CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hotmak

(V7) All About Zamani & Slam

   Close [Copy link]
Post time 4-12-2018 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadoiiiiii gila apa mimpi iols mlm td.....before tidoniols bc kisah hjshah ada 2 cawangan. Tup2 mlm td iols mimpi ABANGADEK buat pengumuman nk kawen...tp kawen 2 serentak.....adoiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2018 01:45 PM | Show all posts
MissHazel replied at 4-12-2018 12:57 PM
Iols pun masa 1st tgk dia mcm donno lh why ada rasa xbest

betul ade rse tak senangkan chuol.mcm ada asap hitam je keliling dia.ok ni over
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 01:47 PM | Show all posts

HIBURAN

ARKIB : 09/05/2010
Misteri kehilangan Zamani

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto DJOHAN SHAHRIN SHAH


BERSIKAP rendah diri dan tidak suka kisah peribadi digembar-gembur masyarakat.

SECARA sedar atau tidak, sudah tujuh tahun penyanyi bersuara lemak merdu nan mendayu-dayu ini menghilangkan diri. Kali terakhir ceritanya diperkatakan semasa album solo yang memuatkan lagu Syair Si Pari-Pari popular pada tahun 2001. Tiga tahun kemudian, Zamani lenyap entah ke mana. Sunyi tanpa sebarang khabar berita.

Macam-macam cerita yang timbul apabila dia ghaib dalam persada seni ini. Ada khabar baik dan ada juga cerita yang kurang menyenangkan bermain di bibir peminat mengenai Zamani yang sekaligus memperlihatkan sisi negatifnya. Semuanya memerlukan penjelasan dari empunya badan itu sendiri.

Sukar juga bertemu dengan lelaki ini. Mungkin disebabkan dia belum bersedia untuk membuka mulut mengenai ‘misteri’ kehilangannya.

Hakikatnya, lelaki bernama penuh Zamani Ibrahim ini tidak mahu menyembunyikan tentang keadaannya sekarang.

Kesempatan menjadi salah seorang artis yang diundang menyertai Kembara Mingguan Malaysia minggu lalu digunakan sepenuhnya oleh Pancaindera untuk menanyakan perihal sebenar.

Menerusi perbualan singkat selepas Zamani membuat persembahan di Mini Konsert Pancaindera di Port Dickson itu menghuraikan segala-galanya.

Secara dasarnya, kehilangan Zamani tidak bermakna dia tenggelam. Dia mengakui bahawa dirinya masih ‘bernilai’. Sentiasa ada jemputan persembahan sama ada untuk majlis korporat atau di mana sahaja.

‘‘Saya masih wujud dan aktif menyanyi sekiranya ada undangan. Cuma tidak muncul untuk mencari publisiti di kalangan media. Lagi pun tiada cerita baru mengenai saya. Lebih baik saya memencilkan diri buat sementara.

‘‘Ia juga sebahagian dari stail diri saya sendiri iaitu rendah diri. Mungkin ada yang beranggapan macam-macam terhadap saya disebabkan kurang menonjol itu. Biarlah orang mahu bercakap tentang saya. Itu hak mereka,’’ bicaranya.

Zamani juga cuba menyesuaikan kehidupannya dengan mengamalkan cara bersederhana dalam segala hal. Meskipun sebelum ini dia pernah menjalani era poket penuh hasil undangan nyanyian tetapi kali ini tidak.

Apa yang ada di hadapan mata sama ada makanan dan pakaian disyukuri. Dia juga tidak meminta lebih atau tidak. Bersama rakan baik yang juga pengurusnya, Johan Aziz, mereka banyak berbual dan merangka rancangan masa depan. Tak kan mahu berada di takuk yang sama, bukan?

Berbalah dengan anggota Slam?

Ada khabar mengatakan Zamani dikatakan menjadi punca perpecahan kumpulan Slam pada tahun 2001. Dia sering mengalami masalah disiplin menyebabkan semua jadual Slam terganggu.

