CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_shalom

[Tempatan] Jawapan Balas Kerajaan Sarawak Kepada Perdana Menteri Persekutuan Malaysia

  [Copy link]
Post time 4-12-2018 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah pangkh dapat taik
Welcome to zaman PM no4
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2018 07:59 AM | Show all posts
kita kena paham pemimpin2 sarawak ni ramai pemakai cawat..mentaliti pemakai cawat ni lain...PAS pun tak mahu berkawan dgn mereka....ramai pemimpin asalnya peyumpit babi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 3-12-2018 06:51 PM
Sebelum ini, sebelum menang PRU, atok ni selalu kutuk ayah Najib yang merompak Sarawak..nanti aku ca ...

Sian rakyat sarawak...yg penting.teruskan usaha..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 08:23 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 4-12-2018 07:47 AM
Itu lah masalahnya ramai ummah srwak xnak mengaku taib mahmud tu yg byk buat onar kat negeri sendi ...

jgn lupe Taip ni member baik sangat dgn Dr M.



Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 08:32 AM | Show all posts
orang Sarawak memang merungut isu royalti minyak, peruntukan persekutuan,

Bakun projek gagal tinggal hutan botak keluasan sebesar Singapura,

tp mudah lupe, mai pilihan raya , BN menang besar,

tp ini kali lain, mentaliti orang dah semakin matang,

harap parti parti dari semenanjung yg nak masuk Sarawak,  semua kalah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 08:45 AM | Show all posts
PH telah meletakkan pengkhianat bangsa dan scammer sebagai menteri perpaduan dan menteri kewangan ....

kalau di beri kuasa pada PH di sarawak nescaya dogoi trus segala hasil bumi sarawak akan di kerjakan oleh menteri2 scammer dlm PH nih....

rakyat sarawak bukan stakat akan di khianati, di miskini lebih truk lagi tapi jugak akan di tindas dgn berbagai2 plan penipuan terancang mcm yg dok berlaku la lah di semenangjung nih.

Apa saja yg dijanjikan PH takkan di kotai lah , yg di cakap pun boleh berubah secepat mcm mengkarung tukar warna badan

manifesto yg dijanji merapak tu pun tarak teringin nak laksanakan ,

inikan plak sebut nak buat pembangunan di sarawak ...dok tinggal nak je laa sampai kiamat

mende yg fixed tak patut berubah pun boleh jadi berubah di mulut menteri PH ,
hari ni kata 350% kenaikan FDI , dua tiga hari kemudian boleh bertukar jadi 250% plak ,

samalah mcm budget 2019 yg di plan pun boleh berubah senang2... contoh pembayaran balik PTPTN gaji 1000 baru bayar 2-15%  ,

tak lama kemudian di sebut nak buat cara lain plak yg gaji 2000 plak baru bayar,

time nak deduct kelak main hentam potong je lah kann semua 15 % gamaknya tanpa kompromi boleh bertukar senang2 je laa.

Lagi rakyat sarawak nak scammers tuh pi perintah negeri kaaa ? Jgn cari penyakit laa.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2018 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 4-12-2018 02:34 AM
oh negeri sarawak banyak duit tapi sekolah tetap daif ? apa salahnya guna duit kerajaan negeri utk k ...

Errr... sebab naiktaraf sekolah under the responsibility of federal? Bukan state? Ni state nak kasi rm1b pon PH da gebang kata patut kasi balik duit jaaaa. Takyah naiktaraf sekolah. Apa cer? Duh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 3-12-2018 06:53 PM
nape menteri kewangan bg bajet paling besar kat sarawak??

Kannn.. tp srawak tetap tak begitu maju.. mana poi duit.. kesian kat org swak.. masa taib mahmud lg laa kesian depa nii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2018 10:15 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 10-12-2018 10:18 PM

Aku xde la meletakkan 100% kesalahan kat atok...bertepuk hanya sebelah jari, x akan berbunyi.

Apa lagi bila melibatkan keluarga Taib, ada sejarah tersendiri dalam Sarawak.


Ayah saudara Taib, Tun Abdul Rahman terlibat bkerjsama dengan Kuala Lumpur, menyinkirkan Ketua Menteri Sarawak, Stephen Kalong Ningkan.

