dahsyat.. dahsyat ... untonggg laaa semua rakyat bela
BANGKOK: Seorang bekas sami Buddha Thailand yang dikehendaki atas tuduhan seks ke atas kanak-kanak akan dihantar pulang dari Amerika Syarikat (AS) untuk berdepan dengan perbicaraan, kata polis Thailand, hari ini. Tertuduh, Wirapol Sukphol yang dahulunya dikenali dengan nama biarawan Luang Pu Nenkham, mencetuskan kebimbangan pada 2013 selepas satu rakaman video yang dimuat naik di YouTube menunjukkan sami itu berada dalam jet peribadi dengan beg Louis Vuitton. Gaya hidupnya itu dianggap bercanggah dengan ajaran Buddha dan sumpah seorang sami, iaitu mengelak daripada memiliki barangan peribadi dan mewah. Setahun kemudian, beliau diusir oleh golongan sami Buddha selepas dituduh melakukan hubungan seks, iaitu satu kesalahan berat bagi seorang sami kerana menjalinkan hubungan dengan gadis bawah umur. Wirapol kemudiannya melarikan diri ke Amerika Syarikat. Sementara itu, polis berkata, siasatan menjurus kepada dakwaan pencabulan, penculikan kanak-kanak, penipuan awam, pengubahan wang haram dan jenayah komputer. -Reuters.
|