Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
26697
View
372
Reply

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

[Copy link]

Author: Syd    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 31-10-2018 01:28 PM | Show all posts
shernazz replied at 31-10-2018 10:54 AM
Comel kucing tu main dgn otomen

itu mungkin @kucen_miang
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-10-2018 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bekas jurulatih skuad Sabah era 1990-an, Ken Shellito meninggal dunia di rumahnya di Kg Minintod, Inanam jam 7.13 pagi tadi.

Ken yang pernah membimbing pemain seperti Jelius Ating, Suharmin Yusof, Yap Wai Loon dan Khairul Azman Mohamad sebelum ini dirawat di Hospital Queen Elizabeth sejak pertengahan bulan ini akibat jangkitan pada paru2 dan buah pinggang.

Bekas pemain Chelsea dan England berusia 78 tahun itu pernah melatih pasukan Kuala Lumpur dan Perak selain mengendalikan Ken Shellito Soccer School Sabah di Penampang.



Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 01:33 PM | Show all posts
Syd replied at 31-10-2018 08:36 AM
BERITA HARI INI - 31/10/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Berselindung di sebalik syarika ...

Hm... i pun dapat ni hari2
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-10-2018 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
31/10/18

Sehingga pukul 7pm
IMG-20181031-WA0083.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
I love @Syd . Thread yg unik sekali
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-10-2018 03:04 PM | Show all posts
aHoi83 replied at 31-10-2018 03:02 PM
I love @Syd . Thread yg unik sekali

I love u toooooo.

dah lama kita berlove-love nih.

wpun lama hilang, tapi love tetap ada.

Suwit kan i waktu-waktu hujan nih?

U ols pung rasa nak letak ringkasan berita, share la sekali kat sini.


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-10-2018 03:05 PM | Show all posts
selyusi replied at 31-10-2018 01:33 PM
Hm... i pun dapat ni hari2

kalau i terlambat update ke apa kat sini,

boleh laa uols pung tolong-tolong tepek sekali.

sharing is caring.

kita kan sesama ummah.  
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-10-2018 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
4 pegawai Bank Negara diarah bercuti

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/10/492702/4-pegawai-bank-negara-diarah-bercuti

KUALA LUMPUR: Empat pegawai Bank Negara Malaysia diarahkan bercuti sementara menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian sebidang tanah kerajaan bernilai RM2 bilion, demikian menurut laporan The Star Online hari ini.


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-10-2018 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengarah teknikal, juruteknik Lion Air dipecat

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/10/492785/pengarah-teknikal-juruteknik-lion-air-dipecat



JAKARTA: Kementerian pengangkutan Indonesia memecat pengarah teknikal penerbangan Lion Air dan beberapa orang juruteknik selepas pesawat JT610 yang membawa 189 penumpang dan anak kapal terhempas, kata agensi Antara, hari ini.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-10-2018 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Perintah Berkurung Untuk Remaja Bawah 18 Tahun Selepas Jam 12 Malam

Kerajaan Pas Kelantan sedia menimbang pelaksanaan perintah berkurung ke atas remaja pada waktu malam bagi mengatasi masalah gejala sosial di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, sekurang-kurangnya tujuh buah negara di dunia sudah menjadikan perintah berkurung ke atas remaja dan kanak-kanak sebahagian daripada peruntukan undang-undang.

Beliau berkata, antara negara yang sudah melaksanakannya adalah Amerika Syarikat (AS), Australia, Thailand, Jerman, Britain, Iceland dan United Kingdom (UK).

"Cadangan perintah berkurung mampu merapatkan hubungan kekeluargaan dan menurunkan kadar gejala sosial, peraturan sebegini sudah dilaksanakan di lebih 500 buah bandar di AS dan banyak negara lain.

"Kebanyakan negara menetapkan remaja berusia 16 tahun ke bawah tidak boleh keluar rumah melebihi pukul 10 malam manakala bagi remaja bawah 18 tahun pula larangan adalah pada waktu melebihi pukul 12 tengah malam,"katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menggulung perbahasan Belanjawan 2019 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.

Mumtaz berkata, pihaknya akan membuat kajian lanjut mengenai peraturan perintah berkurung kerana masalah gejala sosial terutama kalangan anak muda adalah isu serius yang perlu ditangani dengan sewajarnya oleh semua pihak. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-10-2018 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi kes cubaan bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang sebentar tadi. Menurut info, suspek seorang wanita melayu berumur 24 tahun, orang Kulim menaiki motosikal dan berhenti di tempat kecemasan.

Syukur dia sempat diselamatkan dan ditenangkan oleh orang ramai yang melalui kawasan tersebut.

Sumber : FB Penang Kini
IMG-20181031-WA0203.jpg
IMG-20181031-WA0201.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-10-2018 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syd at 1-11-2018 08:43 AM

Bapa remaja didakwa dicabul kesal kes anaknya dipolitik


http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/bapa-remaja-didakwa-dicabul-kesal-kes-anaknya-dipolitik-1.778693

KANGAR 31 Okt. - Bapa remaja yang didakwa dicabul oleh seorang Ahli Parlimen baru-baru ini, kesal kerana kes itu telah dipolitikkan untuk kepentingan individu tertentu sehingga menyebabkan mereka sekeluarga mengalami tekanan perasaan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 12:35 AM | Show all posts
biasa tengok berita kt tv ini keluar kt cariforum. uish terkejut den fikir salah channel nasib baik tak tekan remote control tv
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-11-2018 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Warga Indonesia mencatatkan pesalah trafik paling tinggi iaitu 100 orang diikuti Bangladesh iaitu 85 orang, Pakistan 63 orang dan Myanmar 55 orang.

#putrajaya

https://t.co/cFvgB0lXaK
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-11-2018 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*KHAMIS 1 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 23 SAFAR 1440 HIJRAH*

*live from F&N Beverage Shah Alam*

*#syukurbornday37*

*#pray4lionairJT610*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:30, SUBUH : 05:40, SYURUK : 06:55, ZOHOR : 13:00, ASAR : 16:20, MAGHRIB : 18:58, ISYAK : 20:09*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *BERMULA hari ini, tindakan kapit tayar di sekitar ibu negara tidak lagi dilakukan pihak swasta. Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad, berkata tindakan menamatkan perkhidmatan syarikat swasta terbabit dilakukan bagi mengelak rakyat terbeban. Tindakan clamping (kapit tayar) tidak lagi dilakukan pihak swasta bermula esok sebab pihak swasta ini mempunyai kuota 1,000 kapit tayar sebulan.*

                 *MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, smlm, memerintahkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos membayar ganti rugi RM300,000 kepada Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.*

                 *SEBANYAK 32 daripada 51 parti politik bersetuju dengan keputusan kerajaan menurunkan had umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, tiada bantahan dinyatakan wakil parti politik terbabit berhubung perkara berkenaan dalam sesi perbincangan kedua-dua pihak.*

                 *KEMENTERIAN Pendidikan masih menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah berhubung dakwaan ketidakhadiran seorang guru selama tujuh bulan di negeri berkenaan. Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, ia memandangkan kejadian itu didakwa berlaku pada 2015.*

