CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2160|Reply: 1

Penari tiang jatuh ketika buat persembahan, tapi solekan, bulu matanya lebih jad

 Close [Copy link]
Post time 13-11-2018 05:31 PM | Show all posts |Read mode

PENGHIBUR dan penari tiang Frankie Fatale tidak pernah menyangka bahawa dia akan mendapat lebih ramai peminat selepas terjatuh ketika membuat persembahan gara-gara solekannya masih elok.
Tanggal 2 November sepatutnya menjadi satu lagi hari yang menyeronokkan untuk penari yang berpangkalan di Perth, Australia ini melakukan persembahan.
Dia sedang melakukan aksi di udara untuk pertunjukan bertemakan lanun apabila terjatuh dari sauh yang dinaikinya, lapor The Pedestrian.
Berdasarkan posting Instagram yang dimuat naik oleh Fatale pada 5 November, dia segera diusung dengan pengusung selepas kemalangan itu.
Kakitangan perubatan mendapati Fatale patah tulang selangka. Dia juga terpaksa menjalani pembedahan untuk menambah plat logam yang akan menyokong tulangnya yang patah.
image: http://www.mstar.com.my/berita/b ... 5ef97204.ashx?la=en
Selain Instagram, Fatale juga memuat naik gambarnya dalam kumpulan Facebook privasi di mana orang ramai mula melihat kesan solekannya.
"Saya memuat naik foto itu ke kumpulan Facebook privasi, jadi saya menjangkakan orang ramai dapat berborak dan buat lawak mengenai nasib malang saya untuk menggembirakan saya," kata Fatale.
Tetapi, bukan itu yang berlaku! Fatale mendapat banyak pertanyaan mengenai rutin kecantikannya dan jenis produk yang digunakannya.
Rata-rata kagum dengan solekannya yang masih sekata, begitu juga dengan keningnya yang sempurna walaupun selepas terbabit kemalangan yang agak dahsyat.
"Saya paling terkejut melihat bulu mata saya. Biasanya bila saya menangis ia akan tertanggal dan jelas saya terkejut kerana hari itu saya menangis sambil menunggu paramedik. Tetapi ia tetap melekat sepanjang masa.
"Saya begitu biasa melihat diri saya dalam solekan tebal seperti itu. Saya menganggapnya satu pujian yang sangat baik apabila mereka kata saya mempunyai kemahiran solek!"
image: http://www.mstar.com.my/berita/b ... 2ab5ecb0.ashx?la=en
Sebagai tindak balas, Fatale mula berkongsi beberapa tip solekan. Banyak pertanyaan tertumpu kepada bulu matanya yang tidak tertanggal walaupun dia menangis dan semburan 'fixing'.
Sementara itu, posting pada 8 November menunjukkan Fatale beransur pulih sambil memegang telefon pintar di atas katil hospital.
Dia juga pernah memenangi anugerah untuk 'bentuk badan paling hangat' di pertandingan Miss Nude World 2019 yang diadakan di Perth, Australia pada 22-27 Oktober lalu. -AsiaOne


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2018 08:09 AM | Show all posts
maaf TT, anisss rasa thread ni tk sesuai di sini. so Aniss close ye..TQ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.054739 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list