CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2055|Reply: 6

Doktor Pakar Ini Dedah Amalan Diet Rendah Karbohidrat Tidak Selamat, Boleh Tingk

[Copy link]
Post time 3-12-2018 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ada pelbagai jenis diet yang menjadi amalan untuk menurunkan berat badan.Antara jenis diet yang cukup popular terutamanya buat golongan wanita adalah jenis Diet Rendah Karbohidrat seperti diet Atkin’s, diet Ketogenik dan sebagainya.

Meskipun kesan penurunan badan dapat dilihat dengan cepat, rupanya amalan diet jenis ini adalah membahayakan kesihatan, tidak selamat dan boleh meningkatkan kadar kematian.

Perkara ini didedahkan oleh Dato Dr. Rushdan Noor, Pakar Perunding Ginekologi Onkologi, menerusi kajian yang diperolehi daripada Medical University of Lodz.

Berikut antara perkongsian beliau;

AMARAN : DIET RENDAH KARBOHIDRAT (“LOW CARB DIET”) ADALAH TIDAK SELAMAT

Ramai yang mengamalkan diet rendah karbohidrat seperti diet Atkin’s, diet Ketogenik dan lain-lain lagi untuk menurunkan berat badan. Ada juga yang percaya diet ketogenik boleh mencegah dan merawat kanser.


Tingkatkan Risiko Kematian

Satu kajian prospektif yang besar telah dilakukan ke atas beribu-ribu orang oleh Professor Maciej Bonach daripada Medical University of Lodz mendapati individu yang mengamalkan diet rendah karbohidrat ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kematian pramatang (“premature death”). Risiko kadar kematian juga lebih tinggi ke atas penghidap sakit jantung koronari (51%), angin ahmar (50%) dan kanser (35%). Hasil kajian ini baru sahaja dibentangkan semasa Kongres ESC* 2018 pada 28hb Ogos 2018.

Satu meta-analisis yang lebih besar ke atas 7 kajian prospektif cohort melibatkan hampir 45 ribu orang peserta mendapati berlaku PENINGKATAN RISIKO KADAR KEMATIAN iaitu 15% bagi keseluruhan penyakit, 13% bagi penyakit jantung dan 8% bagi penyakit kanser oleh individu yang mengamalkan diet rendah karbohidrat.

Elak Diet Rendah Karbohidrat

Walaupun untuk jangkamasa pendek, diet rendah karbohidrat berkesan menurunkan berat badan, tekanan darah dan gula darah tetapi kesan jangkamasa panjang sangat membimbangkan. Ia juga mempunyai kesan negatif kepada kesihatan untuk jangkamasa pendek. Jadi pada pandangan Ahli Sains Perubatan diet rendah karbohidrat lebih baik dielakkan.

Bagi pesakit kanser, saya menasihati supaya jangan mengamalkan diet ketogenik ataupun mengamalkan pengambilan gula/karbohidrat yang terlalu rendah bersama dengan diet tinggi lemak dan protin. Tiada bukti saintifik yang mengesahkan ianya dapat membantu pesakit kanser samada mencegah ataupun merawat penyakit mereka. Kemudaratannya lebih besar, jangan terpedaya dengan pendapat pengamal rawatan alternatif ataupun petua-petua yang palsu ini. Dapatkan nasihat pakar pemakanan dan doktor yang berkelayakan jika ingin mengamalkan diet tertentu.


Dato Dr. Rushdan Noor
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Ahli Medical Mythbusters Malaysia
31hb Ogos 2018

* ESC: European Society of Cardiology

Rujukan: Sciencedaily, escardio

Jadi buat golongan wanita yang mengamalkan diet rendah karbohidrat ini untuk menurunkan berat badan, seeloknya hentikanlah. Tukar kepada gaya hidup dan amalan pemakanan yang seimbang demi kesihatan jangka panjang.

Sumber:Rushdan Noor


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2018 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak dah tak tau camna nak hidup di dunia moden ini.

Semuanya tak boleh! Semuanya memudaratkan!

Korang ghase?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 08:17 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 4-12-2018 12:50 AM
Akak dah tak tau camna nak hidup di dunia moden ini.

Semuanya tak boleh! Semuanya memudaratkan!

kannn... itu ini tak kene, ape yg kene tah.. mkn karbo tinggi nti senang gemok, xde karbo senang mati.. mkn daging nti salur darah tersumbat katanya.. x mkn daging nti kang itu pulak jadinya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 09:39 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 4-12-2018 12:50 AM
Akak dah tak tau camna nak hidup di dunia moden ini.

Semuanya tak boleh! Semuanya memudaratkan!

Nutritional science bidang yang still young katanya. So akan banyak teori dan penemuan baru. Cth dulu kuning telur tak elok, but now kena makan semua. Dulu marjerin okay, but now takdelah okay sgt. Samada baik atau buruk bukan pada makanan, tapi pilihan kita.
Nota: teori semasa - suku-suku separuh, less sugars, less salts and move more








Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 09:51 AM | Show all posts
syadq replied at 4-12-2018 09:39 AM
Nutritional science bidang yang still young katanya. So akan banyak teori dan penemuan baru. Cth d ...

meh tambah
eat clean
real foods
no junks
no fast food


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 12:56 PM | Show all posts
finding ni untuk org yang kurus ni hehehe...kalau bmi dah 68 nak makan carbs lagi nak buat aper hahahaha aku yg bmi 30 pun ada lagi 4kg abdominal fat so nak makan carbs lagi nak buat apa???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2018 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
syadq replied at 4-12-2018 09:39 AM
Nutritional science bidang yang still young katanya. So akan banyak teori dan penemuan baru. Cth d ...

Kadang akak menyampah dengan kajian kokesen ni yah. If ikut sangat teori depa, HAMPIR SUMA menda ni muka bumi ni memudaratkan. Bosan betul akak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.467944 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list