Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
26699
View
372
Reply

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

[Copy link]

Author: Syd    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 7-11-2018 06:15 PM | Show all posts
sofiazara replied at 7-11-2018 11:06 AM
aku tertarik dengan samurai bond. kakak2 yang dari finance line boleh bagitau apa dia samurai bond.  ...


A samurai bond is a yen-denominated bond issued in Tokyo by non-Japanese companies, and is subject to Japanese regulations. These bonds provide the issuer with an access to Japanese capital, which can be used for local investments or for financing operations outside Japan.





A NINJA loan is a slang term for a loan extended to a borrower with "no income, no job and no assets." Whereas most lenders require the borrower to show a stable stream of income or sufficient collateral, a NINJA loan ignores the verification process.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-11-2018 06:16 PM | Show all posts
Bon Samurai banyak faedah untuk negara


TOKYO: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tawaran jaminan penerbitan bon Samurai oleh kerajaan Jepun kepada Malaysia akan memberi banyak faedah kepada negara terutama dalam mengurangkan beban kewangan dan dalam soal pembangunan.

Katanya, bon termurah dengan kadar faedah hanya 0.65 peratus adalah lebih baik berbanding hutang lama yang terpaksa ditanggung dengan faedah sehingga tujuh peratus.

Jika kita dapat tukar daripada faedah tinggi dengan yang rendah kita akan dapat kurangkan beban negara untuk membayar balik pinjaman. Bon itu boleh diguna untuk apa-apa projek yang kita ada, katanya kepada wartawan Malaysia di sini, Rabu, hari terakhir lawatan kerja tiga harinya ke Jepun.

Dr Mahathir berkata, terdapat dua jenis pinjaman oleh Jepun termasuk bon Samurai yang akan diberikan oleh institusi perbankan negara itu.

Mereka juga ada ODA (Bantuan Pembangunan Rasmi) itu juga boleh bantu jika kita ada projek tertentu. Jika dapat bantuan ODA pinjaman akan kenakan faedah yang rendah, mungkin satu hingga 1.5 peratus atau kurang, katanya.

Kerajaan Jepun menawarkan jaminan penerbitan bon Samurai sehingga 200 bilion yen (RM7.4 bilion) pada tempoh 10 tahun.

Penerbitan bon dalam denominasi yen itu, akan dijamin oleh Japan Bank of International Cooperation pada kadar kupon indikatif 0.65 peratus dan dijangka diterbitkan sebelum Mac tahun depan.

Malaysia menyuarakan hasrat untuk mendapatkan pinjaman yen itu sewaktu pertemuan pertama Dr Mahathir dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, pada Jun lalu dalam usaha menangani hutang kerajaan. C BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 06:21 PM | Show all posts
Syd replied at 7-11-2018 06:16 PM
Bon Samurai banyak faedah untuk negara

adakah malaysia ambil bond samurai untuk bayar hutang negara? tak kot? tak productive la such debt note diambil sebab nak bayar hutang. so supposedly kena buat development lah kan. issue variety of bonds utk different projects (infra, kesihatan, education etc etc)
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-11-2018 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*KHAMIS 8 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 30 SAFAR 1440 HIJRAH*

*live from Kilang 100 Plus Isotonik Shah Alam*

*#pray4lionairJT610*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:30, SUBUH : 05:40, SYURUK : 06:56, ZOHOR : 13:00, ASAR : 16:21, MAGHRIB : 18:58, ISYAK : 20:10*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *AGENSI Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mencadangkan kerajaan menggubal satu undang-undang baharu bagi menangani gejala sosial terutama masalah dadah di kalangan remaja. Undang-undang itu antara lain akan membolehkan pihak berkuasa memanggil ibu bapa atau penjaga remaja bermasalah untuk mengikuti sesi kaunseling.*

                 *TINDAKAN peragut yang pulang dan bersembunyi di rumahnya ketika dikejar polis membawa padah apabila bukan saja ditahan malah membantu polis mengenal pasti kediamannya dalam kejadian jam 8.30 pagi smlm. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, pada 3 November lalu pihaknya menerima satu laporan daripada wanita berusia 53 tahun yang mendakwa diragut pada 7.30 pagi di Jalan Serai, Taman Seri Tengah.*

                 *PERKHIDMATAN Komuter dan ETS bagi laluan antara Stesen Kepong dan Stesen Sungai Buloh dihentikan sementara susulan kejadian pokok tumbang di laluan antara dua stesen berkenaan, smlm. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan sebatang pokok dilaporkan tumbang di KM 372 (laluan landasan KTM) kerana hujan lebat, jam 4.45 petang menyebabkan laluan antara kedua-dua stesen berkenaan terhalang.*

                 *TINDAKAN lebih tegas sedang dipertimbangkan kerajaan termasuk cadangan mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yang culas memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak selepas perceraian. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, kerajaan sedang memperincikan pelaksanaan penguat kuasaan keadilan syariah yang memberi tumpuan kepada wanita yang diceraikan dan tidak mendapat pembelaan.*

                 *DATUK Seri Mohd Shafie Apdal meminta semua pihak menerima keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang memutuskan beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.
Pada masa sama, Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) bertekad meneruskan usaha membangunkan negeri berkenaan.*

                 *SUAMI isteri ditahan polis selepas perbuatan mereka mencuri pakaian di kedai dobi di Simpang Empat, Kangar, Ahad lalu, dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata pasangan berusia 51 dan 19 tahun itu ditahan di rumah mereka di Sungai Bahru, Kangar, 4.30 petang semalam.*

                 *KANAK-KANAK lelaki lemas di Sungai Jalan Ban, Kampung Bunga Mas, Kangar, ketika cuba mengambil basikalnya yang terjatuh ke dalam sungai itu, smlm. Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Qayyum Zamri, 12, dipercayai hanyut selepas cuba masuk ke dalam sungai untuk menarik basikalnya.*

                 *LELAKI ditemui meninggal dunia di dalam kereta oleh orang awam di bahu jalan dekat Jalan Mega 8, Taman Mega Jaya, di Ampang, tengah hari semalam, disyaki akibat terhidu gas karbon monoksida.*

                 *LELAKI lelaki warga Bangladesh ditahan selepas didapati memberi amaran serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak polis yang cuba melakukan pemeriksaan ke atasnya di Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, petang semalam.*

                 *PARAS air Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras berjaga-jaga, berikutan cuaca tidak menentu di Kelantan, ketika ini. Berdasarkan portal publicinfobanjir.water.gov.my sehingga 4 petang smlm, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang meningkat kepada bacaan 7.68 meter (m) melebihi paras berjaga-jaga 7m berbanding 7.63m kelmarin.*

                 *EMPAT sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemuda dalam kejadian di Taman Rekreasi Sungai Senggarang, bulan lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh yang juga peniaga iaitu Ahmad Ad Darrabi Sadiman, 34, Muhammad Fadhli Benu, 29, Rizaki Riduan, 38, dan Mohd Fairuz Zakaria, 35, selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.*

                 *JABATAN Tenaga Kerja (JTK) mengesahkan penahanan majikan kepada 48 pekerja dari Tamil Nadu, India yang mendakwa dijadikan buruh paksa. JTK dalam satu kenyataan memaklumkan, majikan kepada 48 warga India berkenaan ditahan ketika datang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, kelmarin.*

                 *POLIS menahan tiga lelaki termasuk remaja berusia 15 tahun dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Jalan Tungku, Lahad Datu pada Jumaat lalu. Serbuan jam 6.30 petang oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman itu merampas dadah jenis syabu seberat 11 kilogram bernilai RM552,900.*

                 *SERAMAI 26 anggota polis akan menyelia tahap keselamatan di 26 masjid di Nilai bagi membendung jenayah terutama membabitkan kes pecah tabung derma di rumah ibadat itu. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, berkata beliau akan mengetuai Program Satu Masjid Satu Polis (SMSP) dengan memberi penerangan berkaitan aspek pencegahan jenayah sebelum solat jemaah dijalankan.*

                 *ORANG ramai tidak melepaskan peluang menjelaskan bayaran saman trafik berikutan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena perayaan Deepavali ini. Tinjauan NSTP di Balai Polis Trafik Tun H S Lee di Kuala Lumpur mendapati orang ramai berbaris untuk menyemak dan membayar saman seawal jam 7.30 pagi walaupun kaunter hanya dibuka sejam kemudian.*

                 *JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menggalakkan orang ramai yang ingin memperbaharui pasport mereka untuk membuat permohonan secara atas talian. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, selain permohonan secara walk in, orang ramai boleh memperbaharui melalui Permohonan Pembaharuan Pasport (MyOnline Passport) di laman web imigresen.*

                 *CUBAAN lelaki warga Nigeria menyeludup syabu menggunakan bungkusan makanan bijirin gagal apabila dihidu polis di tempat penyimpanan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Ahad lalu. Difahamkan, dadah yang diisytiharkan sebagai makanan itu dipercayai dikirimkan kepada suspek, 26, berkenaan melalui syarikat penghantaran.*

                 *SINDIKET dadah di Johor dikesan kembali kepada modus operandi lama, beroperasi di pinggir kampung dari kawasan bandar. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, taktik terbaru itu bagi mengelak kegiatan mereka dikesan penguat kuasa selain terletak jauh dari penempatan penduduk.*

