CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

  [Copy link]
 Author| Post time 22-11-2018 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 22/11/2018 (by: MJI)

1.  KOTA BHARU 21 Nov. - Pas akan tetap meneruskan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Kuala Lumpur pada 8 Disember ini walaupun kerajaan menunjukkan tanda-tanda untuk tidak meratifikasikan konvensyen tersebut, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

2.  PUTRAJAYA 21 Nov. - Malaysia dan Pakistan akan mengadakan perundingan dua hala yang pertama di Islamabad tahun depan ketika kedua-dua negara berusaha untuk meningkatkan keterlibatan ke arah usaha itu. PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan PM Pakistan, Imran Khan yang sedang dalam lawatan ke negara ini mengalu-alukan usaha mengadakan perundingan dua hala antara pegawai kanan kementerian masing-masing sebagai mekanisme untuk meningkatkan keterlibatan antara kedua-dua pihak.

3.  SHAH ALAM 21 Nov. - Pemasangan papan tanda jalan dengan tulisan Cina di beberapa kawasan di negeri ini tidak pernah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). MB, Amirudin Shari berkata, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor pada 2017 tanpa dibawa ke MMKN.

4.  LANGKAWI 21 Nov. - Empat individu warganegara Finland ditahan polis petang semalam disyaki menyebarkan risalah Bible kepada umat Islam di sekitar pulau peranginan ini. KPD, Supt. Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia antara 27 hingga 60 tahun ditahan di sebuah resort di sini kira-kira pukul 5.30 petang.

5.  MELAKA 21 Nov. - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di dua daerah di Melaka berkurangan kepada 525 mangsa daripada 121 keluarga pagi ini berbanding 643 mangsa daripada 126 keluarga malam tadi. Pengarah APM Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata sebuah pusat pemindahan di Balai Raya Kg. Panchor, Alor Gajah yang menempatkan 102 mangsa termasuk 94 pelajar Sekolah Tahfiz Panchor dalam proses penutupan dan dijangka selesai sebelum petang ini.

6.  SEREMBAN 21 Nov. - Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 254.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)  arah selatan dekat sini pagi tadi. Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.46 pagi. Lelaki yang maut merupakan pemandu treler tanpa muatan yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki air dan treler membawa kayu.

7.  KANGAR 21 Nov. - Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bersyukur dengan peranan yang dimainkan Ahli Parlimen UMNO dan Pas dalam menyuarakan bantahan mereka di Parlimen kepada P. Waytha Moorthy yang disifatkan sebagai pengkhianat negara. Katanya, Menteri di JPM itu bernasib baik kerana tidak dikenakan sebarang tindakan meskipun telah memburukkan negara.

8.  KUALA LUMPUR 21 Nov.- Datuk kepada pelakon dan pengacara popular, Neelofa , Noor Mohamed, 83, menghembuskan nafas terakhirnya kita-kira pukul 11.20 malam tadi di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan. Allahyarham yang mesra disapa dengan panggilan ‘abah’ akan dibawa pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan dan dijangka dikebumikan pada pagi ini.

9.  KUALA LUMPUR 21 Nov.- KR1M yang diperkenalkan pada tahun 2011 gagal dalam matlamatnya untuk menawarkan barangan pada harga murah dan berkualiti kepada pengguna. Timbalan Menteri KPDNHEP, Chong Chieng Jen berkata, mengikut penelitian kementerian dan maklum balas daripada orang ramai, barangan dan produk yang dijual di KR1M sebelum ini tidak murah seperti diharapkan walaupun menggunakan jenama sendiri KR1M.

10.  JOHOR BAHRU 21 Nov. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Tawaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) kepada penerima yang terpilih. Baginda berangkat menyempurnakan majlis tersebut di tapak projek Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ), Bandar Dato’ Onn di sini sebentar tadi.

11.  GUA MUSANG 21 Nov. - Selepas enam bulan bertarung nyawa, seorang pelajar berusia 13 tahun yang menderita penyakit injap jantung berlubang akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan ibunya, di kediamannya di Taman Agropolitan Rantau Manis, di sini semalam. Muhamad Azrul Shazwan Mat Safie atau panggilan mesranya Ayong yang juga pelajar SMK Sungai Asap, di sini menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 4.30 petang.

12.  KUALA LUMPUR 21 Nov. - Kepemimpinan tertinggi PKR tidak menyedari berlakunya cubaan pemimpin UMNO dan Pas untuk menarik ahli-ahli Parlimen Melayu-Islam daripada PH bagi membentuk kerajaan. Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan yang dilakukan di Hotel Sheraton, di sini pada malam 9 Mei lalu bagi mencapai keputusan secara konsensus daripada semua pemimpin dan ahli PH untuk menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai PM.

13.  CYBERJAYA 21 Nov. – Angkasamenandatangani Mou bersama LHDN bagi meningkatkan kesedaran mengenai percukaian dalam kalangan koperasi. Presiden Angkasa ,Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, menerusi kerjasama tersebut pihaknya akan bekerjasama dengan LHDN untuk mendaftar koperasi yang masih belum berbuat demikian supaya mereka dapat menguruskan cukai koperasi dengan lebih cekap.

14.  KUALA LUMPUR 21 Nov. – Dakwaan UKM menghalang program kuliah aktivis sosial, Hishamuddin Rais mendapat pembelaan daripada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik. Maszlee dalam reaksinya berhubung perkara tersebut berharap kepemimpinan universiti memudahkan hasrat pelajar untuk melaksanakan sebarang bentuk program berbentuk perbincangan dan dialog.

15.  ISKANDAR PUTERI 21 Nov. - Lebih 500 balai polis di seluruh negara didapati mengalami kekurangan anggota selain menghadapi masalah penjawatan bagi jawatan ketua polis balai (OCS). Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Asri Yusoff berkata, berdasarkan kepolisan moden, setiap balai polis seharusnya mempunyai minimum 35 anggota dengan OCS sekurang-kurangnya berpangkat Deputi Superintenden.

16.  IPOH 21 Nov. - Seorang pegawai imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan bernilai RM3,000 bagi menutup kes tangkapan dua pekerja Indonesia, dua tahun lalu. Tertuduh, Megat Khairul Anuar Sulaiman, 32, yang tidak diwakili peguam, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

17.  KUALA LUMPUR 21 Nov. - Lim Kit Siang telah memfailkan saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar atas dakwaan pemimpin veteran DAP itu mencadangkan pembahagian Semenanjung Malaysia mengikut garis kaum. Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 16 Oktober lalu.

18.  SEPANG 21 Nov. - AirAsia Berhad (AirAsia) akan menawarkan penerbangan lewat malam sempena musim perayaan Tahun Baru Cina bermula 30 Januari sehingga 12 Februari 2019. Penerbangan lewat malam itu adalah untuk laluan Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur ke Miri, Sibu dan Kuching, Sarawak dan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah.

19.  PULAU PINANG 21 Nov. - Polis telah menyiapkan kertas siasatan berkaitan tragedi Bukit Kukus dan akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Pulau Pinang hari ini. Ketua Polis negeri, Datuk Seri A. Thaiveegan berkata, pihaknya akan menunggu arahan lanjut berkaitan perkara itu bagi mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

20.  KOTA KINABALU 21 Nov. - Enam lelaki termasuk seorang pemegang Kad Pendaftaran Orang Asing Khas (IMM13) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana didakwa melakukan  penyeludupan 21 migran Filipina sejak awal tahun lalu. Tertuduh terdiri daripada Muksin Munib, 60, Anuar Madjiril Hadji, 34, Amin Ali, 28,  Omar Sapari, 53, Jasni OT Ali @ Mohd. Ali, 53, dan Badru Jalal, 62, masing-masing merupakan rakyat tempatan.

21.  KUANTAN, 21 Nov - Kawasan sekitar bangunan Wisma Sri Pahang dikategorikan sebagai kawasan larangan merokok dan mereka yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tegas oleh penguat kuasa tanpa kira jawatan atau pangkat. Pengerusi J/kuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kawasan bangunan kerajaan dikategorikan antara 23 kawasan larangan merokok di negeri ini.

22.  KUALA LUMPUR, 21 Nov - Kerajaan bercadang untuk mewujudkan dasar berhubung larangan diskriminasi bagi penghidap HIV/AIDS agar golongan itu tidak tertindas dalam sektor pekerjaan. Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata setakat ini Malaysia tidak mempunyai undang-undang berkaitan perkara itu.

23.  KUALA LUMPUR, 21 Nov - Jumlah pekerja dalam kalangan OKU yang diambil bekerja dalam sektor awam masih terlalu rendah iaitu hanya 0.29 peratus daripada keseluruhan kira-kira 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata jumlah itu kurang daripada peratusan ditetapkan iaitu sebanyak satu peratus pekerja OKU dalam sektor awam.

24.  KOTA BHARU, 21 Nov - Polis Kelantan percaya penggunaan daun ketum sebagai alternatif kepada dadah oleh penagih di negeri ini semakin meningkat tahun ini berbanding tahun lalu berdasarkan jumlah rampasan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, rampasan daun ketum sepanjang tahun ini sahaja sudah melebihi 14,000kg berbanding hanya 8,000kg pada 2017.

25.  PUTRAJAYA, 21 Nov - Pakistan berminat untuk belajar pengalaman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam transformasi ekonomi dan pembangunan Malaysia. Perdana Menteri Imran Khan berkata, satu daripada sebab utama beliau datang dan membawa delegasinya ke Malaysia adalah kerana kekagumannya terhadap Dr Mahathir.

26.  PUTRAJAYA, 21 Nov - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meraikan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang sedang dalam lawatan rasmi ke negara ini pada jamuan tengah hari di Seri Perdana di sini. Imran Khan, yang tiba semalam, disambut oleh Dr Mahathir setibanya di kediaman rasmi Perdana Menteri itu.

27.  PELABUHAN KLANG, 21 Nov - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyediakan 50,000 kit makanan untuk diagihkan kepada mangsa bencana khususnya banjir di seluruh negara sepanjang musim tengkujuh ini. Jumlah kit makanan yang disediakan dengan kerjasama FAMA itu adalah sebagai permulaan dan ia akan ditambah jika keperluannya meningkat dari semasa ke semasa.

28.  PUTRAJAYA, 21 Nov - Para pemimpin Malaysia dan Pakistan hari ini mengadakan berbincangan mengenai isu-isu bersama termasuk pelaburan langsung asing (FDI), kerjasama pertahanan, pemulihan syarikat-syarikat, penswastaan dan pelancongan pada mesyuarat mereka di sini. PM Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pejumpaannya dengan PM Pakistan, Imran Khan, pemimpin pertama yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia sejak beliau menerajui semula kerajaan, berkata mereka telah berbincang mengenai "banyak isu bersama".

29.  KUALA TERENGGANU, 21 Nov – JKDM Terengganu menahan dua lelaki tempatan bersama 1.5 juta batang rokok jenama LEAGUE yang diseludup dari negara jiran pada 18 Nov lepas. Pengarah Kastam Terengganu Datuk Radzi Muhammad berkata nilai keseluruhan rokok dianggarkan RM120,000 yang melibatkan cukai berjumlah anggaran RM1.086 juta.

30.  MELAKA, 21 Nov - Bangunan baharu Planetarium Melaka berkonsepkan 'Galaxy World Melaka' akan dibina dengan kos RM200 juta kerana bangunan sedia ada didapati tidak selamat untuk beroperasi, kata Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

31.  BANGKOK, 21 Nov - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, yang dalam lawatan pengenalan selama dua hari ke Thailand mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha di pejabatnya di Rumah Kerajaan hari ini. Kedua-dua pemimpin itu meluangkan masa kira-kira 45 minit berbincang pelbagai isu kepentingan bersama semasa perjumpaan itu.

32.  KUALA LUMPUR, 21 Nov - Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa dilantik sebagai Ahli Lembaga Gabenor (BOG) UIAM berkuatkuasa 1 Nov untuk tempoh dua tahun sehingga 31 Okt 2020. UIAM dalam satu kenyataan hari ini berkata Rektornya Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak telah menyampaikan surat pelantikan kepada Miyagawa, 53, di Kedutaan Jepun di sini pada 19 Nov lalu.

33.  KUALA LUMPUR, 21 Nov - JPN merekodkan 57,191 pemaustatin tetap telah dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia sejak 2008 hingga 30 Sept lepas. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini berkata pertimbangan setiap permohonan turut mengambil kira aspek kemanusiaan serta diperincikan daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan termasuk memenuhi tempoh mastautin pemegang kad MyPR.

34. KUANTAN, 21 Nov - Kerajaan negeri Pahang tidak berhasrat menyediakan kemudahan tandas khas bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri ini. Pengerusi J/kuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata kerajaan negeri berpendapat tidak ada keperluan berbuat demikian di negeri ini.

35.  KUALA LUMPUR, 21 Nov - SPR sedang bekerjasama dengan Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) bagi menambah baik sistem pilihan raya negara, Dewan Rakyat diberitahu, hari ini. Timbalan Menteri di JPM Mohamed Hanipa Maidin berkata SPR juga sedang mendapatkan pandangan pelbagai pihak seperti masyarakat sivil, badan bukan kerajaan, parti politik dan ahli-ahli akademik.

36.  KUALA LUMPUR, 21 Nov - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 27 Feb tahun depan untuk pendengaran saman pemula yang dikemukakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta MKN 2016).

37.  KUALA LUMPUR, 21 Nov - Hampir 46 peratus daripada pengguna Malaysia berasa tidak selamat mengenai langkah keselamatan berhubung aplikasi pembayaran dan e-dompet, menurut Kajian Pengguna Perbankan VMware 2020. Jumlah lebih tinggi bagi peranti yang mempunyai sambungan, dengan 53 peratus meragui keselamatan peranti pintar dengan keupayaan pembayaran.

38.  KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar akan memfailkan tuntutan balas terhadap saman fitnah dikemukakan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang terhadapnya atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika berucap di sebuah konvensyen pada September lepas.

39.  KUALA LUMPUR, 21 Nov - Tempoh 50 tahun perjanjian konsesi Lebuh Raya Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Banting ke Taiping adalah munasabah meskipun tempoh perjanjian itu agak panjang. Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata ini kerana rundingan perjanjian itu telah mengambil kira pelbagai faktor termasuk soal kadar tol yang munasabah serta pulangan modal kepada pihak pelabur.

40.  KUALA LUMPUR, 21 Nov - Seorang bayi perempuan berusia 31 hari, hari ini diterbangkan dari Kuala Terengganu ke Pangkalan Udara Subang TUDM melalui penerbangan ihsan bagi mendapatkan ventilator serta rujukan pakar di Institut Jantung Negara (IJN) di sini. Bayi kepada Zulaiha Mohd Ghani itu telah diterbangkan dengan pesawat CN 235 daripada Detasmen No 1 Skuadron yang beroperasi di pangkalan berkenaan.

41.  KUALA LUMPUR, 21 Nov - Kerajaan akan menambah lebih banyak penglibatan rakan strategik dalam inisiatif baharu program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi membekalkan barangan pada harga berpatutan menggunakan jenama barangan itu sendiri. Langkah itu yang juga bertujuan mengelak monopoli pihak tertentu, kata Timbalan Menteri KPDNHEP, Chong Chieng Jen.

42.  KUALA LUMPUR, 21 Nov - Kerajaan PH komited untuk memastikan agenda Bumiputera agar terus kekal sebagai agenda nasional. Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkara tersebut telah dinyatakan dalam tonggak dua dokumen Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK-11 yang memberi penekanan khusus untuk memperkukuhkan Komuniti Ekonomi Bumiputera.

43.  KOTA KINABALU, 21 Nov - Seramai 51 pegawai Kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) UMS ditauliahkan pangkat Leftanan Muda pada satu majlis di sini, malam tadi. Pentauliahan itu disempurnakan Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab. Tahun ini adalah tahun kelima UMS melaksanakan majlis pentauliahan berkenaan.

44.  KUALA LUMPUR, 21 Nov - Timbalan YDP Agong Sultan Nazrin Shah berkenan menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Pakistan Imran Khan di Istana Negara di sini, hari ini. Imran Khan tiba di istana itu kira-kira 4.30 petang. Terdahulu, beliau menandatangani buku pelawat istana sebelum dibawa masuk ke dewan menghadap iaitu Dewan Sri Maharaja untuk pertemuan khas yang berlangsung selama 30 minit.

45.   KUALA LUMPUR, 21 Nov - Pejabat DBKL Cawangan Segambut yang sebelum ini beroperasi di Jalan Wan Kadir 1, Taman Tun Dr Ismail telah berpindah ke bangunan baharu di Jalan Changkat Abang Haji Openg, Bukit Kiara bermula hari ini. Mulai hari ini juga, penduduk Segambut boleh berurusan bagi pembayaran bil dan urusan lain DBKL di pejabat baharu itu.

46.  MELAKA, 21 Nov - Kerajaan Negeri Melaka hari ini meluluskan peruntukan berjumlah RM151,000 untuk 302 keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah. Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata daripada jumlah itu, RM500 diperuntukkan untuk satu keluarga dan bantuan sekali beri itu dijangka diagihkan JKM bermula esok.

47.  KUALA LUMPUR 21 Nov. - Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah hari ini memfailkan saman terhadap pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan dua yang lain atas dakwaan memfitnahnya. Saman tersebut berhubung petikan dalam buku The Sarawak Report: The Inside Story of The 1MDB Expose yang mengaitkannya dengan skandal 1MDB dan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low.

48.  REMBAU 21 Nov. - Seorang suspek kes dadah yang melarikan diri dari lokap tahanan di Mahkamah Majistret di sini, Isnin lalu telah ditangkap semula di Tampin semalam. KPD Rembau, DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata, Mohamad Azrin Mohd. Danial, 29, ditahan pada pukul 9.15 malam ketika menyerahkan diri di Balai Polis Tampin.

49.  PUTRAJAYA 21 Nov. - Perincian lanjut mengenai mekanisme pelaksanaan subsidi petrol sedang dilakukan kerajaan bagi memastikan mereka yang benar-benar layak menikmati kemudahan tersebut. Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Jamil Salleh berkata, mekanisme itu yang melibatkan golongan is rumah berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) bakal dilaksanakan pada suku kedua 2019.

50.  SHAH ALAM 21 Nov. - Pertukaran lagu pada saat-saat akhir menjadi punca pergaduhan antara Izzue Islam dan tiga lagi anggota kumpulan Forteen iaitu Ariz, One dan Ameer.Menurut Ariz Lufias, 29, pada mulanya Forteen sudah memilih sebuah lagu untuk dipersembahan pada sebuah majlis khas Gegar Vaganza musim kelima yang berlangsung pada Khamis lalu.

51.  SEREMBAN 21 Nov. - Seramai 2,712 graduan akan menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam Majlis Konvokesyen Ke-16 USIM, Nilai di sini selama tiga hari mulai 27 November ini. Majlis di Dewan Tuanku Canselor itu melibatkan seramai 113 penerima Doktor Falsafah, Sarjana (119 orang), Diploma (101 orang) dan 2,379 penerima Ijazah Sarjana Muda.

52.  JOHOR BAHRU 21 Nov. - Kerajaan negeri diminta memberi tumpuan khusus terhadap dua perkara utama, iaitu usaha memperkasakan ekonomi dan rekayasa sosial berlandasan instrumen ekonomi Islam, khususnya wakaf dan isu air dalam Belanjawan Negeri 2019 yang dijadualkan dibentangkan oleh MB, Datuk Osman Sapian pada 29 November ini, kata bekas MB, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

53.  KUALA LUMPUR 21 Nov. - Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan bercadang untuk melonggarkan syarat kemasukan ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sebagai satu platform penggiat-penggiat seni terpinggir mendapatkan pendidikan tinggi secara formal. Menterinya, Mohammadin Ketapi berkata, beliau kini dalam peringkat perbincangan dengan pegawai-pegawai Aswara berhubung perkara itu.

54.  IPOH 21 Nov. - Seorang lelaki berusia 68 tahun ditemukan mati berdekatan ladang kelapa sawit di Kg. Jaya Setia, Sungai Siput hari ini setelah menangkap ayam hutan bersama dua rakannya pagi semalam. Mayat lelaki tersebut ditemukan pada pukul 1 petang. Mangsa bersama dua rakannya keluar menangkap ayam hutan di kawasan hutan berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan pada pukul 9 pagi semalam dan sepatutnya keluar pada pukul 1 petang semalam.

55.  PULAU PINANG 21 Nov. - Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara Ahad ini bermula pukul 12:01 tengah malam sehingga jam 10:00 pagi keesokan harinya bagi memberi laluan kepada penganjuran acara Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2018. Jambatan Pulau Pinang akan beroperasi seperti biasa bermula jam berikutnya pada hari sama selepas tamat acara larian tersebut.

56.  KUALA LUMPUR 21 Nov. – KPN, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menasihatkan semua pihak supaya menggunakan saluran yang betul dalam menyuarakan pendapat serta mematuhi segala peruntukan undang-undang, termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012 sekiranya ingin mengadakan himpunan bantahan ICERD.