Dalam masa yang sama tindakan Zamani yang sering menghadiri persembahan secara solo membuatkan anggota Slam yang lain tidak berpuas hati.

‘‘Saya memang tiada masalah dengan Slam. Mereka adalah nyawa saya. Mungkin dahulu saya ada membuat kesilapan dan telah pun meminta maaf. Tetapi perkara salah faham antara anggota sering berlaku dalam kumpulan.

‘‘Tidak dinafikan, itu semua cerita lama. Saya tidak mahu ungkit. Saya sudah terima balasan dan jujurnya, saya tidak boleh hidup tanpa Slam. Kumpulan itu ada nilai sentimental kepada diri saya. Percayalah,’’ katanya.

Zamani juga mengakui antara faktor dia hilang kekuatan diri dalam industri apabila terpaksa memulangkan mandat ‘Slam’ itu kepada pengasas kumpulan tersebut iaitu Shah. Ia terjadi selepas dia memiliki album solo pertama.

Benar, selepas diarahkan berbuat demikian, dia merasa sungguh kosong. Hilang semua gurau senda, tepuk tampar, perkongsian idea dan nasihat yang dilayari bersama selama ini. Kadang kala juga timbul perasaan bosan apabila kawan yang selama rapat mula mengelakkan diri dari bertemu. Terasa juga diri dipinggirkan.

Lantas, lelaki yang mesra dipanggil ‘Adik’ di kalangan rakan-rakannya itu memutuskan untuk mengundur setapak ke belakang. Alasannya hanya satu, memberi peluang kepada bakat baru muncul dan sekali gus menafikan haknya sebagai artis senior.

Kehidupan Zamani yang menghilangkan diri sejak tujuh tahun itu diisi dengan aktiviti berehat. Umpama seorang gadis sunti, dia hanya keluar rumah sekiranya ada persembahan dan terus pulang sejurus majlis itu tamat.

Pada masa yang sama, Zamani mengambil kesempatan masa yang terluang itu lebih kepada proses mengenali dan bermuhasabah diri. Baginya, dia mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

Itu juga cara yang terbaik untuk menambah baik kualiti yang ada pada dirinya. Dia tidak sanggup sekiranya orang memandang sebelah mata atas kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan pada masa lampau.

Saat diajukan pertanyaan adakah Zamani tidak bosan dengan gaya hidupnya itu, lelaki ini segera menggeleng kepala. Tegasnya, itu adalah dia dan dirinya cukup selesa dengan keadaan sebegitu.

Hadiah hari jadi

Bicara lelaki yang mempunyai suara tersendiri ini kemudian terarah kepada rancangan sepanjang tahun 2010. Dia mahu mengubat kelukaan dan bangkit dari zaman gelapnya itu.

Pada 25 Mei ini, Zamani bakal melancarkan album mini yang memuatkan lima lagu iaitu Nur Kasih, Angin Cinta, Daftar Cinta, Bila Jendela Terbuka dan Asyik Ku Lagukan di bawah label Johan Music (M) Sdn. Bhd.

‘‘Saya mahu mengukir satu kenangan terindah buat diri sendiri. Sebab itu, saya memilih tarikh 25 Mei. Angka yang cukup signifikan kerana ia bersempena dengan tarikh ulang tahun ke-39. Saya juga cukup bersedia dan yakin untuk menjadi milik masyarakat,’’ ujarnya.

Pada masa yang sama, Zamani juga merancang untuk bersatu kembali dengan kumpulan Slam. Perkara tersebut dalam rangka perbincangan lagi dan hanya diumumkan selepas kata sepakat dicapai.

Penyanyi berbintang Gemini itu juga berharap agar catatan perjalanan seninya berubah selepas pergabungan semula itu. Sekali gus dapat bersaing dan memeriahkan industri seni.