                 *DUA penjawat awam termasuk bekas Pengarah Bahagian Visa, Pas dan Permit (VPP) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bergelar Datuk yang direman tujuh hari berhubung kes rasuah jutaan ringgit dibebaskan daripada tahanan reman, smlm. Perintah tamat reman dikeluarkan Majistret Khir Nizam Jemari di Mahkamah Majistret Putrajaya.*

                 *KERAJAAN Kelantan menyifatkan peruntukan RM50 juta kepada sekolah tahfiz yang diumumkan menerusi Belanjawan 2019, masih tidak mencukupi. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, walaupun angka berkenaan dilihat agak besar, namun sekolah tahfiz dan agama di negara ini terlalu banyak.*

                 *LIMA penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya termasuk superman di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, malam kelmarin mengundang padah apabila mereka ditahan polis. Operasi bermula 11 malam hingga 3 pagi itu dijalankan Unit Risikan dan Operasi (RO) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur diketuai sisten Superintendan Ahmad Fuad Mahmod.*

                 *KERAJAAN bercadang menggunakan Kad Pintar Khas bagi menyalurkan Elaun Sara Hidup (ESH), yang sebelum ini dibayar secara tunai, mulai tahun hadapan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, kementerian sedang memperincikan butiran Kad Pintar berkenaan sebelum dilaksanakan tahun depan.*

                 *SERAMAI 42 orang daripada 12 keluarga mangsa banjir di Kampung Seberang Pintasan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir mulai surut pagi smlm. Berikutan itu, pusat perpindahan banjir di Dewan Sivik Kampung Seberang Pintasan ditutup, kira-kira 9 pagi.*

                 *SEJUMLAH 60 lesen memburu buaya dikeluarkan di Sarawak sebagai langkah menangani populasi reptilia itu yang semakin meningkat sehingga mencetuskan konflik dengan manusia. Malah, jumlah berkenaan turut merangkumi 30 lesen menjual daging dan kulit reptilia berkenaan.*

                 *LANS Koperal polis ditahan pihak berkuasa Thailand selepas pemeriksaan terhadapnya di Jalan Sempadan, Mukim Than Nam Thip, Betong, Thailand, menemui sejumlah 60 kilogram (kg) daun ketum, kelmarin. Sumber berkata, anggota berusia 30 tahun yang bertugas di Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Pengkalan Hulu itu ditahan polis Thailand pada 5 petang (waktu tempatan).*

                 *DUA kakitangan kerajaan antara tiga lelaki disyaki penagih dadah, ditahan dalam Ops Cegah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Keningau sekitar daerah ini, malam smlm. Operasi bermula 5 petang dan berakhir kira-kira 9 malam itu, dilakukan pasukan penguatkuasa AADK susulan maklumat sumber serta risikan berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah di Keningau.*

                 *TINDAKAN lelaki cuba menyeludup sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini gagal selepas kegiatan mereka dikesan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pos 4 di Bukit Kayu Hitam, malam smlm.*

                 *AKIBAT terlalu takut kerana didakwa terbabit dalam kes penggubahan wang haram berjumlah RM1 juta, seorang doktor pelatih menyerahkan nama dan kata laluan perbankan Internet miliknya menyebabkannya kerugian RM12,400. Kejadian berlaku pada 26 Oktober lalu apabila lelaki berusia 28 tahun itu menerima panggilan daripada individu mendakwa sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).*

                 *TUJUH penghuni perempuan asrama akhlak di Jitra, bertindak meloloskan diri melalui siling bumbung asrama berkenaan, semalam. Kejadian pada 1.17 pagi itu disedari warden asrama yang menerima aduan dari penghuni lain memaklumkan tujuh penghuni yang kesemuanya berusia 16 tahun melarikan diri.*

                 *TUKANG masak lelaki yang dilaporkan merogol anak perempuan tirinya ditahan polis di kawasan Jalan Airport Kuching, Kuching, pagi semalam. Suspek berusia 33 tahun itu ditahan pada 8.55 pagi selepas mangsa berusia 10 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


             *JAKARTA: Data daripada satu kotak hitam milik pesawat Lion Air yang terhempas di Laut Jawa mendedahkan kapal terbang mengalami masalah dengan penunjuk kelajuan dalam empat penerbangannya sebelum ini.*
            *Pesawat baru Boeing 737 MAX itu terhempas kira-kira 13 minit selepas berlepas dari Jakarta menuju ke Pangkal Pinang pada 29 Oktober lalu menyebabkan semua 189 penumpang dan anak kapal maut.*
                 *Ketua Jawatan Kuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT), Soerjanto Tjahjono berkata, berdasarkan data yang dimuat naik daripada perakam data penerbangan mendapati pesawat itu mengalami masalah sama dalam empat penerbangan terakhir.*

             *SAO PAOLO: Cuba merogol isteri orang menjadi punca pemain kelab bola sepak Brazil, Sao Paolo, dibunuh kejam dengan kepalanya hampir putus dipenggal manakala kemaluannya di potong minggu lalu.*
             *Menurut laporan media Britain, polis Brazil sudah menahan seorang ahli perniagaan, Edson Brittes, 38, tiga hari selepas kejadian dan dia mengaku membunuh Daniel Correa, 24, kerana cuba merogol isterinya, Cristiana.*
             *Pemain tengah itu dikatakan menghadiri parti hari jadi anak pasangan berkenaan, Allana, yang ke-18 di sebuah kelab malam pada 26 Oktober lalu, sebelum sambutan diteruskan di rumah Edson.*

            *WASHINGTON: Kajian baharu menemui bukti bahawa semakin ramai ibu mengandung di Amerika Syarikat (AS) mengambil ganja ketika mengandung, walaupun ketika penggunaan tembakau dan minuman keras menurun.*
             *Beberapa kajian lain turut merekodkan peningkatan penggunaan ganja dalam kalangan wanita mengandung bagi setiap peringkat usia dengan wujud bukti lonjakan tinggi dalam kalangan remaja dan belia.*
             *Dalam kajian itu, pasukan penyelidik menganalisis jumlah wanita mengandung yang mengambil minuman keras, tembakau atau ganja dari 2002 hingga 2016.*

           *LONDON: Putera Charles, pewaris memberontak kepada takhta British akan berdepan kesukaran memenangi hati rakyat Britain dan mungkin menimbulkan risiko kepada pemerintah diraja, jika beliau tidak mengawal pandangan apabila menjadi Raja, kata penulis biografi diraja.*
           *Charles akan menyambut hari kelahiran yang ke 70, minggu depan. Beliau bakal menjadi Raja paling berusia dimahkotakan, jika berjaya menggantikan ibunya, Ratu Elizabeth, 92.*
              *Penulis biografi Rebel Prince tidak diluluskan mengenai Charles yang diterbitkan awal tahun ini berkata, putera itu bijak, baik dan sensitif, namun beliau juga mementingkan diri, tidak bersyukur dan suka dengan kemewahan.*

          *WASHINGTON: Seorang wanita El Salvador berusia 106 tahun, sah menjadi warga negara Amerika Syarikat (AS) semalam ketika isu panas membabitkan pendatang Amerika Tengah dibangkitkan menjelang pilihan raya pertengahan penggal AS yang berlangsung smlm.*
             *Terdahulu, Valles Bonilla ditemuramah ejen Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen AS, yang memutuskan beliau memenuhi semua syarat yang perlu untuk menjadi seorang warga negara AS, kata jurucakap.*
        *Maria Valles Bonilla berbangga dikelilingi cucu cicit dan sanak saudara ketika menghadiri upacara angkat sumpah di Washington semalam.*

          *Brisbane: Australia membenarkan pengembara muda tinggal lebih lama di negara itu bagi membantu mengatasi masalah kekurangan pekerja di ladang.*
          *Melalui pembaharuan dasar visa itu, pemegang visa pelancong backpacker boleh tinggal di Australia sehingga tiga tahun dengan syarat mereka melakukan kerja dalam sektor pertanian selama enam bulan.*
             *Sebelum ini, Australia membenarkan tempoh tinggal selama setahun kepada pelancong yang bekerja di Wilayah Utara yang terpencil.*

          *Jakarta: Ahli keluarga mangsa nahas pesawat Lion Air yang terhempas mendesak jawapan daripada pemilik syarikat penerbangan itu dalam satu pertemuan yang penuh emosi, kelmarin.
         *Mereka juga mendesak pemilik Lion Air, Rusdi Kirana memberitahu mengapa pesawat itu yang didapati mengalami masalah teknikal diberi kebenaran terbang.*
           *Mail Online melaporkan, mereka juga mempersoalkan peranan pegawai Indonesia termasuk menteri pengangkutan dan ketua Jawatan Kuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT).*


*TULAR / POPULAR*
================


           *MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa memaklumkan kitab Bible yang diedarkan di hadapan sekolah menengah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini turut diberikan kepada pelajar Melayu.*
           *Mujahid berkata, selepas kegiatan berkenaan tular, beliau sudah mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam untuk kesahihan.*
            *Semalam, Mujahid pada sidang medianya di Pulau Pinang mengakui berlaku kegiatan mengedar kitab Bible kepada pelajar di hadapan sekolah menengah di Bukit Mertajam, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.*

            *OANG ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai penemuan patung getah menyerupai janin manusia di tapak pasar malam di Sungai Rambai, Jenjarom, semalam.*
             *Ketua Polis Daerah Kuala Langat Suprintendan Azizan Tukiman berkata, ia berikutan penularan gambar di media sosial yang memberi gambaran tidak tepat sekali gus mengaitkannya dengan unsur jenayah.*
          *Perbuatan seperti ini mengundang kegusaran di kalangan masyarakat dan dilihat sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu tanpa merujuk kepada pihak berkuasa khususnya polis, katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.*

