar bagasi tambahan (prabayar) masih berlandaskan kepada tanda aras industri dan berdaya saing dengan apa yang ditawarkan syarikat penerbangan lain.*
         *"Terdapat dua jenis kadar bagasi, satu untuk bagasi tambahan (prabayar) dan satu lagi untuk bagasi berlebihan. Bagi bagasi berlebihan yang dibayar semasa daftar masuk di lapangan terbang, kadarnya tetap sama.*

         *ORANG ramai khususnya yang berurusan dengan pemilik rumah inap (homestay) palsu perlu mengenal pasti ketulenan perniagaan berkenaan sebelum sebarang urusan lanjut dibuat.*
            *Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, konsep homestay yang dikatakan menipu pelanggan dan mengiklankannya di laman sosial adalah bukan homestay tulen dari Program Pengalaman Homestay Malaysia yang diwujudkan di bawah kementerian.*
            *"Homestay palsu atau ‘illegal homestay’ dan rumah tamu persendirian ini tidak tulen malah sebenarnya menyalah guna nama homestay kerana mereka ini mengiklankannya di atas talian.*

         *KERETA sport Mazda RX-8 dan beberapa kenderaan mewah termasuk motosikal berkuasa tinggi Suzuki GSX-R antara tarikan lelongan awam kenderaan akan dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) hujung bulan ini.*
        *Pengarah JPJ WPKL Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, pihaknya akan mengadakan satu lelongan awam pelupusan kenderaan lucut hak di Dewan Merpati JPJ WPKL, bermula jam 9 pagi pada 30 April.*
        *Menurut Ismail, menerusi lelongan awam itu sebanyak 106 unit kenderaan pelbagai model ditawarkan kepada pembida berminat.*
         *“Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Unit Sita JPJ WPKL di talian 03-4145 0800 sambungan 0845 dan semua maklumat tertakluk kepada dan perubahan dari masa ke semasa,” katanya.*

           *PARIS: Tan Sri Michelle Yeoh bakal melakonkan watak saintis Dr Karina Mogue dalam filem Avatar arahan James Cameron yang akan datang, menurut satu kenyataan di Twitter.*
            *"Sepanjang kariernya, Michelle sentiasa mencipta watak unik dan tidak dapat dilupakan. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Michelle bagi melaksanakan perkara yang sama dalam sekuel Avatar,” kata Cameron.*
            *Avatar, epik fantasi 2009 mencatatkan keuntungan AS$2.8 bilion (RM11.52 bilion) di seluruh dunia. Avatar 2, yang pertama daripada empat susulan, akan ditayangkan di pawagam pada 18 Disember 2020. Manakala filem berikutnya dikeluarkan pada hujung minggu sama dalam beberapa tahun akan datang iaitu Avatar 3 pada 17 Disember 2021, Avatar 4 pada 20 Disember 2024 dan Avatar 5 pada 19 Disember 2025.*

*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2019 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*#salamnisfusyaaban*

*SATU 20 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 14 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0539*
*SUBUH : 0549*
*SYURUK : 0705*
*ZOHOR : 1315*
*ASAR : 1628*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2031*

*LST GA_L IGU NI*


*artikel disiarkan pada tarikh 19april*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *“INI sejarah pencemaran terburuk pernah kami alami,” kata Pengerusi Koperasi Sinar Tanjung Balau, Salahuden Abu Bakar, mengulas insiden pembuangan sisa minyak hitam jenis ‘Marine Fuel Oil’ di kawasan itu sejak pagi kelmarin. Ini terbukti apabila minyak berwarna hitam dan likat itu dilihat dengan jelas mengotori pesisir pantai Tanjung Balau hingga memberi kesan kepada sektor pelancongan ikonik Kota Tinggi.*

               2) *JOHOR BAHRU: Bermodalkan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), satu sindiket dikesan menipu ribuan peniaga tempatan dengan dakwaan mampu mendapatkan Geran Khas Usahawan (GKU) berjumlah RM270,000 bagi setiap permohonan. Sindiket didalangi beberapa individu itu didakwa mengutip yuran antara RM250 hingga RM500 dari setiap mangsa yang berminat mahu mendapatkan dana itu.*

               3) *PEMBEKALAN 9,000 pasang baju kalis api baharu bagi menggantikan baju yang usang dan rosak untuk kegunaan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) seluruh negara dijangka selesai akhir bulan ini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berkata, ketika ini penilaian terhadap penender sedang dilakukan di peringkat jawatankuasa bomba.*

               4) *KAKI penunggang motosikal yang putus dalam kemalangan di Jalan Jelutong, Georgetown, petang semalam gagal disambung semula selepas mangsa menjalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kaki kanan mangsa yang putus dari paras lutut ke bawah gagal disambung kerana sel pada kakinya sudah mati.*

               5) *PEMANDU lori ketulan ais maut selepas kenderaan dipandu hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar lori 10 tan di kilometer 32 Jalan Pekan-Nenasi, Pekan, hari ini. Dalam kejadian jam 6.50 pagi, mangsa dikenali sebagai Sharif Saidin, 40, maut di lokasi kejadian selepas parah di kepala.*

               6) *AKIBAT cuba merasuah polis RM100, seorang tukang masak dipenjara satu hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Loke Kam Chwee, 62, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapannya.*

               7) *LELAKI yang menanam bayi perempuan baru dilahirkan dan cukup sifat di Kampung Limau Manis, Lunas, Kulim semalam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Superintendan Zailani Mohd Yusof berkata, suspek berusia 19 tahun itu direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.*

               8) *KEGIATAN licik empat sahabat yang aktif melakukan samun dengan menyamar sebagai anggota polis dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di tiga negeri, tumpas akhirnya apabila dicekup polis. Difahamkan, semua suspek termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 30 tahun mensasarkan warga asing sama ada di tepi jalan, rumah atau kedai.*

               9) *POLIS menggiatkan usaha mengesan Toyota Vellfire digunakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh, yang hilang dicuri di parkir sebuah restoran di Kajang kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya berusaha mendapatkan petunjuk mengenai kehilangan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.*

               10) *KEGIATAN pasangan kekasih dalam aktiviti penyalahgunaan dadah terbongkar apabila dicekup pihak berkuasa di sebuah rumah di Jalan Sebuku, Bau. Kedua-dua suspek berusia 37 dan 40 tahun ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, jam 5.45 pagi, semalam.*

               11) *NIAT nak curi tapi tertidur pula. Itu yang berlaku terhadap lelaki yang mahu mencuri kereta namun tertidur dalam kenderaan itu di Taman Markisah, Bukit Mertajam semalam. Dalam kejadian 6 pagi itu, lelaki terbabit disedari tertidur di bahagian penumpang hadapan oleh abang kepada pemilik kereta.*

               12) *TUJUH kubur lama berusia lebih 100 tahun yang terletak di halaman sebuah rumah dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam Taman Pemarak, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah hari ini. Pemilik rumah, Beah Oyek, 85, dari Kampung Tanjung Ipoh berkata, semua kubur itu berada di halaman rumah pusaka orang tuanya sejak dia lahir.*

               13) *LAPORAN awal siasatan insiden kemalangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 18 Mac lalu mendapati kereta pengiring jenis Perodua Kembara yang dipandu mangsa berada dalam keadaan statik tanpa sebab di kawasan landasan, ketika pendaratan pesawat dilakukan. Perkara itu didedahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ketika mengumumkan laporan awal insiden yang meragut nyawa juruteknik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39.*

               14) *SEBANYAK RM56 juta peruntukan tambahan diperlukan bagi proses pengambilan tanah untuk membina jalan serta longkang di Hospital Pendang. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, permohonan peruntukan itu akan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Kementerian Kewangan tidak lama lagi.*

               15) *JUMLAH bilangan pesakit HIV dalam kalangan homoseksual di Terengganu menunjukkan peningkatan berbanding mereka yang menggunakan suntikan. Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohd Jusoh berkata, ‘trend’ risiko jangkitan HIV mula berubah daripada aktiviti berkongsi jarum kepada aktiviti sosial seks bebas.*

               16) *LAPAN individu termasuk seorang wanita ditahan dalam dua serbuan berasingan judi dalam talian di Lorong Brunei 3 Off Jalan Pudu, di Kuala Lumpur, pada Selasa dan Rabu lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Rudy Abdullah berkata, daripada jumlah itu, empat lelaki yang ditahan adalah warga Myanmar, dua lelaki tempatan serta dua individu warga Indonesia termasuk seorang wanita berusia antara 26 hingga 40 tahun.*

               17) *SURI rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan bayi, dua bulan lalu. Tertuduh, Nik Rahimah Nik Mohd Rawi, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.*

               18) *“SAYA teruja selepas 18 hari tiada air, bekalan akhirnya disambung semula sejak dua hari lalu,” kata Amego Serasa Tosel, 54, salah seorang penghuni di Kuarters Institut Perguruan Sabah (KIPS), di Bukit Padang, Kota Kinabalu. Menurut Amego, sebelum ini kerajaan melalui Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bersetuju menghantar bekalan sementara secara percuma ke perumahan itu bermula Selasa lalu.*

               19) *POLIS Selangor mengesan 145 individu bagi membantu siasatan berkaitan kes jenayah komersial di Selangor sejak 2006 sehingga kini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, semua individu berusia 20 hingga 50-an itu dicari bagi siasatan membabitkan kes penipuan dan pecah amanah.*

               20) *TIGA banduan lelaki yang melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa, semalam, berjaya ditahan semula di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mereka masing-masing berusia 24, 25 dan 29 thun berjaya ditahan semula antara jam 12.30 tengah malam hingga 4.10 pagi tadi.*

               21) *STATUS jawatan Ketua Pengarah (KP) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Fauzi Ayob di bawah bidang kuasa agensi itu. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan memaklumkan, urusan pelantikan Ketua Pengarah (KP) Finas mengikut peruntukan Akta Finas (Akta 244), Seksyen 9(2).*

               22) *TIADA rebat dibayar kepada pengguna domestik dan industri yang terjejas susulan kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) pada 24 April ini. Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Suhaimi Kamaralzaman berkata, ia berikutan notis makluman kepada pengguna sudah diberikan.*

               23) *DUA puluh penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dijangka dipanggil memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Georgetown esok. Sumber SPRM berkata, mereka yang bakal dipanggil bagi memberi keterangan itu terdiri daripada pegawai Gred KP22 dan KP29.*

               24) *SEBANYAK 1,000 kampit beras diagihkan kepada kumpulan asnaf di Parlimen Gua Musang untuk persiapan mereka menyambut Ramadan tidak lama lagi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, beras itu dikumpulkan hasil sumbangan pelbagai pihak menerusi Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang bagi menjaga kebajikan mereka yang berada dalam kesusahan.*

               25) *PENGURUSAN Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh sudah menjalankan pemantauan dan kawalan rapi ke atas pelajar yang disyaki dijangkiti Influenza A (H1N1) bagi mengelakkan jangkitan itu lebih serius dan berleluasa. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, sekolah itu bersama Jabatan Kesihatan Negeri mampu mengendalikan pelajar yang dijangkiti memandangkan kes sama pernah berlaku dua tahun lalu.*

               26) *SERAMAI 154 nelayan di Kuantan bakal menerima kediaman baharu, Julai depan, di bawah projek Perumahan Nelayan Bunut Rendang. Rumah bernilai RM35,000 seunit itu adalah projek di bawah peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan bagi membela nasib nelayan tempatan bernilai RM35.6 juta.*

               27) *PENUNGGANG motosikal lelaki maut apabila dirempuh kereta ketika keluar simpang ke FELDA Kahang Barat, Kilometer 72Jalan Yong Peng - Kluang, dekat Kluang, semalam. Mangsa, Loh Kim Hong, 30, maut di tempat kejadian akibat parah di badan dalam kejadian 3.30 petang itu.*

               28) *LIMA pemandu dan kelindan lori diberkas dalam Ops Halangan yang dijalankan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bagan Serai, malam tadi. Kesemua lelaki berusia 21 hingga 34 tahun itu ditahan selepas ujian saringan air kencing dilakukan terhadap mereka mendapati positif dadah jenis syabu.*

               29) *AGENSI Pengangkutan Awam Darat (APAD) menggantung lesen pengendali dan semua lesen kenderaan Syarikat CJ Global Travel and Tours Sdn Bhd selama tujuh hari bermula hari ini.
APAD dalam satu kenyataan berkata, ia susulan siasatan mendapati syarikat itu gagal mematuhi keperluan Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP-Keselamatan).*

               30) *KEPANTASAN 35 penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang berjaya menggagalkan cubaan beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bersembunyi di dalam hutan di belakang tapak pembinaan di Brinchang di Cameron Highlands, hari ini. Selain tapak pembinaan itu, Ops Bersepadu (Sapu) JIM itu turut menyerbu tujuh lokasi lain di Brinchang, Tanah Rata dan Kuala Terla dalam operasi bermula 8 malam hingga 5 pagi.*

         31) *WISMA Putra sudah memanggil Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir bagi meminta penjelasan berhubung tindakan menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang tidak selamat melalui panduan perjalanan yang dikeluarkan negara itu, baru-baru ini. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Lakhdhir sudah dipanggil ke Wisma Putra, kelmarin, dan pihaknya menyampaikan pandangan serta protes mengenai tindakan yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) itu.*

         32) *BANGI: Kelibat kanak-kanak lelaki dikatakan seiras Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8, sukar dicam kerana imej dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pusat perubatan Islam di sini, tidak jelas. Sebelum itu, kanak-kanak yang mesra dipanggil Zahir dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya untuk bermain bersama rakan di Bandar Seri Putra di sini, sejak Isnin lalu.*

        33) *PASUKAN Bomba dan Penyelamat menggunakan 29 tong buih (foam) untuk memadam kebakaran kilang simpanan plastik di Jalan Desa Idaman 1/2, Taman Desa Idaman di Johor Bahru, petang hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, sehingga kini operasi masih dijalankan di tempat kejadian.*

        34) *MAYAT bayi perempuan cukup sifat yang baru dilahirkan ditemui ditanam di satu kawasan di Kampung Limau Manis, Lunas, Kulim, malam tadi. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Superintendan Zailani Mohd Yusof berkata, penemuan mayat bayi itu selepas wanita berusia 19 tahun yang baru bersalin ke Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk menerima rawatan selepas kesakitan hari ini.*

       35) *TUN Daim Zainuddin menzahirkan keyakinan harga projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion kepada RM44 bilion, kemungkinan besar boleh diturunkan lagi. Beliau berkata, perkara itu serba mungkin sebaik sahaja pakar pembinaan rel di Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) membincangkan butiran teknikal projek infrastruktur gergasi itu.*

        36) *GANGGUAN bekalan air sehingga 86 jam dijangka berlaku di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor. Ia susulan kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) pada 24 April.*

       37) *REMAJA lelaki maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Ladang Biak, Dabong, Kuala Krai, hari ini. Dalam kejadian 5.50 petang itu, Mohamad Amirasyras Azman, 17, ditimpa runtuhan tanah ketika mendulang emas dengan bapanya.*

      38) *MALAYSIA mampu memanfaatkan sepenuhnya teknologi generasi kelima (5G) dalam tempoh tiga tahun lagi sekali gus membantu melonjakkan ekonomi negara ke arah lebih kukuh dan mampan. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau yakin ia dapat dicapai jika persiapan mencukupi dilakukan untuk menggerakkan transformasi teknologi itu.*

       39) *PENGAWAL keselamatan Yahya Manap, 70, yang dibelasah pelawak, Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet menghantar permohonan rayuan agar hukuman terhadap pelawak itu disemak semula. Peguam yang mewakili Yahya, Ahmad Ishrakh Saad berkata, permohonan itu dibuat kerana anak guamnya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Majistret Seremban yang mengenakan denda RM2,000 terhadap Lan Pet Pet.*

       40) *KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menubuhkan jawatankuasa dalaman bagi menyiasat punca utama 40 peratus jentera pemadam kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tersadai. Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata, jawatankuasa yang sudah dibentuk itu akan meneliti prosedur dan proses perolehan (pembelian) jentera berkenaan dilakukan.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *JAKARTA: Enam pegawai jawatankuasa pusat pengundian (KPPS) dilaporkan meninggal dunia disebabkan keletihan melampau selepas bekerja dalam tempoh panjang pada hari pilihan raya umum Indonesia, kelmarin.*
          *The Jakarta Post melaporkan, salah seorang pegawai itu, Supriyanto, 54, yang juga ketua KPPS di daerah Cigalontang, Tasikmalaya, Jawa Barat, ditemui pengsan dan dikejarkan ke pusat kesihatan berdekatan tetapi disahkan meninggal dunia pada 2 petang kelmarin.*
         *Ketua Polis Cigalontang, Tudiman, berkata Supriyanto mungkin terlalu penat seleas bekerja 12 jam tanpa henti.*

           *JOHANNESBURG: Sekurang-kurangnya 13 orang mati dan 16 yang cedera apabila bumbung sebuah gereja runtuh ketika upacara keagamaan di timur bandar Durban, Afrika Selatan.*
          *Kemalangan itu berlaku pada petang semalam di bandar Dlangubo, utara Durban selepas dilanda hujan lebat.*
         *”Bumbung bangunan runtuh disebabkan hujan lebat malam tadi... ketika ini jumlah kematian adalah 13 orang,” kata jurucakap jabatan hal ehwal tradisional wilayah, Lennox Mabaso.*

           *BANGKOK: Seorang pelabur bitcoin Amerika boleh berhadapan hukuman mati selepas tentera laut Thailand menuduhnya melanggar kedaulatan negara itu dengan membina sebuah rumah di luar pesisiran pantai dalam usaha membina ‘negara mikro.’*
        *AFP melaporkan, Chad Elwartowski dan teman wanita Thailandnya, Supranee Thepdet yang dikenali sebagai ‘Bitcoin Girl Thailand,’ berdepan tuduhan mengancam kemerdekaan kerajaan selepas pihak berkuasa mendapati rumah laut mereka terletak kira-kira 12 batu nautika dari pantai.*
         *Pasangan itu sebahagian daripada komuniti usahawan Ocean Builders yang menyasarkan membina kediaman tetap di perairan di luar wilayah dikuasai mana-mana kerajaan, lapor Daily Mail.*

          *PARIS: Permainan video Assassin’s Creed Unity yang menggunakan gereja Notre-Dame sebagai lokasinya kini boleh dimuat turun secara percuma selama seminggu.*
          *Pencipta permainan itu, Ubisoft mahu memberi peluang kepada pemain untuk melihat keindahan gereja itu, lapor AFP.*
         *”Kami bersama rakyat Paris dan semua orang di seluruh dunia yang sedih atas kemusnahan gereja itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.*
          *Ubisoft berkata, tawaran itu bagi Assassin’s Creed Unity versi komputer sehingga 25 April ini.*

          *ISTANBUL: Pihak berkuasa Turki menahan dua orang disyaki pengintip Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Istanbul, kata agensi berita rasmi Anadolu, hari ini.*
         *Agensi itu berkata pegawai Turki sedang menyiasat sama ada dua warga UAE itu mempunyai kaitan dengan pembunuhan wartawan Saudi Jamal Khashoggi.*
           *Seorang pengkritik rejim Saudi, Khashoggi dibunuh pada 2 Oktober di konsulat Saudi di Istanbul oleh 15 ejen yang dihantar dari Riyadh. Mayatnya tidak pernah ditemui.*

          *HONG KONG: Gempa bumi dengan kekuatan berukuran 6.5 magnitud menggegarkan kawasan pantai selatan Australia, semalam.
          *Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, setakat ini belum ada laporan mengenai kemusnahan dan tiada amaran tsunami.*
          *Gempa itu berlaku sekitar 1,040 kilometer di kawasan barat daya Geeveston, Australia pada kedalaman 10 kilometer.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         *LELAKI parah akibat ditetak beberapa kali ketika sedang berjalan bersama isterinya untuk memasuki kenderaan yang diparkir di hadapan premis perniagaan di Taman Pertama, di Ipoh, kelmarin.*
           *Dalam kejadian 3.40 petang itu, mangsa yang berusia 36 tahun, ditetak dengan parang kira-kira lima kali dan kejadian itu disaksikan isterinya yang berusia 31 tahun.*
             *Serangan yang hanya berlaku tidak sampai 15 saat itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis di kawasan terbabit dan video rakaman kejadian tular di media sosial sejak semalam.*

          *CADANGAN untuk menukarkan nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (SIA) dilihat tidak bersesuaian dengan imej Malaysia di mata dunia.*
        *Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Tahir berkata, ini kerana imej Malaysia lebih sinonim dan terkenal dengan ibu negara iaitu Kuala Lumpur di peringkat antarabangsa.*
          *Semalam Harian Metro melaporkan, cadangan penukaran nama KLIA terkandung dalam minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada Oktober lalu dan kini dikatakan sudah tular menerusi WhatsApp.*
        *Dalam minit mesyuarat itu, antara lain menyebut cadangan nama baharu KLIA kepada SIA dan dinyatakan ia akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Pengangkut Negara.*

         ♂ *POLIS menahan seorang lelaki hanya enam jam selepas aksi lucahnya ditularkan di media sosial Facebook (FB), hari ini.*
        *Video berdurasi 1.29 minit itu pada awalnya memaparkan lelaki memasuki sebuah premis di Kota Tinggi dan cuba menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di situ.*
            *Tidak hanya itu, lelaki yang memakai topi keledar, berbaju putih dan berseluar pendek dilihat beberapa kali cuba mendekati wanita yang enggan menghampirinya.*

          *“SAYA minta semua pihak menghentikan penularan mesej mengenai keratan akhbar yang menyatakan saya bankrap,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharudin.*
           *Beliau berkata, penama yang dimaksudkan adalah dirinya namun berlaku kesilapan berhubung notis pemakluman berkenaan.*
          *Menurutnya, perkara itu masih dalam proses penyelesaian dengan beberapa pihak dan aset yang dimaklumkan menerusi notis terbabit adalah sebuah kedai strata yang sudah dilelongkan.*

          *NEW DELHI: Hanya kerana tersilap pangkah parti, seorang lelaki hilang akal dan memotong jari telunjuknya menggunakan pisau pemotong daging, semalam.*
          *Dalam video yang tular di media sosial, Pawan Kumar mengakui keliru dengan simbol parti di mesin pengundian elektronik.*
         *Katanya, dia secara tidak sengaja terpilih parti Perdana Menteri Narendra Modi dan bukannya parti pembangkang Bharatiya Janata di Uttar Pradesh.*
            *Jari telunjuk setiap pengundi ditandakan dengan dakwat kekal sebaik selesai mengundi, lapor AFP.*
                 

*ARENA*
========


         *CRISTIANO Ronaldo tidak akan meninggalkan Juventus musim depan walaupun kecewa apabila kelab gergasi Itali itu gagal memburu trofi Liga Juara-Juara, menurut jurulatihnya, Massimiliano Allegri hari ini.*
             *Anak buah Allegri yang dilanda kecederaan akan menanti kehadiran Fiorentina esok dengan hanya memerlukan satu mata untuk merangkul gelaran Serie A kelapan berturut-turut, beberapa hari selepas kalah mengejut 1-2 di laman sendiri kepada Ajax yang menyaksikan mereka tersingkir menerusi agregat 3-2.*
           *”Cristiano adalah masa depan Juventus. Dia beraksi dengan amat baik tahun ini dan akan melakukan perkara sama musim depan, sudah pasti dia kecewa sama seperti kami tapi dia tenang menghadapinya,” kata Allegri.*

         *PEMAIN skuad Tottenham Hotspur akan membahagi-bahagikan hadiah wang ganjaran sebanyak 5 juta (RM27j) sekiranya muncul pemenang Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.*
          *Skuad Mauricio Pochettino sudah mengesahkan wang tunai bersama sebanyak 2j (RM11j) selepas mara ke separuh akhir saingan berprestij bolasepak Eropah itu dengan mengatasi Manchester City.*
           *Jumlah itu dijangka meningkat sekiranya mereka menewaskan Ajax Amsterdam pada separuh akhir dan layak ke final pada 1 Jun di Madrid.*

         *KELAB Peminat Liverpool (LFC) di Malaysia akan dapat mengalami dan mengikuti pelbagai aktiviti dan bertemu dengan wira Reds seperti Jason McAteer, Sami Hyypia dan Steve McManaman, hujung minggu ini.*
             *Mereka juga berpeluang memenangi tiket untuk bersemuka dengan pemain kesayangan mereka itu sewaktu sesi khas pertemuan dan ramah mesra bersama legenda Liverpool yang akan diadakan di Hab Dunia LFC di pusat membeli belah One Utama.*
         *”Untuk peminat Reds di Malaysia, mereka perlu berada di Dunia LFC World Kuala Lumpur. Kami tahu tidak semua peminat boleh datang ke Anfield, jadi inilah cara kami membawa Anfield dekat kepada mereka. Kami tidak sabar untuk bertemu peminat, ia satu hujung minggu yang hebat,” kata Hyypia.*

         ♂ *PERLUMBAAN sulung Tour de Iskandar Johor (TdIJ) akan dikenang sampai bila-bila buat pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Shaiful Adlan Shukri apabila dia menyarung jersi hitam selaku pelumba muda terbaik keseluruhan.*
         *Pelumba kelahiran Terengganu itu mengakui kejayaan itu pencapaian paling tinggi dalam kariernya sebagai seorang pelumba basial.*
          *”Saya memang gembira dengan pencapaian ini dan berasa sangat teruja, saya seperti hilang kata-kata sekarang dan mamanjatkan kesyukuran kepada Allah,” katanya yang juga muncul pelumba terbaik Malaysia pada TdIJ.*

         ♂ *PERSATUAN Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) terpaksa menghentikan usaha mendaftar Lee Tuck sebagai pemain tempatan disebabkan kegagalan pemain import itu mendapatkan dokumen pengesahan keturunannya.*
           *Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, tidak timbul PBSNT bersikap acuh tidak acuh dan cuba melengahkan masa mendaftar Tuck sebagai pemain tempatan.*
          *Hishamuddin berkata, Tuck sendiri sudah memaklumkan kepadanya dia tidak dapat menyediakan dokumen itu menyebabkan PBSNT tidak dapat mendaftarkan pemain itu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).*

          *PENYERANG sensasi Kipre Tchetche meledak dua gol pada babak kedua sekali gus membantu Terengganu FC (TFC) mengatasi FELDA United 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.*

         *BOLA yang digunakan pada final Piala AFF 2018 antara barangan premium akan dilelong dalam program jualan amal barangan ‘pre-loved’ atlet negara pada 4 Mei ini di Uptown Sports Bangi.*
            *Selain bola digunakan Harimau Malaya menentang Vietnam itu, pelbagai barangan dan peralatan sukan milik atlet dan bekas atlet turut ditawarkan kepada pengunjung dalam program julung kali diadakan itu bermula jam 2.30 petang hingga 6 petang.*
           *Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, program itu bertujuan mengumpul dana bagi Tabung X-Atlet diwujudkan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) untuk bekas atlet terutama bagi menampung perbelanjaan perubatan.*

         *SEMPENA ulang tahun ke-20, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan melalui kerja penambahbaikan membabitkan beberapa kawasan utama.*
          *Ia bagi memberi kepuasan dan pengalaman maksimum kepada penonton yang hadir ke litar berprestij itu untuk menyaksikan pelbagai saingan seperti Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP).*
         *Tempat duduk utama ketika ini menjalani kerja-kerja membabitkan penukaran struktur bumbung untuk menyediakan perlindungan yang mencukupi kepada penonton di kawasan itu.*

          *EMPAT pemain termasuk kapten, Sukri Mutalib kembali memperkuatkan skuad hoki lelaki negara apabila tersenarai untuk beraksi pada kempen Pusingan Akhir Siri FIH bermula 26 April ini di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.*
         *Selain Sukri, tiga lagi pemain yang dipilih semula adalah Syed Syafiq Syed Cholan, Shahril Saabah dan penjaga gol Hafizuddin Othman.*
        *Sukri, Syed serta Shahril sebelum ini tidak terpilih untuk beraksi pada Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh bulan lalu kerana mengalami kecederaan.*

          *PEMAIN tengah Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat terlepas peluang beraksi menentang Negeri Sembilan malam esok selepas dia digantung dua perlawanan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana berkelakuan ganas ketika menentang Sarawak, 6 April lalu.*
           *Jawatankuasa Tatatertib FAM memutuskan pemain skuad Bawah 23 negara itu bersalah menumbuk perut pemain Sarawak, Badrul Hisham Hussein pada aksi Liga Perdana di Stadium Negeri, Kuching.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2019 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*#prayforcolombo*

*ISNN 22 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 16 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0538*
*SUBUH : 0548*
*SYURUK : 0704*
*ZOHOR : 1315*
*ASAR : 1629*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2031*


*artikel disiarkan pada tarikh 21april*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *KEMENTERIAN LUAR mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam beberapa kejadian letupan di Colombo, Sri Lanka, hari ini. Pengesahan itu susulan laporan letupan di beberapa lokasi termasuk gereja di ibu negara Sri Lanka berkenaan iaitu di Kochikade Church, Katuwapitiya Church, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan sebuah gereja di Batticaloa.*

               2) *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan wang rasuah terkumpul membabitkan penahanan 46 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri sejak Selasa lalu, termasuk 22 orang lagi semalam, mencecah lebih RM140,000. Sumber SPRM berkata, semua 22 pegawai penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 yang baru ditahan semalam, dipercayai menerima bayaran bulanan RM10,000 sebulan.*

               3) *NELAYAN maut dipanah petir ketika mengemudi bot berhampiran Jeti Jimah Power Plant, Bukit Pelanduk, Port Dickson semalam. Dalam kejadian 1 tengah hari, mangsa R Kannan, 39, terkena panahan petir di bahagian dada dan maut di lokasi kejadian.*

               4) *BAYI 18 bulan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh ketika memanjat jeriji tingkap di rumah pengasuhnya di Taman Kuala Kangsar, kelmarin. Muhammad Aidil Amsyar Muhammad Hafizuddin disahkan meninggal dunia jam 9.40 pagi ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Kuala Kangsar.*

               5) *CUBAAN dua lelaki menyeludup ayam sabung jenis ‘Texas’ yang dipercayai dari negara jiran gagal apabila ditahan polis, semalam. Suspek berusia 30 dan 50 tahun ditahan jam 1 pagi dalam ‘Op Landai Khas’ dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) di Jalan Bingolon, Kudat.*

               6) *HANYA kerana ibunya menyediakan ayam goreng kurang masak, seorang lelaki sanggup mengugut mahu menetak wanita itu dengan sabit. Perbuatan tertuduh, Mohd Helmi Mohamed, 33, itu bagaimanapun membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman denda RM6,000 di Mahkamah Majistret di Kota Bharu, hari ini selepas mengaku salah terhadap tuduhan.*

               7) *POLIS menahan seorang lelaki dipercayai ‘keldai dadah’ dan merampas 50 peket syabu yang diletakkan dalam bungkusan tertera tulisan teh Cina seberat 51 kilogram (kg) bernilai RM2.5 juta. Dadah itu ditemui dalam kereta Proton Persona di kawasan parkir berhampiran Plaza Tol Sungai Petani Utara, Sungai Petani, dalam serbuan jam 11.30 malam Khamis lalu.*

               8) *DATUK Bandar Ipoh yang baharu akan dilantik selewat-lewatnya hujung bulan ini bagi menggantikan Datuk Zamri Man yang dikatakan ‘menghilang’ tanpa berita sejak beberapa bulan lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri baru-baru ini menamakan seorang calon dan ia sudah diperkenankan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.*

               9) *PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum menerima laporan lengkap mengenai dakwaan berlakunya unsur sabotaj pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau lalu. Katanya, siasatan awal sudah dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun selaku Pengarah Pilihanraya PRK Rantau.*

               10) *JABATAN Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menganjurkan Program Sepakat Malaysiaku Harapanku bertujuan menyemarakkan semangat kenegaraan dan penghayatan sejarah dalam kalangan rakyat. Pelbagai pertandingan diadakan seperti Pengkisahan Kenegaraan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pameran Bersepadu, Bintang Patriotik serta sambutan ulang tahun ke-27 AEON yang juga penganjur bersama.*

               11) *LELAKI berusia 45 tahun ke atas berisiko tinggi menghidap kanser prostat, malah ia antara penyakit utama dihidapi golongan terbabit ketika ini. Pakar Perunding Kanan Urologi Hospital Umum Sarawak (HUS) Dr Teh Guan Chou berkata, antara tanda utama seseorang menghidap kanser prostat adalah kerap kencing ketika malam, aliran air kencing yang lemah dan dirasakan tidak habis keluar.*

               12) *TERPEDAYA dengan gambar wanita cantik menyebabkan seorang anggota tentera kerugian wang simpanan RM60,000 apabila menjadi mangsa sindiket 'Love Scam'. Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, lelaki berusia 28 tahun itu antara mangsa terbaru sindiket penipuan cinta yang semakin menular di Sarawak.*

               13) *MAHKAMAH Majistret Georgetown hari ini membenarkan perintah reman tujuh hari ke atas lima daripada 22 pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Perintah reman dikeluarkan Majistret L Umma Devi selepas kelima-lima mereka hadir diiringi pegawai SPRM 10 pagi tadi.*

               14) *LELAKI dipercayai ejen loteri haram ditahan ketika sedang leka menjalankan kegiatan menjual tiket loteri tanpa kebenaran di Pusat Penjaja Bau, di Bau, semalam. Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek berusia 31 tahun itu, yang berasal dari Kampung Melayu Siniawan, di sini ditahan 3.45 petang, bertindak atas maklumat awam.*

               15) *PADAH melanggar isyarat lampu merah, lelaki tempatan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu melanggar tiang lampu kanan jalan dalam kemalangan di Kilometer 29 Jalan Johor Bahru - Gelang Patah - Pendas, di Iskandar Puteri, malam tadi. Dalam nahas 8.30 malam itu, mangsa, Mohamad Shafiq Sahar, 29, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala, badan dan kaki.*

               16) *LELAKI maut manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 72, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Pulau Serai Dungun, malam tadi. Dalam kejadian 7.30 malam, Mohd Daniel Ikhwan Mat Shah, 21, yang menunggang motosikal jenis EX5 meninggal dunia akibat parah di kepala dan bahagian dalam badan.*

               17) *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan remaja lelaki disyaki cuba menyeludup keluar lebih 1,000 kilogram (kg) gula pasir, di Tawau, kelmarin. Remaja tempatan berumur 18 tahun itu ditahan anggota APMM yang sedang menjalankan Ops Pluto Timur selepas mengesan sebuah bot jongkong dalam keadaan mencurigakan kira-kira 1.5 batu nautika dari Sungai Pukol, Pulau Sebatik, pada 5.15 petang.*

               18) *“AYAH letih kerana kami langsung tiada bekalan makanan,” kata Hiezry Aron Embayan, 33, antara mangsa yang sesat ketika mencari batu tanda sempadan tanah di hutan Kampung Serusup, kelmarin. Hiezry bersama abangnya, Hizran, 38, dan bapa mereka, Azman Embayan, 70, dilaporkan sesat jam 8 malam kelmarin sebelum ditemui penduduk kampung lima jam kemudian.*

               19) *Jabatan Laut Wilayah Selatan (Johor) memperluaskan pemantauan operasi hari ketiga pembersihan sisa tumpahan minyak di perairan Tanjung Balau membabitkan Pulau Lima dan Pulau Mungging, semalam. Penolong Pegawai Laut, Roslee Ibrahim berkata, perluasan kawasan pemantauan ke dua lokasi itu berikutan pihaknya tidak menemui tompokan baharu di perairan berkenaan.*

               20) *TIGA beradik yang dilaporkan hilang dari rumah ketika dalam jagaan ibu saudara mereka di Taman Rasa Sayang, Cheras pagi kelmarin, ditemui di Johor Bahru, Johor. Ketiga-tiganya, J Nashaleny, 15, J Naveena , 10, dan J Niklesh, 7, ditemui bapa saudara mereka 3.30 petang semalam.*

               21) *JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan mengambil masa lima jam untuk memindahkan dua gajah liar di Kampung Kalai di Jeli, semalam. Pengarahnya, Ady Ermanty Haniff Mohamed Haniff berkata, dua gajah jantan itu berjaya ditangkap pada Rabu llu.*

               22) *LIMA puluh lori dan treler ditahan menerusi Ops Khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini kerana melanggar pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, operasi membabitkan laluan Bukit Tagar - Dengkil - Nilai itu disertai 13 pasukan masing-masing Ibu Pejabat JPJ Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor.*

               23) *TINDAKAN 19 nelayan Vietnam termasuk seorang tekong menceroboh dan menangkap ikan kira-kira 60 batu nautika di perairan Kuantan, mengundang padah apabila mereka ditahan. Dalam kejadian 11 pagi hari ini, nelayan terbabit ditahan kapal KD Terengganu milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk tindakan lanjut.*

               24) *MAHKAMAH Sesyen Johor Bahru, hari ini melepas dan membebaskan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd Latif Bandi @ Nor Sebandi, 53, daripada 37 pertuduhan termasuk rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM30 juta, dua tahun lalu. Mahkamah turut melepas dan membebaskan anak lelakinya, Fauzan Hatim Abdul Latif, 27, serta perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub, 46, membabitkan pertuduhan sama.*

               25) *Penduduk Kampung Pintu Padang, Gopeng yang membantu dalam usaha pencarian Mohammad Ashraf Hassan, 29, masih gagal menemui sebarang petunjuk. Mohammad Ashrap atau lebih mesra dipanggil Acap dilaporkan hilang selepas tidak sampai ke garisan penamat ketika menyertai Gopeng Ultra Trail 2019, 23 Mac lalu.*

               26) *BAHANG persiapan bagi gangguan bekalan air selama 86 jam bermula Rabu ini kian terasa apabila beberapa kedai yang menjual tong air di sekitar Shah Alam, kehabisan stok. Ia berikutan orang ramai mula membeli tong pelbagai saiz bagi menyimpan bekalan air sepanjang tempoh berkenaan.*

               27) *PENDUDUK kampung yang melakukan pencarian Mohamad Ashraf Hassan, 29, menemui serpihan tulang dipercayai tulang lama di dalam Gua Kandu, Gopeng, kira-kira jam 1 tengah hari semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihak forensik sudah mengambil serpihan tulang itu dan dibawa untuk ujian patologi kimia bagi mendapatkan pengesahan selanjutnya.*

               28) *MAJLIS Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan kadar zakat fitrah pada dua harga iaitu RM7 dan RM10 bagi tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, penetapan harga fitrah adalah berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan penduduk Islam di Johor, pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.*

               29) *HUKUM menceraikan isteri ketika hamil adalah harus. Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, talak boleh saja jatuh pada bila-bila masa. “Cerai ada waktu harus dan haram. Kalau cerai ketika hamil hukumnya harus dan sah talaknya.*

               30) *PENDAKI parah di kepala selepas dipercayai terjatuh pada ketinggian enam meter ketika mendaki Gunung Korbu, Hulu Kinta, Ipoh, hari ini. Difahamkan, mangsa Lee Khian Seng, 60, mengikuti ekspedisi pendakian bersama 12 pendaki lain.*

              31) *ANGGOTA bomba menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari bangunan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Jalan Lurah 19, Kempas Baru, Johor Bahru, hari ini. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru Rafie Ahmad Sareng berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.13 tengah hari berhubung insiden itu.*

            32) *JAWATANKUASA khas akan dibentuk bagi mencari kaedah untuk mengurangkan kadar pengangguran serta mengatasi tangga gaji dihadapi golongan belia di negara ini. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, statistik daripada Kementerian Sumber Manusia dan Bank Negara Malaysia (BNM) merekodkan kadar pengangguran belia di negara ini pada paras 10.7 peratus.*

            33) *MAYAT bayi dipercayai baru dilahirkan ditemui di tepi Jalan Rejang 1, Setapak di Kuala Lumpur, petang semalam. Bayi yang dibungkus menggunakan kain itu ditemui seorang wanita ketika mengutip sisa buangan barang berdekatan kontena sampah di lokasi itu, kira-kira jam 3 petang.*

            34) *SERAMAI 82 pengunjung yang leka berhibur di kelab malam Jalan P Ramlee, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, terkedu apabila premis itu diserbu pihak berkuasa dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (Op BAH) 2.0, 11 malam tadi. Ketika diserbu, kebanyakan mereka berusia 19 hingga 40 tahun dikesan mengambil minuman keras dan berpeleseran dengan pasangan yang dibawa.*

            35) *“MUKA bayi itu sudah kebiruan sebab menangis terlalu lama,” kata pengusaha kedai makan, Maznah Abdul Ghani, 56, yang menemui bayi lelaki di pondok menunggu bas di Felda Jerangau, Dungun, jam 7.30 pagi hari ini. Maznah berkata, sebelum kejadian, dia berada di kedai makannya yang terletak kira-kira 500 meter dari pondok itu.*

           36) *POLIS masih mengesan dua beradik perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah sewa ibunya di Taman Jujur, Sikamat, Seremban, pada 14 April lalu. Nur Hidayah Zahid Hussin, 8, bersama kakaknya berusia 13 tahun menghilangkan diri sejak tujuh hari lalu dan sehingga kini, tiada petunjuk jelas mengenai mereka.*

            37) *“BIMBANG dengan kehadiran harimau yang sudah banyak kali membaham lembu penternak, saya ambil keputusan tidur dalam kandang lembu semalam. "Pada 3 pagi, saya bangun dan suluh lampu di luar kandang dan terkejut apabila ternampak seekor harimau belang setinggi 1 meter memandang ke arah saya,” kata Putera Ibrahim, 37, dari Felda Kerteh 5, Dungun.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *COLOMBO: Jumlah kematian dalam lapan siri letupan di Sri Lanka hari ini meningkat kepada 207 orang manakala 450 cedera, kata jurucakap polis, Ruwan Gunasekera.*
           *Gunasekera berkata, tiga orang sudah ditahan berhubung serangan yang mensasarkan hotel bertaraf tinggi di ibu negara dan gereja ketika penganut Kristian sedang menyambut perayaan Easter, katanya dalam satu sidang media.*
        *Katanya, polis sedang menyiasat sama ada pengebom berani mati terbabit dalam semua letupan itu.*

           *COLOMBO: Kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan perintah berkurung berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Pertahanan Ruwan Wijewardene, hari ini susulan lapan letupan mengorbankan hampir 160 orang, dan kebanyakannya disasarkan ke gereja dan hotel.*
             *”Perintah berkurung akan dilaksanakan sehingga keadaan reda,” katanya kepada wartawan di Colombo.*
          *Pegawai kerajaan juga berkata rangkaian media sosial dan aplikasi mesej termasuk Facebook dan WhatsApp, disekat di negara itu bagi penularan sebarang salah maklumat dan khabar angin.*

          *New Delhi: Mayat bayi lelaki berusia sembilan bulan ditemui tanpa kepala apabila terputus akibat dibaham harimau bintang selepas dilarikan dari sisi ibunya yang tidur.*
         *Menurut Times Now, mangsa Dhaval Rathwa tidur sebelah ibunya di luar rumah mereka sebelum didatangi harimau bintang sekitar jam 4 pagi.*
           *Tanpa disedari ibu mangsa, harimau bintang berusia lapan tahun itu menggonggong bayi malang terbabit ke hutan.*

          *JAKARTA: Gunung Agung yang terletak di pulau peranginan Bali, meletus hari ini dengan memuntahkan debu ke udara sejauh dua kilometer dan kawasan berhampiran, kata jurucakap agensi bencana.*
         *Xin Hua yang memetik jurucakap agensi itu, Sutopo Purwo Nugroho berkata, letusan terbabit berlaku kira-kira jam 8.23 pagi waktu tempatan.*
             *Menurutnya, gunung berapi terbabit melepaskan debu hingga ke daerah Karang Asem, Klungkung dan Bangli.*

          *Mexico City: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dilarikan daripada ibunya ketika melawat saudara sakit di hospital dan dijual kepada sepasang suami isteri yang cuma membayar AS$160 (RM661) serta jam emas.*
          *Dalam kejadian minggu lalu, María Magdalena Sánchez trpaksa meninggalkan bayinya Nancy di luar ketika melawat adik perempuannya yang sakit, kerana dianggap berbahaya memandangkan kanak-kanak itu terlalu kecil.*
          *Usaha mencari Nancy dilakukan besar-besaran membabitkan polis serta rakan dan keluarga mangsa yang turut mengedarkan gambar bayi itu sehingga sepasang suami isteri tampil menyerah diri.*
           *Pasangan berusia 36 tahun itu berkata, mereka dihampiri seorang wanita yang menawarkan Nancy untuk AS$160 dan jam emas.*

          *KANSAS: Seorang penjaga zoo wanita parah selepas diserang harimau Sumatera sebelum haiwan terbabit ditenteramkan oleh pekerja lain dalam kejadian di Zoo Topeka, Kansas, Amerika Syarikat, semalam.*
           *Mangsa yang cedera pada bahagian kepala dan leher itu masih sedarkan diri ketika dikejarkan ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, kata jurucakap bandar Topeka, Molly Hadfield.*
           *Pengarah zoo, Brendan Wiley dalam sidang media berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang juga penjaga utama haiwan itu, berada di dalam kandang harimau.*

          *LONDON: Seorang wartawan mati ditembak ketika membuat liputan rusuhan di Londonderry, Ireland Utara, yang dianggap kejadian pengganas oleh polis, susulan keganasan terbaru melanda daerah itu.*
           *Wanita itu tidak dikenal pasti secara rasmi, namun beberapa wartawan menamakannya sebagai Lyra McKee, 29. Dia dilaporkan sempat memuat naik gambar ke media sosial menunjukkan rusuhan di bandar itu, bersertakan keterangan: ‘Derry malam ini. Memang gila.’*
             *Gambar di media sosial menunjukkan kenderaan terbakar selain individu memakai hud membaling bom petrol dan mercun terhadap kereta polis.*

         *CALIFORNIA: Pihak berkuasa tergamam apabila menemui 40,000 pokok ganja bernilai AS$20 juta (RM82.65 juta) di sebuah ladang gergasi berhampiran Riverside, semalam.*
        *Polis menyerbu ladang haram yang terletak di McAllister Street itu selepas menerima aduan bau busuk kuat dari premis itu.*
          *Menurut Daily Mail, ladang itu tersorok kerana dikelilingi pokok dan hanya terdapat beberapa rumah di kawasan berkenaan.*

         *BEIJING: Dua pelakon wanita China dijatuhkan hukuman penjara kerana mengeluarkan dan menjual pil kurus palsu di media sosial.*
           *Pesalah Zhao Dan dan Guo Jing masing-masing dihukum penjara selama tiga dan setahun, lapor akhbar Beijing Youth Daily.*
           *Kedua-dua pelakon berusia 33 tahun dari syarikat pengurusan sama ditahan polis pada Februari tahun lalu.*

          *HANOI: Polis merampas lebih satu tan dadah jenis methamphetamin yang disembunyikan di dalam alat pembesar suara sekali gus dianggap sebagai rampasan ketiga terbesar dalam tempoh seminggu di Vietnam.*
          *AFP yang memetik kenyataan polis berkata, kegiatan itu terbongkar selepas pihaknya menemui dua trak dan kereta dipandu dua lelaki warga Taiwan, diletakkan di bandar Ho Chi Minh pada 12 April lalu.*

         *TOKYO: Pelayar cacat penglihatan warga Jepun berjaya menamatkan pelayaran tanpa henti di lautan Pasifik sekali gus mencipta rekod sebagai individu cacat penglihatan pertama yang mengemudi kapal merentasi lautan, lapor media tempatan.*
            *AFP melaporkan, Mitsuhiro Iwamoto, 52, yang menetap di San Diego, California memulakan pelayaran sejauh 14,000 kilometer kira-kira dua bulan lalu sebelum tiba di pelabuhan di Fukushima, Jepun pagi tadi.*
           *Dia turut berlayar bersama pengemudi warga Amerika Syarikat (AS), Doug Smith yang membantunya memberi panduan dan maklumat termasuk arah angin.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


         *KEMUNCULAN ‘Sang Bedal’ bagaikan lumrah bagi penduduk setempat, terutama mereka yang berulang alik menggunakan perkhidmatan feri di Sungai Igan, di Mukah.*
              *Malah, kehadiran reptilia pemangsa itu dapat dilihat jelas ‘berjemur’ di kawasan tebing sungai berkenaan, khususnya ketika air surut.*
        *Namun, berbeza pula keadaannya semalam apabila orang ramai dikejutkan dengan kemunculan sepasang buaya berhampiran kawasan jeti feri.*
         *Aksi pasangan buaya itu sempat dirakamkan seorang daripada pengguna feri berkenaan sebelum dimuatnaik ke laman sosial, termasuk Facebook.*
        *Malah, rakaman video berdurasi 49 saat itu turut tular di laman sosial, selain mendapat lebih 100,000 tontonan.*

          *“SEJAK malam tadi saya tidak putus-putus menerima panggilan daripada rakan dan saudara-mara bagi bertanyakan mengenai kesahihan berita yang tular itu,” kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Tahir.*
          *Ini berikutan terdapat beberapa mesej termasuk rakaman suara tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp yang mengatakan Mohd Anuar yang juga Ahli Parlimen Temerloh meninggal dunia.*
          *Mohd Anuar berkata, sejak berita palsu itu tular, beliau menerima banyak panggilan termasuk daripada barisan Kabinet.*

         *“ANJING pun makhluk Allah dan kita sebagai manusia kenalah ada sifat ihsan untuk membantu," kata Yuzaile Yusop.*
           *Kontraktor binaan berusia 47 tahun itu berkata demikian mengulas tindakannya menyelamatkan seekor anjing yang ditimpa kemalangan di Jalan Changkat JongTeluk Intan, Perak, selepas gambarnya tular di media sosial sejak Khamis lalu.*
          *Dia ketika dihubungi Harian Metro hari ini berkata, dia tidak menyangka peristiwa jam 9.30 pagi ketika dia dalam perjalanan menunggang motosikal ke tempat kerja sempat dirakam pengguna jalan raya.*

         *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 203A kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) berhubung penularan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika prosiding mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.*
          *Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan dibuat susulan satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Batu 9 Cheras, hari ini.*

         *JABATAN Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menafikan dakwaan pelakon bergelar Datuk Seri ditangkap berkhalwat di Pulau Perhentian, Besut, 5 April lalu.*
          *Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguat Kuasa JHEAT, Nik Zulhaiza Ismail berkata, lelaki bergelar Datuk Seri berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 32 tahun yang ditahan di sebuah chalet di Pulau Perhentian itu bukannya artis seperti ditularkan melalui laman sosial.*
          *”Saya mengesahkan memang ada tangkapan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa JHEAT, tetapi lelaki yang ditahan bukannya seorang artis atau pelakon, sebaliknya pasangan biasa.*

         *MALAYSIAN Industrial Development Finance Bhd hari ini melancarkan Facebook bertajuk “KayaBun” bagi berkongsi ilmu dan tip mengenai pembiayaan peribadi.*
         *Majlis pelancarannya bersempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019 di Sungai Petani, dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bersama Pengarah Urusan MIDF, Datuk Charon Mokhzani.

