CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

  [Copy link]
 Author| Post time 3-9-2019 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SELSA 3ETEBE 2019 ASHI ERSAAAN 3 UHARRM 1441 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0541
*SUBUH* : 0551
*SYURUK* : 0706
*ZOHOR* : 1315
*ASAR* : 1623
*MAGHRIB* : 1920
*ISYAK* : 2029


*artikel disiarkan pada tarikh 2sept*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *“MEMANG saya rancang nak buat ‘suprise’ (kejutan), tapi dia yang ‘suprisekan, saya dahulu dengan berita kematiannya,” kata suri rumah, Hidayah Mohd Mokhtar, 27. Ibu kepada empat anak berusia sembilan hingga setahun itu berkongsi kisah pilu kehilangan suaminya, Muhamad Saiful Mohd Jemain, 31, yang maut dalam kemalangan jalan raya, pagi semalam. Paling menyayat hati, sambutan ulang tahun kelahiran Muhamad Saiful yang dirancang semalam (1 September), tidak menjadi nyata apabila ia bertukar majlis tahlil untuknya.*

               2) *LEBIH 10 artis tanah air dikesan menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan pembelian mata wang digital (Bitcoin) yang menjanjikan bayaran bonus hingga ratusan ribu Ringgit selepas dilantik sebagai ejen mempromosi pelaburan itu. Seorang pelakon lelaki popular yang menjadi mangsa penipuan sindiket itu berkata, sebagai ejen promosi mereka dijanjikan habuan lima bonus iaitu bonus tajaan (sponsor bonus), bonus berpasangan (pairing bonus), bonus berkumpulan, wang selisih dan keuntungan bulanan.*

               3) *SEMBILAN individu termasuk empat remaja bawah umur ditahan dalam operasi khas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sekitar Marang kelmarin. Turut ditahan, dua pasangan kekasih yang disyaki berkhalwat dalam operasi sempena sambutan Ambang Merdeka Ke-62 bermula jam 11 malam kelmarin hingga 7 pagi semalam ketika pemeriksaan di 12 buah hotel, chalet dan rumah tumpangan.*

               4) *POLIS sudah memanggil 12 kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk memberi keterangan berhubung gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini. Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, empat daripada individu itu bertugas di Bahagian Teknologi Maklumat MAHB.*

               5) *“WALAUPUN takut, saya nekad memegang tangan kedua-dua adik dan meredah api untuk menyelamatkan diri,” kata Nur Adriana Batrissya Rosshazuan, 11. Kanak-kanak itu bertindak menyelamatkan dua adiknya, Nur Qaireena Damia, 6, dan Amar Zafran, 7, apabila rumah keluarganya di Kampung Sura Tengah, Dungun dalam kejadian pada 1.30 pagi tadi. Ibu mereka, Aslida Jusoh, 32, dan seorang lagi adik Nir Adriana yang berusia setahun turut terselamat dalam kejadian itu.*

               6) *KERTAS kerja berkaitan Program Subsidi Petrol Bersasar untuk kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah sudah siap dan akan dibentangkan pada mesyuarat jemaah menteri, dalam masa terdekat. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebarang tindakan yang akan diambil tertakluk kepada keputusan dicapai pada mesyuarat itu nanti.*

               7) *DUA lelaki dan wanita China berlagak samseng dengan menyerang serta menumbuk dua pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ketika pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kelmarin. Kejadian berlaku pada 12.30 tengah malam apabila mereka diarah menunggu di ruangan berbeza untuk lelaki dan wanita di kawasan ‘Not To Land’ (NTL) klia2.*

               8) *MAYAT lelaki tanpa identiti yang ditemui mati dalam longkang di Persiaran Anggerik Renantanda, Seksyen 31, Shah Alam, semalam dipercayai warga asing. Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, ia berdasarkan keputusan bedah siasat awal di Hospital Shah Alam, hari ini yang mendapati mangsa tiada suntikan BCG pada lengannya.*

               9) *POLIS akan memanggil vendor yang membekal sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dalam masa terdekat bagi membantu siasatan terhadap gangguan di dua terminal berkenaan sebelum ini. Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, sehingga hari ini seramai 12 kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang mengendalikan sistem itu sudah dipanggil bagi dirakamkan keterangan.*

               10) *PESAWAT AirAsia dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Ahad lalu, terpaksa singgah di Miri selepas penumpang sarat mengandung menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin. Pesawat AK5194 yang membawa 130 penumpang dan enam anak kapal itu mendarat di Lapangan Terbang Miri, 5.28 petang semalam.*

               11) *MANGSA kebakaran di Kampung Otentik, Tanjung Batu dekat Tawau, terharu dengan keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang sudi mencemar duli melawat mereka, hari ini. Meskipun masih bersedih akibat kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran yang memusnahkan 69 rumah, Isnin lalu, kehadiran Seri Paduka Baginda sedikit sebanyak memulihkan semangat mereka.*

               12) *KEGEMBIRAAN sembilan pendaki menawan Gunung Rajah di Bentong sempena cuti hujung minggu bertukar duka apabila tiga daripada mereka mengalami kecemasan, semalam. Difahamkan kumpulan pendaki itu dalam perjalanan turun ke kem induk Gunung Rajah membabitkan dua pendaki lelaki dan seorang pendaki wanita di kawasan Lata Naning di laluan pendakian Gunung Rajah.*

               13) *LELAKI Indonesia yang hilang selepas bot dinaiki karam di Sungai Batang Suai, Batu Niah, Miri, semalam ditemui pada 2.45 petang hari ini. Mayat Yanto Olin, 34, dijumpai lima meter dari lokasi dia dilapor jatuh. Ketika kejadian 10 pagi itu, dia bersama dua rakannya senegara menaiki bot yang sarat muatan kelapa sawit untuk ke Kilang Green Field terletak berhampiran.*

               14) *Ketua Polis Melaka Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pihaknya dimaklumkan tiada sebarang ceramah akan diadakan oleh Dr Zakir, sebaliknya beliau hanya akan menunaikan solat sunat di masjid berkenaan. Menurutnya, pihaknya patuh akan arahan yang sudah dikeluarkan oleh Ketua Menteri Melaka Adly Zahari sebelum ini.*

               15) *TUJUH wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Sungai Petani, hari ini. Pengarah JIM Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, dalam serbuan 1.35 pagi itu, seramai 25 warga asing diperiksa dan tujuh daripada mereka ditahan kerana melakukan kesalahan imigresen.*

               16) *ENGGAN berhenti pada lampu isyarat merah menyebabkan dua rakan nyaris maut apabila kenderaan dinaiki mereka merempuh lori, di kawasan lampu isyarat Jalan Sebiew, di Bintulu, semalam. Dalam kejadian 3.40 petang itu, kenderaan itu tidak sempat berhenti ketika lori terbabit sedang melakukan pusingan U.*

               17) *SEORANG jurufoto Perbadanan Putrajaya (PPj) cedera selepas disamun dalam kejadian di Putrajaya Sentral, Presint 7 di Putrajaya, awal pagi semalam. Mangsa, Mohammad Faris Mohd Noor Azmi, 30, cedera ringan di bahu kanan selain kehilangan telefon bimbit Huawei P30 Pro bersama pengecasnya.*

               18) *POLIS akan memanggil semula Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam esok bagi memberi keterangan berhubung klip video seks sejenis yang didakwa membabitkan seorang menteri. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan berhubung kes tersebut sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan beberapa arahan lanjut sudah diterima.*

               19) *JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang akan memberi tumpuan kepada 12 sekolah kebangsaan (SK) dikenal pasti lokasi ‘hotspot’ insiden pencemaran udara, sepanjang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Timbalan PPD Pasir Gudang, Md Yunan Abd Majid berkata, ia sebagai angkah pencegahan bagi memastikan kelancaran sepanjang peperiksaan utama itu berlangsung.*

               20) *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, hari ini bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Kemboja. Ketibaan Dr Mahathir bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, 9.35 pagi tadi (10.35 pagi waktu Malaysia) disambut Menteri Tugas Tugas Khas Kemboja, Datuk Dr Othsman Hassan selaku menteri pengiring.*

               21) *FENOMENA air pasang besar di beberapa kawasan di Selangor, hari ini, masih dalam keadaan terkawal. Meskipun berlaku limpahan air, namun ia tidak menjejaskan kegiatan penduduk setempat dan orang ramai. Tinjauan Harian Metro di sekitar Terminal Penumpang Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, mendapati kegiatan seharian tidak terganggu meskipun air laut melimpah sehingga ke jalan raya berdekatan.*

               22) *PERBICARAAN kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund) Nazrin Hassan yang ditetapkan bermula esok, ditangguhkan ke tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak. Timbalan Pendakwa Raya Noor Mawarni Halim berkata, penangguhan itu dimohon pihak pembelaan sebelum ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana mereka sedang terbabit perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijalankan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.*

               23) *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang cuba menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sudah menjalankan siasatan ke atas beberapa kes menarik perhatian sejak 11 Jun lalu.*

               24) *PEMANDU lori ditahan polis selepas membuat komen berbaur penghinaan dan perkauman di akaun Facebook (FB). Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di Taman KSM, Jementah pada Jumaat lalu. “Sebelum itu, polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Port Dickson.*

               25) *UMAT Islam perlu berusaha memperkasakan sosio-ekonomi mereka dan mengikis sikap hanya mahu bergantung kepada pihak lain. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hanya cara itu membolehkan umat Islam dipandang tinggi dan dihormati oleh penganut agama lain.*

               26) *PENJUAL nasi lemak hilang pelbagai barangan peribadi selepas diperdaya lelaki yang mendakwa sebagai pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan di Jalan Gajah 14, Kampung Kubu Gajah Dalam di Sungai Buloh pada Jumaat lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Arifai Tarawe berkata, wanita berusia 59 tahun itu sedang menjual nasi lemak bersama adiknya sebelum dihampiri lelaki berkenaan kira-kira 9 pagi.*

               27) *ALIRAN trafik lebuh raya utama yang menghubung Kuala Lumpur, perlahan namun terkawal, sehingga 6 petang ini susulan berakhirnya cuti panjang hujung minggu. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, jumlah trafik dijangka terus meningkat di Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).*

               28) *RUMAH nelayan di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Alor Gajah rosak akibat fenomena air pasang besar, hari ini yang memburukkan masalah hakisan pantai di kampung itu sejak awal bulan lalu. Rumah Abdul Rahman Daud, 59, rosak pada bahagian dinding bawah selepas dipukul ombak besar berikutan fenomena itu hari ini menyebabkan empat penghuni rumah berkenaan menyelamatkan diri sejurus terdengar runtuhan dinding.*

               29) *REMAJA lelaki ditahan polis, manakala beberapa lelaki lain diburu selepas didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun. Remaja lelaki berusia 16 tahun itu ditahan selepas keluarga remaja perempuan berkenaan membuat laporan polis pada Jumaat lalu.*

               30) *KERAJAAN akan meneliti cadangan untuk meningkatkan had umur bersara mandatori daripada 60 kepada 65 tahun di negara ini seperti yang dilakukan beberapa negara maju termasuk Singapura. Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk memperhalusi beberapa perkara sebelum membuat keputusan berkenaan perkara itu.*

               31) *ENAM nelayan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dalam Operasi Naga Timur yang dilaksana di sekitar perairan Kota Kinabalu, semalam. Kumpulan nelayan itu ditahan kira-kira 10.30 pagi di kedudukan 0.6 batu nautika barat daya Pulau Gaya ketika sepasukan anggota APMM membuat rondaan di kawasan berkenaan.*

                32) *SULTAN Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mahu lebih banyak program memartabatkan dan memperkasakan tulisan jawi serta khat dianjurkan. Baginda dalam titahnya menzahirkan kebimbangan mengenai tindakan segelintir pihak mempertikaikan usaha kerajaan memartabatkan tulisan khat dan jawi khusus dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.*

                33) *BEBERAPA lokasi tumpuan di sekitar ibu negara masih ‘ditakluk’ ribuan warga asing yang berkumpul bagi menghabiskan masa cuti umum dan hujung minggu. Tinjauan Harian Metro di sekitar Pasar Seni, Jalan Petaling dan Jalan Tun Tan Siew Sin atau Jalan Silang mendapati warga asing terutama dari Bangladesh, Nepal dan Pakistan membanjiri kawasan itu untuk melepak serta membeli barang keperluan harian.*

                34) *KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memohon kerajaan memperkenalkan pemberian elaun bantuan sara hidup (Cola) minimum RM500 kepada pekerja dan meningkatkan had umur persaraan kepada 65 tahun. Setiausaha Agung MTUC, J Soloman berharap cadangan itu dapat diperkenalkan menerusi Bajet 2020 yang akan dibentangkan Oktober ini untuk memberi perlindungan sewajarnya kepada pekerja dan meningkatkan tahap ekonomi rakyat yang terpinggir.*

                35) *LADANG getah FELDA Mata Ayer, Padang Besar dikesan menjadi lokasi transit penyeludupan daun ketum ke Thailand. Kegiatan itu terbongkar hasil risikan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 1 Ulu Kinta, Perak yang mengawal di kawasan terbabit. Sebanyak 34 guni daun ketum ditemui di kawasan itu menerusi Op Wawasan Kedah/Perlis pada 12 tengah malam tadi.*

                36) *SERAMAI 18 pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan polis dalam satu serbuan di Jalan Persiaran 1, Puchong, Serdang, malam tadi. Operasi jam 11 malam hingga 12.30 tengah malam dijalankan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor membabitkan lima pegawai dan 20 anggota.*

                37) *TIGA lelaki termasuk seorang warga Pakistan ditahan ketika bergaduh dalam Balai Polis Komuniti Putra di Jalan Datuk Eusoff, Kuala Lumpur, awal pagi hari ini. Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, pergaduhan berlaku apabila lelaki Pakistan itu yang juga seorang peniaga didatangi dua lelaki tempatan ketika berada di restoran di Jalan Ipoh.*

                38) *MENUNGGANG motosikal dengan laju sambil menundukkan badan dan mempamerkan aksi ‘wheelie’ sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain. Itu tindakan seorang penunggang motosikal sebelum ditahan dalam Ops Samseng Jalanan Ambang Merdeka di Jalan Kledang Utara, Ipoh, awal pagi semalam.*

                39) *POLIS menahan peserta kursus warga Filipina, dipercayai membuang bayi lelaki baru dilahirkannya dalam tandas awam di Tugu Negara, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. Mayat bayi yang masih bertali pusat ditinggalkan di dalam tong sampah di tandas awam itu, sebelum ditemui seorang wanita pada 2.47 petang, yang kemudian menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.*

                40) *PERBEZAAN bahasa dan budaya tidak menjadi penghalang dua guru warga Korea Selatan mencurah bakti di Sekolah Kebangsaan Tama Bukit Dahlia (SKTBD), Pasir Gudang, selama tiga bulan bermula hari ini. Dua guru terbabit, Lee Kyeong Hun dan Choe Jong Hyeon antara 10 guru dari Korea Selatan yang menyertai Program Pertukaran Guru Korea Malaysia (KOMTEP) 2019.*

            
*SEJAGAT*
==========


             *PRAGUE: Seorang bayi perempuan dilahirkan dalam keadaan sihat oleh ibu yang mati otaknya selama hampir empat bulan di Republik Czech.*
             *Bayi itu dilahirkan secara pembedahan caesarean dalam minggu kehamilan ke-34 pada bulan lalu, selepas 117 hari ibunya diisytiharkan mati otak, kata doktor di Hospital Universiti di Brno, Czech dalam satu sidang akhbar.*
           *”Dengan berat 2.13 kilogram, bayi itu adalah salah seorang bayi paling berat dan matang dilahirkan oleh ibu yang mati otak,” kata ketua ‘anaesthesiologist’ hospital, Roman Gal.*

           *Kiev: Seorang ibu kejam dipenjara lapan tahun kerana membiarkan dua anaknya yang masih kecil kebuluran selama 11 hari, menyebabkan seorang daripadanya mati semata-mata mahu meraih wang hasil simpati orang ramai selain sibuk berseronok dengan kekasih baru.*
         *Vladislava Trokhimchuk, 23, tidak menunjukkan kekesalan langsung ketika dijatuhkan hukuman, malah ketawa dan menepuk tangan ketika keputusan diberikan mahkamah.*

           *LEBIH sedozen penerbangan dibatalkan di Hong Kong semalam, selepas ribuan penunjuk perasaan prodemokrasi menghalang laluan ke lapangan terbang Hong Kong, sehari selepas rusuhan ganas dianggap antara yang terburuk di bandar raya itu.*
            *Sekurang-kurangnya 16 penerbangan dibatalkan, kata laman web lapangan terbang itu manakala balai berlepas dipenuhi penumpang yang sebelum itu berdepan pelbagai kesukaran untuk sampai ke situ.*

           *LOS ANGELES: Lebih 30 penumpang terperangkap susulan kebakaran dalam sebuah kapal di luar pantai California, kata Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS).*
             *”Sekumpulan anggota kru diselamatkan manakala seorang mengalami cedera ringan dan usaha diteruskan dengan memindahkan baki penumpang,” tulis Pengawal Pantai dalam Twitter.*
          *Katanya, pihaknya menggerakkan beberapa aset menyelamat yang turut disertai aset agensi tempatan untuk membantu mereka yang masih terperangkap di atas bot bersaiz 22 meter, berhampiran Santa Cruz di luar pantai Los Angeles.*

             *MILAN: Polis Itali merampas sebuah kapal penyelamat pendatang Jerman yang terkandas di laut selama seminggu dengan lebih 100 orang di atas kapal itu, kata seorang jurucakap polis.*
           *Timbalan Perdana Menteri, Matteo Salvini, menandatangani satu deklarasi minggu lalu yang melarang kapal Eleonore dari memasuki perairan Itali sebagai sebahagian daripada dasar tertutupnya terhadap pendatang yang tiba dengan bot dari utara Afrika.*
            *”Kapal disita dan pendatang akan meninggalkan kapal sekitar tengah hari ini,” kata jurucakap polis di Roma yang menangani kes itu.*

           *LARNACA: Seorang veteran Perang Dunia Kedua meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-96 dengan memecahkan rekod sendiri sebagai penyelam skuba tertua di dunia untuk kali ketiga berturut-turut.*
            *Ray Woolley yang dilahirkan pada 28 Ogos, menyelam sedalam 42.4 meter selama 48 minit yang menyamai ketinggian bangunan 15 tingkat dengan mengalahkan rekod terdahulu, 40.6 meter selama 44 minit.*
           *”Sukar dipercayai. Saya sudah menyelam selama 59 tahun dan ini adalah aktiviti yang akan diingati kerana ramai penyelam turut menemani.*

            *Jakarta: Enam orang maut dan enam lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan 10 kenderaan di Tol Cipularang Km 91, Purwakarta, Jawa Barat hari ini.*
              *Kompas. com melaporkan, kemalangan berkenaan membabitkan beberapa buah kereta, pacuan empat roda, trak dan bas.*
              *Pelanggaran itu juga menyebabkan beberapa kenderaan tercampak keluar dari jalan raya dan ada yang terbakar.*

            *Columbia (Amerika Syarikat): Pihak berkuasa Carolina Selatan semalam mengarahkan hampir sejuta penduduk yang tinggal di sepanjang pantai negeri itu berpindah selepas taufan Dorian yang membawa angin sekuat 320 kilometer sejam membadai utara Bahamas.*
            *Arahan perpindahan itu diumumkan pada petang semalam oleh Gabenor Henry McMaster yang tidak mahu mengambil sebarang risiko walaupun ramalan menyatakan taufan super itu akan bergerak selari dengan pantai.*
           *Pihak berkuasa memberitahu, arahan itu membabitkan 830,000 penduduk yang kebanyakannya sudah berpindah empat kali dalam tempoh empat tahun.*

            *Tirana (Albania): Seorang peguam yang mewakili beberapa kumpulan mafia Albania mati ditembak dipercayai sebagai hukuman selepas dilaporkan kalah dalam beberapa kes jenayah berprofil tinggi.*
            *Ravik Gurra, 50, dilaporkan ditembak tiga kali di kepalanya oleh seorang pembunuh upahan menggunakan pistol yang dipasang penyenyap ketika minum di luar sebuah kafe bersama rakannya di Elbasan, lapor Daily Mail.*

            *Kiryat Shmona (Israel): Tentera Israel dan pejuang Hezbollah berbalas tembakan di sempadan Lubnan semalam selepas ketegangan di wilayah itu semakin meningkat sejak seminggu lalu.*
           *Tentera Israel berkata, pihaknya melepaskan kira-kira 100 tembakan meriam selepas pejuang Hezbollah menembak dua atau tiga misil antikereta kebal mengenai satu pangkalan batalion tentera Yahudi dan sebuah ambulans tentera.*
             *Hezbollah mendakwa mereka yang berada dalam kenderaan tentera itu terbunuh tetapi Israel menafikan dakwaan itu.*

            *London: Seorang wanita mengaku bersalah atas tuduhan melakukan serangan seksual selepas mencubit punggung seorang anggota polis.*
             *Rosie Smith, 41, didakwa melakukan perkara itu terhadap seorang anggota polis lelaki di Tunbridge Wells, Kent, pada Jun lalu.*
           *Anggota polis itu memberitahu, dia berasa marah dan malu dengan tindakan wanita berkenaan.*

           *Texas: Seorang lelaki yang melepaskan tembakan rambang dan membunuh tujuh orang di barat Texas kelmarin dikenal pasti sebagai Seth Aaron Ator dan sehingga kini polis tidak tahu apa motif suspek berbuat demikian.*
             *Ator melepaskan tembakan rambang menggunakan raifal jenis AR di Odessa selepas kenderaannya ditahan polis sebelum dia ditembak mati di luar  sebuah pawagam.*
          *Kejadian itu turut mencederakan 22 yang lain, termasuk seorang kanak-kanak.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


            *“SUKAR nak gambarkan perasaan ketika menerima notifikasi itu, gementar bercampur gembira dan saya juga amat terharu dengan penghargaan diberi,” kata arkitek yang juga penulis, Teme Abdullah.*
          *Dia ditanya perasaannya selepas menerima penghargaan daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi ciapan di Twitter pada 31 Ogos lalu.*
           *Penghargaan itu atas lakaran geometri wajah baginda dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dihasilkan Teme sempena Hari Kemerdekaan Ke-62 negara.*
            *Tunku Azizah di Twitter @cheminahsayang mengulang ciap video Teme melukis potret baginda dengan berkata, “I’m so touched and humbled...” selain menambah “Tuanku dan saya cukup suka dengan gambar lukisan ini @itsteme... terima kasih!”*

           ♂ *POLIS hari ini menafikan maklumat tular kononnya berlaku kes rogol terhadap wanita membabitkan suspek lelaki warga Pakistan di daerah Kota Marudu.*
           *Maklumat palsu yang juga memaparkan gambar ‘suspek’ lelaki dan ‘mangsa’ tersebar sejak semalam melalui Facebook dan WhatsApp.*
          *Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan maklumat disebar itu adalah palsu dan tiada kejadian seperti itu berlaku di daerah ini.*

             *JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) menafikan video tular mendakwa DAP Kepong merancang mendaftar Mykad bagi pendatang haram dari China.*
             *JPN memaklumkan, video berkenaan adalah video lama berkenaan mesej yang disalahtafsir ketika itu, yang menyebabkan orang ramai yang tiada kerakyatan, pemegang kad pengenalan sementara dan pemegang kad pengenalan tetap berpusu-pusu hadir di pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menukar status kewarganegaraan mereka.*
            *”Program anjuran pejabat parlimen DAP Kepong pada penghujung 2018 itu hanya membabitkan sesi penerangan dan taklimat berhubung tatacara permohonan kewarganegaraan dan kad pengenalan oleh JPN.*

            *“SAYA datang sendiri menaiki bas tanpa ditemani keluarga kerana mahu menjimatkan wang,” kata Muhammad Izzat Amran Ibrahim, 20, yang tular menjual petai untuk mencari wang bagi mendaftarkan diri sebagai penuntut Universiti Sains Malaysia (USM).*
              *Berasal dari Gua Musang, Kelantan, Muhammad Izzat berkata, dia tiba di Pulau Pinang, semalam dan menumpang tidur di rumah bapa saudara di Bayan Baru, dekat Georgetown.*
          *Muhammad Izzat berkata, dia berterima kasih kepada orang ramai yang memberi sumbangan dan merealisasikan hasratnya bagi menyambung pengajian dalam dalam Ijazah Perumahan, Bangunan dan Perancangan (Teknologi Bangunan).*

         *KAWASAN Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sentiasa bersedia menghadapi sebarang ancaman kumpulan militan Abu Sayyaf di perairan pantai timur negeri itu.*
          *Ia susulan penularan satu surat pemberitahuan yang dikeluarkan Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu yang mendakwa terdapat pergerakan tiga kumpulan Abu Sayyaf masuk ke perairan negara pada 30 Ogos lalu.*
         *Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi berkata, pihaknya sentiasa melakukan rondaan kawalan keselamatan di kawasan perairan.*

          *”ALHAMDULILLAH, permintaan abah mahu disolatkan oleh ramai jemaah tercapai,” kata Saiful Azwal Md Nawi, 47, anak kepada jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Madinah, semalam.*
          *Md Nawi Yaacob, 67, atau lebih dikenali sebagai Pok Wie Burger Kedai Melor menghembuskan nafas terakhir dalam bilik hotelnya, di sisi rakan pada 12 tengah hari waktu Malaysia (7 pagi waktu tempatan).*
          *Allahyarham yang berlepas ke tanah suci pada 30 Julai lalu bersama isteri, Che Noria Che Hamid, 68, sepatutnya pulang, Khamis ini (5 September).*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2019 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*

*SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR KEPADA ANAK ANAK MURID TAHUN ENAM SELURUH MALAYSIA*

*RAU 4ETEBE 2019 ASHI ERSAAAN 4 UHARRM 1441 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0541
*SUBUH* : 0551
*SYURUK* : 0706
*ZOHOR* : 1315
*ASAR* : 1622
*MAGHRIB* : 1919
*ISYAK* : 2029


*artikel disiarkan pada tarikh 3sept*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat tindakan memboikot barangan masyarakat bukan Muslim adalah tindakan kurang bijak. Ini kerana tindakan sedemikian dilihat tidak adil terhadap masyarakat bukan Muslim yang tidak mempunyai niat permusuhan dengan orang Islam di negara ini.*

               2) *PROF Dr Ab Rahim Ismail, 62, yang koma selepas serangan jantung pada 15 Julai lalu di Turki selamat tiba di tanah air, kelmarin. Menantunya, Muhamad Fikri Aziz, 33, berkata, Ab Rahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 9.30 pagi. “Baba (bapa) bertolak dari Lapangan Terbang Istanbul jam 6.30 petang (waktu Malaysia), Sabtu lalu menaiki pesawat Singapore Airlines.*

               3) *SIKAP segelintir pelancong Malaysia yang menyalahgunakan Autoriti Pengembaraan Elektronik (ETA) untuk bekerja menyebabkan pihak berkuasa Australia lebih berwaspada agar tidak berlaku sebarang pelanggaran undang-undang. Ini kerana ketika ini, terdapat 400,000 pelancong negara ini berkunjung ke negara itu setiap tahun namun jumlah mereka yang dikesan melakukan kesalahan penggunaan ETA itu adalah terpencil dan tidak menjejaskan hubungan baik kedua-dua negara.*

               4) *SEMBILAN pekerja dikejarkan ke Hospital Jasin akibat sesak nafas selepas dipercayai terhidu gas ammonia yang bocor di kilang pemprosesan ayam di Merlimau, hari ini. Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, mangsa masing-masing tiga lelaki dan enam wanita.*

               5) *GURU sekolah rendah yang ditahan selepas polis menyerbu parti liar di sebuah apartmen, baru-baru dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis Nimetazepam dan Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Tertuduh, Farid Abdullah, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Rahni Kartini Abd Rahim.*

               6) *PADAH menceroboh sebuah rumah untuk melakukan jenayah curi, seorang lelaki dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mursyady Mamat, 37, dari Kubang Badak, Kuala Nerus mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan.*

               7) *DUA pengawal keselamatan warga Nepal ditahan berhubung kes pukul penyelia syarikat keselamatan sehingga mati di Jalan 13/2, di Petaling Jaya, semalam, direman selama tujuh hari. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, lelaki tempatan yang turut ditahan semalam pula direman selama satu hari.*

               8) *SEMANGAT setia kawan dan kerja berpasukan antara faktor penyumbang kelancaran operasi pemadaman kebakaran hutan di Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pekajang, Iskandar Puteri yang berjaya ditamatkan dalam tempoh 13 hari. Selain itu, kerjasama pelbagai pihak yang memberi bantuan sepanjang operasi serta kaedah diguna pakai turut memainkan peranan penting memadamkan kebakaran di kawasan seluas 16 hektar itu.*

               9) *TIGA lelaki yang sedang leka membungkus heroin di sebuah rumah ditahan polis dalam serbuan di Kampung Sungai Budor di Kota Bharu semalam. Dalam serbuan 12.10 tengah malam itu, tiga lelaki berusia antara 31 hingga 44 tahun ditahan bersama heroin seberat 55.73 gram (g) bernilai RM14,080.*

               10) *WANITA warga Singapura ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di Kota Kinabalu, kelmarin, selepas dikesan memakai perhiasan disyaki peluru. Dalam kejadian 11.10 pagi itu, wanita yang bersama beberapa rakannya mahu menaiki penerbangan untuk pulang ke negara mereka.*

               11) *TUN Dr Mahathir Mohamad membidas tindakan beberapa negara kuasa besar dunia mengenakan sekatan terhadap negara kecil di rantau ini. Bagi Perdana Menteri, tindakan sedemikian adalah sangat tidak adil kerana bukan saja boleh merencatkan pembangunan malah turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara kecil berkenaan.*

               12) *MISTERI kehilangan lelaki warga emas sejak empat hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam semak tepi jalan di kilometer 50 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, dekat Batang Kali, Hulu Selangor, hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Azman Ab Rahman berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan awam.*

               13) *SINDIKET pinjaman tidak wujud yang aktif memperdaya serta menipu mangsa membabitkan kerugian lebih RM600,000 sejak enam bulan lalu tumpas selepas polis menyerbu banglo di Bandar Puteri, Klang, 29 Ogos lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, serbuan pada 4.15 petang itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam serta risikan polis.*

               14) *LELAKI dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama bapanya terbalik dipukul ombak dalam kejadian di perairan Nanamun, di Kota Belud, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, mangsa, Sharil Basir, 28, yang bekerja sebagai ustaz di sebuah sekolah agama daerah, dikatakan bersama bapanya menaiki bot ke lokasi berkenaan untuk menangkap ikan.*

               15) *POLIS Selangor memburu lelaki yang didakwa terbabit dengan penipuan projek perumahan mampu milik membabitkan kerugian lebih RM1 juta. Lelaki itu dikenali Mohsin Bujang, 64, dengan alamat terakhirnya di Kondominium Desa Cahaya, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.*

               16) *PEMANDU lori yang ditahan polis selepas meninggalkan komen berbaur penghinaan dan perkauman di laman sosial Facebook akan dituduh esok. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 37 tahun itu dituduh di Mahkamah Majistret Port Dickson pada 9 pagi.*

               17) *MENTERI Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menerima permohonan maaf daripada Presiden Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM) Wan Asshima Kamaruddin membabitkan penerbitan video yang mengandungi perkataan fitnah terhadapnya berkaitan penganjuran pesta gay. Penyelesaian kes saman fitnah secara baik itu dibuat selepas Wan Asshima, 35, selaku defendan bersetuju memohon maaf kepada Khalid, 62, selaku plaintif dan penyelesaian persetujuan secara baik itu direkodkan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad.*

               18) *KETUA Polis Negara (KPN) Datuk Seri Abdul Hamid Bador menafikan hanya ‘menyerang’ parti pembangkang saja tetapi lebih bersifat neutral. Beliau menafikan membuat kenyataan menuduh parti pembangkang menjadi punca isu ketegangan kaum dan agama di negara ini.*

               19) *BEKAS pengarah urusan sebuah anak syarikat FELCRA akan didakwa atas beberapa tuduhan berkaitan salah guna kuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Latheefa Koya berkata, pendakwaan terhadap individu terbabit mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.*

               20) *DUA lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas pertuduhan melakukan penipuan projek perlombongan bauksit yang tidak wujud membabitkan nilai RM350,000, tiga tahun lalu. Tertuduh, Hamdan Hassan, 50, dan Ahmad Ghazali Deraman, 64, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah.*

               21) *KEGEMBIRAAN remaja mandi sungai bersama bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas diSungai Simpangan berhampiran Jalan Water Work, Kota Marudu semalam. Dalam kejadian 2.35 petang itu, mangsa Izzat Sufi Sahrul, 16, dikatakan melakukan aktiviti riadah bersama rakan-rakannya sebelum dilaporkan tiba-tiba tenggelam dan hilang di dasar sungai.*

               22) *MENTERI Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) akan hadir menemuinya esok bagi membincangkan isu pembatalan pendaftaran Dong Zong Johor. Muhyiddin berkata, beliau juga akan menjemput Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dalam pertemuan sama bagi melihat apa yang boleh dilakukan terhadap isu berkenaan.*

               23) *SEORANG pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sibu, parah selepas ditikam oleh seorang penghuni Pusat Perkhidmatan, Rawatan dan Pemulihan (CCSC), di Jalan Ulu Lanang, Sibu, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa Juing Garai, 38, ditikam suspek berumur 18 tahun itu dengan pisau.*

               24) *LIMA puluh enam penghuni membabitkan 15 keluarga di Rumah Panjang Noh Bin di Stalon, Belawai, Mukah tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka terbakar malam tadi. Kejadian 7.50 malam itu berlaku dengan pantas menyebabkan mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka.*

               25) *AHLI Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung klip video seks sejenis yang didakwa membabitkan seorang menteri. Lokman tiba di perkarangan Bukit Aman menaiki kenderaan berwarna hitam dan diiringi kira-kira 15 penyokong pada 11.34 pagi.*

               26) *PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan sambutan negara di Peace Palace, Phnom Penh hari ini sempena lawatan rasmi beliau ke Kemboja. Ketibaan Dr Mahathir bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut rakan sejawatnya, Hun Sen dan isteri, Bun Rany sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.*

               27) *LELAKI cedera selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang di Jalan Rasa, di Bukit Beruntung, hari ini. Bagaimanapun, mangsa, Lee Ming, 59, bernasib baik kerana berjaya dikeluarkan orang awam sebelum kenderaan itu terbakar.*

               28) *POLIS sedang mengesan seorang lagi individu dipercayai terbabit dalam kes cubaan samun penunggang penghantar makanan, Grab Food pada Ogos lalu. Suspek yang dikenali sebagai Mohamad Rahmani Mohd Johar, 27, atau Rahmani dipercayai terbabit dalam kejadian itu di pintu hadapan Bangunan Phileo Damansara 2, Petaling Jaya.*

               29) *KERAJAAN tidak akan berkompromi terhadap pihak yang membangkitkan isu sensitif menerusi penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama. Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak menyekat hak bersuara rakyat, bagaimanapun maklumat yang dikongsi perlulah disahkan kebenarannya.*

               30) *SELEPAS lebih 12 jam dilaporkan hilang, kanak-kanak lelaki ditemui lemas di lombong berhampiran Perak Agro Tourism Resort (PATRO) di Jalan Tualang, dekat Batu Gajah, hari ini. Mangsa, Mohd Zafran Akhsa Mazlan, 4, ditemui pasukan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR), pada 7.04 pagi tadi.*

               31) *LELAKI Myanmar ditemui mati dengan kesan tikaman di dada kiri dipercayai dilakukan rakan sebiliknya di sebuah rumah kedai di Laluan Sri Pengkalan, Pusing, Batu Gajah, semalam. Difahamkan, mangsa berusia 22 tahun dan bekerja di sebuah kedai perabot dipercayai bertengkar dengan suspek yang juga rakan sebiliknya dan pergaduhan itu didengari orang awam.*

                32) *DUA beranak maut selepas kereta yang dinaiki hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah treler dan terbakar di Kilometer 9.2 Lebuhraya Kuala Lumpur- Kuala Selangor (LATAR) menghala ke Kuala Lumpur, dekat Kuala Selangor, malam tadi. Dalam kejadian 11.50 malam itu, mangsa maut dikenal pasti sebagai Muhd Ridzo Fadzly Rosely, 37 dan anak lelakinya, Ahmad Ariffin, yang berusia dua tahun.*

                33) *REMAJA perempuan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Bandar Tasik Kesuma, di Semenyih, semalam.
Kehilangan mangsa, Siti Nurhidayah Md Shamsuzuri, 15, disedari kakaknya selepas dia didapati tiada di biliknya. Bapa mangsa, Md Shamsuzuri Maulud, 46, berkata, dia menerima mesej daripada anak sulungnya yang memaklumkan anak kedua daripada empat adik beradik itu didapati hilang kira-kira 8 pagi.*

                34) *BUKAN saja mengancam untuk menyimbah cat merah di rumah, sebaliknya ceti haram atau along turut minta seorang penuntut sebuah kolej swasta menjadi budak penghantar dadah bagi melunaskan hutang yang didakwa dipinjam ibunya. Gangguan itu bermula selepas dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa bahawa ibunya mempunyai hutang berjumlah RM4,000.*

                35) *“SAYA membantah cadangan MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) untuk menaikkan umur persaraan dari 60 tahun ke 65 tahun,” tegas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Beliau tidak bersetuju dengan cadangan itu sebaliknya mahu supaya anak muda diutamakan untuk bekerja, selain dinaikkan pangkat berdasarkan merit bukan semata-mata faktor usia.*

                36) *PENGANGGUR tidak sempat mengaut keuntungan menjual 60,000 pil kuda yang dianggarkan bernilai RM600,000 selepas dicekup dalam serbuan di Kampung Padang Machang, Manir, Kuala Terengganu kelmarin. Lelaki berusia 34 tahun dan masih bujang itu ditahan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu pada 7.30 malam.*

                37) *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan tiada keperluan had usia persaraan sedia ada dilanjutkan kepada 65 tahun. Menurutnya, secara rasionalnya sebahagian besar individu pada lingkungan usia berkenaan tidak lagi mampu untuk bekerja secara efisyen, selain berdepan beberapa kekangan berkaitan termasuk faktor kesihatan.*

                38) *NELAYAN Vietnam terus rakus menceroboh dan merompak hasil laut negara apabila memperoleh empat tan hasil laut hanya dalam beberapa hari. Bagaimanapun, dua bot nelayan terdiri daripada 17 nelayan termasuk dua tekong berusia 20 hingga 53 tahun gagal membawa hasil tangkapan itu ke negara mereka selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), kelmarin.*

                39) *KETIRISAN kutipan hasil urus niaga Lesen Kenderaan Motor (LKM) di negara ini mencecah RM50 juta bagi tempoh Januari sehingga Ogos tahun ini. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan hari ini berkata, jumlah itu berdasarkan kepada Laporan Audit Dalaman Kementerian Pengangkutan dan analisis JPJ dengan mengambil kira rekod urus niaga pembaharuan LKM yang sudah dijalankan.*

                40) *SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan adalah tidak tepat menamakan Opcom Holdings sebagai penerima manfaat terbesar Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, SKMM memaklumkan NFCP terdiri daripada pelbagai projek infrastruktur, termasuk projek-projek komersial yang dibiayai oleh pemegang lesen sendiri malah, projek ini juga akan mempertimbangkan penggunaan teknologi-teknologi yang berbeza.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *Moscow: Seorang ibu yang tidak mampu membeli makanan untuk bayinya bertindak membunuh anaknya itu kerana tidak sanggup melihatnya terus menangis kelaparan.*
        *Selepas membunuh anak lelakinya itu Yulia Khabitova, 28, membalut mayat mangsa dengan selimut dan menanamnya berhampiran rumahnya di kampung Ismailovo.*
           *Yulia yang ditangkap polis baru-baru ini berkata, peti sejuk di rumahnya kosong tanpa makanan dan anaknya itu sentiasa kelaparan.*

           *Kalimantan:Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut ditusuk pisau dibaling bapanya yang berang kerana mangsa bertengkar dengan adiknya ketika berebut kudapan.*
           *Dalam kejadian di Palangkaraya, Kalimantan Tengahitu, remaja bernama Eko pulang dari kedai membawa roti dan susu kotak.*
           *Sebaik memasuki halaman rumahnya, dia memberi susu berkenaan kepada adiknya, namun pertengkaran tercetus apabila kanak-kanak itu juga mahu menjamah roti berkenaan, lapor tribunnews. com.*

           *BEIJING: Lapan kanak-kanak maut dan akibat ditikam seorang lelaki yang menyerbu masuk ke sebuah sekolah rendah di tengah China semalam, kata pihak berkuasa.*
          *Dua lagi murid sekolah itu dirawat susulan kejadian di Sekolah Rendah Chaotangpo di bandar Baiyangping, Hubei pada hari pertama tahun kalendar akademik.*
           *Suspek yang juga penduduk tempatan dikenali sebagai Yu berusia 40 tahun ditangkap polis di lokasi kejadian.*

          *Madrid: Seorang penari maut selepas perutnya terkena percikan bunga api ketika membuat persembahan yang di konsert di Sepanyol.*
             *Mail Online melaporkan, Joana Sainz Garcia membuat persembahan bersama kumpulannya Super Hollywood Orchestra di Las Berlanas, Avila berhampiran Madrid pada pagi Ahad lalu.*
            *Kumpulan itu yang mempunyai 15 anggota termasuk penyanyi, pemain muzik dan penari berada di pentas sebelum bunga api yang dijadikan kesan khas terkena perut Joana.*

          *Palembang:Hasrat seorang wanita untuk berkahwin dengan seorang remaja perempuan yang juga kekasihnya tidak kesampaian apabila keluarga remaja itu curiga mendengar suaranya.*
           *Kompas. com melaporkan, wanita itu yang dikenali sebagai NI, 25, turut mengupah satu pasangan berlakon sebagai ibu bapanya bagi meminang kekasihnya yang baru berusia 15 tahun.*
          *Jurucakap polis Semidangaji, Bastari berkata, mereka kemudian datang ke rumah remaja itu di desa Nyiur Sayak di Ogan Komering Ulu, Sumatera Selatan untuk berjumpa keluarganya.*

          *Port Saint Lucie (Bahamas): Taufan Dorian melanda Bahamas semalam meragut sekurang-kurangnya lima nyawa setakat ini dan bencana itu juga memaksa perpindahan besar-besaran di pantai timur Amerika Syarikat (AS).*
           *Perdana Menteri Bahamas, Hubert Minnis menyifatkan bencana alam itu sebagai tragedi bersejarah di kepulauan berkenaan.*
         *”Setakat ini, Pasukan Polis Diraja Bahamas mengesahkan lima terbunuh di Abaco,” kata Minnis dalam satu sidang akhbar.*

          *Adelaide: Seorang wanita dilaporkan mati selepas diserang seekor ayam ketika dia mahu mengambil telur haiwan itu di dalam reban di belakang rumahnya.*
           *Wanita warga emas yang berasal dari Australia Selatan meninggal dunia selepas paruh ayam itu membocorkan saluran darah mangsa menyebabkan pendarahan yang banyak.*
           *News .au. com melaporkan, mangsa mengalami banyak lagi kecederaan tetapi punca kematiannya dilaporkan akibat pendarahan yang tidak dapat dihentikan.*

          *Oxnard (Amerika Syarikat): Angka korban tragedi kapal terbakar di luar pantai California meningkat kepada 25 orang apabila pasukan penyelam menemui 17 lagi mayat, kata media.*
           *Sebelum ini, pihak berkuasa melaporkan lapan mangsa ditemui mati dan ramai yang masih hilang dalam tragedi pada awal pagi semalam itu.*

          *JOHANNESBURG: Polis menahan puluhan perusuh di ibu kota komersial Afrika Selatan, di sini, hari ini, selepas rusuhan dengan merompak beberapa kedai, membakar tayar kenderaan dan membuat halangan di persimpangan jalan.*
            *Ia adalah rusuhan kedua yang meletus di bandar itu dalam seminggu.*
          *Polis tidak menyatakan perkara yang mencetuskan keganasan itu, walaupun pengangguran mencapai 30 peratus, kemiskinan meluas dan jurang pendapatan dijadikan alasan sebagai punca terbaru gangguan dan serangan terhadap pendatang.*

          *MORIA: Pegawai Greek dan pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memindahkan kumpulan pertama ratusan pendatang dari pulau Lesbos, di sini, hari ini.*
          *Kumpulan pertama seramai 635 warga Afghan di kem Moria dipindahkan awal pagi tadi ke utara Greece dengan menaiki bas polis di bawah pengawasan pekerja agensi pelarian PBB.*
         *Pendatang berkenaan dibawa ke kapal Caldera Vista dari pelabuhan Thessaloniki di tanah besar Greece.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *AMBULANS yang melalui lorong kecemasan di rempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) di Lebuhraya Karak berhampiran Plaza Tol Gombak di Gombak, semalam.*
         *Kejadian 7.43 malam itu dirakam menerusi kamera ‘dashcam’ daripada kenderaan yang melalui jalan berkenaan.*
        *Video berdurasi 15 saat yang turut tular di laman sosial itu mengundang kemarahan netizen.*

          *POLIS mengesahkan tiada laporan dibuat berhubung kejadian culik yang didakwa berlaku di Jalan Kebun Sultan di Kota Bharu semalam.*
           *Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, setakat hari ini tiada laporan polis yang dibuat atau diterima pihaknya.*
             *Menurutnya, hasil semakan di semua balai mendapati tiada kes culik dilaporkan berlaku di sekitar daerah ini.*
            *Sejak semalam, satu rakaman video berdurasi 19 saat yang didakwa kes culik tular di Facebook (FB) dan aplikasi WhatsApp hingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.*
            *Menerusi rakaman itu, seorang budak lelaki dipercayai diambil oleh seorang lelaki yang kemudian membawa masuknya ke dalam sebuah kereta.*

           *(UPDATE) “VIDEO ‘culik’ yang tular di Facebook (FB) dan aplikasi WhatsApp sejak semalam sebenarnya adalah rakaman untuk filem pendek,” kata Abdullah Aqili Romeli, 28.*
          *Menurutnya, rakaman itu hanya lakonan untuk filem pendek yang dihasilkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dari Pulau Pinang di lokasi itu pada Jumaat lalu.*
             *Katanya, kejadian itu bukan kejadian penculikan sebenar tetapi rakaman untuk pertandingan filem pendek yang dianjurkan Kementerian Penerangan Malaysia.*

           *“IDEA untuk memainkan lagu Negaraku di restoran sempena Hari Kemerdekaan Sabtu lalu adalah manifestasi rasa cinta saya kepada Malaysia,” kata Rina Abdullah.*
            *Dia yang juga Pengarah Serai Group Sdn Bhd adalah individu yang bertanggungjawab di sebalik video nyanyian lagu Negaraku di restoran Jibby & Co yang tular di laman sosial sejak semalam.*
                *Video nyanyian lagu Negaraku itu tular di laman sosial dan mendapat reaksi positif warganet yang kagum dengan usaha restoran itu yang mahu menyemat rasa cinta kepada negara menerusi cara berbeza.*

          *NOVELIS terkemuka negara, Profesor Dr Siti Zainon Ismail, 69, diumumkan penerima Anugerah Sastera Negara ke-14.*
            *Pengumuman dibuat Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik di Putrajaya hari ini.*
            *Dr Maszlee berkata, Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-14 akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 21 September ini di Kuala Lumpur.*

          *MENTERI Pendidikan Dr Maszlee Malik menyifatkan filem Tamil ‘Raatchasi’ menggambarkan dasar dan perubahan yang sedang digubal untuk dilaksanakan dalam pendidikan negara.*
               *Beliau berkata, filem itu  menterjemahkan aspirasi beliau antaranya inisiatif Program Sarapan Percuma yang juga ingin melihat guru boleh duduk makan sekali dengan anak murid.*
             *Sejak kebelakangan ini, filem berdurasi dua jam 14 minit itu tular dalam kalangan pengguna media sosial terutamanya netizen Melayu kerana tertarik dengan jalan ceritanya.*

           *“MAMA dan abah hanya mampu doakan Izzat berjaya,” kata Zubaidah Yusoff, 46, ibu kepada Muhammad Izzat Amran Ibrahim, 20, yang kisahnya tular selepas membantu keluarga menjual petai untuk mengumpul duit bagi mendaftarkan diri sebagai penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.*
             *Semalam, Muhammad Izzat mendaftarkan diri di universiti awam itu dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan).*
          *Sebelum itu, anak ketiga daripada 12 beradik itu melahirkan hasrat untuk menangguhkan pengajiannya berikutan berdepan dengan masalah kewangan.*

         *RESPONDEN pelayar maya majoritinya setuju bahawa 60 tahun adalah umur bersara mandatori yang sesuai bagi rakyat Malaysia.*
            *Keputusan itu diperoleh melalui hasil tinjauan pendapat dalam talian Facebook dan Twitter Harian Metro (HM) setakat jam 6 petang semalam.*
            *Tinjauan pendapat menerusi akaun Facebook HM, seramai 27,000 responden (92 peratus) bersetuju dengan cadangan umur 60 tahun itu.*
         *Selebihnya, 2,600 responden (lapan peratus) bersetuju umur 65 tahun adalah usia bersara mandatori yang sesuai.*

          *BONSAI mencecah harga sehingga puluhan ribu ringgit antara tarikan dipamerkan pada penganjuran Royal Floria Putrajaya 2019 di Taman Botani Putrajaya Presint 1, di sini.*
          *Bonsai yang dipamerkan terdiri daripada pelbagai spesies dan usia dengan paling lama dianggarkan kira-kira 90 tahun.*
           *Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Induk Royal Floria Putrajaya 2019, Mustafa Kamal Ismail berkata, pelbagai kemudahan pengangkutan disediakan untuk pengunjung sepanjang sembilan hari penganjurannya bermula 31 Ogos hingga 8 September ini.*

          *MEXICO CITY: Seorang guru di sebuah sekolah tinggi di Mexico dikritik selepas memaksa pelajarnya memakai kotak di kepala ketika peperiksaan bagi mengelak mereka daripada meniru.*
          *Luis Juarez Texis yang mengajar di Kolej Bachelors di Tlaxcala dituduh memalukan dan melanggar hak asasi pelajarnya selepas gambarnya mengawasi kumpulan pelajar yang memakai kotak di kepala menjadi tular.*
         *Ibu bapa pelajar memuat naik gambar itu di media sosial dan menggesa jabatan pelajaran untuk memecat Texis.*

            *Hong Kong: Rakaman tindakan polis Hong Kong membelasah orang ramai didakwa penunjuk perasaan dalam transit aliran ringan (MRT) dsini, menjadi tular dengan ada yang menganggap ia adalah keganasan polis terburuk sepanjang tiga bulan perhimpunan bantahan terhadap kerajaan.*
          *Rakaman kejadian yang berlaku hujung minggu lalu, menunjukkan penumpang yang memakai topeng muka berada di atas lantai, berpelukan antara satu sama lain ketika polis menyerbu masuk ke dalam kereta api di Stesen Putera Edward.*
                 

*ARENA*
========


          *PENYERANG Colombia, Radamel Falcao menyertai kelab Turki, Galatasaray dari AS Monaco selama tiga tahun secara perpindahan percuma, umum kelab Turki itu awal pagi tadi selain menyatakan penyerang itu akan menerima gaji 5 juta euro (RM23 juta) setiap musim.*
           *Falcao meninggalkan Atletico Madrid selepas dua musim pada 2013 untuk menyertai Monaco dengan rekod kelab 60 juta euro (RM277 juta).*

          *PEMAIN Arsenal, Henrikh Mkhitaryan dan Nikola Kalinic dari Atletico Madrid menyertai AS Roma secara pinjaman sejurus sebelum jendela perpindahan Eropah ditutup, awal pagi tadi.*
         *Dua pemain veteran itu menyertai Eden Dzeko, 33, yang menandatangani kontrak sambungan bulan lalu, di bahagian serangan Roma.*
           *Roma menyatakan mereka mempunyai pilihan untuk membeli Kalinic, 33, pemain skuad Croatia yang layak ke final Piala Dunia 2018, dengan harga 9 juta euro (RM41.5 juta).*

          *RAFAEL Nadal menganggap Tiger Woods sebagai “inspirasi menakjubkan” ketika pemain Sepanyol itu mendapat sokongan bintang golf ketika mempamerkan aksi bertenaga pada Terbuka AS, pagi tadi.*
           *Juara 18 gelaran Grand Slam itu layak ke suku akhir kejohanan utama buat kali ke-40 dalam karier gemilangnya dengan kemenangan 6-3, 3-6, 6-1, 6-2 ke atas pemain Croatia, Marin Cilic.*
           *Namun reaksi Woods, pemenang 15 gelaran utama golf, selepas Nadal meraih mata kemenangan lebih mencuri tumpuan ramai di Stadium Arthur Ashe.*

          *AC Milan mengikat penyerang Croatia, Ante Rebic secara pinjaman dari Eintracht Frankfurt dengan pemain Portugal, Andre Silva berpindah ke kelab Jerman itu, menurut kelab Serie A itu awal pagi tadi.*
          *Milan adalah kelab keenam buat Rebic, yang baru berusia 25 tahun, dan kelab ketiganya di Itali selepas beraksi dengan Fiorentina dan Verona sebelum ini.*

          *NAOMI Osaka gagal mempertahankan mahkota kejuaraan dan dirampas kedudukan nombor satu dunia dengan kekalahan pada Terbuka AS pagi tadi, namun dia lebih tenang dengan kekecewaan itu selepas belajar banyak pengalaman berharga.*
           *Pilihan ke-13 dari Switzerland, Belinda Bencic menewaskan Naomi 7-5, 6-4 pada aksi pusingan keempat di Flushing Meadows, mencetus rasa kurang gembira pemain bintang Jepun berusia 21 tahun itu yang bagaimanapun tampil lebih matang.*

          *PELUANG keemasan diperolehi Adam Norrodin apabila diberi kepercayaan menggantikan pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi pada Grand Prix (GP) San Marino 15 September ini.*
           *Adam yang kini beraksi di Kejohanan Moto2 Eropah serta Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) bukan asing dalam pentas Kejohanan Motosikal Dunia apabila pernah beraksi pada saingan Moto3 selama tiga musim bermula 2016.*

          *KERAJAAN negeri Terengganu sedang merangka satu garis panduan pemakaian patuh syariah bagi atlet.*
           *Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, garis panduan itu bukan sahaja melibatkan aspek pemakaian tetapi perkara lain seperti pergaulan.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2019 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*JUAAT 6ETEBE 2019 ASHI ERSAAAN 6 UHARRM 1441 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0541
*SUBUH* : 0551
*SYURUK* : 0706
*ZOHOR* : 1314
*ASAR* : 1620
*MAGHRIB* : 1918
*ISYAK* : 2028


*artikel disiarkan pada tarikh 5sept*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *PENGEBUMIAN Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, berlangsung dengan penuh istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Tambun di Ipoh, hari ini. Hujan yang turun sejurus selepas ketibaan jenazah di kediaman ibu mentuanya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta, pada 5.45 pagi tadi tidak mengganggu kelancaran istiadat pengebumian. Turut hadir menyambut ketibaan jenazah adalah Panglima 2 Briged, Brigadier Jeneral Malek Razak Sulaiman dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.*

               2) *DUA beradik warga India yang juga suspek utama kes pembunuhan kejam suami isteri yang disumbat dalam bagasi di Shah Alam, dilanjutkan reman tujuh hari sehingga 12 September ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, tempoh reman dua suspek berusia 19 dan 25 tahun itu tamat hari ini namun polis memohon lanjutan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam.*

               3) *DEMI menyelamatkan diri, wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) sanggup memanjat siling dan bersembunyi dalam tangki kosong di kilang perusahaan dekat Sungai Petani. Tindakan nekad itu susulan serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah sempena Ops Bersepadu yang berlangsung 14 jam bermula 9.15 malam, semalam.*

               4) *DUA lelaki yang dipercayai memecah dan mencuri duit tabung masjid dicekup polis tidak sampai 24 jam selepas kedua-dua mereka melakukan jenayah itu, petang semalam. Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan dalam dua tangkapan berasingan di Jalan Saujana Permai, Ayer Keroh dan Taman Bukit Katil di Melaka, antara 5.30 hingga 6.35 petang.*

               5) *REMAJA berusia 18 tahun terlantar akibat tulang belakang dan kaki kirinya patah selepas terjatuh pokok kelapa pada ketinggian 12 meter. Ibunya, Nor Fatmawati Omar, 37, berkata, anak sulung daripada empat beradik, Mohamad Hendra Iskandar Azman terjatuh pokok kelapa pada 2 petang dua minggu lalu. Dia yang tinggal di Kampung Pantai Senok, Kota Bharu berkata, ketika kejadian anaknya mengikut rakannya yang bekerja sebagai pemetik kelapa dan dia memanjat pokok untuk memetik kelapa sebelum terjatuh.*

               6) *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) yakin enam beranak rakyat Turki yang sudah dihantar pulang selepas didakwa terbabit dengan aktiviti pengganas, akan diadili sewajarnya mengikut undang-undang negara berkenaan. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan menghantar pulang enam beranak itu adalah berasas selepas pihaknya menerima maklumat guru yang juga ketua keluarga berkenaan terbabit dengan aktiviti keganasan.*

               7) *MEKANISME baharu untuk menggantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam masih di peringkat kajian. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, selepas kajian itu selesai, hasilnya akan dibentangkan ke peringkat kabinet. “Sama ada kabinet setuju atau tidak, ia memerlukan perbincangan lanjut lagi.*

               8) *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan penuh berhubung kematian Mejar Mohd Zahir Armaya akibat terkena tembakan ketika demonstrasi di Kem Kok Lawi, Sabah, semalam. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan lengkap akan dijalankan pihaknya sebelum sebarang kenyataan yang disokong dengan fakta dikeluarkan PDRM.*

               9) *BEKAS amil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, atas dua pertuduhan pecah amanah wang kutipan zakat berjumlah RM4,750, tahun lalu. Tertuduh, Muhammad Raffi Md Rawi, 29, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.*

               10) *DUA lelaki geng curi kereta dikenali Geng Bingai Turbo ditahan polis dalam serbuan di Jalan Taman Sri Gombak, Selangor 27 Ogos lalu. Dalam serbuan 2 petang itu, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh menahan mereka yang berusia 27 dan 33 tahun.*

               11) *EMPAT beranak yang menjadikan bekas reban ayam sebagai tempat berteduh daripada panas dan hujan sejak lapan bulan lalu kini gembira selepas mendapat rumah baru. Bakri Md Razali, 45, dan isteri, Rahimah Tajudin, 35, serta dua anak mereka Mohd Hafiz, 17, dan Nur Syifahuda, 9, dari Kampung Badang, Mukim Bakai, Baling bersyukur selepas kesempitan hidup mereka mendapat perhatian.*

               12) *AKIBAT panik dengan dakwaan hutang kad kredit tidak wujud, peniaga kerugian RM246,500 selepas menerima panggilan telefon daripada individu mendakwa pegawai bank dan polis. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 12 tengah malam tadi.*

               13) *PEMANDU bas kilang berusia 41 tahun yang menyebabkan pelanggaran 13 kenderaan di persimpangan Amanjaya, Sungai Petani semalam direman empat hari sehingga Ahad bermula hari ini. Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani Mohammad Alif Abdul Aziz.*

               14) *KAWASAN Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mencadangkan supaya semua bot pam didaftarkan sepenuhnya dan diwarnakan mengikut daerah. Ia susulan kejadian dua penjenayah warga asing bersenjata menaiki bot pam yang berjaya ditembak mati pasukan keselamatan di perairan Felda Sahabat, Selasa lalu.*

               15) *PELAJAR tingkatan empat hamil selepas mendakwa dirogol kekasihnya di sebuah kediaman di Kampung Alur Jejawi, Dungun sejak November lalu. Menurut sumber, kejadian berlaku selepas pelajar itu berkenalan dengan lelaki berusia 18 tahun yang bekerja sebagai buruh, Mac tahun lalu.*

               16) *TAKTIK lelaki menjadikan cuti hujung minggu yang panjang bermula 30 Ogos lalu untuk menyeludup rokok, gagal selepas ditahan bersama 113,500 kotak barang larangan itu. Dia yang berusia 31 tahun ditahan ketika memandu lori tiga tan sarat muatan itu dekat Plaza Tol Kerteh, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada 3 pagi, 30 Ogos.*

               17) *“DIAM jangan tengok, kalau tengok nanti kau mati.” Itu amaran diterima dua beradik dalam rompakan di rumah mereka di Jalan Bau-Tondong, Bau semalam. Dalam kejadian 2.30 pagi itu, kedua-dua mangsa sedang tidur sebelum dikejutkan empat lelaki bertopeng dan berpakaian gelap. Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, dua suspek dengan seorang daripadanya memegang parang bertindak mengikat tangan dan kaki kedua-dua mangsa dengan tali.*

               18) *TERTEKAN dipercayai kerana isteri merajuk dan keluar meninggalkannya, seorang lelaki maut selepas nekad terjun dari tingkat 19 rumahnya di Kondominium Mutiara Bandar Perda, di Bukit Mertajam, malam tadi. Dalam kejadian 8.30 malam itu, mayat lelaki berusia 46 tahun terbabit ditemui penduduk di kawasan parkir motosikal kondominium berkenaan dalam keadaan terlentang dan kepalanya pecah.*

               19) *BEKAS pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak mengakui di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho memberi pinjaman AS$200,000 bagi membantunya membeli sebuah rumah berharga RM1.85 juta pada 2010. Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Muhammad Shafee Abdullah dalam prosiding bicara kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.*

               20) *KAWASAN barat Sarawak kini menerima kesan fenomena jerebu teruk yang sedang melanda Kalimantan Barat, Indonesia. Sehingga jam 9 pagi ini, dua kawasan baharu mencatat kualiti udara pada thap tidak sihat iaitu Samarahan pada tahap 105 dan Sri Aman pada tahap 122. Ia sekali gus menjadikan tiga lokasi di Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, selain Miri yang mencatat bacaan 101.*

               21) *SERAMAI 46 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari lapan sekolah ‘hotspot’ di Pasir Gudang menduduki peperiksaan itu dalam bilik khas atau bilik kuarantin yang disediakan di sekolah masing-masing. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan berkata, mereka yang ditempatkan di bilik khas itu adalah murid berisiko mengalami masalah gangguan kesihatan termasuk yang mendapat kesan berulang akibat pencemaran di kawasan itu.*

               22) *POLIS Sabah menerima maklumat mengenai pergerakan jenayah rentas sempadan yang ada kaitan dengan penculikan, setiap minggu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, bagaimanapun maklumat mengenai pergerakan itu berlaku di perairan sebelah Filipina.*

               23) *JASIN: “Saya rasa macam nak mati sebab tidak boleh bernafas langsung, mata juga tiba-tiba berasa pedih,” kata Nur Shakila Mokhri, 31, seorang daripada 16 mangsa kebocoran gas ammonia di sebuah kilang pemprosesan ayam di Merlimau di sini, kelmarin. Nur Shakila yang bekerja sebagai kerani bahagian halal di kilang itu berkata, ketika kejadian dia berada di pejabat sebelum tiba-tiba terhidu gas ammonia melalui saluran pendingin hawa.*

               24) *SHAH ALAM: Lebih 400 penduduk Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, memohon penangguhan perobohan rumah mereka sehingga Disember ini sebelum projek pelebaran Sungai Kedondong dimulakan di kawasan berkenaan. Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak Penduduk Paya Jaras, Azroy Abdul Manaf berkata, kebanyakan penduduk bersetuju untuk berpindah demi memastikan masalah banjir di sekitar Sungai Buloh diatasi kerajaan negeri.*

               25) *REMAJA lelaki berusia 18 tahun bakal ke tali gantung selepas ditahan bersama dadah bernilai lebih RM8,000 dalam satu serbuan di Jalan Tengah Nipah, Kampung Dasar Baru, Lahad Datu semalam. Dalam operasi 9.30 pagi itu, dia yang disyaki pengedar dadah di kawasan berkenaan diberkas di hadapan sebuah rumah tidak bernombor.*

               26) *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan mesyuarat dua hala di luar acara Sidang Kemuncak Ekonomi Timur (EES) bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Dalam perbincangan 30 minit di bandar pelabuhan menghadap Golden Horn Bay dekat sempadan China dan Korea Utara itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu perdagangan dan inovasi.*

               27) *MEMAKAI vest dan topi dengan logo polis, namun sebenarnya tiga lelaki ini adalah penyangak yang cuba menyamun peniaga daging di Jalan Taman Jimah Jaya, Site C di Port Dickson, petang semalam. Bagaimanapun, dalam kejadian 2.30 petang itu, seorang daripada suspek dipercayai tercicir dompetnya yang mengandungi pengenalan diri ketika bergelut dengan mangsa.*

               28) *SEBANYAK 198,000 ayam dilupuskan oleh kilang pemprosesan ayam di Merlimau, Melaka, pada 3 September lalu susulan terdedah kebocoran gas ammonia. Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee berkata, langkah yang dibuat pengurusan kilang itu bagi menjamin keselamatan, sekali gus menyaksikan sebahagian bekalan ayam di negeri ini terutama di pasar raya besar terjejas, semalam.*

               29) *RAPID Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan memperluaskan laluan bas mini di sekitar ibu kota sekiranya menerima sambutan menggalakkan. Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Muhammad Yazurin Sallij berkata, pihaknya masih melihat perkembangan dalam tempoh tiga bulan ini sebelum membuat sebarang keputusan.*

               30) *MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Malaysia nyaris diheret ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa berikutan kegagalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar bon hutang yang dijamin International Petroleum Investment Company (IPIC). Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, berkata berikutan itu Datuk Seri Najib Razak secara sulit mengarahkan beliau ke Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu (UAE) bagi menyelesaikan masalah itu.*