          *GAMBAR tular sekumpulan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang menjual kerepek di Bangi Gateway, Bangi, bukanlah membabitkan sindiket yang mengarahkan mereka untuk berniaga.*
             *Sebaliknya, ia adalah inisiatif Persatuan Insan Istimewa Bangi (Insan Bangi) dalam membantu kanak-kanak istimewa itu memulakan kehidupan selepas tamat persekolahan.*
            *Pengerusi Insan Bangi, Shahnun Ahmad berkata, dia tidak menafikan selepas gambar berkenaan tular, ada segelintir pihak memberikan komen negatif dan beranggapan kanak-kanak berkenaan dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *HANOI: Vietnam akan menyertai kalendar Formula Satu (F1) pada 2020 menerusi perlumbaan di litar jalanan di ibu negara berkenaan di sini, umum penganjur, smlm.*
           *Grand Prix (GP) Vietnam akan berlangsung buat julung kali pada April 2020, penganjuran terbaharu sejak Liberty Media membeli hak komersial siri perlumbaan elit berkenaan.*
             *Kami gembira untuk mengumumkan Hanoi akan menganjurkan Grand Prix Formula Satu, kata pengerusi F1, Chase Carey dalam satu kenyataan.*

          *ROME: Bekas juara dunia 100 meter gaya bebas, Filippo Magnini digantung selama empat tahun selepas gagal ujian doping kerana didapati bersalah menggunakan bahan terlarang.*
            *Agensi Anti Doping Itali (Nado) menuntut hukuman selama lapan tahun buat juara dunia 2005 dan 2007 itu yang turut memenangi pingat gangsa menerusi acara 4x200m berganti-ganti pada Sukan Olimpik Athens 2004.*
          *Bagaimanapun, atlet berusia 36 tahun itu yang bersara Disember lalu, hanya dikenakan hukuman penggantungan selama empat tahun.*

           *KUALA LUMPUR: Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara dilihat berpeluang cerah mara ke pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 yang akan berlangsung di Thailand.*
          *Selepas undian pusingan kelayakan yang berlangsung smlm, hanya China yang boleh dianggap menjadi penghalang buat anak buah Datuk Ong Kim Swee itu untuk mara sekali lagi ke kejohanan terbesar Asia itu.*
             *Bagaimanapun, China yang dijangka membariskan skuad B-19 ketika ini dan Malaysia juga mengambil pendekatan sama, harus menyaksikan negara Tembok Besar itu mempunyai kelebihan psikologi selepas berjaya menewaskan Malaysia 2-0 pada Kejuaraan B-19 AFC, bulan lalu.*

           *KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Tan Cheng Hoe menuntut semangat juang tinggi anak buahnya andai tidak mahu tenggelam dalam sorakan padu 50,000 penyokong Kemboja yang dijangka membanjiri Stadium Olimpik Phnom Penh pada aksi pembukaan Kumpulan A saingan Piala AFF malam ini.*
            *Skuad Harimau Malaya sudah merasai tekanan beraksi di stadium itu apabila mereka terpaksa bangkit selepas ketinggalan satu gol sebelum menang 3-1 pada aksi persahabatan antarabangsa 10 September lalu.*
          *Saya harap semua pemain dapat mempamerkan semangat berpasukan dan juang yang tinggi kerana bukan mudah untuk kita bertandang ke stadium ini apatah lagi dengan sokongan padu penyokong tuan rumah.*

           *KUALA LUMPUR: Bekas kapten Johor Darul Tazim (JDT), Safiq Rahim mahu isu penghijrahannya ke pasukan baharu dihentikan dan meminta supaya pihak menghormati keputusan itu.*
         *Safiq yang menyertai JDT pada 2013 dari Selangor, sah akan meninggalkan kelab Harimau Selatan itu dan kemungkinan menyertai kelab luar negara pada musim depan.*
           *Menurut pemain tengah itu, keputusan berkenaan bukannya disebabkan desakan pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebaliknya atas kehendak sendiri untuk mencari cabaran baharu.*

          *KUALA LUMPUR: Selepas kontroversi membabitkan mutu pengadilan yang lemah pada final Piala Malaysia antara Perak dan Terengganu FC dua minggu lalu, arena bola sepak tempatan terus dipalit malu apabila trofi bagi anugerah Kasut Emas mendapat kritikan pelbagai pihak.*
        *Trofi bersaiz sebesar tapak tangan yang diraih penjaring terbanyak Liga Super dari Selangor, Rufino Segovia (pemain import) dan penyerang Kelantan, Shafiq Shahrudin (pemain tempatan) nyata jauh berbeza dengan kualiti diterima pemenang musim sebelumnya.*
           *Malah, Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut meluahkan rasa kecewanya dengan trofi yang disampaikan pada malam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2018 itu dengan beliau mahu pegawai yang menguruskan trofi itu meletakkan jawatan.*

           *KUALA LUMPUR: Selepas beberapa bulan mengunci mulut, bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akhirnya akan mengadakan sidang media istimewa di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, hari ini.*
          *Apakah sebabnya? Tiada siapa mengetahui tetapi spekulasi sama ada dia akan terus bermain atau mengumumkan persaraan terhadap kariernya selepas 19 tahun, pasti akan   terjawab.*
            *Pemain berusia 36 tahun itu, yang menjadi pemain nombor satu negara didiagnosis menghidapi kanser hidung tahap awal pada tahun ini dan hanya kembali ke Malaysia pada Oktober lalu selepas menjalani rawatan di Taiwan selama lebih dua bulan.*

          *KUALA LUMPUR: Keluhan netizen supaya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi perhatian kepada pencapaian hebat Mohd Redha Rozlan atau Mat Redho akhirnya mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan itu.*
             *Menerusi kenyataan di laman Twitter miliknya, Syed Saddiq berhasrat mencalonkan atlet sukan ekstrem berusia 30 tahun itu sebagai penerima Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018.*
            *Katanya, pencalonan itu berdasarkan kejayaan Mat Redho menjuarai Liga Cabaran Ninja (NCL) 2018 di Perth, Australia, kelmarin selepas menewaskan juara Amerika Syarikat, Jake Murray dan wakil tuan rumah Cameron D'Silva yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan ketiga.*

          *KUALA LUMPUR: Meskipun masih tercari-cari jurulatih, ia tidak menghalang juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor daripada mendapatkan pemain baharu untuk mengharungi musim 2019.*
            *Skuad The Red Giants itu mengambil langkah pantas pada jendela perpindahan pertama yang sedang dibuka ketika ini apabila sah mendapatkan khidmatpemain sayap Kedah, Syazwan Zainon.*
         *Perkembangan itu diumumkan menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook FA Selangor, semalam.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 08:29 AM | Show all posts
Syd replied at 8-11-2018 08:10 AM
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*TINDAKAN lebih tegas sedang dipertimbangkan kerajaan termasuk cadangan mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yang culas memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak selepas perceraian. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, kerajaan sedang memperincikan pelaksanaan penguat kuasaan keadilan syariah yang memberi tumpuan kepada wanita yang diceraikan dan tidak mendapat pembelaan.*


aku doakan semoga usaha ni dipermudahkan supaya takde lagi dengar kes-kes ibu tunggal ni tertonggeng terbalik semua kerja sebab nak sara anak sebab bekas lagi tak guna, tanak bayar walaupun mahkamah dah putuskan. tolong la bela wanita-wanita ni semua... jgn biar laki tak guna pijak-pijak kepala boleh tak? kesian tau dak? tp exceptions to wanita yang minta melampau la, ikut kemampuan laki jugak & keperluan anak..  
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-11-2018 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
judicata replied at 8-11-2018 08:29 AM
*TINDAKAN lebih tegas sedang dipertimbangkan kerajaan termasuk cadangan mengenakan sekatan bank te ...

Kasihan emak dan budak2 ni
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-11-2018 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
News
08.11.2018
IMG-20181108-WA0021.jpg
IMG-20181108-WA0022.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-11-2018 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mengumumkan meletak jawatan, sebentar tadi
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 08:49 PM | Show all posts

Sekarang dah tampal gambar aje ye..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-11-2018 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 8-11-2018 08:49 PM
Sekarang dah tampal gambar aje ye..

ada 17 semua.
Tapi saya bz
Tak sempat semua
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-11-2018 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*JUMAAT 9 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 1 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from F&N BEVERAGE SHAH ALAM*

*#pray4lionairJT610*

*#penghulusegalahari*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:30, SUBUH : 05:40, SYURUK : 06:56, ZOHOR : 13:00, ASAR : 16:21, MAGHRIB : 18:58, ISYAK : 20:10*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *MAJORITI pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ditandatangi atau diratifikasi oleh kerajaan.*

                 *BEKAS pengurus sebuah syarikat pembinaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, smlm, atas empat pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM270,000, enam tahun lalu. Ia didakwa bagi kerja pembinaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang.*

                 *SEORANG gadis menjadi mangsa serangan seksual bapa saudaranya selepas dipaksa memegang kemaluan lelaki terbabit dalam kejadian di Kuala Nerus, Isnin lalu. Selain itu, mangsa berusia 14 tahun turut diugut bunuh sekiranya dia membuat bising dalam kejadian jam 9.30 malam.*

