CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

  [Copy link]
 Author| Post time 26-11-2018 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI - 26/11/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 25 Nov. - UMNO tetap meragui pengumuman kerajaan PH untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) selagi perkara tersebut tidak dibawa ke Parlimen bagi diputuskan, kata Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

2.  PETALING JAYA 26 Nov. - Laporan penuh mengenai "damage control" yang dilaksanakan oleh kerajaan PH selepas mengambil alih pentadbiran negara akan dikeluarkan tahun depan, kata PM Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya laporan itu akan mengandungi butiran mengenai hasil tindakan oleh kerajaan sekarang dalam menangani masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini.

3.  KUALA LUMPUR 25 Nov.- Firma guaman, Shafee & Co, yang mewakili bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak, mendakwa pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad berhubung tindakan Najib mengarahkan laporan audit 1MDB dipinda adalah bersifat politik. Firma guaman itu turut mendakwa, kenyataan Dr. Madinah tersebut di buat atas arahan Kabinet.

4.  SEREMBAN 25 Nov. - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, 73, akan dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Selasa ini. Pemasyhuran beliau akan disempurnakan oleh Canselor USIM, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

5.  CYBERJAYA 25 Nov. - Kerajaan Negeri Selangor menolak dakwaan bahawa pemberian air percuma hanya kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan bukan lagi seperti sekarang yang dinikmati semua lapisan masyarakat mempunyai kaitan dengan penstrukturan semula industri air di negeri tersebut. MB, Amirudin Shari berkata, ini kerana penstrukturan tersebut tidak menggunakan sebarang dana daripada kerajaan negeri.

6.  LANGKAWI 26 Nov. - Syarikat pengurusan hotel profesional yang beroperasi di dalam dan luar negara, Ri-Yaz Hotels and Resorts iaitu anak syarikat Kumpulan Ri-Yaz hari ini melancarkan resort terbaharunya, Dash Resort Langkawi di Pantai Tengah di sini. Perasmian majlis itu disempurnakan oleh PM Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diiringi isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali ke majlis itu.

7.  KUALA LUMPUR 25 Nov. - Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad mengesahkan laporan akhir pengauditan 1MDB telah dipinda atas arahan bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak. Laporan itu ada menyebut kehadiran Low Taek Jho atau Jho Low dalam salah satu mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, namun Najib menerusi Ketua Setiausaha Sulit beliau, Tan Sri Shukry Salleh mengarahkan perenggan itu digugurkan atas alasan ia sensitif dan bagi mengelak fakta diputarbelitkan pihak pembangkang.

8.  KUALA LUMPUR 25 Nov.- Seorang peserta konvoi motosikal maut manakala tujuh lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km 405, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Kuala Kubu Bahru, Selangor hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakan-rakannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dekat sini dan Hospital Tanjung Malim, Perak bagi menerima rawatan lanjut.

9.  KUALA LUMPUR 25 Nov.- Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas terjerut besi buaian di sebuah taman permainan di Taman Metropolitan Kepong di sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa bersama saudara maranya bermain buaian di kawasan itu. KPD Sentul, ACP S. Shanmugamoorthy berkata, ketika sedang bermain tiba-tiba kepala si mati telah tersangkut pada besi buaian tersebut.

10.  BUKIT MERTAJAM 25 Nov. - Seorang pemandu lori berstatus duda ditahan polis bersama dadah seberat hampir 4kg di kawasan Rawat dan Rehat, Juru Utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini malam tadi. KPD Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Hamid berkata, sepasukan anggotanya menahan suspek yang berusia 41 tahun di kawasan letak kereta di situ kira-kira pukul 10.35 malam tadi.

11.  REMBAU 25 Nov. - Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau, Dr. S. Streram yakin mempunyai kelebihan untuk mengatasi Datuk Seri Mohamad Hasan jika beliau dicalonkan dalam PRK DUN Rantau. Pakar bius itu berkata, walaupun menganggap dirinya calon ‘underdog’, hasil maklum balas menunjukkan beliau mendapat sokongan daripada masyarakat berbilang kaum di kawasan berkenaan.

12.  KUALA TERENGGANU 25 Nov. - Isu remeh-temeh seperti terlupa membeli ikan dengan sikap leka suami di samping keberatan membawa isteri berjalan-jalan ekoran faktor kewangan turut menjadi punca konflik sehingga berlakunya penceraian dalam kalangan pasangan Islam di negeri ini, kata Exco negeri, Mohd Nor Hamzah.

13.  KOTA BHARU 25 Nov. - Nasib malang menimpa dua remaja apabila maut selepas motosikal jenis Honda TS150 ditunggang mereka melanggar seekor lembu sebelum terjatuh di atas jalan dan digilis sebuah kereta di Kg. Simpang Cabang Tinggi Sabak, Pengkalan Chepa, di sini malam tadi. Penunggang motosikal, Muhammad Aideed Mohd. Roslan, 17, serta sepupunya, Muhammad Emdy Syazwan Md. Norrizan, 17, yang membonceng di belakang mengalami kecederaan parah dan maut serta-merta di lokasi kejadian.

14.  KUALA LUMPUR 25 Nov. - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini berkenan merasmikan Pusat Sehenti Kucing Selangor (SCC) sempena hari keempat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018. Yang turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan isteri, Datin Fatimah Taha.

15.  KUALA LUMPUR 25 Nov. - Kayu gaharu sememangnya menjadi rebutan ketika ini. Bahan tersebut yang menjadi agen pewangi boleh dijual dengan harga yang tinggi sehingga RM70,000 sekilo di luar negara. Sebuah syarikat, Gaharu Resources Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan peneroka Felda Trolak Utara dalam menghasilkan kayu gaharu.

16.  BENTONG 25 Nov. - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini melancarkan pes asam pedas dan pes rendang betawi yang akan dihasilkan serta dikomersialkan oleh Penjara Bentong. Kedua-dua pes yang diambil daripada buku ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang’ itu akan dihasilkan oleh penghuni wanita di penjara tersebut sebelum dikomersialkan ke seluruh negara.

17.  KUALA LUMPUR 25 Nov. - UMNO menerima keputusan kerajaan PH untuk tidak meratifikasi ICERD. Bagaimanapun, parti berteraskan orang Melayu itu mempersoalkan adakah triti berkenaan akan diratifikasi pada masa hadapan kerana PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menyatakan komitmen kepada pelaksanaannya di UNGA, September lalu, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

18.  KUALA LUMPUR 25 Nov. - Hasrat seorang kanak-kanak penghidap kanser retinablastoma dan ketumbuhan otak menjejakkan kaki ke Menara Kuala Lumpur tercapai apabila berjaya menjejakkan kaki di mercu tanda ibu kota itu hari ini. Saffiyah Nur Zahra, 7, masih mampu untuk tersenyum walaupun kansernya kini berada di tahap akhir.

19.  KUALA LUMPUR 25 Nov. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi amaran kepada peniaga-peniaga yang membuka gerai secara haram di sekitar tapak MAHA 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini. KSUnya, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan berkata, memasuki hari keempat hari ini, ratusan peniaga haram telah dikesan pihaknya dan lokasi popular mereka menjalankan aktiviti itu adalah di kawasan parkir kenderaan.

20.  KUALA LUMPUR 25 Nov. – MAHA 2018 akan melanjutkan waktu operasinya sehingga pukul 10 malam berikutan sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung. KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan berkata, walau bagaimanapun hanya 10 lokasi sahaja yang terlibat dengan pelanjutan itu bermula hari ini.

21.  LANGKAWI 25 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan terutama membabitkan sektor pelancongan. Sehubungan dengan itu, kata Perdana Menteri itu, pihaknya mengalu-alukan kerjasama syarikat swasta dalam membangunkan sektor pelancongan di negara ini termasuk di Langkawi.

22.  KOTA BHARU 25 Nov. - Hampir 40 peratus daripada lebih 60,000 banduan di penjara seluruh negara mengalami masalah mental di mana majoritinya disebabkan kesan pengambilan dadah sintetik. Timbalan KP Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Alzafry Mohamed Alnassif Mohamed Adahan berkata, jumlah tinggi itu berikutan populasi dalam penjara sendiri yang dihuni 60 peratus banduan akibat kesalahan berkaitan dadah.

23.  MARANG 25 Nov. - Selain hujan yang tidak menentu, sudah menjadi rutin, musim cuti sekolah yang agak panjang pada penghujung tahun suasana turut diwarnai program berkhatan beramai-ramai kalangan kanak-kanak sana-sini. Program sebegini yang lazimnya digerakkan oleh pelbagai pihak bukan sahaja membantu mengurangkan perbelanjaan tetapi juga menjadi suatu majlis yang dapat merapatkan lagi perhubungan dalam kalangan masyarakat.

24.  PARIT 25 Nov. - Kegiatan sekumpulan lima lelaki yang diketuai remaja berusia 16 tahun memecah masuk dan samun sebuah kedai runcit di Bota tumpas dengan penahanan kesemua mereka baru-baru ini. KPD Perak Tengah, Supt. Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua suspek berusia 16 hingga 28 tahun itu diberkas dalam tangkapan berasingan di sekitar Bota pada Jumaat lalu.

25.  KUALA LUMPUR 25 Nov. - Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipukul di kawasan rumahnya di Blok G, Taman Putra Damai, Lembah Subang, dekat sini pagi tadi. Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 malam ketika mangsa, 42, yang sedang tidur di rumahnya didatangi kira-kira tujuh suspek lelaki dan dibawa keluar ke lokasi kejadian sebelum dipukul.

26.  JOHOR BAHRU 25 Nov. - Pasukan Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir berjaya membawa turun seorang lelaki yang cedera dan patah tulang paha ketika beriadah di Gunung Ledang, Tangkak hari ini. Pihak bomba menerima laporan tentang kejadian pukul 1.06 petang sebelum sebuah jentera dengan lapan anggota bergegas ke tempat kejadian.

27.  KOTA BHARU 21 Okt. - Cadangan Kerajaan Pusat untuk melantik lima wakilnya bagi menganggotai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kesemua 681 kampung di seluruh negeri ini akhirnya diterima Kerajaan Pas Kelantan. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, mengikut pembaharuan diperkenalkan kerajaan PH, setiap MPKK yang menggantikan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bakal dianggotai 16 individu.

28.  KUALA LUMPUR 25 Nov. - Dua beradik perempuan dipercayai menjadi mangsa dera pengasuhnya di Sungai Buloh sejak Semptember lalu. Ibu kepada dua kanak-kanak perempuan itu menerusi akaun Facebooknya memberitahu, kesan lebam pada anaknya disedari hampir setiap kali menjemput mereka dari rumah pengasuh. Jelasnya, alasan yang diberi pengasuh ketika ditanya mengenai kesan lebam ialah akibat terjatuh ketika berada di bilik air.

29.  KUANTAN 25 Nov. - Program Kebajikan dan Khidmat Imigran kelolaan Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) diperluas ke seluruh negara selepas mendapat sambutan menggalakkan dari warga asing. Presidennya, Datuk Zuhairi Ab. Kadir berkata, khidmat Peka menerusi program berkenaan yang sebelum ini hanya dilaksanakan di sekitar Lembah Klang mendapat maklum balas positif dari peserta antaranya dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Nepal.

30.  KUALA LUMPUR 25 Nov. - Usahawan tani wanita di negara ini berpeluang untuk mendapat pembiayaan mikro sehingga RM30,000 melalui skim Agro Nisaa'i khusus untuk golongan itu. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, inisiatif kerajaan melalui Agrobank itu digerakkan melalui pembentukan kumpulan dengan lima orang ahli.

31.  JOHOR BAHRU 25 Nov. - Dapatan Jawatankuasa Khas tentang kebakaran di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) dua tahun lalu perlu dibentang dalam mesyuarat Kabinet terlebih dahulu sebelum didedah kepada umum. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, laporan siasatan berhubung kejadian yang mengorbankan enam nyawa itu telah lengkap.

32.  KUALA LUMPUR 25 Nov. - Sebahagian besar rakyat Selangor kini tidak lagi dapat merasa air percuma seperti dahulu. Ini kerana, seperti yang dibentangkan MB, Amirudin Shari dalam Belanjawan Selangor 2019 baru-baru ini, bantuan air percuma ini hanya akan dinikmati golongan berpendapatan rendah (B40) sahaja sedangkan sebelum ini, ia diberikan kepada semua rakyat Selangor tanpa mengira tingkat pendapatan.

33.  KUALA LUMPUR 25 Nov. - Penyanyi rock legenda, Amy Search menjadi antara empat usahawan pertama kopi berperisa nanas di Malaysia. Amy Search menggunakan jenama Kopi Nanas Phewitt sementara tiga jenama lagi adalah Kopi Nanas Maisara, Kopi Nanas Anasia dan Kopi Nanas Ngences. Kopi nanas hasil usahasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dibangunkan menggunakan biji kopi dan buah nanas terpilih di Malaysia.

34.  KUALA TERENGGANU 25 Nov. - Kerajaan Pas kembali melaksanakan pengecualian cukai taksiran dan menghapus kira cukai tertunggak untuk semua premis kediaman di negeri ini berkuat kuasa 1 Januari 2019. Langkah yang pernah diambil semasa Pas memerintah pada penggal 1999-2004 lalu, dan sekali lagi dijadikan tawaran kepada rakyat dan manifesto parti itu dalam Pilihan raya Umum Ke-14, secara keseluruhannya dianggarkan bernilai RM14.7 setahun.

35.  MELAKA 25 Nov. - Lebih 100 ahli Parti Amanah Negara (Amanah) Cawangan Kampung Paya Rumput Jaya Hilir hari ini mengisytiharkan untuk keluar daripada parti itu akibat krisis dalaman melibatkan jawatan dalam Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

36.  KANGAR 25 Nov. - Seorang ibu tidak dapat menahan sebak ketika berada di sisi anak kesayangannya yang sudah tidak bernyawa di bahu jalan, di Kampung Syed Omar, di sini hari ini. Bergenang air mata wanita itu saat mengusap kepala anaknya ketika menanti pasukan perubatan memeriksa keadaan mangsa yang sebelum itu terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

37. KUALA TERENGGANU 25 Nov. - Kerajaan negeri memperuntukkan RM2.015 bilion bagi Bajet 2019 yang mencatatkan peningkatan berbanding RM1.996 bilion tahun ini bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri dalam suasana mencabar. MB, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan bajet itu berkata, pada masa sama kerajaan negeri turut menjangkakan memperoleh hasil RM2.015 bilion sekali gus menjadikan Bajet 2019 sebagai bajet berimbang.

38.  KUCHING 25 Nov. - Gloria Jeans Coffee (GJC) memberikan 25 peratus potongan pada 'Hari GJ' yang dibuat setiap 25 haribulan di cawangan-cawangan di seluruh negara. Menurut Ketua Transformasi dan Pemasaran Wonderful Lifestyle Sdn. Bhd. , selain potongan tersebut terdapat promosi minuman krismas iaitu 'Star Sparkles dan 'Candy Cane' serta 'Magical Maple Moments'.

39.  KUALA TERENGGANU 25 Nov. - Seramai 12,611 penjawat awam di negeri ini akan menerima insentif sebanyak RM500 sebagaimana di peringkat Pusat sebagai penghargaan atas komitmen mereka yang turut meletakkan negeri ini antara yang terbaik dalam pentadbiran. Ketika membentangkan Bajet 2019 dalam sidang DUN hari ini, MB, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, insentif yang keseluruhannya berjumlah kira-kira RM6.3 juta itu akan dibayar Disember depan.

40.  KUALA LUMPUR 25 Nov. - Seorang lagi peserta konvoi motosikal yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah treler di Kilometer 405, Lebuh raya Utara Selatan arah utara berhampiran Kuala Kubu Bahru, Selangor hari ini meninggal dunia. Mangsa, Muhamad Nur Shafiq Kamil Mukmin,18, meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Sungai Buloh. Terdahulu, rakannya, Mohamad Faridzuan Shariff, 20, maut di lokasi kejadian.

41.  MUAR 25 Nov. - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu masih belum mendapat butiran terperinci mengenai 100 ahli termasuk Pengerusi Cawangan Kampung Paya Rumput Hilir, Tangga Batu di Melaka yang didakwa keluar parti. “Saya belum dengar dan dapat maklumat (lanjut) lagi (berkaitan keluar parti),” katanya.

42. KUALA LUMPUR 25 Nov. – TM merupakan antara GLC yang banyak menerima kesan selepas kerajaan PH mengambil alih pentadbiran negara, 9 Mei lalu. Ini berikutan janji kerajaan untuk menurunkan harga jalur lebar sehingga 25 peratus menjelang hujung tahun ini sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan kos sara hidup yang tinggi.

43. PUTRAJAYA 25 Nov. – SPRM telah memulakan siasatan berkaitan dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang didedahkan baru-baru ini. SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, suruhanjaya itu juga telah meneliti dokumen asal laporan tersebut untuk dibandingkan dengan draf akhir yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara.

44.  SUNGAI SIPUT 25 Nov. - Peserta perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang akan diadakan di ibu negara, 8 Disember ini dinasihatkan supaya menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekacauan, provokasi dan rusuhan, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

45.  PORT DICKSON 25 Nov. - Ribuan penduduk di daerah ini dihimpit kesulitan selepas bekalan air terjejas akibat kejadian tebing runtuh di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dekat sini sejak Khamis lalu. Seorang penduduk, Jamil Khamis, 54, berkata, gangguan bekalan air yang masuk hari ketiga hari ini menyulitkan urusan seharian penduduk.

46.  SUNGAI SIPUT 25 Nov. - UMNO Perak mendakwa wujudnya gerakan yang serius untuk menjatuhkan MB, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu oleh beberapa orang exco kerajaan negeri menerusi usul undi tidak percaya di DUN. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad yang mendedahkan perkara itu mendakwa, rancangan tersebut hendak dilaksanakan oleh beberapa exco berkenaan dengan cuba memujuk sekurang-kurangnya lima ADUN BN supaya menyokong usul undi tidak percaya yang akan dibuat di DUN.

47.  KUALA LUMPUR, 25 Nov - Kongres Tolak Ratifikasi ICERD yang berlangsung di sini hari ini menyambut baik keputusan kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD. Resolusi yang dicapai oleh kongres itu antara lain menyebut , "Kongres percaya pendirian ini selaras dengan prinsip keluruhan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya terkandung kontrak sosial antara bangsa Melayu dan kaum-kaum lain."

48.  KUALA LUMPUR, 25 Nov - Polis menahan pemandu lori yang melanggar sekumpulan konvoi motosikal di KM 405 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di Lembah Beringin dekat sini, hari ini. KPD Hulu Selangor Supt Lim Bak Phai berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

49.  KUALA LUMPUR, 25 Nov - Agrobank hari ini melancarkan Program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa’-i yang dikhusus bagi agropreneur wanita (usahawan tani wanita). Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya Syed Alwi Mohamed Sultan berkata, bank itu berharap pembiayaan tersebut akan dapat membantu meningkatkan taraf hidup usahawan wanita terutamanya golongan B40.

50..  DOHA, 25 Nov - TPM Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melakukan kunjungan hormat kepada Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani di pejabatnya di sini. Dr Wan Azizah yang sedang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Qatar tiba di Emiri Diwan Corniche, pejabat Emir itu pada 9.30 pagi waktu tempatan.

51.  BATU PAHAT, 25 Nov - Polis menahan sembilan lelaki serta seorang remaja perempuan, dan merampas tujuh motosikal, di samping menjumpai dua rangka motosikal yang disyaki kenderaan curi, dalam beberapa tangkapan kes curi motosikal sekitar daerah ini sepanjang minggu lepas. KPD Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata suspek yang berumur antara 16 dan 37 tahun itu dipercayai baru sebulan bergiat aktif dalam kegiatan itu.

52.  MUAR, 25 Nov - Sebanyak 184 veteran tentera dan 28 balu hari ini menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi peringkat negeri Johor dalam satu majlis yang diadakan di Dewan SBJ, Bakri di sini hari ini. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata tujuan penyampaian pingat itu adalah bagi menghargai dan mendekati para veteran tentera serta balu yang telah banyak menyumbang bakti kepada negara.

53.  ALOR SETAR, 25 Nov - Seorang wanita yang sedang sarat mengandung dan dalam perjalanan ke hospital Kulim untuk bersalin antara dua yang maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di persimpangan lampu isyarat Kulim Hi-Tech dekat Kulim pagi tadi. Maziah Shaa’ri, 31, dan adik iparnya Muhammad Ghani Abd Razak, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan anggota badan.

54.  KUALA TERENGGANU, 25 Nov - Kerajaan negeri Terengganu akan menyediakan peruntukan khas RM30 juta bagi mengurus dan membangun Tasik Kenyir, tahun depan. MB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peruntukan itu amat bertepatan kerana Tasik Kenyir adalah salah satu lokasi tumpuan utama pelancong berikutan faktor keindahan semulajadi dan kepelbagaian flora serta fauna yang dimilikinya.

55.  PETALING JAYA, 25 Nov - Persembahan "An Evening of Jazz with Razman" di Sunway Resort and Spa di sini hari ini berjaya mengumpul sumbangan RM200,000 bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi, Indonesia bulan lepas. Konsert amal anjuran Jeffery Cheah Foundation itu, yang dihadiri kira-kira 400 tetamu, menampilkan The Seasons 4, yang mempersembahkan beraneka lagu irama jazz klasik.

56.  BUKIT MERTAJAM, 25 Nov - Polis menahan dua lelaki kerana terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah Seberang Perai Tengah dan Kulim, Kedah, dalam serbuan di Kubang Semang, di sini, semalam. Lelaki pertama berumur 19 tahun ditahan dalam serbuan pada pukul 5.30 petang oleh sepasukan polis yang menjalankan Ops Lejang di kawasan itu, manakala rakannya yang berumur 20 tahun ditahan di sebuah rumah, juga sekitar kawasan yang sama tidak lama kemudian.

57.  SIBU, 25 Nov - Sebanyak 20 lagi pusat pembelajaran Al-Quran Albaghdadi dirancang dibuka di Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang sebagai usaha membantu kanak-kanak Islam menguasai kemahiran membaca Al-Quran. Pembukaan pusat-pusat tersebut adalah berikutan sambutan menggalakkan daripada masyarakat Islam terhadap program dijalankan di tiga pusat sedia ada – di Kota Samarahan, Sibu dan Miri.

58. KUALA TERENGGANU, 25 Nov - Pembentangan Bajet Terengganu 2019 yang bertemakan ‘Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera’ turut memasukkan wang royalti minyak dan gas sebanyak RM1.745 bilion sebagai Terimaan Bukan Hasil. MB, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata keputusan memasukkan royalti ke dalam bajet itu adalah bersandarkan kepada komitmen kerajaan pusat menyalurkan royalti tersebut secara terus kepada akaun negeri pengeluar minyak dan gas.

59.  JOHOR BAHRU, 25 Nov - Setiap sekolah baharu yang dibina kerajaan selepas ini akan dilengkapi dengan fasiliti mesra OKU, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching. Kerajaan juga akan memperuntukkan RM200,000 untuk proses menaiktaraf setiap buah sekolah kerajaan, termasuk yang berada di luar bandar, bagi menjadikan sekolah kerajaan lebih kondusif untuk warga OKU.

60.   KUCHING, 25 Nov - Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen meminta Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi penjelasan kepada rakyat negeri ini kenapa kerajaan negeri Sarawak melabur dalam projek pembinaan sebuah hospital pakar kanak-kanak di Cheras, Kuala Lumpur.

BERITA SUKAN:

1.  KUALA LUMPUR 25 Nov. - Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui tekanan besar yang terpaksa dihadapinya sepanjang minggu ini akhirnya hilang sebaik sahaja melihat pasukannya layak ke separuh akhir Piala AFF setelah menewaskan Myanmar 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

2.  BUENOS AIRES 25 Nov. – Perlawanan akhir timbal balik kedua Superclasico Copa Libertadores antara seteru lama River Plate dan Boca Juniors terpaksa ditangguh sehingga, esok ekoran serangan ke atas bas pasukan Boca sehingga menyebabkan ada pemain yang ditimpa kecederaan akibat tingkap yang pecah dan terhidu asap.

3.  KUALA LUMPUR 25 Nov. – Calon Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (PBKL), Nik Nazmi Nik Ahmad kesal dengan sikap pihak yang sanggup melibatkan campur tangan Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman menangguhkan Kongres pemilihan penggal 2018-2022, 18 November lalu.

4.  KUALA LUMPUR 25 Nov. – Kesilapan Myanmar membiarkan gawang mereka terlebih dahulu dibolosi mengundang padah apabila mereka terpaksa akur dengan kekalahan 0-3 kepada Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan A Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

5.  LONDON 25 Nov. - Mauricio Pochettino percaya Tottenham mampu melakukan kejutan besar, musim ini, jika mereka terus mengekalkan rentak konsisten seperti yang dipamerkan sewaktu membenam Chelsea 3-1 di Stadium Wembley, hari ini.

6.  KUALA LUMPUR 25 Nov. - Skuad Harimau Malaya yang terlebih dahulu menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF 2018 sah bakal bertemu Thailand di peringkat tersebut. Anak buah Tan Cheng Hoe akan melayani kunjungan skuad Gajah Perang, Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam aksi separuh akhir pertama sementara perlawanan kedua di Stadium Rajamangala pada 5 Disember.

7.  KUALA LUMPUR 25 Nov. - Beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean merangkul kejuaraan terbesar dalam karier mereka apabila menjuarai Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India hari ini. Selepas mengejutkan pilihan kedua, Della Destiara Haris-Rizki Amelia Pradipta dari Indonesia semalam, beregu No. 19 dunia itu menundukkan pemain harapan tuan rumah, Ashwini Ponnappa-N. Sikki Reddy 21-15, 21-13 dalam final.

8.  LONDON 25 Nov - Arsenal melebarkan rekod tanpa kalah kepada 17 perlawanan dalam semua kejohanan selepas menewaskan Bournemouth 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi. Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Unai Emery kini hanya dipisahkan satu mata dengan kelompok empat pasukan teratas liga.

9.  ABU DHABI 25 Nov - Juara dunia lima kali yang baharu, Lewis Hamilton meraih kemenangan ke-11 musim ini sebentar tadi selepas dia mengemudi jentera Mercedes miliknya mencipta kejayaan dalam saingan penutup musim dipenuhi kemalangan di Grand Prix Abu Dhabi. Pemandu Britain berusia 33 tahun itu yang bermula di petak pendahulu kali ke-83 buatnya, menang dengan catatan 2.5 saat di depan pencabar utama yang juga juara dunia empat kali dari Jerman, Sebastian Vettel dari Ferrari.

10.  MELBOURNE 25 Nov - Kapten pasukan International, Ernie Els sedang mempersiapkan pasukannya untuk pertarungan bersama Tiger Woods di dalam dan juga luar lapangan pada kejohanan Piala President tahun depan, selain menjangkakan juara 14 kali major itu akan beraksi selaku ketua pasukan di Royal Melbourne nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2018 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*SELASA 27 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 19 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:32, SUBUH : 05:42, SYURUK : 07:00, ZOHOR : 13:04, ASAR : 16:26, MAGHRIB : 19:01, ISYAK : 20:15.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *“SAYA dan Raja Zarith Sofiah tak sabar-sabar nak bertemu rakyat di semua daerah,” titah Sultan Ibrahim Iskandar sebelum memulakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2018 bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, smlm. Sultan Ibrahim bersama konvoi Diraja Johor berlepas dari Istana Pasir Pelangi pada 8.15 pagi tadi menuju ke Kampung Temenin Baru di Kota Tinggi.*

                 *TIDAK wujud komplot dalam kalangan EXCO Kerajaan Negeri Perak untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu seperti didakwa UMNO. Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata, dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad itu, adalah tidak berasas dan fitnah serta berniat jahat.*

                 *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini mendapat perintah tahanan reman lima individu, termasuk seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan bergelar Datuk di Johor Bahru. Turut ditahan reman, tiga pegawai daripada jabatan sama dan seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.*

                 *BEBERAPA menteri dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis daerah Subang Jaya, susulan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya, awal pagi smlm. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berkata, polis daerah Subang Jaya mengeluarkan kenyataan salah apabila mendakwa rusuhan berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan India mengenai perpindahan kuil.*

                 *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melakukan kawalan dan pemantauan di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, sehingga keadaan disahkan tenang. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kuil itu juga tidak ditutup dan orang ramai masih boleh ke kuil itu untuk melakukan upacara keagamaan.*

                 *UMNO dan PAS wajar membatalkan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadualkan 8 Disember ini. Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar berkata, himpunan itu tidak akan mempunyai matlamat jika diteruskan, malah dunia akan mentertawakan mereka kerana berdemonstrasi tanpa hala tuju.*

                 *SYARIKAT pemaju, One City Development Sdn Bhd menafikan tuduhan pihaknya terbabit dalam insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, smlm. Menurut kenyataan dikeluarkan syarikat berkenaan, pihaknya menyifatkan tuduhan dilemparkan terhadap mereka berniat jahat dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dalam insiden terbabit.*

                 *LELAKI warga asing dipercayai buruh binaan dibelasah orang ramai selepas didakwa memulakan kebakaran di sebuah rumah kongsi di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, smlm. Pada kejadian 1 tengah hari itu, lelaki berkenaan dilihat keluar dari bahagian belakang rumah kongsi itu dan cuba diselamatkan pihak berkuasa.*

                 *DALAM tempoh tiga hari pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik, sebanyak lebih RM1.1 juta saman dijelaskan orang ramai. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pemberian potongan yang ditawarkan sempena program Plaza Pelangi Biker’s Gathering itu berjaya menarik orang ramai menjelaskan saman mereka.*

                 *KERAJAAN mempertahankan keputusan mendedahkan beberapa pindaan dalam Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, rakyat berhak mengetahui kebenaran di sebalik pindaan laporan audit yang diarahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.*

                 *PEMANDU lori yang terbabit dalam kemalangan maut di di Kilometer 405.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, Hulu Selangor, semalam direman selama tiga hari. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Phai berkata pemandu berusia 30 tahun itu ditahan selama tiga hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.*

                 *KES pengubahan wang haram dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor ditetapkan untuk pengurusan kes Khamis ini, bagi mendengar permohonan ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah berkata, pengurusan kes itu akan didengar di hadapan Hakim Nazlan Mohd Ghazali.*

                 *GANGGUAN bekalan air yang menjejaskan Port Dickson serta sebahagian Seremban dan Rantau akibat tebing runtuh di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi, dijangka pulih sepenuhnya hari ini. Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, sejumlah 34,000 kediaman di Port Dickson dan 8,000 di Seremban serta Rantau menghadapi masalah bekalan air sejak tebing di empangan LRA Sungai Linggi runtuh Khamis lalu.*

                 *JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang menyelamatkan dan membantu 84 individu yang mengemis sejak Januari sehingga Oktober lalu, agar mereka boleh membina semula kehidupan. Pengarahnya, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, daripada jumlah itu seramai 66 individu terdiri daripada warga tempatan manakala 18 lagi pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR) yang majoritinya etnik Rohingya.*

                 *PROSIDING kes kematian bayi perempuan berusia 11 bulan akibat didera dan dirogol suami pengasuhnya di Bandar Baru Bangi, baru-baru ini, kekal di mahkamah jenayah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, berkata, ia idak akan dipindahkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak kerana membabitkan kes kematian.*

                 *PERSIDANGAN Dewan Rakyat hari ini gamat apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Datuk Ahmad Maslan (BN UMNO-Pontian) berbalas kilasan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ia dimulakan oleh Lim yang menyatakan Ahmad amat konsisten mempertahankan 1MDB dan menerima penjelasan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengenai jumlah hutang ditanggung agensi itu.*

                 *KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan, smlm, mengumumkan penyingkiran Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebagai Pengerusi Lembaga Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) berkuat kuasa serta-merta.*

                 *LELAKI warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi, smlm, atas pertuduhan membunuh lelaki tempatan berdekatan Jalan Pintu Palang, Blok 5, Petak D12, Ladang Kambau di Kota Tinggi, 4 November lalu.*

                 *PEMANDU bas yang terbabit dalam kemalangan membawa rombongan staf Politeknik Sandakan ke Kudat hingga mengakibatkan lima maut pada Jumaat lalu, dibebaskan dengan jaminan polis, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, siasatan terhadap pemandu berusia 49 tahun itu sudah selesai.*

                 *BOT nelayan Vietnam paling banyak dikesan melakukan kesalahan menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, sebanyak 1,170 bot nelayan asing dikesan menceroboh dari 2006 sehingga tahun ini.*

                 *TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, smlm, mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana prihatin terhadap isu di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Dalam kenyataan di Twitter rasminya, Tunku Ismail turut berharap projek membaiki kerosakan Unit Rawatan Rapi (ICU) ekoran tragedi kebakaran dua tahun lalu itu dapa dilaksanakan secepat mungkin.*

                 *LIMA penduduk melecur ketika meredah api untuk menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah panjang di Nanga Melayong, Sungai Merurun, di Julau petang semalam. Ketua Balai Bomba Bintangor, Nicholas Belulin berkata, mangsa yang cedera dalam kejadian 4.30 petang itu, termasuk seorang warga emas berusia 80 tahun.*

                 *TAKTIK sebuah sindiket pemprosesan syabu memilih premis terletak di hujung jalan dan bahagian belakang di Kawasan Perindustrian Hi Tech 5, Semenyih sebagai makmal dadah bagi mengelak dihidu pihak polis terbongkar selepas digempur, Rabu lalu.
Ini berikutan sindiket yang beroperasi hampir setahun lalu itu mahu mengelak bau busuk syabu yang dimasak boleh dihidu pekerja premis lain berhampiran.*

                 *SUNGAI BULOH: Tertekan dengan masalah dialami serta perasaan ingin tahu antara faktor menyebabkan berlaku kes terpencil membabitkan kes ‘benda’ tersangkut pada kemaluan. Pegawai bomba yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh Rosdi Hainan berkata, beliau pernah membantu dalam kes seumpama sebanyak empat kali sepanjang berkhidmat dalam pasukan bomba sejak 23 tahun lalu.*

                 *KUALA LUMPUR: Jajah kawasan parkir dan kaki lima premis. Itu yang berlaku ketika pemeriksaan dilakukan petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di deretan kedai makan terletak di Jalan Danau Niaga 1 dan Jalan Usahawan di sini. Pemeriksaan mendapati bahagian dalam premis dipenuhi gerai manakala di luar premis pula diletakkan kerusi meja hingga menghalang lalu lintas di laluan berkenaan.*

                 *LELAKI maut selepas dibelasah sekumpulan lelaki di tempat letak kereta Blok G, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai, Lembah Subang, kelmarin. Dalam kejadian jam 7 pagi, mangsa dikatakan sedang tidur sebelum sekumpulan lelaki masuk ke rumahnya dan menariknya keluar sehingga ke tempat letak kereta berkenaan.*
         
            
*SEANTERO BENUA*
================


            *PORTLAND: Lelaki mendapat padah selepas cuba merasuah pegawai penguatkuasa semata-mata kerana tidak lagi mencintai isterinya.*
             *Ini berbeza dengan keadaan sebelum perkahwinan apabila dia sanggup berbelanja besar untuk membawa wanita dicintainya dari El Salvador itu masuk ke Amerika Syarikat dan berkahwin dengannya.*
             *Apabila hubungan mereka tidak lagi seperti dulu, lelaki berusia 48 tahun itu merancang untuk mengusir isteri dan anak perempuannya pulang ke El Salvador dengan merasuah seorang pegawai, lapor portal berita di sini.*

           *BANGKOK: Agensi anti rasuah Thailand mengesyaki pembabitan pegawai pendidikan negeri tertentu menggelapkan wang subsidi pendidikan dengan memalsukan nama lebih 200 pelajar.*
          *Aktiviti memalsukan nama pelajar bagi tujuan itu menyebabkan kewujudan golongan 'pelajar hantu', lapor portal berita Bangkok Post.*
            *Ia juga merujuk kepada pelajar yang mendaftar untuk sekolah tetapi tidak hadir atau tidak menghadiri kelas.*

          *PARIS: Asap akibat perusuh membakar perabot, malah kenderaan di jalan raya menyelubungi Paris ketika ribuan orang menyertai perhimpunan membantah kenaikan harga minyak.*
            *Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap penunjuk perasaan ‘Jaket Kuning’ yang memenuhi Paris dengan Champs Elysee menjadi ‘medan perang’.*
           *Sebuah treler meletup selepas dibakar di Champs Elysees dan seorang lelaki yang cuba menyerang anggota bomba ditangkap perusuh.*

          *WASHINGTON : Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo semalam menggesa Pakistan mengambil tindakan terhadap individu bertanggungjawab dalam letupan bom di Mumbai pada 2008 susulan ganjaran bernilai AS$5 juta (RM20.9 juta) yang ditawarkan untuk menangkap suspek.*
          *Pengumuman berkenaan dibuat pada malam ulang tahun kesepuluh serangan berkenaan yang meragut 166 nyawa dan mencederakan ratusan lain selepas militan Islam dari Pakistan bertindak ganas di pusat kewangan India itu selama tiga hari.*

         *VIENNA: Lebih dari separuh wanita yang maut dibunuh tahun lalu menemui ajal di tangan pasangan atau anggota keluarga sendiri, menjadikan rumah antara tempat paling berbahaya buat golongan itu.*
         *Kajian terbaru Pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Jenayah dan Dadah (UNODC) yang dibentangkan pada Hari Membanteras Jenayah Terhadap Wanita Antarabangsa semalam menganggarkan bahawa 50,000 atau 58 peratus dari 87,000 kes bunuh membabitkan golongan berkenaan di seluruh dunia tahun lalu dilakukan pasangan atau ahli keluarga.*

        *LIMA penghantar dadah terbunuh dalam kejadian berbalas tembak dengan sepasukan tentera Thailand yang meronda di banjaran gunung Nangnon di daerah Mae Sai, Wilayah Chiang Rai, kira-kira 700 meter dari sempadan Thailand-Myanmar.*
         *Pertempuran selama 15 minit itu berlaku lewat malam semalam apabila pasukan tentera mengesan tujuh lelaki membawa karung berisi dadah di hutan berkenaan, kata Rejimen Kavalri Kedua, Pasukan Phanmuang.*

           *SEORANG putera kanan Arab Saudi menyatakan keraguan terhadap laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) bahawa Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MbS) mengarahkan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di Istanbul bulan lalu berkata, agensi itu tidak boleh diharap mencapai rumusan kukuh.*
            *”CIA tidak semestinya adalah piawaian tertinggi kesahihan atau ketepatan dalam menilai keadaan. Contohnya banyak,” kata anggota kanan keluarga diraja, Putera Turki al-Faisal, kepada wartawan di Abu Dhabi, semalam.*

         *PEGAWAI polis India berhadapan dengan suku kaum yang membunuh mubaligh Kristian Amerika Syarikat, dalam usaha terbaru mengesan mayat lelaki berkenaan di pulau terpencil itu, kata polis smlm.*
             *Pasukan polis, yang menaiki bot ke pulau Sentinel Utara yang ditadbir India semalam, ternampak lelaki puak Sentinelese di pantai, lokasi John Allen Chau, dilihat kali terakhir, kata ketua polis daerah, Dependra Pathak.*
         *Menggunakan teropong, pegawai yang berada dalam bot polis kira-kira 400 meter dari pantai, melihat kumpulan lelaki bersenjatakan panah, senjata yang dilaporkan digunakan untuk membunuh Chau ketika mangsa menyampaikan dakyah Kristian kepada mereka.*


*TULAR / POPULAR*
================


        ♂ *POLIS memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan dengan menularkan insiden di tapak Kuil Sri Maha Mariamman di Selangor, sehingga boleh menimbulkan ketegangan kaum.*
           *Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, beliau percaya ada segelintir kumpulan mempunyai agenda dan niat tertentu apabila menyebarkan isu itu kepada orang ramai.*
         *Sehubungan itu, katanya polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas mereka kerana menggugat keharmonian dan keselamatan negara.*

          *KEMENTERIAN Kesihatan menasihatkan pengguna supaya tidak memakan sayur Romaine lettuce yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berikutan laporan sayur berkenaan dicemari bakteria patogenik Escherichia coli (E-Coli) di negara itu.*
          *Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia ada mengimport Romaine lettuce dari AS dan kementerian sudah mengenakan tindakan penguatkuasaan “Tahan, Uji dan Lepas” (TUL) terhadap sayur jenis itu yang diimport.*
          *”Pengguna dinasihatkan supaya menyemak label produk untuk mengenal pasti negara asal produk dan pengguna yang sudah membeli sayur Romaine lettuce dari AS dinasihatkan supaya tidak memakannya.*

           *MASJID Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, yang mendapat jolokan sebagai Masjid Russia kerana seni binanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Russia berjaya menarik perhatian orang ramai.*
             *Berdiri gah di kawasan sawah padi di tengah-tengah kampung itu, masjid itu yang dicetuskan pembinaannya oleh Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh, kira-kira enam tahun lalu.*
             *Ia kini menjadi antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan orang ramai sama adapenduduk tempatan mahu pun rakyat dari negeri luar.*

         *NAYOGA: Seekor gorila menjadi popular di sebuah zoo di bandar ini selepas ribuan pengunjung datang semata-mata untuk melihat dan merakam wajahnya yang tampan.*
            *Dalam satu undi yang dilakukan Zoo dan Taman Botani Higashiyama di bandar ini meletakkan gorila berkenaan yang dinamakan Shabani sebagai haiwan paling popular.*
             *Daripada 19,316 undian yang dibuat pengunjung dari 6 Oktober hingga 4 November lalu, Shabani menduduki tempat pertama diikuti beruang koala dan gajah.*
             *Zoo berkenaan memberitahu, gorila berusia 22 tahun itu popular kerana ramai pengunjung tertarik dengan wajahnya yang tampan dan pandai bergaya di depan kamera.*

           *HONG KONG: Anak perempuan aktor Jackie Chan, Etta Ng Chok Lam, 19 smlm, mengesahkan sudah berkahwin dengan kekasihnya, selebriti internet warga Kanada, Andi Autumn.*
                 *Ng memuat naik gambar perkahwinannya bersama pasangan yang masing-masing mengenakan gaun pengantin putih di Instagram sambil memegang sijil perkahwinan bertarikh 8 November 2018.*
             *Pada gambar itu juga tertera tulisan Ng “disatukan oleh undang-undang dan cinta, di hari perkahwinan kami”.*
          *Ramai pengguna internet turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu di Instagram termasuk di Weibo.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


           *TURIN: Cristiano Ronaldo berada pada tahap terbaik dan berazam mahu membalas dendam pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini menentang Valencia selepas dilayangkan kad merah berdepan kelab Sepanyol itu pada perlawanan pertama.*
         *Juventus pula hanya memerlukan seri di Turin untuk mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati pertandingan kelab elit Eropah itu.*
              *”Gembira dapat membantu pasukan mencipta satu lagi kemenangan penting,” kata pemain berusia 33 tahun itu menerusi media sosial selepas menjaringkan gol ke-10 buat pasukan gergasi Itali itu Sabtu lalu ketika menang 2-0 ke atas SPAL.*

            *ABU DHABI: Juara dunia lima kali, Lewis Hamilton mengakui tidak mempunyai keinginan tinggi untuk cuba menyamai rekod tujuh kejuaraan dunia dilakar pemandu terhebat sepanjang zaman, Michael Schumacher.*
          *Malah tegas pemandu Mercedes AMG PETRONAS itu, dia tidak akan pernah berasa menyesal andai tidak mampu menyamai rekod Schumacher.*
            *”Tidak, ketika ini ia bukanlah keinginan utama saya dan bukan juga sesuatu yang menjadi sasaran.*

            *KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita Belanda menjuarai Trofi Juara-Juara di Changzhou, China semalam manakala pasukan lelakinya pula adalah pilihan utama pada kempen Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India.*
           *Malangnya Belanda, Jerman dan Pakistan diletakkan bersama Malaysia dalam Kumpulan D - oleh kerana kedudukan Malaysian Tigers di ranking ke-12 dunia.*
         *Skuad kendalian Roelant Oltmans membuka kempen Piala Dunia menentang pasukan disegani Belanda yang juga juara dunia tiga kali, Sabtu ini.*

            *KUALA LUMPUR: ‘Magis’ Rosman Razak sebagai ketua jurulatih beregu wanita negara mula membuahkan hasil positif.*
            *Dalam tempoh tiga minggu, anak buahnya berjaya meraih dua gelaran antarabangsa-Vivian Hoo-Yap Cheng Wen menjuarai Terbuka Macau pada 4 November lalu manakala Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean bergelar juara kejohanan Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India, semalam.*
         *Kedua-dua kejohanan itu bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300.*

           *KUALA LUMPUR: Taktikal dan corak permainan Thailand sepanjang Piala AFF menjadi ‘bahan kajian’ jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelang aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.*
            *Justeru, skuad Gajah Perang itu juga perlu berhati-hati dengan perangkap Harimau Malaya walaupun mereka dianggap sebagai pasukan pilihan untuk mara ke final edisi kali ini.*
             *Mengakui Thailand memiliki skuad serba lengkap, Cheng Hoe bagaimanapun tidak menafikan kemampuan anak buahnya dalam usaha meraih bekalan selesa sebelum bertandang ke Stadium Rajamangala bagi aksi timbal balik pada 5 Disember depan.*

          *ALOR SETAR: Semangat perjuangan kental bersama Kedah antara sebab pemain berpengalaman Baddrol Bakhtiar tetap memilih untuk terus kekal bersama skuad Lang Merah pada aksi Liga Malaysia musim 2019.*
           *Menurutnya, walaupun beberapa kelab ternama sebelum ini ada menghubunginya, beliau tetap memilih Kedah kerana tidak dapat menyembunyikan perasaan semangat dan sayangnya kepada pasukan yang diwakili sejak musim 2005.*
         *”Saya sangat terharu serta sebak apabila mengetahui penyokong Kedah masih sayangkan saya dan memberi sokongan berterusan di kala jatuh bangun pasukan selama 13 tahun saya beraksi.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2018 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 27/11/2018 (by: MJI)

1.  KOTA BHARU 26 Nov. - Pergaduhan antara wakil pemaju dengan penganut Hindu ketika proses pengambilalihan hartanah dan pemindahan Kuil Sri Mariamman di Subang Jaya, Selangor menjadi punca sebenar rusuhan yang berlaku di kuil terbabit, awal pagi ini. Timbalan KPN, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, mesej tular serta khabar angin mengaitkan kejadian tersebut dengan isu perselisihan kaum antara orang Melayu dan India adalah tidak benar dan perlu dihentikan segera.

2.  KUALA LUMPUR 26 Nov. – PDRM diarah mengambil langkah-langkah perlu bagi mengawal keadaan berikutan insiden pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, awal pagi tadi. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis juga diminta menyiasat secara terperinci kes berkenaan.

3.  SHAH ALAM 26 Nov. - Polis telah mengenal pasti dalang insiden kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights dekat sini awal pagi tadi. KPN, Tan Sri Muhammad Fuzi Harun berkata, setakat ini pihaknya telah menahan 17 lelaki warga tempatan termasuk enam yang cedera dan kesemuanya berada di lokasi kejadian ketika insiden berlaku.

4.  DOHA 26 Nov. - Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada majlis penyampaian anugerah 'Third Sheikh Tamim International Anti-Corruption Excellence Award' yang dijadual berlangsung di Putrajaya bulan depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

5.  KUALA LUMPUR 26 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan PH hari ini menggunakan segala kuasa kerajaan, agensi kerajaan dan media di bawah kawalan mereka untuk terus mempengaruhi pemikiran rakyat demi memburukkan nama beliau biarpun kes 1MDB menunggu perbicaraan di mahkamah. Terbaru ialah dakwaan melalui kenyataaan media Jabatan Audit Negara bahawa bekas pegawainya pada awal tahun 2016 pernah cuba untuk menyembunyikan fakta bahawa Jho Low pernah menghadiri satu mesyuarat di 1MDB.

6.  KRAKOW (Poland) 26 Nov. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak pencinta kegiatan lasak di Poland supaya memilih negeri itu sebagai lokasi aktiviti mereka. Menurut baginda, Perlis adalah negeri yang indah dengan landskap alam berbukit yang sesuai bagi kegiatan ‘rock climbing’ atau memanjat batu.

7.  KIEV Nov. 26 - Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata pada hari ini beliau akan mencadangkan bahawa parlimen mengisytiharkan undang-undang tentera di negara itu selepas tentera Rusia menyerang dan merampas tiga kapal tentera laut Ukraine di Laut Hitam. Parlimen pada hari Isnin boleh memutuskan sama ada untuk meluluskan undang-undang tentera, yang akan menyekat kebebasan awam dan memberi kuasa kepada institusi kerajaan.

8.  PETALING JAYA 26 Nov. - Bantahan terhadap penempatan semula sebuah kuil Hindu di Seafield di sini yang kecoh awal pagi ini, kembali terkawal apabila polis mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian. Pihak polis ketika dihubungi memberitahu, anggota polis telah dihantar ke lokasi kejadian sebaik tercetusnya ketegangan itu.

9.  KUANTAN 26 Nov. - Seorang mekanik di daerah ini kerugian RM20,000 selepas terperdaya dengan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan SPRM. Ketua JSJK negeri, Supt. Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa menerima panggilan telefon kira-kira pukul 3.40 petang semalam daripada suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai kakitangan SPRM.

10.  KUALA LUMPUR 26 Nov. - Kira-kira 18 kenderaan terbakar dalam kejadian rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, di sini, awal pagi tadi. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, perselisihan faham antara dua kumpulan tersebut berpunca daripada isu perpindahan tapak kuil berkenaan.

11.  KUALA LUMPUR 26 Nov. - Pengedar jenama Benelli di Malaysia, Mforce Bike Holdings, melancarkan tiga model baharu edaran syarikat itu di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS'18) di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini. Model tersebut adalah Benelli 502C, Benelli TRK251 dan Benelli Leoncino 250.

12.  KUALA LUMPUR, 26 Nov - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan harga minyak mentah meneruskan aliran rendah dengan mencecah paras terendah dalam tempoh 11 bulan. Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1940/1990 berbanding dolar AS daripada 4.1920/1960 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

13.  IPOH, 26 Nov - Armada Bersatu Perak mendesak kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Perak menyiasat dakwaan bahawa terdapat exco kerajaan negeri berkomplot dengan ADUN pembangkang untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak, kata Ketua Armada Bersatu Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh.

14.  SONGKLA, 26 Nov - Dua anggota keselamatan dan seorang penolong ketua kampung mati ditembak ketika bertugas mengawal keselamatan di pasar malam Kampung Thayi, Thepa di wilayah Songkla. Ketiga-tiga mereka ditembak ketika berada dalam sebuah pondok dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang semalam (waktu tempatan).

15.  PORT DICKSON 26 Nov. - Sungai Pak Mail di Taman Desaru, Lukut dekat sini dicemari minyak hitam yang dipercayai mengalir dari sebuah kilang kira-kira pukul 7 pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, pencemaran itu dikesan oleh seorang penduduk yang bertindak menghubungi pihak bomba.

16.  WELLINGTON 26 Nov. - Kira-kira 145 ekor ikan paus ditemukan mati terdampar di sebuah kawasan terpencil di Pulau Stewart. Kejadian itu disedari oleh seorang pendaki kelmarin di pulau berkenaan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bahagian selatan Pulau Selatan. Separuh daripada ikan paus yang ditemukan telah mati dan pihak berkuasa tempatan terpaksa ‘mematikan’ selebihnya ekoran kesukaran untuk mengakses lokasi berkenaan serta keadaan kesemua ikan paus yang semakin teruk.

17.    KUALA LUMPUR 26 Nov. – ADUN Tebing Tinggi, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, beliau sama sekali tidak tahu namanya disebut-sebut bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak. Katanya, desas-desus tersebut tiada kaitan dengan beliau kerana ia sudah lama diperkatakan sejak sebelum PRU-14 lagi.

18.  KUALA LUMPUR 26 Nov. - Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang akan dipanggil ke SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB hari ini. Menurut sumber, Ambrin akan hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 3 petang ini.

19.  KUALA LUMPUR 26 Nov. - Tertuduh yang didakwa membunuh bayi perempuan berusia 11 bulan, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara hanya akan didakwa mengikut undang-undang di bawah mahkamah sivil dan tidak akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak. Timbalan Menteri di JPM, Mohamed Hanipa Maidin memberitahu, kes berkenaan disifatkan sebagai jenayah membunuh, maka tiada keperluan untuk membawa ke Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak.

