CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2116|Reply: 5

"Terima Kasih Kerana Terima Nenek Moyang Saya" - Adam Corrie Cerita Pa

[Copy link]
Post time 7-11-2018 12:41 PM | Show all posts |Read mode




Isu panas berkenaan ratifikasi Konvesten Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) memang hangat diperkatakan. Biarpun belum dibincangkan di kabinet secara terperinci, ura-ura untuk ia dilaksanakan bertiup kencang dalam kalangan rakyat Malaysia.



Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri terhadap perkara ini. Bagi orang Melayu, pelaksanaan ICERD ini akan menghapuskan keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja manakala bagi segelintir kaum lain, sudah sampai masanya Malaysia mengamalkan pelarasan semua kaum.


Dalam kekecohan tersebut, artis Adam Corrie mempunyai pendapat yang menarik untuk dihujahkan. Mengambil kira ucapan Pemimpin Kaum Cina, Tun Tan Siew Sin (Presiden MCA) dan Pemimpin Kaum India, Tun VT Sambanthan (Pemimpin MIC) yang berasa bertuah berada di bumi Malaysia serta berkongsi kerakyatan, Adam berkata dia sangat menghormati hak-hak keistimewaan orang Melayu.





Kredit foto: Twitter





Menjelaskan yang dia adalah bangsa Cina dan tiada apa pun yang akan mengubahnya. Tetapi dalam masa sama dia menghormati budaya bangsa lain seperti Melayu, India dan lain-lain. Jadi, adalah tidak adil mempersoalkan hak milik istimewa bumiputera kerana ia adalah kelebihan mereka sebagai tuan rumah sejak dahulu lagi.



"Dalam surah hujurat ayat 13, ada mengatakan bahawa Allah jadikan pelbagai bagsa untuk saling kenal dan belajar budaya sesama kita."



Kredit foto: Twitter





Pengakuan Adam mendapat sambutan hangat daripada netizen yang terharu dengan ketulusan hatinya yang sedar dengan keistimewaan orang Melayu.







Foto - FB





"Kalau semua orang Cina macam Adam, pasti aman damai kita."

Bagi netizen, apa yang termaktub di dalam perlembagaan sepatutnya menjadi kayu ukur bagi keharmoniaan semua kaum dalam sebuah negara yang berbilang bangsa. Jangan ada sesiapa yang cuba bermain api kerana kelak ia memakan diri.






Kredit foto: Carian Internet




Ramai netizen berterima kasih kepada Adam Corrie yang memahami bahawa ada perkara yang tidak boleh diusik dan diganggu gugat. Jadi, jagalah keharmonian pelbagai bangsa dengan tidak mencadangkan sesuatu yang bercanggah perlembagaan. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2018 03:17 PM | Show all posts
Ya Betul. Moga ramai lagi yang faham
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu, Dr Ridhuan Tee pun pernah bg kenyataan lebih kurang Adam Corrie ni..
Persamaan mereka adalah, mereka Muslim berbangsa Cina
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 07:20 AM | Show all posts
Saya juga berterima kasih kepada keluarga melayu yg membesarkan saya sejak kecil. Dibekalkan pula ilmu agama sebagai pedoman.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 07:59 AM | Show all posts
mereka nak menang sentiasa
in the expense ada pihak lain yg kena sentiasa kalah
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 08:05 AM | Show all posts
musuh Islam itu adalah puak MUNAFIK, (MUNAFIK NI - BERPURA PURA ISLAM KENYATAANNYA MEREKA TIDAK BERIMAN PD ALLAH ROSUL )
SAPA LAGI MUSUH ISLAM - KAPIR YG MEMUSUHI SEGALA PERATURAN ISLAM DAN MUSUH KAPADA ORG ISLAM TU SENDIRI
SAPA LAGI - RACIS - IKUT IKUTAN ATAU XFAHAM ATAU MUSUH ISLAM
KOMUNIS - NI MMG MUSUH ISLAM, SENJATA IDEOLOGI CIPTAAN FREEMASON YAHUDI
DAN BYK LAGI MUSUH ISLAM...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.055177 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list