CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] C/P Garapan, Ringkasan Berita, Muka Surat Hadapan Akhbar etc

  [Copy link]
 Author| Post time 17-11-2018 09:56 AM | Show all posts
The Star Online

32 mins ·

You can't smoke, but you can still vape.


Vape, shisha not included in smoking ban, says Dzulkefly

Read more at https://www.thestar.com.my/news/ ... erb2MKFUiWEFmsvZ.99
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2018 11:16 AM | Show all posts
Astro AWANI

1 hr ·

#AWANInews #AWANIpagi Solat jenazah ghaib diadakan selepas jenazah Jamal Khashoggi gagal ditemui kerana dipercayai dilupuskan pelaku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2018 11:18 AM | Show all posts
Astro AWANI
1 hr ·

#AWANInews #AWANIpagi Dakwaan kononnya Nazrin menerima ugutan bunuh tiga bulan sebelum ditemui mati, turut disiasat.

Beberapa individu lagi dipanggil bantu siasatan kematian CEO Cradle
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2018 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 18/11/2018 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 17 Nov. - Dakwaan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bahawa Program Susu 1Malaysia (PS1M) gagal memandangkan tiada bekalan susu dihantar ke sekolah seluruh negara pada tahun lalu dianggap tuduhan liar dan tidak berasas. Lima syarikat yang dilantik bagi tujuan pembekalan susu PS1M telah menghantar kesemua minuman bantuan berkenaan kepada lebih 7,000 sekolah yang terlibat bermula Ogos hingga Oktober tahun lalu.

2.  LUMUT 17 Nov. – Keperitan dan kesengsaraan sepanjang empat bulan termasuk tidak tidur selama tiga hari semasa Hell Week antara modul yang perlu diikuti semua pelatih kursus asas komando Pasukan Khas Laut (Paskal). Namun, keperitan tersebut bukan penghalang kepada seorang pelatih yang ingin mengikut jejak langkah bapanya, juga anggota Paskal sejak tahun 1991 sehingga 2014. Bagi Laskar Kelas II Muhamad Azam Zahran Ahmad Sazili, 20, berkata, bapanya, Leftenan Komander (B) Ahmad Sazili Abdur Mutalib, 47, merupakan sumber inspirasi untuk berjaya dalam kursus itu, terutama selepas melihat secara dekat peranan Paskal sejak dari kecil.

3.  KUALA LUMPUR 17 Nov. – Beberapa kepemimpinan parti politik antaranya UMNO dan PPBM (Bersatu) termasuk NGO serta umat Islam di seluruh negara terus membantah usaha meratifikasi ICERD. Terbaharu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut senada dengan kumpulan pembantah berkenaan dan menyifatkan kerajaan wajar menangguhkan usaha tersebut.

4.  WASHINGTON 17 Nov. – CIA Amerika Syarikat (AS) merumuskan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman adalah dalang pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di Istanbul. Penilaian yang dibuat agensi itu adalah bertentangan daripada rumusan yang dibuat pihak pendakwa raya Arab Saudi kelmarin yang membebaskan Putera Mohammed daripada sebarang penglibatan dalam pembunuhan berkenaan.

5.  SHAH ALAM 17 Nov. - Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebak dan hampir mengalirkan air matanya kerana terkenangkan perjuangan parti, semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden dalam Kongres Nasional PKR Ke-13 di sini sebentar tadi. Beliau sendiri mengakui dirinya agak beremosi kerana ucapan itu merupakan ucapan terakhirnya sebagai Presiden PKR sejak 20 tahun parti itu ditubuhkan.

6.  KUALA LUMPUR 17 Nov. - Pemuda Gerakan menyokong usaha kerajaan PH untuk meratifikasi ICERD sebagai matlamat menghapuskan diskriminasi perkauman di negara ini. Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, usaha itu adalah merupakan satu langkah tepat. Malah, katanya, hampir semua negara di dunia memeterai ICERD kecuali negara-negara tertentu seperti Angola, Korea Utara, Myanmar dan Malaysia.

7.  KUALA LUMPUR 17 Nov.- Trend anggota PDRM memilih untuk bersara awal berada pada tahap membimbangkan. KPN, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, trend persaraan awal itu dikesan meningkat sejak lima tahun kebelakangan ini. Ujar beliau, tekanan kerja yang mencabar punca utama mereka meninggalkan dunia kepolisan.

8.  LOS ANGELES 17 Nov. - Jumlah mangsa yang hilang akibat kebakaran hutan, Camp Fire di utara California meningkat kepada 1,011 orang manakala mangsa yang terkorban kini berjumlah 71 orang. Semalam sebanyak lapan mayat mangsa ditemukan oleh petugas mencari dan menyelamat. Jumlah mangsa yang hilang meningkat setelah lebih banyak laporan mangsa hilang diperoleh dan semakan panggilan kecemasan semasa kebakaran berlaku pada 8 November dibuat.

9.  KUALA LUMPUR 17 Nov. - Pergerakan Wanita UMNO komited untuk memastikan kemenangan Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam PRK DUN Rantau. Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad percaya, Mohamad yang telah menyandang kerusi DUN itu sejak tahun 2004 merupakan calon berwibawa dan berkaliber untuk terus berkhidmat di kawasan itu.

10.  PUTRAJAYA 17 Nov. - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah menduduki kertas peperiksaan bahasa Melayu, Matematik dan bahasa Cina tidak perlu mendudukinya semula. Lembaga Peperiksaan yang mengesahkan perkara itu memaklumkan tidak berlaku sebarang kebocoran pada soalan peperiksaan untuk tiga subjek tersebut.

11.  SHAH ALAM 17 Nov. - Kongres Nasional PKR hari ini dijadikan pentas kepada parti itu menghina UMNO dengan PKR Johor secara biadab melabelkan UMNO sebagai parti tahi. Penghinaan itu dibuat wakil PKR Johor, Yasharudin Kosni, disaksikan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika memulakan sesi perbahasan.

12.  SHAH ALAM 17 Nov. - Sumbangan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli membantu kemenangan PKR dan PH dalam pRU-14 dipuji semasa pembukaan Kongres Nasional PKR Ke-13 di sini sebentar tadi. Bagaimanapun secara spesifik, lawan Rafizi dalam Pemilihan PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak pula dipuji walaupun penyokongnya melihat ketokohan bekas MB Selangor itu membantu kemenangan PKR dan PH.

13.  KUALA LUMPUR 17 Nov.- Dua individu melecur selepas sebuah bilik di kediaman Teratak Muhibah 2, Taman Desa di sini terbakar awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, lelaki berusia 56 tahun dipercayai melecur 90 peratus manakala wanita berusia 26 tahun pula melecur 26 peratus di bahagian kaki.

14.  LIMBANG 17 Nov. - Seorang pekerja ditahan polis setelah mengacu parang kepada penyelianya dipercayai berikutan rasa tidak puas hati di Hospital Limbang kelmarin. Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, mangsa berusia 34 tahun yang bertugas di Hospital Limbang didatangi suspek dengan membawa sebilah parang.Suspek berusia 31 tahun tersebut memarahi mangsa kerana tidak berpuas hati dengan markah Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang diterima.

15.  GUA MUSANG 17 Nov. - Gara-gara pemandu dikatakan terlelap, seorang maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Lojing, dekat Kampung Panggong Lalat, di sini, hari ini. Penumpang kereta jenis Perodua Myvi, Nur Najiha Mohd. Zaki, 20, yang berasal dari Pasir Mas meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

16.  SHAH ALAM 17 Nov. - Rafizi Ramli yang sudah mengangkat bendera putih dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, ternyata cukup istimewa di mata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hinggakan Anwar yang secara sah akan mengambil alih tampuk PKR esok, mengesahkan Rafizi adalah antara calon yang mungkin akan menentang Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di DUN Rantau, Negeri Sembilan.

17.  KOTA KINABALU 17 Nov. - Polis Sabah masih mengesan saki-baki suspek yang terlibat dengan aktiviti tebusan kumpulan militan Abu Sayyaf di negeri ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, usaha memburu suspek giat dijalankan, bagaimanapun jumlah mereka dalam siasatan.

18.  KUALA LUMPUR 17 Nov. - Tindakan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mahu 'menghukum' syarikat telekomunikasi atas 'jenayah' kononnya menjauhkan masyarakat daripada tabiat membaca mendapat respon Menteri KKMM, Gobind Singh Deo. Sambil menyifatkan dakwaan 'jenayah' itu sebagai sesuatu yang sangat berat, Gobind beranggapan perkara berkaitan tajaan bagi kempen membaca itu boleh diselesaikan secara baik menerusi perbincangan dengan syarikat telekomunikasi tempatan.

19.  KUALA LUMPUR 17 Nov. - Pemuda Gerakan berpendirian SJKC dan SJKT tidak akan terkesan daripada ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, ini kerana kedua-dua  sekolah vernakular itu dibuka kemasukannya untuk semua kaum.

20.  PASIR PUTEH 17 Nov. - Seramai 15 penagih dadah berjaya ditangkap menerusi Ops Perdana yang dijalankan di Kampung Danan dan Kampung Gong Datuk, di sini semalam dan awal pagi ini. Pegawai AADK daerah, Azlina Mohd. Zain berkata, operasi menjejaki penagih bermula dari pukul 8 pagi semalam hingga 4 pagi ini selepas pihaknya menerima aduan awam.

21.  MARAN 11 Nov. - Mutiara Residence Jengka yang merupakan projek pembangunan perumahan usahasama antara Felda dan syarikat swasta pertama di Felda Wilayah Jengka menawarkan kadar diskaun sebanyak RM30,000 kepada pembeli yang layak. Projek yang dimajukan oleh Pembangunan RMM Harta Sdn. Bhd. (RMM)  di atas tanah milik Felda seluas 16 hektar dengan nilai pembangunan RM200 juta itu melibatkan pembinaan 510 unit rumah teres dua dan tiga tingkat.

22.  SHAH ALAM 17 Nov. - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata beliau sehingga kini gembira dengan prestasi menteri-menteri daripada partinya susulan spekulasi mengenai rombakan Kabinet. "Saya gembira tetapi akan berusaha untuk meningkatkan lagi (prestasi)," katanya. kepada pemberita ketika hadir ke Kongres Nasional PKR Ke-13 di IDCC Shah Alam, sebentar tadi.

23.  KUALA LUMPUR 17 Nov. - Sebagai satu daripada calon Melayu yang berjaya memegang jawatan tertinggi Gerakan, Raja Sara Raja Petra menyokong ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dengan syarat ia mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

24.  JOHOR BAHRU 17 Nov. - Kementerian Pendidikan akan membantu SPRM dalam membongkar dan mendedahkan beberapa lagi kes salah laku baharu melibatkan projek-projek di sekolah-sekolah semasa di bawah pentadbiran kerajaan BN. Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan SPRM bagi memastikan siasatan lengkap dan berjalan lancar.

25.  ARAU 17 Nov. - Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan sekali lagi menegaskan bahawa mereka tidak mampu menunaikan janji berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan seperti yang diumumkan dalam manifesto Pakatan Harapan sebelum pilihan raya lalu.

26.  SHAH ALAM 17 Nov.- Perwakilan PKR Kedah hari ini menempelak tindakan kerajaan yang memberi alasan bahawa hutang negara penyebab Pakatan Harapan gagal menunaikan manifesto PRU-14. Wakilnya, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, tindakan menjadikan hutang negara sebagai alasan untuk tidak melaksanakan manifesto hanya membebankan masyarakat terutama yang berada di kampung.

27.  GUA MUSANG 17 Nov. - Kerajaan baharu PH dilihat masih berada dalam keadaan kelam-kabut dan gagal melaksanakan janji yang dibuat walaupun sudah enam bulan mengambil alih pentadbiran kerajaan. MP Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pemimpin PH masih belum menyesuaikan diri sebagai kerajaan yang memerintah dan mengambil masa terlalu lama bagi menentukan peranan masing-masing.

28.  KUALA LUMPUR 17 Nov. - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata adalah lebih adil sekiranya bekas calon PKR kerusi DUN Rantau, Negeri Sembilan, Dr. S. Streram dicalonkan semula untuk bertanding di DUN tersebut seandainya pilihan raya kecil perlu diadakan. Ini kerana Dr. Streram telah meletakkan asas yang kukuh untuk PKR bersaing di Rantau semasa PRU-14.

29.  BATU PAHAT 17 Nov. - Beberapa batang jalan di bandar ini akan ditutup sementara kepada semua lalu lintas sempena Perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah pada Selasa ini. Timbalan KPD, Supt. Razali Mohd. Tahir berkata, penutupan jalan sepanjang kira-kira 1.5 kilometer itu akan bermula pada pukul 6.45 pagi sehingga selewat-lewatnya pukul 12 tengah hari.

30.  LUMUT 17 Nov.- Pusat latihan Pasukan Khas Laut (Paskal) yang kini siap dibina dengan kos RM24 juta bakal menjadi salah satu kemudahan latihan untuk pasukan khas terbaik di rantau ini dalam menghadapi ancaman keganasan dan peperangan bukan konvensional serta ancaman maritime, kata Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

31.  PUTRAJAYA 17 Nov. - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018 (1440 hijrah) akan diadakan pada hari Selasa depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dekat sini. Timbalan YDP Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dijadual menyempurnakan majlis sambutan Maulidur Rasul tersebut.

32.  ARAU 17 Nov. – PPBM (Bersatu) berpendirian jelas iaitu menolak pengiktirafan ICERD. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, kerajaan perlu memberi fokus atau keutamaan kepada perkara yang lebih penting seperti pembangunan ekonomi, tangani kos sara hidup rakyat bukan memberi perhatian kepada isu-isu sensitif seperti ICERD ini.

33.  SEPANG 17 Nov. – YDP Dewan Negara, Senator Tan Sri S. A. Vigneswaran digesa memohon maaf secara terbuka ekoran tindakannya memasuki kawasan larangan di pintu pelepasan selepas dihalang kerana gagal mematuhi etika berpakaian ketika memasuki bilik orang kenamaan di KLIA di sini, Rabu lalu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

34.  KUALA LUMPUR 17 Nov. - Bukan sesuatu yang pelik apabila Rafizi Ramli menyekat akaun Twitter penyokong parti lawan yang kerap melakukan provokasi dalam susur masa akaun beliau. Namun, amat mengejutkan apabila Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut disekat oleh Rafizi di Twitter.

36.  KUANTAN 17 Nov. - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersedia berdepan bekas MP Pandan, Rafizi Ramli yang dikatakan antara calon dipertimbangkan mewakili PH pada PRK DUN Rantau. Mohamad berkata, beliau akan bekerja keras untuk memastikan kerusi yang disandangnya sejak 2004 itu kekal menjadi milik BN.

37.  KUALA TERENGGANU 17 Nov. - Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, 74, hari ini dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengajian al-Quran daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebagai pengiktirafan kepada sumbangan serta ketokohannya sepanjang 36 tahun dalam bidang musabaqah tilawah dan hafazan di negara ini.

38.  KUANTAN 17 Nov. - Bantahan pelbagai pihak dan lapisan masyarakat terhadap cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di negara ini membuktikannya adalah satu gerakan massa, bukannya agenda politik, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

39.  SHAH ALAM 17 Nov.- Perwakilan PKR Kelantan hari ini mahu supaya kerajaan pada masa kini mengubah cara pemikiran sebagai sebuah parti yang memimpin kerajaan. Wakilnya, Prof.Madya Saharum Ibrahim berkata, cara pemikiran pada masa kini perlu diubah berikutan PKR bukan lagi pembangkang tetapi telah menjadi sebahagian daripada kerajaan memerintah.

40.  KUALA LUMPUR 17 Nov. - Lapan individu termasuk tiga anggota polis ditahan dalam serbuan melibatkan penyalahgunaan ubat batuk dan air ketum di sebuah pondok membaiki kasut di Taman Desa Petaling di sini, malam tadi. KPD Cheras, ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, serbuan kira-kira pukul 9.30 malam itu menahan suspek berumur antara 24 hingga 54 tahun termasuk seorang wanita berumur 42 tahun.

41.  PASIR PUTEH 17 Nov. - Kerajaan Pas Kelantan menyokong langkah Kerajaan Persekutuan merealisasikan Pelan Hala Tuju Sifar Penggunaan Plastik Pakai Buang 2018-2030 demi kelestarian alam dari ancaman kotoran dan sisa pejal. Exco negeri, Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail, berkata pelan tindakan tersebut merupakan salah satu langkah menangani isu pencemaran yang memerlukan kempen kesedaran di peringkat akar umbi.

42.  MARANG 17 Nov. - Kerajaan Pas tidak bercadang untuk menukar status mana sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) di bawah kelolaan parti menjadi sebagai sekolah kebangsaan namun akan berusaha memastikan ia berkembang seiring dengan institusi pendidikan yang lain, kata Pengerusi J/kuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah.

43.  KUALA LUMPUR 17 Nov. - Ketua Pemuda Gerakan yang baharu, Ooi Zhi Yi berazam mahu menyemai budaya politik positif ke dalam parti itu bagi memenangi hati golongan muda. Zhi Yi, 34, berkata, ini kerana pihaknya melihat banyak politik negatif digunakan pada PRU-14 yang lalu dan ia tidak sesuai diamalkan di negara ini.

44.  KUALA LUMPUR 17 Nov. - Perubahan tampuk pemerintahan kerajaan setiap lima hingga 10 tahun adalah sihat untuk sistem demokrasi di negara ini. Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, ini akan menjadikan landskap politik di negara ini lebih dinamik. Rakyat Malaysia juga dilihat mempunyai keberanian dan keupayaan untuk menukar kerajaan dalam tempoh berkenaan.

45.  ALOR SETAR 17 Nov. - Kerajaan PH Kedah hari ini mengulangi pendirian menolak sebarang cadangan meratifikasi ICERD di negara ini. MB, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya tidak berganjak daripada pendirian itu kerana keterbukaan kepada dasar-dasar luar dalam ICERD kelak dikhuatiri mengundang percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.

46.  IPOH 17 Nov. - Sebuah perusahaan memproses makanan ringan dan kacang putih di Buntong didapati masih mempamerkan logo halal pada papan tanda di hadapan serta di dalam premis biarpun pengesahan sijil halalnya telah tamat tempoh pada 31 Januari 2017. Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Perak, Shamsul Nizam Khalil berkata, ekoran kesalahan itu, pihaknya telah menyita satu unit papan tanda yang mempunyai logo halal, satu unit logo halal serta dua tray yang mempunyai label halal untuk siasatan lanjut.

47.  KEMAMAN 15 Nov. - Pejabat Kesihatan Daerah memperlihatkan ketegasannya dalam menangani penularan wabak denggi dengan tindakan terbaharu mengenakan kompaun terhadap pemilik empat premis komersial di sini kelmarin. Setiap pemilik premis perniagaan di kawasan Taman Cukai Utama dan Binjai itu dikenakan kompaun RM500 setelah didapati berlaku pembiakan nyamuk aedes dalam persekitaran premis.

48.  ALOR SETAR 17 Nov. - Masyarakat khususnya yang beragama Islam diseru agar menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha ke arah meratifikasikan ICERD. Imam Besar Masjid Zahir, Datuk Sheikh Roslan Abd. Halim berkata, memandangkan ratifikasi ICERD ini lebih bermotifkan peribadi segelintir pihak, ia wajar ditolak kerana memberi kesan yang bahaya sehingga mampu menggugat keharmonian di negara ini.

49.  KUALA LUMPUR 17 Nov. - Parti Gerakan memecah tradisi apabila memilih seorang wanita muda sebagai ahli jawatankuasa pusat pemudanya. Ooi Ai Zhen, 24,  dipilih bersama-sama 11 pemuda lain untuk memegang jawatan itu bagi tempoh tiga tahun akan datang.

50.  KUALA TERENGGANU 17 Nov. - Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah memandang serius penularan gejala sosial dan masalah moral dalam kalangan golongan berpendidikan tinggi. Gejala itu boleh merencatkan pembangunan modal insan dan pembentukan masyaraikat madani yang diimpikan jika mereka tidak mempunyai jati diri yang kuat dan mudah dipengaruhi pelbagai unsur.

51.  PASIR PUTEH 17 Nov. - Kelantan didapati bebas daripada sebarang kegiatan pembalakan haram yang boleh menjejaskan ekosistem dan pencemaran air sungai. Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Hamzah Mohamad berkata, pemantauan pihaknya bersama Jabatan Perhutanan negeri mendapati kegiatan penerokaan tanah baharu juga tidak lagi berlaku di kawasan pedalaman sejak Oktober lalu.

52.  SHAH ALAM 17 Nov.- Kemelut melanda antara Datuk Seri Azmin Ali dan Rafizi Ramli ternyata jelas apabila salah seorang perwakilan PKR Kongres Nasional Keadilan ke-13 di sini meminta supaya kedua-dua kem itu berbaik semula demi meneruskan agenda parti itu. Wakil Perlis, Tengku Nazeri Tengku Adlin tanpa  berselindung memohon supaya perbalahan kedua-dua kem itu dihentikan akibat pemilihan parti tersebut.

53.  SHAH ALAM 17 Nov. - Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat PKR demi mengenangkan jasa beliau menerajui parti itu sejak 20 tahun lalu. Pelantikan itu juga dilihat sebagai menghormatinya yang tidak bertanding dalam Pemilihan PKR untuk penggal 2018-2021 bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bakal ditabalkan sebagai Presiden baharu PKR esok.

54.  DUNGUN 17 Nov - Kerajaan Pusat diminta segera melaksanakan penggunaan biodiesel B20 dalam usaha meningkatkan pendapatan negara melalui hasil kelapa sawit di samping membantu menstabilkan harga bahan komoditi itu. Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) , Datuk Aliasak Ambia berkata, sebelum ini kerajaan telah memperkenalkan bahan bakar B10 namun seperti tertangguh.

55.  KUALA LUMPUR 17 Nov. - Seorang lelaki ditemukan mati dengan tangan dan leher diikat tali di kawasan PPR Laksamana Jalan Peel di sini, pagi tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an itu ditemukan orang awam yang kebetulan melalui kawasan longkang di Blok A PPR tersebut kira-kira pukul 11.15 pagi.

56.  KUALA TERENGGANU 17 Nov. - Kerajaan PH diingatkan tidak mencabar orang Melayu dengan beria-ia mahu meratifikasi ICERD di negara ini. AJK Pas, Dr. Azman Ibrahim berkata, orang Melayu merupakan kalangan bangsa yang terbaik dari segi tolak ansur dan toleransi kaum tetapi jangan sesekali kelembutan itu dicabar jika tidak buruk padahnya.

57.  WASHINGTON 17 Nov. - Syarikat aeroangkasa Amerika Syarikat (AS), Lockheed Martin sedang membangunkan pesawat dikenali sebagai ‘anak Concorde’ yang dapat mengembalikan ‘nostalgia’ penerbangan penumpang supersonik. Pesawat X-59 itu dibina dengan kerjasama Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bagi menyempurnakan ‘kuasa supersonik’.

58.  PORT MORESBY, PAPUA NEW GUINEA 17 Nov. – PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerjasama yang lebih adil dan nyata antara negara maju dan membangun dapat membantu negara anggota APEC menghadapi perubahan. Beliau menegaskan bahawa hanya dengan konsep ‘menang-menang’ dalam kalangan anggota APEC membolehkan rantau itu merangka masa depan bersama dan inklusif dalam Era Perubahan.

59.  PASIR SALAK 17 Nov. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan kaum lain bahawa orang yang terawal memulakan penentangan penjajah di negara ini ialah umat Islam dan bumiputera termasuk raja-raja serta pemimpinnya. Jasa dan budi penduduk peribumi ini kepada semua kaum, justeru haruslah dihormati kerana agama Islam menganggap manusia adalah sebagai satu keluarga.

60.  PASIR SALAK 17 Nov. - Orang Melayu sudah hilang sabar apabila pelbagai penghinaan dan hak istimewa kaum itu dipertikaikan dan mahu dihapuskan di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan. AMT, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, tahap kesabaran orang Melayu sudah sampai kepada hadnya dan tidak boleh bertoleransi lagi ekoran cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

BERITA SUKAN:

1.  KUALA LUMPUR 17 Nov. - Tonggak pertahan negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak mengakui sukar untuk dirinya menerima kekalahan pasukan Harimau Malaya di tangan Vietnam dalam aksi Piala AFF 2018, semalam. Jelasnya, kemenangan sepatutnya memihak kepada pasukan negara yang jelas mendominasi permainan walaupun bermain di hadapan 40,000 penyokong tuan rumah yang memenuhi setiap sudut Stadium Nasional My Dinh, Hanoi.

2.  BERLIN 17 Nov. – Ketua jurulatih Jerman, Joachim Loew berkata, pasukannya harus menerima hakikat yang menyakitkan berikutan bakal berdepan penyingkiran dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah. Belanda meraih kemenangan 2-0 ke atas juara dunia Perancis di Rotterdam dan kemenangan tersebut menyebabkan juara Piala Dunia 2014, Jerman akan tersingkir ke saingan Liga B tidak kira apa jua keputusan yang diraih ketika menentang skuad Oranje di Gelsenkirchen pada Isnin ini.

3.  ROTTERDAM 17 Nov. - Belanda berpeluang mara ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah selepas menumbangkan Perancis 2-0 semalam, sekali gus menyaksikan skuad bimbingan Didier Deschamps tewas buat pertama kali sejak memenangi Piala Dunia. Jaringan Georginio Wijnaldum di babak pertama selain sepakan penalti Memphis Depay beberapa minit sebelum wisel penamat dibunyikan membolehkan sekuad kendalian Ronald Koeman meraikan kejayaan mereka dalam saingan di Rotterdam.

4.  LONDON 17 Nov. - Croatia terpaksa membayar harga yang mahal selepas kejayaan mengejutkan Sepanyol 3-2 dalam aksi Liga Negara Eropah Jumaat lalu apabila kehilangan khidmat pemain tengah berpengaruh, Ivan Rakitic yang mengalami kecederaan. Ini sekaligus menyaksikan pemain Barcelona itu terlepas satu lagi aksi Kumpulan A, Liga A menentang England di Wembley esok dan ia disahkan sendiri jurulatih, Zlatko Dalic.

5.  KANGAR 17 Nov. – PFA berbesar hati apabila Mohd. Badhri Radzi atau Piya menyatakan kesediaannya bagi menyarung jersi skuad Singa Utara musim depan. Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie akan mengadakan pertemuan semula dengan Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2013 itu dalam tempoh terdekat bagi membincangkan dengan lebih serius mengenai hasrat PFA itu.

6.  KUALA LUMPUR 17 Nov. – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan pelantikan Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebagai Chef De Mission CDM) kontinjen Malaysia dalam kempen Sukan SEA 2019 di Filipina selain menegaskan pemilihan atlet ke temasya berkenaan akan diperketatkan.

