CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12630|Reply: 100

Tak Jadi Nikah, Tapi Lagu Zulin Aziz Trending Nombor 1 Di Youtube

  [Copy link]
Post time 5-11-2018 11:04 AM | Show all posts |Read mode





Ketika itu, hilang arahku

Ya Allah, lindungilah aku

Dalam tahajjudku, aku mohon padaMu

Temukan aku dengan jodohku


Biarpun sudah membatalkan majlis pernikahannya, Zulin Aziz yang nekad meneruskan penggambaran muzik video Dan Ketika Itu harus berbangga kerana lagu nikahnya yang tidak menjadi itu kini trending nombor satu di saluran Youtube.



Baru sahaja melancarkan muzik video yang menyedihkan itu, ternyata ramai netizen yang menyukainya hingga menjadikan ia trending dalam masa kurang 24 jam. Zulin Aziz mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang rata-rata menyokongnya.



foto: IG





Kredit foto: ig




Zulin Aziz di laman Instagramnya menulis bahawa dia masih mampu tersenyum walaupun hati sangat remuk kerana doa-doa peminatnya menjadi penawar. Ujarnya lagu ini dibuat bukan untuk meraih keuntungan, tetapi dia sudah cukup gembira kerana ia menyentuh hati ramai rakyat Malaysia.



Kredit foto: IG




Lagu dan lirik ciptaannya ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada mereka yang mengalami pengalaman serupa. Malahan Zulin bersyukur kerana Allah menolong dia menjauhkan jodoh daripada lelaki yang tidak sesuai itu sehingga mereka tidak jadi kahwin.



Walaupun lagu ini berkisarkan kekecewaan dalam percintaan, tetapi ini juga adalah cara Zulin berdakwah supaya setiap umat Islam yakin kepada percaturan yang telah ditentukan. Justeru itu, Zulin yakin Yang Maha Esa akan menolong hambanya yang meminta kepadaNya.



"Allah mendengar doa saya, kerana saya mohon temukan dengan jodoh baik, maka dia jauhkan saya dari lelaki itu. Allah melindungi saya."



Ramai pengikut Zulin terkesan dengan lirik serta muzik video yang sungguh menyayat hati ini.







Jom lihat muzik video penuh lagu ini.









Hanya orang yang pernah mengalami tragedi ini sahaja memahami kesedihan lagu ini dan yakin ia bukannya gimik melariskan lagu. Buat Zulin Aziz, semoga berjumpa jodoh yang baik satu hari nanti. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2018 11:07 AM | Show all posts
tahniah.. huhuhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 11:08 AM | Show all posts
be strong zulin, lantaklah netizen nak cakap ape, boleh jadi pengalaman pada orang lain juga.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa aku masih merasakan si Terdampar ni propaganza je?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 11:20 AM | Show all posts
so lagu ni mmg dibuat lepas putus cinta ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 11:23 AM | Show all posts
lagu ni dibuat asalnya untuk majlis perkahwinan beliau
nak buat surprise untuk "husband"nyeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2018 11:24 AM | Show all posts
akak rasa propa la soal tak jadi kawin, ada bf, just nak jual lagu je..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Smlm tgk gv5, lepas persembahan forteen sapetah cakap mane pengantin ppuan, nabil jawab 'pengantin ppuan tgh buat music video' zulin terdampar ni bercinta dgn slh sorang kumpulan forteen ke? HAhahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2018 11:36 AM | Show all posts
Kambeng_Gurun replied at 5-11-2018 11:23 AM
lagu ni dibuat asalnya untuk majlis perkahwinan beliau
nak buat surprise untuk "husband"nyeee

nak surprise utk husband tapi kenapa lagu sedih? daheck.

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry la zulin aku mmg tak tau kalo hang mmg kena tinggai laki ke apa tp ini semua mmg nampak mcm propa sahaja. Mcm mmg dah plan.

Kalo yer so sedih dpt perhatian lepas susah payah menyedihkan diri mengharap orng simpati.
Kalo betui mmg kena tinggai, takziah dari meolls.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
fixit replied at 5-11-2018 03:36 AM
nak surprise utk husband tapi kenapa lagu sedih? daheck.

betul ke surprise utk shuben? nampak sgt propa kalau gosip ne betul..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 12:05 PM | Show all posts
geli nak mampos aku tgk video ni. Dia start bukak mulut je aku terus click tutup
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Plan nak kawen tanpa jumpe face to face dgn family laki tu dulu? Nampak sgt desperate zulin oihh
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tgk.suara sheolsz ok..x da la haus sgt
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 12:18 PM | Show all posts
fixit replied at 5-11-2018 11:36 AM
nak surprise utk husband tapi kenapa lagu sedih? daheck.

tak sempat kawen..bfnyer tu tetibe sepi tanpa khabar berita gitewww..
tu yg zulin kecewa uolsss..
tukar lirik kekdahnye..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 12:20 PM | Show all posts
samasam90 replied at 5-11-2018 11:51 AM
betul ke surprise utk shuben? nampak sgt propa kalau gosip ne betul..

gitulah katanya. tapi nmpak mcm diatur jah jalan cerita innih.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2018 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kambeng_Gurun replied at 5-11-2018 12:18 PM
tak sempat kawen..bfnyer tu tetibe sepi tanpa khabar berita gitewww..
tu yg zulin kecewa uolsss.. ...

Tukar lirik pun sempat masuk studio rekod balik. sesuatu sgt
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 12:22 PM | Show all posts
geram dengan tudung dia rasa nak lipat kan je
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 12:22 PM | Show all posts
hati i pun kata propa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2018 12:22 PM | Show all posts
Kambeng_Gurun replied at 5-11-2018 12:18 PM
tak sempat kawen..bfnyer tu tetibe sepi tanpa khabar berita gitewww..
tu yg zulin kecewa uolsss.. ...

kesian. tulah lain kali jgn heboh2.ni gi yindon sume update siap dah prektis ckp yindon.

oh tukar lirik ke. kalau tukar lirik make sense lah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.074091 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list