57.  KUALA LUMPUR 21 Nov. - UMNO Bahagian Rembau berterima kasih kepada Pas kerana tidak meletakkan calon dalam PRK DUN Rantau yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu dapat membantu supaya tidak berlaku perpecahan undi ekoran pertembungan tiga parti besar.

58.  KUANTAN 21 Nov. - Persidangan DUN Pahang hari ini meluluskan usul menolak ratifikasi ICERD. Usul tergempar tersebut dibentangkan oleh Pengerusi J/kuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

59.  KUALA LUMPUR 21 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengetahui mengenai sebarang usaha daripada mana-mana pihak dalam BN atau UMNO bagi menubuhkan kerajaan Melayu-Islam pada 9 Mei lalu. Bekas PM berkata, beliau juga tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk melakukan kerjasama tersebut dengan ahli-ahli Parlimen Pas.

60. KUALA LUMPUR 21 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu menjelaskan secara terperinci mengenai pendedahannya semalam berhubung cubaan pemimpin UMNO dan Pas untuk menarik ahli-ahli Parlimen Melayu-Islam daripada PH bagi membentuk kerajaan. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang enggan mengulas mengenai pendedahan tersebut berkata, pihak media perlu bertanya lanjut mengenai isu tersebut kepada PM.

BERITA SUKAN:

1.  AUSTRALIA 21 Nov. - Jurulatih Korea Selatan, Paulo Bento percaya pasukannya berada di landasan tepat dalam persiapan mereka menghadapi Piala Asia 2019 selepas melebarkan rekod tanpa kalah apabila membelasah Uzbekistan 4-0 pada aksi persahabatan di Brisbane, semalam.

2.  GENK, Belgium 21 Nov. - Pemain gantian, Matteo Politano yang dimasukkan pada penghujung permainan muncul wira Itali apabila meledak gol tunggal perlawanan menewaskan Amerika Syarikat (AS) 1-0 dalam aksi persahabatan di sini, semalam. Skuad kendalian Roberto Mancini hampir menamatkan perlawanan dengan keputusan seri tanpa jaringan selepas mereka tersingkir daripada Liga Negara-Negara Eropah apabila seri 0-0 menentang Portugal di Milan pada Sabtu lalu.

3.  KUALA LUMPUR 21 Nov. - Bahang aksi terakhir Kumpulan A Piala AFF di antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini semakin dirasai apabila setakat ini sebanyak 30,600 tiket sudah dijual. Penyokong Harimau Malaya yang masih belum membeli tiket masih boleh berbuat demikian dengan mendapatkannya di Wisma FAM dan Stadium Nasional Bukit Jalil.

4.  MILTON KEYNES, England 21 Nov. - Paris Saint Germain (PSG) bakal kehilangan khidmat Neymar bagi menghadapi Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara selepas penyerang Brazil itu mengalami kecederaan ketika mewakili skuad kebangsaannya menewaskan Cameroon 1-0 pada perlawanan persahabatan.

5.  KUALA TERENGGANU 21 Nov. - Terengganu yakin sekurang-kurangnya dapat mengekalkan pencapaian lalu dalam Para Sukma ke- 19 yang bermula hari ini sehingga 28 November di Perak. Melalui 78 atletnya, pasukan negeri sekali lagi  mensasarkan kutipan 28 pingat emas  bagi mengulangi pencapaian di Sarawak dua tahun lalu yang meletakkannya di tangga ketiga namun tidak menolak kemungkinan mampu membawa kejutan.

6.  PARIS 21 Nov - Portugal menamatkan kempen peringkat kumpulan Liga Negara-Negara Eropah dengan seri 1-1 meentang Poland di Guimaraes, awal pagi tadi. Keputusan itu menyaksikan mereka menamatkan saingan dengan kelebihan tiga mata mengatasi Itali dalam Kumpulan A3 selepas mengekalkan rekod tanpa kalah meskipun tanpa kelibat bintang sensasi mereka, Cristiano Ronaldo.

7.  KUALA LUMPUR 21 Nov – FAM mengharapkan kemelut membabitkan KLFA dapat diselesaikan secara dalaman tanpa perlu membabitkan ‘orang luar'. S/U Agungnya, Stuart Ramalingam berkata tidak ada keperluan buat persatuan itu untuk memanjangkan masalah terbabit kepada SPRM ketika ia boleh diselesaikan dengan cara yang lebih berhemah.

8.  LONDON 21 Nov - Fernando Alonso kini bersedia membuat penampilan terakhirnya dalam aksi Formula Satu apabila beraksi di Grand Prix Abu Dhabi, Ahad ini. Alonso bakal meninggalkan sukan itu selepas 17 musim yang penuh suka duka bermula 2001 selepas meninggalkan saingan perlumbaan IndyCar di Amerika Syarikat.

9.  KUALA LUMPUR 21 Nov - Selepas menamatkan pengajian dengan menggenggam segulung ijazah, gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi kini mahu memberi tumpuan dalam persiapan menghadapi kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. Menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial (Pengajian Antarabangsa) dari Universiti Monash pada Isnin lalu, Farah berkata dia berhasrat untuk melayakkan diri ke Olimpik buat kali pertama selepas terlepas peluang pada temasya lalu di Rio 2016.

10.  MELBOURNE 21 Nov - Matt Kuchar berharap akan menamatkan kempen musim ini dengan gelaran kedua Piala Dunia Golf di Melbourne Ahad ini ketika dia mengetuai pasukan sederhana Amerika Syarikat pada kejohanan bernilai $7 juta (RM21 juta) itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2018 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*JUMAAT 23 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 15 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#penghulusegalahari*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:31, SUBUH : 05:41, SYURUK : 06:59, ZOHOR : 13:02, ASAR : 16:24, MAGHRIB : 19:00, ISYAK : 20:13.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *MAYAT lelaki tanpa kepala ditemui terapung di perairan Pulau Bunting dekat Yan, smlm. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, mayat itu ditemui sekitar 6.3 batu nautika barat Pulau Bunting oleh nelayan.*

                 *SERAMAI 270 pasangan berkhalwat termasuk 70 pasangan dibawah umur ditahan Skuad Badar sejak Jun tahun lalu sehingga Oktober lepas di Sungai Petani. Pengasasnya, Azhar Mohamad berkata, usia paling muda ditahan pihaknya adalah kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang berkhalwat dengan lelaki berusia 30-an.*

                 *‘BOY Tiger’ yang didakwa atas dua pertuduhan iaitu mendera anak lelaki tirinya diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi menjalani pemeriksaan kesihatan mental.*

                 *SEORANG lelaki cuba untuk menyogok wang tunai RM5,000 kepada tiga anggota polis bagi mengelakkan mereka memeriksa but belakang kereta dipandunya di Jalan Yaakob Latif, Cheras, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 4 pagi, anggota polis yang curiga menolak tawaran itu sebelum menemui pelbagai jenis dadah seberat 2.1 kilogram (kg) dianggarkan berharga RM20,000 ketika memeriksa but belakang kereta yang turut dinaiki dua individu lain.*

                 *PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan sikap segelintir pemilik restoran di negara ini apabila tidak bersetuju dengan langkah kerajaan bagi menguat kuasakan pengharaman merokok di premis mereka. Ia berikutan objektif pengunjung ke restoran untuk makan dan bukan untuk merokok, malah tabiat itu turut menjejaskan pelanggan lain yang tidak merokok.*

                 *SEORANG lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan menyeludup 1,970 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM51,900 ke negara jiran, awal pagi smlm. Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, suspek, 53, ditahan jam 2.30 pagi di kawasan semak di Kampung Kolam, Padang Besar.*

                 *LELAKI yang mengeluarkan kata-kata kesat dan berunsur ‘rasis’ terhadap jurujual wanita di pasar raya di Ampang, Selangor dalam klip video tular tidak hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. Perkara itu dimaklumkan Peguam Sukarela DAP, KA Ramu ketika dihubungi, smlm.*

                 *KELEWATAN pengeluaran keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (USPR) 2018 disebabkan peperiksaan itu dilaksanakan lewat hampir dua minggu berbanding pada tahun lalu. Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kerisauan dibangkitkan ibu bapa iaitu keputusan UPSR dikeluarkan semasa cuti persekolahan.*

                 *DUA anggota polis cedera selepas dirempuh kereta ketika mengawal lalu lintas akibat pokok tumbang di Jalan Kampung Nibong, Padang Gajah, dekat Taiping, semalam.*

                 *TINDAKAN peniaga merancang melakukan serangan di sarang pondan, kilang arak dan kedai judi di sekitar Melaka pada malam ambang kemerdekaan membawa padah apabila dia dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, smlm.*

                 *PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah Dua mengesan kumpulan yang pernah ditahan menyeludup rokok awal Oktober lalu, kembali melakukan perbuatan sama susulan rampasan rokok bernilai kira-kira RM1.39 juta dalam serbuan di sebuah rumah teres di Indahpura, Kulai, semalam.*

                 *SEBUAH kenderaan utiliti sukan (SUV) polis yang sedang melakukan rondaan terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 103 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Maran, semalam. Dalam kejadian jam 1.36 tengah hari itu, seorang anggota polis berusia 37 tahun cedera ringan manakala dua lagi rakannya, masing-masing berusia 43 dan 53 tahun tidak cedera.*

                 *BEKAS tentera dipenjara enam bulan dan denda RM15,000 di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, smlm. terhadap tuduhan mencabul remaja perempuan yang dikenali selama seminggu melalui WeChat, tahun lalu. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Nik Aris Ghazali, 24, mengaku salah terhadap tuduhan.*

                 *PEMILIK rumah penjagaan orang tua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, smlm, atas pertuduhan memperdagangkan tiga wanita warga Indonesia sebagai buruh paksa sejak Julai lalu. R Parameswary, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Junaidah Mohd Isa.*

                 *MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung penularan klip video kenyataannya yang didakwa memfitnah dan mengaibkan Malaysia di luar negara. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, ia bagi membolehkan pihaknya mendapat maklumat lanjut berhubung kandungan klip video berkenaan.*

                 *BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui pentadbiran beliau ditipu oleh pihak yang diberi kepercayaan untuk menguruskan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau berkata, kerajaan melantik peguam, auditor dan bank Goldman Sachs Group (Goldman) untuk memantau syarikat pelaburan strategik negara itu, namun sebaliknya berlaku apabila ia tidak dikawal selia dengan baik.*

                 *LIMA suspek yang didakwa membunuh seorang lelaki sebelum membakar mangsa itu dalam kereta di ladang kelapa sawit di Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan, 15 November lalu disambung reman enam dan tujuh smlm.*

                 *KESERONOKAN dua sahabat mandi di pantai Kampung Gerigat di Saratok, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, tengah hari semalam. Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa Norul Sariyan Mohamad Brayan, 10, lemas selepas dihanyutkan arus deras.*

                 *“MANA isteri saya, macam mana kejadian ini boleh berlaku,” kata Mohd Fakrul Razi Awang Salleh, mangsa kemalangan di Kilometer 324.7, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2, dekat Kerteh, yang turut meragut nyawa isterinya, Rohana Zaini. Mohd Fakrul yang ketika itu sedang dibawa keluar anggota bomba akibat tersepit di tempat duduk pemandu, tidak menyedari isterinya tercampak keluar dari kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian.*

                 *LAKONAN wanita kononnya dia menjadi mangsa curi di tandas stesen minyak di Petra Jaya, tidak menjadi apabila polis berjaya mengesan laporan yang dibuatnya itu adalah palsu. Wanita berusia 30 tahun itu dalam laporan yang dibuatnya di Balai Polis Gita pada 15 November lalu, mendakwa dia kehilangan wang berjumlah RM100,000 milik bapa saudaranya dalam kejadian itu.*

                 *KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang membuat kajian rintis modifikasi teknik terapi ayat al-Quran menggunakan teknologi kejuruteraan bunyi dalam usaha memulihkan individu yang mengalami gangguan halusinasi suara.*

                 *KERAJAAN sedang menjalankan kajian bagi merangka Dasar Agro Makanan 2.0 (2021-2030) bertujuan memacu sektor agro makanan sejajar dengan perkembangan teknologi dan revolusi industri 4.0. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dasar akan menyelaras semula pelaburan kerajaan dan swasta dalam pembangunan infrastruktur dan penggunaan teknologi moden, modal insan dalam pertanian serta pengkomersialan dan inovasi dalam sektor pertanian.*

                 *SEORANG bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan ditemui ditinggalkan di tepi jalan di Taman Seri Ampang, Alor Setar, smlm. Bayi yang dibaluti kain batik dan masih bertali pust itu ditemui jam 6 petang oleh seorang remaja lalu membawanya pulang ke rumah sebelum memaklumkan kepada keluarganya.*

                 *AHLI Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mencatatkan jumlah pengisytiharan aset tertinggi bernilai RM75 juta. Ia berdasarkan portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Berdasarkan portal itu, Koo Ham yang juga Penasihat DAP Perak itu mengisytiharkan keseluruhan aset milik dirinya serta ahli keluarga terdekat termasuk isteri dan anaknya.*

                 *JABATAN Kerja Raya (JKR) mensasarkan nisbah seorang jurutera bagi 100 penduduk dapat direalisasikan dalam tempoh enam tahun akan datang apabila Malaysia berkembang sebagai negara berteknologi tinggi.*

                 *DUA lelaki termasuk anggota polis maut selepas kenderaan dipandu mereka bertembung dalam kemalangan di Kilometer 138 Jalan Kuantan-Segamat dekat Muadzam Shah, Rompin, smlm.*

                 *SEORANG lelaki yang meragut beg galas milik seorang wanita di kawasan sebuah pangsapuri di Batu Caves ditahan orang ramai ketika cuba melarikan diri, smlm. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, tangan lelaki berusia 27 tahun itu diikat menggunakan tali rafia sejurus ditahan sebelum polis tiba untuk menahannya semula.*

                 *MULA berasa penat kerana bersidang sepanjang hari di Dewan Rakyat dan mengambil masa lama, Ahli Parlimen mahukan khidmat urut diadakan di Parlimen. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN UMNO-Baling) mencadangkan supaya kerajaan menyediakan khidmat urut kaki refleksologi di kawasan yang dibenarkan merokok di bangunan Parlimen untuk wakil rakyat ‘merehatkan’ badan.*

                 *KEHADIRAN pelajar di kolam renang hotel bagi mengikuti kelas renang dikhuatiri akan mengganggu pelanggan yang menggunakan kemudahan itu seterusnya memberi kesan negatif kepada industri pelancongan. Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Yap Lip Seng berkata, ia kemungkinan besar akan menyebabkan aduan daripada pelanggan hotel.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


           *BEIJING: Polis di Nanjing, timur China, menahan 29 orang kerana disyaki mengepam 120 liter air ke dalam badan ternakan selama 12 jam bagi menambah berat haiwan terbabit sebelum disembelih untuk dijual.
Menurut laporan stesen televisyen kerajaan semalam, kes berkenaan mendapat kecaman di media sosial yang mengutuk kekejaman terhadap haiwan.*
          *Menurut laporan itu, bermula dari jam 7 malam hingga subuh, pekerja rumah penyembelihan berkenaan perlahan-lahan mengepam air melalui tiub yang dimasukkan ke dalam hidung lembu sebelum haiwan terbabit disembelih untuk dijual dagingnya di pasar.*

           *BANGKOK: Reka bentuk rumah kos rendah daripada buluh bertujuan menangani masalah bekalan rumah mampu milik di Manila, Filipina, berjaya memenangi hadiah utama pertandingan antarabangsa rekaan bandar masa depan.*
          *Perekanya, Earl Forlales, 23, meraih hadiah wang tunai 50,000 pound (RM267,877) dalam pertandingan Bandar Masa Depan anjuran Institut Juruukur Perunding Diraja (RICS).*
         *Wang hadiah itu akan digunakan untuk membiayai pembinaan prototaip dan rumah berkenaan di lokasi yang sudah dikenal pasti oleh Forlales.*

           *WASHINGTON: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) berkata semalam, ia akan mengkaji budaya keselamatan di tempat kerja di SpaceX dan Boeing Co, ketika dua syarikat berkenaan bersiap sedia menerbangkan angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).*
               *NASA berkata, ia akan menjalankan satu ‘kajian penilaian budaya’ syarikat berkenaan, ‘termasuk pematuhan kepada persekitaran bebas dadah,’ sebelum ujian penerbangan kru dijadualkan beberapa bulan akan datang.*

           *NEW DELHI: Bayi terselamat daripada digilis kereta api selepas terjatuh di ruang antara kenderaan itu dan platform di sebuah stesen di Uttar Pradesh, smlm.*
           *Insiden dirakam orang ramai itu menunjukkan kereta api meluncur di atas bayi perempuan berusia setahun sejurus selepas jatuh daripada dakapan ibu bapanya yang turun di stesen terbabit.*
          *Orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan hanya mampu memerhati namun ada yang menjerit kerana bimbang keselamatan bayi terbabit.*

           *WASHINGTON: Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada pengguna semalam supaya tidak memakan mana-mana salad romaine dan membuangnya jika sudah terbeli, memetik wabak keracunan E. coli.*
          *Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) mengeluarkan amaran itu untuk kesemua salad romaine hanya dua hari sebelum hari kesyukuran, apabila keluarga di negara itu berkumpul untuk makan besar.*

           *LONDON: Sejak tiga tahun lalu, dianggarkan sehingga 85,000 bayi dan kanak-kanak di Yaman mati akibat kebuluran berikutan perang dan sebahagian besarnya adalah anak kecil yang berusia bawah lima tahun.*
             *Berdasarkan data dikumpul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pertubuhan Save the Children membuat rumusan kes kebuluran dan kekurangan zat membabitkan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.*
            *Menurut laporan AlJazeera, Pertubuhan kemanusiaan itu mendapati 84,701 kanak-kanak kebuluran hingga mati antara April 2015 hingga Oktober 2018 akibat kekurangan makanan.*


*TULAR / POPULAR*
================


          *KAMI bangga dan kagum dengan keberanian Cikgu Kamarulzali Warman menyelamatkan mangsa kemalangan yang teperangkap dalam parit. Kami anggap cikgu adalah hero sebenar.”*
           *Begitu kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Seth, Shahril Hafiz Sazali, 15, mengenai guru berkenaan yang bertindak nekad terjun ke dalam parit di hadapan rumahnya di persimpangan Jalan Parit Ya’ani-Jalan Sri Bengkal, Yong Peng.*
           *Tindakan Kamarulzali yang membantu menyelamatkan seorang bapa dan tiga anaknya selepas terbabit dalam kemalangan semalam menjadi tular sehingga mendapat pujian netizen.*

           *VIDEO tular di laman sosial, hari ini yang mendakwa seorang wanita ditahan di Bera kerana menyebabkan kematian empat anaknya adalah tidak benar.*
          *Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan berkata, wanita itu sebenarnya ditahan di Kampung Baru Mengkuang, Bera pada 9 November lalu berkait kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.*
         *”Polis Pahang menafikan kejadian yang ditularkan itu... tidak benar dan tidak wujud insiden sebegini (bunuh) di Bera.*

           *PELAKON Jasmin Hamid mengajak selebriti tempatan untuk menyahut cabaran melaungkan azan dengan menggunakan tanda pagar #azanchallenge.*
           *Jasmin menerusi akaun Instagram berkata, dia berharap laungan azan dalam kalangan selebriti dapat menjentik hati dan menyeru umat Islam untuk mendirikan solat.*
          *”Kita selalu mendengar penyanyi hanya menyanyi. Apa kata kita dengar mereka laungkan azan pula.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *ABU DHABI: Pemandu Poland, Robert Kubica menyatakan “sesuatu yang hampir mustahil” menjadi kenyataan selepas mengumumkan dia akan kembali ke kancah Formula Satu bersama pasukan Williams pada 2019, lapan tahun selepas dia cedera teruk dalam nahas perlumbaan rali.*
            *Kubica, yang tidak bertanding dalam Grand Prix sejak kemalangan pada 2011, menyertai pemandu England, George Russell di Williams.*
         *Pelumba Poland berusia 33 tahun itu menjalani beberapa siri sesi latihan sebagai pemandu simpanan Williams tahun ini dan kembalinya ke sukan itu diumumkan di Abu Dhabi, gelanggang perlumbaan terakhirnya pada 2010.*

          *KUALA LUMPUR: Hafizh Syahrin Abdullah melengkapkan ujian pramusim pertama MotoGP dengan menunjukkan peningkatan positif bersama jentera baharunya, KTM di Valencia tetapi masih ketinggalan jika dibandingkan dengan jaguh dunia lain.*
             *Pelumba pasukan KTM Tech3 itu mencatat masa satu minit 33.008 saat (s) sepusingan di Litar Ricardo Tormi untuk menduduki tempat ke-22 daripada 24 pelumba yang mengambil bahaian pada sesi ujian yang berlangsung selama dua hari itu, semalam.*

         ♂ *KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) kecewa dan sedih mengenai isu terbaru yang melanda sukan angkat berat apabila lima atletnya digantung empat tahun susulan penggunaan bahan terlarang.*
             *Malah, ia menimbulkan kebimbangan kepada MSN terhadap kemungkinan tindakan badan dunia terhadap Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) susulan isu doping yang berterusan membabitkan atlet negara.*

            *KUALA LUMPUR: New Zealand berjaya menyamakan kedudukan sebanyak dua kali sebelum Malaysia menewaskan pasukan itu 4-2 dalam aksi persahabatan ketiga di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, smlm.*
          *Bagaimanapun, skuad Kiwi sudah memenangi dua perlawanan sebelum ini dengan menewaskan Malaysia 2-1 dalam aksi pertama sebelum melakar kemenangan 4-3.*

          *ALOR SETAR: Kedah kembali mendapat sentuhan pemain senior berpengalaman bagi mengharungi Liga Malaysia musim depan apabila sembilan pemain yang tamat kontrak hujung bulan ini sah memperbaharui kontrak musim depan.*
         *Antara pemain senior itu adalah kapten Baddrol Bakhtiar, Khairul Helmi Johari, Rizal Ghazali dan Hadi Hamid.*

          *NILAI: Pemain sayap negara, Syazwan Zainon mengakui tidak terasa hati walaupun tidak tersenarai dalam kesebelasan utama skuad bola sepak kebangsaan pada aksi terakhir Kumpulan A Piala AFF berdepan Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.*
         *Sebaliknya, Syazwan atau lebih dikenali sebagai Wan Karpet menegaskan kejayaan pasukan adalah perkara paling penting berbanding sasaran individu.*
         *Justeru, bekas pemain Kedah yang bakal menyarung jersi Selangor musim depan itu berkata, sesiapa saja yang akan diturunkan berdepan Myanmar perlu melakukan yang terbaik demi membawa pasukan ke separuh akhir.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2018 10:26 AM | Show all posts
Berita Harian Online

54 mins ·

Warga Bangladesh disyaki liwat kanak-kanak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2018 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI -23/11/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berhubung video tular mengenai wawancaranya di Belanda kira-kira 10 tahun lalu. Malah Perdana Menteri berkata, rakyat sebaliknya perlu memberi peluang kepada beliau dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota Kabinet.

