Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
26698
View
372
Reply

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

[Copy link]

Author: Syd       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 14-11-2018 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI C 14/11/2018 (by: MJI)

1.  SHAH ALAM 13 Nov. - Tindakan golongan tidak bertanggungjawab mempersoalkan kesucian agama Islam, keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, bahasa kebangsaan serta fungsi dan kedudukan Raja-raja Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu segera ditangani dan dibanteras, titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

2.  KUALA LUMPUR 13 Nov. - Sebanyak 79,786 pembayar cukai individu, syarikat, koperasi dan kategori lain yang memiliki harta atau kekayaan luar biasa berjaya dikesan LHDN ekoran gagal membuat pembayaran sehingga kini. CEO LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, mereka akan diberikan surat pengakuan sukarela dan notis di bawah Seksyen 79 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP1967) bagi meminta maklumat tambahan dan penjelasan.

3.  KUALA LUMPUR 13 Nov. C PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedia melakukan rombakan Kabinet susulan berakhirnya Pemilihan PKR, kelmarin. Dalam temu bualnya bersama akhbar Singapura, The Straits Times, Dr. Mahathir tidak menolak berlakunya pertukaran anggota Kabinet jika PKR mahu mengemukakan calon-calon tertentu daripada parti tersebut.

4.  SEPANG 13 Nov. - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, dengan bersama NGO antarabangsa, Red akan bekerjasama bagi mengumpul dana untuk membantu pesakit AIDS di rantau ini. CEO Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya akan menyalurkan kutipan yang diperoleh daripada jualan promosi tempat duduk percuma yang sedang berlangsung sekarang dan pelbagai promosi lain pada tahun hadapan dalam sebuah dana global bagi membantu program HIV/AIDS di ASEAN.

5.  GAZA CITY 13 Nov. - Tiga penduduk Palestin maut dalam serangan udara tentera Israel di Gaza yang turut memusnahkan bangunan stesen televisyen Hamas sekali gus mencetuskan keganasan baharu di wilayah itu. Pertempuran sengit antara pergerakan Hamas dan tentera Israel tercetus selepas Israel melancarkan operasi tentera khas di Semenanjung Gaza pada Ahad lalu, menyebabkan kumpulan nekad membalas dendam.

6.  HODEIDA 13 Nov. - Sekurang-kurangnya 150 orang terkorban dalam tempoh 24 jam ekoran pertempuran sengit antara tentera kerajaan yang disokong tentera gabungan diketuai Arab Saudi dengan kumpulan militan Houthi yang disokong Iran di bandar pelabuhan Hodeida. Kumpulan Houthi mendakwa mereka berjaya `memperdaya tentera gabungan sehingga ke pinggir laut barat bandar ini dan menyerang mereka.

7.  LOS ANGELES 13 Nov. - Pencipta watak Spider-Man, Iron Man dan Hulk, Stan Lee meninggal dunia pada usia 95 tahun semalam. Anak perempuannya, J.C. Lee tidak memaklumkan punca kematian bapanya namun laman sesawang berita selebriti TMZ melaporkan, keluarga berkenaan telah menghubungi ambulans ke rumah mereka di Hollywood Hill awal pagi semalam.

8.  PUTRAJAYA 13 Nov.- Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menjelaskan desas-desus rombakan Kabinet melibatkan namanya hanya satu khabar angin bagi mengalihkan kes siasatan beberapa bekas anggota Kabinet sebelum ini. Berita ditimbulkan atas taktik UMNO itu bertujuan untuk mengalihkan perhatian berhubung siasatan bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

9.  PUTRAJAYA 13 Nov.- Jadual peperiksaan SPM bakal diawalkan bermula 2019 sebagai langkah persediaan menghadapi musim banjir yang sering berlaku pada hujung tahun. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, jadual peperiksaan SPM itu hanya membabitkan mata pelajaran elektif dan bukan teras yang dijangka diawalkan antara akhir September dan awal Oktober.

10.  TEMERLOH 13 Nov. - Seramai sembilan penumpang sebuah bas ekspres cedera selepas kenderan itu merempuh sebuah lori di Kilometer 97 Lebuhraya Pantai Timur di sini awal pagi ini. Kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu turut menyebabkan pemandu bas dan pemandu lori serta kelindan lori mengalami kecederaan.

11.  PEKAN 13 Nov. - Pameran Tradisi Berfesyen: Tenun Pahang Diraja yang dianjurkan Perbadanan Muzium Negeri Pahang dapat memaparkan keindahan busana pakaian Melayu yang terhasil daripada tekstil warisan tradisi negeri. Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, Tenun Pahang Diraja merupakan warisan seni tradisi yang dicipta rakyat negeri ini sejak 300 tahun lalu.

12.  KOTA BHARU 13 Nov. - Jabatan Pendidikan negeri telah menetapkan 15 pusat peperiksaan gantian di seluruh negeri ini sebagai langkah persediaan menghadapi bencana banjir. Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Abdullah Mat berkata, langkah itu diambil selepas pihaknya mendapati sebanyak 62 buah atau 22 peratus daripada 279 pusat peperiksaan SPM dan STPM di negeri ini berisiko ditenggelami air.

13.  TAIPEI 13 Nov. - Dengan majoriti rakyat iaitu hampir 97 peratus daripada keseluruhan 24 juta orang merupakan penganut Budhha dan Toist makanan halal menjadi satu isu yang besar bukan sahaja terhadap tiga peratus penduduk Islam tetapi juga pelawat muslim yang datang ke negara pulau itu. Menyedari masalah yang dihadapi umat Islam di Taiwan sekumpulan sembilan orang mahasiswa National Taiwan University of Science membangunkan aplikasi Halal.TW.

14.  KUALA LUMPUR 13 Nov. - "Saya kira tanpa ada akta sama ada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), saya tidak boleh menjamin bahawa negara kita menjadi negara selamat sepertimana kita lihat pada hari ini." Demikian maklum balas Menteri KDN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang meminta kerajaan menjelaskan keberkesanan SOSMA, POCA dan POTA.

15.  KUALA LUMPUR 13 Nov. C UM melancarkan secara rasmi Makmal Teknologi Blockchain UM yang merupakan makmal fizikal pertama seumpamanya di IPT di Malaysia. Naib Canselor UM, Datuk Ir. Dr. Abdul Rahim Hashim berkata, makmal yang dibangunkam di bawah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) tersebut diwujudkan bagi para penyelidik dalam bidang Blockchain terutamanya daripada UM untuk mengaplikasikan penyelidikan mereka selain daripada menambah baik pengggunaan teknologi tersebut.

16.  KUALA LUMPUR 13 Nov. C KWAP melancarkan fasa kedua aplikasi MyPesara dengan perkhidmatan kewangan dan kesihatan yang lebih komprehensif. Aplikasi itu kali pertama diperkenalkan KWAP pada Julai tahun lalu merupakan sebahagian daripada pendekatan strategik dana persaraan itu bagi memudahkan pesara mendapatkan pelbagai maklumat sejajar dengan perkembangan era digital.

17.  PUTRAJAYA 13 Nov. - Seorang ahli perniagaan menjadi suspek kelima yang dikenakan tahanan reman bagi membantu siasatan kes menyamar sebagai pegawai SPRM untuk meminta suapan sebanyak RM2 juta bagi menyelesaikan kes seorang individu berpangkat Datuk Seri. Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah tahanan reman selama enam hari sehingga 18 November depan terhadap lelaki berusia 48 tahun berkenaan.

18.  KUALA LUMPUR 13 Nov. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia dengan pelbagai tindakan termasuk memastikan bekalan makanan dari hasil pertanian yang mencukupi bagi menghadapi risiko bencana banjir berikutan musim tengkujuh yang berlaku. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, sekiranya berlaku masalah kekurangan bahan makanan, beliau tidak menolak kemungkinan kerajaan perlu mengimport dari negara jiran termasuk ternakan.

19.  KUALA LUMPUR 13 Nov. C PPBM (Bersatu) tidak membentuk sebarang jawatankuasa khas bagi menarik ahli-ahli UMNO menyertai parti tersebut. Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya juga tidak pernah merancang untuk melaksanakan strategi sedemikian bagi menarik ramai ahli baharu.

20.  KEPALA BATAS 13 Nov.- Sindiket Macau Scam terus mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit hasil penipuan ke atas orang ramai di negeri ini dengan terbaharu sebanyak RM120,000 lagi digelapkan sindiket itu semalam. Mangsa terbaharu itu merupakan seorang lelaki yang bekerja sebagai kerani akaun berusia 39 tahun yang menjadi mangsa selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa wakil pihak mahkamah.

21.  KUALA LUMPUR 13 Nov. - Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun menafikan dakwaan MP Rembau, Khairy Jamaluddin berkenaan pengurangan peruntukan untuk MARA dalam Belanjawan 2019. Jumlah peruntukan sebanyak RM3.705 bilion yang disalurkan kepada agensi itu dalam Belanjawan 2019 adalah hampir sama seperti 2018 iaitu sebanyak RM3.79 bilion.

22.  PULAU PINANG 13 Nov. - Sidang DUN hari ini diberitahu yang mana Laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) tidak pernah dilakukan terhadap projek pembinaan Jalan Raya Berkembar di Jalan Paya Terubong, Relau, di sini. Exco negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, hal ini demikian kerana projek tersebut telah mendapat pengecualian daripada JAS.

23.  TEMERLOH 13 Nov. - Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anaknya di Felda Jengka 13, Maran pada 17 Jun lalu. Asmani Mat, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Hasan Abdul Ghani.

24.  PARADISE 13 Nov. - Jumlah mangsa yang terkorban dalam kebakaran hutan di utara California meningkat kepada 42 orang menjadikannya sebagai kebakaran hutan terburuk dalam sejarah negeri ini. Beribu-ribu anggota bomba berhempas pulas memadamkan kebakaran pada hari kelima kejadian dengan membina benteng pemisah bagi mengekang `Camp Fire di kaki pergunungan Sierra Nevada di utara Sacramento.

25.    KUALA LUMPUR 13 Nov. - Pemilihan PKR cabang Julau di Sarawak tidak akan diadakan semula kerana perincian undi yang direkodkan dan analisis teknikal menunjukkan tiada undi yang tercicir dan keputusan pengundian tersebut sebenarnya boleh diterima pakai, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Datuk Rashid Din.

26.  SINGAPURA 13 Nov.- Singapura dan Malaysia telah menyatakan kesediaan mereka untuk mengadakan perbincangan lanjut untuk lebih memahami kedudukan masing-masing dalam Perjanjian Air 1962, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar republik itu. Kementerian itu berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai perbincangan antara PM Singapura, Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Isnin.

27.  KUALA LUMPUR 12 Nov. - Kuala Lumpur melakar sejarah baharu apabila diiktiraf sebagai ibu kota buku dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) bagi tahun 2020. Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad berkata, pengiktirafan itu diberikan kepada bandar raya yang menunjukkan komitmen tinggi kepada aktiviti perbukuan, ke-susasteraan, kesenian dan gerakan membaca.

28.  MELAKA 13 Nov. - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menerusi anak syarikatnya, Malaysian Refining Company Sdn. Bhd. (MRCSB) hari ini menganjurkan program Kembali ke Sekolah dengan menyumbang sebanyak RM110,000 untuk membantu menyediakan kelengkapan 433 murid dan pelajar dari 11 buah sekolah di sekitar kawasan Tangga Batu di sini.

29.  KUALA LUMPUR 13 Nov. - Seorang lelaki yang dikenali sebagai Boy Tiger  direman tujuh hari kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penderaan anak tirinya berusia tiga tahun sehingga maut, minggu lalu. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret  Haslinda A. Raof bermula hari ini sehingga 19 November  setelah lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini.

30.  PUTRAJAYA 13 Nov.- Isteri bekas PM, Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merupakan antara individu yang menerima notis hadir ke SPRM esok. Menurut sumber, selain kedua-dua individu itu, turut menerima notis sama adalah bekas pegawai khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor.

31.  KUALA LUMPUR 13 Nov. - Hanya PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang boleh menjelaskan kesahihan mengenai dasas-desus rombakan Kabinet PH dalam tempoh terdekat. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau langsung tidak mengetahui perkara tersebut termasuk sama ada wujud perancangan mengenainya.

32.  MARANG 13 Nov.- MB, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pagi ini menjengah calon-calon sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM dan STPM di SMK Tengku Lela Segara, di sini. Beliau mengingatkan mereka tentang peperiksaan terakhir di peringkat menengah atas  itu yang menjadi salah satu laluan utama untuk ke universiti dalam mencorak impian kehidupan masa depan,  perlu dihadapi dengan yakin dan tenang.

33.  KUALA LUMPUR 13 Nov. - Kerajaan berjanji tidak akan menaikkan kadar cukai korporat walaupun keadaan fiskal negara masih dalam keadaan lemah. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kadar sebanyak 24 peratus ketika ini akan terus kekal sehingga fiskal kembali pulih.

34.  RANTAU PANJANG 13 Nov. - Seorang lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Golok berhampiran Pangkalan Parking, di sini malam tadi. Mangsa lemas dikenali sebagai Mohd. Sayuti Nawi, 38. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Mohd. Nasir Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.29 pagi.

35.  KUALA LUMPUR 13 Nov. - Para ulama disarankan untuk menegaskan hukum dari sudut agama Islam terhadap individu yang melompat parti kerana tindakan itu semakin menjadi-jadi selepas PRU-14. Tim. Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd. Rani berkata, ketetapan itu perlu dilakukan supaya perbuatan tersebut tidak menjadi budaya dalam kalangan pemimpin yang telah diberi tanggungjawab untuk mewakili pengundi.

36.  KUCHING 13 Nov. - Soal kebajikan bagi enam waris anggota bomba terkorban di tebatan lombong Taman Putra Perdana, Puchong terus dibela dengan bantuan kebajikan daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan dan pampasan insurans berjumlah sekitar RM300,000 hingga RM500,000. KP Bomba dan Penyelamat, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, jumlah tersebut meliputi 10 jenis pampasan yang sebahagiannya telah diserahkan kepada keluarga waris pada 24 Oktober lalu.

37.  KUALA LUMPUR 13 Nov. C TPM, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan mengarahkan KDN menaik taraf Jabatan Siasatan Jenayah Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak bagi menangani peningkatan jumlah kes berkenaan di negara ini. Beliau yang juga Menteri KPWKM berkata, untuk tahun ini sahaja, kes melibatkan jabatan itu mencecah 11,000 dan kemudahan yang ada sekarang tidak mampu menampung keperluan tersebut.

38.  SEREMBAN 13 Nov. - Pemuda UMNO Negeri Sembilan akan mengadakan perhimpunan bagi membantah pengiktirafan ICERD di Masjid Negeri di sini pada 23 November ini. Ketuanya, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir berkata, bantahan itu perlu diadakan supaya kerajaan tidak mengambil ringan ratifikasi yang akan memberi impak besar terhadap hak orang Melayu yang dilindungi di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

39.  KUALA LUMPUR 13 Nov.- Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan operasi bersepadu selama sebulan bagi membanteras jenayah ragut dan samun jalanan di sekitar daerah Dang Wangi di sini. Operasi yang bermula esok sehingga 14 Disember depan itu akan dianggotai pasukan JSJ, balai polis, Unit Pelancong, Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Unit Kereta Peronda (MPV) dan pasukan trafik.

40.  KOTA BHARU 13 Nov. - Seorang pembantu kedai berusia 25 tahun ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes samun barangan kemas melibatkan kerugian RM15,000 kelmarin. Perintah itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Tuan Ruzaini Tuan Lah terhadap suspek yang ditangkap sehari selepas kejadian di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Tunjong.

41.  MUAR 13 Nov. - Polis daerah ini berjaya mencekup empat lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri sarang burung walit di beberapa daerah di negeri ini, awal pagi semalam. Timbalan KPD, Supt. Idris Rajab berkata, keempat-empat suspek yang berusia antara 29 hingga 33 tahun itu diberkas ketika memecah masuk sebuah premis sarang burung itu di Taman Pagoh Indah, di sini.

42.  PUTRAJAYA 13 Nov. - Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan elemen antirasuah dalam mata pelajaran sivik di sekolah-sekolah bermula pertengahan tahun depan, kata Menterinya, Dr. Maszlee Malik. Mata pelajaran berkenaan akan diajar di peringkat sekolah rendah dan menengah selain diperkenalkan pada peringkat prasekolah dalam bentuk penerapan nilai-nilai murni.

43.  JOHOR BAHRU 13 Nov. - Sepasang suami isteri cedera parah selepas ditetak seorang lelaki bertopeng ala ninja dalam satu kejadian di Taman Kobena di sini malam tadi. Mohamad Omar, 67, mengalami kecederaan kedua-dua belah tangan patah, tengkorak retak selain kesan 10 tetakan di kepala. Isterinya, Masiah Osman, 61, turut mengalami kecederaan parah apabila diserang dan mendapat lapan tetakan di kepala selain telinga kanan hampir putus.

44.  KUALA LUMPUR 13 Nov. - Gerak kerja PKR harus berjalan seperti biasa meskipun terdapat pelbagai rungutan dan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan PKR yang berlangsung di Julau, Sarawak, minggu lalu. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden parti berkata, ratusan rungutan yang berbangkit berhubung proses pengundian PKR perlu diteliti dan disiasat mengikut saluran sepatutnya.

45.  PUTRAJAYA 13 Nov.- SPRM mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan agar menjadikan rasuah sebagai subjek wajib di sekolah. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, sikap membenci rasuah perlu ditanam dalam diri pelajar daripada peringkat awal lagi bagi mengelak merebak mereka apabila dewasa.

46.  KUALA LUMPUR 13 Nov.- Polis menahan 118 individu yang disyaki terlibat dengan perjudian dalam talian menerusi serbuan di dua premis rumah banglo di Jalan Gurney di sini, Jumaat lalu. Dalam serbuan kira-kira pukul 3.50 petang itu, suspek berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun itu terdiri daripada 97 lelaki dan 20 wanita yang kesemuanya warga China manakala seorang lagi adalah warga tempatan.

47.  KUALA LUMPUR 13 Nov. C Kabinet telah memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta dimansuhkan, termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat. Menteri di JPM, Datuk Liew Vui Keong berkata, keputusan itu dicapai secara kolektif pada 10 Oktober lalu.

48.  KUANTAN 13 Nov. - Disebabkan tidak mampu bergerak akibat masalah lutut, seorang calon peperiksaan SPM, Nurshuhadah Nordin, 17, terpaksa menduduki peperiksaan di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini. Dia yang bersekolah di Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Tanjung Lumpur di sini mengalami masalah itu akibat kekurangan rawan di dalam lutut dan dinasihatkan doktor untuk menjalani peperiksaan di hospital.

49.  KUALA LUMPUR 13 Nov. - Pemilik kereta mewah tetap tidak akan menikmati subsidi petrol bersasar walaupun enjin kenderaan mereka berkapasiti 1,500 cc ke bawah. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kementerian itu sedang mengkaji dan memperhalusi secara terperinci mekanisme pemberian subsidi itu termasuk dari aspek jenis ataupun model kereta yang layak menerima subsidi tersebut yang dijadualkan akan dilaksana pada suku kedua 2019.

