Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
26838
View
372
Reply

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

[Copy link]

Author: Syd    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 29-7-2019 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*ISNN 29 JUL 2019 ASHI ERSAAAN 26 ZULKEDA# 1440 HIJRH*


*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0542
*SUBUH* : 0552
*SYURUK* : 0711
*ZOHOR* : 1323
*ASAR* : 1644
*MAGHRIB* : 1930
*ISYAK* : 2043


*artikel disiarkan pada tarikh 28julai*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *DIKEPUNG, dipijak dan ditumbuk. Itu azab dialami seorang anggota polis selepas pasukannya diserang 50 samseng warga Afrika sehingga menyebabkannya cedera di bahagian muka dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Damansara, di sini, Khamis lalu. Tidak cukup dengan itu, kumpulan lelaki terbabit turut melempar botol, kayu dan selipar ke arah seorang pegawai dan tiga anggota polis selepas tidak berpuas hati serbuan dilakukan terhadap satu unit kediaman di pangsapuri berkenaan.*

               2) *SELAGI tiada bukti yang menyatakan dia sudah tiada, selagi itu kami sekeluarga percaya Zahir masih hidup, kata Mohd Fauzi Abdul Ghaffar, 45, bapa kepada kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sebuah flat di Bandar Seri Putra di sini, sejak 15 April lalu. Muhammad Zahiruddin Putra, 8, yang mesra dengan panggilan Zahir dikatakan keluar dari rumah kira-kira jam 8 pagi untuk bermain bersama rakannya sebelum dilaporkan hilang.*

               3) *SUAMI isteri dan seorang lelaki melecur hampir seluruh badan selepas mesin penjana hidraulik yang dalam pembaikan meletup di sebuah kilang di Batu 6, Jalan Seremban - Port Dickson, Port Dickson, semalam. Seorang pekerja, M Ranjit, 56, berkata, kejadian 10.20 malam itu, dia bersama beberapa pekerja sedang berehat di dalam sebuah kabin di kilang berkenaan terkejut apabila terdengar jeritan api berulang kali daripada rakannya.*

               4) *JABATAN Kesihatan Kedah menyerahkan kepada polis siasatan berhubung kes bayi tiga bulan yang meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Taman Lembah Bujang, Merbok, Khamis lalu. Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan polis.*

               5) *KETUA UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan terus setia sebagai ahli parti itu sekali gus menolak dakwaan beliau akan keluar dari UMNO. Berucap di hadapan perwakilan ahli UMNO Bahagian Jelebu, Hishamuddin berkata, beliau tetap bersama parti itu, biarpun ketika ini, UMNO berdepan pelbagai ujian.*

               6) *TABUNG Haji (TH) melancarkan Aplikasi Jemaah 1440H bagi membantu jemaah haji mendapatkan maklumat mengenai permasalahan ibadah haji sehinggalah jadual penerbangan pulang ke tanah air. Pelancaran aplikasi dibangunkan anak syarikat TH itu disempurnakan Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman i Maktab 82 Hotel Bakkah Al Salah, di Makkah.*

               7) *POLIS berjaya merampas dadah bernilai hampir RM1 juta menerusi Op Sarang selain menahan 74 individu termasuk tiga pelajar sekolah menengah dalam tempoh seminggu berakhir semalam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata dalam operasi itu, sebanyak 5951.49 gram syabu, ganja (33 gram), ketamin (747 gram) dan pil Eramin 5 (145 gram) dirampas menerusi 20 serbuan berasingan.*

               8) *SEBANYAK 30 ambulans Tabung Haji (TH) disediakan untuk mengangkut jemaah haji yang mengalami masalah kesihatan dan perlu segera dihantar ke pusat rawatan atau hospital kerajaan Arab Saudi. Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) 1440 Hijrah Dr Mohammad Faid Abdul Rashid berkata, semua ambulans berkenaan sedia digerakkan jika berlaku kecemasan terutama ketika operasi masyair.*

               9) *PEKERJA kilang ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes mencabul kehormatan seorang wanita ketika menjalani Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) di sebuah klinik swasta di Merlimau, Jasin, baru-baru ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, suspek lelaki yang juga warga Bangladesh berusia 32 tahun itu ditahan di perkarangan Balai Polis Merlimau, 6.30 petang.*

               10) *POLIS tidak menolak kemungkinan kes curi tiga kenderaan pacuan empat roda di pusat servis kenderaan di Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu, kelmarin dipercayai ada kaitan dengan kumpulan yang memecah masuk premis pameran dan servis kereta di Kuala Nerus, pada Februari lalu. Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, siasatan awal mendapati modus operandi dilakukan oleh penjenayah bagi dua kes terbabit adalah sama.*

               11) *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mempunyai pendirian yang bercanggah terhadap dakwaan-dakwaan seks yang menjejaskan ahli kabinetnya yang lepas dan pada masa kini.*

               12) *ISI kepala dulu, baru boleh jadi berani dan tunjuk skill. Itu antara pengakuan seorang mat rempit yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), dekat Kepala Batas, hari ini. Dalam operasi 4.15 pagi itu, lelaki berusia 19 tahun berkenaan bersama dua lagi rakan berusia 20 dan 25 tahun ditahan selepas dilihat mempamerkan beberapa aksi berbahaya dengan menunggang motosikal masing-masing.*

               13) *DATUK Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan dakwaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu menyertai GERAKAN hanyalah khabar angin. Timbalan Perdana Menteri berkata, untuk mengesahkan perkara itu Timbalan Presiden PKR itu sendiri patut ditanya mengenai khabar angin berkenaan.*

               14) *ORANG awam dan golongan berisiko tinggi secara khususnya amat digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat rawatan berkesan bagi merawat jangkitan influenza, justeru mendapatkan rawatan segera bagi gejala jangkitan yang dialami amat penting untuk mengelakkan ia bertambah serius dan menimbulkan komplikasi jangkitan tidak diingini.*

               15) *SELEPAS dimaklumkan masih ada lagi dua mangsa saya dan anggota penyelamat pantai Angkatan Pertahanan Awam (APM) terus berenang ke laut untuk menyelamatkan mereka, kata Leftenan Komander Muhammad Rafie Pasqual Abdullah, 31. Muhammad Rafie Pasqual antara pengunjung yang turut membantu APM menyelamatkan tiga beradik daripada lemas ketika mandi di Pantai Teluk Batik, Lumut, semalam.*

               16) *PESARA kerajaan di Temerloh sanggup menyerahkan nombor kad debit dan nombor PIN kepada sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis selepas dikatakan terbabit dalam kes jenayah. Akibatnya, lelaki berusia 63 tahun itu kerugian RM103,950 selepas wang simpanannya lesap didakwa dikeluarkan sindiket itu secara berperingkat sejak kelmarin.*

               17) *TURKI bersedia memberi akses teknologi kepada Malaysia, sesuatu yang jarang dilakukan oleh mana-mana syarikat atau negara lain, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, biasanya syarikat yang mempunyai teknologi canggih tidak sanggup mendedahkan kebolehan mereka tetapi Turki sanggup mengambil jurutera Malaysia dalam pelbagai bidang seperti pembuatan dan lain-lain lagi.*

               18) *TUN Dr Mahathir Mohamad membayangkan kemungkinan Malaysia menjadi pengeluar kereta super selepas ini.
Perdana Menteri berkata, syarikat pengeluar kereta super Onuk di Turki, yang berkebolehan dalam pembuatan kereta jenis itu bersedia untuk memberi kerjasama. Ya, dia (syarikat terbabit) nampak berkebolehan. Sebenarnya, saya sedar berkenaan dengan perkara ini (kereta super) sudah lama.*

               19) *GURU wanita cedera dada, perut dan tangan apabila diserang menggunakan senjata tajam dalam cubaan samun di parkir hadapan sebuah pasar raya di Batu Pahat malam semalm. Dalam kejadian 8 malam itu, wanita berusia 57 tahun terbabit dikatakan mahu menaiki keretanya sebelum didatangi lelaki tidak dikenali.*

               20) *LELAKI yang membakar dirinya ketika hadir di Balai Polis Yong Peng, Batu Pahat Selasa lalu untuk membuat laporan berhubung masalah rumah tangganya, disahkan meninggal dunia di hospital semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Runggai berkata, lelaki berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia pada 6.45 petang akibat kecederaan selepas membakar diri dalam kejadian itu.*

               21) *KETUA Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Rahimin Bani mengambil sikap kunci mulut berhubung isu penamatan kontrak perkhidmatannya yang dipercepatkan 31 Ogos ini. Beliau yang juga Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama negeri, enggan memberi sebarang ulasan mengenai perkara itu sebaliknya menyerahkannya kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan JAIM.*

               22) *KEJAYAAN Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGIA), lapangan terbang kedua terbesar di Turki, membuktikan syarikat dari Malaysia berkeupayaan untuk turut berjaya di negara lain, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, ini juga menunjukkan syarikat dari Malaysia mampu mengembangkan operasi mereka di luar negara.*

               23) *SEBUAH syarikat perlombongan kerugian lebih RM1.7 juta apabila kira-kira 15,000 tan bauksit di pusat penyimpanan yang terletak di Sungai Karang, dekat Kuantan, dicuri pada Isnin lalu. Pengarah Urusan WM Mining Industries Sdn Bhd, Cheok Kia Yong mendakwa, kejadian itu dipercayai dilakukan pihak tertentu yang tinggal berhampiran pusat penyimpanan milik syarikatnya itu.*

               24) *OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) dua anggota tentera yang hilang di Pulau Perak, Kedah sejak 19 Julai lalu kini fokus di bahagian laut. Sumber dalaman Tentera Darat Malaysia (TDM) berkata, pencarian di kawasan darat pulau terbabit tidak menemui sebarang petunjuk. Kapal Diraja (KD) Laksamana Muhammad Amin milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini giat melakukan SAR di kawasan laut.*

               25) *HOSPITAL Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian memperkenalkan rawatan penyakit kanser yang lebih efektif menerusi kaedah radiologi intervensi. Penyelaras Unit Perawatan Radiologi Intervensi (AMIEN) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Dr Chandran Nadarajan berkata, kaedah rawatan yang diperkenalkan itu untuk mematikan sel kanser.*

               26) *SIASATAN dan kajian terhadap isi kandungan sebenar yang terdapat dalam gula-gula berasap atau Ghost Smoke sama ada ia berbahaya kepada penggunanya dijangka dapat diketahui minggu depan. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan di bawah kementerian itu sudah mengambil sampel dan melakukan ujian serta siasatan terhadap produk berkenaan yang muncul di pasaran baru-baru ini.*

               27) *KERAJAAN memperuntukkan RM7 juta kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk program saringan kanser serviks melalui kaedah ujian Virus Papiloma Manusia (HPV) DNA. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sehingga kini seramai 14,875 pelanggan sudah menjalani saringan berkenaan.*

               28) *TIGA wanita yang panik dengan panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwanya sebagai majistret di Sarawak kerugian RM77,200 dalam kejadian di tiga lokasi berasingan, Jumaat lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mereka itu sebenarnya terpedaya dengan tipu muslihat sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai majistret.*

               29) *KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan menggubal satu akta baharu bagi mengawal selia penggunaan tembakau, vape, rokok elektronik dan shisha. Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, akta yang dinamakan Akta Tembakau itu dijangka dapat menangani pemasalahan itu secara keseluruhan.*

               30) *SEORANG lelaki warga India maut ditikam rakan senegara selepas mereka bergaduh di tingkat dua rumah kedai di Taman Bertam Jaya, Kepala Batas, hari ini. Dalam kejadian 6.45 petang itu, mangsa Mubarak Ali, 28, ditemui meninggal dunia dalam bilik air manakala rakannya, Azad Mubarakbhai, 26, pula menggantung diri menggunakan tali selepas menikam mangsa.*

               31) *SEORANG remaja lelaki lemas manakala dua rakannya diselamatkan orang awam ketika mandi di air terjun Taka Melor Pekan Air Panas, Labis, petang hari ini. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Mohd Appandi Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.31 petang.*

                32) *POLIS menahan lelaki berusia 40 tahun selepas dipercayai mendera dua anaknya berusia 12 dan 15 tahun di rumah mereka di Simpang, Taiping, sejak tiga tahun lalu. Difahamkan, penderitaan dua beradik itu terbongkar jam 5 petang, Selasa lalu, selepas seorang mangsa mendapatkan bantuan jiran dan membuat laporan polis mendakwa dipukul suspek.*

                33) *LELAKI meminta bantuan orang ramai mengesan ibunya yang hilang sejak lima hari lalu selepas keluar rumah di Desa Mentari, Petaling Jaya, 9.20 pagi Selasa lalu. Norazman Md Kassim, 29, berkata, ibunya, Pauziah Maalip, 59, menghidap alzheimer serta pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis, masalah jantung serta darah tinggi perlu memakan ubat mengikut jadual.*

                34) *JANGAN tertipu dengan ejen hartanah yang tak diiktiraf, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata, semua ejen mesti memiliki tag Perunding Hartanah (REN) bagi melayakkan mereka melakukan pemasaran untuk mana-mana projek hartanah.*

                35) *DUA pendaki wanita yang mengalami kecederaan dan pitam di puncak Bukit Marak, Kota Bharu dibawa turun oleh sepasukan bomba dan penyelamat hari ini. Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.48 pagi daripada rakan mangsa yang memaklumkan dua rakan wanitanya berusia 30-an dan 49 tahun cedera serta pitam.*

                36) *JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memantau sebarang penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di media sosial. Ketua Pengarah JAKIM Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, jabatan itu mempunyai pegawai ditempatkan di SKMM bagi melakukan tindakan perlu jika terdapat aduan daripada pengguna mengenai laman sosial berbentuk penghinaan terhadap kesucian Islam dan Nabi Muhammad SAW.*

                37) *SEBUAH madrasah tahfiz perempuan dimasuki tiga perompak disyaki Geng Rantau berhampiran Taman Desa Vista, Sepang Khamis lalu. Sumber berkata, kejadian berlaku 3 pagi ketika penghuni yang juga pelajar perempuan berusia 12 hingga 17 tahun tidur. Difahamkan pemilik premis yang juga ustazah berusia 40-an juga sedang tidur.*

                38) *WANITA melecur di kedua-dua kaki dan sesak nafas selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Manal 1, Tanah Merah, hari ini. Kebakaran pada 4 pagi itu membabitkan dua rumah termasuk kediaman mangsa, Rosliza Hamat, 48, yang kemudian menerima rawatan di Hospital Tanah Merah sejurus kejadian sebelum dibenarkan pulang.*

                39) *SEEKOR rusa betina mati selepas dilanggar motosikal dalam kejadian di Kilometer 105, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Terminal Minyak Mentah, Kerteh, hari ini. Kejadian dipercayai berlaku pada 9 pagi ketika lelaki berusia 20-an itu dalam perjalanan dari Kemaman untuk menghadiri program Terengganu International Drag Strip di Gong Badak, Kuala Nerus dengan menunggang motosikal Yamaha 135LC.*

                40) *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengadakan pertemuan dengan 5,000 waris dan pemilik tanah Kampung Baru, 21 September ini. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata, pertemuan itu bagi mencari kata sepaat bagi pembangunan Kampung Baru yang masih belum menemui jalan penyelesaian sejak sekian lama.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *BUCHAREST: Ribuan membuat bantahan di sini semalam selepas ketua polis Romania dipecat susulan polis gagal bertindak terhadap tiga panggilan kecemasan dilakukan seorang mangsa culik.*
             *Alexandra, 15, diculik dan dibunuh selepas menumpang kenderaan seorang lelaki berusia 65 tahun untuk pulang ke rumahnya di Dobrosloveni, selatan Romania pada Rabu lalu.*
           *Pada pagi Khamis, mangsa membuat panggilan kecemasan sebanyak tiga kali dan turut memberi maklumat mengenai lokasi dia ditahan suspek.*

            *HONG KONG: Penunjuk perasaan pro-demokrasi akan mengadakan bantahan besar-besaran hari ini selepas polis dan peserta perhimpunan haram bertempur di Yuen Long semalam.*
             *Bantahan itu dijangka berlangsung di pulau Hong Kong petang ini.*
          *Polis membenarkan perhimpunan itu diadakan di sebuah taman, namun melarang penunjuk perasaan berarak di kawasan bandar.*

           *ROME: Dua pemudadari Amerika Syarikat ditahan di Rome semalam kerana dituduh membunuhseorang pegawai polis Itali dalam kejadian kelmarin.*
           *SuspekFinnegan Lee Elder, 19, dan Gabriel Christian Natale-Hjorth, 18, yang berasal dari San Francisco ditahan di sebuah hotel di bandaraya itu.*
           *Kedua-dua suspek berdepan pertuduhan membunuh dan percubaan pemerasan.*
           *Mangsa Mario Cerciello Rega, 35, ditikam beberapa kali ketika cuba menahan dua individu yang disyaki mencuri beg seorang lelaki awal pagi kelmarin.*

          *KANO, NIGERIA: Seramai 23 lelaki maut ditembak anggota Boko Haram ketika dalam perjalanan pulang dari majlis pengebumian di Nganzai, Borno, pagi semalam.*
           *Ketua militia tempatan, Bunu Bukar Mustapha berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi apabila penyerang menunggang tiga motosikal melepaskan tembakan ke arah sekumpulan lelaki yang berjalan kaki menuju ke Badu Kuluwu.*
           *Mustapha memberitahu AFP, mangsa menghadiri majlis pengebumian seorang saudara di sebuah kampung di daerah Nganzai.*

          *BEIJING: Jumlah kematian tanah runtuh di sebuah kampung di Shuicheng, Guizhou mencecah 29 orang dengan 22 lagi masih hilang selepas kejadian pada Selasa lalu.*
          *Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 40 orang sudah diselamatkan dan pasukan penyelamat terus berusaha mencari mangsa hilang.*
            *Arus lumpur dari tanah runtuh menimbus 21 rumah menyebabkan dua kanak-kanak, seorang bayi bersama ibunya antara mangsa terbunuh.*

           *MOSCOW: Lebih 500 orang ditahan polis ketika berhimpun di Moscow, Russia bagi menuntut pilihan raya yang adil, dalam protes terbaru selepas pihak berkuasa menyekat calon pembangkang.*
           *AFP melaporkan, beberapa penahanan dilakukan dalam keadaan ganas dan polis terpaksa menggunakan baton dalam perhimpunan haram disertai kira-kira 3,500 orang itu.*

          *NEW DELHI: Lebih 800 penumpang kereta api yang terkandas akibat banjir berjaya diselamatkan selepas beberapa helikopter tentera laut India dan bot perkhidmatan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian berhampiran Mumbai, hari ini.*
          *AFP melaporkan, kereta api Ekspres Mahalaxmi itu berlepas dari Mumbai ke Kolhapur semalam namun hanya sempat melakukan perjalanan sejauh 60 kilometer sebelum terkandas.*

           *DUBAI: Bahrain menjatuhkan hukuman tembak mati kepada dua rakyatnya yang juga pengikut Syiah atas kesalahan melakukan keganasan, kata pihak berkuasa.*
             *AFP melaporkan, dua lelaki itu dikenali sebagai Ali al-Arab, 25, dan Ahmad al-Malali, 24, dihukum semalam selepas ditahan secara berasingan pada Februari 2017.*
              *Mereka disabitkan kesalahan membentuk sebuah kumpulan pengganas yang melakukan beberapa siri serangan di negara itu.*

           *GOMA: Arab Saudi menyekat kemasukan pelancong dari Republik Demokratik Congo (DRC) berikutan kebimbangan penularan wabak Ebola pada musim haji bulan depan.*
             *Keputusan itu diumumkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar negara Arab Saudi, Rabu lalu susulan keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penularan Ebola sebagai darurat antarabangsa, lapor Reuters.*
           *Bagaimanapun, jawatankuasa WHO mahu negara lain tidak mengehadkan perdagangan atau perjalanan.*

          *SINGAPURA: Bilionair Britain, James Dyson membeli satu lagi hartanah mewah di Singapura berharga AS$32.8 juta (RM135 juta), banglo mewah dilengkapi kolam dan air terjun buatan.*
             *Menurut AFP yang memetik laporan media tempatan, pencipta dan pemilik syarikat peralatan elektrik terkenal itu membeli hartanah mewah terbabit beberapa minggu selepas membeli rumah emper paling mahal di bandar raya itu.*
             *Syarikatnya yang terkenal menghasil dan menjual penyedut hampa gas tanpa beg, pengering tangan dan kipas itu baru mengumumkan pemindahan ibu pejabat dari England ke bandar raya terbabit untuk mendekati pasaran Asia.*

            *SYDNEY: Kerajaan Quensland, Australia, mengambil pendekatan unik apabila mengumumkan penyediaan ambulans khas membawa pesakit nazak menunaikan permintaan terakhir mereka sebelum meninggal dunia.*
           *Kerajaan negeri itu menyediakan ambulans untuk kegunaan pesakit, sama ada melawat haiwan peliharaan, ahli keluarga, melawat galeri seni atau muzium.*
          *Mereka mendapat idea itu selepas melihat gambar sekumpulan kru ambulans membawa seorang pesakit wanita yang dalam perjalanan ke hospital, singgah di pantai bagi memenuhi hasrat terakhirnya pada 2017.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *LATIHAN ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst (RMAS), England menggilap dan menyerlahkan lagi keperibadian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai seorang pemimpin dan individu berdisiplin tinggi.*
           *Walaupun berdarah raja, Sultan Abdullah sentiasa belajar mendisiplinkan diri dengan corak dan kehidupan seorang anggota tentera, khususnya daripada keterampilan diri dan akur dengan setiap arahan, kata bekas Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkiple Kassim.*
            *Zulkiple, yang juga penuntut senior ketika Sultan Abdullah menjalani latihan di RMAS pada 1978-1979 berkata, Seri Paduka bukan saja terkenal dengan keperibadian seorang pemimpin, bahkan seorang individu yang prihatin terhadap rakan-rakan.*

           *DALAM cuaca hujan, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pantas mencuri perhatian ramai apabila menunggang motosikal RXZ, sempena program We Are RXZ Members 3.0 di Kuala Nerus hari ini.*
          *Beliau dalam gaya santai ala watak Roy dalam filem Gila-Gila Remaja dilihat menunggang motosikal itu berseorangan sambil diiringi pengawal peribadi bermula dari Kediaman Seri Setia di Batu Buruk, Kuala Terengganu hingga ke lokasi program di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak di sini.*
           *Aksi bersahaja Ahmad Samsuri yang turut dirakam jurugambar rasminya sebelum dimuatnaik di Facebook mendapat pujian ramai sehingga tular di laman sosial.*

           *HANYA seorang pesakit saja ditahan di Hospital Alor Gajah (HAG), Alor Gajah bagi mendapatkan rawatan selepas disengat obor-obor di Pantai Pengkalan Balak semalam.*
           *Pengarah Kesihatan Melaka Dr Rushidi Ramly berkata, penularan dakwaan terdapat ramai pesakit mendapat rawatan di HAG akibat disengat obor-obor tidak tepat.*
          *Sehingga tengah hari ini hanya seorang pesakit dirawat akibat disengat obor-obor.*
           *Sementara itu, nelayan Roslan Daud, 64, berkata, sepatutnya berita seperti itu tidak seharusnya ditularkan kerana ia boleh mencetuskan keadaan mencemaskan.*

           *PERNAH selama sebulan saya tidak menjual roti kerana terbabit kemalangan, ketika itu satu kampung datang cari di rumah untuk bertanya khabar. Itu pengalaman L Munyadi, 56, sepanjang 35 tahun bekerja sebagai penjual roti bermotosikal di sekitar Balik Pulau.*
           *Munyadi sekeip mata menjadi terkenal selepas gambarnya diabadikan sebagai mural sempena Festival Balik Pulau di Pekan Kongsi, tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.*
         *Bapa kepada tiga anak itu berkata, beberapa bulan lalu, dia dikunjungi pelukis grafiti yang mahu mengambil gambarnya.*

           *Alhamdulillah... Ainul sihat, itu reaksi Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, bapa Ainul Mardhiah, bayi perempuan berusia 11 bulan yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor.*
           *Dia memberikan maklum balas itu sebaik disapa oleh pemberita yang menunggu ketibaan keluarga terbabit termasuk Ainul Mardhiah dan isteri Ahmad Saifuddin, Nurul Erwani Zaidi, 24, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dari London.*
           *Ainul Mardhiah bersama ibu bapa tiba di tanah air jam 7.15 pagi, hari ini dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH0003.*

          *NEW DELHI: Sekumpulan penduduk kampung bertindak kejam membelasah seekor harimau betina hingga mati bagi membalas tindakan haiwan itu menyerang dan mencederakan penduduk perkampungan Matiana di Uttar Pradesh.*
             *Menurut laporan Daily Mail, perkampungan itu terletak bersebelahan hutan simpan yang menjadi kawasan perlindungan haiwan liar.*
           *Dalam rakaman video tular itu, sekumpulan 40 penduduk membelasah harimau itu dengan buluh panjang tanpa menghiraukan haiwan malang itu yang mengerang kesakitan.*

           *SEOUL: Budak perempuan Korea Selatan berusia enam tahun yang menjadi bintang YouTube menerusi video ulasan permainan dan blog video, membeli bangunan lima tingkat bernilai AS$8 juta (RM33 juta).*
         *Mengikut dokumen pendaftaran hartanah awam, keluarga budak itu membeli bangunan itu di daerah mewah, Gangnam, awal tahun ini menerusi syarikat Boram Family ditubuhkan ibu bapanya.*
                 *CNN melaporkan, budak perempuan itu yang hanya dikenali sebagai Boram mempunyai dua saluran popular iaitu Boram Tube Vlog dengan 17.5 juta pengikut dan Boram Tube ToyReview (13.6 juta pengikut).*
              *Antara video popularnya menunjukkan Boram memasak mi segera menggunakan set dapur permainan hingga menarik lebih 376 juta tontonan.*

*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-7-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.*

*DAULAT TUANKU*


*SELSA 30 JUL 2019 ASHI ERSAAAN 27 ZULKEDA# 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0542
*SUBUH* : 0552
*SYURUK* : 0711
*ZOHOR* : 1322
*ASAR* : 1644
*MAGHRIB* : 1930
*ISYAK* : 2043


*artikel disiarkan pada tarikh 29julai*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *BUDAK lelaki tujuh tahun maut selepas dilanggar pacuan empat roda dipandu oleh bapanya di Jalan Tambunan-Penampang, dekat Kampung Tadong Adong, Penampang, semalam. Ketika kejadian jam 2 petang itu, bapa mangsa yang berusia 39 tahun secara tidak sengaja melanggar kanak-kanak itu ketika sedang mengundurkan kenderaan terbabit.*

               2) *PERGADUHAN dua beradik lelaki berakhir tragedi apabila adik maut dipercayai akibat dipukul abangnya di hadapan kedai makan di Pengkalan Bharu, Pantai Remis, Manjung, semalam. Dalam kejadian 11.40 malam itu, mangsa, Hussain Mai Din, 35, meninggal dunia lokasi kejadian dengan kesan tetakan objek tajam di bahagian kepala.*

               3) *SAYA sedar apartmen dipecah masuk selepas pulang dari tempat kerja apabila melihat pintu terbuka. Sebaik masuk ke dalam bilik utama saya melihat keadaan berselerak, kata lelaki hanya mahu dikenali sebagai Hafizul, 30. Dalam kejadian Jumaat lalu, kediamannya di Setapak di sini, dipecah masuk dua lelaki yang melarikan wang tunai, kepingan emas dan kereta Perodua Myvi menyebabkan kerugian dianggarkan RM16,000.*

               4) *DUA pontun bagi kerja mengorek dan menyedut pasir milik kontraktor Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang dikaitkan dengan pencemaran diesel di Sungai Selangor sudah dibawa keluar, kelmarin. Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pontun itu ditarik keluar dari sungai selepas polis selesai menjalankan siasatan terhadap struktur berkenaan.*

               5) *IBU bapa kepada lapan beradik termasuk dua bayi lelaki yang diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Tengah, awal pagi semalam, didapati positif dadah. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Melaka Tengah bersama anggota dari Balai Batang Tiga, dalam Op Tapis pihaknya menemui satu peket plastik lut sinar dipercayai mengandungi dadah.*

               6) *TIMBALAN Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamaruddin Abdullah parah selepas ditetak dua lelaki di hadapan kedai makan di Jalan Tengku Chik, Kota Bharu, malam tadi. Dalam kejadian 7.30 malam itu, mangsa cedera di pinggang dan kepala dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, untuk rawatan lanjut.*

               7) *DATUK Seri Najib Razak didakwa ada mengaku bahawa beliau menerima sebanyak RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd dan Dolar Amerika Syarikat 700 juta (RM2.8 bilion) dari sumber luar negara yang dimasukkan ke dalam akaunnya miliknya. Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Ranjit Singh ketika memberi keterangan dalam prosiding perbicaraan kes pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.*

               8) *PASANGAN suami isteri menerima nasib malang selepas anak lelaki bongsunya menyerahkan mereka kepada 35 along untuk menyelesaikan hutang sejak tahun lalu. Chye Kee, 76, berkata, dia dan isteri Kok Chow Har, 69, mahu memutuskan pertalian darah dengan anak lelakinya, Chye Sek Kong bagi mengelak along terus memburu mereka.*

               9) *JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka memperoleh perintah hak jagaan sementara ke atas lapan beradik yang diselamatkan pihak berkuasa di rumah mereka di Bukit Rambai, semalam. Pengarah JKM negeri, Burhanuddin Bachik berkata, perintah itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini terhadap semua mereka mengikut Peruntukan Seksyen 19 Akta Kanak-Kanak 2001.*

               10) *DENDA keseluruhan sebanyak RM2 juta dan 185 syarikat sudah didakwa di mahkamah dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Ir Omar Mat Piah berkata, sepanjang tempoh itu juga, pihaknya mengeluarkan sebanyak 672 kompaun dengan denda sebanyak RM997,500.*

               11) *KANAK-KANAK lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih dua jam selepas kakinya tertusuk pisau mesin pembajak di Kampung Tingkolod, Tambunan, semalam. Dalam kejadian 4.30 petang itu, Alexander Neo Junin, 11, dikatakan sedang membantu ahli keluarganya membajak tanah untuk tanaman.*

               12) *JABATAN Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu akan terus memantau Jalan Kuala Berang-Aring, Kuala Berang yang menjadi laluan utama gajah di kawasan terbabit. Pengarah PERHILITAN Terengganu Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata, kawasan terbabit sememangnya wujud konflik antara manusia dan binatang terutama gajah yang menggunakan laluan yang sama.*

               13) *AINUL stabil. Dia sedang tidur mungkin sebab jet lag kerana perjalanan yang panjang, kata bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24. Ahmad Safiuddin berkata, anaknya itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL). "Doktor happy (gembira) dengan keadaan Ainul sekarang. Mereka juga sudah memeriksa Ainul dan setakat ini, tiada apa-apa masalah termasuk kesan di atas pesawat.*

               14) *KONTRAKTOR tapak pembinaan di Bandar Sri Sendayan di Seremban hari ini, dikesan melakukan penyambungan paip secara haram untuk kegunaan lebih kira-kira 100 pekerjanya yang tinggal di rumah kongsi berhampiran. Susulan itu, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyerbu tapak pembinaan berkenaan kira-kira 12 tengah hari tadi selepas menerima aduan seminggu lalu.*

               15) *DUA kanak-kanak lelaki tiga tahun, antara 34 individu yang ditahan polis dalam serbuan di tapak judi di ladang sawit, Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, semalam. Difahamkan, kanak-kanak itu dibawa bapa masing-masing untuk berjudi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, serbuan pada 5.30 petang itu menahan semua mereka yang berusia tiga hingga 65 tahun termasuk lelaki Indonesia dan dua Thailand.*

               16) *KEPUTUSAN sama ada 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu membela diri atau sebaliknya dalam kes kematian membabitkan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain akan diketahui Rabu ini. Hakim Datuk Azman Abdullah dijangka akan memutuskan perkara itu selepas selesai mendengar hujahan kedua pihak pada 8 Julai lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.*

               17) *LELAKI yang juga King Pin (Raja Dadah) antara lima ahli sindiket yang ditahan dalam lima serbuan serentak di sekitar Lembah Klang dan Johor kelmarin. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan dari 5 hingga 6.20 petang.*

               18) *TINDAKAN segelintir Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR menandatangani dokumen bagi membuktikan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai tidak wajar. Pengerusi MPN PKR Selangor, Amirudin Shari berkata, sokongan semua pemimpin PKR negeri terhadap Anwar sudah dibuktikan menerusi kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Presiden pada pemilihan parti lalu.*

               19) *LEBIH lima individu dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) lari bertempiaran hingga ada yang tertinggal telefon pintar apabila kawasan perindustrian di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang diserbu, hari ini. Serbuan sempena Ops BersepaduKilang Haram itu turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar Dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon dan media tempatan.*

               20) *SEBANYAK 67 kilang yang beroperasi dalam kawasan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dikenal pasti tiada lesen perniagaan sah. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar Dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata, susulan itu pihaknya mengesyorkan tindakan mahkamah diambil.*

               21) *TOKAN dadah sanggup terjun ke Sungai Tembeling, Kuala Tahan di Jerantut dipercayai akibat panik selepas lubuk aktiviti pengedaran dadah berhampiran sungai itu diserbu polis, pagi semalam. Lelaki berusia 32 tahun itu dikatakan bertindak demikian selepas menyedari kehadiran sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di kawasan terbabit kira-kira 7 pagi.*

               22) *GURU sebuah sekolah menengah dijatuhi hukuman penjara 38 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini, atas kesalahan mencabul pembantu makmal. Tertuduh, Hanafi Idris, 43, yang didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan didapati bersalah oleh Majistret Abdul Hayyi Salim terhadap pertuduhan mencabul mangsa berusia 44 tahun di bilik persediaan makmal kimia sekolah berkenaan pada 9.15 pagi, 15 Ogos 2017.*

               23) *LELAKI kudung kaki kanan antara dicekup bersama 31 penagih dadah di dusun buah berhampiran kebun getah di Port Muda Kuari Tunjang, dekat Jitra, semalam. Lelaki 40-an itu adalah individu pertama dicekup sepasukan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kubang Pasu dalam serbuan bermula 9 pagi.*

               24) *POLIS sedang mengesan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes bunuh tukang jahit yang mayatnya ditemui di dalam bagasi di Kampung Pengkalan Baik, Bau, 19 Julai lalu. Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Wong Chong Ming, 43, adalah suspek ketiga kes itu.*

               25) *SERAMAI 2,063 individu ditahan dalam Operasi Icebreaker yang dijalankan serentak di 117 sarang penagihan dadah di seluruh negara malam tadi. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Mohd Khalil Mohd Kader berkata, mereka yang ditahan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk membekal, memiliki serta positif dadah.*

               26) *PASANGAN suami isteri warga Thailand masing-masing didenda RM40,000 dan tiga bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar selepas mengaku bersalah mengeksport hidupan liar tanpa lesen minggu lalu. Mengikut pertuduhan, Charnchai Sitthiphan, 62, dan isterinya, Phitsinee Sitthiphan, 60, didakwa mengeksport tiga kepala babi hutan menggunakan sebuah kereta.*

               27) *TOLONGLAH pulangkan semula beg saya. Banyak dokumen penting yang saya perlukan untuk tamatkan pengajian tahun ini, rayuan penuntut tahun akhir sebuah kolej vokasional, Muhammad Aiman Haqim Md Yazed, 19. Rayuan itu dibuatnya selepas kereta jenis Perodua Alza milik bapanya dipecah masuk dalam kejadian di Batu 8, Jalan Sijangkang di Kuala Langat, kelmarin.*

               28) *SINDIKET curi kereta Honda dan Toyota didapati hanya perlukan masa kurang daripada 10 minit untuk membuka kenderaan menggunakan peralatan elektronik khas yang canggih sebelum melarikannya. Kenderaan terbabit kemudiannya dipercayai dijual di negara jiran dengan harga murah. Bagaimanapun, kegiatan sindiket berkenaan yang dikenali Geng Ah Heng itu tumpas apabila enam lelaki ditahan dalam Op Lejang Industri diketuai Asisten Superintendan Johari Yahya di sekitar Alor Setar dan Changlun, Kedah pada 18 Julai lalu.*

               29) *POLIS masih menjalankan siasatan berhubung motif kejadian pasangan warga emas yang maut disyaki dibunuh sebelum rumah mereka dibakar di Taman Desa Melati, Nilai, Rabu lalu. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, siasatan masih diteruskan terhadap empat suspek yang direman sehingga Rabu ini.*

               30) *REMAJA lelaki yang menemani bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di tapak pembinaan di Kawasan Perindustrian Zurah, Hulu Selangor, rentung apabila kabin pekerja terbakar, hari ini. Dalam kejadian pada 5.30 pagi itu, J Deneshwaran, 17, dipercayai tidur seorang diri di dalam kabin berkenaan yang dinyalakan lilin.*

               31) *LELAKI mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping, hari ini, atas pertuduhan merogol anak kandungnya sendiri di Selama, pada Jun lalu. Tertuduh berusia 48 tahun membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Che Noralashiken Abd Razak. Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan persetubuhan dengan anak perempuannya berusia 19 tahun yang mana hubungan tersebut tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat, kebiasaan yang terpakai untuknya berkahwin.*

                32) *LAPAN lagi warga Afrika ditahan malam tadi menjadikan keseluruhan 18 orang bagi membantu siasatan susulan tindakan mereka menyerang anggota polis di pangsapuri dekat Damansara, Petaling Jaya, Khamis lalu. Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, polis Selangor sudah menahan 18 orang itu bagi membantu siasatan hubung kait mereka dengan insiden itu.*

                33) *TIGA puluh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan sejak Januari lalu kerana terbabit dalam aktiviti penagihan dadah. Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, setiap minggu ada saja pegawai dan anggota polis ditahan kerana mengambil dadah terutamanya syabu. Menurutnya, masalah dadah ini serius dan jika tidak dibendung sekarang tidak mustahil negara ini akan jadi seperti Colombia.*

                34) *MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpurmenolak permohonan saman yang dikemukakan oleh National Feedlot Corporation (NFCorp) Sdn Bhd dan empat lagi terhadap Public Bank Berhad. Hakim Datuk Seri Su Geok Yam membuat keputusan itu selepas mendapati semua plaintif gagal membuktikan kes itu berdasarkan imbangan kebarangkalian.*

                35) *DUA kejadian pembakaran terbuka dikesan berlaku di Sungai Petani hingga menyebabkan berlaku pencemaran udara sekali gus menimbulkan ketidakselesaan kepada sekitar. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kampung Serukam dan Jalan Kampung Alor Perun dekat Pinang Tunggal.*

                36) *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing menahan lima nelayan termasuk tekong Thailand di perairan Endau dekat Tanjung Kempit, Mersing, semalam.
Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, mereka yang berusia 27 hingga 44 tahun ditahan dalam Operasi Jaksa, kira-kira 6 petang selepas melanggar syarat sah lesen.*

                37) *POLIS menolak punca pencemaran diesel di Sungai Selangor disebabkan sabotaj, sebaliknya kemungkinan akibat kecuaian. Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, hasil siasatan, ia bukan disebabkan sabotaj sebaliknya kemungkinan syarikat yang dilantik kerajaan negeri untuk membersihkan sungai itu cuai apabila pekerjanya tertumpah diesel.*

                38) *MULAI tahun ini, kontrak bagi pengendalian bas henti-henti ditetapkan untuk tempoh dua tahun berbanding setahun, sebelum ini yang dilaksana menerusi Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan bersetuju mengenakan kontrak begitu untuk pengendali bas lebih berkeupayaan dalam mengurus kewangan sekali gus menambah baik perkhidmatan ditawar.*

                39) *SIKAP tamak sekumpulan nelayan melakukan aktiviti memukat ikan di zon tidak dibenarkan mengundang padah apabila sebuah bot dinaiki mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kira-kira 3.9 batu nautika dari perairan Sungai Terap, Pelabuhan Klang, malam tadi. Dalam kejadian 9.30 malam itu, nelayan bot Kelas B itu sedang leka mengaut hasil tangkapan tanpa menyedari mereka sedang diintip pihak berkuasa.*

                40) *LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang berharap peniaga durian di negeri itu tidak mengambil kesepatan dengan menjual raja buah itu dengan harga yang terlalu mahal. Pengarahnya, Rosli Aw Da berkata, durian klon dan kampung dijual dengan harga berbeza di setiap daerah disebabkan beberapa faktor seperti kawasan pengeluaran dan permintaan.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *LONDON: Bekas jururawat lelaki dipenjara 18 tahun kerana mereka cerita dirogol dan didera beberapa orang kenamaan British, termasuk mantan Perdana Menteri Edward Heath.*
             *Carl Beech, 51, mendakwa diperkosa individu berkenaan pada 1970-an dan 1980-an, lapor South China Morning Post.*
          *Pendedahan menggemparkan itu menyebabkan polis membelanja sebanyak 2 juta pound (RM10.19 juta) untuk siasatan, sebelum perkara sebenar terbongkar.*

          *BANGKOK: Seorang pekerja kilang kini mampu berjalan seperti biasa selepas kedua-dua kakinya terputus akibat tersepit dalam mesin pengisar tiga tahun lalu.*
           *Kemalangan itu berlaku pada Disember 2016 ketika lelaki yang namanya tidak didedahkan bekerja syif malam.*
          *Menurut Daily Mail, kedua-dua kakinya tersepit dalam mesin pengisar yang digunakan untuk mencampur bahan kering.*
            *Pakar bedah mengambil masa tujuh jam untuk mencantumkan semula kaki mangsa yang disokong dengan besi keluli selama tiga bulan, manakala batang keluli yang dipasangkan dalam kakinya dibiarkan selama dua tahun agar tulangnya bercantum semula.*

          *KABUL: Sekurang-kurangnya 20 maut dan 50 cedera dalam satu letupan kuat disusuli pertempuran bersenjata di pejabat calon Naib Presiden Afghanistan, Amrullah Saleh di sini, semalam.*
             *Menurut Reuters, Saleh terkena serpihan peluru, namun cedera ringan.*
           *Beberapa gambar yang dikongsi seorang pegawai kerajaan menunjukkan Saleh dikelilingi pengawal keselamatan di sebuah laman dan lengan kanannya berdarah, lapor Al Jazeera.*