2.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terlibat dalam urusan perniagaan 1MDB telah melakukan penipuan sehingga menyebabkan syarikat pelaburan itu terpalit dengan kontroversi pecah amanah. Malah, bekas Perdana Menteri turut mengatakan Jho Low perlu dikenakan tindakan undang-undang sekiranya segala kesalahan atau aktiviti pecah amanah itu dapat dibuktikan.

3.  KUALA LUMPUR 22 Nov. – Polis menerima lebih 150 laporan berkaitan cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan pihaknya akan memanggil mereka yang terlibat untuk dirakamkan percakapan.

4.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Rokok elektronik (vape) dan shisha yang mengandungi nikotin akan dimasukkan dalam peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasakan tahun hadapan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Larangan merokok di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 melibatkan rokok dan semua hasil tembakau yang mempunyai nikotin termasuk shisha dan vape.

5.  SEREMBAN 22 Nov. - Perhimpunan raksasa bagi membantah cadangan kerajaan Pakatan Harapan untuk meratifikasi ICERD di Dataran Merdeka, bulan depan akan tetap diteruskan walaupun tanpa permit polis. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu telah diputuskan oleh sekretariat yang menguruskan penganjuran perhimpunan berkenaan.

6.  WASHINGTON 22 Nov. – AS akan membina pos pemantauan di sepanjang bahagian utara sempadan Syria dan Turki bagi membantu meminimakan ketegangan antara rakyat Turki dan Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG), dalam usaha menumpaskan kumpulan pengganas Daesh. Menurut S/U Pertahanan AS, Jim Mattis, langkah itu juga bertujuan memastikan SDF 'tidak undur daripada pertempuran berkenaan' dan boleh menumpaskan saki-baki Daesh.

7.  NEW YORK 22 Nov. - Sebuah firma pelaburan Abu Dhabi menyaman Goldman Sachs kerana didakwa bersekongkol dengan dana Timur Tengah melibatkan perlakuan jenayah membabitkan syarikat yang dibelenggu skandal 1MDB. Saman itu dikemukan di mahkamah New York bagi pihak Syarikat International Petroleum Investment Company Abu Dhabi, yang menamakan Goldman Sachs dan pegawai Goldman yang sebelum ini dituduh oleh Jabatan Kehakiman AS awal bulan ini.

8.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Boy Tiger' dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan membunuh anak tiri lelakinya, dua minggu lalu. Khairul Izaini Khairuddin, 31, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya  selesai dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali.

9.  KUALA LUMPUR 22 Nov. – Bancian Pendidikan Global yang pertama kali diadakan mendapati guru di negara ini paling menyukai pekerjaan mereka dan antara golongan pendidik di dunia paling berdedikasi bagi memastikan pelajar mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

10.  GOPENG 22 Nov. - Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya cedera setelah lori yang dinaiki terbabas di Kilometer 295.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini. Sekumpulan anggota bomba dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.22 pagi. Ketika pihaknya sampai di lokasi kejadian, didapati dua lelaki telah tersepit dalam lori membawa muatan susu getah itu.

11.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - DAP tidak pernah membawa isu ICERD supaya diratifikasikan di negara ini. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tuduhan terhadap beliau dan bapanya serta parti tersebut dilihat bertujuan untuk membakar sentimen perkauman dan kebencian dalam kalangan masyarakat.

12.  KUALA LUMPUR 21 Nov.- Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan yang menguruskan perolehan telah mengeluarkan tender terbuka bagi membangunkan sistem subsidi minyak bersasar. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tender tersebut telah dikeluarkan pada Isnin lalu.

13.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Saman pemula yang difailkan oleh seorang pengundi di Port Dickson bagi mendapat perisytiharan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhak bertanding di mana-mana kerusi Parlimen, dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Saman Noraziah Mohd. Shariff, 38, dibatalkan oleh Hakim Datuk Azizah Nawawi selepas pemohon tersebut tidak hadir untuk memaklumkan usahanya bagi melantik peguam baharu.

14.  PUTRAJAYA 22 Nov. - Isu sama ada anak luar nikah pasangan beragama Islam boleh menggunakan nama bapa masing-masing atau Abdullah sebagai nama keluarga, belum dimuktamadkan selepas Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menangguhkan keputusan rayuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

15.  SHAH ALAM 22 Nov. - UMNO Bahagian Shah Alam membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri di JPM, P. Waythamoorthy berhubung isu masyarakat India di negara ini yang tular di media sosial kebelakangan ini. Ketua UMNO Bahagian Shah Alam,Datuk Azhari Shaari berkata, pihaknya membuat laporan polis tersebut kerana kenyataan tersebut jelas menafikan realiti yang berlaku di negara ini sejak negara ini ditubuhkan.

16.  JOHOR BAHRU 22 Nov. - Sebuah rumah yang dijadikan setor simpanan rokok seludup diserbu dan sebanyak 117,320 paket rokok pelbagai jenama bernilai RM1.39 juta dirampas di kawasan perumahan Indahpura, Kulai, dekat sini semalam. Dalam serbuan pukul 8 pagi itu, dua lelaki berusia 26 dan 29 tahun turut ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua.

17.  TAIPING 22 Nov. - Padah menimpa dua lelaki apabila mereka bukan sahaja berjaya dicekup malah seorang daripadanya cedera parah dalam kemalangan ketika melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Kaya di sini semalam. Lelaki berusia 27 tahun yang duduk di bahagian penumpang hadapan itu ditemukan pengsan dengan kesan kecederaan parah akibat tersepit dalam kemalangan berhampiran persimpangan lampu isyarat Changkat Ibol.

18.  KUALA LUMPUR 22 Nov. – KPKT akan mengkaji semula polisi lama dan mengeluarkan peraturan yang lebih tegas berhubung penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda jalan. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, langkah itu perlu dilakukan kerana penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda iklan telah lama ditetapkan.

19.  TAIPING 22 Nov. - Dua anggota polis cedera akibat dirempuh sebuah kereta ketika sedang meletakkan kon berhampiran kawasan pokok tumbang di Jalan Kampung Nibong, Padang Gajah di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, Koperal Ahmad Fazlee Khamaruzaman dan Konstabel Nur Atiq Kamsani masing-masing mengalami kecederaan di kepala dan kaki.

20.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Sebuah syarikat kontraktor pembersihan yang telah menyebabkan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum mencuci tandas di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Julai lalu kerana lewat membayar gaji kepada pekerjanya sehingga berlaku mogok akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 12 pertuduhan.

21.  KUALA LUMPUR 22 Nov. – MP Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mencatatkan jumlah keseluruhan aset tertinggi selepas mengisytiharkan aset bersama isteri dan anaknya dengan nilai RM75.8 juta. Berdasarkan portal Pengisytiharan Harta oleh SPRM, PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pula di tempat kedua dengan jumlah aset bersama sebanyak RM32.4 juta.

22.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy perlu memikirkan cara bagaimana untuk melahirkan generasi yang menitikberatkan kesepaduan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa. Setiausaha Kerja Pergerakan Mahasiswa Nasional, Kamil Azhad mendakwa, kenyataan Waytha Moorthy berkaitan meratifikasi ICERD sebaliknya  menimbulkan kemarahan rakyat.

23.  KUALA LUMPUR 22 Nov.- Polis menahan 21 ahli sindiket pinjaman tidak wujud dalam serbuan di sembilan premis di sekitar Kajang pada 13 November lalu. Kesemua suspek berusia 17 hingga 27 tahun itu ditahan di sebuah rumah teres di Kajang dan lapan premis kondominium di Batu 9, Cheras dekat sini.

24.  TEMERLOH 22 Nov. - Kira-kira 1,000 pemotong rumput Jalan Persekutuan hilang kerja selepas subkontraktor syarikat penyelenggaraan jalan, Roadcare (M) Sdn. Bhd. (Roadcare) di negeri ini ditamatkan kontrak sejak awal bulan ini. Wakil pekerja, Zolkifli Mat Ali, 63, berkata, mereka adalah pekerja daripada 188 subkontaktor yang majoritinya telah bekerja sejak 18 tahun lalu sebagai punca rezeki keluarga.

25.  KANGAR 22 Nov. - Hampir dua tan daun ketum yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran dirampas dalam satu serbuan polis di Kampung Kolam di Padang Besar dekat sini awal pagi ini. Dalam serbuan pukul 2.30 pagi di sebuah kawasan bersemak di tepi jalan kampung berkenaan, dua lelaki berusia 22 dan 53 tahun berjaya diberkas.

26.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Empat lelaki dan seorang wanita tempatan ditahan kerana memiliki dadah serta cuba memberi rasuah berjumlah RM5,000 kepada polis untuk mengelak daripada diberkas. Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika dua anggota polis yang membuat rondaan cegah jenayah menahan sebuah kereta dinaiki dua lelaki dan seorang wanita di Jalan Yaakob Latiff, Cheras, di sini  Isnin lalu.

27.  KUALA LUMPUR 22 Nov.- Kerajaan dicadangkan mewujudkan jawatan KSU turus tiga dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai usaha meningkatkan tahap dan peranan institusi itu dalam menegakkan syiar Islam. Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN- Kuala Krau) berkata, jawatan KSU adalah lebih besar dan dapat memberi arahan kepada ketua-ketua pengarah lain.

28.  KUALA LUMPUR 22 Nov.- Himpunan besar-besaran membantah ratifikasi ICERD yang dijadual pada 8 Disember depan boleh diadakan tetapi perlu membuat permohonan kebenaran terlebih dahulu. Timbalan Menteri di JPM, Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau berharap penganjur himpunan tersebut dapat membuat permohonan tersebut dengan baik dan betul.

29.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Polis akan memanggil Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy berhubung video tular mengenai wawancaranya di Belanda kira-kira 10 tahun lalu baru-baru ini. Timbalan KPN, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan dalam masa terdekat.

30.  PUTRAJAYA 22 Nov. - Pengeluaran keputusan UPSR 2018 semasa cuti persekolahan bukan kali pertama dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan. Begitu juga untuk Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang bukan kali pertama berlaku. Kementerian Pendidikan memaklumkan, kelewatan itu disebabkan peperiksaan UPSR 2018 telah dilaksanakan hampir dua minggu lewat berbanding pelaksanaan peperiksaan UPSR pada 2017.

31.  JOHOR BAHRU 22 Nov. - Sulltan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik cucunda baginda, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail sebagai Raja Muda Johor. Pemasyhuran itu diumumkan pada majlis Istiadat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-60 di Istana Besar, Johor Bahru di sini sebentar tadi.

32.  RASAH 22 Nov. - Seorang pemilik rumah penjagaan orang tua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas tiga pertuduhan memperdagangkan tiga wanita Indonesia sebagai buruh paksa sejak Julai lalu. R. Parameswary, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Junaidah Mohd. Isa.

33.  RASAH 22 Nov. - Seorang pemilik rumah penjagaan orang tua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas tiga pertuduhan memperdagangkan tiga wanita Indonesia sebagai buruh paksa sejak Julai lalu. R. Parameswary, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Junaidah Mohd. Isa.

34.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Naib Presiden Dewan Peniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee didakwa ingkar kepada perintah mahkamah apabila mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dengan membelakangkan dewan itu dalam usahanya menggulingkan Presiden, Rizal Faris Mohideen Abdul Kadir.

35.  PUTRAJAYA 22 Nov. – SPRM negeri Pulau Pinang meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang individu bagi membantu melengkapkan satu siasatan kes yang sedang dijalankan. Menurut satu kenyataan, individu berkenaan merupakan seorang lelaki bernama Kamarul Ramizu Idris, 51, yang mempunyai alamat terakhir di No. 75, Lorong 7, Taman Suria, 34000 Taiping, Perak.

36.  KUANTAN 22 Nov. - Polis menafikan video yang tular dalam laman media sosial yang mengaitkan seorang wanita ditahan kerana menyebabkan kematian empat kanak-kanak di Bera, dekat sini. Ketua Polis Bera, DSP Mansor Samsuddin berkata, kejadian itu adalah tidak benar dan tidak wujud di daerah itu. Sebaliknya apa yang berlaku adalah polis telah menahan seorang wanita di Kg. Baru Mengkuang, Bera pada 9 November lalu kira-kira pukul 2.10 petang kerana mencuri.

37.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - “Baguslah, samanlah.” begitu reaksi ringkas Penasihat Gagasan Tiga Malaysia (G3), Datuk Azwanddin Hamzah sebaik dimaklumkan tentang ancaman saman Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, semalam. Azwanddin berkata, pihaknya akan melakukan mesyuarat tergempar hari ini dan dalam tempoh dua hari, G3 akan mengadakan satu lagi sidang akhbar untuk menjawab ancaman daripada Menteri Kewangan itu.

38.  KUALA LUMPUR 22 Nov. -Ruang tempat merokok yang tidak lagi digunakan di Parlimen dicadang dijadikan tempat istirehat bagi ahli-ahli Parlimen. Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) berkata, kerajaan boleh meletakkan kemudahan seperti kerusi urut atau membenarkan tukang urut buta refleksologi ke Parlimen.

39.  JAKARTA 22 Nov. - Seorang wanita Australia menjadi anggota pertama rangkaian penyeludupan dadah dikenali sebagai Bali Nine, dibebaskan dari penjara semalam. Lapor BBC, wanita itu yang dikenali sebagai Renae Lawrence, 41, dibebaskan setelah meringkuk dalam penjara selama 13 tahun dan berkemungkinan menjadi satu-satunya anggota Bali Nine yang dibebaskan.

40. KUALA LUMPUR 22 Nov. - Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan melakukan pengabaian sehingga menyebabkan kematian anak perempuan bongsunya di tempat letak kereta, Oktober lalu. Mohd. Nazri Mohaizi, 34, didakwa sebagai orang yang mempunyai penjagaan ke atas kanak-kanak yang berusia setahun enam bulan itu didapati telah melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan kematian mangsa.

41.  KUALA KEDAH 22 Nov. - Mayat seorang lelaki tanpa kepala ditemukan terapung kira-kira 6.3 batu nautika barat Pulau Bunting, Yan di Jerai pagi tadi. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul  9 pagi daripada seorang nelayan yang menemukan mayat itu ketika melalui kawasan tersebut.

42.  REMBAU 22 Nov. - Kawasan Kompleks Pusat Islam Rantau yang menempatkan Masjid Imam Haji Kahar di Bandar Ekar Rantau di sini ditenggelami air sedalam hampir satu meter akibat banjir kilat pagi tadi. Banjir kilat kira-kira pukul 11 pagi yang disebabkan hujan lebat itu turut menjejaskan dua buah kuarters yang didiami imam dan bilal masjid tersebut.

43.  PADANG BESAR 22 Nov. - Pihak yang mencadangkan pengiktirafan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) perlu lebih sensitif dalam membincangkan isu tersebut bagi mengelak berlakunya perpecahan kaum di negara ini, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan.

44.  PORT DICKSON 22 Nov. - Penjawat awam wanita tidak perlu takut untuk membuat aduan dan laporan kepada pihak atasan sekiranya mengalami gangguan seksual di tempat kerja. S/U Kewangan CUEPACS, Mohd. Razali Singah berkata, beliau turut menggalakkan mangsa mengadu kepada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (Akrab) yang diwujudkan bagi membantu mereka.

45. KUALA LUMPUR 22 Nov. - PM Tun Dr.Mahathir Mohamad berharap Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 mampu menjadi penggalak kepada penggunaan teknologi-teknologi baharu dalam sektor agro makanan secara meluas.

46.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 49, Jalan Kuala Lumpur - Ipoh berhampiran Jabatan Pertanian Batang Kali, Kuala Kubu Bahru, dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi itu, mangsa Badrol Hisham Mat Noh, 48, maut ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bahru.

47.  SUNGAI PETANI 22 Nov. - Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Merbok hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy berikutan isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang menimbulkan pelbagai polemik. Ketuanya, Hapsoh Ahmad berkata, pihaknya turut mendesak PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad memecat P. Waytha Moorthy sebagai menteri di jabatan berkenaan.

48.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Kenyataan KPN, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang meminta orang ramai tidak membuat sebarang kenyataan dan bertindak mengganggu keselamatan awam dalam isu ratifikasi ICERD disokong penuh oleh Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), kata Pengerusi MCCF, Halim Ishak.

49.  BEIJING 22 Nov. - Sebuah kereta di China merempuh sekumpulan kanak-kanak yang sedang melintas sebatang jalan raya di hadapan sebuah sekolah rendah di timur laut negara ini, hari ini membunuh lima orang budak dan mencederakan 19 yang lain. Stesen penyiar CCTV dalam akaun media sosialnya melaporkan, polis telah manahan pemandu itu dan sedang menyiasat punca insiden yang berlaku di Huludao dekat wilayah Liaoning.

50.  SEREMBAN 22 Nov. - Pas Negeri Sembilan hari ini mendesak PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya memecat P. Waytha Moorthy kerana mengeluarkan kenyataan fitnah yang memburuk-burukkan Malaysia di luar negara. Ketua Penerangannya, Mohd. Nasaruddin Baharuddin berkata, adalah amat malang apabila seorang yang memberi kenyataan sedemikian diberi amanah dan jawatan sebagai Menteri di JPM.

51.  IPOH 22 Nov. – MB, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan penglibatannya dalam pembikinan filem arahan pengarah terkenal, Sabri Yunus berjudul Buntat di Taiping baru-baru ini tidak mengganggu tugas sehariannya. Beliau tidak mengambil cuti hanya disebabkan penglibatannya dalam pembikinan filem tersebut apatah penggambaran babak melibatkan beliau dalam filem itu dilakukan tidak sampai sejam.

52.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Kerajaan sedia mempertimbangkan untuk menyerap kakitangan lantikan kontrak ke dalam perkhidmatan awam tetapi perlu memenuhi beberapa syarat. Menteri di JPM, Datuk Liew Vui Keong berkata, kakitangan-kakitangan berkenaan perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan telah dilantik kontrak sebelum atau pada 23 Oktober 2015.

53.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini mempengerusikan buat kali pertama Mesyuarat Majlis Sosial Negara selepas berlakunya perubahan kerajaan. TPM yang juga Menteri KPWKM berkata, antara fokus utama mesyuarat yang diadakan di Parlimen itu, adalah berhubung pelaksanaan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial.

54.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Kementerian Pembangunan Usahawan akan menyelaraskan fungsi lebih 60 agensi keusahawanan merentasi pelbagai kementerian menerusi Rangka Kerja Keusahawanan Nasional (NEF). Sehubungan itu, NEF akan dijadikan panduan utama kerajaan bagi memacu pertumbuhan strategik keusahawanan negara dalam usaha memperkasa industri tersebut, kata Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof .

55.  KUANTAN 22 Nov. - Dua maut termasuk seorang anggota polis selepas kenderaan masing-masing bertembung di Kilometer 138 Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini hari ini. Kenderaan Lans Koperal Raja Ahmad Faris Raja Mazlan, 29, yang memandu kereta jenis Perodua Kanci dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sehingga bertembung dengan Toyota Dyna Hi-Ace yang dipandu, Wang Aji @ Wang Lip Hua, 69.