50.  SEREMBAN 13 Nov. - Sistem gabungan rekod perubatan elektronik, Teleprimary Care-Oral Health Clinical Information System (TPC-OHCIS) akan diperluaskan ke 3,300 klinik kesihatan seluruh negara mulai tahun depan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sistem gabungan yang digunakan sebagai operasi harian secara waktu sebenar itu memudahkan akses maklumat pesakit di antara klinik kesihatan dan pergigian.

51.  PUTRAJAYA 3 Nov.- Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin dimasukkan ke ICU Hospital Putrajaya pagi ini selepas terjatuh di rumahnya di Presint 10 semalam. Menurut bekas Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain, selepas terjatuh Zainuddin dimasukkan ke wad di Hospital Putrajaya namun, dipindahkan ke ICU pada pukul 9 pagi ini selepas paru-parunya lemah.

52.  SEREMBAN 13 Nov. - Seramai 111 pelajar SM Sains Perempuan Seremban (SGS) di sini yang menduduki peperiksaan SPM bermula hari ini, menikmati makanan dan minuman dalam sesi coffee break'. YDP PIBG sekolah itu, Shahrudin Budin berkata, pelajar yang selesai menduduki kertas pertama peperiksaan itu pada setiap hari akan dihidangkan dengan makanan dan minuman yang sesuai.

53.  PUTRAJAYA 13 Nov. - Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan saman pemula Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar pelaksanaan Akta MKN 2016, dikembalikan ke Mahkamah Tinggi agar meritnya didengar dan diputuskan. Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan bekas Ketua Pembangkang itu dan menetapkan kes disebut pada 21 November ini.

54.  ALOR SETAR 13 Nov. - Kerajaan negeri perlu bersedia untuk berdepan dengan keadaan lebih getir selepas ini berikutan keputusan Kerajaan Persekutuan memotong subsidi bagi sektor pertanian, tahun depan. Datuk Johari Abdul (PKR-Gurun) berkata, keadaan itu dijangka akan menjadi lebih teruk ekoran kedatangan musim tengkujuh, padi tidak menjadi dan masalah benih tidak menentu.

55.  ALOR SETAR 13 Nov. - Badan Perhubungan UMNO negeri membantah sekeras-kerasnya usaha Kerajaan PH meratifikasikan resolusi ICERD kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Pengerusinya, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pendirian tersebut berasaskan kepada ICERD yang tidak pernah ditandatangani oleh Kerajaan BN kerana ia jelas bertentangan dengan Perkara 153.

56.  ALOR SETAR 13 Nov. - Seorang bekas MP  yang kini memegang jawatan sebagai pegawai kepada Pengerusi J/kuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat GLC, negeri, Datuk Dr. Ismail Salleh didakwa bersikap melampaui batas dengan menggertak dan memberi amaran kepada golongan imam serta ahli jawatankuasa masjid di Daerah Kuala Muda, baru-baru ini.

57.  ALOR SETAR 13 Nov. - Kesemua 17 ADUN BN dan Pas keluar dari Dewan DUN sebaik sahaja ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail diberi peluang untuk membahaskan rang undang-undang perbelanjaan negeri 2019, di sini hari ini. Ketua Pembangkang, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, tindakan itu dilakukan atas semangat setiakawan bagi menentang budaya lompat parti seperti yang dilakukan oleh Ku Abdul Rahman apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan UMNO dan menyokong kerajaan pimpinan PH, semalam.

58.  PULAU PINANG 13 Nov. - Kerajaan Negeri Pulau Pinang dicadangkan supaya mengenakan caj ke atas kenderaan yang bukan berdaftar di negeri ini bagi mengelakkan kesesakan. Jason Ong Khan Lee (PKR-Kebun Bunga) berkata, langkah itu bagi menggalakkan pengunjung ke negeri ini menggunakan pengangkutan awam sekali gus mengurangkan bilangan kenderaan yang memasuki negeri ini.

59.  MUAR 13 Nov. - Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai warganegara Vietnam yang disyaki terlibat dalam kes pecah kedai bersenjatakan parang di Kampung Temiang, Jalan Bukit Pasir, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, empat lelaki warganegara berkenaan yang bertopeng turut menyerang anggota polis yang bergegas ke lokasi menggunakan parang berkenaan.

60.  KUALA LUMPUR 13 Nov. - Benarkah dakwaan kononnya penjawat awam diminta menyokong PH dengan menyertai parti-parti dalam gabungan itu? Sekiranya enggan berbuat demikian, mereka boleh hilang mata pencarian. Dakwaan itu ditimbulkan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (BN - Bagan Datuk) ketika membahaskan RUU Perbekalan 2019 peringkat dasar dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

BERITA SUKAN:

1.  LONDON 13 Nov. - Legenda Manchester United, Nicky Butt percaya selain pemilihan pemain secara konsisten yang perlu dilakukan Jose Mourinho, pasukan itu dilihat kurang berkeyakinan semasa beraksi. Walaupun berjaya menundukkan Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara namun mereka tewas kepada Manchester City sekali gus menyaksikan mereka ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu liga selain menghuni kedudukan kelapan.

2.  LONDON 13 Nov. - Xherdan Shaqiri menyatakan bahawa peminat masih belum menyaksikan persembahan terbaiknya meskipun dia berjaya meledak jaringan bersama Liverpool, musim ini. Sepanjang musim ini, dia berjaya menjaringkan dua gol dan dua bantuan jaringan dalam lapan penampilan Liga Perdana Inggeris dengan lima daripadanya beraksi selaku pemain gantian.

3.  LONDON 13 Nov. - Penyerang Liverpool, Daniel Sturridge menafikan penglibatannya dalam judi bola sepak meskipun didakwa melanggar peraturan pertaruhan yang ditetapkan Persatuan Bolasepak England (FA). Pemain berusia 29 tahun itu didkawa oleh FA kerana melanggar peraturan E8(1)(a)(ii) dan E8(1)(b), Januari lalu dan diberi masa sehingga 20 November ini untuk memberikan maklum balas terhadap dakwaan itu.

4.  KUALA LUMPUR 13 Nov. - Penolong jurulatih Laos, Firdaus Kassim tetap menghamburkan pujian terhadap anak-anak buahnya walaupun gagal membawa pulang mata selepas tewas 1-3 kepada Malaysia dalam aksi kedua Kumpulan A Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

5.  ROME, Itali 13 Nov. - Seorang menteri di Itali, Matteo Salvini terpaksa campur tangan dengan membuat gesaan agar tindakan segera perlu diambil berikutan insiden pengadil bola sepak diserang penyokong semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

6.  KUALA LUMPUR 13 Nov - Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik belum berputus asa dalam misi memburu gelaran sulung di pentas antarabangsa. Justeru, gandingan yang menduduki ranking ke-22 dunia itu mahu menutup tirai saingan musim ini dengan noktah kejayaan apabila beraksi pada saingan Korea Masters bermula 27 November hingga 2 Disember ini.

7.  LONDON 13 Nov - Pemain Perancis, Richard Gasquet menarik diri daripada menyertai final Piala Davis menentang Croatia bulan ini akibat masalah kecederaan. Gasquet, pemain nombor satu Perancis mengumumkan penarikan dirinya dalam Twitter tetapi tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kecederaannya. Bagaimanapun, Gasquet yang kini menduduki ranking ke-26 dunia mengalami kecederaan celah kelangkang.

8.  LONDON 13 Nov - Lewis Hamilton semalam memuji pasukan Mercedes dan menganggapnya sebagai legenda dan menggambarkan kejayaan memenangi kejuaraan Grand Prix Brazil Ahad lalu sebagai saat terbaik dalam lima musim dia mencipta kemenangan. Kejayaan dramatik itu mengesahkan lima kejuaraan berturut-turut Mercedes dalam kategori pemandu dan pengeluar.

9.  KUALA LUMPUR 13 Nov - Pemain sensasi Indonesia, Andik Vermansyah tetap 'laku' meskipun khidmatnya ditamatkan Kedah hanya selepas semusim bersama skuad Hijau Kuning. Pemain yang terkenal dengan julukan 'Messi Indonesia' itu mengesahkan dua pasukan dari Thailand dan dua pasukan tempatan mahu menagih khidmatnya musim depan dengan dia mengakui masih berhasrat untuk beraksi di luar negara sekurang-kurangnya untuk semusim lagi.

10.  KUALA LUMPUR 13 Nov - Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bersedia untuk mengendalikan saingan Piala FAM yang juga saingan divisyen tiga sekiranya diminta oleh FAM. Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan untuk mengambil alih daripada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM yang menganjurkannya sejak 1951.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-11-2018 01:34 PM | Show all posts
Berita Harian Online was live.
25 mins

Apa yg panas: Kuasa peminat goncang Presiden PAFA

Topik tumpuan: Ruginya hilang Subkhiddin, kenapa kecam keluarga

Piala AFF - cabaran sebenar Harimau Malaya layan Vietnam, Myanmar

Bintang: Akimi mahu sarung jersi Malaysia
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-11-2018 06:16 PM | Show all posts
Berita Harian Online

1 hr

4.03 juta saman AES berjumlah RM605 juta dibatalkan - Loke
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-11-2018 06:19 PM | Show all posts
Malaysiakini (BM Version)

2 hrs

Tengku Adnan ditahan pada jam 3.15 petang selepas tiba untuk memberi keterangan kepada SPR.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-11-2018 06:29 PM | Show all posts
Malaysiakini (BM Version)
4 hrs

Mohd Arif dan anaknya, Ahmad Zukhairi, didapati bersalah menerima suapan RM550,000 daripada sebuah syarikat tenaga solar.





Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-11-2018 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*KHAMIS 15 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 7 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#spm2018*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:30, SUBUH : 05:40, SYURUK : 06:57, ZOHOR : 13:01, ASAR : 16:22, MAGHRIB : 18:59, ISYAK : 20:11*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau bersikap terbuka untuk melakukan rombakan Kabinet sekiranya menerima pencalonan baru daripada PKR yang selesai mengadakan pemilihan parti, tempoh hari.*

                 *DATUK Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, cadangan pemansuhan akta hukuman mati mandatori memerlukan penelitian menyeluruh. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, perkara itu sudah dibincang bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong susulan kes bunuh bayi berusia 11 bulan yang menggemparkan negara, Jumaat lalu.*

                 *MENJUAL buah di waktu pagi, namun pada waktu rehat melakukan kerja sampingan dengan menyamun kedai dan butik. Itulah yang dilakukan seorang penjual buah ke atas lapan premis yang menyebabkan kerugian lebih RM150,000. Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, lelaki berusia 23 tahun menyamun mangsa dengan memasuki premis perniagaan sejak tiga minggu lalu dan kebanyakan dilakukan pada Jumaat.*

                 *SUAMI saya baru saja meninggal dunia sebulan lalu, kini anak saya pula pergi buat selamanya. Itu kata Rohana Harun, 50, ibu kepada mangsa lemas di Sungai Golok dekat Rantau Panjang, Mohd Sayuti Nawi, 38. Mohd Sayuti yang terjatuh ke sungai itu ditemui lemas di sungai berdekatan Kampung Dangar, di Rantau Panjang, 11 pagi smlm.*

                  *TIGA maut dan tiga lagi parah apabila kereta bertembung dengan lori di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Gua Musang, smlm. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kemalangan itu berlaku pada 3.30 petang berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Paloh.*

                 *PENUNTUT institut pengajian tinggi awam di Selangor dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Sepang, smlm kerana merogol kekasih bawah umurnya sehingga hamil dan melahirkan bayi awal tahun ini.*

                 *PEMBEKUAN cuti pegawai berkaitan khususnya agensi menyelamat akan dilanjutkan sehingga Mac tahun depan, bergantung kepada keadaan cuaca dan negeri yang terbabit banjir. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, percaturan berdepan banjir akibat kesan angin monsun timur laut itu sebelum ini menetapkan pembekuan cuti pegawai berkaitan dilaksana mulai November hingga Disember, tahun ini.*

                 *LELAKI cedera selepas tersangkut pada tingkap dapur ketika cuba terjun dari tingkat 12 Pangsapuri Bukit Saujana, Johor Bahru, smlm. Dalam kejadian 10.20 pagi itu, lelaki berusia 50-an itu, cedera di kepala, badan dan kaki. Difahamkan, sebelum kejadian, dia mengamuk kerana tertekan akibat mengalami penyakit buah pinggang.*

                 *SIKAP degil sindiket perjudian tanpa lesen apabila masih beroperasi terbalas selepas bekalan elektrik di 18 premis yang menjalankan kegiatan haram itu diputuskan, semalam. Tindakan itu dilakukan selepas premis berkenaan berterusan beroperasi walaupun sudah diserbu beberapa kali oleh polis sejak beberapa bulan lalu.*

                  *EMPAT kenderaan termasuk dua lori membawa muatan tanah dan sampah terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuang-Kuala Selangor, Sungai Buloh, semalam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden 2.15 petang itu, sebaliknya hanya membabitkan kerosakan kenderaan.*

                 *PENUMPANG yang berada di Terminal Bot Ekspres Sibu gempar selepas dua bot ekspres di kawasan berkenaan terbakar, smlm. Kejadian itu disedari orang awam jam 6.35 pagi apabila melihat api marak pada bot yang diletakkan beberapa meter dari terminal berkenaan sebelum menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.*

                 *EMPAT lelaki lari lintang-pukang selepas tindakan mereka mencuri hasil kebun di sebuah rumah di Jalan Miri-Lutong, di Miri, semalam, disedari penduduk. Dalam kejadian 11.55 pagi itu, mereka lari meninggalkan dua guni berisi puluhan buah mangga dan rambutan.*

                 *ASISTEN Komisioner Abdul Rahim Daud dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Bharu yang baharu berkuat kuasa smlm. Beliau sebelum ini bertugas sebagai Superintendan Polis Bersempadanan dan Penstrukturan Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.*

                 *LELAKI dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, smlm atas dua pertuduhan membunuh dua kenalannya, awal bulan ini. Tertuduh, M Jaykumar, 32, faham akan kedua-dua pertuduhan selepas dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang bekerja di Singapura itu.*

                  *POLIS menumpaskan sindiket perjudian dalam talian untuk warga China yang menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi selepas menahan 118 individu dalam serbuan di Lorong Gurney Off Jalan Semarak, Kuala Lumpur, kelmarin. Sindiket berkenaan menawarkan khidmat perjudian dalam talian untuk warga China dengan mengiklankannya di aplikasi WeChat.*

                 *BEKAS Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, 69, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak Ahad lalu untuk menjalani pemeriksaan susulan dan berada dalam keadaan stabil. Isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid berkata, Mohd Isa menjalani pemeriksaan rutin setiap lima tahun sekali.*

                 *KEADAAN ketika itu gelap, manakala saya yang berada di belakang mereka hanya melihat lampu dua motosikal seperti berhimpit dan cuba menghampiri sebelum melihat wanita itu sedang bergelut dengan suspek yang turut menghayun belantan. Begitu kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Asisten Superintendan Ahmad Shahir Adnan yang melihat kejadian kes ragut wanita di Jalan Bukit Awi, Kulim, semalam.*

                 *LELAKI ditemui mati di tempat duduk pemandu kereta Proton Wira, di hadapan bengkel membaiki jentera berat di Kampung Tanah Puteh, Gua Musang, semalam. Zulkifli Isa, 52, dipercayai meninggal dunia ketika berhenti rehat di hadapan bengkel itu akibat sesak nafas pada 11.40 pagi.*

                 *LORI membawa muatan bahan makanan tersalah lorong lalu melanggar palang di Plaza Tol Senawang di Seremban, malam smlm. Jurucakap Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian 7.04 malam itu.*

                 *DATIN Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 11.40 pagi, smlm, bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar hibrid di sekolah-sekolah di Sarawak.*

                 *Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mewujudkan aplikasi Hijrah Diri bertemakan Penghijrahan Diri Menuju Jalan Yang Benar hujung bulan lalu sebagai strategi mengatasi masalah homoseksualiti. Jurucakap JAKIM berkata, antara isi kandungan aplikasi itu ialah panduan mengenai penghijrahan diri seorang Muslim dalam usaha mengatasi masalah homoseksualiti, tips berdoa, audio taz kirah, E-book hijrah diri, doa, selawat dan zikir.*

                 *Kuala Lumpur: Infografik mengenai kriteria dan panduan memilih pengasuh bayi dan kanak-kanak akan dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, panduan itu turut menyediakan maklumat mengenai tanda dan amaran awal yang perlu diambil kira sebelum ibu bapa menghantar anak ereka kepada pengasuh.*

                 *Kuala Lumpur: Keputusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR kelmarin yang menerima keputusan pemilihan Cabang Julau, Sarawak diterima dengan nada berbeza oleh kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli. Calon Naib Presiden PKR, Datuk Johari Abdul misalnya, menganggap ia bukan keputusan rasmi memandangkan masih banyak isu berbangkit yang belum diselesaikan oleh JPP.*

                 *Kuala Lumpur: Syarikat penyedia peranti anti kecurian, Prey Inc menafikan tuduhan Prey adalah malware yang menceroboh keselamatan peranti dengan pengubahsuian tanpa kawalan seperti mengganggu data atau memasang aplikasi.*

                 *TIADA sesiapa dalam PKR memaklumkan kepada saya mengenai keperluan mengubah atau menghantar nama baharu, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau tidak menerima cadangan nama daripada mana-mana pihak untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi tujuan rombakan Kabinet.*

                 *Kuala Lumpur: Bank-bank di Goldman Sachs Group Inc menipu Malaysia dalam urusan dana 1MDB, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Bank pelaburan Amerika Syarikat (AS) itu berada di bawah pengawasan susulan peranannya dalam mengumpul dana melalui penawaran bon untuk 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang menjadi subjek penyelidikan rasuah dan siasatan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara.*

                 *Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan di semua 82 cawangan Pejabat Pertanian Daerah bagi memudahkan golongan sasar terutama petani dan nelayan mendapatkan perkhidmatan pelbagai agensi kementerian.*

                 *PENGANGGUR didakwa di Mahkamah Majistret Taiping, smlm kerana membunuh rakannya, awal bulan ini. Tertuduh Abdul Rahman Abdollah, 27, didakwa membunuh Lim Kok Ching, 38, di sebuah bilik di tingkat 3 rumah kedai di Jalan Panggung Wayang, Taiping, jam 10.42 pagi, 2 November lalu.*

                 *GELANDANGAN maut dipercayai ditikam lelaki menggunakan serpihan botol kaca dalam satu kejadian di kedai makan berhadapan stesen minyak di Gelang Patah, awal pagi smlm. Dalam kejadian 6.30 pagi, mangsa berusia 36 tahun yang hanya bekerja menjual kotak dan membantu membuang sampah kedai makan, ditemui maut dengan kesan tikaman di leher sepanjang empat sentimeter (cm).*

                 *LIMA keluarga membabitkan 21 penduduk dari dua kampung di Lunas, Kulim terjejas dalam kejadian banjir kilat, malam semalam. Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kulim/ Bandar Baharu berkata, hujan lebat sejak petang menyebabkan Kampung Bukit Sarang Ayam dan Kampung Sungai Seluang dinaiki air.*

                 *CUBAAN lelaki membawa daun ketum seberat 55 kilogram (kg) bernilai RM1,500 dipercayai untuk diseludup ke negara jiran mengundang padah apabila dia ditahan polis semalam. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan Kampung Bata, Jitra, melihat kereta dipandu suspek berusia 28 tahun dalam keadaan mencurigakan pada 5 petang.*