*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-4-2019 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SELSA 23 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 17 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0538*
*SUBUH : 0548*
*SYURUK : 0704*
*ZOHOR : 1314*
*ASAR : 1629*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2031*


*artikel disiarkan pada tarikh 22april*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *POLIS tidak menolak kemungkinan pengendali laman Facebook (FB) menggelarkan diri mereka sebagai ‘Sabah-Sarawak Merdeka’, yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, baru-baru ini, dalam kalangan warga asing. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kemungkinan dibuat berdasarkan siasatan yang sedang dijalankan pihaknya kini.*

               2) *TUN Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tidak mempunyai pengaruh dalam pelantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor. Perdana Menteri berkata, pelantikan itu sebaliknya adalah keputusan oleh pihak Pakatan Harapan (PH) Johor.*

               3) *SAKSI ketujuh pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendedahkan menemui 20 struktur tanah berbentuk kubur dan enam rangka manusia terbiar dalam pemeriksaan susulan yang dijalankan di Bukit Wang Burma, Perlis, 15 Ogos 2015. Asisten Superintendan Jamaluddin Shah Mohd Jawan yang ketika itu bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis (IPD) Padang Besar, Perlis berkata, rangka itu ditemui dalam keadaan tulang berselerakan atas pelantar kem yang diperbuat daripada kanvas dan kayu serta dipagar dawai kawat.*

               4) *SEORANG lelaki parah dipukul menggunakan besi selepas cuba meleraikan pergaduhan rakannya dengan sekumpulan lelaki di luar pusat hiburan di Jalan Bundusan, di Penampang, kelmarin. Dalam kejadian 1.55 pagi itu, tiga lagi rakannya turut cedera dibelasah oleh kumpulan terbabit. Semua mangsa berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) kini dalam keadaan sedar dan stabil.*

               5) *SEBANYAK 15 papan tanda amaran larangan mandi di pantai Tanjung Aru di Kota Kinabalu diletakkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) susulan kehadiran obor-obor atau balung api di pantai berkenaan. Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya DBKK, Robert Lipon berkata, papan tanda amaran itu diletakkan sejak 10 April lalu untuk pengetahuan umum berhubung kehadiran haiwan berbisa itu.*

               6) *SUAMI isteri parah selepas ditikam seorang lelaki dalam pergaduhan di tingkat lima Flat Padang Tembak, Georgetown, semalam. Dalam kejadian 1 pagi, lelaki berusia 40 tahun luka di dada dan perut manakala isterinya berusia 41 tahun turut luka di dada serta siku kanan. Mangsa kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).*

               7) *PADAH menjual dan membekal barangan jenama tiruan, dua lelaki bakal berdepan hukuman denda RM3.8 juta apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Rabu lalu. Dalam serbuan jam 12 tengah hari, sebanyak 3,134 unit barang jenama Samsung bernilai lebih RM75,000 dirampas.*

               8) *SERAMAI 82 pengunjung yang leka berhibur di kelab malam Jalan P Ramlee, Bukit Bintang, terkedu apabila pusat hiburan itu diserbu pihak berkuasa dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (Op BAH) 2.0, 11 malam kelmarin. Ketika diserbu, kebanyakan mereka berusia 19 hingga 40 tahun dikesan mengambil minuman keras serta berpeleseran dengan pasangan yang dibawa.*

               9) *SEORANG tukang mengubah suai rumah ditahan kerana memecah masuk rumah yang pernah dibaikinya sebelum mengambil pelbagai barangan berharga apabila mengetahui pemiliknya tiada di rumah. Suspek warga asing berusia 49 tahun ditahan di perkarangan Hospital Tawau, kira-kira jam 7 pagi, kelmarin, berdasarkan laporan dibuat mangsa pada 14 April lalu.*

               10) *POLIS melakukan pencarian kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di flat di Bandar Seri Putra, Bangi, Isnin lalu, di kawasan berhampiran kediamannya. Mangsa, Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8, dikatakan keluar dari rumahnya kira-kira 8 pagi untuk bermain bersama rakannya sebelum dilaporkan hilang.*

               11) *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki di perairan Tanjung Lompat, Kota Tinggi, semalam, kerana berlabuh tanpa kebenaran. Pemangku Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili Leftenan Komander Maritim Muhammad Padzly Pasrial berkata, kapal tangki itu ditahan pada kedudukan 9.1 batu nautika timur Tanjung Lompat pada jam 12 tengah hari.*

               12) *MAHKAMAH Sesyen Kuala Terengganu hari ini menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM300,000 dan RM30,000 ke atas seorang tekong dan tiga awak-awak warga Vietnam yang menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan. Tekong, Le Van Minh, 43, turut berdepan hukuman penjara dua tahun manakala awak-awaknya berusia antara 22 hingga 48 tahun pula berdepan hukuman penjara satu tahun sekiranya mereka gagal menjelaskan denda berkenaan.*

               13) *SEORANG wanita merayu bekas suaminya menghadiri kes tuntutan hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada 24 April ini. Ummi Nashrikin Adnan, 36, berkata bekas suaminya itu tidak pernah tampil ke mahkamah sepanjang proses tuntutan bermula sejak 14 Januari lalu. Menurutnya, dia dan bekas suaminya, Nasrul Hakim Ghani, 38, bernikah pada 8 Ogos 2008 dan bercerai pada 18 Julai 2017 lalu.*

               14) *DUA banduan lelaki yang melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Khamis lalu dijatuhkan hukuman penjara masing-masing setahun dan 20 bulan oleh dua Mahkamah Majistret berasingan, hari ini. Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap Ahmad Faqis Ismail, 29, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan.*

               15) *SEORANG ibu bimbang keselamatan anak gadisnya berusia 13 tahun yang dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, berkata ibu remaja, Tara Rua, 46, menyedari kehilangan anaknya, Magretha Tara kira-kira jam 10.35 malam selepas mendapati remaja itu tiada di rumah.*

               16) *LELAKI ditemui rentung selepas kenderaan dipandu dipercayai terbabit dalam kemalangan di Jambatan Woodman, Kuala Baram Estate, Sungai Adong di Miri, pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan pihaknya sedang menunggu hasil bedah siasat dari pihak Hospital Miri.*

               17) *SEORANG lelaki cedera di punggung selepas diserang abangnya menggunakan parang di sebuah kedai di Ketengah Jaya, Dungun, semalam. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika mangsa berusia 26 tahun berada di sebuah kedai sebelum didatangi suspek berusia 30-an.*

               18) *KEGIATAN tiga lelaki warga asing yang aktif mengedar dadah di sekitar Bintulu sejak awal tahun ini tumpas apabila diberkas polis, malam tadi. Suspek berusia 21 hingga 34 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada 9 malam di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Abang Galau.*

               19) *UJIAN Patologi Kimia dijalankan terhadap serpihan tulang yang ditemui di Gua Kandu, Gopeng, kelmarin, akan mengambil masa antara sebulan hingga dua bulan sebelum ia dapat dipastikan milik manusia atau haiwan. Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, serpihan tulang yang ditemui itu masih belum dapat dipastikan sama ada milik manusia atau haiwan sehinggalah keputusan ujian itu diperoleh.*

               20) *TOK Batin dari Kampung Orang Asli Bukit Rok, Bera, Pahang Mohamad Nohing teruja apabila berpeluang berucap di depan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perasmian Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. Mohamad diberi peluang mewakili Tok Batin dari seluruh negara selain Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli (MPKKOA) yang hadir pada konvensyen itu.*

               21) *GURU agama maut selepas kereta Proton Persona yang dipandunya terbabas di tepi jalan selepas melanggar pokok di Batu 3, Jalan Langgar, di Alor Setar, hari ini. Dalam kejadian, mangsa, Razak Awang, 73, yang juga Naib Pengerusi Madrasah Raudhatul Islah, Kuala Alor Simpang Kuala, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.*

               22) *UNIT Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan membawa bayi berusia enam bulan yang mengalami masalah kesihatan dari Hospital Pulau Pinang (HPP) ke Hospital Serdang, Selangor, hari ini. Pengarah Unit Udara JBPM Nazili Mahmood berkata, bayi terbabit, Alicia Boi Yean Ping yang menghidap penyakit ‘trachea stenosis with verticular septal defect’ sejak dilahirkan itu diterbangkan dengan menggunakan helikopter model AW 139 (BOD) yang mendarat di Padang Polo HPP, pada 8.15 pagi.*

               23) *DEGIL dan tidak serik. Itu yang dilakukan seorang tenaga pengajar sebuah institut memandu (IM) selepas membuat dua kesalahan sama dalam tempoh sebulan. Wanita berusia 38 tahun itu dikesan membiarkan calon memandu kereta secara bersendirian dalam serbuan yang dilakukan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di institut berkenaan di Klang, hari ini.*

               24) *IBU berusia 19 tahun antara 10 individu ditahan dalam Op Cegah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di beberapa lokasi di Keningau, hari ini. Wanita dua anak itu ditahan di kedai menjual telefon bimbit dan saringan awal air kencing mendapati dia positif syabu. Ketika disoal siasat, wanita itu mengaku kerap mengambil dadah bersama rakan penagih lain.*

               25) *“DALAM rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan ada individu mencurah petrol sebelum menyalakan dengan pemetik api sebelum cermin premis ini terbakar,” kata pemilik restoran makanan segera di Jalan Seri Cempaka, Bandar Darulaman, di Jitra yang terbakar, hari ini. Mohd Hasif Mohd Azam, 20, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan bapanya ada kebakaran di premis miliknya itu pada 5.17 pagi.*

               26) *PENDAKI yang parah di kepala selepas terjatuh dari ketinggian enam meter ketika mendaki Gunung Korbu, Hulu Kinta, Ipoh, semalam, meninggal dunia. Mangsa, Lee Khian Seng, 60, disahkan meninggal dunia selepas dibawa keluar dari lokasi kejadian menggunakan helikopter oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 9 pagi hari ini.*

               27) *DATUK Seri Mohamad Hasan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-14 di Seremban, hari ini. Ia sekali gus mencatat sejarah apabila Timbalan Presiden UMNO itu menjadi wakil rakyat pertama di negeri ini mengangkat sumpah dua kali dalam tempoh satu penggal.*

               28) *POLIS mengesahkan mayat bayi lelaki yang ditemui di tepi Jalan Rejang 1, Setapak, Kuala Lumpur, kelmarin, dilahirkan cukup bulan. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, proses bedah siasat terhadap mayat terbabit sudah dilaksanakan oleh pihak forensik di Hospital Kuala Lumpur (HKL), 3 petang, semalam.*

               29) *SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Datuk kepada Menteri Besar Johor, Dr. Sahruddin Jamal di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini. Pada majlis sama, 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor.*

               30) *POLIS sedang mengesan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan di restoran di Sri Taman, di Sandakan, minggu lalu. Ia susulan laporan dua remaja berusia 18 dan 19 tahun berhubung kejadian itu pada 12.30 tengah malam, Jumaat. Dalam kejadian itu, berlaku perselisihan antara kedua-dua remaja terbabit dengan suspek sebelum seorang daripada mangsa ditampar.*

           31) *LELAKI warga Thailand maut dikelar di leher menggunakan pisau pemotong sayur oleh rakan senegara di kedai makan di Taman Bukit Emas, Rahang di Seremban, malam tadi. Dalam kejadian 9.50 malam itu, mangsa berusia 24 tahun diserang suspek berusia 19 tahun yang bersama-sama bekerja di kedai makan itu.*

           32) *LELAKI disyaki tokan dadah ditahan polis kerana memiliki dadah jenis heroin dalam serbuan di tepi jalan Kampung Bukit Kechil, dekat Pendang, semalam. Suspek berusia 60 tahun itu, patah kaki kiri dipercayai terbabit kemalangan sebelum ini dan ketika ditahan dia dilihat masih boleh memandu kenderaan jenis Mitsubishi Triton itu untuk membawa dadah berkenaan untuk dijual kepada pelanggannya.*

          33) *AIR Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam proses menggantikan saliran paip uzur sepanjang 3,000 kilometer (km) di negeri ini yang dijangka mengambil masa lima tahun hingga 2022. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor berkata, proses menggantikan paip uzur itu dilaksanakan secara berperingkat membabitkan kos RM973 juta menerusi pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).*

          34) *SEORANG pemandu peribadi maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh kereta di Kilometer 6 Jalan Kuala Pilah–Batu Kikir berhampiran Kampung Pelangai, Kuala Pilah, petang semalam. Dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa Ahmad Tajudin Zahalan, 39, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.*

          35) *“SAYA terkejut melihat gerai sudah dirobohkan. Saya tidak sangka mereka merobohkannya tanpa memberi notis terlebih dahulu,” kata peniaga, Mohamed Seeman Mydin Gani, 48. Mohamed Seeman meluahkan rasa tidak puas hati selepas gerainya di Taman Rasah Jaya, Seremban, dirobohkan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) jam 11 pagi ini.*

           36) *BERMULA tahun ini, kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah kepada umat Islam iaitu RM7 dan RM14. Ketua Menteri, Adly Zahari yang juga Pengerusi MAIM berkata, ketetapan harga itu dibuat menerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka berdasarkan harga semasa beras mengikut gred yang menjadi makanan rutin harian umat Islam di negeri ini.*

           37) *SEORANG pelancong tempatan dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti selam snorkeling di Pulau Rawa berhampiran Pulau Perhentian, Besut, Terengganu pagi tadi. Difahamkan kejadian berlaku sekitar 10.30 pagi itu, mangsa, Lai Jun Hong, 22, dari Taman Molek, Johor Bahru, Johor sedang menyelam snorkeling untuk menikmati keindahan laut.*

          38) *JABATAN Laut Wilayah Selatan (Johor) mempunyai maklumat berkaitan kapal tangki asing dipercayai dalang tumpahan minyak Marine Fuel Oil (MFO) di perairan Tanjung Balau dan Batu Layar di Kota Tinggi, pada 17 April lalu. Pengarahnya Dickson Dollah berkata, bukti itu diperoleh menerusi imej satelit yang dirakamkan ketika kejadian. "Kita sudah kenal pasti pelaku, namun tidak boleh mengambil tindakan ketika ini memandangkan ia membabitkan proses undang-undang.*

           39) *TIMBALAN Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) bersama dua isterinya dihadapkan di Mahkamah Khas Rasuah, di Kota Kinabalu hari ini, atas 23 pertuduhan memiliki wang hasil daripada aktiviti haram dengan nilai keseluruhan sebanyak RM2.199 juta.*

           40) *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi lebih tumpuan penguatkuasaan terhadap isu rasuah berkaitan alam sekitar dan maritim. Tumpuan dua sektor itu dilakukan kerana pelakuan rasuah membabitkan alam sekitar seperti pencerobohan hutan dan maritim menyebabkan negara kehilangan aset bernilai jutaan ringgit.*

           
*SEJAGAT*
==========


          *COLOMBO: Polis Sri Lanka menemui 87 alat peledak di stesen bas utama di Colombo hari ini, sehari selepas serangan bom di hotel dan gereja mengorbankan 290 orang dan mencederakan 500 orang yang lain, kata seorang jurucakap.*
          *Reuters melaporkan, pasukan keselamatan masih meneruskan operasi untuk memburu dalang di sebalik serangan itu.*
            *Sehingga kini, tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan bom terbabit.*

          *BAYI berusia dua bulan meninggal dunia dalam penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Perth, Australia, hari ini.*
         *Jurucakap AirAsia mengesahkan, bayi itu meninggal dunia selepas diberi bantuan kecemasan perubatan dalam penerbangan D7236, yang berlepas dari Kuala Lumpur, 12.05 pagi tadi.*
            *Kenyataan itu berkata, mereka meminta bantuan dengan pasukan pakar perubatan dan Polis Australia Barat ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.*

            *MANILA: Satu gempa bumi berukuran magnitud 6.3 menggegarkan tengah Filipina hari ini, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).*
           *Reuters melaporkan, gempa direkodkan sejauh 60 kilometer barat laut Manila pada kedalaman 40 kilometer.*
           *Seorang saksi berkata, kejadian itu menyebabkan beberapa bangunan pejabat bergoyang hingga memaksa kakitangan mengosongkan premis berkenaan.*

           *KIEV: Pelawak dan pelakon Volodymyr Zelensky yang tidak mempunyai sebarang pengalaman politik menang pilihan raya presiden Ukraine, semalam.*
        *Zelensky yang pernah melakonkan watak presiden dalam sebuah program televisyen menewaskan penyandang Petro Poroshenko dengan memperoleh 73 peratus undi.*
           *Poroshenko hanya memperoleh 24 peratus dan kalah kepada pelawak berusia 41 tahun itu ketika 42 peratus undi dikira.*
         *Bintang siri televisyen Servant of the People itu kini memerintah negara dengan 45 juta rakyat serta pelbagai cabaran politik.*

           *MONTREAL: Mayat tiga pendaki profesional terkemuka ditemui, semalam selepas dilaporkan hilang Selasa lalu ketika cuba menawan puncak gunung di barat Kanada.*
            *Warga Amerika Jess Roskelley, 36, bersama dua warga Austria David Lama, 28, dan Hansjorg Auer, 35, hilang di Taman Negara Banff.*
          *Mereka gagal ditemui selepas runtuhan salji berlaku di puncak gunung itu, lapor AFP.*
           *Mangsa yang ditaja jenama peralatan luar The North Face cuba mendaki bahagian timur Howse Pass, laluan amat sukar dan terpencil.*

         *BEIJING: Seorang lelaki diserang strok selepas dia melayari Internet selama dua hari tanpa henti di sebuah kafe Internet di Shenzen, China.*
            *Lelaki itu yang tidak didedahkan identitinya disedari hampir lumpuh selepas pekerja di kafe Internet berkenaan melihatnya tidak bangun dari tempat duduknya selama hampir 50 jam.*
            *Berdasarkan rakaman kamera keselamatan di premis itu, lelaki berkenaan masuk ke kafe terbabit pada 31 Mac lalu.*

          *BOGOTA: Sekurang-kurangnya 17 orang maut manakala 13 lagi hilang selepas banjir lumpur menimbus lapan rumah di barat daya Colombia, semalam.*
               *Agensi pengurusan risiko kebangsaan mengesahkan jumlah mangsa terkorban dan berkata lima orang turut cedera dalam bencana itu.*
         *Pasukan menyelamat meneruskan pencarian mangsa yang berkemungkinan masih terperangkap di bawah runtuhan.*

          *MAKASSAR: Sebanyak 46 pusat pengundian di Sulawesi Selatan akan mengadakan pengundian semula selepas terdapat laporan mengenai beberapa kesalahan dan pelanggaran peraturan ketika Pilihan Raya Umum (Pemilu) dan Pilihan Raya Presiden (Pilpres) pada 17 April lalu.*
           *Indonesiainside.id melaporkan, pengundian semula itu harus dilakukan sebelum 27 April ini atau 10 hari selepas hari pengundian.*
          *Ketua Badan Pemantau Pemilu Sulawesi Selatan, Laode Arumahi berkata, pengundian semula itu harus dilakukan kerana terdapat beberapa kesalahan pilihan raya seperti ada penduduk yang mengundi tetapi nama tiada dalam senarai daftar pemilih dan ada yang tidak memiliki kad pengenalan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


             *“PETANG semalam (waktu Malaysia) Dr Amalina ada hubungi saya di WhatsApp, dia beritahu akan bantu Ainul Mardhiah,” kata Nurul Erwani Zaidi, 24, ibu kepada bayi lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap kanser Germ Cell Tumor.*
           *Nurul Erwani berkata, Dr Nur Amalina Che Bakri cuba menghubunginya dengan membuat carian di Instagram (IG) sebelum mereka berhubung melalui mesej di media sosial itu.*
            *Kelmarin, Dr Amalina menerusi akaun IG dramalinabakri memuat naik status kecenderungannya menjadi doktor untuk membantu orang lain dan mengutarakan penyakit dialami Ainul Mardhiah.*
          *Dalam statusnya itu, tertulis yang dia menerima laporan perubatan Ainul Mardhiah daripada Nurul Erwani, malah juga menghubungi beberapa rakan doktornya daripada pelbagai bidang kepakaran untuk membincangkan kes yang dianggap kompleks itu.*

             *MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, memerintahkan supaya rakaman transkrip prosiding mahkamah (CRT) membabitkan perbicaraan kes dana SRC International yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dimuat naik atau diedarkan.*
           *Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat perintah itu selepas mendengar permohonan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram berhubung isu penularan rakaman CRT kes itu di media sosial minggu lalu.*
             *"Laporan polis sudah dibuat berhubung perkara ini, oleh itu mahkamah tidak boleh menghakimi perkara itu memandangkan ia masih dalam siasatan.*

              *SERAMAI 100 penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, yang kurang berkemampuan menerima baucar makanan RM5 sehari menerusi program Foodbank Malaysia bagi memastikan mereka tidak mengikat perut.*
           *Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM Prof Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, baucar dinamakan ‘Suspended Meal Voucher’ itu boleh digunakan bermula hari ini hingga 20 Jun ini.*
           *Katanya, pemberian baucar itu hasil program diterajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama UUM.*

              *TIGA murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Behrang 2020 di Behrang, merangkul Anugerah Silver pada Festival Ciptaan Antarabangsa dan Inovasi Teknologi Hijau 2019 (i-Finog) di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Pahang, semalam.*
            *Darwish El Farris Ahmad Zaini,10; Ahmad Thaqif Aisar Abd Hadi,11, dan Muhamad Aiman Azeze,12, memenangi anugerah itu melalui inovasi penyedut minuman bio yang dihasilkan daripada daun serai dan kertas bagi menggantikan penyedut minuman plastik.*
            *Ketiga-tiga murid dibimbing guru Sains, Dr S Shantarasekaran itu, berjaya memenangi anugerah itu pada pertandingan yang turut disertai 338 pasukan antaranya dari Kazakhstan, India, Jerman, Indonesia dan Sudan.*

             *SEORANG lelaki disiasat selepas mengurung anak perempuannya di dalam sangkar anjing malah sanggup memijak kepala kanak-kanak itu sebelum menghantar gambar dan video aksi berkenaan kepada bekas isterinya semata-mata untuk membalas dendam.*
           *Daily Mail melaporkan, bapa kanak-kanak itu, Xu Qian turut mendera anaknya yang berusia 20 bulan di rumahnya di Caitang Town di wilayah Guangdong Selatan China.*
             *Selepas gambar kanak-kanak itu yang dikurung di dalam sangkar dan dipijak oleh Xu Qian tular di media sosial serta dikongsi lebih 38,000 kali, ramai pengguna Internet mendesak polis mengambil tindakan tegas.*
          *Ramai pengguna Internet mahu lelaki itu dikenakan hukuman berat kerana tergamak mendera anaknya yang masih kecil.*
                 

*ARENA*
========


           *EPL RESULT: CHELSEA 2 BURNLEY 2*

           *PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui tidak mengetahui sama ada pemainnya mempunyai semangat untuk beraksi selepas dibelsah Everton semalam.*
             *United mengalami kekalahan keenam dalam lapan aksi apabila tewas di Goodison Park sekaligus menjejaskan impian menduduki kelompok empat teratas dan wajib memanfaatkan peluang ketika melayan kunjungan Manchester City dan Chelsea pada baki perlawanan.*
           *Ketika ditanya sama ada beliau percaya pemainnya masih bersemangat untuk beraksi, Solskjaer berkata: “Saya tak tahu. Anda perlu bertanya kepada mereka. Anda tidak akan mendapat jawapan daripada saya tetapi jika anda mahu bermain dengan kelab ini, anda perlu lakukan lebih daripada itu.*

           *BEN Davies mencabar Tottenham memenangi empat perlawanan terakhir dalam misi mencerahkan peluang menduduki kelompok empat teratas dengan Brighton menunggu mereka pada awal pagi Rabu ini.*
         *Hasrat skuad Mauricio Pochettino mengulangi kejayaan musim lalu berdepan tamparan hebat selepas tewas 0-1 di Manchester City, Ahad lalu.*
           *Dibantu kekalahan mengejut Arsenal di tangan Crystal Palace, Tottenham kekal di tangga ketiga tetapi mereka bakal jatuh di tangga keempat jika Chelsea menewaskan Burnley, awal pagi esok.*

           ♂ *PEMAIN Taiwan, Pan Cheng-tsung memenangi kejohanan Jelajah PGA pertamanya selepas mengatasi cabaran Matt Kuchar dengan kelebihan satu pukulan di RBC Heritage, Carolina Selatan, pagi tadi.*
             *“Inilah impian saya sejak zaman kanak-kanak. Menyaksikan Tiger (Woods) beraksi,” kata Pan yang berusia 27 tahun itu kepada stesen televisyen CBS.*
            *"Itu puncanya saya datang ke Amerika Syarikat dan belajar di kolej untuk memenuhi cita-cita saya. Saya sangat gembira, akhirnya saya dapat melakukannya.”*

            *PERANCIS mara ke final Piala Fed buat kali keenam selepas gandingan Caroline Garcia dan Kristina Mladenovic memenangi acara beregu dan menewaskan Romania 3-2 dalam aksi separuh akhir awal pagi tadi.*
          *Kedua-dua pemain berusia 25 tahun itu mengatasi cabaran beregu nombor dua dunia, Simona Halep dan Monica Niculescu 5-7, 6-3, 6-4 untuk menamatkan perlawanan di hadapan penyokong sendiri di Rouen sekali gus mengakhiri impian Romania yang belum pernah mengecapi aksi final.*

           *KETUA jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak berharap anak buahnya mampu beraksi dengan lebih baik pada Kejohanan Badminton Asia bermula esok di Wuhan, China walaupun menyedari laluan tidak memihak kepada mereka.*
           *Menurutnya, mereka tidak boleh lari daripada mendapat undian sukar kerana semua berdasarkan kepada ranking dan hanya mengharapkan persembahan terbaik daripada Vivian Hoo-Yap Cheng Wen dan Anna Cheong-Lim Chiew Sien.*

           *“JIKA kami tak dapat tewaskan Brazil, tak perlu lagi berfikir untuk layak ke (Sukan Olimpik) Tokyo.”
Demikian nada tegas pengendali skuad hoki lelaki negara, Roelant Oltmans menjelang aksi pembuka tirai Kumpulan B, Pusingan Akhir Siri FIH bertemu Brazil, Jumaat ini.*
            *Pengendali dari Belanda itu memberi isyarat jelas tiada sebarang alasan untuk skuad bimbingannya tewas kepada Brazil.*
           *"Kami tidak pernah memandang rendah sesiapa pun lawan kami termasuk Brazil.*

          *“JEMPUTLAH sesiapapun termasuk Jose Mourinho (bekas jurulatih Manchester United) pun belum tentu boleh bawa pasukan kebangsaan ke peringkat lebih baik,” kata Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan.*
         *Beliau mengulas saranan legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun yang menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggunakan khidmat jurulatih Jepun atau Korea Selatan bagi mengubah landskap pasukan negara.*
           *Sathianathan berkata, pihak berkaitan seharusnya menitik beratkan soal pembangunan membabitkan akar umbi dengan melahirkan lebih ramai pemain berkualiti dan bagi menggalas cabaran untuk menyarung jersi kebangsaan.*

           *KEADAAN jurulatih berpengalaman Sabah, Justin Ganai yang pengsan ketika mengendalikan sesi latihan skuad Piala Presiden negeri itu di Stadium Likas, Kota Kinabalu, semalam kini semakin baik.*
           *Jurulatih berusia 63 tahun itu dibenarkan keluar dari wad Hospital Queen Elizabeth II kira-kira jam 12 tengah malam tadi selepas menjalani pemeriksaan susulan doktor.*
            *"Terima kasih atas doa kalian, keadaan saya sudah semakin baik dan dibenarkan keluar dari Queen Elizabeth II jam 12 tengah malam, semalam.*

          *JURULATIH Melaka United (MU), Zainal Abidin lega pemainnya berjaya mengembalikan sentuhan cemerlang pada awal musim selepas menewaskan Kedah 1-0 hasil jaringan Anselmo Casagrande di Stadium Hang Jebat, semalam.*
         *Menurutnya, displin tinggi pemain jelas memberi impak terhadap keputusan perlawanan walaupun dicabar hebat pelawat yang berusaha untuk mencipta kemenangan ke atas skuad Hang Tuah.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2019 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*RAU 24 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 18 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0537*
*SUBUH : 0547*
*SYURUK : 0704*
*ZOHOR : 1314*
*ASAR : 1629*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2031*


*artikel disiarkan pada tarikh 23april*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *KERETA milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh, yang hilang dicuri di parkir restoran di Kajang 18 April lalu ditemui di belakang bangunan di Taman Melor Sejati, Sejati Waterfront, Teluk Intan, Perak. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire itu ditemui pada 5 petang, semalam.*

               2) *SEORANG kontraktor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, bahawa dia menerima bayaran sebanyak RM77,300 bagi membina dua menara tangki air dan membaiki pelbagai kerosakan di rumah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang, pada 2014. Daud Mohamad, 57, pengurus syarikat Syadilah Enterprise berkata, pada 2014, dia ada membuat sebut harga bagi membuat dua menara air setinggi dua tingkat dan tiga tingkat kepada penyelia rumah itu iaitu Zainuddin Abdul Aziz.*

               3) *PESAKIT barah tulang, Mohd Shafuan Norazhar, 20, meninggal dunia di Wad Onkologi dan Radioterapi Hospital Kuala Lumpur (HKL), 8.47 malam ini. Allahyarham yang juga anak kedua daripada tiga beradik menghembuskan nafas terakhir di sisi ayahnya, Norazhar Hussin, 48, ibu, Salmie Shafie, 48, ahli keluarga dan rakannya. Pada 31 Mac lalu, Harian Metro melaporkan penderitaan Mohd Shafuan yang disahkan menghidap barah tulang sejak Januari tahun lalu.*

               4) *DIKURUNG dan didera selagi ahli keluarga tidak membayar wang tebusan. Itu tindakan kejam dilakukan sindiket yang menculik warga Bangladesh yang memasuki negara ini secara haram dan dikesan aktif sejak enam bulan lalu. Mangsa yang berusia 30 tahun berkata, dia bersama 24 rakannya diculik sindiket terbabit yang terdiri daripada beberapa individu warga Bangladesh sebaik tiba di sebuah jeti di Sepang, Selangor, 14 April lalu.*

               5) *INDAH khabar dari rupa. Itu gambaran sebuah restoran popular di Lebuh Campbell, Georgetown, apabila pemiliknya didapati mengabaikan kebersihan dapur premisnya. Restoran yang terkenal dalam kalangan pengunjung tempatan dan antarabangsa itu juga didapati tercemar dengan najis tikus dan lipas manakala lantai dapurnya pula didapati rosak dan berlubang sehingga menyebabkan air bertakung.*

               6) *KEGIATAN penyeludupan masuk sisa plastik tercemar ke negara ini yang didalangi pihak tertentu masih berlaku walaupun kerajaan sudah mengharamkan kemasukan sisa buangan itu sejak tahun lalu. Kegiatan itu terbongkar susulan penemuan 24 kontena di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, mengandungi sisa plastik tercemar yang tidak boleh dikitar semula.*

               7) *MAHKAMAH Tinggi Melaka, hari ini, memerintahkan penganggur membela diri atas dakwaan membunuh dan mencederakan keluarga angkatnya tiga tahun lalu. Keputusan itu dibuat Hakim, Datuk Ahmad Nasfy Yasin selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh, Luqman Hadi Mustapa, 31.*

               8) *PEKERJA kafe wanita dicabul di dalam ambulans oleh pembantu perubatan ketika dalam perjalanan bagi mendapatkan rawatan dari universiti awam menuju ke Hospital Selayang, di Gombak, kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan dibuat majikan mangsa berusia 51 tahun yang memaklumkan pekerjanya berusia 18 tahun dicabul pembantu perubatan berkenaan.*

               9) *MAHKAMAH Koroner Shah Alam menolak permohonan pegawai pengendali inkues untuk memanggil semula dua saksi pakar bagi memberi keterangan berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kasim, Disember tahun lalu. Koroner Rofiah Mohamad memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan saksi-saksi yang dibentangkan di hadapannya.*

               10) *PENDUDUK di Shah Alam dan Klang bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) esok. Pelbagai persediaan dibuat oleh penduduk yang terjejas antaranya membeli bekas atau tong untuk menyimpan air dan membeli air minuman dalam kuantiti banyak.*

               11) *KEMENTERIAN Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dengan gempa bumi yang melanda beberapa lokasi di Filipina, semalam. Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, kementerian juga menasihati rakyat Malaysia di Filipina atau ingin melawat ke negara berkenaan supaya berhati-hati dan mematuhi arahan dari pihak berkuasa tempatan.*

               12) *SUAMI isteri dicekup selepas mencuri 15 pasang baju kurung bernilai lebih RM1,300 di pasar raya di Seremban 2, semalam. Sumber berkata, kejadian 4.10 petang disedari pengawal keselamatan lelaki yang mendapati pasangan terbabit berada dalam keadaan mencurigakan di bilik persalinan pakaian wanita.*

               13) *HANYA kerana permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dipenuhi, lelaki menetak pergelangan tangan kiri adiknya menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Baru Bahagia, Anak Musang, di Jerteh, kelmarin. Kejadian dipercayai berlaku 1.30 petang ketika mangsa lelaki berusia 26 tahun berada di rumah bersama suspek berusia 33 tahun sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.*

               14) *PENGESAHAN awal dibuat Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, melalui bedah siasat mendapati serpihan tulang ditemui di Gua Kandu, Gopeng, adalah milik manusia. Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, bedah siasat mendapati ia adalah tulang lama dengan keadaannya yang sudah reput.*

               15) *TINDAKAN lelaki melarikan diri atas bumbung ketika dikejar polis mengundang padah apabila dia terjatuh dari tingkat dua sebuah rumah di Taman Bukit Mertajam Indah, Bukit Mertajam, semalam. Dalam kejadian 6.40 petang, lelaki berusia 29 tahun itu cedera di beberapa bahagian badan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.*

               16) *BEKAS peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, atas pertuduhan pecah amanah berjumlah hampir RM199,000 pada September 2010. Tertuduh R Ledchumiah, 62, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah kepadanya di depan Hakim, G Ramesh.*

               17) *TINDAKAN lelaki berbogel sebelum terjun ke Sungai Kemena, di Bintulu mencetuskan gempar dalam kalangan penduduk Taman Sri Dagang yang terletak berhampiran. Dalam kejadian kira-kira 11 pagi semalam itu, lelaki terbabit yang dipercayai kurang siuman sebelum itu kelihatan berjalan kaki sambil berbogel sebelum tiba-tiba terjun ke sungai berkenaan.*

               18) *EMPAT belas pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah ditahan polis di enam lokasi berasingan dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah, kelmarin. Operasi bermula 4 petang itu dijalankan di kawasan dalam dan luar bangunan kompleks beli belah, Segama, Manggatal, Jalan Bantayan, Batu 6 dan Kampung Kitobu, Inanam.*

               19) *SERAMAI 14 individu termasuk dua warga Indonesia ditahan selepas disyaki terbabit kegiatan sabung ayam di sebuah rumah panjang di Suai, Miri, semalam. Ketika serbuan dilakukan, semua suspek lelaki berusia antara 34 hingga 61 tahun sibuk membuat pertaruhan menyebabkan mereka tidak menyedari kehadiran polis.*

               20) *OPERASI mencari dan menyelamat nelayan Thailand yang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika menangkap ikan Ahad lalu, diteruskan hari ini. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkta, operasi mencari mangsa disambung semula pada 7 pagi.*

               21) *DUA wanita warga Thailand cedera selepas van dinaiki mereka melanggar kerbau di Kilometer 435.7 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, di Kuala Kubu Bharu, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, 6.53 pagi tadi.*

               22) *SERAMAI 21 lagi penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di Georgetown, hari ini. Mereka terdiri daripada 20 lelaki dan seorang wanita dilihat tiba pada 9 pagi di pejabat SPRM dengan empat kenderaan. Menurut sumber, setakat ini belum dapat dipastikan berapa ramai yang akan ditahan.*

               23) *POLIS menanggalkan 80 poster iklan pinjaman tidak berlesen atau ‘Ah Long’ yang ditampal dalam operasi di sekitar Gua Musang, malam tadi. Operasi lebih satu jam dan berakhir 10.30 malam itu dijalankan di Bandar Utama, Bandar Baru dan Bandar Lama.*

               24) *LEMBAGA Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang menerima peruntukan berjumlah RM666,000 bagi program baik pulih rumah nelayan di tiga daerah di Pahang. Pengarahnya, Rashima Baharuddin berkata, peruntukan itu adalah bagi melakukan kerja membaiki 66 rumah nelayan yang rosak teruk berikutan kejadian bencana alam sepanjang tahun lalu.*

               25) *POLIS mengesahkan menerima laporan polis pada Sabtu lalu daripada dua doktor pakar Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur yang juga saksi inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata, laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Subang Jaya, pada 9.28 malam hari berkenaan.*

               26) *WANITA berusia 39 tahun yang terkenal sebagai tokan dadah di Kuala Sala, akhirnya dicekup Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi Ops Cegah, hari ini. Wanita itu ditahan bersama rakan wanitanya yang berlagak ‘tomboy’ berusia 33 tahun ketika sedang menunggu pelanggan di sekitar Tandop, Yan, sekitar jam 1 tengah hari.*

               27) *“SAYA bernasib baik apabila ahli keluarga tidak cedera ditimpa kepingan zink yang jatuh di ruang tamu akibat ribut yang berlaku,” kata penduduk bandar Jementah di sini, Tan Boon Siong, 45, susulan ribut yang berlaku petang semalam. Dalam kejadian jam 4.10 petang itu, ribut yang berlaku selama 30 minit menerbangkan atap 14 bangunan dan kediaman.*

               28) *LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menetapkan harga lantai tembikai di ladang 80 sen sekilogram. Penetapan harga lantai itu bagi mengelak berlakunya penganiayaan orang tengah terhadap pengusaha tanaman tembikai di negeri ini. Timbalan Pengarah Fama Terengganu, Mohd Azrul Abd Aziz berkata, kebanyakan orang tengah dilantik pemborong hanya menawarkan harga 30 sen hingga 50 sen sekilogram tembikai di ladang.*

               29) *SEWA lori dan kren semata-mata menjalankan kegiatan mencuri besi untuk pembinaan jambatan landasan kereta api. Itu taktik digunakan lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai berpengalaman dalam bidang pembinaan dan mengupah kontraktor selain menyewa kren dan lori kontena untuk mencuri batang besi dan mesin janakuasa bergerak sehari selepas majlis perasmian Johor Premium Outlet (JPO), 21 Mac lalu.*

               30) *DEGIL, keras kepala atau berani kerana dilindungi pihak tertentu? Begitu persoalan timbul apabila sebuah pusat hiburan terletak di sebuah kompleks di Lorong Ampang Ulu di sini, dikesan masih beroperasi tanpa lesen sah. Biarpun premis terbabit kini dalam tindakan mahkamah selain sudah disita namun ia kelihatan ‘kebal’ daripada penguatkuasaan.*

               31) *SYARIKAT pembekal air diminta mempertimbangkan rebat kepada peniaga khususnya sektor makanan yang terjejas akibat ketiadaan air bermula esok. Setiausaha Agung Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKMWP), Sharin Darus berkata, cadangan itu mampu mengurangkan kos kerugian peniaga kerana berdepan masalah operasi sepanjang krisis.*

           32) *SERAMAI 13 individu termasuk seorang wanita diberkas dalam operasi khas Ops Sarang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, Jumaat lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah berkata, seramai 20 individu termasuk dua wanita diperiksa dalam operasi bermula 7 pagi itu.*

           33) *SEORANG pemancing dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot pada jarak 11 batu nautika dari Kuala Kemaman dekat Chukai, petang semalam. Pengarah Maritim Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, mangsa, Muhammad Rashidi Basiran, 32, yang berasal dari Selangor dipercayai terjatuh pada 2.30 petang.*

           34) *KEGIATAN seorang lelaki yang menjadikan rumah sewa sebagai pusat operasi aktiviti Macau Scam terbongkar selepas dia ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Cyberjaya, Jumaat lalu. Suspek berusia 33 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dalam serbuan 7.10 malam hasil risikan dan maklumat awam.*

           35) *NELAYAN dan pesawah akan diberi perhatian oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dalam usaha mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, dua golongan terbabit mesti diberi perhatian memandangkan mereka masih jauh miskin.*

            36) *KEMENTERIAN Kesihatan mahu proses saringan lebih ketat dibuat terhadap pekerja warga asing yang memasuki negara ini bagi membendung penularan penyakit tibi. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata berdasarkan rekod kementerian, sejumlah 3,243 atau 12.5 peratus daripada keseluruhan 25,837 kes penyakit tibi yang direkodkan Kementerian Kesihatan pada tahun lalu membabitkan pekerja warga asing.*

             37) *KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan melihat kemungkinan memerlukan suntikan dana sebanyak RM6 bilion hingga RM10 bilion sekiranya berhasrat membeli tanah Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi tujuan pembangunan. Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya sedang mengkaji mekanisme terbaik bagi mendapatkan dana itu, termasuk mungkin membenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan bon perbandaran atau sukuk seperti yang diamalkan di negara maju.*

            38) *KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengakui terpaksa mengecilkan perbelanjaan tahunannya, selaras usaha kerajaan berjimat cermat bagi melangsaikan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu. Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi bagaimanapun menjelaskan ia tidak menjejaskan usaha kementerian itu untuk menarik kedatangan lebih 30 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VMY2020).*

            39) *SEORANG bayi perempuan ditemui ditinggalkan dalam kotak di Masjid Aceh, Simpang Tiga Ara Kuda, Tasek Gelugor, hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain batik oleh penduduk. Beliau berkata, bayi itu ditemui pada 1.20 tengah hari dan siasatan mendapati dia masih hidup.*

            40) *JABATAN Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mempergiat operasi membanteras individu tidak berpuasa daripada makan secara terbuka di restoran atau gerai makanan di seluruh negeri ini. Ketua Penolong Pesuruhjaya JHEAT, Nik Zulhaiza Ismail berkata, pihaknya sudah mengenal pasti lebih 30 restoran dan kedai makan dijadikan ‘port’ menjual makanan kepada individu culas berpuasa.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *COLOMBO: Angka korban akibat serangan pengebom berani mati di Sri Lanka meningkat kepada 310 orang dengan beberapa orang meninggal dunia disebabkan tercedera, kata jurucakap polis, hari ini.*
         *Menurut Ruwan Gunasekera dalam satu kenyataan, kira-kira 500 orang cedera dalam serangan itu.*
            *Katanya, pihak berkuasa Sri Lanka sudah menahan 40 orang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan. Kerajaan Sri Lanka menuduh kumpulan Thowheeth Jama’ath Kebangsaan (NTJ) bertanggungjawab di atas serangan itu.*

            *LYON: Interpol mengerahkan pasukan siasatan termasuk pakar mengenal pasti mangsa untuk membantu pihak berkuasa Sri Lanka susulan serangan bom yang membunuh hampir 300 orang, kata organisasi polis dunia itu.*
            *Sri Lanka hari ini berkata ia percaya kumpulan ekstremis tempatan, National Thowheeth Jama’ath (NTJ) bertanggungjawab atas serangan itu dan sedang menyiasat sama ada ia mendapat sokongan luar.*
         *Interpol berkata, ia mengerahkan pasukan itu atas permintaan kerajaan Sri Lanka yang turut termasuk pakar pemeriksaan tempat jenayah, antikeganasan dan pengenalpastian mangsa.*

            *MONTREAL: Tiga pendaki profesional terkemuka yang maut akibat runtuhan salji di Pergunungan Rocky Kanada sebenarnya sudah menawan puncak Howse Peak.*
         *Bagaimanapun, mereka terkorban ketika dalam perjalanan turun, kata agensi Parks Canada hari ini.*
          *Warga Amerika Jess Roskelley, 36, bersama dua warga Austria David Lama, 28, dan Hansjorg Auer, 35, dilaporkan hilang di Taman Negara Banff, Selasa lepas.*
          *Parks Canada mengumumkan mayat ketiga-tiga mangsa sudah ditemui Ahad lalu.*

           *HANOI: Pemimpin parti Komunis dan bekas presiden Vietnam yang mengetuai pencerobohan Kemboja sehingga membawa kejatuhan rejim Khmer Rouge, Jeneral Le Duc Anh meninggal dunia pada usia 99 tahun.*
            *Duc Anh lahir pada 1920, menghabiskan sebahagian besar hidupnya di selatan Vietnam dan menyertai perang komunis melawan Perancis dan Amerika Syarikat.*
          *Duc Anh meninggal lewat malam tadi kerana sakit tua, menurut media kerajaan dan negeri.*

           *SEORANG bapa dan anak lelaki yang juga pasukan penyelamat mati lemas ketika cuba menyelamatkan seorang pelancong lelaki yang dibawa arus ke tengah laut berdekatan The Twelve Apostles di Port Campbell, Victoria, Australia.*
         *AFP melaporkan, Ross Powell, 71, dan anak lelakinya, Andrew, 32, maut, semalam selepas bot penyelamat mereka terbalik ketika cuba menyelamatkan pelancong berusia 30 tahun.*
          *Polis Victoria berkata, pelancong itu diterbangkan menaiki helikopter ke hospital bersama penyelamat ketiga, Kapten Phillip ‘Fuzz’ Younis yang cedera parah.*

          *NAYPYITAW: Mahkamah tertinggi Myanmar menolak rayuan dua wartawan Reuters yang dihukum penjara tujuh tahun kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi berhubung laporan mereka terhadap pembunuhan 10 lelaki Rohingya dewasa dan kanak-kanak.*
          *Hakim Mahkamah Agung Soe Naing dalam keputusannya berkata: “Mereka dihukum penjara tujuh tahun dan keputusan itu kekal, seterusnya rayuan ini ditolak.”*
            *Wa Lone, 33, dan Kyaw Soe Oo, 29, sudah berada dalam tahanan selama lebih 16 bulan sejak ditahan pada Disember 2017 ketika melaporkan insiden itu. Mereka ditahan di mahkamah Insein di Yangon dan tidak hadir untuk prosiding semalam.*

          *MEXICO CITY: Gempa bumi sekuat 5.7 magnitud menggegarkan beberapa bangunan di bandar ini, semalam.*
          *Orang ramai berlari ke jalan untuk menyelamatkan diri, namun pihak berkuasa berkata tiada laporan awal kerosakan berlaku.*
         *Seorang saksi memberitahu Reuters dia merasai bangunan sedikit bergoyang.*
         *Pusat perkhidmatan seismologi menerusi Twitter memaklumkan magnitud gempa itu adalah bacaan awal.*

          *PORAC, FILIPINA: Pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan puluhan mangsa dikhuatiri tertimbus bawah sebuah bangunan yang runtuh di Manila akibat gempa bumi semalam.*
           *Jumlah mangsa terkorban setakat ini meningkat kepada 11 orang, lapor AFP.*
            *Gempa sekuat 6.3 magnitud yang melanda barat laut Manila turut menyebabkan sebuah lapangan terbang rosak teruk.*

          *PODGORICA, MONTENEGRO: Polis Montenegro menahan tiga lelaki, dua darinya adalah tentera, mempunyai kaitan dengan kira-kira 60 kilogram kokain yang dirampas dari kapal angkatan laut minggu lepas, kata pihak berkuasa, hari ini.*
           *Lebih 60 kilogram kokain tulen disekat sebelum memasuki sempadan Turki, di mana penyeludup merancang untuk mengambil dadah itu sebagai habuan, kata pendakwa Sasa Cadjenovic pada sidang akhbar di Kementerian Pertahanan di Podgorica.*

          *KANO, NIGERIA: Seramai 10 orang terbunuh dan 30 lagi cedera apabila kereta dipandu seorang anggota polis merempuh sekumpulan kanak-kanak di timur laut Nigeria, kelmarin.*
           *Sejurus kemalangan itu berlaku, anggota yang tidak bertugas terbabit diserang orang ramai sehingga maut, lapor AFP.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *SERAMAI 23 individu termasuk pemain bola sepak ditahan bagi membantu siasatan membabitkan insiden pergaduhan pemain dan penyokong dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulai, Jasin, dua hari lalu.*
        *Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, polis sudah menahan 23 individu untuk diambil keterangan berhubung insiden pergaduhan berlaku pada perlawanan antara pasukan Kampung Tedong Darat dengan Serkam itu.*
          *Terdahulu, rakaman kejadian pergaduhan berdurasi 46 saat membabitkan pemain dan beberapa penyokong di hadapan SK Pulai menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen termasuk mengaitkannya dengan politik.*

          *PENGAMBILAN toksin melalui makanan dicemari mikotoksin atau kulat boleh menyebabkan simptom seperti keracunan, pertumbuhan tidak sempurna, lemah daya tahan badan terhadap penyakit, kerosakan hati serta barah hingga boleh menyebabkan kematian.*
          *Pengarah Pusat Pengkomersialan Teknologi dan Bisnes Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Mohamad Kamal Abdul Kadir berkata, pencemaran mikotoksin boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia dan haiwan.*
           *“Kajian mendapati 25 hingga 50 peratus komoditi pertanian di seluruh dunia dicemari mikotoksin. Manusia terdedah kepada mikotoksin melalui pengambilan makanan mudah dicemari seperti kekacang, beras, kopi, rempah-ratus, herba, bijirin dan buah-buahan kering.*

         ♂ *PENGANJUR larian membabitkan kawasan hutan lipur di Pahang perlu mengambil langkah keselamatan bagi memastikan tidak berlaku kes kemalangan dan kehilangan peserta.*
         *Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar berkata, pihak penganjur perlu menyediakan petugas mencukupi bagi memantau pergerakan peserta sepanjang laluan, terutamanya di kawasan merbahaya seperti bukit dan hutan.*
         *Katanya, usaha memperkenalkan tempat menarik tidak akan menjadi kenyataan jika berlaku perkara yang tidak diingini pada peserta program.*

         *SULAWESI: Seekor buaya yang menjadi buruan selepas membaham seorang lelaki, timbul di permukaan air sambil menggigit celah kangkang mangsa dan mengheret mayat berkenaan.*
          *Kejadian dipercayai berlaku pada 13 April lalu apabila mangsa, Darlin Uti, 30, dibaham buaya terbabit ketika menyelam ke dalam sungai untuk membaiki paip rosak di Sulawesi, Indonesia.*
         *Pasukan operasi dan menyelamat kemudiannya cuba mencari mangsa bermula dari Kampung Kinapani hingga ke Sungai Malaoge sebelum ternampak mayat berada di rahang buaya berkenaan.*
           *Satu rakaman tular dimedia sosial menunjukkan kaki mangsa dilihat berada di permukaan air ketika buaya terbabit muncul.*
                 

*ARENA*
========


          *JAMES Milner berkata dia akan menjadi peminat Manchester United buat pertama kali jika seteru tradisi itu dapat membantu Liverpool mengakhiri kemarau trofi kejuaraan Liga Perdana.*
            *Pemain versatil veteran itu beraksi bersama tiga ‘musuh ketat’ United -- Leeds, Manchester City dan kini Liverpool sepanjang 17 tahun kariernya dengan 600 aksi senior.*
       *Tetapi bekas pemain antarabangsa England berusia 33 tahun itu pastinya gembirajika United dapat membantu Liverpool ketika pertembungan kedua-dua pasukan Manchester di Old Trafford pada awal pagi Khamis ini.*

          *PEMAIN Manchester United bercakaran sesama sendiri selepas kekalahan memalukan di Everton.*
            *Pengurus Ole Gunnar Solskjaer mengurung skuadnya selama setengah jam dalam bilik persalinan selepas tewas 0-4 di Goodison Park pada Ahad lalu sebelum meminta maaf kepada penyokong.*
        *Pemain kemudiannya menyalahkan satu sama lain ketika melepaskan geram dan suara tinggi mereka jelas kedengaran sehingga di koridor ketika masing-masing melahirkan rasa tidak puas hati dengan prestasi pasukan.*

           *BEKAS bintang Liverpool, Robbie Fowler menolak dakwaan kekurangan pengalaman menjadi penghalang utama kepadanya selepas dilantik mengendalikan kelab Brisbane Roar yang kini sedang bergelut dalam A- League.*
           *Bekas penyerang England berusia 44 tahun itu menandatangani kontrak dua tahun sekali gus tugas utamanya sejak menggantung but sebagai pemain.*
            *”Saya amat teruja menyahut cabaran dan berharap dapat membawa kejayaan kepada kelab yang mempunyai sejarah dalam A-League,” katanya dalam satu kenyataan.*

          *RAFAEL Nadal tekad bangkit selepas gagal mara ke final Monte Carlos Masters buat kali pertama sejak 2015 dan mahu melupakan kekalahan kepada juara baharu, Fabio Fognini di separuh akhir.*
             *”Prestasi saya ketika itu yang terburuk di atas gelanggang tanah liat. Itu realiti, tiada apa disembunyikan dan saya tak nampak sebarang faedah jika saya menafikannya,” kata Nadal selepas bermain tenis mini menentang Kei Nishikori di Palau de la Música Catalana. “Apa yang berlaku telah pun berlaku.”*
          *Bintang Sepanyol berusia 32 tahun itu beraksi di kejohanan pertamanya sejak menyertai Terbuka BNP Paribas di Indian Wells pada Mac lalu.*