                 *MALANG seorang wanita di Kuala Terengganu apabila niat baik menegur rakan serumah supaya menjaga kebersihan dapur berakhir dengan kecederaan selepas lengan kirinya ditoreh dengan pisau.*

                 *TINDAKAN lelaki menyamun pemilik kedai di Kepala Batas mengundang padah apabila dia tercicir kad pengenalan dan lesen memandu yang akhirnya memudahkan polis menjejakinya. Dalam kejadian Selasa minggu lalu, pemilik kedai yang memulakan perniagaan di Jalan Datuk Ahmad Badawi, Kepala Batas, didatangi dua lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda EX5, 11.45 pagi.*

                  *TIMBALAN Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Salahuddin Ayub tidak menolak kemungkinan beberapa pemimpin PAS akan menyertai parti itu pada masa akan datang. Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, pihaknya juga sedang berhubung dengan beberapa kepemimpinan PAS di semua peringkat yang mungkin boleh menyertai AMANAH kelak.*

                 *KERAJAAN bakal menanggung beban kos rawatan mencecah RM7.4 bilion pada 2025 jika kawalan tembakau tidak diperkukuhkan di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kajian unjuran kementerian tahun lalu menunjukkan keadaan itu akan berlaku jika tabiat merokok tidak berkurangan.*

                 *BUKAN hanya zina dan gejala sosial mengundang bala kepada negara dan dunia tetapi perkara 'maksiat' lain seperti rasuah serta penindasan masyarakat juga membawa kehancuran. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, justeru pemahaman masyarakat mengenai maksud maksiat perlu diperbetulkan dan dilihat dalam konteks lebih meluas kerana ia tidak hanya terhad kepada perbuatan zina atau gejala sosial tetapi kemungkaran lain yang bertentangan dengan syariat Islam.*

                 *KEMENTERIAN Pendidikan akan menjadikan Jawi sebagai tulisan warisan untuk dipelajari di sekolah dalam tempoh terdekat. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, pelbagai usaha giat dilakukan untuk merealisasikan perkara berkenaan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).*

                 *SIASATAN kes cabul oleh seorang Ahli Parlimen di Perlis yang juga bekas menteri sudah lengkap, selepas keterangannya selesai diambil polis semalam. Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, pihaknya sudah merujuk kes terbabit kepada Bukit Aman sebelum suspek dapat didakwa di mahkamah.*

                 *PEMBANTU kedai perabot dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, smlm kerana mengedar 176.85 gram dadah jenis methamphetamine, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu terhadap Syed Muhammad Shahril Hazwan Syed Abdullah, 25, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.*

                 *LIMA lelaki termasuk tiga beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini, atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan, minggu lalu. Mereka adalah Ketua Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kemaman, Terengganu, Muhammad Rezal Kamal Bashah, 39; bersama dua adiknya, Muhammad Aminruddin, 31, yang juga guru dan Pembantu Am Rendah Lembaga Sawit Malaysia (MPOB), Muhammad Nur Adnan Shah, 29.*

                 *PERSETUJUAN ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) disifatkan sebagai mengundang malapetaka kepada negara ini. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, penerimaan ratifikasi berkenaan boleh memberi impak negatif terhadap rakyat khususnya hak Bumiputera.*

                 *TINDAKAN sekumpulan penagih dadah cuba melarikan diri gagal selepas motosikal ditunggangi mereka terbenam dalam sawah padi dalam operasi di Kubur Panjang, Pendang, semalam.*

                 *MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan bekas jurulatih pasukan terjun kebangsaan untuk membela diri atas pertuduhan merogol atlet terjun wanita, September tahun lalu. Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian terhadap Huang Qiang, 36, yang berasal dari China.*

                 *SATU sindiket pengedaran jus khayal yang menyasarkan pengunjung kelab hiburan di Kuching tumpas selepas seorang lelaki ditahan di Jalan Lapangan Terbang, di Kuching, semalam. Pada kejadian 11.30 pagi itu, suspek berusia 29 tahun yang berkerja sebagai jurujual itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.*

                 *PENIAGA minyak wangi terselamat apabila kereta Citroen Berlingo yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Kilometer 276, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Plaza Tol Nilai, Bandar Baru Nilai, smlm.*

                 *BANK Negara Malaysia (BNM) mengesahkan beberapa pegawainya yang terbabit dalam dakwaan pembelian sebidang tanah bernilai RM2 bilion pada Januari lalu sudah memilih untuk bercuti. Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata, pada Ogos 2018, bank pusat itu sudah meminta diadakan satu penilaian semula pembelian tanah Lot 41 oleh penilai bebas.*

                 *MANGSA keganasan rumah tangga diminta tampil membuat laporan polis bagi membolehkan pelaku diheret ke muka pengadilan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, tahap kesedaran umum yang masih rendah adalah antara punca perlakuan terbabit sukar dikesan.*

                 *SERAMAI 15 penghuni membabitkan tiga rumah berhampiran Pejabat Kesihatan di Kampung Tanjung Kapor, Kudat tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran, semalam. Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, semua rumah jenis tidak kekal berkenaan musnah 100 peratus, namun tiada mangsa dilaporkan cedera.*

                 *KONVENSYEN Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hanya akan ditandatangani selepas berunding dengan semua kaum di Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri menyifatkan, latar belakang demografi Malaysia yang menyaksikan pelbagai lapisan kaum dan bangsa hidup bersama amat sensitif kepada perkara tertentu.*

                 *TINDAKAN Pemua UMNO meminta Presiden parti, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berehat daripada menjalankan tugas parti diibaratkan seperti kanibalisme. Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, desakan berkenaan tidak sepatutnya timbul kerana Ahmad Zahid bukan penjawat awam.*

                 *KERAJAAN Kelantan melantik 5,463 sukarelawan sebagai persiapan menghadapi banjir, tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri Mumtaz Md Nawi berkata, sukarelawan itu akan menjadi ahli jawatankuasa (AJK) dan pembantu kepada pihak pengurusan banjir negeri.*

                 *AHLI Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukan dilakukan secara tergesa-gesa, sebaliknya selepas berbincang dan melakukan solat hajat serta istikharah selama sebulan.*

                 *Ipoh: Penggunaan bubu naga yang diharamkan bagi menangkap hasil laut semakin berleluasa, khususnya kawasan perairan utara pantai barat Semenanjung termasuk Perak.*

                 *Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw meminta bukti dikemukakan segera bagi membuktikan kebenaran dakwaan kononnya laporan asal Ketua Audit Negara berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipinda atas arahan individu tertentu hingga gagal mengesan salah laku syarikat pelaburan negara itu.*

                 *Ipoh: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, undang-undang syariah di setiap negeri di Malaysia adalah berdasarkan persetujuan sultan atau raja dan sekiranya pemerintah negeri itu bersetuju ia boleh diselaraskan.*

                 *AKIBAT terlalu takut dikenakan hukuman gantung sampai mati selepas dikatakan terbabit dengan kes pengedaran dadah, pesara kilang di Kuala Lipis, sanggup menyerahkan wang tunai RM30,000 kepada sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.*