                 *SERAMAI 22 warga asing yang sedang nyenyak tidur, terpinga-pinga apabila rumah sewa mereka di Sungai Petani diserbu anggota Imigresen, malam smlm. Dalam serbuan 12.30 tengah malam selama lima jam itu, semua mereka yang terdiri dari lima lelaki, lapan wanita serta sembilan kanak-kanak berusia setahun hingga 53 tahun gagal melarikan diri.*

                 *STESEN Injap Petronas M417 Lunas di Kulim terbakar dalam kejadian 8.30 malam smlm, selepas paip pelepasan gas metana di stesen injap itu dikesan terbakar. Bagaimanapun, kawasan itu tidak mempunyai penempatan penduduk dan berlaku dalam kawasan ladang kelapa sawit.*

                 *KANAK-KANAK berusia 12 tahun ditemui lemas di sebuah parit di Jalan Pinang, Batu 8, Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, di Banting pada 2.40 petang kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, mangsa Muhammad Effizul Idham Fidaus, murid Tahun Enam Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Panglima Garang ditemui orang awam yang melalui kawasan terbabit.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


            *BANGKOK: Insiden kematian remaja berusia 13 tahun di gelanggang Muay Thai pada sesi pertarungan amal baru-baru ini, mencetuskan kemarahan orang ramai, sekali gus mendesak pengharaman perlawanan membabitkan kanak-kanak.*
             *Muay Thai adalah acara sukan yang sangat popular di Thailand dan ramai menyertainya pada usia muda dalam usaha meraih kekayaan dan kemasyhuran.*
               *Bagaimanapun, pembabitan kanak-kanak kadangkala ketika usia mereka belum mencecah 10 tahun, menimbulkan kritikan.*
          *Lebih-lebih lagi, acara sukan itu sering menggunakan tendangan, termasuk ke bahagian kepala dan selalunya peserta tidak dilengkapi sebarang alat perlindungan.*

            *CALIFORNIA: Seorang lelaki dikutuk selepas mengongsikan visual mayat rentung rakannya yang mati dibakar hidup-hidup ketika cuba melarikan diri daripada kebakaran hutan California yang sehingga semalam direkodkan meragut 42 nyawa, menjadikannya yang terburuk dalam sejarah negeri itu.*
        *Greg Woodcox, 58, dari Paradise, California, satu-satunya orang yang terselamat dalam kumpulannya yang cuba melarikan diri ketika kebakaran Camp yang melanda pekan berkenaan, Khamis lalu.*
         *Woodcox memberitahu portal berita SF Gate, dia membawa anjingnya berjalan pada pagi kejadian dan melihat api semakin marak ke arah pekan berkenaan menyebabkannya terus memandu keretanya untuk memberi amaran kepada orang ramai.*

          *Paris: Seorang wanita didakwa di mahkamah selepas menyembunyikan anaknya di dalam but kereta selama dua tahun kerana tidak mahu keluarganya tahu dia hamil dan melahirkan kanak-kanak perempuan berkenaan.*
         *Kanak-kanak itu yang berusia dua tahun diselamatkan oleh seorang mekanik di Terrasson-Lavilledieu, barat daya, Perancis selepas wanita berkenaan menghantar keretanya untuk dibaiki.*
           *Ketika diselamatkan, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan bogel dan kekurangan zat makanan.*

          *WASHINGTON/SEATTLE: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) dan Boeing Co sedang meneliti keperluan terhadap perubahan perisian atau reka bentuk pesawat 737 MAX susulan nahas Lion Air di Indonesia, kata pengawal selia itu semalam.*
           *Saham Boeing jatuh 2.1 peratus semalam berikutan kebimbangan nahas pertama versi terbaharu pesawat jualan terbaik syarikat, di mana kesemua 189 penumpang maut apabila ia terjunam ke Laut Jawa akhir Oktober lalu.*

          *Semenanjung Gaza/Baitulmaqdis: Pejuang Palestin semalam melancarkan serangan paling intensif terhadap Israel sejak perang Gaza pada 2014, sebagai balasan terhadap serbuan ala komando merentas sempadan dilaksanakan lewat Ahad lalu.*
            *Pertempuran yang membunuh tiga pejuang Palestin dan seorang awam di Israel mengancam usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mesir dan Qatar yang bertindak sebagai orang tengah dalam usaha gencatan senjata jangka panjang, selain dibimbangi mencetuskan konflik besar lagi di rantau itu.*
         *Hamas dan pergerakan bersenjata lain melancarkan lebih 300 roket atau bom mortar melepasi sempadan selepas serangan mengejut menggunakan peluru berpandu terhadap sebuah bas yang mencederakan seorang askar Israel, kata tentera.*

           *Amman: Mahkamah di Jordan semalam menjatuhkan hukuman penjara terhadap sembilan militan untuk tempoh tiga tahun sehingga penjara seumur hidup bagi serangan di istana lama di bandar Karak ang membunuh 10 orang termasuk seorang pelancong Kanada.*
            *Mahkamah dalam keputusannya berkata, sembilan tertuduh itu membantu militan Islam melaksanakan serangan di sekitar istana lama berkenaan. Pertempuran dalam kejadian itu turut mengakibatkan kematian empat orang daripada kumpulan militan terbabit.*
               *Mahkamah keselamatan kebangsaan mendapati tertuduh bersalah bersubaht perlakuan pengganas yang membawa kepada kematian manusia dan melaksanakan tindakan pengganas menggunakan senjata automatik.*


*TULAR / POPULAR*
================


           *BENGKAK dan menggelembung di bahagian kaki kiri. Itulah penderitaan terpaksa ditanggung bayi lelaki malang berusia empat bulan ketika menjalani rawatan pemindahan darah di Hospital Pulau Pinang (HPP) di Georgetown, kelmarin.*
           *Muhammad Zain Al Fateh Muhammad Faizal Amri menerima rawatan itu apabila dilapor mengalami tekanan darah rendah selepas menjalani pembedahan hernia di HPP, 3 petang.*
         *Bapanya, Muhammad Faizal Amri Abdul Ghani, 26, berkata anaknya yang dilahirkan tidak cukup bulan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) itu terpaksa dipindahkan ke HPP selepas dikenal pasti menghidap penyakit hernia.*
           *Kisah malang menimpa bayi berkenaan tular di laman sosial selepas datuknya, Abdul Ghani Abdul Wahid memuat naik status berhubung keadaan terbabit di Facebook miliknya, selain ia dikongsi lebih 3,000 pelayar setakat 7 malam smlm.*

           *SUAMI sempat minta mandi dan ambilkan wuduk. Tidak lama selepas itu dia sudah tiada, kata Siti Hawa Sawal, isteri Allahyarham Zaibo yang meninggal dunia smlm.*
          *Siti Hawa ketika dihubungi berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir di sisinya, anak-anak dan keluarga terdekat 1.30 petang tadi di kediaman mereka di Batu Pahat, Johor.*
         *Alhamdulillah, rezeki dia (suami) pergi dengan mudah. Sebelum meninggal dunia, arwah cakap dia panas dan minta dimandikan.*

           *MERASAI sendiri kemanisan nanas madu dan tembikai susu yang dicuba cukup membuatkan pengunjung tidak beranjak dari gerai jualan sekali pun tidak membuat pembelian.*
            *Itu belum lagi melihat kesegaran ikan talapia merah serta jualan produk ayam organik yang pasti membuatkan pengunjung terbayang keenakan hidangan bakal di masak untuk makan malam bersama keluarga tercinta.*
            *Itulah dirasai saat berkunjung ke gerai jualan hasil pertanian sempena Program Promosi dan Jualan Hasil Tani myGAB dan myOrganic di Aeon Mall Shah Alam anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang bermula 6 November lalu hingga Ahad ini.*

          *New Delhi: Sekumpulan lelaki berbaring di jalan raya sebelum dipijak sekawan lembu dalam satu ritual keagamaan yang menjadi tradisi penduduk di sebuah bandar di negeri Madhya Pradesh, India.*
           *Dalam satu rakaman video tular, menunjukkan sekumpulan lelaki berbaring di atas jalan sambil menutup kepala mereka dengan tangan.*
             *Video itu dirakamkan di Ujjain dan beratus-ratus penduduk berbaris di jalan untuk melihat upacara pelik berkenaan.*
           *Menurut Mail Online, upacara itu bagi meraikan pesta Ekadashi yang disambut selepas berakhirnya perayaan Deepavali.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


           *LONDON: Bintang Chelsea, Eden Hazard mendedahkan Joe Cole orang yang bertanggungjawab meyakinkan dia menyertai kelab itu. Cole mengumumkan persaraannya pada usia 37 tahun semalam.*
              *Bekas pemain tengah itu memulakan karier bola sepak profesional di West Ham sebelum menyertai Chelsea selama tujuh tahun.*
        *Dia juga beraksi bersama Liverpool, Lille, Aston Villa, Coventry City dan mempunyai 56 kap bersama England di antara 2001-2010.*
           *Hazard dan Cole beraksi bersama di Lille selama setahun sebelum pemain antarabangsa Belgium itu berpindah ke England pada 2012 dengan harga 32 juta (RM134 juta).*

           *BRIXWORTH, England: Mercedes memberi penghormatan kepada pengerusi bukan eksekutif Niki Lauda yang sedang dalam pemulihan awal pagi tadi ketika juara dunia Formula Satu, Lewis Hamilton menyertai kakitangan kilang meraikan gelaran berganda kelima berturut-turut dalam kategori pengeluar dan pemandu.*
             *Hamilton, rakan sepasukan Valtteri Bottas dan bos Mercedes F1 memakai topi merah, sama seperti selalu digunakan Lauda, sebagai ucapan terima kasih kepada warga Austria itu yang menjalani pembedahan paru-paru pada Ogos.*

            *DUBAI:Rory McIlroy memberi isyarat yang dia mungkin akan meninggalkan Jelajah Eropah dalam usahanya memburu kembali ranking teratas dunia tahun depan.*
             *Pemain nombor tujuh dunia itu bercadang memberi tumpuan kepada saingan di Amerika Syarikat, terutama dengan perubahan yang dilakukan ke atas jadual pertandingan tahun 2019.*
             *Juara major empat kali dari Ireland Utara itu adalah juara tiga kali Race to Dubai Jelajah Eropah dan ahli tetap skuad Eropah ke Piala Ryder sejak tahun 2010.*

            *LONDON: Juara enam kali Roger Federer terselamat daripada tersingkir awal di Final ATP apabila dia mengatasi Dominic Thiem dari Austria 6-2, 6-3 di Arena 02 Arena, awal pagi smlm.*
            *Bintang Switzerland itu berada dalam kedudukan sukar selepas tewas kepada Kei Nishikori pada aksi pembukaan perlawanan round-robin - kekalahan straight set pertamanya dalam 46 perlawanan peringkat kumpulan di kejohanan penutup musim itu.*

           *KUALA LUMPUR: Pelumba tunggal negara pada Kejuaraan Seluruh Jepun (AJRRC), Zaqhwan Zaidi menutup tirai musim pertamanya di negara Matahari Terbit itu dengan berada di tangga ke-17 daripada 36 pelumba keseluruhan dalam kelas perdana, JSB1000.*
         *Zaqhwan yang mewakili pasukan Honda Asia-Dreamdan menggunakan jentera Honda CBR 1000 RR SP 2 itu menamatkan pusingan kesembilan di Sirkit Suzuka, 4 November lalu dengan jumlah kutipan keseluruhan 60 mata.*

           *SEPANG:Jurulatih skuad bola sepak kebangsaanTan Cheng Hoe mengakui Vietnam mendapat kelebihan berganda keranabukan hanya beraksi di gelanggang sendiri malah mendapat rehat yang cukup menjelang perlawanan Kumpulan A Piala AFF di Hanoi, Jumaat ini.*
             *Malaysia sudah beraksi dalam dua perlawanan dengan mengatasi Kemboja 1-0 dan Laos 3-1 manakala Vietnam, juara 2008 hanya beraksi satu perlawanan dengan mengalahkan Laos 3-0,Khamis lalu.*

           *ALOR SETAR: Penyerang sensasi skuad kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak kini kembali dikaitkan dengan perancangan skuad Lang Merah bagi persiapan Liga Malaysia musim 2019.*
              *Zaquan yang kini beraksi cemerlang bersama skuad kebangsaan di Kejohanan Piala AFF 2018 terus menjadi perhatian penyokong selepas tersebar gambar dirinya di laman sosial yang kelihatan sedang berunding dalam pejabat mengenai kemasukan ke Kedah.*

           *KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengesahkan pemain pertahanan, Cassio Francisco de Jesus kekal menyarung jersi pasukan itu musim depan.*
             *Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pemain import dari Brazil itu sudah menandatangani kontrak bersama persatuan negeri hingga 2019.*
            *Pada aksi Piala Malaysia lalu, Cassio yang juga bekas pemain Semen Padang di Indonesia beraksi cemerlang mengemudi benteng pertahanan bersama Azwan Aripin dan Farisham Ismail membantu pasukan hingga layak ke suku akhir.*

           *KUALA LUMPUR: Pendatang baharu Liga Super, FELCRA FC dijangka terus beraksi musim depan meskipun dikejutkan dengan berita pembubaran pasukan sebelum ini.*
           *Situasi itu sekali gus memberikan kelegaan khususnya kepada pemain dan pegawai yang bimbang dengan masa depan masing-masing selepas mendapat tiket beraksi di liga elit bola sepak tempatan.*

           *MELAKA: Bekas pengendali Pulau Pinang, Selangor dan Pahang, Zainal Abidin Hassan bertekad menjulang kejayaan Melaka United (MU) dalam saingan Liga Malaysia musim depan.*
          *Beliau yang sudah hampir pasti diberi tanggungjawab melatih MU menganggap ia sebagai cabaran baharu yang perlu digalas penuh komitmen demi amanah dipertanggungjawabkan.*

           *IPOH: Sekurang-kurangnya enam pemain atau 15 peratus daripada skuad Perak yang menjulang Piala Malaysia pada 27 Oktober lalu akan digugurkan.*
          *Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Muhammad Yadzan Mohammad berkata, ini termasuk dua pemain import yang tidak menunjukkan prestasi baik sepanjang musim lalu iitu penyerang dari Filipina, Misagh Bahadoran serta pemain pertahanan dari Lubnan, Jad Noureddine.*

           *KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan'menyerahkan' pertandinganPiala FAMdiuruskan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada masa akan datang.*
              *Ketika MFL sudahpun mengendalikan empat divisyen liga tempatan ketika ini, cadangan itu dilihat mampu membantu perancangan badan pengendali liga itu dalam memastikan kesinambungan setiap lapisan itu dapat dijalankan dengan lancar.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-11-2018 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI C 15/11/2018 (by: MJI)

1.  SEREMBAN 14 Nov. - Guna dron untuk meninjau kawasan perumahan sebelum memecah masuk kediaman di situ. Itu modus operandi sindiket penjenayah yang telah melakukan sekurang-kurangnya 34 kes pecah rumah di Seremban, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor sejak awal tahun ini. Bagaimanapun, sindiket itu berjaya ditumpaskan selepas empat anggota mereka termasuk seorang wanita ditahan bersama wang tunai RM514,275 dalam serbuan di sebuah bilik hotel di Kemayan Square di sini semalam.

2.  PUTRAJAYA 14 Nov - Isteri bekas PM, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas pegawai khas kepada bekas PM, Datuk Rizal Mansor akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok. Turut didakwa ialah Datuk Tan Eng Boon yang merupakan pengerusi sebuah syarikat pemaju hartanah yang banyak mengendalikan projek mega di selatan tanah air selain di ibu negara.

3.  KUALA LUMPUR 14 Nov. - Kapal Equanimity yang berlabuh di Pelabuhan Klang Ogos lalu selepas ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia awal tahun ini kini dipercayai berada di Langkawi, Kedah. Menurut laman sesawang Marine Traffic, kapal tersebut berlepas dari Pelabuhan Klang pukul 10.18 pagi semalam yang mengambil masa perjalanan kira-kira lapan jam dengan kelajuan 8.6 knot.

4.  KUALA LUMPUR 14 Nov. - Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun menjelaskan tidak mengetahui mengenai desas-desus rombakan Kabinet melibatkan namanya seperti yang tular dalam media sosial kelmarin. Beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkara itu dan menganggapnya sebagai khabar angin semata-mata.

5.  JOHOR BAHRU 14 Nov. - Polis berjaya menahan suami kepada seorang wanita yang menjadi mangsa leher dikelar serta ditikam di badan dalam kejadian di Kipmart, Masai pada Sabtu lalu. Suspek berusia 24 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 petang semalam di dalam sebuah rumah di Taman Bukit Tropika dekat Ulu Tiram.

6.  SINGAPURA 14 Nov. - Malaysia memohon bantuan Rusia bagi menyenggara pesawat yang dibeli daripada Moscow, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini."Seperti yang anda maklum, kami telah membeli beberapa pesawat daripada Rusia dan saya berpendapat kami perlu mempelajari lebih banyak tentang cara untuk menyenggara dan membaiki pesawat berkenaan," kata beliau semasa mesyuarat dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di sini, semalam.

7.  TEMERLOH 14 Nov. - Seramai 27 orang daripada lapan keluarga dipindahkan di daerah ini selepas rumah mereka dinaiki air ekoran limpahan Sungai Semantan.Pegawai daerah, Datuk Azlan Mohd. Yaman berkata, kesemua mangsa daripada Kampung Batu Kapor dan Kampung Sungai Buloh serta dari Mukim Mentakab 1 mula dipindahkan secara berperingkat pada pukul 4 petang semalam.

8.  GAZA/JERUSALEM 14 Nov. - Pertempuran Palestin dan Israel dihentikan berikutan gencatan senjata ekoran usaha Mesir untuk mengembalikan keamanan di wilayah bergolak itu sejak 2014.Pertempuran dihentikan pada pukul 5 petang waktu tempatan. Sejak Isnin lalu tentera Israel telah melakukan serangan udara mengorbankan tujuh orang Palestin dan merosak beberapa bangunan di Gaza yang diperintah oleh Hamas.

9.  ALOR SETAR 13 Nov. - Pegawai kepada Exco negeri yang didakwa menggertak dan memberi amaran kepada golongan imam dan ahli jawatankuasa masjid di Kuala Muda baru-baru ini menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu. Individu berkenaan yang juga bekas MP Jerai, Mohd. Firdaus Ja'afar berkata, tidak akan sama sekali berbuat demikian kerana perkara itu hanya akan mencemarkan imej kerajaan PH yang mendapat mandat rakyat baru-baru ini.

10.  SEREMBAN 14 Nov. - DAP diingatkan kemenangan PH dalam PRU-14 lalu bukan bermakna rakyat bersetuju dengan ideologi kesamarataan yang diperjuangkan wakil rakyat parti itu. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa mengubah citra dan karakter Malaysia adalah cita-cita serta aspirasi politik yang sangat berbahaya dalam sebuah negara berbilang kaum.

11.  WASHINGTON 14 Nov. - Amerika Syarikat semalam memasukkan Jawad Nasrallah, anak pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah dalam senarai orang dikehendaki, berikutan pembabitannya dalam kegiatan keganasan ke atas Israel di Tebing Barat. Jabatan Negara Amerika Syarikat turut menyenarai hitam Al-Mujahidin Brigades (AMB), yang dikaitkan dengan Hezbollah dan mengatur siri serangan.