20.  KUALA LUMPUR 26 Nov. - MAHA 2018 seakan-akan membangkitkan suasana Hari Raya Aidilfitri apabila rendang maman yang menjadi menu wajib bagi rakyat Negeri Sembilan turut dipamerkan pada 11 hari pameran itu. Malah harga yang dijual serendah RM15 sebekas itu memberi peluang kepada pengunjung ke MAHA 2018 untuk merasai sendiri keenakan serta kelazatan rendang yang diperbuat daripada pokok maman sendiri.

21.  KUALA LUMPUR 26 Nov. - Akhbar Utusan Malaysia dipersoalkan kerana mengeluarkan dua hari lebih awal berhubung arahan bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meminda laporan asal 1MDB. Perkara tersebut dipersoalkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang turut mempertikaikan sama ada wajar atau tidak tindakan akhbar tersebut.

22.  KUALA LUMPUR 26 Nov. – PNB melancarkan biografi korporat pertamanya bertajuk 'In Trust: A History of PNB'. Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, biografi itu menceritakan sejarah penubuhan PNB sebagai alat penting DEB yang dilaksanakan demi menangani ketidakseimbangan sosial pada 1970-an di Malaysia.

23.  PUTRAJAYA 26 Nov. - Tan Sri Shukry Mohd. Salleh disingkirkan daripada jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Rakyat berkuat kuasa serta-merta berikutan keterlibatan dalam Laporan Asal Audit 1MDB. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, tindakan berkenaan dibuat selaras dengan Seksyen 5 dan subperenggan 2(2) Jadual Pertama Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) 1978 (Akta 202).

24.  KUALA LUMPUR 26 Nov. - Langkah memperbanyakkan lagi calon-calon wanita bertanding dalam pilihan raya penting demi memastikan sasaran 30 peratus wanita menjadi Ahli Dewan Rakyat dan DUN berjaya. Timbalan Menteri KPWKM, Hannah Yeoh berkata, setiap presiden atau kepimpinan tertinggi parti politik sendiri perlu bersikap terbuka untuk memberi peluang kepada calon-calon wanita.

25.  KUALA LUMPUR 26 Nov. - Bot nelayan asing dari Vietnam dikesan paling tinggi menceroboh kawasan perairan negara bagi tujuan penangkapan negara sepanjang tahun ini. Sambil menyifatkan kes pencerobohan kapal atau bot nelayan asing ke dalam kawasan negara sebagai amat serius, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin memberitahu sebanyak 83 bot nelayan Vietnam telah dikesan menceroboh kawasan perairan negara daripada 97 kes yang dilaporkan tahun ini.

26.  IPOH 26 Nov. – PH Perak menafikan dakwaan UMNO bahawa wujud gerakan untuk menjatuhkan MB, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu oleh beberapa exco kerajaan negeri menerusi usul undi tidak percaya. Ketua Pemuda Pakatan Harapan Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, sebaliknya UMNO dicabar supaya mendedahkan siapakah exco yang dimaksudkan.

27.  KAJANG 26 nov. - Polis menahan tujuh lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan mansor berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar ibu negara dan Selangor antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari tadi.

28.  SHAH ALAM 26 Nov. – MB Selangor, Amirudin Shari yakin insiden rusuhan berhubung isu kuil Seafield Sri Maha Mariamman, awal pagi semalam, akan dapat ditangani dengan berkesan oleh pihak keselamatan. Beliau sehubungan itu turut menggesa semua pihak bertenang dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan bersifat perkauman, kebencian serta menghasut.

29.  IPOH 26 Nov. - Bekas MB Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir meninggal sesi pendengaran awam PAC berkaitan akaun anak syarikat kerajaan negeri, MB Inc. di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. Zambry bertindak demikian setelah berhujah hampir 45 minit dihadapan Pengerusi PAC Perak, Leong Cheok Keng mengenai prosedur pendengaran awam tersebut yang disifatkannya tidak mengikut tatacara dan peraturan yang diamalkan selama ini.

30.  PUTRAJAYA 26 Nov.- Perkhidmatan terbaharu ujian patologi iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) dan molekul terhadap kanser boleh mengesan penyakit itu dalam tempoh beberapa jam berbanding kaedah sebelum ini yang mengambil masa beberapa hari, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Azman Abu Bakar.

31.  SUBANG JAYA 26 Nov. - Seorang lelaki dipercayai pekerja pembinaan warga asing dipukul beramai-ramai selepas disyaki membakar rumah kongsi yang terletak di belakang Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya di sini sebentar tadi. Lelaki terbabit yang kelibatnya dilihat berada di bahagian belakang rumah kongsi sebelum kebakaran berlaku, mulanya cuba diselamatkan orang ramai berikutan api marak terlalu cepat.

32.  KOTA TINGGI 26 Nov. - Seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas dakwaan membunuh rakan senegaranya pada 4 November lalu. Tertuduh, Zainul Watoni, 31, didakwa melakukan perbuatan itu berdekatan Jalan Pintu Palang, Blok 5, Petak D12, Ladang Kambau di sini. Berdasarkan kertas pertuduhan, Zainul yang berasal dari Lombok didakwa membunuh dan menyebabkan kematian terhadap Rizal Muhamad, 37.

33.  KAJANG 26 Nov. - Polis menumpaskan sindiket makmal dadah haram dan merampas dadah jenis syabu bernilai RM3.55 juta dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Hi Tech 5, Semenyih, di sini pada Rabu lalu. Dalam serbuan dijalankan, pihak polis turut menahan sembilan lelaki berusia 27 hingga 51 tahun termasuk empat anggota polis yang disyaki terlibat dengan sindiket ini.

34.  SHAH ALAM 26 Nov. - Kekeliruan kawasan penyelenggaraan sistem saliran termasuk longkang, jalan raya serta sungai oleh agensi berkaitan adalah antara punca berlakunya masalah banjir dan banjir kilat di Selangor. Exco negeri, Izham Hashim bagaimanapun berkata, kekeliruan itu adalah perkara awal yang diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri dan pihaknya sedang mengambil langkah terbaik menyelesaikan isu terbabit.

35.  KUALA LUMPUR 26 Nov. – MP Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai mewakili BN menasihati Menteri Kewangan, Lim Guan Eng supaya berhenti daripada terus memberikan imej buruk kepada pimpinan kerajaan sebelum ini. Beliau sedar perkataan yang sering diulang-ulang seperti perompak yang dilontarkan kepada BN boleh mempengaruhi pemikiran rakyat. Namun baginya, tuduhan sebegitu tidak wajar terkeluar daripada mulut seorang menteri kanan.

36.  TEHRAN 26 Nov. - Gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter menggegarkan wilayah Kermanshah, barat Iran semalam. Pusat gempa terbabit berada kira-kira 17 kilometer di barat daya bandar Sarpol-e Zahab. Sekurang-kurangnya 700 orang dilaporkan cedera di bandar terbabit dan bandar Gilan-e Gharb.

37.  KUALA LUMPUR 26 Nov. - Pas hari ini menempelak saranan Datuk Mahfuz Omar dan meminta supaya Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu yang membuat ‘kenduri pisang’. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jawatankuasa penganjur himpunan besar-besaran bagi membantah ICERD akan menukar kaedah penganjuran program pada 8 Disember depan tetapi mengikut format yang dibincangkan.

38.  KUALA LUMPUR 26 Nov. - Syarikat pemaju yang didakwa terlibat dalam insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman di Putra Heights tampil menafikan pelbagai teori kononnya mereka merupakan pencetus kekocohan tersebut. One City Development Sdn. Bhd. (One City) hari ini menegaskan bahawa dakwaan kononnya pihak syarikat itu yang `mengorkestrakan' kejadian rusuhan tersebut sebagai satu penipuan berniat jahat.

39.  IPOH 26 Nov. - Bantahan bekas MB, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir serta keengganannya mengikuti sesi pendengaran awam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) akan dirujuk akan dirujuk kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Ngeh Ko Ham, esok, kata Pengerusi PAC, Leong Cheok Keng.

40.  PETALING JAYA 26 Nov. - Perbicaraan kes pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil atas pertuduhan membuat laporan polis palsu berhubung dakwaan dianiaya tiga rakan artis yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan ke Februari 2019 oleh Mahkamah Majistret di sini. Majistret Salamiah Salleh, memutuskan demikian selepas pihak pembelaan memohon untuk meneliti pertuduhan pindaan yang baru dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

41.  KUALA TERENGGANU 26 Nov. - Di sebalik jaminan oleh Kerajaan Pusat bahawa Terengganu tidak akan dianaktirikan, dan akan tetap menerima royalti minyak yang menjadi sumber utama pergantungan negeri, kalangan penyokong kerajaan masih menyuarakan kebimbangan. Hilmi Harun (Pas -Manir)  mendoakan pendirian kerajaan Pusat tidak berubah, kekal pada janji dan harga bahan itu di pasaran dunia terus stabil agar segala perancangan pembangunan dalam pelbagai aspek.

42.  KUALA LUMPUR 26 Nov. - Dakwaan pemimpin UMNO bahawa wujudnya gerakan serius mahu menjatuhkan kepemimpinan MB Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disangkal sekeras-kerasnya MP Teluk Intan, Nga Kor Ming. Sambil menyifatkan tohmahan berniat jahat itu sebagai tidak berasas, Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Negeri Perak yakin 31 ADUN PH di negeri itu memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepemimpinan Ahmad Faizal.

43.  SEPANG 26 Nov. - Persimpangan bertingkat Bandar Serenia yang terletak di KM35 Lebuh Raya Utara - Selatan Hubungan Tengah (Elite) di sini akan dibuka bermula tengah malam ini. Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, persimpangan bertingkat itu yang terletak di antara persimpangan bertingkat Nilai dan KLIA dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan Dengkil, Kota Warisan, Bandar Serenia dan sekitar.

44.  KOTA BHARU 26 Nov. - Pas tidak yakin Putrjaya akan mengotakan janjinya untuk tidak meratifikasi ICERD. Justeru, parti itu akan tetap meneruskan harsatnya untuk mengadakan perhimpunan membantah ratifikasi konvensyen PBB itu kerana ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan negara, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

45.  PETALING JAYA 26 Nov. - Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari hari ini memberi keterangan kepada pihak polis berhubung laporan mengaitkannya dengan dakwaan cubaan dirasuah wang RM5 juta oleh kerajaan terdahulu. Selepas tamat prosiding mahkamah membabitkan Farid Kamil, 37, dia terus dibawa masuk ke dalam bilik saksi di kompleks mahkamah di sini sebelum keterangannya direkodkan pegawai polis dari IPD Petaling Jaya.

46.  KUALA LUMPUR 26 Nov.- SPRM menahan reman lima individu termasuk seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berpangkat Datuk selepas dipercayai menerima rasuah. Empat lagi individu yang ditahan iaitu tiga pegawai dari jabatan sama dan seorang ahli perniagaan. Pada mulanya, Datuk berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10 pagi, semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor Bahru.

47.  MELAKA 26 Nov. - Seorang pesara tentera maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh tiga buah kereta dari arah berasingan di bulatan Malim Jaya di sini awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, mangsa, Zulkeflee Ismail, 49, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kaki, kepala dan badan.

48.  PORT DICKSON 26 Nov. - Kerajaan negeri yakin kira-kira 42,000 akaun pengguna yang terjejas akibat masalah bekalan air di daerah ini dan Rembau dapat dipulihkan sepenuhnya menjelang pukul 8 pagi esok. MB, Aminuddin Harun berkata, kerja-kerja membina semula tebing di LRA Sungai Linggi yang runtuh tengah hari semalam sehingga menyebabkan masalah itu sedang dijalankan.  

49.  SUBANG JAYA 26 Nov. - Penganut agama Hindu dari kuil di Seafield akan membuat laporan polis berikutan rusuhan yang berlaku awal pagi tadi melibatkan kumpulan lain yang didakwa menyebabkan rumah ibadat tersebut rosak dan mencederakan ahlinya. Terdapat kumpulan yang memasuki kuil tersebut tanpa kebenaran dan menyuruh penganut agama itu keluar dari situ.

50.  BUTTERWORTH 26 Nov. - Dua pelajar sekolah ditahan dalam satu operasi membanteras kegiatan lumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) awal pagi ini. Turut ditahan dalam operasi bersepadu khas yang bermula pukul 5 petang semalam dan berakhir 2.30 pagi ini adalah empat lagi rakan mereka yang bekerja sendiri serta penganggur.

51.  KOTA BHARU 26 Nov. - Kerajaan Pas Kelantan mengambil langkah tunggu dan lihat berhubung royalti minyak seperti mana yang dijanjikan oleh Kerajaan Pusat untuk melunaskannya pada tahun ini. Timbalan MB, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya difahamkan kerajaan Pas Terengganu telah menerima bayaran royalti minyak sebanyak RM200 juta baru-baru ini.

52.  KUALA LUMPUR 26 Nov.- Kesemua mangsa konvoi motosikal yang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler di Kilometer 405, Lebuh raya Utara Selatan arah utara berhampiran Kuala Kubu Bahru, Selangor semalam dilaporkan stabil. KPD Hulu Selangor, Supt. Lim Bak Phai berkata, tiga daripada lima mangsa yang menerima rawatan di hospital telah dibenarkan pulang manakala dua lagi masih menerima rawatan.

53.  SHAH ALAM 26 Nov. - Exco Kerajaan Negeri Selangor, V. Ganabatirau memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawabnya apabila mengaitkan insiden rusuhan di Kuil Sri Mariamman di Subang Jaya, awal pagi ini dengan sentimen agama apabila menuduh dimulakan sekumpulan orang Islam. Kenyataan tidak bertanggungjawab tersebut dimuat naik di Facebooknya beberapa jam lalu.

54.  SHAH ALAM 26 Nov. – MB Selangor, Amirudin Shari telah mengarahkan Exconya, V. Ganabatirau, membetulkan semula kenyataan tidak bertanggungjawab yang mengaitkan insiden rusuhan di Kuil Sri Mariamman awal pagi ini dengan sentimen agama. "Saya sudah bagi kenyataan, jangan ada pihak keluarkan kenyataan yang mengguris hati sehingga menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan rakyat”, katanya.

55.  KUALA LUMPUR 26 Nov. - Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy meminta semua pihak bertenang sehingga siasatan penuh dijalankan atas insiden rusuhan di kuil Seafield di Subang Jaya dekat sini, semalam. Beliau telah menghubungi Timbalan KPN, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan berjanji bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan atas insiden tersebut.

56.  KUALA LUMPUR 26 Nov. - Zoo Negara akan membuka rumah pameran reptilia terbesar di dunia pada pertengahan tahun hadapan sebagai tarikan baharu pengunjung sama ada dari dalam mahupun luar negara. Pengarah Zoologi dan Veterinar Zoo Negara, Dr. Mat Naim Ramli berkata, setakat ini, rumah pameran seluas 0.4 hektar itu telah 94 peratus siap manakala pihak zoo juga telah menyediakan 18 spesis reptilia yang akan ditempatkan di situ.

57.  KUALA LUMPUR 26 Nov. - Dalam menggalakkan golongan wanita yang telah berhenti bekerja untuk kembali menyumbang kepada pembangunan negara, kerajaan akan memberi pengecualian cukai untuk tempoh 12 bulan bermula tahun hadapan kepada mereka yang layak, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran.

58.  KUALA LUMPUR 26 Nov. - Mula menternak udang kara sebagai hobi namun kini mampu memberi pendapatan sekitar lima angka. Tindakan nekad yang diambil Ketua Pegawai Operasi SMaju Agro Venture, Suhaidy Shuib meninggalkan kerjaya di perkhidmatan awam berhasil apabila projek ternakan udang karanya memberikan pulangan lumayan.

59.  KUALA LUMPUR 26 Nov. - Pindaan laporan audit 1MDB disifatkan sebagai tindakan serius dan amat mengecewakan sekiranya benar-benar berlaku. Itu merupakan luahan MP Rembau, Khairy Jamaluddin yang menegaskan laporan audit daripada Jabatan Audit Negara seharusnya bebas dan berkecuali serta tidak boleh diarahkan untuk membuat pindaan.

60.  KANGAR 26 Nov. - Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas terhadap rumah-rumah ibadat yang dibina tanpa mengikut peraturan yang sah, apatah lagi didirikan secara haram di atas tanah bukan milik penganut agama itu. Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, lebih malang lagi, bukan sahaja melanggar peraturan tetapi apabila diminta berpindah, golongan ini menuntut pula pampasan dan tanah yang baharu.

BERITA SUKAN:

1.  SEREMBAN 26 Nov. - Skuad Harimau Malaya diingatkan supaya berwaspada dengan ancaman penye-rang berbisa Thailand, Adisak Kraisorn dalam pertemuan separuh akhir pertama bola sepak Piala AFF, Sabtu ini. Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Tan Cheng Hoe berkata, pemain itu tidak boleh diberi ruang kerana dia bijak menghukum sebarang kelalaian benteng pertahanan.

2.  LONDON 26 Nov. – Bintang Chelsea, Eden Hazard tidak menolak kemungkinan dia akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini. Hazard yang sudah tujuh musim di Stamford Bridge, sering dikaitkan dengan perpindahan ke gergasi La Liga, Real Madrid. Bintang Belgium itu yang memiliki kontrak sehingga 2020 berkata, dia mungkin berhijrah pada penghujung musim, tetapi ada kemungkinan akan kekal di Chelsea.

3.  IPOH 26 Nov. - Jawatankuasa Eksekutif Pafa bersetuju dengan permintaan ahli gabungan yang mahu MB Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjadi Presiden persatuan itu. Pemangku Presiden Pafa, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata, sehubungan itu Pafa akan mengadakan Kongres Luar Biasa pada 6 Disember ini bagi membolehkan pelantikan Ahmad Faizal.

4.  KUALA LUMPUR 26 Nov. – Selepas meninggalkan JDT, bekas ketua pasukan kebangsaan Safiq Rahim dijangka kembali menyertai pasukan lamanya, Selangor bagi mengharungi musim 2019. Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sedang mengadakan rundingan bagi mendapatkan khidmat pakar sepakan bebas itu bagi memperkuatkan semula pasukan Red Giants.

5.  KUALA LUMPUR 26 Nov.- Penyerang skuad Bawah 19 tahun negara (B-19), Hadi Fayyadh Abdul Razak nyata tidak lagi berasa janggal apabila buat kali kedua menjalani latihan bersama pasukan Fagiano Okayama yang beraksi di divisyen dua Liga Jepun (J2). Bekas pnyerang JDT yang berada di sana sejak 22 November lalu mengakui sudah menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan dan jurulatih yang dilihat tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dengannya.

6.  KUALA LUMPUR 26 Nov. – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan kejayaan beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean di Siri Jelajah Dunia 300 di Lucknow, semalam sebagai permulaan yang baik terutama menjelang aksi kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula Mei tahun hadapan.

7.  ABU DHABI 26 Nov. - Fernando Alonso mengucapkan selamat tinggal kepada Formula 1 (F1) dengan gaya tersendiri, apabila pemandu Sepanyol itu melakukan pusingan donut di hadapan peminat sebaik perlumbaan penutup musim Grand Prix Abdu Dhabi berakhir, semalam.

8.  BARCELONA 26 Nov - Luis Suarez berdepan cabaran untuk kembali cergas untuk saingan terakhir Barcelona dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara bertemu Tottenham selepas kelab itu mengesahkan hari ini dia mengalami kecederaan lutut. Barca sudah layak ke pusingan kalah mati tetapi pertemuan mereka menentang Spurs awal pagi Khamis ini boleh menentukan pasukan mana berkedudukan kedua Kumpulan B.

9.  TURIN 26 Nov - Cristiano Ronaldo berada pada tahap terbaik dan berazam mahu membalas dendam pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini menentang Valencia selepas dilayangkan kad merah berdepan kelab Sepanyol itu pada perlawanan pertama. Juventus pula hanya memerlukan seri di Turin untuk mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati pertandingan kelab elit Eropah itu.

10.  ABU DHABI 26 Nov - Prinsipal pasukan Mercedes AMG PETRONAS, Toto Wolff menjangkakan cabaran lebih sengit musim depan ketika pasukannya bakal hadir dengan status juara dunia berganda selama lima musim berturut-turut. Jelas Wolff, cabaran itu bukan saja hadir daripada Ferrari serta pemandunya, Sebastian Vettel, malah daripada pasukan lain juga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2018 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*RABU 28 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 20 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#padamkanapikebencian*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:33, SUBUH : 05:43, SYURUK : 07:01, ZOHOR : 13:04, ASAR : 16:26, MAGHRIB : 19:01, ISYAK : 20:15.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *TUN Dr Mahathir Mohamad menjelaskan tidak timbul sama sekali isu perkauman mahupun isu agama berhubung rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya, sebaliknya ia berkaitan perpindahan kuil. Perdana Menteri berkata, berikutan itu, polis diarahkan untuk mengambil tindakan lanjut berhubung isu berkenaan kerana ia berkaitan jenayah selain menangani serta mengawal situasi dengan segera.*

                 *KANAK-KANAK perempuan ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam perigi di belakang rumahnya di Kampung Baru Cenderawasih, Sungai Miang, Pekan, smlm. Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan Deputi Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa Nur Raudah Janatul Husna Sabri, 2, dikatakan keluar melalui pintu dapur sebelum terjatuh ke dalam perigi tanpa dinding yang terletak kira-kira tiga meter dari rumahnya.*

                 *DUA beranak terjatuh dari motosikal dipercayai akibat disambar petir di susur keluar Jambatan Pulau Pinang menuju ke Georgetown, smlm. Dalam kejadian jam 2 petang, wanita berusia 40-an menunggang motosikal bersama anak lelakinya dibantu orang ramai yang kemudian menghubungi ambulans.*

                 *KAKITANGAN dan pesakit diarah mengosongkan Hospital KPJ Seremban selepas menerima ancaman bom daripada individu tidak dikenali, jam 4.45 petang smlm. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada pihak polis, jam 5.07 petang.*

                 *KERAJAAN mengekalkan hukuman sebatan sivil walaupun beberapa negara sudah memansuhkannya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, India dan Britain sudah memansuhkan hukuman itu kerana berpendapat langkah berkenaan tidak dapat mendidik tetapi lebih kepada bentuk seksaan kepada pesalah.*

                 *SYARIKAT pemaju One City Development Sdn Bhd (One City) mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi penjelasan berhubung kenyataan mengaitkan mereka dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, semalam.*

                 *POLIS sudah mengenal pasti kumpulan yang disyaki terbabit dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, semalam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya juga mempunyai petunjuk untuk memburu individu yang menjadi dalang dalam kejadian berkenaan.*

                 *MASYARAKAT Melayu dan Islam di sekitar Serkam, di Jasin diminta bertenang serta tidak mengambil tindakan sendiri berhubung penemuan ketulan daging dipercayai daging babi di perkarangan dua surau di kawasan itu, pagi smlm. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan berkata, ini kerana pihak polis sedang menyiasat pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan yang menimbulkan kemarahan masyarakat itu.*

                 *MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy memberi jaminan kerajaan tidak akan merobohkan Kuil Sri Maha Mariamman dekat USJ 25, Subang Jaya, sehingga mencapai satu kata sepakat. Waytha Moorthy berkata, pihaknya akan mencari penyelesaian sebaik mungkin termasuk mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas, bagi memastikan kuil itu dapat dikekalkan.*

                 *BEKAS sarjan tentera dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, smlm selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan merogol dan meliwat anak kandungnya yang berusia 17 tahun, dua tahun lalu.
Tertuduh berusia 44 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di rumah sewanya, di Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, jam 2 pagi pada 15 Mac 2016.*

                 *KEMENTERIAN Pengangkutan mempertimbangkan kenaikan kadar tambang bas ekspres dalam antara 10 sehingga 30 peratus. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, semakan mendapati kenaikan kadar tambang terakhir adalah pada 2009 iaitu sebanyak 31 peratus.*

                 *EXCO Kerajaan Selangor, V Ganabatirau sedia memohon maaf di atas kenyataannya yang menimbulkan kontroversi jika itu mampu meredakan ketegangan berhubung kejadian di Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dekat sini, awal pagi semalam. Beliau juga mengesahkan turut menarik perkataan ‘muslim groups’ dan menggantikan dengan perkataan ‘kumpulan gangster’ selepas dilihat tidak sesuai selain dituduh seperti mengaitkan pembabitan agama tertentu sehingga tercetusnya ketegangan.*

                 *JABATAN Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengarahkan restoran dim sum terkenal di Jalan Raja Uda, Butterworth ditutup dua minggu.  Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Wan Mansor Hamzah berkata, pihaknya mengarahkan premis itu ditutup berikutan tahap kebersihan berada pada paras kurang memuaskan.*

                 *KAKITANGAN Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di Georgetown, smlm kerana menyebabkan kecederaan kepada doktor dan jururawat selepas membakar klinik di sebuah hospital swasta, September lalu.*

                 *TUKANG rumah hampir kehilangan telinga kanan selepas kayu penahan atap rumah seberat 40 kilogram terkena bahagian telinganya ketika sedang meroboh sebuah rumah lama di Kampung Teluk Ketapang di Kuala Terengganu, kelmarin.*

                 *POTONGAN gaji bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibuat sebaik gaji peminjam mencecah RM2,000 sebulan. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, perkara itu diputuskan Kabinet pada mesyuarat Jemaah Menteri, 23 November lalu.*

                 *MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, diharap tidak menggunakan jawatan dalam kerajaan untuk mencetuskan provokasi agama di negara ini. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengingatkan Waytha Moorthy dan pihak lain supaya tidak cuba menjadi wira berhubung kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.*

                 *ANGGOTA Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang diserang perusuh di Kuil Maha Mariamman, USJ25 1 pagi smlm, berada di dalam keadaan kritikal.*

                 *BEKAS Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zakaria Kasa, didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh smlm, atas dua pertuduhan salah guna kuasa melantik anak dan menantunya ke dua jawatan di universiti itu, empat tahun lalu.*

                 *PERTIKAIAN yang berlaku di Kuil Sri Maha Marimman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, semalam, perlu ditangani dengan baik dan mengikut proses undang-undang. Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu berkata, beliau sudah dimaklumkan bahawa insiden itu tiada kaitan sama sekali dengan isu perkauman dan agama.*

                 *GURU disiplin didakwa di Mahkamah Majistret di Georgetown, atas tuduhan membunuh isterinya di sebuah pangsapuri di Air Itam, minggu lalu. Tertuduh, Lim Fong Aun, 42, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret L Umma Devi.*

                 *Alor Setar: Empat warga Finland yang ditahan selepas disyaki mengedar pen dan buku tertera pernyataan dari Bible di Langkawi dihantar pulang ke negara mereka. Keempat-empat warga Finland terbabit yang berusia antara 27 hingga 60 tahun diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebelum dihantar pulang ke negara mereka, kelmarin.*

                 *Kuala Lumpur: Sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) berjaya membangunkan sistem pengesanan banjir pintar bertujuan unuk meramal dan mencegah bencana itu. Sistem dibangunkan penyelidik Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) UM itu berfungsi dengan menganalisis gambar saluran air dan sungai.*

                 *KANAK-KANAK lelaki berusia sembilan tahun maut selepas basikal yang ditunggangnya dilanggar kereta di Kuala Besar, Kota Bharu, 3.45 petang semalam. Mangsa Wan Adi Airiel Wan Azman, 9, maut selepas parah di kepala dan badan. Mayat murid Tahun Tiga itu kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.*

                 *Port Dickson: Tindakan pantas penduduk menghubungi bomba berjaya menghalang tumpahan minyak akibat kebocoran tangki di sebuah kilang. dari terus merebak dan mencemari Sungai Pak Mail, di sini, semalam.*

                 *Kota Kinabalu: Seorang lelaki memohon kepada mahkamah menangguhkan perbicaraan kes cabul dikenakan terhadapnya atas alasan mahu bertemu isteri terlebih dahulu. “Saya mohon diberi kebenaran untuk berjumpa isteri saya dahulu dan selepas itu saya akan minta maaf kepada semua atas kejadian yang berlaku,” kata tertuduh, 51, ketika berdiri di kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.*

                 *Pelabuhan Klang: Cubaan enam lelaki warga Indonesia menjual minyak melalui pemindahan secara haram dari sebuah kapal pengangkut kepada kapal lain memakan diri apabila dicekup pihak berkuasa di Pulau Ketam di sini, kelmarin. Mereka yang berusia antara 30 hingga 50 tahun itu ditahan ketika mahu menjual minyak seberat 12.7 tan metrik berkenaan jam 7.50 malam.*

                 *CUACA hujan tidak menghalang beberapa anggota polis bantuan dari Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad (LITRAK) mengalihkan dua kenderaan yang terbakar di jalan hadapan Kuil Maha Mariamman, USJ 25, di Subang Jaya, smlm. Kira-kira 10 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya membantu proses pemindahan itu termasuk mengawal aliran trafik.*

                 *MAYAT lelaki yang lemas selepas dibawa arus deras ketika mandi di tepi pantai, Kampung Sarang, Kota Belud, petang semalam, ditemui hari ini.
Mangsa, Molinus Marasin, 27, ditemui kira-kira 8 pagi tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kota Belud, selepas dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakan sekerjanya, 4 petang semalam.*

                 *Kota Bharu: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak boleh melaksanakan tugas selain negara akan berdepan pelbagai masalah sekiranya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu menghapuskan undang-undang sedia ada termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan itu berkata, setiap negara perlu ada undang-undang untuk menjaga keselamatan negara.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


         *NEW DELHI: Kerajaan India mengeluarkan garis panduan berat bagi beg sekolah berdasarkan usia murid kerana bimbang menyebabkan golongan itu mengalami masalah tulang belakang termasuk bongkok pada masa depan.*
             *Garis panduan itu dikeluarkan susulan kajian yang menunjukkan bagaimana bebanan seperti itu mampu menjejaskan tulang belakang yang masih lembut dan membesar.*
             *Satu kajian dilakukan Dewan Perniagaan dan Industri Bersekutu India mendapati 68 peratus kanak-kanak praremaja mungkin mengalami sakit belakang ringan, yang boleh menjadi sakit kronik seterusnya menyebabkan bongkok pada masa depan.*

           *OSLO: Syarikat kapal persiaran di Norway merancang untuk menggunakan ikan mati sebagai bahan api kapal, ketika syarikat itu berusaha mengurangkan pencemaran dan impak perubahan iklim.*
           *Sisa ikan mati daripada industri perikanan Norway yang besar akan dicampur dengan sisa organik lain untuk menghasilkan biogas.*
           *Ia akan digunakan berbanding minyak bahan bakar berat, ketika ini, kata Hurtigruten yang turut menawarkan perkhidmatan kapal persiaran ke Artik dan Antartika.*

            *SHANGHAI: Pihak berkuasa kesihatan dan etika perubatan China memulakan siasatan semalam mengenai dakwaan seorang saintis beliau mengubah gen bayi kembar yang dilahirkan awal bulan ini, menghasilkan bayi pertama yang gen mereka diubah suai.*
         *Dakwaan itu disiarkan menerusi video di YouTube.*
           *Universiti Sains dan Teknologi Southern di bandar raya Shenzhen, lokasi saintis itu, Prof Mady He Jiankui, bertugas, berkata pihaknya tidak tahu mengenai projek penyelidikan itu dan He mengambil cuti tanpa gaji sejak Februari lalu.*

            *NEW YORK : Walt Disney dan Twenty-First Century Fox Inc disaman lebih AS$1 bilion (RM4.19 bilion) semalam oleh pemilik kasino Genting Malaysia Bhd atas tuduhan melanggar kontrak berkaitan pembinaan taman tema dengan jenama Fox.*
            *Menurut Genting, ‘penyesalan penjual’ memaksa Fox dengan bantuan Disney melanggar kontrak dimeterai pada 2013 bersama Fox Entertainment Group (FEG) untuk memberi lesen kepada Fox World membina pertambahan kepada kompleks Resort World Genting.*
          *Disney tidak memberikan sebarang maklum balas ketika dihubung untuk mendapatkan komen.*

           *ANKARA: Empat askar terbunuh, manakala seorang lagi cedera selepas helikopter dinaiki terhempas di kawasan perumahan di Istanbul ketika latihan ketenteraan, kata gabenor wilayah.*
              *AFP melaporkan, dalam nahas jam 11 pagi di Sancaktepe, iaitu bahagian Asia negara itu, helikopter berkenaan terhempas berhampiran bangunan apartmen.*
          *Bagaimanapun, tiada kecederaan awam dilaporkan.*
           *Laporan media turut mendakwa helikopter itu terlanggar bumbung sebuah bangunan sebelum terhempas.*

           *NEW DELHI: Pesawat yang dalam perjalanan dari Kolkata menuju ke Mumbai terpaksa berpatah balik dipercayai akibat ancaman pengganas, lapor media tempatan, hari ini.*
            *Menurut laporan India Today, pesawat 9W 472 milik sebuah syarikat penerbangan swasta itu berpatah balik selepas seorang penumpang melihat pesanan ditulis seorang penumpang lain pada telefon bimbitnya mengenai terdapat pengganas di dalam pesawat.*
           *Penumpang itu kemudian segera memaklumkan kepada anak kapal, lapor agensi berita Xinhua.*

            *Banda Aceh: Kampung di wilayah Aceh mengharamkan sambungan Internet wayarles selepas kanak-kanak di kawasan itu didapati melayari laman sesawang lucah dan tidak pergi mengaji, kata pegawai.*
            *Ketua kampung Curee Baroh mengarahkan beberapa kafe di kawasan itu menutup sambungan Wi-Fi murah serta-merta.*
            *Kampung itu terletak di daerah Bireun yang pada awal tahun ini mengeluarkan arahan melarang lelaki dan wanita makan bersama kecuali mereka suami isteri atau mempunyai hubungan persaudaraan.*

           *SAN DIEGO: Anggota Peronda Sempadan Amerika Syarikat (AS) kelmarin melepaskan gas pemedih mata dan menembak peluru getah ke arah ribuan pendatang termasuk kanak-kanak yang dikenali sebagai ‘Caravan’ di Mexico selepas kumpulan itu menyerbu sempadan.*
            *Kanak-kanak dilihat menjerit dan batuk-batuk ketika keadaan huru-hara tercetus di pos sempadan San Ysidro Port of Entry apabila pihak berkuasa AS cuba menghalang kemasukan pendatang dari Amerika Tengah.*
         *Mail Online melaporkan, Peronda Sempadan AS terpaksa bertindak apabila beberapa pendatang cuba memotong pagar di sempadan Mexico.*


*TULAR / POPULAR*
================


         *ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang diserang sekumpulan perusuh berhampiran Kuil Sri Mariamman, Subang Jaya, smlm, dilaporkan dalam keadaan selamat.*
             *Perkara ini dinyatakan sendiri oleh tunangnya, Nurul Najihah, menerusi hantaran dalam laman sosial Facebook miliknya semalam.*
            *Nurul dalam hantarannya menyatakan Adib yang juga adalah anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dalam keadaan selamat dan meminta pihak yang tidak mengetahui keadaan sebenar tunangnya menghentikan penularan perkara ang tidak benar.*

         *AHLI perniagaan berjaya yang juga Pengarah Urusan Ali Maju Sdn Bhd, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, 53, dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Tokoh Utama Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan.*
              *Jawahar Ali berkata, penganugerahan itu di luar jangkaannya dan dianggap sebagai peluang untuk terus berkongsi rezeki serta pengalaman dengan masyarakat sambil menyumbang demi pembangunan agama.*
           *”Saya berhijrah di ibu kota pada April, 1994 bersama isteri dan dua anak dengan berbekalkan cuma RM600.*

           *LONDON: Sebuah kedai amal sementara atau pop-up yang disokong kuat aktres tersohor Julia Roberts kini dibuka di London.*
              *Kedai berkonsep pop-up itu memberi peluang kepada pelanggan untuk membeli makanan, pakaian dan juga kelengkapan sekolah untuk diedarkan kepada pelarian di seluruh dunia.*
           *’Choose Love’ yang dikendalikan badan amal Help Refugees itu kini dibuka kepada orang ramai berhampiran Carnaby Street, London.*
         *Difahamkan juga, cawangan kedua ‘Choose Love’ akan dibuka di West Broadway, New York pada Selasa.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


           *TOKYO: Bintang tengah Jepun, Shinji Kagawa menyuarakan hasrat untuk berpindah ke Sepanyol selepas mengharungi tempoh sukar bersama kelab Jerman, Borussia Dortmund.*
            *Dilabel sebagai pemain eksport Jepun paling berjaya, Kagawa menjadi antara tonggak Dortmund yang menjulang dua gelaran berturut-turut Bundesliga pada musim 2010-11 dan 2011-12.*
          *Begitupun, selepas berkelana ke England dengan menyertai Manchester United sebelum kembali ke Dortmund, pemain tengah menyerang itu mendapati dia sukar untuk berada dalam kesebelasan utama di bawah kendalian jurulatih Lucian Favre.*

           *KUALA LUMPUR: "100,000 penyokong sekali pun kami tak akan gentar.”
vv Itu keyakinan yang disuarakan oleh      jurulatih Thailand Milovan Rajevac menjelang pertembungan menentang Malaysia pada separuh akhir pertama Piala AFF, Sabtu ini.*
          *Skuad Gajah Perang itu bakal bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil selepas muncul juara Kumpulan B dengan rekod tanpa kalah dalam 4 perlawanan.*

           *NILAI: Magis ketua jurulatih skuad bola sepak negara, Tan Cheng Hoe sekali lagi ditagih bagi memastikan bekalan selesa mampu diraih pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.*
          *Tonggak tengah skuad Harimau Malaya, yakin Cheng Hoe yang juga bekas jurulatihnya ketika di Kedah mempunyai sentuhan 'ajaib' untuk memastikan Malaysia mampu mengatasi skuad Gajah Perang dalam pertemuan itu.*
            *Lantas, dia berharap rakan sepasukan akan mengikuti segala arahan Cheng Hoe yang dijangka melakukan beberapa perubahan dalam permainan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2018 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*KHAMIS 29 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 21 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#keputusanupsrhariini*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:33, SUBUH : 05:43, SYURUK : 07:01, ZOHOR : 13:04, ASAR : 16:27, MAGHRIB : 19:02, ISYAK : 20:15.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *TUKANG gunting yang juga suami pengasuh bayi berusia 11 bulan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal yang mati akibat didera, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kajang, hari ini, atas dua tuduhan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa.*

                 *KAWASAN tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di Subang Jaya adalah termasuk dalam rancangan pengembangan operasi pembangunan hartanah konglomerat terkemuka Filipina, Ayala Corporation di negara ini.*

                 *KERAJAAN akan mengkaji cadangan mengehadkan pegangan saham parti politik dalam syarikat media. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, kajian itu perlu dilaksanakan bagi mengelak laporan berat sebelah disiarkan, terutama oleh syarikat media yang mempunyai pegang saham oleh parti politik.*

                 *KERAJAAN Selangor akan memutuskan langkah penyelesaian berkaitan isu pemindahan Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, hari ini. Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, perkara yang dipersetujui menerusi perbincangan dengan kerajaan negeri smlm itu akan dimaklumkan dalam sidang media khas di Dewan Negeri Selangor (DUN) di Shah Alam, 1 tengah hari.*

                 *PENDUDUK di sebuah kampung di Kota Samarahan gempar dengan penemuan tiga objek misteri dibungkus kain kafan di sebuah tanah perkuburan Islam, malam semalam. Difahamkan, objek itu ditemui penduduk kampung yang kebetulan melalui tanah perkuburan berkenaan. Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata penemuan objek berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan ilmu hitam atau unsur kurafat.*

                 *POLIS kini berusaha menjejaki individu yang sengaja mencetuskan panik dengan membuat panggilan ancaman bom di Hospital Pakar KPJ Seremban, petang semalam. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, polis yang menerima laporan kejadian pada 4.50 petang bergegas ke lokasi sebelum mengarahkan semua kakitangan dan pesakit mengosongkan bangunan.*

                 *SERAMAI 42 penduduk terjejas susulan banjir kilat di rumah panjang Jalan Kanowit Julau Durin, Bintangor, petang semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, Rumah Panjang Ali dinaiki air sedalam 0.3 meter dalam kejadian 3.30 petang semalam.*

                 *PERMOHONAN kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi tahun 2019 dilanjutkan sehingga 4 Disember ini. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi masa dan peluang kepada pelajar berkelayakan membuat permohonan ke MRSM sejurus mendapat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini.*

                 *KEMENTERIAN Kewangan tidak boleh mendedahkan siapa dan jumlah pembida yang setakat ini sudah membuat bidaan untuk membeli kapal layar mewah Equanimity. Menterinya, Lim Guan Eng berkata, segala pengumuman mengenai maklumat pembina bukan tertakluk bawah kuasa kementeriannya.*

                 *SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenal pasti dan mengumpul maklumat palsu berhubung rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, yang disebar menerusi media sosial. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, SKMM memantau setiap perbualan serta perbincangan yang dimuat naik sebelum tindakan tegas diambil jika perlu.*

                 *TEMPOH reman dua wakil syarikat, termasuk penasihat undang-undang syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd (One City), yang dipercayai menjadi dalang insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, dilanjutkan selama tiga hari lagi.*

                 *TINDAKAN pantas bapa melindungi anak-anaknya apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu, malam smlm, menyelamatkan dua anaknya. Bagaimanapun, Hwang Huat Kwong, 41, dilaporkan parah di kepala, manakala Rachel Hwang Siaw Ching, 13, dan Alvin Hwang 10, hanya cedera.*

                 *BAYI perempuan ditemui dalam keadaan berselimut dengan tuala dan kain pelikat di tangga Surau Parit Botak, Parit Raja, dekat Batu Pahat, 5.30 pagi smlm oleh jemaah surau yang mahu menunaikan Solat Subuh di surau berkenaan.*

                 *BURUH dipenjara 16 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, smlm terhadap tuduhan merogol cucu saudara berusia 15 tahun, minggu lalu. Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 45 tahun mengaku salah terhadap tuduhan.*

                 *PEKERJA cuci kereta dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, hari ini selepas didapati bersalah mengedar 99.16 gram methamphetamine, dua tahun lalu. Hakim Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, S Satha Sivam, 44, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi lelaki itu di akhir kes pembelaan.*

                 *BUKAN saja ditipu sindiket pinjaman wang yang tidak wujud, malah lelaki turut dihalau keluar rumah oleh isterinya selepas mereka bergaduh dalam kejadian di Permatang Tok Labu, Penaga di Kepala Batas, kelmarin. Lelaki berusia 50 tahun itu mengalami kerugian RM2,680 selepas terpedaya dengan sindiket yang kononnya menawarkan pinjaman wang kepadanya.*

                 *EMPAT dari sembilan individu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah memberi keterangan kepada polis berhubung isu menyentuh sensitiviti yang mencetuskan ketegangan di negara ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat ini pihaknya mengesahkan empat individu berkenaan sudah tampil memberi keterangan.*

                 *Kuala Lumpur: Cadangan untuk menetapkan satu garis panduan berkaitan perbezaan hukum antara individu menganut Syiah dan mereka mempromosikan fahaman itu tidak praktikal. Malah, cadangan itu bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) berkaitan ajaran terbabit.*

                 *Kota Bharu: Kanak-kanak yang mata kanannya tertusuk pembaris plastik pada Jun lalu menjalani pembedahan kali kelima jam 8.30 pagi semalam untuk membuang cecair minyak dan silikon akibat komplikasi daripada beberapa siri pembedahan lalu.*

                 *PENIAGA sayur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, smlm, kerana memberi rasuah kepada pegawai kerajaan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kebunnya selepas menceroboh hutan simpan di Cameron Highlands pada tahun 2015.*

                 *Kuala Lumpur: Sewa banglo mewah di Jalan Bukit Jalil di sini, sebagai pusat panggilan judi dalam talian dengan mengumpul pertaruhan hampir RM6 juta sejak dua minggu lalu. Itu antara kegiatan sindiket judi dalam talian didalangi warga China yang menarik 200,000 kaki judi di China.*

                 *SATU kes rabies atau penyakit anjing gila dalam kalangan manusia disahkan melalui ujian sampel klinikal semalam, membabitkan seorang lelaki berusia 21 tahun tinggal di Batu 7, Kuching, Sarawak.*

                 *Ipoh: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menyita 331 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi bernilai RM34,565 selepas menyerbu dua lokasi di sekitar Tanjung Malim dan bandar raya ini, Sabtu lalu dan kelmarin.*

                 *Kuantan: Impian melihat Orang Kurang Upaya (OKU) berdikari seperti individu normal lain membuatkan Persatuan Pemulihan Orang urang Upaya (PPOKU) Pahang mengambil inisiatif mewujudkan bengkel sampul surat khusus untuk mereka.*

                 *Kuala Lumpur: Sudah cukup peluang ekonomi dan penciptaan kekayaan dikaut golongan elit, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Anwar, golongan itu hanya mempersia-siakan peluang yang diberi apabila mereka terbabit dengan kesalahan tadbir urus, mencuri dan terpalit dengan amalan rasuah yang memalukan.*

                 *EMPAT lelaki yang berkumpul di Jalan USJ 16, seberang jalan menghadap Kuil Maha Mariamman, dekat Subang Jaya, ditahan polis kira-kira 1 pagi tadi, selepas arahan bersurai oleh polis tidak diendahkan. Terdahulu, kumpulan berkenaan dilihat mula berlegar-legar di kawasan itu pada 10.45 malam sebelum pihak polis mengarahkan mereka beredar, bagaimanapun, satu lagi kumpulan muncul menyebabkan bilangan mereka semakin ramai.*

                 *TINDAKAN lelaki yang memukul wanita dengan topi keledar kelmarin kerana menuduh mangsa sombong, mengundang padah apabila dia ditahan polis di Padang Serai, Kulim, awal pagi smlm. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, ketika kejadian 10.15 malam itu, mangsa berusia 55 tahun sedang meracun rumput di tepi jalan Kampung Ujung, Padang Serai selepas diupah oleh adik suspek.*

                 *BADAN bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa anggota Bomba yang parah dalam insiden rusuhan berhadapan kuil berkenaan awal pagi semalam adalah disebabkan kemalangan jalan raya. Setiausaha Badan Bertindak Kuil, V K Regu mendakwa, kejadian dipercayai berlaku apabila jentera Bomba mengundurkan kenderaannya dengan laju sebelum sekumpulan individu menjerit memberitahu ada seseorang di belakang.*

                 *SIASATAN polis mendapati peguam kepada pemaju One City Development Sdn Bhd memberi upah RM150,000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Isnin lalu. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dua peguam terbabit antara 21 orang yang sudah ditahan polis bagi membantu siasatan insiden rusuhan berkenaan.*

                 *ANGGOTA Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, semalam menunjukkan perkembangan positif selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).*

            
*SEANTERO BENUA*
================


           *NEW YORK: Seorang maut dan sekurang-kurangnya enam yang lain cedera selepas seorang warga emas hilang kawalan ketika memparkir van menyebabkan kenderaannya terbabas atas laluan pejalan kaki.*
            *Kejadian berlaku di persimpangan sibuk di kawasan Chinatown, Manhattan, pada jam 7 malam lewat Isnin (waktu tempatan) apabila pemandu berkenaan melanggar pejalan kaki berhampiran gerai buah, lapor Daily Mail.*
           *Media melaporkan, dua mangsa yang cedera kini dalam keadaan kritikal manakala yang lain masih dirawat di hospital.*
            *Polis berkata, pemandu berusia 70-an itu mungkin terkeliru antara pedal pemecut dan brek.*

           *SYARIKAT teknologi maklumat kini mencari peluang perniagaan baru dengan menyasarkan keperluan untuk majlis pengebumian tradisi India termasuk membekalkan air kencing lembu, kemenyan dan pengusung buluh yang menjadi sebahagian ‘kit pengebumian ’.*
             *Ini dialami sendiri seorang ahli perniagaan Mumbai, Parag Mehta yang mengatur dua majlis pengebumian dalam tempoh dua minggu memaksanya menempah kit itu secara dalam talian.*
               *Dia kemudian menerima satu kotak mengandungi 38 bahan diperlukan untuk majlis pengebumian termasuk lidi kemenyan, air kencing dan najis lembu, beras, biji bijan dan air mawar.*
          *"Tempahan di talian memudahkan keadaan ketika suasana penuh emosi dan tertekan,” kata Mehta, 52.*

          *PELANCONG asing terus ditipu dengan dikenakan caj untuk menaiki helikopter yang dikatakan bertujuan membantu membawa mereka ke tempat selamat dari pergunungan Himalaya, sedangkan mereka tidak perlu membuat bayaran.*
              *Pihak berkuasa Nepal sebelum ini berikrar membanteras penawaran palsu khidmat helikopter itu yang hanya menguntungkan orang tengah.*
             *Satu siasatan awal tahun ini membongkar ‘scam’ itu membabitkan kumpulan pendaki tidak bertauliah memujuk pelancong menggunakan perkhidmatan dengan mengenakan caj yang mahal.*
             *Kerajaan Nepal melancarkan siasatan pada Jun lalu selepas penyedia insurans membayar lebih AS$6.5 juta (RM27.26 juta) membabitkan operasi menyelamat sebanyak 1,300 kali dalam tempoh Januari hingga Mei 2018.*

           *JAKARTA: Juruterbang Lion Air memberitahu kawalan trafik udara bahawa ia mengalami ‘masalah kawalan penerbangan’ sejurus sebelum terhempas ke dalam Laut Jawa bulan lalu, kata penyiasat Indonesia smlm.*
              *Menjelang siaran laporan pertamanya, jawatankuasa keselamatan pengangkutan (KNTK), memberikan butiran terperinci mengenai masalah dihadapi juruterbang dalam mengawal penerbangan Boeing Co 737 MAX sebelum ia terhempas pada 29 Oktober lalu, mengorbankan semua 189 penumpang dan anak kapal.*
               *Dalam penerbangan awal pagi itu, seorang daripada juruterbang meminta pengawal trafik mengesahkan ketinggian dan kelajuan pesawat berkenaan.*
               *Juruterbang, kemudian melaporkan mereka berhadapan ‘masalah kawalan penerbangan’, menurut kenyataan.*

          *TEHRAN: Imam berfahaman Sunnah yang selalu mengimamkan solat Jumaat ditembak mati semalam di sebuah kampung di utara Iran, lapor agensi berita IRNA.*
             *Molavi Abdolghafur Jamalzahi ialah imam di masjid Reza Abad, berhampiran Ramiyan yang terletak 120 kilometer ke timur laut Tehran di wilayah Golestan.*
          *Beliau ditembak empat kali dalam perjalanan pulang ke rumah dari masjid.*
            *Reza Abad mempunyai 4,000 penduduk dan sebahagian besar ialah warga asing dan pelarian, menurut IRNA.*

            *LONDON : Lebih daripada 130,000 penduduk disahkan dijangkiti virus HIV tahun lalu di Eropah Timur, jumlah tertinggi untuk rantau itu manakala Eropah Barat mencatatkan penurunan kes.*
           *Kesatuan Eropah dan Kawasan Ekonomi Eropah menyaksikan penurunan dalam kadar 2017, kebanyakannya berpunca daripada pengurangan 20 peratus sejak 2015 di kalangan golongan homoseksual.*
              *Menurut data dari pejabat serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC), hampir 160,000 penduduk Eropah disahkan dijangkiti virus HIV yang boleh menyebabkan penyakit AIDS.*

            *CANBERRA: Sebuah pesawat kecil terlajak sejauh 50 kilometer dari destinasi selepas juruterbangnya tertidur ketika penerbangan.*
           *Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) memberitahu, insiden luar biasa itu disiasat sebagai satu kes kecuaian juruterbang.*
          *Mail Online melaporkan, pesawat jenis Piper PA-31 yang disewa berkenaan berlepas dari Devonport di Tasmania menuju ke King Island.*
            *Bagaimanapun, data penjejak pesawat menunjukkan pesawat itu terlepas destinasi pendaratan sejauh 46 kilometer.*