                 *ANGGOTA polis berpangkat Lans Koperal yang ditemui mati dengan kesan tembakan berhampiran kuarters Balai Polis Pekan Baru, Ipoh, Rabu lalu, dipercayai berpunca akibat masalah peribadi. Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, hasil bedah siasat terhadap mayat mendiang S Pritviraj, 29, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.*

                 *Kuala Pilah: Gangguan monyet liar bukan saja menjejaskan peralatan dan kelengkapan di Sekolah Kebangsaan (SK) Rembang Panas, Juasseh, di sini, malah turut menimbulkan kebimbangan haiwan itu bertindak ganas terhadap murid. Ancaman dan gangguan monyet dihadapi warga sekolah itu sejak dua tahun lalu, namun sejak kebelakangan ini, keadaan menjadi lebih teruk apabila banyak peralatan dirosakkan.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


          *KERAJAAN Indonesia mengarahkan semua pesawat Boeing 737 MAX 8 diterbangkan syarikat pengendali negara itu diperiksa susulan nahas Lion Air JT610 yang menggunakan jenis pesawat sama.*
            *Kementerian Pengangkutan sudah menghantar sepucuk surat kepada Lion Air dan Garuda Indonesia, dua syarikat penerbangan Indonesia yang menggunakan MAX 8, untuk menjalankan ujian khas kelayakan terbang ke atas jenis pesawat Boeing 737 MAX 8.*
               *Lion Air mengendalikan 11 pesawat Boeing 737 MAX 8, sementara Garuda Indonesia menggunakan satu.*

          *KIEV: Dua beranak ditahan selepas disyaki memenggal seorang bekas polis dan memakan mayatnya di sebuah pekan di Ukraine.*
             *Penduduk di Saltivka terkejut apabila menemui mayat tidak berkepala ditinggalkan berhampiran pintu masuk ke bilik bawah tanah berhampiran satu blok apartmen. Mayat berkenaan turut menunjukkan kesan lapahan, lapor Daily Mail.*
          *Polis yang menyerbu kediaman seorang bapa dan anak lelakinya berusia 20 tahun menemui kepala mangsa berumur 45 tahun itu disorokkan dalam kotak yang diletakkan di balkoni rumah berkenaan.*

          *KEMENTERIAN pengangkutan Indonesia memecat pengarah teknikal penerbangan Lion Air dan beberapa orang juruteknik selepas pesawat JT610 yang membawa 189 penumpang dan anak kapal terhempas, kata agensi Antara, hari ini.*
          *Hari ini kami memecat pengarah daripada jawatan dan tugasnya, kata Budi Karya Sumadi, dengan mengatakan kemalangan itu sebagai puncanya.*
               *Katanya, beberapa orang juruteknik turut dipecat.*
          *Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah pemecatan itu bersifat sementara atau kekal.*

         *PASUKAN mencari dan menyelamat Indonesia mengesan objek sepanjang 22 meter di lokasi nahas pesawat Lion Air, kata tentera laut negara itu, hari ini.*
           *Kolonel Haris Djoko Nugroho memberitahu sistem penyiaran TVOne, objek berkenaan dikesan malam tadi.*
        *Kami mengesan objek yang agak besar di bawah air di lokasi nahas, katanya di atas kapal KRI Rigel milik tentera laut.*

           *Washington: Pentadbiran Presiden Donald Trump bercadang membangunkan bandar khemah untuk ribuan pendatang Amerika Tengah yang berarak di Mexico menuju ke Amerika Syarikat.*
           *Trump membuat pengumuman itu ketika wawancara dengan Fox News dengan Pentagon mengumumkan menghantar 5,200 anggota tentera aktif untuk meningkatkan kawalan keselamatan.*
              *Jika mereka membuat permohonan suaka, kita akan menahan mereka sehingga dibicarakan.*
              *Kita akan membina bandar khemah di banyak tempat.*

         *Jakarta: Operasi pencarian pesawat Lion Air JT610 kini tertumpu di dasar laut dengan 30 penyelam dihantar ke Laut Jawa untuk mencari badan kapal terbang dan kotak hitam yang dipercayai berada pada kedalaman 25 hingga 30 meter, kata pegawai.*
            *Kotak hitam yang mengandungi rakaman kokpit dan data penerbangan adalah komponen penting menjawab persoalan mengapa pesawat baru itu boleh terhempas ketika cuaca baik.*
          *Ketua Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT), Soerjanto Tjahjono berkata, bantuan daripada Singapura dilapor tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta petang kelmarin.*

          *JEDDAH: Seramai 14 orang terbunuh akibat cuaca buruk di Arab Saudi sejak dua minggu lalu apabila negara pentadbiran diraja itu dilanda hujan lebat dan ribut petir yang menyaksikan situasi cuaca paling ekstrem sejak berdekad lalu, kata pihak berkuasa.*
             *Direktorat Pertahanan Awam berkata, satu daripada kematian berlaku di Riyadh, empat kes direkodkan di Makkah, dua di Wilayah Timur, satu di Asir, Tabuk (satu), Al-Baha (tiga), Jazan (satu) dan Hail (satu).*
          *Agensi berita Saudi (SPA) seperti dilaporkan laman web Arab News berkata, sejak 19 Oktober lalu, Pusat Arahan dan Bimbingan di Riyadh menerima 423 permohonan bantuan daripada pertahanan awam oleh kerana hujan lebat menjejaskan 13 kawasan di negara berkenaan.*

           *JAKARTA: Polis Nasional mula mengumpul data antemortem (pemprofilan dan serologi) dan sampel DNA (asid deoksiribonukleik) daripada saudara mara mangsa nahas pesawat Lion Air JT610, namun proses itu agak lambat kerana hanya mempunyai cebisan tubuh untuk dikaji.*
             *Ketua Pusat Kesihatan dan Perubatan Polis Nasional, Brigadier Jeneral Arthur Tampi berkata, pasukan pengenalpastian mangsa bencana (DVI) sudah mengumpul 147 sampel DNA dan 185 barangan data antemortem daripada keluarga mangsa sehingga malam semalam.*

           *Manila: Taufan Yutu mula melanda Filipina semalam, membawa angin kencang yang menerbangkan bumbung rumah dan mematahkan pokok serta hujan lebat mengikut laluan sama Typhoon Taufan Mangkhut bulan lalu, yang menyebabkan puluhan maut.*
             *Pihak berkuasa mengarahkan ribuan penduduk, terutama di kawasan pantai berpindah ke tempat selamat menjelang ketibaan taufan itu.*
          *Menurut AFP, Taufan Yutu melanda dengan angin selaju 150 kilometer sejam sebelum meningkat sehingga 210 kilometer sejam.*
         *Reuters melaporkan, Yutu, taufan ke-18 melanda Filipina tahun ini, melanda Pulau Luzon pagi semalam.*


*TULAR / POPULAR*
================


          *PAKAIAN yang dipakai TimbalanMenteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong yang tular di laman sosial mendakwa ianya menyerupai seragam komunis adalah tidak benar.*
           *Chin Tong berkata, pakaian itu adalah baju korporat Kementerian Pertahanan dan ia turut dipakai Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.*
            *Menurutnya, sebagai pemimpin dari kalangan orang awam, mereka tidak melalui kesukaran atau terbabit dalam latihan ketenteraan untuk memakai seragam tentera.*

