CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5129|Reply: 35

Kalau Si Gila Seks Tunjuk Kemaluan, Apa Yang Perlu Dibuat? Ini 7 Tindakan Yang

[Copy link]
Post time 13-11-2018 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Pernahkah anda berjalan seorang diri atau berada di tempat awam dan tiba-tiba seseorang (biasanya lelaki) menghampiri anda dengan gelagat mencurigakan? Kemudian anda sedari, dia menunjukkan kemaluannya! Apa reaksi biasa seorang wanita apabila seorang lelaki melakukan perbuatan gila seperti ini? Adakah mereka berbahaya?



Kredit foto: Carian Google


Persoalannya, mengapa ada orang yang sanggup melakukan aksi seperti ini? Menurut pakar psikologi, semuanya ada kaitan dengan perasaan ingin menguasai, keegoaan dan keinginan untuk menarik perhatian mangsa. Sesetengah orang menarik perhatian dengan berbuat kebaikan, manakala sesetengah lagi membuat sesuatu yang keji seperti ini.



Kredit foto: Carian Google


Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), hanya sedikit kes seperti ini dilaporkan di Malaysia, dan kebanyakannya berlaku di tempat umum. Majoriti pelakunya pula berumur 18 tahun ke atas dan tidak mengenali mangsanya secara peribadi. Menurut sumber PDRM dan pakar psikologi, ini adalah 7 tindakan yang anda perlu buat jika terserempak dengan lelaki gila seks yang menunjukkan kemaluan kepada anda.



Kredit foto: Carian Google


1. Beralih Kedudukan atau Arah
Sekiranya si gila seks duduk atau berjalan berdekatan sama ada di sisi atau melawan arus, perlahan-lahan beralih kedudukan dan jauhkan diri anda daripadanya.

2. Bertenang
Jika si gila seks tidak menunjukkan sebarang tanda akan bergerak menghampiri anda,  bertenang atau buat muka selamba (poker face). Adalah satu kepuasan besar bagi mereka melihat anda terjerit-jerit ketakutan.



Kredit foto: Carian Google


3. Buat Muka Tanda Jijik
Jika anda tidak dapat beralih kedudukan kerana berada di ruang sempit seperti pengangkutan awam, buat muka tanda jijik. Keluarkan telefon dan buat aksi seperti anda  akan menghubungi  seseorang / polis.

4. Jangan Cuba Menyerang / Mendekati
Walau apapun yang berlaku, jangan cuba mendekati pemangsa untuk memukul atau memulakan provokasi fizikal. Tindakan ini membahayakan.

5. Jerit Jika Pemangsa Menghampiri
Jika si gila seks mula menunjukkan tanda akan menghampiri anda, jerit sekuat hati untuk menarik perhatian orang ramai. Polis mendapati jeritan 'kebakaran!, api!' lebih mendapat perhatian orang ramai berbanding jeritan 'tolong!, tolong!

6. Berpura-Pura
Jika anda keseorangan dan anda diserang sehingga tidak dapat melarikan diri, berpura-pura diserang penyakit sawan ataupun kencing/berak dalam seluar anda. Menurut polis, mangsa yang mengalami kejadian seperti ini akan merosakkan nafsu dan fantasi sang pemangsa.


Kredit foto: Carian Google


7. Lapor Segera
Walaupun anda tidak diapa-apakan, buat laporan polis seberapa segera supaya ada tindakan susulan diambil oleh pihak berkuasa. Cuba ingat seberapa banyak maklumat yang boleh termasuk raut wajah dan perawakan si pemangsa.




