CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 954|Reply: 5

Adakah internet Malaysia memuaskan?

[Copy link]
Post time 4-12-2018 09:36 AM | Show all posts |Read mode
masa di Seoul, dok jln2 kat tengah2 jln pun leh dpt wifi!! hebat!!


BIARPUN TM telah mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kedudukan sebenar beberapa isu dan aduan berkaitan produk dan perkhidmatan, harga serta gangguan yang dihadapi para pengguna­nya, tetapi masih tidak jelas mengapa TM  masih gagal menawarkan mutu dan kualiti perkhidmatan yang setanding dengan negara-negara maju.  - GAMBAR HIASAN

                     
MALAYSIA mahu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 namun bagaimanakah ia mampu mencapai status negara itu jika kuali­ti dan mutu perkhidmatan jalur lebar masih tidak memuaskan?

                       
Awal minggu ini kecoh isu berkaitan perkhidmatan jalur lebar Unifi dan Streamyx yang ditawarkan Telekom Malaysia Bhd. (TM) dikhabarkan menerima pa­ling banyak aduan tahun ini.


   
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan, aduan pengguna terhadap perkhidmatan TM pada tahun ini meningkat 43 peratus dengan 7,946 kes daripada 4,528 kes pada 2017 sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi berbanding syarikat penyedia telekomunikasi lain.
Biarpun TM telah mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kedudukan sebenar berke­naan beberapa isu dan aduan berkaitan produk dan perkhidmatan, harga serta gangguan yang dihadapi para pengguna­nya, pengguna masih tidak jelas mengapa TM sebagai sebuah syarikat telekomunikasi terbesar negara masih gagal menawarkan mutu dan kualiti per­khidmatan yang setanding dengan negara-negara maju.
Untuk rekod, Malaysia merupakan negara ke-26 memiliki kadar kelajuan jalur lebar terpantas di dunia, naik 10 anak tangga pada bulan lalu berdasarkan kaji selidik dikeluarkan The Speedtest Global Index (SGI).
Kaji selidik itu menamakan Singapura sebagai negara de­ng­an kadar kelajuan internet terpantas iaitu pada 181.47 Mbps, diikuti Iceland (153.26 Mbps); Hong Kong (131.05 Mbps); Romania (129.43 Mbps) dan Korea Selatan 112.73 Mbps.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak berkata, purata kelajuan jalur lebar negara kini berada pada tahap 61.97 megabit sesaat (Mbps) sekali gus menunjukkan rakyat menikmati kadar internet yang lebih signifikan.
Biarpun itu merupakan berita positif, namun ia hanya permulaan dan masih banyak usaha perlu dilakukan SKMM, kerajaan dan pihak berkepentingan bagi memastikan kelajuan dan kualiti jalur lebar yang dinikmati rakyat setimpal dengan harga yang dibayar.
Menerusi Belanjawan 2019 pula, kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) untuk menggalakkan perkembangan ekonomi digital.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pelan itu bertujuan membangunkan infrastruktur jalur lebar dalam usaha memastikan pengagihan spektrum dilaksanakan dengan lebih efektif.
Selain itu, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi juga disasarkan mencapai 30 Mbsp di kawasan luar bandar serta kawasan terpencil dalam tempoh lima tahun bagi membolehkan Malaysia mencapai infrastruktur bertaraf dunia dengan harga yang berpatutan.
Langkah yang dilakukan kerajaan ini dilihat bertepatan dengan peralihan ekonomi negara ke arah mengembangkan dan memperkasakan ekonomi digital dalam kalangan masyarakat.
Untuk itu, diharap pihak-pihak pemain industri dapat mengambil peluang dan terus serius dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkualiti tinggi kerana potensi ekonomi yang dapat dijana melalui penggunaan internet hari ini amat besar.
        
              



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2018 10:50 AM | Show all posts
langsung tak padan harga dengan servis
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 11:17 AM | Show all posts
Belum mencapai tahap memuaskan dari segi kelajuan dan harga
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tm ni ada masa2 x da line... x memuaskan
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 02:49 PM | Show all posts
Edited by akudracula at 4-12-2018 02:50 PM

MAXIS, DIGI n CELCOM KAT MELAKA TENGAH(area air molek hingga alai) MCM DOK DLM GUA...
COVERAGE KE SELAT MELAKA...STRESS BILE BALIK KAMPUNG..
KL PONG SAMA... AREA SETAPAK LANGSUNG MASUK SEGITIGA BERMUDA...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 03:16 PM | Show all posts
cam gamb@*g
harga mahal.. bermasalah sokmo
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.968063 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list