12.  SEREMBAN 14 Nov. - Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, 69, dimasukkan ke IJN di ibu negara, kelmarin. Isteri beliau, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid memberitahu, suaminya masih berada di IJN dan keadaannya baik. Beliau berkata, Mohd. Isa dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan rutin setiap lima tahun.

13.  KUALA LUMPUR 14 Nov. - Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) mempunyai masa 60 hari mengemukakan bukti dan dokumen penglibatan bekas pegawai Bank Goldman Sachs, Ng Chong Hwa atau Roger Ng, 51, dalam skandal 1 MDB. Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, dalam tempoh tersebut keputusan sama ada untuk mengekstradisi Roger Ng ke AS akan diambil.

14.  PULAU PINANG 14 Nov. - Seramai 2,317 belia di negeri ini dikesan terlibat dengan kegiatan jenayah antara 1 Januari hingga 15 Oktober lalu. Pengerusi J/kuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee berkata, daripada jumlah itu, jenayah melibatkan kekerasan tertinggi yang direkodkan adalah samun berkawan tanpa senjata api iaitu seramai 338 orang.

15.  KUALA LUMPUR 14 Nov. - Bekas TPM, Tun Musa Hitam menyangkal satu video yang tular di media sosial menunjukkan seolah-olah beliau membangkitkan sikap jahat PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Klip video bertajuk 'Korek, Bongkar, Dedah' sepanjang 20 saat itu telah disunting secara khusus untuk disesuaikan dengan tujuan pihak yang melakukan penularan.

16.  PASIR MAS 14 Nov. - Mayat seorang lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Golok di Kampung Siput, Meranti sejak dua hari lalu di sini ditemukan di Kampung Simpangan, Tumpat kira-kira pukul 9.30 pagi tadi. Mayat lelaki berusia 29 tahun itu ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian oleh penduduk.

17.  PUTRAJAYA 14 Nov.- Isteri bekas PM, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 11.40 pagi ini. Rosmah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung berhubung kes penyelewengan membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.

18.  TAIPING 14 Nov. - Seorang penganggur berdepan hukuman di tali gantung setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh rakannya di sebuah bangunan rumah kedai dekat sini, awal bulan ini. Abdul Rahman Abdollah, 27, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan selesai dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Majistret Mohd. Hairol Jemain.

19.  JOHOR BAHRU 14 Nov. - Seorang gelandangan lelaki ditemui mati dengan kesan pendarahan di leher dipercayai ditikam menggunakan serpihan botol kaca dalam kejadian di sebuah kedai makan berhadapan stesen minyak di Jalan Besar Gelang Patah, dekat sini pagi tadi. Mangsa, K.Chandrasegran, 36, dipercayai terlibat dalam pergaduhan seorang lelaki warganegara Indonesia akibat perselisihan faham.

20.  KUALA LUMPUR 14 Nov. - PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) berpendapat Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) perlu dibincangkan secara teliti dalam Dewan Rakyat dan Kabinet sebelum mengambil sebarang tindakan atau keputusan rasmi, kata Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

21.  GUA MUSANG 14 Nov. - Seorang lelaki berusia 52 tahun ditemukan mati dalam kereta berhampiran sebuah bengkel kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dekat Kampung Tanah Putih di sini, semalam. KPD, Supt. Mohd. Taufik Maidin berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa, Zulkifli Isa dari Kampung Pulau Setelu di sini dipercayai mempunyai masalah jantung.

22.  PUTRAJAYA 14 Nov. - Pengenalan cukai soda bermula 1 April 2019 diyakini dapat menjadi mekanisme bagi menangani masalah diabetes di negara ini. Pengarah Bahagian Perkembangan Kementerian Kesihatan, atuk Dr. Bahari Tok Muda Awang Ngah berkata, cukai seumpama itu sudah pun dilaksanakan di negara seperti Mexico dan dilihat telah menampakkan hasil yang positif kepada negara berkenaan.

23.  RANTAU PANJANG 13 Nov. - Seorang lelaki yang bertindak nekad terjun ke dalam Sungai Golok dikatakan selepas terkejut ditegur anggota keselamatan Thailand ditemukan mati akibat lemas pada pukul 11 pagi tadi. Mayat Mohd. Sayuti Nawi, 38, ditemukan kira-kira 800 meter dari tempat dia dikatakan terjun di Pangkalan Parking, di sini malam kelmarin.

24.  KUALA LUMPUR 14 Nov. - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh merasmikan Balai Polis Sri Hartamas di sini, hari ini. Amar Singh melawat sekitar balai tersebut selama satu jam ke dan menanam pokok ciku sebagai simbolik perasmian.

25.  PULAU PINANG 14 Nov. - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang mungkin akan diadakan tiga kali setahun selepas ini, sama seperti yang pernah dilakukan sekitar tahun 1990-an. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, hal ini demikian bagi membolehkan lebih banyak isu dibahas selain lebih banyak masalah rakyat ditangani dengan segera.

26.  SEREMBAN 14 Nov. - Sepasukan anggota bomba terpaksa dipanggil bagi menyelamatkan seorang jururawat dan anaknya yang terperangkap hampir dua jam di bahagian belakang rumah di Taman Angsamas di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa, Noor Hasliana Mat Saad, 29, dan anak perempuannya berusia setahun enam bulan sedang menyidai pakaian di bahagian belakang rumah satu tingkat yang dipasang jeriji besi.

27.  KUALA LUMPUR 14 Nov. C TPM, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail enggan mengulas mengenai rombakan Kabinet yang didakwa akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memutuskannya.

28.  KUALA LUMPUR 14 Nov. C Kementerian Kesihatan pada ketika ini dalam peringkat awal menyediakan kertas cadangan mekanisme pelaksanaan penyelarasan kawalan harga ubat-ubatan di seluruh Malaysia. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, usaha itu dilaksanakan melalui kerjasama KPDNHEP mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

29.  KUALA LUMPUR 14 Nov. C Seramai 78,612 kekuatan anggota penyelamat daripada agensi `first responder seperti polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam akan digerakkan ke lokasi-lokasi banjir. TPM, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah itu antara persediaan yang dilakukan di seluruh negara bagi menghadapi monsun timur laut (MTL) yang bermula 27 November ini sehingga Mac tahun depan.

30.  CYBERJAYA 14 Nov. - Sebanyak 4.03 juta saman AES yang dicatatkan sejak 2012 sehingga 31 Ogos lalu telah dibatalkan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua saman AES yang dikeluarkan sebelum 1 September 2018 itu telah diputihkan daripada sistem dan perkara berkenaan disahkan Pusat Data Bahagian Teknologi Digital JPJ.

31.  KOTA BHARU 14 Nov. - Cuci mata di kedai gunting rambut. Pelik tetapi itu realiti. Cuci mata ini bukan peribahasa tetapi salah satu perkhidmatan yang diperkenalkan di Kedai Gunting Rambut Nawi di bandar ini. Menurut seorang pekerja kedai tersebut, perkhidmatan itu diperkenalkan sejak tahun 80-an lagi kepada para pelanggannya.

32.  KUALA LUMPUR 14 Nov. - Golongan petani, nelayan, pekebun kecil serta warga Felda kini dalam keadaan berkabung selepas pembentangan Belanjawan 2019 oleh kerajaan PH. Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keluhan itu dimaklumkan kepada beliau selepas bertemu dengan golongan tersebut di beberapa kawasan di luar bandar.

33.  KUALA LUMPUR 14 Nov. - Kementerian Kesihatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang membantah larangan merokok di restoran dan gerai makanan. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, larangan tersebut diambil demi kepentingan awam bagi melindungi semua pihak khususnya warga emas, wanita dan kanak-kanak.

34.  KOTA BHARU 14 Nov. C ACP Abdul Rahim Daud dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kota Bharu yang baharu menggantikan Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkuat kuasa hari ini. Abdul Rahim sebelum ini bertugas sebagai Superintendan Polis Bersempadanan dan Penstrukturan Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.

35.  KUANTAN 14 Nov. - Seorang lelaki terbunuh manakala empat lagi cedera setelah terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buau kenderaan di Kilometer 9 Jalan Chini-Kuantan di Pekan dekat sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, Mahfuzah Mat Ali, 28, yang merupakan pemandu kereta jenis Kia Spectra meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chini.

36.  ALOR SETAR 14 Nov. - Kerajaan negeri bakal meluaskan kawasan penanaman padi untuk penghasilan beras wangi sebagai langkah untuk meningkatkan pendapatan pesawah di negeri ini. Pengerusi J/kuasa Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkutan dan Industri Utama negeri, Azman Nasrudin berkata, langkah itu melibatkan daerah lain memandangkan penanaman padi wangi ketika ini hanya dilakukan di Padang Terap.

37.  JOHOR BAHRU 14 Nov. - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pagi tadi atas dua pertuduhan membunuh dua kenalan di Taman Ungku Tun Aminah, di sini, 1 November lalu. Tertuduh, M. Jaykumar, 32, mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

38.  PULAU PINANG 14 Nov. - Kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan cadangan bagi mewujudkan perkhidmatan pengangkutan air terbaharu yang dikenali sebagai 'water taxi' atau teksi air. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan teksi air sebenarnya telah mula dipromosikan sejak pelancaran Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) sebelum ini, namun, tiada sebarang tindakan susulan diambil.

39.  PADANG BESAR 14 Nov. - Hukuman paling setimpal perlu diperkenalkan oleh kerajaan sekiranya hukuman mati berkaitan kesalahan dadah dimansuhkan. Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, hukuman tersebut perlu bersesuaian kerana bukan semua kesalahan dadah itu melibatkan gantung.

40.  DUNGUN 14 Nov. - Politeknik Sutan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) kini menawarkan kepada kalangan lepasan SPM dan institusi kemahiran  yang berkelayakan untuk memohon kemasukan ke institusi itu bagi sesi Disember 2018 secara datang terus (walk-in). Pemohon boleh datang ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan membawa kad pengenalan bersama slip keputusan SPM sebelum tarikh tutup 30 Disember.

41.  JOHOR BAHRU 14 Nov. C LPP akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa agensi pembangunan tanah lain bagi mencari mekanisme menangani kejatuhan harga komoditi kelapa sawit ketika ini. Pengerusi LPP, Datuk Mazlan Aliman berkata, pihaknya bercadang untuk menjalinkan kerjasama antaranya dengan Felda bagi menjalankan projek penternakan lembu daging secara fidlot memandangkan agensi itu memiliki kawasan tanah yang luas.

42.  KUALA NERUS 14 Nov. - Tambahan lima anggota baharu dari PH bagi memantapkan lagi fungsi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri ini kelak tidak akan menjejaskan barisan kepemimpinan sedia ada yang telah dilantik. MB, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setiap MPKK dengan 15 anggota kini sudah mempunyai pengerusi dan penyandang jawatan lain yang telah pun berperanan dalam masyarakat setempat.

43.  PUTRAJAYA 14 Nov. - Kementerian Pendidikan memberi jaminan akan memastikan segala kelemahan melibatkan program pembekalan susu sekolah rendah sebelum ini diperbaiki dengan segera. Perlaksanaan program itu kelak akan lebih telus selari dengan dasar kerajaan baharu yang menitikberatkan aspek akauntabiliti dan integriti.

44.  KUALA LUMPUR 14 Nov. - Pelakon dan pelawak Zainal Ariffin Abd. Hamid atau lebih popular sebagai Zaibo, 62, meninggal dunia di kediamannya di Rengit, Batu Pahat, Johor kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi. Berita tersebut dimaklumkan oleh salah seorang anak tirinya, Hafiz yang mengesahkan pelakon tersebut menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan kanser esofagus (Esophageal Cancer) tahap empat sejak September lalu.

45.  KUALA LUMPUR 14 Nov. - DAP tidak menghantar sebarang nama kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi melaksanakan rombakan Kabinet. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan hal tersebut diluar bidang kuasa beliau yang juga Menteri Kewangan.

46.  KUALA LUMPUR 14 Nov. C YDP Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menegur ahli-ahli Parlimen agar tidak menyentuh mengenai mana-mana kes yang sedang dibicarakan di mahkamah dalam sidang Dewan Rakyat. Teguran itu dibuat selepas berlakunya pertelingkahan berterusan dalam kalangan ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang selepas Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) cuba mengaitkan isu barang kemas dengan Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) ketika membahaskan RUU Perbekalan 2019.

47.  KUALA LUMPUR 14 Nov. - Tiada mana-mana pihak dalam PKR yang memaklumkan kepada bakal Presiden parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghantar nama bagi membolehkan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat rombakan Kabinet. Sehubungan itu, Anwar yang juga MP Port Dickson berkata, beliau beranggapan pendirian parti berhubung kedudukan Ahli Parlimen PKR dalam Kabinet ketika ini masih sama.

48.  KUALA LUMPUR 14 Nov.- Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun bersedia menerima sebarang keputusan termasuk sekiranya namanya digugurkan daripada barisan Kabinet. Beliau akan terus menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya selagi diberi kepercayaan untuk menjadi menteri di bawah pentadbiran kerajaan PH.

49.  PULAU PINANG 14 Nov. C Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan kerajaan menghentikan pemberian lesen kepada restoran dan kedai makan yang beroperasi 24 jam ke arah mengurangkan risiko penyakit kencing manis atau diabetes dalam kalangan rakyat, kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris.

50.  BUTTERWORTH 14 Nov. - Syarikat yang membawa masuk sampah plastik ke negara ini dikesan membuat pengisytiharan palsu berkaitan sisa buangan itu sehingga menyebabkan kesesakan di beberapa pelabuhan di seluruh negara. Selain itu, terdapat pengimport yang membuat pesanan sampah plastik terbabit daripada negara sumber dan hanya memohon permit import (AP) yang dikeluarkan KPKT apabila tiba di negara ini.

51.  KUALA LUMPUR 14 Nov. - Projek-projek mega yang dimeterai oleh kerajaan terdahulu tidak akan dibatalkan sekiranya kerja-kerja pembangunan sudah bermula lebih lima peratus. Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata,  kerajaan Pakatan Harapan perlu akur kepada pekeliling dan garis panduan yang telah dikeluarkan sebelum ini.

52.  PUTRAJAYA 14 Nov.- Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 3 petang esok. Perkara itu disahkan oleh peguam Rosmah, Datuk K. Kumaraendran ketika ditemui pemberita di luar ibu pejabat SPRM hari ini.

53.  KUALA LUMPUR 14 Nov. - Seramai 20 mahasiswa daripada pelbagai universiti tempatan berjalan kaki sejauh sembilan kilometer ke Parlimen bagi membantah penetapan jadual pembayaran balik hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang digariskan dalam Belanjawan 2019.

54.  KUALA LUMPUR 14 Nov. - Tindakan kerajaan Arab Saudi menyekat pasport, visa dan dokumen perjalanan rakyat Palestin untuk mengerjakan haji dan umrah dibantah keras dan dianggap satu bentuk penafian hak kepada umat Islam untuk mengerjakan ibadat, kata Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor.

55.  KUANTAN 14 Nov. - Isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama termasuk Islam kian membimbangkan dan boleh menggugat keharmonian yang dikecapi ketika ini. Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, jika berterusan berlaku, perkara berkenaan dibimbangi menggugat keharmonian agama di negara ini.

56.  KUALA LUMPUR 14 Nov.- Cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori memerlukan penelitian dari segenap aspek kerana ia merupakan isu yang kompleks, kata TPM Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Perkara itu telah dibincangkan bersama Menteri di JPM Datuk Liew Vui Keong dalam satu pertemuan susulan kes pembunuhan kejam bayi Zara yang menggemparkan negara Jumaat lalu.

57.  KUALA LUMPUR 14 Nov.- Kementerian Kesihatan memberi jaminan subsidi ubat dan konsultasi bagi pesakit luar di klinik dan hospital kerajaan diteruskan dan kadar dikenakan kekal RM1 meskipun Skim Peduli Kesihatan B40 dilaksanakan. Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata bayaran RM5 juga dikekalkan untuk pesakit yang berjumpa doktor pakar.

58.  PULAU PINANG 14 Nov. - Kerajaan negeri telah mencadangkan kepada Kementerian Kewangan agar menimbangkan Butterworth sebagai lokasi bagi penubuhan UTC di negeri ini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, syarikat berkaitan juga telah berhubung dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk tujuan itu sejak sebelum PRU-14.

59.  KUALA LUMPUR 14 Nov.- Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji untuk membangunkan jalan pintasan Cameron Highlands sebagai laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas serius di daerah itu khasnya semasa musim cuti. Timbalan menterinya Datuk Kamarudin Jaffar berkata cadangan jalan pintasan Cameron Highlands bagaimanapun perlu diteliti terlebih dahulu melalui kajian kebolehupayaan (feasibility study).

60.  PUTRAJAYA 14 Nov.- Bekas Menteri Wilayah Persekutuan merangkap MP Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ditahan oleh SPRM hari ini. Menurut sumber, Tengku Adnan ditahan pada pukul 3.15 petang selepas tiba untuk memberi keterangan kepada SPRM berhubung isu penjualan tanah milik DBKL.

BERITA SUKAN:

1.  MELAKA 14 Nov. - Bekas jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan hari ini sah menandatangani perjanjian bersama Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) bagi mengendalikan skuad Sang Kancil untuk persaingan musim 2019. Presiden MUSA, Adly Zahari berkata, Zainal telah menandatangani kontrak sebagai ketua jurulatih baharu untuk melatih pasukan Melaka United bagi tempoh setahun bermula hari ini hingga 13 November 2019.

2.  MADRID 14 Nov. - Santiago Solari dilantik sebagai jurulatih Real Madrid sehingga 2021 selepas kecemerlangannya membawa pasukan itu ketika memikul tugas sebagai pengurus sementara juara Eropah berkenaan. Barisan lembaga pengarah Real Madrid telah bermesyuarat hari ini dan memutuskan bahawa Santiago Solari dilantik sebagai jurulatih sehingga 30 Jun 2021, kata kenyataan daripada Real Madrid, hari ini.

3.  ROME 14 Nov. C TPM Itali, Matteo Salvini mengkritik Gonzalo Higuain atas tindakan memalukan penyerang AC Milan itu selepas diarah keluar padang kerana menggunakan kata-kata kesat kepada pengadil perlawanan. Dalam perlawanan pada Ahad lalu, Milan tewas 2-0 kepada Juventus yang menyaksikan pemain dari Argentina berkenaan dilayangkan kad kuning selepas melakukan terjahan merbahaya kepada Medhi Benatia.

4.  MILAN 14 Nov. - Kelab Serie A, Udinese memecat jurulatih mereka Julio Velazquez dan melantik Davide Nicola dalam usaha memperbaiki pencapaian musim ini. Pasukan tersebut seakan sudah tidak boleh menerima kekalahan lagi dengan terbaharu tewas 2-1 kepada Empoli sekali gus menyebabkan kelab berkenaan berada di tangga ke-17 di atas zon penyingkiran dan dibezakan dengan kelebihan satu jaringan.