Tun Abdul Rahman, adalah calon kegemaran KL, sementara Stephen disebabkan berdegil psl isu minyak, menjadi  musuh KL.

Kemudian, Abdul Rahman dilantik menjadi CM Sarawak dengan restu KL..apa yang berlaku? PDA...Petronas mengambil alih minyak Sarawak.... Abdul Rahman tak bincang pun dengan DUN Sarawak, sedangkan keputusan tersebut perlu dibuat oleh bersama DUN, bukan nya ketua menteri seorang.

Sebab itu lah ada perjanjian Abdul Rahman dengan UMNO, UMNO tidak akan masuk ke Sarawak. Perkara yang sama juga berlaku, bila anak saudara Abdul Rahman, iaitu Taib diangkat menjadi CM Sarawak.

Berbelas tahun Taib menjadi raja di Sarawak dengan restu atok. Bagaimana atok mentadbir malaya, begitu juga Taib mentadbir Sarawak. Best friend for benefit kata org. Bukan rahsia lagi, Taib adalah mesin ATM untuk atok.

Selama 22 tahun, atok melindungi Taib. Ingat, bagaimana atok menjawab surat seorang kanak-kanak? Tanpa segan atok menibai budak2 tersebut, demi Taib tersayang...ini gara2 budak ini bertanyakan isu alam sekitar dengan aktiviti pembalakan Taib. Mana mungkin atok membiarkan org luar, NGOs dari barat merosak sektor pembalakan..sumber ATM atok kot!

Mana2 ahli politik yg mmpunyai potensi mengugat Taib, atok hambat dengan ISA.

Orang cakap, bercakap pasal Taib dengan meninggal Atok, umpama merokok tapi tiada asap.

GPS sama seperti parti lain, mereka pernah membuat kesilapan. Mereka juga dalam keadaan serba salah, dengan Taib masih menjadi TYT, pada masa bff dengan Tun.

Mereka, masih perlukan Taib,selagi Taib ada, xde la atok menggila kat Sarawak..

Tapi aku ambik, pengakuan GPS yang mereka pernah buat silap, telah berubah, dan sekarang fokus untuk memajukan Sarawak.

So far, aku tengok prestasi Sarawak under parti sakarang, telah jauh berubah. Pretasi tadbir urus kerajaan Sarawak juga cemerlang,

Berapa tahun berturut Sarawak mendapat rating A Stable State Rating dan juga A dari Moody...

Baik kerajaan Persekutuan or kerajaan negeri lain, setakat yang aku ingat, xde kot.

Kalau bukan hak, xde la Sarawak mengatal menuntut royalti.

Sarawak juga sedar, minyak bukannya forever ada ke perut bumi Sarawak, walaupun Sarawak dikatakan memiliki sumber hidrokarbon yang masih banyak belum diterokoi.

Sebab itu la kerajaan negeri tak nak menjadi pasif..hanya menadah royalti..Petros lalu ditubuhkan.

Slain itu, Sarawak x nak bgantung sepenuhnya dengan minyak. Baru-baru ini, Sarawak menubuhkan Bank pembangunan sendiri. Nanti boleh la rizab Sarawak berjumlah RM31 bilion tu diletakkan kat bank tersebut. Sekarang ni, rizab Sarawak dipegang Bank Negara. Nak guna pun kena minta izin.


Begitu juga dengan sektor ekonomi lain, xde la aku tengok Sarawak bergantung sangat dengan minyak. Koridor Sarawak, Samalaju, adalah koridor yang paling berjaya kot..

If ada pihak, nak ungkit sejarah Sarawak semasa bawah Taib, tidak ada masalah...cuma aku nak bagitau, sekarang Sarawak sedang bangkit..tu je..Tidak adil asal cakap benda ni, korg dok ungkit kisah silam..asal kami sebut pasal hak, pasal ketidak adilan...korg TITIK kami dengan kisah silam..

Ummah Sarawak sama mcm ummah malaya lain..korg pun pernah sokong BN/UMNO berpuluh tahun...kita sama2 pernah buat silap..

Lebih dari itu, bukan sahaja kami mengaku silap menyokong BN selama berpuluh tahun, kami juga mengaku..Tok nenek kami dulu juga buat keputusan silap...SEKARANG KAMI ANAK CUCU SEDANG MENANGGUNG AKIBATNYA...