        *JAKARTA: Indonesia memberi amaran kepada pengguna media sosial hari ini supaya tidak menyebarkan berita palsu ketika pasukan penyelamat berusaha mencari mayat manusia susulan nahas pesawat malang Lion Air JT610 semalam.*
             *Satu daripada gambar tular yang dikongsi hampir 5,000 kali dalam tempoh 24 jam memberi butiran mengenai usaha menyelamat.*
         *Ada banyak tulisan media sosial yang mendakwa menunjukkan imej seorang bayi terselamat dalam nahas JT610.*
              *Gambar ini sebenarnya menunjukkan bayi yang diselamatkan daripada bot karam pada Selasa 3 Julai 2018.*

         *SAN FRANCISCO : Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo mengatasi penyanyi Selena Gomez sebagai paling ramai pengikut di Instagram, walaupun baru-baru ini dikaitkan dengan tuduhan merogol seorang wanita pada 2009.*
           *Atlet berusia 33 tahun itu dituduh merogol Kathryn Mayorga, 34, dalam bilik air di Palms Hotel and Casino di Las Vegas pada awal pagi 13 Jun 2009.*
             *Kathryn mendakwa dibayar AS$375,000 (RM1.6 juta) supaya tidak menceritakan kejadian itu, sebelum memutuskan mendedahkannya, beberapa bulan lalu.*
         *Sebelum ini, Selena, 26, bintang paling popular Instagram sejak 2016 namun mengumumkan baru-baru ini berehat daripada laman media sosial itu.*

          *LOS ANGELES : Pejabat Pendakwa Los Angeles memutuskan bahawa tiada bukti mencukupi untuk mendakwa aktor Sylvester Stallone berhubung dakwaan beliau melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita pada tahun 1987 dan 1990.*
           *Dakwaan dari wanita di Santa Monica, California itu juga terkeluar dari tempoh limitasi kata pegawai terbabit dalam kertas penilaian.*
         *Dokumen berkenaan menyatakan bahawa wanita terbabit mendakwa dia dan Stallone menjalinkan hubungan pada tahun 1987.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *LONDON: Wayne Rooney menggesa pemain bintang kurang menyerlah Manchester United supaya menunjukkan rasa lebih hormat terhadap kelab bermasalah itu.*
            *United menghuni tangga kelapan Liga Perdana Inggeris dan bermula hambar dalam kempen Liga Juara-Juara.*
          *Kemenangan 2-1 ke atas Everton Ahad lalu tidak meredakan ketegangan di sekitar Old Trafford, dengan masa depan pengurus United, Jose Mourinho masih tidak menentu susulan persembahan kurang memberangsangkan yang menyaksikan pemain utama gagal mempamerkan aksi konsisten.*
            *Mourinho bertelagah dengan pemain bintang United termasuk Paul Pogba, Luke Shaw, Alexis Sanchez dan Anthony Martial.*

          *MADRID:Ketika Santiago Solari bersiap sedia menempuh perlawanan pertama bersama Real Madrid, pengendali sementara kelab gergasi Sepanyol ini tidak gemar jika dibandingkan dengan legenda kelab,Zinedine Zidane.*
                *Solari dinamakan selaku pengemudi sementara kelab apabila Julen Lopetegui dipecat selepas kekalahan memalukan 1-5 kepada Barcelona pada pertembunganEl Clasico, Ahad lalu.*
             *Bekas pemain antarabangsa Argentina yang juga pemain tengah Real Madrid ini dinaikkan pangkat untuk mengemudi kelab utama dan sebelum ini menjadi jurulatih pasukan kedua Madrid,Castilla.*

          *MEXICO CITY: Pelumba Colombia, Tatiana Calderon menjadi wanita pertama dari benua Amerika Latin memandu jentera Formula Satu (F1) sebagai memenuhi jemputan rasmi dalam acara promosi pasukan Sauber di sini, hari ini.*
            *Pelumba GP3 berusia 25 tahun itu dilantik sebagai pemandu ujian Sauber pada Mac lalu selepas setahun memainkan peranan sebagai pemandu pembangunan, namun akhirnya dia diberi peluang menguji jentera F1.*

          *KUALA LUMPUR: Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah bermain psikologi apabila mencabar dirinya untuk melakukan yang terbaik pada perlumbaan di Grand Prix (GP) Malaysia, minggu ini.*
             *Pelumba Monster Yamaha Tech3 itu gagal menamatkan perlumbaan di GP Australia minggu lalu selepas bermula dari petak ke-10 - grid terbaik dimilikinya pada musim pertama beraksi dalam kelas perdana MotoGP tahun ini.*
         *Perlumbaan minggu ini, saya cuba buat yang terbaik, kata Hafizh. Sekarang, saya cuba mencabar diri untuk buat yang terbaik di Sepang.*

          *KUALA LUMPUR: Pelumba basikal Azizulhasnia Awangpercaya prestasinya akan kembali ke tahap terbaik apabila turun beraksi di siri ketigaKejohanan Trek Piala Dunia di Berlin, Jerman, akhir bulan depan.*
         *Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketmanakan beraksi dalam tiga acara C keirin, pecut individu dan berpasukan C bersama dua lagi pelumba, Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Zonis.*

          *KOTA KINABALU: Bekas jurulatih pasukan bola sepak Sabah, Ken Shellito, 78, meninggal dunia pada jam 7.13 pagi tadi.*
             *Perkara itu disahkan isterinya, Jeany Shellito, ketika dihubungi NSTP sebentar tadi.*
          *Jeany berkata, mendiang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini untuk mendapatkan rawatan, namun dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Minintod, Inanam, semalam.*

          *KUALA LUMPUR: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menyifatkan Program F:30 yang dilancarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini sebagai kerangka asas yang mampu membina ekosistem untuk menggalakkan pertumbuhan sukan itu di negara ini.*
          *Presidennya, Salman Ebrahim Al Khalifa, berkata kestabilan program itu dilihat amat penting bagi memastikan FAM mendapatkan hasil yang diingini.*

          *KUALA TERENGGANU: Kami menaruh keyakinan penuh kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan tidak berhasrat memanjangkan isu ini kepada FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) atau AFC (Konfederasi Bolasepak Asia).*
          *Demikian tegas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berhubung laporan mengenai salah laku pengadil dan kelemahan pada perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu, yang dihantar kepada FAM semalam.*

          *IPOH: Maafkanlah beliau! Begitulah pandangan seorang ahli majlis Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Mahadee Ramlee berikutan kritikan dan kecaman hebat orang ramai terhadap presiden persatuan itu, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim terhadap caranya mengendali trofi Piala Malaysia.*
         *Sudahlah. Maafkanlah beliau. Beliau sudah meminta maaf. Walaupun apa yang dilakukannya mungkin tak betul dan tak boleh diterima umum tapi kita terimalah penjelasan yang diberikan, kata Mahadee di sini hari ini.*
          *Hasnul diasak dengan kecaman hebat netizen termasuk dari luar Perak kerana layanan buruk terhadap trofi unggul itu.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-11-2018 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syd at 1-11-2018 08:43 AM

*Seremban*

Ibu kucing itu membuat bising sejak tiga hari lalu sebelum kakitangan itu menyedari anaknya terperangkap di dalam saluran longkang.
https://t.co/BzKTe8ijE4
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-11-2018 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI C 1/11/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 31 Okt. Kerajaan membayangkan tiada lagi pemberian subsidi kepada rakyat terutamanya perusahaan kecil dan sederhana di negara ini. PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, subsidi hanya membuatkan seseorang itu tidak mampu berfikir dan tidak boleh berdikari. Kerajaan kini tidak lagi seperti kerajaan terdahulu yang selalu memberi subsidi kepada kebanyakan rakyat.