          *MAIDUGURI: Sekurang-kurangnya 65 maut diserang anggota kumpulan militan ketika dalam perjalanan pulang dari upacara pengebumian di Borno, kelmarin.*
             *Setakat ini, Boko Haram dan Daesh di Afrika Barat belum mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.*
            *Pengerusi kerajaan tempatan Mohammed Bulama berkata, penyerang membunuh 21 orang ketika kembali dari upacara pengebumian pada Sabtu dan 44 maut cuba mempertahankan diri.*

          *SACRAMENTO: Seramai 11 orang dilaporkan ditembak seorang penyerang di sebuah pesta makanan di Gilroy, California, semalam.*
             *Jurucakap polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang penembak di Pesta Garlic Gilroy dan ada mangsa cedera.*
           *Menurut laporan NBC Bay Area, pegawai ambulans dimaklumkan 11 orang ditembak selepas beberapa tembakan dilepaskan pada hari terakhir pesta tahunan itu.*

          *CONAKRY: Sekurang-kurangnya empat orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan ibunya terbunuh dalam runtuhan batu di sebuah lombong emas di Kintinian, Guinea, petang kelmarin.*
            *Polis dan jurucakap Persatuan Palang Merah tempatan mengesahkan dua mangsa yang cedera mendapatkan rawatan di hospital Siguiri.*
            *"Semua mangsa bekerja di sebuah lombong emas lama yang ditutup disebabkan risiko runtuhan batu akibat hujan lebat, kata jurucakap Persatuan Palang Merah.*

          *SURABAYA: Polis Surabaya membongkar sindiket pelacuran remaja bawah umur dalam talian menggunakan media sosial seperti Facebook.*
         *Kompas. com melaporkan, seorang suspek Timbul Utomo, 47, kerana disyaki bertindak sebagai bapa ayam selepas ditahan di sebuah hotel.*
            *Ketua Polis Resor Surabaya, Superintendan Sudamiran berkata, suspek menjalankan operasi sejak 11 Julai lalu di hotel berkenaan dan membawa budak bawah umur setiap hari ke situ.*

           *NEW DELHI: Sebuah kafe yang akan dibuka di timur bandar Ambikapur di Surguja, Chhattisgarh, India membolehkan orang ramai menukarkan sisa plastik kepada makanan percuma.*
          *Reuters melaporkan, ia dikenali sebagai Garbage Cafe atau Kafe Sampah pertama di India yang menyajikan makanan berkhasiat kepada gelandangan dan orang miskin malah menggalakkan penduduk untuk menjaga kebersihan bandar itu, kata Datuk Bandar Ajay Tirkey.*
           *"Semua orang dialu-alukan mendermakan plastik. Kafe ini akan dikendalikan kaum wanita dan persiapan sedang dibuat, katanya kepada Reuters.*

         *ARIZONA: Serbuan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) terhadap sebuah pusat pengumpulan mayat manusia untuk kajian saintifik menghasilkan penemuan mengejutkan, baldi dipenuhi anggota tubuh dan organ manusia, termasuk alat kelamin serta kepala wanita dijahit pada perut mayat lelaki seperti Frankenstein.*
             *Menurut laporan Daily Star, FBI menyerbu Pusat Sumber Biologi (BRC) di Arizona yang ditutup pada 2014 susulan siasatan penyeludupan haram dan penjualan anggota tubuh manusia.*

           *ROME: Ribut buruk dan banjir kilat yang melanda Itali meragut tiga nyawa sepanjang minggu ini termasuk seorang wanita yang terperangkap dalam puting beliung berhampiran Lapangan Terbang Fiumicino, Rome.*
               *AFP melaporkan, kejadian itu berlaku selepas seminggu negara itu dilanda gelombang panas.*
               *Wanita berusia 26 tahun itu dikatakan memandu pulang kira-kira jam 2 pagi sebelum ditiup puting beliung dan kenderaan itu terhempas pada pembahagi jalan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *KEMALANGAN membabitkan dua kereta sehingga mengorbankan seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Jambatan Sri Ehsan di Putrajaya, kelmarin, berpunca daripada kesilapan bapanya melanggar lampu isyarat merah.*
            *Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, perkara itu diperoleh daripada hasil siasatan yang dijalankan polis serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.*
             *Semalam, portal Harian Metro melaporkan mengenai video tular pada laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp yang memaparkan seorang bapa berulang kali menyebut kalimah syahadah kepada anak di pangkuannya selepas mereka sekeluarga terbabit dalam kemalangan.*
              *Menerusi rakaman video menyayat hati berdurasi 30 saat itu, lelaki terbabit dilihat mengajar kanak-kanak perempuan kalimah berkenaan dan dalam masa sama memangku kepala seorang lagi anak perempuannya.*

          *DUA remaja kesal selepas perbuatan mereka membakar seekor tikus dan memuat naik di media sosial mengundang kemarahan netizen.*
            *Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku petang semalam di sebuah kawasan perumahan di Chemor, Perak.*
            *Kami geram sebab tikus itu pernah menggigit haiwan peliharaan kami iaitu anak burung dan tupai terbang (sugar glider) hingga mati.*
           *Minta maaf kepada semua orang yang tersinggung dengan video terbabit. Saya juga berharap agar video itu tidak ditularkan lagi, katanya.*

          *POLIS sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang murid tahun enam hampir diculik seorang lelaki di hadapan sebuah sekolah rendah di Tanjung Mas di Kota Bharu pada Sabtu lalu.*
          *Murid lelaki berkenaan dikatakan berada bersama dua rakannya di luar kawasan sekolahnya ketika kejadian kira-kira 11 pagi itu.*
           *Berdasarkan laporan polis yang dibuat, mangsa dikatakan secara tiba-tiba dipegang dan dipeluk seorang lelaki sebelum dia ternampak van putih menghampirinya.*
            *Terdahulu, laporan polis berhubung kejadian cubaan culik itu tular di Facebook sejak pagi ini.*

          *DUA beradik cedera di kepala, muka dan badan selepas diserang lebih 10 lelaki di sebuah restoran di Kepong Baru, Kuala Lumpur, hari ini.*
         *Dalam kejadian 1 pagi itu, mangsa berusia 20-an sedang minum di restoran berkenaan sebelum diserang kumpulan berkenaan.*
           *Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Heisham Harun berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa bersama adiknya berada di hadapan restoran.*
            *Terdahulu video pergaduhan berdurasi 3 minit 18 saat itu tular di laman sosial.*

          *MAAFKAN saya, minta rujuk segala pertanyaan kepada pengurus, balas ringkas pelakon Syafie Naswip menerusi kiriman aplikasi WhatsApp.*
              *Syafie, 27, dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berita mengaitkan seorang pelakon lelaki yang ditahan polis di Serdang malam kelmarin berhubung laporan membelasah bekas tunangnya kerana ditegur songsang.*
          *Justeru, Harian Metro meneruskan usaha mendapatkan komen daripada pengurus kepada pengacara dan pelakon filem Mukhsin itu.*

           *MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Perak yang menggunakan nama MyNewsHub kerana memuat naik poster kenyataan fitnah yang mengaitkannya.*
                *Laporan polis itu dibuat Setiausaha Akhbarnya, Siti Zulaikha Zulkifli di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya 11 pagi tadi.*
            *Dalam satu kenyataan, Mujahid tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti dalam Facebook berkenaan.*

          *DIJEMPUT menaiki Lamborghini sambil diiringi 40 motosikal berkuasa tinggi dan pulang ke rumah dengan helikopter jenis Bell 407 GX.*
           *Kejutan mewah itu yang dirasai pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling, Zahara Ismail, 58, sempena persaraannya, hari ini.*
           *Dia yang mesra dipanggil bonda diraikan warga sekolah yang mengadakan majlis persaraan khas untuknya kenang sepanjang hayat.*
           *Selepas tamat majlis, Zahara dibawa menaiki Lamborghini dari SMK Baling ke padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling (SMKAB) untuk menaiki helikopter milik usahawan tempatan dan pulang ke rumahnya di Kampung Batu Lima, Sik.*

            *LAS VEGAS: Berpuluh ribu belalang menyerang sekitar kawasan Las Vegas, Amerika Syarikat sejak Khamis lalu yang dipercayai berpunca akibat keadaan cuaca yang lembap.*
           *Beberapa rakaman menunjukkan serangga itu berterbangan di luar kawasan perniagaan bermula dari Mirage Hotel hingga ke Casino, lapor Daily Mail.*
             *Rakaman yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @365inVegas menunjukkan orang ramai berjalan sambil menutup kepala untuk mengelak serangga berkenaan.*
               
*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-8-2019 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*JUAAT 2 GS 2019 ASHI ERSAAAN 1 ZUL#IJJH 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0542
*SUBUH* : 0552
*SYURUK* : 0711
*ZOHOR* : 1322
*ASAR* : 1643
*MAGHRIB* : 1930
*ISYAK* : 2042


*artikel disiarkan pada tarikh 1ogos*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *Polis boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu bapa jika anak mereka ditahan kerana menunggang basikal lajak di jalan raya. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, perbuatan menunggang basikal itu di jalan raya menjadi satu kesalahan.*

               2) *SEORANG lelaki warga Taiwan yang juga dalang beberapa kumpulan sindiket Macau Scam yang aktif di negeri ini berjaya ditahan polis pada 17 Julai lalu. Penahanan itu susulan laporan polis dibuat seorang doktor di Sungai Buloh yang kerugian RM270,000 selepas ditipu sindiket didalangi lelaki warga asing berusia 26 tahun itu.*

               3) *DURIAN itu jatuh mengenai isteri saya terlebih dahulu, barulah melantun ke kepala anak. Kalau betul-betul jatuh atas kepala, mungkin anak saya lagi teruk daripada ini, kata Megat Zarulfais Megat Kamaruddin. Menurut bapa berusia 26 tahun itu, kecederaan anak lelakinya, Megat Muhammad Kays Muhaddin yang berusia empat bulan tidak cedera teruk berbanding isterinya yang lebam pada dada akibat terkena duri raja buah seberat kurang satu kilogram di Felda Jengka 17, Jengka, petang kelmarin.*

               4) *TUN Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sokongan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu beliau memimpin negara hingga ke akhir penggal adalah sebagai pendapat peribadi. Perdana Menteri berkata, beliau menegaskan akan tetap menyerahkan jawatan kepada penggantinya apabila tiba masa yang sesuai.*

               5) *GILIRANNYA menunaikan haji kira-kira 80 tahun lagi, namun pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini bertuah apabila menerima jemputan lebih awal dan dapat mengerjakan Rukun Islam kelima, tahun ini. Mejar Muhammad Kamil Abd Rauf, 31, diberi rezeki menunaikan ibadah itu bersama isterinya Siti Nurwani Ahmad Ridzuan, 31, dan 162 lagi warga ATM yang lain. Mereka akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 3 petang hari ini.*

               6) *TERTEKAN kerana sering bertengkar dengan kekasih pengkid, wanita berusia 32 tahun di Kepala Batas, dipercayai mendera tiga anaknya, sejak empat bulan lalu. Bukan itu sahaja, wanita berkenaan juga menghalau suaminya dari rumah dan membawa kekasihnya berusia 33 tahun berkenaan tinggal bersamanya, sejak beberapa bulan lalu.*

               7) *BIMBANG dimarahi ibu, remaja lelaki sanggup membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua lelaki hingga kehilangan beg silangnya, bulan lalu. Bagaimanapun, tindakannya hanya membawa padah apabila didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di Sungai Siput, hari ini.*

               8) *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi dilatih sebagai persediaan ke arah Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0). Menurutnya, Industri 4.0 bakal membawa banyak perubahan dan ia membabitkan pelbagai industri.*

               9) *SUAMI isteri warganegara China ditahan di Lapangan Terbang Senai, Kulai kerana cuba membawa masuk 10 kilogram (kg) ayam salai tanpa kebenaran sah. Pengarah Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) Negeri Johor, Nur Afifah A Rahman berkata, pasangan itu gagal menunjukkan dokumentasi diperlukan untuk membawa masuk produk haiwan itu ketika tiba di balai ketibaan lapangan terbang, Khamis lalu.*

               10) *KILANG memproses isi tilam di Industri 2, Pelabuhan Darat, Segamat, terbakar dalam kejadian semalam. Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Muhammad Hazim Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran itu pada 2.38 petang.*

               11) *JABATAN Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesan kandungan bahan Acrolein di kawasan ladang sawit di Kampung Baru, Bedong, Sungai Petani, yang dilaporkan mengalami pencemaran bahan kimia, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar negeri, Simon Ooi Tze Min, berkata, bahan kimia itu disyaki menyebabkan dua kanak-kanak dan seorang warga emas di kampung berkenaan mengalami muntah.*

               12) *REMAJA lelaki terpaksa menahan seksa hampir sejam selepas lehernya tertusuk anak panah senapang ikan dalam kejadian di Sungai Iran, Song, di Kapit, malam tadi. Mangsa berusia 18 tahun itu sebelum itu dikatakan pergi mencari ikan bersama dua rakannya di sungai berkenaan kira-kira 11 malam.*

               13) *PKR menolak cadangan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi kaum lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol. Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut dilihat tidak munasabah dan menghina golongan wanita. "Cadangan tersebut juga memberi gambaran bahawa golongan lelaki tidak bermoral dan mudah tergoda hingga boleh terlibat dengan perbuatan keji, katanya dalam satu kenyataan hari ini.*

               14) *PENGUTIP hutang didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan hari ini, selepas mengaku bersalah mengganggu seorang guru dengan cara membuat panggilan dan menampal poster di luar kawasan sekolah pada bulan lalu. Tertuduh, Neo Soon Hwai, 59, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya.*

               15) *ORANG ramai dibenarkan melalui dan melawati jambatan angkat atau Drawbridge yang dibuka sepenuhnya hari ini. Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan memasuki empat menara untuk ke dua Skybridge yang mengandungi galeri dan restoran kerana masih dalam proses pengubahsuaian. Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif TI Properties Sdn Bhd, Khalizan Mahmud iaitu anak syarikat kerajaan negeri yang menguruskan jambatan terbabit.*

               16) *EMPAT individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes suami isteri mati disyaki dibunuh sebelum rumah mereka dibakar di Taman Desa Melati, Nilai, disambung reman tujuh hari. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, mahkamah membenarkan tahanan reman terhadap tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 hingga 45 tahun itu disambung sehingga 8 Ogos ini.*

               17) *BELUM ada negeri yang meluluskan perisytiharan harta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka seperti dilakukan peringkat Persekutuan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya berkata, pihaknya juga mengenal pasti negeri yang mahu beri komitmen untuk melaksanakan perisytiharan itu.*

               18) *PENGURUS syarikat kerugian RM24,700 selepas terpedaya dengan panggilan telefon sindiket yang menyamar kenalannya semalam. Difahamkan, mangsa yang berusia 40 tahun sebelum itu menerima panggilan telefon daripada lelaki yang memperkenalkan diri sebagai rakan perniagaannya.*

               19) *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan berundur apabila beliau mendapati keadaan dalam negara sudah licin dan lancar serta sudah boleh maju dari situ. Ia mungkin mengambil masa dua tahun, mungkin tiga tahun, saya tidak tahu, tetapi kita sedang mengusahakannya, kata beliau apabila ditanya mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang beliau (Dr Mahathir) perlu berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.*

               20) *LIMA individu warga Bangladesh, termasuk seorang wanita didakwa di dua Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, atas 11 pertuduhan memperdagangkan 11 rakan senegara bagi tujuan pelacuran di sekitar ibu kota, awal bulan lalu.*

              21) *PENEROKA Felda dan pelajar maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Jalan Utama Felda Lepar Hilir 1, Kuantan, pagi hari ini. Dalam kejadian 8.15 pagi itu, mangsa Mohd Jamion Mohd Jani, 59, dan Muhamad Syaffuan Abdullah, 17, maut di tempat kejadian selepas masing-masing mengalami parah di kepala.*

               22) *TINDAKAN lelaki warga Bangladesh menyentuh punggung isteri orang membawa padah apabila ditahan di Taman Manis, Kelapa Sawit, Kulai, petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 27 tahun ditahan selepas mencabul wanita berusia 30 tahun itu berdekatan sebuah pasar raya di situ.*

               23) *POLIS mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Kalimantan Timur, Indonesia selepas menyeludup masuk dadah jenis syabu pada 16 Julai lalu. Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sudah dihubungi Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) berhubung penahanan lelaki berkenaan. "Saya mengetahui individu yang ditahan itu rakyat Malaysia dan berasal dari Tawau, Sabah.*

               24) *PENGANGGUR didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah membabitkan nilai sehingga RM100,000 pada 2015. Tertuduh Abdul Munif Ali, 52, yang sebelum ini kakitangan awam didakwa atas dua tuduhan meminta rasuah, manakala satu lagi tuduhan menerima suapan bagi membantu mendapatkan kelulusan projek melombong pasir di Perak.*

               25) *DISEBABKAN dokumen perjalanan hilang, saya tidak pulang ke Indonesia sejak sembilan tahun lalu, kata Ismail Fadil Yunus, 61. Ismail mahu pulang ke negaranya menerusi program Pulang Ke Negara Asal atau Back For Good (B4G) yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bermula hari ini. Menerusi program B4G, warga asing yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) boleh pulang ke negara asal secara sukarela.*

               26) *DUA beradik lelaki ditahan polis selepas tujuh jam mereka mencuri peralatan pili bomba di Taman Desa Wira, Batu Kawa, Padawan, semalam. Ia selepas perbuatan suspek berusia 18 dan 24 tahun membawa hasil curi dengan menaiki motosikal dirakam oleh orang awam pada jam 9.45 pagi.*

               27) *PEJABAT Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menyita 3,226 tong gas petroleum cecair dianggarkan bernilai RM193,782 dalam serbuan di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di Kota Bharu. Dalam operasi bermula jam 9 pagi semalam dan berakhir 5 pagi ini, seramai 25 pegawai penguat kuasa KPDNHEP Kelantan terbabit dalam operasi itu.*

               28) *POLIS menerima empat laporan membabitkan kes perbuatan khianat terhadap empat kenderaan yang disimbah cecair dipercayai asid dengan kes terbaru dilaporkan, kelmarin. Ketua Polis daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, kejadian terbaru dilaporkan jam 7.50 malam kelmarin membabitkan kereta BMW 320 milik seorang lelaki berusia 48 tahun.*

               29) *KIRA-KIRA 50 pembeli rumah kos sederhana rendah di Tanjung Tokong, dekat sini, berasa tertipu dengan harga yang ditawarkan pemaju. Hakikatnya, mereka perlu bayar sehingga RM130,000 harga rumah terbabit iaitu hampir sekali ganda daripada yang ditawarkan, tidak termasuk kemudahan parkir dan beberapa utiliti lain. Malah, pemaju juga didakwa mengenakan bayaran tambahan tanpa pengetahuan dan tidak merujuk kepada pembeli.*

               30) *TIGA kedai perabot musnah dalam kebakaran dipercayai angkara perbuatan khianat di Simpang Bukit Mendi, Triang di sini, kelmarin. Kebakaran jam 10.41 malam itu turut menjejaskan empat lot perniagaan lain sebelum api dipadamkan pihak bomba.*

               31) *JUMLAH aduan pengguna telekomunikasi diterima Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) meningkat 161 peratus kepada 4,635 bagi tempoh setengah tahun pertama tahun ini berbanding hanya 1,770 aduan bagi tempoh sama tahun lalu.*

                32) *SEMBILAN pengawal keselamatan bertugas di Kompleks Mahkamah Shah Alam ditahan dalam Operasi Terancang Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) Bilangan 6/2019 di Shah Alam, semalam. Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN, Nooruladzim Ateman berkata, operasi bermula 5 petang itu menyasarkan pengawal keselamatan yang berkerja di kompleks mahkamah berkenaan.*

                33) *DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak sesekali berkompromi dengan penguat kuasa atau kakitangan yang melakukan sebarang kesalahan disiplin dan undang-undang terutama rasuah.
Tindakan tegas seperti pemberhentian kerja itu turut membabitkan aduan atau maklumat orang awam mengenai penyalahgunaan kuasa mana-mana kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan menerusi rakaman video di media sosial.*

                34) *SEORANG lelaki warga Taiwan yang juga dalang kepada beberapa kumpulan sindiket Macau Scam yang aktif di negeri ini ditahan polis pada 17 Julai lalu. Ia susulan laporan polis dibuat seorang doktor di Sungai Buloh yang kerugian RM270,000 selepas ditipu sindiket didalangi lelaki warga asing berusia 26 tahun itu.*

                35) *JABATAN Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan Karnival Rahmah, sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mengukuhkan lagi silaturahim di antara rakyat berbilang kaum dan agama, September ini. Selain itu, ia juga bertujuan menyebarkan kefahaman agama Islam adalah agama harmoni dan menghormati semua.*

                36) *BARU enam bulan dibebaskan dari penjara, seorang lelaki masih tidak serik apabila bersekongkol dengan teman wanitanya untuk mengedar dadah. Perbuatan kekasih itu tidak bertahan lama selepas mereka ditahan polis di sebuah rumah dekat Permatang Sintok, Kepala Batas, Rabu lalu.*

                37) *TIGA lelaki termasuk dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Samarahan hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Indonesia pada 15 Julai lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai berkata, ketiga-tiga tertuduh dikenali sebagai Raymondson Ding Tuba, 24, dan adiknya, Keithson Imang Tuba, 19, serta Ryan Mccallister Raedy, 19.*

                38) *AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin masih menyesuaikan diri di tanah air selepas dua bulan berada di United Kingdom. Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, semalam berkongsi perkembangan terkini anaknya yang masih menerima rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Katanya, bayi berkenaan tidur siang selepas penat berjaga dan bermain pada waktu malam.*

                39) *AKIBAT bermain permainan video di telefon pintar dalam keadaan pelindung skrin yang retak, seorang lelaki terpaksa dimasukkan ke hospital bagi membuang serpihan kaca dan isi yang dijangkiti. Mangsa, Muhammad Azuan Iqbal Abdullah Sani, 23 berkata dia hanya menyedari kejadian itu selepas ibu jari kanannya bengkak selain beberapa kesan berwarna hitam sejak dua minggu lalu.*

                40) *DUA pemandu bot dan seorang pekerja resort di Pulau Tenggol dikhuatiri hilang di perairan Kuala Dungun, Dungun, hari ini. Difahamkan, tiga individu terbabit, Fauzi Mohamad, 40, Muhammad Firdaus Mohd Awalluddin, 25, dan Mohamad Hafiz Abd Rahim, 22, keluar dari jeti di Kampung Rajawali Pulau Serai, pada 12.30 tengah hari.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *BAITULMAQDIS: Seorang rakyat Palestin mati ditembak tentera Israel apabila didakwa menyeberang sempadan Gaza ke Israel.*
           *AFP melaporkan, dia didakwa melepaskan tembakan ke arah tentera mereka sebelum mencetuskan tembakan balas yang menyebabkannya terbunuh dan tiga anggota tentera cedera.*
          *Tentera itu berkata, kereta perisai Israel turut menyasarkan kedudukan tentera Hamas dalam kejadian itu.*

           *SEOUL: Tentera Korea Selatan menahan seorang lelaki Korea Utara yang menyeberangi Zon Bebas Tentera (DMZ) yang memisahkan dua negara berkenaan.*
          *Reuters melaporkan, lelaki tidak dikenal pasti itu dikesan bergerak ke selatanberhampiran Sungai Imjin lewat malam semalam sebelum ditahan, kata Ketua Turus Staf dalam kenyataannya.*
           *Pihak berkuasa sedang menyiasat bagaimana lelaki terbabit boleh menyeberangi sempadan atau sama ada dia mahu membelot.*

         *WASHINGTON: Jabatan Imigresen Amerika Syarikat menamakan menteri Venezuela, Tareck El Aissami dalam senarai orang paling dikehendaki kerana disyaki menjadi penyeludup dadah antarabangsa.*
           *AFP melaporkan, pihak berkuasa negara itu mendakwa El Aissami pada Mac lalu atas tuduhan melakukan penyeludupan dadah dan mengelak sekatan yang dikenakan oleh Washington.*
          *Sekiranya ditahan dan diekstradisi, El Aissami boleh berdepan hukuman penjara selama 30 tahun.*

           *WASHINGTON: Anak lelaki bekas pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden dipercayai mati, lapor beberapa media tempatan.*
           *AFP yang memetik NBC News melaporkan, tiga pegawai kerajaan Amerika Syarikat mengesahkan mereka mempunyai maklumat terhadap kematian Hamza bin Laden namun tidak mendedahkan butiran tempat atau tarikh sebenar.*
          *New York Times yang memetik dua pegawai pula berkata Hamza maut dalam satu operasi membabitkan AS dua tahun lalu.*

            *LHOKSEUMAWE, INDONESIA: Dua lelaki dan seorang wanita masing-masing dihukum sebat 100 kali di khalayak ramai dalam sebuah stadium di Lhokseumawe, Aceh hari ini.*
            *Pesalah wanita dan teman lelakinya yang masing-masing berusia 22 tahun didapati bersalah berkhalwat.*
           *Wanita itu menangis dan beberapa kali merayu kepada pegawai syariah supaya berhenti merotannya kerana tidak dapat menahan kesakitan.*

          *BEIJING: Seramai 44 pelancong cedera akibat pukulan ombak kuat dalam kolam tsunami di sebuah taman tema air di timur laut China.*
           *Kejadian berlaku di Taman Tema Air Yulong Shuiyun di Longjing berhampiran sempadan Korea Utara.*
             *Lima pengunjung mendapat rawatan di hospital kerana pelbagai kecederaan termasuk rusuk retak, tetapi keadaan mereka stabil, menurut notis dimuat naik ke Weibo oleh kerajaan tempatan Longjing.*
             *Siasatan awal mendapati kejadian diakibatkan bekalan elektrik terputus seterusnya menjejaskan peralatan di bilik kawalan kolam tsunami.*

           *DUBAI: Sekurang-kurangnya 20 anggota polis terbunuh dalam dua serangan berasingan di bandar Aden, Yaman yang dikuasai kerajaan oleh pemberontak Houthi dan kumpulan militan hari ini, kata sumber keselamatan dan perubatan.*
          *Orang awam antara yang cedera dalam serangan yang disasarkan terhadap pasukan polis di bandar pelabuhan di selatan Yaman itu.*
           *Sumber keselamatan berkata, satu serangan bom kereta yang dilancarkan kumpulan militan di sebuah balai polis menyebabkan tiga anggota polis terbunuh dan sekurang-kurangnya 20 lagi termasuk orang awam cedera.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *NYANYIAN lagu Allah Selamatkan Tuanku berkumandang di Istana Negara, malam tadi, sebagai kejutan bagi meraikan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-60.*
             *Kejutan itu berlangsung ketika Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersedia untuk berangkat pulang bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha selepas selesai menghadiri Majlis Santapan Diraja.*

           *JABATAN Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan penyebaran mesej tular sejak semalam mendakwa terdapat lebih 70 pembawa penyakit tibi positif di tiga kawasan sekitar daerah ini.*
           *Pengarahnya, Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata, mesej dikongsikan di laman sembang WhatsApp dan laman sosial Facebook (FB) itu adalah palsu.*
           *"Berita ini palsu. Tidak benar, jawabnya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada Harian Metro, hari ini.*

           *ITU bukan nama sebenar anak saya tetapi disunting dan dimuat naik di Facebook untuk suka-suka saja tanpa ada niat mencari perhatian, kata Anwar Mohd Sharif, 25.*
              *Anwar dari Beaufort, Sabah menjelaskan mengenai nama anaknya yang mencuri perhatian warganet kerana mempunyai persamaan dengan bintang bola sepak Arsenal iaitu Mesut Ozil.*
            *Ia berikutan tindakan Anwar memuat naik gambar surat beranak anaknya yang tertulis nama Noor Auliya Mikayla Lanesra Ozil.*
            *Katanya, disebabkan itu, dia menyunting nama anaknya dan tidak sangka perkongsian gambar surat beranak yang sudah disunting tular selepas dimuat naik di laman sosial miliknya petang semalam.*
      

           *TINDAKAN seorang ahli perniagaan wanita melakukan aksi bottle cap challenge dengan payudara sehingga tular baru-baru ini tiada kaitan dengan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan.*
         *Ketua Srikandi BERSATU Kelantan Zaleha Che Kob berkata, pihaknya menafikan laporan sebuah portal bahawa ahli perniagaan wanita berusia 40 tahun itu adalah Ketua Srikandi BERSATU di mana-mana bahagian di negeri ini.*
          *"Sayap Srikandi BERSATU Kelantan amat kesal dengan penyebaran video yang tular di blog dan media sosial tempatan yang mengaitkan perlakuan itu dengan usaha ahli Srikandi BERSATU melariskan jualan produk perniagaannya.*

           *INSYA-ALLAH, jika ada kelapangan masa dan panjang umur, saya dan suami akan cuba berjumpa dengan mereka yang membantu menjaga Muhammad Naufal, kata Nurazizah Mahmud.*
           *Suri rumah berusia 36 tahun itu adalah ibu kepada kanak-kanak, Muhammad Naufal Nawawi, 3, yang tular di media sosial sejak malam kelmarin apabila ditemui ditinggalkan keluarganya di R&R Ayer Keroh.*
             *Kanak-kanak lelaki itu bagaimanapun diserahkan orang awam kepada pihak polis yang kemudian membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah sebelum bertemu semula keluarganya kira-kira tiga jam selepas itu pada 11.15 malam.*

           *PETIKAN gitar di hadapan 85,000 penyokong bola sepak sempena final Shoppe Piala FA di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu lalu menjadi detik istimewa buat gitaris Man Kidal atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Mahmood, 56.*
              *Bekas anggota kumpulan Lefthanded itu berasakan ia sejarah paling bermakna sepanjang 35 tahun menjadi anak seni apabila membawakan muzik lagu Negaraku dan lagu rasmi Liga Bolasepak Malaysia (MFL).*
           *Sepanjang karier, saya hanya menjayakan konsert yang mempersembahkan lagu biasa tetapi kali ini ada kelainan apabila membawakan lagu kebangsaan.*

          *YI YI bermaksud persahabatan adalah nama untuk anak panda gergasi kedua yang dilahirkan secara semula jadi di Malaysia. Anak panda kedua dari pasangan panda Xing Xing dan Liang Liang itu lahirk pada 14 Januari 2018 jam 7.50 pagi dengan berat 150 gram.*
           *Kelahiran itu menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang menerima kelahiran anak giant panda secara semula jadi dalam kurungan dan di luar musim mengawan iaitu setahun setengah selepas kelahiran anak pertama iaitu Nuan Nuan pada 18 Ogos 2015.*
           *Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata, anak panda betina berkenaan mula dipamerkan kepada umum pada 26 Mei 2018 di Pusat Konservasi Panda Gergasi Zoo Negara.*

          *IDEA kreatif tiga pemuda menghasilkan masakan di dalam buluh membuahkan pulangan lumayan apabila kari kambing dan ayam masak lada hitam dijual mereka mendapat permintaan tinggi.*
             *Perniagaan masakan dalam buluh diilhamkan daripada lemang itu dijalankan secara perkongsian tiga sahabat iaitu Sayed Omar Tuan Sayed, 34, Ahmad Nasarrudin Abdul Aziz, 29, dan Mohd Rozi Yasin, 22, di sebuah gerai di Jalan Kampung Nyior, Paka, Dungun, sejak pertengahan Jun lalu.*
               *Sejak menu terbabit diperkenalkan, gerai mereka menjadi tumpuan pengunjung yang ingin menikmati keunikan masakan kari kambing dan kambing dimasak di dalam buluh.*

           *BEIJING: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang tergantung dari balkoni tingkat enam sebuah pangsapuri di Chongqing terselamat seleps terjatuh ke atas selimut yang dibentangkan beberapa penduduk.*
           *Rakaman video tular kejadian kelmarin memaparkan kanak-kanak lelaki itu berpaut dan cuba memanjat masuk ke dalam balkoni, namun kakinya beberapa kali tergelincir.*
          *Selepas seketika, kanak-kanak itu melepaskan tangannya dan terjatuh ke atas selimut putih besar yang dibentangkan penduduk di bawah bangunan berkenaan.*

            *Nur-Sultan (Kazakhstan): Polis memburu seorang lelaki selepas satu rakaman video yang tular menunjukkan dia memanjat pagar sebelum menunggang seekor zirafah di sebuah zoo di Kazakhstan.*
            *Mirror Online melaporkan, satu video yang tular menunjukkan seorang lelaki dipercayai mabuk memanjat pagar kandang zirafah di Zoo Shymkent di bandar Shymkent.*
            *Lelaki itu kemudiannya dilihat menggosok leher seekor zirafah yang berdiri di tepi pagar sebelum suspek terus memanjat dan duduk di belakang haiwan berkenaan.*
                 

*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-8-2019 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SELSA 6 GS 2019 ASHI ERSAAAN 5 ZUL#IJJH 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0543
*SUBUH* : 0553
*SYURUK* : 0711
*ZOHOR* : 1322
*ASAR* : 1642
*MAGHRIB* : 1929
*ISYAK* : 2041


*artikel disiarkan pada tarikh 5ogos*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *PERARAKAN upacara keagamaan di Kuil Kaliamma Bestari Jaya, Sungai Darah, Kuala Selangor, bertukar kecoh apabila dua kumpulan bergaduh hanya disebabkan tapak khemah, malam tadi. Dalam kejadian 9.15 malam itu, dua kumpulan terbabit bertengkar mengenai pemasangan khemah sebelum bergaduh menggunakan parang.*

               2) *SEORANG bilal masjid dalam perjalanan ke kebun duriannya maut selepas dihempap traktor pertanian dikendalikannya di Kampung Gong Pasir, Jertih, malam tadi. Mangsa, Mat Isa Hamat, 59, yang juga kontraktor pembinaan dari Kampung Oh, Jabi, meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira jam 7.15 malam.*

               3) *IBU tunggal lima anak yang hidup serba daif di sebuah pondok usang di Kampung TB Ward, di sini, berharap ada pihak tampil membantu membina rumah untuk keluarganya. Rosinah Hussin, 35, berkata hingga kini dia dan anaknya tinggal di pondok yang didirikan sekumpulan remaja dari Madrasah Darus Sunnah sebelum ini.*

               4) *SEBANYAK 112 tong berisi cecair tidak dikenal pasti ditemui berhampiran anak sungai di perkampungan orang Asli Sungai Jang, Kerling, Hulu Selangor, Sabtu lalu. Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi, Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata, penemuan semua tong berkenaan diterima menerusi laporan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 7.39 pagi.*

               5) *POLIS menambah kekuatan anggota dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland yang hilang sejak pagi semalam di sebuah resort di Pantai, Seremban. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, keluasan kawasan pencarian juga dibesarkan membabitkan kawasan hutan dan penempatan penduduk.*

               6) *DUA anak bekas menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sudah membayar kompaun kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berhubung beberapa kesalahan membabitkan akta syarikat bulan lalu.
Perkara itu dimaklumkan Pegawai Pendakwa SSM, Nur Nazhzilah Mohammad Hashim kepada Hakim Manira Mohd Nor pada prosiding sebutan kes itu hari ini.*

               7) *BAPA durjana. Gelaran itu layak diberikan terhadap seorang lelaki yang sanggup menjadikan anak gadisnya berusia 15 tahun sebagai hamba memuaskan nafsu dengan mencabul mangsa sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun, perbuatan terkutuk lelaki berusia 41 tahun terbongkar apabila remaja terbabit membuat laporan polis, Rabu lalu, selepas tidak tahan menjadi mangsa kerakusan bapanya.*

               8) *TINDAKAN pihak tidak bertanggungjawab menggunakan pukat haram dikenali pukat ikan pari menyebabkan tiga ekor dugong mati lemas dalam tempoh hampir 10 tahun kebelakangan ini. Pengurus Kelab Alami, Mohammad Irfan Yazid, 21, berkata, dalam kejadian terbaru pada 7.20 malam 31 Julai lalu, seekor dugong ditemui mati oleh nelayan di perairan Tanjung Kupang, Gelang Patah.*

               9) *PENYELIA pusat mencuci kereta automatik ditemui mati dengan 80 peratus tubuhnya terbakar dipercayai terperangkap dalam kebakaran di pekan Labis, 9.50 pagi tadi. Mangsa, Tan Boon Giap, 57, ditemui mati dan tersekat di belakang pintu kabin itu sebelum ditemui pasukan bomba dan penyelamat.*

               10) *SIASATAN awal polis tidak menolak kemungkinan 15 tong dipercayai sodium sianida yang dijumpai di ladang kelapa sawit di Karak pada 1 Ogos lalu, bertujuan dijual kepada pihak tertentu. Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, ini kerana bahan kimia itu banyak digunakan dalam industri perlombongan emas dan kemungkinan ada pihak yang meninggalkan tong bahan kimia itu sementara menanti pembeli.*

               11) *JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 55 kilogram (kg) produk babi dalam dua kejadian berasingan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2.*

               12) *DUA bertindak sebagai pencuri manakala seorang lagi mastermind yang mengatur rancangan dan menjual barang curi kepada pembeli. Itu dilakukan tiga lelaki yang mensasarkan konvoi penunggang motosikal berkuasa tinggi dengan mencuri komponen jentera itu sebelum dijual murah. Mereka yang berusia 23 hingga 31 tahun itu ditahan 3.20 petang di sekitar Georgetown dan Bukit Mertajam Sabtu serta Ahad lalu.*

               13) *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Muar merampas 127 pasang telekung tiruan menggunakan jenama terkenal bernilai RM11,340 dalam Ops Barang Tiruan di sebuah tapak ekspo di Tangkak, Muar, semalam.*

               14) *KUMPULAN terakhir membabitkan 451 jemaah Malaysia berlepas menerusi penerbangan KT68B (MH8178) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang 9.15 pagi tadi. Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada 12.55 tengah hari (waktu Arab Saudi). Buat masa ini, hampir keseluruhan daripada kuota jemaah haji iaitu 30,200 kini sudah berada di Makkah untuk menunaikan fardu haji sempena musim haji 1440H/2019M.*

               15) *POLIS Perak menahan 1,027 individu berusia antara 14 hingga 50 tahun dalam Op Ice Breaker yang dijalankan sejak 29 Julai lalu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM88,995. Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Lim Hong Shuan berkata, jumlah tangkapan di Perak adalah tertinggi berbanding kontinjen lain di seluruh negara sepanjang lapan hari operasi itu dijalankan.*

               16) *KEGEMBIRAAN 20 sekeluarga berkelah di sungai berhampiran Rumah Panjang Akun, Jalan Kampung Nanga Matop, Julau semalam berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka lemas. Dalam kejadian 2.20 petang itu, mangsa, Malcolm Powell Alphonsus Spung, 14, ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke sungai terbabit.*

               17) *DUA kenderaan membawa emas bernilai RM1 juta disamun penjenayah selepas melanggar kenderaan itu menggunakan lori di Jalan Chin Hwa, Ipoh hari ini. Dalam kejadian 6.30 pagi itu, dua kenderaan iaitu Mitsubishi Pajero Sport dan Toyota Fortuner itu melalui kawasan berkenaan selepas mengambil barang kemas dari rumah majikannya untuk dihantar ke Kelantan.*

               18) *BERGERAK secara solo dan mempunyai kepakaran untuk menghasilkan dadah bagi menampung hidup dengan menjual bahan terlarang terbabit. Itu dilakukan lelaki yang digelar otai dalam kalangan sindiket pengedaran dadah apabila dia mencari pendapatan dengan menjual dadah yang dimasak sendiri. Dalam serbuan 2.30 petang itu, polis merampas pelbagai dadah bernilai RM1.14 juta di rumah teres dua tingkat yang disewa suspek di Taman Permai, Bukit Tengah, Bukit Mertajam dan menyita kereta Audi A6 bernilai RM80,000.*

               19) *MANA-MANA Ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di seluruh negara mempunyai hak untuk menzahirkan sokongan kepada Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi cara tersendiri, termasuk kaedah mengumpul tanda tangan. Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sudah menjadi lumrah dalam politik apabila ada ahli yang mahu menyatakan sokongan terhadap pemimpin menerusi cara tertentu.*

               20) *DUA daripada empat anggota polis yang mendapat rawatan di Hospital Bentong sejak Jumaat lalu selepas disyaki terhidu gas sodium sianida sudah dibenarkan keluar semalam. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Yusri Hasan Basri berkata, dua lagi anggta polis masih ditempatkan di Hospital Bentong dan berada dalam keadaan stabil.*

               21) *SELEPAS hampir sebulan dilaporkan hilang, sebuah van ditemui di Kampung Stenggang, Jalan Bau-Lundu, Kuching semalam. Van berkenaan dipercayai disorok di kawasan jalan kebun selepas dicuri 9 Julai lalu. Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, pihaknya menemui van putih jenis Toyota itu pada 1.35 tengah hari.*

               22) *KESERONOKAN pengunjung berhibur dan menonton pertunjukan api di sebuah bar di Pulau Perhentian, Jertih, malam tadi, terbantut selepas premis diserbu pihak berkuasa malam tadi. Dalam serbuan Ops Noda kira-kira jam 12.30 tengah malam di sebuah bar di Pasir Panjang, Pulau Kecil, dua lelaki berusia 22 dan 37 tahun ditahan kerana menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa lesen.*

               23) *KERAJAAN Malaysia akan memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi bagi menambah ruang khemah di Mina bagi keselesaan jemaah bermalam selama tiga hari ketika masyair. Ini kerana ruang khemah sedia ada iaitu tiga meter x tiga meter untuk menempatkan 20 jemaah adalah sempit hinggakan jemaah tidak boleh berbaring secara melentang, sebaliknya perlu tidur mengiring.*

               24) *CUBAAN seorang lelaki menyeludup masuk sepasang tanduk rusa, gagal apabila ditahan di Lapangan Terbang Sibu, Selasa lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Forestry Corporation (SFC), Zolkipli Mohamad Aton berkata, kegiatan suspek terbongkar ketika melalui mesin imbasan dijalankan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).*

               25) *PENGHUNI sebuah rumah di Jalan Baji, Sarikeim, dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya tembaga sepanjang tiga meter di bawah dapur rumah mereka, kelmarin. Pemilik rumah, Suhaili Paie, 52, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 malam ketika seorang daripada anaknya hendak memberi makan kepada kucing peliharaan.*

