CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hotmak

(V3) All About Zamani & Slam

   Close [Copy link]
Post time 16-11-2018 08:59 AM | Show all posts
Korang ni guna enjin jet apa ni...satu malam je dah bertingket2. X mampu la iols nak kejor. Any cerita panassss or berita sensasiiisss?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2018 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
MiaQaisarah replied at 16-11-2018 08:40 AM
Sama sebijik sikap abg adek dengan iols macam yg uols cakap ni, adakah sebab kami berkongsi bulan  ...

Eh sama la kita bln mei jugak..pemalu,soft spoken tiberrrr
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 09:01 AM | Show all posts
Macam biasa chuolsss..
jangan lupa vote untuk abgadek ye..

Pencarian Cuckoo Friend 2019
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaya12 replied at 16-11-2018 08:45 AM
Salam jumaat semua. Doakan Abang Ahad ni ye. Abang tak sabar nak rap nih. Dua tiga kucing berlari ma ...

gambar dr urtv ke kaka
yang penting sihat ye.. perform ahad ni kasi yg terbaik okay..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
vairaaa replied at 16-11-2018 07:22 AM
Morning semua...salam jumaat..jom kt doakan abgadek d pg yg mulia nie.
rs2 xlama lg kena pindah b ...

Kena standby siap2..tkut lmbt check in
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Abam lili elsa reply komen iols kt ig ckp terima kasih pon dh berbunga bunga ...
Eh tp bgus gak korang  ckp psl fans dr kuburuan tu.. atleast drg tahu...truskan la # tu okay
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2018 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
mamamia13 replied at 16-11-2018 07:31 AM
Mata panda tak chuols? Haha

iols pon tadi after subuh tanpa sedar terus terkam hp. Suben iols ...

Hahahaha..lwkla
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 09:06 AM | Show all posts
Kumpulan Slam merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Slam adalah salah sebuah kumpulan muzik yang telah meniti populariti dalam dunia muzik tanah air dan boleh diklasifikasikan dalam kategori 'growth', di mana mereka pernah menuju ke puncak kejayaan sebagai penyanyi berkumpulan. Nama Zamani, Shah, Ajak, Lili, Man dan Eddie tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat seni suara tanahair, khususnya selepas kejayaan album kedua mereka yang berjudul Kesan Terbukti. Album ini telah memuatkan lagu-lagu berhantu dengan 4 lagu berada di kedudukan teratas carta Muzik Malaysia dan Indonesia seperti Tak Mungkin Berpaling dan Kembali Terjalin. Kemudian mereka terus mengorak langkah dengan lagu-lagu hits yang lain seperti Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani dan lagu malar segar mereka iaitu Gerimis Mengundang.

sources credit wiki kumpulan slam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2018 09:07 AM | Show all posts
Sejarah Awal (1990-1994)
Kumpulan Slam telah diasaskan oleh bekas gitaris utama kumpulan Exist (kini Exists), Shah Nizam bin Abdul Halim (Shah) pada tahun 1991 di Johor Bahru, Johor. Shah yang berperanan sebagai ketua kumpulan memberitahu kegagalan beliau bersama Exist dan sokongan penuh daripada komposer terkenal, Rahim Othman serta bekas pengurus Exists di Jojo's Production dahulu telah menjadi inspirasi ke arah terbentuknya Slam. Di Johor, Shah berjaya mengumpulkan 3 orang pemuzik iaitu Razak Bajuri (Ajak - Gitar), Osman Khalid (Man - Dram) dan Azli Masrani (Lili - bass) untuk bersama-sama memartabatkan muzik rock mengikut selera dan citarasa mereka. Ketika ini mereka menggunakan nama Fix sebagai nama kumpulan. Mereka kemudiannya menjalankan ujibakat bagi mencari penyanyi biarpun ketika itu Fix terlebih dahulu mendapat empat orang penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal tersendiri. Bagaimanapun jodoh Fix dengan penyanyi-penyanyi tersebut tidak panjang kerana mereka masih mencari keserasian. Mereka mempunyai perancangan yang menarik dalam industri muzik dan kerana itulah, mereka mahukan penyanyi yang sesuai dan mempunyai visi yang baik bagi mendukung wawasan mereka.