2.  KUALA LUMPUR 31 Okt. C Meratifikasi atau mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan mengakibatkan berlakunya penghapusan kepada hak istimewa yang dimiliki orang Melayu serta anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

3.  KUALA LUMPUR 31 Okt. - Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menerima 3,266 aduan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini dengan pertikaian bil merupakan yang paling tinggi. Pengerusinya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, selain itu pengguna juga turut mengadu masalah gangguan perkhidmatan, tiada liputan untuk perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dan liputan 4G/LTE yang tidak memuaskan.

4.  MANILA 31 Okt. - Seramai 31 orang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Natonin, kawasan pergunungan Cordillera akibat taufan Yutu yang melanda negara ini, semalam. Menurut Ketua Pengurusan Bencana Alam Wilayah, Ruben Carandang, kesemua mangsa dipercayai terperangkap selepas banjir lumpur menghentam sebuah bangunan kerja-kerja awam di kawasan itu.

5.  SHAH ALAM 31 Okt. - Ibu kepada Presiden Perkasa, Datuk Dr. Ibrahim Ali, Che Siti Che Leh, meninggal dunia akibat sakit tua di rumah salah seorang anaknya di Kayangan Height di sini pagi ini. Che Siti yang berusia 104 tahun sebelum ini sudah 18 tahun lumpuh. Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali memaklumkan, arwah dijangka akan dikebumikan di kampung kelahirannya di Pasir Mas, Kelantan.

6.  MILAN 31 Okt. - Hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di negara ini sejak dua hari lalu menyebabkan seramai 11 orang maut. Kebanyakan mangsa maut akibat dihempap pokok atau kereta masing-masing mengalami keadaan sama. Seorang wanita mati tertimbus dalam lumpur selepas rumahnya dilanda tanah runtuh dekat Trento, utara Itali manakala seorang lelaki maut selepas terhempas pada batu semasa aktiviti luncur ombak di Emilia-Romagna.

7.  KOTA BHARU 31 Okt. C ADUN Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed menghadiri persidangan hari terakhir DUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini. Kehadiran Mustapa yang kini menjadi wakil rakyat tunggal Pakatan Harapan (PH) dinantikan ramai pihak sejak persidangan tersebut bermula kelmarin.  

8.  JAKARTA 31 Okt. - Pencarian pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di laut bersama-sama 189 penumpang akan diperluaskan sehingga 24 kilometer nautika dari lokasi ketika terputusnya hubungan pesawat itu dengan pihak berkuasa, kata pegawai kumpulan mencari dan menyelamat. Kini telah hampir pasti kesemua yang menaiki pesawat itu meninggal dunia namun ahli keluarga mangsa mahu mencari saki baki peninggalan mangsa walaupun hanya cebisan mayat dan serpihan ditemukan.

9.  KUALA LUMPUR 31 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan melepas dan membebaskan aktivis Adam Adli Abd. Halim daripada pertuduhan menyertai perhimpunan haram #KitaLawan, tiga tahun. Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan demikian selepas TPR, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin memaklumkan pihaknya menarik balik rayuan yang difailkan pada 4 Disember 2017.

10.  JOHOR BAHRU 31 Okt. - Sebuah kereta Toyota Wish hangus selepas terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Lebuh Raya Dato Onn menghala utara di sini awal pagi ini. Pihak bomba menerima laporan tentang kejadian pada pukul 2.14 pagi sebelum sebuah jentera bersama empat anggota bergegas ke tempat kejadian.

11.  KUANTAN 31 Okt. - Seorang pesara kilang kerugian RM30,000 akibat sindiket Macau Scam yang memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai pegawai bank dan pegawai polis. Ketua JSJK negeri, Supt. Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa dari Padang Tengku, Lipis dekat sini terperdaya dengan sindiket berkenaan selepas dia didakwa mempunyai pinjaman peribadi berjumlah RM70,000.

12.  JOHOR BAHRU 31 Okt. - Bersatu diminta membuka keahlian parti itu kepada kaum bukan Melayu jika mahu melenyapkan ketuanan Melayu di negara ini. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Md. Shah berkata, perkara itu susulan tindakan Ketua Armadanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dilihat bercelaru dalam asas ketuanan Melayu.

13.  PUTRAJAYA 31 Okt.- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan S/U Agung PBS Datuk Johnny Mositun bahawa calon Ketua Cabang PKR Kimanis di Sabah mempunyai dua MyKad. Jabatan itu dalam kenyataanya berkata, berdasarkan semakan yang telah dibuat, calon yang dimaksudkan oleh Setiausaha Agung PBS itu hanya pernah dikeluarkan dengan satu MyKad sahaja dan bukannya dua seperti didakwa.

14. JAKARTA 31 Okt. - Bangkai pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di perairan Tanjung Karawang kemungkinan telah ditemukan, kata Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto. Melalui penggunaan teknologi sonar, pihak berkuasa yakin mereka telah menemukan lokasi pesawat Boeing 737-Max itu yang terhempas ke dalam laut kelmarin.

15.  BATU GAJAH 31 Okt. - Polis percaya motif di sebalik kejadian seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang ditemukan mati dengan kesan tembakan di kepala di Balai Polis Pekan Baru di Ipoh Rabu lalu adalah berpunca daripada masalah peribadi. Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, sehingga kini tiada sebarang keterangan yang menunjukkan terdapat unsur-unsur jenayah dilakukan terhadap anggota terbabit.

16.  KOTA BHARU 31 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan mengenalpasti 607 pusat pemindahan banjir di seluruh negeri ini yang dijangka mampu memuatkan 198,060 mangsa tahun ini.Pengerusi J/kuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, kerajaan melakukan pelbagai penambahbaikan bagi menghadapi musim tengkujuh selepas mengambil iktibar daripada pengalaman sebelum ini.

17.  KUALA LUMPUR 31 Okt. - Sebuah keranda diusung dalam perhimpunan membantah komitmen kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Perhimpunan yang diadakan di laluan menuju ke bangunan Parlimen pagi ini itu dihadiri hampir 300 peserta daripada pelbagai usia dan latar belakang.

18.  KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kerajaan menjangkakan Malaysia akan menjadi satu daripada destinasi pilihan utama dalam industri berteknologi tinggi dan disenaraikan 30 tempat teratas Global Innovation Index menjelang 2025. PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kejayaan itu adalah daripada kecekapan pelaksanaan dasar nasional Industri 4.0, Industry4WD yang baru dilancarkan.