               26) *TINDAKAN pantas anggota dan pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan empat nelayan termasuk seorang tekong daripada lemas selepas bot pukat tunda dinaiki terbalik kira-kira 9.5 batu nautika barat daya Tanjung Tohor dekat sini, semalam.*

               27) *KELIBAT ikan lebih dua meter yang ditemui terapung di tasik Taman Rekreasi Tun Fuad Stephen, Bukit Padang, Kota Kinabalu menarik perhatian ramai. Ikan air tawar yang dipercayai dari jenis Arapaima seberat 108 kilogram itu dipercayai sudah mati sejak beberapa hari lalu berikutan keadaannya mula mereput.*

               28) *ORANG ramai termasuk Ahli Parlimen berhak menyuarakan pendapat dan pandangan terhadap kebimbangan operasi syarikat memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd (Lynas) di Gebeng, Pahang. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin, berkata, ini kerana isu alam sekitar dan kesihatan rakyat begitu penting walaupun terdapat pelbagai pandangan berbeza.*

               29) *PADAH menjadikan anak beruang matahari sebagai haiwan peliharaan, seorang peniaga berdepan hukuman denda RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun sekiranya didapati bersalah. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata, pihaknya menerima maklumat awam dan melakukan intipan sebelum menahan seorang lelaki di sebuah premis di Jalan Padi Makmur, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, 4.30 petang semalam.*

               30) *LELAKI yang ditahan bulan lalu kerana menyamar doktor dan membuat panggilan kepada wanita sebelum meminta mangsa melakukan aksi lucah akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, esok. Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Azman Ab Rahman berkata, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.*

               31) *SEORANG lelaki dipercayai lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum terhumban ke dalam sungai di Jalan Kangar-Alor Setar dekat simpang Kampung Bongor Kudung, Kangar, hari ini. Mangsa, Khairul Adli Hassan, 35, dari Kampung Bunga Emas, Simpang Empat ditemui terapung oleh orang awam pada 11.30 pagi hari ini.*

                32) *BUKAN sahaja memalukan, malah tindakan kekasih berpelukan seperti belangkas di tepi kereta di lorong kecemasan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Butterworth mengundang bahaya kepada pengguna lebuh raya lain. Mereka dikesan meletakkan kereta pada jarak sepanjang dua kilometer di lorong kecemasan lebuh raya itu yang terletak bersebelahan pantai menghadap Georgetown sebelum bercumbu sambil menghayati pemandangan di situ.*

                33) *BERAKSI seperti babak dalam filem Hollywood dengan berlumba sesama sendiri dan memotong secara zig-zag di jalan raya menyebabkan lima lelaki menerima padah apabila ditahan, awal pagi semalam. Lelaki berusia dari 21 hingga 37 tahun itu ditahan di Jalan Datuk Bandar Tunggal, Seremban, dalam Ops Samseng Jalanan 2.30 pagi.*

                34) *PANCING wang guna pembaris yang disapu gam. Itu taktik digunakan beberapa lelaki untuk mencuri wang dalam tabung di Surau Ar Raihan, Bandar Teknologi Kajang, di sini, dalam tiga kejadian berasingan. Tiga kejadian yang berlaku pada 29 Jun, 3 Julai dan 25 Julai lalu itu disedari ahli jawatankuasa (AJK) surau berkenaan selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).*

                35) *TINDAKAN seorang koperal polis melepaskan tembakan ke udara bagi meleraikan pergaduhan antara rakan wanitanya dengan individu lain di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pagi tadi, mengundang padah apabila ditahan hari ini. Lelaki berusia 33 tahun itu pada mulanya ke kelab terbabit bersama seorang rakan lelaki dan empat rakan wanita pada jam 2 pagi untuk berhibur selepas tamat bertugas dengan membawa pistol.*

                36) *TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh menyifatkan tindakan kerajaan terdahulu membenarkan kilang Lynas Advanced Materials Plant beroperasi (Lynas) di negara ini adalah kerana diperdaya dan ditipu kerana menyangkakan ia adalah satu industri yang strategik. Menurutnya, Malaysia sebelum ini berpendapat kewujudan kilang nadir bumi itu akan memberi manfaat dan kebaikan kepada negara tetapi hakikatnya berlaku sebaliknya.*

                37) *SEORANG pegawai polis kehilangan sepucuk pistol jenis Styer dan 15 butir peluru selepas rumahnya di Perumahan Pegawai Kanan Polis di Kemumin di Kota Bharu, dipecah masuk pagi semalam. Kejadian disedari mangsa yang berpangkat Asisten Superintendan dan berusia 38 tahun pada 7 pagi selepas pulang menunaikan solat Subuh dari masjid.*

                38) *BEKAS Pengurus Perhubungan Ambank, Joaana Yu Ging Ping mengakui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bahawa ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low ada memberitahunya bahawa Datuk Seri Najib Razak enggan menutup akaun AmBank miliknya.*

                39) *AL-SULTAN Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mencuit hati jemputan yang hadir pada perasmian Pameran Raja Kita apabila bertitah menzahirkan ucapan terima kasih secara peribadi kepada Raja Permaisuri Agong yang bertungkus-lumus menjayakan istiadat pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.*

                40) *PEKERJA kedai pemborong kuih pau di Taman Bunga Raya, Sungai Petani, maut dipercayai dikelar rakan sekerja dengan pisau pemotong daging, hari ini. Kejadian dipercayai selepas mangsa yang juga warga Myanmar berusia 30-an itu didakwa mencuri wang rakan senegaranya berusia 30-an itu sebanyak RM500.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand memburu lebih 10 suspek yang mempunyai kaitan dengan siri serangan bom di Bangkok minggu lalu, kata Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha.*
           *Reuters melaporkan, enam bom diletupkan di ibu kota negara tu pada Jumaat lalu ketika ia menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri Luar ASEAN yang turut dihadiri diplomat tertinggi dari Amerika Syarikat, China dan beberapa negara kuasa dunia lain.*
         *"Terdapat lebih 10 orang terbabit yang perlu ditahan, didakwa dan disiasat mengenai punca serangan.*

            *LONDON: anita kini boleh melewatkan menopaus hingga 20 tahun melalui satu prosedur selama 30 minit yang menipu jam biologi seseorang yang menyangka mereka lebih muda berbanding umur sebenar.*
            *Prosedur pembedahan terbaru itu dijangka mengubah kehidupan ribuan wanita yang menderita kesan sampingan menopaus yang teruk seperti osteoporosis dan masalah jantung.*
               *Bagi jutaan wanita lagi, melewatkan menopaus mampu mengurangkan masalah fizikal dan emosi mereka seperti rasa panas, kurang nafsu seks, berpeluh dan perubahan emosi secara tiba-tiba.*

           *SINGAPURA: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda barat laut pulau Pasifik Selatan di Tonga.*
          *"Gempa bumi melanda dengan kedalaman 49 kilometer dan kira-kira sejauh 47 kilometer di barat laut bandar Neiafu, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), hari ini.*
          *Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan menimpa orang ramai akibat gempa itu.*

           *LONDON: Seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan kritikal selepas dihumban individu tidak dikenali dari tingkat 10 galeri seni Tate Modern di London tengah, semalam.*
            *Polis dalam kenyataan hari ini berkata, mangsa berusia enam tahun itu dicampak dari tempat meninjau dan ditemui di atas bumbung tingkat lima bangunan berkenaan.*
           *Mangsa dihantar ke hospital dengan helikopter dan dilaporkan kritikal, namun keadaannya stabil.*
          *Susulan itu, polis sudah menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.*

          *NEW DELHI: Kerajaan India hari ini tergesa-gesa membatalkan status khas Kashmir, beberapa jam selepas mengenakan kawalan keselamatan besar-besaran di rantau berkenaan.*
            *Menteri Dalam Negeri Amit Shah memberitahu parlimen, presiden India sudah menandatangani perintah untuk membatalkan Perkara 370 Perlembagaan yang memberi kuasa autonomi khas kepada rantau Himalaya itu.*

             *KAHERAH: Seramai 17 orang maut dan 32 lagi cedera dalam letupan di luar Institut Kanser Kebangsaan Mesir di sini, kata kementerian kesihatan negara itu hari ini.*
             *Letupan berlaku selepas sebuah kereta yang melawan arus bertembung dengan tiga kenderaan lain.*
               *Pendakwa raya Mesir kini menjalani siasatan mengenal pasti punca kejadian, kata sumber kepada Reuters.*

           *TEXAS: Seorang ibu mengorbankan nyawa demi melindungi bayi lelakinya berusia dua bulan antara 20 mangsa yang maut ditembak pengganas kulit putih dalam kejadian serangan terburuk Amerika Syarikat di pasar raya Walmart, El Paso, Texas, semalam.*
            *Leta Jamrowski, 19, berkata, kakaknya, Jordan Anchondo, 25, antara mangsa yang terbunuh akibat tembakan raifal automatik Patrick Crusius, 21, ketika mangsa singgah di pasar raya itu untuk membeli barang keperluan.*
            *Menurutnya, kakaknya yang mempunyai tiga anak itu berkemungkinan cuba melindungi bayinya yang berusia dua bulan ketika ditembak.*

           *MEXICO CITY: Peguam Negara Mexico mempertimbangkan litigasi bagi menuduh kejadian tembakan di Walmart El Paso, Texas sebagai serangan pengganas selepas tujuh daripada 20 mangsa maut adalah rakyat negara itu.*
            *Menteri Luar Negeri, Marcelo Ebrard pada sidang media hari ini berkata, tindakan undang-undang itu boleh mengekstradisi penyerang ke Mexico.*
           *"Bagi Mexico, individu terbabit adalah pengganas. Kami terpaksa mengambil tindakan undang-undang berkaitan dengan senjata kerana orang yang terbunuh adalah rakyat Mexico, katanya.*

            *NEW YORK: Syarikat runcit gergasi Walmart tidak merancang untuk menghentikan penjualan senjata api dan peluru meskipun dua kejadian tembakan berlaku di cawangannya dalam tempoh kurang dari seminggu.*
          *Semalam, seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah Walmart di El Paso, Texas menyebabkan 20 orang maut.*
          *Empat hari sebelum itu, seorang pekerja menembak mati dua rakan sekerja dan mencederakan seorang anggota polis di Walmart Mississippi.*

         *HONG KONG: Lebih 100 penerbangan dibatalkan di Hong Kong pagi ini, susulan penunjuk perasaan pro-demokrasi memulakan bantahan di seluruh bandar.*
           *Ketika dihubungi AFP, jurucakap lapangan terbang Hong Kong tidak menyatakan punca pembatalan itu, namun meminta penumpang memeriksa semula jadual penerbangan mereka.*
            *Bantahan itu mencetuskan huru hara terhadap perjalanan penerbangan antarabangsa termasuk perkhidmatan tren sejak awal pagi tadi.*

           *TEHRAN: Iran menahan sebuah kapal tangki asing di Teluk menjadikannya rampasan ketiga dalam tempoh sebulan, lapor media tempatan semalam.*
           *Agensi berita IRNA memetik kenyataan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) yang berkata, kapal tangki membawa 700,000 liter minyak seludup ditahan di Pulau Farsi.*
           *Tujuh anak kapal asing diberkas dalam operasi pada malam Rabu lalu, lapor agensi berita Fars.*

           *Brasilia: Seorang penganggur tergamak menghabiskan wang derma 130,000 (RM657,085) bagi rawatan penyakit tulang belakang anak untuk melanggan pelacur, membeli arak dan dadah.*
            *Mateus Alves, 37, menyorok di sebuah hotel lima bintang di Salvador selama hampir sebulan sebelum ditahan polis pada 22 Julai lalu.*
           *Dia dituduh mencuri wang anak lelaki Joao Miguel berusia 19 bulan yang menghidap penyakit jarang ditemui, Spinal Muscular Atrophy.*
            *Sebanyak 216,000 (RM1.09 juta) dikumpul daripada saudara-mara, rakan-rakan dan orang awam untuk membeli tiga dos ubat Spinraza yang bukan dalam senarai perkhidmatan kesihatan Brazil.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turun dari kenderaan rasmi baginda untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur hari ini.*
             *Menerusi video dimuat naik dalam akaun Instagram Istana Negara, Al-Sultan Abdullah yang berbaju Melayu putih, bersongkok dan bersampin bertanyakan sesuatu kepada seorang wanita yang dilihat tidak mengalami kecederaan.*
              *Baginda ketika itu dalam perjalanan menghadiri program Pameran Raja Kita di Muzium Diraja.*

           *EMPAT penunggang motosikal termasuk tiga beradik cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 25 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari arah Cyberjaya ke Kelana Jaya, dekat Subang Jaya, semalam.*
            *Dalam kejadian 4.45 petang itu, kemalangan berlaku apabila kereta Perodua Myvi dipandu individu belum dikenal pasti terlanggar belakang Mazda CX3 dipandu lelaki menyebabkan kereta itu terlajak ke depan dan melanggar Proton Persona yang dipandu seorang lelaki.*
            *Terdahulu tular di media sosial sebuah video berdurasi 29 saat memaparkan empat penunggang motosikal melambung akibat merempuh sebuah kenderaan di mana tiga daripadanya adalah adik-beradik.*

           *MAK CIK dapat tahu senarai nama panggilan haji menerusi aplikasi Whatapps yang ditular Mei lalu.*
          *"Mujur penduduk kampung yang mengenali nama dan alamat rumah datang beritahu nama mak cik terpilih, kata Rahlah Muhamad, 66, dari Taiping, Perak.*
           *Katanya, nombor telefon rumah yang didaftarkan 10 tahun lalu sudah tidak digunakan lagi menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) sukar menghubunginya.*
           *"Syukur alhamdulillah, mak cik dapat tahu nama terpilih termasuk empat lagi penduduk kampung mengerjakan haji tahun ini menerusi kumpulan Whatapps yang ditularkan.*

           *SAYA memohon maaf kerana menularkan video pertengkaran dan perselisihan faham antara saya dengan pengawal keselamatan di Hospital Sungai Buloh tempoh hari.*
            *Itu luahan pelakon, Reza Hasbi, 30, susulan insiden pergaduhan antara dia dengan pengawal keselamatan yang berlaku di kawasan parkir hospital itu pada malam 16 Julai lalu.*
          *Harian Metro pada 17 Julai turut melaporkan, dalam insiden yang dipercayai berpunca daripada salah fham meletak kenderaan di kawasan tidak dibenarkan, Reza bukan saja dimaki hamun, malah berlaku insiden tumbuk-menumbuk antara mereka berdua.*

           *MEMILIKI kebun seluas kira-kira 80.94 hektar di Jelebu dan Kuala Krau, Pahang membolehkan seorang pengusaha buah-buahan tempatan menjana pendapatan amat lumayan.*
          *Chin Ken Soon, 38, berkata, buah-buahan yang diusahakannya adalah durian, belimbing, tembikai, betik dan manggis yang turut dieksport ke beberapa negara di Asia dan Eropah.*
          *"Belimbing dan betik adalah buah paling banyak dijual ke luar negara seperti China, Arab Saudi dan beberapa negara Eropah seperti Poland serta Belanda yang mampu menjana pendapatan sebanyak RM8 juta sebulan.*

          *MOSCOW: Video seorang lelaki tua tular di media sosial memaparkan dia diseret keluar dari tempat duduknya dan dilempar ke laluan pejalan kaki akibat merokok dalam bas.*
           *News. com. au melaporkan, video kemungkinan dirakam di Russia itu menunjukkan, seorang lelaki yang kelihatan tua duduk tenang di tempat duduknya sambil merokok di dalam bas yang sedang bergerak.*
            *Bas itu kemudiannya berhenti dan dia didekati seseorang, berkemungkinan penumpang lain yang geram dengan sikap lelaki itu kerana tidak menghormati penumpang bas.*
                 

*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-8-2019 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*RAU 7 GS 2019 ASHI ERSAAAN 6 ZUL#IJJH 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0543
*SUBUH* : 0553
*SYURUK* : 0711
*ZOHOR* : 1322
*ASAR* : 1641
*MAGHRIB* : 1929
*ISYAK* : 2041


*artikel disiarkan pada tarikh 6ogos*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *AKIBAT menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam serta menghina kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di media sosial, seorang penjaja dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. Hakim MM Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Chow Mun Fai, 43, selepas mengaku salah terhadap lapan pertuduhan dihadapinya pada 18 Jun lalu.*

               2) *INDERA Mahkota, Kuantan, Pahang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat jam 12 tengah hari, hari ini. Berdasarkan bacaan dipaparkan menerusi laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Indera Mahkota merekodkan bacaan IPU 102. Selain itu, sebanyak 67 lokasi lain merekodkan bacaan IPU sederhana antara 51 hingga 98.*

               3) *SEORANG bayi lelaki maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki bersama ahli keluarganya bertembung sebuah lori di Batu 24 Jalan Bintulu-Miri, Bintulu, petang semalam. Dalam kejadian 4.30 petang, Lewis Logan Aking berusia dua bulan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Bintulu.*

               4) *AHLI perniagaan maut selepas ditembak dalam kenderaannya di Jalan Air Putih, Kuantan, jam 1.30 pagi tadi. Dalam kejadian itu, mangsa berusia 63 tahun dikatakan duduk di kerusi pemandu di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima sebelum ditembak seorang individu bersenjatakan pistol dari luar kenderaannya.*

               5) *SEREMBAN: Kerajaan negeri menghormati permintaan keluarga remaja warga Ireland yang hilang dari bilik penginapan mereka sejak pagi Ahad lalu untuk tidak bertemu dengan mana-mana pihak ketika ini. Exco Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, dalam situasi ini pihaknya memahami keadaan keluarga yang mengalami tekanan emosi.*

               6) *SEREMBAN: Seorang broker saham didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua tuduhan membunuh pasangan warga emas di Nilai, bulan lalu. Tertuduh, Tan Kian Ngip, 40, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mahyun Yusof dan Majistret V Vanita.*

               7) *SERAMAI 26 rakyat Malaysia yang kononnya menerima visa Furada terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah selepas imigresen Arab Saudi mendapati nama mereka tiada dalam senarai visa haji. Mereka datang dalam satu kumpulan menaiki penerbangan komersil dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum tiba di Jeddah, 7 petang kelmarin.*

               8) *KAWASAN hutan seluas 10 hektar di Bukit Palas, Cherating terbakar dipercayai akibat cuaca panas, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya menggunakan dron bagi memantau kebakaran berkenaan pada 8 pagi.*

               9) *KES kehilangan remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin di sebuah resort di Pantai, Negeri Sembilan sejak Ahad lalu masih dianggap sebagai orang hilang. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses pencarian remaja perempuan berusia 15 tahun masih diteruskan polis dan pelbagai agensi kerajaan lain.*

               10) *TIDAK puas hati ditegur bapa kerana meletak motosikal di dalam rumah, seorang lelaki tergamak mengejar bapanya dengan parang selain mengugut untuk membunuhnya di FELDA Pasoh, Jempol. Berikutan itu bapanya berusia 70 tahun membuat laporan polis dan suspek ditahan pada 12.10 tengah malam tadi.*

               11) *BIARPUN ada yang cuba meloloskan diri, namun kecekapan pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor berjaya menahan 247 warga asing yang bekerja haram di kilang konkrit dekat Jalan Seelong, Senai, hari ini. Dalam Ops Mahir pada 10.30 pagi, mereka yang ditahan hasil pemeriksaan ke atas 559 pekerja warga asing di kilang berkenaan.*

               12) *WANITA warga emas ditemui lemas di tali air berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Buluh, Bagan Serai hari ini dipercayai terjatuh ketika memancing di kawasan itu. Dalam kejadian 1.45 tengah hari itu, mangsa A Ayamah, 76, dilihat terkapa-kapai meminta pertolongan selepas terjatuh ke tali air itu sebelum disedari wanita yang sedang menunggu anaknya pulang sekolah.*

               13) *SEORANG ustaz di sebuah madrasah di Kuala Terengganu hidup dalam ketakutan selepas menerima ugutan bunuh melalui Instagram Jumaat lalu. Mangsa berusia 28 tahun itu menerima ugutan daripada individu tidak dikenali melalui akaun yang menggunakan nama judinxx yang mahu membakarnya sehingga mati kira-kira 11 pagi. Bukan itu sahaja, individu terbabit turut menghantar mesej berbaur kebencian terhadap pihak madrasah sebelum ini.*

               14) *LIMA lelaki yang memperdaya dan menipu mangsa dengan menawarkan pinjaman tidak wujud di Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu tumpas selepas ditahan polis di sebuah kondominium di Lebuh Kudin, Gelugor, Georgetown Selasa minggu lalu. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, pihaknya menjalankan risikan selepas menerima laporan daripada seorang mangsa yang mendakwa dirinya ditipu sindiket pinjaman wang tidak wujud April lalu.*

               15) *TINDAKAN lelaki yang menyamar doktor sakit puan dan membuat panggilan telefon kepada wanita sebelum meminta mangsa melakukan aksi lucah membawa padah apabila dipenjara dua bulan. Hukuman itu ditetapkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini atas empat tuduhan mengaibkan kehormatan mangsa dan menyamar penjawat awam.*

               16) *PERGADUHAN membabitkan dua kumpulan di hadapan kedai menjual kuih di Padang Rengas, malam semalam dipercayai berpunca daripada tidak puas hati akibat bunyi bising motosikal. Dalam pergaduhan itu, dua lelaki cedera. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian pada 8.35 malam dan siasatan awal mendapati pergaduhan bermula selepas lelaki dikenali Pak Su dipercayai merampas kunci motosikal anak kepada lelaki dikenali Jai.*

               17) *TIGA lagi individu ditahan dipercayai terbabit dengan insiden pergaduhan bersenjata dua kumpulan di laluan masuk ke Kuil Kaliamma, Sungai Darah, Bestari Jaya, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, semua suspek lelaki itu ditahan di dua lokasi berasingan.*

               18) *KERETA perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabit kemalangan dengan Proton Wira di Jalan Lingkaran Tengah, berhampiran Ampangan, Seremban, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kejadian 4.30 petang itu, ketika kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari Kem Batu 10, Kuantan, Pahang menuju ke Port Dickson.*

               19) *PESAWAT CN235 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai mengalami masalah teknikal pada gear pendaratan berjaya mendarat dengan selamat di Pengkalan Udara Kuching, hari ini. Menurut sumber, pesawat yang sepatutnya mendarat pada 12.30 tengah hari berlegar selama sejam di udara sebelum disahkan selamat untuk mendarat.*

               20) *TUKANG masak lelaki ditemui maut selepas menggantung diri dalam bilik air di Flat Jalan Kedah, Georgetown semalam. Dalam kejadian 7.35 malam itu, mayat lelaki berusia 56 tahun berkenaan ditemui pemilik rumah yang kemudian menghubungi polis. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, siasatan mendapati lelaki itu yang bekerja sebagai tukang masak di Jalan Mcalister di sini menyewa bilik di rumah berkenaan.*

               21) *PENEROKA di Rancangan Tanah FELDA Perasu, Gua Musang bimbang apabila seekor beruang ditemui merayau di kawasan penempatan mereka sejak minggu lalu. Penduduk terpaksa membawa parang ketika memasuki ladang sawit bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini. Peneroka, Mustafa Wahab, 56, berkata, beruang itu kerap ditemui penduduk ketika merayau di kawasan rumah.*

               22) *DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995. RUU itu memasukkan takrif agama Islam dan Ahli Sunnah Waljamaah dalam Seksyen 2 enakmen itu selain turut dikukuhkan dengan menjadikan sebatan sebagai satu daripada hukuman dalam Seksyen 52.*

               23) *TULISAN Jawi dan Bahasa Melayu termasuk khat sudah dipelajari pelbagai kaum termasuk Inggeris di negara ini sejak ratusan tahun lalu sehingga mampu memupuk perpaduan rakyat dengan lebih nyata serta menjadi warisan bangsa. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, adalah tidak benar tuduhan yang mengatakan bahawa dengan mempelajari Jawi, pelajar akan diminta memeluk Islam.*

               24) *PENDUDUK percaya kehilangan remaja warga Ireland, Nora Anne Quoririn, 15, sejak pagi Ahad lalu mungkin mempunyai kaitan dengan makhluk halus. Penduduk Kampung Kolam Air, Pantai, Bahari Shaharudin, 52, berkata, ia berdasarkan beberapa kejadian yang berlaku sebelum ini di kawasan penginapan berhampiran kaki Gunung Berembun itu. Katanya, sebelum ini ada kes kehilangan pendaki di kawasan pergunungan berkenaan yang sukar dikesan.*

               25) *TIDAK sampai 24 jam kes dilaporkan, polis berjaya menumpaskan satu kumpulan pecah rumah didalangi dua lelaki ditahan di Taman Intan, Ulu Tiram, Johor Bahru, awal pagi tadi. Dua lelaki berusia 27 dan 43 tahun ditahan kira-kira 2.30 pagi selepas polis menerima maklumat berhubung kejadian cubaan pecah rumah di Jalan Hijau Muda 7, Taman Pelangi, antara 10 pagi hingga 2.30 petang, semalam.*

               26) *SEJUMLAH 2.6 tan dadah yang dianggarkan bernilai RM89.6 juta dirampas dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dengan kerjasama Polis Indonesia bagi tempoh 2017 hingga Julai 2019. Pengarah JSJN Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, nilai pelbagai jenis dadah yang dirampas itu membabitkan 29 operasi.*

               27) *DUA lokasi di kawasan perairan Perak iaitu 30 batu nautika barat daya Pulau Jarak dan 30 hingga 40 batu nautika dari perairan Kuala Kurau dikesan menjadi lokasi panas pencerobohan nelayan dan penguat kuasa Indonesia. Pengarah Sistem Pengawasan Laut Maritim (SWASLA) Lumut, Kepten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata, kedua-dua lokasi itu turut dikesan menjadi tumpuan pencerobohan nelayan asing untuk menangkap ikan.*

               28) *SERAMAI 8,799 individu ditahan dalam Operasi Ice Breaker yang dilakukan di 298 sarang penagihan dadah di seluruh negara dari 29 Julai hingga kelmarin. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM3.48 juta dalam operasi itu.*

               29) *ORANG ramai dinasihatkan menghentikan penggunaan dan pembelian tujuh produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata notifikasi produk berkenaan sudah dibatalkan dan tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini. 7 produk disahkan beracun. Dnars Golden Cream, Fjura-Face Polish Treatment, Glow Glowing N Glowing, Apple Diamond Day Loose, 3rd Series Yanko Fade Out Cream Day Cream, 5th Series Yanko Fade Out Cream Day Cream, 7th Yanko Series Whitening Cream Day.*

               30) *PENDAKI warga United Kingdom diselamatkan selepas mengalami sesak nafas ketika berada di Penginapan Panden Hut, Gunung Kinabalu, Ranau semalam. Dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa Isobel Molly Clarke, 23, difahamkan meminta bantuan pengurusan gunung selepas dilaporkan mengalami sindrom akut gunung (AMS).*

               31) *SATU lagi sejarah dalam industri penyiaran negara bakal dicatatkan dengan pengumuman peralihan siaran analog televisyen (TV) secara berperingkat yang membolehkan pengguna beralih ke siaran TV digital myFreeview sepenuhnya. Pengumuman bersejarah itu akan dilakukan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dalam satu majlis di Kompleks Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Daerah Langkawi, petang ini.*

                32) *KEMENTERIAN Luar menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan tidak penting ke kawasan yang terjejas di Jammu dan Kashmir. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, nasihat itu dikeluarkan berikutan keadaan semasa.*

                33) *DESAKAN hidup selain dihimpit kekangan kewangan memaksa tujuh beranak menumpang teduh di ruangan kosong pejabat milik syarikat swasta sejak hampir dua bulan lalu di Jalan Raja Syed Alwi, Utan Aji, Kangar. Mohd Firdaus Chandhra Abdullah, 42, bersama isteri, Rosniza Rusli, 45 dan lima anak perempuannya berusia antara sembilan hingga 20 tahun tinggal di situ sejak Jun lalu.*

                34) *POLIS melupuskan 808 mesin judi dan peralatan elektronik berkaitan kes judi siber bernilai RM1.3 juta susulan serbuan ke atas premis judi di sekitar Seremban. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, semua barangan itu hasil rampasan dari 2014 sehingga tahun lalu.*

                35) *PEKERJA kuari maut dipercayai terhidu asap tebal dalam kebakaran yang memusnahkan dua blok rumah pekerja di Jalan Setapang, Sibu semalam. Kejadian 6.10 petang itu mengakibatkan mangsa, Jack Jubang, 40-an, meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Sekuau selepas tidak sedarkan diri kerana sesak nafas.*

                36) *SEMUA 15 tong berisi bahan kimia natrium sianida ditemui di ladang kelapa sawit di Karak, Bentong, Khamis lalu, sudah dipindahkan ke lokasi selamat sebelum dilupuskan mengikut cara betul. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, operasi pemindahan dilakukan Ahad lalu oleh kontraktor yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu.*

                37) *DUA lelaki dipercayai suku Palauh ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas dikesan cuba menyeludup keluar 400 liter petrol melalui perairan Ambo-Ambo, Semporna, semalam. Kedua-dua suspek ditahan susulan maklumat dan risikan dijalankan Unit Risikan Marin (URM) yang mengesan sebuah perahu dalam keadaan mencurigakan di lokasi berkenaan kira-kira jam 6.30 petang.*

                38) *MUAR: Guna tapak ekspo untuk menjual telekung palsu. Itu antara kegiatan peniaga yang diambil tindakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Muar hasil operasi di sebuah tapak ekspo di Tangkak di sini, semalam. Dalam pemeriksaan mengejut itu, pihak KPDNHEP berjaya menemui dan merampas 127 pasang telekung tiruan menggunakan jenama terkenal Siti Khadijah bernilai RM11,340.*

                39) *SAYA reda dengan ketentuan Allah SWT dan tidak ralat kerana sempat menunaikan hajat terakhirnya untuk menjamah rambutan sebelum meninggal dunia, itu luah Norsimah Mihad, 74. Norsimah berkongsi kesedihan itu selepas anaknya, Mohamad Kamil Hashim, 54, meninggal dunia dipercayai akibat tercekik rambutan, kira-kira 4 petang semalam.*

                40) *SEORANG kanak-kanak lelaki warga asing dipercayai datang ke negeri ini untuk bercuti bersama keluarga maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah hotel dekat Iskandar Puteri, 5 petang hari ini. Kanak-kanak warga Bahrain berusia lima tahun berkenaan dikatakan cuba menjenguk ke luar tingkap sebelum terjatuh di kawasan taman permainan di tingkat tiga hotel.*

            
*SEJAGAT*
==========


             *JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) memberi amaran untuk memecat pegawai yang gagal menangani kebakaran hutan hingga menyebabkan jerebu di Malaysia dan Singapura.*
             *Dia mengeluarkan amaran itu seepas berdepan tekanan daripada negara jiran akibat masalah jerebu terbabit, lapor AFP.*
          *Saya sudah memaklumkan ketua komander tentera dan ketua polis untuk memecat mereka yang gagal menangani masalah ini.*

            *MEXICO CITY: Satu rakaman tersebar menunjukkan kumpulan kartel dadah paling berkuasa di Mexico menangkap dan menghukum musuh mereka sebelum mayatnya ditemui tergantung di sebuah jejambat pada Ahad lalu di Guanajuato, Mexico.*
          *Daily Mail melaporkan, video terbabit menunjukkan beberapa anggota kumpulan kartel dadah Jalisco New Generation yang bersenjata menahan Adolfo Mendoza Valencia atau El Michoacano yang juga anggota kanan kartel dadah Santa Rosa de Lima.*
          *El Michoacano mengawal operasi dadah di Valle de Santiago dan penangkapannya dibuat untuk memberi amaran kepada ketuanya, Jos Antonio 'El Marro' Ypez Ortiz.*

          *WASHINGTON: Pengendali Google, Alphabet kini syarikat paling kaya di dunia kerana memiliki kekayaan lebih tinggi dari Apple.*
         *Alphabet dilaporkan mempunyai AS$117 bilion berbanding Apple yang kini mencatatkan kekayaan sebanyak AS$102 bilion.*
           *Memetik laporan Kompas. com, pendapatan syarikat gergasi itu meningkat sejak dua tahun lalu, manakala Apple semakin merosot.*

           *LONDON: Remaja lelaki yang dituduh campak kanak-kanak berusia enam tahun dari tingkat 10 galeri seni Tate Modern semalam, dilaporkan mengalami penyakit mental.*
           *Memetik laporan The Sun, suspek berusia 17 tahun itu menderita skizofrenia dan dipercayai melarikan diri dari penjaganya.*
           *Kebiasaannya, suspek akan ditemani dua penjaga apabila keluar dari pusat penjagaan.*

           *CARACAS: Empat pelakon lelaki dibebaskan hari ini selepas ditahan selama 24 jam kerana terbabit dalam pementasan satira mengisahkan dua pegawai polis gay.*
         *Pementasan itu berjudul Two Cops in Trouble dan berlangsung di sebuah teater di Caracas sejak 19 Julai lalu.*
         *Pelakonnya, Pedro Wise dan Isaias Ovalle yang dilaporkan memakai pakaian seragam sebenar polis ketika pementasan ditahan kelmarin.*

           *VALENCIA: Penumpang British Airways berdepan detik cemas apabila kabin dipenuhi asap tebal kira-kira 10 minit sebelum pesawat mendarat di Lapangan Terbang Valencia, Sepanyol, hari ini.*
          *Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan mengesahkan penerbangan BA422 dari Heathrow, London ke Valencia terbabit dalam satu kejadian.*
           *Bagaimanapun, punca kejadian masih belum diketahui lagi.*

          *SEOUL: Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu yang tidak dapat dikenal pasti ke dalam laut di pantai timur negara itu, hari ini.*
            *Kementerian Luar Pyongyang membantah latihan bersama tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan melanggar perjanjian diplomatik.*
        *Negara itu melancarkan beberapa siri peluru berpandu dan roket sejak pemimpin Kim Jong Un dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersetuju menyambung semula perbincangan penamatan program nuklear pada 30 Jun lalu.*

            *IBU yang baru bersalin anak kedua dua bulan lalu dan bapa beranak empat antara sembilan mangsa yang terbunuh dalam kejadian tembakan di Daytona, Ohio, yang turut meragut nyawa adik perempuan penyerang.*
            *Lima lelaki dan empat wanita terbunuh manakala 27 lagi cedera apabila Connor Betts, 24, melepaskan tembakan di luar sebuah bar yang sesak jam 1 pagi waktu tempatan kelmarin, sebelum dia mati ditembak polis.*
           *Menurut pihak berkuasa, jika polis lambat bertindak menumpaskan Betts yang memakai jaket kalis peluru dan topeng, lebih ramai akan terbunuh kerana penyerang terbabit mempunyai kelopak peluru simpanan senjata apinya.*

           *SEORANG ketua sindiket dadah gagal melarikan diri dari penjara dengan menyamar sebagai anak perempuannya dengan memakai pakaian wanita berkenaan, rambut palsu serta topeng silikon menyerupai anaknya seperti dalam filem Mission Impossible.*
             *Daily Mail yang memetik media tempatan melaporkan, Clauvino da Silva, 42, cuba melarikan diri dari Penjara Gericino, penjara paling ketat di barat Rio de Janeiro petang Sabtu lalu, namun gagal sampai ke pintu keluar kerana disedari pengawal yang mengesyaki cara wanita itu berjalan.*
         *Cubaan melarikan diri itu dilakukan ketika waktu melawat dan Clauvino menerima tujuh pelawat ketika itu, termasuk anak perempuannya dan wanita hamil.*

             *LA PAZ (BOLIVIA): Sekurang-kurangnya 14 doktor sukarelawan maut manakala 21 lagi cedera dalam nahas bas ketika dalam perjalanan dari La Paz menuju ke utara Bolivia, semalam.*
            *Menurut beberapa laporan, bas terbabit terhumban ke dalam gaung malam semalam di Charazani yang terletak kira-kira 25 kilometer ke utara La Paz.*
          *AFP melaporkan, kumpulan doktor terbabit adalah sebahagian daripada petugas yayasan MedFund di La Paz dan sepatutnya menuju ke lima perkampungan di sekitar Apolo.*

           *SRAGEN (INDONESIA): Seorang lelaki Indonesia berjalan mengundur dari rumahnya di timur Jawa sehingga ke Jakarta untuk meningkatkan kesedaran mengenai penebangan hutan terutamanya di negara itu.*
            *Perjalanan lebih 700 kilometer sudah cukup sukar dalam apa jua keadaan, tetapi Medi Bastoni menarik perhatian orang ramai pada kempennya dengan cara berjalan mengundur.*
             *Bastoni, 43, memulakan perjalanannya itu pada 18 Julai dari kampungnya di Gunung Wilis, sebuah gunung berapi di wilayah Jawa Timur yang turut terkesan akibat penebangan hutan. Dia berharap dapat bertemu dengan Presiden Joko Widodo ketika tiba di Jakarta akhir bulan ini.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *HANYA kerana menegur seorang lelaki yang meletakkan kenderaannya di parkir teksi, seorang pengawal keselamatan wanita bukan saja dimaki, malah dia lebam betis kiri akibat dilanggar pemandu terbabit yang mengundurkan keretanya di Hospital Seberang Jaya, Prai, semalam.*
           *Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 43 tahun membuat laporan polis selepas tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki terbabit.*
           *Selain itu, perbuatan pemandu kereta berkenaan turut dirakam orang awam yang kemudian memuat naik video terbabit sehingga ia tular di Facebook (FB).*

          *ADIK... auntie (makcik) minta maaf, semua janji dah (sudah) ditunaikan, cuma auntie terlewat sedikit. Itulah perkataan terkeluar dari mulut Ara Rahima Abdullah, 34, sebaik mendapat tahu pesakit di sebelah katilnya meninggal dunia akibat bengkak usus dan apendiks, Sabtu lalu.*
         *Sehari sebelum itu, Allahyarhamah Siti Nurfazilah Jaudi, 13, memesan makanan segera serta kek daripada Ara Rahima bagi untuk meraikan hari lahir ibunya yang jatuh pada 31 Julai lalu.*
              *Walaupun mereka tidak mempunyai pertalian saudara, Ara Rahima sentiasa memenuhi permintaan remaja itu memandangkan dia dari keluarga susah yang menetap di Kampung Lipasu Lama, Ranau.*
            *Kisah ini menjadi tular selepas Ara Rahima berkongsi dalam status Facebook miliknya. Dalam tulisan itu, dia menceritakan: Bagaimana mungkin saya tidak terkesan dengan pemergiannya. 4 malam saya berjiran dengan dia.*

           *TIADA ibu sanggup membiarkan dua anak perempuan tidur hanya beralaskan kotak dan berbantalkan lengan di lobi hospital dalam keadaan tidak selesa dan sempurna.*
            *Namun itu keputusan Sarina Endut, 40, kerana dia perlu menjaga suami Jamaluddin Uyub, 59, yang menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) akibat penyakit kanser usus sejak 24 Julai lalu.*
             *Kisah Sarina menjadi perhatian selepas dimuat naik pengguna di laman sosial Facebook beberapa hari lalu dan tular serta mendapat pelbagai reaksi warganet.*
          *Sarina berkata, dia terharu dengan keprihatinan yang diterima selepas kisahnya tular sehingga mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah.*

          *RASA macam jejak kasih pula kerana sudah lebih enam tahun lalu kami tidak bertem satu sama lain tetapi berjumpa secara tidak sengaja pada malam itu, kata Awg Ku Mohd Yusof Awg Ku Mat Yassin, 25.*
          *Awg memberi reaksi berhubung video keretanya ditunda dua penunggang Grab Food yang mencuri perhatian warganet selepas tular di laman sosial.*
            *Namun, saya tersilap apabila menghubungi Grab Food dan terkejut kerana salah seorang penunggangnya adalah rakan lama saya iaitu Husnie Sukor, katanya ketika dihubungi Harian Metro.*
             *Menurut Awg, walaupun menunggang motosikal, dia kagum kerana Husnie tidak keberatan membantu sehingga dia selamat sampai ke stesen minyak berhampiran yang terletak kira-kira dua kilometer (km) dari lokasi kejadian.*

          *SAYA rasa ini tanggungjawab saya untuk menjaga kucing ini, selain takdir yang menentukannya kata Ku Fauziah Ku Brahim, 53.*
           *Dia yang lebih dikenali sebagai Kak Jie itu mempunyai empat kucing yang hanya mempunyai tiga kaki iaitu Alice, Beemo, Noor, dan Ofinn berusia antara dua hingga 5 tahun.*
             *Kak Jie berkata, dia mula membela kucing sejak enam tahun yang lalu, selepas anaknya semakin membesar selain suaminya yang sering bekerja luar.*
             *Sehingga kini, Instagram @kujiecats milik empat ekor kucing itu memiliki kira-kira 11,600 jumlah pengikut di laman sosial itu.*

          *PENAMPILAN pemain gitar ternama Joe menerusi Persembahan Eksklusif Joe Barbarik di Uncle Chillis, Petaling Jaya Hilton, Selangor malam kelmarin memukau 450 peminat.*
          *Persembahan yang diiringi anggota PrimeD iaitu Zul selaku penyanyi, Ainol (dram), Rozaimi (bass) dan Adi Yamin Soul Statue (keyboard) membuatkan pusat hiburan itu padat.*
          *Joe atau nama sebenarnya, Abdul Zamin Abdul Kadir, 50, berkata, beliau tidak menjangkakan kehadiran begitu ramai peminat menerusi persembahan solo ketiga yang dianjurkan.*
               

*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-8-2019 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*KHMIS 8 GS 2019 ASHI ERSAAAN 7 ZUL#IJJH 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0543
*SUBUH* : 0553
*SYURUK* : 0711
*ZOHOR* : 1322
*ASAR* : 1641
*MAGHRIB* : 1928
*ISYAK* : 2040


*artikel disiarkan pada tarikh 7ogos*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *POLIS sudah menerima laporan kimia dan perubatan bagi kes rogol pembantu rumah membabitkan EXCO kerajaan negeri ini dan akan menghantar kertas siasatan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri, hari ini. Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah menerima kedua-dua laporan itu, kelmarin dan akan menghantar kertas siasatan untuk tindakan seterusnya.*

               2) *KUANTAN: Kaut untung berjuta-juta namun culas membayar bil malah ada yang dikesan mencuri elektrik. Itu tindakan pelombong mata wang maya atau kripto seperti Bitcoin dan Litecoin di negara ini yang didapati mencuri elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika menjalankan kegiatan melombong mata wang berkenaan.*

