Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
26837
View
372
Reply

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

[Copy link]

Author: Syd    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 1-11-2018 04:00 PM | Show all posts
kemaruk replied at 1-11-2018 03:57 PM
Comelnye kucih ngan otomen kat gamba depan tu kaka @Syd

comey macam abang Kem gak kannnn


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-11-2018 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang bekas pengarah bahagian Visa, Pas dan Permit Jabatan Imigresen bergelar Datuk dan dua kakitangannya kerana disyaki terlibat rasuah.

Sumber SPRM berkata pada tahun 2015 hingga 2016, lelaki bergelar Datuk berumur 47 tahun itu bersama dua kakitanganya menerima rasuah daripada ejen-ejen yang menguruskan pas lawatan sosial bernilai jutaan ringgit Malaysia.

Mereka direman di Mahkamah Majistret Putrajaya selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan kes berkenaan
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-11-2018 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramalan cuaca malam Jumaat
IMG-20181101-WA0185.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-11-2018 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mufti Perlis sokong perintah berkurung remaja

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mufti-perlis-sokong-perintah-berkurung-remaja-1.779630

KANGAR 1 Nov. - Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyokong cadangan pelaksanaan perintah berkurung ke atas remaja pada waktu malam bagi mengatasi masalah gejala sosial membabitkan golongan itu.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-11-2018 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*JUMAAT 2 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 24 SAFAR 1440 HIJRAH*

*live from kilang 100plus isotonik Shah Alam*

*#bajet2019*

*#pray4lionairJT610*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:30, SUBUH : 05:40, SYURUK : 06:55, ZOHOR : 13:00, ASAR : 16:20, MAGHRIB : 18:58, ISYAK : 20:09*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *MENJELANG pembentangan Belanjawan 2019 esok (hari ini), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) meneruskan projek pembinaan Rumah Mesra Generasi Baru FELDA (RMGBF) di seluruh negara. Menurutnya, pembinaan rumah berkenaan dirancang kerajaan Barisan Nasional dalam usaha memastikan generasi baru FELDA dapat memiliki kediaman sendiri.*

                 *KERAJAAN perlu meneliti sama ada berbaloi atau tidak untuk membawa pulang jet peribadi milik ahli perniagaan kontroversial, Low Taek Jho atau Jho Low, kata Tun Dr Mahathir. Perdana Menteri merujuk kepada jet peribadi yang berada di hangar persendirian Lapangan Terbang Seletar Singapura, yang diarahkan lelong dalam masa dua minggu. Saya tidak tahu adakah berbaloi atau tidak membawa (jet peribadi) balik. Jet itu tidak boleh terbang, katanya.*

                 *TUN Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) untuk membolehkan cawangan parti politik ditubuhkan di semua universiti awam (UA). Perdana Menteri berkata ketika ini pun pelajar tidak disekat daripada berbicara mengenai isu politik tanah air. Anda bebas bercakap apa yang anda suka. Tidak payahlah parti, kata beliau.*

                 *KERAJAAN akan mengadakan perbincangan meja bulat bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam bagi membincangkan cadangan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Perbincangan yang akan diadakan pada 7 November itu akan mengambil kira pandangan dan pendirian NGO Islam dan juga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) terhadap isu berkenaan.*

                  *MESYUARAT Kabinet akan datang bakal membincangkan pelaksanaan cukai eksais bagi minuman bergula dalam usaha kerajaan mewujudkan budaya hidup sihat dan mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan rakyat.*

                 *PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menegaskan bekas pegawai eksekutif PetroSaudi International Ltd (PteroSaudi), Xavier Andre Justo menipu apabila mengeluarkan kenyataan bahawa polis Malaysia memaksa dia mengaku bahawa Datuk Seri Najib Razak adalah Perdana Menteri terbaik.*

                  *TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mahu kerajaan membaiki segera Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terjejas dalam kebakaran dua tahun lalu.*

                 *MAJIKAN di negara ini termasuk syarikat media perlu menyediakan bajet khusus bagi mempertingkatkan ilmu keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) kepada semua kakitangannya setiap tahun.*

                 *PENDUDUK Pangsapuri Desa Ilmu, di Kota Samarahan gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan yang sempurna sifatnya dalam tong sampah, smlm. Pada kejadian 1.30 tengah hari itu, mayat bayi yang masih bertali pusat terbabit ditemui oleh orang awam.*

                  *AHLI Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang baharu, berkuat kuasa 1 November lalu. Pelantikan itu diumumkan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, smlm. Charles menggantikan Datuk Liang Teck Meng yang meletakkan jawatannya pada 27 April lalu.*

                 *JURUKIMPAL didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang, smlm, selepas mengaku salah atas pertuduhan menyimpan empat pistol tiruan, raifal tiruan dan lapan bungkus peluru jenis airsoft ball bearing. Majistret Mohamad Firdaus Saidina Ali turut memerintahkan Mohd Akbar Telani, 30, menjalani tambahan hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda.*

                 *ITU hak dialah, kata wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berikutan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul meminta polis supaya menyiasat beliau yang didakwa menghina dan memburukkan institusi diraja melalui artikel yang ditulis, kelmarin.*

                 *ORANG ramai yang menjalankan ritual menolak bala dengan mandi di Pantai Pasir Putih, dekat Sandakan, semalam, dipercayai kebanyakan mereka bukan warga tempatan. Ketua Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan, Rozmi Rahman berkata, mereka dipercayai berbuat demikian kerana kurang kefahaman berkaitan agama.*

                 *KONTRAK perkhidmatan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Abdul Adzis Abas ditamatkan berkuat kuasa 1 Disember ini. Penamatan kontrak itu adalah tiga bulan lebih awal daripada kontrak asal yang sepatutnya tamat pada Februari depan.*

                 *MUFTI Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad bersetuju jika kerajaan negeri mahu melaksanakan perintah berkurung ke atas remaja pada waktu malam. Beliau berkata, cadangan perintah berkurung terhadap remaja boleh mengatasi masalah gejala sosial di negeri ini.*

                 *BEKAS pegawai polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, smlm, atas pertuduhan menipu dua pesara kerajaan berhubung jual beli hartanah, dua tahun lalu.*

                 *PERMOHONAN dan bayaran pembaharuan lesen perniagaan bagi tahun depan perlu dijelaskan kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) selewat-lewatnya 30 November ini. Datuk Bandar, Amran A Rahman berkata, bayaran berkenaan perlu dijelaskan 30 hari sebelum tarikh lesen terbabit tamat pada 31 Disember depan.*

                 *SEBANYAK 4,499 permohonan membeli rumah menerusi Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) telah diluluskan kepada warganegara asing sejak tahun 2007 sehingga kini, Dewan Rakyat diberitahu, smlm.*

                 *LELAKI dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu smlm, selepas mengaku salah menendang ibunya yang juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU), dua bulan lalu. Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Muhammad Faizal Wan Tahar, 24.*

                 *SAYA menyesal ambil dadah. Itu luahan wanita mengandung enam bulan yang ditahan sepasukan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Operasi Perdana dijalankan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Kuala Lumpur, semalam.*

                 *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengantung tugas tujuh pegawai dan anggotanya berhubung dakwaan seorang pelabur kehilangan wang tunai berjumlah RM7.9 juta pada 8 September lalu. Wang itu didakwa hilang selepas unit kondominium pelabur itu di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur digeledah sepasukan polis Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.*

                 *POLIS Johor merampas pelbagai jenis dadah seberat lebih 60 kilogram bernilai RM3.1 juta dalam dua serbuan sekitar bandar raya ini. Dalam serbuan bersama Unit Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan kelmarin dan semalam, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun.*

                 *PADAH melarikan diri dari lokap Balai Polis Taiping, minggu lalu atas alasan mahu menyambut hari lahirnya bersama teman wanita, pemasang jubin dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Taiping, smlm.*

                 *SEBUAH pusat hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, membina lorong tikus khas sebagai persiapan untuk pelayan pelanggan (GRO) melarikan diri ketika diserbu pihak berkuasa. Bagaimanapun, helah itu terbongkar dalam serbuan dilakukan di pusat hiburan berkenaan bermula 1 hingga 4.30 pagi.*

                 *KERAJAAN belum memuktamadkan jumlah pampasan prlu dibayar kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebagai kos pengambilalihan dua syarikat bagi projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).*

                 *WANG pendahuluan filem berjumlah kira-kira RM18.45 juta yang diragui dalam penyata kewangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) antara yang dibentangkan di Dewan Rakyat, smlm.*

                 *PENIAGA mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, smlm atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada dua beradik yang juga sepupunya pada Ogos lalu. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh Khairil Azhar Kamaludin, 25, dari Kota Tinggi didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Mohd Suferi Muhamat Sahh dengan sebatang spanar paip.*

                 *KAKITANGAN dan pengunjung Wisma Persekutuan, di Kota Bharu, gempar apabila satu janin ditemui di dalam pasu di tingkat dua bangunan itu, smlm. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Noor Halim Nordin mengesahkan pertemuan janin berkenaan. Bagaimanapun, beliau menafikan janin berkenaan milik manusia dan dipercayai janin kucing memandangkan ia mempunyai ekor dan fizikalnya juga menyerupai kucing.*

                 *BURUH lelaki yang leka membungkus 700 kilogram ketum bernilai RM21,000 ke dalam guni untuk diseludup ke negara jiran apabila sebuah rumah di Kampung Kolam, Padang Besar diserbu polis, semalam.*

                 *KANAK-KANAK perempuan berusia 10 tahun mendakwa nyaris dilarikan dua lelaki yang menaiki Proton Wira di Taman Fasa 2I Seri Manjung, Manjung, semalam. Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa sedang mengayuh basikal berseorangan dari sekolah untuk pulang ke rumah.*

                 *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan seorang lelaki warga Britain bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Lelaki berkenaan, Paul Geoffrey Stadlen, 39, beralamat terakhir di Unit A-29-8, Blok A, Loft Sentral Condominium, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, Kuala Lumpur.*

                 *HANYA kerana menegur abang iparnya ingin menghisap dadah, seorang wanita kini ketakutan selepas diugut bunuh lelaki itu yang mengamuk di kediaman mereka di Taman Selasih, Kulim, kelmarin. Dalam kejadian jam 6.30 petang, mangsa, 30-an, terlihat suspek berusia 46 tahun mahu menghisap dadah di ruang tamu.*

                 *PENIAGA tercampak di atas jalan raya selepas motosikalnya merempuh motosikal lain yang keluar simpang secara mengejut. Dalam kejadian di Simpang Tali Air Jambatan Kg Beta Hilir, Kota Bharu, Wan Mohd Amri Wan Salleh, 34, maut akibat parah di kepala.*

                 *IBU tunggal berusia 51 tahun dan rakannya, lelaki berusia 59 tahun ditemui mati dengan kesan kelar dan tetakan di tingkat tiga Blok 11, Flat Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), Johor Bahru, smlm. Mangsa, K Kamala, dan S Silvaraja ditemui jam 9 pagi oleh anak perempuan Kamala yang baru pulang dari tempat kerjanya di Singapura.*

                 *MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng mencatat pendapatan tertinggi dalam kalangan Ahli Parlimen dan pentadbiran kerajaan iaitu berjumlah RM86,464.92. Selain dirinya, Lim turut memasukkan sekali nama isteri dan anaknya dalam mengisytiharkan jumlah pendapatannya itu.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


           *PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui perakam data penerbangan (FDR) pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lalu di perairan Tanjung Karawang, pagi ini.*
           *Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi berkata, FDR itu ditemui di kedalaman 30 meter, iaitu 500 meter dari koordinat pesawat itu dilaporkan terhempas.*
         *Kami menemui sebahagian kotak hitam, iaitu FDR, (tapi) perakam suara kokpit (CVR) masih belum ditemui, katanya dalam siaran langsung yang disiarkan sebuah televisyen tempatan, TV One dari Kapal KM Baruna Jaya 1, yang terbabit dalam operasi pencarian itu di perairan Tanjung Karawang, hari ini.*

            *PEMILIK restoran vegetarian di Bangkok, Thailand membunuh dan memotong mayat pelanggannya selepas satu pertengkaran sebelum memasukkan dagingnya dalam hidangan yang dijualnya.*
             *Seorang lagi pelanggan yang makan di restoran berkenaan membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana tidak berpuas hati dihidangkan daging sedangkan makanan dijual di situ sepatutnya hanya sayuran.*
            *Namun lebih memualkan lagi apabila siasatan pihak berkuasa di situ kemudian mendapati ia bukannya daging babi atau lembu, sebaliknya milik manusia, lapor Daily Mail.*

            *Beijing: Kecewa tidak dapat anak lelaki, seorang lelaki sanggup bertindak kejam membuang bayi perempuannya dari cenuram hanya selepas enam jam dia dilahirkan di hospital di Gaozhou, wilayah Guangdong, China.*
             *Bagaimanapun, bayi yang dibungkus di dalam guni itu bernasib baik apabila ditemui bernyawa selepas 12 jam apabila jatuh di atas ranting kayu sebelum dibawa keluar oleh anggota penyelamat.*
           *Kejadian disedari selepas Pusat Kesihatan Magui membuat panggilan polis melaporkan mengenai kehilangan bayi itu di hospital berkenaan, lapor Gaozhou Television.*

            *JENAZAH mangsa pertama penumpang Lion Air JT610 yang terhempas di Perairan Tanjung Pakis, Karawang, Jawa Barat dikebumikan hari ini selepas identitinya berjaya di kenal pasti semalam, kata media tempatan, hari ini.*
            *Menurut laporan Tempo.com, Ketua Pusat Sistem Pengenalan Cap Jari Automatik Indonesia (INAFIS) Polis Indonesia, Brig Jen Jdo Suryanto berkata, daripada 48 beg mayat yang berada di pusat terbabit, polis berjaya mengenal pasti jenazah Jannatun Cyntia Dewi menggunakan data cap jarinya.*

            *WASHINGTON: Syarikat pengeluar ais krim Ben & Jerry melancarkan perisa baru, PeCan Resist, minggu ini bagi menyokong kumpulan anti-Presiden Donald Trump.*
             *Ben & Jerrys tidak boleh mendiamkan diri dengan dasar Trump yang menyerang dan menyekat kemajuan beberapa dekad mengenai perkauman dan ekuiti jantina, perubahan suhu dan hak pelarian dan pendatang, kata syarikat berkenaan dalam kenyataan.*
             *Ia memperkenalkan perisa baru itu, ais krim coklat dengan kepingan putih dan hitam gula-gula lembut, pecan, kekacang dan badam, dengan trak ais krim di Washington minggu ini.*

           *Beijing: Seorang lelaki ditangkap di utara China kerana disyaki membunuh kekasihnya serta anak wanita berkenaan selain mencuri wang berjumlah 1.8 juta yuan (RM1.2 juta) dari akaun bank mangsa.*
            *Lelaki dikenali sebagai Dong dan rakannya Liu ditahan polis di Shijiazhuang, wilayah Hebei, lapor Hebei Television.*
          *Dia dipercayai membunuh wanita berusia 45 tahun itu dengan menetaknya menggunakan pisau pemotong daging pada 20 April lalu ketika satu pertengkaran.*

           *ARIZONA, Amerika Syarikat:Seorang wanita diselamatkan enam hari selepas kemalangan kereta yang menyebabkan kenderaannya terperangkap di atas pokok renek di tengah gurun.*
              *Wanita berusia 53 tahun yang tidak dinamakan itu hilang kawalan keretanya ketika memandu berhampiran Wickenburg pada 12 Oktober lalu menyebabkan kenderaan itu merempuh pagar sebelum menjunam hampir 15 meter dan terperangkap di atas pokok renek.*

           *Beijing: Seorang bayi baru lahir ditemui hidup walaupun selepas lapan hari ditanam di sebuah tanah perkuburan di wilayah Guangxi, selatan China.*
           *Bayi lelaki itu ditinggalkan ibu bapanya di daerah Tian Dong selepas dilahirkan sumbing.*
            *Bagaimanapun, tangisannya didengari seorang wanita yang mencari herba untuk dibuat ubat, lapor akhbar Peoples Daily Online.*
            *Wanita berkenaan, Lu Feng-lian yang ketakutan mendengar tangisan itu kerana menyangka ia hantu meluru ke sebuah kuil Buddha berhampiran untuk mendapatkan pertolongan.*


*TULAR / POPULAR*
================


          *TINDAKAN seorang wanita cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang berhampiran Perai gagal apabila diselamatkan orang ramai yang melalui kawasan itu, semalam.*
         *Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, wanita berusia 24 tahun yang datang dari Kulim dengan menunggang motosikal, berhenti di bahu jambatan selepas plaza tol.*
             *Berdasarkan maklumat dan gambar yang tular di media sosial, wanita itu dilihat ditenteramkan orang ramai sambil duduk di atas jalan.*

          *PELAWAK dan pelakon, Tauke Jambu, 41, merayu supaya netizen masih berkongsi video isterinya selepas bersalin, memadam video terbabit.*
          *Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria juga meminta supaya netizen menghormati permintaannya itu.*
            *Pada waktu itu, saya bersama isteri saya ketika proses kelahiran bayi kami. Kerana terlalu teruja dan terlalu cepat nak kongsikan dengan keluarga serta saudara mara, saya tak perasan pula dalam video itu, kelihatan bahagian dada isteri saya.*
            *Tak sangka pula video itu akan tular. Namun, selepas ditegur, saya padam dan meminta maaf, katanya.*

          *IPOH: Penganjur Program Karnival Sinar Harapan menafikan Piala Malaysia yang dimenangi Perak akan dibawa ke program itu di Pinggiran Sungai Kerian di Parit Buntar, hujung minggu ini.*
            *Jawatankuasa program itu dalam satu kenyataan malam ini berkata, poster tular yang menyatakan piala itu akan dibawa ke karnival itu dipercayai disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.*
         *Poster itu memaparkan gambar Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang juga ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain (Abdul Munaim) sedang memegang Piala Malaysia dan tertulis perkataan Temui Piala Malaysia serta logo program Karnival Sinar Harapan.*

          *SUAMI penyanyi Elyana iaitu Khairul Anuar Hussin mengakui perlu memujuk isterinya untuk meneruskan rawatan radioterapi selepas tidak melakukan rawatan itu selama beberapa hari.*
          *Khairul ketika dihubungi berkata, Elyana, 31, atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal mengadu sakit dan loya selain berasa lemah semangat sejak menjalani rawatan itu, minggu lalu.*
          *Setakat hari ini Elyana baru buat empat kali rawatan. Dia ada enam kali lagi. Selepas dibenar keluar hospital Jumaat lepas, dua hari dia tak buat.*

          *PENGURUS Zamani, Aalan Ahmad menjawab segala teka-teka apabila mengesahkan artisnya bersedia meneruskan perjuangan dalam konsert minggu keenam, Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang akan berlangsung Ahad ini.*
           *Bagaimanapun, Aalan, 45, selaku individu yang bertanggungjawab menguruskan penyertaan Zamani dalam program popular ini mengakui, Zamani masih mendapatkan rawatan berterusan daripada doktor agar masalah kesihatan dan sakit tekak dialaminya segera sembuh.*
           *Dia akan meneruskan saingan seperti biasa. Buat masa ini dia belum mampu menyanyi tapi untuk bercakap memang tiada masalah*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *HANOI: Vietnam akan menjadi hos perlumbaan Formula Satu pada April 2020, menurut pegawai bandaraya Hanoi hari ini, sekali gus muncul negara ketiga Asia Tenggara menganjurkan perlumbaan perdana itu.*
              *Perlumbaan itu akan diadakan di ibu negara Hanoi dengan litar baru dijangka diperkenalkan pada satu majlis besar-besaran minggu depan, menurut Jawatankuasa Penduduk Hanoi dalam satu jemputan ke acara itu hari ini.*
             *Bandaraya Hanoi berjaya mencapai persetujuan untuk dianugerahkan sebagai hos rasmi perlumbaan Kejuaraan Dunia Formula 1 FIA bermula April 2020, menurut surat jemputan itu.*

          *SEPANG: Pelumba Itali, Andrea Dovizioso mempunyai banyak pengalaman manis di Grand Prix (GP) Malaysia.*
              *Pelumba Ducati itu meraih podium pertamanya di Sepang pada 2008 - lebih manis pada musim pertamanya dalam kelas perdana MotoGP - dan sukar ditewaskan di sini sejak dua tahun lalu, memenangi dua perlumbaan dengan penuh gaya pada 2016 dan 2017.*
           *Dovizioso bagaimanapun sedar betapa pasukannya harus membuktikan yang mereka juga kuat pada perlumbaan litar kering sekiranya mahu memenanginya buat kali ketiga berturut-turut.*

          *SEPANG: Cita-cita Hafizh Syahrin Abdullah untuk beraksi dalam kelas MotoGP di laman sendiri akhirnya tercapai dengan dia bertekad menggegarkan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula, hari ini.*
          *Detik ini sudah ditunggu lama oleh pelumba Monster Yamaha Tech3 itu dan dia berharap dapat mempersembahkan tunggangan meyakinkan di depan penyokong sendiri yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepadanya.*
            *Tahun bersejarah bagi sukan permotoran di Malaysia, kali pertama bagi saya beraksi dalam kelas perdana di tanah air sendiri.*

          *KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berjanji akan memastikan semua pemain yang berpotensi mendapat persiapan terbaik dalam misi memburu kilauan pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.*
               *Badminton kekal menjadi sandaran utama untuk menghadiahkan pingat buat kontinjen Malaysia pada temasya terbesar dunia itu menerusi penstrukturan semula Program Podium yang menyaksikan sukan berkenaan diletakkan dalam Tahap 1 - sukan yang berpotensi meraih pingat di Tokyo - bersama terjun dan basikal trek.*

          *KUANTAN: Bekas penyerang kebangsaan, Azamuddin Akil mengesahkan tidak lagi bersama Selangor bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.*
            *Azamuddin atau senang disapa Alex berkata, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tidak melanjutkan kontraknya bersama skuad Red Giants itu.*
          *Saya boleh sahkan tidak lagi menyarung jersi Selangor musim depan selepas pengurusan FAS tidak melanjutkan kontrak.*

          *KUALA LUMPUR: Hasrat Selangor mendapatkan semula khidmat jurulatih Mehmet Durakovic musim depan tidak kesampaian apabila beliau dikatakan membuat pusingan U untuk kekal bersama Perak.*
           *Menurut sumber rapat Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Durakovic membuat keputusan demikian selepas tidak berminat dengan tawaran kontrak yang diberikan.*
         *Mehmet (Durakovic) tak jadi ke Selangor, beliau tak berminat dengan kontrak yang ditawarkan. Sebelum ini beliau hanya menandatangani MOU (memorandum persefahaman) dengan FAS, bukan kontrak, katanya kepada Sukan NSTP, hari ini.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-11-2018 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI - 2/11/2018 (by: MJI)

1.  PUTRAJAYA, 1 Nov - SPRM hari ini memaparkan senarai pengisytiharan harta anggota pentadbiran kerajaan termasuk PM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anggota Parlimen di laman webnya. Berdasarkan Portal Pengisytiharan Harta di https://mydeclaration.sprm.gov.my/, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mencatatkan pendapatan tertinggi dalam kalangan mereka yang telah membuat pengisytiharan, dengan jumlah RM86,464.92, yang turut diisytihar dengan isterinya.