56.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Sebanyak empat buah negeri masih belum mempunyai enakmen sekatan pengembangan agama lain kepada orang Islam, setakat ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusoff berkata, negeri-negeri itu ialah Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

57.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis berhubung penularan video wawancara Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) baru-baru ini. “Boleh, ya saya sedia,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

58.  SHAH ALAM 22 Nov. - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menjalin kerjasama dengan Koperasi Pos Nasional Berhad (Koponas) dengan menerokai bidang baharu iaitu pendigitalan. Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, langkah itu bertujuan mencapai sasaran nilai perniagaan kira-kira RM50 bilion menjelang 2020.

59.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak pernah ditegur dua tahun lalu supaya mengambil tindakan terhadap pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana membuat banyak transaksi yang melanggar peraturan, kata AMT UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

60.   KUALA LUMPUR 22 Nov. - Individu yang memaki gadis jurujual minuman keras di sebuah pasar raya di Ampang telah hadir memberi keterangan kepada pihak polis malam tadi. KPD Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata, lelaki itu hadir memberi keterangan malam tadi di Ibu pejabat Polis Ampang Jaya, di sini.

BERITA SUKAN:

1.  KUALA LUMPUR 22 Nov. – FAM kecewa dengan sikap tidak profesional Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berhubung kenyataan pihaknya enggan bekerjasama punca wujudnya kesulitan dalam penjualan tiket perlawanan Piala AFF 2018. Setiausaha agung FAM, Stuart Ramalingam mengakui pihaknya terkilan dengan kenyataan itu yang berbaur seperti cuba memburukkan dan menyerang badan induk bola sepak negara.

2.  IPOH 22 Nov. - Hasnul Zulkarnain Munaim menolak permintaan Jawatankuasa Eksekutif PAFA yang meminta beliau mempertimbangkan semula peletakan jawatannya sebagai Presiden Pafa. Menurut Hasnul Zulkarnain, beliau tetap dengan keputusannya meletakan jawatan yang dibuatnya pada 8 November lalu dan telah memaklumkan perkara itu secara lisan kepada Pafa pada Selasa lalu.

3.  LONDON 22 Nov. - Bekas bintang Manchester City dan Arsenal, Samir Nasri sedang menjalani latihan bersama West Ham sebagai persiapan untuk kembali beraksi selepas tamat penggantungan akibat kesalahan doping. Nasri digantung selama enam bulan selepas menerima rawatan di sebuah klinik di Los Angeles pada 2016 ketika dipinjamkan ke Sevilla dan UEFA menyatakan rawatan itu menyalahi peraturan yang ditetapkan Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

4.  ALOR SETAR 22 Nov. - KFA mengumumkan dua pemain import baharu kuota Asia dan ASEAN yang akan mewakili skuad Hijau Kuning menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan. Naib Presiden KFA, Anas Hafiz Mustafa berkata, dua pemain yang sah ialah Muhammad Shakir Hamzah, 26, dari Singapura dan Anmar Fares Abdul Jabar Mubaraki, 27, dari Iraq.

5.  LONDON 22 Nov.- Legenda Chelsea, Didier Drogba, mengesahkan bahawa dia mengambil keputusan untuk bersara pada usia 40 tahun. Bekas penyerang antarabangsa Ivory Coast itu disenaraikan bersama Phoenix Rising yang merupakan kelab pemilikan bersama Drogba bagi saingan Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (USL) tetapi dia tidak akan beraksi.

6.  LONDON 22 Nov.- Pengendali Manchester City, Pep Guardiola diberi amaran rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) susulan komennya terhadap pengadil, Anthony Taylor sebelum perlawanan menentang Manchester United, minggu lalu. Guardiola didakwa telah melanggar peraturan FA apabila membincangkan mengenai kesesuaian pelantikan pegawai perlawanan itu yang berasal dari pinggiran Manchester.

7.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Malaysian Tigers akhirnya menunjukkan belang sebenar mereka dalam perlawanan ujian terakhir menentang New Zealand apabila menewaskan pasukan ranking kesembilan dunia itu 4-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

8.  WOKING 22 Nov.- Fernando Alonso bakal bersara daripada arena Formula Satu (F1) selepas berakhir aksi penutup tirai di Grand Prix Abu Dhabi Ahad ini, namun McLaren berkata mereka tidak teragak-agak untuk memanggilnya semula apabila diperlukan. Juara dunia dua kali itu tidak menolak bersedia membuat penampilan semula walaupun sedar ia agak mustahil dengan usianya yang kini sudah mencecah 37 tahun.

9.  KUALA LUMPUR 22 Nov. - Lima atlet angkat berat negara dikenakan penggantungan selama empat tahun sehingga 2022 kerana disahkan positif bahan terlarang. Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat berkata, mereka itu termasuklah pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014 Glasgow, Hafifi Mansor; pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Gold Coast dan Mohamad Fazrul Azrie Mohdad.

10.  LONDON 22 Nov.- Pemain Itali, Daniele Bracciali digantung seumur hidup daripada sukan tenis selepas didapati bersalah mengatur perlawanan, kata Unit Integriti Tenis (TIU) hari ini. Bracciali, 40, didapati bersalah oleh J/kuasa Bebas Anti Rasuah dalam sesi pendengaran berhubung dakwaan mengatur perlawanan pada saingan ATP 500 Barcelona 2011 dan turut didenda sebanyak 250,000 dolar (RM1.045 juta).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2018 01:51 PM | Show all posts
Berita Harian Online

1 hr ·

Polis akan memanggil 9 individu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy bagi dirakam keterangan berhubung isu menyentuh sensitiviti agama dan perkauman yang mencetuskan ketegangan di negara ini. - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2018 01:55 PM | Show all posts
Berita Harian Online

1 hr ·

Tukang gunting didakwa sebabkan kematian Zara

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-11-2018 01:57 PM | Show all posts
Berita Harian Online

2 hrs ·

Tian Chua dilepas, dibebas daripada hukuman penjara dan denda

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2018 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*SABTU 24 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 16 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

#masvsmyaAffsuzukicup*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*

*GOA_L TERAKHIR UNTUK MINGGU INI, SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DAN PENUHI MASA BERKUALITI BERSAMA SAMA INSAN TERSAYANG.. C YAA...*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:32, SUBUH : 05:42, SYURUK : 06:59, ZOHOR : 13:03, ASAR : 16:25, MAGHRIB : 19:00, ISYAK : 20:14.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *KABINET hari ini sebulat suara, menangguhkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) demi kepentingan rakyat dan keselamatan negara. Sumber berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pendirian kerajaan itu, lewat petang smlm.*

                 *LELAKI dilaporkan hilang selepas keluar rumah sejak Isnin lalu, ditemui lemas di sungai Kampung Rengas, Chicha Tinggi, di Pasir Mas, semalam. Mangsa, Nor Che Mahmod berusia 75 tahun ditemui jam 6.28 petang dalam oleh penduduk kampung yang ketika itu mahu menjala ikan di sungai berkenaan.*

                 *PENJAWAT awam di Selangor perlu merekodkan prestasi kerja cemerlang mulai tahun depan bagi melayakkan mereka menerima bonus daripada kerajaan negeri. Ia berikutan, mulai tahun depan, bonus penjawat awam di Selangor akan diberikan berdasarkan indeks petunjuk prestasi (KPI) masing-masing.*

                 *ISTERI kepada bekas Penasihat Pertahanan Kedutaan Turki di Malaysia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sepang, smlm, terhadap tuduhan memiliki 18 peluru hidup bersaiz kecil tanpa kebenaran sah.*

                 *BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, hari ini menuntut Saifuddin Abdullah, meletak jawatan sebagai Menteri Luar. Khairy berkata, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) itu wajar bertanggungjawab atas tindakannya, yang memberi sokongan kepada Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).*

                 *PEMBERIAN air percuma di Selangor akan ditambah daripada 20 meter padu kepada 25 meter padu sebulan. Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata, bagaimanapun skim pemberian air percuma itu hanya diberikan kepada golongan sasar yang berada dalam kalangan B40. Katanya, golongan B40 itu adalah mereka yang berdaftar dan mempunyai data dengan program E-Kasih.*

                 *SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini, dimaklumkan mengenai dua projek naik taraf jalan di Cameron Highlands bagi mengelak kesesakan di destinasi pelancongan itu. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek itu sudah dikemukakan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk penilaian pada Julai lalu dan ia masih dalam proses kelulusan.*

                 *DATUK Seri Najib Razak akan mengemukakan permohonan untuk membatalkan 25 tuduhan salah guna kedudukan dan aktiviti pengubahan wang haram berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad yang dihadapinya. Bekas Perdana Menteri itu juga akan mengemukakan permohonan untuk mengetepikan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai barisan pendakwaan.*

                 *PENGASAS dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, terkejut selepas dimaklumkan ada tiga siasatan yang dilakukan terhadapnya termasuk isu 1Malaysia Developmen Berhad (1MDB). Clare tampil ke Bukit Aman, smlm, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan fitnah terhadap Terengganu Investment Authority (TIA) dan Low Taek Jho, yang turut membabitkan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.*

                 *POLIS akan memanggil bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan), Senator P Waytha Moorthy serta tujuh lagi individu bagi dirakam keterangan berhubung isu menyentuh sensitiviti yang mencetuskan ketegangan di negara ini.*

                 *LELAKI dipercayai terbabit dalam kejadian langgar lari di Taman Equine, Seri Kembangan sehingga menyebabkan kematian wanita yang sedang makan di restoran didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, smlm atas tuduhan membunuh. Wilsonresa Anak Dudom, 22, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hafidzuddin Yusoff.*

                 *WANITA tergamam apabila terlihat cermin tiba-tiba ‘muncul’ menerusi tingkap bilik air rumahnya dalam kejadian di Tudan, Miri, semalam. Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun ketika itu sedang mandi sebelum menyedari diintai oleh seorang lelaki.*

                 *“SAYA bukan Ahli Parlimen terkaya di Malaysia. Saya yakin ada lebih kaya namun (mereka) belum isytiharkan harta mereka,” kata Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Khoo Ham. Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berkata, kekayaan yang diisytiharkan itu adalah bukti ketelusan dirinya dan harta yang diperoleh adalah daripada kerjayanya sebagai peguam selama 32 tahun serta pelaburan yang dibuat sejak 20 tahun lalu.*

                 *DATUK Seri Anwar Ibrahim 'melenting' kepada wartawan yang mengajukan soalan kepadanya berhubung kemelut yang menyelubungi PKR Sarawak membabitkan perebutan jawatan pengerusi parti di negeri itu di Kuala Lumpur, smlm. Riak wajah Presiden PKR itu kelihatan marah dengan nada yang agak tinggi apabila beliau menegaskan kepada wartawan berkenaan supaya tidak menyibuk hal parti itu di Sarawak.*

                 *NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang atau Tian Chua dilepas dan dibebaskan daripada hukuman penjara tiga bulan serta denda RM1,800 atas kesalahan memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu ceramah, lima tahun lalu. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Tian Chua, 55, terhadap sabitan salah dan hukuman yang dikenakan terhadapnya sebelum ini.*

                 *TIGA rakan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini atas pertuduhan membunuh lelaki di ladang kelapa sawit dekat Teluk Intan, 15 November lalu. Wong Mun Fai dan Tan Chun How masing-masing berusia 27 tahun serta Ng Yoke Soon, 44, dituduh secara bersama membunuh Heng Wei Fong, 21, berhampiran tiang elektrik di ladang kelapa sawit dekat Jalan Kampung Banjar di Teluk Intan, antara 12.05 tengah malam hingga 12.30 tengah malam pada hari berkenaan.*

                 *TINDAKAN lelaki mencuri motosikal rakan serumahnya di Lunas, Kulim, sebelum melarikan kenderaan itu hampir 200 kilometer, gagal selepas dia ditahan polis di Seri Iskandar, Perak, semalam.*

                 *LELAKI yang dilaporkan hilang di Kampung Kampung Sengkuang, Sri Gading, sejak dua hari lalu, ditemui mati dengan mayatnya terapung di Sungai Bindu, berdekatan Parit Imam, Tongkang Pechah, dekat Batu Pahat, malam smlm. Dalam kejadian kira-kira 7 malam tadi, mayat mangsa yang dikenal pasti sebagai Mohd Reziki Mohd Yasin, 36, ditemui terapung di Sungai Bindu oleh penternak lembu.*

                 *IDENTITI lima suspek yang ditembak mati oleh polis selepas merompak sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Jalan Kuchai Lama, di sini Selasa lalu sudah dikenal pasti. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 37 tahun adalah rakyat tempatan dengan empat daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau.*

                 *WANITA maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh treler rosak di laluan kecemasan di Kilometer 21.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Jitra, malam smlm. Dalam kejadian 11 malam itu, mangsa, Nurul Najihah Zubir, 23, dari Taman Asun di Jitra, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah.*

                 *TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat setiap rakyat negara ini bertanggungjawab untuk mempertahankan perlembagaan negara. Tunku Ismail berkata demikian bagi menjawab pertanyaan pengguna Twitter engenai isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).*

                 *DATUK Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan tidak boleh mengumumkan membatalkan cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana Malaysia adalah ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).*

                 *KERAJAAN sedang menjalankan kajian bagi merangka Dasar Agro Makanan 2.0 (2021-2030) bertujuan memacu sektor agro makanan sejajar dengan perkembangan teknologi dan revolusi industri 4.0. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dasar akan menyelaras semula pelaburan kerajaan dan swasta dalam pembangunan infrastruktur dan penggunaan teknologi moden, modal insan dalam pertanian serta pengkomersialan dan inovasi dalam sektor pertanian.*

                 *LIMA penumpang maut dan 12 lagi cedera selepas bas dinaiki terbabas di Jalan Marak Parak, Kampung Surun-Surun di Kota Marudu, smlm. Dalam nahas kira-kira 5 petang itu, bas berkenaan yang disewa oleh pihak Politeknik Sandakan dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum terbabas dan merempuh penghadang kiri jalan raya.*

                 *LELAKI maut ditembak polis di Jalan Ria berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Georgetown, smlm. Dalam kejadian 3.10 petang itu, mangsa, 41, meninggal dunia di lokasi selepas terkena tembakan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, sebelum itu, suspek bertengkar dengan seorang lelaki berhampiran lokasi kejadian.*

                 *TUKANG gunting yang juga suami pengasuh bayi berusia 11 bulan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau Zara, yang didera fizikal dan seksual, hingga maut, didakwa di Mahkamah Majistret Kajang, smlm atas pertuduhan membunuh dengan menyebabkan kematian mangsa.*

                 *KUALA LUMPUR: Tiga harimau mati dirempuh kenderaan dalam tempoh tidak sampai tiga tahun. Terbaru seekor harimau kumbang mati selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 356, Lebuhraya Pantai Timur fasa 2 (LPT2) berhampiran Dungun, Terengganu.*

                 *LELAKI warga Bangladesh ditahan selepas disyaki meliwat kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di stor berhampiran gerai makanan dalam kejadian di Jalan 223, Petaling Jaya, malam smlm. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, lelaki Bangladesh berusia 36 tahun itu ditahan pada 2 pagi tadi susulan laporan polis dibuat bapa kanak-kanak berkenaan.*

                 *KUALA LUMPUR: Bongkar makmal memproses dadah jenis Methamphetamine yang dianggap terbesar di Malaysia tahun ini. Itu antara kejayaan terbaru pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut merampas beratus kilogram dadah Methamphetamine atau syabu dianggarkan bernilai lebih RM20 juta.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


           *BEIJING: Pemandu kereta merempuh sekumpulan murid sekolah menyebabkan lima terbunuh dan 19 lagi cedera, memilih sasaran secara rawak selepas bergaduh dengan isterinya, lapor media China smlm.*
             *Penganggur berusia 29 tahun itu membayangkan membunuh diri ‘disebabkan pergaduhan’ dengan isterinya sebelum memandu kereta merempuh kanak-kanak berkenaan semalam, menurut agensi berita Xinhua, memetik kenyataan polis.*
            *Lelaki itu ‘memilih mangsa secara rawak’ ketika memandu di bandar raya Huludao, di timur laut China.*

           *PORT BLAIR, INDIA: Seorang pengembara dan pendakwah Kristian dipercayai dibunuh selepas pergi ke sebuah pulau terpencil di Lautan Hindi dihuni satu suku kaum orang asli yang tidak suka dengan kehadiran pengunjung, kata pegawai India kelmarin.*
                *John Allen Chau, 26, dibunuh dan ditanam di pantai di Pulau Sentinel Utara yang didiami suku kaum yang dianggap sebagai puak pra-Neolitik terakhir di dunia dan tidak suka diganggu, ketua polis di Andaman dan Nocobar, Dependra Pathak.*
           *Chau dilaporkan pergi ke pulau itu yang terletak di Kepulauan Andaman dengan menaiki bot nelayan tempatan sebelum mendarat dengan menaiki sebuah kayak pada 15 November lalu dan berhubung dengan puak itu sebelum kembali ke bot.*

           *TOKYO: Pengguna kerusi roda yang dilarang meminum alkohol pada majlis mencuba wain atas alasan ‘keselamatan’ menuntut ganti rugi di mahkamah Jepun.*
            *Lelaki dalam lingkungan usia 50-an menuntut pampasan 1.7 juta yen (RM63,000) daripada penganjur dan pusat beli belah Seibu di Tokyo, lokasi acara itu diadakan Ogos lalu, lapor akhbar Mainichi Shimbun semalam.*
          *Ketika perbicaraan hari pertama kelmarin, pengguna kerusi roda manual itu yang tidak didedahkan namanya memberitahu mahkamah beliau diminta berhenti minum selepas mencuba dua gelas wain, lapor akhbar itu.*

           *SHANGHAI: China menghentikan pembinaan sebuah jambatan di wilayah Hubei selepas dikatakan menyebabkan kira-kira 6,000 ikan sturgeon China yang terancam mati, kata China Daily, memetik kementerian pertanian.*
            *Pasukan penyiasat mendapati projek pembinaan di bandar Jingzhou itu menyalahi undang-undang dan dibina secara haram di rizab alam semula jadi yang dilindungi, kata akhbar itu.*
          *Difahamkan, ikan itu dibiakkan di sebuah ‘aquafarm’ di Jingzhou. Ikan-ikan itu dipercayai mati akibat kejutan, bunyi bising dan perubahan sumber air yang dihasilkan oleh projek jambatan berkenaan.*

            *KANO (NIGERIA) : Kira-kira 50 pembalak dipercayai menjadi mangsa penculikan kumpulan militan Boko Haram di timur laut Nigeria bersempadan dengan Cameroon.*
           *Menurut militan awam serta penduduk setempat, kesemua tebusan itu berasal dari penghuni kem perlindungan dan diculik oleh kumpulan yang menyokong Abubakar Shekau ketika sedang mengutip kayu, Sabtu lalu.*
           *”Kesemua lelaki itu dikumpulkan sebelum dibawa pergi oleh pemberontak Boko Haram dan tiada maklumat mengenai mereka diketahui sehingga kini.*

            *NUUK: Satu gempa bumi kuat berkekuatan 6.8 magnitud menggegarkan kawasan luar pantai timur Greenland hari ini, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).*
            *Gempa itu, pada mulanya dilaporkan direkodkan pada 7.1 magnitud berlaku jam 1.49 pagi waktu tempatan.*
          *Pusat gempa terletak di kawasan terpencil sejauh 407 kilometer di timur Ittoqqortoormiit, Greenland.*
            *Gempa itu cukup kuat untuk mencetuskan gelombang di Laut Greenland namun tidak dijangka mencetuskan tsunami di kawasan berpenghuni, kata Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat. - Reuters*

            *NEW DELHI: Seorang pembunuh bersiri kejam mematahkan kaki sekurang-kurangnya sembilan budak perempuan dengan batu sebelum merogol serta membunuh mereka, lapor media tempatan.*
           *Daily Mail melaporkan, kes itu terbongkar selepas suspek yang dikenali sebagai Sunil, 20, membuat pengakuan ketika disoal siasat polis berhubung pembunuhan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.*
          *Dia yang diburu pihak berkuasa ditahan di kampung Magarpur, Uttar Pradesh India, kelmarin selepas mangsa dilaporkan dibunuh di bandar Gurugram, barat daya New Delhi pada 12 November lalu.*


*TULAR / POPULAR*
================


             *KES saman fitnah oleh pengacara dan pelakon popular, Neelofa terhadap pengendali portal Oh My Media (OMM) berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.*
         *Perkara itu dimaklumkan peguam Amira Farhana Mohd Yasir yang mewakili Neelofa selepas kes disebut semula.*
           *September lalu, Neelofa, 29, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor memfailkan saman terhadap OMM Sdn Bhd atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah berhubung pelancaran koleksi hijab Be Lofa di pusat hiburan Zouk dan Anugerah Ikon Wanita yang diterimanya.*

          *KELAPA lambung antara tarikan utama pengunjung sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang yang membuka tirainya semalam hingga 2 Disember ini.*
          *Keunikan kelapa lambung yang diual itu turut mempamerkan aksi bersilat sambil melambung isi kelapa.*
                *Pemilik Fatimah Produk Enterprise, Saiful Bahri Saharuddin, 46, berkata, idea untuk menjual kelapa lambung apabila dia menceburi silat gayung di kawasannya sebelum diterjemahkan dalam jualan kelapa ini sempena MAHA 2018.*