          *UNAI Emery berdepan dilema di bahagian pertahanan yang dianggap menjadi kunci kepada impian Arsenal menduduki empat teratas dalam kempen Liga Perdana.*
           *Gunners berkunjung ke Wolves pada awal pagi Khamis ini selepas terlepas peluang memintas sekurang-kurangnya dua pasukan, Tottenham, Chelsea dan Manchester United apabila tewas kepada Crystal Palace 2-3 di tempat sendiri, Ahad lalu.*

         ♂ *DUSTIN Johnson mengekalkan kedudukannya sebagai pemain golf nombor satu dunia hari ini sekalipun merudum teruk pada hari terakhir kejohanan Heritage RBC di Hilton Head.*
          *Bekas juara Terbuka AS itu kekal di puncak carta ranking terbaharu, mengekalkan kelebihan tipis di depan Justin Rose dan rakan senegaranya dari Amerika Syarikat, Brooks Koepka.*
           *Tiger Woods kekal di tangga keenam ranking selepas tidak bermain hujung minggu lalu susulan kemenangan mengagumkan kali kelima pada Masters AS di Augusta National.*

          *PERAK terus membuktikan mereka pakar seri apabila membawa pulang satu mata selepas seri 3-3 dengan Kuala Lumpur pada perlawanan Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.*

          *KUALA LUMPUR: Walaupun kedudukan pasukan kebangsaan menurun daripada tempat ke-167 kepada 168, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak terlintas untuk menukar jurulatih Harimau Malaya dalam masa terdekat ini.*
            *Malah, FAM masih menaruh harapan serta kepercayaan terhadap pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk merencana pasukan kebangsaan bagi menghadapi perlawanan antarabangsa nanti.*

          *KELAB Penyokong Bolasepak Kedah Darul Aman (KEPDA) menggesa pihak kejurulatihan Kedah yang diketuai Aidil Sharin Sahak segera mendapatkan formula lebih berkesan bagi mengelak aksi 'yoyo' berulang kembali dalam saingan Liga Super seperti dipamerkan kini.*
          *Ini kerana prestasi Kedah yang dilihat mantap pada awal musim sebelum ini tiba-tiba longlai dengan mencatat keputusan luar jangkaan selepas tewas kepada pasukan bawahan liga seperti Kuala Lumpur (1-2) sebelum ini dan juga Melaka United (0-1) Ahad lalu.*

          *PERSATUAN Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) melabel tindakan pemotongan 50 peratus geran tahunan ke atas tujuh pasukan yang diputuskan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebagai sesuatu yang tidak wajar.*
          *Pengurus The City Boys, Mohamad Hamidi Abu Bakar ketika dihubungi pantas menganggap tindakan berkenaan sebagai satu penganiayaan terhadap pasukan.*
         *”Ini semua kerja gila,” kata Hamidi ketika dihubungi Arena Metro, semalam.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2019 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*KHMIS 25 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 19 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0537*
*SUBUH : 0547*
*SYURUK : 0704*
*ZOHOR : 1314*
*ASAR : 1629*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2031*


*artikel disiarkan pada tarikh 24april*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *SEORANG pegawai polis membuat pendedahan mengejutkan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) apabila memaklumkan bahawa beliau diarahkan oleh ketuanya supaya menghentikan siasatan selepas penemuan kem dan kubur di Bukit Burma, Wang Kelian. Asisten Superitendan Junaidi Md Saad yang juga saksi kesebelas berkata, arahan berkenaan adalah daripada Ketua Polis Daerah (KPD) Padang Besar.*

               2) *UMNO Pulau Pinang mengesahkan di Mahkamah Tinggi di sini, semalam bahawa ia ada menerima cek bernilai RM1 juta sebagai sumbangan daripada ibu pejabat Umno Malaysia pada 2015. Setiausaha Eksekutif Umno Bahagian Pulau Pinang, Ahmad Sahar Shuib berkata, ia selepas pihaknya menulis surat bagi memohon sumbangan RM2 juta daripada parti.*

               3) *“ALHAMDULILLAH saya tak mahu komen, sebab saya puasa... saya orang Islam dan saya ikut keputusan,” itu kata Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebaik dilepaskan tanpa dibebaskan atas pertuduhan mencabul remaja perempuan bawah umur pada Oktober tahun lalu. Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Ainul Shahrin Mohamad membuat keputusan itu secara tertutup selepas berpuas hati sebaik mendengar keterangan tiga saksi termasuk mangsa.*

               4) *POLIS Johor mempertingkatkan pemantauan di pintu sempadan tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dalam usaha mengekang pengaruh kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) yang masih wujud di negara ini. Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya sudah memberi arahan kepada semua ketua polis daerah di seluruh negeri supaya menggandakan rondaan dan kawalan di semua rumah ibadat sebagai langkah berjaga-jaga.*

               5) *LEBIH 1,000 individu mengerumuni ruang bidaan di perkarangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seberang Jaya, Butterworth, untuk mencuba nasib membeli kenderaan mewah yang disita dengan harga jauh lebih murah. Pada program berkenaan, terdapat 100 kereta pelbagai jenama disita pihak berkuasa akan dilelong kepada orang awam yang membeli buku lelongan sejak 25 Mac lalu.*

               6) *JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) akan menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh sepanjang Ramadan bermula bulan depan. Pelaksanaan oleh Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan dan Bahagian Pengurusan Halal jabatan itu merangkumi premis makanan yang menjual makanan kepada umat Islam secara terbuka pada waktu siang.*

               7) *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menjalankan pemeriksaan ke atas 97 premis menjual tong air dan air mineral bermula kelmarin. Pengarahnya, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata, setakat ini tiada sebarang notis atau kompaun dikeluarkan kepada peniaga. Menurutnya, pemantauan juga mendapati tiada kenaikan harga dikesan, namun pemantauan sehingga krisis air selesai akan diteruskan.*

               8) *BERANG tindakan pihak pengurusan ladang memutuskan jalan ke kebun mereka, penduduk dari tiga kampung di Simunjan membakar pondok pengawal dan motosikal serta merosakkan peralatan ladang dalam kejadian di Ladang Sungai Tersak, semalam. Kejadian 10.30 pagi itu berlaku apabila penduduk dari Kampung Sungai Lingkau, Kampung Melanjok dan Kampung Sekendu ‘menyerbu’ pintu utama ladang itu dalam usaha membantah tindakan pihak berkenaan.*

               9) *PADAH mengoyakkan surat saman dan memaki anggota polis trafik, seorang pemandu lori sawit didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini. Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Zolhaisam Masuan, 45, selepas mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.*

               10) *MAHKAMAH Rendah Syariah Marang, hari ini, mengarahkan seorang wanita warga emas yang ditahan berkhalwat bersama lelaki didakwa suaminya supaya menjalani pemeriksaan kesihatan selama satu bulan. Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof selepas tertuduh berusia 73 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.*

               11) *SEORANG kakitangan kerajaan didenda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah Marang atas dua pertuduhan berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran. Tertuduh berusia 47 tahun turut berdepan hukuman penjara tujuh bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.*

               12) *BAYI perempuan maut selepas kereta dinaiki bersama ibu bapa dan kakaknya terbabit dalam kemalangan di kilometer 31 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Lepar, di Kuantan, hari ini. Dalam kejadian 6.30 pagi itu, bayi perempuan berusia sembilan bulan, Nurul Afiqah Umaira Muhammad Hafiq maut di tempat kejadian selepas kereta dipandu bapanya Muhammed Hafiq Halim, 27, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kiri bahu jalan dan terbalik.*

               13) *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan Kabinet belum membuat sebarang keputusan akhir berkenaan penghapusan had paras harga bagi petrol RON 95. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, harga seliter bagi petrol RON95 buat masa sekarang masih kekal pada RM2.08 sebagai usaha kerajaan melindungi rakyat daripada terdedah kepada harga petrol yang tinggi dan tidak menentu.*

               14) *PENIAGA maut selepas motosikal yang ditunggangnya bersama anak dirempuh kereta dari arah belakang dalam kejadian di Bendang Morak, di Tumpat, malam tadi. Kejadian 10.15 malam itu menyebabkan Che Khalid Che Kub, 48, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), manakala anaknya, Che Fahim Danial Naufal, 12, parah.*

               15) *TIGA lelaki termasuk dua penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah daripada pemilik syarikat lori di Pulau Pinang. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret L Umma Devi di Georgetown, hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.*

               16) *HANYA beralaskan tikar dan diterangi lampu telefon bimbit. Itulah aktiviti berunsurkan pelacuran di bawah pokok dikesan Polis Daerah Iskandar Puteri dalam kawasan hutan dekat Kampung Pok Besar, Tanjung Kupang di Gelang Petah, semalam. Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar kira-kira 9 malam tadi apabila polis melakukan serbuan dan tangkapan di kawasan hutan itu yang disyaki menjadi lubuk aktiviti berunsurkan pelacuran dipercayai aktif sejak kira-kira sebulan lalu.*

               17) *PRESIDEN Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di Klang, hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah mahu menyerang balai polis dan mengaibkan individu, tahun lalu. Azwanddin, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan berasingan dibacakan di hadapan Majistret Solehah Noratikah Ismail dan Muhammad ‘Azzam Zainal Abidin.*

               18) *PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh bersara wajib hari ini selepas lebih 35 tahun berkhidmat. Jawatannya kini dipangku Timbalan Pengarah (Perlucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN, Datuk Kamarul Zaman Mamat. Majlis serah terima tugas antara Mohmad dan Kamarul disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam Majlis Serah Terima Tugas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.*

              19) *TIGA beranak maut selepas motosikal dinaiki bertembung sebuah pacuan empat roda di Kilometer 3, Jalan Tenom-Kemabong, Tenom, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, motosikal ditunggangi lelaki berusia 32 tahun bersama dua pembonceng iaitu isterinya berusia 42 tahun bersama anak mereka berusia 8 tahun.*

               20) *SESI pembelajaran murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Sayed Osman, di Miri, terganggu seketika apabila biawak memasuki bilik darjah, semalam. Kejadian itu mencetuskan suasana kelam kabut apabila ada murid yang ketakutan dengan kehadiran reptilia berkenaan. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri, Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.16 petang.*

               21) *TOKAN dadah nekad mahu terjun sungai untuk melepaskan diri daripada ditahan polis di Taman Nilam di Langkawi, semalam. Bagaimanapun, hasratnya terbantut selepas ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi dalam Ops Tapis.*

               22) *PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor berjaya memintas bot pancung dan menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) di laut Kukup di Pontian, semalam. Dalam Ops Gelora kira-kira 1 pagi itu, seorang tekong laut dan 41 PATI termasuk wanita serta seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia berjaya ditahan.*

               23) *POLIS masih mengesan individu yang disyaki terbabit melakukan perbuatan khianat membakar restoran makanan segera di Jalan Seri Cempaka, Bandar Darulaman, di Jitra, Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, setakat ini belum ada tangkapan dilakukan.*

               24) *DEMI mendapatkan bekalan dadah, lelaki yang berasal dari Baling sanggup mengemis di sekitar Sungai Petani sejak lima bulan yang lalu. Lelaki berusia 29 tahun itu memberi alasan tidak mampu bekerja kerana mengalami keretakan pada tulang tapak kaki kirinya selepas terjatuh ketika membuat kerja mengecat bangunan.*

               25) *TIDAK tahan dipukul dan tidak dibayar gaji menyebabkan tiga wanita warga Indonesia nekad melarikan diri dari rumah ejen mereka sebelum mendapatkan perlindungan di Konsulat Indonesia, Pulau Pinang sebulan lalu. Bagaimanapun mereka berusia 36 hingga 48 tahun itu yang trauma dengan kejadian itu hanya tampil membuat laporan di Balai Polis Padang Serai, di Kulim, 5.50 petang Isnin lalu untuk tindakan selanjutnya.*

               26) *DUA tekong Vietnam dihukum denda RM300,000 manakala lapan awak-awak masing-masing didenda RM30,000 di Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana menangkap ikan di perairan negara. Tekong, Pham Van Hung, 47, dan Hung, 34, turut berdepan hukuman penjara dua tahun dan lapan awak-awak berusia 21 hingga 49 tahun pula boleh dipenjara setahun jika gagal menjelaskan denda berkenaan.*

               27) *LEBIH 50 kanak-kanak Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh, dekat sini, tidak ke sekolah berikutan tiada sijil kelahiran sejak lahir. Ibu bapa kaum itu memberitahu anak mereka yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun belum didaftarkan untuk mendapat sijil kelahiran. Penduduk, Jamil Hendi, 23, berkata, sebahagian penduduk mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tahun lalu namun hingga kini belum menerima sijil kelahiran.*

               28) *GUNA taktik penyamaran dengan menukar baju dan topi dipakai setiap kali mahu menipu menggunakan not kertas RM100 palsu dimiliki. Itu taktik digunakan seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang diberkas selepas memperdaya peniaga menggunakan wang kertas palsu dimiliki. Difahamkan, suspek yang pernah terbabit dengan kes dadah ditahan ketika cuba menipu seorang pekedai di Jalan Kuchai Lama di sini, dengan menyamar sebagai pelanggan.*

               29) *WANITA warga emas ditahan selepas didapati bersubahat bersama anak perempuannya membuang bayi di Masjid Lama Ara Kuda di Tasek Gelugor, semalam. Menurut sumber, wanita berusia 63 tahun itu ditahan di Kulim, Kedah 12.30 tengah malam tadi, manakala anak perempuannya berusia 28 tahun masih menerima rawatan di hospital.*

               30) *KILANG menghasilkan besi musnah dalam kebakaran di Jalan Gombak Batu 4 1/2 di Kuala Lumpur, malam ini. Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak serta lima lagi jentera dari BBP Wangsa Maju, BBP Jinjang, BBP Hang Tuah, BBP Gombak dan BBP Sentul, bersama 48 anggota dan pegawai kanan bergegas ke lokasi kejadian.*

            31) *TERPIKAT dengan usaha wanita yang ingin membantunya mendapatkan wang bantuan kerajaan RM1,200 selain RM350 sebulan, wanita warga emas menanggung kerugian RM2,850 apabila dia dirompak di Jalan Paip, Sri Aman Ahad lalu. Mangsa yang berusia 63 tahun itu didatangi wanita tidak dikenali ketika berada berhampiran sebuah farmasi di Jalan Sabu Lama di sini sebelum dibawa menaiki kereta dipercayai Proton Saga putih.*

           32) *PEMILIK sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Saujana Impian, Kajang, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya kelmarin. Nor Fariza Mazlan, 26, disedari hilang oleh adiknya, Nor Dhia Mazlan, 21, selepas keluar dari rumah untuk mengajar al-Quran di rumah pelajarnya di Saujana Impian, kira-kira 8 malam.*

          33) *SURUHANJAYA Siasatan Diraja (RCI) hari ini dikejutkan dengan pendedahan saksi ke-14, Asisten Komisioner Wan Hamzah Wan Kadir bahawa saksi kelima, Asisten Superintendan Joeking M Marian Anthony pernah ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Malah, beliau yang juga bekas Pegawai Pemerintah Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara, Bidor, Perak memaklumkan Joeking kini digantung tugas sejak 1 Mac lalu berikutan siasatan berkaitan kes penyeludupan.*

           34) *PROSES pengambil alihan tanah penduduk untuk pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini belum dilakukan, sebaliknya ia hanya melalui proses pewartaan untuk pembangunan projek mega itu yang ditangguhkan sebelum ini. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, proses mengambil alih tanah penduduk juga akan membabitkan kawasan lain daripada yang sudah diwartakan sebelum ini, berikutan perubahan jajaran laluan ECRL daripada kawasan tepi pantai ke kawasan sebelah dalam.*

          35) *PENIAGA kedai runcit dan pasar raya diingatkan supaya tidak menaikkan harga air mineral berikutan gangguan bekalan air di sekitar Lembah Klang mulai hari ini sehingga Sabtu ini. Ia berdasarkan pemeriksaan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan mendapati banyak premis perniagaan kekurangan stok minuman.*

          36) *GOLONGAN remaja dalam fasa ‘usia panas’ yang terdedah risiko terjebak penyalahgunaan dadah mendapat perhatian pihak berkuasa dan badan bukan kerajaan (NGO). Justeru, Pertubuhan Pembasmian Jenayah Narkotik Malaysia (PJNM) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menjalankan inisiatif menerusi Papan Informasi Kesedaran Anti Dadah yang akan dipamerkan di kawasan sekolah menengah di ibu negara.*

           37) *TINDAKAN pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Segamat berjaya menyelamatkan tiga anak kucing daripada lemas ketika ditemui dalam bungkusan plastik di tepi jalan di Persimpangan Pemanis, Segamat, hari ini. Ketua APM Segamat, Kapten (PA) Mohd Nazlan Ruslan berkata anak kucing itu diselamatkan sukarelawannya, Koperal Normawati Abdullah, 39, yang kebetulan dalam perjalanan ke pejabat di Jalan Omar, kira-kira jam 2.30 petang.*

           38) *PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) optimis kerja pembaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasinya, Abdul Raof Ahmad berkata, sehingga kini kerja pembaikan sudah 70 peratus siap selepas kakitangan dan kontraktor memulakan kerja sejak 9 pagi hari ini.*

            39) *PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) turut memberi tumpuan kepada hospital, klinik dan pusat dialisis dengan menggerakkan lori tangk air ke lokasi terbabit berikutan gangguan bekalan ketika ini. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasinya, Abdul Raof Ahmad berkata, sejumlah jentera digerakkan sejak awal pagi hari ini bagi memastikan bekalan air tidak terputus.*

           40) *GENG ‘Mat Kedah’ yang aktif memproses air ketum sejak enam bulan lalu untuk dijual kepada penagih ketum di Petaling Jaya tumpas apabila polis menyerbu sebuah rumah teres di Taman Medan, semalam. Serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya 10 pagi susulan penahanan dua lelaki berusia lingkungan 30 tahun yang juga pembeli air ketum daripada kumpulan itu, kelmarin.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *COLOMBO: Kumpulan militan Daish semalam mengaku bertanggungjawab melakukan siri serangan bunuh diri ke atas gereja dan hotel di Sri Lanka yang mengorbankan lebih 320 orang.*
           *Dakwaan itu turut disertakan sekeping gambar dan video anggotanya melakukan serangan pada Ahad lalu.*
          *Letupan bom memusnahkan tiga hotel mewah terkenal dengan pelancong asing dan tiga gereja yang penuh dengan penganut Kristian menyambut Easter.*

          *SHANGHAI: Tiga orang terbunuh akibat letupan di loji kimia milik persendirian di rantau Inner Mongolia, China, lapor Xinhua hari ini.*
           *Letupan berlaku pada awal pagi di loji Dongxing Chemicals, syarikat yang menghasilkan produk plastik PVC daripada sodium hydroxide.*
            *Kemalangan itu susulan dua kejadian letupan di wilayah Jiangsu yang meragut 85 nyawa pada Mac lalu.*

          *New York: Seorang anggota Perlindungan Sempadan dan Kastam New York mengaku mencuri wang AS$100 daripada beg sekurang-kurangnya 100 penumpang ketika melakukan pemeriksaan di Lapangan Terbang John F Kennedy sejak setahun lalu.*
         *Joseph Cialone, 39, ditahan selepas dilaporkan mencuri lebih AS$10,000 (RM41,200). Perbuatannya terbongkar selepas seorang wanita menyedari wangnya hilang ketika menaiki penerbangan ke Trinidad dan Tobago pada 26 Mac lalu.*
           *Daily Mail melaporkan, dia memeriksa sampul surat yang mengandungi AS$350 (RM1,400) sebelum bagasinya diperiksa dan mendapati ia hanya mempunyai AS$250 (RM1,031) selepas melihatnya sekali lagi susulan menaiki penerbangan Jet Blue. Wanita itu memfailkan aduan sehari kemudian.*

          *BAITULMAQDIS: Seorang remaja Palestin ditembak dua kali di pahanya dalam keadaan bergari dan ditutup mata, kejadian yang dianggap pertubuhan hak asasi manusia sebagai bukti jelas kekejaman tentera Israel terhadap penduduk awam Palestin.*
           *Osama Hajahjeh, 16, berkata, kejadian berlaku minggu lalu, selepas pengebumian seorang guru sekolah di perkampungan Tuqu yang mati akibat dilanggar kereta dipandu penduduk Israel ketika mangsa melintas persimpangan jalan.*
            *AFP melaporkan, menurut Hajahjeh, selepas upacara itu dia dijatuhkan tentera yang melompat keluar dari celah pokok zaitun dan menekannya ke tanah sebelum digari dan matanya ditutup tanpa sebarang sebab.*

          *NEW DELHI: Gempa bumi 6.1 magnitud melanda negeri timur laut India, Arunachal Pradesh jam awal pagi ini.*
           *Menurut Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa cetek berpusat 40 kilometer di tenggara Along dan 180 kilometer di barat daya Itanagar.*
         *Gempa berlaku pada jam 1.45 pagi, waktu tempatan.*
          *Agensi berita China, Xinhua melaporkan gegaran turut dirasai di negara jiran India, Tibet.*

          *WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengadu hilang ramai pengikut Twitter ketika bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif media sosial itu, Jack Dorsey, semalam.*
              *Sumber berkata Dorsey menjelaskan syarikat itu dalam usaha membasmi akaun palsu dan ‘spam’, menyebabkan ramai orang kenamaan kehilangan pengikut.*
              *Dorsey memberitahu jumlah pengikutnya turut menurun, lapor Reuters hari ini.*
           *Sebelum ini, Trump mempunyai 53.4 juta pengikut Twitter dan dia kecewa apabila 204,000 pengikut lenyap dari akaunnya, Julai lalu.*
  
          *KANO, NIGERIA: Kumpulan lelaki bersenjata dilaporkan menembak 10 orang dan menculik dua wanita di Katsina, utara Nigeria, kata pihak berkuasa dan penduduk semalam.*
          *Mereka dilaporkan menunggang motosikal ke kampung Yar Santa Sherere pada petang Ahad, menembak dan membakar kenderaan awam dan pusat perniagaan.*
         *Jurucakap polis Katsina, Gambo Isa, berkata pihak polis dengan kerjasama penduduk memindahkan sembilan mayat selepas serangan itu.*

          *LUBUMBASHI: Sepuluh orang termasuk lapan pelajar pelatih dikhuatiri maut selepas jip yang dinaiki jatuh ke dalam empangan di stesen hidro Nzilo di tenggara Republik Demokratik Congo, kata ketua loji itu, hari ini.*
             *Sewaktu loji itu ingin ditutup semalam, sebuah kereta membawa 11 pekerja berada di luar kawalan sehingga terkeluar dari jalan utama dan berguling beberapa kali sebelum jatuh ke dalam empangan, kata ketua loji hidroelektrik, Henry Tchibanze kepada AFP.*
            *Loji kuasa itu terletak kira-kira 30 kilometer di barat bandar Kolwezi.*

          *TOKYO: Sebuah universiti di Nagasaki menghentikan pengambilan profesor dan pendidik yang merokok.*
           *Tindakan itu sempena kempen anti merokok menjelang Sukan Olimpik 2020, lapor AFP hari ini.*
          *Jurucakap Universiti Nagasaki, Yusuke Takakura memberitahu AFP pemohon yang berjaya berhenti rokok sebelum memegang jawatan berkenaan masih boleh bekerja.*

          *ALGIERS: Lelaki terkaya Algeria, Issad Rebrab ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan berkaitan kes rasuah, menurut media rasmi negara itu sehari selepas penangkapannya.*
            *Penahanan atas tuduhan rasuah itu susulan peletakan jawatan presiden Abdelaziz Bouteflika pada awal April selepas protes besar-besaran terhadap pemerintahannya selama 20 tahun.*
           *Rebrab, 74, ketua eksekutif konglomerat terbesar Cevital, ditahan semalaman, menurut agensi berita APS.*
          *Majalah Forbes menyenaraikan Rebrab sebagai lelaki terkaya Algeria dan ke-enam paling kaya di Afrika dengan nilai bersih AS$3.38 bilion (RM13.9 bilion) pada 2019.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================
  

          *BIASANYA pasangan pengantin memilih kawasan pantai atau taman sebagai lokasi untuk merakam gambar perkahwinan mereka.*
          *Namun lain pula bagi Tengku Nor Ezzah Farahana Tengku Abu Bakar@tengku Yahya, 29, dan suaminya, Abdul Rahim Abdullah, 29, yang memilih suasana hutan di kaki gunung sebagai tempat merakam gambar kenangan perkahwinan mereka.*
           *Keputusan pasangan disatukan pada Disember 2018 itu tepat apabila gambar perkahwinan mereka di Mossy Forest, Gunung Berinchang, Pahang itu tular di media sosial selain mendapat pujian netizen berikutan keunikan gambar berkenaan.*

          *PERSATUAN Animasi Malaysia (ANIMAS) yakin banyak lagi watak animasi tempatan boleh digunakan Balai Seni Negara untuk mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) selain siri kartun popular Jepun, Doraemon.*
         *Presiden ANIMAS, Ameir Hamzah Hashim berkata, kerajaan sepatutnya mengetengahkan watak animasi tempatan sebagai tarikan untuk mempromosi kempen berkenaan.*
          *“Malaysia tidak kurang hebatnya dengan watak animasi sedia ada.*
            *"Antaranya Lat The Kampung Boy, Upin Ipin, BoBoiBoy, Usop Sontorian, Keluang Man dan sebagainya yang pernah dan masih digemari penonton,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.*
            *Bagaimanapun, laporan mengenai perkara itu tular sejak semalam hingga mengundang reaksi dan komen pelbagai pihak.*

          *PERALATAN bagi kegunaan pesakit di Klinik Kesihatan Bandar Botanik, Klang, dipercayai dicuri dan dilarikan dua penjenayah, semalam.*
            *Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, tiga mesin pemeriksaan gula dan satu mesin pemeriksaan oksigen dilaporkan hilang.*
            *Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku apabila seorang jurrawat keluar selepas meletakkan alat pengecas bateri tambahan dan alatan klinik di atas meja saringan.*
           *“Kedua-dua suspek yang menaiki kereta jenis Nissan Almera berwarna putih itu kemudian dikatakan melanggar beberapa kenderaan dan palang kawalan keselamatan klinik berkenaan,” katanya.*
           *Kejadian itu tular di media sosial, semalam, selepas mendakwa dua lelaki bersenjatakan parang dan pisau merompak klinik kesihatan berkenaan.*

        *SEPERTI dalam filem Ali Baba Bujang Lapok lakonan Allahyarham M Zain yang menjual hamba dengan aksi dan gelagat mencuit hati ‘Lelong...Lelong.”*
           *Kata-kata keramat itu kembali diterjemahkan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Kamarul Anuar Mazly yang melelong 65 kenderaan dalam Program Lelongan Awam JPJ Negeri Sembilan Siri 1/2019 di Dewan Melati di Seremban, hari ini.*
          *Kamarul Anuar yang bertindak sebagai jurulelong dan dibantu rakan setugas, Norazman Annuar beraksi penuh semangat apabila kata keramatnya berjaya menarik banyak bidaan dalam kalangan pembeli.*
           *Hasilnya, 172 buku lelong dan 60 kenderaan habis terjual, sekali gus JPJ Negeri Sembilan berjaya meraih kutipan RM389,963.*


*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2019 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*JUAAT 26 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 20 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0537*
*SUBUH : 0547*
*SYURUK : 0703*
*ZOHOR : 1314*
*ASAR : 1630*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2031*


*artikel disiarkan pada tarikh 25april*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *TONTO langsi. Itu tindakan dilakukan sekumpulan 30 lelaki dipercayai geng tonto yang melindungi sindiket penyeludupan rokok apabila mengepung kenderaan polis yang menjalankan risikan di sekitar pesisir pantai di Rompin, hari ini. Kumpulan lelaki berkenaan dikatakan bertindak ganas dengan menghimpit kenderaan polis bagi menghalang pihak berkuasa mengekori lori membawa rokok seludup keluar dari daerah ini.*

               2) *LEBIH 1,000 individu mengerumuni ruang bidaan di pekarangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seberang Jaya di sini, semalam untuk mencuba nasib membeli kereta mewah yang disita dengan harga lebih murah. Pada program berkenaan, ada 100 kereta pelbagai jenama antarabangsa yang disita pihak berkuasa dilelong kepada orang awam yang membeli buku lelongan sejak 25 Mac lalu.*

               3) *GANGGUAN bekalan air susulan kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) bermula, semalam memberi kesan kepada pengusaha restoran. Tinjauan Harian Metro di restoran mamak 24 jam sekitar daerah ini mendapati kebanyakan pengusaha menggunakan plastik untuk mengalas pinggan digunakan pelanggan.*

               4) *MAYAT lelaki ditemui dengan kesan tembak di dada dalam bilik rumah dua tingkat di Lengkok Merbah 1, Pulau Jerejak, Bayan Lepas dekat Balik Pulau, hari ini. Dalam kejadian 6 petang itu, lelaki berusia 38 tahun terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian selepas peluru yang ditembak di dada kiri menembusi belakang badannya.*

               5) *AKIBAT terpedaya dengan janji manis akan berkahwin, seorang guru tuisyen berputih mata selepas kerugian RM75,000 apabila menjadi mangsa penipuan atas talian ‘love scam’ sejak Januari lalu. Mangsa wanita yang juga ibu tunggal berusia 54 tahun itu mendakwa, dia berkenalan dengan lelaki terbabit melalui laman sosial Facebook.*

               6) *CUBAAN seorang lelaki mencuri kabel dengan menceroboh ke landasan antara Stesen Taman Connaught dan Taman Suntex, semalam, menyebabkan perkhidmatan tren Sistem Transit Aliran Massa (MRT) terpaksa dihentikan selama 10 minit. Ketua Pegawai Operasi MRT laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK), Azmi Mohd Zain berkata, lelaki terbabit yang menceroboh landasan itu dilihat mengenakan ‘vest’ keselamatan.*

               7) *“SAYA terkejut mendengar bunyi bising apabila jiran menjerit memberitahu ular masuk ke dalam rumahnya sebelum melihat apa yang berlaku,” kata Abu Hassan Samah, dari Kampung Padang Empang, Kupang, Baling, hari ini. Dalam kejadian 12 tengah hari itu, Abu Hassan, 59, terus menghubungi pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling memaklumkan kehadiran seekor ular tedung selar yang memasuki rumah jirannya.*

               8) *KEBAKARAN sebuah rumah di Jalan Kampung Benggali, di sini semalam membongkar kegiatan penyeludupan barang terlarang dipercayai dilakukan pemilik rumah berkenaan. Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, kebakaran membabitkan kawasan belakang rumah dan stor tempat penyimpanan barangan seludup dipercayai rokok, arak dan mercun.*

               9) *REMAJA lelaki parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan pusat membeli-belah di Penampang, malam tadi. Mangsa berusia 15 tahun ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di depan bangunan berkenaan sebelum menghubungi polis 10.57 malam.*

               10) *TINDAKAN seorang pencuci kereta mencari duit lebih dengan menjual dadah heroin mengundang padah apabila dia ditahan di sebuah rumah di Sungai Tukang Estate, Sungai Petani, bersama dadah seberat 456.5 gram awal pagi tadi.*

               11) *SEORANG peniaga dijatuhi hukuman denda RM2,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini atas dua pertuduhan menggunakan gelaran datuk tanpa kebenaran. Bukan itu sahaja, tertuduh, Mohd Badrul Hisham Mohamed, 40, dari Johor turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.*

               12) *HANYA beralaskan tikar dan lampu telefon bimbit, aktiviti berunsurkan pelacuran di bawah pokok dibongkar Polis Daerah Iskandar Puteri dalam kawasan hutan dekat Kampung Pok Besar, Tanjung Kupang di sini. Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar hasil serbuan jam 9 malam kelmarin yang menyaksikan tiga individu ditahan.*

               13) *SEORANG wanita menempuh detik cemas apabila dicabul dan hampir dirogol ketika menggunakan khidmat kereta sapu di Jalan Simpang Ladang Kelapa Sawit, Kampung Tagasan, Semporna, semalam. Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke rumah kakaknya di Kampung Bubul Lama, pada kira-kira jam 11 pagi.*

               14) *LAPAN anggota bomba mengambil masa hampir enam jam untuk menangkap buaya seberat 400 kilogram di anak Sungai Kg Sri Paya, Johor Bahru, hari ini. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai Mohd Khairi Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.52 pagi sebelum bergegas ke lokasi.*

               15) *SEORANG pekerja hotel terkejut selepas mendapati seekor ular sawa berwarna kehitaman berada di bawah kaunter pertanyaan di premis berkenaan di Taman Melaka Raya, di sini, pagi tadi. Kejadian kira-kira jam 7 pagi disedari lelaki berusia 55 tahun ketika mahu pulang selepas habis syif bekerja.*

               16) *SERAMAI 2,061 penjawat awam di negara ini didapati terbabit dengan kesalahan rasuah sepanjang 2014 hingga Mac 2019.
Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM Putrajaya, Ruslan Mat berkata, mereka yang terbabit dalam gejala rasuah itu terdiri daripada pelbagai profesion dan peringkat pekerjaan, baik daripada pekerja bawahan sehingga pihak atasan.*

               17) *RUANG udara di sekitar kawasan Sungai Ular, Kuantan diselubungi asap apabila sebahagian daripada kawasan 848 hektar hutan tanah gambut di kawasan itu terbakar sejak minggu lalu. Kebakaran itu membabitkan kawasan seluas 420 hektar merangkumi kawasan hutan yang sudah dan belum diteroka. Kejadian itu juga menyebabkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan 300 iaitu pada tahap sangat tidak sihat.*

               18) *SEMBILAN kenderaan rosak dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Balai Polis Salak Selatan, Kuala Lumpur, hari ini. Kemalangan membabitkan treler selepas dikatakan hilang kawalan dan tidak sempat membrek sehingga merempuh beberapa kenderaan lain di lokasi itu dipercayai berlaku kira-kira jam 8 pagi.*

               19) *PENDUDUK di sekitar Klang dan Shah Alam menarik nafas lega apabila gangguan bekalan air susulan kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) bermula semalam, kini beransur pulih. Penduduk Taman Sri Andalas, Muhd Ali Zakariah, 44, berkata, dia memuji tindakan pantas pihak berkaitan berikutan kerja penambahbaikan itu mampu disiapkan lebih awal daripada tempoh ditetapkan.*

               20) *IBU yang menghitung hari bersalin dicekup Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Miri, kerana menagih syabu. Ketua Cawangan AADK Miri, Mazlan Jikran berkata, turut ditahan 13 individu lain kerana positif syabu termasuk tiga beradik dalam operasi di sekitar Bekenu, Selasa lalu.*

               21) *BURUH dijatuhi hukuman penjara tiga bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap isterinya. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, Jilperi Ali, 38, dari Kuala Nerus mengaku bersalah mengikut Seksyen 352A Kanun Keseksaan kerana dengn sengaja menggunakan kekerasan jenayah.*

               22) *TIGA lelaki warga asing yang juga ahli sindiket judi ‘online’ tergamam apabila pusat operasi mereka di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur ‘dilawati’ polis 2.50 pagi hari ini. Dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, dua lelaki warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh itu baru hendak memulakan operasi judi berkenaan.*

               23) *REMAJA diberkas sedang khayal dadah bersama teman lelakinya berusia 52 tahun dalam serbuan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri di Taman Sri Rambai di Bukit Mertajam, 1 pagi semalam. Dalam serbuan itu, sepasukan pegawai dan anggota AADK menyerbu rumah di taman itu sebelum menahan kedua-dua mereka bersama sejumlah dadah.*

               24) *PENGARAH Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohd Zawawi Zakaria, sebak ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Perhimpunan Setia Khas sempena Sambutan Hari JPJ Ke-73 Peringkat Negeri di Ibu Pejabat JPJ Perak di Ipoh, hari ini. Mohd Zawawi kelihatan sebak di akhir ucapan ketika meminta semua pegawai dan anggota JPJ negeri menjaga nama baik jabatan dan terus mengekalkan integriti serta tidak terpalit dengan skandal rasuah.*

               25) *ORANG ramai dinasihatkan jangan berada di kawasan lapang terutama ketika perubahan cuaca kerana berisiko tinggi untuk dipanah petir. Ketua Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Segamat, Kapten (PA) Mohd Nazlan Ruslan berkata, perubahan cuaca mendadak ketika ini menyaksikan hujan lebat dan ribut sering berlaku di Segamat terutama pada waktu petang.*

               26) *SEMUA lorong di Kilometer 434.8 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan, di Hulu Selangor, dibuka semula kepada pengguna jalan raya kira-kira 10 pagi tadi. Terdahulu, semua lorong di lokasi terbabit ditutup berikutan kemalangan membabitkan treler membawa muatan besi panjang melintang tengah jalan, awal pagi tadi.*

               27) *PENGARAH syarikat kilang memproses tayar terpakai warga Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini, atas tuduhan bersubahat melakukan pelupusan buangan minyak di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, bulan lalu. Sim Wei Der, 50, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan kertas pertuduhan terhadapnya di depan Hakim, Jailani Rahman.*

               28) *KEMENTERIAN Belia dan Sukan diminta mengkaji semula hasrat untuk mengundang kumpulan K-Pop dari Korea, Bangtan Boys (BTS) ke negara ini bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020. Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, ini kerana kedatangan kumpulan muzik berkenaan tidak mustahil memberi kesan negatif kepada budaya masyarakat tempatan, khususnya golongan belia.*

               29) *KERAJAAN negeri tidak akan bertanggungjawab ke atas kemalangan pengunjung terutama pelancong ketika mendaki atau menuruni bukit untuk melihat kincir angin di Pulau Perhentian, Besut.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, bukit yang menempatkan kincir angin di kawasan Long Beach di pulau peranginan itu bukanlah kawasan pelancongan.*

               30) *REMAJA lelaki dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama tujuh rakannya di Sungai Triang, dekat Kompleks Agropolitan Chemomoi, Bentong, semalam. Dalam kejadian 6.30 petang mangsa, Sofian Sahar, 14, yang tinggal di Agropolitan Chemomoi dipercayai dihanyutkan arus deras ketika cuba berenang menyeberang sungai.*

            31) *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan ketua pegawai eksekutif dan penasihat syarikat pembekalan bagi membantu siasatan berhubung kes memberi suapan kepada penguat kuasa sebuah kementerian dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit, tahun lalu.*

           32) *SEORANG saksi mengesahkan bahawa terdapat sejumlah RM3.5 juta milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipindahkan ke akaun milik peguam, Datuk Hafarizam Harun. Perkara itu disahkan oleh saksi ke-21, Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, R Uma Devi ketika menyambung keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam perbicaraan kes pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi Najib, 65.*

              33) *OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) nelayan Thailand yang dipercayai hilang selepas terjatuh ke dalam laut sewaktu menangkap ikan pada Ahad lalu ditamatkan semalam. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 7 malam selepas usaha mencari mangsa dilakukan selama tiga hari.*

             34) *MAJLIS Perbandaran Kuantan (MPK) menawarkan 1,953 permit gerai jualan bazar Ramadan di 35 di daerah ini, sepanjang bulan Ramadan yang dijangka bermula minggu pertama bulan depan. Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporatnya, Norkamawati Kamal berkata, permit berkenaan hanya membabitkan bazar Ramadan kendalian MPK sahaja.*

             35) *DUA sahabat maut termasuk seorang daripadanya digilis treler selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Pelabuhan Barat di Pelabuhan Klang, semalam. Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa, Amirul Naim Zainuddin, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.*

             36) *ENAM lelaki berusia 20 sehingga 30-an ditahan ketika sedang khayal di bengkel di Kampung Siputih, Mukim Tawar, Baling, semalam. Mereka ditahan dalam operasi bersepadu Agensi Antidadah Dadah Kebangsaan (AADK) dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Daerah Polis Baling.*

            37) *KERJA penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) berjaya disiapkan malam tadi. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abdul Raof Ahmad berkata, proses pelaksanaan yang bermula 9 pagi semalam itu siap sepenuhnya kira-kira 11 malam tadi.*

            38) *TANDA tanya bau busuk dihidu penduduk di Taman Seri Bayas di Pengkalan Hulu, terjawab apabila mayat wanita warga emas ditemui dalam keadaan terbaring di hadapan pintu bilik utama rumahnya, semalam. Difahamkan, mangsa berusia 66 tahun dipercayai sudah meninggal dunia lebih tiga hari berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau dan kehitaman.*

            39) *KABINET semalam meluluskan penubuhan satu pasukan petugas khas membabitkan wakil empat kementerian dan tujuh agensi bagi menangani isu nelayan dari Vietnam yang menceroboh perairan negara. Pasukan petugas khas itu diketuai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan disertai wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar.*

           40) *GURU tahfiz ditemui lemas selepas tergelincir daripada tebing batu setinggi kira-kira 7.5 meter ketika mandi di kawasan Air Terjun Sungai Lasir di Tasik Kenyir di Kuala Berang, pagi semalam. Mangsa, Wan Ahmad Faiz Wan Mohamed@Adnan, 36, yang beralamat di Taman Sri Aman Dalam, Pasir Puteh, Kelantan, disahkan meninggal dunia kerana parah di kepala akibat terhentak pada batu.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *SEORANG wanita yang koma sejak 1991 akibat kecederaan kemalangan jalan raya, akhirnya tersedar selepas 27 tahun apabila terdengar anak lelakinya bertekak dalam bilik dia dirawat di hospital.*
            *Wanita itu, Munira Abdulla mengalami kecederaan otak selepas kereta dipandu bapa saudaranya dirempuh bas di Al Ain, Emirah Arab Bersatu (UAE), pada 1991.*
          *Menurut anaknya, Omar Webair, dalam temuramah dengan The National, dia ketika itu berusia empat tahun dan kemalangan berlaku ketika ibu dan bapa saudaranya itu menjemputnya dari tadika.*

            *PENNSYLVANIA: Seorang wanita berusia 35 tahun maut selepas terjatuh dalam mesin pengisar daging di kilang tempatnya bekerja di Pennsylvania.*
           *BBC melaporkan, Jill Greninger terjatuh ke dalam mesin itu di syarikat Economy Locker Storage Company di Muncy pada jam11.30 pagi Isnin lalu, sebelum mayatnya ditemui rakan sekerja yang terdengar bunyi pelik daripada jentera berkenaan.*
             *The Independent melaporkan bomba mengambil kira-kira 45 minit untuk meleraikan mesin itu bagi mengeluarkan sisa mayatnya.*

            *QUETTA: Seorang pekerja polio wanita menjadi sasaran penyerang apabila dia ditembak mati dalam serangan terbaru terhadap pasukan vaksin polio di Pakistan.*
          *Jurucakap rasmi kerajaan, Samiullah Agha berkata, kejadian berlaku ketika dua penembak yang menaiki motosikal menyerang pasukan terbabit di daerah Chaman di barat daya sempadan dengan Afghanistan, lapor Reuters.*
          *”Salah seorang pekerja Polio yang berusia sekitar 20 an, Rashida Bibi dilaporkan mati manakala rakannya pula parah,” katanya.*

           *COLOMBO: Beberapa gereja di Sri Lanka menangguhkan semua upacara keagamaan berikutan terdapat kebimbangan terhadap keselamatan penganutnya susulan serangan bom yang mengorbankan hampir 360 orang.*
            *AFP melaporkan, pihak keselamatan turut melakukan penahanan suspek baru ketika kerajaan berdepan tekanan apabila gagal bertindak selepas menerima maklumat risikan mengenai kemungkinan berlakunya serangan bom.*
         *Setakat ini, polis sudah menahan seramai 75 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan serangan itu namun keadaan masih tegang kerana kerana terdapat beberapa suspek gagal dikesan.*

            *DURBAN: Sekurang-kurangnya 60 orang maut dan lebih 1,000 lagi hilang tempat tinggal selepas hujan lebat menyebabkan banjir buruk di sepanjang pantai timur Afrika Selatan, kata pihak berkuasa semalam.*
            *Majoriti kematian berlaku di wilayah KwaZulu-Natal. Banjir turut meragut tiga nyawa di wilayah berjiran Eastern Cape, kata penyiar SABC.*
            *Hujan lebat melanda kawasan utama di sekitar bandar pelabuhan Durban. Perkampungan setinggan runtuh dalam banjir lumpur, kata jurucakap Perkhidmatan Perubatan Kecemasan KwaZulu-Natal, Robert McKenzie.*

           *LONDON: Lebih 20 juta kanak-kanak tidak menerima vaksin campak setiap tahun di seluruh dunia sejak lapan tahun lalu, membuka laluan kepada virus terdedah yang kini berlakunya penularan penyakit, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.*
             *”Virus campak akan selalu menjangkiti kanak-kanak yang tidak mendapat suntikan vaksin. Penularan campak global yang kita saksikan hari ini, berlaku beberapa tahun lalu,” kata pengarah eksekutif UNICEF, Henrietta Fore.*
         *Laporan UNICEF menganggarkan 169 juta kanak-kanak tidak mendapat dos pertama vaksin campak antara 2010 dan 2017, menyamai 21.1 juta setahun secara purata.*

           *JAKARTA: Dua pekerja domestik Indonesia yang dijatuhi hukuman mati kerana mengamalkan sihir terhadap keluarga majikan mereka di Arab Saudi dibebaskan semalam selepas hukuman mereka dibatalkan, kata Kementerian Luar Indonesia.*
           *Amah yang dikenali sebagai Sumartini dan Warnah, tiba di Jakarta selepas menjalani hukuman penjara lebih 10 tahun di Arab Saudi, kata pegawai kanan kementerian, Lalu Muhammad Iqbal.*
         *Mereka dijatuhkan hukuman mati oleh sebuah mahkamah di Riyadh pada 2009 tetapi hukuman itu dikurangkan pada awal tahun ini selepas rundingan bertahun-tahun antara Indonesia dan Arab Saudi.*

            *MOSCOW: Berang mengetahui wanita ditidurinya sebenarnya lelaki yang menukar jantina, seorang doktor di Kursk, Russia, bertindak kejam membunuh sebelum memotong dan memasak anggota tubuh ‘wanita’ itu.*
            *Dalam kejadian minggu lalu, Mikhail Tikhonov, 27, memasak sebahagian anggota badan mangsa dikenali sebagai Nina Surgutskaya, 25, dalam ketuhar manakala anggota selebihnya dicincang dan dibuang ke dalam tandas.*
           *Dalam keterangannya kepada polis, Tikhonov mengaku melakukan hubungan seks dengan mangsa di rumah wanita itu selepas mereka menghabiskan masa di Kursk.*

           *ARKANSAS: Seorang wanita ‘naik hantu’ apabila menembak mati suaminya selepas mendapat tahu lelaki terbabit menambah langganan televisyen saluran pornografi di rumah mereka.*
          *Daily Mail melaporkan, wanita terbabit, Patricia Hill, 69, kini menghadapi perbicaraan atas tuduhan membunuh suaminya, Frank Hill, 65, yang ditemui mati di rumah mereka di Pine Bluff, Arkansas, Julai lalu.*
            *Isnin lalu, pendakwa raya memberitahu mahkamah bahawa wanita itu sebelum ini sudah membatalkan langganan saluran lucah itu sebanyak dua kali dan menembak mati suaminya sebaik mendapat tahu lelaki terbabit melanggannya sekali lagi.*

              *DUBAI/GENEVA: Arab Saudi melaksanakan hukuman pancung besar-besaran semalam, membabit 37 orang yang didakwa terbabit dalam kegiatan berkaitan pengganas, lapor agensi berita rasmi negara itu, Saudi Press Agency (SPA).*
            *Dalam kenyataan yang disiarkan SPA, hukuman mati itu dilaksanakan terhadap mereka yang cuba ‘menjejaskan keselamatan’ dan ‘menyebabkan huru-hara’.*

           *Porac, Manila: Presiden Rodrigo Duterte bukan saja mengancam untuk belayar ke Kanada bagi menghantar kembali sampah dari negara itu yang dihantar secara haram ke Filipina, malah mengisytiharkan perang dengan Ottawa.*
           *”Saya beri amaran kepada Kanada, minggu depan mereka perlu bawa keluar sampah atau saya akan belayar ke Kanada dan melambakkan sampah mereka di sana.*
           *”Mari kita perangi Kanada. Saya mengisytiharkan perang terhadap mereka,” katanya di sini, kelmarin, dalam lawatannya ke utara Manila yang dilanda gempa bumi Isnin lalu.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *SERAMAI 11 individu diberikan amaran selepas dikesan cuba merakamkan filem ‘Avengers : Endgame’ pada hari pertama ditayangkan di pawagam di Johor, malam tadi.*
             *Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, tindakan itu hasil pemeriksaan di pawagam terpilih di negeri ini.*
             *Sementara itu, tular di Twitter mendakwa berlaku tangkapan seorang wanita oleh KPDNHEP di pusat beli belah di Bukit Indah, semalam.*
            *Perkongsian itu mendakwa penahanan wanita itu kerana sedang merakam filem Avengers: Endgame menggunakan telefon bimbit.*

          *PENERIMA Anugerah Nobel Keamanan, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nasarudin Mohd Yusof sedia berkongsi pengalaman dengan generasi muda mengenai kejayaannya mengharumkan nama negara.*
         *Pesara tentera berusia 57 tahun itu berkata, dia yakin menerusi perkongsian itu dapat memberikan motivasi, dorongan dan semangat kepada golongan muda untuk mencapai kejayaan.*
          *Pakar munisi dan senjata kimia itu berkata, bertugas dalam bidang keselamatan tidak mudah kerana ia bukan saja membabitkan kepentingan atau nyawa orang ramai, malah negara di dunia.*

          *PENDAKI Malaysia, Chin Wui Kin, yang terkandas antara puncak Gunung Annapurna disahkan masih selamat dan sempat melambai helikopter penyelamat.*
          *Setiausaha Ketiga Kedutaan Malaysia di Nepal, Albony Basir berkata, pakar perubatan sebuah hospital di Singapura berusia 48 tahun itu dipercayai terpisah dengan kumpulan pendaki Seven Summit Treks dari beberapa negara membabitkan 31 pendaki lain.*
           *Sementara itu, Wui dalam hantaran di laman sosial Facebook (FB) pada 21 April lalu memaklumkan sudah tiba di Kem 3 pada jam 4 petang selepas mendaki lebih sembilan jam.*
         *”Ia menakutkan di tebing ais, saya gembira berjaya menawannya (Kem 3), salji sangat tebal,” katanya.*

          *IBU bapa membuat kejutan apabila membasuh kereta dan motosikal cikgu sempena sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelor, Pasir Puteh, hari ini.*
            *Kehadiran 15 ibu bapa pada 8 pagi dengan masing-masing membawa baldi, cecair pembersih dan kain pengelap untuk memberi kejutan sebagai menghargai jasa guru di sekolah berkenaan.*
          *Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Jelor Hisyam Daud berkata, kejutan itu dirancang jawatankuasa tanpa pengetahuan guru sekolah.*

            *Jakarta: Satu rakaman video yan tular di media sosial Facebook, memperlihatkan keberanian seorang kanak-kanak lelaki bermain dengan seekor ular sawa bersaiz besar di luar rumahnya.*
           *Tribunnews.com melaporkan, rakaman dimuat naik melalui akaun Yuni Rusmini itu menunjukkan seorang kanak-kanak berbaju hitam duduk di tengah-tengah lingkaran ular sambil memanggil ayahnya yang mungkin sedang memerhatikan keselamatannya.*
           *Dia kemudiannya mengangkat lalu mengalihkan kepala reptilia itu ke tempat lain. Perkara terbabit tidak membuatkan ia marah sebaliknya kanak-kanak itu yang menjerit gembira apabila ular sawanya tegak memandangnya.*
                 
www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2019 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SATU 27 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 21 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0536*
*SUBUH : 0546*
*SYURUK : 0703*
*ZOHOR : 1314*
*ASAR : 1630*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2031*