2.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Nampaknya bukan semua cadangan atau idea yang mahu dilaksanakan oleh menteri Kabinet dipersetujui oleh PM , Tun Dr. Mahathir Mohamad. Contohnya mengenai cadangan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bagi membolehkan cawangan parti politik ditubuhkan di semua universiti awam sebagaimana diutarakan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

3.  JAKARTA 1 Nov. - Seorang penunggang teksi motosikal Indonesia mendakwa melihat pesawat Lion Air JT610 yang terbabit nahas mengeluarkan asap hitam sebelum terhempas di perairan Karawang, Isnin lalu. Portal Liputan6.com melaporkan, Anastasia Lorinda berkata, dia melihat jet penumpang itu berlubang pada bahagian kanan dan mengeluarkan asap berhampiran roda pesawat.

4.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Pemain industri perlu memainkan peranan bagi mendakap produk pelancong berinovatif supaya menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat, kata TPM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata pengusaha pelancongan mesti bertanya sama ada mereka mempunyai rancangan strategik bagi menarik pelancong ke negara ini dan bersedia menawarkan yang terbaik bagi memenuhi citarasa pelancong dari pelbagai negara.

5.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Baru semalam dalam FB Live saya cakap mengenai perlunya Kerajaan hari ini fikirkan masalah yang dihadapi rakyat dan tingkatkan usaha beri bantuan, komen Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran Facebook peribadinya. Semalam, katanya, keluar kenyataan bahawa kerajaan bayangkan untuk hentikan subsidi, kononnya ia sebabkan rakyat tak mampu fikir, jadi malas tak boleh berdikari, duduk tidak buat kerja pun boleh dapat duit.

6.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Isyarat kuat dari kotak hitam pesawat Lion Air JT 610 telah dikesan, bagaimanapun badan pesawat dan kotak hitam berkenaan belum ditemui di perairan Karawang, Jawa Barat.
Koordinat isyarat kotak hitam itu dikesan pada S 05 48 48.051 - E 107 07 37.622 dan koordinat S 05 48 46.545 - E 107 07 38.393. Koordinat terputus hubungan pesawat adalah menuju arah barat laut, jaraknya kira-kira 400 meter dari koordinat tersebut, kata Ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat Tentera Laut Indonesia, Muhammad Syaugi sebagaimana dilaporkan Detik.com, semalam.

7.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Seorang lelaki maut dengan kesan hentakan di kepala selepas bergelut bersama seorang suspek dalam kejadian berhampiran sebuah premis menjual barangan elektrik di Jalan Genting Kelang di sini, malam tadi. Mangsa yang merupakan gelandangan ditemukan orang ramai  pukul 11.50 malam tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, ketika melakukan siasatan di lokasi, pihaknya menahan seorang lelaki dipercayai suspek yang melakukan perbuatan tersebut.

8.  BACHOK 31 Okt.- Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dipercayai lemas manakala dua lagi mangsa berjaya diselamatkan orang awam di muara Pantai Senok, di sini malam tadi. Dalam kejadian pada pukul 8 malam, mangsa yang hilang dikenali sebagai Aizat Safuan, manakala bapanya Ismail Haron, 45, dan rakannya, Nazizul Mubin Rusli, 15, yang terselamat dikatakan menjala ikan sejak petang semalam.

9.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - SPRM sedang mengesan seorang lelaki warga Britain bagi membantu siasatan kes 1MDB. Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan berkata, lelaki tersebut, Paul Geoffrey Stadlen, 39, mempunyai alamat terakhir di Unit A-29-8, Blok A, Loft Sentral Condominium, Jalan Stesen Sentral 5 KL Sentral, Kuala Lumpur.

10.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Malaysia perlu membuat pertimbangan terperinci Berhubung pelan untuk meratifikasi ICERD supaya tidak sampai ke tahap yang memaksa perlembagaan negara di ubah. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dalam kenyataannya berkata, suara-suara kebimbangan yang menentang ratifikasi ini berasas dan mesti diberi perhatian serius.

11.  BATU PAHAT 1 Nov. - Seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor maut dalam kemalangan membabitkan kenderaanya dengan sebuah lori di simpang Jalan Mutaffa, Parit Sulong, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Sa'yon Surat, 57, yang bertugas di Bahagian Pengurusan IPD Batu Pahat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

12.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Polis diminta menyiasat Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin di bawah Akta Hasutan kerana tulisan beliau menerusi blog bertajuk Rakyat perlu tahu peruntukan belanja buat raja. MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, tulisan A. Kadir itu boleh mencetuskan prasangka buruk terhadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

13.  BENTONG 1 Sept. - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Muhammad Rifqi Amar Faizo dikhuatir menjadi cacat seumur hidup apabila kedua belah kaki dan tangannya yang semakin 'mereput' terpaksa dipotong dalam masa terdekat. Kedua-dua belah kaki dan tangan kanan kanak-kanak itu kelihatan kehitaman dan tidak dapat bergerak. Ibunya, Roziayu Othman,36, berkata, kedua-kedua belah kaki anak keduanya daripada tiga beradik itu mengalami gangren selepas melakukan pembedahan jantung di IJN pada 12 September lalu.

14.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Komitmen kerajaan untuk meratifikasi ICERD akan memberi implikasi amat besar terhadap asas-asas pembinaan negara sejak merdeka. Implikasi itu, kata Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohd. Aris, termasuklah perkara-perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan perjanjian kontrak sosial yang dimeterai antara pemimpin Melayu, Cina serta India sewaktu menuntut kemerdekaan dulu.

15.  PUTRAJAYA 1 Okt.- Kementerian Pendidikan mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem Indeks Kualiti NILAM (IQNILAM) pada tahun ini bagi membolehkan pihaknya membuat semakan dan penambahbaikan secara menyeluruh terhadap sistem berkenaan. Keputusan dibuat selepas pihaknya menerima saranan dan permintaan daripada pelbagai pihak, termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) agar pengisian IQNILAM dihapuskan bagi meringankan beban guru.

16.  PUTRAJAYA 1 Nov. - Mesyuarat Kabinet akan datang bakal membincangkan mengenai pelaksanaan cukai eksais terhadap minuman bergula dalam usaha mewujudkan budaya hidup sihat dan mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD). TPM, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, cadangan untuk polisi berkenaan telah pun dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Ke Arah Persekitaran Hidup Yang Sihat yang dipengerusikannya hari ini.

17.  KUALA LUMPUR 1 Nov. C Kerajaan sedia menyemak semula kadar gaji minimum lebih daripada sekali dalam tempoh dua tahun. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun berkata, perkara itu boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat keperluan yang mendesak. Akta sedia ada memperuntukkan semakan semula kadar gaji minimum dilakukan sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

18.  LUMUT 1 Nov. - Seorang murid perempuan berusia 10 tahun mendakwa hampir diculik oleh dua lelaki ketika pulang dari sekolah di sini semalam. KPD Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman berkata,
kejadian berlaku pada pukul 1.30 petang ketika murid Sekolah Kebangsaan Seri Manjung itu berbasikal untuk pulang ke rumah.

19.  JAKARTA 1 Nov. - Kotak hitam pesawat Lion Air JT 610 telah ditemukan pada kedalaman 30 meter di dasar laut. Kami ketika itu sudah berputus asa mengesan kotak hitam itu tetapi kami terus mengikuti jejak alat pengesan berkenaan. Kami cuba memperkecilkan kawasan pencarian dan berjaya menjumpai kotak hitam, kata penyelam yang menjalankan operasi mencari tersebut, Sertu Hendra seperti dipetik oleh Detik News.

20.  PUTRAJAYA 1 Nov. - Kerajaan akan mengumumkan satu cukai baharu yang dijangka tidak membebankan rakyat dalam pembentangan Bajet 2019, esok. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, hasil cukai tersebut akan digunakan kembali bagi tujuan kepentingan rakyat dan mengurangkan beban untuk membayar balik hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

21.  JOHOR BAHRU 1 Nov. - Polis merampas dadah pelbagai jenis seberat 66.57 kilogram (kg) bernilai RM3.1 juta dalam dua serbuan berasingan di negeri ini, semalam. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, rampasan dibuat JSJ Cawangan D9 IPK Negeri Sembilan dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Seri Alam susulan penahanan seorang lelaki berusia 48 tahun pada pukul 3.30 petang di Taman Desa Cemerlang, dekat sini, kelmarin.

22.  PUTRAJAYA 1 Nov. - Kementerian Sumber Manusia menyasarkan laporan Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing dapat disiapkan selewat-lewatnya 30 November ini, kata Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran. Menerusi laporan itu Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran menjelaskan, input-input daripada pihak berkaitan pengurusan pekerja asing akan dikumpul oleh pihak jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Hishamuddin Yunus.

23.  MELAKA 1 Nov. - Kerajaan negeri menerusi FAMA menyasarkan kutipan jualan sebanyak RM1.3 juta diperolehi 42 usahawan dan syarikat negeri ini yang akan menyertai MAHA 2018 bermula pada 22 November hingga 2 Disember depan. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, angka itu berdasarkan kepada anggaran RM678,000 hasil jualan yang bakal diperolehi FAMA dan kira-kira RM640,000 hasil jualan dan pemadanan perniagaan yang diterima Pavilion negeri ini sepanjang 11 hari MAHA 2018 berlangsung.

24.  KUCHING 1 Nov. - Sarawak akan membentangkan belanjawan terbesar dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin depan. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, belanjawan tersebut akan merekodkan sejarah sebagai peruntukan terbesar pernah dibentangkan di negeri ini.

25.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin menyatakan ia adalah hak Datuk Johari Abdul untuk mendesak siasatan ke atas beliau berikutan tulisan berhubung Istana Kedah. Menurut Kadir, terpulang kepada Johari untuk untuk menggesa siasatan dilakukan di bawah Akta Hasutan.

26.  JOHOR BAHRU 1 Okt. - Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas dua pertuduhan memukul dua sepupunya, Ogos lalu. Tertuduh, Khairil Azhar Kamaludin, 25, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Azureen Sahira Saufee Afandi selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Khairil Azhar didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Mohd. Suferi Muhamat Sahh dengan sebatang spanar paip di Dataran Bandaraya Johor Bahru, kira-kira pukul 4.30 petang, 28 Ogos lalu.

27.  KANGAR 1 Nov. - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, mahukan agar kakitangan kerajaan dan ahli perniagaan di negeri ini supaya berusaha keras menggunakan kelebihan Perlis sebagai sebuah negeri yang bersempadan dengan Thailand, untuk menarik kedatangan para pelabur. Sebagaimana di Switzerland yang bersempadan dengan Jerman dan Perancis, negara tersebut mempunyai banyak tarikan kerana berjaya memanfaatkan kelebihan berkenaan.

28.  MELAKA 1 Nov. - Masyarakat masih mempunyai tahap kesedaran yang rendah berhubung penyakit gusi apabila sembilan daripada 10 dewasa dalam negara mempunyai tanda-tanda penyakit itu. Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan, Dr. Nomah Taharim berkata, penyakit gusi juga mempunyai tanda awal sehingga tanda kompleks yang memerlukan pesakit untuk berjumpa dengan doktor gigi.

29.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Proses Sulh di antara penyanyi Deja Moss dan suaminya gagal selepas lelaki berkenaan tidak hadir pada rundingan yang berlangsung di Pejabat Sulh, Mahkamah Syariah di sini hari ini. Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 45, berkata, dia tidak mengetahui punca sebenar kegagalan bekas suaminya itu hadir ke mahkamah dan hanya dimaklumkan mengenai perkara itu selepas pihaknya membuat panggilan telefon kepada bekas suaminya, Azfendy Azzuddin, 39.

30.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini sebentar tadi atas pertuduhan memiliki senjata api tiruan iaitu empat pucuk pistol, selaras senapang jenis Raifal M4 dan lapan bungkus peluru jenis Airsoft Ball Bearing yang dibungkus melalui kiriman pos di KLIA, empat hari lalu.

31.  KUALA LUMPUR 1 Nov. C Kerajaan masih meneliti jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada LTAT bagi kos mengambil alih operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, perbincangan sedang dilakukan dengan syarikat terbabit mengenai isu berbangkit akibat peluputan perjanjian dan pampasan yang dikemukakan.

32.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Pakatan Harapan tidak sepatutnya menjadi destinasi pelarian politik kepada mana-mana ahli Parlimen yang mempunyai kepentingan peribadi.Sehubungan itu Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub meminta Pakatan Harapan membincangkan satu mekanisme untuk meneliti sebab dan alasan ahli-ahli Parlimen untuk menyeberang menjadi ahli dalam mana-mana parti komponennya.

33.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Hubungan di antara Ratu Rock negara, Ella dan kakaknya, Jojie Aminuddin khabarnya renggang sehingga ada yang menyatakan, kedua-duanya bergaduh. Kerengganan hubungan Ella dan Jojie disebabkan oleh mulut-mulut sekeliling yang cuba melaga-lagakan mereka. Jojie yang juga dikenali ramai, berkata, beliau mengurusakan karier seni Ella selama 32 tahun sebelum masing-masing berumahtangga dan membawa haluan sendiri.

34.  ALOR SETAR 1 Nov. - Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan dakwaan kononnya istiadat pertabalan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah baru-baru ini merupakan sesuatu yang membebankan kerajaan negeri. Menurutnya, semua perbelanjaan sememangnya memenuhi belanjawan untuk tahun ini dan berada dalam kawalan.

35.  TAIPING 1 Nov. - Seorang lelaki yang meloloskan diri dari tahanan lokap pada Sabtu lalu untuk menyambut ulang tahun hari lahirnya bersama kekasihnya dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Taiping di sini hari ini setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan.Majistret Mohd.Hairul Jemain menjatuhkan hukuman itu terhadap Pang Hung Boon, 37, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

36.  PULAU PINANG 1 Nov. C Siasatan berhubung tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau di sini, ditetapkan untuk disiapkan pada 30 November ini. Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, tempoh sebulan itu dicadangkan selepas jawatankuasa berkenaan bermesyuarat kelmarin. Menurut beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri 1, j/kuasa itu juga menetapkan 8 November ini sebagai tarikh permulaan untuk mendengar pembentangan serta menjalankan soal siasat terhadap pihak-pihak yang terlibat.

37.  PULAU PINANG 1 Nov. - Penang Citizens Awaraness (Chant Group) mahu hasil laporan oleh jawatankuasa khas kerajaan negeri berkaitan tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau, di sini baru-baru ini, didedahkan kepada umum. Perkara itu tidak sepatutnya menjadi masalah kerana rakyat berhak mengetahui apa yang berlaku seterusnya menilai ketelusan kerajaan negeri dalam menangani sebarang isu termasuk berkaitan tragedi berkenaan.

38.  KLANG 1 Nov.- Orang ramai dijemput menghadiri program Dialog Kesedaran Keselamatan Antara Polis dan Penduduk Klang yang berlangsung di Pusat Beli Belah Klang Parade di sini pada 11 November ini. Program dialog anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Klang (KCCCI) itu akan menjemput Gabungan Persatuan Penduduk Klang dan IPD Klang Utara sebagai speaker jemputan.

39.  KOTA BHARU 1 Nov. - Pelaksanaan perintah berkurung kepada remaja pada waktu malam bagi mengatasi masalah gejala sosial adalah langkah yang baik dan tidak bercanggah dengan kehendak agama. Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad  bersetuju supaya peraturan ketat begitu dilaksanakan untuk membendung gejala sosial memandangkan ibu bapa kini pada hakikatnya tidak mampu mengawal anak-anak mereka.

40.  KOTA BHARU 1 Nov. C Seorang jurujual wanita maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum digilis sebuah trak tentera di hadapan klinik Kota Jembal di Jalan Kedai Lalat di sini hari ini. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Siti Nurul Asmawati Abdul Aziz, 21, dikatakan dalam perjalanan menuju ke tempat kerja dari arah Tawang.

41.  KANGAR 1 Nov. - KPJ Healthcare Berhad bukan sahaja menfokuskan pembinaan hospital-hospital baharu, sebaliknya turut akan membuka pusat kesihatan di kawasan bandar-bandar kecil di seluruh negara. Presiden yang juga Pengarah Urusan KPJ, Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata, pada peringkat permulaan, pihaknya merancang membuka lima Pusat Kesihatan KPJ di sekitar Lembah Klang, pada tahun depan.

42.  SUNGAI PETANI 1 Nov. - Amanah Raya Berhad melaksanakan pelbagai aspek penambahbaikan menerusi transformasi ke era digital bagi memperkukuhkan kecekapan operasi dan meningkatkan jaringan infrastruktur informasi serta maklumat agensi itu. Pengerusinya, Datuk Mohd. Nasir Ali berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan proses kerja akan menjadi lebih mudah dan singkat sekali gus dapat memperbaiki mutu perkhidmatan sedia ada.

43.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - DBKL menyasarkan untuk menurunkan sebanyak 250 paparan iklan haram atau tidak berlesen di 11 buah parlimen di ibu negara.Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Azman Mahmood berkata, operasi tersebut melibatkan iklan-iklan yang dipaparkan menerusi papan iklan (billboard), jejambat dan jejantas jalan raya.

44.  ALOR SETAR 1 Nov. - UMNO Kedah memberi tempoh 48 jam kepada AMT Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin untuk memohon ampun daripada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan insititusi diraja negeri. Ketua Penerangannya, Datuk Suraya Yaacob berkata, pihaknya tidak boleh menerima tindakan Kadir yang disifatkan sebagai biadab berhubung tulisan di laman blognya baru-baru ini.

45.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Isu yang membelenggu pemandu teksi dan e-hailing kini memasuki episod baharu apabila Persatuan Pemandu Teksi Eksekutif KL Sentral mendesak kerajaan memilih mengekalkan satu daripada perkhidmatan itu sebagai pengangkutan awam di negara ini. Pemandu teksi berdepan pelbagai tekanan termasuk kadar sewaan, penyelenggaraan dan sebagainya namun perkhidmatan e-hailing diberikan kebebasan menjalankan undang-undang rimba.

46.  JOHOR BAHRU 1 Okt. - Seorang wanita pemilik rumah dan penyewa lelaki ditemukan mati dibunuh dalam satu kejadian pada tengah malam semalam di Blok 11, Taman Tun Aminah, Skudai, di sini. Mayat pemilik rumah, K. Kamala, 57, dan penyewanya, S. Silvaraja, 59, ditemukan oleh anak perempuan Kamala yang berusia 31 tahun pada pukul 9 pagi tadi selepas pulang bekerja dari Singapura.

47.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Sempena dengan pembentangan Belanjawan 2019 esok, BN membentangkan Inisiatif Ekonomi Rakyat yang dipacu oleh tiga teras iaitu merancakkan pembangunan, meningkatkan pengagihan dan kalis masa depan. Pengerusi J/kuasa Ekonomi Kabinet Bayangan BN, Khairy Jamaluddin berkata, BN akan meneruskan falsafah ekonomi utama iaitu merancakkan pembangunan untuk mewujudkan peluang ekonomi dan kekayaan.

48.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Dua kali terbabit dalam kemalangan membabitkan pesawat yang sama tidak mungkin akan dilupakan oleh bekas pramugari Lion Air, Laura Lazarus. Dia masih dapat ingat dengan jelas kemalangan pesawat yang dialaminya pada akhir November 2004. Ketika itu pesawat Lion Air dengan nombor penerbangan JT538 yang dinaikinya tergelincir ketika mendarat di lapangan terbang Adisumarno Solo. Akibat daripada kemalangan ngeri itu, 26 orang terbunuh, 55 cedera parah dan 63 cedera ringan.

49.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Tiga penjawat awam termasuk seorang bekas Pengarah Bahagian Visa, Pas dan Permit (VPP) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bergelar Datuk ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai jutaan ringgit membabitkan kelulusan permohonan pas lawatan sosial. Perintah tahanan reman bermula hari ini hingga Rabu lalu itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh SPRM.

50.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Menteri di JPM , Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menafikan Kerajaan PH mengenepi dan membelakangkan Islam sebagai agama Persekutuan di negara ini. Terdapat suara-suara sumbang kononnya PH mengenepikan undang-undang syariah, memilih PH bermakna mengundang malapetaka kepada Islam sehinggakan konsep Rahmatan Lil Alamin yang kita perkenalkan kononnya lesen untuk amalan liberal di negara ini." katanya.

