CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164861|Reply: 401

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

  [Copy link]
Post time 31-10-2018 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by noraidil_06 at 31-10-2018 09:25 AM

*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*RABU 31 OKTOBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 22 SAFAR 1440 HIJRAH*

*live from kilang 100plus isotonik, Shah Alam*

*#pray4lionairJT610*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:30, SUBUH : 05:40, SYURUK : 06:55, ZOHOR : 13:00, ASAR : 16:19, MAGHRIB : 18:58, ISYAK : 20:09*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *KERAJAAN meluluskan pembelian 19 tambahan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi memenuhi permintaan pengguna perkhidmatan terbabit. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, gerabak tambahan ETS dijangka tiba pada September 2019 (sembilan set) dan September 2021 (10 set). “Ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memiliki 15 set ETS yang aktif untuk beroperasi.*

                 *JAWATANKUASA Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas bagi membincangkan penangguhan prosiding 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pihaknya menerima surat daripada Tommy pada 25 Oktober lalu yang memberi pandangan untuk menangguhkan prosiding berkaitan 1MDB secara ‘sine die’ (tanpa tarikh khusus).*

                 *TENAGA Nasional Berhad (TNB) menyediakan peruntukan sebanyak RM349 juta bagi melaksanakan 142 projek penambahbaikan sistem bekalan elektrik di Bandaraya Johor Bahru sehingga 2020.*

                 *SIASATAN terhadap kes cabul membabitkan seorang Ahli Parlimen di negeri ini hampir lengkap selepas 10 individu sudah dipanggil memberi keterangan termasuk individu terbabit. Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, pihaknya dijangka melengkapkan siasatan dalam tempoh terdekat sebelum merujuknya ke Bukit Aman.*

                 *BIMBANG dimarahi ibu bapanya, seorang kanak-kanak lelaki sanggup mereka-reka cerita mendakwa dirinya diculik hanya kerana dia pulang lambat selepas bermain basikal lajak di Puchong Permai, Subang Jaya, Ahad lalu.*

                 *SELEPAS 40 Ahli Parlimen UMNO dikatakan akan melompat menyertai Parti Pribumi Besatu Malaysia (BERSATU), kini Ahli Parlimen dari Kelantan pula dijangka akan berbuat demikian selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata, beberapa nama itu sudah ada namun tidak akan diumumkan buat masa ini.*

                 *BEKAS penyelia sebuah syarikat perumahan mengaku tidak bersalah terhadap 17 pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai RM922,500 di Mahkamah Sesyen Seremban, smlm.*

                 *“BELUM tiba masanya menjadikan rogol dalam perkahwinan sebagai kesalahan,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin. Katanya, perlakuan rogol dalam perkahwinan sukar dibuktikan di mahkamah, sekali gus membuatkannya tidak dilihat sebagai kesalahan buat masa ini.*

                 *“APA dosa anak saya diperlakukan sebegitu sehingga tidak sedarkan diri. Hanya disebabkan permintaan untuk menaikkan yuran asuhan tidak dipersetujui, anak saya menjadi mangsa dia melepaskan geram,” luah ibu bayi lelaki yang kini koma dipercayai didera pengasuh di Batu Kawa, di Kuching.*

                 *PENINGKATAN jumlah perniagaan baharu yang didaftarkan penuntut universiti menunjukkan bukti minat mereka dalam bidang keusahawanan, walaupun melanjutkan pelajaran dalam pelbagai jenis jurusan pengajian.*

                  *MESYUARAT Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju untuk menutup Akaun Amanah Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) pada 31 Disember ini, selepas tujuh bulan ditubuhkan.*

                 *CADANGAN menjadikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai kementerian memerlukan kajian mendalam dengan mengambil kira semua aspek berkaitan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, kajian bertujuan meneliti fungsi dan peranan JAKIM supaya selari dengan pembaharuan dilaksanakan kerajaan.*

                 *SPEAKER Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, membuat ketetapan Menteri atau Timbalan Menteri perlu hadir pada sesi soal jawab di Parlimen. Beliau berkata, Peraturan Mesyuarat 21 menetapkan sebarang pertanyaan perlu dijawab oleh menteri atau timbalan menteri bertanggungjawab.*

                 *SEORANG pensyarah Universiti Sains Malaysia ( USM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, smlm atas sembilan pertuduhan salah guna kuasa dan kedudukan bagi mendapatkan suapan dengan meluluskan syarikat milik adik kandungnya membekalkan pelbagai barangan di jabatan tempat dia bekerja.*

                 *GELAGAT tiga remaja lelaki yang melakukan aksi mengangkat tayar depan motosikal ditunggangnya bagi mempersendakan anggota polis memakan diri apabila ditahan, malam kelmarin. Dalam operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur pada 11 malam di Dataran Merdeka itu, tiga ‘mat rempit’ itu gagal melarikan diri.*

                 *Subang Jaya: Keputusan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) masih berada dalam peringkat kajian dan hanya diketahui dalam Bajet 2019 yang dibentangkan Jumaat ini. Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, pelaksanaan itu turut tertakluk kepada bajet terutama segala pembinaan yang akan diluluskan bergantung kepada keutamaan.*

                 *“SILA ambil tindakan terhadap siapa yang mendakwanya (dalam kes rasuah), jika beliau (Najib) boleh,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Itu ‘pelawaan’ Dr Mahathir kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung tuduhan dilemparkan bekas Presiden UMNO bahawa dakwaan terhadapnya berniat mahu membalas dendam.*

               

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2018 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI - 31/10/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Berselindung di sebalik syarikat agensi pelancongan dan mampu mengaut keuntungan hingga mencecah puluhan juta ringgit dengan menggodam sistem Program Pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) bagi mendapatkan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu melalui MyEG. Itu dilakukan satu sindiket yang didalangi lapan warga India serta seorang lelaki warga tempatan berusia 23 hingga 73 tahun dipercayai bergerak aktif sejak lapan tahun lalu.

2.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Cadangan untuk menjadikan Jakim sebagai sebuah kementerian memerlukan kajian yang mendalam. Menteri di JPM, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, ia perlu dilakukan bagi meneliti fungsi dan peranan Jakim dengan mengambil kira semua aspek diperlukan selari dengan pembaharuan yang sedang dan akan dijalankan kerajaan serta tidak mengetepikan bidang kuasa negeri.

3.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan harga baharu bagi perkhidmatan Gas Petronas Ke Rumah (GPHD) iaitu RM31 untuk 12 kilogram (kg) dan RM35 bagi 14kg. Harga lama bagi perkhidmatan itu adalah RM26 untuk 12kg dan RM29.80 untuk 14kg. PDB dalam surat pekeliling kepada semua wakil pengedar gas Petronas yang menjalankan perkhidmatan GPHD memaklumkan, perubahan struktur harga itu akan berkuat kuasa pada 1 November ini untuk Semenanjung Malaysia.

4.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Budaya UMNO tidak akan sesekali meresap ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) walaupun parti itu mengamalkan dasar terbuka dalam pengambilan anggotanya. Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan parti itu mempunyai dasar dan prinsipnya yang tersendiri yang harus dipegang setiap individu yang mahu menjadi anggota parti itu.

