CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 19702|Reply: 74

Trend terkini : Intermittent Fasting

[Copy link]
Post time 26-11-2018 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sejak Lisa Surihani, pelakon anak dua berkongsi amalan Intermittent Fasting (IF) untuk menurunkan berat badannya semakin ramai pula yang teruja mahu mengetahui tentang IF ini.

Tapi apa yang ramai tak tahu selain dari mampu menurunkan berat badan IF atau amalan puasa 16 jam ini ada banyak lagi kebaikan kepada tubuh.

Perkara ini didedahkan oleh Dr Siti Juriah atau Dr Juedalam satu perkongsian videoyang dilakukan baru-baru ini. Perkara ini didedahkan oleh Dr Siti Juriah atau Dr Juedalam satu perkongsian videoyang dilakukan baru-baru ini.

16 jam puasa, 8 jam makan

Bagi yang tidak tahu secara ringkasnya IF ini adalah kaedah mengatur waktu untuk memberi usus kita rehat minimum selama 16 jam. Bagi umat Islam ia sinonim dengan amalan berpuasa

16 jam berpuasa, 8 jam lagi adalah waktu yang dibolehkan untuk makan.Menurut Dr Jue dalam tempoh 16 jam itu kita hanya boleh minum air kosong atau air tanpa gula dan kalori.

Sebagai contoh sekiranya kita mulakan IF pukul 10 malam yakni pada waktu kita mula tidur bermakna kita akan ‘skip’ sarapan dan hanya boleh mula makan pada jam 3 petang.

Dalam tempoh 16 jam puasa itu kita boleh minum air kosong, green tea atau air tanpa gula. Masa untuk IF terpulang pada kita tapi ia haruslah 16 jam.

IF boleh dilakukan seminggu sekali atau selang sehari tapi tak perlu dilakukan setiap hari kerana tubuh akan ‘adjust’ dengan perubahan, jadi apa yang kita harapkan tak terjadi.

P/s : Siapa yg dah pernah cuba kaedah ni. Ada hasil tak ?





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2018 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
I pernah cuba..tp diiringi workout..i puasa 16/8...masa hour ke 14..i workout..cardio..cuba maintain heartrate 60-70% je dr max heart rate..or i workput at the end of eatind window..berat turun quite laju...semigngu turun 3kg..tp i x disiplin la...hehe susah nk keep track masa tu...so lastly i back to calorie counting..easier for me

Apa pun diet u buat...yg plg baik nya adalah..samada that type of diet adalah sustainable even after you achieved your weight goal...do what suits you and don't follow others lah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
First time dengar IF ni. Tak pernah amalkan mana2 diet, cuma style saya, sehari makan sekali sahaja, pukul 8 pagi. Time tu memang makan berat terus (nasi).

Balik kerja pukul 3, dah tak makan. Kalau lapar sangat, baru order mcdelivery atau makan maggi. Hasilnya, orang kata, badan makin susut. Bila timbang, drop 3kg

Jangan tiru macam saya. Saya tiada niat nak turunkan berat badan. Nak keluar cari makanan malam2, tak berapa rajin nak drive. Nak masak, rasa membazir, sebab makan sorang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
dah ada apps utk diet ini.. fast habit namanya.. remind everyday utk start berpuasa..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
bergantung pada apa yg kita mkn selama tempoh 8 jam " time mkn" tu jugak...klu level mentekedarah....sia sia 16 jam belapar...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
guna apps je la follow diet, intake calories etc ..nk puasa lama sgt laaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-11-2018 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Remyda at 27-11-2018 07:42 AM

Sebab aku tengah buat kaedah Ini. Tanpa sedar ia adalah intermittent fasting. Waktu Aku makan sekitar 12 tengah hari - sampai 5 ptg. Then aku stop makan. Tp Malam tu kalau rasa nak makan. Aku makan buah ( tak tau la konsep ni still intermittent fasting Lagi ke tak ) aku workout sebelah pagi.

Hasilnya badan aku rasa ringan. Tapi bila aku timbang berat tak turun mana sangat pun. Mungkin sbb aku dah membina muscle.

Agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 09:37 AM | Show all posts
baru ingat nk cuba sempena tahun baru 2019...ahaks. Tapi sesungguhnya akak rasa akak akan gagal sebab tak cukup willpower nk menahan nafsu makan sebab hobi akak adalah makan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2018 11:55 AM | Show all posts
From my point of view.. Not recommended.. Sementara anda penat berpuasa tanpa pahala.. better lagi makan balanced, moderate and variety.. Calorie intake kena jaga. IF ni bila kita terlalu lama tidak makan, our metabolism will slow.. Bila kita start makan macam biasa our body will burn the calorie slower.. jadinya kita makan sikit pun berat kita susah nak turun.. IF ni boleh ke buat selama bertahun-tahun? Pergi kenduri je dh makan macam orang tak pernah jumpa makanan..

Healthy eating ni kena buat dengan betul, konsep suku suku separuh (1/4 carbs. 1/4 protein, 1/2 veges n fruits) berganding dengan low sugar and fat intake amatlah digalakkan.. kalau kita IF pun tapi time makan tu makan makanan tidak sihat apatah lagi fast food, low nutrient, no sayur n buah.. doesnt mean anything. Our body ada metabolism sendiri.. kita kacau metabolism kita nanti dia susah nk get back kepada asal.. Makan sedikit tapi kerap lagi baik.. yang penting portion size makanan anda

Jangan lupa untuk exercise juga.. boleh tolong tingkatkan metabolism.. Exercise boleh pelbagaikan.. Either untuk endurance atau pun kekuatan otot.. gilir-gilir la.. Ada orang IF tapi malas bersenam.. tak jadi juga..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 03:08 PM | Show all posts
penah try,. start dgn 12 hrs je dlu,. kehkeh2. lama2 kelaut sb dh biasa bekpes pagi susahnya nk skip bekpes tu. huuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
I pun rasa tak sustainable diet ni...tp tak salah mencobaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
siputsedut replied at 26-11-2018 09:26 PM
I pernah cuba..tp diiringi workout..i puasa 16/8...masa hour ke 14..i workout..cardio..cuba maintain ...

Meolz baru nak berjinak2...IF & exercise....  chouolz cut portion makanan x..? Atau makan mcm biasa cuma dalam tempoh pendek....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
awexgaban7 replied at 27-11-2018 07:43 PM
Meolz baru nak berjinak2...IF & exercise....  chouolz cut portion makanan x..? Atau makan mcm bias ...

Kalau IF...jgn cut portion..konsep IF is dlm eating windows..uols kene mkn 3 main meals yg usually u makan dr breakfast ke dinner di hari biasa..kalau IF and then cut portion ...tak meet requirement calorie yg bdn perlukan utk hidup seharian, takut bdn turn into survival mode..yakni dia uraikan glycogen dlm muscle ..nnt hilang muscle (kalau salah mohon betul kan ye sapa2)..rugi kalau hilang muscle....IF ni u makan mcm biasa(tp healthy meal)..and puasa...dlm tempoh puasa yg terlalu lama..bdn akan burn fat cell utk guna as energy in absence of glucose..kalau uols workout yg mana heart rate maintain 60-70% of max heart rate, lg byk fat cell burn....tp tu la iols rasa IF ni susah nk sustain..iols biasanya x dpt habiskn 3 meals dlm eating window...selalu terbabas...timing lari..tp kalau u disiplin..boleh aje...
Portion control (suku2 separuh or calorie counting) is another type of diet..so kalau nk buat portion control..u buat portion control saja..kalau nk IF..IF saja..kalau nk buat keto..buat keto saja..mkn as suggested no carb high fat..yg penting..stadi dlu diet apa yg sesuai dgn lifestyle uols..anddddd yg mana boleh maintain in long term..diet2 jgk..yg penting healthy lifestyle tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
biskutraya replied at 27-11-2018 11:55 AM
From my point of view.. Not recommended.. Sementara anda penat berpuasa tanpa pahala.. better lagi m ...

Betul..kalau nk tau konsep IF secara saintifik..and workout yg sesuai utk bantu tingkatkan metabolisme semasa IF..boleh follow thomas deleaur kt youtube ..membantu utk beginner...

Tp i pon stuju..thr best diet is low sugar...low fat...eat natural wholesome food...fokus on fueling good food dekat bdn
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
siputsedut replied at 27-11-2018 09:08 PM
Kalau IF...jgn cut portion..konsep IF is dlm eating windows..uols kene mkn 3 main meals yg usually ...