               31) *MAYAT lelaki dengan kesan terbakar ditemui dalam anak sungai berdekatan jambatan Kampung Puyu, Jalan Semerak, Pasir Puteh, hari ini. Mayat itu ditemui terapung oleh penduduk kampung pada 3 petang dan dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari berdasarkan keadaan mayat sudah membengkak.*

                32) *PERSATUAN Pengurus dan Guru Sekolah Cina Johor boleh kemukakan rayuan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk pertimbangan semula mengenai isu pembatalan pendaftarannya. Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyifatkan isu pembatalan pendaftaran persatuan itu adalah bukan suatu yang luar biasa.*

                33) *POLIS berjaya menumpaskan geng curi lembu yang aktif melakukan jenayah itu di sekitar Negeri Sembilan dan selatan tanah air. Ia susulan tertangkapnya lima ahli kumpulan itu, semalam selepas menerima laporan kecurian lembu di Rembau. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, laporan dibuat seorang pemilik kandang ternakan itu di Kampung Kendong Baru, yang mendakwa diserang lapan lelaki bersenjata, kira-kira 10 malam, 30 Ogos lalu.*

                34) *DUA lelaki ditahan selepas terserempak dengan polis sejurus menyamun seorang warga asing dalam kejadian di Jalan 2/32, Seksyen 2 di Petaling Jaya hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kedua lelaki berkenaan yang menunggang dan membonceng sebuah motosikal dipercayai menyamun seorang buruh binaan yang sedang berjalan di kawasan itu.*

                35) *TIGA mukim di Baling dibadai ribut semalam, hingga menyebabkan 27 rumah rosak termasuk bumbung diterbangkan angin dan ditimpa pokok. Dalam kejadian 12 tengah hari itu, sebanyak 19 rumah di Mukim Kupang, lima rumah di Mukim Teloi Kanan serta tiga lagi di Mukim Tawar rosak. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Baling Shamsul Izrin Isahak berkata, kejadian ribut itu berlaku kira-kira 30 minit.*

                36) *SEKUMPULAN lelaki yang leka menghisap dadah sambil berjudi di bawah khemah dalam ladang sawit di Felda Kerteh 3, Dungun, terpaku apabila ‘port’ itu diserbu pihak berkuasa hari ini. Dalam serbuan 7 pagi itu, seramai 22 lelaki ditangkap hasil operasi dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.*

                37) *POLIS masih berusaha mengesan Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di sebuah kompleks sukan di Ampang pada Sabtu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Farhash masih belum tampil untuk membantu siasatan kes berkenaan dan diminta berbuat demikian.*

                38) *BERHIBUR sambil dibelai wanita warga asing. Itu tarikan disediakan di pusat karaoke di kawasan Taman Seri Dungun, Dungun, bagi menarik lelaki ‘hidung belang’ untuk berhibur di premis berkenaan. Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Anti Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun menerusi Op Noda, semalam.*

                39) *BAYI perempuan yang terbabit kemalangan di Kilometer 32 Jalan Langkap-Kampar dekat Teluk Intan, semalam berjaya diselamatkan meskipun separuh badannya terbenam dalam lumpur. Nur Afrina Miqaila Mohd Aziz berusia sembilan terselamat selepas tindakan pantas jururawat Klinik Desa Tanjung Keramat yang memberikan bantuan awal sebaik melihat kemalangan itu.*

                40) *KANAK-KANAK lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia selepas ditemui tergantung berhampiran katil di rumahnya di Taman Nenas di Kulim, semalam. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusu Shaari berkata, kejadian disedari adik perempuan kanak-kanak itu yang berusia lapan tahun sekitar 6.30 petang.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *NEW DELHI: Seorang lelaki di Madhya Pradesh diserang burung gagak yang sama hampir setiap hari sejak tiga tahun lalu, kerana burung berkenaan berdendam, menyalahkan lelaki itu sebagai punca kematian seekor anaknya.*
            *Shiva Kewat berkata, dia sebenarnya cuba menyelamatkan seekor anak burung yang terperangkap pada jaring besi namun anak burung itu kemudiannya mati.*
           *Sejak itu, Shiva berulang-kali diserang ibu anak burung berkenaan, dipatuk dan dicakar menyebabkan dia terpaksa membawa kayu apabila keluar rumah sebagai persediaan sekiranya burung berkenaan menyerangnya.*

           *BEIJING: Doktor di sebuah hospital di China dikejutkan dengan penemuan sebatang jarum sepanjang 7 sentimeter di dalam hati seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun selepas dia mengadu sakit dada dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.*
           *South China Morning Post yang memetik Thepaper. cn melaporkan, kanak-kanak itu mula berasa sakit pada minggu lalu dan dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Harbin, di wilayah Heilongjiang.*
         *Doktor di hospital itu mengesyaki dia diserang miokarditis tetapi hasil ujian darah bertentangan dengan diagnosis namun imbasan CAT mengenal pasti punca masalah.*

           *Kaherah: Anak lelaki bongsu bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi dilaporkan meninggalkan dunia semalam, akibat serangan jantung.*
           *Berita kematian Abdullah Mursi, 24, disahkan oleh abangnya, Ahmed dan ahli keluarganya kepada Reuters.*
         *Bapanya meninggal dunia kira-kira dua setengah bulan yang lalu, juga akibat serangan jantung.*
            *Ahmed berkata, Abdullah mula berasa kejang ketika memandu bersama rakannya di Kaherah dan meninggal dunia tidak lama kemudian.*

           *SAN FRANCISCO: Penyelidik keselamatan siber memberi amaran wujudnya perisian berbahaya di dalam mesej yang meniru syarikat telekomunikasi.*
          *Kaedah itu bakal djadikan laluan kepada penggodam untuk menyerang telefon pintar Android.*
           *Laporan yang dikeluarkan ‘Check Point’ menggambarkan ia sebagai kelas serangan ‘phishing’ terbaru dan sekiranya berjaya membolehkan penggodam mencuri e-mel daripada telefon pintar Android di Huawei, LG, Samsung dan Sony.*

           *LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menerima dua tamparan hebat semalam apabila parlimen meluluskan rang undang-undang menghalang negara itu keluar dari Kesatuan Eropah (EU) tanpa sebarang perjanjian pada 31 Oktober ini.*
           *Anggota parlimen juga menolak usul Johnson untuk mengadakan pilihan raya umum dua minggu sebelum tarikh dijadualkan Britain keluar dari EU atau dikenali sebagai Brexit.*
              *Rang undang-undang itu akan memaksa kerajaan memohon penangguhan Brexit selama tiga bulan daripada keluar dari EU tanpa sebarang perjanjian.*

           *WASHINGTON: Nombor telefon yang berhubung dengan lebih 400 juta akaun Facebook di seluruh dunia didedahkan di dalam talian, kebocoran peribadi terbaru gergasi media sosial berkenaan, lapor media Amerika Syarikat semalam.*
         *Portal berita teknologi melaporkan, satu pelayan yang terdedah menyimpan kira-kira 419 juta rekod pengguna di beberapa pangkalan termasuk 133 juta akaun di AS, lebih 50 juta di Vietnam dan 18 juta di Britain.*
       *Pangkalan data itu ,menyenaraikan pengenalan atau ID pengguna Facebook iatu digit unik pada setiap akaun, nombor telefon profil, jantina dan juga lokasi.*

           *SEBAHAGIAN Bahamas musnah akibat dibadai taufan Dorian selama tiga hari dan kini, pihak berkuasa bertungkus-lumus mengelak bencana itu menjadi malapetaka kemanusiaan.*
             *Tinjauan dari udara menunjukkan keadaan Pulau Great Abaco ditenggelami air, bangunan musnah, bot terbalik dan kontena bertaburan seperti permainan Lego.*

           *TOKYO: Seramai 30 orang cedera apabila sebuah kereta api penumpang dan trak berlanggar di satu persimpangan jalan berhampiran Tokyo, hari ini.*
           *”Setakat apa yang kami ketahui ketika ini, 30 orang dilaporkan cedera, tetapi kami masih belum menerima pengesahan lanjut mengenai tahap kecederaan yang dialami mereka,” kata jurucakap jabatan bomba Yokohama kepada AFP.*
           *Sementara itu, rakaman televisyen menunjukkan gerabak pertama kereta api terbabit tergelincir lalu terbalik, mengakibatkan cerminnya pecah, manakala beberapa bahagian lain terbakar.*

           *MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mahu 1,700 banduan yang dibebaskan kerana berkelakuan baik sebelum ini, dipenjara semula selepas mempersoalkan pembebasan mereka sama ada sah di sisi undang-undang.*
          *Duterte berkata, mereka yang sebahagiannya dipenjara atas jenayah rogol dan bunuh itu diberi masa 15 hari untuk menyerah diri atau dianggap sebagai orang buruan.*
          *”Jika saya di tempat anda, saya akan menyerah diri. Saya menawarkan ganjaran 1 juta peso (RM80,827) setiap seorang, sama ada hidup atau mati,” katanya.*

           *ERBIL (IRAQ): Seorang wanita yang baru dibebaskan dari penjara kerana menjalin hubungan sulit, ditembak mati sebanyak enam kali oleh suaminya di luar mahkamah.*
             *Daily Mail melaporkan, wanita berkenaan yang tidak didedahkan identiti sebelum itu menjalani hukuman penjara selama setahun setengah.*
           *Sebaik dibebaskan, pasangan itu kemudiannya memfailkan perceraian namun wanita terbabit ditembak suami di kawasan parkir mahkamah selepas hadir untuk sesi keempat.*

           *BANGKOK: Ibu negara Thailand, Bangkok, mengatasi Paris dan London sebagai bandar raya paling popular untuk dikunjungi tahun ini, menerajui senarai untuk tahun keempat berturut-turut.*
        *Menurut hasil tinjauan MasterCard Inc yang dikeluarkan semalam, kira-kira 22.8 juta pelancong mengunjungi Bangkok manakala Paris dan London (19.1 juta) serta Dubai (15. juta).*
             *Singapura berada di tangga keempat manakala Kuala Lumpur, kelima dalam senarai tinjauan itu yang dilakukan pihak ketiga serta data analisa hartanah dan maklumat awam meliputi 200 destinasi.*

           *SINGAPURA: Seorang lelaki maut selepas kepalanya dihempap botol wain yang dicampak dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di sini baru-baru ini.*
         *The Straits Times melaporkan, ketika kejadian mangsa, Nasiari Sunee, 77, menghadiri satu majlis di bawah pangsapuri berkenaan dan baru hendak menjamah makanan sebelum kepalanya terkena botol kaca.*
             *Anak mangsa, Nas Suriati, 44, berkata, dia mendengar dua bunyi yang kuat sebelum melihat bapanya rebah.*

          *NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 14 maut dalam kejadian letupan di sebuah kilang bunga api di Punjab, India hari ini, kata polis.*
              *Polis setakat ini masih belum mengesahkan sama ada kilang terbabit beroperasi secara sah atau salah satu kilang haram di negara itu yang tidak mempunyai standard keselamatan, lapor Reuters.*
         *Beberapa video yang dimuat naik oleh media tempatan menunjukkan sekumpulan anggota penyelamat dan orang ramai berkumpul di kawasan runtuhan bangunan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


            *“DIA (anak) lebih hebat daripada saya...saya tengok liputan berita yang wartawan beri menjadikan saya rasa anak saya ini macam manusia yang paling berguna dalam dunia ini,” kata pelakon AR Badul mengenai anaknya Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya.*
             *Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie menyifatkan arwah anaknya itu diberi penghormatan tinggi itu kerana kerjayanya sebagai tentera serta keupayaan dan kebolehannya.*
           *”Saya mewakili keluarga kedua-dua pihak, kami berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menguruskan jenazah arwah anak saya hingga selamat dikebumikan.*

         ♂ *ENAM lagi klip video memaparkan dua lelaki yang melakukan hubungan songsang tersebar di media sosial hari ini.*
            *Selain di media sosial, ideo berkenaan turut disebarkan di kumpulan Whatsapp bertajuk ‘Video Terkini Azmin’ yang diwujudkan pada 3.35 pagi hari ini.*
           *Kira-kira 80 pengamal media serta beberapa ahli politik dimasukkan ke dalam kumpulan Whatsapp berkenaan sebelum pentadbir kumpulan itu memasukkan video hubungan songsang terbabit.*

         *BAHAGIAN Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan premis makanan jenama Tealive adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah.*
             *Dalam kenyataan hari ini, Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM memaklumkan mesej yang tular menerusi Whatsapp serta diubahsuai oleh pihak tidak bertanggungjawab itu adalah tidak benar.*
               *”Belum pun reda kehangatan tular isu status halal Starbucks Malaysia, kini ia merebak pula ke jenama Tealive sehingga kami menerima pertanyaan bertubi-tubi mengenainya melalui talian telefon, emel dan media sosial termasuk Whatsapp, Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM dan lain-lain.*

         *“AMANDA minta saya buat ala baju Raja Permaisuri Agong (Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah) selepas menyaksikan perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2019 di televisyen.*
          *”Jadi bila dia tengok baginda ketika perbarisan itu, terus dia nak pakai macam itu bagi pertandingan pakaian beragam sempena kemerdekaan di tadikanya,” kata Nurul Farhana Maarup, 32.*
           *Terdahulu, Tunku Azizah memuat naik gambar anak Nurul Farhana iaitu Adindaqu Raqhia Amanda Hazran, 6, di laman rasmi Twitter baginda yang memakai baju ala Raja Permaisuri.*

         *“MUJURLAH pada waktu kejadian pengantin sudah melalui kawasan itu dan sudah berada atas pelamin.*
          *”Jika tidak, saya pun tidak tahu apa hendak dikatakan,” kata perancang perkahwinan, Fauzi Manan, 33, selepas beberapa dekorasi kayu dipasang di laluan pengantin tumbang pada 25 Ogos lalu.*
           *Kejadian berlaku di hotel di Kuala Lumpur dan sebelum itu, seorang kanak-kanak yang hadir pada majlis berkenaan dilihat bergayut pada dekorasi terbabit sebelum ia tumbang.*
              *Susulan kejadian itu, majlis perkahwinan itu kecoh seketika sebelum gambar terbabit dimuat naik dan tular di media sosial.*

           *“SAYA selitkan elemen seni persembahan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi memberi kefahaman kepada pelajar selain terapi menghiburkan diri sendiri yang mengalami masalah kemurungan,” kata Mohamad Safwan Zulqarnain, 27.*
           *Mohamad Safwan adalah guru sandaran di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru yang mencuri perhatian warganet kerana kreativitinya mengajar subjek Sejarah.*
         *Kesungguhannya ketika mengajar dapat dilihat menerusi kostum yang digayakan di dalam kelas yang dihasilkan sendiri dengan bantuan ibunya, Suriyatina Che Hat.*

           *BAGI mendorong murid Tahun Enam bersemangat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula sejak semalam, Universiti Utara Malaysia (UUM) menawarkan tiket penerbangan ke Kuala Lumpur secara percuma kepada murid cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pinang, dekat Alor Setar.*
           *Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, janji itu ditawarkan supaya calon UPSR di sekolah itu dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan 6A dalam UPSR.*
            *Katanya, tawaran tiket penerbangan itu adalah bagi perjalanan pergi dan balik termasuk penginapan di EDC Hotel Kuala Lumpur bersama ibu bapa mereka.*

          *“SAYA buat begini dengan rela hati, tanpa mengharapkan balasan sesiapa melainkan Tuhan,” kata N Mathavan, 69, yang membantu murid sekolah melintas jalan ketika pulang dari sekolah sejak 25 tahun lalu.*
           *Meskipun sudah memasuki usia emas, dia tetap menjalankan kerja amal itu hampir setiap hari di Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist, Jalan Pokok Assam, Taiping di sebalik tugas hakikinya penghantar barangan syarikat insurans yang terletak berdekatan sekolah itu.*
              *Datuk kepada lima cucu itu berkata, perkara itu dilakukannya semata-mata sebagai tanda syukur dan memohon sejahtera kepada Tuhan selain menghadirkan kepuasan buat dirinya yang menganggap murid di sekolah itu seperti cucunya sendiri.*

          *MADRID: Polis Sepanyol berkata mereka berjaya merampas pokok ganja yang ditanam di atas bumbung sebuah pangsapuri selepas ia secara tidak sengaja dirakam oleh sebuah helikopter TV yang melakukan penggambaran Vuelta iaitu perlumbaan basikal terkenal di negara itu.*
             *Ketika helikopter berkenaan merakam penunggang basikal pada saat-saat akhir, ia secara tidak langsung mendedahkan tumbuhan yang ditanam seluas dua ladang di atas bumbung di Igualada di Catalonia.*
         *Pasukan polis serantau Catalonia, Mossos d’Esquadra segera membuka siasatan selepas video itu disiarkan secara langsung dan tular di media sosial.*
            


*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2019 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SATU 7ETEBE 2019 ASHI ERSAAAN 7 UHARRM 1441 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0541
*SUBUH* : 0551
*SYURUK* : 0705
*ZOHOR* : 1314
*ASAR* : 1619
*MAGHRIB* : 1918
*ISYAK* : 2027

*LST GA_L IGU NI*


*artikel disiarkan pada tarikh 6sept*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *HARGA runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal iaitu pada harga RM2.50 seliter, RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, harga produk petroleum itu bagi tempoh 7 hingga 13 September ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).*

               2) *PIHAK pendakwaan yang mengendalikan kes Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund) Nazrin Hassan, akan membuktikan mangsa meninggal dunia kerana dibunuh dan bukannya disebabkan kebakaran di bilik tidur utama kediamannya di Mutiara Homes, Petaling Jaya, dua tahun lalu. Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran dalam ucapan pembukaan kes pembunuhan berprofil tinggi itu berkata, pendakwaan akan membuktikan Samirah dan dua remaja lelaki yang masing-masing berusia 17 dan 14 tahun itu mempunyai niat bersama untuk membunuh Nazrin.*

               3) *DUA lelaki ditahan dalam serbuan di pondok dekat dusun durian di Kampung Sempeneh, Batu Kurau, Taiping, hari ini bersama 635 gram heroin dan 100 gram syabu. Serbuan kira-kira 4 pagi dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.*

               4) *SUDAHLAH berhutang mas kahwin, lelaki 30-an sanggup membelasah isterinya dengan batang mop hingga cedera, hanya disebabkan wanita itu ke rumah ibu bapanya. Kejadian berlaku di Kampung Durian Tinggi, Bukit Payung, Marang pada 30 Ogos lalu menyebabkan mangsa luka di kepala dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.*

               5) *BEKAS pembantu tadbir didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas 10 pertuduhan alternatif membuat resit rawatan kesuburan palsu dari 2015 hingga 2017. Tertuduh, Mazuin Zulkifli, 33, dari Sungai Lembing di sini membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.*

               6) *CUBAAN dua lelaki menyamun kedai serbaneka 24 jam di Jalan Semarak Api Off, Jalan Gombak, Setapak, gagal selepas ditahan anggota Polis Bantuan Danga Bay, Johor Bahru, yang kebetulan singgah membeli makanan pada 4 September lalu. Dalam kejadian 6.40 pagi itu, anggota polis berusia 26 tahun yang masuk ke premis itu melihat seorang lelaki di hadapan kaunter dalam keadaan mencurigakan.*

               7) *PEMBANTU rumah warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, atas pertuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya, minggu lalu. Tertuduh, Welmince Alunat, 38, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A Raof.*

               8) *MAYAT lelaki yang ditemui terapung dengan kesan terbakar di Sungai Kampung Puyu, Jalan Semerak, Pasir Puteh, Rabu lalu disahkan mati dibunuh. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa berusia 20-an itu mempunyai kesan pukul dengan objek tumpul di muka dan badan.*

               9) *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengenal pasti badan berkaitan kerajaan (GLC) berisiko tinggi yang perlu ditempatkan pegawai SPRM di pejabat mereka. Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, senarai GLC terbabit dibuat antaranya berdasarkan kes rasuah yang wujud membabitkan agensi berkenaan serta dana terlalu besar.*

               10) *PERTENGKARAN mulut angkara penggunaan dapur di rumah sewa berakhir tragedi apabila warga emas menikam jiran serumah dengan parang panjang, semalam. Dalam kejadian 1.30 petang itu, dua penyewa rumah di Kampung Cempaka Baru, Jalan Haiwan, Likas, bertekak selepas mangsa yang berusia 30 tahun dikatakan menggunakan dapur masak milik keluarga penyewa lain.*

               11) *MALAYSIA akan menghantar nota diplomatik kepada Kerajaan Indonesia agar negara berkenaan segera memadamkan kebakaran bagi memastikan kesan jerebu melanda negara ini tidak menjadi lebih teruk. Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah berkata, Malaysia menyuarakan kebimbangan selepas mengambil kira 1,393 tompok panas dikesan di Indonesia dengan 1,087 daripadanya berada di Kalimantan.*

               12) *SUAMI isteri warga Myanmar ditahan selepas membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkan sebelum mayatnya ditemui dalam tong sampah di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, 27 Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, penahanan suami isteri itu berusia lingkungan 30-an yang juga pekerja kilang di Bukit Serdang terbabit dibuat pada 8 malam, 28 Ogos lalu.*

               13) *LAPAN individu yang terbabit kegiatan samun kedai serbaneka 24 jam ditahan polis dalam tujuh serbuan berasingan di sekitar Serdang dan Petaling Jaya pada 28 dan 29 Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pekerja kedai serbaneka 24 jam di Taman Kinrara yang memaklumkan disamun dua lelaki memakai topi keledar berpenutup muka penuh dan bersenjatakan parang 20 Ogos lalu.*

               14) *ENAM ‘supercar’ Lamborghini Huracan adalah antara 21 kereta disita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kerana didapati menyeleweng dokumen pengimportan. Kereta mewah lain yang dirampas adalah tujuh Toyota Vellfire; Toyota Estima (empat); Mercedes Benz CLS350 (dua) dan masing-masing sebuah kereta jenis BMW525i dan Toyota Alphard.*

               15) *LEMBAGA Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengambil inisiatif membantu menyediakan penginapan sementara untuk saudara baru jika mereka ditinggalkan keluarga termasuk memberi bantuan kewangan bagi memudahkan mereka menjalani kehidupan mengikut syariat. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman berkata, inisiatif itu dilaksanakan tahun lalu dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).*

               16) *BARU berusia belasan tahun, namun tiga remaja dikesan terbabit dalam kes curi sekurang-kurangnya 11 motosikal di Port Dickson dan Melaka dalam masa tiga minggu. Malah remaja yang dikenali sebagai Geng Intan Perdana itu turut dikesan mengubahsuai motosikal yang dicuri termasuk meleraikan komponen untuk dijadikan alat ganti bagi tujuan lumba haram.*

               17) *KUALITI udara di Sarawak semakin terjejas dengan jumlah kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat sekali ganda berbanding hanya tiga kawasan, semalam. Kawasan yang mencatat IPU tidak sihat pagi ini ialah Sri Aman (166), Samarahan (120), Kuching (125), Sarikei (109), Sibu (123) dan Miri (133). Tujuh lagi Stesen Pengawasan Udara Automatik mencatat bacaan sederhana iaitu SK Baram 2 (70), Bintulu (79), Samalaju (71), Mukah (99), Kapit (65), (Limbang (62) dan ILP Miri (81).*

               18) *Johor Bahru: Dalam usaha mengalakkan jualan rumah status bumiputera, pemaju United Malayan Land BHD (UMLAND) menawarkan potongan sehingga 30 peratus menerusi Program Jualan Khas untuk Bumiputera di Rumah Kelab tapak projek Citrine Residenz, Masai, di sini, esok. Pengarah Kumpulan Perbandaran UMLAND, Wong Kuen Kong berkata, tambahan potongan 15 peratus itu bertujuan membantu Bumiputera membeli hartanah berkenaan.*

               19) *EMPAT remaja disyaki terbabit dalam kegiatan lumba haram, ditahan di sebuah kedai makan di Jitra, hari ini. Dua daripada remaja terbabit yang berusia 16 dan 19 tahun itu yang bertindak sebagai penganjur lumba haram ditahan ketika sedang leka mengumpul wang pertaruhan dri kumpulan pelumba haram. Turut ditahan, dua lagi rakannya yang berusia 17 dan 18 yang juga peserta aktiviti berkenaan.*

               20) *AHLI perniagaan warga Indonesia kerugian SGD400,000 (RM1.25 juta) selepas disamun tujuh individu termasuk empat daripadanya menyamar polis, Isnin lalu. Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa bersama rakannya membuat perbincangan berhubung pelaburan kelapa sawit di Labuan.*

               21) *SETIAP majikan, syarikat atau organisasi mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kebajikan pekerjanya dengan menawarkan pelbagai kemudahan, ganjaran atau insentif tahunan.
Kebanyakan syarikat memberikan faedah standard seperti perubatan, pergigian atau mata, namun baru-baru ini bantuan pinjaman pelajaran sedang mencari cara untuk memasukkan sebagai satu faedah yang ditawarkan, selepas pengumuman melalui Bajet 2019 yang meminta majikan membantu pekerja mereka membayar tungakan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).*

               22) *LELAKI maut akibat terhempas atas batu selepas terjun di Kilometer 5.4 Jambatan Pulau Pinang menghala Georgetown, malam tadi. Dalam kejadian 10.35 malam itu, lelaki berusia 54 tahun itu meninggal dunia di lokasi akibat parah di seluruh badan.
Mayatnya ditemui tertiarap di celah batu dengan kesan kecederaan di kaki kanan, siku kiri, dahi kanan dan belakang badan.*

               23) *KUALA TERENGGANU: Penganjuran Program Bazaar Peduli Rakyat (BPR) di seluruh negeri sejak Februari lalu bukan sekadar menawarkan harga rendah tetapi turut menyediakan kaunter khas bagi menerima sumbangan orang ramai. Sumbangan berbentuk barangan segar dan bahan mentah itu disalurkan pengunjung melalui Kaunter My Food For Ummah (MFFU) yang disediakan di BPR.*

               24) *BATU PAHAT: Guna bubu naga yang diharamkan Jabatan Perikanan untuk menangkap ikan di perairan Sungai Ayam di sini. Itu tindakan dua lelaki yang sempat lari menyelamatkan diri sejurus menyedari kehadiran anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Zon Batu Pahat di sini, petang kelmarin.*

               25) *DUA lelaki rentung selepas kereta dinaiki terbakar susulan kemalangan di Jalan Beruas-Sitiawan, Sitiawan, malam tadi. Seorang lagi lelaki dilaporkan parah selepas kereta Audi dinaiki mereka merempuh mesin penggelek jalan di laluan berkenaan.*

               26) *BARU hari pertama berniaga, pemilik restoran kerugian RM15,000 apabila wang tunai dan barang kemas dilarikan dua lelaki menyamar sebagai pelanggan yang menempah makanan di premis perniagaannya di Taman Permint Indah, Dungun, Ahad lalu. Mangsa, Hamzah Yusof, 67, berkata kejadian berlaku sewaktu dia ingin menutup premis perniagaannya pada 3 petang.*

               27) *RANGKAIAN telekomunikasi sememangnya menjadi sasaran strategik terutamanya bagi penggodam untuk melaksanakan kegiatan pengintipan siber termasuk mencuri data maklumat pengguna untuk tujuan tertentu. Beberapa media antarabangsa mendedahkan kumpulan penggodam yang didakwa mendapat sokongan China untuk melakukan pengintipan siber bagi memperoleh maklumat pelarian Uighur dengan menggodam kerangka data syarikat telekomunikasi.*

               28) *SUDAHLAH mengandung lima bulan, mangsa turut dibelasah dan ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah. Itu penderitaan dialami remaja perempuan berusia 18 tahun yang menjadi mangsa belasahan tiga lelaki termasuk teman lelakinya, 18, di tepi jalan belakang Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur Isnin lalu.*

               29) *GOLONGAN lelaki kurang berminat menjadi tenaga pengajar di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Perpaduan menyebabkan kerjaya itu dilihat seolah-olah hanya khusus untuk wanita. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik berkata, pihaknya sedia membuka ruang kepada lelaki untuk menjadi sebahagian tenaga pengajar di Tabika Perpaduan dengan syarat mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan kanak-kanak.*

               30) *PENUNTUT sebuah kolej kerajaan negeri di Tawau tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata sebaik dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi Tawau Dr Alwi Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah kes pendakwaan terhadap Nurminah Julhasin, 24, dan kakak iparnya, Faujia Julpae, 39.*

               31) *KESAN darah masih basah di badan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund) Nazrin Hassan ketika ditemui polis di bilik tidur utama kediamannya di Mutiara Homes, Petaling Jaya, pada 2018. Perkara itu dimaklumkan saksi kedua pendakwaan, Koperal Nazrin Zakaria, 39, dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.*

                32) *PENUNTUT sebuah kolej di Brickfields, Kuala Lumpur cedera dahi dan lebam bahu kanan selepas ditumbuk rakan sekelasnya akibat perselisihan faham antara mereka kelmarin. Dalam kejadian 11.30 pagi itu, remaja lelaki berusia 18 tahun itu yang sedang belajar di dalam kelas tiba-tiba didatangi rakannya yang terus menumbuk mukanya sehingga berlaku pergelutan.*

                33) *AKTIVITI penambakan dekat perairan Pantai Lido dipercayai penyebab gangguan sistem pengaliran hingga ratusan ikan mati, hari ini dan pada 28 Ogos lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Bahru, Tan Chen Choon berkata, bangkai ikan ditemui mati oleh orang awam di tali air bersebelahan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, kira-kira 11 pagi hari ini.*

                34) *GURU yang juga warden asrama sanggup mengambil kesempatan ke atas muridnya demi memuaskan nafsu. Bagaimanapun, perbuatan warden itu terbongkar apabila mangsa yang juga murid perempuan tahun lima menceritakan kejadian kepada keluarganya selepas tidak tahan dengan tindakan lelaki itu mencabul dan melakukan amang seksual terhadapnya. Menurut sumber, kejadian didakwa dilakukan terhadap kanak-kanak berusia 11 tahun itu di asrama sebuah sekolah di daerah Marang.*

                35) *DAP Melaka tidak membantah program ‘Malam Islam Bersatu’ di Masjid Cina, Krubong, anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang mengundang pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik, malam esok. Pengerusi DAP negeri, Datuk Tey Kok Kiew berkata, meskipun tiada bantahan, beliau kesal kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berniat menjemput pendakwah berkenaan seolah-olah menggunakan sentimen agama atas tujuan politik dan kepentingan peribadi beliau.*

                36) *IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dengan kerjasama Persatuan Lions Club Selangor akan menganjurkan Kempen Derma Darah di IPD berkenaan pada 13 September ini. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, penganjuran program berkenaan adalah sempena Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September nanti.*

                37) *“SUDAH lebih dua bulan kami (peniaga) di kawasan ini bersabar apabila mereka menjadikan kawasan pejalan kaki di kompleks beli belah Kuantan Plaza ini sebagai port (kawasan) menghidu gam. “Keadaan ini bukan saja menimbulkan kegusaran di kalangan peniaga malah pelanggan juga tak senang dengan aktiviti dilakukan mereka,” kata peniaga, Syed Mohd Nizam Syed Abd Aziz, 32.*

                38) *WUJUD sindiket antarabangsa menawarkan maklumat kad kredit kepada pengguna untuk membeli aplikasi secara haram. Tanpa menggunakan Kod Pengesahan Transaksi ( TAC) yang lazimnya digunakan dalam urusan institusi kewangan, urusniaga secara tidak sah itu menyebabkan terdapat lambakan tawaran pelbagai aplikasi atas talian termasuk permainan video.*

                39) *TINDAKAN wanita Filipina membuat laporan palsu konon diragut mengundang padah apabila ditahan polis semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, perkara itu terbongkar semasa pegawai polis merakam percakapan suspek berusia 24 tahun kerana memberikan jawapan tidak konsisten dan meragukan*

                40) *DOKTOR pakar jantung maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh tiang lampu di Jalan Hospital menghala ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) berdekatan Kampus Perubatan, Sungai Buloh, pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguat kuasa Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, mangsa, Dr Noor Izham Ismail, 40, yang menunggang Yamaha Y15 dipercayai terbabas lalu melanggar tiang lampu jalan berkenaan.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *TOKYO: Saintis Jepun mengenal pasti spesies baru dinosaur selepas menemui rangka yang hampir lengkap dan terbesar pernah ditemui di negara itu, berukuran lapan meter panjang.*
             *Pasukan yang diketuai Universiti Hokkaido memberitahu, rangka itu dikaitkan dengan spesies baru dinosaur hadrosaurid, seekor haiwan herbivor di bumi pada akhir zaman Batu Kapur, selepas mebuat analisa ke atas ratusan tulang berusia sejak 72 juta tahun lalu.*
         *Separuh daripada ekor dinosaur itu ditemui di utara Jepun pada 2013 dan kerja-kerja penggalian seterusnya menemukan seluruh rangka spesies.*

             *KIEV: Seorang isteri yang sering menjadi mangsa dera suaminya bertindak memenggal kepala lelaki itu dan memotong kemaluan mangsa sebelum mencampak organ berkenaan untuk dimakan anjing.*
           *Mail Online melaporkan, Maria, 48, yang berasal dari kampung Obariv di utara Ukraine bertindak demikian sebagai membalas dendam kerana bertahun-tahun menjadi mangsa dera suaminya sendiri.*
           *Maria memberitahu polis, dia terpaksa membunuh suaminya kerana itu adalah satu-satunya jalan untuk menamatkan penderitaannya itu.*

             *GUNTUR (INDIA): Seorang wanita berusia 74 tahun didakwa menjadi individu paling tua di dunia yang berjaya melahirkan anak, kata doktor di sebuah hospital di Andra Pradesh, India.*
        *NDTV melaporkan, Mangayamma yang menggunakan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) selamat melahirkan bayi kembarnya di bandar Guntur hari ini.*
          *Wanita yang berasal dari Nelapartipadu itu tidak mempunyai anak selepas 54 tahun mendirikan rumah tangga dengan suami, Y Raja Rao sebelum membuat keputusan untuk menjalani IVF.*

             *HARARE: Bekas presiden Zimbabwe, Robert Mugabe meninggal dunia hari ini pada usia 95 tahun, lapor BBC memetik sumber keluarganya.*
            *Pemimpin pertama pasca kemerdekaan itu dilaporkan meninggal dunia selepas beberapa tahun berada dalam keadaan uzur.*
          *Mugabe yang berkuasa selama 30 tahun disingkirkan dari pentadbiran dalam satu rampasan kuasa oleh pihak tentera pada November 2017.*

            *LONDON: Sebuah mahkamah di London menjatuhkan hukuman penjara terhadap pasangan kembar tiga seiras selepas disabitkan dengan kesalahan membekalkan senjata kepada penjenayah berbahaya.*
         *Reuters melaporkan, penyiasat menemui kesan DNA pada senjata itu yang dikaitkan dengan kembar terbabit, Reiss, Ralston dan Ricky Gabriel, 28, namun mereka tidak dapat menentukan identiti sebenar pemiliknya.*
           *Bagaimanapun, siasatan lebih terperinci berjaya membuktikan ketiga-tiga mereka terbabit dengan kegiatan itu.*

          *SEORANG kanak-kanak berusia lapan tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami 35 peratus luka lecuran pada badannya akibat dibakar pembuli dari sekolahnya ketika dia sedang bermain berhampiran rumah.*
          *Daily Mirror melaporkan, Kyrylo Yatsun dilaporkan sedang bermain di taman permainan berhampiran blok apartment kediamannya sebelum diserang sekumpulan kaki buli yang lebih tua daripadanya di Dnipro.*

          *HANOI: Vietnam menghapuskan kira-kira 4.7 juta babi sebagai usaha untuk membendung wabak selsema babi Afrika yang sudah merebak ke semua 63 wilayah di negara itu, kata pihak berkuasa hari ini.*
         *Ketua Jabatan Kesihatan Haiwan, Pham Van Dong, berkata wabak itu pertama kali dikesan pada Februari lalu dan sukar dibendung kerana tiada vaksin.*

          *BANGKOK: Seorang aktivis politik dari Laos yang melarikan diri ke Thailand dilaporkan hilang selepas cuba mendapatkan status pelarian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata kumpulan hak asasi manusia, hari ini.*
          *Kehilangan Od Sayavong disyaki sebahagian daripada kebiasaan di Asia Tenggara, apabila dua kerajaan dituduh bekerjasama untuk menahan dan menghantar pulang pembangkang yang melarikan diri.*

          *CHARLESTON: Taufan Dorian melanda negeri Carolina semalam mengakibatkan beberapa bandar banjir, pokok tumbang dan mencetuskan tornado, beberapa hari selepas menghancurkan Bahamas.
        *Di bandar Charleston yang rendah, banjir direkodkan lebih 30 sentimeter tinggi.*
        *Pegawai berkata, pada tengah hari semalam, lebih 18 sentimeter hujan turun di Charleston.*

          *ROCHEFORT (Perancis): Sebuah mahkamah di Perancis membuat keputusan membenarkan seekor ayam bernama Maurice berkokok selepas menolak saman dikemukakan sekumpulan penduduk yang tidak berpuas hati dengan bunyi bising haiwan terbabit.*
        *AFP melaporkan, mahkamah turut memerintahkan mereka membayar ganti rugi berjumlah 1,000 euro (RM4,625) kepada pemiliknya, Corinne Fesseau.*
           *Kes yang difailkan jiran Corinne itu mencuri perhatian media seluruh dunia yang melihatnya sebagai percanggahan antara penduduk luar bandar dan pemilik rumah percutian.*

          *LONDON: Dua pendatang asing sanggup bersembunyi di bawah bas selama 10 jam ketika ia dalam perjalanan membawa pulang pelancong dari Disneyland Paris, Perancis ke timur laut England, semalam.*
         *Daily Mail melaporkan, kehadiran ‘penumpang’ itu bagaimanapun dikesan oleh dua pemandu ketika memberhentikan kenderaan masing-masing di stesen minyak berhampiran Sheffield.*
           *Ketika bas pertama tiba, pemandunya ternampak beg dari bahagian bawah bas sebelum lelaki itu jatuh manakala seorang lagi dikesan sebaik bas kedua tiba.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          ♀ *SEMBILAN klip video memaparkan aksi seorang wanita yang memakai pakaian seragam sebuah agensi penguatkuasaan melakukan aksi lucah tular di media sosial sejak semalam.*
          *Video termasuk gambar individu berkenaan mula disebarkan melalui aplikasi Whatsapp memaparkan tindakan wanita itu membuka buka bajunya satu persatu dipercayai dalam bilik persalinan agensi berkenaan.*
         *Antara rakaman itu membabitkan perbuatan wanita berkenaan membuka pakaian seragam sebelum menyelak pakaian dalamnya.*

            *ISTANA Kelantan menafikan segala kenyataan yang tidak benar dan berunsur fitnah yang disiarkan bersama gambar Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di media sosial.*
          *Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, Istana Kelantan sangat kesal dan membantah penyebaran gambar peribadi Sultan Muhammad V di media sosial serta semua kiriman yang tidak beradab berkaitan kehidupan peribadi baginda di media sosial.*

            *UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menafikan dakwaan maklumat kanak-kanak yang didaftar bagi ujian saringan Pintar Berbakat untuk Program Junior Science Camp 2019 digunakan bagi tujuan penculikan.*
            *Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menularkan maklumat atau berita palsu.*

            *POLIS menyeru pemilik akaun Facebook (FB) menggunakan nama Empayar Serikandi yang memuat naik hantaran kononnya ada mayat dalam tangki di daerah ini, semalam, diminta supaya tampil bagi membantu siasatan.*
           *Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam hantaran yang dimuat pemilik akaun yang juga seorang wanita menyatakan ada penduduk mengalami cirit-birit dan muntah akibat terminum air dari tangki mengandungi mayat sejak tiga hari.*
           *”Berikutan status itu, polis menerima panggilan pelbagai pihak dan ini secara tidak langsung menimbulkan keresahan kepada orang ramai.*

           *GEORGETOWN: “Walaupun membawa ibunya yang tidak sihat, dia masih sudi membantu, itulah yang membuatkan saya rasa terharu.*
         *”Terima kasih Siva dan tahniah kepada ibunya kerana mendidik anak dengan nilai kemanusiaan dan budi pekerti,” kata pensyarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB), Air Itam dekat sini, Rohana Ahmad, 58.*
        *Rohana berkongsi cerita mengenai anak muda dikenali sebagai Siva yang membantu membaiki keretanya di Paya Terubong.*
           *Kisah yang dikongsi menerusi hantaran di Facebook Rohana itu turut tular sejak kelmarin dan mendapat perhatian warganet berikutan keluhuran budi lelaki itu.*

           *“SEBELUM pulang, saya singgah di KFC untuk belanjanya makan tetapi dia kelihatan seperti tidak selera selepas hidangan disediakan, apabila ditanya diberitahu dirinya terkenang pada adiknya di rumah yang belum tentu sudah makan,” kata Muhammad Khadir Abd Jalil, 23.*
            *Menurutnya, jawapan kanak-kanak itu menyebabkannya terus pakai cermin mata hitam sebab mahu tahan menangis.*
            *Muhammad Khadir yang menawarkan perkhidmatan percuma ke hospital di sekitar Sandakan diminta oleh rakannya untuk menghantar pulang kanak-kanak berusia 12 tahun, Putri Nurshafika Hailmiansah atau lebih dikenali sebagai Putri sepanjang peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berlangsung.*
             *Terdahulu, status yang dimuat naik Muhammad Khadir tular mengenai kisah Putri tular di Facebook (FB).*

           *IMPIAN pasangan guru untuk bersanding di pelamin dan makan beradab terpaksa digantikan ibu bapa mereka selepas seorang daripadanya dimasukkan ke hospital pada hari persandingan, Ahad lalu.*
          *Guru Bahasa Inggeris, Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 5 (1), Fatheen Afiqah Jeffry, 27, berkata, malam sebelum kejadian suaminya yang juga Guru Pendidikan Khas, SK Bandar Temerloh, Pahang, Amirudin Abdul Kassim, 28, mengadu sakit perut.*
         *”Pada mulanya, kami ingat sakit itu mungkin disebabkan masuk angin akibat lewat makan susulan sibuk dengan majlis pernikahan kami pada pagi itu.*

           *ORANG Melayu masih enggan bekerja dan rela menyerahkan segala kerja kepada orang asing, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.*
            *Menurutnya, dengan itu orang asing membanjiri negara ini, malah jutaan orang masih berada di Malaysia untuk bekerja.*
          *”Apakah akan terjadi kepada orang Melayu. Tentulah apa yang sudah jadi dahulu kepada negara dan orang Melayu, yang akan terus jadi,” katanya menerusi catatan terbaru di blog beliau, chedet. cc, hari ini.*
                 

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2019 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*RAU 11ETEBE 2019 ASHI ERSAAAN 11 UHARRM 1441 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0540
*SUBUH* : 0550
*SYURUK* : 0704
*ZOHOR* : 1313
*ASAR* : 1615
*MAGHRIB* : 1916
*ISYAK* : 2025


*artikel disiarkan pada tarikh 10sept*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *SEBANYAK 18 kawasan seluruh negara mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat 2 petang ini. Bacaan dipaparkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan Rompin, Pahang dan Sri Aman, Sarawak masing-masing mencatatkan bacaan IPU tertinggi, 196 dan 182. Sementara itu, kualiti udara di Batu Muda juga merekodkan IPU tidak sihat iaitu 169, Cheras (160) dna Putrajaya (144).*

               2) *BANTUAN Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah diperoleh, tetapi dia hanya duduk di rumah menunggu rezeki anak kecil yang dibiarkan menjual buah potong di jalanan untuk membantu keluarga. Itu sikap segelintir ibu bapa penerima bantuan JKM yang dikesan menggunakan kudrat anak yang masih bersekolah untuk menjaja buah potong.*

               3) *BEKAS vokalis kumpulan Exists, Mamat yang bakal mengadakan konsert reunion bersama anggota asal kumpulan itu 28 September ini ditahan polis selepas didapati positif mengambil dadah syabu. Penyanyi lelaki berusia 41 tahun terbabit sebelum ini pernah diberkas polis sebanyak dua kali berhubung isu sama pada tahun 2009 dan 2011.*

               4) *LELAKI berdepan detik cemas apabila treler muatan kayu dipandunya nyaris terjatuh ke Sungai Perak selepas terbabas di Jambatan Sultan Iskandar Shah di Kilometer 44 Jalan Ipoh - Taiping dekat Kuala Kangsar, hari ini. Dalam kejadian 11.30 pagi itu, treler berkenaan dari arah Sungai Siput dan menghala ke Kuala Kangsar sebelum dipercayai ikatan muatan kayu yang dibawa terputus hingga menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan dan terbabas.*

               5) *SEORANG saksi mengakui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini bahawa ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low adalah penasihat tidak rasmi kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Datuk Amhari Effendi Nazaruddin, 43, yang juga bekas pegawai khas Najib berkata, hal itu kerana tiada surat rasmi yang mengatakan Jho Low adalah penasihat kepada Najib.*

               6) *MAMPU meraih untung berlipat kali ganda dengan menjual antara RM10 hingga RM15 sehelai tudung berjenama ciplak yang biasanya dijual ratusan ringgit sehelai. Premis perniagaan tudung di Jalan Langgar di Alor Setar itu dikesan menciplak ribuan tudung berjenama milik sebuah syarikat sebelum menjualnya secara borong sejak dua minggu lalu.*

               7) *PENIAGA didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini kerana mencuri kasut berjenama, dua tahun lalu. Majistret Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Mohd Firdaus Mohd Shariff, 33, selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.*

               8) *BURUH kontrak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan menipu seorang pengurus berhubung pakej umrah pada Februari lalu. Tertuduh Muhammad Aqip Mohd Azman, 27, yang memakai baju kemeja corak kotak dan berseluar jean membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rahni Kartini Abd Rahim.*

               9) *PEMANDU teksi didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini, atas tuduhan memiliki 245 kilogram (kg) karkas lembu yang tidak disembelih di rumah penyembelihan diluluskan, Mei lalu. Majistret Norasidah A Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Malik Mohamad, 35, selepas orang kena saman (OKS) itu mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya.*

               10) *PASUKAN Polis Marin (PPM) menemui sembilan tong berisi petrol yang ditanam di dalam pasir di pesisir pantai di Kampung Sibahat, Lahad Datu. Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, tong itu ditemui dalam operasi pada 5.30 petang semalam. Sebelum itu katanya, Unit Risikan Marin (URM) menerima maklumat mengenai petrol bersubsidi yang disembunyikan untuk tujuan seludup ke negara jiran.*

               11) *HANYA kerana mendakwa mereka-reka cerita menyebabkan seorang remaja lelaki ditendang dan dibelasah tujuh lelaki di pekarangan kolam renang sebuah apartment di Wangsa Maju di Kuala Lumpur kelmarin. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa berusia 17 tahun sedang barbeku bersama rakannya kawasan terbabit.*

               12) *PADAH cuba menggugurkan kandungan dalam sebuah bilik hotel, seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tertinggal uri dalam rahim. Terdahulu, wanita berusia lingkungan 20-an dikatakan bertindak menelan lebih 20 biji ubat di sebuah lokasi di Kota Kinabalu. Selain itu, wanita terbabit turut memasukkan beberapa biji ubat ke dalam kemaluannya dipercayai untuk mempercepatkan proses pengguguran.*

               13) *PIHAK sekolah boleh menangguhkan sesi persekolahan jika tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan masing-masing melebihi 200 iaitu sangat tidak sihat. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesihatan murid dan pelajar harus diutamakan kerana terdedah kepada persekitaran udara yang tercemar boleh memudaratkan kesihatan.*

               14) *PEMUDA dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini atas tuduhan menikam muka guru menggunakan pisau hingga parah, Julai lalu. Keputusan dibuat Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh, Muhamad Murtazah Md Kasim, 28, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.*

               15) *TINGKAH laku bunuh diri dalam kalangan remaja di Malaysia menunjukkan peningkatan seperti dilapor Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (KKMK). Malah, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut merekodkan bunuh diri sebagai 10 penyebab kematian di dunia.*

               16) *BAYI lelaki baru lahir dan masih bertali pusat ditinggalkan di sebuah kedai makan di Jalan Maktab, Tanjung Malim, Jumaat lalu. Bayi ditemui berbalut dengan sehelai tuala dan diletakkan di atas meja sebelum dijumpai seorang jemaah masjid. Jemaah terbabit kemudian menghubungi pihak berkuasa melaporkan penemuan itu sebelum bayi berkenaan dihantar ke Klinik Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.*

               17) *KETUA satu sindiket dadah di Kelantan ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, ketika mahu berangkat menunaikan umrah, Khamis lalu. Suspek berusia 37 tahun itu ditahan polis pada 2 petang susulan rampasan 700,000 pil kuda di Jalan Lubuk Kiat-Kubang Kuau, Pasir Mas, pada hari sama.*

               18) *CADANGAN penutupan 21 daripada 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara pada tahun depan adalah polisi kerajaan terdahulu, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Sehubungan itu, beliau menafikan mengenai sebarang penutupan IPG sebagaimana yang didakwa dicadang ditutup secara berperingkat, mulai tahun depan.*

               19) *DUA remaja ditahan selepas dipercayai membakar dua kenderaan menggunakan petrol di dua taman perumahan di Kelapa Sawit, Kulai, kelmarin. Suspek berusia 15 tahun ditahan di dua lokasi berbeza di Taman Scientex dan Kampung Sri Paya, 2.30 petang semalam.*

               20) *AHLI perniagaan dan dua pemandu e-hailing mengalami kerugian kira-kira RM200,000 selepas diperdaya dalam tiga kejadian berasingan di Kepala Batas pada minggu lalu. Dalam kejadian Khamis lalu, seorang ahli perniagaan berusia 48 tahun didakwa tertarik dengan satu iklan pelaburan yang ditawarkan di aplikasi WeChat tanpa menyedari ia adalah satu penipuan.*

               21) *POLIS Perak sediamemberikan bantuan mengesan Pengerusi PKR negeri itu, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di kompleks sukan di Ampang, Selangor, 31 Ogos lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya bersedia pada bila-bila masa untuk memberikan bantuan sekiranya ia diperlukan.*

               22) *MENGAKU rakyat tempatan berasal dari Sabah bagi mengelak dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu. Itu taktik lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina yang fasih bertutur loghat Terengganu ketika diperiksa penguat kuasa JIM dalam Ops Bersepadu di Pulau Lang Tengah, Setiu, Ahad lalu.*

               23) *SEORANG saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho sering berhubung dengan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bekas pegawai khas kepada Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, berkata demikian dalam prosiding bicara kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Najib di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.*

               24) *INSIDEN kapal kargo terkandas di perairan cetek dekat Pulau Kalampunian Kecil, Kudat, kelmarin, merosakkan batu karang dan lokasi habitat penyu. Pengasas Blue Fin Surf and Dive, Ivan Tan berkata, kapal itu yang terkandas selama dua hari akibat kegagalan alat navigasi, tersasar sehingga ke lokasi menyelam yang dikenali sebagai ‘Nemo Point’.*

               25) *KESEMPITAN hidup sebuah keluarga memaksa mereka berteduh di tempat letak kenderaan di sebuah bangunan parkir bertingkat di Kepong, dekat sini, sejak Mei lalu. Keputusan itu dibuat selepas mereka tidak lagi mampu menyewa berikutan rumah panjang yang disewa sebelum ini secara haram di kawasan terbabit dengan harga RM200 dirobohkan pihak berkuasa.*

               26) *MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke menyifatkan dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes bahawa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) gagal dalam sektor penerbangan hanyalah pandangan peribadi. Anthony berkata, pihaknya enggan memberi komen lanjut mengenai dakwaan tokoh penerbangan tambang murah itu kerana ia membabitkan pendapat peribadi seseorang individu.*

               27) *SEORANG daripada tiga pemancing lelaki yang hilang selepas bot dinaiki dipercayai karam di Pulau Sari di sini, ditemui lemas, hari ini. Mayat Yee Chee Tiong, 30, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 8.40 pagi. Pegawai Pertahanan Awam Lawas, Kapten (PA) Sulaiman Salama berkata, mayat mangsa sudah diserahkan kepada polis.*

               28) *MAYAT lelaki ditemui terapung di Sungai Kiabau, Telupid, dekat Beluran, semalam. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat berkenaan kira-kira 1 tengah hari. Katanya, mayat berkenaan dipercayai berusia lingkungan 50 tahun berdasarkan kepada keadaan fizikal mangsa.*

               29) *“MUJURLAH kejadian berlaku agak lewat kalau tidak pasti motosikal jemaah yang diletakkan di luar turut dirempuh,” kata kariah Masjid Al- Khairiah Telok Mas, Melaka, Abdul Shukor Mohd Said, 62. Dalam kejadian jam 9.30 malam tadi, dinding hadapan Masjid Al- Khairiah Telok Mas roboh selepas dirempuh lori ais.*

               30) *SEBANYAK 275 sekolah di lima daerah di Sarawak, ditutup hari ini, susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap sangat tidak sihat, sejak petang semalam. Daripada jumlah itu, 219 adalah sekolah rendah, manakala 56 lagi sekolah menengah.*

               31) *BEKALAN petrol dibawa sedikit demi sedikit dan dikumpul di hutan bakau sebelum diseludup ke Filipina. Itu antara taktik dan modus operandi digunakan seorang lelaki warga asing apabila kegiatannya berjaya dikesan Unit Risikan Marin (URM) Pasukan Polis Marin (PPM). Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, berpandukan maklumat risikan, seorang suspek berusia 23 tahun ditahan ketika serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Pulau Bohey Dulang, Semporna, kira-kira jam 4.30 petang, semalam.*

                32) *PASUKAN Gerakan Am (PGA) Batalion 14, di Tawau merampas 820 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM64,000 dipercayai diseludup dari negara jiran di persimpangan jalan tidak berturap berdekatan bulatan Kalabakan, awal pagi tadi. Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Hazani Ghazali, berkata rampasan dilakukan selepas pemeriksaan terhadap sebuah Proton Perdana dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan, kira-kira 3 pagi.*

                33) *“SEMALAM, dia macam berat hati nak pergi kenduri di rumah rakannya, lama dia ambil masa untuk bersiap sampai saya pun rasa pelik,” kata Mat Ali Mamat, 82. Dia adalah bapa kepada mangsa maut dalam kemalangan di Simpang Tiga Batu Karang, Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, di Pasir Mas, semalam.*

                34) *SISWI alami kerugian RM1,650 selepas menerima panggilan daripada individu yang menyamar kakitangan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. Menurut sumber, kejadian berlaku ketika siswi berusia 22 tahun itu berada di kediamannya di Jalan Kuala Bajar, Kuala Berang pada 3 September lalu.*

                35) *“BUNYI dentuman kuat diikuti angin kencang membuatkan saya dan isteri yang sedang minum petang di dapur berlari ke ruang tamu rumah,” kata Hassan Alang Idris, 63. Hassan dan isterinya, Ropiah Bujang, 60, antara 24 pemilik rumah di empat buah kampung di sini, yang terjejas teruk akibat dipukul ribut petang kelmarin.*

                36) *MAJIKAN terutama pengusaha ayam perlu memastikan pekerja sembelihan warga asing mereka bukan saja bertauliah dan memiliki sijil penyembelihan, tetapi juga mengutamakan aspek kebersihan. Pengedar ayam kampung Aflieza Arshad, 42, berkata, majikan perlu lebih tegas memastikan kedua-dua aspek berkenaan diambil berat dalam kalangan pekerja sembelihan mereka.*

                37) *BAU busuk yang meloyakan serta persekitaran menjijikkan jelas kelihatan sepanjang kira-kira 300 meter di bahu jalan di Kampung Anak Air, Tanjung Lumpur di sini, apabila kawasan itu dijadikan lubuk membuang sampah. Sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk di kawasan kampung itu menyebabkan pengguna jalan terpaksa menanggung seksa dengan melihat longgokan sampah dan menghidu bau busuk.*

                38) *SIASATAN terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Rabu lalu menjurus kepada faktor kecuaian. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.*

                39) *SERAMAI 11 murid dan pelajar membabitkan darjah lima hingga tingkatan tiga ditahan selepas menunggang basikal lajak secara berbahaya di jalan raya di Taman Berlian, Gombak hari ini. Mereka ditahan pada 4.30 petang oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak hasil aduan orang ramai.*

                40) *WARTAWAN akhbar Berita Harian (BH) menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali susulan laporan berita dikeluarkan minggu lalu. Ugutan bunuh itu diterima menerusi emel dalam bahasa Inggeris semalam sebelum satu laporan polis dibuat pada hari sama.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *HONG KONG: Pengasas dan pengerusi syarikat perdagangan elektronik terbesar Alibaba, Jack Ma secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada firma itu hari ini.*
       *Menurut CNN, majlis persaraan Ma disambut meriah di sebuah stadium bersaiz Olimpik di Hangzhou, China, ibu pejabat syarikat itu.*
      *Selepas dua dekad membangunkan Alibaba menjadi perniagaan bernilai AS$460 bilion (RM1.92 trilion), Ma kini mahu menumpukan sepenuh perhatian dalam kebajikan.*

          *TOKYO: Kira-kira 17,000 penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di sini malam tadi akibat taufan Faxai, kata pegawai hari ini.*
         *Taufan itu menyebabkan lebih 100 peerbangan dibatalkan dan jaringan jalan raya dan kereta api turut terjejas menyebabkan ramai tiada pilihan pengangkutan ke Tokyo, kira-kira 70 kilometer dari lapangan terbang.*
         *Jurucakap lapangan terbang, Kei Miyahara memberitahu AFP, sejumlah 16,900 penumpang terkandas di lapangan terbang pada tengah malam tadi.*

           *MEXICO CITY: Beberapa anggota kumpulan kongsi gelap Mexico dilaporkan menyeksa seorang perogol dengan membogelkan lelaki itu dan membiarkan seekor anjing memakan kemaluannya.*
          *Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditangkap kumpulan berkenaan selepas dipercayai merogol seorang wanita di bandar ini pada bulan lalu.*
         *Dalam rakaman video mengerikan yang disiarkan baru-baru ini, lelaki itu dilihat digari dalam keadaan bogel dan dikelilingi beberapa lagi lelaki.*

           *HARRISBURG (AMERIKA SYARIKAT): Satu pasangan suami isteri di Pennsylvania menghadapi tuduhan mencuri selepas berjoli sakan wang AS$120,000 (RM502,00) yang didepositkan secara tidak sengaja oleh bank ke dalam akuan mereka.*
             *Stesen televisyen WNEP melaporkan, Robert Williams, 35, dan Tiffany, 36, berjoli sakan selama lebih dua minggu dengan membeli beberapa kereta, membayar bil dan pelbagai barangan lain.*
             *Pasangan itu didakwa dengan tuduhan mencuri dan menerima harta curi di sebuah mahkamah di Pennsylvania.*

           *SINGAPURA: Seorang pemandu teksi diarah membuang pelekat laman web pornografi yang ditampal pada belakang keretanya selepas gambar kenderaan itu bersama pelekat berkenaan dimuat naik di laman Internet.*
          *Akhbar Straits Times melaporkan, gambar itu tersebar sejak Khamis lalu, menunjukkan pelekat terbabit ditampal pada teksi Silvercab yang dikendalikan Premier Taxis.*
              *Laman web pornografi itu dikatakan menghasilkan video lucah antara pemandu dan penumpang dalam teksi.*

           *AMSTERDAM: Seorang anggota polis menembak mati dua anaknya, sebelum membunuh diri di kediamannya di bandar Dordrecht di sini, pagi semalam.*
           *Jurucakap polis, Miriam Slot berkata, anggota polis berusia 34 tahun itu turut menembak isterinya mengakibatkan wanita berkenaan cedera parah.*
            *”Isterinya berusia 28 tahun, manakala anaknya masing-masing berusia lapan tahun dan 12 tahun,” katanya.*

             *MADRID: Seorang lelaki maut ditanduk seekor lembu jantan semalam, menjadikan mangsa orang kedua terbunuh dalam pada festival larian lembu di negara itu dalam tempoh kurang dua minggu, kata pihak berkuasa.*
          *Insiden berkenaan berlaku ketika acara larian lembu jantan di pekan Horche, kira-kira 60 kilometer di timur laut Madrid.*
            *Menurut pasukan kecemasan tempatan, haiwan terbabit menanduk mangsa yang berusia 82 tahun itu di bahagian perut dan paha.*

           *JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan perintah diraja yang menstruktur semula visa lawatan, haji dan umrah ke negara itu termasuk pembatalan yuran mengerjakan umrah berulang.*
               *Dengan perintah itu bayaran 2,000 riyal (RM2,226) untuk mengerjakan umrah berulang dibatalkan.*
             *Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Mohammad Salih Bentin, mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed Salman kerana mengeluarkan keputusan berkenaan.*

           *WASHINGTON: Tiga anak kapal kargo milik Korea Selatan yang karam di pantai Brunswick, Georgia, Amerika Syarikat (AS) berjaya diselamatkan anggota penyelamat, semalam.*
           *Menurut Pengawal Pantai AS, anggota penyelamat terpaksa menebuk lubang pada badan kapal berkenaan, untuk mengeluarkan anak kapal yang terperangkap.*
             *Operasi menyelamat masih diteruskan bagi mengeluarkan seorang lagi anak kapal MV Golden Ray, di St Simons Sound di pantai Brunswick, Georgia itu.*

            *NEW DELHI: Akibat terlalu mengantuk, sepasang suami isteri tidak sedar anak perempuan mereka yang berusia satu tahun terjatuh dari kenderaan sebelum mangsa ditemui merangkak atas jalan di Kerala, India.*
          *NDTV melaporkan, kejadian berlaku pada malam Sabtu lalu ketika bayi terbabit bersama ibu bapa serta saudara mara yang lain dalam perjalanan pulang menghadiri upacara keagamaan di Tamil Nadu.*
         *Rakaman CCTV menunjukkan bayi terbabit jatuh dari kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika melalui bandar Munnar sebelum kelihatan merangkak di jalan terpencil berhampiran kawasan hutan.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


            *TINDAKAN spontan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menuruni anak tangga singgahsana untuk mengurniakan darjah kebesaran membuatkan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Datuk Dr Abd Latif Mohmod berasa terharu dan dihargai.*
           *Beliau yang ditemui pemberita selepas istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan 2019 di Istana Negara semalam berkata, beliau sama sekali tidak menduga Seri Paduka akan bertindak sedemikian selepas melihat beliau yang bertongkat akibat kecederaan yang dialaminya 10 tahun dahulu ketika bertugas.*
          *”Saya rasa terharu. Mungkin Yang di-Pertuan Agong rasa saya susah untuk naik (anak tangga singgahsana) sebab berjalan pakai tongkat.*

           *“SAYA suka melihat persekitaran bersih dan akan teruskan aktiviti mengutip sampah di setiap negara yang dilawati,” kata David Paaske, 27.*
         *David adalah pelancong kelahiran Denmark yang mencuri perhatian warganet kerana kesungguhannya membersihkan sampah ketika bercuti di negara ini.*
         *Rata-rata warganet memuji sikap David yang prihatin dalam menjaga alam sekitar walaupun ketika sedang melancong.*
         *Bercerita lanjut, David berkata, gambar yang tular di laman sosial itu diambil selepas selesai mengutip sampah dan sisa buangan di sebuah kawasan taman permainan di Batu Feringgi, Pulau Pinang.*

           *“KAMI bertemu dua tahun lalu di pusat beli-belah. Sejak itu, kami selalu berjumpa dan mulai jatuh hati,” kongsi pesara kerajaan, Izham Jamalulil Md Zain, 74, yang memilih Siti Aisyah Rosalind, 67, sebagai isteri pada 5 September lalu.*
          *Kisah Izham dan Siti Aisyah tular apabila pasangan itu yang masing-masing mempunyai anak dan cucu, memilih untuk berkahwin bagi menghabiskan sisa hidup bersama-sama.*
           *Izham kematian isteri pada 2005, mempunyai dua anak lelaki dan seorang cucu manakala Siti Aisyah pula berpisah dengan suami pada 1993 dan memeluk Islam tahun sama serta dua anak dan tiga cucu.*

           *JABATAN Penjara enggan memberi sebarang kenyataan mengenai rakaman video tular sejak semalam memaparkan banduan mendakwa dirinya tidak bersalah sehingga terpaksa menjalani hukuman gantung.*
             *Dalam rakaman berdurasi empat minit 24 saat itu, lelaki berusia 37 tahun terbabit memaklumkan dia dipenjara sejak berusia 19 tahun kerana membunuh, namun menafikan melakukan jenayah itu.*
          *Banduan itu berkata, dia membuat rakaman video berkenaan kerana mahu rakyat Malaysia membantunya.*

         *“KALAU betul dapat jemputan dari Istana, itu rezeki anak-anak," kata penyanyi dan komposer, Shah Indrawan Ismail, 35, atau Tomok.*
           *Ia susulan video ucapan dan nyanyian lagu Hari Jadi daripada anaknya, Arrian Akid, 8, dan Andrashah Iman, 5, bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang dimuat naik ke Twitter oleh isteri Tomok, Rahayu Abbas.*
          *Lebih manis, video ucapan itu mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang menganggap mereka sebagai 'comel' di Twitter rasmi baginda, @cheminahsayang.*

           *Colombo: Seramai 17 orang cedera selepas seekor gajah yang digunakan dalam satu majlis keagamaan tiba-tiba naik minyak dan merempuh pengunjung.*
        *Dalam satu rakaman video yang tular, menunjukkan seorang lelaki menunggang seekor gajah di hadapan sekumpulan penari di jalan raya di Kotte pada Sabtu lalu.*
           *Bagaimanapun, haiwan itu tiba-tiba naikminyak dan terus berlari serta merempuh penari dan orang ramai di depannya.*
                 