               3) *KUANTAN: Lynas (Malaysia) Sdn Bhd bersama pemegang taruh lain akan memastikan segala arahan dan peraturan dipatuhi sekiranya lokasi fasiliti pelupusan kekal (PDF) baharu untuk menyimpan residu Water Leached Purification (WLP) diperlukan. Pengarah Urusan dan Naib Presidennya Datuk Mashal Ahmad berkata, Lynas adalah kunci kepada potensi besar yang terus menyumbang dalam pembangunan ekonomi Pahang selaras beberapa pengumuman dibuat menteri pusat yang memberi penekanan terhadap potensi pelaburan nadir bumi itu.*

               4) *PENGURUSAN syarikat Hajar Sazrul Travel & Tours membuat laporan polis pagi semalam susulan 26 jemaah Malaysia di bawah kendaliannya terkandas di Jeddah, Arab Saudi berhubung visa Furada dikatakan palsu. Pengarahnya, Mohamad Sazrul Iqram Rozlan berkata, laporan itu dibuat di Balai Polis Tun Razak selepas pihaknya mendapat makluman berhubung kejadian itu.*

               5) *BUKAN saja membuat laporan, usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 34, turun padang bersama pasukannya bagi menjejaki aktiviti penjualan bengkung disyaki tiruan di premis perniagaan di Bandar Baru Uda dan Pandan, Johor Bahru, petang semalam.*

               6) *KELUARGA Allahyarham Amirul Ashraff Md Azhar, 22, penuntut Malaysia yang maut di Sydney, Australia akibat tergelincir dari bangunan kediamannya meminta orang ramai tidak mempercayai spekulasi negatif konon kematiannya akibat tekanan daripada kegagalan lima subjek pembelajaran.*

               7) *ALHAMDULILLAH, banyak sumbangan diterima dan lebih mengharukan apabila ada sanggup datang melawat untuk menyampaikan bantuan walaupun mereka tidak mengenali kami sekeluarga, demikian luahan mangsa kebakaran, Nor Shahfaizal Mohd Noor. Selain Nor Shahfaizal, 41, isterinya, Nik Ruzilawati Raja Manshor, 41, dan tiga anak turut menjadi mangsa selepas rumah didiami mereka di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves, Gombak musnah dalam kebakaran pada 31 Julai lalu.*

               8) *JABATAN Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak sedang memburu seorang remaja lelaki yang juga ah long bagi membantu siasatan. Ketua JSJK Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, suspek berusia 19 tahun dikenali sebagai Yap Qi Wei.*

               9) *SERAMAI 39 tukang urut warga asing yang menawarkan khidmat seks ditahan dalam serbuan di tiga spa dan pusat urut di USJ 21, Subang Jaya dan Seri Kembangan, malam semalam. Dalam serbuan bermula 9.30 malam itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) turut menahan enam individu termasuk dua lelaki tempatan, dengan semua yang ditahan berusia 20 hingga 50 tahun.*

               10) *PRESIDEN Indonesia Joko Widodo (Jokowi) berkata beliau malu kepada Malaysia dan Singapura yang turut terjejas jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia. Saya kadang-kadang malu. Minggu ini saya mau ke Malaysia dan Singapura. Tapi, saya tahu minggu kemarin (minggu lalu) sudah jadi headline (tajuk berita), jerebu masuk lagi ke negara tetangga kita. Saya check (semak) jerebu ini apa, ternyata asap, kata Jokowi dipetik media tempatan.*

               11) *TINDAKAN pantas anggota bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan nyawa lelaki warga emas yang tiba-tiba pitam ketika melakukan kerja membaik pulih bumbung rumahnya di Taman Bertek, Klang semalam. Dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa, Azhar Sylaiman, 65, tidak dapat turun dari bumbung rumahnya sebelum ahli keluarganya menghubungi anggota bomba.*

               12) *SERAMAI 20 lelaki Nigeria didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas empat pertuduhan termasuk merusuh dan menyerang empat pegawai polis di Pangsapuri Flora Damansara, bulan lalu. Bagaimanapun, semua tertuduh berusia 22 dan 38 itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.*

               13) *PENDUDUK Ladang Mutiara, Pekan Kahang, Kluang, gempar ketika menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang Mutiara apabila mendapati sebahagian tanaman di sekolah itu rosak seperti dilanggar objek besar. Bagaimanapun, selepas siasatan dijalankan di sekeliling kawasan sekolah, mereka mendapati kerosakan tanaman seperti betik dan kelapa disebabkan serangan gajah liar dipercayai masuk ke kawasan sekolah sekitar jam 3 hingga 4 pagi tadi.*

               14) *CUBAAN menyeludup masuk 100 kilogram sosej babi ke negara ini melalui pintu sempadan berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) selepas menahan sebuah lori, Ahad lalu. Kenderaan jenis Isuzu itu ditahan ketika pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Durian Burung, Padang Terap sekitar jam 2 petang.*

               15) *PENGANGGUR dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas 45 pertuduhan menipu 715 keping tiket konsert Westlife palsu bernilai lebih RM150,000. Tertuduh, S Kelvin Raj, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.*

               16) *SEEKOR beruang matahari dikesan berkeliaran di kebun di Kampung Reka dan Kampung Timur di Kuala Balah, Jeli, sejak minggu lalu. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung pada 31 Julai lalu.*

               17) *POLIS menambah kekuatan anggota dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland yang hilang di sebuah resort di Pantai hari ini. Operasi pencarian Nora Anne Quoirin, 15, yang memasuki hari keempat dimulakan seawal 7 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, 206 pegawai dan anggota serta enam anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) terbabit dalam operasi hari ini.*

               18) *DUA lelaki sanggup menggunakan laluan lebih jauh dengan menjadikan laluan Kuala Krai sebagai transit untuk membawa masuk bekalan daun ketum ke Kelantan. Dari Sik, Kedah, mereka berusia 20 hingga 30 tahun menggunakan lori mengangkut barang melalui laluan Simpang Pulai, Perak ke Gua Musang dan masuk ke daerah itu untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.*

               19) *KUALA LUMPUR: Plus Malaysia Berhad (Plus) menyumbangkan 300 kon keselamatan kepada pemandu kenderaan berat untuk digunakan apabila kenderaan mereka mengalami kerosakan di lebuh raya. Kon keselamatan bernilai RM10,000 itu diserahkan kepada Persatuan Haulier Malaysia (AMH), Persatuan Pemilik Lori Selangor dan Kuala Lumpur serta Persatuan Pemilik Lori Tipper Selangor dan Kuala Lumpur untuk diagihkan kepada ahli mereka.*

               20) *TUJUH beranak yang menumpang di ruangan pejabat sebuah syarikat swasta sejak hampir da bulan lalu mendapat perhatian pihak berwajib di Perlis. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor berkata, pihaknya sudah menemui keluarga Mohd Firdaus Chandhra Abdullah, 42, di premis keluarga itu menumpang semalam.*

               21) *YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kompleks Islam Putrajaya di sini. Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 9.15 pagi disambut Ketua Pengarah Jakim Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta pengurusan tertinggi jabatan itu.*

               22) *KEBANYAKAN kawasan di seluruh negara mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) sederhana iaitu bacaan di bawah 100 namun di Selangor sehingga 11 pagi tadi tidak sihat dengan bacaan 105. Berdasarkan maklumat dipaparkan Sistem Pengurusan.*

               23) *LAPAN individu termasuk tiga pelancong asing diberi notis hadir ke mahkamah selepas didapati merokok di kawasan larangan di Lapangan Terbang Tawau, Tawau semalam. Pegawai Kesihatan Persekitaran Tawau, Rahman Sampe berkata, semua individu terbabit dikesan melakukan kesalahan itu menerusi operasi khas Ops Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) ke-14 yang berakhir 10 malam tadi.*

               24) *LELAKI Pakistan patah pergelangan kaki kiri selepas nekad terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan kediaman di Ipoh ketika cuba melarikan diri daripada dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak semalam. Pengarah Imigresen Perak, Kamalludin Ismail berkata, lelaki, 25, itu seorang daripada 21 warga asing yang diberkas dalam operasi bersepadu.*

               25) *NAK pinjam RM7,000 tapi kena keluarkan modal RM6,930. Itu yang berlaku terhadap lelaki berusia 32 tahun apabila dia diperdaya sindiket pinjaman tidak wujud hingga terpaksa menanggung kerugian di Kepala Batas semalam. Dalam kejadian itu, mangsa yang juga penganggur melihat iklan pinjaman wang dalam laman sosial Facebook (FB) dan tertarik dengan tawaran diberikan.*

               26) *SEORANG wanita yang juga tokan dadah warga Thailand tidak sempat meloloskan diri apabila dicekup dalam serbuan di sebuah motel di Kampung Kelibang, Mukim Kuah, Langkawi, semalam. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, wanita berusia 40 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah dan Balai Polis Kuala Teriang pada jam 10 malam.*

               27) *DUA lelaki di sini menjadi mangsa terbaru sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa mempunyai tunggakan kad kredit sehingga mengakibatkan kerugian RM45,200. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, bagi kes pertama, seorang juruteknik berusia 26 tahun kerugian RM35,600 selepas diperdaya suspek yang menyamar sebagai kakitangan mahkamah dan pegawai polis.*

               28) *VISA tertulis nama sendiri tetapi apabila melalui imbasan, keluar nama dan gambar orang lain. Itu yang dihadapi 26 rakyat Malaysia kononnya menerima visa Furada sebelum terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah Isnin lalu. Susulan kejadian itu, hasrat mereka untuk menunaikan ibadat haji yang juga Rukun Islam kelima tidak kesampaian selepas tidak boleh keluar dari lapangan terbang berkenaan.*

               29) *SERAMAI 13 lelaki disyaki terbabit dengan aktiviti penagihan dadah ditahan dalam Ops Bersepadu di perairan sekitar Langkawi, semalam. Operasi bermula jam 9 pagi hingga 7 malam disertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sebagai sebahagian aktiviti Projek Rintis anjuran AADK.*

               30) *PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Kampung Acheh merampas 408 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM70,477 dipercayai hasil penyeludupan dalam serbuan di dua kedai runcit di jalan Kampung Sitiawan, Sitiawan, semalam. Dalam serbuan jam 12.30 dan 12.45 tengah hari, PPM merampas masing-masing 58 karton serta 350 karton rokok seludup di dua kedai berkenaan.*

               31) *MUAR: Sorok ribuan botol arak seludup di dalam rumah. Itu tindakan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun yang ditahan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Muar pagi kelmarin. Dalam serbuan operasi Op Landai jam 9.15 pagi itu, sepasukan anggota PPM diketuai Pegawai Pemerintah PPM Muar, Deputi Superintendan Nordin Osman menyerbu sebuah rumah di Jalan Putera Bakri di sini.*

                32) *ALOR GAJAH: Dua peniaga di Anjung Selera Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) di Pantai Telok Gong, Kuala Sungai Baru dekat sini diarah menghentikan operasi serta-merta berikutan runtuhan anjung yang mengancam nyawa peniaga dan pelanggan. Arahan itu dikeluarkan Yang Dipertua MPAG Zamzuri Ariffin semalam selepas mendapati tandas di premis perniagaan berkenaan sudah terjejas akibat runtuhan anjung yang berlaku sejak 18 Julai lalu.*

                33) *JABATAN Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman merekodkan jumlah kerugian sehingga RM250 juta akibat jenayah siber bagi tempoh Januari hingga Jun lalu. Pengarah JSJK Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, jumlah itu daripada 5,069 laporan yang diterima pihaknya sepanjang tempoh enam bulan berkenaan.*

                34) *JANGAN asyik bergambar atau berswafoto ketika masyair sama ada di Arafah, Mudzalifah, Mina dan ketika melontar di Jamrah, sebaliknya isi masa yang ada dengan berdoa, berzikir, solat sunat serta membaca al- Quran. Itu nasihat dan saranan dilontarkan Pengerusi Operasi Bimbingan Tabung Haji (TH) Tengku Aziz Raja Abdullah kepada semua jemaah haji Malaysia yang akan berwukuf Sabtu ini.*

                35) *SEBANYAK 27 hingga 28 peratus aduan membabitkan penipuan transaksi perniagaan dalam talian dilaporkan setiap bulan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peratusan itu menjadikannya kedua terbanyak daripada 1,500 hingga 2,300 aduan setiap bulan sejak Januari hingga kini selepas aduan berkaitan harga barang.*

                36) *BEKAS guru agama ditahan selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah madrasah di Putatan, Penampang hari ini. Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan selepas mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada 1.48 pagi.*

                37) *BAGI memudahkan orang ramai untuk melupuskan al-Quran rosak, lapuk atau dicemari najis, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tampil dengan ciptaan khusus itu mesin Relau Pelupusan Al-Quran (R-Paq). Dihasilkan sejak lima tahun lalu, ia ditempatkan di Darul Kalam, Raudhatul Sakinah di Taman Selasih, Kuala Lumpur dan berupaya melupuskan 100 kilogram helaian mengandungi ayat al-Quran dalam tempoh lapan jam, satu jumlah yang efisyen dengan tangki khas untuk menyimpan debu selepas dibakar.*

                38) *SEMBILAN beranak yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Dusun, Jalan Bayam, Kota Bharu, malam tadi terpaksa menumpang di bengkel menjahit kerana kediaman mereka musnah 100 peratus. Mangsa, Siti Hajar Abu Bakar, 29, bersama suami dan seorang anaknya, bapa dan abangnya empat beranak serta seorang adik terpaksa tinggal di bengkel menjahit tidak jauh dari tapak kediaman terbakar sementara mencari rumah lain untuk disewa.*

                39) *IDENTITI lima mangsa bot karam di perairan Tanjung Berungus, Pitas, hari ini termasuk dua orang yang meninggal dunia sudah dikenal pasti. Mangsa maut dikenali Mustaib Mumin, 60-an dan Suhaimi Salleh, 65, manakala Sumanti Suhaimi, 29, pula masih hilang. Dua lagi mangsa, Mardi Suhaimi dan Owya Timbanga, 63, terselamat.*

                40) *MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur diberitahu sebanyak RM606.5 juta dimasukkan dan dibelanjakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak antara 2013 hingga 2015.Bekas Pengurus Perhubungan AmBank, Joaana Yu Ging Ping, 48, mengakui berhubung transaksi itu ketika menjawab soalan pemeriksaan semula Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram.*

            
*SEJAGAT*
==========


         *BEIJING: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di China meninggal dunia akibat masalah buah pinggang kerana mengambil makanan manis setiap hari termasuk minuman teh bubble.*
          *Memetik tribunnews. com, bapa kanak-kanak perempuan itu menyesal kerana sering membiarkan anaknya makan manis sejak usia dua tahun.*
           *Lelaki yang bekerja sebagai pembuat kuih di sebuah restoran memberitahu setiap hari membawa pulang manisan dan minuman teh bubble.*

         *BANGKOK: Bimbang ditinggalkan teman lelaki baru, seorang remaja perempuan di Nonthaburi bertindak kejam apabila memasukkan cecair pencuci longkang ke dalam mulut bayi baru dilahirkannya sebelum memasukkan mangsa ke dalam beg sampah dan mencampaknya ke dalam tong sampah dari balkoni tingkat tiga.*
            *Rakaman kamera litar tertutup kejadian pada 23 Julai lalu di sebuah flat di Nonthaburi itu menunjukkan bungkusan berisi bayi malang itu jatuh ke atas timbunan sampah selepas dilempar remaja berusia 18 tahun dikenali sebagai Aom.*
          *Bungkusan plastik itu dilihat mengenai pinggir tong sebelum jatuh ke atas timbunan sampah.*

          *LOS ANGELES: Seorang jutawan hartanah yang menghilangkan diri lebih empat tahun lalu ditahan di Mexico, baru-baru ini bagi perbicaraan pembunuhan isterinya di California.*
           *Peter Chadwick, 55, dikesan di Mexico City hasil maklumat dari sumber selepas polis menawarkan ganjaran sebanyak AS$100,000.*
           *Pada 2012, Chadwick didakwa mencekik Quee Choo Lim ketika bertengkar mengenai isu kewangan dan mereka dipercayai dalam proses bercerai.*

          *KABUL: Sekurang-kurangnya 95 orang cedera apabila sebuah kereta meletup di luar balai polis Kabul, pagi ini dan kumpulan Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian itu.*
            *Bom meletup selepas sebuah kenderaan dihentikan di tempat pemeriksaan di luar sebuah balai polis, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi.*
            *Seorang jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, kebanyakan mangsa adalah orang awam, wanita dan kanak-kanak.*

          *YANGON: Mahkamah di Myanmar menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang penerbit akhbar warga Australia selepas polis menyerbu dan menemui sejumlah dadah di rumahnya tahun lalu.*
           *AFP melaporkan, Ross Dunkley, 60, mempunyai kaitan dengan industri media di seluruh Asia Tenggara dan turut menjadi pengasas bersama akhbar The Myanmar Times ketika negara itu dicengkam pemerintahan diktator tentera.*
          *Dia juga pernah menjadi pemilik bersama Phnom Penh Post.*

          *TOKYO: Rangkaian kedai serbaneka Jepun FamilyMart membuat permohonan maaf susulan video kehadiran beberapa tikus dalam salah sebuah cawangannya di Shibuya tular di media sosial, baru-baru ini.*
           *Jurucakap FamilyMart dalam satu kenyataan di laman web kedai serbaneka itu berkata cawangan berkenaan sudah ditutup kelmarin untuk siasatan.*
           *Kami minta maaf menyebabkan anda rasa kurang selesa dan resah, katanya.*

          *EL PASO: Penduduk El Paso menyuruh Presiden Donald Trump menjauhkan diri dari bandar berkenaan selepas kenyataan retorik anti-imigresen pemimpin itu mencetuskan kemarahan orang ramai.*
           *Trump dijadualkan melawat El Paso esok susulan kejadian tembakan yang mengorbankan 22 orang di runcit gergasi Walmart, Ahad lalu.*
           *Sebelum itu, Trump melawat Dayton, Ohio, lokasi kejadian seorang penyerang menembak mati sembilan orang.*

         *OTTAWA: Seorang wanita yang melakukan aktiviti berjalan kaki dalam hutan di British Columbia, Kanada, berjaya menghalau singa gunung yang dikhuatiri mengancamnya dengan memainkan lagu kumpulan rock Metallica selepas terserampak dengan haiwan itu.*
         *CNN melaporkan, Dee Gallant, 45, berjalan bersama anjingnya di pinggir Lembah Cowichan minggu lalu, apabila menyedari singa gunung itu mengekorinya.*
           *Menurutnya, haiwan itu cuba menghampiri mereka menyebabkan dia menjerit kuat sebelum singa berkenaan berhenti tetapi tidak beredar sebaliknya membatu memerhati wanita itu dan anjingnya.*

           *PERTENGKARAN mengenai masalah kewangan membawa tragedi apabila seorang lelaki membelasah isterinya sampai mati dipercayai menggunakan batu, pisau, cota dan gunting sebelum membakar rumah mereka di Kramat Jati, dekat sini, semalam.*
              *Lebih menyedihkan anak pasangan itu yang berusia lima tahun kini kritikal selepas 80 peratus tubuhnya melecur akibat kebakaran itu.*
         *Menurut laporan media Indonesia, lelaki itu dikenali sebagai Jumharyono bertengkar dengan isterinya yang turut didengari jiran kira-kira jam 1.30 pagi, ada yang menjerit menyatakan rumah terbakar.*

         *LONDON: Akibat salah faham, seorang lelaki menerima pampasan 20,000 (RM102,222) selepas doktor tersilap mengkhatankannya ketika melakukan prosedur masalah pundi kencing di sebuah hospital di England.*
          *Terry Brazier, 70, dijadual menjalani prosedur memasukkan kamera bagi menilai keadaan pundi kencingnya sebelum disuntik botox pada dinding pundi tetapi kakitangan Hospital Leicester Royal Infirmary tersilap berikutan catatan bercampur-aduk.*
         *Saya mahu menjalani pembedahan memasukkan botox tetapi mereka mengkhatan saya.*

         *RIO DE JANEIRO: Penyeludup dadah yang menjadi perhatian media kerana gagal melarikan diri selepas menyamar sebagai anak perempuannya, ditemui mati dalam sel penjaranya di Rio de Janeiro, Brazil hari ini.*
          *AFP melaporkan, Clauvino da Silva, 42, yang mempunyai nama panggilan Shorty atau Bajito ditemui mati tiga hari selepas cubaannya melarikan diri dari penjara yang mempunyai keselamatan paling ketat itu pada Sabtu lalu.*
           *Menurut pihak berkuasa, dia dipercayai menggantung dirinya dengan kain cadar namun mereka masih menyiasat punca kematiannya.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Antarabangsa Jepun (IUJ) bagi menghargai sumbangan beliau terhadap hubungan Malaysia dan Jepun.*
           *Dr Mahathir menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, honoris causa daripada Presiden IUJ Hiroyuki Itami pada majlis di sebuah hotel di Bandaraya Fukuoka, sempena lawatan kerja tiga hari beliau ke wilayah itu.*
           *Pada majlis penganugerahan ijazah doktor kehormat itu, Itami menegaskan Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan Dr Mahathir, mempunyai impak besar kepada pendidikan tinggi di negara anggota ASEAN.*

          *SUDAH lama saya cuba menjejaki mereka (adik-beradik kandung) dan tidak sangka pencarian sejak empat tahun lalu berakhir di Twitter, kata Nur Hafidzah Rusdi, 22.*
         *Nur Hafidzah mencuri perhatian warganet selepas usahanya menjejaki tiga adik-beradik kandung yang terpisah sejak 14 tahun lalu berakhir hanya selepas 11 jam dia memuat naik ciapan berserta gambarnya sekeluarga ketika kecil di Twitter.*
           *Bercerita lanjut, Nur Hafidzah berkata, dia terpisah dengan adik-beradik kandungnya selepas diserahkan kepada keluarga angkat sejak bayi lagi.*

           *KEJAM. Itulah tindakan dilakukan tiga lelaki menangkap ikan menggunakan bom sebelum perbuatan itu dirakam dan tular di laman sosial.*
           *Kejadian berlaku beberapa hari lalu dengan tiga lelaki dipercayai berusia 20-an menggunakan bateri kereta, menyalurkan arus ke dalam sungai terbabit dan menghasilkan letupan.*
           *Sebaik letupan, kebanyakan ikan air tawar yang menghuni sungai terbabit menggelupur akibat terkena arus sebelum mereka bertiga berlari mengutip hasilnya.*
             *Video terbabit tular dalam Facebook Persatuan Haiwan Malaysia yang menganggap perbuatan itu kejam dan membunuh semua ekosistem di sungai terbabit.*

           *TIADA pergaduhan ataubantahan ketika perbincangan mesyuarat cadangan pembinaan surau Taman Sutera Wangi Batu Berendam di Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Keroh seperti ditularkan media sosial semalam.*
           *Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Md Azhan Samad sebaliknya berkata, apa yang berlaku adalah perbincangan hangat dan tidak menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.*
          *Ia cuma perbincangan hangat, nak kata kritikal sampai bergaduh itu tidak sama sekali.*

          *PROTON Holdings Berhad (Proton) melancarkan model Saga 2019 dengan tiga varian ditawarkan untuk pasaran tempatan.*
         *Pengerusinya, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, Proton Saga adalah sinonim dengan jenama Proton yang mula diperkenalkan 34 tahun lalu yang kini diberi sentuhan rekaan terkini sesuai untuk golongan sasarnya.*
          *Melalui slogan Pilihan Yang Pintar dengan tiga ciri utama iaitu gaya mengujakan, penjimatan bijak dan kestabilan mantap, Saga kini dilengkapi gaya baharu, kotak gear empat kelajuan dan ciri pintar mendahului dalam kelasnya, katanya pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur, hari ini.*

          *MAKASSAR: Kisah cinta abadi bukan sekadar khayalan apabila sepasang suami isteri lanjut usia di Kabupaten Jeneponto, Sulawesi Selatan dilaporkan meninggal dunia pada waktu hampir sama pada Ahad lalu.*
         *Tribunnews melaporkan, kisah pilu berkenaan dikongsi oleh seorang pemilik akaun Facebook, Bidan WhanyRannu semalam sebelum ia menjadi tular di media sosial.*
        *Menurutnya, warga emas terbabit, Maimunnah Yunus disahkan meninggal dunia pada jam 1.30 petang Ahad manakala suaminya, Batry Selkam turut meninggal selang 12 jam selepas itu.*
                 

*ARENA*
========


           *LAURENT Koscielny dikritik oleh penyokong Arsenal berikutan tindakannya menanggalkan jersi Gunners selepas meninggalkan kelab itu.*
          *Pemain pertahanan Perancis itu melengkapkan perjanjian 4.6 juta (RM23.4j) ke kelab Ligue 1, Bordeaux selepas sembilan tahun berkhidmat bersama Gunners.*
            *Bagaimanapun, kapten kelab pasukan itu tidak menyertai skuad Liga Perdana Inggeris (EPL) beraksi pada perlawanan pra-musim Jelajah Amerika.*

            *KETEGANGAN hubungan Gareth Bale dan Real Madrid berterusan apabila penyerang itu tidak tersenarai dalam aksi persahabatan menentang Red Bull Salzburg awal pagi esok.*
           *Bale hanya beraksi dua daripada lima perlawanan pramusim setakat ini dengan masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Arsenal dan Atletico Madrid dan sekarang disisihkan buat kali ketiga berturut-turut.
         *James Rodriguez dan Mariano Diaz yang bakal dilepaskan turut tiada dalam senarai pemain ke Austria.*

            *PEMENANG Piala Ryder, Thorbjorn Olesen akan dihadapkan di mahkamah pada 21 Ogos ini selepas dituduh melakukan serangan seksual dan berada dalam keadaan mabuk dalam sebuah pesawat.*
         *Warga Denmark berkenaan ditahan pada 29 Julai selepas kembali daripada menyertai Jemputan St Jude WGC dalam pesawat dari Nashville ke London.*
          *Polis menunggu lelaki berusia 29 tahun berkenaan selepas pesawat berkenaan mendarat di Heathrow.*

           *SKUAD muda negara terus mengekalkan rentak cemerlang apabila menempah tiket ke final Kejohanan B-15 AFF selepas menewaskan juara tiga kali Vietnam 3-1 dalam aksi separuh akhir di Chonburi, Thailand hari ini.*
             *Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad kendalian P Maniam bakal bertemu sama ada Thailand atau Indonesia yang dijadual beraksi malam ini.*

           *EMPAT gol berjaya disumbat ke gawang naib juara Piala Dunia tahun lalu, Belanda membuktikan skuad negara semakin hampir menyaingi pasukan gergasi dunia.*
             *Meskipun tewas 4-6 kepada pasukan ranking ketiga dunia itu dalam perlawanan persahabatan siri jelajah Eropah di Breda, Belanda semalam, pengendali skuad hoki negara, Roelant Oltmans mampu tersenyum puas melihat barisan pemainnya memberi tekanan kepada negara kelahirannya itu.*

           *PEMANAH negara diingatkan untuk tidak terbawa-bawa dengan pencapaian luar biasa meraih lima emas di siri kedua Piala Asia.*
            *Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Datuk Abdul Hamid Hasan, kejayaan pemanah negara wajar dipuji apabila mara ke final dalam lapan dari 10 kategori.*

           *DOLLAH Salleh mahu skuad Pahang memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan apabila melayan Perak dalam saingan Kumpulan C Piala Malaysia, malam esok.*
          *Pengendali Tok Gajah itu berkata, dua perlawanan berturut-turut di laman sendiri perlu disempurnakan dengan kejayaan mengutip enam mata maksimum.*

           *KETUA jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak menjangkakan skuadnya berdepan tentangan sukar pada perlawanan kedua kumpulan A Piala Malaysia menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Darul Aman, Alor Setar, esok.*
                *Menurut Pengendali dari Singapura itu, misi memburu tiga mata di tempat sendiri tidak mudah kerana saingan Piala Malaysia lebih hebat berbanding aksi liga.*

           *PEMAIN import kelahiran Serbia, Luka Milunovic bakal mengisi posisi penggempur utama Melaka apabila berdepan Selangor pada aksi kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam esok.*
            *Jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan, berkata pemain terbabit bakal mengambil alih tempat Davy Claude Angan yang mengalami kecederaan serius ketika berdepan PDRM Ahad lalu.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-8-2019 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*JUAAT 9 GS 2019 ASHI ERSAAAN 8 ZUL#IJJH 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0543
*SUBUH* : 0553
*SYURUK* : 0711
*ZOHOR* : 1322
*ASAR* : 1640
*MAGHRIB* : 1928
*ISYAK* : 2040


*artikel disiarkan pada tarikh 8ogos*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *KERAJAAN Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menuntut anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Datuk Mohd Nazifuddin, 36, membayar cukai taksiran tambahan dari 2011 hingga 2017 berjumlah hampir RM37.6 juta.*

               2) *KUCING baka British short hair tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara ini oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) susulan permit import dikemukakan mengelirukan. Difahamkan, nombor mikrocip haiwan betina berkenaan tidak sama dengan yang dikemukakan menerusi permit importnya.*

               3) *KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan pergerakan individu dalam kes berkaitan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa, dua tahun lalu tidak pernah disunting pihak berkuasa.*

               4) *TARIKH bicara kes penyalahgunaan dadah membabitkan anak lelaki Menteri Pertahanan di pusat hiburan terkemuka Januari lalu, ditetapkan selama dua hari di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada 15 dan 16 Oktober depan. Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menetapkan tarikh itu ketika prosiding pengurusan kes dihadapi tertuduh, Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31, hari ini.*

               5) *TAMAN Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Kem Tentera Batu Kentomen Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.10 pagi.*

               6) *LEMBU baka Blonde seberat lebih 800 kilogram (kg) antara lembu terbesar yang akan dikorbankan di Terengganu sempena Aidiladha, Ahad ini. Lembu berusia empat tahun yang dipanggil Badok itu dianggarkan bernilai RM15,000 diternak Mohd Amirul Mukminin Sulaiman, 35, dari Kampung Laut.*

               7) *KETUA Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Isham Ishak memaklumkan beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa dan semalam, bagi membantu siasatan dan bukan disiasat. Beliau juga memaklumkan sudah memberi maklumat yang diperlukan SPRM, namun tidak boleh mendedahkan kes terbabit kerana siasatan masih dijalankan suruhanjaya berkenaan.*

               8) *TINDAKAN lelaki warga emas menghasilkan senapang angin untuk keselamatan diri membawa padah apabila ditahan polis kelmarin. Warga emas berusia 60 tahun itu dipercayai belajar membuat senapang angin terbabit menerusi laman sesawang menggunakan enjin carian Google.*

               9) *SEORANG mangsa insiden lif Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Kuala Lumpur, yang terhempas dari tingkat lima Jumaat lalu, menjalani pembedahan memasukkan besi di paha, hari ini. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, mangsa terbabit iaitu Mohd Haziq Zakwan, 10, akan menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM).*

               10) *LELAKI berusia 33 tahun maut terkena renjatan elektrik di Jalan Teruntum 1, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat dekat Pasir Gudang malam tadi. Dalam kejadian 9 malam itu, lelaki berkenaan ditemui orang awam terbaring berhampiran kotak penyambung Tenaga Nasional Berhad (TNB).*

               11) *EMPAT Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP dan PKR dititah mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini. Mereka adalah Datuk Teng Chang Kim (Bandar Baru Klang-DAP), Ng Sze Han (Kinrara-DAP), V Ganabatirau (Kota Kemuning-DAP) dan Hee Loy Sian (Kajang-PKR).*

               12) *PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) akan menggunakan rakaman suara ahli keluarga Nora Anne Quoirin, 15, dalam usaha pencarian remaja warga Ireland itu, hari ini. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, pegawai perhubungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjumpa keluarga remaja itu pagi ini, bagi berbincang dan mendapatkan persetujuan mereka.*

               13) *BURUH Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, atas kesalahan membunuh rakan senegaranya di Taman Bunga Raya, Sungai Petani, awal bulan ini. Tertuduh, Maung Zaw Win, 19 bagaimanapun tidak dapat memahami pertuduhan yang dibacakan kepadanya dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff.*

               14) *SUAMI isteri maut selepas kereta dinaiki terbabas dan terjatuh ke dalam gaung kira-kira 50 meter di Kilometer 77, Jalan Kuching-Sri Aman, Serian malam tadi. Kejadian pada 9.30 malam itu berlaku apabila Proton Saga FLX yang dipandu Recca Tutong Sabai, 35, hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.*

               15) *PERINTAH berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 24 Ogos ini. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.*

               16) *DUA lelaki yang tidak bekerja ditahan polis semalam selepas hampir sebulan diburu kerana menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Transit Aliran Ringan (LRT) USJ 21, Subang Jaya. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, suspek berusia 20 tahun itu menyamun wanita berusia 19 tahun yang juga penjaga kedai terbabit pada 9.39 malam 18 Julai lalu.*

               17) *TINDAKAN lima lelaki dan seorang wanita menyamun dan melarikan penuntut warga Zimbabwe mengundang padah apabila mereka ditahan semalam. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, kejadian berlaku 3.45 pagi kelmarin apabila Pusat Kawalan Daerah (PKD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kes samun.*

               18) *IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak merampas 189 cermin mata tiruan jenama terkenal bernilai lebih RM46,000 dalam beberapa serbuan sekitar bandar raya ini kelmarin. Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Khalid Tik berkata, operasi bermula jam 10 pagi disertai 21 anggota KPDNHEP Perak bersama-sama lima wakil cap dagang itu memeriksa beberapa premis menjual cermin mata bagi mengesan penjualan barangan tiruan.*

               19) *KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman merekodkan kerugian RM250 juta membabitkan kes jenayah siber bagi tempoh Januari hingga Jun lalu. Pengarah JSJK Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, sebanyak 5,069 laporan diterima pihaknya berkaitan jenayah siber sepanjang tempoh sama. Beliau berkata, sepanjang tempoh itu 1,973 individu ditahan kerana disyaki terbabit dengan jenayah siber.*

               20) *POLIS Sabah merampas 1,000 keping mata wang Real Brazil (BRL) bernilai 10 juta disyaki palsu di sebuah feri di jeti Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Tawau, Isnin lalu. Dalam kejadian 4 petang itu turut ditahan lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun dipercayai dalam perjalanan pulang ke Nunukan, Indonesia dengan menaiki feri terbabit.*

               21) *KUALA LUMPUR: Kawasan Johan Setia Klang, Selangor mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat jam 4 petang semalam. Berdasarkan data di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Johan Setia Klang merekodkan bacaan IPU 104 berbanding 103 pada jam 12 tengah hari.*

               22) *KUANTAN: Pelombong mata wang maya atau kripto dikesan pling rakus mencuri bekalan elektrik di negara ini bagi menjalankan aktiviti perlombongan menggunakan mesin melombong. Malah, bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, mereka paling banyak dikesan melakukan sambungan elektrik secara haram dalam skala besar mengakibatkan kerugian ratusan juta ringgit.*

               23) *KUANTAN: Sekumpulan nelayan warga Vietnam dikesan masih ingkar dan seakan-akan tidak peduli penguatkuasaan undang-undang di negara ini apabila masih menceroboh perairan negara dan mengaut hasil laut secara bebas. Tindakan tekong dan awak-awak yang membawa bot memasuki perairan negara menggambarkan mereka tidak bimbang dengan rondaan pihak berkuasa terutama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin Malaysia (PPM).*

               24) *PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihati pengguna lebuh raya supaya menambah nilai kad Touch n Go (TnG) lebih awal atau sebelum memulakan perjalanan sempena Aidiladha pada Ahad ini. Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, PLUS menjangkakan peningkatan jumlah trafik sebanyak 20 peratus pada hari puncak iaitu 9 hingga 12 Ogos serta 17 dan 18 Ogos berbanding 1.7 juta kenderaan pada hari biasa.*

               25) *DUA petugas Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) cedera selepas berlaku kebakaran pada kotak panel elektrik 11 kilovolt (11kv) di pencawang di Kampung Bahagia, Tenom semalam. Kejadian pada 3.30 petang itu menyebabkan Ahmad Kawi Siman, 54, parah selepas melecur 64 peratus, manakala rakannya, Sabdin Kadir, 52, cedera ringan.*

               26) *BEKAS Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau tidak beritahu perkara sebenar berhubung peletakan jawatannya kepada media kerana mahu menjaga nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan dalam prosiding bicara kes pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi Najib, 66.*

               27) *MAHKAMAH Majistret Bahau hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan dan denda RM40,000 terhadap pemandu treler yang menyebabkan kematian lapan orang dalam kemalangan di Jempol dua tahun lalu. Keputusan itu dibuat Majistret Mohamad Redza Azhar terhadap Norzailan Omar, 46, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit.*

               28) *PENGENALAN tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah tahun empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mulai tahun 2020 diteruskan seperti dirancang dengan mengambil kira beberapa langkah penyesuaian berkaitan. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, perkara berkenaan diputuskan menerusi mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.*

               29) *AMANAH Raya Berhad (AmanahRaya) berhasrat duduk semeja dengan Majlis Tanah Negara (MTN) dan membentuk satu jawatankuasa bagi meneliti semula cadangan Pindaan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98). Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Adenan Md Yusof menegaskan, perkara itu bertujuan membincangkan isu pentadbiran harta pusaka secara menyeluruh dan bukan hanya setakat memperluaskan bidang kuasa bagi memberi surat kuasa semata-mata dalam melantik pentadbir untuk menguruskan pembahagian harta pusaka waris si mati.*

               30) *ORANG ramai dipelawa untuk menyumbang cadangan masing-masing bagi penyediaan input Belanjawan 2020 secara dalam talian di belanjawan2020. treasury. gov. my. Cadangan itu boleh dihantar mulai 9 Ogos sehingga 11 September 2019 dan Belanjawan 2020 akan dibentangkan pada 11 Oktober depan.*

               31) *KERAJAAN negeri Johor bersikap terbuka dan mengalu-alukan sekiranya Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhasrat membuka kertas siasatan berhubung proses kelulusan kilang yang beroperasi di Pasir Gudang. Menteri Besarnya Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, pihaknya tiada masalah untuk memberi kerjasama dalam siasatan itu.*

                32) *MASJID Kariah Pantai di Seremban akan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok, bagi memohon dipermudahkan operasi mencari dan menyelamat remaja perempuan warga Ireland yang hilang sejak Ahad lalu. Imam masjid, Kahar Sukin berkata, setakat ini belum ada permintaan daripada mana-mana pihak, namun pihaknya mengambil inisiatif sendiri untuk berbuat demikian.*

                33) *DOKTOR beritahu anak saya boleh pulih tetapi mungkin mengambil masa lama antara dua hingga tiga tahun, kata Mohd Bukhari Zainal Annuar, 33, bapa kepada Muhammad Fawwaz Adli, 5, yang parah di bahagian kepala akibat dihempap peti ais, pada 12 Julai lalu. Mohd Bukhari berkata, dia perlu memberikan sepenuh tumpuan menjaga anak sulung daripada tiga beradik itu berikutan tidak boleh bergerak dan berdiri kesan kecederaan itu.*

                34) *MAYAT ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) di Pulau Kukup, Pontian, petang semalam disahkan kru kapal tunda yang jatuh di perairan itu, Isnin lalu. Pengarah Maritim Malaysia Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, mayat itu ditemui pada 3.30 petang oleh kapal tunda TB Sinaran Emas yang kebetulan melalui kawasan terletak tujuh batu nautika barat laut Pulau Kukup.*

                35) *CUBAAN lelaki menyamar Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertuan Agong dan Penasihat Istana Negara bergelar Datuk Seri untuk menipu melepaskan aset Astana Sarawak bernilai RM1. 8 juta gagal apabila ditahan polis hari ini. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bek Ahmad berkata, suspek berusia 26 tahun itu pada mulanya memperdaya isteri ahli perniagaan berusia 30-an kononnya aset itu terkandas di kastam dan perlukan wang proses menyelesaikan masalah pembekuan aset itu dalam masa dua minggu.*

                36) *TIGA tapak pembinaan dan 177 kawasan aktiviti kerja disita Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dalam Operasi Cegah Kemalangan di Perak. Operasi bermula 15 Julai lalu dan berakhir hari ini memeriksa 27 tapak pembinaan dengan 179 notis larangan serta penyitaan dikeluarkan.*

                37) *LELAKI ditemui maut dipercayai akibat terlebih dos dadah di padang berhampiran taman permainan sebuah kawasan perumahan yang masih dalam pembinaan di Bayan Baru, Bayan Lepas, semalam. Dalam kejadian 11.40 pagi itu, lelaki berusia 55 tahun berkenaan pada mulanya dilihat orang awam dalam keadaan tertiarap serta masih bernafas.*

                38) *KANAK-KANAK perempuan berusia sembilan tahun berdepan detik hitam selepas dirogol bapa tiri dalam kejadian di Kuala Besut, Terengganu. Menurut sumber, perbuatan terkutuk itu dipercayai dilakukan lelaki berusia 53 tahun terhadap anak tirinya sejak tahun lalu ketika mangsa mangsa berusia lapan tahun.*

                39) *KERAJAAN negeri Terengganu memberi peringatan kepada semua penternak supaya memastikan haiwan korban dijual untuk Aidiladha menepati piawaian ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar berkata, pihaknya berharap penternak prihatin dalam memastikan keadaan haiwan peliharaan seperti lembu bakal dikorbankan berada dalam keadaan sihat dan tidak bermasalah supaya objektif ibadah korban dijalankan menepati kehendak Islam.*

                40) *SANGGUP bayar caj tambahan RM7,000 setiap seorang dikatakan untuk mendapatkan kuota visa haji Raja Salman membabitkan 20 kekosongan bagi menunaikan haji, tahun ini. Mereka adalah 36 bakal jemaah haji didakwa terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, sejak Isnin lalu selepas tidak mendapat tiket penerbangan dan visa haji.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *WELLINGTON: Kokain bernilai jutaan dolar dihanyutkan ke sebuah pantai di New Zealand, menyebabkan polis mendesak orang ramai agar menyerahkan sebarang bungkusan yang ditemui.*
          *Polis dikerah ke Pantai Bethells di West Auckland semalam apabila beberapa bungkusan dadah ditemui sepanjang pantai itu.*
          *Polis menemui dan mengesan 19 bungkusan, malah hasil ujian mengesahkan ia mengandungi kokain, kata Ispektor Colin Parmenter.*
           *Dia menganggarkan kokain itu bernilai NZ$3 juta (RM8.1 juta).*