5.  JAKARTA 30 Okt. - Penyelam kembali diturunkan untuk mencari mangsa nahas Lion Air JT 610 di perairan Karawang, Jawa Barat pagi ini, selepas dihentikan sementara semalam ekoran jarak pandang yang terhad. “Seawa pukul 7 pagi dimulakan semula operasi mencari dan menyelamat mangsa,” kata Pengarah Operasi dan Menyelamat, Bambang Suryo Aji dilaporkan Detik.com.

6.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak terus mempertikai kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan terbaharu berhubung janji untuk pendidikan percuma. Kata Najib, dahulu mereka mengatakan kerajaan Barisan Nasional zalim terhadap anak muda hingga mereka galak melaungkan bakal melaksanakan pendidikan percuma dan menghapuskan PTPTN.

7.  ARAU 30 Okt. - Kadang-kala hendak beli barangan keperluan harian pun tidak mampu dengan pendapatan hanya RM10 sehingga RM15 sehari.Begitu rungutan golongan penoreh getah di Kg.  Katong di sini berikutan kejatuhan harga komoditi tersebut yang sekali gus memberi kesan kepada mereka.Malah terdapat dalam kalangan mereka yang terpaksa melakukan pekerjaan sampingan bagi membantu menambah pendapatan.

8.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Saling berbalas sindirian. Jika semalam bekas PM Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik mengenai pendidikan percuma, hari ini Dr. Maszlee pula membalas sindirian Najib. Dr. Maszlee menegaskan jika duit rakyat tidak digunakan untuk membeli barangan berjenama Bijan, beg tangan berjenama Hermes dan segala cincin berlian kepada isteri dan keluarga, pendidikan percuma boleh dikecapi hari ini.

9.  KUANTAN 30 Okt. - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas dituduh mencuri bekalan air terawat membabitkan nilai RM5,015.44 pada Mac hingga Mei lalu. Raja Gopal Muni Samy dan isterinya, Sumathi Ramasendherin yang masing-masing berusia 53 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

10.  JAKARTA 30 Okt. - Sehingga tengah malam tadi pelbagai usaha telah dijalankan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan badan pesawat Lion Air yang terhempas ke dalam laut di Karawang dekat sini. Pesawat Lion Air JT-610 berlepas Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Tangerang, Banten, sekitar pukul 06.10 WIB, sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Pangkal Pinang pukul 07.20 WIB.  

11.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Sejak Pakatan Harapan (PH) menerajui kerajaan, PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tuduhan dan dakwaan berlakunya rasuah membabitkan jentera kerajaan baharu tidak kerap berbanding pemerintah sebelum ini. Katanya, ia petanda baik bahawa mesej yang ditekankan kepada masyarakat untuk membasmi rasuah mula membuahkan kesan.

12.  PUTRAJAYA 30 Okt. - Seorang pegawai kanan polis bergelar Datuk yang ditahan reman bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah berjumlah lebih RM100,000 dibebaskan hari ini. Perintah tamat reman itu dikeluarkan oleh Majistret Joanne Tan Yin Ying dengan wang jaminan sebanyak RM5,000 bersama seorang penjamin.

13.  PUTRAJAYA 30 Okt.- Para penjawat awam termasuk Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) digesa berani tampil ke hadapan untuk memberikan nasihat betul kepada kerajaan apabila berhadapan konflik kepentingan. KSN, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar menegaskan, perkara itu demi memastikan agar perkhidmatan kepada rakyat dapat dijalankan dengan penuh amanah.

14.  PUTRAJAYA 30 Okt. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) komited untuk terus melakukan usaha penerangan dan bimbingan melalui seminar dan program dalam memberikan intervensi kerohanian kepada komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang ingin mendapatkan bimbingan, kata Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial dan Komuniti di Jakim, Dr. Izwan Yusof.

15.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Pengerusi PPBM (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan membawa masuk ahli-ahli UMNO ke dalam partinya itu tidak melibatkan unsur-unsur rasuah dan politik wang. "Jika anda mendapati berlaku rasuah, anda boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa, dan tindakan akan diambil," katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Antirasuah 2018 di sini hari ini.

16.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Buat pertama kalinya, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini bahawa beliau telah dipanggil lebih 12 kali oleh SPRM untuk memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan tanah di Wilayah Persekutuan. Tengku Adnan berkata, beliau telah tampil dan memberikan keterangan mengenai apa yang diketahuinya mengenai isu tersebut kepada SPRM .

17.  JOHOR BAHRU 30 Okt. - Seorang pegawai Imigresen negeri gred KP17 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada pengusaha feri, enam tahun lalu. Tertuduh, Mohd. Nazari Mohamed, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

18.  BUTTERWORTH 30 Okt. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 20 Disember depan bagi menjatuhkan hukuman ke atas seorang remaja yang mengaku bersalah meliwat rakannya minggu lalu. Remaja berusia 14 tahun itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM2,000 oleh Hakim Noor Aini Yusof dan bapa tertuduh  membayar wang jaminan.

19.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Datuk Seri Hasan Arifin menjelaskan dakwaan kononnya laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1MDB sebelum ini telah dipinda atas arahan pihak tertentu, tidak berlaku ketika beliau menjadi Pengerusi PAC. H asan bagaimanapun berkata, dakwaan Timbalan Pengerusi PAC , Wong Kah Woh semalam ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal RMK-11 itu kurang jelas.

20.  MELAKA 30 Okt. - Masyarakat perlu memperbetulkan persepsi masing-masing yang sering menganggap golongan warga emas tidak mampu untuk memberi sumbangan terhadap pembangunan komuniti. Pengerusi J/kuasa Wanita, Pembangunan Keluarga, Hal Ehwal Kebajikan dan Orang Asli negeri, Ginie Lim Siew Lin berkata, jelas sekali tanggapan itu merupakan satu perkara yang salah.

21.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Penangguhan dan pemberhentian projek penyelenggaraan oleh kerajaan Pakatan Harapan yang jelas memberi kesan kepada kontraktor bumiputera hanya bersifat sementara. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, perkara itu merupakan proses ke arah menstabilkan semula pentadbiran di mana kerajaa sedang dalam usaha untuk mengenal pasti kontrak-kontrak yang diberikan oleh pentadbiran terdahulu secara tidak telus.

22.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Buat pertama kali Facebook Najib Razak akan membuat siaran langsung atau 'live' bersama bekas PM Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam tempoh 37 minit hantaran di Facebook mengenai cadangan siaran langsung tersebut telah mendapat 10,000 reaksi dan dikongsi sebanyak 948 kali.

23.  KULAI 30 Okt. - PKR negeri hari ini menegaskan Pakatan Harapan (PH) tidak memerlukan pemimpin UMNO yang didakwa akan melompat parti masuk ke dalam parti berkenaan. Timbalan Pengerusinya, Jimmy Puah Wee Tse berkata, tindakan itu adalah melanggar prinsip dan mandat rakyat yang telah memilih PH untuk menjadi kerajaan pada hari ini.

24.  PUTRAJAYA 30 Okt.- Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) menggesa SPRM menyiasat dakwaan Tan Sri M. Kayveas bahawa sebanyak RM36 juta diberikan kepada parti itu tahun ini. Jurucakap MyPPP,  Datuk Dr. Loga Bala Mohan berkata, siasatan segera perlu dilakukan kerana Kayveas juga mendakwa wang yang diterima MyPPP itu mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

25.  KOTA BHARU 30 Okt. - Kelibat ADUN yang juga wakil rakyat tunggal Pakatan Harapan (PH), Mustapa Mohamed masih tidak kelihatan pada hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Menyedari banyak pihak tertanya-tanya, Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaa’kub mengumumkan Mustapa telah memohon untuk tidak menghadirkan diri kerana perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

26.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Kementerian Dalam Negeri mendedahkan mempunyai maklumat terkini mengenai di mana Low Taek Jho atau Jho Low berada. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya akan cuba mendapatkan kerjasama dengan pihak tertentu di negara yang disyaki Jho Low berada dalam usaha membawa pulang lelaki berkenaan.