5.  LONDON 14 Nov - Bintang Chelsea, Eden Hazard mendedahkan Joe Cole orang yang bertanggungjawab meyakinkan dia menyertai kelab itu. Cole mengumumkan persaraannya pada usia 37 tahun semalam. Bekas pemain tengah itu memulakan karier bola sepak profesional di West Ham sebelum menyertai Chelsea selama tujuh tahun. Dia juga beraksi bersama Liverpool, Lille, Aston Villa, Coventry City dan mempunyai 56 kap bersama England di antara 2001-2010.

6.  LONDON 14 Nov - Juara enam kali Roger Federer terselamat daripada tersingkir awal di Final ATP apabila dia mengatasi Dominic Thiem dari Austria 6-2, 6-3 di Arena 02 Arena, awal pagi tadi. Bintang Switzerland itu berada dalam kedudukan sukar selepas tewas kepada Kei Nishikori pada aksi pembukaan perlawanan round-robin - kekalahan straight set pertamanya dalam 46 perlawanan peringkat kumpulan di kejohanan penutup musim itu.

7.  BRIXWORTH, England 14 Nov - Mercedes memberi penghormatan kepada pengerusi bukan eksekutif Niki Lauda yang sedang dalam pemulihan awal pagi tadi ketika juara dunia Formula Satu, Lewis Hamilton menyertai kakitangan kilang meraikan gelaran berganda kelima berturut-turut dalam kategori pengeluar dan pemandu.

8.  DUBAI 14 Nov -  Rory McIlroy memberi isyarat yang dia mungkin akan meninggalkan Jelajah Eropah dalam usahanya memburu kembali ranking teratas dunia tahun depan. Pemain nombor tujuh dunia itu bercadang memberi tumpuan kepada saingan di Amerika Syarikat, terutama dengan perubahan yang dilakukan ke atas jadual pertandingan tahun 2019.

9.  SEPANG 14 Nov - Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Tan Cheng Hoe mengakui Vietnam mendapat kelebihan berganda kerana bukan hanya beraksi di gelanggang sendiri malah mendapat rehat yang cukup menjelang perlawanan Kumpulan A Piala AFF di Hanoi, Jumaat ini.

10.  KUALA LUMPUR 14 Nov - Kecuali Yap Roy King yang tersingkir pada pusingan pertama, semua pemain muda negara terutama kategori lelaki bermula cemerlang dalam saingan individu Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Markham, Kanada, awal pagi tadi. Pemain ranking ke-51 dunia, Ng Tze Yong mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain ranking ke-27, Saran Jamsri dari Thailand 18-21, 21-13, 21-18 dalam tempoh 74 minit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-11-2018 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*JUMAAT 16 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 8 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#penghulusegalahari*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:30, SUBUH : 05:40, SYURUK : 06:57, ZOHOR : 13:01, ASAR : 16:22, MAGHRIB : 18:59, ISYAK : 20:11*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *DATIN Seri Rosmah Mansor didakwa atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima rasuah RM1.5 juta dalam kes penyelewengan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak. Bagaimanapun, Rosmah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.*

                 *TUN Dr Mahathir Mohamad berkata rancangan Australia untuk memindahkan kedutaannya ke Jerusalem ibarat mengiktiraf keganasan Israel terhadap Palestin. Perdana Menteri berkata, walaupun Canberra masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu, negara terbabit perlu mengetahui punca sebenar dalam menangani keganasan.*

                  *PENYELEWENGAN visa warga asing tanpa tapisan memberi ancaman besar kepada negara. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan berhubung pendedahan akhbar Harian Metro berkenaan. Tindakan susulan sudah dan akan diambil. Bagaimanapun apa tindakan yang kita ambil setakat ini tidak boleh didedahkan.*

                  *HUJAN lebat sejak 5 petang, smlm menyebabkan beberapa kawasan di ibu kota, Kota Damansara, Sungai Buloh dan Rawang dilanda banjir kilat. Beberapa jalan utama turut dinaiki air menyebabkan kesesakan trafik di beberapa kawasan terutama di Sungai Buloh.*

                  *SINDIKET perjudian di Sabah dipercayai menjadikan kedai runcit, premis menjual telefon serta kedai dobi sebagai tempat operasi untuk menjalankan kegiatan haram terbabit bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Taktik itu dikesan berdasarkan operasi membanteras perjudian dijalankan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah sepanjang tahun ini.*

                 *LIMA rakan termasuk dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, smlm atas pertuduhan memiliki wang palsu berjumlah RM1.41 juta pada Disember tahun lalu. Tertuduh, Azuan Miswadi Abdullah, 38, Khairul Anuar Parull, 33, Zulfikar Abd Rahman, 32, Izzaitie Aqma Johari, 24, dan Norsuhaila Abd Mutalib, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.*

                  *BUKAN sahaja persekitaran yang jijik dan meloyakan, malah perkakasan memasak di dapur premis makanan juga didapati menjadi tempat pembiakan lipas dan tikus. Itu antara punca 15 premis makanan di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas diberi pelbagai notis termasuk penutupan sementara selama 15 hari dalam Operasi Penang Sihat 9/2018 berikutan tahap kebersihan tidak memuaskan.*

                  *REMAJA berusia 13 tahun ditahan selepas disyaki meliwat kanak-kanak berusia lima tahun yang dijaga ibunya yang juga pengasuh mangsa, dalam kejadian di Taman Saujana, dekat Pontian. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, remaja itu ditahan di rumahnya selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada 9.47 pagi semalam.*

                 *SUAMI tidak suka mandi dan tidak tahu menunggang motosikal antara penyebab kepada kes perceraian di Kuantan. Malah punca itu dikesan menjadi penyumbang kepada statistik perceraian di Kuantan yang secara purata merekodkan kira-kira 1,000 kes setiap tahun dalam tempoh dua tahun sejak 2016.*

                  *MENGAMBIL dadah sempena sambutan hari lahir rakan. Itu tindakan sebahagian besar daripada 25 individu yang ditahan kerana menyertai parti liar di sebuah kondominium di Bukit Mertajam, smlm. Pada kejadian 7.30 pagi itu, suspek, sembilan perempuan dan 16 lelaki yang, berusia antara 17 hingga 33 tahun, dengan tiga daripadanya adalah bawah umur.*

                 *LELAKI menanggung kesakitan selepas kepalanya ditumbuk pemandu Proton Wira yang melanggar keretanya di Kuala Terengganu, kelmarin. Pada kejadian 9.45 malam berhampiran sebuah flet itu, mangsa berusia 51 tahun bersama isterinya dikatakan berada di dalam Audi.*

                 *MAHKAMAH Rendah Syariah Shah Alam, smlm mengesahkan lafaz cerai yang dibuat anak pengasas gedung tekstil, Abdul Shiraz Mohamed Jakel terhadap bekas isterinya, Nurul Waheda Musa, pada 1 September lalu.*

                 *KERESAHAN segelintir pihak berhubung Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tercetus berikutan kegagalan mereka memahami inti pati cadangan perjanjian itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berkata, Perlembagaan Persekutuan yang menjadi sandaran utama prinsip perundangan di negara ini tidak menindas mana-mana kaum.*

                  *KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sedang mengkaji semula perjanjian konsesi dengan vendor yang mengendalikan pelbagai sistem Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) termasuk sistem Visa Luar Negara (VLN).*

                  *KUALA LUMPUR: Dua kali tepuk rugi RM15,000. Itu nasib menimpa wanita warga emas apabila kerugian wang tunai dan barang kemas selepas mendakwa dipukau tiga penjenayah yang menepuk bahunya dalam kejadian kelmarin. Ketika kejadian jam 1.30 tengah hari di sebuah pasar raya di Alam Jaya, Kuala Selangor, mangsa berusia 60 tahun membeli barang keperluan di situ sebelum didatangi tiga warga Indonesia iaitu seorang lelaki dan dua wanita.*

                 *DUA lelaki sanggup memanjat bumbung dan siling rumah untuk melarikan diri daripada dicekup penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Kampung Bunsadan, Kota Marudu, awal pagi smlm Bagaimanapun suspek berusia 26 dan 34 tahun berjaya ditahan selepas seorang daripada mereka terjatuh ketika bergelut dengan penguat kuasa AADK.*

                  *PENGAWAL keselamatan diikat manakala mulutnya ditutup lima penyamun bertopeng bersenjatakan dua parang yang menyamun pasar raya di Bandar Permaisuri, Setiu, smlm. membabitkan kerugian RM200,000. Suspek dipercayai memecah masuk pasar raya berkenaan melalui jeriji pintu belakang pada 1 pagi sebelum menebuk tiga peti besi manakala satu lagi peti diumpil.*

                 *TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, kapal layar mewah Equanimity dibawa ke Pulau Langkawi kerana ia tidak boleh terus berlabuh di sesuatu tempat sepanjang masa. Perdana Menteri berkata, kapal akan menghadapi masalah jika ia terus berada di satu tempat untuk tempoh yang panjang. Kapal mesti belayar.. anda tidak boleh terus menyimpannya (berlabuh) sepanjang masa kerana ia boleh menyebabkan teritip dan sebagainya berkumpul.*

                 *BEKAS Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, 69, yang membuat pemeriksaan rutin di Institut Jantung Negara (IJN) dijangka keluar, hari ini. Isteri beliau, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid berkata, semua ujian pemeriksaan kesihatan sudah dilakukan dan suaminya dijangka akan dibenarkan keluar dari IJN.*

                 *LELAKI yang dipercayai terbabit dalam kes pecah masuk kedai maut ditembak ketika cuba merempuh beberapa anggota polis bertugas di Taman Nusa Bestari 2, Iskandar Puteri, jam 3.30 pagi smlm. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pada awalnya, sepasukan polis yang menerima maklumat bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.*

                 *KENDERAAN yang membawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jam 1.25 tengah hari smlm. Beliau dibawa menaiki kenderaan Toyota Alphard berwarna hitam dengan diiringi empat kenderaan pengiring dan dua motosikal untuk ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.*

                 *DUA pensyarah Universiti Teknikal Malaysia melaa (UTeM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, smlm atas empat pertuduhan salah guna kuasa mendapatkan bekalan makmal bagi tujuan penyelidikan bernilai lebih RM50,000, tiga tahun lalu.*

                 *DATUK mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, smlm atas tuduhan merogol cucunya, Ogos lalu. Tertuduh, 58, berasal dari Bachok, Kelantan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Lelakiitu didakwa merogol cucunya berusia sembilan tahun di ruang tamu sebuah rumah di Jaya Gading, Kuantan pada Ogos lalu.*

                 *Georgetown: Keluarga bayi malang yang kakinya membengkak dan menggelembung ketika menjalani pemindahan darah mempersoal tindakan Hospital Pulau Pinang (HPP) melarang pegawai polis menjalankan siasatan kes terbabit.*

                 *MAYAT dalam keadaan rentung dipercayai mangsa bunuh ditemui di dalam kereta yang terbakar di Kampung Banjar menghala Selabak di Teluk Intan, smlm. Difahamkan, mayat yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan sebelum melaporkan kepada polis.*

                 *Kuala Lumpur: Bukan saja menubuhkan tabung tidak sah yang mencekik darah pemandu, satu syarikat pengangkutan awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa gagal membayar baki caruman daripada tabung berkenaan selepas kontrak pemandu tamat. Difahamkan, syarikat itu menubuhkan dua tabung dengan memotong pendapatan harian pemandu RM50 untuk dimasukkan ke dalamnya.*

                 *KERANI Pejabat Belia dan Sukan Pahang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan, smlm kerana melakukan pecah amanah terhadap kutipan sewa, tahun lalu. Tertuduh Mohd Hisham Mohd Kamaruddin, 34, dituduh melakukan kesalahan itu ketika bertugas sebagai pembantu tadbir Bahagian Pengkeranian dan Operasi di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bera pada 10 Februari 2017 dan 28 Mac 2017.*

                 *PEMBANTU kedai makan ditahan polis, semalam, kerana mencabul anak tirinya yang berusia tujuh tahun di rumah mereka di Langkawi, Oktober lalu. Suspek berusia 26 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat bapa mentuanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, semalam. Ia selepas perbuatan terkutuk itu diketahui ibu mangsa.*

                 *LARANGAN merokok di restoran menghangatkan sesi lisan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang apabila beberapa wakil rakyat kerajaan mempersoalkan pelbagai kelemahan mengenai pewartaan isu berkenaan. Susulan larangan itu, Hng Mooi Lye (PH-DAP-Jawi) mempertikaikan sama ada pengendali restoran dibenarkan menjual rokok di dalam premis masing-masing.*

                 *PASANGAN kekasih ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki yang ditemui dalam lubang tadahan air di Ladang Kembau, Kuala Sedeli, Kota Tinggi pada 4 November lalu. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superitendan Ahsmon Bajah berkata, lelaki warga Indonesia dan wanita tempatan berusia 30-an itu ditahan pada Isnin lalu.*

                 *MUSIM tengkujuh dan harga getah beku yang merudum menjadi faktor penoreh tidak dapat bekerja, manakala peraih pula terpaksa beralih kepada tugas lain untuk mencari sesuap nasi. Jika sebelum ini peraih mampu memperoleh hasil getah antara dua hingga tiga tan metrik sehari, kini mereka sekadar memperoleh antara 0.5 hingga satu tan.*

                 *POLIS menahan seorang lelaki dan merampas 90 kilogram (kg) daun ketum yang disimpan dalam but belakang kereta dipandunya di Jalan Datok Paduka Raja, Kampung Gajah, semalam. Dalam kejadian jam 11 pagi, suspek, 47, ditahan Unit Peronda Polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah dalam keadaan mencurigakan ketika sedang membuat rondaan.*

                 *MAYAT lelaki ditemui dalam keadaan sudah mula membengkak di kabin bot terbiar di Jeti Ah Liang, Endau, dekat Mersing, semalam. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, dalam kejadian 3.15 petang semalam, mayat itu dijumpai orang awam dalam keadaan terlentang yang kemudian memaklumkannya kepada polis dari Balai Polis Endau.*

                 *SAYA risau memikirkan bagaimana menggantikan lebih 100 telefon bimbit pelanggan yang sudah siap dibaiki selepas kedai saya terbakar, kata Ahmad Ikhwan Ghani, 25, pemilik kedai menjual dan membaiki telefon bimbit di Taman Permint Perdana dekat Kampung Batin, Kuala Nerus. Dalam kejadian 10.50 malam smlm, Ahmad Ikhwan kerugian hampir RM50,000 selepas premis yang disewanya sejak enam tahun lalu terbakar.*

                 *POLIS memburu sekumpulan tujuh penjenayah yang dipercayai menyamun rantai emas milik seorang wanita di Lebuhraya SILK menghala ke Kajang berhampiran Sungai Ramal Luar, Kajang pada 7 November lalu. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian jam 11.09 malam.*

                 *SERAMAI 77 mangsa daripada 26 keluarga masih ditempatkan di satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Temerloh yang terjejas akibat banjir kelmarin, sehingga jam 8 pagi smlm. Mengikut portal info bencana banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa ditempatkan diPPS Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kapor selepas rumah mereka dinaiki air akibat limpahan Sungai Semantan.*

                 *PELAJAR Maahad Tahfiz Darul Iman ditemui lemas ketika mandi di tali air Kampung Padang Air, di Kuala Nerus, petang semalam. Mangsa, Ahmad Muhaimin Mohd Abdul Razip, 13, dari Kampung Padang Nenas, dekat sini sebelum itu mandi bersama enam rakannya sebelum dilaporkan lemas kira-kira 6 petang. Mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat pada 9.20 malam di dasar tali air kira-kira 20 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas.*

                 *SEBAHAGIAN daripada dividen Petronas berjumlah RM30 bilion wajar disalur untuk membantu pekebun kecil, penoreh dan nelayan mengurangkan beban kos sara hidup susulan kejatuhan harga komoditi serta musim tengkujuh.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


            *NEW DELHI: Seorang bayi yang baru berusia 12 hari maut selepas diculik dan dibunuh seekor monyet.*
            *Pegawai polis bertugas di balai polis Sikandra, Ajay Kaushal berkata, sekumpulan monyet memasuki rumah mangsa dan merampas bayi itu yang sedang disusukan ibunya sebelum melarikan diri.*
          *Haiwan terbabit menggigit kepala bayi malang berkenaan dan meninggalkan mangsa apabila dikejar orang ramai bersenjatakan kayu dan batu, katanya.*
             *Mangsa yang berlumuran darah dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba.*

            *NEW YORK: Seorang lagi pemandu teksi bertindak membunuh diri di kota 'Big Apple' kerana mendapati tidak dapat menampung kehidupan, kata pegawai, semalam.*
            *Roy Kim, 58, dari Bayside, Queens, dipercayai bertindak demikian kerana beban hutang dan menjadi pemandu teksi ke-8 membunuh diri dalam tempoh setahun, kata pegawai Suruhanjaya Teksi dan Limosin (TLC).*
         *Kim didapati menggantung diri menggunakan tali pinggang di kediamannya pada 5 November lalu, kata Pejabat Pemeriksa Perubatan. Tiada nota menceritakan tindakannya didapati di tempat kejadian.*

            *LONDON: Lelaki berjambang dilihat lebih menarik daripada lelaki yang hanya ada janggut kambing, menurut satu kajian baru-baru ini.*
           *Berikutan itu, penyelidik juga merumuskan bahawa adalah bukan satu kebetulan bahawa ramai wanita meminati selebriti terkenal yang berjambang seperti Jamie Dornan, Jake Gyllenhaal dan Chris Hemsworth.*
             *Pemerhatian itu dinyatakan berdasarkan hasil kajian Jurnal Evolusi Biologi, menurut laporan portal berita.*

           *Moscow: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di Stavropol Krai, Russia, kini berkemungkinan mandul selepas dibelasah teruk sekumpulan rakan sekolahnya yang tidak senang dengan tindakan mangsa menegur kelakuan mereka di sekolah.*
            *Mangsa dikenali sebagai Liza, yang dibelasah teruk di Mineralnye Vody, barat daya Russia Krai, kini terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalamigegaran otak dan cedera parah organ dalaman terutama sistem pernafasan dan peranakan.*
            *Daily Mail melaporkan, dia diserang kerana menegur rakannya di sekolah menyebabkan mereka membalas dendam.*

          *LONDON : Juadah istimewa Britain, fish and chips kini semakin terancam susulan pembuangan sisa plastik di dalam laut yang membahayakan kehidupan marin.*
           *Pertubuhan perlindungan alam sekitar ternama Britain, Plastic Oceans UK dengan bantuan restoran fish and chips di Blackburn menyediakan juadah kegemaran ramai itu menggunakan plastik berbentuk ikan, berbanding ikan kod, iaitu ramuan utama makanan terbabit.*

           *GAZA: Usaha damai anjuran Mesir yang menunjukkan perkembangan positif, menjadi pudar selepas pertempuran antara Palestin dengan Israel kelmarin, iaitu paling sengit sejak 2014 menyebabkan banyak pihak bimbang perang terbaru akan tercetus.*
            *Malam Ahad lalu, komando Israel melancarkan operasi menyebabkan tujuh pejuang Palestin, termasuk komander Briged Al-Qassam terbunuh, selain seorang Kolonel Israel.*
           *Sehari sebelum itu, Perdana Menteri Israel berkata, beliau akan melakukan apa saja bagi mengelak perang baru dengan Palestin.*