            *TOKYO: Gunung berapi berhampiran Tokyo meletus buat kali pertama dalam tempoh empat tahun, mengeluarkan debu dan asap setinggi dua kilometer ke udara.*
          *Kejadian itu mencetuskan amaran kepada orang ramai agar tidak menghampiri gunung berkenaan.*
          *Gunung Asama, terletak kira-kira 140 kilometer di barat laut Tokyo, meletus semalaman dan mendorong agensi meteorologi negara menaikkan tahap amaran kepada tiga daripada lima, bermaksud orang ramai harus menjauhi kawasan gunung terbabit.*

          *ATHENS: Mayat seorang saintis British ditemui dalam gaung di pulau Ikaria, Greek dua hari selepas dilaporkan hilang, kata televisyen awam Greek semalam.*
           *Punca kematian ahli astrofizik, Natalie Christopher yang berpangkalan di Cyprus dan sedang bercuti dengan pasangannya belum dapat disahkan, kata saluran ERT.*
          *Polis giat mencari wanita berusia 35 tahun itu selepas dia dilaporkan tidak pulang ke hotel sebaik keluar berjoging Isnin lalu.*

          *NEW DELHI: Kerana judi seorang suami sanggup mempertaruhkan isterinya dan membiarkan wanita itu dirogol beramai-ramai oleh rakannya selepas dia kalah dalam permainan poker.*
          *NDTV melaporkan, lelaki itu pada mulanya minum arak dan bermain judi bersama dua rakannya di rumahnya di Zafarabad di Uttar Pradesh, India.*
                *Lelaki itu dilaporkan menghabiskan semua wangnya untuk berjudi dan kerana terdesak dia mempertaruhkan isterinya sendiri.*

          *MONTREAL: Polis Kanada sudah menemui mayat dua lelaki dipercayai remaja yang terbabit dalam tiga pembunuhan bulan lalu, sekali gus menamatkan operasi memburu suspek selama hampir tiga minggu.*
             *Kam McLeod, 19, dan Bryer Schmegelsky, 18, dikehendaki polis kerana disyaki membunuh seorang lelaki warga Australia dan teman wanitanya rakyat Amerika Syarikat serta seorang profesor universiti di Kanada.*
          *Pada awalnya, pasangan kekasih itu dilaporkan hilang selepas kereta mereka ditemui di British Columbia tetapi polis kemudiannya menemui mayat ketiga dan kedua-dua remaja itu disyaki sebagai suspek pembunuhan.*

          *MIAMI: Pihak berkuasa imigresen Amerika Syarikat menahan hampir 700 orang dalam satu serbuan di tujuh loji pemprosesan pertanian di seluruh Mississippi.*
             *Penguat kuasa Kastam dan Imigresen (ICE) dalam satu kenyataan berkata, mereka menahan kira-kira 680 pendatang asing di loji berkenaan.*
            *Kami juga merampas rekod perniagaan sebagai sebahagian daripada siasatan jenayah persekutuan.*

          *TAIPEI: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud menggegar timur laut Taiwan, hari ini.*
             *Biro cuaca pusat Taiwan melaporkan, kejadian itu membuatkan bangunan bergoyang dan bekalan elektrik terputus kepada kira-kira 2,000 bangunan.*
          *Gempa bumi itu berlaku pada jam 5.28 pagi (waktu tempatan) berhampiran timur laut daerah Yilan pada kedalaman 22 kilometer.*

          *KIEV: Seorang remaja maut apabila terjatuh sebelum terkena renjatan elektrik selepas memanjat sebuah pencawang elektrik semata-mata untuk merakam gambar selfie.*
             *Mirror Online melaporkan, Nikolay Kompaniets, 16, dilaporkan memanjat satu pencawang setinggi 30 meter tanpa sebarang alatan keselamatan dan aksi itu dirakamkan oleh seorang rakannya.*
            *Bagaimanapun, ketika hampir sampai ke puncak Kompaniets tergelincir dan terjatuh sebelum tersangkut di satu besi di pencawang berkenaan.*

          *MUMBAI: Hampir 16 penduduk di Maharashtra maut selepas hujan lebat menyebabkan air sungai melimpah dan menenggelamkan lima daerah di negeri di barat India itu.*
          *Jurucakap kerajaan berkata, akibat kejadian itu pihak berkuasa terpaksa memindahkan lebih 140,000 penduduk ke kawasan lebih selamat.*
           *Banjir itu dikatakan berpunca tindakan pihak berkuasa terpaksa melepaskan air dari empangan, selepas beberapa daerah seperti Kolhapur menerima sehingga 670 milimeter hujan dalam tempoh seminggu.*

           *MONTREAL: Seorang lelaki berusia 73 tahun ditahan selepas tersilap menghubungi 911 untuk mendapatkan maklumat.*
             *Warga tua yang tinggal di Chebogue, Nova Scotia dilaporkan mahu membuat panggilan ke 411 dan memberitahu operator bahawa dia tersalah dail tetapi polis pergi ke kediamannya untuk membuat pemeriksaan.*
          *Ketika itulah, polis menemui 100 senjata api iaitu 94 senapang dan enam pistol.*
           *Polis Diraja Kanada berkata semua senjata itu dimiliki secara sah, tetapi tidak disimpan dengan baik.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *CIKGU rindu doa kamu, berlarilah kamu ke syurga yang kau rindukan wahai anak, itulah nukilan sedih Wan Noraida Wan Mustafa, 39, untuk bekas pelajarnya yang menghembus nafas terakhir akibat kanser tulang, baru-baru ini.*
          *Pemergian Muhd Arif Syazwan Mohd Sabri pada 26 Julai lalu bukan sahaja menyedihkan warga Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah, Kuala Berang, malah impian bekas pelajar cemerlang itu melanjutkan pengajian ke Madinah, tidak tercapai.*
          *Nukilan ditulis Wan Noraida tular di laman sosial hingga ada yang menitiskan air mata apabila membacanya.*
            *Menurutnya, dia mendapat tahu Mohd Arif Syazwan sakit pada Mac lalu namun doktor belum mengesahkan penyakit sebenarnya.*

          *MULANYA memang kekok tetapi kini tidak lagi. Malah, saya sudah selesa melakukan dua pekerjaan setiap hari memandangkan misi saya adalah mencari rezeki selain mengumpul wang bagi mendirikan rumah tangga, kata Amirul Syafieq Muhd Isa Sham, 23.*
           *Muhammad Amirul adalah bekas pemain bola sepak pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan tidak lagi bermain selepas mengalami kecederaan hamstring, Julai tahun lalu.*
           *Mengenai gambarnya yang tular , Muhammad Amirul berkata dia tidak sangka perkongsiannya menerusi ciapan di Twitter mendapat perhatian warganet.*
           *Gambar berserta kapsyen ringkas itu dimuat naik tengah hari tadi ketika sedang berehat dan sebenarnya didedikasikan kepada teman wanita saya bagi menggembirakannya.*

           *EMPAT pemuda dari Kuala Terengganu sanggup menggadai nyawa menyiapkan mural Jalur Gemilang gergasi di atas bumbung Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) sempena bulan kemerdekaan.*
            *Mural Jalur Gemilang bersama bendera Terengganu bersaiz 90 x 40 kaki persegi itu disiapkan Mohd Fahmi Abdullah Sani, 29; Zulkarnain Abd Latif, 39; Wan Asri Nizam Wan Ismail, 36 dan Raja Badruddin Hakim Shah Raja Kamarul Bahrin, 33, dalam tempoh 20 hari bermula 15 Julai lalu.*
          *Mohd Fahmi berkata, kemahiran melukis mural membuatkan mereka terpanggil untuk menghasilkan mural Jalur Gemilang itu sempena bulan kemerdekaan sebagai tanda menghargai kemerdekaan negara yang disambut 31 Ogos setiap tahun.*

          *SAMSUNG melancarkan sebuah lagi peranti kelas premium keluarannya iaitu Samsung Galaxy Note 10 yang didatangkan menerusi dua varian.*
           *Pelancaran itu dilakukan di New York, Amerika Syarikat hari ini.*
          *Ini adalah pertama kali Samsung Galaxy versi Note mempunyai dua versi berbeza dengan kelainan saiz untuk pilihan pengguna berdasarkan kesesuaian.*

           *LOS ANGELES: Pelakon Hollywood, Danny Trejo, membantu menyelamatkan seorang budak lelaki terperangkap dalam sebuah kereta yang terbalik akibat perlanggaran lalu lintas di Los Angeles, semalam.*
         *Trejo, 75, berkata ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke sebuah bengkel di kejiranan Sylmar L.A. apabila sebuah motosikal yang ditunggang laju melanggar lampu isyarat merah sehingga bertembung dengan kereta lain lalu terbalik di sebuah simpang, katanya pada stesen televisyen KABC-TV.*

           *KEGHAIRAHAN satu pasangan kekasih bercumbu di atas jambatan membawa maut apabila mereka tergelincir dan terhempas di jalan raya dari ketinggian kira-kira 25 meter.*
           *Mail Online melaporkan, Maybeth Espinoz dan Hector Vidal dalamperjalanan pulang ke rumah selepas berhibur di sebuah kelab malam di Cusco pada Sabtu lalu sebelum mereka berhenti di atas jambatan.*
         *Kejadian itu turut dirakam kamera keselamatan dan tular di media sosial baru-baru ini.*
                 

*ARENA*
========


         *PENYERANG Manchester United, Romelu Lukaku tiba di Milan hari ini bagi menjalani ujian perubatan, menurut media Itali.*
           *Lukaku milik kami" penyokong Inter Milan bersorak ketika mengalu-alukan ketibaan pemain itu di lapangan terbang.*
         *Pemain berusia 26 tahun itu tidak beraksi walaupun seminit ketika jelajah pramusim United ketika spekulasi mengaitkan perpindahannya ke Serie A dengan Inter Milan menjadi kelab pilihan.*

         *KOTA Zipaquira di bandar Colombia mengalu-alukan kepulangan wira kampung halamannya Egan Bernal, 10 hari selepas dia memenangi kejuaraan Tour de France.*
           *Bulan lalu pelumba berusia 22 tahun itu menjadi warga Colombia pertama yang memenangi acara lumba basikal berprestij itu - dan dia antara juara termuda dalam tempoh 110 tahun.*
            *Beribu-ribu orang berkumpul di pusat bandar seawal pagi menantikan sambutan kepulangan Bernal.*

         *DANNY Welbeck melengkapkan perpindahannya ke Watford selepas meninggalkan Arsenal pada penghujung musim 2018-19.*
            *Bekas penyerang Manchester United itu tidak ditawarkan kontrak baru oleh The Gunners selepas menyertainya pada 2014.*
          *Everton dan Newcastle United dikaitkan untuk mendapatkan pemain kebangsaan England itu, namun The Hornets mengesahkan kemasukan Welbeck menerusi Twitter.*

         *JURULATIH Barcelona, Ernesto Valverde menegaskan Philippe Coutinho akan bersedia untuk terus kekal di Camp Nou di sebalik minat tinggi terhadap pemain tengah Brazil dari kelab Liga Perdana Inggeris.*
          *Perkembangan terbaru selepas pemain Croatia, Ivan Rakitic menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-79 menewaskan Napoli, 2-1 di Stadium Hard Rock, Miami hari ini.*

         *EDEN Hazard menjaringkan gol pertamanya bersama Real Madrid ketika membantu pasukan itu mencatat kemenangan 1-0 ke atas Red Bull Salzburg dalam perlawanan persahabatan pra musim di Salzburg, Austria, awal pagi ini.*
           *Pemain antarabangsa Belgium, yang berpindah dari Chelsea pada musim panas, menemui jaringan menerusi rembatan kaki kiri selepas menerima umpanan Karim Benzema.*

         *PEMAIN nombor dua dunia, Rafael Nadal mempamerkan aksi bertenaga walaupun perlawanan tertangguh dua jam berikutan hujan ketika menewaskan pemain Britain, Daniel Evans 7-6 (8/6), 6-4 untuk mara ke pusingan ketiga kejohanan Piala Rogers, di Quebec, Kanada, pagi ini.*
          *Dengan laporan keadaan cuaca yang tidak menentu beberapa hari ini, pemain kelahiran Sepanyol yang juga pilihan utama sedar akan saingan berdepan lawan ketika juara 18 kali Grand Slam mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Kanada itu.*

         *BINTANG Brazil, Gabriel Jesus digantung dua bulan bagi perlawanan antarabangsa oleh Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) kerana kelakuannya ketika aksi final Copa America, bulan lalu.*
           *Jesus menjaringkan gol dan membantu menghasilkan satu lagi gol sebelum diperintah keluar padang dalam perlawanan yang menyaksikan Brazil mencatat kemenangan ke atas Peru, 3-1 di Maracana pada 7 Julai lalu.*

         *PEMAIN Jepun, Naomi Osaka melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Piala Rogers di Toronto, Kanada pagi ini, sekali gus bakal menggugat ranking kedudukan pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty dari Australia.*
          *Juara bertahan Terbuka Australia dan Amerika Syarikat itu, mara selepas mendahului 6-2 di set pertama apabila pemain Jerman, Tatjana Maria menarik diri berikutan mengalami kecederaan otot kiri.*

         *SELANGOR menepati status juara 33 kali Piala Malaysia dengan mengatasi Melaka United (MU) 1-0 pada aksi kumpulan D di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.*
              *KEDAH gagal memanfaatkan kelebihan tempat sendiri apabila tewas 0-2 kepada Terengganu FC (TFC) dalam aksi kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.*
              *PAHANG mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Perak 3-0 dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.*

         *KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) tidak mempunyai halangan untuk menyenaraikan Muhammad Azeem Mohd Fahmi ke Sukan SEA Filipina seandainya terpilih.*
          *Jelas Timbalan Presiden KOM, Datuk Mumtaz Jaafar, senarai atlet yang bakal menggalas cabaran negara pada temasya dwitahunan berkenaan akan diputuskan selepas Terbuka Malaysia pada 17 hingga 19 Ogos ini.*

         *PROGRAM Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) bakal mengalami perubahan drastik susulan DNA baharu yang dilancarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 9 Julai lalu.*
           *NFDP yang diperkenalkan pada 2013 menggunakan falsafah bola sepak Jerman sebagai asas DNA dengan menerapkan formasi permainan 4-4-2 akan digantikan dengan DNA bola sepak Malaysia iaitu corak permainan 4-3-3.*

          *JOHOR Darul Ta'zim (JDT) memadam impian menggunung Petaling Jaya City FC (PJ City FC) dengan kemenangan 4-2 dalam aksi Kumpulan B saingan Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.*
          *Tuan rumah tidak menunggu lama merungkai jaringan seawal minit ketujuh menerusi Safawi Rasid.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-8-2019 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SELSA 13 GS 2019 ASHI ERSAAAN 12 ZUL#IJJH 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0543
*SUBUH* : 0553
*SYURUK* : 0710
*ZOHOR* : 1321
*ASAR* : 1638
*MAGHRIB* : 1927
*ISYAK* : 2039


*artikel disiarkan pada tarikh 12ogos*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *KELUARGA kepada Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang di sebuah resort di Pantai di Seremban, menawarkan ganjaran RM50,000 kepada individu yang berjaya menemukan semula remaja itu. Ibu mangsa, Maebh Jaseprine Quoirin berkata, tawaran itu sebagai usaha pihaknya dalam membantu polis mengesan Nora Anne yang hilang sejak 4 Ogos lalu.*

               2) *SEORANG lelaki berusia 26 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kebakaran permaidani di dua masjid sekitar daerah ini, hari ini. Permaidani di dalam ruang solat Masjid Kampung Rambai dan Masjid Pendang dikatakan disedari terbakar sekitar jam 5 pagi.*

               3) *SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun maut selepas dilanggar bapa saudaranya di Kampung Long Danau, Silabukan, Lahad Datu, semalam. Dalam kejadian jam 3.45 petang, bapa saudara mangsa berusia 37 tahun yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Land Cruiser difahamkan ke rumah keluarga mangsa sempena Aidiladha.*

               4) *NENEK maut manakala cucu lelakinya parah selepas diserang lima lelaki bertopeng dengan parang di rumah mereka di Kampung Tebuk Pulai, Sabak Bernam hari ini. Dalam kejadian 4.30 pagi itu, mangsa, P Runkanaikey, 78, meninggal dunia di lokasi akibat parah kepala, telinga kanan, tangan dan lutut kiri.*

               5) *PENGUNJUNG cilik, Adam Mustaqim Abd Rahman teruja disuap sepotong kuih donat oleh isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ketika Majlis Korban Masjid ArRahman Kampung Kedawang, Langkawi, hari ini. Adam Mustaqim, 10, yang juga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Kedawang mengaku pada mulanya gementar selepas melihat isteri Perdana Menteri memanggilnya dengan cara menggamit supaya ke meja utama.*

               6) *POLIS memanggil dua adik ipar mangsa yang maut akibat perselisihan faham dalam kemalangan kecil di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Persimpangan Southville City, kelmarin, untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini. Bapa mentua mangsa, Mohd Rozhan Ramlee, 57, berkata, dua anaknya itu berusia 19 dan 22 tahun itu ke IPD itu pada jam 10.30 pagi tadi.*

               7) *TIGA mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Haji Mustaffa Raja Kamala, Muallim, dipercayai diletupkan oleh sekumpulan perompak, pagi ini. Difahamkan, ketiga-tiga mesin itu diletup menggunakan bahan letupan sebelum wang tunai dianggarkan RM300,000 dipercayai dilarikan.*

               8) *KEHILANGAN Juruteknologi Makmal, Klinik Kesihatan Muar, Johor, Mohammad Ashraf Hassan, 29, ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gopeng pada 23 Mac lalu sehingga kini masih menjadi tanda tanya. Mohammad Ashraf atau lebih dikenali sebagai Acap disedari hilang oleh rakannya sebaik tamat perlumbaan itu sebelum usaha pencarian dijalankan penganjur di sekitar kawasan trek perlumbaan.*

               9) *Laungan takbir raya yang bergema dari Masjid At-Toyyibin di sebelah pusara itu menambah lagi kesayuan di hati Serihayati Ngainan, 48, suaminya Mohd Fakrul Khair Baharin, 41, ibunya, Sulaimah Sumiar, 70, serta satu-satunya anak lelaki mereka, Nur Iman Muqriz Muhd Fakrul Khair, 17. Kedua-dua anak gadis Serihayati, Nur Salsabila, 15 dan adiknya, Nur Ain Sumayyah, 13, ditemui meninggal dunia akibat kebakaran rumah mereka di Jalan Utama, Kampung Endah, awal pagi 15 Julai lalu.*

               10) *ALIRAN trafik menuju ibu kota di beberapa lebuh raya perlahan berikutan orang ramai mula meninggalkan kampung halaman hari ini. Namun berbeza di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) yang mana trafik dilaporkan masih lancar dan terkawal di kedua-dua arah sepanjang lebuh raya. Laporan terkini sehingga 8.40 malam di laman sosial Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan trafik perlahan 17 kilometer selepas Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi.*

               11) *TINDAKAN enam lelaki berlumba kereta di Jalan Dato Bandar Tunggal, Seremban, membawa padah apabila ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan, awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, operasi dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, jam 1 pagi.*

               12) *PEMANDU bas mini berusia 30 tahun ditahan polis selepas disyaki mencabul pelancong wanita warga Jepun, semalam. Lelaki itu ditahan 10.30 malam di hadapan sebuah kedai di Jalan Sulaman di Kota Kinabalu, selepas mangsa berusia 40 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.*

               13) *JENAZAH penuntut Malaysia, Amirul Ashraff Md Azhar, 22, yang maut di Sydney, Australia, akibat tergelincir dari bangunan kediamannya tidak akan dibawa pulang, sebaliknya dikebumikan di negara berkenaan. Ibunya, Junaidah Ahmad,46, berkata urusan bedah siasat dan siasatan pihak berkuasa masih berjalan serta pengebumian anak sulungnya itu akan dilakukan selepas semua prosedur itu selesai.*

               14) *PERSEKUTUAN Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dianggap sebagai rasis kerana tidak pernah bersetuju dengan dasar pendidikan negara termasuk dalam isu pembinaan Sekolah Wawasan sebelum ini. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sikap Dong Zong dapat dilihat apabila pertubuhan itu masih membantah pembelajaran Jawi dan khat di sekolah vernakukar, sedangkan keputusan itu dibuat pada 2012 oleh kerajaan terdahulu.*

               15) *KUALA LUMPUR: Badan Kebajikan dan Khairat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) berkongsi kemeriahan sambutan Aidiladha dengan mengorbankan tujuh ekor lembu di Balai Berita, di sini, semalam. Pengerusinya, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, ibadah korban yang dilakukan secara gotong-royong itu adalah acara tahunan NSTP sebelum daging diagihkan kepada asnaf terpilih.*

               16) *PASUKAN polis dari England, Ireland dan Perancis membantu polis Malaysia melakukan siasatan berhubung kehilangan remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, pasukan keselamatan itu hanya membantu siasatan dan tidak terbabit operasi mencari dan menyelamat (SAR).*

               17) *KERAJAAN Johor memberi kebenaran kepada
Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka untuk mengepam tambahan 60 juta liter (j/l) air dari Sungai Muar, Johor bagi menampung keperluan bekalan air di negeri itu. Pengarah BKSA negeri, Faizah Abdul Rahman @ Sulaiman berkata, tambahan bekalan air itu menjadikan bekalan air yang dipam dari Sungai Muar meningkat kepada 220 j/l sehari berbanding 160 j/l sehari sebelum ini.*

               18) *DUA lelaki yang sedang mencari besi buruk terkejut apabila menemui rangka manusia dalam keadaan rentung dan terbakar di Jalan Pelabuhan Pending, Kuching, malam tadi. Susulan itu, seorang lelaki berusia 32 tahun segera membuat laporan polis jam 1.16 pagi.*

               19) *PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencemar duli menziarahi rumah tiga keluarga mangsa ribut di FELDA Padang Piol, Jerantut, hari ini. Kunjungan itu adalah bagi menyatakan rasa dukacita Baginda terhadap bencana menimpa semua mangsa dan berharap bantuan daripada kerajaan negeri serta agensi berkaitan dapat diagihkan segera.*

               20) *HANYA kerana berebut teman wanita, remaja cedera selepas dibelasah sekumpulan lelaki di lorong belakang sebuah kedai serbaneka di Sri Perdana, Lahad Datu semalam. Dalam kejadian 2.45 petang itu, mangsa lelaki erusia 19 tahun dipukul tujuh lelaki sehingga menyebabkannya cedera kepala dan mulut selain sakit di bahagian belakang badan serta pinggang.*

               21) *YAYASAN Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bimbang dengan taktik licik sindiket Macau Scam yang menggunakan pelbagai kaedah baharu dan peranti terkini bagi memperdaya mangsa. Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye mendedahkan, namanya turut digunakan sindiket bagi mendapatkan wang daripada pegawai tertinggi organisasi yang dipengerusikannya.*

               22) *LAUNGAN terima kasih Malaysia berselang seli takbir memenuhi ruang lokasi penyembelihan lembu korban di bandar Rumonge di Burundi hari ini. Pengarah Pemasaran EZ Qurban Sdn Bhd Ahmad Fadzlullah Hasanuddin berkata, pihaknya memperuntukkan 28 lembu untuk program korban di kawasan berkenaan.*

               23) *SATU objek menyerupai bom mortar ditemui di laman rumah di Kampung Segambut Bahagia, Segambut, hari ini. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan objek itu jam 10 pagi. Menurutnya, Unit Pemusnah Bom (UPB) kemudian dikerah dan tiba di lokasi jam 11.40 pagi.*

               24) *PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyumbangkan dua lembu untuk diagihkan kepada 279 penerima sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Kampung Kuala Slim, Slim River, hari ini. Sumbangan ibadah korban sempena Aidiladha itu disampaikan Pengurus Seksyen C2 PLUS Slim River, Mohammad Shafiq Suresh Abdullah kepada Pengerusi Pembinaan Masjid Kampung Kuala Slim, Mohd Suhaimi Md Said.*

               25) *PERJALANAN pulang sebuah keluarga secara berkonvoi dari Batu Layar Desaru, Kota Tinggi berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut dalam kemalangan, pagi tadi. Dalam kejadian jam 4.50 pagi, Semai Anak Jambu, 73, maut manakala Asah Anak Entering, 33, parah selepas Perodua Viva dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Perling.*

               26) *POLIS memburu seorang lagi suspek kejadian samun motosikal Yamaha Y15 milik penghantar makanan GrabFood di Phileo Damansara, Petaling Jaya, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, setakat ini, belum ada perkembangan tangkapan terbaru dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.*

               27) *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) meminta masyarakat tidak memanipulasi insiden kematian, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, bagi membangkitkan sentimen perkauman. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, pelbagai spekulasi boleh menjejaskan perpaduan dan ketenteraman masyarakat di negara ini.*

               28) *DUA lelaki yang mencari besi buruk terkejut apabila menemui rangka manusia dengan kesan terbakar di Jalan Pelabuhan Pending di Kuching, hari ini. Susulan itu, mereka membuat laporan polis awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai dalam satu kenyataan mengesahkan laporan polis dibuat oleh dua orang awam itu.*

               29) *REMAJA perempuan berdepan detik hitam apabila diperkosa kekasihnya di rumah keluarga lelaki itu di FELDA Palong di Jempol, Rabu lalu. Difahamkan, remaja terbabit berusia 15 tahun itu dipercayai berkenalan dengan lelaki berusia 21 tahun itu di Instagram sebelum mereka menjadi pasangan kekasih dan saling berkongsi gambar bogel.*

               30) *KEADAAN jerebu di kawasan SK Kuala Baram 2, Miri, hari ini, berada pada skala bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya, dengan catatan IPU 317 setakat 11 pagi, mengikut data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS). Kawasan itu terjejas dan berada dalam tahap berbahaya sejak 10 pagi dengan bacaan IPU 302 dan mula berada pada tahap sangat tidak sihat sejak 8 pagi ini dengan catatan IPU 242 dan meningkat kepada IPU 282 pada 9 pagi.*

               31) *SEORANG jemaah haji Malaysia yang dalam perjalanan pulang selepas melontar di jamrah di Mina meninggal dunia akibat serangan jantung malam tadi. Setakat ini, sembilan jemaah haji disahkan meninggal dunia ketika mengerjakan ibadat haji musim ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, jemaah berkenaan dikenali sebagai Faridah Abdul Latif, 65, dari Rompin, Pahang dan menginap di Maktab 86 dan tiba di Tanah Suci pada 31 Julai melalui KT52.*

                32) *DUA maut manakala tiga cedera selepas rumah kedai dua tingkat dihuni sebuah keluarga musnah dalam kebakaran di Jalan Indah 8/15, Taman Bukit Indah di Iskandar Puteri, hari ini. Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Inggai Bakau berkata, seramai 28 anggota bersama enam jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 4.34 pagi.*

                33) *LELAKI ditahan selepas menyerah diri kerana tertembak adiknya sendiri sehingga terbunuh dalam kejadian di hutan Sabindo Plantation, Ulu Pangas, Apin-Apin, Keningau, kelmarin. Dalam kejadian 3.30 petang itu, suspek berusia 41 tahun tertembak adiknya yang berusia 35 tahun ketika sedang berburu di hutan.*

                34) *SERAMAI 18 nelayan di Kampung Pengkalan Balak, Masjid Tanah di sini, terputus punca rezeki berikutan perahu mereka tidak mampu diturunkan ke laut akibat pembentukan tebing pantai setinggi kira-kira 1.5 meter susulan hakisan yang kian serius. Tebing berkenaan semakin meninggi selepas hakisan yang semakin serius sejak tiga minggu lalu menyebabkan pasir pantai dikorek sebelum dibawa ke laut, sekali gus menyebabkan perahu gentian kaca mereka tidak boleh diturunkan.*

                35) *SEBANYAK 171 sekolah di beberapa daerah di Kedah direkodkan mengalami kerosakan antaranya pada bahagian bumbung dan siling bangunan sekolah itu akibat ribut Jumaat lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah Dr Salmee Said berkata, daerah yang terbabit adalah Langkawi, Pendang, Sik, Baling, Kota Setar, Kubang Pasu, Kuala Muda, Yan, Padang Terap dan Kulim-Bandar Baharu.*

                36) *ANGGOTA bomba dan penyelamat mengambil masa lebih sejam untuk menjejaki dua sahabat yang sesat di Gunung Pulai, Kulai malam tadi. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Mohd Khairi Zainudin berkata, sembilan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 8.20 malam.*

                37) *NELAYAN yang terjatuh laut di Jeti Tok Arab, Kerpan, Jerlun kelmarin ditemui lemas hari ini. Mayat Azimat Hassan, 62, ditemui terapung dan tersangkut pada tambak pantai oleh anggota RELA yang membuat rondaan di kawasan pantai Kuala Kuar pada 7.05 malam.*

                38) *PERJALANAN pulang sebuah keluarga secara berkonvoi dari Batu Layar Desaru, Kota Tinggi berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut dalam kemalangan, pagi tadi. Dalam kejadian jam 4.50 pagi, Semai Anak Jambu, 73, maut manakala Asah Anak Entering, 33, parah selepas Perodua Viva dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Perling.*

                39) *BEBERAPA saksi kejadian sudah tampil memberi keterangan kepada polis berhubung kemalangan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran persimpangan Southville City semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, ada antara saksi berkenaan tampil sukarela dan ada juga diminta tampil membantu siasatan.*

                40) *MEMANG sedih lihat kereta dalam keadaan seperti itu namun saya bersyukur kerana tiada di dalam ketika kejadian, luah Mohamad Alif Mohamad Faazillah, 24. Mohamad Alif memberi reaksi mengenai insiden kereta model Naza Citra milik ibunya, Che Nor Azizah Hassan, 52, penyek selepas dihempap struktur bangunan berikutan ribut di Bandar Bayan Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Jumaat malam.*

            
*SEJAGAT*
==========
   

             *LONDON: Seorang pemandu wanita cedera akibat tersepit antara dua kereta selepas dilanggar seorang lelaki dalam pergaduhan berhampiran Itana Buckingham kelmarin.*
          *Mail Online melaporkan, kejadian berlaku apabila wanita berkenaan keluar dari kenderaannya sebelum secara tiba-tiba dia dilanggar sebuah kereta dipandu seorang lelaki menyebabkan dia tersepit antara dua kenderaan.*
         *Satu rakaman video menunjukkan wanita itu tersepit antara dua kereta dan mengerang kesakitan serta meminta tolong.*

           *LAPAN kelahiran bayi direkodkan di beberapa hospital di Makkah, Mina dan Arafah ketika ibadah haji sedang berlangsung, lapor Kementerian Kesihatan Arab Saudi, semalam.*
          *Laporan kementerian yang disiarkan di Saudi Press Agency (SPA) berkata, Hospital Bersalin dan Kanak-Kanak Makkah merekodkan lima kelahiran iaitu dua di Arafah dan seorang di Mina.*
           *Arab News melaporkan bayi di Arafah dilahirkan jemaah ketika melaksanakan ibadah haji pada 10 Ogos lalu.*

          *TRIPOLI: Lapangan terbang Mitiga, Libya diserang roket semalam, sekali gus melanggar gencatan senjata sementara antara kerajaan perpaduan dan tentera yang setia kepada Khalifa Haftar.*
          *Lapangan terbang Mitiga diserang pada pagi ketika sambutan hari pertama Aidiladha, kata pengurusan lapangan terbang dalam kenyataan di Facebook.*
             *Kawalan trafik dihentikan sementara sehingga dan beberapa gambar kepulan asap dari landasan serta tempat letak pesawat turut disertakan bersama kenyataan itu.*

         *HONG KONG: Penunjuk perasaan dijangka berhimpun di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong untuk hari keempat berturut-turut, hari ini.*
            *Mereka turut merancang mengadakan perhimpunan di luar ibu pejabat polis pada malam ini.*
            *Semalam, penunjuk perasaan membaling dua bom petrol ke arah polis dan menyebabkan seorang pegawainya cedera.*

         *Morogoro (Tanzania): Seramai 69 orang terbunuh ketika cuba mencuri minyak daripada lori tangki minyak terbabas sebelum kenderaan itu meletup dalam kejadian yang menggemparkan Tanzania.*
              *Presiden John Magufuli mengisytiharkan tempoh berkabung hari ini susulan kejadian yang itu turut menyebabkan 39 orang cedera serius, lapor AFP.*
           *Memetik laporan Mail Online, pemandu teksi dan penduduk tempatan berebut mencuri minyak dari lori tangki itu yang terbabas di luar sebuah perkampungan.*

          *Houston: Seorang lelaki warga Malaysia ditahan baru-baru ini kerana cuba mengintai penumpang United Airlines dengan memasang kamera dalam tandas kelas pertama pesawat itu.*
              *Choon Ping Lee meletakkan kamera itu dalam tandas penerbangan 646 yang dalam perjalanan ke Houston dari San Diego pada 5 Mei lalu.*
           *Menurut Daily Mail, kamera itu ditemui seorang penumpang wanita yang melihat cahaya biru menyala dari alat terbabit.*

           *NEW DELHI/BENGALURU: Jumlah kematian akibat banjir di tiga negeri, Karnataka, Kerala dan Maharashtra melonjak 147 orang, kata pihak berkuasa dalam pada pasukan penyelamat bergegas memindahkan orang ramai manakala air bah semakin turut menenggelamkan satu lokasi warisan dunia.*
          *Hujan lebat dan tanah runtuh memaksa ratusan ribu orang berlindung di kem sementara, manakala perkhidmatan kereta api terjejas di beberapa kawasan banjir.*
          *Di Kerala, selatan India, sekurang-kurangnya 57 orang terbunuh dalam kejadian berkaitan hujan, manakala lebih 165,000 yang lain berada di kem perlindungan, kata pihak berkuasa hari ini.*

         *OSLO: Insiden tembakan di sebuah masjid di Norway semalam disiasat sebagai cubaan melakukan serangan pengganas, kata polis hari ini.*
            *Suspek terbabit yang lengkap dengan beberapa senjata itu melepaskan di tembakan di Pusat Islam Al-Noor di bandar Baerum, pinggir bandar Oslo dalam kejadian tengah hari semalam hingga menyebabkan seorang cedera.*
          *Kami menyiasat kes ini sebagai cubaan melakukan serangan pengganas, kata pemangku ketua polis, Rune Skjold.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *SAYA memuat naik gambar mereka berdua (pelajar istimewa) di laman sosial untuk menyampaikan mesej, Orang Kurang Upaya (OKU) juga bijak menzahirkan sayang dalam persahabatan, sekalipun dilahirkan dengan kekurangan, kata Ahmad Farizan Bahaman, guru Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Gelanggi 2, Jerantut, Pahang.*
            *Ahmad Farizan, 36, menjelaskan alasannya kerap berkongsi gambar dua pelajar istimewa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) iaitu Mohd Hafiz Adnan, 15, dan Aliffuddin Saipudin, 16, ketika di sekolah.*
            *Menerusi satu daripada gambar yang dimuat di Facebook miliknya, Mohd Hafiz dilihat menyuap makanan ke mulut rakannya, Aliffuddin ketika waktu rehat dan keakraban dua anak istimewa itu mencuri perhatian warganet.*

          *SELAMA 25 tahun saya simpan rahsia ini dan Sabtu lalu ketika dalam perjalanan ke Kuantan menemui ibu bapanya, saya beritahu perkara sebenar mengenai statusnya.*
            *Alhamdulillah, walaupun dia kelihatan sebak apabila dapat tahu, dia tetap tenang dan cool, kata Zobaidah Sidin, 56.*
           *Zobaidah adalah ibu angkat kepada Ahmad Farhan, 25, dan wanita itu memilih hari raya korban kerana anak angkatnya itu bekerja di Singapura dan pulang ke rumah mereka di Alor Gajah, Melaka sempena cuti hari raya.*
             *Satu mesej mengenai usaha Zobaidah mencari suami isteri, Abdul Rahman dan Zainun yang meninggalkan anak kelima mereka sejak lahir untuk dipelihara pada 1994, tular di aplikasi Whatsapp sejak seminggu lalu.*

          *JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan kesalahan ejaan dalam kenyataan amaran ribut petir yang dikeluarkan pada 3.30 pagi, 10 Ogos lalu.*
           *Ketua Pengarahnya Jailan Simon berkata, kenyataan itu disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.*
            *Terdahulu, tular mengenai kenyataan ramalan ribut (kemaluan) yang kononnya dikeluarkan MetMalaysia di laman sosial.*
             *Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi oleh warganet sehingga ada menjadikan kenyataan itu sebagai bahan jenaka.*

             *POLIS mencari individu yang dipercayai memanah anjing sehingga mati di kawasan lot rumah kedai di Dayang Bay di Langkawi, semalam.*
             *Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang penduduk pada 4.54 petang berhubung kejadian itu.*
          *Wanita itu mendakwa menerima kiriman gambar daripada kenalannya memaklumkan anjing mati dipanah di kawasan lot kedai yang belum berpenghuni.*
           *Gambar itu dipercayai menjadi tular selepas dimuat naik oleh pengguna Facebook dikenali Choo WS, katanya ketika dihubungi, hari ini.*

             *POLIS, semalam, menahan seorang lelaki dari Kulim, berhubung isu penghinaan terhadap agama Islam berkaitan sambutan Aidiladha.*
            *Lelaki berusia 34 yang bekerja sebagai pemotong rumput itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang, 10.30 malam.*
            *Terdahulu, lelaki terbabit dikatakan memuat naik teks di media sosial berbaur penghinaan terhadap sambutan Aidiladha.*
           *Suspek yang dipercayai menetap di Taman Selasih, Kulim itu turut menghina ibadah korban dan solat yang dilakukan umat Islam.*

             *MUNGKIN ada tertanya-tanya mengenai binaan terletak berhampiran pintu masuk Kompleks Tabung Haji Sepang dengan bentuk melengkung melambangkan huruf jawi ta serta ha di sisinya.*
            *Pada bahagian melengkung itu mengandungi garisan seperti graf yang pelbagai bentuk, angka dan nombor dalam bahasa Arab selain tertulis bulan Masihi dari Januari hingga Disember.*
           *Binaan berkenaan diberi nama Mizwalah TaHa, adalah jam matahari direka bentuk oleh Persatuan Falak Syari Malaysia dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) atas kepercayaan diberikan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).*

          *DENPASAR: Seorang pelancong warga Australia mengamuk dengan bertindak merosakkan kedai, restoran dan kenderaan di Sunset Road, Bali kelmarin.*
          Video kejadian yang tular di media sosial memaparkan suspek berlari di jalan raya sebelum melompat ke arah sebuah motosikal, menyebabkan penunggangnya terjatuh dan cedera.*
         *Suspek yang berkaki ayam ketika itu turut dilaporkan menerpa sebuah kereta yang bergerak ketika penduduk mengejarnya, lapor The Jakarta Post.*

            *LOS ANGELES: Bintang pop Miley Cyrus dan pelakon Liam Hemsworth bersetuju untuk berpisah selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga, lapor majalah People.*
          *Menurut majalah itu, khabar angin pasangan terbabit berpisah timbul sehari sebelum Cyrus berkongsi gambar tidak memakai cincin perkahwinannya di Instagram.*
             *Baru-baru ini, Cyrus, 26, memberitahu majalah Elle dia kurang selesa digelar sebagai isteri dan menganggap ia mengelirukan.*
                 

*ARENA*
========


           *PEMAIN tengah Manchester United, Paul Pogba berkata masih timbul tanda tanya mengenai masa depannya bersama kelab itu selepas kemenangan bergaya 4-0 ke atas Chelsea dalam aksi pertama Liga Perdana malam tadi.*
           *Menurut pemain antarabangsa Perancis itu, dia mahu meninggalkan kelab ketika tempoh penutup musim dan dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid atau Juventus.*

           *FRANK Lampard membidas kenyataan Jose Mourinho yang menghentam pemilihan kesebelasan Chelsea ketika menentang Manchester United sambil menegaskan dia tidak peduli apa diperkatakan pengkritiknya.*
            *Mourinho yang bekerja dengan Sky Sports berkata, Lampard sepatutnya memilih pemain lebih tahu cara menangani permainan daripada menyenaraikan pemain muda seperti Mason Mount dan Tammy Abraham ketika tewas 0-4 di Old Trafford malam tadi.*

           *PILIHAN utama, Rafa Nadal menewaskan pemain Russia, Daniil Medvedev 6-3, 6-0 untuk menjulang gelaran kelima Piala Rogers di Montreal, awal pagi tadi kali pertama dia melakukannya di atas permukaan bukan tanah liat.*
        *Pemain nombor dua dunia berusia 33 tahun dari Sepanyol itu tiada masalah berdepan pilihan kelapan, Medvedev dalam pertemuan kali pertama mereka.*

           *PERSIAPAN Serena Williams menghadapi Terbuka Amerika Syarikat (AS) berakhir kekecewaan selepas pemain AS itu terpaksa menarik diri ketika pemain remaja Kanada, Bianca Andreescu mendahului 3-1 pada final Piala Rogers di Toronto, awal pagi tadi.*
          *Serena yang mengejar rekod 24 gelaran Grand Slam di Terbuka AS tampak tiada masalah di atas gelanggang apabila secara tiba-tiba mengalirkan air mata di kerusinya sebelum menarik diri selepas permainan berlangsung 19 minit akibat kecederaan belakang.*

           *PEMANDU Formula Satu dari Thailand, Alexander Albon mendapat tempat bergandingan bersama Max Verstappen dalam pasukan Red Bull mengharungi baki perlumbaan musim ini sekaligus menyertai secara tetap.*
              *Albon, berusia 23 tahun dan dilahirkan di England oleh ibunya berbangsa Thai, dibawa masuk daripada pasukan saudara Red Bull iaitu Toro Rosso dengan pemandu Perancis, Pierre Gasly akan ke pasukan terbabit.*
           *Albon akan memandu kereta Red Bull untuk kali pertama di Grand Prix Belgium pada 1 September.*