                 *KECEKAPAN anggota bomba wanita menyelamatkan seorang wanita daripada cubaan bunuh diri di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Flat Melana, Perling, Johor Bahru, tengah hari smlm.*

                  *Industri perikanan Malaysia mempunyai perkembangan dinamik dan kompetitif, malah berpotensi untuk dimajukan terutama dalam menyumbang pendapatan eksport negara. Bagi membangunkan industri itu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) merangka pelan strategik secara holistik merangkumi pembangunan sektor perikanan dan sosio-ekonomi nelayan.*

                 *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu telus dalam menyiasat kos pembinaan Air Pancut Darul Hana yang didakwa mencecah kos RM31 juta. Dibina di tebing Sungai Sarawak di hadapan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di Petra Jaya, kemudahan air pancut berirama itu disifatkan termahal di Malaysia dan dirasmikan sempena sambutan hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, baru-baru ini.*

                 *PELAJAR tingkatan tiga dipercayai diserang 20 pelajar lain menggunakan tali pinggang di Taman Tun Razak, Sandakan, semalam. Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa bersama 15 rakannya dikatakan bertemu dengan 20 pelajar dari sekolah lain untuk menyelesaikan secara baik perselisihan faham selepas dikatakan rakan mangsa menyadung kaki pelajar sekolah lain.*

                  *KUALA LUMPUR: Diseret dan kepala terhentak di atas jalan akibat diragut penjenayah. Itu nasib malang dialami peniaga wanita selepas beg tangannya diragut di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini, tengah hari semalam.*

                 *TERIMA kasih Harian Metro kerana membantu, jikalau tidak saya tidak tahu bagaimana untuk mencari Athirah, kata pesara tentera, Kamarudin Yaacob, 45 yang bersyukur apabila anaknya Siti Nur Athirah, 15 yang menghilangkan diri pada 29 Oktober lalu pulang semula ke pangkuan keluarga.*

                 *REMAJA perempuan maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas di hadapan sebuah stesen minyak di Kilometer 5, Jalan Tuaran di Kota Kinabalu, semalam.*

                 *PEMILIK kedai serbaneka 24 jam mendakwa kerugian RM7,500 selepas kereta Toyota Vios merempuh masuk premis itu di Persiaran Prima Utama, Puchong, semalam.*

                 *MAYAT lelaki tanpa identiti ditemui terapung sambil menggalas beg berisi batu di Sungai Sembulan dekat Sembulan, Kota Kinabalu, semalam. Difahamkan, mayat itu ditemui oleh orang awam jam 9.20 malam sebelum memaklumkannya kepada polis.*

                 *PUSAT jualan perabot mengandungi 13 premis perniagaan di Jalan Bukit Puchong di Puchong, musnah dalam kebakaran, malam smlm Ketua Operasi Bomba Zon Petaling, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Zaikunor Afendi Muhammad Nordin berkata, lapan jentera bomba bersama 30 anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan pada 10.26 malam.*

                 *LIMA daripada 34 loji rawatan air di Kelantan menggunakan kaedah rawatan ozon serta tidak menggunakan bahan kimia. Ketua Jabatan Teknikal Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Lt Ir Tengku Iskandar Tengku Ismail berkata, lima loji yang menggunakan teknologi ozon iaitu Loji Rawatan Air Pintu Geng; Kampung Chap, Bachok; Perol; Wakaf Bharu; dan Merbau Chondong, Machang.*

                 *JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan penggiat industri seni tanah air untuk membuat rujukan dengan pihak berkuasa agama sebelum menyiarkan filem mahupun drama yang mengandungi konteks sensitif. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, pihaknya bersedia memberi khidmat nasihat sekiranya terdapat elemen yang berpotensi mengundang kontroversi berkaitan agama.*

                 *KONONNYA datang untuk mengajak individu seusianya ke majlis kenduri kesyukuran, sebaliknya ia adalah taktik digunakan seorang penjenayah untuk melakukan kegiatan samun di sekitar Kepala Batas. Itu modus operandi digunakan seorang suspek berusia 60 tahun yang dikesan melakukan tujuh kes samun di daerah Seberang Perai Utara dan Kedah.*

                 *KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan menyasarkan peningkatan sumbangan usahawan Bumiputera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh lima tahun akan datang. Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, ketika ini usahawan Bumiputera termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) hanya menyumbang kurang daripada 30 peratus KDNK negara.*

                 *MAHKAMAH Majistret Balik Pulau, smlm menetapkan 18 Disember depan untuk sebutan semula kes seorang lelaki yang membunuh ibunya dan membuang mayat wanita terbabit dalam tangki najis, September lalu.*

                 *ENAM pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis, smlm berhubung dakwaan pengedaran Bible kepada pelajar di hadapan sekolah menengah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.*

                 *PEGUAM Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, smlm membuat dua laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa wujudnya rasuah membabitkan tokoh perniagaan, Koon Yew Yin serta beberapa individu dalam Kerajaan Negeri Perak.*

                 *ANGGOTA tentera maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang bertembung dengan bas sekolah di Jalan Puncak Borneo berhampiran Kampung Bratan, Padawan, smlm. Mangsa, Joharie Safri, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian belakang, selain pendarahan teruk di bahagian kepala dan muka.*

                 *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melancarkan koleksi not emas Harapan hasil inisiatif syarikat barang kemas, Poh Kong di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP).
Dr Mahathir dalam ucapannya berkata, beliau berharap entiti perniagaan lain dapat mencontohi inisiatif berkenaan sekali gus memberi inspirasi untuk menyumbang kepada negara.*

                 *BEKAS orang kuat UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan hasrat untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Pemimpin veteran yang pernah menyandang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Ketua Wanita UMNO itu berkata, beliau sudah menyampaikan hasrat itu kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad.*

                 *KONSEP penyampaian perkhidmatan awam perlu segera berubah bagi menghadapi cabaran yang semakin kompleks seiring perkembangan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0). Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata, justeru semua penjawat awam perlu meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam melaksanakan tugas.*

                 *SEORANG lelaki warga Banglades bersama tiga lelaki tempatan yang terbabit dengan kes penculikan dan pemerasan dua pekerja binaan warga Bangladesh pada 24 Oktober lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, smlm.*

                 *PIHAK pendakwaan sudah menyerahkan dokumen setebal 600 muka surat bagi perbicaraan kes pengubahan wang haram dan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapi isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.*

                 *Kuala Lumpur: Tawarkan khidmat perjudian kasino alam maya kepada puluhan ribu pelanggan dengan pendapatan mencecahkan RM3.36 juta sebulan. Itu antara kegiatan lima pakar judi dalam talian yang aktif mempromosi kegiatan judi menerusi iklan di laman sesawang, media sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).*

                 *Kuala Lumpur: Memasuki minggu akhir pemilihan PKR 2018, pasukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengungguli undian tertinggi bagi mengisi jawatan utama Majlis Pimpinan Pusat parti itu. Pemilihan yang bermula sejak 22 September lalu menyaksikan hampir semua calon kem penyandang Timbalan Presiden PKR itu berada dalam kedudukan selesa bagi setiap jawatan yang ditandingi mereka.*

                 *PERKHIDMATAN Komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) membabitkan laluan antara Stesen Kepong dan Stesen Sungai Buloh kembali beroperasi seperti biasa bermula 5 pagi smlm selepas kerja mengalihkan pokok tumbang dan baik pulih landasan selesai dijalankan.*

                 *TUJUH penghuni sebuah asrama akhlak perempuan di Jitra, Kedah yang meloloskan diri semalam berpunca daripada mereka tidak dapat menyesuaikan diri di pusat rehabilitasi berkenaan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kegagalan penghuni pusat untuk menyesuaikan diri adalah satu masalah yang perlu diberi fokus dan ditangani oleh kerajaan.*

                 *PENUNGGANG lelaki maut selepas motosikalnya melanggar belakang sebuah lori yang mengalami kerosakan di Kilometer 11 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Sungai Petani, semalam. Dalam kejadian jam 9.50 malam, mangsa Nur Faiz Nafis Mohmad Noor, 23, dari Taman Ria, Sungai Petani dipercayai tidak menyedari lori berhenti di laluan kecemasan akibat masalah radiator.*

                 *KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan melaksanakan program pengasingan (diversion) terhadap kanak-kanak yang ditahan kerana melakukan kesalahan jenayah, bermula tahun hadapan.*

                 *PEMANDU Grab mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown,smlm, terhadap pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 11 tahun, tiga tahun lalu. Tertuduh, Teh Kim Huat, 49, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Wan Azmah Yaacob.*

                 *BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi keterangan kira-kira empat jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), smlm dipercayai berhubung dakwaan seorang ahli parlimen menerima rasuah daripada syarikat kontraktor bagi satu projek.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


           *FILIPINA: Seorang wanita bertindak kejam membuang bayi kembarnya di tepi jalan menyebabkan seorang daripada bayi perempuan terbabit meninggal dunia di wilayah Negros Oriental, Filipina, minggu lalu.*
            *Wanita itu dipercayai membuang bayi terbabit pada awal pagi sebelum tangisan mangsa didengar orang ramai yang bergegas menyelamatkan mereka.*
           *Namun, seorang daripada bayi terbabit yang lebih kecil dan lebih lemah, tidak sedarkan diri ketika ditemui dengan kulitnya sudah bertukar pucat sebelum disahkan meninggal dunia setibanya di hospital.*