19.  KUALA LUMPUR 31 Okt. - Syarikat pengendali tindakan kapit tayar kenderaan sekitar ibu negara, Vista Summerose Sdn. Bhd. diarah menghentikan operasinya bermula esok. Pegawai Khas Lembaga Pengarahnya, Nik Muhammad Haikal Nik Haidi berkata, pihaknya menerima notis daripada DBKL petang semalam yang mengarahkan syarikatnya menghentikan operasi kapit tayar serta merta.

20.  KUCHING 31 Okt. - Seorang jurujual lelaki ditahan di sebuah rumah di Jalan Lapangan Terbang di sini semalam, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak Ogos lalu. Ketua JSJN Sarawak, Supt. Sahar Abd Latif berkata, suspek berusia 29 tahun diberkas oleh pasukan JSJN, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada pukul 11.30 pagi.

21.  SEGAMAT 31 Okt. - Seorang kakitangan sebuah bank maut dalam kemalangan jalan raya selepas kenderaannya dipercayai terbabas dan bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 6 Jalan Bekok-Chaah, di sini petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Sofyan Mustamin, 35, yang tersepit dalam kereta jenis Proton Savvy miliknya disahkan maut di tempat kejadian.

22.  KUALA LUMPUR 31 Okt. - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengumumkan peperiksan bagi murid Tahap 1 yang melibatkan pelajar tahun satu, dua dan tiga akan dimansuhkan. Jelas beliau, peperiksaan tersebut akan digantikan dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun hadapan.

23.  JAKARTA 31 Okt. - Indonesia menghantar penyelam hari ini selepas menerima isyarat pengesan di timur perairan Jakarta dipercayai kawasan lokasi pesawat Lion Air JT610 terhempas. Terdahulu Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto berkata, pihaknya percaya bangkai pesawat itu telah berjaya dikesan.

24.  JOHOR BAHRU 31 Okt. C YDP Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Nasri Md. Ali, 48 dilantik CEO Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) yang baru menggantikan Abdul Rashid A. Rahman yang bertukar ke Perbadanan Islam Johor (PIJ) sebagai pengurus besar berkuat kuasa 1 November ini. Perlantikan Nasri, anak jati Muar lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Pengajian Populasi) UM menjadikan beliau Ketua Pegawai Eksekutif ke sembilan KPYPJ.

25.  KUANTAN 31 Okt. - Lima lelaki termasuk anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata di perairan Rompin, dekat sini pada 24 Oktober lalu. Semua tertuduh terdiri daripada tiga beradik lelaki iaitu seorang guru, Muhammad Aminruddin Kamal Bashah, 36, Muhammad Nor Adnan Shah, 29, yang merupakan kakitangan sebuah badan berkanun dan Muhmmad Rezal, 39, yang merupakan anggota Maritim Malaysia.

26.  KUALA LUMPUR 31 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta orang Melayu supaya tidak meraih isu ketuanan Melayu jika sehingga kini masih lagi menjadi kuli. PM berkata, jika hendak jadi tuan, seseorang Melayu perlu rajin, mempunyai ilmu, tidak menipu, jujur dan berbuat baik. Malah Dr. Mahathir turut berpesan supaya orang Melayu tidak mencontohi sikap pemimpin-pemimpin yang tidak baik.

27.  KUALA LUMPUR 31 Okt. C Kerajaan memberi jaminan akan mengambil kira pandangan semua kaum sebelum ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana perkara ini amat sensitif kepada setiap kaum yang terdapat di negara ini.

28.  KOTA BHARU 31 Okt. - Datuk Seri Mustapa Mohamed (Bersatu - Ayer Lanas) menegaskan kemampuannya untuk menjadi jambatan di antara kerajaan Pusat dan negeri tidak perlu dipertikaikan. Beliau berkata, rekod telah membuktikan bahawa peranan yang dimainkannya sepanjang menjadi wakil kerajaan BN sebelum PRU-14 lalu. Katanya, isu tersebut merupakan perkara lama yang dibangkitkan kembali.

29.  KOTA BHARU 31 Okt. - Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memaafkan semua pihak yang mengecamnya apabila mengambil tindakan meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM (Bersatu). Beliau yang juga MP Jeli berkata, keputusan meninggalkan UMNO bukan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, sebaliknya, membuat solat istikharah selama sebulan.

30.  KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu mengarahkan semua pihak terlibat supaya menjalankan audit keselamatan ke atas semua jeti untuk menangani budaya penyelenggaraan yang lemah. Naib Pengerusi Kanan, Yayasan Pencegahan Jenayah, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihak terlibat perlu bertanggungjawab bagi penyelenggaraan dan pemeliharaan jeti tersebut.

31.  TAPAH 31 Okt. - Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah mengganggu perjalanan konvoi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim Khamis lalu. Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan turut memerintahkan Leong Kean Beun, 32, yang merupakan seorang ejen insurans dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

32.  KUALA LUMPUR 31 Okt. -- Kerajaan bakal menanggung kos rawatan penyakit utama akibat merokok seperti kanser paru-paru dan masalah jantung koronari berjumlah RM7.4 bilion menjelang 2025, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Jumlah itu berdasarkan unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan pada 2017, sekiranya kawalan tembakau di Malaysia tidak diperkukuhkan dan prevalen (lazim) merokok tidak berkurang.

33.  JOHOR BAHRU 31 Okt. - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan merasmikan sistem permohonan Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) di Terminal Larkin Sentral di sini sebentar tadi. Pada majlis sama, Tunku Ismail turut menyempurnakan perasmian pejabat urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

34.  PUTRAJAYA 31 Okt. - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan melakukan audit keselamatan terhadap syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi di negara ini dari semasa ke semasa. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, audit adalah bagi memastikan aspek keselamatan penerbangan berada di tahap terbaik dan mematuhi segala piawaian yang ditetapkan.

35.  KUALA LUMPUR 31 Okt. - PETRONAS Dagangan Bhd. hari ini mengumumkan tidak akan ada kenaikan harga bagi perkhidmatan Gas PETRONAS Home Delivery (GPHD) manakala caj penghantaran kekal pada harga yang sama. Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan umum dan kebimbangan pelarasan harga caj penghantaran, kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan, hari ini.

36.  KUALA LUMPUR 31 Okt. - Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan pegawainya yang terlibat dalam urus niaga pembelian tanah bernilai RM2 bilion awal tahun ini telah bercuti. Menurutnya, BNM juga telah meminta diadakan satu penilaian semula pembelian tanah Lot 41 itu oleh penilai bebas pada Ogos lalu.

37.  KUALA LUMPUR 31 Okt. C Lawatan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Singapura pada 12 November ini, antara lain dijangka membincangkan mengenai isu perjanjian air dengan negara republik itu. Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berkata, kerajaan akan terus mengadakan perbincangan dengan Singapura untuk mengkaji semula harga air yang dibekalkan kepada negara tersebut.