27.  RASAH 30 Okt. - Seorang penyelia syarikat perumahan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas 17 pertuduhan pecah amanah bernilai hampir RM1 juta, dua tahun lalu. Tertuduh, Wong Tze Wei, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim G. Ramesh.

28.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Dua rakan masing-masing dihukum penjara 14 hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini sebentar tadi setelah mengaku bersalah mencuri beberapa helai seluar, baju dan makanan di sebuah pasar raya, Khamis lalu. Penganggur, Mohamad Razimi Amirul Mohd. Rahim, 20, dan pembantu gerai, Habib Basyar Mohd. Zaki, 24, didakwa melakukan kesalahan itu di Pasar raya Tesco Ampang dekat sini pada pukul 5.17 petang, 25 Oktober lalu.

29.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Gara-gara berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, seorang bakal penumpang pesawat Lion Air JT 610, Sony Setiawan terselamat daripada menjadi mangsa nahas. Sony yang bekerja sebagai pegawai di Kementerian Kewangan Pulau Belitung menangis kali pertama mendengar nasib enam rakannya yang turut sama menjadi mangsa korban.

30.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - KPKT menggesa kerajaan negeri menghantar senarai individu yang layak menerima rumah mampu milik di samping senarai tapak tanah untuk projek terbabit. Timbalan Menterinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan golongan sasaran menerima manfaat berkenaan, sekali gus dapat membantu meringankan bebanan mereka.

31.  KEPALA BATAS 30 Okt. - Seorang lelaki mendakwa menjadi mangsa liwat oleh seorang lelaki lain ketika berada di dalam lokap Pusat Tahanan Reman AADK Kampung Selamat dekat Tasek Gelugor Jumaat lalu. KPD Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 22 tahun sebelum menghantarnya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan.

32.  KUALA LUMPUR 30 Okt. – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien menafikan spekulasi kononnya beliau merupakan antara 40 ahli Parlimen UMNO yang dikatakan akan keluar parti dan menyertai PPBM (Bersatu). MP Sembrong mengulangi pendiriannya bahawa akan kekal setia dan tidak akan meninggalkan UMNO.

33.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Polis menahan seorang lelaki ketika meragut seorang wanita dalam satu kejadian berhampiran Sekolah La Salle, Jalan Gasing, Petaling Jaya dekat sini, pagi tadi. KPD Petaling Jaya, ACP Mohd. Zani Che Din berkata, kejadian berlaku semasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Petaling Jaya melalui jalan tersebut pada pukul 7.40 pagi.

34.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Lebih 10 pengamal media yang menunggu kehadiran seorang MP dari Perlis untuk memberikan keterangan berhubung kes cabul bawah umur hampa apabila kelibat individu tersebut tidak muncul. MP yang juga merupakan bekas menteri itu dikatakan akan hadir ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 10 pagi, namun sehingga pukul 3 petang masih tidak muncul.

35.  KEPALA BATAS 30 Okt. - Selama lebih tiga bulan, sepasang suami isteri yang menjalankan perniagaan juruhias pengantin mengaut untung dengan cara mudah menggunakan pakaian pengantin yang dicuri. Mereka bersama dua rakan dipercayai memecah masuk sebuah butik pengantin di Lorong Seri Merbau 1 dekat Sungai Dua Julai lalu dan melarikan pakaian pengantin yang dianggarkan bernilai RM16,000.

36.  KUALA LUMPUR 30 Okt.- KPDNHEP berhasrat memperluaskan program Food Bank Malaysia ke semua negeri sebagai langkah membantu golongan yang memerlukan. Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, menerusi program tersebut beberapa pihak termasuk pengurusan pasar raya serta pengusaha hotel akan mengumpulkan lebihan makanan yang masih elok untuk diagihkan kepada golongan sasaran.

37.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Walaupun sentiasa sibuk dalam memberikan khidmat kepada rakyat, tanggungjawab itu tidak menghalang ADUN Kota Anggerik, Mohd. Najwan Halimi untuk menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Mohd. Najwan, 33, graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Tadbir Urus Korporat) UPM berkata, kejayaan ini membuktikan keputusannya untuk menerima tawaran mewakili PKR pada PRU-14 Mei lalu adalah tepat walaupun pada masa sama sibuk dengan kuliah dan tugasan.

38.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - YDP Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof memutuskan bahawa menteri dan timbalan menteri perlu hadir bagi menjawab soalan yang dikemukakan kepada mereka ketika persidangan itu berlangsung. Keputusan itu dimaklumkan menerusi sidang Dewan Rakyat hari ini susulan ketiadaan wakil KDN untuk menjawab soalan lisan pada 25 Oktober lalu sehingga jawapan kepada soalan nombor 13 daripada Ali Biju (PH-Seratok) dijawab oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin mewakili KDN.

39.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) akan diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, walau bagaimanapun ia bakal dijenamakan semula dengan inisiatif dan fokus baharu yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

40.  GENTING HIGHLANDS 30 Okt. - Notis amaran mengenai larangan perbuatan yang berbahaya di stesen-stesen minyak bukanlah hiasan, sebaliknya perlu diberi perhatian serius supaya mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Pengarah KPDNHEP Pahang, Datuk Mark Ujin berkata, notis seperti larangan merokok, menggunakan telefon bimbit dan mematikan enjin kereta perlu diberi penekanan dalam kalangan rakyat Malaysia.

41.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - ‘Tiada siapa pun yang mampu menggantikanmu sayang.” Itu luahan Mhd. Husni Fadhil yang merupakan tunang kepada salah seorang pramugari pesawat Lion Air JT610, Mery Yulyanda yang terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat semalam menerusi satu status yang dimuat naik di akaun Instagramnya. Mereka bakal bernikah April depan tetapi takdir tidak memihak kepada ikatan yang terjalin selepas tunangnya itu maut dalam kejadian malang yang membabitkan pesawat jenis Boeing 737 Max 8 itu.

42.  KANGAR 30 Okt. - Siasatan terhadap seorang MP dari negeri ini yang disyaki mencabul seorang gadis bawah umur baru-baru ini, hampir selesai. Ketua Polis negeri, SAC Noor Mushar Mohd. berkata, setakat ini, pihaknya sudah merekodkan percakapan seramai 10 orang saksi termasuk Ahli Parlimen tersebut di Kuala Lumpur hari ini.

43.  PULAU PINANG 30 Okt. - Polis sudah mengambil keterangan seramai 40 individu setakat ini berhubung kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau, di sini 19 Oktober lalu. Ketua Polis negeri, Datuk Seri A. Thaiveegan berkata, mereka yang diambil keterangan merupakan ahli keluarga mangsa, pakar-pakar berkaitan dan pihak kontraktor.

44.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Seorang tukang kebun warga India mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan dan menyamar sebagai anggota polis, dua minggu lalu. Gurpreet Singh, 38, membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan yang didakwa dilakukan di sekitar Jalan Tun Perak di sini pada pukul 8 malam, 17 Oktober lalu selesai dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Dr. Gan Chee Keong.