*LST GA_L IGU NI*


*artikel disiarkan pada tarikh 26april*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *HARGA runcit petrol RON97 naik satu sen seliter iaitu daripada RM2.80 seliter kepada RM2.81 seliter manakala, RON95 dan diesel kekal masing-masing pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit produk itu bagi tempoh 27 April hingga 3 Mei ini berdasarkan penetapan harga runcit petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).*

               2) *SEORANG pegawai risikan siasatan jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan kepada panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bahawa pendatang asing tanpa izin (PATI) dipaksa membayar RM6,500 kepada sindiket jika mahu memasuki Malaysia. Saksi ke-18, Inspektor Mohd Husyairi Musa yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Bahagian Risikan Operasi Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Padang Besar berkata, tiga PATI yang ditahan pada Mei 2015 semasa disoal siasat secara berasingan memberitahu maklumat sama.*

               3) *SEORANG suami memangku jenazah pembonceng yang juga isterinya selepas terbabit kemalangan di Kilometer 2.3 Jambatan Pulau Pinang, hari ini, mengundang sebak orang ramai yang melalui kawasan itu. Dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal jam 7.55 pagi itu, mangsa, Junaidah Abdul Rani, 43, yang membonceng bersama suaminya, Abd Samat Azizan, 55, dari arah Seberang Jaya menuju ke tempat kerja mereka di Georgetown.*

               4) *POLIS mengesahkan sebuah universiti swasta di Bukit Jalil, menerima panggilan mengenai satu ancaman bom, kira-kira 2 petang ini. Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya kini sedang mengambil tindakan mengikut prosedur operasi standard (SOP). “Perkembangan semasa akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.*

               5) *PENJUAL minyak wangi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan mendera dua anak rakannya, sehingga mangsa melecur pada bahagian kaki mangsa, tahun lalu. Wanita berusia 37 itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.*

               6) *AKIBAT gagal mendapatkan wang, seorang lelaki bukan hanya bertindak biadap apabila mengugut mahu memukul ibunya, namun turut menumbuk adiknya dalam kejadian di Kampung Seberang Limbongan, dekat Jerteh, kelmarin. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 1.30 pagi ketika wanita berusia 57 tahun berada di rumah sebelum suspek berusia 25 tahun meminta sejumlah wang.*

               7) *“SAYA mohon bantuan umat Islam mendoakan anak saya dijumpai segera dan jika dia tidak bernyawa biarlah kami jumpa jasadnya kerana sudah lebih 12 jam dia hilang,” rayu Mohd Said Abdul Wahab, 56. Mohd Said adalah bapa Mohd Danish Mirzan, 16, remaja yang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Sahari, Kluang petang semalam.*

               8) *WANITA dan teman lelaki masing-masing berusia 28 tahun yang membuang bayi di sebuah masjid di Ara Kuda, Tasek Gelugor, diberkas polis di Hospital Kulim, Kedah semalam. Kedua-dua mereka ditahan 3.30 petang semalam oleh sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPDSPU).*

               9) *PENGANGGUR dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini, selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya berusia 19 bulan, tiga tahun lalu. Hakim, Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Aizat Abdullah Othman, 25, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. Saksi menceritakan perbuatan tertuduh iaitu menumbuk perut, membaling ke dinding dan mengikat si mati menggunakan getah paip.*

               10) *TIGA sekeluarga yang dalam perjalanan membeli makanan maut apabila motosikal dinaiki mereka kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Sungai Bagan, Rengit, Batu Pahat semalam. Dalam kemalangan 11.30 malam itu, tiga sekeluarga yang menunggang Honda EX5 menghala ke arah Pontian dari Batu Pahat dirempuh Perodua Kenari dari arah sama.*

               11) *KEMENTERIAN Pendidikan mempertimbang untuk menukar nama Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sebagai usaha mengubah stigma dan persepsi masyarakat terhadap bidang berkenaan. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya sedar bidang TVET belum menjadi pilihan arus perdana sehingga terdapat seakan stigma dalam masyarakat yang menyifatkan ia pilihan kedua atau untuk mereka yang tidak berjaya.*

               12) *KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak menyokong usaha membawa masuk budaya masyarakat luar semata-mata mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020). Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, sebaliknya kerajaan pusat akan terus memastikan kepelbagaian budaya dan seni warisan masyarakat tempatan terus berkembang serta terpelihara melalui pelbagai pengiktirafan sehingga ke peringkat tertinggi seperti Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).*

               13) *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengesan taktik terbaru pemandu yang menutup dan mencabut satu huruf atau nombor pendaftaran pada plat kenderaan bagi mengelak dikenakan saman. Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, taktik itu berjaya dikesan selepas beliau terserempak dengan kereta yang berbuat demikian ketika melintasi Kamera Automated Awareness System (AWAS) di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), baru-baru ini.*

               14) *PANGGILAN telefon itu ternyata meninggalkan trauma buat seorang wanita apabila mendengar sendiri tembakan dilepaskan bekas teman lelakinya yang memberitahu mahu membunuh diri ketika berada di rumah di Lengkok Merbah 1, Pulau Jerejak di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, wanita terbabit yang tinggal di Australia dihubungi bekas teman lelakinya yang memberitahu perutnya sakit selain turut menghantar gambar pistol yang diacu di dada dalam kiriman WhatsAppnya sebelum itu.*

               15) *PASANGAN pegawai kanan bank kerugian lebih RM200,000 apabila rumah mereka di Bandar Kinrara 6, Puchong dimasuki pencuri 8.30 malam tadi. Dalam kejadian itu, pasangan yang mahu dikenali sebagai Ahmad dan Yana masing-masing berusia 40-an tiada di rumah kerana berada di Jakarta dan Phuket atas urusan kerja.*

               16) *“MASIH terbayang adik dan rakan sekelas terkapai-kapai cuba mencari tempat berpaut di tebing sungai,” kata Muhammad Afiq Mazeni, 16. Muhammad Afiq adalah seorang daripada enam pelajar Sekolah Tahfiz Assidiq Gurfan yang terselamat dalam kejadian lemas di Sungai Kampung Sahari di Simpang Renggam, petang semalam.*

               17) *PEGAWAI dan enam anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selalu lalu dilepaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.
SPRM Pahang dalam kenyataan di Kuantan hari ini memaklumkan pihaknya membuat permohonan melepaskan tahanan reman ke atas semua suspek di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Kuantan, Humaira KM Haider.*

               18) *LAPAN individu diberi amaran keras oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akibat cubaan merekod filem Avengers: Endgame dalam pawagam. Dalam operasi penguatkuasaan di pusat beli belah di Kuala Lumpur, 21 dewan tayangan diperiksa.*

               19) *DUA lelaki berusia 23 dan 27 tahun diberkas olis selepas mencuri bateri sebuah lori di Jalan Baru, Perai semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, mereka yang menaiki Perodua Myvi dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu 5.20 pagi.*

               20) *DUA anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdepan detik cemas apabila pacuan empat roda dinaiki terbabas melanggar penghadang jalan dalam kejadian di Kilometer 217.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Simpang Ampat, Alor Gajah hari ini. Kejadian 9.40 pagi itu dikatakan berlaku akibat hujan lebat.*

               21) *OPERASI pencarian Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8 diharap diteruskan walaupun kehilangan kanak-kanak itu di Bangi sudah memasuki hari ke-12. Ibunya, Sainih Sunding, 46, berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat terkini membabitkan kehilangan anaknya.*

               22) *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang menahan dua kapal disyaki melakukan pemindahan diesel secara haram pada jarak dua batu nautika dari Kuala Kemaman, Chukai, membabitkan rampasan RM2 juta. Timbalan Pengarah Maritim (Operasi) APMM Pahang Kepten Maritim V Pannir Selvan berkata, kedua-dua kapal itu ditahan 2.30 pagi hari ini hasil maklumat awam dan risikan pihaknya.*

               23) *BEKALAN air di lima wilayah terjejas susulan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) sudah pulih sepenuhnya. Ia membabitkan kawasan Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abdul Raof Ahmad berkata, ia berdasarkan pemerhatian pihaknya sehingga jam 6 petang hari ini.*

               24) *LELAKI dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini, atas dakwaan membunuh seorang remaja lelaki berumur 18 tahun, pada Februari tahun lalu. Tertuduh, Sisal Benigno, 41, mengangguk faham terhadap pertuduhan itu selepas dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.*

               25) *BAGI memastikan industri halal berkembang maju, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil inisiatif menganjurkan kursus intensif Training of Trainer (TOT) kepada 50 peserta, kelmarin. Pengarah Majlis Halal Malaysia JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, kursus itu bagi memantapkan ilmu dan kepakaran tenaga pengajar dalam kalangan rakan strategik Malaysia International Halal Academy (MIHA).*

               26) *BAGI memastikan industri halal berkembang maju, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil inisiatif menganjurkan kursus intensif Training of Trainer (TOT) kepada 50 peserta, kelmarin. Pengarah Majlis Halal Malaysia JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, kursus itu bagi memantapkan ilmu dan kepakaran tenaga pengajar dalam kalangan rakan strategik Malaysia International Halal Academy (MIHA).*

               27) *MESYUARAT Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali-39 menetapkan bahawa hukum kahwin lari atau melaksanakan perkahwinan di luar negara adalah sah hukumnya mengikut beberapa keadaan dan situasi. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sebarang perkahwinan yang berlangsung di luar kawasan atau luar negara membabitkan beberapa keadaan.*

               28) *ISU kadar sewa tapak bazar Ramadan dekat stesen teksi Tanjung, Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu yang dikatakan terlalu tinggi dan membebankan peniaga sudah selesai, apabila kerajaan negeri menetapkan sewa RM2,000 untuk satu kanopi.*

               29) *DUA lelaki kempunan merasai nikmat udara nyaman ketika cuaca panas selepas polis menemui semula seunit pendingin hawa yang dilaporkan hilang dari klinik di Pusat Komersial Medan Raya, Bintulu, minggu lalu. Dalam kejadian pada kira-kira 4 petang, semalam, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bintulu, menangkap dua suspek berusia 29 dan 32 tahun dalam serbuan di rumah di Jalan Miri-Bintulu.*

               30) *SINDIKET penyeludupan dan pengedaran dadah ganja didalangi Geng Mail tumpas selepas polis menahan lima orang dan merampas 116 ketulan mampat ganja seberat 115.6 kilogram bernilai RM302,000 dalam tiga serbuan, kelmarin. Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, serbuan itu dijalankan hasil maklumat dan kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand sebulan lalu susulan penahanan ahli sindiket terbabit di negara jiran.*

           31) *DUA lelaki masing-masing warga Nepal dan Bangladesh dijatuhi hukuman penjara serta denda oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menjual pelbagai jenis barangan jenama tiruan Isnin lalu. Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Md Swapan Morol, 32, warga Nepal dan Nabaraj BK, 40, warga Bangladesh.*

           32) *DUA anggota polis yang dalam tugasan rondaan cedera apabila pacuan empat roda dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 4 Jalan Bahau-Tampin berhampiran Kampung Rata, Jempol hari ini. Dalam kejadian 12.45 tengah hari itu, kedua-dua anggota lelaki dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol menaiki Nissan Navara dari arah Tampin menghala ke Bahau.*

           33) *LELAKI maut apabila kereta dipandu dirempuh kenderaan pacuan empat roda ketika membuat pusingan U di Jalan Tuaran Bypsss di Kota Kinabalu, petang hari ini. Dalam kejadian 2.20 petang itu, Abdul Razak Ahmad, 48, yang memandu kereta Perodua Kelisa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Likas.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *TENNESSEE: Seorang lelaki didakwa membunuh bayi empat bulan yang dibelasah mati selepas mendapat tahu kanak-kanak itu bukan anaknya.*
              *Jose Avila-Agurcia, 33, dari Memphis didakwa atas tuduhan bunuh akibat penderaan serta pengabaian seorang kanak-kanak dalam kematian Alexander Lizondro-Chacon.*
           *News.com.au melaporkan, ibu mangsa, Mercy Lizondro-Chacon memanggil polis ke rumahnya di Memphis pada 12 April lalu dengan mengadu bayinya tidak bergerak dan sukar bernafas.*

            *LONDON: Kumpulan terkenal dari Ireland, The Cranberries mengucapkan selamat tinggal menerusi pelancaran album terakhir mereka hari ini, sebagai memperingati pemergian penyanyinya, Dolores O’Riordan tahun lalu.*
             *Album kelapan dan terakhir berjudul ‘In the End’ itu turut merakamkan vokal Dolores sebelum ditemui lemas dalam tab mandi sebuah hotel di London pada Januari 2018 akibat keracunan alkohol, lapor Reuters.*
            *The Cranberries popular sekitar awal 1990 an dengan lagu ‘Zombie’ dan ‘Linger’ serta mempunyai rekod jualan album paling tinggi selepas kumpulan U2, iaitu mencecah lebih 40 juta unit.*
          *The Cranberries yang turut dianggotai Noel Hogan, Mike Hogan, dan Fergal Lawler sebelum ini menyuarakan hasrat untuk berpecah selepas pelancaran album berkenaan.*

            *BEIJING: Seorang wanita menikam mati suaminya menggunakan pisau pemotong daging kerana terlupa membeli paha ayam dipesan untuk makan malam.*
            *Dalam kejadian di Lujiang, timur China itu, wanita yang hanya dikenali sebagai Luo itu berang selepas suaminya Wu Shouchun pulang dengan tangan kosong pada 13 April lalu menyebabkannya mengambil pisau dan terus menikam mangsa.*
          *Keluarga Wu memberitahu stesen radio Anhui, Luo amat baran malah terlalu dimanjakan suaminya.*

           *OTTAWA: Datuk Bandar Ottawa, Jim Watson mengisytiharkan darurat di Quebec berikutan peningkatan paras air banjir yang memaksa penduduk terus dipindahkan, semalam.*
           *Pihak berkuasa turut memberi amaran empangan hidroelektrik berisiko pecah, lapor Reuters.*
         *Watson mengisytiharkan darurat selepas paras air di Sungai Ottawa terus meningkat selain ramalan cuaca menyatakan hujan lebat hari ini.*

           *PURULIA (INDIA): Seorang petani tergamam apabila dia secara tiba-tiba dihumban gajah sejauh 50 meter selepas membuang air besar dalam kejadian di daerah Puruia, Bengal Barat, India.*
            *Kejadian kira-kira jam 4 pagi semalam berlaku apabila gajah terbabit dikatakan melilit badannya dengan belalai sebelum mencampak lelaki terbabit, Niranjan Sahish 55, dan terus menghilangkan diri ke dalam hutan, lapor Times Now News.*
            *Dia yang terbaring dengan kecederaan pada kaki dan badan, ditemui oleh kakitangan jabatan perhutanan sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.*

           *WELLINGTON: Polis New Zealand malu selepas 11 senjata api dicuri dari sebuah balai polis di tengah North Island, baru-baru ini.*
          *"Senjata berkenaan yang antaranya untuk dilupuskan lesap dari balai polis Palmerston North.*
         *"Saya memandang berat isu ini. Ia sukar diterima,” kata jurucakap polis Sarah Stewart.*
       *Radio New Zealand melaporkan, sekurang-kurangnya salah satu daripada senjata terbabit adalah separa automatik yang diharamkan oleh kerajaan.*

            *COLOMBO: Pemimpin ekstremis dianggap memainkan peranan penting dalam serangan hari Easter di Sri Lanka, baru-baru ini, turut terbunuh dalam kejadian berkenaan, kata presiden negara itu semalam dalam pada ketua polisnya meletak jawatan kerana gagal menghalang kejadian berkenaan.*
           *Presiden Maithripala Sirisena memberitahu wartawan, Zahran Hashim maut dalam letupan di salah satu lokasi serangan membabitkan masing-masing tiga gereja dan hotel mewah yang kerap digunakan pelancong luar.*
         *"Agensi risikan memaklumkan saya, Zahran terbunuh dalam serangan di Shangri-La,” katanya.*

            *TAPACHULA: Kira-kira 1,300 pendatang asing meloloskan diri dari pusat tahanan di selatan Mexico, petang semalam, kata pihak berkuasa tempatan.*
          *Lebih separuh daripada jumlah itu kembali ke pusat Siglo XXI di Tapachula, Chiapas, namun sekitar 600 lagi belum dijumpai, kata Institut Migrasi Kebangsaan dalam satu kenyataan.*
        *Pendatang dari Cuba merangkumi majoriti orang di pusat berkenaan dan mereka juga mendalangi kejadian terbabit.*

            *CARACAS: Seramai 24 pendatang Venezuela hilang selepas bot nelayan yang mereka naiki ke Trinidad dan Tobago karam, kelmarin. Timbalan polis Robert Alcala memberitahu AFP, bot itu membawa 33 penumpang dan sembilan daripadanya diselamatkan nelayan. Bagaimanapun, kejadian itu belum disahkan pihak berkuasa Venezuela.*

           *TIGA lelaki dipenjara antara 20 tahun sehingga 41 tahun kerana mengadakan seks dengan kuda, kambing, lembu dan anjing sejak lima tahun lalu.*
            *Matthew Brubaker, 31, Terry Wallace, 41, dan Marc Measnikoff, 34, dipenjara antara 20 hingga 41 tahun kerana mengadakan seks dengan 12 haiwan di daerah Clearfield, Pennsylvania, lapor WJAC.*
           *Seorang remaja lelaki yang tinggal di ladang mereka di Munson turut dilaporkan dipaksa membantu mereka memegang haiwan berkenaan ketika tertuduh mengadakan seks dengan binatang terbabit.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *“Saya dah cukup sabar dan bertolak-ansur dengan mereka, tapi cara mereka sangat mendesak. Saya dah tak mahu layan,” kata pelakon Datin Diana Danielle mengenai ketidakpuasan hati apabila namanya disenarai hitam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).*
         *Isteri kepada pelakon Datuk Farid Kamil ketika dihubungi Harian Metro enggan mengulas lanjut mengenai setiap luahan kekesalannya terhadap LHDN di Instagram Story, baru-baru ini.*
           *”No komen. Semua saya dah luahkan di Instagram,” katanya ringkas.*

           *TEMA ‘orang kampung’ memeriahkan sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Keledang, Slim River, hari ini.*
          *Pelbagai gelagat dan gaya dapat disaksikan pada sambutan itu termasuk persembahan guru mendendangkan lagu yang mencuit hati murid.*
            *Nyanyian lagu Datuk Jamal Abdillah, ‘Derita Cinta’ didendangkan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Ahmad Zaharudin Amin, 49, paling menonjol.*
            *Guru Besar SK Sri Keledang Ahmad Shauhada Zakaria berkata, setiap tahun Kelab Guru akan menetapkan tema bertujuan memeriahkan sambutan pada setiap tahun.*

          *SETIAP tiga hari akan ada seorang bayi dibuang sama ada dijumpai mati atau hidup.*
             *Walaupun ia sesuatu yang menyayat hati dan dianggap tidak berperikemanusiaan, tetapi itulah fakta sebenar serta realiti yang berlaku dalam masyarakat kita.*
            *Malah, berdasarkan statistik dikumpulkan mendapati sejumlah 577 kes pembuangan bayi dan janin direkodkan antara Januari 2014 hingga Disember 2018.*
            *Rekod itu diperolehi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan laporan diterima serta siasatan dilakukan sebelum ini.*

           *PROGRAM Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Ramadan 2019 yang kini sudah masuk tahun ke-12 mendapat kerjasama daripada PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk membantu segelintir masyarakat yang masih hidup dalam serba kekurangan supaya dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih ceria.*
            *Menerusi kerjasama itu, PLUS menyumbang RM440,000 untuk dilaksanakan di dua lokasi terpilih iaitu di Kampung Balun, Slim River, Perak dan Kampung Ulu Tawar, Balun, Karangan, Baling.*
           *Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, dari jumlah sumbangan itu, RM140,000 diperuntukkan untuk pelbagai pengisian program yang sudah dirancang termasuk majlis berbuka dan RM300,000 agihan zakat kepada golongan asnaf di kedua-dua kampung berkenaan.*

          *KATHMANDU: Pendaki Malaysia yang berjaya diselamatkan selepas terkandas dua malam berhampiran puncak Gunung Annapurna, Nepal dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.*
           *Pendaki terbabit, Chin Wui Kin, 48, diterbangkan ke sebuah hospital di Kathmandu pagi tadi selepas diturunkan oleh penyelamat dalam operasi berisiko semalam.*
          *"Kadar denyutan jantung dan suhu badannya sangat rendah ketika dihantar untuk menerima rawatan. Dia mengalami hipotermia yang agak teruk dan luka beku pada tangan dan kaki.*

          *LOS ANGELES: Filem adiwira Avengers: Endgame mencecah kutipan AS$169 juta (RM780) juta pada tayangan perdana di 25 negara, kelmarin.*
          *Ia memecahkan rekod box-office dalam tempoh sehari di China, Australia, New Zealand dan beberapa negara lain, kata Disney yang memberi Marvel Studios pada 2009.*
          *Sambutan filem itu luar biasa di China dan memperoleh kutipan AS$107.5 juta (RM444.51 juta).*
                 

*ARENA*
========

  
          *“Tiada persahabatan dalam padang”.*
             *Begitulah kata penyerang Barcelona, Luis Suarez apabila berdepan Liverpool pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) di tempat sendiri, minggu depan.*
          *Suarez, bekas pemain pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berkongsi pandangannya menjelang pertemuan dua gergasi Eropah itu di Nou Camp.*
           *"Saya bernasib baik meraih pengalaman dan memiliki memori bersama setiap kelab saya wakili. Beraksi bersama kelab negara saya, Nacional di Uruguay membawa saya ke Eropah.*

          *BAPA kepada mendiang pemain bolasepak, Emiliano Sala iaitu Horacio, meninggal dunia, hari ini, empat bulan selepas anaknya itu terbunuh dalam tragedi kapal terbang terhempas.*
          *Horacio Sala, 58, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di bandar Progreso, Argentina, menurut laporan media tempatan.*
            *Anaknya berusia 28 tahun itu, Emiliano yang dalam penerbangan ke Cardiff pada Januari lalu untuk berhijrah dari kelab Perancis, Nantes sebelum kapal terbang Piper Malibu dikendali juruterbang, David Ibbotson terhempas di Selat Inggeris yang menyebabkan kedua-duanya terbunuh.*

          *HASRAT untuk menyaksikan wakil tunggal negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik beraksi pada separuh akhir Kejohanan Badminton Asia lebur selepas naib juara Seluruh England itu terkandas pada suku akhir hari ini.*
          *Beregu lelaki negara itu tewas di tangan lawan dari Korea Selatan, Min Hyuk Kang-Kim Won Ho 15-21, 21-16, 18-21 pada perlawanan di Wuhan, China.*

          *SKUAD hoki negara menepati ramala melakar kemenangan meyakinkan 6-0 ke atas Brazil pada perlawanan pertama Kumpulan B, Pusingan Akhir Siri FIH di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam ini.*
         *Namun anak buah Roelant Oltmans dilihat lambat panas selepas hanya berjaya memecah kebuntuan pada separuh masa kedua.*

          *WALES membuktikan kedudukan ranking bukan menjadi ukuran apabila menewaskan pasukan di ranking ke-10 dunia, Kanada 3-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan A, Pusingan Akhir Siri FIH di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.*
             *Di atas kertas, Wales yang menghuni ranking ke-24 dunia pada awalnya dilihat bukan pencabar kepada Kanada namun segala-galanya berubah ketika aksi di tengah padang.*

          *KEJUTAN terbesar dilakukan Itali apabila menewaskan China 2-1 pada perlawanan pertama Kumpulan B, Pusingan Akhir Siri FIH di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.*
            *Hadir dengan status pasukan ranking paling rendah pada kejohanan ini iaitu tangga ke-32 dunia, kualiti permainan yang ditunjukkan Itali nyata jauh lebih baik berbanding China yang menduduki ranking ke-14.*

           *HASRAT Kedah yang mahu bangkit mengutip mata penuh terhalang apabila sekadar seri 1-1 dengan Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.*

          *JOHOR Darul Ta’zim II (JDT II) terpaksa berhempas-pulas sebelum melakar kemenangan 2-0 ke atas Selangor United pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam ini.*
             *KELANTAN bangkit daripada episod malang di laman sendiri apabila menang tipis 2-1 ke atas Pulau Pinang pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.*

          *LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) bersikap amatur dengan memaksa rakan kongsi mematuhi setiap kehendak mereka dan kegagalan berbuat demikian akan dikenakan pelbagai bentuk hukuman termasuk pemotongan geran.*
            *Berikutan itu, MFL sepatutnya dibubarkan dan diletakkan di bawah kendalian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mengelak lebih banyak masalah lain akan timbul pada masa akan datang.*
            *Itu antara pandangan bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh yang sudah menjangkakan masalah terbabit akan timbul apabila badan pengurusan liga itu lebih mengambil sikap mengheret daripada mendukung pasukan yang menghadapi masalah.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2019 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*ISNN 29 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 23 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0536*
*SUBUH : 0546*
*SYURUK : 0703*
*ZOHOR : 1313
*ASAR : 1630*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2031*


*artikel disiarkan pada tarikh 28april*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd menukar dua dokumen di Beijing, semalam dengan rakan kongsi dari Pakistan dan China untuk membantu merancakkan pelan pengembangan masa depan syarikat itu. Proton dalam kenyataan berkata, yang pertama adalah pertukaran dokumen untuk perjanjian pelesenan dan bantuan teknikal (LTAA) antara Proton dan Al-Haj Automotive, pengedar rasmi kenderaan Proton di Pakistan.*

               2) *SEGAMAT: “Saya nekad tarik badan abang menerusi tingkap bilik tidur ketika rumahnya terbakar,” kata Rosli Mohamed, 53, ketika menceritakan detik cemas dia menyelamatkan abangnya, Ramli Mohamed, 59. Rosli, menjadi wira selepas kediaman abangnya di Kampung Batu Badak di sini, terbakar jam 2.50 pagi, semalam.*

               3) *Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah pada Ahad, 5 Mei bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, semalam, jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari itu di 29 lokasi.*

               4) *PENUNGGANG motosikal berkuasa tinggi maut selepas diseret sejauh beberapa kilometer dipercayai oleh kenderaan berat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 272.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora, di Ipoh, hari ini. Difahamkan pada 5.30 pagi, pihak PLUS menemui motosikal Kawasaki Z800 bersama kaki kiri mangsa di kawasan berkenaan, sebelum menemui mayat Mohamad Haris Mohamad Fuad, 23, di KM 260 iaitu hampir 13 kilometer (km) daripada lokasi mangsa dipercayai mula diseret .*

               5) *MAYAT pelajar Sekolah Tahfiz Assidiq Gurfan, Simpang Renggam, Mohd Danish Mirzan Mohd Said, 16, ditemui di jambatan Parit Salleh, Kluang, hari ini. Mohd Danish Mirzan adalah seorang daripada dua mangsa lemas ketika mandi bersama enam rakan lain di Sungai Kampung Sahari, kira-kira jam 6.10 petang kelmarin.*

               6) *DAP berhadapan empat saingan dari calon Parti Bersatu Sabah (PBS) dan tiga calon Bebas untuk mempertahankan Parlimen Sandakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen itu. DAP mempertaruhkan Vivian Wong Shir Yee, 30, yang dicabar oleh Datuk Linda Tsen Thau Lin (PBS) serta tiga calon Bebas iaitu Chia Siew Yung, Sulaiman Samat dan Hamzah Abdullah.*

               7) *BEREBUT kawasan mengambil buah kelapa sawit, lelaki warga Indonesia bertindak di luar jangkaan apabila menikam abangnya dalam kejadian di sebuah ladang di Pasai Siong, Sibu semalam. Kejadian itu menyebabkan perut mangsa, Irwan Maseng, 31, terburai namun dia ditemui selamat.*

               8) *NELAYAN dikhuatiri lemas selepas hilang ketika menangkap ikan di muara Sungai Juru, Juru hari ini. Kehilangan mangsa disedari orang ramai selepas bot miliknya ditemui tersadai di tepi sungai itu. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pegawai Bomba Kanan II Awis Karni Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan 1. 01 tengah hari berhubung kejadian.*

               9) *TINDAKAN pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan lelaki yang mahu terjun di Kilometer 6.8 Jambatan Pulau Pinang hari ini. Dalam kejadian 2 petang itu, lelaki berusia 30-an terbabit dilihat berpaut pada besi berhampiran kotak elektrik di jambatan berkenaan.*

               10) *CUBAAN tiga warganegara Indonesia untuk masuk ke negara ini secara haram terbantut selepas mereka dicekup anggota Pasukan Polis Marin (PPM) di Jeti Penumpang, Pelabuhan Klang, semalam. Pasangan suami isteri dan rakan wanita mereka berusia 28 hingga 30 tahun ditahan ketika pemeriksaan 11.15 pagi di jeti berkenaan.*

               11) *LEBIH 30 saksi sudah dirakam keterangan bagi mencari kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sebuah flat di Bandar Seri Putra di Bangi sejak 15 April lalu. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kesemua saksi terbabit terdiri daripada ahli keluarga mangsa serta rakan sekolahnya.*

               12) *LEBIH 200 kilogram ikan terubuk yang dijual pada harga RM1 seekor laris dalam masa tidak sampai setengah jam jualan di Sadong Jaya hari ini. Harga istimewa itu ditawarkan sempena Program Lan Berambeh di pasar Sadong Jaya yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidil Lariwoo pagi tadi. Penduduk, Mortada Malie, 50, berkata, pasar itu dikunjungi orang ramai sebaik saja jualan murah itu diumumkan.*

               13) *KERETAKAN pada bangunan Blok F, Pangsapuri Taman Keramat Permai, Ampang, masih dalam fasa penilaian dan pengumpulan data oleh perunding dilantik. Ketua Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata, pihaknya sedang mengumpul data berkenaan bagi melihat sama ada wujud keretakan baru atau tidak.*

               14) *NELAYAN yang hilang selepas keluar ke laut ditemui lemas oleh pasukan operasi mencari dan penyelamat (SAR), pada 4.15 petang, hari ini. Mayat mangsa, Mad Kassim Chat, 65, ditemui di Kilometer 2.1 Jambatan Pulau Pinang arah Prai selepas lebih lapan jam hilang. Dalam kejadian itu, kehilangan mangsa disedari isterinya Hamidah Md Yusof, 49, yang gagal menghubungi suaminya itu.*

               15) *EMPAT lelaki yang berangan mahu berjoli dengan hasil jualan sarang burung layang-layang bernilai RM17,000 yang dicuri mereka terbantut selepas dicekup polis di sebuah gudang di Bandar Jerteh, Jerteh semalam. Mereka yang berusia antara 33 hingga 40 tahun itu ditahan polis bersama pelbagai peralatan pecah rumah 4 pagi.*

               16) *POLIS menahan 13 individu termasuk seorang penjaga tapak gerai haram disyaki terbabit dalam aktiviti pemerasan hasil serbuan di Pasar Borong Selayang, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9 ) Bukit Aman bermula 7.15 malam.*

               17) *PESERTA yang menyertai Larian Borneo International Marathon di Kota Kinabalu hari ini, tidak sempat menamatkan lariannya apabila jatuh pengsan sebelum disahkan meninggal dunia tidak jauh dari garisan penamat. Difahamkan, Bitah Sabenting, 56, sempat diberi bantuan pernafasan (CPR) sebaik didapati jatuh pengsan kira-kira 200 meter dari kawasan penamat iaitu di Stadium Likas.*

               18) *LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan barangan keperluan bagi hasil tani dan penternakan mencukupi menjelang Ramadan ini. Pengerusinya Ishak Ismail berkata, pihaknya sudah membuat perancangan teliti, khususnya bagi bekalan dua barangan utama iaitu ayam dan kelapa.*

               19) *Seramai 250 peserta menyertai Program Superheroes Challenge Sempena Hari Polis Ke-212 anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang diadakan di Semenyih Ecoventure Resort and Recreation di Semenyih, hari ini. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, penganjuran program yang berkonsepkan sukan lasak itu mendapat sambutan menggalakkan bukan saja daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), malah menarik banyak penyertaan dalam kalangan masyarakat.*

               20) *PERASAAN gembira dan terharu jelas terpancar pada wajah veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini selepas dapur rumah kediamannya yang mengalami kerosakan kesan banjir pada 2013 siap dibaiki oleh anggota TLDM. Menurut Jusof Bot, 59, dia tidak mampu membaiki dapur berkenaan yang mengalami kerosakan akibat tanah mendap.*

               21) *LEBIH 900 pelajar tingkatan empat dan lima dari seluruh negeri ini menyertai kursus haji perdana di Menengah Kebangsaan (SMK) Malim, Melaka, semalam. Program itu dianjurkan Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka bersama Lembaga Tabung Haji (TH).*

               22) *SEBANYAK 17 rumah di tiga kampung sekitar Parit Buntar, mengalami kerosakan teruk akibat dilanda ribut, awal pagi hari ini. Dalam kejadian 4.30 pagi, ribut melanda Kampung Sungai Baru Darat, Kampung Parit Mat Ali Tengah dan Kampung Parit Tok Hin. Difahamkan, Masjid As Syafiq di Sungai Baru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Baru, turut terjejas.*

               23) *“SEKIRANYA pangsapuri ini disahkan tidak selamat, saya tidak mempunyai tempat lain boleh dituju kerana inilah satu-satunya rumah saya miliki,” luah Khawari Manaf yang juga penghuni Blok F di Pangsapuri Taman Keramat Permai, Ampang. Khawari, 53, antara 222 penghuni yang diarahkan berpindah akibat keretakan teruk pada pangsapuri berusia 34 tahun itu.*

               24) *MAJIKAN diminta dapat memberi peluang pekerjaan kepada bekas banduan yang tamat menjalani hukuman sekali gus membantu mereka meneruskan kehidupan. Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran berkata, langkah berkenaan juga adalah bagi membantu mereka memulakan hidup baru serta mengelakkan daripada kembali ke kehidupan lama.*

               25) *UNIVERSITI Malaysia Pahang (UMP) mewujudkan perpustakaan mini di Pusat Sehenti Komuniti KP House (KP House) dekat Kuala Pahang, bagi memupuk minat membaca dalam kalangan penduduk setempat. Perpustakaan mini itu hasil kolaborasi strategik Perpustakaan UMP yang berjaya mengumpulkan pelbagai jenis buku hasil sumbangan orang ramai dan Perpustakaan Awam Daerah Pekan.*

               26) *POLIS sedang mengesan saksi bebas bagi menyalurkan maklumat mengenai empat kemalangan berasingan pada penghujung tahun lalu dan awal tahun ini di sekitar daerah Petaling Jaya. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, kemalangan berkenaan masing-masing menyebabkan empat mangsa maut.*

               27) *SEORANG lelaki maut manakala dua cedera selepas Proton Wira dinaiki terbabas lalu melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 349.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Bidor, 8.15 pagi tadi. Mangsa, Muhammad Azry Izwan Rohaizad, 22, tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan parah maut di lokasi kemalangan.*

               28) *SEORANG lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung ketika memandu bersendirian di Kilometer 5.5 Jalan Air Kuning Selatan di Gemencheh, semalam. Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Ramli Kasa berkata, Hussin Md Zain, 56, memandu Proton Saga dari Taman Nyalas Permai, Asahan, Melaka menuju ke Air Kuning Selatan pada 6.30 pagi.*

               29) *CUBAAN dua lelaki menyeludup 600 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM57,000 ke negara jiran gagal apabila bertembung dengan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan lombong pasir lama berhampiran sempadan di Padang Terap, semalam. Panglima 6 Briged Brigedier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, anggota pasukan 4 Rejimen Sempadan (4RS) terserempak dengan dua lelaki terbabit sedang memunggah bungkusan plastik hitam dari sebuah kenderaan pacuan empat roda kira-kira 7 pagi.*

               30) *PENDAKWAH bebas yang juga Pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan polis di depan sebuah restoran di Arau, 2.30 pagi tadi, bagi membantu siasatan kes menyebabkan suasana tidak harmoni. Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata, semakan mendapati pendakwah berusia 34 tahun itu turut memiliki beberapa rekod jenayah lampau.*

                31) *GELAGAT mencurigakan dua lelaki membongkar perbuatan mereka yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk memeras warganegara asing. Kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Tun H S Lee, Kuala Lumpur ketika menjalankan rondaan sekitar Jalan Pudu, 4.45 pagi kelmarin.*

               32) *ASPEK keselamatan jalan raya dan lalu lintas perlu dititikberatkan kepada murid sekolah bagi memastikan mereka mempunyai kefahaman secukupnya untuk mematuhi peraturan seterusnya mengelakkan risiko kemalangan. Justeru inisiatif itu digerakkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Pahang bersama Media Prima Berhad (MPB) untuk memberi maklumat dan penerangan kepada 780 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating, mengenai keselamatan jalan raya.*

               33) *DUA beranak maut apabila motosikal mereka terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Waja di Kilometer 64.1 Jalan Kulim-Baling/Gerik, Baling, semalam. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, kemalangan 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa yang parah meninggal dunia di lokasi kejadian.*

             34) *KUALA LUMPUR: Berhati-hati membeli minyak pelincir di pasaran kerana ada sindiket yang mengitar semula minyak hitam terbuang sebelum dijual semula kepada pengguna. Itu pesanan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRM Ukhwah Holding Sdn Bhd Shahrael Azahar Abd Rahman yang berkata, sindiket itu meniru pembungkusan asli minyak pelincir terkenal dan menjualnya pada harga sama seperti produk sebenar.*

            35) *SELAYANG: Walaupun Pasar Borong Selayang di sini, baru saja diserbu pihak berkuasa kelmarin, masih ada warga asing terutama dari Bangladesh, Myanmar dan Indonesia yang tidak gentar dan terus berdegil menjalankan perniagaan secara haram. Tinjauan Harian Metro di pasar itu semalam, mendapati sekitar luar pasar itu masih dipenuhi warga asing yang menjalankan perniagaan.*

            36) *KUALA LUMPUR: Sebanyak 64 peratus bayi dibuang yang ditemui didapati meninggal dunia dan hanya 36 peratus bayi malang itu bernasib baik masih hidup. Angka diperoleh ini berdasarkan analisis statistik kes buang bayi dikumpulkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara Januari 2014 hingga Disember 2018 membabitkan 577 kes.*

             37) *GEORGETOWN: “Pokok tumbang seperti ‘permainan domino’ termasuk satu daripadanya menimpa kereta saya,” kata Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 26, yang terselamat selepas kereta Perodua Myvi dipandunya ditimpa pokok tumbang ketika melalui Jalan Lembah Permai, Mount Erskine di sini, pagi kelmarin.*

             38) *“SAYA rasa tidak sedap hati selepas dia tidak pulang ke rumah kongsi untuk makan tengah hari lalu segera masuk ke hutan untuk mencarinya. “Alangkah terkejutnya saya apabila menemui Suarno dalam keadaan dihempap balak, berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa". Demikian kata Yazid Abdullah, 45, selepas rakannya, Suarno Ibrahim, 54, ditemui maut ditimpa pokok balak yang ditebang dalam kawasan hutan dekat Kampung Pasir Raja, di Dungun, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.*

          39) *SEORANG pembancuh air meninggal dunia ketika sedang mengambil wuduk di Masjid Al-Baroah, Pasar Besar Siti Khadijah, di Kota Bharu, hari ini. Dalam kejadian 7.15 malam, mangsa, Ibrahim Omar, 61, baharu selesai berniaga di tingkat dua pasar berkenaan dan ke masjid itu untuk solat Maghrib.*

            40) *SEORANG penumpang bas ekspres maut, manakala pemandu parah selepas kenderaan itu terbabit kemalangan dengan lori di Kilometer 130, Jalan Raya Timur Barat, dekat Jeli, smlm. Kejadian jam 2.45 petang itu menyebabkan mangsa, Muhammad Afiq MohdZulkanain, 22, maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jeli.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *CUKUP menyayat hati apabila kanak-kanak berusia empat tahun ditemui kebuluran bersama adik berusia dua bulan, tiga hari selepas ibu mereka mati ditembak bapa yang kemudiannya membunuh diri dalam kejadian di California, Amerika Syarikat.*
            *Daily Mail melaporkan, budak perempuan itu menjaga adiknya selepas kematian ibu bapa mereka itu, sebelum ditemui jiran dalam keadaan tidak bermaya di tingkat bawah rumah brkenaan. Mayat ibu bapa mereka berada di bilik atas selepas kejadian pada 14 April lalu.*
          *Ibu bapa mereka, David Kooros Parsa, 46, dan Mihoko Koike Parsa, 38, dipercayai mati kira-kira tiga hari sebelum itu.*

          *RAKYAT Malaysia yang cedera akibat runtuhan batu ketika melawat Taroko Gorge National Park di Taiwan 18 April lalu meninggal dunia lewat malam tadi.*
          *Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Choo Yip Chean, 44, menerima rawatan intensif di hospital negara itu sejak 18 April lalu, susulan kejadian gempa bumi di Hualien, Taiwan.*
          *Katanya, beliau sudah bercakap dengan keluarga mendiang untuk menzahirkan simpati dan ucapan takziah atas kehilangan berkenaan.*

          *SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berjanji untuk menurunkan jumlah kemasukan pendatang asing tahunan serta membekukan pengambilan pelarian ke negara itu sekiranya dia menang dalam pilihan raya Mei ini.*
            *Kehadiran pendatang dan kepadatan penduduk di bandar besar Australia menjadi isu sensitif dalam kalangan pengundi yang mana 29 peratus daripada 25.3 juta rakyatnya lahir di luar negara.*
            *”Menguruskan pertumbuhan populasi amat penting untuk kualiti hidup di bandar,” kata Morrison dalam ceramah parti Liberal di sini, hari ini.*

            *NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh apabila bas dinaiki terjunam 60 meter ke dalam gaung di kawasan pergunungan Himalaya, semalam.*
         *Press Trust of India (PTI) memetik kenyataan polis melaporkan bas itu dalam perjalanan ke Pathankot dari Dalhousie, Himachal Pradesh sebelum hilang kawalan di tempat kejadian dan terjunam ke dalam gaung.*

          *SAN FRANCISCO: Empat orang maut manakala empat lagi cedera apabila sebuah kren tumbang dari bangunan di Seattle, petang semalam.*
           *Bomba dalam satu kenyataan berkata, kren itu tumbang dari bumbung sebuah bangunan berhampiran Lake Union dan menghempap enam kenderaan.*
          *Kemalangan itu menyebabkan tiga lelaki dan seorang wanita maut, lapor AFP.*

           *SYDNEY: Polis berusaha membawa keluar mayat seorang peluncur udara yang maut selepas merempuh tebing di selatan Sydney, semalam.*
          *AFP melaporkan polis menerima panggilan mengenai nahas itu berhampiran lokasi popular luncur udara, Bald Hill.*
          *Mangsa yang belum dikenal pasti melanggar tebing dan terjatuh hampir 200 meter ke permukaan berbatu.*

            *OKLAHOMA (Amerika Syarikat): Seorang ibu didakwa atas tuduhan mengabaikan dua anaknya kerana membiarkan mereka kebuluran dan memberi makan najis anjing, lapor media tempatan.*
          *Tulsa World melaporkan, Mary Elizabeth Moore, 34, didakwa di Mahkamah Daerah Delaware awal bulan ini selepas dua anaknya berusia tiga dan lima tahun ditemui kurus kering malah terpaksa diberi diet khas menggunakan tiub.*
          *Menurut laporan polis, anak perempuan yang berusia lima tahun mempunyai berat 11 kilogram manakala adiknya cuma lapan kilogram, lapor Tulsa World.*

           *GELAGAT seorang nenek berusia 84 tahun mengejutkan beberapa jirannya apabila dia ditemui memanjat keluar dari tingkap tandas rumah yang terletak di tingkat 14 sebuah apartmen di Chengdu, wilayah Sichuan, China.*
         *South China Morning Post memetik kakitangan pengurusan bangunan sebagai berkata, kejadian berlaku pada Khamis lalu apabila nenek yang menghidap Alzheimer itu keluar dari tingkap berkenaan kerana dipercayai dikunci di dalam rumah oleh ahli keluarganya.*
          *”Dia tidak boleh membuka pintu dari dalam. Dia ingin keluar kerana keadaan di dalam panas,” kata kakitangan itu.*

           *CANBERRA: Kerajaan Australia menggugurkan sosej beracun dari udara di kawasan hutan dalam usahanya untuk menghapuskan dua juta kucing liar menjelang 2020.*
          *Daily Mail melaporkan, kaedah menembak dan meracun haiwan terbabit di kawasan seluas 10 juta hektar itu menimbulkan kontroversi hingga dikecam kumpulan aktivis.*
         *Sebuah kumpulan aktivis haiwan, Direct Action Everywhere (DXE) mengkritik tindakan kerajaan itu yang tidak mempertimbangkan kaedah lain seperti pemandulan.*

          *HONG KONG: Seorang lelaki dilaporkan dibelasah di luar panggung wayang kerana mendedahkan akhir kisah terbaru Avengers kepada peminat yang sedang beratur untuk masuk ke teater.*
          *Daily Mail memetik media Taiwan melaporkan, lelaki itu cedera dipukul di luar panggung wayang di Causeway Bay, Hong Kong, itu selepas menonton Avengers: Endgame.*
           *Gambar lelaki itu disebarkan dalam talian, lapor AsiaOne, yang menunjukkannya duduk laluan pejalan kaki dengan kesan kecederaan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan ada mengeluarkan sijil kelulusan penggunaan cermin gelap seperti yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.*
          *Jurucakap JPJ berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook (FB) untuk tindakan susulan kerana ia merosakkan imej JPJ berkaitan integriti.*
         *”JPJ mengambil berat isu tular yang disebarkan melalui media sosial sejak beberapa hari lalu berkaitan kelulusan cermin gelap di beberapa `Page’ FB.*

           *SEORANG lelaki menghadiahkan kepada isterinya senaskhah al-Quran khas yang ditulis tangannya sendiri ketika mereka diijabkabulkan pada 12 April lalu.*
         *Nizammuddin Rahim, 23, memberi hantaran al-Quran yang ditulisnya selama tiga tahun kepada isterinya, Nurul Aida R. Azli, 22.*
             *Nizammuddin berkata, dia menghadiahkan al-Quran kepada isterinya itu selepas dicadangkan oleh ayah, Rahim Ahmad, 58, dan ibu, Sharinah Man, 49, memandangkan naskhah kitab suci itu disimpan sejak lapan tahun lalu.*
            *Penyerahan hantaran al-Quran tulisan tangan daripada pengantin lelaki kepada isterinya mula tular di Twitter sejak semalam, selepas dimuat naik oleh seorang jurugambar, Raja Nazrin.*

          *MENGALIR air mata Komander Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) ketika mencabut tanda ‘STAFOC’ pada seragam setiap pegawai dan anggota pasukan itu semalam.*
            *Datuk Huzir Mohamed yang juga Komander STAFOC sejak ditubuhkan, dilihat tidak dapat menahan sebak dan tangisan air mata melalui rakaman video yang tular pada majlis pembubaran pasukan STAFOC, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, semalam, yang diadakan secara tertutup tanpa sebarang liputan media.*
            *Pasukan yang ditubuhkan sejak 1 Januari 2014 itu melalui pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang penubuhannya demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini sentiasa terjamin.*

          *“DIA bukan sahaja menghalau kami keluar, tetapi turut mengangkat kerusi seperti mahu membaling ke arah kami,” kata Nur Atika Azmira Osman, 30, yang terbabit pergaduhan dengan pemilik sebuah restoran di sini, Selasa lalu.*
          *Nur Atika mendakwa dihalau keluar oleh lelaki warga asing yang juga pemilik restoran selepas dipercayai marah dengan tindakannya merakam video di restoran itu.*
            *Sebelum itu, Nur Atika bersama suami, Edy Shazuan Ahmad, 32, dan anak lelaki berusia 14 bulan serta rakan berkunjung ke restoran berkenaan kira-kira jam 8 malam.*
             *“Saya menuntut dia membuat permohonan maaf terhadap kami,” katanya yang turut berkongsi kejadian itu di laman sosial Facebook dan menjadi tular sejak kelmarin.*

           *LEBIH daripada 30 artis muda popular atau dikenali ‘Budak Baru Nak ‘UP’ (BBNU) yang menikmati pendapatan ratusan ribu ringgit diletakkan di bawah radar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas didapati gagal mendaftar sebagai pembayar cukai.*
             *Difahamkan, artis muda yang kebanyakannya menjadi ikon remaja itu meraih populariti mendadak selain mampu memperolehi pendapatan lumayan sehingga enam angka sebulan hasil persembahan, jemputan stesen televisyen, penajaan syarikat korporat atau hadiah program realiti disertai.*
          *Malah, ada antaranya berbangga dengan lantikan sebagai duta produk, kereta mewah, perniagaan dalam talan serta aset dimiliki melalui perkongsian dengan peminat
di media sosial.*
                 

*ARENA*
========


          *EPL RESULT: BURNLEY 0 MANCHESTER CITY 1, MANCHESTER UNITED 1 CHELSEA 1*

          *JAMIE Vardy meledak dua gol ketika harapan Arsenal untuk melangkah ke Liga Juara-Juara terus mengalami tamparan hebat apabila kesilapan sama mengundang kekalahan Gunners yang beraksi dengan 10 pemain 0-3 di tangan Leicester malam ini.*
             *Ini kali ketiga dalam tempoh tujuh hari yang menyaksikan kelab utara London itu yang dikenali menerusi kekentalan pertahanan mereka bolos tiga gol selepas tewas 2-3 dan 1-3 masing-masing kepada Crystal Palce dan Wolves dalam aksi Liga Perdana Inggeris.*

          *SHEFFIELD United sah ke Liga Perdana Inggeris hari ini selepas pengendali Leeds Marcelo Bielsa membenarkan Aston Villa meledak jaringan ketika seri 1-1 di Elland Road.*
         *Leeds jatuh lima mata di belakang The Blades dengan hanya baki satu perlawanan selepas pasukan tuan rumah membenarkan Albert Adomah meledak gol penyamaan meskipun Leeds mendahului menerusi jaringan Mateusz Klich, ketika pemain Villa Jonathan Kodjia rebah akibat kecederaan.*

          *VALTTERI Bottas berjaya menangkis cabaran saat akhir daripada rakan sepasukan Mercedes Lewis Hamilton untuk memenangi Grand Prix Azerbaijan dan merampas kedudukan pendahulu dalam perebutan kejuaraan pemandu tahun ini.*
         *Dalam perlumbaan yang menarik, sengit dan dramatik itu, pelumba Finland berkenaan mendahului Hamilton 1.5 saat, bagi membolehkan Mercedes mencatat kemenangan satu-dua buat kali keempat berturut-turut, sejak kejayaan Ferrari pada 1952.*

          *JURULATIH Barcelona, Ernesto Valverde enggan memohon maaf kerana bersikap terlalu bergantung kepada Lionel Messi untuk menyelesaikan masalah mereka selepas bintang Argentina itu meledak gol yang menyaksikan mereka meraih gelaran kelapan dalam 11 tahun pagi ini.*
          *Messi direhatkan pada separuh masa pertama menentang Lavente sebagai persediaan menjelang pertembungan separuh akhir pertama bertemu Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara, Khamis ini.*
         *Messi masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan golnya yang ke 34 liga musim ini dalam kemenangan 1-0 itu.*

           *MALAYSIA mensia-siakan peluang untuk mengungguli tangga teratas Kumpulan B selepas sekadar seri 4-4 dengan China pada perlawanan kedua Kumpulan B, Pusingan Akhir Siri FIH malam ini.*
          *Susulan keputusan itu skuad negara perlu menang ke atas Itali pada perlawanan terakhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil esok untuk muncul juara kumpulan sekali gus layak ke separuh akhir.*

