CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: KILL_NANCY

Kurang Ajar!!!

  [Copy link]
Post time 24-11-2018 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Bilissey at 24-11-2018 04:42 PM

Apabila menyuarakan pendapat, walaupun dengan menggunakan ayat sopan, tetap juga akan dilabel kurang ajar (oleh sesetengah orang) kerana pendapat tersebut bertentangan dengan pendapat yang melabel dan yang melabel pula jenis pantang ditegur. Ehhh..  

Oleh itu, kerana kita terkenal dengan sifat malu, maka lebih baik kita memendam daripada kita dilabel sebagai kurang ajar. Kita malu jika dilabel kurang ajar

Sekadar contoh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2018 08:40 PM | Show all posts
Cerdik tak boleh ditegur... Bodoh tak boleh diajar
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2018 09:59 PM | Show all posts
yang mek faham pasal puisi ni..seseorang harus berani supaya tak ditindas..kurang ajar dalam puisi ni ialah kena menjadi berani menegakkan apa yang hak kita..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2018 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hangat pasal ketuanan melayu. Sultan pun kawen bukan melayu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2018 11:14 PM | Show all posts
naz1641 replied at 24-11-2018 09:50 PM
Hangat pasal ketuanan melayu. Sultan pun kawen bukan melayu

Long time no see
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2018 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 24-11-2018 08:10 AM
Wah...tq KILL sebab bagi info ...KILL banyak ilmu dalam sastera ni...kaka setuju dengan pendapat K ...

welcome kak nor.ish takdelah banyak ilmu kak oi.saya baca sikit2 je.mana saya tau saya kongsilah.tak tau saya tanya.best baca pendapat2 terbuka macam ni, pada masa yang sama dapat belajar daripada fikiran2 yang matang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2018 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwah mak pernah pesan, biarlah orang nak kurang ajar dengan kita. Sentiasalah berbuat baik... tapi i jarang ikut

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2018 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau nak drop Komen kat mana tapi nak mengucapkan syukur Dan tahniah kpd mod yg disayangi kill Nancy Dan seribulan (mode bodek onzz). Stay strong
Selamat kembali bertugas to kill nancy

Kurang ajar....
Yang paling saya igt skarang ialah bila kawan bising2 pasal saya takde anak
Dgn selalu kata siapa nak doakan kalau mati, laki kawen lain, hidup kurang bahagia takde anak etc
Sgt2 kurang ajar tapi saya sudah maafkan - ehhh kalau dah maafkan bole plak aku merempan kat sini lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2018 11:21 AM | Show all posts
kurang ajar yang saya fhm dr puisi usman awang ni
jgn jd bodoh sombong.
sentiasa belajar
kalau jd bodoh sombong x kemana
belajar ni bukan mesti smpi ke PHD  tp dengan keadaan sekeliling, kemahiran pon boleh belajar
pendek kata walau dh tua.. selagi nyawa dikandung badan.. jgn berhenti belajar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena 'kurang ajar', bukan bodoh sombong. Sampai mati pun kita kena belajar dan berjuang untuk diri sendiri. Jangan jadi macam ni...

Juga dari penulis yang sama

Anjing itu kurus kelabu

Lidah terjelir nafas termengah-mengah

Menjaga istana tuannya yang gemuk

Patuh setia, menerima dan menyerah

Anjing itu, sering menyalak-nyalak selalunya mendayu-dayu

Bukan kerana ada musuh

Tetapi minta makanan, perutnya lapar

Tuannya hanya mencampakkan cebis-cebis roti kering.

Anjing itu, tidak dibebaskan

Lehernya dirantai, punca digenggaman tuannya.

Anjing itu, bila perlu, diperah

Bagi menjaga keselamatan tuannya

Menjadi binatang lindungan desakan luar

Dan himpitan dalam

Begitu rupa nasib, anjing itu

Kurus kering, dalam semuanya tak cukupan

Hanya menanti rahim tuannya

Cebis-cebis roti kering

Dan tulang-tulang tak berdaging

Itulah jadi makanan, dan hidup jadi

Alat kesenangan manusia jahat memperhambakannya.

Siapa anjing

Hanya binatang setia.

3 Jun 1950, Utusan Zaman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 11:42 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 16-12-2018 10:54 AM





Puisi
Pulang Si Tenggang
MUHAMMAD HJ. SALLEH
(buat baha zain)

i
jarak jasmani yang kutempuh ini
adalah perjalanan jiwa,
pemindahan diri dari tanah asal
ke negeri yang dikumpul oleh mata dan akal.
ilmu yang kukutip darinya
adalah ilmu pendatang,
yang belajar melihat, berfikir
dan memilih dari antara kenyataan
yang selalu berubah wajah.

ii
benar, aku pernah berlaga suara
dengan ibu atau nenekku,
tetapi hanya setelah berkali memerikan rumit keadaan
yang tidak mereka cuba fahami  –
isteri yang mula kucintai di laut kesepian
di sempadan yang mengasingkan,
mereka telah bawa kepada prasangka.
aku tidak pulang sepenuhnya, aku tahu,
setelah dirubah waktu dan persekitaran,
dikasarkan oleh kepayahan, dianehkan oleh perpisahan.

iii
tapi lihat,
aku mengangkut diriku pulang
setelah diperbesarkan oleh rasa percaya,
dilebarkan oleh tanah dan bahasa-bahasa.
aku tidak lagi takut kepada lautan
atau manusia lain-cara,
tidak mudah disesatkan
oleh bicara atau gagasan.
perjalanan tegak sebagai guru di geladak,
yang tidak enggan memaknakan
kebudayaan atau kelainan.
lihat, aku seperti kau juga
masih melayu,
peka pada apa
yang aku percaya,
dan lebih sedia memahami
daripada adik atau abangku.
muatan kapal ini juga buatmu,
kerana aku pulang.

iv
perjalanan menjadikan aku pemilih,
pencari yang sering tidak menerima
daripada tangan yang tidak jujur,
atau yang mengungkit bayaran dari peribadi.
setelah tahun-tahun di lautan
aku belajar memilih-beza,
menerima hanya yang teruji bandingan
atau seciap dengan bijak datukku
yang membawaku pulang
ke kampung dan kesempurnaannya.

v.
aku sudah belajar
jadi kurang ajar,
memeluk kenyataan dengan logika baru
berdebat dengan hujah
pejal dan nyaring, tapi juga
menghulur santun,  menghargai,
manusia dan kehidupan.

vi.
aku bukan manusia baru
tidak terlalu
berlainan daripadamu,
hanya penghuni dan kota
di pantai-pantai pelabuhan
menuntut bahawa aku tidak
bermenung di depan keasingan,
rusuh diserang kepayahan,
atau gerun kepada kemungkinan.

aku adalah kau
yang dibebaskan pagar kampong,
tanah dan istiadat,
merdeka, kerana aku telah menemui diri.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.285652 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list