*TULAR / POPULAR*
================


           *“ADAKAH pihak yang membuat dakwaan itu mempunyai bukti mengatakan Muhammad Adib dilanggar ? Lapan anggota kita ada di situ, mereka tahu apa yang terjadi,” tegas Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid.*
             *Beliau menyifatkan dakwaan mengatakan anggotanya, Muhammad Adib Mohd Kassim cedera akibat dilanggar jentera bomba adalah tidak berasas sama sekali.*
               *“Ingin saya tegaskan di sini, perkara ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan, pihak bomba beri kerjasama yang baik tetapi kita jangan buat kenyataan yang tidak berasas ibarat menegakkan benang yang basah.*
            *"Anggota bomba yang didakwa dilanggar dalam video yang tular itu bukan Muhammad Adib, malah anggota itu, Mohd Hazim Mohd Rahimi ada bersama kita skarang dan beliau langsung tidak dilanggar jentera kita,” katanya dalam sidang media di Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur, smlm.*

          ♂ *POLIS menafikan pembabitan seorang anggotanya dalam kejadian insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Isnin lalu.*
              *Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, video yang tular sejak Isnin lalu yang mendakwa individu yang menyertai rusuhan berkenaan adalah anggota polis, tidak benar.*
               *"Selepas diperiksa lelaki berkenaan adalah bekas sukarelawan polis, namun sudah lama diberhentikan atas sebab-sebab tertentu.*

           *POLIS menafikan laporan tular dalam media sosial yang mendakwa masyarakat kaum India membuat sekatan jalan di sekitar kawasan perumahan Ihsan Ibu, Koskan, Rawang, malam tadi.*
       *Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, dakwaan kononnya pasukan tentera berkawal di semua kawasan kuil di Sungai Buaya, Hulu Selangor juga adalah palsu.*
            *Beliau berkata, sebaliknya kehadiran pasukan itu bagi menjalani latihan tahunan mereka yang dijangka tamat lusa.*

           *PENCIPTA watak kartun popular SpongeBob SquarePants, Stephen Hillenburg meninggal dunia pada usia 57 tahun selepas setahun menderita sejenis penyakit saraf, kata stesen televisyen Nickelodeon semalam.*
             *Hillenburg pada tahun lalu mengumumkan dia disahkan menghidap penyakit saraf sklerosis lateral amiotrofik atau dikenali sebagai ALS.*
             *ALS adalah penyakit neuron motor yang secara beransur-ansur memusnahkan saraf yang mengawal otot dan menyebabkan kelemahan, lumpuh, dan akhirnya kematian. Dia meninggal dunia pada Isnin lalu.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *TURIN: Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri memuji impak dibawa Cristiano Ronaldo terhadap juara Itali itu yang mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara susulan kemenangan 1-0 ke atas Valencia, awal pagi smlm.*
           *Kemenangan turut menyaksikan penyerang bintang Portugal itu menjadi pemain pertama meraih kemenangan ke-100 dalam kancah elit Eropah itu.*
          *"Ronaldo memberikan kami rasa selamat dan keyakinan,” kata Allegri mengenai skuad kendaliannya yang tewas dua kali di pentas final daripada empat edisi terakhir Liga Juara-Juara sebelum ini.*

          *ROME: Gareth Bale menanggung cemuhan atas prestasi longlai Real Madrid baru-baru ini tetapi penyerang Wales itu berharap kemenangan 2-0 ke atas AS Roma dalam kempen Liga Juara-Juara, awal pagi tadi boleh mengubah nasib kelab gergasi berkenaan.*
              *Kemenangan di gelanggang lawan dalam aksi Kumpulan G itu mengesahkan tempat buat penyandang juara itu ke peringkat kalah mati.*
             *Bale, 29, sebelum ini gagal menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan liga dan dikritik hebat susulan kekalahan mengejut 0-3 kepada Eibar, Sabtu lalu iaitu kekalahan kelima juara Eropah tiga kali berturut-turut itu pada musim ini.*

           *KUALA LUMPUR: Selepas 40,000 tiket separuh akhir pertama Piala AFF habis dijual dalam tempoh 48 jam secara dalam talian padaIsnin lalu, baki 40,000 keping lagi akan dijual di kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil dan premis terpilih Al-Ikhsan Sports, bermula hari ini.*
            *Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menjual terus semua 80,000 tiket menerusi sistem dalamtalian bagi memberi peluang kepada penyokong yang tidak mempunyai akses untuk membeli tiket berkenaan.*
          *"Kaunter tiket di Stadium Nasional akan menjual 30,000 tiket dan premis terpilih Al-Ikhsan Sports sebanyak 10,000 keping sehinggaia habis terjual,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.*

           *KUALA LUMPUR: Jika Thailand memiliki Adisak Kraisorn sebagai mesin gol mereka, Malaysia pula ada peledak berbisa Norsharul Idlan Talaha.*
            *Kedua-duanya memainkan peranan sama apabila menjadi penyumbang gol utama buat pasukan masing-masing sepanjang Piala AFF kali ini.*
       *Apa yang menarik, kedua-duanya mengungguli dua kelompok teratas dalam senarai penjaring terbanyak selepas berakhir empat aksi peringkat kumpulan.*
          *Situasi itu sekali gus bakal menyaksikan pertarungan hebat dua pemain yang menyarung jersi ‘nombor 9’ menjelang aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.*

          *KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta tiga kelab melunaskan tunggakan gaji dan pampasan kontrak dengan jumlah keseluruhan RM161,600.*
           *Keputusan mengenaituntutan tunggakan gaji membabitkan pasukan Marcerra United, Terengganu City dan Hanelang FC itu dibuat Jawatankuasa Status FAM pada mesyuarat, Khamis lalu.*
            *Tuntutan terhadap Marcerra United dibuat salah seorang pegawai kejurulatihan mereka, Khairul Nizam Mohd Taib berjumlah RM30,600 yang membabitkan tunggakan gaji dan elaun perumahan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2018 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tun M melawat Adib.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-11-2018 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*JUMAAT 30 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 22 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#penghulusegalahari*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:33, SUBUH : 05:43, SYURUK : 07:01, ZOHOR : 13:04, ASAR : 16:27, MAGHRIB : 19:02, ISYAK : 20:16.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin smlm membentangkan kronologi insiden rusuhan dan pergaduhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Isnin lalu. Pembentangan bermula jam 12 tengah hari yang mengambil masa kira-kira 15 minit itu, dibacakan di Dewan Rakyat dan turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.*

                 *LELAKI maut selepas terkena tembakan rakannya pada tengkuk ketika mereka memburu babi hutan di kawasan Segari, dekat Manjung, smlm. Mangsa berusia 28 tahun meninggal dunia jam 12.15 tengah hari, ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung (HSM).*

                 *KES bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah yang didakwa atas enam pertuduhan pecah amanah milik wang kerajaan berjumlah lebih RM6.6 bilion, akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada 7 Disember ini.*

                 *DUA pengikut “Tuhan Harun” akan dihukum gantung sampai mati kerana membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada 2013. Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, hari ini, yang menolak rayuan akhir Sumustapha Suradi dan Shamsinar Abdul Halim dan mengekalkan sabitan dan hukuman mati.*

                 *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Batu Pahat menahan seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai pegawai peribadi Ketua Pesuruhjaya SPRM. Suspek berusia 39 tahun ditahan di Pejabat SPRM Batu Pahat, jam 10.30 malam semalam, bagi membantu siasatan.*

                 *PEMILIK hartanah, Skypark, The Palace dan The Square membuat beberapa laporan polis berhubung kerosakan bangunan yang terletak di OneCity, USJ 25, Subang Jaya, akibat rusuhan, Selasa lalu. Wakil Badan Pengurusan Bersama (JMB) tiga hartanah itu, Choong Li Loh, berkata, laporan polis itu dibuat pada hari kejadian sebaik menerima maklumat berhubung insiden terbabit.*

                 *BEKAS Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi keterangan lebih lapan jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, smlm. Sumber berkata, Ahli Parlimen Padang Terap yang juga Naib Presiden UMNO itu dipanggil ke SPRM bagi membantu siasatan berhubung projek sistem solar sekolah luar bandar di Sarawak.*

                 *PEMANDU lelaki maut selepas vannya dirempuh sebuah kereta yang cuba mengelak lori yang berhenti untuk pemeriksaan dalam sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Serendah di Kilometer 35 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, semalam.*

                 *PENIAGA kedai runcit dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM100,000 oleh Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini kerana menyimpan 47,160 batang rokok seludup bernilai RM6,330.40. Malah, tertuduh Nawin Epon, 26, turut berdepan hukuman penjara satu tahun lagi sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.*

                  *KERONGKONG dijolok dengan rotan sehingga berdarah selain dipukul sehingga lebam. Itu nasib malang seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang menjadi mangsa dera abang dan kakak kandungnya di kediaman mereka di Taman Desa Aman, di Kulim.*

                 *PERKHIDMATAN Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali akan ditamatkan pada hujung tahun ini berikutan tindakan beliau yang menghalang wacana membabitkan aktivis sosial, Hishamuddin Rais.*

                 *AKIBAT merakam dan memiliki gambar lucah rakan wanita serumahnya, seorang tukang masak dijatuhi hukuman denda RM7,100 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, smlm. Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap Ong Siew Khong, 38, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.*

                 *USUL tergempar menangguhkan sidang Dewan Rakyat bagi membincangkan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dimaklumkan oleh Mohamad Ariff dalam kamarnya, pagi smlm. Fahmi berkata, usul yang dikemukakan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) kelmarin, ditolak atas alasan siasatan membabitkan rusuhan dan pertikaian tanah kuil itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.*

                 *LELAKI dihukum penjara enam bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, smlm, selepas mengaku salah mengugut mahu menetak jirannya menggunakan parang kerana tidak berpuas hati dituduh mencuri barang.*

                 *DUA individu yang ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kejadian memecahkan cermin dan pintu pusat yang berlaku di pusat beli-belah One City, awal pagi Selasa lalu direman selama tiga hari bermula smlm.*

                 *PASUKAN petugas khas ditubuhkan bagi menyiasat insiden rusuhan dan pergaduhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, Isnin lalu, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sementara itu, beliau berkata, siasatan ke atas kes pegawai bomba yang diserang pada malam 27 November lalu dibuka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.*

                 *PENGANJUR perhimpunan perdana menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Driskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini, disaran membatalkan rancangan mereka bagi mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan mencetuskan provokasi antara kaum.*

                 *TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, Kerajaan Selangor berhak memutuskan sama ada mahu mengambil alih tanah Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, yang menjadi pertikaian dengan syarikat pemaju ketika ini. Perdana Menteri berkata, Kerajaan Selangor berhak berbuat demikian kerana perkara membabitkan soal tanah tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukan Kerajaan Persekutuan.*

                 *PERATURAN dan undang-undang mengenai pembinaan rumah ibadat akan diseragamkan menerusi dasar kebangsaan yang bakal diwujudkan dalam masa terdekat. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, penyeragaman itu perlu bagi melaksanakan arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memutuskan pembinaan rumah ibadat baharu perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).*

                 *KONTRAKTOR dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, smlm terhadap tuduhan merogol anak tirinya, tahun lalu. Tertuduh berusia 57 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 11 tahun di dalam rumah di Machang pada 8 pagi, 6 November 2017.*

                 *PADAH menimpa anak selepas ditahan polis kerana mengugut bapanya di Taman Kenari, Kulim, semalam. Suspek yang dipercayai penagih dadah turut cuba melanggar bapanya menggunakan motosikal, namun terlanggar abangnya yang mahu menyelamatkan bapanya itu.*

                 *KIRA-KIRA 30 individu dari lapan pengurusan kuil sekitar Lembah Klang hadir ke Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, bagi menunjukkan bantahan terhadap pemindahan kuil berkenaan, smlm. Kumpulan berkenaan membawa sepanduk dan berkumpul di kuil pada 12.15 tengahari bagi membantah pemindahan kuil berkenaan.*

                 *SULTAN Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan menziarahi anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, di Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur, smlm. Muhammad Adib mengalami kecederaan parah selepas terbabit dalm insiden rusuhan kuil, kelmarin.*

                 *KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan akan mempertimbangkan cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memendekkan waktu operasi semua pusat hiburan di ibu negara kepada 1 pagi. DBKL juga akan memulakan penguatkuasaan terhadap pusat hiburan yang beroperasi lebih dari 1 pagi bermula Januari tahun depan. Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, semua pusat hiburan dan kelab malam hanya dibenar beroperasi sehingga 1 pagi.*

                 *KEMENTERIAN Kesihatan dan Institut Jantung Negara (IJN) masih dalam proses untuk menyediakan laporan perubatan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang terbabit dalam insiden rusuhan kuil, kelmarin. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya yakin ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. Katanya, laporan itu penting bagi mengenal pasti tahap dan punca kecederaan dialami mangsa.*

                 *PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan (LRT) akan dilanjutkan sehingga 1 pagi pada Sabtu ini sebagai tanda sokongan kepada peminat bola sepak Harimau Malaya bagi menyaksikan pertemuan antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil.*

                 *“SAYA bersama anak bongsu pergi bersiar-siar di sekitar kawasan perumahan sebelum tiba-tiba kami diserang seekor babi hutan hingga terjatuh dari motosikal,” kata Asmawati Hassan, 35. Asmawati antara tiga mangsa yang cedera dalam insiden serangan babi hutan yang tiba-tiba mengganas di kawasan perumahan Desa Cempedak, Tasek Gelugor, kelmarin.*

                 *LELAKI dikenali sebagai ‘Nizam Tong Gas’ mampu meraih keuntungan antara RM80 hingga RM100 hasil jualan semula satu tong gas yang dicuri di beberapa kedai makan dan runcit di sekitar Kuala Terengganu. Bagaimanapun, kegiatan lelaki berusia 42 tahun itu terbongkar selepas dicekup sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di gerai di Jalan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 1.30 pagi 12 November lalu.*

                 *PEMBINAAN jambatan bengkok bukan sahaja mampu meningkatkan pendapatan tiga pelabuhan di Johor, malah menyelamatkan nyawa pengguna Lebuhraya Pasir Gudang. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang berkata, disebabkan Pelabuhan Johor (Pasir Gudang), Pelabuhan Tanjung Langsat (Pasir Gudang) dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Gelang Patah tidak boleh dihubungi melalui laut, ketika ini pelbagai syarikat terpaksa menggunakan lori kontena untuk ke pelabuhan berkenaan.*

                 *DAKWAAN pihak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, yang menyatakan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, cedera akibat dilanggar jentera bomba adalah tidak benar. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu termasuk keterangan daripada pihak bomba yang berada di lokasi kejadian.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


          *JAKARTA: Juruterbang Lion Air tidak berputus asa menaikkan muncung pesawat walaupun berhadapan dengan sistem komputer yang tidak berfungsi sebelum.*
             *Muncung pesawat menjunam secara mendadak lebih 12 kali dalam tempoh 11 minit pada 29 Oktober tetapi berjaya dinaikkan berulang kali sebelum ia hilang kawalan dan terhempas ke dalam Laut Jawa.*
           *Maklumat berkenaan diperoleh daripada perakam data penerbangan dan selari dengan teori penyiasatan bahawa komputer dalam penerbangan itu menjadi punca kepada nahas.*

          *MADRID: Seorang pelawak dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa menghina negara itu selepas dilihat menghembuskan hidungnya pada bendera Sepanyol di kaca televisyen dalam satu rancangan satira popular.*
             *Dalam rancangan satira El Intermedio, Dani Mateo dilihat berpura-pura mahu terbersin sebelum mencapai bendera yang berada di sebelahnya.*
          *Selepas menghembus hidungnya pada bendera itu, Mateo buat-buat terkejut dan terus memohon maaf sambil berkata, dia tidak berniat mahu menghina rakyat Sepanyol, raja dan rakyat China yang menjual kain itu.*

            *STOCKHOLM: Sebuah pesawat Air India membawa 179 penumpang melanggar sebuah bangunan dengan sayapnya di Lapangan Terbang Arlanda di sini ketika ia sedang bergerak ke pintu terminal semalam, namun tiada kecederaan dilaporkan, kata polis.*
            *”Sebanyak 179 penumpang dibenarkan keluar dari pesawat menggunakan tangga mudah alih dan seterusnya memasuki terminal,” tulis polis dalam satu kenyataan namun punca nahas tidak diketahui.*
          *Kemalangan berlaku jam 5.45 petang waktu tempatan pada jarak 50 meter dari Terminal 5, terminal utama untuk penerbangan antarabangsa.*

          *PARIS: Satu bahagian tangga Menara Eiffel di sini dijual dengan harga hampir 170,000 euro (RM807,850.41) kelmarin, umum pelelong, hampir tiga kali ganda berbanding anggaran sebelum jualan.*
           *Lebih 12 tangga besi tempa daripada struktur asal tingkat dua dan tiga bangunan mercu tanda ibu kota ini dijual kepada seorang pengumpul dari Asia Barat dengan harga 169,000 euro (RM803,098.34) selepas perang bidaan di ibu kota Perancis itu.*
          *Rumah lelongan, Artcurial pada mulanya menganggarkan harga jualan antara 40,000 hingga 60,000 euro (RM190,082.45 dan RM285,123.67).*

           *SYDNEY: Ribut membawa hujan lebat dan angin kencang melanda bandar ini semalam mencetuskan gangguan pengangkutan, selain menyebabkan banjir di jalan raya, stesen kereta api dan rumah hingga memaksa penerbangan ditunda dan ribuan penduduk terputus bekalan elektrik.*
          *Seorang pemandu maut selepas kenderaannya terbabit dalam kemalangan ketika ribut, manakala dua anggota polis cedera parah apabila dihempap pokok ketika cuba membantu pemandu yang terkandas.*
           *Seorang pengurus pejabat di sebelah utara Sydney, Greg Transell, memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia (ABC), angin kencang mencetuskan keadaan kelam kabut di bahagian menara pejabat tempat dia bekerja.*

          *BEIJING: Letupan berhampiran loji kimia di utara wilayah Hebei, China membunuh sekurang-kurangnya 22 orang dan mencederakan 22 yang lain, kata pihak berkuasa tempatan semalam.*
          *Menurut laporan pihak berkuasa di laman sosial Weibo, insiden itu berlaku dekat loji milik Syarikat Hebei Shenghua Chemical di bandar Zhangjiakou, kira-kira 200 kilometer di barat laut Beijing.*
            *Kejadian yang berlaku di bandar tuan rumah sukan Musim Sejuk 2022 itu, turut menyebabkan 50 trak besar dan kecil terbakar.*


*TULAR / POPULAR*
================


          *TINDAKAN menjelir lidah oleh seorang lelaki yang dirakamkan dan tular dalam media sosial sejak Isnin lalu, dikatakan simbolik kekecewaan seorang ahli perniagaan terhadap rusuhan di Kuil Maha Mariamman, Subang Jaya sebelum ini.*
            *S Kanagarajah, 42, yang ditemui di Kompleks Mahkamah Shah Alam, selepas prosiding membabitkan kuil berkenaan smlm, berkata, aksi berkenaan bukan sengaja dibuat sebaliknya beliau merasa marah dengan suasana tegang yang berlaku pada malam pertama rusuhan itu berlaku.*
            *”Sejak video itu tular saya tidak menerima sebarang ugutan, saya hanya lihat mereka buat lucu.*
             *”Jika video itu buatkan mereka gembira, saya tidak ada masalah. Biarkan mereka gembira,” katanya.*
           *Pada masa sama, Kanagarajah turut menafikan apa yang berlaku ekoran masalah perkauman.*

           *TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada sebarang pengesahan rasmi berhubung dakwaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, melangsungkan perkahwinan di Russia.*
             *Perdana Menteri juga mengakui tidak mengetahui mengenai perkara yang tersebar luas dan dilaporkan beberapa portal berita antarabangsa itu.*
            *Daily Mail smlm turut melaporkan Voevodina diterbangkan ke klinik kesuburan di Jerman sebagai persiapan untuk pasangan itu memiliki cahaya mata.*
            *Sebelum ini, beberapa gambar tular menunjukkan lelaki mirip baginda mengenakan persalinan baju Melayu lengkap berwarnabiru berada dalam majlis perkahwinan, tersebar di media sosial sejak minggu lalu.*

           *BERULANG-ALIK setiap minggu ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan jarak melebihi 500 kilometer membuahkan hasil buat Fariz Danial Izal Azhari apabila memperoleh keputusan 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018.*
         *Fariz Danial, 12, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Teruntum, Kuantan, memaklumkan dia baharu berpindah ke sekolah itu pada awal tahun ini dan sudah selesa mengikuti kelas tuisyen di ibu negara.*
         *”Setiap hujung minggu ayah akan hantar saya ke Bukit Jalil, untuk mengikuti kelas tuisyen dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kalau difikirkan semula memang penat kerana perlu menempuh perjalanan jauh hanya untuk tuisyen.*

          *LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan, tiada iklan kerja kosong di LHDN seperti yang dipaparkan dalam beberapa laman web, baru-baru ini.*
            *LHDN berkata, pihaknya tidak menggunakan pihak ketiga untuk mengiklankan kekosongan jawatan.
“Sebarang maklumat berkenaan iklan kekosongan jawatan LHDN boleh dirujuk di menu 'Kerjaya' pada portal rasmi LHDN, www.hasil.gov.my.*
           *”Justeru, LHDN menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan laman sesawang yang memaparkan iklan palsu.*


          *KERAJAAN Perak dengan kerjasama sektor industri pembuatan kasut merancang mewujudkan ‘Bandar Kasut Ipoh’ membabitkan kompleks kilang pembuatan kasut serta akademi kasut pertama di Malaysia di kawasan seluas 80 hektar di Bandaraya Ipoh.*
               *Lebih menarik akademi berkenaan mungkin akan dinamakan sempena ikon fesyen terkenal dunia, Prof Datuk Jimmy Choo dalam melahirkan modal insan khususnya usahawan muda dalam bidang fesyen selain menarik minat pelabur sektor pembuatan kasut.*

          *JIKA di Perth, Australia ada Crawley Edge Boatshed atau Blue Boat House, Pulau Pinang pula ada Red Boat House atau Rumah Merah di Jeti Tan, Pengkalan Weld yang kini semakin popular sebagai tarikan di Bandaraya Georgetown.*
             *Rumah Merah itu sebenarnya tokong bagi masyarakat Cina terletak di perkampungan nelayan di Jeti Tan, Pelabuhan Weld dan sudah wujud sejak 1879.*
          *Penjaganya, Tan Joo Tatt, 56, berkata pada asalnya jeti terbabit adalah antara pelabuhan bagi mengangkut dan memunggah hasil dagangan ke kapal.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *LONDON: Pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante tidak akan kembali bermain di posisi kegemarannya di bahagian tengah kerana ia lebih sesuai untuk pemain teknikal seperti Jorginho dan Cesc Fabregas, kata pengendalinya Maurizio Sarri.*
            *Kante muncul pemain tengah bertahan terbaik dalam beberapa musim kebelakangan, memenangi dua kejuaraan Liga Perdana berturut-turut bersama Leicester City dan Chelsea selain membantu Perancis memenangi Piala Dunia, tetapi Sarri berkata dia perlu menyesuaikan diri dengan peranan lebih besar.*
           *”Saya mahu meletakkan pemain lebih teknikal seperti Jorginho atau Fabregas sebagai perancang tengah. Saya tidak mahu Kante di posisi ini,” kata Sarri.*

          ♂ *NASSAU (Bahamas): Juara bertahan Cabaran Dunia Hero, Rickie Fowler berharap usianya yang akan mencecah 30 tahun adalah petanda untuknya mencapai kejayaan lebih tinggi dalam golf.*
          *Pemain Amerika Syarikat yang berumur 30 pada 13 Disember ini, mencatat tiga kejayaan di tempat kedua dan juga lima kedudukan di kelompok lima terbaik dalam penampilan kejohanan major sebanyak 36 kali sejak penampilan sulungnya di Terbuka Amerika Syarikat pada tahun 2008.*
           *Biarpun tidak panik, Fowler mahu namanya tidak tercatat dalam senarai “pemain terbaik yang tidak pernah memenangi major”.*

           *SYDNEY: Australia akan cuba melayakkan diri ke Piala Davis dengan format baharu yang dibantah mereka denganmenentang Bosnia Herzegovina di Adelaide pada Februari ini.*
            *Di bawah format baharu yang penuh kontroversi oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa dengan kumpulan pelaburan yang diketuai pemain bola sepak Barcelona, Gerard Pique, pertandingan itu akan diputuskan dalam satu minggu penghujung musim membabitkan 18 pasukan.Ia akan diadakan di Madrid pada November.*
          *Enam pasukan sudah disahkan kedudukan dengan Australia – negara kedua paling berjaya di Piala Davis di belakang Amerika Syarikat –perlu melayakkan diri.*

           *PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan semua 80,000 tiket separuh akhir pertama Piala AFF antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini, sudah habis dijual.*
         *Berdasarkan maklumat daripada badan induk itu, sebanyak 30,000 tiket dijual di kaunter stadium manakala 10,000 dijual di cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports dan Football Republic, smlm.*
            *Semalam, FAM sudahpun mengesahkan sebanyak 40,000 tiket yang dijual secara ‘online’ habis dijual sekali gus menyaksikan Bukit Jalil sekali lagi bakal dibanjiri dengan penyokong Harimau Malaya.*

          *KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak kebangsaan mendapat semangat tambahan sebelum aksi separuh akhir pertama Piala AFF berdepan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini selepas ranking Harimau Malaya naik dua anak tangga.*
           *Pengumuman itu dibuat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini yang menyaksikan kedudukan Harimau Malaya melonjak ke tangga 167 berbanding 169 sebelum ini.*

           *KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven seolah-olah mendapat nafas baharu bagi menyelamatkan kerjayanya apabila mengejutkan pilihan ketiga dari Thailand, Khosit Phetpradab untuk mara ke suku akhir Masters Korea yang berlangsung di Gwangju, smlm.*
           *Joo Ven yang menghuni ranking ke-79 dunia berbanding Phetpradab ke-15 menampilkan prestasi cemerlang apabila menang ke atas lawannya itu 21-11, 21-11 dalam aksi pusingan kedua.*
         *Dia yang sering bergelut dengan prestasi tidak menentu sebelum ini akan membuat perhitungan dengan seorang lagi pemain Thailand, Sitthikom Thammasin bagi perebutan tempat ke separuh akhir, hari ini.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2018 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*ISNIN 3 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 25 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:34, SUBUH : 05:44, SYURUK : 07:03, ZOHOR : 13:06, ASAR : 16:28, MAGHRIB : 19:03, ISYAK : 20:17*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *PERHIMPUNAN Agung MCA Ke -65 yang berakhir smlm sebulat suara memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pusat (CC) untuk memulakan proses pembubaran Barisan Nasional (BN) dan membentuk perikatan baharu. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, untuk itu, CC parti terbabit akan memulakan proses dengan mengemukakan cadangan berkaitan resolusi pembubaran berkenaan.*

                 *PENGARAH Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Zukri Samat, smlm memberi jaminan kepada semua pendeposit bahawa simpanan mereka selamat.*

                 *PENUNGGANG motosikal maut selepas tercampak jatuh dari jejambat dipercayai akibat dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang melawan arus di Kilometer 1.6, Penchala Link menghala ke Jalan Duta, Kuala Lumpur, awal pagi smlm.*

                 *SEORANG anggota tentera ditahan kerana disyaki mencabul seorang wanita di Bandar Baru Batu Kawa, Padawan, pagi semalam. Dalam kejadian 5.30 pagi itu, mangsa sedang nyenyak tidur apabila seorang lelaki tiba-tiba menceroboh bilik tidurnya.*

                 *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan berlakunya rasuah ketika Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) Mei lalu membabitkan Parlimen Cameron Highlands. Timbalan Ketua Pengarah Operasi SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan berkenaan.*

                 *BARU dua hari dicadangkan, kutipan dana untuk bagi membeli tanah yang menempatkan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield USJ 25, subang Jaya sudah mencecah RM2 juta.
Perkara itu didedahkan oleh ahli perniagaan yang juga Pengerusi Eksekutif Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan ketika melawat kuil berkenaan, smlm.*

                 *KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis berhubung siasatan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy dan Exco Kerajaan Negeri Selangor V Ganabatirau. Ia susulan kenyataan dikatakan berbaur hasutan dan perkauman yang dikeluarkan kedua-dua ahli politik berkenaan berhubung isu kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, di sini, pada Isnin lepas.*

                 *MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan tuduhan palsu dilemparkan pihak tertentu di India mengatakan kerajaan bertindak ganas dan tidak berperikemanusiaan ketika menangani kekacauan di Kuil Seri Maha Mariamman Seafield, USJ 25, Isnin lalu. Katanya, ia termasuk kenyataan media di India menuduh pihak di Malaysia bertindak ganas, tidak berperikemanusiaan, membunuh dan menyembelih orang.*

                 *PIHAK yang tidak melaksanakan amanah individu yang mewakafkan hartanya termasuk tanah untuk dijadikan tanah perkuburan atau pembinaan masjid, perlu menanggung dosa kerana tidak berbuat demikian. Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, bagaimanapun individu yang menyerahkan hartanya dengan niat mewakafkannya pula masih mendapat pahala secara berterusan.*

                 *POLIS menahan 10 lagi individu menjadikan keseluruhan 58 individu kini ditahan menerusi Ops Seafield susulan insiden kekecohan di Kuil Seri Maha Mariamman Seafield, USJ 25, Subang Jaya, sejak Isnin lalu.*

                 *KABINET bersetuju menarik semula moratorium (sekatan) ke atas akta undang-undang yang dalam proses dikaji semula susulan rusuhan di Kuil Seri Maha Mariamman Seafield USJ 25, Isnin lalu. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dipersetujui jemaah menteri pada mesyuarat Jumaat lalu bagi memberi kuasa penuh kepada polis melaksanakan undang-undang sedia ada.*

                 *AKTA Pembaziran Makanan bakal diwujudkan dalam usaha kerajaan menangani isu pembaziran makanan yang berleluasa di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan yakin jika pembaziran makanan dapat dikurangkan secara tidak langsung ia dapat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.*

                 *“SAYA dan rakan sedang makan sebelum dikejutkan dengan jeritan pekerja dalam restoran mengatakan ada kebakaran.
“Mendengarkan jeritan itu, semua pelanggan berlari keluar menyelamatkan diri kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini,” kata Muhammad Rafiq Abdul Rahman, 38, menceritakan kejadian cemas ketika Restoran Nasi Kandar Kayu di Lebuh Nipah 5, Georgetown, terbakar, malam smlm.*

                 *PEREBUTAN untuk menjadi calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dikatakan sengit membabitkan lima pemimpin PKR Cabang Rembau, termasuk pasangan suami isteri. Selain timbalan ketua cabang berkenaan, Dr S Streram yang disebut-sebut sebagai pilihan utama, ketua cabang itu, R Tanggam yang juga seorang kontraktor turut menawarkan diri.*

                 *BEKAS Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang sebelum ini lantang menyuarakan mengenai kepincangan kewangan Tabung Haji, bersedia untuk terus berjuang membawa kebenaran mengenai permasalahan itu. Beliau yang mendedahkan perkara ini sejak 1 Mac 2015 berkata, tindakannya itu membawa dirinya ke penjara dan sehingga kini kes berkenaan masih dibicarakan atas tuduhan memfitnah.*

                 *PEMUDA Orang Asli maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan lori membawa muatan ikan dalam kemalangan di Batu 1, Jalan Tapah-Cameron Highlands di Tapah, smlm. Kemalangan pada 7 pagi itu mengakibatkan Bah Mazlan Junr, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori lelaki berusia 23 tahun tidak cedera.*

                 *PEMANDU kereta Proton Wira yang dilaporkan cedera dalam kemalangan di Jalan Pusat Perdagangan Seri Putri, Seksyen 20, Shah Alam, petang kelmarin, disahkan meninggal dunia, malam smlm. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, ia menjadikan dua maut dalam kemalangan berkenaan.*

                 *LELAKI maut selepas treler membawa muatan batu dipandunya terbabas di kawasan bulatan Taman Perindustrian Samalaju, Bintulu, petang semalam. Mangsa, Usman Marading, 53, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan selepas tersepit di dalam treler berkenaan.*

                 *Syiah adalah satu ajaran menyeleweng daripada Islam dan perkara itu sudah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) sejak 1996. Bagaimanapun, ajaran berkenaan dikesan masih berkembang sehingga kini termasuk wujud usaha kumpulan tertentu yang menerima dana daripada luar negara bertujuan untuk mengembangkannya di negara ini.*

                 *KUALA LUMPUR: Guna khidmat ahli kimia dari Russia bagi menghasilkan formula memproses dadah. Itu modus operandi sindiket memproses dan mengedar dadah yang beroperasi di dua banglo sebagai makmal menghasilkan bahan terlarang berkenaan.*


            
*SEANTERO BENUA*
================


          *TRIPOLI, Lubnan: Berbumbungkan kanvas yang dihimpit tayar kenderaan terpakai serta dipenuhi longgokan sampah tidak terurus.
Itu suasana kawasan setinggan di Mina’ di negara ini yang menjadi penempatan kira-kira 300 pelarian Syria.*
         *Kebanyakan penghuninya terpaksa hidup berhimpit dalam rumah yang rata-rata tidak mempunyai bilik tidur dan hanya berkeluasan sekitar 16 kaki persegi hingga 20 kaki persegi.*
          *Malah, di ruang itulah mereka tidur berhimpit bersama ahli keluarga dengan beralaskan tilam nipis lain selain ruang bagi menyambut tetamu yang datang.*

           *ANCHORAGE, Alaska: Gempa susulan terus melanda kawasan Anchorage seepas gempa bumi berukuran 7.0 magnitud melanda, kelmarin ketika petugas berusaha memulihkan keadaan jalan raya yang terbelah dan penduduk membersihkan rumah serta premis perniagaan mereka.*
           *Gegaran awal pagi itu melanda kawasan kira-kira 13 kilometer di utara Anchorage, bandar raya terbesar di negeri yang mempunyai 300,000 penduduk.*
            *Bencana alam itu turut menjejaskan laluan trafik dan menjejaskan perkhidmatan telefon. Setakat ini tidak ada kecederaan serius dilaporkan.*

           *New Delhi: Polis India menyiasat satu sindiket yang dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan rangka manusia selepas seorang lelaki ditahan kerana membawa 50 rangka menaiki kereta api di Bihar, India.*
          *Suspek dikenali sebagai Sanjay Prasad ditahan selepas membawa 16 tengkorak manusia dan 34 rangka di dalam beg pakaian dan menaiki kereta api ekspres dari Balia-Sealdah ke Kolkata, lapor The Telegraph.*

           *PARIS: Sekumpulan belia bertopeng dan sebahagiannya membawa batang besi dan kapak, merusuh di jalan raya di tengah ibu kota Perancis semalam, membakar berpuluh-puluh kereta dan bangunan dalam tunjuk ketegangan paling buruk di bandar raya itu dalam masa beberapa tahun.*
           *Polis berkata, mereka menahan lebih 200 manakala hampir 100 lagi cedera apabila perusuh membaling benda ke arah polis pencegah rusuhan, membakar kereta dan memecahkan bahagian depan kedai.*

           *Moscow: Seorang pencuri melakukan kesilapan bodoh apabila terlena kepenatan di sebuah bangunan yang dipecah masuknya di Orenburgh, Russia sebelum ditahan pihak berkuasa.
Kejadian berlaku pada 20 November lalu apabila lelaki berusia 36 tahun itu memecah masuk sebuah bangunan pejabat di Sharlykskoye Road menerusi tingkap kecil di tingkat tiga.*
            *Dia menggunakan pelbagai peralatan lengkap seperti pemutar skru, pemotong kabel, tukul, alat mencabut paku serta kunci untuk masuk ke pejabat itu bagi mencuri barangan berharga.*


*TULAR / POPULAR*
================


           *AKIBAT berebut hak penjagaan anak selepas bercerai dengan isterinya, seorang lelaki dibelasah sekumpulan lelaki termasuk bekas abang iparnya selain dihentak dengan kerusi dan meja di hadapan restoran di Salak Selatan, Kuala Lumpur, malam Jumaat lalu.*
               *Mangsa turut ditumbuk bertalu-talu dan kejadian pada 9 malam itu dirakam orang awam di lokasi kejadian sebelum video berdurasi 27 saat itu tular di laman sosial sejak semalam.*
             *Dalam rakaman berkenaan menunjukkan seorang lelaki terbaring sambil cuba menahan daripada dibelasah empat lelaki menggunakan kerusi serta meja makan restoran.*

           *MASUK ke Disember, tarikh perkahwinan dirancang antara Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota yang bomba yang dibelasah Selasa lalu dengan tunangnya semakin dekat.
        *Harapan semoga Muhammad Adib cepat sembuh untuk melangsungkan hari bahagia mereka diluahkan tunangnya Nurul Najihah menerusi akaun Facebook (Fb) miliknya, semalam.*
        *Menerusi tulisan itu, Nurul meminta agar Muhammad Adib kuat dan dia sedang menunggu anggota dari UnitUnit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu.*

          *PASAR Malam Api-Api di Jalan Gaya, Kota Kinabalu, yang dilancarkan malam smlm, kini menjadi tarikan pelancongan terbaharu bagi bandar raya ini.*
          *Ia beroperasi dari 6 petang hingga 2 pagi setiap Jumaat dan Sabtu dengan lebih 100 gerai menjual pelbagai produk seperti makanan, buah-buahan dan kraftangan.*
          *Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan usaha Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri mewujudkan pasar malam berkenaan.*

            
            LOS ANGELES: Jaket merah milik pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner berjaya dilelong pada harga AS$41,600 (RM173,884) ketika lelongan barangan milik penerbit itu, di sini.*
           *Ketika sesi lelongan itu juga, peminat dan pengumpul barangan masing-masing berebut-rebut untuk memiliki barangan peribadi milik Hefner yang terdiri daripada mesin taip ketika zaman kolej beliau serta majalah pertama terbitannya.*
         *Lelongan selama dua hari anjuran Rumah Lelongan Julien itu turut menarik ramai pembida termasuk pelawak Jim Belushi, yang membeli skrip bersarung kulit untuk rancangan ‘Saturday Night Live Show’ yang pernah dihoskan Hefner dengan harga AS$3,125 (RM13,062).*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *LONDON: Chelsea bangkit daripada kekalahan kali pertama di saingan Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Fulham 2-0 malam tadimenerusi gol sumbangan Pedro dan Ruben Loftus Cheek.*
            *Tuan rumah mendominasi permainan di Stamford Bridge dan menjaringkan gol awal menerusi Pedro namun bergelut untuk mengekalkan rentak konsisten sehinggalah Loftus-Cheek yang masuk sebagai pemain gantian menambah gol kedua pada lewat permainan.*

           *KUALA LUMPUR: Azlan Shah Kamaruzaman terlepas gelaran keseluruhan dalam kelas SuperSports 600cc yang dimenanginya musim lalu kepada pesaing dariThailand, Ratthapong Wilairot pada pusingan akhir Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) yang menutup tirainya di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, smlm.*
            *Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu perlu memenangi Perlumbaan 2 hari ini untuk muncul juara keseluruhan namun kecewa apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan masa keseluruhan 30 minit 06.927 saat di belakang Ratthapong yang memenangi perlumbaan dengan masa keseluruhan 30’00.360s, sekaligus mengesahkan gelaran keseluruhan yang kali terakhir dimenangi pelumba Thailand melalui rakan sepasukan Ratthapong, Decha Kraisart pada tahun 2010.*

           *ALOR SETAR: Pemain pertahanan Azmeer Yusof kini sah kembali bersama skuad Lang Merah bagi Liga Super musim 2019 selepas menandatangani kontrak selama setahun bersama pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).
             *Pengumuman berkenaan dilakukan oleh media KFA selepas Azmeer yang pernah bersama skuad Lang Merah pada musim 2016, hadir ke pejabat KFA di Stadium Darul Aman bagi melengkapkan urusan kontraknya musim depan.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2018 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*SELASA 4 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 26 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:35, SUBUH : 05:45, SYURUK : 07:03, ZOHOR : 13:06, ASAR : 16:29, MAGHRIB : 19:03, ISYAK : 20:18*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Sabtu ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, melalui kelulusan itu, pihak penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja di antara Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad bermula 2 hingga 6 petang.*

                 *KEBAKARAN kecil di loji penapisan minyak PETRONAS Penapisan (Melaka) di Sungai Udang, smlm tidak menjejaskan keseluruhan operasi di loji penapisan itu. PETRONAS melalui anak syarikatnya, Malaysian Refining Company Sdn Bhd (MRCSB) dalam satu kenyataan berkata, kebakaran berlaku pada 10.20 pagi itu membabitkan bukan kawasan pemprosesan di kompleks penapisan itu.*

                 *EMPAT lelaki maut selepas motosikal ditunggangi mereka terbabit dalam kemalangan dengan pacuan empat roda di Kilometer 1 Jalan Parit Karjo, Batu Pahat, malam semalam.*

                 *KERAJAAN diminta mengkaji semula pengeluaran visa bagi memastikan ia hanya dikeluarkan kepada pelancong berkualiti dan memanfaatkan negara. Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN UMNO-Arau) berkata, ia susulan timbulnya isu pengeluaran visa terutamanya kepada ‘pelancong’ dari China menggunakan gambar beruk baru-baru ini.*

                 *DUA beradik menarik lega selepas dilepas dan dibebaskan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu smlm atas pertuduhan menyebabkan kematian abang mereka tanpa niat pada Mei tahun lalu.*

                 *SEORANG anggota tentera yang dilaporkan hilang ketika mendaki di kawasan kaki Gunung Jerai semalam, ditemui selamat berhampiran sebuah masjid di Yan, smlm. Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa, Shahrul Nizam Ali, 34, yang dilancarkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak ditamatkan pada 3.52 petang.*

                 *WANITA warga emas cedera di hidung selepas terpelanting dan terhantuk pada dinding bangunan selepas dipukul lelaki tidak dikenali di sebuah lorong di Taman Melaka Raya, smlm. Kejadian pada 4.17 petang menimpa mangsa berusia 60-an itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pejabat The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Melaka.*

                 *MIC mengakui terkilan dengan keputusan MCA yang disifatkan terburu-buru dalam mencadangkan pembubaran Barisan Nasional (BN). Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan mengakui sukar melihat rasional MCA mahu membubarkan gabungan yang wujud sekian lama itu sedangkan ia belum dibincang oleh parti komponen lain.*

                 *JABATAN Audit Negara mendapati prestasi kewangan kerajaan negeri Kelantan, tahun lalu memuaskan. Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri Kedua itu turut mendapati, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan masing-masing pada tahap baik dan memuaskan.*

                 *“SAYA sangat berterima kasih jika MCA segera meninggalkan BN. Kita tidak boleh punya rakan yang enggan memikul tanggungjawab atas kekalahan dan membebankan ketika berada dalam kedudukan paling susut,” tegas Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.*

                 *KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pengangkutan adalah antara kementerian yang mendapat teguran secara punitif berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara Siri Kedua. Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata, teguran punitif itu bagaimanapun bukan bermaksud kesalahan dilakukan kementerian terbabit sudah dibuktikan.*

                 *GOLONGAN isi rumah mewah yang mempunyai bil elektrik bulanan RM20 ke bawah tidak akan menikmati subsidi dan perlu membayar bil berkenaan mulai bulan depan. Menteri Tenaga, Sains Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, ia selari dengan dasar kerajaan menyalurkan subsidi elektrik secara bersasar, khusus buat golongan miskin dan miskin tegar.*

                 *SATU bungkusan plastik hitam yang terjatuh dari lori di tengah jalan, rupa-rupanya mengandungi 15 kilogram daun ketum. Selepas menyedari bungkusan yang terjatuh itu daun ketum, dua anggota trafik yang sedang bertugas terus mengejar lori jenis Isuzu berkenaan sejauh dua kilometer.*

                 *POLIS memburu lelaki yang dipercayai menyamar sebagai pegawai kastam untuk memeras ugut dalam kejadian di kedai runcit di Kampung Batu Tumboh, Kampung Raja, dekat Jertih, Sabtu lalu. Suspek dikenali sebagai Zairol Azwan Zainal, 40, dari Padang Luas, Jertih, datang ke kedai runcit berkenaan 3.30 petang dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai kastam.*

                 *“TENGAH sedap rehat tiba-tiba elektrik terputus. Saya terus keluar untuk periksa kotak suis tapi terkejut bila nampak api membakar kabin sebelah,” kata Rahmat Sulong, 22, menceritakan kejadian kebakaran bengkel tempat kerjanya di Kampung Cacar, Paka, dekat Dungun, malam tadi. Kejadian 9.55 malam itu menyebabkan bengkel berkenaan musnah sama sekali dengan anggaran kerugian sebanyak RM500,000.*

                 *KERAJAAN Perak merasakan terdapat keperluan membina lapangan terbang baharu di negeri ini bagi menyaingi pembangunan pesat tetapi mungkin tidak dibina di Seri Iskandar seperti dirancang kerajaan terdahulu. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pembinaan lapangan terbang baharu itu kini dirancang dibina di selatan Perak iaitu di kawasan berhampiran dengan lebuh raya.*

                 *PENGUNJUNG premis perniagaan dan penduduk di Taman Wawasan di Parit Buntar, gempar apabila menemui sesuatu seperti kepala manusia tertimbus di dalam timbunan sampah di lorong belakang premis di situ, 6 petang smlm. Anggota polis yang tiba kemudian segera menjalankan siasatan, namun suasana yang cemas itu bertukar jenaka apabila rambut dan kepala yang disangka manusia sebenarnya adalah kepala patung yang kebiasaan digunakan sebagai pameran di premis menjual pakaian.*

                 *EMPAT lelaki bersenjatakan parang memecah masuk sebuah rumah di Bukit Rahman Putra, di Sungai Buloh dan melarikan wang tunai berjumlah RM100,000 yang disembunyikan di dalam sebuah tin biskut, awal pagi smlm. Laporan mengenai kejadian itu dibuat oleh remaja perempuan berusia 16 tahun yang berada bersama nenek, ibu saudara dan adiknya ketika rumah mereka dimasuki suspek kira-kira pada jam 3.45 pagi.*

                 *SERAMAI 11 lagi individu direman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, smlm bagi membantu siasatan kes kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, minggu lalu, menjadikan jumlah keseluruhannya kepada 55 orang.*

                 *“SAYA boleh memberi jaminan isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia supaya generasi masa depan tidak akan mengulanginya. Sejarah khazanah yang ‘disamun’ juga pemimpin akan turut dimasukkan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN UMNO-Pontian) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, smlm.*

                 *PEMANDU kren dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, smlm kerana menyamun seorang jururawat membabitkan kerugian RM300.*

                 *KERJA penggantian papan tanda jalan tulisan Cina kepada bahasa Melayu di Kampung Melayu Subang berjaya disiapkan sepenuhnya lebih awal dari tempoh yang ditetapkan. Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, sebanyak 45 papan tanda baharu sudah dipasang pada Isnin lalu.*

                 *PEMANDU Grab yang dilaporkan hilang sejak kelmarin, ditemui meninggal dunia alam kereta miliknya lewat petang, semalam. Dalam kejadian 4.45 petang itu, mangsa Ahmad Nasip@nor Ahmad Nasib, 54, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anak lelaki mangsa di tempat letak kereta belakang kedai di Lintas Jaya, Kepayan, Kota Kinabalu.*

                 *LELAKI ditemui lemas di Sungai Midah berhampiran Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.35 petang.*

                 *ANGGOTA tentera maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas ke tengah jalan dan bertembung dengan kereta dari arah bertentangan dalam kejadian di Kilometer 63.2 Jalan Yong Peng-Kluang, 6 petang semalam.*

                 *BAYI berusia 18 bulan terpaksa melalui detik cemas apabila kepalanya tersangkut di besi penghadang di rumahnya di Taman Desa Bangau, Temerloh, smlm. Difahamkan dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa disedari ibunya tersangkut di besi penghadang itu sebelum menghubungi talian 999.*

                 *BERSELINDUNG di sebalik perniagaan menjual burger, tiga anggota polis dipercayai menjalankan aktiviti menjual rokok seludup dan penyalahgunaan dadah sejak beberapa bulan lalu. Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar selepas serbuan dilakukan sepasukan polis di gerai burger berkenaan di Sea Park, Petaling Jaya, pada 10 malam kelmarin.*

                 *JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) akan memperluaskan perkhidmatan Bas Mobil JPN yang mampu menyiapkan Mykad dalam tempoh kurang 45 minit selepas dipohon, mulai tahun depan.*

                 *ISTERI Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat Muhammad Adib Mohd Kassim, di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, smkkmenitiskan air mata ketika melihat keadaan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu.*

                 *“PEJABAT saya, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) belum ‘ketuk’ lagi,” kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi. Beliau berkata demikian berikutan dakwaan pemberian kontrak membabitkan unsur campur tangan ahli keluarga. Beliau berkata, agensi itu boleh menyiasatnya pada bila-bila masa.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


          *GAZA CITY: Mahkamah tentera di Semenanjung Gaza yang ditadbir Hamas menjatuhkan hukuman mati terhadap enam tertuduh termasuk seorang wanita kerana bersubahat dengan Israel, kata pihak berkuasa.*
          *Menteri dalam negeri di Gaza berkata, 14 orang dihukum kerana kesalahan itu namun cuma enam dijatuhkan hukuman mati.*
           *Penghakiman itu dibuat tiga minggu selepas lapan orang dibunuh selepas tentera Israel melakukan serang hendap di dalam Gaza yang membawa kepada tembak-menembak mengakibatkan tujuh penduduk tempatan maut.*

           *BAIKONUR: Agensi Angkasa Russia, Roscosmos hari ini berkata roket Soyuz pertama kendalian manusia ke Stesen Angkasa Antarabangsa berjaya dilancarkan mengikut jadual selepas gagal Oktober lalu.*
                *Soyuz berjaya dilancarkan ke orbit,” kata Roscosmos di Twitter.*
                *Angkasawan Russia, Oleg Kononenko, Anne McClain dari NASA dan David Saint-Jacques dari Agensi Angkasa Kanada yang akan menjalani misi enam bulan setengah di Stesen Angkasa Antarabangsa berjaya dilancarkan mengikut jadual pada jam 11.31 pagi (waktu tempatan).*

             *PARIS: Seorang maut tengah malam semalam dalam nahas berkaitan bantahan antikerajaan ‘ves kuning’ di selatan Perancis, kata pendakwa semalam.*
              *Kejadian berlaku di Arles selepas sebuah van bertembung dengan trak berat sebelum dilanggar kenderaan lain, kata pendakwa raya Tarascon, Patrick Desjardins, menambah kemalangan ada kaitan dengan sekatan jalan raya yang dibuat penunjuk perasaan, menyebabkan kesesakan sepanjang 10 kilometer.*

            *HONG KONG: Pihak polis di pulau ini menutup sebuah premis perniagaan menjual patung seks yang membenarkan pelanggan untuk ‘cuba dulu baru beli.’*
            *Premis ‘rumah pelacuran’ itu mengenakan bayaran HK$480 (RM256) sejam kepada pengguna untuk ‘menggunakan’ satu daripada tiga patung seks diperbuat daripada silikon di situ.*
        *Ia adalah sebahagian daripada skim pemasaran bertujuan memujuk pelanggan membeli patung itu yang berharga antara HK$18,000(RM9,610) dan HK$30,000 (RM16,017).*


*TULAR / POPULAR*
================


          *AKIBAT tindakan melulu seorang lelaki yang memandu laju mengakibatkan kereta Audi A6 dipandunya ‘terbang’ sebelum melanggar dan tersangkut pada pembahagi jalan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), semalam.*
             *Kejadian itu sempat dirakam pengguna jalan raya sebelum tular di media sosial sejak malam semalam.*
             *Dalam rakaman video berdurasi 25 saat itu, pemandu kereta terbabit dilihat memandu laju di lorong kiri laluan berkenaan.*

         ♂ *POLIS memburu sekumpulan enam individu, termasuk seorang remaja yang terbabit dalam kes kecurian Milo di kedai runcit di Telupid, Rabu lalu.*
          *Dalam kejadian 7.46 petang itu, kegiatan kumpulan individu berkenaan dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mencuri sebungkus Milo seberat dua kilogram dengan memasukkannya ke dalam beg yang dibawa.*
            *Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Shivananthan Velautham berkata, hasil penelitian rakaman itu mendapati, seorang daripada ahli kumpulan itu mengambil sebungkus Milo sebelum diberikan kepada rakan wanita lain.*
             *Difahamkan, rakaman CCTV berkenaan turut tular menerusi WhatsApp.*