           *SYARIKAT pengeluar kereta tempatan Proton merancang memperkenalkan model kereta baharu dilengkapi enjin kuasa turbo 1,500cc dalam waktu terdekat.*
         *Ketua Bahagian Kejuruteraannya, Yang Jun berkata, ini selaras dengan trend pengeluar kereta global ketika ini yang beralih kepada enjin kuasa turbo berbanding enjin beraspirasikan bahan semulajadi.*
         *Ditanya bila model kuasa turbo itu akan diperkenalkan, beliau menjawab: “Dalam waktu terdekat,” katanya kepada pemberita selepas pratonton model terbaru kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 di Kuala Lumpur, smlm.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *ROME: Cristiano Ronaldo akan kembali beraksi buat juara Itali, Juventus menentang SPAL, awal pagi Ahad selepas terlepas aksi kelayakan Liga Negara-Negara Eropah bersama Portugal ketika laporan menyatakan dia diketepikan daripada senarai tigacalonakhiranugerah Ballon d’Or.*
              *Bintang berusia 33 tahun itu pernah meraih anugerah itu sebanyak lima kali, namun mungkin dipinggirkan daripada senarai tiga pemain terakhir dengan pemenang akan diumumkan di Paris pada 3 Disember depan.*
          *Ronaldo direhatkan untuk empat aksi terakhir Portugal tatkala juara Euro 2016 itu muncul pasukan pertama melangkah ke pentas final Liga Negara-Negara Eropah.*

          *LONDON: Jurgen Klopp yakin bahawa Liverpool kini lebih mantap berbanding setahun lalu, namun teori itu hanya akan benar-benar diuji minggu depan.*
           *Skuad kendalian Klopp yang menduduki tangga kedua Liga Inggeris akan berkunjung ke pasukan tangga ketujuh Watford esok, diikuti pertembungan Liga Juara-Juara berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dan aksi tetangga menentang Everton.*
          *Sebaik tamatnya semua aksi berkenaan, baharulah gambaran sebenar dapat dilihat sama ada The Reds mempunyai apa yang diperlukan untuk bertarung bagi merebut gelaran domestik dan Eropah.*

          *NEW DELHI: Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan mungkin berdepan bantahan apabila menghadiri perasmian Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, Odisha, Rabu ini.*
         *Pelakon itu dijangka ke upacara berkenaan selepas diundang oleh Ketua Menteri Odisha Naveen Patnaik, namun sebuah kumpulan tempatan membantah kehadiran Khan susulan watak yang dipegangnya dalam filem Ashoka pada 2001.*
          *Kumpulan yang menggelarkan diri mereka “Kalinga Sena” (tentera Kalinga) yang diambil daripada nama kuno Odisha, mendakwa bintang Bollywood itu mengguris sentimen rakyat menerusi filem berkenaan.*

          *KUALA LUMPUR: Dendam Kejohanan Piala AFF dua tahun lalu harus dilunaskan Harimau Malaya ke atas Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.*
        *Jika pada edisi 2016 menyaksikan Myanmar menunjukkan Malaysia jalan keluar hasil kemenangan tipis 1-0, kali ini menjadi peluang terbaik buat anak buah Tan Cheng Hoe mengubah sejarah pahit itu.*
          *Situasinya bagaikan sama dengan apa yang terjadi dua tahun lalu yang menyaksikan Malaysia dan Myanmar bakal membuat perhitungan hidup mati pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.*

          *ALOR SETAR: Kelab Penyokong Bolasepak Kedah mendesak pihak yang mahu mendapatkan khidmat pemain muda skuad Helang Merah, Akhyar Rashid supaya melamarnya secara profesional dan bukannya melalui ‘pintu belakang’.*
      *Akhyar yang digelar ‘Neymar Kedah’ kini bersama skuad kebangsaan menghadapi saingan Piala AFF 2018, dan dikatakan menjadi sasaran utama perpindahan pemain menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M), musim depan.*

           *KUALA LUMPUR: “Menang dan dapatkan piala!. Itu kata-kata ringkas tetapi penuh bersemangat B Sathianathan yang dilantik untuk membimbing skuad Selangor dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), musim depan.*
            *Pengumuman secara rasmi pelantikan pengendali berusia 60 tahun itu menerusi Facebook Live di laman media sosial Facebook FA Selangor smlm menoktahkan segala spekulasi mengenai pencarian jurulatih baharu skuad Red Giants bagi menggantikan Nazliazmi Nasir.*

          ♂ *KUALA LUMPUR: Syarikat yang berminat untuk menganjurkan perlumbaan berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) dialu-alukan untuk mengemukakan tawaran apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuka tender, minggu depan.*
             *Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali, berkata ia terbuka kepada semua pihak yang berminat menganjurkan perlumbaan yang bermula sejak 1996 itu.*
         *”Ia adalah tender ‘pembentangan proposal’. Sama ada muka baharu atau lama dalam penganjuran LTdL, kita akan membuat penilaian yang sewajarnya.*

          *KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mahu menutup tirai saingan musim ini dengan nada positif apabila turun beraksi di kejohanan badminton Masters Korea yang bermula Selasa ini.*
          *Selepas hampir dua bulan berehat sejak menjuarai Terbuka Taiwan, awal bulan lalu susulan masalah kecederaan belakang, bintang muda negara itu mengakui sudah tidak sabar untuk kembali ke gelanggang.*
           *”Kecederaan saya sudah pulih sepenuhnya dan sudash bersedia untuk kembali bermain.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2018 10:09 AM | Show all posts
Berita Harian Online

1 hr ·

Bieber sambut 'Hari Kesyukuran' pertama sebagai suami


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2018 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 24/11/2018 (by: MJI)

1.  SEREMBAN 23 Nov. - Keputusan kerajaan PH membatalkan ratifikasi ICERD adalah susulan bantahan kuat orang Melayu. Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir berkata, kerajaan menyedari bahawa orang Melayu dan Bumiputera secara keseluruhan membantah ICERD yang akan mengancam hak mereka.

2.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa telah mengarahkan agar laporan asal 1MDB yang disediakan oleh Ketua Audit Negara semasa itu, Tan Sri Ambrin Buang dipinda. Pindaan itu difahamkan dibuat bagi mengeluarkan maklumat pembabitan bekas Perdana Menteri itu dan ahli perniagaan, Jho Taek Low (Jho Low) dalam aktiviti 1MDB.

3.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Tekanan tanpa henti bakal dihadapi oleh Presiden baharu PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjadi rujukan penting kesemua pihak termasuk pemberita mengenai apa-apa isu membabitkan ahli-ahli partinya. Keterbukaan yang diamalkan oleh PKR sepanjang ketiadaan Anwar sejak 20 tahun lalu telah menanamkan keberanian ahli-ahli parti untuk membuat sebarang kenyataan yang mungkin dilihat memenuhi prinsip demokrasi, namun bakal memberi tekanan kepada Presiden baharu itu.

4.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Aktivis sosial, Hishamuddin Rais mengelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy sebagai menteri 'perpecahan'. Ini kerana apa yang beliau lakukan sejak memegang portfolio tersebut tidak membawa kepada pengukuhan perpaduan negara.

5.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Keputusan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang penuh kontroversi tidak perlu dijalankan secara tergesa-gesa. Sebaliknya, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon berharap kerajaan dapat melakukan perbincangan dengan segenap masyarakat terlebih dahulu.

6.  KOTA BHARU 23 Nov. - Pertubuhan Tabung Kebajikan Jaringan Keluarga Kelantan (Petunjuk) menyasarkan pembentukan 1,000 tabung keluarga untuk membantu golongan miskin di negeri ini pada tahun hadapan. Pengerusi Petunjuk, Dr Mohamad Hamzah berkata, pihaknya mahu menggalakkan institusi keluarga turun padang meninjau keperluan masyarakat setempat termasuklah waris sendiri yang memerlukan bantuan.

7.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Laporan polis terhadap Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy terus dibuat pelbagai pihak di seluruh negara. Kali ini, giliran Pergerakan Wanita UMNO apabila seramai 191 Ketua Wanita UMNO Bahagian membuat laporan polis di seluruh negara terhadap menteri yang bertanggungjawab atas hal ehwal perpaduan dan kesejahteraan sosial itu kerana didakwa memburukkan imej Malaysia dan membuat kenyataan yang berniat jahat.

8.  KUALA LUMPUR 23 Nov. – Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes liwat seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Sea Park, Petaling Jaya dekat sini, hari ini. Suspek yang berusia 36 tahun ditahan selepas bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Sea Park pada pukul 2.20 pagi tadi.

9.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan setiap rakyat negara ini wajib mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri. Tunku Ismail berkata, liberalisasi sepatutnya diletakkan di tempat yang betul bersesuaian dengan adat, tradisi, budaya dan sejarah negara.

10.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sebuah kenyataan akhbar yang diedarkan penganjur sebuah pameran permotoran antarabangsa menjadi tular di media sosial selepas didakwa menggunakan perisian terjemahan, 'Google Translate' bagi menyediakan siaran tersebut. Siaran media yang dikeluarkan bertarikh 22 November itu didapati jelas dilakukan oleh bukan dalam kalangan profesional sama ada daripada pihak komunikasi korporat atau pengamal media sendiri.

11.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga bulan serta denda RM1,800 terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, lima tahun lalu. Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan untuk melepas dan membebaskan bekas Ahli Parlimen Batu itu selepas membenarkan rayuannya.

12.  PEKAN 23 Nov. - Semakin banyak gesaan yang menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy susulan rakaman video kenyataan pemimpin berkenaan yang disifatkan keterlaluan dan mengundang perpecahan kaum di negara ini. Terbaharu, laporan polis dibuat oleh Wanita UMNO Bahagian Pekan di IPD Pekan di sini hari ini.

13.  ALOR SETAR 22 Nov. - Mereka yang memiliki saman tertunggak berpeluang menyelesaikannya pada kadar diskaun 50 peratus sempena Program Polis dan Masyarakat di Tesco Mergong dekat sini pada 26 hingga 28 November depan. Kaunter sama turut dibuka di Cawangan Trafik IPD Kuala Muda untuk tempoh tiga hari tersebut bagi memberi kemudahan kepada mereka yang berada di selatan negeri ini.

14.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Suami kepada seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang dekat sini hari ini atas tuduhan membunuh bayi berusia 11 bulan, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara, dua minggu lalu. Hazmi Majid, 36, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah.

15.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Majlis Keselamatan Aktiviti Air Negara (MKAA) menyokong usaha Kementerian Pendidikan memperkenalkan pelajaran renang kepada murid dan pelajar sekolah dalam usaha meningkatkan kesedaran berhubung bahaya aktiviti air, kata Ahli MKAA, Tan Sri Lee Lam Thye.

16.  ALOR SETAR 23 Nov. - Seorang bayi perempuan sempurna fizikalnya dipercayai baru dilahirkan ditemukan di tepi jalan di Taman Seri Ampang dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, seorang remaja menemukan seorang bayi dalam keadaan masih bertali pusat dan dibaluti kain batik sebelum membawa bayi berkenaan pulang ke rumah.

17.  SEPANG 23 Nov.- Isteri kepada bekas Penasihat Pertahanan Kedutaan Turki di Malaysia didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 18 peluru hidup di KLIA pada September lalu. Fatma Nilufer Senyuva, 62, dijatuhkan hukuman itu setelah menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md. Yusop.

18.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Dua bayi lelaki berusia lima dan tujuh bulan mengalami muntah selain kesan lebam di badan disyaki akibat didera oleh seorang pengasuh wanita di sebuah Taska di Desa Saujana Kajang, dekat sini petang semalam. Ketua JSJ Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, ibu bapa kedua-dua bayi itu kemudian telah meminta untuk memeriksa kamera litar tertutup di taska tersebut.

19.  KUALA LUMPUR 23 Nov.- PDRM akan memanggil sembilan individu termasuk Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi dan Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy berhubung kenyataan yang menyentuh sentimen perkauman dan sentiviti keagamaan. Timbalan KPN, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, turut dipanggil adalah Presiden JMM, Datuk Azwanddin Hamzah; Pengerusi Gabungan 3, Ravinder Singh; Timbalan Pengerusi Gabungan 3, Amran Ahmad; ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong; Adun Tras, Chow Yu Hui, Lau Shan Thean dan Edi Rejang.

20.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kenderaan lain di Kilometer 34.9 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Shah Alam (Kesas) dari Subang Jaya menghala ke Shah Alam, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa berusia 19 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

21.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan PKR Cabang Rembau, Negeri Sembilan supaya mengikut saluran yang telah ditetapkan oleh parti apabila mahu mengemukakan calon lain selain Dr. S. Streram untuk bertanding dalam PRK DUN Rantau, jika diadakan.

22.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sekurang-kurangnya 50 usahawan Agrotruck disasarkan FAMA sehingga hujung tahun hadapan. Pengerusinya, Ishak Ismail berkata, setakat ini hanya lima buah kenderaan agrotruck dijadikan perintis kepada progam itu dan jumlah berkenaan dijangka meningkat pada beberapa tahun akan datang.

23.  PETALING JAYA 23 Nov. - Seorang penganggur  yang dipercayai terbabit dengan kejadian langgar lari di Taman Equine, Seri Kembangan ahad lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita. Tiada pengakuan direkodkan daripada Wilsonrensa Dudom, 22, memandangkan kes tersebut bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

24.  TELUK INTAN 23 Nov. - Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang juga rakan mereka di sebuah ladang kelapa sawit, Jalan Kampung Banjar di sini minggu lalu. Tertuduh, Wong Mun Fai dan Tan Chun How, masing-masing berusia 27 tahun serta Ng Yoke Soon, 44, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Syahdatul Kamilah Zakaria.

25.  IPOH 23 Nov. - Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama Sidang DUN Ke-14 akan diadakan selama enam hari bermula 27 November hingga 5 Disember ini di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini. Speaker DUN, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, persidangan kali ini akan memberi tumpuan kepada pembentangan Belanjawan 2019 bagi negeri Perak.

26.  NEW YORK 23 Nov. - Bekas CEO, Goldman Sachs Group Inc, Lloyd Blankfein pernah mengadakan pertemuan dengan pembiaya kewangan, Low Taek Jho atau Jho Low pada tahun 2012 yang dikaitkan dengan skandal penipuan dan rasuah di Malaysia. Pertemuan di antara Blankfein dan Jho Low itu dimaklumkan oleh Goldman Sachs Group Inc selepas New York Times melaporkan, barisan pendakwa raya sedang meneliti pertemuan itu sebagai sebahagian daripada siasatan jenayah ke atas pihak bank berkenaan dengan memetik individu yang dirasakan biasa dan tahu tentang kewangan.

27.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang mengkaji untuk menambah jumlah Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di seluruh negara bagi membolehkan ia dimanfaatkan sebagai tempat pembelajaran digital pelajar sekolah. Timbalan Menterinya, Eddin Syazlee Shith berkata, pada masa ini terdapat lebih 800 PJK di seluruh negara.

28.  PADANG BESAR 23 Nov. - Pergerakan Wanita UMNO negeri mengingatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya mendengar suara rakyat yang mahu PM itu mengambil tindakan terhadap P. Waytha Moorthy. Naib Ketua Wanita UMNO negeri, Asmaiza Ahmad berkata, Dr. Mahathir perlu mengambil kira kehendak kebanyakan rakyat yang mahu jawatan Waytha Moorthy sebagai Menteri di JPM segera dilucutkan.

29.  BATU PAHAT 23 Nov. - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung oleh seorang penternak lembu di Sungai Bindu, Jalan Tongkang Pechah, dekat sini kira-kira pukul 7 petang semalam. KPD, ACP Azhan Abdul Halim berkata, selepas menerima maklumat tersebut, polis bersama-sama anggota bomba kemudiannya melancarkan operasi mencari di sepanjang sungai tersebut.

30.  KOTA KINABALU 23 Nov. - Kira-kira 1,000 orang terdiri daripada 16 NGO dan parti politik membantah usaha meratifikasi ICERD di negara ini. Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir. Abdul Aziz Julkarnain berkata, bantahan itu dilakukan dengan melihat kepada beberapa isu termasuk menggugatkan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

31.  PUTRAJAYA 23 Nov. - Kerajaan hari ini menegaskan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebaliknya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

32.  IPOH 23 Nov. – MP Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham memberitahu, jumlah keseluruhan aset yang dimiliki bersama isteri dan anaknya bernilai RM82 juta dan bukannya RM75.8 juta seperti yang tersiar dalam portal Pengisytiharan Harta oleh SPRM. Jumlah aset itu mungkin meningkat kerana terdapat aset lain yang belum dinilaikan termasuk firma guaman yang diserahkan kepada rakan kongsi dan insurans.

33.  KULAI 23 Nov. - Empat laporan polis dibuat bagi mengecam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berhubung satu kenyataan dibuatnya dalam satu temu bual di luar negara yang tular dalam media sosial baru-baru ini. Laporan tersebut dibuat Dewan Pemuda Pas negeri, Pemuda UMNO Bahagian Kulai dan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

34.  SEREMBAN 23 Nov. - Seramai 72 peserta Rancangan Tanah Pinggir Felcra Berhad (Felcra) Kampung Esok dekat Jelebu tidak berpuas hati dengan tindakan tawaran Felcra Berhad membeli kayu getah yang diusahakan mereka dengan harga rendah. Harga RM5,000 sehektar dianggap amat murah berbanding RM12,000 sehektar yang dinikmati oleh rakan pengusaha tanah rancangan kerajaan lain di negeri ini.

35.  PULAU PINANG 23 Nov. - Lebih 50 mahasiswa termasuk kumpulan jemaah masjid berhimpun secara aman di pekarangan Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini bagi membantah cadangan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

36.  NIBONG TEBAL 23 Nov. - Seorang lelaki terbunuh manakala ibu mertuanya kritikal selepas rumah mereka di Taman Cegar dekat Simpang Ampat di sini terbakar petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa A. David Saminathan, 52, ditemukan terbaring di depan pintu bersebelahan tangga di tingkat atas rumah itu. KPD Seberang Perai Selatan Supt. Shafee Abdul Samad berkata, berdasarkan maklumat daripada anak perempuan mangsa kebakaran itu dipercayai berpunca dari ruang tamu.

37.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sebanyak 1,000 helai jaket keselamatan diedarkan kepada penunggang dan pembonceng motosikal secara percuma di Plaza Tol Bukit Jelutong, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) baru-baru ini. Prolintas dalam satu kenyataan memaklumkan, program tanggungjawab sosial korporat itu dianjurkan syarikat Velesco Energy dengan kerjasama Lebuhraya GCE.

38.  KUALA TERENGGANU 23 Nov. - Kerajaan negeri menyasarkan nilai jualan sehingga RM165,000 di Pavilion Terengganu sepanjang 11 hari Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 yang sedang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

39.  PULAU PINANG 23 Nov. - Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB)  diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng susulan kes saman fitnah yang dikemukakan terhadap syarikat penerbitan itu dan Pengarangnya, Zulkifli Jalil. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rosilah Yop turut mengarahkan UMMB membayar RM20,000 lagi sebagai kos selepas Zulkifli yang juga Pengarang Rencana dan Analisis dan UMMB memohon maaf kepada Guan Eng berhubung penerbitan satu artikel pada tahun 2015.

40.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Frasa 'untuk tujuan tidak bermoral' dalam Enakmen Jenayah Syariah Undang-undang yang melarang kaum lelaki memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan perlu dipinda supaya tindakan lebih mudah diambil terhadap mana-mana lelaki yang didakwa melakukan kesalahan tersebut, kata Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh.

41.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas tiga pertuduhan telah merogol rakannya yang merupakan pelajar tingkatan 3, awal bulan ini. Noureddine Mohd. Razgali, 23, mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di sebuah hotel di Taman Muda Ampang pada pukul 3 pagi dan di sebuah bilik di rumah tertuduh, Taman Impian Ehsan, Seri Kembangan dekat sini antara pukul 7.05 petang dan 7.40 malam, 5 November lalu.

42.  SHAH ALAM 23 Nov. - Kerajaan Negeri Selangor mulai 2019 hanya akan memberikan air percuma kepada golongan berpendapatan rendah (B40) sahaja dan bukan lagi seperti sekarang yang dinikmati semua lapisan masyarakat. MB, Amirudin Shari berkata, penjajaran semula tersebut adalah bagi memenuhi matlamat asal program air percuma iaitu untuk membantu mengurangkan beban rakyat yang berpendapatan rendah.

43.  PULAU PINANG 23 Nov. - Seorang lelaki ditembak mati ketika cuba menyerang seorang anggota polis dengan sebilah pisau pemotong buah sepanjang kira-kira 18 sentimeter (cm). KPD Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3.10 petang tadi di Jalan Ria berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

44.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Bekas PM, Datuk SeriNajib Razak sekali lagi mengaku tidak bersalah atas 25 pertuduhan membabitkan salah guna kedudukan bagi mendapatkan suapan dan pengubahan wang haram. Pengakuan tersebut direkodkan semula pada sebutan kali pertama kes tersebut di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah selepas dipindahkan dari Mahkamah Sesyen di sini.