           *BEIJING: Rambut sama hitam, hati lain-lain. Mungkin pepatah itu perlu diubah kepada di mana-mana pun ada majikan tetapi hukuman berbeza.*
             *Ini berdasarkan pengalaman pekerja di sebuah syarikat hiasan dalaman dihukum minum air kencing, makan lipas serta dilibas dengan tali pinggang kerana gagal menyiapkan tugasan.*
             *Ada juga kes pekerja diarah  membotakkan kepala, minum air tandas serta gaji dilewatkan sebulan, menurut kepada imej dan video media sosial China yang dirujuk media rasmi.*

            *FLORIDA: Selepas nyaris dibaham buaya, seorang lelaki berusia 23 tahun kini menghadapi pelbagai tuduhan jenayah, termasuk merosakkan harta benda selepas memecah masuk ladang ternakan buaya di St Augustine, di sini.*
         *Rakaman CCTV menunjukkan lelaki itu, Brandon Keith Hatfield, memecah masuk Taman Ternakan Buaya St Augustine selepas pusat itu ditutup, kelmarin.*
          *Ketua Polis St Augustine, Dee Brown berkata, lelaki itu berkemungkinan khayal dengan dadah ketika melakukan perbuatan itu dan polis kini menunggu keputusan ujian kandungan darahnya.*

           *PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, mempertahankan langkah memberi jawatan kanan kepada tiga anaknya dalam jabatan kerajaan dan tentera atas alasan mereka memiliki tahap pendidikan dan kelayakan diperlukan.*
          *Semua mereka memiliki ijazah, sijil sarjana muda dan doktor falsafah. Kenapa kita mahu kelayakan mereka dibazirkan?*
         *Saya wajar mencari kerja untuk mereka, kata Hun Sen, 66, ketika berucap di satu majlis anugerah pelajar sekolah tinggi di ibu negara, Phnom Penh, hari ini.*

            *VENTURA: Sekurang-kurangnya 12 orang maut, selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kelab malam yang sesak dengan pelajar kolej di selatan California, kata pejabat sherif daerah Ventura.*
          *Sherif Daerah Ventura, Geoff Dean hari ini berkata, salah seorang sarjan jabatan sherif itu maut akibat kecederaan dalam insiden tembakan terbabit di kawasan Thousand Oaks yang terletak kira-kira 50 kilometer di barat Los Angeles.*
          *Polis sudah memaklumkan kepada agensi berita Los Angeles Times bahawa 30 tembakan dilepaskan di Borderline Bar & Grill di Thousand Oaks.*

           *BEKAS eksekutif bank Goldman Sachs, Roger Ng dan keluarganya dilaporkan bersetuju untuk menyerahkan kira-kira S$40 juta (RM120.7 juta) kepada pihak berkuasa Singapura.*
            *Memetik sumber, Bloomberg berkata Ng yang ditangkap minggu lalu oleh pihak berkuasa di negara ini atas permintaan Amerika Syarikat akan memulangkan wang yang dibekukan di republik itu kepada kerajaan Malaysia.*
           *Singapura pada September lalu sudah memulangkan sejumlah S$15.3 juta (RM46.075 juta) dana berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International.*

           *NEW DELHI: Pencemaran di ibu negara India, New Delhi, mencapai tahap teruk smlm selepas ramai yang berpesta dan bermain bunga api sempena perayaan Deepavalli.*
             *Dua indeks pencemaran menunjukkan keadaan udara amat teruk dan teruk, amaran bahawa ada penduduk akan menghadapi masalah pernafasan jika terdedah lama kepada keadaan itu.*
         *Indeks itu mengukur partikel kecil beracun atau PM 2.5 atau lebih kecil daripada itu yang boleh memasuki paru-paru manusia.*

          *Springfield: Pewaris rangkaian hotel Hyatt menjadi gabenor paling kaya dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) apabila menewaskan penyandang jawatan itu dari parti Republikan di Illinois.*
            *J B Pritzker, 53, dari Demokrat menewaskan Gabenor Illinois, Bruce Rauner selepas pengundian ditutup kelmarin.*
            *Mail Online melaporkan, Rauner yang memegang jawatan itu selama sepenggal, mengisytiharkan kekalahannya sejam selepas pengundian ditutup.*
            *Pritzker yang kekayaannya dianggarkan AS$3.5 bilion (RM14.59 bilion) dilaporkan membelanjakan AS$171.5 juta (RM715 juta) wangnya sendiri untuk menampung kempennya.*


*TULAR / POPULAR*
================


          *STATUS Mufti Wilayah Persekutan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Facebook beliau, hari ini berhubung surat terbuka kepada pengarah drama Isteri Untuk Disewa, Osman Ali menarik perhatian netizen.*
            *Beliau dalam status berkenaan menyatakan surat berkenaan ditulis berikutan soalan berhubung isu fiqh dalam drama yang dtonton semalam.*
             *"Ada mustafti yang bertanya beberapa isu fiqh dalam drama ini. Insya Allah, saya sedang menyiapkan surat terbuka kepada pengarah drama ini," katanya memetik status dalam FB rasmi beliau.*
               *Sehingga 8 malam tadi, status berkenaan mendapat lebih 4,000 suka, 180 komen dan 1,500 perkongsian.*

          *POLIS Johor mengesahkan sudah menahan anggota polis yang didakwa terbabit memukul seorang wanita warga asing sehingga mendatangkan kecederaan, tahun lalu.*
            *Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, lelaki itu ditahan semalam, bagi membantu siasatan selepas satu laporan polis dibuat berhubung dakwaan mangsa terbabit di dalam laman sosial Facebook (FB).*
              *Satu muat naik tular di FB berkaitan seorang wanita warga asing yang mendakwa dicederakan sehingga mengalami kecederaan di kedua-dua lututnya serta diugut akan ditangkap jika melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.*

          *KUALA LUMPUR: Seorang wanita berjaya merakam imej lelaki yang memecah masuk rumahnya sebelum memuat naik gambar individu terbabit yang hanya berseluar dalam di media sosial, kelmarin.*
        *Menceritakan kejadian itu, mangsa, Nur Faeza Sulaiman, 26, berkata, kejadian berlaku di rumah sewanya di Kampung Padang Jambu, Dungun, Terengganu kira-kira jam 12.30 tengah hari.*
         *Saya keluar untuk membeli barang dapur pada jam 11 pagi dan sebaik pulang ke rumah, saya terkejut melihat tangan seorang lelaki berada atas pintu tingkap dapur.*

           *PELAKON utama filem Hantu Kak Limah (HKL), Datuk Awie meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan wang bonus diterima meski filem itu meraih kutipan RM38 juta.*
          *Awie, 50, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, jumlah itu tidak setimpal dengan usaha pelakon dan sumbangan pekerja belakang tabir filem itu.*
          *Berapa jumlah diterima, saya nak cakap pun malu. Tapi, kalau saya yang pelakon utama pun dapat ciput, berapa agaknya kru dapat? Bukan tidak bersyukur tetapi saya berasakan perkara ini tak patut berlaku.*

          *DUA buah hotel akan dibina di puncak Bukit Bendera, Georgetown bagi memenuhi keperluan orang ramai yang mengunjungi kawasan peranginan berkenaan menjelang tahun hadapan.*
           *Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, ia masing-masing terletak di belakang Banglo Convalescent dan di lereng bukit di lembah berhampiran kafe di Laluan Kuli dekat puncak kawasan peranginan itu.*
            *Katanya, cadangan pembinaan hotel di belakang Banglo Convalescent kini di peringkat cadangan reka bentuk dengan ia akan dibina mengikut garis panduan ditetapkan dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK).*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *LONDON : Semua pemain kelab Leicester City akan mengenakan baju t bersulam nama pemilik, Vichai Srivaddhanaprabha apabila bermain di laman sendiri untuk perlawanan pertama selepas kematian mendiang dalam tragedi helikopter terhempas bulan lalu.*
          *Vichai adalah seorang daripada lima mangsa yang maut dalam nahas berhampiran Stadium King Power selepas perlawanan akhir Leicester di laman sendiri pada 27 Oktober lalu.*
           *Kelab itu dalam satu kenyataan berkata, upacara mengenang mendiang akan dilakukan menerusi persembahan video pada perlawanan menentang Burnley Sabtu ini manakala penyokong kelab berkenaan juga dilaporkan merancang satu perarakan ke lokasi.*

          *MADRID: Pengendali sementara Real Madrid, Santiago Solari berharap peluangnya untuk memikul tanggungjawab itu secara sepenuh masa melonjak menerusi kemenangan ke atas Celta Vigo dalam aksi La Liga, Ahad ini.*
            *Kunjungan ke Estadio Municipal de Balaidos menghadirkan ujian getir buat Solari setakat ini dengan bekas pemain tengah Argentina itu sudah menang tiga perlawanan sejak mengambil alih tugas Julen Lopetegui yang dipecat.*

           *KUALA LUMPUR: PenyerangNorshahrul Idlan Talaha membuktikan dirinya masih berbisa apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan 1-0 ke atas Kemboja untuk membantu skuad Harimau Malaya membuka langkah kanan dalam kempen Piala AFF di Stadium Olimpik Phnom Penh malam tadi.*
           *Kemenangan itu cukup penting buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam misi melepasi halangan Kumpulan A di mana mereka bakal berdepan Laos, Vietnam dan Myanmar selepas ini.*