7.  BARCELONA 17 Nov - Pemain tengah Barcelona, Ivan Rakitic dijangka terpaksa diketepikan sekurang-kurangnya selama dua minggu susulan kecederaan hamstring, kata juara La Liga itu, hari ini. Rakitic  dipalit kecederaan di bahagian kanan hamstringnya ketika Croatia meraih kemenangan 3-2 ke atas Sepanyol dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah di Zagreb, semalam.

8.  KUALA LUMPUR 17 Nov - Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bingung dengan tindakan Pesuruhjaya Sukan (PJS) yang mengarahkan supaya kongres ke-31 badan induk itu ditangguhkan meskipun proses pencalonan berjalan mengikut statut persatuan. Terdapat beberapa keraguan berhubung keputusan PJS itu termasuk dakwaan memiliki bukti kukuh mengenai unsur paksaan dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KLFA bagi penggal 2018-2022.

9.  KUALA LUMPUR 17 Nov - Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan hanya lapan pasukan yang sudah mengesahkan penyertaan untuk bersaing dalam kancah Liga Perdana musim depan. Ia susulan nama MIFA dicadangkan untuk menggantikan FELCRA FC dalam Liga Super sementara UKM FC masih belum membuat pengesahan penyertaan untuk bertanding.

10.  KUALA LUMPUR 17 Nov - Harapan Malaysia untuk merangkul gelaran di Kejohanan Remaja Dunia kini bergantung kepada bekas juara, Goh Jin Wei dan gandingan beregu wanita, Pearly Tan-Toh Ee Wei. Pada aksi hari ini, hanya mereka berjaya melepasi peringkat suku akhir yang berlangsung di Markham, Kanada, manakala empat lagi wakil negara termasuk dua pemain perseorangan lelaki, Aidil Sholeh Ali Sadikin dan Ng Tze Yong tersingkir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2018 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*ISNIN 19 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 10 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:31, SUBUH : 05:41, SYURUK : 06:58, ZOHOR : 13:01, ASAR : 16:23, MAGHRIB : 18:59, ISYAK : 20:11*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *PERDANA MENTERI, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan adalah mustahil untuk melaksanakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Dr Mahathir berkata, pelaksanaan ICERD memerlukan Perlembagaan Persekutuan untuk digubal semula.*

                  *DAP menyerahkan keputusan berhubung cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pihaknya tidak akan memberi sebarang ulasan berhubung perkara itu, dan menyerahkan sepenuhnya kepada Dr Mahathir.*

                  *PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Selangor mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy kerana mengeluarkan kenyataan fitnah untuk memburukkan negara. Yang Dipertuanya, Borhan Ahmad Zakaria berkata, dakwaan Moorthy bahawa masyarakat India di negara ini tidak dilayan dengan adil, dipaksa memeluk Islam jika bekerja di sektor kerajaan dan sebanyak 10,000 kuil dimusnahkan adalah satu tuduhan yang amat berat.*

                  *DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini secara rasminya diumumkan sebagai Presiden PKR sesi 2018- 2021 selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti di Pusat Konvensyen Ideal (iDCC) Shah Alam. Jawatan Timbalan Presiden pula kekal milik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menewaskan pesaingnya bekas Naib Presiden, Rafizi Ramli.*

                 *Kuala Lumpur: Pengguguran janin dengan apa cara sekalipun adalah haram dan hukumnya berdosa besar. Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman bagaimanapun berkata, perkara itu boleh dilakukan atas nasihat doktor dan jika tidak digugurkan, kesihatan atau nyawa ibu itu terancam. Beliau berkata, mengikut sudut perspektif Islam apa saja membabitkan pembunuhan makhluk Allah adalah dilarang kecuali bersebab.*

                 *Kuala Lumpur: “Kembalikan semua urusan hal ehwal imigresen kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).” Itu permintaan warga JIM yang disuarakan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) Norhisham Murujan. Beliau berkata, pengurusan keselamatan negara tidak boleh diberi kepada syarikat dan tidak wajar dikompromi.*

                 *KEPEMIMPINAN tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan menunggu pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum memutuskan calon dan parti yang akan bertanding menentang Datuk Seri Mohamad Hassan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, berkata mengikut tradisi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kerusi DUN Rantau adalah milik PKR.*

                  *ISU cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak akan mengganggu peluang Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Foke berkata, tiada keputusan dibuat oleh kerajaan berkenaan ICERD.*

                 *SEBARANG usaha untuk melaga-lagakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dihentikan bagi memastikan proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri berjalan lancar tanpa gangguan. Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, perbuatan melaga-laga, mengadu domba dan 'menyucuk' kedua-dua pemimpin terbabit harus ditamatkan memandangkan wujud persetujuan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-lapan.*

                  *LANGKAH tegas yang diambil kerajaan, akhirnya membuahkan hasil apabila kadar kelajuan jalur lebar negara mencatatkan peningkatan ketara. Menurut satu kaji selidik kadar kelajuan jalur lebar oleh The Speedtest Global Index (SGI), Malaysia naik 10 anak tangga, Oktober lalu dan menduduki tangga ke-26 terpantas di dunia dengan purata kelajuan tetap 61.97mbps.
Ini bermakna, rakyat Malaysia kini menikmati kadar kelajuan yang lebih signifikan.*

                  *JENAYAH lelaki digelar ‘Monyet’ yang disyaki mencuri lori di Taman Rasa Sayang, Jitra, berakhir apabila dia ditahan polis, smlm. Suspek berusia 25 tahun itu bukan saja mencuri lori tetapi turut terbabit dengan kegiatan dadah.*

                 *HAD usia keahlian parti PKR perlu dikaji semula dan diturunkan kepada 18 tahun pada masa akan datang. Bekas Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, parti itu harus memulakan langkah sedemikian seiring dengan pengumuman kerajaan bahawa had umur rakyat Malaysia yang boleh mengundi diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun.*

                 *SYARIKAT pengurusan bas Nadiputra, Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd (PAPTT) memerlukan kira-kira RM12 juta setahun bagi kelangsungan operasi perkhidmatan bas awam itu di Putrajaya. Justeru, Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang berusaha mencari dana bagi menambah subsidi untuk syarikat itu, bagi memastikan tambang bas itu kekal 50 sen untuk penumpang.*

                 *LEBIH 3,000 peserta menyertai kempen 'Kuala Lumpur Pagi Bebas Kenderaan' ke-100 di Kuala Lumpur, smlm. Program anjuran bank OCBC dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menyaksikan peserta berbasikal dan memulakan larian seawal 7 pagi.*

                 *Kuala Lumpur: Seorang lelaki cedera di bahagian tangan dan dada selepas diserang 20 individu tidak dikenali dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak, semalam. Dalam kejadian pada jam 9.45 malam itu, mangsa yang berusia 35 tahun dipercayai diserang akibat tidak puas hati kerana mangsa membuat aduan berhubung isu parkir di kawasan perumahan berkenaan.*

                 *JUMLAH kes denggi di Putrajaya menurun sebanyak 38 peratus, daripada 526 kes dari Januari hingga Oktober tahun lalu, kepada 327 kes bagi tempoh sama tahun ini. Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad, berkata penurunan itu adalah hasil kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) dan penduduk dalam melaksanakan program gotong royong dan kebersihan, serta tahap kesedaran yang semakin tinggi dalam kalangan warga bandar ini.*

                 *Ipoh: Sebuah premis memproses makanan ringan dan kacang putih di Buntong di sini, dikesan beroperasi dengan sijil halal tamat tempoh hampir dua tahun. Perkara itu dikesan dalam pemeriksaan sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak serta Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) jam 11 pagi, Khamis lalu.*

                 *DUA pelajar sekolah menengah antara empat individu yang ditahan dalam Operasi Lumba Haram (Op Lumba Haram) di beberapa lokasi berasingan di sekitar Kuala Lumpur, smlm. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mereka yang ditahan didapati menunggang motosikal secara berbahaya di persimpangan lampu isyarat Greenwood dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).*

                  *LELAKI dikhuatiri lemas selepas menyertai menyertai acara tangkap itik di Tasik Takong, Pengkalan Hulu, smlm. Difahamkan, mangsa dipercayai lelaki dikatakan menyertai acara berkenaan yang juga salah satu aktiviti pada program Karnival Pengkalan Hulu. Bagaimanapun, setakat ini, identiti mangsa belum dapat disahkan.*

                 *Kuala Lumpur: Kecenderungan golongan pelajar dan belia melayari laman web pornografi mendorong mereka terbabit dalam aktiviti seks akibat ketagihan melampau dan gagal mengawal nafs. Berdasarkan statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) laman web lucah berada di kedudukan nombor satu paling tinggi yang disekat bermula awal tahun lalu hingga Oktober lalu.*

                 *SIKAP pentingkan diri sendiri segelintir pemilik restoran di Jalan Delima 13 dan Jalan Prima Setapak 2, Kuala Lumpur, yang meletakkan barangan di depan premis dan laluan pejalan kaki mengundang padah apabila barang mereka disita dalam Operasi Tegas (Op Tegas), semalam.*

                 *TIGA penuntut kolej di Kemaman parah selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan kereta lain di Kilometer 75.5, Jalan Jerangau - Jabur, dekat Bukit Besi, malam tadi. Dalam kemalangan 9.15 malam itu, Muhammad Aliuddin Abdul Satar, 19, penuntut Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di Kemaman yang berasal dari Bandar Al Muktaffi Billah Shah AMBS, dilaporkan kritikal selepas parah di bahagian kepala dan anggota badan.*

                 *MENGGUNAKAN kereta mewah untuk mengaburi mata orang ramai sebelum memecah masuk rumah dan mengambil barang bernilai. Itu taktik digunakan empat penjenayah terdiri daripada tiga lelaki serta seorang wanita di beberapa lokasi di negeri ini termasuk terbaharu membabitkan tiga rumah di Kuantan, Jumaat lalu yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM150,000.*

                 *Miri: Sekumpulan penjenayah nekad menebuk dinding konkrit di rumah sarang burung menggunakan tukul besi dalam kejadian samun di Kampung Lumut di sini, tengah malam kelmarin. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, lima individu bertopeng dan bersenjatakan parang melarikan sejumlah sarang burung dan wang tunai dengan nilai keseluruhan RM8,800.*

                 *Kota Kinabalu: Jabatan Penjara berdepan masalah kesesakan yang serius selain terpaksa membelanjakan RM114 juta setahun untuk kos makanan lebih 7,000 banduan yang menjalani hukuman di seluruh Sabah ketika ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata, keadaan itu disebabkan jumlah banduan yang terlalu ramai hingga melebihi kapasiti, turut dikhuatiri boleh mengancam keselamatan institusi itu.*

                  *TIDAK tahu nombor balai polis berhampiran, tiada pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem penggera serta ketiadaan lampu di belakang bangunan antara kelemahan yang dikesan sebahagian premis di Kuala Terengganu ketika rondaan cegah jenayah, Khamis lalu. Rondaan cegah jenayah itu diadakan selama tiga jam bermula 9 malam di beberapa premis kerajaan dan pasar raya di daerah Kuala Terengganu.*

                 *CUBAAN buruh ladang sawit membawa pulang 80 kilogram (kg) daun ketum ke rumahnya di Pahang untuk dijual, gagal selepas ditahan polis di tepi jalan Kampung Teluk Memali, Kampung Gajah, smlm. Dalam kejadian 5 pagi itu, kereta dipandu lelaki berusia 37 tahun yang beralamat di Karak itu ditahan anggota Unit Peronda Polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, selepas dia dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.*

                 *AKSI Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berpelukan dengan Rafizi Ramli menggamatkan hari pertama Kongres Nasional PKR ke-13 di Ideal Convention Centre di Shah Alam, smlm. Tindakan itu dilihat menamatkan ‘perang saudara’ antara mereka ekoran pertembungan sebagai calon timbalan presiden PKR dalam pemilihan PKR, baru-baru ini.*

                 *AKIBAT tidak berpuas hati dengan markah Sasaran Kerja Tahunan (SKT), lelaki cuba menyerang penyelia wanita dengan parang di Limbang, Khamis lalu. Pada kejadian 2.15 petang di sebuah agensi kerajaan itu, tiada individu cedera selepas suspek dihalang seorang kakitangan lelaki pejabat berkenaan. Suspek berusia 31 tahun dan bekerja di agensi terbabit kemudian meninggalkan pejabat berkenaan.*

                 *BEKAS Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Beliau berkata, walaupun namanya antara disebut sebagai calon mewakili PKR, hasrat untuk tidak bertanding atau memegang sebarang jawatan dalam kerajaan sudah disampaikan kepada pucuk pimpinan parti.*

                 *TIGA anggota polis antara lapan individu termasuk seorang wanita yang ditahan bersama air ketum dan ubat batuk dalam serbuan di pondok membaiki kasut di Taman Desa Petaling, Kuala Lumpur, semalam. Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, hasil maklumat awam, sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Salak Selatan membuat serbuan di pondok itu, jam 9.30 malam.*

                 *SEORANG lelaki ditemui mati dengan tangannya diikat di depan selain terdapat tali pada leher dalam longkang di PPR Laksamana Jalan Peel, Kuala Lumpur, kelmarin. Mayat mangsa berusia 40-an ditemui orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu, jam 11.15 pagi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa memakai seluar panjang dan t-shirt hitam.*

                 *MAYAT lelaki warga emas ditemui di tebing sebuah lombong berhampiran Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampar, kelmarin. Difahamkan, mayat Lan Siew Song, 66, ditemui orang awam apabila tersangkut pada mata kail seorang pemancing jam 9.45 pagi.*

                 *TIMBALAN Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bersedia berdepan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang dikatakan antara calon dipertimbangkan mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Mohamad berkata, beliau akan bekerja keras untuk memastikan kerusi yang disandangnya sejak 2004 itu kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN).*

                 *CUBAAN seorang lelaki mengedar dadah menggunakan rumah bapanya terbongkar selepas ditahan polis dalam serbuan di Desa Nelayan, Pasir Panjang, Sungai Besar, semalam. Serbuan yang dilakukan jam 12.30 tengah malam itu diketuai Inspektor Muhamad Iqbal Ahmad Zawawi bersama sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam dan merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM15,982.20.*

                 *AKIBAT kecuaian pemandu terlelap, seorang penumpang perempuan maut apabila kereta dinaikinya bertembung dengan lori di Kilometer 15 Jalan Gua Musang-Lojing, dekat Kampung Lalat, Gua Musang, kelmarin. Mangsa, Nur Najiha Mohd Zaki, 20, berasal dari Kampung To’uban, Pasir Mas meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan jam 5.50 pagi.*

                 *KETUA Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KBSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, Inspektor Dahali Hamdan, meninggal dunia ketika bertugas di Kota Kinabalu, smlm. Difahamkan, pada 5.45 pagi, Allahyarham mengadu sakit dada ketika hadir melapor diri bagi bantuan penugasan acara perlumbaan basikal ‘Kota Kinabalu Cycling Race 2018’ di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.*

                 *LELAKI naik hantu apabila mengugut mahu memukul ahli keluargnya dengan tukul selepas bengang dituduh mencuri tabung milik adiknya di Kampung Beladau Kepong, Kuala Terengganu, kelmarin. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 9 malam selepas lelaki berusia 35 tahun itu bertanya kepada abangnya, 37, berhubung kehilangan tabungnya yang mengandungi wang hampir RM500.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


            *LAHORE: Lelaki yang sudah berkahwin mati ditembak kerana menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita bujang yang juga sepupunya yang baru berusia 15 tahun.*
          *Bapa dan abang remaja berkenaan menembak mati lelaki berusia 27 tahun itu di Martung, daerah Shangla, semalam, lapor portal berita Pakistan.*
           *Pegawai kanan polis memberitahu media, bapa remaja itu mengesyaki anaknya ada hubungan sulit dengan sepupunya menyebabkan dia mengambil tindakan atas alasan untuk melindungi maruah keluarga.*
            *Lelaki yang ditembak mati itu mempunyai empat anak manakala remaja itu belum berkahwin, kata polis.*

            *Buenos Aires: Tentera Laut Argentina mendakwa syarikat yang diupah kerajaan berjaya mengesan kapal selam ARA San Juan kira-kira 800 meter di dasar Lautan Atlantik, setahun selepas ia hlang bersama 44 anak kapal.*
             *Kapal selam San Juan hanya mempunyai baki tujuh hari bekalan oksigen ketika kali terakhir ia melaporkan lokasinya pada 15 November 2017.*
            *Kru kapal diarahkan kembali ke pangkalan Mar del Plata yang terletak di pantai timur negara itu selepas ia melaporkan air mulai memasuki kapal melalui snorkel.*
          *Syarikat maritim, Ocean Infinity diupah Argentina untuk mencari dan mengesan lokasi kapal selam itu selepas kegagalan operasi mencari besar-besaran antarabangsa sebaik saja ia dilaporkan hilang di Lautan Atlantik.*

            *California: Seramai 1,000 orang masih dilaporkan hilang dalam kebakaran hutan di California, dengan jumlah kematian meningkat kepada 71 orang, semalam, dalam bencana seumpamanya yang terburuk dalam sejarah negeri itu.*
              *Pasukan penyelamat menggunakan anjing pengesan meneruskan usaha mencari mangsa di sebuah pekan di utara California yang musnah sepenuhnya, kelmarin, dalam pada pihak berkuasa mencari petunjuk berhubung nasib mereka yang masih hilang.*
              *Jumlah orang yang hilang melonjak daripada 631 orang pada lewat Khamis kepada lebih 1,011, kelmarin, lapor Daily Mail.*

          *BANGKOK: Thailand hari ini mengeluarkan bangkai kapal yang mengorbankan 47 pelancong China Julai lalu, sebagai sebahagian daripada siasatan mencari punca mengapa ia karam, kata penguasa.*
         *”Phoenix adalah satu bukti penting untuk menentukan punca kemalangan,” kata Timbalan Ketua Biro Polis Pelancong, Mejar Jeneral Surachate Hakparn kepada Reuters.*
          *”Kapal Phoenix tenggelam di laut lepas berhampiran pantai barat pulau Phuket Thailand ketika membawa 101 penumpang, 12 daripadanya kru manakala 89 lagi pelancong.*
            *Difahamkan kapal itu dalam perjalanan membawa pelancong ke lokasi snorkelling.*

            *LONDON: Ramai pekerja Britain menaruh keyakinan bahawa sebuah robot akan dapat membuat strategi perniagaan lebih baik daripada 'bos manusia’.*
               *Malah, satu laporan baru mendapati seorang setiap tiga orang pekerja - 34 peratus - percaya 'bos robot' adalah lebih baik jika ia memiliki kecerdasan minda dalam bidang pekerjaan.*
          *Kajian tahunan yang mendapat keputusan itu adalah Laporan Trend Maju, dan yang kali ketiga ditaja oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Advanced, lapor portal berita Metro di sini, smlm.*

           *Toronto: Seorang wanita akan menyiat kulit mayat suaminya untuk memenuhi hasrat terakhir lelaki itu supaya tatu pada badannya diawet dan dipamerkan sebagai perhiasan di rumahnya.*
         *Cheryl Wenzel berkata, mendiang suaminya Chris, 41, yang juga pelukis tatu membuat permintaan itu sebaik mengetahui hayatnya sudah tidak lama.*
         *Tujuannya adalah supaya anak cucunya dapat terus melihat karya seni berkenaan selepas kematiannya.*

          *Phnom Penh: Mahkamah khas Kemboja semalam, memutuskan dua pemimpin rejim Khmer Rouge bersalah terhadap tuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai, 40 tahun selepas kejatuhan rejim itu yang menyebabkan kematian suku daripada jumlah penduduk negara berkenaan.*
            *Bekas pemimpin Khmer Rouge, Khieu Samphan, 87, dan “Abang Besar Nombor Dua” Nuon Chea, 92, adalah dua pemimpin kanan kumpulan ultra-Maoist yang masih hidup selepas merampas kuasa dan memerintah Kemboja dari 1975 hingga 1979.*
           *Keganasan ketika pemerintahan “Abang Besar Nombor Satu” menyebabkan kira-kira dua juta penduduk Kemboja mati akibat dijadikan buruh paksa, kelaparan dan pembunuhan beramai-ramai.*

            *CHINA menaikkan kadar ganjaran tunai kepada sesiapa yang melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai penerbitan lucah dan haram, kata pegawai di Beijing, kelmarin.*
           *Malah, mulai 1 Disember depan, sesiapa pun boleh mengumpul sehingga 600,000 yuan (RM361,858) jika melaporkan bahan lucah dan haram di ruang siber atau penerbitan bercetak.*
          *Kadar itu adalah dua kali ganda berbanding ganjaran sebelum ini iaitu 300,000 yuan (RM180,929).*


*TULAR / POPULAR*
================


          *MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa pihak polis melakukan siasatan ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berhubung kenyataannya yang dianggap mengkhianati negara menerusi penularan satu video baru-baru ini di Facebook.*
             *Mohd Asri berkata, tindakan tegas harus diambil ke atas Waytha Moorthy kerana kenyataannya itu menunjukkan dia jelas menipu bahawa negara ini mengamalkan diskriminasi antara kaum.*
                *Kelmarin video lama Waytha Moorthy tular di media sosial dengan kandungan memburukkan negara termasuk kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik.*

          *AKTRES terkenal, Nur Fasha Sandha Hassan, 34 akhirnya bertunang dengan aktor Aidil Aziz sekali gus mengesahkan gosip cinta antara mereka.*
          *Fasha dan Aidil bertunang dalam sebuah majlis tertutup di Ampang, smlm.*
           *Majlis hanya dihadiri kaum keluarga dan teman rapat ini diadakan secara sederhana atas permintaan kedua belah pihak.*

          *RATA-RATA pelayar media sosial bersetuju perbuatan menghisap vape dan shisha perlu dilarang seperti penguat kuasaan larangan merokok di semua restoran dan kedai makan mulai tahun depan.*
            *Undian dalam talian berhubung persoalan ‘Adakah wajar perbuatan menghisap vape dan shisha turut dilarang seperti penguat kuasaan larangan merokok di semua restoran dan kedai makan mulai tahun depan.*
           *Sila beri pandangan anda,” yang dimuatnaik pada jam 12 tengah hari smlm di Facebook BH, Harian Metro dan New Straits Times hingga jam 4 petang, sebanyak 82 peratus setuju dan 18 peratus tidak bersetuju.*
           *Ia membabitkan sebanyak 29,215 undian di FB dan Twitter.*

          *GRADUAN universiti warga British dinobatkan sebagai pemenang Miss Scuba International (MSI) 2018, selepas mengalahkan 21 peserta lain di Kota Kinabalu, malam smlm.*
           *Berikutan kemenangan itu, Daisy Hope Whetlor, 21, yang mewakili United Kingdom dijangka melaksanakan kerja sebagai duta mempromosikan konservasi marin dan industri menyelam di seluruh dunia.*
            *Dia mengambil alih tugas berkenaan daripada pemenang MSI 2017, Britany Anne Novick dari Amerika Syarikat.*

          *Kuala Lumpur: Mungkin ramai yang terkejut apabila mengetahui harga seekor Harimau Malaya (Panthera tigris malayensis/Panthera tigris jacksoni) sama nilainya dengan banglo dua tingkat di Lembah Klang atau sebuah kereta mewah BMW M5.*
            *Itu fakta diperoleh apabila nilai seekor harimau belang Malaysia melepasi angka RM600,000 hingga RM1 juta di pasaran gelap menyebabkan haiwan ikon kebangsaan dilindungi ini menjadi sasaran utama pemburu haram.*
          *Haiwan liar dilindungi sepenuhnya ini diburu secara haram untuk mendapatkan kulit, daging, kuku, taring serta tulangnya.*

            *KEUNIKAN budaya selain faktor iklim mendorong masyarakat Jepun memilih untuk tinggal di negara ini dalam tempoh jangka masa panjang.*
              *Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, Shinichiro Kanoya berkata, sehingga kini terdapat 24,000 rakyat Jepun yang tinggal di negara ini untuk bekerja dan melancong.*
             *Katanya, di Kelantan sahaja terdapat hampir 500 rakyatnya yang tinggal di negeri ini dan dalam masa sama terdapat kilang semikonduktor daripada syarikat Jepun yang beroperasi di Pengkalan Chepa yang menyediakan peluang perkerjaan.*

            *Beijing: Seorang budak lelaki Kemboja yang menjadi popular dan tular  di Internet selepas satu video menunjukkan dia boleh bercakap sekurang-kurangnya 12 bahasa, kini dijemput untuk lawatan tiga hari di Beijing, lapor media Kemboja.*
              *Stesen televisyen Kemboja, K01.news melaporkan, syarikat itu akan membayar kos membawa budak itu dan keluarganya ke Beijing dan akan menemubualnya secara langsung.*
             *Lapor stesen itu lagi, Palang Merah Kemboja pula akan menaja pelajaran adik-beradik budak berkenaan, yang dilaporkan dikenali dengan nama Thaksin atau Thuch Salik.*
          *Budak lelaki yang usianya tidak diketahui itu yang menjual pelbagai cenderamata dirakam bercakap dalam 12 bahasa asing dan memberitahu dia belajar daripada pelancong yang ditemuinya.*

            *New Delhi: Gelagat seekor anak monyet menyentuh perasaan apabila dilihat menangis di sisi ibunya yang mati akibat dilanggar kereta.*
            *Ibunya mati dilanggar ketika melintas jalan di antara bandar Bareilly dan Budaun di Uttar Pradesh, utara India.*
          *Rakaman video tular menunjukkan anak monyet itu menjerit sambil memeluk ibunya yang berlumuran darah.*
           *Haiwan itu enggan melepaskan ibunya sebelum orang ramai membawa bangkai monyet terbabit.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


            *PENUNGGANG MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan perlumbaan penutup tirai musim 2018 Grand Prix (GP) Valencia di tangga ke-10, hari ini yang dimenangi pelumba Ducati, Andrea Dovizioso.*
          *Keputusan di Litar Ricardo Tormo itu menyaksikan Hafizh (Monster Yamaha Tech3) mengutip enam mata kejuaraan, tetapi ia tidak cukup untuk memintas pendahulu anugerah pelumba baharu terbaik, Franco Morbidelli sekali pun pelumba EG 0,0 Marc VDS itu tidak menamatkan perlumbaan susulan terjatuh.*

            *ENGLAND mencipta kebangkitan selepas ketinggalan untuk menewaskan Croatia 2-1 di Wembley, London, sekali gus mengesahkan tempat ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah, smlm.*
            *Pengurus Gareth Southgate membuat lapan pertukaran daripada skuad yang mengalahkan Amerika Syarikat pada Khamis lalu dalam misi England mencari kemenangan untuk menjuarai Kumpulan A4.*
            *Kekalahan atau seri bakal menyaksikan skuad The Three Lions tersingkir ke liga kedua.*