         ♂ *JAGUH renang negara, Welson Sim menamatkan saingan di hari terakhir Terbuka Malaysia dengan meraih emas keempat dalam acara 1,500 meter gaya bebas lelaki.*
           *Dia yang mewakili Sarawak berjaya mencatat masa 16 minit 8.9 saat untuk mengetepikan Sebastian Soon (Kuala Lumpur) di tempat kedua yang merakam masa 16:39.95s.*
          *Menurut Welson, walaupun dia berjaya meraih emas tapi pada satu ketika dia bergelut dengan ketegangan di bahagian bahu kiri.*

          *“SAYA pun tak nak berada di kedudukan belakang. Malah semua pelumba juga tak mahu berada di belakang.*
           *”Jika hendak duduk di belakang lebih baik duduk di rumah saja.”*
           *Demikian luahan kali pertama pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang menerima kritikan hebat daripada penyokong dan netizen selepas menamatkan perlumbaan di kelompok belakang dalam tiga pusingan pertama sekaligus masih gagal memungut mata.*

         ♂ *BARISAN pelumba elit negara pulang tanpa sebarang pingat dari Kejohanan Lebuhraya Asia di Tashkent, Uzbekistan yang berakhir hari ini.*
         *Harapan terakhir menerusi acara lepas beramai-ramai lelaki elit yang menggandingkan dua pasukan benua negara, Team Sapura Cycling (TSC) dan Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG) tidak kesampaian.*

          *NAMA Jazeman Jaafar bukan asing dalam arena sukan permotoran tempatan selepas meraih pelbagai kejayaan di dalam siri perlumbaan seperti Formula 3 serta Formula Renault 3.5.*
            *Terbaru, kejayaan meraih kemenangan di Kejuaraan Endurance Dunia (WEC) menerusi kelas perlumbaan LMP2 tahun lalu membuktikan Jazeman cukup berbakat dalam sukan empat roda itu.*
            *Namun di sebalik semua itu, hasratnya untuk beraksi di perlumbaan Formula Satu (F1) sekali gus muncul pelumba kedua selepas Alex Yoong beraksi di saingan berpestij itu masih tidak kesampaian.*

           *SEKURANG-kurang enam atau tujuh pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) didakwa tidak dilindungi insurans perjalanan ke stadium lawan sekali gus memungkin risiko ‘mati katak’ jika berlaku insiden tidak diingini.*
         *Mendedahkan senario mengejutkan itu, Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais berkata, ketiadaan insurans perjalanan membabitkan pasukan berkenaan ada kaitan dengan masalah kewangan yang dihadapi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terutama selepas Telekom Malaysia (TM) menarik diri daripada menjadi penaja utama.*

          *PERAK akhirnya berjaya menunjukkan statusnya sebagai penyandang juara Piala Malaysia apabila mudah membenam pasukan ‘adik’ PKNP FC 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung malam tadi.*
          *Malah, jaringan itu mungkin lebih besar jika penyerang importnya, Gilmar da Silva berjaya menyudahkan tendangan penalti pada minit ke-86.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2019 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SELSA 30 RIL 2019 ASHI ERSAAAN 24 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0535*
*SUBUH : 0545*
*SYURUK : 0703*
*ZOHOR : 1313
*ASAR : 1631*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2031*


*artikel disiarkan pada tarikh 29april*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *LAPORAN lengkap siasatan Blok F Flat Taman Keramat Permai di Ampang dijangka dimuktamadkan pada Khamis ini. Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, semua rumusan hasil siasatan terbabit akan diteliti sebelum keputusan sama ada bangunan berkenaan selamat diduduki atau sebaliknya dibuat pihak berkaitan.*

               2) *PARIT BUNTAR: “Kami terkejut dan tergamam apabila melihat bumbung rumah diterbangkan angin selain bunyi deruan yang sangat menakutkan,” kata mangsa ribut dari Kampung Parit Mat Ali Tengah, di sini, Rosnan Mat Saad, 33. Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, sebanyak 17 rumah dari tiga kampung di daerah itu rosak akibat dibadai ribut.*

               3) *LULUH hati wanita apabila berdepan ujian besar menjelang Ramadan selepas kehilangan suami dan anak serentak yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Stesen Keretapi, Kampung Jeram, Tunjang, Kubang Pasu malam tadi. Dalam kejadian 9.45 malam itu, Ahmad Tarmizi Kadir, 50, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya Muhammad Akhmal Ahmad Tarmizi, 16, meninggal dunia di Hospital Jitra selepas tercampak ke sawah padi.*

               4) *“MANA ada buat apa...kami sembang-sembang ja,” itu antara alasan diberikan seorang lelaki Myanmar yang ditahan bersama pelacur di sebuah rumah tumpangan di Bukit Mertajam, semalam. Alasan diberikan itu langsung tidak logik kerana kedua-duanya ditahan tanpa seurat benang, namun kerana mahu membuktikan dia tidak bersalah lelaki Myanmar itu mengatakan dia tidak berbuat apa-apa bersama pelacur terbabit.*

               5) *GURU wanita dari Kuala Terengganu, kerugian hampir RM400,000 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan ‘Macau Scam’. Mangsa berusia 50 tahun hanya menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan jam 12.30 tengah hari semalam, selepas semakan dilakukan mendapati simpanan dalam akaun miliknya berbaki RM100 saja.*

               6) *KEDEGILAN dua pemilik premis yang masih menjual barangan tiruan di sebuah pusat beli belah di sekitar Klang mengundang padah apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini. Ia membawa kepada rampasan ratusan beg tangan dan dompet berjenama Chanel disyaki tiruan dianggarkan RM17,169.*

               7) *KERAJAAN akan perluaskan Program Food Bank Siswa ke semua pusat pengajian tinggi swasta, kolej komuniti, sekolah agama dan institut pendidikan guru di seluruh negara bermula tahun depan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, cadangan itu akan dilaksanakan selepas kerajaan selesai melaksanakan program food bank terbabit di semua 20 universiti awam (UA) di negara ini hingga akhir tahun ini.*

               8) *“SELAGI tiga batu hidup itu dijaga, kita dapat mengekang aktiviti khurafat atau pemujaan daripada berlaku di kawasan ini,” kata Nor Azam Mansor, 44. Nor Azam adalah Jurucakap Kumpulan Penjaga Tiga Bongkahan Batu Megalith di Kampung Jenagor, Kuala Berang. Katanya, seramai 13 penghuni Perkampungan Sumber Warisan Melayu Jenagor, ditempatkan di kawasan batu purba itu bagi menghalang sebarang aktiviti bertentangan agama Islam.*

               9) *WANITA warga asing berusia 40-an ditahan bersama 7.2 kilogram dadah jenis syabu di sebuah gerai makan di hadapan kawasan Pelabuhan Sandakan, 23 April lalu. Dalam kejadian 5 petang, wanita itu ditahan bersama dadah yang disembunyikan dalam sebuah kotak dipercayai cuba diseludup ke negara jiran menerusi pelabuhan berkenaan.*

               10) *HARAPAN veteran tentera yang dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) menikmati elaun khas pingat berkenaan kembali bersinar, selepas usaha untuk mendapatkannya tahun ini tidak kesampaian. Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad berkata, beliau sudah menerima arahan untuk mengemukakan kertas kerja pemberian elaun khas itu kepada Kabinet.*

               11) *LELAKI warga asing ditahan polis selepas dipercayai melakukan seks oral terhadap kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di tandas awam sebuah pasar raya di Ipoh semalam. Dalam kejadian 3.30 petang itu, lelaki yang bekerja di pasar raya itu sebagai pemotong buah dipercayai melakukan perbuatan berkenaan selepas mangsa membuang air kecil di tandas.*

               12) *AMBIL syabu untuk berjaga malam, itulah pengakuan selamba seorang ‘mat despatch’ (penghantar surat) ketika ditahan polis di susur keluar Jalan Baru menuju Perai Jaya, Bukit Mertajam, 5 pagi kelmarin. Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan tiga anggota polis sedang melakukan rondaan selepas mengesan dia memandu kereta dalam keadaan mencurigakan.*

               13) *SEORANG suri rumah di Miri kerugian RM3,800 selepas diperdayakan kenalan Facebook (FB). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani berkata, mangsa berusia 34 tahun berkenalan dengan seorang lelaki mendakwa dari United Kingdom (UK) pada 13 Mac lalu.*

               14) *LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjangka permintaan tembikai di Terengganu dan Kelantan yang meningkat Ramadan ini dapat dipenuhi memandangkan ia bertepatan dengan tempoh penuaian buah itu. Timbalan Pengarah FAMA Terengganu, Mohd Azrul Abd Aziz berkata, sehingga hari ini pihaknya membeli 702 metrik tan tembikai dan labu manis bernilai RM631,000.*

               15) *SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah kenderaan pacuan pacuan roda dari arah belakang dalam kemalangan di Batu 27, Jalan Keningau-Tenom, Keningau, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 7 pagi, mangsa Jaidin Jamin, 26, parah di kepala dan badan disahkan maut di lokasi oleh pegawai perubatan daripada Hospital Keningau.*

               16) *PENOLONG jurutera dan isterinya direman kerana disyaki menyalahguna kuasa dengan menggunakan lesen kontraktor kenalannya untuk kepentingan peribadi dalam tempoh tiga tahun bermula 2015. Perintah reman terhadap lelaki berusia 42 tahun dan isterinya, 38, itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Roszita Md Saad bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalankan.*

               17) *DUA anggota wanita Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) nyaris dibelit seekor ular sawa batik ketika terbabit operasi menangkap reptilia itu di Kampung Sanglang, Buloh Kasap, Segamat, malam tadi. Reptilia dipercayai kelaparan itu bertindak agresif termasuk cuba menyerang empat anggota APM daerah Segamat termasuk dua wanita yang terbabit dalam operasi itu.*

               18) *PERMAISURI Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berharap Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dapat menggunakan kepakaran yang ada bagi membantu melaksanakan kajian terperinci dalam usaha mengekalkan kebersihan sungai tercemar di negeri ini. Baginda bertitah dan menyeru supaya semua dapat bersama-sama mempertahankan kebersihan sungai yang juga sumber utama minuman serta keperluan harian, selain menjadi tempat habitat bagi haiwan dan tumbuh-tumbuhan.*

               19) *PIHAK berkuasa menahan lima bot pukat tunda kelas C dan 13 nelayan warganegara Thailand dalam Op Gelora sekitar perairan Tanjung Piandang, Pulau Pinang, antara 4 hingga 4.30 petang kelmarin. Sepanjang Op Gelora dijalankan Jabatan Perikanan Pulau Pinang dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu itu pihak berkuasa merampas hasil tangkapan seberat dua tan.*

               20)*PERSELISIHAN faham menjadi punca lelaki ditikam dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Merbah, Puchong kelmarin. Dalam kejadian 5.15 pagi itu, mangsa berusia 20-an dikatakan bersama dua rakannya ke restoran berkenaan. Menurut sumber, ketika berada di dalam restoran, lelaki dipercayai mabuk memaki mangsa.*

               21) *PENTERNAK lembu menggagalkan cubaan pencuri melarikan tujuh ekor haiwan ternakannya yang ditinggalkan dalam lori di sebuah ladang di Tanah Merah, Port Dickson semalam. Siti Aminah Abdullah, 55, berkata, dia menyedari lembu miliknya dicuri sebaik memeriksa ladang ternakannya 6 petang.*

               22) *TIDAK sayang nyawa. Kegiatan sekumpulan lelaki termasuk remaja bawah umur yang menayangkan aksi berbahaya di Lebuhraya Duta- Ulu Kelang (DUKE), mengundang padah apabila mereka ditahan dalam Ops Samseng Jalanan, semalam. Operasi yang bermula 1 pagi itu menahan lima lelaki berusia dari 17 hingga 22 tahun selepas melakukan beberapa aksi seperti ‘superman’ dan berlumba sesama sendiri.*

               23) *TUJUH lelaki ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan selepas dipercayai terbabit menculik dan membunuh lelaki warga asing, minggu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan berkata, semua lelaki tempatan berusia 26 hingga 33 tahun itu ditahan dalam operasi berasingan di sekitar negeri itu dan Selangor, 23 April lalu.*

               24) *SEBANYAK 47,153 botol arak tiruan dianggarkan bernilai RM600,000 dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, hari ini. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Johary Yacob berkata, barang kes yang dilupuskan itu adalah hasil rampasan bagi tahun 2016.*

               25) *NELAYAN yang mahu mengangkat bubu ikan di sungai terkejut apabila bot dan enjin miliknya bernilai RM10,000 hilang dicuri di Sungai Papan, Kampung Tanjung Serindit, Ladang Sungai Papan, Kota Tinggi 7 pagi tadi. Kejadian itu disedari Hassan Mau, 70, ketika melakukan rutin hariannya melihat bubu yang di pasang di sungai itu dengan menaiki bot.*

               26) *MAJLIS Perbandaran Klang (MPK) menawarkan diskaun serendah RM5 bagi pengurangan kompaun letak kereta sempena Ulang Tahun ke-129 MPK bermula 20 Mei hingga 2 Jun depan. Yang Dipertuanya Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, pihaknya menawarkan pengurangan kompaun itu bagi tahun 2011 hingga 2015 manakala RM15 hingga RM200 bagi kompaun tahun 2016 hingga 2019 membabitkan pelbagai kesalahan.*

               27) *RATUSAN penduduk sekitar Tanjung Bidara dan Ayer Hitam, Masjid Tanah, Alor Gajah menghadapi kesukaran berikutan bekalan air terputus sejak tengah hari semalam. Difahamkan, sehingga tengah hari ini, bekalan air masih belum pulih menyebabkan pengguna terpaksa mencari alternatif mendapatkan air perigi untuk kegunaan membasuh dan mandi selain membeli air galian untuk minuman.*

               28) *ALLAHYARHAM Datin Zaliha Nordin, 79, ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al-Khairiah, Kampung Kepayang Fair Park di Ipoh, hari ini. Seramai lebih 1,000 orang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah sebelum jenazahnya selamat dikebumikan 11 pagi.*

               29) *PENIAGA dilepas dan dibebaskan di Mahkamah Majistret Pasir Puteh hari ini terhadap tuduhan menculik bekas adik iparnya, tahun lalu. Majistret Azem Fatihi Kamal membuat keputusan itu terhadap Moh Ridzuan Mohd Yasin, 30, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.*

               30) *GUNA teman wanita untuk jual dadah. Itu dilakukan lelaki yang bersekongkol dengan teman wanitanya untuk menjual dadah kepada pengunjung di pusat hiburan. Lelaki warga tempatan berusia 49 tahun itu menjadikan teman wanitanya yang juga warga Vietnam berusia 29 tahun sebagai ‘umpan’ kepada pengunjung di pusat hiburan untuk membeli dadah daripada mereka.*

         31) *GURU wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihempap lori membawa muatan sawit di Jalan Kota Marudu-Pitas berhampiran Dataran Bengkoka, Pitas, hari ini. Dalam kejadian 6.15 pagi itu, mangsa, 34, tahun yang berasal Kota Belud, disahkan meninggal dunia serta-merta oleh pasukan perubatan hospital yang tiba di lokasi kejadian.*

         32) *DUA kakitangan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) direman enam hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan lebih RM1.7 juta. Perintah reman yang berkuat kuasa hari ini sehingga 4 Mei ini dikeluarkan Majistret Noor Aisyah Ahmad bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas kedua-dua lelaki itu.*

          33) *LELAKI tergamak menolak dan cuba membunuh ibunya dengan mengelar leher mangsa menggunakan parang kecil di rumah mereka di Kampung Tanjung Piring, Nami, dekat Pedang Terap, kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah, malam tadi. Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa berusia 69 tahun yang berada di rumah didatangi anaknya berusia 35 tahun dan terus menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum suspek mengambil parang kecil dan mengelar leher mangsa.*

          34) *MAJLIS Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melantik seramai 954 amil bagi urusan mengutip zakat fitrah pada Ramadan tahun ini. Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, amil dilantik itu akan berada di masjid dan surau selain di pejabat Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang bermula 1 Ramadan.*

          35) *PENDUDUK di Bario kini tidak perlu lagi membayar harga yang tinggi untuk gas memasak LPG, petrol dan diesel. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak, Datuk Stanley Tan berkata, ini kerana harga ketiga-tiga bahan api di kawasan terpencil itu sudah diturunkan bermula semalam.*

          36) *LELAKI warga emas yang sedang membaiki bumbung rumah pada ketinggian 4.57 meter, meninggal dunia dalam kejadian di Jalan Kebangsaan 42, Taman Universiti di Johor Bahru, malam tadi. Kejadian kira-kira 8 malam itu menyebabkan usaha menurunkan Chen Lay Hwa, 62, yang berada di atas bumbung rumah teres setingkat itu terpaksa menggunakan khidmat sepasukan bomba.*

          37) *BAYI lelaki Orang Asli berusia sebulan yang pengsan akibat demam panas dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) dengan penerbangan ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semalam. Makili Selem dari Pos Balar, Gua Musang diterbangkan ke HGM dengan menggunakan helikopter Agusta AW139 2 petang semalam.*

          38) *TIGA lagi Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) akan dibina di negeri ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak sembilan buah menjelang 2020. Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tiga lagi SRIDI dirancang dibina di Permaisuri, Bandar Baru Kijal dan Paka.*

            39) *GAS ammonia disyaki punca pekerja kapal maut manakala dua lagi cedera selepas terhidu gas beracun di Jeti Lok Poring, Sepangggar, Kota Kinabalu kelmarin. Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, pihaknya masih menunggu keputusan analisis makmal.*

             40) *PROSIDING perbicaraan kes pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak akan bermula dari 9 pagi hingga 3.30 petang sepanjang Ramadan ini. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas Peguam Negara Tommy Thomas memohon mahkamah menetapkan waktu untuk prosiding bermula pada Ramadan yang dijangka Isnin depan.*

            
*SEJAGAT*
==========


             *COLOMBO: Ketua Polis Sri Lanka enggan meletak jawatan susulan serangan bom berani mati minggu lalu, biarpun pemimpin negara itu sudah menamakan penggantinya.*
         *Jumaat lalu, Presiden Maithripala Sirisena berkata, ketua polis itu, Pujith Jayasundara dilaporkan sudah meletak jawatan tetapi tidak menghantar surat rasmi.*
        *Bagaimanapun, juruckap kerajaan berkata, dia masih menetap di kediaman kerajaan, lapor AFP.*

         *COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena mengumumkan pengharaman pemakaian niqab, seminggu selepas kumpulan militan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan bom berani mati yang meragut 253 orang.*
         *AFP yang memetik kenyataannya berkata, dia menggunakan kuasa undang-undang darurat untuk melaksanakan pengharaman penutup muka itu di tempat awam yang berkuat kuasa hari ini.*
         *”Pengharaman ini bagi memastikan keselamatan negara. Tidak ada sesiapa yang patut menutup muka kerana ia menyukarkan pengecaman,” katanya.*

            *ANKARA: Seorang lelaki disyaki ejen perisik Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang ditahan pihak berkuasa Turki kira-kira 10 hari lalu, dilaporkan mati akibat bunuh diri, kata sumber kerajaan Turki dan media tempatan hari ini.*
         *Agensi berita tempatan, Anadolu melaporkan, suspek terbabit ditemui mati di penjara Silivri yang terletak di pinggir bandar Istanbul.*
          *Laporan itu turut disahkan oleh sumber Kementerian Keadilan Turki kepada AFP.*

            *BENGKULU: Angka kematian akibat banjir di Indonesia meningkat kepada 29 orang manakala berpuluh lagi dilaporkan masih hilang, kata pihak berkuasa hari ini.*
         *AFP melaporkan, banjir yang turut merosakkan ratusan bangunan, jambatan dan jalan turut memaksa kira-kira 12,000 penduduk berpindah di wilayah Bengkulu yang terjejas teruk.*
       *Pihak berkuasa turut menyediakan pusat pemindahan sementara dan dapur terbuka untuk mangsa banjir.*

          *NEW DELHI: Polis India menggeledah rumah milik tiga suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 15 individu yang meninggalkan negara itu untuk menyertai kumpulan militan Daish, seminggu selepas serangan bom di Sri Lanka.*
          *Reuters yang memetik Agensi Siasatan Kebangsaan (NIA) berkata, pihaknya menyerbu tiga rumah di selatan negeri Kerala.*
         *”Tiga orang individu ini dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa orang yang didakwa meninggalkan India untuk menyertai kumpulan militan Daish.*

             *SINGAPURA: Ratusan penyu dan kura-kura termasuk spesies jarang dan terancam di sebuah pusat perlindungan haiwan di Singapura berdepan nasib tidak menentu kerana diarah berpindah susulan rancangan kerajaan untuk melakukan pembangunan semula.*
          *AFP melaporkan, Muzium Penyu dan Kura-Kura yang dibuka pada 2001 itu menempatkan kira-kira 1,000 haiwan dan menjadi lokasi pelancongan popular, Chinese Gardens.*
          *Muzium yang juga pemegang Rekod Dunia Guinness sebagai pusat perlindungan haiwan yang mempunyai koleksi penyu dan kura-kura terbesar itu turut mempamerkan pelbagai spesimen dan cenderamata seperti anak patung.*

           *AJMAN: Kecewa dilarang bermain permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) oleh suami, seorang isteri muda ingin bercerai dengan lelaki berkenaan, dalam kejadian di Ajman, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Gulf News yang memetik Pengarah Pusat Sosial Polis Ajman, Kapten Wafa Khalil Al Hosani berkata, kes itu dianggap sebagai salah satu kes yang pelik apabila permainan dalam talian menjadi punca perceraian.*
           *Katanya, wanita merujuk kesnya ke pusat berkenaan selepas mendakwa suaminya bertukar menjadi pemarah dan ganas akibat pertelingkahan yang dihadapi.*
          *”Wanita itu mengatakan punca dia ingin bercerai kerana dihalang haknya untuk berhibur dengan bermain permainan itu.*

          *MONTREAL: Lebih 6,500 penduduk di Montreal, Kanada diarahkan berpindah selepas banjir mula menenggelamkan benteng di kawasan timur negara itu lewat malam kelmarin.*
          *AFP melaporkan, pemindahan itu dilakukan ketika Perdana Menteri, Justin Trudeau menggesa supaya infrastruktur dapat ditingkatkan supaya lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim.*
            *Data terbaru kerajaan itu mendedahkan, hampir 8,000 orang dipaksa berpindah dari kediaman masing-masing di Quebec, iaitu lebih ramai berbanding 2017 ketika dilanda banjir paling buruk.*

            *KAMPALA: Seorang wanita Uganda yang berkahwin pada usia 12 tahun melahirkan 44 anak, termasuk lima pasang kembar dua, empat pasang kembar tiga dan lima pasang kembar empat namun enam bayinya meninggal dunia.*
            *Dia kini hidup bersama 38 anaknya dalam sebuah rumah sempit diperbuat daripada blok simen di perkampungan Kasawo, daerah Mukono, timur Kampala, Uganda, selepas ditinggalkan suaminya beberapa tahun lalu.*

           *Jakarta: Selepas 10 hari pilihan raya Indonesia, pilihan raya sehari terbesar dunia, Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) negara itu merekodkan lebih 270 pekerja pilihan raya meninggal dunia, sebahagian besarnya akibat bekerja terlalu lama, terutama mengira kertas undi secara manual.*
       *Sehingga kelmarin, jurucakap KPU, Arief Priyo Susanto berkata, seramai 272 pekerja pilihan raya meninggal dunia manakala 1,878 lagi jatuh sakit akibat kepenatan kerana bekerja terlalu lama.*
             *Berikutan itu, KPU menjadi sasaran kritikan keras banyak pihak berikutan jumlah kematian yang tinggi itu, termasuk oleh Kementerian Kesihatan dan parti politik.*

           *CALIFORNIA: Pihak berkuasa sebuah penjara di sini, terkejut dengan kekejaman seorang banduan yang bukan saja membunuh rakan sebiliknya, malah memenggal kepala mangsa sebelum mengerat tubuh lelaki itu.*
          *Dalam kejadian 9 Mac lalu, Jaime Osuna, 31, menyeksa sebelum membunuh dan memenggal kepala Luis Romero, 44, di penjara di Stockton, Corcoran.*
           *Romero ditemui tidak bernyawa dalam bilik penjara sekitar jam 7.30 pagi dan laporan autopsi pada Jumaat lalu, menggambarkan keadaan mayatnya tidak sempurna.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *JABATAN Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) menjalankan siasatan berhubung video dua murid dirotan guru yang tular di laman sosial Facebook semalam.*
        *Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) di Port Dickson.*
        *Pengarah JPNS, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, pihaknya bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson masih menyiasat dakwaan itu untuk tindakan lanjut.*

          *POLIS sedang mengesan beberapa individu disyaki terbabit dalam kejadian memukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang tular di laman sosial sejak Sabtu lalu.*
         *Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, gerakan mengesan individu berkenaan dilakukan susulan laporan diterima daripada mangsa berusia 39 tahun.*
        *Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Bukit Payung, pada 17 April lalu dan mangsa memaklumkan dia yang cedera akibat kejadian itu turut ditahan di hospital.*

         *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung satu laporan polis dibuat terhadap penganjuran program teh tarik bersama empat Putera Mahkota.*
         *Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kertas siasatan itu dibuka susulan laporan polis yang diterima.*
          *Kelmarin, poster program tersebut dikongsikan tular di media sosial dan program akan diadakan di Mahkota Parade, Banda Hilir Melaka, 5.30 petang semalam.*
         *Poster itu memaparkan gambar Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Al-Sultan Abdullah dan gambaran seorang lagi putera raja yang dirahsiakan identitinya.*

         *POLIS menolak dakwaan yang tular sejak kelmarin mengenai pembabitan pelajar sekolah dalam kegiatan kumpulan kongsi gelap dan pengedaran dadah di sekitar Bukit Indah, Iskandar Puteri.*
        *Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, ia susulan laporan yang diterima daripada lelaki tempatan berusia 34 tahun pada 10.45 pagi, 19 April lalu.*
         *Menurutnya, lelaki itu mendakwa individu tidak dikenali memuat naik gambarnya bersama status menyatakan dirinya adalah pengedar dadah dalam kongsi gelp dikenali Geng 1804 selain memberi suapan kepada anggota polis untuk menutup kegiatan itu.*

         *IDEA kreatif beberapa guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Binjal, Jitra mereka cipta dapur mudah alih bukan saja memudahkan aktiviti perkhemahan tetapi turut diiktiraf melalui beberapa pertandingan yang disertai.*
           *Menariknya, produk yang dinamakan Dapur Perkhemahan Pintar itu juga boleh mengecas telefon bimbit.*
         *Projek itu adalah hasil inovasi guru sains sekolah berkenaan, Norhayaty Yahya dengan kerjasama guru bimbingan dan kaunseling, Norashika Abd Ghani serta beberapa murid.*

           *LOS ANGELES: Filem siri Avengers: Endgame sudah memecah rekod pecah panggung dan kini dijangka mencatat rekod baru lebih AS$1 bilion (RM4.13 bilion) bagi minggu pertama tayangan.*
          *Sehingga semalam, filem terbitan Disney dan Marvel itu mencatat kutipan AS$643.7 juta (RM2.66 bilion) di seluruh dunia, lapor Deadline.*
         *Di Amerika Syarikat sahaja, jualan tiket Endgame sehingga kelmarin, sudah mengutip AS$156.7 juta (RM647.64 juta).*
         *Daily Mail melaporkan, kutipan filem itu di Amerika sudah mengatasi rekod Star Wars: The Force Awakens’ (RM491.8 juta) pada 2015 dan Avengers: Infinity War’s (RM438.1 juta).*
            

*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2019 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SELAMAT HARI PEKERJA*

*RAU 1 AY 2019 ASHI ERSAAAN 25 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0535*
*SUBUH : 0545*
*SYURUK : 0702*
*ZOHOR : 1313
*ASAR : 1631*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2031*


*artikel disiarkan pada tarikh 30april*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *GARA-gara dendam lama, seorang lelaki cuba menghayun parang ke arah bapanya dalam kejadian di Lorong Kemuyang Timur di Sibu, Ahad lalu. Detik mencemaskan itu berlaku pada 9.15 malam ketika mangsa berusia 66 tahun itu berada di rumah anaknya itu bersama isteri dan seorang lagi anak. Bagaimanapun, mangsa yang juga seorang pesara tidak mengalami sebarang kecederaan apabila tindakan suspek dihalang ahli keluarga.*

               2) *LEBIH 20 individu dipercayai terpedaya dengan sindiket penipuan jual beli motosikal yang diiklankan melalui laman sesawang jual beli dalam talian. Malah, sindiket itu yang dipercayai aktif melakukan kegiatan berkenaan sejak tahun lalu menggunakan identiti sebuah kedai motosikal di Bandar Baru Sri Damansara, Petaling Jaya untuk menjerat mangsa.*

               3) *SEBANYAK 138 poster iklan pinjaman wang tidak berlesen diturunkan polis daerah Tumpat dalam masa tempoh tiga jam dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat (MDT) malam tadi. Operasi itu dijalankan oleh lima anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat bersama 10 anggota MDT.*

               4) *KIRA-kira 400 individu mengerumuni ruang bidaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, Kuala Lumpur untuk mencuba nasib membeli kenderaan yang disita dengan harga jauh lebih murah. Sebanyak 101 kenderaan pelbagai jenis disita pihak berkuasa dilelong kepada orang awam yang membeli buku lelongan bermula jam 9 pagi ini.*

               5) *JUAL penyerap hentakan dan spring kenderaan tiruan pada harga menyamai produk jenama tulen di pasaran. Kegiatan penipuan itu dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya susulan serbuan di dua premis di Petaling Jaya, Selangor, semalam.*

               6) *LAPANGAN terbang dan pelabuhan di negara ini dipercayai menjadi transit penyeludupan gading gajah sebelum dieksport ke luar negara. Kegiatan yang dipercayai didalangi sindiket luar negara itu dikesan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli menerusi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) hasil rampasan yang dilaksanakan pihak berkuasa.*

               7) *TIGA kenderaan dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut dan angin kencang di Sungai Rengit, Kota Tinggi petang ini. Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Abd Rani, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.03 petang, sebelum menggerakkan sebuah jentera bersama enam anggota ke lokasi kejadian.*

               8) *POLIS berjaya menumpaskan sindiket menjual sijil cuti sakit palsu (MC) susulan penahanan enam orang termasuk dalang utamanya. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kegiatan itu terbongkar selepas menerima laporan daripada seorang wanita yang bekerja sebagai penolong pegawai tadbir di sebuah pejabat kesihatan daerah.*

               9) *AIR dari kolam ikan keli yang dilepaskan penternak di Hutan Perca, Alor Gajah ke Sungai Batang Melaka, dikenal pasti punca pencemaran yang menyebabkan bekalan air terputus di Tanjung Bidara, Ayer Hitam Darat dan Ayer Hitam Pantai, Masjid Tanah. Perbuatan itu menyebabkan kandungan ammonia dalam air mentah meningkat, sekali gus menyebabkan air terawat di Loji Air Gadek menurun dan menjejaskan bekalan air mulai tengah hari kelmarin.*

               10) *LELAKI berusia 33 tahun nyaris dipatuk tiga ular senduk ketika ingin membuang air besar di tandas rumahnya di Tudan Fasa 5, Miri 5.51 petang semalam. Ketika kejadian lelaki berkenaan sedang menuju ke tandas dua ular senduk sepanjang satu meter melingkar di dalam tandas berkenaan.*

               11) *LELAKI dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini selepas mengaku bersalah menampar isterinya dalam satu pertengkaran di rumah mereka.
Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Mohd Hafiz Mohamad, 25, dari Marang mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 326A KK.*

               12) *KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,000 surat dan makluman melalui e-mel dihantar Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN) kepada golongan artis tempatan dalam usaha menggalakkan mereka membayar cukai pendapatan sejak awal bulan lalu. Bagaimanapun, difahamkan daripada jumlah itu, hanya 10 peratus atau 100 artis hadir membuat pengakuan sukarela cukai dan memberikan maklum balas kepada LHDN.*

               13) *DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah membuat keputusan untuk menempatkan lebih 400 peniaga bazar Ramadan di Jalan Raja Uda selepas membuat pemilihan melalui dalam talian. Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata, pihaknya terpaksa memindahkan tapak bazar Ramadan dari Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) ke Jalan Raja Uda bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung.*

               14) *SEORANG kanak-kanak lelaki berusia setahun diselamatkan pasukan bomba selepas terperangkap lebih 20 minit dalam kereta ibunya di Taman Ehsan, Kudat, pagi ini. Dalam kejadian 8.30 pagi itu, ibu kanak-kanak terbabit dikatakan sedang memanaskan enjin kereta Perodua Kancil di rumahnya. Bagaimanapun sebaik keluar dari kereta berkenaan, tanpa disedari anaknya masuk dalam kereta lalu bermain dengan kunci kereta dan tertekan tombol kunci pintu.*

               15) *MAJLIS Perbandaran Klang (MPK) memberi amaran kepada semua pemilik kilang beroperasi di daerah ini supaya memohon lesen yang sah. Timbalan Pengarah Jabatan Perlesenan MPK Mohd Fharulisa Md Isa berkata, amaran itu dikeluarkan susulan sikap segelintir pengusaha dikesan masih berdegil dan tidak memohon lesen.*

               16) *KEMENTERIAN Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dalam proses menggubal undang-undang baru bagi menangani pemburuan haram boleh menyebabkan kepupusan haiwan liar dilindungi sepenuhnya di negara ini. Menterinya, Dr Xavier Jayakumar berkata, kerajaan kini dalam proses untuk memperkasakan undang-undang sedia ada. Menurutnya kerajaan mengisytiharkan perang terhadap pemburu haram sebagai agenda nasional dalam komitmennya untuk memastikan spesies Harimau Malaya tidak pupus.*

               17) *Seorang lelaki maut akibat lemas selepas tercampak ke dalam sungai apabila motosikal ditunggang terbabas berhampiran Pekan Teng Bukap, Padawan, malam tadi. Dalam kejadian 11.30 malam itu, Sloan Tinju, 25, dipercayai menunggang motosikal seorang diri dari Kampung Bunuk menuju ke Teng Bukap. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, setibanya di lokasi kejadian motosikal Yamaha Lagenda ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas dan mangsa tercampak ke dalam sungai.*

               18) *SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mencuri satu tong gas bernilai RM130 dari sebuah kedai runcit. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas Rahim Rahimi, 30, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.*

               19) *ANGKARA cemburu buta, lelaki sanggup membakar isterinya sehingga badan wanita berkenaan terbakar kira-kira 70 peratus dalam kejadian di Taman Krubong Permai, Melaka, semalam. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, suami wanita terbabit membakar mangsa menggunakan minyak petrol yang diambil daripada tangki motosikal milik isterinya.*

               20) *PELAKON dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, hari ii diperintah membela diri oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas pertuduhan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol, Januari tahun lalu. Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu terhadap Farid Kamil, 38, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.*

               21) *JABATAN Kesihatan Perak akan menjalankan pemeriksaan khusus bagi mendapatkan sampel tahap kebersihan perkakas dan peralatan makanan di seluruh premis makanan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A Sivanesan berkata, pemeriksaan akan dijalankan dalam masa terdekat dengan peringkat awal memberi fokus kepada restoran.*

               22) *LEBIH 40,000 rakyat Johor dan Melaka mengalami masalah penglihatan yang berpunca akibat katarak, glaukoma dan retinopati diabetik. Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata, hasil daripada Kaji Banci Mata Kebangsaan II pada 2014, bilangan rakyat yang buta di wilayah Selatan (Johor dan Melaka) pula direkodkan seramai 7,000 orang.*

               23) *SERAMAI 525 tahanan warga Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina hari ini. Daripada jumlah itu, 403 orang adalah lelaki, 102 tahanan wanita, manakala 72 tahanan lagi membabitkan kanak-kanak dengan tahanan berusia antara sebulan hingga 70 tahun.*

               24) *DUA lelaki disyaki aktif dalam kegiatan curi kenderaan sekitar bandar raya ini ditahan dalam serbuan berasingan, baru-baru ini. Suspek pertama berusia 20 tahun yang juga warganegara asing ditahan di Jalan Kampung Air, Khamis lalu. Sementara itu seorang lagi suspek rakyat tempatan berusia 39 tahun ditahan di Kampung Pengesahan dua hari kemudian.*

               25) *TIGA lelaki termasuk dua warga Nepal ditahan kerana menjual arak dan rokok secara haram di sebuah premis di Jalan Idaman, Taman Desa Idaman, Senai, Johor Bahru, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 18 hingga 30 tahun itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai dalam serbuan kira-kira 10 malam tadi.*

               26) *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah berbincang dengan sembilan pengusaha panggung wayang di Sarawak bagi memasang kamera anti rakaman di pawagam masing-masing. Pengarah KPDNHEP Sarawak Datuk Stanley Tan berkata, usaha itu dilakukan bagi memudahkan pemeriksaan kerana ada penonton memuat naik rakaman secara langsung ke media sosial selain untuk penghasilan bahan cetak rompak.*

               27) *SERAMAI 33,588 murid tahun satu daripada 852 sekolah rendah di negeri ini menyertai kempen Malaysia Book Of Record (MBOR), murid teramai membersihkan tangan secara serentak. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A Sivanesan berkata, jumlah itu adalah sebahagian 440,000 murid menyertai kempen sama seluruh negara, hari ini.*

               28) *DUA anggota polis antara lapan lelaki yang direman selama 21 hari sehingga 20 Mei hadapan bagi membantu siasatan pembabitan mereka dalam penyeludupan migran di sempadan Malaysia-Thailand di Kedah. Perintah reman yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Nur Shahida Abdul Rahim selepas membenarkan permohonan polis.*

               29) *PADAH memperdaya anggota polis untuk kerja membuat pagar, lelaki dipenjara setahun lapan bulan dan tiga sebatan di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini. Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Ibrahim Hussin, 48, mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan.*

               30) *SEORANG tuai rumah dilaporkan hilang ditemui sudah meninggal dunia berhampiran Rumah Lengain Patrick Kudang Sebetan, Saratok, 9 malam tadi. Terdahulu Kudang@Patrick Kudang Megat, 71, tidak pulang ke rumah selepas keluar dipercayai untuk ke kebun di Jalan Roban Lama. Mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) turut dibantu penduduk rumah panjang.*

              31) *DUA individu termasuk pemilik sebuah syarikat direman selama lima hari bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah lebih RM180,000 berhubung projek pembinaan gudang, empat tahun lalu. Perintah reman terhadap suspek berusia 40 dan 48 tahun itu dikeluarkan Majistret Rosli Sulaiman.*

              32) *LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang mengagihkan 4,500 bekas bubur lambuk kepada orang ramai sempena menyambut Ramadan di Pasar Tani Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan, kelmarin. Program yang memasuki musim ke-10 penganjurannya itu mendapat kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa Pasar Tani UTC yang bergotong-royong menyediakan bahan serta aktiviti mengacau bermula 7 pagi dan berakhir enam jam kemudian.*

              33) *MAJLIS Ugama Islam Sabah (MUIS) mengumumkan kadar zakat fitrah di Sabah kekal RM7 seorang, sama seperti tahun lalu. Yang di-Pertua MUIS Datuk Dr Hasbullah Taha berkata, kadar itu adalah bersamaan harga satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras dimakan majoriti penduduk negeri ini.*

              34) *JABATAN Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) masih melakukan pemeriksaan susulan secara proaktif ke atas mangsa insiden pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, pada Mac lalu. Pemeriksaan berterusan itu bertujuan mengesan kesan sampingan jangka panjang yang mungkin dialami mangsa. Pengarah Kesihatan negeri Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata, sepatutnya mangsa tidak akan mengalami kesan jangka panjang.*

              35) *TIGA pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussyifa’ di Kampung Seri Repah, Tampin yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu dikesan berada di sekitar Putrajaya. Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Ramli Kasa berkata, ia berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa melihat ketiga-tiga pelajar berusia 13 dan 14 tahun terbabit. "Bagaimanapun, polis masih mengesan dan menjalankan siasatan terperinci mengenai kehilangan mereka itu.*

              36) *PENUNGGANG motosikal maut, manakala rakannya yang membonceng parah selepas motosikal dinaiki dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas Kilometer 327.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di Tapah, hari ini. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian 6.45 pagi itu, membabitkan penunggang, Muhamad Safuan Azran Aznan, 23, yang beralamat di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah, dan pembonceng, Muhammad Muhaimin Parizal, 22, beralamat di Taman Gunung Bongsu, Alor Setar, Kedah yang menaiki motosikal Yamaha Y15ZR.*

              37) *IMPIAN seorang pesara kerajaan mengerjakan umrah bersama ahli keluarga tidak kesampaian apabila mendakwa diperdayakan syarikat pelancongan menawarkan pakej umrah tidak wujud mengakibatkan dia kerugian RM25,600. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pada November tahun lalu, mangsa berusia 63 tahun menghubungi sebuah syarikat pelancongan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej umrah ditawarkan.*

              38) *BEKAS pegawai khas bekas Menteri direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan atas dakwaan mengatur projek kementerian termasuk pembekalan peralatan pesawat bernilai kira-kira RM1.8 juta. Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.*

              39) *ORANG ramai yang melalui Jalan Gua Musang-Lojing berdepan detik cemas apabila ketulan batu runtuh dari bukit sehingga hampir menghempap kenderaan mereka, petang semalam. Kejadian 7 malam itu berlaku berhampiran Kampung Sengsang, Pos Brooke, dekat Gua Musang, ketika ribut dan hujan lebat menyebabkan air dari bukit turun dengan laju. Malah, kejadian itu juga memusnahkan tanaman penduduk Orang Asli, namun tidak menjejaskan kediaman mereka.*

              40) *KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh) menasihatkan orang ramai yang berhasrat menunaikan umrah khususnya kali pertama supaya mengatur pergerakan mereka melalui agensi betauliah dan elakkan bersendirian. Pengerusi Papuh Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, perlu diingat kerajaan Arab Saudi mensyaratkan setiap individu yang mahu mengerjakan umrah di Makkah mesti mempunyai visa. Timbul masalah, katanya, apabila ada segelintir yang mahu mengerjakan umrah DIY (secara sendiri) hanya menggunakan visa pelancong tanpa memohon visa.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *LONDON: Dua lelaki ditangkap kerana disyaki membunuh selepas mayat dua wanita ditemui dalam peti sejuk beku di pangsapuri di timur London, England.*
         *Ia dibongkar polis selepas pegawai dihubungi ke sebuah unit di tingkat bawah pangsapuri di Canning Town berkaitan penyewanya.*
         *"Lelaki berusia 50 tahun ditangkap semalam dan lelaki kedua, 34, hari ini. Kedua-duanya ditahan kerana disyaki membunuh.*

          *TOKYO: Maharaja Akihito, 85, menghadiri upacara keagamaan sebagai persediaan terakhir sebelum turun takhta daripada era pemerintahannya sejak lebih 200 tahun lalu.*
             *AFP melaporkan, Akihito akan melepaskan takhta kepada anaknya, Putera Mahkota Naruhito, 59, sekali gus memulakan era baru pemerintahan diraja dikenali sebagai ‘Reiwa’ atau kecantikan harmoni,.*
            *Acara utama dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang (waktu tempatan) apabila maharaja itu akan turun takhta dalam majlis selama 10 minit di Istana Imperial.*

          *COLOMBO: Kerajaan Sri Lanka sudah menarik balik sekatan terhadap akses media sosial untuk menghalang penyebaran khabar angin susulan insiden serangan bom pada Ahad lalu.*
         *Reuters yang memetik sumber melaporkan, sekatan terhadap aplikasi seperti Facebook, WhatsApp dan Viber sudah ditarik balik berkuat kuasa serta merta.*
           *Kerajaan mengambil langkah memperketatkan keselamatan sejak serangan bom yang berlaku pada 21 April itu.*

           *SYDNEY: Pakar bom berjaya memusnahkan bahan letupan yang ditemui semalam di sebuah rumah di pinggir bandar Adelaide, susulan penahanan seorang lelaki berusia 43 tahun.*
         *AFP melaporkan, bahan letupan itu ditemui polis Australia Selatan dan lelaki terbabit dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dakwaan memiliki bahan letupan.*
        *"Siasatan masih dilakukan di lokasi dan Unit Tindakan Bom sudah dihantar. Tidak ada ancaman kepada orang ramai,” kata polis dalam satu kenyataan.*

           *COLOMBO: Seramai 42 daripada 253 mangsa yang terbunuh dalam insiden serangan bom di Sri Lanka dikenal pasti sebagai rakyat asing, kata pihak berkuasa hari ini.*
            *AFP yang memetik kenyataan Kementerian Luar berkata, mangsa paling ramai membabitkan rakyat India iaitu 11 orang diikuti dengan Britain (6), China (4) dan Denmark (3).*
        *Menurutnya, terdapat 12 lagi rakyat asing yang tidak dapat dikesan dan kemungkinan besar mayat mangsa masih ditempatkan di rumah mayat dan identiti mereka belum dikenal pasti.*

           *NEW DELHI: Seramai 21 pelajar di Telagana, India dilaporkan membunuh diri dalam tempoh seminggu lalu akibat gagal dalam peperiksaan yang berpunca daripada masalah teknikal sistem pemarkahan secara berkomputer.*
             *Salah seorang mangsa membabitkan pelajar lelaki yang membunuh diri dengan membiarkan dirinya dilanggar kereta api manakala seorang pelajar wanita membakar diri hingga mati, lapor media tempatan.*
          *Daily Mail melaporkan, kerajaan mengakui terdapat masalah besar terhadap sistem pemarkahan berkomputer yang baru digunakan itu.*

           *MEXICO CITY: Seorang lelaki terpaksa diselamatkan selepas terperangkap dalam terowong digalinya selama beberapa hari untuk menghendap bekas teman wanita.*
            *Cesar Arnoldo Gomez, 50, menggali lubang di sebelah kediaman Griselda Santillan, 58, di Puerto Penasco, Mexico utara untuk mengintai kehidupannya termasuk melihat sama ada wanita itu mempunyai kekasih baru, Khamis lalu.*
          *Gomez pernah dikenakan perintah mahkamah supaya tidak menghampiri Griselda, yang sebelum ini bercinta dengannya selama 14 tahun, lapor El Universal.*

           *CALIFORNIA (AMERIKA SYARIKAT): Jutawan Coca-Cola diperintahkan mahkamah untuk membayar ganti rugi berjumlah AS$11 juta (RM45.4 juta) kepada bekas pekerjanya selepas dia dituduh melakukan gangguan seksual.*
            *Alkiviades ‘Alki’ David, 50, diarahkan membayar jumlah pampasan itu kepada Chasity Jones, 42, Jumaat lalu, yang dianggap sebagai bayaran paling mahal dalam kes saman gangguan seksual, kata peguam wanita itu, Lisa Bloom.*
          *Juri membuat keputusan supaya wanita itu dibayar ganti rugi kerosakan berjumlah AS$3.1 juta (RM12.8 juta) dan ganti rugi punitif AS $8 juta (RM33 juta) kerana melakukan serangan seksual.*

          *JAKARTA: Selepas lebih separuh undi dikira sehingga petang semalam, Presiden Joko Widodo (Jokowi) mendahului dengan perbezaan 12.36 peratus selepas meraih hampir 45 juta undi manakala Prabowo Sunbianto hanya memperoleh hampir 35 juta undi.*
           *Media Indonesia melaporkan, sehingga jam 3 petang waktu Indonesia semalam, jumlah keseluruhan undi yang sudah dikira ialah 51.7 peratus menunjukkan Jokowi dengan calon Naib Presidennya, Ma’aruf Amin meraih 56.18 peratus undi manakala gandingan Prabowo-Sandiaga Uno mencatat 43.82 peratus.*

           *NASHVILLE (AMERIKA SYARIKAT): Seorang lelaki berusia 25 tahun disyaki membunuh tujuh orang termasuk ahli keluarganya sendiri, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan seorang wanita ketika cuba merampas kenderaan mangsa berkenaan.*
           *Michael Cummins ditahan Sabtu lalu susulan polis menemui mayat di dua rumah di Westmoreland, antaranya ibu bapanya, David serta Clara, selain seorang bapa saudara, Charlie Hosale dan budak berusia 12 tahun yang ditembak mati, lapor Daily Mail. Mangsa yang cedera dipercayai nenek suspek yang dipukul teruk.*
           *Polis turut menemui seorang mangsa yang cedera di salah satu rumah berkenaan manakala satu lagi mayat seorang wanita ditemui di atas jalan selepas disyaki ditembak ketika Cummins merampas keretanya.*

          *BEIJING: Demi peperiksaan, seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun yang kudung sebelah kaki sanggup berlari sejauh 1,000 meter untuk membolehkannya menduduki peperiksaan sekolah di China malah masa lariannya lebih pantas berbanding rakan normal lain.*
            *South China Morning Post melaporkan, Gao Yanneng tekad berlari menggunakan tongkatnya walaupun sudah mencapai jumlah mata diperlukan untuk masuk peperiksaan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *“MEMANG tiada entiti atau makhluk halus ketika rakaman dibuat dan saya akui rakaman video yang tular itu disunting untuk menjadikannya sebagai bahan penarik di laman sosial,” kata Nasrullah Mohammad Napi mengenai video ‘entiti’ menyerupai kanak-kanak lelaki duduk di hadapan cermin.*
        *Nasrullah, 31, yang juga pengurus Jumper Motion berkata, kanak-kanak lelaki dalam rakaman berkenaan adalah anak bongsunya, Mohammad Naeyl yang berumur 10 bulan, manakala suara wanita dalam rakaman video berkenaan pula adalah isterinya, Noor Asmah Ishak, 36.*
          *Katanya, idea menghasilkan video berkenaan timbul secara spontan ketika berada di rumah, dan dia mengambil masa selama setengah jam untuk merakam aksi Mohammad Naeyl serta dua hari untuk menyiapkan video berdurasi 10 saat itu.*

           *“RAMAI yang keliru dengan nama saya sehinggakan ada yang menyangka saya seorang doktor sedangkan saya pegawai bomba,” kata Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Dr-Rosdi Mat Yusoff.*
          *Dr-Rosdi, 48, yang juga penyelia di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan pada mulanya kurang selesa apabila rakannya kerap memanggil panggilan namanya sebagai ‘Dr (doktor)’ namun lama-kelamaan dia sudah boleh menerima panggilan nama itu.*
           *Katanya, berdasarkan cerita arwah bapanya, Mat Yusoff Awang, dia sepatutnya diberi nama Mohd Rosdi, namun pihak berkuasa yang mendaftarkan namanya tersilap menulis namanya ketika itu.*

          *“DUA lelaki dilihat menunggang motosikal dan dipercayai meragut mangsa sebelum memecut laju,” kata Pengurs Bangunan Seremban Gateway, Kenneth Chiew, mengenai kejadian ragut di kawasan itu malam tadi.*
          *Beliau berkata, kejadian hanya diketahui selepas ia tular menerusi Facebook (FB) sebelum pihaknya meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV).*
          *Berdasarkan CCTV, katanya, dua lelaki menunggang dua motosikal berkeliaran di kawasan Seremban Gateway, pada 9.37 malam.*

         *KREATIVITI dua rakan yang mengenakan kostum watak komik adiwira Spiderman sambil menjual teh ais nyata ‘menjadi’ apabila gerai mereka yang terletak di Beserah, sering dikunjungi orang ramai sejak mereka mula berniaga bulan lalu.*
          *Strategi yang digunakan oleh Mohd Azlan Mohamad Ashari, 25, dan rakannya, Hasmizah Rashid, 39, itu turut menyebabkan gerainya yang diberi nama ‘Teh Beng Avengers’ itu tular di laman sosial.*
            *Mohd Azlan berkata, dia menjual air berkenaan dengan harga RM3 hingga RM4 segelas dan jualan mampu mencecah sehingga 200 gelas sehari.*
                 

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2019 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*KHMIS 2 AY 2019 ASHI ERSAAAN 26 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0535*
*SUBUH : 0545*
*SYURUK : 0702*
*ZOHOR : 1313
*ASAR : 1631*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2031*


*artikel disiarkan pada tarikh 1may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *BEKAS Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz, meninggal dunia 7.30 pagi, hari ini. Anaknya, Mohamad Yusri Abu Hassan berkata, Allahyarham terjatuh ketika mahu menunaikan solat Subuh. Katanya, Allahyarham dibawa ke Hospital Kuala Lumpur sebelum disahkan meninggal dunia.*