            *PRESTASI pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah mencetuskan rasa bimbang pengurus pasukan Red Bull KTM Tech 3, Herve Poncharal.*
              *Terbaru pada Grand Prix (GP) Austria di Spielberg, semalam, pelumba negara itu terpaksa dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana mengalami gegaran di kepala selepas terbabit dengan kemalangan pada hari perlumbaan.*
           *Ia adalah kali kedua berturut-turut Hafizh gagal menamatkan perlumbaan yang mana ia agak membimbangkan.*

            *MENYINGKIRKAN enam pemain Eropah dan muncul juara Terbuka Hellas di Greece nyata memberi pengalaman yang cukup bermakna buat perseorangan lelaki negara, Lim Chong King.*
             *Lebih manis kejohanan yang berlangsung di Greece itu adalah kejuaraan peringkat senior sulung buatnya mengalahkan rakan senegara, Aidil Sholeh Ali Sadikin, semalam.*

           *SKUAD hoki lelaki negara tidak lagi mempunyai perwatakan garang seperti ketika di awal saingan siri jelajah Eropah apabila tewas 0-8 kepada Belgium pada perlawanan terakhir siri jelajah itu di Antwerp, hari ini.*
            *Keputusan itu melengkapkan aksi Malaysian Tigers bersama pemenang Piala Dunia 2018 itu dengan perlawanan pertama Sabtu lalu menyaksikan skuad negara tewas 1-5.*
          *Belgium yang menduduki ranking kedua dunia, memperoleh empat gol selepas berakhir separuh masa pertama.*

           *TOLONG kekalkan jurulatih LTK (Lim Teong Kim). Itu permintaan pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Raja Muhammad Haikarl Raja Muhammad Zahari yang mengaku Teong Kim adalah individu paling tepat untuk terus mengemudi AMD selaku Pengarah Teknikal.*
             *Haikarl, 15, yang ketika ini berada di Osaka, Jepun sempena program Projek Impian ASEAN (ADP) 2019 menganggap, bekas jurulatih akademi Bayern Munich itu memiliki ilmu bola sepak cukup tinggi yang banyak mengubah cara pemikiran dan teknik permainan pemain-pemain di AMD.*

         *JARINGAN menerusi 'set piece' menjadi fokus utama skuad Pahang bagi mengharungi baki empat perlawanandalam Kumpulan C saingan Piala Malaysia.*
         *Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh mengakui kemampuan memperoleh jaringan bukan sahaja melalui gerakan serangan tapi turut boleh dilakukan melalui sepakan percuma.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-8-2019 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*RAU 14 GS 2019 ASHI ERSAAAN 13 ZUL#IJJH 1440 HIJRH*


*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0543
*SUBUH* : 0553
*SYURUK* : 0710
*ZOHOR* : 1321
*ASAR* : 1638
*MAGHRIB* : 1927
*ISYAK* : 2038


*artikel disiarkan pada tarikh 13ogos*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *MAYAT Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak 4 Ogos lalu ditemui di cerun curam terletak tidak jauh dari kawasan air terjun dekat Gunung Berembun, Pantai, Seremban. Menurut Daily Mail, Nora Anne memberitahu keluarganya mengenai keterujaannya ke situ setibanya di resort tempat mereka sekeluarga menginap di kawasan berkenaan.*

               2) *PENYAMUN bersenjatakan pisau dipercayai penagih dadah maut selepas bergelut dengan penghuni rumah di Kampung Lata Kekabu, Lenggong, hari ini. Dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, suspek berusia 30-an dipercayai memecah masuk rumah yang didiami ibu tunggal berusia 30-an bersama anak lelakinya berusia 16 tahun.*

               3) *SINDIKET Geng Fuad Lombok yang aktif membawa pendatang asing tanpa izin (Pati) memasuki negara ini dikesan wujud sejak hujung tahun lalu selain dianggotai 95 peratus warga Indonesia.
Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, mengikut maklumat risikan, sindiket itu dikendalikan individu dari Lombok, Indonesia dan memiliki taraf penduduk tetap.*

               4) *KOMPRESOR pendingin hawa Masjid Tok Keling di Alor Setar, terbakar dipercayai dilakukan suspek sama yang ditahan berkaitan kes membakar permaidani di dua masjid di Pendang, semalam. Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dimaklumkan oleh orang awam pada 9.30 pagi berlaku kebakaran kecil di luar masjid itu pagi semalam.*

               5) *TINDAKAN seorang lelaki leka bermain judi dalam talian menggunakan telefon bimbit di sebuah restoran di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur, mengundang padah apabila ditahan polis, hari ini. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras yang menerima maklumat berhubung kegiatan suspek berusia 47 tahun bertindak menahannya jam 2 pagi.*

               6) *KAYAK hijau dipercayai digunakan dua pelancong Singapura yang dilaporkan hilang di kira-kira lima batu nautika timur Pulau Aceh, Endau, Mersing ditemui hari ini. Kayak terbabit ditemui nelayan tempatan kira-kira 0.6 batu nautika tenggara Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang, 12.30 tengah hari tadi.*

               7) *PERTUBUHAN Cina Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) menolak seni khat diajar secara wajib dengan motivasi dakwah kerana kaedah itu tidak menepati prinsip al-Quran. Menurut Dong Jiao Zong, pengajaran seni itu turut ditolak berikutan kegagalan pegawai Kementerian Pendidikan mendengar pandangan masyarakat bukan Melayu.*

               8) *TERPULANG kepada polis untuk menentukan sama ada badan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu diharamkan atau tidak. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Dong Zong hanya mempertahankan satu komuniti dan lupa bahawa ini adalah negara pelbagai kaum.*

               9) *SURI rumah terpaksa menanggung kerugian RM35,330 selepas menjadi mangsa penipuan individu menyamar sebagai kakitangan mahkamah dan anggota polis. Kejadian didakwa berlaku selepas wanita berusia 41 tahun dari Bukit Payong, Marang, menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai Pembantu Am Mahkamah Majistret Labuan pada awal Julai lalu.*

               10) *HASRAT seorang pengait kelapa sawit memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual besi buruk ditemuinya dalam ladang kelapa sawit tidak kesampaian apabila mendapati besi itu sebenarnya adalah bom peninggalan Perang Dunia Kedua. Bom itu dikenal pasti pemilik premis menjual besi buruk di Kampung Batu 7, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, ketika didatangi lelaki berkenaan di rumahnya kira-kira jam 4.30 petang, semalam.*

               11) *SEKOLAH Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Sabak Bernam menanggung kerugian lebih RM150,000 apabila dilanda ribut, kesan daripada taufan Lekima yang melanda Taiwan, awal pagi, Sabtu lalu. Pengetuanya, Azizah Mohd Adenan berkata, kerugian berkenaan adalah anggaran kasar, bagaimanapun, pihaknya menganggarkan nilai kerosakan berkenaan akan meningkat.*

               12) *POLIS sedang mengesan tiga individu yang disyaki meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan membawa lari wang tunai di sebuah bank di Jalan Haji Mustaffa Raja Kamala di Muallim, semalam. Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, berdasarkan semakan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) terdapat dua suspek lelaki bertopeng memasuki bank berkenaan.*

               13) *TIGA lelaki ditahan selepas cuba menyeludup 12,000 karton rokok bernilai RM300,000 di Kampung Bukit Batu di Kuala Krai, Jumaat lalu. Kesemua mereka itu berusia antara 22 hingga 54 tahun ditahan dalam serbuan 7.45 pagi oleh sepasukan polis yang melakukan rondaan.*

               14) *WARGA emas antara lapan yang ditahan dalam beberapa serbuan polis membabitkan rampasan pelbagai jenis senjata api buatan sendiri di Ranau. Rampasan dan tangkapan dibuat sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau pada 6 dan 7 Ogos lalu.*

               15) *SAYA amat malu kerana saya sering kali pergi meninjau tandas di Malaysia (untuk) tengok bersih atau tidak... biasanya tak (bersih) dan busuk. Itu mencerminkan sifat yang ada pada kita, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurutnya, keadaan tandas awam di negara ini kelihatan sedemikian disebabkan tiada perasaan tanggungjawab sivik dalam hati kalangan masyarakat negara ini.*

               16) *ORANG ramai diminta menyalurkan maklumat mengenai suspek yang menetak bekas isterinya dengan golok di hadapan sebuah bank di Kuala Krai, 1 Ogos lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, suspek warga Pakistan berusia 50-an sudah melarikan diri dari rumahnya di Machang.*

               17) *PADAH melakukan sumbang mahram ke atas anak tiri, seorang tukang rumah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, hari ini. Bapa tiri berusia 62 tahun itu terdahulu masih mengekalkan pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan sekali lagi terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Zahilah Mohammad Yusoff.*

               18) *TUJUH penumpang cedera ringan selepas bas ekspres dinaiki terbabas sebelum terbalik di Batu 15 Jalan Apas, Tawau, hari ini.
Difahamkan, dalam kejadian 5.10 pagi itu, bas ekspres yang membawa 40 penumpang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Terminal Bas Bersepadu di Sri Indah.*

               19) *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang memperkenalkan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) bagi nombor pendaftaran kenderaan. JPJ Pahang akan mula membuka bidaan bagi nombor pendaftaran baru negeri ini iaitu CEE secara dalam talian bermula 12 tengah malam 30 Ogos ini dan berakhir pada 11.59 malam 3 September, kata Pengarah JPJ Pahang Mohammad Abdullah*

               20) *PENGANJURAN ibadah korban badan bukan kerajaan (NGO) yang meraikan masyarakat pelarian di ibu kota, mendapat pujian daripada masyarakat terbabit. Apa tidaknya, 200 masyarakat pelarian daripada pelbagai negara, diraikan malah mereka berasa suasana melakukan ibadah itu seperti di negara sendiri.*

               21) *PROGRAM Titipan Kash Korban Harian Metro 2019 di Masjid Darulaman Kampung Lak -Ol di Narathiwat, Thailand, meriah dengan kehadiran lebih 300 penduduk. Pertama kali diadakan seumpamanya, penduduk bersama sukarelawan akhbar ini dan Dapur Penyet bergotong-royong menjalankan ibadah korban serta kenduri rakyat.*

               22) *STATUS gelombang haba di empat negeri, hari ini dilaporkan berada pada tahap satu iaitu paras berjaga-jaga. Berdasarkan kemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sehingga 4.30 petang tadi, 13 kawasan mencecah suhu antara 35 dan 37 darjah Celcius. Kawasan itu membabitkan negeri Perak iaitu di daerah Selama, Kuala Kangsar dan juga Kinta manakala, di Pahang membabitkan Bentong serta Rompin.*

               23) *LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertegas bahawa Datuk Seri Najib Razak masih perlu membayar cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion walaupun ada memfailkan rayuan penilaian semula bagi tuntutan itu. LHDN melalui kerajaan mendakwa mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan jelas memperuntukkan bahawa cukai suatu taksiran apabila genap masanya adalah perlu dibayar tidak kira sama ada orang itu merayu terhadap taksiran yang dibangkitkan itu.*

               24) *MASALAH lampu di landasan Lapangan Terbang Sibu menyebabkan 12 penerbangan dibatalkan, hari ini. Ia membabitkan enam penerbangan berlepas dan enam yang dijangka tiba di lapangan terbang berkenaan. Penerbangan terbabit ialah dari Sibu ke Kuching pada 5.25 petang serta tiga penerbangan Sibu ke Kuala Lumpur pada 6.50 petang, 7.30 malam dan 8.15 malam.*

               25) *KEADAAN di kawasan perkhemahan Mina Muaisim terkawal walaupun hujan lebat berlaku pada jam 4 petang, semalam (waktu tempatan). Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, tiada ancaman nyawa dan kecederaan dilaporkan membabitkan jemaah serta petugas haji Malaysia.*

               26) *TIMBALAN Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong, hari ini, meminta semua lapisan masyarakat memahami peranan dan pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tanpa mengira latar belakang dan ekonomi, semua pihak sama ada tentera mahupun orang awam diminta berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.*

               27) *DULU Pak Do teringin nak kibar jalur gemilang macam orang lain seperti dalam kaca televisyen, namun, masa tu tiada duit nak beli bendera. "Jadi Pak Do kutip mampu kutip bendera jatuh di atas jalan ketika dalam perjalanan pulang berniaga ikan dari Pasir Mas ke Tanah Merah, kata Mohd Nasir Mustapha, 60. Sehingga kini, bendera yang dikutip sejak 2000 lalu oleh Mohd Nasir atau lebih mesra dengan panggilan Pak Do sudah mencecah kira-kira 3,000 helai.*

               28) *PEMANDU teksi, e-hailing dan bas yang belum mendaftar bagi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SPS) disarankan supaya segera berbuat demikian kerana Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan mula mengeluarkan kompaun, minggu ini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz berkata, sehingga hari ini, hanya 53,801 daripada lebih 300,000 pekerja persendirian yang direkodkan, berdaftar dalam skim SPS.*

               29) *ORANG ramai dijemput ke persidangan Mencari Keadilan MH17 di AuditoriumUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada Sabtu ini. Program anjuran Gerakan Keadilan Sedunia (JUST), Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) dan Pusat Kajian Globalisasi (CRG) itu turut mendapat kerjasama UIAM.*

               30) *POLIS menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan wanita warga emas di rumahnya di Kampung Tebuk Pulai, Sabak Bernam, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kedua-dua individu berusia 37 dan 45 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di daerah ini.*

               31) *ORANG ramai yang sedang membeli barangan keperluan bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila premis kedai runcit di pekan Tamparuli, Tuaran, terbakar, petang tadi. Dalam kejadian jam 4.45 petang, api dipercayai berpunca daripada litar pintas memusnahkan hampir keseluruhan kedai dua tingkat berkenaan.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *SEORANG pemuda tergamak membuang kereta mewah jenis BMW yang dihadiahkan bapanya ke dalam terusan di Yamunanagar India semata-mata berang kerana dia sebenarnya mahukan kereta Jaguar.*
           *Times Of India melaporkan, pemuda itu yang dikenali sebagai Akash, 22, pada mulanya meminta bapanya membeli kereta Jaguar dan apabila dihadiahkan kereta BMW 3 series dia berasa berang dan memandu kenderaan itu ke dalam terusan.*
         *Akash mendesak bapanya untuk membeli kereta Jaguar tetapi apabila bapanya tidak membeli kenderaan itu dia mencampak kereta BMW berkenaan dengan marah.*

           *LIMA pemotong rumput maut, manakala seorang lagi parah apabila dirempuh kereta dipandu rakyat Malaysia di Lebuhraya Asia di Khuhatai, Rattaphum dekat Songkhla, petang hari ini, lapor Bangkok Post.*
           *Dalam kejadian 3 petang itu, semua mangsa berehat selepas memotong rumput di kawasan itu sebelum dirempuh Perodua Myvi dipandu wanita itu.*
              *Ketua Penyiasat Balai Polis Rattaphum Thewa Daoruang berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Chaikaew, 53; Witchaya Thongma, 51; Somporn Sawatdiraksa, 54; Theerawut Mongkhol, 37; dan Wirat Semkhai, 34, manakala Bamreur Ketmoon, 56, dilaporkan parah.*

           *DHAKA: Sekurang-kurangnya 40 orang maut akibat denggi di Bangladesh yang dilanda wabak denggi terburuk menyebabkan hospital kekurangan katil untuk merawat ribuan pesakit, kata pegawai hari ini.*
          *Pegawai kementerian kesihatan, Ayesha Akhter berkata, lebih 44,000 dimasukkan ke hospital akibat penyakit bawaan nyamuk itu sejak Januari termasuk 2,100 orang pada Isnin lalu sahaja.*
         *"Kami mengesahkan 40 kematian berkaitan denggi setakat Isnin ini, katanya.*

           *BALI: Seorang lelaki yang mengaku gigolo bertindak membunuh seorang wanita yang melanggannya kerana terasa dihina selepas mangsa merungut perkhidmatan yang diberinya tidak memuaskan.*
            *Tribunnews melaporkan, Bagus Putu Wijaya ditangkap susulan penemuan mayat seorang wanita, Ni Putu Yuniawati di sebuah bilik hotel di Denpasar semalam.*
         *Jurucakap polis Denpasar, Ruddi Setiawan berkata, wanita berusia 39 tahun yang bekerja sebagai jurujual kereta bertemu dengan Bagus yang mahu membeli kereta.*

           *HONG KONG: Pihak berkuasa lapangan terbang di Hong Kong semalam membatalkan semua penerbangan keluar selepas penunjuk perasaan prodemokrasi menghalang terminal itu untuk hari kedua.*
           *"Operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong terganggu teruk, semua penerbangan keluar dibatalkan.*
          *"Semua penumpang dinasihatkan untuk meninggalkan bangunan terminal secepat mungkin, kata satu kenyataan di laman sesawang lapangan terbang Hong Kong.*

           *SYDNEY: Amukan lelaki yang menikam seorang wanita dan cuba menyerang beberapa orang awam lain berjaya dihalang sebelum dia ditahan polis dalam kejadian di tengah Sydney, Australia hari ini.*
         *AFP melaporkan, stesen televisyen tempatan menyiarkan lelaki terbabit melompat ke atas bumbung kenderaan sambil menghayun pisau dan melaungkan tembak saya.*
           *Menurut polis, wanita terbabit dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan tidak ada laporan kes kecederaan lain yang diterima biarpun terdapat beberapa cubaan menikam orang awam.*

           *OTTAWA: Polis Kanada mengesahkan dua mayat yang ditemui di kawasan hutan dipercayai suspek tiga kes pembunuhan yang membunuh diri selepas beberapa minggu menjadi buruan pihak berkuasa.*
           *AFP melaporkan, Kam McLeod, 19 dan Bryer Schmegelsky, 18, dikehendaki polis susulan pembunuhan lelaki warga Australia dan teman wanita warga Amerika Syarikat serta seorang profesor universiti.*
         *Menurut polis persekutuan, kedua-duanya dipercayai mati akibat menembak diri sendiri.*

           *WASHINGTON: Lelaki berusia 24 tahun yang membeli baju perisai dan beberapa bahagiansenjata raifal untuk penembak yang membunuh sembilan orang di Dayton, Ohio ditahan atas dakwaan memiliki senjata, kata pihak berkuasa.*
          *AFP melaporkan, lelaki terbabit, Ethan Kollie didakwa kerana menipu mengenai dia mengambil dadah untuk membeli sepucuk pistol namun tidak didakwa atas pembabitan secara langsung dengan tembakan rambang dilakukan oleh rakannya, Conner Betts, 24, pada 4 Ogos lalu.*
          *Menurut FBI, Kollie turut membeli baju perisai, satu bahagian untuk raifal AR-15, 100 butir peluru untuk Betts dan menyimpannya dalam unit pangsapuri.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *AL-FATIHAH. Takziah dari saya dan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah). Sedih sangat!, titah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi akaun Twitter rasmi baginda, malam tadi.*
           *Dalam status itu, baginda turut ulang ciap laporan Harian Metro mengenai Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, yang meninggal dunia selepas dilanggar kereta dipandu seorang lelaki di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur masuk Southville City, Bangi.*
           *Syed Muhammad Danial selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Bukit Mahkota, Bangi, 4.45 petang, kelmarin.*

          *PENGGUNA Transit Aliran Ringan (LRT) dikejutkan dengan kehadiran penumpang tidak diundang iaitu seekor anjing liar, pagi ini.*
            *Kehadiran haiwan itu berjaya dirakam penumpang yang menaiki pengangkutan awam sebelum tular di media sosial hingga mencetuskan persoalan siapa pemilik sebenarnya anjing berkenaan.*
            *Bagaimanapun, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan anjing liar terbabit dipercayai sesat sebelum menceroboh Stesen LRT Miharja dan memasuki gerabak jam 8.24 pagi.*

          *LEMBAGA Tabung Haji (TH) hari ini menafikan mesej yang tular di media sosial kononnya seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia selepas sesak nafas di terowong akibat hujan lebat.*
           *Mesej yang tular itu juga mendakwa kononnya TH menahan perjalanan jemaah haji Malaysia untuk berpatah balik pada yang berlepas untuk melontar jamrah sebelum hujan lebat itu di Mina.*
         *"Mesej yang tular di laman media sosial ini adalah tidak benar," kata TH menerusi kenyataan di laman sosial Facebook hari ini.*

          *SAYA hargai pertolongannya dan kagum kerana dia tidak berkira dalam melakukan kerja, kata Wan Amirul Izarin Wan Izwan Shah, 23.*
            *Wan Amirul memberi reaksi mengenai ciapan dimuat naiknya di Twitter, malam tadi, berhubung penghargaan diberikan kepada seorang penghantar makanan yang tidak keberatan membelikannya panadol.*
         *Menerusi ciapan ringkas berserta gambar itu, Wan Amirul mendoakan semoga penghantar makanan terbabit dimurahkan rezeki.*
           *Niat saya memuat naik gambar di Twitter pula sekadar berkongsi pengalaman dilalui. Tak sangka pula, perkongsian ini menjadi tular hingga banyak maklum balas diterima.*

          *TINDAKAN lelaki yang menunggang motosikal melintasi bawah treler mengundang kemarahan netizen.*
          *Lelaki itu yang merekod aksinya dalam video berdurasi 30 saat tular di media sosial dan dianggap mencari nahas selain membahayakan pengguna jalan.*
             *Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, pihaknya sedang mengesan lokasi kejadian dan nombor pendaftaran motosikal itu.*

          *MASALAH brek dipercayai menjadi punca bas ekspres merempuh beberapa kenderaan ketika menuruni laluan berbukit di Kilometer 305.4 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, dekat Kampar, Ipoh, semalam.*
           *Dalam kejadian 2.20 petang itu, pemandu sebuah kenderaan dirempuh bas itu mengalami kecederaan sebelum dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.*
            *Semalam, video serta gambar yang dirakam menggunakan dashcam seorang pemilik Facebook (FB) tular menunjukkan situasi bas berkenaan merempuh beberapa kenderaan di hadapannya.*

          *LAGI kes dipukul akibat masalah di atas jalan raya tular di media sosial Facebook, sejak malam tadi.*
             *Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Second Link Iskandar Puteri-Tuas, Singapura di Iskandar Puteri, malam tadi, membabitkan seorang pemandu lelaki warga Singapura yang dipukul dua lelaki dipercayai penumpang dan pemandu bas.*
           *Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan dibuat mangsa berusia lingkungan 30-an itu.*
                 

*ARENA*
========


          *JURGEN Klopp menggesa Liverpool mengekalkan tradisi memenangi trofi apabila mereka menentang Chelsea dalam aksi Piala Super UEFA, awal pagi Khamis ini.*
           *Perlawanan di Istanbul itu mengimbau kembali memori kejayaan menewaskan AC Milan menerusi penentuan penalti pada final Liga Juara-Juara 2005 dan kini mereka menentang musuh Liga Perdana, Chelsea di ibu kota Turki.*

          *PENJAGA gol Liverpool, Alisson Becker terpaksa berehat beberapa minggu selepas mengalami kecederaan betis ketika menewaskan Norwich 4-1.*
          *Pemain Brazil itu dipapah keluar pada babak pertama dalam aksi pertama Liga Perdana di Anfield, Sabtu lalu.*
         *"Tak berapa bagus. Ia kecederaan betis yang memaksanya berehat seketika, kata jurulatih, Juergen Klopp dalam laman web kelab.*

          *TOTTENHAM sedia menaikkan gaji Christian Eriksen lebih sekali ganda bagi memastikan pemain itu terus kekal bersama mereka untuk tempoh jangka panjang.*
           *Tetapi timbul kebimbangan selepas bintang Denmark itu memberi bayangan wang bukan tarikan utama untuknya menandatangani perjanjian baharu.*
          *Spurs makin terdesak melanjutkan kontrak Eriksen dan sedia meningkatkan gaji pemain tengah itu sehingga 200,000 (RM1.02 juta) seminggu berbanding gaji sekarang, 80,000 (RM404 ribu).*

          *BEKAS pemain tengah Belanda dan Inter Milan, Wesley Sneijder mengumumkan persaraan selepas mengharungi pelbagai kejayaan sepanjang 17 tahun pembabitan dalam bola sepak.*
           *Pemain berusia 35 tahun yang beraksi 134 kali untuk negaranya membuat pengumuman ketika bercakap kepada saluran YouTube kelab halamannya, FC Utrecht selepas membeli kotak korporat di stadium itu.*

          *JUARA Grand Slam tiga kali, Andy Murray yang kembali beraksi dalam acara perseorangan tewas 4-6, 4-6 kepada Richard Gasquet di pusingan pertama Masters Cincinnati, awal pagi tadi.*
           *Pemain Britain itu tidak beraksi acara perseorangan selama tujuh bulan selepas mengalami kecederaan pangkal paha yang dialami ketika tewas pusingan pertama Terbuka Australia pada Januari lalu.*

          *MARIA Sharapova menewaskan Alison Riske 6-3, 7-6(4) di Cincinnati Masters awal pagi tadi bagi menempah pertembungan pusingan kedua dengan pemain nombor dua dunia, Ashleigh Barty yang mengatasi pemain Rusia itu di Terbuka Australia tahun ini.*
         *Maria yang agak bergelut dengan ketepatan pukulan meledak beberapa servis kencang dan bertahan dengan kental selepas pertama kali beraksi di kejohanan itu dalam tempoh lima tahun.*

          *PRESTASI serta keadaan pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah mencetuskan rasa bimbang pengurus pasukan Red Bull KTM Tech 3, Herve Poncharal.*
            *Di Grand Prix (GP) Austria kelmarin, Hafizh terpaksa dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana mengalami gegaran di kepala selepas terbabit kemalangan ketika hari perlumbaan.*
          *Ia adalah kali kedua berturut-turut Hafizh gagal menamatkan perlumbaan yang mana ia agak membimbangkan.*

          *DUA jaringan sensasi Luqman Hakim Shamsudin dan satu menerusi Muhammad Azam Azmi Murad mencerahkan laluan skuad bawah 18 (B-18) tahun negara ke separuh akhir Kejuaraan AFF B-18 selepas membenam Australia 3-0 di Stadium Thanh Long, Ho Chi Minh, Vietnam, hari ini.*
            *Luqman yang kini menjadi buruan kelab iga Satu Jepun (J1), Cerezo Osaka nyata menjadi duri dalam daging sekaligus menghadiahkan tiga mata penuh buat mengumpul sembilan mata selepas mengharungi empat aksi dalam Kumpulan B.*

           *SKUAD hoki dalam dewan mengharapkan sentuhan pemain senior hoki padang dalam usaha membantu skuad itu mempertahankan emas di Sukan SEA Filipina hujung tahun ini.*
          *Malah ketua jurulatih Malaysian Tigers, Roelant Oltmans turut bersetuju melepaskan pemain yang tidak terpilih ke kelayakan akhir Sukan Olimpik 2020 pada Oktober nanti.*

           *KEJAYAAN Lim Chong King meraih kejuaraan sulung peringkat senior di Terbuka Hellas disambut dengan sedikit kegusaran buat jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan.*
          *Jurulatih kelahiran Indonesia itu tidak mahu terlalu gembira dengan kejayaan anak buahnya itu dan menganggap ia baru satu permulaan yang tidak harus diperbesarkan.*

          *KETUA jurulatih, Aidil Sharin Sahak mahu jentera serangan Kedah meningkatkan ketajaman bagi membantu Kedah memburu gol pada aksi kumpulan A Piala Malaysia menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.*
          *Kekalahan mengejut 0-2 Kedah kepada Terengganu FC minggu lalu jelas memaksa skuad Lang Merah untuk bangkit lebih fokus memperkemaskan aspek serangan dan pada masa yang sama turut mahu mengukuhkan benteng pertahanan.*

           *PEMAIN pertahanan tengah Terengganu FC, Nasrullah Haniff Johan melupakan seketika ikatan persaudaraan di atas padang apabila dua pasukan itu bertembung pada saingan Piala Malaysia, Sabtu ini.*
          *Pemain lebih mesra dipanggil Anas itu berazam mahu meneruskan aksi terbaik mencari kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Kumpulan A di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-8-2019 08:19 AM | Show all posts
G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI


KH🅰MIS 1⃣5⃣ 🔘G🌀S 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 1⃣4⃣ ZUL#⃣IJJ🅰H 1⃣4⃣4⃣0⃣ HIJR🅰H


#⃣live fr🅾♏ fN &#128175LUS 🅱EVER🅰GE SHA#⃣ ALAⓂ


‎🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎            السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..

WAKTU S⏰LAT SH🅰H ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA

IMSAK : 0⃣5⃣4⃣3⃣
SUBUH : 0⃣5⃣5⃣3⃣
SYURUK : 0⃣7⃣1⃣0⃣
ZOHOR : 1⃣3⃣2⃣1⃣
ASAR : 1⃣6⃣3⃣7⃣
MAGHRIB : 1⃣9⃣2⃣7⃣
ISYAK : 2⃣0⃣3⃣8⃣


artikel disiarkan pada tarikh 14ogos


TANAHAIRKU 🇲🇾
==============


              🌺 1) KUMPULAN pendaki yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai, Seremban ternampak mayat Nora Anne Quoirin, 15, pada jarak kira-kira 20 meter tetapi tidak mendekatinya. Sebaliknya, kumpulan itu terus memaklumkan penemuan mereka kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Wakil kumpulan pendaki dari Seremban, Kenny Chan berkata, dia bersama 24 pendaki lain secara sukarela menyertai SAR kira-kira 12 tengah hari di kawasan sungai itu.

              🌺 2) PROSES bedah siasat mayat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dijangka mengambil masa lebih tiga jam. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, proses itu mengambil masa yang panjang kerana perlu melengkapkan laporan.

              🌺 3) SEPASUKAN pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dipanggil untuk melakukan proses bedah siasat mayat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, pagi ini. Mereka dilihat tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) dengan menaiki kenderaan HKL pada 9.06 pagi.

              🌺 4) SEORANG suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap empat pertuduhan menipu pakej umrah membabitkan kerugian sebanyak RM12,000 pada 2012 dan 2013 lepas. Nurul Yasmin Rosli, 30, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff.

              🌺 5) SUSPEK cubaan samun motosikal Yamaha Y15 milik penghantar makanan Grab Food akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, esok. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek yang berusia 33 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 393 kanun Keseksaan (KK) kerana cubaan merompak dan Seksyen 324 KK kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

              🌺 6) UMNO sudah memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap tiga bekas Ahli Parlimen parti itu iaitu Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang didakwa melanggar kontrak, melanggar amanah dan mendapat kekayaan tidak sepatutnya. Ketiga-tiga mereka kini sudah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

              🌺 7) IBU kepada empat anak dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini, kerana mencuri 40 helai kain batik bernilai RM796 milik sebuah pasar raya di Kuala Nerus. Selain itu, tertuduh, Norazlin Jamaludin, 30, dari Melaka turut berdepan hukuman penjara satu bulan lagi sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.

              🌺 8) TUN Dr Mahathir Mohamad tak pernah buat keputusan sendiri sebaliknya semua pendirian dan polisi penting Kabinet dibuat secara konsensus, tegas Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun. Beliau berkata, Perdana Menteri akan mendengar dan mengambil kira pandangan semua anggota Kabinet sebelum membuat sebarang keputusan termasuk isu khat Jawi dan Dr Zakir Naik.

              🌺 9) DUA menteri Kabinet hari ini mahu penceramah bebas, Dr Zakir Naik tidak lagi dibenarkan mengadakan ceramah serta mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat hubungan kaum dan ketenteraman awam di negara ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran dalam satu kenyataan bersama berkata, isu menyelubungi penceramah Zakir yang menimbulkan kontroversi termasuk ceramah di Kota Bharu, Kelantan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

              🌺 10) JABATAN Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menahan sebuah motosikal membawa seekor anjing dari Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bukit Kayu Hitam, baru-baru ini. Hasil pemeriksaan mendapati, anjing baka Pomeranian bernilai RM500 cuba dibawa masuk tanpa sebarang dokumen Import Permit dan sijil kelahiran veterinar sah pada 2 Ogos lalu.

              🌺 11) TIGA gajah dipercayai daripada kumpulan Gajah Panti dikatakan tersesat sejauh lebih 10 kilometer sebelum memusnahkan tanaman penduduk Kampung Sungai Redan, Ulu Tiram, Johor Bahru, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Salman Saaban berkata, pihaknya menerima aduan penduduk kampung kira-kira jam 7.50 pagi dan sepasukan anggota serta pegawai dikejarkan ke lokasi.

              🌺 12) KEMENTERIAN Kesihatan melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak merampas beberapa jenis produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi bernilai hampir RM200,000 dalam satu operasi yang dijalankan serentak di tiga premis di Ipoh, Seri Manjung dan Lumut pada 1 Ogos lalu.

              🌺 13) TIGA lelaki dipercayai menyewa sebuah kereta semata-mata untuk menyamun dengan mensasarkan warga asing sebagai mangsa mereka. Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar dan kesemua mereka yang berusia 20 hingga 23 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah dalam tiga serbuan berasingan, semalam.

              🌺 14) DALAM penjara nanti belajar bertukang, buat roti atau potong rambut, jangan buat jenayah, kata Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap seorang tukang paip yang mengaku bersalah merompak sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang pemandu Grab. Hakim Mahyon Talib dalam keputusannya menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan terhadap Mar Kong Ming, 33, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

              🌺 15) SEMUA jemaah haji Malaysia selamat tiba di maktab penginapan masing-masing selepas selesai menunaikan ibadah melontar di ketiga-tiga jamrah sepanjang hari Tasyriq yang juga salah satu wajib haji. Sebaik tiba di maktab, mereka perlu menyempurnakan tawaf dan saei haji iaitu rukun haji bagi yang melakukan Tahallul Thani bagi melepaskan mereka dari tiga daripada 13 larangan dalam berihram.

              🌺 16) JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Langat sedang mengesan waris kepada bayi lelaki yang ditemui dalam tong sampah tanpa sebarang dokumen di Masjid Al Azim, Pandan Indah di Ampang pada 25 Mei lalu. Pelindung JKM Daerah Hulu Langat Lockman Hakim Tomirin berkata, bayi berusia dua bulan itu ditemui orang awam dalam tong sampah berkenaan.

              🌺 17) JURUJUAL kereta didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, atas dakwaan menipu seorang pemaju perumahan membabitkan wang berjumlah hampir setengah juta ringgit, awal tahun lalu. Chong U Gene, 46, dituduh memperdaya Datuk Lee Seng Hee, 64, untuk menyerahkan wang berjumlah RM440,000 sebagai bayaran deposit bagi pembelian kereta jenis Range Rover 5.0 V8 Autobiography yang disyaki sebenarnya tidak wujud.

              🌺 18) NORA sentiasa di hati kami, kata ahli keluarga remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang ditemui mati di kawasan hutan di Pantai, Seremban, semalam. Ahli keluarga merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) atas usaha gigih mencari Nora yang hilang sejak 4 Ogos lalu. Mereka turut berterima kasih kepada penduduk setempat kerana turut sama membantu mencari Nora selain doa dan sokongan daripada orang ramai.

              🌺 19) BIMBANG dicekup, seorang lelaki bertindak gila apabila memecut kereta hingga nyaris merempuh pegawai dan anggota polis yang menahannya untuk pemeriksaan di Jalan Pasar, Bukit Mertajam, semalam. Dalam kejadian 4.30 petang itu, pemandu kereta berusia 31 tahun bersama seorang rakan berusia 49 tahun ditahan polis selepas mereka dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit.

              🌺 20) MAYAT wanita ditemui terapung kira-kira 5.4 batu nautika dari Kuala Kemaman, hari ini. Mayat mangsa yang lengkap dengan jaket keselamatan itu ditemui oleh nelayan, Ahmad Fasri Ariffin, 44, kira-kira 11 pagi tadi. Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, polis menerima panggilan berhubung penemuan itu kira-kira 12 tengah hari sebelum pihaknya dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kemaman bergegas ke lokasi kejadian pada 2 petang.

              🌺 21) CHARLES Santiago (Ahli Parlimen Klang) tak faham pentadbiran kerajaan dan kaedah Kabinet buat keputusan, tegas Ketua Armada BERSATU Lumut Akmal Maradzi. Bukan saja biadab, katanya, pemimpin DAP itu juga diingatkan jangan menuduh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya membuat keputusan sendiri dalam mentadbir negara termasuklah dalam isu seni khat Jawi di sekolah jenis kebangsaan (SJK).

              🌺 22) TIGA daerah di Sarawak terus mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bahaya dan sangat tidak sihat sejak jam 3 pagi hingga jam 11 pagi hari ini. Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) melaporkan IPU di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatatkan paras bahaya dengan bacaan antara 357 hingga 361.

              🌺 23) PEGAWAI Kedutaan Malaysia sudah ke lokasi kemalangan maut membabitkan kereta dipandu rakyat Malaysia hingga menyebabkan lima kematian di Lebuhraya Asia di Khuhatai, Rattaphum dekat Songkhla petang semalam. Jurucakap Kedutaan Malaysia di Songkhla ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah ke lokasi tetapi tiada butiran lanjut diperolehi.

              🌺 24) KERANI wanita di Cameron Highlands mengalami kerugian RM25,498 selepas diperdaya sindiket Macau Scam dengan mendakwa kad pengenalannya digunakan individu lain untuk membuat kad kredit, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula apabila mangsa berusia 39 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang mendakwa mangsa membuat transaksi kad kredit berjumlah RM6,000.

              🌺 25) PROSIDING bicara kes kes pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 66, ditangguhkan sehingga Jumaat ini berikutan beliau mengalami infeksi pada kedua belah matanya (conjunctivitis). Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam keputusannya hari ini berkata, tiada pilihan lain selain menangguhkan kes itu.

              🌺 26) JABATAN Perikanan Pahang memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan terhadap nelayan yang melakukan aktiviti menangkap sotong tanpa lesen di perairan negeri itu. Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Datuk Azahari Othman ,berkata nelayan tempatan yang melakukan aktiviti menangkap atau mencandat sotong perlu memiliki lesen dikeluarkan pihaknya.

              🌺 27) JAMBATAN Victoria yang juga antara jambatan tertua di negara ini dibimbangi mendatangkan bahaya kepada pengguna kerana beberapa ciri keselamatannya terabai. Tinjauan mendapati beberapa batang besi penghadang di laluan pejalan kaki di sisi jambatan itu hilang, selain ketiadaan pagar dawai yang sepatutnya menjadi penghalang bagi menghindari pengunjung terjatuh ke Sungai Perak.

              🌺 28) SERAMAI 30 penghuni lima kediaman di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Masjid Tanah di sini, hidup dalam keresahan sejak seminggu lalu kerana khuatir ditimpa kejadian tidak diingini berikutan hakisan pantai di kawasan itu yang semakin serius. Ombak besar dan air pasang kesan tiupan angin selatan sejak awal Julai lalu menyebabkan pantai berkenaan terhakis sedikit demi sedikit dan semakin menghampiri kediaman penduduk.

              🌺 29) *RIBUT tempias taufan Lekima yang melanda Pulau Pinang dan beberapa negeri utara semenanjung Jumaat lalu, membuatkan seorang tukang rumah di Kampung Sekolah Juru di sini, tidak menang tangan menerima tempahan membaiki rumah yang rosak.
Isa Ali, 52, berkata dia menerima banyak tempahan membaiki rumah daripada penduduk kampung itu sejak Sabtu lalu sehingga terpaksa menolaknya kerana kekangan masa dan tenaga kerja.*

              🌺 30) ORANG Melayu berada dalam krisis. Demikian disuarakan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang tiada lain melainkan menjentik kesedaran umat Melayu. Menurutnya, apa saja yang mereka hendak lakukan, mereka berasa tersekat sedangkan tidak perlu berasa takut atau tidak boleh.

              🌺 31) YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, berkenan mengimbas kenangan peribadi baginda dengan bangunan empat tingkat yang terletak di hujung persimpangan Jalan Gambut, Kuantan. Bangunan yang kini dikenali sebagai Pahang Medical Centre (PMC), hospital dengan kemudahan 64 katil milik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu (MUIP) itu, menurut Sultan Abdullah, begitu dekat di hati baginda sehingga memiliki aura tersendiri sebaik sahaja menjejak kaki di pintu utama.

               🌺 32) *TINDAKAN pantas anggota polis kereta peronda (MPV) berjaya menahan penjenayah yang meragut beg milik suri rumah di hadapan pasar raya di Taman Connaught, Kuala Lumpur, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, ketika kejadian 11.20 malam itu, mangsa, 21, berada di dalam keretanya sebelum dihampiri dua lelaki menaiki motosikal.*

               🌺 33) TIGA kereta terperangkap dalam terowong di Bulatan Cheras, Kuala Lumpur, akibat banjir kilat, hari ini. Hujan lebat sejak kira-kira 3 petang tadi mengakibatkan terowong berkenaan dinaiki air pada paras hampir satu meter. Menurut jurucakap Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), orang awam memaklumkan tiga kereta terperangkap di terowong berkenaan kira-kira 5 petang tadi.

               🌺 34) PERSATUAN Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) mahu ahli perniagaan, Koon Yew Yin disiasat mengikut Akta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung kenyataannya semalam dalam sebuah blog. Presiden PVATTBM, Ismail Abidin berkata, kenyataan Koon yang melabel anggota tentera sebagai pemalas dan kerja makan tidur secara tidak langsung menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Ketua Pemerintah ATM

               🌺 35) KEBAKARAN di kawasan belukar tanah gambut di Miri, Sarawak yang berlarutan sejak 3 Ogos lalu menyebabkan keadaan jerebu di kawasan itu dengan kualiti udara pada tahap bahaya. Justeru, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mendapat kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk menggunakan pesawat Bombardier bagi memadam kebakaran tanah gambut di Kuala Baram itu.

               🌺 36) SEORANG murid sekolah rendah di Ayer Hitam, Jerlun didakwa mengalami masalah tulang belakang kerana sering dibuli tiga murid lain sejak tahun lalu. Mangsa yang dikenali sebagai Angah, 9, mendakwa dia sering ditendang di bahagian belakang dan paha, selain diperas ugut meminta wang saku.

               🌺 37) JEMAAH Menteri hari ini memutuskan pengenalan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) diteruskan mulai tahun depan. Pelaksanaannya bagaimanapun hanya dilakukan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid SJK manakala di Sekolah Kebangsaan akan diteruskan seperti biasa, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini.