           *MACAU: Pelumba Formula 3 Jerman, Sophia Floersch mengalami kecederaan retak tulang belakang selepas terbabit kemalangan ngeri di Grand Prix Macau, kata pasukannya, smlm.*
           *Pelumba pasukan Van Amersfoort Racing berusia 17 tahun itu pada awalnya dilaporkan melanggar belakang jentera Jehan Daruvala di laluan lurus mengakibatkan jenteranya hilang kawalan dalam kelajuan yang tinggi.*
          *Susulan pelanggaran dengan Daruvala, jentera Floersch kemudian melanggar jentera pelumba Jepun, Sho Tsuboi yang mengakibatkan jenteranya melayang laju ke udara sebelum menghentam ‘bunker’ jurugambar.*

           *MANCHESTER: Manchester City merancang untuk meningkatkan kapasiti Stadium Etihad kepada 63,000 tempat duduk dan mengambil kira pandangan penyokong mengenai idea berkenaan.*
               *Kelab itu mahu menambah tempat duduk di bahagian utara dengan menjadikannya dua tingkat, sekali gus mampu meningkatkan kapasiti kepada 8,000 penyokong.*

            *MILAN: Jurulatih Portugal, Fernando Santos menegaskan Cristiano Ronaldo masih tetap tonggak utama walaupun diketepikan daripada Liga Negara-Negara Eropah, selepas juara Eropah itu muncul pasukan pertama mara ke separuh akhir.*
              *Pemenang lima kali Ballon d’Or itu menghabiskan banyak masa bulan lalu menafikan dakwaan dia terbabit dalam kes rogol dan tidak disenaraikan Santos untuk kejohanan berkenaan.*
             *Bekas model, Kathryn Mayorga mendakwa pemain bintang itu merogolnya pada 2009, sebelum dia menyertai Real Madrid dari Manchester United.*

            *LONDON: Roger Federer berharap emosi pengutip bola yang terlepas bola ketika saingan kemuncak separuh akhir tenis ATP Final tidak terganggu - menyaksikan dia tewas kepada Alexander Zverev, awal pagi smlm.*
            *Pemain dari Jerman, Zverev menang dengan keputusan 7-5, 7-6 (7/5), namun saingan di 02 Arena itu dibayangi dengan insiden yang luar biasa.*
           *Zverev berhenti bermain ketika berbalas pukulan dengan Federer yang mendahului 4-3 dalam tie-break set kedua, selepas kesilapan pengutip bola, sekali gus aksi bagi mata itu terpaksa dimulakan semula.*

           *KUALA LUMPUR: Ibarat pisang goreng panas! Itu gambaran sambutan penyokong terhadap aksi Piala AFF antara Malaysia dan Myanmarselepas mereka mula berebut bagi mendapatkan tiket perlawanan yang dijadualkanberlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.*
             *Sambutan menggalakkan itu terbukti selepas kuota 12,000 tiket yang dijual secara dalam talian dan di cawanganterpilih Al-Ikhsan Sports kini sudahhabis dijual.*
         *Susulan itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil langkah pantas dengan menambah kuota tiket bagi penjualan di dua saluran berkenaan.*

           *ALOR SETAR: Peluang pemain import Kedah sejak musim 2015, Sandro Da Silva kembali ke Liga Malaysia (Liga M) musim 2019 dilihat cerah apabila namanya dikaitkan dengan dua pasukan Liga Super untuk musim depan.*
            *Menurut sumber, Sandro yang kini bercuti di Brazil diintai Melaka United (MU) dan FELDA United yang dilihat menunjukkan minat ke atas penyerang yang memiliki kepakaran sepakan percuma itu.*

           ♂ *PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan mewajibkan semua pemain lelaki dan wanita memakai pakaian menutup aurat ketika beraksi dalam semua kejohanan mulai April depan.*
            *Presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, pihaknya sentiasa menggalakkan semua pemain mengenakan pakaian menutup aurat seperti memakai 'tight' (lelaki) dan tudung (wanita) ketika menyertai mana-mana kejohanan sebelum ini.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2018 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 19/11/2018 (by: MJI)

1.  PAPUA NEW GUINEA 18 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan perkara ini hampir mustahil untuk dilakukan. Perdana Menteri menegaskan, majoriti dua pertiga ahli Parlimen diperlukan untuk melaksanakan perkara itu.

2.  KUALA LUMPUR 18 Nov. – Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan ekoran tular dalam media sosial ketika ini video lamanya sebagai pemimpin Hindraf yang memburuk-burukkan negara termasuk kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik.

3.  KUALA LUMPUR 18 Nov. - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik disifatkan sebagai mahu mendidik anak-anak berbohong apabila bersungguh-sungguh melakukan tuduhan liar tanpa menyiasat terlebih dahulu. Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan PH sudah enam bulan mentadbir negara, tetapi mereka berterusan mempersalahkan beliau dan kerajaan BN.

4.  KOTA BHARU 18 Nov. - Malaysia kekal menjadi destinasi pilihan nombor satu rakyat Jepun selama 12 tahun berturut-turut sejak 2006 sebagai tempat untuk didiami bagi jangka masa panjang. Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, Shinichiro Kanoya berkata, sehingga kini terdapat 24,000 rakyat Jepun yang tinggal di negara ini sama ada untuk bekerja mahupun menjadikannya sebagai ‘rumah kedua’.

5.  SHAH ALAM 18 Nov. - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berharap partinya di bawah kepimpinan Presiden baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa membuat sebarang keputusan penting secara kolektif melibatkan kesemua pemimpin utama. Beliau berkata, komitmen itu akan memastikan setiap pemimpin PKR bercakap dengan nada yang sama dalam apa jua isu.

6.  PUTRAJAYA 18 Nov.- Subsidi berjumlah RM5 juta diperuntukkan kerajaan kepada syarikat perkhidmatan bas, Nadi Putra pada setiap tahun agar tambang bas di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan kekal pada harga 50 sen. Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, peruntukan sama juga disalurkan pada tahun depan kerana kerajaan tidak mahu tambang dinaikkan dan sekali gus ingin menggalakkan para penduduk menggunakan bas sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat kerja atau destinasi lain.

7.  KUALA LUMPUR 18 Nov. - Sebanyak empat mat rempit termasuk dua pelajar sekolah ditahan ketika sedang asyik beraksi dalam perlumbaan haram di sekitar ibu negara malam tadi. Kesemua mereka berusia 16 sehingga 19 tahun itu ditahan dalam Operasi Lumba Haram (Op Lumba Haram) yang bermula 12.30 tengah malam sehingga 3 pagi ini di beberapa lokasi berasingan di sekitar Kuala Lumpur.

8.  KUALA LUMPUR 18 Nov. - Sebuah lori tangki membawa muatan minyak petrol dan diesel terbabas lalu terbalik di Kilometer 410.2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara di sini pagi tadi. Dalam kejadian pukul 6.50 pagi itu, pemandu kenderaan berat terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Kemalangan berlaku semasa pemandu berkenaan dalam perjalanan dari arah Putrajaya ke Perak.

9.  KUANTAN 18 Nov. - Usaha Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) bagi membela kebajikan warga asing di negara ini mendapat sambutan menggalakkan apabila kira-kira 12,000 peserta telah menyertai Program Kebajikan dan Khidmat Imigran Peka. Presidennya, Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir berkata, Peka bagaimanapun tidak meletakkan sasaran berapa ramai warga asing akan menyertai program kebajikan berkenaan.

10.  BANGKOK 18 Nov. - Sebanyak 43 motosikal berkuasa tinggi merupakan antara lebih 100 buah motosikal yang disita polis Thailand dalam satu operasi lumba haram bersepadu yang diadakan di bandar raya ini, semalam. Dalam operasi melibatkan satu pasukan gabungan daripada beberapa unit Polis Metropolitan Divisyen 4 itu, polis menahan sebanyak 134 orang pelumba dan menyita sebanyak 123 motosikal.

11.  SEREMBAN 18 Nov. - Seorang pekerja lelaki kedai serbaneka 24 jam di Jalan Templer di sini cedera akibat ditetak dengan parang dalam kejadian samun kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, pekerja tersebut ditetak oleh seorang daripada dua lelaki bersenjatakan parang panjang yang meluru masuk dan menyamun premis berkenaan.

12.  PULAU PINANG 18 Nov. - DAP menganggap Gerakan kini bukan lagi ancaman kepada mereka setelah parti itu kalah teruk buat kali ketiga dalam PRU-14 pada 9 Mei lalu. Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata, walaupun Gerakan cuba membuat beberapa perubahan termasuk mengumumkan keluar daripada BN, namun perkara itu dijangka tidak memberi ancaman kepada pentadbiran kerajaan negeri dalam masa terdekat.

13.  CYBERJAYA 18 Nov.- Malaysia merupakan negara ke-26 memiliki kadar kelajuan jalur lebar terpantas di dunia apabila menaiki 10 anak tangga pada bulan lalu berdasarkan kaji selidik dikeluarkan The Speedtest Global Index (SGI). Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak berkata, purata kelajuan jalur lebar negara kini berada pada tahap 61.97 megabit sesaat (Mbps) sekali gus menunjukkan rakyat menikmati kadar internet yang lebih signifikan.

14.  TEMERLOH 18 Nov. - Parti Amanah Negara (Amanah) kekal dengan pendirian bahawa tiada keperluan untuk meratifikasikan ICERD di negara ini. Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Husam Musa berkata, bagaimanapun kerajaan perlu terus mendokong keadilan terhadap semua kaum di negara ini dari segenap aspek termasuk pendidikan.

15.  KUALA LUMPUR 18 Nov. - Kepemimpinan tertinggi PH akan memutuskan calon dan parti mana akan bertanding pada PRK DUN Rantau. Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, PH akan membuat keputusan muktamad itu selepas pengumuman oleh SPR berhubung status PRK tersebut.

16.  KUALA LUMPUR 18 Nov. - Naib Presiden MIC, Datuk Sivarraajh Chandran meminta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke tidak mencari publisiti murahan berikutan dakwaan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran melanggar peraturan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

17. TEMERLOH 18 Nov. - Akhbar Utusan Malaysia yang merupakan satu institusi orang Melayu dan bumiputera di negara ini perlu diselamatkan serta tidak boleh dipinggirkan. Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Husam Musa berkata, sehubungan itu beliau bersedia bersama-sama berdialog bagi mencari jalan untuk menyelamatkan akhbar berkenaan.

18.  SHAH ALAM 18 Nov. - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seolah-olah cuba memperlihatkan sisi baharu beliau yang memiliki pengaruhnya tersendiri dalam PKR apabila tampil 'membalas' teguran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atasnya sebelum ini. Mohamed Azmin berkata, beliau diberikan bayangan bahawa sudah memperolehi kemenangan untuk jawatan Timbalan Presiden tetapi tidak berani untuk mengumumkan perkara tersebut biarpun di Twitter kerana bimbang akan dimarahi.

19.  GUA MUSANG 18 Nov. - Seramai 275 peserta RPS Kuala Betis, di sini hari ini mengadakan demonstrasi aman menuntut supaya ladang sawit seluas 781.84 hektar rancangan tersebut diserahkan kepada mereka untuk diusahakan sendiri. Sebahagian besar mereka yang merupakan peserta Orang Asli bertindak membuat tuntutan itu kerana kegagalan Jakoa dan Risda Plantation Sdn. Bhd. membayar tunggakan dividen hasil ladang itu sejak empat bulan lalu.

20.  KAPIT 18 Nov. - Seorang suri rumah menjadi mangsa terbaharu penipuan parcel dengan kerugian RM5,000 di sini kelmarin. Menurut Ketua JSJK negeri, Supt. Mustafa Kamal Gani Abdullah, mangsa tersebut hanya menyedari ditipu setelah bayaran terakhir sebanyak RM2,500 dibuat di Bank Rakyat Kapit.

21.  ANKARA 18 Nov. - Pembunuh wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi mungkin telah mengambil ‘menyembunyikan’ tubuh badannya ke dalam bagasi, menurut Menteri Pertahanan Turki, Hulusi Akar dipetik CNN Turk, hari ini. Khashoggi, penduduk tetap AS dan kolumnis Washington Post, terbunuh di konsulat Saudi di Istanbul pada 2 Oktober, mencetuskan kemarahan seluruh dunia terhadap kerajaan dan penguasa de facto, Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

22.  KUALA LUMPUR 18 Nov. - KPWKM sedang berusaha mempertingkatkan bilangan Taska berdaftar dengan memberi diskaun utiliti kepada taska yang berdaftar. Tanpa memberikan butiran, Timbalan Menterinya Hannah Yeoh berkata, kini hanya terdapat 10 peratus sahaja taska yang berdaftar di bawah kementerian manakala 90 peratus lagi taska tidak berdaftar.

23.  SHAH ALAM 18 Nov - Kerajaan akan membentangkan kertas putih pengurusan Felda yang 'curang' dan tidak bertanggungjawab, Disember ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Mohamed Azmin berkata, kertas itu dibentangkan berikutan kecelaruan pengurusan dan hutang yang melampaui batas iaitu melebihi RM8 bilion.

24.  BACHOK 18 Nov. - Kerajaan PH digesa menyatakan pendirian terhadap kedudukan sebenar bahasa Melayu sebagai simbol berdaulat yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sasterawan Negara, Datuk Dr. Anwar Ridhwan berkata, kerajaan terdahulu mahupun yang berkuasa sekarang tidak pernah memberi isyarat jelas dan tegas terhadap kedudukan serta masa depan bahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan di negara ini.

25.  PULAU PINANG 18 Nov. – S/U Agung DAP, Lim Guan Eng mengambil pendekatan mengunci mulut daripada memberi ulasan tentang kontroversi membabitkan ratifikasi ICERD. MP Bagan itu berkata, soalan berkenaan sepatutnya dijawab oleh Menteri, P. Waytha Moorthy kerana beliau yang ‘membangkitkan’ isu itu.

26.  KUALA LUMPUR 18 Nov. - Pengasas PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya secara rasmi menjadi Presiden PKR, setelah 20 tahun membentuk parti tersebut. Beliau menang tanpa dicabar dalam Pemilihan PKR untuk penggal 2018-2021, yang berlangsung selama dua bulan sejak September lalu. Beliau akan bergandingan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang diumumkan sebagai Timbalan Presiden PKR, selepas menang dalam pemilihan parti menewaskan Rafizi Ramli.

27.  SEREMBAN 18 Nov. - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menafikan mencari publisiti murahan dengan mendedahkan insiden YDP Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran telah melanggar peraturan keselamatan di KLIA pada 14 November lalu. Beliau tidak memerlukan publisiti seperti itu memandangkan setiap hari dia bercakap dalam sidang akhbar memberitahu pelbagai program yang dilaksanakan di peringkat kementeriannya.

28.  PORT MORESBY, Papua New Guinea, 18 Nov. - Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Majlis Presiden PH akan menentukan calon pakatan itu bagi PRK DUN Rantau di Negeri Sembilan. Isu parti mana yang akan meletakkan calon tidak perlu wujud kerana yang penting adalah calon itu nanti akan mewakili gabungan empat parti komponen PH.

29.  SEREMBAN 18 Nov. - Kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sehingga kini cadangan itu belum sampai ke Kabinet untuk dibincangkan.

30.  SEREMBAN 18 Nov. - Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung isu YDP Dewan Negara, Tan Sri S. A Vigneswaran yang didakwa melanggar peraturan keselamatan di KLIA pada 14 Nov lalu. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak pengurusan lapangan terbang malam tadi dan pihaknya akan menunggu laporan lengkap siasatan berkenaan.

31.  PENGKALAN HULU 18 Nov. - Kemeriahan Pesta Tasek Takong di sini yang sedang berlangsung terganggu apabila program itu terpaksa dihentikan ekoran terdapat laporan seorang peserta acara menangkap itik dikhuatiri lemas. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu, Syahirul Anwar Abdul Azam berkata, operasi dijalankan setelah pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 11.33 pagi.

32.  PULAU PINANG 18 Nov. - Bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak boleh kembali menjawat jawatan berkenaan sekiranya PH hilang kuasa pada peringkat Pusat meskipun menang kerusi DUN di negeri ini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini kerana pindaan RUU Perlembagaan Negeri (Pindaan) 2018 yang diluluskan pada sidang DUN pada minggu lalu juga ‘terpakai’ kepada mereka yang pernah menjawat jawatan berkenaan selama dua penggal sebelum ini.

33.  SHAH ALAM 18 Nov. - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengambil alih jawatan Presiden PKR secara sah hari ini menegaskan yang beliau akan memimpin parti itu secara tegas. Anwar yang mengasaskan PKR 20 tahun lalu berkata, beliau tidak mahu mempedulikan jika ada ahli atau pemimpin tidak senang dengan ketegasan tersebut kerana disiplin parti perlu ditegakkan.

34.  ALOR SETAR 18 Nov. - Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy didakwa melakukan pembohongan apabila menggambarkan Malaysia melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang melampau dalam temu bual di luar negara yang menjadi tular di media sosial, baru-baru ini. Justeru tegas Aktivis Semboyan 1Malaysia, Yusuf Azmi, kerajaan wajib menilai sama ada pemimpin Hindraf itu benar-benar layak untuk terus menjawat jawatan itu sebagai menteri yang menjaga perpaduan.

35.  ALOR SETAR 18 Nov. - Dalam apa keadaan sekali pun, kerajaan negeri tetap bertegas bahawa penyebaran risalah Bible oleh segelintir individu tidak bertanggungjawab kepada umat Islam baru-baru ini merupakan satu kesalahan. Begitu pun menurut Exco negeri, Datuk Dr. Ismail Salleh, pihaknya masih menanti laporan daripada pihak berkuasa bagi menentukan tindakan lanjut yang perlu diambil terhadap pelakunya.

36.  KANGAR 18 Nov. - Pihak berkuasa didedak menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy kerana didakwa telah melakukan pembohongan besar di luar negara untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia, kata Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

37.  JOHOR BAHRU 18 Nov. - Jabatan Matereologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan berlaku tsunami di kawasan Pengerang pada pagi ini seperti yang tular dalam media sosial. Sebaliknya kata Pengarah MetMalaysia Johor, Amirzudi Hashim, apa yang berlaku sebenarnya adalah fenomena garis badai sekali gus berharap penduduk Pengerang tidak panik.

38.  BACHOK 18 Nov. - Isu ratifikasi ICERD di negara ini tidak akan timbul jika semua pihak khususnya pemimpin kerajaan mendukung Perlembagaan Persekutuan. Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (Peradaban), Datuk A. Aziz Deraman berkata, semua pimpinan politik perlu diberi kefahaman mengenai apa makna kontrak sosial dan falsafah dalam Perlembagaan Persekutuan.

39.  KOTA MARUDU 18 Nov. - Kerajaan negeri komited untuk mengkaji semula isu pengambilan tanah adat oleh agensi tertentu daripada penduduk setempat di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, langkah itu bagi melihat kaedah penyelesaian terbaik tentang permasalahan tersebut selain berusaha untuk mengembalikan semula tanah berkenaan kepada pemilik asal.

40.  KOTA KINABALU 18 Nov. - Polis menahan enam lelaki kerana disyaki menyamun seorang anggota polis di hadapan Hong Leong Bank, Jalan Gaya di sini, hari ini. Dalam tangkapan yang dilakukan secara berasingan itu, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 37 tahun itu diberkas antara pukul 7.30 pagi hingga 2 petang tadi.

41.  PASIR PUTEH 18 Nov. - Bekalan ikan sepanjang tempoh empat bulan musim tengkujuh dan laut bergelora tahun ini adalah mencukupi bagi menampung keperluan pengguna. Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata, sehingga kini kegiatan menangkap ikan masih beroperasi dalam kalangan bot laut dalam walaupun musim tengkujuh sudah bermula.

42.  JOHOR BAHRU 18 Nov. - Polis menemui cebisan rangka manusia dipercayai milik seorang lelaki tempatan yang dibunuh pada Julai lalu di sebuah kebun sawit di Tangkak kelmarin. Cebisan rangka berkenaan ditemukan bersama-sama pakaian kira-kira pukul 10 pagi dalam keadaan berselerak.

43.  YANGON 18 Nov. - Polis Myanmar telah melepaskan tembakan dan mencederakan empat penduduk Rohingya selepas menahan dua lelaki yang dituduh menyeludup keluar orang daripada sebuah kem sementara di barat negara Rakhine. Sebanyak 20 polis memasuki kem Ah Nauk Ye, kira-kira 15 kilometer di timur ibu negeri Sittwe menahan dua lelaki yang dituduh memiliki bot yang digunakan dalam usaha menyeludup 106 Rohingya dari negara itu pada Jumaat lalu.

44.  KUALA TERENGGANU 18 Nov. – Walaupun tidak terikat dengan janji sasaran masa, kerajaan Pas menjangkakan ia dapat menunaikan kesemua 20 kandungan manifesto parti dalam PRU-14 bagi negeri ini menjelang 2020. Exco negeri , Tengku Hassan Tengku Omar mengesahkan, sejak Pas mengambil alih pemerintahan, hanya empat telah dilaksanakan setakat ini.

45.  KUANTAN 18 Nov. - Rondaan secara berkala akan dilakukan sepanjang musim tengkujuh yang dijangka pertengahan bulan ini hingga awal Januari depan bagi mengenal pasti lokasi yang terjejas banjir. Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, rondaan itu dilakukan oleh LLM dan pengendali LPT1, Anih Berhad di lokasi yang sering kali berlakunya banjir pada setiap tahun.

46.  KUALA TERENGGANU 18 Nov. - Terengganu bakal memperkenalkan standard tersendiri dari segi kualiti dan ketulenan madu kelulut apabila memperuntukkan RM420,000 bagi membangunkan Makmal Kualiti Madu (MKM) pertama di pantai timur. Makmal yang berpusat di UMT di sini, dijangka beroperasi pada awal tahun depan, dengan kewujudannya dilihat mampu menyelesaikan isu lambakan madu lebah kelulut tidak asli di pasaran.

47.  TEMERLOH 18 Nov. - Seorang penganjur pertandingan memancing kerugian lebih RM50,000 selepas disamun ketika meninjau lokasi pertandingan itu di Tasik Bandar Temerloh di sini semalam. Mangsa, Rosli Basri mendakwa, kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu berlaku ketika dia dalam perjalanan ke keretanya selepas meninjau persediaan pertandingan berkenaan.

48.  PULAU PINANG 18 Nov. - Pemimpin DAP Melayu negeri ini, Zairil Khir Johari menerima kejutan apabila tewas dalam jawatankuasa kerja sempena pemilihan parti peringkat negeri di sini hari ini. Zairil yang juga Exco negeri itu menerima 328 undi dan kurang lapan undi sekali gus gagal menempatkan diri dalam 15 kelompok teratas yang bertanding.

49.  SEREMBAN 18 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban hari ini menyokong desakan Ketua Permuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki supaya Senator P. Waytha Moorthy melepaskan jawatan sebagai menteri Kabinet. Ia susulan penularan video beliau memburuk-burukkan negara dengan menyebarkan kenyataan palsu berunsur fitnah di luar negara ketika memimpin pertubuhan HINDRAF tidak lama dulu.

50.  SHAH ALAM 18 Nov. - Sebanyak 1,886 buah buku pelbagai genre berjaya diagihkan secara percuma kepada pengunjung Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Perdana dekat sini sempena penganjuran Hari Perpustakaan selama dua hari yang berakhir hari ini.

51.  KOTA BHARU 18 Nov - Pengeluar produk kesihatan tempatan, Jamu Nenek Sdn. Bhd. (Jamu Nenek) menyasarkan untuk menjual sebanyak 100,000 produk keluarannya, kapsul Set Zuriat Adam dan Hawa sepanjang tahun depan. Set Zuriat Adam dan Hawa merupakan produk terbaharu keluaran syarikat itu yang dirumus khas bagi menambah kesuburan lelaki dan wanita sekali gus membantu pasangan suami isteri mendapatkan zuriat.

52.  KOTA BHARU 18 Nov. - Presiden Persekutuan Muaythai Malaysia (MFMP), Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani dilantik menjadi Ahli Panel Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) negeri, berkuat kuasa hari ini. Mohd. Fared merupakan ahli jemaah penasihat yang ketiga BBSM negeri selepas Datuk Wan Ali Wan Ahmad dan Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.

53.  AMRISTAR 18 Nov. - Letupan pada majlis keagamaan di negeri Punjab menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang dan cedera 10. Menurut laporan media, dua orang lelaki bersenjata yang menaiki sebuah motosikal masuk ke sebuah bangunan di mana kumpulan keagamaan, Nirankari bertemu.

54.  KUALA LUMPUR 18 Nov. – Bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup, 64, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini akibat penyakit Guillain Barre Syndrome atau GBS. Penyakit tersebut merupakan gangguan iaitu sistem kekebalan tubuh menyerang saraf.

55.  KUALA SELANGOR 18 Nov. - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan keyakinan BN dan UMNO akan mempertahankan kerusi DUN Rantau. Ahmad Zahid berkata, BN dan UMNO tidak gentar untuk bertanding di Rantau dan akan membuktikan bahawa parti keramat Melayu itu masih menjadi pilihan rakyat.

56.  SEREMBAN 18 Nov. - Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan di Jalan LBJ - Nilai dekat sini kira-kira pukul 5.50 petang tadi. Mangsa, M. Siva Vikcneesh, 20, maut di tempat kejadian selepas motosikal jenis Yamaha LC135 ditunggangnya dirempuh sebuah van jenis Mitsubishi dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun.

57.  KUALA LUMPUR 18 Nov. - Selepas dikecam pelbagai pihak kerana didakwa melakukan pembohongan besar di luar negara untuk memburukkan kerajaan Malaysia, Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy menyalahkan kerajaan BN yang diketuai UMNO kerana dasar-dasar yang dibuat menghalang kaum India untuk berada dalam arus perdana pembangunan negara.

58.  KUALA LUMPUR 18 Nov. – Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera berikutan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar orang awam yang menjamu selera di tapak parkir kereta di sebuah restoran Taman Equine di Seri Kembangan dekat sini malam tadi. Pihak bomba menerima panggilan pukul 8.16 malam bersama satu jentera melibatkan lapan anggota termasuk pegawai dan tiba di lokasi kejadian pukul 8.32 malam.

59.  PARIS 18 Nov. - Sebanyak 409 cedera manakala 14 cedera parah dalam himpunan ‘yellow vest’ yang membantah kenaikan harga minyak di seluruh Perancis. Jumlah yang cedera meningkat lebih daripada dua kali ganda, yang digambarkan Castaner ‘sangat membimbangkan’ di 87 lokasi di seluruh negara apabila penunjuk perasaan telah menyekat jalan bagi menyatakan kemarahan terhadap kenaikan cukai minyak.