               2) *KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket menjual sijil cuti sakit (MC) palsu susulan penahanan enam individu termasuk dalangnya. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kegiatan itu terbongkar selepas menerima laporan daripada penolong pegawai tadbir sebuah jabatan kerajaan.*

               3) *DUA pemilik kolam ternakan ikan keli yang dipercayai menjadi punca pencemaran ammonia Sungai Batang Melaka, Alor Gajah, bakal dikenakan tindakan undang-undang. Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata tindakan tegas berkenaan susulan kesulitan yang terpaksa ditanggung kira-kira 20,000 pengguna air di sekitar kawasan berkenaan berikutan keadaan air yang tercemar bahan kimia itu.*

               4) *NELAYAN Vietnam menceroboh perairan negeri ini dikesan memiliki buku catatan mengandungi senarai aset maritim pihak berkuasa negara menjalankan rondaan di laut. Senarai itu membantu mereka mengenal pasti aset penguat kuasa maritim negara dan melarikan diri bagi mengelakkan daripada ditahan.*

               5) *MISTERI bau busuk yang dihidu penghuni sebuah rumah teres dua tingkat di Kota Damansara membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan berulat di atas katil di bilik sewanya, semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan mengenainya pada 6.29 petang.*

               6) *PULUHAN warganegara asing termasuk pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Petaling Jaya, terkedu selepas premis itu diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) malam tadi. Ketika serbuan dilakukan pada 11 malam, warganegara asing berkenaan sedang leka berhibur. Difahamkan, beberapa daripada mereka cuba meloloskan diri dengan bersembunyi di dalam premis berkenaan namun gagal.*

               7) *DUA lelaki warga asing maut dipercayai akibat keracunan metanol di Ipoh hari ini. Lelaki Myanmar berusia 30-an dan Bangladesh 40-an meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) 2 pagi tadi. Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, Jabatan Kesihatan Negeri menerima laporan berhubung kejadian itu selepas kedua-dua mangsa dimasukkan ke ICU HRPB kelmarin.*

               8) *SIKAP rakyat Malaysia sendiri menjadi punca kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sikap rakyat yang tidak mahu membuat kerja tertentu walaupun mereka sebenarnya mampu melakukannya sendiri menyebabkan peluang pekerjaan direbut pekerja asing. "Akhirnya, mereka akan menjadi kaya dan kita pula kekal atau menjadi miskin,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.*

               9) *POLIS sahkan kapal mewah kontroversi Equanimity sudah tidak lagi berlabuh di perairan Langkawi. Ketua Polis Daerah Langkawi Superitendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kapal berkenaan sudah belayar menuju ke Singapura selepas meninggalkan Pangkalan Markas Wilayah Laut Tiga (Mawilla 3) di Bukit Malut, Langkawi kira-kira 2 petang pada Ahad lalu. "Pergerakan kapal layar berkenaan tanpa diiringi oleh pasukan Pasukan Polis Marin (PPM) disebabkan ia kini dimiliki sepenuhnya oleh Genting Malaysia Berhad.*

               10) *SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) bercadang untuk menggabungkan semua koperasi di negara ini. Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Nordin Salleh berkata, jika dilaksanakan koperasi mampu memainkan peranan lebih besar dalam membantu pertumbuhan ekonomi negara. Katanya, langkah itu juga dapat memperkasakan koperasi sekali gus bersaing dengan sektor korporat lain.*

               11) *EMPAT penumpang bas ekspres berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka itu hilang kawalan sebelum terbalik ke parit dalam kejadian di Batu 10 Jalan Muar-Pagoh di Muar, petang semalam. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian pada 6.40 petang itu.*

               12) *SIASATAN terhadap seorang penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang yang disambung reman selama enam hari, semalam, menunjukkan perkembangan positif. Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, dalam siasatan yang dilakukan itu pihaknya berjaya mengesan pemilik syarikat lori yang dikatakan terbabit dalam pemberian rasuah kepada pegawai JPJ di Pulau Pinang.*

               13) *KERAJAAN bercadang memperluaskan pemakaian Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) supaya lebih ramai golongan bekerja sendiri mendapat perlindungan daripada risiko kemalangan di tempat kerja, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, ini termasuklah golongan nelayan, petani, pekebun kecil, penjaja, penggiat seni dan seumpamanya. Beliau berkata, perlindungan itu juga sebagaimana diterima pekerja dalam sektor formal.*

               14) *SERAMAI 553 murid di Sarawak dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini. Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Abang Mat Ali Abang Masagus berkata, ia berdasarkan data terkini dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. "Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak empat kelas tahun satu dan sembilan kelas pra-sekolah di Sarawak diarahkan ditutup.*

               15) *TANGKAPAN membabitkan seorang lelaki di sebuah rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang, pagi kelmarin membongkar rahsia dua lagi sepupunya yang turut terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Dalam Op Cegah dijalankan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Gombak bermula 11 pagi, enam lelaki berusia 19 hingga 26 tahun ditahan.*

               16) *KEASYIKAN pengunjung berhibur sambil dihiasi pertunjukan persis ‘ratu cantik’ oleh wanita warga asing terhenti apabila pihak berkuasa menyerbu dua premis pusat hiburan di Scott Garden, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, semalam. Dalam serbuan 12.05 tengah malam itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menahan 184 wanita warga asing terdiri daripada warga Thailand, Laos dan Vietnam yang disyaki wanita pelayan pelanggan (GRO) di dua pusat hiburan terbabit.*

               17) *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) menahan 24 nelayan asing dipercayai mencuri sumber perikanan negara di perairan Pulau Aur, Mersing, kira-kira 12.30 tengah hari semalam. Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, semua warga Vietnam itu menangkap ikan secara haram menggunakan dua bot di kedudukan kira-kira 19 batu nautika tenggara perairan Pulau Aur.*

               18) *PEMANGKU Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador sah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu. Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui media selepas majlis sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. Ketika ditanya wartawan berhubung perkara itu, Dr Mahathir menjawab: “Ya, saya fikir dia lah jadi IGP (Ketua Polis Negara).*

               19) *“PEMERGIANNYA satu kehilangan besar buat Malaysia. Secara peribadinya, saya sifatkan arwah Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz sebagai negarawan agama,” kata Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Jamil yang ditemui di perkarangan rumah Abu Hassan berkata, dia yang berjiran dengan arwah sering menghidupkan kuliah di Masjid Saidina Hamzah di Taman Batu Muda.*

               20) *SYARIKAT pengedar kurma terkemuka, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menghasilkan 5,000 tan pelbagai jenis kurma sebagai persediaan untuk menyambut kehadiran Ramadan, tidak lama lagi. Pengarah Urusannya, Datuk Seri Yusuf Taiyoob, berkata daripada jumlah itu 80 peratus daripadanya akan dijual di pasaran tempatan dan selebihnya dieksport ke Singapura, Thailand dan Brunei.*

               21) *PASUKAN Polis Marin (PPM) menahan tiga lelaki Pala’u termasuk seorang juragan kerana disyaki menjalankan kegiatan menangkap ikan menggunakan bahan letupan di perairan Pulau Bum-Bum, Semporna, petang semalam. Semua suspek berumur 18 tahun hingga 50 tahun itu ditahan susulan maklumat Unit Risikan Marin (URM) selepas bot yang dikendalikan mereka dikesan dalam keadaan mencurigakan antara jam 5.30 hingga 5.45 petang.*

               22) *SEORANG pengawal keselamatan antara empat lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) kerana disyaki terbabit menyeludup masuk tujuh migran di Kampung Tinagat Batu 8, Tawau malam tadi. Semua suspek berumur 26 hingga 74 tahun itu ditahan dalam serbuan di pondok pengawal sebuah syarikat swasta susulan maklumat risikan kira-kira 8 malam.*

               23) *CUBAAN lelaki untuk menggunakan wang kertas palsu RM100 di tapak pesta ria (Fun Fair) Siburan mengundang padah apabila dia ditahan polis, kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Merbin Lisa berkata, pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian itu kemudian datang ke lokasi. “Hasil pemeriksaan ke atas wang kertas itu mendapati ia disyaki palsu.*

               24) *SEORANG chef yang bekerja di Singapura maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar kereta yang ditinggalkan di lorong kecemasan di Kilometer 28.1, Lebuhraya Link Kedua arah utara di Iskandar Puteri, awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, Yip Chee Seng, 53, parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.*

               25) *REMAJA lelaki diberkas selepas merempuh anggota polis ketika diperiksa di Jalan Sri Wangsa, Batu Gajah, petang semalam. Dalam kejadian 5.10 petang itu, remaja berusia 14 tahun itu ditahan untuk pemeriksaan dalam Op Lejang dijalankan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah.*

               26) *PEMANDU lori maut, manakala kelindannya parah apabila kenderaan dinaikinya bertembung treler di Felda Aring 6 Jalan Gua Musang-Kuala Berang, dekat Gua Musang, semalam. Dalam kejadian 4.30 petang, mangsa Muhamad Zaki Ismail, 30, berasal dari Rancangan Tanah Felda Chiku 7, maut di tempat kejadian. Kelindan lori yang parah warga Indonesia, Budianto, 41 dikejarkan ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut.*

               27) *“SAYA akan pikul tanggungjawab ini,” kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi yang menyertai Operasi Cegah Maksiat di Bahagian Penguatkuasaan Syariah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), malam tadi. Tosrin, 69, yang baharu dilantik sebagai EXCO portfolio itu pada 22 April lalu berkata meskipun pertama kali terbabit dalam operasi seperti itu, dia teruja melaksanakan tugas baru bersama pegawai penguat kuasa agama (PPA).*

               28) *LELAKI nekad terjun dari tingkat tiga hotel bajet di Johor Bahru, dan meninggalkan pasangannya bagi meloloskan diri daripada dicekup pihak berkuasa dalam Ops Banteras Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sempena Hari Pekerja, malam tadi. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah JAINJ, Halid Sono berkata, lelaki itu disyaki keluar melalui tingkap tandas yang dibukanya sendiri untuk melarikan diri.*

               29) *KERAJAAN menangguhkan pelaksanaan cukai eksport 4.5 peratus yang sepatutnya dikenakan apabila harga minyak sawit mentah (MSM) melebihi RM2,250 satu tan, bermula hari ini hingga 31 Disember depan. Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, permohonan kementeriannya untuk meminta penangguhan itu diluluskan Kementerian Kewangan, semalam bagi mengurangkan lebihan minyak sawit dalam negara, sekali gus memudahkan eksport MSM ke luar negara.*

               30) *KUALA LUMPUR: “Puasa dah dekat dan jika ikut hati memang nak cepat balik rumah. Tapi biar bangunan itu betul-betul selamat,” luah warga emas Rohana Mohd Noor yang juga penghuni Blok F di Pangsapuri Taman Keramat Permai, Ampang. Rohana, 66, antara 222 penghuni yang diarahkan berpindah akibat keretakan teruk pada pangsapuri empat tingkat berusia lebih 34 tahun itu sejak Jumaat lalu.*

               31) *KAJANG: Unit kediaman siap dibina tidak terjual pada tahun lalu meningkat 30.6 peratus kepada 32,313 unit bernilai RM19.86 bilion. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, unit kediaman dalam pembinaan belum terjual juga meningkat kepada 80,984 unit, meningkat 30.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Katanya, rumah kediaman bertingkat tinggi membentuk sebahagian besar unit tidak terjual mewakili 43.4 peratus dari jumlah keseluruhan.*

                32) *PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan agenda membanteras rasuah walaupun sokongan terhadap kerajaan dan dirinya sendiri telah merosot. Beliau turut meminta semua jentera kerajaan menolak rasuah dengan jangan mengambil walaupun ‘satu sen’ atau ‘hadiah’ seperti membeli rumah pada harga murah.*

                33) *SHAH ALAM: Prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim berlanjutan apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam membenarkan permohonan pegawai pengendali untuk memanggil semula saksi ke-24, Pakar Bedah Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi. Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman memutuskan sedemikian selepas mendapati koroner terkhilaf dalam keputusannya sebelum ini yang menolak permohonan pegawai pengendali untuk memanggil semula dua saksi pakar dari HKL itu.*

                34) *PENGETUA bersama guru sekolah menengah di Besut berdepan detik mencemaskan apabila kereta dinaiki mereka ditembusi besi penghadang jalan di Kilometer 375, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Bukit Besi, Dungun, hari ini. Dalam kejadian 2.30 petang, Mohamad Nawi, 53, dan guru lelaki terbabit bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.*

                35) *SEORANG awak-awak bot nelayan warga Myanmar menggantung diri dipercayai kecewa dengan isterinya berkahwin lain, dalam kejadian di tepi sungai Kompleks Perikanan Tok Bali di Pasir Puteh, tengah hari ini. Lelaki berusia 29 tahun terbabit ditemui mati tergantung pada pokok oleh orang awam kira-kira 1 tengah hari sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.*

                36) *BEKAS Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Mazlan Bujang yang digugurkan minggu lalu sah dilantik sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor. Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya berkata, pelantikan itu berkuat kuasa 25 Mei ini. “Mazlan akan mengambil alih tugas ini dari Datuk Osman Sapian yang menjawat jawatan itu sebelum ini.*

                37) *KES jenayah komersial di Melaka meningkat mendadak membabitkan kerugian RM52.6 juta sepanjang tahun lalu. Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Raja Shahrom Raja Abdullah, nilai kerugian sebanyak RM52,655,667.78 itu meningkat berbanding RM17,875,414.96 kerugian bagi kes sama yang dicatatkan pada 2017.*

                38) *LELAKI dijatuhi hukuman penjara satu tahun di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini, kerana mencuri wang RM100 milik peniaga pasar minggu. Majistret, Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu selepas tertuduh, Awang Embong, 35, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.*

                39) *PEJABAT Pusat Penyelidikan Padi dan Beras, Institut Penyelidikandan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Seri Kembangan, Serdang, terbakar, semalam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan awam berhubung kejadian pada 6.50 petang.*

                40) *KEGIATAN menjual ‘dapur’ atau bong dalam kalangan penagih dadah bagi melepas gian kini dikesan dilakukan secara terbuka di portal jual beli dalam talian. Terdapat pelbagai jenis dapur membakar ganja dan syabu dijual dengan harga antara RM25 dan RM299 seunit. Tinjauan Harian Metro di beberapa medium jual beli dalam talian mendapati kebanyakan alatan terbabit dijual warga tempatan dan turut diimport dari China.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *KIEV: Seorang budak lelaki berusia dua tahun hampir mati direbus hidup-hidup selepas terjatuh dalam periuk berisi air mendidih diletakkan atas lantai dapur oleh ibunya di Ukraine.*
            *Ivan Maletych kini bertarung nyawa selepas 70 peratus badannya melecur akibat kejadian di Susidovychi di selatan negara itu. Gambar menyayat hati dikongsikan pekerja kebajikan di media sosial menunjukkan kanak-kanak malang itu terbaring di atas katil hospital dengan seluruh badannya dibalut.*
           *Daily Mail melaporkan, ibu Ivan, Ivanna Maletych meletakkan periuk berisi air yang baru dijerang atas lantai dan keluar membeli roti di kedai berhampiran.*

           *LOS ANGELES: Kajian mendapati jumlah kes bunuh diri di kalangan remaja Amerika Syarikat meningkat dalam tempoh beberapa bulan selepas drama kontroversi Netflix, 13 Reasons Why dilancarkan.*
          *Drama yang bakal memasuki musim ketiga itu mengisahkan seorang pelajar perempuan sekolah tinggi yang bunuh diri.*
         *Ketua pasukan penyelidik Hospital Kanak-kanak Nationwide, Ohio, Jeffrey Bridge memberitahu AFP, 13 Reasons Why menyampaikan kisah watak utama bunuh diri dengan cara sensasi.*
           *Sementara itu, Netflix dalam satu kenyataan berkata sedang meneliti penyelidikan itu.*

           *WELLINGTON: Penemuan bom di sebuah tanah lapang di Christchurch, semalam didapati tiada kaitan dengan insiden tembakan rambang di dua masjid, Mac lalu.*
           *Polis dan skuad pemusnah bom menemui peranti letupan dan peluru di lokasi kejadian yang terletak di luar pusat bandar.*
         *Justeru, seorang lelaki berusia 33 tahun dihadapkan di mahkamah hari ini atas tuduhan memiliki bahan letupan, peluru dan senjata api.*
           *"Polis mendapati insiden itu tidak membabitkan individu lain.*

           *NEW DELHI: Tiga remaja maut dirempuh keretapi selepas mengambil swafoto di atas landasan di bandar Panipat, Haryana, baru-baru ini.*
          *Seorang lagi remaja bersama mangsa berjaya menyelamatkan diri, kata jurucakap polis, M. S Dabas kepada AFP hari ini.*
             *"Remaja berkenaan sibuk mengambil swafoto dan melompat ke landasan sebelah apabila ternampak keretapi datang.*
        *"Namun, mangsa tidak menyedari sebuah lagi keretapi turut menghampiri mereka di landasan itu,” katanya.*

           *NEW YORK: Datuk Bandar New York, Bill de Blasio mengeluarkan arahan mengharamkan iklan arak dari semua harta milik bandaraya itu, semalam atas alasan kesihatan penduduk.*
             *Larangan itu termasuk di perhentian bas, kiosk akhbar dan Wifi, lapor AFP.*
              *Ia berkuat kuasa serta-merta untuk iklan baru, namun iklan sedia ada akan kekal sehingga kontrak tamat.*
             *"Ramai penduduk New York berdepan masalah penyalahgunaan bahan tertentu, antaranya ketagih arak,” kata de Blasio dalam satu kenyataan.*

         *TOKYO: Maharaja Akihito secara rasmi melepaskan takhtanya semalam, penurunan takhta pertama dalam sejarah 200 tahun Jepun sebagai kerajaan monarki tertua dunia manakala anaknya membuat persiapan untuk ditabalkan sebagai maharaja baru.*
         *Dalam ruang ‘Bilik Pine’ di Istana Imperial, Tokyo, Akohito, 85, melakukan upacara penurunan takhta di depan lambang diraja iaitu pedang kuno dan permata suci bagi mengesahkan upacara berkenaan.*
            *Dalam ucapan terakhirnya, Akihito berterima kasih kepada rakyat Jepun dan beliau akan berdoa untuk keamanan dan kebahagiaan penduduk Jepun serta dunia.*

         *WASHINGTON: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) melarang pesawat dikendalikan syarikat penerbangan Amerika Syarikat dari terbang di bawah 26,000 kaki di ruang udara Venezuela kerana ketegangan politik di negara itu.*
            *Notis itu turut mengarahkan mana-mana penerbangan termasuk jet peribadi yang berada di Venezuela segera meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam.*
              *Semalam, ketua parti pembangkang Venezuela, Juan Guaido meminta tentera membantu dia memecat presiden Nicolas Maduro.*

           *ABU DHABI: Tiga beradik menanggung derita sepanjang hidup apabila terpaksa menjalani 20 pembedahan dan mengalami kerosakan otak akibat diserang dengan tukul ketika menginap di hotel mewah di London, lima tahun lalu.*
         *Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku pada April 2014 ketika Ohoud Al-Najjar dan adik-beradiknya, Khulood dan Fatima melawat kota London dan menginap di sebuah bilik berkembar di Cumberland Hotel di Marble Arch.*
        *Serangan ganas itu menyebabkan Khulood terpaksa dibedah sebanyak 20 kali untuk memulihkan kepala dan muka manakala Fatima pula hilang deria rasa serta bau selain daya ingatan terjejas.*

           *BERLIN: Seorang warga emas amat bernasib baik selepas merempuh keretanya ke dalam sebuah pusat beli-belah di Hamburg dengan kenderaan itu terhenti di kawasan legar di tingkat atas dengan tayar depannya terjuntai.*
           *Lelaki berusia 85 tahun itu memandu SUV miliknya menaiki lima anak tangga sebelum melanggar pintu kaca dan merempuh bahagian beg tangan di pusat beli-belah terbesar Hamburg, Alstertal-Einkaufszentrumf sebelum akhirnya berhenti dengan terjuntai bersebelahan eskalator, lapor The Local.*
            *Jurucakap bomba memberitahu AFP, dua orang dibawa ke hospital namun kecederaan dialami tidak serius.*

           *CHARLOTTE: Dua maut dan sekurang-kurangnya empat cedera dalam kejadian tembakan di kampus Universiti North Carolina, di sini, semalam.*
           *Pejabat pengurusan universiti berkenaan menerusi Twitter mengeluarkan amaran menerima laporan tembakan di kampus sebelum jam 6 petang waktu tempatan.*
           *"Lari, sorok, lawan. Selamatkan diri dengan segera," tulisnya.*
             *Perkhidmatan kecemasan tempatan berkata dua orang terbunuh, manakala dua mangsa parah dan dua lagi tidak mengalami kecederaan serius.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *“KETIKA melukis potret arwah Adib perasaan saya sangat sayu,” kata anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Pangkor, Muhammad Khairi Din.*
          *Muhammad Khairi, 27, melukis potret Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim untuk memperingati rakan setugasnya yang terbabit dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu.*
         *Gambar Muhammad Khairi yang sedang melakar potret Muhammad Adib di dinding BBP Pulau Pangkor tular di Facebook sejak beberapa hari lalu.*

           *SEORANG kontraktor Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) berdepan detik cemas apabila diacu pisau oleh lelaki dipercayai pemilik sebuah restoran di Seremban, semalam.*
        *Dalam kejadian 7 malam, kontraktor terbabit dikatakan menjalankan operasi pemotongan bekalan air di restoran berkenaan yang mempunyai tunggakan.*
          *Lelaki itu dipercayai tidak berpuas hati lalu mengancam kontraktor berkenaan menggunakan pisau.*
           *Kejadian dirakam oleh individu lain berada berhampiran dan dimuat naik ke Facebook hingga tular di media sosial sejak pagi ini.*

           *“ARWAH berpesan kepada jemaah jangan tinggalkan solat walaupun sekali,” kata Imam II Surau An-Nur Fasa 3A, Bandar Seremban Selatan, Zolkepli Mahadi.*
         *Zolkepli, 49, yang juga bendahari surau berkenaan berkata, beliau tidak menyangka kehadiran Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz ke suru itu malam tadi menjadi detik terakhir sebelum meninggal dunia 7.30 pagi ini.*
           *Katanya, pihaknya menjemput Allahyarham untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Andainya Ini Ramadan Terakhir’ sejak dua bulan lalu bertujuan mengimarahkan surau.*

         *“NIAT kami hanya untuk berbincang tetapi lain pula jadinya,” kata pekerja kilang di Singapura, Khalid Nur Ismail, 22, yang cedera di dahi dan mulut dipukul sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Gelang Patah, semalam.*
          *Kejadian kira-kira 6 petang itu menyebabkan mangsa menerima empat jahitan di dahi akibat dilibas menggunakan topi keledar oleh seorang lelaki tidak dikenali.*
        *Khalid berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama rakannya menaiki motosikal Yamaha LC berhenti di sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gelang Patah untuk mengisi minyak.*
          *Terdahulu insiden yang menimpa Khalid itu tular di Facebook FB yang menyifatkan perbuatan sekumpulan lelaki berkenaan sebagai keterlaluan.*

          *LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mensasarkan nilai jualan mempelam harumanis sebanyak RM40 juta pada tahun ini membabitkan pengeluaran hasil 2,300 metrik tan di Perlis.*
              *Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata, walaupun musim penuaian buah berkenaan antara April hingga Jun dan ketika umat Islam menyambut Ramadan, ia tidak menjadi masalah kerana harumanis sentiasa mendapat sambutan.*
             *Menurutnya, FAMA akan mengadakan promosi jualan harumanis di 109 outlet pemasarannya di seluruh negara bagi memberi peluang kepada penggemar buah itu menikmati keenakannya.*

           *RUMAH Budaya atau Culture House kini menjadi tarikan terbaru bagi pengunjung Menara Kuala Lumpur (Menara KL) yang berminat mengenali dengan lebih dekat budaya serta warisan pelbagai kaum di Malaysia menerusi pakaian dan busana yang dipamerkan.*
         *Diasaskan oleh penerbit, pengarah dan pelakon Erma Fatima, Rumah Budaya dibuka kepada pengunjung sejak kira-kira sebulan lalu dan kini ia mempunyai lebih 100 pasang pakaian tradisional pelbagai etnik dan kaum dalam negara.*
         *"Saya mendapat inspirasi untuk membuka Rumah Budaya ini selepas melihat pakaian tradisional Jepun dan Korea yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong yang berkunjung ke negara mereka.^
   

www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2019 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*JUAAT 3 AY 2019 ASHI ERSAAAN 27 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0534*
*SUBUH : 0544*
*SYURUK : 0702*
*ZOHOR : 1313
*ASAR : 1631*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2031*


*artikel disiarkan pada tarikh 2may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membuat laporan polis selepas menerima ugutan berbaur ancaman yang membahayakan dirinya di Facebook (FB) semalam. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, laporan itu dibuat oleh Mohd Asri sendiri pada jam 6.30 petang di sebuah balai polis di daerah Padang Besar. Beliau berkata, laporan itu dibuat oleh Mohd Asri demi keselamatan diri dan keluarganya daripada sebarang perkara yang di luar jangkaan.*

               2) *SEBUAH portal berita tersalah lapor apabila menyatakan Malaysia disenaraikan di bawah program pengecualian visa Amerika Syarikat, menurut Kementerian Luar Negeri. Sehingga kini, tiada sebarang perubahan dalam status program itu bagi rakyat Malaysia. “Rakyat Malaysia yang mahu berkunjung ke Amerika Syarikat masih perlu memohon visa seperti biasa,” jelas kementerian itu menerusi satu kenyataan hari ini.*

               3) *PENGANGGUR melarikan RM800 selepas memecah tabung sebuah surau di Lunas, Kulim, kelmarin ditahan polis semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata, ahli kariah surau menyedari kejadian pada 11.40 malam apabila mendapati kunci tabung dipotong. Menurutnya, ahli kariah berkenaan kemudian melakukan pemeriksaan lanjut dan mendapati tingkap bahagian tepi surau dipotong.*

               4) *PADAH meloloskan diri dari Penjara Pengkalan Chepa, bulan lalu, seorang banduan terpaksa menjalani hukuman penjara tambahan setahun enam bulan di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini. Majistret Kamarul Hasyime Rosli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Faizal Hussain, 23, mengaku salah terhadap tuduhan. Pada 22 April lalu, rakannya, Ahmad Faqis Ismail, 29, dipenjara setahun dan Amireul Iqbal Muhamad, 25, dipenjara 20 bulan terhadap kesalahan sama.*

               5) *SELEPAS ditahan polis dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 16 April lalu, seorang pengemis yang mendesak meminta wang daripada orang ramai kembali melakukan aktiviti itu di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, hari ini. Seorang penduduk, Mariani Abdullah, 36, berkata dia dan rakannya terkejut apabila terserempak dengan wanita berusia 40-an itu. Menurutnya, sebelum ini dia dan beberapa rakan juga pernah menjadi mangsa wanita itu menghalang kenderaan dinaiki dan meminta wang.*

               6) *DUA pelajar perempuan berusia 15 tahun menempuh detik hitam apabila menjadi mangsa nafsu buas enam lelaki termasuk kenalan sendiri di sebuah rumah di Juasseh, Kuala Pilah, Selasa lalu. Seorang mangsa dirogol secara bergilir-gilir oleh lima lelaki manakala seorang lagi mangsa dicabul kenalannya di bilik berasingan. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, kedua-dua mangsa dijemput dua lelaki dengan menunggang dua motosikal untuk makan di kedai makan berhampiran, pada 8 malam.*

               7) *TIGA individu kerugian RM12,070 selepas mendakwa terpedaya dengan skim pinjaman peribadi tidak wujud diiklankan di media sosial. Difahamkan, sindiket pinjaman tidak wujud itu menggunakan modus operandi sama ketika menawarkan pinjaman hingga menjerat ratusan ribu mangsa. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa berminat diminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun diberikan sindiket kononnya sebagai caj pemprosesan.*

               8) *EMPAT sekeluarga terselamat daripada perbuatan khianat individu tidak dikenali yang cuba membakar kediaman mereka di Flat Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu, malam tadi. Dalam kejadian 10 malam itu, keluarga berkenaan bernasib baik kerana sempat menghidu bau asap dan petrol dari arah pintu rumah mereka.*

               9) *MARAH kerana adiknya terlupa memasak mi segera, seorang lelaki bertindak memecahkan akuarium ikan milik bapanya didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir, menjatuhkan hukuman itu terhadap A Kishok, 29, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.*

               10) *POLIS Daerah Nilai menerima 15 laporan membabitkan kerugian RM729,000 berhubung kes penipuan pakej umrah didalangi wanita dipercayai bergelar Datuk. Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Noor Marzukee Besar berkata, berdasarkan laporan diterima pihaknya, setiap mangsa mendaftar untuk menyertai pakej itu dengan bayaran RM1,500 sebulan.*

               11) *CUBAAN seorang penunggang motosikal menyembunyikan ganja dalam topi keledar gagal mengaburi mata polis apabila dia ditahan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Baru, Prai, Bukit Mertajam, 4.30 pagi hari ini. Lelaki berusia 40 tahun terbabit pada mulanya dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum dia ditahan polis.*

               12) *KERAJAAN yakin Sistem Binaan Berindustri Digital (IBS) mampu membantu merealisasikan sasaran pembinaan satu juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sistem itu membolehkan pemaju membina rumah lebih pantas tanpa mengabaikan kualitinya menerusi inovasi dan teknologi digital yang terdiri daripada model maklumat bangunan (BIM) dan alat reka bentuk dalam talian.*

               13) *ANAK kucing putus kedua-dua kaki selepas tersepit di bahagian enjin jentera pengangkat (forklift) di sebuah kilang di Taman Taming Jaya, Cheras hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Hussein Onn, Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 8.47 pagi tadi.*

               14) *TINDAKAN seorang pemuda membakar helaian surat khabar untuk menghalau ular di bawah katil dalam bilik tidur menyebabkan kediaman keluarganya di Kampung Chemunar Tengah, Arau, musnah terbakar 10 malam tadi. Mangsa kebakaran, Mohd Suhaimi Ahmad, 49, berkata, ketika kejadian dia bersama isteri keluar untuk ke sebuah pasar raya berhampiran meninggalkan anak lelaki berusia awal 30-an di rumah.*

               15) *LIMA anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik cedera termasuk tiga parah apabila jentera bomba dinaiki mereka terbabas selepas cuba mengelak sekumpulan kera di Kilometer 25.6 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Gerik, hari ini. Dalam kejadian 10.30 pagi itu, anggota bomba parah adalah Ahmad Suhaimi Ibrahim, 51; Mohd Nizam Zakaria, 48, dan Mohd Firdaus Mohd Sarif, 30. Manakala dua cedera adalah Sirol Aflah Abu Hassan, 37, dan Mohamad Azizul Mohamad Ali, 21.*

               16) *PIHAK berkuasa memotong bekalan elektrik ke enam premis dikesan menawarkan aktiviti perjudian atas talian dalam operasi dijalankan Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, operasi pemotongan pada 1.30 petang tengah hari itu dijalankan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB). Katanya, tindakan itu diambil berikutan sindiket masih berdegil dan menjalankan aktiviti itu di daerah ini.*

               17) *SINDIKET ‘bomoh palsu’ di Sarawak dikesan kembali aktif selepas dua kes di dua lokasi berbeza di negeri ini dilaporkan, semalam. Kes terbaru itu membabitkan penipuan terhadap dua wanita di Padawan dan Kuching yang menyebabkan kerugian RM292,000. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa berusia 55 dan 68 tahun.*

               18) *SEPASUKAN anggota bomba terpaksa dipanggil bagi menyelamatkan seorang wanita warganegara Indonesia berusia 20 tahun yang pengsan ketika mendaki Gunung Angsi, Ulu Bendul, Kuala ilah, hari ini. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti, Mohd Fauzi Shamir berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.20 pagi.*

               19) *SEORANG lelaki maut, manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di Kilometer 48 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Hulu Selangor, hari ini. Dalam kejadian 6.50 pagi, mangsa, Lam Siew Loong berusia 36 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala rakannya Lai Chun Men, 26, membonceng motosikal dilaporkan patah bahu.*

               20) *LAPAN lelaki termasuk lima warga Pakistan diberkas selepas polis merampas 190 bateri pencawang sebuah syarikat telekomunikasi bernilai RM400,000 yang dipercayai dicuri dari kawasan pencawang di sekitar Pendang dan Jitra, minggu lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, tangkapan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada pihak syarikat telekomunikasi berkenaan berhubung kecurian set bateri janakuasa di sebuah pencawang di Sungai Tiang, Pendang pada 11 April lalu.*

               21) *SEPASUKAN pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dipanggil bagi membantu menangkap seekor kongkang ditemui di halaman sebuah rumah di Bukit Jelutong, Shah Alam, 10.30 pagi tadi. Kehadiran haiwan spesis terancam dan dilindungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) itu disedari seorang wanita. Malah, suri rumah itu pada mulanya menyangka haiwan berkenaan adalah seekor tupai terbang (sugar glider).*

               22) *PENYELIA restoran dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sebuah pangsapuri di Sungai Besi, Kuala Lumpur sejak 16 April lalu. Muhammad Usup Bambang, 35, dilihat keluar dari rumahnya dengan menaiki Toyota Vios milik rakan serumahnya pada 2 pagi. Menurut kakaknya, Ida Bambang, 38, dia dimaklumkan mengenai kehilangan adiknya itu melalui ibunya di Bandar Pusat Jengka, Pahang selepas diberitahu rakan serumah Muhammad Usup, Muhammad Yusuf Japar, 32.*

               23) *PEMANDU dan tujuh penumpang berdepan detik cemas selepas sebuah bas ekspres terbakar di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berdekatan Yong Peng, awal pagi tadi. Pemandu bas, P Pearam, 35, berkata kejadian berlaku kira-kira 2.30 pagi di simpang masuk ke pekan Yong Peng ketika kenderaan itu perjalanan daripada Melaka menuju ke Kluang.*

               24) *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili, menahan 15 nelayan asing termasuk seorang tekong selepas dipercayai menangkap ikan secara haram di perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi, semalam. Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan, berkata semua warga Vietnam berusia 17 hingga 45 tahun itu dipercayai mencuri sumber perikanan negara pada kedudukan kira-kira 26.5 batu nautika Timur Tanjung Balau, kira-kira 11.45 pagi.*

               25) *DUA lelaki ditahan, manakala dua lagi diburu polis susulan insiden pukul seorang operator kilang di Singapura di sebuah stesen minyak di Tanjung Kupang, Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, tangkapan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada mangsa berusia 21 tahun pada 7.28 petang.*

               26) *PROSIDING perbicaraan kes membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ditetapkan selama tiga bulan bermula 19 Ogos depan. Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu selepas membenarkan notis usul dikemukakan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas yang memohon supaya kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd didengar sehingga selesai terlebih dulu.*

               27) *DATUK Seri Abdul Hamid Bador dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelantikan Abdul Hamid dibuat berdasarkan pengalaman luasnya dalam bidang kepolisan.*

               28) *SEORANG pendaki sesat lebih 12 jam di Gunung Berembun, Jalan Pantai, Seremban, ketika melakukan aktiviti mendaki bersama bapanya semalam. Fan Yeong Fatt, 35, memulakan aktiviti mendaki pada 8 pagi itu tersesat dan tidak turun semula sehingga senja. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohamad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada bapa mangsa pada 8.40 malam dan anggota tiba di lokasi 20 minit kemudian.*

               29) *HASRAT seorang wanita untuk mendapatkan modal bagi mengembangkan perniagaan tidak kesampaian apabila dia kerugian RM18,560 ditipu sindiket penipuan pinjaman tidak wujud yang tawarkan di Facebook. Mangsa berusia 30 tahun dan memiliki perniagaan berkaitan bidang seni reka itu mula berurusan dengan suspek pada 19 April lalu, ketika mencari iklan pinjaman wang di laman sosial itu untuk dijadikan modal perniagaannya.*

               30) *KIRA-kira 100 penduduk Kampung Lada, Jerantut melakukan gotong-royong membersih dan mengindahkan masjid kampung berkenaan dalam Program Jom Bersih Masjid, hari ini. Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung berkenaan, Mazlan Malek berkata, program ini adalah bagi persiapan menjelang kedatangan Ramadan minggu depan.*

               31) *WANITA warga emas yang rentung dalam kebakaran di Jalan Besi, Kampung Baru Buntong, Ipoh, hari ini, adalah orang kurang upaya (OKU). Anak saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sum berkata, ibu saudaranya, Lee Soo Nooi, 66, buta sebelah matanya akibat kemalangan jalan raya sebelum ini.*

                32) *SEBUAH kilang memproses barangan plastik musnah dalam kebakaran di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang, awal pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima kecemasan daripada orang awam pada 1.30 pagi.*

                33) *WANITA berusia 44 tahun maut selepas kereta dipandunya melanggar belakang sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 83 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara), pagi tadi. Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu menyebabkan Tan Yoke Yun meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit. Pemandu treler yang berusia 44 tahun dari Bandar Seri Alam, Masai, terselamat.*

                34) *DUA daripada tiga pelajar tahfiz di Repah, Tampin yang hilang minggu lalu berjaya ditemui di Kuala Lumpur, awal pagi ini. Mahadhir Mat Lazim, 43, berkata dia menemui sendiri anaknya Umair Fayed, 13, bersama seorang lagi pelajar di sebuah pusat komputer di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Jinjang, jam 1 pagi. Katanya, anak keempat daripada enam beradik itu kemudian dibawa pulang ke Taman Tasik Kesuma, Selangor dan laporan polis mengenai penemuan itu sudah dibuat.*

                35) *SERAMAI 32 penagih dadah ditahan dalam Op Bersepadu selama lima jam di sekitar Kampung Tiak, Kupang, Baling bermula jam 5 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shariffuddin Yusof berkata, mereka menjadikan kebun getah sebagai tempat melepaskan gian dan tidak sedar kehadiran anggota penguat kuasa.*

                36) *BERBEKALKAN pedang samurai, seorang lelaki aktif melakukan samun di kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak di daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam dalam tempoh 18 jam. Sasaran lelaki terbabit pula hanya rokok dan wang tunai namun selepas empat kali melakukan samun sejak semalam dan awal pagi hari ini, dia akhirnya dicekup polis.*

                37) *SEORANG kontraktor di Kuantan ‘berputih mata’ apabila kerugian RM3,000 selepas terpedaya dengan helah seorang lelaki yang mengajaknya menjadi rakan kongsi bagi membeli lori untuk kerja penghantaran bahan binaan. Mangsa berusia 42 tahun pada mulanya menerima mesej daripada suspek pada 4 Januari lalu yang mendakwa mahu membeli sebuah lori berharga RM80,000 bagi tujuan perniagaan.*

                38) *SEBUAH kilang yang beroperasi di daerah ini dipercayai melakukan pembuangan sampah haram di lokasi berhampiran sebuah kolej swasta dan tepi Lebuh Raya Kjang-Seremban (LEKAS) di sini. Ahli Majlis Perbandaran Nilai (MPN) B Yogeswaran berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang anggota bomba mengenai kegiatan tidak bertanggungjawab itu. Katanya, siasatan awal mendapati kegiatan itu dilakukan sebuah kilang sejak awal tahun ini.*

                39) *MAYAT lelaki ditemui di lereng bukit kawasan hutan berhampiran kebun sawit di Kampung Sungai Lah, Chenderiang di Tapah, petang kelmarin dalam keadaan bahagian kepala hanya tinggal tengkorak dan badan masih berisi, namun sudah berulat serta mereput.
Lelaki tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang dianggar berusia 20 hingga 30-an itu ditemui orang awam di kawasan berkenaan sebelum memaklumkan kepada polis kira-kira 5 petang.*

                40) *BAYI perempuan selamat dilahirkan dalam bas ekspres ketika dalam perjalanan ke Ipoh dekat Tapah, petang semalam. Dalam kejadian 5.30 petang itu, ibu bayi berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari ibu negara untuk ke Ipoh menaiki bas ekspres itu.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *TOKYO: Putera Naruhito yang secara rasmi menaiki takhta sebagai Maharaja Jepun, semalam, sehari selepas ayahandanya, Akihito turun takhta selepas menjadi maharaja selama 30 tahun mewarisi simbol dan mohor diraja iaitu pedang, permata dan cermin.*
             *Pedang Kusanagi, permata Yasakani no Magatama diserahkan kepada Naruhito dalam kotak kayu oleh bentara kanan Istana Imperial manakala simbol ketiga, cermin Yata no Kagami kekal di Kuil Besar di Wilayah Mie, kuil utama dalam agama Shinto.*
            *Tiga simbol itu melambangkan keberanian, berpengetahuan luas dan kebaikan yang perlu ditampilkan maharaja kepada rakyatnya.*

            *NEW DELHI: Tiga lelaki termasuk abang pengantin perempuan dituduh mencekik mati seorang tetamu majlis perkahwinan sebelum mengikat batu pada kakinya dan mencampaknya ke dalam empangan selepas mengeluh dihidangkan makanan yang terlalu sedikit di Chhattisgarh, lapor media tempatan.*
           *Mayat Ved Prakash Sahu, 25, ditemui di empangan Gangrel pada Ahad lalu, hampir seminggu selepas dia dibunuh, lapor Times of India.*
          *Menurut polis, beberapa pelancong terhidu bau busuk dari empangan berkenaan dan terkejut melihat mayat mereput terapung dengan beg kecil berisi batu diikat pada kakinya. Laporan bedah siasat mendapati mangsa dicekik mati lima hari sebelumnya.*

            *JUBA: Seorang wanita dibelasah mati oleh abang-abangnya kerana menolak lamaran seorang lelaki yang menawarkan keluarganya 40 lembu sebagai hantaran perkahwinan di Sudan Selatan.*
             *Menteri Penerangan di Eastern Lakes, Taban Abel berkata, Nyaluk Magorok, 20, dihukum abang-abangnya dalam kejadian di Yirol selepas berkeras tidak mahu mengahwini calon pilihan keluarga itu.*
              *Dia memberitahu Radio Tamazuj, ibu bapa Nyaluk mahu memaksanya mengahwini lelaki berkenaan kerana tawaran 40 lembu sebagai hantaran. Susulan itu, katanya, semua ahli keluarga yang bertanggungjawab atas kematiannya termasuk ayahnya kini ditahan.*

            *BANGKOK: Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn, mengumumkan Jeneral Suthida Vajiralongkorn sebagai permaisuri beberapa hari sebelum upacara pertabalannya pada 4 hingga 6 Mei ini.*
          *Pengumuman itu yang disiarkan Jurnal Diraja semalam, menyatakan Raja Vajiralongkorn, 66 tahun, sudah berkahwin dengan Suthida.*
          *Vajiralongkorn yang menggunakan gelaran Raja Rama X, mewarisi takhta Thailand selepas kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada Oktober 2016, selepas 70 tahun bertakhta.*
          *Pada 2014, Vajiralongkorn melantik Suthida Tidjai, bekas pramugari Thai Airways sebagai timbalan pemerintah unit pengawal peribadinya ketika beliau masih putera mahkota.*

            *MELBOURNE: Sepasang warga emas terkejut apabila mendapati kiriman bungkusan mengandungi dadah methamphetamine seberat 20 kilogram bernilai AU$10 juta (RM29 juta), semalam.*
             *Pasangan terbabit tersilap menerima bungkusan dan mereka segera menghubungi polis sebaik mendapati beberapa bungkusan mengandungi serbuk putih.*
        *Polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Melbourne dan menahan seorang lelaki berusia 21 tahun selepas menemui lebih 20 kilogram methamphetamine.*

             *BHUBANESWAR: Hampir 800,000 penduduk di pantai timur India dipindahkan sebelum ribut siklon kuat dengan kelajuan angin 200 kilometer sejam tiba, esok.*
              *Pusat kaji cuaca meramalkan ribut siklon teruk Fani melanda kawasan bandar suci Hindu, Puri pada waktu petang.*
            *Jurucakap jabatan bencana memberitahu AFP seramai 780,000 penduduk dari 13 daerah di Odisha sudah dipindahkan ke kawasan selamat.*

            *WASHINGTON: Seorang pelajar lelaki berusia 21 tahun mengadai nyawanya demi menyelamatkan orang sekeliling dengan melawan penembak yang menyerang sebuah kelas di Universiti North Carolina, kelmarin.*
          *Ketua polis Kerr Putney berkata, pihak berkuasa masih mencari motif serangan yang menyebabkan pelajar ijazah sarjana muda Riley Howell dan seorang lagi penuntut maut.*
             *Polis sudah menahan bekas pelajar universiti itu Trystan Terrell, 22, yang melepaskan tembakan dalam kelas.*

            *CARACAS: Seorang wanita maut ditembak mati manakala 27 lagi cedera dalam rusuhan antara penyokong pembangkang dengan tentera di sini, hari ini.*
           *Jurubith Rausseo, 27, meninggal dunia di sebuah klinik akibat ditembak di kepala, kata organisasi bukan kerajaan Pemerhati Konflik Sosial Venezuela di Twitter.*
             *Ketegangan di Venezuela meningkat sejak pemimpin pembangkang Juan Guaido mengangkat dirinya pemangku presiden Januari lalu dan mendakwa kemenangan Presiden Nicolas Maduro pada tahun lalu adalah tidak sah.*

            *MIAMI: Percubaan seorang lelaki dan wanita menyamar sebagai detektif untuk membebaskan rakan mereka dari penjara di Florida gagal apabila mereka ditahan polis.*
          *Francine Olson dan Brandon Reyes diberkas malam Isnin lalu kerana menyamar sebagai pegawai penguatkuasa, kata pejabat Sherif daerah DeSoto menerusi Facebook.*
           *Menurut kenyataan itu, Francine dan Reyes memberitahu pegawai polis mereka detektif baru dan cuba menggunakan kenderaan polis.*

            *POLIS di timur China dipuji selepas menunggu dengan sabar selama tiga jam hingga tamat filem Avengers: Endgame sebelum menangkap seorang suspek kes tipu.*
        *Lelaki hanya dikenali sebagai Liu itu disyaki menggunakan taktik Romeo untuk menipu ratusan ribu yuan daripada beberapa wanita dan pada Rabu minggu lalu dikesan berada di panggung wayang bersama seorang rakan perempuan di Hangzhou, wilayah Zhejiang, lapor Channel 6 dipetik South China Morning Post.*
          *Polis bagaimanapun tidak terus menyerbu panggung itu, sebaliknya menunggu dengan sabar di luar hingga filem tamat untuk mengelak mengganggu 100 penonton lain.*
          *Liu ditahan sebaik keluar dari panggung berkenaan jam 3 pagi.*

          *NEW DELHI: Seorang calon pilihan raya didakwa selepas menunggang keldai untuk memfailkan kertas pencalonannya.*
           *Mani Bhushan Sharma memfailkan kertas pencalonan pada Isnin lalu sebelum menunggang keldai di luar pejabat pilihan raya tempatan di Jehanabad, Bihar, timur India.*
           *Ketua Polis Jehanabad, Shree Maneesh memberitahu AFP: “Kami memfailkan kes penderaan haiwan terhadapnya.”*
           *Dia tidak mengulas tuduhan berkenaan. Menunggang keldai atau baghal idak menyalahi undang-undang malah lazim dilakukan di India.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *SEORANG lelaki berlagak samseng jalanan apabila menampar dan menumbuk seorang pemandu wanita berikutan salah faham dalam kejadian dipercayai berlaku di Taman Keramat, Kuala Lumpur, tengah hari ini.*
          *Dalam kejadian berkenaan, lelaki berkenaan yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dilihat melempang serta menumbuk wanita terbabit sebanyak dua kali.*
           *Malah, video kejadian berkenaan yang berdurasi 34 saat dirakam seorang pngguna jalan raya lain turut tular di media sosial.*

           *“SAYA hanya teringin secawan Milo saja tetapi tidak sangka pula dapat satu lori,” kata Natasya Rose Nizam, 23, yang kisahnya mengidam air Milo lori tular di laman sosial.*
           *Video ibu serta bapa mentuanya mengejar lori Milo itu tular sejak Isnin lalu sekali gus berjaya menarik perhatian pihak Nestle Products Sdn Bhd.*
          *Natasya yang kini hamil lapan bulan anak sulungnya berkata, dia tidak menyangka apabila pihak Nestle memberi kejutan dan ‘mengirimkan’ sebuah lori Milo ke rumah mentuanya, hari ini.*
          *Menurutnyaa, dia dimaklumkan sebelum itu oleh suaminya, Muhammad Azmer Mohd Badrul Merzam, 23, mahu mengadakan majlis makan-makan dan menjemput anak yatim sempena menyambut ketibaan Ramadan.*

           *HAKIM Mahkamah Persekutuan Tan Sri Azahar Mohamed adalah hakim paling kanan dalam hierarki badan kehakiman negara pada ketika ini.*
         *Berdasarkan amalan, pelantikan Ketua Hakim Negara adalah mengikut kekananan hakim.*
            *Azahar dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 12 September 2014.*
             *Walaupun seorang lagi Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ramly Ali adalah lebih kanan berbanding Azahar, namun beliau akan bersara wajib Ogos ini sekali gus mengenepikannya sebagai calon untuk mengisi jawatan itu.*
           *Jawatan nombor satu badan kehakiman negara itu kosong berikutan persaraan Tan Sri Richard Malanjum pada 12 April lalu.*
          *Selepas beberapa minggu kosong, kelmarin, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Ketua Hakim Negara yang baharu akan diumumkan hujung minggu ini.*

          *HANYA mempunyai tujuh guru dan tujuh murid, namun sambutan Hari Guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang 15, Slim River tetap disambut meriah.*
          *Sekolah Kurang Murid (SKM) itu terletak di kawasan ladang kelapa sawit dahulunya mempunyai ramai murid tetapi selepas berlaku penghijrahan pekerja ladang untuk mencari kehidupan baharu di tempat lain menyebabkan bilangan murid semakin berkurangan.*
            *Kekurangan guru juga bukan penghalang bagi sekolah berkenaan mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada Isnin lalu bertemakan ‘Alam Persekolahan.”*
                 
*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2019 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SATU 4 AY 2019 ASHI ERSAAAN 28 SYAN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*

     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0534*
*SUBUH : 0544*
*SYURUK : 0702*
*ZOHOR : 1313*
*ASAR : 1632*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2031*


*LST GA_L IGU NI*


*artikel disiarkan pada tarikh 3may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *KERAJAAN menjangkakan memperoleh kembali dana AS$7 bilion (RM29 bilion) yang didakwa wang 1Malaysian Development Bhd (1MDB) yang disalah guna dari pelbagai negara. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia mahu mendapatkan semula wang berkenaan seperti diumumkan Amerika Syarikat dan Singapura.*

               2) *JANDA anak tiga ditahan polis malam tadi selepas membuang bayi yang ditemui berulat dalam plastik hitam di tepi jalan berdekatan terowong Kampung Dato Syed Nahar, di sini. Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, wanita berusia 36 tahun itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah, ditahan 9.30 malam di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.*

               3) *KUALA LUMPUR: Lebih 80 usahawan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) diperdaya perunding atau orang tengah untuk mendapatkan sijil halal dengan jumlah kerugian lebih RM100,000 sejak empat tahun lalu. Lebih menyedihkan, sebahagian besar daripada mereka usahawan di luar bandar yang kurang maklumat mengenai prosedur dan mengharapkan bantuan pihak ketiga memperoleh dokumen berkenaan.*

               4) *AHLI Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan memperoleh rasuah membabitkan RM2.8 juta berhubung Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Berhad (Felcra), empat tahun lalu. Bagaimanapun, Bung Mokhtar, 60, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.*

               5) *HAKIM Mahkamah Persekutuan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa semalam. Pelantikan itu sekali gus mencatat sejarah apabila beliau menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan tertinggi badan kehakiman negara itu.*