Thanks siput utk huraian yg sgt berilmiah... ok, kiranya meolz di track yg betol sbb x cut portion...byk sgt org share dekat fb itu ini, meolz tak taw nk refer yg mana... cuma part caffein & craving coffee milk  tuu alahaiii seksanyaa nk melawan... ka boleh minum ja... meolz tak mampu nk minum black coffee...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai jugak kawan2 yg try IF ni. They use the apps. Macam menjadi je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2018 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
i try 1mgu IF...xsesuai ngan i...for the whole week i rs bdn i bloating..so i stop,buat cara jg kalori mcm sblum ni...bdn org lain mgkin ssuai kot...xsame kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 05:41 AM | Show all posts
i tak sure sama ada apa2 weight loss yg dicapai itu, boleh di mantain
untuk any weight loss ada any impact untuk turunkan risiko diabetes, heart attack, stroke, kidney failure etc, ianya kena at least 5% body weight dan kena sustained for  several months at least
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
awexgaban7 replied at 27-11-2018 11:21 PM
Thanks siput utk huraian yg sgt berilmiah... ok, kiranya meolz di track yg betol sbb x cut portion ...

Black coffee je uols...masa d window fasting...jgn ambik apa2 yg boleh spike insulin or ada calorie as it alters your metabolism at that time...kalau nk minum latte ke cappucino..minum dlm eating window..fasting window make sure air 0cal..so mmg choice nya air masak, black coffee ngn green tea aje...iols dh lama tuka to black coffee..hehe dah terbiasa dah pahit2 dia tu..kalau xnak pahit sgt..uols beli beans kopi tu n bancuh ssndiri..pilih beans yg medium roasted instead of dark roasted...kurang sikit pahit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2018 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
SELAIN ‘INTERMITTENT FASTING’, DIET ‘EAT CLEAN’ PALING CEPAT TURUNKAN BERAT BADAN. COACH INI KONGSI MENUNYA!

Terdapat pelbagai pilihan diet untuk mereka yang mahu mengurangkan berat badan. Antara yang viral baru-baru ini adalah Intermittent Fasting atau berpuasa selama 12 hingga 16 jam sehari. Dan ia terbukti berkesan serta diamalkan beberapa selebriti popular. Selain itu sebenarnya diet secara eat clean juga boleh diamalkan dalam mendapatkan berat badan idaman.

Seperti perkongsian Coach Yatie Nadzli yang memberitahu keberkasanan proses diet ini dalam menurunkan berat badan. Malah diet ini juga yang turut menjadi amalan pemakanan Catriona Ross.

EAT CLEAN adalah perkara yg paling penting dalam Proses Turun Berat Badan. Tak guna bersenam bagai nak rak siang malam kalau makan “TIDAK CLEAN”.

80 % kejayaaan Turun berat adalah dari pemakanan dan dalam program coaching saya Focus pada pemakanan sihat dan EAT CLEAN. Lidah kita ni sebenarnya boleh di reset semula.

KENA TAHU APA ITU EAT CLEAN SEBELUM MENGAMALKAN DIET CARA INI.

APA ITU EAT CLEAN?

makan whole food bukan proses food. maksudnya makan ikan, bukan bebola ikan. makan nasi bukan bihun, mee.
Tiada minyak, gula, sos dan serbuk perasa.
Makan seimbang semua kumpulan dalam piramid makanan bukan makan protein sahaja.
Makan 4-5x sehari ikut keperluan kalori badan.

INI PULA ANTARA MAKANAN YANG DIHARAMKAN UNTUK ANDA MAKAN SEPANJANG PROGRAM EAT CLEAN.
– Semua makanan bergoreng
– Pastry, kek, desert, biskut, coklat, aiskrim
– Semua jenis Air manis
– Processed food Nugget, Hotdog
– Fast food KFC MCD PIZZA
– SEMUA jenis Sos dan Kicap
– Kerepek, Kekacang yg bersalut

EAT CLEAN bukan saja dapat membantu cepatkan proses turun berat badan tetapi membantu badan kita MEMBERSIHKAN diri dari HIGH FAT dan HIGH SUGAR food yg selama ini jadi makanan ruji kita.

EAT CLEAN MENGEMPISKAN PERUT!
ya sangat betul! selama ni puas buat senaman dan makan macam2 ubat kurus utk kempis perut tapi tak berkesan?

Semua berbalik pada makanan kita. minuman kita.

jangan mengeluh badan naik baju ketat kalau masih lagi mengendong air manis, mengunyah cekodok pisang, menyudu char kuew tiaw.

Buat perubahan pada menu makanan anda bermula hari ini. Jangan bertangguh lagi!

– Coach Yatie Nadzli-
Online Weight Loss Coaching


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.075007 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list