*ARENA*
========


         *BEKAS juara dunia Formula Satu (F1) Michael Schumacher dimasukkan ke hospital di Paris untuk menjalani rawatan perintis.*
         *Juara dunia tujuh kali itu, yang akan berumur 50 pada Januari, tidak kelihatan dalam kalangan orang awam sejak mengalami kemalangan sewaktu meluncur salji di Pergunungan Perancis lima tahun lalu.*
            *Sehingga kini, keadaan dirinya masih dirahsiakan.*

         *DUA jaringan Ryan Babel membantu Belanda menewaskan Estonia 4-0 di Tallinn, awal pagi tadi seterusnya mencerahkan peluang dalam kempen kelayakan Euro 2020.*
             *Skuad Ronald Koeman menduduki tangga ketiga Kumpulan C selepas meraih sembilan mata tetapi kurang satu perlawanan, tiga mata di belakang pendahulu, Jerman dan Ireland Utara di tempat kedua selepas pelawat menang 2-0 di Belfast.*

         *KETIKA pemainnya sibuk menjalankan tugasan perlawanan antarabangsa, bos Liverpool Jurgen Klopp memilih kembali ke negara asalnya, Jerman untuk merasai pengalaman berada di Frankfurt Motor Show.*
          *Klopp yang juga duta untuk jenama Opel atau Vaxuhall seperti dijenamakan di United Kingdom (UK), turut membantu syarikat terbabit memperkenalkan kenderaan elektrik terbaru mereka, Corsa-e.*
          *Pengendali Jerman itu kerap dilihat memandu kereta Opel Insignia ke padang latihan Liverpool di Melwood.*

         *PENJAGA gol Curacao Jairzinho Pieter meninggal dunia secara tragik selepas mengalami serangan jantung 24 jam sebelum sepak mula negaranya bertemu Haiti.*
         *Penjaga gawang Curacao berusia 31 tahun itu mengadu berasa tidak sihat, meninggal dunia, semalam di hotel pasukan itu.*
          *Curacao yang menetap di Hotel Marriott di Port-au-Prince sedang membuat persiapan untuk menghadapi Liga Negara CONCACAF di Haiti.*

          ♀ *STACY Lewis menarik diri daripada pasukan Amerika Syarikat bagi menghadapi Piala Solheim kerana kecederaan belakang, umum kapten Juli Inkster hari ini.*
           *Ally McDoland, yang dinamakan sebagai pemain simpanan pertama apabila pasukan itu dimuktamadkan bulan lalu, akan menggantikannya bagi kejohanan tiga hari itu, yang bermula Jumaat ini di Gleneagles, Scotland.*
          *Stacy, bekas pemain nombor satu dunia dan pemain veteran yang beraksi empat kali pada Piala Solheim, dinamakan dalam pasukan AS sebagai seorang daripada dua pemain pilihan Juli.*

           *ATLET Brazil, Diego Matos digantung seumur hidup daripada tenis profesional dan denda 100,600 selepas didapati bersalah mengatur perlawanan, awal pagi tadi.*
            *Siasatan anti rasuah mendapati Matos bersalah mengatur 10 perlawanan pada 2018 membabitkan kejohanan peringkat ITF di Brazil, Sri Lanka, Ecuador, Portugal dan Sepanyol.*

           *HARIMAU Malaya hampir mencipta sensasi pada aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila nyaris memalukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) namun tewas 1-2 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.*
         *UAE yang berada di ranking ke-65 dunia terpaksa bangkit daripada ketinggalan selepas Malaysia yang menghuni tangga ke-159 memberi tentangan sengit sepanjang 90 minit.*

           *BEKAS jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei berpendapat prestasi tidak menentu yang dialami Lee Zii Jia ketika ini sesuatu yang biasa.*
         *Jelas bekas pemain nombor satu dunia itu, dia juga pernah melalui detik turun naik ketika seusia dengan Zii Jia sebelum dapat mempamerkan aksi konsisten pada setiap kejohanan.*
            *”Dari Januari hingga sekarang Zii Jia menyertai banyak kejohanan. Jika badan rasa penat sudah pasti dia tidak dapat mempamerkan aksi konsisten.*

        *KAPTEN pasukan hoki lelaki kebangsaan, Mohamad Sukri Abdul Mutalib optimistik Malaysian Tigers mampu mencipta kejutan ke atas Great Britain dalam pusingan kelayakan terakhir Sukan Olimpik Tokyo 2020.*
           *Malaysia yang baru melonjak satu tempat ke kedudukan ke-11 dunia pada Ahad, diberikan laluan sukar apabila diundi menentang pemenang pingat emas Olimpik sebanyak tiga kali itu, berbanding negara lain seperti Sepanyol, New Zealand dan Kanada pada majlis undian di Switzerland, semalam.*

        *KESATUAN Ragbi Malaysia (MRU) melakukan rombakan pemain dan menyenaraikan tujuh muka baharu bagi pasukan ragbi negara ke Sukan SEA ke-30 Filipina nanti.*
         *Barisan pemain baharu bersama-sama sembilan pemain lama itu diharap dapat membantu Malaysia mengekalkan kilauan emas pada temasya dwi tahunan yang dijadualkan pada 30 Nov hingga 11 Disember ini.*
           *Skuad ragbi negara mencipta sejarah terbesar dalam penyertaan Sukan SEA apabila meraih emas buat kali pertama menerusi pasukan lelaki tujuh sepasukan (7s) pada edisi ke-29 di Kuala Lumpur.*

        ♂ *PENGANJUR perlumbaan berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL), Human Voyage Sdn Bhd memanjangkan cadangan untuk menyenaraikan Sabah dan Sarawak pada edisi ke-25, tahun depan.Menurut Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab, ia cadangan yang dikemukakan penganjur perlumbaan pada pertemuan bersamanya beberapa hari lalu.*
          *”Kami bertemu pada Sabtu lalu dengan mereka mengemukakan cadangan agar perlumbaan dipanjangkan dari lapan kepada 10 peringkat pada tahun depan.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2019 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SELSA 17ETEBE 2019 ASHI ERSAAAN 17 UHARRM 1441 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0539
*SUBUH* : 0549
*SYURUK* : 0703
*ZOHOR* : 1311
*ASAR* : 1613
*MAGHRIB* : 1913
*ISYAK* : 2022


*artikel disiarkan pada tarikh 16sept*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *RAKYAT Malaysia harus menyedari tanggungjawab yang perlu dipikul untuk mempertahankan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat harus mengenang dan menghargai perjalanan berliku dan sukar dilalui mereka yang berjuang bagi mewujudkan negara ini, lebih lima dekad lalu.*

               2) *HANYA mahu menuntut hutang, namun seorang lelaki maut ditikam rakannya berhampiran menara jam di hadapan Kompleks Bukit Jambul, Georgetown malam tadi. Dalam kejadian pada 11.20 malam itu, Mohamad Nurulhudin Ismail, 31, ditikam di dada kanan hingga meninggal dunia di lokasi.*

               3) *SEREMBAN: Kediaman dihuni mereka tidak ubah seperti pusat kitar semula dengan pelbagai barang terbuang memenuhi setiap ruang hingga ada yang melimpah keluar ke pekarangan rumah. Pemandangan menyakitkan mata kediaman di Jalan Melati 5, Taman Dusun Setia di sini, juga menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan jiran. Difahamkan, rumah berkenaan didiami suami isteri bekerja sebagai pengutip barangan terbuang.*

               4) *LELAKI berusia 53 tahun maut selepas melarikan diri ketika dikejar polis akibat merakam gambar dari bawah skirt wanita di Jalan Telawi, Bangsar semalam. Dalam kejadian 10.40 malam itu, lelaki berkenaan dikatakan mengambil gambar dari bawah skirt wanita berusia 24 tahun di sebuah restoran di sini.*

               5) *TINDAKAN pantas kanak-kanak perempuan melarikan diri menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa nafsu lelaki di sebuah kuarters kerajaan di Bukit Jalil Rabu lalu. Dalam kejadian 5 petang itu, mangsa berusia enam tahun dibawa lelaki masuk ke dalam lif dan naik ke tingkat atas sekali. Menurutnya, lelaki itu cuba melakukan aksi tidak senonoh sebelum mangsa menolaknya dan terus berlari menyelamatkan diri.*

               6) *SEBANYAK 25 sekolah di Putrajaya ditutup, esok susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah bacaan melebihi 200 mulai, 5 petang hari ini. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Farizah Ahmad menerusi kenyataan ringkas.*

               7) *LELAKI lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam sungai ketika melalui Jalan Sungai Sentap, Kampung Sena, Arau hari ini. Mangsa, Abdullah Yahya, 45, dari Felda Guar Napai, Kodiang dijumpai orang awam berhampiran motosikalnya di dalam sungai itu.*

               8) *JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjalankan operasi pembenihan awan (OPA) di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, hari ini. Ketua Pengarahnya, Jailan Simon berkata, OPA mendapat kerjasama daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Menurutnya, OPA yang dijalankan berjalan lancar di kawasan yang disasarkan MetMalaysia.*

               9) *CADANGAN penganjuran Kempen Pemilikan Rumah (HOC) bagi menyelesaikan isu lambakan rumah mewah tidak terjual adalah sebahagian usaha memulihkan ekonomi negara. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, dengan langkah itu kerajaan dapat mencairkan keadaan ekonomi negara dan membuka lebih peluang kepada pemaju merancakkan projek pembangunan perumahan mampu milik di negara ini.*

               10) *CADANGAN penganjuran Kempen Pemilikan Rumah (HOC) bagi menyelesaikan isu lambakan rumah mewah tidak terjual adalah sebahagian usaha memulihkan ekonomi negara. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, dengan langkah itu kerajaan dapat mencairkan keadaan ekonomi negara dan membuka lebih peluang kepada pemaju merancakkan projek pembangunan perumahan mampu milik di negara ini.*

               11) *HANYA kerana perselisihan faham, seorang wanita dibelasah dengan tali pinggang, batang besi dan selipar getah oleh suaminya di kediaman mereka di Jinjang, Kuala Lumpur, Khamis lalu. Dalam kejadian 11 malam itu, mangsa berusia 32 tahun didatangi suaminya, 33, ketika di rumah dalam keadaan khayal dipercayai berada dalam pengaruh dadah lalu terus memukulnya.*

               12) *BEBERAPA hadiah dan insentif bakal diperoleh penduduk Seberang Perai sempena pengisytiharan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagai Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Demikian kata Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud ketika ditemui media selepas Majlis Pengisytiharan MBSP dan Penyerahan Watikah Pelantikan Datuk Bandar di Kepala Batas, hari ini.*

               13) *UMAT Islam perlu lebih bijak menilai isu halal bukan sekadar label, namun dilihat secara menyeluruh dari pelbagai sudut cara makanan itu disediakan. Jurucakap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, isu pemilik restoran yang menggunakan tanda ‘serve no pork’ (tiada sajian khinzir) sebenarnya boleh mengelirukan masyarakat Islam tetapi bukan bidang kuasa pihaknya untuk mengambil tindakan.*

               14) *SEORANG lelaki ditangkap selepas didapati mencuri wang tabung surau di Kampung Bukit Depu, Kuala Terengganu, semalam. Dalam kejadian 5.40 petang itu, suspek berusia 27 tahun terbabit ditangkap pengawal keselamatan yang berada di surau berkenaan selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.*

               15) *SEMUA 315 sekolah di Melaka akan beroperasi seperti biasa, esok susulan situasi jerebu yang direkodkan semakin baik di negeri itu, hari ini. Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Abu Bakar Sahari berkata, berdasarkan laporan Indeks Pencemaran Udara (IPU), yang merekodkan bacaan kualiti udara semakin menurun, pihaknya memutuskan tiada keperluan bagi penutupan semua sekolah pada esok, setakat ini.*

               16) *TERTARIK dengan tawaran pelaburan dengan satu syarikat di Hong Kong yang mampu memberi pulangan berganda menyebabkan seorang peniaga kerugian RM84,000 selepas terpedaya dengan sindiket berkenaan. Menurut sumber, wanita berusia 54 tahun itu pada mulanya menyedari pelaburan berkenaan selepas melayari laman sosial Facebook (FB) Ogos lalu.*

               17) *KERAJAAN negeri akan mengenakan hukuman tanpa amaran serta merta terhadap mana-mana individu atau pihak khususnya syarikat dan industri didapati melakukan pencemaran udara. EXCO Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini berada pada tahap tidak sihat dan tidak seharusnya diburukkan lagi dengan pencemaran di kawasan sekitar.*

               18) *SITUASI jerebu yang semakin pulih di Melaka hari ini berbanding dua hari lalu digunakan sebaiknya pelancong untuk melakukan aktiviti luar khususnya berkunjung ke beberapa lokasi pelancongan negeri. Tinjauan NSTP di beberapa lokasi berkenaan seperti di Sungai Melaka dan Menara Taming Sari di pusat bandar mendapati, jumlah pengunjung lebih ramai berbanding semalam termasuk tidak ramai yang memakai penutup hidung dan mulut akibat kualiti udara tercemar berbanding semalam.*

               19) *PEMBINAAN Pasar Tani Kekal FELDA Chini berharga RM2.5 juta memberi peluang kepada 55 usahawan berniaga pelbagai produk bagi kemudahan serta keselesaan penduduk. Pasar tani kekal kelima di Pahang akan beroperasi empat hari seminggu pada Isnin, Rabu, Sabtu dan Ahad bermula 7 pagi hingga 3 petang.*

               20) *SARAWAK memerlukan 50 balai bomba dan penyelamat (BBP) bagi menampung keperluan di negeri itu yang hampir sama dengan keluasan Semenanjung Malaysia. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Khirudin Drahman berkata, 32 BBP sedia ada dengan empat BBP bahau yang dijangka siap pada hujung tahun, masih tidak mencukupi.*

               21) *NEGERI Sembilan sedia menghulurkan bantuan bekalan air kepada Melaka yang kini sedang berdepan krisis air sejak beberapa hari lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, paras empangan di Negeri Sembilan berada pada tahap baik dan mampu menampung keperluan rakyat selain cukup untuk dikongsikan kepada beberapa lokasi terjejas di Melaka.*

               22) *KERAJAAN tidak akan menaikkan harga minyak buat masa ini walaupun jangkaan berlaku kenaikan harga minyak dunia berikutan serangan terhadap loji minyak Aramco di Arab Saudi yang memberi kesan kepada bantuan subsidi negara. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya akan melihat perkembangan dunia sebelum membuat keputusan drastik hingga membebankan pengguna.*

               23) *AHLI perniagaan kerugian RM347,800 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwa dia mempunyai tunggakan kad kredit. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, kejadian bermula apabila mangsa berusia 63 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki bernama Hafiz pada 21 Ogos lalu.*

               24) *KEMERIAHAN Pesta Lampu di Jalan Datu Taie, Lawas terganggu apabila panggung wayang lama berhampiran lokasi pesta musnah dalam kebakaran, semalam. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kejadian itu pada 9.15 malam dengan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas dikejarkan ke lokasi.*

               25) *PANGLIMA Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menggesa seluruh lapisan masyarakat untuk bersama-sama warga ATM menjaga keselamatan dan kedaulatan negara ini. Dengan adanya kesepaduan antara rakyat dan pasukan keselamatan, sudah pasti daulat negara tercinta tidak dapat diganggu gugat, katanya.*

               26) *PENDUDUK Kampung Bukit Teriak, Alor Setar, cemas seketika apabila menyedari kehadiran seekor kucing hutan disangka anak harimau yang memasuki rumah seorang penduduk, malam tadi. Berikutan itu, mereka menghubungi anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar memaklumkan penemuan haiwan itu.*

               27) *EMPAT pemancing berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas bot dinaiki mereka rosak dan terdampar di kawasan berbatu dekat Pulau Tukun Terendak, Yan, semalam. Mereka yang berasal dari Pekan Baru Sungai Petani turun ke laut menaiki bot fiber sebelum bot itu mengalami masalah enjin dan hanyut berikutan cuaca buruk.*

               28) *BERSEKONGKOL dengan penjenayah rentas sempadan dianggap mencabuli hak rakyat Malaysia untuk mendapatkan keselamatan, khususnya di pantai timur Sabah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman. Katanya, sebagai rakyat yang cintakan negara, seharusnya memastikan kerjasama diberikan kepada agensi keselamatan untuk mengekang kemasukan elemen jenayah ke negara ini.*

               29) *NELAYAN asing warga Vietnam sengaja membuang pukat ke dalam air supaya ia tersangkut pada bilah kipas dan merosakkan bot bagi mengelakkan pihak berkuasa mengambil tindakan. Namun, taktik itu dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang menahan dua bot dan 33 nelayan asing menerusi Op Naga Barat dan Op Damai pada jarak 100 dan 99 batu nautika dari muara Tok Bali, Pasir Puteh kelmarin.*

               30) *KEHADIRAN gajah yang semakin kerap masuk ke perkampungan dilihat sebagai kesan pembukaan hutan yang menjadi habitat haiwan itu. Kesan penerokaan hutan itu bukan saja merosakkan ekosistem hutan tetapi juga dipercayai mengganggu bekalan makanan haiwan terbabit. Terbaru, dua gajah pygmy yang dipercayai kelaparan tiba-tiba masuk ke Pusat Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Sukau, Kinabatangan untuk mencari makanan, Rabu lalu.*

               31) *“SAYA hanya mampu berdoa memohon perlindungan Allah SWT apabila rumah tiba-tiba runtuh,” kata ibu tunggal, Jamaiah Abdullah, 59, mangsa rumah roboh di Kampung Pontian Besar, Pontian kelmarin. Menurutnya, dia yang tinggal seorang diri selepas suami Fuad Abdullah meninggal dunia lima tahun menggigil dan hanya mampu menutup kepala dengan tangan kerana bimbang kayu atau bumbung menimpanya.*

                32) *USAHA mengurangkan jerebu di beberapa negeri di Semenanjung yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tinggi akan dilakukan dengan proses pembenihan awan dijadual esok. Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, proses pembenihan awan hanya dilakukan jika keadaan atmosfera dan awan sesuai dan lebih menumpukan perhatian kepada Selangor serta Johor yang masih mencatat bacaan IPU tinggi.*

                33) *POLIS mengesahkan tiada unsur khianat kebakaran membabitkan tujuh motosikal di Blok A, Pangsapuri Desa Tenaga, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur hari ini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada lelaki berhubung kejadian itu pada 2.38 pagi sebelum kebakaran terbabit dipadamkan bomba.*

                34) *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak andaian Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pimpinannya. Dr Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU berkata, kehadiran Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR serta beberapa pimpinan parti itu pada sambutan ulang tahun ketiga BERSATU di Shah Alam Khamis lalu bukan petanda mereka akan menyertai parti itu.*

                35) *IBU Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur melancarkan Program Gotong Royong Perdana Mega 2.0 Perangi Aedes hari ini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, semburan fogging dibuat di beberapa lokasi sekitar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Menurutnya, pegawai dan anggota perlu menekan kepentingan aspek kebersihan persekitaran.*

                36) *WAJAH dan pengisian baharu akhbar, Harian Metro yang tampil lebih menarik bermula hari ini menerima maklum balas positif daripada rata-rata pembeli serta pembaca setianya. Pembaca Harian Metro yang juga jurutera awam, Mohd Nizam Mohamad Zain, 35, berkata Harian Metro memang sudah menjadi pilihannya sejak dulu lagi. “Apabila beli surat khabar, saya akan beli Harian Metro dulu. Baru beli yang lain berikutan akhbar ini memaparkan berita yang berbeza daripada yang lain.*

                37) *KUALA LUMPUR: Demi mengaut keuntungan mudah, seramai 122 warga tempatan sanggup mengkhianati negara apabila menjadi dalang atau menganggotai sindiket penyeludupan migran. Mereka sanggup memperjudikan keselamatan negara dengan bersekongkol bersama warga asing bagi mengeksploitasi semua laluan masuk ke Malaysia.*

                38) *MALAYSIA berusaha memperkukuhkan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) di tengah cabaran keselamatan yang timbul akibat isu seperti keganasan dan kebimbangan mengenai perkara seperti pemerdagangan orang dan migrasi secara haram apabila Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan pegawai kanan AS. Muhyiddin tiba Ahad di ibu negara AS itu untuk lawatan kerja sehingga Rabu sebelum terbang ke New York untuk mesyuarat sama dengan pegawai AS di sana.*

                39) *KEHADIRAN 100 lelaki serta wanita bertengkolok dan lengkap berpakaian Melayu menarik perhatian mereka yang menghadiri sambutan Hari Malaysia 2019 di Stadium Perpaduan, Kuching malam ini. Kumpulan berkenaan yang menamakan diri mereka sebagai ahli Persatuan Kesenian dan Warisan Melayu Kuching (KEWARISMA) antara peserta sambutan yang akan membuat persembahan.*

                40) *MENGGUNAKAN motosikal berusia 40 tahun bukan penghalang buat peminat motosikal antik mengelilingi Semenanjung Malaysia. Bagi Nazarudin Radzi, 31, hasrat menunggang motosikal Honda Cub dengan keupayaan enjin 86 CC itu sudah lama diidamkan bagi mencari kelainan berbanding apa yang kebiasaannya dilakukan kumpulan bermotosikal untuk berkonvoi.*

            
*SEJAAT*
==========


           *JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menahan seramai 185 individu dipercayai terbabit dalam pembakaran hutan di negara itu, kata polis hari ini.*
           *Jurucakap polis, Dedi Prasetyo pada sidang media berkata, empat syarikat turut dalam siasatan.*
         *”Polis akan bertindak mengikut undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah membakar hutan dan tanah, tanpa mengira sama ada sengaja atau cuai.*

           *NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 12 orang mati lemas manakala berpuluh lagi dilaporkan hilang selepas bot pelancong terbalik di Sungai Godavari, Andra Pradesh, India, semalam.*
          *Al-Jazeera melaporkan, bot Royal Vasishta itu membawa seramai 61 orang membabitkan 50 penumpang dan 11 kru yang semuanya warga tempatan, kata Menteri Dalam Negeri, Mekathoti Sucharita.*
           *Katanya, sehingga kini seramai 24 orang berjaya diselamatkan manakala 25 lagi masih hilang.*

           *BOGOTA: Sekurang-kurangnya tujuh maut manakala tiga lagi cedera selepas pesawat kecil yang dinaiki terhempas di barat daya Colombia semalam.*
            *Menurut AFP, pesawat terbabit dilaporkan terhempas kira-kira jam 2.11 petang ketika melakukan penerbangan dari Popayan ke Lopez de Micay.*
           *”Sembilan orang menaiki pesawat itu. Tujuh daripadanya maut manakala dua lagi cedera parah,” kata komander bomba, Juan Carlos Ganan.*

            *SRINAGAR, INDIA: Tentera India datang ke rumah Bashir Ahmed Dar di selatan Kashmir sebulan lalu, beberapa hari selepas kerajaan melucutkan hak autonomi wilayah berkenaan dan mengenakan perintah berkurung serta menahan ratusan aktivis.*
            *Mereka mengheretnya keluar dari rumah dan dibawa ke satu kem tentera.*
           *Dalam tempoh 48 jam, tukang paip berusia 50 tahun itu menjadi mangsa belasahan tentera ketika soal siasat, mendesaknya memberitahu lokasi adik lelakinya yang didakwa menyertai pemberontak.*

           *DUBAI: Pengawal Revolusi Iran merampas sebuah kapal di Teluk atas dakwaan cuba menyeludup 250,000 liter minyak diesel ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).*
            *Agensi berita Iran, ISNA dalam laporannya hari ini menyatakan kapal itu ditahan berhampiran pulau Greater Tunb di Teluk Parsi.*
          *Menurut ISNA, kakitangan kapal diserahkan kepada pihak berkuasa di wilayah selatan Hormozgan, namun laporan itu tidak menyatakan warga negara mereka.*

           *RIYADH: Serangan terhadap loji penapis dan telaga minyak Arab Saudi kelmarin, dijangka mempengaruhi harga minyak dunia berikutan ia menjejaskan lebih separuh pengeluaran minyak harian negara itu atau lebih lima peratus bekalan dunia.*
           *Kesan serangan itu menjejaskan pengeluaran minyak Saudi Aramco sehingga 5.7 juta tong sehari.*
           *Pemberontak Houthi di Yaman mengaku bertanggungjawab melakukan serangan menggunakan 10 dron terhadap loji penapis terbesar dunia di Abqaiq dan telaga minyak Khurais.*

           *NEW DELHI: Wanita yang mencipta rekod dunia selepas menyambut cahaya mata pertama pasangan kembar pada usia 74 tahun, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Andra Pradesh, India akibat angin ahmar.*
            *Daily Mail melaporkan, Erramati Mangayamma dikatakan mengalami masalah itu selepas melalui proses bersalin selama tiga jam.*
            *Pada masa sama, suaminya, Sitarama Raja Rao, 82, turut dilaporkan mengalami serangan jantung dan ditempatkan unit sama di pusat jagaan di Guntur itu.*
           *Pasangan itu menunggu selama 57 tahun sebelum akhirnya berjaya mendapatkan cahaya mata menerusi kaedah IVF pada 5 September lalu dan dianggap satu keajaiban dalam dunia perubatan.*

           *JAKARTA: Lebih 50 penerbangan di Indonesia terpaksa ditunda atau dibatalkan semalam, susulan keadaan jerebu yang semakin buruk hingga menjejaskan jarak penglihatan untuk pesawat melakukan penerbangan.*
           *Kompas melaporkan, keputusan itu dibuat oleh beberapa syarikat penerbangan seperti Lion Air, Wings Air dan Batik Air selepas mendapati jarak penglihatan agak terhad dan tidak memenuhi standard keselamatan penerbangan.*
         *Menurut jurucakap Komunikasi Korporat Strategik Lion Air, Danang Mandala Prihantoro berkata, tindakan yang diambil itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan ia sudah dimaklumkan kepada penumpang mereka.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


          *SEKUMPULAN kanak-kanak dan remaja dirakam melakukan aksi berani mati menuruni Jambatan Ke-3 Klang atau Jambatan Raja Muda Nala, Klang dengan basikal lajak semalam.*
           *Video berdurasi 21 saat itu dirakam seorang lelaki menaiki lori yang menggunakan jambatan sepanjang 2.5 kilometer itu sehingga ke susur Sungai Udang/Telok Pulai.*
          *Menerusi rakaman itu, terdapat sekumpulan kanak-kanak dan remaja menunggang basikal dengan melakukan aksi berbahaya sehingga berada sangat hampir dengan lori berkenaan.*
           *Rakaman itu tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp sejak semalam dan menerima pelbagai komen yang rata-ratanya mempersoalkan peranan ibu bapa serta pihak berkuasa menangani aktiviti tidak berfaedah itu.*

          *KALAU sudah dikatakan jodoh, tidak wujud istilah ‘perigi mencari timba’.*
          *Itulah kisah dikongsikan Muhamad Firdaus Ibrahim, 23, yang lumpuh bertemu isterinya, Siti Fatimah Mohd Nor, 25, dan sudah berkahwin pada 17 Ogos lalu.*
            *Meskipun Muhamad Firdaus ditakdirkan hidup berkerusi roda akibat kemalangan, ia bukan halangan buat Siti Fatimah untuk ‘melamarnya’ membina rumah tangga bersama.*
             *Kisah pertemuan cinta mereka dikongsikan Muhamad Firdaus melalui ciapan di Twitternya, @zafidos yang mendapat lebih 11,200 perkongsian dan 17,500 tanda suka sejak dimuat naik, tengah hari semalam.*

          *“SEJAK di bangku sekolah, saya sudah memasang angan-angan untuk memberi cenderahati mi segera kepada tetamu pada majlis perkahwinan, akhirnya impian itu bakal direalisasikan tidak lama lagi,” kata Siti Najihah Zamani, 22.*
             *Siti Najihah memberi reaksi itu selepas ditanya alasannya menyediakan cenderahati mi segera untuk tetamu pada majlis perkahwinannya di Rembau, Negeri Sembilan 28 September ini.*
            *Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkongsi ideanya dengan memuat naik ciapan di Twitter miliknya malam kelmarin dan ia mendapat perhatian warganet sehingga tular di laman sosial.*

          *SEORANG lelaki ditahan ketika cuba melarikan kereta Proton Wira diparkir di sebuah pasar raya di Lembah Sireh, Kota Bharu, semalam.*
           *Lelaki berusia 36 tahun ditahan jam 4.20 petang orang awam sebelum diserahkan kepada polis.*
             *Sebuah video berdurasi tiga minit satu saat tular sejak malam tadi memaparkan kedua-dua kaki dan tangan lelaki itu diikat pada palang besi dari bahagian belakang oleh orang ramai.*

             *DEMI memenuhi permintaan isteri yang mengidam untuk menjadi penghantar makanan, suami terpaksa merelakan isteri tercinta menunggang motosikal walaupun sedang mengandung.*
             *Video permintaan ‘pelik’ isteri yang mengandung enam bulan itu tular di Twitter dan tindakan wanita itu kelakar namun mengundang bahaya.*
          *Zulfahani Zulkifli, 25, berkata, pada mulanya permintaannya itu tidak dilayan suami, Muhammad Haikal Mazlan, 27, namun berikutan dia mengidam menjadi penghantar makanan, suaminya akur.*

           *PERBANDINGAN harga minyak masak yang tular di laman sosial antara pengeluar adalah satu persaingan sihat.*
              *Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, sebagai pengguna mereka perlu membuat pilihan bijak.*
               *Katanya, pihaknya hanya mengawal harga bagi barangan kawalan termasuk harga minyak masak paket.*
              *Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbandingan harga termasuk senarai nama syarikat pengeluar yang tular di laman sosial sejak kebelakangan ini.*

           *KEHADIRAN sekumpulan pemuda berpakaian rockers era 80-an sepanjang Karnival Amang Hari Malaysia berlangsung di Padang Bandaran Sandakan, semalam, menarik perhatian ramai.*
             *Kumpulan dikenali sebagai Rockers Sandakan terdiri daripada lebih 15 ahli berusia antara 15 hingga 35 tahun yang tampil dengan fesyen pakaian dan rambut panjang yang popular ketika era 80 dan 90-an menyebabkan orang ramai tidak putus mengambil peluang bergambar kenangan bersama mereka.*
           *Salah seorang mereka, Mohd Wan Asnizam Ashari, 20-an, mengakui bukan kumpulan pemuzik, tetapi fesyen ini digayakan kerana sesuai dengan jiwa mereka.*

            *BEHRANG: Pelajar Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ini sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya membolot tiga hadiah utama dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta (IIDEX) 2019 peringkat antarabangsa, semalam.*
         *S Karthikgesan, 13, berasal dari Bandar Behrang 2020 yang juga pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu menerima Anugerah Berlian iaitu Terbaik Keseluruhan Kategori Pencipta Muda membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 bersama plak dan sijil.*
           *Karthigesan turut menerima Anugerah Emas kategori sekolah dan tempat pertama dalam Pertandingan Produk Terbaik membawa pulang wang tunai RM500 bersama plak serta sijil dalam pertandingan disertai 682 pasukan berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.*
                 

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-9-2019 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*JUAAT 20ETEBE 2019 ASHI ERSAAAN 20 UHARRM 1441 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0538
*SUBUH* : 0548
*SYURUK* : 0702
*ZOHOR* : 1310
*ASAR* : 1614
*MAGHRIB* : 1912
*ISYAK* : 2021


*artikel disiarkan pada tarikh 19sept*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *“PEGAWAI dan anggota penguatkuasa seperti polis, kastam dan imigresen akan menggunakan kamera badan,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, penggunaan alat itu nanti bertujuan meningkatkan lagi integriti, kecekapan dan ketelusan pihak berkuasa terbabit apabila berurusan dengan orang ramai.*

               2) *USAHA berterusan pelbagai agensi kerajaan selama tiga hari sejak Jumaat lalu membersihkan perairan dan pantai Pulau Rawa berjaya memastikan pulau peranginan itu bebas pencemaran. Pengarah Jabatan Laut Wilayah Selatan, Dickson Dollah berkata, hasil pemantauan pasukan pemantau dron yang dikejarkan ke Pulau Rawa semalam mendapati, pulau itu kini bebas pencemaran.*

               3) *SEMUA masjid dan surau diminta untuk mengadakan solat hajat sejurus selesai solat Jumaat esok bagi memohon pertolongan Allah SWT agar menurunkan hujan bagi mengurangkan masalah jerebu di negeri ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pelaksanaan solat hajat itu juga diharapkan dapat diteruskan di semua masjid dan surau pada waktu bersesuaian sehingga keadaan jerebu ini pulih sepenuhnya.*

               4) *KEDAH bakal meningkatkan pengeluaran durian klon menerusi Projek Perintis Durian dalam tempoh lima sehingga tujuh tahun akan datang. Sebanyak 900 pokok durian terdiri daripada gred D99 (Kop Kecil), D159 (Manthong), D200 (Ochee), D175 (Udang Merah) dan D197 (Musang King) disumbangkan Jabatan Pertanian Malaysia dan ditanam di tanah Kolej Pertanian Malaysia di Bukit Tangga di Bukit Kayu Hitam.*

               5) *“ABANG saya mahu menyelamatkan Azlan (rakan) yang dihanyutkan ke laut sebelum dia sendiri dibawa arus,” kata Mohamed Zulhusni Mohamed Johari, 17, adik kepada pencari kepah, Mohamed Zulfadhli, 23, yang ditemui lemas hari ini. Pencari kepah berkenaan ditemui pada 11, 20 pagi hari ini selepas 17 jam hilang dalam kejadian 6 petang berhampiran Pasar Bisik, Pantai Kuala Muda, Penaga di Kepala Batas semalam.*

               6) *“SEINGAT saya, selepas lebih 15 tahun duduk di sini, ini kali pertama bekalan air terputus,” kata Hasnan Samad, 64, penduduk Taman Paya Rumput Indah, di Melaka, selepas bekalan air di rumahnya dicatu. Lebih mengejutkan, dia mendakwa tiada pengumuman catuan dibuat oleh pihak berkuasa sehingga penduduk kebingungan akibat ketiadaan air di taman perumahan itu, sejak 10 malam kelmarin.*

               7) *LELAKI parah selepas tertembak kaki sendiri dalam satu kejadian di kawasan bukit dalam hutan Kampung Batu 59, dekat Beaufort, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 5 petang, Awang Bin Usop@Udui, 50, dimaklumkan cedera di bahagian paha akibat terkena tembakan daripada senjata jenis bakakuk sebelum dibawa ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut.*

               8) *SAKSI kelapan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Amhari Efendi Nazaruddin menafikan bahawa beliau menyimpan beberapa dokumen sulit membabitkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho untuk mengenakan Datuk Seri Najib Razak. Sebaliknya, dakwa Amhari, beliau menyimpan dokumen itu di rumah milik sepupunya kerana pada ketika itu rumahnya digunakan untuk kempen pilihan raya umum .*

               9) *TIGA pesawat dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sibu terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Miri akibat kesukaran untuk mendarat berikutan cuaca berkabus dan awan rendah.
Pengurus Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) Sibu, Zainuddin Abu Nasir berkata, tiga pesawat itu membabitkan dua penerbangan AirAsia iaitu dari Kota Kinabalu-Sibu dan Kuala Lumpur-Sibu dan pesawat MasWings dari Bintulu-Sibu.*

               10) *KERAJAAN perlu menyiasat dengan teliti dakwaan Indonesia mengenai syarikat dari Malaysia yang dikatakan turut terbabit dalam pembakaran hutan di negara berkenaan. Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, dakwaan itu tidak boleh dipandang remeh sebaliknya perlu disiasat segera dengan lebih terperinci.*

               11) *“TANPA arwah papa dan mama, berat hati untuk tinggalkan empat adik namun saya perlu kuatkan hati untuk ubah nasib keluarga,” kata Mohamad Izat Danial Che Azmi, 23. Mohamad Izat adalah salah seorang daripada lima anak Che Azmi Che Hamzah, 48, dan Nor Hayati Mohamed, 43, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 15 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, dekat Kampung Lepan Jaya di Gua Musang, 16 Ogos lalu. Kemalangan turut mengakibatkan pemandu van Toyota Hiace, Zulfaizan Muhamad, 43, berasal dari Pasir Puteh turut maut.*

               12) *BEKAS pegawai khas, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, menafikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau gagal memaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) bahawa Sultan Terengganu tidak menyukai ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam prosiding bicara kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.*

               13) *HANYA dua sahaja restoran mamak di Pahang mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata, dua restoran berkenan adalah Restoran Nasi Vanggey di Jalan Teluk Sisek dan Taj Makmur di Jalan Tun Ismail.*

               14) *PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa supaya Allah SWT menurunkan hujan bagi mengurangkan kadar jerebu yang melanda negara ketika ini. Perdana Menteri berkata, banyak yang sudah dan sedang dilakukan bagi menangani masalah pencemaran yang melanda itu termasuk pembenihan awan.*

               15) *SEBANYAK 809 sekolah di Sarawak diarah tutup hari ini berikutan kualiti udara berjerebu sejak dua minggu lalu. Jabatan Pendidikan Negeri dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, 705 adalah sekolah rendah dan 104 lagi sekolah menengah. Berikutan penutupan sekolah itu, 252, 237 pelajar bercuti dengan sebahagian daripada jumlah itu tidak bersekolah sejak Selasa lalu.*

               16) *SASARAN utama mereka adalah melarikan tabung masjid serta duit dari tabung tokong sekitar daerah ini. Itu antara kegiatan jenayah dilakukan empat suspek berusia 15 dan 43 tahun. Semua suspek yang mengganas sejak beberapa bulan lalu ditahan hasil Op Lejang, Op Pintu dan Op Tapis dilakukan polis daerah ini bermula 1 Ogos hingga 15 September lalu.*

               17) *DIBAYAR gaji RM35 sehari dengan tambahan komisyen RM5 bagi setiap helai jersi bola sepak tiruan yang berjaya dijual kepada pelanggan. Itu antara insentif menarik ditawarkan sindiket jersi bola sepak ciplak kepada warga asing yang diupah menjadi jurujual sekitar Jalan Petaling di sini.*

               18) *TINDAKAN berani orang ramai wajar dipuji apabila nekad bergelut dengan dua perompak bersenjatakan parang yang baru menyamun kedai runcit di Taman Desa Idaman, Kulai di sini. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, dalam kejadian jam 9.45 pagi kelmarin, dua penjenayah terbabit masuk dalam kedai sebelum seorang daripada mereka mengacu parang ke arah pekerja kedai itu.*

               19) *TIDAK banyak perubahan berlaku di rumah milik seorang lelaki yang mengumpul barangan terbuang di Jalan Melati 5, Taman Dusun Setia, meskipun sudah dikenakan tindakan oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Bagaimanapun, barang yang disusun di atas bumbung sudah diturunkan manakala barang yang diletakkan di hadapan rumah kelihatan berkuragan berbanding sebelum ini.*

               20) *SERAMAI 13 individu termasuk nenek ditahan polis dalam tiga serbuan berasingan bermula Ahad hingga semalam di Pasir Gudang serta Bandar Seri Alam, Johor Bahru selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah sejak awal tahun ini. Semua individu terdiri tujuh lelaki dan enam wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun itu ditahan selepas serbuan polis menemui lebih 1.25 kilogram (kg) ganja, 6.87 kg syabu dan 6.98 gram ketamin dianggarkan bernilai RM447,340.*

               21) *PEMANDU lori ais maut selepas lori muatan ais dipandunya terbabas sebelum merempuh pokok di Jalan Telaga Bata, Chica Menyabung, Kota Bharu hari ini. Dalam kejadian 2 petang itu, Ahmad Mazlan Che Aznan, 23, maut di tempat kejadian akibat parah.*

               22) *BEKAS Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan A Jalil, 73, meninggal dunia tengah hari ini di kediamannya di Sungai Buloh. Hadenan yang juga Pro-Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meninggalkan isteri Puan Sri Faridah Abdul Hamid dan tiga anak.*

               23) *DUA warga India melecur pada bahagian kaki selepas rumah didiami mereka terbakar di Pangsapuri Taman Miharja, Cheras hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata, kedua-dua mangsa adalah lelaki berusia 20 tahun dan wanita berusia 32 tahun yang dipercayai ada hubungan keluarga.*

               24) *KANAK-KANAK perempuan berusia tujuh tahun cedera di beberapa bahagian badan akibat digigit seekor kera dalam kejadian di Kampung Padang Mandor, Tumpat, semalam. Kejadian berlaku pada 6.50 petang ketika mangsa, Nor Damia Maisara Muhamad Yaki bersama adiknya, Nur Zara Fatia, 6, berjalan-jalan di sekitar rumahnya.*

               25) *KERAJAAN Melaka melancarkan pelan strategi jangka masa pendek, sederhana serta panjang bagi menangani segera isu kekurangan bekalan air di negeri itu. Ketua Menteri Adly Zahari berkata, melalui pelan jangka pendek pihaknya akan terus mencari sumber air kolam takungan air termasuk lombong terbiar selain memanfaatkan perjanjian air dari negeri jiran menerusi bekalan air mentah 270 juta liter air sehari dari Sungai Gersik, Johor serta turut membeli bekalan air bersih dari Negeri Sembilan.*

               26) *SEBANYAK 2,459 sekolah di lapan negeri diarahkan tutup berikutan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan malam ini berkata, arahan itu dibuat selepas kawasan terbabit mencatatkan bacaan IPU melebihi 200 iaitu sangat tidak sihat. Menurutnya, penutupan sekolah itu membabitkan 1,732,842 murid dan pelajar.*

               27) *YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat malam ini sempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 di Masjid Negara. Turut berangkat mengiringi baginda ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.*

               28) *PEMBAYARAN royalti minyak oleh kerajaan Pusat kepada Kelantan akan dilakukan apabila tiba masanya. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, pihaknya bertanggungjawab menguruskan pendapatan dan perbelanjaan negara dan akan laksanakan pembayaran sebaik keputusan dibuat.*

               29) *PELBAGAI barangan tiruan bernilai RM1.09 juta dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini. Program Pelupusan Barang Rampasan itu disempurnakan Timbalan Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP Rosli Ahmad di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP di Nilai hari ini.*

               30) *LEBIH 200 pengunjung dan pekerja di sebuah pusat beli belah di Tebrau, Johor Bahru gempar apabila perkakas pameran di kawasan seluas 2.7 meter persegi terbakar hari ini. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru, Haizrul Rahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.25 petang sebelum dua anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.*

               31) *DUA lelaki yang disyaki terbabit dalam penyeludupan syabu ditahan polis dalam dua pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2, Sepang membabitkan nilai dadah kira-kira RM360,000 pada Isnin dan Selasa lalu. Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, kes pertama membabitkan seorang lelaki berusia 34 tahun dari Sandakan, Sabah dan bekerja sebagai pemandu bas ditahan pada 1.35 petang di klia2.*

                32) *TINDAKAN tegas akan diambil terhadap pihak yang mengambil kesempatan fenomena jerebu dengan menaikkan harga penutup hidung dan mulut secara tidak munasabah. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan tegas itu berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.*

                33) *AHLI keluarga kepada G Moganambal, 35, wanita pemegang status penduduk tetap (PR) United Kingdom (UK) yang didakwa hilang sejak Sabtu lalu akan membuat laporan polis berhubung kehilangannya, hari ini. Kakaknya, G Vasanthi berkata, mereka termasuk anak Moganambal akan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak termasuk menyalurkan maklumat mengenai lokasi terakhir wanita itu yang dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp.*

                34) *PENGGUNAAN penutup hidung dan mulut jenis N95 adalah paling berkesan dalam situasi jerebu berikutan ia dapat menapis partikel sehalus 0.1-0.3 mikron. Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, saiz partikel yang terdapat dalam asap jerebu adalah kira-kira 2.5 mikron.*

                35) *ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengambil masa hampir dua jam untuk menurunkan mayat pengendali kren di tingkat 12 dalam kejadian di Danga Twin Resident, Johor Bahru, hari ini. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Khairul Azhar Abd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.55 pagi sebelum sepasukan lapan anggota membabitkan satu jentera dan kenderaan EMRS dikejarkan ke tempat kejadian.*

                36) *DUA lelaki warga Taiwan dan seorang wanita China ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras semalam dalam dua serbuan serta merampas dadah bernilai RM322,410. Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, serbuan pertama pada 7 malam dan menahan seorang lelaki warga Taiwan di Taman Kobena.*

                37) *LELAKI warga Indonesia nekad terjun ke dalam lombong bagi meloloskan diri daripada ditangkap pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen (JIM) dalam serbuan di kawasan Projek Perlombongan Bijih Besi, Sungai Rengat, Hulu Paka, Dungun, hari ini. Tindakan lelaki berusia 32 tahun itu menyebabkan pegawai penguat kuasa terbabit meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Al-Muktafi Billah Shah bagi menyelamatkan lelaki terbabit daripada lemas.*

                38) *ROMBONGAN guru dan pelajar ke Bukit Fraser, bertukar ngeri apabila bas membawa mereka terbabit kemalangan. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari di Jalan Gap, Bukit Fraser Raub, hari ini, menyebabkan seorang guru berusia 51 tahun parah.*

                39) *PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) sudah mendapat kelulusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menggunakan simbol tanjak, sekali gus memberi ‘lampu hijau’ kepadanya untuk bertanding pilihan raya akan datang. Presiden Penaja PUTRA, Datuk Dr Ibrahim Ali ketika mengumumkan perkara berkenaan berkata, parti itu secara rasminya sudah boleh menyertai pilihan raya selepas pihaknya menerima kelulusan itu dua hari lalu.*

                40) *KELINCAHAN ‘Anjing Gemuk’ (Pau Kaw) menyembunyikan diri dikesan polis kerana terbabit melakukan samun bersenjata api berakhir apabila ditahan di Miri, hari ini. Suspek berusia 37 tahun itu ditahan di kediaman di Pujut Corner pada 5.15 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah Miri.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *MUMBAI: Sebuah mahkaah khas di India semalam mengeluarkan satu waran tangkap tanpa jaminan terbaru terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik berkaitan kes pengubahan wang haram.*
          *NDTV. com melaporkan, perintah berkenaan dikeluarkan oleh Mahkamah Akta Pencegahan Pengubahan Wang susulan rayuan difailkan Direktorat Penguatkuasaan (ED) yang menyiasat kes itu.*
          *Zakir melalui peguamnya pada minggu lalu mengemukakan rayuan meminta tempoh dua bulan penangguhan untuk hadir ke mahkamah tetapi ditolak.*

           *BRISBANE: Seorang lelaki yang mengembara bersendirian di kawasan belukar di pedalaman Australia merangkak dua hari selepas kakinya patah akibat terjatuh enam meter di air terjun sebelum akhirnya diselamatkan.*
            *Neil Parker, 54, patah kaki dan lengannya selepas terjatuh pada Ahad lalu ketika mengembara kawasan Cabbage Tree Creek di Gunung Nebo.*
             *Dia yang juga pengembara berpengalaman menggunakan kayu sebagai penganduh tetapi terpaksa merangkak dengan harapan dapat menemui bantuan, lapor Mail Online.*

           *MOSCOW: Seramai 88.7 juta orang mati atau cedera dalam beberapa jam dan beberapa bandar di Amerika Syarikat (AS) dan Russia musnah, itulah senario menggerunkan sekiranya perang nuklear antara dua kuasa besar itu tercetus.*
           *Menurut satu simulasi yang dicipta sekumpulan penyelidik, perang nuklear itu akan memberi kemusnahan besar terhadap manusia dan kesannya jangka panjangnya yang dahsyat.*
           *Dalam video selama empat minit itu oleh pakar kejuruteraan dan hal ehwal antarabangsa Universiti Princeton, Alex Glaser dan rakannya, dalam tiga jam pertama perang tercetus, Eropah akan hancur dan kira-kira 2.6 juta orang akan terbunuh atau cedera.*

           *JAKARTA: Presiden Joko Widodo mengumumkan perletakan jawatan Menteri Pemuda dan Olahraga, Imam Nahrawi hari ini selepas dinamakan suspek oleh agensi pencegah rasuah Indonesia.*
           *Pembantu peribadi Nahrawi turut dinamakan sebagai suspek oleh Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) semalam.*
          *Widodo memberitahu wartawan sama ada akan melantik Menteri Pemuda dan Olahraga baru ataupun menggantikan dengan menteri interim.*

            *SEOUL: Polis Korea Selatan akhirnya dapat mengenalpasti suspek kes pembunuhan bersiri terkenal negara itu, lebih 30 tahun selepas 10 pembunuhan pertama berlaku.*
              *Suspek Lee Chun-jae, 56, dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya tiga pembunuhan, kata jurucakap Agensi Polis Daerah Gyeonggi Nambu, Ban Gi-soo.*
          *Polis dapat mengenalpasti Lee selepas menggunakan teknik forensik terkini dengan mengambil semula asid deoksiribonukleik (DNA) dari kes jenayah lama.*

           *KABUL: Serangan bom kereta yang mensasarkan bangunan perkhidmatan perisikan di Qalat, selatan Afghanistan, hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang maut.*
          *Kejadian itu turut mencederakan 85 orang serta menyebabkan sebuah hospital di Zabul musnah, kata gabenor wilayah Zabul, Rahmatullah Yarmal kepada AFP.*
          *Jurucakap Taliban, Qari Yousuf Ahmadi kemudian mengeluarkan kenyataan mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan itu yang menyasar Direktorat Keselamatan Negara.*

           *MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran lebih seribu bekas banduan ganas yang dibebaskan awal menerusi satu undang-undang kontroversi akan ditangkap hidup atau mati sekiranya mereka tidak menyerah diri selewat-lewatnya hari ini.*
          *Filipina berusaha mengesan bekas banduan termasuk perogol dan pembunuh yang dibebaskan mengikut satu undang-undang yang dianggap Duterte disalah guna atau kemungkinan berlakunya unsur rasuah.*
           *Pada awal bulan ini Duterte menetapkan 19 September ini sebagai tarikh akhir untuk bekas banduan itu menyerah diri atau berdepan akibatnya dan pihak berkuasa juga mengumumkan ganjaran 1 juta peso (RM80,195) menangkap mereka.*

           *HAMILTON: Taufan Humberto memutuskan bekalan elektrik ke hampir 16,000 kediaman dan premis perniagaan di Bermuda, semalam.*
           *Terdahulu, pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk supaya tidak menggunakan jalan raya dan membuat persiapan, lapor Reuters.*
         *Taufan Humberto yang diletakkan sebagai ribut kategori 3 akhirnya melanda kepulauan British itu pada malam.*

           *LA PAZ: Sebanyak 4.1 juta hektar hutan dan padang rumput di Bolivia musnah akibat kebakaran yang tercetus sejak Ogos lalu.*
           *Laporan itu didedahkan organisasi bukan kerajaan Yayasan Friends of Nature (FAN) ketika kerajaan tempatan mengumumkan darurat di Beni pada hari ini.*
           *Beni kawasan kedua di Bolivia yang terjejas teruk dengan hampir 900,000 hektar kawasan musnah dalam kebakaran yang masih marak lagi.*

           *TEXAS: Seorang lelaki berusia 72 tahun dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kerana cuba membunuh bekas kekasihnya dengan berulang kali menggilis mangsa menggunakan kereta sehingga hampir menyebabkan tubuh wanita itu terputus.*
          *Bagaimanapun, mangsa, San Juanita Herrera, 41, mengenal pasti suspek Rogelio Alberto Guardado sebagai orang yang bertanggungjawab mencederakannya seterusnya membawa kepada penangkapannya.*
          *Daily Mail melaporkan, sebelum dilanggar, Guardado yang juga bekas majikan San Juanita, menghiris tayar keretanya menyebabkan mangsa cuba berlari untuk menyelamatkan diri.*

           *OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau meminta maaf kerana memakai solekan berwarna perang ketika menghadiri parti sebuah sekolah 18 tahun lalu.*
         *Satu gambar diterbitkan dalam majalah Time baru-baru ini menunjukkan Trudeau yang ketika itu berusia 29 tahun memakai serban dan jubah, manakala wajah, leher serta tangannya kelihatan gelap.*
             *Trudeau, 47, mengesahkan individu dalam gambar itu adalah dirinya ketika menghadiri majlis tahunan yang bertemakan ‘Malam Arab’ pada parti 2001.*

            *PARIS: Sebuah kereta api tanpa pemandu yang melintasi tiga stesen tanpa henti menimbulkan ketakutan kepada penumpang di sistem bawah tanah Paris.*
             *Operator Metro Paris mengesahkan kereta api berkenaan di laluan 1, yang bergerak tanpa pemandu dan automatik sepenuhnya melangkaui tiga perhentian pada petang semalam.*
        *Insiden itu mencetuskan persoalan di media sosial sehingga melahirkan ketakutan ke atas penumpang.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *‘THANKS (terima kasih) Indonesia’, menjadi ciapan paling ‘trending’ di Twitter Malaysia selepas negara ini berada di kedudukan teratas dalam senarai negara yang mencatatkan indeks pencemaran udara tertinggi dunia pagi hari ini.*
          *Berdasarkan indeks kualiti udara dunia (WAQI) pada 6 pagi hari ini, Malaysia berada di tangga pertama dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) 266.*
         *Bacaan tertinggi itu mengatasi Afrika Selatan dengan IPU 217, Indonesia (207), India (194) dan China (178).*

           ♂ *MUSIBAH jerebu melanda ketika ini adalah peringatan Allah SWT kepada manusia terhadap segala kerosakan mereka lakukan di atas muka bumi.*
          *Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, apa jua musibah menimpa, ia berlaku dengan kehendak Allah SWT dengan tujuan untuk mengingatkan hambaNya.*
           *Beliau berkata, Allah berfirman di dalam surah ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud: “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di daratan dan di lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”*

            *KERAJAAN Melaka menafikan mesej pesanan suara yang tular di WhatsApp kononnya kerajaan negeri akan mengisytiharkan darurat susulan isu bekalan air di negeri ini, esok.*
           *Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata kenyataan berkenaan adalah tidak benar dan bertujuan untuk menimbulkan keresahan rakyat negeri itu.*
          *Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya mendapatkan segala bentuk maklumat daripada agensi serta jabatan kerajaa khususnya berkaitan isu air.*

           *“SAYA hadiahkan benda yang paling saya sayang dan harap setiap kali cikgu melihatnya, cikgu ingat pada saya,” itu luahan murid darjah 3 dikenali Taufiq yang menghadiahkan ‘Beyblade’ kesayangan kepada guru sementara KGSK (Kumpulan Guru Simpanan Khas), Muhamad Nur Fitri Nor Azman, 23, semalam.*
              *Muhamad Nur Fitri yang berkhidmat sebagai guru sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Telor, Kota Tinggi sejak 18 Julai lalu dan berakhir semalam, berkongsi kisah itu di laman Twitternya, @fitriazmann dan mendapat lebih 4,000 perkongsian serta lebih 5,400 tanda suka sejak semalam.*
          *”Semalam hari terakhir selepas dua bulan berkhidmat di sini, ada beberapa murid tahun 1 dan 3 beri hadiah kepada saya. “Saya tertarik dengan satu hadiah yang diberikan ketua kelas tahun 3 Tekun sebab dia memberi hadiah ‘Beyblade’.*

           *“TARIKH 15 September lalu adalah ulang tahun kelahiran pertama anak saya dan disebabkan dia masih kecil, saya tekad berhenti merokok sebagai hadiah untuknya,” kata bekas perokok tegar, Mohamad Hafiz Jalaludin.*
            *Mohamad Hafiz, 30, yang juga peguam mencuri perhatian warganet selepas berkongsi hasratnya untuk berhenti merokok sempena ulang tahun kelahiran pertama anaknya, Norhafizah menerusi ciapan gambar dengan kapsyen ringkas di Twitter, Ahad lalu.*
           *Rata-rata warganet menyambut baik usaha Mohamad Hafiz dan sehingga kini, ciapan berkenaan mendapat 19,300 tanda suka dan 18,200 ulang ciap.*

            *"KALAU tiada siapa paksa buat apa pakai (hijab). Aku pakai tudung sebab bekas suami paksa," kata pelakon kontroversi Zarina Anjoulie mengenai keputusannya membuka tudung.*
             *Video dan foto panasnya tular di media sosial Twitter dan Instagram sejak kelmarin hingga mencetuskan kemarahan segelintir pihak mengenai tindakannya seolah-olah mempermainkan agama.*
           *Sejak penularan video terbabit juga Zarina kembali rancak membuka ruang promosi kepada peniaga atas talian yang ingin memasarkan produknya di platform media sosialnya.*

            *“IBARAT mimpi jadi nyata dan bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya dapat merasai peluang itu walaupun hanya sehari,” kata Norsalynata Salim, 37.*
           *Norsalynata memberi reaksi itu ketika ditanya perasaannya selepas terpilih untuk sebagai salah seorang daripada 10 pemenang #bacaberitachallenge anjuran TV3.*
            *Menerusi kemenangan itu, Norsalynata berpeluang merasai pengalaman sebagai penyampai berita di studio Sri Pentas, TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.*
            *Norsalynata juga mencuri perhatian warganet yang rata-ratanya memuji kebolehan wanita itu selepas rakaman videonya membaca berita tular di laman sosial.*

           *ISTERI pelakon terkenal Sharnaaz, Noor Nabila Mohd Noor memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.*
          *Perkara itu diberitahu oleh peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila juga kakak kepada Neelofa itu, selepas sebutan kali pertama permohonan interim itu, hari ini.*
            *Menurut Azmi, permohonan interim hadanah itu difailkan oleh anak guamnya pada 13 September lalu yang juga bagi menentukan hak lawatan Sharnaaz Ahmad, 34, terhadap Jebat yang berusia setahun.*

          *PEKA dengan masalah kecurian motosikal, dua pelajar Kolej Vokasional (KV) Bachok tampil mencipta sistem menghidupkan motosikal menggunakan imbasan cap jari.*
             *Ciptaan yang dinamakan ‘Fingerprint Bike Starter’ dibangunkan Wan Amiruddin Wan Amran dan Adeeb Aideen Mat Yusof, masing-masing 19 tahun bagi memenuhi projek tahun akhir Diploma Jurusan Teknologi Elektronik, kolej vokasional itu.*
          *Wan Amiruddin berkata, mereka mengambil masa selama enam bulan bagi mencipta sistem berkenaan termasuk membina prototaip dan menguji sistem itu pada motosikal.*
               

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2019 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*RAU 25ETEBE 2019 ASHI ERSAAAN 25 UHARRM 1441 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0537
*SUBUH* : 0547
*SYURUK* : 0700
*ZOHOR* : 1308
*ASAR* : 1615
*MAGHRIB* : 1910
*ISYAK* : 2019


*artikel disiarkan pada tarikh 24sept*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *“PADA usia begini, saya terpaksa mengangkut air dari lori tangki. Sudah  dua minggu dan saya berdoa agar penderitaan ini segera berakhir,”  kata Mohd Tab Omar, 78. Dia adalah antara penduduk terjejas di Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling, di sini, akibat gangguan bekalan air sejak dua minggu lalu.*

               2) *LELAKI Vietnam selamba memikul beg mengandungi 24 cengkerang siput seberat 17.5 kilogram (kg) di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Senai dekat Kulai untuk dibawa ke kampungnya. Bagaimanapun, tindakannya itu dikesan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor sebelum merampas barang larangan yang dianggarkan bernilai ribuan dalam kejadian 6.20 pagi Khamis lalu.*

               3) *POLIS memburu lelaki dikenali ‘Derek’ dipercayai suspek utama insiden pergaduhan di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu semalam. Dalam kejadian 6 petang itu, lelaki berusia 40 tahun terbabit dikatakan punca utama pergaduhan itu berlaku selepas menyerang mangsa dan dua rakannya menggunakan besi serta buku lima.*

               4) *MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini, diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low meminjamkan wang sebanyak RM70,000 kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) bagi menaikkan modal berbayar syarikat untuk membolehkan mereka menerbitkan bon ‘Nota Jangka Sederhana Islam’ (IMTN). Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.*

               5) *SAKSI pertama pendakwaan kes kemalangan maut membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban ke laut di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang arah Seberang Perai menunjukkan kepada Mahkamah Majistret Bukit Mertajam 85 gambar kemalangan pada hari pertama perbicaraan kes itu, hari ini. Koperal Abdul Rashid Mohamud, 59, yang juga jurufoto di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSJPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPDSPT) menyerahkan kepada mahkamah 85 salinan gambar kemalangan yang berlaku pada 20 Januari 2019 itu.*

               6) *KUALITI udara di seluruh negara bertambah baik tengah hari ini apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus menunjukkan penurunan dengan hanya 14 kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat berbanding 25 kawasan pada 7 pagi tadi. Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), empat kawasan di Selangor masih mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan stesen Johan Setia, Klang merekodkan bacaan paling tinggi iaitu (170), Banting (122), Klang (116) dan Shah Alam (103).*

               7) *PEWUJUDAN kem tentera berskala besar perlu di kawasan strategik di Lahad Datu dalam menangani jenayah rentas sempadan di perairan khususnya penculikan. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan negeri sudah mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan persekutuan dan sehingga kini belum lagi direalisasikan.*

               8) *MISTERI konsaimen yang diisytihar mengandungi sos tartar dan mayonis terbongkar selepas pemeriksaan kastam menemui beras dengan nilai RM4,000 di gudang kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), Ahad lalu. Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, konsaimen itu dibawa masuk ke negeri itu menerusi penerbangan dari Kuala Lumpur.*

               9) *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur akan melelong 100 kenderaan membabitkan 66 kereta dan 34 motosikal bagi siri kedua 2019 pada 9 Oktober ini. Pengarahnya, Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, buku lelong kenderaan itu akan dijual bermula esok hingga 8 Oktober ini berharga RM50 di Unit Kewangan JPJ Kuala Lumpur bermula 8.30 pagi hingga 4 petang. Menurutnya, kenderaan sita itu pula boleh dilihat pada 7 dan 8 Oktober bermula 10 pagi hingga 3.30 petang.*

               10) *BUKAN hanya di Pulau Pinang, malah aktiviti sindiket penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah yang didalangi pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kemungkinan turut berlaku di tempat lain. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T Narenasagaran berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kegiatan penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah itu turut berlaku di negeri lain.*

               11) *SEBANYAK 28 sekolah di Melaka terjejas akibat gangguan bekalan air yang melanda tiga daerah di negeri itu sejak awal bulan ini. Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Abu Bakar Sahari berkata, daerah Melaka Tengah mencatatkan kes tertinggi dengan 23 sekolah terjejas bekalan air diikuti tiga sekolah di daerah Jasin dan dua sekolah di daerah Alor Gajah.*

               12) *SEBANYAK 28 jalan dan dua lebuh raya di Kuala Lumpur akan ditutup seawal 3.45 pagi Ahad ini sempena Kuala Lumpur Standard Chartered International Marathon 2019 pada 29 September ini. Jalan terbabit ialah Jalan Raja, Jalan TAR, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan P Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Jalan Tun Razak, Lebuhraya Akleh, Lebuhraya Duke, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Raja Muda Abdul Aziz dan Jalan Raja Abdullah.*

               13) *DUA lelaki didenda oleh Mahkamah Rendah Syariah Dungun hari ini kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam dengan bercium dalam sebuah kereta pada April lalu. Kedua tertuduh masing-masing berusia 25 dan 20 tahun turut berdepan hukuman enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.*

               14) *KAPAL Republik Indonesia (KRI) Bima Suci 945, yang juga kapal layar tiang tinggi terbaharu negara itu berlabuh di jeti Pusat Hidrografi Nasional, Pelabuhan Klang, hari ini. Kapal buatan Sepanyol sepanjang 111 meter yang membawa 190 orang anak kapal dengan 83 daripadanya adalah kadet dari Akademi Angkatan Laut Indonesia itu berlabuh kira-kira 9 pagi tadi.*

               15) *GURU lelaki maut selepas motosikal ditunggangi dipercayai bergesel kereta sebelum melambung dan terjatuh di atas but belakang kereta berkenaan, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 8 pagi di Jalan Jelapang, berhampiran Chepor, Ipoh, Mohd Hanafe Ramli, 33, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.*

               16) *PENGERUSI dan pengetua sebuah maahad tahfiz masing-masing dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah wang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke Turki sebanyak RM50,600. Kedua tertuduh yang juga pasangan suami isteri, Ahmad Shukri Ghazali, 47, dan Zunairah Awang, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Solehah Noratikah Ismail dan Roslizi Sulaiman.*

               17) *SIKAP tamak penyeludup bukan saja cuba menyeludup keluar syabu malah turut membawa keluar 190 burung spesis dilindungi ke Indonesia. Namun tindakan itu membawa padah apabila dia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor di Sungai Rengit, Johor Bahru Ahad lalu.*

               18) *TIGA pemilik tanah di Johan Setia, Klang, bakal berdepan tindakan undang-undang termasuk dihadapkan ke mahkamah kerana melakukan pembakaran terbuka. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Shafee Yasin berkata, pihaknya mengesan aktiviti pembakaran terbuka di tiga lokasi pada semalam dan kelmarin.*

               19) *PEGUAM pemerhati dilantik keluarga pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dirogol Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perk, Paul Yong Choo Kiong, memaklumkan Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, mangsa mungkin dijadikan alat permainan politik pihak tertentu.*

               20) *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan operasi penguatkuasaan membabitkan modifikasi motosikal hanya membabitkan pemilik motosikal Yamaha 15ZR atau lebih dikenali Ysuku. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, operasi penguatkuasaan modifikasi motosikal tidak mengikut spesifikasi JPJ membabitkan semua jenis motosikal dan tidak pernah memfokuskan kepada Ysuku saja.*

               21) *BAPA kepada empat anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini, atas dua pertuduhan merogol anak sulungnya berusia 12 tahun sehingga hamil. Tertuduh berusia 41 tahun membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nooriah Osman.*