45.  SEREMBAN 30 Okt. - Menteri Besar, Aminuddin Harun selamat menjalani pembedahan Jumaat lalu dan dijangka kembali bertugas dalam tempoh dua minggu. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Razali Ab. Malik berkata, ADUN Sikamat itu kini sedang berehat di Hospital Serdang, Selangor.

46.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Seorang banduan dihukum penjara empat tahun dan sebatan tiga kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan rompakan bersenjata terhadap dua buah kedai serbaneka di sekitar Sentul di sini, Julai lalu. Hakim Dr. Gan Chee Keong menjatuhkan hukuman itu selepas Siah Chee Ming, 43, mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat.

47.  KOTA BHARU 30 Okt. – Ketua Pembangkang, Datuk Md. Alwi Che Ahmad mencuit hati sidang DUN Kelantan apabila membangkitkan aktiviti rakyat yang menjadikan jalan di sepanjang Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) sebagai lokasi 'riadah'. Kekurangan taman rekreasi, terutama di bandar ini menyebabkan penduduk tidak mempunyai pilihan, selain membawa keluarga bersantai di tepi jalan dan menjadikan aktiviti menonton kapal terbang sebagai hiburan pada waktu petang.

48.  JOHOR BAHRU 30 Okt. - Kakitangan kerajaan negeri ini diingatkan untuk tidak bergiat aktif dalam politik secara terang-terangan seperti memegang jawatan dalam mana-mana parti politik. MB, Datuk Osman Sapian berkata, larangan itu berdasarkan garis panduan yang sedia ada.

49.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Seorang peniaga didenda RM300 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini gara-gara memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api untuk jualan sempena perayaan Deepavali minggu depan. M. Siva Kumar, 43, mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 54 jenis mercun dan bunga api kesemuanya disimpan di dalam kotak dan peket kecil di depan sebuah rumah di Lot 373, Jalan Besar, Tasik Permai dekat sini kira-kira pukul 9 malam, Jumaat lalu.

50.  KOTA BHARU 30 Okt. - ADUN Air Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed dapat memainkan peranan sebagai ‘jambatan’ di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pas Kelantan sekiranya diberikan kedudukan oleh PH. Timbalan MB , Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, namun sehingga kini peranan tersebut masih samar kerana Mustapa yang merupakan wakil tunggal PH dalam DUN tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti pemerintah itu.

51.  PUTRAJAYA 30 Okt. - Kesiapsiagaan dalam menghadapi monsun timur laut (MTL) yang bermula 27 Oktober lalu perlu dipandang serius oleh semua pihak termasuk agensi penyelamat dan penguatkuasaan. TPM , Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengendalian aset logistik semasa bencana amat kritikal yang mana memerlukan penyelarasan cekap agar aset berkenaan dapat dimanfaatkan semaksimum mungkin.

52.  SHAH ALAM 30 Okt.- Tindakan sebuah syarikat memproses produk susu tanpa kelulusan Logo Perakuan Kesihatan Veterinar (VHM), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) terbongkar apabila premis terletak di Kawasan Perindustrian Kundang, Rawang dekat sini diserbu PPDNHEP negeri pagi ini. Dalam serbuan pukul 11 pagi itu, tujuh pegawai daripada PPDNHEP negeri bersama pegawai JPV dari Selangor dan Putrajaya melakukan serbuan di premis yang memproses produk tenusu antaranya susu pelbagai jenis, yogurt dan keju.

53.  KUALA LUMPUR 30 Okt.- Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) kecewa dengan kejadian yang menimpa Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik minggu lalu sehingga menyebabkannya hampir tersungkur di lobi Parlimen selepas diserbu pengamal media. NUJ dalam satu kenyataan memberitahu, kesatuan sentiasa mengingatkan ahli-ahlinya agar mengutamakan keselamatan ketika mendapatkan bahan berita dalam apa keadaan sekalipun.

54.  KUALA LUMPUR 30 Okt. - Pemilihan PKR di seluruh negeri Melaka akan diadakan semula pada 11 November ini disebabkan kehilangan data pengundi. Menurut Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, pengundian semula itu hanya untuk mereka yang telah datang mengundi pada 20 Oktober lalu sahaja.

55.  KOTA BHARU 30 Okt. - Orang ramai dijemput hadir ke majlis jamuan laksa mengisi dana membina bangunan baharu Masjid Al Mukminin Sri Cemerlang di pekarangan pejabat Nukima Sdn Bhd di sini pada Jumaat ini dari pukul 12 tengah hari hingga 5.30 petang. Pengerusi j/kuasa masjid, Datuk Norzakiman Othman berkata, tidak ramai mengetahui bahawa di sebalik 20 unit rumah setinggan yang hangus terbakar di Jalan Sri Cemerlang di sini pada 29 September lalu wujudnya masjid lama berusia 40 tahun itu yang terselamat.

56.  PUTRAJAYA 30 Okt - Cuti bagi anggota keselamatan dan penyelamat membabitkan pelbagai agensi dibekukan selama dua bulan mulai bulan depan sebagai persiapan menghadapi banjir. TPM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata arahan pembekuan cuti itu dikeluarkan sebagai langkah siap siaga berikutan beberapa negeri di Pantai Timur mula menerima taburan hujan yang tinggi susulan ketibaan Monsun Timur Laut.

57.  KUANTAN 30 Okt - Sindiket Macau Scam dikesan menggunakan modus operandi baharu dengan menyamar sebagai kakitangan Telekom Malaysia (TM).  Sebelum ini, sindiket berkenaan sering menyamar sebagai pegawai polis, pegawai bank dan wakil mahkamah untuk memerangkap mangsa. Dalam kejadian terbaharu, seorang pembantu perawatan kesihatan berusia 40 tahun di sini terpaksa menanggung kerugian sehingga RM5,050 selepas diperdaya sindiket berkenaan, Ahad lalu.

58.  KUALA LUMPUR 30 Okt - Ketuanan Melayu dilihat sebagai elemen Melayu di dalam Perlembagaan dan bukannya menidakkan hak kaum lain sebagai warganegara Malaysia. Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Nizham Abdullah Hamidi, berkata ahli sejarah menjelaskan istilah ketuanan dari sudut bahasa dan budaya mengenai kaitan asal-usul negara ini dengan raja-raja Melayu.

59.  KUALA LUMPUR 30 Okt - Kerajaan membelanjakan RM20.57 juta bagi membaik pulih 446 sekolah di seluruh negara yang rosak akibat banjir dan ribut sejak Januari lalu hingga bulan ini. Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata proses membaik pulih sekolah terbabit penting bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) tidak terganggu.

60.  KUALA LUMPUR 30 Okt - Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Malaysia Airlines Berhad (MAB) untuk membatalkan saman kecuaian dikemukakan terhadapnya oleh 76 waris kepada 32 penumpang pesawat MH370. Hakim Azizul Azmi Adnan membenarkan permohonan MAB selaku defendan kedua yang diwakili peguam Logan Sabapathy dan Sanjeev Kumar. Azizul Azmi bagaimanapun berkata, beliau hanya akan memberikan alasan penghakiman jika waris keluarga berhasrat untuk mengemukakan rayuan.