Kerisaun Tun Jugah telah menjadi kenyataan..

Umpama tebu, manis permulaan..hambar di kemudian














Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2018 10:24 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 4-12-2018 10:42 AM
blastoff replied at 4-12-2018 08:45 AM
PH telah meletakkan pengkhianat bangsa dan scammer sebagai menteri perpaduan dan menteri kewangan .. ...

Aku tengok, atok akan buat apa sahaj untuk menghalang Sarawak dapat balik autonomi...if dapat pun, bukan versi MA63, tapi versi atok.

DAP Sarawak pun, dah termakan dengan Atok...fungsi sekarang dah mcm samseng aku tgk.

PKR Sarawak aku tgk, buat masa ni mengambil pedekatan berhati2..mereka pun tengah ada krisis dengan Anuar.

Aku rasa, tindakan atok menubuhkan parti di Sarawak , tidak disenangi oleh PKR.

Aku, rasa mcm simbolik atok merasmikan cawangan parti di Bintulu...bandar minyak plus di situ la letaknya koridor Sarawak, kira lubuk kegiatan ekonomi sekarang.

Aku sangat terkejut dengan atok, seorang Islam, yang sholat 5 kali sehari, tapi x tau apa itu hak...LGE aku paham la. gi tokong pun if sebulan sekali, dh cukup baik.

Bagaimana seorang perdana menteri, selamba meminta Sarawak jangan lebih2 tuntut isu royalti, sebab Sarawak kaya? Adakah kekayaan Sarawak itu, membatalkan hak Sarawak menuntu hak? Adalkah sebab Sarawak kaya, maka Putrajaya lepas tangan? Perdana Menteri apa ni? Sarawak kaya pun hasil peluh sendiri.bukannya merompak hasil negeri lain...

Selama 22 tahun, engkau merembat hasil minyak, yang bukan hak ko pun. Royalti minyak, patut disemak setiap empat tahun selepas 1974, lansung tidak pernah dibuat. Sekurangnya, tunjuk sedikit la rasa malu.

X perlu adanya Taib, dengan jumlah peruntukan untuk Sarawak selama 22 tahun ini, boleh agak kemunduran Sarawak. Atok bagi peruntukan pembangunan untuk Sarawak lebih kurang sama dengan Perlis, sedangkan Sarawak tu hampir seluas malaya...ko rasa?

Sekiranya, Putrajaya nak Sarawak berdikari, bangunkan sendiri negeri , walaupun dalam Perlembagaan..terpampang tjawab Putrajaya, lepas tu, minyak Sarawak engkau tibai, cukai negeri pon ko kebas...If kes suami-isteri..dah wajib si isteri menuntut cerai dengan talak 3.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu x silap PM 4 dgn PM 7 tu org yg sama. Tu yg Borneo mintak hak royalti xkan dapat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2018 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 4-12-2018 08:08 PM
Klu x silap PM 4 dgn PM 7 tu org yg sama. Tu yg Borneo mintak hak royalti xkan dapat

Klu tgk mentaliti atok.. Dia ingt time pm ke-4.. Dia masih baby lg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2018 09:09 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 4-12-2018 09:15 PM

SEBELUM PRU

Tun siap meletakkan kesalahan ke atas Tun Abdul Razak


Dr M: Hak S'wak terhakis di bawah Tun Razak dan Najib

Sehari sebelum ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad di Sarawak, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ketika pentadbiran bekas perdana menteri itulah banyak hak negeri yang terhakis.

Namun dalam program sulungnya sebagai pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) di negeri itu malam ini, Dr Mahathir menafikan tuduhan itu dan mendakwa hak Sarawak - terutamanya dalam soal minyak - terhakis ketika pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein dan anaknya, Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir membangkitkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang menyaksikan Sabah dan Sarawak memberikan hak petroleumnya kepada kerajaan pusat dengan royalti lima peratus sebagai tukaran.

"Pada 1974, ketika Akta Pembangunan Petroleum diluluskan, saya bukan perdana menteri. Kononnya saya yang tukar, (itu) tidak betul.