51.  KUALA LUMPUR, 1 Nov - Usaha membawa balik jet peribadi milik ahli perniagaan yang sedang dicari Low Taek Jho, atau Jho Low, hanya akan dilakukan sekiranya ia berbaloi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beberapa media sebelum ini melaporkan Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat memberi kebenaran kepada penjualan Bombardier Global 5000 jet bernilai US$35 juta yang berada dibawah jagaan pihak berkuasa Singapura sejak 2017.

52.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berharap Belanjawan 2019 akan memberikan peruntukan khas kepada kementerian itu untuk mempergiatkan bidang R&D dalam usaha memperkenalkan pelbagai bentuk pertanian moden. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, ini termasuk menerokai teknologi baharu sekali gus menggalakkan lebih ramai usahawan akan terlibat dalam bidang tersebut yang boleh menjamin pendapatan lumayan.

53.  BENTONG 1 Nov. - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan supaya semua pihak yang terlibat dalam pembinaan projek pembinaan talian penghantaran TNB di Janda Baik, dekat sini memandang serius pandangan dan keluhan penduduk setempat. Kerisauan penduduk terhadap aktiviti penebangan balak yang dilakukan sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam sekitar perlu diberi perhatian.

54.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Peranan guru diakui amat penting dalam memastikan murid pendidikan khas dapat mengoptimumkan potensi mereka, tidak tercicir dan berdaya saing dengan murid yang normal. Pengetua SMK Taman Yarl, Mat Zakaria Mat Omar berkata, murid pendidikan khas mempunyai kebolehan dan keistimewaan tersendiri yang memerlukan guru untuk membentuk mereka menjadi insan yang cemerlang.

55.  KUALA TERENGGANU 1 Nov. - Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bakal membuka rangkaian Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) yang akan beroperasi mulai sesi persekolahan 2019. Buat permulaan, SRIDI, salah satu daripada tawaran dalam manifesto Pas akan dibuka di lima daerah iaitu Dungun (Bandar Al Muktafi Billah Shah); Hulu Terengganu (Ajil); Marang (Binjai Rendah); Kuala Nerus (Manir) dan Besut (Kg. Raja).

56.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Pelawak dan pelakon tanah air, Pian Cecupak perlu segera jalani rawatan jantung dan memerlukan bantuan kewangan yang dianggarkan antara RM35,000 hingga RM40,000. Pian atau nama sebenarnya, Mohd. Rafik Abdul Rahman, 48, yang baharu keluar dari hospital pada 23 Oktober lalu memberitahu, kondisi jantungnya hanya berfungsi 20 peratus sahaja.

57.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - SPRM mengesahkan lelaki warga Britain, Paul Geoffrey Stadlen,39, disyaki terlibat dalam skandal 1MDB. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, Stadlen dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

58.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Satu seksyen baharu akan diwujudkan di bawah Akta SPRM untuk mewajibkan pengisytiharan harta Ahli Parlimen. Menerusi seksyen terbaharu itu juga, kegagalan mengisytihar harta akan dianggap sebagai tindakan melanggar undang-undang. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, seksyen tersebut sedang dirangka dan akan dibentangkan menerusi sesi parlimen seterusnya pada April depan.

59.  KUALA LUMPUR 1 Nov - Ahli Parlimen Klang Charles Anthony Santiago dilantik sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Pelantikan itu diumumkan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar. Xavier berkata pelantikan itu berkuat kuasa selama dua tahun bermula hari ini hingga 31 Oktober, 2020.

60.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - BN menerusi pembentangan Inisiatif Ekonomi Rakyat mencadangkan kerajaan PH mengembalikan GST dengan kadar lebih rendah iaitu tiga peratus berbanding enam peratus sebelum ini bagi menambahkan pendapatan kerajaan. Pengerusi J/kuasa Ekonomi Kabinet Bayangan BN, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu juga mampu mengurangkan pasaran gelap yang berpunca daripada mereka yang mengelak untuk membayar cukai.

BERITA SUKAN:

1.  KUALA LUMPUR 1 Nov. - Juara Liga Super empat kali berturut-turut, Johor Darul Tazim (JDT) menguasai sebahagian besar pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 (ABK18). AKBK18 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur, Isnin ini turut menyaksikan bintang-bintang muda negara tersenarai sebagai calon akhir untuk beberapa kategori utama.

2.  KUALA TERENGGANU 1 Nov. - Kerajaan negeri berharap kontroversi pengadilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 menjadi pengajaran bagi memastikan tidak berulang kerana boleh menjejaskan reputasi kejohanan berprestij itu dan kemeriahannya. Exco negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan skuad TFC yang akur dengan kekalahan itu tidak akan mengheret kontroversi berpanjangan.

3.  LONDON 1 Nov. - Arsene Wenger berkata, pelik buat dia untuk membimbing kelab di dalam England sekali lagi dan menjangkakan kembali bekerja bersama pasukan baharu pada Januari depan. Bekas bos Arsenal itu bakal kembali dalam kancah bola sepak selepas menamatkan karier 22 tahun bersama Gunners pada Mei lalu.

4.  LONDON 1 Nov. - Anak Pengerusi Leicester City, Aiyawatt Srivaddhanaprabha bertekad mahu meneruskan legasi ayahnya selepas memberi penghormatan terakhir dengan penuh emosi. Bapanya Vichai Srivaddhanaprabha yang juga ahli perniagaan dari Thailand terbunuh bersama empat lagi penumpang selepas helikopter yang mereka naiki terhempas di luar Stadium King Power sebaik tamat aksi melibatkan Leicester menentang West Ham pada Sabtu lepas.

5.  LONDON 1 Nov. - Chelsea melangkah ke saingan suku akhir Piala Liga dan berterima kasih dengan dua gol sendiri skuad bimbingan Frank Lampard, Derby County yang membolehkan Blues menamatkan aksi dengan kemenangan 3-2 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

6.  SEPANG 1 Nov. - Dapt memberi tumpuan penuh dan turun dengan motivasi tinggi antara elemen penting yang perlu dicari setiap pelumba MotoGP sebelum memulakan perlumbaan. Mendengar muzik, antara cara kebanyakan atlet mengurangkan tekanan serta mendapat inspirasi untuk memburu keputusan terbaik. Pelumba dari Sepanyol, Jorge Lorenzo antara pelumba yang tidak pernah lekang memakai fon telinga setiap kali menjelang perlumbaan.

7.  KUALA LUMPUR 1 Nov - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong idea Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menubuhkan Badan Pengadil Bebas susulan kontroversi final Piala Malaysia antara Terengganu dan Perak, Sabtu lalu.

8.  KUALA TERENGGANU 1 Nov - Tiada bantahan terhadap kemenangan Perak dan pasukan itu berhak menjuarai Piala Malaysia walaupun keputusan pengadil penuh kontroversi, kata Pengerusi J/kuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah. Walaupun kecewa dan terkilan dengan perjalanan final dan keputusan pengadil Suresh Jayaraman, kerajaan negeri bersetuju dengan keputusan PBSNT untuk tidak memanjangkan isu itu.

9.  PARIS 1 Nov - Rafael Nadal menarik diri daripada Paris Masters sekali gus mengesahkan kedudukan Novak Djokovic sebagai pemain nombor satu dunia. Pengumuman dibuat dalam sidang akhbar yang diadakan secara tergesa-gesa. Nadal berkata, Otot perut saya rasa tidak selesa sejak beberapa hari terutamanya ketika melakukan servis dan doktor tidak menggalakan saya beraksi.

10.  SEPANG 1 - Dua perlumbaan di laman sendiri pada minggu ini amat dinantikan pelumba muda negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril yang beraksi dalam kejohanan Asia Talent Cup (ATC). Danial Syahmi yang bakal beraksi di SIC dalam perlumbaan sokongan bagi GP Malaysia itu meletak harapan tinggi untuk menamatkan saingan di pentas podium seterusnya menamatkan saingan musim 2018 di dalam kelompok tiga terbaik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-11-2018 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
2 Novembet 2018
IMG-20181102-WA0031.jpg
IMG-20181102-WA0030.jpg
IMG-20181102-WA0026.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-11-2018 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
2 November 2018
IMG-20181102-WA0025.jpg
IMG-20181102-WA0020.jpg
IMG-20181102-WA0030.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-11-2018 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*SABTU 3 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 25 SAFAR 1440 HIJRAH*

*live from kilang F&N Beverage Shah Alam*

*#pray4lionairJT610*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*

*GOA_L TERAKHIR UNTUK MINGGU INI, SELAMAT BERHUJUNG MINGGU KEPADA SELURUH TEMAN2 DAN PENUHI MASA BERKUALITI BERSAMA INSAN2 TERSAYANG, PANJANG UMUR ISNIN PAGI KITA BERSUA SKRIN HP KEMBALI, C YAA...*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:30, SUBUH : 05:40, SYURUK : 06:55, ZOHOR : 13:00, ASAR : 16:20, MAGHRIB : 18:58, ISYAK : 20:09*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah, semalam menandatangani watikah perisytiharan menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong. Perisytiharan itu bagi membolehkan baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas ketika Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V beristirahat selepas menjalani rawatan bermula smlm sehingga 31 Disember ini.*

                 *LELAKI maut manakala bakal tunangnya parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu merempuh pokok di Jalan Pasir berhampiran Masjid Bandaraya, Likas, Kota Kinabalu, malam smlm. Dalam kejadian 9.30 malam itu, Karbi Ali, 24, yang memandu Perodua Myvi meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) kira-kira sejam selepas kemalangan.*

                 *WANITA ditegur mahkamah selepas beberapa kali menukar pengakuan ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, sebelum dihukum penjara tujuh bulan atas dakwaan mencari pelanggan bagi maksud melakukan pelacuran.*

                 *KERAJAAN Kelantan akan membuat kajian bagi mengenal pasti punca remaja di negeri ini gemar keluar malam, sebelum perintah berkurung bagi mengatasi gejala sosial dilaksanakan. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, untuk melaksanakan perintah berkurung seperti yang dilakukan di negara maju termasuk New Zealand, bukan perkara mudah dan banyak cabaran perlu dilalui.*

                 *JURUTEKNIK maut selepas kereta yang dipandunya terbabas melanggar tiang elektrik di Batu 11, Jalan Kuala Krai, Ketereh, Kota Bharu, smlm. Dalam kejadian jam 6.30 pagi, mangsa Mahmood Ramli, 34, yang memandu kereta Toyota Vios maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.*

                 *PEMILIK sebuah syarikat kiriman wang dipenjara sehari dan denda RM65,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban, smlm atas dua pertuduhan menjalankan perkhidmatan itu tanpa lesen dan kebenaran Bank Negara Malaysia (BNM).*

                 *ENAM lelaki warga Nepal parah apabila van dinaiki bertembung dengan kontena mesin pengorek berhampiran kawasan pembinaan Terminal Perairan Dalam Pengerang, Sungai Rengit, Kota Tinggi, smlm.*

                 *BERPURA-PURA mengenali mangsa dan menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau Jabatan Kerja Raya (JKR) menjadi modus operandi seorang lelaki melakukan kegiatan samun di Kulim dan Pulau Pinang. Bagaimanapun, tindakan licik suspek 60an berakhir apabila dia ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, Pulau Pinang jam 5.45 petang semalam.*

                 *SURI rumah berputih mata apabila rugi RM236,900 dipercayai diperdaya sindiket penipuan akibat gelap mata dengan tawaran hadiah lumayan, minggu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita, 33, dari Sungai Ruan itu menerima panggilan telefon daripada seorang wanita pada 22 Oktober lalu mendakwa mangsa memenangi hadiah wang tunai RM216,240.*

                 *Kota Bharu: Seorang pekerja kedai serbaneka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didakwa terhadap pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan, dua tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Hafizulilmi Rosly, 22, dikenakan ikat jamin tinggi sebanyak RM30,000 oleh Hakim Nazri Ismail sementara menunggu 28 November ini untuk sebutan semula kes.*

                 *Kuala Lumpur: Permohonan UMNO supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengemukakan dokumen berhubung sitaan wang RM116.7 juta milik parti itu akan didengar Mahkamah Tinggi pada 4 Disember ini. Wang berkenaan disita di Tower B, Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan pada 17 Mei lalu.*

                 *SYARIKAT Penerbangan Malaysia (MAS) memohon maaf kepada penumpang atas kelewatan lebih 15 jam penerbangan MH190 dari Kuala Lumpur ke New Delhi, semalam. Pengurusan syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata penerbangan dijadual berlepas jam 6.50 petang semalam, namun ditunda kepada 11 pagi ini dan dijangka tiba di New Delhi pada jam 2 petang.*

                 *Cyberjaya: Kementerian Kewangan mengesahkan satu cukai baharu akan diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada sesi pembentangan Belanjawan 2019 di Parlimen hari ini. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, ia sejenis cukai yang berbeza, namun cukai baharu itu tidak membebankan rakyat.*

                 *TIGA calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan bagi membantu siasatan kes rogol pelajar perempuan di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, Balik Pulau, tahun lalu. Ia susulan mangsa yang kini pelajar Tingkatan Empat, membuat laporan polis berhubung kejadian itu, Rabu lalu.*

                 *KUALA LUMPUR: Kawasan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin di Jalan Jinjang Permai, di sini, dikesan menjadi lokasi pilihan penduduk meletakkan kereta buruk sehingga tersadai dalam tempoh lebih setahun.*

                 *MELAKA: Polis kini memburu seorang lelaki dipercayai bertindak memecah masuk dan mencuri barangan dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di Bukit Serindit, kelmarin. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, tindakan lelaki yang memecah masuk bilik guru sekolah itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).*

                 *KUALA LUMPUR: Lokasi pusat perniagaan digelar Empayar Mat Bangla digempur lagi pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), semalam. Ternyata operasi berulang kali dilakukan pihak KPDNHEP sebelum ini tidak menggerunkan golongan peniaga warga asing ini yang terus menjalankan perniagaan menjual barangan cetak rompak kepada orang ramai di Bukit Bintang, di sini.*

                 *PAS bulanan bernilai RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL diperkenalkan mulai 1 Januari 2019.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, peruntukan RM240 juta disediakan bagi matlamat berkenaan, seiring usaha kerajaan dalam meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam.*

                 *KERAJAAN akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuh raya dalam bandar pada 2019, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Beliau berkata, langkah mengutamakan kepentingan dan hal ehwal rakyat itu bakal memberi kesan kewangan dianggarkan bernilai RM700 juta.*

                 *BERMULA 1 Januari depan, Dana Perlindungan Kesihatan Nasional diperkenalkan kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40). Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, dana usaha sama dengan syarikat insurans swasta itu menawar perlindungan percuma ke atas empat penyakit kritikal utama sehingga nilai RM8,000.*

                 *KERAJAAN akan meningkatkan kadar subsidi bil elektrik isi rumah daripada RM20 dan ke bawah, kepada RM40 dan ke bawah, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Bagaimanapun, katanya selaras dengan dengan hasrat kerajaan melaksanakan subsidi bersasar, penyaluran subsidi itu hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih.*

                 *PEMILIK kereta berkapasiti enjin 1,500cc dan motosikal berkapasiti enjin 125cc akan menikmati subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Menerusi mekanisme subsidi itu, katnya, pemilik kereta akan menerima subsidi petrol RON95 terhad kepada 100 liter bagi pemilik kereta dan 40 liter bagi motosikal.*

                 *PERUNTUKAN sebanyak RM50 juta disediakan oleh kerajaan bagi rawatan penyakit jarang jumpa, rawatan virus Hepatitis C, program tangani masalah pertumbuhan bantut pada kanak-kanak, rawatan haemodialisis dan Penjagaan Kesihatan Utama Dipertingkatkan (EPH).*

                 *KERAJAAN akan melaksanakan beberapa pindaan terhadap cukai, fi dan levi sektor perjudian yang tidak dinaikkan sejak 2005. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia meliputi lesen kasino yang akan dinaikkan daripada RM120 juta kepada RM150 juta setiap tahun.*

                 *MALAYSIA akan bangkit kembali sebagai 'Harimau Asia' menerusi usaha keras kerajaan memulihkan fiskal dan pembaharuan institusi, ke arah menambah baik ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran negara. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, perubahan struktur itu akan memastikan pertumbuhan mapan, kestabilan pasaran modal dan sektor kewangan selain mentransformasi Malaysia kepada demokrasi berasaskan peraturan.*

                 *POLIS Johor menahan suspek lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang ibu tunggal dan rakan lelakinya di flet di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), Johor Bahru, yang mayatnya ditemui pagi semalam.*

                 *SEBUAH kedai emas di sebuah pasar raya di Saujana Impian, Kajang, disamun empat lelaki, smlm. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, empat perompak terbabit dikatakan menaiki sebuah kereta Proton Waja dan dua motosikal. Difahamkan, perompak melarikan beberapa dulang barang kemas termasuk gelang tangan dan rantai leher dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.*

                 *POLIS mengesahkan suspek yang menembak pemilik gimnasium dan pembantunya sehingga parah dalam satu cubaan bunuh di Jalan Kota Kemuning di Shah Alam, pada 23 Oktober lalu dipercayai pembunuh upahan.*

                 *KERAJAAN dalam pembentangan Belanjawan 2019 mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019, yang pertama bagi kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, di Dewan Rakyat hari ini turut mengumumkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.*

                 *KERAJAAN bercadang memperkenalkan duti eksais terhadap dua kategori minuman bergula yang dikilangkan dalam bentuk pembungkusan sedia diminum. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan duit pada kadar 40 sen setiap liter itu akan berkuat kuasa mulai 1 April tahun depan.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


           *KERUSI, roda dan beberapa bahagian pesawat Lion Air yang terhempas dibawa keluar dari dasar laut sementara pasukan penyelam menyelam sedalam 25 hingga 35 meter bagi mencari badan pesawat.*
         *Komander bahagian mencari dan menyelamat tentera laut Indonesia, Isswarto berkata, pasukan menyelam masih menjumpai serpihan pesawat, namun jumlahnya kurang berbanding sebelum ini.*
            *Serpihan-serpihan kecil ditemui termasuk roda pesawat dan kerusi. Semuanya hancur berkecai.*
           *Serpihan-serpihan itu berselerak di dasar laut dan antaranya dipercayai sudah dibawa arus, katanya.*

           *TOKYO: Juruterbang Japan Airlines yang ditangkap di Britain sejurus sebelum melakukan penerbangan kerana mabuk menunjukkan tahap alkohol dalam darah 10 kali lebih tinggi berbanding had dibenarkan, kata polis London.*
             *Kejadian berlaku sehari selepas satu lagi syarikat penerbangan Jepun meminta maaf kerana beberapa siri penangguhan selepas juruterbang mabuk, jatuh sakit.*
            *Eksekutif JAL memberitahu wartawan di Jepun bahawa pembantu juruterbang bebas ujian pernafasan tetapi menimbulkan curiga pemandu bas yang membawanya ke pesawat di Lapangan Terbang Heathrow Ahad lalu.*

           *JURUTERBANG Lion Air JT610 sempat meminta untuk kembali ke lapangan terbang Jakarta beberapa minit sebelum terhempas.*
                *Bagaimanapun, jurucakap Lion Air enggan mengulas perkara itu kerana masih dalam siasatan.*
          *Pesawat Boeing 737 MAX sebelum itu dilaporkan terbang dalam keadaan tidak stabil ketika berlepas dari Denpasar, Bali menuju ke Jakarta malam sebelum kejadian.*
           *Ketua pihak berkuasa lapangan terbang bagi kawasan Bali-Nusa Tenggara, Herson, berkata, juruterbang yang mengendalikan pesawat dari Bali ada menghantar isyarat Pan-Pan bagi memaklumkan berlaku masalah teknikal pada pesawat.*

            *TAIPEI: Seorang wanita mengadu rasa tidak selesa dalam telinganya terkejut apabila diberitahu ia sebenarnya lipan hidup.*
              *Wanita berusia 52 tahun itu mendapat rawatan di hospital di Chiayi, barat daya Taiwan, beberapa hari lalu selepas merasakan sesuatu tidak kena di dalam telinganya, lapor media tempatan.*
            *United Daily News melaporkan, wanita itu mengadu merasa seolah-olah ada sesuatu merayap di dalam telinganya.*
           *Menurut Daily Mail, doktor terkejut mendapati lipan sepanjang 10 sentimeter (cm) itu selesa di dalam telinganya dan terus mengeluarkannya menggunakan penyepit.*

            *Jakarta: Kerajaan Indonesia kesal dengan pihak berkuasa Arab Saudi yang melaksanakan hukuman bunuh terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia pada Isnin lalu tanpa memberitahu keluarga atau pegawai negara itu.*
          *Tuti Tursilawati dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh majikannya ketika cuba mempertahankan diri daripada dirogol.*
           *Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi segera menghubungi rakan sejawatnya di Arab Saudi, Adel bin Ahmed Al Jubeir untuk menyatakan bantahannya terhadap hukuman berkenaan selepas dimaklumkan ia dilaksanakan pada Isnin lalu.*

          *SYDNEY: Seorang lelaki dipenjara 10 tahun kerana membantu isterinya membunuh diri supaya dapat mengaut insurans hayat wanita itu dalam kes dianggap pertama seumpamanya.*
            *Graham Morant, 69, didapati bersalah bulan lalu kerana menasihatkan dan membantu isterinya Jennifer membunuh diri pada 2014.*
            *Wanita itu mempunyai sakit belakang kronik serta kemurungan, dan ditemui mati dalam keretanya oleh polis bersertakan nota meminta supaya tidak diberi bantuan pernafasan.*
              *Mahkamah di Queensland diberitahu, Morant membantu isterinya membeli peralatan dari kedai barangan logam untuk membantunya membunuh diri, malah menggalakkan perbuatan itu.*