           *NEW YORK: Polis New York City berjaya mengesan pasangan pelancong yang lamaran menjadi tular selepas cincin tunang jatuh ke dalam lubang bawah tanah di Times Square.*
               *Video kejadian itu yang dikongsi di Twitter oleh Jabatan Polis New York City (NYPD) kelmarin mengumpul lebih 20,000 retweet, menjadi tajuk utama dan akhirnya sampai ke pengetahuan pasangan baru bertunang itu yang sudah kembali ke United Kingdom.*
              *"Pasangan bahagia itu sudah kembali ke negara mereka, tetapi terima kasih kepada retweet anda semua, mereka tahu kami mencari mereka.*
            *"Mereka mengatur usaha menyerahkan semula cincin mereka. Tahniah!,” kata NYPD dalam Twitter semalam.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *DUBLIN: England akan berdepan Belanda untuk mencari tempat ke final Liga Negara-Negara manakala tuan rumah Portugal berdepan Switzerland dalam satu lagi pertembungan separuh akhir selepas undian semalam di Dublin.*
            *Portugal dan Switzerland akan bertemu di Porto pada 5 Jun manakala with England dan Belanda bermain di Guimaraes pada 6 Jun.*
         *Bagi playoff tempat ketiga dan final akan berlangsung pada 9 Jun, dengan saingan terakhir akan berlangsung di Porto.*

           *LONDON: Mark Hughes dipecat daripada jawatan sebagai pengurus Southampton, umum kelab Liga Perdana yang sedang bergelut itu sebentar tadi, walaupun mereka meningkat selepas seri 2-2 berdepan Manchester United.*
           *"Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada Mark dan staf kejurulatihannya atas semua usaha dilakukan ketika berada di St Mary,” kata kenyataan kelab itu.*
           *Kami sudah menjalankan usaha mencari pengurus baharu untuk membawa kelab berkenaan ke depan.”*

           *LONDON: Sekali pun tidak beraksi sehebat 2017, bintang tenis Switzerland Roger Federer melengkapkan satu lagi musim hebat tahun ini dengan memenangi empat gelaran dan menambah koleksi Grand Slam kepada 20 serta muncul pemain tertua dalam sejarah menduduki ranking nombor 1 ATP dunia.*
            *Buat pertama kali sejak 2012, dan kesembilan secara keseluruhan, Federer menghabiskan keseluruhan musim di kedudukan ranking tiga terbaik dan setakat ini menjadi pemain tertua berada di kelompok berkenaan.*
              *Usianya juga empat tahun lebih tua berbanding pemain Amerika Syarikat, Jimmy Connors yang sebelum ini melengkapkan musim 184 di kedudukan ranking tiga terbaik.*

           *BHUBANESWAR: Malaysia memiliki dua pakar pukulan sudut penalti bertaraf dunia tetapi Belanda hanya memberikan satu peluang yang mana ia berjaya diselamatkan penjaga gol.*
          *Justeru, skuad hoki negara mahu menebus kegagalan itu pada pertemuan dengan Pakistan, Rabu ini dengan meraih seberapa banyak peluang pukulan sudut penalti.*
            *Kami berjaya meraih banyak pukulan sudut penalti ketika menentang Pakistan dalam saingan Trofi Juara-Juara Asia dan itu yang akan kami lakukan sekali lagi pada pertemuan dalam Piala Dunia kali ini.*

          *SEPANG: Kecederaan dua tonggak utama, Mohamadou Sumareh dan Syazwan Andiklangsung tidak menggusarkan pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe ketika skuad kendaliannya bakal mengharungi aksi penting berdepan Thailand di separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Rajamangala, Bangkok, Rabu ini.*
          *Jelas bekas pemain kebangsaan itu, beliau kemungkinan terpaksa membuat rombakan kecil sekiranya dua pemain berkenaan tidak cepat sembuh daripada kecederaan hamstring dialami ketika menentang lawan sama pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2018 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*RABU 5 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 27 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:35, SUBUH : 05:45, SYURUK : 07:04, ZOHOR : 13:06, ASAR : 16:29, MAGHRIB : 19:04, ISYAK : 20:18*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *BILANGAN pekerja diberhentikan majikan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, jauh lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lalu. Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, laporan diterima Jabatan Tenaga Kerja dari 1 Januari hingga 30 September lalu merekodkan 15,903 pemberhentian pekerja oleh majikan.*

                 *SERAMAI 73 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang wanita yang bekerja di kilang melebur besi hanya tergamam ketika premis di Sungai Karangan, Kulim, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, semalam.*

                 *MURID sekolah rendah menjadi sasaran baharu kepada kegiatan pengedaran dadah di Kelantan. Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Rohayu Ahmad berkata, murid sekolah rendah tahap dua berusia antara 10 hingga 12 tahun adalah sasaran baharu.*

                 *PERMOHONAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh UMNO berhubung tuntutan wang RM116.7 juta didakwa milik parti itu akan didengar pada 11 Februari tahun depan. Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Datuk Hariharan Tara Singh yang mewakili UMNO ketika ditemui selepas sebutan semula di hadapan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad.*

                 *JAWATANKUASA Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) kini mengkaji sama ada kempen pilihan raya dibenarkan di sekolah susulan cadangan menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim berkata, kajian itu adalah antara isu yang diketengahkan bagi memperhalusi sistem dan undang-undang pilihan raya di negara ini.*

                 *PENUNTUT universiti swasta dihukum penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mencuri pelbagai barangan di pasar raya di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, minggu lalu.*

                 *POLIS Kota Kinabalu menahan 108 individu selepas disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian di sekitar bandar raya ini sepanjang tempoh Januari hingga semalam.*

                 *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mahu semua pihak yang terbabit dalam perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Sabtu ini, patuh dengan syarat dan undang-undang yang ditetapkan. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akur dengan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku pemilik premis meluluskan perhimpunan berkenaan.*

                 *WARAN tangkap terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Low Teak Jho, atau Jho Low dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, smlm. Difahamkan, waran tangkap itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar selepas Jho Low gagal hadir untuk menghadapi tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).*

                 *KERAJAAN Selangor akan mempertimbangkan memberi ganjaran kepada peniaga yang menyediakan penyedut minuman atau straw keluli tahan karat (stainless steel straw) kepada pelanggan. Ia berikutan tiada pelaksanaan pemberian straw plastik secara automatik di negeri ini pada tahun hadapan.*

                 *EMPAT lelaki, termasuk seorang pegawai keselamatan syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd (One City) terbabit dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, smlm, atas pertuduhan merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya.*

                 *POLIS percaya pembunuhan lelaki yang dipercayai mencuri pisang di Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang, semalam, adalah bermotifkan geram. Justeru, polis menahan tiga lelaki termasuk pemilik kebun pisang yang disyaki menjadi suspek utama kes berkenaan. Selain lelaki berusia 38 tahun terbabit, anak saudara suspek berusia 14 tahun turut ditahan.*

                 *LELAKI maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh kereta sebelum tercampak ke dalam sawah di Kilometer 10, Jalan Datuk Kumbar, berdekatan Kampung Alor Melintang di Alor Setar, malam smlm. Dalam kejadian 9 malam itu, mangsa, Mohamad Arif Hafizi Johari, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.*

                 *PENGGUNA Terminal Bot Ekspres Sibu, di Sibu, gempar dengan penemuan mayat lelaki terapung berhampiran sebuah jeti, smlm. Difahamkan, mayat tanpa pengenalan diri itu ditemui seorang pemandu bot laju sebelum memaklumkannya kepada pengurusan terminal berkenaan.*

                 *LALUAN digelar penduduk sebagai selekoh ‘sakaratul maut’ di Kilometer 101, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di depan Masjid Hadari Paka, Dungun, perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa berikutan sering berlaku kemalangan ngeri menyebabkan kematian. Penduduk di kawasan berdekatan dan pengguna jalan raya ditemui mencadangkan pihak berwajib membina benteng konkrit di atas pembahagi jalan di sepanjang selekoh itu.*

                 *LELAKI didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, smlm, atas tuduhan menyebabkan kematian remaja berusia 14 tahun, lapan tahun lalu. Tertuduh Mohammad Harun Ibrahim, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izzuddin Mohd Shukri.*

                 *JURURAWAT berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke dalam tali air di Kilometer 8, Jalan Chukai-Air Putih di kawasan Kampung Paman, Chukai, smlm. Kemalangan pada 7.40 pagi itu berlaku ketika mangsa, Engku Ermanazira Engku Azmi, 29, dari Kampung Geliga, Kuala Kemaman, dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Air Putih.*

                 *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, smlm, untuk mengambil keterangan dipercayai berhubung kenyataan dikatakan menggugat keselamatan negara. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Waytha Moorthy akan dipanggil, selepas beberapa kali menangguhkan proses mengambil keterangan itu.*

                 *SEORANG mekanik yang terbabit dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, minggu lalu, dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, smlm, atas pertuduhan gagal mematuhi arahan pihak polis untuk bersurai dalam kejadian itu.*

                 *AHLI Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali diberi masa 24 jam untuk menarik balik kenyataan mereka terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy. Waytha Moorthy berkata akan mengambil tindakan undang-undang dan saman fitnah jika mereka enggan berbuat demikian.*

                 *KERAJAAN Selangor mengekalkan pendirian menjadi ‘orang tengah’ dalam menyelesaikan isu perpindahan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya. Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pihaknya akan cuba mencari penyelesaian terbaik bagi memastikan semua pihak terbabit berpuas hati terhadap keputusan yang akan dimuktamadkan minggu depan.*

                 *MALAYSIA tidak menentang pembangunan Lapangan Terbang Seletar, Singapura, tetapi jelas membantah tatacara Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) lapangan terbang itu yang melalui ruang udara Pasir Gudang, Johor. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pembangunan lapangan terbang berkenaan adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa dan Kerajaan Singapura.*

                 *GARA-GARA percayakan rakan dengan meminjamkan nama dan nombor akaun bank, tukang masak menjadi mangsa penipuan rakannya yang menggunakan butiran iu untuk meminjam wang daripada ah long. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chong, 37, memberitahu, rakannya yang dikenali sebagai Ah Hao datang berkunjung ke kampung halamannya di Raub, Pahang pada September lalu untuk membantunya mencari penjual durian.*

                 *LELAKI yang mengalami masalah kesihatan mental dilaporkan hilang sejak 29 November lalu selepas melarikan diri dari pusat jagaannya. Individu yang dikenali sebagai Chong Soon Kheng, 44, didapati memanjat pagar pusat jagaan PJ Caring Homes, Petaling Jaya, kira-kira 9 malam dan hanya disedari pekerja pusat jagaan terbabit keesokan harinya.*

                 *KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan melantik semula 169 daripada 303 kakitangan Institusi Sukan Negara (ISN), yang kontrak mereka tidak disambung sebelum ini, bermula tahun depan. Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagaimanapun berkata, kakitangan terbabit masih perlu melalui beberapa proses saringan.*

                 *BUKAN satu, tetapi dua kali letupan berlaku menggegarkan pusat beli-belah CityOne Megamall di Kuching, smlm. Keadaan itu didakwa seorang saksi yang juga kakitangan penyelenggaran pusat beli-belah terbabit ketika kejadian berlaku kira-kira jam 3.20 petang. “Kemudian, barulah saya dimaklumkan oleh rakan setugas bahawa berlaku kejadian letupan gas di salah sebuah restoran yang sedang diubahsuai di tingkat bawah.*

                 *SAYU hati abang apabila dimaklumkan adiknya terbabit dalam kejadian letupan di Kompleks City One Mega Mall, Kuching, smlm. Sumber berkata, mangsa yang maut berusia 24, 29 dan 49 tahun. Dalam kejadian 3.30 petang itu, tiga lelaki disahkan maut manakala 19 lagi cedera selepas berlaku letupan di pusat beli belah terbabit.*

                 *KERAJAAN akan melaksanakan pengambilan balik ruang udara di selatan Johor secara berperingkat mulai penghujung 2019 dan 2023. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ruang udara berkenaan diwakilkan kepada Singapura bagi tujuan penyediaan kawalan trafik udara sejak 1974.*

                 *BEKAS Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad, antara individu bakal dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung siasatan dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).*

                 *ANGGOTA Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) terpaksa mengejar kenderaan pacuan empat roda (4WD) selepas pemandunya melanggar sekatan jalan raya di Kilometer (KM) 4.5 Jalan Pengkalan Hulu-Betong, Pengkalan Hulu, malam smlm.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


           *PHILADELPHIA: Seorang wanita gemuk mengaku bersalah atas tuduhan membunuh teman lelakinya yang bertubuh kecil dengan duduk di atas dada mangsa hingga mati.*
             *Mail Online melaporkan, Windi Thomas, 44, mengaku bersalah melakukan serangan hingga menyebabkan kematian Keeno Butler, 44, di rumah mereka di Eerie, Pennsylvania pada Mac tahun ini.*
              *Peguamnya, Mark Del Duca memberitahu, dia memohon mahkamah mengurangkan hukuman penjara dari 20 hingga ke 40 tahun kepada 18 hingga 36 tahun kerana Windi membuat pengakuan bersalah.*

           *WAMENA: Seorang askar Indonesia dibunuh ketika menyiasat laporan lebih 24 pekerja binaan ditembak mati pemberontak pemisah di wilayah bergolak Papua, kata pihak berkuasa smlm.*
            *Jika pembunuhan itu disahkan, ia dianggap keganasan terburuk sejak beberapa tahun lalu di rantau itu yang menyaksikan pemberontakan kemerdekaan tahap rendah selama berdekad.*
         *Memetik seorang pegawai polis tempatan, media Indonesia melaporkan lewat semalam, pekerja terbabit ditembak mati Ahad lalu di Nduga, daerah di tengah rantau barat separuh kepulauan New Guinea, di utara Australia.*

          *LONDON: Semakin ramai kanak-kanak mahupun orang dewasa di seluruh dunia, khususnya di negara Barat, kini didapati menghidap alahan kepada makanan.*
             *Antara contoh terbaru ialah kematian dua remaja Britain selepas makan kacang dan bijan, Ogos lalu dan seorang kanak-kanak perempuan di Australia Barat maut kerana alahan kepada produk tenusu, lapor portal Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), semalam.*
          *Di United Kingdom (UK), misalnya, alahan kepada makanan membabitkan tujuh peratus kanak-kanak, sembilan peratus di Australia manakala di Eropah, ia membabitkan dua peratus orang dewasa.*

          *PHNOM PENH: Seorang rakyat Britain didakwa mahkamah di sini kerana melakukan hubungan seks dengan empat budak lelaki tempatan.*
           *Tertuduh dikenali sebagai Stephen John Loryman, 57, mengajar bahasa Inggeris di sebuah sekolah swasta dan tinggal di sebuah kediaman yang disewa. Dia ditahan pada 25 November lalu dan dituduh membuat pembayaran untuk pelacur kanak-kanak dan boleh dihukum penjara 15 tahun jika didapati bersalah, lapor portal berita Kemboja.*
         *Seorang pegawai penguat kuasa anti-pemerdagangan manusia dan perlindungan juvana berkata, tertuduh masuk ke Kemboja sebagai pelancong tahun lalu dan mengajar bahasa Inggeris.*

           *THE HAGUE: Hasrat seorang lelaki berusia 69 tahun untuk kembali menjadi muda tidak kesampaian apabila mahkamah Belanda menolak tuntutannya mengurangkan umur sebanyak 20 tahun dalam usaha beliau meningkatkan prospek dalam kehidupan dan cinta.*
            *Dalam kes yang tidak pernah wujud sebelum ini, Mahkamah Daerah Arnhem, memberitahu Emile Ratelband ia tidak boleh memenuhi permintaan beliau untuk menukar tarikh lahirnya dua dekad lebih lewat kepada 11 Mac 1969.*
          *"Ratelband bebas berasa 20 tahun lebih muda daripada umur sebenar dan bertindak seperti orang muda.*

          *QUITO: Kura-kura gergasi Galapagos mempunyai pelbagai genetik yang dikaitkan dengan pemulihan DNA, tindak balas imun dan pembanteras kanser, memberi petunjuk kenapa haiwan itu mempunyai hayat yang panjang, menurut satu kajian.*
        *Kumpulan penyelidik antarabangsa menyusun dua genom kura-kura terbabit, termasuk spesis ‘Lonesome George’ - cabang spesis ‘Geochelone nigra abingdoni’ yang mati dalam jagaan di Pulau Santa Cruz Galapagos pada 2012.*
            *Hasil kajian yang diterbitkan dalam jurnal ‘Nature Ecology & Evolution’ mendedahkan kumpulan penyelidik itu berjaya mengesan pelbagai garis keturunan khusus yang mempengaruhi gen pembaikan DNA, pengantara peradangan dan gen yang berkaitan dengan perkembangan kanser.*

           *WASHINGTON: Wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, menggambarkan Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai ‘binatang’ dan ‘pac-man’ yang akan menghancurkan semua halangan, termasuk penyokongnya, dalam lebih 400 mesej WhatsApp kepada rakannya sebelum dibunuh pada 2 Oktober lalu.*
            *Khashoggi menghantar teks itu kepada aktivis Arab Saudi yang berada di Montreal, Omar Abdulaziz, lapor CNN semalam.*
              *Mesej berkenaan dikongsi Abdulaziz, termasuk rakaman suara, gambar dan video, menggambarkan lelaki berhadapan masalah besar oleh apa yang dianggapnya sebagai Putera Mahkota yang keanak-anakan dan panas baran.*

           *MEXICO CITY: Enam anggota polis Mexico ditembak mati di barat negeri Jaslico, kata pihak berkuasa dalam kejadian serangan berdarah ke atas pasukan keselamatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.*
             *Serangan itu juga berlaku pada hari pertama pemerintahan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador yang baharu dilantik.*
           *Pendakwa raya Jalisco menerusi laman Twitter berkata, enam anggota polis terbunuh dan seorang lagi cedera dalam kejadian tembakan di kawasan bandar raya La Huerta di pantai Pasifik, hanya beberapa hari selepas sernagna ke atas konsulat Amerika Syarikat (AS) di ibu kota Guadalajara.*


*TULAR / POPULAR*
================


          *“SEJAK cerita mengenai kedai saya tular selepas disiarkan di Harian Metro beberapa minggu lalu, pelanggan bertambah tiga kali ganda.*
             *"Bukan hanya orang tempatan, malah pelanggan dari negeri lain serta pelbagai bangsa datang untuk menikmati nasi berlauk RM3.50,” kata Noharizan Hassan, 40, peniaga nasi berlauk R3.50 sepinggan ketika ditemui di kedainya di Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu, smlm.*
            *Noharizan atau lebih mesra dipanggil Mek Jane berkata, dia tidak menyangka sambutan diterima berlipat kali ganda selepas ia dilaporkan seterusnya menjadi tular di media sosial.*

           *BEIJING: Sebuah syarikat hartanah di barat daya China berdepan tindakan pihak berkuasa selepas menggunakan model separuh bogel yang dicat badannya bagi mempromosikan satu projek perumahan baru.*
             *China Youth Daily melaporkan, syarikat pelaburan Nanning Weirun pada Jumaat lalu mengupah beberapa model separuh bogel dan mengecat badan mereka dengan pelan rumah dan mesej mempromosikan projek South Station New City.*
           *Gambar model itu segera tular di media sosial di China dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna Twitter serta Weibo.*
            *Ramai pengguna media sosial mengkritik cara promosi itu sebagai lucah tetapi ada yang berpendapat ia satu bentuk seni.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


            *MANCHESTER: Jose Mourinho perlu pantas memulihkan moral Manchester United tatkala prestasi skuad kendaliannya dilihat mampu mengancam perjalanan keseluruhan musim tetapi halangan mereka berikutnya ialah Arsenal yang sedang ‘membara’.*
              *United tampak tidak beraksi seperti kebiasaan di Old Trafford hampir keseluruhan musim ini dengan dua aksi terakhir di gelanggang keramat itu berakhir keputusan seri tanpa jaringan menentang Crystal Palace dan serta kemenangan kurang meyakinkan ke atas kelab Switzerland, Young Boys dalam aksi Liga Juara-Juara.*

            *MILAN: Penyerang Inter Milan, Mauro Icardi memenangi anugerah Pemain Terbaik Serie A pada majlis yang berlangsung di Gran Gala del Calcio di sini, malam smlm.*
             *Penyerang Argentina berusia 25 tahun itu menjadi pemain pertama bukan dari Juventus memenangi anugerah daripada Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Itali itu sejak legenda AC Milan, Zlatan Ibrahimovic melakukannya pada 2011.*
           *Icardi berkongsi kedudukan selaku penjaring terbanyak Serie A musim lalu bersama penyerang Lazio, Ciro Immobile dengan menyumbat 29 gol.*

           *MEXICO CITY: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona menghamburkan kata-kata kesat kepada penyokong pasukan lawan dan terpaksa ditenangkan selepas diejek susulan kekalahan skuad kendaliannya, Dorados of Sinaloa dalam aksi final divisyen dua Mexico.*
              *Dorados yang dikendalikan Maradona tewas pada aksi timbal balik kejuaraan divisyen dua kepada kelab Atletico San Luis pada tambahan masa sekali gus gagal merangkul gelaran dan peluang untuk dinaikkan pangkat ke divisyen utama.*

            *PENJAGA gol Thailand Chatchai Budprom menasihatkan kepada pemain Harimau Malaya supaya tidur lena malam ini.*
            *Ini kerana dia yakin anak buah Tan Cheng Hoe bakal mengalami mimpi ngeri pada pertemuan separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Nasional Rajamangala malam esok (ini).*
             *"Pada perlawanan pertama, mereka memberi tekanan kepada kami tapi kali ini pasti berbeza. Kali ini kami akan beraksi di gelanggang sendiri.*

            *BHUBANESWAR: "Saya yang membinanya, jadi saya tahu bagaimana hendak memusnahkannya".*
             *Itu reaksi ketua jurulatih hoki Malaysia, Roelant Oltmans apabila ditanya mengenai keutuhan pertahanan Pakistan yang sekadar membenarkan Jerman menghasilkan satu jaringan dalam aksi sulung Piala Dunia, Sabtu lalu.*
            *Malaysian Tigers akan berdepan Pakistan, esok (hari ini) dalam aksi yang dianggap sebagai penentuan untuk mara ke pusingan playoff, dan pasukan yang tewas akan berdepan laluan cukup sukar untuk mara.*
           *Selepas perlawanan itu, Malaysia dijadualkan bertemu Jerman pada 9 Disember ini, manakala Pakistan menentang Belanda pada hari yang sama - dan kedua-dua perlawanan itu tampak memihak kepada kuasa besar hoki Eropah itu.*

            *KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei dijangka kembali turun ke gelanggang untuk memulakan latihan dalam tempoh dua minggu lagi dan perkara itu disahkan sendiri Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan & Latihan (C&T) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai.*
            *Menurutnya, Chong Wei ada berjumpa jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan semalam dan mengakui sudah bersedia untuk melakukan latihan di gelanggang.*

           ♂ *NILAI: Sebaik saja tirai musim 2019 dibuka, pelumba basikal para negara, Mohd Najib Turano akan menempuh dua cabaran utama yang bakal menjadi penentu sama ada dia layak atau tidak ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.*
          *Dalam tempoh tiga bulan itu, dia serta rakan sepasukan akan turun beraksi di Kejohanan Basikal Trek Para Asia 2019 di Jakarta, (Januari) dan Kejohanan Basikal Trek Para Dunia di Belanda, (Mac).*

         *ALOR SETAR: Penyerang dan pemain sayap muda kebangsaan N Thanabalan berazam mahu mendakap sekurang-kurangnya satu piala bersama skuad Lang Merah pada aksi Liga Super musim 2019.*
            *Thanabalan, 23, yang bersama skuad Negeri Sembilan musim ini berkata, dia sudah bersedia bersama Kedah dan mahu menjadikan musim hadapan sesuatu yang membanggakan buat dirinya selepas belum berkesempatan menggenggam apa apa piala sejak pembabitannya dalam Liga Malaysia bermula 2014.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2018 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*KHAMIS 6 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 28 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*malaysiakefinalaffsuzukicup*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:35, SUBUH : 05:45, SYURUK : 07:03, ZOHOR : 13:07, ASAR : 16:29, MAGHRIB : 19:03, ISYAK : 20:19*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *Kuala Lumpur: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan menyempurnakan Istiadat Pertukaran Panji-Panji Rejimen Batalion Pertama dan Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kem Perdana Sungai Besi di sini, semalam. Baginda yang juga Kolonel Yang Dipertua RAMD turut bertitah meminta kedua-dua batalion memantapkan kesatuan serta meningkatkan keupayaan tempur untuk mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara.*

                 *OPS Yaman 2 yang didakwa tidak mendapat kelulusan Kabinet pentadbiran terdahulu, diketuai dan diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihak yang membuat pendedahan mengenai Ops Yaman 2 perlu memahami fungsi MKN untuk mengetahui pembabitan sebenar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Arab Saudi.*

                 *REMAJA lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas di rumahnya di Kampung Gais Batu Pedas, Rembau, kelmarin. Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, mangsa, Mohd Aidi Azzhar Zahrin, 16, ditemui meninggal dunia jam 12.45 tengahari oleh ibunya yang mendapati anaknya tidak sedarkan diri.*

                 *PEKERJA am dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang, smlm, selepas mengaku bersalah memiliki 19 keping wang palsu RM100 dan tiada kad pengenalan ketika diperiksa polis pada bulan lalu. Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap Didiari Saini, 37, atas kesalahan memiliki wang palsu dan penjara tiga bulan bagi pertuduhan tidak memiliki kad pengenalan.*

                 *LAPAN persatuan pengusaha kedai makanan, minuman dan runcit berhimpun secara aman membantah larangan merokok sepenuhnya di premis sedemikian yang akan berkuat kuasa 1 Januari depan. Antaranya ialah, Persatuan Restoran India Malaysia (PRIMAS); Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia dan Persatuan Tuan-Tuan Empunya Kedai Kopi dan Makanan Seberang Perai.*

                 *MISTERI bau busuk terungkai dengan penemuan mayat reput dalam sebuah bangunan terbiar di Jalan Green, di Sarikei, semalam. Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitendan Awang Alfian Awang Bujang berkata, dalam kejadian 5 petang itu, seorang lelaki berusia 40 tahun secara kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum terhidu bau busuk.*

                 *LELAKI yang menjalani latihan menunggang motosikal di sekolah memandu di Subang Jaya, terpaksa menahan kesakitan apabila tongkat kenderaan dinaiki itu terkena pada bahagian kemaluannya. Dalam kejadian pada jam 11.40 pagi itu, motosikal yang dinaiki mangsa terbalik ketika latihan menyebabkan tongkat motosikal berkenaan terkena pada bahagian kemaluannya.*

                 *DUA individu dipercayai terbabit dalam kegiatan pengganas militan Abu Sayyaf maisng-masing dihukum penjara empat dan lima bulan oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, selepas mengaku bersalah masuk secara tidak sah ke negara ini. Hakim Mahkamah Sesyen, Azreena Aziz turut mengenakan hukuman satu kali rotan terhadap kedua-dua tertuduh yang berasal dari Filipina itu.*

                 *JUMLAH tangkapan individu yang disyaki terbabit dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafields, USJ 25, Subang Jaya pada minggu lalu, meningkat kepada 99 orang, smlm. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tangkapan terbaharu itu kesemuanya lelaki tempatan susulan operasi yang dijalankan di sekitar Lembah Klang.*

                 *IBU beranak lima dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menolong menyembunyikan wang milik seorang pembantu tadbir, tahun lalu.
Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap suri rumah, Zurina Sharipin, 36, selepas tertuduh mengaku salah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya.*

                 *POLIS masih menyiasat penemuan rangka manusia yang ditemui di bawah pokok pisang di Kampung Saga, Jalan Yayasan Kibagu, Manggatal, Kota Kinabalu, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan mendapati rangka manusia itu dalam keadaan terlentang di bawah pokok pisang di kawasan semak dengan lengkap berpakaian.*

                  *JABATAN Bomba dan Penyelamat Sarawak diminta menyiapkan segera laporan terperinci berhubung insiden letupan gas di sebuah restoran di pusat beli-belah CityOne Megamall, di Kuching, semalam. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan yang sehingga kini meragut tiga nyawa, selain mencederakan 44 pengunjung pusat beli-belah berkenaan.*

                 *BAU gas yang kuat mendorong petugas Restoran Nene Chicken, Mohamad Shahrizan, 22, berlari keluar dari premis berkenaan hanya beberapa saat sebelum berlakunya letupan semalam. Malah, tiada apa dapat dikatakannya, kecuali rasa syukur kerana terselamat dalam insiden kira-kira 3.30 petang itu yang sehingga kini meragut tiga nyawa dan mencederakan 41 mangsa lain.*

                 *MAHKAMAH Sesyen Kota Kinabalu, smlm, menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap seorang lelaki selepas mengaku bersalah melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar perempuan.*

                 *TANDA tanya mengenai seorang warga emas yang gagal dihubungi anaknya sejak tiga hari lalu, terjawab apabila wanita itu ditemui dalam keadaan tidak bermaya dengan tangan kirinya tersepit di lubang saluran air di bilik mandi rumahnya di Bukit Siput, Segamat, smlm. Siti Jauriah A Ghani, 70, ditemui anaknya yang ke rumah itu pada 9 pagi, selepas gagal menghubungi mangsa.*

                 *PENUNTUT universiti swasta ditahan selepas dipercayai terbabit menguruskan perkhidmatan seks membabitkan tiga wanita di Kota Bharu, semalam. Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan. Turut ditahan, tiga wanita berkenaan di dua lokasi berasingan di bandar berkenaan.*

                 *TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan meneliti punca seramai 52 kakitangan kerajaan yang mengikuti kursus khas pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) digugurkan daripada program itu. Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan tindakan itu bukan disebabkan langkah penjimatan kos yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.*

                 *Kuala Lumpur: Setiap hari dalam tempoh dua hingga lima minit sejak Mei lalu, terdapat sekurang-kurangnya tujuh status membabitkan isu perkauman di Malaysia dikongsi ribuan pengguna siber yang lain. Mendedahkan perkara itu, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata, ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada masyarakat sehingga menggugat keharmonian pelbagai kaum.*

                 *BEKAS Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, pada 10.25 pagi untuk dirakam keterangan berhubung siasatan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysian Development Berhad (1MDB). Dzulkifli tiba di SPRM dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail.*

                 *Temerloh: Nasib malang Elly, anak gajah betina berusia dua tahun yang kudung kaki akibat terkena perangkap samar setahun lalu, bertukar apabila Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) memberi sumbangan kaki palsu untuk memudahkanpergerakan haiwan itu.*

                 *LELAKI cedera di perut selepas ditikam dua lelaki lain dengan senjata tajam di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alang Iskandar di Jalan Siakap, Bagan Serai, malam smlm. Mengikut penduduk di situ, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 20-an bersendirian melalui kawasan itu antara 10 hingga 11 malam.*

                 *Kuala Lumpur: Tiga akta dibentang untuk pindaan di Dewan Rakyat semalam, bagi membolehkan mahasiswa menyertai aktiviti politik di kampus. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membentangkan pindaan terhadap Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 untuk bacaan kali pertama.*

                 *Kuala Lumpur: Permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan untuk membatalkan saman dikemukakan UMNO berhubung tuntutan wang RM116.7 milik parti itu akan didengar pada 11 Februari tahun depan.*

                 *PEMANDU treler maut manakala kelindannya parah selepas kenderaan itu melanggar lori di Kilometer 282.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Nilai di Nilai, tengah malam smlm.*

                 *KENDERAAN Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mungkin dilengkapi kamera ‘dashboard’ atau ‘dashcam’ untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini seperti apa yang berlaku dalam insiden rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya, minggu lalu.*

                 *MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yakin anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dapat melangsungkan perkahwinannya pada hujung bulan ini berikutan perkembangan tahap kesihatannya positif dari semasa ke semasa.*

                 *HASIL kajian berhubung penggubalan akta khusus menangani gangguan seksual dijangka siap sepenuhnya pada hujung Januari depan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata, kementerian ketika ini menunggu hasil kajian impak untuk dijadikan panduan menggubal akta itu.*

                 *JABATAN Perikanan Perak menahan dua lelaki kerana dipercayai menggunakan alat renjatan elektrik untuk menangkap ikan di Sungai Pinji, Tambun, di Ipoh, smlm. Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Zaki Mokri berkata, dua pegawai penguatkuasa bergegas ke lokasi pada 11.30 pagi selepas pihak Pejabat Perikanan Daerah Kinta/Kampar menerima aduan daripada orang awam mengenai kegiatan dilakukan suspek berusia 41 dan 42 tahun itu.*

                 *SEORANG remaja lelaki yang menghidap demam denggi terselamat walaupun ambulans membawanya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van di Kilometer 5 Jalan Bahau-Juasseh, Jempol, smlm. Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pemandu van, 55, bagaimanapun patah tangan dan kaki kanan, manakala isteri dan empat anaknya berusia antara sembilan hingga 20 tahun cedera ringan.*

                 *PEMINJAM Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan lebih RM2,000 sebulan selepas ini tidak boleh 'culas' membayar balik selepas skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) dilaksanakan mulai Januari ini. Ia berikutan skim berkenaan yang seperti sistem Potongan Cukai Berjadual (PCB) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan berhubung terus dengan majikan yang akan menolak gaji pekerja yang mempunyai pinjaman PTPTN secara mandatori.*

                 *PENDAKWAH bergelar ‘ustaz selebriti’ dinasihatkan memiliki amanah dan disiplin ilmu dalam menyampaikan ceramah melalui mana-mana platform bagi mengelakkan penyebaran sebarang hadis palsu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, disiplin ilmu itu membabitkan penguasaan bahasa Arab lebih baik, kefahaman maksud hadis atau ayat serta tafsiran tepat mengikut peredaran masa kini.*

                 *KIRA-KIRA 100 rumah di Taman Yani dan Kampung Melayu serta perumahan berhampiran di Simpang Renggam mendakwa kehidupan harian mereka terjejas apabila kualiti bekalan air di kawasan mereka merosot dan berubah warna menjadi kemerah-merahan sejak dua hari lalu.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


           *PARIS: Bidang perubatan mencatatkan sejarah apabila seorang wanita yang menerima rahim menerusi pembedahan pemindahan daripada penderma yang sudah meninggal dunia, melahirkan anak, kata penyelidik hari ini.*
            *Prosedur bersejarah itu, yang dibuat di Brazil dua tahun lalu, menunjukkan pembedahan pemindahan seumpama itu boleh dilakukan dan dapat membantu ribuan wanita yang tidak boleh melahirkan anak disebabkan masalah rahim, menurut kajian yang disiarkan dalam jurnal perubatan Lancet.*
               *Bayi perempuan itu dilahirkan pada September 2016 di Sao Paolo.*
            *"Kejayaan ini menunjukkan bukti pilihan baru untuk wanita yang mengalami masalah kesuburan rahim,” kata Dr Dani Ejzenberg di Universiti Sao Paolo, menyifatkan prosedur itu sebagai ‘pencapaian penting perubatan’.*

           *SINGAPURA: Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan, menyifatkan pengurusan langit ‘tiada kena mengena dengan kedaulatan’, semalam selepas Malaysia menyatakan hasrat mahu menuntut semula hak mengendalikan ruang udara di selatan Johor.*
             *Khaw berkata, ruang udara itu diamanahkan kepada pengurusan Singapura menurut perjanjian dengan negara serantau termasuk Malaysia pada 1973, dan ia diluluskan badan antarabangsa, Pertubuhan Penerbangan Sivil Antarabangsa (ICAO).*
             *Selain itu, ia bukan keputusan ‘mudah’ untuk mengubah status quo, dan menurut proses ICAO, perlu ada alasan bagi perubahan itu seperti peningkatan keselamatan dan kecekapan, katanya kepada wartawan di Lapangan Terbang Seletar.*

           *MANILA: Presiden Rodrigo Duterte mengaku mengambil ganja bagi membolehkan beliau berhadapan jadual ketatnya sebelum berkata ia cuma jenaka.*
            *Menggambarkan pengalaman itu ketika Sidang Kemuncak ASEAN bulan lalu di Singapura, yang menyaksikan jadual mesyuarat dan persidangan ketat, pemimpin berusia 73 tahun itu berkata beliau terpaksa mengambil ganja untuk kekal bertahan.*
             *"Sidang itu amat memenatkan secara fizikal. Saya rasa pada usia ini, sukar untuk saya menangani tekanan, jadi saya ambil ganja untuk terus dapat bertahan,” katanya dalam ucapan di istana presiden.*

           *YEREVAN: Dua juruterbang maut selepas sebuah jet pejuang dilaporkan terhempas di Armenia hari ini, menurut Kementerian Pertahanan di negara bekas republik Soviet itu.*
            *Menurut jurucakap kementerian terbabit, Atrsrun Hovhannisyan menerusi siaran Facebook, serpihan jet jenis Sukhoi SU-25 dijumpai di pergunungan berhampiran bandar Maralik di barat wilayah Shirak, Albania.*
            *"Dua juruterbang iaitu Leftenan Kolonel Armen Babayan dan Mejar Movses Manukyan dilaporkan terbunuh dalam insiden itu,” katanya.*
             *Laporan awal kementerian terbabit berkata pesawat berkenaan hilang dari radar pagi tadi, seminit selepas berlepas untuk menjalani latihan harian.*

            *AKKAR, Lubnan: Bayar AS$2,000 (RM8,331) untuk diseludup keluar hidup-hidup atau tinggal menunggu maut menjemput.*
              *Itu pilihan diberikan sindiket penyeludupan manusia menawarkan ‘tiket’ keluar daripada sengsara kepada penduduk Syria yang ingin lari dan memulakan hidup baru di negara lain.*
             *Biarpun mengetahui penduduk di negara itu tidak mampu menyediakan wang dipinta, bagi sindiket yang mengambil kesempatan menjalankan kegiatan penyeludupan manusia di kawasan sempadan antara Syria dan Lubnan, ia bukan masalah mereka.*

          *WAMENA (INDONESIA): Seorang askar Indonesia ditembak mati ketika menyiasat laporan lebih 24 pekerja binaan dibunuh kumpulan pemberontak di wilayah bergolak Papua, kata pihak berkuasa
semalam.*
            *Jika pembunuhan itu disahkan, ia dianggap keganasan terburuk sejak beberapa tahun lalu di rantau itu yang menyaksikan pemberontakan kemerdekaan tahap rendah selama beberapa dekad.*
            *Media Indonesia kelmarin yang memetik seorang pegawai polis tempatan melaporkan, pkerja terbabit ditembak mati pada Ahad lalu di Nduga, daerah di tengah wilayah berkenaan.*


*TULAR / POPULAR*
================


           *RAKAMAN video tular seorang lelaki dipukul anggota polis dikenal pasti membabitkan ‘mat rempit’ yang cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal melawan arus sebelum hampir merempuh pelanggan sebuah restoran di Putrajaya, Ahad lalu.*
             *Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, kejadian berlaku pada 1.40 pagi apabila anggota Unit Kereta Peronda (MPV) menerima maklumat berhubung sekumpulan individu sedang menunggang motosikal secara merbahaya.*
            *Menurutnya, kumpulan mat rempit itu dikesan melakukan aktiviti terbabit di kawasan Jambatan Seri Gemilang dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Presint 5, Putrajaya.*

           *SEORANG pelancong wanita terjatuh dan diseret selepas beg tangannya diragut penunggang motosikal dalam kejadian dipercayai di pekarangan pusat beli-belah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Ahad lalu.*
                 *Rakaman video kejadian berdurasi sembilan saat itu turut tular di media sosial sejak Isnin lalu.*
               *Dalam rakaman video itu, kelihatan pelancong wanita terbabit bersama seorang pelancong lelaki berjalan di laluan pejalan kaki.*
               *Berdasarkan video itu, lelaki terbabit yang memakai topi keledar tutup muka penuh dipercayai sudah berada berhampiran pintu masuk di pekarangan pusat beli-belah berkenaan beberapa minit sebelum mangsa berjalan di laluan terbabit.*

          *JABATAN Agama Islam Melaka (JAIM) menafikan dakwaan terdapat usaha pihak tertentu membina kuil di kawasan perkuburan Tujuh Beradik di Pulau Besar, Melaka, seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.*
          *Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, ini kerana pihaknya bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan tiada sebarang binaan dibangunkan di kawasan terbabit.*
              *Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang membina sebarang bangunan di sekitar Pulau Besar tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa.*

          ♂ *PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang juga personaliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbangsa Punjabi paling ‘popular’ di negara ini, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh secara rasmi bersara daripada perkhidmatannya, smlm.*
           *Ketokohannya sebagai Pengarah JSJK ketika mengendalikan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menyelesaikan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa dalam tempoh dua hari semasa menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur, menjadikannya beliau amat terkenal sehingga dikenali segenap lapisan masyarakat di negara ini.*
             *Amar Singh, 60, menamatkan perjalanan karier selama 35 tahun dengan cemerlang sebagai satu-satunya pegawai kanan polis berbangsa Punjabi yang dilantik menjadi Pengarah JSJK mulai 13 Oktober tahun lalu dan sepatutnya bersara wajib pada 6 Jun lalu.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


           *MADRID: Gareth Bale mengakui terkejut gaya sepakan akrobatiknya pada final Liga Juara-Juara 2018 tidak memenangi Anugerah Puskas FIFA untuk gol terbaik sepanjang tahun ini.*
          *Berdasarkan suasana perlawanan itu serta teknik yang dipamerkan oleh bintang Wales itu, ramai menjangkakan dia mudah untuk membawa pulang trofi berkenaan.*
               *Kemudian bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo turut tercalon untuk gaya yang sama ketika bertemu kelabnya ketika ini, Juventus, namun anugerah itu akhirnya dimenangi oleh bintang Liverpool, Mohamed Salah ketika menjaringkan gol bertemu Everton.*
           *Bercakap mengenai perkara itu, penyerang Real Madrid itu mengakui terkejut kerana tidak memenangi anugerah berkenaan.*

           *MELBOURNE: Serena Williams akan kembali beraksi di Terbuka Australia buat kali pertama sejak memenangi saingan itu pada 2017 ketika kandungannya berusia lapan minggu dengan kesemua 100 pemain ranking utama dunia dijangka akan beraksi di Melbourne Park.*
           *Ia termasuklah pemain sedang berdepan kecederaan, Rafael Nadal serta Andy Murray.*
              *Serena yang kembali ke gelanggang selepas melahirkan anak, melangkah ke pentas final Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) namun berdepan kekecewaan di kedua-dua kejohanan itu sekali gus menyaksikannya kekal dengan rekod memenangi 23 kejuaraan utama.*

           *JURULATIH Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mahu pemainnya terus fokus dalam memburu gelaran Piala AFF, selepas misi menyingkirkan juara bertahan Thailand untuk mara ke pentas akhir berjaya, mlm tadi.*
               *Malaysia berada di landasan terbaik memburu gelaran pertama sejak 2010, selepas mara ke perlawanan akhir buat kali keempat menerusi peraturan gol di tempat lawan, apabila seri 2-2 pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangala.*
              *Halangan terakhir mereka kini sama ada Vietnam atau Filipina yang bakal berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir kedua, esok (hari ini).*

           *BANGKOK: Penerbangan khas ke Bangkok bagi aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2018 yang dicetuskan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia mendapat reaksi positif penyokong Malaysia yang berpeluang menikmati tawaran itu.*
             *Rata-rata penyokong skuad Harimau Malaya teruja selepas peluang keemasan itu dapat menyemarakkan lagi sokongan mereka, sekali gus mencetus semangat buat pasukan negara yang akan berjuang di atas padang.*

           *KUALA LUMPUR: Goh V Shem-Tan Wee Kiong bakal berdepan risiko disingkirkan dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) jika tidak kembali mempertingkatkan prestasi.*
            *Pasangan regu utama negara itu kini bergelut memulihkan prestasi dan diberi tempoh untuk bangkit sepanjang tempoh empat bulan pertama awal tahun depan atau bakal berdepan penyingkiran.*
           *Ini kerana, BAM sudah memberi pelabagai peluang termasuk memecahkan gandingan itu pada tahun lalu.*

           *KUALA LUMPUR: Yusri Che Lah akhirnya memilih untuk bersama skuad Kuala Lumpur biarpun sebelum ini pernah menyatakan persetujuan untuk kekal dengan Kelantan, bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.*
               *Beliau yang baharu pulang daripada mengerjakan umrah berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor dan menganggap 'jodohnya' bersama Kelantan hanya sampai setakat itu saja.*

           *Kuala Lumpur: Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) memperkenalkan dua import baharu bagi memantapkan bahagian tengah dan pertahanan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.*
           *Biarpun pengumuman kedua-dua tonggak baharu itu sudah diumumkan sebelum ini, kehadiran Aaron Niguez dan Mauriciodos Santos Nascimento di Pusat Latihan Padang Seri Gelam akhirnya menamatkan penantian penyokong JDT sejak iadimaklumkan Oktober lalu.*
           *Perkembangan itu diumumkan menerusi laman sosial Johor Southern Tigers, smlm.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2018 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*JUMAAT 7 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 29 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#penghulusegalahari*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:36, SUBUH : 05:46, SYURUK : 07:03, ZOHOR : 13:07, ASAR : 16:30, MAGHRIB : 19:05, ISYAK : 20:19*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *PENGARAH syarikat kejuruteraan dan ejen penghantar barang menarik nafas lega selepas mereka dilepas dan dibebaskan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Georgetown, smlm daripada tuduhan mengedar 158 kilogram (kg) kokain, dua tahun lalu.*

                 *BADAN Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin mendapatkan khidmat sukarelawan untuk menjalankan aktiviti amal boleh memohon Orang Diparol (ODP) daripada Jabatan Penjara Malaysia Terengganu. Pengarah Penjara Terengganu, Timbalan Komisioner Ahmad Saidi Hamzah, berkata pihaknya mengalu-alukan permohonan mana-mana pihak untuk mendapatkan perkhidmatan sukarelawan ODP di negeri ini.*

                 *“SAYA curiga melihat kereta itu berhenti di dalam gelap. Saya mengajak dua rakan menyiasat dan kami terkejut menemui seorang lelaki terlentang di tepi kenderaannya,” kata Mohd Zubadrol Hisham Hussain, 36, yang menemui mayat lelaki di ladang kelapa sawit Felda Kerteh 6, Dungun, malam smlm. Mangsa, Mohd Nasir Mat Husain, 57, adalah peneroka berasal dari Felda terbabit dan ditemui mati di tepi keretanya pada 10 malam.*

                 *KERESAHAN peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap peratusan potongan gaji yang terlalu tinggi akan dibawa ke pengetahuan kerajaan. Jaminan itu diberi Presiden PKR dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan memastikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, maklum dengan aduan rakyat itu.*

                 *POLIS sedang mengumpul maklumat berhubung kejadian bot tunda ditembak sekumpulan lelaki lengkap bersenjata sehingga menyebabkan seorang tekong warga Indonesia cedera di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan, semalam. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, empat suspek dipercayai naik ke bot tunda itu sebelum melepaskan tembakan.*

                 *AHLI Parlimen Barisan Nasional (BN) keluar dari Dewan Rakyat beramai-ramai smlm sejurus sebelum rehat tengah hari. Tindakan pembangkang itu adalah sebagai membantah keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof melarang Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh berada dalam Dewan.*

                 *HANYA kerana menegur suami memukul anak mereka, seorang wanita lebam di bahu kiri, mata dan mulut akibat dibelasah suaminya dengan bantal serta batang penyapu, di Kubang Pasu, semalam. Dalam kejadian 7 malam itu, mangsa berusia 42 tahun sedang berehat di ruang tamu rumah mereka di Changlun, bersama suaminya berusia 37 tahun dan anak lelaki mereka berusia sembilan tahun.*

                 *POLIS menahan tiga lagi individu bagi membantu siasatan kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya. Ia menjadikan jumlah keseluruhan 102 orang ditahan berhubung insiden berkenaan, setakat ini. Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, ia adalah jumlah tangkapan terkini, sehingga jam 8 pagi smlm.*

                 *KEJADIAN seorang lelaki dipercayai meletakkan bangkai seekor lembu bersama nota ugutan bunuh terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, Ahad lalu, adalah kes terpencil. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, susulan kejadian, pihaknya sudah menahan reman suspek selama empat hari sehingga esok dan siasatan lanjut sedang dijalankan.*

                 *BEKAS pengurus kedai serbaneka didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, smlm atas 40 pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai sebanyak RM68,463.35, tahun lalu. Tertuduh, Wan Fatihah Nadzrin,25, yang bekerja sebagai pengurus Kedai Serbaneka 7 Eleven cawangan persiaran Kuala Kangsar ketika itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim S Indra Nehru.*

                 *PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas tindakan Kerajaan PAS Kelantan mengumumkan cuti peristiwa Ahad ini, sempena himpunan kesyukuran pembatalan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Anwar berkata, adalah tidak wajar untuk kerajaan di peringkat Persekutuan atau negeri memberi cuti semata-mata untuk membolehkan rakyat menghadiri demonstrasi.*

                 *HUJAN berterusan sejak Isnin lalu menyebabkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, kini meningkat dan berada pada tahap berjaga-jaga. Berdasarkan portal publicinfobanjir.water.gov.my, sehingga jam 9 pagi ini, paras air Sungai Golok meningkat kepada bacaan 7.08 meter (m) melebihi paras berjaga-jaga iaitu 7 m, berbanding 6.55 m semalam.*

                 *“SEMALAM di sini (pusat pemindahan sementara), tak lena tidur kerana teringatkan rumah. Alhamdulillah banjir dah surut, kita nak balik dah,” kata mangsa banjir, Jawal Jusoh, 60. Jawal bersama 38 mangsa banjir dari lapan keluarga di Kampung Besul Lama, Bukit Besi, Dungun dibenarkan pulang, sekali gus Pusat Pemindahan Sementara (PPS) itu ditutup, 9 pagi hari ini.*

                 *LELAKI dihadapkan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, smlm, tiga pertuduhan membakar rumah ahli keluarga dan jiran di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru, bulan lalu. Tertuduh, Ramlan Madon, 50, yang tidak bekerja bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.*

                 *Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut serta dalam perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Sabtu ini.*

                 *Taiping: Seorang penghantar barang didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan menyamar sebagai pegawai polis dan menipu seorang warga emas lelaki membabitkan nilai kerugian RM2,500, dua tahun lalu.*

                 *KES membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7 juta dan tuduhan gagal mengemukakan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sudah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.*

                 *Putrajaya: Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menguatkuasakan Sistem Demerit Kesalahan kepada semua pengendali premis perniagaan di kawasan pentadbirannya bermula suku pertama tahun depan.*

                 *“SAYA meminta seluruh rakyat Terengganu yang akan bergerak menyertai perhimpunan ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) supaya mematuhi peraturan lalu lintas dan berhimpun dalam keadaan aman, tenteram serta elakkan sebarang bentuk provokasi yang mungkin ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab,” kata Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.*

                 *WANITA yang mengalami masalah jantung dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP), Georgetown menerusi penerbangan ihsan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi menjalani rawatan segera, smlm. Penerbangan ihsan helikopter Agusta AW139 yang membawa Ruby Looi Joo Hua, 47, itu berlepas dari Pengkalan Udara Subang pada 7.30 pagi dan tiba di Padang Polo berhadapan HPP di Georgetown pada 9 pagi.*

                 *INSIDEN letupan sebuah restoran makanan segera di pusat beli-belah CityOne Megamall di Kuching, kelmarin dipercayai berpunca dari kebocoran gas petroleum cecair (LPG) jenis butane. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Khirudin Drahman berkata, penemuan itu hasil siasatan awal pakar forensik kebakaran dari Ibu Pejabat JBPM Putrajaya di lokasi kejadian.*

                 *ENAM laluan utama di ibu kota akan dittup sempena perhimpunan kesyukuran terhadap keputusan kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Sabtu ini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, enam laluan itu ialah Jalan Hishamuddin, Jalan Leboh Pasar, Jalan Tun Perak, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut dan Bulatan Dato’ Onn.*

                 *PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucap utama pada Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Padang Timur, Petaling Jaya, Sabtu ini.*