BERITA SUKAN:

1.  KUALA NERUS 30 Okt. - Kerajaan negeri akan memutuskan esok sama ada Terengganu FC I (TFCI) turut layak menerima insentif tertentu meskipun gagal membawa pulang Piala Malaysia dalam final di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu akan dibincang terlebih dahulu dalam mesyuarat mingguan Exco di Kuala Lumpur esok.

2.  MADRID, Sepanyol 30 Okt. - Santiago Solari dilantik sebagai pengendali sementara Real Madrid selepas kelab gergasi Sepanyol itu mengumumkan pemecatan Julen Lopetegui awal pagi tadi. Solari yang merupakan jurulatih skuad Real Madrid B, Castilla akan memulakan tugas pertamanya berdepan Melilla pada aksi Copa del Rey Rabu ini. Ini merupakan lima fakta mengenai bekas pemain Real dan Inter Milan tersebut.

3.  MANCHESTER 30 Okt. - Pasukan bola sepak remaja Thailand yang mencetuskan kegemparan selepas terperangkap dalam gua bawah tanah selama lebih dua minggu di Chiang Rai, utara Thailand Jun lalu diraikan kelab gergasi Inggeris, Manchester United. Sabtu lalu, kesemua 12 pemain kelab Wild Boars berkenaan berpeluang bertemu pengurus United, Jose Mourinho dan pasukan utama sebelum menjadi tetamu kehormat bagi menyaksikan aksi Liga Perdana Inggeris Red Devils menentang Everton di Old Trafford.

4.  LONDON 30 Okt. - Tom Meighan yang merupakan vokalis kumpulan rock terkemuka British, Kasabian antara penyokong terkenal Leicester hadir ke Stadium King Power untuk memberikan penghormatan kepada pemiliknya, Vichai Srivaddhanaprabha. Srivaddhanaprabha bersama empat lagi penumpang maut dalam satu kemalangan selepas helikopter yang dinaiki mereka terhempas di luar stadium setelah menyaksikan perlawanan Leicester menentang West Ham yang berkesudahan seri 1-1, Sabtu lalu.

5.  LONDON 30 Okt. - Bintang Manchester City, Riyad Mahrez mendedikasikan jaringan yang dilakukannya ketika menumpaskan Tottenham 1-0 kepada Vichai Srivaddhanaprabha selepas pemilik Leicester City itu terlibat dalam kemalangan yang memilukan. Vichai meninggal dunia selepas helikopter yang dinaikinya terhempas sejurus selepas meninggalkan Stadium King Power setelah hadir menyaksikan perlawanan di antara kelabnya menentang West Ham, Sabtu lalu.

6.  MILAN 30 Okt. - Mauro Icardi meledak dua gol pada setiap babak untuk membantu Inter Milan menewaskan Lazio 3-0 sekali gus mengatasi Napoli untuk menduduki tempat kedua dalam Serie A di belakang pendahulu, Juventus. Kapten Inter, Icardi menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-28 sebelum Marcelo Brozovic menggandakan jaringan empat minit sebelum rehat.

7.  MADRID 30 Okt. - Hanya dalam tempoh beberapa bulan sahaja, Julen Lopetegui telah kehilangan dua kerja berprofil tinggi dalam bidang kejurulatihan di dunia. Lopetegui secara rasmi dipecat oleh Real Madrid semalam, kurang lima bulan selepas dia dibuang oleh Sepanyol sebelum berlangsungnya Piala Dunia berikutan tidak memberitahu badan induk bola sepak negara itu bahawa dia telah menerima tawaran di Madrid.

8.  KAJANG 30 Okt - Penyerang berpengalaman Norshahrul Idlan Talaha berharap penampilan terakhir di pentas Piala AFF 2018 bakal berakhir dengan kejayaan. Pemain berusia 32 tahun itu yang mengumumkan tidak akan beraksi lagi di kejohanan AFF pada edisi akan datang berkata, dia akan cuba melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan pada penyertaan kelimanya sejak 2010.

9.  PARIS 30 Okt - Roger Federer bersedia memburu gelaran ke-100 ATP di Paris Masters minggu ini dengan penganjur sudah mengumumkan ketibaan legenda Switzerland itu hari ini. Ia juga adalah kali pertama dalam tempoh tiga tahun menyaksikan pemenang 20 gelaran Grand Slam itu membuat penampilan semula di acara terakhir Masters berkenaan.

10.  KUALA LUMPUR: Hafizh Syahrin Abdullah nyata tidak sabar untuk beraksi pada penampilan pertamanya dalam saingan MotoGP di Grand Prix Motosikal Malaysia bermula Jumaat ini. Pelumba Monster Yamaha Tech3 itu menikmati minggu yang positif di Australia minggu lalu sebelum terjatuh ketika perlumbaan sebenar ketika berada di kedudukan kelapan. Dia beraksi dengan baik apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-10 di Motegi hujung bulan lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq abam KJ sudi kembali mewarnai dunia CI.
SUDILAH kiranya hari2 bg garapan.
Luv u
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2018 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 31-10-2018 08:36 AM
Tq abam KJ sudi kembali mewarnai dunia CI.
SUDILAH kiranya hari2 bg garapan.
Luv u

Baiklah. Tq.
Sat lagi sambung lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 08:44 AM | Show all posts
kiranya benang ni summary berita2 di negara ke noq?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2018 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
JoyahVegas replied at 31-10-2018 08:44 AM
kiranya benang ni summary berita2 di negara ke noq?

Iya nyah. Selit2 sikit berita serantau sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2018 09:00 AM | Show all posts
JoyahVegas replied at 31-10-2018 08:44 AM
kiranya benang ni summary berita2 di negara ke noq?

Ye noks.
Nanti iols edit utk mudahkan pembacaan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 09:03 AM | Show all posts
Pebende nih ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2018 09:20 AM | Show all posts
Syd replied at 31-10-2018 08:59 AM
Iya nyah. Selit2 sikit berita serantau sekali

curlast  kau nyah,  ahkak suker yahamat!
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 09:21 AM | Show all posts
noraidil_06 replied at 31-10-2018 09:00 AM
Ye noks.
Nanti iols edit utk mudahkan pembacaan.

TQ noq, ahkak suker, ala2 all in one sebegitu khuenn?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 09:26 AM | Show all posts
Edited by noraidil_06 at 31-10-2018 09:28 AM

*PEMIMPIN kanan Pakatan Harapan (PH) memberi bayangan ada Ahli Parlimen UMNO dari Pantai Timur, selain Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menyertai parti itu dalam masa terdekat.*

                 *TINDAKAN lelaki mengugut mahu membunuh kakak iparnya menggunakan kayu dan batu akibat perselisihan faham antara keluarga mengundang padah apabila dia ditahan polis, semalam. Dalam kejadian 9.35 pagi itu, suspek berusia 31 tahun itu pada mulanya bertengkar dengan abangnya di Kampung Baru Selarong Panjang, Karangan, dekat Kulim, sebelum dia kemudian menyerang pula kakak iparnya berusia 30-an dan mengugut ingin membunuh mangsa.*

                 *DATUK Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (UMNO-Putrajaya) mengakui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggilnya lebih 12 kali berhubung isu penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu membuat pendedahan berkenaan susulan kekecohan berkaitan isu terbabit pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, smlm.*

                 *MEKANIK dipenjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, manakala dua rakan bawah umur ditahan di Sekolah Henry Gurney, Melaka, sehingga mencapai umur 21 tahun smlm, atas kesalahan merogol gadis bawah umur.*