           *BEIJING: Empat orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam rangkaian pemerdagangan organ selepas bebola mata dicuri daripada mayat yang ditinggalkan dalam rumah mayat hospital, lapor media tempatan.*
              *Lelaki terbabit mati akibat kegagalan organ pada Selasa lalu di Hospital Rakyat Ningxiang di wilayah Hunan.*
             *Kakaknya yang datang untuk   melihatnya pada petang sama terkejut apabila bebola matanya hilang, lapor portal berita Cqcb.com.*
         *Bebola kapas disumbatkan dalam lubang mata kiri manakala lubang mata kanan dicacak peralatan pembedahan. Kedua-dua bebola matanya hilang.*


*TULAR / POPULAR*
================


            *ORANG ramai digesa menghentikan penyebaran video atau isu berkaitan kumpulan atau individu memakai jubah hitam di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam yang menjadi tular sejak beberapa hari lalu.*
         *Jurucakap Bahagian Keselamatan UiTM Cawangan Selangor berkata, dakwaan itu tidak benar.*
          *Melalui siasatan yang dijalankan oleh Polis Bantuan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan maklumat yang tular berkaitan kumpulan berkenaan adalah tidak tepat.*
              *Pada 31 Oktober lalu, tular di media sosial isu sekumpulan atau individu yang memakai jubah berwarna hitam dan memakai purdah yang dikatakan berada di dalam UiTM Kampus Puncak Alam dan mensasarkan penuntut untuk menyebarkan dakyah sesat.*
             *Turut tular rakaman video menunjukkan beberapa kereta poli dan anggota polis menyerbu sebuah bangunan asrama pada waktu malam.*

           *LONDON: Model terkenal Israel, Bar Refaeli mencetuskan kemarahan dalam satu video iklan mempromosikan koleksi pakaian jenama Hoodies dengan membuka niqab disertakan kenyataan Kebebasan sesuatu yang asas.*
            *Mail Online melaporkan, iklan mempromosikan koleksi pakaian musim sejuk jenama pakaian Israel itu dilancarkan di YouTube pada Isnin lalu dan dikongsi di akaun Instagram Refaeli yang mempunyai 2.7 juta pengikut, lapor Daily Mail.*
           *Selepas dikecam hebat, Bar memadamkan video berkenaan tetapi ia masih ditayangkan YouTube syarikat itu.
Dalam video berkenaan, Bar dilihat memakai niqab sebelum membukanya dan menayangkan rambutnya.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


           *PARIS: Novak Djokovic menyifatkan kejayaan kembali menduduki ranking nombor satu dunia sebagai pencapaian luar biasa ketika dia dan seteru utamanya, Roger Federer melangkah ke suku akhir Paris Masters.*
          *Juara empat kali di Paris, Djokovic mara ke peringkat lapan terbaik apabila pemain Bosnia, Damir Dzumhur menarik diri susulan kecederaan di kedudukan 6-1, 2-1, awal pagi smlm.*
             *Legenda Switzerland, Federer pula menyingkirkan pemain Itali, Fabio Fognini 6-4, 6-3 dan kini hanya memerlukan tiga kemenangan untuk merangkul gelaran ke-100 dalam kariernya.*
             *Djokovic akan menggantikan tempat Rafael Nadal sebagai pemain nombor satu dunia, Isnin ini selepas dua tahun.*

           *BOURNEMOUTH: Anthony Martial akhirnya menunjukkan kemampuan sebenar ketika musim penuh mencabar di Manchester United selepas Jose Mourinho mula menggunakan rangkaian penyerangnya dengan lebih terurus.*
             *Menjelang kunjungan ke Bournemouth esok, penyerang Perancis itu sudah meledak empat gol dalam tiga perlawanan Liga Perdana yang diyakini mampu meningkatkan keyakinannya.*
              *Prestasinya itu mengimbau kembali permulaan cemerlangnya di Old Trafford apabila dia menyumbat empat gol dalam empat perlawanan selepas berpindah dari Monaco pada September 2015 dengan nilai menjangkau AS$75 juta (RM313 juta).*

           *KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas Olimpik dua kali, Lin Dan mengesahkan dia akan meneruskan kerjayanya sehingga Olimpik Tokyo 2020.*
          *Pemain badminton perseorangan lelaki China itu, berkata dia akan berusaha memastikan prestasinya pada tahap terbaik bagi membolehkan dia beraksi pada temasya terbesar dunia berkenaan.*
         *Saya akan terus bermain sehingga Olimpik Tokyo yang mana temasya itu akan berlangsung dua tahun lagi.*

           *SYDNEY: Impian raja pecut, Usain Bolt untuk menjadi pemain bola sepak profesional bersama kelab Australia, Central Coast Mariners tidak kesampaian apabila tempoh ujian pemilihannya dihentikan selepas perbincangan kontrak gagal.*
              *Juara Olimpik sebanyak lapan kali itu melakukan ujian pemilihan bersama pasukan A-League untuk tempoh yang belum dipastikan sejak Ogos lalu, dengan harapan ia mampu memenuhi impian zaman kanak-kanaknya menjadi pemain bola sepak profesional.*

           *SEPANG: Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin menamatkan sesi latihan bebas Moto3 Grand Prix (GP) Malaysia di tempat ke-22 keseluruhan di Sirkit Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.*
             *Pada awal sesi latihan bebas pertama pagi tadi, pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu mencatatkan 2 minit 25:794 saat (s) untuk berada di kelompok lima terbaik sebelum memperbaiki catatannya pada sesi petang dengan 2:15.741s.*
              *Mengulas mengenai keadaan cuaca yang tidak menentu pada kedua-dua sesi itu, Adam berkata, dia berpuashati dengan sesi pertama yang berlangsung dalam keadaan trek basah berbanding kering dan basah pada sesi selepas itu.*

          *KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh menegaskan tidak akan tunduk kepada sebarang desakan yang mahu beliau meletakkan jawatan.*
           *Bekas pengadil FIFA itu dilantik untuk menerajui jawatankuasa berkenaan pada 19 April 2017 iaitu hampir sebulan selepas beliau memenangi kerusi Exco FAM pada pemilihan FAM.*
              *Bagaimanapun Subkhiddin dikecam hebat pelbagai pihak susulan mutu pengadilan yang teruk pada final Piala Malaysia antara Perak dan Terengganu di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.*

          *KUALA TERENGGANU: Penyerang sensasi Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche enggan mendedahkan pasukan yang bakal diwakilinya musim depan sebaliknya memerlukan sedikit masa untuk memutuskan destinasinya selepas ini.*
            *Buat masa ini saya tidak mahu umumkan lagi pasukan mana yang akan diwakili musim depan, tunggu... mungkin seawal minggu depan saya akan maklumkan sama ada akan terus kekal bersama TFC atau sebaliknya, kata Tchetche.*
             *Penyerang kelahiran Ivory Coast itu berkata demikian selepas ditanya sama ada akan terus menyarung jersi skuad Penyu ataupun beralih angin bersama pasukan lain.*

          *KUALA LUMPUR: Jurulatih sambilan, Azmi Ibrahim yakin pelari pecut negara Khairul Hafiz Jantan mampu mengorak langkah lebih jauh dalam acara itu sekiranya diberi cukup pendedahan sewajarnya.*
            *Namun tanggungjawab itu juga terletak di bahu jurulatihnya Mohd Poad Md Kassim bagi memikirkan jalan terbaik buat barisan pelari di bawah bimbingannya untuk terus kekal konsisten.*
            *Apa yang perlu dilakukan adalah mempertimbangkan Poad untuk mendalami ilmu di luar negara bersama barisan pelari pecut Khairul Hafiz, Haiqal Hanafi, Mohamad Zulfiqar Ismail, Badrul Hisyam Abdul Manap dan beberapa lagi atlet berpotensi untuk diketengahkan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-11-2018 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syd at 4-11-2018 10:32 AM

Negeri 9

Jalan Semambu ade kereta terbabas jatuh longkang besar depan Mieco lama. 2 cedera 3 meninggal. Budak Kemaman katanya.
IMG-20181104-WA0046.jpg
IMG-20181104-WA0045.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-11-2018 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI - 3/11/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini, mencatatkan sejarah sebagai yang pertama dilakukan oleh kerajaan PH sejak mengambil alih pentadbiran negara daripada BN. Guan Eng juga merupakan pemimpin pertama dari DAP yang membentangkan belanjawan kerajaan Persekutuan.

2.  PORT DICKSON 3 Nov. - Pemuda UMNO Negeri Sembilan mendesak ADUN Pilah, Mohamad Nazaruddin Sabtu meletakkan jawatan ekoran masalah kesihatannya. Ketuanya, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir berkata, desakan itu dibuat kerana wakil rakyat PKR itu didakwa gagal menjalankan tanggungjawab dan khidmat dengan baik kepada penduduk di kawasan berkenaan.

3.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Pembentangan Belanjawan 2019 khusus berkaitan PTPTN merupakan satu 'penipuan' kepada rakyat. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pembayaran balik melalui potongan gaji berjadual peminjam melebihi RM1,000 sebulan bermakna kerajaan mewajibkan potongan gaji kepada semua peminjam.

4.  JAKARTA 2 Nov. - Pasukan penyelam Indonesia menemukan roda pesawat Lion Air JT610 berhampiran penemuan perakam data penerbangan di perairan Karawang, Jawa Barat, semalam. Ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Muhammad Syaugi yang dipetik portal Detik.com sebagai berkata, pihaknya menemukan roda berserta serpihan pesawat lain. Tambahnya, turut ditemukan adalah mayat penumpang berhampiran perakam data penerbangan itu.

5.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Warganegara Switzerland yang juga bekas pegawai PetroSaudi International Ltd., Xavier Andre Justo semalam meminta maaf kepada Pengarah JSJK Bukit Aman, PDRM, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berhubung salah faham mengenai dakwaan polis yang dikatakan memaksa beliau menyebut Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri terbaik.

6.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Murid tahap satu sekolah rendah perlu dipupuk dengan aktiviti-aktiviti perkembangan insaniah bagi menguji keupayaan emosi, ketahanan mental dan fizikal, selari dengan pendekatan yang telah lama dilaksanakan di negara-negara maju. Pakar psikologi dari Fakulti Pendidikan UM , Profesor Datin Dr. Mariani Md. Nor berkata, hal demikian ini kerana kanak-kanak pada usia enam hingga lapan tahun masih belum matang dan mereka tergolong dalam umur yang masih belum bersedia untuk diuji dalam peperiksaan.

7.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Pemberian subsidi atau insentif kepada rakyat terutama isi rumah berpendapatan rendah (B40) perlu dikekalkan bagi mengurangkan beban golongan berkenaan. Namun begitu, kerajaan mungkin boleh menukarkan penyampaian subsidi atau insentif yang ketika ini diberikan secara tunai kepada alternatif lain seperti latihan sekali gus membantu golongan B40 meningkatkan ekonomi masing-masing, kata Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM, Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd. Dali.

8.  NEW YORK 2 Nov. - Jabatan Kehakiman AS telah mengemukakan pertuduhan bersubahat melakukan rasuah dan penggubahan wang haram terhadap dua bekas jurubank Goldman Sachs berhubung skandal 1MDB. Jabatan berkenaan telah menahan bekas jurubank, Ng Chong Hwa di Malaysia semalam dan membuka pertuduhan terhadap seorang lagi bekas jurubank berkenaan, Tim Leissner, yang telahpun mengaku bersalah dan bersetuju membayar AS$43.7 juta (RM182.7 juta) sebagai pemulangan wang yang diperoleh secara haram.

9.  WASHINGTON 2 Nov. - Presiden Donald Trump membenarkan anggota tentera negara ini yang ditempatkan di sempadan Mexico menembak pendatang Amerika Tengah yang membaling batu ke arah mereka semasa mereka cuba menyeberangi sempadan secara haram.

10.  RIO DE JANEIRO 2 Nov. - Presiden Brazil, Jair Bolsonaro melantik Hakim Sergio Moro yang memenjarakan musuh politiknya sebagai menteri.Moro memenjarakan bekas Presiden Luiz Inacio Lula da Silva dan sekali gus menghalang dia daripada bertanding menentang Bolsonaro. Hakim berusia 46 tahun itu menafikan ia adalah tindakan politik, telah bertemu Bolsonaro di kediaman peribadinya di pantai Rio de Janeiro, semalam sebelum pengumuman dibuat.

11.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini menandatangani watikah perisytiharan menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong. Perisytiharan itu bagi membolehkan baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas ketika Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V beristirahat menjalani rawatan bermula hari ini sehingga 31 Disember.

12.  NEW YORK 2 Nov. - Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) telah mengemukakan pertuduhan jenayah terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan dua bekas jurubank Goldman Sachs berhubung skandal 1MDB. Jho Low menghadapi pertuduhan menjadi dalang dan perantara 1MDB tetapi tertuduh masih bebas.

13.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku di utara Chile kira-kira pukul 6.19 pagi tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak 19.50 darjah selatan dan 69.4 darjah barat, kira-kira 112 kilometer (km) timur laut dari Iquique, Chile.

14.  RAUB 2 Nov. - Seramai 16 orang termasuk lapan warganegara asing ditahan kerana dipercayai terlibat dalam perlombongan haram di Raub dan Lipis dekat sini dalam Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Aktiviti Lombong Zon Pahang Barat (Op Lombong 3.0). MB Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dalam operasi dari 30 Oktober hingga 2 November lalu itu, Jabatan Perhutanan juga merampas longgokan bahan mineral bernilai RM1.5 juta.

15.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - SPRM dipercayai hadir ke kediaman peribadi bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini, hari ini. Sebanyak lima kenderaan kelihatan memasuki kediaman tersebut kira-kira pukul 11 pagi tadi. Turut dilihat kira-kira 10 pegawai dari suruhanjaya tersebut memasuki kediaman MP Pekan terbabit.

16.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Seorang pengasuh wanita berusia 22 tahun ditahan polis selepas disyaki mencederakan seorang bayi lelaki hingga mengalami kecederaan di bahagian muka. KPD Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, mangsa dihantar ibu bapanya ke Hospital Putrajaya pada 24 Oktober lalu.

17.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Percubaan untuk meratifikasi ICERD akan menjerat negara pada terma-terma yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan terutama melibatkan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera. Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, isu ICERD tidak perlu diketengahkan kerana komitmen Malaysia mengekang elemen diskriminasi selama ini menjadikannya dicontohi dunia daripada aspek kehidupan masyarakat majmuknya.

18.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Pertubuhan Hisbah Centre for Reform (Hisbah) melahirkan kerisauan terhadap dakwaan berlakunya unsur-unsur sabotaj dalam Pemilihan PKR kerana dilihat berupaya menggugat usaha reformasi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan PH. Pengerusinya, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, ini memandangkan PKR merupakan parti komponen terbesar PH dengan memiliki wakil teramai dalam Parlimen.

19.  KEPALA BATAS 2 Nov. - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditahan bersama 11 lelaki lain dalam operasi bersepadu membanteras lumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth bermula pukul 10 malam tadi dan berakhir pukul 8 pagi ini. Turut ditahan adalah seorang remaja berusia 15 tahun yang tidak lagi bersekolah serta tiga penuntut institusi pengajian tinggi manakala bakinya bekerja.

20.  KOTA SAMARAHAN 2 Nov. - Tentera Darat kehilangan seorang pegawai kanan yang baik dan telah berkhidmat secara cemerlang kepada ketumbukan dan negara. Panglima Medan Timur, Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw merupakan anak Iban pertama mencapai status Jeneral tiga bintang dalam ATM menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd. Zain sebagai Panglima Medan Timur ketiga.

21.  BESUT 2 Nov. - Eksesais Paradise Siri 5/2018 yang berakhir hari ini membuktikan keupayaan aset ketiga-tiga cabang ATM mampu diatur gerak dengan berkesan dalam menghadapi segala ancaman kepada negara. Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, Eksesais Paradise yang merupakan latihan utama pasukan itu, tahun ini buat pertama kali melibatkan aset-aset Tentera Darat dan TLDM.

22.  KEPALA BATAS 2 Nov. - Dia akan memperkenalkan diri sebagai pekerja TNB dan menyasarkan warga emas yang tinggal sendirian di rumah. Dia kemudiannya berpura-pura berbual mesra dengan menjemput mangsa untuk menghadiri kenduri di rumahnya sebelum menyerang dan menyamun mangsa. Dalam kejadian terbaharu pukul 11.15 pagi semalam, seorang wanita warga emas berusia 78 tahun di Pajak Song dekat sini patah paha kanan selepas diserang suspek terbabit serta melarikan rantai tangan milik mangsa.

23.  SHAH ALAM 2 Nov. - Tujuh geng curi motosikal yang aktif mencuri motosikal di bandar raya ini sejak beberapa bulan lalu tumpas apabila polis berjaya menahan 23 ahli serta perancang utama kumpulan terbabit di sepanjang Ops Lejang Khas. KPD Shah Alam, ACP Baharuddin Mat Taib berkata, ketujuh-tujuh geng tersebut adalah Geng Henry 16; Geng Kamal 3B; Geng Irfan LC; Geng Watiq Johan Setia; Geng Ateem Puncher; Geng Kiman Ken Rimba dan Geng Lidud 20.

24,  SHAH ALAM 2 Nov. - Seramai 215 pelajar sekolah menengah dan penuntut universiti awam serta swasta di Selangor ditahan polis berhubung kes dadah bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu. Timbalan Ketua JSJN Kontinjen Selangor, Supt. R. Sundralingam berkata, mereka yang ditahan itu seawal usia 13 tahun dengan 53 daripadanya ialah pelajar sekolah menengah manakala 162 lagi penuntut IPT.

25.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menganggap tindakan pihak tertentu untuk terus menyalahkan UMNO berhubung skandal 1MDB sebagai tidak adil. Katanya UMNO sebagai sebuah parti politik, tidak bersalah dan sama sekali tidak terlibat dengan sebarang operasi dan transaksi 1MDB.

26.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - SPRM mengesahkan hadir ke kediaman peribadi bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini bagi mendapatkan maklumat mengenai siasatan tertentu. Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pegawainya hanya berjumpa dengan pihak Najib dan tidak membuat serbuan.

27. RASAH 2 Nov. - Seorang pemilik syarikat pengurup wang dihukum penjara sehari dan denda RM65,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan membabitkan operasi perniagaannya, tahun lalu. Mohd. Reezudeen Abdul Salam, 27, dituduh menjalankan perniagaan pengiriman wang tanpa lesen dan bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menggunakan pelekat iklan di premis perniagaannya tanpa kelulusan bertulis BNM.

28.  KLANG 2 Nov. - Polis akan memperketatkan kawalan keselamatan di kawasan di Jalan Tengku Kelana, di sini sepanjang musim perayaan Deepavali yang bakal disambut pada Selasa ini. KPD Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata, pengawasan keselamatan di kawasan tersebut dan beberapa lokasi tumpuan adalah bagi memastikan masyarakat dapat membeli-belah dalam keadaan selesa.

29.  KOTA BHARU 2 Nov. - Kerajaan Pas Kelantan akan mengkaji lebih mendalam mengenai faktor-faktor yang menyebabkan remaja menggemari keluar pada waktu malam sebelum melaksanakan perintah berkurung di negeri ini. MB, Datuk Ahmad Yakob berkata, kajian itu penting bagi mengenal pasti punca sama ada melibatkan institusi kekeluargaan yang bermasalah ataupun terdapat tarikan di luar.

30.  RANTAU PANJANG 2 Nov. - Seorang murid tahun enam nyaris diculik oleh lelaki warga Thailand ketika sedang menunggang basikal untuk pulang ke rumahnya di sini kira-kira pukul 6 petang Selasa lalu. Mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia sedang menunggang basikal secara bersendirian telah didatangi oleh seorang lelaki bermotosikal jenis Skuter bernombor plat Thailand.

31.  BESUT 2 Nov. - Sistem antidron akan digunakan pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19) di Langkawi pada Mac tahun depan, kata Panglima TUDM Jen Tan Sri Affendi Buang. Affendi berkata, penggunaan sistem itu bertujuan mengelak sebarang unsur sabotaj di kawasan pameran memandangkan dron merupakan satu ancaman bukan konvensional.

32.  KUALA KANGSAR 2 Nov. - Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin, majlis kesyukuran dan bacaan doa selamat bersama kira-kira 1,000 jemaah bersempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Masjid Ubudiah di sini. Turut berangkat Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah dan diiringi oleh MB, Ahmad Faizal Azumu.

33.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Seorang lelaki yang mengubah suai motosikal sehingga paip ekzosnya mengeluarkan kepekatan asap yang melebihi standard dibenarkan dan gagal menjelaskan kompaun RM100, enam tahun lalu, didenda RM300 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Fahkrul Rizal Abdul Rahim, 31, selaku orang kena saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan yang dilakukan di Jalan Kelapa Bulan, Segambut di sini kira-kira pukul 11.19 pagi, 10 Mac 2012.

34.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Seorang penjaga tempat letak kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki senjata buku lima, semalam. A. Maniraj, 24, didakwa memiliki senjata itu di dalam beg silang berwarna coklat jenama Coach yang dipakai di Jalan Changkat, Bukit Bintang di sini, pada pukul 10.15 pagi, 1 November lalu.

35.  KUALA LUMPUR 2 Nov - Kerajaan akan meningkatkan kadar subsidi bil elektrik isi rumah daripada RM20 dan ke bawah kepada RM40 dan ke bawah, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Bagaimanapun, katanya selaras dengan dengan hasrat kerajaan melaksanakan subsidi bersasar, penyaluran subsidi itu hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih.