45.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Kes saman fitnah pelakon dan pengacara, Neelofa terhadap portal Oh My Media selesai secara baik selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini merekodkan perintah penghakiman persetujuan. Peguam Amira Farhana Mohd. Yasin yang mewakili Neelofa memberitahu pemberita, perintah penghakiman persetujuan itu direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Daryl Goon Siew Chye di kamar hakim tanpa sebarang perintah mengenai kos.

46.  KUALA LUMPUR 23 Nov. – MP Rembau, Khairy Jamaluddin menggesa Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan serta bertanggungjawab terhadap isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, apa yang dilakukan Saifuddin bukan satu kesalahan kecil sebaliknya meninggalkan kesan yang amat besar untuk negara.

47.  KOTA BHARU 23 Nov. - Sasterawan Kelantan, Norhisham Mustafa yang sebelum ini dilaporkan kritikal, disahkan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang dan paru-paru berair di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini petang ini. Adiknya, Mukhtar Mustafa memberitahu, Allahyarham Norhisham, 68, meninggal dunia di sisi isteri iaitu Pauziah Mah Mad Zain, 62, tiga anak mereka serta ahli keluarga terdekat pada pukul 2.14 petang.

48.  KUANTAN 23 Nov. - Keputusan kerajaan Pusat tidak meratifikasi ICERD adalah satu tindakan yang tepat pada masanya. MB, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pengumuman itu sudah pasti disambut baik oleh kerajaan negeri dan berharap isu berkenaan tidak lagi ditimbulkan pada masa akan datang.

49.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mensasarkan untuk mengeksport sekurang-kurangnya 100 tan nanas jenis Josapine ke Dubai dalam enam bulan pertama tahun hadapan. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Anim Hosnan berkata, jumlah itu mampu dicapai menerusi maklumat positif yang diterima daripada kerajaan di Asia Barat itu.

50.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - UMNO akan berbincang dengan jawatankuasa dan sekretariat himpunan bantahan ICERD sama ada akan meneruskan atau tidak himpunan yang dijadualkan pada 8 Disember ini. Ini berikutan pengumuman kerajaan hari ini berkenaan jaminan untuk tidak meratifikasi konvensyen tersebut.

51.  SINGAPURA 23 Nov. - Parti pemerintah Singapura menamakan Menteri Kewangan, Heng Swee Keat untuk memegang jawatan kepimpinan tertinggi, sekali gus berkemungkinan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri, Lee Hsien Loong meletakkan jawatannya. Swee Keat dilantik sebagai naib setiausaha agung pertama Parti Tindakan Rakyat.

52.  MELAKA 23 Nov. - Kerajaan negeri berpendapat iklan jawatan kosong di Hospital Pakar Putra di sini yang mengutamakan pemohon berkemahiran Bahasa Mandarin bagi jawatan jururawat terlatih tidak sepatutnya dijadikan isu oleh semua pihak. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kerajaan negeri PH menegaskan bahawa penguasaan Bahasa Melayu tetap menjadi syarat utama kepada mana-mana calon untuk diterima sebagai kakitangan kerajaan negeri dan GLC di negeri ini.

53.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Empat daripada lima suspek yang ditembak mati dalam kejadian samun kedai barangan kemas di sebuah pasar raya di Jalan Kuchai Lama pada 20 November lalu mempunyai rekod lampau. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua mereka berusia 20 hingga 37 tahun itu dikatakan mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah samun, dadah dan cubaan membunuh.

54.  KOTA MARUDU 23 Nov. - Lima maut apabila bas yang membawa kakitangan Politeknik Sandakan serta ahli keluarga mereka terbabas dan terbalik di kawasan Kampung Surun-Surun Jalan Marak Parak, di sini hari ini. KPD Kota Marudu, Supt. Mohd. Izaan Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika bas persiaran berkenaan dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Kudat.

55.  REMBAU 23 Nov. - PKR Cabang Rembau tidak menyokong cadangan meletakkan Dr. S. Streram sebagai calon parti itu sekiranya berlaku PRK bagi kerusi DUN Rantau. Ketua cabang berkenaan, R. Tanggam berkata, walaupun Streram adalah timbalannya, namun beliau bukan anak tempatan dan merupakan calon 'payung terjun'.

56.  SEREMBAN 23 Nov. - Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan tidak terlibat dalam penganjuran program Perpaduan Dalam Kepelbagaian yang diadakan, di sini malam ini. Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, jadual program itu yang ditularkan dalam media sosial tidak mendapat kebenaran oleh beliau.

57.  SHAH ALAM 23 Nov.- Kerajaan Selangor menetapkan bahawa tiada lagi pembayaran bonus secara langsung akan diberikan kepada penjawat awam bermula tahun hadapan. Sebaliknya, Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, penjawat awam yang layak hanya menerima pembayaran bonus mengikut sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) mereka.

58.  KUALA TERENGGANU 23 Nov. - Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (Alumni GPMS) Kebangsaan menyifatkan pendirian rasmi kerajaan untuk tidak meratifikasikan Kovensyen Antarbangsa mengenai Penghapusan Segala bentuk Duiskriminasi Kaum (ICERD) sebagai sesuatu perkembangan yang melegakan rakyat, kata Presidennya, Syed Anuar Syed Mohamad.

59.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Keputusan Kabinet kerajaan PH yang tidak akan meratifikasi ICERD mesti diperkukuhkan dengan membuat pendirian rasmi dalam Sidang Dewan Rakyat. Ini penting supaya usaha meratifikasikan ICERD tidak diteruskan pada masa akan datang kerana rakyat bimbang keputusan Kabinet PH ini hanya bersifat sementara, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

60.  SHAH ALAM 23 Nov. – UiTM Kampus Puncak Perdana dekat sini menganjurkan sambutan Hari AIDS Sedunia bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat mengenai keperluan memainkan peranan sebagai pemimpin di peringkat masing-masing bagi menangani pandemik penyakit itu.

BERITA SUKAN:

1.  SHAH ALAM 23 Nov. - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan distrukturkan semula dalam masa terdekat bagi mengembalikan kegemilangan pasukan 'The Red Giant' di arena bola sepak tanah air dan dipersada Asia. MB Selangor, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri yakin usaha tersebut akan dapat dicapai di bawah pentadbiran Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin selaku Presiden FAS.

2.  KUALA LUMPUR 23 Nov. - Jurulatih Selangor, B. Sathianathan berhasrat membawa masuk empat atau lima muka baharu bagi memantapkan lagi skuad Red Giants untuk mengharungi kempen Liga Malaysia musim depan. Jelas jurulatih baharu Selangor itu, pemburuannya adalah terarah kepada pemain berkualiti di samping berpengalaman bagi membantu pemain muda Red Giants yang dilihat berpotensi besar untuk lebih menyerlah.

3.  ROM 23 Nov. - Pemain Roma, Gervinho menyifatkan bintang Liverpool, Mohamed Salah disifatkan sebagai ‘orang gila’ semasa sesi latihan. Musim lalu, Salah meletakkan dirinya sebagai antara pemain terbaik dunia selepas berjaya menjaringkan 32 gol dalam 36 aksi Liga Perdana Inggeris selepas menyertai Liverpool daripada Roma.

4.  SANDAKAN 23 Nov. - Tinggal satu perlawanan lagi bagi Sabah Eagles untuk menjuarai Kejohanan Ragbi Piala Agong berprestij yang kali terakhir dimenangi pada 2015, tetapi tiada yang berubah dalam pendekatan mereka dalam perlawanan akhir bertemu Kelantan, Ahad ini di Stadium Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

5.  KUALA LUMPUR 23 Nov - Dendam Kejohanan Piala AFF dua tahun lalu harus dilunaskan Harimau Malaya ke atas Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok. Jika pada edisi 2016 menyaksikan Myanmar menunjukkan Malaysia jalan keluar hasil kemenangan tipis 1-0, kali ini menjadi peluang terbaik buat anak buah Tan Cheng Hoe mengubah sejarah pahit itu.

6.  ROME 23 Nov - Cristiano Ronaldo akan kembali beraksi buat juara Itali, Juventus menentang SPAL, awal pagi Ahad selepas terlepas aksi kelayakan Liga Negara-Negara Eropah bersama Portugal ketika laporan menyatakan dia diketepikan daripada senarai tiga calon akhir anugerah Ballon d’Or.

7.  LONDON 23 Nov - Jurgen Klopp yakin bahawa Liverpool kini lebih mantap berbanding setahun lalu, namun teori itu hanya akan benar-benar diuji minggu depan. Skuad kendalian Klopp yang menduduki tangga kedua Liga Inggeris akan berkunjung ke pasukan tangga ketujuh Watford esok, diikuti pertembungan Liga  Juara-Juara berdepan Paris Saint-Germain (PSG) dan aksi tetangga menentang Everton.

8.  MANCHESTER 23 Nov - Marcus Rashford sudah membuktikan dengan England betapa dia mempunyai semua kualiti untuk menjadi peledak berbisa, namun tugasnya kini adalah untuk membawa prestasi sama ke Manchester United. Rashford cemerlang ketika England menjinakkan Croatia 2-1 Ahad lalu untuk mengesahkan tiket ke pentas final Liga Negara-Negara Eropah tetapi tidak ada jaminan untuk dia diturunkan apabila United menerima kunjungan Crystal Palace, esok.

9.  KOTA BHARU 23 Nov - Juara bertahan Pulau Pinang mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang aksi peringkat kumpulan untuk mengesahkan tiket ke suku akhir dalam kategori berpasukan lelaki bawah 16 (B-16) tahun Kejohanan Badminton Berpasukan Antara Negeri B-16 dan B-12 100PLUS. Pulau Pinang mara selaku juara Kumpulan B dan mengiringi mereka suku akhir adalah Sabah yang muncul naib juara kumpulan.

10.  ABU DHABI 23 Nov - Lewis Hamilton akan memakai helmet istimewa berwarna emas untuk perlumbaan terakhir Formula 1 di Abu Dhabi yang menyaksikan dia ditabalkan sebagai juara. Hamilton akan menjulang trofi itu buat kali kelima pada petang Ahad ini dan dia mahu melakukannya dengan penuh bergaya. Fesyen menjadi antara perkara yang digilakan jaguh Britain itu apabila di luar trek dan dia akan membawa minat berkenaan ke Litar Yas Marina.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2018 06:29 PM | Show all posts

Errr...


[AceHand SPECTaceLAR]

Bila jilat...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2018 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 20-11-2018 12:10 AM
terima ksih for the tag syd
maaf lambat sgt tgk tag


Balik nanti bolehlah trisam sekali ngan @AceHand

Haruslah ada upah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2018 08:33 PM | Show all posts

Errr...

Syd replied at 24-11-2018 08:23 PM
Balik nanti bolehlah trisam sekali ngan @AceHand

Haruslah ada upah kan?

[AceHand SPECTaceLAR]

Takmo ajak @krepek_pisang sekali...?





Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2018 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
AceHand replied at 24-11-2018 08:33 PM
[AceHand SPECTaceLAR]

Takmo ajak @krepek_pisang sekali...?

Pek jadi pengadil la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 25/11/2018 (by: MJI)

1.  ARAU 24 Nov. - Pas tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama politik atau membentuk gabungan dengan UMNO bagi menghadapi Pakatan Harapan dalam PRU-15. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, kerjasama tersebut sememangnya menjadi keperluan bagi menentang Pakatan Harapan yang dilihat sudah melampaui batas.

2.  IPOH 24 Nov. – Lebih 1,000 individu mendaftar menerusi laman web Cinta Sakinah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sejak portal carian jodoh itu dilancarkan hujung bulan lalu. Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, portal yang dibangunkan JAIPk dengan kerjasama K-Perak Implementation And Coordination Corporation (K-Perak) itu juga merekodkan 200 pendaftaran hanya pada hari pertama pelancarannya.

3.  LONDON 24 Nov. - Seorang pramugara warga Malaysia dikenakan hukuman penjara 12 bulan kerana cuba menyeludup wang tunai berjumlah 150,000 pound (RM807,300) dari Britain ke Kuala Lumpur baru-baru ini. Agensi Jenayah Kebangsaan Britain (NCA) melaporkan, Muhamad Aziz, 37, dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah dalam perbicaraan di Mahkamah Isleworth Crown, kelmarin.

4.  NEW DELHI 24 Nov. - Sekurang-kurangnya 28 orang dengan kebanyakkannya kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki terjunam ke dalam terusan di daerah Mandya di negeri selatan Karnataka. Pihak polis berkata, mereka telah menemukan kesemua mayat dalam sebuah bas persendirian selepas terbabas dan terjunam dalam nahas itu.

5.  KUALA LUMPUR 24 Nov. - Kira-kira 60 orang daripada empat buah kampung di Beranang, Selangor terjejas ekoran banjir kilat akibat hujan lebat sejak pukul 3 pagi semalam. Setiausaha Gagasan Prihatin Semenyih (GPS), Hamdan Abu berkata, kampung tersebut ialah Kg. Jalan Besar Beranang, Kg. Sungai Jai, Kg. Sesapan Batu Rembau dan Kg. Sesapan Minangkabau.

6.  KUALA LUMPUR 24 Nov. - Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) meminta kerajaan PH tidak lagi membawa sebarang agenda yang boleh menimbulkan kebimbangan, kerisauan dan ancaman kepada rakyat dan negara. Amir Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, langkah kerajaan menolak untuk meratifikasikan ICERD dilihat sebagai bijak.

7.  KUALA LUMPUR 24 Nov. - Seorang wanita yang diburu bagi membantu siasatan kes dera dua bayi lelaki di sebuah taska di Desa Saujana Kajang, dekat sini semalam telah ditahan di Kapar, Klang hari ini. Ketua JSJ Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, wanita berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pengasuh taska ditahan pada pukul 5.45 petang tadi.

8.  KUCHING 24 Nov. - UMNO didakwa menjadi punca suasana 'panas' sesetengah rakyat dalam isu ratifikasi ICERD hari ini. Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Abdul Khalid Samad berkata, isu tersebut sudah diperhangatkan hingga tahap mengugut dan mahu pertempuran serta pertumpahan darah.

9.  KUALA LUMPUR 24 Nov. - Beberapa negara Islam lain yang turut meratifikasi ICERD tidak harus dijadikan alasan bahawa Malaysia perlu meniru langkah sama. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ini kerana sejarah, adat dan budaya kebiasaan antara Malaysia berbanding negara-negara Islam yang meratifikasi konvensyen itu adalah berbeza.

10.  PULAU PINANG 24 Okt. - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau mempunyai hubungan akrab dengan Presiden Turki, Reccip Tayyib Erdogan. Bagaimanapun, bakal Perdana Menteri Kelapan itu menegaskan, beliau bersikap profesional dan tidak boleh bersetuju dengan semua polisi pentadbiran yang diamalkan Erdogan.

11.  JELI 24 Nov. - Pelaksanaan Projek Naik Taraf Jalan Kg. Berdang ke Kg. Sungai Rual Melayu serta Kg. Sungai Rual, di sini benar-benar memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk di kawasan sekitar yang sebelum ini berdepan pelbagai masalah untuk ke bandar. Seorang penduduk Kg. Sungai Rual, Said Busu, 55, berkata, sebelum projek tersebut siap tahun lalu, jalan sedia ada tidak dapat dilalui kenderaan menyebabkan ada dalam kalangan masyarakat Orang Asli terpaksa menempuh perjalanan hingga dua jam untuk ke bandar Jeli.

12.  SEREMBAN 24 Nov. - Tindakan nekad seorang pekerja penyelenggaraan elektrik cuba memadamkan kebakaran mengundang padah apabila dia parah disambar api dalam kejadian di tingkat dua Wisma Punca Emas di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa berusia lingkungan 60-an disambar api selepas berlaku  letupan apabila dia membuka pintu bilik salur elektrik itu.

13.  KUALA LUMPUR 24 Nov. – Perkasa menggesa kerajaan segera mengemukakan usul supaya ICERD ditolak secara rasmi dan direkod dalam hansard rasmi Parlimen. Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata,  rakyat tidak yakin terhadap janji kerajaan untuk tidak meratifikasi ICERD selagi tidak dibuat mengikut peraturan undang-undang yang sepatutnya.

14.  SEPANG 24 Nov.- Enam pelajar MCKK telah mengharumkan nama Malaysia kerana berjaya memperoleh 14 pingat emas dan 30 perak dalam pertandingan World Scholars Cup (WSC) Tournament of Champions di Universiti Yale, Amerika Syarikat (AS). Malah bukan setakat itu sahaja, mereka berada di tangga ke-57 sekali gus meletakkan MCKK di dalam kalangan 100 sekolah terbaik yang mengambil bahagian.

15.  MARANG 24 Nov. - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM800,000 bagi menjayakan Walimatulurus Perdana 2018 melibatkan 190 pasangan muda yang berlangsung serentak di seluruh kawasan Parlimen di negeri ini hari ini. Majlis yang antara lain bertujuan untuk membantu memudahkan proses perkahwinan serta membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkempuan.

16.  BEIJING 24 Nov. - Pihak berkuasa di wilayah autonomi Xinjiang didakwa menjatuhi hukuman mati terhadap seorang ahli perniagaan etnik Uighur yang beragama Islam kerana menunaikan ibadah haji di Mekah. Portal berita Radio Free Asia melaporkan, Abdughapar Abdurusul yang juga seorang pakar falsafah dari daerah Bakyol di Xinjiang ditahan pada Ogos lalu, menurut adiknya, Abdusattar Abdurusul.

17.  KUALA LUMPUR 24 Nov. - Lebih 350 mahasiswa dari seluruh negara berhimpun bagi menuntut janji PTPTN seperti dalam menifesto Pakatan Harapan (PH) di ibu negara di sini hari ini. Perhimpunan anjuran Gamis itu bermula kira-kira pukul 2 petang. Peserta perhimpunan yang berkumpul di Masjid Jamek kemudian berarak melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail menuju ke pejabat PTPTN di Jalan Yap Kwan Seng.

18.  JELI 24 Nov. - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad melahirkan perasaan syukur dan gembira dengan penegasan kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD di negara ini. Mohamad Shukri berkata, beliau berharap semua pihak terutama golongan yang bersikap ‘pelampau’ juga akan menerima keputusan kerajaan itu dengan terbuka.

19.  KUALA LUMPUR 24 Nov.- Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPK) memeterai MoU bersama enam pemasar tempatan bagi pemasaran produk sayuran dan buahan segar tempatan keluaran ahli peladang. Enam pemasar tempatan adalah Tesco Malaysia Berhad; Techno Fresh Sdn. Bhd., TF Value Mart, CH Leong Global, Leong Hock Seng dan Agro Processor Sdn. Bhd.

20.  PULAU PINANG 24 Nov. - Pengguna lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di wilayah utara berpeluang mendapatkan tag RFID secara percuma dengan mendaftar di www.plusmiles.com.my/rfid. Pemberian tag RFID secara percuma itu akan diberikan kepada 10,000 pengguna bagi kemudahan transaksi di tiga tol kendalian pihaknya iaitu di Jambatan Pulau Pinang; Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Jitra, Kedah.

21.  KUCHING 24 Nov. - Tiada isu sebenarnya dalam soal Pengerusi PKR Sarawak yang timbul setelah penyandangnya iaitu Menteri Kerja Raya, Baru Bian dikatakan tidak akan dilantik semula. Menurut Ketua Cabang PKR Petra Jaya, Baharuddin Datuk Mokhsen, soal tersebut timbul berkemungkinan terdapat pihak tertentu sama ada musuh luar ataupun sebaliknya ‘spin’ dengan kemasukan Ketua Cabang PKR Julau, Larry Sng.

22.  ARAU 24 Nov. - Ratusan ribu penyokong Pas akan tetap mengegarkan perhimpunan membantah ICERD di Kuala Lumpur pada 8 Disember ini. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, parti itu masih tidak yakin dengan keputusan kerajaan yang difahamkan hanya menanguhkan pengiktirafan konvensyen tersebut, bukan mengambil pendirian membatalkannya.

23.  MARAN 24 Nov. - Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa ditipu oleh ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terlibat dalam urusan perniagaan 1MDB. Kata beliau, jawapannya dalam satu temuramah berkenaan baru-baru ini telah disalah tafsir oleh sebuah portal berita.

24.  KUANTAN 24 Nov. - Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menganggap desakan MP Rembau, Khairy Jamaluddin supaya beliau meletak jawatan dan bertanggungjawab terhadap isu ratifikasi ICERD sebagai perkara biasa. Saifuddin berkata, Khairy dilihat menjalankan tugasnya sebagai pembangkang dengan baik kerana berkaitan ICERD adalah keputusan Kabinet.

25.  CYBERJAYA 24 Nov.- Sebanyak lapan pasangan disatukan dalam Program Perkahwinan Perdana anjuran JAIS di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di sini hari ini. Program bermula dengan semua pasangan dinikahkan juru nikah masing-masing sebelum diraikan dalam majlis persandingan yang juga diadakan di Dewan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah.