               22) *WANITA yang kelibatnya kelihatan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Terminal Sentral Kuantan, sebelum penemuan mayat bayi lelaki berserta tali pusat semalam, sudah dipanggil membantu siasatan. Sumber polis berkata, bagaimanapun wanita terbabit bukanlah individu yang bertanggungjawab membuang bayi berkenaan dan keterangannya diambil sebagai satu prosedur melengkapkan kertas siasatan.*

               23) *TRIBUNAL Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dijangka menerima lebih banyak aduan selepas Akta Perlindungan Pengguna (APP) 1999 (Pindaan) 2019 berkuat kuasa 1 Oktober ini. Antara pindaannya peningkatan had nilai tuntutan kepada RM50,000 daripada RM25,000 sebelum ini.*

               24) *TIDAK boleh membaca dan kemiskinan antara alasan empat budak dan remaja lelaki di Kampung Teluk Ketapang tidak bersekolah. Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang Md Azmi Abdul Aziz berkata, tiga budak berusia 11 tahun dan seorang remaja berusia 14 tahun dikesan tidak bersekolah di kampung terbabit.*

               25) *BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bahawa Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin murka terhadapnya dan bekas Pengerusi Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd, Tan Sri Ismee Ismail pada penghujung Mei 2009.*

               26) *ALAM Flora Sdn Bhd (Alam Flora) mendapati masih ada segelintir masyarakat mengambil mudah isu pengurusan minyak masak terpakai tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan berkata, pihaknya mendapati masih ramai pengusaha kedai makan yang membuang minyak masak terpakai dalam longkang.*

               27) *“KETIKA kejadian saya bersiap ke tempat kerja dan menunggu van sekolah anak lelaki sebelum tiba-tiba terlihat bayang orang di hadapan sliding door (pintu gelongsor),” kata mangsa samun yang mahu dikenali Ling Ling, 40-an. Dalam kejadian 7.15 pagi semalam, mangsa bersama suami 40-an, ibu, 71, dan anaknya, 16, berada di ruang tamu rumah mereka di Taman Segar Perdana, Cheras sebelum kediamannya diceroboh empat lelaki bersenjatakan parang dan batang besi sebelum menyamun mereka.*

               28) *TIGA lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes kematian suri rumah akibat terkejut selepas rumahnya di Jalan New Delhi, Buntong, Ipoh diserang sekumpulan lelaki kelmarin ditahan polis bagi membantu siasatan. Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohd Nordin Abdullah berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 25 hingga 27 tahun itu ditahan di sekitar Ipoh 4.30 petang semalam.*

               29) *TIDAK ‘hilang’, sebaliknya dinasihatkan pasukan keselamatan supaya tidak tampilkan diri di lokasi perobohan rumah buat sementara waktu. Itu kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman. Beliau mengulas berhubung dakwaan segelintir pihak bahawa dia ‘hilang’ sejak Rabu minggu lalu ketika bermulanya perobohan rumah di Paya Jaras Hilir bagi pelebaran Sungai Kedondong untuk mengatasi banjir kilat.*

               30) *WANITA yang dipercayai membunuh bayi perempuannya berusia tiga bulan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini. Tertuduh Nur Najihah Zulkiflee, 27, dari Kemaman membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.*

               31) *DUA bot nelayan asing bersama 12 warga Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana menceroboh dan merompak hasil laut di perairan Beluran, Sandakan. Turut dirampas ialah 100 kilogram (kg) balat yang dipercayai ditangkap di perairan negara dengan bot pertama ditahan pada 9.40 pagi di kedudukan 12.6 batu nautika timur laut Pulau Billean, Ahad lalu.*

                32) *TIGA beradik cedera di tangan dan kaki selepas ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kuala Temekah, Kuala Ketil, Baling, hari ini. Dalam kejadian 1.40 pagi itu, ketiga-tiga mangsa berusia 20-an diserang ketika sedang tidur di rumah mereka di kampung terbabit.*

                33) *PELAKON dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari menafikan bahawa dia hanya mereka cerita ketika memberikan keterangan secara bersumpah di dalam kandang saksi selama tiga hari prosiding bela diri di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Farid, 38, juga tidak bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Abdul Salim bahawa dia sengaja tidak mengingati insiden anggota polis dan orang awam yang ditampar dan ditendangnya di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 11 Januari tahun lalu.*

                34) *PILIHAN Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dijangka menjadi lebih dramatik susulan penyatuan dua parti terbesar pembangkang Melayu, UMNO dan PAS, baru-baru ini. Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Salahuddin Ayub berkata, mereka (pembangkang) dijangka hanya memainkan isu perkauman dan fahaman agama melampau sebagai modal sepanjang kempen PRK itu kelak.*

                35) *KUALITI udara di seluruh negara terus menunjukkan perkembangan positif setakat 5 petang hari ini selepas bacaan indeks pencemaran udara (IPU) merekodkan penurunan berterusan berbanding awal pagi. Berdasarkan info Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiada kawasan merekodkan bacaan IPU kategori sangat tidak sihat dan hanya lapan kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat berbanding 24 kawasan pada jam 8 pagi tadi.*

                36) *SEWA dua unit kondominium mewah di lokasi sama untuk simpan dadah. Itu taktik digunakan sindiket pengedaran dadah bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Sindiket berkenaan menyewa dengan harga RM3,200 bagi setiap unit kondominium yang dijadikan stor penyimpanan dadah.*

                37) *TIMBALAN Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, M Ravi dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas mengalami sesak nafas akibat jerebu. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung itu dilaporkan dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu dan kini berada dalam keadaan stabil.*

                38) *CEMBURU kepada ibu mangsa, remaja perempuan berusia 19 tahun tergamak memukul bayi lelaki sehingga menyebabkan kematian anak kecil itu. Itu punca yang dikenalpasti polis berhubung kematian bayi berusia 20 bulan dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Egang-Egang, Pulau Bum Bum, Jumaat lalu.*

                39) *POLIS menembak mati lelaki yang mengamuk dan menetak dua pekerja kilang di Bayan Lepas, hari ini. Dalam kejadian 5.45 petang itu, suspek berusia 25 tahun dikatakan mengamuk dalam kilang terbabit dan menetak dua pekerja iaitu seorang lelaki dan seorang wanita hingga parah.*

                40) *LELAKI dibunuh dengan tiga tikaman di badan selepas bergaduh dengan lelaki lain di hadapan deretan rumah kedai tiga tingkat di Jalan Lapangan Siber 1, Bandar Siber Botani, Ipoh, malam ini. Mangsa, Kiranjeet Singh Puram Singh, 45, ditemui berlumuran darah dengan dua kesan tikaman di bahagian depan badan dan satu lagi tikaman di belakang badannya.*

           
*SEJAGAT*
==========


           *PROVINSI Riau diisytiharkan berstatus darurat pencemaran udara berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah melebihi 500.*
            *Gabernor Riau, Syamsuar menetapkan status darurat itu bermula semalam sehingga 31 Oktober ini, bergantung kepada keadaan semasa.*
             *Memetik media tempatan, Syamsuar berkata pemerintah Riau kini menyediakan tempat pemindahan sementara yang kondusif terutamanya untuk anak-anak dan wanita hamil.*

             *BRASILIA: Kerajaan Brazil menahan 63 orang serta mengenakan denda mencecah AS$ 8.7 juta (RM36.3 juta) selepas tentera dikerah memadam kebakaran besar di hutan hujan Amazon baru-baru ini, kata menteri pertahanan, Fernando Azevedo e Silva.*
            *AFP melaporkan, pengumuman itu dibuat sebaik Presidennya, Jair Bolsonaro tiba di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).*
              *Pemimpin itu sebelum ini menegaskan akan mempertahankan kedaulatan Brazil selepas kebakaran besar terbabit mencetuskan kritikan seluruh dunia.*

             *ALGIERS: Lapan bayi maut dalam kebakaran wad bersalin di sebuah hospital di timur Algeria hari ini, kata perkhidmatan kecemasan.*
           *AFP yang memetik jurucakapnya, Nassim Bernaoui berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 3.50 pagi di Oued Souf yang terletak kira-kira 500 kilometer di tenggara Algiers.*
            *”Kami berjaya menyelamatkan 11 bayi, 107 wanita dan 38 kakitangan dalam kejadian itu.*

             *SEORANG wanita dirogol lelaki yang memecah masuk kediamannya selepas diberi tiga pilihan sama ada mahu diperkosa, dibunuh atau mengadakan seks dengan anak lelakinya sendiri.*
             *Joshua Henderson, 33, yang menyamar sebagai buruh binaan untuk mendapat akses ke bangunan apartmen berkenaan, merogol dan merompak mangsa pada petang 16 September lalu, lapor Daily Mail.*
          *Menurut laporan, dia mengetuk pintu rumah mangsa dan berbual dengannya tetapi wanita berkenaan menamatkan perbualan dan menutup pintu.*

             *WAMENA (INDONESIA): Angka kematian dalam rusuhan terbaru di wilayah Papua meningkat kepada 26 orang hari ini manakala ribuan orang melarikan diri selepas beberapa orang dibakar hidup-hidup oleh perusuh ketika terperangkap dalam bangunan.*
           *AFP melaporkan, wilayah itu dibelenggu dengan rusuhan ganas sejak beberapa minggu lalu yang dipercayai berpunca daripada serangan perkauman.*
          *Seramai 22 daripada mangsa dilaporkan mati di bandar Wamena manakala beratus penunjuk perasaan membakar pejabat kerajaan serta beberapa bangunan semalam.*

            *SINGAPURA: Tiga pembantu rumah Indonesia ditahan tanpa perbicaraan mengikut undang-undang keselamatan ketat di Singapura selepas didakwa membiayai kumpulan militan Daesh, kata pihak berkuasa.*
          *AFP yang memetik kementerian dalam negeri berkata, mereka dipercayai menjadi penyokong kumpulan terbabit selepas menonton beberapa video serangan bom dan perbuatan memenggal kepala di internet.*
            *Anindia Afiyantari, 33, Retno Hernayani, 36, dan Turmini, 31, mula mengenali antara satu sama lain ketika terpengaruh dengan idea radikal sebelum membina rangkaian di luar negara yang turut berkongsi ideologi pro Daesh.*

            *MANILA: Kajian menunjukkan sebahagian besar rakyat Filipina menyokong kempen memerangi dadah Presiden Rodrigo Duterte walaupun dikecam antarabangsa mendakwa Duterte melakukan jenayah kemanusiaan.*
           *Tinjauan pendapat oleh Social Weather Stations membabitkan 1,200 responden menunjukkan kempen tiga tahun Duterte itu pada kedudukan ‘cemerlang’ dengan 82 peratus berpuas hati.*
           *Sejumlah 12 peratus lagi tidak berpuas hati kerana percaya perdagangan dadah masih berleluasa selain terlalu banyak pembunuhan serta salah guna kuasa oleh polis.*

           *SINGAPURA: Gempa bumi berukuran magnitud 6.3 menggegarkan utara Isabela, Puerto Rico hari ini, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).*
          *Bagaimanapun, sehingga kini tiada laporan kematian dan kemusnahan akibat gempa bumi itu diterima, lapor Reuters.*
         *Agensi itu berkata, gempa dikesan berlaku pada kedalaman 10 kilometer kira-kira 80 kilometer dari barat laut bandar Isabela.*

            *LONDON: Dua individu dipenjara semalam kerana mengakses rakaman kamera litar tertutup (CCTV) secara haram terhadap proses bedah siasat pemain bola sepak, Emiliano Sala sebelum memuat naik di internet.*
          *Sala maut selepas pesawat yang dinaikinya terhempas ketika merentasi Selat Inggeris pada Januari lalu.*
         *AFP melaporkan, pengarah syarikat CCTV itu, Sherry Bray, 49, dihukum penjara 14 bulan selepas mengaku bersalah atas tiga tuduhan menyalah guna komputer dan menghalang undang-undang.*

           *MIAMI: Seorang pegawai polis digantung tugas dan disiasat selepas dia menahan dua kanak-kanak berusia enam tahun kerana masalah disiplin di sekolah mereka, kata polis dan pendakwa raya semalam.*
          *Reuters melaporkan, pegawai terbabit, Dennis Turner menahan mereka pada Khamis lalu ketika bertugas sebagai pegawai sumber di sekolah di Orlando dan mendakwa mereka dengan kesalahan kecil, kata Peguam Negeri Florida, Aramis Ayala.*
        *Menurutnya, Ketua Polis Orlando, Orlando Rolon memberitahunya bahawa dia tidak berniat untuk mendakwa kanak-kanak terbabit dan meminta dakwaan digugurkan.*

          *LONDON: Kerajaan British membelanjakan 100 juta (RM519 juta) untuk membawa pulang 160,000 rakyatnya yang terkandas di sekitar Eropah, Amerika, Afrika dan Asia susulan kebankrapan syarikat pelancongan dan penerbangan tertua negara itu, Thomas Cook.*
          *Kira-kira 40 pesawat digunakan dalam usaha digelar Operasi Matterhorn, iaitu yang terbesar membawa pulang rakyatnya dalam era damai dari lebih 50 destinasi di seluruh dunia, lapor Daily Mail.*

           *KIEV: Seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang tinggal di tapak pelupusan sampah melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki berusia 20 tahun.*
          *Kanak-kanak berketurunan Gipsi itu tidak tahu dia sebenarnya sakit bersalin dan ditemui menjerit ketakutan oleh pengawal tapak pelupusan sampah itu yang terus menghubungi talian kecemasan.*
             *Bayi itu dilahirkan menerusi pembedahan pada 14 September lalu selepas proses bersalin sukar yang mengambil masa 10 jam, lapor Daily Mail.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *MAMALIA terbesar di darat iaitu gajah juga mempunyai kebolehan untuk berenang jauh dalam air menggunakan belalainya untuk bernafas di permukaan, namun peluang untuk menyaksikan haiwan itu berenang adalah sesuatu yang jarang diperoleh.*
           *Bagi Mohd Suwardi Muhamad Azmi, 37, pengalamannya terserempak dengan seekor gajah yang sedang berenang di Tasik Kenyir di Hulu Terengganu, baru-baru ini, sangat menggembirakan selain ia petunjuk bahawa Tasik Kenyir masih menjadi lokasi habitat semula jadi mamalia itu.*
             *Video gajah sedang berenang berdurasi tiga minit 45 saat yang dimuat naik di FACEBOOK Mohd Suwardi itu sehingga kini tular dan telah dikongsi oleh 355 pemilik akaun Facebook yang lain, menerima 374 tanda suka dan menerima 20,000 tontonan.*

          *CADANGAN pelaksanaan catuan bekalan air di Melaka seperti ditularkan hari ini baru di peringkat permohonan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan belum boleh dilaksanakan.*
          *Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Datuk Mohd Khalid Nasir berkata, permohonan daripada pihaknya itu bertarikh Ahad lalu seperti ditularkan di media sosial hari ini dan ia juga disifatkan boleh diabaikan.*
          *”Setakat ini SPAN tak luluskan lagi permohonan jadi kita belum boleh mulakan pelaksanaan catuan seperti ditulis dalam surat itu.*

          *IMPIAN penuntut warga emas untuk menerima ijazah yang diserah Tuanku Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sejak sembilan tahun lalu tercapai selepas beliau menerima Ijzah Doktor Falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen ke-57 USM hari ini.*
            *Ahmad Bakri Abdul Ghafar, 77, yang turut dikenali ‘Dr Abah’ dari Ipoh, Perak mencuri perhatian berikutan menjadi graduan paling tua menerima ijazah pada sidang pertama berkenaan.*
             *Bapa tiga anak itu berkata, selepas menamatkan Ijazah Sarjana pada 2004, dia mengambil keputusan menyambung pengajian ke peringkat PhD Kejuruteraan Awam dalam pengkhususan Pengurusan Sungai walaupun kurang mendapat sokongan keluarga.*

           *LONDON: Ratusan haiwan peliharaan bersama pemilik menghadiri majlis pengebumian kucing selebriti Garfield di gereja besar Ely, Cambridgeshire, baru-baru ini.*
         *Garfield yang mencapai populariti di media sosial kerana sering melepak di pasar raya Sainsbury maut dirempuh kereta di tempat parkir premis itu pada Julai lalu.*
         *Menurut BBC, kira-kira 450 orang terdiri daripada pencinta haiwan dan pemilik haiwan menghadiri majlis memperingati Garfield.*
                 

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2019 08:54 AM | Show all posts
G🅰RA🅿AN 🔛LINE 🅰L_LI🆖GI


ISNℹN 3⃣0⃣💲E🅿TEⓂBE® 2⃣0⃣1⃣9⃣ ⓂASℹHI 🅱ERSAⓂAAN 1⃣ SAF🅰® 1⃣4⃣4⃣1⃣ HIJR🅰H


#⃣live fr🅾♏ ™N sen➕osa kla🆖


‎🌻 بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ 🌹

‎            السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA..

WAKTU S⏰LAT SH🅰H ALAⓂ DAN K🅰WASAN SE〰AKTU DE🆖ANNYA

IMSAK : 0⃣5⃣3⃣5⃣
SUBUH : 0⃣5⃣4⃣5⃣
SYURUK : 0⃣7⃣5⃣9⃣
ZOHOR : 1⃣3⃣0⃣6⃣
ASAR : 1⃣6⃣1⃣6⃣
MAGHRIB : 1⃣9⃣0⃣8⃣
ISYAK : 2⃣0⃣1⃣6⃣


artikel disiarkan pada tarikh 29sept


TANAHAIRKU 🇲🇾
==============


              🌺 1) MAHKAMAH Tinggi Kuala Terengganu, hari ini, memerintahkan sembilan pihak termasuk lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) membayar tuntutan RM616,634.20 kepada seorang bekas pelajar sekolah itu yang menjadi mangsa buli, empat tahun lalu. Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan difailkan plaintif ketika kejadian berusia 14 tahun menerusi bapanya, Ahmad Fauzi Abdullah, 50, pada 2 April 2017.

              🌺 2) DUA pemandu maut selepas kereta dipandu masing-masing bertembung di Kilometer 104.1 Jalan Kuala Kangsar - Gerik - Pengkalan Hulu dekat sempadan Kerunai dan Kampung Jong di Gerik, malam tadi. Kejadian 8.30 malam itu, mengakibatkan pemandu kereta Naza Suria, Mohamad Najib Ahmad Radzi, 36, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu Honda Civic, Tou Ngean Kooi, 49, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Gerik pada 12.50 tengah malam.

              🌺 3) KAPAL selam, dadah dan senjata api antara barangan yang dijual menerusi laman dagang elektronik (e-dagang) di pasaran gelap atau dikenali sebagai Dark Web. Barangan itu boleh dibeli sesiapa saja malah dibimbangi menjadi ancaman terbaharu kepada keselamatan negara.

              🌺 4) KELUASAN perairan negara mencecah 614,000 kilometer persegi antara cabaran utama dihadapi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam menguatkuasakan undang-undang maritim terutama bagi memerangi jenayah merentasi sempadan. APMM yang ditubuhkan secara rasmi pada 15 Februari 2005 kini berusia 14 tahun. Biarpun disifatkan sebagai badan penguatkuasaan yang masih muda, kejayaan agensi itu dalam menjaga kedaulatan negara tidak boleh diremehkan.

              🌺 5) SKRIP basi sama digunakan untuk menjerat mangsa melalui penyamaran sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Malah kali ini pendekatan psikologi agresif digunakan apabila dalang sindiket penipuan menggertak dan sengaja membuat mangsa panik bagi memudahkan mereka ditipu. Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim berkata, sindiket penipuan melalui panggilan telefon ini kembali muncul dengan menyasarkan mangsa secara rawak.

              🌺 6) “KAMI bukan polis mahu tangkap kanak-kanak ini, tetapi mahu menyelamatkan mereka. “Tidak kira walaupun mereka lakukan (menjual) secara sukarela ia tetap salah,” itu tegas pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada wakil keluarga kanak-kanak yang didapati menjual buah potong di tempat tumpuan di bandar raya Melaka.

              🌺 7) PENANGGUHAN kertas Bahasa Melayu (BM) Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang dijadualkan esok ke 9 Oktober, melegakan pengurusan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Terendak, Melaka yang terputus bekalan air sejak Khamis lalu. Penangguhan itu bagi menghormati kemangkatan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

              🌺 8) “MUNGKIN asbab saya beri makanan kepada gelandangan menyebabkan kami terselamat dalam kebakaran,” kata Razali Mohammad. Razali, 65, antara pemilik rumah separuh kekal yang musnah dalam kebakaran di Kampung Segambut Tengah, Segambut, malam tadi. Katanya, ketika kejadian dia dan isteri, Zukenah Hamid, 56, berada di Jalan Chow Kit untuk memberi makanan kepada 200 gelandangan.

              🌺 9) SEBAHAGIAN daripada 82 keluarga terbabit dalam perobohan rumah di tebing Sungai Kedondong, Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, dua minggu lalu, kini dalam proses menunggu kelulusan permohonan zakat, kata Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, itu antara bantuan disalurkan kerajaan sementara menunggu unit Rumah Selangorku ditawarkan kepada mereka siap dibina dua tahun lagi.

              🌺 10) INDAH Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) menegaskan isu penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih, semalam bukan berpunca daripada operasi rawatan air sisa kumbahan dijalankan di loji IWK. Menurut jurucakap Jabatan Komunikasi Korporat IWK, ia berlaku akibat pembuangan sisa tidak dibenarkan secara haram berdekatan dengan loji IWK.

              🌺 11) TIDAK mempunyai pekerjaan. Itu antara alasan penyewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sehingga jumlah tunggakan sewa itu mencecah RM58 juta. Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata, tempoh tunggakan sejak sekian lama itu mengakibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengalami kerugian. Katanya, alasan tidak mempunyai pekerjaan antara faktor mereka tidak membayar sewa perumahan terbabit.

              🌺 12) JAWATANKUASA khas yang ditubuhkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengawal selia vape dan rokok elektronik (e-cigarette) kini dalam proses akhir perbincangan sebelum dibentangkan ke Kabinet. Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, isu terbabit agak kritikal dan perlu dibincangkan dengan teliti sebelum sebarang keputusan dibuat oleh kerajaan.

              🌺 13) PACUAN empat roda Toyota Hilux ditemui terbakar dalam kejadian di Taman Harmoni Tok Bali di Pasir Puteh, malam tadi. Dalam kejadian 7.58 malam itu, kenderaan berkenaan yang ditinggalkan di lokasi itu musnah 100 peratus. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali, Ahmed Mazdan Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 8.01 malam.

              🌺 14) PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan status terkini pemulihan bekalan ekoran henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih disebabkan pencemaran bau di sumber air mentah. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, berdasarkan pemantauan dan bacaan tekanan di sistem agihan sehingga 12 tengah hari tadi mendapati, bekalan air kepada 47 peratus dari 372,031 akaun pelanggan yang terjejas telah pulih.

              🌺 15) BATALION 7 Pasukan Gerakan Am (PGA 7) membuat tangkapan dan rampasan bernilai RM774,537.13 dalam tempoh dua minggu selepas mengambil alih penugasan Ops Wawasan Kelantan bermula 29 September lalu. Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Azhari Nusi berkata, nilai itu membabitkan 43 kes dengan jumlah tangkapan 25 orang, atas pelbagai kesalahan dan penyeludupan.

              🌺 16) KERAJAAN tidak akan melanjutkan tempoh Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) yang berakhir esok. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, ini kerana pihaknya sudah memberikan tempoh mencukupi buat pembayar cukai mengisytihar pendapatan masing-masing secara sukarela kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

              🌺 17) LELAKI warga Singapura tiada pilihan lain selain terpaksa menjelaskan 116 saman tertunggak bernilai RM28,000 ketika ditahan dalam Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing Ke-X (OSTWA 10) di Johor Bahru, petang semalam. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, lelaki berusia 60an itu ditahan ketika memandu kenderaannya di Muzium Tokoh, Jalan Lingkaran Dalam pada 4 petang.

              🌺 18) *POLIS menyiasat bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Kedah selepas didakwa mencabul seorang wanita dalam kejadian 9 Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian, Jumaat lalu selepas mangsa membuat laporan di Balai Polis Gurun.
Katanya, lelaki yang berusia 60-an akan dipanggil dalam masa terdekat.*

              🌺 19) PENGGUNA disaran menggunakan sepenuhnya aplikasi ‘Verify Halal’ yang diperkenalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk semakan produk berstatus halal. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, aplikasi itu antara pendekatan JAKIM untuk mengelak pengguna terkeliru khususnya, bagi produk yang sengaja diletakkan tanda halal.

              🌺 20) SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan dua pengarah syarikat swasta, semalam. Penahanan mereka bagi membantu siasatan berhubung kes pembalakan dan perlombongan haram serta penyeludupan. Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, bekas pengarah JDKM itu ditahan di pejabat SPRM Kelantan, manakala dua individu lain dicekup di hotel di Genting Highlands.

              🌺 21) LELAKI warga Myanmar maut dipercayai dilanggar lari ketika melintas jalan di Kilometer 14 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh menghala ibu kota, semalam. Dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Pyae Phyo Lin, 22 meninggal dunia selepas parah di beberapa bahagian badan.

              🌺 22) TINDAKAN berani seorang mekanik meredah perjalanan lebih 200 kilometer (KM) menunggang motosikal Yamaha Y15ZR atau ‘Ysuku’ tanpa lesen, berakhir apabila kenderaannya disita malam tadi. Ketika di tahan dalam operasi bersepadu di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ), berhampiran Kampung Musai, 11.15 malam itu, penunggang lelaki berusia 22 tahun itu mendakwa dia sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Pontian, Johor untuk berjumpa tunangnya di Alor Gajah.

              🌺 23) LOJI Rawatan Air Sungai Semenyih yang dihenti tugas selama 13 jam 30 minit berikutan pencemaran bau di sumber air mentah telah kembali beroperasi sepenuhnya pada 6.30 pagi, hari ini. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, ia menyebabkan pengurangan pengeluaran harian air terawat sejumlah 357 juta liter sehari.

              🌺 24) DUA mayat kru bot nelayan dari Brunei yang dilaporkan hanyut pada bulan lalu di perairan negara ditemui ketika operasi mengesan bangkai bot berkenaan dilakukan di perairan Pulau Kuraman, dekat Labuan, kelmarin. Operasi yang dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bermula 9 pagi itu membawa kepada penemuan dua daripada 11 mangsa yang dilaporkan hanyut pada 7 Ogos lalu.

              🌺 25) EMPAT rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Segambut Tengah, Segambut, malam tadi. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Armdan Mahat berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 jam 10:55 malam.

              🌺 26) *KEDAI perabot tiga tingkat musnah dalam kebakaran berhampiran sebuah hotel di Seri Kembangan, Serdang, malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.30 malam dan tiba di lokasi 11 minit kemudian.*

              🌺 27) PEPERIKSAAN Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2019 bagi subjek bertulis Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) yang dijadualkan di seluruh negara pada 30 September, ditangguhkan ke 7 Oktober depan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kenyataan berkata, penangguhan itu bagi menghormati perkabungan kemangkatan Sultan Kelantan ke-28 Almarhum Sultan Ismail Petra.

              🌺 28) *KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan menyambut baik pandangan diberikan Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Amir Hamzah bahawa harga yang sepatutnya bagi tanah Kampung Baru adalah RM2,000 sekaki persegi (0.0929 meter persegi) dan bukannya RM850 sebagaimana yang ditawarkan.
Menterinya Khalid Abd Samad berkata, beliau berharap ia ini adalah pandangan kolektif DPMM sendiri dan ianya berdasarkan pernilaian yang dilakukan secara profesional.*

              🌺 29) PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia membantu peminjam yang tidak mampu membayar pinjaman termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan. Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata, antara bantuan yang boleh dilakukan ialah penstrukturan semula jadual pembayaran, bagaimanapun peminjam perlu bersemuka dengan PTPTN.

              🌺 30) POLIS Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan berhubung kematian Muhammad Adib Mohd Kassim susulan keputusan inkues mendapati anggota bomba itu meninggal dunia disebabkan perbuatan jenayah. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya tidak berhenti melakukan siasatan selepas Mahkamah Koroner Shah Alam, Jumaat lalu, memutuskan punca kematian Muhammad Adib disebabkan impak perbuatan jenayah oleh dua atau lebih orang tidak dikenali.

              🌺 31) KEGHAIRAHAN enam penunggang motosikal menjadikan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sebagai lokasi lumba haram, terbantut apabila ditahan polis, semalam. Semua penunggang berusia antara 18 hingga 23 tahun yang dikesan menunggang secara berbahaya ditahan dekat Plaza Tol Bukit Besi, Dungun, kira-kira 5 petang.

               🌺 32) KEGHAIRAHAN enam penunggang motosikal menjadikan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sebagai lokasi lumba haram, terbantut apabila ditahan polis, semalam. Semua penunggang berusia antara 18 hingga 23 tahun yang dikesan menunggang secara berbahaya ditahan dekat Plaza Tol Bukit Besi, Dungun, kira-kira 5 petang.

               🌺 33) *BEBERAPA lelaki disangkakan pelanggan oleh peniaga barangan tiruan di sebuah premis di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, rupanya-rupanya adalah pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Difahamkan, tindakan pegawai KPDNHEP yang menyamar sebagai pelanggan berikutan kawasan itu dikawal ketat ‘tonto’ yang sering memantau pergerakan pihak berkuasa.*

               🌺 34) PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang untuk membuka kaunter Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bersebelahan kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memudahkan orang ramai membuka akaun untuk anak. Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan, berkata, strategi itu akan dirancang bermula tahun depan bagi menggalakkan ibu bapa membuat tabungan di peringkat awal kelahiran.

               🌺 35) KONGRES Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan memberi perhatian agar kadar pelepasan cukai dinaikkan berikutan kos sara hidup yang tinggi, dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada Oktober ini. Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, ini penting terutama dalam keadaan persekitaran ekonomi yang belum menentu pada masa ini selain kos sara hidup yang tinggi.

               🌺 36) SEMBILAN rumah lagi yang dibina atas tanah rizab sungai di Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, akan dirobohkan 10 Oktober depan. Ia bagi membolehkan permulaan kerja pembesaran Sungai Kedondong dilaksanakan.

               🌺 37) JABATAN Agama Islam Malaysia (JAKIM) mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) khusus bagi memantau murabbi supaya tidak terbabas daripada garis panduan ditetapkan. Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Nordin Ibrahim berkata, setakat ini, murabbi yang dilantik ada tauliah dan sentiasa dekat dengan kerajaan untuk menyampaikan mesej-mesej keagamaan terutama mesej Gagasan Rahmatan Lil Alamin kepada masyarakat.

               🌺 38) SEORANG pelajar lelaki maut digilis lori selepas terjatuh dalam kemalangan di Jalan Serai 9, Hulu Langat, Kuala Lumpur, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, mangsa berusia 13 tahun yang membonceng motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

               🌺 39) MAYAT lelaki warga Jepun berusia 63 tahun ditemui dalam keadaan terlentang dan berselimut di atas katil bilik tidurnya di sebuah kondominium di Kepong Sentral, Gombak, hari ini. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, anggota pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima maklumat daripada pihak pengurusan kondominium jam 12 tengah hari memaklumkan bau busuk datang dari rumah mangsa.

               🌺 40) PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa sedih atas kemangkatan Sultan Ismail Petra, ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. “Almarhum sudah lama gering dan tidak mampu menjalankan tugas sehingga anakanda baginda mengambil alih tampuk pemerintahan.

            
SEJAGAT 🌍
==========


           🇮🇩 JAKARTA: Angka kematian akibat gempa bumi di timur wilayah Maluku, Indonesia meningkat kepada 30 orang manakala ratusan ribu penduduk masih berada di pusat pemindahan sementara, kata Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNBP).
          Gempa bumi berukuran magnitud 6.5 yang menggegarkan kawasan itu pada Khamis lalu menyebabkan beratus rumah serta berpuluh kemudahan awam termasuk jambatan utama di bandar Ambon rosak, lapor Reuters.
          Sejurus kejadian, pihak berkuasa mengesahkan terdapat 20 orang maut dan kebanyakannya ditimpa runtuhan.

          🇹🇭 BANGKOK: Sekurang-kurangnya, 13 maut kebanyakannya adalah pelajar selepas sebuah trak pikap terbalik ketika menukar laluan di sini, hari ini.
               Rakaman kamera CCTV grafik menunjukkan, penumpang yang duduk di belakang tercampak keluar dari kenderaan itu.
            ”12 maut serta-merta dan seorang lagi mati di hospital manakala sembilan daripada mangsa baru menamatkan latihan mekanikal di sebuah syarikat tempatan,” kata pegawai polis, Samran Chaytao.

          🇲🇽 MEXICO CITY: Dua terbunuh manakala dua lain cedera selepas permainan gergasi ‘rollercoaster’ tergelincir di sebuah taman tema di Mexico.
           Menurut pihak berkuasa, laporan awal menunjukkan kejadian itu berpunca daripada masalah mekanikal menyebabkan ia terjatuh sehingga 10 meter ke bawah.
          ”Kedua-dua lelaki itu maut akibat cedera di kepala manakala dua wanita dibawa ke hospital dan salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan serius,” katanya.

         🇸🇦 RIYADH: Pengawal peribadi Raja Salman ditembak mati dalam satu pergaduhan, lapor televisyen al-Ekhbariya, hari ini.
         Mejar Jeneral Abdul Aziz al-Faghm dilaporkan meninggal dunia di Jeddah, lapor stesen itu tetapi tiada maklumat berkaitan hari dan lokasi kejadian berlaku.
           Menurut media tempatan, Faghm turut berkhidmat sebagai pengawal peribadi Raja Abdullah.

           🇵🇭 MANILA: Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan wilayah Davao Occidental di selatan Filipina, pagi tadi.
           Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs), tiada laporan berkaitan kecederaan atau kerosakan tetapi berlaku sedikit gempa susulan.
            Pusat gempa itu terletak 126 kilometer di tenggara bandar Jose Abad Santos.

           🇨🇳 BEIJING: Sekurang-kurangnya, 36 maut manakala 36 lain cedera selepas sebuah bas bertembung dengan sebuah trak di timur China.
            Biro keselamatan awam Yixing, berkata bas yang membawa 69 penumpang terbabas dan masuk ke laluan bertentangan menyebabkan ia melanggar sebuah trak di lebuh raya di timur wilayah Jiangsu, pagi semalam.
            ”Siasatan awal mendapati, kemalangan itu berpunca daripada tayar kiri bas di sebelah hadapan pancit.

         🇺🇸 NEW YORK: Timbalan Presiden, Jusuf Kalla (JK) memberitahu Indonesia tidak berdiam diri dalam isu bencana kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan.
             Setakat ini, Indonesia sudah mengerahkan 40 helikopter dan 40 pesawat untuk mengawal kebakaran hutan, sekaligus operasi terbesar yang pernah digerakkan.
         Kompas. com yang memetik JK berkata, Indonesia ketika ini banyak dikaitkan dengan pembakaran hutan untuk perladangan, namun faktor angin perlu diberi perhatian kerana ia membawa jerebu ke negara jiran.

         🇱🇾 TRIPOLI: Sebuah bot yang membawa lebih 50 penumpang karam di luar perairan Libya.
           Kemalangan terbaru membabitkan pendatang yang cuba memasuki Eropah, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam.
           Lokasi sebenar kemalangan itu masih belum dapat dipastikan, kata agensi pelarian PBB, UNHCR di Twitter.

         🇲🇽 MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico semalam menahan dua disyaki ketua rangkaian penyeludupan manusia yang membawa pendatang dari Amerika Selatan dan Asia ke Mexico sebelum menghantar mereka ke utara negara itu yang bersempadan dengan Amerika Syarikat.
           Kerajaan Mexico berada dalam tekanan untuk mengurangkan jumlah pendatang Amerika Tengah yang menyasarkan sempadan Amerika Syarikat selepas Presiden Donald Trump mengancam akan mengenakan tarif ke atas barangan Mexico.

          🇰🇪 NAIROBI: Seorang pelancong Kanada maut selepas payung terjun yang digunakan tidak terbuka sewaktu melakukan aktiviti dari puncak Gunung Kilimanjaro.
          Jurucakap Taman Negara Tanzania, Pascal Shelutete, berkata Justin Kyllo, 51 yang tiba di Afrika pada 20 September lalu, terbunuh apabila payung terjunnya gagal dibuka.
               Kira-kira 50,000 pengunjung mendaki gunung setinggi 6,000 meter yang terletak berhampiran sempadan timur laut dengan Kenya, setiap tahun.

          🇷🇺 SOCHI (RUSSIA): Pasukan Formula One Mercedes mengesahkan empat kakitangannya dipecat berikutan siasatan dalaman terhadap kes buli berunsur perkauman.
          Menurut kenyataan Mercedes bahawa Mercedes-Benz Grand Prix mengesahkan empat individu dipecat daripada syarikat itu, 2 Ogos lalu. Pemecatan itu berikutan mereka tidak mematuhi dasar kepelbagaian dan kesamarataan syarikat.

           🇯🇵 TOKYO: Sebuah syarikat kejuruteraan Jepun mencipta robot kucing tanpa kepala, Qooboo untuk menenangkan pemiliknya.
          Robot seperti bantal itu bertindak balas terhadap sentuhan dengan menggoyangkan ekornya yang berupaya meniru gerakan keanjalan dan elegan haiwan.
           Memetik laporan Daily Mail, robot ciptaan Yukai Engineering itu didapati berkesan untuk melegakan kebimbangan, kemurungan dan keletihan.

           🇦🇺 SYDNEY: Mayat sepasang kekasih ditemui dipercayai akibat seorang daripadanya menembak pasangannya sebelum membunuh diri, selepas mereka gagal menaiki pesawat untuk percutian mahal ke Amerika Selatan.
               Mayat Tim Ogle, 48, dan Trudy Dreyer, 49, ditemui berlumuran darah dengan sepucuk pistol berhampiran mereka, di sebuah kediaman di Hunter Valley berhampiran Sydney pada petang Khamis.
              Ahli keluarga yang bimbang menghubungi polis susulan ejen pelancongan memaklumkan pasangan itu gagal menaiki pesawat untuk percutian ke Amerika Selatan, lapor Daily Mail.


TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL 📡
========================


           👑 MENGUTAMAKAN urusan untuk berangkat segera memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra yang mangkat semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menaiki pesawat angkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) A400M ke Kelantan.
            Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Kota Bharu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra, ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
            Almarhum Sultan Ismail Petra, 69, mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 8.11 pagi.

           🗣 SUARA lantang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik lima kuasa veto serta menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kembali kepada tujuan asal penubuhannya mendapat pengiktirafan delegasi dari seluruh dunia.
           Sebaik selesai menyampaikan kenyataannya pada Perbahasan Umum Sesi ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, kelmarin, delegasi dari seluruh dunia beratur menunggu Dr Mahathir di belakang pentas selepas ‘membelasah’ kuasa veto dan pihak berkepentingan lain.
            Dalam satu video, barisan delegasi beberapa negara menunggu untuk berjabat tangan dengan Perdana Menteri tertua dunia itu.

          💍 KISAH lelaki berkahwin lagi untuk menambah isteri sudah biasa didengar, tetapi lain ceritanya di Semporna apabila seorang lelaki mengahwini dua gadis serentak untuk hidup berpoligami.
            Kisah lelaki itu tersebar apabila gambarnya bersanding bersama dua isteri dimuat naik dalam laman sosial Facebook sehingga mendapat perhatian netizen.
            Gambar itu bersama kenyataan ringkas dimuat naik seorang lelaki menggunakan nama Jimmy Jim, dipercayai sepupu kepada pengantin lelaki berkenaan.

           🛵 SYARIKAT perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian, foodpanda memberi jaminan skim pembayaran baharu yang berkuat kuasa 30 September ini akan memanfaatkan semua penunggangnya di luar Lembah Klang.
             Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, penunggang juga tidak perlu khuatir kerana pelaksanaan skim itu membolehkan mereka bekerja dengan lebih fleksibel, memilih masa dan kawasan mengikut kesesuaian.
             Semalam, tular di laman sosial mengenai sekumpulan penunggang foodpanda di Johor Bahru, Johor yang mogok dipercayai tidak berpuas hati dengan perubahan sistem pembayaran gaji (penunggang) sepenuh masa.

           👳🏻‍♂ SIKAP positif bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid mendapat pujian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
             ”Kami amat tersentuh dengan kenyataan bapa Muhammad Adib sehari sebelum keputusan diumumkan,” kata Dr Zulkifli menerusi ruangan Qalam Mufti dimuat naik di portal rasmi beliau, hari ini.
           Beliau turut memetik kata-kata Mohd Kassim yang disiarkan akhbar Harian Metro menerusi edisi dalam talian pada Khamis lalu: “Apapun keputusan, saya dan keluarga perlu reda, namun harapan kami pastinya ingin melihat keadilan.”

           🤖 PERCUBAAN sulung guru Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Hussein, Kuala Lumpur, Muslim Tamsir, 38, dan anaknya Danish Irfan, 12 menyertai Pertandingan Robotik Dunia di New Delhi, India, 26 September lalu tidak sia-sia apabila muncul juara kategori roket air, sekaligus menewaskan 30 pasukan lain.
            Kemenangan menerusi ciptaan roket air itu melayakkan Muslim dan Danish Irfan membawa pingat, piala dan wang tunai 60,000 rupee (RM3,561).
           Menurut Muslim , kemenangan itu amat bermakna buat mereka selepas sekian lama berusaha untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
                 


berita penuh sila ikuti harian metro online

piloi_hani al_linggi
#⃣re🅿oterat🅰spok🆗
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SELSA 8 KTOE 2019 ASHI ERSAAAN 9 SAF 1441 HIJRH*


*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0534
*SUBUH* : 0544
*SYURUK* : 0657
*ZOHOR* : 1304
*ASAR* : 1617
*MAGHRIB* : 1904
*ISYAK* : 2013


*artikel disiarkan pada tarikh 7okt*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *PENERIMA Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan 1600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1600cc yang berjangka hayat 10 tahun dan ke atas layak menerima Program Subsidi Petrol (PSP) seperti diumumkan kerajaan hari ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, manakala kategori motosikal yang layak ialah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berusia tujuh tahun dan ke atas.*

               2) *BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas dua pertuduhan bersubahat dengan anak lelakinya untuk menerima rasuah berjumlah RM250,000. Anak lelakinya, Abdulazeez Wan Ruslan yang didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah turut mengaku tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim S Indera Nehru.*

               3) *WANITA ditemui mati di hadapan rumahnya di FELDA Sendayan di Seremban, malam tadi, dengan beberapa kesan kecederaan di kepala. Dalam kejadian 9.24 malam, mangsa dikenali Seri Devi, 42, dipercayai baru pulang dari tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, Sepang sebelum diserang dua lelaki.*

               4) *Meminta bayaran sehingga RM1,000 untuk pakej ‘gerenti beres’ daripada pemilik kenderaan walaupun caj pemeriksaan sebenar hanya antara RM20 hingga RM90. Itu antara tawaran cekik darah dibuat orang tengah tidak bertanggungjawab atau ulat kepada pemilik kenderaan yang mahu melakukan pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).*

               5) *”Saya hanya jaga kedai saja. Barang itu (rokok seludup) bos punya.” Begitu dakwa seorang lelaki warga Indonesia yang ditahan selepas didapati menjual rokok seludup dalam serbuan di Kampung Baru Subang di sini, malam kelmarin. Lelaki berusia 20-an itu antara tujuh lelaki warga asing ditahan dalam serbuan diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh Asisten Superintendan Ana Mohamed bermula jam 9.30 malam.*

               6) *MEREKA yang didapati bersalah mengeluar, mencetak atau menempa mata wang Malaysia tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia (BNM), boleh didenda tidak melebihi RM50 juta dan penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. Itu antara peruntukan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Mata Wang 2019 yang dibentangkan kali pertama oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Amiruddin Hamzah di hadapan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Yusof di Parlimen hari ini.*

               7) *ISTERI tukang paip yang dilaporkan diculik dan dikurung hampir tiga bulan di Tamil Nadu, India sebelum dibebaskan bulan lalu, selamat tiba di tanah air, hari ini. Habibuneesa Mohamed Ismail, 36, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 3 petang tadi sambil ditemani suaminya, Mahmud Rahman Shariff, 47, kelihatan gembira dan bersyukur dapat menjejakkan kembali kaki ke Malaysia.*

               8) *YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri Di Bawah Naungan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. Majlis Munaqasyah yang berlangsung hampir tiga jam itu bertujuan membincang dan memperhalusi isu hal ehwal Islam di negeri di bawah naungan Seri Paduka dan memantapkan agensi agama di setiap negeri berkenaan.*

               9) *SEBANYAK 53 lembu dan kambing yang berkeliaran ditangkap Majlis Daerah Marang (MDM) dari Januari hingga hari ini.
Ia membabitkan 16 lembu dan 37 kambing dengan setiap pemilik dikenakan kompaun antara RM200 hingga RM500 seekor bergantung kepada tempoh tahanan. Setiausaha MDM Nor Nadia Zahira Zakaria berkata, ternakan yang tidak dituntut dalam tempoh tujuh hari akan dilelong berpandukan harga yang diberikan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).*

               10) *WANITA warga emas terpaksa berpaut pada tiang rumah apabila air sungai ‘melimpah’ ke dalam rumahnya dalam kejadian banjir di Kampung Tanjung Merbau, Baling, malam tadi.
Dalam kejadian 11.30 malam itu, Tijah Md Zain, 85, dilaporkan terperangkap selama 10 minit sebelum diselamatkan dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling.*

               11) *EMPAT lelaki termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan selepas disyaki membuli pengguna jalan raya di Jalan Papar-Kota Kinabalu, Bukit Melinsung, Papar kelmarin. Dalam kejadian 9.15 malam itu, empat individu berkenaan yang menaiki Perodua Kenari dikatakan berselisih dengan sebuah lagi kenderaan dipandu lelaki berusia 20-an.*

               12) *PENGHAPUSAN segera tol tidak boleh dilakukan kerana ia memerlukan pembelian oleh kerajaan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, ia berdasarkan dapatan satu kajian mendalam yang dilakukan mengenai perkara itu. Dr Mahathir berkata, masa diperlukan untuk mengurangkan beban rakyat dalam senario tol dihapuskan.*

               13) *WANITA warga emas yang ditemui maut dalam keadaan tangan berikat di rumahnya di flat di Tasik Tambahan Ampang, Ampang, pada 19 September lalu dipercayai diserang secara seksual.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, hasil pemeriksaan dilakukan di lokasi, pihaknya menemui kesan air mani.*

               14) *BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi menafikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini bahawa beliau ada diugut mana-mana pihak untuk tidak bercakap benar. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perbicaraan penyelewengan dana 1MDB.*

               15) *AHLI Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan dirinya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menurutnya, sepanjang siasatan dijalankan, Ahmad memaklumkan kepada SPRM dan PDRM bahawa beliau tidak menerima sebarang wang daripada syarikat berkaitan kerajaan itu.*

               16) *FELDA mengesahkan penahanan seorang pegawainya dan dua peneroka berhubung insiden menembak mati seekor gajah Pygmy di Sungai Udin, Tawau, Sabah. Unit Komunikasi Korporat (UKK) FELDA berkata, pihak pengurusan kini bekerjasama rapat dengan polis bagi membantu siasatan.*

               17) *SELEPAS lebih sebulan merahsiakan dirinya menjadi mangsa cabul jirannya yang juga datuk kepada 19 cucu, kanak-kanak perempuan akhirnya membuka mulut menceritakan kejadian itu kepada neneknya, kelmarin. Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku pada 30 Ogos lalu, namun mangsa berusia lima tahun yang takut dan trauma hanya menceritakan perbuatan suspek berusia 63 tahun kepada neneknya, kelmarin.*

               18) *LAPORAN Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mendapati 24,600 pekerja diberhentikan majikan bagi tempoh Januari sehingga September lalu, kata Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran. Beliau berkata, daripada jumlah itu, sektor pembuatan mencatatkan kehilangan pekerjaan tertinggi iaitu 7,944 orang.*

               19) *DUA rumah terbakar di Jalan Sungai Ujong, Taman Labu, Seremban hari ini. Kejadian 7 pagi itu dipercayai bermula dari salah sebuah rumah sebelum merebak ke rumah jiran menyebabkan kedua-dua rumah masing-masing trbakar 40 dan 60 peratus.
Komander Operasi, Mohammad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 7.12 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban bergegas ke lokasi.*

               20) *KERAJAAN sedia mengkaji sebarang pembidaan daripada mana-mana pihak untuk membeli PLUS Malaysia Bhd (PLUS), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, kerajaan mengambil pendekatan terbuka terhadap sebarang pembidaan dan akan membuat keputusan mengikut kesesuaian dan kehendak negara.*

               21) *TIDAK cukup menampar dan memijak isterinya, seorang lelaki turut mengugut mahu membakar rumah didiami mereka dalam kejadian di Permaisuri, kelmarin. Suspek berusia 30-an sebelum itu ada bertengkar dengan mangsa berusia 27 tahun kira-kira 4 petang Jumaat lalu.*

               22) *WALAUPUN pernah dicekup kerana mencuri pisang penduduk kampung, dua beradik tidak serik apabila sekali lagi ditangkap kerana kesalahan sama. Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kedua-dua suspek itu ditangkap di kebun pisang di Sungai Tengar Utara, Sabak Bernam 29 September lalu.*

               23) *MAYAT lelaki yang belum dikenal pasti ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap di tepi jalan di Batu 6, Jalan Utama, Kampung Cocos, dekat Lahad Datu, hari ini. Mayat mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 30-an itu disedari orang awam pada 6.30 pagi dengan beberapa kesan kecederaan di kepala sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan segera.*

               24) *TERTEKAN kerana hutang membuatkan seorang lelaki memecah masuk dan mencuri wang di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), di Bukit Mertajam, semalam. Dalam kejadian 4 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun terbabit yang juga bekas pekerja memecah masuk pejabat premis menggunakan kunci pendua yang dibuatnya ketika kali terakhir bekerja di situ pada Mei tahun ini.*

               25) *LEBIH 700,000 akaun pendeposit Tabung Haji (TH) membabitkan jumlah simpanan RM60.4 juta tidak aktif tanpa sebarang transaksi melebihi tujuh tahun berturut-turut mulai 2012. Justeru TH dalam kenyataan berkata, akaun yang tidak diaktifkan selepas 1 November ini akan dipindahkan ke dalam kumpulan Akaun Dormant (Tidak Aktif) dan akaun berkenaan tidak lagi memperoleh manfaat sebagai pendeposit Akaun Aktif TH.*

               26) *JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor mematahkan cubaan menyeludup pokok hiasan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, Johor Bahru Jumaat lalu. Pengarahnya, Nur Afifah A Rahman berkata, tindakan itu hasil pemeriksaan tiga penguat kuasa terhadap lori dipandu lelaki 50-an di laluan masuk pada 7.30 pagi.*

               27) *“SAYA akan membawa kepada Kabinet syor supaya golongan M40 turut menikmati subsidi ini pada masa akan datang,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata, langkah berkenaan boleh dilaksanakan menggunakan wang penjimatan daripada Program Subsidi Petrol (PSP) apabila ia berkuatkuasa pada Januari 2020.*

               28) *LELAKI maut akibat lemas selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam parit di Jalan Kunci Air Satu, Kampung Hujung Permatang, di Kuala Selangor, hari ini. Dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa berusia 27 tahun meninggal dunia di lokasi akibat lemas selepas tertindih di bawah kereta itu.*

               29) *LAPAN pekerja sebuah syarikat pembalakan masing-masing lima warga tempatan dan tiga warga Indonesia ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) selepas memasuki Hutan Simpan Lesong, Muadzam Shah di Rompin tanpa permit. Lelaki berusia antara 21 hingga 54 tahun itu ditahan ketika berada di rumah kongsi pekerja yang dibina di dalam hutan simpan itu.*

               30) *PEGUAM Negara Tan Sri Tommy Thomas masih belum membuat keputusan sama ada akan memberikan keterangan dalam kandang saksi ataupun melalui afidavit dalam perbicaraan komital (menghina mahkamah) dihadapinya berhubung inkues Muhammad Adib Mohd Kassim. Peguam Mohd Haniff Katri Abdulla yang mewakili bapa Muhammad Adib selaku pemohon berkata, perkara itu akan diketahui sebelum perbicaraan prosiding komital terhadap Peguam Negara itu bermula.*

               31) *POLIS mengesan lelaki yang juga saksi berkaitan tangkapan kes pengedaran dadah di sebuah rumah di Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur November lalu. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki itu Mau Yik Thoe, 58, kini dikesan sebagai saksi untuk membantu kes berkenaan.*

                32) *KERAJAAN merancang mewujudkan peluang latihan bagi anak muda supaya mereka dapat menggunakan peluang yang diberi kepada golongan itu dengan berkesan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. “Pada masa ini kita dapati walaupun peluang terdapat dengan banyaknya di negara kita, kita masih bergantung kepada pekerja asing untuk datang ke Malaysia bekerja.*

                33) *DENDAM dan berebut kawasan kemungkinan menjadi punca seorang lelaki ditembak dalam kejadian di hadapan sebuah pangsapuri di Taman Inderawasih, Perai, semalam. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan itu kerana hasil siasatan awal dan semakan mendapati mangsa mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.*

                34) *NASI lemak dikenal pasti menjadi punca 197 peserta Kongres Maruah Melayu di Stadium Melawati, Shah Alam, semalam mengalami sakit perut dan muntah. Siasatan awal mendapati seramai 118 peserta mengalami keracunan makanan setakat 3 petang semalam, namun angka itu bertambah kepada 197 orang pada sebelah malam.*

                35) *DUA beradik dipenjara dan didenda RM50,000 di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, selepas mengaku salah memberi suapan RM10,000 kepada seorang pegawai polis, Mei lalu. Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Wan Mohd Faizal Wan Marzuki, 31, dan setahun terhadap Wan Mohd Fikri, 33, yang mengaku salah terhadap tuduhan.*

                36) *BEKAS Pengerusi CIMB Group Holdings Berhad, Datuk Seri Nazir Razak dipercayai menerima RM25.7 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Nazir, adik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, antara 80 individu dan entiti yang akan dikompaun kerana dipercayai menerima dana daripada 1MDB, membabitkan jumlah RM420 juta.*

                37) *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelesaikan 60 kes jenayah termasuk kes yang berlaku 20 tahun lalu menerusi penggunaan bank data asid deoksiribonukleik (DNA). Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, kebanyakan daripada 60 kes itu adalah kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.*

                38) *LELAKI kudung kaki kanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan mendera anak lelakinya sehingga bengkak dan lebam di muka dan mulut. Tertuduh berusia 39 tahun, membuat pengakuan itu sebelum mohon dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.*

                39) *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan notis kompaun kepada 80 individu dan entiti yang menerima wang berjumlah RM420 juta dipercayai daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Koya. Beliau berkata individu dan entiti yang menerima kompaun itu diberi tempoh dua minggu untuk memulangkan wang berkenaan.*

                40) *POLIS berpangkat Inspektor ditahan selepas dipercayai mengamuk dan melepaskan tembakan terkena kaki seekor anjing berpunca daripada pergaduhan dengan tunangnya di sebuah rumah di Taman Merdeka, di Ipoh, semalam. Dalam kejadian 6.30 petang itu, suspek berusia 29 tahun yang sebelum ini bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Ipoh, ditahan Unit Peronda Polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, tujuh minit selepas kejadian itu berlaku.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *KANSAS CITY: Pols menahan seorang suspek lelaki di Kansas City, Kansas, hari ini, dan memburu lelaki bersenjata kedua berkaitan serangan yang mengorbankan empat orang dan mencederakan lima orang di sebuah bar di sini, kata polis.*
         *Awal pagi tadi, polis menyiarkan secara atas talian suspek, Javier Alatorre, 23, sudah ditahan, tetapi polis tidak mengeluarkan maklumat lain mengenai tangkapan itu.*
         *Polis mengumumkan suspek kedua dikehendaki, Hugo Villanueva-Morales, 29, dan masing-masing dikenakan empat tuduhan pembunuhan darjah pertama.*

            *ROME: Dua mayat ditemui manakala 25 lagi masih hilang selepas sebuah kapal yang membawa pendatang karam di luar perairan Lampedusa, selatan Sicily, Itali, kata pengawal pantai hari ini.*
            *Menurut pengawal pantai, kapal penyelamat berusaha menyelamatkan sebuah kapal yang terlebih muatan dengan membawa 50 pendatang lewat malam semalam.*
            *”Sekurang-kurangnya 22 orang berjaya diselamatkan manakala pencarian ke atas mangsa masih hidup dikerahkan termasuk dari udara.*

          *BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Iraq dan penunjuk perasaan anti-kerajaan di timur Baghdad malam semalam, kata polis dan sumber perubatan.*
           *Kesemuanya maut di Sadr City selepas polis yang menerima sokongan angkatan tentera menembak penunjuk perasaan menggunakan gas pemedih mata.*
            *Jumlah kematian selepas enam hari rusuhan kini lebih 100 orang manakala lebih 6,000 penduduk cedera.*

          *NEW YORK: Seekor rusa jantan mengejutkan pelanggan dan pekerja sebuah salun di New York, Amerika Syarikat apabila haiwan itu secara tiba-tiba melompat masuk ke dalam premis terbabit pada Sabtu lalu.*
              *Berdasarkan rakaman kamera pengawasan, kejadian berlaku di Ronkonkoma, ketika seorang pekerja menggunting rambut pelanggan manakala seorang lagi pelanggan wanita sedang duduk minum.*
             *Tidak lama selepas itu, haiwan terbabit terus merempuh masuk menerusi tingkap kaca premis berkenaan lalu melompat di atas wanita terbabit.*

            *MUMBAI: Seorang wanita bertindak kejam mencampak cucu perempuan berusia dua tahun dari tingkat enam flat di Malad, di sini, dengan alasan mahu ‘memberi pengajaran’ kepada menantunya kerana sering bertengkar dengannya.*
         *Dalam kejadian minggu lalu, wanita 50 tahun itu mengangkat cucunya yang sedang tidur dan mencampaknya keluar dari tingkap flet.*
           *Pagi semalam, jiran dikejutkan dengan tangisan dan ratapan ibu bapa mangsa yang ketika itu menyangka budak berkenaan terjatuh sendiri.*

            *TEHERAN: Gadis Iran yang pernah mencetuskan kontroversi kerana didakwa melakukan 50 pembedahan untuk kelihatan seperti pelakon, Angelina Jolie, ditahan pihak berkuasa Iran kerana disyaki menghina agama dan mencetuskan keganasan.*
              *Daily Mail melaporkan, tindakan itu diambil terhadap Sahar Tabar selepas banyak aduan dibuat mengenai hantarannya yang dimuat naik di akaun Instagram.*
                *Bintang media sosial berusia 22 tahun itu sebelum ini dilaporkan menjalani pembedahan terbabit namun kemudiannya membuat penafian sambil menjelaskan ia hanyalah teknik solekan dan suntingan semata-mata.*

             *WASHINGTON: Seorang lelaki berusia 79 tahun yang pernah membunuh sekurang-kurangnya 50 orang, menjadikannya sebagai pembunuh bersiri paling prolifik dalam sejarah Amerika Syarikat (AS), kata Biro Siasatan Persekutuan (FBI) semalam.*
            *AFP yang memetik FBI berkata, Samuel Little mengaku melakukan 93 pembunuhan yang kebanyakannya terdiri daripada mangsa wanita antara 1970 dan 2005.*
          *Walaupun penyiasat hanya boleh mengesahkan pembabitannya dalam kematian 50 orang mangsa namun mereka yakin pengakuan lelaki terbabit boleh dipercayai.*

            *BALANGAN (Kalimantan Selatan, Indonesia): Seorang lelaki memperdaya rakan menemaninya minum di warung sebelum memberi alasan perlu beredar kerana ada hal penting tetapi sebaliknya dia ke rumah rakannya itu di sini, untuk mencabul isteri mangsa.*
               *Kompas melaporkan, lelaki berusia 30 tahun dikenali sebagai Maulid itu, memujuk rakannya keluar minum bersamanya jam 11 malam, agar mangsa tiada di rumah bagi membolehkannya melakukan perbuatan terkutuk berkenaan.*
             *Selepas kejadian pada 29 April lalu, Maulid melarikan diri dari kampungnya dan dipercayai bersembunyi di sebuah kampung di Kalimantan Timur.*

           *LONDON: Ribuan tahanan, terutama mereka yang didakwa anggota Daish atau Negara Islam (IS) ditahan dalam penjara Syria yang sangat sesak, termasuk remaja semuda 12 tahun, sesetengahnya ditahan sejak beberapa tahun lalu.*
              *Tahanan terbabit berpakaian banduan berwarna jingga dilihat ditempatkan dalam kurungan yang sesak, tidur berhimpit di atas lantai beralaskan tikar atau kain nipis di penjara di utara Syria itu.*
             *Daily Mail melaporkan, penjara terbabit mempunyai 5,000 banduan, ramai rakyat asing termasuk dari Britain yang kini menuntut untuk pulang ke negara asal selepas Daish ditewaskan awal tahun ini.*

            *VIENNA: Seorang lelaki menembak mati bekas kekasih, tiga ahli keluarga serta teman lelaki baru mangsa di sebuah pusat peranginan ski awal pagi tadi, kata pihak polis.*
             *AFP melaporkan, suspek yang berusia 25 tahun itu kemudiannya ditahan selepas dia menyerah diri kepada polis.*
            *Bekas kekasihnya yang berusia 19 tahun dikatakan memutuskan hubungan mereka dua bulan lalu sebelum suspek muncul di chalet keluarga itu di Kitzbuehel di pergunungan Alps pada jam 4 pagi.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *PENAMPILAN pasangan sepupu ini memperagakan pakaian seakan-akan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mencuit hati netizen yang melihat keletah mereka.*
           *Kedua-duanya, Syahibudil Ansyaufi Azman dan Nur Varisha Aisy Mohd Ali Azmi, masing-masing berusia tujuh tahun, yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sedenak, Kulai, Johor itu pada mulanya pelik apabila rakan sekolah dan guru memanggil mereka ‘Tuanku’ dan ‘Permaisuri’.*
              *Aksi kedua-duanya memperagakan pakaian itu dan beriringan masuk di ‘balairong’ Muzium Diraja menjadi tular di Twitter sehingga menarik perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang membalas ciapan “Masya-Allah, cutenya, bersemut telefon baru saya.”*

            *LELAKI disyaki membelasah doktor dalam klinik di Bandar Baru Bangi yang videonya tular ditahan polis, semalam.*
               *Terdahulu, video berdurasi dua minit 20 saat memaparkan seorang doktor ‘dibelasah’ di klinik tular sejak Khamis lalu.*
          *Berdasarkan video itu, seorang lelaki dikatakan menyerang doktor berkenaan berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang keluar bersama isterinya.*

            *KEMENTERIAN Pendidikan menafikan khabar angin kononnya calon Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) perlu menduduki semula subjek teras.*
            *Unit Komunikasi dan Korporat Kementerian Pendidikan ketika dihubungi, menafikan dakwaan khabar angin berkenaan.*
             *Ia susulan sebaran dan pertanyaan ibu bapa menerusi WhatsApp berhubung khabar angin iaitu calon perlu menduduki semula subjek teras PT3.*

           *PROGRAM Gegar Vaganza musim keenam (GV6) bakal berlangsung Ahad ini memperlihatkan buat kali pertama pengacaranya, Jihan Muse tampil bertudung.*
            *Penghijrahan Jihan itu turut mendapat perhatian wakil media yang hadir pada majlis memperkenalkan peserta GV6 yang diadakan baru-baru ini.*
              *Rakan media mahu tahu bagaimana pengacara berasal dari Shah Alam, Selangor ini mengendalikan program terbabit dengan penampilan baharunya itu.*
                 

*ARENA*
========


           *PENYERANG Liverpool Mohamed Salah yang cedera pergelangan kaki ketika menang ke atas Leicester, Sabtu lalu mempunyai masa selama dua minggu untuk mendapatkan semula kecergasan sebelum bertandang ke Manchester United.*
            *Ujia imbasan dibuat terhadap pemain Mesir itu yang sudah pun dikecualikan daripada tugasan antarabangsa menentang Botswana, minggu depan untuk mengurangkan bebannya terselamat tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan terus menerima rawatan susulan minggu ini.*
             *Liverpool bagaimanapun menegaskan masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada dia cergas untuk kunjungan ke Old Trafford pada 20 Oktober.*

           *BEKAS bintang Manchester United Robin van Persie mengakui tidak tertarik mengikuti sesi temu ramah Ole Gunnar Solskjaer selepas Red Devils tewas kepada Newcastle di tempat lawan.*
            *Permulaan teruk The Red Devils musim ini berterusan selepas Matty Longstaff meledak gol kemenangan pada babak kedua di St James Park untuk memastikan kemenangan 1-0 buat skuad Steve Bruce.*

           *ERIC Dier mengakui Tottenham berada dalam ‘krisis’ selepas mengharungi permulaan buruk musim ini.*
             *Selepad dibelasah 2-7 oleh Bayern Munich dalam aksi Liga Juara Juara, Spurs dimalukan Brighton and Hove Albion 0-3 dalam aksi Liga Perdana, kelmarin.*
             *Mauricio Pochettino makin tertekan dengan Tottenham kini berada di tangga kesembilan Liga Perdana, hanya empat bulan selepas tewas pada final Liga Juara Juara.*

           *LUPAKAN Usain Bolt, kini beralih semula ke Amerika Syarikat.*
           *Ketika Kejohanan Olahraga Dunia menutup tirai di Doha awal pagi tadi, pelari pecut AS meraikan pungutan pingat terbanyak mereka dalam tempoh lebih dua dekad.*
           *Selepas hanya meraih satu pingat emas dalam acara pecut lelaki di London dua tahun lalu, AS kini pulang dengan lima emas.*
           *Ia kutipan terbesar sejak enam emas pecut dimenangi AS pada Kejohanan Dunia 2007 di Osaka, setahun sebelum dominasi sedekad Bolt bermula pada Sukan Olimpik Beijing.*

