CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5054|Reply: 33

Isteri larang Aliff Syukri pegi tengok semi final GV5

  [Copy link]
Post time 12-11-2018 05:20 PM | Show all posts |Read mode

Patutlah tak muncul semalam... yg ada video minta maaf je...


“Bukan Merajuk, Tapi Isteri Yang Larang Saya Pergi” – Aliff Syukri
Ketiadaan usahawan yang juga merupakan penaja utama untuk program Gegar Vaganza 5 (GV5), Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman pada konsert separuh akhir semalam menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

Menurut Alif, beliau bukan sengaja tidak mahu menghadirkan diri, tetapi isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid melarangnya daripada berbuat demikian berikutan kontroversi yang melandanya minggu lalu.

“Saya memang nak pergi, namun pihak pengurusan iaitu isteri dan konsultan yang lain menasihatkan supaya saya tidak datang. Ketiadaan saya di GV semalam bukan disebabkan saya merajuk, sebaliknya saya hanya mengikut arahan daripada pihak pengurusan.

“Untuk konsert final, saya akan ikut apa kata pengurusan saya. Kalau isteri benarkan saya pergi, barulah saya akan pergi,” katanya kepada KopiPlanet.com sewaktu ditemui pada majlis penyerahan zakat yang berlangsung di D’Pinang Laris Hall, Sungai Buloh, Selangor hari ini.

Dalam majlis itu, Alif menerusi syarikatnya, D’herbs telah menyumbangkan zakat sebanyak RM300,000, selain barangan persekolahan kepada sekolah-sekolah terpilih dari seluruh negara.

“Saya buat persiapan untuk majlis ini sudah lama, bukan disebabkan nak tutup kontroversi minggu lepas kalau itu yang didakwa oleh netizen.

“Tujuan saya adakan majlis ini bukan sebab nak tunjuk riak atau apa. Memang saya sudah lakukan perkara sebegini sejak enam tahun lalu di samping memberikan sumbangan wang dan barangan persekolahan kepada para pelajar terpilih,” ujarnya.

Minggu lalu, Aliff dikecam kerana memanggil seorang penonton wanita sebagai ‘ugly’ dalam siaran langsung konsert minggu kelima GV. Tindakannya itu menerima kecaman daripada ramai netizen serta beberapa rakan selebriti tempatan.

Mengulas mengenai isu itu, Alif berkata, “Saya tak boleh nak halang apa orang nak kata. Kalau orang tak boleh terima dengan perkara itu, saya dengan rendah diri memohon maaf.”

Konsert final GV5 akan berlangsung pada Ahad ini (18 November) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Seramai enam finalis iaitu Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya, Zamani dan duo Billy Zulkarnain akan bertanding bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM100,000. – KopiPlanet.com


sumber: www.kopiplanet.com




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2018 05:25 PM | Show all posts
eee tak malu takut bini
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Propa je. Takde maknanya dia ni nak dengar ckp bini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 05:53 PM | Show all posts
wekkkkk takut biniii
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 12-11-2018 05:25 PM
eee tak malu takut bini

Takutlaa nanti kena corai
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini dia ada ig blk dh.  Propa dasar x blh hidup tnpa perhatian. Alif ni ok lagi bini lebih sudu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2018 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapr byk benang da dia nih.....retis fofuler teruk ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 06:07 PM | Show all posts
kalau dengan takut bini boleh elakkan dia dari terus dikecam & membuat kesilapan, aku respect dia sbg seorang lelaki y tak menjunjung ego hanya kerana dia suami & lelaki.

yang patut malu, org y mengejek Aliff Syukri takut bini..





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2018 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kayo rayo tapi takut bini weiiii
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 06:17 PM | Show all posts
Dalam majlis itu, Alif menerusi syarikatnya, D’herbs telah menyumbangkan zakat sebanyak RM300,000, selain barangan persekolahan kepada sekolah-sekolah terpilih dari seluruh negara.


Yeah, damage control. And really? Nape x letak muka depan paper je terus
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala lepas kecam netizen puji balik pastu kecam balik pastu puji balik
Tak penah dorang ni bila dah tak suka terus tak suka sampai sudah
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah tak datang ... keputusan juri nanti pulak dijadikan  bahan .. lepas tu menyesal dan mintak maaf ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2018 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde maknanye dia ikut cakap bini. Damage kontrol je tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Margarita replied at 12-11-2018 05:26 PM
Propa je. Takde maknanya dia ni nak dengar ckp bini.

Memang propa drama gila.
Video kat tangga dgn bibik dan binik nampak benar staged  
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 12-11-2018 06:01 PM
Bini dia ada ig blk dh.  Propa dasar x blh hidup tnpa perhatian. Alif ni ok lagi bini lebih sudu

Siapa cerdik memang dah tahu IG binik dia akan ada balik. Hahaha tak sampai seminggu pun dah muncul semula.
Mereka ni nyawa mereka pada sosial media dan kontroversi serta drama propa
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 08:59 AM | Show all posts
bukanlah dia takut bini kan dia kata ikut cakap pihak pengurusan so aku rasa function bini dia sini lebih pada pengurus kot. Tapi eloklah ikut cakap bini dalam hal hal membawa mudarat. Bini pun tau laki pondan susah nak dikontrol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2018 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Elokla..konsert akhir pon tayah datang..bini dia lg propa noks...atleast si samdol alip ni cakap je apa yg dia pikir .tp bini heols betopeng ig
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 09:22 AM | Show all posts
jalfa replied at 13-11-2018 09:04 AM
Elokla..konsert akhir pon tayah datang..bini dia lg propa noks...atleast si samdol alip ni cakap je  ...

bini nya x dtg la final br berlps ke mekah bt umrah dgn baby yusuf
tok alip mungkin dtg la kot
tp kena behave la bini nya dah sound kt ig jgn bt hal
ntn x tenang sheol nk beribadah kt mekah
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 09:40 AM | Show all posts
dia ni nk nampak exclusive.. final nanti time bagi hadiah tu jek muncul.. lain2 tu xpayah berpelesaran di situ.. bini dia penasihat dia, tp pasaipa la jd gitu.. da terok sgt kne hentam baru nk ikot cakap binikah.. time bobo d mana idak plak ikot cakap bini.. aneh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 09:44 AM | Show all posts
Final pun takyah datang. Siarkan iklan pun dah cukup. Cam penaja penaja program lain. cam loreal maxis. Takde md terjerit jerit jual barang dlam show.

Tenang sgt concert semi without him.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.072456 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list