CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1928|Reply: 10

Upload filem Munafik 2 secara haram, Sasuke Kun kena bayar RM100,000

[Copy link]
Post time 13-11-2018 01:40 PM | Show all posts |Read mode

dah tak pasal2 kena bayar RM100k kat skop... kesian kau Sasuke Kun....


Penerbit, Pengarah Munafik 2 Puas Hati Dengan Hukuman Kepada Pesalah
Penerbit filem pecah panggung Munafik 2, Datuk Yusof Haslam berpuas hati dan berharap keputusan mahkamah yang mengarahkan pesalah untuk membayar RM100,000 kepada syarikat produksi miliknya, Skop Productions menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Hakim Mahkamah Majistret Taiping Asmadi Hussin hari ini mengarahkan Muhammad Izwan Shah Kamal Shah untuk membayar amaun tersebut kepada Skop Productions di atas kesalahannya menyebarkan secara haram filem Munafik 2 di laman Instagram dan Facebook miliknya yang menggunakan nama Sasuke Kun.

“Saya berharap dengan perintah yang dikeluarkan mahkamah ini dapat memberi pengajaran kepada semua pihak agar tidak main-main dengan perkara seperti ini.

“Menyebarkan hak cipta dan karya filem orang di laman sosial adalah satu kesalahan besar dan pihak saya hanya mengikut saluran undang-undang yang betul bagi membanteras perkara ini,” kata Yusof ketika dihubungi KopiPlanet.com sebentar tadi.

Sementara itu, pengarah Munafik 2, Syamsul Yusof ketika dihubungi berkata, dia berharap pihak kerajaan akan lebih mengetatkan undang-undang berhubung penyebaran filem secara haram di media sosial, termasuk juga cetak rompak yang masih lagi berleluasa sehingga kini.

“Saya harap selepas ini kerajaan akan meminda dan memperketatkan undang-undang berhubung perkara ini. Kalau boleh bukan sahaja didenda, tetapi juga dipenjarakan agar ia dapat memberi pengajaran dan kesedaran kepada semua orang di luar sana.

“Saya ambil tindakan ini bukan hanya untuk filem saya sahaja sebaliknya sebelum ini ramai juga pengarah dan penerbit yang pernah bercerita kepada saya mengenai filem mereka turut disebarkan di media sosial. Jadi, saya harap langkah ini membuka satu jalan agar kesalahan seperti ini tidak lagi dipandang ringan,” katanya.

Menurut Syamsul, sebelum mengambil tindakan menyaman Muhammad Izwan, pihaknya terlebih dahulu sudah memberi amaran namun lelaki tersebut langsung tidak mengendahkannya.

“Saya sebenarnya sudah berjumpa dengan Muhammad Izwan dan dia sudah pun memohon maaf ketika kami bertemu di mahkamah dan saya memaafkannya. Saya bila orang minta maaf, saya akan maafkan. Namun perkara ini saya buat ikut undang-undang sebab bila sudah bagi amaran sebelum ini dia tidak endahkan sehingga memaksa kami membawa perkara ini ke muka pengadilan.

“Saya harap dengan keputusan mahkamah ini dapat membuka mata orang ramai bahawa menyebarkan filem di mana-mana platform laman sosial adalah satu kesalahan besar dan berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang,” katanya. – KopiPlanet.com


www.kopiplanet.com





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2018 01:54 PM | Show all posts
masak ko dik nak cari rm100k nak bayor..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mendapatlah kan..dah suruh removed..x mau..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 02:15 PM | Show all posts
my god,  RM100,000  tu....puas nak membayo
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 02:17 PM | Show all posts
Elok lah tu. Sebab orang dah suruh remove tak mau.

Pengajaran untuk semua.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 04:49 PM | Show all posts
eksen sangat dah bagi chance pun
terbang 100k melayang
tapi takkan la tok sop tak kesian langsung kot
at least half pun ok la tuuu
lesson learned sis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2018 04:50 PM | Show all posts
saviour_09 replied at 13-11-2018 04:49 PM
eksen sangat dah bagi chance pun
terbang 100k melayang
tapi takkan la tok sop tak kesian langsung  ...

buat apa nak kesian orang curi barang ko
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 04:51 PM | Show all posts
fushimi replied at 13-11-2018 04:50 PM
buat apa nak kesian orang curi barang ko

oo ye la tuuu
tu aku la kot
ko tak tau la
ok2

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2018 04:17 PM | Show all posts
tak pasal2 je kena bayar rm100k.. padahal tiket wayang baru rm18 klu weekend.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 04:22 PM | Show all posts
katanya si mamat ni berlagak gile, dh cakap cara elok pun nak tunjuk hebat lagi, bila dh kena saman camni terus claim fam susah, mak bapak sakit.. pthuiii sekor lagi jantan korea takguna
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2018 05:03 PM | Show all posts
no komen, itu sahaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 1.370838 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list