           *PEMAIN nombor tujuh dunia Petra Kvitova muncul pemain keenam layak ke pusingan akhir penutup musim WTA di Shenzhen, menurut WTA, hari ini.*
           *Pemain Republik Czech berusia 29 tahun itu meraih gelaran kejohanan pada penampilan sulung pada 2011 akan menyertai Ash Barty, Karolina Pliskova, Simona Halep, Bianca Andreescu dan Naomi Osaka.*
          *Kejohanan itu akan berlangsung pada 27 Oktober sehingga 3 November yang menawarkan hadiah kemenangan sebanyak USD14 juta (RM59j).*

          *PEMANDU Jepun, Naoki Yamamoto akan membuat penampilan sulung dalam Formula Satu (F1) apabila memandu untuk Toro Rosso pada sesi latihan Grand Prix di tempatnya sendiri, Jumaat ini.*
            *Juara berusia 31 tahun itu yang juga juara Super Formula Jepun dan Siri Super GT akan memandu kereta Pierre Gasly.*
            *Pemandu Perancis, Gasly akan kembali bersama Daniil Kvyat pada sepanjang minggu di litar Suzuka.*

           *PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah tidak dapat menyembunyikan kekecewaan dengan prestasi jentera Red Bull KTM Tech 3 selepas menamatkan Grand Prix (GP) Thailand di kedudukan ke-20 semalam.*
             *Hafizh yang bakal meninggalkan pasukan itu hujung musim ini mengakui sangat sukar untuknya mengendalikan jentera sekali gus gagal memperbaiki kedudukan dan bersaing dalam kelompok lebih baik.*
              *”Saya tidak tahu apa berlaku kepada jentera kerana saya berasakan seakan tiada kuasa. "Mungkin kerana faktor cuaca selain enjin juga sangat panas. Ketika keluar dari selekoh, saya kehilangan banyak masa berbanding pelumba lain.*

          ♂ *KEJOHANAN Terbuka India bermula Khamis ini menjadi medan terbaik buat 15 atlet olahraga kebangsaan menguji prestasi sebelum mempersiapkan diri ke Sukan SEA Filipina.*
             *Antara disenaraikan adalah jagut pecut negara, Jonathan Nyepa bersama Nixson Kennedy dan Muhammad Haiqal Hanafi bagi acara 100 meter (m).*
          *Turut tersenarai, Olimpian Zaidatul Husniah Zulkifli yang bakal beraksi dalam acara 100m wanita, selain barisan kuartet 4x100m wanita dan 4x400m lelaki.*

          ♂ *LE Tour de Langkawi (LTdL) 2020 kembali mendapat perhatian dunia apabila Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bersetuju menyenaraikannya dalam kategori ProSeries (siri profesional).*
             *Terdahulu Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif UCI pada 26 September lalu meletakkan LTdL 2020 untuk diturunkan dalam kategori 2.1 susulan beberapa isu termasuk ketiadaan pasukan World Tour pada edisi tahun ini.*

          Mutu pengadilan yang semakin meruncing menyebabkan Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR), musim depan.*
           *Pengerusinya, Md Dali Wahid berkata, perkara terbabit akan dibincangkan dan diperhalusi dengan lebih terperinci sama ada penggunaan VAR dapat menyelesaikan masalah atau sebaliknya.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2019 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SELSA 15 KTOE 2019 ASHI ERSAAAN 16 SAF 1441 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0532
*SUBUH* : 0542
*SYURUK* : 0656
*ZOHOR* : 1302
*ASAR* : 1618
*MAGHRIB* : 1902
*ISYAK* : 2011


*artikel disiarkan pada tarikh 14okt*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *BAHAGIAN kepala dua beranak yang menjadi mangsa pembunuhan kejam yang mayatnya dikerat lapan, Khamis lalu, ditemukan disorok di siling rumah mangsa di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka. Menurut sumber, kepala wanita dan kanak-kanak lelaki itu ditemui sepasukan polis di rumah mangsa di kira-kira 8 malam, Jumaat lalu.*

               2) *SEORANG ketua pengarah agensi penguatkuasaan sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa membabitkan nilai mencecah RM1.5 juta. Individu terbabit dikatakan melakukan perbuatan itu ketika berkhidmat di tiga agensi berasingan sejak 2004 hingga tahun lalu. Ia termasuk di agensi penguatkuasaan yang diterajuinya pada masa ini.*

               3) *BEKAS Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, atas pertuduhan rasuah RM2 juta yang dihadapinya. Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.*

               4) *SEORANG kanak-kanak yang juga mangsa letupan belon di Dataran Putrajaya di sini, kelmarin, mengakui kini trauma dan takut melihat belon. Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Presint 18 (1), Nurain Farisya Nor Afendi berkata, ketika kejadian, dia berada berdekatan belon berkenaan dan tiba-tiba terdengar letupan, disusuli panas di bahagian muka.*

               5) *KERAJAAN Malaysia digelar kerajaan syaitan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula digelar polis syaitan. Gelaran itu diberi kumpulan pengganas terdiri daripada rakyat negara ini hanya kerana keinginan mereka berjihad di luar negara dihalang. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, itu yang berlaku apabila pihaknya memerangi dan memberkas kumpulan pengganas berkenaan.*

               6) *LELAKI terkencing dalam seluar selepas melihat sepasukan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menyerbu sebuah rumah tumpangan di Kampung Deli, di Georgetown, semalam. Dalam Op Bersepadu jam 2 petang itu, lelaki berusia 20-an berkenaan berada dalam premis terbabit untuk mendapatkan khidmat seks daripada pelacur di situ.*

               7) *MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, diberitahu bahawa salinan gambar barangan milik Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta anak mereka, Nooryana Najwa yang disita sebelum ini, akan ditunjukkan kepada mereka untuk dikenal pasti. Gambar itu mengandungi antaranya, 315 beg tangan pelbagai jenama dan 14 utas jam, yang disita ketika serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).*

               8) *KERAJAAN masih belum membuat sebarang keputusan untuk membenarkan ganja digunakan sebagai perubatan di negara ini, seperti yang dilakukan di negara lain. Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK), Komisioner Polis Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, ketika ini juga kerajaan masih mengikut undang-undang sedia ada iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952.*

               9) *“GAS helium tidak berbahaya dan tidak menyebabkan letupan,” kata Dekan Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff. Beliau menjelaskan, berbanding gas hidrogen, sekiranya ada percikan api, gas hidrogen akan bertindak balas dengan oksigen di udara seterusnya boleh menghasilkan letupan.*

               10) *PENGGUNA yang menggunakan perkhidmatan pendakap gigi tiruan yang disediakan secara meluas di pasaran, terdedah kepada jangkitan pelbagai jenis penyakit berjangkit termasuk HIV. Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia Dr Doreyat Jemun berkata, jumlah pengguna pendakap gigi tiruan yang datang ke Klinik Kesihatan Pergigian Awan (KKPA) di seluruh negara semakin meningkat.*

               11) *MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 6 November depan untuk keputusan permohonan bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berhubung kelayakannya untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya dan pilihan raya kecil pada masa akan datang. Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak di dalam kamarnya.*

               12) *KELAB Veteran Utusan Melayu Malaysia (KVUM) meminta pengurusan baru mempertimbangkan untuk mengambil semua kira-kira 800 kakitangan yang terjejas selepas pemberhentian operasi perniagaan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad, 9 Oktober lalu. Presiden KVUM, Tan Sri Khalid Yunus berkata, apa yang berlaku pada Utusan Melayu memeranjatkan dan tidak pernah menjangka bahawa syarikat berusia 80 tahun ini akan berakhir dengan cara begini.*

               13) *KEPUTUSAN berhubung pelaksanaan projek Sistem Transit Aliran (RTS) Johor Bahru-Singapura akan diumumkan hujung bulan ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan komited dengan perkara itu dan pengumumannya akan dibuat. “Kita komited tarikh akhir 31 Oktober ini, maka satu pengumuman rasmi (berkaitan pelaksanaan RTS) akan dibuat menjelang tarikh itu.*

               14) *DUA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) mahu mencabar penahanan mereka di mahkamah. Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, salah seorang peguam yang mewakili ADUN berkenaan berkata, pihaknya akan meneliti perkara berkenaan.*

               15) *RAMAI wanita yang berkebolehan tidak dimanfaatkan untuk memajukan negara, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Timbalan Perdana Menteri berkata, kadar penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan di Malaysia berada pada tahap 55.2 peratus pada tahun 2018 berbanding lelaki pada tahap 80.4 peratus. “Ia jelas menunjukkan terdapat ramai wanita yang berkebolehan, tetapi keadaan itu tidak dapat dimanfaatkan.*

               16) *BURUH binaan warga Indonesia dipenjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan menggunakan kad pengenalan palsu, Rabu lalu. Tertuduh, Husen Osman, 53, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Umzarul An-Nur Umar.*

               17) *PAS dan UMNO Negeri Sembilan mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bertindak tegas terhadap isu keselamatan di negeri ini. Ketua Penerangan PAS negeri, Badzli Bakar berkata, beliau dan Ketua Penerangan UMNO negeri, Mustapha Nagoor berpendapat keselamatan serta keamanan Negeri Sembilan tergugat berikutan ada pemimpin DAP yang ditahan kerana disyaki terbabit kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).*

               18) *PENGEMIS warga asing di Pasar Malam Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, dipercayai mampu meraih pendapatan lumayan setiap malam hasil belas ihsan penduduk setempat. Selain membawa kanak-kanak untuk meraih simpati, difahamkan, golongan itu juga menggunakan alasan masalah kesihatan untuk mendapatkan wang.
Bagaimanapun, kehadiran mereka yang semakin ramai menimbulkan rasa tidak selesa penduduk.*

               19) *REMAJA lelaki maut, manakala ibu bapanya cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki keluarga berkenaan terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 58.4 Jalan Raya Timur Barat Gerik - Jeli, di Gerik, semalam. Dalam kejadian itu, mangsa Syahmi Norazizan, 13, yang duduk di bahagian belakang parah di bahagian kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gerik.*

               0) *MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mencadangkan supaya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dikaji semula. Beliau berkata, ini kerana undang-undang yang diwujudkan ketika kerajaan terdahulu itu, mendapat bantahan daripada pihak pembangkang ketika itu. “Saya rasa jika ada keperluan kaji keberkesanan dan tujuan ia (SOSMA) diwujudkan dan itu bukan satu masalah.*

               21) *POLIS memburu lelaki Bangladesh yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di sebuah kedai menjual langsir di Pusat Perniagaan Nilai 3 di Nilai pada 9 Oktober lalu. Perbuatan keji lelaki terbabit terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian kepada ibunya sebelum wanita itu tampil membuat laporan polis.*

               22) *GAS hidrogen disahkan digunakan dalam belon yang meletup pada Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2020 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Sabtu lalu. Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan menerusi kenyataannya di sini. “Belon meletup kerana gas hidrogen digunakan dalam belon. Hidrogen sangat sensitif dengan alat atau bahan membakar.*

               23) *LELAKI ini berdepan detik cemas lebih empat jam apabila terjatuh dalam cerun sedalam 10 meter selepas tersesat ketika mencari rakannya di Bukit 300, Teluk Batik, Lumut, kelmarin. Dalam kejadian jam 7.40 malam, lelaki berusia 20 tahun terbabit sebelum itu mendaki bukit berkenaan secara berasingan daripada lima rakannya pada jam 6.30 petang sebelum dihubungi rakan yang sesat untuk meminta bantuan.*

               24) *KERJASAMA dan permuafakatan penduduk Kampung Semarak, Rahang di sini, terserlah menerusi aktiviti menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes selain menambah keceriaan, kelmarin. Seramai 25 pelajar berusia 15 dan 16 tahun daripada program belia Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bersama 30 penduduk menyertai program gotong-royong itu.*

               25) *KONTRAKTOR yang mengendalikan aktiviti pemunggahan tanah menyebabkan laluan sejauh kira-kira 100 meter (m) di Kampung Seberang Baroh dan Tok Molor di sini, berdebu bersetuju menyelesaikan semua isu dibangkitkan penduduk. Sambil mengakui kelemahan komunikasi punca utama menyebabkan keresahan penduduk, kontraktor berkenaan mempunyai perancangan termasuk membaiki jalan yang mengalami kerosakan selepas kerja pemunggahan tanah selesai.*

               26) *TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengarahkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) supaya memagar tapak kawasan penempatan setinggan di Pandan Jaya bagi mengelak penempatan baharu dibina. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Serahan Kunci Rumah kepada mangsa kebakaran setinggan di Kawasan Indian Settlement di Pandan Jaya, di sini, semalam.*

               27) *LELAKI melecur hampir seluruh badan selepas tilam di dalam biliknya di Kampung Tersusun Batu 5 Tambun, Ipoh terbakar, hari ini. Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, lelaki berusia 40-an yang mengalami masalah mental dipercayai bermain pemetik api hingga tilam itu terbakar.*

               28) *KALI terakhir ahli keluarga melihat wanita yang mayatnya ditemui di ruang tamu rumah di Taman Impian Emas, Johor Bahru adalah pada 30 September lalu. Menurut anak kedua wanita itu dikenali Lee, 27, dia bertemu ibunya pada tanggal itu sebelum keluar bekerja di Taman Permas Jaya.*

               29) *KERTAS putih Kementerian Pertahanan akan dibentangkan di Parlimen pada 2 Disember depan, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu. Menurutnya, ketika ini ia dalam perangkaan akhir dan dijangka menjadi panduan terhadap apa yang perlu dilakukan kementerian dalam tempoh 10 tahun akan datang.*

               30) *“LULUH hati saya melihat perubahan anak, Shamala (bukan nama sebenar) trauma dan jika namanya dipanggil dalam nada yang kuat, dia akan menangis. “Apabila berdiri dia hanya akan menundukkan kepala sambil memegang tangannya,” kata B Navarajan, 29. Itu reaksi Navarajan menceritakan kepada wartawan Harian Metro mengenai keadaan anaknya berusia dua tahun yang dipercayai didera kenalannya sejak Ogos lalu.*

               31) *LELAKI Rohingya menggigil ketika dituduh di Mahkamah Sesyen, Alor Setar hari ini, atas tuduhan menceroboh kawasan Hutan Simpan Koh Moi pada Mac lalu. Moktul Husson Guramiah, 25, yang berada dalam kandang tertuduh, dilihat berkeadaan demikian ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Murtazadi Amran.*

                32) *JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka bersedia memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa pembunuhan kejam yang mayatnya ditemui berselerakan di Kampung Ladang, Krubong, Melaka. Pengarahnya Burhanuddin Bachik berkata, pegawai kaunseling akan dihantar ke rumah keluarga mangsa bagi memberi sokongan dan keperluan mereka yang kini berdepan dengan situasi sukar.*

                33) *TUN Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak terhadap penyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Perdana Menteri berkata, polis sudah memberi penjelasan dan sebab kepada beliau mengenai tindakan penahanan berkenaan.*

                34) *PENGUASAAN bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan generasi muda tidak akan menjejaskan jati diri mereka sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai nilai kebudayaan tinggi. Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, sebaliknya penguasaan dalam bahasa antarabangsa itu memberi nilai tambah dan meningkatkan keyakinan mereka untuk berdepan pelajar dari negara luar.*

                35) *LELAKI warga emas mengaku bersalah mencabul kanak-kanak perempuan di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini. Tertuduh Hashim Hamid, 71, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Murtazadi Amran selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.*

                36) *ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Pilah cedera selepas dipatuk ular ketika operasi menangkap reptilia itu di Kampung Ibol, Terachi di Kuala Pilah kelmarin. Dalam kejadian 3.34 petang itu, Syahril Haziq Cik Raman, 21, cedera di jari telunjuk tangan kirinya selepas dipatuk ular tedung yang secara tiba-tiba keluar dari karung dipegangnya.*

                37) *SERAMAI 47 individu termasuk 19 anggota polis ditahan dalam operasi di pusat hiburan di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, hari ini. Operasi oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman. Pengarah JIPS Datuk Zamri Yahya berkata, serbuan kira-kira 1 pagi itu turut menahan 26 individu lain termasuk tentera dan majistret.*

                38) *POLIS menahan pasangan kekasih warga Afrika yang cuba melakukan penipuan wang palsu atau ‘Black Money’ dalam serbuan di sebuah premis di Taman Gembira, Kuala Lumpur, 8 Oktober lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, hasil serbuan 6 petang itu, pihaknya menahan suspek masing-masing berusia 37 dan 36 tahun berkenaan.*

                39) *“ALHAMDULILLAH rumah saya menyewa ini kukuh dan tidak terjejas, tetapi bunyi angin di luar kuat dan menyeramkan. Bagaimanapun, ada rakan lain rumah mereka bergegar.” Itu pengalaman rakyat Malaysia, Nur Hafizah Khusni, 29, yang menetap di Jepun ketika Taufan Hagibis melanda negara itu, semalam.*

                40) *PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) terlalu ‘keras’ dan undang-undang yang diperuntukkan di dalamnya terlalu kuat. Beliau berkata, ramai pihak yang menentang akta itu sebelum ini kerana bagi mereka ia dilihat terlalu keras, termasuk dirinya.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *NAGANO: Anggota penyelamat meranduk air berlumpur setinggi paras pinggang dalam usaha mencari mangsa yang hilang susulan taufan terburuk melanda Jepun sejak beberapa dekad lalu.*
          *Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam taufan yang menyebabkan sebahagian besar timur serta tengah Jepun ditenggelami air, manakala 16 orang masih hilang dan 89 cedera, lapor badan penyiar awam NHK.*
         *Puluhan ribu anggota penyelamat dan puluhan helikopter dikerahkan ke lokasi yang terjejas, kata pegawai.*

           *LAPAN lelaki Malaysia berdepan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan jika sabit kesalahan atas tuduhan menyeludup masuk air ketum ke Singapura.*
             *Mereka yang berusia 21 tahun hingga 47 tahun itu ditahan pihak berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) dalam beberapa siri tangkapan di Kompleks Kastam dan Imigresen (KIK) Woodlands, Singapura.*
             *ICA dalam kenyataan media memberitahu, kratom atau dikenali sebagai ketum, air ketum, ithang, biak-biak, kakuam atau thom mengandungi ‘Mitragynine’ dan ‘7-Hydromitragynine’ yang juga bahan kawalan mengikut Akta Penyalahgunaan Dadah republik berkenaan.*

          *JEREBU terburuk berlaku di kota Palembang, Sumatera hari ini, apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah bacaan 921.*
              *Jarak penglihatan di kota yang berpenduduk 1.5 juta orang itu kurang dari 150 meter, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan penutupan sekolah.*
              *Ketua Pusat Data, Informasi dan Hubungan Masyarakat, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Agus Wibowo berkata, BNPB mengerahkan tujuh helikopter untuk melakukan pengeboman air, dan melakukan pembenihan awan, manakala lebih 8,000 petugas pemadam kebakaran, kini bertungkus lumus menangani kebakaran hutan dan ladang.*

           *RIYADH: Wanita Arab Saudi yang ingin menjadi askar wajib mematuhi syarat tertentu termasuk mempunyai ibu bapa warga tempatan, selain tidak berkahwin dengan rakyat asing.*
          *Syarat itu antara yang ditetapkan kementerian pertahanan Arab Saudi, selain perlu berkelakuan baik, lulus dari segi kesihatan dan berusia antara 21 hingga 40 tahun.*
          *Menurut The Independent, syarat supaya wanita terbabit mempunyai suami warga tempatan dipercayai untuk tujuan keselamatan ‘disebabkan keadaan sensitif sektor berkenaan.’*

          *BEIRUT: Sekurang-kurangnya 14 orang awam terbunuh akibat pertempuran di utara Syria, yang kini menjadi sasaran tentera Turkish terhadap pasukan Kurdish, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).
Antara yang maut termasuk lima orang yang terbunuh apabila penentang pro-Turki melepaskan tembak terhadap kereta dinaiki mereka berhampiran Ain Issa, kata badan pemantau itu.
Keseluruhannya, lebih 50 orang awam terbunuh di Syria sejak lima hari lalu, manakala kematian awam di Turki dilaporkan mencecah 18 orang.

          *MADISON (Amerika Syarikat): Tindakan seorang lelaki berjalan sejauh 564 kilometer untuk melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur hanya sia-sia apabila dia ditahan timbalan syerif Daerah Winnebago, Wisconsin yang menyamar sebagai mangsa.*
           *Daily Mail melaporkan, lelaki terbabit, Tommy Lee Jenkins, 32, berjalan hingga ke Milwaukee pada Khamis lalu sebelum seseorang tidak dikenali membelikannya tiket bas untuk bertemu mangsa dikenali sebagai ‘Kylee’ di Neenah.*
           *Dia tidak menyedari bahawa dia sebenarnya diumpan pihak berkuasa apabila ditahan sebaik saja tiba di Winnebago.*

            *TOKYO: Sebuah kapal kargo Panama ditemui tenggelam dalam laut berhampiran Tokyo hari ini selepas Taufan Hagibis membadai Jepun semalam.*
            *Akhbar Yomiuri melaporkan sekurang-kurangnya lima daripada 12 anak kapal terbunuh dan empat berjaya diselamatkan.*
            *Menurut akhbar itu, anak kapal berkenaan adalah warga negara Myanmar, China dan Vietnam.*

          *MADRID: Percubaan seorang penerjun membawa bendera Sepanyol mendarat dengan sempurna di hadapan Raja dan Permaisuri negara itu pada perarakan Hari Hispanik semalam gagal apabila payung terjunnya tersangkut pada tiang lampu.*
            *Veteran tentera Koporal Luis Fernando Pozo terpaksa berpaut pada tiang lampu selama beberapa minit sebelum diselamatkan.*
            *Acara itu berlangsung di Paseo de la Castellana, Madrid dan kejadian terbabit turut disiarkan secara langsung di televisyen.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           ♀ *TERUJA bakal menimang cahaya mata perempuan, seorang ibu membelikan kelengkapan bayi dengan warna serba merah jambu sebagai persiapan menyambut kelahiran anak keenamnya.*
              *Namun, apa yang berlaku sebaliknya apabila wanita terbabit melahirkan zuriat lelaki walaupun ujian imbasan yang dilakukan sebanyak dua kali itu sebelum itu menunjukkan mengandungkan anak perempuan.*
          *Atas sebab itulah, Suhaida Mohd Suhaimi, 29, terpaksa menggunakan kelengkapan serba merah jambu yang dipakaikan kepada anak lelakinya.*
           *Kisah Suhaida itu menjadi tular di Facebook (FB) apabila ramai netizen menganggap pengalaman lucu itu sebagai kejutan terbesar buat pasangan suami isteri berkenaan yang menggelar anak lelaki mereka ‘Mat Jambu’ kerana memakai pakaian warna merah jambu.*

            *POLIS tidak menerima sebarang laporan berkaitan kehadiran harimau kumbang menyerang anjing peliharaan yang didakwa berlaku di Kampung Perik, Padang Terap, bulan lalu.*
         *Ketua Polis Daerah Padang Terap, Noh Idris berkata, kawasan kampung berkenaan didiami kaum Melayu dan mereka tidak memelihara anjing seperti terdapat di dalam video berkenaan.*
          *Kelmarin tular dalam laman sosial video berdurasi 44 saat yang menunjukkan harimau kumbang memasuki perkarangan rumah sebelum menyerang anjing peliharaan di rumah berkenaan.*
              *Perkara itu mengundang keresahan awam terutama membabitkan penduduk di kawasan kampung berkenaan.*

            *HAMPIR 10 jam masa diambil pasukan penyelamat untuk memotong satu persatu dawai yang diikat pada bahagian perut anjing selepas haiwan itu ditangkap semalam.*
            *Operasi merawat anjing itu bermula 7 malam membabitkan pasukan perubatan Klinik Veterinar Putra di Nilai, Negeri Sembilan yang mengambil masa lama susulan dawai diikat terbenam di dalam badan haiwan terbabit.*
             *Kejayaan menangkap dan rawat haiwan itu turut dikongsikan dalam Facebook Persatuan Haiwan Malaysia dan mendapat maklum balas positif daripada netizen.*
             *Rata-rata netizen memuji kesungguhan pasukan penyelamat membantu memberi rawatan kepada haiwan terbabit.*

            *SEJAK meminati e-sukan terutama berkaitan perlumbaan kereta bermula 2002, Mior Hafiz Mior Lahmudin tidak menyangka akan beraksi di luar negara dan bersaing dengan pelumba handalan dunia.*
           *Bagaimanapun, pada 1 hingga 3 November depan pemuda kelahiran Kuala Lumpur ini bakal beraksi di edisi sulung Sukan Pemotoran FIA yang boleh diklasifikasikan sebagai mini Olimpik buat penggiat sukan berkenaan.*
          *Kejohanan di Rome, Itali itu bukan saja menghimpunkan pelumba kereta sebenar, tapi turut memberi peluang buat pelumba e-sukan atau lebih tepat lagi e-racing untuk beradu tenaga dalam saingan Piala Digital.*
                 

*ARENA*
========


           *KETUA Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni yakin kaptennya Lionel Messi akan kembali bersama pasukan kebangsaan itu selepas tamat penggantungan pada November ini.
Messi dikenakan hukuman penggantungan selama tiga bulan daripada bola sepak antarabangsa pada Ogos kerana menuduh badan pentadbiran Amerika Selatan CONMEBOL terbabit dengan korupsi ketika kejohanan Copa America.*

              *NOVAK Djokovic menggelarkan Daniil Medvedev sebagai pemain ‘yang amat sempurna’ dan Alexander Zverev berkata dia mempunyai gaya yang unik yang menjadikannya pemain tenis lelaki terbaik dengan prestasi terbaik.*
               *Kini Medvedev mengintai kedudukan Roger Federer di tangga ketiga ranking dunia sebelum akhir tahun ini dan memburu gelaran pertama Grand Slam pertamanya tahun depan.*

               *LEWIS Hamilton berkata dia enggan tergesa-gesa untuk menjulang kejuaraan dunia keenam selepas saingan merebut gelaran tertumpu kepada dua pelumba Mercedes di Grand Prix Jepun.*
         *Jelajah Formula Satu berkunjung ke Mexico dalam tempoh dua minggu lagi di mana Hamilton yang mendahului 64 mata mengatasi ValteriBottas yang mampu melengkapkan gelaran pemandu buat kali ketiga berturut-turut jika mengatasi rakan sepasukan dengan 14 mata.*

             ♂ *LANTO Griffin akan lebih dikenali daripada nama peliknya selepas menjuarai Terbuka Houston dengan satu pukulan hari ini.*
             *Griffin, menangis kegembiraan selepas melakukan pukulan putt sejauh enam kaki untuk meraih kemenangan di Kelab Golf di Houston.*
         *”Saya berasa tenang. Saya tidak tahu mengapa,” katanya ketika sesi wawancara di tepi padang selepas mencatat tiga di bawah par 69 untuk mengatasi rakan senegara dari Amerika Syarikat Scott Harrington dan Mark Hubbard dengan satu pukulan.*

             *POLAND dan Russia menempah tiket ke Euro 2020 awal pagi tadi, masing-masing hasil kemenangan ke atas Macedonia Utara dan Cyprus manakala Jerman dan Belanda mencerahkan peluang mereka untuk ke pusingan akhir.*
            *Russia menang mudah dengan membelasah Cyprus yang beraksi dengan 10 pemain 5-0 manakala Poland menyertai mereka, Belgium dan Itali dalam kelayakan minggu ini dengan menewaskan Macedonia Utara 2-0.*

             *HANYA kemenangan ke atas New Zealand bakal menghidupkan peluang skuad remaja negara seandainya mahu memburu tempat ketiga saingan hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2019.*
            *Apapun barisan pemain skuad remaja harus tampil lebih agresif apabila berdepan skuad kendalian Bryce Collins pada pertembungan di Stadium Hoki Taman Daya, esok dan ia dianggap misi wajib menang buat anak didik Nor Saiful Zaini Nasiruddin.*

             *JOHOR Darul Ta’zim (JDT) menempelak segelintir pihak yang melihat kelab berkenaan menjadi punca utama pemainnya termasuk penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri tidak dapat meneruskan kerjaya di peringkat tertinggi selepas menyertai mereka.*
           *Malah, JDT menerusi akaun Facebook Johor Southern Tiger (JST) turut melihat pandangan berkenaan tidak adil kepada kelab berpangkalan di selatan tanah air sekali gus berniat mahu mencemarkan imej pasukan.*
             *Menerusi statistik di akaun Facebook itu mendapati Hazwan memiliki rekod 4,297 minit sepanjang tiga musim di JDT.i

            *SIAPAKAH bakal mengisi 'kerusi panas' ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan?*
              *Adakah pemangku ketua jurulatih, Nafuzi Zain akan terus diberi kepercayaan membimbing pasukan atau jurulatih lain bakal diberi peluang memikul tugas sebagai pengendali skuad Penyu itu musim depan.*
            *Inilah polemik dan cakap-cakap kedai kopi dalam kalangan peminat setia skuad itu selepas tular dalam laman sosial beberapa hari lalu mengaitkan pemangku ketua jurulatih TFC itu bakal diberi kepercayaan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menerajui pasukan itu musim depan.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2019 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*JUAAT 18 KTOE 2019 ASHI ERSAAAN 19 SAF 1441 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0531
*SUBUH* : 0541
*SYURUK* : 0656
*ZOHOR* : 1301
*ASAR* : 1618
*MAGHRIB* : 1901
*ISYAK* : 2011


*artikel disiarkan pada tarikh 17okt*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengesan seorang lelaki yang disyaki dijangkiti virus Zika, Sabtu lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia susulan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia menerima satu notifikasi membabitkan pesakit berusia 30 tahun mula mengalami gejala muntah dan cirit-birit.*

               2) *KERETA terbang kedua negara menggunakan teknologi berbeza daripada kereta terbang pertama akan membuat penerbangan pertamanya pada suku ketiga tahun depan, kata Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. Beliau berkata, kereta itu sedang dibangunkan di Eropah dan perbincangan sudah dilakukan dengan pembina sama ada untuk membawa kereta itu melakukan penerbangan pertamanya pada tahun depan.*

               3) *PENJENAYAH kini dikesan menggunakan taktik memancitkan tayar kenderaan di kawasan parkir sebelum menyamun atau memeras ugut mangsa mereka. Difahamkan, penjenayah menggunakan taktik itu bertujuan memaksa pemandu kereta berhenti di tepi jalan ekoran kerosakan pada tayar.*

               4) *SAKSI memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bahawa berlaku pindaan dalam Memorandum dan Artikel Pertubuhan (M&A) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang memperuntukkan keputusan perlu mendapat kelulusan Perdana Menteri. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata, pindaan itu pada asalnya memperuntukkan sesetengah keputusan syarikat memerlukan kelulusan Kerajaan Persekutuan.*

               5) *“Semasa saya menjalankan dobi layan diri dua tahun lalu, senang saja dapat lesen. Hanya perlu daftar syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mohon lesen premis dengan pihak berkuasa tempatan (PBT). “Tak perlu pun kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Suruhanjaya Tenaga (ST),” kata pengusaha dobi hanya mahu dikenali sebagai Badrul, 30-an.*

               6) *PERBUATAN terkutuk seorang bapa merogol anaknya sendiri akhirnya membawa padah apabila dipenjara 17 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kluang, hari ini. Hakim K Rajeswari menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 56 tahun mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.*

               7) *“ALHAMDULILLAH pujukan orang awam dan anggota ’mencairkan’ niat lelaki terbabit,” kata Pegawai Bomba Kanan II, dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Yusri Atan di Pasir Gudang, hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas lanjut berhubung usaha dilakukan pasukannya dalam memujuk seorang warga emas berusia 63 tahun dipercayai cuba terjun di Jambatan Sungai Kim Kim, petang semalam.*

               8) *SEKRETARIAT Pemandu-Pemandu Teksi Individu Malaysia menggesa kerajaan menubuhkan satu konsortium menggabungkan semua syarikat teksi bagi menyelaras peraturan kepada pemandu dan industri pengangkutan awam itu. Pengerusinya Abu Bakar Mohamed berkata, menerusi cara itu nasib 30,000 pemandu teksi akan lebih terbela selain akan lebih fokus dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.*

               9) *PENGHANTAR makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini, atas dua pertuduhan merogol seorang pelajar sekolah menengah yang dikenali melalui aplikasi WhatsApp pada April dan Mei lalu. Tertuduh, Muhammad Arief Samsudin ,22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.*

               10) *SERAMAI 15 pekebun projek nangka madu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Muadzam Shah, Rompin, kerugian kira-kira RM3.5 juta selepas 2,500 pokok mereka dimusnahkan kawanan 10 gajah, malam kelmarin. Pekebun Muhammad Zakwan Zulkeply, 28, berkata ancaman gajah sepanjang tahun ini begitu serius apabila sudah 10 kali menyerang kebun hingga menyebabkan kerugian besar pada peserta projek yang bergantung sepenuhnya kepada hasil pertanian itu.*

               11) *POLIS enggan mengesahkan keputusan ujian air kencing suspek yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam dua beranak di Kampung Ladang, Krubong, Melaka, yang mayat mereka ditemui 10 Oktober lalu. Ketua Polis negeri, Datuk Mat Kasim Karim sebaliknya mahu polis diberi ruang untuk melengkapkan keseluruhan siasatan berkenaan.*

               12) *LELAKI warga Pakistan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, hari ini, atas pertuduhan menipu rakan senegara berhubung visa profesional membabitkan kerugian RM36,800, Mei lalu. Tertuduh, Naseem Muhammad, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.*

               13) *MENTERI Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga seorang rakyat Malaysia yang maut dalam kemalangan bas di Afyonkarahisar, Turki, semalam. “Saya dukacita dengan laporan awal bahawa seorang rakyat Malaysia yang juga anggota PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) meninggal dunia dalam kemalangan itu, manakala 10 orang lagi mengalami kecederaan.*

               14) *“KETIKA kejadian cuaca cerah dan tidak hujan, namun secara tiba-tiba angin kuat datang dan saya terdengar bunyi di bahagian bumbung sebelum mendapati atap rumah kami tercabut,” kata Hairy Afandey Samsuddin, 45, penduduk Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban. Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari semalam, sebanyak 11 rumah penduduk di taman berkenaan rosak selepas bumbung kediaman mereka diterbangkan angin.*

               15) *HENDAK meminjam daripada syarikat pinjaman wang, tetapi beri pula wang kepada syarikat itu. Itulah yang berlaku terhadap seorang lelaki apabila diperdaya sindiket pinjaman wang tidak wujud sehingga menyebabkannya kerugian RM30,823. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula September lalu apabila mangsa berusia 41 tahun melayari laman sosial Facebook dan melihat iklan pinjaman wang.*

               16) *LELAKI ditemui mati dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di hadapan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman, Klang, semalam. Dalam kejadian 12 tengah hari, mangsa berusia 44 tahun ditemui terbaring di tempat duduk pemandu MPV jenis Naza Citra oleh pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di sekitar kilang berkenaan.*

               17) *KISAR dadah untuk dijadikan serbuk sebelum dicampur dan dibungkus menjadi pelbagai jenis minuman segera termasuk jus buah-buahan, coklat, minuman tiga dalam satu (3 in 1) dan teh antara modus operandi yang dikesan dilakukan sindiket pengedaran dadah di Ipoh. Tindakan licik sindiket terbabit bagaimanapun berjaya dihidu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak yang membuat serbuan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM753,295 di Kampung Simee, Ipoh Rabu lalu.*

               18) *MAHKOTA dan kain selempang bak Ratu Cantik menjadi simbolik Pelayan Pelanggan (GRO) warga asing sudah ditempah khas lelaki miang yang mahu mendapatkan khidmat seks mereka. Difahamkan, pelanggan perlu membeli mahkota dan kain selempang terbabit pada harga antara RM100 hingga RM1,000 setiap satu sebelum disarungkan pada GRO itu.*

               19) *GURU sebuah sekolah menengah didakwa di tiga Mahkamah Sesyen berasingan di Ampang, hari ini, atas 12 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan satu pertuduhan melakukan aktiviti seksual bukan fizikal kepada tiga pelajar perempuan berusia 13 dan 14 tahun. Tertuduh, Mohd Shahrul Affendi Zakaria, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhanyang dihadapinya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Suzana Hussin, Hakim Norhazani Hamzah dan Hakim Azrul Darus.*

               20) *NELAYAN dipenjara 38 tahun dan dikenakan 23 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini selepas mengaku bersalah atas 22 pertuduhan merogol, mencabul dan merakam gambar bogel anak perempuan tirinya yang berusia 15 tahun, sejak April 2016.
Tertuduh yang berusia 36 tahun itu membuat pengakuan terbabit sebaik pertuduhan dibacakan semula oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Julie Lack Abdullah.*

               21) *UNIVERSITI Malaya (UM) ada hak untuk menarik balik atau menahan penganugerahan ijazah graduan yang bertindak biadap ketika istiadat konvokesyen di universiti itu Isnin lalu. Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, senat ada kuasa untuk meluluskan penganugerahan kepada penuntutnya berdasarkan peruntukan peraturan yang ditetapkan universiti masing-masing.*

               22) *KERAJAAN akan terus berusaha menambah jumlah perkhidmatan pengangkutan awam termasuk melalui projek pembinaan perkhidmatan rel dalam bandar bagi memenuhi keperluan memandangkan penggunaannya yang masih rendah. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia dijangka memberi kemudahan kepada rakyat yang selama ini banyak bergantung dengan kenderaan di jalan raya untuk pelbagai urusan termasuk membawa barangan ke sesuatu destinasi.*

               23) *LELAKI warga emas bersama empat cucunya cedera selepas van dinaiki mereka dirempuh kenderaan lain di Kilometer 13.8 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, berhampiran Kampung Jerong, Sungai Petani, hari ini. Dalam kejadian 1.45 tengah hari itu, Mat Saad Hussein, 73, memandu van itu selepas mengambil empat cucunya dari Sekolah Kebangsaan (SK) Dataran Muda, Bukit Selambau.*

               24) *AKHBAR hanya akan bertahan jika ia masih lagi dibeli dan dibaca. Penasihat Komunikasi dan Media kepada Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin berkata, jika penuntut jurusan kewartawanan pun tidak membaca akhbar, bagaimana syarikat akhbar mampu bertahan.*

               25) *BUDAK perempuan berusia 10 tahun di Lundu, dipercayai menjadi mangsa rogol datuknya sendiri, sejak Januari lalu. Bagaimanapun, derita kanak-kanak itu berakhir apabila datuknya yang berusia 71 tahun ditahan di rumah mereka, Isnin lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Lundu, Inspektor Kumbat Tan berkata, perbuatan itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian dirogol suspek kepada gurunya.*

               26) *KERAJAAN Kedah akan mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membuat pemantauan di premis jualan rokok elektronik atau vape di negeri ini bagi memastikan ia tidak dijual sewenang-wenangnya terutama kepada pelajar. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, setiap PBT perlu menyalurkan maklumat berhubung premis terbabit bagi memudahkan pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa.*

               27) *NEGARA belum bersedia menggunakan kereta terbang sebagai satu sistem pengangkutan negara. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia akan memiliki kereta terbang satu hari nanti, tetapi bukan sekarang. Menurutnya, ia akan menimbulkan masalah lain jika semua orang memiliki kereta terbang.*

               28) *SEORANG lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) disyaki sebagai ahli kongsi gelap ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan Giong, dekat Lahad Datu, semalam. Dalam kejadian 5.50 petang, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.*

               29) *SERAMAI 15 pekebun projek nangka madu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Muadzam Shah, di Rompin, kerugian kira-kira RM3.5 juta selepas 2,500 pokok mereka dimusnahkan kumpulan 10 gajah, malam kelmarin. Pekebun Muhammad Zakwan Zulkeply, 28 berkata, ancaman gajah sepanjang tahun ini begitu serius apabila sudah 10 menyerang kebun hingga menyebabkan kerugian besar pada peserta projek yang bergantung sepenuhnya kepada hasil pertanian itu.*

               30) *AMAT mengejutkan apabila sembilan remaja lelaki belasan tahun ditemui bersama tiga remaja perempuan dalam sebuah bilik hotel di Lebuh Raya Darulaman, dekat Alor Setar, semalam. Kesemuanya berusia antara 16 hingga 19 tahun ditemui dalam serbuan oleh sepasukan anggota polis bersama anggota Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) di hotel itu, 11.45 pagi semalam.*

               31) *Kira-kira 1.4 juta rakyat Malaysia berusia lebih 12 tahun dan memiliki sijil kelahiran didapati masih tidak memiliki kad pengenalan, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Mereka tidak memiliki MyKad walaupun sepatutnya memilikinya kerana sudah berusia lebih 12 tahun. Saya menyeru sesiapa (warganegara Malaysia) yang tidak ada kad pengenalan untuk memilikinya secepat mungkin kerana ia merupakan satu dokumen yang penting,” katanya.*

                32) *“Saya sedar kawasan luar rumah dinaiki air ketika ingin keluar bekerja kira-kira jam 6 pagi, ketika itu rumah kami belum dimasuki air lagi. “Namun, bimbang keadaan ibu (Khatipah Ahmad, 64) yang menghidap angin ahmar, saya bersama adik membawanya menggunakan kerusi roda ke kawasan lebih tinggi,” kata Suhaila Baharom, 44. Suhaila antara 116 penduduk dari 31 keluarga yang dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Dewan Datuk Haji Mohamad Padil dan Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat di Pekan Lintang, setakat 4 petang semalam susulan banjir melanda kawasan itu.*

                33) *Kesukaran mendapatkan alat ganti kenderaan sudah berusia menyebabkan seorang lelaki sanggup menempuh perjalanan 200 kilometer untuk menghadiri Majlis Lelongan Awam Kenderaan Sita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan di sini, semalam. Pengusaha bengkel membaik pulih kereta dan lori lama dari Felda Jengka 7, Pahang, Hashim Harun, 54, berkata, kenderaan berusia umpama lubuk emas baginya kerana masih banyak digunakan hingga sekarang.*

                34) *Taktik membungkus ribuan peket tembakau kunyah dan disorok di bahagian enjin lori bertujuan diseludup ke negara jiran. Taktik dilakukan lelaki warga Malaysia itu bagaimanapun berjaya dikesan pegawai Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) di Kompleks Kastam dan Imigresen (KIK) Tuas, Singapura.*

                35) *PROGRAM Foodbank Malaysia akan diperluaskan khususnya kepada penuntut apabila 123 institusi pendidikan seluruh negara bakal menerima manfaat tahun depan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini susulan peruntukan RM25 juta yang diperoleh kementeriannya menerusi Belanjawan 2020 yang dibentangkan di Parlimen, Jumaat lalu.*

                36) *“Alhamdulillah, tidak sangka kerajaan negeri bertindak pantas menyediakan peruntukan membina tembok penghalang ombak di pantai berhampiran rumah saya bagi mengatasi masalah hakisan. “Masalah ini dialami sejak dua bulan lalu dan kerajaan negeri sudah bertindak untuk membantu saya dan penduduk kampung ini,” kata Abdul Razak Hassan, 55.*

                37) *ENAM puluh enam pesakit wad bersalin di Hospital Tanah Merah cemas apabila bangunan itu dipenuhi asap selepas sistem bekalan kuasa bebas gangguan (UPS) di bangunan itu terbakar malam tadi. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 11 malam itu.*

                38) *KERAJAAN menetapkan hanya 15 peratus saja penggajian pekerja asing daripada jumlah guna tenaga negara menjelang 2020, kata Kementerian Sumber Manusia (KSM).
KSM dalam jawapan bertulis yang dipaparkan dalam laman web Parlimen hari ini menyatakan sasaran itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan modan insan tempatan yang berkemahiran serta berpendapatan tinggi.*

                39) *BEKAS Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Fauzi Ayob kini menjawat tugas baru sebagai Penasihat Industri Kreatif di Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC). Fauzi berkata, jawatan barunya yang bermula smalam adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) sekali gus beliau sudah berpindah ke Putrajaya.*

                40) *HASIL siasatan berhubung kes gangguan rangkaian operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ogos lalu dijangka dibentangkan ke Kabinet akhir bulan ini, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT). Kementerian itu dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di laman web Parlimen hari ini, memaklumkan hasil siasatan itu akan dibentangkan Jawatankuasa Peringkat Kementerian Pengangkutan yang dibentuk untuk menyiasat insiden itu.*

            
*SEJAGAT*
==========


             *RAJASTHAN (INDIA): Seorang warga emas di sini, dipercayai ibu paling tua di dunia selepas melahirkan anak pada usia 75 tahun menerusi kaedah persenyawaan in-vitro (IVF), hanya sebulan selepas seorang lagi wanita tua mendapat sepasang kembar dengan cara sama.*
           *Prabha Devi melahirkan bayi sulungnya menerusi pembedahan di Hospital Kinker, Kota pada malam Sabtu lalu.*
         *Bayi perempuan seberat 680 gram itu kini ditempatkan di unit penjagaan rapi dan terpaksa bergantung kepada bantuan sokongan hayat.*

             *BANGKOK: Cuaca sejuk yang mula dialami di Thailand menarik kehadiran ramai pelancong ke Doi Inthanon di wilayah Chiang Mai pagi tadi apabila suhu di kawasan itu turun serendah 11 darjah Celcius lapor Thai News Agency (TNA).*
        *Musim sejuk adalah waktu puncak bagi pelancongan domestik di kawasan pergunungan yang terletak di bahagian utara negara terbabit.*
        *Puncak pemandangan paling tinggi di Doi Inthanon, Kiew Mae Pan yang diselaputi kabus tebal menjadi tumpuan utama pelancong terbabit.*

             *MANILA: Angka kematian akibat gempa bumi magnitud 6.4 yang melanda selatan Filipina semalam meningkat kepada tiga orang manakala berpuluh lagi cedera, kata pihak berkuasa hari ini.*
           *Reuters melaporkan, kejadian itu menyebabkan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi terputus selain beberapa bangunan retak di tengah Mindanao.*
           *Menurut jurucakap agensi bencana, Mark Timbal, dua orang maut dan 18 cedera dalam tanah runtuh di bandar Magsaysay di wilayah Davao del Sur.*

             *RAKYAT Malaysia maut selepas bas dinaiki ketika dalam perjalanan ke Cappodocia, Turki hilang kawalan sebelum terbabas hari ini.*
            *Mangsa yang juga seorang lelaki masih belum diperolehi identitinya itu adalah antara 35 peserta rombongan yang terdiri daripada kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ke negera itu.*
            *Selain itu, 10 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian terbabit.*
          *Pemilik agensi pelancongan yang menguruskan rombongan itu berkata, rombongan itu sepatutnya bercuti di negara berkenaan sehingga 21 Oktober ini.*

             *TIGA puluh lima maut, empat lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas di Madinah, semalam.*
         *Agensi berita rasmi SPA memetik seorang jurucakap polis berkata, mangsa yang terbabit dalam kemalangan maut itu termasuk warga Asia dan Arab Saudi sendiri.*

            *MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte cedera di pinggul dan mengalami calar-balar selepas terbabit dalam kemalangan motosikal.*
             *Menurut jurucakap Salvador Panelo, Duterte yang mengumumkan dia mengalami penyakit myasthenia gravis (MG) minggu lalu, ditimpa kemalangan di kompleks istana presiden Malacanang lewat malam semalam.*
          *”Presiden terjatuh dari motosikal ketika cuba mencapai kasutnya menyebabkan dia mengalami kecederaan ringan, lebam dan calar di siku dan lutut,” kata Panelo dalam satu kenyataan.*

           *HAMBURG: Bekas pengawal berusia 93 tahun dibicarakan di Jerman hari ini atas kesalahan bersubahat membunuh lebih 5,000 orang di kem tahanan Nazi ketika zaman Perang Dunia Kedua yang mungkin menjadi kes terakhir.*
           *AFP melaporkan, lelaki dikenal pasti oleh media Jerman sebagai Bruno Dey itu dituduh terbabit dalam pembunuhan seramai 5,230 orang ketika bertugas di kem Stutthof berhampiran Danzig yang kini dikenali sebagai Gdansk di Poland.*
           *”Sebagai pengawal di kem itu antara Ogos 1944 dan April 1945, dia dipercayai membantu melakukan pembunuhan kejam terhadap tahanan Yahudi,” kata pendakwa raya menerusi satu kenyataan.*

            *HONG KONG: Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam, terpaksa menghentikan ucapan dasarnya ketika persidangan legislatif selepas diejek dan dicemuh ahli Parlimen pembangkang.*
             *Tindakan penggubal undang-undang prodemokrasi itu menyebabkan Carrie terus terburu-buru meninggalkan persidangan berkenaan dan mengabaikan ucapan yang dilihat sebagai usaha pujukan selepas empat bulan protes anti-Beijing yang menyelubungi bandar berkenaan.*
        *Ia kali pertama seorang pemimpin Hong Kong tidak dapat menyampaikan ucapan tahunan itu secara peribadi sejak amalan berkenaan dimulakan pada 1948.*

            *New York:Seorang ‘bilionaire’ China, Jia Yueting memfailkan bankrap di Amerika Syarikat (AS) selepas gagal membayar hutang lebih AS$5 bilion (RM21 bilion).*
          *Jia, 46, adalah pengasas syarikat kereta elektrik Faraday Future dan perkhidmatan siaran langsung, LeEco.*
        *Ahli perniagaan memberitahu, dia sudah membayar hutang sebanyak AS$3 bilion (RM12.6 bilion) tetapi masih ada tunggakan AS$2 bilion (RM8.4 bilion).*

            *BANGKOK: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 374 tahun atas kesalahan pemerdagangan kanak-kanak di mahkamah Phang Nga, selatan Thailand, baru-baru ini.*
            *Mahkamah turut mengarahkan Yuttana Kodsap, 31, membayar pampasan kepada lima mangsa dengan setiap seorang dibayar 800,000 baht (RM110,277).*
             *Kodsap didapati bersalah memperdagangkan kanak-kanak untuk pornografi dengan mengumpan mangsa berusia tujuh hingga 12 tahun bermain permainan komputer di rumahnya.*


*TULAR POPULAR MEDIA SOSIAL*
========================


           *REMAJA berstatus orang kurang upaya (OKU) Nurul Sharmine Sofea Fahaizal Zee, 21, dari Semenyih, Selangor berhasrat bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.*
            *Fahaizal menciap di laman Twitter kepada Tunku Azizah: “Assalamualaikum Tuanku Permaisuri Azizah, ampun Tuanku ini kali kedua saya merayu kepada Tuanku berdua sekiranya dapat melaksanakan impian adik Nurul yang sekarang ini terlantar di rumah dan kesihatan semakin merosot dapat berjumpa baginda berdua.”
Ciapan itu kemudiannya mendapat respon Tunku Azizah.*
           *Titah baginda: “Saya ada tanya alamat tapi tidak diberi, hanya sebut sudah keluar hospital.”*
           *Ciapan itu turut mendapat tanda suka lebih 2,000 netizen dan mendoakan permintaan Nurul Sharmine itu mendapat perkenan pasangan Diraja itu.*

            *“WALAUPUN sedih tapi saya puas dan gembira selepas melafazkan permohonan halalkan ilmu yang diberikan pensyarah kepada Allahyarhamah anak saya,” kata Mazlan Mat Jadi, 55, selepas menerima skrol anak bongsunya sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, Lendu, Melaka, hari ini.*
            *Dia yang sebak ketika naik ke pentas menerima skrol daripada Naib Canselor UiTM Profesor Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim, mengakui pada mula berat hati untuk hadir berikutan terlalu sedih dengan kehilangan Allahyarham Aina Fatin Najwa Mazlan, 20, akibat denggi berdarah.*
             *Katanya, dia hadir ke istiadat konvokesyen terbabit bersama isteri, Norazian Ahmad, 53.*

            *LAZIMNYA, bunga atau coklat menjadi pilihan untuk dihadiahkan kepada graduan namun lain pula bagi Muhammad Aziq Zawawi, 21, yang menerima jambangan sayur daripada rakan baiknya pada majlis konvokesyen di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu, Sabtu lalu.*
            *Kisah mencuit hati itu mendapat perhatian warganet selepas Muhammad Aziq berkongsi pengalaman dan gambarnya bersama jambangan sayur yang diterima di Twitter.*
             *Rata-rata warganet terhibur melihat perkongsian itu dan mnganggap ia idea unik dan baik kerana memberi manfaat kepada penerimanya.*

            *“SAYA minta maaf, saya terseret kereta awak. Ini saja duit yang saya ada sekarang. Sorry (maaf) sebab sikit saja,” itu kiriman nota yang ditinggalkan individu selepas melanggar bampar kereta milik pengusaha restoran, Hir Niezam Nasihin, 31, secara tidak sengaja baru-baru ini.*
            *Selain nota permohonan maaf, individu itu turut meninggalkan wang RM100 sebagai ganti rugi dalam nota yang diselitkan di bahagian pengelap cermin kereta.*
           *Kisah itu mendapat perhatian warganet selepas Hir Niezam memuat naik hantaran di Facebook miliknya 10 Oktober lalu.*
         *Menceritakan kisah itu, Hir Niezam berkata, kejadian berlaku di Taman Sri Gombak, Selangor dua hari sebelum dia memuat naik status berkenaan di Facebook.*

            *“TANGAN saya tidak digari, pejabat saya tidak digeledah sebaliknya hanya memberi keterangan kepada polis di pejabat berhubung penularan video di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur petang tadi,” jelas Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka Datuk Norhizam Hassan Baktee.*
          *Beliau berkata demikian susulan tular dakwaan beliau ditahan polis di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini.*
             *Dakwaan itu tular berikutan tersebarnya video mengenai insiden kekecohan yang tercetus ketika kunjungannya ke IPK Kuala Lumpur petang hari ini.*

            *“SAYA tidak bersetuju dengan gesaan untuk menarik balik ijazah pelajar itu. Kita boleh kritik dan kecam tindakannya itu tanpa merampas ijazah yang diusahakan selama lebih empat tahun,” kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam ciapan menerusi akaun Twitternya malam tadi.*
           *Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan pertubuhan bukan kerajaan dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa UM (PMUM) yang melancarkan petisyen di media sosial bagi menuntut UM menarik balik ijazah pertama Wong Yan Ke, 23, kerana menunjukkan plakad ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ ketika Majlis Konvokesyen Universiti Malaya (UM) beberapa hari lalu.*
            *Ahli Parlimen Muar menegaskan bahawa setiap orang bebas untuk bersuara dan perkara itulah yang perjuangkannya sejak dari dahulu lagi.*

            *PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Melawati, Putrajaya hari ini.*
         *Hantaran di laman sosial Instagram milik Anwar menerima 3,957 tanda suka.*
        *Ahli Parlimen Port Dickson itu turut memuat naik dua keping gambar beliau bersama Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta gambar beliau mengadakan pertemuan.*

            *ANNYEONGHASEYO! Seluruh dunia pasti masih berduka dengan pemergian Sulli yang cukup mengejutkan, baru-baru ini.*
            *Kematian penyanyi itu tidak disangka lebih-lebih lagi dia masih muda iaitu 25 tahun.*
          *Pemergiannya berlaku kurang dua tahun selepas kematian Jonghyun pada 2017 dan ternyata memberi impak besar di seluruh dunia.*
            *Dalam kes Sulli, masih ramai yang berkata buruk bahkan mempersendakan kematiannya dengan pelbagai kecaman.*
         *Sepatutnya warganet memberikan komen yang baik apalagi mereka pastinya mahu Sulli bersemadi dengan tenang.*

          *BRASILIA: Sekumpulan lelaki bersenjata yang cuba merompak sebuah rumah bertempiaran lari selepas terserempak dengan pemiliknya yang melepaskan tembakan ke arah mereka dalam kejadian di Sao Paulo, Brazil pada Jumaat lalu.*
          *Daily Mail melaporkan lima lelaki bertopeng itu masuk menerusi kawasan garaj selepas menggodam sistem keselamatan rumah terbabit sebelum mengeluarkan senjata untuk melakukan rompakan.*
          *Bagaimanapun, mereka kurang bernasib baik apabila terserempak dengan pemilik rumah di kawasan tangga sebelum lelaki itu melepaskan tembakan.*
        *Rakaman kejadian yang dikongsi di media sosial itu terus menjadi tular.*

            *TINDAKAN sekumpulan pemain wanita melindungi pemain lawan membetulkan hijab dipakai ketika beraksi dalam satu perlawanan bola sepak tular di media sosial.*
          *Aksi permainan terhenti seketika apabila hijab pemain terbabit terlucut ketika menggelecek bola untuk melepasi kawalan pemain lawan.*
          *Mereka kemudian pantas membuat bulatan ‘kepungan lima pemain’ untuk memastikan aurat pemain ketika membetulkan hijab terlindung dan tidak terdedah kepada penonton.*
               

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2019 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*KHMIS 24 KTOE 2019 ASHI ERSAAAN 25 SAF 1441 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0531
*SUBUH* : 0541
*SYURUK* : 0655
*ZOHOR* : 1300
*ASAR* : 1619
*MAGHRIB* : 1859
*ISYAK* : 2010

*HEBAHAN*
========

*KONSERT JELAJAH AMAL GEGAR Dengan Kerjasama PXPBM & MAJALAH KONSERT Bertempat Di Dewan Balora Mastika Bandar Pusat Jengka Pahang.. Masa 10-11:44pm.. Tarikh: 25okt (jumaat) Tiket: RM35. “MALAM ROCKuzROLL” Kumpulan MAY & MEDITASI.. Opening band: ASK RazZia, 014-7133684(joe) 018-7804966 (kak rock)*


*artikel disiarkan pada tarikh 23okt*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *SEORANG pembantu rumah warga Indonesia menjadi buta dan mengalami luka di beberapa bahagian badan selepas dipercayai didera majikannya sejak lapan tahun lalu. Bagaimanapun, wanita berusia 29 tahun itu bernasib baik apabila diselamatkan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dalam serbuan di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh, Ahad lalu.*

               2) *PEMBURU haram warga asing dikesan masuk ke negara ini melalui laluan sah sebelum menyelinap ke dalam hutan melalui lebuh raya untuk memburu haiwan dilindungi dan mengambil kayu gaharu. Malah, pemburu haram terdiri warga Kemboja dan Vietnam itu turut membawa ratusan jerat dan peralatan mengutip gaharu serta khemah untuk berkampung tiga bulan di dalam hutan.*

               3) *SEORANG lelaki sanggup menempuh laluan sejauh 307 kilometer dengan menaiki bas dari Kelantan ke Butterworth, Pulau Pinang hanya untuk mencuri wang di kedai sebelum pulang semula ke kediamannya di Pasir Mas. Lelaki yang berusia 22 tahun itu turut meluaskan kawasan jenayahnya ke Perlis apabila dua kedai di Kangar menjadi mangsa kumpulannya yang digelar Geng Utara Timur.*

               4) *POLIS mengesan individu yang merosakkan cermin kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berada berdekatan kemalangan di Kampung Tok Dor, Ajil di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu dan mengambil keterangan anggota JPJ terbabit.*

               5) *SEORANG lagi mangsa kemalangan kereta dan bas di Jalan Abu Bakar, Lebuhraya Sultan Iskandar, Johor Bahru, awal pagi tadi, disahkan maut. Remaja lelaki berusia 18 tahun yang juga pemandu Proton Wira disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Aminah (HSA). Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, dalam kemalangan pagi tadi, empat penumpang kereta maut selepas kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan.*

               6) *PENUNGGANG motosikal yang terbabit dalam kemalangan dekat Kampung Tok Dor, Ajil, Hulu Terengganu kelmarin terpaksa dipotong kaki kanan selepas tulangnya hancur. Mangsa, Samri Said, 52, menjalani pembedahan itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu selepas proses penyambungan gagal petang semalam.*

               7) *LELAKI kes bunuh dua beranak kerat lapan di Kampung Ladang, Krubong, Melaka 10 Oktober lalu akan dituduh di Mahkamah Ayer Keroh esok. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, lelaki warga Singapura itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh pada 8.30 pagi.*

               8) *KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan tiga penerbitan bertajuk ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’ serta versi bahasa Inggeris dan Cina melalui Warta Kerajaan P.U. (A)288/2019. KDN dalam kenyataan hari ini menegaskan, warta perintah larangan itu adalah mengikut Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).*

               9) *EMPAT individu termasuk bekas ahli DAP Dr Hew Kuan Yau memberi keterangan selama tiga jam di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini berhubung penerbitan komik yang didakwa berunsur propaganda. Mereka yang hadir memberi keterangan bermula 2 petang adalah Pengurus Muzium Kebudayaan Komik Asia Raymond Chong, pelukis komik Chong Po Ling atau lebih dikenali sebagai Tomato dan individu daripada sebuah syarikat yang menaja komik itu dikenali Fong.*

               10) *LAPAN individu berpakat mencuri 52 ekor kambing bernilai kira-kira RM50,000 dalam kejadian samun di kandang kambing di Kubang Semang, Bukit Mertajam pada Sabtu lalu. Kesemua ternakan itu kemudiannya dipercayai dijual kepada seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga peniaga daging di Pasar Kulim, Kedah.*

               11) *ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS), maut selepas diserang sakit jantung ketika melakukan simulasi latihan kecemasan berskala penuh EX Harimau Kumbang 2019 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) hari ini. Dalam kejadian itu, Shaffiee Hasan, 59, disahkan meninggal dunia oleh doktor sebaik tiba Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 11.13 pagi.*

               12) *TIDAK sempat jumpa doktor mendapatkan rawatan sebelum rebah dan jatuh di dalam longkang. Itu ajal seorang lelaki apabila tubuhnya ditemui di dalam longkang di hadapan pejabat pentadbiran Hospital Jengka di Maran, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, Amran Othman, 52, dikatakan berjalan berseorangan untuk menemui doktor bagi mendapatkan rawatan sebelum rebah secara mengejut dan jatuh di dalam longkang.*

               13) *PEJALAN kaki wanita maut selepas dihempap pokok tumbang ketika hujan lebat di pintu masuk Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 5.31 petang.*

               14) *BERMULA 1 Januari tahun depan, kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah baharu itu susulan statistik yang membimbangkan apabila 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017.*

               15) *“SAYA sangka anak-anak tidur rumah tok (nenek) mereka sebab sebelum ini mereka kerap tidur di sana tak sangka kedua-duanya lemas,” kata Mohamad Ali Mohamad Rashid, 28.
Dalam kejadian 11.30 pagi hari ini, anaknya Nor Aliya Batrisha, 8, dan anak tirinya Nor Aliya Natasha Abdullah, 11, ditemui lemas dalam parit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Simpang Empat, Alor Pongsu, Bagan Serai.*

               16) *RM1 juta denda, dipenjarakan lima tahun atau kedua-duanya. Itu hukuman maksimum bakal dikenakan kepada pelaku yang melakukan kesalahan pemalsuan atau pemelancungan (counterfeiting) cap dagangan. Peruntukan prosiding jenayah itu adalah antara beberapa kesalahan baharu terkandung dalam Akta Cap Dagangan 2019 yang diluluskan Parlimen Julai lalu dan bakal diwartakan 27 Disember ini.*

               17) *PENOREH getah yang menjual kandungan lucah secara dalam talian menerusi aplikasi Telegram didenda sebanyak RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini. Hakim Azwarnida Affandi menjatuhkan hukuman itu terhadap Ruziman Kamaruzaman, 27, selaku Orang Kena Saman (OKS) apabila mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.*

               18) *LELAKI yang dipercayai membuat ugutan bunuh terhadap Penasihat DAP Lim Kit Siang sudah ditahan polis di Temerloh, Pahang kelmarin. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed, berkata, suspek yang memuat naik komen berbaur ugutan di media sosial ditahan pada 7.30 malam dan direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan.*

               19) *ANAK-KANAK lelaki putus jari kelingking kiri selepas tersangkut pada jeriji besi di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, dekat Gua Musang, Jumaat lalu. Dalam kejadian 1 tengah hari itu, mangsa Muhamad Najwan Faiz Mohamad Nasron, 7, dikejarkan ke Klinik Kesihatan Chiku 3 sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.*

               20) *BAYI lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di Taman Ujana Elopura, Bakri Batu 2  di Sandakan pada pagi semalam. Bayi yang masih dalam keadaan bertali pusat itu ditemui pada 12.30 tengah malam oleh orang awam yang memancing di kawasan berkenaan.*

               21) *INDIVIDU yang membuat kenyataan penghinaan terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador di media sosial kini disenaraikan sebagai orang dikehendaki polis. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek berusia 38 tahun itu dipercayai bekerja sebagai juruteknik di luar negara itu kini berada di New Zealand.*

               22) *PEMBANTU Tadbir (Perkeranian/Operasi) sekolah di Perak diminta untuk menghentikan kerja hal kewangan susulan bayaran insentif tugas kewangan (BITK) ditamatkan. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata, pihaknya menerima aduan mengenai penamatan elaun itu kepada 1,084 pembantu tadbir di negeri itu.*

               23) *PELAJAR lelaki di sekolah menengah di Marang mendakwa bukan hanya dipaksa melakukan seks oral oleh rakan asramanya tetapi turut diugut akan dicederakan jika enggan mengikuti arahan diberikan. Kejadian menimpa mangsa berusia 14 tahun itu terbongkar selepas remaja terbabit menceritakan perkara itu kepada ibunya berusia 37 tahun ketika wanita terbabit melawatnya di asrama, 9.30 pagi kelmarin.*

               24) *TUJUH sekeluarga ditahan di rumah di Kapar, Klang selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah yang dianggarkan bernilai RM118,500, hari ini. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, suspek terdiri daripada ibu, bapa, empat anak lelaki dan seorang menantu warga Myanmar berumur antara 31 hingga 60 tahun.*