60.  SHAH ALAM 18 Nov. - Selepas lapan minggu berentap akhirnya penyanyi Noryn Aziz diangkat menjadi juara untuk program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kelima. Melalui kemenangan itu Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abdul Aziz, turut layak membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM 100,000.

BERITA SUKAN:

1.  LONDON 18 Nov - Bekas penyerang Manchester United, Louis Saha percaya Jose Mourinho melakukan kesilapan ketika mengendalikan kelab berkenaan tetapi percaya pengurus itu mampu mengubahnya. Pengendali berusia 55 tahun itu mengharungi permulaan yang perit musim ini dengan Red Devils ketinggalan 12 mata daripada pendahulu untuk menghuni tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris.

2.  KUALA LUMPUR 18 Nov - Pengurusan MIFA dalam proses perbincangan mengenai cadangan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menaikkan pasukan itu ke Liga Super bagi saingan musim depan.  Setiausaha Agung MIFA, K Anpananthan menjelaskan perbincangan itu termasuk dalam menyediakan dokumen berkaitan lapan kriteria yang perlu dipenuhi kelab untuk ke Liga Super, seperti yang diminta MFL.

3.  KUALA LUMPUR 18 Nov - Ibarat pisang goreng panas! Itu gambaran sambutan penyokong terhadap aksi Piala AFF antara Malaysia dan Myanmar selepas mereka mula berebut bagi mendapatkan tiket perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini. Sambutan menggalakkan itu terbukti selepas kuota 12,000 tiket yang dijual secara online dan di cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports kini sudah habis dijual.

4.  LONDON 18 Nov - Roger Federer berharap emosi pengutip bola yang terlepas bola ketika saingan kemuncak separuh akhir tenis ATP Final tidak terganggu - menyaksikan dia tewas kepada Alexander Zverev, awal pagi tadi. Pemain dari Jerman, Zverev menang dengan keputusan 7-5, 7-6 (7/5), namun saingan di 02 Arena itu dibayangi dengan insiden yang luar biasa.

5.  KUALA LUMPUR 18 Nov - Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei membuktikan dia berada pada kelas tersendiri berbanding rakan seusianya dari negara lain. Jin Wei, 18, mempamerkan prestasi luar biasa ketika menyingkirkan pilihan utama dari China, Wang Zhiyi 21-9, 21-13 dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Markham, Kanada, awal pagi tadi.

6.  MACAU 18 Nov - Pelumba Formula 3 Jerman, Sophia Floersch mengalami kecederaan retak tulang belakang selepas terbabit kemalangan ngeri di Grand Prix Macau, kata pasukannya, hari ini. Pelumba pasukan Van Amersfoort Racing berusia 17 tahun itu pada awalnya dilaporkan melanggar belakang jentera Jehan Daruvala di laluan lurus mengakibatkan jenteranya hilang kawalan dalam kelajuan yang tinggi.

7.  KUALA LUMPUR 18 Nov - Ahmad Afif Amran menepati ramalan apabila muncul juara keseluruhan kategori CP150 selepas menduduki tempat kedua pada perlumbaan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan hari ini.

8.  VALENCIA 18 Nov - Juara dunia, Marc Marquez mengenepikan kecederaan untuk muncul pelumba kelima terpantas pada perlumbaan terakhir di MotoGP Valencia, di belakang Maverick Vinales yang meraih petak utama. Manakala Dani Perdosa yang bakal bersara berada pada kedudukan kesembilan dalam aksi kelayakan, awal pagi tadi.

9.  CYBERJAYA 18 Nov - Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan mewajibkan semua pemain lelaki dan wanita memakai pakaian menutup aurat ketika beraksi dalam semua kejohanan mulai April depan. Presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, pihaknya sentiasa menggalakkan semua pemain mengenakan pakaian menutup aurat seperti memakai 'tight' (lelaki) dan tudung (wanita) ketika menyertai mana-mana kejohanan sebelum ini.

10.  SHANGHAI 18 Nov - Peter Sagan menewaskan juara bertahan Tour de France, Geraint Thomas dalam saingan tiga pelumba menuju garisan penamat, untuk menjuarai Jelajah Kriterium Shanghai. Juara dunia tiga kali dari Slovakia itu muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat mengatasi Thomas dari Wales, pada kedudukan kedua, manakala Matteo Trentin dari Itali akur pada kedudukan ketiga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2018 12:10 AM | Show all posts
Syd replied at 5-11-2018 08:18 AM
Yelah.
Saya kan msg semua tingkap ( termasuk tingkap kat Dublin cc Dr@ipes2 ) selalu waktu otw na ...

terima ksih for the tag syd
maaf lambat sgt tgk tag

mekasih for the news summary
sgt berguna daily esp utk sy yg jauh
takde ruang lain lagi utk tahu mealinkan dari garapan ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2018 02:24 AM | Show all posts

Eh!

ipes2 replied at 20-11-2018 12:10 AM
terima ksih for the tag syd
maaf lambat sgt tgk tag

[AceHand SPECTaceLAR]

Kan hada jer kat grup LGBT tu setiap hari... Oh lupa...Ko dah kuar grup...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2018 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
AceHand replied at 20-11-2018 02:24 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Kan hada jer kat grup LGBT tu setiap hari... Oh lupa...Ko dah kuar grup.. ...

Hai sugededi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2018 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*SELASA 20 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 12 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*

*#salammaulidurrasul*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:31, SUBUH : 05:41, SYURUK : 06:58, ZOHOR : 13:02, ASAR : 16:24, MAGHRIB : 18:59, ISYAK : 20:11*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *HANYA kerana ibunya enggan memberi duit untuk membeli dadah, seorang lelaki tergamak mengacu pisau dan mengugut ingin membunuh mangsa di kediaman mereka di Kampung Jeram, Merbau Pulas, Kulim, smlm. Dalam kejadian jam 7 pagi, suspek berusia 19 tahun meminta sejumlah wang daripada ibunya berusia 47 tahun, namun mangsa enggan menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.*

                 *TINDAKAN Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempelawa PAS untuk bergabung dengan parti itu, disifatkan sebagai satu pengkhianatan terhadap Barisan Nasional (BN). Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata Ahmad Zahid tidak menghormati parti komponen BN yang kerap kali membangkitkan bantahan terhadap pembabitan PAS secara langsung bersama gabungan itu.*

                 *KELUASAN hutan simpan kekal di Semenanjung meningkat kepada lebih 4.8 juta hektar setakat 31 Disember tahun lalu, bertambah sebanyak 0.5 peratus berbanding tahun 2008. Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, jumlah itu merangkumi 36.42 peratus daripada keluasan 13,209,065 hektar tanah di Semenanjung.*

                 *BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi keterangan hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, smlm. Beliau dipercayai memberi keterangan berhubung siasatan kes pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.*

                  *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan kes pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia bernilai RM4.67 bilion. Sumber memberitahu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya, pagi smlm bagi memberi keterangan berhubung kes itu.*

                  *KENDERAAN yang melanggar pelanggan restoran di Jalan Equine 9B, Taman Equine, dekat Serdang, kira-kira 8 malam smlm, yang menyebabkan seorang wanita maut, dipandu secara melulu. Pekerja restoran warga Nepal yang mahu dikenali sebagai Sujan, 37, berkata, dia ternampak kenderaan pacuan empat roda berkenaan dipandu ke kiri dan ke kanan seolah-olah pemandunya dibawah pengaruh alkohol.*

                 *TERPENGARUH budaya tidak berfaedah, tindakan seorang remaja warga Pakistan menyertai kegiatan bersama mat rempit di ibu negara mengundang padah pada dirinya. Remaja Pakistan itu bersama beberapa mat rempit lain dikesan melakukan aksi berbahaya seperti mengangkat tayar hadapan atau ‘wheelie’ ketika berkumpul di Dataran Merdeka, malam smlm.*

                    *KOTA BAHRU: Menggunakan kereta mewah seperti Mercedes Benz, BMW, Toyota Camry dan Estima antara modus operandi digunakan sindiket pengedaran daun ketum bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Sindiket terbabit dipercayai membawa bekalan dari utara, masuk ke Kelantan menerusi Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas tanpa melalui pos pemeriksaan pasukan keselamatan.*

                   *LELAKI maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan kereta di hadapan stesen minyak di Jalan Kodiang, dekat Jitra, semalam. Dalam kejadian 5.50 petang itu, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu wanita dari arah Kodiang menghala ke Jitra membuat pusingan U di tempat kejadian.*

                 *DATIN Seri Rosmah Mansor memberi keterangan lebih tiga jam berhubung rampasan barang kemas di Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Polis Diraja Malaysia di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, smlm. Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu keluar dari bangunan berkenaan jam 1.30 tengah hari.*

                  *AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang tekong darat dipercayai cuba pulang ke negara asal menerusi laluan tidak sah, di Pesisir Pantai Tanjung Lompat, Kota Tinggi.*

                 *KERAJAAN setakat ini belum ada perancangan untuk menurunkan harga minyak masak sama ada paket satu kilogram (kg) berjumlah RM2.50 atau selain itu walaupun berlaku kejatuhan harga minyak sawit. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, buat masa ini ia bukan penyelesaian yang praktikal.*

                 *NASIB baik. Seorang lelaki bukan sahaja nyaris disambar petir, malah turut terselamat apabila ambulans yang membawanya untuk mendapat rawatan ke hospital terbabas, di Kampung Tebing Tinggi, Segamat. Kejadian berlaku jam 5.30 petang semalam ketika anggota Polis Bantuan (PB) Lans Koperal Wan Ab Mutalib Mazlan, 50, berada di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Tebing Tinggi selepas mengebumikan jenazah bapanya.*

                 *“DI luar negara termasuk India pun tidak ada patung Dewa Murugan yang besar seperti di Batu Caves. Kewujudan Kuil Sri Mahamariamman Dhevasthanam di Batu Caves adalah bukti masyarakat India khususnya yang beragama Hindu bebas mengamalkan ajaran agama itu,” kata Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran. Sehubungan itu beliau menafikan wujud diskriminasi terhadap kaum India dan agama Hindu di negara ini ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).*

                 *KANAK-KANAK lelaki yang juga anak kepada anggota tentera maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan kediaman kem di Setapak, Kuala Lumpur, smlm. Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, kanak-kanak berusia enam tahun itu dikatakan terjatuh ketika bermain bersama rakannya di bangunan berkenaan.*

                  *REMAN terhadap suami kepada pengasuh bayi yang disyaki mendera bayi berusia 11 bulan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau Zara, sehingga maut, disambung buat kali ketiga selama tujuh hari lagi bagi membantu siasatan kes bunuh itu.*

                 *MENTERI Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini berkata beliau akan menemui Peguam Negara (AG) Tommy Thomas bagi mendapatkan pandangannya tentang sabitan terhadap pereka grafik Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin kerana menerbitkan karikatur satira bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, ini berikutan ada moratorium dalam penguatkuasaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) susulan cadangan kerajaan meminda akta itu.*

                 *“KITA tetap berpegang kepada fatwa sebelum ini dan tidak akan berubah,” kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.
Beliau berkata, fahaman Syiah jelas menyimpang daripada ajaran Islam sebenar malah fahaman itu juga berlainan dengan penganut Islam di Malaysia yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.*

                 *MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) membantah gesaan pihak tertentu supaya Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan membatalkan fatwa Syiah sebagai menyimpang daripada ajaran Islam. Pengerusinya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi mengulas kenyataan aktivis sosial, Dr Chandra Muzaffar yang menggesa pembatalan fatwa yang menetapkan Syiah sebagai menyimpang daripada ajaran Islam.*

                 *“JIKA ada cadangan untuk penggabungan UMNO dan PAS, saya akan menjadi orang pertama yang menentang perkara itu,” tegas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau menegaskan parti itu tidak akan bergabung dengan PAS menjadi satu parti seperti yang dispekulasikan oleh sesetengah pihak.*

                 *BANGUNAN sekolah di Terengganu terutama tiga sekolah yang memerlukan tindakan segera akan dibawa kepada perhatian Menteri Pendidikan supaya langkah membaikinya dapat dilakukan secepat mungkin.*

                *PEMANDU lori dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, smlm kerana menetak tangan seorang lelaki menggunakan pedang samurai hingga menyebabkan mangsa mengalami kecacatan kekal.*

                 *KEGILAAN rakyat di negara ini untuk mendapat keuntungan mudah dapat dilihat apabila hampir RM800,000 dipertaruhkan dalam permainan judi atas talian. Jumlah pertaruhan itu diperoleh dalam tempoh 19 hari dijalankan satu sindiket menawarkan perkhidmatan judi atas talian yang beroperasi di Jalan Ampang Putra, Ampang.*

                 *MIC sedia untuk bekerjasama dengan PAS khususnya demi kelangsungan Barisan Nasional (BN). Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran, berkata langkah untuk bekerjasama dengan PAS bukan satu perkara pelik walaupun parti Islam itu dilihat tidak sehaluan dengan BN kerana Pakatan Harapan (PH) boleh menjalin kerjasama berkesan dengan musuh mereka.*

                 *DUA lelaki dicekup manakala seorang lagi menjadi buruan selepas mereka mengamuk dengan mengugut ahli keluarga masing-masing dalam kejadian semalam dan kelmarin. Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun di Pekan Darat, Sungai Dua apabila mengamuk dan mengacukan pisau pada ibu kandung dan adiknya kerana tidak diberikan wang RM50 seperti diminta.*

                 *REMAJA perempuan berusia 18 tahun yang hilang sejak lima hari lalu, sudah pulang ke rumah keluarganya di Kampung Sedek, Kuala Krai, smlm. Remaja berkenaan pulang pada 8 pagi dengan menaiki motosikal Honda EX5. Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Abdullah Roning berkata, sebelum ini remaja itu keluar seorang diri dari rumah keluarganya Rabu lalu pada 8.30 pagi untuk ke rumah rakannya.*

                 *SUASANA di Kompleks Mahkamah Shah Alam di Shah Alam, gempar apabila kakitangan dan awam diminta mengosongkan bangunan itu selepas menerima ancaman bom menerusi panggilan telefon, smlm. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kakitangan mahkamah itu menerima panggilan berkenaan pada 9.40 pagi.*

                 *KANAK-KANAK perempuan maut selepas lemas ketika berenang dalam kolam renang di sebuah pangsapuri di Jelutong, Georgetown, Sabtu lalu. Dalam kejadian 7 malam itu, mangsa, Lee Tian Yu, 4, dilaporkan maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).*

                 *LELAKI warga Indonesia bukan sahaja bertindak sebagai tekong darat, malah dipercayai turut menjadi pengedar dadah selepas sejumlah dadah bernilai lebih RM519,000 dijumpai di dalam bilik tidurnya di Malim Jaya, Melaka. Kegiatan lelaki berusia 24 tahun itu terbongkar selepas dia ditahan polis pada 2.30 petang Jumaat lalu.*

                 *SELANGOR menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjadi negeri pertama memperkenalkan kad khas bagi bayi yang menyusu daripada wanita bukan ibu kandung bagi mengelak masalah kekeliruan nasab.*

                 *SERAMAI 23 penduduk yang berdepan detik cemas akibat terperangkap di dalam rumah dalam banjir diselamatkan pasukan penyelamat, jam 11.30 pagi smlm. Kesemua mangsa itu terperangkap apabila kawasan kediaman mereka di Kampung Pengkalan (Jalan Kereta Api Lama) di Alor Gajah, dinaiki air akibat hujan lebat sejak awal pagi.*

                 *LAPAN lelaki termasuk empat juvana dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, smlm atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kou Kuang 1, Taman Ungku Tun Aminah, pertengahan bulan ini.*

                 *SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan tiga peniaga lelaki bagi membantu siasatan kes pemberian rasuah, semalam. Hasil siasatan mendapati kesemua suspek dipercayai memberi rasuah sebanyak RM1,500 kepada Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah kesalahan Undang-Undang Kecil Perlesenan, Tred Perniagaan dan Industri (MPK) 2017.*

                 *TEMPOH reman suspek disyaki terbabit dera anak tiri sampai mati yang dikenali sebagai Boy Tiger, disambung tujuh hari lagi bermula smlm. Selain itu, isterinya pula disambung reman selama tiga hari lagi sehingga Khamis ini. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, sambung reman kedua-duanya dipohon bagi membantu siasatan dijalankan polis susulan kematian seorang kanak-kanak lelaki dalam jagaan mereka.*

                 *SESI Dewan Rakyat smlm kecoh apabila wakil rakyat pembangkang menggelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy sebagai menteri rasis. Kekecohan itu berlaku apabila Waytha yang sedang menggulung Belanjawan 2019 menyentuh mengenai isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebelum dicelah oleh Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-UMNO Kepala Batas).*

            
*SEANTERO BENUA*
================


           *BEIJING: Seorang remaja perempuan membelanjakan lebih 100,000 yuan (RM60,428) untuk membeli beberapa kostum dan peralatan untuk watak dalam satu permainan video dengan membuat pinjaman wang daripada akaun ibunya.*
              *Media di China melaporkan, remaja berusia 16 tahun itu memohon pinjaman kecil setiap hari selama enam bulan menggunakan akaun ibunya.*
             *Wanita itu yang dikenali sebagai Li hanya menyedari mengenai pinjaman yang dibuat ibunya itu apabila dia cuba mengeluarkan deposit tetap berjumlah 180,000 yuan (RM108,771) dari banknya di Shenyang di wilayah Liaoning.*

           *PARIS: Lebih 400 orang cedera, 14 daripada mereka parah, dalam bantahan siang dan malam ‘jaket kuning’ berhubung kenaikan harga minyak di sekitar Perancis yang meragut satu nyawa, kata Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner semalam.*
            *Angka yang cedera itu lebih dua kali ganda berbanding yang dikira kelmarin, diikuti apa yang disifatkan Castaner sebagai malam ‘bergolak’ di 87 lokasi di seluruh negara di mana penunjuk perasaan menyekat jalan raya bagi menyuarakan kemarahan dalam siri kenaikan cukai petrol.*
             *Mangsa yang cedera berjumlah 409 secara keseluruhan, termasuk 28 anggota polis, polis separa tentera atau anggota bomba.*

           *WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau enggan mendengar satu rakaman audio pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi walaupun berdepan kritikan meningkat supaya menghukum negara pentadbiran diraja itu atas insiden terbabit.*
            *Khashoggi dibunuh dalam konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki 2 Oktober lalu dan negara itu memberi kerajaan AS rakaman pembunuhan wartawan berkenaan, namun Trump berkata, beliau tidak mahu mendengarnya kerana ‘ia adalah pita kesengsaraan, pita mengerikan.’*

           *SINGAPURA: Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) yang sedang menuju ke Paris terpaksa berpatah balik akibat kehilangan tekanan dalam kabin sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Changi.*
             *Pesawat SQ336 berlepas dari Singapura pada jam 12.46 pagi tadi dan dijadual tiba di ibu kota Perancis pada jam 7.15 pagi (waktu Paris).*
            *Menurut laman web pengesan penerbangan Flightradar24, pesawat itu terbang pada ketinggian 24,000 kaki, kira-kira 15 minit sejurus berlepas. Ia berada di ruang udara Malaysia ketika terpaksa berpatah balik ke arah Singapura.*

            *Baghdad: Tradisi puak Iraq yang bermesyuarat bagi menyelesaikan pertelingkahan atau kesalahan seseorang kini dianggap ‘tindakan pengganas’ yang membawa hukuman mati.*
             *Sejak berabad, puak di Iraq menggunakan sistem berkenaan bagi menyelesaikan pertelingkahan dengan ketua puak duduk bersama mencari penyelesaian terhadap kes dibentangkan yang turut dihadiri mereka yang dibicarakan.*
              *Jika sebelah pihak tidak hadir, pihak satu lagi boleh menembak rumah pihak yang tidak hadir itu, amalan yang digelar ‘degga ashairiya’ atau ‘amaran puak’.*
               *Dalam kejadian terbaru membabitkan pertelingkahan dua lelaki di sebuah kedai mnuman di Sadr menyebabkan seorang anggota polis berusia 40-an patah pinggul dan cedera rusuk.*

              *OTTAWA: Sikap terlalu mementingkan kebersihan dalam rumah boleh menyebabkan pertambahan berat dalam kalangan kanak-kanak susulan penggunaan produk pembersihan.*
           *Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Kanada menunjukkan pendedahan kepada produk pembasmi kuman dan pembersih pelbagai permukaan yang digunakan di rumah boleh menjadi kanak-kanak mengalami berat badan berlebihan dengan mengubah mikrobiota usus mereka.*

              *MELBOURNE: Seorang lelaki berusia 42 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung selepas disengat ikan pari ketika berenang di pantai Tasmania, kata polis.*
           *Usaha menyedarkan mangsa, yang mengalami denyutan jantung terhenti tengah hari semalam di pantai tidak jauh dari Hobart, tidak berjaya.*
          *"Beliau dikeluarkan dari air oleh rakannya sebelum ketibaan perkhidmatan kecemasan.*

              *SUVA: Satu gempa bumi magnitud 6.7 menggegarkan luar pantai Fiji hari ini, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), namun ia terlalu dalam untuk mencetuskan sebarang kerosakan.*
              *Gempa itu berpusat pada kedalaman 534 kilometer dan sejauh 283 kilometer di timur ibu kota ini, di mana penduduk berkata, mereka tidak merasai sebarang gegaran.*
            *Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, tiada ancaman tsunami susulan gempa itu yang berlaku jam 9.25 pagi waktu tempatan.*

            *Jakarta: Hukuman penjara enam bulan terhadap seorang wanita yang mendedahkan sikap gatal majikannya mendapat perhatian sebuah organisasi Islam, Nadhatul Ulama (NU) yang berharap sabitan itu digugurkan.*
           *Jakarta Post melaporkan, ketua bahagian undang-undang NU, Robikin Emhas berkata, pertubuhan Islam terbesar Indonesia itu berharap Baiq Nuril Maknun, 36, dilepaskan oleh Mahkamah Agung selepas rayuan dikemukakan.*
            *"Saya berharap imej dan maruah Baiq Nuril Maknun dapat dikembalikan dalam keputusan rayuan sama seperti keputusan yang melepaskannya oleh Mahkamah Daerah Matam,” katanya menerusi kenyataan dipetik oleh Antara.*

            *PARADISE: Kebakaran hutan dahsyat di California menyebabkan sesetengah komuniti diselubungi kabus hitam, sekali gus menyebabkan kesan pencemaran udara teruk.*
              *Pencemaran udara seperti itu dipenuhi partikel halus yang boleh menyebabkan masalah kesihatan, daripada ketidakselesaan sementara sehinggalah kesan jangka panjang penyakit jantung dan paru-paru.*
            *Kanak-kanak, dewasa dan individu dengan penyakit jantung atau paru-paru kemungkinan paling teruk terjejas akibat pencemaran itu.*


*TULAR / POPULAR*
================


          *SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya semua papan tanda nama jalan yang mempunyai tulisan cina di Shah Alam diturunkan dan diganti serta merta.*
          *Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda menitahkan ia segera digantikan dengan papan tanda jalan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu.*
           *”Operasi penukaran papan tanda jalan ini perlu dilaksanakan dengan segera dan dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum tarikh sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor pada 11 Disember nanti,” katanya.*
            *Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai penggunaan tulisan Cina pada papan tanda nama jalan di sekitar Kampung Melayu Subang, di Shah Alam.*

          *PENYANYI terkenal Ziana Zain membuat permohonan maaf selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, smlm kerana menghina mahkamah berhubung pendakwaan kes dera membabitkan bekas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri.*
            *”Saya memohon maaf kerana tiada niat untuk menghina mahkamah. Ini lebih kepada masalah peribadi.*
         *”Saya mohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini,” katanya.*
          *“Mahkamah terima permohonan ini. Berikutan penghina yang dicadangkan (Ziana) membuat permohonan maaf secara sukarela.                      Jadi, mahkamah lepaskan dengan satu amaran.*
          *”Diingatkan supaya tidak keluarkan sebarang kenyataan sepanjang kes perbicaraan berjalan,” katanya.*

          *BINTANG utama filem Polis Evo 2, Shaheizy Sam memberi jaminan bahawa filem sekuel berkenaan tidak mempunyai unsur penghinaan terhadap orang Islam seperti dicetuskan beberapa pihak, sebelum ini.*
            *Shaheizy Sam yang ditemui di Lobi Parlimen, hari ini berkata, sebagai pelakon, beliau sudah pasti akan meneliti skrip sebelum melakonkan sebarang babak supaya tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.*
         *"Jangan terlalu cepat menghukum trailer filem yang hanya berdurasi selama dua minit. Saya jamin tiada langsung unsur penghinaan terhadap Islam.*

          *“DALAM keadaan darurat sepanjang latihan, kami makan apa saja, ular sawa, serangga, paku pakis, umbut pokok dan buah hutan menjadi makanan utama kami selama 10 hari di dalam hutan,” kata Penolong Kanan Penguasa Bomba, Shuib Idris.*
              *Shuib, 43, adalah Peserta Keseluruhan Terbaik Kursus Survival Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) 2018 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang melabuhkan tirainya, smlm.*
              *Shuib yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung, berkata seramai 38 anggota STORM dari seluruh negara menjalani kursus survival selama 10 hari di Pantai Remis dan Kuala Gula bermula 9 November lalu.*

         *LOS ANGELES: Anugerah Golden Globe yang dimenangi simbol seks, Marilyn Monroe, memecah rekod jualan pada harga AS$250,000 (RM1.04 juta) yang diadakan Julien’s Auctions, Beverly Hills, California, kata pegawai bidaan semalam.*
             *Patung anugerah 1961 bagi Pelakon Wanita Kegemaran Filem Dunia daripada Hollywood Foreign Press Association mencipta sejarah sebagai jualan Golden Globe paling mahal pada majlis lelongan.*
           *Kereta Ford Thunderbird dua tempat duduk berwarna hitam keluaran 1956, yang dilelong buat kali pertama, mencecah harga AS$490,000 (RM2.04 juta) pada acara Icons & Idols: Hollywood, yang dilangsungkan kelmarin dan semalam.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


           *LONDON: Mara ke separuh akhir Piala Dunia, layak ke pusingan akhir Liga Negara-Negara Eropah dan kembali meraih kepercayaan penyokong adalah tempoh setahun yang disifatkan pengendali England, Gareth Southgate sebagai luar biasa.*
          *Skuad muda England mencipta banyak kejayaan sepanjang 12 bulan di bawah kendalian Southgate dengan kemenangan terkini semalam selepas menumbangkan Croatia 2-1.*
           *Kekuatan dan keberanian yang ditanam pengendali berusia 48 tahun itu membolehkan England bangkit menerusi ledakan Jesse Lingard dan Harry Kane menentang finalis Piala Dunia di Stadium Wembley.*

           *KUALA LUMPUR: Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah terlalu hampir untuk muncul sebagai pelumba rookie terbaik keseluruhan musim ini selepas perlumbaan terakhir pada Grand Prix Valencia semalam.*
           *Dia yang mewakili pasukan Monster Yamaha Tech3, seperti dijangka terlepas gelaran itu kepada Franco Morbidelli apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 dalam perlumbaan litar basah.*
          *Bagaimanapun, perlumbaan itu terpaksa dijalankan semula selepas hujan lebat pada pertengahan saingan yang menyaksikan beberapa pelumba terjatuh termasuk Morbidelli.*

           *KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei berada pada kelas tersendiri apabila meraih gelaran juara buat kali kedua pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia, awal pagi smlm.*
           *Kejayaan itu hadir selepas pemain berusia 18 tahun itu menewaskan pemain Denmark, Line Christophersen 21-13, 21-11 dalam aksi final kejohanan yang berlangsung di Markham, Kanada.*

          *KUALA LUMPUR: Pemain Sepanyol, Aaron Niguez menjadi pemain baharu kedua yang dibawa masuk juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi memperkasa pasukan itu menjelang saingan Liga Juara-Juara Asia musim dpan.*
           *Bekas pemain akademi Valencia itu akan mengisi kuota import skuad Harimau Selatan bersama pertahanan dari Brazil, Mauricio Nascimento yang menyertai pasukan itu bulan lalu.*
          *Perkembangan itu diumumkan menerusi laman sosial Johor Southern Tigers, smlm.*

          *KUALA LUMPUR: Pemain sayap skuad kebangsaan, Safawi Rasid mengakui bertindak di luar jangkaan terhadap penyokong Harimau Malaya selepas perlawanan Kumpulan A Piala AFF menentang Vietnam di Hanoi, Jumaat lalu.*
             *Safawi didakwa menunjukkan isyarat lucah selepas dia dipercayai kurang senang dengan tindakan seorang penyokong negara susulan kekalahan 0-2 Harimau Malaya kepada Vietnam.*
          *Sambil mengakui kesilapannya, tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, insiden itu memberikan pengajaran berguna kepadanya.*

           *KUALA LUMPUR: Juara Piala FAM musim ini, Terengganu City FC (TCFC) terpaksa berputih mata apabila tidak boleh beraksi dalam Liga Perdana musim depan.*
               *Meskipun mendapat tiket automatik selaku juara Piala FAM namun masalah kewangan dan ‘kedegilan’ pasukan itu melunaskan tunggakan gaji menyebabkan mereka tidak dibenarkan menyertai saingan divisyen dua itu.*
          *Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam ketika dihubungi Sukan NSTP, smlm.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2018 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 20/11/2018 (by: MJI)

1.  SHAH ALAM 19 Nov. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di Shah Alam ditanggal dan digantikan dengan papan tanda jalan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sahaja. Titah itu disampaikan oleh S/U Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini, melalui surat kepada SUK Negeri Selangor, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya dan juga Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad.

