CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5618|Reply: 10

Barang Selalu Hilang Dalam Rumah? Nak Pastikan Jumpa Balik Guna Je Petua Ini

[Copy link]
Post time 5-11-2018 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Kehilangan barang di dalam rumah bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Walaupun di dalam rumah, ada sahaja barang-barang yang boleh hilang dari pandangan mata kita. Lebih melucukan apabila kita tak nak guna pakai barang itu, ada saja kita nampak. Tetapi, waktu kita nak guna, boleh pula barang itu hilang.


Contoh barang yang selalu hilang adalah kunci rumah, kunci kereta, dompet, dan juga telefon bimbit. Ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan barang hilang. Pertama, sebab kita terlupa kita letak dimana barang tersebut. Kedua, mungkin sebab kita letak bukan di tempat yang selalu kita letak barang tersebut. Yang ketiga, mungkin kerana barang itu teralih dari tempat asalnya.


Foto: Carian Internet


Jadi, bagaimanakah cara yang mudah dan cepat untuk menemukan semula barang yang hilang tadi? Gunakan petua yang akan dikongsikan ini.


Langkah 1 - Kenal pasti tempoh masa barang tersebut sudah hilang


Tanyakan diri anda, sudah berapa lamakah barang tersebut hilang? Adakah baru 2 ke 3 hari? Atau sudah masuk seminggu lebih? Cuba imbas kembali bila kali terakhir anda nampak barang tersebut. Dah ingat berapa lama? Ok, kita ke-langkah yang seterusnya.


Langkah 2 - Pilih cara mencari mengikut tempoh masa tadi. Mulakan carian mengikut urutan yang berikut;


Tempoh hilang 1 hingga 5 hari - Mulakan mencari pada bahagian atas. Jika anda berdiri, ianya berada di paras bahu ataupun 'eye level' anda. Jika anda duduk, cari di bahagian atas meja atau sofa yang pernah anda duduki. Selalunya barang tersebut ada di kawasan itu sahaja dan agak mudah untuk menemukan semula.


Tempoh hilang 6 hingga 10 hari - Cari di bahagian tengah. Jika anda berdiri, fokus mencari di kawasan sama aras dengan pinggang. Selain itu, barang tersebut juga mungkin telah terselit di celah barang-barang lain. Jadi mungkin anda perlu menyelak dan mengalih beberapa barang lain semasa mencari. Keadaan begini biasanya akan mengambil masa yang agak lama sedikit untuk berjumpa semula barang tersebut.


Tempoh hilang melebihi 10 hari - Kemungkinan besar barang tersebut telah terjatuh ke bawah atau atas lantai. Jadi cepat-cepat fokuskan carian anda pada bahagian bawah sahaja. Cuba cari di bawah meja atau bawah kerusi.




Foto: Carian Internet


Petua ini hanyalah bantuan untuk memudahkan proses mencari sahaja. Kadang-kala ianya menjadi, dan kadang-kala usaha mencari itu boleh berakhir dengan kekecewaan. Boleh jadi barang tersebut telah diambil oleh orang lain dan diletakkan di tempat yang asing bagi anda. Lagi pun, barang itu hanya hilang di dalam rumah, anda boleh tanya sahaja orang-orang di dalam rumah tersebut atau ajak mereka sama-sama mencari ikut petua ini. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2018 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tabur garam
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2018 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih bagus juga tips ni. Jangan lupa berselawat juga
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2018 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
iols getus dalam hati, ni mesti keje toyol.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2018 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
i selalu masa cari tu memang takkan jumpa..
selongkar habis dah sana sini..
bila dah tak perlu or beli baru, mesti jumpa balik..
yang sakit hati, elok je bendanya terletak cantik kat tempat dicari
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2018 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai bomoh kalau barang tersebut mahal....kalao murah...pakai singseh jual ubat minta tilik pun bulih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2018 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
petua paling berkesan.psgla cctv kt uma.leh replay bagai ltk kt mana
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 09:54 AM | Show all posts
kalau saya suka baca innalillah mcm org meninggal tu, sambil cari barang

da umur mghmpiri 40's ni...aduiyai...mudah  sgt lupaaaa....pdhal bersalin normal je xde amek injek2 yg org kata kesan dia mudah jd lupa tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2018 11:21 AM | Show all posts
petua ni..originally daripada seorang Cikgu kepada rakan bisnes saya. Dia yang cerita pasal petua ni.

Lagi satu petua ni.. InsyaAllah menjadi time2 emergency. Nak cepatkan.. haa guna petua ni.

Goodluck! huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by beautifulliar at 7-11-2018 11:41 AM

Pnh bawak enpon ke toilet.pastu kuar toilet lupa nk ambik enpon tu skali.lps berjam2 br teringat mn enpon sbb nk check kot ada msg.

Punye lama cari satu umah belek karpet n tmpat xlogik segala pastu terduduk pikir gane enpon dlm umah boleh ilang sedangkan tkde sesape selain diri sndri.

Pastu pikir toyol agaknya ambik.Siap msg family guna enpon lain suh tgokkn dr jauh kot sape2 yg mana terang tu.Pastu penat cari tertidor.Dh la offkan ringtones hp yg xjumpa tu

Mlm nk g mandi tengah mandi tu ternampak enpon kt atas para kayu tu.Baru teringat bodohnye kan siang td sndri bwk masuk enpon ke toilet.Xtrpikir nk cari kt toilet.

Sekian cite ai

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 03:08 PM | Show all posts
saya, sambil beristifar cari.
tapi kalau dah tahap berpeluh-peluh, saya maki je.
tengok elok je benda dicari tu depan mata. sedangkan dah geladah kat tempat tu tadi.
hm...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.067478 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list