Sewaktu proses rakaman album pertama mereka pada 1992 sedang dijalankan, Shah terpaksa mengetepikan vokalisnya gara-gara suara tidak mencapai tahap yang dikehendaki sewaktu mendendangkan lagu Nina ciptaan Rahim Othman. Mereka terpaksa menangguhkan pembikinan album pertama dengan membuka peluang kepada vokalis-vokalis baru yang ingin mencuba nasib dengan Slam. Ujibakat telah diuruskan bersama oleh pihak pengurusan Johan Sound Production (kini dikenali sebagai Johan Music). Atas cadangan Acong (vokalis kumpulan Sweet Child), akhirnya mereka ditemukan dengan pemuda asal Ampang, Zamani Ibrahim yang pada ketika itu berusia 22 tahun. Keunikan suaranya jelas memukau pihak pengurusan dan anggota kumpulan yang lain. Berbekalkan bakat semulajadi dan seraut wajah kekanak-kanakan, Zamani dijangka boleh membuat peminat tidak puas memandangnya.

Zamani juga merupakan seorang penyanyi yang tidak pernah meninggi diri walaupun dia kini tergolong dalam kelompok vokalis terbaik tanahair. Malahan penyanyi itu mempunyai sifat malu yang cukup tebal hingga terpaksa belajar beraksi di pentas dengan ketua kumpulan mereka, Shah. Menurutnya, dia banyak belajar tentang bagaimana cara menyanyi dengan penghayatan yang baik dan tinggi. Dia juga cukup menghormati Shah kerana baginya, Shah mempunyai kebolehan luar biasa yang jarang dipunyai oleh sesetengah pemuzik lain. Hal ini berlaku mungkin kerana pengalaman Shah yang cukup luas dalam muzik malah berprinsip tinggi. Kriteria itu juga yang menyebabkan seluruh anggota Slam bersetuju memilihnya sebagai ketua kumpulan walaupun jika dihitung dari sudut umur, Shah adalah antara anggota kumpulan yang muda.

Zamani berjaya menyanyikan semula lagu-lagu yang telah 70% dirakamkan oleh vokalis asal. Setelah berjaya menamatkan proses rakaman yang memakan masa hampir 60 jam, mereka sekali lagi dikejutkan oleh berita buruk dari meja pengurusan apabila nama Fix tidak boleh digunakan kerana ianya boleh menimbulkan kekhilafan dalam sebutan. Pun begitu, profesionalisme yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan Johan Sound Production berjaya menenangkan setiap anggota kumpulan yang tergantung namanya ini. Mereka sekali lagi terpaksa membuka talian kepada penggemar muzik tanah air yang sudi memberi nama kepada kumpulan anak muda yang baru dilahirkan ini. Dari 3,000 penyertaan, Johan Sound Production dan anak-anak muda yang cukup tegar pegangan muzik ini telah memilih Slam sebagai nama baru menggantikan nama asal. Biarpun begitu, mereka sewajarnya boleh berbangga kerana tidak perlu menggunakan pemuzik undangan. Sewaktu di studio, setiap anggota Slam tahu dan faham tugas masing-masing. Selagi tidak berpuas hati dengan muzik ataupun vokal, mereka akan terus bermain tanpa henti. Kadang kala masa dalam studio lebih panjang dari waktu-waktu yang lain.

Namun impian tidak selalunya menjadi kenyataan, Slam terpaksa akur dengan kehendak peminat muzik tempatan. Konsep Pop Kreatif yang diperjuangkan secara kumpulan merupakan sesuatu yang baru di negara ini. Walaupun album pertama mereka cukup baik dan mempunyai nilai artistik serta nilai jual yang tinggi, namun faktor populariti juga perlu diambil kira. Album pertama mereka sekadar mencecah jualan 40,000 unit sahaja ekoran persaingan dengan kumpulan muzik sedia ada seperti Spring, Mega, Fotograf dan pesaing terapatnya Ukays. Lagu-lagu seperti Malam Dan Semalam, Buat Seorang Kekasih dan Nina masih belum cukup kuat untuk mengangkat martabat muzik Slam. Namun, Slam tidak cepat melatah lantas mereka membuat post-mortem ke atas Slam. Hasil post-mortem tersebut, Slam melalui Shah berjaya membawa masuk pemain keyboard (papan nada) yang berasal dari Kota Tinggi, Johor iaitu Eddie Ahmad yang sebelum ini memulakan kariernya bersama kumpulan Ekamatra yang terkenal dengan lagu Sentuhan Kecundang, Pusara Di Lebuhraya dan Hanya Satu Persinggahan. Penyertaan Eddie dalam kumpulan Slam ternyata tidak sia-sia kerana pengalaman luas yang dimiliki oleh pemuzik berkaca mata ini telah berjaya memantapkan lagi susunan muzik Slam di samping idea-idea beliau yang tidak pernah jemu untuk diterima oleh anggota-anggota Slam yang lain.