2.  KUALA LUMPUR 19 Nov - Belum ada permohonan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak untuk menganjurkan perhimpunan raksasa bagi membantah cadangan ratifikasi ICERD di Dataran Merdeka, bulan depan. Menteri Wilayah Khalid Abd Samad, berkata penganjur perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada pihak berkuasa dan pihaknya hanya mengetahui perkara itu melalui media sosial.

3.  KUALA LUMPUR 19 Nov - Kadar dividen unit amanah tahun ini dijangka berkurangan berikutan pelabur asing menarik keluar dana dari Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak. Bekas Perdana Menteri berkata keyakinan pelabur sudah terhakis akibat langkah tidak bijak kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan penyusutan ekonomi selepas PRU14.

4.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang merempuh pelanggan ketika menjamu selera di parkir kereta berdekatan Bandar Putra Permai Seri Kembangan, dekat sini ditemukan orang ramai malam tadi. Difahamkan kenderaan itu ditemukan orang ramai kira-kira pukul 12 tengah malam tadi dan ditinggalkan suspek di Taman Universiti Indah kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

5.  PETALING JAYA 19 Nov. -  Seorang lelaki yang dipercayai melanggar lari seorang pelanggan restoran di Taman Equine, Seri Kembangan semalam direman empat hari bermula hari ini. Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya,  Hairol Azhar Mohd. Ishak membenarkan tempoh reman sehingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap suspek yang berusia lingkungan 20-an.

6.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Lima remaja lelaki termasuk seorang daripadanya calon SPM ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya dalam Op Samseng Jalanan di Dataran Merdeka di sini malam tadi. Mereka yang berumur antara 17 hingga 25 tahun itu ditahan kerana melakukan aksi 'Willie' yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

7.  PUTRAJAYA 19 Nov. - Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak dipanggil sekali lagi ke ibu pejabat SPRM dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes pemasangan panel tenaga solar sekolah. Beliau hadir ke ibu pejabat tersebut kira-kira pukul 9.25 pagi dengan menaiki kenderaan Proton Perdana berwarna hitam dengan nombor pendaftaran TN50.

8.  JOHOR BAHRU 19 Nov. - Pengarah Kejuruteraan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid dilantik Pengarah Maritim Negeri Johor yang baharu berkuat kuasa 10 Disember ini. Aminuddin, 55, menggantikan Laksamana Muda Maritim Datuk Abu Bakar Idris, 55, yang dilantik sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan Ibu Pejabat Maritim Malaysia di Putrajayapada 9 Disember ini.

9.  KUALA LUMPUR 19 Nov.- Selepas kira-kira 12 jam dilancarkan, gesaan perletakkan jawatan sebagai Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy kini telah ditandatangani hampir 90,000 orang. Petisyen tersebut digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menerusi tandatangan atas talian Change.Org itu turut memberitahu tujuan petisyen berkenaan dilancarkan.

10.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Laporan polis dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria kerana menuduh Lim Guan Eng sebagai anti Melayu dan Raja-Raja Melayu. Tuduhan Razman itu dilihat sengaja ingin membangkitkan sentimen perkauman dalam kalangan orang Melayu terhadapnya dan pemimpin-pemimpin DAP.

11.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Tempoh reman suami kepada seorang pengasuh disambung tujuh hari lagi mulai esok bagi membantu siasatan kes penderaan melibatkan seorang bayi 11 bulan, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal yang maut pada 9 November lalu. Perintah reman sehingga 26 November ini  dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret, Sharifah Fazilah Zulkifli di Mahkamah Majistret Kajang dekat sini terhadap suspek lelaki berusia 36 tahun itu selepas tempoh reman terhadapnya tamat hari ini.

12.  CYBERJAYA 19 Nov.- Aduan pengguna terhadap perkhidmatan Telekom Malaysia Berhad (TM) pada tahun ini meningkat 43 peratus dengan 7,946 kes daripada 4,528 kes pada 2017 sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi berbanding syarikat penyedia telekomunikasi lain, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

13.  JOHOR BAHRU 19 Nov. - Jumlah keseluruhan nilai rampasan dan kompaun yang dikenakan Maritim Malaysia Johor dari awal tahun hingga kini melibatkan jumlah RM7.7 juta. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata, jumlah tersebut melibatkan nilai kompaun, denda di mahkamah, lelongan ikan dan pelucutan hak vesel.

14.  MELAKA 19 Nov. - Polis negeri berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan migran dan dadah didalangi warganegara Indonesia di sekitar bandar Melaka dengan penangkapan 20 suspek termasuk tiga warga tempatan sejak 5 November lalu. Ketua Polis negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, enam suspek warga Indonesia termasuk dua wanita ditahan pada 5 November lalu di Pulau Upeh di sini semasa cuba memasuki negara ini secara haram menaiki bot pancong.

15.  KUALA LUMPUR 19 Nov. – Hak-hak Orang Asli di negara ini masih akan terbela sekiranya ICERD diratifikasi. Tegas Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib (BN-Maran) yang mempersoal adakah hak-hak Orang Asli yang terbela selama ini di bawah Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) terbatal dengan sendiri jika ICERD diratifikasi.

16.  PORT DICKSON 19 Nov. – JSJN negeri hari ini melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM1.14 juta di tapak pelupusan sisa toksik Pusat Kualiti Alam (Kualiti Alam Sdn. Bhd.) di Bukit Pelanduk, dekat sini. Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, dadah seberat hampir 74 kilogram (kg) yang dilupuskan merupakan bahan bukti perbicaraan kes narkotik dari tahun 2000 hingga 2017.

17.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Fasa pertama Pusat Bandar Bukit Bintang (BBCC) kini telah 25 peratus siap dan dijangka bersedia bagi penyerahan pertamanya pada suku pertama 2021. Pengerusi Eco World Development Group Bhd. (Eco World), Tan Sri Liew Kee Sin berkata, pasukannya bekerja keras bagi memastikan projek pembangunan tersebut dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

18.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Seorang peguam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang berjumlah lebih RM100,000 yang dibayar oleh seorang pemandu teksi kepada firma guamannya berhubung urusan jual beli sebuah rumah, dua tahun lalu. Mohd. Fairuz Mohd. Dahlan, 37, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah wang RM105,360.47 yang dibayar oleh Saihibi Saihinun @ Senon, 52, bagi urusan jual beli rumah berkenaan.

19.  IPOH 19 Nov. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat penampilan istimewa dalam sebuah filem arahan pengarah popular tanah air, Sabri Yunus. Perkara itu dikongsi oleh Pegawai Khas Menteri Besar, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh dalam akaun Facebook beliau hari ini.

20.  KUANTAN 19 Nov. - Kerajaan negeri hari ini membentangkan Belanjawan Negeri 2019 yang merupakan bajet lebihan iaitu sebanyak RM24.38 juta. Belanjawan surplus itu diperoleh selepas kutipan hasil tahun depan dianggarkan berjumlah RM703.80 juta berbanding belanjawan mengurus berjumlah RM679.46 juta.

21.  JOHOR BAHRU 19 Nov. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili, Kota Tinggi menahan sebuah kapal tangki kerana membawa sisa minyak atau barang buangan terjadual tanpa kebenaran Ketua Pengarah Alam Sekitar semalam. Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kapten (M) Mohd. Zulfadli Nayan berkata, kapal tangki itu ditahan pukul 2 petang oleh bot peronda agensi itu setelah dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira 22.22 kilometer timur Tanjung Lompat, Desaru.

22.  RABAT 19 Nov. - Sebanyak 22 orang pendatang hilang di Lautan Atlantik di luar perairan Maghribi selepas bot yang dinaiki mereka karam, semalam. Agensi berita MAP melaporkan, tiga rakyat tempatan berjaya berenang ke pantai dan memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa selepas bot yang dinaiki mereka mengalami masalah di selatan wilayah Tiznit.

23.  COX'S BAZAR 19 Nov. - Rancangan Bangladesh untuk menangani krisis pelarian Rohingya ditunda sehingga tahun hadapan ketika program penghantaran pulang dan penempatan etnik itu mungkin dikunjungi semula selepas pilihan raya umum hujung tahun ini. Satu pelan tindakan baharu perlu dipersetujui berhubung penghantaran pulang Rohingya dengan mengambil kira tuntutan mereka.

24.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Penjualan nombor plat khas kenderaan yang dikeluarkan JPJ dan kerajaan bakal menjana lebih pendapatan kepada tabung kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Mengambil contoh nombor siri plat 'Malaysia' yang diperkenal Ogos lalu, beliau berkata kerajaan menjana RM13 juta hasil penjualan nombor siri itu.

25.  NIBONG TEBAL 19 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal mengingatkan Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy supaya tidak sesekali menyentuh isu sensitif membabitkan hal ehwal agama serta perpaduan di negara ini. Ketuanya, Mohd. Norhiesam Ismail berkata, jika keadaan itu berterusan, tidak mustahil gelombang kebangkitan rakyat akan berlaku sekali lagi.

26.  JOHOR BAHRU 19 Nov. - Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Tebrau hari ini mengecam tindakan Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy berhubung kenyataan dibuatnya dalam satu temu bual di luar negara yang tular dalam media sosial baru-baru ini. Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat ke atas bekas Pengerusi HINDRAF itu di Balai Polis Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram, di sini tengah hari tadi.

27.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen enggan mengulas mengenai cadangan untuk menggabungkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).

28.  SEREMBAN 19 Nov. - Bekas calon PKR kerusi DUN Rantau, Dr. S. Streram yakin beliau akan dicalonkan semula oleh parti itu dalam PRK yang kemungkinan diadakan kelak. Keyakinan itu berdasarkan kepada kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa beliau adalah calon yang perlu diberi peluang selain layak bertanding kerusi berkenaan.

29.  MIRI 19 Nov. - Bekas jaguh pecut negara Watson Nyambek hari ini menafikan laporan yang dikatakan berita dan dikongsi menerusi laman sosial mendakwa beliau jutawan siling digital, bitcoin. Bekas pemegang rekod 100 meter kebangsaan itu berkata laporan tersebut adalah palsu dan dibuat dengan niat jahat untuk menipu mereka yang mudah percaya dengan skim cepat kaya.

30. ALOR GAJAH 19 Nov. - Sebanyak 23 penduduk di Kampung Pengkalan, Jalan Keretapi Lama di sini yang terperangkap dalam banjir awal pagi ini, berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), hari ini. Kesemua mereka diselamatkan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi oleh sepasukan anggota JBPM Alor Gajah selepas kediaman mereka dinaiki air hingga ke paras bumbung ekoran hujan lebat sejak awal pagi.

31.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Pandangan peribadi mana-mana individu sebelum dilantik memegang sebarang portfolio dalam Kabinet sama sekali tidak mewakili pendirian kerajaan PH. Menteri di JPM, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, atas sebab itu, kerajaan PH tidak sepatutnya dibebani dengan kenyataan yang dikeluarkan Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy, 10 tahun lalu.

32.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon supaya isu bekalan susu kepada murid sekolah rendah tidak dipolitikkan mana-mana pihak. Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock berkata, tidak sepatutnya murid-murid yang memerlukan menjadi sasaran pertelingkahan politik yang tidak berkesudahan.

33.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Seramai 132 kanak-kanak autisme daripada program prasekolah dan intervensi awal diraikan dalam sebuah majlis graduasi dan konsert Permata Kurnia. Menurut Setiausaha Bahagian Permata, Datuk Saidatu Akhma Hassan, program seperti itu perlu dilakukan sebagai penyuntik semangat kepada anak-anak istimewa tersebut.

34.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Itulah pepatah paling sesuai bagi menggambarkan situasi yang dihadapi Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy ketika ini. Biarpun video temu bual beliau memburuk-burukkan Malaysia dirakam 10 tahun lalu, perkara itu menjadi bukti bahawa Waytha Moorthy pernah berbuat fitnah yang memalukan negara ini.

35.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Kerajaan didesak supaya menghentikan segala cubaan yang boleh membakar api kemarahan rakyat dengan menyentuh beberapa isu sensitif sekali gus merosakkan perpaduan negara. Malah, kebiadaban pemimpin politik yang didakwa tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan apabila memburukkan Malaysia di mata dunia juga perlu disiasat mengikut lunas undang-undang dengan segera.

36.  KUALA LUMPUR 19 Nov.-Tuduhan memburukkan kerajaan yang dibuat Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy menerusi video sebelum ini disifatkan jelas bertentangan dengan prinsip pemimpin yang dipertanggungjawabkan menjaga perpaduan dan kesejahteraan sosial negara, kata Naib Presiden GPMS, Nor Halmey Hamdah.

37.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Dewan Rakyat hari ini bergema dengan laungan 'rasis' ketika Menteri di JPM, P. Waytha Moorty menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat kementerian. Laungan yang datang daripada blok pembangkang itu berikutan rasa tidak berpuas hati dengan penularan kembali video wawancara Waytha Moorty kira-kira 10 tahun lalu di Belanda.

38.  PUTRAJAYA 19 Nov. - Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai memberi keterangan hampir empat jam kepada SPRM dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes pemasangan panel tenaga solar sekolah. Kenderaan yang dinaiki beliau keluar kira-kira pukul 1.15 tengah hari hari ini dari ibu pejabat SPRM di sini dengan diiringi kenderaan polis.

39.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Konsep ketuanan Melayu yang memartabatkan hak sesuatu bangsa sama seperti perjuangan yang diamalkan dalam fahaman Nazi dan Israel. Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, istilah tersebut bukan sahaja jelik tetapi tidak dapat diterima dalam masyarakat majmuk kerana menganggap kaum Melayu itu sebagai tuan negara ini manakala bangsa lain sebagai hamba.

40.  KUCHING 19 Nov. - Soal pembinaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) tidak seharusnya dipolitikkan oleh pihak tertentu. Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang, meskipun penanguhan projek tersebut telah dibuat namun terdapat daerah seperti Samarahan yang memerlukannya.

41.  PUTRAJAYA 19 Nov.- Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengadakan lawatan rasmi yang pertamanya ke Malaysia sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada Ogos lalu. Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatan dua hari yang bermula esok itu merupakan atas jemputan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

42.  PASIR PUTEH 19 Nov. - Polis akan meneruskan operasi memburu suspek yang disyaki terlibat dalam kegiatan kumpulan pengganas di negara ini. Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1, Bukit Aman, Datuk Mohamed Farid Abu Hassan berkata, saki baki kumpulan berkenaan masih wujud dan tindakan berterusan akan terus digerakkan.

43.  PUTRAJAYA 19 Nov. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi perhatian serius terhadap semua penemuan fakta dalam keputusan Mahkamah Pilihan Raya mengenai pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, kata Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun.

44.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi didakwa mengkhianati semangat BN kerana cuba mempelawa Pas secara terbuka untuk bergabung dalam gerakan politik. Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, sepatutnya Ahmad Zahid memegang semangat setia kawan dengan semua parti komponen dalam BN yang selama ini membantah kerjasama dengan Pas.

45.  KUALA LUMPUR 19 Nov.- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2002. Menurut sumber, kertas siasatan berhubung pembelian kapal tersebut telah dibuka semula SPRM kerana disyaki wujud penyelewengan.

46.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Barisan Ahli Parlimen pembangkang menuntut PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad melucutkan jawatan P. Waytha Moorthy sebagai Menteri di JPM. Perkara itu, jelas MP Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan isu ratifikasi ICERD yang telah menimbulkan polemik sehingga menyebabkan berlaku perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di negara ini.

47.  JOHOR BAHRU 19 Nov. - Seramai tiga peniaga ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor semalam selepas merasuah pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK). Menurut jurucakap SPRM, ketiga-tiga lelaki berusia antara 40 hingga 60 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8 malam di SPRM Johor Cawangan Kluang.

48.  GERIK 19 Nov. - Operasi mencari peserta menangkap itik yang dikhuatiri lemas di Tasek Takong di Pengkalan Hulu dekat sini semalam, dihentikan hari ini. KPD, DSP Raduan Mohamad berkata, operasi itu dihentikan pada pukul 12.05 tengahari setelah pasukan penyelamat berpuas hati bahawa tiada peserta yang lemas seperti yang didakwa seorang pengunjung.

49.  LIPIS 19 Nov. - Polis merampas 150 kilogram daun ketum dan 360 botol disyaki dadah serta 140 biji pil methampetamine bernilai RM12,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah teres di Merapoh di sini, Jumaat lalu. KPD, Supt. Azry Akmar Ayob berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 10.35 pagi itu, polis turut menahan dua lelaki masing-masing berusia 28 tahun.

50.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri hari ini selesai menonton tayangan khas Polis Evo 2. Aktiviti itu telah dikongsi menerusi laman Facebook rasminya, ‘Mufti Wilayah Persekutuan’ dan beliau mengucapkan terima kasih kepada warga Astro serta produksi filem atas kerjasama tersebut.

51.  JOHOR BAHRU 19 Nov. - Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) menggesa agar kertas siasatan sama ada di bawah Akta Hasutan mahupun Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dibuka segera ke atas Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy kerana mengeluarkan kenyataan fitnah memburukkan negara, kata Bendaharinya, T. Thuraisamy.

52.  ARAU 19 Nov. – PPBM (Bersatu) Bahagian Arau menggesa Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy memberi penjelasan berhubung kenyataan dibuatnya dalam satu temu bual di luar negara 10 tahun lalu. Ketua Penerangan Bersatu Bahagian Arau, Dr. Ammar Hassan berkata, bekas Pengerusi HINDRAF itu perlu memberi pencerahan terhadap video yang tular tersebut bagi mengelak kebimbangan rakyat di negara ini.

53.  KAJANG 19 Nov. - Sebanyak 30 individu membuat laporan polis berhubung penipuan skim pelaburan menggunakan bitcoin melibatkan kerugian kira-kira RM22 juta di Balai Polis Kajang di sini, sebentar tadi. Seorang daripada mangsa, Mohd. Alif Basari, 27, berkata, dia mula membeli 20 bitcoin bernilai RM63, 000 bermula April sehingga Julai 2016.

54.  KUALA LUMPUR 19 Nov.- SPRM telah menerima maklumat berkaitan beberapa kes salah laku baharu melibatkan projek di sekolah-sekolah semasa semasa bawah pentadbiran kerajaan terdahulu. Menurut sumber, antara kes yang akan disiasat SPRM adalah Program Susu 1Malaysia (PS1M) 2017 selepas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mendakwa gagal dan bekalan susu hilang selama setahun.

55.  KUALA LUMPUR 19 Nov.-Kerajaan digesa memberi perhatian dan mengambil tindakan serius khususnya dalam memperhalusi gerak kerja bagi menangani ancaman negara khususnya di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone). MP Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selain itu, kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan perlu membina hubungan rapat dengan agensi perisikan negara jiran seperti Indonesia dan Filipina bagi menjaga kawasan terlibat.

56.  KUALA LUMPUR 19 Nov. – YDP Dewan Negara, Tan Sri S.A. Vigneswaran menafikan wujud diskriminasi agama di negara ini, sebaliknya menegaskan masyarakat berbilang kaum telah berjaya hidup secara aman dan harmoni. Beliau yang juga Presiden MIC berkata, kebebasan beragama yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan jelas dapat diamalkan dengan baik di negara ini berdasarkan pembinaan Kuil Sri Mahamariamman Dhevasthanam di Batu Caves, Selangor.

57.  JEMPOL 19 Nov. - Sebanyak 1,511 saman trafik berjumlah RM406,690 dilunaskan di kaunter bayaran yang dibuka di Dataran Feldajaya Selatan di sini pada Sabtu dan Ahad lalu. KPD Jempol, Supt. Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, kesemua tunggakan saman itu dijelaskan selepas PDRM menawarkan diskaun sehingga 50 peratus.

58.  SHAH ALAM 19 Nov. – Penyanyi popular, Ziana Zain hari ini memohon maaf selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mengeluarkan kenyataan di luar mahkamah membabitkan pertuduhan terhadap bekas suaminya yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak mereka.

59.  SINGAPURA 19 Nov. - Pesawat Singapore Airlines (SIA) yang dalam perjalanan ke Paris, diarahkan berpatah balik ekoran masalah tekanan kabin sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi. Pesawat SQ336 berlepas dari Singapura pada pukul 12.46 malam waktu tempatan dan dijadualkan tiba di Paris pada pukul 7.15 pagi waktu Paris.

60.  KEPALA BATAS 19 Nov. - Hanya kerana berang apabila diajak makan oleh ibunya, seorang pemuda tergamak mengugut ibu kandungnya itu menggunakan sebatang paku di Kg. Pinang Raja dekat Pinang Tunggal di sini semalam. Suspek berusia 32 tahun dan merupakan seorang penagih dadah itu mengamuk dan melibas ibunya dengan sehelai seluar jeans dan memegang paku sambil menjerit “aku paku kepala kang, mampus nanti”.

BERITA SUKAN:

1.  KUALA NERUS 19 Nov.- Kerajaan Pas yang tetap berhasrat untuk membangunkan semula bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Negeri sini mengambil keputusan untuk menangguhkan usaha itu kerana kekangan kewangan. Exco negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, projek itu akan diberi keutamaan apabila keadaan kewangan kembali pulih kelak namun tidak memberi bayangan bila kemungkinan boleh dilakukan.

2.  KUALA LUMPUR 19 Nov. – JDT mempersiapkan pasukan bagi mengharungi kancah Kejohanan Liga Juara Juara Asia (ACL) musim depan dengan mengikat penyerang Real Oviedo, Aarón íguez. íguez merupakan bekas produk akademi Valencia berpengalaman beraksi bersama beberapa kelab di Liga Sepanyol seperti Tenerife, Braga, Elche, Almeria, Recreativo de Huelva, Celta de Vigo dan Glasgow Rangers (Scotland).

3.  PARIS 19 Nov. - Jaringan hatrik penyerang Benfica, Haris Seferovic membantu Switzerland mengejutkan pasukan dipenuhi bintang, Belgium 5-2 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan 2 Liga A Eropah awal pagi ini. Walaupun ketinggalan 0-2 pada satu ketika, skuad bimbingan Vladimir Petkovic ini bangkit dengan tiga jaringan di babak pertama dan dua lagi gol di babak kedua untuk membolehkan mereka mara ke separuh akhir saingan Liga Negara Eropah itu.

4.  LONDON 19 Nov. - Kapten, Harry Kane memilih waktu tepat untuk bangkit apabila meledak gol kemenangan yang membawa England ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah selepas mengalahkan Croatia 2-1 di Wembley, hari ini. Penyerang Tottenham itu gagal menjaringkan gol dalam tujuh penampilan terakhir, namun hari ini dia muncul penyelamat dengan meledak gol lima minit sebelum tamat permainan untuk membawa England menjuarai Kumpulan A4.

5.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Goh Jin Wei melengkapkan musim cemerlang apabila merangkul kejuaraan remaja dunia buat kali kedua di Markham, Kanada sebentar tadi. Jin Wei, 18, yang membuat penampilan terakhir dalam Kejohanan Badminton Remaja Dunia terlalu kuat buat Line Christophersen dari Denmark apabila menang mudah 21-13, 21-11 untuk dinobat sebagai juara perseorangan perempuan.

6.  KOTA BHARU 19 Nov. - Keadaan jalan yang teruk di kawasan tanah tinggi di utara India sangat mencabar minda dan fizikal meskipun penunggang ‘otai’ yang punya puluhan taun pengalaman. Ketua misi ‘Gi Mekoh Nga Mutor’, Diami Yusoff, 60, berkata, pengalaman kali ini sangat berbeza ketika dia menunggang di India dua tahun lalu kerana ketika itu menggunakan motosikal berkuasa besar.