Kahwin oh kahwin

Topik yang paling ceria dalam perbualan kami adalah mengenai bab berkahwin. Wajah Zamani tiba-tiba bertukar kemerahan. Mungkin berasa sedikit malu atau segan untuk berbicara mengenai perihal peribadinya.

Maklumlah usia sudah mencecah 39 tahun dan masih berstatus bujang. Zamani mengakui bahawa dia berkeinginan untuk mendirikan masjid seperti manusia yang lain. Tetapi masih gagal dalam pencarian teman sejiwa.

‘‘Saya pernah putus cinta pada 2002. Boleh dikatakan saya agak kecewa apabila hubungan tersebut tidak sampai ke pelamin, seperti mana yang kami harapkan. Terus terang saya katakan bahawa sejak dari itu saya tidak ada hati untuk bercinta. Ada juga saya berkawan dengan beberapa wanita tetapi tidak di peringkat serius.

‘‘Bukannya memilih tetapi sukar mencari orang yang benar-benar memahami tentang saya. Orang cakap saya pelik sikit tetapi sebenarnya tidak sukar untuk memahami saya,’’ katanya bersungguh-sungguh.

Baginya, lebih baik bersendiri buat sementara waktu daripada gagal dalam perkahwinan dek kerana kurang persediaan.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... 4.htm#ixzz5Ygx0WC7a
© Utusan Melayu (M) Bhd


dok ronda2 terjumpa artikerl ne ..tak ada cite terbaru AA ..cite lama2 pun oklah ye
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 01:48 PM | Show all posts
RindianiRin replied at 4-12-2018 01:01 PM
Happynya baca ni. Iols pun rasa support dari fans ni salah satu kekuatan abgadek untuk berubah. Ma ...

ye betul tu chuol.kalau kita bg support and semangat utk abg adek, InsyaAllah dia akan keep strong and akan berusaha utk berubah ke lagi baik.keep support and love abg adek yach
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 01:49 PM | Show all posts
mamastoney replied at 4-12-2018 01:44 PM
Hadoiiiiii gila apa mimpi iols mlm td.....before tidoniols bc kisah hjshah ada 2 cawangan. Tup2 mlm  ...

hahahhaha, dengan siapa itu mama selain juls, adakah porumer2 single di sini jua
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 01:52 PM | Show all posts
Iema5008 replied at 4-12-2018 01:01 PM
Korang semua bg list lagu mna nak translate nnt.. aku akan usaha untuk nyanyi atau aku suh je minah  ...

biar forumer lain bg list lagu.iol nnti pm no kt chuol.alg2 identiti iol dah reveal iol bole tlong uploadkan and credit to chuol kwn2 chuol yg tlong.


murni betul niat chuol.ios happy rmai yg support abg adek dgn mcm2 cara.abg adek msti lg happy n bersemangat lepas ni

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2018 01:54 PM | Show all posts
Iema5008 replied at 4-12-2018 01:01 PM
Korang semua bg list lagu mna nak translate nnt.. aku akan usaha untuk nyanyi atau aku suh je minah  ...

list lagu fanskuburan setakat ni uoll untuk ditranslate dalam bahasa philipine oleh kaka @lema5008

1) Kembali Merindu/Manisnya Rindu
2) Kala Hujan
3) Suratan
4) sambung uolls
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 01:56 PM | Show all posts
Labeaute replied at 4-12-2018 01:03 PM
moga dipermudahkan niat uolss itu..aamiin

nanti letak hastaq fan dari kuburan heheh

ok hashtag tu wajib sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2018 01:57 PM | Show all posts
mamastoney replied at 4-12-2018 01:44 PM
Hadoiiiiii gila apa mimpi iols mlm td.....before tidoniols bc kisah hjshah ada 2 cawangan. Tup2 mlm  ...