               25) *HANYA kerana tidak memberikan wang RM300 diminta suami, seorang wanita luka di pipi kanan dalam pergaduhan di sebuah rumah di Batu Rakit, Kuala Nerus kelmarin. Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 43 tahun berada di rumahnya sebelum suaminya berusia 41 tahun meminta wang RM300 dengannya.*

               26) *MENTERI Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan bekas Menteri Besar Datuk Osman Sapian adalah antara yang tersenarai sebagai calon Pilihan Raya Keci (PRK) Tanjung Piai pada bulan depan. Ia disahkan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Marzuki Yahya ketika ditemui media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.*

               27) *SEORANG penganggur sanggup meminjam motosikal milik isterinya dan menunggang sejauh 89 kilometer untuk melakukan pecah rumah di Parit 1 Timur, Jalan Baru Sungai Panjang, Ahad lalu. Dalam kejadian jam 1.10 pagi, suspek berasal dari Klang memecah masuk sebuah rumah dan melarikan komputer riba bersama wang tunai RM50 sebelum kejadian disedari orang awam.*

               28) *AHLI Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim digantung dua hari daripada menghadiri Dewan Rakyat kerana menuduh Speaker Dewan RakyatTan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sebagai ‘berat sebelah’. Mohamad Ariff mengeluarkan arahan itu selepas Abdul Azeez dikatakan enggan menarik balik tuduhan itu.*

               29) *KERAJAAN Pahang mengumumkan akan memberi bonus kepada kakitangan awam, tahun ini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagaimanapun jumlah bonus berkenaan akan dibincangkan. Katanya, buat masa ini kedudukan kewangan negeri berada dalam keadaan baik dan pihaknya sedang memikirkan untuk memberikan jumlah yang sama dengan kerajaan pusat atau lebih.*

               30) *“KAMI tidak sempat selamatkan Siti kerana api marak dengan cepat,” kata Hamidah Puni, ibu kepada Siti Nur Hidayah Zamri yang dijumpai rentung dalam kebakaran rumah di Jalan Peninsula, Kampung Pulau Melayu, Miri, hari ini. Menurut Hamidah, 34, dia menyedari kebakaran itu selepas terdengar bunyi letupan.*

               31) *LELAKI berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga anak asuhannya antara 28 dan 29 September lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd Sazry Mohd Taha, 36, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad ‘Azzam Zainal Abidin.*

                32) *POLIS sedang giat mengesan dan memburu lelaki dipercayai ketua kumpulan pecah rumah di daerah Tawau. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, lelaki dikenali sebagai Heng Mok Cheen @ Ah Cheen dari Taman Tawau, Jalan Chong Thien Vun itu mempunyai beberapa rekod jenayah.*

                33) *BIMBANG ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah,kebanyakan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diperiksa dalam serbuan di kondominium di Bandar Saujana Putra, Puchong, hari ini menggunakan alasan pasport mereka berada pada pihak universiti. Dalam serbuan 1 pagi tadi, 45 warga asing dari Nigeria (20 orang), Guinea (10), Somalia (5),Yaman (4), Bangladesh (3) manakala Libya, Uganda dan Maldives masing-masing seorang ditahan.*

                34) *SATU notis usul difailkan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini berhubung persoalan perundangan sama ada Menteri Pendidikan mempunyai kuasa untuk menubuhkan sekolah vernakular termasuk memberi peruntukan jutaan ringgit. Notis usul terbabit difailkan peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz menerusi Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman.*

                35) *HUJAN lebat serta angin kencang yang melanda beberapa negeri sejak kelmarin mengakibatkan tiga negeri dilanda banjir dan hari ini seorang wanita di Kuala Lumpur maut dihempap pokok tumbang. Setakat ini negeri yang terjejas sehingga menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan ialah Johor, Perak dan Pulau Pinang.*

                36) *DATUK Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kenyataan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu bahawa Pakatan Harapan (PH) akan tetap berjaya tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hanyalah pandangan peribadi. Timbalan Perdana Menteri berkata, PH selama ini sentiasa berpegang dengan apa yang dijanjikan secara bersama termasuk dalam soal permuafakatan dan jalinan kerjasama rakan komponen.*

                37) *BURUH ladang kelapa sawit dijatuhi hukuman penjara 40 tahun dan 24 sebatan atas kesalahan merogol anak majikannya oleh Mahkamah Sesyen Sandakan, hari ini. Hakim Indra Ayub menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Ayub Darman, 25, selepas mengaku salah terhadap tiga pertuduhan.*

                38) *MAJISTRET direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan tertuduh yang melakukan kesalahan menyeludup rokok. Suspek yang berusia 38 tahun itu ditahan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuantan pada 11.20 pagi, hari ini.*

                39) *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau dan memulihkan anggota militan warga Malaysia, Yazid Sufaat, sekiranya dia dibebaskan selepas tempoh penahanan mengikut Akta Pencegahan Keganasan (POTA) berakhir bulan hadapan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Yazid yang sudah menjalani proses hukuman akan dibebaskan selepas tamatnya proses itu dan polis tidak boleh menyekat kebebasannya.*

                40) *SERAMAI 26 pemilik rumah di Kampung Tanah Puteh di sini, buntu apabila mereka diarahkan berpindah dalam masa 14 hari selepas menerima notis pindah, Ahad lalu. Notis dikeluarkan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang itu selepas tanah yang mereka duduki terbabit dengan pmbinaan jalan baru Pakej 3D jarak 10.5 Kilometer Kampung Mentara Lama-Bulatan Bandar Gua Musang.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *MOSCOW: Seorang wanita dipenjara 13 tahun kerana menikam adik perempuannya yang masih remaja sebanyak 189 kali sebelum mengorek keluar biji mata dan memotong telinganya akibat terlalu cemburukan kecantikannya.*
              *Elizaveta Dubrovina, 22, yang terlalu cemburu dengan adiknya Stefania, 17, yang bekerja sebagai model, dilaporkan menyerangnya di rumah teman lelaki mangsa pada 2016, lapor news. com. au.
           *Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan mayat mangsa ditemui hampir hancur akibat serangan kejam berkenaan dengan kesan tikaman memenuhi kepala, leher, badan, lengan serta kakinya.*

           *BANGKOK: Raja Maha Vajiralongkorn memecat enam pegawai istana kerana ‘perlakuan amat jahat’ hanya beberapa hari selepas melucutkan pangkat diraja dan ketenteraan peneman rasminya.*
              *Enam pegawai itu termasuk seorang wanita, pegawai polis kanan dan dua pengawal diraja. Semuanya bertugas di istana.*
             *Dua pengumuman berasingan diterbitkan dalam warta rasmi diraja itu menuduh enam pegawai terbabit atas salah laku disiplin teruk yang menggugat perkhidmatan di istana.*

            *LONDON: Polis Britain menemui 39 mayat di dalam sebuah kontena berhampiran London yang dipercayai berasal dari Bulgaria.*
               *Polis Essex berkata, semua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian yang terletak di sebuah kawasan industri di Grays, timur London.*
         *Siasatan awal mendapati mangsa terdiri daripada 38 dewasa dan seorang remaja.*
   
           *HONG KONG: Penduduk bandar ini bergotong royong membersihkan sebuah masjid yang disembur air biru oleh pihak berkuasa ketika menyuraikan tunjuk perasaan pada Ahad lalu.*
           *Mereka dilihat mengelap pagar besi dan mencuci tangga serta jalan di hadapan Masjid Tsim Sha Tsui yang masih mempunyai kesan warna biru.*
         *Seorang penduduk yang dikenali sebagai Chan berkata, dia tidak tahu mengenai Islam dan tidak tahu masjid adalah tempat orang Islam beribadat.*

             *SANTIAGO: Seorang budak berusia empat tahun terbunuh ketika tunjuk perasaan di Chine menjadikan jumlah korban tunjuk perasaan anti-kerajaan sejak lima hari lalu, meningkat kepada 18 orang.*
             *Menurut Setiausaha Rendah Kementerian Dalam Negeri, Rodrigo Ubilla, budak itu yang tidak dinyatakan jantinanya dan seorang lelaki dewasa terbunuh hari ini, apabila pemandu dipercayai mabuk merempuh kumpulan penunjuk perasaan.*
           *Seorang lagi mangsa meninggal dunia hari ini, akibat kecederaan dibelasah polis sebelum ini.*

            *ROME: Dua ekor kucing yang membuat bising berjaya menyelamatkan pasangan suami isteri yang tersedar dari tidur sebelum melarikan diri beberapa saat sebelum kediaman mereka musnah akibat tanah runtuh.*
           *”Saya dan isteri terbangun dari tidur kerana kucing kami Simba dan Mose membuat bising
“Ketika melihat apa yang berlaku isteri saya melihat kucing itu bermain dengan siling yang jatuh. Tidak lama selepas itu kami melihat dinding rumah mula retak,” kata Claudio Piana kepada akhbar Secolo XIX.*

             *HONG KONG: Suspek kes bunuh kekasih hamil yang mencetuskan bantahan di Hong Kong dibebaskan pada hari ini selepas menjalani hukuman penjara selama 29 bulan atas kesalahan pengubahan wang haram.*
             *Chan Tong-kai yang adalah penduduk Hong Kong dituduh membunuh teman wanitanya ketika mereka bercuti di Taiwan pada tahun lalu.*
        *Dia ditahan polis pada Mac tahun lalu selepas melarikan diri ke Hong Kong, namun pihak berkuasa hanya dapat mengumpul bukti dia terbabit dalam pengubahan wang haram.*

            *JAKARTA: Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo mengumumkan barisan Kabinet baru untuk penggal kedua pada hari ini.*
               *Beliau memilih bekas Menteri Perindustrian, Airlangga Hartarto untuk mengetuai pasukan ekonomi dan mengekalkan Sri Mulyani Indrawati sebagai Menteri Kewangan.*
                *Pemimpin pembangkang, Prabowo Subianto dilantik sebagai Menteri Pertahanan, kata Jokowi pada sidang media di Istana Presiden.*

            *MEXICO CITY: Pasukan keselamatan menahan seramai 31 anggota kartel dalam serbuan di beberapa terowong rahsia dan makmal dadah di sini, semalam.*
             *Jurucakap berkata, puluhan anggota polis dan tentera menyerbu bangunan di tengah kawasan penempatan Tepito yang terkenal dengan aktiviti haram.*
          *Setiausaha Keselamatan Awam Mexico City, Omar Garcia berkata, dua makmal menghasilkan dadah sintetik dan 50 kilogram bahan kimia dirampas polis.*

           *CAIRNS: Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera parah selepas mereka terjatuh ketika melakukan aktiviti Zipline yang setinggi lima tingkat di Queensland, semalam.*
         *Kejadian berlaku di hutan Daintree dan pasangan suami isteri dari Selatan Australia terbabit dipasangkan tali keselamatan bersama ketika melakukan aktiviti lasak itu.*
         *Mangsa lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.*

           *BEIJING: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui selamat selepas ditanam hidup-hidup oleh keluarganya di kawasan pergunungan kerana disangka sudah mati.*
            *Dalam kejadian di Laiwu, Shandong, itu, bayi berkenaan dilaporkan ditanam di dalam kotak sebelum dijumpai penduduk tempatan pada 21 Ogos lalu ketika sedang mengutip cendawan.*
           *Pasangan yang menemuinya berkata, mereka terdengar bunyi pelik ‘seperti anjing menyalak’ dari satu kawasan yang tanahnya kelihatan seperti baru digali.*


*TULAR,POPULAR,MEDIA SOSIAL*
========================


              *YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada kerajaan Jepun atas kelancaran perjalanan Upacara Pertabalan Maharaja Naruhito di Istana Imperial di Tokyo, Jepun, yang dihadiri ratusan ketua negara dan kenamaan dari seluruh negara, semalam.*
           *Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka menzahirkan ucapan itu kepada Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada pertemuan mereka yang berlangsung di Rumah Tamu Negara Akasaka, selepas upacara pertabalan itu selesai.*

               *“SAYA gemuruh sebenarnya memasak untuk Raja Permaisuri Agong kerana nama baginda memang tersohor dalam bidang masakan,” akui Datin Josepine Anak Dagang yang berpeluang menjamu juadah masakan beliau kepada Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.*
           *Josepine yang juga isteri kepada Duta Besar Malaysia di Jepun Datuk Kennedy Jawan berkata, beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai kesudian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah mencemar duli bersantap pagi di kediaman mereka di Kedutaan Malaysia di Tokyo, hari ini.*

               *KUALA LUMPUR: Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) dinamakan antara terbaik dunia dalam kategori pengajian kejuruteraan apabila tersenarai dalam ranking teratas ‘Best Global Universities’.*
           *Ranking terbabit dikeluarkan US News & World Report yang melakukan penyelidikan terhadap 1,500 universiti terbaik dari seluruh dunia.*
           *Fakulti Kejuruteraan UM mendapat markah 84.1 mata berada di kedudukan ke-15 di belakang fakulti sama dari Swiss Federal Institute of Technology Zurich, Switzerland; Imperial College London, United Kingdom; Huazhong University of Science and Technology, Wuhan dan Southeast University, Nanjing, China yang berada di kedudukan ke-11 hingga 14.*

              *“DIA bekas isteri saya, ibu kepada dua anak kami dan memang wanita tulen, bukan pondan seperti mana didakwa segelintir warganet,” kata usahawan, Datuk Mohd Nasir Yaacob, 46.*
            *Mohd Nasir memberi reaksi itu bagi menjelaskan salah faham dan kekeliruan warganet berhubung identiti bekas isterinya, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin berusia 25 tahun atau Cleopatra selepas video pertemuan wanita berkeaan di pejabat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi tular, baru-baru ini.*
             *Menurut Mohd Nasir, beliau terpanggil untuk memberi penjelasan kerana tidak senang dengan fitnah dilemparkan warganet terhadap bekas isterinya.*

             *ADA sekurang-kurangnya 50 hingga 80 ekor ulat ditemui dalam kaki seorang lelaki yang mengidap kencing manis.*
             *Itu antara pengalaman dilalui Dr Muhammad Faruq Zulkafli ketika merawat seorang pesakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai Buloh, baru-baru ini.*
               *Keadaan kaki pesakit yang berulat kemudian dirakam sebelum dimuat naik dalam Twitter Dr Muhammad Faruq, @faruqzulkafli hingga ditonton lebih 120,000 netizen.*
              *Video berdurasi 13 saat itu mendapat hampir 4,000 ciapan dan rata-rata warga maya terperanjat dengan keadaan kaki lelaki itu.*

             *“NIAT saya berkongsi kisah itu di laman sosial adalah untuk memberi mesej kepada pengikut supaya tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa mereka,” kata Azri Alwan, 31.*
            *Azri memberi reaksi itu bagi mengulas mengenai hantaran dimuat naiknya di Facebook, semalam berhubung kisah kakitangannya, Muhammad Habil Asmadi, 19, yang memasak nasi di pejabat dengan alasan mahu berjimat selepas wang gaji diterima diserahkan kepada ibunya di kampung.*
            *Perkongsian itu sehingga kini mendapat 14,000 tanda suka dan rata-rata warganet sebak, selain memuji tindakan Muhammad Habil yang sanggup berkorban demi kelangsungan hidup keluarganya.*

             *“SAYA dan bekas suami sudah cuba selamatkan perkahwinan tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah kerana tiada persefahaman lagi antara kami,” kata personaliti media sosial, Nur Amira Maslan, 32.*
             *Nur Amira atau lebih dikenali dengan gelaran Kak Girl mengesahkan bercerai talak satu dengan Mohd Hafizi Marzuki, 28, di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru pada Ahad lalu.*
           *Berita perpisahan itu mengejutkan warganet yang kagum melihat kemesraan pasangan berkenaan menerusi video parodi dan ‘lip sync’ yang dimuat naik di media sosial sebelum ini.*

               *SYDNEY: Biri-biri diberi nama Chris yang mencipta Rekod Dunia Guinness kerana memiliki bulu terlampau lebat mati, kelmarin.*
        *Berita sedih itu disampaikan pusat jagaan haiwan Little Oak Sanctuary kepada pengikutnya di Facebook.*
         *Pengasas Bersama Little Oak Sanctuary, Kate Luke memberitahu akhbar Canberra Times, biri-biri itu mati kerana sudah tua pada pagi kelmarin.+
               
*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2019 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*JUAAT 25 KTOE 2019 ASHI ERSAAAN 26 SAF 1441 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0530
*SUBUH* : 0540
*SYURUK* : 0655
*ZOHOR* : 1300
*ASAR* : 1619
*MAGHRIB* : 1859
*ISYAK* : 2010

*HEBAHAN*
=========

*KONSERT JELAJAH AMAL GEGAR Dengan Kerjasama PXPBM & MAJALAH KONSERT Bertempat Di Dewan Balora Mastika Bandar Pusat Jengka Pahang.. Masa 10-11:44pm.. Tarikh: 27okt (Sabtu) Tiket: RM35.. “MALAM KUGIRAN 60an” KUGIRAN MASDO” Opening band: ASK RazZia 014-7133684 (joe) 018-7804966 (kak rock)*


*artikel disiarkan pada tarikh 24okt*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *MURID Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Muallim, di Slim River, maut manakala bapanya cedera selepas motosikal berkuasa tinggi dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 375.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, hari ini. Dalam kejadian 8.13 pagi itu, Alyaa Hana Abd Hadi, 8, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Slim River, manakala bapanya, Abd Hadi Isa, 33, yang juga guru di Maktab Rendah Sains MARA, Felda Trolak dekat sini mengalami luka-luka di badan.*

               2) *TANGISAN dan suasana penuh emosi dirasai ahli keluarga mangsa bunuh selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini , menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas tiga tertuduh yang didapati bersalah melakukan jenayah berkenaan. Ahli keluarga termasuk ibu bapa dan adik beradik mangsa, Muhammad Fairul Haqimmie Mokhtar, 24, hadir bagi mengikuti keputusan akhir kes pembelaan dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman.*

               3) *SEORANG wanita berstatus janda dan dua rakannya dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini, selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap Siti Nor Asiah Abdul Wahab, 28; Mohd Zulhiami Md Darus, 33, dan Muhammad Rahmat Nazarudin, 25.*

               4) *LELAKI warga Singapura dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini, atas dua tuduhan membunuh isteri dan anak tiri, yang mayatnya ditemukan dikerat lapan berselerakan di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong, 10 Oktober lalu. Tertuduh, Shahrul Nizam Zuraimy, 31, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.*

               5) *“TERNYATA kebimbangan saya terhadap keselamatan dua anak terbabit kemalangan akhirnya menjadi kenyataan. “Sebelum ini, saya sering berpesan supaya mereka tidak pulang lewat dan hadkan pemanduan pada waktu malam. Tetapi perkara yang membimbangi saya itu akhirnya berakhir tragedi,” kata Law, 41, bapa yang kehilangan dua anak remaja dalam kemalangan maut meragut lima nyawa, pagi semalam.*

               6) *BILANGAN mangsa banjir yang ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini dan Pontian terus meningkat petang semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, sehingga jam 4 petang semalam, seramai 596 mangsa daripada 132 keluarga sudah dipindahkan.*

               7) *Mahkamah Tinggi di sini, diberitahu bahawa tuduhan pecah amanah jenayah tidak terpakai kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, ia berikutan anak guamnya itu tidak mempunyai penguasaan dalam SRC International Sdn Bhd (SRC).*

               8) *PERBUATAN sekumpulan nelayan asing bermain mercun dipercayai menjadi punca pusat jualan minyak di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering, Kuala Terengganu, musnah terbakar. Pusat jualan minyak milik Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Marang dan Kuala Terengganu Selatan di pelabuhan itu musnah dalam kebakaran, 2.45 petang hari ini.*

               9) *TUDUHAN mengenai kononnya kerajaan mahu menggadai pemilikan orang Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur adalah tidak benar. Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata, ia dapat dilihat menerusi pengumuman tawaran baru menerusi pegangan saham dan diskaun 15 peratus membeli rumah di Kampung Baru.*

               10) *TIGA lelaki ditahan bersama daun ketum seberat 480 kilogram (kg) bernilai RM8,400 di dua lokasi berasingan di Gua Musang pada Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, rampasan pertama dilakukan selepas pihaknya menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan pada 5.30 pagi di Taman Tropikal.*

               11) *KERTAS Putih Pertahanan (KPP) negara akan mewujudkan askar pintar dalam pertahanan moden dengan setiap tentera mampu mengendalikan peralatan teknologi canggih. Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata, antara kandungan draf awal yang diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada minggu lalu ialah pertahanan masa depan berbentuk pertahanan moden.*

               12) *PASUKAN khas akan ditubuhkan bagi menyelesaikan isu berbangkit di Pasar Borong Kuala Lumpur dan Selayang terutama berkaitan kebanjiran warga asing yang memonopoli perniagaan di kawasan itu. Ahli Parlimen Batu P Prabakaran berkata, tindakan itu akan diambil dengan kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta badan bukan kerajaan (NGO) khusus bagi memastikan isu lapuk terbabit dapat diselesaikan segera.*

               13) *JARANG dibuat tapi itu yang sanggup dilakukan seorang penghantar makanan demi membawa masuk sejumlah syabu seberat 5,066.83 gram. Lelaki berusia 21 tahun itu mengirim dadah menggunakan perkhidmatan kurier dari Semenanjung kepada dirinya sendiri di Penampang, Sabah. Bagaimanapun, tindakannya hanya mengundang padah apabila berjaya dikesan pihak berkuasa dan dia ditahan berhampiran pejabat syarikat kurier berkenaan ketika mengambil bungkusan itu pada 12 tengah hari semalam.*

               14) *PENDUDUK Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur mendesak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuka semula laluan air Sungai Bonus ke Sungai Klang sehingga projek tebatan banjir siap sepenuhnya. Penduduk mendakwa punca masalah banjir kilat berlaku di kawasan itu disebabkan laluan air terbabit tidak dapat mengalir dengan baik kerana pihak berkenaan sudah melencongkan laluannya.*

               15) *ATLET renang Sarawak, Aryton Lim yang ditemui mati di rumah keluarganya di Tabuan Laru di Kuching hari ini dipercayai mengalami kemurungan. Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, siasatan awal mendapati atlet terbabit mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu.*

               16) *ORANG ramai menyambut baik penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam kenderaan kerana ia meningkatkan tahap keselamatan golongan itu. Guru, Norhayati Mohamad, 45, berkata, langkah kerajaan untuk mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan itu adalah wajar bagi tujuan keselamatan dan keselesaan. “Bagi saya, ia adalah wajar, untuk keselamatan bayi serta keselesaan pemandu,” katanya.*

               17) *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedia melaksanakan penguatkuasaan susulan pelaksanaan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang diwajibkan mulai 1 Januari depan. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, penguatkuasaan akan dilaksana berdasarkan undang-undang dan peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.*

               18) *KEPUTUSAN rayuan Mohd Rafizi Ramli dan bekas kerani bank, Johari Mohamad terhadap sabitan dan hukuman mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) ditetapkan pada 15 November ini. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu hari ini selepas mendengar hujah piak perayu dan pendakwaan bagi kes terbabit.*

               19) *PEMILIK tanah di Kampung Baru ditawarkan harga baru iaitu RM1,000 setiap kaki persegi untuk pembangunan semula oleh kerajaan. Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata, daripada harga itu, RM850 akan dibayar berdasarkan pilihan pulangan oleh pemilik tanah. Katanya, pemilik diberi empat pilihan iaitu pulangan tunai; pulangan unit siap; kombinasi pulangan tunai dan unit siap; dan pulangan pemegang saham dalam Syarikat Tujuan Khas (SPV).*

               20) *LEBIH 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan supaya segera mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape bagi melindungi rakyat daripada terus terjebak dengan produk berbahaya itu. Wakil NGO berkenaan yang juga Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) Prof Datuk Dr Lekhraj Rempal berkata, saranan mengharamkan produk berkenaan sudah dicadangkan sejak 2015 ketika penggunaan vape sedang memuncak tetapi keputusan kerajaan adalah untuk mengawal selia dan memberi peluang kepada pengusaha supaya mematuhi peraturan ditetapkan.*

               21) *TINDAKAN polis menahan mereka disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah wajar. Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, apabila polis menggunakan SOSMA sebenarnya memberi peluang kes itu untuk dibicarakan secara terbuka.*

               22) *POLIS menahan 33 wanita warga asing dan tiga pondan disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan serentak di empat premis hiburan di Kepong, Kuala Lumpur, semalam.
Serbuan sempena Op Noda bermula 12.15 tengah malam, dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur.*

               23) *HELAH konon dirinya datang bulan menyelamatkan seorang gadis daripada diperkosa lelaki yang mengurungnya dalam sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, dalam kejadian Isnin lalu, mangsa berusia 21 tahun turut ditumbuk di kepala, dicekik dan dicabul suspek, juga berusia 21 tahun ketika berada dalam bilik selama beberapa jam sebelum dilepaskan.*

               24) *MALAYSIA yang prihatin terhadap nasib etnik Rohingya, percaya bahawa penghantaran pulang pelarian itu harus segera bermula untuk menyelesaikan krisis terbabit. Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Myanmar bagaimanapun tidak dapat melakukan perkara itu kerana keengganan pelarian untuk mengambil bahagian dalam proses terbabit.*

               25) *MAYAT bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam tong sampah di Jalan BBN 1/2K, Bandar Baru Nilai, hari ini. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, mayat ditemui pekerja pembersihan sampah pada 8.40 pagi. “Pekerja terbabit kemudian menghubungi polis memaklumkan penemuan dan sepasukan anggota segera ke lokasi.*

               26) *PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini, mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi pelanggan Lebuhraya Utara-Selatan antara 24 hingga 29 Oktober ini. Ia bagi mengurangkan kesesakan sempena sambutan Deepavali.*

               27) *LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) memohon supaya kes samannya terhadap Datuk Mohd Nazifuddin Najib yang menuntut supaya anak bekas perdana menteri itu membayar cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta, diputuskan melalui penghakiman terus, tanpa melalui perbicaraan.*

               28) *CUBAAN sindiket menyeludup arak dan rokok dalam dua kontena serta mengisytiharkan sebagai perabot, gagal apabila barang larangan tidak bercukai itu dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Serbuan dilakukan JKDM di Bay Pemeriksaan Kastam Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) pada 2.20 petang, 15 Oktober lalu selepas pengisytiharan manifes dua kontena itu mencurigakan.*

               29) *SEMBILAN beradik sepakat mewakafkan sebahagian tanah milik arwah ibunya, untuk membangunkan sekolah agama bernilai RM3.97 juta. Difahamkan, bangunan baru Sekolah Agama Melayu Raya di Pekan Nanas, Pontian itu dilengkapi pelbagai kemudahan asas termasuk lapan bilik darjah, dewan terbuka dan kantin dengan kos pembinaannya dibiayai kerajaan negeri.*

               30) *SEKUMPULAN lelaki bertindak memecahkan cermin depan, belakang dan sisi kenderaan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika anggota penguat kuasanya melakukan serbuan di dua rumah urut di Bandar Baru Sri Petaling, di Kuala Lumpur, Isnin lalu. Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Penguatkuasaan DBKL Osman Ismail berkata, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa dari Cawangan Penguatkuasaan Premis melakukan serbuan di lokasi berkenaan, kira-kira 9 malam.*

               31) *PELAKON filem KL Gangster, Sofi Jikan yang terkenal dengan tagline ‘kasi sengat’ memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang memutuskan hukuman penjara 12 bulan atas pertuduhan menggunakan ganja, tahun lalu. Perkara itu dimaklumkan peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili pelakon terbabit atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 49, ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.*

                32) *“JANGAN jadikan sekolah agama atau maahad tahfiz tempat untuk ibu bapa melepaskan tanggungjawab agama anak-anak mereka,” tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Beliau berkata, ‘trend’ sekarang ini ramai dalam kalangan ibu bapa yang bekerja, terdesak mencari sekolah agama semata-mata untuk menempatkan anak mereka untuk dididik dengan pendidikan agama.*

                33) *BEKAS Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa setiap kali bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad menyampaikan ‘salam’ melalui pegawai khasnya, beliau memahami ia sebagai satu ‘petanda’. Ikhwan, 59, berkata ‘salam’ yang disampaikan menerusi Muhammad Zahid Mat Arip itu menunjukkan Mohd Isa memerlukan wang dan ia diberikan menerusi Muhammad Zahid.*

                34) *GADING milik gajah Pygmy Borneo yang bangkainya ditemui di Ladang Bimbingan (IOI), Beluran, Jumaat lalu, sudah dijumpai. Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew berkata, maklumat terkini itu dimaklumkan kepadanya, tengah malam tadi.*

                35) *LATIHAN ketenteraan menggunakan peluru hidup oleh pasukan komando akan diteruskan, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu. Bagaimanapun katanya, pada masa sama prosedur operasi standard (SOP) mengenainya perlu dilihat semula serta diperbaiki. “Pasukan komando mesti berani. Komando Malaysia memang terkenal termasuk dalam operasi ketenteraan di Somalia, baru-baru ini dan latihan ketenteraan bersama tentera Amerika Syarikat di Laut Pasifik.*

                36) *SEORANG mekanik ditahan selepas disyaki merogol kanak-kanak berusia 12 tahun yang juga anak kepada teman wanitanya sejak Mei lalu sehingga hamil. Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di rumah pekerja di Teku, Sibu, Selasa lalu, susulan laporan polis dibuat ibu saudara mangsa di Balai Polis Sungai Merah pada 9.45 malam.*

                37) *SEORANG duda dijatuhi hukuman penjara empat tahun selepas mengaku salah mencabul seorang nenek berusia 90 tahun di Mahkamah Majistret Sungai Siput, hari ini. Tertuduh Zawari Osman, 55, didakwa melakukan kesalahan itu kelmarin (Selasa) terhadap wanita warga emas di rumah mangsa di Kampung Karai, kira-kira 8.30 pagi.*

                38) *SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) sudah menjual enam borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, setakat ini. Timbalan Pengarah SPR Johor, Mohammad Zaidad Abdul Samat berkata, enam borang itu dijual dari 8 Oktober hingga semalam. Beliau berkata, mereka yang membeli borang itu adalah dari parti utama, namun belum ada yang membayar deposit untuk pilihan raya atau pun bahan kempen.*

                39) *MURID bawah 12 tahun terjebak dadah. Itu pendedahan Pengerusi Jawatankuasa Kesiatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berhubung trend penagihan membabitkan pelajar sekolah di negeri ini. Katanya, perkara itu didedahkan salah seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Kulai yang positif ujian saringan air kencing dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), baru-baru ini.*

                40) *SERAMAI 171 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Nyalau, Bintulu, tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini, selepas jalan masuk ke kawasan sekolah berkenaan dinaiki air, pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Mejar Ismail Mahedi dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak berkata, berdasarkan laporan diterima dari Jabatan Pendidikan Sarawak, ibu bapa tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah kerana jalan masuk tidak dapat dilalui akibat banjir dan keadaan yang amat berbahaya.*

            
*SEJAGAT*
==========


             *BANGKOK: Anggota penyelamat di Thailand menyelamatkan seorang lelaki kurang siuman dilihat memakai terlalu banyak cincin hingga menyebabkan jarinya bengkak.*
            *Lelaki itu pada mulanya dilihat merayau-rayau di Lat Luang, wilayah Samut Prakan dengan hampir semua jarinya biru kehitaman akibat memakai cincin terlalu ketat.*
           *Menurut media tempatan, pasukan penyelamat yang menerima aduan orang ramai memujuk lelaki berkenaan sebelum membawanya ke hospital.*

            *LONDON: Identiti 39 pendatang yang ditemui mati dalam keadaan beku di dalam kontena berhampiran London kelmarin disahkan kerajaan China sebagai warga negara itu.*
           *Mayat mereka ditemui pemandu yang membuka pintu kontena berkenaan untuk mengambil dokumen ketika berhenti di kawasan industri di Grays, timur London.*
           *Mail Online melaporkan, polis kini menyiasat sama ada pendatang itu diseludup ke Britain oleh sindiket penyeludup manusia di Ireland Utara.*

            *FENI: 16 orang djatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah di Bangladesh hari ini atas kesalahan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun dengan membakarnya hidup-hidup pada April lalu.*
            *Nusrat Jahan Rafi diikat sebelum disiram dengan minyak tanah dan kemudiannya dibakar kerana enggan menarik balik dakwaan gangguan seksual terhadap seorang pengetua ketika menuntut di sebuah kolej.*
          *”Keputusan itu membuktikan tiada siapa akan terlepas daripada jenayah membunuh di Bangladesh. Kita tertakluk kepada kedaulatan undang-undang,” kata pendakwa raya Hafez Ahmed kepada media selepas keputusan itu diumumkan.*

          *BANGKOK: Ibu kepada dua lelaki Myanmar yang dijatuhi hukuman mati kerana melakukan pembunuhan terhadap sepasang pengembara British di Thailand, menyerahkan rayuannya untuk mendapatkan pengampunan daripada raja Thailand hari ini.*
              *Pekerja asing dari Myanmar, Zaw Lin dan Win Zaw Tun dihukum mati oleh mahkamah Thailand kerana merogol Hannah Witheridge, 23, dan membunuhnya bersama David Miller, 24.*
            *Mayat pasangan itu dijumpai di pantai di pulau peranginan Koh Tao pada September 2014.*

           *LOS ANGELES: Manuskrip asal 1892 yang merangka premis moden Sukan Olimpik akan dilelong pada Disember ini di Sotheby, New York, Amerika Syarikat.*
           *Teks 14 muka surat oleh pencipta Olimpik, Pierre de Coubertin iaitu seorang penasihat aristokrat Perancis dan sejarawan, menggariskan wawasannya untuk menghidupkan semula tradisi sukan purba dalam bentuk moden dan persaingan antarabangsa.*
            *Dokumen itu ditulis sebagai ucapan memperjuangkan semangat kecemerlangan Sukan Olimpik, mempromosikan permainan yang adil dan sebagai manfaat peribadi serta untuk masyarakat.*

          *BARCELONA: Seorang maut dan lima lagi hilang semalam, susulan hujan lebat menyebabkan banjir kilat di timur laut Sepanyol.*
            *Menurut pegawai, banjir itu turut memusnahkan jalan raya dan mengganggu penerbangan.*
           *Polis berkata, mereka menemui mayat seorang lelaki di pantai di Caldes d’Estrac, kira-kira 40 kilometer ke utara Barcelona, manakala di selatan, penyelamat berusaha mencari lima yang hilang di kawasan paling teruk terjejas, Tarragona.*

            *LISBON: Portugal menggantung tugas seorang doktor sakit puan yang disyaki cuai selepas seorang bayi dilahirkan tanpa muka, dalam kes yang mengejutkan negara itu.*
           *Bayi dikenali sebagai Rodrigo, lahir pada 7 Oktober lalu tanpa hidung, mata atau sebahagian tengkorak tetapi kecacatannya hanya diketahui semasa kelahirannya di sebuah hospital di Setubal, kira-kira 40 kilometer ke selatan Lisbon.*
          *Majlis Perubatan Portugal sebulat suara bersetuju untuk menggantung Dr Artur Carvalho daripada bertugas selama enam bulan.*

           *RIYADH: Raja Salman melantik Menteri Luar baharu semalam, menurut perintah diraja tidak sampai setahun selepas penyandang terdahulu memegang jawatan berkenaan.*
          *Agensi Berita Saudi (SPA) memetik kenyataan perintah diraja melaporkan, Faisal bin Farhan Al-Saud yang berkhidmat sebagai duta ke Jerman akan menggantikan Ibrahim al-Assaf.*
         *Assaf diturunkan pangkat sebagai menteri negeri, menggantikan Adel al-Jubeir pada Disember 2018 iaitu dua bulan selepas pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di konsulat Arab Saudi di Istanbul, lapor SPA.*

          *POLYNESIA: Seorang pelancong Perancis cedera parah selepas diserang jerung dalam kejadian yang jarang berlaku di Polynesia, kelmarin.*
            *AFP melaporkan, wanita berusia 35 tahun itu dilaporkan sedang berenang di kepulauan Moorea dalam satu lawatan untuk melihat ikan paus Isnin lalu, apabila ikan jerung spesies ‘whitetip’ menggigit bahagian dada dan lengannya.*
             *”Dia bernasib baik, secara kebetulan dua jururawat berada di lokasi kejadian yang dengan segera memberikan bantuan.*

            *BEIJING: Satu kontrak pembunuhan gagal dilaksanakan selepas diserahkan daripada satu suspek ke suspek lain sehingga akhirnya bertukar tangan empat kali sebelum terbongkar kepada mangsa disasarkan.*
           *AFP melaporkan, ahli perniagaan Qin Youhui menawarkan dua juta yuan (RM1.2 juta) kepada pembunuh upahan, Xi Guangan, untuk membunuh Wei Mou yang memfailkan saman terhadapnya pada 2013. Menurut laporan, Qin mahu Wei dibunuh kerana bimbang menanggung kos perundangan tinggi untuk perbicaraan kes itu.*
           *Namun rupanya dia tersilap memilih pembunuh apabila lelaki itu pula menyerahkan tugas berkenaan kepada rakannya. Lebih lawak apabila rakan terbabit turut menyerahkan tugas itu kepada kawan lain menyebabkan arahan membunuh Wei bertukar tangan empat kali dengan jumlah upah dijanjikan berkurangan setiap kali.*

            *ISTANBUL: Kenderaan tentera Amerika Syarikat yang meninggalkan Syria kelmarin, dilempar batu dan tomato busuk oleh penduduk Kurdish, berang dengan tindakan Amerika memutuskan kerjasama dengan kumpulan bersenjata Kurdish memberi peluang kepada Turki menghalau mereka dari sempadan.*
           *Washington Post melaporkan, ketika kenderaan berperisai Amerika melalui bandar Qamishli dekat sempadan Syria-Turki, penduduk melemparnya dengan batu dan buah busuk, termasuk tomato.*


*TULAR,POPULAR,MEDIA SOSIAL*
========================


           *“NANTI saya hadiahkan t-shirt bola kepada Dato OK... Dato team mana?” titah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.*
           *Baginda berkenan mencemar duli memberi reaksi ciapan twitter Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkenaan hadiah jersi Liverpool diterimanya, hari ini.*
         *Ia kemudiannya disambut dengan rendah hati oleh Zulkifli dengan mengatakan beliau memang meminati pasukan Liverpool dan Brazil.*

              *“MULANYA, mereka (pengantin) nak singgah ke pasar malam beli makanan tetapi bila sampai di situ, saya dapat idea nak rakam gambar perkahwinan mereka di sana,” kata jurugambar Nik Hafidzul Furqan Nik Ahmad Sabri, 26.*
          *Idea kreatif Nik Hafidzul Furqan yang merakam gambar pasangan pengantin Nurul azreen Alias dan Badrul Amin Mashari@Mashuri, masing-masing berusia 22 tahun, di pasar malam Taman Gelora, Kuantan, Ahad lalu akhirnya tular di laman sosial.*
        *Menceritakan semula pengalaman itu, Nik Hafidzul Furqan berkata, ketika tiba di pasar malam berkenaa, dia lihat banyak sudut menarik dan latar belakang yang lain daripada lain untuk album perkahwinan mereka.*

             *MI, bihun, kuetiau sup dan bubur nasi yang dijual dengan harga RM1 semangkuk pasti menimbulkan pertanyaan dalam kalangan pelanggan sama ada mampu peroleh keuntungan atau tidak.*
           *Jika diikutkan harga sedemikian sememangnya tidak masuk akal, tetapi bagi Zailani Ismail, 47, perniagaan yang dijalankan di tepi jalan di Kampung Delima di sini, sejak empat bulan lalu semakin laris.*
           *Dia mengakui keuntungan diperoleh kecil namun konsep diperkenalkan sejak empat bulan lalu di premisnya dinamakan Kedai Mak Aji Stesen Kampung Delima menarik perhatian orang ramai, lebih-lebih lagi apabila tular di media sosial.*

           *“KAMI nak tengok juga dia naik ke pentas, sebab itu kami cuba lakukan apa jua sekalipun, termasuk melengah-lengahkan majlis (konvokesyen) supaya dia sempat naik (mengambil skrol),” kata Pegawai Istiadat Konvokesyen, Kapten (B) Ujud Tabil.*
          *Ujud memberi rekasi itu susulan seorang graduan yang juga penerima Anugerah Naib Canselor, Nur Letrah Shahira Shaharum masih dalam perjalanan dari Selangor ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Segamat, Johor, selepas kematian bapa saudaranya.*
            *Pada hari Konvokesyen UiTM Segamat yang berakhir semalam, graduan Diploma Perakaunan itu sepatutnya menerima anugerah berkenaan sebaik sesi terakhir bermula, namun disebabkan berlaku kematian penjaganya itu, dia lewat tiba di Dewan Sri Temenggong universiti itu.*
              *Kisah terbabit kemudian dikongsikan dalam Facebook Ujud hingga mendapat perhatian netizen dan tidak kurang yang memuji tindakan diambil UiTM Segamat pada hari itu.*

           *“TIADA siapa pun dalam dunia ini mahukan perceraian. Bagaimanapun, kita tidak mampu menolak ketentuan Allah,” kata pelakon berwajah kacukan Melayu-Australia, Natasha Hudson, 37, mengenai kegagalan rumah tangganya buat kali keempat, baru-baru ini.*
            *Natasha berkata, dia tiada niat langsung untuk menjaja kisah perceraian kali keempatnya itu.*
           *”Saya berkahwin dan bercerai empat kali kerana mencari kebahagiaan yang diimpikan dalam perkahwinan.*
           *Namun, saya masih gagal bertemu bahagia yang diimpikan setiap wanita yang berkahwin kerana Allah ada perancangan lebih baik buat saya dan anak ,” katanya kepada RAP.*

            *BEIJING: Seekor kuda dianggap sebagai kuda paling malas atau mungkin paling bijak selepas ia berpura-pura mati setiap kali ada orang cuba menunggangnya.*
          *Kuda yang dikenali sebagai Jingang mula popular selepas beberapa video menunjukkan ia tiba-tiba terbaring apabila ada orang menunggangnya tular di media sosial.*
           *Setiap kali ada orang yang cuba naik ke belakangnya, Jingang akan tiba-tiba terbaring kadangkala dengan keempat-empat kaki di atas dan menjelirkan lidahnya.*
           *Seorang penduduk yang cuba menunggang Jingang berkata: “Kuda ini comel dan nakal,”.*
         

*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2019 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*SELSA 29 KTOE 2019 ASHI ERSAAAN 1 ABIULWAL 1441 HIJRH*


*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0530
*SUBUH* : 0540
*SYURUK* : 0655
*ZOHOR* : 1300
*ASAR* : 1619
*MAGHRIB* : 1859
*ISYAK* : 2009


*artikel disiarkan pada tarikh 28okt*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *MAHKAMAH Majistret Johor Bahru, hari ini, melepas dan membebaskan jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017. Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu terhadap Sam Ke Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan dihadapinya selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.*

               2) *“IA bukannya hanya korbankan satu atau dua nyawa tetapi lapan nyawa hilang,” kata Zulkefli Sarkam, 45, bapa kepada Allahyarham Mohamed Azree Danish, seorang daripada lapan remaja yang maut dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru pada 18 Februari 2017. Menurutnya, dia reda dengan keputusan mahkamah tetapi sebagai bapa dan manusia biasa, dia tidak boleh mengenepikan perasaan marah dan tidak puas hati di dalam hatinya.
“Sepatutnya ada hukuman. Ini sedikit pun tiada langsung (hukuman), terus bebas. Sesiapa juga akan marah.*

               3) *LEBIH 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) yang menunggu lebih dua jam di Dewan UMNO, Jalan UMNO Pontian, hari ini, pulang hampa apabila dimaklumkan tiada pengumuman calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai. Difahamkan, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengumumkan nama calon dengan alasan majlis yang berlangsung hari ini hanya untuk melancarkan jentera PRK BN.*

               4) *LELAKI dipercayai suspek cubaan pecah rumah ditemui mati di dalam longkang di Taman Inderapura, Kuantan, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mayat ditemui orang awam kira-kira 11 malam sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.*

               5) *TIGA daripada lima ahli Geng 24 termasuk seorang bergelar Datuk yang sebelum ini ditahan kerana mengugut dan melakukan jenayah kekerasan terhadap seorang aktivis alam sekitar dikenakan Perintah Tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959. Ketiga-tiganya mereka itu bersama dua lagi lelaki ditahan pada 1 Julai lalu di Taman Sutera Damansara, Petaling Jaya dan di Taman Cheras Permai, Cheras dalam Op Simbah oleh Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.*

               6) *USAHA Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu menangkap buaya tembaga di lombong tinggal di Kampung Napoh, Kuala Terengganu masih belum membuahkan hasil. Sudah lima hari dipasang perangkap di kawasan itu tetapi buaya yang dikenali dengan panggilan Mamat dlaam kalangan penduduk tempatan dan katakan jinak itu masih belum terjerat.*

               7) *“AYSAR ok, kurang merengek dan keadaannya nampak lebih positif serta selesa,” kata Muhammad Nassar Sanusi, 29, bapa kepada bayi berusia enam bulan, Aysar Nasri yang menghidap Biliary Atresia atau penyakit hati kronik. Dua beranak itu kini berada di India dan Aysar dijangka akan menjalani pembedahan pemindahan hati pada Rabu atau Khamis ini di Hospital Max Healthcare, New Delhi.*

               8) *ALIRAN trafik menuju Lembah Klang di beberapa lebuh raya perlahan petang hari ini berikutan orang ramai kembali dari destinasi masing-masing selepas cuti perayaan Deepavali. Laporan terkini sehingga 5.30 petang di laman sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mengalami peningkatan jumlah trafik dari Temerloh ke Lanchang, manakala trafik di LPT2 kenderaan bergerak perlahan.*

               9) *KETUA Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, pada 16 November ini. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PH Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis mengumumkan calon dan pelancaran jentera PH PRK di Dewan Hai Kee, di Pontian, hari ini.*

               10) *“ADA pihak cuba ambil kesempatan atas kehilangan Danish,” kata bapa tiri kanak-kanak hilang, Isma Wahyuni Zulkifli, 25. Menurutnya, ada individu menghubunginya dengan mendakwa pernah ternampak kelibat Mohd Danish Supry Anthony, 9, itu di sebuah pasar di Miri, Sarawak dan mengharapkan wang sebagai balasan. “Saya pernah menerima beberapa panggilan yang menyatakan mereka ternampak dan menemui Danish.*

               11) *YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail (DK), di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini. Pengurniaan darjah kebesaran itu adalah bersempena Ulang Tahun ke-76 Keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, pada 12 Oktober lalu.*

               12) *JURUJUAL kereta dikhuatiri lemas dipercayai selepas terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra di Sungai Kelantan di Kota Bharu pagi hari ini. Kejadian pada 10 pagi itu dilihat pengguna laluan berkenaan yang kemudiannya memaklumkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).*

               13) *LELAKI terselamat dalam kejadian bot karam di perairan Merabung, Lahad Datu, Khamis lalu, masih enggan ‘membuka mulut’ untuk menceritakan kejadian sebenar. Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, setakat ini, pihaknya masih gagal mendapatkan maklumat daripada individu itu. Katanya, lelaki berusia 29 tahun itu masih dalam tahanan reman 14 hari bagi membantu siasatan insiden berkenaan.*

               14) *“SETAKAT ini sudah sepuluh kali kawasan ini dilanda banjir. Bukan saja barangan kegunaan harian habis rosak, ia juga menyebabkan aktiviti harian penghuni tergendala kerana kawasan ditenggelami air sedalam 1.5 meter. “Saya harap pihak berwajib khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat membantu kami kerana setiap kali hujan, kami berdepan dengan banjir yang turut menenggelamkan ruang pesakit di sini,” kata Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) Ramli Abdul Samad.*

               15) *POS Kawalan Sempadan Padang Besar 19 Op Wawasan Kedah/Perlis di Padang Besar diserang menggunakan mercun roket dipercayai dilakukan oleh warga Thailand, pagi hari ini. Dalam kejadian 11.20 pagi itu, sebanyak empat mercun roket dilepaskan dari arah pagar sempadan Malaysia-Thailand. Satu daripada mercun berkenaan kemudiannya meletup hingga memecahkan cermin tingkap pos kawalan.*

               16) *MANGSA banjir di daerah ini terus meningkat berikutan paras air Sungai Pendang yang terus melimpah sehingga mencecah paras bahaya. Pegawai Daerah Pendang merangkap Pegawai Bencana Daerah, Syed Khairol Anuar Syed Abidin berkata, sehingga 6 petang hari ini, seramai 71 mangsa dilaporkan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Cenderawasih, Pendang.*

               17) *ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) menambah 500 bot baru sebagai persiapan menghadapi bencana banjir di seluruh negara. Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Roslan Wahab berkata, bot baru itu sudah diagihkan kepada semua APM negeri untuk digunakan bagi melaksanakan misi menyelamat sepanjang musim tengkujuh.*

               18) *PUSAT Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Tasek Junjong, Bukit Mertajam, ditutup pada 3 petang hari ini selepas semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing. Situasi itu menjadikan hanya empat PPS iaitu di Dewan Orang Ramai Taman Sukun Bukit Minyak, Dewan Orang Ramai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tok Suboh, Tadika KEMAS Kampung Manggis dan Dewan Rukun Tetangga (RT) Taman Suria Aman masih beroperasi.*

               19) *MENAGANI kos sara hidup dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan terutama untuk golongan muda merupakan antara lima perkara utama yang perlu ditumpukan calon Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencadangkan perkara itu berkata, lima perkara utama yang dilihat membabitkan masyarakat tempatan harus diambil perhatian.*

               20) *BERANG kehendaknya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak dipenuhi, seorang anak mengugut mahu membunuh ibu kandungnya menggunakan sebilah parang semalam. Dalam kejadian pada 8.45 malam di sebuah rumah di Paka, Dungun, lelaki berusia 20-an itu turut menendang pintu rumah sekuat hati dan memaki hamun ibunya berusia 75 tahun sambil memaksa mangsa menyerahkan wang.*

               21) *MANGSA banjir di Johor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor meningkat kepada 1,974 orang daripada 559 keluarga setakat 12 tengah hari tadi. Ia berbanding 1,676 orang daripada 466 keluarga pada 8 pagi. Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), di Johor, lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lima daerah iaitu di Batu Pahat, Johor Bahru, Kulaijaya, Kluang dan Pontian membabitkan seramai 595 mangsa daripada 142 keluarga.*

               22) *TINDAKAN lelaki menyembunyikan dadah di dalam seluar dalam dipakainya gagal, sebelum diberkas polis di Seberang Jaya, minggu lalu. Dalam kejadian 7.30 malam di Pangsapuri Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh itu, suspek berusia 26 tahun dilihat berada dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan polis.*

               23) *POLIS akan menemu bual pakar sejarah dari universiti tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes komik propaganda bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan - Meraih Manfaat Bersama’, dalam masa terdekat. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, temu bual itu bagi membolehkan pihaknya mendapatkan pandangan pakar berhubung fakta yang terkandung dalam komik berkenaan.*

               24) *DUA lelaki maut dan seorang wanita parah dalam kemalangan membabitkan sekurang-kurangnya lapan kenderaan di Kilometer 273.2 arah selatan dari Nilai ke Bandar Ainsdale, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), pagi tadi. Kejadian jam 7.30 pagi itu menyebabkan lorong kanan terhalang dan berlaku kesesakan.*

               25) *SEKUMPULAN lelaki dikesan cuba menyeludup 21 guni daun ketum bernilai RM95,050 ke Thailand melalui kawasan kebun di Padang Besar, semalam. Dalam kejadian 6 pagi itu, perbuatan kumpulan terbabit gagal apabila kegiatan mereka disedari anggota Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika Op Wawasan Kedah/Perlis.*

               26) *HUJAN lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka masing-masing dua di Hilir Perak dan satu di Batang Padang. Pertambahan itu menjadikan jumlah PPS yang sudah dibuka setakat pagi ini di Perak, sebanyak lima PPS, berbanding dua PPS semalam.*

               27) *DUA lelaki Orang Asli maut, manakala dua yang lain parah dalam nahas membabitkan empat kenderaan di kilometer 6 Jalan Jerantut-Maran dekat Jerantut Feri, di Jerantut, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa A Rudin, 25, dan rakannya Ahmad Bustamam Fauzi, 33, maut di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.*

               28) *JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuala Selangor terus mencatatkan peningkatan pada pagi ini, apabila seramai 784 orang mangsa terpaksa dipindahkan akibat bencana itu setakat 8 pagi ini. Jurucakap Smart Selangor Command Centre berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (S K) Parit Mahang kini dihuni 581 orang daripada 160 buah keluarga berbanding 492 orang daripada 138 keluarga sebelum ini.*

               29) *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar barang kawalan bersubsidi di kawasan perairan Tanjung Saima, dekat Tawau, pada Sabtu.
Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata, sepasukan anggota yang menjalankan rondaan berjaya mengesan sebuah bot jenis fiber dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan, pada 3.40 petang.*

               30) *HUJAN lebat petang semalam di beberapa di Pulau Pinang, termasuk di daerah Seberang Perai Tengah (SPT), mengakibatkan berlaku banjir kilat dan dua pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka di daerah itu, malam tadi. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, dua PPS itu ialah Dewan Rukun Tetangga Taman Suria Aman dan Masjid Tasek Junjong yang masing-masing dibuka bermula 9 malam.*

               31) *KEMURUNGAN melampau antara punca pesakit barah payudara mengambil masa lama untuk pulih walaupun selepas menjalani rawatan. Presiden Breast Cancer Support Society Segamat (BCSS) Segamat, Zorrilah Abd Hamid berkata, biasanya pesakit yang baru disahkan menghidap kanser payudara ketakutan sehingga kemurungan. Katanya, lebih menyedihkan sebahagian besar pesakit tidak menjalani saringan awal disebabkan malu dan kurang pengetahuan.*

                32) *ISTERI Ketua MCA Bahagian Besut, Lee Chan Fook maut selepas dilanggar sebuah kereta Perodua Axia ketika melintas jalan di Kampung Padang Luas, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.15 malam, mangsa, Lua Siew Khim, 51, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.*

                33) *IBU tunggal di Kampung Telok Temelah, Mukim Bongor, Baling hidup dalam kebimbangan berikutan rumahnya ditimpa runtuhan tanah dalam kejadian pada minggu lalu. Disebabkan itu, Rohana Abd Latif, 55, kini masih dalam keadaan trauma setiap kali hujan lebat berikutan bimbang kejadian sama berulang. Menurutnya, kejadian pada minggu lalu itu mengakibatkan rumahnya retak dan rosak selain dalam rumah dipenuhi selut.*

                34) *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengambil masa lebih satu jam mengejar bot nelayan Vietnam sejauh lima batu nautika sebelum menahannya dalam jarak 228 kilometer dari Muara Tok Bali di sini, kelmarin. Bot berkenaan ditahan menerusi Op Naga Barat oleh Kapal Maritim Jujur (KM Jujur), jam 10.16 pagi bersama 11 nelayan termasuk seorang tekong dan 10 awak-awak berusia 22 hingga 45 tahun.*

                35) *MAYAT seorang lelaki ditemui terapung di perairan Pulau Mataking, Semporna, kelmarin dipercayai mangsa tragedi bot karam di perairan Merabung. Dalam kejadian jam 12.10 tengah hari, mayat tanpa baju dan berseluar pendek merah ditemui dalam keadaan kembung dan mulai reput.*

                36) *SEBUAH pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Kangkar Tebrau dibuka bagi menempatkan 55 orang daripada 16 keluarga mangsa banjir malam ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata, semua mangsa membabitkan penduduk Kangkar Tebrau dipindahkan 8.10 malam tadi.*

                37) *ANGGOTA tentera dan tiga pelajar sekolah antara 27 individu yang ditahan polis dalam Ops Tapis di sebuah pangsapuri di Jalan Pantai Telok Kemang, Port Dickson hari ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam serbuan 4 pagi itu, polis menemui dadah pelbagai jenis 7.26 gram.*

                38) *BAGAI di negara asing. Itu dirasai orang ramai yang berkunjung ke taman riadah pusat beli-belah KLCC sempena cuti Deepavali semalam. Taman itu antara beberapa lokasi tumpuan pengunjung tempatan, pelancong dan pekerja warga asing untuk ‘bersantai’ atau menghabiskan masa terluang sempena cuti umum.
Tinjauan di taman itu mendapati ia dipenuhi ramai pengunjung termasuk warga asing seawal jam 10 pagi.*

                39) *SUAMI isteri yang juga peniaga kedai runcit di Kampung Temin, Sungai Siput kerugian RM14,000 selepas diperdaya tiga lelaki yang menjalankan kegiatan penjualan baja tanaman tiruan. Pasangan itu didatangi dua lelaki 14Oktober lalu yang mendakwa wakil penjual sejenis baja tanaman kelapa sawit dan menawarkan menjual produk itu di kedai mereka.*

                40) *RAKYAT diminta mengubah mentaliti jika ingin mengelak banjir dengan mementingkan penyelenggaraan sistem saliran dan tidak membuang sampah secara sebarangan hingga menyebabkan sistem perparitan tersumbat. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, selain faktor taburan hujan luar biasa hingga menyebabkan banjir, sikap masyarakat tidak terlalu mementingkan penyelenggaraan saliran serta pembuangan sampah secara teratur menyumbang kepada kejadian banjir kilat di kawasan mereka.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *BEIJING: Seorang warga emas berusia 67 tahun di timur China menjadi ibu tertua di negara itu selepas melahirkan bayi perempuan pada Jumaat lalu.*
           *Wanita dikenali sebagai Tian melahirkan bayi seberat 2.6 kilogram menerusi pembedahan di Hospital Bersalin dan Kanak-kanak Zaozhuang.*
        *Tian mendakwa tidak menggunakan kaedah rawatan kesuburan dan hanya menyedari dia hamil ketika membuat pemeriksaan kesihatan.*

           *RAKYAT Malaysia lemas ketika melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Poda, Ao Nang, Wilayah Krabi, Thailand hari ini.*
             *Dalam kejadian 9 pagi (waktu tempatan), mangsa, Muhamad Hafizee Supie, 25, juruteknik dari Ledang, Johor, melancong ke Pantai Ao Nang bersama rakan sekerjanya.*
            *Pegawai Penyiasat Pejabat Polis Daerah Ao Nang, Kapten Nakorn Chartthai berkata, pasukan sukarelawan yang berada di tempat kejadian memberi bantuan pernafasan (CPR) terhadap mangsa namun gagal.*

           *NEW DELHI asukan penyelamat hari ini berlumba dengan masa untuk menyelamatkan budak lelaki berusia dua tahun yang terperangkap lebih 72 jam di dalam perigi sedalam 26 meter di selatan India.*
         *Budak lelaki itu terjatuh ke dalam perigi seluas 30 sentimeter pada tengah hari Jumaat lalu ketika bermain berhampiran rumahnya di Tiruchirappalli di negeri Tamil Nadu.*
            *Satu kamera terma digunakan untuk memantau suhu badan mangsa yang dikenali sebagai Sujith Wilson dan oksigen juga disalurkan menggunakan paip.*

           *RIYADH: Seramai tujuh orang terbunuh dan 11 lagi cedera dalam banjir akibat hujan lebat di timur Arab Saudi, lapor stesen televisyen Al-Ekhbariya pada hari ini.*
           *Perkhidmatan kecemasan di bandar Hafer al-Batin yang terletak kira-kira 100 kilometer dari barat daya Kuwait melaporkan 16 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka.*

           *BOGOTA (COLOMBIA): Seorang remaja menghidap penyakit ganjil dikenali sebagai Sleeping Beauty yang menyebabkan dia sering mengantuk dan kadangkala tidur hingga dua bulan.*
         *Mirror Online melaporkan, Sharik Tovar, 17, menghidap sindrom Kleine-Levin dan sering hilang ingatan selepas bangun dari tidur yang panjang.*
         *Keadaan itu menyebabkan ibunya, Marleny Tovar menghancurkan makanan untuk diberi makan kepada gadis itu setiap dua jam.*

           *MEXICO CITY: Polis menemui lebih 40 tengkorak, berpuluh-puluh tulang dan bekas kaca mengandungi janin bayi ketika menyerbu lokasi persembunyian seorang suspek pengedar dadah di bandar ini, kata pihak berkuasa semalam.*
           *Empat tengkorak itu dibina menjadi tempat penyembahan di kawasan kejiranan di tengah Tepito, lokasi polis menahan 31 suspek dadah pada Selasa lalu.*
           *Lokasi semua suspek ditahan mempunyai beberapa terowong rahsia dan makmal membuat dadah.*

           *HEALDSBURG: Gabenor California mengisytiharkan darurat di negeri itu semalam selepas kebakaran hutan semakin tidak terkawal akibat angin kencang memaksa puluhan ribu penduduk berpindah dan gangguan bekalan elektrik besar-besaran.*
            *Kebakaran yang dinamakan Kincade Fire, di utara San Francisco itu merebak sehingga 12,000 hektar semalam, dengan cuma 10 peratus berjaya dikawal menjelang tengah hari semalam, kata pasukan bomba.*

           *HONG KONG: Ekonomi Hong Kong kini memasuki fasa meleset yang berpunca daripada tunjuk perasaan antikerajaan selama lima bulan yang tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti.*
            *”Kesan pada ekonomi adalah komprehensif,” kata Setiausaha Kewangan Hong Kong, Paul Chan dalam blognya semalam.*
          *Katanya, unjuran awal untuk suku ketiga Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) menunjukkan menguncup untuk dua suku berturut-turut - definisi secara teknikal, meleset.*

           *LONDON: Tiga suspek yang ditahan di Britain susulan penemuan 39 mayat dalam sebuah trak sejuk beku dibebaskan dengan jaminan polis.*
           *Polis berkata, mereka ialah seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 38 tahun dari Warrington di utara England dan seorang lelaki Ireland berusia 46 tahun yang pernah ditahan di Lapangan Terbang Stansted, di sini.*
         *Mereka ditahan dua hari selepas lapan mayat wanita dan 31 lelaki dijumpai dalam sebuah trak di zon industri di Grays di Essex, tenggara England.*

           *WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan kematian ketua Daish, Abu Bakar al-Baghdadi dalam satu operasi di Idlib, Syria, semalam.*
          *Dalam pengumuman di Rumah Putih, Trump mendakwa Abu Bakar meletupkan diri bersama tiga anaknya yang kecil selepas dikejar masuk ke dalam satu terowong dalam operasi di Barisha, Idlib itu.*
           *Menurutnya, terowong berkenaan runtuh dan ujian terhadap sisa mayat berkenaan mengesahkan ia Abu Bakar.*


*TULAR,POPULAR,MEDIA SOSIAL*
========================


            *“FUYUUU, my good fren (kawan baik saya) Wang Manang...!,” ciap Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi akaun Twitter baginda @cheminahsayang.*
             *Baginda berkenan membuat ciapan itu selepas tertarik dengan isu songket dan cabarannya dipaparkan akhbar, New Straits Times, hari ini.*
            *”Kita semua pencinta tekstil tradisional akan terus menenun kain yang terbaik!*
              *Wan Manang Wan Awang, 65, yang berpengalaman 40 tahun dalam industri songket, yakin industri itu mampu terus berkembang walaupun berdepan cabaran.*

             *“IKAN kelah merah itu dijual dengan harga RM3,000 seekor dan ia memang rezeki ayah dan kami sekeluarga,” kata Mohd Fitri Mustafa, 25, dari Kampung Temir, Telemong, Hulu Terengganu.*
           *Bapanya, Mustafa Othman, 50, berjaya memancing ikan eksotik seberat 11.6 kilogram (kg) itu di Sungai Temir pada 30 September lalu.*
          *Rezeki Mustafa memancing ikan itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen menganggap ia sesuatu yang luar biasa dan jarang berlaku.*

            *“NASIB saya tidak memandu dalam keadaan laju, jika tidak apalah nasib saya ketika itu.*
          *”Mujur juga tayar ini tidak mengena penunggang motosikal,” kata Muhamad Jufri Jamaludin, 24.*
          *Muhamad Jufri adalah individu yang merakam video tular tayar lori tercabut dan bergolek sejauh hampir satu kilometer di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Jumaat lalu.*
           *Menurutnya, kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi ketika dia sedang memandu dari Keramat menuju ke Shah Alam sebelum dikejutkan dengan tayar lori tercabut.*

            *PELAKON terkenal tanah air Fauziah Nawi, 66 tidak dapat menyembunyikan kesedihannya dengan meratapi ‘kepulangan’ jenazah anaknya di kediamannya di Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur, tengah malam ini.*
           *Sebaik sahaja jenazah Mohd Firdaus Mohamad Hanif, 43 atau Pitt Hanif tiba di rumah itu jam 12.30 tengah malam, pelakon berkenaan cuba menahan sebak namun tumpas apabila air mata jatuh bercucuran.*
         *Manakan tidak, anak lelaki tunggal yang juga anak sulung daripada dua beradik itu sudah pergi mengadap Ilahi dan meninggalkan dirinya.*

            *JENAZAH Allahyarham Mohd Firdaus Mohd Hanif, 43 atau Pitt Hanif selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, Kuala Lumpur jam 2 pagi, hari ini.*
            *Terdahulu, jenazah pengarah filem Coast Guard itu yang juga anak kepada seniwati Fauziah Nawi, 66, dibawa dri rumah ibunya di Taman Melati, Setapak, jam 1.30 pagi sebaik tiba dari Hospital Kuala Lipis, Pahang.*
            *Lebih 300 ahli keluarga, saudara mara, rakan artis dan kenalan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir.*