7.  KUALA LUMPUR 19 Nov - Naib juara Liga Perdana, FELCRA FC tidak digantung sekalipun membuat keputusan untuk menarik diri daripada bersaing dalam Liga Super musim depan. Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan skuad ‘The Rivals’ itu menarik diri sebelum tarikh pengesahan pasukan sekali gus ‘terlepas’ daripada hukuman terhadap pasukan yang menarik diri.

8.  LONDON 19 Nov - Jerman mahu menamatkan episod memalukan dengan menewaskan Belanda di Gelsenkirchen awal pagi esok serta menghalang lawan melangkah ke saingan kalah mati Liga Negara Eropah. Belanda hanya memerlukan satu mata untuk ke separuh akhir selepas menumbangkan Perancis 2-0 pada awal pagi Sabtu lalu sekali gus menyingkirkan Jerman ke Liga B.

9.  KUALA LUMPUR 19 Nov - Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah terlalu hampir untuk muncul sebagai pelumba rookie terbaik keseluruhan musim ini selepas perlumbaan terakhir pada Grand Prix Valencia semalam. Dia yang mewakili pasukan Monster Yamaha Tech3, seperti dijangka terlepas gelaran itu kepada Franco Morbidelli apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 dalam perlumbaan litar basah.

10.  KUALA LUMPUR 19 Nov - Jurulatih terjun negara, Christian Brooker mengakui berpuas hati dengan prestasi atlet muda negara, Bertrand Lises-Enrique Harold selepas kedua-duanya melakukan penampilan sulung di peringkat antarabangsa pada Grand Prix Kuala Lumpur awal bulan ini. Menurutnya, kehadiran permata dari Sarawak itu mampu melonjakkan kualiti penerjun negara yang akan melakukan persiapan rapi untuk Kejohanan Dunia 2019.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2018 02:37 PM | Show all posts
AceHand replied at 20-11-2018 02:24 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Kan hada jer kat grup LGBT tu setiap hari... Oh lupa...Ko dah kuar grup.. ...

dah tak tahan awak dok hitting on me nak ngorat saya
tak mayu sy, tak mau diperlakukan sedemikian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2018 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kawan tinggal kat sana.

Akan turut serta dalam event ni.

Kami dah susun beberapa soalan untuk kawan kami tu tanyakan nanti.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 02:14 AM | Show all posts

Eh!

ipes2 replied at 20-11-2018 02:37 PM
dah tak tahan awak dok hitting on me nak ngorat saya
tak mayu sy, tak mau diperlakukan sedemikian ...

[AceHand SPECTaceLAR]

Itu @Syd ...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*RABU 21 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 13 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:31, SUBUH : 05:41, SYURUK : 06:58, ZOHOR : 13:02, ASAR : 16:24, MAGHRIB : 18:59, ISYAK : 20:13.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *SULTAN Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melahirkan kebimbangan terhadap gejala ajaran sesat dan masalah sosial yang disifatkan semakin membarah dalam setiap sendi masyarakat Islam di negara ini, sejak kebelakangan ini. Justeru, baginda menyeru supaya umat Islam kembali memartabatkan maruah dan imej Islam dengan menjadikan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sahabat sebagai contoh terbaik untuk menangani masalah yang membelenggu itu.*

                 *KERJA-KERJA menurunkan papan tanda yang mempunyai tulisan bahasa Cina di Shah Alam sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam masa terdekat. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ShahrinAhmad dalam satu kenyataan, berkata pihaknya mengambil tindakan segera dengan menurunkan papan tanda berkenaan pada smlm.*

                  *TUJUH pekerja Planetarium Melaka di Ayer Keroh terselamat selepas struktur bumbung bangunan itu runtuh akibat hujan lebat dan ribut, smlm. Difahamkan, runtuhan berlaku jam 1.25 tengah hari dan ketika kejadian dikatakan tiada orang awam dan pelawat di dalam bangunan berkenaan.*

                 *PETISYEN dalam talian mendesak Senator P Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kini ditandatangani seramai 151,171 orang, setakat jam 7.45 malam ini. Usaha itu digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menerusi platform change.org yang menyasarkan 300,000 tandatangan.*

                 *KERAJAAN negeri Selangor akan menyemak semula polisi kebenaran meletakkan meja makan di luar restoran terutama di kawasan tempat letak kereta susulan kejadian kenderaan pacuan empat roda merempuh empat pelanggan dan menyebabkan seorang wanita maut di Jalan Equine 9B, Taman Equine, Seri Kembangan, Ahad lalu.*

                 *“SAYA hanya mampu menangis sebaik melihat kesemua buku teks dan rujukan Sejarah ditenggelami air,” kata calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, Athirah Abdullah, 17. Athirah adalah antara 284 mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam selepas rumahnya di Kampung Belimbing Dalam, Alor Gajah dinaiki air hingga ke paras dada, jam 2 petang semalam.*

                 *SEBANYAK 150 ekor ikan keli berjaya dipancing dalam tempoh 90 minit menggunakan umpan perut ayam sehari selepas kejadian banjir melanda Kampung Gadek Dalam, Alor Gajah, smlm. Ia adalah ‘rezeki’ anugerah Allah SWT kepada penduduk terutama yang terletak berhampiran kawasan kampung dilanda banjir sejak awal pagi kelmarin.*

                 *SERAMAI 2,228 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor sedia mengoptimumkan tenaga bagi menghadapi musim banjir di negeri ini. Jumlah itu termasuk anggota dan pegawai bomba bantuan serta ahli pasukan bomba sukarela di seluruh negeri.*

                 *MISTERI kehilangan seorang remisier selama empat hari terungkai apabila dia ditemui mati dalam keretanya di hadapan Terminal Antarabangsa ASA di Jalan Syahbandar, Pelabuhan Klang, malam smlm. Mayat mangsa, Teoh Thiam Chuan, 32, ditemui abangnya dalam keadaan terbaring di kerusi tempat duduk belakang kereta Perodua Myvi itu pada 11.30 malam.*

                 *SEORANG gadis ditampar dan ditendang bekas teman lelakinya kerana enggan menyerahkan telefon bimbitnya untuk diperiksa sebelum lelaki itu melarikan alat telekomunikasi terbabit, semalam. Dalam kejadian di sebuah pusat komersial, Jalan Penampang Bypass, Penampang jam 10.30 pagi, mangsa, 17, dipercayai berselisih faham dengan lelaki terbabit.*

                 *LAGAK mencurigakan lelaki yang berpakaian wanita dan bertudung selain memakai penutup muka dengan berjalan kaki di kedai dobi di Pekan Jitra mengundang padah apabila ditahan polis awal pagi smlm kerana memiliki senjata pisau.*

                 *BUAYA seberat 500 kilogram (kg) berjaya ditangkap anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), di kawasan Pantai Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu, petang semalam. Reptilia sepanjang 4.5 meter itu ditangkap kira-kira 6 petang, sebelum dibawa ke Pejabat APM Felda Sahabat.*

                 *PIHAK berkuasa tempatan (PBT) digesa untuk mengambil tindakan tegas terhadap restoran yang bertindak meletakkan meja pelanggan di luar kawasan premis kerana dikhuatiri mengundang risiko tinggi. Ahli Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, agensi berkaitan juga perlu melihat insiden berkaitan kejadian kemalangan jalan raya membabitkan orang awam di restoran tepi jalan ini sebagai suatu yang serius.*

                 *POLIS menumpaskan kumpulan yang aktif mencuri susu bayi di beberapa pasar raya di Nilai dengan penangkapan empat lelaki dan dua wanita di Sikamat dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, semua suspek berusia 25 hingga 53 tahun itu dikenal pasti selepas mencuri 125 tin dan 54 kotak susu bayi dianggarkan bernilai RM8,000 di pasar raya di Bandar Baru Nilai, di sini, awal bulan ini.*

                 *LELAKI yang menghadapi pertuduhan berkaitan kesalahan dadah melarikan diri dari Mahkamah Majistret Rembau, semalam. Sumber berkata, dalam kejadian 10.30 pagi itu, nama lelaki itu dipanggil oleh jurubahasa mahkamah beberapa kali, namun tidak disahut sesiapa dalam kandang tertuduh menyebabkan polis mula mencarinya.*

                 *LIMA pekebun di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Kota Perdana, dekat Pekan mengalami kerugian kira-kira RM1 juta dalam tempoh empat tahun selepas tanaman diusahakan mereka dimusnahkan gajah. Serangan terbaru haiwan liar yang menghuni Hutan Simpan Ibam, Rompin itu berlaku malam kelmarin yang memusnahkan lebih 300 tanaman nangka, kelapa, betik dan pisang.*

                 *PERANGKAAN Polis Sabah menunjukkan tekanan hidup di bandar dan masalah keluarga dipercayai antara punca utama kes cubaan bunuh diri di Sabah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, sejak tahun 2015 hingga Julai 2018, sebanyak 39 kes bunuh diri manakala 46 kes cubaan bunuh diri direkodkan di negeri ini.*

                 *Kota Bharu: Dua lelaki dipercayai warga Thailand nekad meninggalkan van masing-masing dan melarikan diri daripada ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, semalam. Kelibat mereka dikesan ketika operasi khas sempadan bermula jam 5 pagi di Pasir Mas dan Rantau Panjang yang menyasarkan kenderaan Thailand yang masuk ke negara ini.*

                 *TIDAK ada keperluan bagi pihak berkuasa agama untuk menarik balik pengharaman fatwa mengenai ajaran Syiah di negara ini. Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim berkata, fatwa mengenai ajaran Syiah yang difatwakan terkeluar dari ajaran Islam itu tidak silap, bahkan fatwa berkenaan tidak perlu ditarik balik.*

                 *Machang: Lebih 2,000 penduduk di tiga kampung di sini yang menggunakan bekalan air bukit berisiko dihidapi penyakit jika air itu tercemar berikutan musim tengkujuh. Penduduk kampung dari Kampung Dewan Besar, Kampung Dewan Kecil dan Kampung Batu Berdiri mendakwa mereka menggunakan air dari Bukit Cabang Tongkat sejak 30 tahun lalu untuk aktiviti harian termasuk memasak dan mandi.*

                 *PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar beberapa individu beragama Islam di negara ini yang secara terang-terangan menyokong cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi aum (ICERD).*

                 *WANITA maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah apartmen di Kepong, semalam. Pada kejadian 4 petang itu, mangsa berusia 30-an dan ditemui berpakaian kemeja-T dan memakai seluar pendek. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan polis ke lokasi.*

                 *WANITA berusia 32 tahun ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Jalan Bandar 3, di Puchong, smlm. Pada kejadian jam 4 petang itu, mayat mangsa ditemui orang awam yang kemudian memaklumkannya kepada polis. Difahamkan, mangsa sudah meninggal dunia sejak tiga hari lalu.*

                 *MERANGKAK seperti biawak bagi mengelak dikesan pengawal keselamatan. Itu taktik dua remaja yang memecah masuk sebuah medan selera do Seberang Jaya sebelum melarikan mesin daftar tunai dan beberapa tabung masjid dan anak yatim yang diletakkan di kaunter kedai.*

                 *AHLI PARLIMEN pembangkang yang berhasrat masuk ke sekolah milik kerajaan untuk menghadiri sebarang program perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pekeliling juga sudah dikeluarkan bahawa permohonan perlu dibuat kepada Kementerian melalui Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) jika wakil rakyat terbabit berhasrat berbuat demikian.*

                 *DUA lelaki sanggup menyewa rumah semata-mata untuk memproses ketum dan ubat batuk sebelum diedarkan di sekitar Merapoh, Lipis, Pahang dan Gua Musang, Kelantan. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akma Ayob, berkata dua lelaki berusia 26 dan 28 tahun itu dipercayai baharu sebulan menyewa rumah itu dan menjalankan kerja memproses daun ketum dan ubat batuk.*

                 *POLIS menembak mati lima penjenayah yang menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, jam 4.30 petang smlm. Dalam kejadian itu, empat penjenayah ditembak mati di lokasi kejadian, manakala seorang lagi suspek ditembak dalam kenderaan yang dikejar oleh anggota polis, kira-kira satu kilometer dari lokasi terbabit.*

                  *PENGUNJUNG dan pekerja di sebuah pasar raya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, smlm lari bertempiaran sebaik mendengar puluhan tembakan dalam kejadian rompakan kedai emas dalam pusat beli-belah itu. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, empat daripada perompak berkenaan ditembak mati di lokasi kejadian, manakala seorang lagi ditembak mati kira-kira 1 kilometer dari lokasi kejadian ketika dikejar polis.*

                 *KUALA LUMPUR: “Kita sedang teliti jika ada perlanggaran syarat oleh syarikat itu (Ultra Kirana Sdn Bhd) berkemungkinan besar kita akan tamatkan perjanjian , ” kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, ketika ini kementeriannya sedang menyiasat dan meneliti semula perjanjian yang dimeterai bersama syarikat berkenaan yang diberi hak untuk mengendalikan permohonan Visa Luar Negara (VLN) bagi kemasukan warga China ke Malaysia.*

                 *POLIS menahan seorang guru disiplin, hari ini, yang mengaku membunuh isterinya dipercayai dengan menggunakan rak penyidai pakaian di sebuah rumah di Air Itam, Georgetown, semalam. Suspek berusia 42 tahun menyerah diri ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Kedah, selepas membuat laporan berhubung kejadian terbabit, pada jam 4 petang.*

                 *LAPAN pelancong dari Sabah yang menginap di sebuah chalet di Kampung Orang Asli Pedas di Rembau terselamat walaupun unit berkenaan roboh akibat dirempuh sebuah lori yang terbabas, smom. Bagaimanapun, pada kejadian jam 3.45 petang itu, tiga daripadanya mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


          *ROME: Kira-kira 600 anggota polis Itali terbabit dalam operasi merampas lapan vila mewah yang dibina secara haram di sini, oleh kumpulan mafia terkenal.*
            *Datuk Bandar, Virginia Raggi yang menyertai operasi pada waktu subuh, ke atas kumpulan gengster Casamonica itu, berkata harta tanah terbabit akan dirobohkan pada akhir tahun ini.*
               *"Hari ini adalah hari yang bersejarah bagi bandar Rome dan penduduknya.*
              *"Kami berjaya menamatkan kegiatan tidak sah yang sudah berlarutan selama bertahun-tahun, sekali gus menjadi satu pengajaran kepada kumpulan Casamonica,” kata Raggi.*

          *LONDON: Seorang wanita berjaya menjimatkan ribuan paun untuk majlis perkahwinan idamannya selepas memenangi lebih 20 pertandingan di media sosial*
              *Pengantin cuma dikenali sebagai Hannah, 28, itu, menghabiskan sejam setiap hari memasuki pertandingan di Facebook serta Instagram selepas menyedari dia dan suami, James, 26, tidak mungkin mampu mengumpulkan wang mencukupi untuk majlis perkahwinan tradisional diimpikan yang dianggarkan bernilai 10,000 (RM54,000).*
          *Kegigihan Hannah selama lebih 18 bulan membolehkan mereka memenangi majlis resepsi mewah di sebuah hotel, parti bujang berasingan, jurugambar profesional, kek perkahwinan, hiasan, solekan pengantin, malah juga cincin kahwin mereka.*

         *SATU laporan mendedahkan bekas pemenang Cleo’s Most Eligible Bachelor meninggal dunia pada 2016 ketika berjuang untuk militan Daish.*
           *Akhbar Australia, Herald Sun baru-baru ini menerbitkan laporan menamakan Amir Millson, yang mana ibunya seorang rakyat Malaysia, terbunuh ketika melancarkan serangan darat di Syria.*
            *Dia yang menuntut dalam bidang Komunikasi Massa di Curtin University di Perth, kembali ke Malaysia, dan dinobatkan sebagai pemenang Most Eligible Bachelor majalah Cleo Malaysia pada 2010.*
            *Millson sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, namun Herald Sun melaporkan bahawa dia berubah secara radikal pada tahun 2014.*

          *BRUSSELS: Seorang anggota polis ditikam di Brussels awal hari ini dalam kejadian yang disifatkan akhbar tempatan sebagai serangan militan Islam.*
              *Polis bagaimanapun berkata motif serangan itu masih kurang jelas.
Penyerang itu mencederakan seorang pegawai polis di luar balai polis utama sekitar jam 5.30 pagi (waktu tempatan), kata seorang jurucakap polis. Dia kemudian cedera selepas ditembak seorang pegawai lain, katanya.*
            *Akhbar Belgium, DH memetik satu sumber yang mendakwa terdengar penyerang melaungkan ‘Allahu akbar ‘(Allah maha besar).*

           *BEIJING: Seorang budak perempuan berusia 10 tahun kini menggalas tugas seperti seorang ibu selepas ibunya hilang ingatan dan memiliki kepintaran seperti kanak-kanak menyebabkan dia terpaksa mengajarnya membaca serta menguruskan diri.*
             *Cai Chengcheng baru berusia enam tahun apabila ibunya, Chen Li mengalami pendarahan otak yang menyebabkan wanita itu hilang ingatan dan memiliki kepintaran seperti kanak-kanak kecil.*
         *Sejak itu, setiap hari Cai mengajar Chen bagaimana untuk membaca, menulis dan bercakap, sama seperti ketika ibunya mendidiknya ketika kecil.*

           *CHICAGO: Seorang lelaki bersenjata menembak mati seorang doktor di luar sebuah hospital Chicago hari ini sebelum masuk ke dalam dan membunuh seorang pembantu farmasi dan anggota polis apabila saling berbalas tembakan sebelum turut maut dalam pertumpahan darah itu, kata pegawai.*
               *Penembak mengenali doktor yang ditembaknya di luar Hospital Mercy, dikenali sebagai Tamara O’Neal, kata Superintenden Polis, Eddie Johnson, dalam sidang akhbar, dan media tempatan.*
           *Dalam reaksi awal itu, Johnson menyifatkan tindakan lelaki terbabit sebagai satu perbuatan keganasan domestik.*

            *SINGAPURA: Orang yang kena cabul tidak mungkin boleh mereka cipta kejadian itu.*
              *Begitulah pendirian hakim yang menolak dakwaan seorang pemandu Grab bahawa seorang penumpang berada dalam keadaan berkhayal menyebabkan dia percaya dicabulinya.*
           *Hakim berkata, itu hanya alasan tertuduh berusia 30 tahun yang bersalah memperkosa penumpangnya yang berumur 22 tahun.*
            *Selepas perbicaraan selama 10 hari, hakim juga berpendapat, pemandu teksi itu tidak berterus-terang ketika memberi keterangan dan kelihatan cuba mengelak menjawab pada ketika tertentu.*

           *RIYADH: Raja Salman menyebelahi puteranya dan memuji badan kehakiman semalam dalam kenyataan umum pertamanya sejak kritikan terhadap pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi meletakkan negara itu ke dalam antara krisis terburuk.*
            *Pendakwa raya umum, minggu lalu membebaskan Putera Mahkota Mohammed bin Salman daripada terbabit dalam pembunuhan di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu, tetapi Agensi Perisikan Pusat (CIA) dilaporkan merumuskan beliau mengarahkan pembunuhan itu.*

           *Ottawa: Sebuah syarikat pengeluar pakaian musim sejuk menyediakan bilik sejuk dengan suhu bawah paras beku di kedai mereka bagi membantu pelanggan membuat pilihan membeli jaket mewah berdasarkan cuaca sejuk sebenar.*
            *Canada Goose Holdings Inc menyediakan bilik sejuk dengan suhu hingga -25 Celcius di kedai mereka di Montreal, Kanada supaya pelanggan dapat mencuba jaket mewah bernilai AS$1,000 (RM4,189).*
         *Kedai itu cawangan kelima dibuka oleh syarikat itu pada Jumaat lalu dengan bilik sejuk dan kemudahan itu akan diperluaskan ke cawangan di Beijing, China tidak lama lagi.*

             *Phnom Penh: Kemboja menegaskan tiada pangkalan tentera asing akan dibina di negara itu susulan laporan menyatakan China sedang melobi untuk mewujudkan pangkalan tentera laut di Koh Kong.*
            *Minggu lalu, akhbar Asia Times yang memetik sumber diplomatik dan penganalisis melaporkan, Beijing melobi Kemboja sejak tahun lalu untuk membina pangkalan tentera laut bagi menempatkan kapal perang, kapal pemusnah dan kapal lain.*


*TULAR / POPULAR*
================


           *POLIS mengesan individu yang mengeluarkan kata kesat dan ayat berunsur ‘rasis’ terhadap jurujual wanita di sebuah pasar raya di Ampang, baru-baru ini.*
            *Ia susulan penyebaran video kejadian yang tular di media sosial.*
             *Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya masih melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu*
             *Dalam video berdurasi kira-kira 46 saat itu, seorang individu mendekati seorang wanita berbangsa Cina yang dipercayai mengedarkan sampel minuman keras di pasar raya berkenaan.*
             *Individu berkenaan mempertikai dan mendakwa sampel minuman keras itu diberikan kepada semua pelanggan.*

          *TOKOH agama dan guru al-Quran, Datuk Paduka Nik Jaafar Nik Ismail dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M.*
         *Anak jati Pasir Mas, Kelantan itu menerima hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaan.*
            *Anugerah disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, smlm.*

          *BRASILIA: Seorang peragut di Brazil nyata tersilap memilih mangsa apabila wanita bertubuh kecil disasarkan untuk mencuri telefon bimbit rupanya pengamal seni mempertahankan diri jujitsu.*
           *Suspek, Magdeel da Silva, 18, menjerit dan menangis akibat ‘dikunci’ Sabrina Leites, 22, sepanjang mereka terbaring 20 minit atas jalan sementara menunggu pihak berkuasa sampai untuk menangkapnya, lapor Daily Mail.*
             *Dalam video yang tular di media sosial, Da Silva didengar menjerit berulang kali ‘cukuplah, cukuplah’ manakala Sabrina sempat menunjukkan isyarat ‘bagus’ kepada orang yang merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit.*

           *Madrid: Sekumpulan anjing dan rusa terjatuh dari tebing dalam satu acara memburu dalam kejadian dirakam video yang mencetuskan kemarahan aktivis haiwan selepas tular di media sosial.*
            *Pemburu yang tidak dikenal pasti itu menggunakan anjing mereka untuk memerangkap beberapa rusa buruan sebelum ia terjatuh dari tebing.*
               *Mirror Online melaporkan, kejadian menyayat hati itu berlaku berhampiran perkampungan Herreruela di wilayah barat Caceres, Sepanyol.*
             *Menerusi rakaman video itu, terdengar suara orang ramai menjerit kepada pemburu terbabit bahawa anjing mereka tergelincir, malah tiga sudah terjatuh dari tebing dalam pada beberapa yang lain terus menyerang rusa diburu.*

           *LOS ANGELES: Bintang rap California, Snoop Dogg, menerima penghormatan Hollywood Walk of Fame semalam, dengan meraikan pengiktirafan itu dengan mengucapkan terima kasih kepada dirinya sendiri.*
           *Pemuzik dan bintang televisyen berpasangan dengan celebriti terkenal, Martha Stewart, ‘Martha and Snoop’s Potluck Dinner’ - dianugerahkan penghormatan itu sempena ulang tahun ke-25 album pertamanya, ‘Doggystyle’.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


          *LONDON: Keputusan Neymar meninggalkan Barcelona adalah ‘dosa besar’, kata legenda Belanda, Clarence Seedorf sambil menegaskan bintang Brazil itu perlu kembali ke Nou Camp atau menyertai Real Madrid.*
           *Neymar yang dianggap salah seorang pemain terbaik dunia bertindak meninggalkan kelab gergasi La Liga itu pada musim panas 2017 untuk menyertai juara Perancis, Paris Saint-Germain dengan perjanjian bertaraf mega AS$254 juta (RM1.63 bilion).*
              *Dipercayai keputusan pemain itu kerana dia ingin ‘melepaskan diri’ daripada bayangan Lionel Messi untuk mengukir namanya tetapi Seedorf percaya bintang berusia 26 tahun itu memerlukan bakat bertaraf dunia di sampingnya.*

             *BERLIN: Perolehan tahunan Bayern Munich bagi musim 2017-18 mencecah 657.4 juta euro (RM3.14 bilion), peningkatan hampir tiga peratus berbanding edisi sebelum ini tetapi keuntungan bersih menurun, umum juara Jerman itu, smlm.*
             *Bayern menjulang gelaran keenam berturut-turut Bundesliga musim lalu tetapi gagal di pentas Eropah selepas tersingkir pada separuh akhir Liga Juara-Juara, kekalahan kedua kepada penyandang juara, Real Madrid.*

             *SYDNEY: Australia mengucapkan salam perpisahan kepada penyerang Tim Cahill dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Lubnan pada aksi persahabatan terakhir di laman sendiri sebelum memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu awal tahun depan.*
          *Pemain sayap kelahiran Scotland, Martin Boyle meledak dua gol pada minit ke-19 dan 41 untuk membantu Socceroos mendahului 2-0 ketika rehat sebelum Mathew Leckie menambah gol ketiga pada minit ke-68.*
             *Malam itu bagaimanapun menjadi milik Cahill yang menerima sorakan gegak gempita daripada penonton di Stadium Olimpik apabila dia masuk untuk meraih penampilan ke-108 dan terakhir buat negaranya pada minit ke-82.*

            *KUALA LUMPUR: Ketua pasukan Monster Yamaha Tech3, Herve Poncharal memuji prestasi pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang dapat menyesuaikan diri dengan situasi mencabar.*
           *Poncharal berkata, Hafizh dapat mengawal situasi perlumbaan terakhir di Valencia yang terpaksa dimulakan semula berikutan hujan lebat dengan baik selain optimis dengan masa depan pelumba berbakat itu bersama pasukannya.*
           *Hafizh menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 yang menyaksikan beberapa pelumba terjatuh.*

             *KUALA LUMPUR: Perebutan juara Kumpulan A Piala AFF 2018 masih terbuka luas selepas Myanmar seri 0-0 dengan Vietnam di Stadium Thuwunna, Yangon, mlm tadi.*
          *Keputusan seri itu membolehkan kedua-dua pasukan terikat dengan tujuh mata, diekori rapat Malaysia di tangga ketiga dengan enam mata sekali gus menyaksikan pertembungan terakhir menjanjikan aksi lebih sengit bagi merebut tiket ke separuh akhir.*

            *KUALA LUMPUR: Goh Jin Wei perlu mengubah pemikirannya dan menggandakan program latihan jika mahu bergelar pemain badminton berkelas dunia.*
            *Pandangan itu disuarakan oleh bekas Pengarah Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, susulan kejayaan pemain berusia 18 tahun itu merangkul gelaran dunia kedua di Kejohanan Dunia Remaja, Aha lalu.*

            *NILAI: Tonggak pertahanan tengah skuad Harimau Malaya, Shahrul Saad mahu memastikan benteng pasukan negara akan tampil lebih kebal seutuh 'Tembok Besar China' apabila menghadapi jentera serangan Myanmar dalam aksi terakhir Kumpulan A Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.*
          *Tidak dinafikan kelonggaran di bahagian pertahanan ketika tewas 0-2 kepada Vietnam dan dibolosi satu gol ketika menang 3-1 ke atas Laos perlu di atasi segera dengan memastikan gawang pasukan tidak mudah dirobek dalam aksi wajib menang itu.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
BERITA HARI INI – 21/11/2018 (by: MJI)

1.  KUANTAN 20 Nov. - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah khuatir sebarang pembaharuan dan perubahan kepada dasar sosial politik negara yang dilakukan tanpa kajian yang mendalam akan hanya mengundang mudarat yang tiada berkesudahan. Tengku Abdullah menyatakan kebimbangan itu kerana titah baginda, hari ini, terdapat segelintir rakyat yang mahu mengubah landskap sosial politik negara melalui penerimaan dasar kesaksamaan fahaman barat.