Dalam setiap pembikinan album, Slam tidak terlalu cerewet dalam memilih komposer jemputan apatah lagi mereka sendiri mampu menggubah lagu. Nama-nama seperti Johan Aziz (juga pengurus Slam), Rahim Othman dan Saari Amri tidak pernah lekang dari bibir peminat setia kumpulan ini. Bagi peminat-peminat Slam, nama-nama besar ini telah berjaya mencorak irama muzik Slam dari pelbagai dimensi kerana mereka mempunyai cara, citarasa, identiti dan susunan muzik yang tersendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 09:07 AM | Show all posts
Kemuncak Populariti (1995 - 1999)
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dalam usia setahun jagung penubuhannya, Slam telah Berjaya mengumpul peminatnya sendiri. Album kedua mereka Kesan Terbukti telah berjaya meletakkan kumpulan ini sebaris dengan kumpulan-kumpulan muzik gergasi tanahair dari segi jualan, kualiti dan populariti. Album ini telah meledak dipasaran sekaligus nama Slam tiba-tiba sahaja menjadi sebutan dikalangan peminat muzik tempatan sementara di Indonesia, album ini dipasarkan dengan judul Tak Mungkin Berpaling. Lebih membanggakan apabila lima single di dalam album ini berjaya menguasai carta radio seluruh Nusantara. Lagu Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, dan Bukan Niat Membalas Derita merupakan rangkaian lagu-lagu hits nombor satu petikan album ini. Sementara lagu Manisnya Rindu juga memberi impak tersendiri. Album ini menjadi antara album terbanyak melahirkan single di kedudukan nombor satu di Malaysia dan Indonesia. Ramai menyifatkan lagu Tak Mungkin Berpaling pula merupakan lagu yang mencerminkan identiti muzik yang diperjuangkan oleh Slam. Segalanya berbaloi apabila album ‘Kesan Terbukti’ mencecah angka 300,000 unit di pasaran Malaysia & Singapura dan terjual lebih 500,000 unit di Indonesia. Ini telah melayakkan Slam menerima anugerah platinum berkembar dari syarikat rakaman mereka.

Slam seterusnya mengeluarkan album kompilasi Terbaik Slam pada penghujung 1995 sebagai bekal sementara pembikinan album ketiga mereka. Ternyata ketiga-tiga lagu bonus petikan album kompilasi tersebut mengungguli carta, terutama sekali lagu Gerimis Mengundang yang menjadi lagu paling popular pada tahun 1996 sehingga pernah dirakam dalam 24 versi saduran oleh penyanyi pelbagai negara dan bahasa serta layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik. Lagu ciptaan Saari Amri ini menjadi antara lagu Melayu paling masyhur dalam sejarah muzik Nusantara. Terdapat parodi dan filem yang diterbitkan berdasarkan lagu ini. Dua buah lagi lagu yang hits petikan album yang terjual lebih 200,000 unit ini ialah Kurnia dan Jalan Keindahan. Menerusi album ini Zamani Ibrahim diiktiraf oleh Anugerah Industri Muzik sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Di Dalam Album (Lelaki).

Album Kembali Merindu telah berada dipasaran pada pertengahan tahun 1996. Dalam album ini, Slam telah membuat pembaharuan yang drastik kearah memantapkan lagi muzik mereka. Mereka mulai sedar dimana ‘target’ Slam untuk mencapai tahap tertinggi dalam industri muzik sudah semakin hampir untuk digapai. Hasilnya mereka meraih kejayaan sekali lagi menerusi single popular seperti Jika Kau Rasa Getarnya, Kita Terpaksa Bermusuhan dan Kembali Merindu. Album ini juga terjual lebih 250,000 unit di Malaysia dan 400,000 unit di Indonesia. Mengekori kejayaan ini ialah rangkaian konsert-konsert yang dijayakan oleh Slam. Mereka pernah mengadakan Konsert Unplugged 1996 dan Live in Singapore pada tahun 1997 yang dikenali kerana membawa kejayaan besar hingga memberikan kejayaan apabila diiktiraf dengan anugerah khas Kembara di Anugerah Industri Muzik ke-5 pada tahun 1998.