               6) *“KAMI amat bimbangkan keselamatan dia yang sudah 11 hari tidak ada sebarang khabar berita. “Dia orang kurang upaya (OKU) lembam dan kebiasaan akan mengikut sesiapa saja meskipun orang tidak dikenali,” kata Siti Aminah Jakon, 52, ibu kepada Muhammad Amirul Izwan Mohd Isa, 25. Siti Aminah, kini resah memikirkan nasib anaknya itu yang tidak pulang selepas keluar dari rumah mereka di Kampung Permatang, Kuala Selangor, 23 April lalu.*

               7) *“ANAK saya sudah 10 tahun tak turun flat ini akibat masalah kesihatan yang dialami selain obesiti melampau,” kata M Navamani, 56. Navamani adalah ibu kepada M Thavarajah, 34, yang terpaksa dibawa turun dari tingkat tiga menggunakan tali oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sebuah flat di Cheras, Kuala Lumpur semalam.*

               8) *SELEPAS tiga tahun terlantar akibat menghidap ketumbuhan dalam otak, seorang guru agama sekolah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyedari dia layak mendapat faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu. Zailani Sabtu, 54, penyelia asrama sebuah sekolah di negeri ini berkata, isterinya Norlizah Taib, 50, mempunyai ketumbuhan dalam otak dan tidak mampu bergerak sendiri.*

               9) *PENGEDAR dadah antara sembilan ditahan dalam Op Sarang di port penagihan dadah dalam kawasan ladang kelapa sawit di FELDA Pasoh Tiga, Jempol, semalam. Difahamkan pengedar berusia 40-an itu berjaya meloloskan diri ketika serbuan dilakukan pihak polis di lokasi berkenaan sebelum ini.*

               10) *PESAWAH perlu mengambil positif terhadap cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang menyatakan pesawah boleh menanam padi pada malam hari. Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, rakyat seharusnya menerima nasihat berbentuk kiasan yang dinyatakan Dr Mahathir kerana beliau mahukan rakyat Malaysia berfikiran di luar kotak.*

               11) *Dua remaja lelaki ditahan kira-kira 13 jam selepas dikesan mencuri sebuah motosikal Honda EX5 dari tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Kulim semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor, pemilik asal meninggalkan Honda EX5 berkenaan di tempat letak kenderaan itu pada jam 11 pagi dalam keadaan berkunci.*

               12) *AKTIVITI persundalan wanita warga asing yang dijalankan di sebuah kelab sukan dan rekreasi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang digempur Jabatan Imigresen (JIM) negeri Rabu lalu. Dalam serbuan 10 malam itu, premis itu dikesan menawarkan khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing kepada pelanggan.*

               13) *KANAK-KANAK orang kurang upaya (OKU) bisu dan hiperaktif dipercayai hilang dari rumah di Kampung Lela, Kuala Pegang, Baling, hari ini. Kanak-kanak berkenaan, Intan Nur Syiffa Aleya Musliha, 6, disedari hilang oleh ahli keluarganya apabila tidak pulang ke rumah sejak tengah hari.*

               14) *TIGA belas keluarga di Kampung Lubuk Kepong, Segamat berdepan dugaan beberapa hari sebelum Ramadan apabila atap dan dinding rumah diterbangkan ribut semalam. Penduduk, Wan Jalaludin Ab Raub, 29, berkata, kejadian berlaku 9.30 malam ketika dia membeli barangan untuk menyambut Ramadan tidak lama lagi.*

               15) *HUJAN batu di FELDA Air Tawar 3, Kota Tinggi hari ini menyebabkan beberapa rumah penduduk di sekitar kawasan itu rosak.
Kejadian kali pertama dan terburuk itu berlaku ketika hujan lebat disusuli ribut hingga menumbangkan pokok dan bumbung rumah.*

               16) *PERBUATAN pihak tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran terbuka menyebabkan empat pekebun menanggung kerugian lebih RM100,000 apabila kebun sawit seluas 16 hektar milik mereka di Bukit Jerok, Jertih, terbakar. Difahamkan kebakaran bermula sejak beberapa hari lalu membabitkan empat lot tanah dan kini semakin merebak ke kawasan berhampiran.*

               17) *ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin, Temerloh dianggap ‘hero’ apabila berjaya menyelamatkan kucing jantan yang terperangkap di bumbung tingkat tujuh kuarters Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) hari ini. Dalam kejadian 8 pagi itu, pegawai dan lapan anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan awam 8.19 pagi.*

               18) *ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Segamat menyelamatkan seekor ular sawa batik cedera pada mulut dan badan ditemui di Kampung Tungku Tiga, Segamat, 9 pagi hari ini. Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Segamat, Kapten (PA) Mohd Nazlan Ruslan berkata, reptilia seberat 60 kilogram dengan panjang enam meter itu ditemui oleh seorang penduduk di belakang kediamannya.*

               19) *ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Segamat menyelamatkan seekor ular sawa batik cedera pada mulut dan badan ditemui di Kampung Tungku Tiga, Segamat, 9 pagi hari ini. Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Segamat, Kapten (PA) Mohd Nazlan Ruslan berkata, reptilia seberat 60 kilogram dengan panjang enam meter itu ditemui oleh seorang penduduk di belakang kediamannya.*

               20) *WANITA warga emas dilaporkan hilang sejak lapan hari lalu selepas keluar dari rumahnya di Batu 9, Jalan Gambang, Kuantan. Anak lelaki mangsa, Pang Kar Heng, 45, berkata, ibunya, Chin Nyok Yin, 79, keluar rumah 3 petang 27 April lalu dan tidak pulang selepas itu.*

               21) *“SAYA sangat gembira dan terima kasih kepada semua. Saya sayang anda semua,” kata warga Vietnam, Doan Thi Huang yang sebelum ini dituduh dalam kes bunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam. Doan dibebaskan awal pagi tadi selepas tepoh penjara tamat serta dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya sebelum bergerak ke KLIA untuk berlepas ke Vietnam, hari ini.*

               22) *PENDUDUK pangsapuri Blok F Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing bermula 8 pagi esok. Perkara itu disahkan Ketua Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof yang memaklumkan kebenaran berkenaan diberikan selepas keadaan struktur pangsapuri disahkan selamat untuk didiami.*

               23) *PENUNTUT lelaki Politeknik Mukah maut selepas motosikal ditunggang dilanggar sebuah kereta di Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu, 2 pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa, Kelvin Ho Ching Choong, 21, meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Bintulu.*

               24) *CUBAAN dua lelaki menjual motosikal jenis Kawasaki Z250 dicuri dianggarkan bernilai RM10,000 terbantut selepas mereka ditahan polis di sebuah rumah di Taman Pulasan, Jitra, Kubang Pasu, 12.40 tengah malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Chien Chunng Tsaur berkata, motosikal itu dilaporkan hilang semalam sekitar daerah ini.*

               25) *PADAH merogol pelajar sendiri dalam kereta di kawasan letak kereta di hadapan pasar raya di Siburan, dua tahun lalu, seorang guru Matematik dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuching, hari ini. Keputusan terhadap tertuduh, Muhaini Bojeng, 53, dibuat Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad selepas membuat pertimbangan sewajarnya berdasarkan statistik kekerapan kesalahan seksual terjadi di Sarawak terutama dalam kalangan guru.*

               26) *SEORANG lagi suspek ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pukul dua pekerja kilang di sebuah stesen minyak di Tanjung Kupang, Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan sepasukan polis dari cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Iskandar Puteri pada 2 petang.*

               27) *SEORANG ahli perniagaan wanita bertindak menolak jurukamera sebuah stesen televisyen swasta dipercayai untuk melepaskan kemarahan selepas petugas media itu merakam gambarnya. Kejadian di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Ayer Keroh, 10.45 pagi tadi, mengejutkan petugas media yang membuat liputan.*

               28) *JABATAN Laut Wilayah Selatan (Johor) menemui satu lagi tompokan minyak dianggarkan sebanyak kira-kira 60 tan di perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi, petang semalam. Penolong Pegawai Laut, Roslee Ibrahim berkata, tompokan baharu itu diperoleh menerusi imej satelit yang disalurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memiliki teknologi itu di United Kingdom.*

               29) *SEORANG pembantu kedai cedera selepas terjatuh dari motosikal, akibat diragut dua lelaki di Kampung Pauh Sebanjar, Simpangan, Tumpat, 7.20 malam tadi. Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, akibat kejadian mangsa berusia 22 tahun luka di lutut, kaki, tangan dan muka.*

               30) *GENAP seminggu hari ini sejak kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan bermula namun ‘perang’ bendera antara calon bertanding kelihatan hambar. Tinjauan Bernama mendapati tidak banyak bahan kempen seperti poster, gegantung dan bendera yang dipasang. Hanya sesetengah kawasan sahaja dipenuhi bahan kempen daripada calon ataupun parti yang bertanding.*

               31) *“AWAL sampai bang, saya mai (datang) ambil tarikh saja,” kata K Vaitheswaran, 21, bekas pekerja salun kepada petugas media. Dia menyapa petugas media ketika hadir bagi proses perbicaraannya atas dakwaan menyebabkan kematian seorang penuntut kolej selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu mangsa terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang.*

                32) *EMPAT sekawan yang aktif melakukan kegiatan samun dan ragut di sekitar daerah Kuantan sejak Mac lalu tumpas selepas semua mereka ditahan 23 April lalu. Suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia 23 hingga 37 tahun dikatakan terbabit dalam sembilan kes samun dan ragut sejak awal Mac lalu termasuk mencederakan seorang lelaki menggunakan parang sebelum melarikan telefon bimbit dan dompet mangsa.*

                33) *KEMENTERIAN Dalam Negeri tidak mengalami masalah untuk melantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu dan beberapa jawatan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi perlu mengikut prosedur untuk mengisi kekosongan bagi jawatan terbabit. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, nama calon bagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara baharu kini sedang menunggu perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.*

                34) *MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam yang bakal diadakan di perkarangan Masjdi Jamek, Kuala Lumpur, esok, hanyalah satu gimik politik untuk menjatuhkan kerajaan. Beliau berkata, pihaknya tidak menghalang himpunan terbabit dilaksanakan selagi mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.*

                35) *BEBERAPA jalan utama di pusat bandar Tawau ditenggelami air susulan hujan lebat hampir lima jam, sejak 4 pagi, hari ini. Antara laluan utama yang terjejas termasuk Jalan Tanjung Batu, Jalan Chester, Sin Onn, Batu 2 Jalan Apas menghala ke Simpang Empat Takada yang digenangi air sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.*

                36) *MEKANIK didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, terhadap dua pertuduhan menulis perkataan lucah pada kertas saman dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, bulan lalu. Tertuduh, Nor Exzuan Nor Hashimy, 35, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Mahyun Yusof dan V Vanita.*

                37) *WANITA dicabul lelaki yang berpura-pura menjadi pelanggan dalam kejadian di kedai menjual peralatan memancing di Kuala Terengganu, Selasa lalu. Kejadian dipercayai berlaku 5.55 petang ketika mangsa berusia 35 tahun bersama rakan sekerjanya sedang menyusun barang di dalam premis berkenaan sebelum didatangi seorang lelaki.*

                38) *PERAK menetapkan tiga pilihan kadar bayaran zakat fitrah pada tahun ini iaitu RM7, RM14 dan RM21 mengikut jenis beras yang digunakan. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Mohd Haidi Sulaiman berkata, tiga pilihan itu ditetapkan selepas Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan memperakui pandangan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak ke-216.*

                39) *SEBANYAK 24 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Samseng Jalanan yang diadakan di Alor Setar malam tadi. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, operasi bermula 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi dijalankan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.*

                40) *SEORANG peniaga kerugian RM56,479 akibat diugut bakal dipenjara seumur hidup kerana terbabit kes penggubahan wang haram berjumlah RM1.2 juta angkara sindiket penipuan melalui panggilan telefon. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki berusia 51 tahun dari Kuantan itu pada mulanya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita, semalam.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *CHENNAI: Pihak berkuasa di selatan India menyelamatkan puluhan hamba yang dikerah menjadi buruh ladang selepas pekerja kempen kesedaran memaklumkan pihak berkuasa bahawa mereka dilarang mengundi dalam pilihan raya umum.*
           *Pekerja kempen kesedaran itu berkata mereka sedang berusaha memastikan orang ramai keluar mengundi, namun menyedari ada pekerja dari negeri lain tidak pulang ke tempat asal untuk berbuat demikian lalu memaklumkan pihak berkuasa.*
           *Susulan itu, 39 orang yang ditahan seperti hamba sejak setaun lalu di sebuah ladang di Tamil Nadu diselamatkan, termasuk 17 kanak-kanak, kata pihak berkuasa kepada Reuters.*

          *MAKASSAR: Kerana berang dengan kerenah birokrasi ketika proses jual beli tanah, seorang lelaki bertindak membakar pejabat kampung dan menyiarkan aksi berkenaan di Facebook Live.*
             *Kompas.com melaporkan, Muhammad Sai, 42, mendakwa dipermainkan ketua kampungnya untuk menyelesaikan proses menjual sebidang tanah miliknya di Mallongi-longi, Pinrang, Sulawesi Selatan.*
              *”Saya tidak tahan lagi. Saya dipermainkan oleh ketua kampung. Dia berjanji dan terus berjanji tetapi tidak ditunaikan. Akhirnya saya membakar pejabat kampung,” katanya yang kini ditahan di ibu pejabat polis Pinrang.*

          *ANKARA: Seorang rakyat Turki yang cedera ketika serangan tembakan rambang di dua masjid Christchurch pada 15 Mac lalu meninggal dunia, semalam.*
         *Jumlah kematian akibat serangan itu kini meningkat kepada 51 mangsa.*
         *”Malangnya rakyat kami yang parah akibat serangan di Christchurch, New Zealand meninggal dunia," kata Menteri Luar Negeri, Mevlut Cavusoglu di Twitter.*

          *WASHINGTON: Seorang bayi lelaki lemas ketika keluarganya cuba menyeberangi sungai Rio Grande ke Amerika Syarikat menggunakan rakit getah, kelmarin.*
          *Dua kanak-kanak dan seorang dewasa turut dilaporkan hilang selepas rakit itu terbalik di sempadan Amerika Syarikat-Mexico, kata pihak berkuasa semalam.*
        *Kumpulan seramai sembilan orang yang menaiki rakit itu antara pelarian dari negara Tengah Amerika yang cuba memasuki Amerika Syarikat.*

         *BEIRUT: Arab Saudi dilapor menawarkan AS$10 bilion (RM41.4 bilion) kepada Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas supaya menerima penyelesaian damai dicadangkan Amerika Syarikat yang digelar ‘penyelesaian abad ini.’*
          *Menurut laporan akhbar Lubnan, Al-Akhbar kelmarin, tawaran itu dibuat ketika pertemuan Abbas dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman, baru-baru ini.*
       *Menurut Middle East Monitor (MEE), akhbar itu mendakwa, berdasarkan maklumat diterimanya, Mohammed memberi taklimat kepada Abbas mengenai penyelesaian itu dan memintanya menerima tawaran itu.*

         *BANGKOK: Kisah 12 budak lelaki dan seorang jurulatih yang terperangkap di dalam gua Tham Luang di wilayah Chiang Rai, utara Thailand selama 17 hari akan difilemkan dan disiarkan di Netflix.*
         *Netflix yang akan menerbitkan filem kisah 12 remaja yang terperangkap selama 17 hari dalam gua di selatan Thailand pada Jun 2018, membayar tiga juta baht (RM387,544) kepada setiap seorang remaja terbabit.*
          *Daily Mail melaporkan, Netflix yang juga menyumbang kepada agensi terbabit dalam usaha menyelamatkan remaja berkenaan, mengumumkan persetujuan itu Selasa lalu, selepas beberapa bulan berunding dengan Kementerian Kebudayaan Thailand.*

        *SYDNEY: Sekumpulan lelaki Australia dikecam, termasuk oleh penduduk negara mereka kerana melakukan perbuatan kurang ajar yang amat biadap apabila berbogel, mengeluarkan kata-kata kesat serta kencing kecil di jalan raya di Bali, Indonesia.*
         *Menurut laporan new.com.au yang memetik 7News, perbuatan keji mereka dirakam pemandu pelancong kumpulan lelaki terbabit dan dimuat naik ke Snapchat Sabtu lalu.*
           *Rakaman video itu menunjukkan lima lelaki yang kelihatan mabuk itu kencing di khalayak ramai serta merosakkan harta benda.*

         *TEHRAN: Selepas mengumumkan hasrat memasuki pertandingan mempertahankan diri campuran (MMA) Januari lalu, ahli bina badan Iran yang digelar Hulk Iran mengumumkan akan menentang peninju dari Brazil tahun ini.*
           *Ketika mengumumkan mahu menyertai MMA melalui Instagram, Sajad Gharibi yang juga dikenali sebagai Hercules Parsi seberat 176.9 kilogram dan setinggi 182.9 sentimeter itu mencabar sesiapa saja yang berani bertarung dengannya.*
         *”Beranikan diri dan jemput saya bertarung, bukan bersembunyi di belakang penaja anda,” tulisnya.*
            *Daily Mail melaporkan, minggu lalu, Sajad mengumumkan menerima cabaran daripada pencabarnya dari Brazil dan pertarungan akan berlangsung menjelang hujung tahun.*

          *WASHINGTON: Sebuah keluarga dari China membayar AS$6 juta (RM24.83 juta) kepada satu sindiket bagi membolehkan anak perempuan mereka memasuki universiti terkemuka Amerika Syarikat, Universiti Standford.*
          *Jumlah dibayar pasangan suami isteri dari Beijing itu dikatakan yang terbesar pernah dibayar kepada pemilik agensi Edge College & Career Network, William ‘Rick’ Singer untuk memastikan anak-anak mereka dapat memasuki universiti elit di Amerika.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


            *JIJIK dan tidak bertimbang rasa, demikian gambaran sikap segelintir penduduk di Blok Lapan, Flat Sun Moon City, Paya Terubong, Georgetown yang mengabaikan kebersihan.*
         *Bukan sahaja sampah malah ada segelintir penduduk yang tergamak mencampakkan najis manusia dari tingkat atas flat dan jatuh di atas kereta penghuni.*
            *Sikap itu juga tular di laman sosial sejak semalam dan menerima kecaman daripada warganet yang mempersoalkan mengenai kesedaran sivik dalam kalangan penghuni flat terbabit.*

            ♂ *“SAYE dok kisoh (tidak kisah) orang nak kata apa, memang payoh lidoh (payah lidah) nok tinggal kepok (keropok) lekor,” kata pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Hariff Salleh, 31.*
           *Video bapa kepada dua cahaya mata itu ketika ditemubual wartawan sukan antarabangsa dalam bahasa Inggeris tular di media sosial mencuit hati netizen.*
         *Mohd Hariff, memenangi pusingan kedua Le Tour de Langkawi (LTdL), April lalu menjawab soalan wartawan dalam bahasa Inggeris namun, pertuturannya masih pekat loghat Terengganu.*

           ♂ *KUALA LUMPUR: Pemergian tokoh agama terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, terus menyentuh perasaan rakyat negara ini khususnya mereka yang mengenali Allahyarham secara peribadi.*
            *Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew turut berkongsi kesedihan itu dan terus mengingati pesanan bekas Penasihat Agama Istana Negara itu setiap kali beliau hadir kuliah subuhnya.*
             *Sementara itu, pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 51, turut berkongsi sepotong video di laman Instagramnya mengenai pesanan Allahyarham dalam kehidupan apabila beliau meninggal dunia.*

          *MEXICO CITY: Sindiket dadah Mexico membogel dan mengecat tubuh tujuh orang, termasuk seorang wanita dengan watak adiwira filem Avengers sebelum dipaksa berjalan di tengah-tengah bandar Mexcan di Nuevo Laredo.*
           *Gambar ketujuh-tujuh individu terbabit tular di media sosial sejak kelmarin, menunjukkan mereka berjalan, berdiri dan terbaring di satu kawasan di Tamaulipas.*
          *Daily Mail yang memetik Radio Formula melaporkan, sindiket dadah Northeast sengaja memalukan mangsa dengan menyuruh mereka berbogel sebelum tubuh mereka dicat dengan watak adiwira Marvel, termasuk Spider-Man, Iron Man serta Captain Marvel dan Black Panther.*

          *LOS ANGELES: Pelakon Peter Mayhew yang membintangi watak Chewbacca dalam siri filem Star Wars meninggal dunia pada usia 74 tahun, Selasa lalu.*
          *Mayhew menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya di kediamannya di Texas, kata ahli keluarganya menerusi satu kenyataan di Twitter.*
          *Pelakon British itu setinggi 221 sentimeter dan bekerja sebagai pembantu hospital di London ketika ditemui produser Charles Schneer.*
          *Mayhew pada mulanya berlakon dalam Sinbad and the Eye of the Tiger sebelum diberikan watak lebih penting sebagai pembantu juruterbang dan rakan baik Han Solo dalam filem asal Star Wars pada 1977.*
                 

*ARENA*
========


            *JUARA dunia Marc Marquez berharap usahanya mempertahankan kejuaraan kembali ke landasan betul apabila perlumbaan ke-300 MotoGP berlangsung hujung minggu ini.*
           *Insiden Marquez terjatuh dan terkeluar di Litar Americas bulan lalu bermakna penunggang Honda itu tidak meraih sebarang mata dan kii ketinggalan di belakang pelumba Ducati, Andrea Dovizioso, pendahulu kejuaraan dunia dengan sembilan mata selepas tiga pusingan.*
              *”Jerez sering kali satu perlumbaan istimewa kerana ia yang pertama di Eropah dan banyak sokongan daripada peminat Sepanyol,” kata Marquez menjelang Grand Prix Sepanyol, hari ini.*

            *PENGURUS Liverpool, Juergen Klopp percaya skuad kendaliannya sudah melupakan kekalahan 3-0 dalam Liga Juara-Juara ke atas Barcelona dan memberi tumpuan untuk mencatat kemenangan penting Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Newcastle esok.*
           *Liverpool mengejar pendahulu, Manchester City dengan satu mata berbaki dua perlawanan Liga Perdana dan pengendali dari Jerman itu berkata, dia tidak perlu meningkatkan moral pemainnya selepas kekalahan di Sepanyol pada saingan pertama separuh akhir itu.*
            *"Kami tidak perlu memilih pemain di Barcelona dan memeluknya. Ia sudah ada dalam diri kami. Jika anda mahu menang bola sepak, anda perlu menerima bahawa anda juga boleh tewas.*

            *PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah lebih bersemangat untuk menghadapi pusingan keempat Grand Prix (GP) Sepanyol minggu ini selepas mendapat perkhabaran gembira.*
         *Pelumba Red Bull KTM Tech 3 itu yang mendapat gelaran Pescao berkata, dia akan memperolehi beberapa 'pakej' baru ke atas jentera KTM yang diharap dapat membantunya memperbaiki prestasi semasa.*

            *MALAYSIAN Tigers memenuhi sasaran untuk mara ke pentas final Pusingan Akhir Siri FIH selepas menewaskan Austria 3-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam ini.*
           *Dengan kejayaan mara ke final, skuad negara juga mengesahkan layak beraksi pada kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada hujung Oktober dan awal November depan.*
         *Skuad bimbingan Roelant Oltmans itu akan bertemu Kanada pada aksi final esok. Akhimullah Anuar hampir meletakkan skuad negara di depan pada minit ke-6 tetapi tolakannya berpunca dari hantaran Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal sedikit tersasar.*

            *PASANGAN beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying membuktikan bahawa mereka lebih hebat berbanding Tan Kian Meng-Lai Pei Jing apabila berjaya memenangi aksi suku akhir Terbuka New Zealand hari ini.*
              *Peng Soon-Liu Ying yang menduduki ranking kelima dunia berjaya mencatat kemenangan straight set 21-16, 21-11 dan bakal berentap dengan wakil Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja di separuh akhir esok.*

           ♂ *KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) bertindak segera dalam menggilap bakat Usain Bolt Malaysia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi apabila sudah memberikan tiga pilihan kepada jaguh pecut remaja itu.*
           *Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, atlet berusia 15 tahun berkenaan diberikan pilihan sama ada mahu menjalani latihan di luar negara, berpindah ke Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil atau kekal di Perak.*

            *PENGURUS ragbi 15 sebelah kebangsaan, Amir Amri Mohamad membayangkan sudah memiliki skuad ampuh untuk diturunkan menentang Sri Lanka di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam esok.*
            *Menurutnya, biarpun skuad Malaysia Barbarians yang diperkuat 10 pelatih kebangsaan, tewas 55-14 dalam ujian pertama menentang Sri Lanka semalam, perlawanan itu sekadar memilih baki enam pemain untuk mewakili negara.*

            *MALAYSIA terpaksa akur selepas kehilangan 70 pingat emas yang dimenangi di Sukan SEA Kuala Lumpur apabila edisi ke-30 temasya berlangsung di Filipina penghujung tahun ini.*
           *”Apabila kita menganjurkan Sukan SEA, kita mahukan banyak sukan yang boleh membantu kontinjen negara mendapat pingat, kita memerlukan sekurang-kurangnya penyertaan empat pasukan (setiap acara untuk dijalankan. Jadi situasi yang sama berlaku di Filipina.*

            *ATLET boling elit negara, Muhammad Rafiq Ismail 'kembali bernafas' apabila mara ke pusingan kedua kategori terbuka lelaki pada Kejohanan Boling Terbuka Malaysia ke-40 yang berlangsung di Sunway Megalanes, hari ini.*
           *Sekali gus peluangnya untuk mempertahankan kejuaraan dimenanginya pada 2016 masih terbuka dengan syarat fokus dan bermain sebaik mungkin esok. Bermula agak baik dengan 253 jatuhan pin, permainan Muhammad Rafiq merosot dan tidak konsisten dari 'game' kedua hingga ke enam sebelum bangkit semula mencatat 235 jatuhan pin pada dua set terakhir.*

            *KUALA LUMPUR: Patuhi peraturan jika mahu meningkatkan kualiti Liga Malaysia (Liga M).*
         *Itu saranan pemain legenda Portugal, Luis Figo kepada semua pasukan Liga M jika mahu melihat liga itu benar-benar bertaraf profesional, sekali gus berpotensi meningkatkan kualiti permainan.*
         *Baginya, jika mahu maju, semua pasukan perlu ‘ikut buku’ dan mengikut garis panduan yang ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).*
          *Menerusi kenyataannya di laman Facebook MFL, Figo yang kini penasihat kepada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) memberikan gambaran jelas bahawa setiap pasukan perlu untuk mematuhi syarat ditetapkan.*

          *TIADA kelibat Dickson Nwakaeme dan Safuwan Baharudin apabila Pahang berdepan PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam esok.*
          *Ia disahkan pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh yang mengakui kehilangan dua pemain import itu berpunca kecederaan dialami mereka belum pulih.*
           *”Kemungkinan besar kita akan turunkan kesebelasan utama yang beraksi ketika bertemu Terengganu FC (TFC), jadi itu pilihan kita ada buat masa ini.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SELAMAT BERPUASA KEPADA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA*

*ISNN 6 AY 2019 ASHI ERSAAAN 1 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fR KMu LiGi*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT ORT DCKSN DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0533*
*SUBUH : 0543*
*SYURUK : 0703*
*ZOHOR : 1311*
*ASAR : 1631*
*MAGHRIB : 1916*
*ISYAK : 2028*


*artikel disiarkan pada tarikh 5may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *LEBIH tiga juta keluarga di negara ini berisiko tinggi terbabit dengan penyalahgunaan dadah berikutan elemen persekitaran kehidupan yang tidak konduksif. Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, penduduk yang tinggal di kawasan penempatan nelayan, projek perumahan rakyat (PPR) serta tanah rancangan antara yang dikesan paling terdedah dan berisiko.*

               2) *TIDAK cukup ditumbuk di muka dan kepala, seorang ibu turut dicekik dan dihentak kepalanya dengan batu bata oleh anak perempuannya dalam kejadian di Manir, Kuala Terengganu, semalam. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12 tengah malam ketika wanita berusia 56 tahun berada di rumah sebelum anak perempuannya itu tiba-tiba mengamuk. Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 30-an yang juga ibu kepada dua anak lelaki tiba-tiba mengamuk sebelum menyerang mangsa.*

               3) *CUBAAN sindiket penyeludupan melambakkan rokok jenama popular dari China digagalkan Pasukan Polis Marin (PPM) semalam. Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, kejayaan itu hasil pemeriksaan terhadap lori tiga tan ditahan di tepi jalan Bendahara 9, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru, pada 11.35 malam.*

               4) *PADAH parkir kenderaan di bahu jalan hingga mengganggu lalu lintas, polis mengeluarkan 45 saman trafik menerusi Ops Halangan yang dijalankan di Pekan Bukit Batu dan Jalan Kenanga Indahpura di Kulai, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata, operasi selama enam jam bermula 8 pagi itu dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.*

               5) *PASUKAN Polis Marin (PPM) bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kota Kinabalu menjalankan Operasi Intra Agensi di pulau peranginan sekitar daerah ini bagi mengesan aktiviti jenayah serta penyalahgunaan dadah. Operasi dijalankan 1 tengah hari semalam, membabitkan tiga pulau peranginan iaitu Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik terletak sekitar perairan Kota Kinabalu.*

               6) *PEMANDU lori meninggal dunia akibat serangan jantung sebelum kenderaan berat membawa muatan simen dikendalikan terbabas lalu merempuh pokok di Jalan Kuala Kangsar, berhampiran Balai Polis Khantan, Ipoh, hari ini. Dalam kejadian 9.30 pagi, A Bashkar, 55, beralamat di Taman Sentosa, Sungai Siput, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.*

               7) *ANGGOTA Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa terdapat gangguan dan pencerobohan siber di pejabatnya termasuk akaun media sosial miliknya, sejak Jumaat lalu. Anwar, yang juga Presiden PKR dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya sedang menyelenggara permasalahan itu dan menyarankan agar semua pihak kekal berwaspada dengan segala maklumat yang datang daripada pejabatnya mahupun akaun media sosial atas namanya.*

               8) *KERJA pemasangan tiang lampu bertukar tragedi selepas seorang pekerja kontrak penyelenggaraan maut terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Taman Indah, Sibu, semalam. Dalam kejadian pada jam 4.30 petang itu, Woolbert Jadam Enjup, 37, meninggal dunia kerana terkena renjatan arus voltan berkuasa tinggi ketika melakukan kerja di lokasi.*

               9) *LELAKI mahu mengeluarkan wang di mesin ATM sebuah bank di pekan Donggongon, Penampang, berdepan detik cemas apabila kereta dipandu merempuh dinding kaca ‘Self Service Terminal (SST)’ premis berkenaan, 8.11 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, tidak ada sebarang laporan membabitkan kecederaan diterima pihaknya setakat ini.*

               10) *POLIS akan memanggil penganjur Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan yang diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, semalam dalam masa terdekat. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata, ia susulan notis pemakluman diberikan penganjur kepada polis tidak lengkap sebagaimana dikehendaki mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.*

               11) *TERDAPAT segelintir penjawat awam yang tidak menyenangi tindakan kerajaan memberi penekanan terhadap membasmi rasuah. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mungkin hidup mereka lebih sempurna kerana rasuah dengan pendapatan lebih dan apabila kerajaan memerangi rasuah mereka tidak lagi menerima wang rasuah yang biasa.*

               12) *KURANG 24 jam selepas membuat laporan polis kehilangan suami, seorang wanita menerima berita memilukan apabila suaminya itu ditemui mati di Sungai Lokan, Bukit Mertajam, hari ini. Mayat lelaki berusia 33 tahun itu ditemui kira-kira 3 petang, hari ini, dalam keadaan terlentang dengan berpakaian lengkap terapung di sungai itu.*

               13) *KUALA LUMPUR: Ancaman nyawa oleh pemburu haram Vietnam menyebabkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) menubuhkan pasukan elit bagi berdepan penjenayah rimba itu. Pasukan khas digelar Pasukan Taktikal Khas PERHILITAN (SPARTA) itu dianggotai anggota PERHILITAN yang berkemahiran tinggi dan lengkap bersenjata bagi membanteras pencerobohan taman negara kerana turut dikesan membawa bahan letupan dan senjata api.*

               14) *“SYUKUR, saya dan anak masih diberi peluang menyambut Ramadan tahun ini walaupun kami dilanda ribut ketika di laut malam tadi,” kata Ramli Yusuf, 57. Tukang rumah itu bersama anaknya, Ramzie, 26, hanyut di laut hampir 20 jam akibat enjin bot rosak sebelum ditemui selamat oleh nelayan dan dibawa pulang ke Pengkalan Kemasin, 2.30 petang hari ini.*

               15) *PENGURUS projek maut selepas pacuan empat roda Nissan Frontier dipandunya dihempap kenderaan lain dalam kemalangan di lampu isyarat Jalan Semarak di Kuala Nerus, semalam. Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, Low Kok Kheong, 47, dari Perak maut di tempat kejadian kerana parah pada anggota badan.*

               16) *“TIBA-TIBA dengar ada bunyi benda jatuh dan saya lihat dua rakan sekerja dihempap timbunan kotak kurma,” kata seorang lelaki warga Bangladesh yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul, 24. Dia menceritakan kembali kejadian dua rakannya yang maut dihempap kayu palet mengandungi kotak kurma ketika bekerja di sebuah gudang di Lorong Perindustrian Bukit Minyak, Bukit Mertajam, hari ini.*

               17) *LAPAN pemandu dan penunggang ditahan selepas dikesan berada dibawah pengaruh dadah dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan sekitar bandar Pontian, Pontian, bermula 11 malam, semalam. Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, pihaknya memeriksa 295 pengguna jalan raya sepanjang operasi itu yang membabitkan 21 pegawai dan anggota.*

               18) *LIMA belas wanita warganegara asing disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran ditahan di premis berselindung di sebalik pusat refleksologi, dalam Op Noda/Cantas/Tapis di Jalan HJ Yaakub, Kampung Air, Kota Kinabalu. Serbuan bermula 12.30 tengah malam hingga 4 pagi itu, pihak berkuasa mendapati empat wanita berkenaan dalam keadaan separuh bogel dan sedang melayan pelanggan.*

               19) *TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, Vivian Wong Shir Yee akan mendapat sokongan daripada pengundi di kawasan parlimen itu. Wan Azizah yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PK) berkata Wong (Vivian), calon nombor tiga dalam PRK Sandakan akan menggantikan mendiang bapanya (Datuk Stephen Wong Tien Fatt).*

               20) *HUJAN lebat selama beberapa jam sekitar pekan Parit Buntar, malam tadi mengakibatkan 100 rumah dan 50 premis perniagaan dilanda banjir kilat. Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah Kerian berkata, kawasan terjejas mula dinaiki air pada 8.20 malam.*

               21) *JABATAN Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menjadi perintis melaksanakan Modul Latihan Bomba Bantuan selama dua tahun. Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahya Madis berkata, modul latihan Bomba Bantuan itu akan dilaksanakan dalam pengambilan baharu anggota berkenaan dalam masa terdekat. Katanya, sebelum ini modul latihan Bomba Bantuan hanya mengambil masa 10 hari sebelum tamat latihan.*

               22) *AKTIVITI pemantauan, penerangan dan operasi rutin terus dilaksanakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sepanjang Ramadan. Selain itu sekiranya ada umat Islam atau peniaga melakukan perbuatan menyalahi undang-udang notis hadir untuk membantu siasatan akan diberikan kerana tidak menghormati bulan Ramadan.*

               23) *PENGANGGUR ditahan selepas disyaki mencuri periuk nasi elektrik dan tong gas dari dapur sebuah sekolah rendah di Bau, Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek berusia 25 tahun ditahan di Kampung Melayu, kelmarin.*

               24) *PEMERIKSAAN terhadap seorang lelaki disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah gempar apabila pasukan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hulu Langat, mendapati suspek lelaki itu tidur bersama kelongsong dan peluru hidup. Operasi bermula 11 pagi, Khamis lalu itu turut disertai Special Tactical Response & Investigation Key Enforcers (STRIKE) Ibu Pejabat AADK, dijalankan di Semenyih, Beranang, Cheras, Kajang dan Hulu Langat.*

               25) *PADAH melawan arus kerana mahu mengelakkan sekatan jalan raya seorang penunggang motosikal patah kedua-dua belah kaki selepas bertembung dengan kenderaan polis di Kilometer 21.1 Lebuhraya Link Kedua arah timur, Iskandar Puteri, 2.04 pagi ini. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa, Lim Jia Jun, 19, menunggang Yamaha LC dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan lanjut.*

               26) *SEORANG pengusaha kebun sayur di Cameron Highlands menanggung kerugian RM290,606 selepas diperdaya sindiket Macau Scam menyamar sebagai anggota polis memperkenalkan diri sebagai ‘Sarjan Chew’ dan ‘Tuan Yong’. Kejadian berlaku pada 24 April lalu apabila mangsa berusia 54 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mendakwa kakitangan Pejabat Pos Malaysia cawangan Kuantan, Pahang.*

               27) *SERAMAI 35 penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima sumbangan menerusi Inisiatif Wang Saku diperkenalkan melalui program MyGift UMP bernilai RM17,500 sumbangan zakat Agrobank. Ia adalah antara usaha meringankan beban dalam kalangan penuntut UMP yang kurang berkemampuan serta memerlukan bantuan.*

               28) *TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan dua bot nelayan asing di sekitar Laut China Selatan, semalam. Kedua-dua bot bersama 20 awak-awak serta tekong itu ditahan oleh Kapal Diraja (KD) Laksamana Muhamad Amin dan KD Laksamana Tan Pusmah pada awal pagi dan lewat petang.*

               29) *KRU kapal dikhuatiri lemas di perairan Pelantar Gumusut Kakap, dekat Labuan, kelmarin. Lelaki tempatan berusia 36 tahun itu disedari hilang oleh kru kapal lain kira-kira 1 tengah hari sebelum kehilangannya dilaporkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Pengarah Maritim Negeri, Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan kira-kira 3 petang pada hari sama.*

               30) *DOKTOR wanita kerugian RM43,000 akibat Macau Scam selepas ‘termakan umpan’ lelaki yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pegawai polis. Wanita berusia 27 tahun itu menerima panggilan telefon daripada lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai SPRM pada 8.13 pagi, 26 April lalu.*

               31) *LELAKI warga emas maut selepas kereta dipandunya melanggar tembok pagar batu di Jalan Mawar, Taman Peringgit Jaya, Melaka hari ini. Kejadian itu dikatakan berlaku ketika mangsa berusia 78 tahun sedang mengundurkan kereta Perodua Myvi dipandunya. Difahamkan, sebelum kejadian warga emas itu menghantar dua cucunya berusia 13 dan 14 tahun ke kelas tuisyen di sebuah rumah di taman berkenaan.*

                32) *MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini menegaskan kuota jemaah haji Malaysia kekal 30,200 orang dan permohonan kuota tambahan sedang diusahakan kerajaan serta Lembaga Tabung Haji (TH). Beliau berkata, bagi kuota tambahan itu, ia tertakluk kepada budi bicara kerajaan Arab Saudi untuk meluluskan.*

                33) *JABATAN Kesihatan Negeri Selangor mendapati 30 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pantai Sepang Putra, Sepang dijangkiti wabak Influenza B setakat ini. Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, pihaknya menerusi Pejabat Kesihatan Daerah Sepang bagaimanapun masih sedang mengaktifkan pengesanan kes itu. “Sehingga kini, 30 orang dijangkiti wabak itu dan ia merangkumi 674 pelajar di sekolah terbabit.*

                34) *WANITA warga China dan jurupandu sukan udara (paragliding) warga tempatan nyaris maut selepas terjatuh ketika hampir mendarat di Kompleks Sukan Ranau semalam. Dalam kejadian 3.20 petang itu, paraglider lelaki berusia 44 tahun dan penumpang 29, cedera pinggang namun tidak dapat dipastikan tahap kecederaan mereka.*

                35) *LEBIH 1,000 menu berbuka puasa menanti warga Putrajaya di Bazar Ramadan Putrajaya bermula Isnin ini. Bazar terletak bersebelahan Masjid Tuanku Zainal Abidin (MTMZA) yang disertai 300 peniaga itu bermula 4 petang hingga 7.30 malam. Antara menu yang dijual adalah aneka kuih muih, lauk pauk, kambing bakar, air tebu, air kelapa serta pelbagai menu menarik lain.*

                36) *PEMANDU Toyota Camry terselamat selepas kereta dipandu lelaki itu terbakar ketika bergerak di Kilometer 12.9 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Shah Alam menuju ke Sungai Buloh, Subang Jaya semalam. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.28 petang.*

                37) *PENIAGA bazar Ramadan di seluruh negara diingatkan mematuhi arahan meletakkan tanda harga pada barangan jualan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peniaga yang berdegil berbuat demikian akan berdepan tindakan undang-undang.*

                38) *MAYAT reput tanpa kepala, tangan dan kaki ditemui terdampar di Pantai Imigresen, Tanjung Rhu, Langkawi, semalam. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, jantina dan bangsa mayat itu tidak dapat dipastikan berikutan keadaannya yang reput.*

                39) *LIMA termasuk bayi perempuan maut selepas Perodua Kancil dan Myvi bertembung di kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhampiran Simpang Sungai Ruan, di Raub, semalam. Kejadian 1.40 pagi itu turut mengakibatkan tiga mangsa parah termasuk dua kanak-kanak.*

                40) *IBU dipercayai mendera tiga anak kandungnya termasuk seorang yang kurang upaya (OKU), dalam kejadian di rumah mereka di Georgetown. Tidak tahan dengan kesakitan yang ditanggung, tiga kanak-kanak terbabit masing-masing berusia dua hingga 11 tahun melarikan diri ke rumah nenek mereka yang tinggal berhampiran.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *BANGKOK: Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn atau dikenali sebagai Rama X secara rasmi ditabalkan, semalam dalam satu istiadat diraja yang disulami dengan tradisi Hindu serta Buddha.*
         *Bermula tepat jam 10.09 pagi (waktu tempatan), penduduk Thailand berpeluangmenyaksikan tiga upacara utama pertabalan selama tiga hari itu bermula.*
         *Vajiralongkorn adalah raja ke-10 daripada dinasti Chakri yang mula berkuasa sejak 1782.*
          *Beliau menaiki takhta dua tahun lalu selepas kemangkatan bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej tetapi menunggu tempoh berkabung yang panjang tamat sebelum menetapkan tarikh untuk ditabalkan.*

           *JERUSALEM: Seorang lelaki Israel terbunuh selepas roket dari Gaza bedil bandar Ashkelon semalam, kata polis hari ini.*
           *AFP memetik kenyataan polis melaporkan mangsa meninggal dunia di hospital akibat cedera parah.*
           *Jurucakap hospital Barzilai di Ashkelon berkata mangsa Moshe Agadi, 58, berada di luar rumah ketika serangan berlaku.*
            *Bapa kepada empat anak itu menjadi rakyat pertama Israel maut dalam serangan yang bermula semalam.*

           *SRINAGAR: Seorang pemimpin tempatan dari parti pemerintah Perdana Menteri India, Narendra Modi disyaki ditembak mati kumpulan pemisah di daerah Anantnag, semalam.*
          *Kejadian berlaku pada waktu malam apabila kumpulan militan menembak ketua cawangan Parti Bharatiya Janata (BJP), Gul Mohammad Mir, 65, di rumahnya.*
         *Anantnag satu-satunya negeri majoriti Islam di India dan insiden itu antara siri serangan terbaru sejak pilihan raya India bermula bulan lalu.*

         *BLANTYRE: Mahkamah tinggi Malawi kelmarin menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh seorang pemuda albino dua tahun lalu.*
         *Pesalah Willard Mikaele membunuh Mphatso Pensulo, 19, di daerah selatan Thyolo pada 2017, lapor AFP.*
           *"Dia merancang bunuh seorang albino kerana mahu cepat kaya, seperti disarankan oleh dukun," kata hakim Maclean Kamwambe.*
          *Kali terakhir kerajaan Malawi menjatuhkan hukuman mati adalah pada 1994 dan selepas itu digantikan dengan penjara seumur hidup.*

          *CARACAS: Tujuh maut apabila helikopter tentera Venezuela dinaiki terhempas berhampiran ibu negara itu, pagi semalam.*
           *Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, helikopter itu berlepas dari Caracas dan menuju ke negeri Cojedes sebelum terhempas.*
          *Reuters melaporkan punca kemalangan masih dalam siasatan.*
         *Semalam, Presiden Nicolas Maduro berada di Cojedes untuk menyaksikan siri latihan tentera.*

         *NICOSIA: Ketua Polis Cyprus dipecat susulan kes pembunuh bersiri pertama negara itu membabitkan pembunuhan tujuh wanita berikutan kemarahan orang ramai terhadap siasatan yang dianggap sambil lewa, antara lain akibat sikap perkauman.*
           *Presiden Nicos Anastasiades memecat Zacharias Chrysostomou, kelmarin sehari selepas Menteri Kehakiman, Ionas Nicolaou mengumumkan meletak jawatan disebabkan kes itu.*
           *Media tempatan melaporkan pegawai tentera Kapten Nicos Metaxas, 35, mengaku terhadap tujuh pembunuhan yang gagal dikesan selama tiga tahun.*

           *BERLIN: Polis Jerman bertindak menutup pasaran haram dalam talian yang terbesar di dunia juga dikenali sebagai 'darkweb' dan menahan tiga lelaki yang menjalankannya, kata pendakwa raya semalam.*
         *Laman ‘Wall Street Market’ (WSM) membolehkan perdagangan kokain, heroin, ganja dan amphetamine serta kecurian data, dokumen palsu dan perisian berniat jahat dijalankan.*
          *Platform tersulit itu mempunyai lebih dari satu juta akaun pelanggan, lebih 5,000 penjual berdaftar dan lebih 60,000 tawaran jualan, menurut pendakwa dan afidavit Frankfurt yang difailkan pendakwa Amerika Syarikat di mahkamah persekutuan di Los Angeles.*

           *TOKYO: Maharaja Naruhito mendesak Jepun agar bekerjasama dalam usaha keamanan dunia ketika muncul buat pertama kali yang disambut dengan lambaian dan sorakan orang ramai.*
            *"Saya berharap negara ini yang bekerjasama dengan negara asing, berusaha mengekalkan keamanan dunia dan meneruskan pembangunan selanjutnya,” kata Naruhito, 59, tahun, yang menaiki takhta Rabu lalu.*
           *Maharaja Jepun yang ke-126 itu memakai kot dalam penampilan ringkas di Imperial Palace di tengah Tokyo, bersama kerabat diraja lain termasuk Maharani Masako.*
         *Masako kelihatan anggun memakai pakaian serba kuning, bertopi dan dipadankan dengan kalung mutiara.*

          *FLORIDA: Pesawat Boeing 737 dengan 136 penumpang dan anak kapal tergelincir ke dalam Sungai St John berhampiran Jacksonville, Florida selepas mendarat semalam, kata jurucakap Stesen Udara Tentera Laut Jacksonville.*
          *Tiada kematian dilaporkan.*
         *Pesawat berkenaan dari Stesen Tentera Laut Guantanamo Bay tergelincir ke dalam sungai di akhir landasan pada 9.40 malam (waktu tempatan), kata stesen udara.*
           *Datuk Bandar Jacksonville menerusi Twitter, berkata semua penumpang dan anak kapal ‘hidup dan masih ada’ tetapi kru bekerja keras untuk mengawal bahan api yang bocor di sungai itu.*

          *KARACHI: Sekurang-kurangnya 90 orang termasuk 65 kanak-kanak dipercayai dijangkiti virus HIV yang berpunca daripada seorang doktor yang menggunakan jarum suntikan tercemar, kata pegawai, semalam.*
           *"Kami menahan seorang doktor selepas menerima laporan daripada pihak berkuasa kesihatan. Kami diberitahu doktor itu juga mempunyai HIV,” kata ketua polis di bandar Larkana, Kamran Nawaz.*
        *Menurut laporan media, suspek yang ditahan dikenali sebagai Dr Muzaffar Ghanghar yang bertugas di sebuah hospital kerajaan di daerah Ratodero.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *KEUNIKAN namanya, Isnin bin Puasa pastinya menarik perhatian ramai apabila umat Islam dijangka menyambut Ramadan, esok.*
           *Bagi Isnin Puasa, 74, nama yang diberikan arwah bapanya, Puasa Sabtu sesuatu yang cukup istimewa dan secara kebetulan umat Islam dijangka mula berpuasa, esok.*
            *Peneroka Felda itu berkata, namanya, Isnin adalah nama biasa namun sebaik digabungkan dengan nama bapanya, Puasa, ia menjadi Isnin Puasa.*
           *”Secara kebetulan kita akan berpuasa esok (Isnin) dan kesempatan itu saya mengucapkan selamat berpuasa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Kepis, Bahau, hari ini.*

           *KEGEMBIRAAN seorang anak ingin bertemu bapa selepas terpisah selama 30 tahun dan menyambut Ramadan bersama-sama tahun ini bertukar episod sedih apabila warga emas itu meninggal dunia hari ini.*
            *Marini Man, 52, menetap di Permatang Pauh, Pulau Pinang berkata, dia tidak pernah putus asa untuk mencari arwah bapanya, Man Din, 83.*
          *"Hampir 30 tahun saya cuba cari ayah tapi tak tahu lokasi dia berada hinggalah terbaca kisah ayah mencari saya dan adik tiri yang tular di Facebook (FB) semalam, maklumat itu menyebabkan saya teruja untuk berjumpanya.*
            *“Memang tak sabar nak jumpa ayah namun tidak kesampaian apabila dimaklumkan dia meninggal dunia pagi tadi. Namun saya sempat menatap wajahnya buat kali terakhir.*

         *SERAMAI 8,042 orang dikenal pasti menghidap penyakit dan pembawa talasemia dalam negara sehingga Disember lalu.*
            *Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia berdasarkan laporan ‘Malaysian Thalassaemia Report’ yang buat pertama kali diterbitkan, menunjukkan lebih 5,000 pesakit daripada jumlah itu dikesan berada pada tahap kritikal yang memerlukan rawatan berkala melalui pemindahan darah.*
         *"Dalam konteks Malaysia, seorang dalam 20 warganegara kita adalah pembawa genetik talasemia.*
              *"Nisbah itu agak tinggi dan serius… tetapi pada masa sama, kepanjangan hayat pesakit talasemia menunjukkan peningkatan.*

           *PEMAIN gitar bass, Ally Rahman @ Wan Kelly Abdul Rahman meninggal dunia ketika menjalani sesi latihan dan ujian suara di sebuah taman tema di Ipoh semalam.*
          *Difahamkan, Wan Kelly rebah 3 petang sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan.*
          *Rakannya, Izzad Izzuddin atau lebih dikenali sebagai Jad Lobo berkata, arwah secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum ihak produksi membawanya ke sebuah hospital swasta.*

          *TINDAKAN atlet Orang Kurang Upaya (OKU) Perlis, Mira Nirwani Mohammad melancarkan tabung derma sehingga gambarnya menjadi tular di media sosial baru-baru ini mendapat maklum balas daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.*
          *Syed Saddiq dalam ruangan Twiter memaklumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia membantu pihak Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON).*
          *Syed Saddiq memaklumkan buat pertama kali KBS memperuntukkan RM3 juta hingga RM 10 juta untuk skim kesihatan khas bagi atlet dan juga bekas atlet.*

          *CANBERRA: Aktivis alam sekitar mendesak pihak berkuasa Australia mengharamkan penggunaan pukat hanyut selepas beberapa gambar menunjukkan timbunan ikan jerung yang ditangkap menggunakan kaedah itu di terumbu Great Barrier Reef tular di Internet.*
          *Gambar yang ditangkap pada tahun ini itu dan diperoleh Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF) mencetuskan desakan untuk mengharamkan penggunaan pukat hanyut di kawasan memancaing berhampiran tapak warisan dunia terkenal di Australia itu.*
          *Ketua Eksekutif WWF Australia, Dermot O'Gorman melahirkan kebimbangan penggunaan pukat berkenaan dan penurunan jumlah ikan jerung di seluruh dunia.*
                 

www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2019 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SELSA 7 AY 2019 ASHI ERSAAAN 2 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0533*
*SUBUH : 0543*
*SYURUK : 0701*
*ZOHOR : 1313*
*ASAR : 1632*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2032*