"Kita ada rekod dalam hansard (parlimen)... Perdana menteri ketika itu ialah Tun Razak. Bukan saya yang tukar, Tun Razak yang tukar," katanya dalam ceramah di Kuching, sebentar tadi.

Mahathir berkata, penghakisan hak negeri itu diteruskan lagi apabila kerajaan merangka Akta Laut Wilayah 2012.

Menurut Seksyen 3(3) akta itu, jarak lebar kawasan laut yang berada di bawah kuasa negara adalah 12 batu nautika dari pantai - selaras dengan undang-undang antarabangsa - manakala negeri hanya berkuasa untuk jarak 3 batu nautika.

Bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem tahun lalu berkata, kerajaan negeri akan meminta kerajaan persekutuan meminda seksyen itu yang menurutnya digubal tanpa rundingan dengan negeri dan melanggar perlembagaan.

"Tidak ada pertimbangan dengan Sabah, Sarawak dan Terengganu. Bilakah akta ini digubal? Ia digubal pada 2012, ketika itu perdana menteri adalah Najib," kata Mahathir.

Namun beliau turut mengakui tidak berbuat apa-apa untuk menilai semula Perjanjian Malaysia 1963 sepanjang 22 tahun mentadbir negara.

"Saya tidak tukar perjanjian tapi saya berpendapat ia perlu dirunding semula antara semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya lebih adil...(Masalah) ini berlaku di zaman saya juga," katanya kepada kira-kira 10,000 hadirin.

Ketika program itu, HARAPAN turut membentangkan rangka manifesto mereka untuk Sarawak dengan merujuknya sebagai "wilayah", bukannya "negeri".

Ia memberi jaminan kepada lima hak, iaitu hak untuk sebuah kerajaan wilayah, hak untuk petroleum dan pulangan yang adil, hak untuk pembangunan tanah dan kemudahan asas, hak untuk pendidikan bermutu dan hak untuk pembangunan ekonomi dan pemberdayaan wanita, remaja dan golongan minoriti.

Rangka manifesto dibaca Ketua DAP Sarawak merangkap Pengerusi HARAPAN Sarawak Chong Chieng Jen.

Chong turut berkata HARAPAN akan membentangkan perincian manifestonya pada masa terdekat.

https://www.malaysiakini.com/news/396159

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2018 09:14 PM | Show all posts
SELEPAS PRU:

Sarawak jangan mendesak sangat pasal royalti.Thanks...-Tun-
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 09:34 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 3-12-2018 06:56 PM
RM 11 bilion? Nak harapkan tun bagi? esok babi kompom halal bro

RM 11b..duit state la..

Bro tak payah layan lah Mamat sembang tak tahu pokok pangkal tu.  Tgk bingai tak soalan dia.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2018 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 5-12-2018 01:16 PM
zorrro_03 replied at 4-12-2018 09:34 PM
Bro tak payah layan lah Mamat sembang tak tahu pokok pangkal tu.  Tgk bingai tak soalan dia.


Hehe.. Miskin pun salah.. Kaya pun salah...

Tdpt makin bnyk ptunjuk kemiskinan srwk selama ni adalah dirancang...sama juga negeri pgeluar minyak yg lain

Ksilapan tbesar najib ..bila dia mula beri penekanan kpd negeri2 yg dimundurkan oleh tun..

Cuba peratikan..zmn tun..kmunduran sabah sarawak terengganu dan kelantan...pada tahap luar biasa..sedangkan perlis kedah yg xde minyak pun x seteruk tu..

Sekitar 80an..srwk adalah pengeluar utama minyal dan kayu balak di malaysia

Taib adalah sumber utama Tun utk memastikan sarawak mundur pd masa tsebut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2018 09:29 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 5-12-2018 12:50 PM
Hehe.. Miskin pun salah.. Kaya pun salah...

Tdpt makin bnyk ptunjuk kemiskinan srwk selama ni ...

Kita lihat pan Borneo. Lihat ecrl. Adalah gadget utk seimbangkan pembangunan infra bagi pembangunan tidak langsung kpd negeri yang sebelum ini dimundurkan.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2018 04:26 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 5-12-2018 09:29 PM
Kita lihat pan Borneo. Lihat ecrl. Adalah gadget utk seimbangkan pembangunan infra bagi pembanguna ...