26.  PUTRAJAYA 24 Nov.- Kementerian Pendidikan melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kemalangan yang meragut lima nyawa ahli keluarga dan kakitangan Politeknik Sandakan di Kota Marudu, Sabah semalam. Kemalangan berkenaan mengorbankan tiga Pensyarah Politeknik Sandakan iaitu, Annie Gideon, Suzanie Stephen Galaut dan Esther Michelle Anak Gunben.

27.  SEREMBAN 24 Nov. - PKR Cabang Rembau tidak boleh menganggap Dr. S. Streram sebagai calon luar bagi kerusi DUN Rantau kerana beliau telah dipilih sebagai Timbalan Ketua cabang itu dalam Pemilihan PKR baru-baru ini. Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun berkata, sekiranya Streram tidak mendapat sokongan ahli cabang itu sepatutnya beliau telah ditolak semasa pemilihan berkenaan.

28.  IPOH 24 Nov. - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) berhubung isu membabitkan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) pada Isnin ini sedia untuk hadir namun bukan untuk sesi pendengaran awam, kata Ketua Pembangkang DUN Perak, Datuk Saarani Mohamad.

29.  ALOR SETAR 24 Nov. - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyempurnakan pemasyhuran Jerai Geopark sebagai Geopark Kebangsaan di kaki Gunung Jerai, dekat sini hari ini. Pemasyhuran tersebut dibuat bersempena pertabalan baginda sebagai Sultan Kedah ke-29 baru-baru ini.

30.  SEREMBAN 24 Nov. – MB, Aminuddin Harun berjanji situasi beliau dan beberapa exco kerajaan negeri duduk dalam keadaan berhimpit-himpit semasa sidang akhbar tidak akan berulang lagi. Jelasnya, beliau tidak menyedari perkara itu sehinggalah dimaklumkan oleh beberapa pihak dan ia menjadi perhatian dalam laman sosial baru-baru ini.

31.  SEPANG 24 Nov. - Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA menerima perakuan Standard Malaysia (MS) ISO 9001:2015 kerana berjaya memenuhi standard SIRIM. Perakuan itu diumumkan dalam Majlis Konvokesyen Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA Kali Keenam yang berlangsung di sini hari ini.

32.  TAIPING 24 Nov. - Timbalan YDP Agong, Sultan Nazrin Shah bertitah membina sebuah ‘Negara Bangsa’ merupakan satu proses yang kompleks, rumit dan berterusan. Beginda bertitah pelbagai istilah penyatuan telah diperkenalkan dengan pelbagai slogan direka cipta, logo dilakar, lirik dikumandangkan, namun ia masih tidak memperlihatkan impak keberkesanannya.

33.  JOHOR BAHRU 24 Nov. - Kenyataan MB, Datuk Osman Sapian tentang prestasi GLC negeri mengecewakan tidak berasas dan sengaja dibuat bagi mengelirukan masyarakat. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dakwaan itu tidak dibuat dalam konteks sebenar berserta maklumat lengkap.

34.  KUALA LUMPUR 24 Nov. - Siapa sangka kunjungannya ke MAHA 2018 membawa tuah kepada pasangan suami isteri Zolkapli Mohd Darus dan Zainah Mat Nor apabila terpilih sebagai pengunjung ke 500,000 hari ini. Mereka berdua yang menetap di Sungai Gadut, Negeri Sembilan berjaya membawa pulang penapis air jenama Cuckoo berharga RM4,000 sumbangan Lembaga Pertubuhan Peladang.

35.  ISKANDAR PUTERI 24 Nov. - Seramai 105 individu ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah dalam Op Khas Bersepadu Wilayah Iskandar Puteri yang dijalankan bermula pukul 6 petang semalam di sekitar Iskandar Puteri, di sini. KPD Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata, operasi bersepadu itu dilakukan ke atas beberapa premis, antaranya restoran 24 jam, premis hiburan dan rumah kongsi.

36.  NIBONG TEBAL 24 Nov. - Lelaki yang rentung dalam kebakaran rumahnya semalam dipercayai bertindak menyimpah petrol dan membakar ibu mertuanya sebelum kediamannya di Taman Cegar, Simpang Ampat di sini turut musnah dalam kebakaran. Berdasarkan siasatan yang dijalankan mendapati lelaki berusia 52 tahun itu bertindak sedemikian ketika dalam keadaan marah dan mabuk pada pukul 6.19 petang semalam.

37.  LUMUT 24 Nov. - Kerajaan akan menyelesaikan masalah berkaitan prasarana dan fasiliti yang kurang memuaskan di Pangkalan TLDM di sini. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, kerajaan menerima aduan daripada anggota TLDM agar membaiki beberapa kemudahan di dalam pangkalan berkenaan seperti kuarters kediaman, gelanggang futsal dan lain-lain lagi.

38.  SHAH ALAM 24 Nov. – BN Shah Alam membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy mengenai isu masyarakat India di negara ini yang didakwanya didiskriminasi seperti tular dalam media sosial, baru-baru ini. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Dendera Billah Zamzuri berkata, pihaknya berbuat demikian berikutan kenyataan Waytha Moorthy itu jelas menafikan realiti yang berlaku di negara ini sejak mencapai kemerdekaan, 61 tahun lalu.

39.  BALING 24 Nov. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, penyatuan rakyat menjadi punca mengapa kerajaan akur untuk tidak meratifikasi ICERD seperti diumumkan baru-baru ini. Tegasnya, kesatuan itu ditunjukkan menerusi komitmen dan sokongan padu rakyat yang mahu menyertai himpunan membantah ICERD pada 8 Disember depan.

40.  KUALA LUMPUR 24 Nov. - Drama selama dua jam seorang lelaki yang cuba membunuh diri selepas kecewa ditinggalkan kekasih berakhir apabila berjaya diselamatkan pasukan bomba dalam kejadian di pusat beli-belah Suria KLCC, di sini sebentar tadi. Menurut sumber, lelaki berusia 49 tahun tersebut mengalami tekanan perasaan selepas mengalami masalah kewangan, selain ditinggalkan isteri, serta kekasihnya.

41.  SHAH ALAM, 24 Nov - Polis Selangor hari ini mendedahkan golongan pelajar universiti adalah antara paling ramai menjadi alat sindiket penipuan komersil di negeri itu apabila membenarkan nama mereka digunakan untuk membuka akaun bank bagi tujuan penipuan seperti ‘Macau Scam’. Ketua JSJK Selangor ACP Harjinder Kaur Gurdial Singh berkata golongan terbabit mudah menjadi mangsa kerana ada antara mereka yang memerlukan wang segera.

42.  KENINGAU, 24 Nov - Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna Perodua Alza di Jalan Sook-Tulid berhampiran Kg. Nandagan, dekat sini pagi tadi. Pemangku KPD Keningau ASP Lee Nyuk Kim berkata remaja yang dipercayai warga Filipina berusia 16 tahun tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

43.  SRI AMAN, 24 Nov - Menteri Kerja Raya Baru Bian mahu kontraktor yang terlibat dalam pembinaan hospital baharu Sri Aman memastikan projek itu disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan pada Ogos tahun depan. Beliau berkata projek bernilai RM176 juta yang kini hanya 44 peratus siap berbanding 60 peratus yang dijadualkan, dikategorikan sebagai 'projek sakit'.

44.  JERTEH, 24 Nov - Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh mendapat jolokan sebagai Masjid Russia. Masjid yang dibina dengan senibina seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Russia menarik perhatian orang ramai. Kombinasi warna kubah yang dicat berwana warni menambah keunikan dan kecantikan masjid ini.

45.  KUALA LUMPUR, 24 Nov - PM Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN ke-25 yang akan berlangsung pada 28 Nov ini di sini. Bertemakan ‘Promoting Green Jobs for Equity and Inclusive Growth of ASEAN Community’, mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran dan disertai Menteri-Menteri Buruh dari semua negara ASEAN.

46.  SERDANG, 24 Nov - Jika 15 tahun lalu beliau hanya peniaga burger kecil-kecilan di tepi jalan di Jitra, Kedah, kini beliau berazam untuk mempunyai sebuah perniagaan francais besar seperti McDonald’s. Bagi Yusof Ishak, 45, Pengasas Bersama francais Oblong Burger, beliau yakin hasratnya itu mampu dicapai dalam tempoh 15 tahun lagi.

47.  KUALA LUMPUR, 24 Nov – KKM telah mengarahkan satu syarikat yang dikesan membekal dan menjual produk mengandungi bahan aktif losartan menghentikan pembekalan dan penjualan produk tersebut di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata arahan itu adalah sehingga syarikat dapat mengesahkan produk yang digunakan dalam rawatan tekanan darah tinggi tersebut tidak mengandungi impurity N-nitrosodiethylamine (NDEA).

48.  BATU PAHAT, 24 Nov - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Dataran Penggaram, di sini, hari ini. Keberangkatan tiba baginda dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah kira-kira pukul 3.00 petang disambut kira-kira 10,000 rakyat Johor yang membanjiri dataran berkenaan.

49.  KUALA LUMPUR, 24 Nov - Malaysia bakal mempunyai universiti wakaf pertama di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), kata Timbalan Menteri di JPM (Agama) Fuziah Salleh. Bagi merealisasikan hasrat itu, dua kolej universiti di bawah MAIWP iaitu Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) dan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) akan digabungkan menjadi universiti wakaf.

50.  IPOH, 24 Nov - Penduduk dan pengunjung di bandar raya ini bakal berpeluang menikmati keindahan Ipoh tanpa perlu risau tentang pengangkutan apabila perkhidmatan bas ‘Hop-On Hop-Off’ beroperasi bulan depan. Exco negeri, Tan Kar King berkata untuk permulaan, perkhidmatan itu akan mengambil penumpang di lapan perhentian antaranya Stesen Keretapi Tanah Melayu Ipoh, SMK St. Michael, bangunan The Octagon, Little India serta Masjid Datuk Panglima Kinta.

51.  LANGKAWI 24 Nov. – PM Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan keyakinan bahawa ‘pembersihan’ dalam jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan akan berjaya dilakukan sepenuhnya sekali gus dapat menggembalikan status negara sebagai Harimau Asia. Pembersihan jentera kerajaan daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan itu perlu juga segera dilakukan demi memulihkan keyakinan rakyat kepada penjawat awam.

52.  BACHOK 24 Nov. - Seorang warga emas ditemukan maut dalam keadaan terbaring bersama motosikalnya di dalam parit tidak jauh dari simpang masuk ke Wat Siam Pathumviharn, Kg. Balai, di sini hari ini. Mayat Abdul Aziz Jusoh, 63, dari Kampung Wakaf Pohon Tanjong, Perupok ditemukan orang awam bersama motosikal jenis Honda C70 kira-kira pukul 12.45 tengah hari ini.

53.  SEREMBAN 24 Nov. - Pro-Canselor USIM, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz berkenan merasmikan Pesta Konvokesyen USIM 2018 (CFEST 2018) di sini malam tadi. Program tahunan yang diadakan sempena Majlis Konvokesyen USIM Ke-16  itu turut dimeriahkan dengan acara Nocturnal Run 3.0 sejauh lima kilometer yang diadakan di sekitar universiti berkenaan.

54.  KUALA TERENGGANU 24 Nov.- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang baharu dijangka akan dilantik mulai awal tahun depan bagi memberi nafas baharu dan memacu kebangkitan semula parti yang lesu itu di negeri ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi bayangan tersebut selepas beliau mengesahkan akan melepaskan jawatan yang dipertanggungjawab kepadanya dalam waktu terdekat.

55.  MELAKA 24 Nov. - Walaupun kerajaan semalam mengumumkan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), lebih 2,000 orang berhimpun dan berarak di negeri ini malam ini sebagai tanda protes atas cubaan mengganggu-gugat keamanan di negara ini.

56.  PORT DICKSON 24 Nov. – KPLB akan mempertimbangkan permintaan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berstatus kontrak supaya mereka diserap sebagai kakitangan tetap. Timbalan Menterinya, R. Sivarasa berkata, beliau akan berbincang tentang perkara itu dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun.

57.  PAKISTAN 24 Nov. - Kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap serangan bunuh diri di sebuah pasar di wilayah barat laut Pakistan yang meningkat kepada 33 orang. Serangan itu berlaku ketika bazar pada Jumaat di Kalaya, sebuah bandar di kawasan suku kaum Orakzai yang didominasi kaum Syiah.

58.  LONDON 24 Nov. - Putera Harry dan isteri, Meghan Markle akan berpindah ke sebuah kediaman bersejarah di Windsor Estate milik keluarga diraja awal tahun depan. Pasangan itu menerima gelaran Duke dan Duchess of Sussex selepas berkahwin di Windsor pada Mei lalu, akan tinggal di Frogmore Cottage, sebuah rumah dua tingkat berhadapan Windsor Home Park dekat dengan istana.

59.  MELAKA, 24 Nov - Lebih 3,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa hadir memeriahkan perasmian Festival Antarabangsa Sungai Melaka (FASM) 2018 di Dataran Sungai Melaka di sini, hari ini. Perasmian festival kali ke-12 itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Adly Zahari serta barisan exco kerajaan negeri.

60.  SIBU, 24 Nov - Meskipun sudah banyak disiarkan di akhbar dan peringatan berterusan pihak polis, masih ada yang menjadi mangsa penipuan Macau atau “Macau Scam”. Kes terbaharu melibatkan seorang guru wanita berusia 49 tahun yang kerugian RM20,000 selepas ditipu penjenayah tersebut pada Khamis lalu.

BERITA SUKAN:

1.  MANCHESTER 24 Nov - Pengurus Manchester United, Jose Mourinho tidak percaya Alexis Sanchez akan meninggalkan pasukan pada Januari ini tetapi tidak akan menahan jika pemain Chile itu mahu keluar daripada Old Trafford. Sanchez bergelut dengan prestasi sejak berpindah daripada Arsenal dan hanya memanaskan bangku simpanan ketika tewas 3-1 kepada Manchester City sebelum rehat antarabangsa.

2.  LONDON 24 Nov - Pengendali Arsenal Unai Emery berkata, kapten Laurent Koscielny makin hampir kembali beraksi dan bakal melakukan penampilan pertama musim ini minggu depan bersama skuad bawah-23 kelab itu. Koscielny diketepikan selepas mengalami kecederaan ‘tendon achilles’ sejak Mei lalu tetapi menurut Emery, pemain pertahanan tengah itu kembali berlatih bersama pasukan selepas tamat rehat antarabangsa.

3.  MANCHESTER 24 Nov - Jose Mourinho menyambung semula perbalahan dengan bekas penjaga gol antarabangsa Sepanyol, Iker Casillas selepas mendakwa legenda Real Madrid itu adalah dalang di belakang kempen menyingkirkan David De Ge dari skuad kebangsaan.

4.  MADRID 24 Nov - Alaves melepaskan peluang menduduki tangga teratas La Liga selepas tewas mengejut di Leganes 1-0, awal pagi tadi. Jaringan tunggal Youssef En-Nesyri itu membolehkan Leganes keluar daripada zon penyingkiran. Penyerang itu menggembirakan penyokong tuan rumah tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama apabila merembat kencang ke gawang lawan selepas mendapat hantaran Jonathan Silva dalam kotak penalti.

5.  MANCHESTER 24 Nov - Pep Guardiola berkata, Manchester City tidak akan membeli pemain pada Januari ini, untuk menggantikan Benjamin Mendy dalam tempoh jangka pendek selepas pemain berkenaan mengalami kecederaan.

6.  LILLE 24 Nov - Jo Wilfried Tsonga enggan menurut arahan doktor ketika menentang Marin Cilic pada final Piala Davis awal pagi tadi dan akibatnya dia tewas ‘straight-set’. Kekalahan 6-3, 7-5, 6-4 itu menyukarkan impian Perancis mempertahankan kejuaraan selepas Jeremy Chardy tewas kepada Borna Coric.

7.  ABU DHABI 24 Nov - Mercedes AMG PETRONAS sudah bersedia untuk menghadapi peraturan baru membabitkan penggunaan bahan api pada saingan Formula Satu musim depan dalam usaha mengekalkan kejuaraan berganda yang sudah dimenangi selama lima musim berturut-turut. Berdasarkan peraturan baru itu, semua jentera F1 perlu mengisi 110kg bahan api berbanding 105kg yang digunakan musim ini dalam usaha memaksimumkan pemanduan ketika perlumbaan.

8.  KUALA LUMPUR 24 Nov - Pasukan Terengganu melakar kejutan melangkah ke peringkat akhir, Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan kali ke-40 selepas menewaskan Johor, 25-24, petang tadi. Dalam perlawanan yang cukup mendebarkan di Stadium Juara Bukit Kiara itu, Terengganu yang diketuai Che Huda Shakimah Che Shamsuddin berdepan tentangan sengit pasukan pilihan, Johor sehingga ke wisel penamat.

9.  KUALA LUMPUR 24 Nov. – Hasrat untuk menyaksi Malaysia melangkah ke peringkat separuh akhir Piala AFF akhirnya tercapai apabila skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu berjaya menewaskan Myanmar 3-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

10.  LONDON 24 Nov. – Maurizio Sarri tidak mahu Chelsea mendapatkan mana-mana pemain baharu Januari ini kerana dia mahu terus memperbaiki skuad sedia ada. Chelsea kini berada di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris, ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Manchester City selepas 12 perlawanan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2018 06:48 PM | Show all posts
Syd replied at 24-11-2018 08:23 PM
Balik nanti bolehlah trisam sekali ngan @AceHand

Haruslah ada upah kan?

ace dah tua bangka
tak larat dah dia tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2018 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 25-11-2018 06:48 PM
ace dah tua bangka
tak larat dah dia tu

Hai Pe-MUDA

Gittew
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2018 07:08 PM | Show all posts

ha ha tak larat jugak
nnt asek tido je manjang dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 12:46 AM | Show all posts

Eh!

ipes2 replied at 25-11-2018 07:08 PM
ha ha tak larat jugak
nnt asek tido je manjang dia tu

[AceHand SPECTaceLAR]

Kalau dah panjang mana boleh tido... Hah! Hah! Hah! Omai breng...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*ISNIN 26 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 18 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#cutisekolahbermula*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:32, SUBUH : 05:42, SYURUK : 07:00, ZOHOR : 13:03, ASAR : 16:25, MAGHRIB : 19:01, ISYAK : 20:14.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *KEGAGALAN suami membeli ikan selayang dipesan si isteri dan keengganan suami membawa isteri bersiar-siar kerana faktor kewangan menjadi antara punca perceraian pasangan Islam di Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, berkata, masalah yang dilihat remeh itu menjadi antara penyumbang peningkatan kes perceraian di negeri ini.*

                 *BADAN dan muka dipenuhi dengan kesan lebam dan luka. Itu nasib menimpa dua beradik perempuan yang dipercayai didera pengasuh mereka sejak September lalu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.*

                 *“DIA kembali bernafas selepas seorang wanita beri CPR (bantuan pernafasan kecemasan),” kata seorang peniaga berdekatan lokasi kejadian remaja yang maut selepas kepalanya tersangkut pada besi buaian di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur, semalam. Azwan Manan, 40, berkata, ketika itu, dia melihat remaja terbabit dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.*

                 *SUAMI menceraikan isteri selepas dikurniakan anak istimewa semakin kerap berlaku kerana kurang kesedaran mengenai cara menghadapi masalah itu. Pengasas Persatuan Sokongan Ibu Anak Kurang Upaya Terlantar Azwar Terengganu (PSIAKUT AZWAR TRG) Shaarah Othman berkata, ia berikutan ada bapa yang menganggap anak berkenaan sebagai bebanan.*

                 *TINDAKAN pantas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Jawa di Labuan memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada seorang kanak-kanak menyelamatkan mangsa berusia tujuh tahun itu daripada lemas. Dalam kejadian kira-kira 5 petang di kolam renang sebuah hotel di Labuan itu, Penolong Penguasa Bomba Riham Abdollah kebetulan berada di situ kerana membawa keluarga beriadah berikutan cuti hujung minggu.*

                 *“SAYA lihat bumbung rumah mereka jatuh dan ranap, manakala api semakin marak menyebabkan penduduk tidak dapat berbuat apa-apa untuk memeriksa jika ada sesiapa di dalam rumah.” Demikian kata Nurul Afiqah Awang, 24, saksi kebakaran sebuah rumah yang mengakibatkan suami isteri serta anak angkat mereka rentung di Kampung Jungkun, dekat Menumbok, Kuala Penyu, smlm.*

                 *LELAKI maut, enam lagi individu termasuk tiga wanita parah dalam kemalangan membabitkan konvoi motosikal yang dirempuh sebuah lori di Kilometer 405 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Hulu Selangor, smlm. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 10.33 pagi.*

                 *SUAMI isteri warga emas bersama anak angkat mereka yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemui rentung selepas didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Jungkun dekat Menumbok di Kuala Penyu, smlm. Dalam kejadian 1.15 pagi itu, mangsa yang maut ialah Yunir Suyut, 80; isterinya, Saadah Mumin, 70, dan anak angkat mereka, Ismail, 45. Dipercayai, ketika kejadian, kesemua mangsa sedang tidur dan tidak sempat menyelamatkan diri.*