                 *REMAJA lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan meliwat pembantu kedai dalam tandas di pusat sukan di Mak Mandin, 18 Oktober lalu. Tertuduh yang berusia 14 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noor Aini Yusof dalam perbicaraan yang dijalankan secara tertutup.*

                 *JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Pendang mengesan ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri kepada seorang suri rumah, Mei lalu. Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pendang, Nor Akmal Jamaluddin berkata, dalam kejadian jam 11.30 pagi 20 Mei lalu, ibu kepada kanak-kanak itu datang ke rumah Norhayati Khamis, 51, di Kampung Panjang, Bukit Jenun, Pendang.*

                 *SINDIKET Macau Scam dikesan menggunakan modus operandi baharu apabila kini menyamar sebagai kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM). Seelum ini, sindiket itu sering menyamar sebagai pegawai polis, pegawai bank dan wakil mahkamah untuk memerangkap mangsa.*

                 *PEGAWAI kanan polis bergelar Datuk dibebaskan hari ini selepas tamat tempoh reman bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan lebih RM100,000. Majistret Joanne Tan Xin Ying membenarkan pegawai kanan berusia 56 tahun berpangkat Senior Asisten Komisioner itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) RM5,000 dengan seorang penjamin.*

                 *KERAJAAN akan terus mencari dan mengheret lebih ramai ‘jerung besar’ yang terbabit dengan rasuah pada zaman pentadbiran kerajaan terdahulu. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia bukan kerja mudah kerana memerlukan bukti untuk mengheret mereka muka keadilan.*

                 *Klang: Tujuh tukang urut warga asing yang sedang leka melayan pelanggan mereka di dua premis di Taman Bayu Tinggi di sini, terkedu apabila menerima ‘kunjungan’ polis, malam kelmarin. Difahamkan, lima wanita berusia 20 hingga 45 tahun itu didapati sedang melakukan urutan manakala selebihnya menunggu kehadiran pelanggan.*

                 *PASANGAN kekasih yang juga penagih ditahan anggota polis yang sedang membuat rondaan di Kulim selepas didapati memiliki dadah jenis ‘yaba’ dan heroin, semalam. Dalam kejadian 11 pagi itu, anggota polis yang sedang membuat rondaan menyedari kereta dinaiki lelaki berusia 37 tahun dan wanita berusia 23 tahun dalam keadaan mencurigakan di Jalan Kampung Syed Sheh, Kilang Lama, di sini.*

                 *TUN Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak membuat sebarang perjanjian berunsur wang dengan pemimpin UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kerana mereka adalah 'penjenayah'. Perdana Menteri berkata, beliau mengalu-alukan laporan kepada pihak berkuasa jika ada pihak mendakwa menjumpai bukti bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) merasuah pemimpin UMNO terbabit.*

                 *Putrajaya: Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 November ini perlu terus memberi keutamaan kepada tiga sektor penting iaitu kesihatan, pendidikan dan pertahanan.*

                 *Putrajaya: Dalam usaha memartabatkan kerjaya guru, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap bajet 2019 dapat menambah lebih kemudahan dan peruntukan tambahan. Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak berkata, bonus perlu diberikan kepada guru sebagai motivasi buat mereka.*

                 *SELEPAS lebih tiga bulan meraih pendapatan dengan menyewa pakaian pengantin yang dicuri, empat suspek diberkas polis dalam tiga serbuan berasingan di Seberang Jaya, Bayan Baru dan Taman Merbau, dekat Kepala Batas, semalam.*

                 *Kuala Lumpur: Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) merayu kepada kerajaan supaya mengekalkan elaun sara hidup nelayan (ESHN) kerana majoriti nelayan di Malaysia masih hidup di bawah paras kemiskinan. Desakan NEKMAT itu mewakili 48,141 nelayan di seluruh negara menjelang Bajet 2019, Jumaat ini.*

            

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 09:28 AM | Show all posts
Edited by noraidil_06 at 31-10-2018 09:29 AM

sambungan


*SEANTERO BENUA*
================
  

           *JAKARTA: Syarikat insurans milik kerajaan, Jasa Raharja memberi jaminan, semua penumpang yang menaiki pesawat malang Lion Air JT610 atau waris terdekat akan diberi pampasan mengikut undang-undang sedia ada dan peraturan Kementerian Kewangan 2017.*
         *”Jasa Raharja bersedia memberi pampasan sebanyak Rp 50 juta (RM13,733.94) untuk mangsa yang maut manakala Rp 25 juta (RM6,866.97) untuk menampung kos hospital mangsa yang cedera,” kata pengarah syarikat, Budi Rahardjo dalam satu kenyataan dipetik laman web Jakarta Post semalam.*

             *SAO PAULO: Mayat seorang pemain bola sepak Brazil ditemui dalam belukar dengan kepalanya hampir putus manakala kemaluannya dipotong Sabtu lalu, lapor media tempatan.*
          *Mayat bintang Sao Paulo, Daniel Correa Freitas, 24, itu ditemui orang ramai di Sao Jose dos Pinhais, Parana, selatan Brazil oleh orang awam yang kebetulan lalu di situ.*
         *Punca kematian rasminya tidak didedahkan namun akhbar tempatan, Band B melaporkan, Freitas diseksa.*
               *Anggota polis memberitahu akhbar itu: “Mayatnya menunjukkan tanda diperlakukan ganas.*

           *PESAWAT Boeing 737 MAX milik Lion Air yang terhempas di perairan Indonesia pagi semalam terbang dalam keadaan terhuyung-hayang ketika penerbangan Denpasar-Jakarta, malam sebelumnya akibat masalah teknikal.*
          *Menurut laman web pengesan penerbangan FlightRadar24, pesawat berlepas dalam keadaan tidak stabil apabila ia menurun 875 kaki (267) dalam tempoh 27 saat, sedangkan ia sepatutnya menaik.*
           *Bagaimanapun, juruterbang berjaya mengawal pesawat dan meneruskan perjalanan ke Jakarta.*

          *RAMALLAH : Banduan Palestin mengakhiri mogok lapar semalam selepas mahkamah tentera Israel menjatuhkan hukuman penjara selama setahun, kata isterinya.*
            *Khader Adnan berada dalam tahanan sejak Disember lalu dan hukuman itu bermakna beliau dijangka dibebaskan dalam tempoh dua bulan lagi.*
            *Adnan memulakan mogok lapar awal September lalu bagi membantah penahanannya dan dijatuhkan hukuman penjara selama setahun semalam, kata peguam dan isteri lelaki berkenaan.*

          *WELLINGTON: Gempa bumi dengan kekuatan 6.2 magnitud menggegarkan bahagian utara New Zealand hari ini, ketika pasangan diraja Britain, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle sedang mengadakan kunjungan rasmi.*
              *Gegaran akibat gempa bumi itu turut dirasai di Wellington, ketika Parlimen sedang bersidang hingga mendorong penggubal undang-undang menghentikan perbincangan, lalu berlindung sebagai langkah berjaga-jaga.*
              *Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan diterima dan gempa bumi itu dipercayai tidak dirasai di Auckland, iaitu lokasi kunjungan pasangan Duke dan Duchess of Sussex.*