Aku pernah terbaca pengakuan Menteri2 dari Sarawak, pada masa Anuar dan PM ke-4, fail berisi permohonan pembangunan untuk Sarawak dicampak.

If jumpa lagi artikel itu, aku share sini.

Syarat untuk kemajuan, mesti ada jaringan infra yang sistematik dan berkualiti. Nak maju mcm mana..if jalan perhubungan antara bandar di Sarawak, up skit dari jalan kebun?

Kalau Sarawak kaya pun , kekayaan tersebut tidak dapat disebarkan keseluruh Sarawak, sebab isu jaringan pengangkutan, yg merupakan tjawab Persekutuan tidak disediakan.

Sekolah di Sarawak,kebanyakannya berusia dari zmn merdeka lagi...Kalau ada peruntukan nak baiki, timbul isu,nak pergi ke sana mcm mn? x payah cakap la nak majukan Sarawak, if jalinan infra selama ini pun semput.

Sebab itu aku cakap, kemunduran Sarawak adalah dirancang...

Bila Pak Lah naik, pertama yang beliau pertimbangkan adalah Pan Borneo. skrg baru la perkembangan positif.



Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 12:29 AM | Show all posts
cmf_shalom replied at 6-12-2018 04:26 PM
Aku pernah terbaca pengakuan Menteri2 dari Sarawak, pada masa Anuar dan PM ke-4, fail berisi p ...

Tak payah cerita banyak sgt lah.  Aku di pendalaman Sarawak selama +-5 tahun 10 tahun lepas.  Pusa adalah stesen aku masa tu.  Aku hidup bersama penduduk di "bandar besar" Pusa.  Tujuan adalah membuat kaji selidik penduduk pendalaman.  Sarikei dan seratok adalah bandar besar bagi penduduk.  Jalan depan rumah siap bertar.  Walaupun jalan utama tanah merah yang berdebu dan lecak bila tiba masanya.  


Dan permulaan yang DSN cuba buat telah memakan diri beliau.  @dodolgemok insaflah permainan ini.  Bumiputera tidak akan membiarkan bangsa DAP membuat onar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2018 05:10 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 7-12-2018 05:21 PM
zorrro_03 replied at 7-12-2018 12:29 AM
Tak payah cerita banyak sgt lah.  Aku di pendalaman Sarawak selama +-5 tahun 10 tahun lepas.  Pusa ...

Heheh...

Selama 22 tahun, ak rasa hampir semua dasar Tun, tidak menyebelahi Sabah/Sarawak.

Pembahagian peruntukan pembangunan pun dia guna konsep return on investment...yang menyebabkan Sabah Sarawak ketinggalan jauh dari Malaya. Kerana ini aku yakin, kemunduran Sarawak adalah dirancang.

Sebagai mana, kesalahan Najib telah menjadikan beliau sebagai calon kambing hitam yang terbaik pada masa ini..sama juga Taib...kerakusan Taib menyedut kekayaan Sarawak menyebabkan beliau dijadikan alasan kepada kemunduran Sarawak, sedangkan hakikatnya, peruntukan yang diberikan oleh Persekutuan kepada Sarawak, memang sedikit.

Secara relatifnya, Kerajaan Negeri Sarawak sejak dari zaman Taib kaya, namun disebabkan kekurangan sumber peruntukan daripada Persekutuan untuk pembinan kemudahan infra, menyebabkan kerajaan Negeri tidak dapat mengagihkan kekayaan tersebut ke seluruh sarawak.

Tun akan dikenang sebagai seorang Perdana Menteri yang melebarkan jurang kemajuan wilayah di negara ini. Kejayaan Tun hanya memodenkan sekitar Lembah Kelang sahaja, bukannya Malaysia.


Dia juga tidak boleh mengambil kredit legasi Pak Lah dan Najib yang berjaya mengubah Sabah/Sarawak..belum setara Malaya, tapi jauh lebih baik dari sebelum itu.

Hampir 10 tahun sebagai PM, skandal Najib 2 je..1MDB dan Rosmah..

selama 22 tahun (kira separuh dari masa Najib), skandal melibatkan Tun, gila banyak...






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.230364 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list