          *AJAKAN menunaikan umrah antara pembuka jalan buat ibu pendakwah ini memeluk Islam walaupun sudah lapan tahun beliau memujuk wanita tersayang itu.*
          *Pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hung bersyukur kerana doa dan impiannya untuk melihat wanita yang melahirkannya memeluk Islam dimakbulkan Allah SWT, Jumaat lalu.*
         *Firdaus berkata, semuanya selepas dia menyatakan hasrat membawa ibunya, See Ah Lin, 61, menunaikan umrah, Disember depan.*

          *“SEBELUM masuk kelas, saya akan belajar melalui Internet, buku serta kertas kajian mengenai teknik kulinari supaya saya betul-betul faham,” kata penerima Anugerah Dr Mohamed Haroon, Ku Muhammad Muaz Ku Mokhtar, 20.*
         *Pemegang Diploma Seni Kulinari itu seorang daripada 510 graduan Food Institute of Malaysia (FIM) yang diraikan dalam Majlis Konvokesyen FIM Ke-17 di PWTC di sini, kelmarin.*
          *Ku Muhammad Muaz menerima trofi, sijil dan wang tunai RM2,000 selepas mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.93 selain aktif dalam kokurikulum.*

           *SYDNEY: Dua pelawak di YouTube bakal didakwa di mahkamah selepas membunyikan hon udara pada seorang lelaki hingga menyebabkan gegendang telinga mangsa cedera.*
           *Mail Online melaporkan, Luke Erwin, 25, dan abangnya, Joel, 27, didakwa menyebabkan kecederaan pada telinga seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian di George Street, Sydney.*
           *Dua beradik itu yang mempunyai lebih 300,000 pengikut di Instagram dan YouTube memberitahu mereka tidak berniat untuk mencederakan lelaki itu.*

          *LONDON: Kursus terapi tamparan yang boleh dipelajari secara atas talian didakwa boleh menyembuhkan gejala penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan arthritis dengan cara menampar bahagian tubuh lain sehingga lebam, satu amalan dikenali sebagai ‘Paida Lajin’.*
           *Dengan bayaran kurang 40 euro (RM185.60), ahli terapi meminta orang ramai menyasarkan bahagian sakit yang tidak dapat dicapai tangan, menggunakan tongkat, batu atau bahkan pemotong daging.*
            *Rakaman video tular menunjukkan, ahli terapi berulang kali menampar pelajar sehingga 15 minit pada satu-satu masa sambil berkata, semakin berasa sakit akan membuatkan ia bertambah sembuh.*
               
*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*RAU 6 NEMER 2019 ASHI ERSAAAN 9 ABIULWAL 1441 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0530
*SUBUH* : 0540
*SYURUK* : 0655
*ZOHOR* : 1300
*ASAR* : 1620
*MAGHRIB* : 1858
*ISYAK* : 2010


*artikel disiarkan pada tarikh 5nov*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *PEKERJA kontrak yang videonya tular kerana membunuh kucing bunting dalam mesin pengering pakaian dihukum penjara 34 bulan dan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini. Hakim Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap K Ganesh, 42, selepas mendapati pihak pendakwan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.*

               2) *DATUK empat cucu dicekup berkhalwat dengan janda di rumah di taman perumahan di Alor Setar, semalam. Lelaki berusia 58 tahun itu dicekup sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam serbuan 11.45 malam.*

               3) *PERASAAN teruja memuncak apabila basikal lajak meluncur laju meninggalkan rakan lain mendorong aktiviti terbabit dijadikan hobi segelintir kanak-kanak dan remaja bagi mengisi masa lapang. Kanak-kanak yang mahu dikenali sebagai Aiman, 12, berkata walaupun menyedari risiko dan bahaya bermain basikal lajak namun dia tidak dapat menolak keinginannya untuk berlumba bersama rakan.*

               4) *PEMUDA dijatuhi hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini, kerana memiliki parang dan pedang di dalam kenderaan, tahun lalu. Keputusan itu dibuat Hakim, Wan Azimah Yaacob selepas tertuduh, Badrul Hisyam Zakari, 23, dari Kampung Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu, didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.*

               5) *SERAMAI 132,654 pendatang tanpa asing (PATI) yang berniaga tanpa kebenaran ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi tempoh Januari 2017 hingga 31 Ogos 2019. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, kesemua PATI itu ditahan menerusi 43,612 operasi penguatkuasaan di seluruh negara.*

               6) *PENUNTUT institusi kemahiran dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun. Bagaimanapun tertuduh, Mohamad Khairin Safwan Khairul Azman, 21, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim, Nooriah Osman.*

               7) *YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan kekaguman terhadap pencapaian Putrajaya yang sering mendapat pujian dan hebat diperkatakan pemimpin negara asing. Berkongsi kisah pertemuan bersama pemimpin asing ketika berkenan menyempurnakan Kongres Perancangan Bandar Kebangsaan 2019 di Putrajaya hari ini, menurut Seri Paduka terdapat pemimpin asing berhasrat mempelajari pencapaian atau perancangan Putrajaya.*

               8) *KUMPULAN yang cenderung menyebarkan ideologi pengganas dan menentang pembentukan kerajaan secara demokrasi berperlembagaan kini dalam radar pihak berkuasa. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang mendedahkan perkara itu berkata, antara kumpulan yang berada dalam pemerhatian ialah Hizbut Tahrir yang secara terang menolak demokrasi berperlembagaan.*

               9) *KEMENTERIAN Pengangkutan mencari kaedah untuk mengawal selia kegiatan basikal lajak dalam mengatasi fenomena berkenaan yang bukan sahaja memberi masalah kepada pengguna jalan raya, malah membahayakan nyawa kanak-kanak terbabit. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia sudah dibincangkan menerusi Mesyuarat Kabinet minggu lalu dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah diminta untuk melihat perkara berkenaan.*

               10) *KEMPEN Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai di Kukup, Pontian diwarnai gelagat pengundi yang cuba menyembunyikan identiti partinya. Kehadiran calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini, 66, mempromosi diri menyebabkan penyokong parti Barisan Nasional (BN) spontan menutup logo parti pada baju dipakainya.*

               11) *KEMENTERIAN Luar mengesahkan rakyat Malaysia paling ramai menetap lebih masa di Australia. Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya memaklumkan rakyat Malaysia juga adalah paling ramai yang membuat permohonan bagi mendapatkan visa perlindungan serta status pelarian.*

               12) *CUBAAN lelaki Indonesia membawa masuk 10 kilogram (kg) daun sirih ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dikesan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang semalam. Lelaki berusia 40-an itu tiba dari Medan pada 12 tengah hari sebelum ditahan penguat kuasa MAQIS yang menemui beberapa ikat daun sirih dalam bagasinya.*

               13) *PENGGUNA perkhidmatan Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) bakal membayar kadar baharu bagi penghantaran mel dan paket di bawah dua kilogram (kg) menjelang 1 Januari 2020. Peningkatan kadar itu berikutan keputusan Kesatuan Pos Sedunia (UPU) yang mahu menaikkan kadar bayaran terminal melebihi 200 peratus secara berperingkat-peringkat dalam tempoh lima tahun dengan permulaan 30 peratus pada 1 Januari depan.*

               14) *BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi mengakui di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, semalam bahawa usaha sama antara syarikat pelaburan kerajaan itu dengan PetroSaudi Ltd (PSI) gagal. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam prosiding bicara yang masuk hari ke-32.*

               15) *LEBIH lapan bulan bersembunyi kerana diburu polis, pesara tentera yang mengugut rakannya dengan senapang angin Februari lalu akhirnya diberkas polis semalam. Lelaki yang sudah dua tahun bersara itu ditahan 7.40 malam dan turut dirampas selaras senapang angin miliknya. Difahamkan, lelaki itu yang kini berkerja sendiri sebelum ini melarikan diri dari daerah itu bagi mengelak ditahan polis.*

               16) *JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) meningkatkan inisiatif pendidikan dan pencegahan melalui usaha advokasi di sekolah-sekolah bagi membendung gejala basikal lajak dalam kalangan kanak-kanak. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, penubuhan kadet JPJ di sekolah-sekolah adalah satu daripada strategi JPJ untuk mendekati pelajar supaya tidak terbabit dengan gejala yang tidak sihat ini.*

               17) *KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyokong bagi mengenakan tindakan undang-undang terhadap ibu bapa yang tidak menjaga kebajikan anak-anaknya. Timbalan menterinya, Hannah Yeoh berkata, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, tindakan itu wajar dilaksanakan supaya ibu bapa lebih mengambil berat mengenai kebajikan anak mereka.*

               18) *SELANGOR menyumbang 23.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun lalu, sekali gus mengekalkan statusnya sebagai penyumbang pelaburan tertinggi di negara ini. Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sumbangan lebih 20 peratus Selangor kepada KDNK negara membuktikan kewangan yang stabil melalui pengukuhan aspek tadbir urus dan polisi yang efektif.*

               19) *KERAJAAN tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk menjadi perunding bagi mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Malah, ada pihak yang dikesan cuba menipu untuk mengaut keuntungan, dengan mendakwa perunding yang boleh mendapatkan sijil halal JAKIM dengan mudah.*

               20) *BAYI perempuan, Farah Hanis Fairol Haziri yang diahirkan Kamareeah Arwae, 36, yang sedang koma akibat ketumbuhan di kepala boleh dikatakan sebagai satu keajaiban dalam bidang perubatan kerana jarang berlaku. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Dr Ahmad Amir Ismail yang menjalankan pembedahan itu berkata, kebiasaannya ibu yang berada dalam situasi itu akan mengalami keguguran, manakala pertumbuhan bayi terencat atau masalah kesihatan lain.*

               21) *LELAKI hampir kehilangan jari kaki kiri apabila terkena mata mesin potong rumput ketika menebas di Kampung Parit Mat Ali, Kuala Kurau dekat Parit Buntar, hari ini. Dalam kejadian 8.45 pagi itu , mangsa dikenali sebagai Firdaus, 28, dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Kurau sebelum dirujuk ke Hospital Taiping akibat luka dan keretakan tulang jari kaki.*

               22) *HANYA sebilangan kecil saja penggiat industri bagi produk halal termasuk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) menggunakan instrumen perbankan dan kewangan Islam manakala yang lain sebaliknya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, justeru tindakan perlu diambil untuk menjadikan kewangan Islam sebahagian daripada ekosistem halal.*

               23) *KERAJAAN disaran mengkaji semula dan membuat pindaan undang-undang sedia ada berkaitan pengangkutan jalan bagi menangani kes seperti basikal lajak dengan lebih berkesan. Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, penggunaan basikal lajak berisiko amat tinggi malah ada menjadi ancaman kepada pengguna jalan raya yang lain.*

               24) *MAHKAMAH Tinggi, Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan habeas corpus difailkan lima lelaki termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang ditahan berkaitan kumpulan LTTE, supaya mereka dibebaskan serta-merta daripada tahanan. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh ketika membuat keputusan itu berkata permohonan dikemukakan oleh kesemua pemohon kini bersifat akademik dan tidak relevan kerana mereka telah dituduh di mahkamah.*

               25) *PENIAGA mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini atas empat pertuduhan menggunakan alat komunikasi yang tidak diperakui dan memberi perkhidmatan rangkaian laluan tanpa lesen, 25 Oktober lalu. Choo Boon Yang, 37, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rofiah Mohammad.*

               26) *SEPULUH orang termasuk tekong dan seorang wanita dipercayai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Indonesia ditahan ketika cuba menjalankan aktiviti penyeludupan migran di Selatan Tanjung Ayam, di kedudukan 3.6 batu nautika perairan Pengerang, malam tadi. Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, PATI yang berumur lingkungan 14 hingga 43 tahun itu ditahan pada 10.20 malam selepas pihaknya berjaya memintas bot berkenaan yang enggan memberi kerjasama sewaktu diminta berhenti untuk pemeriksaan.*

               27) *BUAT masa ini tiada duti eksais dikenakan terhadap produk vape namun, jika produk itu mampu memberi hasil kepada negara ia (duti/cukai) akan dikutip sebaiknya. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata, Kementerian Kewangan akan memastikan mana-mana aktiviti yang tidak baik untuk kesihatan dan sebagainya akan diletakkan cukai bagi memastikan ia dapat dikurangkan.*

               28) *KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memohon maaf kepada penerima Bantuan Kebajikan Persekutuan susulan kelewatan pembayaran bagi bulan ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kelewatan pembayaran itu berikutan masalah teknikal membabitkan isu prosedur dalam menurunkan peruntukan kepada agensi yang berkenaan.*

               29) *USIANYA baru mencecah 15 tahun namun sudah terbabit dengan sindiket pengedaran pil kuda di sekitar Tumpat. Kegiatan pelajar lelaki itu terbongkar selepas ditahan polis bersama 7,800 pil kuda bernilai RM117,000 dalam serbuan di rumah di Taman SBJ, Pasir Pekan, Tumpat pada 4.05 pagi semalam. Turut ditahan, abangnya berusia berusia 24 tahun dan dua lagi lelaki berusia 20 dan 21 tahun.*

               30) *KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali yang berminat menyediakan perkhidmatan bike-hailing (teksi motosikal) dibenarkan melaksanakan proses rintis atau Proof of Concept (POC) bermula Januari tahun depan. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kerajaaan bersetuju supaya POC dilaksanakan terlebih dahulu memandangkan proses pindaan undang-undang untuk meluluskan pelaksanaan perkhidmatan itu akan mengambil masa kerana memerlukan pembentangan dan kelulusan di Parlimen.*

               31) *TIGA lelaki melemparkan bom buatan sendiri dan juga beg mengandungi pisau pemotong sayur di rumah teres tiga tingkat di Bukit Gambir, Georgetown, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, semua lelaki terbabit pada mulanya masuk ke dalam rumah berkenaan untuk merampas beg yang dikatakan mempunyai barang berharga milik penghuni rumah. Bagaimanapun, perbuatan itu dihalang pengawal peribadi pemilik rumah terbabit yang kemudian bergelut dengan mereka.*

                32) *POLIS Perak akan terus menggunakan kaedah menasihatkan ibu bapa melalui Program Kepolisan Komuniti bagi memastikan aktiviti basikal lajak dalam kalangan kanak-kanak serta remaja di negeri ini tidak akan wujud. Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, walaupun tiada sebarang kes membabitkan aktiviti basikal lajak dilaporkan setakat ini, namun pihaknya sentiasa mengambil langkah awal untuk memastikan ia tidak menular.*

                33) *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 338 bubu naga dan dua bot fiber bersama enam nelayan tempatan di perairan Pulau Talang, Pantai Remis di Lumut semalam. Dalam kejadian pada 4.30 petang itu, enam lelaki berkenaan dikesan sedang memasang bubu naga di kawasan perairan terbabit.*

                34) *MASYARAKAT dilihat tersalah faham dalam memahami pemberian wang zakat kepada orang bukan Islam seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sejak 2017. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, fatwa berkenaan diputuskan selepas mengambil kira pendapat dalam kalangan ahli fekah dan bukannya fatwa rekaan yang baharu.*

                35) *SERAMAI 12 individu termasuk pengedar dadah ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan sepanjang dua minggu di beberapa lokasi di Tuaran. Operasi bermula 21 Oktober lalu dan berakhir kelmarin itu dilaksanakan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Tuaran, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.*

                36) *HANYA 30 peratus bahagian badan gajah Pygmy Borneo ditemui ketika bedah siasat dijalankan selepas bangkai haiwan itu ditemui di Sungai Kinabatangan, Ahad lalu. Sebahagian organ haiwan malang itu tidak ditemui termasuk kepala, bahagian perut serta kedua kaki belakang dan tapak kakinya.*

                37) *KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menyita 335 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi dan industri bernilai RM88,000 dalam serbuan di sebuah premis di Pulau Indah, Klang hari ini. Pengarahnya, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata, serbuan 10 pagi itu adalah hasil risikan dua minggu pihaknya sebelum berjaya mengesan aktiviti memindahkan gas daripada 198 tong LPG 14 Kilogram (kg) bersubsidi kepada 137 tong gas industri 50 kg secara haram.*

                38) *HANYA sebahagian kecil dana diperoleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digunakan untuk pembangunan manakala selebihnya disalurkan kepada syarikat PetroSaudi International Ltd (PSI). Perkara itu disahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam prosiding bicara di Mahkamah Tinggi di sini, yang masuk hari ke-31, semalam.*

                39) *SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan agihan kutipan zakat di negeri ini diberikan kepada lapan golongan asnaf dalam kalangan umat slam. Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin menitahkan lapan golongan berkenaan termasuk asnaf fakir, miskin dan mualaf (saudara baharu).*

                40) *TERTUDUH pertama kes kematian membabitkan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, bahawa dia mencucuh mangsa menggunakan seterika wap. Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, 23, berkata, dia melakukan perbuatan itu terhadap Zulfarhan sekali saja di tapak kaki dan lutut mangsa.*

            
*SEJAGAT*
==========


           *BANGKOK: Seorang remaja mati akibat terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbit menggunakan kabel pengecas yang usang di rumahnya di Chaiyaphum, Thailand pada Jumaat lalu.*
           *Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku ketika mangsa, Nong Ying, 17, bermain dengan telefon bimbitnya ketika mengecas menggunakan kabel lama yang dibalut dengan pita pelekat.*
             *Kabel terbabit dikatakan menyentuh besi katilnya menyebabkan dia maut serta merta sebelum mayat ditemui oleh ibunya, Boonpeng Tuponchai, 47.*

           *London: Tindakan penjenayah cuba memecah masuk sebuah rumah membongkarkan terowong rahsia yang membawa ke ‘ladang’ kanabis bawah tanah dipercayai bernilai 40 juta (RM2.1 bilion).*
            *Terowong sepanjang 21 meter itu membawa kepada lokasi rahsia di bawah premis yang pernah digunakan sebagai teater era Victoria yang kini sebuah kediaman.*
            *Daily Mail melaporkan, lorong berkenaan bermula di bawah bilik air yang terletak di aras bawah kediaman itu yang membawa kepada ruang luas di bawah barisan bangunan yang diubah suai sebagai kedai pada 1960-an.*

          *MEDAN (Indonesia) : Dua lelaki ditahan berhubung pembunuhan kejam dua wartawan aktivis Indonesia yang menjadi orang tengah dalam rundingan perbalahan tanah antara syarikat kelapa sawit dengan penduduk, kata pihak berkuasa.*
            *AFP melaporkan, mayat Maraden Sianipar ditemui minggu lalu berhampiran ladang kelapa sawit di Labuhan Batu manakala sehari kemudian mayat rakannya, Maratua Siregar turut ditemui di tempat sama.*
          *Kedua-dua mangsa ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman.*

         *MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya lima orang daripada satu keluarga, termasuk dua bayi mati dibunuh lelaki bersenjata di utara Mexico berdekatan sempadan Amerika Syarikat, semalam.*
             *Menurut media Mexico, mangsa dipercayai ahli keluarga LeBaron yang keluar dari masyarakat Mormon sebelum berpindah ke Mexico sedekad lalu.*
             *Mangsa yang terbunuh berkemungkinan warga Amerika.*

         *JAKARTA: Empat pegawai polis Indonesia ditahan berhubung kes penculikan seorang warga Britain apabila beberapa penculik mengambil wang tebusan sebanyak AS$ 900,000 (RM3.7 juta), kata pihak berkuasa.*
           *AFP melaporkan, polis terbabit berpura-pura menahan mangsa di jalan bertol lalu membawanya ke balai sebelum ke sebuah hotel di ibu kota.*
           *Jurucakap polis, Argo Yuwono berkata, beberapa orang penculik termasuk rakan sekerja mangsa berada di hotel itu dan memaksa dia menghubungi majikannya untuk menaikkan jumlah wang tebusan.*

            *RIYADH: Saudi Aramco, syarikat paling untung di dunia mula menawarkan saham terbitan awam (IPO) dalam usaha Arab Saudi mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak yang dijangka meraih sehingga AS$40 bilion (RM1.66 trilion).*
              *Syarikat minyak milik negara itu memproses 10 peratus minyak dunia akan disenaraikan di pasaran saham tempatan, Bursa Saham Tadawul di Riyadh beberapa minggu lagi, selepas proses IPO bermula kelmarin.*
              *Namun, tarikh sebenar penyenaraian dan harga ditawarkan masih belum diumumkan tetapi pakar menjangka ia akan menjadi penyenaraian terbesar dunia.*

           *BAGHDAD: Sekurang-kurangnya empat penunjuk perasaan terbunuh selepas pasukan keselamatan Iraq melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menyerbu Konsulat Iran di bandar suci Syiah, Karbala, semalam.*
          *Sekurang-kurangnya 19 cedera dengan Reuters melaporkan termasuk enam anggota pasukan keselamatan.*
           *Menurut saksi, penunjuk perasaan memanjat tembok konsulat itu dan mengibarkan bendera Iraq serta menulis menggunakan cat “Karbala bebas, keluar Iran, keluar!” menunjukkan kemarahan penduduk Iraq yang membantah campur tangan Teheran dalam politik negara itu.*

            *ISTANBUL: Pihak berkuasa Turki di utara Syria menahan kakak kepada pemimpin Daish, Abu Bakr al-Baghdadi dalam satu operasi Amerika Syarikat (AS).*
             *AFP yang memetik seorang jurucakap berkata, wanita terbabit berjaya ditangkap berhampiran bandar Azaz.*
          *Wanita dikenali sebagai Rasmiya Awad itu turut ditemani suami, menantu dan lima anaknya selain memberitahu dia dilahirkan pada 1954.*

          *NEW DELHI: Seorang lelaki maut selepas menyertai pertandingan makan 50 biji telur di Uttar Pradesh, India.*
          *Menurut polis, kejadian berlaku di pasar Bibiganj di daerah Jaunpur apabila mangsa, Subhash Yadav, 42, menyahut cabaran rakannya untuk menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah 2,000 rupee (RM112) itu.*
          *Bagaimanapun, dia secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri ketika memakan telur yang ke-42, lapor Gulf News.*

             *LONDON: Seorang ahli muzik Britain yang tertinggal biola di atas gerabak komuter ditemukan kembali dengan alat muziknya itu yang berusia 310 tahun di tempat letak kereta di sebuah pasar raya selepas merayu kepada orang awam agar memulangkannya.*
             *Menurut polis, tiada tindakan lanjut diambil ke atas lelaki berkenaan yang memulangkan biola bernilai kira-kira 250,000 paun (RM1.3 juta).*
           *”Biola saya dalam keadaan selamat! Terima kasih kerana banyak memberikan sokongan,” kata Stephen Morris menerusi Twitter.*
          *Dia tertinggal biola itu yang dibuat oleh seorang tukang terkenal, Rom David Tecchler pada 1709, di dalam komuter di luar London, pada Selasa lalu.*

            *ATHENS: Polis Greece menemui 41 pendatang bersembunyi di dalam sebuah trak sejuk beku di lebuh raya di utara Greece, hari ini, kata pegawai polis.*
             *Menurut pihak berkuasa, pendatang berkenaan sebahagian besar warga Afghanistan, tidak cedera malah sistem penyejuk tidak dihidupkan.*
          *Polis menahan trak itu berhenti di lebuh raya berhampiran bandar utara Xanthi untuk pemeriksaan rutin.*

          *COTONOU: Sembilan orang termasuk kapten diculik lanun dari sebuah kapal yang mengibarkan bendera Norway di luar pantai Benin kelmarin.*
            *Persatuan Pemilik Kapal Norway dalam satu kenyataan berkata, kesemua kru kapal milik firma Norway, J.J Ugland itu berasal dari Filipina.*
           *Selepas serangan, kapal MV Bonita itu berlayar ke pelabuhan di Cotonou dan polis menemubual kru yang terselamat mengenai kejadian itu.*


*TULAR,POPULAR,MEDIA SOSIAL*
========================


           *MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri bermurah hati berkongsi tips berguna bagi menghadapi peperiksaan.*
          *Beliau menerusi catatan Twitter hari ini turut mengucapkan selamat berjaya kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).*
              *”Sedikit tips menghadapi peperiksaan daripada saya, (iaitu) kurangkan ‘gangguan’ seperti telefon pintar, jua media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain.*

           *TIGA remaja lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian curi ayam ternakan di Kampung Jelutong, Batu 8 Lekir, Sitiawan, 26 Oktober lalu kini dicari polis.*
                *Sejak pagi tadi video memaparkan tiga lelaki memakai topi keledar mencuri ayam dalam reban tular di Facebook.*
           *Video rakaman CCTV berdurasi 1.38 minit itu memaparkan dua lelaki berada dalam reban sedang memasukkan ayam ke dalam guni manakala seorang lagi menunggu di luar.*

           *POLIS dalam usaha mengesan seorang lelaki berkopiah yang dipercayaimencuri dua beg milik seorang penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sebuah masjid di Bandar Baru Nilai, semalam.*
             *Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, usaha mengesan suspek dibuat selepas polis menerima laporan kejadian daripada lelaki berusia 20 tahun terbabit.*
              *“Mereka kemudian melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati seorang lelaki berkopiah melarikan beg miliknya dengan kerugian dianggarkan RM2,500,” katanya dalam kenyataan, hari ini.*
             *Rakaman CCTV berkenaan turut tular di laman sosial Facebook.*

            *MUHAMMAD Nassar Sanusi yang mendermakan sebahagian hati kepada anaknya, selamat menjalani pembedahan di Max Super Speciality Hospital, New Delhi, India.*
            *Pembedahan berlangsung 13 jam pada Sabtu lalu dan dua beranak itu dilapor stabil.*
           *Kakak Muhammad Nassar, Najihah Salwani, 33, berkata, adik dan anaknya Aysar Nasri berusia tujuh bulan bagaimanapun masih dalam pantauan pakar di unit rawatan rapi hospital itu.*

          ♂ *PENCERAMAH bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) patah tangan kiri dan hidung selepas terjatuh basikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Pusara di Kuala Terengganu petang semalam.*
             *Difahamkan, UAI menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah di sekitar bandar raya itu sebelum terbabit dalam kemalangan itu.*
           *Kejadian dipercayai berlaku pada 6.30 petang apabila basikal yang ditunggangnya tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan penceramah itu terpelanting.*

           *DULUNYA ia sebuah penempatan biasa, namun selepas beberapa rumah di Kampung Sungai Budor di sini, mula dicat dengan warna pelangi, ia sekali gus mengubah landskap kampung berkenaan yang kini menjadi tarikan utama pelancongan di negeri ini.*
              *Idea menarik itu dilakukan Pertubuhan Prihatin Wanita Kelantan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), untuk mengubah kampung itu menjadi tarikan pelancong.*
             *Penduduk, Wan Nazimah Wan Mohamad, 57, berkata, beberapa rumah penduduk di kawasan itu mula mengalami transformasi pada Mac tahun lalu bermula dengan menukar papan dinding yang uzur dan zink sehingga proses mengecat yang siap sepenuhnya pada awal Jun tahun sama.*

            *VIDEO muzik lagu Takdir Tercipta nyanyian Hafiz Suip dan Adira menjadi bualan ramai selepas dilancarkan Rabu minggu lalu.*
          *Mengisahkan perjalanan sepasang kekasih yang akhirnya memilih untuk bersama orang lain menjadi tema penceritaan video muzik arahan Bobong Latif itu.*
           *Ada beranggapan ia perjalanan kisah cinta Hafiz dan Adira yang pernah hangat diperkatakan suatu ketika dahulu.*

           *SEOUL: Anggota kumpulan K-pop terkenal, BTS disiasat polis selepas mengaku kesalahannya menjadi punca kemalangan antara kereta dipandunya dengan sebuah teksi, kata pengurus kumpulan berkenaan.*
             *Penyanyi utama BTS, Jung Kook memandu keretanya di Seoul pada minggu lalu sebelum melanggar sebuah teksi.*
           *Big Hit Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu, kemalangan itu berpunca daripada kesilapan Kook sendiri.*
            *Kook, 22, mengaku salah melanggar undang-undang jalan raya dan dia disiasat polis.*

            *BEIJING: Pelbagai cara digunakan majikan untuk menghargai pekerja mereka yang cemerlang seperti memberi bonus dan menawarkan percutian.*
            *Bagaimanapun, lain pula ceritanya bagi sebuah syarikat kosmetik di China apabila pengurus atau ketua akan melutut dan mencuci kaki pekerja cemerlang.*
           *Dalam satu video yang tular menunjukkan sekumpulan pegawai sebuah syarikat kosmetik membasuh kaki pekerja yang mencatatkan jualan yang tinggi dalam satu majlis penghargaan baru-baru ini.*
            
*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2019 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*ISNN 11 NEMER 2019 ASHI ERSAAAN 14 ABIULWAL 1441 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0530
*SUBUH* : 0540
*SYURUK* : 0656
*ZOHOR* : 1300
*ASAR* : 1621
*MAGHRIB* : 1858
*ISYAK* : 2010


*artikel disiarkan pada tarikh 10nov*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *ENAM sekeluarga termasuk kanak-kanak lapan tahun dari Pulau Denawan, Semporna meninggal dunia dipercayai ditembak ketika dalam perjalanan untuk menghadiri sambutan Maulidur Rasul bersama saudara mereka di selatan Filipina. Kejadian berlaku 5 November lalu itu, dimaklumkan dua mangsa yang terselamat ketika soal siasat polis sebaik menerima laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna pada Jumaat lalu.*

               2) *PIHAK pendakwaan menfailkan notis rayuan, hari ini terhadap keputusan Mahkamah Majistret Johor Bahru yang melepas dan membebaskan jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal, dua tahun lalu. Notis rayuan itu difailkan 9.30 pagi tadi di kaunter Mahkamah Sesyen/Majistret Johor Bahru oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Amir Nasruddin.*

               3) *SEBUAH tongkang dan jeti musnah terbakar berhampiran Kampung Epil, dekat Lahad Datu, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, tongkang dari Sandakan itu dipercayai membawa muatan minyak sawit. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, tongkang itu terpaksa ditarik ke tengah laut bagi mengelakkan kebakaran merebak ke tongkang atau kapal lain.*

               4) *PENGUNDI bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang tidak menerima kad pengundi diingatkan supaya membuat semakan maklumat lebih awal sebelum hari pengundian. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun berkata, semakan boleh dibuat melalui semakan Hotline SPR di talian 03-88927018, aplikasi MySPR Semak atau SMS ke 15888 (taip SPRSEMAKNO.KAD PENGENALAN)*

               5) *SERAMAI 19 individu menerima darjah kebesaran pada sesi pertama Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak, sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ke-63 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, hari ini. Mengetuai senarai penerima, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador yang menerima Darjah Seri Pahlawan Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri diikuti Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayop Hashim yang menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) juga membawa gelaran Datuk Seri.*

               6) *SELANGOR bakal memperkenalkan Jawatankuasa Penyelarasan Bandar Berdaya Huni bagi menambah baik kesejahteraan kehidupan rakyatnya. Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, jawatankuasa itu berkuat kuasa tahun hadapan dan diletakkan di bawah EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar negeri, Haniza Talha. Katanya, ia juga akan menyokong pelaksanaan inisiatif di bawah Jawatankuasa Smart Selangor Mampan 2030.*

               7) *“DIA (suspek) kelihatan sangat tertekan sejak dua tiga bulan lalu akibat tekanan di tempat kerja,” kata sepupu kepada suspek dipercayai menikam isterinya yang hamil di Putrajaya, kelmarin. Dia yang enggan dikenali berkata, kali terakhir berjumpa suspek ialah semasa pengebumian Allahyarham nenek mereka di Melaka.*

               8) *TIGA lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pecah kubur dan mencuri barangan dalam kubur di Miri, semalam. Suspek berusia 16 hingga 27 tahun itu ditangkap susulan laporan polis berhubung kejadian pecah kubur di sekitar Miri, sejak sebulan lalu.*

               9) *LANGKAH berani Malaysia untuk membuka kedutaan buat Palestin di Jordan, membuka laluan untuk negara Islam lain mengambil inisiatif serupa. Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berkata, langkah diumum Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad itu adalah sokongan yang dicari Palestin daripada seluruh ummah.*

               10) *POLIS menahan 10 individu termasuk tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi cegah jenayah dan samseng jalanan di sekitar Marang yang berakhir hari ini. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, operasi itu berlangsung serentak di empat lokasi bermula 9 malam semalam hingga 5 pagi.*

               11) *PRESIDEN Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu menegaskan tiada perbuatan ‘kuda menguda’ atau memperguna antara satu sama lain dalam Pakatan Harapan (PH). Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata, parti dalam PH iaitu PKR, DAP, BERSATU dan AMANAH mempunyai kerjasama yang erat dalam menyelesaikan pelbagai isu rakyat dan beliau yakin hubungan itu akan kekal kukuh sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).*

               12) *PENUNGGANG motosikal berkuasa tinggi maut selepas melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 4 Jalan Sungai Tua-Ulu Yam Bharu berhampiran Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, di Kuala Kubu Bharu, hari ini. Dalam kejadian 10.15 pagi itu, mangsa, Zarir Osman, 52, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.*

               13) *“SAYA tidak sesat, saya hanya berjalan di dalam hutan dan makan apa saja buah-buahan sepanjang berada dalam hutan” kata seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam, Augustine Masir, 32. Augustine dilaporkan hilang dari kediamannya di Rumah Panjang Minggat, Sungai Jelai, di Tatau, sejak 31 Oktober lalu, ditemui selamat selepas pulang ke rumah, 2 pagi tadi.*

               14) *LELAKI warga emas dilaporkan hilang selepas keluar minum dari rumahnya di Jalan Tanah Lesen, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, sejak 5 November lalu. Kehilangan Asrah Salleh, 85, disedari oleh ahli keluarganya, pada 12.30 tengah hari. Anak lelaki Asrah, Zulkifli, 54, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi salah seorang adiknya yang menetap di Sungai Besar.*

               15) *ENAM lelaki ditahan selepas dipercayai memecah masuk sebuah bengkel di Jalan Trompet, di Bukit Beruntung, dengan menebuk dinding sebelum melarikan pelbagai komponen dan aksesori motosikal dianggarkan bernilai RM30,000, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Azman Ab Rahman berkata, enam lelaki berusia antara 16 hingga 25 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan di Bukit Sentosa, Ulu Yam Bharu, Serendah dan Gombak.*

               16) *PENERBANGAN Malaysia Airlines MH360 terpaksa mendarat semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi berikutan masalah teknikal membabitkan gear pendaratan. Malaysia Airlines Berhad (MAS) berkata, juruterbang MH360 mengambil keputusan tidak meneruskan penerbangan ke Beijing dan berpatah balik ke KLIA demi kepentingan keselamatan penumpang.*

               17) *POLIS menerima 24 laporan sepanjang lapan hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, daripada jumlah itu, hanya tiga kertas siasatan sudah dibuka. “Setakat ini, kami terima 24 laporan polis dan daripada jumlah itu, tiga kes kita sudah buka kertas siasatan.*

               18) *MAYAT nelayan yang dilaporkan hilang, dua hari lalu ditemui sekumpulan pemancing berdekatan stesen janakuasa elektrik Jimah East Power, Port Dickson, hari ini . Mangsa, Dol Naik, 67, dari Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti merawai berhampiran rumah api lama, Pantai Bagan Lalang.*

               19) *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) terus memperhebatkan usaha membanteras sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah di Sarawak dengan menahan 436 individu menerusi pelbagai operasi sepanjang Oktober lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Superintendan Hasnir Abdul Hamid berkata, 40 orang daripada jumlah itu ditangkap mengikut kategori bekalan, 130 ditahan kerana memiliki dadah dan 266 positif dadah.*

              20) *BOSAN dan rasa menyusahkan suami kerana berhenti kerja membuatkan seorang wanita terjun tingkat 21, Pangsapuri Halaman Kristal, Lengkok Free School, di Georgetown semalam. Dalam kejadian 9.50 pagi itu, wanita berusia 54 tahun terbabit maut selepas parah di kepala dan seluruh badan.*

               21) *TIGA kaki ‘lalok’ dicekup polis dalam satu operasi di sekitar Pekan Papar, kelmarin. Dalam operasi 3 petang itu, lelaki tempatan berusia 23 hingga 34 tahun ditahan selepas ujian air kencing didapati positif dadah. Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, operasi dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik(BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.*

               22) *EMPAT lelaki membabitkan dua pekerja dan dua pengawal keselamatan stesen telekomunikasi di Bukit Larut di Taiping, terperangkap susulan kejadian tanah runtuh yang menghalang laluan ke stesen berkenaan hari ini. Pasukan bomba mendapat maklumat mengenai kejadian itu pada 8.52 pagi tadi membabitkan empat mangsa yang mengalami kesukaran untuk turun berikutan jalan di bukit berkenaan tidak dapat dilalui susulan tanah runtuh.*

               23) *SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, cabaran dan ancaman paling dekat yang sangat kritikal yang boleh meruntuhkan negara dengan pantas adalah ledakan kemarahan sesama rakyat, berpunca daripada perselisihan kaum dan agama. Titah baginda, Malaysia yang dibina dengan falsafah kenegaraan yang begitu baik, sedang menghadapi perkembangan yang boleh mengancam perpaduan warganya.*

               24) *LELAKI yang terjatuh dari bot ketika memancing udang bersama empat rakannya di Sungai Perak berhampiran Dataran Udang Galah, di Teluk Intan Jumaat lalu ditemui lemas pagi, hari ini. Mayat, Tan Kok Boon, 30, ditemui pada 7 pagi oleh orang awam kira-kira 5 kilometer (km) dari lokasi dilaporkan terjatuh.*

               25) *BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengetahui nasibnya sama ada dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, esok. Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan membacakan keputusannya pada 10 pagi.*

               26) *KEMPEN Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai telah memasuki hari kesembilan, hari ini dan ketika ini parti dan calon bertanding sepatutnya sudah dapat membaca kedudukan mereka di mata penduduk dan pengundi di Tanjung Piai. Walaupun PRK kali ini melibatkan pertandingan enam penjuru, tetapi saingan sebenar merupakan ‘two-horse race’ antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dan yang menariknya, menampilkan calon yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).*

               27) *KEADAAN banjir di daerah Membakut semakin pulih dengan air Sungai Membakut berada di bawah paras amaran dengan bacaan 5.28 meter setakat 8 pagi tadi, hari ini. Paras air sungai berkenaan mencatat bacaan tertinggi 7.18 meter, 6 petang kelmarin, berbanding paras bahaya 6.8 meter, menyebabkan 12 kampung dan 10 laluan dinaiki air antara 0.5 meter hingga 1.5 meter.*

               28) *JABATAN Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menutup sementara semua 26 Taman Eko Rimba (TER) di negeri ini sepanjang musim tengkujuh bermula 1 November lalu hingga 31 Januari depan. Turut ditutup adalah Taman Negeri Endau-Rompin dan Mossy Forest di Cameron Highlands yang sering menjadi tarikan utama pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara.*

               29) *LELAKI warga emas maut selepas Proton Waja yang dipandunya bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 32 Jalan Tenom-Keningau, semalam. Dalam kejadian 3.30 petang itu, mangsa Tinsim Petek, 69, maut manakala dua penumpang lain dan pemandu pacuan empat roda berusia 74 tahun cedera.*

               30) *JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan berhampiran perairan Sabah ekoran ribut tropika Nakri yang dijangka membadai Vietnam. MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan percerapan pada 5 pagi ini, lekukan ribut tropika itu dikesan terbentuk pada latitud 12.5 utara dan longitud 112.0 timur, kira-kira 618 kilometer (km) ke timur laut bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam.*

               31) *PULAU Pinang tidak saja dikenali berikutan jolokan ‘syurga’ makanan, malah keindahan pantainya turut menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara. Namun, pantai di negeri ini juga tidak terlepas daripada masalah sampah hanyut atau dari penempatan terdekat. Tinjauan Metro Ahad di sekitar Pantai Bayan Mutiara, mendapati kawasan yang menjadi tumpuan kaki pancing itu dicemari dengan sampah hanyut.*

                32) *CALON Bebas, Faridah Aryani Abdul Ghaffar, 45, terus mendapat sokongan orang kuat teksi ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Tanjung Piai. Kehadiran Yang Dipertua Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussain menyuntik semangat Faridah bersama pasukannya menambat hati pengundi Tanjung Piai.*

                33) *SERAMAI 28 warga China termasuk tiga wanita ditahan dalam serbuan di sebuah banglo mewah yang dijadikan pusat operasi perjudian dalam talian (JOL) di Jalan Kasawari, Ampang hari ini. Serbuan pada 1.40 tengah hari itu dilakukan Bahagian Anti Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Asisten Superintendan Mohd Zulaimi Zubir.*

                34) *EMPAT individu didakwa di Mahkamah Syariah Tampin, Tampin hari ini atas pertuduhan mengajar tanpa tauliah dan bersubahat. Keempat-empat tertuduh iaitu Ahmad Fuat Mohd Hashim, 53; Muhammad Farid Abdullah, 32; Mohd Ferdaus Abdullah, 39; dan Abdullah Inat, 62, mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing.*

                35) *SEBANYAK 15 hospital kerajaan di negara ini menggunakan pendekatan perubatan tradisional dan komplementari (T&CM) sejak akta itu diluluskan tiga tahun lalu. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, susulan perkembangan positif itu, beliau yakin kementeriannya dapat memperkasakan kaedah perubatan berkenaan pada masa depan.*

                36) *TAUFAN Nakri yang diramal berlaku sekitar bulan ini dijangka akan memberi tempias di perairan negara ini termasuk di Langkawi. Berdasarkan pemantauan, taufan Matmo akan mencapai taufan kategori 3 dan bergerak pada kelajuan 140 kilometer (km) sejam dengan angin ribut 155km sejam manakala Taufan Nakri pula pada kelajuan 110km sejam.*

                37) *PENGGUNAAN vape atau rokok elektronik diyakini mampu menghentikan perokok tegar daripada terus merokok. Perkara itu didedahkan Pensyarah Jabatan Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh ketika persidangan antarabangsa bertajuk Vaping daripada Perspektif Global yang berlangsung di MIECC, Kuala Lumpur semalam.*

                38) *DIBERIKAN ‘sagu hati’ senjata api pistol dan sejumlah peluru hidup sebagai ‘buah tangan’ bagi pembelian dadah syabu atau ganja dari negara jiran. Hadiah cenderamata pembunuh itu adalah antara punca peningkatan rampasan serta penemuan senjata api terutama pistol dan peluru milik sindiket serta pengedar dadah tempatan sejak awal tahun ini.*

                39) *CEMBURU melihat Mohammad Aimin Nurul Amin, 7, lebih mesra serta manja dengan guru dan warden menjadi punca pelajar tahfiz itu dipukul sehingga mati, kelmarin. Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, mangsa adalah pelajar paling muda di pusat tahfiz di Kampung Kuala Kaung, Lanchang itu. “Mangsa agak manja dengan pentadbir iaitu suami isteri yang bertindak sebagai tenaga pengajar dan warden di pusat tahfiz itu.*

                40) *WANITA dan anak perempuannya maut manakala dua lagi cedera apabila lori muatan pasir seberat 24 tan menghempap sebuah Perodua Myvi dalam kemalangan di susur Persiaran Kewajipan menuju Lebuhraya Shah Alam (KESAS) di Subang Jaya, 10 pagi semalam. Mangsa maut dikenali sebagai Leong Mei Li, 48, dan ibunya Goh Liew Suan @ GohLiew Swan, 70, yang duduk di bahagian penumpang Perodua Myvi.*

            
*SEJAGAT*
==========


             *SAN SALVADOR: Mayat aktivis transgender yang hilang sejak Selasa lalu ditemui di timur laut di El Salvador, kata pihak berkuasa.*
             *Jade Camila Diaz, 27, adalah wanita transgender kedua yang terbunuh di negara itu dalam tempoh 15 hari lalu selain tujuh pembunuhan yang berkait dengan LGBT pada 2019, menurut kumpulan advokasi Comcavis Trans kepada media tempatan.*
           *”Dengan berat hati kami mengumumkan bahawa mayat Jade Diaz ditemui di perairan Sungai Torola.*

         *TOKYO: Ribuan orang melambaikan benderanya sebagai menyambut Maharaja Naruhito hari ini, dalam perarakan imperial kereta terbuka yang terpaksa dijadualkan selepas taufan maut.*
           *Perbarisan selama 30 minit itu memperkenalkan maharaja dan isterinya Maharani Masako kepada rakyat jelata.*
         *Pasangan diraja itu tiba dari istana sebelum 3 petang (waktu tempatan), dengan Maharaja berpakaian Barat formal manakala Maharani memakai gaun bersama jaket dan tiara yang diturunkan kepadanya oleh permaisuri terdahulu.*

           *NEW DELHI: “Keputusan Mahkamah Agung itu tidak memuaskan, namun kami akan menghormatinya. Kami akan mengadakan perbincangan sebelum memutuskan tindakan lanjut,” kata peguam Lembaga Zakat Sunni, Zafaryab Jilani, mengenai keputusan membabitkan tapak Masjid Babri di Ayodhya, Uttar Pradesh, semalam.*
            *Panel lima hakim Mahkamah Agung India diketuai Ketua Hakim Ranjan Gogoi, sebulat suara membuat keputusan muktamad menyerahkan tapak masjid berusia hampir 500 tahun itu kepada penganut Hindu untuk didirikan kuil dewa Ram dan tanah lain seluas dua hektar diberi sebagai ganti kepada penganut Islam.*

           *SAINT PETERSBURG: Polis Saint Petersburg semalam menahan sejarawan terkenal Russia kerana disyaki membunuh seorang bekas pelajarnya selepas dia ditarik keluar dari sebuah sungai bersama beg yang berisi lengan seorang wanita, kata pihak berkuasa.*
           *Media tempatan melaporkan, profesor universiti Oleg Sokolov, 63, yang mabuk terjatuh ke dalam Sungai Moika ketika dia cuba melupus anggota badan.*
           *Polis dilaporkan pergi ke rumah Sokolov dan menemui mayat dipenggal dikenali sebagai Anastasia Yeshchenko, 24, iaitu wanita yang turut bekerjasama Sokolov dalam pembikinan beberapa karya.*

           *PULAU MOUSOUNI: Sekurang-kurangnya dua maut selepas Siklon Bulbul membadai India dan selatan Bangladesh semalam, sewaktu pihak berkuasa mengarahkan lebih dua juta penduduk berpindah.*
           *Seorang mangsa maut akibat ditimpa pokok tumbang di Kolkata manakala seorang lagi akibat dinding runtuh berikutan angin kencang di Odisha, kata pihak berkuasa.*
           *Lebih 60,000 orang berpindah dari kawasan pantai di sebelah sempadan India.*

          *KAMPALA: Seorang wanita di Amugagara, Uganda, menjadi perhatian negara itu berikutan laporan media menyatakan dia mempunyai tiga suami serentak dan semua mereka tinggal di pondok kecil kompleks pondok wanita terbabit.*
             *Ann Grace Aguti, 36, berkata, bekas suami pertamanya ‘tidak berguna dan tidak penyayang’ menyebabkan dia mengambil keputusan bercerai sebelum berkahwin dengan tiga suami barunya.*
          *”Dia gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai suami kerana saya terpaksa mencari wang bagi menyara hidup,” katanya.*

          *SEOUL: Dua nelayan Korea Utara yang membunuh kapten dan 15 kru bot kerana mahu ke Korea Selatan untuk mendapat suaka politik bernasib malang kerana dihantar pulang berikutan Seoul menganggap mereka penjenayah berbahaya.*
           *Menurut laporan Daily Mail, dua lelaki berusia 20-an itu diserahkan kepada Korea Utara Khamis lalu, di Zon Bebas Tentera (DMZ) di Panmunjom, penyerahan kali pertama dilakukan Korea Selatan sejak 1953.*
            *Dua nelayan itu dikatakan bersubahat dengan seorang kru untuk membunuh kapten bot kerana tidak tahan didera serta dilayan dengan buruk.*

           *MELBOURNE: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh manakala tujuh lagi hilang akibat kebakaran hutan di kawasan timur Australia yang sudah memusnahkan kira-kira 150 rumah dan bangunan.*
            *Jabatan Bomba Pedalaman New South Wales (NSE RFS) mengesahkan dua maut akibat kebakaran berhampiran Glen Innes, kira-kira 500 kilometer di utara Sydney.*
             *Satu mayat ditemui dalam kenderaan dan mayat seorang wanita meninggal dunia akibat melecur teruk.*

         *ATHENS: Polis menahan tiga individu dan merampas beberapa senjata api selepas menyerbu 13 rumah dalam operasi anti pengganas di Athens semalam.*
          *AFP yang memetik polis berkata, mereka terdiri daripada dua lelaki berusia 41 dan 45 tahun serta seorang wanita berusia 39 tahun yang didakwa terbabit dalam aktiviti keganasan.*
          *Menurutnya, seorang lelaki lelaki berusia 46 tahun masih lagi bebas.*

           *BEIJING: Seorang ibu berusia 36 tahun diserang sakit jantung ketika cuba mengajar anaknya membuat kerja sekolah subjek Matematik dalam kejadian di Hubei, China.*
            *Times Now News melaporkan, kejadian itu menyebabkan wanita terbabit yang dikenali dengan nama Wang terpaksa dikejarkan ke hospital.*
          *Menurutnya, dia tertekan apabila anaknya yang berusia sembilan tahun sukar memahami penyelesaian Matematik cuba diajarnya.*

          *LONDON: Ryanair dinamakan sebagai syarikat penerbangan paling kotor di United Kingdom (UK) apabila kurang daripada separuh penumpangnya memberi penarafan bagus untuk tahap kebersihannya, lapor kaji selidik Which? Travel.*
          *Daily Mail melaporkan, kaji selidik yang membabitkan hampir 8,000 penumpang itu mendapati sebanyak 81 peratus daripada mereka memberi penarafan positif terhadap 42 syarikat penerbangan lain.*
         *Ia berbeza dengan Ryanair apabila kurang daripada separuh iaitu sebanyak 42 peratus penumpang yang menaiki pesawat syarikat itu kurang berpuas hati dengan tahap kebersihannya.*


*TULAR,POPULAR,MEDIA SOSIAL*
========================


          ♂ *“ALHAMDULILLAH berkat doa ramai yang menyayangi al-fadhil guru kita, Ustaz Azhar Idrus (UAI), keadaan beliau semakin baik. Dah boleh bersembang dan bergurau. Kata beliau (UAI), tangan kanan sihat seperti biasa, boleh akad nikoh (nikah)!” kata Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram, semalam.*
           *Perkongsian yang dibuat penceramah bebas bersama gambar yang dirakam beramai-ramai bersama Ustaz Azhar di katil wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu itu, mendapat 13,090 tanda suka selain 203 komen.*
          *Menerusi perkongsian itu, Ustaz Syed Mohd Norhisyam juga ada memberitahu bahawa dia tidak dapat menziarah untuk tempoh lama kerana UAI perlu berehat.*

            *“KEMPEN pembangkang beri pahala pada saya,” kata calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Tanjung Piai, Karmaine Sardini, berhubung ‘troll’ terkini di media sosial membabitkan dirinya.*
         *Reaksi itu diberikan Ketua BERSATU Bahagian Tanjung Piai, selepas dirinya terpalit dengan kempen kurang bermoral susulan kontroversi Ketua Pemuda PH, Syed Saddiq Abdul Rahman secara tidak sengaja menyebut perkataan arwah kepadanya.*
            *Terdahulu, tular video berdurasi kira-kira 15 saat dikongsi netizen membabitkan Ketua Pemuda PH, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.*
            *Syed Saddiq dalam program ceramah secara tidak sengaja menyebut perkataan arwah kepada Karmaine di PDM Kampung Sawah, Pekan Nanas.*

           *“PADA mulanya wanita itu pegang tangan suaminya, tak lama kemudian lelaki itu melompat dari tempat duduk hadapan ke belakang.*
           *”Beberapa minit kemudian, lelaki itu memberitahu isterinya sudah bersalin,” kata Mohamad Shahrir Baharudin, 38, ketika menceritakan pengalaman wanita Rohingya bersalin dalam keretanya, Selasa lalu.*
            *Pengalaman pertama dilalui bapa dua anak itu dikongsi dalam FB dan Instagram hingga mendapat pelbagai reaksi netizen.*
            *Menerusi hantaran itu, dia menuis: “Alhamdulillah dengan izin Allah customer Rohingya beranak dalam keta aku..perjalanan dari bukit jambul ke hospital..laki dia duk depan lompat pi belakang terus sambut anak dia..beranak area bukit gambir tak berenti..mudah sangat lepas berapa minit dengaq baby nangis.*

            *PAKAR perundangan syariah, Datuk Daud Muhammad, semalam, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2019.
           *Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah berkenaan kepada Daud pada sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019 peringkat kebangsaan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.*
            *Daud menerima wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaan.*

            *SEBANYAK 1,500 burger daging mini serta kek burger ayam goreng bertingkat warna Jalur Gemilang dihidangkan kepada tetamu dalam sebuah majlis perkahwinan di Kajang, semalam.*
              *Ia dihasilkan 21 peniaga burger yang diketuai Timbalan Presiden Persatuan Ikatan Usahawan Burger Malaysia, Zon Tengah, Amiruddin Abdullah.*
            *Menurut Amiruddin, dia dan rakannya sengaja mahu menghadiahkan burger itu kepada rakannya, Kamarudzaman Mohd Ishak, 58, bagi majlis perkahwinan anaknya semalam iaitu Kamarul Zakirin, 31, berserta pasangannya, Nur Asilah Nasiruddin, 26.*

           *MOSCOW: Ratusan kadet dan remaja dari Tentera Belia Russia dibawa mendekati senjata api paling ikonik dalam sejarah Russia sempena ulang tahun kelahiran Mikhail Kalashnikov yang mencipta raifal legenda AK-47.*
            *Pengunjung, termasuk kadet muda di Muzium Kejayaan di barat Moscow, diberi peluang memasang raifal Kalashnikov dan bergambar dengan senjata api.*
              *Pelbagai acara diadakan sempena ulang tahun ke-100 kelahiran Kalashinkov hari ini, termasuk pameran di muzium.*
            *Kalashnikov, jurutera tentera yang meninggal dunia pada 2013 ketika berusia 94 tahun, dianggap wira negara dan simbol kebanggaan tentera.*
            *Raifal AK ciptaannya menjadi senjata pilihan utama gerila dan kerajaan di seluruh dunia.*

         ♂ *TUNIS: Tular imej penggubal undang-undang Tunisia yang melakukan onani di luar sekolah menengah mencetuskan pergerakan #MeToo di negara itu, dengan mangsa penderaan seksual melanggar pantang larang menggunakan tanda pagar #EnaZeda.*
          *Perbincangan mengenai gangguan seksual sebelum ini dihadkan kepada beberapa rancangan televisyen tetapi kini ribuan wanita di negara Afrika Utara itu berkongsi pengalaman mereka mengutuk pedofilia.*
          *Video menunjukkan seorang ahli politik bermisai duduk di dalam kereta dengan seluarnya dilondehkan ke paras lutut, dirakam bulan lalu oleh seorang pelajar yang berkongsinya di atas talian bersama tuduhan melakukan gangguan.*

          *PARIS: Penyanyi rock Pete Doherty didenda 5,000 euro (RM22,776) dan dibebaskan dari sebuah penjara di Paris semalam, dua hari selepas ditahan membeli kokain, kata sumber kepada AFP.*
           *Polis menahan penyanyi utama The Libertines berusia 40 tahun itu yang membawa dua paket kokain, pagi kelmarin.*
           *Menurut pejabat pendakwa Paris, penyanyi itu memilih prosedur mudah dengan membayar denda 50 euro (RM227) setiap hari selama 100 hari, jika gagal, dia akan dipenjarakan.*
            

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*RAU 13 NEMER 2019 ASHI ERSAAAN 16 ABIULWAL 1441 HIJRH*


*#live fr N senosa kla*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0530
*SUBUH* : 0540
*SYURUK* : 0656
*ZOHOR* : 1300
*ASAR* : 1622
*MAGHRIB* : 1858
*ISYAK* : 2011


*artikel disiarkan pada tarikh 12nov*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *LELAKI yang menikam ibunya sehingga maut dalam kejadian di Taman Kampung Padang, Kuantan, hari ini, meletakkan mayat ibunya di atas kerusi roda sebelum menolak keluar dari rumah sejauh 50 meter. Difahamkan, kejadian disedari orang awam yang berada di gerai berhampiran yang melihat tindakan lelaki dipercayai sakit mental itu sebelum dia cuba ditenangkan orang awam.*

               2) *SALAH faham mengenai khatib undangan antara punca bayaran elaun imam dan bilal masjid di negeri ini tertunggak sehingga ratusan ribu ringgit seorang sejak 15 tahun lalu. Bagaimanapun, imam dan bilal daripada 17 masjid di negeri Terengganu ini menerima ‘durian runtuh’ selepas kerajaan negeri bersetuju membayar balik tunggakan kepada 42 mereka yang terbabit tunggakan sejak 2004 itu.*

               3) *SEORANG pegawai teknologi syarikat swasta nyaris kehilangan kereta selepas cuba ditarik lelaki yang menyamar pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kononnya menggunakan kenderaan klon. Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Khamis lalu ketika Hasnan Hasim, 41, berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.*

               4) *BEKAS pengarah syarikat pembinaan dan dua lagi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, daripada tuduhan bersubahat menerbit dan menawarkan 6,951,921 unit saham syarikat tanpa prospektus yang didaftarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Hakim Hasbullah Adam memutuskan demikian terhadap Datuk Abdul Malek Yusof, 43, Raja Samsul Bahri Raja Muhammad, 48, dan Noor Aida Abdullah, 43, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.*

               5) *DUA hotel terkenal di Kuala Terengganu termasuk yang dimiliki badan berkanun dikenal pasti antara 44 bangunan tidak memiliki Sijil Perakuan Bomba (FC). Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Sharikan Bustaman menegaskan, pihaknya kini sedang menyiapkan laporan termasuk bukti untuk mengambil tindakan terhadap pengusaha hotel berkenaan.*

               6) *RAYUAN bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang terhadap sabitan dan hukuman penjara enam bulan dan denda RM30,000 bagi kesalahan memberi pernyataan dan mengemukakan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan didengar 25 November ini.*

               7) *MAHKAMAH Majistret Georgetown hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM7,000 terhadap seorang bekas pegawai khas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atas pertuduhan mencabul seorang wanita pada tahun lalu.*

               8) *SERAMAI 6,015 graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menerima ijazah dan diploma masing-masing sempena Majlis Konvokesyen ke-43 universiti itu. Ia berlangsung di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) mulai Sabtu ini hingga 19 November ini.*

               9) *ISTERI yang berada dalam kumpulan ‘ibu tinggal’ dibolehkan memohon bantuan kerajaan negeri bagi memastikan kehidupan keluarga mereka lebih terurus, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, bagaimanapun golongan itu perlu mendapatkan laporan polis (berhubung status mereka) selain sokongan ketua kampung bagi melayakkan mereka memperolehi bantuan itu.*

               10) *KEGIATAN sindiket pengedaran dadah menggunakan bungkusan serbuk teh tumpas susulan penahanan lelaki dalam serbuan di Alor Gajah Sabtu lalu. Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, lelaki tempatan berusia 41 tahun itu ditahan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka dalam Perodua Alza di kawasan rumah kedai sekitar Taman Dimensi, Alor Gajah.*

               11) *LELAKI dihukum penjara selama sebulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan anak saudaranya pada Oktober lalu. Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, S Ahmad Thani Junus @ Abdul Razak, 46, mengaku bersalah mencekik, menumbuk dan menyepak wanita terbabit.*

               12) *SERAMAI 470 orang termasuk warga asing ditahan bagi tempoh 2017 hingga September tahun ini kerana didapati menggunakan kad pengenalan milik orang lain dan memiliki kad pengenalan palsu. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata, kesemua individu berkenaan dituduh di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.*

               13) *LELAKI cedera di kedua-dua tapak tangan dan lengan selepas menahan tetakan seorang lelaki tidak dikenali di Jalan Pasar Sri Lalang dekat Kluang, 5 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, siasatan mendapati sebelum kejadian mangsa, Teng Chai Baw, 59, yang tinggal seorang diri di Jalan Pasar Sri Lalang itu dikatakan keluar rumah untuk menyimpan motosikalnya di bangsal belakang kediamannya.*

               14) *YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019 kepada 243 individu pada istiadat yang berlangsung di Istana Melawati di Putrajaya. Turut berangkat pada istiadat berkenaan ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.*

               15) *SERAMAI 20 kanak-kanak yang dilapor hilang di Melaka sejak sembilan tahun lalu masih gagal dikesan sehingga kini. Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim berkata, masih tiada petunjuk jelas mengenai lokasi kanak-kanak itu, sama ada berada di dalam mahupun di luar negara. “Kanak-kanak yang 20 orang ini langsung tak dijumpai dan yang merisaukan kita, sama ada anak ini dibawa oleh sindiket atau telah dijual ke luar negara.*

               16) *MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 hari bermula 22 Jun tahun depan untuk perbicaraan kes saman Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin terhadap Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa memfitnahnya berhubung jawatan dan kerjayanya.*

               17) *RANTAI emas bernilai RM2,000 milik peniaga kedai runcit dilarikan lelaki yang menyamar pelanggan di Kampung Paya Berenjut, Chukai kelmarin. Kejadian 11.30 pagi itu berlaku ketika wanita berusia 66 tahun terbabit berada di kedai runcitnya sebelum didatangi lelaki yang membeli 10 biji telur dan beredar selepas membuat pembayaran.*

               18) *MUSIM tengkujuh dengan kekerapan hujan yang tinggi sejak akhir-akhir ini di Sabah, tidak menjejaskan pengeluaran sayur-sayuran tanah tinggi di Kundasang. Pengerusi Persatuan Penjaja Kundasang, Mariana Taliban berkata, pengeluaran sayur di Kundasang stabil dan mencukupi bagi menampung permintaan pemborong serta pelanggan yang berkunjung ke lokasi peranginan yang terkenal dengan kesegaran sayuran tanah tinggi.*

               19) *KERAJAAN Perak memandang serius kes pengawal keselamatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, yang bertindak mogok dan meninggalkan pos kawalan mereka pada Jumaat lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A Sivanesan berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana keselamatan di hospital kerajaan atau swasta adalah penting kerana ia membabitkan nyawa pesakit serta harta benda kerjaan.*

               20) *REKOD Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari 2013 hingga 30 September 2019 mendapati 1,047 tangkapan membabitkan orang awam dibuat dan didakwa di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 2,100 operasi penguatkuasaan terhadap sindiket penipuan dan pemilikan dokumen pengenalan diri palsu atau milik orang lain yang dijalankan.*

               21) *POLIS menahan 23 lelaki termasuk seorang calon yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) susulan terbabit pergaduhan antara dua kumpulan di hadapan restoran di Persiaran Waterfront, di Sungai Siput, awal pagi hari ini. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 26 tahun itu ditahan di lokasi kejadian selepas polis menerima maklumat mengenai kejadian.*

               22) *KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan mempertimbangkan cadangan supaya ganjaran diberikan kepada anggota yang melaporkan aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Timbalan Menterinya Datuk Mohd Azis Jamman berkata, PDRM memandang serius isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota polis.*

               23) *AIR mani gajah antara yang dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam beberapa serbuan menerusi Ops Bersepadu Khazanah pada Sabtu dan Ahad lalu. Operasi dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) itu membabitkan kawasan Hutan Simpan Labis, Johor; Kawasan Rezab Taman Negara Endau-Rompin, Johor; Gua Musang, Kelantan dan Hutan Simpan Ulu Muda, Kedah.*

               24) *SARAWAK merekodkan kadar daftar kelahiran lewat kedua tertinggi di Malaysia selepas Sabah. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh berkata, terdapat lebih 3,000 pendaftaran lewat kelahiran dicatat di Sarawak setiap tahun. “Faktor utama pendaftaran lewat kelahiran di Sarawak ini kerana mereka tinggal di kawasan pedalaman dan kebanyakannya tidak mampu datang ke pejabat JPN kerana masalah logistik serta kos tinggi,” katanya.*

               25) *CALON-CALON bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai hari ini meninjau sendiri proses pengundian awal yang dijalankan di Bangunan Persatuan Keluarga Polis (Perkep) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, Pontian.*

               26) *PENUMPANG van maut manakala, pemandunya parah selepas kenderaan dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Jalan Paradom, Sibu hari ini. Pemangku Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 2.51 petang.*

               27) *WANITA warga emas terpaksa menahan sakit lebih sejam selepas besi paip tertusuk ketiak kirinya selepas terjatuh dari pokok mangga di hadapan rumahnya di Taman Bukit Melaka di Bukit Beruang, Melaka petang hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh Penolong Penguasa Bomba Mohd Hamdan Sudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.16 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi.*

               28) *LELAKI Syria yang ditahan bagi membantu siasatan kes memiliki senjata api palsu, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan berkata, suspek yang berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia pada 5.55 pagi, selepas dimasukkan ke hospital sejak 3 November lalu.*

               29) *BAGAIKAN tidak bersyukur apabila sudah diberi peluang tinggal di negara ini, melakukan jenayah pula. Itu kegiatan tujuh warga Rohingya yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang melakukan jenayah pecah rumah dan curi sejak Ogos lalu.*

               30) *POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menetapkan bahawa semua parti dan calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai perlu mendapatkan permit bagi kempen yang dibuat dari rumah ke rumah. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun berkata, selain itu, PDRM turut menetapkan bahawa program tinjauan mesra (walkabout) yang turut dianggap sebagai kempen bergerak, perlu mempunyai tempoh masa dan lokasi yang jelas bagi tujuan pemantauan.*

               31) *JABATAN Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning di Kelantan dan Terengganu berikutan luruan angin timur laut yang dijangka bertiup kencang di beberapa kawasan negeri itu pada Khamis dan Jumaat ini. Ketua Pengarahnya Jailan Simon berkata, berikutan luruan angin itu, hujan berterusan dan angin kencang dengan kelajuan melebihi 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak melebihi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan pantai timur Semenanjung dalam tempoh itu.*