Pada tahun 1998 juga, Slam muncul dengan album Dalam Harapan dengan sedikit pembaharuan demi memastikan piawaian mutu terjaga. Album ini mempertaruhkan single Mentari Muncul Lagi yang meledak pada tahun ini. Ketika ini Slam sudah mula berjinak-jinak dalam dunia perfileman dengan pelawaan jutawan filem Yusof Haslam untuk beraksi dalam Bara serta sebuah lagi filem yang tidak disiapkan berjudul Cindai Asmara. Kerana agak lari fokus, album ini tidak begitu mengujakan peminat tambahan persaingan daripada kumpulan baharu seperti Spoon dan Def Gab C. Pun begitu, AIM mengiktiraf album ini apabila tercalon dalam kategori Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-6 pada tahun 1999.

Pada tahun 1999, penyanyi utama mereka pula dikaitkan dengan masalah disiplin dan kesihatan. Zamani memberi bayangan akan meninggalkan Slam sehingga membuatkan ramai peminat tidak puas hati. Slam membuat kemunculan terakhir bersama Zamani menerusi album kompilasi Best of Slam pada tahun 1999 dan popular menerusi single nombor 1 berjudul Rindiani. Pada penghujung tahun 1999 Slam secara rasmi direhatkan seketika apabila Zamani keluar dan Shah pula sebagai ketua kumpulan bertindak menyertai kumpulan lagenda Search untuk album Selepas Banjir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 09:07 AM | Show all posts
Dalam Harapan (2003 - kini)
Setelah agak lama berkubur dan Zamani telahpun melancarkan karier solo yang berjaya pada tahun 2002, Shah yang ketika itu telahpun menjadi pemuzik profesional mengambil keputusan untuk membuat kemunculan semula biarpun tanpa kehadiran Zamani. Album berjudul Slamanja diterbitkan pada tahun 2003 bagaimanapun tidak berjaya menaikkan kembali nama kumpulan ini ekoran populariti lagu-lagu Zamani yang seiring diputarkan di radio. Lagu Cintuni merupakan antara lagu Slam yang tidak menggunakan suara Zamani beroleh sedikit populariti.

Pada tahun 2006, Shah mengumumkan kehadiran Ronnie (Sharon Hussein) sebagai penyanyi baru dalam kumpulan ini.[1] Album comeback berjudul Menggapai Langit akhirnya berjaya diterbitkan pada tahun 2007. Ia menghasilkan kembali lagu-lagu hits seperti Rayuan Di Puncak Genting dan Sesat Di Jalan Mu. Namun pasaran muzik tidak lagi sama seperti dulu, kumpulan ini terpaksa bersaing dengan lebih ramai pemuzik generasi baharu yang kebanyakkannya muncul dari underground scene. Hingga ini Slam kekal antara kumpulan muzik paling berpengaruh di Malaysia dengan jualan keseluruhan album di seluruh dunia lebih 1 juta unit. Kumpulan ini berjaya mencipta nama di Indonesia dan berdiri sebaris dengan kumpulan-kumpulan hebat Malaysia sepanjang zaman seperti Orkes Nirwana, The Zurah II, Alleycats, Kembara, Carefree, Sweet Charity, Search, Gersang, Wings, IKLIM, Spring, KRU dan Ukays.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
vairaaa replied at 16-11-2018 08:26 AM
Ig _official laki bini tu handle..wife die rsnya..sndiri like sndiri post sndiri repost sndiri kom ...