            
SEJAGAT 🌍
==========


          🇮🇳 NEW DELHI: India mengeluarkan amaran baru banjir di beberapa bahagian di selatan Kerala ketika bencana itu meragut sekurang-kurangnya 209 nyawa di seluruh negara.
          Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk tempatan mengenai kemungkinan dilanda hujan lebat dalam tempoh sehingga 48 jam di kawasan paling terjejas, lapor AFP.
         Hujan lebat di beberapa bahagian Kerala, Karnataka, Maharashtra dan Gujarat memaksa lebih 1.2 juta penduduk meninggalkan rumah dan terpaksa berteduh di khemah disediakan kerajaan.

         🇦🇺 SYDNEY: Pihak berkuasa Australia berjaya mematahkan sindiket dadah antarabangsa susulan penahanan empat warga Britain di negara itu dan New Zealand.
            AFP melaporkan, mereka turut merampas 766 kilogram methylenedioxymethaphetamin (MDMA) di Queensland dengan harga pasaran dianggarkan AS$61 juta (RM255 juta).
            Operasi itu dilakukan dengan koordinasi antara pihak berkuasa Australia, New Zealand dan Britain yang bekerjasama mematahkan sindiket antarabangsa terbabit.

         🇬🇷 ATHENS: Beratus penduduk terpaksa dipindahkan susulan kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar kawasan hutan di pulau Evia di utara Athens, Greece awal pagi semalam.
           Daily Mail melaporkan, lebih 220 anggota bomba terpaksa dikerahkan ke tempat kejadian yang dibantu dengan pesawat dan enam helikopter dalam usaha memadam api.
           Anggota bomba terbabit berdepan kesukaran untuk menyelamatkan beberapa kampung daripada dijilat api apabila angin kuat menyebabkan ia merebak dengan cepat.

         🇲🇽 MEXICO CITY: Enam anggota polis digantung tugas susulan siasatan kes rogol membabitkan dua remaja yang mencetuskan bantahan besar daripada beratus wanita di Mexico City.
         AFP melaporkan, bantahan itu disertai kira-kira 250 orang sebagai reaksi terhadap dua kes membabitkan remaja berusia 17 dan 16 tahun.
           Mangsa berusia 17 tahun mendakwa dia dirogol oleh empat anggota polis dalam kereta peronda ketika meninggalkan parti di utara ibu kota negara itu manakala seorang lagi mangsa mendakwa dirogol polis di muzium fotografi di pusat bandar.

        🇸🇩 KHARTOUM: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala dua cedera selepas Sudan dilanda hujan lebat yang menyebabkan banjir besar di selatan negara itu semalam, lapor agensi berita tempatan.
            AFP yang memetik agensi berita itu, SUNA melaporkan sebanyak sepuluh kampung terjejas akibat hujan dan banjir di negeri Jazira.
        Hujan lebat yang melanda sejak beberapa hari lalu turut memusnahkan beratus kediaman di Khartoum.

        🇨🇳 BEIJING: China memaksa tahanan wanita Uighur di kem pendidikan semula supaya dimandulkan, dakwa mereka yang pernah ditahan di lokasi seumpama itu.
       Seorang wanita, Gulbahar Jalilova, 54, yang mendakwa ditahan lebih setahun memberitahu stesen televisyen Perancis, dia berulang kali disuntik sejenis bahan oleh doktor ketika ditahan di penjara di Xinjiang.
           Kami terpaksa menghulurkan lengan menerusi bukaan kecil di pintu bilik tahanan. Akhirnya kami menyedari susulan suntikan berkenaan, tidak seorangpun daripada kami datang haid lagi, katanya kepada France24.

        🇮🇳 NEW DELHI: Seorang lelaki ditahan kerana meracun dan membunuh tiga harimau bintang di Taman Negara Rajaji di Haridwar sebagai membalas dendam selepas haiwan itu memakan anjing peliharaannya.
           Times Of India melaporkan, Sukhpal mengaku salah melakukan perbuatan itu dan memberitahu dia marah selepas harimau bintang berkenaan membawa lari seekor anak anjingnya dan membunuh seekor lagi.
         Sukhpal berkata, dia meletakkan racun serangga pada bangkai anjing berkenaan sebelum membuangnya ke dalam hutan.


TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL 📡
========================


          🥺 TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa sedih beliau dengan kematian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15.
         Saya berasa sangat sedih dengan kematian Nora Anne dan saya menyampaikan takziah kepada keluarganya. Saya mendoakan mereka diberikan kekuatan untuk melalui tempoh sukar ini.
        Kita percaya polis akan melakukan yang terbaik bagi membongkar kematian tragis ini, ciap beliau melalui akaun Twitter, hari ini.

          🕌 POLIS menafikan berlaku serangan di Masjid Al-Mutaqqin Taman Selasih, Kulim, seperti yang tular di media sosial.
              Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, laporan polis yang dilakukan oleh jemaah masjid adalah berkaitan bunyi bising oleh kumpulan tertentu sehingga mengganggu jemaah sedang solat.
            Semalam, kita ada menerima laporan dibuat oleh jemaah masjid, bagaimanapun ia hanya laporan biasa berkenaan bunyi bising dan kes pun sudah diselesaikan.

          👊🏻 LELAKI tidak siuman bertindak menumbuk muka seorang wanita berkali-kali di sebuah kedai dobi di Bintangor, semalam.
           Dalam kejadian 3 petang itu, lelaki berseluar pendek itu masuk ke premis lalu menumbuk muka mangsa berulang kali sebelum melarikan diri.
          Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di laman sosial.
           Dalam rakaman itu, lelaki yang hanya berseluar pendek itu memasuki premis dalam keadaan marah dan menumbuk wanita yang sedang menunggu pakaian dicuci.

         💥 LAGAK samseng lelaki yang memecahkan cermin sisi kereta dipandu seorang wanita di Jalan Yaacob Latiff berhampiran bulatan Cheras, Sabtu lalu, mengundang padah apabila dia akhirnya ditahan polis, semalam.
           Suspek yang berusia 27 tahun ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras jam 3.30 petang.
            Mangsa sempat merakam dan menularkan tindakan ganas suspek menggunakan telefon bimbit sebelum meneruskan perjalanan kerana bimbangkan keselamatannya.

        🙏🏻 BUNTU isterinya hilang di India dan masih belum ditemui, tukang paip bersama dua anaknya mengambil inisiatif memuat naik klip video di media sosial memohon bantuan orang ramai mencari insan tersayang itu.
          Klip video berdurasi seminit itu dihasilkan khusus bagi memohon bantuan pelbagai pihak bagi mengesan Habibuneesa Mohamed Ismail, 36, yang dilaporkan hilang di India sejak 29 Jun lalu.
           Mahmud Rahman Shariff, 47, berkata, dia bersama dua anaknya, Mohd Aiman Syukur, 9, dan Mahnas Hibatullah Syazana, 4, membuat rakaman video itu kerana Habibuneesa masih belum ditemui.

         👊🏻 MOSCOW: Kementerian Dalam Negeri Russia mengarahkan siasatan terhadap video yang tular di media sosial menunjukkan polis pencegah rusuhan menumbuk perut seorang wanita ketika perhimpunan menuntut pilihan raya telus di Moscow.
            Video itu yang ditonton lebih 360,000 kali menunjukkan seorang wanita diseret empat anggota polis bertopeng dalam seragam antirusuhan dan seorang daripada mereka menumbuk perut mangsa tanpa sebab.
           Rakaman itu mencetuskan kemarahan orang ramai di media dan media sosial.
                 

ARENA ⏱
========


        ⭐ PERTAHANAN Brazil, Danilo berkata, peluang beraksi bersama bekas rakan sepasukan di Real Madrid, Cristino Ronaldo menjadi salah satu faktor utama dia berpindah ke Juventus.
           Pemain berusia 28 tahun itu ditandatangani juara Itali itu dari Manchester City dengan pertahanan kanan Portugal, Joao Cancelo menjadi milik Citizens.
        Saya bercakap dengan Ronaldo sebelum datang ke sini, kata Danilo dalam sidang akhbar di Turin awal pagi tadi.

         💸 MANCHESTER City didapati bersalah oleh FIFA selepas melanggar peraturan perpindahan dan pendaftaran membabitkan pemain di bawah umur 18 tahun, menurut pengumuman badan bola sepak antarabangsa itu.
          Juara Liga Perdana itu berdepan hukuman larangan perpindahan tetapi Jawatankuasa Disiplin FIFA hanya mendenda City 339,000 euro (RM1.58 juta).

        📝 BAYERN Munich menandatangani pemain sayap Croatia, Ivan Perisic secara pinjaman selama setahun bernilai 4.6 juta (RM23 juta) dari Inter Milan.
           Juara Bundesliga itu berkata, mereka mempunyai pilihan menandatangani pemain berusia 30 tahun itu secara tetap selepas tempoh pinjaman tamat pada 30 Jun 2020.

        🎾 BEKAS pemain nombor satu dunia Venus Williams berkata, dia mempamerkan permainan bijak ketika menewaskan juara bertahan, Kiki Bertens dari Belanda dengan tiga set pada pusingan kedua Masters Cincinnati, awal pagi tadi.
         Saya cuba tidak terlalu mengerah diri ini kerana saya memang boleh melakukannya. Tetapi tak juga selalu dapat mengawalnya, kata Venus selepas menang 6-3, 3-6, 7-6(4). "Jadi saya berusaha beraksi dengan bijak daripada mengerah seluruh tenaga.

        🎾 NOVAK Djokovic bangkit daripada permulaan hambar sebelum menewaskan Sam Querrey 7-5, 6-1 di Masters Cincinnati, awal pagi tadi.
           Juara bertahan dan pemain nombor satu dunia itu beraksi kali pertama sejak menjuarai Wimbledon bulan lalu meledak ace ke-15 pada mata akhir dalam cuaca panas.

        🏍 *PELUMBA Australia, Jack Miller akan kekal bersama Pramac Ducati musim depan selepas bersetuju dengan kontrak lanjutan, menurut pasukan MotoGP itu, hari ini.
           Miller, 24, meluahkan kebimbangan masa depannya berikutan ura-ura juara tiga kali MotoGP, Jorge Lorenzo kembali untuk menyertai pengeluar Itali itu biarpun mempunyai kontrak bersama Honda.
          Saya gembira dapat mencapai persetujuan ini, kata Miller menerusi kenyataan pasukan itu.

        🏁 PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah dijangka tidak berdepan masalah untuk kembali beraksi pada Grand Prix Silverstone, 25 Ogos ini.
          Pelumba yang turut dikenali sebagai Pescao itu dibenarkan keluar dari hospital apabila pemeriksaan ke atas gegaran di kepala yang dialami selepas terbabit kemalangan di Grand Prix (GP) Austria, Ahad lalu, tidak serius.

        🔩 PELUMBA Moto2 negara, Khairul Idham Pawi selamat menjalani pembedahan kali kedua di tangan kanannya susulan daripada kecederaan yang dialami ketika Grand Prix Sepanyol, Mei lalu.
            Khairul menjalani pembedahan berkenaan di Hospital Universiti Dexeus di Barcelona dengan proses pembedahan selama dua jam itu diketuai oleh Dr Xavier Mir.
         Ia adalah proses pembedahan bagi memasukkan skru di jari kanan pelumba yang mendapat gelaran Super KIP itu.

        🐘 SKUAD Pahang yang merekodkan dua kemenangan berturut-turut mahu meneruskan momentum itu apabila bertemu Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabtu ini.
           Pemain pertahanan skuad Tok Gajah, Zubir Azmi berkata, enam mata yang diraih itu belum lagi menjamin tempat ke suku akhir Piala Malaysia.

        🙌🏻 PENJAGA gol Terengganu FC (TFC), Wan Muhamad Azraie Wan Teh mahu mengulangi aksi cemerlang bertemu Negeri Sembilan dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Sabtu ini.
          Bekas penjaga gawang Pahang dan T-Team itu berazam mengekalkan rekod peribadi tanpa bolos dalam saingan piala berprestij Malaysia itu biarpun belum mengetahui kemampuan sebenar skuad Liga Perdana itu.


berita penuh sila ikuti harian metro online

piloi_hani al_linggi
#⃣re🅿oterat🅰spok🆗
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-8-2019 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SELSA 20 GS 2019 ASHI ERSAAAN 19 ZUL#IJJH 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0543
*SUBUH* : 0553
*SYURUK* : 0709
*ZOHOR* : 1319
*ASAR* : 1634
*MAGHRIB* : 1925
*ISYAK* : 2036


*artikel disiarkan pada tarikh 19ogos*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *SEMUA Ahli Parlimen perlu mengisytiharkan harta masing-masing termasuk sumber pendapatan daripada derma, wasiat dan pusaka. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata, semua Ahli Parlimen perlu jujur berhubung perkara itu bagi mengelak timbulnya masalah kemudian hari.*

               2) *POLIS sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes membabitkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya kini hanya menunggu arahan daripada TPR untuk tindakan selanjutnya.*

               3) *TIDAK melayan kerenah suspek yang sakit mental dipercayai menjadi punca Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ditetak di hadapan rumahnya di Jertih, Khamis lalu. Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum proses pendakwaan.*

               4) *TIGA beranak termasuk bayi berusia setahun maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Alah Batu, Jalan Kuala Slim, dekat Slim River, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Yunus Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 3.52 pagi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River sampai di lokasi.*

               5) *SAMPAI sekarang masih terngiang-ngiang suara isteri mangsa menjerit meminta tolong ketika dalam kebakaran, kata jiran mangsa, Robaayah Yunus, 58, yang tinggal bersebelahan rumah mangsa kebakaran membabitkan kematian tiga beranak di Kampung Alah Batu, dekat Slim River, hari ini. Robaayah berkata, ketika kejadian 3.30 pagi itu, dia baru bangun tidur disebabkan anak dan menantunya mahu pulang ke rumah mereka selepas bercuti di kampung.*

               6) *MISTERI penemuan mayat lelaki dibaham buaya di Sungai Suai, Miri, sejak sebulan lalu, terungkai dengan tertangkapnya enam lelaki dipercayai mempunyai kaitan membunuh mangsa sebelum menghumban mayatnya ke sungai. Semua suspek berusia 23 dan 46 tahun ditahan di lokasi berasingan di sekitar Miri kerana disyaki membunuh, Geoge Tang Kee Luang, 60, sebelum mayatnya dicampak ke Sungai Niah.*

               7) *MELAKA tidak membenarkan Dr Zakir Naik menyampaikan ceramahnya di negeri itu tetapi mengalu-alukan kedatangan penceramah bebas itu untuk melancong ke negeri bersejarah berkenaan. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, penceramah itu sewajarnya memfokuskan kepada bidang dakwah di negaranya memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.*

               8) *SERAMAI 1,439 pesakit buah pinggang direkodkan menerima rawatan dialisis di Melaka sejak 2016 hingga Disember lalu. Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong berkata, mereka menerima rawatan di empat lokasi pusat rawatan hemodialisis iaitu di hospital dan klinik kerajaan, unit hemodialisis hospital swasta, pusat hemodialisis swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).*

               9) *DUA ulat parkir masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor Bahru, hari ini, selepas mengaku bersalah mengambil ganjaran daripada perkhidmatan meletak kenderaan secara tidak sah, malam tadi. Majistret Nurasidah A Rahman turut memerintahkan dua orang kena saman (OKS) itu, M Thamothiran, 38, dan S Nersaeman, 55, dipenjara tiga bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.*

               10) *CUACA panas, kering dan berangin menjadi punca tiga kebakaran membabitkan kawasan hutan yang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berhampiran Taman Scientex di Pasir Gudang semalam. Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Mohd Yousri Atan berkata, sebuah jentera bersama lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kebakaran bermula 12.44 tengah hari.*

               11) *POLIS masih mengesan empat penjenayah ganas yang menganggotai kumpulan Emi Keju dan dipercayai terbabit 54 kes samun bersenjata di sekitar Lembah Klang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, empat individu berkenaan masih bebas dan dan usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan.*

               12) *KES demam denggi di Melaka meningkat 263 peratus menjadi 1,438 kes dari 1 Januari sehingga Sabtu lalu berbanding tempoh sama tahun lalu. Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Low Chee Leong berkata, daripada jumlah itu, daerah Melaka Tengah merekodkan jumlah terbesar iaitu 1,035 kes dengan peningkatan 290 peratus.*

               13) *PROSIDING bicara kes skandal terbesar negara membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka bermula Isnin ini. Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan demikian selepas dimaklumkan pihak pendakwaan dan pembelaan belum bersedia meneruskan prosiding itu berikutan terdapat beberapa isu perlu diselesaikan.*

               14) *LIMA lot kedai di Jalan Sultan Mohamad, Kampung Gong Kapas, Kuala Terengganu musnah dalam kebakaran, malam tadi membabitkan kerugian dianggarkan lebih RM1.2 juta. Dalam kejadian 10.30 malam itu, bangunan yang menempatkan tiga lot kedai menjual lampu hiasan dan barangan elektrik, dua lot kedai menjual aksesori dan alat ganti serta bengkel motosikal musnah.*

               15) *PENCERAMAH bebas Dr Zakir Naik akan dipanggil ke Bukit Aman petang ini untuk diambil keterangan kali kedua. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, Zakir dipanggil ke Bukit Aman 3 petang ini untuk menyambung keterangannya mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam. Jumaat lalu Zakir memberi keterangan di Bukit Aman kali pertama untuk membantu siasatan mengikut kanun sama.*

               16) *ANGGOTA bomba bertungkus lumus lebih enam jam memadam kebakaran stor penyimpanan paip polimer di kilang di Jalan Bako, Kuching malam tadi. Kejadian itu disedari pada 9.40 malam sebelum panggilan kecemasan dibuat bagi meminta bantuan mengawal kebakaran itu.*

               17) *LELAKI Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini atas tuduhan menyeludup migran di Sekinchan, awal bulan lalu.Tertuduh, Syahriandi, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Abdul Halim Aman selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.*

               18) *LEBIH 60 pesawah di Kampung Kolam, Mukim Tualang, Pokok Sena berputih mata apabila kira-kira 30 hektar sawah mereka diserang tikus serta haiwan perosak lain sejak awal musim ini. Serangan itu menyebabkan 90 peratus pokok padi mereka musnah dan terpaksa menanggung kerugian sehingga ratusan ribu ringgit.*

               19) *DUA remaja maut dilanggar kereta selepas motosikal ditunggang melanggar lembu di Jalan Kok Klang, Arau malam tadi. Dalam kejadian 12.05 tengah malam itu, Muhammad Azrul Aizat Dan, 15, bersama rakannya Muhammad Firdaus Che Nor, 17, dalam perjalanan dari Guar Nangka ke Kok Klang ketika kemalangan berlaku.*

               20) *PEMBANTU rumah anak yatim didakwa di Mahkamah Majistret Selayang, Selayang, hari ini, atas tuduhan membunuh bayi 13 bulan yang ditemukan dengan 39 kesan kecederaan pada badannya di sebuah rumah di Gombak, dua minggu lalu. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Tengku Faiz Kamarul Azhan Tengku Kamarudin, 34, selepas pertuduhan terhadapna dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.*

               21) *TINDAKAN lelaki minum minuman keras dan membuat kacau di dalam pesawat mengundang padah apabila dia ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima laporan dibuat seorang pramugari daripada sebuah syarikat penerbangan, berusia 26 tahun, berhubung kejadian itu.*

               22) *PASUKAN Polis Marin (PPM) menahan seorang juragan bersama lapan penumpang warga Filipina selepas disyaki cuba menyusup masuk secara haram melalui perairan Pulau Sisipan, dekat Semporna, semalam. Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, sepasukan anggota dari Unit Risikan Marin (URM) berjaya mengesan sebuah perahu menggunakan enjin pam dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit kira-kira 8 pagi.*

               23) *SEREMBAN: Resort tempat Nora Anne Quoirin dan keluarganya menginap kini beroperasi seperti biasa dan masih menerima pengunjung selepas lima hari penemuan mayat remaja warga Ireland itu. Jurucakap resort itu berkata, meskipun keadaan di sekitar resort sunyi ia masih beroperasi dan menerima tempahan daripada pengunjung luar. Ia tidak ditutup. Kita hanya membuka pintu untuk pengunjung yang sudah membuat tempahan.*

               24) *TAKUT dicekup, seorang lelaki warga Bangladesh sanggup bersembunyi sebalik timbunan kotak stok minuman di sebuah kedai serbaneka di Jalan Gurdwara, Georgetown, semalam. Bagaimanapun, dia terkantoi apabila anggota Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang (JIMPP) yang melakukan operasi terdengar bunyi lelaki berkenaan terbatuk sebelum mendapati dia bersembunyi di bawah tangga dengan berselindung di sebalik timbunan kotak.*

               25) *SEPARUH daripada kes rasuah yang dilaporkan di negara ini membabitkan penjawat awam dan golongan muda berumur 40 tahun ke bawah. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya berkata, statistik SPRM menunjukkan 46.3 peratus daripada 4,860 individu yang ditahan sejak 2014 hingga Jun lalu adalah kakitangan awam.*

               26) *LELAKI Nepal diberkas polis kerana didakwa mencabul kehormatan rakan sekerja wanita di kilang biskut di Butterworth. Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada 1 pagi, hari ini selepas polis menerima laporan yang dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, semalam.*

               27) *AHLI perniagaan, Koon Yew Yin memberi keterangan selama dua jam 30 minit kepada polis berhubung kenyataan dalam blognya yang didakwa menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Koon, 87, tiba di Balai Polis Jelapang menaiki kereta BMW 525i dipandu isterinya pada 2.55 petang, sebelum dilihat beredar pada 5.35 petang dengan kenderaan sama.*

               28) *NELAYAN cedera di lengan selepas terkena tembakan sekumpulan lelaki bertopeng di kawasan perairan sempadan Malaysia-Indonesia di Tawau semalam. Difahamkan, kejadian berlaku 12.30 tengah hari ketika mangsa yang juga warga Filipina bersama anak lelaki masing-masing berusia 60 tahun dan 27 tahun menangkap ikan di kawasan perairan itu.*

               29) *PEMERGIAN Prof Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai dirasai pelbagai pihak yang menyifatkan mendiang sebagai individu, kawan, doktor, guru dan ketua yang komited dan baik. Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi muat naik di Facebook (FB) memaklumkan mendiang antara pakar yang merawat kecederaan bahu dialaminya sebelum ini.*

               30) *PENOLONG pengurus sebuah kilang besi di Kulim kerugian RM130,000 selepas diperdaya Sarjan Chew menerusi sindiket penipuan melalui panggilan telefon (Macau Scam). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Annuar Amri Abd Muluf berkata, mangsa wanita berusia 40 tahun sudah membuat laporan polis semalam selepas menyedari ditipu.*

               31) *PENEMUAN botol mengandungi baki minyak petrol di luar kawasan Masjid Padang Setol, Pedu, Padang Terap antara bahan bukti yang dipercayai dapat membantu siasatan kes kebakaran mimbar dan permaidani masjid itu hari ini. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, pihaknya percaya berkemungkinan besar ia ada kaitan dengan kes kebakaran yang berlaku.*

                32) *POLIS meminta pengguna jalan raya menyaksikan insiden kemalangan maut di Kilometer 122, Jalan Sandakan-Lahad Datu, berhampiran Kampung Paris 2, Kinabatangan, Jumaat lalu, tampil membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, kemalangan jam 1.10 petang mengorbankan empat individu membabitkan pikap Toyota Hilux dan lori.*

                33) *KUALITI udara di seluruh negara semakin baik apabila tiada kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori sangat tidak sihat setakat 4 petang tadi. Menurut data di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), lima kawasan iaitu Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu (Sabah); Limbang dan Kapit (Sarawak) mencatatkan bacaan IPU tahap baik iaitu di bawah 50.*

                34) *PAS meletakkan tiga asas penting yang perlu diberi perhatian dan dihormati berhubung kontroversi membabitkan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS mengikuti dengan cermat perkembangan isu Dr Zakir yang dibangkitkan pihak tertentu atas tujuan yang dilihat boleh mengeruhkan suasana.*

                35) *DUA pekerja pasar raya berdepan detik cemas selepas wang jualan harian premis yang mahu dimasukkan ke bank, disamun dua lelaki bermotosikal di Kepala Batas, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 8.55 malam, mangsa bersama seorang lagi rakannya menaiki motosikal untuk memasukkan wang berjumlah RM20,400 hasil jualan syarikat ke bank berhampiran.*

                36) *SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini, kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah parang. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Shawal Nor @ Aziz, 34, mengaku salah mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.*

                37) *SEORANG pemandu cuba melarikan diri selepas terserempak polis sehingga melanggar kenderaan lain Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam. Dalam kejadian 12 tengah hari itu, suspek yang memandu Proton Preve melanggar Perodua Viva dalam cubaan melarikan diri. Bagaimanapun tindakan lelaki berusia 41 tahun itu gagal apabila dia ditahan di Lebuhraya Salak berhampiran Taman Connaught.*

                38) *KERAJAAN akan tetap berpegang kepada keputusan berhubung pembaharuan lesen operasi kilang nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) dan mengikut pandangan pakar serta saintis yang memahami mengenai bahaya sisa radioaktif. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berkata, kerajaan tidak boleh selalu mendengar pandangan popular terutamanya apabila ada segelintir pihak yang menggunakan media alternatif untuk menyalurkan idea mereka sehingga siapapun yang menentang akan dikecam.*

                39) *MAYAT bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui tersangkut dalam Sungai Dipang berhampiran Kampung Sahom, Kampar, seorang penduduk kampung yang mandi di sungai terbabit, hari ini. Dalam kejadian 2 petang itu, bayi cukup sifat itu ditemui masih bertali pusat dengan separuh bahagian badannya terendam dalam air sungai berkenaan.*

                40) *KUALA LUMPUR: Sesiapa saja boleh menjadi pelaksana badal haji walaupun tidak pernah sekalipun menunaikan haji. Itu taktik penipuan badal haji menggunakan tukang sapu, pemandu dan pekerja hotel di Makkah yang tidak bertauliah sebagai pelaksana amanah orang ramai itu. Mendedahkan penipuan itu, pendakwah bebas yang juga mantan Pengurus Besar Bimbingan Haji, Lembaga Tabung Haji Datuk Daud Che Ngah berkata, beliau sebelum ini mengenal pasti ramai individu tidak bertauliah dan berpengalaman hadir temu dugacalon pelaksana badal haji bagi pihak syarikat agensinya.*

           41) *DISIFATKAN antara rampasan dadah terbesar dalam sejarah apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan kartel dadah tempatan selain merampas ketamin dan kokain bernilai hampir RM700 juta. Sumber berkata, rampasan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu membabitkan ketamin seberat hampir 500 kilogram (kg) dan kokain seberat lebih tiga tan.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *LONDON: Putera Andrew dari Britain menolak sebarang kenyataan yang mengaitkan dirinya dengan kegiatan jenayah seks yang didakwa dilakukan pakar kewangan, Jeffrey Epstein, kata Buckingham Palace dalam kenyataan.*
          *Epstein didakwa membunuh diri (dengan cara menggantung dirinya) di sel penjara Manhattan awal bulan ini ketika ditahan atas tuduhan jenayah pemerdagangan seks.*
           *Duke of York terkejut dengan laporan media baru-baru ini mengenai kegiatan jenayah Jeffrey Epstein, kata Buckingham Palace dalam kenyataan.*

           *LOUISIANA: Seorang penyampai berita maut selepas pesawat dinaiki terhempas berhampiran Lapangan Terbang Lakefront, New Orleans, ketika dia melakukan liputan lagak ngeri juruterbangnya, Jumaat lalu.*
           *Kejadian berlaku ketika Nancy Parker, 53, wartawan stesen televisyen WVUE membuat liputan mengenai juruterbang aksi lagak ngeri Franklin J P Augustus untuk sebuah rancangan.*
         *Liputan itu menyaksikan Augustus melakukan aksi bagi memperingati jasa sekumpulan juruterbang Perang Dunia Kedua Afrika-Amerika yang dikenali sebagai Tuskegee Airmen.*

           *JAKARTA: Penunjuk perasaan di timur wilayah Papua bertindak membakar tayar serta bangunan Parlimen hari ini selepas membantah penahanan sekumpulan pelajar mereka.*
           *Reuters yang memetik beberapa aktivis berkata, pelajar terbabit ditahan di Surabaya, Jawa Timur kerana membengkok tiang bendera di hadapan bilik asrama ketika Indonesia menyambut Hari Kemerdekaan kelmarin.*
           *Salah seorang aktivis, Albert Mungguar berkata, polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam bilik asrama terbabit sebelum menahan 43 pelajar selain mendakwa mereka dipanggil monyet oleh pihak berkuasa.*

         *AMMAN: Jordan memanggil duta Israel untuk membantah tindakan mereka yang mencemar kesucian kawasan Masjid Al-Aqsa selepas bertempur dengan jemaah Palestin ketika menunaikan solat sunat Aidiladha minggu lalu.*
              *AFP melaporkan, Kementerian Luar Jordan memanggil duta terbabit, Amir Weissbrod untuk menyuarakan kritikan mereka apabila pihak berkuasa Israel mencemar kawasan paling sensitif itu.*
             *Bantahan diplomatik itu dilakukan beberapa hari selepas Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan dilaporkan memberitahu kepada sebuah stesen radio bahawa mereka harus berusaha membenarkan Yahudi beribadat di tapak suci terbabit.*

         *LOMO DEL PINO (SEPANYOL): Kira-kira 5,000 orang terpaksa dipindahkan selepas pulau percutian Gran Canaria dilanda kebakaran besar dan pihak berkuasa memberi amaran ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk dikawal.*
          *AFP yang memetik Presiden Pulau Canary, Angel Victor Torres berkata, kebakaran yang merebak ke lokasi pelancongan terkenal di pergunungan Cruz de Tejeda semakin buruk.*
            *Lebih 600 anggota bomba terpaksa dikerahkan bersama 14 pesawat untuk mengawal kebakaran yang marak akibat angin kuat dan suhu panas.*

          *POLICASTRO BUSSENTINO (ITALI): Pihak berkuasa menemui mayat pendaki warga Perancis semalam selepas sembilan hari dilaporkan hilang di selatan Naples.*
           *Menurut AFP, mayat pendaki terbabit, Simon Gautier, 27, berjaya ditemui Belvedere di Ciolandre selepas dilaporkan terjatuh dari tebing pada 9 Ogos lalu.*
           *Ketika kejadian, dia dikatakan sempat menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan sambil memaklumkan dia patah kaki selepas terjatuh namun tidak dapat menyatakan lokasi sebenarnya.*

          *KHARTOUM: Pemimpin tentera Sudan Omar al-Bashir yang memerintah selama 30 tahun, tiba di mahkamah hari ini di Khartoum untuk memulakan perbicaraannya atas dakwaan rasuah.*
            *Bashir, 75, digulingkan pada 11 April lalu, selepas beberapa bulan bantahan ke atas rejim pemerintahannya.*
         *Pejabat pendakwa memaklumkan, dia berhadapan dengan tuduhan memiliki mata wang asing, rasuah dan menerima hadiah secara haram.*
          *Pada April lalu, ketua tentera Sudan, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan memaklumkan, lebih AS$113 juta (RM471 juta) wang tunai dalam tiga mata wang asing dirampas dari kediaman Bashir.*

          *BANGKOK: Demi cinta, seorang wanita di BuengKum cuba membunuh ibunya untuk mendapatkan insurans bagi membayar ikat jamin kekasih yang dipenjarakan kerana kesalahan dadah.
          *Kanchana Srisung, 25, membayar 200,000 bhat (RM27,023) kepada dua lelaki untuk menembak ibunya, Ueamduean Srisung.*
            *Mangsa berusia 55 tahun itu ditembak ketika mengayuh basikal pulang ke rumah pada 22 Jun lalu.*

          *NEW YORK: Seorang pemuda gelandangan didakwa meletakkan bom palsu di sekitar New York selepas tiga periuk nasi elektrik kosong menyebabkan gangguan pengguna pengangkutan awam di New York.*
          *Larry K Griffin II, 26, didakwa atas tuduhan meletakkan bom palsu, Jumaat lalu dalam kenyataan dikeluarkan polis New York, kelmarin, lapor AFP.*
         *Tiga objek mencurigakan ditemui pada pagi Jumaat menyebabkan gangguan selama dua jam di kota itu yang turut melihat stesen kereta api bawah tanah dikosongkan dan perkhidmatan digantung di beberapa lokasi.*

          *SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan usia persaraan akan dinaikkan kepada 65 tahun.*
            *Buat masa sekarang, usia persaraan adalah 62 tahun dan akan dinaikkan kepada 63 tahun pada 2022.*
        *Manakala usia persaraan 65 tahun hanya berkuatkuasa pada 2030.*
       *Lee berkata, kebanyakan pekerja veteran belum bersedia berhenti kerja.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *SEORANG pegawai atasan dipercayai daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) didakwa menampar warga asing di sebuah pub di Subang Jaya, pada Jumaat lalu.*
            *Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pub yang berdurasi 2 minit 55 saat itu, kelihatan pegawai lelaki berkenaan menampar warga asing terbabit beberapa kali.*
          *Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Amihizam Abdul Shukor berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu.*
            *Sebelum ini, video itu tular di aplikasi WhatsApp yang mengundang persoalan netizen mengenai tindakan lelaki terbabit.*

           *SEORANG lelaki menggunakan jaket hitam untuk menutup beg tangan wanita yang dicurinya di kedai emas di dalam pusat beli-belah di Kuala Lumpur, petang semalam.*
            *Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, mangsa bersama suaminya memasuki premis itu pada 4.25 petang.*
             *Bagaimanapun, perbuatan suspek berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.*

            *PENYANYI rap Caprice memohon maaf terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kumpulan Anak Muda Kelantan dan rakyat Kelantan berikutan kenyataannya dikatakan memperlekeh rakyat Kelantan.*
            *Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli sebelum ini memuat naik video di Instagram seolah-olah memperlekehkan kebolehan penduduk Kelantan memahami ceramah dalam bahasa Inggeris Dr Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV, baru-baru ini.*
        *Dalam satu komen di media sosial pula, Caprice turut mendakwa kadar jenayah di Kelantan adalah yang paling tinggi.*


*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-8-2019 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*RAU 21 GS 2019 ASHI ERSAAAN 20 ZUL#IJJH 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0543
*SUBUH* : 0553
*SYURUK* : 0709
*ZOHOR* : 1319
*ASAR* : 1633
*MAGHRIB* : 1925
*ISYAK* : 2035


*artikel disiarkan pada tarikh 20ogos*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *BAYI perempuan berusia 13 bulan melecur di bahagian dada dan leher selepas terkena air panas di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Kuala Terengganu, kelmarin. Dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa, Nur Syafiqa Wardani Rosli terpaksa dikejarkan klinik berdekatan. Ia dipercayai selepas bekas mengandungi air panas jatuh mengenai badannya ketika berada di bawah jagaan pengasuh pusat berkenaan.*

               2) *PENCERAMAH bebas, Dr Zakir Naik hari ini memohon maaf kepada pihak yang terkesan dan tersinggung dengan kenyataan kontroversinya baru-baru ini. Menerusi satu kenyataannya, beliau menegaskan tidak mempunyai niat untuk menyinggung perasaan mana-mana individu atau masyarakat yang sememangnya bertentangan dengan prinsip Islam.*

               3) *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan arahan kepada semua kontinjen negeri melarang penceramah terkenal Dr Zakir Naik menyampaikan ceramah awam di seluruh negara. Dalam notis edaran dalaman secara rahsia pasukan itu, arahan dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor. Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad dan menyatakan tindakan berkenaan diambil demi keselamatan negara.*

               4) *TIGA rentung dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan berhampiran stesen minyak dekat Pekan Mengkuang, di Bera, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, kemalangan membabitkan dua lori dan satu kereta itu menyebabkan tiga mangsa yang berada di dalam kereta maut selepas kenderaan mereka terbakar.*

               5) *LELAKI dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini, kerana melupuskan harta curi iaitu tiga kuali tembaga bernilai RM1,200 milik jirannya. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, Zainal Ramli, 36, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.*

               6) *KERJA membina kereta terbang pertama Malaysia sudah 85 peratus siap, menurut Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. Prototaip kereta terbang itu menurut beliau, sedang dibina oleh syarikat Malaysia di Jepun, berikutan kuasa ekonomi itu mempunyai ekosistem sokongan untuk industri kereta terbang.*

               7) *MEKANISME pelaksanaan program subsidi petrol bersasar kepada golongan berpendapatan rendah (B40) akan diumumkan dalam tempoh dua minggu lagi. Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaksanaannya tertakluk kepada keputusan dan nasihat Jemaah Menteri.*

               8) *SAYA terpaksa pusing stereng bas ke sebelah kiri untuk mengelak daripada merempuh sebuah kereta yang secara tiba-tiba menukar laluan. Jika saya lambat bertindak, mungkin sudah ada nyawa yang terkorban, kata pemandu bas ekspres, S Kesavan, 32, yang terselamat bersama 15 penumpang dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan dekat Alor Gajah, hari ini.*

               9) *CUBAAN seorang lelaki mencuri kelapa dalam kebun di Kampung Tebuk Mudrad, Sungai Air Tawar di Sabak Bernam gagal apabila dia ditahan pemiliknya semalam. Anggota Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) yang sedang melakukan rondaan bersama pemilik kebun bagi membantu menahan lelaki terbabit.*

               10) *WARIS tiga mangsa rentung dalam kemalangan di Kilometer 43 Jalan Temerloh-Bahau dekat Mengkuang, Bera, pagi ini diminta tampil membantu polis. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, sehingga kini pihaknya belum dapat mengenal pasti identiti mangsa.*

               11) *DUA rakan serumah hanya mampu menitiskan air mata selepas mereka diarahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di Georgetown hari ini, atas pertuduhan mengedar dua jenis dadah kira-kira tiga tahun lalu. Seorang daripada mereka menitiskan air mata ketika berada di kandang tertuduh selepas Hakim Datuk Akhtar Tahir mengeluarkan perintah itu.*

               12) *BUDAK lelaki enam tahun maut, manakala ibu dan kakaknya parah selepas terjun dari sebuah pangsapuri di Taman Kepong, di Kuala Lumpur, semalam. Dalam kejadian 2.35 petang itu, tiga beranak berkenaan dipercayai terjun dari tingkat 10 pangsapuri berkenaan.*

               13) *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor membuka bidaan siri JTR menerusi sistem JPJeBid, esok dengan harga bidaan bagi Nombor Bernilai Utama adalah RM20,000. Pengarah JPJ Johor, Razali Wagiman berkata, sistem pertama kali diperluaskan pelaksanaannya ke JPJ Negeri Johor akan dibuka selama lima hari bermula pada 12 tengah malam 21 Ogos hingga 11.59 malam, 25 Ogos ini.*

               14) *TUJUH beranak Orang Asli di Kampung Aring 5, Gua Musang berdepan detik cemas apabila rumah mereka dihampiri seekor gajah jantan liar pagi tadi. Bagaimanapun, mereka terselamat selepas gajah terbabit beredar memasuki kawasan hutan berhampiran 7 pagi.*

               15) *SELEPAS tiga hari bertarung nyawa, lelaki yang melecur hampir seluruh badan akibat letupan gas bocor di Pangsapuri Green Garden, Jalan Paya Terubong, Ahad lalu meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini. Mangsa, Lee Kok Eang, 62, sebelum ini dikejarkan ke HPP, Ahad lalu selepas badannya melecur akibat letupan yang turut memusnahkan dinding dan koridor di pangsapuri itu.*

               16) *CUBAAN dua wanita untuk memperdaya dua beranak di Kampung Pilah Tengah, Senaling, Kuala Pilah, semalam, dengan menyamar sebagai kakitangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak berjaya apabila mereka diberkas polis. Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, suspek masing-masing berusia 30 dan 35 tahun dikatakan menggunakan modus operandi sama dengan dua kejadian sebelum ini iaitu menyamar sebagai kakitangan JKM dan berpura-pura menemubual mangsa kononnya untuk memberikan bantuan kewangan.*

               17) *SISTEM JPJeBid yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak April lalu berjaya memperoleh kutipan berjumlah RM15.6 juta. Pengarah Bahagian Pelesenan Kenderaan JPJ, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, jumlah kutipan kasar itu diperoleh sejak pelaksanaan pertama sistem JPJeBid di Putrajaya sehingga ke Sabah, minggu lalu.*

               18) *ENAM sekolah di Tawau terjejas akibat banjir dengan dua daripadanya ditutup bermula pagi hari ini, berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di sekitar daerah ini dinaiki air. Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Mistirine Radin berkata, dua sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Serudong Baru dan SK Kuala Apas, masing-masing membabitkan 189 murid dan 349 murid.*

               19) *INDUSTRI penternakan ayam terus berkembang dengan penghasilan produk makanan tambahan melalui pengekstrakan enzim nanas MD2 bagi menghasilkan hasil ternakan bebas sisa antibiotik dan bebas hormon pertumbuhan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, ternakan ayam itu ditambah dengan enzim probiotik yang diekstrak melalui diet harian ayam berkenaan.*

               20) *LELAKI maut, manakala rakannya melarikan diri selepas kenderaan sarat muatan ketum dinaiki dengan terbabas sebelum merempuh belakang treler, hari ini. Kejadian jam 6 pagi di Kilometer 46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Paloh 2, di Gua Musang menyeabkan penumpang maut.*

               21) *ANGKATAN Pertahanan Awam (APM) mengenal pasti kawasan seluas 10.52 hektar (26 ekar) yang masih berasap tebal akibat kebakaran tanah gambut dalam sektor 1 iaitu membabitkan lokasi di Tudan serta Kompleks Anak Yatim Hamidah. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, tinjauan kebakaran dilakukan melalui udara menggunakan dron pasukan APM Bintulu pada pagi ini di lokasi terbabit.*

               22) *POLIS menahan gelandangan yang merosakkan barang di Madrasathul Gouthiyyah Surau Brickfields, Kuala Lumpur, semalam.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Roslan Bek Ahmad berkata, polis menerima laporan daripada pihak surau yang memaklumkan berhubung kejadian, 10.15 pagi semalam.*

               23) *MELAKA: Kes demam denggi di Melaka meningkat kepada 1,438 kes atau sebanyak 263 peratus dari 1 Januari hingga Sabtu lalu berbanding tempoh sama tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong berkata, daripada jumlah itu, Melaka Tengah merekodkan jumlah terbesar iaitu 1,035 kes dengan peningkatan 290 peratus.*

