CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1804|Reply: 2

Keluarga terima dia dengan baik: Chacha Maembong

[Copy link]
Post time 4-12-2018 03:34 PM | Show all posts |Read mode
PELAKON Chacha Maembong kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pemuda dari Sarawak dan terbuka berkongsi tentang percintaannya itu apabila sering memuat naik foto bersama teman lelakinya itu di laman Instagram.

Mengakui berkawan rapat dengan pemuda tersebut sejak tiga tahun lalu, Chacha tidak menolak jika ditakdirkan ada jodoh di antara mereka. Apatah lagi keluarga kedua belah pihak juga saling menerima baik hubungan mereka.

“Ramai yang menyangkakan dia seorang pemuda Cina kerana wajahnya, namun sebenarnya dia adalah orang Sarawak dan berketurunan Iban.

“Saya selesa bersama dengannya kerana dia seorang yang sangat memahami dan menerima seadanya diri saya, yang kadang-kala OK dan kadang-kala pula sebaliknya.

“Alhamdulillah keluarga saya pun menerima dia dengan baik meskipun dia berlainan agama, apatah lagi saya sering membawanya mengikuti aktiviti saya bersama keluarga agar mereka saling mengenali. Saya juga beberapa kali bertemu keluarganya dan kami sangat OK,” jelasnya.

Chacha yang kini tampil dengan drama terbaharu lakonannya, Selafaz Cinta, turut menafikan tuduhan yang mengatakan dia kini mula terpengaruh dengan kehidupan teman lelakinya yang bekerja sebagai DJ di pusat hiburan.

“Biasalah bila bercinta dengan orang yang tidak seagama, netizen lebih suka melihat dari sisi negatif berbanding positif. Suka buat tanggapan macam-macam walaupun tidak tahu perkara sebenar.

“Bila nampak saya kat pusat hiburan, cakap saya sosial sebab terpengaruh dengan teman lelaki dan sebagainya. Walhal saya berada di sana atas jemputan menghadiri acara tertentu bersama selebriti lain. Selepas selesai, saya balik.

“Apa pun saya tak kisah orang nak cakap apa. Kalau mereka nampak saya sebagai seorang yang sosial, terpulanglah. Apa yang penting saya tahu siapa saya. Taknaklah saja tunjuk baik depan orang, letak gambar sopan atas bawah kat Instagram tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Saya nak jadi diri sendiri, kalau itulah diri saya itulah dia,” tegasnya.

Dalam pada itu, Chacha turut mendedahkan teman lelakinya itu kini sedang mendalami agama Islam.

“Saya tidak mahu komen sangat tentang perkara ini, cuma apa yang boleh saya kongsikan, dia kini sedang belajar tentang Islam.

“Soal pekerjaannya, itu adalah punca rezeki dia. Takkan saya nak suruh dia berhenti sebab saya pula.

“Kalau kami ada jodoh, insya-ALLAH saya cuba bimbing dia. Mungkin bukan sekarang, tetapi kita tak pernah tahu tentang masa depan. Kita doa sahaja yang baik-baik,” kata Chacha.

[ARTIKEL BERKAITAN: Chacha Maembong puas hati]







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2018 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak jadi lah Sarawak nak keluar Malaysia camni...hurmmm
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah putus dengan mamat dj ni kan.....sbb dah xde dah gambar2 bersama dah a few months. Chacha pun upload gambar bersweet sweet dengan bff tomboy dia. Si dj tu pun upload gambar dengan awek kelab yg lain dah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.228165 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list