Lg satu sendiri up gambar sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 09:07 AM | Show all posts
vairaaa replied at 16-11-2018 09:06 AM
Abam lili elsa reply komen iols kt ig ckp terima kasih pon dh berbunga bunga   ...
Eh tp bgus ...

khennn..rasa tak caya pulak abam lili reply..
teruja gittew
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
kmbg replied at 16-11-2018 12:38 AM
Sebelum besok iols kesiangan jom layan petikan gitar abg zam.. Selamat malam warga zamaniland.   ...

hmmm.. tasty.. syahdu betul lirik tu. sesapa yg putus cinta mmg boleh tangkap leleh.
tiada beza malam ataupun siang..
payah lena kumenjelma semenjak kau tiada..
tak menentu fikiran pun beecelaru..
tiada lain yanh teringat.. hanya kenangan denganmu..
bertahun kita menciptanya.. retak hanya sekelip mata.......
huwaaaaaa. sedeh. tiberrr.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 09:08 AM | Show all posts
Penghargaan
Anugerah Platinum 1995 - Album Slam ( Kesan Terbukti )
Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Artis Berkumpulan Popular ( Anugerah Bintang Popular 1995 )
Semi Final ( Muzik Muzik 1995 ) - Nur Kasih
Anugerah Platinum 1996 - Album Slam ( Kembali Merindu )
Anugerah Platinum 1998 - Album Slam (Live Konsert Unplugged)
Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Artis Berkumpulan Popular ( Anugerah Bintang Popular 1996 )
Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Vokal Lelaki Terbaik - Zamani ( Slam ) ( Anugerah Industri Muzik 1998 )
Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Album Pop Terbaik - Slam ( Anugerah Industri Muzik 1998 ) - Album - Slam ( Live Konsert Unplugged 2 )
Anugerah Platinum 1999 - Album Slam ( Dalam Harapan ) Jualan 50,000 Unit
Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Vokal Lelaki Terbaik - Zamani ( Slam ) ( Anugerah Industri Muzik 1999 )
Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Album Pop Terbaik - Slam ( Anugerah Industri Muzik 1999 ) - Album - Slam ( Dalam Harapan )
Semi Final ( Muzik Muzik 1999 ) Lagu Mentari Muncul Lagi
Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Penyanyi Lelaki Popular ( Anugerah Bintang Popular 2002 ) - Zamani
Vokal Lelaki Pilihan ( Anugerah Era 2002 )
Anugerah Platinum 2002 - Album ( Zamani / Syair Si Pari Pari )
Final ( Anugerah Juara Lagu 2002 ) - Zamani Lagu Syair Si Pari Pari
Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Vokal Lelaki Terbaik ( Anugerah Industri Muzik 2003) - Zamani Album Zamani ( Syair Si Pari Pari )
Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Lagu Terbaik - Syair Si Pari Pari ( Aidit Alfian / Ad Samad )( Anugerah Industri Muzik 2003 )
Anugerah Platinum 2003 - Album ( Slam / Zamani Nostalgia Gemilang )
Final ( Anugerah Juara Lagu 2004 ) - Zamani Lagu Kala Hujan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 09:08 AM | Show all posts
Konsert
Konsert Grand Slam Unplugged ( 1996 )
Konsert Slam Kembali Merindu Live in Singapore (2012)
Konsert Slam Unplugged Singapura (2012)
Konsert Kurnia Slam (2016)
Konsert Dua Dekad Slam (2016)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2018 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
amira_adlina replied at 16-11-2018 08:26 AM
@fahima80 td iols mcm terlepas pandang..si mizal ade mintak maaf ke kat sebelah tu ?

Takdenya si mizal nak mintak maaf. Yg iols cakap tu orang lain @amira_adlina. Hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 09:10 AM | Show all posts
Nama lahir        Zamani bin Ibrahim
Juga dikenali sebagai
Zamani Slam
Kelahiran        25 Mei 1971 (umur 47)
Taman Keramat, Keramat, Selangor Selangor
Berasal dari        Malaysia Malaysia
Genre        Pop, Pop rock, Balada
Pekerjaan        Penyanyi, Pelakon
Instrumen        Vokal
Tahun aktif        1993–kini
Syarikat rakaman
BMG Music
Warner Music
Universal Music
Kegiatan berkaitan
Slam

biodata zamani
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
MiaQaisarah replied at 16-11-2018 08:40 AM
Sama sebijik sikap abg adek dengan iols macam yg uols cakap ni, adakah sebab kami berkongsi bulan  ...

nice try!! haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
abadi84 replied at 16-11-2018 08:15 AM
Ai jenguk jap td...acah2 setuju jer dgn kata2 dorang tp lps tu reply mnyakitkn hati...contohnya me ...

Kan..aah lynkn pndpt drg..susah klu drg je betul..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.230505 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list