36.  KUALA LUMPUR 2 Nov. C Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan sama ada belanjawan yang dibentangkan Kerajaan Pakatan Harapan boleh dipercayai. Ahmad Zahid berkata, ini kerana masih banyak manifesto pilihan raya lepas belum lagi dilaksanakan. Semua pihak menunggu dengan penuh debaran dan harapan tentang #Bajet2019. Persoalannya, sama ada bajet ini mampu dipercayai sedangkan manifesto pun tak ditunaikan? Rakyat sedang memerhati, katanya.

37.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Seorang guru besar dan dua guru ditahan SPRM selepas terlibat dalam memberi dan menerima suapan berjumlah RM5,000. Sumber berkata, guru berusia 41 di SK Kg. Pendamar, Pandamaran, Klang, Selangor itu telah meminta dan menerima wang suapan daripada pengadu yang berusia 35 tahun sebagai balasan untuk dia meminta guru besar berusia 52 tahun untuk menyokong permohonan pengadu untuk bertukar ke sekolah lain.

38.  KUALA LUMPUR 2 Okt. - Orang ramai yang mengunjungi sebuah pasar raya besar di Kajang terkejut dengan kejadian rompakan melibatkan sebuah kedai barangan kemas di sini pagi tadi.Menerusi video yang tular dilaman sosial berdurasi lebih seminit, empat lelaki bertopi keledar penuh didapati memasuki kedai barangan kemas itu dengan seorang daripada mereka bertindak memijak sambil mengacukan senjata api ke arah seorang pekerja premis.

39.  JAKARTA 2 Nov. - Kerusi penumpang, tayar pesawat dan beberapa bahagian lain pesawat Lion Air yang terhempas ditemukan, ketika pihak berkuasa kini menganalisa kotak hitam yang akan membongkar punca pesawat itu jatuh ke Laut Jawa, mengorbankan 189 penumpang. Pasukan penyelamat menjelajah sehingga ke dasar laut mencari pesawat Boeing-737 MAX 8, yang jatuh ke perairan utara pantai Indonesia yang berlepas Isnin lalu.

40.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Kerajaan akan meneruskan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat golongan B40 dengan penambahbaikan terhadap pemberian bantuan secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah mulai Januari 2019. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata di bawah program itu, isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000 dan isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan RM750.

41.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Kerajaan akan melancarkan Program Khas Pengakuan Sukarela untuk memberi peluang kepada pembayar cukai mengisytiharkan secara suka rela sebarang pendapatan yang tidak dilaporkan bagi tujuan cukai. Ini termasuklah akaun pesisir pantai, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

42.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Kerajaan dijangka menerbitkan bil perbendaharaan tambahan sebanyak RM2 bilion bagi tujuan pengurusan aliran tunai, menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini. Jumlah pinjaman kasar kerajaan dianggarkan mencecah RM112.9 bilion atau 7.9 peratus kepada KDNK bagi tahun ini, iaitu RM53.3 bilion untuk membiayai defisit manakala baki RM61.2 bilion untuk pembiayaan semula hutang.

43.  SEREMBAN 2 Nov. - Pengalaman mengeluarkan dua mayat yang berpelukan dari timbunan tanah adalah detik paling menyayat hati bagi pegawai APM Negeri Sembilan semasa misi bantuan di Palu, Sulawesi di Indonesia baru-baru ini. Kedua-dua mayat itu adalah mangsa pertama berjaya dikeluarkannya bersama 16 Anggota APM ketika misi bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia di Petobo pada 14 hingga 25 Oktober lalu.

44.  TUMPAT 2 Nov. - Dek kerana terlalu takut gambarnya ditularkan, seorang lelaki memulangkan semula 28 kerusi plastik yang dicurinya di sebuah kedai di sini semalam selepas gambarnya tular di laman sosial facebook.Malah suspek turut meninggalkan sekeping nota merayu kepada pemilik kedai tersebut supaya menarik balik laporan polis dan menarik balik gambarnya dilaman sosial.

45.  ANKARA 2 Nov. - Mayat wartawan Jamal Khashoggi telah dilenyapkan selepas dibunuh dan dikerat-kerat di Konsulat Arab Saudi di Istanbul sebulan lalu, menurut penasihat kepada Presiden Turki , Yasin Aktay. Dakwaan itu menggambarkan apa yang dikatakan seorang pegawai Turki kepada Washington Post dimana pihak berkuasa sedang menyiasat teori yang Jamal dibunuh dengan asid.

46.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Kerajaan akan mengapungkan semula harga petrol RON95 di pasaran berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM) yang pernah diperkenalkan oleh kerajaan BN sebelum ini. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat dalam usaha meningkatkan kecekapan penggunaan sumber di samping membendung ketirisan berikutan perbezaan harga minyak dan penyeludupan rentas sempadan.

47.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Walaupun dalam keadaan ekonomi serta kewangan yang agak menekan, Kerajaan Pakatan Harapan berupaya mengumumkan peruntukan belanjawan yang lebih tinggi bagi 2019 beserta beberapa cukai baharu serta peningkatan cukai selain cadangan bayaran khas kepada penjawat awam.

48.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2019 mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Menteri Kewangan Lim Guan Eng turut mengumumkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

49.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Belanjawan 2019, belanjawan pertama di bawah pentadbiran PH, akan memperuntukkan sejumlah RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding peruntukan kira-kira RM290.4 bilion pada 2018. Ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata daripada jumlah itu, RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion lagi untuk perbelanjaan pembangunan.

50.  KUALA LUMPUR 2 Nov. - Kerajaan akan melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dengan peruntukan RM1 bilion bagi menggalakkan perkembangan ekonomi digital, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Beliau berkata, pelan itu bertujuan membangunkan infrastruktur jalur lebar dalam usaha memastikan pengagihan spektrum dilaksanakan dengan lebih efektif.

51.  KOTA KINABALU 2 Nov - Pemimpin pembangkang Sabah dari Gabungan Bersatu Sabah (GBS) semalam membuat kunjungan hormat kepada PM, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana. Mereka ialah MP Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan; pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Kurup dan pemimpin UMNO Sabah, Datuk Zakaria Edris.

52.  KUALA LUMPUR 2 Nov - Kenaikan gaji minimum secara berperingkat dijangka menggalakkan pertumbuhan ekonomi selain memberi kesan minimum ke atas Indeks Harga Pengguna (IHP) berbanding kenaikan secara one off. Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, dapatan itu diperoleh berdasarkan analisis empirikal menggunakan model Applied General Equilibrium (MyAGE).

53.  KUALA LUMPUR 2 Nov - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan bekas pegawai Goldman Sachs, Ng Chong Hwa, 51, atau lebih dikenali sebagai Roger Ng akan diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) dalam masa terdekat bagi tujuan pendakwaan pihak berkuasa negara itu.

54.  KUALA LUMPUR 2 Nov - Meskipun dihimpit kekangan kewangan, kerajaan bertekad memperkenalkan pas bulanan bernilai RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata peruntukan RM240 juta disediakan bagi matlamat berkenaan, seiring usaha kerajaan dalam meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam.

55.  KUALA LUMPUR 2 Nov - Kerajaan bercadang memperkenalkan duti eksais terhadap dua kategori minuman bergula yang dikilangkan dalam bentuk pembungkusan sedia diminum. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata pelaksanaan duit pada kadar 40 sen setiap liter itu akan berkuat kuasa mulai 1 April tahun depan.

56.  KUALA LUMPUR 2 Nov - Kerajaan disaran menyemak semula skim pencen penjawat awam berikutan jangkaan peningkatan beban kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan. Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, skim pencen sedia ada mungkin tidak dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang kerana ia akan menambah beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan.

57.  KUALA LUMPUR 2 Nov - Kerajaan melalui usaha sama dengan syarikat insurans swasta akan memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan isu rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40). Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata skim yang akan bermula pada 1 Januari 2019 itu bakal menyediakan perlindungan percuma membabitkan empat jenis penyakit kritikal utama sehingga RM8,000.

58.  KUALA LUMPUR 2 Nov - Kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuh raya dalam bandar pada 2019, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Beliau berkata, langkah mengutamakan kepentingan dan hal ehwal rakyat itu bakal memberi kesan kewangan dianggar bernilai RM700 juta.

59.  KUALA LUMPUR 2 Nov - Kemudahan perubatan kepada 30,000 pegawai lantikan kontrak di dalam perkhidmatan awam dilanjutkan kepada ibu bapa mereka bagi memastikan golongan itu menikmati kemudahan sama seperti penjawat awam tetap, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Untuk tujuan itu, kerajaan memperuntukkan RM10 juta setahun sebagai mengiktiraf peranan serta sumbangan mereka.

60.  KUALA LUMPUR 2 Nov - Kerajaan menyediakan dana RM1 bilion untuk membantu golongan berpendapatan RM2,300 ke bawah sebulan, untuk memiliki rumah buat pertama kali. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata dana itu akan diwujudkan Bank Negara untuk membantu golongan terbabit membeli rumah mampu milik berharga sehingga RM150,000.

BERITA SUKAN:

1.  KUALA LUMPUR 2 Nov - Aksi bertemu Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok menjadi medan buat penyerang skuad kebangsaan, Zaquan Adha Radzak untuk menebus kekecewaan susulan prestasi hambarnya sebelum ini. Dikritik hebat selepas bergelut dalam dua aksi terdahulu bertemu Sri Lanka dan Kyrgyzstan, penyerang Kuala Lumpur itu mengakui perlu membuktikan betapa dia masih lagi berbisa sekali gus mengekalkan tempat dalam skuad ke Piala AFF 2018.

2.  LONDON 2 Nov - Pertahanan Tottenham Hotspur, Toby Alderweireld percaya kritikan terhadap kelab itu mendorong mereka mengharungi permulaan terbaik dalam kempen Liga Perdana Inggeris semusim. Malah, pemain kebangsaan Belgium itu berkata ia adalah petunjuk jelas sejauh mana kemajuan sudah dicapai oleh Spurs.

3.  LONDON 2 Nov - Selepas mengharungi permulaan sukar sebagai pengurus Arsenal, Unai Emery pantas melupakan kekalahan kepada Manchester City dan Chelsea untuk mengharungi 13 perlawanan tanpa kalah dan kembali dihormati. Begitupun, ujian sebenar untuk menilai sejauh mana evolusi Emery di Gunners sejak dimalukan City pada minggu pembukaan tiba apabila Liverpool membuat kunjungan ke Emirates, esok.

4.  KUALA LUMPUR 2 Nov - Pemenang pingat emas Olimpik dua kali, Lin Dan mengesahkan dia akan meneruskan kerjayanya sehingga Olimpik Tokyo 2020. Pemain badminton perseorangan lelaki China itu, berkata dia akan berusaha memastikan prestasinya pada tahap terbaik bagi membolehkan dia beraksi pada temasya terbesar dunia berkenaan.

5.  PARIS 2 Nov - Novak Djokovic menyifatkan kejayaan kembali menduduki ranking nombor satu dunia sebagai pencapaian luar biasa ketika dia dan seteru utamanya, Roger Federer melangkah ke suku akhir Paris Masters. Juara empat kali di Paris, Djokovic mara ke peringkat lapan terbaik apabila pemain Bosnia, Damir Dzumhur menarik diri susulan kecederaan di kedudukan 6-1, 2-1, awal pagi tadi.

6.  SEPANG 2 Nov - Bukan hari yang mudah buat Hafizh Syahrin Abdullah apabila kedua-dua sesi latihan bebas bagi kelas MotoGP di Grand Prix (GP) Malaysia tidak berlangsung seperti yang diimpikannya. Pelumba Monster Yamaha Tech3 itu sekadar menamatkan hari pertama sesi latihan bebas di tempat ke-18 keseluruhan dengan catatan masa terbaik dilakukan pada sesi sebelah pagi dengan 2 minit 01.419 saat.

7.  SEPANG 2 Nov - Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin menamatkan sesi latihan bebas Moto3 Grand Prix (GP) Malaysia di tempat ke-22 keseluruhan di SIC, sebentar tadi. Pada awal sesi latihan bebas pertama pagi tadi, pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu mencatatkan 2 minit 25:794 saat (s) untuk berada di kelompok lima terbaik sebelum memperbaiki catatannya pada sesi petang dengan 2:15.741s.

8.  KUALA LUMPUR 2 Nov - Barisan atlet negara teruja apabila mendapat perkhabaran peruntukan RM100 juta yang diumumkan kerajaan menerusi Belanjawan 2019 sebentar tadi. Ia antara lain adalah persediaan membawa pulang pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Jaguh terjun negara, Pandelela Rinong melihatnya sebagai permulaan yang bagus bagi menghadapi temasya sukan utama dunia itu.

9.  KUALA LUMPUR 2 Nov - Malaysia seharusnya tidak berdepan masalah menundukkan Maldives pada aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok. Meskipun berada pada ranking ke-151, jauh lebih baik berbanding Malaysia (169),  jurulatih Maldives, Petar Segrt mendedahkan pasukannya berdepan tiga masalah besar menjelang aksi berkenaan.

10.  KUALA LUMPUR 2 Nov. -  Selepas beberapa minggu spekulasi bertiup kencang, Johor Darul Ta'zim (JDT) akhirnya mengesahkan kapten yang paling berjaya dalam sejarah kelab, Safiq Rahim akan meninggalkan mereka. Bintang tengah berusia 31 tahun itu dikhabarkan mahu bertukar angin dengan menyertai kelab di luar negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-11-2018 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*ISNIN 5 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 27 SAFAR 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#pray4lionairJT610*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:30, SUBUH : 05:40, SYURUK : 06:55, ZOHOR : 13:00, ASAR : 16:20, MAGHRIB : 18:58, ISYAK : 20:09*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *KETERUJAAN dua lelaki memandu kereta mewah dibeli dengan harga murah berakhir apabila kedua-dua kereta klon itu dirampas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kenderaan model Honda Stream terbabit dirampas jabatan berkenaan dalam satu operasi diadakan di Chukai, Kemaman, Isnin lalu.*

                 *MENGERIKAN. Itu keadaan mayat seorang wanita dengan kepala pecah selepas terjatuh dari motosikal ditunggang dan digilis sebuah kenderaan, di Prai, semalam. Pada kejadian jam 8.45 malam di Jalan Perusahaan Perai itu, mangsa, Farhana Alia Khairol Azhar, 30, beralamat di Padang Serai, Kedah*

                 *PEKERJA salun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, smlm atas pertuduhan mengugut dan mencederakan rakan serumahnya menggunakan pisau gara-gara bengang ditegur agar menjaga kebersihan dapur.*

                  *EMPAT kakitangan Jabatan Perhutanan Terengganu yang mahu membawa keluar jengkaut disita berdepan detik cemas apabila dihalang ahli kumpulan pembalakan haram yang bersenjatakan parang dalam kejadian di Hutan Santong, Paka, Dungun, malam smlm.*

                 *LELAKI tergamak menyamun rantai emas milik ibu mentuanya berusia 70 tahun di Kampung Bukit Kapar, di Klang, semalam. Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa mengalami retak tulang di lengan serta bengkak di pipi akibat bergelut dengan menantunya.*

                 *DUA bersaudara maut, dua lagi parah selepas Perodua Myvi dinaiki mereka merempuh sebuah bas kilang yang diparkir di tepi jalan di Kilometer 51 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Jambu Bongkok, Marang, semalam.*

                 *SELEPAS menempelak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini giliran Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam pula menerima nasib sama ditempelak Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Tetapi kali ini, Khairy mengingatkan Lokman perkara pertama akan dilakukannya sekiranya menjadi Presiden UMNO adalah memecat beliau kerana mempunyai tahap kepintaran rendah.*

                 *HANYA kerana dendam lama, dua lelaki menyerang dua beranak dengan bersenjatakan pisau di sebuah rumah di Taman Tunku Putra, Kulim, semalam. Pada kejadian 10.30 malam itu, bapa mangsa berusia 50-an bengkak di kepala, luka di mulut dan lebam di badan, akibat dipukul dengan topi keledar.*

                 *LELAKI parah selepas berlaku letupan akibat kebocoran gas di rumahnya di Lorong Air Putih, Taman Sentosa, Kuantan, smlm. Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, mangsa, Tan Eok Sing, 50, melecur di beberapa bahagian badan selepas disambar api selain terkena serpihan letupan di ruang tamu.

                 *JANJI kerajaan berhubung bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sukar ditunaikan berikutan kedudukan semasa fiskal negara. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang mengakui wujud pelbagai kritikan berhubung isu berkenaan bagaimanapun berkata, kerajaan tidak mempunyai sebarang pilihan lain.*

                 *TIMBALAN Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong berjaya merebut jawatan nombor satu parti bagi penggal 2018-2021 apabila memenangi pemilihan MCA yang berlangsung, smlm. Ka Siong mengalahkan dua pesaingnya iaitu bekas Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu dan Ngoo Teck Keong.*

                 *EMPAT lelaki ditahan selepas didapati terbabit dalam kegiatan mencuri motosikal di Kulim dan Bandar Baharu, semalam. Suspek berusia antara 22 hingga 28 tahun ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar Kulim.*

                 *KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diberi lampu hijau untuk membuat pelaburan unit hartanah menerusi sistem pemilikan rumah FundMyHome, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, sistem terbaharu berteraskan teknologi dan inovasi itu diyakini berupaya meningkatkan kadar pemilikan kediaman dalam kalangan rakyat, sekali gus merealisasikan matlamat kerajaan untuk membina sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun.*

                 *SERAMAI 159 penduduk daripada 32 keluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas banjir kilat melanda empat kampung di Jelebu, malam smlm. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu, Leftenan Pertahanan Awam Md Marissa Aminuddin berkata, empat kampung terbabit ialah Kampung Geylang, Kampung Melayu, Kampung Tembathin dan Kampung Baru Pertang.*

                 *LELAKI bertindak mengugut untuk mencederakan bapanya ketika berlaku pertengkaran di rumah mereka di Kampung Paya Kubang Lembu, di Jitra, smlm. Dalam kejadian jam 2.20 pagi itu, mangsa berusia 61 tahun sedang tidur sebelum terdengar anaknya yang berusia 34 tahun itu mengamuk dan membaling sesuatu ke arah biliknya.*

                 *HUJAN lebat selama beberapa jam sejak petang semalam mengakibatkan tanah runtuh di Kampung Pelangai Hilir di Kuala Pilah, smlm. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Khairel Anuar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.14 pagi dan sebuah jentera dengan lima anggota dihantar ke lokasi kejadian.*

                 *POLIS masih mengenal pasti saksi yang membawa remaja lelaki yang cedera selepas terkena tayar basikal yang dibuang dari tingkat atas di PPR Gombak Setia, Kuala Lumpur, untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur, semalam.*

                 *Kuala Lumpur: Terperosok dan tersepit di bawah lori. Itu nasib malang dialami seorang wanita warga emas sejurus dirempuh kenderaan berat itu. Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 70-an bersama rakannya yang juga wanita warga emas melintas jalan berhampiran Jalan Raja Laut di sini, jam 12.15 tengah hari semalam. Nahas menyebabkan mangsa yang tersepit maut serta-merta manakala seorang lagi cedera parah.*

                 *Kuala Lumpur: Kerajaan mengesahkan bahawa ahli perniagaan diburu, Low Jho Teck atau dikenali sebagai Jho Low tidak berada di China. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, beliau dimaklumkan Kedutaan China bahawa Jho Low tiada di negara itu melainkan ahli perniagaan itu menggunakan nama lain pada pasport berlainan. Saya dah bercakap dengan Kedutaan China dan mereka memaklumkan bahawa Jho Low tiada di negara itu.*

                 *Kuala Lumpur: Pemimpin mahasiswa ralat dengan keputusan kerajaan menghapuskan keistimewaan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi graduan yang meraih Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.*

                 *HUJAN lebat yang bermula jam 5 petang semalam menyebabkan 32 penduduk dari Kampung Geylang dekat Pertang dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Geylang selepas rumah mereka dinaiki air. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang, Mohd Afandi Mansor berkata banjir kilat berkenaan melanda berikutan limpahan air dari Sungai Pertang.*

                 *POLIS mengesahkan motif pembunuhan pembantu tadbir Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang di rumahnya di Lorong Pandan Indah 1/3 Perumahan Pandah Indah, kelmarin, disebabkan hutang dan masalah peribadi. Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, siasatan pihak polis mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa dan seorang suspek lelaki berusia 35 tahun di rumah sebelum mangsa dibunuh kejam.*

                 *LALUAN dari Kampung Seri Bayas, Permaisuri ke bandar ditutup daripada sebarang lalu lintas, semalam. Malah, 64 keluarga di kampung itu dan sekitarnya terpaksa mendapatkan bantuan pasukan penyelamat untuk keluar ke bandar ini bagi membeli keperluan harian mereka.*

                 *PEMBEKAL E-perhimatan, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) dan perikatan sosial PeJAM berjaya mengumpul RM700,000 untuk disalurkan kepada mangsa tsunami di Palu, Indonesia. Timbalan Pengerusi Eksekutif DNeX, Datuk Samsul Husin berkata, jumlah terbabit berjaya dikumpul melalui acara golf amal, Palu Relief Golf 2018 yang disertai kira-kira 120 peserta.*

                 *LELAKI maut selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh pokok di Jalan Kampung Jubakar di Tumpat pagi smlm. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Mohamad Nazilman Abd Rahman, 27, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tumpat.*

                 *PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan veteran DAP, Lim Kit Siang dilantik sebagai anggota baharu ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH). Kedua-dua mereka hadir pada mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepemimpinan Perdana, yang dipengerusikan oleh Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad, di Putrajaya, smlm.*