2.  KUALA LUMPUR 20 Nov. - Polis menembak mati lima penjenayah dalam satu kejadian rompakan di sebuah pasar raya Di Kuchai Lama, di sini petang tadi. Difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang melibatkan lima perompak yang merancang untuk menyamun kedai emas. Ketua JSJ Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, empat penjenayah ditembak di tempat kejadian.

3.  DUBAI 20 Nov. - Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan akan menyumbang sebanyak AS$500 juta (RM2 bilion) dalam program bantuan makanan untuk Yemen. Program berkenaan diumumkan oleh Ketua Penyelia Pusat Raja Salman untuk Bantuan Kemanusiaan dan Kebajikan, Abdullah Rabeeah. Bantuan terbabit akan membantu lebih 10 juta rakyat Yemen yang sedang berdepan krisis kebuluran.

4.  KUALA LUMPUR 20 Nov. - Seorang lelaki yang berkongsi rakaman video mengganggu seorang gadis promoter menjual air minuman beralkohol di bahagian tidak halal di sebuah pasaraya dikecam warganet. Sikap lelaki berkenaan dianggap warganet sebagai kurang ajar dan tidak wajar. Dalam video kurang 45 saat itu gadis berkenaan yang melakukan promosi air minuman beralkohol di bahagian tidak ditanggung halal kelihatan tenang berhadapan dengan provokasi yang dilakukan lelaki tersebut.

5.  BALIK PULAU 20 Nov. - Kira-kira 2,700 peserta daripada 56 kontinjen pelbagai jabatan dan agensi mengambil bahagian dalam perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini, hari ini. Peserta berkumpul seawal 7.30 pagi sebelum mula berarak kira-kira pukul 8 pagi dari Maahad Al-Mashoor Al-Islami menuju ke Politeknik Balik Pulau sejauh hampir dua kilometer (km).

6.  KUALA LUMPUR 20 Nov. - Filem Polis Evo 2 terbitan Astro Show dan diarahkan oleh Joel Soh dan Andrew Chiew tidak mengandungi sebarang mesej penghinaan kepada Islam, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri. Sebaliknya kata beliau, filem itu lebih mengenengahkan fahaman fanatik sesat yang memberi ancaman kepada negara.

7.  PUTRAJAYA 20 Nov.- Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah pemimpin yang tidak amanah dan berintegriti akan mengakibatkan ummah berada dalam keadaan sengsara. Baginda bertitah, kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk apabila pemimpin lebih mengutamakan agenda membina kekayaan material dengan mengambil dan menidakkan hak ummah secara tidak adil.

8.  PUTRAJAYA 20 Nov. - Semua murid Tahun 6 boleh mengambil Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) pada 29 November ini bermula pukul 10 pagi di sekolah masing-masing. Ketua Pengarah Pelajaran,  Datuk Dr. Amin Senin berkata, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 melalui mySMS 15888.

9.  CHICAGO 20 Nov. - Empat orang terbunuh dalam kejadian berbalas-tembakan antara seorang lelaki dengan pihak polis di hospital Mercy di sini, semalam. Mereka yang terkorban ialah seorang doktor lelaki, seorang wanita dan seorang anggota polis serta suspek terbabit. Doktor berkenaan yang dipercayai dikenali oleh suspek ditembak di luar hospital manakala mangsa lain ditembak secara rambang oleh lelaki tersebut dalam hospital itu.

10.  KUALA LUMPUR 19 Nov. - Selepas satu petisyen mendesak peletakkan jawatan P. Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana dilancarkan, satu petisyen digerakkan mahu Waytha Moorthy kekal dalam jawatannya sekarang. Petisyen menerusi tandatangan atas talian Change.Org di bit.ly/2KeCrAa  itu digerakkan oleh Maruthai Mani 16 jam lalu dan telah mendapat 6,040 tandatangan sehingga 11.30 pagi tadi.

11. SYDNEY 20 Nov. - Polis hari ini menahan tiga lelaki yang dipercayai sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap orang awam di Melbourne. Suspek warga tempatan yang masing-masing berusia 30 tahun, 26 tahun dan remaja berusia 21 tahun kini ditahan selepas didakwa cuba membeli senapang separa automatik untuk melancarkan serangan itu.

12.  ALOR SETAR 20 Nov. - Umat Islam tanpa mengira pangkat dan darjat diseru supaya berusaha sedaya upaya untuk membina akhlak dan keperibadian tinggi sesuai dengan imej insan yang bergelar muslim. Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, kebelakangan ini seringkali terlihat perilaku sumbang dan sikap umat yang terlalu jauh dari teladan ditunjukkan Rasulullah.

13.  PUTRAJAYA 20 Nov. - Senarai organisasi Pejabat Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy yang menerajui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menjadi tular dalam media sosial berikutan keanggotaannya dikatakan tidak mencerminkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Rata-rata netizen mempersoalkan mengapa kedudukan di Pejabat Menteri itu bagi jawatan Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Politik, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Setiausaha Akhbar dan Setiausaha Sulit hanya diduduki satu kaum sahaja.

14.  SIBU 20 Nov. - Sarawak mampu menjadi pengeksport utama negara dengan kepelbagaian produk dan perkkhidmatan yang dimiliki di sini hari ini. Menurut Pengarah Wilayah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Sarawak, Leany Mokhtar, kemampuan tersebut dapat dilihat daripada keberanian komuniti perniagaan di sini menerokai pasaran luar.

15.  SHAH ALAM 20 Nov. – MB Selangor, Amirudin Shari akan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok berhubung isu papan tanda jalan yang menggunakan tulisan Cina di negeri ini. Amiruddin bagaimanapun enggan mengulas panjang berhubung isu itu dan hanya memaklumkan pertemuannya dengan Sultan Selangor esok untuk urusan pentadbiran kerajaan negeri.

16.  LAHAD DATU 20 Nov. - Seekor buaya seberat kira-kira setengah tan ditangkap di pesisir pantai di kawasan Pantai Felda Sahabat 16 di sini, semalam. Dalam tangkapan itu, reptilia berkenaan baru sahaja membaham seekor anjing sebelum ditangkap sepasukan anggota polis bantuan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kira-kira pukul 7 malam.

17.  KUALA LUMPUR 20 Nov. - Seramai 249 pelajar tiga sekolah menengah aliran agama yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) bakal menerima sijil tahfiz daripada Kementerian Pendidikan bulan depan. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa pendidikan Islam, sijil itu akan memberi nilai tambah kepada pelajar di peringkat menengah rendah dan menengah atas untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

18.  KUALA LUMPUR 20 Nov. - Dewan Muslimat Pas menyokong titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar setiap papan tanda jalan ditulis dalam bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam peruntukan Perlembagaan. Ketuanya, Nuridah Mohd. Salleh berkata, peraturan itu juga dilihat akan membawa kepada semangat dan jati diri perpaduan nasional.

19.  TAIPING 20 Nov. - Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa hari ini berkenan berangkat ke sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang diadakan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Taiping dekat Kamunting. Turut berangkat Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah serta diiringi oleh dua anggota Jemaah Pemangku Raja Perak iaitu Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Zahidi Zainuddin dan Orang Kaya Kaya Seri Agar DiRaja, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

20.  BALIK PULAU 20 Nov. - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM, Prof. Dr. Abdul Rahman Mohamed dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul peringkat negeri tahun ini. Abdul Rahman yang juga Pengarah Sains di USM dipilih selepas mengambil kira sumbangannya secara keseluruhan terhadap umah terutama dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

21.  KUALA LUMPUR 20 Nov. – MP Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak bersetuju dengan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang tidak membenarkan ahli Parlimen pembangkang untuk menghadiri sebarang program di sekolah tanpa kebenaran. Ahli Parlimen, ADUN dan ahli majlis PBT sering dijemput ke sekolah kerana adalah tempat penting dalam kehidupan sivik.

22.  TAMPIN 20 Nov. - Lebih 20 ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tampin dan Pergerakan Wanita UMNO DUN Gemas hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri di JPM, P. Waytha Moorthy yang memburuk-burukkan negara dengan ucapan berbaur fitnah. Laporan itu dibuat di Balai Polis Gemas kira-kira pukul 9.35 pagi tadi dan diketuai Ketua Puteri UMNO Bahagian Tampin, Nor Fariza Rahim.

23.  KUALA LUMPUR 20 Nov. - Maulidur Rasul tahun ini disambut di seluruh negara dengan pengisian pelbagai program bagi melahirkan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan diadakan penuh ketakwaan dengan perarakan sambil membaca selawat ke atas Nabi untuk menyemarakkan ingatan terhadap Rasulullah SAW.

24.  BALIK PULAU 20 Nov. - Tidak ada sebarang keperluan untuk kerajaan negeri menggubal Perkara 11 (4) yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pihak yang cuba menyebarkan agama lain kepada umat Islam buat masa ini, kata Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman.

25.  KOTA KINABALU 20 Nov. – YDP Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin mengajak seluruh umat Islam termasuk pemegang tampuk kepimpinan agar mencontohi akhlak mulia Rasulullah S.A.W demi kelangsungan pembangunan diri, keluarga dan negeri Sabah tercinta. Umat Islam amat bertuah kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung dan sejati serta memberi contoh teladan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk tatacara pemerintahan yang begitu bernilai.

26.  SARIKEI 20 Nov. - Islam bukanlah satu agama yang menekan orang lain atau memecah belahkan masyarakat, sebaliknya ia adalah agama yang menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan agama. YDP Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud berkata Islam sebagai agama penyatuan sememangnya telah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi dan menjadi panduan dalam pentadbiran negara ini khasnya di Sarawak.

27.  KUALA LUMPUR 20 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy yang didakwa mengganggu keharmonian negara. Ketua Pergerakannya, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi berkata, usaha Waytha Moorthy untuk meratifikasi ICERD juga perlu diambil tindakan segera dari kerajaan.

28.  KUALA LUMPUR 20 Nov. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada UMNO dan Pas akan mengadakan himpunan sebagai tanda protes terhadap skandal 1MDB dan bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak. Persoalan itu dibangkitkan selepas kedua-dua parti itu mengumumkan akan mengadakan himpunan bersama bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD).

29.  KUALA LUMPUR 20 Nov. - Keputusan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori terus mendapat tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya keluarga mangsa bunuh yang menyifatkannya sebagai tidak adil. Ibu kepada Ng Yuk Tim, gadis berusia 15 tahun yang dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya disumbatkan ke dalam sebuah beg lima tahun lalu, Sim Yee Ling berkata, keluarganya hanya akan lega dan berpuas hati selepas pembunuh anaknya digantung mati.

30.  MELAKA 20 Nov. - Satu laporan polis terhadap Menteri di JPM, Senator P. Waytha Moorthy telah dibuat oleh UMNO dan Pas Melaka sebentar tadi ekoran tindakannya memburukkan Malaysia di luar negara serta menghina agama Islam. Laporan dibuat oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad kira-kira pukul 3 petang di Balai Polis Melaka Tengah, Banda Hilir di sini.

31.  KUALA LUMPUR 20 Nov. – FAMA meletakkan sasaran sebanyak RM12.7 juta hasil jualan sepanjang 11 hari berlangsungnya Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 bemula Khamis ini. Pengerusi FAMA, Ishak Ismail berkata, sasaran tersebut dijangka dapat diperolehi berbanding RM10.4 juta pada MAHA 2016.

32.  KUALA LUMPUR 20 Nov. - Kerajaan PH digesa meneruskan proses pembangunan negara berpandukan acuan asal Perlembagaan Persekutuan demi untuk membentuk Malaysia yang hakiki. Aktivis masyarakat, Datuk Razlan Rafii berkata, kini sudah tiba masanya rakyat menuntut kerajaan segera melaksanakan Perkara 152 yang jelas menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

33.  KUALA LUMPUR 20 Nov. - Buah kelapa yang mempunyai pelbagai kegunaan terpilih sebagai 'buah rasmi' sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 kali ini. Pengerusi FAMA, Ishak Ismail berkata, buah tersebut dipilih kerana ia kini menjadi salah satu daripada komoditi yang disenaraikan sebagai “sumber rezeki baharu” kepada rakyat dan negara ini amnya.

34.   SEPANG, 20 Nov - Malaysia memberi sambutan permaidani merah kepada Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang tiba di sini, untuk memulakan lawatan rasmi dua hari ke negara ini. Pesawat khas membawa perdana menteri Pakistan itu dari Karachi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 11.35 malam ini.

35.  REMBAU 20 Nov. - Polis telah melancarkan gerakan besar-besaran bagi mengesan seorang lelaki yang melarikan diri daripada tahanan semasa sedang menunggu giliran untuk didakwa di Mahkamah Majistret Rembau di sini semalam. Kejadian berlaku pukul 10.30 pagi ketika Mohammad Azrin Mohd. Danial, 29, dari Felda Bukit Jalor, Air Kuning Selatan di Gemencheh dipanggil sebanyak dua kali oleh jurubahasa mahkamah untuk dituduh di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan juga waran tangkap Seksyen 12(2) akta sama.

36.  KUALA LUMPUR 20 Nov. - Sebelum ini. usaha ratifikasi ICERD ditentang Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jika perkara itu menjejaskan Perlembagaan Persekutuan. Terbaru, Armada Selangor menyatakan pendirian sama dengan menyifatkan tiada keperluan untuk meratifikasi dokumen berkenaan kerana Malaysia sudah memiliki Perlembagaan Persekutuan yang merupakan acuan paling sesuai dan berkesan dalam memupuk perpaduan.

37.   REMBAU 20 Nov. - Lapan penghuni sebuah calet yang sedang bercuti di Kampung Orang Asli Pedas di sini nyaris maut apabila penginapan yang didiami mereka dirempuh sebuah lori yang terbabas, petang tadi. Dalam kejadian pukul 3.45 petang itu, tiga penghuni lelaki cedera dan telah dihantar ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan lanjut. Calet yang terletak di kaki bukit itu rosak teruk akibat rempuhan kuat lori tiga tan yang membawa muatan barangan lusuh.

38.  BANGKOK 20 Nov. - Seorang pendakwa raya awam dan dua lelaki dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun selepas didapati cuba menyeludup keluar berpuluh tanduk badak sumbu bernilai AS$1.4 juta (RM5.9 juta) melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi tahun lalu. Dua penyeludup itu ditahan bersama-sama pendakwa raya terbabit yang cuba membawa mereka melepasi kawalan keselamatan tanpa dikesan.

39.  MUMBAI 20 Nov. - Seramai enam orang terkorban dalam satu letupan di gudang senjata tentera hari ini. Ketika kejadian, kakitangan gudang terbabit dipercayai sedang membuang kerangka peluru anti-pesawat Rusia yang tidak dihasilkan lagi sejak 2014, sebelum sebuah kotak terjatuh serta tiba-tiba meletup. 10 lagi dilaporkan cedera dalam letupan di bandar Pulgaon, negeri Maharashtra.

40.  KUALA LANGAT 20 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat dan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy mengenai isu masyarakat India di negara ini seperti didakwanya ditindas yang tular dalam media sosial, baru-baru ini.

41.  MELAKA, 20 Nov - Sebahagian siling kapur di ruang pameran Planetarium Melaka runtuh dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Ayer Keroh di sini hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif Planetarium Melaka Sdn Bhd, Datuk Mohd Ariff Shah Abdullah Sani berkata dalam kejadian kira-kira 1.25 tengah hari itu, pusat pelancongan berasaskan pendidikan itu dibuka kepada orang awam namun tiada pengunjung ketika insiden berlaku.

42.  BANGKOK, 20 Nov - Sangkaan seorang lelaki berusia 60 tahun yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia kerana disyaki terlibat dengan kes penipuan urus niaga hartanah bahawa dia dapat meloloskan diri sekiranya melarikan diri ke Thailand, ternyata meleset. Setelah lebih setahun menjadi buruan, lelaki itu akhirnya diberkas polis Thailand di Phuket pada 25 Okt lepas, atas permintaan polis Malaysia.

43.  LABUAN, 20 Nov - Tiga parti komponen Pakatan Harapan (PH) Labuan sedia menerima lebih 300 bekas anggota MIC Labuan yang pembubarannya diumumkan pada Ahad. Pengerusi PH Labuan yang baru dilantik, Simsudin Sidek berkata bekas anggota MIC terbabit boleh menyertai sama ada Parti Amanah Negara (Amanah), PKR atau DAP.

44.  KLUANG, 20 Nov - Polis menumpaskan satu kumpulan memecah kenderaan dan mencuri barangan di dalamnya, sekali gus menyelesaikan tujuh kes sejak Oktober lalu di daerah ini selepas menangkap empat anggota geng itu di sini semalam. KPD Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata kesemua suspek berusia 18 hingga 30-an termasuk seorang perempuan ditahan dalam dua operasi berasingan, masing-masing pada 4.50 petang dan 8.10 malam.

45.  MELAKA, 20 Nov - Jumlah mangsa banjir di Melaka terus menurun kepada 775 orang daripada 169 keluarga setakat 5 petang ini, berbanding 987 mangsa melibatkan 274 keluarga pada tengah hari tadi. Pengarah APM Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata sebuah pusat pemindahan di Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Jelatang di daerah Alor Gajah, ditutup pada 4.10 petang, manakala tujuh lagi pusat berkenaan masih beroperasi.

46.  BALING, 20 Nov - Kerja pembalakan di Hutan Simpan Gunung Inas dekat sini hanya diluluskan untuk projek ladang hutan bagi penanaman semula pokok balak dan bukannya untuk penanaman pokok durian jenis 'Musang King'. Exco negeri, Ooi Tze Min berkata ini kerana pihaknya mendapati kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk penanaman semula pokok balak sahaja kepada syarikat konsesi pembalakan terlibat.

47.  MERSING, 20 Nov - Beberapa kawasan di negeri ini dikenal pasti berisiko dilanda banjir pada penghujung tahun ini. Kawasan itu termasuk beberapa penempatan Felda dan kawasan pedalaman di Batu Pahat, Tangkak, Kota Tinggi dan Mersing. Justeru, Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahya Madis berkata kesemua 29 balai bomba di seluruh negeri ini diarahkan untuk bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

48.  ASAJAYA, 20 Nov - Acara tradisi masyarakat setempat seperti 'tukar palak kuih', berselawat, berzikir serta cukur jambul memeriahkan sambutan Maulidur Rasul di Kampung Sebandi Ulu di sini hari ini. Program bermula seawal 8 pagi melibatkan masyarakat kampung yang berselawat, berzikir dan menikmati jamuan makan tengah hari di Masjid Bumiputera Kampung Sebandi Ulu yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Kuching itu.

49.  BANGKOK, 20 Nov - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang tiba di sini hari ini, untuk lawatan rasmi pertamanya ke Thailand, berkata kedua-dua negara mahu melakukan usaha terbaik dalam mencari jalan penyelesaian terhadap konflik di selatan Thai. Isu mengenai konflik selatan negara jiran itu adalah antara topik akan dibincangkan dalam pertemuannya dengan TPM dan Menteri Pertahanan Thailand Jen Prawit Wongsuwon, esok.

50.  BUKIT MERTAJAM, 20 Nov - Seorang remaja berusia 16 tahun antara lima lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah yang diberkas polis dalam serbuan di sebuah pondok dalam kebun getah di Kampung Bukit Teh, Machang Bubok di sini pada Ahad. Kelima-lima suspek yang berusia 16 hingga 55 tahun terbabit didapati sedang leka menghisap dan membungkus semula dadah untuk dijual kepada penagih di kawasan sekitar.

51.  PUTRAJAYA, 20 Nov - Satu garis panduan perlu diwujudkan bagi membezakan antara penganut Syiah dan mereka yang mempromosikan fahaman itu, kata Menteri di JPM Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Beliau berkata walaupun ajaran Syiah difatwakan sebagai haram, tetapi garis panduan itu perlu bagi membezakan hukuman atau tindakan terhadap mereka yang hanya menganut dan mereka yang menganut serta mempromosikan ajaran itu kepada orang lain.

52.  SHAH ALAM, 20 Nov - Kerja-kerja menurunkan papan tanda yang mempunyai tulisan bahasa Cina di sini sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam masa terdekat, demikian menurut MBSA. Dalam satu kenyataan di sini, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata tindakan segera telah diambil oleh pihaknya dengan menurunkan papan tanda berkenaan pada hari ini.

53.  BALIK PULAU, 20 Nov – J/kuasa Khas Siasatan bagi kejadian tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar di Jalan Bukit Kukus di sini akan memanggil beberapa lagi individu untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan, kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakidyuddin Abdul Rahman. Setakat ini beberapa pihak telah dipanggil antaranya daripada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar serta gabungan kumpulan masyarakat sivil Penang Forum.

54.  PUTRAJAYA, 20 Nov - Semua pihak perlu akur dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya semua papan tanda jalan di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggalkan dan digantikan dengan papan tanda menggunakan hanya bahasa Melayu, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad. Mengulas arahan baginda itu, Khalid yang juga MP Shah Alam berkata keputusan berkaitan papan tanda berkenaan adalah di bawah bidang kuasa negeri.

55.  KUCHING, 20 Nov - Seorang lelaki warga Indonesia maut setelah motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu masuk ke dalam parit di Jalan Demak Laut dalam satu kemalangan pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata mangsa maut di tempat kejadian akibat tertusuk besi di kepala sebelum dihempap motosikal yang ditunggangnya.

56.  SIBU, 20 Nov - Selepas mengharungi tempoh sukar sejak beberapa tahun lalu, Lembaga Pelabuhan Rajang (RPA) mencatatkan pertambahan perolehan keseluruhan didorong oleh peningkatan pengendalian kargo dan kontena pada tahun ini. Pengurus Besar RPA, Helen Lim Hui Shyan berkata, jumlah perolehan merekodkan peningkatan sebanyak 20 peratus berikutan pengendalian kargo dan kontena yang masing-masing mencatat kenaikan sebanyak 15 peratus dan 20 peratus.

57.  PUTRAJAYA, 20 Nov - Datuk Nik Jaafar Nik Ismail, yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M, mahu terus mencurahkan ilmu kepada masyarakat dalam bidang berkaitan al-Quran. Beliau yang merupakan Presiden Qari dan Qariah Kelantan, Hakim Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sejak 1993 serta Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra berkata anugerah itu merupakan pengiktirafan terhadap jasa dan pandangannya dalam bidang agama serta bacaan al-Quran.

58.  KOTA BHARU, 20 Nov - Jabatan Kesihatan Kelantan mengakui tahap kebersihan kawasan tadahan air bukit di tiga buah kampung dekat Pulai Chondong, Machang tidak terjamin disebabkan wujud penanaman pokok getah di situ. Pengarahnya, Dr Zaini Hussin berkata, meskipun dipasang penapis air di situ ianya tidak akan menyelesaikan masalah pencemaran air disebabkan aktiviti pertanian.

59.  PARIT BUNTAR, 20 Nov - Kerajaan negeri memberi jaminan untuk meneruskan pemberian bantuan susbsidi baja dan racun kepada petani yang layak di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrustruktur, Pertanian dan Perladangan Perak Abdul Yuhus Jamhari berkata kerajaan sedang melaksanakan pemutihan bagi memastikan bantuan itu disalurkan kepada petani yang layak menerimanya.

60.  KUALA LUMPUR 20 Nov. - Anggota polis yang cedera di bahagian lutut akibat terkena tembakan dalam kejadian samun di sebuah pasar raya di Kuchai Lama di sini petang tadi berada dalam keadaan stabil. Ketua JSJ Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, anggota berpangkat Korporal berusia 37 tahun dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Selangor itu menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini.

BERITA SUKAN:

1.  KOTA BHARU 20 Nov. - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) secara rasmi melantik Yusri Che Lah sebagai Ketua Jurulatih The Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata keputusan tersebut diambil selepas mengadakan perbincangan dengan jurulatih kelahiran Perlis itu pada 12 Nov lepas.

2.  KUALA LUMPUR 20 Nov. - Skuad Vietnam menerima durian runtuh berjumlah 1.1 bilion dong (RM198,142) sumbangan daripada pelbagai organisasi susulan menumbangkan Malaysia 2-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan A Piala AFF, Jumaat lalu. Selepas menang ke atas Malaysia, Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF), membuat keputusan untuk memberikan bonus bernilai 600 juta dong (RM108,078) kepada pasukan kebangsaan atas usaha mereka dalam saingan Piala AFF.

3.  MILAN 20 Nov. - Pertahanan Italy, Leonardo Bonucci tidak kisah jika dirinya diejek ketika beraksi bersama kelabnya iaitu Juventus namun bukan sewaktu menyarung jersi skuad kebangsaan Itali. Bonucci meninggalkan AC Milan selepas setahun beraksi sebelum kembali ke pangkuan Juve pada Ogos lalu diejek oleh segelintir penyokong Itali ketika dia kembali beraksi di venue keramat Milan, Stadium San Siro bersama Azurri menentang Portugal dalam perlawanan Liga Negara-Negara Eropah yang berkesudahan seri tanpa jaringan, Sabtu lalu.

4.  Gelsenkirchen, JERMAN 20 Nov. - Virgil van Dijk muncul wira Belanda apabila jaringan penyamaannya pada minit terakhir permainan berjaya memastikan tiket ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah menjadi milik Oranje setelah mengikat Jerman 2-2.

5.  BERLIN 20 Nov - Perolehan tahunan Bayern Munich bagi musim 2017-18 mencecah 657.4 juta euro (RM3.14 bilion), peningkatan hampir tiga peratus berbanding edisi sebelum ini tetapi keuntungan bersih menurun, umum juara Jerman itu, hari ini. Bayern menjulang gelaran keenam berturut-turut Bundesliga musim lalu tetapi gagal di pentas Eropah selepas tersingkir pada separuh akhir Liga Juara-Juara, kekalahan kedua kepada penyandang juara, Real Madrid.