           *KUALA LUMPUR: Adam Norrodin mengucapkan 'selamat tinggal' kepada saingan Moto3Kejuaraan Motosikal Dunia dan tidak akan menyertai pusingan penutup tirai 2018 di GrandPrix (GP) Valencia minggu depan bagi menjalani pembedahan bahu dan lututnya.*
              *Pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu bakal beraksi di Kejuaraan Moto2 Eropah musim depan dan kelibatnya di GP Malaysia hujung minggu lalu adalah yang terakhir selepas tiga musim menyertai perlumbaan berprestijitu.*
            *Adam dijadual menjalani pembedahan bahu di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC), Selasa ini oleh Doktor Saw Khay Yong dan dalam tempoh enam minggu kemudian melakukan pembedahan kedua di bahagian lututnya.*

           *KUALA LUMPUR: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal menerajui Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) apabila dilantik semula selaku Presiden pada Kongres Luar Biasa (EGM) FAS, smlm.*
         *Bagaimanapun, perubahan besar berlaku dalam kepemimpinan badan induk itu yang menyaksikan selain Tengku Amir Shah, hanya dua individu yang dipilih semula untuk mengganggotai barisan baharu persatuan itu.*
           *Dua individu yang dipilih semula adalah Naib Presiden iaitu Datuk Ariffin Ab Hamid dan Omar Ali yang mendapat sokongan sebulat suara daripada semua 52 ahli gabungan yang hadir pada kongres terbabit.*

          *KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei menegaskan dia belum bersedia untuk menggantung raketlagi selepas berjuang melawankanser hidung tahap awal sebelum ini.*
              *Pada sidang media rasmi pertamanya di Akademi Badminton Negara (ABM) Bukit Kiara, hari ini, pemain berusia 36 tahun itu berkata dia perlu menilai kembali keadaannya terlebih dahulu sebelum memutuskan masa depannya.*
           *Bagaimanapun, beliau belum bercadang untuk bersara ketika ini.*

          *IPOH: Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaimakhirnya mengumumkan peletakan jawatannya sebagai presiden persatuan itu, smlm.*
           *Pengumuman mengejutkan itu dibuat Hasnul pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif PAFA, namun beliau masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan itu.*
           *Beliau berkata, keputusan itu dibuat untukmemberikan tumpuan terhadap tugas politiknya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang memegang portfolio Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-11-2018 01:19 PM | Show all posts
Berita Harian Online
1 hr

Lelaki yang videonya tular kerana memasukkan anak saudara lelakinya ke dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa bulan lalu, dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini.



Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 02:02 PM | Show all posts
Syd replied at 9-11-2018 01:19 PM
Berita Harian Online
1 hr



bagus. ingat lawak sangat ka jenaka ko tu letak anak buah dalam mesin basuh? padan muka. mmg kena sangat ayat 'macam muka pecah rumah' dengan ko
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-11-2018 05:11 PM | Show all posts

BERNAMA
2 hrs

K'jaan P.Pinang umum bonus setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 3,915 anggota perkhidmatan awam negeri.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-11-2018 05:14 PM | Show all posts
BERNAMA
5 hrs


Program SPRM360 di Bernama Radio esok.




Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-11-2018 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai 7pm
IMG-20181109-WA0144.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-11-2018 05:28 PM | Show all posts
Berita Harian Online
14 mins

2 lelaki Nigeria mengaku tidak bersalah dalang Macau Scam



Berita lanjut:

https://www.bharian.com.my/berit ... mMfG5qyzGuYu-OeVuvc





Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-11-2018 05:32 PM | Show all posts
Edited by Syd at 9-11-2018 05:40 PM

BERNAMA
38 mins

Investors confidence in Malaysia will not be affected as the concerns of rating agencies have been addressed:  Deputy MITI
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-11-2018 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
09.11.18

Rumah Terbuka Deepavali, Dataran Rembau, NS.
45636870_2481232425226677_452811508594769920_o.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-11-2018 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*SABTU 10 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 2 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from F&N Beverage Shah Alam*

*#pray4lionairJT610*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*

*GOA_L TERAKHIR UNTUK MINGGU INI, SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DAN PENUHI MASA BERKUALITI BERSAMA INSAN TERSAYANG, HATI2 DIJALAN RAYA, INGATLAH ORANG2 TERSAYANG.. C YAA*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:30, SUBUH : 05:40, SYURUK : 06:56, ZOHOR : 13:00, ASAR : 16:21, MAGHRIB : 18:58, ISYAK : 20:10*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *Kuala Lumpur: Kerajaan perlu menumpukan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin. Beliau berkata, apa yang berlaku sebelum ini adalah sejarah dan kerajaan baharu perlu berhenti menuding jari serta menyalahkan kerajaan terdahulu yang mentadbir negara ini selama 61 tahun.*

                  *AHLI keluarga mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi mendesak kerajaan tidak memansuhkan hukuman mati mandatori kerana ia didakwa tidak adil dan hanya akan menyumbang kepada peningkatan kes jenayah berat di negara ini. Kes itu membabitkan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya; timbalan pendakwa raya, Datuk Anthony Kevin Morais dan pegawai bank, Wong Jing Kui.*

                  *TUN Dr Mahathir Mohamad mengingatkan supaya kebebasan bersuara tidak digunakan bagi menimbulkan kekacauan. Perdana Menteri berkata, walaupun kerajaan menyokong kebebasan bersuara, namun ia tidak sepatutnya digunakan untuk menimbulkan masalah terutamanya dalam isu berkaitan kaum dan agama.*

                 *PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata UMNO perlu dibubarkan kerana sudah tiada. Dr Mahathir berkata, UMNO hanya tinggal badan (nama) yang tidak lagi memperjuangkan bangsa, agama dan negara. Secara benar, sudah tiada UMNO cuma satu badan, prinsip perjuangnya sudah tidak ada.*

                 *DUA lelaki warga Nigeria dipercayai dalang sindiket penipuan Macau Scam didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, smlm. Tertuduh yang dikatakan memasuki negara ini sejak 2016 sebagai pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di ibu negara, ditahan polis pada 21 September lalu.*

                 *MAHKAMAH Majistret Kuala Kangsar, smlm melepas dan membebaskan seorang anggota polis trafik daripada pertuduhan mencuri wang tunai RM200 milik seorang lelaki, dua tahun lalu.*

                 *POLIS menumpaskan sindiket curi kereta mewah, Geng Yon Kuang, yang melarikan lebih lima kereta mewah pelbagai jenama bernilai lebih RM800,000 dalam masa hanya tiga minit di beberapa kawasan di sekitar Batu Pahat, sejak bulan lalu.*

                 *SUAMI terpaksa dijahit sembilan kali di kepala selain mengalami kecederaan teruk di lengan tangan kanan," kata isteri mangsa, Zainudin Wahab, 60, yang diserang jirannya, kelmarin. Latifah Alias, 59, berkata, suaminya dilibas dan ditikam menggunakan pisau oleh lelaki berusia 41 tahun itu masing-masing di bahagian kepala dan tangan.*

                 *POLIS menumpaskan kumpulan curi kenderaan dikenali 'Geng Wan' selepas menahan tiga lelaki termasuk ketuanya dalam serbuan berasingan di Kota Kinabalu, minggu ini.*

                 *SERAMAI 45 individu termasuk lapan wanita yang menyertai pesta dadah dan seks ditahan dalam serbuan di kondominium mewah di Seri Kembangan, Serdang, pagi kelmarin.
Sembilan daripadanya adalah pelajar sekolah menengah di sekitar Serdang dan turut ditahan kerana positif dadah.*

                 *ANAK tak guna. Itu perkataan tepat menggambarkan sikap seorang lelaki yang menyebabkan hidup kedua orang tuanya sengsara diganggu lintah darat setiap hari. Itu nasib dialami sepasang suami isteri berusia 73 tahun dan 61 tahun apabila anak sulung mereka yang berusia 44 tahun menghilangkan diri selepas meminjam wang dengan 13 lintah darat.*

                  *KETIKA remaja seusianya sedang membuat persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lagi lagi, seorang remaja lelaki pula mencuri kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger di hadapan kilang di Jalan Kilang Sago Baru, Kulim. Bagaimanapun, tindakan suspek berusia 17 tahun yang sudah tidak bersekolah itu mengundang padah apabila dia ditahan polis 11.10 malam smlm di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.*

                 *KEGIATAN peniaga yang turut menjadi pengedar syabu untuk hidup mewah terbongkar selepas kediaman mereka di Merdang Garden, Kota Samarahan, diserbu polis, semalam. Serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada 1.10 tengah hari hasil risikan dan maklumat awam sejak beberapa hari lalu.*

                 *ARWAH suami meninggal dunia dalam keadaan fikrah yang baik ketika sedang menunggu masuk waktu solat Subuh dan sempat berselawat dan menghampar sejadah sebelum rebah di tempat imam. Begitu kata Fatimah Latif, 62, isteri kepada lelaki warga emas, Salleh Hussain, 65, yang rebah sebelum meninggal dunia ketika sedang menunggu untuk solat berjemaah di Masjid Kampung Hangus, Kupang, dekat Baling, smlm.*

                 *POLIS meminta ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak yang meninggal dunia di hospital di Ampang, semalam dipercayai akibat didera untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat meminta ibu kandung mangsa iaitu Noraini Samian, 20, dan bapa tirinya, Khairul Izaini Khairuddin, 31, untuk tampil ke balai polis berhampiran.*

                 *BURUH lelaki yang juga penagih dadah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, smlm atas tuduhan meliwat pada 25 Oktober lalu. Tertuduh, M Nadarajan, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norhayati Mohammad Yunus.*