                 *PENGGUNAAN kad elektronik mengandungi jumlah RM30 untuk kereta dan RM12 untuk motosikal adalah antara cadangan dikemukakan ahli Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) untuk digunapakai bagi melaksanakan pemberian subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter seperti diumumkan kerajaan semalam.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


             *NEW YORK: Raja dadah kelahiran Mexico, Joaquin El Chapo Guzman akan dibiacara kerana dituduh mengendalikan kartel dadah terbesar dunia, esok dan menghabiskan kira-kira 25 tahun menyeludup lebih 155 tan kokain ke Amerika Syarikat.*
           *Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brooklyn yang menelan belanja jutaan dolar dan dijangka berlanjutan lebih empat bulan akan menyaksikan salah seorang penjenayah paling terkenal dunia berhadapan sistem kehakiman AS.*
          *Pendakwa raya memperuntukkan masa beberapa tahun mengumpulkan kes terhadap Guzman, yang diekstradisi pada 2017 selepas dua kali berjaya melarikan diri dari penjara di Mexico.*

              *MAJLIS pengebumian pemilik kelab bola sepak Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha, bermula hari ini di kuil Buddha di Bangkok, Thailand, dengan golongan elit negara dijangka memberikan penghormatan kepada hartawan berkenaan.*
           *Vichai, 60, dan empat lagi maut dalam nahas helikopter sejurus berlepas dari padang kelab itu seminggu lalu, menamatkan hayat lelaki kelima terkaya di Thailand itu.*
              *Beliau bermula daripada satu kedai di Bangkok sehingga memiliki empayar King Power bebas cukai, yang kedainya berada di lapangan terbang dipenuhi pelancong di Thailand.*

             *WASHINGTON: Pesawat Lion Air yang terbabit dalam nahas di Indonesia Isnin lalu menjunam dengan pantas dengan kelajuan mungkin mencecah 965 kilometer sejam atau lebih sebelum terhempas ke dalam laut, menurut tiga pakar yang membuat pengiraan berdasarkan data awal pengesan pesawat.*
            *Boeing 737-MAX8 itu menjunam dengan sedikit atau tiada langsung pusingan dan hujungnya menunjukkan 45 darjah di bawah horizon sejurus sebelum impak, kecuraman luar biasa bagi pesawat, menurut analisis data yang diberikan FlightRadar24.*
          *Kelajuan pesawat akan disahkan oleh rakaman data penerbangan, yang sudah ditemui tetapi belum dianalisis.*

           *SEORANG daripada pasukan penyelam maut, semalam, ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Indonesia, di Karawang, pagi Isnin lalu.*
        *Komander bahagian mencari dan menyelamat tentera laut Indonesia, Isswarto berkata, mangsa, Syachrul Anto, 48, dipercayai maut akibat berlaku perubahan tekanan udara ketika menyelam.*
         *Mangsa adalah sukarelawan yang menyertai pasukan penyelam bagi mencari dan menyelamat mangsa pesawat terhempas.*
          *Mangsa juga pernah menyertai misi bantuan ketika berlaku gempa bumi dan tsunami di Palu, baru-baru ini, katanya.*

          *New Delhi: Seorang guru tuisyen dan suaminya ditahan kerana membunuh muridnya berusia 14 tahun yang mayatnya ditemui disumbat dalam beg di sebuah taman, pagi Ahad lalu.*
          *Remaja perempuan itu dilaporkan hilang sejak 22 Oktober lalu selepas meninggalkan rumahnya untuk menghadiri kelas tuisyen. Susulan itu, suami guru tuisyennya berusia 34 tahun ditahan Selasa lalu untuk siasatan, lapor The Hindu.*
         *Jurucakap polis Atul Kumar Thakur berkata, remaja itu menghadiri kelas bahasa Urdu di kediaman guru berusia 32 tahun berkenaan, selain turut membantu melakukan kerja rumah.*

           *BEIJING: Seramai 15 orang disahkan maut manakala 44 lagi cedera selepas sebuah trak yang hilang kawalan merempuh barisan kereta di plaza tol di Lanzhou, barat laut China, semalam.*
           *Jabatan Propaganda Lanzhou dalam satu kenyataan berkata, trak membawa muatan berat itu hilang kawalan ketika menuruni bukit di lebuh raya dan melanggar 31 kereta yang sedang berbaris di plaza tol terbabit.*
             *Menurut pihak berkuasa, 10 daripada 44 mangsa yang cedera itu disahkan berada dalam keadaan parah.*

             *Mumbai: Harimau yang sudah membaham lebih 12 manusia dalam masa dua tahun di India, mati ditembak anggota Jabatan Perhutanan, kelmarin.*
             *Kes pemburuan harimau yang menjadi antara paling berprofil tinggi dalam masa beberapa dekad berakhir malam kelmarin apabila haiwan dua anak berusia 10 bulan itu, dikenali dalam kalangan pemburu sebagai T-1 dan Avni kepada pencinta hidupan liar, ditembak mati dalam hutan di negeri Maharashtra.*
             *Sepasukan lebih 150 orang menghabiskan masa beberapa bulan memburu T-1, menggunakan paraglider dan puluhan kamera infra merah dengan penembak tepat menunggang gajah.*

           *North Carolina (Amerika Syarikat): Seorang wanita cuba menyembelih anjing peliharaannya bagi menyelamatkan anaknya berusia setahun yang digigit haiwan berkenaan di rumah mereka di Rocky Mount di sini, namun gagal menyelamatkan nyawa anaknya.*
           *Dalam kejadian Isnin lalu, wanita berkenaan, Miranda, menghubungi talian kecemasan 911 bagi meminta bantuan selepas anjing jenis Pit Bull terbabit menggigit anak perempuannya, Triniti Harrell, dan enggan melepaskan mangsa.*
            *Menurut Daily Mail, selama sembilan minit operator menyuruh wanita itu mengambil pelbagai tindakan, termasuk memukul anjing berkenaan dengan kuat.*

            *Jakarta: Pasukan pencari dilaporkan sudah mengesan isyarat lemah daripada kotak hitam kedua pesawat Boeing 737 MAX 8 milik Lion Air.*
         *Kotak hitam data penerbangan pesawat itu sudah ditemui Khamis lalu, dan pasukan pencari kini sedang mengesan kotak hitam kedua yang merakam perbualan dalam kokpit.*
         *Ketua Badan Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia, Marsyal Udara M Syaugi, berkata semalam: Kami sudah mendengar ping lemah daripada kotak hitam terbabit.*

           *ROM: Angin kencang dan hujan lebat meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa di Itali minggu ini selain menyebabkan ribuan hektar hutan di utara negara berkenaan seperti dilanggar garuda.*
              *Seorang wanita warga emas berusia 87 tahun dan pelancong lelaki dari Jerman berusia 62 tahun terbunuh dipanah petir di Sardinia, semalam.*
         *Ia menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut akibat cuaca buruk di Itali kepada 20 orang sejak awal minggu ini.*

             *BUENOS AIRES: Sepasukan ahli paleontologi dari Sepanyol dan Argentina berjaya menemui rangka dinosaur yang dipercayai hidup kira-kira 110 juta tahun lalu di bahagian tengah negara ini.*
            *Penemuan itu diumumkan oleh Universiti Kebangsaan La Matanza, semalam.*
           *Rangka itu dipercayai dari tiga dinosaur daripada kumpulan herbivor sauropod, yang terkenal dengan Diplodocus dan Brontosaurus.*
          *Spesies baru ini dikenali sebagai Lavocatisaurus agrioensis.*

         *MIAMI: Dua maut, manakala beberapa mangsa lagi cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah studio yoga di Tallahassee, Miami, sebelum membunuh diri.*
         *Kejadian berlaku pada jam 5.47 petang (waktu tepatan) ketika Jabatan Polis Tallahassee menerima panggilannya mengenainya.*
           *Setibanya di lokasi tembakan, pasukan polis menemui beberapa mangsa yang mengalami kecederaan akibat tembakan, kata ketua polis, Michael DeLeo pada sidang media di sini.*


*TULAR / POPULAR*
================


          *SELEPAS menyedari wajahnya tular di laman sosial dan laporan polis sudah dibuat, individu yang mencuri 28 kerusi di kedai makan di Wakaf Bharu, Tumpat bertindak memulangkan semula kerusi terbabit.*
          *Individu itu bertindak memulangkan semula kerusi dengan menampal nota mohon maaf dan meminta supaya ditarik balik laporan polis yang dibuat serta gambar yang ditularkan hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di media sosial.*
          *Pemilik kedai makan terbabit, Ali Senik, 54, berkata, kerusi yang hilang dicuri pagi semalam dipulangkan pada 8 pagi tadi.*

          *MAJORITI pelayar laman sosial bersetuju keputusan kerajaan untuk mengambil kira pendapatan pemilik, usia dan kuasa kuda kereta dalam menentukan kelayakan pemberian subsidi petrol RON95 kepada orang ramai.*
          *Berdasarkan undian dalam talian yang menerusi Facebook dan Twitter BH, Harian Metro serta New Straits Times membabitkan sebanyak 12, 733 pelayar laman sosial, 61.1 peratus (7,780 pelayar) didapati bersetuju pelaksanaan itu yang dijangka bermula pada suku kedua 2019.*
          *Bagi yang tidak bersetuju, dapatan di ketiga-tiga Facebook dan Twitter media Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) memperoleh 38.8 peratus (4,953 pelayar).*

          *AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menempelak kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kononnya daripada Pakatan Harapan (PH).*
             *Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Kewangan Kabinet Bayangan BN sebaliknya menegaskan BN pada hakikatnya tewas gara-gara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).*
          *Dalam akaun Twitternya, Khairy berkata : We lost because of 1MDB. The End (Kita kalah sebab 1MDB. Tamat)*
           *Sehingga jam 6 petang tadi ia dikongsi lebih 2,600 pengikut dengan lebih 2,000 Likes.*
          *Kebanyakan netizen meninggalkan komen bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan itu.*
          *Seorang netizen, Prempuchong berkata Najib masih dalam mood penafian. ShahRblood pula memberi komen, Khairy makin berani.*

            *PENYANYI Joe Flizzow mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi sulung dari Malaysia memenangi trofi Artis Terbaik Asia Tenggara untuk Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 yang berlangsung Bizkaia Arena, Barakaldo, Basque Country, Sepanyol, smlm.*
            *Joe, 39, berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram dan mendedikasikan anugerah berkenaan kepada industri hiburan Malaysia serta pengikut setia hip-hop sekitar Asia Tenggara.*
          *Hari ini dalam sejarah. Untukmu, Malaysia! Terima kasih semua. Terima kasih MTV untuk anugerah ini.*

           *New York: Seminggu selepas gambarnya tular dalam keadaan kurus kering disiarkan New York Times minggu lalu, Amal Hussain, budak perempuan Yaman berusia tujuh tahun meninggal dunia.*
               *Menurut keluarganya, Amal, antara jutaan kanak-kanak Yaman yang kekurangan zat dan kebuluran akibat perang, meninggal dunia di kem pelarian di utara Yaman, Khamis lalu.*
          *Patah hati saya. Amal sentiasa tersenyum dan kini, saya bimbangkan anak-anak saya yang lain, kata ibunya, Mariam Ali.*
           *Menurut New York Times, Mekkia Mahdi, doktor Yaman yang merawat budak itu sebelum kematiannya berkata: Kami mempunyai banyak kes seperti Amal.*

             *BEKAS aktres terkenal TVB, Yammie Lam Kit-ying ditemui mati di pangsapurinya di Stanley, Hong Kong, awal pagi semalam.*
          *Seorang pegawai kanan polis mengesahkan mayat wanita yang ditemui tanpa sebarang kesan luka itu sebagai Lam, 55.*
         *Katanya, mayat yang mula mereput itu ditemui di tandas pangsapuri berkenaan yang terletak di Leung Ma House di Ma Hang Estate.*
                *Cukup terkenal kerana kecantikannya, nama Lam mula masyhur lewat 1980-an selepas muncul dalam siri TV seperti Looking Back in Anger dan The Greed Man yang turut dibintangi Adam Cheng Siu-chow dan Sean Lau Ching-wan.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


           *LONDON: Wayne Rooney kembali daripada persaraan buat England untuk aksi terakhir berdepan Amerika Syarikat pada aksi persahabatan di Wembley bulan ini, menurut Persatuan Bolasepak England (FA), smlm.*
        *Rooney, pemegang rekod jaringan untuk Manchester United dan England, tidak bermain bola sepak antarabangsa hampir dua tahun.*
            *Namun pemain berusia 33 tahun itu yang kini berpangkalan di AS kerana bermain dengan pasukan Major League Soccer, DC United di Washington, akan memakai jersi Three Lions buat kali terakhir pada aksi di Wembley 15 November ini.*

           *SEPANG: Juara dunia, Marc Marquez membuktikan dirinya sebagai pelumba terbaik ketika ini selepas mengungguli perlumbaan kelas perdana MotoGP di Grand Prix (GP) Shell Malaysia, smlm.*
                *Pelumba Yamaha, Rossi bagaimanapun berjaya mempertahankan statusnya selaku pendahulu buat seketika Csesuatu yang menggembirakan peminat Malaysia C namun malang menimpa apabila dia terjatuh pada pusingan ke-16.*
               *Insiden itu memudahkan perjuangan Marquez dan dia melepasi garisan penamat dengan catatan 40 minit 32.372 saat manakala rakan senegaranya, Alex Rins daripada pasukan Suzuki Ecstar kedua (+1.898s) manakala Zarco (+2.474s) melengkapkan pentas podium.*

           *SEPANG: Adam Norrodin dan ayah Hafizh Syahrin, Abdullah Harun menjadi sumber inspirasi utama buat pelumba MotoGP negara itu mempamerkan tunggangan menarik di Grand Prix (GP) Shell Malaysia meskipun bermula dari petak paling belakang.*
           *Pelumba Moto3, Adam menunjukkan semangat juang tinggi selepas memulakan perlumbaan dari laluan pit kerana dikenakan penalti dan pernah suatu ketika berada dalam kelompok 10 terbaik sebelum terjatuh ketika saingan berbaki dua pusingan tetapi bangkit untuk melepasi garisan penamat di tempat ke-23.*
          *Situasi itu boleh dikatakan hampir sama dengan Hafizh - yang bermula dari petak paling belakang - bagi mengharungi minggu perlumbaan disifatkannya sebagai bukan hari untuk pelumba Malaysia namun masih mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 di Sepang.*

           *KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen sudah bersedia untuk mengaum bagi merealisasikan misi layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.*
          *Vivian-Cheng Wen membuktikan mereka mampu menjadi sandaran skuad negara apabila merekod pencapaian terbaik sejak digandingkan September lalu dengan merangkul gelaran Terbuka Macau, smlm.*
             *Kejayaan itu hadir selepas pasangan ranking ke-75 dunia menewaskan beregu Jepun, Misato Aratama-Akane Watanabe 21-15, 22-20 pada aksi final.*

           *KUALA LUMPUR: Pemain tengah Nor Azam Azih mengakui terkejut apabila namanya tiada dalam senarai akhir 23 pemain skuad Harimau Malaya ke saingan Piala AFF 2018 yang diumumkan hari ini.*
             *Bagaimanapun keputusan Tan Cheng Hoe itu diterima dengan hati yang terbuka dan dia percaya pengendali negara itu mempunyai perancangan terbaik untuk pasukan.*
           *Saya dimaklumkan mengenai keputusan itu pagi tadi, memang agak terkejut tapi sebagai pemain saya kena terima, mungkin bukan rezeki saya kali ini.*

           *KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe percaya anak buahnya sudah bersedia untuk mengharungi kempen Piala AFF, Khamis ini meskipun mengakui persembahan mereka ketika menundukkan Maldives, 3-0, malam kelmarin, belum sempurna.*
              *Malaysia akan membuka tirai saingan Kumpulan A Piala AFF bertemu Kemboja di Phnom Penh, Khamis ini sebelum menentang Laos di SNBJ (12 November), Vietnam di Hanoi (16 November) manakala aksi terakhir bertemu Myanmar di SNBJ ( 24 November).*

           *KUAA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mendedahkan Mehmet Durakovic membuat pusingan U daripada mengendalikan skuad Red Giants bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.*
          *Menerusi kenyataan hari ini, FAS menjelaskan Durakovic yang pernah memacu Selangor menjulang Piala Malaysia pada 2015 sebenarnya sudah menandatangani kontrak bersama Red Giants, September lalu.*

           *KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin disaran meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menyelamatkan kariernya yang semakin tenggelam.*
              *Legenda badminton negara, Rashid Sidek percaya jika Iskandar memutuskan untuk bergerak secara profesional, ia mampu memberi nafas baharu dalam kerjayanya.*
          *Apa yang dilalui Iskandar ketika ini sama seperti Liew Daren. Namun, apabila bergerak secara profesional, Daren tanpa disangka menang pingat gangsa Kejohanan Dunia (Julai lalu).*

            *KUALA LUMPUR: Bagi Muhammad Khairul Abdul Aziz dan Mohamad Nor Haikal Mohamad Noh, kerja di pejabat bukanlah satu pilihan karier buat mereka kerana jauh di sudut hati, mereka lebih suka memilih eSports.*
              *Walaupun pilihan itu pada mulanya tidak diterima dengan baik oleh ibu bapa masing-masing namun ia membawa kepada keputusan membenarkan Khairul dan Haikal mencipta sejarah muncul rakyat pertama Malaysia bersaing dalam eSports pada temasya Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.*
           *Khairul dan Haikal kemudiannya meletakkan nama mereka di tempat lebih baik apabila menduduki kelompok empat terbaik pertandingan bola sepak Pro Evolution Soccer (PES) pada temasya itu.*

           *PARIT BUNTAR: Saya tidak akan berganjak dengan desakan dan tetap pertahan jawatan sedia ada.
         *Demikian kata Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mengenai desakan penyokong The Bos Gaurus (TBG) yang mahukan beliau melepaskan jawatan susulan kontroversi Piala Malaysia yang mencetus kemarahan banyak pihak.*
          *Menurutnya, beliau tidak akan mengalah dengan desakan itu kerana sudah mempunyai banyak perancangan bagi meneruskan kesinambungan kejayaan Perak pada masa depan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 08:16 AM | Show all posts
Tq @Syd  . Dapat berita ini pukul 6 pagi tadi..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-11-2018 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 5-11-2018 08:16 AM
Tq @Syd  . Dapat berita ini pukul 6 pagi tadi..

Yelah.
Saya kan msg semua tingkap ( termasuk tingkap kat Dublin cc Dr@ipes2 ) selalu waktu otw nak g masjid.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-11-2018 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*SELASA 6 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 28 SAFAR 1440 HIJRAH*

*live from F&N Beverage Shah Alam*

*#hepideepavalivalthukkal*

*#pray4lionairJT610*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:30, SUBUH : 05:40, SYURUK : 06:55, ZOHOR : 13:00, ASAR : 16:20, MAGHRIB : 18:58, ISYAK : 20:10*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *Kuala Kangsar: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya tidak mengecewakan amanah baginda dan kepercayaan yang diberikan rakyat. Titah baginda, harapan rakyat yang mahu pemerintahan adil dan saksama berlandaskan undang-undang harus direalisasikan secara bersama oleh semua pihak berkenaan.*

                  *BERMULA tahun ini, pegawai perkhidmatan awam beragama Hindu diberikan kemudahan cuti tanpa rekod selama satu hari, sehari selepas cuti umum Hari Deepavali. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, perkara itu dipersetujui kerajaan bagi memberi lebih ruang kepada pegawai untuk menyambut perayaan berkenaan bersama keluarga.*

                 *SERAMAI 421,706 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 pada 13 November hingga 13 Disember ini. Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan smlm berkata, sebanyak 3,308 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara. Seramai 33,361 petugas peperiksaan sudah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.*

                 *MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur membenarkan Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman diikat jamin dengan wang jaminan berjumlah RM2 juta dengan dua penjamin. Terdahulu, Musa Aman menghadapi 35 tuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di negeri Sabah membabitkan wang berjumlah AS$63.3 juta dan minta dibicara.*

                   *Baling: Hanya RM1 sekilogram. Itulah bayaran yang diterima penoreh getah yang memerah keringat dari pagi hingga tengah hari di kebun yang disewa mereka. Dengan harga serendah itu, mereka mengikat perut dan terpaksa berhutang demi membeli sekilogram beras untuk keperluan seisi keluarga.*

                 *LELAKI kurang siuman bertindak menyimbah minyak petrol ke badan sebelum membakar dirinya sendiri di Kampung Tanjung Pari, Mukim Siong, Baling, smlm. Dalam kejadian 8.40 pagi itu, mangsa berusia 39 tahun yang dipercayai mengalami masalah mental sejak beberapa tahun lalu, melecur 70 peratus akibat perbuatannya.*

                 *POLIS merampas 5,310 kotak mengandungi 89,680 batang rokok seludup dianggarkan bernilai RM89,680 dalam serbuan di rumah kedai di Jalan Pahat, Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam. Rokok itu dirampas dalam serbuan pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kira-kira 4 pagi, semalam.*

                 *POLIS mengesan suspek lelaki dipercayai menjadi punca kebakaran berhampiran mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Taman Nusa Bestari, Iskandar Puteri, smlm. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kebakaran kecil membabitkan tong sampah berhampiran ATM jam 5.42 pagi.*

                 *ALASAN bercerai dan tidak mempunyai pendapatan menyebabkan ibu tunggal mengambil jalan singkat menjadi pengedar dadah. Aktiviti pengedaran dadah yang dilakukan wanita berusia 31 tahun sejak Februari lalu akhirnya terbongkar selepas dia ditahan di Cherating, dekat Kuantan, Khamis lalu.*

                 *SELAIN persekitaran Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, anggota polis turut ditempatkan di beberapa lokasi penting termasuk di pusat pentadbiran kerajaan negeri sempena prosiding mendengar keputusan berhubung siapa Ketua Menteri Sabah yang sah, Rabu ini.*