Sila kongsikan tips penting  ini supaya rakan-rakan dan keluarga tersayang anda tahu tindakan yang tepat jika digangu pemangsa gila seks. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2018 11:44 AM | Show all posts
diserang sawan or kencing /berak dalam seluar cm susah sikit nak buat. harap dijauhkan bende2 camni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 11:46 AM | Show all posts
berpura-pura diserang penyakit sawan ataupun kencing/berak dalam seluar anda. Menurut polis, mangsa yang mengalami kejadian seperti ini akan merosakkan nafsu dan fantasi sang pemangsa.


yg ini nanti aku yg tergelak sorang2...

aku x kira kalu aku nk katok ngan penyapu kalu jumpa yg tunjuk2 anu pensel 2b tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2018 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
manehnya: yg ini nanti aku yg tergelak sorang2... aku x kira kalu aku nk katok ngan penyapu kalu jumpa yg tunjuk2 anu pensel 2b tu


Jangan hempuk, nanti dia balas
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 01:05 PM | Show all posts
Sekadar saranan boleh ler masaalahnya bila panic semua tak jalan sebab tu jangan cepat panic
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 02:26 PM | Show all posts
Pernah dulu masa kecik2, masa tu sekolah rendah lagi...Ada sorang makhluk allah ni iols perasan selalu duduk kat tingkap nakoh. Dok sweet2 bila lalu depan rumah dia. Iols buat tak heran je.

Suatu hari tu balik dengan kawan perempuan, orang tu sweet2 jugak macam biasa. Lps tu kawan iols terus tarik tangan ajak lari. Iols pun tanya la kenapa? Dia cakap orang tu tunjuk "bebird"..Selama ni iols tak tau sebab rabun....

Selamat terlindung pandangan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2018 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kepit hidung buat muka eeeuww pastu muntah2 buat2 sesak napas
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg xleh ek serangan fizikal?dlu time study ada laa satu tahun tu diserang flasher..nasib baik ler hostel sy jauh drpd tmpt serangan flasher tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2018 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 13-11-2018 11:56 AM
Jangan hempuk, nanti dia balas

Dia balas ke.. ingatkan lari lintang pukang
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 04:06 PM | Show all posts
Masalahnya skang, spesis2 flasher ni dpt ape bila tayang bebird tu? Hahaha sampai skang iolls tak paham. Buang masa n menyusahkan org nak lari
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 04:46 PM | Show all posts
cakap jela kuat2 ' kecik nya bang. ' mesti dia malu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 05:02 PM | Show all posts
dulu, masa kat kolej, sorang angkel stop depan bus stop, pandang saya, tetiba buka zip, pegang bebird dia cakap, "mau ka?".

saya jawap... "keciknya!".
dia terkejut dan terus drive off....

lepas tu baru saya rasa terkejut, seram sejuk takut semua...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Atau cakap je.. bang saya pondan bang.  Saya pon ada loceng juga. Nak saya tunjukkan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
AznieBunnie replied at 13-11-2018 05:02 PM
dulu, masa kat kolej, sorang angkel stop depan bus stop, pandang saya, tetiba buka zip, pegang bebir ...

Angkel or angel? But then why angel pula? Should be satan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2018 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 13-11-2018 05:25 PM
Atau cakap je.. bang saya pondan bang.  Saya pon ada loceng juga. Nak saya tunjukkan ke?

Trauma pervert tu kalau kena balas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2018 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
AznieBunnie replied at 13-11-2018 05:02 PM
dulu, masa kat kolej, sorang angkel stop depan bus stop, pandang saya, tetiba buka zip, pegang bebir ...

Padan muka lelaki tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2018 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
julia5094: Pernah dulu masa kecik2, masa tu sekolah rendah lagi...Ada sorang makhluk allah ni iols perasan selalu duduk kat tingkap nakoh. Dok sweet2 bila lalu d ...


Nasib uols rabun kalau tak dah trauma
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa study dulu pun pernah kena camni. Dahla pokcik. Bodoh betul. Heols duduk atas motor depan uni iols pastu tunjuk bebird.. masa tu iols bersama kawan2 nak g exam.. tertengok bebird pulak.. habis ilmu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2018 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
gummiebear replied at 13-11-2018 07:23 PM
Masa study dulu pun pernah kena camni. Dahla pokcik. Bodoh betul. Heols duduk atas motor depan uni i ...

Terus rosak mood jawab exam ke??
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 13-11-2018 07:26 PM
Terus rosak mood jawab exam ke??

Murung seketika
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.081925 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list