*TULAR / POPULAR*
================


           *KERETA mewah Nissan Fairlady dan Volkswagen Beetle serta beberapa kenderaan lain, bot dan enjin antara 93 barangan rampasan polis dilelong kepada orang ramai di Kota Kinabalu, smlm.*
           *Turut dilelong ialah barang kemas membabitkan cincin, rantai, anting-anting, subang, loket dan gelang serta jam tangan mewah.*
          *Ketua Penyelaras Lelongan Aset Alih, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, Deputi Superintendan Wong Leong Meng, berkata semua barang dianggarkan bernilai RM131,000 dilelong kepada orang ramai mulai 9 pagi.*
   
           *TEKA-TEKI berhubung status haiwan yang disangka kacukan kerbau dan lembu baka Charolais di Kampung Tebakang, Bukit Payong terjawab apabila Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mengesahkan haiwan itu ialah kerbau albino.*
             *Pengarah JPV Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, pihaknya sudah menerima laporan tidak rasmi berhubung keputusan ujian darah yang dibuat ke atas haiwan yang dinamakan Bambu yang disangka kacukan kerbau dan lembu itu.*
            *Mengikut ujian darah yang dijalankan, haiwan itu disahkan hanya mempunyai DNA kerbau dan tiada gen lembu seperti yang didakwa pemiliknya.*

          *PENYANYI rap terkenal Amerika Syarikat, Kyle Harvey bakal menemui peminat di Malaysia menerusi konsert Lightspeed World Tour pada 5 Januari depan.*
             *Konsert yang akan berlangsung di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur itu adalah yang pertama kali buat Kyle di negara ini.*
               *Turut dikenali sebagai SuperDuperKyle, penyanyi yang juga pelakon ini mula berjinak-jinak dengan muzik rap sejak remaja.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


           *LONDON: Fulham tidak akan berputus asa dalam pertarungan mereka mengelak penyingkiran daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, kata pengurus baharu Claudio Ranieri.*
            *Skuad The Cottagers memecat Slavisa Jokanovic kelmarin dan terus melantik pengendali dari Itali, Ranieri yang membimbing Leicester mencipta kejutan dengan meraih gelaran pada 2016.*
                *Fulham kini di kedudukan terbawah liga dengan hanya mengumpul lima mata daripada 12 perlawanan.*

            *KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diberi penghormatan sekali lagi untuk berucap pada Persidangan Bolasepak Dunia Asia (WFSA) yangberlangsung buat pertama kalidi benua ini pada April depan.*
            *Perkembangan itu diumumkan menerusi laman sosial Johor Southern Tigers dan juga menerusi Twitter Tunku Ismail, malam tadi.*
         *Tunku Ismail sebelum ini pernah berucap pada Persidangan Bolasepak Dunia (WSF) di Madrid pada 2016 dan sekali lagi dijemput untuk memberikan ucapan pada tahun ini.*

           *HANOI: Jurulatih Vietnam Park Hang-seo sudah awal-awal lagi menghidu perangkap yang cuba dipasang pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelang pertembungan Kumpulan A Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh, malam ini.*
         *Beliau percaya, kenyataanCheng Hoe yang tidak mahu meletakkan harapan tinggi kepada barisannnya, sebaliknya sudah memadaidengan mencatatkeputusan seri,hanya mahu menyedapkan hati pasukan tuan rumah.*

           *KUALA LUMPUR: Wong Choong Hann mengakui teruja dapat kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila secara rasminya memulakan tugas sebagai pengarah kejurulatihan badan induk itu, smlm.*
             *Bekas pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia itu yang meninggalkan BAM pada 2011berkata, peluang untuk sekali lagi berkhidmat bersama badan induk itu adalah sesuatu yang dinantikan dan sudah bersedia untuk berdepan dengan cabaran baharu buat kerjayanya.*

           *KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai dua misi apabila turun beraksi pada Piala Dunia di Bhubaneswar, India dari 28 November hingga 16 Disember depan.*
           *Misi pertama untuk melangkah ke pusingan kalah mati dan yang kedua sebagai persiapan menghadapi kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.*

           *KOTA BHARU: Bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya belum membuat keputusan sama ada akan menyarung jeris pasukan berstatus Liga Super atau Liga Premierbagi saingan musim depan.*
           *Setakat ini, pemain kelahiran Kota Bharu ini belum menerima tawaran daripada mana-mana pasukan untuk kembali beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).*

           *KUALA LUMPUR: Selepas 10 tahun menunggu, akhirnya Akademi Bolasepak FELDA (ABF) meraih pengiktirafan terbesar apabila dijemput menyertai Kejuaraan Bolasepak Antarabangsa Bali (IFC) 2018 bermula 3 Disember ini.*
             *Ini kerana akademi yang mula ditubuh sejak 2008 itu muncul satu-satunya pasukan dari Malaysia yang menerima jemputan berkenaan.*
           *Mereka bakal bertarung dengan nama besar seperti Hubei FA dari China, Akademi Bolasepak Busan serta Gyeongnam Changnyeon (Korea Selatan), West Football (Australia), Akademi Asia Cruzeiro (Thailand) dan Sporting CF SA (Singapura).*

          *PETALING JAYA: Lebih 100 peluncur air tempatan dan luar negara termasuk dari China, Indonesia dan Thailand dijangka akan menggegar perairan Pantai Cherating, Pahang bagi menyertai pertandingan Safari Grom Search (SGS) bermula 7 hingga 9 Disember ini.*
              *Bagi menarik lebih ramai penyertaan peserta tempatan, pihak penganjur Safari Xtreme Sports & Event menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai untuk pemenang setiap kategori dan sebuah motosikal MODENAS PULSAR NS200 untuk pemenang tempatan kategori Long Board.*

          *SEPANG: Biarpun terpaksa menarik diri daripada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang Oktober lalu akibat kecederaan, atlet terjun, Pandelela Rinong tetap berpuas hati dengan pencapaiannya sepanjang tahun 2018.*
             *Pingat emas acara 10 meter platform seirama bersama Cheong Jun Hoong pada Siri Terjun Dunia ketiga di Montreal, Kanada tahun ini disifatkan pencapaian paling gemilang buat atlet kelahiran Sarawak itu.*

           *KUALA TERENGGANU: Bukan lagi dalam radar pasukan Terengganu FC (TFC), sebaliknya bekas penjaga gol utama Negeri Sembilan, Muhamad Ilham Amirullah Razali kini sah milik TFC bagi mengharungi saingan musim depan.*
          *Pengesahan itu diumumkan sendiri pemain kelahiran kampung Tersusun Rantau Panjang, Dungun itu kepada Sukan NSTP sebentar tadi, selepas menandatangani kontrak bersama Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), semalam.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-11-2018 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI C 16/11/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Buat kali kedua isteri bekas PM, Datin Seri Rosmah Mansor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Kali ini, beliau berdepan pertuduhan meminta rasuah melalui pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Rizal Mansor sebanyak 15 peratus atau RM187.5 juta daripada nilai kontrak Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak.

2.  PUTRAJAYA 15 Nov. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk menaiktaraf sistem imigresen sedia ada sebelum membangunkan satu sistem baharu yang lebih efisien untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan adalah lebih cekap, selamat dan menjimatkan kos, kata Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

3.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Peruntukan untuk Mara dalam Belanjawan 2019 tidak dipotong, sebaliknya sama seperti yang diperuntukan dalam Belanjawan 2018. Menteri KPLB, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan melalui pengumuman Belanjawan 2019 kepada Mara tidak berkurangan sehingga 50 peratus sebagai mana yang didakwa oleh MP Rembau, Khairy Jamaluddin.

4.  KUALA NERUS 15 Nov. - Seorang pelajar maahad tahfiz berusia 13 tahun lemas ketika mandi-manda bersama enam rakannya di sebatang tali air di Kampung Padang Air, di sini, hari ini. Mayat Ahmad Muhaimin Mohd Abdul Razip ditemui di celah dasar lumpur tali air oleh anggota penyelam JPBM pada jam 9.20 malam, kira-kira 20 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

5.  PORT DICKSON 15 Nov. - Kerajaan bersetuju untuk mempertimbangkan peruntukan tambahan kepada golongan miskin khususnya nelayan, petani dan peladang bagi membantu meringankan beban sara hidup, kata Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.

6.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Projek pembinaan parkir bertingkat di kawasan PPR di bandaraya ini akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi mengatasi masalah kekurangan parkir untuk penghuni kediaman berkenaan. Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata pelaksanaan projek itu merupakan antara projek yang dalam kajian pihak DBKL.

7.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hanya Lim Guan Eng dan Tony Pua sahaja yang bersungguh-sungguh dalam Skim FundMyHome di negara ini. Tidak ada orang lain. Oh saya hampir terlupa, pemilik skim itu juga, kata bekas PM itu dalam hantaran Facebook tengah malam tadi. Menurut beliau dalam ucapan Bajet 2019, mereka mempromosikan mekanisme skim P2P dengan hampir 200 patah perkataan.

8.  KUALA LUMPUR 15 Nov.- Seorang remaja perempuan ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras kira-kira 300 meter dalam kejadian di Sungai Congak, Hulu Langat dekat sini petang tadi. KPD Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 2.30 petang ketika mangsa berusia 20 tahun itu sedang mandi bersama dua rakannya.

9.  BANDAR GAZA 15 Nov. - Pergerakan Hamas menyifatkan peletakan jawatan Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman sebagai kejayaan politik bagi Gaza. Lieberman meletakkan jawatan selepas membantah keputusan gencatan senjata Israel dan Palestin serta menganggap tindakan itu sebagai tewas kepada keganasan.

10.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Guru besar atau pengetua sekolah perlu membuang sikap menjaga nama baik atau imej sekolah sehingga melindungi perlakuan jenayah termasuk seksual yang melibatkan warga sekolah, kata seorang penganalisis jenayah. Datuk Akhbar Satar berkata sikap sedemikian tidak membantu mana-mana pihak malah pelaku berkecenderungan mengulangi jenayahnya jika tindakan yang diambil hanya ditukarkan sekolah.

11.  SINGAPURA 15 Nov. C PM,Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual mengadakan tiga mesyuarat dua hala di luar kerangka Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di sini hari ini. Beliau akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan PM Australia Scott Morrison, disusuli pertemuan dengan PM Vietnam Nguyen Xuan Phuc dan PM New Zealand Jacinda Ardern.

12.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan parti dilihat bukan sahaja memikul tanggungjawab mengetuai parti komponen terbesar Pakatan Harapan malah tugas lebih besar menanti iaitu untuk menangani budaya 'kem politik' dalam parti itu.

13.  JOHOR BAHRU 15 Nov. - Hanya tinggal satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Batu Pahat berikutan banjir di kawasan berkenaan manakala satu lagi di daerah Kluang sudah ditutup malam tadi. PPS Dewan Kg. Kolam Air yang dibuka mulai 8 pagi kelmarin dan menempatkan 41 orang daripada sembilan keluarga di Kg. Kolam Air, Simpang Renggam dekat Kluang telah ditutup pukul 9.30 malam tadi.

14.  Kuala Lumpur, 14 Nov - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia hari ini bertegas untuk membantah usaha untuk meratifikasikan ICERD. Selepas mengambil kira pandangan daripada ahli-ahli MAYC diakar umbi yang terdiri daripada belia pelbagai kaum dan agama, MAYC berpendapat bahawa usaha untuk meratifikasikan ICERD ini adalah usaha untuk mengganggu gugat fungsi dan peranan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

15.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Polis memburu sekumpulan tujuh lelaki yang melakukan samun terhadap seorang wanita dengan berpura-pura melanggar kereta dipandu mangsa dalam kejadian di Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk) menghala Kajang, 7 November lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam yang turut tular dalam laman sosial itu, seorang wanita berusia 30 tahun sedang memandu telah dilanggar dari arah belakang sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki.

16.  SEPANG 15 Nov. - Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambang murah India, IndiGo ke negara ini telah tiba di KLIA2 sebentar tadi. Ketibaan pesawat Airbus A320 pada pukul 10.40 pagi yang membawa 180 penumpang itu disambut dengan upacara 'water cannon salute'. Penumpang-penumpang pesawat itu disambut oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin.

17.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Sulawesi, Indonesia pada pukul 7:01 pagi tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu adalah 81km barat dari Palopo, Indonesia pada kedalaman 10km. Bagaimanapun, kenyataan itu berkata, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

18.  ALOR SETAR 15 Nov. - Sejumlah 5,421 daripada 46,161 penerima bantuan JKM di negeri ini digugurkan atas pelbagai faktor setakat Oktober tahun ini. Exco negeri, Halimaton Saadiah Saad berkata, antara faktor berkenaan ialah penerima meninggal dunia sebanyak 1,655 orang, berpindah ke luar daerah (473), mampu berdikari (305), tidak layak (611), dirujuk ke agensi lain (tiga), tukar skim bantuan (589) dan lain-lain (1,785).

19.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Masyarakat khususnya peminat industri perfileman tempatan seharusnya menonton Polis Evo 2 terlebih dahulu sebelum melabelkan filem tersebut sebagai naskhah mencemarkan imej islam. Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu & Nusantara Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, Polis Evo 2 telah mendapat kelulusan untuk ditayangkan dan pihaknya sudah bertemu dua mufti untuk mendapatkan nasihat.

20.  KUANTAN 15 Nov. - Seorang penjawat awam didakwa atas dua pertuduhan pecah amanah iaitu menggunakan wang kutipan sewa Dewan Kompleks Rakan Muda Bera berjumlah RM2,250 di Jabatan Belia dan Sukan Bera, Bera dekat sini pada Februari dan Mac tahun lalu. Mohd. Hisham Mohd. Kamaruddin yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir di jabatan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Sesyen Mohd. Ghazali Mohamad Taib.

21.   ALOR SETAR 15 Nov. - Menangani isu peningkatan kos sara hidup dan harga barang ketika ini penduduk Kedah dinasihatkan agar bijak berbelanja termasuk memilih kedai atau pasar raya yang menyediakan barangan harga murah. Exco negeri, R. Summugam berkata, pelaksanaan SST tidak membeban sekiranya pengguna peka dengan harga barang keperluan masing-masing.

22.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Seramai 64,632 individu berusia di antara 18 shingga 44 tahun telah diisytiharkan muflis sejak lima tahun lalu disebabkan tidak berupaya membayar semula pinjaman pembiayaan. Malah, sehingga bulan September tahun ini sahaja, seramai 13,338 individu telah tergolong sebagai muflis ekoran gagal membayar semula pinjaman kereta, pinjaman peribadi, perumahan dan perniagaan.

23.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan menerima ugutan bunuh tiga bulan sebelum beliau dibunuh, lapor sebuah portal berita. The Malaysian Insight melaporkan, Nazrin menerima panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali yang mengugut akan membunuhnya. Portal itu melaporkan Nazrin menganggap ugutan itu serius dan telah membuat laporan polis.

24.  KUALA LUMPUR 15 Nov. C Kerajaan memberi jaminan bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak akan dimansuhkan sekiranya ICERD diratifikasi. Demikian maklum balas Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang).

25.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) berpangkalan di UK membuka permohonan bagi calon Felo Pelawat kelapan di OCIS di bawah Program Sarjana Tamu (SIR) dalam Kewangan Islam bagi tahun akademik 2019/20 bermula Oktober 2019. Program SIR merupakan inisiatif untuk penyelidikan terhadap isu-isu kontemporari dalam kewangan Islam, khususnya dalam bidang pasaran modal Islam.

26.  IPOH 15 Nov. - Kerajaan negeri akan memberi ganjaran kepada individu yang membantu memberi maklumat berhubung ketirisan dan salah laku dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri. MB, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ganjaran itu akan diberikan kepada pemberi maklumat sehingga kes yang disalurkan itu dituduh di mahkamah dan terbukti bersalah.

27.  KOTA BHARU 15 Nov. - Tindak-tanduk seorang pemuda berkain pelekat secara selamba mencuri sebatang pembersih cermin kereta di sebuah stesen minyak dipercayai di Ketereh, di sini menjadi tumpuan para pelayar laman sosial Facebook pagi ini. Video berdurasi 1 minit 7 saat  dari CCTV stesen minyak itu memaparkan pemuda terbabit yang berbaju T hitam dan berkain pelekat itu sedang mengisi minyak sebuah kereta Perodua Kancil miliknya.

28.  PUTRAJAYA 15 Nov. - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yakin penubuhan Suruhanjaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Industri di bawah Parlimen akan meningkatkan sektor tenaga mahir di negara ini. Antara keperluan suruhanjaya itu diletakkan di bawah Parlimen adalah untuk menunjukkan Kerajaan PH lebih serius mahu membawa program TVET ke peringkat seterusnya.

29.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengatakan tidak kepada ICERD. Ketegasan S/U Agung BN itu menamatkan persoalan mengenai pendirian beliau terhadap konvensyen antarabangsa tersebut memandangkan Mohamed Nazri dilihat banyak pihak sebagai seorang pemimpin Melayu yang agak 'liberal' dalam isu berkaitan kaum serta agama.

30.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Pendakwaan terhadap isteri bekas PM, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; dan bekas pegawai khas kepada bekas PM, Datuk Rizal Mansor serta seorang ahli perniagaan akan didengar di tiga Mahkamah Sesyen di sini petang ini. Hakim-hakim yang akan mendengar pendakwaan tersebut ialah Azman Ahmad, Azura Alwi dan Rozina Ayob.

31.  MERSING 15 Nov. - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah kabin bot terbiar di Jeti Ah Liang, Endau di sini semalam. KPD Mersing, Supt. Cyril Edward Nuing berkata, mayat lelaki dipercayai warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam pukul 3.15 petang dalam keadaan terlentang dan sudah membengkak.

32.  ALOR SETAR 15 Nov. - Kerajaan negeri berhasrat untuk mengikut jejak langkah Perak yang bercadang meminda Seksyen 23 Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 bagi memudahkan individu melakukan urusan untuk berpoligami. Exco negeri, Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan Perak bagi mengenalpasti tindakan tepat melaksanakan perkara itu.

33.  PULAU PINANG 15 Nov. C Dua ADUN daripada DAP serta mereka yang berpandangan serupa diingatkan menyelidik dan memahami fakta sejarah politik yang berkaitan sebelum membangkitkan mengenai ratifikasi ICERD. Ingatan itu disuarakan pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM, Dr. Low Yong San dengan merujuk kepada dua fakta sejarah.

34.  KUALA LUMPUR 15 Nov. C KP Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dipilih untuk menyertai persidangan Smarter Border Management (SBM) 2018 di Hilton, Canary Wharf, London, United Kingdom. Persidangan yang diadakan bermula 13 November dan berakhir hari ini turut menghimpunkan tokoh pemimpin dan pakar dalam kawalan sempadan, imigresen, industri keselamatan kawalan sempadan dan penerbangan dari seluruh dunia.

35.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Hanya pengecut sahaja yang akan mengambil langkah meninggalkan perjuangan ketika parti memerlukan kekuatan untuk bangkit semula. Demikian ujar Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob dalam menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan ADUN Guar Chempedak, Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang mengumumkan dirinya keluar UMNO dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

36.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan hala tuju Kementerian Pertahanan berikutan bajet yang diterima pada pembentangan Belanjawan 2019 baru-baru ini menimbulkan keraguan dalam beberapa aspek. Hishammuddin turut menuding jari kepada pembahagian belanjawan kepada kementerian itu yang didakwa tidak selari dengan pendirian ketelusan sebagaimana ditekankan dalam manifesto PH.