                32) *BUKAN saja membanteras penyeludupan dan jenayah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut melakukan pelayaran ihsan bagi membawa ibu mengandung tujuh bulan dari Pulau Aur ke Mersing selepas wanita itu mengalami pendarahan, tengah hari tadi. Pengarah Zon Maritim Mersing, Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.45 pagi sebelum bot Penggalang 43 dikejarkan ke Pulau Aur untuk membawa wanita itu ke darat.*

                33) *SYARIKAT minyak di negara ini disaran meningkatkan kecekapan dan inovasi mengenai langkah terbaik dalam memastikan harga produk petroleum pada tahap kompetitif. Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau mengesyorkan langkah itu kepada pihak yang berkenaan sebelum pertemuan bagi menerangkan saranan itu dibuat secara terperinci.*

                34) *TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakukan sesi latihan pertunjukan udara sempena Hari Terbuka TUDM Sabtu ini di Pangkalan Udara Kuantan, Kuantan. TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, latihan sempena pertunjukan itu dijalankan bermula hari ini sehingga program berlangsung.*

                35) *PEGAWAI polis cedera selepas terseret sejauh 200 meter oleh kenderaan dipandu remaja lelaki berusia 15 tahun di Jalan Kampung Ranggu, Limbang pada 11.50 malam tadi. Sebelum itu, mangsa yang berpangkat Inspektor dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang menahan sebuah kenderaan kerana berada dalam keadaan mencurigakan.*

                36) *ISU kad SIM pra-bayar secara percuma dan wang sagu hati RM1,000 kepada nelayan antara tiga kes dirujuk terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Prof Dr Azmi Sharom berkata, kedua-dua kes itu antara laporan dibuat membabitkan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.*

                37) *SEPULUH kubur di Tanah Perkuburan Islam Berumbung, Simpang Renggam rosak teruk selepas dihempap pokok mempelam yang tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang semalam. Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam Zaiful Zainon berkata, kejadian itu dimaklumkan kepada pihaknya oleh orang ramai pada 5.42 petang.*

                38) *“TIDAK semua pemandu lori yang ada kencing manis dan darah tinggi tidak dibenarkan memandu,” kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Beliau berkata demikian pada sesi sidang Dewan Rakyat hari ini. Loke menjawab soalan tambahan dikemukakan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mengenai mogok besar-besaran dilakukan pemandu lori di Putrajaya dan Pelabuhan Klang baru-baru ini susulan tidak puas hati dengan syarat baharu dikenakan Kementerian Pengangkutan termasuk pemeriksaan kesihatan sebelum dibenarkan memperbaharui lesen memandu.*

                39) *DUA rakan sempat menyelamatkan diri dalam kebakaran sebuah unit di Blok Q Rumah Pangsa Garden Avenue di Seremban hari ini. Ehsan Hilmi Asihar, 15, tidur di ruang tamu dan rakannya Adam Ramlee, 15, tidur di bilik manakala ibu bapa Ehsan Hilmi tiada di rumah dalam kejadian 6.50 pag itu.*

                40) *LELAKI warga New Zealand ditemui mati dengan kesan kecederaan pada bahagian atas dan belakang kepalanya di jeti marina Labuan kelmarin. Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, Barry James Stanley, 63, bertugas sebagai guru sambilan di Brunei, tiba di jeti itu 12 tengah hari dari Brunei bersama rakan senegaranya dengan menaiki kapal layar.*

            
*SEJAGAT*
==========


            *BEIJING: Seramai 51 kanak-kanak dan tiga guru cedera selepas disembur cecair kimia oleh seorang lelaki yang mencerobohi sebuah tadika di bandaraya Kaiyuan, Yunnan semalam.*
            *Suspek dikenali sebagai Kong, 23, memanjat dinding tadika sebelum menyerang mangsa dengan menyembur cecair sodium hidroksida.*
           *Pihak berkuasa dalam kenyataan di Weibo berkata, kejadian berlaku pada jam 3.35 petang waktu tempatan dan polis berjaya menahan Kong dalam tempoh kurang sejam.*

            *DHAKA: Seramai 14 penumpang terbunuh manakala 40 lagi cedera selepas dua kereta api bertembung di Brahmanbaria, timur Bangladesh awal pagi ini.*
          *Kemalangan itu berlaku pada jam 3 pagi waktu tempatan ketika kereta api menuju ke Chittagong bertembung dengan kereta api menghala ke Dhaka.*
           *Pertembungan itu menyebabkan beberapa gerabak kereta api berkenaan remuk dan pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan penumpang yang terperangkap.*

            *BAITULMAQDIS: Pejuang Palestin di Semenanjung Gaza membalas serangan Israel dengan melancarkan roket susulan kematian komander kumpulan Jihad Islam Palestin (PIJ) pagi ini.*
              *Beberapa roket membedil selatan Israel, namun belum ada laporan yang mengesahkan serangan itu.*
              *Jurucakap tentera Israel, Jonathan Conricus berkata, tentera membuat persiapan berdepan pertempuran selama beberapa hari dengan Palestin.*

            *RIYADH: Tiga pelakon ditikam seorang ekspatriat dari Yaman ketika mengadakan persembahan teater di King Abdullah Park, semalam.*
              *Berdasarkan rakaman menerusi siaran televisyen, lelaki berusia 33 tahun itu naik ke atas pentas lalu menyerang mangsa.*
              *Polis dalam kenyataannya berkata, lelaki terbabit sudah ditahan dan polis turut menemui pisau yang digunakan untuk menikam mangsa.*

            *BEIJING: Seorang wanita yang disangka mempunyai masalah kesihatan kerana sering sakit pinggang dan kerap membuang air kecil terkejut apabila dimaklumkan dia sebenarnya dilahirkan dengan ginjal tambahan.*
           *Wanita dari Xinyu, Jiangxi itu mendapat nasihat doktor selepas terlalu kerap sakit pinggang dan membuang air kecil, malah turut sukar tidur.*
          *”Saya hanya dapat tidur lima atau enam jam setiap malam,” katanya kepada Pear Video.*

            *SATU gempa bumi berkekuatan magnitud 5.4 melanda tenggara Perancis semalam mencederakan empat orang, seorang daripadanya parah, kata pihak berkuasa.*
           *Gempa itu dirasai di kawasan meluas antara bandar ini dan Montelimar, yang terletak sejauh 150 kilometer antara satu sama lain, kata pejabat seismologi nasional.*

            *BANGKOK: Thailand mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pegawai perhutanan yang dikaitkan dengan kehilangan seorang aktivis kumpulan etnik minoriti, lebih lima tahun lalu susulan penemuan sisa mayat mangsa yang rentung membawa kepada perkembangan baru dalam kes berkenaan.*
          *Ketua kumpulan etnik Karen, Por Cha Lee Rakcharoen atau lebih dikenali sebagai Billy, hilang pada April 2014 selepas memfailkan saman mendakwa pegawai perhutanan memusnahkan kediaman di taman negara Kaeng Krachan.*

           *KUWAIT CITY: Ratusan pekerja di lapangan terbang antarabangsa Kuwait mengadakan mogok selama sejam hari ini bagi menuntut keadaan kerja yang lebih baik malah mengancam akan meneruskannya untuk beberapa hari.*
              *Wakil kesatuan, Ahmed Mohammed al-Kandari, berkata pekerja meminta rawatan lebih baik dan pampasan diberi kerana terdedah dengan pencemaran dan bunyi bising.*
         *”Pekerja Kuwait akan mengadakan mogok selama dua jam pada Rabu ini dan 24 jam pada Ahad ini jika tuntutan tidak dipenuhi,” katanya.*

           *SINGAPURA: Seorang bekas pekerja lapangan terbang dipenjara 20 hari kerana menukarkan teg bagasi 286 beg penumpang penerbangan Singapore Airlines dan SilkAir kerana tidak berpuas hati dengan tugas diberikan kepadanya.*
            *Akibat perbuatan Tay Boon Keh, 66, itu, beg berkenaan dihantar ke destinasi yang salah seterusnya dua syarikat penerbangan berkenaan terpaksa membayar pampasan bernilai lebih S$42,000 (RM128,000) kepada 221 penumpang yang terjejas, lapor Straits Times.*


*TULAR,POPULAR,MEDIA SOSIAL*
========================


            *RAJA Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Ikon Kraf 2019 oleh Majlis Kraf Dunia (WCC) atas sumbangan baginda dalam mengekalkan warisan kraf tradisional.*
             *Anugerah berkenaan adalah penghormatan yang amat bertepatan bagi Tunku Azizah yang begitu aktif dalam mempromosi kraf tradisional, bermula sejak 2006. Baginda sinonim dengan Tenun Pahang, sehingga memilih fabrik eksklusif yang menjadi identiti negeri Tok Gajah itu sebagai persalinan Diraja pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 30 Julai lalu.*

             *MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui berada bersama rakan DAP di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam, sempena Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak.*
               *Menurut Ahmad Faizal, hubungannya dengan rakan daripada parti itu adalah baik dan tidak menghadapi masalah.*
             *”Saya di istana dengan rakan DAP... tak ada masalah, sangat baik dan kami meraikan keputeraan Sultan Perak.*
             *Baru-baru ini, video Menteri Besar Perak mendakwa berseorangan dalam melawan puak DAP dalam mempertahankan tanah Melayu dan agama Islam, tular di media sosial.*

            *GAMBAR papan tanda melarang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui kawasan resort di Pulau Layang-Layang, Labuan yang tular di media sosial disahkan gambar lama.*
        *Sumber Pejabat Menteri Pertahanan berkata, semakan pihaknya mendapati papan tanda larangan itu adalah daripada pengurusan resort terdahulu.*
         *Menurutnya, masalah itu sudah tidak timbul lagi dan jalinan kerjasama antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama pengurusan resort baru berkenaan adalah baik.*

            *“SAYA sudah anggap murid sekolah ini seperti adik sendiri dan rasa dihormati apabila mereka hulurkan tangan untuk bersalam,” kata pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan (SK) Luagan, Keningau, Sabah, Dali Udan.*
         *Dali, 27, memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai videonya bersalaman dengan murid di pintu pagar sekolah yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.*
         *Selain warga net, video berdurasi 41 saat itu juga mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang berkongsi rakaman itu di Twitter miliknya, dua hari lalu dengan ciapan ‘sekolah harus berfungsi sebagai satu platform pendidikan yang memupuk budaya hormat menghormati’.*

            *REPLIKA keris yang diletakkan di hadapan pintu masuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dipindahkan ke Tapak Warisan bagi menggantikan replika al-Quran sebagai replika asal dalam logo universiti berkenaan.*
          *Tinjauan Harian Metro mendapati replika keris itu dipindahkan kira-kira 200 meter dari tapak asal dan bukannya ‘dibuang’ seperti yang didakwa sesetengah pihak.*
            *Malah, replika keris itu sudah dipasang di tapak warisan sebagai rujukan pelajar Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk (KAED).*

             *HONG KONG: Seorang penunjuk perasaan parah ditembak pada jarak dekat oleh polis dalam kejadian yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live, pada hari dianggap paling ganas sepanjang bantahan tercetus di Hong Kong, lima bulan lalu.*
             *Seorang lelaki turut icurah cecair mudah bakar dan dibakar hidup-hidup susulan satu pertengkaran, dengan kejadian itu tular selepas dirakam menggunakan telefon bimbit.*
               *Polis mendakwa penunjuk perasaan yang melakukan serangan itu.*

           ♂ *SEORANG pegawai polis di Pinrang, Sulawesi Selatan diangkat sebagai wira selepas enggan menggunakan kekerasan sebaliknya melutut dan merayu perusuh daripada membunuh seorang pelombong haram.*
          *Dalam video yang tular, ketua polis daerah Cempa, Akbar dilihat melindungi pelombong itu daripada penduduk yang bersenjatakan parang sebelum melutut dan merayu untuk melepaskan mangsa.*
            *Akbar memberitahu Kompas. com, dalam kejadian itu puluhan penduduk merusuh bagi membantah aktiviti pelombongan haram di kampung mereka.*

              *KARNIVAL Beli Belah Global 11.11 anjuran Alibaba Group mencatatkan jualan mencecah 268.4 bilion yuan (RM158.37 bilion) dalam tempoh 24 jam sekali gus memecah rekod sebelum ini.*
            *Jumlah itu meningkat sebanyak 25.7 peratus berbanding jualan 2018.*
               

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2019 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*RAU 20 NEMER 2019 ASHI ERSAAAN 23 ABIULWAL 1441 HIJRH*


*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0531
*SUBUH* : 0541
*SYURUK* : 0658
*ZOHOR* : 1301
*ASAR* : 1624
*MAGHRIB* : 1859
*ISYAK* : 2012


*artikel disiarkan pada tarikh 19nov*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *LELAKI parah ditikam rakan sekerjanya di tempat kerja mereka di syarikat penghantaran barang di Balik Pulau, hari ini. Dalam kejadian 1.30 petang itu, mangsa yang berusia 20-an ditikam lelaki terbabit yang juga ‘team leader’ kumpulan kerja mereka yang seramai lima orang. Menurut sumber, suspek dikatakan berang kerana ada antara pekerja kumpulan itu termasuk mangsa tidak menepati masa ketika menjalankan tugas.*

               2) *“MEETING (mesyuarat) biasa. Tidak ada perkara yang luar biasa,” itu jelas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika diminta mengulas mengenai pertemuan sulit diaturnya bersama sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) malam tadi. Menurutnya, ia satu mesyuarat biasa dan beliau mengambil sikap terbuka untuk menerima mana-mana pihak yang ingin bertemu dengannya.*

               3) *PENIAGA ikan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini kerana melakukan kelucahan melampau terhadap budak perempuan pada Disember 2016. Keputusan itu dibuat Hakim Wan Azimah Yaacob selepas tertuduh, Zuriak Dagang, 59, didapati bersalah terhadap pertuduhan itu mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan.*

               4) *TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, belum sampai masanya untuk peralihan kuasa pucuk pimpinan negara dilakukan. Perdana Menteri menegaskan, tiada siapa yang tahu sama ada situasi Malaysia termasuk ekonomi sudah bersedia atau sebaliknya untuk transisi kepemimpinan berikutan kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Sabtu lalu.*

               5) *WANITA menyangka bau busuk dekat rumahnya di Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu adalah bau bangkai kucing. Namun sangkaannya meleset dan lebih mengejutkan apabila bau itu terbit daripada mayat ibu saudaranya yang hampir lima hari meninggal dunia. Suraya Ismail, 35, menemui mayat ibu saudaranya Jarah@Aminah Awang, 75, di dalam bilik rumahnya yang terletak bersebelahan kediamannya di kampung itu pada 7.30 pagi hari ini.*

               6) *BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa tidak berpuas hati dengan isi kandungan Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tidak membenarkan ia dicetak sebelum mendapat kebenarannya. Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pada 22 Februari 2016, beliau dipanggil untuk ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk bertemu Najib dan Tan Sri Ambrin Buang (Bekas Ketua Audit Negara).*

               7) *JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sedang menyiasat pengetua sebuah sekolah di Telipok, Kota Kinabalu yang didakwa menghantar mesej lucah kepada pelajarnya. Menteri Pendidikan dan Inovasi negeri Datuk Dr Yusof Yacob berkata, siasatan berkaitan kes berkenaan dijalankan selepas laporan diterima daripada ibu bapa kepada pelajar yang menjadi mangsa gangguan seksual itu.*

               8) *MAHKAMAH Persekutuan di Putrajaya, dalam membuat keputusan penting, memutuskan Datuk Seri Najib Razak semasa menjadi perdana menteri adalah seorang pegawai awam dan boleh disaman atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam. Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan yang menyampaikan keputusan panel tujuh hakim mahkamah itu berkata, perdana menteri atau mana-mana menteri adalah pegawai awam mengikut Seksyen 5, Akta Prosiding Kerajaan 1956.*

               9) *PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu menahu berkaitan mesyuarat ‘pintu belakang’ yang dilakukan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama beberapa Ahli Parlimen parti berkenaan di Parlimen hari ini. Beliau juga tidak dijemput ke mesyuarat berkenaan.*

               10) *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan pegawai kanan polis bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang suapan bernilai RM80,000 semalam. Menurut sumber, pegawai lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 12.30 tengah hari di Pejabat SPRM Terengganu ketika hadir memberi keterangan.*

               11) *IBU bapa perlu memastikan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam kenderaan yang dibeli mempunyai label kod QR kerana ia mengandungi maklumat terperinci mengenai garis panduan keselamatannya. Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Nasri Ishak berkata, ketika ini pengeluar CRS sudah dimaklumkan mengenai label kod QR daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan hanya kerusi yang mempunyai label itu saja dibenarkan dijual di negara ini.*

               12) *“SAYA bukan broker tetapi tawaran itu dibuat berdasarkan nilai semasa oleh jabatan kerajaan sendiri,” kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad. Beliau memaklumkan perkara itu pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di sidang Dewan Rakyat, hari ini. Istilah ‘broker’ yang digunakan Khalid mencetuskan riuh-rendah di Dewan Rakyat.*

               13) *“UMNO serahkan sepenuhnya perkara ini kepada Jawatankuasa (Lembaga) Disiplin bagi menjalankan siasatan,” kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau mengulas pertemuan sulit antara Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Putrajaya, semalam.*

               14) *DRAF Pelan Strategik Kebangsaan bagi menangani masalah perkahwinan bawah umur kini dalam proses akhir untuk disiapkan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pelan itu mengandungi program tindakan membabitkan 61 agensi peringkat Kerajaan Persekutuan dan negeri.*

               15) *PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hadir ke mesyuarat biro politik parti malam esok bagi memberi penjelasan lanjut mengenai isu pertemuan sulit antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). Menurutnya, sebagai Timbalan Presiden parti, beliau (Mohamed Azmin) wajib hadir mesyuarat berkenaan.*

               16) *LELAKI dihukum penjara selama tujuh tahun dan dikenakan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini kerana melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya berusia empat tahun. Selain itu, tertuduh berusia 33 tahun berkenaan turut diarahkan diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 sebaik selesai menjalani hukuman penjara.*

               17) *SEORANG saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat dan tidak dibenarkan membawa sebarang dokumen keluar daripada pejabatnya. Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.*

               18) *EJEN hartanah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Klang, hari ini, atas tuduhan melakukan penipuan pelaburan hartanah berjumlah RM200,000 pada April lalu. Tertuduh, Ng Swee Bee, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman.*

               19) *MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (PH) tidak dimaklumkan mengenai pertemuan antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PKR semalam. Naib Presiden PKR Datuk Dr Xavier Jayakumar berkata, semua anggota Majlis Presiden PH sepatutnya memaklumkan jika mahu mengadakan sebarang pertemuan atau perbincangan dengan mana-mana pihak.*

              20) *HUJAN lebat dua jam di sekitar Penjom, Lipis, semalam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air sehingga memaksa 24 penduduk membabitkan empat keluarga dipindahkan. Dua kampung yang terjejas adalah Kampung Lalang Penjom dan Kampung Batu 4, manakala dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balai Raya Kampung Lalang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Penjom.*

               21) *KEMENTERIAN Air, Tanah dan Sumber Asli bercadang untuk menggubal dasar dan peraturan baru bagi pengurusan semua empangan di negara ini di bawah satu kendalian. Menterinya, Datuk Dr Xavier Jayakumar berkata, peraturan baru itu akan membabitkan semua pengurusan empangan di setiap negeri untuk menghantar maklumat terkini mengenai keadaan dan pengoperasian empangan masing-masing.*

               22) *“SAYA tidak boleh dedahkan masa dan lokasi sesi uji pandu (kereta terbang) itu kerana bagi menghormati permintaan pemaju projek berkenaan,” kata Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof. Mohd Redzuan di sidang Dewan Rakyat semalam memaklumkan, beliau sendiri akan menyertai sesi uji pandu kereta terbang di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Khamis ini.*

               23) *PASANGAN suami isteri dikesan menjadikan kegiatan pecah kenderaan sebagai punca pendapatan utama mendapatkan wang bagi membeli dadah dan berbelanja mewah termasuk menyewa bilik hotel di sekitar Kulai. Bagaimanapun, aktiviti mereka yang turut memecahkan kereta di kawasan parkir rumah membawa padah apabila ada saksi berjaya mengecam mereka sebelum melaporkan kepada polis.*

               24) *LEMBAGA Disiplin UMNO akan menyiasat dan mengambil tindakan tatatertib terhadap pemimpin atau ahlinya yang didakwa terbabit dalam pertemuan ‘sulit’ dengan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin di Putrajaya, malam tadi. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, tindakan berkenaan akan dibuat selepas pihaknya menerima aduan rasmi mengenainya.*

               25) *PELAJAR perempuan Tingkatan Dua yang menjadi mangsa kes rogol membabitkan tujuh pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di Tawau diberikan kaunseling. Pengarah Pendidikan Sabah, Dr Mistirine Radin berkata, sesi kaunseling sebagai sebahagian rawatan pemulihan pelajar terbabit.*

               26) *PEJABAT Perdana Menteri (PMO) mengesahkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengalami sedikit pendarahan hidung, hari ini. PMO bagaimanapun menafikan laporan portal berita yang mendakwa Dr Mahathir bergegas ke hospital bagi mendapatkan rawatan. “Dr Mahathir mengalami sedikit pendarahan hidung, bagaimanapun beliau berada dalam keadaan sihat dan tidak membimbangkan. Beliau bertugas seperti biasa.*

               27) *KHIDMAT bomba terpaksa digunakan bagi menyelamatkan seekor lembu yang terjatuh ke dalam lubang kumbahan najis di Kampung Kinjang Baru, Tapah, hari ini. Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dihubungi penduduk kampung selepas usaha mereka mengeluarkan haiwan itu gagal.*

               28) *TIGA orang termasuk dua pelajar ditahan polis dalam beberapa serbuan berasingan selepas disyaki terbabit dalam kejadian pecah kedai runcit di Taman Sri Serdang, Kepala Batas. Kesemua mereka berusia 13, 14, dan 21 tahun itu ditahan kira-kira pada 5 petang selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 50 tahun, kelmarin.*

               29) *SEORANG lelaki mabuk yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan diberkas polis di Plaza Tol Sungai Dua, arah utara, dekat Kepala Batas, hari ini. Dalam kejadian 6 pagi itu, suspek berusia 64 tahun dan bekerja sebagai jurutera itu memandu dari Relau, Bayan Lepas dan mahu pulang ke hotel penginapannya di Pulau Tikus.*

               30) *“SAYA dengar (pertemuan itu) tetapi tak tahu apa-apa (dibincangkan),” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata demikian ketika mengulas pertemuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di rumah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya, malam tadi.*

               31) *JENAZAH bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam, 9.56 pagi ini. Mohd Shukri, 65, disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Avisena, Shah Alam pada 4.45 petang semalam. Kira-kira 200 orang yang terdiri daripada keluarga serta rakan Allahyarham hadir memberikan penghormatan terakhir.*

                32) *MAHKAMAH Tinggi Ipoh menetapkan 26 November ini bagi mendengar permohonan pemindahan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia membabitkan EXCO kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong ke mahkamah berkenaan. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Radzi Harun membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan memohon penangguhan prosiding itu yang sepatutnya didengar hari ini tetapi Paul Yong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh perlu menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung hingga Jumaat ini.*

                33) *BURUH diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, terhadap pertuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 13 tahun, Hakim Datuk Julie Lack Abdullah membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang berusia 39 tahun.*

                34) *LELAKI mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini terhadap pertuduhan memberikan keterangan palsu di mahkamah pada 16 Jun 2015. Tertuduh, Anuar S Mohamad Ibrahim, 35, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.*

                35) *BAYI lelaki tujuh bulan lebam di bahagian kanan muka dipercayai akibat didera pengasuh di sebuah taska, di Balik Pulau, semalam. Kejadian itu hanya disedari ibu bayi terbabit jam 5.30 petang selepas dia mengambil anaknya di pusat asuhan terbabit sebelum menghubungi suaminya memaklumkan keadaan anak mereka.*

                36) *BAYI lelaki tujuh bulan lebam di bahagian kanan muka dipercayai akibat didera pengasuh di sebuah taska, di Balik Pulau, semalam. Kejadian itu hanya disedari ibu bayi terbabit jam 5.30 petang selepas dia mengambil anaknya di pusat asuhan terbabit sebelum menghubungi suaminya memaklumkan keadaan anak mereka.*

                37) *NIAT ibu membawa anaknya bercuti di atas kapal persiaran mewah berakhir tragedi apabila anaknya ditemui lemas dalam kolam renang kapal itu yang berlabuh di Jeti Star Cruise di Langkawi, semalam. Dalam kejadian 7.15 malam itu, mangsa, Heng Kai Lun Alan, 10, warga Singapura dipercayai lemas ketika mandi bersendirian di kolam itu. Ibu kanak-kanak malang itu dikenali Chang Lei Ling, 40, yang juga warga Singapura.*

                38) *PEMANDU rentung apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya melanggar sebuah lori lalu terbakar di Kilometer 137.5 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, dekat Muar, hari ini. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Ibnul Kasim Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.22 pagi.*

                39) *KEJADIAN gajah liar memusnahkan kebun dan ladang kelapa sawit tidak hanya berlaku pada waktu malam selepas mamalia besar itu turut memusnahkan 1.6 hektar ladang berhampiran Pekan Kahang di sini, pada waktu siang. Orang Asli Kampung Sungai Peroh, Liong Marlina, 35, berkata, kejadian disedari ketika melalui kawasan ladang itu tiga hari berturut-turut.*

                40) *CUBAAN wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) meloloskan diri dengan menggunakan pintu rahsia di pusat hiburan gagal apabila ditahan Pasukan Taktikal Khas (Pastak) Jabatan Imigresen Malaysia (Jim), dalam operasi khas malam kelmarin. Serbuan tiga jam bermula jam 12.30 tengah malam itu dijalankan di dua buah pusat hiburan di Melaka Raya, di sini.*

            
*SEJAGAT*
==========


          *JAKARTA: Seorang wanita maut dalam keadaan menyedihkan selepas dia ditimpa pokok kelapa yang tumbang ketika sedang menunggang motosikal di sebuah kampung di Sulawesi Barat hari ini.*
            *Lebih malang lagi, mayat wania itu dibiar ditindih batang kelapa selama dua jam kerana penduduk tidak mempunyai gergaji untuk memotong pokok berkenaan.*

          *NEW DELHI: Hanya kerana berborak dengan kekasih di luar rumah selepas waktu tengah malam, seorang wanita maut selepas direnjat elektrik dan lehernya dikelar oleh bapanya di Uttar Pradesh, Ahad lalu.*
            *Harivansh Kumar dikatakan membunuh anaknya Pooja, 22, kira-kira jam 1.15 pagi (waktu tempatan) selepas melihat mangsa berborak dengan lelaki terbabit yang juga jiran mereka, lapor Gulf News.*

          *TOKYO: Enam pelajar sekolah menengah rendah ditahan selepas mewujudkan watak palsu remaja perempuan untuk aplikasi pacaran yang digunakan bagi mengumpan mangsa ke sebuah taman untuk dirompak.*
         *Japan Today melaporkan, seorang daripada enam sekawan berusia 14 hingga 16 tahun itu yang belum pecah suaranya juga berbual dengan mangsa yang termakan umpan mereka sehingga mempercayai dia adalah seorang gadis.*

          *Yamoussoukro (Ivory Coast): Sebuah pulau terapung di tengah tanjung Abidjan yang lengkap dengan dua kolam renang menjadi lokasi sesuai untuk berehat sambil menenangkan fikiran.*
             *Dianggap pemiliknya, Eric Becker sebagai pulau syurga dan lokasi sempurna untuk bercuti.*
           *Bagaimanapun, apa yang menjadikan pulau buatan dan mesra alam itu istimewa ialah, ia dibina di atas 700,000 botol.*

           *BAITULMAQDIS: Sistem pertahanan antipeluru berpandu Israel memintas empat roket yang dilancarkan dari Syria hari ini.*
            *Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata serangan itu tidak terkena penduduk negara terbabit.*
         *Sementara itu, letupan didengari berhampiran lapangan terbang Damsyik di Syria, lapor agensi berita SANA.*

          *JAKARTA: Penduduk Medan enggan membenarkan mayat lelaki yang meletupkan dirinya di depan ibu pejabat polis Medan minggu lalu, Rabbial Muslim Nasution, dikebumikan di daerah berkenaan.*
            *Menurut laporan media Indonesia, Rabbial tinggal di Kampung Sei Putih Barat, daerah Medan Petisah.*
            *CNN Indonesia melaporkan, seorang tokoh agama, M Sofyan, yang mendakwa mewakili masyarakat, menolak mayat Rabbial dikebumikan di Kota Medan.*

            *SANTIAGO: Buat pertama kali kerajaan Chile mengakui keganasan dilakukan polis ketika menangani bantahan antikerajaan sejak empat minggu lalu, dengan Presiden Sebastian Pinera berkata, ‘tiada ampun’ ketika mengecam pasukan keselamatan semalam.*
           *”Berlaku kekerasan berlebihan, salah guna kuasa dan jenayah dilakukan. Hak asasi semua pihak tidak dihormati,” katanya dalam ucapan melalui televisyen sempena sebulan bantahan yang sudah mengorbankan 22 orang manakala 2,000 lagi cedera.*

          *BEIJING: Seramai 15 orang terbunuh dalam letupan gas di sebuah lombong arang di wilayah Shanxi, utara China tengahari semalam.*
             *Menurut laporan agensi berita Xinhua, sembilan orang cedera dalam kejadian di lombong milik syarikat Shangxi Pingyao Fengyan Coal dan Coke Group Co.*
            *Ketika kejadian, seramai 35 pelombong bekerja di bawah tanah dan 11 daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.*

           *SYDNEY: Kualiti udara di Sydney sudah memasuki tahap berbahaya dengan mencatat bacaan mencecah Indeks Kualiti Udara 186 di barat laut bandaraya itu disebabkan kebakaran hutan teruk.*
             *Bacaan itu bersamaan dengan kualiti udara di Delhi, India dan penduduk diminta mengelak dari melakukan aktiviti luar.*

           *WASHINGTON: Tiga maut dalam insiden tembakan di pasar raya Walmart di Duncan, Oklahoma, pagi semalam, lapor media tempatan.*
             *Stesen televisyen TNN yang memetik Ketua Polis Duncan, Danny Ford berkata, kejadian itu berlaku di perkarangan premis terbabit dan mereka yang maut termasuk seorang suspek.*

         *TOULOUSE, PERANCIS: Remaja perempuan 15 tahun terbunuh dan beberapa lagi hilang selepas jambatan gantung 150 meter di Mirepoix-sur-Tarn dekat sini, runtuh semalam, menyebabkan sebuah kereta, satu lori dan berkemungkinan satu lagi kereta terjunam ke dalam sungai.*
          *Ibu remaja terbabit antara empat mangsa yang berjaya diselamatkan oleh orang ramai. Mayat remaja perempuan itu sudah ditemui beberapa jam kemudian.*



*TULAR,POPULAR,MEDIA SOSIAL*
========================


           *#HARIMAUMALAYA kini trending di Twitter apabila netizen mengambil peluang memberi kata-kata semangat buat pasukan kebangsaan yang bakal berdepan musuh tradisi, Indonesia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.*
              *Sehingga 5 petang hari ini, #HarimauMalaya menerima 6,264 ciapan daripada netizen.
               *Seorang pengguna Twitter, @new25Luqman menyeru seluruh rakyat Malaysia mendoakan kemenangan buat pasukan negara.*

           *“YA Allah, anak aku.” Itu ungkapan pertama yang terpacul daripada mulut Norseha Abdullah, 44, selepas dua anaknya tercampak keluar dari kereta dinaiki mereka yang terbabit kemalangan di Kilometer 155.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Jawi, Sabtu lalu.*
           *Norseha yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, ketika kejadian, dia memandu Proton Saga FLX dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Lip Sin, Bayan Lepas selepas menziarah saudara di Jawi.*
           *Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari Sabtu lalu, Proton Waja merah dipandu seorang wanita warga China berusia 34 tahun hilang kawalan ketika berada di lorong kanan sebelum merempuh kereta dipandu Norseha yang berada di lorong tengah.*
            *Video kemalangan berdurasi 36 saat yang menunjukkan kedua-dua anak Norseha tercampak keluar melalui pintu kanan bahagian penumpang belakang itu tular di media sosial.*

         ♂ *POLIS mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tujuh pelajar Tingkatan Lima yang disyaki merogol remaja 14 tahun di sebuah sekolah di Tawau.*
          *Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, ia termasuk dakwaan yang tular di media sosial bahawa ada rakaman kejadian itu.*
            *Beliau juga menafikan pihaknya ada menerima rakaman video berkenaan.*

         *SELEPAS Pantai Rhu Dua, Rusila kini Pantai Pandak di Chendering, Kuala Terengganu pula menjadi perhatian penduduk berikutan kerang bulu terdampar banyak di pantai itu sejak semalam.*
             *Difahamkan, orang ramai mula memenuhi pantai itu seawal 4 petang untuk memungut kerang bulu yang terdampar di pantai berkenaan.*
           *Penduduk, Madi Abdullah, 40, dari Kampung Chendering berkata, sebelum ini kerang bulu hanya terdampar dan banyak di Pantai Rhu Dua tetapi kini Pantai Pandak di Chendering pula menjadi lokasi terbaru kerang itu terdampar.*

          ♀ *BERLIN: Seorang wanita dirakam melakukan perbuatan menjijikkan apabila kencing di atas alat kawalan PlayStation 4 sebuah kedai dengan kejadian dirakam sebelum dikongsikan dalam talian.*
           *Video berkenaan dimuat naik ke Reddit semalam, tetapi dipercayai sebenarnya dirakam beberapa bulan lalu di dalam sebuah cawangan MediaMarkt, penjual barangan elektrik utama di Jerman.*
             *Dalam rakaman itu, wanita berambut perang muda terbabit dilihat menghampiri PlayStation 4 yang memaparkan permainan FIFA terbaru, lapor news. com. au.*
                 

*ARENA*
========


           *ALEX Marquez akan berlumba disamping abangnya yang juga juara dunia enam kali MotoGP, Marc bersama pasukan Repsol Honda pada musim hadapan, umum pasukan itu.*
         *Pelumba dari Sepanyol berusia 23 tahun yang meraih kejuaraan dunia Moto2 tahun ini dan pernah memenangi gelaran Moto3 pada 2014, sudah menandatangani kontrak selama setahun bersama pasukan berkenaan.*
          *Alex akan menggantikan kekosongan yang ditinggalkan juara dunia tiga kali, Jorge Lorenzo, yang bersara selepas kempen musim ini berakhir pada hujung minggu lalu di Grand Prix Valencia.*

           *ENGLAND berdepan igauan buruk pada peringkat kumpulan Euro 2020 biarpun mengesahkan kedudukan berada dalamkalangan pilihan utama.*
           *Undian saingan itu akan menyaksikan skuad kendalian Gareth Southgate bakal berdepan juara dunia, Perancis dan juara Eropah, Portugal.*
         *Prospek ‘Kumpulan Maut’ dilihat kian hampir dengan senario itu ketika saingan kelayakan hanya berbaki dua hari perlawanan, minggu ini.*

           *EDINSON Cavani dipercayai mencabar Lionel Messi sekiranya sekiranya mahu bertumbuk dengannya ketika Argentina seri 2-2 dengan Uruguay.*
        *Menurut laporan akhbar Argentina, Ole, tindakan Cavani dirakam menerusi kamera menunjukkan dia mahu bergaduh dengan Messi ketika perlawanan itu berlangsung.*
         *Ole mendakwa Messi membalas cabaran itu dengan berkata 'bila-bila masa boleh'.*

            *MAURICIO Pochettino akan mengucapkan selamat tinggal terhadap 12.5 juta (RM52j) sekiranya dia meninggalkan Tottenham.*
             *Bagaimanapun, cara terbaik untuknya mencapai impiannya adalah mengendalikan salah satu kelab gergasi Eropah.*
           *Bayern Munich, Real Madrid dan Manchester United semuanya cenderung untuk mendapatkan Poch sebagai bos baru dan tidak mahu memberi sebarang komen dengan harapan Spurs akan memecatnya agar mereka tidak perlu membayar pasukan utara London itu pampasan lebih 30j (RM125j).*

           *LUIS Enrique dilantik semula sebagai jurulatih Sepanyol sesudah meletak jawatan Jun lalu ketika anak perempuannya bertarung dengan penyakit kanser, menurut presiden Persekutuan Bolasepak Sepanyol, Luis Rubiales hari ini.*
          *Rubiales berkata, Robert Moreno, bekas penolong jurulatih yang mengemudi Sepanyol bagi kempen kelayakan Euro 2020 selepas Luis Enrique meninggalkan pasukan, mahu melepaskan jawatannya jadi beliau boleh kembali.*

           *KEAJAIBAN kaki kiri Safawi Rasid memastikan Malaysia terus bernyawa pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila rembatan bak pelurunya menghadiahkan kemenangan mutlak 2-0 ke atas Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.*
           *Kejayaan manis di depan 85,000 penonton membolehkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe mengumpul sembilan mata selain mencatat kemenangan kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Thailand 2-1 (Kelayakan Piala Dunia) dan Tajikistan 1-0 (persahabatan antarabangsa).*

           *THAILAND seri tanpa jaringan dengan Vietnam pada pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 di Hanoi malam ini yang menyebabkan pasukan Gajah Perang merudum ke tangga ketiga selepas Malaysia menewaskan Indonesia.*
           *Vietnam memerlukan seri untuk kekal di tangga teratas dan tuan rumah berjaya memenuhi sasaran itu.*

           *JAGUH skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow mempamerkan aksi bertenaga dengan menyingkirkan lawannya pada aksi pembuka tirai Kejohanan Channel VAS di England, malam ini.*
            *Pada aksi di St George’s Hill, London, pemain berusia 21 tahun dari Kuala Lumpur itu menundukkan Abdulla Mohd Al Tamimi dari Qatar yang menghuni ranking ke-47 dunia.*

           *BIARPUN baru dua hari berlatih bersama skuad bawah 22 tahun (B-22), tahap profesionalisme dipamerkan pemain muda sedang meningkat di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal terserlah.*
         *Malah sikap dipamerkan pemain Sporting Kansas City itu mendapat pujian pengendali B-22, Datuk Ong Kim Swee apabila mudah menyesuaikan diri dengan taktikal dan latihan diterapkan beliau.*

          *LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan La Liga Sepanyol untuk membangunkan program pendidikan dan memupuk semangat profesional dalam industri bola sepak tempatan.*
         *MFL dan La Liga Business School akan membangunkan pengajian berkaitan sukan untuk membantu golongan profesional seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan kelab Liga Malaysia termasuk semua pihak yang terbabit dalam industri bola sepak bermula awal tahun depan dengan kursus pemasaran sukan (27 hingga 30 Mac 2020).*

         *BIARPUN hanya aksi peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 membabitkan aksi antara Malaysia dan Indonesia, suasana di dalam Stadium Nasional, Bukit Jalil cukup meriah umpama perlawanan akhir.*
           *Kehangatan perlawanan jiran tetangga Nusantara ini sememangnya menjadi tumpuan lebih-lebih lagi apabila semua 85,000 tiket habis dijual Ahad lalu.*
          *Sebaik pintu stadium dibuka pada jam 4 petang, penyokong kedua-dua pasukan mula memasuki dan memenuhi segenap tempat duduk dengan bantuan kawalan polis.*

          *BEKAS pemain kebangsaan, Zubir Azmi mengesahkan kontraknya bersama Pahang tidak dilanjutkan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.*
              *Justeru, pemain kelahiran Terengganu itu berkata, dia sudah mula mencari pasukan baharu untuk meneruskan kerjaya selepas menabur bakti bersama skuad Tok Gajah selama tiga musim sejak 2017.*


*berita penuh sila ikuti harian metro online*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2019 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
*GRAAN LINE L_LIGI*


*KHMIS 21 NEMER 2019 ASHI ERSAAAN 24 ABIULWAL 1441 HIJRH*


*#live fr fN PLUS EVERGE SHA# ALA*


     

            *     & SALAM SEJAHTERA..*

*WAKTU SLAT SHH ALA DAN KWASAN SEAKTU DEANNYA*

*IMSAK* : 0531
*SUBUH* : 0541
*SYURUK* : 0658
*ZOHOR* : 1301
*ASAR* : 1624
*MAGHRIB* : 1859
*ISYAK* : 2013


*artikel disiarkan pada tarikh 20nov*


*TANAHAIRKU*
==============


               1) *PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) tidak meluluskan ujian penerbangan UAS E-Hang 216 (EH216) atau ‘kereta terbang’ yang dijadualkan esok. CAAM dalam kenyataan hari ini menegaskan, lokasi percubaan penerbangan di Hangar UNIKL MIAT Subang adalah kurang 200 meter dari laluan trafik pesawat dan helikopter komersial.*

               2) *BERJABAT tangan sudah, peluk pun sudah, cium pipi pun sudah. Tidak sampai enam jam, ‘drama’ gaduh dan pertikaman lidah membabitkan dua Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) dan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Kuala Krau) berjaya diselesaikan, petang ini.*

               3) *SERAMAI 27 penyokong Malaysia dan 14 penyokong Indonesia ditahan selepas tamat perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, mereka ditahan bagi tujuan dokumentasi.*

               4) *“BELUM ada perancangan, berehat saja dan tak fikir nak buat apa lagi. Agak buntu juga,” kata Mukhtar Bahari, 62, pemandu lori sampah syarikat pembersihan yang kehilangan kaki kiri akibat kecuaian pemandu lain, Jumaat lalu. Keadaan Mukhtar kini stabil selepas kaki kirinya terpaksa dipotong dan ditempatkan di wad biasa Hospital Pulau Pinang (HPP).*

               5) *POLIS hanya akan memeriksa telefon bimbit individu tertentu sekiranya wujud syak wasangka munasabah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya diberi peruntukan undang-undang untuk melakukan pemeriksaan termasuk ketika melakukan siasatan kes tertentu.*

               6) *“TUTUP sebab cuti. Hari ini dah buka semula,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mengenai dakwaan kononnya Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah sudah tidak beroperasi. Beliau berkata, dakwaan itu tidak wajar dilakukan pihak tertentu yang dipercayai sengaja menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk.*

               7) *KECEWA selepas pasukan mereka tewas menyebabkan segelintir penyokong Indonesia merosakkan 44 kerusi bernilai kira-kira RM11,000 ketika perlawanan aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang menyaksikan Malaysia menewaskan Indonesia 2-0, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Nik Razeen Adam Daud berkata, laporan kerosakan itu akan diserahkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat untuk tindakan susulan.*

               8) *POLIS akan menggunakan mesin poligraf terhadap tujuh saksi utama yang akan tampil bagi membantu siasatan kes anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya mengenal pasti tujuh saksi utama yang dipercayai berada di lokasi ketika kejadian.*

               9) *BOSAN kerana mendakwa dikongkong ibu dan bapa tiri membuatkan seorang remaja perempuan melarikan diri bersama teman lelakinya yang juga suami orang sejak hujung Oktober lalu. Bagaimanapun, remaja berusia 14 tahun berjaya ditemui polis bersama teman lelakinya berusia 22 tahun di Kuala Lumpur, awal pagi semalam, dan kedua-dua mereka dibawa pulang ke negeri ini.*

               10) *PEKERJA kilang simen dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini, selepas mengaku salah memukul isterinya menggunakan topi keledar. Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Shaiful Afeezan Mohd Ali, 36.*

               11) *“SAYA cuci kedai setiap hari, tetapi tikus datang juga,” kata pemilik restoran di Gat Lebuh Cecil, Pengkalan Weld, Georgetown, dengan nada marah kepada petugas Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) apabila premisnya diperintahkan tutup selama 14 hari bagi kerja pembersihan. Pertengkaran dicetuskan peniaga lelaki warga emas berikutan tidak berpuas hati dengan kompaun dikenakan menerusi operasi berkenaan.*

               12) *PENYELIA ladang kelapa sawit nyaris maut apabila dirempuh gajah liar ketika membuat tinjauan di Ladang Felda Nitar 2, Mersing, semalam. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Salman Saaban berkata, kejadian jam 12.30 tengah hari itu menyebabkan Mohd Hanafi Mohd Isa, 30, cedera di badan dan terpaksa dirujuk ke Hospital Mersing untuk mendapatkan rawatan.*

               13) *KEGIATAN tiga lelaki menyamar polis dan memperdaya seorang buruh ladang sawit tidak bertahan lama apabila mereka diberkas secara berasingan, kelmarin. Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, tangkapan dilakukan susulan laporan dibuat pengurus ladang sebaik mengetahui kejadian itu daripada pekerjanya.*

               14) *“KITA perlu memastikan sekolah jangan sembunyikan kes buli,” kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program #kidstakeoverParlimen di Kuala Lumpur hari ini. Program berkenaan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.*

               15) *EMPAT lelaki aktif mencuri rim aloi pelbagai jenis kenderaan ditahan polis dalam beberapa siri serbuan di sekitar Sepang.
Suspek yang berusia antara 20 hingga 34 tahun itu ditahan pada 19 November lalu hasil risikan polis dan maklumat orang awam. Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, tangkapan itu sekali gus berjaya menyelesaikan lebih 10 kes kecurian rim aloi.*

               16) *ANGKARA mabuk, lelaki menetak bapa saudaranya hingga parah dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Panchor, Rompin, dekat Jempol, malam tadi. Dalam kejadian itu, mangsa berusia 26 tahun parah di dahi, dada dan tangan kiri akibat ditetak menggunakan parang oleh anak saudaranya berusia 19 tahun.*

               17) *PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan kemungkinan rombakan kabinet dilakukan susulan kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai. Pengerusi PH merangkap Pengerusi Bersatu itu bagaimanapun berkata, keputusan mengenainya “tidak akan dilakukan hari ini atau esok.”*

               18) *DUA lelaki nekad merempuh tiga kenderaan anggota polis narkotik ketika cuba melarikan diri dari ditahan di Penampang Baru, di Penampang, semalam. Bagaimanapun, dalam kejadian jam 4 petang itu, kedua-dua lelaki berusia 26 dan 38 tahun itu berjaya ditahan polis sejurus selepas kejadian.*

               19) *JABATAN Kesihatan Kelantan mengesahkan lapan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pasir Puteh mengalami kluster jangkitan saluran pernafasan sejak minggu lalu. Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, turut mengalami masalah sama adalah 11 nelayan warga Vietnam.*

               20) *MENDAKWA ditipu berhubung pembelian tanah, dua individu memfailkan saman terhadap ADN Properties Sdn Bhd dan dua pengarahnya termasuk suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adenan Abu yang juga dikenali sebagai Datuk Red. Mohamad Syaimi Amri Marzuki dan Mohd Hisham Junid sebagai plaintif memfailkan saman itu pada 13 November lalu di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguam mereka, Bhavanash Sharma dari Tetuan Bhavanash Sharma.*

               21) *“ALHAMDULILLAH... saya selamat sampai ke dewan yang mulia ini,” kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith. Pada 11 Novemberlalu, Eddin dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas terduduk secara mengejut dipercayai terlalu penat ketika mendengar perbahasan di Dewan Rakyat.*

               22) *CUBAAN juragan warga Indonesia membawa masuk kira-kira 800 kilogram (kg) ketam bakau di Tawau, gagal selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan tenggara Tanjung Saima, dekat Tawau, semalam. Dalam kejadian 2.35 pagi itu, bot jongkong dikendalikan juragan berumur 57 tahun dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika memasuki daerah itu melalui perairan Pulau Sebatik.*

               23) *LELAKI maut selepas bas persiaran dipandunya terbabas dan merempuh dinding kedai menjual pakaian di simpang tiga Jalan Larut/Hutton, Georgetown, hari ini. Dalam kejadian 5.50 pagi itu, mangsa, Lee Kim Thai, 64, meninggal dunia di tempat kejadian.*

               24) *GAYA hidup mewah seorang jurujual kereta membongkar kepada kegiatan pengedaran dadah dijalankannya sejak awal tahun lalu. Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Ahad lalu di hotel terkemuka di Kota Bharu bersama dadah bernilai lebih RM3 juta.*

               25) *TIGA puluh lima rumah di Kampung Bugaya, dekat Batu Sapi, di Sandakan, musnah terbakar, tengah malam tadi. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Dalam kejadian 12.35 tengah malam itu, kebakaran rumah atas air berkenaan membabitkan keluasan lebih 6,000 meter persegi.*

               26) *HANYA kerana terlanggar antara satu sama lain ketika berjalan menuju ke tandas, dua lelaki bergaduh sebelum seorang daripadanya ditikam pisau pemotong sayur di tingkat bawah sebuah rumah tumpangan di Lorong Prangin, Georgetown, hari ini. Dalam kejadian 1.25 pagi itu, mangsa, lelaki warga Syria berusia 26 tahun cedera di perut, kepala dan kaki kiri akibat ditikam lelaki tempatan yang juga warga emas berusia 69 tahun.*

               27) *SELEPAS gerakan mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan semalam, seorang pekerja kapal membawa muatan batu kuari yang dikhuatiri lemas di Logan Tujuh, Sungai Baram, di Miri, disahkan selamat hari ini dan berada di Kuala Baram. Raziman Roslan, 33, yang bertugas sebagai operator kren disedari hilang dari kapal berkenaan ketika juragan membuat pemeriksaan rutin pada 6 pagi, semalam.*

               28) *TAKTIK seorang wanita warga Thailand mengaku rakyat Malaysia ketika cuba mengelak ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang gagal apabila dia tidak tahu menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku. Dalam operasi di Plaza Tol Juru Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara, di Bukit Mertajam, wanita berusia 21 tahun itu pada mulanya memberikan pelbagai alasan apabila diminta menunjukkan kad pengenalannya termasuk memberitahu ia disimpan oleh ibunya, malah dia juga gagal untuk mengingati nombor kad pengenalannya.*

               29) *REMAJA lelaki cedera ketika menyelamatkan diri selepas rumahnya di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, terbakar, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.03 pagi.*

               30) *JABATAN Muzium Negara mengadakan program menarik, Bicara@Muzium: Negara Kota Yang Hilang bagi mengetengahkan hasil penyelidikan berkaitan tinggalan Kerajaan Negara Kota Melayu, khususnya kerajaan awal di Nusantara sebelum abad ke-14. Ketua Pengarahnya, Datuk Kamarul Baharin A Kasim, berkata, program bual bicara itu juga diadakan bersempena pameran Negara Kota Yang Hilang yang akan diadakan pada bulan depan.*

               31) *SEORANG pekerja nurseri lelaki maut dihempap pokok sawit ketika berteduh di bawah pokok itu dalam kejadian di sebuah nurseri di Jalan Yong Peng-Air Hitam di Air Hitam, kira-kira 5 petang hari ini. Difahamkan, pokok sawit itu sudah terlalu tua dan tidak subur menyebabkan ia tumbang.*

                32) *LAPAN individu, termasuk lelaki bergelar datuk ditahan selepas disyaki menjalankan aktiviti pendaftaran kad palsu untuk warga asing, kononnya untuk membolehkan golongan itu mendapatkan pekerjaan, semalam. Mereka ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah hotel di ibu negara dalam operasi khas pada 3.30 petang dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM)*

                33) *LELAKI orang kurang upaya (OKU) lembam lemas dalam sebuah kolam tadahan terbiar di kawasan ladang getah Felda Hutan Percha di Alor Gajah, hari ini. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mayat OKU berusia 52 tahun yang juga bapa kepada empat anak itu ditemui pengurus ladang ketika membuat rondaan, kira-kira 9 pagi hari ini.*

                34) *LELAKI yang melarikan diri selepas menikam rakan sekerjanya di syarikat penghantaran barang berjaya ditahan di Simpang Ampat, Nibong Tebal, hari ini. Suspek yang berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan polis di tepi jalan kira-kira 7 malam. Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Mohd Zain berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau bersabit kes dadah (dua) dan jenayah.*

                35) *MESYUARAT Biro Politik PKR yang bermesyuarat, hari ini, memutuskan tidak mengambil sebarang tindakan disiplin kepada Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali buat masa ini susulan isu pertemuan sulit bersama Ahli Parlimen UMNO, baru-baru ini. Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, parti masih menantikan maklumat lanjut daripada Azmin susulan itu itu.*

                36) *SERAMAI 10,002 wanita tempatan dan warga asing yang terbabit dalam kegiatan tidak bermoral ditahan polis menerusi Operasi Noda di tujuh negeri dari Januari hingga Oktober lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, serbuan itu dilakukan di Sarawak, Kuala Lumpur, Perak, Sabah, Pulau Pinang, Selangor dan Johor.*

                37) *MALAYSIA dan Singapura bersetuju bekerjasama dalam melaksanakan kajian dan pembangunan (R&D) dalam bidang pencegahan kebakaran di tanah gambut bagi mencari penyelesaian menangani isu jerebu di rantau ini. Persetujuan itu dicapai Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia (MESTECC) Yeo Bee Yin dan rakan sejawatannya dari Singapura Masagos Zulkifli, ketika program Pertukaran Lawatan Tahunan (AEV) selama dua hari berakhir Jumaat lalu.*

                38) *JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket penipuan pelaburan penukaran mata wang asing atau forex dalam talian terbesar didalangi warga China di Cyberjaya hari ini. JIM melalui status laman Facebook rasminya menyatakan, 1,000 anggota sindiket berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut dalam serbuan di premis yang disyaki markas kegiatan itu.*

                39) *“MUNGKIN saya seorang diktator, tetapi kali ini saya tidak menentukan,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri memberi reaksi itu bagi menafikan beliau berperanan dalam pertemuan Ahli Parlimen UMNO dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.*

                40) *LULUH hati ibu apabila niatnya menggunakan khidmat guru tuisyen untuk mengajar anaknya di rumah lelaki itu bertukar sebaliknya apabila kanak-kanak terbabit menjadi mangsa cabul. Perkara itu terbongkar selepas wanita berusia 40 tahun itu melihat kandungan mesej di telefon bimbit anaknya yang dihantar lelaki berusia 36 tahun berunsur ayat lucah Jumaat lalu.*


*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*

            
*SEJAGAT*
==========


           *LONDON: Sebuah kampung di Durham, timur laut England kini diselubungi misteri selepas beberapa ikat wang kertas sering ditemui ditinggalkan di tepi jalan.*
            *Polis Durham berkata, sejumlah 13 bungkusan yang setiap satunya mengandungi wang berjumlah 2,000 (RM10,748) ditemui di tepi jalan di kampung Blackhall Colliery sejak lima tahun lalu.*
           *Secara keseluruhan wang yang ditmui itu berjumlah 26,000 (RM139,728).*

           *BANDUNG: Seorang lelaki dipercayai menodai hampir 10 wanita apabila melemparkan cecair dipercayai air mani selepas menghampiri mereka menaiki motosikalnya, malah langsung tidak takut menyerang walaupun ada mangsa ditemani suami.*
          *Seorang mangsa yang juga suri rumah berkata, suspek dikenali sebagai Sidik Nugraha, 25, menghampirinya ketika dia menunggu pengangkutan ojek dipesan secara dalam talian di tepi jalan.*

          *HONG KONG: Penunjuk perasaan antikerajaan yang terperangkap dalam sebuah universiti cuba melarikan diri menerusi saluran pembetung, namun gagal apabila dihalang bomba.*
            *Anggota bomba dilaporkan menyekat laluan masuk ke dalam saluran pembetungan yang terletak di tempat parkir bawah tanah kampus Universiti Politeknik.*
           *”Pembetungan itu sangat busuk, dipenuhi lipas dan juga terdapat banyak ular,” kata pelajar Bowie, 23.*

          *DENPASAR: Seorang pemuda sanggup berlari bogel sejauh dua kilometer (km) selepas gagal merogol seorang penuntut universiti dalam kejadian di Jalan Singsasari, Denpasar pada Rabu lalu.*
            *Tribun News melaporkan, suspek yang berusia 22 tahun dikatakan masuk menerusi tingkap di rumah sewa mangsa kira-kira jam 2.30 pagi.*
          *Jurucakap polis Denpasar, Wayan Arta Ariawan berkata, suspek yang sudah ditahan itu pada mulanya hanya datang untuk mencuri namun mengubah niat asal apabila ternampak mangsa sedang tidur dan cuba merogolnya.*

         *COLOMBO: Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe akan meletakkan jawatannya esok selepas calon Parti Bersatu Kebangsaan (UNP) kalah dalam pilihan raya presiden.*
             *Jurucakap, Sudharshana Gunawardena berkata Presiden baru Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa akan melantik perdana menteri interim untuk mentadbir pulau itu sehingga pilihan raya yang dijangka berlangsung pada April depan.*
             *”Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe mengumumkan keputusannya untuk berundur dari jawatannya.*

            *ISLAMABAD: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai membunuh jirannya yang dituduh mencuri kata laluan kemudahan Internet tanpa wayar (WiFi) di rumahnya di Karachi, Pakistan.*
             *The Independent melaporkan, mangsa terdiri daripada dua beranak itu dikenali sebagai Farooq dan anaknya, Haris yang juga penuntut Universiti Karachi.*

           *SYDNEY: Dua wartawan Arab Saudi yang mencari suaka di Australia selepas diancam kerana hubungan sejenis ditahan selama beberapa minggu di pusat tahanan imigresen, kata peguam, hari ini.*
          *Menurut peguam Alison Battisson kepada AFP, pasangan itu tiba di Australia pada pertengahan Oktober menerusi visa pelancong tetapi ditahan pegawai kastam lapangan terbang selepas mengaku merancang mahu mendapatkan suaka negara itu.*

           *KABUL: Dua askar Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam nahas helikopter di Afghanistan hari ini.*
           *”Kemalangan itu kelihatan seperti kemalangan, walaupun Taliban mendakwa mereka menembak jatuh pesawat itu,” kata tentera negara itu.*
            *Satu kenyataan dari Angkatan Tentera AS di Afghanistan berkata, kemalangan hari ini masih disiasat, namun laporan awal tidak menyatakan ia berpunca tembakan musuh.*

          *SINGAPORE: Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda Chiapas di selatan Mexico semalam, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).*
             *Tiada laporan kematian atau kerosakan susulan gempa bumi berkenaan yang berlaku pada kedalaman 26 kilometer dengan jarak 120 kilometer ke wilayah Suchiate di barat negeri itu.*

           *WASHINGTON: Presiden Donald Trump dilaporkan melabur pada iklan media sosial untuk kempen pilihan raya 2020, tetapi bakal menerima serangan digital besar-besaran.*
           *Pesaingnya kini giat dengan mengelurkan jutaan dolar untuk menghalang Trump mendominasi web, walaupun peraturan di platform utama berubah-ubah.*
        *Trump membelanjakan lebih AS$30 juta (RM124 juta) di Facebook dan Google sejak Mei 2018.*

           *SANTIAGO: Polis Chile hari ini berkata, mereka menggantung penggunaan ‘birdshot’ (sejenis pelet peluru paling kecil) ketika protes di jalanan susulan bantahan terhadap kecederaan mata dialami lebih 200 penunjuk perasaan.*
           *Keputusan itu diumumkan ketua polis Carabinero, Mario Roza, selepas sebulan protes terhadap ketidaksamaan sosio-ekonomi dan beberapa masalah lain.*
            *Menurut polis, pelet birdshot diperbuat daripada getah tetapi berdasarkan beberapa kajian ia turut mengandungi logam.*

          *NURSULTAN: Penderitaan seekor beruang grizzly dikurung dalam penjara di Kostanay, Kazakhstan selama 15 tahun berakhir apabila ia dibebaskan ke sebuah zoo baru-baru ini.*
            *Beruang betina bernama Katya dihantar ke penjara pada 2004 selepas menyerang dan mencederakan manusia di kawasan perkhemahan dalam dua kejadian berasingan.*
           *Menurut Daily Mail, pihak berkuasa mendapati tiada tempat sesuai untuk mengurung beruang itu dan terpaksa meletakkannya di penjara yang menempatkan 730 penjenayah berbahaya termasuk pembunuh.*

           *MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengharamkan penggunaan dan import rokok elektronik (e-rokok), menyertai beberapa negara dengan menetapkan beberapa peraturan anti-merokok paling berat di Asia.*
            *Saya akan mengharamkannya, penggunaan dan pengimportan. Anda tahu kenapa? Kerana ia toksik.*
             *”Kini ia dikenali sebagai rokok elektronik. Lebih baik hentikan atau saya akan perintahkan tangkapan ke atas anda walaupun jika anda merokok di dalam bilik,” kata Duterte di khalayak ramai.*

           *OKLAHOMA CITY: Seorang lelaki bertindak menembak mati isteri dan teman lelaki baru wanita itu selepas melihat pasangan berkenaan menaiki sebuah kereta.*
             *Mail Online melaporkan, Yayo Varela Jr menembak isterinya, Becky Vescio dan teman lelaki mangsa di tempat letak kereta pasar raya Walmart di Duncan dekat sini, kelmarin.*
            *Saksi memberitahu, Varela melepaskan sembilan das tembakan pada kenderaan yang dinaiki Becky dan teman lelakinya itu menyebabkan mereka maut di lokasi kejadian.*

           *HANOI: Ahli keluarga 39 warga Vietnam yang ditemui mati dalam sebuah lori di Britain bulan lalu terpaksa mengambil pinjaman daripada kerajaan untuk membawa pulang sisa mayat orang tersayang mereka itu.*
          *Kementerian luar Vietnam berkata, ia akan membantu membawa pulang abu atau sisa mayat mangsa terbabit, namun kosnya perlu ditanggung keluarga.*
           *Kos membawa pulang abu dalam balang adalah AS$1,774 (RM7,400) manakala untuk sisa mayat di dalam keranda sebanyak AS$2,858 (RM11,900).*

             *THE HAGUE: Kru feri menjumpai 25 pendatang dalam kontena sejuk beku sebuah kapal yang berlayar dari Belanda ke Britain semalam.*
             *Menurut perkhidmatan kecemasan, kapal kargo menuju ke Felixstowe itu berpatah balik ke pelabuhan Vlaardingen berhampiran Rotterdam, sebaik menemui pendatang yang bersembunyi itu.*
           *Pendatang berkenaan diberi rawatan perubatan di pelabuhan manakala dua darinya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut kemungkinan menghidap hipotermia.*


*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*


*TULAR,POPULAR,MEDIA SOSIAL*
========================


         *SEORANG juruteknik membelanjakan RM150 untuk mewarnakan badan dan muka bertemakan harimau sebagai sokongan kepada pasukan Malaysia yang menentang Indonesia pada Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam tadi.*
           *Inisiatif Mohamad Zairuni Kordi, 26, dari Kuala Kurau, Perak itu bukan sekadar memberi sokongan kepada pasukan negara, malah turut menghiburkan penyokong lain pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.*
             *Mohamad Zairuni berkata, dia mendapat kepuasan apabila mewarnakan badan seperti itu terutama apabila gambarnya dirakam dan tular di media sosial, sekali gus memberi gambaran positif mengenai semangat penyokong bola sepak tanah air.*

         *“TINDAKAN itu reaksi spontan saya, i lebih baik daripada melakukan provokasi yang boleh menyebabkan pergaduhan,” kata Azham Aizad Hamdan, 30.*
          *Azham memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai tindakannya keluar daripada kenderaan untuk mengutip plastik makanan ringan yang dibuang penumpang kereta di laluan bersebelahan.*
         *Menerusi rakaman video ‘dashcam’ berdurasi 62 saat yang tular di laman sosial, Azham dilihat meletakkan semula sampah dibuang pemandu itu di bahagian pengelap cermin kereta berkenaan.*
         *Tindakan lelaki itu mendapat pujian warganet dan rata-ratanya mengutuk perbuatan penumpang kenderaan terbabit.*

          *PERSATUAN Haiwan Malaysia menawarkan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada pemberi maklumat kejadian anak kucing yang dibunuh kejam di Tanjung Malim, Perak.*
            *Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, pihaknya menerima maklumat kucing itu ditemui tergantung dengan tali rafia di sebuah pondok.*
             *Menurutnya, wakil pihaknya di Tanjung Malim sedang mengumpul maklumat bagi membolehkan pelaku kejam itu ditangkap oleh pihak berkuasa.*

          *LOBI Parlimen hari ini, kecoh apabila dua Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said bertengkar mulut dan hampir bergaduh.*
          *Insiden jam 12.50 tengah hari itu berlaku di hadapan puluhan pengamal media yang berada di lobi berkenaan.*
           *Dalam kekalutan itu, Ismail sempat menjelaskan kepada pihak media bahawa beliau tidak berpuas hati dengan Tajuddin yang didakwa menularkan satu gambar rakannya menziarahi anaknya yang sakit.*
            *Menurutnya, gambar itu dijadikan isu kononnya beliau buat satu pakatan menyokong seorang pemimpin yang lain.*

           *PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menafikan mesej tular yang mengaitkan Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Istana Negara pagi ini untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.*
           *Perkara itu dinafikan Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil ketika ditemui di lobi Parlimen, Kuala Lumpur, pagi ini.*
         *”Saya tidak ada keluarkan sebarang mesej mengesahkan kehadiran Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara.*

           *NEGARA bakal kehilangan badak sumbu Sumatera terakhir yang dikenali sebagai Iman berikutan keadaan kesihatan mamalia berkenaan yang semakin tenat.*
           *Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, tahap kesihatan haiwan itu disahkan oleh pasukan perubatan yang diketuai Dr Zainal Zahari Zainuddin di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin.*
           *Katanya, masalah ketumbuhan pada uterus mamalia berkenaan didapati semakin membesar sejak ia dikesan pada Mac 2014 manakala usaha membuang ketumbuhan itu juga amat berisiko tinggi.*

*piloi_hani al_linggi*
*#reoteratspok*
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.177150 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list