CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3109|Reply: 20

Susun atur penapis air di pantri. Raih ulang kicau 23,000 kali dan 9,000 tanda s

  [Copy link]
Post time 6-12-2018 08:08 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Rare dan unik! Kata-kata ini tepat bagi menggambarkan idea susun letak sebuah penapis air yang tidak pernah terfikir dek akal.

Penapis air tersebut yang direka bentuk untuk diletakkan di atas lantai bagaimanapun 'berdiri megah' di atas kabinet dapur di dalam pantri sebuah firma arkitek.

Gambar 'rare' itu dikongsi oleh seorang kakitangan di firma berkenaan, Azlan Shah Abdul Hamid di Twitternya sehingga mendapat perhatian netizen.

Gambar dengan kapsyen 'Barangkali siapa yang pendek akan mati dahaga' itu diulang kicau (retweet) lebih 23,000 kali dan mendapat lebih 9,000 tanda suka.

Menurut Azlan Shah yang juga arkitek di syarikat itu, dia terpanggil untuk berkongsi gambar berkenaan kerana menganggap susun atur penapis air itu unik dan melucukan.

"Tiada niat lain. Saya saja nak kongsi gambar tersebut sekadar untuk suka-suka sebab saya rasa macam kelakar.

"Lagipun saya rasa tak pernah lagi orang buat macam ni. Pertama kali jumpa situasi begini," katanya kepada mStar Online.

Arkitek reka bentuk berusia 22 tahun itu berkata pada awalnya agak sukar untuk dia dan rakan-rakannya mengambil air dari penapis air tersebut kerana kedudukannya yang terlalu tinggi.

Posting Azlan tular di Twitter.

"Masa mula-mula masuk firma ini, saya pergi pantri nak ambil air, agak terkejut juga bila tengok keadaan penapis air tu tinggi sangat. Tapi dah lama-lama tu jadi biasa.

"Tiap kali nak ambil air akan ada cabaran. Kita kena guna kebolehan untuk meneka sama air sudah penuh dalam cawan atau tidak.

"Pernah ada yang mandi kopi tapi tak adalah sampai basah lencun, cuma sekadar terkena percikan air panas yang sudah melimpah keluar cawan," katanya.

Namun Azlan Shah berkata dia amat bersimpati terhadap kakitangan wanita di pejabatnya ketika mahu menggunakan penapis air itu.

"Paling kesian dekat staf perempuan sebab staf lelaki di firma kami semuanya tinggi-tinggi," katanya.

Menurut jejaka dari Selayang itu, penapis air tersebut diletakkan di atas kabinet dapur kerana mahu menjimatkan ruang dalam pantri.

"Sebenarnya penapis air tu dah lama kat atas tu (kabinet dapur), sebelum saya masuk kerja di firma ini lagi.

"Kalau nak ikutkan ruang pantri, tu mungkin cara tersebut dilakukan kerana nak jimat ruang yang ada," katanya.

Antara komen netizen yang terhibur dengan posting tersebut.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan tweet tersebut.

IsmiShafiqII berkata,"Dia nak air keluar serupa air terjun kot, tu buat tinggi-tinggi."

Nurfarhanav berkata:"Aku syak kena panjatlah kalau nak minum. Hahaha."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2018 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
so apa isu nya ni? takkan tak boleh letak rendah sikit... mcm remeh ja masalah ni...itu pun nak ulang kicau sampai beribu riban
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Opis arkitek...tp sorg pon x kreatif nak susun atur untuk.memudahkan semua org...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Akitek mmg sohai
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 09:54 PM | Show all posts
ceit ini pon dipanggil RARE and unik?

lagi rare and unik buat manifesto pepanjang...sekadar suka2 n main2 jer..#donepolitik
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Syarikat arkitek..harap tak roboh la binaan diaorang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2018 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai
Kesian ..
Yamg beli letak kt lantai buat apa
Sebab promo rm97 sebulan selama 5 tauun kr..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 10:14 PM | Show all posts
Joyahbedah replied at 6-12-2018 10:05 PM
Syarikat arkitek..harap tak roboh la binaan diaorang

Architecture firm?harap benda simple mcm tiles,WC fittings semua xde la arkitek tu design seteruk layout office dorang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2018 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
try harder...next...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 10:22 PM | Show all posts
putehkundor replied at 6-12-2018 09:39 PM
so apa isu nya ni? takkan tak boleh letak rendah sikit... mcm remeh ja masalah ni...itu pun nak ulan ...

ntah le.
ramai yg pelik2 skang nih.

isu remeh susun penapis air pon kecoh.
ada isu yg dah selesai pon sebok nak demo bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2018 10:58 PM | Show all posts
arkitek tapi sama bahlol batak like cm budak abes spm
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Arkitek melayu yer  .... next
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
form over function.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 10:25 PM | Show all posts
putehkundor replied at 6-12-2018 09:39 PM
so apa isu nya ni? takkan tak boleh letak rendah sikit... mcm remeh ja masalah ni...itu pun nak ulan ...

alah macam lah kau tak tahu yang ummah donia ni memang 80% bongok2 belaka. benda yang macam ni la yang dapat ulang kicau yang sakan ummah dungu borak2kan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 10:26 PM | Show all posts
merrissa replied at 6-12-2018 09:54 PM
ceit ini pon dipanggil RARE and unik?

lagi rare and unik buat manifesto pepanjang...sekadar suka2 ...

lepas tu bagi alasan 'saya tak jangka boleh menang'.

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 10:26 PM | Show all posts
Joyahbedah replied at 6-12-2018 10:05 PM
Syarikat arkitek..harap tak roboh la binaan diaorang

client mana yang hire syarikat arkitek ni mesti resah gelisah takut binaan roboh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2018 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 6-12-2018 09:49 PM
Akitek mmg sohai

Beza arkitek n engineer... Engineer hudoh takper asal boleh function...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:01 PM | Show all posts
ni kan board dah ada

board kongsi tular tu kan nak letak segala benda tular mcm ni

mohon mod @noraidil_06 dan @FanTasyCreaTioN ambil tindakan sepatutnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tobobon replied at 7-12-2018 11:01 PM
ni kan board dah ada

board kongsi tular tu kan nak letak segala benda tular mcm ni

Thanks.
I will do it. When i am on desktop.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Product Designer dah reka cara paling ergonomics, mai ke puak arkitek ni, jahanam.. tak tau nak kata apa..
Kecewa dan sedih sbnrnya dgn few arkitek kat Malaysia ni.. konon design building dia paling ummph...paling cantik..
Contoh paling bodoh aku tgk design bangunan hospital yang ada porch untuk trauma & kecemasan tapi finishing dia transparent glass..


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.096864 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list