                 *GURU Sejarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Marang, smlm atas empat pertuduhan memukul pelajarnya dengan merotan dan menyepak remaja lelaki berusia 14 tahun. Tertuduh, Ahmad Fakhrurazi Suhaimi, 33, mengangguk faham sebelum mohon dibicarakan ketika pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera, dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.*

                 *HANYA kerana meletakkan basikal merata-rata, lelaki warga Nepal parah selepas diserang dengan pisau pemotong kertas di Jalan Makmur, Lunas, Kulim, malam smlm. Dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa, Chintulal Majhi, 40 ditoreh dari bahagian telinga sehingga pusat oleh lelaki yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk.*

                 *BEBERAPA kampung yang terletak di kawasan rendah di Rantau Panjang mula dinaiki air akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Penduduk Wan Hanif Wan Adam, 38, berkata air di perkarangan rumahnya di Kampung Lachang sudah mencecah 0.5 meter menandakan banjir gelombang pertama sudah tiba.*

                 *LANGGANAN pas perjalanan tanpa had 30 hari RM100 dan RM50 bagi perkhidmatan rel dan bas Rapid KL yang diumumkan dalam Belanjawan 2019, Jumaat lalu, hanya boleh menggunakan kad MyKad, MyTentera dan MyKid. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penggunaan kad pengenalan warganegara Malaysia menerusi fungsi Touch 'n Go itu bagi memastikan inisiatif itu dinikmati hanya oleh rakyat negara ini.*

                 *ANGGOTA polis trafik nyaris maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya, terbabas dalam longkang di Kilometer 85 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, petang semalam. Mujur dalam kejadian 4.30 petang itu, Mohd Fuzi Mohd Nayan, 34, yang bertugas Cawangan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis, Gua Musang hanya cedera.*

                 *KERAJAAN buat pertama kali akan mengenakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum berkuat kuasa 1 Januari depan. Difahamkan, pengenalan cukai itu dilaksanakan bagi meningkatkan dana kerajaan negeri selepas parti menguasai Sarawak berada dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mei lalu.*

                 *LELAKI ditemui mati dibunuh di depan kedai di Taman Muda, Pandan Indah, Ampang. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya menerima panggilan daripada lelaki yang memaklumkan terdengar bunyi orang bising dan menangis di tempat letak kereta di taman berkenaan kira-kira 4 pagi smlm.*

                 *Jasin: Tiga lagi ahli kumpulan Shangkar yang dipercayai terbabit dalam kegiatan curi kabel milik Telekom Malaysia (TM) di sekitar Jasin dan Gemenceh, Negeri Sembilan, masih bersembunyi dan melarikan diri. Ia susulan kejayaan polis menahan enam lelaki masing-masing daripada kumpulan itu dan kumpulan Sebatu dalam tiga serbuan berasingan pada 17 hingga 22 Oktober lalu.*

                 *ENAM lokasi di daerah Kuala Pilah dikenal pasti berpotensi dilanda banjir kilat ketika musim tengkujuh yang dijangka berlarutan sehingga bulan depan, kata Anggota Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith. Beliau berkata enam lokasi terbabit ialah Kampung Sungkak, Kampung Pelangai Hilir, Kampung Kuala Jemapoh, Kampung Tanjung Jati, Kampung Seri Pilah Seberang dan Kampung Juasseh Tengah.*

                 *WANITA warga Ukraine dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di Georgetown, smlm selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kokain tiga tahun lalu. Tertuduh, Lopatkina Klavdiia, 24, dilihat menangis sejurus Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadapnya, manakala seorang lelaki dipercayai suaminya pula langsung tidak masuk ke kamar mahkamah dan hanya menunggu di luar.*

                 *KUALA LUMPUR: Keuntungan luar biasa menjadi punca segelintir anggota keselamatan dan pegawai kerajaan menjadi dalang kegiatan penyeludupan serta pemerdagangan haram hidupan liar ilindungi. Sumber berkata, mereka ini dikesan bersekongkol dengan pemburu haram selain mempunyai hubungan dengan rangkaian sindiket antarabangsa.*

                 *KUALA LUMPUR: Sindiket Macau Scam dikesan mengalami evolusi apabila mengguna pakai modus operandi baru bertujuan memastikan mangsa mereka terjerat. Terbaru, sindiket itu dikesan menggunakan helah memaksa mangsa membuat akaun perbankan dalam talian dengan pendaftaran menggunakan nombor telefon suspek bagi membolehkan transaksi wang dilakukan penjenayah terbabit.*

                 *POLIS merampas dadah jenis heroin, daun ketum, ubat batuk dan sepucuk pistol angin dalam tiga serbuan di Pasir Mas dan Rantau Panjang, semalam. Serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas selepas mendapat maklumat orang awam.*

                 *KETUA Penolong Ketua Pesuruhjaya (KPKPj) Ramli Ismail dilantik sebagai Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan yang baharu berkuat kuasa 1 Oktober lalu. Ramli sebelum ini adalah Pengarah SPRM Negeri Sembilan menggantikan Datuk Moh Samsudin Yusoff yang bersara wajib pada 9 September lalu.*

                 *Kuala Kangsar: Pensyarah Pusat Islam, Universiti Oxford, United Kingdom Datuk Dr Afifi Al-Akhiti dimasyhurkan sebagai pembesar negeri Perak oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam majlis penuh istiadat diraja di Istana Iskandariah, semalam. Majlis pemasyhuran disempurnakan bagi membolehkan Afifi menerima gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan (Orang Besar Delapan) Negeri Perak yang baharu.*

                 *PEMANCING rakyat tempatan yang dilaporkan hilang tiga hari lalu, ditemui mati. Mayatnya ditemukan terapung 50 meter dari jeti LKIM Kiansam oleh kakitangan Jabatan Kastam Di Raja Malaysia dan anggota Rela kira-kira 6 pagi smlm.*

                 *Kuala Lumpur: Bekas Naib Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting dipilih selaku wanita pertama diangkat menerajui jawatan Ketua Pemuda MCA di sini, kelmarin. Pemilihannya itu, sekali gus menamatkan dominasi lelaki menerajui jawatan tertinggi sayap parti berkenaan. Sebelum ini, jawatan berkenaan disandang bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon.*

                 *Kota Bharu: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam melawat depoh simpanan keperluan banjir di Kemumin dekat Pengkalan Chepa. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat tiba di depoh itu jam 11.30 pagi dan meluangkan masa 30 minit melihat persiapan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) menghadapi musim banjir.*

                 *SEBUAH kereta dihanyutkan arus deras selepas terjunam ke dalam longkang di Persiaran Mohagani berhadapan bank di Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.51 petang.*

                 *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu universiti Jepun mewujudkan kampus cawangan di Malaysia bagi membolehkan lebih ramai rakyat negara itu bukan sahaja didedahkan kepada sistem pendidikan negara matahari terbit terbabit tetapi turut mempelajari budayanya.*

                 *KERAJAAN Sarawak mengisytiharkan Nanga Belansai di Sengaih, Julau sebagai lokasi terbaharu jangkitan rabies atau wabak anjing gila di negeri ini. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan berkenaan adalah lokasi ke-47 penularan rabies sejak wabak itu mula dikesan tahun lalu.*

                 *BAGI memaksimumkan tahap keselamatan di sekitar kawasan tumpuan pelancong, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk membina lapan pondok bit polis di lokasi strategik sekitar Kuala Lumpur. Antara lokasi yang sudah dikenal pasti adalah di Tugu Negara, Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).*

                 *KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan terburu-buru mengeluarkan saman kepada perokok yang merokok di premis makanan dalam tempoh enam bulan pertama sebaik pelaksanaan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuat kuasa 1 Januari depan.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


           *TORONTO: Seorang lelaki kecewa selepas dibawa keluar daripada penerbangannya selepas dia tidur mati sebelum pesawat itu berlepas kerana pramugari menyangka dia pengsan dan perlu mendapatkan rawatan kecemasan.*
            *Stephen Bennett berkata, dia mengambil pil tidur sebelum menaiki penerbangan WestJet dari lapangan terbang Toronto untuk bercuti di Cuba bersama isterinya.*
        *Apabila menaiki pesawat dia terus tidur kerana terlalu mengantuk.*
              *Sebelum pesawat itu berlepas, kru kabin beberapa kali mengejutkan Bennet tetapi dia tidak sedar menyebabkan mereka menyangka lelaki berkenaan memerlukan rawatan kecemasan dan segera membawanya keluar dari pesawat dengan menaiki kerusi roda.*

            *FLORIDA (AMERIKA SYARIKAT): Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun didakwa membunuh dan menyembunyikan mayat ibunya di bawah pendiangan di sebuah gereja selepas pertengkaran disebabkan markah peperiksaannya yang buruk.*
            *Gregory Logan Ramos, 15, mengaku mencekik mati ibunya, Gail Cleavenger, 46, di kediaman mereka sebelum remaja itu berpakat dengan dua rakannya supaya menyepahkan rumah berkenaan supaya kelihatan seperti mangsa mati dalam rompakan, lewat Khamis lalu.*
           *Syerif Volusia, Mike Chitwood berkata, dua beranak berkenaan bertengkar disebabkan markah peperiksaan D diperoleh remaja berkenaan dengan Gail sempat menghubungi suaminya yang bertugas di Seattle untuk mengadu perkara itu, lapor Daily Mail.*

          *JAKARTA: Penyiasat memperoleh 69 jam data daripada perakam penerbangan pesawat Lion Air yang terhempas di Laut Jawa pada 29 Oktober lalu dalam kejadian yang membunuh 189 orang.*
          *Berita itu didedahkan susulan pihak berkuasa Indonesia semalam melanjutkan tempoh pencarian mangsa dan serpihan pesawat di laut.*
         *Timbalan ketua panel keselamatan pengangkutan kebangsaan, Haryo Satmiko berkata dalam satu sidang media, data penerbangan selama 69 jam itu dimuat turun dari perakam berkenaan, termasuk penerbangan malang berkenaan.*

            *TOKYO: Kadar bunuh diri dikalangan remaja Jepun mencecah angka tertinggi sepanjang 30 tahun, kata kementerian pendidikan hari ini, walau angka keseluruhan menurun sejak 15 tahun lalu.*
            *Sejumlah 250 kanak-kanak di sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah tinggi membunuh diri sepanjang tahun fiskal hingga Mac, meningkat daripada 245 tahun sebelumnya, menurut tinjauan kementerian.*
            *Ia angka tertinggi sejak 1986, dengan 268 pelajar membunuh diri.*

           *SEOUL: Kira-kira 500 tentera marin Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan memulakan latihan ketenteraan berskala kecil hari ini, beberapa hari selepas Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo dijangka mengadakan rundingan dengan Korea Utara berhubung penamatan program nuklear dan merancang sidang kemuncak kedua untuk pemimpin mereka.*
           *Program Pertukaran Marin Korea itu dihentikan Jun lalu selepas Presiden AS, Donald Trump bertemu pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Singapura dan berjanji untuk mengakhiri latihan bersama AS-Korea Selatan.*
           *Walaupun latihan lebih besar dihentikan, dua negara itu masih menjalankan latihan berskala kecil, kata Menteri Pertahanan Kebangsaan Korea Selatan hari ini.*

           *Madrid: Seorang lelaki didapati bersalah oleh sebuah mahkamah Sepanyol di sini, selepas membunuh dua sepupunya berusia setahun dan tiga tahun serta ibu bapa mereka yang dikerat tubuhnya selepas mengambil swafoto bersama mayat mangsa.*
          *Patrick Nogueira, 21, melarikan diri ke negara asalnya Brazil sebaik membunuh keluarga itu di rumah mereka di kampung Pioz berhampiran Guadalajara pada Ogos 2016.*
           *Dia kmbali ke Sepanyol pada Oktober 2016 dan menyerah diri kepada polis selepas mayat keluarga itu ditemui dalam beg plastik di kediaman mereka.*
            *Mayat ibu dan bapa saudara Nogueira, kedua-duanya berasal dari Paraiba, Brazil ditemui dalam keadaan dikerat-kerat.*

           *Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia membuat keputusan melanjutkan tempoh mencari mangsa dan kotak hitam kedua dari lokasi nahas pesawat Lion Air yang terhempas minggu lalu.*
          *Kami memutuskan melanjutkan tempoh pencarian tiga hari lagi bermula esok (hari ini), kata ketua agensi mencari dan menyelamat (BASARNAS), Muhammad Syaugi dalam satu sidang media.*
         *Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian dan pemerhatian di lokasi nahas serta menyedari masih banyak mayat mangsa belum ditemui.*


*TULAR / POPULAR*
================


            *POLIS sedang merakam percakapan beberapa saksi kejadian berhubung insiden calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli didakwa diserang ketika proses pemilihan Cabang Keningau, 3 November lalu.*
           *Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, pihaknya sudah mengarahkan Ketua Polis Daerah Keningau merakam percakapan saksi-saksi utama yang berada lokasi kejadian.*
           *Ini kerana kes itu menjadi tular sehingga semua orang tahu berkenaan kejadian itu, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah di Kota Kinabalu, smlm.*

          *ALOR SETAR: Nasib dua pemain senior Kedah Baddrol Bakhtiar dan Khairul Helmi Johari terus menjadi tanda tanya samada mereka akan terus kekal atau tiada dalam perancangan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) musim 2019.*
            *Persoalan itu tercetus apabila tular di media sosial memaklumkan selepas pengguguran lima pemain import pasukan Kedah, dua lagi tonggak penting iaitu Badd dan Keon turut akan digugurkan sekali gus mencetuskan kerisauan di kalangan penyokong Kedah yang mahukan penjelasan sebenar daripada pengurusan KFA sendiri.*

          *SAYA berterima kasih kepada produksi kerana memberi peluang muncul di pentas meskipun tidak boleh menyanyi ketika itu. Ini semua kerana maruah.*
            *Begitu kata penyanyi Zamani mengenai kegagalannya untuk membuat persembahan menerusi lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada program Gegar Vaganza 5, minggu lalu.*
        *Kenyataan bekas vokalis kumpulan Slam itu sekali gus menepis tanggapan segelintir pihak yang mengatakan wujud elemen drama membabitkan dirinya dan pihak produksi.*

          *Kuala Terengganu: Masalah lalat yang membelenggu penternak di ladang ayam, kambing dan lembu kini boleh diatasi menerusi penggunaan perangkap lalat mesra alam.*
          *Alat itu ciptaan terbaru Institut Penyelidikan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Ipoh, Perak menggunakan jaring dan kain biru sebagai umpan serangga terbabit.*
            *Ketua Projek Erwanas Asmar Ismail berkata, alat itu dicipta sejak 2012 dan melalui proses penyelidikan sebelum disiapkan sebagai satu produk baru awal tahun ini.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *PARIS: Novak Djokovic secara rasminya kembali memegang status sebagai pemain tenis lelaki nombor satu dunia selepas berjaya memintas Rafael Nadal, smlm.*
          *Bintang Serbia itu tewas di tangan Karen Khachanov dalam aksi final Paris Masters, Ahad lalu, namun tetap berjaya merampas kedudukan itu selepas kali terakhir melakukannya dua tahun lalu.*
          *Kebangkitan Djokovic itu hadir hanya lima bulan selepas dia tergelincir ke kedudukan ke-22 dunia - ranking terendahnya dalam tempoh 12 tahun.*

          *TOKYO: Bintang tinju, Floyd Mayweather Jr mengesahkan dia akan keluar daripada persaraan untuk kembali ke gelanggang, menentang atlet seni mempertahankan diri dari Jepun, Tenshin Nasukawa, yang hampir separuh lebih muda daripadanya.*
            *Mayweather, 41, yang kekal dengan rekod tanpa kalah dalam kariernya dijadualkan bertarung dengan Nasukawa, di Saitama, Jepun.*
         *Kali terakhir petinju dari Amerika Syarikat (AS) itu - yang merangkul lima gelaran dunia dalam lima kategori berbeza bertarung ialah pada Ogos 2017, selepas menumbangkan jaguh seni bela diri campuran dari Ireland, Conor McGregor.*

          *LONDON: Liverpool menyisihkan Xherdan Shaqiri dalam kunjungan ke laman Red Star Belgrade bagi aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu ini, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.*
           *Pemain tengah itu bersama rakan senegaranya di Switzerland, Granit Xhaka mencetuskan kontroversi apabila meraikan gol dengan menunjukkan simbol dua helang dengan menyilang kedua-dua tangannya untuk meniru bentuk helang yang ada di bendera Albania di Piala Dunia ketika menewaskan Serbia di Russia.*
            *Simbol dua helang itu adalah simbol kepada penentangan di Kosovo, yang mengisytiharkan kemerdekaan pada 2008 dari Serbia yang masih enggan mengiktiraf tempat kelahirannya sebagai negara merdeka.*

          *LONDON: Penjaga gol, Hugo Lloris memberi amaran kepada Tottenham mereka berisiko tercicir daripada pemburuan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara jika terus mengulangi kesilapan mudah seperti ketika menundukkan Wolves.*
              *Skuad kendalian Mauricio Pochettino mendahului selesa 3-0 sehingga pertengahan babak kedua, namun nyaris dimalukan sebelum mencatat kemenangan 3-2 di Molineux, Sabtu lalu.*
             *Erik Lamela, Lucas Moura dan Harry Kane meletakkan Spurs di depan sebelum pemain yang membuat kemunculan sulung, Juan Foyth menghadiahkan dua penalti, masing-masing disempurnakan oleh Ruben Neves dan Raul Jimenez.*

          *LOS ANGELES: Bryson DeChambeau meledak eagle pada pusingan akhir TerbukaShriners Hospitals For Children Open di Las Vegas untuk muncul juara dengan kelebihan satu pukulan.*
              *Terikat dengan juara bertahanPatrick Cantlay, DeChambeau melakukan putt dari jarak 18 meter di lubang 16 yang membantunya mencatat pusingan 66 dan 21 bawah par 236 keseluruhan.*
         *Cantlay (pusingan 65) di tempat kedua dengan Sam Ryder (62) ketiga, danRickie Fowler (63) terikat di tempat keempat pada 17 bawah par.*

          *KUALA LUMPUR: Hafizh Syahrin Abdullah percaya dia mampu muncul juara kategori pelumba muka baharu MotoGP jika tidak terjatuh beberapa kali musim ini.*
            *Pelumba Monster Yamaha Tech3 itu sedar dia kini sukar untuk mengatasi pelumba Itali, Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) yang kini mendahului kategori itu tatkala hanya tinggal satu perlumbaan musim ini.*
          *Hafizh menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 di Grand Prix (GP) Malaysia di Sepang semalam, manakala Morbidelli menduduki tempat ke-12.*

          *KELANA JAYA: Subkhiddin Mohd Salleh mengumumkan peletakan jawatan sebagai EXCO Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil badan induk itu smlm.*
          *Pengumuman mengejutkan itu dibuat Subkhiddin selepas sidang media Jawatankuasa Pengadil di Wisma FAM, namun beliau masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan itu.*
         *Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas pelbagai kritikan yang diterima mengenai mutu pengadilan pada aksi final Piala Malaysia pada 27 Oktober lalu hingga membabitkan ahli keluarganya.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-11-2018 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
49 buruh paksa warga India diselamatkan

https://t.co/tIaUidaHZL https://t.co/9DGcCa8AS7
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-11-2018 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*RABU 7 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 29 SAFAR 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#pray4lionairJT610*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:30, SUBUH : 05:40, SYURUK : 06:55, ZOHOR : 13:00, ASAR : 16:21, MAGHRIB : 18:58, ISYAK : 20:10*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu menolak sekeras-kerasnya segala cubaan untuk mengganggu-gugat ketuanan Melayu di negara ini. Menurutnya, UMNO turut membantah keputusan kerajaan untuk menandatangani Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang akan menggugat hak dan keistimewaan Melayu, Bumiputera serta institusi Diraja.*

                  *BEKAS Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dijangka pulang esok (hari ini) dipercayai untuk mendengar keputusan kes saman yang difailkannya berhubung pertikaian Ketua Menteri Sabah yang sah. Ia berdasarkan maklumat disebarkan penyokongnya melalui laman sosial yang mengajak orang ramai menunggu kepulangannya dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 12.15 tengah hari esok (hari ini).*

                 *SEORANG penuntut wanita Universiti Malaysia Sabah (UMS) patah kedua-dua kaki selepas terjatuh di atas bumbung di tingkat tujuh dari koridor tingkat 10 bangunan kolej kediaman wanita universiti berkenaan, dekat pusat beli-belah 1Borneo, Kota Kinabalu, smlm. Mangsa yang berusia 21 tahun disyaki patah kedua-dua kakinya manakala kecederaan lain belum dapat dipastikan dan kini dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKK), Likas.*

                 *SERAMAI 49 lelaki warga India diselamatkan selepas mendakwa menjadi buruh paksa sebuah syarikat bagi pembinaan menara pencawang elektrik di Bentong, Pahang. Semua mangsa mendakwa, mereka bukan saja dipaksa bekerja tanpa gaji, tetapi diugut akan dipukul dan hanya akan dihantar pulang ke negara asal selepas menjadi mayat.*

                 *BERANG apabila barang jualan disita, seorang lelaki warga Myanmar menyerang anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan penyembur lada di Pasar Borong Selayang, semalam. Tindakan peniaga berusia 32 tahun itu menyebabkan empat anggota penguat kuasa yang sedang menulis barang sitaan berkenaan cedera di bahagian mata akibat disembur dengan serbuk lada.*