38.  KUALA LUMPUR 31 Okt. - Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengadakan perbincangan bersama peguamnya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus menyebarkan dakwaan beliau mencabul seorang remaja perempuan di Perlis baru-baru ini. Menurut MP Arau itu lagi, beliau juga tertanya-tanya bagaimana dakwaan tersebut boleh tersebar dan tular sedangkan laporan polis sudah ditarik balik oleh keluarga remaja perempuan tersebut.

39.  KUALA LUMPUR 31 Okt. C PPBM (Bersatu) Bahagian Setiawangsa mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menerajui PH sebagai Perdana Menteri sehingga PRU-15. Pengerusi Sahabat Harapan Setiawangsa, Abdul Rahman Hashim berkata, usul tersebut telah diluluskan dalam Persidangan Pertama Bersatu Bahagian Setiawangsa yang diadakan Isnin lalu.

40.  KOTA BHARU 31 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan meluluskan peruntukan pembangunan kecil sebanyak RM50,000 kepada semua ADUN pembangkang di negeri ini. Timbalan MB, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berharap agar kesemua ADUN pembangkang dapat menggunakan peruntukan bagi belanjawan 2019 tersebut dengan baik demi manfaat rakyat.

41.  JAKARTA 31 Okt. - Menteri Pengangkutan Indonesia memecat Pengarah Teknikal syarikat penerbangan Lion Air dan beberapa petugas teknikal selepas pesawat JT610 terhempas bersama-sama 189 penumpang. Budi Karya Sumadi berkata, beliau telah memecat mereka atas alasan kemalangan berkenaan. Namun tidak dipastikan sama ada pemecatan bersikap sementara atau kekal.

42.  PUTRAJAYA 31 Okt. - Sebanyak 32 daripada 51 parti politik berdaftar di negara ini bersetuju had umur layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun berbanding 21 tahun sebelum ini. Perkara itu dinyatakan oleh wakil-wakil parti politik berkenaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada sesi perbincangan antara SPR dan parti-parti politik di sini hari ini.

43.  KUANTAN 31 Okt. - Sebuah bot nelayan asing bersama seorang tekong dan 14 awak-awak ditahan kapal Maritim Malaysia di Perairan Pahang berhampiran Rompin, dekat sini semalam. Bot nelayan warga Vietnam itu ditahan selepas dikesan menceroboh perairan negara di lokasi lebih kurang 52 kilometer dari Pulau Tioman pada pukul 12.15 tengah hari.

44.  KUALA LUMPUR 31 Okt. - Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 2.43 petang bagi mengikuti prosiding pengurusan kesnya di Mahkamah Tinggi hari ini. Prosiding sebutan semula kes melibatkan tujuh pertuduhan berkaitan menerima wang hasil daripada aktiviti haram, pecah amanah dan salah guna jawatan itu akan disebut di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali.

45.  KUALA TERENGGANU 31 Okt. - Polis menahan seorang lelaki `gila seks' yang sering menunjukkan perilaku menjengkelkan di luar pekarangan sebuah sekolah di sini. Dalam kejadian terbaharu semalam, lelaki itu melakukan perbuatan lucah sambil menunjukkan kemaluan kepada salah seorang wanita yang sedang menunggu anaknya.

46.  BUKIT MERTAJAM 31 Okt. - Lapan wanita termasuk enam warga emas ditahan sepasukan anggota polis dari IPD Seberang Perai Tengah (SPT) kerana bermain judi secara terbuka di Pasar Awam Kg. Baru dekat sini petang semalam. Dalam serbuan kira-kira pukul 5.50 petang itu, polis ternampak sekumpulan wanita sedang berkumpul dan disyaki bermain judi sebelum merampas 52 keping kad daun terup, tujuh buah kerusi plastik, satu meja buoat dan wang tunai sebanyak RM17,270.

47.  LUMUT 31 Okt. - Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong menegaskan pakaian seragam yang dipakainya semasa pemeriksaan barisan tentera baharu-baharu ini bukan pakaian tentera komunis, sebaliknya pakaian korporat Kementerian Pertahanan. Tindakan segelintir pihak yang hanya mahu memperbesarkan isu itu dengan menularkannya dalam laman sosial media dianggap tidak bertanggungjawab.

48.  SEREMBAN 31 Okt. - Seorang peniaga minyak wangi kenderaan berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya tiba-tiba terbakar di KM 276, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara hari ini. Dalam kejadian pukul 10.09 pagi berhampiran Plaza Tol Nilai itu, peniaga tersebut, Ahmad Supian Abdul Jadit, 40, sempat menyelamatkan diri namun, kesemua 96 botol minyak wangi dibawanya serta kereta jenis Citroen Berlingo 2.0 musnah.

49.  KUCHING 31 Okt. - Kerajaan Sarawak akan memberi anugerah penghargaan khas kepada bekas bidan tidak terlatih yang banyak berbakti kepada masyarakat luar bandar pada sekitar tahun 1950-an sempena sambutan Hari Wanita yang bakal disambut pada 3 November ini, kata  Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

50.  KUALA LUMPUR 31 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dibenarkan untuk memindahkan 21 kes pengubahan wang haram dan empat pertuduhan salah guna kedudukan membabitkan isu 1MDB dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan yang diketuai TPR Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram tidak membantah terhadap permohonan itu.

51.  KUALA TERENGGANU 31 Okt. - Langkah licik seorang lelaki yang terbabit dalam beberapa kes pecah kedai dan rumah memperalatkan isterinya menjual barangan curi itu dalam mudah.com akhirnya terbongkar dengan penahanan isteri suspek di sebuah pasar raya di sini, 22 Oktober lalu. Ketika ditangkap, wanita berusia 36 tahun itu bersama seorang anak berumur 4 tahun sedang berurusan dengan `pelanggan' yang tanpa disedari merupakan pemilik kamera yang dicuri suaminya.

52.  KANGAR 31 Okt. - Bapa remaja yang didakwa dicabul oleh seorang Ahli Parlimen baru-baru ini, kesal kerana kes itu telah dipolitikkan untuk kepentingan individu tertentu sehingga menyebabkan mereka sekeluarga mengalami tekanan perasaan. Dia yang enggan dikenali berharap supaya kes itu tidak lagi diperkatakan oleh mana-mana pihak, apatah lagi menyebarkan perkara-perkara yang tidak benar termasuk gambar anaknya.

53.  KOTA BHARU 31 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan sedia menimbang pelaksanaan perintah berkurung ke atas remaja pada waktu malam bagi mengatasi masalah gejala sosial di negeri ini. Pengerusi J/kuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, sekurang-kurangnya tujuh buah negara di dunia sudah menjadikan perintah berkurung ke atas remaja dan kanak-kanak sebahagian daripada peruntukan undang-undang.

54.  KUALA LUMPUR 31 Okt. C Walaupun amaran produk biodegradasi perlu digunakan telah dikeluarkan sejak 1 Januari tahun lalu, masih ramai peniaga serta penjaja di Wilayah Persekutuan ingkar dengan arahan tersebut. Selain sukar untuk mendapatkan stok produk biodegrasi di pasaran, ketahanan produk tersebut seperti terlalu nipis dan cepat koyak menjadi faktor mengapa peniaga serta penjaja terpaksa memilih untuk mengguna produk plastik lama.

