Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
2038
View
31
Reply

[Tempatan] Grup WhatsApp kini jadi medan politik murahan, bertekak sesama ahli

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-12-2018 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Grup WhatsApp jadi medan politik murahan
04 Disember 2018 3:00 AM

SEJAK aplikasi WhatsApp diperkenalkan kepada pengguna telefon pintar beberapa tahun lalu, banyak manfaat atau faedah yang dapat diperoleh oleh pengguna.

Ia adalah satu aplikasi yang banyak memberikan kebaikan sebenarnya dan juga satu kemudahan untuk orang ramai berhubung dengan sesiapa sahaja. Aplikasi ini tidak mengenakan sebarang caj dan hanya menggunakan data internet, tidak seperti khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pada masa ini, penggunaan SMS semakin terpinggir disebabkan ia servis berbayar.

Setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya 10 hingga ke 15 grup WhatsApp terdiri daripada rakan sekolah rendah dan menengah, teman di tempat kerja, ahli keluarga, anggota kejiranan dalam taman perumahan dan banyak lagi.

Keahlian grup WhatsApp adalah bertujuan untuk menjalin kembali hubungan yang sejak sekian lama terputus dengan bertanyakan khabar serta perkembangan terkini antara satu sama lain.

Perlu diingat biarpun banyak manfaat yang diperoleh daripada penggunaan grup WhatsApp, namun jika kita tersilap menggunakannya, boleh tercetus bibit-bibit persengketaan yang seterusnya memutuskan tali persaudaraan dan persahabatan yang terjalin sejak sekian lama.

Kebiasaannya, grup WhatsApp boleh mencetuskan permusuhan apabila membiarkan ahli-ahlinya membincangkan topik politik kepartian murahan dengan penuh emosi tanpa ada sebarang cubaan untuk meredakannya.

Perkara ini berlaku kepada penulis yang turut terjebak dengan perkara ini. Pada mulanya, salah satu grup WhatsApp yang disertai penulis amat harmoni dan hanya memberi fokus tentang mengukuhkan ukhuwah yang dibina selama ini.

Dalam grup tersebut terdapat pelbagai fahaman dan aliran politik sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Bibit-bibit perpecahan mula timbul selepas salah seorang ahli grup yang berfahaman politik tertentu memuat naik satu status mengenai kenyataan ahli politik yang mereka tidak suka dengan mengeluarkan kata-kata yang agak kesat dan kasar. Ini sudah pasti mengguris perasaan rakan-rakan yang ada dalam grup tersebut.

Natijahnya, rakan-rakan yang selama ini makan dan minum bersama di lokasi dijanjikan pada hujung minggu kini bermasam muka dan terdapat juga yang me- ninggalkan grup kerana tidak tahan diperli dengan kata-kata menyakitkan hati.

Pada hemat penulis, kita boleh berpolitik asalkan tidak memberi kesan negatif kepada persahabatan sesama ahli grup. Lagipun, ada sesetengah grup WhatsApp berpolitik 24 jam sehari. Ini tidak patut berlaku.

Sebenarnya, kebanyakan ahli grup yang tidak bersetuju dengan cerita-cerita politik yang kadang-kadang memualkan hanya berdiam diri kerana bagi mereka belum tentu apa yang disebarkan itu berita yang sahih.

Mungkin ada banyak perkara yang menimbulkan fitnah dan terdapat tokok tambah ditaburkan sajikan berbanding fakta sebenar.

Alangkah baiknya jika setiap pengendali grup WhatsApp meletakkan syarat agar setiap ahli tidak memulakan cerita yang boleh menggugat keharmonian dalam persahabatan dan melepaskan ego masing-masing dengan segera memohon maaf jika tersilap menghantar gambar atau tulisan yang tidak disenangi rakan-rakan lain.

