CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3366|Reply: 0

EDISI TERENGGANU : Program Trenglish akan diperluaskan

  [Copy link]
Post time 11-11-2018 10:00 PM | Show all posts |Read mode
                     

KUALA TERENGGANU 10 Nov .– Kerajaan negeri bercadang emperluaskan program Trenglish pada masa akan datang dengan penglibatan lebih banyak sekolah agar lebih ramai pelajar dapat dibimbing dan dirangsang bagi menguasai Bahasa Inggeris.
                     
Setiausaha Kerajaan, Datuk Abdul Rahman Yahya berkata, langkah itu seiring dengan perancangan penambahbaikan pengisian program bagi mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar di samping keupayaan berkomunikasi menggunakan bahasa antarabangsa itu.
  
Katanya, pada tahun ini sebanyak 10 sekolah rendah masing-masing sebuah bagi setiap daerah  (kecuali Kuala Nerus sebanyak tiga buah) terlibat dengan  Program Trenglish dengan kerjasama Yayasan Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri dan Petronas.

Program yang diperkenalkan pada tahun 2014 itu pada mulanya melibatkan 28 buah sekolah menengah dan kemudian ditingkatkan kepada 40 buah sekolah menengah dan 10 buah buah sekolah rendah sehingga kini.

Program berkenaan ternyata berjaya kerana telah memperlihatkan peningkatan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris terutama dalam komunikasi dan penguasaan  pelajar bahan bahasa itu,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menutup Kem Mega Trenglish yang disertai seramai 240 pelajar dari 40 sekolah di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Wan Mohd. Hasnan Abdullah; Ketua Sekolah dan Pembelajaran Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia Petronas, Nelly Francis @ Shariah; Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamuddin Hashim.

Katanya, melalui program itu Petronas tahun ini memberi sumbangan bernilai RM500,000  menerusi penganjuran kem berkenaan dan  junior summer camp, penerbitan majalah dan tajaan akhbar.

Selain itu katanya, kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu juga memperuntukan sebanyak RM1. 8 juta untuk pembiayaan elaun guru Terengganu Hired English Language Personnel (T-Help) dan aktiviti T-Help di semua sekolah.

Beliau berkata, pada masa ini seramai 52 guru T-Help dilantik oleh Yayasan Terengganu yang diempatkan di sekiolah-sekolah di bawah program Trenglish.

Selain penglibatan dalam program Trenglish bagi meningkatkan keyakinan dan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar, Petronas juga  turut melaksanakan program yang melibatkan  komuniti iaitu di Setiu Wetland.

Menurut Wan Mohd Hasnan, melalui program itu, sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi pembangunan dalam tempoh empat tahun mulai 2016 di kawasan berkenaan yang melibatkan pembangunan infrastruktur dan keusahawanan untuk komuniti setempat.

Daripada jumlah bantuan itu, RM2 juta diperuntukkan untuk pembangunan usahawan  di samping pembelajaran Bahasa Inggeris kepada komuniti setempat dalam membantu peningkatan ekonomi selain dapat menguasai bahasa Inggeris.,’’ katanya.- UTUSAN ONLINE

        
              

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.053282 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list