37.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Belum ada pihak yang tampil untuk mencabar perintah mahkamah Malaysia berkenaan hak untuk menjual kapal layar mewah 'Equanimity' yang dikaitkan dengan skandal 1MDB dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho, sehingga kini. Timbalan Menteri di JPM Hanipa Maidin berkata Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low sepatutnya mencabar perintah mahkamah jika kapal itu adalah miliknya dan tidak boleh dijual.

38.  SUNGAI BULOH 15 Nov. - Pegawai Turus Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) JSJ Kuala Lumpur, Superintenden Shafaaton Abu Bakar dilantik sebagai KPD Sungai Buloh berkuat kuasa hari ini. Beliau merupakan wanita pertama yang diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai KPD oleh IPK Selangor.

39.  PUTRAJAYA 15 Okt.- Kenderaan yang dipercayai membawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilihat keluar dari ibu pejabat SPRM pada pukul 1.25 tengahari ini. Kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam yang membawa Tengku Adnan itu menuju ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur (KL) untuk proses pendakwaan.

40.  TAIPEI 15 Nov. - Siapa sangka di sebuah jalan kecil di bandaraya yang hampir 97 peratus penghuninya bukan beragama Islam terdapat sebuah kedai halal yang menjual makanan menyerupai masakan Malaysia. Menariknya kedai tersebut Kunming Islamic Restaurant  dimiliki dan dikendalikan pasang suami isteri muslim Yaacob Mah, 60 dan Fatima Ming, 58,  berasal dari Tanah Besar China.

41.  PONTIAN 15 Nov. - Seorang remaja lelaki ditahan selepas disyaki meliwat kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ketika ibunya yang juga pengasuh kanak-kanak terbabit tiada di rumah dalam kejadian Taman Saujana di sini semalam. Remaja berusia 13 tahun itu ditahan di rumahnya selepas ibu mangsa membuat laporan polis pukul 9.47 pagi sejurus mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ibunya.

42.  JOHOR BAHRU 15 Nov. - Malaysia berada di landasan betul dalam memperluas serta memperkukuh hubungan kerjasama ekonomi dengan negara jiran dan serantau sekali gus memberi keyakinan kepada pelabur asing melabur di negara ini. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali percaya keyakinan itu adalah berdasarkan komitmen serta penekanan kerajaan PH untuk menerapkan nilai integriti dan tadbir urus yang baik.

43.  PUTRAJAYA 15 Nov. - Orang ramai berpeluang untuk memenangi sebuah telefon pintar jenama Huawei P20 dengan menghantar gambar swafoto terbaik dalam program 1Milion #crazyonrecycle. Timbalan Menteri KPKT, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, program tersebut yang berlangsung bermula hari ini sehingga 20 November ini bertujuan menyokong aktiviti kitar semula sisa pepejal.

44.  LUMUT 15 Nov.- Laksamana Madya Datuk Rusli Ramli dilantik sebagai Panglima Armada Barat yang baharu menggantikan Laksamana Madya Datuk Pahlawan Mohamad Adib. Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Auditorium Venus Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL), Pangkalan TLDM di  sini hari ini disaksikan oleh Panglima TLDM, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruldin.

45.  RASAH 15 Nov. - Lima tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas pertuduhan memiliki wang kertas palsu bernilai lebih RM1.4 juta, tahun lalu. Tertuduh, Azuan Miswadi Abdullah, 38, Khairul Anuar Parull, 33, Zulfikar Abd. Rahman, 32, Izzaitie Aqma Johari, 24, dan Norsuhaila Abd. Mutalib, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim G. Ramesh.

46.  SEPANG 15 Nov. - Kerajaan tidak akan melindungi syarikat-syarikat penerbangan sebaliknya mahu melihat satu pasaran sektor penerbangan yang berdaya saing, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Persaingan yang wujud itu bukan sahaja membawa manfaat positif kepada sektor penerbangan malah melonjakkan pertumbuhan sektor-sektor lain termasuk pelancongan.

47. MARANG 15 Nov.- Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) membelanjakan RM20 juta setahun bagi menguruskan operasi pendidikan taska di seluruh negeri ini. Yang Dipertua DUN, Yahaya Ali memberitahu, daripada jumlah tersebut, RM10 juta adalah diperoleh melalui hasil kutipan yuran dengan kadar yang tidak membebankan ibu bapa itu.

48.  ALOR SETAR 15 Nov. C MB, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan kerajaan negeri tidak tahu menahu tentang keputusan Kerajaan Pusat memindahkan kapal layar mewah, The Equanimity dari Pelabuhan Klang, Selangor ke Langkawi. Pihaknya juga tidak dimaklumkan berhubung perkembangan terkini kapal layar mewah berkenaan.

49.  KOTA BHARU 14 Nov. - Umat Islam di negeri ini diseru untuk hadir beramai-ramai sebagai tanda solidariti membantah usaha meratifikasi ICERD di negara ini. Himpunan Aman yang bakal disertai gabungan NGO itu akan diadakan pada pukul 2 petang selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Muhammadi di sini.

50.  ISKANDAR PUTERI 15 Nov. - Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk kedai mati akibat terkena tembakan selepas cuba merempuh beberapa anggota polis menggunakan kereta, dalam kejadian di Jalan NB2, 10/2, Taman Nusa Bestari 2, di sini awal pagi ini. Kejadian berlaku pukul 3.30 pagi apabila polis menerima maklumat berkaitan kes pecah masuk kedai di kawasan berkenaan.

51.  IPOH 15 Nov. - Kaedah pembayaran balik pinjaman PTPTN yang tidak membebankan peminjam daripada golongan berpendapatan rendah akan diumumkan pada bulan depan. Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, pihaknya sedang menunggu maklumat terperinci berhubung peruntukkan yang diberikan dan dasar-dasar yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2019 sebelum merangka sebarang kaedah pelaksanaan.

52.  KUALA LUMPUR 15 Nov. C KPKT tidak bercadang untuk meminda Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara yang antaranya bagi menghalang kemasukan sisa plastik yang diimport ke negara ini. Menterinya, Zuraida Kamaruddin bagaimanapun berkata, kementeriannya akan melaksanakan pelbagai langkah lain seperti memperketatkan syarat pemberian lesen import (AP) sisa plastik dan meningkatkan penguatkuasaan bagi mengawal kemasukan sisa plastik import.

53.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3 juta daripada dua individu berhubung permohonan menaikkan ratio plot berkaitan sebuah pembangunan di Jalan Semarak dan sebuah syarikat yang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

54.  KUALA LUMPUR 15 Nov. C MP pembangkang, Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) mempersoalkan di mana suara pakar-pakar ekonomi seperti Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram dan Dr. Mohammed Abdul Khalid yang dilihat membisu dalam menyuarakan pandangan mengenai Belanjawan 2019.

55.  LUMUT 15 Nov. - Mayat seorang lelaki ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar dipercayai mangsa bunuh di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Banjar di Teluk Intan hari ini. Mayat itu ditemukan setelah seorang lelaki yang menghubungi polis memaklumkan
sebuah kereta terbakar di lokasi tersebut kira-kira pukul 8.45 pagi.

56.  KOTA KINABALU 15 Nov. - Kerajaan negeri berhasrat untuk mengambil alih semula pelaksanaan konsesi elektrik dan air di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, usaha tersebut bagi mempertingkatkan keupayaan bekalan elektrik dan air sekali gus dilaksanakan sepenuhnya jabatan berkaitan dalam kerajaan.

57.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Ahli perniagaan yang juga pengarah syarikat, Datuk Tan Eng Boon didakwa di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas pertuduhan memberi suapan wang berjumlah RM1 juta berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat untuk menaikkan ratio berkaitan pembangunan di Jalan Semarak di sini, lima tahun lalu. Eng Boon, 70, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azura Alwi selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa.

58.  ALOR SETAR 15 Nov. - Sebagai anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui masih kekok ketika bekerja di samping Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mukhriz menegaskan, kemunculan semula sebagai Ahli Parlimen dan Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah di luar jangkaannya.

59. SUNGAI BULOH 15 Nov. - Kertas siasatan kes bayi 11 bulan yang meninggal dunia Jumaat lalu dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan dan kini menunggu keputusan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan.

60.  KUALA LUMPUR 15 Nov. - Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM1.5 juta berhubung projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel Bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak.

BERITA SUKAN:

1.  LUGANO, Switzerland, 15 Nov. - Tuan rumah Piala Dunia, Qatar mengejutkan Switzerland dalam perlawanan persabahatan terbaik pernah dipamerkan pasukan itu ketika beraksi di gelanggang lawan. Qatar, berada ranking 96 dunia, mencuri kemenangan melalui Akram Afif yang berjaya meloloskan diri daripada kawalan Yvon Mvogo untuk menjaringkan gol pada minit 86 di hadapan 4,000 penonton.

2.  KOTA BHARU 15 Nov. - Syarikat minuman pribiotik Yakult (M) Sdn. Bhd sedia meneruskan tajaan bagi musim 2019 sekiranya Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh mereka. Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada berkata, ketika ini pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada Kafa berhubung perkara tersebut.

3.  KUANTAN 15 Nov. - Penjaga gol skuad The Fighters, Mohd. Farizal Harun menyifatkan tindakan pengurusan Felda United menggugurkan sebagai tidak profesional. Mohd. Farizal berkata, pengurusan pasukan itu sepatutnya berbincang dengannya terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan tidak menyambung kontraknya.

4.  LONDON 15 Nov - Fulham tidak akan berputus asa dalam pertarungan mereka mengelak penyingkiran daripada Liga Perdana musim ini, kata pengurus baharu Claudio Ranieri. Skuad The Cottagers memecat Slavisa Jokanovic semalam dan terus melantik pengendali dari Itali, Ranieri yang membimbing Leicester mencipta kejutan dengan meraih gelaran pada 2016.

5.  BERLIN 15Nov - Pemain sayap Jerman Marco Reus tidak dapat diturunkan pada aksi persahabatan menentang Russia hari ini akibat kecederaan kaki dan diragui untuk perlawanan Liga Negara-Negara menentang Belanda minggu depan, kata pengendali Jerman Joachim Loew.

6.  KUALA TERENGGANU 15 Nov - Penjaga gol nombor dua Terengganu FC (TFC), Wan Azraie Wan Teh menghela nafas lega apabila khidmatnya masih diperlukan bagi mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Bagaimanapun, pemain kelahiran Kuala Ibai yang lebih mesra dipanggil Joie tidak mahu lebih kerap memanaskan bangku simpanan seperti musim ini.

7.  LONDON 15 Nov - Novak Djokovic mara ke separuh akhir Final ATP selepas pemain nombor satu dunia itu menewaskan Alexander Zverev, 6-4, 6-1, awal pagi tadi. Djokovic kini memburu trofi Final ATP keenam dan kejuaraan penamat musim pertama di O2 Arena London sejak 2015. Dalam penampilan ke-11 di final itu, bintang Serbia itu sah mara ke saingan empat terakhir untuk kali kelapan selepas Marin Cilic menewaskan John Isner 6-7 (2/7), 6-3, 6-4 dalam satu lagi perlawanan.

8.  KUALA LUMPUR 15 Nov - Ketua jurulatih skuad remaja, Kwan Yoke Meng memuji prestasi ditunjukkan Aidil Sholeh Ali Sadikin selepas pemain perseorangan lelaki negara itu berjaya mara ke pusingan keempat Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Markham, Kanada, awal pagi tadi. Aidil yang menjadi satu-satunya pemain profesional terpilih mewakili negara bangkit daripada ketinggalan selepas tewas di set pertama dengan menyingkirkan Hyeon Seung Park dari Korea Selatan, 19-21, 21-17, 21-18 dalam aksi pusingan ketiga.

9.  KUALA LUMPUR 15 Nov - Pendahulu keseluruhan, Md Syarifuddin Azman berpeluang bergelar juara keseluruhan WIRA KBS seandainya memenangi perlumbaan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan, Sabtu dan Ahad ini. Pelumba Idemitsu Kozi YAM Honda Racing itu kini mendahului kedudukan dengan 133 mata, terikat jumlah pungutan mata bersama Danial Syahmi namun memiliki kelebihan jumlah kemenangan berbanding pencabarnya itu.

10.  LONDON 15 Nov - Alvaro Morata berkata, dia berjumpa pakar psikologi bagi membantunya menangani tekanan dan emosi dialami di Chelsea musim lalu sambil menambah dia pernah memikirkan untuk meninggalkan Stamford Bridge musim panas lalu bagi membolehkan dia menyertai kelab dia boleh bermain tanpa tekanan.Chelsea membayar rekod kelab 58 juta (RM316 juta) untuk mendapatkan Morata dari Real Madrid selaku pengganti Diego Costa pada musim panas 2017.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-11-2018 01:24 PM | Show all posts
Berita Harian Online

5 mins
Tok Mat hasrat pertahan kerusi
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-11-2018 01:25 PM | Show all posts
Berita Harian Online

19 mins
Penganggur didakwa bunuh pembantu tadbir PTG



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-11-2018 01:27 PM | Show all posts
Berita Harian Online
1 hr

Finalis Kem Bola Astro-Barcelona 2016, Muhammad Haziq Azeman, 13, yang menghidap kanser darah tahap tiga atau dikenali sebagai T Lymphoblastic Lymphoma meninggal dunia sebentar tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, di Kuala Lumpur.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-11-2018 01:29 PM | Show all posts
KiniTV BM

7 mins
Kita tak mahu Jamal 'jamban' jadi pemimpin - Pemuda PKR

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-11-2018 01:30 PM | Show all posts
Malaysiakini (BM Version)
1 hr

MP Rembau gesa pemimpin partinya berjumpa kumpulan yang tidak dapat manfaat daripada Belanjawan 2019.


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-11-2018 01:32 PM | Show all posts
Harian Metro
17 mins

#Ipoh Siasatan awal polis mendapati kes itu bermotifkan masalah peribadi membabitkan teman wanita. http://bit.ly/2QM3mpo


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-11-2018 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*SABTU 17 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 8 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*

*GOA_L TERAKHIR UNTUK MINGGU NI, SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DAN PENUHI MASA BERKUALITI BERSAMA INSAN2 TERSAYANG, HATI2 DIJALAN RAYA GUNAKAN SILA GUNAKAN SIGNAL KALAU MENUKAR LORONG.. C YAA.*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:30, SUBUH : 05:40, SYURUK : 06:57, ZOHOR : 13:01, ASAR : 16:23, MAGHRIB : 18:59, ISYAK : 20:11*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *MAHKAMAH Tinggi Seremban, hari ini memutuskan kemenangan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, batal dan tidak sah. Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azimah Omar, yang turut memutuskan Pilihan Raya Kecil (PKR) bagi DUN Rantau yang dimenangi Mohamad tanpa bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, perlu diadakan serta-merta.*

                  *SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan menunggu keputusan daripada Mahkamah Persekutuan sekiranya ada pihak ingin kemukakan rayuan terhadap keputusan dibuat Mahkamah Tinggi Seremban berhubung pembatalan kemenangan Datuk Seri Mohamad bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.*

                 *TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bercadang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) itu yang dijangka diadakan dalam masa terdekat. Beliau berkata, bagaimanapun keputusan itu terletak kepada kepemimpinan Barisan Nasional (BN) yang akan membincangkan perkara itu tidak lama lagi.*

                 *MAHKAMAH Majistret Kajang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 terhadap seorang ustaz atas pertuduhan mencederakan kaki seorang pelajar, Ogos tahun lalu. Majistret Nor Afidah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Adib Abd Halim, 24, selaku orang kena saman (OKS) selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.*

                  *ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) bersetuju dengan cadangan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di negara ini. Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad bagaimanapun berkata, kerajaan perlu memastikan Perlembagaan Persekutuan tidak tergugat jika menandatangani ICERD.*

                 *PERCUTIAN seorang guru wanita di negara jiran bersama rakan dan ahli keluarga bertukar mimpi ngeri apabila dia diserang seekor kuda yang mengamuk pada 6 November lalu. Malah, Nur Aini Ruslan, 29, turut digigit di bahagian pinggang sebelum dihempas beberapa kali oleh haiwan berkenaan.*

                 *PENUNGGANG motosikal bersama dua pemandu kereta terselamat selepas dihempap lori pengangkut tanah, di Kuching, smlm. Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, lori 10 tan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik ketika melalui selekoh lampu isyarat di Taman Malihah, Matang di sini.*

                 *TINDAKAN pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyelamat kerbau yang terjatuh ke dalam parit sedalam dua meter, berjaya mengelak haiwan itu daripada lemas, di Jalan Melalin, Taman Feliamas, di Tuaran, smlm. Dalam kejadian 7.50 pagi itu, kerbau betina dipercayai terpisah daripada kumpulannya itu, terjatuh ketika melompat untuk menyeberangi parit di kawasan perumahan berkenaan.*

                  *BERANG melihat anaknya bergaduh, seorang bapa menetak dua anaknya itu dengan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Rantai Rosok, Kota Belud, malam semalam. Akibat itu, anak perempuan berusia 15 tahun dan abangnya yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 22 tahun masing-masing parah di tangan kiri.*

                 *POLIS menahan empat suspek termasuk dua wanita berhubung kes penemuan mayat rentung dipercayai mangsa bunuh dalam kereta yang terbakar di ladang kelapa sawit di Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan, semalam. Mayat lelaki dipercayai berketurunan Cina itu ditemui penduduk yang melalui kawasan itu pada 8.45 pagi.*

                 *MAHKAMAH Majistret Bukit Mertajam, smlm, mengeluarkan perintah reman tiga hari ke atas 25 individu termasuk tiga di bawah umur yang ditahan polis ketika berparti liar di rumah inap desa di Bukit Mertajam, kelmarin. Perintah reman tiga hari ke atas kesemua suspek dikeluarkan Penolong Pendaftar, Nor Hapipah Abdullah bermula hari ini sehingga 18 November ini.*

                 *TUJUH lelaki warga Filipina dan seorang lelaki tempatan ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas dalam lima serbuan di Putrajaya dan Sabah antara 30 Oktober hingga Isnin lalu.*

                 *PENGANGGUR dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, smlm atas tuduhan membunuh pembantu tadbir Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang, dua minggu lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkod selepas pertuduhan dibaca terhadap tertuduh Hasnan Wahab, 35, di hadapan Majistret Nor Azizah Aling.*

                 *BUKAN saja tidak dibayar gaji, malah mereka juga tidak diberikan makan. Itu nasib menimpa empat lelaki warga India apabila terpaksa meminta ihsan orang ramai untuk mendapatkan makanan selepas restoran tempat mereka bekerja di Lebuh Ampang, Kuala Lumpur ditutup sejak Isnin lalu.*

                 *KAWASAN perindustrian dikesan menjadi lokasi pilihan kalangan warga asing untuk bekerja dan tinggal di negara ini untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan. Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor Mohamad Shukri Nawi berkata, pihaknya menerima aduan dan rungutan awam berhubung lambakan warga asing di sekitar Subang Jaya, Klang, Puchong dan Jenjarom yang juga adalah kawasan perindustrian.*

                 *AHLI Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menjalani pembedahan kecil bagi membuang batu karang di hospital di Kuala Lumpur, smlm. Beliau yang sepatutnya menghadiri Majlis Solat Hajat sempena pembukaan pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Bukit Nangka, di Jeli, terpaksa membatalkan hasrat berkenaan.*

