CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 734|Reply: 0

Singapura paling sihat di dunia

[Copy link]
Post time 4-12-2018 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Org Mesia memang mewah ngan makanan!!



                     
LONDON 29 Nov.  -  Singapura mengungguli senarai 149 negara paling sihat di dunia diikuti oleh Luxembourg manakala negara-negara benua Afrika berada pada kedudukan terbawah.

                       
Mail Online yang memetik kajian dilakukan oleh Institut Legatum melaporkan, ­Uni­­ted Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Australia tidak tersenarai dalam 10 negara tersihat dunia.


   
Laporan yang diterbitkan semalam itu menilai negara mengikut sistem penjagaan kesihatan, kadar penyakit, obesiti dan beberapa pendekatan lain.
Pada masa sama, laporan tahunan itu juga menyenaraikan tempat paling baik dan terburuk untuk didiami berdasarkan sembilan ka­tegori dan satu daripadanya adalah kesihatan.
Australia dinobatkan sebagai antara negara Barat utama yang menunjukkan prestasi terbaik dalam kategori kesihatan, pada kedudukan ke-12, diikuti oleh New Zealand (17), Kanada (21), UK (26), AS (35) dan Malaysia di tangga 38.
Jepun tersenarai dalam 10 negara tersihat di dunia selain Qatar, Hong Kong, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Switzerland, Austria, Sweden dan Norway.
Menurut pakar, kualiti kehidupan masyarakat kini meningkat secara global namun jurang antara yang terbaik dengan terburuk sema­kin luas terutamanya dalam sektor kesihatan, kewangan, politik, pendidikan dan ke selamatan.
Berdasarkan indeks ke­seluruhan, UK dinilai sebagai negara ketujuh paling berjaya di dunia, namun sektor kesihatannya tidak terlalu membanggakan.
Selain itu, AS mencatat kedudukan ke-43 dalam ka­tegori keselamatan.
Dalam pada itu, negara-negara Afrika seperti Chad, Guinea, Madagascar, Benin, Republik Demokratik Congo, Nigeria, Sierra Leone, Niger dan Uganda tersenarai antara negara yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan terburuk.
Laos, India dan Tajikistan pula merekodkan peningkatan kualiti sistem penjagaan kesihatan terbaik di dunia manakala penduduk di timur Eropah merupakan golongan paling tidak berpuas hati de­ngan sistem kesihatan mereka.
Sementara itu, sembilan daripada 10 negara yang memilik paling banyak penduduk obes di dunia adalah di Asia Barat dan Afrika Utara. – AGENSI
        
              


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.051914 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list