                 *LELAKI cuba membunuh diri dengan menikam perutnya di hadapan kedai gunting rambut di Georgetown, smlm. Dalam kejadian 10.40 pagi itu, lelaki berusia 84 tahun terbabit cedera dengan kesan empat tikaman di perut. Ketua Polis Daerah Timur, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, sebelum kejadian, lelaki itu lelaki berkenaan menghidap penyakit jantung serta sakit tua.*

                 *YANG di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini menolak usul Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH PKR-Port Dickson) untuk membahaskan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).*

                 *POLIS akan mengambil keterangan anggota bomba yang parah akibat rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, sebaik dia sembuh. Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, ketika ini, pihaknya masih menunggu perkembangan lanjut mengenai keadaan mangsa.*

                 *MAJLIS Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bersetuju menawarkan rumah ganti rumah kepada 14 baki penghuni rumah di atas Tanah Wakaf Abdul Cauder, Butterworth. Selain tawaran rumah berkeluasan 1,000 kaki persegi (92.90304 meter persegi) setiap unit itu, penghuni turut ditawarkan bayaran sewa rumah sementara sebanyak RM500 sebulan sehingga rumah pangsa kos sederhana di situ siap.*

                 *WANITA bisu bersama teman lelakinya antara 11 individu ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah dalam Ops Cegah di Beaufort dan dua kampung di Kuala Penyu, awal pagi smlm. Ketika operasi bermula 1 pagi dan berakhir 5 pagi itu, wanita berusia 28 tahun itu ditahan di sebuah rumah sewa di pekan Beaufort.*

                 *WANITA ditahan selepas memecah masuk sebuah rumah di Kampung Pengkalan Langgar, Merbok, dekat Sungai Petani, kelmarin. Pada kejadian 7 malam itu, suspek berusia 24 tahun terbabit ditangkap oleh penghuni rumah sebelum diberkas semula oleh polis.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


           *TIADA jodoh tidak sepatutnya jadi masalah. Anda boleh kahwin dengan diri sendiri.*
                  *Itulah yang diputuskan oleh Jenilyn Rodriguez, seorang aktres selepas gagal menjalin hubungan intim beberapa kali, lapor Mail Online.*
             *Rodriguez, 30, warga kota ‘Big Apple’ tidak lagi percaya dengan sebarang agama dan sebaliknya mahu meletakkan kepercayaan kepada ‘cinta kepada diri sendiri’.*
         *Ketika mencari cincin yang sesuai, Rodriguez berkenan kepada satu cincin buatan tangan dari Iceland dan memutuskan untuk bertunang dengan diri sendiri.*
          *Bulan lalu, Rodriguez memakai gaun berharga 240 (RM1,271) dan mahkota bunga sambil melafazkan ikrar menyintai diri sendiri dalam satu majlis di New York pada jam 3.33 petang.*

           *DUBAI: Wilayah barat Arab Saudi di Makkah berdepan keadaan cuaca melampau, dengan risiko guruh dan hujan, menjurus banjir kilat di sesetengah kawasan.*
               *Pihak Berkuasa Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar memberi amaran, angin kencang bersama guruh dan hujan akan melanda tanah tinggi Jazan, Asir dan Baha, termasuk kawasan pantai hari ini, menurut laporan di laman web Arab News.*
           *Laman web ramalan kaji cuaca Accuweather juga memberi amaran, hujan lebat boleh menjurus banjir kilat di wilayah itu.*

           *KATHMANDU: Golongan muda Nepal menghasilkan peta Laut Mati menggunakan beg plastik terpakai smlm dalam cubaan mencipta rekod antarabangsa baharu dan meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan material yang mencemarkan lautan dunia.*
          *Sukarelawan mengikat 100,000 beg plastik terpakai berwarna-warni pada batang besi sepanjang 20 meter dan setinggi lima meter, berbentuk seperti Laut Mati, di kawasan terbuka pusat bandar ini.*
             *Cubaan mencipta rekod itu dianjurkan dengan slogan ‘Satu Laut Mati sudah cukup buat kami.’*

         *WASHINGTON: Dua pesawat Kor Marin Amerika Syarikat terhempas ketika operasi mengisi minyak di luar pantai Jepun.*
          *”Dua pesawat terbabit adalah jet pejuang F-18 dan kapal tangki C-130,” kata pegawai pertahanan Amerika Syarikat kepada AFP.*
           *Kor Marin dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pesawat terbabit berpangkalan di Stesen Udara Kor Marin Iwakuni di selatan Jepun.*
             *Susulan kejadian itu, operasi mencari dan menyelamat sudah dilancarkan di kawasan terbabit.*

         *LONDON: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg menolak dakwaan syarikat media sosial terbesar itu menjual data peribadi kepada syarikat Netflix dan beberapa pengendali aplikasi popular, walaupun selepas syarikat itu mengetatkan peraturan privasi.*
         *Zuckerberg turut mengemukakan satu pertukaran e-mel dari 2012 yang mana beliau berkira-kira untuk menjual maklumat kepada beberapa pemaju.*
               *Beberapa e-mel itu turut dikemukakan dalam tindakan undang-undang terhadap Facebook di mahkamah California oleh syarikat pemaju aplikasi Six4Three Amerika Syarikat (AS) yang kini tidak wujud lagi.*

        *NEW YORK: Seorang wanita dari Chicago mengemukakan saman terhadap Hilton Worldwide (Hilton) dan menuntut pampasan sebanyak AS$100 juta (RM414.5 juta), kerana mendakwa kamera tersembunyi berjaya merakam imejnya yang sedang mandi dalam keadaan bogel.*
          *Imej rakaman itu yang turut tertera identitinya kemudiannya dimuat naik ke beberapa laman web lucah oleh tetamu hotel berkenaan.*
         *Plaintif yang tidak didedahkan namanya itu menyaman gergasi bidang perhotelan atas kecuaian hingga mengakibatkan ‘kecederaan psikologi yang teruk dan kekal’, selain penderitaan dari segi mental, emosi dan kerosakan lain, antaranya kehilangan pendapatan dan kos perubatan.*

         *MEXICO CITY: Empat orang terbunuh dan tiga lagi cedera selepas sebuah pesawat ringan hilang kawalan sebelum terhempas di atas sebuah rumah di Sinaloa, barat laut Mexico kelmarin.*
           *Seorang penduduk juga sempat merakamkan video yang menunjukkan detik-detik pesawat itu terbang rendah sebelum terhempas di atas sebuah rumah di kawasan yang dijadikan lokasi drama Narcos yang popular dalam saluran Netflix.*
            *Rakaman itu menunjukkan penduduk menjerit sebelum pesawat jenis Cessna milik syarikat Aerocalafia merempuh rumah berkenaan.*

          *SEORANG ahli farmasi berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati menjerut mati isterinya menggunakan beg plastik untuk mengaut pampasan insurans bernilai 2 juta (RM10.5 juta) supaya dapat memulakan hidup baru dengan teman lelakinya di Australia.*
            *Mitesh Patel juga merancang memulakan keluarga dengan teman lelakinya Dr Amit Patel - yang sudah berpindah ke Sydney - menggunakan embrio dibekukan hasil proses IVF bersama mendiang isterinya, Jessica, 34, yang dikahwini atas desakan keluarga, lapor Daily Mail.*
          *Keputusan mahkamah, semalam disambut sorakan orang ramai yang menghadiri kes itu, malah Hakim James Goss memberitahu Mitesh tidak akan dibebaskan untuk tempoh lama.*


*TULAR / POPULAR*
================


          *PEMAIN skuad Harimau Malaya menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan mereka tidak profesional ketika meraikan kemaraan Malaysia mara ke pentas final Piala AFF dengan aksi 'menghina' penjaga gol Thailand, Chatchai Budpromsebaik wisel penamat ditiupkan di Stadium Rajamangala, Bangkok, semalam.*
          *Pada separuh akhir kedua yang berkesudahan seri 2-2 itu, skuad kendalian Tan Chng Hoe berjaya menamatkan perjuangan pasukan tuan rumah menerusi peraturan gol di tempat lawan namun cara pemain negara menyambut kemenangan itu dikatakan menimbulkan kemarahan penyokong skuad Gajah Perang.*
             *Menerusi rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam, barisan pemain di bangku simpanan negara berlari ke arah Chatchai sebaik berakhirnya perlawanan dengan ada yang mengelilingi penjaga gol serta ada juga yang tidur di depannya.*

          ♂ *JARINGAN cantik pemain muda Harimau Malaya, Syahmi Safari, 20, dalam perlawanan suku akhir kedua, Piala AFF Suzuki Cup 2018 semalam, mendapat pujian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.*
           *Menurutnya, gol dihasilkan anak jati Selangor yang berusia 20 tahun itu mirip jaringan dilakukan legenda pemain bola sepak dari Brazil, Socrates.*
         *”Gol Malaysia yang pertama oleh Syahmi Safari pada minit ke-29 mengingatkan saya kepada nostalgia gol jaringan bekas kapten Brazil Socrates. Bagi saya, itu antara gol yang terbaik setakat ini,” kata dalam catatan di Twitternya hari ini.*

           *PENJELAJAH Grand Slam pertama negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin terus berusaha meraih undi untuk melayakkan beliau terpilih ke Ekspedisi Fjallraven Polar 2019.*
            *Usaha Qobin untuk menyertai acara luncur salji sejauh 300 kilometer di Norway sehingga kini turut mendapat sokongan wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei; Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidi dan penceramah Islam terkemuka dunia, Dr Zakir Naik.*
          *Qobin berkata, sebelum itu, beliau turut mendapat sokongan beberapa artis dan atlet terkenal negara antaranya Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Azizulhasni Awang, Farahan Ann Hadi, Zizan Razak, Mat Redho, Amar Baharin dan Black Mentor.*
            *Ekspedisi Polar Fjallraven 2019 akan berlangsung di Norway dan Sweden pada tahun depan dengan 20 peserta bertuah dari 10 bahagian dunia akan ditaja sepenuhnya oleh pihak Fjallraven Polar bagi memberi peluang kepada peserta melalui pengalaman luncur salji dengan suhu boleh mencecah sehingga negatif 40 darjah Celsius.*

            *KUALA LUMPUR: Ketiadaan dan kekurangan air bersih akibat banjir di Kelantan pada 2015 menjadi ilham kepada pensyarah Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Mohd Azlan Hussain membangunkan Sistem Penapisan Air Ultra Mudah Alih Berkuasa Solar.*
            *Paling membanggakan, alat ciptaannya bersama Profesor Dr Mohamed Kheireddine Ben Taieb Aroua, Dr Mohd Usman Mohd Junaidi dan Rustam Ramlan memenangi Kategori Air di Anugerah Global Institut Kejuruteraan Kimia 2018 di Manchester, United Kingdom, baru-baru ini.*
             *Menurut Mohd Azlan, alat berkenaan kini dipasang di lima kawasan pedalaman dengan dua di Sarawak dan masing-masing satu di Pahang, Kelantan dan Perak.*

           *BEIJING: Suami tiada tangan manakala si isteri kaki tetapi pasangan ini mampu hidup bahagia bersama seorang anak perempuan dan meneruskan kehidupan mereka tanpa bantuan sesiapa pun.*
           *South China Morning Post melaporkan, pasangan yang berasal dari utara China ini menjadi inspirasi pengguna media sosial di negara itu selepas gambar mereka melakukan kerja harian tular di Internet.*
           *Liu Hai dan Li Meiwen sudah 11 tahun berkahwin dan menguruskan ladang sayuran serta ternakan ayam di Inner Mongolia.*
        *Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan dan enggan menerima derma atau bantuan daripada sesiapa untuk membantu meneruskan kehidupan mereka.*

          *Moscow: Satu rakaman video yang tular di Russia memaparkan dua lelaki yang membawa keranda menaiki sebuah kereta api bawah tanah di Moscow.*
            *Menurut Mail Online, video berkenaan menunjukkan dua lelaki membawa keranda berwarna merah di stesen Novokosino sebelum menaiki sebuah kereta api.*
         *Saksi memberitahu, keranda yang dibawa mereka kelihatan berat dan dua lelaki itu dilihat beberapa kali berhenti kerana kepenatan.*
                 

*CERITERA ATLET*
================

   
           *MADRID: Kelab bola sepak River Plate selamat mendarat di Madrid pagi ini sehari selepas seteru final mereka, Boca Juniors tiba di ibu negara Sepanyol bagi aksi final pusingan kedua Copa Libertadores di Santiago Bernabeu, Ahad ini.*
            *Polis Sepanyol sudah meningkatkan kawalan keselamatan di stadium berkenaan menjelang aksi final itu.*
            *Aksi final berkenaan terpaksa dipindahkan ke Madrid membabitkan jarak 10,000 km merentasi Lautan Atlantic, bagi mengelak keganasan bola sepak.*
              *Dijangka 2,500 pegawai keselamatan akan bertugas pada final berkenaan yang turut dikenali sebagai ‘Superclasico’ susulan pertembungan dua seteru tetangga di Argentina itu.*

            *MILAN: Mauro Icardi berkata, dia berpeluang membuat perbandingandirinya dengan Cristiano Ronaldo buat kali pertama apabila Inter Milan berkunjung ke Turin esok dengan misi untuk melakar kemenangan sekali gus menghidupkan peluang bagi perebutan kejuaraan Serie A.*
          *Juventus mempamer aksi cemerlang musim ini sejak menandatangani Ronaldo apabila memimpin liga denganmengumpul 40 mata selepas 14 perlawanan pertama Serie A.*
           *Napoli pula di tangga kedua, ketinggalan lapan mata di belakang Juventus dengan Inter Milan pula tercicir 11 mata di tangga ketiga.*

            *BEKAS juara 2008, Vietnam menempah pertemuan dengan Malaysia di perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 apabila menewaskan Filipina menerusi agregat 4-2 di separuh akhir kedua, malam tadi.*
          *Pertembungan final itu pasti menarik terutamanya selepas skuad Harimau Malaya berjaya mengenepikan tentangan juara bertahan, Thailand di Bangkok, semalam.*
         *Perlawanan akhir itu juga pastinya ditunggu-tunggu oleh pemain negara untuk membalas 'dendam' selepas tewas 0-2 kepada Vietnam di peringkat Kumpulan A sebelum ini.*

            *PENYERANG Thailand Adisak Kraisorn mengakui cukup sedih dengan kegagalan mereka mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2018 selepas terkandas di separuh akhir kepada Malaysia.*
         *Lebih memeritkan buat penjaring terbanyak kejohanan dengan ledakan lapan gol itu, dia mensia-siakan peluang menerusi sepakan penalti di masa kecederaan ketika kedudukan terikat 2-2 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangala, semalam.*
           *Tambah menyedihkan buat pemain kelab Muangthong United itu, dia gagal memberikan kemenangan buat penyokong Gajah Perang sempena ulangtahun mendiang Raja Thailand Bhumibol semalam.*

            *KEJAYAAN Harimau Malaya mara ke final Piala AFF 2018 turut dirasai ‘pemain ke-12’ malah mereka menaruh harapan tinggi agar Malaysia mampu menjadi juara edisi kali ini.*
             *Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe semalam layak ke final selepas dua kali bangkit mengikat tuan rumah tetapi layak melangkah menerusi peraturan gol di tempat lawan apabila seri 2-2 pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangala.*
          *Ia adalah landasan terbaik buat Malaysia untuk memburu gelaran pertama sejak 2010 selepas melangkah ke final buat kali keempat.*

           *PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) melantik Mohd Zan Mat Aris sebagai ketua jurulatih baharu bagi mengharungi Liga Perdana musim hadapan.*
              *Presiden PBNS Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri berkata, bekas ketua jurulatih Melaka United itu diharap dapat membantu mengemudi hala tuju pasukan itu mencapai kejayaan lebih cemerlang.*
               *”Saya berharap Mohd Zan dengan bantuan penolong jurulatih berpengalaman, Mohamad Zaki Sheikh Ahmad dapat mengendalikan pasukan ini dengan baik, selain memberi peluang kepada anak muda tempatan menyertai pasukan ini,” katanya.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2018 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 7/12/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 6 Dis. - Tindakan Suhakam yang menganjurkan himpunan pada hari sama dengan perhimpunan #DaulatHimpunan 812 menolak ratifikasi ICERD Sabtu ini, bukan sahaja mahu mewujudkan provokasi malah, mempunyai niat jahat tertentu. Penasihat Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Ismail Mina Ahmad berkata, bahkan langkah diambil Suhakam juga disifatkan sebagai perkara yang paradoks.

2.  SINGAPURA 6 Dis. - Singapura mendakwa bahawa kapal-kapal Kerajaan Malaysia secara berterusan menceroboh perairan wilayahnya di Tuas dengan 14 kali pencerobohan setakat ini."Singapura telah membantah penceroboh berulang menerusi tiga TPN (Nota Pihak Ketiga)," kata Menteri Pengangkutan republik itu Khaw Boon Wan dalam satu kenyataan hari ini.

3.  IPOH 6 Dis. – ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed mengesahkan beliau merupakan antara wakil rakyat UMNO yang ditawarkan untuk menyokong gerakan menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Khairul Shahril hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di Meru Raya hari ini mengenai perkara tersebut.

4.  KUALA LUMPUR 8 Nov. - Kes isteri bekas PM, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa 17 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dan gagal mengemukakan penyata pendapatan kepada LHDN dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini. Bagaimanapun tarikh sebutan dan mahkamah yang akan mendengar kes tersebut tidak ditetapkan lagi.

2.  JOHOR BAHRU 6 Dis. - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sebentar tadi atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjata tajam ke atas seorang lelaki hujung bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Zaim Md. Thani, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

3.  PUTRAJAYA 6 Dis. - Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini dipercayai untuk dirakam keterangan berhubung siasatan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB. Bagaimanapun ketibaan beliau pada 10.30 pagi tidak disedari petugas media yang menunggu di pintu utama bangunan suruhanjaya itu sehingga kehadiran bekas Menteri Kewangan tersebut dimaklumkan jurucakap SPRM.

4.  ISKANDAR PUTERI 6 Dis. - Kerajaan negeri bakal menubuhkan Majlis Sains, Teknologi Negeri Johor (Jostic) sejajar usaha untuk memperkasakan pembudayaan sains, teknologi dan inovasi (STI). Pengerusi J/kuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi negeri, Tan Hong Pin berkata, Jostic merupakan pusat sehenti bagi pembudayaan STI dan pendigital di negeri ini.

5.  SINGAPURA 6 Dis. - Malaysia diminta hentikan pencerobohan terhadap wilayah laut negara itu bagi mengelakkan ketegangan yang semakin memuncak antara kedua negara. Menteri Luarnya, Vivian Balakrishnan ketika menghubungi rakan sejawatan di Malaysia, Saifuddin Abdullah mengutarakan isu berkenaan termasuk soal pengurusan ruang udara.

6.  KUALA LUMPUR 6 Dis. – Bekas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarbangsa UM, Prof. Ir Dr. Mohd. Hamdi Abd. Shukor akan dilantik sebagai Naib Canselor UKM yang baharu bermula 1 Januari depan. Pelantikan itu menggantikan Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali yang akan tamat tempoh sebagai Naib Canselor UKM pada 31 Disember ini.

7.  PULAU PINANG 6 Dis. - Seorang suri rumah yang mengalami masalah jantung dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini menerusi penerbangan ihsan bagi menjalani rawatan segera. Penerbangan ihsan dari Unit Udara JBPM yang membawa Ruby Looi Joo Hua itu berlepas dari Pengkalan Udara Subang kira-kira pukul 7.30 pagi tadi dan tiba di Padang Polo berhadapan HPP di sini, kira-kira pukul 9 pagi ini.

8.  KOTA BHARU 6 Dis. - Buat pertama kali dalam sejarah pemimpin utama daripada Pas dan UMNO akan berkongsi satu pentas ceramah di negeri ini iaitu di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-4 di sini pada pukul 8.30 malam ini. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan S/usaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa akan bersama menyampaikan pidato dalam #PerhimpunanBersejarah - Isu-Isu Semasa UMNO Pas, Umat Islam Bangkit Menentang ICERD tersebut.

9.  KUALA LUMPUR 6 Dis.- Kanak-kanak pemegang kad UNHCR di negara ini akan dipertimbangkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi caj vaksin imunisasi di klinik-klinik kerajaan. Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata,kementerian sedia mempertimbangkan kadar diskaun itu bagi memastikan semua kanak-kanak di negara ini mendapat imunisasi.

10.  JOHOR BAHRU 6 Dis. - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas tiga pertuduhan melakukan khianat membakar rumah jirannya akhir bulan lalu. Tertuduh, Ramlan Madon, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

11.  ISKANDAR PUTERI 6 Dis. - Kerajaan negeri diminta memberi tumpuan sekali gus melihat potensi Sedili dekat Kota Tinggi sebagai satu produk pelancongan serta menjadi tarikan baharu pelancong ke Johor. ADUN Sedili, Rasman Ithnain berkata, ini kerana, Sedili bukan sahaja mempunyai pelbagai produk pelancongan menarik seperti makanan dan pantai tetapi boleh menjadi pelengkap kepada Desaru.

12.  KUALA LUMPUR 6 Dis. -Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mendedahkan projek loji janakuasa geothermal pertama negara yang terletak di Tawau, Sabah kini terbengkalai dan hanya ditumbuhi rumpai liar. Menterinya, Yeo Bee Yin berkata, loji itu sepatutnya beroperasi pada 31 Disember tahun lalu.

13.  PETALING JAYA 6 Dis. - Jabatan Peguam Negara buat kali kedua menolak representasi yang dikemukakan oleh pelakon Datuk Farid Kamil Zahari untuk meminda lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya, awal tahun ini. Perkara tersebut dimaklumkan TPR, Alia Sumayyah Amran sewaktu sebutan semula kes itu di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

14.  KUALA LUMPUR 6 Dis.- PM Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemberian dan penerimaan rasuah sudah menjadi nilai hidup dan budaya masyarakat terutama dalam kalangan orang Melayu ketika zaman pemerintahan ‘wang adalah raja’. Masyarakat sanggup melakukan apa sahaja jika disogok dengan wang atau pemberian yang diminati sehingga tidak mempertimbangkan soal baik dan buruk.

15.  IPOH 6 Dis. – MB, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengalu-alukan usaha SPRM menyiasat dakwaan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad bahawa exco kerajaan negeri, Dr. Abdul Aziz Bari cuba untuk menjatuhkannya. Beliau sendiri tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya SPRM ingin memanggilnya, namun mengakui beliau tidak mengetahui apa-apa.

16.  IPOH 6 Dis. – MB, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui terdapat kesilapan teknikal sehingga menyebabkan seolah-olah Speaker DUN Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dilihat menolak usul beliau untuk membahaskan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dalam Sidang DUN yang berakhir semalam.

17.  KUALA LUMPUR 6 Dis. - Meskipun dihentam ramai pihak berhubung pelbagai kenyataan kontroversinya, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik masih mendapat kepercayaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebagai seorang pejuang bahasa, Anwar Ibrahim memberi gambaran Maszlee perlu diberi peluang untuk terus menggalas portfolio berkenaan.

18.  MELAKA 6 Dis. - Kerajaan negeri mahu semua pengayuh beca di negeri ini berdaftar dengan persatuan sah bagi membolehkan mereka berpeluang mendapat manfaat yang bakal disediakan seperti latihan percuma dan sebagainya. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kerajaan negeri komited membantu kumpulan itu dengan rancangan untuk meningkatkan imej beca Melaka termasuk pembaharuan dalam sektor tersebut.

19.  IPOH 6 Dis. – Seorang bekas pengurus kedai serbaneka 24 jam didakwa atas 40 pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM68,463.35 pada pertengahan tahun lalu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Tertuduh, Wan Fatihah Nadzrin, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

20.  KUALA LUMPUR 6 Dis. - Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun maut dipercayai akibat didea oleh bapanya yang juga seorang sami di sebuah kuil di Semenyih, dekat sini semalam. Difahamkan, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah dibawa ke Hospital Serdang, dekat sini oleh keluarganya sebelum disahkan meninggal dunia.

21.  PULAU PINANG 6 Dis. - Majikan tidak berhak memotong secara terus pinjaman PTPTN yang dibuat oleh kakitangan mereka. Ini kerana, menurut Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran, akta PTPTN sekarang tidak membenarkan potongan terus itu dibuat oleh majikan tanpa kebenaran peminjam.

22.  ISKANDAR PUTERI 6 Dis. - Sidang DUN hari ini meluluskan usul tergempar untuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Johor mengkaji semula status Taman Negara Pulau Kukup di Pontian. Usul yang dibawa oleh Ir. Khairuddin A. Rahim (PH-Senggarang) diluluskan oleh Speaker DUN, Suhaizan Kaiat selepas dibahaskan dan mendapat sokongan majoriti ADUN.

23.  DUNGUN 6 Dis. - Seorang peneroka Felda Kerteh 5 yang berusia lingkungan 50-an ditemukan mati dalam keadaan terbaring di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 6 dekat sini semalam. Mayat lelaki itu dijumpai bersebelahan kereta jenis Proton Persona miliknya oleh seorang pengguna jalan raya, Mohd. Zulbadrul Hisham Husin, 36, pukul 10 malam yang kebetulan lalu di situ.

24.  PORT DICKSON 6 Dis. - Sebanyak 2.8 tan sisik tenggiling, dianggarkan bernilai RM36.6 juta dilupuskan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menggunakan kemudahan di pusat rawatan dan pelupusan sisa bahan terjadual negara, Kualiti Alam Sdn. Bhd., dekat sini hari ini.

25.  ALOR SETAR 6 Dis. – PPBM (Bersatu) menerima permohonan ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail untuk menyertai parti berkenaan. Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya menerima borang tersebut yang diserahkan bekas wakil rakyat UMNO tersebut minggu lalu.

26.  KOTA BHARU 6 Dis. - Buat julung kalinya satu pameran kartun yang menghimpunkan lebih 100 karya kartunis dari Eropah, Asia dan Amerika Latin akan berlangsung di Balai Kartun Rossem (BKR) di Peringat, di sini dari 20 Januari hingga 20 Mac depan. Pameran Kartun Lintas Negara itu adalah ilham dan anjuran tokoh kartunis, Rosidi Semail, 70, yang lebih dikenali dengan nama Rossem.

27.  KUALA LUMPUR 6 Dis.- Para pembangkang hari ini bertindak keluar Dewan apabila tidak berpuas hati dengan keputusan YDP Dewan Rakyat yang masih tidak mengeluarkan perintah mengenai status Datuk C. Sivarraajh (BN-Cameron Highlands). Sidang Dewan Rakyat menjadi panas apabila para penyokong kerajaan saling bertikam lidah dengan barisan pembangkang mengenai perkara itu.

28.  SHAH ALAM 6 Dis. - Exco Kerajaan Negeri Selangor, V. Ganabatirau yang membuat kenyataan berbaur perkauman apabila mengheret isu rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman dengan sentimen agama disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen berkenaan, jika disabitkan dengan kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

29.  KUALA LUMPUR 6 Dis. - Jangan jadikan isu perkauman dan agama di negara ini untuk raih populariti murah di India. Itu amaran diberikan NGO yang diwakili oleh Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), ketika ditemui dalam sidang akhbar di Kedutaan India di sini hari ini. Pengerusi MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, tindakan ahli politik India, Arjun Sampath mengapi-apikan kejadian rusuhan dengan sentimen perkauman dan agama dianggap sebagai ‘menyibuk’.

30.  KUALA LUMPUR 6 Dis. – Bekas diplomat mendakwa Singapura telah dijadikan sebagai ‘momok’ ekoran ketidaktentuan politik di Malaysia selepas pilihan raya umum 9 Mei lalu. Bilahari Kausikan yang merupakan bekas diplomat Singapura itu berkata, timbulnya pelbagai isu dua hala dengan pertukaran kerajaan di Malaysia bukan satu kebetulan.

31.  KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kerajaan PH diminta untuk mengkaji semula cadangan membatalkan sijil Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kerana langkah itu disifatkan sebagai usaha yang tergesa-gesa. MP Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan itu juga dilihat tidak wajar dengan situasi masa kini serta memberikan impak dan kesan negatif dalam kalangan rakyat termiskin.

32.  PULAU PINANG 6 Dis. - Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) masih menawarkan pampasan seperti mana tawaran asal iaitu rumah ganti kepada 14 pemilik rumah di Tanah Wakaf Masjid Abdul Cauder, Butterworth dekat sini, yang sehingga kini enggan menerima tawaran tersebut. Langkah itu dibuat atas faktor kemanusiaan walaupun hari ini adalah tarikh akhir perintah mahkamah untuk para penghuni mengosongkan rumah tersebut.

33.  KEMAMAN 6 Dis. - Penduduk daerah ini terutama di kawasan berisiko berlaku banjir dinasihatkan sentiasa mendapat maklumat tepat mengenai perkembangan cuaca daripada Pusat Bencana Daerah yang beroeperasi di Pejabat Daerah Kemaman dan IPD Kemaman. Masyarakat perlu mematuhi arahan Pusat Bencana Daerah dan bersedia berpindah dengan segera sekiranya diarah berbuat demikian.

34.  JOHOR BAHRU 6 Dis. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menjadikan Pulau Kukup di Pontian kekal sebagai Taman Negara Johor. Setiausaha Sulit kepada Sultan Johor, Jaba Noah berkata, keputusan tersebut adalah di bawah Enakmen Tanah Kesultanan.

35.  KANGAR 6 Dis. - Kesepakatan UMNO dan Pas negeri ini terbukti apabila ribuan penyokong kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu akan berkonvoi bersama-sama menyertai perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) atau #DaulatHimpunan812 di ibu negara, Sabtu ini.

36.  JOHOR BAHRU 6 Dis. - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap isu Pulau Kukup di Pontian yang diperbesarkan. Menerusi status terbaharu dalam akaun Tweeternya hari ini, putera sulung Sultan Johor itu turut melahirkan rasa hairan mengapa isu berkenaan dipolitikkan.

37.  PUTRAJAYA 6 Dis. - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meraikan Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani yang dalam rangka lawatan kerja ke negara ini, menerusi satu jamuan tengah hari di Seri Perdana di sini.Pemerintah Qatar itu tiba di negara ini semalam bagi lawatan kerja tiga hari ke Malaysia.

38.  KUALA LUMPUR 6 Dis.- Kementerian Pendidikan menyasarkan untuk menyediakan buku teks digital bagi semua pelajar sekolah menengah di negara ini menjelang 2022. Timbalan menterinya Teo Nie Cheng berkata pada tahun hadapan kementerian bercadang mewujudkan buku teks digital untuk pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3.

39.  SHAH ALAM 6 Dis. - Keselamatan golongan OKU akan menjadi fokus utama dalam setiap program JBPM Selangor mulai tahun hadapan. Pengarahnya, Azmi Osman berkata, program tersebut diwujudkan kerana berdasarkan kajian yang dilakukan, kebanyakan golongan terbabit mengalami kesukaran untuk menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran.

40.  ISKANDAR PUTERI 6 Dis. - Polis menahan tiga suspek berkaitan penyalahgunaan dadah membabitkan dua lelaki dan seorang wanita di Taman Bukit Mutiara di sini Selasa lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 26 hingga 38 tahun.

41.  KUALA LUMPUR 6 Dis.- Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membawa isu kadar pembayaran semula pinjaman PTPTN untuk dibincangkan di peringkat Mesyuarat Jemaah Menteri, esok. Walaupun prinsipnya setiap hutang adalah perlu dibayar namun bayaran semula itu perlu adil dan tidak membebankan peminjamnya.

42.  KUALA LUMPUR 6 Dis. - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof hari ini menolak usul yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson mengenai penolakan kerajaan untuk meratifikasi ICERD. Mohamad Arif berkata, penolakan usul tersebut adalah tertakluk di bawah Peraturan 18.

43.  KANGAR 6 Dis. - Penganjuran Sambutan Hari Hak Asasi Manusia serentak dengan Perhimpunan ICERD #DaulatHimpunan812 di ibu negara pada Sabtu ini, berkemungkinan untuk menguji perpaduan umat Islam dan Melayu, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin.

44.  PTRAJAYA 6 Dis. – SPRM hari ini merakam keterangan bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak selama hampir enam jam di sini dipercayai berhubung siasatan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB. Najib dikatakan memasuki perkarangan ibu pejabat SPRM pada pukul 10.30 pagi dan keluar pada 2.30 petang.

45.  KANGAR 6 Dis. - Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin membidas tindakan sesetengah pemimpin Melayu Pakatan Harapan yang mengeluarkan kenyataan menyindir para peserta yang akan menyertai perhimpunan membantah ICERD #DaulatHimpunan812 di ibu negara, Sabtu ini.

46.  KUALA LUMPUR 6 Dis. - Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mempertikaikan motif himpunan hak asasi manusia anjuran Suhakam yang diadakan serentak dengan perhimpunan #DaulatHimpunan 812. Lian Ker mempersoalkan kewajaran perhimpunan berkenaan bagi meraikan perjuangan hak asasi kemanusiaan sedang kerajaan PH telah gagal meratifikasi ICERD.

47.  KUALA LUMPUR 6 Dis. – YDP Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof didakwa tidak bertindak adil setelah mahu keputusan secara bertulis dikemukakan kepadanya berhubung status Datuk C. Sivarraajh. Kehendak YDP Dewan Rakyat itu sukar untuk dilakukan kerana keputusan secara bertulis memerlukan masa untuk dikeluarkan, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

48.  KUALA LUMPUR 6 Dis. - Pelan pemulihan MAB sejak 2014 masih belum dapat direalisasikan dan dicapai sepenuhnya. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pelan itu sudah memasuki tahun keempat dan memperlihatkan beberapa kesan positif. Dari segi kewangan, pelan tersebut masih belum dapat mencapai sasaran untuk mendapat pulangan modal menjelang 2018.

49.  KUALA LUMPUR 6 Dis. - Aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang menyatakan hasrat untuk menyertai perhimpunan #DaulatHimpunan812 pada Sabtu ini. Kata beliau, perhimpunan tersebut patut dihadiri oleh semua bangsa, bukan Melayu dan Bumiputera sahaja.

50.  JAKARTA 6 Dis.- Gempa bumi sederhana menggegarkan Lombok Utara, Nusa Tenggara Barat sekitar 8.02 pagi tadi. Memetik laporan Detik News, Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami (BMKG), Rahmat Triyono dalam keterangan memberitahu gempa turut dirasai sehingga Bali.

51.  KUALA LUMPUR 6 Dis. - CUEPACS menafikan terdapat arahan mengerahkan semua kakitangan awam menyertai himpunan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia, Sabtu ini. Setiausaha Agungnya, Adnan Mat berkata, tiada arahan dikeluarkan pihak tertentu termasuk kerajaan mengarahkan penjawat awam terlibat dalam mana-mana himpunan yang diadakan itu.

52.  PULAU PINANG 6 Dis. -  Seorang anak tidak menyangka ugutan bapanya untuk membunuh diri sekiranya dipaksa ke hospital benar-benar berlaku selepas bapanya itu bertindak menikam diri sendiri di hadapan kedai gunting rambut di Flat Sri Saujana, Jalan Macallum, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi tadi, mangsa yang berusia 84 tahun dan menghidap penyakit jantung dipercayai menikam dirinya kira-kira empat kali di bahagian perut.

53.  KUALA LUMPUR 6 Dis.- Perhimpunan #DaulatHimpunan812 pada Sabtu ini akan menjadi medan solidariti rakyat yang bukan sahaja menolak ICERD tetapi juga membantah usaha meruntuhkan keharmonian pelbagai agama dan kaum di negara ini, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

54.  ISKANDAR PUTERI 6 Dis. - Sebanyak 525 kes penderaan kanak-kanak dikendalikan JKM dalam tempoh dua tahun ini di negeri ini dengan tiga daerah mencatatkan kes tertinggi. Exco negeri, Liow Cai Tung berkata, tiga daerah tersebut ialah Johor Bahru dengan 134 kes, Batu Pahat (128 kes) dan Muar (110 kes).

55.  KUALA LUMPUR 6 Dis. - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini menyelesaikan siasatan terhadap tiga saksi berhubung prosiding siasatan laporan Audit 1MDB yang dibentangkan di Parlimen pada 2016 telah diubah. Prosiding terakhir pada tahun ini itu menyaksikan bekas Pengarah Sektor Audit Kerajaan, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad disiasat selama dua jam.

56.  KUALA LUMPUR 6 Dis .- Sebanyak enam jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan bagi memberi laluan kepada perhimpunan #DaulatHimpunan812 yang dijangka berlangsung pada Sabtu ini. Laluan yang ditutup melibatkan Jalan Sultan Hishamuddin, Leboh Pasar, Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

57.  KEMAMAN 6 Dis. - Seorang remaja, Mohd. Ahmadha Azzarudin Mat Jusoh, 22, terselamat apabila lori jenis Mitsubishi Canter yang dipandunya terbabas dan terbalik di persimpangan lampu isyarat Jalan Jakar dekat sini pukul 1.30 petang tadi. Mohd. Ahmadha Azzarudin dalam perjalanan menghantar air mineral dari Kuantan, Pahang ke Pasaraya Pantai Selamat di Jalan Abdul Rahman dekat sini.

58.  KUALA LUMPUR 6 Dis. - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), yang kini terlibat dalam dakwaan salah urus dan dibelenggu hutang yang tinggi, telah memulakan penjualan aset bukan strategik untuk menampung liabilitinya, kata Pengerusi Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor.

59.  KUALA LUMPUR 6 Dis .- Polis menasihati orang ramai yang menyertai perhimpunan #DaulatHimpunan812 pada Sabtu ini agar tidak membawa kanak-kanak. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, ini kerana membawa kanak-kanak semasa berhimpun melanggar syarat-syarat perhimpunan aman.

60.  KUALA LUMPUR, 6 Dis – RUU Perbekalan 2019 diluluskan Dewan Rakyat malam ini, selepas mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undian suara. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan keputusan itu pada kira-kira 10.20 malam tadi.

BERITA SUKAN:

1.  SEPANG 6 Dis. - Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak lagi mahu menoleh ke belakang, sebaliknya memasang tekad memastikan Piala AFF 2018 menjadi milik Malaysia. Tambahnya, peluang beraksi di pentas final bukan sesuatu yang mudah, pasukannya perlu menempuh laluan sukar, malah pemilihan pemain sebelum ini turut dipertikaikan segelintir pihak.

2.  KUALA LUMPUR 6 Dis. - Pengorbanan seorang penyokong tegar Harimau Malaya menempuh perjalanan lebih 16 jam dari Padang Besar ke Bangkok, nyata berbaloi apabila dia dapat merasai sendiri kegembiraan luar biasa di Stadium Rajamangala selepas skuad bola sepak kebangsaan mengikat Thailand 2-2 pada separuh akhir kedua Piala AFF 2018, semalam.

3.  BURNLEY 6 Dis. - Jurgen Klopp, hari ini, mengkritik corak permainan fizikal Burnley sehingga menyebabkan Liverpool terpaksa berdepan isu kecederaan yang serius selepas Reds bangkit daripada ketinggalan satu gol, bagi mengekalkan aksi tanpa kalah sejak musim Liga Perdana Inggeris bermula.

4.  MANCHESTER 6 Dis. - Jose Mourinho dalam nada bergurau berkata, pemain Manchester United yang te-lah menjaringkan keempat-empat gol untuk pasukan lawan dan diri sendiri ketika seri 2-2 menentang Arsenal di Old Trafford, hari ini. Aksi di Old Trafford itu disifatkan seperti pemainnya menyepak masuk ke gol sendiri sehingga menyebabkan United terus keciciran mata untuk mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

5.  KUALA LUMPUR 6 Dis. - Malaysia sah berdepan Vietnam dalam perebutan gelaran juara Piala AFF 2018 selepas skuad Naga Emas menewaskan Filipina 2-1 di separuh akhir kedua menerusi agregat 4-2 di Stadium Nasional, My Dinh, Hanoi sebentar tadi.

6.  IPOH 6 Nov. – MB, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan SUK Negeri, Zainal Azman Abu Seman, hari ini masing-masing dilantik sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) yang baharu. Pelantikan itu dibuat pada Kongres Luar Biasa (EGM) Pafa malam ini yang antara lain diadakan bagi menubuhkan barisan jawatankuasa exco Pafa yang baharu sehingga tahun 2021.

7.  KUALA LUMPUR 6 Dis. - Keputusan seri 1-1 menentang Pakistan dalam kempen Piala Dunia 2018, semalam membuatkan ketua jurulatih skuad hoki negara, Roelant Oltmans pening kepala memikirkan cara terbaik bagi melepasi aksi peringkat Kumpulan D.

8.  SEPANG 6 Dis. - Jurulatih boling kebangsaan, Holloway Cheah menyifatkan juara dunia Muhammad Rafiq Ismail sebagai seorang atlet yang sukar ditemui di Malaysia dan mampu menyinar pada masa akan datang. Jelas Holloway, Rafiq merupakan pemain yang tidak banyak ragam dan mmiliki kelebihan tersendiri terutama bijak mengendalikan sebarang tekanan ketika di dalam gelanggang.

9.  PARIS 6 Dis - Pihak berkuasa Perancis terpaksa membatalkan perlawanan bola sepak liga antara kelab St Etienne dan Olympique de Marseille minggu ini  selepas bimbang bantahan anti kerajaan akan merebak menjadi ganas. Pengendali Ligue 1 Perancis berkata, perlawanan itu dibatalkan atas permintaan polis tempatan.

10.  KUALA LUMPUR 6 Dis - Jurulatih beregu lelaki, Cheah Soon Kit difahamkan antara lima jurulatih yang berada dalam senarai tidak disambung kontrak dan digugurkan oleh BAM. Soon Kit ditawarkan tempat sebagai jurulatih beregu lelaki oleh BAM pada November 2015 dan memulakan tugasnya secara rasmi pada Januari 2016 - dia kembali selepas meninggalkan badan induk itu pada Disember 2007 sebagai jurulatih beregu wanita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2018 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*SABTU 8 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 30 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*

*GOA_L TERAKHIR MINGGU INI, SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DAN PENUHI MASA BERKUALITI BERSAMA INSAN2 TERSAYANG.. PANJANG UMUR DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK BERTEMU LAGI KITA.. C YAA..*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:36, SUBUH : 05:46, SYURUK : 07:05, ZOHOR : 13:08, ASAR : 16:30, MAGHRIB : 19:05, ISYAK : 20:19*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *”JANGAN lakukan sebarang provokasi, elakkan ucapan berbaur hasutan dan berhimpun dengan aman.” Begitu kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim menjelang perhimpunan kesyukuran terhadap keputusan kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), esok (hari ini)*

                 *TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan ada pihak cuba melobi salah seorang EXCO kerajaan negeri dalam cubaan menggantikan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian. TMJ dalam akaun Twitternya berkata, “Anda bukan seorang Perdana Menteri. Apa yang membuatkan anda berfikir dengan cuba melobi seseorang menjadi Menteri Besar yang boleh menjadi boneka anda, anda boleh mengawal Johor?*

                 *AHLI Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa tidak pernah berhubung dengan UMNO Sipitang sejak menghilangkan diri selepas memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Usaha menghubungi anak bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman itu juga tidak berhasil kerana tidak menjawab panggilan atau membalas mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp.*

                 *PEKERJA syarikat Telekom Malaysia Bhd (TM) maut selepas kereta dipandunya merempuh belakang lori di Kilometer 310.5, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di Ipoh, tengah malam smlm. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Ahmad Muhaimin Fathil Suhairi, 33, berasal dari Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian selepas parah pada muka dan kepala.*

                 *DUA wanita warga tempatan ditahan kerana disyaki dalang sindiket penipuan tiket penerbangan murah dengan membabitkan kerugian RM162,285. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, berkata kedua-dua wanita berusia 33 dan 37 tahun itu ditahan pada 25 dan 26 November lalu di Kota Kinabalu susulan satu laporan polis dibuat mangsa yang mengatakan ditipu sindiket berkenaan.*

                 *POLIS menahan lima lelaki disyaki dalang sindiket penipuan pelaburan penanaman durian Musang King di daerah Sipitang membabitkan kerugian bernilai RM3.197 juta. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, berkata polis menerima laporan pertama daripada seorang mangsa pada 28 November lalu yang mengatakan ditipu sebuah syarikat pelaburan disyaki beroperasi di Melaka.*

                 *SEPASANG kekasih dan seorang rakannya dikenali sebagai Geng Kojak yang aktif dalam kegiatan pecah rumah sejak tujuh bulan lalu, akhirnya ditumpaskan menerusi Ops Pintu dilancarkan pihak polis. Ketiga-tiga mereka berusia 30an dipercayai sudah melakukan sekurang-kurangnya 15 kes pecah rumah dan dua kes mencuri motosikal sejak Mei lalu.*

                 *TERATAK Tautan Kaseh Murabbi menafikan dakwaan pusat pemulihan akhlak itu mendera pelatihnya sehingga mengakibatkan kecederaan serius seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar, baru-baru ini. Pengasasnya, Shah Rizal Ramli berkata, tuduhan dua bekas pelatihnya sebelum ini, yang mendakwa mereka dikenakan proses pemulihan ala ketenteraan adalah tidak berasas.*

                 *POLIS sedang mengesan tiga lelaki termasuk dua beradik untuk membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di Kampung Baru Alor Pasir, Bukit Tuku, Pasir Mas, Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, suspek dikenali Noor Azlan Ismail, 31, abangnya, Effendy Ismail, 35, dan Mohammad Faiz Abd Ghani, 26.*

                 *SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menangguhkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail berkata, sambutan yang dirancang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya, Sabtu ini ditangguhkan selepas pihaknya dimaklumkan oleh polis dan pejabat Perdana Menteri terdapat risiko keselamatan terhadap acara terbabit.*

                 *KONTRAKTOR yang terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 101, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Paka, Dungun, Ahad lalu, disahkan meninggal dunia, smlm. Eddy Johan Abdullah, 42, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, disahkan meninggal pada 8 pagi.*

                 *TIADA tindakan akan diambil setakat ini terhadap individu cuba menggulingkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis selesai. Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri berkata, beliau tidak berhasrat memulakan sebarang tindakan ke atas mana-mana Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) atau pemimpin PH negeri.*

                 *SEORANG peniaga di Maran sanggup memindahkan wang sebanyak empat kali daripada akaun simpanannya menjadikan jumlah keseluruhan RM9,810 bagi mendapatkan pinjaman RM20,000.
Namun, wanita berusia 44 tahun itu berputih mata apabila sebenarnya berurusan dengan individu daripada sindiket menawarkan pinjaman tidak wujud di laman sosial Facebook (FB).*

                 *Kuala Lumpur: Usia belum pun mencecah 20 tahun namun mereka direkrut sindiket ceti haram untuk menjadi konco pemungut hutang, penampal poster dan iklan serta kakitangan pejabat dengan tawaran gaji lumayan hingga mencecah RM10,000 sebulan. Sejak tiga tahun lalu, 2,000 konco muda along dikesan aktif beroperasi di Lembah Klang termasuk bekerja sepenuh masa dengan syarikat pemberi pinjaman wang sebaik menamatkan zaman persekolahan.*

                 *Subang Jaya: Notis arahan berpindah sudah diberikan namun enam pekerja dan pemilik beberapa premis haram pengumpulan besi buruk di sini, berdegil enggan berganjak walaupun menyedari jentera jengkaut mula merobohkan premis berkenaan.*

                 *Kuala Lumpur: Penagih dadah yang diburu namun anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menemui dan merampas senjata api dalam operasi terbaru di Miri, Sarawak, semalam. Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Zainudin Abdullah berkata, dalam operasi terbaru dilakukan itu, pihaknya merampas 22 peluru dan senapang patah milik penagih ditahan.*

                 *Kota Kinabalu: Seorang peniaga pakaian jenama terkenal di pusat beli-belah terkemuka di sini, berdepan hukuman denda sehingga RM29 juta selepas didapati menjual 1,964 pasang pakaian jenama Polo tiruan.*

                 *SEORANG tekong dan tiga nelayan dilaporkan hilang di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan, petang kelmarin berhampiran kejadian serangan ke atas bot tunda oleh sekumpulan empat lelaki lengkap bersenjata api.*

                 *SAJ Ranhill Sdn Bhd (SAJ Ranhill) menafikan dakwaan mengatakan kualiti air di Simpang Renggam bertukar warna kemerah-merahan dan berkeladak. Ketua Komunikasi Korporat SAJ Ranhill, Jamaluddin Jamil berkata, satu tindakan bersepadu dilancarkan dengan menghantar sepasukan pemeriksa kualiti dan mengambil contoh air di lebih 10 lokasi di Simpang Renggam terutama di Kampung Melayu dan Taman Yani.*

                 *PERBICARAAN kes rogol dan bunuh petugas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, di Mahkamah Sesyen Sibu, ditangguhkan kepada 19 Februari tahun depan. Hakim Caroline Bee Majanil membenarkan penangguhan itu selepas mendengar permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Tajul Ariffin Mus.*

                 *SEORANG wanita maut manakala suaminya parah selepas van dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori pasir di Kilometer 23 Jalan Klang-Banting-Port Dickson di Kuala Langat, smlm. Dalam kejadian jam 8.30 pagi, mangsa Zurina Aini Ayob, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.*

                 *Kuala Berang: Orang ramai yang tinggal berhampiran pantai terutama di pantai timur diingatkan berjaga-jaga 24 Disember ini, berikutan ramalan berlaku fenomena Perigee iaitu kedudukan bulan paling hampir dengan bumi yang mengakibatkan berlakunya air pasang besar.*

                 *PAS menyifatkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan arahan termasuk memindahkan semua kenderaan rasmi yang berada di menara berkenaan ke Jalan Cheras, adalah tidak wajar. Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata arahan dibuat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu boleh menimbulkan keresahan kepada rakyat.*

                 *HIMPUNAN aman bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang berlangsung esok bakal menyaksikan penentangan rakyat baru sahaja bermula. Justeru, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengajak semua rakyat hadir pada himpunan berkenaan yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, demi mempertahankan kedaulatan negara.*

                 *Ayer Keroh: Kerajaan negeri akan memberikan pelbagai manfaat termasuk latihan percuma kepada pengusaha beca berdaftar di negeri itu. Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata, latihan serta kemudahan lain itu sebagai tanda penghargaan atas peranan besar golongan berkenaan yang bertindak sebagai jurucakap pelancongan negeri.*

                 *KEGIATAN satu sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi sejak setahun lalu lumpuh apabila premis mereka diserbu pihak berkuasa di sekitar Kampung Pulau Meranti, Puchong, kelmarin. Ia membawa kepada rampasan 151 tong gas berkapasiti 14 kilogram (kg) dan 50kg yang ditemui dalam premis tidak bernombor berkenaan.*

                 *LELAKI maut akibat dilanggar pacuan empat roda dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Sungai Ikan, Kuala Nerus, semalam. Kejadian berlaku apabila mangsa, Mohd Razali Ismail, 42, dikatakan terjatuh ketika menunggang motosikal sebelum dilanggar Toyota Hilux dipandu warga emas berusia 72 tahun, pada 6.55 petang.*

                 *SEORANG bayi lelaki ditemui dalam keadaan berbalut tuala ditinggalkan dalam bilik menyusu di sebuah pasar raya di Tanjong Tokong, Georgetown, smlm. Dalam kejadian yang hanya disedari pada 6 petang itu, bayi terbabit dikatakan baru dilahirkan sebelum ditinggalkan dalam bilik berkenaan.*


            
*SEANTERO BENUA*
================


           *BEIJING: Seorang wanita ditahan polis selepas dia menipu penculikan anak lelakinya yang berusia 11 tahun selama lima hari semata-mata untuk menguji kesetiaan suaminya.*
            *Polis di bandar Yueqing yang terletak di wilayah Zhejiang, timur China dalam satu kenyataan kelmarin memberitahu, kanak-kanak itu ditemui selamat di rumah saudaranya selepas dilaporkan hilang oleh ibunya.*
         *”Ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Chen, 33, ditangkap kerana disyaki sengaja membuat dan menyebarkan maklumat palsu,” kata kenyataan itu.*
          *Menurut polis, wanita itu yang mempunyai masalah rumahtangga merancang menipu penculikan berkenaan semata-mata untuk menguji sama ada suaminya masih mengambil berat mengenai dirinya dan anaknya.*