               24) *KUALA LUMPUR: Habitat asal diganggu selain masalah pemburuan haram adalah antara dua faktor utama mengapa hidupan liar memasuki kawasan penempatan penduduk di negara ini. Presiden Pencinta Alam Malaysia, Profesor Dr Ahmad Ismail berkata, masalah pembangunan yang tidak dirancang dengan teliti menyebabkan habitat hidupan liar semakin kecil dan terhimpit.*

               25) *TUMPAHAN diesel dari sebuah lori menyebabkan beberapa kenderaan di Jalan Kuching menghala ke Selayang terbabit dalam kemalangan, petang tadi. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan berlaku jam 4.45 petang selepas saluran minyak daripada lori dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Selayang tercabut.*

               26) *KERAJAAN dapat mengurangkan perbelanjaan penyelenggaraan dan menjimatkan tenaga antara 30 hingga 40 peratus menerusi penggunaan lampu jalan jenis Light-emitting Diode (LED) di luar bandar. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin berkata, yakin penggunaannya mampu beri manfaat yang lebih menyeluruh kepada masyarakat di kawasan berkenaan.*

               27) *PENJENAYAH yang memecah masuk tiga premis di Kompleks Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Taboh Naning, Simpang Ampat, Alor Gajah, sempat meninggalkan nota dipercayai mencuba mengelirukan semua pihak. Nota Maafi ya bersepah Rohinga yang ditulis dengan pen merah ditampal pada dinding di atas jeriji tingkap Pejabat JAPERUN, dipercayai mencuba mengelirukan polis dan pentadbir pejabat berkenaan.*

               28) *TUJUH anggota polis berpangkat lans koperal dan konstabel di Johor dikesan positif dadah dalam Operasi Blue Devil yang dilaksanakan dari 13 Ogos hingga 17 Ogos lalu. Operasi dilancarkan Bukit Aman bagi mengesan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pegawai dan anggota membabitkan pemeriksaan terhadap tujuh pegawai kanan dan 100 anggota.*

               29) *MAHKAMAH Tinggi di Kota Bharu, hari ini menolak permohonan Kerajaan Kelantan untuk mengenepikan saman yang difailkan Kerajaan Persekutuan mewakili Orang Ali suku Temiar, berhubung tanah adat di Pos Simpor, Gua Musang. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu, sekali gus memberi laluan kepada perbicaraan kes membabitkan tuntutan hak tanah tradisi seluas 29,000 hektar.*

               30) *SEORANG buruh warga Indonesia maut selepas tergelincir ketika mengecat di luar tingkat tiga bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Taman Sutera, di Taman Perling di Johor Bahru, kelmarin. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kejadian 9 pagi itu mengakibatkan Adriandsyah, 30, parah sebelum disahkan meninggal dunia 4 petang semalam.*

               31) *KERAJAAN mensasarkan untuk menubuhkan 191 Desa Pintar di luar bandar dalam tempoh lima tahun bagi mewujudkan ekonomi digital di kawasan berkenaan. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, menerusinya ia dapat membantu kumpulan sasar seperti usahawan dan suri rumah, k-ekonomi untuk belia dan pelajar serta komuniti luar bandar.*

                32) *TIADA mana-mana syarikat yang dibenar memonopoli perkhidmatan teksi motosikal atau dikenali gojek sekiranya ia dibenar beroperasi di negara ini. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, meskipun pihaknya tidak berhasrat memperkenalkan perkhidmatan berkenaan sebelum ini, kementerian tidak menolak sebarang cadangan ke arah penambahbaikan sektor pengangkutan.*

                33) *IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sedang mengesan dan mencari seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes penipuan pelaburan. Dalam kenyataan dikeluarkan IPD Taiping, lelaki yang dikehendaki itu adalah Iskandar Isahak, 49, dengan alamat terakhirnya di Kampung Parit Raja Gersik, Muar. Lelaki berkenaan dikehendaki oleh IPD Taiping bagi menyelesaikan satu kes membabitkan penipuan pelaburan di Perak.*

                34) *KEADAAN mencurigakan dua operator kilang di Batu Hampar, Pendang, membongkar pembabitan mereka dalam pengedaran dadah di kawasan ini. Dalam kejadian pada jam 12.20 tengah malam tadi, dua lelaki berusia 24 dan 27 tahun dipercayai sedang menunggu pelanggan sebelum disedari polis yang ketika itu sedang melakukan rondaan.*

                35) *SEORANG saksi mengakui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa ada kemungkinan dokumen bank membabitkan kes SRC International Sdn Bhd dibocorkan kepada umum sebelum siasatan rasmi dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas SPRM, Rosli Husain, 54, berkata demikian ketika memberi keterangan di dalam perbicaraan kes pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 66.*

                36) *NELAYAN patah kaki selepas dipercayai akibat terbelit pada tali pukat berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di kedudukan kira-kira 80 kilometer (42.9 batu nautika) barat Pulau Pangkor, semalam. Dalam kejadian pada 3.51 petang itu, warga Thailand yang dikenali sebagai Kowit berusia 59 tahun itu diselamatkan Bot Penggalang 13 sebelum dibawa ke jeti berhampiran dan dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut.*

                37) *LELAKI lumpuh sebelah kanan badan ditahan polis di rumahnya di Kampung Bukit Choras Dalam, Pendang, kerana dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah. Suspek berusia 36 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang jam 1.30 petang, hari ini.*

                38) *POLIS Negeri Sembilan menafikan laporan media antarabangsa kononnya keluarga Nora Anne Quoirin, 15, dibawa berjumpa pengamal perubatan tradisional dalam usaha mengesan remaja Ireland itu ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilaksanakan. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, dakwaan yang kononnya polis berbuat demikian kerana pasukan SAR sudah buntu mengesan remaja berkenaan adalah tidak benar.*

                39) *AGENSI Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menahan enam lelaki termasuk remaja berusia 19 tahun dalam satu operasi di Langkawi, hari ini. Operasi selama sembilan jam berakhir jam 1 tengah hari disertai 12 anggota melakukan serbuan ke beberapa rumah di tiga kampung di pulau berkenaan.*

                40) *POLIS menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan kes kebakaran membabitkan mimbar dan permaidani Masjid Padang Setol, Jalan Pedu, Padang Terap, hari ini. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, lelaki berusia 23 tahun ditahan jam 3 petang di Kampung Tanjung Pedu. Berdasarkan siasatan, suspek memiliki dua rekod jenayah berkaitan jenayah khianat dan judi.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *BAGKOK: Seramai 13 pelancong warga China terkorban manakala puluhan lagi cedera selepas bas yang dinaiki terbabas dan terhumban 30 meter ke dalam gaung di Laos.*
          *Bas terbabit membawa lebih 40 penumpang warga China dan sedang dalam perjalanan ke Luang Prabang ketika kejadian itu berlaku, semalam, kata polis.*
           *Buat masa ini, 13 mayat sudah ditemui manakala dua lagi masih hilang, kata pegawai polis, Xaiyaphon Chitavong kepada AFP, sambil menambah punca kemalangan disebabkan masalah brek bas.*

            *JAKARTA: Polis memburu lebih 250 banduan yang dilaporkan melarikan diri dari sebuah penjara di Papua ketika berlakunya rusuhan di bandar itu semalam.*
         *Reuters melaporkan, penjara di bandar pelabuhan Sorong itu turut menjadi sasaran tindakan ganas penunjuk perasaan yang melakukan bantahan terhadap layanan kasar dan gelaran rasis terhadap penuntut mereka.*
         *Jurucakap berkata, 258 banduan daripada 547 banduan yang ditahan itu berjaya melarikan diri namun ada yang sudah ditangkap semula.*

          *NEW YORK: Seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis tersilap langkah apabila dia menahan sebuah van yang dinaiki oleh sekumpulan detektif di Hicksville, Long Island.*
             *Menurut polis, kejadian berlaku pada Jumaat lalu apabila lelaki terbabit, Valiery Portluck, 25, yang memandu Nissan Sentra berwarna hitam menyalakan lampu kecemasan dan membunyikan hon supaya pemandu memberhentikan van itu.*
         *Dia tidak menyedari van terbabit dinaiki oleh detektif dari Jabatan Polis Daerah Nassau.*

           *ROME: Sepasang suami isteri warga Perancis berdepan hukuman penjara maksimum enam tahun kerana cuba membawa pulang 14 botol pasir sebagai cenderamata ketika pulang bercuti dari sebuah pantai di Sardinia, Itali.*
         *CNN melaporkan, polis di utara bandar Porto Torres menemui pasir seberat 40 kilogram terbabit ketika melakukan pemeriksaan rutin pada kenderaan sebelum berlepas menaiki feri ke Toulon di selatan Perancis.*
            *Pasangan berusia 40an itu kemudiannya ditahan dan dihadapkan ke mahkamah di bandar Sassari.*
        *Pasir di pantai negara itu dilindungi undang-undang dan ia menjadi kesalahan jenayah bagi pelancong yang mengambilnya.*

            *SAN FRANCISCO: Twitter Inc dan Facebook Inc menggantung akaun akaun media sosial dari tanah besar China yang ingin menjejaskan demonstrasi di Hong Kong.*
            *Menurut Twitter, ia sudah menggantung 936 akaun yang disyaki dikendalikan oleh beberapa pihak di China, lapor Reuters.*
           *Katanya, ia adalah sebahagian daripada 200,000 akaun yang sudah digantung sebelum ia menjadi lebih aktif.*

            *London: Seorang wanita yang memenuhi azam mencari orang lain berwajah seirasnya tanpa disangka menemukannya dengan tiga perempuan lain yang ajaibnya tiada langsung talian kekeluargaan.*
         *Niamh Geaney dari Dublin, Ireland, menemui dua lagi wanita berhampiran ibu negara Ireland itu, malah seorang lagi turut dijumpai di Itali.*
           *Tidak dapat digambarkan rasa pelik berdepan seseorang yang wajahnya terlalu sama dengan kita. Wajah kami memang seiras, namun personaliti masing-masing terlalu berbeza. Memang ajaib tetapi pada masa sama sangat pelik, katanya kepada Sunday Night.*

            *JAKARTA: Seorang datuk tergamak merogol cucu tirinya beberapa kali termasuk ketika mangsa tidur di sebelah isterinya yang sakit hingga menyebabkan remaja perempuan berusia 13 tahun itu hamil.*
         *Jakarta Post melaporkan, lelaki berusia 66 tahun yang berasal dari kampung Gembongan di Blitar, Jawa Timur itu ditangkap minggu lalu, selepas jiran membuat laporan polis mengenai perbuatan terkutuknya itu.*
          *Ketua jabatan siasatan jenayah polis Blitar, Heri Sugiono berkata, lelaki dikenali sebagai Sobari itu mengaku merogol cucunya tujuh kali dalam tempoh dua bulan.*

        *COXS BAZAR: Kira-kira 3,500 pelarian Rohingya di Bangladesh dihantar balik ke Myanmar mulai minggu ini.*
          *Seramai 740,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh pada Ogos 2017 daripada serangan ketenteraan di Myanmar sekaligus menyertai 200,000 orang sedia ada namun hampir tiada yang sukarela mahu pulang walaupun negara berkenaan menandatangani perjanjian penghantaran balik.*
         *Pesuruhjaya pelarian Bangladesh, Mohammad Abul Kalam, berkata dia optimis mengenai proses penghantaran balik baharu yang dijadualkan bermula pada Khamis ini.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *KUCING yang tular di media sosial selepas ciapan di media sosial mengenai kehilangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dimuat naik melalui akaun Twitter Malaysia Airport.*
         *Setakat hari ini, ia mendapat lebih 4,688 perkongsian selepas dimuat naik pada Jumaat lalu.*
       *Pemilik kucing berkenaan, Noory Mashella Datu Mazinal, 30, berkata, kucing spesies Domestic Long Hair mixed Maine Coon yang dinamakan sebagai Mona itu dipelihara sejak tiga tahun lalu ketika bekerja di Kuala Lumpur.*

           *PEGAWAI pemasaran dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas pertuduhan membuat kenyataan yang boleh membangkitkan kemarahan Orang Asli menerusi ciapan Twitter yang mendakwa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin dirogol etnik itu, minggu lalu.*
            *Muhammad Zikri Ibrahim, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorasyikin Sahat.*
         *Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan Twitter dengan menggunakan profil akaun Zikri Armstrong dengan sengaja mengaibkan dan secara sedar telah membuat kenyataan yang boleh membangkitkan kemarahan kepada masyarakat Orang Asli dengan maksud bangkitan marah itu akan memecahkan dan menggugat keamanan awam.*

            *ANAK kami tidak diculik, kata A Tamil Selvan, 30, menyangkal kisah tular di media sosial berkaitan anak bongsunya berusia 15 bulan yang didakwa diculik pasangan suami isteri dari Ipoh, Perak.*
          *Menurutnya, dia dan isterinya, R Shamini, 27, menimang cahaya mata kedua berkenaan pada 18 Mei 2018 yang dinamakan sebagai Kavi Priya.*
          *Katanya, dalam tempoh selepas 20 hari kelahiran Kavi Priya, bayi berkenaan terpaksa diserahkan kepada pasangan kenalannya itu untuk jagaan sementara.*

            *KUMPULAN pancaragam Sri Dasmesh Pipe Band yang dinobatkan sebagai juara di Kejohanan Band Pipe Dunia di Scotland menyifatkan kejayaan kumpulan itu mengharumkan nama negara sebagai hadiah terbaik sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-62 pada 31 Ogos ini.*
         *Jurucakap kumpulan yang juga Drum Sergeant Tripert Singh Khalsa berkata', lebih manis kejayaan yang dicapai itu juga menobatkan Malaysia sebagai satu-satunya kumpulan dari Asia Tenggara yang berjaya muncul juara sejak kejohanan itu dianjurkan 30 tahun lalu.*
          *Ia adalah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dan dijangka, apabila nama kami diumumkan sebagai pemenang dan Jalur Gemilang dinaikkan.*

            *BADAK sumbu Sumatera terakhir di Malaysia yang ditempatkan di Santuari Badak Borneo (BRS) di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin di Lahad Datu kini, dalam keadaan sihat selepas menjalani rawatan akibat ketumbuhan dalam rahim, tahun lalu.*
           *Badak betina dikenali sebagai Iman itu adalah satu-satunya spesies badak Sumatera yang masih hidup di negara ini selepas pasangannya yang dikenali sebagai Kertam atau Tam mati akibat usia tua dan kegagalan organ dalaman pada 27 Mei lalu.*

            *LAUT MEDITERRANEAN: Sengsara dan penderitaan pendatang di Libya, termasuk diseksa digambarkan melalui lakaran mangsa berada dalam kapal penyelamat migran, Ocean Viking, yang kini terdampar di tengah laut, menunggu negara yang sanggup menerima mereka.*
             *Lakaran yang dipamerkan dalam kapal itu berkisar mengenai penyeksaan di Libya, perang di Darfur, perkampungan di selatan Sudan dan pokok baobab di Senegal.*
               *Sementara menunggu jika ada pelabuhan di Eropah bersedia menerima mereka, 356 pendatang yang kapal dislamatkan Ocean Viking, dipelawa melukiskan memori indah dan pengalaman ngeri mereka.*

           *MANILA: Sebahagian kawasan pantai di Boracay ditutup selepas video tular menunjukkan seorang pelancong dipercayai mengambus lampin terpakai di situ.*
            *Sepanjang 100 meter pantai Boracay ditutup pada Rabu lalu selama tiga hari untuk kerja pembersihan selepas sisa najis dikesan bercampur dengan air di situ, lapor BBC.*
          *Video kejadian berkenaan mencetuskan kemarahan pengguna Internet selepas dimuat naik pada Selasa minggu lalu menunjukkan perbuatan jijik pelancong wanita itu.*
          *Portal Taiwan News melaporkan wanita terbabit pelancong China.*

          *NEW YORK: Seorang pengawal keselamatan wanita di New York berasa menyesal tak sudah kerana dipecat selepas dia memberikan sekeping nota bertulis Kamu hodoh! kepada seorang pelancong lelaki di lapangan terbang di New York.*
             *Fox News melaporkan, video pengawasan yang tular di Twitter awal minggu ini memaparkan, pekerja kontrak yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Greater Rochester menyerahkan nota berkenaan ketika Neal Strassner melepasi tempat pemeriksaan.*
           *Strassner berkata, selepas mengambil nota ganjil itu, dia terus berjalan tanpa sebarang masalah, lapor Rochester First.*
                 

*ARENA*
========


         *PENGULAS sukan, Gary Neville mengatakan Manchester United memalukan selepas Paul Pogba mengambil sepakan dan bukannya Marcus Rashford sehingga gagal menyudahkan penalti menentang Wolves, awal pagi tadi.*
         *Skuad Ole Gunnar Solskjaer memiliki peluang terbaik untuk mendapatkan semula pendahuluan selepas Pogba dikasari oleh Conor Coady di dalam petak penalti.*
        *Penyokong menjangkakan Rashford akan mengambil sepakan itu selepas dia menjaringkan penalti menentang Chelsea, minggu lalu.*

         *MAURIZIO Sarri disahkan menghidap pneumonia dan bakal terlepas aksi pertama Serie A selaku bos Juventus.*
         *Bekas pengendali Chelsea berusia 60 tahun itu, mengalami selesema minggu lalu dan terlepas sesi latihan hujung minggu Juventus selepas dinasihatkan berehat oleh doktor.*
         *Bagaimanapun juara Serie A itu memberitahu Sarri disahkan dijangkiti kuman dalam paru-paru.*

         *ARSENAL sedia menawarkan kenaikan gaji lebih lumayan kepada Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang dalam usaha memujuk mereka menandatangani kontrak baharu.*
          *Selepas mengharungi jendela perpindahan yang dianggap berjaya, pegawai Gunners kini menumpukan rundingan semula kontrak pemain sedia ada.*
            *Lacazette dan Aubameyang antara pemain menerima gaji tertinggi dengan Lacazette menerima 140,000 seminggu manakala Aubameyang hampir 200,000 seminggu dan kedua-duanya bakal menerima imbuhan lumayan jika menyambung komiten bersama kelab utara London itu.*

         *MARIO Balotelli berkata, dia tidak terfikir perkara lain selepas mendapat tawaran Brescia, kelab di bandar tempatnya membesar.*
         *Saya pilih Brescia kerana ketika tawaran itu datang, saya tak terfikir benda lain, katanya ketika sidang akhbar, awal pagi tadi. "Di sini, apa saya perlukan ada kerana ia kelab di bandar saya.*
         *Balotelli dilahirkan di Palermo tetapi dibesarkan di Brescia, utara Itali dan mempunyai apartmen di sana.*
            *Kelab itu kembali beraksi di Serie A tahun ini selepas tersingkir pada 2011.*

         *POLIS memberi amaran keras kepada penyokong agar tidak membawa barang terlarang terutama suar dan senjata berbahaya ketika perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.*
           *Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata, penyokong kedua-dua pasukan sepatutnya menjaga tingkah laku ketika menonton perlawanan berkenaan.*
          *Perlawanan ini membabitkan pemain dari Singapura dan kemungkinan besar akan ditonton peminat di luar negara.*

         *SKUAD Pahang belum selesa biarpun sudah merekodkan tiga kemenangan dalam saingan kumpulan C Piala Malaysia.*
          *Kejayaan menggungguli kumpulan C dengan sembilan mata dengan berbaki tiga perlawanan juga bukan jaminan pasukan itu sudah layak ke saingan suku akhir.*
            *Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammmed Suffian Awang mahu skuad kendalian Dollah Salleh mengekalkan rentak cemerlang dan konsisten dalam tiga baki perlawanan selepas ini.*

         *SHAH ALAM: Duduk saja di rumah jika tidak boleh memberikan komitmen 100 peratus.*
            *Itu amaran pengendali Selangor, B Sathianathan kepada anak buahnya yang dilihat bermain sambil lewa hingga pasukannya terlepas peluang memungut tiga mata penting ketika bertemu PDRM pada aksi Piala Malaysia malam kelmarin.*
             *Sathia berkata, beliau sudah mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga pemain Selangor yang sering melakukan kesalahan sama hingga membuka ruang kepada pasukan lawan menyumbat gol.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-8-2019 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SAYANGI MALAYSIAKU: MALAYSIA BERSIH*

*JUAAT 23 GS 2019 ASHI ERSAAAN 22 ZUL#IJJH 1440 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0543
*SUBUH* : 0553
*SYURUK* : 0709
*ZOHOR* : 1319
*ASAR* : 1632
*MAGHRIB* : 1924
*ISYAK* : 2034


*artikel disiarkan pada tarikh 22ogos*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *PENGANGGUR mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu, hari ini, atas pertuduhan menetak Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rawi, hingga putus ibu jari kanan. Tertuduh, Mohd Nasli Mohd Nasir, 33, membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.*

               2) *LELAKI yang melanggar Syed Muhammad Danial Syed Syakir didakwa di Mahkamah Majistret Kajang, hari ini, atas pertuduhan membunuh mangsa di Kilometer 293.6 Lebuhraya Utara Selatan, 10 Ogos lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Yew Wei Liang, 41, yang bekerja di bahagian Teknologi Maklumat (IT) ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.*

               3) *SELAIN memberi peluang pekerjaan kepada mat motor, pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal, Go-Jek atau Dego Ride turut bertujuan membantu usahawan muda. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram beliau.*

               4) *PERLU telus, sistematik dan berfungsi secara menyeluruh di semua kawasan termasuk luar bandar. Itu antara harapan orang ramai mengenai pelaksanaan program subsidi petrol bersasar kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang bakal diumumkan kerajaan dalam tempoh terdekat.*

               5) *TEMPOH tahanan reman lelaki berusia 23 tahun yang ditahan polis kerana disyaki terbabit membakar bahagian mimbar dan permaidani Masjid Padang Setol, Jalan Pedu, Padang Terap Isnin lalu berakhir hari ini. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, suspek yang direman tiga hari sejak Selasa lalu dibebaskan dengan jaminan polis.*

               6) *ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) memperkenalkan pakej yang membolehkan ahlinya menunaikan umrah melalui skim potongan gaji. Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pakej Umrah Kasih Sayang itu adalah perkhidmatan pinjaman yang memberi peluang untuk ahli ANGKASA menunaikan ibadat itu terlebih dulu tanpa perlu membayar kos penuh.*

               7) *MENTERI Kabinet hari ini menafikan desas-desus bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam masa terdekat. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata, sepanjang pengetahuannya, rombakan berkenaan tidak akan berlaku buat masa ini.*

               8) *DAMIA nak ziarah kubur papa dan ummi. Damia rindu mereka. Itu ungkapan Nur Damia Sofea Azmi, 7, salah seorang mangsa kemalangan mengakibatkan ibu bapanya maut, minggu lalu. Dalam kejadian 4.10 pagi, 16 Ogos lalu, di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dekat Kampung Lepan Jaya di Gua Musang, Toyota Avanza dinaiki lima sekeluarga hilang kawalan sebelum bertembung dengan van Toyota Hiace dinaiki 10 sekeluarga dari arah bertentangan.*

               9) *SEORANG datuk meluahkan kebimbangan berikutan cucunya yang berusia setahun sehingga kini tidak dibenarkan pulang ke rumah, selepas tiga bulan dirawat di hospital akibat demam campak. Penduduk Orang Asli suku Batek, Halim Manis, 50, berkata cucunya, Hawa Jusoh menghidap demam campak sejak Jun lalu dan kini dirawat di Hospital Gua Musang (HGM).*

               10) *SERAMAI 1,906 murid termasuk 50 murid prasekolah dari dua sekolah rendah tidak dapat meneruskan sesi persekolahan, hari ini kerana sekolah terpaksa ditutup berikutan keadaan jerebu semakin teruk di kawasan Kuala Baram. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak berkata, dua sekolah yang ditutup tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2 dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Tudan.*

               11) *KEADAAN Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamaruddin Abdullah yang parah ditetak pada bulan lalu, sudah beransur pulih seperti biasa. Anaknya, Datuk Shahrul Nasrun, 33, berkata, perkembangan kesihatan bapanya itu menggembirakan ahli keluarga lain.*

               12) *SAMA ada prosiding bicara skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bermula minggu depan atau tidak, masih belum dapat diputuskan. Ia berikutan terdapat beberapa isu perlu diselesaikan terlebih dulu sebelum kes yang akan membabitkan lebih 60 saksi tempatan dan luar negara itu bermula.*

               13) *LELAKI di Hulu Terengganu menjadikan anak perempuannya berusia lima tahun sebagai pemuas nafsu dengan melakukan seks tabii terhadap mangsa. Perbuatan tidak bermoral suspek berusia 50 tahun itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya berusia 44 tahun ketika mereka berada di rumah di Besut kira-kira 10 malam, Ahad lalu.*

               14) *JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kelantan merampas 3,600 kilogram ayam sejuk beku bernilai RM30,000 dipercayai diseludup dari negara jiran di Pengkalan Haram Jitong, Rantau Panjang kelmarin. Dalam operasi 11.30 malam itu, sebuah lori dan van bernilai RM50,000 yang digunakan untuk mengangkut 300 kotak berisi ayam sejuk beku itu turut disita.*

               15) *TIMBALAN Ketua Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Madya Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dilantik Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang baharu berkuat kuasa 19 Ogos lalu. Pelantikan sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang kelima itu menyaksikan beliau dinaikkan pangkat kepada Laksamana Maritim daripada Laksamana Madya Maritim.*

               16) *SEBANYAK 170 kayu balak pelbagai spesies bernilai RM34,000 yang dilonggokkan di kawasan hutan berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Pelugau, di Jalan Tatau- Selangau, Bintulu dirampas Isnin lalu. Komander Polis Marin Wilayah 5 (PMW5) Bintulu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, longgokan balak itu dirampas 8.30 pagi selepas dipercayai cuba diseludup keluar tanpa kebenaran Jabatan Hutan Sarawak (JHS).*

               17) *LIMA daripada 10 nelayan Vietnam yang ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di Pulau Lankayan, Beluran kelmarin, bakal berhadapan dakwaan cubaan membunuh. Ia susulan tindakan agresif nelayan berkenaan dipercayai memotong tali pukat sebelum melarikan diri dan menyebabkan salah satu daripada kapal berkenaan merempuh bot PPM.*

               18) *INDEKS Pencemaran Udara (IPU) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatatkan bacaan berbahaya iaitu 404 setakat 9 pagi ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak berkata, ILP Miri terletak berhampiran dengan kawasan kebakaran hutan dan tanah gambut di Kuala Baram.*

               19) *DUA lelaki yang aktif mencuri kabel di premis terbengkalai berjaya dikesan sebelum diberkas polis di dua lokasi berasingan di Perda dan Prai semalam. Dua lelaki berusia 31 dan 40 tahun itu diburu polis sejurus memecah masuk sebuah kilang motosikal di Kompleks Industri Prai Ahad lalu.*

               20) *WANITA berusia 53 tahun dan rakannya, 25, diberkas polis selepas merancang kejadian samun ke atas mereka Isnin lalu. Harian Metro melaporkan kejadian dua pekerja sebuah syarikat disamun di Jalan 2, Kepala Batas ketika dalam perjalanan memasukkan wang hasil jualan harian kedai tempat mereka bekerja berjumlah RM20,400 ke sebuah bank berdekatan.*

              21) *KEDUA-DUA terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini mengalami gangguan sistem sementara. Gangguan itu menjejaskan beberapa sistem lapangan terbang seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter-kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS).*

               22) *MAYAT lelaki dalam keadaan hampir reput ditemui terapung di perairan Pulau Mengalum, dekat Kota Kinabalu, semalam. Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, mayat lelaki tiada pengenalan diri itu ditemui 11 pagi. Ia selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang polis bantuan di sebuah pelantar minyak di kawasan berhampiran pulau berkenaan.*

               23) *SELEPAS lebih 48 jam kemalangan maut mengorbankan tiga mangsa di Kilometer 43 Jalan Temerloh-Bahau, dekat Pekan Mengkuang, Bera, identiti ketiga-tiga mangsa masih belum dikenal pasti dan hingga kini tiada waris yang tampil menuntut mayat. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, berdasarkan bedah siasat yang dijalankan serta melalui maklumat cap jari diperoleh mendapati tiga mangsa berkenaan terdiri daripada lelaki dewasa, wanita dewasa dan remaja lelaki.*

               24) *HANYA kerana perselisihan faham berkaitan jahitan seluar pelanggan menyebabkan seorang lelaki warga Pakistan ditikam di perut dan tangan ditoreh rakan senegaranya di Kuala Lumpur, Ahad lalu. Dalam kejadian 6.50 petang itu, kedua-dua mereka yang bekerja sebagai tukang jahit di Pertama Kompleks, bergaduh dengan menggunakan pisau dan gunting selepas tidak berpuas hati berkaitan jahitan seluar pelanggan.*

               25) *BEKAS Imam Dua Masjid Ittafaqiah Al Yaacobiah, Kampung Charok Puteh, Mukim Siong, Baling melaungkan azan sebagai usaha untuk mencari seorang warga emas, Mat Zin Taib yang hilang sejak 8 Ogos lalu. Mohd Nor Manas, 65, berkata, tindakannya itu sebahagian daripada usaha untuk mencari Mat Zin, 83, yang sehingga kini gagal ditemui.*

               26) *SAYA rasa seolah-olah dipukau kerana tidak sedar bagaimana seorang daripada dua lelaki itu masuk ke dalam bilik, kata pengusaha kedai makan, Miss Lizan Saleh yang kerugian RM35,000 selepas barang kemas dan wang tunai miliknya lesap. Miss Lizan, 35, berkata dua lelaki berusia 40-an yang menaiki kereta Proton Waja datang ke kedainya di Kampung Baru Kerteh, Chukai pada 1 tengah hari semalam untuk menempah 180 roti canai kosong dan 80 roti telur.*

               27) *AHLI perniagaan bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kalang hari ini, atas pertuduhan mencuri peket tembakau shisha dalam kontena pada Mei lalu. Bagaimanapun, tertuduh, Seikh Fakira Seikh Ahmad, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman.*

               28) *KEGAGALAN seorang pemandu lori menghentikan kenderaan dipandu ketika menghampiri plaza tol menyebabkan dua pondol tol di Plaza Tol Rawang Selatan, roboh. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian jam 2.05 petang, hari ini, membabitkan tiga lori. Bagaimanapun katanya, kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.*

               29) *DUA lelaki berpura-pura mahu menempah 40 bungkus nasi dan air sebelum melarikan wang tunai RM3,000 dalam kejadian di kedai makan di Pantai Sura Hujung, Dungun, semalam. Kejadian berlaku pada 9.30 pagi ketika pemilik, Rabiatul Adayywiyyah Ahmad Jalani, 35, sedang membuat persiapan untuk membuka kedai manakala pembantunya, Marina Zainal, 47, memotong sayur di luar kedai.*

               30) *PEMANDU kereta sewa ditahan polis selepas mencabul kehormatan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dalam kereta di tepi Jalan Bunga Raja Kayu, Tanjung Aru di Kota Kinabalu pada Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, lelaki berusia lingkuan 20-an terbabit didakwa berbuat demikian ketika remaja berkenaan menaiki kereta sewa miliknya.*

               31) *PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong larangan penggunaan tulisan jawi pada bungkusan produk dihasilkan pengusaha bukan Muslim. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan pengguna keliru dengan syarikat pengusaha mahupun usahawan bukan Islam menggunakan tulisan jawi.*

                32) *RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menaiki bas untuk melihat keseluruhan kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak sempena Kunjungan DiRaja hari ini. Keberangkatan tiba baginda pada 11.15 pagi diiringi dua puteri, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.*

                33) *SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini merasmikan Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak AVISENA yang beroperasi di Seksyen 14, Shah Alam Mei lalu. Baginda yang diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut mencemar duli melawat hospital berkenaan serta pameran berkaitan AVISENA.*

                34) *NIAT dua lelaki ingin mencuri sebuah kereta di perhentian bas di hadapan sebuah restoran di Lebuhraya SPRINT gagal selepas disedari anggota polis yang sedang membuat rondaan sebelum menahan mereka hari ini. Dalam kejadian 4 pagi itu, kedua lelaki berusia 31 dan 36 tahun terbabit sedang mengumpil tingkap kereta Toyota Vios sebelum disedari anggota Unit Peronda Polis (MPV) yang sedang membuat rondaan cegah jenayah.*

                35) *GESAAN segelintir pihak termasuk beberapa menteri kabinet supaya pendakwah bebas, Dr Zakir Naik diusir dari negara ini perlu disertakan dengan hujah konkrit. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia penting bagi memastikan sebarang keputusan dibuat tidak menafikan aspek keadilan buat pendakwah itu.*

                36) *PEGUAM Negara Tommy Thomas beritahu bahawa keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim gagal mengemukakan butiran terperinci dengan dakwaan beliau menghina mahkamah berhubung kenyataannya kepada media berkaitan inkues kematian anggota bomba berkenaan. Peguam Kanan Persekutuan S Nakunavathy yang mewakili Tommy dalam hujahannya berkata, permohonan prosiding komital (menghina mahkamah) secara ex-parte oleh keluarga Muhammad Adib untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding itu tidak mempunyai maklumat lengkap.*

                37) *KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan segera menyiasat dakwaan sebuah sekolah menerima bekalan Jalur Gemilang secara terbalik. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, beliau sudah keluarkan arahan supaya isu berkenaan disiasat.*

                38) *KES syarikat projek Pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus yang didakwa gagal menyediakan prosedur kerja selamat hingga mengorbankan sembilan pekerja asing disebut semula di Mahkamah Sesyen di Georgetown, 27 September ini. Sembilan pekerja itu meninggal dunia dalam insiden tanah runtuh pada 2018.*

                39) *PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta melakukan lawatan ke kilang nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng, Kuantan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai pengoperasian syarikat itu. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Wan Saiful Wan Jan berkata, mana-mana pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH) juga boleh berbuat demikian bagi memperoleh maklumat dan fakta tepat.*

                40) *SERAMAI sembilan majikan masing-masing didenda dengan jumlah keseluruhan RM153,500 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini, kerana membenarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) bekerja di premis mereka. Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, ia membabitkan lapan lelaki dan seorang wanita iaitu pengurus besar syarikat dan pemilik syarikat.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *JAKARTA: Indonesia memutuskan rangkaian internet di timur Papua unuk mengelakkan pihak tertentu memuat naik bahan berunsur provokasi yang akan memburukkan keadaan selepas penunjuk perasaan melakukan demonstrasi.*
             *Penunjuk perasaan terbabit dilaporkan membakar bangunan, pasar dan penjara sebagai bantahan terhadap layanan kasar penuntut mereka yang digelar sebagai rasis.*

         *BANGKOK: Seorang lelaki warga Kenya ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok selepas menelan lebih 60 paket kokain sebagai cubaan menyeludup ke negara itu.*
           *AFP yang memetik pihak berkuasa berkata, Glenn Chibasellow Ooko, 43, tiba di lapangan terbang itu dari Ethiopia pada Isnin lalu sebelum ditahan.*
            *Berdasarkan gambar imbasan didedahkan Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand, perut lelaki terbabit penuh dengan bungkusan dadah.*

           *RIO DE JANEIRO: Seorang lelaki dibunuh penembak tepat polis selepas menawan bas awam dinaiki 37 penumpang dengan bersenjatakan pistol dan pisau, yang kemudian didapati cuma senjata api mainan.*
           *Daily Mail melaporkan, William Augusto da Silva dilaporkan menaiki bas berkenaan pada jam 5.25 pagi dan menjadikan 37 penumpangnya tebusan di atas jambatan di lebuh raya yang menghubungkan Sao Goncalo ke pusat bandar Rio de Janeiro.*

          *TIRANA: Sebuah restoran di Porto-Palermo dirobohkan pihak berkuasa hari ini selepas pemiliknya menyerang kenderaan dinaiki sekumpulan pelancong Sepanyol yang juga pelanggannya.*
         *Tindakan pihak berkuasa itu selepas mendapati restoran milik Mihal Kokedhima, 51, yang beroperasi sejak tiga tahun lalu dibina tanpa permit.*
          *Menurut laporan media tempatan, kejadian itu berlaku selepas kumpulan pelancong terbabit tidak berpuas hati terhadap layanan di restoran terbabit dan beredar apabila Kokedhima menjadi agresif.*

            *MUSI RAWI: Seorang petani ditahan kerana disyaki membakar lima hektar tanah untuk diusahakan rumput ternakan di Musi Rawi, Sumatera Selatan.*
          *CNN melaporkan, petani bernama Arman, 29, itu ditangkap hasil laporan penduduk mengenai tanah hutan yang terbakar di Mangun Harjo.*
           *Jurucakap polis Komisioner Wahyu Setyo berkata, Arman mengaku perbuatannya tetapi mendakwa diarah berbuat demikian oleh pemilik tanah.*

            *SYDNEY: Seorang model Instagram didakwa di Mahkamah Tempatan Downing Center di Sydney kerana melakukan rompakan di beberapa premis perniagaan dan hartanah, merentasi pantai utara Sydney pada 6 November lalu.*
           *9News melaporkan, Monique Agostino, 23, didakwa memecah masuk restoran Pound of Pizza di Tramore Place di Killarney Heights pada jam 1.52 pagi dan mencuri sebuah telefon bimbit.*
         *Selang dua minit kemudian, ibu tunggal itu memecah masuk kedai serbaneka House of Fruit yang berhampiran.*

          *PARIS: Sekurang-kurangnya dua orang cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang beberapa orang di lokasi penggambaran video membabitkan penyanyi rap Booba, kata pihak berkuasa, hari ini.*
          *Menurut dua pegawai yang tidak mahu namanya dikenali, kira-kira 15 individu bersenjatakan kayu besbol dan senjata api, menyerang beberapa orang yang sedang membuat penggambaran video berkenaan di Aulnay-sous-Bois, utara Paris, lewat malam semalam.*

          *COPENHAGEN: Denmark terkejut dengan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menangguhkan lawatan negara selepas dimaklumkan wilayah berautonomi, Greenland, tidak akan dijual kepadanya.*
             *Keluarga diraja Denmark menyuarakan rasa terkejut dengan keputusan Trump itu, manakala ramai pengulas menganggap pemimpin berkenaan tidak ubah seperti penjajah kolonial.*

           *WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bengang dengan kenyataan Perdana Menteri Denmark yang menyifatkan cubaannya untuk membeli wilayah berautonomi, Greenland sebagai tidak masuk akal.*
             *Selepas beberapa jam mengumumkan untuk menangguhkan lawatan ke negara itu bulan depan, Trump menuduh Mette Frederiksen menghina seluruh AS dengan kenyataan berkenaan, lapor AFP.*

           *KATHMANDU: Penggunaan plastik tunggal sudah lama diharamkan di rantau Everest bagi mengurangkan jumlah sampah yang ditinggalkan oleh pendaki gunung, kata pihak berkuasa Nepal, hari ini.*
             *Selain merekodkan jumlah pendakian tahun ini, inisiatif pembersihan yang diterajui kerajaan di Everest itu berjaya mengumpulkan lebih 10 tan sampah.*
            *Larangan terbaharu di bandar pedalaman Khumbu Pasang Lhamu dan beberapa kawasan pergunungan lain yang diliputi salji, meliputi semua jenis plastik serta botol minuman plastik, dan akan berkuat kuasa pada Januari depan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *POLIS mengesan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang memandu secara melawan arus di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) di Ampang, semalam.*
             *Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 10 malam tadi.*
          *Pegawai bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Navine Gunasegaran memaklumkan melihat rakaman video kejadian itu yang berdurasi 45 saat tular di media sosial sejak semalam.*

          *MENGGIGIL dan panik. Itulah situasi dihadapi seorang ibu sebaik membaca surat dihantar seorang murid perempuan kepada anak lelakinya mahu mengajak melakukan hubungan seks, beberapa hari lalu.*
           *Surat tulisan tangan itu ditemui wanita berkenaan ketika membuat pemeriksaan dalam beg sekolah sebelum meminta anak lelakinya berusia 12 tahun menceritakan perkara sebenar.*
           *Susulan itu, ibu kepada murid lelaki terbabit kemudian menghubungi Penceramah Murid merangkap Pembantu Pelindung Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kota Setar, Kedah, Mohd Fairuz Abu untuk mendapat khidmat nasihat.*
            *Mohd Fairuz kemudian berkongsi pengalaman itu dalam Facebook miliknya dan mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan warga maya.*

          *YAYASAN Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) gesa agar satu akta khusus diwujudkan bagi melindungi Jalur Gemilang.*
          *Felo Penasihat Biro Perhubungan MCCF Abu Bakar Darham berkata, isu penghinaan kepada Jalur Gemilang yang menjadi maruah dan lambang kemerdekaan Malaysia bukanlah pertama kali berlaku di negara ini.*
           *Menurutnya, ia sudah beberapa kali berlaku sejak 2013 hingga sekarang yang menerbitkan perasaan kurang senang dan marah majoriti rakyat Malaysia.*

           *LOS ANGELES: Pelakon aksi Hollywood, Dwayne Johnson yang membintangi filem francais, Jumanji dan Fast and Furious mengungguli senarai pelakon yang menerima bayaran paling lumayan, lapor majalah Forbes semalam.*
          *Reuters yang memetik majalah itu berkata, bekas ahli gusti dikenali sebagai The Rock terbabit memperoleh pendapatan sebanyak AS$89.4 juta (RM373.8 juta) sejak Jun 2018 hingga Jun tahun ini.*
           *Ia termasuk pendapatan dan keuntungan daripada beberapa filem iaitu bayaran AS$700,000 (RM2.92 juta) bagi setiap episod siri terbitan HBO, Ballers dan bayaran royalti tujuh angka menerusi rangkaian pakaian, kasut dan fon kepala di bawah jenama Under Armour.*

           *Brasilia: Penduduk Sao Paulo terkejut apabila bandar itu tiba-tiba bertukar gelap pada petang Isnin lalu dipercayai disebabkan asap yang ditiup ke situ akibat kebakaran hutan Amazon.*
           *Washington Post melaporkan, kejadian selama sejam kira-kira jam 4 petang itu dibincangkan meluas pengguna Twitter dengan ada yang menganggap dunia mahu kiamat, namun tidak kurang juga yang berseloroh menggelar keadaan itu sebagai Mordor iaitu merujuk kepada kisah popular Lord of the Rings.*
          *Akaun Twitter, Beyond the Shadows memuat naik gambar bandar itu yang kegelapan berserta keterangan ringkas.*
                 

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.112809s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list