                 *PADA mulanya hanya mahu membuat pinjaman sebanyak RM10,000, namun guru wanita di Rompin, terpaksa membayar pelbagai caj sehingga berjumlah RM100,050 selepas diperdaya sindiket menawarkan pinjaman wang tidak wujud secara dalam talian. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata pada 15 Oktober lalu, wanita berusia 48 tahun itu melihat iklan pinjaman wang di laman web.*

                 *SURIRUMAH kerugian RM3,000 apabila ditipu scammer yang menyamar sebagai kakitangan syarikat telekomunikasi di Kedah yang mendakwa anaknya ditangkap tanpa diketahui apa kesalahan yang dilakukan. Dalam kejadian minggu lalu, wanita berusia 50-an dari Pendang itu memasukkan wang selepas diarahkan membayar ikat jamin untuk melepaskan anak lelakinya yang berusia 18 tahun.*

                 *MENTERI Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, yang dimasukkan semula ke Hospital Serdang bagi pemantauan Selasa lalu, dibenarkan keluar, semalam. Sumber berkata, Aminuddin yang menjalani pembedahan jantung hujung bulan lalu, dibenarkan keluar petang semalam, selepas pakar yang memantau tahap kesihatannya berpuas hati dengan perkembangan beliau.*

                 *Kota Bharu: Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras berjaga-jaga, namun sudah menunjukkan trend menurun berikutan cuaca semakin baik semalam. Berdasarkan portal publicinfobanjir.water.gov.my hingga jam 4 petang semalam, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang menurun kepada bacaan 7.67 meter (m) melebihi paras berjaga-jaga 7 m berbanding 7.68 m semalam.*

                 *Segamat: Lima lelaki yang sibuk meruntuhkan sebuah kilang papan tinggal untuk dijadikan barangan lusuh terkedu ketika didatangi sepasukan anggota polis yang sedang menjalankan Ops Lusuh di sini Selasa lalu.*

                *JEPUN tidak meletakkan sebarang syarat ketika memperuntukkan bon samurai dengan nilai keseluruhan RM7.4 bilion kepada Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri ketika menjelaskan perkara itu berkata, pinjaman mudah bagi tempoh 10 tahun berkenaan berupaya digunakan untuk pelbagai tujuan, selain mengukuhkan kedudukan fiskal negara.*

                 *Kuala Terengganu: Seorang tekong warga Vietnam dijatuhi hukuman denda RM1 juta manakala seorang awak-awaknya pula didenda RM100,000 di Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah menangkap hasil laut di perairan negara membabitkan nilai rampasan lebih RM1 juta termasuk lima tan hasil laut.*

                 *Kuching: Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan tidak berlaku sebarang perlanggaran keahlian di cabang paling kontroversi, Julau, yang terletak di tengah Sarawak. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 November lalu, melakukan penahanan ke atas seorang ketua bahagian yang tidak dinamakan membabitkan pertambahan ahli mendadak di cabang berkenaan susulan laporan dilakukan PKR Sarawak pada 25 Oktober lalu.*

                 *ANGGOTA polis meninggal dunia, smlm selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Sungkai, Muallim, kelmarin. Lans Koperal Mohd Akmal Hakim Abd Razak, 27, yang bertugas di Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, 5 pagi.*

                 *EMPAT rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis, malam smlm. Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) Perlis, Muhamad Firdaus Yusop berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan mengenai kejadian pada jam 9.21 malam.*

                 *PEKERJA swasta maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan kepalanya digilis kenderaan lain di Kilometer 16.8 arah utara Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), semalam. Dalam kemalangan kira-kira jam 3.35 petang itu, pemuda berusia 23 tahun dan berasal dari Rawang itu sedang menunggang motosikal bersendirian sebelum terbabit kemalangan.*

                 *POLIS merekodkan 29 rakaman percakapan berhubung kes pengedaran kitab Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di hingga ia tular di media sosial, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, mereka yang terbabit rakaman percakapan yang direkodkan itu terdiri daripada saksi membabitkan beberapa pihak, individu dan suspek yang terbabit.*

                 *LELAKI yang videonya tular kerana memasukkan anak saudara lelakinya ke dalam mesin basuh di dobi layan diri di Bukit Sentosa dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru, smlm, atas pertuduhan melakukan perbuatan itu, bulan lalu.*

                 *KUALA LUMPUR: Golongan remaja direkrut dan diberi upah oleh tokan dadah untuk menjadi pengintip dikenali sebagai jaga air. Mereka diarah menyalurkan maklumat setiap aktiviti penguatkuasaan dilakukan di kawasan jagaan, sekali gus menyukarkan pihak polis atau Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengambil tindakan terhadap aktiviti haram itu.*

                 *PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) bimbang dengan cadangan pembinaan dua hotel di atas Bukit Bendera yang akan bertentangan dengan Rancangan Kawasan Khas (RKK) bagi bukit berkenaan. Ia berikutan langkah itu akan mendedahkan risiko serius terhadap kejadian tanah runtuh dan hakisan tanah serta memberi kesan kepada sekitarnya.*

                 *LELAKI yang ditahan polis, awal pagi kelmarin mengaku melakukan lebih 50 kes pecah rumah di tiga daerah sejak empat tahun lalu. Tangkapan ke atas suspek berusia 36 tahun yang mengaku melakukan jenayah di kawasan Larut Matang, Kuala Kangsar dan Kerian secara bersendirian itu membolehkan polis menemui semula pelbagai barangan dipercayai dicuri termasuk 15 butir peluru hidup jenis SME Rimba dan 20 utas barang kemas.*

                 *KERAJAAN Negeri Melaka smlm membentangkan Belanjawan 2019 berjumlah RM382,232,452 juta dengan hasil negeri dianggarkan RM384,294,085 juta, sekali gus mencatat lebihan 15 tahun berturut-turut sejak 2005.*

                 *MENTERI Pendidikan, Maszlee Malik bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Bagaimanapun, peletakan jawatannya itu tidak akan berkuatkuasa serta-merta kerana beberapa isu berkaitan perlu diselesaikan termasuk mencari pengganti yang bakal memegang jawatan terbabit.*

                 *Saya tidak tahu kerana beradaTanah Suci Makkah. Saya menghadap Allah dan jika mereka nak buat apa-apa terpulanglah kerana mereka berkuasa, kata Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim. Beliau mendakwa tidak tahu langsung mengenai waran tangkap yang dikeluarkan ke atasnya berikutan kegagalan untuk hadir ke Mahkamah Sesyen Kangar smlm.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


          *BEIJING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dianggap sebagai budak ajaib kerana tidak mengalami kecederaan walaupun digilis sebuah kereta ketika bermain di sebatang jalan raya di China.*
            *Media tempatan berkata, kanak-kanak itu dilaporkan bermain di tengah jalan dalam kejadian yang berlaku di bandar Yiwu di wilayah Zhejiang, timur China.*
                *Satu rakaman kamera keselamatan menunjukkan kanak-kanak itu yang memakai baju berwarna merah jambu dan seluar merah berbaring di atas jalan raya sebelum sebuah kereta putih bergerak mendekatinya.*

          *DUSHANBE: Pasukan keselamatan Tajikistan menembak mati sekurang-kurangnya 27 orang di sebuah penjara kawalan ketat di bandar utara Khujand selepas tercetus satu rusuhan lewat kelmarin, kata tiga sumber keselamatan.*
              *Pihak berkuasa tempatan mengesahkan, berlaku rusuhan di penjara itu, namun tidak memberi maklumat lanjut.*
            *Khujand terletak sejauh 300 kilometer di utara ibu kota Tajikistan di sini.*
             *Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri yang enggan dikenali memberitahu, rusuhan bermula apabila seorang tahanan dianggap pihak berkuasa sebagai anggota militan Daish menyerang seorang pengawal penjara.*
  
           *NAIROBI: Seramai 10 lelaki yang ditahan kerana terbabit dalam aktiviti homoseksual dibebaskan dengan ikat jamin di Zanzibar, semalam, kata pegawai kanan polis dan peguam mereka.*
            *Mereka juga menekankan, kes lelaki terbabit masih dalam siasatan dan kesemua mereka masih boleh didakwa pada masa depan.*
            *Perbuatan homoseksual adalah salah di sisi undang-undang di Tanzania dan kepulauan Zanzibar di bawah urus tadbirnya di Lautan Hindi.*
          *Pesalah lelaki boleh dipenjarakan selama 25 tahun di pulau itu yang menarik kunjungan ribuan pelancong ke pantainya setiap tahun.*

           *BEIJING: Bagi mereka yang mencari rumah jika bermastautin di negara asing, mungkin China tempat terbaik kerana berjuta-juta kediaman di negara itu masih kosong.*
           *Satu hasil penyelidikan yang bakal disiarkan menunjukkan bahawa kira-kira 22 peratus lebihan perumahan di kawasan bandar China masih kosong.*
          *Ini bermakna, ada lebih 50 juta kediaman kosong di China, kata penyelidik yang membuat kajian berkenaan, Profesor Gan Li.*

          *Jakarta: Sebuah pesawat Lion Air JT633 mengalami kerosakan selepas melanggar tiang lampu di landasan ketika mahu berlepas dari Lapangan Terbang Fatmawati, Bengkulu pada petang kelmarin.*
           *Kejadian itu menyebabkan penerbangan dari Bengkulu ke Jakarta itu tergendala hampir lima jam.*
          *Kompas.com melaporkan, pesawat Boeing 737-900 ER berkenaan sepatutnya berlepas pada jam 6.20 petang (waktu tempatan) semalam tetapi ditunda hingga jam 10.48 malam selepas sayapnya melanggar tiang lampu di landasan.*