                 *SEORANG maut manakala tiga lagi ahli keluarganya cedera selepas kereta dinaiki mereka merempuh kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 21.3 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) di Kulim, malam smlm.*

                 *TIGA pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah di Perak berikutan banjir yang berlaku sejak petang semalam. Setakat ini, seramai 43 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di ketiga-tiga PPS itu. Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri berkata, PPS terbaharu dibuka adalah Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Setor, Padang Rengas di daerah Kuala Kangsar, 12.10 tengah malam smlm.*

                 *TIGA penjaga premis termasuk dua wanita ditahan selepas disyaki menjalankan operasi judi haram di dua lokasi berasingan sekitar pekan Tuaran, kelmarin. Serbuan pertama dijalankan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, manakala serbuan kedua membabitkan kedai telekomunikasi oleh pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.*

                 *PEKERJA pasar raya maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di kilometer 132.5 Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah, Rompin, semalam. Dalam kejadian 1.30 tengah hari, mangsa Sulaiha Mohd Rashid, 29, berasal dari FELDA Keratong 8, Muadzam Shah, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.*

                 *POLIS Kuala Lumpur merancang untuk meneruskan tawaran diskaun sehingga 50 peratus bagi saman trafik di dalam setiap program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) dianjurkan mereka. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya melihat a sebagai salah satu cara untuk menarik kehadiran orang ramai di dalam program berkenaan.*

                 *PRUDENTIAL BSN Takaful Bhd (PruBSN) dan Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang mengambil inisiatif menawarkan suntikan vaksin percuma kepada pelanggan mereka membabitkan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah bagi mencegah penularan virus influenza.*

                 *PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis berhubung tindakan pihak tertentu yang cuba menghalang pembinaan pusat penyembelihan halal di Selayang.*

                 *HUJAN lebat sejak petang tadi menyebabkan Kampung Periuk di Kampung Baru, Kuala Lumpur dinaiki air sehingga memaksa beberapa penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. Ini adalah kali kedua penduduk kampung terbabit berpindah dalam tempoh kurang sebulan dengan kali terakhir kediaman mereka dinaiki air pada 17 Oktober lalu.*

                 *UCAPAN sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR, dijangka menjadi tumpuan utama ahli parti serta rakyat pada Kongres Nasional PKR 2018, hujung minggu ini. Kongres tahunan itu juga bakal mencipta sejarah tersendiri apabila ia adalah yang pertama selepas PKR menjadi kerajaan pusat susulan kejayaan menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mei lalu.*

                 *KETIKA sedang khusyuk menadah tangan untuk berdoa selepas solat, seorang jiran membisik rumah saya terbakar, kata Deraman Mohd, 67, selepas rumahnya di Kampung Pulau Serai, Dungun, musnah dalam kebakaran, smlm. Deraman berkata, kebakaran berlaku pada 1.20 tengah hari ketika dia berada di masjid berhampiran bagi mengerjakan solat Zuhur.*

                 *SELEPAS seminggu gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan, akhirnya jenazah Koperal Wan Mohamad Ariff Wan Yahaya, 28, ditemui di Sungai Penyiram, Durian Mentangau, smlm. Jenazah mangsa yang lengkap berpakaian secara tiba-tiba timbul di permukaan air pada 12.25 tengah hari kira-kira 400 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.*

                 *WARGA emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson smlm, atas tuduhan mencabul cucu perempuan tirinya ketika berusia empat tahun, tiga tahun lalu. Bagaimanapun, kanak-kanak itu meninggal dunia pada Ogos 2015 akibat didera ibu tirinya. Warga emas berusia 68 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Siti Khairiah Abd Razak.*

                 *KUALA LUMPUR: Beli setem cukai rokok original dikeluarkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam kuantiti kecil sebelum mengulang cetak jutaan keping setem palsu. Setem palsu itu kemudian dilekatkan pada setiap kotak rokok sebelum dipasarkan bertujuan menunjukkan seolah-olah rokok berkenaan sudah membayar cukai biarpun dijual di bawah harga minimum iaitu RM10.*

                 *AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Mohd Talha dipilih sebagai Ketua Wanita PKR bagi penggal 2018-2021. Haniza yang juga Exco Kerajaan Selangor menewaskan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh dalam Pemilihan PKR 2018 yang berlangsung sejak 22 September dan berakhir 10 November lalu.*

                 *KIRA-KIRA 2,000 peserta menyertai Himpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, smlm. Himpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri, PAS serta UMNO yang diketuai Naib Presiden PAS, Idris Ahmad bermula selepas selesai solat Jumaat.*

                 *KETUA Polis Daerah (KPD) Sungai Buloh Superintendan Shafaaton Abu Bakar yang baharu dilantik semalam menjadi wanita pertama yang dilantik ke jawatan berkenaan di Selangor. Shafaaton, 42, berasal dari Mersing, Johor sebelum ini adalah Pegawai Turus (PT) Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.*

                 *KETUA jabatan sebuah hospital di Lembah Klang yang sebelum ini didakwa terbabit dengan kes gangguan seksual ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa 14 November lalu. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Yang di-Pertuan Agong memperkenan untuk menamatkan perkhidmatan ketua jabatan terbabit, manakala surat penamatan perkhidmatan disampaikan kepadanya, semalam.*

                 *REMAJA perempuan berusia 16 tahun berdepan detik hitam apabila dirogol secara bergilir-gilir 11 lelaki di dua lokasi berasingan di Dungun. Lebih malang, mangsa yang tidak bersekolah itu turut disahkan mengandung 22 minggu akibat perbuatan tidak bermoral itu.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


            *JAKARTA: Biarpun impian ke jinjang pelamin bersama tunangnya musnah selepas terkorban dalam nahas pesawat Lion Air, seorang wanita tetap ingin mengabadikan kenangan terakhir.*
               *Intan Syari sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan yang dikenali sejak kecil, Rio Nanda Pratama pada Ahad lalu namun tunangnya terbunuh dalam nahas Lion Air ketika dalam perjalanan pulang ke Pangkal Pinang.*
             *Susulan itu, Intan mengambil gambar dengan memakai gaun pengantin dan cincin perkahwinan semata-mata ingin menunaikan hasrat terakhir tunangnya sebelum terkorban bersama 188 mangsa dalam pesawat yang terhempas di Laut Jawa itu.*

             *GENEVA: Jam tangan vintaj unik dilelong dengan harga 3.915 juta franc Swiss (RM16 juta) di Geneva, kata syarikat pembida Sothebys seterusnya mencipta rekod dunia baru selepas sesi bidaan yang hangat.*
             *Dibuat pada 1952 oleh Patek Philippe dan dibeli empat tahun kemudian oleh Asprey di London - satu-satunya dijual syarikat berkenaan - jam tangan Swiss itu adalah kronograf kalendar kekal.*
           *Jam digelar The Asprey itu yang paling diburu antara 250 jam tangan dan jam saku, termasuk daripada Cartier, Rolex, dan Vacheron Constantin, ketika bidaan itu.*

             *MANILA: Bekas wanita pertama Filipina, Imelda Marcos, smlm dibebaskan dengan jaminan apabila berjaya meyakinkan mahkamah untuk menangguhkan penahanannya, selepas disabitkan bersalah dengan tuduhan rasuah, minggu lalu.*
             *Namun, pada masa sama, ia turut meningkatkan kritikan mengenai layanan istimewa yang diberikan kepada keluarga berpengaruh dalam politik.*
            *Imelda, 89, yang terkenal dengan koleksi kasut, permata dan lukisan dilaporkan membayar wang jaminan sebanyak 150,000 pesos (RM11,844), iaitu seminggu selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan rasuah, yang membawa hukuman penjara sehingga 77 tahun.*

             *TURKI ada bukti tambahan mengenai pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi termasuk rakaman pita kedua kejadian yang menunjukkan ada percanggahan dengan kenyataan Arab Saudi dalam perkara itu, lapor akhbar di Istanbul, smlm.*
               *Rakaman pita kedua yang dikatakan berlangsung 15 minit jelas menunjukkan pembunuhan Khashoggi, penulis akhbar Washington Post sebenarnya dirancang lebih awal, lapor akhbar Hurriyet.*
                *Ini bercanggah dengan kenyataan pendakwa raya Arab Saudi yang memberitahu semalam bahawa lima pegawai Saudi menghadapi hukuman mati atas tuduhan membunuh Khashoggi tetapi tanpa Putera Mahkota Putera Mohammed bin Salman tidak terbabit.*

             *WANITA dipenjara enam bulan selepas mendedahkan sikap gatal majikannya, di Lombok, Indonesia, minggu lalu.*
                *Keputusan mengejutkan Mahkamah Agung itu mengetepikan penghakiman terdahulu mahkamah rendah terhadap Baiq Nuril Maknun, 36, kerana menyebarkan bahan lucah.*
             *Suami Baiq, Lalu Muhamad Isnaini berkata: Saya terkejut dan sedih dengan keputusan ini.*
          *Kes pelik itu bermula pada 2012 apabila Baiq merakam perbualan dengan guru besar sekolah tempatnya bertugas menceritakan butiran seksual dalam hubungan sulitnya dengan bendahari sekolah.*

             *Beijing: Malang seorang pencuri apabila terpaksa membuang air besar ketika merompak ruma yang memudahkan polis menjejak dan menangkapnya.*
             *Lelaki berusia 39 tahun yang dikenali sebagai Zhang dari Henan itu memberitahu mahkamah di Beijing kelmarin yang dia tidak dapat menahan daripada membuang air besar ketika merompak rumah berkenaan.*
           *Bagaimanapun, dia tidak pergi ke tandas, sebaliknya memilih untuk melepaskan hajat di tepi katil tuan rumah berkenaan.*
           *Tanpa disedari dia meninggalkan bukti jenayahnya apabila polis Beijing mengekstrak DNA daripada najis berkenaan yang menunjukkan sepadan dengan Zhang, yang mempunyai rekod jenayah dan dipenjara tiga tahun kerana mencuri pada 2008.*

             *COLOMBO: Keadaan di Parlimen Sri Lanka semalam huru-hara selepas anggotanya bergaduh dan bertumbuk serta melontar kerusi, sehari selepas mereka mengundi untuk menyingkirkan orang yang dikatakan sebagai Perdana Menteri, Mahinda Rajapakse.*
           *Sukar untuk bercakap siapa yang pukul siapa tetapi beberapa ahli dewan cedera meskipun tidak serius. Speaker telah menangguhkan sidang, kata seorang pegawai.*
            *Katanya, seorang ahli Parlimen daripada parti pimpinan Rajapakse yang disingkirkan itu, tercedera apabila cuba menarik mikrofon di depan Speaker dan dihantar ke hospital untuk rawatan.*

            *KELUARGA lelaki Indonesia yang menjadi seorang mangsa nahas pesawat Lion Air mengemukakan saman ke atas syarikat Boeing.*
             *Mereka mendakwa, nahas berkenaan mungkin berpunca daripada masalah yang berlaku dalam sistem kawalan penerbangan terbaru pesawat 737 itu.*
          *Bapa kepada mangsa, Rio Nanda Pratama, memfailkan saman itu semalam di Illinois, Amerika Syarikat iaitu lokasi ibu pejabat Boeing.*
           *Pratama adalah seorang doktor yang sepatutnya berkahwin dengan gadis pilihannya sejak bersekolah menengah, minggu ini.*


*TULAR / POPULAR*
================


          *KEBERANIAN anggota polis yang sanggup meredah kolam tadahan banjir bagi mengejar suspek dipercayai memiliki motosikal curi di Bandar Parkland, Klang, Rabu lalu mendapat pujian netizen.*
               *Dalam kejadian jam 6 petang itu, tindakan dua anggota polis berkenaan kemudian berjaya menahan lelaki warga Indonesia berusia 26 tahun terbabit.*
               *Terdahulu, dua klip video berdurasi seminit dan 2.07 minit yang memaparkan keberaniaan dua anggota polis masuk ke dalam sebuah kolam untuk mengejar seorang lelaki dipercayai penjenayah menjadi tular di laman sosial Facebook.*
              *Rata-rata pengguna Facebook memuji tindakan anggota polis berkenaan.*

          *KEHILANGAN pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak, Kota Samarahan sejak Isnin lalu akhirnya selesai.*
            *Norashikin Shariffidin, 34, ditemui dalam keadaan selamat di Jalan Tun Jugah, Kuching, 3.45 petang semalam oleh anggota polis dari Balai Polis Sekama ketika menjalankan rondaan rutin.*
               *Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintendan Lee Chong Chern ketika mengesahkan perkara itu berkata, pensyarah terbabit turut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan memaklumkan keadaannya.*
              *Kehilangan Norshikin tular di laman sosial sejurus laporan dibuat oleh rakan setugasnya, Isnin lalu, selain meminta warga netizen membantu mengesan pensyarah berkenaan.*

          *IMPIAN kumpulan XPDC Kita Peng Yu untuk meraikan peminat setia sempena 30 tahun penubuhan mereka terlaksana apabila konsert XPDC Solo di Setor Gombak, Jalan Gombak, Kuala Lumpur baru-baru ini berjalan lancar.*
           *Hujan sejak lewat petang agak merencatkan sambutan tetapi bukan penghalang buat peminat setia Mael (penyanyi), Zuar (bass), Amy (dram) dan Jeff (gitar) untuk menikmati persembahan yang disajikan.*
           *Susah namanya peminat setia, mereka tidak kisah berhujan demi menyaksikan persembahan menampilkan kelainan kerana XPDC memilih menyampaikan lagu ciptaan Allahyarham JS Kevin yang penuh nolstalgia buat peminat.*

          *FINALIS Kem Bola Astro-Barcelona 2016, Muhammad Haziq Azeman, 13, yang menghidap kanser darah tahap tiga meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur, malam smlm.*
          *Anak kedua daripada tiga beradik itu menghidap kanser darah atau T Lymphoblastic Lymphoma sejak Februari lalu disahkan oleh bapanya, Azeman Md. Rashid, 40.*
             *Arwah Haziq baru sahaja menjalani rawatan kimoterapinya yang pertama beberapa hari yang lalu dan perlu menjalaninya lagi mengikut protokol kimoterapi yang sudah diatur doktor untuknya.*

          *PAMERAN Hartanah MyRumah 2018 meneruskan siri kelimanya di AEON Mall Ipoh, Klebang, Ipoh bermula smlm sekali gus yang terakhir pada tahun ini.*
           *Selepas penganjuran sama di Shah Alam, Sungai Petani, Johor Bahru dan Melaka, program MyRumah di Perak kali ini menawarkan pelbagai unit kediaman menarik dan mampu dimiliki yang bukan sahaja di sekitar bandar raya ini, malah di Kedah.*
            *Pameran perumahan anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) itu akan berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad ini bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


           *MADRID: Tekanan terhadap penjaga gol Sepanyol, David de Gea terus meningkat dengan peminat dan media menggesanya agar digugurkan susulan kekalahan 2-3 kepada Croatia dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah.*
              *De Gea masih memakai jersi nombor satu Sepanyol sejak Euro 2016 tetapi bergelut untuk mengulangi prestasi hebatnya di Manchester United bersama skuad kebangsaan dan dikritik atas kegagalannya menghalang gol pembukaan Croatia, Andrej Kramaric pada aksi di Zagreb, awal pagi smlm.*
          *Croatia melakukan apa yang kebanyakan orang pernah lakukan terhadap De Gea sejak beberapa tahun lalu: Menjaringkan gol yang cantik, tulis wartawan bola sepak Sepanyol, Diego Torres dalam akhbar El Pais.*

           *VALENCIA: Dani Pedrosa bakal mengucapkan selamat tinggal kepada dunia sukan permotoran dua roda minggu ini di pusingan penutup tirai musim 2018 di Grand Prix (GP) Valencia tatkala rakan sepasukannya di Honda, Marc Marquez meraikan gelaran kelima dalam kelas perdana MotoGP.*
              *Pedrosa,33, yang juga mempunyai rekod kemenangan 31 perlumbaan MotoGP, pernah menamatkan saingan musim di tangga ketiga terbaik sebanyak enam kali sejak mula menyertai kelas perdana bersama Honda pada 2006.*
           *Namun dia kehilangan rentak prestasinya tahun ini dan berada di tangga ke-11 carta keseluruhan, 215 mata di belakang Marquez dan akan bersara di kalangan pelumba terbaik dunia yang belum pernah meraih gelaran MotoGP.*

           *HANOI: Rekod bersih yang cuba dipertahankan Harimau Malaya pada kempen Piala AFF 2018 tercalar apabila tewas 0-2 kepada pasukan pilihan, Vietnam malam tadi.*

           *KUALA LUMPUR: Bekas penyerang hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi mengakui ketiadaan Shahril Saabah mungkin menyukarkan ketua jurulatih, Roelant Oltmans dalam membuat pilihan pemain untuk mengambil pukulan sudut penalti pada Piala Dunia di Bhubaneswar, India dari 28 November hingga 16 Disember depan.*
            *Ini kerana katanya, selain menjadi tonggak utama skuad negara, Shahril juga menggalas tugas selaku pakar pukulan sudut penalti bersama Razie Rahim, Faizal Saari dan Syed Syafiq Syed Cholan.*
               *Ketiadaan Shahril yang mengalami kecederaan hamstring menyaksikan Oltmans hanya mempunyai tiga pilihan pemain untuk melakukan pukulan sudut penalti.*

             *KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek tidak berdepan sebarang masalah bekerjasama dengan pengarah kejurulatihan baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann.*
          *Misbun yang pernah melatih bekas perseorangan lelaki negara itu berkata, beliau tidak berasa terancam kerana masih memantau bahagian teknikal apabila berkaitan dengan anak buahnya.*
           *Beliau yang ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini berkata, beliau tidak mempunyai masala untuk membentangkan laporan kepada Choong Hann.*

            *KUALA LUMPUR: Pendatang baharu, FELCRA FC terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Super selepas sah menarik diri musim depan.*
          *Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam ketika dihubungi Sukan NSTP, smlm.*
          *Kevin menjelaskan, pengurusan FELCRA sudah mengemukakan surat rasmi mengenai penarikan diri mereka kepada badan pengelola liga itu selepas berakhirnya tempoh pengesahan pasukan, semalam.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-11-2018 09:29 AM | Show all posts
Berita Harian Online

10 mins

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika hadir ke Majlis Perasmian Kongres KEADILAN ke-13, 2018 di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam. - Foto Mohd Yusni Ariffin



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-11-2018 09:32 AM | Show all posts
Berita Harian Online

34 mins

Kertas peperiksaan SPM bocor tidak benar
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-11-2018 09:51 AM | Show all posts
The Star Online

7 mins

Contradicting reports.

CIA believes Saudi crown prince ordered journalist's killing - source
Read more at https://www.thestar.com.my/news/ ... CvUSRxmZFdw3oUMM.99

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-11-2018 09:54 AM | Show all posts
The Star Online

26 mins

The luxury hotel on 36 Central Park South is among the assets the US prosecutors allege that Jho Low acquired with 1MDB funds.

Jho Low drops claim to New York's Park Lane Hotel in US forfeiture lawsuit
Read more at https://www.thestar.com.my/news/ ... 5e8AlHOeDfmUEkwE.99
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.088191s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list