           *NAPLES (ITALI): Seekor anjing polis kini diburu keluarga mafia di Itali dengan ganjaran ribuan euro kerana menyebabkan kerugian jutaan dolar apabila berjaya menemui lebih dua tan dadah milik mereka.*
            *Anjing bernama Poncho, baka Jack Russell terrier berusia sembilan tahun itu, ‘anggota’ polis di Naples dan kini keluarga Camorra - antara organisasi jenayah tertua dan terbesar Itali - menawarkan ganjaran 5,000 euro (RM24,000) untuk pembunuhannya, lapor The Times.*
        *Poncho diberi namanya sempena gelaran untuk bekas pemain bola sepak Naples, Ezequiel Lavezzi yang bermaksud ‘Si Debab.’*

          *London: Tawa dan nyanyian budak perempuan yang ketika ke hospital di sini, untuk pemeriksaan kini menjadi kenangan kepada ibu bapanya apabila remaja itu meninggal dunia selepas diberi suntikan bius untuk menjalani imbasan MRI.*
           *Ibu bapa remaja berusia 14 tahun itu, Sarah dan Nathan, terkejut selepas pihak hospital memberitahu anak mereka, Alice Sloman, meninggal dunia ketika proses imbasan di Hospital Torbay, England.*
          *Alice yang sering sakit kepala, menjalani imbasan itu pada 16 Oktober lalu, kerana doktor mengesyaki ada air di dalam otaknya.*

          *Pittsburgh: Masyarakat Islam - Amerika turut menyertai kempen mengumpul sumbangan untuk mangsa serangan rumah ibadat Yahudi yang menyebabkan 11 terbunuh dan sudah berjaya mengumpul lebih AS$43,000 (RM179,600).*
         *Kempen di laman web mengumpul dana umat Islam, LaunchGood, bertujuan membantu mangsa kejadian berkenaan, sama ada yang cedera atau keluarga mereka yang terbunuh.*
          *Menurut Aljazeera, penceramah Tarek El-Messidi yang juga pengasas CelebrateMercy melancarkan kempen berkenaan yang pada asalnya mensasarkan AS$25,000 (RM104,425) dalam tempoh 10 hari, namun jumlah itu berjaya dikumpul hanya dalam masa enam jam.*

         

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 09:30 AM | Show all posts
Edited by noraidil_06 at 31-10-2018 09:32 AM

*LONDON : Siasatan menyeluruh ke atas eksploitasi seksual membabitkan kanak-kanak di sebuah pekan di utara England membawa kepada sabitan jenayah tujuh lelaki yang menjadikan remaja perempuan sebagai sasaran.*
           *Kesemua anggota kumpulan jenayah itu disabitkan dengan pelbagai kesalahan termasuk, serangan tidak bermoral dan mengurung amai gadis muda di Rotherham.*
           *Seorang daripada mangsa memberitahu Mahkamah Sheffield Crown bagaimana dia mengadakan hubungan seks dengan sekurang-kurangnya 100 lelaki dari etnik Asia Selatan menjelang usia 16 tahun.*

           *Tokyo: Puteri Jepun, Ayako, melepaskan taraf kerabat diraja untuk berkahwin dengan rakyat biasa, Kei Moriya, semalam.*
             *Majlis perkahwinan mereka secara tradisional diadakan di Kuil Meiji, di sini.*
            *Ayako menjadi kerabat diraja terbaharu melepaskan statusnya itu untuk memilih kehidupan sebagai rakyat biasa.*
          *Puteri berusia 28 tahun itu, anak perempuan ketiga mendiang sepupu Maharaja Akihito, Putera Takamado, berkahwin dengan Moriya, 32, seorang kakitangan syarikat perkapalan Nippon Yusen.*



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 09:33 AM | Show all posts
*TULAR / POPULAR*
================


          *KUALA TERENGGANU: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) menafikan dakwaan mendesak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengadakan semula perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu FC (TFC) dan Perak.*
             *Setiausaha Agungnya, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil berkata, isu itu tidak disentuh atau dibincangkan dalam mesyuarat penyediaan pasukan tahun depan yang diadakan di pejabat PBSNT, petang semalam.*
               *Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan yang tular menyatakan PBSNT memutuskan mendesak FAM supaya mengadakan perlawanan semula Piala Malaysia membabitkan TFC dan Perak.*

           *PARIT BUNTAR:"Saya terlalu teruja dan tiada niat untuk menjatuhkan martabat dan keunggulan trofi bola sepak kebangsaan," kata Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, smlm.*
           *Hasnul berkata demikian sebagai mengulas gambarnya bersama trofi Piala Malaysia di tepi kolam renang yang tular dan mendapat kecaman hebat dari netizen dan peminat bola sepak termasuk peminat serta beberapa bekas pemain pasukan Perak sendiri.*
          *Beliau yang juga EXCO kerajaan negeri memohon maaf secara terbuka melalui sidang media di sini hari ini dan berjanji akan memadam semua status berkenaan dalam media sosial miliknya.*

          *PERBELANJAAN utiliti dan segala keperluan Masjid Al-Muktafi Billah Shah (MAMBS) yang mencecah RM1 juta setahun mendorong pengurusan masjid yang terletak di Kampung Ladang, Kuala Terengganu menjalankan perniagaan Kafe Bas.*
               *Trak makanan berkonsep membeli sambil menderma itu menyediakan pelbagai makanan dan minuman termasuk nasi minyak, nasi dagang, nasi lemak dan kuih tradisional Terengganu.*
           *Beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari, Kafe Bas mampu menjana pendapatan sebanyak RM1,000 sehari dan keuntungan diperoleh akan disalurkan sepenuhnya ke tabung masjid.*

           *TINDAKAN syarikat menjual produk tenusu menggunakan logo Perakuan Kesihatan Veterinar (VHM) tidak sah sejak tahun lalu mengundang padah apabila kilang syarikat itu diserbu pihak berkuasa di sekitar Kundang, Rawang, smlm.*
           *Difahamkan, syarikat diusahakan gabungan peniaga tempatan dan warga asing itu menjual pelbagai produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt berharga antara RM2 hingga RM6 setiap satu.*
          *Bagaimanapun, syarikat itu tidak pernah membuat permohonan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk mendapatkan kelulusan menggunakan logo VHM terbabit.*

         *MOSCOW: Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas mukanya dicakar singa sarkas, pada pertunjukan dikhaskan untuk kanak-kanak, kata pegawai, smlm.*
                *Kejadian berlaku semalam disiasat Jawatankuasa Siasatan.*
               *Kejadian berlaku pada pertunjukan sarkas di kampung Uspenskoye di wilayah Krasnodar, 1,250 kilometer ke selatan Moscow.*
           *Rakaman amatur yg tular di televisyen menunjukkan haiwan liar itu yang dikawal penjinak singa, tiba-tiba menerkam mangsa.*
                 

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 09:34 AM | Show all posts
sambungan..
*CERITERA ATLET*
================


          *PARIS: Roger Federer bersedia memburu gelaran ke-100 ATP di Paris Masters minggu ini dengan penganjur sudah mengumumkan ketibaan legenda Switzerland itu smlm.*
            *Ia juga adalah kali pertama dalam tempoh tiga tahun menyaksikan pemenang 20 gelaran Grand Slam itu membuat penampilan semula di acara terakhir Masters berkenaan.*
            *Bintang Switzerland berusia 37 tahun itu masih segar dengan kejayaan memenangi gelaran ke-99 di Basel minggu lalu, namun tidak beraksi di Paris sejak tahun 2015 berikutan masalah kecederaan dan jadual padat.*