*TULAR / POPULAR*
================


          *CUBAAN seorang lelaki untuk melarikan diri selepas memecahkan cermin tingkap sebuah kereta ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat di Masjd Al-Hidayah, Seksyen 18, di Shah Alam, gagal apabila dia diberkas orang ramai.*
          *Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dalam kejadian pada jam 1.30 tengah hari itu, kegiatan suspek berusia 36 tahun itu disedari seorang lelaki yang sedang membuat rondaan di sekitar kawasan masjid berkenaan.*
          *Dalam pada itu, rakaman suspek ditangkap turut tular di laman sosial sejak petang smlm yang memaparkan dia diikat dan diletakkan di dalam keranda jenazah di masjid berkenaan.*

          *"SAYA sedar apa yang ditampilkan pada awal hingga pertengahan jalan cerita dalam muzik video single Bekas Kekasih itu tetap salah.*
           *Namun, saya nekad ambil risiko ini dengan mengangkat isu semasa seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)," kata penyanyi Tomok, 34.*
          *Menurut Tomok lagi, dia juga ada mendapatkan pandangan daripada tokoh agama dikenalinya untuk mendapatkan penjelasan terperinci.*
            *Terdahulu, video muzik single Bekas Kekasih tular kerana Tomok dan pelakon Beto Kusyairi tampil berpakaian wanita.*
         *Pelbagai reaksi netizen berhubung muzik video itu termasuk ada yang berpendapat tindakan selebriti itu dianggap tidak menghormati agama Islam yang melarang seseorang tampil dengan imej berlawatan jantina.*

          *POLIS akan memanggil pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari berhubung laporan polis mengaitkannya dengan isu yang mendakwa dia pernah disogok wang RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.*
           *Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Farid akan dipanggil dalam masa terdekat bagi merekodkan keterangannya.*
           *Menurutnya, polis menerima satu laporan di Balai Polis Kota Damansara semalam daripada lelaki berusia 43 tahun yang menjadi wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.*

          *Kuala Lumpur: Gabungan tarian moden dan tradisional diiringi lagu Kuda Kepang memberi kelebihan kepada wakil Malaysia, sekali gus meraih tempat kedua dalam Pertandingan Akhir Tarian Jalanan (Street Dance) UDO Asia Pasifik di Chongzuo, China, Ahad lalu.*
             *Tujuh ahli pasukan Zeppo Youngsterz mewakili Malaysia bagi kategori 18 tahun keatas itu turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM6002.56.*
          *Selain itu Zeppo Youngsterz turut layak ke peringkat akhir pertandingan Blackpool di United Kingdom (UK) dijadualkan tahun depan.*

           *Palu (Sulawesi): Walikota atau Datuk Bandar Palu Drs Hidayat menafikan wujud elemen bertentangan Islam di dalam acara Pesona Palu Nomoni.*
           *Beliau juga dengan tegas menolak pendapat mengatakan bencana tiga dalam satu di wilayah Sulawesi Tengah pada tanggal 28 September 2018 itu adalah hukuman Allah berikutan kesesatan festival berkenaan.*
             *Berita dan gambar yang tular (di media sosial) mengatakan ada acara potong babi, potong kepala kerbau...ia sama sekali tidak ada semasa kejadian itu (28 September). Itu semua omong kosong, katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di sini, baru-baru ini.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *PARIS: Bintang muda Perancis, Kylian Mbappe berkata, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi kekal sebagai pemain bola sepak terhebat tetapi prestasi luar biasa ketika kempen Piala Dunia mampu membantunya merangkul anugerah Ballon dOr 2018.*
          *Mbappe, 19, membantu Perancis merangkul trofi Piala Dunia apabila dia menjaringkan empat gol sepanjang kempen di Russia.*
            *Tiada siapa yang melakukan lebih baik daripada mereka buat masa sekarang. Anda tidak boleh katakan era mereka sudah berakhir kerana ia hanya akan berakhir apabila ada orang lain melakukan lebih baik berbanding mereka, kata Mbappe.*

          *LONDON: Penyerang Bournemouth, Callum Wilson dipanggil menyertai skuad England buat kali pertama bagi perlawanan menentang Amerika Syarikat dan Croatia.*
          *Pertahanan Everton, Michael Keane, pemain tengah Chelsea, Ruben Loftus-Cheek dan penyerang Manchester United, Jesse Lingard dipanggil semula menyertai skuad oleh pengurus Gareth Southgate selepas tidak berada dalam pasukan pada aksi antarabangsa terakhir sebelum ini.*
              *Pemegang rekod penjaring terbanyak England, Wayne Rooney turut berada dalam skuad bagi aksi persahabatan berdepan AS pada 15 November ini, yang menjadi perlawanan perpisahan buat penjaring terbanyak England itu.*

           *LONDON: Everton didenda 500,000 (RM2.7 juta) oleh Liga Perdana Inggeris dan digantung daripada mendaftar beberapa pemain akademi selama dua tahun selepas melanggar peraturan pendaftaran pemain muda kerana menawarkan dorongan yang dilarang.*
          *Liga Perdana dalam satu kenyataan menjelaskan Everton mengakui memberikan dorongan kepada pemain dan keluarga untuk menggalakkannya mendaftar bersama kelab itu.*
          *Apabila didedahkan dengan bukti oleh Liga Perdana, Everton juga menubuhkan satu siasatan dalaman yang menemui salah laku sama berhubung enam pemain muda lain, kata kenyataan itu.*

          *KUALA LUMPUR: Skuad futsal negara mengharungi aksi separuh akhir penuh mendebarkan sebelum meraih kemenangan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 bertemu Vietnam pada aksi Kejuaraan Futsal Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) 2018 di Yogyakarta, malam tadi.*
           *Kemenangan itu membolehkan skuad negara mara ke final bertemu juara bertahan, Thailand sekali gus mengulangi pentas akhir kejuaraan sama pada edisi tahun lalu.*

           *KUALA LUMPUR: Penjaga gol nombor satu hoki negara, S Kumar tidak beraksi sekali pun disenarai ke Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Muscat baru-baru ini tetapi jurulatih, Roelant Oltmans berharap dia bersedia mengharungi Piala Dunia di India.*
            *Kumar mengalami kecederaan ibu jari kanan ketika di Sukan Asia Indonesia dan berdepan masalah untuk memegang kayu hoki dengan lebih kemas tatkala Malaysia bakal beraksi di Piala Dunia dalam tempoh tiga minggu lagi.*

           *KUALA LUMPUR: Seperti dijangka, penerjun senior negara Ooi Tze Liang mudah merangkul pingat emas acara 3 meter papan anjal lelaki pada Grand Prix Terjun FINA yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bandar Sukan Kuala Lumpur, smlm.*
              *Tanpa penyertaan penerjun utama dunia, Tze Liang mudah mengumpul 428.45 mata (m) bagi memenangi emas, jauh meninggalkan penerjun tempat kedua, Hrvoje Brezovac dari Croatia dengan perbezaan 78.15m sementara penerjun Singapura, Timothy Lee ketiga dengan 320.85m.*

          *KUALA LUMPUR: Selepas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan eSports bakal menawarkan pingat di Sukan SEA Filipina 2019, Persatuan eSports Malaysia (ESM) berharap empat permainan pilihan mereka turut dipertandingkan di temasya dwitahunan berkenaan.*
          *Setiausaha Agung ESM, Rinie Ramli berkongsi kegembiran selepas pengesahan eSports sebagai acara yang dipertandingkan dan mengakui Malaysia mempunyai potensi untuk membawa pulang emas.*

           *ALOR SETAR: Pemain pertahanan Home United dan skuad kebangsaan Singapura Muhammad Shakir Hamzah dikhabarkan mendapat tawaran daripada bekas juara Piala Malaysia Kedah untuk saingan Liga Malaysia musim depan.*
             *Berita mengenai tawaran berkenaan tersebar selepas sebuah akhbar dalam talian Singapura melaporkan bekas pemain Tampines Rovers yang kini bersama pasukan Home United berusia 26 tahun itu mendapat lamaran kontrak selama setahun bersama pasukan Lang Merah.*

          *SELEPAS bergelut untuk menewaskan Kemboja 1-0 kelmarin, jurulatih skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mahu anak buahnya supaya segera meningkatkan prestasi andai mahu melangkah jauh dalam kempen Piala AFF 2018.*
           *Beliau berkata, mereka perlu memburu mata maksimum apabila turun menentang Laos pada aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, Isnin ini yang dianggap cukup penting dalam menentukan nasib mereka dalam saingan Kumpulan A.*

          *KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Tegku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mengiktiraf keputusan Kongres Luar Biasa (EGM) badan induk itu yang berlangsung di hotel di Seri Kembangan, malam smlm.*
          *Tengku Amir yang juga Raja Muda Selangor (RMS) menjelaskan pemilihannya sebagai Presiden FAS oleh kumpulan yang menghadiri perjumpaan berkenaan juga dilakukan tanpa persetujuan beliau.*
           *Berikutan itu, RMS berkata beberapa memo sudah diedarkan Sekretariat Agung FAS yang mempertikaikan kesahihan perjumpaan berkenaan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.112250s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list