CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4601|Reply: 12

Gaji Kecik, Bos Teruk, Kawan Tikam Belakang - Tak Semua Yang Kita Nak Kita Dapat

[Copy link]
Post time 30-11-2018 12:08 PM | Show all posts |Read mode







Rencam kerja memang bermacam-macam, apatah lagi berada dalam dunia siber yang boleh dimanipulasi sebenarnya membuatkan ramai mahu putus asa. Kerja yang tidak menepati kelayakan, gaji rendah, bos kejam, suasana tidak membantu dan 1001 masalah lagi membuatkan anak muda terasa bagaikan layang-layang putus tali.


Namun dengan bantuan dan sokongan mereka yang berpengalaman dalam dunia pekerjaan sebenarnya membantu serta menguatkan lagi mental anak muda ini. Jarang ada Penganalisis Sosiopolitik dan Usahawan berjaya yang begitu dekat dengan anak muda di media sosial. Namun Norizan Sharif membuktikan sebaliknya. Dengan pengalaman kerja selama 36 tahun, beliau banyak memberi tip kerja di Twitter. Malah rajin pula melayan kebanyakkan soalan dari golongan BBNU ini.


Kredit foto: Twitter





Menurut Norizan, adalah normal kita tidak dapat semua apa yang dikehendaki kerana itulah lumrah kehidupan. Tweet tersebut mendapat banyak sokongan dan ramai anak muda yang bertanya pelbagai soalan serta menjadikan beliau sebagai ikon.  Malahan gaya jawapan juga memberi kelegaan kepada anak muda yang mahukan kepastian.



MOTIVASI PERTAMA



MOTIVASI KE 2






MOTIVASI KE 3





Bagi pertanyaan mengenai pekerjaan yang teruk, gaji tidak seberapa, bos terlalu mendesak tetapi tempat kerja dekat dengan rumah pula, Norizan menjawab bahawa kita tidak akan dapat kesemua perkara yang kita ingini dan itu adalah normal. Malahan bagi mereka yang terlalu lama berada disebuah syarikat dan merasakan sudah tepu, maka ia adalah satu petanda bahawa perlu mencari persekitaran baru yang lebih mencabar. Menurut Norizan, beliau sendiri bekerja di sebuah syarikat paling lama adalah tujuh tahun.




Selain pengalamannya bekerja, Norizan juga turut mengadaptasi gaya kerja masakini dan ia dimuat naik di laman Twitter membuatkan ramai anak muda mendapat banyak manfaat. Antaraya ialah bagaimana membuat 'resume' yang bagus, cara bersosial di media sosial, keperluan berbahasa Inggeris serta masalah ketika temuduga.














Jika anda orang yang tidak bermotivasi untuk bekerja mungkin boleh menimbangkan untuk melihat daripada perspektif orang lain pula dan pastinya pandangan anda akan berubah selepas itu. - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2018 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama juga forum.. xpernah ada yang sempurna.. ada forumer keling paria, ada moderator yahudi athies sembah busut.. ada moderator baik hati bg warning awal2 nasihat.. ada forumer dodolgemukbasi baru keluar hospital gila tanjung rambutan jadi gila sebab kira bulu beruang. Last2 beruang tampar dodolgemukbasi terus blow fuse otak..pe2pun kita wajib pandang dari sudut positif.. ini dinamakan amalan demokrasi terpimpin..manifesto bukan kitab suci
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu tapi kadang-kadang byk benda easier said than done
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 02:50 PM | Show all posts
bos baik, gaji rendah tu ...betul, betul sgt "baik ada makna"
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 03:04 PM | Show all posts
yg kita nk cuma selamat dunia akhirat
mengharap pada manusia mmg sentiasa kecewa
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 05:55 PM | Show all posts
dapat  bos baik,ofismate pulak tak best...gaji tinggi,bos pulak kerek,keja jelah sampai mana boleh tahan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2018 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah ada keje. Orang lain menganggur oii..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2018 08:41 AM | Show all posts
gaji...okla...bos pon ok...opismate pon ok...bersyukur ada kerja...sekurang2 dapat bantu family dari segi kewangan... Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2018 09:11 PM | Show all posts
tu lah lebih baik buat business sendiri atau mencari passive income
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2018 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bila rasa nak give up,  aku just remind diri sendiri yg kat luar sana ramai yg takde kerja or kerja yg tak setaraf dgn kelayakan.
Aku,  still kerja dlm aircond,  makan pakai lebih dari cukup, tempat kerja dekat.

Kena selalu muhasabah diri.
#modeinsof

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2018 10:21 PM | Show all posts
banyakkan bersyukur dengan rezeki yang kita dapat
kalau mengeluh, macam tak bersyukur, kena tarik balik kesenangan, daripada ada, terus terkontang-kanting. banyakkan bersyukur.

lagi zaman macam ni
ada degree, master, phd pun tak menjanjikan masa depan cerah
ramai menganggur, depression, dengan nak bayar hutang lagi
mintak kerja am pun tak dapat.. overqualified

banyakkan bersyukur dan bersabar, terus berusaha
rezeki Allah, mungkin kita kurang di dunia, tapi senang di akhirat
wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2018 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je apa keje biasa2, gaji pon biasa2.. asal otak tak berserabut idop tenang dah syukur.

Tapi sometimes datang la dugaan berbentuk mulut celupar dok sibuk hal orang makan gaji la, kepoh pasal rete & rezeki orang, compare2 segala.. minta dijauhkan & minta ketabahan berdepan such thing in life
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 10:06 AM | Show all posts
aku lak gaji tinggi (plus dpat elaun bulanan) n kawan2 sekerja best (walaupun melayu+cina tapi harmoni jahh), but bos hanat, tempat keje jauh (204km pergi balik to be exact) n ade sekor kerani paling tua hanat slalu xpuas hati n jaki kat aku sebab anak bos slalu depend kat aku untuk setelkan fail2 kerani tua hanat tu..

tapi pejam xpejam da dua tahun aku keje kat sini..memang penat memula tapi lama2 aku tahan je la sebab aku penah keje kat tempat dekat ngan uma aku, sume meleis n bos meleis tapi end up rak fail belakang tempat aku ada mata tombak ikat kain kuning, garam kasar bwah meja aku n aku sampai muntah darah byak kali kat sana..lagi hauk siak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.432603 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list