                 *MAYAT lelaki ditemui dalam keadaan terapung dengan kaki kanannya diikat dengan batu pemberat di kawasan Teluk Rotan, Pulau Redang, semalam. Mayat tidak sempurna dan reput itu ditemui dua lelaki yang memancing di kawasan berkenaan pada 7.15 pagi sebelum mereka melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.*

                 *POLIS menahan 994 individu dan merampas lebih 15 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah di sekitar Langkawi dalam tempoh 10 bulan pertama, tahun ini. Daripada jumlah itu, 134 orang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan.*

                 *SEORANG bapa En Razali berazam mengumpul wang RM40,000 bagi menampung kos pembedahan jantung anak lelaki keduanya bagi membolehkan kanak-kanak itu menjalani kehidupan normal. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh bertemu saya di gerai di Kelemak atau melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) 0410241-0000-109221 (Mohd Shawal Razali), katanya.*

                 *CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu depan antara enam individu yang ditahan dalam Op Khas Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB), smlm. Operasi bermula sejak jam 10 malam hingga 4 pagi itu dilaksanakan Skuad 42 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara.*

                 *PENDUDUK Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Gunung Menerong, Ajil, Kuala Berang, mengambil langkah awal menghadapi musim tengkujuh dengan memindahkan barang berharga ke dalam stor dibina bersebelahan rumah masing- masing.*

                 *WALAUPUN mahkamah belum membuat keputusan terhadap petisyen pembatalan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, UMNO melancarkan jentera pilihan raya kecil (PRK), hari ini sebagai persediaan awal. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jentera itu ditubuhkan bagi melancarkan gerak kerja parti di peringkat akar umbi untuk menghadapi PRK.*

                 *SETIAP tahun makcik dan tiga cucu akan berpindah kerana rumah dinaiki air. Makcik pohon kerajaan binalah longkang bagi mengatasi masalah banjir ini, kata Zainun Abu Bakar, 66. Dia adalah antara 42 mangsa banjir di Kampung Temiang dan Kubang Putat, Seberang Pintasan, Dungun yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Pusat Sivik Seberang Pintasan, awal pagi smlm.*

                 *BAPA cemas apabila bayi lelakinya berusia setahun terkunci dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika sedang membuat pendaftaran di sebuah klinik di Tangga Batu, Melaka, pagi semalam. Bagaimanapun, bayi terbabit berjaya diselamatkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu yang mengumpil pengunci kereta menggunakan alat khas.*

                 *HANYA kerana RM4, lelaki naik hantu apabila mengugut mahu membunuh adik iparnya dalam kejadian di Kampung Sungai Rengas, Kuala Terengganu, semalam. Kejadian dipercayai pada 12.30 tengah hari apabila suspek berusia 37 tahun dikatakan meminta wang daripada ibunya berusia 76 tahun.*

                 *PEMOTONG rumput warga Myanmar parah manakala dua lagi rakannya cedera akibat dilanggar kereta terbabas ketika sedang minum di gerai di tepi jalan dalam kejadian di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Kandang, Melaka, petang semalam.*

                 *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, smlm menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe dan kerajaannya kerana membantu meringankan masalah kewangan Malaysia.*

                 *TINDAKAN segelintir penduduk menceroboh dan merosakkan ban sedia ada dipercayai menjadi punca paras air naik di Jalan Benteng dan Jalan Kenangan di Klang, hari ini. Difahamkan, mereka yang gatal tangan itu sengaja mengorek tanah di ban berkenaan tanpa diketahui punca dan tujuan berbuat demikian.*

                 *PERSIAPAN untuk menyambut Deepavali keluarga kami habis musnah, kata R Giritharan, seorang daripada penduduk yang tinggal di Taman Cicely, Teluk Intan, selepas rumahnya dilanda banjir kilat awal pagi smlm.*

                 *PENEROKA Felda Chiku 1 ditemui mati di tepi jalan di Kilometer 42, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Gua Musang, pagi smlm, dipercayai mangsa langgar lari. Mayat Zakaria Jusoh, 71, ditemui anak peneroka Felda Chiku 1, 6.30 pagi di sebelah kiri jalan berhampiran jambatan di Felda Chiku 3.*

                 *SEORANG lagi lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan tukang cuci wanita dan rakan lelakinya di sebuah flat di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), Skudai, Khamis lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, lelaki berusia 28 tahun ditahan jam 8.30 malam kelmarin di sekitar Johor Bahru.*

                 *PASUKAN Gerakan Am (PGA) merampas lima motosikal curi yang dipercayai cuba diseludup masuk ke Indonesia dalam serbuan di ladang sawit di Tong Nibong, Serian, malam smlm. Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA, Superintendan Rosdi Inai berkata, semua motosikal berkenaan ditemui disembunyikan di lokasi terpencil di ladang sawit berkenaan yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia, pada 10 malam.*

                 *KIRA-KIRA 10 rumah penduduk di Flat Taman Sri Bandar, Port Dickson mengalami kerosakan akibat terkena letupan dipercayai mercun sebaik dinyalakan oleh sekumpulan lelaki, awal pagi smlm.*

                 *DUNGUN menjadi daerah pertama dilanda banjir bagi musim tengkujuh tahun ini apabila sejumlah 40 mangsa daripada 12 keluarga dipindahkan setakat jam 11 pagi smlm. Semua mangsa termasuk empat kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara Pusat Sivik Seberang Pintasan bermula jam 10 pagi.*

                  *KAPAL Diraja (KD) Ledang milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki karam di perairan Pulau Jarak di Lumut, pada 6.30 petang semalam. Bot yang dinaiki seorang tekong dan tiga awak-awak berusia antara 38 hingga 42 tahun itu karam selepas terlanggar batu di sekitar pulau berkenaan.*

                 *DENDAM dipercayai motif utama lelaki warga Indonesia ditemui mati dengan kesan tikaman dan kelar di seluruh tubuh di Ladang Kembau, Kota Tinggi, malam kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, mayat lelaki dikenali sebagai Rizal dari Lombok ditemui dalam lubang tadahan air jam 10.25 malam.*

                 *TIDUR di atas lantai beralaskan tikar dan terpaksa bersesak dalam asrama yang sempit antara situasi dilalui murid dan pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Pondok Nurul Ihsan, Kampung Tinusa Satu di Sandakan. Sekolah pondok berusia lebih 25 tahun itu semakin daif berikutan kesukaran pentadbir melaksanakan kerja pembaikan dan penambahan kemudahan disebabkan kekurangan dana.*

                 *MUJUR kami sekeluarga tidak berada di rumah ketika kejadian berlaku, kata Fakhrul Nizam Kamaruzzaman, 41, yang sebahagian rumahnya rosak dilanda tanah runtuh setinggi tiga meter di Kampung Kuala Talang di Kuala Pilah. Dia bersama isteri dan tiga anaknya berada di Melaka ketika tebing bukit setinggi 15 meter di belakang rumahnya itu runtuh ketika hujan lebat tengah malam Sabtu lalu.*

                 *JABATAN Kesihatan Sarawak tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha makanan yang didapati culas dalam aspek kebersihan premis mereka. Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Sarawak, Mohd Jefri Crossley berkata, tindakan tegas termasuk kompaun akan dikenakan terhadap mana-mana premis makanan yang dicemari najis tikus.*

                 *HUJAN lebat berterusan sejak dua hari lalu menyebabkan dua sungai di Kelantan mencatatkan bacaan air diatas paras berjaga-jaga, pagi smlm Menurut portal banjir infobanjir.water.gov.my, sungai itu adalah Sungai Golok di Rantau Panjang and Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai.*

                 *BEKAS Ketua Hakim Malaysia Tun Zaki Azmi dilantik sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tengah Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC). Menurut kenyataan pejabat media Kerajaan Dubai, perlantikan beliau oleh Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum akan berkuat kuasa 14 November ini.*

                  *JANGAN menghalang dan masuk campur urusan S******* jika tak nak hidup susah. Itu ugutan yang diterima aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr Mazlina Abu Bakar, malam Ahad lalu. Amaran itu ditulis di atas sehelai kertas dan dilekatkan bersama sebilah pisau selain tulisan Warning berwarna merah ditemui di pintu rumah wanita berkenaan di Bukit Antarabangsa, Ampang.*

                  *EMPAT sekeluarga terselamat walaupun sebahagian rumah mereka roboh dilanda tanah runtuh di Kampung Kuala Talang di Kuala Pilah, malam smlm. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 10.35 malam sebelum sembilan pegawai dan anggota dari balai Seri Menanti dihantar ke lokasi kejadian.*

                 *JABATAN Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah membekukan cuti pegawai dan anggotanya sebagai persiapan menghadapi banjir, bermula 15 November ini. Pemangku Pengarah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Zahar Abdullah berkata, pembekuan cuti membabitkan keseluruhan pegawai dan anggota unit operasi seramai 1,000 orang termasuk hampir 200 Pegawai Bomba Bantuan (PBB).*

                 *TIADA minuman beralkohol sama ada arak atau bir yang dijual di Sarawak dikesan mengandungi metanol. Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Sarawak , Mohd Jefri Crossley berkata, ia berdasarkan sampel diperoleh melalui 1,000 pemeriksaan dijalankan dalam operasi khas bulan lalu.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


             *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, smlm dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers daripada Maharaja Akihito.*
            *Penganugerahan yang tertinggi dari Jepun itu diberi berdasarkan sumbangan besar Perdana Menteri dalam usahanya mengukuhkan hubungan dua hala.*
             *Majlis penganugerahan itu berlangsung di Imperial Palace, Tokyo, jam 9.45 pagi waktu tempatan (8.45 pagi waktu Malaysia).*
          *Anugerah itu adalah pemberian tertinggi yang diberi kepada pemimpin luar bagi sumbangan terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dengan Jepun di samping sumbangan mereka kepada rantau ini.*

             *Jakarta: Pesawat penerbangan Sriwijaya Air dari Bengkulu ke Jakarta tertunda selepas penumpang memprotes kerana tidak tahan dengan bau durian terlalu kuat yang dibawa kapal terbang berkenaan.*
           *Detik.com melaporkan, kejadian berlaku pada Isnin lalu ketika pesawat berkenaan bersedia untuk berlepas tetapi terpaksa dibatalkan selepas penumpang membuat protes dan keluar dari pesawat.*
          *Seorang penumpang, Amir Zidane memuat naik satu video yang Facebook yang menunjukkan beberapa penumpang keluar dari pesawat berkenaan yang berada di parkir lapangan terbang.*

             *New Delhi: Remaja perempuan berusia 13 tahun dibunuh kejam apabila dipenggal kepalanya dengan sabit semata-mata kerana enggan melakukan hubungan seks dengan jirannya.*
              *Daily Mail melaporkan, polis berkata mangsa diserang oleh suspek dikenali sebagai Dinesh Kumar di sebuah perkampungan kecil berhampiran Attur di daerah Salem, Tamil Nadu.*
        *Sebelum kejadian itu, mangsa yang juga anak kepada pasangan buruh sempat menceritakan kepada ibunya mengenai tindakan suspek yang memujuknya melakukan perbuatan berkenaan namun ditolak beberapa kali.*

           *SYDNEY: Seorang lelaki mati selepas diserang seekor jerung, serangan ketiga dalam tempoh dua bulan di lokasi pelancongan popular di Terumbu Karang Besar Australia, kata pihak berkuasa smlm.*
              *Pasukan penyelamat berkata, lelaki itu cedera parah di kaki dan lengan selepas diserang petang semalam di kepulauan Whitsunday di luar negeri Queensland.*
               *Lelaki berusia 33 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas diterbangkan ke hospital, kata penyiar rasmi ABC.*

           *YAOUNDE: Seramai 79 pelajar sekolah aliran bahasa Inggeris di Bamenda diculik lelaki bersenjata, sehari sebelum majlis angkat sumpah jawatan bagi penggal ketujuh, Presiden Cameroon, Paul Biya.*
            *Tiga penyelia dan 79 pelajar Sekolah Menengah Presbyterian di Bamenda diculik, kata Menteri Komunikasi, Issa Tchiroma Bakary kepada AFP.*
            *Menurut sumber, sebahagian besar yang diculik adalah pelajar lelaki, manakala tiga penyelia terbabit pula adalah pengetua, guru dan pemandu sekolah terbabit.*

           *RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman semalam, meletakkan batu asas pembinaan reaktor penyelidikan nuklear pertama, dalam usaha mempelbagaikan pengeluaran tenaga di negara itu.*
           *Saudi Press Agency (SPA) melaporkan reaktor itu adalah antara tujuh projek yang dilancarkan Putera Mohammed dalam lawatannya ke Bandar Sains dan Teknologi King Abdulaziz, Riyadh.*


*TULAR / POPULAR*
================


           *SAYA nak minta maaf sebab dah curi motor abang. Saya tak ada niat nak curi, tapi saya nak ambil pengalaman naik motor besar. Saya betul-betul minta maaf."*
           *Itu nota ditulis penjenayah kepada pemilik motosikal berkuasa tinggi selepas melarikan motosikal jenis Yamaha R6, dalam kejadian di pangsapuri Flora Damansara, kelmarin.*
             Nota berkenaan diselitkan di bahagian tingkap pemandu kereta Ford Fiesta mangsa yang turut dipecah suspek sama dan ditemui pemilik pagi smlm.*
              *Pemilik motosikal, Mohd Khairul Anuar Mohd Jamil, 32, berkata, nota itu dipercayai diselitkan penjenayah sama yang datang semula ke kawasan Flora Damansara sekitar malam smlm selepas kes kehilangan motosikal itu tular di media sosial sejak kelmarin.*

           *POLIS mengesan seorang lelaki disyaki melarikan beg tangan milik jemaah wanita yang menunaikan solat Subuh di sebuah surau dekat Taman Damansara Aliff, Tampoi, smlm.*
             *Terdahulu, satu video tular berdurasi 54 saat dikongsi di Facebook (FB) memaparkan seorang lelaki memasuki ruang solat jemaah wanita di sebuah surau.*
              *Pada saat ke-30, lelaki itu membuka pintu gelongsor surau dan masuk ke ruang solat jemaah wanita dengan memakai selipar secara senyap-senyap ketika jemaah wanita solat berjemaah.*
           *Dalam masa kira-kira lima saat, ketika jemaah wanita sujud, lelaki itu berlari keluar dari surau melalui pintu sama sambil membawa sebuah beg tangan berwarna hitam.*

          *KITA tidak berhasrat memanjangkan kes kerana tidak mahu dia menyambut Deepavali dalam lokap," kata Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim.*
            *Beliau mengulas mengenai dakwaan yang tular, kononnya anggota polis menggunakan kekerasan dengan memukul seorang pemandu ketika bertugas melancarkan aliran trafik di pusat bandar Bahau, di Jempol, semalam.*
         *Muhd Nur Hishamuddin berkata, anggota terbabit tidak langsung mengasari lelaki berusia 30-an itu, sebaliknya menasihatkan dia supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk.*

          *PENERIMA anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1440H/2018M, Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu.*
        *Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam kenyataan di sini, hari ini berkata lantikan Dr Siddiq itu adalah untuk menggantikan Tan Sri Prof Emeritus Dzulkifli Abdul Razak yang tamat tempoh lantikannya pada 30 September lalu.*

          *PADA sekitar 1980-an, harganya hanya 80 sen satu kilogram (kg) dan ia meningkat kepada antara RM2 hingga RM3 sekg pada 1990-an, tetapi sekarang melonjak kepada antara RM8 hingga RM10 sekg.*
           *Jika sebelum ini anak udang atau udang geragau tidak dianggap sebagai antara hidupan laut bernilai, sekarang ia bagaikan emas yang menjadi rebutan nelayan dan pihak terbabit dalam industri pembuatan belacan dan cencalok di Melaka.*
             *Pada sekitar 1980-an hingga pertengahan 1990-an, geragau hanya menjadi rebutan usahawan pembuatan belacan dan cencalok, namun kini ia menjadi rebutan ramai berikutan kesukaran untuk mendapatkannya sama ada di pasar atau di pantai yang sering dijadikan lokasi menyungkur, iaitu kegiatan menangkap geragau oleh nelayan dengan menggunakan peralatan sungkur.*

          *MENERUSI model telefon pintar NEX, Vivo berjaya menduduki lima teratas penyedia telefon pintar dan mencapai petanda aras terbaik di pangkalan Data Geekbench.*
             *Vivo NEX adalah telefon elevating front camera pertama di dunia yang dilengkapi paparan Ultra FullView  dengan nisbah skrin ke badan 91.24 peratus. Ia menawarkan pengalaman menonton yang mengujakan.*
           *Tidak hanya itu, sensor cap jari yang tersembunyi di bawah permukaan skrin 6.59 inci Super AMOLED menjadikan NEX tampak futuristik.*

           *LOS ANGELES: Penyanyi hip hop, Mac Miller mati akibat mengambil campuran dadah berbahaya dan alkohol, kata pejabat perubatan semalam.*
         *Penghibur dengan nama sebenar Malcolm McCormick berusia 26 tahun itu ditemui mati di kediamannya di Los Angeles pada 7 September lalu. Punca kematiannya hanya diketahui selepas siasatan selesai.*
            *Pejabat koroner berkata, McCormick mati akibat campuran dadah yang tinggi kandungan toksin, termasuk opioid fentanyl, kokain dan alkohol.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


           *MADRID: Real Madrid sedang menimbangkan peluang untuk mengikat bekas pengendali Monaco, Leonardo Jardim sebagai ketua jurulatih baharu mereka, lapor ESPN FC.*
             *Pengendali dari Portugal itu dipecat awal bulan ini berikutan permulaan hambar pasukannya biarpun ia berpunca daripada keputusan kelab Perancis itu menjual ramai pemain bintangnya.*
           *Ketika ini Real melantik Santiago Solari sebagai jurulatih sementara bagi menggantikan Julen Lopetegui.*

           *KUALA LUMPUR: Bekas juara Fear Factor Malaysia, Mohd Redha Rozlan mencipta sensasi di bumi Australia apabila menjuarai saingan Grand Final Liga Cabaran Ninja 2018 (NCL) selepas menewaskan 95 peserta lain, semalam.*
              *Dia yang lebih dikenali sebagai Mat Redho diangkat sebagai juara selepas mengungguli pentas akhir dengan melepasi semua halangan dalam tempoh 5 minit 13.09 saat (s).*

           *KUALA LUMPUR: Sekiranya ada gelaran pelumba tempatan terbaik di Grand Prix (GP) Malaysia Ahad lalu, pastinya status itu menjadi milik Adam Norrodin.*
          *Beraksi dalam keadaan sakit dan bermula dari laluan pit sememangnya satu bala buat insan normal tetapi pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu tetap mempamerkan tunggangan menarik sebelum menamatkan saingan di tangga ke-23.*
           *Adam melupakan kesakitan patah di bahagian bahu dan koyak ligamen lutut dialaminya dan pada satu ketika berada dalam kelompok 10 terbaik sebelum terjatuh pada baki dua pusingan terakhir dan kembali bangkit untuk menamatkan saingan di laman sendiri.*

           *PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dijangka mengadakan sidang media khas berikutan tahap kesihatan dan hala tuju kerjaya jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei.*
               *Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, sidang media khas itu akan diadakan di Ibu Pejabat BAM di Kuala Lumpur, Khamis ini.*
            *Dalam beberapa hari lagi, berkemungkinan Chong Wei akan buat kenyataan akhbar dan ia ditunggu selama ini oleh peminat (sukan) badminton negara.*

            *KUALA LUMPUR: Pemain tengah Harimau Malaya, Safawi Rasid merangkulanugerah Pemain Paling Bernilai pada Majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 (ABK18) yang berlangsung di sini, kelmarin.*
         *Kemenangan Safawi itu sebenarnya sudah dijangka berdasarkan persembahan cemerlang bersama juara Liga Super, Johor Darul Tazim (JDT), skuad bawah 23 tahun (B-23) negara dan Harimau Malaya.*
             *Anak jati Terengganu itu kini berada sebaris dengan pemain lain yang pernah memenangi anugerah itu termasuk Helmi Eliza Elias (2008), Indra Putra Mahayuddin (2009), Norshahrul Idlan Talaha (2010, 2011, 2012), Badhri Radzi (2013), Khairul Azhan Khalid (2014), Safiq Rahim (2015), Ahmad Hazwan Bakri (2016) dan Baddrol Bakhtiar (2017).*

            *KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Wan Jamak Wan Hassan percaya kombinasi pemain muda dan berpengalaman yang dimiliki Harimau Malaya bakal menjadi faktor penting untuk mereka melangkah jauh dalam saingan Piala AFF kali ini.*
            *Beliau berkata, pengendali Tan Cheng Hoe berjaya membentuk pasukan yang memiliki kekuatan tersendiri di setiap bahagian meskipun ada pihak mempertikaikan pemilihan 23 pemain ke kejohanan itu.*
           *Saya boleh katakan Cheng Hoe memiliki pasukan yang mantap di setiap posisi. Kalau kita lihat semua pemain boleh mengisi tempat dalam kesebelasan utama. Lihat saja posisi penjaga gol, kita ada Khairul Fahmi Che Mat dan Farizal Marlias, kedua-duanya penjaga gawang berpengalaman.*

            *KUALA LUMPUR: Pasangan negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mengutip kemenangan penting sebelum mara ke pusingan kedua badminton Terbuka China di Fuzhou, smlm.*
           *Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan gandingan Indonesia, Berry Angriawan-Hardianto Hardianto 22-20, 21-18.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 09:25 AM | Show all posts
boleh sembang ke thread ni
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-11-2018 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 7-11-2018 09:25 AM
boleh sembang ke thread ni

Boleh je. Ulas /komen etc yg relate dgn ringkasan berita tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 11:06 AM | Show all posts
aku tertarik dengan samurai bond. kakak2 yang dari finance line boleh bagitau apa dia samurai bond. napa tak ambik ninja loans?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.104670s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list