6.  LONDON 20 Nov -: Keputusan Neymar meninggalkan Barcelona adalah ‘dosa besar’, kata legenda Belanda, Clarence Seedorf sambil menegaskan bintang Brazil itu perlu kembali ke Nou Camp atau menyertai Real Madrid. Neymar yang dianggap salah seorang pemain terbaik dunia bertindak meninggalkan kelab gergasi La Liga itu pada musim panas 2017 untuk menyertai juara Perancis, Paris Saint-Germain dengan perjanjian bertaraf mega AS$254 juta (RM1.63 bilion).

7.  SYDNEY 20 Nov - Australia mengucapkan salam perpisahan kepada penyerang Tim Cahill dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Lubnan pada aksi persahabatan terakhir di laman sendiri sebelum memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu awal tahun depan.

8.  SEPANG 20 Nov - Jurulatih remaja kebangsaan, Amelia Alicia Anscelly percaya Pearly Tan-Toh Ee Wei mampu menjadi beregu wanita nombor satu negara pada masa depan. Amelia yang membimbing beregu wanita sejak awal tahun ini, meluahkan keyakinan itu susulan kejayaan pasangan itu mara ke final Kejohanan Remaja Dunia di Markham, Kanada.

9.  PARIS 20 Nov - Kapten Piala Davis Perancis, Lucas Pouille mengakui dia mempertikaikan keputusan penganjur memilih untuk melangsungkan perlawanan akhir tenis berpasukan itu di atas gelanggang tanah liat. Perancis yang mahu mengekalkan kejuaraan akan turun berdepan Croatia pada penghujung minggu ini di gelanggang tanah liat di Stade Pierre Mauroy, Lille di mana mereka memenangi perlawanan akhir tahun lalu menentang Belgium.

10.  KUALA LUMPUR 20 Nov -: Pemain skuasy lelaki dan wanita negara mengalami nasib berbeza pada aksi pembukaan Terbuka Hong Kong yang menawarkan hadiah kemenangan AS$164,500 (RM689,000) hari ini. Dua pemain lelaki negara Nafiizwan Adnan dan Ng Eain Yow mara ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan masing-masing.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2018 06:25 PM | Show all posts
Berita Harian Online

11 mins ·

Kabinet memutuskan untuk meletakkan perlindungan keselamatan sosial pekerja asing di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mulai 1 Januari tahun depan - Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 06:26 PM | Show all posts
Berita Harian Online

17 mins ·

Sultanah Nur Zahirah failkan saman terhadap Clare



DATUK Mohd Haaziq Abdullah mewakili Sultanah Nur Zahirah ketika sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya, hari ini. - Foto Saddam Yusoff

Berita Harian Online

24 mins ·








PETALING JAYA: Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, saman pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan dua lagi berhubung dakwaan fitnah terhadap Terengganu Investment Authority (TIA) dan Low Taek Jho.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 06:28 PM | Show all posts
Berita Harian Online

52 mins ·

Tiada usaha 'beli' Ahli Parlimen PH - Khairy

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2018 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI*
*SINCE 2011 rAp*

*KHAMIS 22 NOVEMBER 2018 MASIHI BERSAMAAN 14 RABIULAWAL 1440 HIJRAH*

*live from tmn sentosa klang*


*ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*


*SOLAT DIWAKTUNYA*
==================


*SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA: IMSAK : 05:31, SUBUH : 05:41, SYURUK : 06:59, ZOHOR : 13:02, ASAR : 16:24, MAGHRIB : 19:00, ISYAK : 20:13.*


*TERKINI SETEMPAT*
=================


                 *MAJLIS Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kesal dengan sikap tamak pengusaha restoran di kawasannya yang meletakkan kerusi dan meja di luar premis mereka melebihi daripada jumlah diluluskan.*

                 *PKR Negeri Sembilan memberi keutamaan untuk menamakan Dr S Streram sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Pengerusinya Aminuddin Harun berkata, Dr Streram yang juga bekas calon bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sudah lama berjuang untuk mendapatkan haknya yang dinafikan sebelum ini.*

                 *WALAUPUN mendapat tekanan susulan pendiriannya mengenai ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy berkata, tidak terdapat keperluan untuk kempen menyokong beliau dilancarkan dalam talian. Menteri Perpaduan itu juga berkata, beliau komited untuk melindungi Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.*

                 *KUMPULAN lima penjenayah bersenjata api yang ditembak mati selepas menyamun kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Jalan Kuchai Lama, petang semalam, didapati sering mengancam keselamatan orang awam terutama di lokasi sasaran jenayah mereka. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata selain aktif dalam kejadian samun kedai emas, suspek terbabit turut aktif dalam beberapa siri kejadian samun kenderaan mewah, samun dalam rumah dan melarikan kereta serta samun pengurup wang.*

                 *LIMA beranak yang tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Taman Kelapa Sawit, Kulai, awal pagi kelmarin menerima sumbangan Pasaraya Econsave Cash And Carry, hari ini. Mangsa Salmah Rasidi, 58, berkata dalam kejadian itu dia turut mengalami kecederaan ringan di kaki dan muka ketika menyelamatkan diri daripada terperangkap.*

                 *“SUDAH tiga kejadian bunuh diri berlaku sepanjang saya di sini,” kata Azizul Datung, 34, pemandu teksi yang sering menunggu penumpang di luar pusat beli-belah Centre Point, Kota Kinabalu. Pusat beli-belah enam tingkat itu sering menjadi lokasi tempat membunuh diri dengan pelakunya terjun dari kawasan parkir.*

                 *SEBANYAK 45 unit papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Bahasa Cina sudah diturunkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, kerja menurunkan papan tanda jalan yang mempunyai tulisan bahasa Cina sudah selesai dijalankan semalam.*

                 *LELAKI warga emas ditemui mati selepas hilang ketika memikat burung dan ayam hutan di ladang kelapa sawit Kampung Jaya Setia, Sungai Siput, smlm. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa Ho Yow Sun, 69, ditemui dalam keadaan terbaring dalam ladang berkenaan oleh beberapa anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR).*

                 *SULTANAH Terengganu, Sultanah Nur Zahirah sudah memfailkan saman terhadap pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan dua lagi berhubung dakwaan fitnah terhadap Terengganu Investment Authority (TIA) dan Low Taek Jho.*

                  *SUAMI isteri antara empat warga Finland yang ditahan kerana mengedar buku nota dan pen mengandungi petikan ayat dari kitab Bible di Langkawi, petang semalam. Dalam kejadian 5 petang itu, keempat-empat suspek berusia antara 27 hingga 60 tahun ditahan di hotel selepas polis menerima aduan orang awam yang curiga dengan kegiatan mereka.*

                 *DUA maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan Perodua Myvi bertembung dan Toyota Hilux di Jalan Saratok-Debak, Saratok, smlm. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa yang maut adalah penumpang kereta Kiung Ming King, 51, dan pemandu pikap Joshua Jelinggai, 27.*

                 *PAKISTAN menyatakan minat untuk belajar daripada Malaysia membabitkan pelbagai perkara khususnya dalam membangunkan ekonomi negara. Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berkata, beliau bersama delegasinya datang ke Malaysia untuk bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga seorang negarawan yang berjaya mentransformasikan Malaysia.*

                 *SEORANG pekerja kilang perabot maut, manakala dua lagi rakannya termasuk seorang wanita selamat selepas terkena renjatan elektrik ketika memasang kain rentang di depan bangunan kilang berkenaan di Inanam, Kota Kinabalu, smlm.*

                  *KEMENTERIAN Pertahanan mengarahkan siasatan dibuat bagi mengenal pasti punca kejadian kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat tiga kuarters di Kem Wardieburn, Setapak, Isnin lalu. Timbalan Menterinya Liew Chin Tong dalam satu kenyataan berkata, siasatan itu perlu agar langkah sewajarnya dapat diambil bagi mengelak kejadian sama berulang.*

                 *HUJAN berterusan sejak pagi menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat selain tanah runtuh di Jalan Paya Terubong menuju ke Balik Pulau, Georgetown, smlm. Hujan bermula sejak 8 pagi hingga 4 petang itu menyebabkan kawasan Teluk Kumbar, Balik Pulau, Teluk Bahang, Bayan Lepas dilanda banjir kilat.*

                 *ANGGOTA polis yang cedera selepas ditembak penjenayah, semalam berada dalam keadaan stabil selepas doktor berjaya mengeluarkan peluru pada lutut kirinya. Anggota berpangkat Koperal itu cedera akibat terkena tembakan dalam insiden berbalas tembak di luar pasar raya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, jam 4.30 petang.*

                 *JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu mematahkan cubaan menyeludup 1.5 juta batang rokok seludup bernilai lebih RM1 juta. Rampasan pada 12.30 tengah hari Ahad lalu itu dibuat susulan penahanan sebuah lori di Jalan Pelong dekat Kampung Merbau Menyusut, Sungai Tong, Setiu.*

                 *LEBIH banyak barang keperluan pengguna turun harga sejak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata, perkara itu diperoleh menerusi analisis lebih 1,000 pegawai kementeriannya, yang memantau perubahan harga bagi 417 jenis barang yang kerap digunakan pengguna setiap hari.*

                  *PENCURI menggunakan buku manual peralatan telekomunikasi bagi meleraikan peralatan di Pusat Internet 1Malaysia Sekuau, Mukah, malam kelmarin. Buku manual itu ditemui polis bersama dua lelaki yang ditahan ketika menceroboh masuk ke dalam kabin menara telekomunikasi pusat internet berkenaan pada 9.52 malam.*

                 *MENTERI Pendidikan Dr Maszlee Malik menafikan dakwaan ada menggunakan perkataan ‘melarang’ atau ‘ban’ terhadap wakil rakyat pembangkang daripada menghadiri sebarang majlis rasmi di sekolah. Sebaliknya, beliau hanya berkata, wakil rakyat bukan dari kerajaan perlu mengikut prosedur dengan membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan sebelum memasuki sekolah kerajaan.*

                 *“KAMI sempat keluar sebelum treler membawa muatan kayu terbabas merempuh lori kami,” kata V Palani, 70, pemandu lori tangki yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi lori tangki dan treler di Seremban, smlm. Dalam kejadian 5.46 pagi di Kilometer 254.3 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Plaza Tol Senawang itu, pemandu lori Mohd Umar Redaman, 48, maut di tempat kejadian, manakala pemandu treler cedera.*

                 *DUA beranak mendakwa kerugian hampir RM10,000 selepas ratusan ikan di dalam tujuh kolam pancing yang diusahakan di Kampung Harmoni, Belimbing Dalam, Alor Gjah terlepas akibat kejadian banjir. Ketika kejadian jam 8 pagi kelmarin, pengusaha kolam Azhar Kidam, 45, dan anaknya, Izat Fahmi, 21, tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan semua ikan itu apabila air naik terlalu cepat susulan hujan lebat.*

                 *BARANGAN yang dibawa masuk ke dalam negara ini perlu menjalani pemeriksaan kastam sepenuhnya dan bukan lagi dibuat secara rawak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, ia adalah antara tindakan yang perlu dilakukan oleh agensi dan kementerian yang terbabit dalam usaha mengurangkan rasuah.*

                 *SANGKAAN tiga lelaki ‘terselamat’ menggunakan motosikal curi di kawasan ladang kepala sawit di Batu Niah, Miri, meleset apabila mereka ditahan polis, smlm. Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, ketiga-tiga warga Indonesia berusia 29 hingga 34 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dan Bintulu.*

                 *SYARIKAT kontraktor Jambatan Pulau Bunting terpaksa menutup laluan ke jambatan itu mulai hari ini bagi mengelak orang ramai terus menceroboh kawasan berkenaan. Jurucakap syarikat berkenaan berkata, jambatan itu adalah milik persendirian dan pihaknya tidak pernah memberi sebarang kebenaran kepada orang awam melalui jambatan berkenaan.*

                 *KAWASAN sekitar bangunan Wisma Sri Pahang adalah kawasan larangan merokok dan tindakan tegas akan diambil terhadap pesalah tanpa mengira jawatan atau pangkat mereka. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kawasan bangunan kerajaan adalah tertakluk kepada Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan tindakan penguatkuasaan termasuk dikenakan kompaun.*

                 *KERAJAAN negeri Pahang tidak bercadang untuk memperkenalkan kemudahan tandas awam khas bagi golongan Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, setakat ini kerajaan negeri tidak melihat sebarang keperluan untuk menyediakan kemudahan berkenaan di Pahang.*

                 *PERKHIDMATAN bot pelancongan, Melaka River Cruise di Sungai Melaka, Melaka, dihentikan sementara waktu berikutan paras air tinggi dan arus deras di sungai itu. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Azlan Abidin berkata, langkah dibuat kira-kira 2 petang semalam itu adalah untuk memastikan keselamatan penumpang dan pemandu bot terjamin.*

                 *PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar mempersoal kenyataan dikemukakan kerajaan negeri berhubung cadangan pembinaan hotel di Bukit Bendera yang didakwa bercanggah dengan Rancangan Kawasan Khas (RKK). Pengasas bersama Penang Hills Watch (PHW), Rexy Prakash berkata, ia susulan beberapa kenyataan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berhubung cadangan pembinaan itu dilihat bertentangan dengan RKK Bukit Bendera yang diwartakan pada 2016.*

                 *POLIS Pulau Pinang mengesahkan siasatan kes kejadian tanah runtuh di Projek Pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus, Georgetown sudah selesai. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri A Thaiveegan berkata, kertas siasatan berhubung tragedi berkenaan juga sudah diserahkan kepada pejabat pengarah pendakwaan negeri, smlm.*

                 *KERAJAAN tidak berhasrat untuk mengkaji semula perjanjian projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE) bagi memendekkan tempoh konsesi yang ketika ini ditetapkan selama 50 tahun.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Annuar Mohd Tahir, berkata memendekkan tempoh konsesi akan menyebabkan pengguna terpaksa membayar tol lebih tinggi.*

                 *AKIBAT bengang selepas diarahkan beredar, seorang lelaki memaki hamun anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menjalankan tugas di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam. Dalam kejadian 10.30 pagi itu, lelaki dianggarkan berusia 40-an berkenaan dikatakan berada di sekitar kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya yang diletakkan secara melintang di kawasan terbabit.*

                 *SUSPEK yang melarikan diri ketika pertuduhan kes dadah di Mahkamah Majistret Rembau, kelmarin diberkas semula di Tampin, malam tadi. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, suspek ditahan 9.15 malam ketika menyerah diri di Balai Polis Tampin. Katanya, sebaik meloloskan diri pada 10.30 pagi, lelaki itu menaiki teksi dari mahkamah menuju ke rumah di Tampin.*

            
*SEANTERO BENUA*
================


            *Rabat (Maghribi) : Berang dengan teman lelakinya yang ingin berkahwin dengan orang lain, seorang wanita nekad membunuh dan melapah mayat lelaki terbabit sebelum dimasak bersama nasi yang dihidangkan kepada pekerja warga Pakistan.*
           *Daily Mail melaporkan, wanita terbabit menjalin hubungan selama tujuh tahun dengan mangsa dikatakan tidak dapat mengawal dirinya ketika melakukan pembunuhan itu di rumahnya di Al Ain, Maghribi, kata pendakwa raya.*
         *Mangsa dikatakan dibunuh dengan kejam apabila anggota badannya dikerat dan dagingnya dikisar di dalam mesin pengisar.*

            *LOS ANGELES: Jumlah kematian akibat kebakaran hutan di utara California meningkat kepada 81 orang, semalam dengan penemuan dua lagi mayat, kata pihak berkuasa.*
          *Selain itu, jumlah mangsa hilang dalam kebakaran terburuk dalam sejarah negeri terbabit melonjak 200 kepada 870 orang.*
        *Jumlah itu banyak menunjukkan perubahan, sejak beberapa hari lalu, disebabkan kekeliruan operasi mencari mayat di kawasan Paradise yang sebahagian besarnya musnah dijilat api.*
         *Sabtu lalu, jumlah mangsa hilang melonjak kepada 1,276 dan kemudian turun kepada 699, Isnin lalu.*

            *New Delhi: Pengantin lelaki kembali meneruskan upacara perkahwinannya, di sini, beberapa jam selepas menjalani pembedahan akibat ditembak dua individu tidak dikenali.*
          *Menurut polis, suspek dipercayai menari bersama tetamu lain dalam perarakan sempena majlis terbabit yang diadakan di sebatang jalan, ketika pengantin lelaki berusia 25 tahun itu menuju ke upacara berkenaan.*
           *Polis berkata, dua penyerang itu kemudiannya menaiki kereta kuda yang menyertai perarakan lalu melepaskan tembakan rambang sebelum melarikan diri akibat panik.*
          *Tembakan itu terkena bahagian bahu pengantin lelaki dan beliau terus dibawa di hospital.*

            *BEIJING: Tindakan polis mengganggu wartawan alam sekitar China ketika melaporkan tumpahan kimia mengundang kutukan atas talian dan memaksa pasukan keselamatan itu memohon maaf.*
             *Penerbitan kewangan China, Caixin, Ahad lalu menerbitkan artikel ditulis Zhou Chen menceritakan bagaimana pihak berkuasa tempatan mengekori beliau beberapa hari ketika wanita itu melaporkan berita kebocoran bahan petrokimia di bandar raya Guangzhou di Fujian.*
              *Pada lewat 11 November lalu, petang terakhir lawatannya, empat anggota polis memasuki bilik Zhou tanpa izin dan menggeledah barangan miliknya ketika beliau memakai baju tidur.*
           *"Selepas mereka pergi, saya amat ketakutan untuk jangka masa panjang.*

            *GUATEMALA CITY: Pihak berkuasa Guatemala mengisytiharkan amaran merah dan memindahkan 4,000 penduduk kelmarin selepas gunung berapi Fuego meletus buat kali kelima tahun ini.*
           *Ia mengeluarkan abu dan lahar menuruni gunung itu sebelum aktiviti surut dan akhirnya berhenti.*
         *Penduduk masih ingat mengenai letusan gunung berapi itu pada Jun lalu, memusnahkan beberapa kampung dan hampir 200 maut manakala 235 lagi hilang.*

           *Jakarta: Gara-gara tertinggal penerbangan, seorang wanita bertindak nekad dengan menceroboh landasan dan mengejar pesawat yang bersiap untuk berlepas.*
              *Kompas.com melaporkan, penumpang berkenaan dilaporkan mengejar pesawat Citilink di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali menuju ke Jakarta pada Ahad lalu.*
          *Wanita itu yang diknali sebagai Hana sudah membuat daftar masuk tetapi tidak menaiki pesawat pada waktu yang ditetapkan.*

            *CHICAGO: Seorang lelaki yang berang selepas tunangnya membatalkan perkahwinan mereka bertindak menembak mati wanita itu yang juga seorang doktor sebelum membunuh seorang anggota polis dan pegawai farmasi dalam satu kejadian di sebuah hospital di sini, kelmarin.*
           *Dalam kejadian pada tengah hari kelmarin itu, Juan Lopez yang bekerja di Pihak Berkuasa Perumahan Chicago pergi ke Hospital Mercy di sini untuk bertemu tunangnya, Dr Tamara O’Neal.*
           *Saksi memberitahu, Lopez dan Tamara dilihat bertengkar di tempat letak kereta hospital berkenaan dan suspek dilaporkan mendesak wanita itu memulangkan semula cincin pertunangan mereka.*

            *COPENHAGEN: Bekas ketua kumpulan gengster Denmark, Nedim Yasar disahkan meninggal dunia hari ini, akibat ditembak selepas menghadiri majlis pelancaran bukunya, di sini.*
           *Buku tulisannya bertajuk ‘Roots’, yang berkisar mengenai kisahnya menarik diri daripada kegiatan jenayah diterbitkan hari ini.*
            *Nedim, 31, kini bertugas sebagai penyampai radio selepas meninggalkan Los Guerreros, gengster yang terbabit dalam penjualan dadah di Copenhagen.*
              *Sekurang-kurangnya dua tembakan dilepaskan ke arah Nedim, ketika beliau meninggalkan majlis pelancaran bukunya, semalam.*


*TULAR / POPULAR*
================


            *LELAKI yang mengeluarkan kata-kata kesat dan berunsur ‘rasis’ terhadap jurujual wanita di pasar raya di Ampang, Selangor dalam klip video yang tular, baru-baru ini, sudah memohon maaf.*
           *Permohonan maaf individu terbabit dibuat menerusi video yang mula tular malam tadi.*
           *Menerusi video berdurasi 45 saat itu, individu berkenaan memohon maaf kepada jurujual wanita terbabit dan mengakui kesalahan yang dilakukannya.*
            *”Saya ingin buat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada 'promoter' perempuan terbabit. Saya akui kesalahan saya dan amat menyesal di atas tindakan saya terhadap 'promoter' itu.*

            *KAPAL Diraja (KD) Hang Tuah yang juga kapal tertua dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadi kapal muzium pertama pasukan pertahanan laut berkenaan.*
              *Pelancaran kapal yang sudah berkhidmat lebih 50 tahun dalam Armada TLDM juga sebagai satu kaedah tradisi dipraktikkan oleh tentera laut seluruh dunia.*
            *Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, pemilihan kapal berkenaan yang mempunyai nilai sejarah tersendiri dan istimewa dalam perkhidmatan TLDM adalah satu kebanggaan buat warga pasukan itu.*

             *SINGAPURA: Akibat tidak memulangkan baki wang mencukupi, seorang pemandu teksi dan penumpangnya bergaduh dan bertumbuk.*
           *Pihak polis mengesahkan mereka mendapat tahu mengenai kejadian itu pada 14 November lalu yang berlaku di tepi jalan pada jam 8.35 malam waktu tempatan.*
              *Sebuah laman web berita tempatan, Stomp melaporkan pada Isnin lalu bahawa seorang pembaca menghantar video kejadian kepada mereka.*
           *Video tular itu menunjukkan seorang lelaki memakai baju kolar putih difahamkan pemandu teksi terbabit menumbuk seorang lelaki berkemeja-T putih dipercayai penumpangnya.*
                 

*CERITERA ATLET*
================


           *LONDON: Bekas juara dunia Fernando Alonso dan Kimi Raikkonen akan mengucapkan selamat berpisah di bawah lampu limpah Abu Dhabi hujung minggu ini, pemandu Sepanyol itu kepada Formula Satu manakala pemandu Finland itu kepada Ferrari.*
          *Dengan kedua-dua kejuaraan dimenangi Mercedes dan Lewis Hamilton, masing-masing meraikan kejayaan kelima, fokus pada perlumbaan terakhir musim ini beralih kepada pemandu yang berpindah - sekalipun jika sekadar di sekitar paddock.*

           *KUALA LUMPUR: Peluang penunggang MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk menguji jentera baharu KTM pada hari pertama sesi ujian rasmi di Valencia, Sepanyol terpaksa dihadkan susulan hujan, semalam.*
           *Penunggang pasukan KTM Tech3 itu hanya mampu melakukan 20 pusingan menggunakan jentera RC16 di Litar Ricardo Tormo dengan catatan terbaiknya 1 minit 34.233 saat (s) meletakkannya di kedudukan ke-24 terpantas daripada 25 pelumba yang mengambil bahagian.*
            *Selepas 20 musim bersama Yamaha, Tech3 yang berpangkalan di Perancis beralih arah menggunakan jentera spesifikasi utama KTM bagi musim 2019.*

            *KUALA LUMPUR: Penyokong Harimau Malaya masih berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan Piala AFF 2018 membabitkan Malaysia dan Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.*
            *Menerusi satu kenyataan di laman rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), penyokong masih lagi boleh mendapatkan tiket perlawanan itu memandangkan hanya 30,600 tiket yang terjual setakat semalam.*
           *Mengambil kira kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil yang mampu memuatkan lebih 80,000 penonton, sudah tentu banyak lagi tiket yang boleh dibeli oleh penyokong bagi memeriahkan lagi sokongan kepada pasukan negara.*

           *KUALA LUMPUR: Meskipun tewas dua perlawanan persahabatan dengan New Zealand, penyerang skuad hoki negara, Faizal Saari tetap optimis Malaysia berada di landasan tepat sebelum turun beraksi di saingan Piala Dunia bermula 28 November sehingga 16 Disember ini.*
             *Jelas Faizal, dia serta rakan sepasukan memperoleh banyak input sepanjang dua perlawanan persahabatan dengan lawan yang menduduki ranking kesembilan dunia itu.*
         *Malaysia tewas 1-2 serta 3-4 dan bakal beraksi pada perlawanan persahabatan terakhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.*

           *KUALA LUMPUR: Kempen Nicol David di skuasy Terbuka Hong Kong yang menawarkan hadiah AS$164,500 (RM689,148) berakhir seawal pusingan kedua selepas dikejutkan pemain England, Millie Tomlinson, smlm.*
              *Bekas pemain nombor satu dunia itu tewas set pertama namun bangkit untuk menang dua set berikutnya tetapi ia tidak mampu menghalang Millie untuk meraih dua set terakhir untuk perlawanan berkesudahan 12-10, 0-11, 8-11, 11-7, 11-6 dalam tempoh 49 minit.*
            8Nicol yang juga juara 11 kali diletakkan sebagai pilihan ke-11 dan diberikan bye pada pusingan pertama.*

            *KUALA LUMPUR: Peralihan pemain badminton remaja ke skuad senior perlu dilengkapi dengan pemikiran yang betul selain kemahiran, sekiranya mereka mahu mencabar pemain terbaik dunia.*
         *Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berkata, pemain perlu mendapat gabungan ramuan yang betul, tidak boleh kekal enggan mengambil risiko atau erti kata lain tersekat di ‘generasi sandwic’.*
            *Pemain seperti ini tidak akan menjadi pemain terbaik dan mereka juga tidak banyak membantu pemain di bawah mereka.*

          *KUALA LUMPUR: Penyerang negara Mohamadou Sumareh hanya mahu memberi tumpuan untuk kembali cergas selepas mengalami kecederaan hamstring yang menyebabkannya diketepikan ketika menewaskan Laos 3-1 pada 12 November lalu.*
             *Pemain kelahiran Gambia itu enggan mengulas laporan mengenai prestasinya pada kempen Piala AFF setakat ini yang mana dia masih belum menyumbat sebarang gol dalam tiga perlawanan berbanding rakan sepasukannya Norshahrul Idlan Talaha yang meledak tiga gol.*
         *”Buat masa ini, tiada apa yang ingin saya katakan,” katanya.*

          *KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mahu bangkit daripada lena selepas berjaya mendapatkan khidmat jurulatih berpengalaman, B Sathianathan untuk mengemudi pasukan itu musim depan.*
        *Meskipun belum ada pengumuman rasmi mengenai perkara itu namun perkembangan itu disahkan sumber rapat persatuan itu kepada Sukan NSTP, smlm.*


*berita penuh sila layari:* www.hmetro.com.my

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.273375 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list