Sifirnya mudah, jika kita tidak mahu orang mengutuk dan mengata kita, kita jangan melakukan perkara sedemikian demi keharmonian sebuah persahabatan sejati hingga ke akhir nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 7-12-2018 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
sapa sembang politik admin remove jelah
buat gaduh je
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang politik di porem cari menimbulkan bibit2 percintaan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:33 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 7-12-2018 09:29 AM
Sembang politik di porem cari menimbulkan bibit2 percintaan
dirik kah deng




Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:34 AM | Show all posts
2 group jer FC betul betul focus dan suka baca dan nyembang

my own family group dengan group kraf



Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:40 AM | Show all posts
onexox97 replied at 7-12-2018 09:24 AM
sapa sembang politik admin remove jelah
buat gaduh je

kalu admin yg sembang politik, caner??
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah ka ada sembang politik yg mahal dan posh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 7-12-2018 09:40 AM
kalu admin yg sembang politik, caner??

oeh kalau camtu buat rampasan kuasa
left grup beramai2
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 10:05 AM | Show all posts
Kalau tak suka left jer sudeh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 10:05 AM | Show all posts
mmg ada pun
group wasap aku ada sekejap2 left..smua kerana isu politik
masing2 ada pandangan..pastu ada yg tegur..sentap... left pulak
esok2 da sejuk admin group masukkan dia balik..
gitu le sampai mampus agak nya
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-12-2018 10:19 AM | Show all posts
group aku pun mcm tu
asal terasa hati, sure ada yg left
kemudian admin add semula
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa sebelum pru14 mmg berasap laa wasap beratus2 masuk. scroll laju2 pastu delete video sampah semua. Nak remove tak sampai hati kut geng2 sekolah, geng2 reunion semua.

Sekarang lepas pru, tatau mana menghilang sunyi sepi mcm lepas gempa bumi. Mati lemas tertelan air kencing kut.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 10:39 AM | Show all posts
apesal eh politik pun boleh buat sentap..rilek2 je sudahlah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 10:59 AM | Show all posts
left je apa susah
tapaya nak jaga2 hati orang bagai la

aku ada 2 group je
family & ofismate
lain2 group ko add je sepantas kilat aku blah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:05 AM | Show all posts
kenapa skrg pandai2 sentap?
dulu dulu xda sentap ka?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 7-12-2018 09:33 AM
dirik kah deng

Nang ajak mek bercinta dalam tok. Bertumbok cili jak dgan poremer dlm ya kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:27 AM | Show all posts
Ada 1 group wassap aku tu mmg asyik politik jer memanjang. Pagi2 raya pun dah sibuk ngan politik sampai la skang. Kul 4 pagi pun sibuk dah post pasal politik. Ramai yang dah left tapi admin add balik. Diaorg tu mmg hidup pun sedey jer. Xhabis2 ngan politik sampai nk diskas pasal reunion pun dah xtenteram.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang pelik dolu iols join group wasap sukan sea
Pastu habis..trus tukar group bn
X memasal noti iols 999++++ wasap sebab ni
Iols left jelah..
Tujuan nak tau pasal sukan sea je sebenornye
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 12:16 PM | Show all posts
misc replied at 7-12-2018 10:32 AM
Masa sebelum pru14 mmg berasap laa wasap beratus2 masuk. scroll laju2 pastu delete video sampah semu ...

sama dgn kawan2 aku masa sebelum PRU bukan main bantai BN/Najib, sekarang masing2 senyap, aku assume lemas dalam air kencing pakatan...sesekali aku bg panas group jugak post benda2 bodoh pemimpin pakatan buat...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 12:43 PM | Show all posts
group wassap buat anda sentap?
ideologi mungkin berbeza tp takyah la nak up semedang tjk pandai
hakikatnya nan hado
lagi satu yg kaki sentap  ni da pehal
sikit2 sentap, terasa sentap..haish
org dalam group tu bukan nyer jual aiskrim nak bagi ko happy sokmo
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list