Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Muhammad Syaugi berkata, tiada lagi lokasi untuk dicari dan pihaknya tidak lagi menjumpai mayat mangsa.
“Kami akan mengehadkan operasi kepada pemantauan sahaja,” katanya.
Pesawat penumpang Boeing 737 MAX yang baharu itu terhempas di lautan pada 29 Oktober lalu sebaik berlepas dari Jakarta dalam perjalanan ke pulau Bangka di Sumatera.
Syaugi berkata, 196 beg mayat mengandungi bahagian tubuh mangsa berjaya diperoleh dan 77 mangsa telah dikenalpasti selepas pemeriksaan forensik.
Katanya lagi, pihak berkuasa sudah memuat turun data daripada salah satu kotak hitam yang ditemukan pada minggu lalu iaitu perakam data penerbangan, namun masih mencari perakam suara kokpit.- REUTERS