55.  PUTRAJAYA 31 Okt. - Penindasan terhadap rakyat golongan bawahan ekoran sistem kapitalis yang terlalu mementingkan kemewahan serta membiarkan rasuah berleluasa akan turut mengakibatkan bala ditimpa kepada masyarakat Islam. Menteri di JPM, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, kewujudan sistem perbankan Islam antaranya adalah bagi mengimbangi segala gejala yang dilihat sebagai penindasan ekonomi terhadap masyarakat serta menegakkan keadilan sosial.

56.  ALOR SETAR 31 Okt. - Kebenaran daripada kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) merupakan antara perkara yang diharapkan kerajaan negeri untuk disentuh dalam pembentangan Belanjawan 2019, Jumaat ini, kata MB, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

57.  KUALA LUMPUR 31 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi memerintahkan Datuk Seri Jamal Md. Yunos membayar ganti rugi RM300,000 dan kos RM40,000 kepada bekas Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Maria Chin Abdullah atas dakwaan mengaitkan pertubuhan itu dengan kumpulan pengganas Daesh.

58.  KUALA LUMPUR 31 Okt.- Rundingan bersama MCA berhubung hasrat penjenamaan dan penstrukturan semula BN hanya akan dilakukan selepas parti itu mengadakan pemilihan mereka pada 4 November nanti.  S/U Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, tiada guna untuk rundingan tersebut dijalankan ketika ini sekiranya selepas pemilihan itu MCA membuat keputusan untuk keluar daripada BN.

59.  KUALA LUMPUR 31 Okt. - Seorang pembantu kedai yang menjual perkakasan rumah dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sebilah pisau kerambit di tempat awam, bulan lalu. Muhammad Nizam Azhar Adnan, 21, mengaku bersalah memiliki sebilah pisau kerambit di tempat awam tanpa maksud yang sah di hadapan sebuah kedai alat ganti telefon, Bangunan Sphere Bangsar South, di sini kira-kira pukul 8 pagi, 28 September lalu.

60.  PORT DICKSON 31 Okt. - Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran akan membatalkan mana-mana projek di sini sekiranya terdapat unsur rasuah dan pemberian komisyen oleh syarikat pemaju. MP Port Dickson itu berkata, perkara berkenaan ditegaskan oleh beliau kepada pihak yang terlibat dalam cadangan pembinaan hotel di kawasan pantai peranginan itu.

BERITA SUKAN:

1.  LONDON 31 Okt. - Wayne Rooney menggesa bintang Manchester United untuk menunjukkan lebih rasa hormat terhadap kelab mereka yang kini dilanda masalah. United berada di kedudukan kelapan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) turut bermula dengan langkah kiri dalam kempen Liga Juara-Juara.

2.  MADRID 31 Okt. - Gelson Martins menjaringkan gol pertamanya bersama Atletico Madrid untuk membantu skuad kendalian Diego Simeone menewaskan kelab divisyen keempat, Sant Andreu 1-0 dalam pusingan keempat Copa del Rey, semalam. Martins memecah kebuntuan pada minit ke-33 selepas pemain sayap itu melakukan gerakan pantas untuk menembusi di bahagian tengah benteng pertahanan lawan.

3.  LONDON 31 Okt. - Pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva mendakwa jika pasukannya menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini bakal menjadi pencapaian terbaik yang dilakukan mereka pada musim lalu. Musim lalu, City menjuarai EPL dengan mencipta rekod apabila menjadi pasukan pertama mengumpul 100 mata menewaskan pencabar terdekat, Manchester United yang ketinggalan 19 mata di kedudukan kedua.

4.  BERLIN 31 Okt. - Bayern Munich mara ke pusingan ketiga Piala Jerman selepas menewaskan kelab divisyen keempat, SV Roedinghausen 2-1 di Bremer Brucke, semalam. Kelab gergasi Jerman itu menguasai sebahagian besar permainan malah mereka membuka tirai gol seawal minit kelapan menerusi jaringan Sandro Wagner sebelum Thomas Muller menyempurnakan penalti lima minit kemudian. Gol tunggal tuan rumah dijaringkan oleh Linus Meyer pada minit ke-49.

5.  KUALA LUMPUR 31 Okt. - Juara bertahan, Perak mengesahkan tempat ke final Divisyen 1 hoki Piala Razak selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dengan membelasah Pulau Pinang 6-2 pada pusingan awal hari ini. Dalam aksi di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Perak bermula garang apabila membuka jaringan seawal minit kelima menerusi pukulan sudut Muhammad Nursyahmi Zulkifli, sebelum Hafifihafiz Hanafi menggandakan jaringan menerusi gol padang lapan minit kemudian.

6.  KUALA LUMPUR 31 Okt - Bekas pengendali Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan kian hampir mengisi kekosongan yang ditinggalkan E Elavarasan di Melaka United (MU). Perkembangan itu dimaklumkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang mengesahkan pihaknya sudah menghantar surat tawaran sebagai pengendali baharu pasukan itu kepada Zainal, hari ini.

8.  PARIS 31 Okt - Novak Djokovic berada di landasan tepat untuk merampas gelaran pemain nombor satu dunia apabila menang 7-5, 6-1 mengatasi Joao Sousa di kejohanan tenis Paris Masters, awal pagi tadi. Pada masa sama, Roger Federer pula mengesahkan dia akan menyertai kejohanan itu buat kali pertama sejak 2015.

9.  MEXICO CITY 31 Okt - Pelumba Colombia, Tatiana Calderon menjadi wanita pertama dari benua Amerika Latin memandu jentera F1 sebagai memenuhi jemputan rasmi dalam acara promosi pasukan Sauber di sini, hari ini. Pelumba GP3 berusia 25 tahun itu dilantik sebagai pemandu ujian Sauber pada Mac lalu selepas setahun memainkan peranan sebagai pemandu pembangunan, namun akhirnya dia diberi peluang menguji jentera F1.

10.  KUALA LUMPUR 31 Okt - Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menyifatkan Program F:30 yang dilancarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini sebagai kerangka asas yang mampu membina ekosistem untuk menggalakkan pertumbuhan sukan itu di negara ini. Presidennya, Salman Ebrahim Al Khalifa, berkata kestabilan program itu dilihat amat penting bagi memastikan FAM mendapatkan hasil yang diingini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-11-2018 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Identiti mayat pertama mangsa nahas Lion Air dikenal pasti

http://www.sinarharian.com.my/global/identiti-mayat-pertama-mangsa-nahas-lion-air-dikenal-pasti-1.899118

INDONESIA . Pihak berkuasa Indonesia telah mengenal pasti identiti salah satu mayat mangsa nahas pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di perairan Karawang, Indonesia pada Isnin lalu.
.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-11-2018 03:49 PM | Show all posts

Berita Harian Online
34 mins

Seorang ibu tunggal berusia 51 tahun dan rakannya, seorang lelaki berusia 59 tahun ditemui mati dengan kesan tetakan di tingkat tiga Blok 11, Flat Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), Skudai, Johor Bahru jam 9 pagi hari ini. - Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2018 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelnye kucih ngan otomen kat gamba depan tu kaka @Syd
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.079108s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list