*artikel disiarkan pada tarikh 6may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *MENGGUNAKAN khidmat ‘runner’ (orang tengah) untuk menempah makanan. Itulah taktik digunakan kaki ponteng puasa bagi mengelakkan perbuatan mereka dihidu umat Islam lain dan penguat kuasa. Taktik itu dikesan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (MAIM) dalam Operasi Khas Ramadan, dijalankan, hari ini.*

               2) *PENJUALAN kapal layar mewah, Equanimity selesai sepenuhnya dengan penerimaan harga belian sebanyak USD126 juta (RM514 juta) pada 24 April lalu. Peguam Negara Tommy Thomas dalam kenyataannya hari ini, pemiilikan fizikal kapal itu diserahkan kepada anak syarikat Genting Malaysia Berhad pada 25 April lalu.*

               3) *SEORANG warga emas maut apabila Proton Perdana dipandunya terbabas ke dalam longkang besar akibat diserang sakit jantung di Jalan Salleh, Muar, semalam. Dalam kejadian kira-kira 10.50 pagi itu, Md Salim Sarmo, 70, meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar akibat saluran jantung tersumbat.*

               4) *REMAJA lelaki berusia 19 tahun maut selepas kereta dinaikinya terbabas dan terbalik di Jalan Sematan Baru, Lundu, 6.20 pagi tadi. Mangsa, David Dillon Anton berasal dari Kampung Bungai Raya, Simunjan, disahkan maut di lokasi kemalangan.*

               5) *DUA individu dikesan mengutip derma menggunakan nama sebuah sekolah pondok di Pasir Mas sejak awal tahun ini. Difahamkan modus operandi digunakan ialah meminta derma dari rumah ke rumah kononnya bagi membiayai pelbagai projek seperti wakaf tanah kubur, pembelian karpet masjid, pembelian al-Quran dan jamuan berbuka puasa. Setakat ini, sindiket ini dikesan beroperasi di sekitar Kota Bharu.*

               6) *DUA sahabat ditahan polis berikutan memiliki senjata tiruan dalam satu serbuan di kawasan parkir Masjid Al-Ubudiyah, Jalan Joran, Seksyen 19, Shah Alam, Jumaat lalu. Mereka ditahan kerana memiliki selaras senapang dan dua pucuk pistol ‘airsoft’ selepas berlatih menembak di kawasan berkenaan pada 11.40 malam.*

               7) *DUA lelaki maut, seorang wanita parah apabila kereta Perodua Bezza dinaiki dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tuaran-Kota Belud berhampiran simpang Ambong Kelawat, Kota Belud, pagi tadi. Dalam kejadian 5.45 pagi, pemandu Perodua Bezza, Azami Madlasim, 34, dan penumpang, Mohd Nasrin Hamzah, 15, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan paramedik.*

               8) *EKSPERIMEN dilakukan bukan saja tidak menjadi malah, sekumpulan 13 pelajar mengalami sesak nafas dan batuk akibat terhidu wap iodin dalam kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas, semalam. Dalam kejadian 9.30 pagi, semua pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan sedang memanaskan cecair iodin untuk melihat tindak balas pemeluwapan dalam makmal sekolah berkenaan.*

               9) *TERDAPAT beberapa pelanggaran peraturan berhubung pemberian pinjaman pertama RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC International Sdn Bhd (SRC International). Amirul Imran Ahmat, 39, yang ketika itu bertugas sebagai Pembantu kepada Naib Presiden KWAP Allahyarham Ahmad Norhisham Hassan berkata, ia melanggar peraturan bawah Perenggan 5 Polisi dan Garis Panduan KWAP.*

               10) *TINDAKAN pantas anggota bomba menyelamatkan lelaki berusia 28 tahun dipercayai ingin membunuh dirinya dengan terjun dari jambatan Pulau Carey, Kuala Langat petang semalam. Kejadian 2 petang itu disedari penduduk yang kemudian menghubungi pasukan penyelamat. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang, Mohd Hafizie Hassan berkata, sepasukan enam anggota dikejarkan ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.48 petang.*

               11) *“MEMANG ada barang berharga, namun nyawa lebih berharga. Alhamdulillah, semuanya selamat dan saya anggap ini adalah dugaan di bulan Ramadan,” kata Mohamad Adam Lau, 60, penyewa sebuah rumah yang hangus dalam kebakaran di Jalan Abdullah, Bangsar, tengah hari tadi. Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, rumah papan yang turut dijadikan pejabat dan tempat tinggal pekerja itu musnah 100 peratus.*

               12) *“BUNYI deruan ribut yang cukup kuat itu amat menakutkan,” kata Lampon Nuli, 64, penduduk Kampung Selantik Ili, di Pantu, Sri Aman ketika menceritakan kejadian ribut melanda penempatan itu, 4 petang semalam. Lampon Nuli berkata, lebih mencemaskan tiupan angin kencang berulang sebanyak dua kali, sekali gus menyebabkan kerosakan besar berlaku di kampung itu dan kawasan sekitar.*

               13) *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Cawangan Tawau, sedang mengesan lima individu bagi membantu perbicaraan. Jurucakap SPRM Putrajaya berkata, semua saksi berasal dari Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah.*

               14) *SEEKOR beruang matahari ditemui di kawasan ladang dekat Felda Bukit Easter di Kota Tinggi, semalam dalam keadaan lemah dan tercungap-cungap. Beruang matahari jantan itu ditemui orang awam di bawah pokok kelapa sawit dalam ladang berkenaan sebelum diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Johor.*

               15) *SERAMAI 31 nelayan warganegara asing ditahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Sarawak di kawasan 60 batu nautika utara Kuching, pagi semalam. Bot menggunakan nombor pendaftaran KG.95851.TS dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh KD Todak di perairan itu pada 10.28 pagi.*

               16) *HASRAT remaja untuk menziarahi pusara abang serta datuknya menjelang awal Ramadan tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia akibat kemalangan, semalam. Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa Mohamad Izwan Mohd Sahib, 17, menunggang motosikal seorang diri dan dalam perjalanan menuju ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Banting, di Sabak Bernam.*

               17) *CUBAAN enam lelaki dan dua wanita warga Myanmar menyusup masuk ke negara ini gagal selepas mereka ditahan sepasukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhampiran Pos 1 Bukit Kayu Hitam, 7.45 pagi tadi. Panglima 6 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, lapan warganegara asing berusia 19 hingga 54 tahun itu ditahan anggota Batalion ke-4 Rejimen Sempadan (4RS) ketika itu sedang menjalankan rondaan.*

               18) *POLIS menumpaskan kumpulan penjenayah yang aktif menyamun kedai serbaneka di sekitar Lembah Klang dikenali Geng KTM Duke, kelmarin. Enam suspek lelaki berusia 21 hingga 28 tahun itu dipercayai terbabit dalam 27 kes samun berkumpulan dan bersenjatakan parang sejak awal tahun ini membabitkan kerugian lebih RM68,000.*

               19) *JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta bantuan orang ramai untuk mengesan waris bayi lelaki ditemui hanya dibalut kain kuning di luar pagar rumah seorang penduduk Taman Kota Masai, Pasir Gudang, 14 April lalu. Timbalan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Maghfurah Mohd Zahir berkata, ketika ditemui bayi berkenaan cukup sifat, masih bertali pusat dan dipercayai baru dilahirkan.*

               20) *SEORANG lelaki warga emas ditemui mati rentung dalam kebakaran dua premis di Jalan Pekan Salak Selatan, Kuala Lumpur, pagi ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.18 pagi.*

               21) *SEORANG wanita parah ditikam anak perempuannya hanya kerana meminta untuk menjaga sepupunya dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Mantailang Bawah, Tnom. Dalam kejadian 29 April lalu itu, mangsa berusia 48 yang parah di dada dan perut kemudian dikejarkan ke Hospital Tenom untuk rawatan lanjut.*

               22) *DUA suspek menggunakan air paip ketika menjalani saringan awal ujian air kencing dalam Ops Cegah dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di tiga lokasi di daerah Tuaran, semalam.
Bagaimanapun, tindakan itu hanya sia-sia selepas diarah mengambil semula sampel air kencing dalam pemerhatian anggota AADK.*

               23) *LAPAN kontena yang dijadikan tempat tinggal pekerja warga asing terbalik akibat ribut di tapak pembinaan, Kuala Jalan Baru, Lorong Presint 1, Balik Pulau, hari ini. Bagaimanapun, dalam kejadian 9.30 pagi itu tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan 9.59 pagi berhubung kejadian itu.*

               24) *POLIS menumpaskan kumpulan penjenayah curi kabel dikenali Geng Tony Kabel selepas menahan tiga warga Indonesia termasuk seorang wanita dalam serbuan di Kampung Sungai Buntu, Sungai Rengit, Kota Tinggi, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, dalam serbuan kira-kira 11 pagi itu, pihaknya menahan anggota kumpulan itu yang berusia 24 hingga 42 tahun.*

               25) *SELEPAS tujuh hari bertarung nyawa, wanita yang melecur kira-kira 70 peratus pada bahagian badan akibat dibakar suaminya kerana cemburu, menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam. Wanita berkenaan berusia 39 tahun meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, pihak hospital memaklumkan mangsa meninggal dunia pada 3.30 petang.*

               26) *RAMADAN bukan semata-mata tidak makan, tetapi menegah diri daripada melakukan sebarang perbuatan dilarang selain bersikap disiplin dan mengawal diri daripada berbuat perkara yang tidak baik. Demikian kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menyampaikan amanat pada perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bulan Mei 2019 di Dataran Putra, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.*

               27) *KADAR zakat fitrah bagi umat Islam di Sarawak tahun ini kekal RM7. Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha berkata, dengan kadar yang dikekalkan itu, pihaknya mensasarkan jumlah kutipan sama dengan tahun lalu iaitu RM5 juta. "Kesedaran umat Islam berhubung kewajipan membayar zakat kini semakin meningkat sehingga mencapai 95 peratus.*

               28) *SEORANG wanita mahu membuang sampah dikejutkan dengan penemuan bayi perempuan ditinggalkan dalam kotak di depan pagar rumahnya di Lukut, Port Dickson, 10.15 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, wanita berusia 44 tahun itu kemudian membuka kotak berkenaan dan menemui bayi perempuan itu.*

               29) *PENYAMBUT tamu wanita kempunan wang sebanyak 15,000 AS Dolar (kira-kira RM62,137) yang kononnya hadiah persahabatan selepas berkenalan dengan lelaki kononnya warga Itali bulan lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia 26 tahun itu juga mendakwa kerugian RM3,950 selepas diminta membayar cukai bagi urusan penghantaran wang berkenaan.*

               30) *ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar melakukan khidmat khas membantu memindahkan lelaki yang juga pesakit obesiti seberat 200 kilogram ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, semalam. Pesakit berusia 44 tahun itu dipindah menggunakan lori dari Hospital Jitra ke HSB untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital berkenaan berkaitan penyakit yang dialaminya.*

               31) *BURUH binaan warga Indonesia maut dihempap batu sokongan di sebuah projek perumahan di Lukut, Port Dickson, semalam. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa, Sinaga Sastro Verhan, 25, maut di lokasi akibat parah di kepala serta badan. Katanya, pengawal keselamatan di tapak projek menghubungi pihaknya memaklumkan berlaku kemalangan di tempat kerja jam 2 petang.*

                32) *PASAR Chow Kit di sini, terus menjadi tumpuan warga kota untuk mendapatkan bekalan bahan mentah sempena Ramadan yang akan bermula hari ini. Tinjauan mendapati pasar berkenaan terus dikunjungi orang ramai sejak pagi selain peniaga turut menawarkan bahan mentah segar dengan harga yang berpatutan.*

                33) *KEBANJIRAN pekerja dari China menyaksikan sindiket penyeludupan rokok kini cuba membawa masuk jenama rokok terlaris di republik itu untuk memenuhi permintaan pekerja berkenaan.
Bagaimanapun, helah sindiket yang cuba mengedarkan rokok jenama China itu dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Johor, apabila menahan lori tiga tan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, jam 11.35 malam kelmarin.*

                34) *HASIL kraftangan banduan Penjara Taiping dipamerkan di Galeri Kraftangan Penjara Taiping yang dibuka secara rasmi di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di Bukit Merah, semalam, untuk dijual kepada orang ramai. Pelbagai barangan kraftangan dipamerkan untuk jualan di galeri itu yang kesemuanya dihasilkan banduan adalah hasil tunjuk ajar tenaga pengajar penjara berkenaan.*

                35) *MAYAT lelaki etnik Rohingya berusia 20-an ditemui dalam longkang berdekatan tapak pembinaan Taman Harmoni di Kulim, dengan kesan cedera di badan dipercayai digigit haiwan hari ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata, pihaknya menerima maklumat pada 4.15 petang daripada orang awam memberitahu menemui mayat di dalam longkang itu.*

                36) *KERAJAAN tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan tegas dengan memusnahkan kapal nelayan asing yang menceroboh perairan negara ini sebagaimana dilakukan negara jiran, Indonesia. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, sekiranya tindakan diambil kerajaan ketika ini masih gagal menyelesaikan masalah itu, kaedah itu mungkin akan dilaksanakan.*

                37) *MAYAT lelaki ditemui di Sungai Kuyuh berhampiran Jalan Raya 1, Taman Serdang Jaya di Serdang, malam ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak polis berhubung kejadian itu 9.16 malam. Katanya, seramai 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian.*

                38) *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan dua lelaki warga asing menyeludup keluar 1,450 liter petrol berhampiran perairan Pulau Bum-Bum, Semporna, semalam. Dua suspek itu yang masing-masing menggunakan bot laju dikesan sepasukan anggota bot peronda APMM dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit, kira-kira 8 pagi.*

                39) *SATU lagi tompokan minyak sepanjang 1.9 kilometer ditemui pada jarak 4.5 batu nautika dari Tanjung Punggai dalam Operasi Tindak Balas Tumpahan Minyak Balau 2 (OSR Balau 2) di perairan Tanjung Balau, tengah hari ini. Penemuan itu menjadikan dua kesan tompokan ditemui dalam tempoh 24 jam di perairan Tanjung Balau sejak petang semalam.*

                40) *KANAK-KANAK perempuan berusia 12 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol rakan serumah bapanya di Kangar pada April lalu. Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohd berkata, kali pertama mangsa didakwa dirogol lelaki berusia 37 tahun itu pada awal April lalu kira-kira 12.30 tengah malam ketika mangsa sedang tidur di biliknya.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *MARSEILLE: Polis melancarkan operasi mencari besar-besaran selepas seorang kanak-kanak berusia dua tahun diculik di Canebiere, tengahari semalam.*
           *Kanak-kanak bernama Osnachi itu mempunyai penampilan seperti orang Afrika, memakai kemeja bintik polka biru muda, seluar putih pudar, kasut hitam putih dan rantai perak.*
          *Matanya berwarna coklat, rambut kerinting hitam, selain mempunyai jalur dicukur pada sisi kedua-dua belah kepalnya.*
            *Polis berkata, penculik lelaki berkulit putih berusia dalam lingkungan 35 tahun serta memiliki ketinggian 180 sentimeter, sangat kurus dan tidak bercukur.*

            *BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei Hassanal Bolkiah melanjutkan moratorium ke atas hukuman mati untuk undang-undang melarang homoseks.*
         *Keputusan itu ekoran kritikan global dari beberapa selebriti antaranya George Clooney dan Elton John.*
          *Negara terkecil di Asia Tenggera itu mencetuskan kemarahan ramai selepas melaksanakan undang-undang syariah pada 3 April lalu dengan menjatuhkan hukuman mati terhadap pesalah rogol, zina dan liwat serta rejam.*

            *BANDAR GAZA: Seramai 19 rakyat Palestin dan empat orang awam di Israel terbunuh, semalam dalam siri serangan roket dilancarkan antara tentera Israel dan pejuang di wilayah dikuasai Hamas.*
            *Kementerian Kesihatan Gaza berkata antara mangsa maut adalah seorang wanita hamil dan bayi berusia empat bulan.*
          *Namun, tentera Israel enggan mengulas lanjut kenyataan itu.*
           *Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh disahkan pejuang yang mempunyai kaitan dengan Hamas dan sekutunya, Islamic Jihad.*

            *ISLAMABAD: Seorang budak lelaki berusia 10 tahun di Pakistan kini dianggap sebagai kanak-kanak paling gemuk di dunia selepas berat badannya mencecah 197 kilogram hingga doktor bimbang dia mungkin mati akibat obesiti.*
             *Mail Online melaporkan, Mohammed Arbrar dilahirkan normal dengan berat 3.6 kilogram tetapi dia mempunyai selera makan yang tidak berhenti menyebabkan berat badannya meningkat mendadak.*
           *Kerana berat badannya semakin meningkat ditambah dengan kesukaran mengawal nafsu makan, doktor tiada pilihan selain pembedahan mengecilkan saiz perut Arbrar dalam usaha menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu.*

            *BEIJING: Seorang penumpang yang tidak sabar ditahan selama 10 hari selepas dia membuka pintu kecemasan pada pesawat yang dinaikinya kerana tidak mahu beratur untuk turun dari kapal terbang.*
            *South China Morning Post melaporkan, lelaki itu yang dikenali sebagai Song bersama keluarganya menaiki pesawat penerbangan Shandong Airlines dari Jinan menuju ke Shanghai.*
          *Menurut portal berita The Paper, lelaki itu menjadi tidak sabar ketika menunggu untuk keluar dari pesawat yang baru mendarat dan terus membuka pintu kecemasan di tempat duduknya.*

            *FOCA (Bosnia and Herzegovina): Ribuan umat Islam berpusu-pusu ke bandar ini kelmarin untuk mengunjungi masjid bersejarah yang dibuka semula selepas diletupkan tentera Serbia ketika awal perang Bosnia pada 1992.*
           *Masjid Aladza yang dibina pada kurun ke-16, satu-satunya struktur ulung paling terkenal ketika zaman Uthmaniyyah di Balkan sebelum dimusnahkan dalam perang 1992-1995 oleh tentera Serbia untuk cuba mewujudkan sebuah negara dengan etnik ‘asli.’*
            *Bandar di timur Bosnia dan Herzegovina itu terkenal dengan sejarah hitam pembunuhan kejam beramai-ramai penduduk etnik Islam ketika konflik terbabit.*

            *GUIZHOU: Seorang kanak-kanak lelaki di Guiyang dipaksa melakukan ketuk-ketampi dalam keadaan separuh bogel di khalayak ramai sebagai hukuman kerana memegang punggung budak perempuan sekelasnya.*
           *Ibu kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dilaporkan memaksa anaknya menanggalkan pakaiannya dan hanya memakai seluar dalam sebelum mendendanya.*
            *Wanita itu kemudian mengarahkan kanak-kanak berkenaan membuat ketuk-ketampi sambil disaksikan orang ramai.*

           *Bangkok: Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn, menerima beberapa simbol diraja sempena pertabalannya, termasuk mahkota diperbuat daripada emas seberat lebih tujuh kilogram, selipar melengkung di hujung dan payung sembilan tingkat.*
          *Menurut CNN, selepas dibersihkan dengan air suci yang dikumpul dari Bangkok serta 76 wilayah Thailand, Vajiralongkorn yang menggunakan gelaran Rama Raja X, menerima simbol diraja dalam upacara di ruang mengadap Istana Besar di tepi Sungai Chao Phraya River.*
            *Dikenali sebagai Mahkota Kejayaan, mahkota dipakai Vajiralongkorn diperbuat daripada emas seberat 7.3 kilogram, tujuh kali lebih berat berbanding mahkota milik Ratu Elizabeth II.*

           *SYDNEY: Deejay terkenal Australia, Adam Sky yang dianggap ketiga paling popular di Asia terbunuh dalam keadaan bogel selepas merempuh pintu kaca dan terjatuh ke dalam kolam mandi ketika bercuti di sebuah resort di Bali, Indonesia, semalam.*
          *Polis Indonesia sedang menyiasat kejadian membawa kepada kematian deejay itu yang nama sebenarnya Adam Neat, 42, berpangkalan di Singapura, ketika dia bercuti di Resort Hillstone Villas, Kuta.*
            *Menurut laporan new.com.au, difahamkan mangsa terlanggar pintu kaca berkenaan ketika bergegas untuk menyelamatkan wanita rakan sekerjanya, juga dalam keadaan bogel daripada terjatuh dari tebing kolam setinggi empat meter.*

           *SRI Lanka mengusir lebih 600 warga asing, termasuk 200 pendakwah dan ulama Islam sejak serangan bom yang mengorbankan 257 orang.*
          *AFP melaporkan, menurut Menteri Dalam Negeri, Vajira Abeywardena, ulama dan guru agama terbabit memasuki Sri Lanka secara sah namun operasi keselamatan sejak serangan bom berkenaan mendapati mereka tinggal melebihi tempoh menyebabkan denda dikenakan sebelum diusir.*
         *"Berikutan keadaan semasa dalam negara, kami mengkaji semula sistem visa dan mengambil keputusan memperketat permohonan visa untuk guru agama.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *JABATAN Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) serius membangun dan memelihara Taman Eko-Rimba Mossy Forest yang terletak di kaki Gunung Irau, Cameron Highlands sebagai produk utama pelancongan Pahang.*
           *Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, keunikan lumut, cuaca sejuk serta menjadi laluan utama pendaki untuk ke Gunung Irau menjadi kelebihan buat taman eko itu untuk dimajukan secara menyeluruh.*
         *"Tidak mustahil ia bakal menjadi penyumbang utama pendapatan kerajaan negeri melalui melalui sektor pelancongan yang mana kita sudah mengenakan bayaran masuk.*

         ♂ *LANGKAH Jabatan Mufti Perak tidak membenarkan jemputan imam dari luar negara ketika solat sunat Tarawih di seluruh surau dan masjid di negeri itu bertujuan mengetengahkan keupayaan huffaz tempatan.*
        *Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata, tindakan itu bagi mengetengahkan pembabitan anak muda khususnya golongan huffaz yang belajar di banyak maahad tahfiz di negeri ini.*
           *”Jika kita tidak menggunakan kelebihan yang huffaz ini ada untuk dijadikan imam solat sunat Tarawih, maka kita tak memberikan mereka peluang untuk mengamalkan apa yang mereka pelajari.*

           *PRODUK Express Pump dihasilkan pelajar Kejuruteraan Awam Universiti Malaysia Pahang (UMP) dipilih sebagai penerima anugerah terbaik kualiti TRIZ Innovation Exposition 4.0 di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang, Kuantan, semalam.*
         *Mengambil masa sebulan untuk dihasilkan, produk itu berfungsi mengepam tayar motosikal menggunakan saluran atau tiup disambung pada ekzos kenderaan dua roda itu.*
          *Menurut salah seorang daripada ahli kumpulan yang menghasilkan peralatan itu, Isma Aida Akma Ismail, 23, ia boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah tayar motosikal pancit di lokasi yang jauh dari bengkel.*

          *MOSCOW: Seramai 41 penumpang termasuk dua kanak-kanak terbunuh apabila sebuah pesawat Rusia terbakar selepas membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, petang semalam.*
         *Rakaman video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan api marak di bahagian belakang pesawat Aeroflot ketika mendarat.*
        *Penumpang dilihat menyelamatkan diri menggunakan gelongsor kecemasan di pintu hadapan pesawat Sukhoi Superjet-100 itu.*
        *Jawatankuasa Penyiasatan dalam satu kenyataan berkata pesawat itu membawa 78 penmpang termasuk lima anak kapal dalam perjalanan ke bandar Murmansk.*
               

www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2019 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*RAU 8 AY 2019 ASHI ERSAAAN 3 AMADHN 1440 HIJRH*

*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHA# ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA:*

*IMSAK : 0533*
*SUBUH : 0543*
*SYURUK : 0701*
*ZOHOR : 1313*
*ASAR : 1633*
*MAGHRIB : 1920*
*ISYAK : 2032*


*artikel disiarkan pada tarikh 7may*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *SEORANG lagi penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ditahan hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pemilik lori di negeri itu. Pegawai JPJ berusia 52 tahun itu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 10 pagi dalam keadaan mulut berjahit akibat kecederaan selepas terbabit kemalangan jalan raya.*

               2) *BERMULA esok, tiada had ditetapkan bagi kadar ketelusan cahaya tampak untuk cermin kiri dan kanan penumpang serta belakang bagi kenderaan persendirian. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebelum ini, ketelusan cahaya tampak ditetapkan pada kadar 30 peratus seperti digariskan dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.*

               3) *MAYAT lelaki yang ditemui di Sungai Kuyuh berhampiran Jalan Raya 1, Taman Serdang Jaya, Serdang, malam kelmarin, dipercayai dibunuh. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, hasil bedah siasat terdapat kesan tikaman di perut dan kepala mangsa. "Bedah siasat mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia lebih dua hari sebelum mayatnya ditemui di sungai berkenaan.*

               4) *LELAKI warga asing membuat rakaman sebelum menggantung diri dalam kejadian di sebuah kilang di Mersing semalam.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, dalam kejadian 4.42 petang itu, mangsa maut di tempat kejadian.
Katanya, mangsa iaitu pekerja kilang berkenaan berusia 20 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung di dapur asrama pekerja kilang oleh pengawal keselamatan.*

               5) *KERAJAAN Amerika Syarikat sudah membuat pembayaran pertama berjumlah RM236 juta (AS Dolar 57,036,588.68) hasil daripada penyitaan syarikat pembikinan filem Red Granite Pictures yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan anak tirinya, Riza Aziz. Peguam Negara Tommy Thomas dalam kenyataannya hari ini mengesahkah bahawa ia adalah wang yang diperoleh semula, hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1Malaysia Developmnet Berhad (1MDB).*

               6) *POLIS menahan pemandu Proton Wira warga Thailand yang menyebabkan kematian tiga beranak di Jalan Machang-Tanah Merah-Jeli di Kampung Nibong di Tanah Merah, hari ini. Dalam kejadian 7.30 pagi itu, Nur Zurita Kadir, 27, dan dua anaknya Siti Husna Qaisara Adnan, 4, dan Muhammad Adam Mukhriz, 5, maut di tempat kejadian.*

               7) *LELAKI terpaksa menanggung kesakitan lebih 12 jam apabila cincin keluli yang dipakai di jari telunjuk kirinya gagal dikeluarkan semalam. Mangsa berusia 26 tahun itu dikatakan berusaha membuka cincin itu sejak petang semalam namun usahanya bukan saja gagal malah jarinya turut membengkak. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya bergegas ke Unit Kecemasan Hospital Sarikei sejurus menerima panggilan 4.36 pagi tadi.*

               8) *TIDAK tahan apabila hasil tanaman padi sering dirosakkan siput gondang emas hingga mengalami kerugian RM10,000 setiap musim membuatkan pesawah nekad menternak lebih 500 itik telur bagi membasmi serangan haiwan itu. Di samping dapat mengawal serangan siput itu yang merosakkan padi, Ishak Abdul, 51, juga mampu menjana pendapatan hasil penjualan telur itik yang dipeliharanya di kawasan sawah skim Pahang Tua, Pekan.*

               9) *TINDAKAN premis yang menjual pakaian berjenama tiruan di pusat beli belah di sekitar Klang mengundang padah apabila diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kelmarin. Operasi berkenaan diadakan selepas risikan serta hasil maklumat wakil syarikat cap dagang jenama Kenzo dan Givenchy yang mengesyaki premis terbabit menjual pakaian tiruan kepada orang ramai.*

               10) *PESARA kerajaan kerugian RM161,000 selepas diugut sindiket Macau Scam yang mahu menangkap dan mengurung mangsa di bilik gelap selama 45 hari tanpa makan minum, selepas didakwa terbabit dengan kes dadah. Kejadian bermula 21 April lalu apabila wanita berusia 60 tahun dan tinggal di Beserah, Kuantan menerima panggilan daripada penjenayah yang mendakwa bertugas dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).*

               11) *JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan rapi berhubung kejadian sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bayan Lepas, Pulau Pinang terhidu gas iodin ketika menjalankan uji kaji di makmal sekolah semalam. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya difahamkan sekolah berkenaan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) untuk dipatuhi apabila mengendalikan uji kaji di makmal.*

               12) *DUA anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan, terpaksa memanjat siling sebuah rumah di Taman Air Kuning, Rantau, Seremban, untuk menahan seorang penagih dalam operasi dijalankan Sabtu lalu. Pengarah AADK negeri Nazira Sadiron berkata, dalam serbuan 1 pagi, lelaki berusia 22 tahun itu bertindak memanjat siling rumahnya sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa AADK.*

               13) *KUALA LUMPUR: “Hasil jualan nombor ekor semalam (kelmarin) saya simpan di dalam peti besi namun habis musnah dijilat api,” kata pemilik kedai nombor ekor yang hanya mahu dikenali sebagai Yow, 56. Kedai milik Yow antara dua premis musnah dalam kebakaran yang turut mengakibatkan warga emas berusia 70-an ditemui rentung di Jalan Pekan Salak Selatan di sini, jam 6.15 pagi semalam.*

               14) *SERAMAI 1,953 peniaga bazar Ramadan dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) diminta mematuhi syarat ditetapkan terutama aspek kebersihan dan waktu perniagaan. Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Norkamawati Kamal berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu tegas memantau peniaga, khususnya mereka menjual makanan dan minuman yang beroperasi awal sebelum 3 petang.*

               15) *BEKALAN air kepada penduduk di Klang akan disalurkan secara berperingkat mulai petang ini dan selewat-lewatnya dalam tempoh 24 jam. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, proses membaik pulih paip air utama di projek pembinaan Lebuhraya West Coast Expressway (WCE) sudah selesai. Beliau berkata, bekalan air akan disalurkan ke kolam tadahan air Lipat Kajang dan penduduk akan menerima sumber berkenaan secara berperingkat-peringkat.*

               16) *PENIAGA bazar Ramadan yang menggunakan telefon bimbit, memakai jam tangan dan perhiasan diri ketika mengendalikan makanan boleh dikenakan denda. Ia berikutan mereka gagal mematuhi peraturan dengan mementingkan aspek pemakaian dan penjagaan kebersihan yang ditetapkan. Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Ku Nafisah Ku Ariffin berkata, 128 notis membabitkan nilai kompaun RM18,200 tahun lalu dikeluarkan kepada peniaga tapak bazar Ramadan kerana gagal mematuhi syarat ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.*

               17) *SEORANG lelaki terpaksa menahan kesakitan selama lebih tiga jam akibat kaki kirinya tersepit selepas treler dipandunya terbalik di Jalan Batang Kali-Genting, Hulu Selangor, 11 pagi tadi. Akibat kemalangan kaki kiri mangsa berusia 35 tahun dipercayai patah dan dia terperangkap dalam treler berkenaan. Pasukan penyelamat terpaksa mendapatkan bantuan sebuah kren kebetulan melalui lokasi kemalangan untuk membantu mengalihkan treler berkenaan seterusnya mengeluarkan mangsa.*

               18) *DUA remaja aut dalam kemalangan di Kilometer 9 Jalan Bahau-Rompin berhampiran Taman Seri Rompin, Jempol hari ini. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, mangsa Muhammad Haziq Husaini Mohd Had, 18, dan Irfan Denial Shaharuddin, 14, meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurutnya, dalam kejadian 10.40 pagi itu, Muhammad Haziq menunggang motosikal Yamaha 135 LC yang dibonceng Irfan Denial dari arah Rompin menuju ke Bahau.*

               19) *SRC International Sdn Bhd (SRC International) memohon wang pinjaman tambahan RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dibayar secara sekali gus (one lump sum). Saksi pendakwaan ke-29, Amirul Imran Ahmat, 39, berkata, ia berdasarkan salinan e-mel daripada Pengarah SRC, Nik Faisal Ariff Kamil kepada bekas Ketua Pegawai Operasi (CEO) KWAP, Datuk Azian Mohd Noh bertarikh 22 Mac 2012.*

               20) *PENGANGGUR dihukum penjara selama enam tahun dan didenda sebanyak RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini selepas mengaku bersalah membakar rumah ibunya. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin turut memerintahkan tertuduh, Ahmad Musli Rudin Ramle, 29, dihukum penjara tambahan selama enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda itu.*

               21) *HANYA dalam tempoh empat hari, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menggagalkan cubaan menyeludup rokok, minuman keras dan mercun membabitkan nilai rampasan dan cukai RM2.142 juta. Semua rampasan berkenaan adalah hasil kejayaan tiga operasi berasingan Jumaat lalu dan semalam. Jumlah rampasan terbesar tahun ini membabitkan RM250,000 nilai barangan dan RM1.9 juta nilai cukai.*

               22) *EMPAT lelaki termasuk seorang doktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga asing, pada Mac lalu. Tertuduh, P Vengadesvaran, 31; R S Sathya Deepan, 30; Dr Dharma Danny Ferns, 32; dan Mohd Hafiz Abdul Kadar, 33, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.^

               23) *KEGEMBIRAAN wanita yang baru dua hari bekerja mencari duit raya bertukar sebaliknya apabila dia dimaklumkan premis tempat kerjanya menjalankan kegiatan menjual tambah nilai judi dalam talian. Kegiatan premis berselindung di sebalik kedai menjual pakaian terpakai dan tambah nilai telefon bimbit di rumah kedai Taman Wira Mergong, Alor Setar itu terbongkar selepas polis menyerbu premis itu pada 11 pagi hari ini.*

               24) *PEMBINAAN Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Kedah bernilai RM1.6 bilion disifatkan adalah sebagai projek terpenting bagi industri pelancongan. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, kedudukan lapangan terbang berkenaan yang terletak di sebelah utara negara dijangka dapat menarik lebih ramai pelancong asing khususnya daripada Thailand.*

               25) *“SAYA nampak asap hitam dan menyangka orang bakar tayar, tetapi apabila melihat dengan lebih dekat rupanya kilang ditinggalkan itu terbakar,” kata saksi kebakaran, Thunga Bidya, 37. Dia yang juga pengawal keselamatan warga Nepal di kawasan berkenaan berkata, kilang di Jalan Subang 4, USJ 1, Subang Jaya itu kini dijadikan gudang untuk menyimpan pelbagai peralatan.*

               26) *MISTERI bungkusan yang diisytihar mengandungi coklat terbongkar selepas pemeriksaan kastam menemui 24,594 pil ekstasi di premis Pos Laju, Miri semalam. Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, bungkusan mengandungi dadah yang cuba diseludup itu dirampas daripada lelaki berusia 20-an pada 9.45 pagi.*

               27) *LELAKI warga emas maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik di Kilometer 447 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara, berhampiran Hospital Sungai Buloh, hari ini. Dalam kejadian 10.20 pagi, mangsa Rawi Abdullah, 65, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat parah di kepala.*

               28) *AKIBAT ‘kantoi’ memiliki dan menyimpan gambar bogel isteri rakan sendiri, seorang lelaki maut dibelasah dalam kejadian di sebuah rumah di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh, Jumaat lalu. Ketua Jabatan Siasatan jenayah Selangor Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 27 tahun itu maut dibelasah sekumpulan penyerang selepas suspek menemui gambar bogel isterinya di dalam telefon bimbit mangsa.*

               29) *BAYI perempuan yang ditemui ditinggalkan dalam kotak depan pagar sebuah rumah di Lukut, Port Dickson semalam, meninggal dunia di Hospital Port Dickson (HPD) malam tadi. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, bayi itu disahkan meninggal dunia pada 9.05 malam.*

               30) *PESARA tentera dari Kuantan kerugian RM10,500 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan Telekom dan pegawai polis, Khamis lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian berlaku apabila mangsa lelaki berusia 71 tahun menerima panggilan melalui telefon rumah daripada lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Risman Razali.*

               31) *PROSES pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan membabitkan seramai 270 pengundi berdaftar yang berlangsung hari ini berjalan lancar di dua pusat pengundian yang dibuka bermula 8 pagi tadi. Pusat pertama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan membabitkan seramai 78 pengundi yang terdiri daripada anggota polis, manakala satu lagi di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan dengan seramai 192 pengundi.*

                32) *POLIS Kuantan mengingatkan orang ramai yang ingin ke bazar Ramadan supaya mematuhi peraturan jalan raya dengan tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang boleh mengganggu lalu lintas. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, tindakan saman akan diambil sekiranya masih terdapat pemilik kenderaan yang ingkar dengan meninggalkan kenderaan mereka di kawasan yang tidak dibenarkan.*

                33) *PERBINCANGAN hal keluarga bertukar kecoh apabila lelaki parah ditikam di kepala dan belakang badan oleh rakannya di Kampung Pagar Hitam, Jalan Masak, di Keningau, Jumaat lalu. Dalam kejadian 3.10 petang itu, mangsa dan suspek yang menyewa bilik di rumah berkenaan sedang duduk di meja dalam bilik suspek manakala penyewa lain keluar bekerja.*

                34) *KUALA LUMPUR: Hari pertama pembukaan bazar di Jalan Raja di sini, semalam mendapat pelbagai reaksi daripada peniaga dan pengguna kerana kemeriahannya tidak dirasai seperti suasana di Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Bazar yang menyediakan lebih 300 tapak perniagaan itu menyebabkan Jalan Raja di sini, ditutup satu lorong kepada lalu lintas bagi membolehkan perniagaan dijalankan bermula semalam.*

                35) *EMPAT penjenayah melarikan lapan dulang barang kemas di kedai emas di pusat beli-belah di Jalan Tun Abdul Aziz, Kajang, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.43 malam.*

                36) *SEBANYAK 31 botol dadah jenis heroin bernilai RM12,400 dirampas selepas seorang lelaki yang dipercayai aktif dalam menjalankan kegiatan pengedaran dadah di Marang dan Kuala Terengganu ditahan. Lelaki berusia 45 tahun terbabit ditahan pada 1 pagi, Sabtu lalu ketika berada dalam sebuah kereta dipercayai sedang menunggu pelanggan di tepi jalan di Kampung Padang Midin.*

                37) *WANITA maut selepas kereta dipandu suaminya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 122, Jalan Jerangau-Jabur di Padang Kubu, dekat Chukai, hari ini. Dalam kejadian 3.50 petang itu, Ummi Baizura Rahmat, 28, berasal dari Sungai Tong, Setiu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian dalaman badan. Bagaimanapun, suaminya, Mohd Taquddin Ramli, 32, dan bayi perempuan mereka, Nurhafiya Aufa Muhd Taquddin, 2, cedera ringan.*

                38) *SISTEM matrikulasi diwujudkan bagi membantu orang Melayu memasuki institusi pengajian inggi awam (IPTA). Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana ramai pelajar Melayu tidak mahu melalui Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM) untuk ke pengajian tinggi. "Kami dapati orang Melayu tak mahu ambil STPM dan mereka tak boleh masuk universiti. Jadi kita buat pintu belakang untuk mereka...ia (Matrikulasi) diwujudkan sebagai pintu belakang untuk orang Melayu.*

                39) *PENGAGIHAN Dana Raya bagi penduduk yang berkelayakan di Terengganu akan diteruskan pada tahun ini tetapi akan dibuat secara lebih bersasar. Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengagihan itu akan membabitkan beberapa penambahbaikan bagi membolehkan bantuan hanya diberikan kepada yang benar-benar layak untuk menerima manfaat itu.*

                40) *KETIBAAN Ramadan memberi seribu rahmat dan rezeki tambahan buat peniaga, tidak terkecuali penjual air nira di Terengganu. Permintaan tinggi terhadap air nira kelapa membuatkan Mohd Mat Min, 62, dari Kampung Baru Rhu Muda, Marang, mampu menjana pendapatan lebih RM3,000 sepanjang Ramadan.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *JUBA: Kebakaran hutan akibat tiupan angin memusnahkan empat kampung di wilayah Western Bahr el Ghazal di Sudan Selatan, mengorbankan 33 orang, kata jurucakap presiden yang menjangkakan jumlah itu bakal meningkat.*
           *Jurucakap berkata dalam kenyataan semalam bahawa 60 orang lagi berada dalam keadaan kritikal selepas berlaku kebakaran kelmarin.*
           *"Mereka yang tercedera sedang diubati tetapi tidak mencukupi memandangkan kawasan kejadian berlaku jauh ke dalam” kata Ateny Wek Ateny dalam satu kenyataan semalam.*

           *JAKARTA: Gunung berapi di Indonesia meletus hari ini, dengan menyemburkan debu dan asap kira-kira 2,000 meter ke udara menyebabkan beberapa kampung diliputi serpihannya.*
          *Gunung Sinabung di kepulauan Sumatra yang aktif pada 2010, meletus dahsyat pada 2016 dan mengeluarkan asap tebal selepas aktiviti memuncak sejak beberapa hari lalu.*
           *Pegawai agensi bencana berkata, letusan itu berpotensi menjejaskan penerbangan, tetapi tidak mengeluarkan sebarang notis rasmi untuk pesawat mengelak dari kawasan itu.*

            *YANGON: Dua wartawan Reuters yang dipenjara kerana melaporkan krisis Rohingya dibebaskan hari ini selepas diberi pengampunan oleh kerajaan Myanmar.*
              *Wa Lone, 33, dan Kyaw Soe Oo, 29, diserbu media sebaik mereka melangkah keluar dari penjara Yangon.*
           *Mereka dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun pada September lalu kerana melanggar akta rahsia rasmi selepas ditahan pada 12 Disember 2017.*

           *PORT MORESBY: Gempa bumi kuat berukuran 7.2 magnitud gegar Papua New Guinea, awal pagi tadi.
Setakat ini, tiada laporan kerosakan mahupun ancaman tsunami.*
            *Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa pada kedalaman 127 kilometer itu melanda kawasan terletak 33 kilometer dari bandar Bulolo.*
            *Gegaran turut dirasai di Port Moresby, ibu negara Papua New Guinea yang terletak kira-kira 250 kilometer dari lokasi.*

           *MEXICO CITY: Semua 13 penumpang termasuk tiga anak kapal sebuah jet peribadi maut selepas pesawat itu terhempas di utara perbandaran Ocampo, kelmarin.*
            *Laporan media tempatan menyatakan mangsa berusia antara 19 hingga 57 tahun dan antaranya usahawan Luis Octavio Reyes Dominguez, isterinya serta tiga anak mereka.*
            *Sebelum nahas itu, mangsa menyaksikan perlawanan tinju antara peninju Mexico Saul ‘Canelo’ Alvarez menentang Daniel Jacobs di Las Vegas, Sabtu lalu.*

           *MELBOURNE: Perdana Menteri Australia Scott Morrison menjadi mangsa kedua baling telur ketika kempen pilihan raya, hari ini.*
           *Kejadian yang disiarkan di televisyen itu menunjukkan seorang penunjuk perasaan wanita datang dari belakang Morrison dan cuba pecahkan telur di atas kepalanya.*
             *Bagaimanapun, ianya gagal apabila telur itu tergolek dan pengawal keselamatan segera mengheret keluar wanita berusia 25 tahun terbabit.*

          *GAZA: Seba, kanak-kanak perempuan Palestin berusia 14 bulan terbunuh bersama ibu saudaranya di Gaza, kelmarin.*
          *Ibunya, Rasha Abu Arar, 27, mengangkat tangannya yang cedera mengesat air mata mengenang kembali tragedi mengorbankan anaknya itu yang berlaku berikutan ketegangan antara Palestin di Gaza dengan Israel menyebabkan 24 penduduk Palestin dan empat rakyat Israel terbunuh.*
          *"Saya bersama beberapa sepupu dan anak mereka berada dalam rumah apabila tiba-tiba roket mengenai rumah kami.*

           *WASHINGTON: Rancangan Amerika Syarikat bersama tentera Venezuela untuk menahan Presiden Nicolas Maduro minggu lalu gagal pada saat akhir menyebabkan pemimpin pembangkang Juan Guaido yang disokong Amerika gagal menggulingkan presiden berkenaan.*
          *Akibatnya, perhimpunan besar-besaran rakyat selama dua hari bagi mendesak Maduro berundur bertukar menjadi ganas menyebabkan empat terbunuh berikutan tidak mendapat kerjasama tentera.*
           *Dua penunjuk perasaan mati ditembak di La Victoria manakala dua lagi mati di Caracas, juga akibat ditembak. Seramai 230 cedera dan pihak berkuasa menahan 250 orang ketika pertempuran dengan polis.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *SEMUA pengusaha kedai makan dan restoran di Kelantan diarah menghentikan operasi dari 8.30 malam hingga 10 malam sepanjang Ramadan ini.*
           *Arahan itu dikeluarkan menerusi satu surat kepada semua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Adnan Hussin semalam.*
           *Berdasarkan surat arahan itu, langkah itu diambil untuk menghormati Ramadan dan menggalakkan umat Islam menunaikan solat Tarawih secara berjemaah di masjid dan surau.*
           *Bagaimanapun, ramai pihak meminta surat arahan yang mula tular di media sosial sejak semalam itu ditarik balik.*
         *Ahli Jawatankuasa PAS, Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi satu kenyataan di Facebook, berharap arahan itu ditarik balik.*

            *KETIBAAN Ramadan bukan saja sangat dinantikan oleh umat Islam, malah turut mencuri perhatian bangsa lain kerana ia terlalu istimewa berbanding bulan lain.*
           *Turut mengimbau kenanangan ketika di bulan Puasa ialah bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang sudah biasa bergaul dengan rakan sepasukan beragam Islam.*
          *“Ketika berlatih atau ada kejohanan di bulan puasa, kalau ‘siren’ turun makan sahur berbunyi, kami beramai-ramai dengan rakan sepasukan lain turut bersahur bersama-sama,” katanya menerusi akaun Facebooknya.*
           *Chong Wei mengakui bahawa itu adalah kenangan terindahnya ketika bergaul dengan rakan sepasukan berbangsa Melayu dan ketika dia mula meningkat dewasa.*

           *KUIH putu piring dan cakoi antara menu pilihan dibeli Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika singgah di Bazar Ramadan Putrajaya di Presint 3, Putrajaya, hari ini.*
              *Kehadiran beliau di bazar berkenaan diiringi Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr Aminuddin Hassim serta pengiring beliau.*
         *Dr Mahathir tiba 5.45 petang dan meluangkan masa kira-kira setengah jam di bazar berkenaan.*

          *GITARIS kumpulan Khalifah, Harry, cemas apabila isterinya memaklumkan ular tedung memasuki rumah mereka di Taman Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor malam tadi.*
            *Dalam kejadian 8.20 malam itu, Harry yang berehat bersama keluarga selepas selesai berbuka puasa terkejut apabila isterinya yang mengemas dan mencuci pinggan di dapur tiba-tiba memaklumkan seekor ular hitam masuk ke rumah mereka.*
             *Kejadian itu turut dikongsikan Harry yang juga komposer lagu dalam hantarannya di laman Facebook (FB) bersama gambar dua anggota APM selepas selesai operasi.*

          *“SAHUR pertama Ramadan setiap tahun, kami berkumpul adik beradik di rumah emak dan bersahur bersama-sama namun kali ini tidak lagi kerana Acap tiada dan saya sbuk turun naik ke Gopeng.*
         *”Perasaan kami sekeluarga hanya Allah SWT saja yang tahu kerana sehingga hari ini Acap masih belum ditemui sejak kehilangannya,” kata Mohd Zahiruddin Hassan, 35, abang kepada Mohammad Ashraf Hassan, 29, peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak 23 Mac lalu.*
             *Mohd Zahiruddin berkata, ibunya, Siti Maznah Khamis, 62, sering bertanyakan kepadanya di mana Acap dan sudah pasti naluri ibu terlalu merindui anaknya itu yang hilang tanpa petunjuk.*

          *BERLIN: Mohammed antara nama paling popular untuk bayi baru lahir di bandar raya ini tahun lalu, malah ia berada dalam senarai 10 nama paling popular di enam negeri di Jerman.*
            *Selain Berlin, nama itu menjadi pilihan ibu bapa di Hamburg, North Rhine-Westphalia, Saarland dan Hesse.*
            *Menurut Persatuan Bahasa Jerman, bagi seluruh negara, nama Mohammed dengan pelbagai ejaan berada di tangga ke-24 paling popular terutama sebagai nama tengah.*
           *Bagi seluruh Jerman, nama Ben paling popular untuk kanak-kanak lelaki manakala nama untuk bayi perempuan ialah Emma.*

           *London: Putera Harry mengumumkan isterinya, Meghan selamat melahirkan bayi lelaki hari ini dan Duchess of Sussex serta bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat.*
              *"Saya sangat teruja mengumumkan Meghan dan saya kini dikurniakan bayi lelaki pada pagi ini, seorang bayi lelaki yang sangat sihat.*
            *"Ini adalah pengalaman yang paling menakjubkan yang boleh saya bayangankan,” kata Harry pada wartawan di Windsor.*
                 

*ARENA*
========


             *VINCENT Kompany tidak dapat menahan air mata selepas rembatan kencang kaki kanannya meletakkan Manchester City semakin hampir meraih gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).*
            *Kapten ‘Fantastic Kompany’ melakukan rembatan ‘howitzer’ mencapai kelajuan 105 kilometer sejam dari jarak 25 ela (23 meter) selepas perlawanan menentang Leicester berlangsung sengit selama 70 minit di Stadium Etihad, awal pagi tadi.*
            *Kemenangan 1-0 itu sudah memadai meletakkan City di tangga teratas liga dan satu mata di depan Liverpool dengan berbaki satu perlawanan sebelum saingan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir.*

              *WALAUPUN peluang mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tampak sukar, Johor Darul Ta'zim (JDT) tetap mengidam slot berkenaan.*
           *Syaratnya adalah mereka perlu menang baki dua perlawanan Kumpulan E menentang Kashima Antlers (Jepun) dan Gyeonnam FC (Korea Selatan).*
            *Pertembungan JDT melayani kunjungan Kashima Antlers pada perlawanan kelima, pusingan kedua Kumpulan E di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, malam esok, harus digunakan sepenuhnya pemain bimbingan Benjamin Mora untuk memburu kemenangan pertama ACL selepas hanya mengumpul satu mata dalam empat perlawanan sebelum ini.*

             *KETUA jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak menasihatkan anak buahnya agar mengambil pendekatan berhati-hati apabila berdepan India menjelang saingan Piala Sudirman bulan ini.*
           *Menurutnya, walaupun di atas kertas beregu wanita Malaysia mempunyai kelebihan kerana anak buahnya pernah mencatat kemenangan sebelum ini namun ia dicatat dengan jurang mata yang tidak besar.*

         ♂ *ATLET muda pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, 15, kini sah diserapkan ke dalam skuad pelapis kebangsaan.*
            *Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail selepas mengadakan pertemuan bersama bapa atlet muda itu, Mohd Fahmi Tajwid, 50, pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat yang juga Sekolah Sukan Negeri (SSN) bersama Institut Sukan Negara (ISN) dan Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.*

           *SKUAD hoki lelaki negara dijangka akan dapat mengetahui lawan yang bakal ditemui pada aksi play off kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada September depan selepas berakhir kesemua kejohanan benua.*
            *Namun yang pasti, Malaysian Tigers bakal bertemu lawan yang menduduki ranking lebih tinggi sekali gus perlu beraksi di tempat lawan dengan format perlawanan dilangsungkan secara timbal balik.*
            *Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, sebanyak 14 pasukan akan beraksi pada kempen kelayakan itu dengan tujuh daripadanya bakal layak ke Sukan Olimpik selepas memenangi perlawanan play off masing-masing.*

          *PEMAIN tengah Terengganu FC (TFC), Thierry Chantha Bin melaungkan keyakinan pasukannya mampu mengejutkan Pahang pada suku akhir kedua Piala FA Jumaat ini, biarpun beraksi di stadium keramat mereka.*
             *Keyakinan yang disuarakan pemain kebangsaan Kemboja yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Perancis bawah 17 tahun itu bukan sekadar cakap-cakap kosong, tapi berdasarkan fakta memandangkan pasukannya pernah menundukkan skuad Tok Gajah di Stadium Darul Makmur, musim lalu.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.229051 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list