CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2297|Reply: 8

Awas! Madu bukan untuk bayi. Puting Getah Madu Punca Botulisme

[Copy link]
Post time 28-11-2018 09:40 AM | Show all posts |Read mode


Bermula dari pertengahan August sehingga Oktober 2018 terdapat 4 kes jangkitan Botulisme melibatkan bayi di laporkan. Jangkitan yang menyerang saraf ini JARANG berlaku dan menimbulkan tanda tanya bagi anggota kesihatan.
Siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Texas mendapati ke empat empat mangsa di dapati TIDAK mempunyai sebarang pertalian,mereka tinggal di tempat yang berbeza.
Teka teki terjawab apabila keluarga mangsa mengesahkan telah memberi bayi bayi tersebut puting getah yang mengandungi madu yang di beli di Mexico.
Berikutan insiden ini, FDA telah mengeluarkan amaran khas kepada ibu bapa dan orang dewasa untuk TIDAK memberikan puting getah yang mengandungi madu.
Amaran turut dikeluarkan untuk TIDAK memberi madu kepada bayi yang berusia kurang dari 1 tahun.
.
BOTULISME
✅ Botulisme adalah penyakit serius yang berpunca dari toksin yang di rembeskan oleh bakteria Clostridium botulinum
✅ Madu mungkin tercemar dengan bakteria ini dan mengakibatkan jangkitan apabila spora masuk ke saluran penghadaman, tumbuh dan menghasilkan toksin.
✅ Toksin botulinum akan MENGHALANG saraf daripada melepaskan bahan kimia ( acetylcholine ) dan seterusnya mengakibatkan gangguan saraf termasuk lumpuh.
Selain dari madu, Botulisme juga boleh berpunca dari sumber lain termasuk makanan dalam tin dengan kandungan asid yang rendah dan jangkitan luka yang cemari dengan tanah.
.
Apakah gejala Botulisme?
✅  Gejala biasanya bermula dengan kelemahan otot yang mengawal mata, mata akan kelihatan kuyu dan tidak bermaya.
✅ Sekiranya saraf di muka, mulut dan tekak terjejas, bayi akan mengalami kesukaran untuk menghisap susu dan menelan..
✅ Apabila ia merebak ke tengkuk dan tubuh badan, bayi akan mengalami kesukaran untuk mengawal pergerakan kepala dan tengkuk . Seluruh tubuh badan akan menjadi lemah seperti pesakit lumpuh.
✅Keadaan akan menjadi kritikal sekiranya Botulisme  melemahkan otot-otot yang membantu dalam pernafasan.
✅ Situasi ini yang menjadikan penyakit ini sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan KEMATIAN.
.
Bilakan Madu boleh di berikan?
Madu boleh diberikan kepada kanak-kanak berusia LEBIH  setahun.
Pada ketika itu, kanak-kanak telah memiliki bakteria lain dalam saluran pencernaan mereka untuk mencegah bakteria botulisme tumbuh dan menghasilkan toksin.
.
Peringatan untuk masyarakat
✅ Peringatan ini di sampaikan agar ibu bapa berwaspada kerana produk puting getah bermadu ini mungkin boleh di dapati secara jualan di dalam talian.
✅ Infomasi ini juga penting sebagai pesanan kepada ibu bapa dan orang dewasa untuk mengelakkan pemberian madu kepada bayi berusia kurang dari 1 tahun.
Sumber
1.https://www.fda.gov/…/…/SafetyAlertsAdvisories/ucm626013.htm
2. https://www.livescience.com/64135-honey-pacifiers-botulism.…



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2018 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
goodness. tak tau pulak ada puting madu begini. Tak pernah bagi pacifier pd anak. and wonder kenapa kena bagi pd bayi bayi. nak stop nangis ke? weird.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 02:11 PM | Show all posts
Good info, tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2018 03:45 PM | Show all posts
adila39 replied at 28-11-2018 01:01 PM
goodness. tak tau pulak ada puting madu begini. Tak pernah bagi pacifier pd anak. and wonder kenapa  ...

nak bagi budak tenang..some kids masuk jari dalam mulut dah dpt ketenangan..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2018 03:48 PM | Show all posts

Thank you jua

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 03:52 PM | Show all posts
kucingitam replied at 28-11-2018 07:45 AM
nak bagi budak tenang..some kids masuk jari dalam mulut dah dpt ketenangan..

oh ye...tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2018 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
bru tau ade puting getah madu...bru 2hri lepas pergi baby store tertengok puting cmni...tpikir knp puting getah bentuk cmtu...tp x tertanya pulak pkerje kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dahsyat ya kesannya. Info yang baik untuk disebarkan. Tq TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2018 04:49 PM | Show all posts
sama-sama.

Ye, madu memang tak boleh diberi pada bayi 1 tahun ke bawah, walaupun madu tu makanan sunnah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.058731 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list