          *VIRGINIA: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud melanda timur Kepulauan Loyalty berhampiran New Caledonia di Pasifik Selatan, smlm.*
           *Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan gempa bumi berlaku pada kedalaman 26 kilometer, iaitu kira-kira 189 kilometer di timur tenggara Tadine di Kepulauan Loyalty.*
          *Namun, setakat ini, tiada amaran dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik.*
           *Pada Rabu lalu, gempa bumi berukuran 7.6 magnitud dilaporkan melanda New Caledonia. - Reuters*

          *TOKYO: Kerajaan Jepun bakal melarang penggunaan produk telekomunikasi buatan gergasi teknologi Huawei dari China dan ZTE, akibat kebimbangan mengenai masalah keselamatan siber.*
           *Berikutan itu, akhbar Yomiuri Shimbun melaporkan, kerajaan dijangka menyemak semula proses perolehan dalaman menjelang Isnin ini, bagi mengecualikan produk keluaran Huawei dan ZTE.*
            *Agensi Jiji Press turut melaporkan perkara yang sama dalam laporannya.*

           *SAN FRANCISCO: Seorang lelaki batuk terlalu teruk selama beberapa hari sehingga menyebabkan cebisan paru-parunya terkoyak dan terkeluar dari mulut.*
           *Mail Online melaporkan, kes itu diterbitkan di Jurnal Perubatan New England dengan doktor di Pusat Perubatan Universiti California San Francisco memberitahu, lelaki berusia 36 tahun itu pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi akibat kegagalan jantung kronik.*
          *Pada minggu pertama dirawat, pesakit itu sering batuk dan mengeluarkan darah serta lendir sekali gus memberi tekanan kepada paru-parunya.*

           *SIASATAN oleh kerajaan Britain hari ini mengesahkan bahawa pedal kokpit yang terputus adalah punca nahas helikopter mengorbankan pemilik kelab bola sepak Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha, 28 Oktober lalu.*
            *Kematian Vichai mengejutkan dunia sukan dan menyebabkan bandar kecil di tengah Englang itu berkabung selepas dua tahun meraih kemenangan dalam pertandingan.*
         *Helikopter itu yang dihiasi dengan warna biru dan putih iaitu warna rasmi kelab hilang kawalan dan terhempas sejurus selepas meninggalkan stadium.*
          *Vichai menghadiri hampir semua perlawanan Leicester di tempat sendiri, lazim berlepas dari tengah padang.*


*TULAR / POPULAR*
================

   
          *SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kesal dan dukacita dengan kenyataan iaitu ‘Sultan johor pemangku sultan pahang sultan Selangor turun Himpunan ICERD 8-12-2018 bersama anak Melayu Bumiputera’ yang tular di media sosial dan WhatsApp.*
           *Setiausaha Sulit Sultan Selangor Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin menitahkan supaya mana-mana pihak tidak membabitkan nama baginda dengan sebarang perhimpunan anjuran parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).*
          *”Kenyataan yang disebarkan itu boleh mengelirukan masyarakat.*
          *”Sultan Selangor sebagai Sultan yang memerintah negeri Selangor tidak seharusnya dilibatkan dengan sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.*

          *KETUA Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Othman Johan menggesa rakyat Malaysia berhati-hati memilih restoran bertanda halal di luar negara.*
           *Ini berikutan timbul isu restoran di Jepun didakwa mencampurkan bahan mentah halal dan tidak halal dalam satu tempat penyimpanan.*
             *Beliau berkata, perkara itu didedahkan empat cef rakyat Malaysia yang bekerja di restoran terbabit.*
             *”Kekhuatiran itulah yang membawa kepada sidang media hari ini apatah lagi pada 2020, Sukan Olimpik akan diadakan di sana.*
         *”Jadi kerajaan Jepun mesti sensitif dengan keperluan orang Islam seperti surau dan menyediakan makanan halal.*

          *AKU yang pakai, kau yang panas,” kata pelakon Rozita Che Wan apabila penampilannya dikritik pengguna laman sosial ketika menyaksikan perlawanan bola sepak separuh akhir Piala AFF 2018 membabitkan Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.*
          *Rozita atau mesra disapa Che Ta menarik perhatian netizen dengan gaya bulu mata palsu, baju ‘jumper’ berwarna kuning dan memakai but.*
         *”Bulu mata palsu saya memang sentiasa pakai. Saya ada jersi warna biru tapi sudah pakai sebelum ini, jadi takkan ulang pakai baju sama. Saya pakai but sebab kaki kan aurat. Lagi pula apa masalah tengok bola pakai but?*

          *PELAKON Amyza Adnan mengucapkan tahniah kepada pasangan selebritiPekin Ibrahim dan Mona Allen yang dikhabarkan mendirikan rumah tangga smlm.*
        *Amyza menerusi akaun Instagram berkata, dia turut mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.*
         *Sementara itu, usaha Harian Metro untuk menghubungi Pekin dan Mona menerusi telefon bimbitnya dan aplikasi WhatsApp tidak berjaya apabila mereka tidak menjawab dan membalas mesej berkenaan.*
           *Terdahulu tular gambar perkahwinan mereka dalam kalangan artis yang menghadiri majlis berkenaan.*

           *KUALA LUMPUR: Kemenangan Malaysia ke atas Thailand pada perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki edisi 2018 kelmarin menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.*
           *Peminat bola sepak tempatan tampil dengan kreativiti masing-masing apabila membuat koleksi gambar dengan ayat-ayat sindiran terhadap kekalahan pasukan Gajah Perang itu.*
         *Mereka tidak ketinggalan untuk meraikan kemenangan itu selepas Malaysia tewas dua perlawanan pada peringkat kumpulan ketika edisi 2016.*
          *Antara yang menarik perhatian adalah gambar harimau sedang menggigit gajah dengan kapsyen ‘Mimpi ngeri di halaman sendiri’ dikongsi peminat menerusi Twitter.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *THE HAGUE, Belanda: Paris Saint-Germain (PSG) boleh mengecewakan Manchester City dengan menandatangani pemain tengah Ajax dan Belanda, Frenkie de Jong dengan rekod 75 juta euro (RM355.77 juta), lapor akhbar tempatan di sini, smlm.*
          *”Hampir pasti De Jong, 21, akan meninggalkan Ajax untuk Paris Saint-Germain,” lapor akhbar tabloid popular Belanda De Telegraaf.*
              *Jika perjanjian itu menjadi kenyataan, ia akan menjadi “perpindahan paling mahal dan sensasi dalam sejarah Eredivisie dan Ajax,” kata akhbar berkenaan.*

          *PUTRAJAYA: "Jangan kecewakan saya dan negara kita,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Bukit Jalil, membabitkan Malaysia menentang Vietnam pada 11 Disember ini.*
         *Dalam pertemuan untuk menyuntik semangat skuad Harimau Malaya di Perdana Putra di sini hari ini, Dr Mahathir berkata melalui kemenangan, kebolehan negara dapat dibanggakan.*
         *”Kita nak cari kemenangan kerana kita nak berbangga dengan kebolehan negara kita.*
         *”Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab mempertahankan maruah dan kehormatan negara,” katanya yang berharap skuad Harimau Malaya akan lakukan yang terbaik untuk mendapat kemenangan.*

          *BHUBANESWAR: Jurulatih Malaysia, Roelant Oltmans masih memikirkan strategi terbaik untuk menentang Jerman pada Ahad ini, apabila skuad negara sekurang-kurangnya perlu seri untuk terus kekal dalam saingan Hoki Piala Dunia.*
             *Selepas dibelasah 7-0 kepada Belanda dan seri 1-1 dengan Pakistan, Malaysia perlu menumbangkan Jerman atau seri untuk layak ke pusingan play-off.*
           *Jika Malaysia berjaya berkongsi mata berdepan Jerman, Oltmans dan anak buahnya perlu berharap Belanda dapat menewaskan Pakistan dalam perlawanan seterusnya di peringkat Kumpulan D.*

          *SHAH ALAM: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tiga penerbangan sewa khas mungkin diaturkan bagi membawa penyokong Harimau Malaya untuk menyaksikan perlawanan akhir kedua, Piala AFF Suzuki 2018 di Hanoi, Vietnam, 15 Disember ini.*
          *Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan syarikat penerbangan negara supaya lebih ramai peminat tempatan dapat memberi sokongan skuad negara dalam perlawanan berkenaan.*

          *KUALA LUMPUR: Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo menyuarakan kebimbangan dengan kebangkitan Harimau Malaya menjelang pertembungan final Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan.*
        *Meskipun diletakkan sebagai pasukan pilihan pada kejohanan kali ini serta berjaya menewaskan Malaysia 2-0 pada saingan peringkat Kumpulan A di Hanoi, beliau tidak mahu anak buahnya memandang mudah kemampuan lawannya itu.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2018 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 8/12/2018 (by: MJI)

1.  MELAKA 7 Dis. - Timbalan YDP Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan kekecewaan terhadap sikap orang Melayu yang kini dilihat beransur-ansur lemah, hilang semangat ukhuwah dan jati diri hanya kerana bersaing merebut kuasa. Orang Melayu telah terperangkap dalam perlumbaan menconteng arang sesama mereka sehingga masing-masing ghairah menepuk air di dulang dan airnya semakin terpercik ke muka sendiri.

2.  TEMERLOH 7 Dis. - Perhimpunan ICERD#DaulatHimpunan812 esok adalah penting dalam memberikan isyarat jelas terhadap kebangkitan orang Melayu dan Islam dalam mempertahankan hak-hak mereka. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, perhimpunan itu tidak akan sesekali menggugat perpaduan tetapi sebaliknya bagi mempertahankan asas pembinaan termasuk kontrak sosial yang menjadi tiang seri dalam pembentukan negara.

3.  KUALA LUMPUR 7 Dis. - Malaysia hari ini mencadangkan kepada Singapura supaya kedua-dua negara itu berhenti dan menghalang daripada menghantar aset ke kawasan pertikaian berkuatkuasa pada pukul 12 pagi ini. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, keputusan itu perlu dipersetujui bersama sementara menunggu perbincangan mengenai isu sempadan maritim selesai dilakukan.

4.  PULAU PINANG 7 Dis. - Pengunjung sebuah pasar raya di Tanjong Tokong di sini semalam dikejutkan dengan penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di dalam bilik menyusu premis berkenaan. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, bayi yang masih mempunyai tali pusat berkenaan ditemukan dalam keadaan berbalut kain tuala oleh seorang wanita.

5.  KOTA BHARU 7 Dis. - UMNO dan Pas mengesyaki terdapat unsur sabotaj serta kemungkinan berlakunya provokasi terancang bagi mencetus kekacauan ketika himpunan membantah ICERD #DaulatHimpunan812 di ibu negara, esok. Perkara itu disuarakan S/U Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan S/U Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ketika sidang akhbar selepas kedua-duanya hadir dalam Ceramah Perdana Praperhimpunan Membantah ICERD di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

6.  KUALA NERUS 7 Dis. - Seorang penunggang motosikal maut setelah dipercayai digilis sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam nahas di Kampung Lingai di sini lewat petang semalam. Mohd. Razali Ismail, 42, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

6.  ARAU 7 Dis. - Seorang pekebun tidak kisah menempuh perjalanan sejauh lebih 400 km dari Perlis ke Kuala Lumpur dengan menaiki motosikal seorang diri semata-mata ingin bersama umat Islam yang lain menyertai perhimpunan membantah ICERD #DaulatHimpunan812, esok. Malah, Noor Hakimi Kamis,53, yang berasal dari Arau itu juga tidak kisah untuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi menghadiri perhimpunan yang dianggap bersejarah itu.

7.  KOTA BHARU 7 Dis. - Keputusan Kerajaan Pas Kelantan mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad ini adalah isyarat kesungguhan rakyat negeri yang majoritinya orang Melayu untuk berada di saf paling hadapan dalam memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa, kata  S/U Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

8.  PULAU PINANG 7 Dis. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia  negeri menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B1 pada jarak kira-kira 7.2 batu nautika dari selatan Pulau Kendi di sini, kerana melanggar syarat lesen menangkap ikan. Bot itu ditahan oleh bot peronda Maritim Malaysia kira-kira pukul 6.15 petang semalam selepas dikesan menangkap ikan kurang lapan batu nautika dari pantai terdekat.

9.  IPOH 7 Dis. – MB, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap pihak yang didakwa cuba menjatuhkannya namun mengalu-alukan siasatan kes berkenaan oleh pihak berkuasa. Setakat ini beliau juga masih belum melihat sebarang tindakan salah yang dilakukan oleh mana-mana Exco kerajaan negeri mahupun ahli PH Perak.

10.  MELAKA 7 Dis. - Rakyat perlu menjadikan titik-titik hitam sejarah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka suatu ketika dahulu sebagai renungan agar ia tidak berulang pada masa akan datang. Timbalan YDP Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, amanat itu dizahirkan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah semasa berangkat ke negeri ini pada 12 Julai 1990, merupakan peringatan yang kekal dan wajib dijadikan renungan.

11.  KUALA LUMPUR 7 Dis. - Sejak Januari tahun ini, sebanyak 142,777 item produk kosmetik yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan melibatkan nilai RM3.4 juta telah dirampas. Statistik ini menunjukkan komitmen Kementerian Kesihatan memerangi produk kosmetik tidak berdaftar dan beracun memandangkan ia kini menjadi ancaman yang besar buat kesihatan rakyat Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

12.  KUALA LUMPUR 7 Dis. - Mahkamah Majistret Kajang dekat sini hari ini telah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari terhadap seorang sami di sebuah kuil di Semenyih, dekat sini yang mendera anak lelakinya berusia 10 tahun sehingga mati. Perintah reman yang dikeluarkan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah berkuat kuasa hari ini sehingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

13.  BUTTERWORTH 6 Dis - Dua remaja lelaki berusia 19 tahun yang asyik melakukan aksi merbahaya ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini, ditahan polis dalam satu operasi malam tadi. Dalam operasi bermula pukul 11 malam dan berakhirpukul 4.30 pagi tadi itu, kedua-dua remaja berkenaan didapati melakukan pelbagai aksi antaranya meniarap serta menunduk di atas motosikal.

14.  TAIPING 7 Dis. - Polis berjaya menumpaskan satu geng pecah rumah yang dikenali Geng Kojek dengan tertangkapnya tiga individu termasuk seorang wanita dalam dua serbuan di Kampung Sungai Relong dan Jalan Stesen di sini baru-baru ini. Dua lelaki dan seorang wanita yang masing-masing berusia lingkungan 30-an itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Taiping.

15.  IPOH 7 Dis. - Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad mendakwa gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar yang didalangi oleh exco kerajaan negeri, Dr. Abdul Aziz Bari tidak menjanjikan habuan wang. Menurutnya, daripada lima wakil rakyat UMNO yang didekati secara bersemuka, dua orang ditawarkan sebagai Exco atau mana-mana jawatan dalam GLC.

16.  KUALA LUMPUR 7 Dis. - Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) hari ini menafikan dakwaan dia menerima imbuhan ekoran tindakannya menarik balik laporan polis terhadap seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' yang menyerangnya dan dua lagi rakannya, tahun lalu.

17.  SEREMBAN 7 Dis. - Seorang wanita warga Singapura maut selepas tercampak keluar dari bas ekspres dinaikinya dalam kemalangan di Kilometer 269 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu, mangsa, Serina Mat Idris, 27, tercampak dari tingkat atas bas ekspres dua tingkat itu yang berlanggar dengan sebuah lori.

18.  KUALA LUMPUR 7 Dis. - Hasrat kerajaan membatalkan sijil Amanah Ikhtiar Rakyat (AIM) dipertikai Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Bagi Asyraf Wajdi, alasan kerajaan bahawa perkara itu tidak memenuhi syarat-syarat Surat Cara Ikatan Amanah adalah aneh kerana setelah 30 tahun ia wujud, baru sekarang ia dipersoalkan.

19.  KUALA LUMPUR 7 Dis. - Khabar baik kepada semua peminjam PTPTN hari ini iaitu sistem bayaran balik pinjaman fleksibel (ICLR) untuk pinjaman tersebut akan ditangguhkan buat masa ini. Menurut Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, langkah penangguhan itu diambil buat sementara waktu sehingga pihaknya menerima input dan maklum balas kolektif daripada pihak berkepentingan.

20.  KUALA LUMPUR 7 Dis. - Penyusutan peruntukan bagi pelaksanaan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) daripada RM50 juta tahun ini kepada RM5 juta tahun hadapan menyebabkan beberapa pengubahsuaian akan dibuat. Ini termasuk matlamat latihan yang tidak lagi hanya melahirkan graduan ‘makan gaji’ tetapi juga usahawan yang boleh mencipta peluang pekerjaan sendiri.

21.  KAMPAR 7 Dis. - Seorang kakitangan Telekom Malaysia erhad (TM) maut setelah kenderaan yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori muatan besi di Kilometer 310.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 1.20 pagi itu, Ahmad Muhaimin Fathil Suhairi, 33, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

22.  PULAU PINANG 7 Dis. - Perhimpunan #DaulatHimpunan812 menolak ratifikasi ICERDakan menjadi penunjuk kekuatan rakyat dan tanda solidariti bagi menghalang sebarang agenda untuk merosakkan Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd. Norhiesam Ismail.

23.  JOHOR BAHRU 7 Dis. – MB, Datuk Osman Sapian akan menjawab semua persoalan mengenai isu-isu terbaharu negeri ini termasuk status Pulau Kukup di Pontian dalam sesi penggulungan semasa sidang DUN Ahad ini. “Kita tunggu pada sesi penggulungan Ahad ini. Segala jawapan serta persoalan yang ditimbulkan oleh wakil rakyat dalam perbahasan akan saya gulung dan jawab”, katanya.

24.  KUALA LUMPUR 7 Dis. - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) terpaksa akur dengan arahan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menangguhkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang dirancang diadakan esok, kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail.

25.  JOHOR BAHRU 7 Dis. - Presiden PPBM (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan Konvensyen Bersatu Negeri Johor di Le Grandeur Palm Resort, Senai dekat sini esok. Pengerusi Bersatu Johor, Datuk Osman Sapian berkata, seramai 550 perwakilan dari 26 bahagian seluruh negeri akan hadir yang bermula pukul 8.30 pagi hingga sebelah petang.

26.  KUALA LUMPUR 7 Dis. - Para peserta himpunan solidariti membantah ICERD #DaulatHimpunan812 diminta berhati-hati dengan sebarang kebarangkalian tindakan provokasi pihak tertentu. Mereka diminta supaya tidak melayan sebarang bentuk provokasi atau kekecohan yang mungkin sengaja dicetus pihak yang cemburu melihat perpaduan serta penyatuan orang Melayu dan Islam di negara ini, kata AMT UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

27.  DUNGUN 7 Dis. - Sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero yang dipandu ADUN Bukit Besi, Roslee Daud berpusing beberapa kali sebelum terbalik selepas cuba mengelak lembu melintas dalam nahas di Kilometer 20 Jalan Dungun - Bukit Besi dekat sini malam tadi. Roslee, 58, cedera pada tangan kanan dan belakang sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

28.  SEREMBAN 7 Dis. - Majlis perkahwinan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang cedera dibelasah dalam rusuhan di sebuah kuil baru-baru ini sebaik-baiknya diadakan apabila dia pulih sepenuhnya. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, ketika ini anggota bomba tersebut masih kritikal dan menerima rawatan serta pemantauan di IJN di ibu negara.

29.  PARIT 7 Dis. - Seorang pesara jururawat kerugian RM53,000 setelah terpedaya dengan satu panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dan mendakwanya terlibat dengan kegiatan rasuah. Mangsa berusia 58 tahun dari Tanjong Tualang itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa dari Jabatan Hasil, Kota Kinabalu, Sabah pada Selalu lalu dan memaklumkan wanita itu terlibat dalam kes berkenaan.

30.  KUALA LUMPUR 7 Dis. - Sepasang kekasih warga Afrika ditahan kerana mencederakan beberapa anggota polis dan bomba serta tinggal lebih masa di sini, semalam. Difahamkan, pengurusan hotel telah memberitahu polis mengenai perlakuan seorang lelaki warga Nigeria berusia 23 tahun yang didakwa membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman penghuni bilik lain.

31.  KUALA LUMPUR 7 Dis. - Sebuah restoran didakwa tidak mendapat persijilan halal yang sah dari kerajaan Jepun bahkan menggunakan sijil halal sendiri untuk menghidangkan makanan kepada masyarakat Islam di sana. Perkara itu diluahkan empat orang tukang masak dan seorang rakan kongsi yang pernah bekerja di restoran tersebut.

32.  KUALA LUMPUR 7 Dis. - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap JAKIM dapat membantu rakyat Malaysia di luar negara untuk mengetahui restoran mempunyai status halal yang diiktiraf. Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, Jakim perlu menyelaraskan restoran halal yang boleh dikunjungi orang Islam dari Malaysia ketika berada di negara lain.

33.  ALOR SETAR 7 Dis. – ADUN Guar Chempedak Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail, yang sebelum ini mengumumkan keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas, telah menyertai PPBM (Bersatu). Menurut bekas exco kanan yang berusia 62 tahun itu, beliau telah menghantar borang permohonan untuk menyertai parti itu Isnin lepas dan diluluskan serta diberikan nombor keanggotaan Bersatu sehari selepas itu.

34.  JOHOR BAHRU 7 Dis. – TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi tulisan dalam Twitternya hari ini menimbulkan tanda tanya apabila melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pihak tertentu yang cuba 'menukar' MB Johor. Sebelum ini, AMT PPBM (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin mendesak MB, Datuk Osman Sapian menjelaskan mengenai pertukaran status Pulau Kukup dan jika gagal memberikan penjelasan, adalah lebih baik beliau letak jawatan.

35.  KUALA LANGAT 7 Dis. - Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas van dinaiki pasangan terbabit terlibat dengan kemalangan di Jalan Sungai Buaya, Jenjarom di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.21 pagi itu, mangsa, Zurina Aini Ayob, 38, meninggal dunia di tempat kejadian sementara suaminya, Amiruddin Awang, 48, mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

36.  PUTRAJAYA 7 Dis.- Pembinaan Arca Sheikh Tamim Hamad Al Thani berbentuk telapak tangan terbuka setinggi 12 meter di pekarangan Masjid Putra merupakan satu manifestasi penghargaan Qatar terhadap solidariti rakyat Malaysia dalam memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa. Apa yang menarik, Malaysia merupakan negara pertama di luar benua Eropah yang mempunyai arca seumpama itu selepas Vienna, Austria dan Gevena, Switzerland.

37.  SHAH ALAM 7 Dis. - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui isu PTPTN bakal menendang keluar PH daripada kerajaan jika ia gagal ditangani dengan baik. Isu pembayaran balik PTPTN harus mengambil kira soal kos sara hidup rakyat dan jika PH gagal mengambil kira aspek itu ia akan mengecewakan rakyat.

38.  KUALA LUMPUR 7 Dis. – Tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pengendali Facebook, Mukhriz Mahathir FC memuat naik status undian tentang himpunan membantah ICERD #DaulatHimpunan812 boleh diumpamakan sebagai senjata makan tuan. Ini kerana undian yang diharapkan memihak kepada mereka berlaku sebaliknya, selepas sebahagian besar netizen menyatakan sokongan terhadap himpunan berkenaan.

39.  KUALA LUMPUR, 7 Dis - Kerajaan dan empat yang lain memohon untuk membatalkan saman dikemukakan remaja berumur 18 tahun berhubung dakwaan berlaku kecuaian semasa proses berkhatan sehingga menyebabkan kepala alat sulitnya terpotong dan mengalami kecacatan kekal. Kelima-lima defendan itu ialah pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang; pengarah hospital itu; doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor; serta kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua sehingga keenam.

40.  NILAI, 7 Dis - Seorang anggota bomba yang terlibat dalam operasi keselamatan semasa insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, minggu lepas, masih dalam keadaan trauma. Ketua Pengarah JBPM Datuk Muhammad Hamdan Wahid berkata anggota itu, yang memandu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dilihat masih dalam keadaan kebimbangan dan ketakutan.

41  PETALING JAYA, 7 Dis - Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang diserang pada awal pagi Selasa minggu lalu di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, di sini.

42.  KUANTAN, 7 Dis - Hampir 20,000 iklan syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak berlesen diturunkan oleh JSJK Ibu Pejabat Kontinjen Pahang pada tahun lepas. Ketuanya, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata iklan itu terdiri daripada 19,270 baner dan 619 poster yang kebanyakkannya ditampal di kawasan tumpuan orang ramai seperti kawasan perumahan.

43.  KUALA LUMPUR 7 Dis. - Seorang kanak-kanak yang sedang bermain seorang diri berhampiran rumahnya mengalami detik cemas apabila kakinya tersangkut pada jeriji besi hampir setengah jam sebelum diselamatkan pasukan bomba di Jalan Hijau 5/3, Bandar Tasik Puteri, Rawang, hari ini. Pihak bomba menerima panggilan daripada ibu mangsa yang memaklumkan kanak-kanak berusia 6 tahun terbabit tersepit pada pukul 11.40 tengah hari.

44.  KUALA LUMPUR 7 Dis. – UPSI menawarkan program Smart Master dan Smart PhD kepada para guru yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Penawaran program demikian adalah sejajar dengan kehendak Kementerian Pendidikan yang mahu majoriti guru di negara ini sekurang-kurangnya memiliki ijazah sarjana menjelang tahun 2030.

45.  ALOR SETAR 7 Dis. - Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa parti itu tidak cukup tegap kerana belum mempunyai bilangan wakil rakyat yang ramai. Sehubungan itu para pemimpin parti komponennya dinasihatkan supaya bersatu-padu dan bukannya menumpukan untuk mengukuhkan diri sendiri dan jawatan.

46.  ALOR SETAR 7 Dis. - Timbalan Presiden PPBM (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan perhimpunan membantah ICERD #DaulatHimpunan812, di Kuala Lumpur esok sebagai bermotifkan politik. Justeru, beliau menyeru kepada seluruh rakyat supaya tidak terpengaruh dengan permainan yang dicetuskan oleh UMNO dan Pas itu melalui perhimpunan tersebut.

47.  JOHOR BAHRU 7 Dis. - Seorang lelaki ditemukan mati lemas selepas terjun ke sungai untuk mandi-manda di Kampung Baru Cina, Ulu Tiram di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, mangsa yang berusia 36 tahun ditemukan pasukan penyelamat kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa terjun ke sungai.

48.  TUMPAT 7 Dis - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah kereta Perodua Kancil bertembung dengan Perodua Viva di Km 1 Jalan Wakaf Bharu - Tumpat dekat Kg. Semat Jal, di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi ini, penumpang Perodua Kancil, Che Halimah Che Man, 70, yang berasal dari Kg. Tok Nek Palekbang meninggal dunia di lokasi nahas akibat cedera parah di kepala dan badan.

49.  KUALA LUMPUR 7 Dis. - Seorang warga emas mengambil inisiatif sendiri berbasikal dari Perak menuju ke Kuala Lumpur untuk menyertai Perhimpunan ICERD #DaulatHimpunan812 di Dataran Merdeka di sini, esok. Warga emas tersebut, Afidzul Ariffin menerusi catatan Facebook miliknya memberitahu, dia memulakan kayuhan dengan menunggang basikal tua kira-kira pukul 4 pagi, semalam.

50.  SULAWESI 7 Dis. - Seorang suami sanggup membakar isterinya setelah dipercayai diugut cerai di Daerah Barru di sini pada 26 November lalu. Lapor Tribun-Video.com, Ketua Kepolisan Resor Barru, Burhaman memberitahu kejadian tersebut dilakukan Abdul Arham, 47 kepada isterinya, Umrah, 35, dikatakan sudah tidak tinggal serumah yang dalam proses perceraian.

51.  RANTAU PANJANG 7 Dis. - Cuaca tidak menentu termasuk hujan yang kadang-kala lebat sejak dua hari lalu menyebabkan paras Sungai Golok, di sini didapati menunjukkan trend peningkatan. Laman sesawang Infobanjir.water.gov.my setakat pukul 5 petang ini menunjukkan paras air Sungai Golok sudah mencecah 7.67 meter iaitu berada pada tahap berjaga-jaga.

52.  SHAH ALAM 7 Dis.- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kesal dengan penularan satu kenyataan yang mengatakan baginda akan turun menyertai perhimpunan aman bagi meraikan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Kuala Lumpur esok.

53.  PUTRAJAYA 7 Dis. - Anugerah Pencapaian Kecermerlangan dalam Membanteras Rasuah sempena Anugerah Kecemerlangan Anti Rasuah Antarabangsa Sheikh Tamim Hamad Al Thani yang dianjurkan julung kalinya di Malaysia dimenangi oleh dua aktivis antirasuah masing-masing dari Afrika Selatan dan Nigeria. Mereka ialah Naib Presiden Integriti Bank Dunia, Leonard F. McCarthy dan bekas pegawai antirasuah kerajaan Nigeria, Nuhu Ribadu.

54.  PUTRAJAYA 7 Dis. - Rakyat Malaysia hanya boleh menganggap mereka sebagai bangsa yang maju setelah berjaya menolak dan membanteras rasuah. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamah menegaskan, kerajaan dan rakyat hanya boleh maju sekiranya rasuah dapat dibanteras.

55.  KUALA LUMPUR 7 Dis. - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) terbuka untuk memberi kerjasama kepada kerajaan bagi melaksanakan proses undang-undang sekiranya terdapat unsur-unsur meragukan dalam penubuhan anak-anak syarikatnya yang tidak mengikut syarat Surat Ikatan Amanah 26 April 2012 di bawah Klausa 3(C), kata Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya, Datuk Junaidah Kiting.

56.  KUALA LUMPUR 7 Dis. – KDN hari ini mewartakan perintah larangan terhadap satu penerbitan buku bertajuk 'Album Gambar Sejarah Parti Komunis Malaya (I)' melalui sebuah warta kerajaan pada 26 November lalu. Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, perintah larangan itu adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

57.    PUTRAJAYA 7 Dis.- Tan Sri Abu Kassim Mohamad mengakui tidak terlibat dalam pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB. Tegas Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), malah beliau yang ketika itu Ketua Pesuruhjaya SPRM berusaha untuk mendapatkan laporan asal daripada Ketua Audit Negara.

58.  SEREMBAN 7 Dis. - Tindakan kerajaan PH untuk membatalkan sijil AIM mengecewakan hampir 400,000 ahli yang sebahagian besarnya merupakan usahawan kecil wanita. Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, tidak ada sebab untuk kerajaan mengambil langkah itu kerana AIM terbukti berjaya membantu usahawan melalui pinjaman kecil yang ditawarkan.

59.  KUALA LUMPUR 7 Dis. – PM Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta penganjur perhimpunan #DaulatHimpunan812 yang menolak ratifikasi ICERD dapat memastikan tidak berlaku sebarang kekacauan atau kerosakan ke atas harta benda awam. Beliau juga berharap, perhimpunan yang berlangsung pada hari esok berjalan lancar dan peserta juga mematuhi segala arahan pihak berkuasa.

60.  JOHOR BAHRU 7 Dis. - Sultan Johor kesal dengan berita palsu yang kini tular dalam media sosial mengaitkan baginda dengan perhimpunan ICERD. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai berita palsu tersebut.

BERITA SUKAN:

1.  IPOH 7 Dis. - Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) menafikan tiga pemain importnya iaitu Leandro Dos Santos, Wander Luiz dan Gilmar Jose Da Silva Filho tidak akan disambung kontrak pada musim depan. Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tiga pemain berkenaan akan dikekalkan bagi memantapkan skuad The Bos Gaurus.

2.  SHAH ALAM 7 Dis. - Kementerian Belia dan Sukan akan berunding dengan AirAsia serta Malaysia Airlines Bhd. (MAB) untuk menyediakan tiga pesawat penerbangan khas bagi membawa penyokong Harimau Malaya khususnya anggota kelab Ultras Malaya ke Hanoi 15 Disember ini., Kata Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

3.  KUALA LUMPUR 7 Dis. - Penyerang Harimau Malaya, Safawi Rashid menyertai dua lagi rakan sepasukannya untuk menjalani sesi pemulihan selepas mengalami sakit di bahagian belakang akibat dirempuh pemain Thailand ketika beraksi dalam separuh akhir kedua Piala AFF, Rabu lalu.

4.  KUALA LUMPUR 7 Dis - Bekas tonggak skuad Terengganu FC (TFC) yang digelar ‘Messi Ganu', Faiz Nasir menamatkan spekulasi mengenai masa depannya apabila sah menyertai Selangor bagi mengharungi saingan musim 2019. Perkembangan itu diumumkan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menerusi satu video pendek di laman rasmi Facebook mereka, hari ini.

5.  KUALA LUMPUR 7 Dis – FAM mengesahkan sebanyak 20,000 tiket perlawanan akhir pertama Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini sudah terjual. Jumlah itu hanya merangkumi penjualan secara dalam talian yang mula dijual sejak pagi tadi, dengan jualan secara fizikal dijangka akan dibuat pada Ahad ini.

6.  KUALA LUMPUR 7 Dis - Kedudukan Soong Joo Ven dan Lim Chi Wing dalam skuad kebangsaan masih selamat dengan mereka kekal berada dalam perancangan ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek. Misbun berkata, khidmat kedua-dua pemain itu masih diperlukan untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun lagi terutama bagi membantu meningkatkan prestasi pemain muda ketika latihan.

7.  PARIS 7 Dis - Bekas pemain nombor satu dunia, Amelie Mauresmo memutuskan untuk tidak menjadi kapten baharu bagi Perancis di Piala Dunia, namun memilih untuk bekerjasama dengan pemain negara itu, Lucas Pouille. Bekas pemain berusia 39 tahun itu yang dinamakan sebagai wanita pertama mengepalai pasukan Piala Davis Jun lalu sudah pun membuat keputusan 'u-turn'.

8.  BHUBANESWAR 7 Dis - Jika skuad hoki negara mahu mendapatkan inspirasi untuk berdepan Jerman, Ahad ini, mereka perlu menyaksikan pertembungan epik Perancis dan Argentina dalam Kumpulan A, Hoki Piala Dunia. Perancis yang berada di kedudukan ke-20 dunia, ranking paling rendah pasukan yang bersaing di Piala Dunia, melakar kejutan 5-3 ke atas juara Olimpik itu.

9. BHUBANESWAR 7 Dis - Jurulatih Malaysia, Roelant Oltmans masih memikirkan strategi terbaik untuk menentang Jerman pada Ahad ini, apabila skuad negara sekurang-kurangnya perlu seri untuk terus kekal dalam saingan Hoki Piala Dunia. Selepas dibelasah 7-0 kepada Belanda dan seri 1-1 dengan Pakistan, Malaysia perlu menumbangkan Jerman atau seri untuk layak ke pusingan play-off.

10.  JOHANNESBURG7 Dis - Louis Oosthuizen membuat penampilan semula selepas lapan tahun dengan penuh gaya di Terbuka EPGA Afrika Selatan apabila mencatat sembilan bawah par 62 untuk mendahului pusingan pertama, semalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2018 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 9/12/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 8 Dis. - Tarikh 8 Disember mencatatkan sejarah baharu negara apabila Dataran Merdeka hari ini berjaya menghimpunkan lebih 300,000 orang Melayu. Mereka sebulat suara menolak sebarang usaha meratifikasi ICERD. Mungkin keterlaluan menyatakan ia sebagai perhimpunan terbesar dalam sejarah tanah air.

2.  SHAH ALAM 8 Dis. - Orang Melayu dan bumiputera perlu 'berlari' lebih laju dengan memanfaatkan sepenuhnya bantuan serta sokongan yang diberikan kerajaan bagi memastikan mereka tidak terus ketinggalan di negara sendiri. PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu perlu merasa malu dengan hakikat mereka sebenarnya miskin dan sepatutnya berusaha lebih 10 kali ganda bagi menyaingi kaum lain, bukannya memilih meninggalkan bandar.

3.  LONDON 8 Disember.- Sekumpulan ahli arkeologi menemukan rangka manusia berusia 500 tahun di kawasan berlumpur berdekatan sungai Thames, Bermondsey, di sini. Rangka tersebut, yang dalam keadaan tertiarap dijumpai bersama sepasang kasut but jenis kulit. Pakar arkeologi MOLA Headland, Beth Richardson berkata penemuan tersebut memberi gambaran tentang keadaan kawasan itu, sekitar 500 tahun yang lalu.

4.  KUALA LUMPUR 8 Dis. - Keputusan YDP Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof menolak usul mengenai penolakan kerajaan untuk meratifikasi ICERD secara jelas mencerminkan pendirian sebenar PH. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan dilihat seolah-olah masih mempunyai cita-cita untuk meratifikasi triti berkenaan dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakannya.

5.  IPOH 8 Dis. - Sebuah restoran makanan segera di Taman Ipoh di sini terpaksa dikosongkan setelah seorang pelanggan menemukan objek hitam yang disangka 'bom' di atas pam tandas berserta nota ugutan di dinding tandas premis itu, di sini malam tadi. Premis berkenaan terpaksa dikosongkan setelah pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9 malam.

6.  KANGAR 8 Dis. - Bagi penyokong Pas dan UMNO di negeri ini, isu ICERD telah memberi hikmah buat mereka. Ini apabila mereka sanggup mengenepikan segala bentuk persengketaan seterusnya bersatu hati dan bangkit bersama untuk mempertahankan kesucian agama Islam.

7.  KUALA LUMPUR 8 Dis. – Hasrat Kerajaan PH membatalkan Sijil Pemerbadanan AIM dianggap sebagai tindakan tidak wajar dan akan memberi kesan kepada wanita khususnya golongan usahawan wanita mikro yang kurang berkemampuan. Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, sejak diwujudkan pada 1987, AIM telah berjaya membantu menangani isu isi rumah termiskin khususnya dalam kalangan wanita.

8.  KOTA BHARU 8 Dis. - Model dan pelakon, Natasha Hudson, 36, kini sah bergelar isteri kepada usahawan dari negeri ini, Noor Nashriq Sekarnor selepas selamat diijabkabulkan tepat pukul 8.30 malam tadi hanya sekali lafaz. Majlis secara sederhana yang berlangsung di Masjid Al -Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dekat sini itu dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan karib kedua pasangan mempelai itu.

9.  KUALA LUMPUR 8 Dis. - Pekarangan Istana Negara dikawal rapi oleh lebih 100 orang anggota dari IPD Brickfields dan anggota polis trafik Jalan Bandar di sini seawal pukul 8 pagi tadi.Dijangkakan Pertubuhan Gabungan Silat Mempertahankan Perlembagaan (Pertahan) akan menyerahkan memorandum berhubung Perhimpunan ICERD #DaulatHimpunan812 kepada kepada YDP Agong, Muhammad V.

10.  PASIR PUTEH 8 Dis. - Sebanyak 500 orang termasuk dari Thailand menyertai Larian Pantai Musim Tengkujuh (PMT) anjuran Kelab Berbasikal Bersatu Pantai Timur, di Pantai Bisikan Bayu, Semerak, dekat sini, pagi ini. Larian berkenaan adalah anjuran bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan; Kementerian Pelancongan dan KPKT.

11.  KUALA LUMPUR 8 Dis. - Lebih 1,000 ahli pesilat yang menyertai Perhimpunan ICERD #DaulatHimpunan812 mula berarak dari Masjid Wilayah Persekutuan ke Istana Negara hari ini. Terdahulu kesemua mereka yang terdiri daripada 313 persatuan silat seluruh negara berhimpun di masjid itu sejak pagi tadi sebelum memulakan perarakkan ke Istana Negara pada pukul 10.25 pagi.

12.  ALOR SETAR 8 Dis. - Tiga buah lori dan enam buah van yang dipercayai milik sebuah syarikat telekomunikasi terbakar dalam kejadian di Taman Mutiara, Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, kesemua kenderaan tersebut musnah antara 10 hingga 90 peratus.

13.  JOHOR BAHRU 8 Dis. - Polis diberi kuasa untuk mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang sedia ada bagi memastikan perhimpunan #DaulatHimpunan 812 yang berlangsung di Kuala Lumpur berjalan dengan aman. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran untuk berhimpun sudah diberi dan mereka perlu mematuhi peraturan ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

14.  KUALA LUMPUR 8 Dis. - Orang ramai berkumpul di Masjid Jamek untuk menyertai perhimpunan aman #DaulatHimpunan812 sebagai bantahan meratifikasi ICERD hari ini. Salah seorang peserta, Nizam Sani, 38, berkata himpunan itu sebagai tanda protes kepada mereka yang cuba untuk mengubah perlembagaan negara.

15.  SABAK BERNAM 8 Dis. - Perkelahian dua beradik mengenai pembelian minyak enjin bot berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut akibat dipukul dengan besi pencangkuk. Dalam kejadian di sebuah jeti di Bagan Sungai Besar, kira-kira pukul 4.15 petang semalam, mangsa, Ng Bu Tong, 61, dipukul adiknya yang berusia 52 tahun menyebabkan dia parah dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

16.  KUALA LUMPUR 8 Dis. - Seperti dijangkakan, gerakan untuk memburuk-burukkan himpunan #DaulatHimpunan812 menolak ratifikasi ICERD mula menular di platform media sosial. Gerakan yang dipercayai dimulakan oleh Red Bean Army (RBA) itu dilihat mula menyerang perhimpunan sejak tengah malam tadi.

17.  KUALA NERUS 8 Dis. - Malang bagi sekumpulan lima lelaki apabila cubaan mereka mencuri kerbau tumpas setelah lori yang dinaiki tersekat dalam lumpur sebelum kesemuanya diberkas orang awam dalam kejadian di Kampung Bukit Berangan di sini semalam. Kesemua suspek berumur 40 hingga lingkungan 60-an itu kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

18.  TEMERLOH 8 Dis. - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang memberi sumbangan besar terhadap usaha mengurangkan kemiskinan di negara ini perlu dipertahankan. Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd. Anuar Tahir berkata, badan itu yang telah lama wujud perlu terus diperkasakan dari semasa ke semasa bagi membangunkan ekonomi negara.

19.  PEKAN 8 Dis. - Biarpun semakin menunjukkan respon positif, keadaan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang cedera dibelasah dalam rusuhan di sebuah kuil masih lagi dalam keadaan kritikal tetapi stabil. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid percaya dalam masa terdekat ini akan ada petanda positif dalam pemulihan Muhammad Adib.

20.  KUALA TERENGGANU 8 Dis. – MB, Dr. Ahmad Samsuri menzahirkan ucapan takziah kepada salah seorang peserta konvoi motosikal dari Johor yang maut ketika dalam perjalanan ke perhimpunan #DaulatHimpunan 812 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Ahmad Samsuri turut difahamkan empat yang lain cedera dalam kemalangan itu.

21.  KUALA LUMPUR 8 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak akan menghadiri sambutan Hari Hak Asasi Manusia anjuran Suhakam, esok. PM berkata, sesuatu yang agak mustahil untuk beliau menghadiri himpunan yang bakal dianjurkan di Padang Timur, Petaling Jaya, di sini kerana keputusannya pada 23 November lalu bahawa kerajaan PH tidak akan meratifikasi ICERD.

22.  KUALA LUMPUR 8 Dis. – PH sebulat suara bersetuju untuk meletakkan calon daripada parti yang sama untuk bertanding PRK iaitu Parlimen Cameron Highlands, Pahang dan DUN Rantau, Negeri Sembilan. Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, calon yang akan bertanding itu walau bagaimanapun akan ditentukan oleh kepemimpinan tertinggi parti masing-masing sebelum dipertimbangkan.

23.  PUTRAJAYA 8 Dis. - Kabinet yang bermesyuarat semalam berpandangan status Pulau Kukup di Johor sbagai Taman Negara Johor perlu dikekalkan. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata, langkah itu bagi memastikan kawasan tersebut terus kekal sebagai pulau paya bakau tidak berpenghuni kedua terbesar di dunia dan satu-satunya di perairan negeri Johor.

24.  KUALA LUMPUR 8 Dis. – PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan sebahagian besar barisan kepemimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) seperti ‘malaikat’. Beliau mendakwa, sebagaimana ‘malaikat’ boleh melakukan kesilapan jadi bukanlah sesuatu yang  mustahil untuk mereka juga berbuat tindakan yang sama.

25.  KUALA LUMPUR 8 Dis. - ‘I supposed to go for another job, but i cancel last minute’ semata-semata nak datang ke himpunan #DaulatHimpunan812. (saya sepatutnya ada kerja lain, tapi saya batalkan pada minit terakhir). Demikian laungan semangat selebriti dan pengacara terkenal tanah air, Azwan Ali, 52, yang turut menghadiri Perhimpunan ICERD #DaulatHimpunan812 sebentar tadi.

26.  KUALA LUMPUR 8 Dis. - Seramai 150 orang peguam disediakan dalam himpunan aman menolak ratifikasi ICERD #DaulatHimpunan812, untuk mempertahankan peserta seandainya mereka ditahan oleh pihak berkuasa ketika menyertai perhimpunan tersebut.Perkara itu diumumkan oleh Presiden GPMS, Zambri Mohd. Isa yang juga seorang peguam.

27.  KUALA LUMPUR 8 Dis. – PM mengakui keputusan kerajaan PH membubarkan beberapa agensi selepas menang dalam PRU-14 menyebabkan ramai penjawat awam yang tidak bersalah menjadi mangsa diberhentikan kerja. Atas sebab itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihaknya bersedia untuk mengkaji semula dengan meneliti sama ada pegawai dan kakitangan kerajaan berkenaan terlibat dalam agenda kepemimpinan negara dahulu.

28.  KUALA LUMPUR 8 Dis. - Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Aminuddin Yahya mengakui menerima ugutan yang memintanya untuk tidak meneruskan himpunan #DaulatHimpunan812 hari ini. “Saya menerima panggilan telefon yang mengugut supaya saya tidak buat himpunan ini. Tapi bagi saya, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga, himpunan hari ini adalah bukti bahawa orang Melayu pantang dicabar,” katanya.

29.  KUALA LUMPUR 8 Dis. - Meskipun batuk dan demam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tetap hadir ke himpunan aman menolak ratifikasi ICERD #DaulatHimpunan812, demi memperjuangkan hak serta kepentingan bumiputera dan Islam.

30.  KUALA LUMPUR 8 Dis. - Kehadiran ratusan ribu rakyat di Dataran Merdeka bukti jelas mereka menyahut seruan untuk bangkit bersama dalam menentang sebarang usaha kerajaan PH untuk meratifikasi ICERD). Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun PH hanya mempunyai majoriti mudah di Dewan Rakyat, mereka berani untuk membawa perkara berkenaan ICERD ke Parlimen.

31.  KUALA LUMPUR 8 Dis. - Perdana Menteri berkata, kerajaan PH akan berusaha menyelesaikan sebarang pertikaian dengan Singapura mengikut peruntukan undang-undang. Tegas Tun Dr. Mahathir Mohamad, pertikaian tersebut selalu berlaku kerana banyak pihak sering membuat dakwaan mengenai sempadan masing-masing.

32.  PARIT BUNTAR, 8 Dis - Menteri di JPM Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa akan mengumumkan dapatan siasatan dalaman berkaitan isu penyelewengan Lembaga Tabung Haji (TH) Isnin ini. Pengumuman berkenaan yang antaranya berkaitan laporan kewangan TH 2017 yang didapati bercanggah seperti isu keuntungan, akan dibuat pada sidang media di Parlimen.

33.  KUALA LUMPUR, 8 Dis - Keadaan keselamatan di sekitar Jalan Raja, di sini, lokasi perhimpunan ‘kesyukuran’ menolak ratifikasi ICERD, terus terkawal. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, ketika dihubungi Bernama berkata, setakat petang ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kejadian yang tidak diingini. Polis akan terus memantau dan mengawal keadaan perhimpunan aman ini sehingga selesai.

34.  KUALA LUMPUR, 8 Dis - Selepas tujuh bulan mengambil alih tampuk pemerintahan negara, parti-parti komponen dalam kerajaan PH terbukti dapat bekerjasama dengan baik, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Perkara ini sekali gus menyangkal sangkaan sesetengah pihak yang mendakwa parti-parti komponen dalam kerajaan PH tidak boleh bekerjasama.

35.  KUALA LUMPUR, 8 Dis - Perhimpunan menolak ICERD di Jalan Raja berakhir lebih awal daripada dijadualkan susulan hujan di ibu negara petang ini. Perhimpunan bermula 2 petang itu pada asalnya dijadualkan tamat 6 petang, namun sesetengah peserta dilihat mula meninggalkan lokasi kira-kira 4.30 petang ekoran hujan dan perhimpunan itu ditamatkan sejurus kemudian.

36.  KUALA LUMPUR 8 Dis. - Polis menganggarkan jumlah keseluruhan yang hadir menyertai Perhimpunan ICERD #DaulatHimpunan812 hari ini adalah sebanyak 55,000 orang. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, himpunan tersebut berjalan lancar dan selamat serta tiada kejadian tidak diingini berlaku.

37.  KUALA TERENGGANU 8 Dis. - Terengganu hari ini menafikan kononnya esok diisytiharkan sebagai cuti khas susulan perhimpunan #DaulatHimpunan 812. MB, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tiada sebarang pengumuman cuti berkenaan dibuat oleh kerajaan negeri seperti mana yang tular dalam media sosial dan portal berita mulai petang tadi.

38.  KUALA LUMPUR 8 Dis. - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos menganggap sambutan rakyat Malaysia terhadap Perhimpunan ICERD #DaulatHimpunan812 sangat luar biasa. Menurutnya, walaupun membabitkan beribu-ribu peserta, perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar dan penuh berdisiplin.

39.  KUALA LUMPUR 8 Dis. - Datuk S. Ambiga memuji penganjur perhimpunan #DaulatHimpunan812 ICERD kerana dapat dijalankan dengan aman. Bekas Pengerusi Bersih itu yang sinonim dengan perhimpunan aman di jalanan turut memuji pasukan polis atas keupayaan mereka mengawal keadaan dengan baik.

40.  AUCKLAND 8 Dis.- Seorang lelaki bakal dihadapkan ke mahkamah kerana dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan warga Britain, Grace Millane yang hilang seminggu lalu. Suspek berusia 26 tahun yang masih dalam tahanan polis itu dijangka hadir ke mahkamah Auckland pada Isnin depan untuk didakwa. Millane, 22, dilaporkan hilang ketika melancong ke Auckland.

41.  ARAU 8 Dis. - Kehadiran peserta yang dianggarkan mencecah ratusan ribu pada Perhimpunan ICERD #DaulatHimpunan812 di Kuala Lumpur hari ini, disifatkan cukup luar biasa. P/jaya Pas Perlis, Mohd. Shukri Ramli yang turut bersama dalam himpunan tersebut memberitahu, sambutan yang hebat itu membuktikan kebangkitan orang Melayu dan Islam tanpa mengira fahaman politik.

42.  KUALA LUMPUR 8 Dis. - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan program Perlis Week di perusahaan 'Foodmarket' di Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permaisuri, Cheras di sini hari ini. Berangkat sama pada majlis itu Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

43.  KUALA LUMPUR 8 Dis. – Desakan terhadap kerajaan seperti dalam perhimpunan #DaulatHimpunan812 menolak meratifikasi ICERD akan terus dilakukan selagi objektifnya belum dipenuhi. Sekretariat Kedaulatan Negara dalam satu kenyataan menegaskan, himpunan hari ini bukan perjuangan politik sebaliknya adalah perjuangan rakyat.

44.  KUCHING, 8 Dis - Peluang Parti Rakyat Bersatu (UPP) diterima menganggotai Gabungan Parti Sarawak (GPS) kelihatan cerah kerana parti itu hanya memerlukan persetujuan dua pertiga anggota GPS. Ketua Menteri yang juga presiden GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, berkata beliau akan membangkitkan perkara itu untuk dibincangkan pada mesyuarat GPS tidak lama lagi.

45.  KUALA LUMPUR, 8 Dis - Kementerian Kesihatan (MOH) mengedar buku panduan berkaitan kecederaan tekanan kepada semua klinik kesihatan bagi menambah baik khidmat pengurusan kecederaan seperti kudis tekanan dan kecederaan kulit serta tisu. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, buku panduan terbitan Jawatankuasa Pencegahan Kecederaan Tekanan, HKL itu, dikemaskini bagi edisi kedua dan diterjemahkan ke bahasa Malaysia.