                 *KELUARGA bayi lelaki lima bulan yang didera ketika dalam jagaan sebuah taska di Taman Desa Saujana, Kajang, kelmarin, masih berada dalam keadaan trauma. Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, pihaknya masih belum bersedia untuk memberi komen terhadap apa yang berlaku.*

                 *PASUKAN Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki cuba menyeludup masuk 3,975 kilogram (kg) ketam hidup di kawasan perairan Batu 3, dekat Tawau, semalam. Pada kejadian 5.30 petang itu, hidupan laut berkenaan yang bernilai RM91,340 dirampas sepasukan pegawai dan anggota PPM Tawau dengan kerjasama Jabatan Perikanan.*

                 *DUA lelaki maut selepas motosikal dinaiki melanggar lembu sebelum dirempuh kereta di Kampung Simpang Cabang Tinggi, Sabak, Kota Bharu, semalam. Dalam kejadian jam 9.20 malam itu, mangsa, penunggang motosikal, Muhammad Aideed Mohd Roslan dan pembonceng, Muhammad Emdy Syazwan Md Norrizan masing-masing 17 tahun maut di tempat kejadian.*

                 *JABATAN Imigresen menahan 67 pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas menggempur Uptown Seksyen 24 di Shah Alam, kelmarin. Ia menerusi Ops Kutip bermula jam 11.30 malam hingga jam 2 pagi keesokan harinya. Pengarah Imigresen negeri, Mohamad Shukri Nawi berkata, operasi khas itu selepas pihaknya menerima rungutan daripada netizen di media sosial mengenai lambakan warga asing di kawasan berkenaan.*

                 *SEORANG anggota polis trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, Langkawi, ditahan kelmarin, bagi membantu siasatan kes rogol seorang gadis bawah umur. Anggota polis berusia 38 tahun dan sudah berkahwin itu ditahan selepas mangsa berusia 16 tahun membuat laporan berhubung kejadian yang berlaku pada 17 November lalu.*

                 *JABATAN Audit Negara Malaysia (JANM) mengesahkan bahawa ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Bagaimanapun, fakta itu diminta disembunyikan atas arahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui ketua setiausaha sulit beliau ketika itu dilakukan dengan menggugurkan beberapa perenggan dalam Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, menurut kenyataan dikeluarkan JANM, semalam.*

                 *Melaka: Masalah hakisan pantai semakin membimbangkan berlaku di kawasan pelancongan terkenal Pantai Puteri yang mengakibatkan hakisan kian menghampiri pondok nelayan dan jualan ikan. Keadaan itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan nelayan yang mendakwa mengalami kerugian susulan hasil tangkapan ikan semakin berkurangan malah pukat digunakan turut dilaporkan hilang akibat ombak kuat.*

                 *Jeli: ”Pembinaan projek menaik taraf Jalan Kampung Berdang ke Kampung Sungai Rual di sini, beri manfaat kepada lebih 3,320 penduduk di kawasan luar bandar. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berkata, jalan sepanjang 9.2 kilometer dalam fasa kedua itu menelan kos RM85 juta dan ia dapat memendekkan perjalanan selama dua jam berbanding sebelum ini.*

                 *PENUNGGANG motosikal maut manakala seorang lagi cedera selepas konvoi dua kenderaan itu terbabit dalam kemalangan langgar lari di Jalan Keramat Pulai berhampiran Kampung Pergom, Ipoh, semalam. Dalam kemalangan 6.27 petang itu, Nur Aminuddin Majurizi, 17, yang menunggang Honda EX5 maut di lokasi kejadian manakala anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 23 tahun yang berkonvoi bersama mangsa cedera.*

                 *LELAKI yang cuba membunuh diri apabila mahu terjun dari tingkat enam di Suria KLCC, Kuala Lumpur, hari ini dipercayai tertekan dengan bebanan hutang. Mangsa berusia 49 tahun itu berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas lebih satu jam berdiri di bahagian penghadang besi di lokasi terbabit.*

                 *WANITA warga emas yang parah dibakar menantu lelakinya di Taman Cegar, Nibong Tebal, kelmarin meninggal dunia, 3.05 petang semalam. Mangsa, A Aganasi Mary, 69, disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang selepas menerima rawatan di hospital itu sejurus kejadian.*

                 *POLIS mengesahkan kematian lelaki yang mayatnya ditemui dalam parit di kawasan Kampung Balai di simpang masuk ke Wat Pathumviharn, Bachok berpunca daripada serangan jantung. Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, ik Aminuddin Raja Abdullah berkata, mayat mangsa dikenali sebagai Abdul Aziz Che Jusoh, 63, ditemui penduduk kampung, 12. 45 tengah hari smlm.*

                 *TIADA keperluan untuk merekodkan keputusan penangguhan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dalam Penyata Rasmi (Hansard) Parlimen. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata, perkara itu tidak perlu dibangkitkan kerana keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat Kabinet, semalam.*

                 *POLIS akan memanggil penganjur Himpunan Tuntut Janji Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diadakan di ibu pejabat PTPTN, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur kelmarin untuk diambil keterangan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, tindakan itu bagi membantu siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.*

                 *SINDIKET penipuan dalam talian dikesan menjadikan penuntut kolej atau universiti sebagai saluran mudah untuk memperdayakan mangsa. Penuntut ini diminta membuka akaun bank dan menyerahkan kad Mesin Wang Automatik (ATM) sebelum diberikan sejumlah bayaran sebagai upah.*

                 *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membongkar kewujudan kilang haram di Subang, Selangor menghasilkan beg tangan tiruan jenama antarabangsa terkemuka. Kilang milik warga tempatan itu dikesan menggunakan khidmat tukang jahit warga asing bagi menghasilkan pelbagai beg tiruan menggunakan jenama Louis Vuitton (LV) .*

                 *PADAH mengikut jejak seorang lelaki muda tidak dikenali, dua remaja lelaki sesat dan mengalami kecederaan ketika mendaki Bukit Beruang di Ayer Keroh, semalam. Kedua-duanya, pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC), Muhammad Alif Qayyum Ramli dan Ahmad Taqiyuddin Bahman masing-masing 16 tahun ditemui dalam keadaan keletihan selepas hampir sejam tersesat.*

                 *Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya tiga hauzah (pusat ibadat) milik gerakan Syiah yang aktif di negara ini menerima sumbangan dana daripada pihak tertentu bagi mengembangkan ajaran terbabit serta melaksanakan pengkaderan dalam kalangan rakyat negara ini. Perkara itu didedahkan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Kedah, Ustaz Abdullah Din berdasarkan kajiannya serta maklumat diperoleh termasuk daripada bekas pengikut Syiah yang bertaubat.*

                 *Kuala Lumpur: “Dia sedikit pun tidak menangis, malah menunjukkan reaksi gembira sebaik melihat saya dan isteri berada di hadapannya seolah-olah tiada apa yang berlaku. “Begitu kuat dan cekal semangatnya walaupun menyedari kehilangan kaki,” kata Ahmad Fuad Yun, 52, bapa kepada Daniel Arif, 21, yang hancur separuh badan selepas ‘ditelan’ mesin kitar sampah di kilang yang terletak di Samseong, Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini.*

                 *LELAKI warga emas berusia 60 tahun menanggung kesakitan selama dua hari selepas batang paip Polyvinyl Chloride (PVC) sepanjang kira-kira lima sentimeter tersangkut pada kemaluannya dan gagal ditanggalkan. Mangsa yang berasal dari Bestari Jaya (Batang Berjuntai), Kuala Selangor kemudian terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB) sebelum pihak HSB meminta bantuan pasukan bomba memotong paip PVC berkenaan, malam kelmarin.*

                 *KUALA LUMPUR: Hasil kajian dilakukan Kumpulan Penyelidikan Ergonomik (ERGO-UM) Jabatan Kejuruteraan Mekanik, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) menunjukkan wanita berumur 50 tahun ke atas lebih banyak melakukan kesalahan ketika memandu berbanding lelaki berusia sama. Kajian sejak 2016 itu dijalankan Profesor Madya Ir Dr Siti Zawiah Md Dawal bersama Profesor Ir Dr Nukman Yusoff serta penuntut ijazah doktor falsafah (PhD) Kejuruteraan Mekanikal, Nurul Izzah Abd Rahman.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


            *Mumbai: Dua remaja perempuan mengambil swafoto yang dijadikan gambar profil WhatsApp masing-masing sebelum terjun ke dalam perigi untuk membunuh diri.*
           *Mayat dua gadis berusia 17 tahun yang identiti mereka tidak didedahkan, ditemui di lokasi yang terkenal sebagai tempat untuk membunuh diri di Mumbai, India.*
           *Daily Mail memetik polis berkata, dua remaja terbabit mengambil swafoto berhampiran perigi itu sejurus sebelum kematian mereka.*
           *Telefon pintar, gelang kaki dan kasut mereka ditemui berhampiran perigi itu seterusnya dianggap bukti oleh polis bahawa mereka memang berpakat mati lemas bersama.*

           *Miami (Florida): Tidak sampai setahun selepas ketua sindiket dadah mengakui bertemu adik Presiden Honduras bagi membincangkan pembayaran balik hutang berkaitan pengubahan wang haram, Juan Antonio ‘Tony’ Hernandez ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat semalam.*
             *Menurut Miami Herald, Juan Antonio ditahan ejen persekutuan Amerika di Miami bagi tuduhan menyeludup kokain ke Amerika dan kes berkaitan senjata.*
           *Menurut Ketua Perhubungan Awam Pejabat Peguam Negara di New York, James Margolin, Juan Antonio akan dihadapkan ke mahkamah di Miami Isnin ini.*

           *PRAMUGARA rakyat Malaysia dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan di United Kingdom selepas ditahan ketika cuba menyeludup keluar wang tunai berjumlah 150,000 (RM807,305), dari negara itu.*
               *Lelaki berusia 37 tahun itu dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah ketika dibicarakan di Mahkamah Isleworth Crown, kelmarin.*
            *Agesi Jenayah Kebangsaan (NCA) United Kingdom dalam satu kenyataan, semalam melaporkan suspek berasal dari Selangor itu ditahan Terminal 4 Lapangan Terbang Heathrow, London bersama wang tunai berkenaan yang disorok dalam dua bag miliknya.*

           *DUA PULUH DUA orang maut manakala lebih 60 dikhuatiri lemas selepas bot persiaran karam di Tasik Victoria, kata polis Uganda smlm.*
            *Kapal itu yang membawa hampir 100 penumpang tenggelam ketika cuaca buruk semalam dalam kejadian terbaru menjejaskan pengguna bot di tasik terbesar di Afrika itu.*
              *Dua puluh dua mayat sudah ditemui dan 26 lagi berjaya diselamatkan.*
             *”Menurut seorang mangsa terselamat, lebih 90 orang berada dalam bot itu,” kata pengarah operasi polis Uganda, Asuman Mugenyi.*

           *COLOMBIA: Gempa bumi berkekuatan 6.1 magnitud menggegarkan pantai Colombia semalam.*
            *Walaupun tiada amaran tsunami dikeluarkan, ada kemungkinan untuk tsunami membadai di sepanjang pantai berhampiran, kata agensi pemantau gempa bumi Eropah (EMSC) dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik.*
          *Menurut EMSC, pusat gempa bumi dikesan 36 kilometer di tenggara Colombia dan pada kedalaman 10 kilometer.*

            *DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 50 orang awam dirawat semalam selepas dipercayai terhidu gas beracun yang dilancarkan kumpulan pemberontak Syria di kota Aleppo, kata media rasmi kerajaan.*
             *Kebanyakan mangsa yang dimasukkan ke hospital mengalami masalah sesak nafas dan penglihatan yang kabur, dua daripadanya termasuk seorang kanak-kanak kini kritikal, kata doktor.*
            *Ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain, Rami Abdurrahman berkata penduduk menghidu bau gas di Aleppo sebaik peluru berpandu itu dilancarkan.*

           *Washington: Laman web Wikipedia untuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menjadi mangsa serangan penggodam kelmarin yang menggantikan gambarnya dengan gambar kemaluan lelaki.*
           *Penggodam berjaya mengekalkan gambar lucah itu pada laman untuk Trump sepanjang Hari Kesyukuran, bermakna sesiapa yang mencari maklumat mengenai Trump tidak lagi melihat gambar muka Trump tersenyum.*
         *Menurut Daiuly Mail yang memetik laporan The Verge, mereka yang mengemukakan soalan melalui aplikasi Apple, Siri, mengenai presiden berusia 72 tahun itu akan memasuki laman web memaparkan gambar kemaluan lelaki berkenaan.*

           *Seoul: Korea Selatan menerima pengecualian sekatan daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersat (PBB) untuk melakukan tinjauan bersama laluan kereta api merentas Korea.*
            *Ia langkah pertama arah menyambung semula landasan kereta api dan jalan raya yang disekat sejak Perang Korea pada 1950 hingga 1953.*
          *April lalu, pemimpin kedua-dua negara Korea itu bersetuju untuk menyambung semula laluan kereta api dan jalan raya sebagai sebahagian usaha meningkatkan hubungan dua hala.*

           *LELAKI lemas ketika mengambil wang syiling dibaling orang ramai ke dalam terusan ketika sambutan Loy Krathong.*
           *Daily Mail melaporkan, Nattapol Yothongyos, 20, berenang di celah ratusan bakul berisi lilin yang dinyalakan, dan diletakkan pengunjung ke dalam air di Samut Sakhon sempena festival berkenaan.*
           *Dia mengutip syiling yang turut diletakkan untuk tuah dalam bakul kecil berkenaan, namun kira-kira 1 pagi kakinya kejang menyebabkannya lemas dalam terusan sedalam lima meter itu.*

          *PARADISE: Hujan yang membanjiri utara California selama beberapa hari diramal berkurangan hari ini, menjadikan cuaca baik ketika pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari mayat mangsa kebakaran hutan paling buruk dalam sejarah negeri itu.*
           *Kebakaran digelar Camp Fire itu memusnahkan bandar Paradise, terletak 280 kilometer ke timur laut San Francisco pada 8 November lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 84 orang dan memusnahkan hampir 14,000 rumah.*
          *Kira-kira 475 penduduk Paradise dan komuniti sekitar masih hilang, menurut senarai dikeluarkan Pejabat Sherif Butte.*

          *BEKAS pemimpin Zimbabwe, Robert Mugabe sudah tidak mampu berjalan disebabkan masalah kesihatan dan faktor usia.*
           *Presiden Emmerson Mnangagwa berkata, beliau kini berada di Singapura untuk rawatan.*
          *Berucap kepada penyokong dalam perhimpunan parti ZANU-PF di Zvimba, Mangagwa berkata, Mugabe, 94, menjalani rawatan perubatan di Singapura, sejak dua bulan lalu.*
              *”Mugabe sudah tua. Pastinya, beliau tidak mampu berjalan, namun apa pun permintaan beliau kami akan tunaikan.*


*TULAR / POPULAR*
================


          *Kuala Lumpur: Pengisytiharan naik taraf Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) ke status kolej universiti menjadi kejayaan paling bermakna dan lambang kebangkitan institusi Bumiputera yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).*
            *Menerima kelulusan naik taraf dari Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia pada 13 April lalu, PICOMS membuktikan ia setanding institusi pengajian tinggi (IPT) terkemuka di seluruh negara selain semakin mendapat tempat dalam kalangan belia terutama lepasan sekolah.*

            *Percaturan Noryn Aziz menyertai program Gegar Vaganza musim kelima berbaloi apabila dia dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah wang RM100,000.*
             *Meski pada awalnya Noryn mendapat pelbagai maklum balas orang sekeliling, dia tekad menyertai program itu.*
          *Noryn, 42, atau nama sebenarnya Norazmahwati Abd Aziz mengakui perjalanan untuk sampai ke tahap itu tidak semudah disangka.*
           *Biarpun dari awal pertandingan lagi namanya disebut-sebut sebagai bakal juara berdasarkan kredibiliti dan kualiti dimiliki, Noryn sedikit pun tidak menyifatkannya sebagai kelebihan.*

           *PUTERA Harry dan isterinya yang sedang hamil, Meghan Markle, akan berpindah ke kotej bersejarah di Estet Windsor milik keluarga diraja awal tahun hadapan, kata Istana Kensington, semalam.*
         *Pasangan itu, yang diberi gelaran Duke dan Duchess of Sussex, selepas berkahwin di Windsor Mei lalu, akan menetap di Kotej Frogmore, rumah dua tingkat di Windsor Home Park yang terletak berhampiran istana.*
         *Mereka berpindah ke rumah baru, kira-kira 32 kilometer ke barat daya London ketika bersiap sedia menanti kelahiran anak pertama mereka, kata istana dalam kenyataan.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *LONDON: Pengurus Khabib Nurmagomedov, Ali Abdelaziz yakin perlawanan antara anak buahnya dan Floyd Mayweather bakal menjadi kenyataan dan membuahkan hasil lumayan.*
         *Khabib sebelum ini mendedahkan keinginannya untuk bertarung dengan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu sebaik saja mempertahankan gelaran lightweight dimilikinya selepas menewaskan Conor McGregor dalam acara utama UFC 229, baru-baru ini.*
            *”Apa lagi Floyd, kita harus bertarung sekarang," kata petinju dari Russia itu dalam sebuah video yang turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Promosi Mayweather, Leonard Ellerbe.*
          *”50 dan 0 melawan 27 dan 0, dua lelaki yang belum pernah tewas. Ayuh, kenapa tidak?*

           *ROME: Cristiano Ronaldo meneruskan rentak cemerlangnya bersama Juventus apabila dia dan Mario Mandzukic masing-masing meledak jaringan ketika menentang pasukan SPAL sekali gus meletakkan mereka mendahului selesa di puncak Serie A dengan kelebihan sembilan mata, awal pagi smlm.*
          *Ronaldo menyudahkan hantaran Miralem Pjanic pada minit ke-29 di Turin untuk meletakkan namanya sebaris pemain Genoa, Krzysztof Piatek di kedudukan teratas penjaring terbanyak Serie A dengan sembilan gol sebelum Mandzukic menjamin tiga mata penuh pasukan pada minit ke-60 seterusnya memberikan mereka tambahan keyakinan menjelang kunjungan ke Valencia untuk aksi Liga Juara-Juara, Selasa ini.*

           *KUALA LUMPUR: Thailand menepati ramalan muncul juara Kumpulan B Piala AFF selepas menewaskan Singapura 3-0 di Stadium Rajamangala, Bangkok, mlm tadi.*
             *Keputusan itu menyaksikan Thailand menempah pertemuan separuh akhir berdepan Malaysia selaku naib juara Kumpulan A.*
             *Filipina mengiringi Thailand ke separuh akhir selaku naib juara kumpulan selepas terikat tanpa jaringan dengan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.*
             *Filipina akan berdepan juara Kumpulan A, Vietnam di peringkat separuh akhir pada 2 dan 6 Disember ini.*

           *KUALA LUMPUR: Bagi memastikan kehadiran penyokong penuh pada separuh akhir pertama Piala AFF Sabtu ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan harga tiket lebih rendah iaitu RM30 bagi tempat duduk terbuka berbanding RM40 pada saingan peringkat sama, empat tahun lalu.*
         *Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, harga tiket RM30 itu bagaimanapun berbeza dengan RM20 yang dinikmati penyokong skuad Harimau Malaya ketika aksi peringkat kumpulan.*

           *SABAH muncul juara Kejohanan Ragbi Piala Agong selepas menewaskan Kelantan 47-45 dalam aksi final di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), smlm.*
           *Diperkuatkan dengan kehadiran bekas pemain All Blacks, Luke Mcalister, Sabah menamatkan penantian selama dua tahun bagi muncul juara hasil daripada empat penalti dan lima try dengan dua daripadanya disumbangkan Mohamad Safwan Abdullah.*

            *KUALA LUMPUR: Kem beregu badminton wanita negara terus membuktikan betapa mereka juga mampu menyumbang kejayaan di pentas antarabangsa.*
             *Ia selepas beregu Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean merekod kejayaan terbesar dalam kerjaya mereka apabila menjuarai kejohanan Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India, smlm.*
         *Pilihan ketiga kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300 itu memastikan kejuaraan apabila menewaskan beregu tuan rumah, Ashwini Ponnappa-N Sikki Reddy 21-15, 21-13 pada aksi final.*

           *KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya melunaskan dendam ke atas Myanmar apabila meraih kemenangan 3-0 pada aksi terakhir Kumpulan A, Piala AFF sekali gus menempah tiket ke separuh akhir.*
           *Tiga mata yang cukup berharga diraih anak buah Tan Cheng Hoe di Stadium Nasional Bukit Jali, malam kelmarin dapat memadam luka di Yangon dua tahun lalu apabila disingkirkan lawan yang sama di peringkat kumpulan.*
         *Kemenangan ketiga itu meletakkan Malaysia yang juga juara 2010 di tangga kedua, dengan sembilan mata di belakang pendahulu Vietnam (10 mata) yang menewaskan Kemboja 3-0 dalam satu lagi aksi Kumpulan A.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_liggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.167398 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list