           *LONDON: Leicester City menimbangkan untuk menamakan semula stadium mereka sempena nama Vichai Srivaddhanaprabha, menurut sumber dalaman kelab.*
             *Vichai berusia 60 tahun antara lima orang yang terbunuh dalam nahas helikopter di luar Stadium King Power selepas tamat perlawanan menentang West Ham yang berkesudahan 1-1 pada Sabtu lalu.*
           *Dua petugas Vichai, Nursara Suknamai dan Kaveporn Punpare turut terbunuh bersama juruterbang Eric Swaffer dan pembantunya Izabela Roza Lechowicz.*

          *KUALA LUMPUR: Hafizh Syahrin Abdullah nyata tidak sabar untuk beraksi pada penampilan pertamanya dalam saingan MotoGP di Grand Prix Motosikal Malaysia bermula Jumaat ini.*
           *Pelumba Monster Yamaha Tech3 itu menikmati minggu yang positif di Australia minggu lalu sebelum terjatuh ketika perlumbaan sebenar ketika berada di kedudukan kelapan.*
            *Dia beraksi dengan baik apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-10 di Motegi hujung bulan lalu.*
            *Hafizh yang melakar sejarah muncul pelumba pertama beraksi di kelas tertinggi itu, bersemangat untuk mempamer aksi terbaik di Sepang sekali gus meneruskan persaingan untuk memburu gelaran pelumba baru terbaik bersama pelumba Itali, Franco Morbidelli.*

           *KUALA LUMPUR: Biarpun prestasi Adam Norrodin dilihat ada naik dan turunnya sejak beberapa musim ini namun semangat juang pelumba Moto3 negara itu amat tinggi menjelangGP Malaysia yang bermula Jumaat ini.*
             *Pada awal penyertaan dalam kancah Moto3 di Grand Prix (GP) Argentina 2016, Adam menunjukkan semangat mendalam dengan dirinya menolak jentera ke garisan penamat selepas terjatuh pada pusingan terakhir perlumbaan - penampilan keduanya dalam Kejuaraan Motosikal Dunia - dan sehingga kini menjadi memori yang sukar dilupakan peminat sukan permotoran negara.*

           *KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara, Tan Wee Kiong mengakui teruja untuk bergelar bapa selepas isterinya, Chia Shi Leng disahkan hamil dan dijangka melahirkan cahaya mata sulung mereka pada Mac depan.*
           *Bagaimanapun, dalam masa yang sama Wee Kiong mengakui tanggungjawabnya semakin besar apabila perlu menggalas tugas sebagai suami, bapa dan pemain badminton negara.*
         *Wee Kiong menamatkan zaman bujangnya apabila mendaftarkan perkahwinannya bersama Shi Leng pada 12 Oktober 2016.*

          *KUALA TERENGGANU: Bekas 'orang besi' skuad Kuala Lumpur, Mat Zan Mat Aris, membidas mutu pengadilan perlawanan akhir Piala Malaysia 2018, Suresh Jayamaran yang disifatkan gagal menggalas tugas dengan berkesan.*
            *Malah bekas jurulatih yang membawa Terengganu menjulang Piala Malaysia buat kali pertama pada 2001 turut menyifatkan pengadil itu tidak layak mengadili aksi penting yang berprestij itu.*
             *Mat Zan berkata, kemuncak kesilapan dilakukan pengadil itu apabila 'membenarkan' penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy berada dalamgarisan gol sebelum bola disepak pemain Terengganu FC (TFC) dalam aksi final itu di Shah Alam, Sabtu lalu.*

          *KAJANG: Penyerang berpengalaman Norshahrul Idlan Talaha berharap penampilan terakhir di pentas Piala AFF 2018 bakal berakhir dengan kejayaan.*
              *Pemain berusia 32 tahun itu yang mengumumkan tidak akan beraksi lagi di kejohanan AFF pada edisi akan datang berkata, dia akan cuba melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan pada penyertaan kelimanya sejak 2010.*
              *”Saya harap ini akan menjadi Piala AFF terakhir, jadi saya mahu mnamatkannya dengan sesuatu yang manis,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan smlm.*

*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2018 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel kucing tu main dgn otomen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2018 01:17 PM | Show all posts
Awani @ Twitter:

Perak cadang permudah urusan poligami

http://www.astroawani.com/berita ... san-poligami-189737

Asmuni Awi berkata di bawah peruntukan sedia ada, mahkamah terikat untuk membuat sebarang keputusan selagi isteri pertama tidak hadir ke mahkamah memberikan penjelasan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2018 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syd at 31-10-2018 01:27 PM

Awani @ Twitter:
Rogol anak saudara di kebun durian, peniaga dihukum penjara

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rogol-anak-saudara-di-kebun-durian-peniaga-dihukum-penjara-189723

Seorang peniaga dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu setelah mengaku salah merogol anak saudaranya, empat tahun lalu.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2018 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan disebabkan masalah peribadi

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/492653/kes-anggota-polis-ditemui-mati-dengan-kesan-tembakan-disebabkan-masalah

BATU GAJAH: Anggota polis berpangkat Lans Koperal yang ditemui mati dengan kesan tembakan berhampiran kediaman anggota di Balai Polis Pekan Baru, Ipoh, Rabu lalu, dipercayai berpunca daripada masalah peribadi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2018 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syd at 31-10-2018 01:26 PM

Lima lanun bersaudara tidak mengaku salah atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata api di perairan Rompin.

http://www.kosmo.com.my/negara/l ... kena-dakwa-1.778497


KUANTAN - Lima lanun bersaudara tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata api di perairan Rompin pada 24 Oktober lalu.

Semua tertuduh terdiri daripada tiga beradik lelaki iaitu seorang guru, Muhammad Aminruddin Kamal Bashah, 36, bersama adiknya, Muhammad Nor Adnan Shah, 29, yang merupakan kakitangan sebuah badan berkanun.



Dituduh bersama dalam pertuduhan itu ialah abang mereka, Muhmmad Rezal, 39, yang merupakan pegawai Maritim Malaysia (APMM).
Turut dituduh bersama tiga beradik itu ialah dua beranak, Muhammad Shuhaimi Abdullah, 20, dan bapanya, Abdullah Saat, 56, yang merupakan nelayan pantai.
Menurut kertas pertuduhan, mereka berlima dituduh secara bersama melakukan rompakan bersenjata sepucuk pistol untuk melarikan satu tan sotong di atas sebuah bot nelayan di perairan Rompin pada pukul 3.14 pagi, 24 Oktober lalu.
Pertuduhan tersebut dibacakan ke atas mereka mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Akhbar pada 27 Oktober lalu melaporkan lima lelaki ditahan selepas disyaki terlibat kes rompakan bersenjatakan pistol dan melarikan satu tan sotong dari atas sebuah bot nelayan yang dikendalikan seorang warganegara Vietnam di perairan Rompin.
Sejurus pertuduhan bagi kes tersebut dibacakan, Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd. Nazari menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Peguam mewakili kelima-lima tertuduh, Anwar Ab. Raof serta Mohd. Faizal Hiqram Azmi bagaimanapun memohon supaya mahkamah menetapkan kadar jaminan lebih rendah.
Sejurus mendengar pertuduhan serta rayuan peguam, Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan nilai jaminan RM8,000 ke atas setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan 5 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes. - K! ONLINE


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.954973 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list