46.  KUALA LUMPUR, 8 Dis - Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada pasukan keselamatan dan agensi erajaan yang mengawal keselamatan pada perhimpunan menolak ratifikasi ICERD) di sekitar Jalan Raja di sini hari ini.  Beliau dalam pada itu, turut berpuas hati dengan pendekatan PDRM dalam memudah cara perhimpunan itu mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012.

47.  SIBU, 8 Dis - Lebih 200 pemilik lot tanah skim penempatan semula Kg. Bahagia Jaya, Teku di sini diberi peringatan terakhir sehingga April tahun depan untuk membina rumah di atas lot mereka. Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam, Dr Annuar Rapa’ee berkata Jabatan Tanah dan Survei (JTS) telah menghantar surat peringatan kepada pemilik lot tersebut selain akan menggunakan kaedah menyiarkan nama pemilik di akhbar tempatan.

48.  BUTTERWORTH, 8 Dis - Jasad mendiang Chin Hsien Loong yang maut dalam tragedi letupan gas di pusat beli-belah CityOne Megamall di Kuching, Sarawak Selasa lalu selamat disempurnakan melalui proses pembakaran. Upacara pembakaran mayat telah disempurnakan sekitar 12.45 tengah hari di Pusat Krematorium Berapit di sini, sambil disaksikan oleh kira-kira 200 anggota keluarga terdekat dan sahabat mendiang bagi memberikan penghormatan terakhir.

49.  KUCHING, 8 Dis - KPDNHEP mahu lebih banyak pasar raya di seluruh Malaysia menyertai Program Bank Makanan bagi bersama-sama membantu golongan yang memerlukan. Timbalan Menterinya, Chong Chieng Jen berkata objektif program itu bukan sahaja dapat membantu golongan yang memerlukan bantuan berbentuk makanan malah turut dapat mengatasi masalah pembaziran makanan.

50.  KUALA LUMPUR, 8 Dis - Panas baran, cepat marah dan emosi tidak terkawal antara punca kes penderaan kanak-kanak melibatkan pengasuh. Ketua Unit Siasatan Kanak-Kanak Bahagian D11 JSJ Bukit Aman DSP E. Saroja berkata ia antara hasil siasatan pihaknya ke atas kebanyakan kes dera yang diterima hingga menyebabkan kanak-kanak maut selain disebabkan kecuaian pengasuh.

51.  KOTA KINABALU, 8 Dis - Perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi di pusat perubatan swasta di Sabah berupaya merancakkan pelancongan kesihatan negeri, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini. Perkhidmatan yang ditawarkan Hospital Pakar KPJ Sabah, seperti Pusat Radioterapi dan Onkologi, bukan sahaja memanfaatkan rakyat di negeri ini, khususnya pesakit kanser, malah berupaya menarik pesakit dari luar negara.

52.  KUALA LUMPUR, 8 Dis - Usaha menyalurkan mesej kesedaran mengenai rasuah yang disampaikan kepada masyarakat perlu diuar-uarkan dengan penuh kesungguhan dari semasa ke semasa, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Usaha membanteras rasuah amat penting agar negara tidak binasa dari segi ekonomi dan politik sekali gus menjejaskan kehidupan rakyat.

53.  IPOH, 8 Dis - Polis menahan tujuh lelaki disyaki terbabit berhubung kejadian ancaman bom palsu di sebuah restoran makanan segera di Ipoh Garden, malam tadi.
KPD Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata kesemua suspek yang ditahan berumur antara 20 dan 33 tahun itu juga merupakan pekerja restoran berkenaan.

54.  KOTA BHARU, 8 Dis - Program Kembali Ke Sekolah anjuran NGO, Food Aid Foundation, menjadi platform mendidik pelajar berbelanja dengan bijak. Penyelia program Kamarul Ariffin Abdul Manan berkata program berkenaan bukan sahaja membantu golongan pelajar kurang berkemampuan menyediakan kelengkapan sekolah tetapi juga mampu mendidik mereka menguruskan kewangan ketika berbelanja.

55.  KULAI, 8 Dis - Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau berharap isu tuntutan ruang udara dan sempadan perairan Malaysia dan Singapura diselesaikan menerusi meja rundingan. Semasa ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen PPBM Johor di sini hari ini, Muhyiddin berkata langkah berkenaan penting bagi mengelak sebarang persaingan yang tidak perlu antara kedua-dua negara.

56.  KOTA KINABALU, 8 Dis - Polis Sabah masih belum dapat mengesan dan menjumpai sekumpulan nelayan dilaporkan hilang di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan pada 5 Dis lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah. Beliau berkata tiada sebarang maklumat terkini diterima setakat ini dan polis sedang menunggu perkembangan lanjut mengenai kejadian itu.

57.  GEORGE TOWN, 8 Dis - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) menerima 'Anugerah Kecemerlangan Makmal' daripada Institut Kimia Malaysia (IKM) untuk tahun kedua berturut-turut. CEO PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa berkata, anugerah tersebut sekaligus mengiktiraf prestasi Makmal Pusat PBAPP di Loji Rawatan Air Sungai Dua (LRA Sg Dua) bagi 2018.

58.   KUALA LUMPUR, 8 Dis – PDRM menahan empat lagi suspek yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada 26 Nov lepas, menjadikan jumlah yang ditahan meningkat kepada 106 orang setakat pukul 8 pagi ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

59.  IPOH, 8 Dis - Seorang pegawai polis di sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) di Perak direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes penerimaan rasuah berjumlah RM8,000. Perintah reman bermula hari ini sehingga 10 Dis itu dikeluarkan Majistret Siti Hafiza Jaafar, di Mahkamah Majistret di sini, setelah membenarkan permohonan SPRM untuk menyiasat kes mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

60.  KUALA LUMPUR, 8 Dis - Risiko keselamatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan orang awam antara faktor utama Sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa 2018 yang dijadual berlangsung hari ini ditangguhkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

BERITA SUKAN:

1.  KUALA LUMPUR 8 Dis. – Kehadiran hampir 3,000 penyokong berkampung di Stadium Nasional, Bukit Jalil sejak malam ini demi memastikan mereka berjaya mendapat tiket final pertama Piala AFF menggusarkan FAM. Sebahagian besar penyokong mula beratur seawal pukul 7 malam untuk menjadi antara orang terawal berada di depan kaunter tiket sebaik sahaja ia dibuka pada pukul 10 pagi esok.

2.  MANCHESTER 8 Dis. - Romelu Lukaku menjadi bintang terbaharu yang menyuarakan rasa tidak gembira bersama Manchester United dan mempertimbangkan untuk meninggalkan Old Trafford. Penyerang Belgium itu yang dibeli dengan harga 75 juta pound (RM398 juta) dari Everton tahun lalu, menjadi bintang terbaharu tidak gembira di bawah bimbingan pengurus, Jose Mourinho selepas Paul Pogba dan Alexis Sanchez.

3.  BOURNEMOUTH 8 Dis. - Perebutan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin sengit apabila Liverpool kembali merampas kedudukan teratas liga selepas membelasah Bournemouth 4-0 di Stadium Vitality, sebentar tadi. Penyerang Mohamed Salah menjadi inspirasi kepada kemenangan The Reds apabila menjaringkan hatrik manakala satu lagi gol dihasilkan selepas pertahanan tuan rumah, Steve Cook tertolak bola ke dalam gawang sendiri.

4.  KUALA LUMPUR 8 Dis. - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan 40,000 tiket dalam talian habis dijual hari ini dan baki 40,000 keping lagi akan dijual di kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil dan premis terpilih Al-Ikhsan Sports, bermula esok.

5.  KUALA LUMPUR 8 Dis - Kejohanan Masters Malaysia bulan depan mungkin akan menandakan sudah tiba masanya buat beberapa pemain badminton muda negara membuktikan keupayaan berdepan pemain terkemuka dunia. Mereka kini perlu menyesuaikan diri berdepan sebahagian daripada pemain terbaik dunia yang sudah sah menyertai acara Super 500 Jelajah Dunia BWF, seperti diumumkan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria, semalam.

6.  ST PETERSBURG, Russia 8 Dis - Perubahan peraturan akan memberi peluang buat semua pasukan yang bertanding dalam kejuaraan Formula Satu mencipta kejutan musim depan, kata prinsipal pasukan Mercedes AMG PETRONAS, Toto Wolff. Bercakap pada majlis anugerah Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) di Russia, Wolff memberitahu wartawan beliau berasakan ‘segala-galanya mungkin’.

7.  ST PETERSBURG, Russia 8 Dis - Lewis Hamilton kini memburu lebih banyak kejayaan bersama Mercedes AMG PETRONAS selepas menerima trofi kelimanya selaku juara Formula Satu pada majlis anugerah anjuran Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), awal pagi tadi.

8.  NAY PYI TAW, Myanmar 8 Dis - Bagai meneruskan bahang kehangatan kejayaan skuad Harimau Malaya ke atas Thailand di Piala AFF, pasukan negara diundi membuka tirai Sukan Universiti ASEAN Myanmar 2018 (AUG 2018) menentang juara bertahan, Thailand di Stadium Utama Wunna Theikdi, di sini, jam 3 petang Isnin ini.

9.  KUALA LUMPUR 8 Dis - Wakil negara, Muhammad Azizi Naim mengikut jejak langkah mentornya dan bekas pemain bowling kebangsaan, Kang Bo Long, apabila menyambar Kejuaraan Antarabangsa bawah-22 tahun (B-22) Milo Junior All-Star, hari ini. Atlet pilihan utama berusia 22 tahun itu, yang menjalani latihan di bawah bimbingan Bo Long sejak empat tahun lalu, menewaskan atlet remaja negara, Nevern Netaneel 225-222 dalam final stepladder di Sunway Mega Lanes.

10.  BHUBANESWAR 8 Dis - Penampilan jurulatih dari Korea Selatan, Kin Sang Ryul yang membimbing China berjaya membuatkan pasukan Negara Tembok Besar itu terus menyinar di pentas Hoki Piala Dunia 2018. Biarpun mereka dibelasah teruk oleh pasukan ranking nombor satu dunia, Australia 0-11 dalam masa 60 minit, namun skuad China yang berada di kedudukan 17 masih berpeluang beraksi dalam perlawanan play-off.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2018 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*ISNIN 10 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 2 RABIULAKHIR 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:37, SUBUH : 05:47, SYURUK : 07:06, ZOHOR : 13:09, ASAR : 16:31, MAGHRIB : 19:06, ISYAK : 20:20.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *BUDAYA ‘ulat tiket’ yang menjual tiket sesuatu perlawanan bola sepak pada harga lebih tinggi dan berlipat kali ganda sehingga menzalimi pembeli merangsang jenayah penipuan tiket. Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, akad jual beli tiket oleh ulat berkenaan adalah haram kerana mengandungi unsur ghabn dan ihtikar.*

                 *PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu orang Melayu dan Bumiputera berusaha lebih kuat memajukan diri bagi mengelak terus ketinggalan dengan kaum lain serta miskin di negara ini. Dr Mahathir berkata, beliau melahirkan rasa malu dengan keadaan masyarakat Melayu yang masih ketinggalan di negara sendiri walaupun memiliki kuasa dalam pentadbiran.*

                 *ORANG Melayu perlu mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum tanpa mempunyai sikap prejudis, kata Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah. Pendapat itu diberikan Tengku Razaleigh merujuk kepada perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), di ibu negara semalam.*

                 *POLIS akan memanggil penganjur perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, ia susulan laporan diterima pihaknya berhubung perhimpunan itu.*

                 *PESERTA maraton ‘Penang Amateur Athletic Association (PAAA) Annual Round The Island Relay’ patah kaki kiri dan kanan selepas motosikal dibonceng dirempuh sebuah kereta di Jalan Sultan Azlan Shah, dekat Georgetown, smlm. Dalam kejadian jam 4.10 pagi itu, peserta itu hanya dikenal pasti sebagai pelajar lelaki Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah.*

                 *CITYONE Megamall, di Kuching, beroperasi semula secara berperingkat bermula hari ini, selepas ditutup selama empat hari berikutan insiden letupan, minggu lalu. Pemilik pusat beli-belah berkenaan, Stephen Long Tine Chung berkata, ia selepas pihaknya menerima pengesahan bahawa kejadian terbabit tidak menjejaskan struktur integriti bangunan.*

                 *“Ini mengguris hati kami,” kata Nik Mohd Nasir Nik Harun, 41, waris kepada individu yang dikebumikan di tanah perkuburan lama di Jalan Gajah Mati di Kota Bharu. Menurutnya, ramai waris terkilan dengan tindakan pihak berkaitan yang tidak menjalankan kerja meratakan tanah di kawasan itu dengan baik. Ia menyebabkan batu nisan kubur yang sudah digali semula, dibiarkan berselerakan.*

                 *SIASATAN dakwaan penyelewengan sebahagian Tabung Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera Negeri Johor dari 2013 hingga kini, masih dalam peringkat awal. Sehubungan itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Azmi Alias berkata, tindakan bersesuaian akan diambil berdasarkan hasil siasatan.*

                 *“SAYA sangkakan ada buaya, namun rupanya ada mayat terapung," kata seorang penduduk, Nor Intan Suraini Mohd Yatim, 36. Nor Intan Suriani antara individu yang melihat penemuan mayat berhampiran Sungai Kolam Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Pendang, smlm.*

                 *BAYI lelaki yang dijumpai seorang jemaah masjid di tempat wuduk Masjid Felda Chiku 1, Gua Musang, semalam dilaporkan stabil. Ia selepas bayi itu menerima rawatan di Hospital Kuala Krai (HKK). Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gua Musang, Hizani Ibrahim berkata, bayi itu tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.*

                 *SIASATAN kes penyelewengan dana khas Menteri Besar membabitkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam di Kedah, sudah hampir selesai. Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, selepas ini, pihaknya akan menyerahkan kertas siasatan kepada pihak Peguam Negara untuk memutuskan untuk tindakan pendakwaan.*

                 *HASRAT Kementerian Pendidikan menjadikan Bahasa Melayu (BM) sebagai satu daripada bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mampu dicapai sekiranya mempunyai tekad yang tinggi kerana sifat dan ciri BM yang fleksibel.*

                 *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan wujud gerakan menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.*

                 *SERAMAI 13 ahli Parlimen dan 24 anggota pentadbiran kerajaan termasuk setiausaha politik didapati masih belum mengisytiharkan harta. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Bahrin Mohd Jamil berkata, ia adalah jumlah terkini yang boleh disemak menerusi portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).*

                 *RATUSAN orang memeriahkan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), di Padang Timur, Petaling Jaya, smlm. Acara sambutan itu yang bertemakan ‘Memperjuangkan Hak Asasi Manusia’ atau #StandUp4HumanRights bermula 10 pagi dan dijangka berakhir pada jam 3 petang.*

                 *Putrajaya: Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bertugas mengendalikan pendatang asing tanpa izin (PATI) turut berdepan risiko penyakit berjangkit yang dibawa pendatang asing terbabit. Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali berkata, justeru penghantaran PATI pulang ke negara asal dengan kadar segera perlu dilakukan bagi mengurangkan perbelanjaan negara selain risiko jangkitan penyakit.*

                 *“KALAU tegur pak cik takut kena katok (pukul) dengan anak,” kata seorang lelaki berusia 43 tahun yang ditahan bersama isteri, anak dan menantu selepas positif dadah dalam Ops Kijang Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan. Empat sekeluarga ini terdiri daripada isterinya, 40, anak lelaki, 20, dan menantu lelaki ,29, ditahan di rumah mereka di Kampung Telong, Bachok, semalam.*

                 *Kuala Lumpur: “Langkah pertama yang kita buat adalah meminta pengesahan sijil halal restoran berkenaan sebelum membawa pelancong untuk makan di restoran luar negara. “Ia bagi memastikan kami benar-benar yakin dengan status halal restoran berkenaan berdasarkan logo halal yang dipamerkan di premis mereka,” kata Pengurus Besar Tour East (M) Sdn Bhd, Adam Kamal, ketika diminta mengulas mengenai restoran makanan halal di luar negara.*

                 *Ipoh: Tujuh pekerja restoran makanan segera direman empat hari bermula semalam untuk membantu siasatan ancaman bom di premis berkenaan di Taman Ipoh di sini, kelmarin. Suspek berusia 20 hingga 33 tahun ditahan selepas seorang pelanggan menemui objek hitam yang disangka bom di atas pam tandas bersama tulisan ugutan pada dinding tandas premis berkenaan.*

                 *“ARWAH baru sahaja melangsungkan perkahwinannya Julai lalu dan kali terakhir berjumpanya Ogos lalu ketika dia datang ke rumah. Namun petang tadi saya terkejut apabila menerima berita anak saudara meninggal dunia." Begitu kata Tamizi Nadzir, 45, dari Kampung Lanai, dekat Baling, selepas anak saudaranya, Konstabel Mohd Syafiq Hanafie Anuar, 28, maut dalam kemalangan di Kilometer 49.5 Jalan Sungai Petani- Baling berdekatan Kampung Charok Bemban, smlm.*

                 *KUALA LUMPUR:Kira-kira 30 orangpenyokong jatuh pengsan dan ada yang dipijak ketika bersesak-sesak sebaik kauntertiket dibuka tepat pada jam 10 pagi smlm. Itu senario yang berlaku di kaunter A, Stdium Nasional Bukit Jalil, di sini, pagi ini apabila lebih 10,000 penyokong membanjiri kawasan itu bagi mendapatkan tiket final pertama Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam pada Selasa ini.*

                 *Empat bersaudara termasuk suami isteri maut selepas Perodua Viva dinaiki bertembung dengan bas ekspres di Kilometer (KM) 131.20 Jalan Kuantan-Johor Bahru berdekatan Kuala Rompin, Rompin, smlm.*

                  *SUAMI isteri yang maut dalam kemalangan di Rompin awal pagi smlm, sempat mengecapi nikmat perkahwinan genap sebulan sebelum terbabit dalam nahas yang turut mengorbankan dua sepupu mereka.*

                 *SEORANG remaja dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air ketika memancing di Sungai Gong Duek dekat Jalan Empangan Jajar, Kampung Gong Duek, Jertih, smlm. Mangsa dikenali sebagai Mohd Syarif Zulkifli, 13, ke sungai berkenaan bersama adik lelakinya berusia 10 tahun untuk memancing kira-kira jam 2 petang.*

                 *UCAPAN pemimpin pembangkang dalam Himpunan Penolakan Ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kelmarin dianggap sebagai sentimen bahaya yang memainkan politik perkauman, dakwa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.*

                 *PENIAGA menanggung kesakitan apabila diserang 10 individu termasuk empat wanita selepas dituduh mencuri beg tangan milik seorang daripada suspek di sebuah hotel di Jertih, Selasa lalu. Dalam kejadian pada 11 pagi, wanita berusia 24 tahun itu turut diugut dengan senjata menyerupai pistol, selain mendakwa dibawa ke sebuah kawasan lain dan dibelasah.*

                 *POLIS menyelamatkan 19 warga Myanmar termasuk tiga wanita yang ditemui tidak terurus dalam sebuah rumah dipercayai dikurung bagi tujuan eksploitasi di Taman Teratai, Mak Mandin, Butterworth, smlm.*

                 *DUA lelaki warga emas disahkan sebagai mangsa terbaharu wabak rabies atau penyakit anjing gila di Sarawak. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan, smlm memaklumkan seorang daripada mangsa masih dalam rawatan dan pemerhatian pakar perubatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).*

                 *PERJALANAN pulang perunding teknologi maklumat (IT) ke rumahnya di Johor Bahru tidak kesampaian apabila meninggal dunia dalam keretanya di Hentian Rehat dan Rawat Nilai, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Nilai , semalam. Pada kejadian 8.40 pagi itu, mangsa, Lawrence Liew Chee Wei, 40, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di sisi teman wanitanya yang berusia 39 tahun.*

                 *POLIS mengesahkan kejadian kebakaran memusnahkan enam van dan tiga lori milik kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) di garaj stor Lebuhraya Sultanah Bahiyah semalam adalah perbuatan khianat susulan penahanan seorang lelaki malam smlm.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


           *Bangkok: Seorang bekas pemain bola sepak profesional yang ditangkap kerana menyamun emas bernilai lebih 6 juta baht mengaku ‘bertukar kerjaya’ apabila terpengaruh dengan beberapa filem ditontonnya ketika menganggur.*
           *Nanthakorn Khaoprai, 27, bekas penjaga gol Kelab Bola Sepak Nan ditahan bersama sebahagian emas berkenaan di rumah isterinya, Jumaat lalu kerana disyaki menyamun kedai emas di Muang pada 5 Disember lalu, lapor Bangkok Post.*

          *A’ZAZ, SYRIA: Dahulu berharta namun kini semuanya lenyap sekelip mata. Itu antara kesan perang saudara di negara ini menyebabkan kebanyakan individu kaya jatuh miskin, manakala yang tidak berharta pula hidup semakin melarat.*
          *Jika ada harta ditinggalkan sekalipun, ia habis dirampas kumpulan bersenjata.*
            *Itu nasib menimpa kebanyakan penduduk Syria termasuk Muhammad Mahmoud Al Yousef, 53, yang menjadi pelarian di tanah air sendiri selepas tempat tinggalnya di Tal Rifat diserang pemberontak Kurdish tiga tahun lalu.*
            *Muhammad adalah seorang daripada 160,000 pelarian yang menghuni khemah pelarian di Kem Transit di A’zaz.*

         *BEIJING: Sebuah hospital di China akan membayar pampasan kepada seorang pesakit yang diarahkan turun ketika sedang dibedah untuk membayar 15,300 yuan (RM9,300) sebelum pembedahannya diselesaikan.*
           *Hospital Modern Men di Lanzhou, wilayah Gansu, bersetuju membayar pampasan 41,450 yuan (RM25,000) selepas pesakit berkenaan dipaksa berjalan dari bilik bedah dalam keadaan dibius setempat untuk membayar kos pembedahan atas arahan pakar bedahnya.*

          *LA PAZ : Seorang lelaki berusia 67 tahun yang dianggap antara penyeludup dadah terbesar di Amerika Selatan pada tahun 1980an berjaya melarikan diri dari sebuah klinik swasta di ibu negara, kata polis semalam.*
               *Jorge Roca Suarez berada di Bolivia sejak April tahun ini selepas hakim Amerika Syarikat (AS) memerintahkan dia diberi pembebasan awal, 28 tahun selepas menjalani hukuman penjara 36 tahun atas kesalahan menyeludup dadah.*
             *Sebaik tiba di La Paz, dia diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 15 tahun atas kesalahan sama tetapi dimasukkan ke sebuah klinik swasta awal bulan ini atas rawatan yang tidak dinyatakan.*
             *Dia bagaimanapun berjaya melarikan diri antara malam Jumaat dan Sabtu tanpa dapat dikesan, kata polis.*

           *Quebec: Pasport Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi pasport paling berkuasa di dunia dengan pemegangnya boleh memasuki 167 negara tanpa memerlukan visa.*
           *Menurut laman web Passport Index yang memantau nilai dokumen seperti itu, UAE memasukkan empat lagi negara dalam senarai destinasi mudah masuk mulai bulan ini.*
          *Pasport UAE mengatasi pasport Singapura yang menduduki tangga pertama tahun lalu.*
        *Singapura yang berada di tangga kedua bersama Jerman adalah negara Asia pertama menduduki tangga teratas senarai berkenaan.*

          *Rimbo, Sweden: Kerajaan Yaman yang disokong tentera pakatan diketuai Arab Saudi akan melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran jika pemberontak enggan berundur dari bandar pelabuhan utama negara itu, Hodeidah.*
          *Menurut AFP, Menteri Pertanian Yaman, Othman al-Mujalli yang menyertai rundingan damai tajaan PBB di Sweden, semalam, berkata, pihaknya sedang berunding dengan pemberontak Houthi supaya berundur.*
         *”Namun, jika mereka enggan, kami ada banyak pilihan termasuk operasi ketenteraan. Dan kami bersedia,” katanya.*

         *ASTANA: Budak lelaki berusia lima tahun yang hilang wajahnya akibat kebakaran rumahnya ketika masih bayi, menulis kepada Santa Claus meminta diberikan muka baru sebagai hadiah Krismas.*
          *Bakhtiyer Sindrov mengalami kecederaan serius apabila rumah keluarganya di sebuah kampung di Uzbekistan musnah dalam kebakaran, lima tahun lalu. Dia yang ketika itu bayi sedang tidur di atas katilnya di sebelah pendiangan.*
         *Rakan keluarganya, Olga Ryabeva berkata: “Kejadian berlaku ketika dia masih terlalu kecil. Wajah, kepala, leher dan tengkuknya semua terbakar. Memang dia seolah-olah cair hidup-hidup.”*

           *JAKARTA: Kecacatan langsung tidak menghalang semangat seorang kanak-kanak daripada mengejar ilmu apabila sanggup merangkak sejauh tiga kilometer setiap hari ke sekolah.*
           *Dengan tangannya dipakaikan selipar, Mukhlis Abdul Kholik, 8, dari satu perkampungan di Sukabumi, Jawa Barat merangkak ke sekolah melalui jalan yang tidak rata setiap hari kerana tiada bas untuk membawanya ke situ.*
         *Dia yang dipanggil Adul dilahirkan dengan kecacatan yang menjejaskan kakinya.*

           *SIASATAN polis berhubung kehilangan wanita Britain di New Zealand kini bertukar kepada siasatan pembunuhan, kata penyiasat, smlm.*
          *Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun turut disoal polis berhubung kehilangan Grace Millane, 22.*
         *Millane yang sedang mengembara dunia selepas tamat pengajian di univerisiti hilaporkan hilang seminggu lalu.*
          *Millane tiba di New Zealand, 20 Oktober lalu dan kali terakhir dilihat di pertengahan Auckland, 1 Disember lalu.*

         *MELBOURNE : Seorang lelaki berusia 28 tahun akan menghabiskan masa selma lima bulan di dalam penjara selepas didapati bersalah membunuh dengan kejam seekor kangaru dan merakam perbuatan itu sebelum menyiarkan ia di media sosial.*
         *Menurut laporan ABC News, Ricky Ian Swan ialah seorang daripada empat lelaki yang didakwa September lalu menyeksa dan membunuh dua ekor kangaru.*
           *Swan mengejar seekor haiwan berkenaan dan menikamnya lebih daripada 20 kali sebelum menyepak kangaru yang hampir mati itu di bahagian kepala.*


*TULAR / POPULAR*
================


           *POLIS akan melakukan siasatan berhubung satu laporan polis tular di media sosial yang dibuat terhadap kegagalan pembelian tiket dalam talian perlawanan akhir pertama Piala AFF 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.*
           *Sebanyak 40,000 tiket perlawanan itu sudah dijual di dalam talian, manakala sebanyak 40,000 terjual di stadium dan di Wisma FAM di Kelana Jaya serta kedai sukan Al Ikhsan di Putrajaya, smlm.*
             *Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan sekiranya menerima sebarang laporan.*

           *LELAKI ditahan selepas memandu lori tangki secara berbahaya dan melawan arus di Kilometer 27, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, semalam.*
           *Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, pemandu lori tangki berusia 59 tahun itu ditahan di kawasan rehat dan rawat Tanjung Dua Belas pada 6 petang.*
             *Terdahulu, dua video masing-masing berdurasi 32 saat dan 6 saat tular di media sosial menunjukkan sebuah lori tangki dipandu secara melawan arus di sebuah lebuh raya.*

           *ENAM belas syarikat membelanjakan hampir RM500,000 untuk membeli 16 suite korporat ditawarkan sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF antara Malaysia menentang Vietnam, Selasa ini.*
           *Suite korporat di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) boleh memuatkan 15 hingga 20 individu itu dijual pada harga pakej RM25,000 hingga RM30,000 setiap satu.*
               *Secara purata, penonton dalam kalangan orang kenamaan itu (VIP) membayar tiket berharga RM2,000 seorang, berbanding orang biasa cuma RM40. Jurucakap Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberitahu pihaknya menawarkan 20 bilik jenis itu dan semuanya habis ditempah dalam tempoh 12 jam selepas tempahan dibuka Rabu lalu.*

           *PESERTA dari China, Xu Yang atau Izzah, 19, dinobatkan sebagai Johan Kategori Antarabangsa pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2018 (PABM) di Kuala Nerus, malam smlm.*
          *Tempat kedua pula bagi kategori sama dimenangi Aurore Jeannot, 27, dari Perancis dan tempat ketiga dimenangi Leon Woltermann, 22, dari Jerman.*
          *Sementara itu, bagi Kategori Alam Melayu, tempat pertama menjadi milik peserta negara, Muhammad Syahmi Akif Jamili, 23, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik Huda Ahmad, 18, (Thailand) dan Adam Muhammad Taufiq Mohamad Suharto, 22, (Malaysia).*

           *BEKAS calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 2014, Dyana Sofya Mohd Daud mengakhiri zaman bujangnya apabila melangsungkan perkahwinan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Zairil Khir Johari.*
             *Majlis resepsi perkahwinan pasangan itu diadakan di Kelab Golf Diraja Perak di Ipoh, hari ini.*
           *Terdahulu, Zairil, 36, yang juga EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Pulau Pinang dan Dyana, 31, melangsungkan pernikahan mereka di lokasi sama semalam.*

          *KAHERAH: Pihak berkuasa Mesir menyiasat pasangan Denmark selepas penularan video dan gambar menunjukkan mereka mendaki Piramid Giza dan berbogel di kemuncaknya.*
               *Video tiga minit itu yang dirakamkan pada waktu malam, mencetuskan kemarahan dan kontroversi dalam kalangan rakyat tempatan di media sosial, menunjukkan apa yang didaki oleh lelaki dan wanita itu adalah Piramid Giza dengan langit Kaherah pada latar belakang, lapor CNN.*
          *Sebaik tiba di kemuncak, video menunjukkan wanita itu menanggalkan baju dan berakhir dengan gambar mereka berpeluk dalam keadaan bogel.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *LONDON: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menegaskan jangkaannya tepat apabila juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu akhirnya tewas musim ini, 0-2 di tangan Chelsea sekali gus tergelincir ke tangga kedua di belakang Liverpool.*
           *Bagaimanapun Guardiola tetap bangga dengan persembahan City dan menggesa anak buahnya mengatasi skuad bimbingan Juergen Klopp, yang mendahului satu mata di depan mereka selepas kemenangan 4-0 di Bournemouth.*
           *”Saya katakan ia tidak akan berlaku. Kami di sini bukan untuk jadi pasukan kebal, kami di sini untuk jadi juara,” kata Guardiola.*

          *LONDON: Granit Xhaka berjenaka Lucas Torreira mahu menjadi seperti Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette selepas pemain Uruguay itu meledak gol akrobatik cantik ketika Gunners menewaskan Huddersfield Town 1-0, semalam.*
             *Jaringan Torreira pada minit ke-83 perlawanan di Emirates itu membantu Gunners mendaki ke kedudukan empat terbaik Liga Perdana Inggeris dan meneruskan deretan tanpa kalah kepada 21 dalam semua kejohanan.*

          *KUALA LUMPUR: Seperti dijangka, tidak sampai setengah jam kaunter tiket dibuka pada jam 10 pagi, semua 80,000 tiket habis dijual termasuk 40,000 yang dijual secara fizikal di Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi aksi final Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam, Selasa ini.*
           *Sebelum ini, 40,000 tiket sudah habis dijual secara dalam talian Jumaat lalu. Selain dijual di kaunter tiket pintu A dan E Stadium Nasional, ia turut dijual di Arenal Futsal FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya (hanya bagi yang memiliki keratan tiket separuh akhir kedua di Bangkok) dan 1,000 keping di Al-Ikhsan Sports Cawangan IOI City Mall, Putrajaya.*

           *KUALA LUMPUR: Selepas membantu Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2016, kini khidmat rakyat Malaysia sekali lagi ditagih untuk membantu Syahmi Safari.*
           *Jaringan menarik yang dilakukan pertahanan kanan berusia 20 tahun itu pada separuh akhir kedua bertemu Thailand, Selasa lalu dicalonkan bagi Anugerah Gol Terbaik Separuh Akhir Piala AFF 2018.*

           *BEKAS ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Mohd Radzi mendakwa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum melunaskan tunggakan gajinya ketika beraksi bersama pasukan itu, musim ini.*
          *Mohd Badri atau Piya berkata, dia kecewa dengan sikap membisu bekas majikan berhubung tunggakan gaji yang masih belum diterimanya walaupun hanya beraksi pada awal musim.*
           *Mengulas lanjut, Mohd Badri, yang sah beraksi bersama Perlis musim depan berkata, berikutan itu beliau terpaksa mengikat 'perut' hampir tujuh bulan menunggu pembayaran gaji daripada persatuan itu.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2018 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 10/12/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 9 Dis. - Penganjur #DaulatHimpunan812 mahu menjelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan sebab ICERD ditolak oleh orang Melayu. Malah penganjur juga bercadang menghadap Majlis Raja-Raja bagi memaklumkan perhimpunan aman yang diadakan semalam selain menyuarakan kebimbangan orang Melayu tentang usaha meratifikasi ICERD.

2.  PUTRAJAYA 9 Dis.- Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mengakui merindui untuk turun ke jalanan seperti mana dilakukan beliau sewaktu menjadi pembangkang satu ketika dahulu. Menurut Menteri Pertahanan itu, kakinya 'terketar-ketar' untuk mengikut perhimpunan yang berlangsung di ibu negara semalam.

3.  KEPALA BATAS 9 Dis. - Seorang kerani sebuah syarikat di sini kerugian kira-kira RM10,900 selepas dipercayai terperdaya dengan sindiket Macau Scam semalam. Mangsa yang berumur 33 tahun itu pada mulanya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai SPRM dan mendakwa kononnya terlibat dengan kes pengubahan wang haram.

4.  KUANTAN 9 Dis. - Seorang pemandu dan empat penumpang bas ekspres cedera selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh sebuah treler membawa muatan bijih besi di kilometer 164 LPT menghala Kuantan di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu, bas dipandu Mohd. Shohimi Hussin, 53, yang cedera di lutut kanan dan tangan kiri dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Kuantan.

5.  KUANTAN 9 Dis. - Empat orang termasuk dua beradik maut setelah kereta Perodua Viva dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 131.2 Jalan Kuantan-Johor Bahru di Rompin dekat sini, pagi ini. Mereka yang maut ialah pemandu Perodua Viva yang merupakan seorang akauntan, Mohamad Syahmi Emir Mohd. Rawi dan penumpang hadapan, Nur Diana Afifah Hasnulhady juga bekerja sebagai akauntan.

6.  PUTRAJAYA 9 Dis.- Hanya 13 ahli Parlimen PH yang masih belum mengisytiharkan harta masing-masing kepada SPRM. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil memaklumkan, 24 anggota pentadbiran termasuk setiausaha politik juga tidak berbuat demikian.

7.  PULAU PINANG 9 Dis. - Seramai 100 pelajar kurang bernasib baik dari SK Kepala Batas (SKKB) di sini, diceriakan dengan sumbangan peralatan sekolah menerusi program 'Kembali Ke Sekolah' anjuran NGO, Empire Project. Bertempat di pasar raya Tesco Sungai Dua di sini, pelajar berkenaan dibawa membeli peralatan seperti pakaian seragam, kasut, beg, alat tulis serta barangan keperluan berkaitan dengan nilai RM200 setiap seorang.

8.  PUCHONG 9 Dis. - Siapa sangka hasil kutipan orang ramai sepanjang tahun ini bernilai RM118 ribu memberi peluang kepada Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia berjaya untuk membeli dua buah van jenazah dan ambulan. Presidennya, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, penambahan sebanyak empat kenderaan itu turut mengfokuskn kawasan daerah Puchong dalam misi membantu lebih ramai orang di kawasan itu.

9.  GUA MUSANG 9 Dis. - Seorang bayi lelaki cukup sifat dipercayai baru lahir ditemukan oleh penduduk di dalam beg plastik di Masjid Felda Chiku 1, di sini, semalam. KPD Gua Musang Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, bayi itu ditemukan pada pukul 6.45 petang oleh penduduk Rancangan Tanah Felda Chiku 1 di kawasan tempat wuduk.

10.  RANTAU PANJANG 9 Dis. - Rumah ibadat masyarakat Siam Wat Uttamaran yang berusia 180 tahun dan Kampung Teresek, Repek bakal ‘lenyap’ sekiranya kerajaan tetap bertegas untuk mengambil alih tanah untuk projek tebatan banjir di Sungai Lemal dalam masa terdekat.

11.  PUTRAJAYA 9 Dis. – PM Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan anggota-anggota pentadbiran kerajaan tentang kepentingan untuk mempunyai sistem yang tersusun (organized) dalam mencapai kejayaan pentadbiran. Bagi mencapai ke arah itu, golongan tersebut perlu mengikut kaedah-kaedah yang boleh dicapai dalam dunia moden demi kebaikan organisasi dan negara.

12.  ISKANDAR PUTERI 9 Dis. - Kerajaan negeri akan memastikan Pulau Kukup terus dikekalkan statusnya sebagai Taman Negara yang diiktiraf sebagai pulau hutan paya bakau kedua terbesar di dunia. MB, Datuk Osman Sapian berkata, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan status pulau itu dikekalkan dan dijaga serta dikawal selia kerajaan negeri.

13.  ISKANDAR PUTERI 9 Dis. - Menteri Besar, Datuk Osman Sapian menegaskan dirinya bukanlah boneka seperti didakwa segelintir pihak sebaliknya bertuankan rakyat yang memberikan kepercayaan kepadanya. Beliau berkata, pihaknya dan kepimpinan negeri akan bekerja kuat untuk memastikan kesejahteraan negeri berdaulat ini.

14.  IPOH 9 Dis. - Bekas calon DAP dalam PRK Teluk Intan 2014, Dyana Sofya Mohd. Daud mengakhiri zaman bujang apabila memilih ADUN Tanjung Bungah, Zairil Khir Johari sebagai pasangan hidupnya. Majlis resepsi Dyana Sofya dan Zairil yang juga Pengerusi J/kuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Pulau Pinang itu berlangsung di Kelab Golf Diraja Perak di sini hari ini.

15.  PORT DICKSON 9 Dis. - Himpunan membantah ratifikasi ICERD, #DaulatHimpunan812 semalam bukan protes rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan. Timbalan Presiden PPBM (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, kerajaan tidak tergugat dengan himpunan itu kerana telah membuat keputusan untuk membatalkan ratifikasi berkenaan.

16.  KUALA LUMPUR.- Kira-kira 200 orang menghadiri Sambutan Hari Hak Asasi Manusia anjuran Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Padang Timur, Petaling Jaya dekat sini hari ini. Kelmarin Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail memaklumkan Hari Hak Asasi Manusia 2018 yang sepatutnya berlangsung semalam ditangguhkan hari ini.

17.  KUALA LUMPUR 9 Dis. - Polis akan memanggil penganjur #DaulatHimpunan812 selepas mengesan terdapat peserta membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan yang diadakan di Dataran Merdeka itu, semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihak penganjur akan dipanggil untuk siasatan dalam masa terdekat.

18.  PORT DICKSON 9 Dis. – MB, Aminuddin Harun mengakui perhimpunan #DaulatHimpunan812 di ibu negara semalam adalah isyarat kurang baik kepada kerajaan PH. Pengerusi Pakatan Harapan negeri itu berkata, walaupun isu ICERD telah dijelaskan oleh kerajaan, namun rakyat tetap berhimpun bagi menyatakan rasa tidak puas hati.

19.  IPOH 9 Dis. – SPRM mungkin akan memanggil semula lima ADUN UMNO bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan wujudnya gerakan menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Pengarah SPRM Perak, Datuk Zainul Darus berkata, pihaknya juga mungkin akan memanggil Ahmad Faizal untuk memberi keterangan sekiranya diperlukan untuk membantu siasatan.

20.  KUALA LUMPUR 9 Dis. – TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan tindakan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar yang campur tangan dalam isu Pulau Kukup di Pontian, Johor. Putera sulung Sultan Johor itu turut menzahirkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan Kabinet yang seolah-olah mengganggu Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

21.  PORT DICKSON 9 Dis. - Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengingatkan PH supaya turun padang mendekati rakyat agar tidak menjadi kerajaan yang berkuasa untuk satu penggal sahaja. Timbalan Presiden PPBM (Bersatu) itu berkata, ketika ini beliau melihat parti pembangkang mengambil alih peranan memperjuangkan isu rakyat yang sebelum ini dilakukan oleh parti-parti dalam pakatan itu.

22.  IPOH 9 Dis. - Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan perhimpunan #DaulatHimpunan812 menolak ratifikasi ICERD telah memperlihatkan penyatuan umat Islam dan Melayu di negara ini. Beliau bagaimanapun berkata, perhimpunan itu lebih baik lagi sekiranya disertai rakyat pelbagai kaum yang secara langsung dapat mewujudkan perpaduan di antara mereka.

23.  KOTA BHARU 9 Dis. – MAIK menjelaskan proses pemindahan atau penempatan semula kubur lama seluas 0.5 hektar di atas Lot 106 dan Lot 21, Jalan Sultanah Zainab di sini dijalankan mengikut hukum syarak. Timbalan YDP Maik, Dr. Nik Azlan Abd. Hadi berkata, kira-kira 200 kubur lama yang berusia lebih 200 tahun tersebut dalam proses dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam mukim Tanjung Chat bermula 1 Oktober lalu.

24.  KUALA TERENGGANU 9 Dis. - Setelah lebih 30 tahun menghuni di Wisma Persekutuan di sini, kesemua kakitangan termasuk pegawai SPRM cawangan Terengganu akan mula berpindah ke pejabat baharu, dijangka April tahun depan. Pembinaan Kompleks SPRM Negeri Terengganu yang baharu itu buat masa ini sudah 90 peratus siap dan dijangka mula beroperasi awal April nanti.

25.  KUALA LUMPUR 9 Dis. - Kerajaan perlu mengharamkan amalan tidak bermoral yang dilakukan oleh menteri dan pembantu mereka berikutan mengeluarkan surat sokongan untuk ahli parti masing-masing bagi mendapatkan kontrak kerajaan, kata Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Koya.

26.  PETALING JAYA 9 Dis. – Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan pemimpin parti yang paling layak menjadi menteri, kata S/U Agung parti itu, Lim Guan Eng. Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata, Kit Siang merupakan anggota veteran parti yang paling berjasa dan banyak berkorban sepanjang beliau berkhidmat lebih 50 tahun dalam DAP. Tetapi sayang beliau tolak untuk beri laluan kepada pemimpin muda.

27.  PORT DICKSON 9 Dis. - Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, tegurannya terhadap Dr. Maszlee Malik baru-baru ini dibuat dengan niat yang baik dan tidak mempunyai sebarang kepentingan lain. Ketua Badan PPBM (Bersatu) Negeri Sembilan itu berkata, beliau telah lama mengenali Menteri Pendidikan berkenaan iaitu ketika menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa.

28.  KUALA LANGAT 9 Dis. - Kertas siasatan berhubung tindakan pemandu lori tangki yang memandu melawan arus di Kilometer 27 SKVE pada Jumaat lalu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) esok. KPD Kuala Langat, Supritenden Azizan Tukiman berkata, setakat ini pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan mengenai tindakan pemandu lori berusia 59 tahun itu untuk tindakan lanjut.

29.  KENINGAU, 9 Dis - Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak akan sama sekali mengkhianati masyarakat Kadazan Dusun dan Murut (KDM), kata Anggota Majlis Tertinggi Warisan Mudi Dubing. Beliau berkata tanggapan buruk dilemparkan sesetengah masyarakat KDM terhadap perjuangan Warisan hanyalah persepsi salah semata-mata.

30.  JOHOR BAHRU, 9 Dis - SPRM Johor masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan ke atas Tabung Akaun Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera Negeri Johor. Pengarah SPRM negeri Datuk Azmi Alias berkata siasatan awal itu dijalankan pihaknya sejurus menerima laporan yang dibuat oleh ADUN Senggarang, Khairuddin A. Rahim pada 3 Disember lepas.

31.  KOTA KINABALU, 9 Dis - PKR dijangka membuat keputusan tentang siapakah yang akan menerajui parti itu di Sabah seawal-awalnya Selasa ini (11 Dis), kata presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua cabang parti itu dari Sabah di sini, beliau berkata biro politik PKR akan bermesyuarat Selasa ini untuk membincangkan perkara tersebut.

32.  PETALING JAYA, 9 Dis - Konvensyen DAP Selangor 2018 di sini meluluskan tujuh resolusi termasuk menggesa kerajaan meneruskan siasatan terhadap skandal 1MDB.
Parti itu juga menggesa kerajaan Selangor melaksanakan semula pilihan raya PBT bagi memperluaskan demokrasi serta memberi peluang calon-calon tempatan memegang jawatan-jawatan penting dalam Majlis Tempatan.

33.  JOHOR BAHRU, 9 Dis - Kesesakan lalu lintas pada waktu kemuncak terpaksa dihadapi oleh penduduk sekitar Larkin Perdana dan Kg. Melayu Majidee berikutan pembinaan jambatan sementara yang melintasi trek keretapi di Jalan Dewata. MP Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kesesakan lalu lintas ini berlaku disebabkan pembinaan jambatan sementara bagi membolehkan kontraktor merobohkan jambatan lama bagi membina laluan dua hala di atas jalan keretapi.

34.  PUTRAJAYA, 9 Dis - Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang baharu dengan melihat kepada perspektif "360 darjah" untuk melaksanakan penilaian yang lebih baik dalam perkhidmatan awam. KSN, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata, kerajaan masih mengkaji kemungkinan memperkenalkan KPI yang baharu untuk kementerian dan semua kakitangan kerajaan dengan mengambil kira semua aspek termasuk persepsi orang ramai.

35.  BETONG, 9 Dis - Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM40 juta bagi kerja menyukat tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) pada tahun depan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah. Peruntukan itu adalah sebagai lambang ingatan muhibbah kerajaan negeri untuk membantu pemilik tanah NCR di negeri ini.

36.  KOTA KINABALU, 9 Dis - Ahmad Farid Sainuri dipilih sebagai Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) yang baharu selepas memperoleh majoriti sembilan undi dalam pemilihan kepimpinan badan belia Sabah itu petang semalam. Ahmad Farid memperoleh 48 undi mengatasi lawannya Azuwan Marjan, yang memperoleh 39 undi dalam pertandingan satu lawan satu yang diadakan sempena Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) MBS.

37.  PETALING JAYA, 9 Dis - Suhakam komited dalam memastikan hak asasi di Malaysia dapat dipraktikkan dan dijamin dengan sistematik dari semua aspek, berdasarkan prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perjuangan menuntut kesaksamaan hak asasi manusia itu bagaimanapun tidak akan menghilangkan atau menghapuskan hak-hak kumpulan tertentu yang telah dinikmati selama ini.

38.  ISKANDAR PUTERI, 9 Dis - Persidangan DUN Johor hari ini diberitahu kerja-kerja menaik taraf Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) daripada dua lorong kepada empat lorong telah dibatalkan oleh kerajaan pusat. Perkara itu diputuskan dalam sesi libat urus pada 17 Julai lalu melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya dan Unit Perancang Ekonomi.

39.  KUALA TERENGGANU, 9 Dis - SPRM Terengganu telah membuka 35 kertas siasatan dan melakukan 44 tangkapan berkaitan rasuah sepanjang tahun ini melibatkan pelbagai agensi. Pengarah SPRM Terengganu Mohd Zaki Hassan berkata daripada jumlah itu, sebanyak 19 individu telah dituduh di mahkamah manakala selebihnya masih dalam siasatan.

40. KUALA PERLIS, 9 Dis - Kesemua 15 ADUN Perlis disaran mengisytiharkan harta dan jumlah pendapatan secara terperinci kepada SPRM bagi memelihara integriti masing-masing. ADUN Sena, Asrul Nizan Abd Jalil, berkata, wakil rakyat perlu mencontohi langkah anggota Kabinet dan anggota Parlimen PH yang diwajibkan melakukan pengisytiharan harta dan pendapatan masing-masing.

41.   MELAKA, 9 Dis - SPRM negeri Melaka telah melucutkan hak berjumlah RM645,732.98 melibatkan agensi dan orang awam di negeri itu dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini. Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Melaka Ahmad Faizul Abdul Rashid berkata antara kes pelucutan hak itu melibatkan Pusat Pembangunan dan Keusahawanan Kemahiran Perindustrian Melaka dan individu memberi rasuah kepada penjawat awam.

42.  PUTRAJAYA, 9 Dis - Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) mengharumkan nama negara dengan merangkul “Gold Award” (Anugerah Emas) bagi kategori Sektor Awam di ASEAN ICT Awards 2018 (AICTA 2018), baru-baru ini. JKPTG melalui projek e-Tanah mengatasi dua negara lain - Singapura dan Indonesia di peringkat akhir di AICTA 2018 yang berlangsung pada 4 hingga 5 Dis di Ubud, Bali, Indonesia.

43.  ALOR SETAR, 9 Dis - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes membakar enam van dan tiga lori milik seorang kontraktor syarikat Telekom Malaysia (TM) di sebuah garaj di Taman Mutiara di sini, malam tadi. KPD Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata pihaknya melakukan operasi mengesan suspek setelah hasil siasatan awal yang dijalankan oleh Unit Forensik bomba serta polis mengesahkan terdapat unsur khianat dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi Sabtu itu.

44.  KUCHING, 9 Dis - Gangguan bekalan elektrik akibat kerosakan di Bario Central Solar Hybrid Power Station menjejaskan 12 kampung di Bario, Bahagian Miri, sejak awal Jumaat. Kampung yang terjejas adalah Kampung Baru, Padang Pasir, Ulung Palang Atas, Ulung Palang Bawah, Pa Ukat, Pa Umor, Arur Dalan, Bario Asal, Arur Layan, Pa Derung, Pa Ramapuh Atas dan Pa Ramapuh Bawah.

45.  ISKANDAR PUTERI, 9 Dis - MB Datuk Osman Sapian hari ini menafikan Belanjawan Johor 2019 sebagai bajet kitar semula seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya menegaskan ia berteraskan hasrat rakyat negeri tersebut. Malah, tegas beliau, kerajaan negeri merancang belanjawan itu berdasarkan falsafah “daripada rakyat, untuk rakyat dan kepada rakyat" dalam setiap rancangan pembangunannya.

46.  ALOR SETAR, 9 Dis - Siasatan terhadap seorang bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di Kedah yang didakwa menyeleweng dana khas Menteri Besar tahun lalu, hampir selesai, kata Pengarah SPRM negeri Datuk Mohd Fauzi Mohamad.  "Segalanya terletak pada keputusan peguam negara sama ada akan membuat pertuduhan ataupun tidak," katanya.

47.  KOTA BHARU, 9 Dis - SPRM Kelantan akan memberi tumpuan terhadap dakwaan kemungkinan wujud unsur rasuah yang menyumbang kepada aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri itu. Pengarahnya Ramli Ismail berkata dakwaan itu menyebabkan timbulnya persepsi negatif terhadap petugas di sempadan negara.

48.  JAKARTA, 9 Dis - Gempa bumi menggegarkan tiga wilayah di republik ini dalam tempoh kira-kira 10 jam bermula tengah malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini. Gempa terbaharu bermagnitud 5.0 pada skala Richter berlaku pada 9.50 pagi waktu Indonesia Barat di wilayah Pangandaran, Jawa Barat.

49.  KUCHING, 9 Dis - Kompleks beli-belah CityOne Megamall yang terbabit insiden letupan gas pada Selasa, kembali beroperasi hari ini selepas diberi kebenaran berbuat demikian oleh pihak berkuasa. Menurut pemajunya Kenbest Sdn Bhd, kebenaran beroperasi semula itu diberikan kepada Blok C dan D yang menempatkan Mall dan Mall 2.

50.  KUALA LUMPUR, 9 Dis - Operasi perkhidmatan LRT Laluan Sri Petaling/ Ampang, LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang akan dilanjutkan sehingga 1 pagi Selasa ini bersempena aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Vietnam di Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil.

51.  PETALING JAYA, 9 Dis - Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) baharu akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. Bagaimanapun, MP Puchong itu enggan mengulas lebih lanjut mengenai khabar angin bahawa Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, Nurini Kassim bakal dilantik menjawat jawatan berkenaan.

52.  KUCHING, 9 Dis - Semua ADUN daripada Gabungan Parti Sarawak bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan projek pembangunan kerajaan, kata Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip. Menurut beliau, hanya tuduhan liar yang ditular melalui Facebook tetapi tidak ada aduan rasmi diterima sama ada oleh pihak kementerian ataupun SPRM.