Kahkahkah. Mamaaaa! Ingatkan iols je mimpi pelik2 smlm. Sebelum tido dok layan porum gak. Kan ada team tt, team juls, dan macam2 team dlm ni. Pastu iols mimpi smlm iols end up dgn AA. Yang tak boleh blah tu AA yang beria nakkan iols. Iols cam berbelah bagi lagi nak ke tak hahahahaha. Bangun pagi tadi sampai skrg rasa berdengung lagi kepala ni. Ntah pape mimpinya. Sorry juls, sesungguhnya mimpi tu hanyalah mainan tido. Dalam porum bolehla share, irl nak cerita mimpi ni matilanak kena kecam dgn member.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 01:57 PM | Show all posts
syazwani5038 replied at 4-12-2018 01:05 PM
Mntk tlg @Iris. @ @akr ..iols xbole..limited memory gitutggu msa nk cmpk je hp iols Ni..hekhek

itu merupakan petanda yg plg bsar mnta chuol tukar handphone baru
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
hellyboringe replied at 4-12-2018 01:54 PM
list lagu fanskuburan setakat ni uoll untuk ditranslate dalam bahasa philipine oleh kaka @lema5008 ...

Biarkan ia pergi
Dia seorang kekasih
Kita terpaksa bermusuhan
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 01:59 PM | Show all posts
Watermelon786 replied at 4-12-2018 01:09 PM
Oh tak sama eh? Ok ingatkan event yg sama...

event yg sama chuol.iol dlm hall,yg chuol share link tu kat luar mse abg adek dibwa lari bodyguard msuk blik vip and nak balik.semua duk kerumum time tu

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
akr replied at 4-12-2018 01:05 PM
gosh chuol.bole pulak mcmtu

Hahahha dah dia kata lagu wajib kan. Tak nyanyi GM tu mcm dosa gitu. Tp we as fans sudi mngampunkn dosa itu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 02:02 PM | Show all posts
jet17 replied at 4-12-2018 01:09 PM
nanti weols listkan lagu2, alang2 sis @akr dah terdedah identity di yt, maybe sheols boleh tlg upl ...

sape2 pun boleh.ye la iol dah terreveal identity sndri tak bole nak pth balik dah.kalau @jet17 nak upload pun bole.xde halangan
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 02:03 PM | Show all posts
Watermelon786 replied at 4-12-2018 01:20 PM
Tak benci pun.. deyols jeles la sbb deyols tak dpt i love you dari abg adek...

ouch malu iol gitu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 02:05 PM | Show all posts
illa replied at 4-12-2018 01:32 PM
x nk pindah banglo baru ke?

dah bole pacak tiang dah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2018 02:06 PM | Show all posts
MissHazel replied at 4-12-2018 01:34 PM
Hihihi...nk pggl b kt aa jaoh benor xsmpai suara ni..nk pggl kt ig dia mmg ditapis agknye

ok lupa pulak xde saluran trus ke abg adek.berhuhu la weol kt cni
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 02:07 PM | Show all posts
Jentayupink replied at 4-12-2018 01:58 PM
Biarkan ia pergi
Dia seorang kekasih
Kita terpaksa bermusuhan

Senarai lagu #fanskuburan untuk ditranslate dalam bahasa philipine @lema5008

1)Kembali Merindu/Manisnya Rindu
2)Kala Hujan
3) Suratan
4) Biarkan Ia Pergi
5) Dia Seorang Kekasih
6) Kita Terpaksa Bermusuhan
7) Sambung uollss
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 02:07 PM | Show all posts
RindianiRin replied at 4-12-2018 01:39 PM
Kannn. Sampai sekarang pulak tu kiut miut. Tetiba teringat aksi abgadek lompat toing toing final G ...

memg rmai ckp dia cute.kejadahnye tua2 pun kne pggil cute.tp memg dia sgt cute pun
iol yg rsau tkut tulang berderap.sebaik selamat semuanya


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
akr replied at 4-12-2018 01:57 PM
itu merupakan petanda yg plg bsar mnta chuol tukar handphone baru

Itulah Nmpk gayanye..nsb2.. hekhek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.301318 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list