53.  BAGAN SERAI, 9 Dis - Peluang untuk Wilayah Ekonomi Koridor Utara menerima lapangan terbang baharu semakin positif selepas kerajaan menyatakan kesediaan menimbang perkara itu. MP Bagan Serai Datuk Dr Nor Azmi Ghazali berkata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memintanya mengemukakan kertas cadangan tersebut untuk pertimbangan selepas isu itu dibangkitkan di Parlimen.

54.  KUCHING, 9 Dis - Ribuan pengunjung terdiri daripada penganut Kristian mengunjungi perarakan kereta berhias bertemakan perayaan Krismas yang bakal menjelang pada 25 Disember depan di Padang Sukan Jubilee, di Padungan malam Sabtu. Perarakan bermula pada 7.10 petang disertai oleh ribuan penganut Kristian sekitar Bandaraya malahan turut disertai oleh penganut Kristian dari Serian dan Sri Aman.

55.   ROMPIN, 9 Dis - Mereka dinikahkan pada 8 Nov lepas dan semalam, genap sebulan selepas menikmati hidup berumah tangga, pasangan Mohamad Syahmi Emir Mohd Rawi, 24 dan Nur Diana Afifah Hasnulhady, 24 dipanggil mengadap Ilahi setelah terlibat dalam kemalangan di sini awal pagi tadi. Menurut ayah Mohamad Syahmi, Mohd Rawi Manab, 50, dia tidak menyangka hasrat anak sulungnya itu untuk menghantar barang adik bongsunya (lelaki) yang berusia 20 tahun ke Politeknik Muadzam Shah, Bandar Muadzam Shah akan berakhir dengan tragedi.

56.  WELLINGTON 9 Dis. - Polis New Zealand menemukan mayat dipercayai warga Britain, Grace Millane di pinggir Auckland hari ini. BBC melaporkan Inspektor Detektif Scott Beard memberitahu mayat wanita tersebut dipercayai dibunuh ditemukan kira-kira 10 meter dari jalan luar bandar, Scenic Drive.

57.  BUTTERWORTH 9 Dis. - Seramai 19 warga Myanmar termasuk tiga wanita diselamatkan polis selepas dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Teratai, Mak Mandin, Butterworth di sini. Kesemua mereka diselamatkan sepasukan polis dalam operasi pukul 11 pagi tadi selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket yang didalangi rakan senegara terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

58.  BESUT 9 Dis. - Seoran pelajar lembam berusia 13 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan air deras ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian di Sg. Besut di Kg. Gong Duek di sini petang ini. Mohd. Syarif Zulkifli, anak kedua daripada lima beradik dan merupakan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sebelum itu sedang memancing di atas batu di tengah sungai bersama adiknya, Mohd. Safwan, 9, kira-kira pukul 2 petang.

59.  KUALA NERUS 9 Dis. - Kisah inspirasi seorang pelajar UniSZA di sini yang terlalu mengimpikan untuk membawa kedua ibu bapanya ke Mekah, mengusik jiwa CEO Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam program Executive Talk bersama warga universiti itu dekat sini petang ini. Muhammad  Rifqi Saipul Nizam, 18, pelajar Diploma Pengajian Islam (Dakwah) menerima hadiah 'terbesar' daripada Tony berupa tiga tiket
penerbangan percuma ke tanah suci.

60.  KUANTAN 9 Dis. - Empat orang termasuk tiga sekeluarga maut dalam kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Waja dan Perodua Myvi di Kilometer 16 Jalan Lipis-Benta-Raub di Lipis dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul pukul 3.50 petang itu, mangsa yang maut merupakan pemandu dan dua penumpang Proton Waja dan seorang lagi pemandu Perodua Myvi.

BERITA SUKAN:

1.  KUALA LUMPUR 9 Dis. - Ribuan penyokong Harimau Malaya terpaksa berputih mata apabila mereka gagal mendapatkan tiket final pertama Piala AFF di antara Malaysia menentang Vietnam apabila berlakunya ketidakcekapan dalam penjualan tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

2.  KUALA TERENGGANU 9 Dis. - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd. (AirAsia) bersedia menawarkan penerbangan khas bagi membawa penyokong Harimau Malaya ke Hanoi pada aksi final kedua Piala Suzuki AFF 2018, Sabtu depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

3.  LONDON 9 Dis. - Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menganggap kekalahan 0-2 kepada Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini sebagai pengajaran paling berguna. Ini kekalahan pertama The Citizens musim ini, sekali gus menyebabkan kedudukan mereka sebagai pendahulu dipintas pencabar rapat, Liverpool yang melakar kemenangan meyakinkan 4-0 ke atas Bournemouth.

4.  LONDON 9 Dis - Granit Xhaka berjenaka Lucas Torreira mahu menjadi seperti Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette selepas pemain Uruguay itu meledak gol akrobatik cantik ketika Gunners menewaskan Huddersfield Town 1-0, semalam.

5.  KUALA LUMPUR 9 Dis - Pemain antarabangsa Vietnam, Vo Huy Toan memberi amaran bahawa skuad kendalian Park Hang-Seo bakal berdepan tekanan dahsyat daripada puluhan ribu penyokong Malaysia pada aksi final pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

6.  JITRA 9 Dis - Pemain muda Kedah, Shahiran Syakir Sobri, 19, membuktikan kemampuannya apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan BDB Masters & Charity Golf 2018, di Darulaman Golf & Country Club (DGCC), hari ini. Pemain muda dari DGCC ini merekodkan 222 pukulan keseluruhan untuk membawa pulang hadiah utama bernilai RM2,500, berserta trofi dan piala pusingan sekaligus bergelar juara keseluruhan.

7.  BHUBANESWAR 9 Dis - Belgium langsung tidak terjejas walaupun perlu beraksi lebi perlawanan untuk mara ke suku akhir Hoki Piala Dunia, dan ketua pasukannya, Thomas Briels menganggapnya sebagai bonus persiapan pemanas badan.

8.  BHUBANESWAR 9 Dis - Pengendali skuad hoki India, Harendra Singh melekatkan poster di dalam biliknya yang memaparkan angka kemenangan 6-0, sehari sebelum pertemuan dengan Kanada, semalam. Dan, beliau pastinya kecewa apabila barisan pemainnya gagal mencapai sasaran itu biarpun India berjaya mengatasi Kanada 5-1, seterusnya mara ke suku akhir Piala Dunia di sini.

9.  KUALA LUMPUR 9 Dis - Arul Selvaraj hampir pasti bakal menjadi ketua jurulatih Pasukan Hoki Terengganu (THT) dan pada masa sama mungkin membawa 'pakej' pertahanan Najmi Farizal Jazlan bersamanya, kata Presiden Persatuan Hoki Terengganu (PHT), Mohamad Saberi Salleh.

10.  BERLIN 9 Dis - Sebarang perbincangan untuk memasukkan e-sports sebagai acara pingat pada Sukan Olimpik masih terlalu awal kerana struktur industri permainan elektronik itu sendiri, kata Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). E-sports, sisi kompetitif permainan elektronik, mempunyai sekitar 250 juta pemain di seluruh dunia dalam pasaran bernilai AS$1 bilion (RM4.16 juta) setahun dan semakin berkembang pesat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*SELASA 11 DISEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 3 RABIULAKHIR 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#harikeputeraansultanselangor*

*#daulattuanku*

*#masvsviefinal*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:37, SUBUH : 05:47, SYURUK : 07:06, ZOHOR : 13:09, ASAR : 16:32, MAGHRIB : 19:06, ISYAK : 20:21*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *BAU busuk membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki reput dalam sebuah longkang di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, di Petra Jaya, smlm. Pada kejadian 11 pagi itu, mayat masih lengkap berpakaian, dengan berbaju warna perang dan berseluar jeans biru terbabit ditemui pemancing.*

                 *POLIS Sarawak meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita yang didakwa menipu seorang pelanggannya dalam urusan jual beli kayu gaharu yang diimport dari China. Suspek dikatakan memperdayakan seorang lelaki berusia 53 tahun yang berminat membeli kayu gaharu untuk kegunaan sebuah tokong di Kota Samarahan.*

                  *KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna bagaimanapun tidak menyatakan bila pengisytiharan itubakal dilakukan, namun menegaskan akan berbuat demikian jika itu yang dikehendaki.*

                 *EMPAT lelaki dipercayai terbabit insiden pukul anggota bomba dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, dibebaskan daripada reman smlm. Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 24 tahun sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.*

                 *BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selesai memberi keterangan dan disoal siasat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya, smlm. Najib dipercayai meninggalkan Ibu Pejabat SPRM, am 1.40 tengah hari smlm.*

                 *MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, hanya mengisytiharkan sumber pendapatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mendakwa tidak memiliki harta atau aset lain.*

                  *POLIS merampas dadah jenis syabu bernilai hampir RM700,000 serta menahan dua lelaki disyaki pengedar dalam Operasi Lejang di Jalan Hamzah, Kota Bharu dan di Kampung Merisa Wakaf King Berangan, Tumpat.*

                  *TERTEKAN pedal minyak menyebabkan kereta dipandu seorang lelaki merempuh dinding parkir di tingkat satu Kompleks Sun di Kuala Lumpur sebelum terhumban, smlm. Kejadian jam 6.18 pagi menyebabkan kereta Honda Accord terbabit terjunam dan menghempap tiga kenderaan lain di belakang kompleks itu.*

                  *SEORANG anggota polis cedera di kepala selepas dirempuh penunggang motosikal dalam sekatan jalan raya di Jambatan Pok Nik Lah, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. Dalam kejadian pada 11.30 malam itu, Lans Koperal Md Faizal Md Bkar, 30-an, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bertugas dalam Operasi Lejang bersama beberapa anggota polis lain.*

                  *SEORANG lelaki pedofilia dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan 19 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, smlm selepas mengaku salah melakukan serangan seksual terhadap 12 kanak-kanak perempuan berusia antara enam hingga 11 tahun.*

                 *TRELER merempuh 10 kereta di Kilometer 23.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Kulai, smlm. Bagaimanapun, pada kejadian 7.30 pagi itu, tiada mangsa cedera atau maut. Susulan kejadian, treler terbabit melintang di tengah jalan.*

                  *SEORANG penternak lembu di Kampung Sekati, Manir berputih mata selepas lembu baka Charolais miliknya berusia tujuh tahun yang dibeli tiga bulan lalu pada harga RM5,000 mati secara misteri,smlm. Lembu dianggarkan seberat 300 kilogram yang dibeli di Bachok, Kelantan itu ditemui mati di kandangnya kira-kira jam 7 pagi.*

                 *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan menilai semula tahap keselamatan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya sebelum membuat keputusan berhubung penugasan anggota polis di kawasan itu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, satu mesyuarat akan diadakan pada petang ini untuk membincangkan tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan khususnya untuk mengurangkan jumlah anggota yang mengadakan kawalan keselamatan.*

                 *KERAJAAN giat mengkaji dan mengenal pasti aset yang ingin dijual bagi mengurangkan beban hutang negara. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan turut mengkaji potensi merasionalisasi syarikat yang mempunyai mandat penubuhan sama, menutup syarikat yang memiliki beban fiskal kepada negara atau melupuskan kepentingan dengan syarikat bernilai komersial dan strategik kepada pemegang saham (kerajaan).*

                  *PADAH melakukan pecah rumah dan mencuri televisyen di sebuah inap desa, seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, smlm. Tertuduh Muhammad Firman Mohamed, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Firdaus Salleh.*

                 *LELAKI maut, manakala tiga lagi parah selepas kereta merempuh dua motosikal di kilometer 82 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, dekat Kluang, tengah malam smlm. Pada kejadian 12 tengah malam itu, mangsa maut, penunggang motosikal, Mohammad Afiq Jamain, 23. Rakannya yang membonceng motosikal terbabit, Mohd Rafiqi Borhan, 21, dilaporkan parah.*

                 *KABINET bersetuju pengurusan baharu Lembaga Tabung Haji (TH) mewujudkan Special Purpose Vehicle (SPV) untuk memulihkan kedudukan kewangan agensi itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf berkata, SPV yang diwujudkan itu akan memaksimumkan semua aset TH yang prestasinya tidak memuaskan, termasuk kemungkinan menjual aset berkaitan.*

                  *PEMBERIAN hibah kepada pendeposit Tabung Haji (TH) sejak 2014 bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf berkata, pendedahan itu diperoleh hasil siasatan dan audit oleh syarikat juruaudit bebas, PricewaterhouseCoopers (PwC).*

                  *SURUHANJAYA Siasatan Diraja (RCI) wajar ditubuhkan bagi menyiasat kedudukan dan kewangan Tabung Haji (TH), tegas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata, laporan siasatan dan audit syarikat juruaudit bebas, PricewaterhouseCoopers (PwC) yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf di Parlimen smlm, mengundang kerisauan semua pihak.*

                 *KABINET bersetuju dengan cadangan Kementerian Dalam Negeri untuk membangunkan Sistem Imigresen Bersepadu, iaitu satu sistem perkhidmatan imigresen dalam talian sepenuhnya. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sistem itu akan menggantikan Program Pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) dan sistem 'patch on' lain yang diguna pakai Jabatan Imigresen ketika ini.*

                 *ISTERI bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melantik pasukan peguam baru bagi mewakilinya dalam kes pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima rasuah RM1.5 juta dalam kes penyelewengan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak yang dihadapinya.*

                 *MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sudah menyerahkan dokumen pengisytiharan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu.
Pejabat Menteri Besar Perak dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata, Ahmad Faizal sudah menandatangani dokumen perisytiharan harta berknaan dengan disaksikan oleh pesuruhjaya sumpah sebelum diserahkan kepada pihak SPRM.*

                 *GAGAL mendapat wang daripada ibunya, lelaki dipercayai penagih dadah cuba mengugut ahli keluarganya dengan memecahkan barang dalam rumah di Taman Kucai, Lunas, di Kulim, baru-baru ini.*

                 *TINDAKAN seorang lelaki dipercayai menaiki forklift ketika sedang diangkat kren ke tingkat empat berakhir tragedi apabila jentera itu jatuh dalam kejadian di sebuah kilang plastik di Perai, smlm.*

                 *LELAKI kerugian RM10,900 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam. Terdahulu, kerani berusia 33 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai SPRM dan memberitahu mangsa terbabit dengan kes penggubahan wang haram.*

                 *PESARA guru wanita bukan sahaja kerugian barangan berharga RM1,500, malah menerima empat jahitan di kepala akibat menjadi mangsa ragut di Taman Sentosa, Bakar Arang, Sungai Petani, semalam.*

                 *PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson adalah antara 13 Ahli Parlimen yang belum mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).*

                 *Kuala Lumpur: Malaysia lubuk arak tiruan. Itu adalah keadaan terkini apabila 200 ke 250 kontena arak tiruan memasuki negara ini secara haram sebulan melalui tiga pelabuhan utama negara di selatan, utara dan Pelabuhan Klang. Difahamkan sejak Mei tahun lalu, 3,800 kontena arak tiruan memasuki pasaran negara ini mengakibatkan kerugian RM500 juta sebulan.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


           *Brasilia: Akibat nak cantik, berpuluh-puluh pelanggan sebuah klinik kosmetik di Brazil terpaksa menahan derita selepas wajah mereka bengkak dan cacat akibat disuntik sejenis bahan kimia bahaya.*
             *Kesan teruk dialami oleh pelanggan terbabit menyebabkan ada yang mengalami kemurungan hingga ingin membunuh diri.*
             *Keadaan itu menyebabkan puluhan pelanggan memfailkan saman terhadap Dr Wesley Murakami yang memiliki sebuah klinik kosmetik di Goiania, tengah barat Brazil.*
           *Murakami didakwa menyuntik bahan terlarang secara berlebihan dikenali sebagai Metracryl dalam satu prosedur untuk mencantikkan kulit dan muka.*

           *Seiyun: Wilayah Hadrawmaut kini dibanjiri masyarakat Yaman yang mahu melepaskan diri daripada tekanan kehidupan seharian akibat konflik di negara itu.*
           *Penghijrahan beramai-ramai pelarian yang berlaku sejak kebelakangan ini menyebabkan jumlah golongan miskin di wilayah berkenaan meningkat secara mendadak.*
       *Pengurus Besar Kementerian Hal Ehwal Sosial dan Buruh Republik Yaman bagi Hadramaut, Abdullah Ramadan Bajham berkata, kedudukan wilayah itu yang di luar zon konflik menyebabkan ia menjadi pilihan pelarian mahu mendapatkan perlindungan.*

           *CALIFORNIA: Ketua Eksekutif Twitter, Jack Dorsey, berhadapan kritikan baru kerana mempromosikan Myanmar sebagai destinasi pelancongan di sebalik dakwaan pencabulan hak asasi manusia dilakukan di negara itu.*
           *Dalam siri tweet, Dorsey berkata beliau mengunjungi utara Myanmar November lalu untuk bercuti.*
         *"Penduduk di situ menyeronokkan dan makanan mengagumkan,” katanya sebelum menggalakkan empat juta pengikut melancong ke Myanmar.*
            *Ia membawa kepada kritikan terhadap Dorsey, sebahagian menuduh beliau tidak peduli kepada nasib yang menimpa minoriti Islam Rohingya.*

          *SYDNEY: Seorang remaja meninggal dunia awal semalam selepas disyaki mengambil dadah berlebihan pada festival tarian di Sydney manakala lebih 12 lagi dibawa ke hospital dan 130 yang lain mendapatkan bantuan perubatan, kata polis.*
          *Lelaki berusia 19 tahun itu maut selepas dibawa ke hospital dari Knockout Games of Destiny pesta tarian di Taman Olimpik Sydney kelmarin, kata polis dalam kenyataan.*
          *Tiga yang dimasukkan ke hospital masih dalam keadaan kritikal tetapi stabil.*

          *WASHINGTON: “Saya tidak boleh bernafas,” adalah kata-kata terakhir Jamal Khashoggi, menurut CNN semalam, memetik sumber yang membaca transkrip rakaman audio mengenai saat akhir sebelum pembunuhan wartawan Arab Saudi itu.*
               *Sumber memberitahu saluran berita itu, transkrip menunjukkan dengan jelas bahawa pembunuhan itu dirancang, dan menyatakan beberapa panggilan telefon dibuat untuk memberikan taklimat ringkas mengenai perkembangannya.*
           *CNN melaporkan, pegawai Turki percaya panggilan dibuat kepada pegawai atasan di Riyadh.*
          *Khashoggi dibunuh sejurus selepas memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu.*

          *Paris: Lebih 1,700 orang ditangkap di seluruh Perancis kelmarin dalam tunjuk perasaan jaket kuning apabila perusuh bertempur dengan polis dan menyebabkan lebih banyak kemusnahan di Paris berbanding bantahan sama seminggu yang lalu, kata pegawai semalam.*
           *Rusuhan tercetus di ibu negara Perancis dan bandar utama lain termasuk Marseille, Bordeaux, Lyon dan Toulouse dalam bantahan seluruh negara berkaitan kos sara hidup yang secara keseluruhan menentang Presiden Emmanuel Macron.*
        *Penunjuk perasaan yang berkumpul di Champs-Elysees turut melaungkan slogan mendesak Macron meletak jawatan.*

          *BEBERAPA wanita mendakwa didera secara seksual oleh seorang pawang yang terkenal di peringkat antarabangsa atas alasan menyembuhkan mereka dari masalah dihadapi.*
            *Tuduhan terhadap Joao Teixeira de Faria, 76 atau lebih dikenali sebagai ‘Joao de Deus’ dibuat lewat Jumaat lalu menerusi program yang mendapat tontonan meluas terbitan rangkaian Global Television.*
            *Seorang koreografer Belanda dikenali sebagai Zahira Leeneke Maus dan sembilan wanita Brazil yang enggan dikenali mendakwa Faria memaksa mereka melakukan seks oral ke atas dirinya sendiri sebagai satu-satunya cara untuk memindahkan tenaga bagi proses rawatan.*


*TULAR / POPULAR*
================


         *Kuala Terengganu: Persatuan Penternak Negeri Terengganu (PPNT) menyangkal dakwaan gambar kerbau patah dua kaki dan cedera teruk pada badan yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu berlaku di negeri ini.*
         *Pengerusinya Abdul Hamid Mohd Salleh berkata, pihaknya tidak menerima laporan daripada penternak berkaitan kes berkenaan.*
         *"Berpandukan pada gambar itu, memang tidak wajar binatang diperlakukan seperti itu dengan apa alasan sekalipun.*

          *TERPULANG kepada mana-mana pihak membuat dakwaan jumlah peserta perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.*
               *“Bagi polis, kita ada jumlah rasmi yang kita keluarkan iaitu antara 55,000 hingga 60,000 jumlah peserta, kita dapat jumlah dalam lingkungan itu,” katanya selepas menghadiri program Ronda Cegah Jenayah Ketua Polis Negara bersama pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di Pasar Seni, Kuala Lumpur, smlm.*
             *Terdahulu tular di media sosial mengenai jumlah peserta himpunan terbabit yang didakwa mencecah hingga jutaan orang. Kelmarin, satu perhimpunan aman membantah ratifikasi ICERD diadakan di Dataran Merdeka.*

          *GAMBAR bersejarah sebelum sidang media pertama pemimpin Pakatan Harapan (PH) selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh dilelong pada harga RM500,000.*
          *Ia yang dirakam pada 10 Mei lalu iaitu sehari selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dibeli seorang pembida tempatan selepas bidaan dibuka pada harga bermula RM100,000.*
           *Ia adalah sebahagian gambar pemimpin PH yang dilelong pada Majlis Makan Malam Amal PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, malam smlm yang mengutip jumlah keseluruhan RM1.22 juta.*

          *PENYANYI Yasin Sulaiman menganggap fotonya bersama dua ekor anjing yng dimuat naik di Instagram sekadar perkongsian pengalamannya dengan haiwan itu.*
             *Yasin, 43, berkata pengalaman itu perkara yang baik untuk dikongsinya meskipun pastinya ada sesetengah pihak memandang sinis.*
            *"Saya cuma memberi makan kepada anjing itu dan tidak menyentuhnya pun. Kejadian berlaku sewaktu saya dan abang mendaki Bukit Tabur pagi ini.*

          *Kota Kinabalu: Seorang saintis kelahiran Sabah yang menjalankan kajian berkaitan atmosfera terpilih dalam melaksanakan kajian lapisan ozon yang dikaitkan dengan pertukaran stratosfera-troposfera (STE) di kutub selatan selama sebulan.*
           *Pensyarah Fakulti Sains dan Sumber Alam Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Justin Sentian berkata, beliau akan ke wilayah paling sejuk di muka bumi itu pada 14 Disember depan dan dijadualkan tiba di Antartika pada 18 Disember.*
          *Menurutnya, sepanjang kira-kira sebulan di kutub selatan, beliau akan menjalankan kajian berkaitan profil ozon dengan menumpukan pencerobohan ozon dari lapisan stratosfera ke lapisan troposfera.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


         *LIVERPOOL, England: Liverpool sekali lagi perlu mengharapkan tuah Anfield untuk mencetus kekalahan pertama Liga Juara-Juara buat Napoli musim ini sekiranya mereka mahu mengelak daripada tersingkir di peringkat kumpulan, hanya enam bulan selepas tampil pada final musim lalu.*
         *Juara Eropah lima kali kendalian Juergen Klopp itu perlu menang dengan jurang dua gol sekiranya dibolosi berdasarkan kemenangan 1-0 Napoli pada pertemuan pertama antara mereka September lalu.*
         *Namun situasi itu bukan perkara baharu buat Liverpool yang mana sifir sama pernah dihadapi ketika mereka melayan kunjungan Olympiakos pada perlawanan terakhir kumpulan Liga Juara-Juara musim 2004-05.*

         *MADRID: River Plate menjuarai Copa Libertadores selepas menewaskan seteru tradisi Boca Juniors 3-1 awal pagi tadi, sekali gus mengakhiri episod final yang dicemari keganasan hingga aksi terpaksa dipindahkan lebih 10,000 kilometer dari Argentina.*
            *Boca mendahului menerusi Dario Benedetto tetapi Lucas Pratto menyamakan kedudukan sebelum Juan Quintero dan Gonzalo Martinez masing-masing meledak satu gol pada masa tambahan untuk kemenangan 5-3 River secara agregat selepas seri 2-2 pada perlawanan pertama.*
           *Kali terakhir River menjulang trofi itu adalah pada 2015 dan ia kali keempat mereka merangkul kejuaraan itu sepanjang sejarah kelab.*

         *KUALA LUMPUR: Tonggak berpengalaman Vietnam, Nguyen Trong Hoang enggan 'memori lama' berulang apabila bertemu Malaysia pada perlawanan akhir pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok (ini).*
          *Katanya, mimpi ngeri ketika tewas 1-0 kepada Malaysia pada final Sukan SEA 2009 di Laos cukup mengecewakan terutamanya selepas mereka berjaya menumbangkan Malaysia di peringkat kumpulan sebelum itu.*

         *MELAKA: Bekas kapten skuad bola sepak Malaysia, Mohd Shukor Adan yakin skuad kebangsaan bakal muncul juara Piala AFF pada edisi kali ini.*
          *Malah berdasarkan persembahan Harimau Malaya yang meningkat daripada setiap perlawanan bermula peringkat awal hingga ke separuh akhir, beliau yakin tiada masalah untuk Malaysia muncul juara.*
            *Sementara itu, rakannya Safiq Rahim juga melihat aksi final kali ini membuka ruang luas buat Malaysia mengulangi kejayaan 2010.*
         *Katanya, pemain harus membina persembahan mengikut arahan jurulatih seperti yang dilakukan sebelum ini untuk menampilkan persembahan cemerlang mereka.*

         *KUALA LUMPUR: Peluang lebih terbuka buat Chan Peng Soon-Goh Liu Ying untuk melangkah ke separuh akhir kategori beregu campuran saingan Jelajah Dunia Akhir BWF berbanding satu lagi pasangan, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.*
          *Berdasarkan undian dijalankan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini, Peng Soon-Liu Ying diundi dalam Kumpulan B bersama pasangan nombor dua dunia dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping, Yuta Watanabe-Arisa Higashino (Jepun) dan Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja (Indonesia).*

          *BHUBANESWAR: Dengan barisan kejurulatihan bertaraf dunia, Malaysia masih gagal melangkah ke pusingan play-off saingan Piala Dunia tetapi ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.*
         *Ketua jurulatih skuad negara yang cukup terkenal di serata dunia, Roelant Oltmans segera dilantik oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) selepas malapetaka di Sukan Asia Jakarta.*
          *Oltmans selepas tewas 3-5 kepada Jerman ditanya jika dia merancang untuk merombak pemain sebelum kempen kelayakan Sukan Olimpik, namun beliau tidak dapat memberikan jawapan jelas.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2018 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 11/12/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Polis berjaya menghalang rancangan menyerang sebuah balai polis di Kelantan dan rumah ibadat bukan Islam di Lembah Klang pada Januari depan dengan penahanan seorang suspek dalam operasi khas yang dilancarkan antara 19 hingga 28 November lalu. Lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai penjual madu itu didapati menerima arahan melancarkan serangan tersebut daripada Wan Aquil Wan Zainal atau Akel Zainal iaitu rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria.

2.  SINGAPURA 10 Dis. - Singapura kesal dengan Malaysia yang tidak menerima cadangan agar kembali kepada status quo sebelum peluasan had Pelabuhan Johor Bahru pada 25 Oktober lalu yang menjadi pertikaian ketika ini. Channel News Asia melaporkan, Kementerian Luar Singapura (MFA) dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa tuntutan sempadan maritim boleh dibuat mengikut undang-undang antarabangsa.

3.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kerajaan Pakatan Harapan sekali lagi 'dijentik' bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kali ini tentang pendedahan Menteri di JPM, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof bahawa TH  tersalah beri hibah sejak tahun 2014. Menurut Najib, ia hanyalah satu helah kerajaan untuk menyembunyikan kegagalan mereka menstabilkan Bursa Malaysia lalu menyebabkan lembaga itu rugi dari segi pelaburan.

4.  PUTRAJAYA 10 Dis.- Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan SPRM dipercayai berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB. Menurut sumber, beliau ditahan di ibu pejabat SPRM pada pukul 10.51 pagi ini. Terdahulu, beliau hadir ke SPRM pada pukul 10.42 pagi untuk dirakam keterangan berhubung siasatan kes itu.

5.  KOTA BHARU 9 Dis. - Cinta tak mengenal usia apabila seorang pesara kerajaan berumur 50 tahun bakal berkahwin dengan gadis pilihannya berusia 20 tahun pada 29 Disember ini. Raduan Yaakob yang merupakan duda anak empat akan melangsung perkahwinannya dengan Nor Fatim Aisyah Mohd. Noor secara sederhana di kediaman bakal isterinya Kampung Banir Belekong, Pasir Puteh.

6.  PUTRAJAYA 10 Dis. – PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad merasmikan Konvensyen Pemerkasaan PBT yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. Konvensyen dua hari itu dengan tema ‘Bandar Kita Milik Kita’ dianjurkan oleh KPKT untuk memperkukuh peranan PBT selaras dengan hala tuju kerajaan baharu.

7.  IPOH 10 Dis. – MP Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah menyerahkan dokumen perisytiharan harta kepada SPRM pada Khamis lalu. Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak menandatangani dokumen perisytiharan harta berkenaan dengan disaksikan oleh Pesuruhjaya Sumpah sebelum diserahkan kepada pihak SPRM.

8.  KUALA LUMPUR 10 Dis. – TH didakwa mengeluarkan hibah atau dividen bercanggahan dengan Akta Tabung Haji 1995 sejak 2014. Seksyen 22 (3a) akta berkenaan menyebut hibah tidak boleh diberikan apabila nilai aset lebih rendah daripada liabiliti, dan TH perlu menerbitkan keuntungan dalam tahun tersebut. Menteri di JPM, Datuk Seri Mujahid Yusof mendakwa perkara tersebut adalah suatu kesalahan dan tindakan akan diambil kepada barisan kepemimpinan TH terdahulu.

9.  KUALA LUMPUR 10 Dis.- 'Terlupa' merupakan antara alasan diberikan beberapa ahli Parlimen dari PH yang masih belum mengisytiharkan harta mereka kepada SPRM. MP Labuan, Datuk Rozman Isli berkata, beliau hampir terlupa mengisytiharkan hartanya kerana terikat dengan tugas kerja selain perlu menunaikan umrah.

10.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kementerian Kerja Raya akan melantik perunding bebas bagi membantu menyediakan cadangan menghapuskan kutipan tol lebuh raya sepertimana dijanjikan dalam manifesto PRU-14 PH. Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, jemaah menteri pada 31 Oktober lalu telah memutuskan supaya kementeriannya diberikan tempoh enam bulan bagi mengemukakan mekanisme untuk mencapai matlamat tersebut.

11.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan program Perlis Week di perusahaan ‘Foodmarket’ di Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permaisuri, Cheras di sini baru-baru ini. Berangkat sama pada majlis itu Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

12.  PUTRAJAYA 10 Dis. - Kabinet bersetuju dengan cadangan KDN untuk membangunkan Sistem Imigresen Bersepadu, kata Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sistem itu merupakan sistem perkhidmatan imigresen atas talian sepenuhnya yang akan menggantikan Program Pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs)  dan sistem-sistem tambahan (patch on) lain yang digunakan Jabatan Imigresen ketika ini.

13.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Isteri bekas PM, Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadapi dua pertuduhan rasuah berhubung projek solar bagi sekolah di Sarawak, dua tahun lalu melantik peguam baharu bagi mewakilinya. Pasukan pembelaan Rosmah sebelum ini diketuai oleh peguam Datuk K. Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent sebelum ditukarkan kepada peguam baharu iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh.

14.  SANDAKAN 10 Dis. – ADUN Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman hari ini mengumumkan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan). Beliau sebelum ini menjadi ADUN Bebas selepas keluar dari UMNO pada 1 Ogos lepas. Pada sidang media di sini, Saddi berkata borang keahlian penyertaannya dalam Warisan akan beliau serahkan kepada Presiden Warisan yang juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam masa terdekat.

15.  SHAH ALAM 10 Dis. - Seramai 25 tokoh akan menerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, esok. Daripada jumlah tersebut, tiga akan membawa gelaran Dato’ Seri, tiga membawa gelaran Dato’ Setia dan sembilan belas membawa gelaran Dato’.

16.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Lebih 900 graduan dari empat buah institusi pendidikan di bawah naungan KPJ Healthcare Berhad diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-22 di Dewan Merdeka, PWTC di sini hari ini. Majlis konvokesyen penuh bermakna itu dirasmikan oleh Canselor KPJ Healthcare University College (KPJUC) , Tan Sri Arshad Ayob.

17.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Tiga penganjur #DaulatHimpunan812 akan hadir petang ini bagi memberi keterangan berhubung kehadiran kanak-kanak dalam perhimpunan tersebut, Sabtu lalu. Difahamkan, ketiga-tiga penganjur himpunan membantah ratifikasi ICERD itu akan hadir ke IPD Dang Wangi bagi proses rakaman percakapan.

18.  JOHOR BAHRU 10 Dis. - Seramai tiga peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas pertuduhan memberi rasuah kepada penguat kuasa PBT secara berasingan pada bulan Julai, September dan Oktober lalu. Tertuduh, Tong Nye Lee, 55, mengaku salah manakala Tan Chau Chuan, 42, dan Toh Jenn Shyang, 38, tidak mengaku salah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin.

19.  BESUT 10 Dis. - Gerakan mencari seorang pelajar berusia 13 tahun yang dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras di Sungai Besut di Kampung Gong Duek di sini petang semalam, diteruskan pagi ini. Operasi mencari dan menyelamat itu dilakukan pihak bomba dengan kerjasama polis, Rela dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM).

20.  SHAH ALAM 10 Dis. - Anak syarikat negeri Selangor, Worldwide Holdings Berhad akan membangun loji sistem pelupusan dan rawatan sisa pepejal bernilai RM500 juta di Jeram, Selangor. Loji tersebut yang akan dibina di pusat pelupusan sampah sedia ada Worldwide Holdings di Jeram akan membolehkannya memproses sisa pepejal dan menukarnya kepada haba, stim serta tenaga elektrik.

21.  PUTRAJAYA 10 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, pilihan raya PBT tidak akan diadakan kerana ia berkemungkinan boleh mewujudkan konflik berasaskan perkauman. Malah tegas Perdana Menteri, pilihan raya PBT sekiranya diadakan boleh menghasilkan keputusan yang salah antara bandar dan luar bandar.

22.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Sebanyak tujuh individu termasuk dua warga Filipina ditahan kerana disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas antara 19 hingga 28 November lalu. Suspek yang berusia antara 28 dan 52 tahun itu ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menerusi operasi yang dilancarkan di Kelantan, Selangor, Sabah dan Kedah.

23.  KOTA BHARU 10 Dis. - Perasaan teruja memasuki sebuah negara Islam menyebabkan kumpulan tiga penunggang motosikal kapcai ‘Gi Mekoh Nga Mutor’ melaungkan takbir tiga kali yang turut diulang pegawai imigresen sebaik memasuki pintu pagar sempadan di Wahga, Pakistan pada Sabtu lalu.

24.  ALOR SETAR 10 Dis. - Anggota Batalion Ke-16 RAMD berjaya merampas 48 kilogram daun ketum ketika melakukan rondaan di kawasan berhampiran batu sempadan 34, Malaysia-Thailand di Padang Terap dekat sini, semalam. Kejadian berlaku semasa anggota tersebut sedang melakukan rondaan sebelum tiba-tiba terserempak dengan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan yang menunggang dua buah motosikal, kira-kira pukul 3 pagi.

25.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Pembangkang menyambut baik keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof yang membenarkan MP Cameroon Highlands, Datuk C. Sivarraajh berada di Dewan Rakyat. Ketuanya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut adalah adil selepas Mohamad Ariff mendapatkan penjelasan daripada pihak-pihak terbabit.

26.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Naib Presiden MIC, Datuk C. Sivarraajh masih dianggap sebagai MP Cameron Highlands dan beliau dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat buat masa ini. Perkara itu dimaklumkan oleh YDP Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof semasa sidang Dewan Rakyat hari ini, atas alasan Sivarraajh telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu.

27.  PETALING JAYA 10 Dis. - Seramai empat lelaki yang direman kerana dipercayai terbabit dalam insiden anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada malam Selasa dua minggu lalu, dibebaskan hari ini. Majistret Nurshahirah Abd. Salim membenarkan dua suspek itu dibebaskan dengan jamin bon mahkamah sebanyak RM2,000 manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

28.  PUTRAJAYA 10 Dis.- Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditahan SPRM hari ini berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB telah dilepaskan pada pukul 1.20 petang. Menurut sumber, Ahli Parlimen Pekan itu dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas beliau ditahan oleh suruhanjaya itu pada pukul 10.51 pagi ini.

29.  KUALA LUMPUR 10 Dis. – Angkasa dipilih oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menggerakkan pembangunan ekonomi negara-negara Islam melalui institusi koperasi. Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Bank Pembangunan Islam (IDB) iaitu institusi yang mempunyai akses terbaik untuk memasuki negara-negara Islam bagi menjayakan inisiatif tersebut.

30.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Nampaknya bukan mudah untuk memuaskan hati netizen. Terutamanya artis yang seringkali menjadi sasaran jika ada yang tidak kena pada pandangan mereka. Terbaharu, pelakon Fouziah Gous ditegur netizen kerana mengenakan pakaian yang tidak sesuai dengan gelaran Hajjah yang dibawanya.

31.  PUTRAJAYA 10 Dis. - Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, Kerajaan Pusat bukan orang luar yang tidak boleh masuk campur dalam urusan pembangunan tanah di sesebuah negeri di negara ini. Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pusat bertanggungjawab ke atas semua perkara yang berlaku di seluruh negara.

32.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Keadaan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang cedera parah dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dekat sini, 27 November lalu semakin baik. Menteri di JPM, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, pihak IJN memaklumkan anggota BBP Subang Jaya itu sudah boleh menulis di papan putih untuk berkomunikasi.

33.  KLANG 10 Dis.- ADUN Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman hari ini mengangkat sumpah sebagai EXCO dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Alam Shah di sini, di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Mohd. Khairuddin,47, yang juga merupakan Timbalan Speaker DUN Selangor dilantik sebagai Exco bagi menggantikan Allahyarham Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, ADUN Seri Setia yang meninggal dunia akibat barah usus pada Ogos lalu.

34.  PUTRAJAYA 19 Dis. - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, cucu beliau Melia Serena Mukhriz `bebas untuk memberi ulasan’, yang menerusi media sosial telah mengkritik perhimpunan kesyukuran kejayaan menolak ratifikasi ICERD di ibu negara, Sabtu lalu.

35.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - DAP akan terus mendesak kepada pelaksanaan pilihan raya PBT, walaupun kerajaan hari ini menegaskan tidak akan melakukannya. S/U Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pilihan raya tersebut sememangnya menjadi sebahagian daripada perjuangan DAP kerana percaya perkara tersebut mempromosikan budaya demokrasi.

36.  TAIPING 10 Dis. - Kesatuan Pekerja-Pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Semenanjung berharap kerajaan memberi jaminan tidak akan membubarkan AIM. Presidennya, Ismail Yahya berkata, ini bagi meredakan kebimbangan kira-kira 3,100 kakitangan AIM dan lebih 300,000 peminjam di seluruh negara terhadap kemungkinan AIM dibubarkan.

37.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kementerian Hal Ehwal Ekonomi hari ini memaklumkan bahawa pembentangan Kertas Putih Felda yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini terpaksa ditangguhkan ke sidang Parlimen tahun depan. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu diambil selepas pihaknya mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara berhubung beberapa isu perundangan yang perlu diselesaikan dahulu.

38.  PARIT 10 Dis. - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun maut setelah kereta yang dinaiki bersama lima ahli keluarganya terbabas di Jalan Kg. Tersusun Air Kuning-Chenderong Balai di sini hari ini. Kemalangan pada pukul 11.45 pagi itu menyebabkan Ain Zulaikha Jasirolnizam, pelajar SMK Sultan Abdullah dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian.

39.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Keputusan Ahli Parlimen BN bertindak keluar Dewan Rakyat hari ini adalah kerana tidak berpuas hati dengan Timbalan YDP Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon. Ini ekoran tindakan Mohd. Rashid mengarahkan MP Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan MP Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin keluar dewan selepas berlaku kekecohan.

40.  KANGAR 10 Dis. - Pas negeri menyambut baik cadangan penganjur #DaulatHimpunan812 untuk memperluaskan himpunan membantah ICERD di seluruh negara. Perhimpunan di seluruh negara itu penting bagi membolehkan rakyat di semua peringkat memahami dengan jelas mengenai keperluan menolak konvensyen tersebut.

41.  ALOR SETAR 10 Dis. - Pas menyifatkan S/U Agung DAP, Lim Guan Eng umpama ‘cacing kepanasan’ apabila melihat orang Melayu dan Islam bersatu dalam perhimpunan #DaulatHimpunan812 di ibu negara, Sabtu lalu. Timbalan P/jaya Pas negeri, Muhammad Sanusi Md. Noor mendakwa, apabila Melayu bersatu atas nama Islam, DAP merasa tergugat kerana usaha mereka untuk memecahkan kesatuan orang Melayu menghadapi kesukaran.

42.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Jika kerajaan terus-menerus ‘mensensasikan’ masalah kewangan Lembaga Tabung Haji yang didakwa berpunca daripada penyelewengan pengurusan terdahulu, lembaga itu boleh berdepan krisis besar yang akan melumpuhkan operasinya, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

43.   MERBOK 10 Dis. - Seramai 53 orang anak yatim di Pusat Jagaan Permata Kasih Taman Seri Mengkuang, Permatang Pauh, Pulau Pinang, dipilih menerima beg dan peralatan sekolah sempena Program Gembirakan Hatiku 2018 di The Carnival Waterpark Persiaran Kelab Cinta Sayang di Taman Ria Jaya, Sungai Petani di sini, semalam.

44.  BUKIT MERTAJAM 10 Dis. - Seorang pekerja di sebuah kilang pembuatan plastik di Lorong Perusahaan Perai Dua di sini maut setelah kenderaan mengangkut barang (forklift) yang dinaikinya terjatuh daripada kren hari ini. Difahamkan mangsa yang berada di dalam forklift itu dihempap kenderaan berkenaan dan mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

45.  SUNGAI PETANI 10 Dis. – Seorang ibu beranak dua, hilang tempat pergantungan hidup setelah suaminya menghilangkan diri kira-kira enam bulan lalu di sebuah rumah sewa di Flat Paya Nahu, Taman Ria Jaya, Sungai Petani di sini. M. Susie, 30, berkata, sejak daripada itu, dia dan anak-anaknya hidup dalam kesusahan dan ada kalanya terpaksa meminta bantuan makanan di rumah jiran-jiran akibat kelaparan.

46.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kerajaan PH diingatkan agar tidak gelojoh untuk memansuhkan hukuman mati tanpa mengambil kira pandangan dan kehendak rakyat yang bimbang dengan keselamatan mereka. Presiden Perkasa, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, pemansuhan hukuman mati atas alasan menjaga hak asasi manusia adalah tidak releven selain akan menimbulkan pelbagai masalah lain dalam negara.

47.  SINGAPURA 10 Dis. - Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey dikecam setelah ‘tweet’ memuji Myanmar dan orangnya selepas menjelajah ke sana pada bulan lalu. Menurutnya, negara tersebut begitu indah dengan orangnya penuh kegembiraan dan makanan yang lazat.

48.  KOTA BHARU 10 Dis. - Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah dipercayai bernilai RM700,000 jenis Syabu serta pil kuda dalam bungkusan teh ketika Ops Lejang di sini Selasa lalu. Malah dua lelaki yang berusia 21 dan 31 tahun itu dikatakan cuba untuk menyogok polis sebanyak RM21,000 ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Hamzah di sini kira-kira pukul 11.50 malam.

49.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kerugian dialami menerusi jenayah siber melibatkan penduduk sekitar ibu negara meningkat lebih 100 peratus berbanding tahun lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tahun ini sehingga November lalu sahaja, Kontinjen tersebut merekodkan sebanyak 1,201 kes dengan kerugian RM72.5 juta berbanding 850 kes pada keseluruhan tahun lalu dengan kerugian RM35.1 juta.

50.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Akibat tersalah tekan pedal minyak, seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta Honda Accord dipandunya terjunam dari tingkt satu tempat meletak kenderaan serta menghempap tiga kenderaan lain dalam kejadian di Kompleks Sun, Jalan Imbi, di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.18 pagi itu, pemandu berusia 29 tahun tersebut disahkan selamat dan mengalami cedera ringan.

51.  RANTAU PANJANG 10 Dis. - Masalah obesiti dan ketagihan rokok menjadi penyumbang utama penduduk di kawasan luar bandar khususnya di Kg. Semuba, Chetok di sini terdedah dengan risiko penyakit jantung. Perkara itu didedahkan oleh pelajar tahun akhir jurusan perubatan USM Kubang Kerian hasil kajian secara rambang dilakukan ke atas 100 penduduk di kampung berkenaan pada bulan lalu.

52.  KOTA BHARU 10 Dis. - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal cedera selepas dirempuh sebuah motosikal dipandu seorang pemuda yang cuba membolosi sekatan jalan raya di Jambatan Pok Nik Lah, Pengkalan Chepa, dekat sini malam tadi. Kejadian pada pukul 11.30 malam itu berlaku semasa anggota polis, Md. Faizal Md. Bakr berusia 34 tahun itu sedang bertugas dalam tugasan Op Lejang di lokasi kejadian.

53.  RANTAU PANJANG 10 Dis. - Tahap kebersihan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi sepanjang musim banjir dipantau oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan bagi memastikan penularan penyakit berjangkit tidak berlaku. Pemantauan itu dilakukan menerusi pasukan perubatan yang ditempatkan di PPS sepanjang tempoh berkenaan.

54.  PUTRAJAYA, 10 Dis - Kerajaan akan memastikan harga petrol RON95 bagi pengguna yang tidak layak mendapat subsidi bersasar, tidak meningkat dengan margin terlalu besar walaupun harga bahan api itu diapungkan mengikut harga pasaran. Menteri KPDNHEP Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata peningkatan dengan margin terlalu besar akan memberi kesan langsung kepada Indeks Harga Pengguna (IHP), sekali gus menyebabkan inflasi meningkat.

55.  KUALA LUMPUR, 10 Dis - Stok minyak sawit Malaysia pada November meningkat 10.45 peratus kepada 3.01 juta tan metrik daripada 2.72 juta tan metrik pada Oktober. Stok minyak sawit mentah (MSM) meningkat 10.91 peratus kepada 1.79 juta tan metrik semasa bulan itu daripada 1.61 juta tan metrik pada bulan sebelumnya.

56.  KUALA LUMPUR, 10 Dis - Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah akan mula diagihkan selepas sambutan Tahun Baharu Cina tahun depan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan sedang mengumpul data bagi penerima yang layak.

57.  KUALA LUMPUR, 10 Dis - Lembaga Tabung Haji (TH) akan diletakkan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) bermula Januari tahun depan bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan, kata Menteri di JPM Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Langkah berkenaan adalah sebahagian daripada pelan pemulihan secara menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira TH yang merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017.

58.  SEREMBAN 10 Dis. - Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan pemberian hibah atau bayaran dividen oleh TH yang bercanggah dengan Akta Tabung Haji 1995 sejak tahun 2014. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, siasatan segera dan terperinci mesti dilakukan kerana dakwaan itu telah mengundang kebimbangan dan perlu dipandang serius oleh semua pihak.

59.  KUALA LUMPUR 10 Dis. – TH didakwa melakukan beberapa transaksi yang dikatakan sebagai usaha untuk menunjukkan institusi itu menjana keuntungan bagi membolehkan pembayaran hibah atau dividen dibuat kepada pendeposit. Menurut laporan kajian mengenai Tabung Haji yang dipercayai dilakukan oleh firma audit bebas, PriceWaterhouseCoopers (PwC), transaksi yang dilakukan itu termasuklah penjualan saham di dalam BIMB dan pembayaran dividen oleh anak-anak syarikat kepada Tabung Haji.

60.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia kekal meletakkan kapal miliknya di sempadan perairan Malaysia-Singapura di Tuas. Perdana Menteri berkata, kapal milik negara akan terus berada di kawasan pertikaian sehingga proses rundingan melibatkan kedua-dua buah negara selesai.

BERITA SUKAN:

1.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Pada 2010, Tan Cheng Hoe, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat menjadi watak utama Malaysia ketika mendakap Piala AFF buat kali pertama. Lapan tahun berlalu, ketiga-tiga mereka masih memainkan peranan penting buat Harimau Malaya dan sedia membimbing skuad muda negara memburu kejuaraan kedua dengan mengalahkan Vietnam dalam perlawanan akhir.

2.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Skuad Harimau Malaya giat menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pagi ini sebagai persediaan untuk perlawanan akhir Piala AFF Suzuki menentang Vietnam malam esok. Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu akan beraksi pada perlawanan akhir pertama yang akan berlangsung di Stadium Nasional sebelum pasukan negara bertandang ke Hanoi untuk pusingan kedua yang bakal menobatkan juara Asia Tenggara.

3.  LIVERPOOL 10 Dis. - Nasib Liverpool bergantung sepenuhnya kepada keputusan menentang Napoli di Anfield esok dalam usaha layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah. Anak-anak buah Jurgen Klopp ini perlu mengelak kekalahan jika tidak mahu kecewa tersingkir terlalu awal di peringkat kumpulan hanya selepas enam bulan tampil selaku naib juara Eropah itu.

4.  MILAN 10 Dis. - Zlatan Ibrahimovic tidak akan meninggalkan LA Galaxy untuk kembali ke AC Milan, kata pengarah sukan kelab Itali itu walaupun mereka mengkaji kemungkinan menandatangani pemain Chelsea, Cesc Fabregas. “Ibrahimovic tidak akan kembali ke Milan kerana dia sudah berjanji untuk terus bersama LA Galaxy,” kata Leonardo kepada Sky Sport Italia.

5.  KUALA LUMPUR 10 Dis. - Setiap aksi final tekanannya pasti amat dirasai bagaimanapun jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe enggan melayannya apabila Malaysia akan bertemu Vietnam dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

6.  ISKANDAR PUTERI 10 Dis. - Kejohanan sukan basikal antarabangsa dikenali sebagai Le Tour de Iskandar dengan hadiah keseluruhan bernilai RM850,000 akan dianjurkan di negeri ini pada tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa penganjur, Jaafar Hashim berkata, pertandingan yang mendapat pengiktirafan Kejohanan Berbasikal Antarabangsa (ICU) itu akan bermula pada 17 hingga 21 April 2019 itu.

7.  KUALA LUMPUR 10 Dis - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan kontrak empat jurulatih yang tamat hujung bulan ini tidak akan disambung. Mereka ialah jurulatih perseorangan lelaki, Sairul Amar Ayob; jurulatih beregu lelaki, Cheah Soon Kit; jurulatih perseorangan wanita, Rony Agustinus dan jurulatih beregu wanita, Lim Pek Siah.

8.  NAY PYI TAW 10 Dis - Atlet wushu, Khaw Jun Lim menamatkan pemburuan pingat emas negara di Sukan Universiti Asean (AUG) 2018 selepas dua hari temasya berlangsung apabila memenangi acara campuran dao shu dan gan shu, hari ini. Jun Lim yang juga pemenang 2 pingat emas di Kejohanan Wushu Universiti Dunia di Macau 2018 Ogos lalu mengumpul 9.62 mata (dao shu) dan 9.61 mata (gun shu).

9.  KUALA LUMPUR 10 Dis - Barisan kejurulatihan skuad negara harus mengakui kegagalan mereka membimbing Malaysia pada pentas Piala Dunia di Bhubaneswar, India. Demikian pandangan legenda hoki negara, Datuk Poon Foke Loke ketika diminta mengulas pencapaian Malaysian Tigers yang tersingkir awal pada edisi kali ini.

10.  BHUBANESWAR 10 Dis - Dengan barisan kejurulatihan bertaraf dunia, Malaysia masih gagal melangkah ke pusingan play-off saingan Piala Dunia tetapi ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ketua jurulatih skuad negara yang cukup terkenal di serata dunia, Roelant Oltmans segera dilantik oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) selepas malapetaka di Sukan Asia Jakarta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.504910 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list